2. Mengurangkan kesalahan ejaan esofagus Instrumen: Ujian pra dan ujian pasca
dalam urutan proses pencernaan
menggunakan kaedah nyanyian. • Data dianalisis dalam bentuk jadual
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang dengan membandingkan perubahan
aktif dan menyeronokkan dengan penggunaan
kaedah nyanyian. pada ejaan esofagus bagi setiap
peserta kajian melalui jawapan mereka
dalam ujian pra dan pasca.
• Data kajian ditulis dalam bentuk simbol
yang diterangkan dalam jadual
seterusnya.
• Perbandingan perubahan pada ejaan
esofagus dianalisis secara kuantitatif
dengan mengira frekuensi dan
peratusan bagi ujian pra dan pasca.
Instrumen: Pemerhatian Berstruktur
• Dianalisis secara kuantitatif
menggunakan senarai semak.
• Perbandingan perubahan pada
peratusan tingkah laku peserta kajian
dipaparkan dalam bentuk graf.
DAPATAN KAJIAN
Objektif Pertama: Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mengingat
maksud serta urutan aliran proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
Jadual 10: Markah ujian pra dan pasca
Peserta Kajian Markah (%) Perubahan markah
(%)
R1 Ujian Pra Ujian Pasca
R2 62
R3 23 85 62
R4 38
R5 0 62 16
-8
62 100
76 92
100 92
Berdasarkan jadual 4, keputusan ujian dan pasca telah menunjukkan peningkatan
yang ketara. Perubahan peratusan yang paling tinggi ditunjukkan oleh R1 dan R2
iaitu sebanyak 62% dan yang paling rendah ialah 16% oleh R4. Seterusnya, R3
menunjukkan peningkatan peratusan yang amat memberangsangkan dimana pada
ujian pra, R1 memperoleh 62% dan melonjak naik kepada 100% selepas intervensi
dilaksanakan. Walaubagaimanapun, terdapat seorang peserta kajian iaitu R5 yang
menunjukkan penurunan peratus sebanyak 8% dimana pada ujian pra, R1
memperoleh 100% manakala pada ujian pasca turun kepada 92% sahaja. Graf 1
memaparkan perbandingan peratusan bagi setiap peserta kajian untuk ujian pra
dan pasca.
Jadual 11: Perbandingan nilai min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan pasca
Ujian Nilai Min (%) Nilai Sisihan Piawai
Ujian Pra 52.30 4.71
290
Ujian Pasca 86.15 1.72
Rajah 1: Julat tahap pencapaian (gred) sekolah rendah
Jadual 5 menunjukkan nilai min bagi ujian pra iaitu 52.30% manakala ujian pasca
ialah 86.15% dimana merujuk julat tahap pencapaian (gred) sekolah rendah pada
rajah 2, 52.30% berada pada gred C dan 86.15% berada pada gred A. Peningkatan
tahap pencapaian ini membuktikan bahawa peserta kajian berjaya mengingat
maksud dan urutan aliran proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
Oleh itu, tanpa disangkal, objektif pertama tercapai.
Objektif Kedua: Mengurangkan kesalahan ejaan esofagus dalam urutan aliran
proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
Jadual 12: Perbandingan ejaan esofagus pada ujian pra dan pasca
PESERTA EJAAN ESOFAGUS
KAJIAN
PRA PASCA
R1
R2 Tiada jawapan Betul
R3
R4 Tiada jawapan Tiada jawapan
R5
Salah Betul
Betul Betul
Betul Betul
Beralih pada analisis objektif kedua, dapatan menunjukkan semua peserta kajian
dapat mengeja esofagus dengan betul pada ujian pasca berbanding pada ujian pra.
Hal ini kerana mereka dapat menghafal lagu proses pencernaan yang telah
dimasukkan ejaan esofagus pada lirik tersebut. Namun begitu, masih terdapat
seorang peserta kajian (R2) yang tidak memberi sebarang jawapan pada kedua-
dua ujian. Hal ini kerana R2 merupakan murid yang kurang mahir mengeja dan
membaca maka agak sukar baginya untuk menghafal keseluruhan lirik lagu.
Berikut merupakan analisis objektif kedua melalui analisis frekuensi dan peratusan.
Jadual 13: Frekuensi dan peratusan bagi setiap jawapan peserta kajian
JENIS FREKUENSI (N = 5) PERATUS (%)
291
JAWAPAN UJIAN PRA UJIAN PASCA UJIAN PRA UJIAN PASCA
BETUL 2 4 40 80
SALAH 1 0 20 0
1 1 20 20
TIDAK JAWAB
Berdasarkan jadual 8, kita dapat lihat bahawa 80% peserta kajian dapat mengeja
esofagus dengan betul pada ujian pasca berbanding pada ujian pra yang hanya
mencatatkan 40% peserta kajian sahaja. Perbezaaan peratusan yang ketara ini
kerana peserta kajian dapat menghafal lagu proses pencernaan yang telah
dimasukkan ejaan esofagus pada lirik tersebut. Bagi jawapan salah, dapatan
menunjukkan penurunan peratusan iaitu daripada 20% kepada 0%. Ini
menunjukkan tiada lagi peserta kajian yang mengalami masalah dalam mengeja
esofagus. Manakala peratusan bagi tidak jawab kekal 20% sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Oleh itu, berdasarkan analisis di atas, jelas menunjukkan
objektif kedua iaitu mengurangkan kesalahan pada ejaan esofagus dalam urutan
aliran proses pencernaan dengan menggunakan kaedah nyanyian tercapai.
Objektif Ketiga: Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan
menyeronokkan dengan penggunaan kaedah nyanyian.
Dalam kedua-dua sesi pengajaran tersebut pengkaji telah membuat pemerhatian
secara rawak dan merekod tingkah laku pelajar berdasarkan tema dinyatakan.
Rekod tersebut adalah seperti dalam jadual 9 dibawah.
Jadual 14: Analisis peratusan tingkah laku
TINGKAH LAKU PESERTA KAJIAN Frekuensi Peratus (%)
R1 R2 R3 R4 R5 5 100
1. MINAT 1 20
/ // / / 5 100
• Memberikan sepenuh tumpuan 0 0
/ XX X X
• Seronok belajar menggunakan
/ // / /
kaedah yang diajar X XX X X
• Bersemangat untuk belajar
2. TINGKAH LAKU PASIF
• Membuat kerja lain yang tiada
kaitan dengan pelajaran
• Berangan-angan atau
termenung
3. PENGLIBATAN
• Menjawab soalan secara
sukarela
• Menggalakkan rakan lain untuk
belajar
4. MASALAH DISIPLIN
• Mengganggu murid lain
• Bercakap atau bermain
Berdasarkan jadual 9, jelas menunjukkan kesemua (100%) peserta kajian
menunjukkan minat semasa sesi berlangsung. Hal ini bermakna kesemua peserta
kajian memberikan sepenuh tumpuan, seronok belajar menggunakan kaedah
nyanyian dan berasa bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Seterusnya,
292
bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, dapatan menunjukkan hanya 20% peserta
yang membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran dan berangan-angan
atau termenung semasa sesi PdP dijalankan. Bagi tema yang ketiga iaitu
penglibatan. Hasil kajian mendapati 100% peserta kajian melibatkan diri dengan
aktif melalui sikap sukarela untuk menjawab soalan dan menggalakkan rakan lain
untuk belajar semasa sesi PdP dijalankan. Akhir sekali, tema keempat menekankan
tentang masalah disiplin dimana dapatan menunjukkan tiada (0%) peserta kajian
yang mengganggu murid lain dan bercakap atau bermain semasa PdP dijalankan.
Secara keseluruhan, hasil kajian ini mendapati kesemua peserta kajian
menunjukkan minat serta penglibatan yang baik dengan keputusan 100% pada
kedua-dua tema. Oleh itu, objektif ketiga tercapai.
KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, jelaslah bahawa penggunaan kaedah
nyanyian amat berkesan dalam membantu murid untuk mengingati fakta-fakta
sains. Kenyataan ini dibuktikan dengan peningkatan markah peserta kajian yang
ketara selepas intervensi dilaksanakan. Menurut Reney Pantun (2016), iringan
irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping
mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan. Bukan itu sahaja, kaedah nyanyian juga terbukti dapat menarik
perhatian murid sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggembirakan. Ab. Fatah (1990) juga menyokong kenyataan tersebut dengan
menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok lebih
mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin
menarik maklumat itu kepada diri seseorang, maka semakin mudah maklumat
tersebut diingati sekaligus memudahkan maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan
jangka panjang.
Akhirulkalam, sepanjang menjalankan kajian ini, saya akui terdapat
kelemahan dan kelebihan yang ditemui. Dari segi kelebihan, saya menggunakan
video animasi yang memaparkan lirik lagu dan perjalanan proses pencernaan yang
berlaku dalam badan supaya pengajaran menjadi lebih menarik sejajar dengan
pendidikan masa kini yang menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) sekaligus dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada
murid-murid tentang proses pencernaan. Menurut Ab. Fatah (1990), penggunaan
video animasi dapat membantu seseorang untuk menggunakan minda mereka
secara optimum dan berkesan. Dari segi kelemahan, saya menyedari bahawa
bilangan peserta kajian yang diambil terlalu sedikit menyebabkan kesahan dan
kebolehpercayaan keputusan kajian menjadi rendah. Alasan pengkaji mengambil
lima orang peserta kajian sahaja adalah kerana pengkaji enggan mengganggu
masa rehat murid-murid dan masa pembelajaran subjek lain. Penambahbaikan
yang boleh dibuat adalah dengan menambah bilangan peserta kajian melebihi 10
orang.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:
293
1. Menggunakan instrumen temubual bersama guru-guru untuk melihat
pandangan mereka terhadap keberkesanan kaedah nyanyian dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2. Menambah bilangan peserta kajian yang lebih besar supaya dapat
digeneralisasikan kepada keseluruhan murid sekolah rendah sekaligus
dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.
3. Menjalankan kajian dalam tempoh yang lebih panjang untuk mengetahui
kesannya ke atas murid. Sebagai contoh, melakukan dua kali ujian pasca
yang diselangkan selama seminggu antara keduanya untuk menilai
sejauhmana murid dapat mengingati fakta yang telah dipelajari
menggunakan kaedah yang tertentu.
RUJUKAN Yang Optimum Dalam
Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda
Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Rajendran. (2001). The Teaching of Higher-Order Thinking Skills in Malaysia. Journal of
Southeast Asian Education, 2(1), 42-65.
Reney Pantun. (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian dalam Meningkatkan Kefahaman
Murid Tahun Dua dalam Topik Pembundaran. Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Rini Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding
Seminar Nasional PsikologiIslami. Surakarta.131-136.
Shiue, Y. & Hsu, Y. & Sheng, M. & Lan, C. (2019). Impact of music on students’ learning
performance for a health education course. International Journal of Management,
Economics and Social Sciences, 8(3), 195-204. doi:
http://dx.doi.org/10.32327/IJMESS/8.3.2019.12
Yahaya, B. (2014) Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Universiti
Teknologi Malaysia. Journal Educational Pshycology and Counseling, 5(2), 64 – 72
294
PENGETAHUAN DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
(PBD) DALAM KALANGAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH DI
DAERAH TUARAN.
Nur Arifah Binti Abdul Karim, Tan Cho Chiew
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan dan pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di
daerah Tuaran, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 76 orang guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran dan dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang
digunakan adalah borang soal selidik. Kajian tinjauan ini berbentuk kuantitatif
kerana menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan
dalam bentuk min bagi memerihalkan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru
terhadap PBD di sekolah manakala statistik inferensi digunakan dalam bentuk
kolerasi Pearson, r bagi memerihalkan hubungan antara pengetahuan dan
pelaksanaan guru terhadap PBD. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan
menggunakan SPSS (Statistic Package for the Social Sciences). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap
PBD dimana skor min bagi pengetahuan guru adalah (Min=4.51, SP=0.475) dan
tahap pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sains juga berada pada tahap yang
tinggi (Min=4.38, SP=0.499). Manakala, hasil analisis dapatan korelasi
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat (r=0.803**) antara tahap
pengetahuan guru dan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran, Sabah. Antara implikasi kajian adalah menyumbang
kepada himpunan kajian yang berkaitan dengan pentaksiran PBD serta
memberikan gambaran kepada pemimpin sekolah, guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan penyelidik akan datang tentang tahap pengetahuan guru dan
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah.
Kata Kunci: Pengetahuan, Pelaksanaan, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Guru
Sains
PENGENALAN
Berdasarkan garis panduan pentaksiran bilik darjah (PBD), PBD dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Pentaksiran yang mantap dan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti
tahap pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru (Sh. Siti Hauzimah
Wan Omar, 2018). Selaras dengan perkembangan dan penguasaan murid dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru amat memainkan peranan yang
penting dalam pelaksanaan PBD. PBD melibatkan proses mengumpul dan
menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP
dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambahbaik PdP
tersebut (Mokhzani Fadir, 2019).
Oleh itu, literasi pentaksiran guru amat penting dalam era naratif baharu
amalan pendidikan yang memberikan fokus kepada pelaksanaan PBD. Maka,
295
kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru sekolah rendah dari segi
pengetahuan terhadap pelaksanaan PBD dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta masalah yang dihadapi semasa melaksanakan PBD di
peringkat sekolah rendah.
PENYATAAN MASALAH
Pelaksanaan PBD bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam sistem
pentaksiran pendidikan di sekolah. Hal ini demikian kerana guru-guru telah pun
didedahkan kepada PBD semasa melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Pentaksiran itu juga akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran
murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi menekankan atau
berorientasikan peperiksaan (Siti A’isyah Sukaimi, 2018). Berdasarkan kajian lepas
yang telah dijalankan oleh Sh. Siti Hauzimah (2018), berkaitan pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah, aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru menjadi
faktor utama. Oleh itu, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) amatlah penting bagi seorang pendidik
seperti guru.
Berdasarkan kajian-kajian lalu melalui carian goggle scholar, kajian mengenai
PBS dan PBD telah banyak dikaji tetapi kajian tersebut lebih menumpukan
pelaksanaan PBS di sekolah rendah di Malaysia (Aniza & Zamri, 2015, Noraini &
Zamri, 2016, Abdul Said & Shanti, 2017). Walaubagaimanapun, penyelidik iaitu Sh.
Siti Hauzimah Wan Omar (2018) telah menjalankan kajian tentang kesediaan guru-
guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD daripada segi pengetahuan,
kemahiran, dan sikap guru. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan guru dalam pelaksanaan PBD Bahasa Melayu adalah tinggi.
Rumusan keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa semua aspek yang dikaji
iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan PBD adalah
pada tahap yang tinggi.
Selain itu, menurut Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021), siasatan
terhadap amalan pentaksiran guru menunjukkan bahawa guru-guru tidak bersedia
untuk memenuhi permintaan untuk melaksanakan pentaksiran di dalam kelas
kerana tidak mempunyai latihan mencukupi. Hal ini demikian kerana guru tidak
yakin untuk melaksanakan pentaksiran di dalam kelas kerana tidak mempunyai
pengetahuan berkaitan pentaksiran dan kemahiran dalam melaksanakan
pentaksiran. Guru seharusnya sentiasa bersedia untuk menerima dan
melaksanakan sebarang perubahan serta memantapkan pengetahuan seiring
dengan perubahan. Hasil dapatan kajian Sh. Siti Hauzimah (2018), beliau
menyatakan bahawa pihak sekolah sepatutnya mengadakan pelbagai kursus dan
menyediakan latihan bagi mempersiapkan guru untuk melaksanakan PBD secara
berkesan dan baik.
Terdapat juga kajian berkaitan pelaksanaan PBD namun tiada kajian yang
mengaitkan pengetahuan dan pelaksanaan guru terhadap PBD terutamanya bagi
mata pelajaran sains (Gengatharan & Rahmat, 2019, Lius, Lionad & Zamri, 2021 &
Sh. Siti Hauzimah, 2018). Terdapat juga isu sejauh mana pelaksanaan PBD di
sekolah rendah dapat dicapai dengan sempurnanya dari aspek tahap pengetahuan
dan kesediaan guru dalam melaksanakan PBD. Hal ini demikian kerana kejayaan
pelaksanaan PBD di sekolah adalah bergantung kepada guru. Maka, kajian ini
296
dibuat untuk mengenalpasti persepsi guru Sains tentang pengetahuan mereka
terhadap pelaksanaan PBD dalam mata pelajaran Sains ini dengan lebih lanjut.
Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Tuaran.
Seramai 76 orang guru Sains sekolah rendah akan terlibat dalam kajian tinjauan ini
bagi memperoleh data. Responden akan menyatakan pandangan mereka melalui
borang soal selidik yang akan disediakan oleh pengkaji. Selain itu, kajian ini juga
terbatas untuk mengkaji tahap pengetahuan dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) dalam kalangan guru sekolah rendah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru Sains
sekolah rendah di daerah Tuaran melaksanakan PBD bagi mata pelajaran Sains.
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Sains sekolah rendah terhadap
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
ii. Mengenalpasti tahap pelaksanaan guru Sains sekolah rendah terhadap
PBD.
iii. Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan tahap pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru Sains sekolah rendah.
SOALAN KAJIAN
Seterusnya, persoalan kajian ini dibentuk berdasarkan objektif kajian. Berikut
adalah persoalan kajian bagi kajian ini:
i. Apakah tahap pengetahuan guru Sains sekolah rendah tentang
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?
ii. Apakah tahap pelaksanaan guru Sains sekolah rendah terhadap PBD?
iii. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dan tahap pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru Sains sekolah
rendah?
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap tahap pengetahuan dan pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan guru Sains sekolah rendah. Reka
bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk penyelidikan kuantitatif dan
menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data kajian. Kajian tinjauan ini
menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Seramai 76 orang guru sains
sekolah rendah di daerah Tuaran telah dipilih sebagai responden. Pemilihan
sampel dilakukan iaitu teknik persampelan rawak mudah yang melibatkan model
Krejchie and Morgan (1970) yang dirujuk dalam kajian Masfarizan dan Muhammad
Yusoff (2020).
Kajian ini menggunakan sepenuhnya instrumen soal selidik yang telah
dibangunkan dan diadaptasi item-item soalan yang pernah digunakan oleh pengkaji
terdahulu ke atas kajiannya. Borang soal selidik ini diperoleh dan telah mendapat
kebenaran daripada pengkaji iaitu Sh. Siti Hauzimah Wan Omar (2018) yang
mengkaji tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu tentang
pentaksiran bilik darjah (PBD). Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian
A adalah demografi responden yang berkaitan jantina, tahap pendidikan dan kaum.
Bahagian B pula adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan guru Sains terhadap
297
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan mengandungi 10 item soalan serta 10 item
soalan berkaitan tahap pelaksanaan guru Sains terhadap Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD). Kesahan muka dan kandungan telah dijalankan dengan merujuk dan
disahkan oleh beberapa orang pakar. Pakar-pakar yang dirujuk adalah pensyarah
yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan dan mempunyai kelayakan
dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan iaitu Dr Ronald Yusri
Batahong dan Dr Adeline Leong Suk Yee. Seterusnya, satu kajian rintis telah
dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan kebolehpercayaan item dan soal selidik
yang digunakan oleh pengkaji. Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 30 orang
guru Sains sekolah rendah di sekitar daerah Tuaran. Hasil analisis kajian rintis
terhadap item tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru sains terhadap
PBD, nilai kebolehpercayaan yang merujuk nilai Alpha Cronbach adalah 0.962 dan
0.922. Hal ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan yang sangat baik dan
efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi serta boleh digunakan dalam
penyelidikan sebenar.
PROSEDUR PENGANALISIAN DATA
Semua data yang akan diperoleh daripada borang soal selidik iaitu merangkumi 20
soalan mengenai tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru terhadap
pentaksiran bilik darjah (PBD) direkodkan dan akan dianalisis dengan
menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) version
27.0 ke dalam bentuk statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratus min.
Manakala, bagi soalan mengenai hubungan tahap pengetahuan dan tahap
pelaksanaan guru terhadap PBD ini pula akan dianalisis dalam bentuk statistik
inferensi iaitu korelasi Pearson r.
DAPATAN KAJIAN
DEMOGRAFI RESPONDEN
Demografi responden dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang responden
iaitu bangsa, jantina dan kelayakan akademik. Seramai 76 orang guru yang terlibat
sebagai responden kajian. Demografi responden seperti yang ditunjukkan di dalam
jadual 1.
Jadual 1
Demografi responden (N=76)
Latar belakang responden Kekerapan Peratusan (%)
28 36.8
Jantina • Lelaki 48 63.2
• Perempuan 60 78.9
3 3.9
Bangsa • Melayu 13 17.1
• Cina 4 5.3
71 93.4
• Lain-lain 1 1.3
Kelayakan akademik • Diploma
• Ijazah sarjana
• Lain-lain
298
Responden kajian terdiri daripada 76 orang guru sains sekolah rendah. Jadual 1
menunjukkan taburan responden mengikut jantina guru-guru sains di daerah
Tuaran, Sabah. Berdasarkan jadual 1, sebanyak 36.8 peratus iaitu seramai 28
orang guru lelaki dan 63.2 peratus iaitu seramai 48 orang guru perempuan yang
terlibat dalam kajian ini. Hal ini menunjukkan peratusan guru sains perempuan yang
terlibat sebagai responden adalah lebih tinggi berbanding guru lelaki. Hasil kajian
mendapati majoriti guru-guru Sains di daerah Tuaran ini adalah terdiri daripada
kaum Melayu iaitu seramai 60 orang guru (78.9%) lebih ramai berbanding guru-
guru Sains yang berkaum cina iaitu seramai 3 orang (3.9%) dan guru terdiri
daripada kaum lain iaitu seramai 13 orang guru (17.1%). Selain itu, hasil dapatan
data mendapati kebanyakan guru-guru Sains di daerah Tuaran terdiri daripada
kalangan yang mempunyai tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda iaitu seramai 71
orang guru (93.4%) lebih ramai berbanding guru-guru yang mempunyai tahap
pendidikan diploma iaitu seramai 4 orang guru (5.3%) dan lain-lain iaitu seramai 1
orang guru (1.3%).
TAHAP PENGETAHUAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PBD
Jadual 2, menunjukkan hasil analisis deskriptif taburan sisihan piawai, min dan
tahap yang dicapai oleh skor min setiap item tentang pengetahuan guru dalam
melaksanakan PBD Sains di sekolah rendah. Hasil dapatan kajian tentang
pengetahuan guru Sains terhadap PBD berada pada min 4.50 iaitu guru tahu
melaksanakan PBD semasa pengajaran dan pembelajaran, min 4.47 iaitu guru tahu
bahawa pelaksanaan PBD dapat membantu meningkatkan pencapaian murid, min
4.53 iaitu guru tahu bahawa kriteria PBD adalah berdasarkan arahan yang terdapat
dalam buku Panduan Pelaksanaan PBD yang disediakan oleh KPM, min 4.43 iaitu
guru tahu PBD mengubah sistem pengujian iaitu daripada pengujian pencapaian
kepada ujian kebolehan murid, min 4.59 iaitu guru tahu bahawa sekolah wajib
melaksanakan PBD bagi semua mata pelajaran mulai 2017. Min 4.49 iaitu guru
tahu PBD memberikan penekanan kepada bentuk pentaksiran yang mengukur
penguasaan kemahiran berbanding penguasaan kandungan mata pelajaran. Selain
itu, min bagi item ketujuh adalah 4.61 iaitu guru tahu setiap pentaksiran perlu
mengikuti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains, min 4.55 bagi item
guru tahu pihak sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa PBD yang terdiri
daripada pentaksir, penyelaras dan pemantau bagi memastikan PBD dilaksanakan
dengan baik, min 4.59 iaitu guru tahu PBD dilaksanakan mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh KPM. Min bagi item kesepuluh adalah 4.34 iaitu guru tahu
bahawa pelaksanaan PBD meningkatkan kepuasan, kepercayaan dan keyakinan
terhadap sekolah. Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian ini.
Jadual 2
Tahap Pengetahuan Responden Berdasarkan Skor Min
BIL. ITEM SOALAN M SP TAHAP
0.600 Tinggi
1 Saya tahu melaksanakan PBD semasa 4.50 0.577 Tinggi
proses pengajaran dan pembelajaran. 0.528 Tinggi
2 Saya tahu bahawa pelaksanaan PBD 4.47
dapat membantu meningkatkan
pencapaian murid.
3 Saya tahu bahawa kriteria PBD adalah 4.53
299
berdasarkan arahan yang terdapat
dalam buku Panduan Pelaksanaan PBD
yang disediakan oleh KPM.
4 Saya tahu PBD mengubah sistem 4.43 0.596 Tinggi
pengujian iaitu daripada pengujian
pencapaian kepada ujian kebolehan
murid.
5 Saya tahu bahawa sekolah wajib 4.59 0.615 Tinggi
melaksanakan PBD bagi semua mata
pelajaran mulai 2017.
6 Saya tahu PBD memberikan penekanan 4.49 0.554 Tinggi
kepada bentuk pentaksiran yang
mengukur penguasaan kemahiran
berbanding penguasaan kandungan
mata pelajaran.
7 Saya tahu setiap pentaksiran perlu 4.61 0.544 Tinggi*
mengikuti Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sains.
8 Saya tahu pihak sekolah perlu 4.55 0.575 Tinggi
menubuhkan Jawatankuasa PBD yang
terdiri daripada pentaksir, penyelaras
dan pemantau bagi memastikan PBD
dilaksanakan dengan baik.
9 Saya tahu PBD dilaksanakan mengikut 4.59 0.546 Tinggi
garis panduan yang ditetapkan oleh
KPM.
10 Saya tahu bahawa pelaksanaan PBD 4.34 0.684 Tinggi
meningkatkan kepuasan, kepercayaan
dan keyakinan terhadap sekolah.
KESELURUHAN 4.511 0.475 Tinggi
TAHAP PELAKSANAAN GURU TERHADAP PBD
Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis menunjukkan bahawa 10 item digunakan
untuk mengukur tahap pelaksanaan guru sains di mana semua min items di antara
4.20 hingga 4.50. Hasil dapatan kajian menunjukkan min bagi item pertama adalah
4.50 iaitu guru menetapkan objektif pentaksiran yang hendak dicapai semasa
membina instrumen pentaksiran, min 4.30 iaitu guru menyediakan fail untuk
menyimpan rekod prestasi murid sebelum menjalankan PBD di sekolah, min 4.37
iaitu guru melaksanakan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, min 4.36 iaitu guru mempelbagaikan kaedah
pentaksiran yang bersesuaian ketika mentaksir murid, min 4.39 iaitu guru
menjadikan maklum balas prestasi PBD murid untuk memperbaiki pengajaran saya,
min 4.49 iaitu guru merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) untuk menentukan prestasi dan tahap penguasaan murid, min 4.20 iaitu
guru memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai sebelum melakukan
penilaian, min 4.46 iaitu guru menyediakan banyak peluang kepada murid saya
untuk berinteraksi di dalam kelas. Seterusnya, min bagi item kesembilan adalah
4.34 iaitu guru memberikan penekanan yang lebih kepada memupuk pembangunan
300
seluruh kemahiran murid, min 4.39 iaitu guru mengikuti perancangan serta waktu
yang telah ditetapkan oleh KPM. Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan kajian ini.
Jadual 3
Tahap Pelaksanaan Responden Berdasarkan Skor Min
BIL. ITEM SOALAN M SP TAHAP
0.529 Tinggi*
1 Saya menetapkan objektif pentaksiran 4.50 0.654 Tinggi
0.629 Tinggi
yang hendak dicapai semasa membina 0.626 Tinggi
0.634 Tinggi
instrumen pentaksiran. 0.683 Tinggi
2 Saya menyediakan fail untuk 4.30 0.731 Tinggi
0.599 Tinggi
menyimpan rekod prestasi murid 0.623 Tinggi
0.613 Tinggi
sebelum menjalankan PBD di sekolah. 0.499 Tinggi
3 Saya melaksanakan pentaksiran secara 4.37
berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
4 Saya mempelbagaikan kaedah 4.36
pentaksiran yang bersesuaian ketika
mentaksir murid.
5 Saya menjadikan maklum balas 4.39
prestasi PBD murid untuk memperbaiki
pengajaran saya.
6 Saya merujuk kepada Dokumen 4.49
Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) untuk menentukan prestasi dan
tahap penguasaan murid.
7 Saya memberitahu murid bahawa 4.20
mereka akan dinilai sebelum melakukan
penilaian.
8 Saya menyediakan banyak peluang 4.46
kepada murid saya untuk berinteraksi di
dalam kelas.
9 Saya memberikan penekanan yang 4.34
lebih kepada memupuk pembangunan
seluruh kemahiran murid.
10 Saya mengikuti perancangan serta 4.39
waktu yang telah ditetapkan oleh KPM.
KESELURUHAN 4.380
*= Skor min tertinggi
Secara kesimpulannya, berdasarkan analisis skor min menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan dan pelaksanaan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran adalah
berada pada tahap yang tinggi.
301
HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP PELAKSANAAN
GURU SAINS TERHADAP PBD
Analisis korelasi ini dilaksanakan juga bagi menjawab soalan kajian iaitu sama ada
terdapat atau tidak hubungan antara tahap pengetahuan guru dan tahap
pelaksanaan guru sains sekolah rendah di daerah Tuaran terhadap PBD.
Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap
pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sains sekolah rendah.
Jadual 4 mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pengetahuan dan pelaksanaan guru Sains terhadap PBD dengan nilai pekali
kolerasi, r iaitu 0.803 (p=0.01, <0.05) iaitu hubungan yang kuat dan positif. Maka,
hipotesis alternatif diterima.
Jadual 4
Analisis Korelasi Pearson, r
Pembolehubah Tahap pelaksanaan
Tahap pengetahuan Pearson Correlation 0.803**
Sig. (2-tailed) 0.001
N 76
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
PERBINCANGAN
TAHAP PENGETAHUAN GURU TERHADAP PBD
Hasil kajian menunjukkan bahawa purata bagi tahap pengetahuan PBD guru adalah
tinggi. Dapatan analisis menunjukkan bahawa 10 item digunakan untuk mengukur
tahap pengetahuan guru sains di mana semua min items di antara 4.34 hingga
4.61. Min bagi item yang paling tinggi adalah item ketujuh iaitu (M=4.61, SP=0.544).
Item ini merujuk kepada perihal pengetahuan iaitu guru tahu setiap pentaksiran
perlu mengikuti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains. Manakala
min item yang paling rendah adalah item kesepuluh (M=4.34, SP=0.684) iaitu guru
tahu bahawa pelaksanaan PBD meningkatkan kepuasan, kepercayaan dan
keyakinan terhadap sekolah. Purata min sebanyak (M=4.511, SP=0.475)
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru sains terhadap PBD berada pada
tahap tinggi. Keputusan ini juga sepadan dengan dapatan kajian Fara dan Siti
Rahaimah (2021), penilaian konteks yang menekankan kepada penguasaan
maklumat PBD oleh para guru iaitu penguasaan maklumat PBD oleh guru
Matematik adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga
disokong oleh kajian (Mazarul, Norazimah & Suhaila, 2021) yang menyatakan
bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang pelaksanaan PBD.
Hal ini demikian kerana mereka telah diberikan pendedahan dan maklumat
berkaitan PBD dengan baik. Dengan adanya penguasaan maklumat PBD oleh
guru-guru, ianya mampu mengurangkan tahap kecairan maklumat yang
disampaikan oleh pihak KPM kepada guru terutamanya di sekolah. Hal ini dapat
memastikan objektif, matlamat dan konsep yang telah ditetapkan dalam
pelaksanaan PBD dapat dicapai.
302
TAHAP PELAKSANAAN GURU TERHADAP PBD
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan guru terhadap PBD
adalah berada pada tahap yang tinggi. Min bagi item yang paling tinggi adalah item
pertama iaitu (M=4.50, SP=0.529). Item ini merujuk kepada perihal pelaksanaan
PBD iaitu guru menetapkan objektif pentaksiran yang hendak dicapai semasa
membina instrumen pentaksiran. Objektif pentaksiran haruslah selaras dengan
instrumen pentaksiran agar potensi murid dapat dikembangkan sesuai dengan
kemahiran dan tahap penguasaan yang ingin dicapai (Abdul Said, Christina &
Norhamimah, 2021). Manakala, min item yang paling rendah adalah item ketujuh
(M=4.20, SP=0.731) iaitu guru memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai
sebelum melakukan penilaian. Purata min sebanyak (M=4.380, SP=0.499)
menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan guru sains terhadap PBD berada pada
tahap tinggi. Keputusan ini juga disokong dengan dapatan kajian Sh. Siti Hauzimah
Wan Omar (2018), guru mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan
PBD. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru sains ini
sudah bersedia untuk melaksanakan PBD seperti mana yang diarahkan oleh KPM
untuk murid sekolah rendah. Selain itu, hasil dapatan kajian juga disokong oleh
kajian Fara dan Siti Rahaimah (2021) yang menyatakan bahawa pelaksanaan PBD
bagi guru sekolah adalah berada pada tahap yang tinggi. Guru mempunyai
komitmen yang tinggi dan mampu membuat pertimbangan profesional dalam
penentuan tahap penguasaan murid. Secara keseluruhannya, purata min adalah
pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kemahiran guru dalam mempelbagaikan
dan mengubahsuai pentaksiran semasa PdP adalah masih berpandukan kepada
panduan pentaksiran oleh KPM.
HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP PELAKSANAAN
GURU SAINS TERHADAP PBD
Hasil analisis dapatan kajian dengan menggunakan ujian korelasi Pearson, r telah
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan, maka dapat dirumuskan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dan
pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sains sekolah rendah di daerah Tuaran
pada tahap yang tinggi. Oleh itu, hipotesis alternatif diterima.
Hasil dapatan kajian disokong oleh kajian Sajjad, et. al., (2019) yang
menyatakan bahawa kemahiran yang ada pada guru dapat diaplikasikan dalam
pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. Walaupun guru tidak mendapat latihan
dan kursus yang mencukupi berkaitan pelaksanaan PBD, namun dengan
kemahiran yang ada pada guru membolehkan guru melaksanakan PBD dengan
baik. Selain itu, menurut Abdul Said dan Gobalakrishnan (2017) tahap kesediaan
dan penguasaan yang tinggi adalah salah satu faktor utama berjayanya
pelaksanaan pentaksiran di sekolah dalam kalangan guru sekolah rendah. Oleh itu,
guru perlulah sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan berkaitan PBD bagi
memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif.
Kajian ini juga turut disokong oleh kajian Abdul Said, Christina dan Norhamimah
(2021) yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dan
pengetahuan guru sekolah rendah dengan pelaksanaan PBD. Kepentingan
konstruk ini diuji kerana para guru merupakan asas kepada kejayaan pelaksanaan
PBD yang akan membentuk dan melahirkan modal insan yang mampu berdaya
saing.
303
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Rumusan keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa semua aspek yang dikaji
iaitu pengetahuan dan pelaksanaan dalam melaksanakan PBD adalah pada tahap
yang tinggi. Hal ini bertepatan dengan pendapat Noorzeliana (2016) yang
menyatakan bahawa hala tuju pelaksanaan PBD ditentukan oleh penguasaan
maklumat dan dasar oleh semua guru. Oleh itu, dengan adanya penguasaan
pengetahuan berkaitan PBD dengan baik oleh semua guru, ianya dapat
mengurangkan kecairan maklumat yang disampaikan oleh pihak KPM kepada para
guru di sekolah. Ini membolehkan pentaksiran PBD dapat dilaksanakan dengan
baik. Selain itu, tahap pelaksanaan guru terhadap PBD juga berada pada tahap
yang tinggi yang menunjukkan guru menyediakan banyak peluang kepada murid
untuk berinteraksi di dalam kelas. Namun, item ini tidak disokong oleh kajian
Arsaythamby, Hariharan dan Ruzlan (2015) yang menyatakan bahawa guru kurang
bersedia untuk menawarkan ruang kepada murid-murid untuk mengemukakan
pendapat atau bertanya berkaitan dengan topik perbincangan di dalam bilik darjah.
Guru juga dianggap kurang berkemahiran dalam mempelbagaikan teknik
pengajaran untuk memastikan murid dapat mengusai kemahiran yang diajarkan.
Namun, secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan PBD berada pada tahap yang
tinggi. Memandangkan tahap pengetahuan dan pelaksanaan PBD guru memainkan
peranan yang tidak dapat diketepikan dalam kalangan guru, maka, kajian
membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan
pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sains di daerah Tuaran, Sabah.
Kajian ini juga memberikan implikasi kepada beberapa pihak seperti guru,
pembuat dasar (KPM) dan pentadbir sekolah. Hal ini kerana melalui hasil dapatan
kajian ini, guru dapat mengetahui tahap pengetahuan dan pelaksanaan diri dengan
melakukan refleksi keberkesanan pengajaran dan seterusnya melakukan
penambahbaikan amalan pelaksanaan PBD. Selain itu, kajian ini juga dapat
memberikan gambaran tentang tahap pengetahuan dan pelaksanaan PBD
terutamanya dalam kalangan guru sains di daerah Tuaran, Sabah dan seterusnya
dapat membuat tindakan susulan ke atas setiap permasalahan yang berlaku. Kajian
ini juga dapat dijadikan panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk
menambahbaik program berkaitan pelaksanaan PBD.
Oleh itu, terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil
kira sekiranya kajian ini dilanjutkan pada masa akan datang:
I. Kajian untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan PBD
dalam kalangan guru-guru Sains di sekolah rendah seluruh negeri Sabah.
Kajian ini boleh dilaksanakan untuk melihat tahap pengetahuan dan
pelaksanaan PBD dalam kalangan guru-guru sains di sekolah rendah
berdasarkan demografi jantina, umur, bangsa dan kelayakan akademik.
II. Kajian perbandingan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru Sains
sekolah rendah terhadap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut umur
dan kelayakan akademik.
III. Menggantikan skop kajian iaitu melibatkan persepsi guru-guru dan murid-
murid di sekolah rendah yang telah melaksanakan pelaksanaan PBD di
Malaysia agar maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan
kebolehlaksanaan pelaksanaan PBD di Malaysia dapat digambarkan
secara komprehensif.
304
RUJUKAN
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan
Jantina, Opsyen Dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM
(Malay Language Education Journal-MyLEJ), 5(1), 18-29. ISSN: 2180-4842.
Abdul Said Ambotang & Shanti Gobalakrishnan. (2017). Tahap Integriti Dan Kesediaan Guru
Dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah. International
Journal of Education, Psychology and Counseling (IJEPC), 2(4), 1-22.
Abdul Said Ambotang, Christina Andin & Norhamimah Minduru. (2021). Sumbangan
Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Sekolah Rendah Terhadap Amalan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kesidang, 6,
107-119.
Arsaythamby Veloo, Hariharan N. Krishnasamy & Ruzlan Md-Ali. (2015). Teachers’
Knowledge and Readiness towards Implementation of School Based Assessment in
Secondary Schools. International Education Studies, 8 (11). Doi:
http://dx.doi.org/10.5539/ies.v8n11p193.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-967-420-341-2.
Fara Izati Marnizam & Siti Rahaimah Ali. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94.
https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.7.2021
Gengatharan, K.& Rahmat, A. (2019). Keperluan Modul Pentaksiran Pendidikan Kesihatan
Untuk Guru Tahap Satu Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Sains
Sukan & Pendidikan Jasmani, 8(2), 19-27.
Kalai Selvan Arumugham. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid:
Pengukuran Tahap Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu. Diperoleh pada 25 Januari 2022 daripada
https://www.researchgate.net/publication/341001150_Pentaksiran_Bilik_Darjah_dan
_Kemenjadian_Murid_Pengukuran_Tahap_Perkembangan_Pembelajaran_Murid_d
alam_Mata_Pelajaran_Bahasa_Melayu
Lius, L., & Zamri Mahamod. (2021). Tahap Tekanan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(1), 361-373.
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria & Suhaila Muner. (2021). Tahap
Kesediaan Guru Sekolah Rendah Di Daerah Klang, Selangor Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah Dari Aspek Pengetahuan. International Journal of Modern
Education, 3(9), 01-08. Doi: 10.35631/IJMOE.39001
Mokhzani Fadir. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018. Diperoleh
pada 19 Oktober 2020 daripada https://www.slideshare.net/morkie/panduan-
pelaksanaan-pentaksiran-bilik-darjah-2018
Masfarizan Maslan & Mohammed Yusoff Mohd Nor. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Di Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Prosiding Seminar Nasional FIP 2020.
ISBN:978-602-50898-7-9
Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Mata Pelajaran Bahasa
305
Melayu (Readiness Secondary School Students On the Implementation Of School
Based Assessment In Malay Language Subject). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(6).
Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2018). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru
Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 56-67.
Siti A’isyah Sukaimi. (2018). Perkukuh Pentaksiran Tahap Satu dengan PBD. Diperoleh pada
15 Februari 2022 daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12
/511081/perkukuhpentaksiran-tahap-satu-dengan-pbd
306
KESEDIAAN GURU SAINS TERHADAP PELAKSANAAN DUAL
LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
Nur Athyrah binti Awang, Tan Cho Chiew
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana kesediaan guru
Sains sekolah rendah daripada aspek minat, pengetahuan dan kemahiran terhadap
Dual Language Programme (DLP). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
adakah terdapatnya perbezaan signifikan antara tahap kesediaan guru berdasarkan
demografi iaitu jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar. Seramai 76
orang guru Sains di daerah Tuaran merupakan responden bagi kajian ini. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang dianalisis secara
deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27
bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Manakala,
analisis inferensi menggunakan ujian t dan ujian ANOVA sehala. Hasil kajian
menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dari aspek minat, pengetahuan dan
kemahiran berada pada tahap yang tinggi iaitu (min= 3.41, sp= 0.50). Analisis
inferensi pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan (P>0.05) tahap kesediaan
guru berdasarkan demografi. Kesimpulannya, kajian menunjukkan kesediaan guru
Sains terhadap pelaksanaan DLP berada pada tahap tinggi dan tiada perbezaan
signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan demografi.
Keyword: Kata kunci: Tahap kesediaan, guru Sains, Dual Language Programme
(DLP)
PENGENALAN
Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tidak boleh dipertikaikan
walaupun Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di Malaysia (Maharam
Mamat, 2016). Oleh yang demikian, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh
kerajaan bagi memperkasakan Bahasa Inggeris. Antaranya ialah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilaksanakan oleh
kerajaan dan dalam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam gelombang
kedua PPPM, kerajaan telah melaksanakan DLP bagi meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. DLP merupakan program yang memberi
pilihan kepada pihak sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Sains dan Matematik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
307
PERNYATAAN MASALAH
DLP pada mulanya diperkenalkan secara rintis pada tahun 2016 dan kajian yang
dibuat oleh Hasikin dan Roslinda (2019) menunjukkan bahawa tahap penguasaan
Bahasa Inggeris pelajar DLP berapa pada tahap yang tinggi dan juga pencapaian
Matematik pelajar DLP adalah lebih tinggi berbanding pelajar bukan DLP. Oleh
yang demikian, ini menunjukkan bahawa DLP memberi impak positif terhadap
bidang pendidikan. Namun demikian, hanya terdapat dua buah sekolah yang
menawarkan DLP di daerah Tuaran daripada 64 buah sekolah rendah yang
terdapat di Tuaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Oleh yang demikian,
seharusnya lebih banyak sekolah yang perlu melaksanakan DLP. Oleh itu, kajian ini
dilakukan untuk mengkaji tahap kesediaan guru sains di daerah Tuaran untuk
melaksanakan DLP.
OBJEKTIF
Berdasarkan tujuan kajian, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti tahap minat guru Sains terhadap DLP.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Sains terhadap DLP.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Sains terhadap DLP.
4. Mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains terhadap DLP.
5. Mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan guru Sains terhadap DLP
berdasarkan demografi (jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar).
SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap minat guru Sains terhadap DLP?
2. Apakah tahap pengetahuan guru Sains terhadap DLP?
3. Apakah tahap kemahiran guru Sains terhadap DLP?
4. Apakah tahap kesediaan guru Sains terhadap DLP?
5. Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan guru sains terhadap DLP
berdasarkan demografi (jantina, tahap pendidikan dan pengalaman
mengajar)?
METODOLOGI
Kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan di mana
instrumen soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap kesediaan guru-guru
Sains terhadap pelaksanaan DLP. Soal selidik menggunakan Skala Likert 1 hingga
5 adalah hasil pengubahsuaian instrumen Norhisham, Norazilawati, & Noraini
(2018) dan penambahbaikan pengkaji sendiri berdasarkan objektif yang hendak
dicapai. Populasi kajian adalah seramai 95 orang guru Sains manakala seramai 76
orang guru telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Kajian rintis
telah dijalankan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen bagi
menggambarkan indeks ketekalan setiap item dan nilai pekali alpha Cronbach
kajian ini adalah 0.94. Nilai tersebut berada pada tahap sangat baik dan efektif
dengan tahap konsistensi yang tinggi.
Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
Social Science (SPSS) versi 27. Bagi menjawab soalan kajian yang pertama,
kedua, ketiga, dan keempat, analisis secara deskriptif digunakan kerana ia dapat
308
memerihalkan data tersebut dalam nilai skor min. Analisis tersebut dilakukan untuk
menilai tahap kesediaan guru dari segi minat, pengetahuan dan kemahiran
terhadap pelaksanaan DLP. Untuk soalan kajian kelima, analisis inferensi dilakukan
dengan menggunakan ujian-t bagi melihat perbezaan signifikan tahap kesediaan
guru berdasarkan jantina dan Analysis of Varian (ANNOVA) digunakan untuk
melihat tahap kesediaan guru berdasarkan tahap pendidikan dan juga pengalaman
mengajar.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan analisis latar belakang responden secara peratusan dan
kekerapan.
Jadual 1 Analisis latar belakang responden secara peratusan dan kekerapan
Pembolehubah Kekerapan Peratusan (%)
Jantina Lelaki 21 27.6
Perempuan 55 72.4
Tahap Pendidikan Diploma 7 9.2
Ijazah Sarjana Muda 64 84.2
Ijazah Sarjana 5 6.6
Pengalaman bawah 5 tahun 2 2.6
Mengajar 6 hingga 10 tahun 9 11.8
11 hingga 20 tahun 33 43.4
20 tahun ke atas 32 42.1
Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif dijalankan untuk meneliti tahap kesediaan guru Sains terhadap
pelaksanaan DLP di sekolah rendah dari aspek minat, pengetahuan dan kemahiran
guru tersebut. Jadual 2, Jadual 3, dan Jadual 4 menunjukan nilai min bagi tahap
kesediaan guru dari aspek minat, pengetahuan dan kemahiran. Nilai skor min bagi
pembolehubah minat adalah sebanyak 3.88 dengan sisihan piawai 0.72. Ini
menggambarkan tahap minat responden dalam kajian ini adalah pada tinggi. Nilai
skor min bagi pengetahuan pula adalah sebanyak 3.78 dengan sisihan piawai 0.62.
Nilai ini menggambarkan pengetahuan responden terhadap pelaksanaan DLP
Adalah tinggi. Manakala nilai skor min bagi kemahiran adalah 2.94 dengan sisihan
piawai 0.80, yang menggambarkan responden mempunyai kemahiran yang
sederhana terhadap pelaksanaan DLP.
Jadual 2 Minat Guru Terhadap Pelaksanaan DLP
BIL PERNYATAAN MIN SISIHAN INTERPRESTASI
PIAWAI Tinggi
1. Saya bersedia untuk 3.61 0.95
melaksanakan DLP di sekolah.
309
2. Saya menyokong pelaksanaan 3.71 1.00 Tinggi
DLP di sekolah.
0.99 Tinggi
Saya bersedia untuk memikul 1.01 Tinggi
3. tanggungjawab mentaksir murid 3.59 1.07 Sederhana
1.06 Tinggi
dalam pelaksanaan DLP. 1.06 Sederhana
4. DLP perlu diteruskan. 3.51 0.91 Tinggi
5. DLP tidak akan meningkatkan 3.34 0.88 Tinggi
beban kerja saya. 0.72 Tinggi
6. Saya perlu bekerja lebih masa 3.55
untuk melaksanakan DLP.
7. Pendedahan yang diberikan 3.36
kepada saya sudah mencukupi.
Saya ingin menjalani kursus dan
8. latihan yang dibuat oleh pihak 3.74
JPN atau PPD mengenai DLP.
9. Saya yakin dapat menguasai DLP 3.54
dengan mudah dan cepat.
KESELURUHAN 3.88
Jadual 3 Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan DLP
BIL PERNYATAAN Min Sisihan Piawai Interprestasi
1. Konsep DLP amat mudah untuk 3.49 0.85 Tinggi
difahami.
Saya tahu DLP merupakan program
yang memberi pilihan kepada
sekolah untuk menggunakan bahasa
2. Inggeris dalam pengajaran dan 4.00 0.76 Tinggi
pembelajaran (PdP) mata pelajaran
Sains dan Matematik yang
ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
310
Saya tahu Program DLP dilaksanakan
sebagai salah satu inisiatif di bawah
3. Dasar Memartabatkan Bahasa 4.08 0.72 Tinggi
Malaysia Memperkukuh Bahasa 0.73 Tinggi
Inggeris (MBMMBI). 0.74 Tinggi
Saya tahu pelaksanaan DLP 0.74 Tinggi
bertujuan untuk memberi peluang
4. meningkatkan penguasaan bahasa 4.03 0.86 Tinggi
Inggeris murid melalui PdP mata 1.03 Sederhana
pelajaran sains dan matematik. 0.91 Tinggi
0.98 Sederhana
saya tahu pelaksanaan DLP bertujuan 0.62 Tinggi
untuk memberi peluang kepada
5. murid untuk meningkatkan akses 4.05
bagi penerokaan pelbagai bidang
ilmu untuk peringkat global.
Saya tahu pelaksanaan DLP
6. bertujuan meningkatkan 4.05
kebolehpasaran murid dalam alam
pekerjaan.
Saya tahu sekolah hendaklah
menerima sekurang-kurangnya 15
7. permohonan secara bertulis daripada 3.63
ibu bapa/penjaga sebelum kelas yang
melaksanakan DLP boleh dibuka.
8. Pendedahan yang diberikan kepada 3.16
saya sudah mencukupi.
9. Bahan rujukan mengenai DLP perlu 4.13
diedar ke setiap sekolah.
10. Saya tahu cara merekod hasil kerja 3.26
murid dalam pelaksanaan DLP.
KESELURUHAN 3.78
Jadual 4 Kemahiran Guru Terhadap Pelaksanaan DLP
BIL PERNYATAAN Min Sisihan Piawai Interprestasi
0.85 Sederhana
1. Saya dapat berkomunikasi Bahasa 3.09
Inggeris dalam sebutan yang betul.
311
2. Saya boleh menerangkan proses sains 2.87 0.94 Sederhana
dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
0.94 Sederhana
Apabila mendapat bahan rujukan
0.89 Sederhana
3. dalam Bahasa Inggeris, saya tidak perlu 3.11 0.87 Sederhana
membacanya berulang kali untuk 0.86 Sederhana
0.95 Sederhana
memahaminya 0.93 Sederhana
0.80 Sederhana
4. Saya boleh menyoal dalam Bahasa 3.08
Inggeris dengan baik.
5. Saya selesa untuk memberi pendapat 2.86
dalam bahasa Inggeris
6. Saya yakin memberi penerangan dalam 2.91
Bahasa Inggeris.
7. Saya selesa apabila diajukan soalan 2.95
dalam bahasa Inggeris
Saya biasa menggunakan Bahasa 2.70
8. Inggeris dengan rakan sejawat yang
lain.
KESELURUHAN 2.94
Data di dalam jadual 5 pula merumuskan kesediaan guru dari aspek minat,
pengetahuan dan kemahiran. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan guru Sains
terhadap pelaksanaan DLP berada pada tahap tinggi.
Jadual 5 Tahap Kesediaan Guru Sains Terhadap Pelaksanaan DLP
Min Sisihan Piawai Interprestasi
Minat 3.51 0.59 Tinggi
Pengetahuan 3.78 0.52 Tinggi
Kemahiran 2.94 0.67 Sederhana
TAHAP KESEDIAAN 3.41 0.50 TINGGI
Analisis Inferensi
Analisis inferensi dijalankan untuk melihat perbezaan signifikan tahap kesediaan
guru berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.
Jadual 6 Ujian-T Perbezaan Tahap Kesediaan Guru Berdasarkan Jantina
Pembolehubah Jantina N Min SP Nilai T Sig P.
21 0.342
Tahap Kesediaan Lelaki 55 3.30 0.69 -0.956
perempuan 3.45 0.59
312
Ujian -T dilaksanakan untuk melihat perbezaan tahap kesediaan guru berdasarkan
jantina dan keputusan Ujian –T menunujukkan nilai signifikan (p=0.342, p>0.05). Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina.
Maka, dapat disimpulkan bahawa H01 diterima kerana tidak terdapat perbezaan
signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina.
Jadual 7 ANNOVA Perbezaan Tahap Kesediaan Guru Berdasarkan Tahap
Pendidikan
Antara JKD DK MKD F Sig.P
kumpulan 1.798 2 0.889 2.395 0.98
Dalam 27.402 73 0.375
kumpulan
29.200 75
Jumlah
Jadual 7 menunjukkan keputusan ujian ANNOVA Sehala untuk melihat perbezaan
tahap kesediaan guru berdasarkan Tahap Pendidikan dan keputusan ujian
menunjukkan nilai signifikan (p=0.98, p>0.05). Ini menunjukkan tidak terdapat
hubungan tahap kesediaan guru berdasarkan tahap pendidikan. Maka, dapat
disimpulkan bahawa H02 diterima kerana tidak terdapat perbezaan signifikan tahap
kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar.
Jadual 8 ANNOVA Perbezaan Tahap Kesediaan Guru Berdasarkan Pengalaman
Mengajar
Antara JKD DK MKD F Sig.P
kumpulan 0.455 3 0.152 0.380 0.768
Dalam
kumpulan 28.745 72 0.399
Jumlah 29.200 75
Jadual 8 menunjukkan keputusan ujian ANNOVA untuk melihat perbezaan tahap
kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar dan keputusan ujian
menunujukkan nilai signifikan (p=0.380, p>0.05). Ini menunjukkan tidak terdapat
hubungan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar. Maka, dapat
disimpulkan bahawa H03 diterima kerana tidak terdapat perbezaan signifikan tahap
kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar.
PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan tahap minat guru berada pada
tahap tinggi. Hasil dapatan menunjukkan guru menyokong bahawa guru
menyokong pelaksanaan DLP dan menyokong DLP perlu diteruskan. Hal ini
bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Nadiah dan Melor (2018) yang
menyatakan bahawa guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan
313
DLP dan majoriti guru bersetuju untuk menghadiri kursus berkenaan DLP yang
dilaksanakan oleh JPN atau PPD. Hasil dapatan juga menunjukkan tahap
pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi namun pendedahan yang
diberikan masih kurang mencukupi. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dibuat
oleh Jesica dan Hamidah (2017) yang menyatakan bahawa masih kurang seminar
atau kursus yang dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada guru
berkenaan DLP. Manakala, tahap kemahiran guru masih berada pada tahap
sederhana. Guru mengalami masalah untuk menerangkan konsep Sains dalam
bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh
Juliana, Rohaida, Fatiha & Durriyyah (2020) yang menunjukkan bahawa guru
mengalami masalah untuk mengajar matapelajaran Sains menggunakan bahasa
Inggeris. Hal ini adalah kerana, guru harus mahir menggunakan Bahasa Inggeris
semasa sesi pengajaran untuk menyampaikan konsep Sains dengan betul.
Bagi analisis inferensi, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan demografi iaitu jantina, tahap
pendidikan dan juga pengalaman mengajar. Kesemua hipotesis null bagi kajian ini
diterima. Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti guru Sains mempunyai tahap
pendidikan Ijazah Sarjana Muda dan tiada perbezaan signifikan tahap kesediaan
guru berdasarkan pengalaman mengajar kerana kebanyakan guru-guru yang sudah
lama berkhidmat pernah didedahkan dengan program Pengajaran Sains dan
Matematik (PPSMI).
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, tahap kesediaan guru Sains daerah
Tuaran terhadap pelaksanaan DLP berada pada tahap tinggi. Bagi aspek minat,
guru menunjukkan tahap minat yang tinggi di mana guru menyokong melaksanakan
DLP dan ingin melaksanakan DLP. Menurut Kishora (2020), minat guru yang
mendalam terhadap sesuatu program akan membantu mereka melaksanakannya
dengan bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, adalah penting untuk guru
menunjukkan minat terhadap pelaksanaan DLP bagi membolehkan guru dapat
melaksanakan dengan baik.
Seterusnya, kajian ini juga mengkaji berkenaan tahap kesediaan guru dari
segi pengetahuan di mana tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan berada
pada tahap yang tinggi. Pengetahuan guru berkenaan sesuatu program pendidikan
adalah kunci kepada kejayaan sesuatu program atau pedagogi (Margaret, 2012).
Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengetahui tahap kesediaan guru
terhadap aspek pengetahuan untuk memastikan program yang dirancang berjaya.
Di samping itu, tahap kesediaan dari aspek kemahiran menunjukkan tahap
sederhana di mana guru kurang bersedia dari segi kemahiran untuk menggunakan
bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Hal ini adalah
kerana, guru kurang yakin untuk menerangkan proses sains dalam bahasa Inggeris
dengan kerana, penerangan konsep sains perlu dijelaskan dengan betul kepada
murid supaya tidak berlaku miskonsepsi dalam kalangan murid (Samuel, 2015).
Pengkaji juga tertarik untuk menilai tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan
314
DLP berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar dan hasil
kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan DLP berada pada tahap tinggi. Kajian
berkenaan tahap kesediaan ini adalah penting kerana salah satu faktor yang
menyebabkan PPSMI gagal adalah kerana kurang kesediaan guru untuk
melaksanakan program tersebut (Juliana et.al, 2020). Oleh yang demikian, tahap
kesediaan guru perlu ditingkatkan sehingga guru mempunyai tahap kesediaan yang
sangat tinggi untuk melaksanakan DLP supaya program DLP dapat berjalan
dengan cemerlang dan dapat diteruskan
CADANGAN
Berikut ialah senarai ringkas cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil kira
sekiranya kajian seperti ini ingin dijalankan pada masa akan datang:
1. Mengkaji perbezaan tahap kesediaan guru yang mengajar di sekolah
bandar dan juga luar bandar.
2. Mengkaji perbezaan cabaran pelaksanaan DLP sekolah bandar dan luar
bandar.
3. Menjalankan kajian ini di lokasi yang berbeza untuk mengenalpasti tahap
kesediaan guru di daerah lain.
IMPLIKASI
Daripada hasil dapatan ini, pihak PPD, sekolah, IPG serta guru boleh mendapat
manfaat daripada kajian ini. Hasil kajian ini memberikan maklumat kepada pihak
PPD Tuaran berkenaan tahap kemahiran guru dalam melaksanakan DLP masih
berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, PPD boleh menggunakan
maklumat ini untuk menjalankan bengkel atau kursus yang bersesuaian untuk
meningkatkan kemahiran guru dalam menyampaikan konsep Sains dalam Bahasa
Inggeris
Seterusnya, hasil dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh pihak
sekolah untuk mempertimbangkan pelaksanaan DLP di sekolah dengan menilai
tahap kesediaan guru mereka. Pihak sekolah boleh meningkatkan sumber
infrastruktur dan juga bahan sokongan berkenaan DLP untuk meningkatkan minat,
pengetahuan dan kemahiran guru untuk melaksanakan DLP. Pihak sekolah juga
boleh mengenalpasti guru-guru yang kurang menguasai Bahasa Inggeris dan
menghantar mereka untuk menyertai kursus dan bengkel supaya dapat
meningkatkan kemahiran dan keyakinan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains
dalam Bahasa Inggeris.
Akhir sekali, maklumat kajian ini dapat digunakan oleh pihak Institut untuk
meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam Bahasa Inggeris. Guru pelatih bukan
sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris
dengan baik, malah perlu menerangkan konsep sains dengan betul dalam Bahasa
Inggeris dengan betul. Dengan itu, pihak IPG dapat melahirkan guru pelatih yang
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk melaksanakan DLP.
315
RUJUKAN
Jesica Gambong Unting dan Hamidah Yamat. (2017). DUAL LANGUAGE PROGRAMME
(DLP): TEACHERS’ VOICE. International Journal of Management and Applied
Science, 3(12), 97-101. Dimuat turun daripada
http://www.iraj.in/journal/journal_file/journal_pdf/14-431-151972220197-101.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Dimuat turun pada 16
Februari 22 daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kishora, K, B. (2020). A Special Role of Interest in Teaching as a Profession. International
Journal of Research and Review, 7(3), 2454-2237. Dimuat turun daripada
https://www.ijrrjournal.com/IJRR_Vol.7_Issue.3_March2020/IJRR0015.pdf
Maharam Mamat. (2016). Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu
Di UKM. Issues in Language Studies, 5(2), 28-42. Dimuat turun daripada
http://www.ils.unimas.my/images/pdf/v5n2/ILS_V5N2_Mamat.pdf
Margaret, W. (2012). Teacher knowledge as fundamental to effective teaching practice. J
Math Teacher Educ, 15, 181-185. DOI 10.1007/s10857-012-9217-0
Nor Hasikin Hamaludin & Roslinda Rosli. (2019). PENCAPAIAN DALAM PELAKSANAAN
DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Kemanusiaan 2019. Dimuat turun daripada
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/116-
KK_SISIPAN_NORHASIKIN_ETAL.pdf
Nadiah Hasbullah & Melor Md Yunus. (2018). Teachers’ Perception on the Implementation of
Dual Language Programme (DLP) in Urban Schools. Asian Sosial Science, 15(1),
24-31. doi:10.5539/ass.v15n1p24
Norhisham Shamsudin., Norazilawati Abdullah., Noraini Mohamed Noh. (2018). Kesediaan
Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Dual Languange Programme
(DLP). Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Suzana Halid., & Mohd Nassaruddin Parzi. (2020, Ogos, 3). Kementerian Pendidkan
Teruskan DLP. Berita Harian Online. Dimuat turun pada 5 Januri 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717546/kementerian-
pendidikan-teruskan-dlp
The Star. (2018). NUTP urges teachers to fact-check DLP. Dimuat turun pada 17 Januri 2022
daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/05/nutp-urges-teachers-
to-factcheck-dlp
316
KAJIAN CABARAN DAN TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM
PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM SEKOLAH RENDAH DAERAH TUARAN
Nur Hannani Binti Mukhtar, Ainon Binti Hadim
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Menurut Maszlee Malik (2019), Kementerian Pendidikan mendapati jumlah pelajar
yang mengambil mata pelajaran Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
(STEM) merosot saban tahun. Pada tahun 2018, hanya 44 peratus pelajar Malaysia
yang mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012. Guru merupakan
agen perubahan dalam melaksana dasar yang digubal oleh kerajaan dalam dunia
pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan cabaran yang dihadapi oleh
guru Sains dalam melaksanakan Pendidikan STEM di sekolah rendah dan
menentukan tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran guru
di sekolah rendah. Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan secara
rawak mudah digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat
dalam kajian ini adalah seramai 77 orang guru yang mengajar Sains di sekolah
rendah daerah Tuaran. Data telah dianalisis secara deskriptif. Analisis data
dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 28. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru
dalam aspek pengetahuan, tahap kesediaan sikap dan tahap kesediaan kemahiran
masing-masing adalah pada tahap yang tinggi (min=3.83), (min=3.97) dan
(min=3.55). Cabaran di sekolah secara keseluruhan pula berada pada tahap
sederhana iaitu min=3.03 dimana hanya aspek cabaran infrastruktur sekolah yang
mendapat skor tinggi manakala yang lain mendapat skor sederhana. Oleh itu,
tindakan segera seperti latihan dan kursus profesional yang berterusan serta
infrastruktur yang lengkap perlu disediakan untuk mengatasi cabaran dan
meningkatkan tahap kesediaan guru, agar pengajaran dan pembelajaran
pendidikan STEM lebih efektif dan bermakna.
Kata kunci: Pendidikan STEM, Cabaran, Kesediaan Guru
PENGENALAN
Menurut Adnan et al. 2016, pendidikan STEM perlu dimulakan daripada peringkat
awal kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka lebih banyak bertanya soalan
mengenai segala sesuatu kepada orang dewasa yang berada di persekitaran
mereka terutama ibu bapa. Dengan itu, pendekatan STEM membolehkan inkuiri
yang ditemui murid dapat diteroka secara lebih mendalam dan sistematik di
peringkat sekolah untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Aini Aziziah Ramli
et al. (2017), mendapati bahawa guru masih kurang bersedia dalam menerapkan
pendidikan STEM. Faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru bagi
melaksanakan pendekatan STEM di Malaysia antaranya pelaksanaan,
317
pembangunan profesionalisma guru Sains serta pembangunan dan pencapaian
kurikulum baharu yang mengintegrasikan keempat-empat disiplin dalam STEM.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Maszlee Malik (2019), Kementerian Pendidikan mendapati jumlah pelajar
yang mengambil mata pelajaran Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
(STEM) merosot saban tahun. Pada tahun 2018, hanya 44 peratus pelajar Malaysia
yang mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012. Dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kerajaan Malaysia
memperkenalkan dasar 60:40 Sains/Teknikal: Sastera dalam pendidikan sejak
1967, dan mula melaksanakan dasar tersebut pada 1970. Dasar ini merujuk
sasaran Kementerian untuk menambah nisbah murid yang mempunyai pendidikan
STEM yang signifikan berbanding murid yang memberi lebih tumpuan terhadap
Sastera. Malaysia meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan
sebagai pemacu untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju yang
mampu mendepani cabaran dan permintaan ekonomi yang dipacu oleh STEM.
STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. Pengetahuan STEM meliputi
pembentukan idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman. Kurikulum sedia ada
berhasrat agar dapat memberi murid pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
mencukupi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru
(Muhammad Saffuan Jaffar dan Siti Mistima Maat, 2019). Oleh itu, guru mempunyai
peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan STEM agar hasrat negara
membentuk murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif
I. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi guru Sains dalam pelaksanaan
Pendidikan STEM di sekolah rendah daerah Tuaran.
II. Mengenal pasti tahap kesediaan pengetahuan guru Sains sekolah rendah
daerah Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM.
III. Mengenal pasti tahap kesediaan sikap guru Sains sekolah rendah daerah
Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM.
IV. Mengenal pasti tahap kesediaan kemahiran guru Sains sekolah rendah
daerah Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM.
Soalan Kajian
I. Apakah cabaran yang dihadapi guru Sains dalam pelaksanaan Pendidikan
STEM di sekolah rendah daerah Tuaran?
II. Apakah tahap kesediaan pengetahuan guru Sains sekolah rendah daerah
Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM?
III. Apakah tahap kesediaan sikap guru Sains sekolah rendah daerah Tuaran
dalam pelaksanaan pendidikan STEM?
IV. Apakah tahap kesediaan kemahiran guru Sains sekolah rendah daerah
Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM?
318
METODOLOGI
Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dan dilaksanakan secara tinjauan.
Pengumpulan data kuantitatif dilaksanakan melalui pengedaran soal selidik atas
talian melibatkan guru Sains daerah Tuaran. Analisis deskriptif melalui nilai min
dilaksanakan bagi mengukur tahap cabaran dan tahap kesediaan guru Sains
terhadap pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah rendah dalam matapelajaran
Sains. Analisis dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 28. Bagi kajian ini, sampel kajian terdiri daripada guru yang
mengajar matapelajaran Sains sekolah rendah di daerah Tuaran. Penentuan jumlah
sampel kajian adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang
diperkenalkan oleh Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Berdasarkan jadual
tersebut, nilai minimum sampel bagi populasi 95 orang guru Sains sekolah rendah
daerah Tuaran adalah seramai 76 sampel.
Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang responden dengan nilai Alpha Conbard
ialah 0.941. Keputusan analisis ini menunjukkan bahawa items soal selidik
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan soal selidik dibuat melalui
semakan daripada pakar bidang STEM. Instrumen kajian yang digunakan adalah
soal selidik cabaran dan tahap kesediaan guru Sains. Instrumen ini terdiri daripada
3 bahagian iaitu bahagian A meliputi soal selidik tentang demografi responden,
bahagian B meliputi cabaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM berasaskan
empat pecahan iaitu kekangan masa, infrastruktur sekolah, kesediaan murid dan
juga kursus dan latihan. Bahagian terakhir adalah bahagian C yang meliputi soalan
tentang kesediaan guru dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran.
Bagi pengumpulan data, setelah kebenaran menjalankan kajian oleh PPD
diluluskan, soal selidik ditadbir terhadap responden menggunakan google form.
Wakil pegawai PPD iaitu jurulatih SISC+ menyebarluaskan soal selidik kepada
guru-guru daerah Tuaran. Dalam masa yang sama, pengkaji menghantar pautan
google form borang soal selidik melalui emel kepada seluruh sekolah rendah di
daerah Tuaran iaitu melibatkan sebanyak 43 buah sekolah.
Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif bersandarkan kepada lima
skala Likert seperti berikut:
1 – Sangat tidak setuju 2 – Tidak setuju 3 – Tidak pasti
4 – Setuju 5 – Sangat setuju
Jadual 1 Interpretasi skor min
Interpretasi Skor Min Sangat Rendah
Rendah
Skor min Sederhana
1.00 hingga 1.80 Tinggi
1.81 hingga 2.60 Sangat Tinggi
2.61 hingga 3.40
3.41 hingga 4.20
4.21 hingga 5.00
Sumber: Tschannen-Moran & Garies (2004)
319
Jadual 1 diatas menunjukkan interpretasi skor min yang digunakan dalam
menentukan tahap bagi cabaran, pengetahuan, sikap dan kemahiran berdasarkan
items soalan yang dijawab oleh responden.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Persoalan Kajian 1: Cabaran Yang Dihadapi Guru Sains dalam Pelaksanaan
Pendidikan STEM Matapelajaran Sains Sekolah Rendah
Jadual 2
Skor Min dan Sisihan Piawai dan Tahap setiap aspek cabaran dihadapi Guru Sains
Sekolah Rendah dalam pelaksanaan Pendidikan STEM.
Aspek Cabaran Min SP TAHAP
B1 Kekangan masa
2.91 0.941 Sederhana
B2 Infrastruktur sekolah
B3 Kesediaan murid 3.43 1.121 Tinggi
B4 Kursus dan Latihan 2.71 0.708 Sederhana
3.15 0.991 Sederhana
Keseluruhan 3.033 0.697 Sederhana
Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian bagi aspek cabaran. Dapatan kajian
menunjukkan antara keempat-empat aspek cabaran yang dihadapi guru Sains
sekolah rendah di daerah Tuaran, nilai min skor yang paling tinggi adalah aspek
infrastruktur dengan nilai skor sebanyak 3.43. Hal ini menunjukkan aspek
infrastruktur menjadi cabaran tinggi kepada guru-guru Sains dalam melaksanakan
pendidikan STEM di sekolah. Aspek lain juga menjadi cabaran kepada guru pada
tahap yang sederhana.
Jadual 3
Skor Min dan Sisihan Piawai dan Tahap setiap items soalan cabaran dihadapi Guru
Sains Sekolah Rendah dalam pelaksanaan Pendidikan STEM.
Items soalan Min SP TAHAP
B1 Kekangan masa 2.97 1.124 Sederhana
B1.1 Tidak dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk 2.99 1.019 Sederhana
2.74 1.044 Sederhana
Pendidikan STEM 2.96 1.229 Sederhana
B1.2 Tidak dapat merancang satu sesi PdP STEM dengan lengkap
B1.3 Tidak dapat melaksanakan sesi PdP Pendidikan STEM dengan berkesan 3.68 1.186 Tinggi
B1.4 Tidak dapat menghabiskan silibus yang telah ditetapkan 3.01 1.313 Sederhana
B2 Infrastruktur sekolah 3.61 1.309 Tinggi
B2.1 Alat radas bilik Sains yang tidak lengkap
B2.2 Kemudahan teknologi maklumat seperti LCD tidak disediakan oleh pihak 2.94 0.978 Sederhana
2.49 0.700 Rendah
sekolah 2.70 0.779 Sederhana
B2.3 Capaian internet yang disediakan kurang memuaskan
B3 Kesediaan Murid 3.17 1.069 Sederhana
B3.1 Kurang pelibatan dalam aktiviti PdP STEM
B3.2 Majoriti murid tidak berminat terhadap bidang STEM
B3.3 Pencapaian akademik murid yang kurang memberangsangkan
B4 Kursus dan Latihan
B4.1 Kurang mendapat pendedahan berkaitan Pendidikan STEM
320
B4.2 Kursus atau latihan pemantapan PdP Pendidikan STEM jarang ditawarkan 3.14 0.983 Sederhana
Berdasarkan jadual 3, item soalan B2.1 iaitu alat radas bilik Sains yang tidak
lengkap dan B2.3 iaitu capaian internet yang disediakan kurang memuaskan
mendapat skor min masing-masing adalah 3.68 dan 3.61. Kedua-dua soalan ini
yang mendapat tahap tinggi. Bagi item soalan B3.2 pula, majoriti murid tidak
berminat terhadap bidang STEM memperoleh tahap rendah. Ini menunjukkan
bahawa murid-murid sekolah rendah daerah Tuaran berminat dengan bidang
STEM.
Perbincangan Persoalan Kajian 1
Dapatan kajian ini menunjukkan cabaran dari aspek kekangan masa, kesediaan
murid dan kursus dan latihan bukanlah cabaran yang berada di tahap yang tinggi
bagi guru Sains sekolah rendah daerah Tuaran sebagaimana tertera dalam dalam
kajian lalu. Hal ini mungkin disebabkan oleh kursus yang disediakan untuk guru-
guru makin diperbanyakkan memandangkan pendidikan sedang bergerak ke arah
PPPM gelombang ketiga. Bagi aspek infrastruktur sekolah yang tidak lengkap
menjadi cabaran pelaksanaan pendidikan STEM, dapatan kajian ini adalah selari
dengan dapatan kajian oleh Siew et al. (2015), yang mana kajian mereka
menunjukkan antara cabaran dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan
projek iaitu salah satu ciri dalam pendidikan STEM adalah kekurangan kemudahan
dan infrastruktur di sekolah seperti makmal Sains yang lengkap. Kekurangan
kemudahan menghadkan aktiviti berasaskan STEM dirancang dan dilakukan oleh
para guru. Dapatan kajian ini juga seiring dengan dapatan kajian oleh Nistor et al.
(2018). Laporan tersebut mendapati masalah utama dalam melaksanakan
Pendidikan STEM adalah kekurangan infrastruktur. Kekurangan insfrastruktur
terutama internet menyukarkan penerokaan sumber yang luas untuk mencari
maklumat yang diperlukan dalam aktiviti STEM. Dapatan kajian oleh Khusnidar
(2019), cabaran dari segi penyediaan peralatan atau material untuk menjalankan
penyiasatan juga telah dihadapi oleh guru iaitu guru mengalami kekurangan
peralatan dan material semasa penyiasatan dijalankan apalagi semasa
menjalankan aktiviti hands-on yang memerlukan alat radas yang bersesuaian
dengan jumlah kanak-kanak.
Dapatan kajian minat murid ini tidak selari dengan dapatan kajian daripada Kubat
(2018), dimana dalam kajiannya murid-murid tidak berminat dengan STEM dan
kerja yang diberikan oleh guru akan diminta ibu bapa melaksanakannya dan hanya
mencari di internet. Perbezaan yang berlaku ini berkemungkinan atas faktor
pengetahuan guru. Dalam kajian ini, pengetahuan guru terhadap pelaksanaan
pendidikan STEM adalah pada tahap yang tinggi manakala dalam kajian Kubat,
pengetahuan guru dalam pelaksanaan pendidikan STEM adalah rendah.
Persoalan Kajian 2: Tahap kesediaan pengetahuan guru Sains sekolah rendah
daerah Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM
Jadual 4
Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Tahap Kesediaan
Pengetahuan Guru Sains Sekolah Rendah daerah Tuaran dalam pelaksanaan
Pendidikan STEM.
Items soalan Min SP Tahap
321
C1.1 Saya tahu definisi pendidikan STEM 3.82 0.773 Tinggi
C1.2 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM 3.81 0.779 Tinggi
C1.3 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM bersifat kesepaduan 3.71 0.723 Tinggi
C1.4 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM pembelajaran berasaskan inkuiri. 3.82 0.869 Tinggi
C1.5 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM berasaskan masalah. 3.84 0.844 Tinggi
3.83 0.818 Tinggi
C1.6 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM murid berkolaborasi dalam kumpulan
kecil. 3.90 0.867 Tinggi
3.60 0.831 Tinggi
C1.7 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM guru sebagai fasilitator.
C1.8 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM aplikasi penilaian alternatif.
C1.9 Saya tahu teori-toeri berkaitan pendidikan STEM. 3.61 0.797 Tinggi
C1.10 Saya tahu kepentingan melaksanakan pendidikan STEM. 3.97 0.827 Tinggi
C1.11 Saya tahu kelebihan melaksanakan pendidikan STEM. 3.95 0.809 Tinggi
C1.12 Saya tahu kaedah melaksanakan PdP pendidikan STEM. 3.81 0.844 Tinggi
C1.13 Saya tahu proses penilaian PdP pendidikan STEM. 3.71 0.809 Tinggi
C1.14 Saya tahu peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran 3.71 0.776 Tinggi
pendidikan STEM.
Keseluruhan 3.79 0.702 Tinggi
Berdasarkan analisis secara deskriptif dalam jadual 4, nilai min keseluruhan adalah
3.79 dengan sisihan piawai 0.702 yang meletakkan tahap pengetahuan guru-guru
Sains sekolah rendah daerah Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM adalah
di tahap yang tinggi. Min tertinggi adalah pada item soalan C1.10 iaitu Saya tahu
kepentingan melaksanakan pendidikan STEM. Ini menunjukkan guru-guru
mempunyai pengetahuan bahawa melaksanakan pendidikan STEM adalah satu
kepentingan. Min terendah bagi item soalan menguji tahap pengetahuan guru
adalah min=3.60 iaitu Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM aplikasi penilaian
alternatif. Walaupun ini merupakan min terendah bagi items soalan tahap
pengetahuan guru, ia tetap berada di tahap tinggi mengikut interpretasi skor min
dalam Jadual 2. Terdapat juga guru yang menjawab Tidak Setuju dengan peratus
sebanyak 7.8% iaitu bagi item soalan C1.4 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM
pembelajaran berasaskan inkuiri, C1.5 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM
berasaskan masalah, C1.8 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM aplikasi penilaian
alternatif dan C1.9 Saya tahu teori-toeri berkaitan pendidikan STEM.
Perbincangan Persoalan Kajian 2
Kajian menunjukkan guru-guru ini berpengetahuan dari segi definisi, ciri-ciri,
kepentingan, kelebihan, proses penilaian pengajaran dan pembelajaran serta
peranan guru berkaitan dengan pendidikan STEM. Guru sedar akan kepentingan
pendidikan STEM dilaksanakan di sekolah. Kajian ini berbeza dengan kajian lalu
oleh Shai’rah, N. (2015), yang menyatakan bahawa tahap pengetahuan guru bagi
aspek ciri-ciri pendidikan STEM adalah pada tahap sederhana.
Walaubagaimanapun, hasil kajian ini selari dengan kajian Mohd Fais Johari (2022),
pengetahuan guru tentang teori dan model STEM, Strategi pelaksanaan dan tahap
pengetahuan guru tentang penilaian pendidikan STEM berada pada tahap yang
tinggi dan masih boleh dipertingkatkan. Dapatan data yang menunjukkan ada
beberapa guru yang menanda tidak bersetuju dalam borang soal selidik
menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang memerlukan pendedahan terhadap
pengetahuan tentang pendidikan STEM. Sebagai contoh, ciri pendidikan STEM
berasaskan inkuiri. Guru perlu tahu kerana dalam aspek ini guru perlu bertindak
322
sebagai fasilitator yang membimbing murid menajalankan penyiasatan.
Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pendidikan STEM akan mempengaruhi
kesan keberkesanan pendidikan STEM.
Persoalan Kajian 3: Tahap kesediaan sikap guru Sains sekolah rendah daerah
Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM
Jadual 5
Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Tahap Kesediaan Sikap Guru
Sains Sekolah Rendah dalam pelaksanaan Pendidikan STEM.
Items soalan Min SP Tahap
C2.1 Pendidikan STEM memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. 4.01 0.752 Tinggi
C2.2 Pendidikan STEM melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran 4.09 0.710 Tinggi
4.04 0.768 Tinggi
C2.3 Pendidikan STEM menjadikan pembelajaran lebih terkait dan releven 4.08 0.791 Tinggi
C2.4 Pendidikan STEM sangat efektif dalam menarik minat murid terhadap kerjaya 4.08 0.757 Tinggi
berkaitan STEM. 3.60 1.016 Tinggi
C2.5 Pendidikan STEM dapat meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran murid. 3.68 0.993 Tinggi
C2.6 Saya sentiasa membuat inovasi dalam proses pengajaran Sains mengikut 3.87 0.965 Tinggi
kesesuaia topik yang diajar
3.93 0.744 Tinggi
C2.7 Saya sentiasa berbincang dengan guru lain bagi mengatasi kelemahan dalam
proses pengajaran STEM
C2.8 Saya bersedia bekerjasama dengan guru matematik dan guru Sains yang lain bagi
menjayakan pelaksanaan pendidikan STEM.
Keseluruhan
Dalam kajian ini, sikap guru terhadap pendidikan STEM dilihat daripada tiga aspek
iaitu persepsi guru terhadap pendidikan STEM (C2.1 hingga C2.3), keyakinan guru
terhadap pendidikan STEM (C2.4 dan C2.5) dan inisiatif yang diambil oleh guru
dalam pelaksanaan pendidikan STEM (C2.6 hingga C2.8). Berdasarkan jadual 5,
didapati persepsi, keyakinan dan inisiatif guru yang mewakili sikap guru terhadap
pendidikan STEM masing-masing berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min
keseluruhan adalah 3.93 dan sisihan piawai 0.744. Dari segi persepsi guru
terhadap pendidikan STEM, item soalan C2.2 Pendidikan STEM melibatkan murid
secara aktif dalam proses pembelajaran mendapat nilai min tertinggi iaitu 4.09.
Melihat kepada aspek keyakinan guru pula, interpretasi ke atas kedua-dua item
juga menunjukkan sikap yakin guru terhadap pendidikan STEM adalah tinggi.
Seterusnya, sikap guru dari segi inisiatif yang dilakukan guru dalam pelaksaaan
pendidikan STEM di sekolah juga menunjukkan berada pada tahap yang tinggi.
C2.6 iaitu Saya sentiasa membuat inovasi dalam proses pengajaran Sains
mengikut kesesuaia topik yang diajar menunjukkan nilai min yang paling rendah
antara semua aspek sikap guru terhadap pelaksaaan pendidikan STEM. Dalam
masa yang sama, dari segi inisiatif ini juga terdapat guru yang memberi respon
sangat tidak bersetuju. Oleh itu, sikap guru perlu lebih proaktif dalam melaksanakan
inisiatif terhadap pendidikan STEM.
Perbincangan Persoalan Kajian 3
323
Dapatan kajian adalah selari dengan dapatan kajian daripada Nur Fatahiyah. M. H.,
and Siti Nur Diyana Mahmud (2020), dimana dalam kajian tersebut, sikap guru
terhadap pendidikan STEM juga berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga
dengan kajian oleh yang mendapati guru STEM di sekolah pesisir pantai
mempunyai sikap yang tinggi dan dianggap positif terhadap pelaksanaan
pendidikan STEM. Sikap guru yang positif dari segi persepsi, keyakinan dan inisiatif
membantu guru lebih bersedia dalam melaksanakan pendidikan STEM. Menurut
Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM nilai STEM merujuk kepada akhlak dan sikap positif
yang diterapkan semasa PdPc seperti berani mencuba, beriltizam, konsisten,
inovatif dan sistematik. Untuk membentuk murid dengan sikap tersebut, guru
perlulah mempunyai sikap tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan guru menjadi
teladan kepada murid.
Persoalan Kajian 4: Tahap kesediaan kemahiran guru Sains sekolah rendah
daerah Tuaran dalam pelaksanaan pendidikan STEM
Jadual 6
Skor Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Tahap Kesediaan Kemahiran
Guru Sains Sekolah Rendah dalam pelaksanaan Pendidikan STEM.
Items soalan Min SP Tahap
C3.1 Saya mempunyai kemahiran dalam mempraktikkan pendidikan STEM bagi 3.26 1.005 Sederhana
mengajar subjek Sains.
3.57 0.96 Tinggi
C3.2 Saya mempunyai kemahiran memotivasikan murid supaya seronok belajar
Sains. 3.56 0.980 Tinggi
C3.3 Saya mempunyai kemahiran mengajar subjek Sains dengan menggunakan 3.49 0.883 Tinggi
teknik mudah. 3.69 0.921 Tinggi
3.48 0.821 Tinggi
C3.4 Saya mempunyai kemahiran dalam mengendalikan penggunaan bahan
bantu mengajar bagi melancarkan pendidikan STEM. 3.40 0.892 Sederhana
3.494 0.861 Tinggi
C3.5 Saya sentiasa bersedia berkongsi kemahiran dengan guru lain.
C3.6 Saya mempunyai kemahiran penggunaan komputer dalam proses PdP
untuk Pendidikan STEM.
C3.7 Saya berkemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut tahap
penguasaan melalui aktiviti pendidikan STEM.
Keseluruhan
Jadual 6 menunjukkan tahap kesediaan guru dari segi kemahiran. Pada
keseluruhannya, tahap kesediaan guru dari segri kemahiran berapa pada tahap
tinggi dengan min keseluruhannya adalah 3.494 dan sisihan piawai 0.861. Lima
daripada tujuh item memberikan skor min pada tahap tinggi dengan julat min antara
3.48 hingga 3.69. Item C3.1 Saya mempunyai kemahiran dalam mempraktikkan
pendidikan STEM bagi mengajar subjek Sains memberikan dapatan min paling
rendah iaitu 3.26 dengan interpretasi nilai tahap adalah sederhana. Selain itu, item
C3.7 juga mendapat tahap sederhana iaitu Saya berkemahiran membuat analisis
pencapaian murid mengikut tahap penguasaan melalui aktiviti pendidikan STEM.
Walaupun keseluruhan berada pada tahap yang tinggi untuk kesediaan dari segi
kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan pendidikan STEM, tetapi masih terdapat
ruang penambahbaikan yang perlu diambil oleh guru dalam meningkatkan
kemahiran mereka dari segi mempraktikkan pendidikan STEM dan membuat
analisis pencapaian menerusi aktiviti pendidikan STEM.
324
Perbincangan Persoalan Kajian 4
Dapatan data yang diperoleh adalah seiring dengan dapatan data kajian Tajudin,
A., & Abdullah, N. (2018), yang mengkaji kesediaan guru Sains sekolah rendah
terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke 21. Pengkaji membandingkan
dapatan dengan kajian ini kerana pendidikan STEM juga merupakan salah satu
keperluan dalam pembelajaran abad ke-21. Dalam kajian Ejiwale (2013),
menyatakan salah satu halangan terbesar dalam pelaksanaan pendidikan STEM
adalah kekurangan guru STEM yang berkelayakan. Dalam konteks kajian tersebut,
guru STEM berkelayakan merupakan seorang guru yang menguasai kemahiran
dan pengetahuan berkaitan STEM. Oleh itu, guru Sains daerah Tuaran merupakan
guru yang berkelayakan kerana menguasai kemahiran dan pengetahuan pada
tahap yang tinggi. Dengan itu, kesediaan guru dari aspek kemahiran bukanlah
halangan dalam pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah rendah daerah Tuaran.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini secara keseluruhan menunjukkan tahap pengetahuan,
sikap dan kemahiran guru Sains sekolah rendah daerah Tuaran adalah tinggi.
Setiap guru perlu memiliki pengetahuan yang luas dalam bidangnya bagi
membolehkan mereka mengaplikasikan dan menerapkan pengetahuan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru yang mengetahui ciri-ciri
pendidikan STEM, teori yang terlibat dalam pendidikan STEM, cara penilaian
pendidikan STEM membolehkan guru tersebut melaksanakan pendidikan STEM
dengan teratur dan lebih sistematik. Sikap positif guru terhadap dasar yang dibawa
oleh kementerian pendidikan bagi membangunkan pendidikan negara amat penting
kerana guru adalah pelaksana utama. Keberkesanan dasar yang dibawa oleh
kerajaan adalah bergantung kepada guru. Persepsi, keyakinan dan inisiatif yang
positif dan proaktif membantu guru dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan
STEM. Kemahiran yang tinggi seorang guru penting kerana guru merupakan
pemimpin di dalam bilik darjah. Guru akan memimpin proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang. Tahap kesediaan dari aspek kemahiran dalam
perancangan dan melaksanakan pendidikan STEM yang tinggi akan membantu
guru lebih yakin dalam mengendalikan PdP tersebut.
Cabaran yang dihadapi oleh guru Sains daerah Tuaran berada pada tahap yang
rendah. Ini menunjukkan cabaran itu wujud tetapi tidak menjadi penghalang kepada
pelaksaaan pendidikan STEM. Tidak dinafikan bahawa infrastruktur sentiasa
menjadi cabaran terutama di sekolah luar bandar yang tidak mendapat akses
kepada rangkaian internet yang luas. Dengan wujudnya cabaran ini, guru perlu
lebih kreatif dalam merancang pelaksanaan pendidikan STEM walaupun perlu
berdepan dengan kekurangan bahan bagi menjalankan aktiviti pendidikan STEM.
IMPLIKASI
Hasil dapatan keputusan kajian memberikan implikasi petunjuk bahawa guru Sains
mempunyai kesediaan yang tinggi dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran
dalam melaksanakan pendidikan STEM di sekolah rendah daerah Tuaran. Selaras
dengan persiapakan guru sebagai keperluan utama dalam perubahan ke arah
Gelombang Ke-3 PPPM, dapatan kajian ini dapat menjadi penanda aras bahawa
325
pendidikan STEM boleh diterapkan dan dilaksanakan oleh guru di sekolah. Dalam
pada itu, penilaian terhadap golongan guru tidak harus diabaikan. Guru perlu dinilai
prestasi kerja mereka bagi memastikan guru sentiasa bersedia dan berusaha
menjadi agen perubahan pendidikan negara. Walaubagaimanapun, tidak dapat
dinafikan terdapat juga kesediaan yang sederhana dari segi kemahiran. Oleh itu,
organisasi pendidikan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), perlu
merancang, merangka dan menganjurkan lebih banyak kursus atau bengkel untuk
memboleh guru menambah nilai pengetahuan dan kemahiran guru dalam
pelaksanaan pendidikan STEM. Menurut Sugumarie, Siti Nur Aisya & Razak, A.Z.,
(2014), latihan diperlukan apabila terdapat jurang di antara kompetensi, kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang dimiliki oleh guru dengan apa yang dijangkakan
daripada mereka. Jurang tersebut dapat dirapatkan melalui latihan dalam
perkhidmatan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6, Tahun 2005). Dicadangkan
pentadbir atau kerajaan untuk sentiasa memberikan sokongan kepada guru dalam
menjalankan pembangunan profesionalisme berterusan bermula daripada peringkat
daerah.
Dari sudut cabaran, dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa cabaran yang
dihadapi oleh guru Sains dalam pelaksanaan pendidikan STEM. Majoriti guru
merakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM adalah kekurangan dari
aspek infrastruktur. Kekurangan infrastruktur seperti alat radas di makmal akan
menyukarkan pelaksanaan aktiviti STEM. Dengan itu, guru haruslah bersikap
proaktif, inovatif dan kreatif dalam mencari bahan bantu mengajar yang boleh
digunakan bagi memastikan PdP dapat berjalan dengan baik. Dicadangkan juga
agar pihak kerajaan meringan cabaran guru dengan penyediakan peralatan
pembelajaran dan menyediakan keperluan bagi membolehkan aktiviti penyiasatan
yang membantu menimbulkan inkuiri murid dapat dijalankan dengan lebih baik.
CADANGAN
Cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
• menjalankan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menggunakan
analisis tematik bagi membolehkan pengkaji untuk lebih fokus kepada
cabaran dalam beberapa aspek.
• menambah soal selidik bahagian D iaitu aspek Kesediaan Pelaksanaan
Pendidikan STEM oleh guru di sekolah. Dengan itu, dapat menguji
hubungan hipotesis dan diuji menggunakan analisis korelasi.
RUJUKAN
Sugumarie, Siti Nur Aisya & Razak, A.Z., (2014). Penerimaan Guru Terhadap Latihan Dalam
Perkhidmatan dan Kesesuaian Aspek-Aspek Latihan Dalam Perkhidmatan. Journal of
Educational Research. 34. 63-81.
https://www.researchgate.net/publication/311614060_Penerimaan_Guru_Terhadap_L
atihan_Dalam_Perkhidmatan_dan_Kesesuaian_Aspek-
Aspek_Latihan_Dalam_Perkhidmatan
Adnan, M., Ayob, A., Tek, O. E., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Sheriff, J. (2016). Memperkasa
pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak: Kajian
kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum
PERMATA Negara. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space,
12(1), 29–36. http://journalarticle.ukm.my/9799/
326
Aini Aziziah Ramli, Johari Surif, Nor Hasniza, & Muhammad Abd Hadi Bunyamin (2017).
Teachers’ readiness in teaching stem education. Man in India. 97 (13). pp. 343-350.
ISSN 0025-1569. https://www.researchgate.net/publication/318886496
Ejiwale, J. A. (2013). Barriers to Successful Implementation of STEM Education. Journal of
Education and Learning, 64-68.
https://www.researchgate.net/publication/287545425_Barriers_To_Successful_Imple
mentation_of_STEM_Education
Khusnidar Muhammad Daud. (2019). Cabaran guru prasekolah dalam menerapkan
Pendidikan Stem. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(2), 25- 34.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/3146
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement. Small-Sample Techniques (1960). The
NEA Research Bulletin, Vol. 38.
https://home.kku.ac.th/sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf
Kubat, U. (2018). The integration of STEM into science classes. World Journal on
Educational Technology: Current Issues. 10(3), 165-173.
DOI:10.18844/wjet.v10i3.3557
https://www.researchgate.net/publication/328233584_The_integration_of_STEM_into
_science_classes
Maszlee Malik. (2019). Jumlah Pelajar Mengambil Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) Semakin Merosot. BPPDP BIL. (02) 2019, Edisi Mac-April.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/infomedia-bppdp/2019-
4/2301-infomedia-bil-02-mac-april-2019/file
Mohd Fais Johari. (2022). Prosiding e-Kolokium Pendidikan Sains. Kesediaan Guru Sains
dan Matematik dalam Pendidikan STEM dari aspek Sikap, Pengetahuan dan
Pengalaman Mengajar. https://anyflip.com/fmyxd/oywc/basic/151-200
Muhammad Saffuan Jaffar dan Siti Mistima Maat. (2019). Pendidikan STEM Bersepadu
melalui aktiviti projek kren hidraulik murid Tahun 6 Sekolah Rendah. Amalan Terbaik
Dalam Penambahbaikan Sistem Pendidikan
Nistor, A., Gras-Velazquez, A., Billon, N. & Mihai, G. (2018). Science, Technology,
Engineering and Mathematics Education Practices in Europe. Scientix Observatory
report. https://www.researchgate.net/publication/332189707_Nistor_A_Gras-
Velazquez_A_Billon_N_Mihai_G_2018_Science_Technology_Engineering_and_Math
ematics_Education_Practices_in_Europe_Scientix_Observatory_report
Nur Fatahiyah. M. H., and Siti Nur Diyana Mahmud, (2020) Kesediaan guru Sains dan
Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap
dan pengalaman mengajar. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 85-101. ISSN 0126-5008
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Tajudin, A., & Abdullah, N. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah terhadap
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik
Malaysia, 8(1), 82-97.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2193/1816
327
Shai’rah, N. (2015) Kesediaan Guru Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan STEM. Fakulti Pendiidkan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siew, N. M., Amir, N., & Chong, C. L. (2015). The perceptions of pre-service and inservice
teachers regarding a project-based STEM approach to teaching science.
SpringerPlus, 4(1), 1–20.
328
AMALAN IBSE MELALUI KIT LITAR CAHAYA DAPAT MENINGKATKAN
KEFAHAMAN MURID TAHUN LIMA TERHADAP TOPIK ELEKTRIK
Nurul Izzati Binti Zulkafle, Ainon Binti Hadim
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid Tahun 5
terhadap konsep Litar Bersiri dan Litar Selari dengan menggunakan Kit Litar
Cahaya melalui penerapan amalan Inquiry Based Science Education (IBSE)
semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Model Kurt Lewin (1946) telah
digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Seramai 4 orang murid Tahun 5 yang
terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan di sebuah sekolah di daerah
Tuaran telah dipilih sebagai peserta kajian. Kaedah pengumpulan data adalah
ujian pra-pasca, soal selidik dan temubual. Data bagi ujian pra-pasca dan soal
selidik dianalisis secara kuantitatif manakala data temubual dianalisis secara
kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap peserta kajian menunjukkan
peningkatan dalam markah ujian pasca dan dapatan ini juga disokong dengan
temubual. Dapatan temubual dan soal selidik menunjukkan bahawa amalan
pengajaran guru terhadap konsep elektrik telah bertambah baik. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan Kit Litar Cahaya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan tahap pencapaian peserta kajian dan
menambahbaik amalan pengajaran guru terhadap konsep Litar Bersiri dan Litar
Selari. Cadangan kajian lanjutan adalah menyebarluaskan penggunaan kit Litar
Cahaya dan menyelitkan latih tubi dalam penggunaan Kit Litar Cahaya.
Kata Kunci: Litar Bersiri, Litar Selari, Kit Litar Cahaya
PENGENALAN
Konteks
Pengkaji ditugaskan mengajar kelas Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains
yang terdiri daripada murid yang mempunyai kecerdasan yang sederhana. Melalui
pemerhatian pengkaji semasa menjalankan PdPc, terdapat sebahagian murid-
murid dapat menguasai dengan baik konsep litar bersiri dan litar selari. Namun,
masih terdapat juga sebilangan murid yang sukar untuk memahami konsep litar
bersiri dan litar selari. Perkara ini sudah tentu membimbangkan saya oleh kerana
kemungkinan besar pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran yang dilaksanakan
sebelum ini kurang efektif dan relevan. Lantaran itu, saya telah mengambil
keputusan untuk melaksanakan kajian tindakan berkaitan dengan kaedah yang
dapat membantu dan memudahkan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) bagi topik ini.
Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai adalah penting jika
pengajar ingin membantu pelajarnya mencapai objektif–objektif pengajarannya (Ee
Ah Meng, 1992). Di samping itu, Qasim (1998) juga menyarankan bahawa strategi
pengajaran yang pelbagai merupakan satu elemen yang penting bagi menyesuai
329
padankan dengan keadaan setiap individu yang datang untuk menimba ilmu
pengetahuan di institusi pengajian tersebut.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah mendapat peluang mengajar mata pelajaran Sains bagi salah satu kelas
tahun 5 semasa praktikum Fasa 1. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran,
saya telah memberikan satu latihan pengukuhan di bawah topik litar bersiri dan litar
selari yang perlu disiapkan oleh murid secara individu. Latihan pengukuhan yang
dijalankan adalah melibatkan Standard Kandungan 5.2.1 di dalam Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 iaitu mengenal pasti susunan
mentol secara bersiri dan selari dalam litar elektrik lengkap dan 5.2.3 iaitu
membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
Apabila selesai sesi perbincangan dan menyemak soalan, saya mendapati
terdapat sebilangan murid yang mendapat markah rendah bagi soalan latihan
pengukuhan tersebut. Setelah meneliti dengan lebih terperinci kertas jawapan
murid, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai konsep litar
bersiri dan litar selari dengan baik. Hal ini kerana, murid-murid mudah tertukar
antara konsep litar bersiri dan litar selari. Dalam masa yang sama, komen daripada
guru pembimbing dan rakan-rakan telah mencungkil idea untuk saya mencari jalan
penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang dihadapi ini.
Setelah bertungkus lumus mencari idea, akhirnya saya mendapati
pelaksanaan kaedah pengajaran melalui bermain adalah merupakan salah satu
kaedah terbaik dilaksanakan dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini disokong Aliza
(2013), pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah
lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah
sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Syariza Hani Shair (2017),
melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara yang
berkaitan dengan aktiviti permainan yang dilakukan.
Pengumpulan Data Awal
Berikut adalah merupakan tiga alat kajian yang digunakan:
I. Ujian bertulis
Graf Markah Ujian Diagnostik
Bilangan Murid 10 9
7
52 2 2
0
0-19 20-39 40-59 60-79 80-100
Julat Markah
330
Setelah keputusan markah murid diperolehi, terdapat 4 orang murid berada dalam
gred G dan E iaitu gagal. Markah bagi empat murid tersebut ditunjukkan dalam
jadual dibawah.
Jadual 2 Markah bagi empat orang murid yang memperolehi gred E dan G.
Markah Peratus Tahap Pencapaian Murid Simbol Murid
(14/14) (%)
16 Sangat Lemah 3 Peserta Kajian 1
2 22 Sangat Lemah 11 Peserta Kajian 2
2 20 Sangat Lemah 16 Peserta Kajian 3
3 17 Sangat Lemah 19 Peserta Kajian 4
2
Dapatan markah yang diperoleh daripada keempat-empat murid ini
menunjukkan bahawa ia tidak melebihi daripada empat markah. Hal ini secara
jelasnya menunjukkan tahap kefahaman mereka masih lagi sangat lemah dan
cetek.
II. Ujian lisan
Ujian lisan dijalankan secara bersemuka kepada empat orang murid yang terdiri
daripada dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Setiap soalan yang
ditanyakan membawa pemberat satu markah.
Jadual 8 merupakan Jumlah Markah Terkumpul Ujian Lisan
Peserta Kajian (P) Jumlah Markah Terkumpul Ujian Lisan
Peserta Kajian 1 2
Peserta Kajian 2 3
Peserta Kajian 3 2
Peserta Kajian 4 3
Tahap pemahaman dan pengetahuan keempat-empat peserta kajian masih lagi
berada pada tahap yang rendah berdasarkan keputusan ujian lisan ini.
III. Penelitian Dokumen
Hasil analisis data daripada senarai semak diwakilkan dalam bentuk peratus. Data
yang diperolehi dipersembahkan pada Jadual 9 dan 10.
Jadual 9
Analisis penelitian dokumen sebelum intervensi bagi persoalan kajian satu
Item Lembaran Kerja PK1 PK2 PK3 PK4
B SB S B SB S
Dapat menyatakan secara / // /
bertulis jenis litar bersiri
berdasarkan gambarajah litar.
Dapat menyatakan secara / // /
331
bertulis jenis litar selari
berdasarkan gambarajah litar
Dapat melakar dua daripada // / /
empat simbol komponen litar
Dapat menyatakan satu ciri litar / / //
bersiri secara bertulis
Dapat menyatakan satu ciri litar / / //
selari secara bertulis
Frekuensi 23 1 4 3 2 3 2
Peratus (%) 40 60 20 80 60 40 60 40
Analisis penelitian dokumen bagi persoalan kajian dua boleh dilihat pada Jadual 10.
Analisis penelitian dokumen sebelum intervensi bagi persoalan kajian kedua
Item Lembaran Kerja PK1 PK2 PK3 PK4
B SB S B SB S
Memadankan ciri litar bersiri / // /
mengikut aspek
Memadankan ciri litar selari / // /
mengikut aspek
Membandingkan ciri litar bersiri / / //
dan litar selari secara bertulis
Memilih litar yang paling sesuai / / /
dalam kegunaan rumah
Menyatakan inferens secara // //
bertulis berkaitan dengan litar
pilihan
Mengelaskan jenis litar // / /
berdasarkan gambarajah litar
Frekuensi 42 1 5 4 2 3 3
Peratus (%) 67 33 17 83 67 33 50 50
Secara keseluruhannya, kesemua peserta kajian mengalami masalah untuk
menjawab dengan betul item soalan pertama hingga keenam yang merupakan item
soalan pada pelbagai aras seperti aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, dan
menilai.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini adalah berfokus kepada murid Tahun 5 yang tidak dapat memahami
konsep litar bersiri dan litar selari. Secara asasnya, murid tidak dapat memahami
secara mendalam mengenai susunan mentol dalam litar bersiri dan selari serta
membanding dan membezakan kecerahan mentol untuk kedua-dua litar.
Berdasarkan penelitian dokumen, salah satu masalah yang dihadapi oleh murid
332
adalah kurangnya aktiviti secara hands-on dijalankan untuk topik ini. Mempelajari
teori sahaja tidak mencukupi bagi seseorang individu untuk menjadi kompeten atau
mahir dalam hands-on skills (Abdul Samad Hanif et al, 2016). Tambahan pula, topik
litar bersiri dan litar selari yang bersifat abstrak ini menyebabkan murid-murid sukar
untuk memahami dengan mendalam sekiranya guru hanya menggunakan
penerangan secara teori sahaja.
Justeru itu, penggunaan kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar
yang sesuai serta konkrit adalah sangat signifikan bagi memastikan objektif-objektif
pengajaran tercapai. Oleh itu, Kit Litar Cahaya digunakan bagi mengatasi masalah
kefahaman murid terhadap konsep litar bersiri dan litar selari. Menurut Charles
Muling Libau dan Ying Leh Ling (2010) bahan bantu mengajar diperlukan untuk
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Kit Litar Cahaya
mempunyai tiga elemen yang signifikan seperti kebolehtadbiran, kepentingan, dan
kebolehgunaan yang dapat meningkatkan lagi keberkesanannya terhadap peserta
kajian.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif umum
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 5
terhadap konsep elektrik dengan menggunakan Kit Litar Cahaya semasa
Pengajaran dan Pembelajaran Sains.
Objektif Khusus
I. Meningkatkan kefahaman murid dalam mengenalpasti ciri komponen dan
susunan lengkap litar bersiri dan selari dengan menggunakan Kit Litar Cahaya.
II. Meningkatkan kefahaman murid dalam membanding bezakan kecerahan dan
susunan mentol bagi litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan Kit Litar
Cahaya.
III. Mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan Kit Litar Cahaya semasa
mempelajari topik Litar Bersiri dan Litar Selari.
Soalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
I. Adakah Kit Litar Cahaya dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap
konsep litar bersiri dan litar selari?
II. Adakah penggunaan Kit Litar Cahaya dapat membantu murid untuk
mengenalpasti perbezaan ciri-ciri litar bersiri dan litar selari dengan lebih
mudah?
III. Apakah persepsi murid dalam memahami topik litar bersiri dan litar selari
selepas menggunakan Kit Litar Cahaya?
PESERTA KAJIAN
Penyelidikan ini disasarkan kepada 4 orang murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah
yang berada dalam daerah Tuaran. Keputusan ujian bertulis bagi murid-murid ini
dipersembahkan melalui Jadual 12
Jadual 12 Keputusan murid dalam ujian awal
Gred Markah (%) Tahap Pencapaian Jumlah Catatan
333
murid
A 80-100 Cemerlang 2
B 65-79 Baik 7
C 50-64 Memuaskan 5
D 40-49 Mencapai Tahap Minimum 4
E 0-39 Belum Mencapai Tahap Minimum 4 Dipilih menjadi
peserta kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Secara ringkasnya, sebelum mengaplikasikan Kit Litar Cahaya dalam pembelajaran
saya telah menguji tahap pengetahuan peserta kajian dengan menggunakan ujian
pra. Setelah mendapat keputusan pencapaian peserta kajian, saya terus
memperkenalkan Kit Litar Cahaya kepada mereka. Pengaplikasian Kit Litar Cahaya
dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan berpandukan beberapa langkah
seperti berikut.
Bil Aktiviti Catatan
1. Merancang strategi waktu Sesi PdPc Sains Tahun 5 adalah sebanyak empat
waktu dalam seminggu
melaksanakan kajian dan
mengumpul data.
2. Pemilihan peserta kajian Pemilihan dijalankan setelah mendapat
berdasarkan pencapaian keputusan melalui ujian pengumpulan data
mereka. awal
Surat kebenaran untuk ibu bapa atau penjaga
4. Mendapatkan persetujuan disampaikan melalui peserta kajian dan surat
peserta kajian dan ibu persetujuan ditandatangani oleh
bapa atau penjaga mereka. peserta kajian.
Kemaskini instrumen pengumpulan data
5. Mengemaskini instrumen bertujuan untuk meningkatkan lagi kesahan
pengumpulan data instrumen dengan merujuk kepada penyelia
dan pakar bidang.
6. Melaksanakan sesi PdPc Ujian pra mengandungi dua bahagian soalan
Sains tanpa menggunakan objektif dan soalan subjektif
Kit Litar Cahaya dan
memberi Ujian Pra menulis Catatan dalam refleksi RPH adalah sebagai
kepada murid pendokumentasian kepada guru untuk
memudahkan rujukan kelak.
7. Pengumpulan data melalui
ujian pra dicatat Termasuk dalam sesi intervensi untuk peserta
dalam refleksi Rancangan kajian.
Pengajaran Harian (RPH).
Soalan ujian yang berbeza
8. Melaksanakan sesi PdPc daripada ujian pra tetapi menggunakan soalan
Sains menggunakan Kit Litar
Cahaya
9. Melaksanakan Ujian Pasca
terhadap murid di luar
334
waktu PdPc. yang sama aras.
10. Mengadakan temubual dan soal Instrumen kajian yang mengukuhkan lagi
selidik bersama dengan peserta dapatan kajian.
kajian
11. Menganalisis hasil dapatan untuk Proses menganalisis data dengan bantuan
ujian pasca, temubual dan soal gambarajah dan jadual yang bersesuaian.
selidik.
12. Mengemaskini hasil analisis Memastikan ketepatan data yang dikumpul
dapatan dan menyemaknya
semula.
13. Menyediakan draf laporan Perbincangan bersama penyelia dan rakan-
kajian tindakan. rakan.
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra-Pasca
Jadual 20: Perbandingan Ujian Pra-Pasca
Bil Peserta kajian Markah (%) Peningkatan
(%)
Ujian Pra Gred Ujian Pasca Gred
1. P1 44 C 85 A +41
2. P2 30 D 70 B +40
3. P3 37 D 73 B +36
4. P4 43 C 80 A +37
Min markah 39 77 +39
Berdasarkan Jadual 20, keempat-empat peserta kajian menunjukkan peningkatan
yang ketara dari segi peratusan markah ujian pra-pasca. Peningkatan peratus ini
telah membuktikan bahawa Kit Litar Cahaya dapat meningkatkan penguasaan
murid terhadap topik litar bersiri dan litar selari dari segi kefahaman setelah sesi
intervensi dijalankan. Hal ini disokong dengan jawapan borang soal selidik peserta
kajian di bawah tema penguasaan.
Markah, % 100 85 70 73 80
80 30 37 43
60 44 P2 P3 P4
40 Peserta Kajian
20
0
P1
Markah Pra Makah Pasca
335
2: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra-Pasca
Berdasarkan peratusan ujian pra dan ujian pasca bagi kesemua peserta
kajian, berlaku peningkatan daripada tahap pencapaian yang sederhana kepada
tahap pencapaian yang sangat baik dan tahap pencapaian yang lemah kepada
tahap yang baik. Dalam hal ini, tidak terdapat sebarang peserta kajian yang
keciciran atau menunjukkan penurunan dalam peratusan markah ujian pra-pasca.
Analisis Data Temubual Bersama Peserta Kajian
Bagi menjawab soalan kajian pertama, saya telah menetapkan item soalan satu
dan dua dalam protokol temubual untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap
jenis dan ciri litar bersiri dan litar selari. Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian
kedua, soalan ketiga hingga keenam telah ditetapkan dalam protokol temubual
untuk menguji tahap penguasaan peserta kajian dalam membanding dan
membezakan konsep litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan Kit Litar
Cahaya. Item soalan temubual adalah seperti berikut:
Jadual 24: Senarai Item Soalan Sesi Temubual Bersama Peserta Kajian
Bil Item Soalan
1. Guru menunjukkan gambarajah litar bersiri
Apakah jenis litar yang terdapat dalam gambarajah ini? (KB: Mengingati)
(Persoalan Kajian Satu)
2. Guru menunjukkan gambarajah litar selari
Apakah jenis litar yang terdapat dalam gambarajah ini? (KB: Mengingati)
(Persoalan Kajian Satu)
3. Nyatakan satu ciri bagi litar bersiri dan litar selari. (KB: Mengingati)
(Menjawab Persoalan Kajian Dua)
4. Apakah perbezaan bagi litar bersiri dan litar selari? (KB: Memahami)
(Menjawab Persoalan Kajian Dua)
5. Jelaskan satu perbandingan ciri litar bersiri dan litar selari. (KB: Memahami)
(Menjawab Persoalan Kajian Dua)
6. Mengapakah mentol dalam litar selari lebih cerah berbanding dengan mentol dalam
litar bersiri? (KB: Memahami)
(Menjawab Persoalan Kajian Dua)
Analisis dan Interpretasi Temubual Bersama Peserta Kajian Terhadap Tahap
Kefahaman Murid Tahun 5 dalam Konsep Litar Bersiri dan Litar Selari
Jadual 27 merupakan analisis terhadap tahap kefahaman murid Tahun 5 terhadap
konsep litar bersiri dan litar selari. Proses analisis data temubual adalah melibatkan
langkah pengekodan, pengurangan data dan paparan data. Saya telah
menggunakan beberapa tema untuk mengkategorikan tahap kefahaman peserta
kajian terhadap konsep litar bersiri dan litar selari. Tema yang dikategorikan adalah
seperti berikut:
I. Jenis litar berdasarkan gambarajah
II. Ciri litar bersiri dan litar selari
336
III. Perbezaan litar bersiri dan litar selari dengan mengunakan ayat
perbandingan
IV. Menjelaskan sebab perbezaan kecerahan mentol bagi litar bersiri dan litar
selari
Berdasarkan jadual paparan data, keempat-empat peserta kajian dapat menjawab
semua soalan ujian lisan degan betul dan baik. Hal ini menunjukkan tahap
penguasaan peserta kajian dalam kemahiran bertulis dan bertutur adalah selari dan
seimbang. Justeru itu, secara keseluruhannya kesemua peserta kajian dapat
meahami dengan baik topik litar bersiri dan litar selari setelah meggunakan Kit Litar
Cahaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Analisis Data Soal Selidik
Soal selidik yang dilaksanakan telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dan
digunakan bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu:
Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menganalisis data
dengan menggunakan kaedah frekuensi (f). Item-item soal selidik yang digunakan
dikategorikan kepada tiga tema utama iaitu perasaan, komunikasi dan penguasaan
murid.
Jadual 32: Tiga Tema Utama Dalam Instrumen Soal Selidik
TEMA ITEM
1.Perasaan murid 1,2,3
2. Komunikasi dalam kalangan murid 4,5,6
3. Penguasaan murid 7,8
Berdasarkan keputusan item-item soal selidik bagi tiga tema iaitu perasaan,
komunikasi dan penguasaan peserta kajian selepas menggunakan Kit Litar
Cahaya. Majoriti daripada peserta kajian bersetuju dan sangat bersetuju dengan
item-item borang soal selidik. Hal ini menunjukkan bahawa, kesemua peserta kajian
bersetuju dengan ketiga-tiga tema yang telah diperincikan dalam borang soal
selidik. Justeru itu, secara keseluruhannya kesemua peserta kajian mempunyai
persepsi yang baik terhadap kebolehgunaan, kebolehtadbiran dan kepentingan Kit
Litar Cahaya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
REFLEKSI
Selepas penggunaan Kit Litar Cahaya, peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan subtopik ciri litar bersiri dan litar selari serta
perbandingan antara litar bersiri dan litar selari. Sekiranya direnung kembali
pencapaian peserta-peserta kajian ini sebelum pelaksanaan intervensi, mereka
merupakan peserta kajian yang mendapat markah rendah di dalam ujian yang telah
dilaksanakan sebelum intervensi dijalankan.
Kit Litar Cahaya adalah merupakan alat hands-on yang memerlukan
penglibatan peserta kajian secara aktif oleh kerana asas kepada penggunaan kit ini
adalah berbentuk kaedah bermain. Dalam hal ini, saya telah menyedari
bahawasanya penglibatan peserta kajian secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
337
pembelajaran adalah sangat penting. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan
daripada Beard and Senioa (1980) di dalam Precious Ng Jing LU (2017)
melaporkan bahawa kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar
yang berkemungkinan besar dapat menggerakkan peserta kajian untuk belajar atau
mengekalkan motivasi yang baik ialah, kaedah yang melibatkan mereka dengan
aktif. Dengan adanya Kit Litar Cahaya ini, diharapkan ia dapat membantu dan
memudahkan guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan
bagi topik ini.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan yang boleh dijalankan adalah dengan membesarkan saiz papan
Kit Litar Cahaya untuk memudahkan lagi proses murid membina litar secara
berkumpulan. Seterusnya, saya turut mencadangkan untuk menambahbaik
kekuatan dan kestabilan ‘thumb tack’ yang berfungsi sebagai laluan penyambungan
wayar penyambung. Dalam pada itu, tindakan susulan yang perlu dilaksanakan
adalah dari segi pelaksanaan latih tubi secara lebih kerap supaya dapat melatih
murid untuk membiasakan diri menjawab pelbagai jenis soalan mengikut aras
soalan Taksonomi Bloom. Dalam masa yang sama, tindakan susulan yang wajar
dilakukan adalah dengan menyebarluaskan penggunaan Kit Litar Cahaya kepada
sekolah-sekolah yang berdekatan untuk menguji tahap keberkesanan secara
meluas. Dalam masa yang sama, penyebarluasan kit ini adalah sebagai salah satu
modus operandi untuk mendapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan guru sains
yang lain secara lebih efektif.
338
RUJUKAN
Abdul Samad Hanif., & Mohamed NorAzhari Azman et al. (2016). Kit Pemantauan
Penyambungan Litar Elektrik: Satu Kajian Efikasi Alat Bantu Mengajar.Jurnal
Penyelidikan Masyarakat. 12 (3), 69-78.
Aliza Ali & Sharifah Nor. (2013). Pemahaman dan Persepsi Guru Tentang
Pendekatan Bermain dalam Pengajaran. Jurnal Penyelidikan 14(84), 1-18.
Amaral, O. M., & Garrison, L. (2007). Missing the forest for the trees. Journal of Science
Education and Technology, 16(2), 155 – 169.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
sains tahun lima. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Betna Adiguna., & Panggung Sutapa. (2019), Challenges Of Inquiry Based Learning In
Physical And Health Education. Jurnal Pendidikan.10(41), 97- 115.
Charles Muling Libau., & Ying Leh Ling. (2010). Peranan Bahan Bantu Mengajar Kualiti
Dan Persekitaran Maklum Balas Dalam Meningkatkan
Pembelajaran Pelajar. Jurnal Pendidikan, 2(11), 1-9.
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Selangor:
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
339