The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-28 00:01:51

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2018 (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) DAN (SAINS SEKOLAH RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP 2022

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Keywords: Sains,Matematik

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai (Kementerian Pendidikan Malaysia,2019).

d. Langkah-Langkah Aktiviti PdP Berdasarkan Model Konsep Kartun
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains yang dirancang adalah

berdasarkan model 5E. Model ini dipilih kerana model instruksional 5E ini
merupakan sebuah pendekatan berasaskan penyelidikan yang membolehkan
pelajar mengembangkan pemahaman konseptual mereka sendiri melalui
penyelidikan dan aktiviti inkuiri (Fareed Mohamed Nawastheen, Sharifah Nor Puteh
and Tamby Subahan Mohd. Meerah, 2014). Berdasarkan model 5E, model konsep
kartun digunakan pada fasa penglibatan yang merupakan fasa pertama model 5E.
Durasi masa bagi fasa penglibatan adalah sekitar 5 minit ke 15 minit. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah menggunakan pendekatan
inkuiri dengan kaedah konsep kartun. Daripada aktiviti pengajaran ini, kemahiran
saintifik yang diterapkan adalah kemahiran meramal dan kemahiran membuat
hipotesis. Bahan bantu mengajar yang diperlukan oleh guru adalah terdiri daripada
konsep kartun yang ditayangkan dalam bentuk Google Meet dan konsep kartun
dalam bentuk Google Form.

Bagi tujuan kajian tindakan ini, pengkaji telah menjalan dua intervensi
dengan menggunakan konsep kartun yang berbeza pada tajuk, standard
kandungan dan standard pembelajaran yang sama (KPM,2019).

i. Tajuk: 6.0 Haba
ii. Standard kandungan: 6.1 Haba dan Suhu
iii. Standard pembelajaran: 6.1.5 Membuat kesimpulan tentang

kesan ke atas bahan apabila menerima haba dan apabila
kehilangan haba dengan menjalankan aktiviti.
iv. Intervensi
Intervensi 1: Konsep Kartun (Jar from The Refrigerator)
Intervensi 2: Konsep Kartun (Dented Ping Pong Ball)

Perjalan aktiviti PdP menggunakan konsep kartun adalah berdasarkan
kepada tiga daripada lima langkah-langkah yang disarankan oleh Keogh dan Naylor
(1999). Perlaksanaan aktiviti PdPc dan cadangan dialog murid serta guru adalah
seperti berikut (dialog ini adalah berdasarkan konsep kartun pada rajah 1):

● Peringkat Pertama: Pengenalan ringkas mengenai konsep kartun yang
digunakan oleh guru.
Guru: Ini adalah konsep kartun. Konsep Kartun ini menggambarkan sebiji
bola pingpong yang kemek dan diletakkan dalam air panas. Ramalkan
apakah yang bakal terjadi kepada bola ping pong yang kemek setelah bola
tersebut diletakkan dalam air panas?
Guru: Adakah murid bersetuju dengan ramalan A iaitu bola ping pong
tersebut akan cair, atau murid bersetuju dengan ramalan B iaitu bola ping
pong akan menjadi lebih kecil. Jika murid tidak bersetuju dengan kedua-dua
ramalan tersebut, apakah ramalan lain yang difikirkan betul?

● Peringkat Kedua: Pelajar diberi ruang untuk memikirkan konsep kartun dan
seterusnya membincangkan idea.
Guru: Murid diberi masa untuk berfikir apakah yang bakal berlaku kepada
bola ping pong yang kemek setelah diletakkan dalam air panas.

190

● Peringkat Ketiga: Proses interaksi dan intervensi di antara guru dan murid
melalui komunikasi lisan melalui Google Meet dan komunikasi bertulis
melalui Google Form.
Guru: Baik, kita akan mulakan sesi perbincangan, adakah mana-mana
murid yang bersetuju dengan ramalan A, sila angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: (nama murid) terangkan ramalan anda/ kenapakah (nama murid)
mengatakan bola ping pong akan cair setelah dimasukkan ke dalam air
panas?
Murid: (Penerangan kepada ramalan)
Guru: (Maklum balas terhadap respon murid)
Dialog bagi pilihan jawapan A diulang bagi pilihan jawapan B dan C.
Seterusnya bagi membolehkan murid melakukan hipotesis, dialog yang
digunakan adalah:
Guru: Berdasarkan konsep kartun ini apakah hipotesis yang dapat
dilakukan? Sesiapa yang ingin berkongsi hipotesis boleh angkat tangan.
Murid: (Angkat tangan)
Guru: Apakah Hipotesis (nama murid)?
Murid: (murid menyatakan Hipotesis)

Respon murid terhadap konsep kartun secara komunikasi bertulis pula
dikumpul melalui tugasan berbentuk Google Form. Google Form ini mengandungi
konsep kartun dan tiga soalan struktur berkaitan dengan konsep kartun. Soalan
struktur bertujuan (1) menguji kemahiran murid melakukan ramalan berdasarkan
konsep kartun, (2) penjelasan terhadap ramalan yang dilakukan dan (3) kemahiran
murid menghasilkan hipotesis berdasarkan situasi dalam konsep kartun secara
bertulis.

e. Kaedah Mengumpul Data dan Kaedah Menganalisis Data
Kaedah pengumpulan data yang terlibat merupakan kaedah analisis

dokumen dan kaedah pemerhatian. Kesemua kaedah pengumpulan data ini
dijalankan semasa intervensi satu dan intervensi dua. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan diringkaskan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Soalan kajian, kaedah mengumpul data dan instrument

Soalan kajian Kedah instrument

1. Adakah konsep kartun dapat meningkatkan Analisis Rakaman video

kemahiran murid tahun 5 dalam membuat Dokumen intervensi pertama dan

ramalan dan hipotesis secara komunikasi kedua

lisan.

2. Adakah konsep kartun dapat meningkatkan Analisis Hasil kerja bertulis murid

kemahiran murid tahun 5 dalam membuat Dokumen melalui Google Form

ramalan dan hipotesis secara komunikasi

bertulis.

3. Apakah trend penglibatan murid Pemerhatian Senarai semak

dalam PdP sepanjang menggunakan model Rekod anekdot
konsep kartun dalam 2 intervensi yang

dijalankan.

Menurut Othman Lebar (2018) analisis data merujuk proses

mengorganisasikan data dalam rangka bagi mendapatkan pola-pola atau bentuk-

bentuk tertentu. Kaedah analisis data yang digunakan dipaparkan pada Jadual 2.

191

Jadual 2: Kaedah Menganalisis Data

Kedah Instrument Kaedah Menganalisis

Analisis Rakaman sesi soal jawab Analisis kualitatif
Dokumen lisan Analisis kandungan

Analisis Hasil kerja bertulis murid Analisis kualitatif
Dokumen melalui Google Form Analisis kandungan
Pemerhatian Senarai semak Carta palang intervensi melawan
putara penglibatan murid
• Rekod anekdot Catatan pada bahagian nota reflaktif

DAPATAN KAJIAN
Pendekatan yang digunakan bagi analisis kualitatif adalah analisis

kandungan. Analisis kandungan yang dijalankan adalah berdasarkan kekerapan
kod yang terhasil daripada transkripsi video intervensi dan hasil kerja murid. Bagi
menganalisis kemahiran murid dalam membuat ramalan dan hipotesis secara
komunikasi lisan dan bertulis terdapat tiga kategori kod yang digunakan iaitu
kemahiran membuat ramalan, kemahiran memberikan penjelasan terhadap ramalan
dan kemahiran membuat hipotesis. Setiap kategori dipecahkan kepada konsep
saintifik, kerangka alternatif dan tiada jawapan. Bahagian kerangka altenatif
terbahagi kepada dua iaitu jawapan yang menepati kemahiran saintifik dan jawapan
yang tidak tidak menepati kemahiran saintifik. Hasil analisis kandungan pada
intervensi pertama dan intervensi kedua dipaparkan sebagaimana dalam Jadual 3
dan Jadual 4. Dapatan pemerhatian pula dianalisis melalui analisis kualitatif dan
analisis kuantitatif. Hasil analisis dipaparkan pada rajah 3 dan dirumuskan pada
bahagian dapatan pemerhatian.

a. Dapatan Terhadap Kemahiran Murid Dalam Membuat Ramalan Dan
Hipotesis Secara Komunikasi Lisan

Jadual 3: Perbandingan Hasil Analisis Kandungan Terhadap Transkripsi Video

Intervensi Pada Intervensi Pertama Dan Intervensi Kedua

Kategori Sub Kategori Intervensi 1 Intervensi 2 Analisis

(peratus,%) (peratus,%)

Kemahiran Konsep saintifik 15 5 Menurun

membuat

ramalan Kerangka alternatif 5 20 Meningkat

Tiada jawapan 80 75 Menurun

Memberi Konsep saintifik 5 0 Menurun

penjelasan

terhadap Kerangka alternatif 15 20 Meningkat

ramalan Tiada jawapan 80 80 Mendatar

Kemahiran Konsep saintifik 0 0 Mendatar

membuat

hipotesis Kerangka alternatif 5 10 Meningkat

Tiada jawapan 95 85 Menurun

Paparan Jadual 3 menunjukkan perbandingan hasil analisis kandungan

pada intervensi pertama dan intervensi kedua. Perbandingan analisis kandungan

menunjukkan peratusan murid yang berjaya membuat ramalan dan penjelasan

berdasarkan konsep saintifik menurun dari intervensi pertama ke intervensi kedua.

Bagi kemahiran membuat hipotesis secara lisan, peratusan murid berjaya membuat

192

penyataan hipotesis yang memenuhi konsep saintifik kekal pada kosong peratus
pada kedua-dua intervensi. Sub kategori kerangka alternatif menunjukkan
peningkatan pada ketiga-tiga kategori. Hal ini selaras dengan penurunan jumlah
murid yang tidak menjawab soalan secara lisan pada kategori kemahiran membuat
ramalan dan kemahiran membuat hipotesis. Hasil analisis ini membuktikan bahawa
penglibatan dan kemahiran murid membuat ramalan dan hipotesis secara
komunikasi lisan meningkat dari intervensi pertama ke intervensi kedua. Walau
bagaimanapun, ramalan, penjelasan dan hipotesis yang dihasilkan oleh murid tidak
memenuhi konsep saintifik.

b. Dapatan Terhadap Kemahiran Murid Dalam Membuat Ramalan Dan

Hipotesis Secara Komunikasi Bertulis.

Jadual 4: Perbandingan Hasil Analisis Kandungan Terhadap Transkripsi hasil kerja

Pada Intervensi Pertama Dan Intervensi Kedua

Kategori Sub Kategori Intervensi 1 Intervensi 2 Analisis

(peratus,%) (peratus,%)

Kemahiran Konsep saintifik 15 15 Mendatar

membuat

ramalan Kerangka alternatif 15 30 Meningkat

Tiada jawapan 50 35 Menurun

Memberi Konsep saintifik 15 10 Menurun

penjelasan

terhadap Kerangka alternatif 15 40 Meningkat

ramalan Tiada jawapan 55 35 Menurun

Kemahiran Konsep saintifik 5 5 Mendatar

membuat

hipotesis Kerangka alternatif 30 35 Meningkat

Tiada jawapan 50 40 Menurun

Paparan Jadual 4 menunjukkan perbandingan hasil analisis kandungan
pada intervensi pertama dan intervensi kedua. Perbandingan analisis kandungan
menunjukkan peraturan murid yang berjaya membuat ramalan, penjelasan dan
hipotesis yang menepati konsep saintifik tidak menunjukkan peningkatan dari
intervensi pertama ke intervensi kedua. Sub kategori kerangka alternatif
menunjukkan peningkatan pada ketiga-tiga kategori. Hal ini selaras dengan
penurunan jumlah murid yang tidak menjawab soalan secara bertulis pada ketiga-
tiga kategori. Hasil analisis ini membuktikan bahawa penglibatan dan kemahiran
murid membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi bertulis meningkat dari
intervensi pertama ke intervensi kedua. Walau bagaimanapun, ramalan, penjelasan
dan hipotesis yang dihasilkan oleh murid tidak memenuhi konsep saintifik yang
ditetapkan.

c. Dapatan Pemerhatian
Keputusan kajian terhadap penglibatan murid secara komunikasi lisan telah

dijalankan melalui analisis kuantitatif dan analisis kualitatif. Analisis kuantitatif
dilakukan melalui data skala nominal melalui pengiraan purata penglibatan murid
melalui komunikasi lisan pada sesi intervensi pertama dan sesi intervensi kedua.
Skala nominal digunakan bagi mewakili kategori (Mok S. S., 2010). Angka 1 pada
senarai semak mewakili murid melibatkan diri secara lisan semasa sesi soal jawab.
Manakala angka 0 pada senarai semak mewakili murid tidak melibatkan diri secara

193

lisan semasa sesi soal jawab. Oleh itu analisis terhadap rekod senarai semak dapat
dipaparkan sebagaimana dalam Rajah 3.

Purata 0.32 Penglibatan
0.3

0.28
0.26
0.24
0.22

Intervensi 1 Intervensi 2

Rajah 3: Carta Palang Purata Penglibatan Murid Secara Lisan
Purata penglibatan murid pada intervensi pertama dibandingkan dengan
purata penglibatan murid pada intervensi kedua dalam bentuk carta palang purata
penglibatan murid melawan intervensi. Daripada Rajah 3 purata penglibatan murid
secara lisan pada intervensi pertama adalah sebanyak 0.25. Manakala, purata
penglibatan murid secara lisan pada intervensi kedua adalah sebanyak 0.30.
Daripada carta palang pada Rajah 3 menunjukkan trend penglibatan murid secara
komunikasi lisan bertambah dari intervensi pertama ke intervensi kedua. Selain itu
daripada rekod senarai semak menunjukkan murid yang melibatkan diri semasa
sesi soal jawab pada intervensi pertama adalah berbeza dengan intervensi kedua.
Hal ini menunjukkan tidak berlakunya dominasi daripada sekelompok kecil murid
semasa sesi perbincangan menggunakan konsep kartun.

Hasil analisis kualitatif pula mendapati penggunaan konsep kartun dapat
menjimatkan masa, merangsang penglibatan murid melalui komunikasi lisan,
meningkatkan kemahiran saintifik murid dan meningkatkan keyakinan murid.

d. Rumusan dapatan kajian

Jadual 5: Rumusan dapatan kajian

Soalan kajian Dapatan kajian

1 Adakah konsep kartun dapat meningkatkan kemahiran murid Ya

tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara

komunikasi lisan?

2 Adakah konsep kartun dapat meningkatkan kemahiran murid Ya.

tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara

komunikasi bertulis?

3 Apakah trend penglibatan murid dalam PdP sepanjang Trend

menggunakan model konsep kartun dalam dua intervensi yang penglibatan:

dijalankan? Meningkat

REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan analisis daripada pengumpulan data awal, membuktikan

kaedah penyoalan lisan tanpa bantuan rangsangan berbentuk visual gagal

merangsang penglibatan murid dalam komunikasi lisan semasa sesi soal jawab.

Oleh itu, kaedah konsep kartun wajar diaplikasikan dalam pedagogi, terutamanya

bagi PdP yang menggunakan pendekatan inkuiri. Hal ini demikian kerana, kaedah

konsep kartun ini telah terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan dan komunikasi bertulis.

Kaedah ini juga berjaya meningkatkan penglibatan murid secara komunikasi lisan

194

dan komunikasi bertulis. Penglibatan murid yang ditunjukkan tidak menunjukkan
dominasi dari sekelompok kecil murid.

Selain itu, kaedah konsep kartun juga dapat memberi kesan positif terhadap
PdP. Kesan positif tersebut merangkumi perubahan sikap positif murid, dimana
melalui kaedah konsep kartun murid lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi.
Kaedah ini juga mendatangkan kesan positif terhadap aspek pengurusan PdP. Ini
kerana melalui penggunaan kaedah ini, masa PdP dapat dijimatkan. Dapatan kajian
ini selaras dengan dapatan kajian Norfarah, N, Mohd Ali, S, dan Chong, L. Y,
(2019).

Walau bagaimanapun hasil dapatan kajian tindakan menunjukkan ramalan
dan hipotesis yang dihasilkan oleh murid tidak memenuhi konsep saintifik yang
ditetapkan. Hasil dapatan ini disokong daripada kajian penggunaan konsep kartun
dalam mata pelajaran Fizik oleh Sebnem Kandil Ingec (2008). Berdasarkan hasil
kajian ini, korelasi antara pencapaian ujian dengan konsep kartun adalah rendah.
Hal ini kerana, konsep kartun menguji pengetahuan pelajar daripada perspektif
konsep manakala ujian pencapaian mengukur tahap pengetahuan pelajar berkaitan
topik (Sebnem Kandil Ingec, 2008). Oleh yang demikian, ramalan dan hipotesis
yang dihasilkan oleh murid pada intervensi dipengaruhi oleh konsep awal yang
dibawa oleh murid. Konsep awal ini akan mengganggu dan menghalang murid
mentafsir segala maklumat dari sudut pandangan idea, konsep dan kepercayaan
sedia ada yang telah wujud (Heng L. L., 2016). Dalam kajian ini, ramalan dan
hipotesis yang memenuhi konsep saintifik tidak menjadi mendatori. Hal ini kerana,
tindakan membina hipotesis merupakan salah satu peringkat awal dalam peringkat
inkuiri dalam PdP di bilik darjah selepas pernyataan masalah. Setelah itu murid
dikehendaki merancang dan melaksanakan strategi dan teknik yang dapat menguji
hipotesis yang dibina (Siti Mariam Mahamood dan Roslinda Rosl, 2017).

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Daripada dapatan kajian menunjukkan kemahiran murid dalam membuat

ramalan dan hipotesis melalui komunikasi lisan dan bertulis meningkat dari
intervensi pertama ke intervensi kedua. Walaubagaimanapun, peningkatan yang
berlaku adalah kecil. Menyedari hal ini, lebih banyak intervensi perlu diambil bagi
memperkukuhkan kemahiran murid dalam membuat ramalan dan hipotesis dengan
mengaplikasikan kaedah konsep kartun pada pembelajaran yang menggunakan
pendekatan inkuiri.

Selain itu, kedah konsep kartun juga boleh dikembangkan melalui tema-
tema atau topik-topik yang lain. Ciri utama kaedah konsep kartun yang menjadikan
kaedah ini sesuai diaplikasikan pada tema-tema lain adalah kaedah ini bersifat
luwes (flexible) dan menggunakan pembelajaran berperantara (mediated learning)
yang disesuaikan untuk suatu pembelajaran individu atau kumpulan (Ong Eng Tek
et. al,2013). Oleh yang demikian, kaedah konsep kartun boleh diubah suai
berdasarkan topik atau sab topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini juga boleh
diubah suai bersesuaian dengan keperluan murid.

RUJUKAN
Arshad Jais,Noraffanday Yahaya dan m.n. Hasan. (2014). Pendekatan inkuiri dan teknik

penyoalan guru: isu dan perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kimia In: 1st International Education Postgraduate Seminar 2014,
23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

195

Abdul Murad Bin Abd Hamid. (2013). Pembangunan Dan Penilaian Komik Penceritaan
Digital Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Teori Konstruktivisme Bagi
Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas. (Unpublished
dissertation). Universiti Teknologi Malaysia.

Babakr, Zana H., Mohamedamin Pakstan, dan Kakamad Karwan. (2019). Piaget’s Cognitive
Developmental Theory: Critical Review. In: Education. The Asian Institute of
Research Education Quarterly Reviews. 3(3): 517-524.

David H.Gliessman dan Richard C.Pugh. (1987). Conceptual Instruction And Intervention As
Methods Of Acquiring Teaching Skills. International jornal of education research.
11(5): 555-563.

Fareed Mohamed Nawastheen, Sharifah Nor Puteh and Tamby Subahan Mohd. Meerah.
(2014). Teachers’ Levels of Use of the 5E Instructional Model in the
Implementation of Curriculum Reforms in Sri Lanka. Research Journal of Applied
Sciences, Engineering and Technology. 7(17): 3561-5370.

Heng. L.L. (2016). Strategi Penghujahan Saintifik Terhadap Perubahan Konseptual Konsep
Asid Dan Bes. (Unpublished dissertation).Universiti Teknologi Malaysia.

Keogh, B., & Naylor, S. (1999). Concept cartoons, teaching and learning in science: an
evaluation. International Journal of Science Research, 21(4), 431-446.

Knieper, T. (2002). Die politische Karikatur. Eine journalistische Darstellungsform und deren
Produzenten. [Political caricature. A journalistic product and its producers]. Köln:
von Halem Verlag.

Kay Burke. (2009). How to Assess Authentic Learning. : Thousand Oaks. Corwin Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.

Purajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muhammad Sofwan Mahmud dan Aida Suraya Md. Yunus. (2018). Penyoalan Lisan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Sebuah Tinjauan Literatur.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 13/2018. (1) 2180-2270: 131-141.
Norehan Mohd Nasir dan Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (7): 416 –
421.DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.854
Norfarah, N, Mohd Ali, S, Chong,L. Y. (2019). Concept Cartoon- A Constructivist Strategy To
Enhance Positive Attitude Towards Science In Malaysia: An Ancova Repeated
Measures Approach. International Journal of Education, Psychology and
Counseling. 4(27): 28-40.
Nor’Anira Haris. (2019). Malaysian Animated TV Series: Upin & Ipin Through Piaget’s
Cognitive Development. Journal Of E-Learning And Higher Education.
2019(2019): 1-9.
Othman Lebar. (2018). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ong Eng Tek, Rosmawati Muhammad Kharuddin, Sabri Salleh, dan Nurulhuda Abd Rahman.
(2013). Keberkesanan Penggunaan Modul Kartun Dalam Meningkatkan
Pencapaian Biologi Pelajar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. 3(1)
95-111.
Sebnem Kandil Ingec. (2008). Use Of Concept Cartoons As An Assessment Tool In Physics
Education. XIII. IOSTE Symposium. 5(11) : 47-53.
Siti Najihah Jamal ,Nor Hasniza Ibrahim ,Johari Bin Surif. (2019). Concept Cartoon In
Problem-Based Learning:A Systematic Literature Review Analysis Journal of
Technology and Science Education. 9(1):51-58.
Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan
Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurna
Pendidikan Bahasa Melay. (1)1: 51-65.

196

PENGGUNAAN ODRITRELLO SEBAGAI ALAT PENGURUSAN BAHAN PDPR
DALAM MATAPELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Audrie Sison, Dr Ronald Yusri Batahong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Insitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan mengetahui potensi inovasi OdriTrello sebagai alat
pengurusan bahan PdPR murid dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini merangkumi
aspek persepsi pelajar PISMP Sains (SK) (responden kumpulan pertama) terhadap
penggunaan OdriTrello dalam PdPR, setelah meninjau kepada pengalaman serta
kekangan yang dihadapi oleh mereka apabila menggunakan platform m-
pembelajaran semasa praktikum maya fasa II. Kajian ini diteruskan dalam kalangan
guru sains sekolah rendah (responden kumpulan kedua) bagi mendapatkan
maklum balas mengenai keberkesanan penggunaan OdriTrello dalam PdPR
setelah inovasi ini diaplikasikan selama seminggu PdPR di sekolah masing-masing.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif iaitu melalui kaedah soalan subjektif
berstruktur temu bual secara dalam talian (google form) sebagai instrumen kepada
14 orang pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2018 IPG Kampus Kent, Tuaran dan
dua orang guru Sains sekolah rendah daripada SK Pekan Nabawan Keningau dan
SK Tempasuk I, Kota Belud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi
OdriTrello sebagai alat pengurusan bahan PdPR adalah amat baik dalam kalangan
responden kumpulan pertama dan keberkesanannya sebagai alat pengurusan
bahan PdPR bagi mata pelajaran Sains turut mendapat maklum balas baik
daripada responden kumpulan kedua. OdriTrello ini dipercayai boleh dikembangkan
fungsinya kepada skop lain seperti pelaksanaan PBL murid secara jarak jauh.

Kata Kunci: OdriTrello, PdPR, persepsi, keberkesanan, kualitatif

PENGENALAN

Pandemik COVID-19 telah membawa banyak perubahan langsung dalam
pendidikan. Transisi penggunaan teknologi telah berlaku secara drastik dan
seterusnya mengubah pengajaran tradisional kepada pengajaran moden.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR merupakan usaha yang
dilakukan oleh KPM untuk meneruskan misi dan visi pendidikan negara. Berikutan
daripada itu, KPM telah mengeluarkan garis panduan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada penghujung tahun 2020, diikuti
penambahbaikan PdPR 2.0 pada awal tahun ini sehinggalah PdPR 3.0 (Ghani,
2021). Paradigma baharu ini telah menjadi alternatif kepada pembelajaran semasa
dan norma baharu, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang mana setiap murid mendapat akses pendidikan dengan
mengikuti pendidikan setara walaupun dari rumah.

Jaka Kusuma dan Hamdiah (2020) mendapati bahawa pembelajaran secara terus
iaitu Zoom lebih baik jika dibandingkan dengan pembelajaran melalui WhatsApp

197

semasa pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, Jaka Kusuma et al. (2020)
mencadangkan supaya proses pembelajaran perlulah menggabungkan kedua-dua
kaedah ini iaitu dengan menggunakan Zoom dan juga WhatsApp agar proses PdP
lebih lengkap dan berkesan. Namun begitu, keterbatasan capaian internet untuk
membolehkan PdP melalui Zoom atau Google Meet adalah agak sukar bagi murid
di sekolah luar bandar Hazura (2012). Hal ini jelas menunjukkan bahawa, akses
pendidikan yang setara di bandar dan luar bandar dapat direalisasikan melalui
kerjasama daripada pelbagai pihak serta pelaburan yang betul oleh agensi kerajaan
dan organisasi swasta dalam membangun infrastruktur yang diperlukan bagi
memenuhi PPPM (2013-2025).

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis data kajian, jadual 4.3.1.2 aplikasi Whatsapp
menjadi pilihan responden kumpulan pertama semasa praktikum maya fasa II.
Penggunaan aplikasi WhatsApp dalam pendidikan menggalakkan interaksi berlaku
tetapi ia kurang berkesan jika ke arah pengurusan bahan PdPR murid disebabkan
oleh keterbatasan fitur yang bersesuaian. Ini disokong melalui pengalaman
pengkaji sendiri semasa praktikum fasa II iaitu penggunaan aplikasi WhatsApp
sebagai alat pengurusan bahan PdPT tidak sesuai bagi mata pelajaran Sains.
Jadual 3.7.1.1 menunjukkan responden kumpulan pertama mengalami kekangan
yang sama ketika menggunakan m-pembelajaran semasa praktikum fasa II.

Oleh yang demikian, templat OdriTrello yang berasaskan web Trello telah
dibangun bagi membantu menyelesaikan keterbatasan dalam aplikasi WhatsApp
tersebut. Rentetan itu, kajian ini akan meninjau pengalaman pelajar PISMP Sains
Ambilan Jun 2018 menggunakan m-pembelajaran yang disyorkan di sekolah
masing-masing semasa praktikum II serta mengkaji persepsi mereka berkenaan
dengan penggunaan OdriTrello dalam PdPR khususnya untuk mata pelajaran
Sains. Kajian ini diteruskan dalam kalangan guru sains sekolah rendah SK Pekan
Nabawan, Keningau dan SK Tempasuk II, Kota Belud bagi mengetahui
keberkesanan penggunaan OdriTrello dalam PdPR untuk mata pelajaran Sains
setelah ia diaplikasikan semasa seminggu PdPR di sekolah masing-masing.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah merangkumi aspek berikut:

i. Meninjau pengalaman pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018
terhadap medium m-pembelajaran yang digunakan di sekolah semasa
praktikum fasa II bagi mata pelajaran Sains.

ii. Mengkaji persepsi pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 terhadap
penggunaan OdriTrello sebagai alat pengurusan bahan PdPR murid
khususnya dalam mata pelajaran Sains.

iii. Menilai keberkesanan penggunaan OdriTrello semasa PdPR sebagai alat
pengurusan bahan PdPR murid ke atas guru sekolah rendah di dua buah
sekolah.

198

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah pengalaman pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 terhadap
medium m-pembelajaran yang digunakan di sekolah semasa praktikum
fasa II bagi mata pelajaran Sains?

ii. Apakah persepsi pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 terhadap
penggunaan OdriTrello sebagai alat pengurusan bahan PdPR murid
khususnya dalam mata pelajaran Sains?

iii. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan OdriTrello ini boleh dijadikan
sebagai alat pengurusan bahan PdPR sepanjang tempoh pelaksanaan
PdPR terhadap dua orang guru sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual
berstruktur dalam talian (google form) sebagai alat pengumpul data dan bahan
kepustakaan untuk mengaitkan serta mengukuhkan data yang diperoleh. Kumpulan
responden pertama adalah seramai 14 orang pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan
Jun 2018, iaitu terdiri daripada 3 orang siswa dan 11 orang siswi IPG Kampus, Kent
Tuaran. Fokus kajian bagi responden pertama ini ke arah soalan kajian 1 dan 2.
Kumpulan responden kedua pula adalah daripada dua orang guru sains sekolah
rendah di SK Tempasuk I, Kota Belud dan SK Pekan Nabawan, Keningau kerana
sekolah berkenaan masih menjalani PdPR selama seminggu. Responden
kumpulan kedua ini difokuskan kepada soalan kajian 3. Kajian ini menggunakan
kaedah temu bual berstruktur dalam talian (Google Form) ke atas pelajar PISMP
Sains (SK) Ambilan Jun 2018 di IPG Kampus Kent, Tuaran serta dua orang guru
sains sekolah rendah di SK Nabawan Keningau dan SK Tempasuk I, Kota Belud.
Soalan temu bual berstruktur ini telah disemak dan mendapatkan pengesahan
daripada pensyarah bidang (Lampiran F). Pengujian ini dilakukan ke atas seorang
pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 dan seorang guru sekolah rendah
melalui teknik pilot test. Instrumen ini mendapat kebolehpercayaan yang baik
kerana kedua-dua responden mampu menjawab soalan dan memenuhi kehendak
soalan di dalam Google Form. Pengkaji membina items soalan berdasarkan
kepada skop kajian dan seterusnya melakukan pilot test untuk menguji items soalan
ke atas dua orang responden. Melalui pilot testing ini, pengkaji dapat mengenal
pasti sama ada soalan yang dibina dapat difahami atau sebaliknya. Pengkaji
melakukan perbincangan semula dengan penyelia sebagai lanjutan untuk
mengubah soalan-sekiranya perlu agar soalan mudah difahami oleh responden.

Kebenaran temu bual responden perlu dilakukakn melalui borang kebenaran dalam
pautan Google Form yang diberikan (Lampiran H). Setelah mendapat kebenaran,
pengkaji akan menghubungi responden berkenaan dan memberikan pautan Google
Form untuk diisi. Pengisian Google Form adalah dalam tempoh seminggu sahaja.
Kemudiaan, penganalisisan data dilakukan melalui pengekodan data dan sokongan
daripada beberapa bahan kepustakaan untuk mengukuhkan data yang diperoleh.

Temu bual responden telah direkodkan dalam perisian Google Form. Maklum balas
responden ini ditranskripkan sebelum proses analisis mengikut tema dilakukan.
Secara puratanya, setiap maklum balas yang diterima ini mengambil masa antara 5
sehingga 10 minit untuk ditranskrip. Transkrip temu bual bagi responden boleh

199

dirujuk dalam Lampiran G. Simbol S yang digunakan pada transkrip mewakili soalan
daripada pihak penyelidik , manakala, simbol J mewakili maklum balas daripada
pihak responden. Seterusnya, transkrip temu bual ini akan dikodkan mengikut unit-
unit makna dan warna yang tertentu sesuai dengan longgokan idea daripada
maklum balas yang diterima melalui proses pengekodan. Idea yang telah dikodkan
akan dianalisis bagi menentukan tema bagi setiap soalan item.

i.) Pengekodan data

Jadual 3.7.1.1 : Pengekodan data

KATEGORI KOD PERINCIAN

Kebaikan m-platform yang (WARNA)
digunakan di sekolah
sebelum ini - Memudahkan komunikasi dalam pembelajaran
-
- Memudahkan penyampaian nota
Kekangan yang dihadapi
menggunakan m- A - Pengurusan bahan PdPR

pembelajaran tersebut - Mudah diakses

Pandangan mengenai - Kelas Offline
OdriTrello sebagai alat
pengurusan bahan PdPR - Tugasan murid terlepas pandang

Pandangan mengenai - Tidak cakna dengan pemberitahuan
pengaplikasian inovasi
B - Bahan PdPR tidak tersusun dengan sistematik
OdriTrello sebagai - Internet yang lemah
medium m-pembelajaran
- Komunikasi sehala
dalam PdPR khususnya
dalam mata pelajaran - Ruang storage menjadi terhad

Sains - Membantu guru untuk menguruskan bahan PdPR

Pandangan anda - Mudah digunakan
mengenai penerimaan
guru, ibu bapa, dan murid - Sesuai dengan keperluan semasa

terhadap OdriTrello C - Menarik
sekiranya ia diaplikasikan
- Kebolehaksesan ibu bapa, guru dan murid
dalam PdPR
Penambahbaikan - Penggunaan ruang storan yang tidak banyak

- Memberi perasaan tenang

- Sesuai sebagai m-pembelajaran

- Bahan Sains disusun secara sistematik dan teratur

- Mudah diakses

- Kurangkan masalah murid tertinggal info penting

D - Lengkap fitur yang mempunyai fungsi tersendiri
- Penggunaan ruang storan yang kecil

- Penggunaan kuota data yang sedikit

- Penerapan unsur PAK 21

- Murid perlu diberikan bimbingan untuk

menggunakan OdriTrello

- Baik dan Diterima

- Bergantung kepada jaringan internet

E - Memerlukan masa untuk menyesuaikan diri

F - Sediakan manual pengguna

200

ii ) Paparan Data

Jadual 3.7.1.2 : Paparan data mengikut responden

KATEGORI KOD (WARNA) PERINCIAN RESPONDEN

- Memudahkan komunikasi antara guru - R1

dan murid

Kebaikan m-platform - Memudahkan penyampaian nota - R2, R3

yang digunakan di A - Pengurusan bahan PdPR

sekolah sebelum ini - Mudah diakses - R4, R7, R10

- R5, R12, R13, R14

- Kelas Offline - R8

- Terlepas pandang tugasan - R1, R9, R12

- Tidak cakna dengan pemberitahuan - R2, R7

Kekangan yang - Bahan PdPR tidak tersusun dengan

dihadapi menggunakan B sistematik - R3
m-pembelajaran - Internet yang lemah - R4, R8, R10, R11,

tersebut - Komunikasi sehala R13, R14

- Ruang storan telefon pintar menjadi - R5, R6

terhad - R12

- Membantu guru untuk menguruskan - R1, R2, R3, R4, R5,

bahan PdPR R6, R7, R12, R14

- R2, R3, R5, R8, R11,

- Mudah digunakan R12, R13

Pandangan mengenai C - Sesuai dengan keperluan semasa - R9, R10, R12, R14
OdriTrello sebagai alat - Menarik - R6, R7, R8, R12
- R12
pengurusan bahan - Kebolehaksesan ibu bapa, guru dan - R12
PdPR

murid - R12

- Penggunaan ruang storan yang tidak

banyak

- Memberi perasaan tenang

- Sesuai sebagai m-pembelajaran - R14, R13, R12, R11,

R10, R9, R8, R7,

R6,R5, R4, R3, R2,

- Bahan Sains disusun secara sistematik R1

Pandangan mengenai dan teratur - R14, R13, R11, R7,
pengaplikasian inovasi
- Mudah diakses R6, R3, R2
OdriTrello sebagai
medium m- - R13, R12, R8, R5

pembelajaran dalam D - Kurangkan masalah murid tertinggal - R12
PdPR khususnya dalam
mata pelajaran Sains info penting

- Lengkap fitur yang mempunyai fungsi - R12

tersendiri

- Penggunaan ruang storan yang kecil - R8

- Penggunaan kuota data yang sedikit

- Penerapan unsur PAK 21 - R1

- Murid perlu diberikan bimbingan - R7

untuk menggunakan OdriTrello

Pandangan anda - Baik dan Diterima - R1, R2, R3, R4, R10,

mengenai penerimaan R11, R5. R6, R7, R8,

guru, ibu bapa, dan - Bergantung kepada jaringan internet R9

murid terhadap D - Memerlukan masa untuk - R6

OdriTrello sekiranya ia menyesuaikan diri - R14

diaplikasikan dalam - R13

PdPR

Penambahbaikan F - Sediakan manual pengguna - R7, R6, R5, R12, R6

201

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.2 PROFIL RESPONDEN

Responden terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki (21.4 %) dan 11 orang pelajar
perempuan (78.4 %) daripada PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018, IPG Kampus
Kent serta dua orang guru perempuan sekolah rendah (100%) iaitu dari SK Pekan
Nabawan, Keningau dan SK Tempasuk I, Kota Belud. Demografi responden dalam
kajian ini adalah seperti dalam Jadual 4.2.1.

Jadual 4.2.1: Profil Responden Mengikut Jantina

RESPONDEN DESKRIPTOR BILANGAN PERATUSAN (%)

PISMP Sains (SK) Jantina 3 21.4
Ambilan Jun 2018 Lelaki 11 78.6
Perempuan
Guru Jantina 0 0
Sekolah Rendah Lelaki 2 100
Perempuan

4.3 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.3.1 Pengalaman Penggunaan m-pembelajaran semasa Praktikum

Fasa II

Soalan Kajian 1:

Apakah pengalaman pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 terhadap
medium m-pembelajaran yang digunakan di sekolah semasa praktikum fasa II
bagi mata pelajaran Sains?

Berdasarkan kepada dapatan data, ia menunjukkan bahawa capaian internet
pelajar semasa praktikum fasa II kebanyakannya berada pada tahap sederhana
(57.1 %) disusuli dengan capaian internet baik (28.6 %) dan sangat baik (14.3 %).
Peratusan capaian internet di sekolah tersebut adalah seperti dalam Jadual 4.3.1.1.

Jadual 4.3.1.1: Capaian internet di sekolah

DESKRIPTOR BILANGAN PERATUSAN (%)
Lemah 0 0
Sederhana 7 57.1
Baik 4 28.6
Sangat Baik 2 14.3
JUMLAH 14 100 %

Berdasarkan kepada ringkasan kajian daripada Kamaruzuki (2021), menyatakan
bahawa pada tahun 2019, sebanyak 96% pengguna Internet di Malaysia mendapat
akses perkhidmatan jalur lebar mudah alih (Kamaruzuki, 2021). Namun begitu,
masalah kualiti dalaman seperti di dalam bangunan, pejabat dan rumah boleh
berlaku disebabkan degradasi isyarat (signal degradation) (Kamaruzuki, 2021).

202

Keadaan sedemikian ini seterusnya dapat menjelaskan mengenai kebolehcapaian
internet di sekolah sepertimana yang dinyatakan dalam jadual 4.3.1.1. Sesuai
dengan kebolehcapaian internet yang sederhana, platform Whatsapp (57.1 %) telah
menjadi pilihan bagi kebanyakan sekolah kerana pengaksesan dari segi capaian
adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan Telegram (14.3 %), Google
Classroom (7.1 %) dan Padlet (7.1 %). Selain daripada itu, terdapat juga responden
menggunakan gabungan medium pembelajaran. Peratusan pengggunaan medium
m-pembelajaran yang digunakan di responden boleh dirujuk pada jadual 4.3.1.2.

Jadual 4.3.1.2 : Medium m-pembelajaran yang digunakan oleh responden

PLATFORM BILANGAN PERATUSAN (%)
Telegram 3 14.3
WhatsApp 7 57.1
Google Classroom 1 7.1
Padlet 1 7.1
1 7.1
Google Classroom, Google Meet
Google Meet, Telegram, Google Form,Nearpod, 1 7.1
Padlet, Glide Apps

JUMLAH 14 100 %

Menurut Ramabu (2019), penggunaan WhatsApp sebagai medium komunikasi
jarak jauh ini juga berpotensi sebagai medium sokongan pendidikan. Aplikasi
WhatsApp ini turut menjadi pilihan kerana ia tidak memerlukan data banyak untuk
membolehkan pesanan baru masuk. Maka melalui hubung kait daripada data jadual
4.3.1.1 dan jadual 4.3.1.2, dapatlah disimpulkan bahawa medium WhatsApp telah
menjadi pilihan bagi kebanyakkan sekolah di Malaysia. Hal ini selari dengan kadar
kebolehcapaian internet di sekolah yang berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan oleh responden, m-
pembelajaran yang mereka gunakan telah memudahkan komunikasi antara guru
dan murid, penyampaian nota, pengurusan bahan PdPR, kebolehaksesan baik, dan
keperluan untuk kelas offline. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan yang
dihadapi oleh responden semasa menggunakan m-pembelajaran tersebut
sepanjang tiga bulan. Antaranya ialah murid terlepas pandang dengan tugasan
yang diberikan oleh guru, tidak cakna dengan pemberitahuan guru, bahan PdPR
tidak tersusun dengan sistematik, jaringan internet yang lemah, komunikasi sehala,
ruang storan yang terhad.

Berdasarkan kepada analisis temu bual yang dilakukan, terdapat lima tema yang
telah dikenal pasti terhadap pandangan responden mengenai penggunaan m-
pembelajaran yang mereka gunakan seperti dalam jadual 4.3.1.2 sebagai alat
pengurusan bahan PdPR. Responden berpendapat bahawa aplikasi Telegram dan
Google Classroom menjadi pilihan bagi mereka kerana aplikasi ini memudahkan
pengurusan bahan PdPR murid. R(7) bersetuju bahawa penggunaan Google
Classroom membolehkan pengurusan kerja menjadi lebih sistematik, dan begitu
juga dengan pandangan yang diberikan oleh R(13), R(4) dan R(11) yang
menggunakan Telegram juga menyatakan bahawa aplikasi tersebut baik kerana ia
mampu menguruskan bahan PdPR melalui pengurusan kreatif, mudah dan
menarik. Thannimalai dan Baloh (2021) dalam kajiannya mempunyai pandangan

203

yang sama bahawa, penggunaan aplikasi yang mudah diakses iaitu Google
Classroom dan Google Meet menjadi platform dalam mengatur pembelajaran dan
persediaan menghadapi peperiksaan atau pentaksiran secara dalam talian serta
penggunaannya melalui telefon pintar membolehkan peningkatan purata akses dan
kelajuan internet yang optimum.

Selain daripada itu, penggunaan aplikasi WhatsApp dan Padlet menjadi pilihan bagi
beberapa responden kerana aplikasi ini mudah diakses dan digunakan. Ia
merupakan aplikasi mesej lintas platform yang membolehkan pertukaran mesej
berlaku tanpa kos kerana aplikasi WhatsApp ini menggunakan pakej data internet
yang rendah seperti e-mel dan melayari web serta lain-lain. Penggunaan Padlet ini
juga memudahkan pengaksesan murid untuk mendapat bahan PdPR dengan
mudah. Menurut Md Deni dan Zainal (2018), padlet membolehkan pelajar di diberi
akses fleksibel ke laman padlet itu sendiri. Bahkan, tiada had masa diberikan untuk
mereka bertindak balas terhadap aktiviti dalam walls pada padlet.

Kesesuaian aplikasi WhatsApp sebagai pengurusan bahan PdPR tidak mendapat
sokongan daripada reponden R(3). Ini adalah disebabkan oleh kekurangan fitur
yang bersesuaian dengan pengurusan maklumat. Penggunaan platform m-
pembelajaran seperti aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan ruang pengestoran
dalam telefon pintar menjadi terhad disebabkan oleh banyak fail, foto atau video
dimuat turun (R(12)). Oleh sebab aplikasi ini lebih tertumpu kepada tujuan
perhubungan sahaja, maka, lebih banyak mesej baru akan masuk. Keadaan ini
akan menyukarkan tumpuan murid untuk melakukan satu tugasan kerja rumah, lalu,
murid terlepas pandang dengan tugasan yang diberikan oleh guru (R(3)). Hal
sedemikian ini turut menyokong kepada pernyataan pada responden R(12).
Penglibatan murid dalam aplikasi WhatsApp tidak kelihatan dengan jelas kerana
tiada komunikasi dua hala berlaku.

Dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa, penggunaan aplikasi WhatsApp
menjadi pilihan bagi kebanyakan sekolah kerana pengaksesannya hanya
memerlukan kadar internet yang sederhana sahaja. Selain daripada itu, aplikasi
WhatsApp ini mudah diakses dan digunakan tetapi kurang berkesan sebagai alat
pengurusan bahan PdPR. Bahkan penggunaan WhatsApp yang kerap boleh
menyebakan ruang pengestoran menjadi terhad serta mengehadkan komunikasi
dua hala antara guru dan murid. Mesej yang diterima menyebabkan murid
kehilangan focus, lalu terlepas pandang terhadap tugasan yang diberikan oleh guru
pada hari berkenaan. Kesannya, murid tidak menghantar tugasan kepada guru

4.3.2 Persepsi Penggunaan OdriTrello dalam PdPR.

Soalan Kajian 2:

Apakah persepsi pelajar PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2018 terhadap
penggunaan OdriTrello sebagai alat pengurusan bahan PdPR murid
khususnya dalam mata pelajaran Sains?

Berdasarkan kepada analisis data soalan item 1 (Jadual 4.3.2.1),
responden berpendapat OdriTrello dapat membantu guru untuk menguruskan
bahan PdPR, mudah digunakan, sesuai dengan keperluan semasa, menarik,
memudahkan kebolehaksesan ibu bapa, guru dan murid, penggunaan ruang storan
yang tidak banyak serta mampu memberi perasaan tenang. Bersandarkan kepada

204

maklum balas yang diberikan oleh responden, ia berkait rapat dengan pernyataan
yang diberikan oleh Uebe Mansur et al., (2019) iaitu dalam kajiannya telah
membuktikan keberksanan Trello sebagai aktiviti PBL murid untuk projek STEM
iaitu ia berguna sebagai alat pengatur tugas untuk kelas PBL dengan membantu
murid merancang, mengumpul dan mengatur proses pembelajaran mereka sendiri.
Ini adalah selari dengan data yang diperoleh pada jadual 4.3.2.1, iaitu OdriTrello
berasaskan kepada web Trello ini mampu memberi kemudahan dan baik untuk
pengguna khususnya murid dan guru sepanjang PdPR.

Seterusnya, kebanyakan responden bersetuju OdriTrello sesuai dijadikan
sebagai medium m-pembelajaran dalam PdPR dalam mata pelajaran Sains. Ini
turut disokong dengan beberapa pernyataan sokongan yang diberikan oleh
responden terhadap kesesuaian OdriTrello sebagai m-pembelajaran iaitu bahan
Sains dapat disusun secara sistematik dan teratur, mudah diakses, mengurangkan
masalah murid tertinggal info penting, lengkap fitur yang mempunyai fungsi
tersendiri, penggunaan ruang storan yang kecil, penggunaan kuota data yang
sedikit dan mempunyai penerapan unsur PAK 21. Kasim dan Khalid (2016) dalam
kajiannya, menyatakan bahawa penggunaan e-pembelajaran boleh memberi
pelbagai faedah kepada pengajaran dan dari segi penggunaan teknologi dan
pedagogi. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Khairi Ismail, (2021) menyatakan
bahawa teknologi Learning Management System (LMS) jarang digunakan oleh
pelajar, malah, ia banyak digunakan oleh para pensyarah untuk memuat naik nota
atau dokumen dan ini meringankan beban kerja pensyarah untuk mencetak dan
mengedar maklumat kepada para pelajar. Pendedahan LMS pada usia muda ini
membantu murid untuk memahami kepentingan dan berusaha untuk meningkatkan
prestasi pembelajaran mereka.

Keadaan ini juga sama seperti dengan PdPR yang mana, murid sekolah rendah
boleh mengakses bahan PdPR dengan lebih mudah melalui penggunaan OdriTrello
tersebut, sepertimana yang dipersetujui oleh responden pada jadual 4.3.2.1. Oleh
yang demikian, berlandaskan kepada jadual 4.3.2.2, murid perlu membiasakan diri
dengan ICT agar mereka dapat kembangkan diri untuk meneroka ICT lain kelak.
Dengan itu, ketika teknologi dalam pendidikan semakin berkembang, ramai pakar
dalam bidang ICT memperkenalkan alat baharu untuk pembelajaran dalam talian ke
dalam bilik darjah, yang mengubah persekitaran pembelajaran. Kekuatan OdriTrello
ini terletak pada features yang ditawarkan dalam Trello. Oleh yang demikian,
OdriTrello bukan sahaja bertindak sebagai alat pengurusan bahan PdPR bahkan,
penerapan e-pembelajaran turut ikut sama. Ini adalah selari sepertimana yang
dikatakan oleh responden R1.

Bagi soalan item 4, responden berpendapat bahawa penerimaan guru, ibu
bapa, dan murid terhadap OdriTrello adalah positif sekiranya ia diaplikasikan dalam
PdPR. Namun begitu, terdapat juga responden yang memberi maklum balas
bahawa, ibu bapa, murid dan guru boleh menerima tetapi ia bergantung kepada
jaringan internet dan memerlukan masa untuk menyesuaikan serta mengadaptasi
perubahan, R6 dan R14. Walau bagaimanapun, guru perlu mempunyai daya usaha
yang baik untuk mengintegrasikan ICT dalam PdP terutamanya pada musim
pandemik ini. Peluang sedemikian ini bukan sahaja mendedahkan murid terutama
sekali di luar bandar untuk meneroka dunia teknologi, tetapi juga memberi
kesedaran kepada ibu bapa untuk membuat perubahan (Ahmad Saifudin &
Hamzah, 2021).

205

Dari sudut penambahbaikan (jadual 4.3.2.4) responden menyarankan
pengkaji untuk menyediakan video manual penggunaan OdriTrello sebelum ia
disebarluaskan. Tujuannya adaalah untuk memberi pendedahan masyarakat
mengenai tatacara penggunaannya. Ini sekaligus dapat membantu guru veteran
yang cuba berjinak dalam dunia ICT.

Soalan Kajian 3:

Sejauh manakah keberkesanan penggunaan OdriTrello ini boleh dijadikan
sebagai alat pengurusan bahan PdPR sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR
terhadap dua orang guru sekolah rendah?

Berdasarkan kepada analisis temu bual oleh dua orang guru sains sekolah rendah,
kedua-dua responden telah mengaplikasikan OdriTrello dalam PdPR selama
seminggu di sekolah masing-masing. Secara keseluruhan, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa maklum balas yang diterima daripada pihak responden
adalah positif dan membina sepertimana ditunjukkan dalam jadual pengekodan
(Lampiran J).

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan
norma baru bukan suatu kemahuan melainkan kehendak mengikut kepada
keperluan semasa. Pelbagai pihak seperti murid, ibu bapa, penjaga, pihak sekolah
dan masyarakat perlulah peka dan mengadaptasi perubahan ini kerana ia sangat
penting dalam meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak bangsa. Dapatan-
dapatan kaiian lalu yang dilaksanakan di luar negara, ada menunjukkan bahawa
penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
minat dan seterusnya prestasi murid. Kesannya, negara luar lebih mengalami
perubahan ekonomi yang pesat dan maju. Justeru itu, masyarakat Malaysia
perlulah akur dengan perubahan semasa dan memahami konsep PAK-21 dengan
lebih baik demi membina anak bangsa yang berjaya.

Sebenarnya, inovasi OdriTrello ini masih baru dan skopnya belum lagi
diperluaskan. Walau bagaimanapun, kajian ini adalah bertujuan sebagai kayu ukur
untuk melihat kepada keberkesanannya dan penerimaan OdriTrello dalam
masyarakat sekolah sebelum ia dimplementasikan di sekolah secara besar-
besarnya. Maklum balas yang diterima daripada responden adalah
memberangsangkan dan mendapat sokongan yang baik. Namun, kajian mengenai
OdriTrello ini masih boleh diperhalusi sebagai cadangan lanjutan untuk menilai
semula keberkenaan dan penerimaan inovasi ini dalam skop masyarakat yang luas.

CADANGAN

Berikut merupakan senarai ringkas cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil
kira sekiranya kajian seperti ini ingin dijalankan pada masa akan datang.

i. Memanjangkan tempoh pelaksanaan guru sains untuk menggunakan OdriTrello
semasa PdPR dalam sains supaya keberkesanannya dapat dilihat melalui
penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa, penjaga, guru dan murid.

ii. Menggantikan skop kajian kepada guru sekolah rendah sahaja pada skop yang
luas untuk melihat penerimaan dan juga pelaksanaan guru tersebut
menggunakan OdriTrello.

206

iii. Mengkaji kekangan yang dihadapi oleh guru semasa mengendalikan OdriTrello
semasa PdPR.

iv. Mengkaji kepentingan penggunaan OdriTrello lain pada masa hadapan sebagai
m-pembelajaran yang efektif dan relevan mengikut kepada keperluan semasa.

IMPLIKASI

Implikasi pertama kajian ini adalah menggalakkan perkongsian kemahiran ICT
untuk pendidikan dapat ditingkatkan dalam kalangan guru. Teknologi pendidikan
merupakan bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan
pengajaran, tetapi ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik
dengan lebih berkesan. Sejajar dengan situasi semasa, pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh dilaksanakan secara bersemuka melainkan melalui talian.
Oleh yang demikian, keperluan guru untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi
dalam pendidikan adalah wajar dilakukan serta mempunyai usaha untuk
meningkatkan nilai tambah dalam bidang teknologi.

Selain daripada itu, kajian ini juga mampu memberikan implikasi dari segi
kesedaran guru untuk menerima perubahan drastik akibat daripada ancaman luar
kawalan. Perubahan ini bukan suatu yang boleh diduga melainkan ia adalah luar
jangkaan. Guru perlulah bersifat fleksibel dan dapat mengadaptasi keadaan dengan
lebih baik. Menurut Shahiza & Fariza (2019) pula, tanggungjawab seseorang guru
juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era
globalisasi terutamanya dalam penggunaan alat yang semakin canggih dalam sesi
pengajaran (Ahmad Saifudin & Hamzah, 2021).

RUJUKAN

Abdillah, N. A., & Musa, M. (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP) Norma Baru Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Jtmk), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal Of Modern
Education, 3(8), 114-124. Doi: 10.35631/IJMOE.380010

Asbulah, L.H., Lubis, M.A., Aladdin A. & Sahrim, M. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan
Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140. doi: 10.17576/JPEN-
2018-43.03-14

Azizan, S. N.C. & Nasri, N.M. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam
Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik
COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57. doi:
/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Bond T. G. & Fox C.M. 2015. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the
Human Sciences. Ed.ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum.

Fauzi, I. & Khusuma, I.H.S. (2020). Teachers’ Elementary School in Online Learning of
COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal IQRA, 5(1), 58-70.
https://www.researchgate.net/publication/342100923_Teachers'_Elementary_Schoo
l_in_Online_Learning_of_COVID-19_Pandemic_Conditions

Ghafar, N.A. (2003). Reka Bentuk Tinjauan: Soal Selidik Pendidikan. Kuala Lumpur:
Universiti Teknologi Malaysia.

207

Hanisah Ahmad Saifudin & Isa Hamzah. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di

Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia

Pendidikan, 3(3), 250-264. Diakses daripada

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jamilah Ahmad, Nurzali Ismail & Nasliza Arina Nasir. (n.d.). Investigating Malaysian Youth’s
Social Media Usage, Competencies and Practice with regard to Crime Prevention:
An Application of the Social Media Literacy Model.
http://eprints.usm.my/32058/1/Nurzali,_Jamilah,_Nur.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kuala Lumpur: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tinjauan. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Akademik.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Versi 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lapada, A.A., Robledo, D.A.R., Miguel, F.F. & Alam, Z.F. (2020). Teachers’ Covid-19
Awareness, Distance Learning Education Experiences and Perceptions towards
Institutional Readiness and Challenges. International Journal of Learning, Teaching
and Educational Research, 19(6), 127-144. doi: 10.26803/ijlter.19.6.8

Mahdzir Khalid. (2021, Jun 25). PdPR: Di mana muridnya? Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/06/pdpr-di-mana-muridnya/

Muller, J. (2021, April 7). Share of population that currently owns digital devices in Malaysia
2020 by device. https://www.statista.com/statistics/803601/digital-device-usage-
among-adults-by-device-malaysia/

Norehan Nasir & Mahaliza Mansor (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421. doi: 10.47405/mjssh.v6i7.854

Norliza Mat Ali. (2016). Tahap kesediaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di
Selangor, Malaysia. Tesis Master. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Pallant, J., (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using the
SPSS program. 4th Edition. McGraw Hill, New York.

Rohayati Junaidi & Intan Marlina Mohd Ali. (2020). Pandemik COVID-19 dalam Persekitaran
Kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. Journal of Malay Language, Education and
Literature. doi: 10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.3.2020

Yusnilita, N. (2020). The Impact of Online Learning: Student’s Views. English Teaching

Journal, 11(1).

https://www.researchgate.net/publication/341433863_The_Impact_of_Online_Learning_Stud

ent's_Views/fulltext/5ec01eae92851c11a86c5ea4/The-Impact-of-Online-Learning-Students-

Views.pdf

208

KESEDARAN, KESEDIAAN DAN CABARAN GURU PELATIH STEM IPG
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Elise Woon Shuek Feng, Dr Ronald Yusri Batahong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Insitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan pada tahun 2020 sebagai alternatif pembelajaran norma baharu kesan
pandemik global COVID-19 yang melanda negara kita. PdPR ialah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-
mana lokasi yang bersesuaian secara dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau
off-site dengan berstruktur dan terancang. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap
kesedaran, tahap kesediaan dan tahap cabaran dalam kalangan guru pelatih STEM
IPG dalam pelaksanaan PdPR. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik
berdasarkan lima skala Likert yang mengandungi 24 soalan dari tiga konstruk
utama iaitu kesedaran, kesediaan dan cabaran. Reponden kajian termasuk 39
orang guru-guru pelatih PISMP Sains dan Matematik di IPG Kampus Kent dan IPG
Kampus Pulau Pinang. Hasil kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for
Thesosial Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk pemerihalan data deskriptif yang
melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai
min bagi tahap kesedaran (M = 4.92), tahap kesediaan (M = 4.53) dan tahap
cabaran (M = 3.35) dalam pelaksanaan PdPR. Dapatan kajian ini diharapkan dapat
dijadikan panduan kepada pihak pentadbir, guru dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk menyediakan guru dari segi pengetahuan, kemahiran,
kecekapan dan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi bagi menempuh cabaran
yang dihadapi semasa melaksanakan PdPR. Kesannya, PdPR dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan seterusnya melahirkan generasi muda yang berkualiti dan
berdaya saing.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pandemik COVID-19,
kesedaran, kesediaan, cabaran

PENGENALAN

Dunia digemparkan dengan kedatangan virus baharu iaitu koronavirus atau dikenali
sebagai COVID-19 yang berasal daripada Wuhan, China (Perutusan Khas Perdana
Menteri Malaysia, 2020). Pihak kerajaan persekutuan Malaysia memutuskan untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 sebagai
tindakan pencegahan terhadap wabak COVID-19 (Perutusan Khas Perdana
Menteri Malaysia, 2020). Pandemik COVID-19 (disebabkan oleh virus SARS-CoV-
2) merupakan ancaman terbesar bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi
juga memberi kesan kepada sosioekonomi termasuklah bidang pendidikan dalam
hampir kesemua negara di dunia (Rohayati & Intan Marlina, 2020). Menurut sumber
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO),
pandemik COVID-19 memberi kesan kepada 1.5 bilion pelajar daripada lebih 165

209

buah negara di seluruh dunia (Wan, 2020). Semua jenis sekolah di Malaysia
diarahkan tutup susulan PKP yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020. Dalam situasi
ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan komitmen supaya proses
pembelajaran murid-murid tidak terganggu dengan membenarkan guru-guru
melaksanakan tugasan dari rumah. Jadi, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2020 sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat
komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan
dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan
terancang (Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, 2021).

PERNYATAAN MASALAH

Menurut laporan UNESCO, sejumlah 203 juta pelajar di seluruh dunia terkesan
dengan penutupan sekolah berikutan pandemik COVID-19 (Mahdzir, 2021). Ekoran
daripada penutupan sekolah, guru dan murid terpaksa menjalankan pengajaran
dan pembelajaran secara PdPR untuk mengekang penularan penyakit akibat virus
COVID-19. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR
berdasarkan keperluan dan kesediaan mereka. Guru perlu mengenal pasti kaedah
PdPR yang sesuai supaya murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang
ditetapkan. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus
disesuaikan menerusi pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet,
Zoom, Microsoft Team, Telegram, Whatsapp dan sebagainya supaya pelajar tidak
ketinggalan dalam proses pembelajaran (Musa & Abdillah, 2021). Namun,
penggunaan dan pengaplikasian platform ini dalam PdPR merupakan satu
kekangan dan cabaran bagi segelintir guru kerana kekurangan kesediaan dan
kemahiran dalam mengendalikan alat teknologi. Selain itu, kajian yang dijalankan
oleh Yusnilita (2020) menunjukkan guru menghadapi masalah semasa kelas
dijalankan secara atas talian. Hal ini disebabkan kerana kekurangan kemahiran
mengendalikan ICT, kekurangan minat dan ketidakhadiran murid terhadap kelas
atas talian. Secara tidak langsung, komunikasi dua hala antara guru dengan murid
susah dicapai dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif susah
dibina. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap kesedaran dan tahap
kesediaan serta tahap cabaran terhadap pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru
pelatih Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) Institut
Pendidikan Guru (IPG).

Terdapat beberapa batasan dalam kajian ini. Pertamanya, kajian ini hanya
dijalankan dalam kalangan guru pelatih PISMP Sains Ambilan Jun 2018 dan PISMP
Matematik Ambilan Jun 2018 di IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Pulau Pinang.
Selain itu, hasil kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden
ketika menjawab soal selidik yang diberikan. Keputusan kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan untuk mewakili konteks Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut:

• Mengenalpasti tahap kesedaran guru pelatih STEM IPG terhadap
pelaksanaan PdPR

210

• Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih STEM IPG terhadap
pelaksanaan PdPR

• Mengenalpasti tahap cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih STEM IPG
semasa PdPR dijalankan

SOALAN KAJIAN

• Apakah tahap kesedaran guru pelatih STEM IPG terhadap pelaksanaan
PdPR?

• Apakah tahap kesediaan guru pelatih STEM IPG terhadap pelaksanaan
PdPR?

• Apakah tahap cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih STEM IPG semasa
melaksananakan PdPR?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Kajian
tinjauan adalah kajian terhadap perkara yang sedang berlaku dan merupakan satu
kaedah yang mudah dan popular dalam kalangan penyelidik (Ghaffar, 2003).
Dalam kajian ini, persampelan yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru pelatih
opsyen Sains dan Matematik IPG di IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Pulau
Pinang yang mempunyai populasi seramai 155 orang. Namun, maklum balas yang
diterima hanya 39 orang sahaja. Justeru, persampelan tidak rawak iaitu
persampelan secara suka rela digunakan dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang akan
diedarkan dalam bentuk Google Form bagi mendapatkan maklum balas. Soal
selidik ini diadaptasi oleh pengkaji berdasarkan rujukan pada kajian yang bertajuk
Teachers’ Covid-19 Awareness, Distance Learning Education Experiences and
Perceptions towards Institutional Readiness and Challenges oleh Lapada et. al,
2020. Soalan soal selidik telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa
Melayu dengan menggunakan istilah yang sesuai dan tepat dengan maksud asal
instrumen soal selidik tersebut. Selepas instrumen soal selidik diterjemahkan,
kesahan soal selidik telah dilaksanakan. Instrumen soal selidik disemak dan
disahkan oleh pakar pemeriksa bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian
dan menepati matlamat kajian.

Menurut Lee et al. (2018), kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian
adalah ketekalan instrumen kajian untuk mengukur pembolehubah. Kebiasaannya,
pengkaji merujuk kepada pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk
mengukur tahap kebolehpercayaan item-item dalam instrumen (Asbulah, Lubis,
Aladdin & Sahrim, 2018). Berdasarkan Lapada et. al (2020), instrumen soal selidik
beliau mendapat nilai 0.89 dalam ujian kebolehpercayaan yang dijalankan dua
minggu sebelum kajian bermula. Instrumen soal selidik ini telah digunapakai oleh
Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri dalam kajian yang
bertajuk ‘Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui
Pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa Tempoh Pandemik COVID-19’.
Berdasarkan kajian beliau, nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.74, yang
menunjukkan bahawa soal selidik ini boleh digunakan untuk kajian. Justeru, secara
keseluruhannya, berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang diperoleh daripada kedua-

211

dua kajian ini, instrumen soal selidik yang digunakan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang
tinggi.

Borang soal selidik diedarkan melalui Google Form. Setelah data dikumpul,
data-data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk
Sains (Statistical Package for Thesosial Sciences) atau dikenali sebagai program
SPSS versi 26.0. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri
pemboleh ubah seperti min, peratusan dan sisihan piawai bagi melihat deskriptif
data secara keseluruhan. Tafsiran bacaan min yang digunakan adalah seperti
dalam Jadual 2.

Jadual 1

Interprestasi Skor Alpha Cronbach

Skor Alpha Tahap Kebolehpercayaan
Cronbach

0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi

0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima

0.6 hingga 0.7 Boleh diterima

<0.6 Item perlu baiki

<0.5 Item perlu digugurkan

Sumber: Bond & Fox (2015)

Jadual 2

Interpretasi Berdasarkan Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber: Pallant, 2010

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, nilai Min (M) dan sisihan piawai (SP) digunakan untuk menjawab
persoalan kajian. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini merujuk
kepada cadangan Pallant (2010) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Tahap Kesedaran Guru Pelatih STEM terhadap Pelaksanaan PdPR

Jadual 3 menunjukkan bahawa dapatan yang diperoleh berkaitan dengan tahap
kesedaran guru pelatih STEM terhadap pelaksanaan PdPR. Keempat-empat item
menunjukkan interpretasi nilai min yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan guru
pelatih mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang pelaksanaan PdPR
merupakan alternatif pembelajaran norma baharu selepas pandemik global COVID-

212

19 diumumkan. Hal ini kerana guru pelatih mengetahui bahawa pelaksanaan PdPR
bertujuan memenuhi matlamat PPPM (2013-2025) yang mengatakan semua murid
berhak mendapat pendidikan meskipun mereka tidak hadir ke sekolah dan pada
masa yang sama menyekat penularan COVID-19 dengan duduk di rumah masing-
masing. Berdasarkan Manual PdPR yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan
pada tahun 2021, PdPR ialah PdP dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau
di mana-mana lokasi yang bersesuaian. Oleh itu, jelaslah bahawa dapatan kajian
pengkaji iaitu guru pelatih STEM mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang
pandemik COVID-19, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa PKP,
kepentingan penjarakan sosial dan pelaksanaan PdPR.

Jadual 3

Jadual Analisis Instrumen Bahagian B (Kesedaran Guru Pelatih Terhadap PdPR)

Item Kesedaran Guru Pelatih Min Sisihan Interpretasi
(M) Piawai (SP)

B1 Saya sedar COVID-19 ialah pandemik global. 4.95 0.223 Tinggi

B2 Saya tahu PKP diumumkan oleh kerajaan 4.90 0.307 Tinggi
Malaysia.

B3 Saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh 4.92 0.270 Tinggi
dilakukan semasa PKP.

B4 Saya sedar kepentingan penjarakan sosial 4.92 0.354 Tinggi
demi menyekat penularan COVID-19.

Keseluruhan 4.92 0.238 Tinggi

Tahap Kesediaan Guru Pelatih STEM terhadap Pelaksanaan PdPR

Jadual 4 menunjukkan dapatan yang diperoleh berkaitan dengan tahap kesediaan
guru pelatih STEM terhadap pelaksanaan PdPR. Hasil dapatan kajian menunjukkan
semua item mempunyai nilai interpretasi min yang tinggi. Berdasarkan analisis
dapatan data, guru pelatih STEM sentiasa bersedia untuk melaksanakan dan
menempuh cabaran PdPR. Perkara ini boleh disokong oleh perbincangan kajian
dalam kajian ‘Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal’ oleh Nasir & Mansor (2021) yang
menyatakan guru merupakan tunjang utama dalam sistem pendidikan perlu
sentiasa bersedia dalam meningkatkan kompetensi diri dan profesionalisme
perguruan. Selain itu, analisis dapatan data menunjukkan bahawa guru pelatih
STEM mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk menggunakan modul
bercetak sebagai alat untuk mengajar semasa PdPR. Hal ini dikatakan demikian
kerana guru-guru pelatih pernah menjalani praktikum di sekolah secara PdPR dan
mempunyai pengalaman untuk menyediakan modul bercetak berdasarkan
pengalaman di sekolah dan pengetahuan yang didapati semasa belajar di IPG.
Abdullah (2021) menyatakan bahawa guru menyediakan modul bertulis dan
meletakkannya di pondok pengawal sekolah kepada murid yang tidak mempunyai
peranti dan liputan internet untuk memastikan mereka dapat belajar sepanjang
PdPR. Guru-guru pelatih mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan modul bercetak
dengan mengambil kira semua kriteria yang dititikberatkan.

213

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru pelatih
STEM amat bersedia untuk menggunakan bahan pembelajaran yang terdapat di
internet seperti Youtube dalam melaksanakan PdPR. Hal ini disokong oleh dapatan
kajian Azizan & Nasri (2020) menyatakan bahawa guru telah menguasai kemahiran
teknologi yang penting untuk memenuhi keperluan pengintegrasian pembelajaran
secara atas talian. Guru mampu menggunakan komputer untuk mencari bahan
pembelajaran yang diperlukan secara dalam talian. Di samping itu, dapatan kajian
pengkaji menunjukkan bahawa guru-guru pelatih STEM mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi untuk menggunakan sistem pengurusan pembelajaran
seperti Google Classroom, Zoom atau Meet dalam pelaksanaan PdPR. Hal ini
dikatakan demikian kerana guru pelatih sering menggunakan sistem pengurusan
pembelajaran ini semasa di IPG dan melibatkan diri secara aktif dalam
pengendalian kelas secara atas talian. Perkara ini boleh disokong oleh kajian
‘Kesediaan Penggunaan Google Meet Sebagai Platform Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Talian Bagi Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim’ yang dijalankan oleh Saad et al. (2020) yang menyatakan
siswa guru bersedia menggunakan platform Google Meet dalam PdP dalam talian
dan sering menggunakan elemen-elemen dan ikon dalam Google Meet yang
sangat interaktif.

Justeru, analisis dapatan data kajian dari aspek kesediaan guru dalam
pelaksanaan PdPR memberi gambaran yang jelas bahawa tahap kesediaan guru
dari segi fizikal dan mental termasuk pengetahuan kurikulum dan kemahiran ICT
dalam melaksanakan PdPR adalah tinggi. Guru perlu bersedia dari pelbagai aspek
untuk menjamin sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dari
semasa ke semasa seperti yang dinyatakan dalam kajian Norliza (2016) yang
menyatakan guru-guru bersedia untuk melaksanakan pelbagai pendekatan
pengajaran dalam PdPR demi melahirkan generasi muda yang berilmu dan
berdaya saing seperti yang dinyatakan dalam PPPM.

Jadual 4

Jadual Analisis Instrumen Bahagian C (Kesediaan Guru Pelatih Terhadap
Pelaksanaan PdPR)

Item Kesediaan Guru Pelatih Min (M) Sisihan Interpretasi
4.56 Piawai (SP) Tinggi
C1 Saya bersedia melaksanakan pembelajaran 4.31
dalam talian semasa pandemik COVID-19. 0.552
4.77
Saya bersedia menggunakan modul
4.64
C2 bercetak sebagai alat untuk mengajar di 0.800 Tinggi

rumah.

Saya bersedia untuk menggunakan bahan

C3 pembelajaran yang terdapat di internet 0.427 Tinggi
seperti Youtube untuk mengajar dari

rumah.

Saya bersedia menggunakan sistem

C4 pengurusan pembelajaran seperti Google 0.628 Tinggi

Classroom, Zoom atau Meet sebagai alat

214

untuk pembelajaran dalam talian.

C5 Saya bersedia menempuh cabaran dalam 4.38 0.782 Tinggi
melaksanakan PdPR. 4.53 0.505 Tinggi

Keseluruhan

Tahap Cabaran Guru Pelatih STEM terhadap Pelaksanaan PdPR

Jadual 5 menunjukkan dapatan yang diperoleh berkaitan dengan cabaran yang
dihadapi oleh guru-guru pelatih STEM dalam pelaksanaan PdPR. Berdasarkan
interpretasi min, dapatan kajian menunjukkan terdapat sembilan item yang
menunjukkan interpretasi nilai min yang sederhana. Terdapat enam item tentang
cabaran guru pelatih semasa pelaksanaan PdPR menunjukkan interpretasi nilai min
yang tinggi.

Berdasarkan analisis dapatan kajian, didapati bahawa item D4 (cabaran
tidak mempunyai kemudahan telefon, computer riba, tablet atau peranti lain)
mempunyai nilai M = 2.36 yang paling rendah dan interpretasi nilai min adalah pada
tahap sederhana. Guru pelatih berpendapat bahawa tahap cabaran ini adalah
sederhana mungkin disebabkan mereka mempunyai peranti elektronik yang
mencukupi untuk melaksanakan PdPR. Perkara ini disokong oleh Muller (2021)
yang mengatakan bahawa, berdasarkan data yang didapati sehingga bulan
September 2020, data menunjukkan 99.2 peratus rakyat Malaysia yang berumur 16
hingga 64 tahun mempunyai gajet elektronik masing-masing.

Selain itu, item D6 (tidak mahir dalam penggunaan media sosial, e-mel dan
platform pendidikan atas talian) juga menunjukkan nilai M yang paling rendah iaitu
nilai M = 2.36 dan interpretasi nilai min adalah pada tahap sederhana. Ini
menjelaskan bahawa guru pelatih berpendapat tahap cabaran ini adalah sederhana
mungkin disebabkan kerana mereka sudah membiasakan diri dengan penggunaan
pelbagai platform, media sosial dan aplikasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Jamilah, Nurzali & Nasliza (n.d.), penggunaan media sosial bagi rakyat
Malaysia berumur 13 hingga 34 tahun adalah pada tahap yang tinggi demi menjalin
hubungan dengan orang lain, mencari maklumat dan pembelajaran.

Namun, berdasarkan analisis data, tahap cabaran guru pelatih STEM
terhadap item D8 iaitu cabaran menggalakkan penglibatan murid dan pelaksanaan
kelas atas talian adalah paling tinggi. Hal ini mungkin disebabkan kerana murid
tidak mempunyai rangkaian internet yang stabil atau kekurangan peranti elektronik
untuk mengikuti PdPR yang dirancang oleh guru. Perkara ini disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh UNICEF (2020) menunjukkan seramai 9 daripada 10 kanak-
kanak menggunakan telefon bimbit sebagai peralatan untuk pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian manakala 8 daripada 10 orang kanak-kanak tidak
mempunyai akses kepada computer (Hanisah & Isa, 2021). Dapatan ini juga selari
dengan kajian yang dijalankan oleh Fauzi dan Khusuma (2020) iaitu ibu bapa tidak
memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk belajar dari rumah
menyebabkan anak-anak mereka tidak mengikuti sesi pembelajaran dalam talian.

Selain itu, guru pelatih STEM juga menghadapi tahap cabaran yang tinggi
tentang item D14 iaitu kesukaran menilai pencapaian murid melalui pelaksanaan
PdPR. Hal ini mungkin disebabkan kerana bukan semua murid memberi respons
kepada guru semasa PdPR dilaksanakan dan menyebabkan guru susah untuk

215

membuat penilaian terhadap prestasi murid. Dalam pelaksanaan PdPR, guru juga
tidak dapat menjalankan penilaian melalui pemerhatian seperti semasa
pelaksanaan PdP dijalankan di dalam bilik darjah. Berdasarkan kajian Norehan &
Mahaliza (2021), jika sebelum ini, penglibatan murid dalam aktiviti PdP dalam bilik
darjah biasanya dinilai berdasarkan pemerhatian di dalam bilik darjah. Kriteria-
kriteria pemerhatian yang direkodkan dalam senarai semak ialah seperti kekerapan
bertanya soalan, menjawab soalan guru, memberikan pendapat dalam kumpulan,
membuat pembentangan dan membantu rakan menyelesaikan masalah. Namun
apabila pelaksanaan PdPR, hanya guru yang akan bercakap dari awal sehingga
akhir kelas dan murid-murid tidak diberi ruang untuk berinteraksi, mesikipun tidak
dinafikan bahawa masa dan faktor data juga boleh menjadi salah satu faktor.

Secara keseluruhannya, nilai purata min bagi item di bahagian D adalah
nilai M = 3.35; SP = 0.908 iaitu menunjukkan intepretasi nilai min yang sederhana.
Ringkasnya, guru-guru pelatih STEM masih menghadapi cabaran yang besar
semasa melaksanakan PdPR. Oleh itu, guru perlu menyediakan diri dari aspek
kemahiran, kesedaran dan pengetahuan untuk menempuh cabaran yang dihadapi
semasa PdPR bagi meningkatkan kompetensi diri dan profesionalisme perguruan.
Guru perlu sentiasa bersedia memperbaiki diri dan mengubah pendekatan
pengajaran selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan kerjaya semasa.
(Nor Amalina & Zanaton, 2018).

Jadual 5

Jadual Analisis Instrumen Bahagian D (Cabaran Guru Pelatih Terhadap
Pelaksanaan PdPR)

Item Cabaran Guru Pelatih Min (M) Sisihan Interpretasi
3.08 Piawai (SP) Sederhana
D1 Kurang pengetahuan dan kemahiran. 3.77
3.10 1.285
2.36
D2 Kesukaran mewujudkan komunikasi dua 2.72 1.111 Tinggi
hala dengan murid.
2.36
D3 Tidak mempunyai akses internet yang 1.353 Sederhana
stabil. 2.79

D4 Tidak mempunyai kemudahan telefon, 4.05 1.460 Sederhana
komputer riba, tablet atau peranti lain. 3.92

D5 Tidak mahir menggunakan sistem 1.276 Sederhana
pengurusan pembelajaran.

Tidak mahir dalam penggunaan media 1.158 Sederhana
D6 sosial, e-mel dan platform pendidikan

atas talian.
Tidak mahir memberi arahan dan

D7 menjawab pertanyaan melalui e-mel dan 1.361 Sederhana
mesej. 1.025 Tinggi
1.133 Tinggi
D8 Cabaran menggalakkan penglibatan
murid dan pelaksanaan kelas atas talian.

D9 Kesukaran mengawal masa, memantau
kehadiran dan respons murid.

216

Cabaran perubahan secara mengejut

D10 daripada bersemuka kepada secara atas 3.79 1.260 Tinggi

talian. 3.23 1.366 Sederhana
3.67 1.199 Sederhana
D11 Menghadapi tekanan kuarantin di rumah 3.67 1.084 Sederhana
dan permintaan kelas atas talian. 4.03 1.038
3.69 1.217 Tinggi
D12 Kesukaran mencapai kriteria yang 3.35 0.908 Tinggi
ditetapkan oleh pihak sekolah. Sederhana

D13 Kurang sokongan pembelajaran daripada
ibu bapa / penjaga.

D14 Kesukaran menilai pencapaian murid.

D15 Kesukaran membina suasana
pembelajaran yang positif.

Keseluruhan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran dan tahap
kesediaan guru pelatih STEM terhadap PdPR berada pada tahap yang tinggi
namun cabaran yang dihadapi menjadi kekangan kepada guru untuk
melaksanakannya secara berkesan. Guru pelatih STEM sedar bahawa PdPR yang
diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2020 merupakan alternatif
pembelajaran norma baharu sejak COVID-19 melanda negara kita. Hal ini
menunjukkan bahawa guru pelatih STEM sedar dan bersedia dari segi kemudahan,
kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan PdPR. Dalam pelaksanaan
PdPR, tahap cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih juga pada tahap sederhana
di mana guru masih menghadapi cabaran yang besar dari pelbagai aspek. Namun,
kesedaran dan kesediaan dari segi kemahiran dan pengetahuan dapat membantu
guru dalam menghadapi cabaran PdPR dengan lebih berkeyakinan. Oleh itu, guru
perlu memantapkan dan menyesuaikan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang selaras perkembangan teknologi pada masa kini.

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil kira sekiranya
kajian seperti ini ingin dijalankan pada masa akan datang. Antaranya adalah
menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbeza
seperti kajian kes atau kajian tindakan. Dicadangkan boleh menggabungkan
kaedah penyelidikan kuatitatif dan kualitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik
sedia ada dan temubual atau pemerhatian. Yang kedua, menjalankan kajian dalam
kalangan golongan yang berbeza. Sebagai contoh, jika kajian pada kali ini
dijalankan dalam kalangan guru pelatih STEM IPG, kajian boleh dijalankan dalam
kalangan guru pelatih opsyen lain atau guru sekolah rendah. Di samping itu,
mencari lokasi kajian yang berbeza. Jika kajian kali ini dijalankan di IPG Kampus
Kent dan IPG Kampus Pulau Pinang, kajian boleh dijalankan dalam kalangan IPG
lain atau di daerah tertentu seperti Kuching pada masa akan datang.

217

IMPLIKASI

Pengkaji melaporkan implikasi kajian berdasarkan gambaran dapatan kajian secara
keseluruhan. Guru pelatih harus sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu
pengetahuan diri dalam pengaplikasian kaedah dan teknik yang sesuai digunakan
dalam pelaksanaan PdPR berdasarkan tahap pencapaian murid, gaya
pembelajaran murid dan situasi persekitaran. Selain itu, kajian ini boleh menjadi
rujukan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan KPM untuk
merancang program atau kursus yang sesuai bagi meningkatkan kualiti guru pelatih
dalam pelaksanaan PdPR. Di samping itu, para pendidik juga perlu berusaha untuk
menambahkan pengetahuan, kecekapan dan penguasaan ilmu teknologi maklumat
dan komunikasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dan berkesan bagi menghadapi
cabaran semasa pelaksanaan PdPR.

RUJUKAN

Abdillah, N. A., & Musa, M. (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP) Norma Baru Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Jtmk), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal Of Modern
Education, 3(8), 114-124. Doi: 10.35631/IJMOE.380010

Asbulah, L.H., Lubis, M.A., Aladdin A. & Sahrim, M. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan
Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140. doi: 10.17576/JPEN-
2018-43.03-14

Azizan, S. N.C. & Nasri, N.M. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam
Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik
COVID-19. Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57. doi:
/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Bond T. G. & Fox C.M. 2015. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the
Human Sciences. Ed.ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum.

Fauzi, I. & Khusuma, I.H.S. (2020). Teachers’ Elementary School in Online Learning of
COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal IQRA, 5(1), 58-70.
https://www.researchgate.net/publication/342100923_Teachers'_Elementary_Schoo
l_in_Online_Learning_of_COVID-19_Pandemic_Conditions

Ghafar, N.A. (2003). Reka Bentuk Tinjauan: Soal Selidik Pendidikan. Kuala Lumpur:
Universiti Teknologi Malaysia.

Hanisah Ahmad Saifudin & Isa Hamzah. (2021). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di

Rumah (PdPR) Dalam TalianDengan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia

Pendidikan, 3(3), 250-264. Diakses daripada

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jamilah Ahmad, Nurzali Ismail & Nasliza Arina Nasir. (n.d.). Investigating Malaysian Youth’s
Social Media Usage, Competencies and Practice with regard to Crime Prevention:
An Application of the Social Media Literacy Model.
http://eprints.usm.my/32058/1/Nurzali,_Jamilah,_Nur.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kuala Lumpur: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tinjauan. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Akademik.

218

Kementerian Pelajaran Malaysia (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Versi 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lapada, A.A., Robledo, D.A.R., Miguel, F.F. & Alam, Z.F. (2020). Teachers’ Covid-19
Awareness, Distance Learning Education Experiences and Perceptions towards
Institutional Readiness and Challenges. International Journal of Learning, Teaching
and Educational Research, 19(6), 127-144. doi: 10.26803/ijlter.19.6.8

Lee,K.C., Zakri, A. & Chua, L.N. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Mahdzir Khalid. (2021, Jun 25). PdPR: Di mana muridnya? Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/06/pdpr-di-mana-muridnya/

Muller, J. (2021, April 7). Share of population that currently owns digital devices in Malaysia
2020 by device. https://www.statista.com/statistics/803601/digital-device-usage-
among-adults-by-device-malaysia/

Norehan Nasir & Mahaliza Mansor (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421. doi:
10.47405/mjssh.v6i7.854

Norliza Mat Ali. (2016). Tahap kesediaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
pendekatan pembelajaran

berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di Selangor, Malaysia. Tesis
Master. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Pallant, J., (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using the
SPSS program. 4th Edition. McGraw Hill, New York.

Rohayati Junaidi & Intan Marlina Mohd Ali. (2020). Pandemik COVID-19 dalam Persekitaran
Kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. Journal of Malay Language,
Education and Literature. doi: 10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.3.2020

Wan, Y.S. (2020). Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19. Institute For Democracy and
Economic Affairs (IDEAS). https://www.ideas.org.my/pendidikan-sepanjang-krisis-
covid-19/

Yusnilita, N. (2020). The Impact of Online Learning: Student’s Views. English Teaching

Journal, 11(1).

https://www.researchgate.net/publication/341433863_The_Impact_of_Online_Learni

ng_Student's_Views/fulltext/5ec01eae92851c11a86c5ea4/The-Impact-of-Online-

Learning-Students-Views.pdf

219

KAJIAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PELATIH
SAINS TENTANG KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN
MASALAH

Eunice Lau Wang Ee, Dr Chiam Sun May
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Inovasi pembelajaran berpusatkan pelajar telah lama diperkenalkan untuk
menggantikan sistem konvensional antaranya termasuklah pembelajaran
berasaskan masalah (PBM). PBM ialah satu kaedah pengajaran yang mendorong
pelajar berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini
bertujuan meninjau pengetahuan, kemahiran dan sikap guru pelatih Sains terhadap
kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains.
Kajian ini amat penting terutamanya kepada guru-guru pelatih Sains dalam
memastikan setiap guru mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
positif terhadap pendekatan yang dilaksanakan semasaproses pengajaran dan
pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 16 orang guru-guru pelatih Sains
Ambilan Jun 2018 yang telah menjalani praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus
(IPGK) Kent di daerah Tuaran, Sabah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian yang merangkumi tiga konstruk utama iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap. Reka bentuk kajian analisis data
kajian ini dianalisis dalam bentuk deskriptif meliputi analisis min dan sisihan piawai.
Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi tahap pengetahuan (min = 4.43),
kemahiran pelaksanaan (min= 4.50) dan sikap (min = 4.43). Implikasi kajian ini ialah
guru-guru pelatih Sains yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
positif dan tinggi adalah penting membolehkan guru pelatih melaksanakan proses
pengajaran dengan lebih terancang dalam melahirkan generasi yang mampu
berdaya saing dan dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan.

Kata kunci: Pembelajaran berasaskan masalah (PBM), guru pelatih Sains, sikap,
kemahiran, pengetahuan

PENGENALAN

Bagi meningkatkan kemajuan pendidikan negara, kita harus sanggup menempuhi
pelbagai cabaran dan sentiasa kreatif dalam menjamin kualiti pendidikan seperti
memperbaharui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah
pengenalan pendekatan berasaskan masalah. Pembelajaran berasaskan masalah
(PBM) adalah satu kaedah pengajaran yang mendorong pelajar berfikir secara
kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara teorinya pendekatan
pembelajaran ini dibina berasaskan teori kognitif konstruktivis (Arguelles, McCraty &
Rees, 2003) di mana pengetahuan sedia ada membantu pelajar dalam mempelajari
pengetahuan baru. Keberkesanan pendekatan PBM ini banyak memberi kesan

220

yang positif terhadap sikap (Akinoglu & Tandogan, 2007; Sungur, Tekkaya &
Geban, 2006), minat pelajar (Ahmet et al., 2007), pencapaian pelajar (Fazilah et al.,
2016; Akinoglu & Tandogan, 2007; Sungur et al., 2006; Fogarty, 1998),
kemampuan menyelesaikan masalah (Albanese & Mitchell, 1993), kemahiran
berfikir (Kivela & Kivela, 2005; Tan Oon Seng, 2004) dan kemahiran saintifik
(Ahmet et al., 2007). Namun tidak banyak yang memfokuskan kepada kesediaan
guru dari aspek pengetahuan, dan kemahiran pelaksanaan pendekatan PBM dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan utama dalam kajian ini ialah guru-guru sukar untuk beralih daripada
pengajaran secara tradisional kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Azizan & Nasri (2020), mendapati bahawa lebih suka
kaedah pengajaran tradisional. Lazimnya guru lebih selesa menggunakan kaedah
kuliah dan latih tubi bagi menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan.
Menurut Yahya Othman (2012), sistem pendidikan di Malaysia masih lagi
berorientasikan peperiksaan kerana setiap pencapaian pelajar dalam peperiksaan
awam masih dijadikan kayu pengukur kejayaan dan kecemerlangan. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji tahap guru pelatih tentang pengetahuan, kemahiran dan
sikap terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terdiri daripada 3 objektif iaitu:

I. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang kaedah pembelajaran
berasaskan masalah dalam kalangan guru pelatih mata pelajaran Sains.

II. Mengenal pasti tahap kemahiran tentang kaedah pembelajaran berasaskan
masalah dalam kalangan guru pelatih mata pelajaran Sains.

III. Mengenal pasti sikap guru pelatih mata pelajaran Sains terhadap PBM.

SOALAN KAJIAN

Bagi memenuhi objektif kajian, berikut adalah soalan-soalan kajian:

I. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih mata pelajaran Sains tentang
kaedah pembelajaran berasaskan masalah?

II. Apakah tahap kemahiran guru pelatih mata pelajaran Sains tentang kaedah
pembelajaran berasaskan masalah?

III. Apakah sikap guru pelatih mata pelajaran Sains terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan masalah?

METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif menggunakan kajian berbentuk tinjauan
bagi tujuan pengumpulan data. Kaedah tinjauan dipilih kerana ianya sesuai untuk
ditadbir ke atas sampel yang besar dalam masa yang terhad. Bersesuaian dengan
objektif kajian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan,
kemahiran pelaksanaan kaedah PBM.

221

PERSAMPELAN

Sampel kajian adalah terdiri daripada 16 orang guru-guru pelatih Sains IPG
Kampus Kent, Sabah yang telah menjalani praktikum.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas. Soal selidik ini
diadapatasi oleh pengkaji berdasarkan rujukan pada soal selidik kajian yang
bertajuk ‘Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Terhadap
Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pbm) Dalam Mata Pelajaran Sains’. Instrumen
soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A merangkumi latar belakang responden dan Bahagian B pula berkaitan
pengetahuan tentang PBM, manakala Bahagian C berkait dengan kemahiran
pelaksanaan PBM dan Bahagian D berkaitan tentang sikap guru pelatih terhadap
pendekatan PBM. Bagi setiap konstruk, sebanyak sembilan item (aspek
pengetahuan), sepuluh item (aspek kemahiran pelaksanaan) dan sepuluh item
(aspek sikap) digunakan bagi mendapatkan maklum balas responden terhadap
pendekatan PBM.

KESAHAN

Kesahan muka dan kandungan dijalankan dengan merujuk pakar bidang dalam
penyelidikan di Institut Pendidikan Kampus Kent iaitu Dr. Ronald Yusri Batahong.

KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan penilaian soal selidik ini boleh disokong oleh nilai Alpha
Cronbach yang dikemukakan oleh kajian yang dijalankan oleh Hakim & Ikhsan
(2018) iaitu nilai Alpha Cronbach bagi tahap pengetahuan guru secara keseluruhan
ialah α=0.96 bagi 9 item yang diuji. Bagi tahap kemahiran pelaksanaan guru pula,
nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah α=0.86 bagi keseluruhan 10 item yang
diuji manakala bagi tahap sikap pula, nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah
α=0.92 bagi keseluruhan 10 item yang diuji. Berdasarkan nilai-nilai yang diperolehi,
didapati kesemuanya melebihi 0.80 dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Bagi mendapatkan matlumat yang diperlukan untuk kajian ini, penggunaan set soal
selidik melalui Google Form di mana ia sesuai dan relevan dengan kajian ini iaitu
mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kaedah pembelajaran
berasaskan masalah dalam kalangan guru pelatih mata pelajaran Sains.

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Data tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap yang telah dikumpul
secara keseluruhan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Terdapat 4 kategori
pemeringkatan skala Likert iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak
pasti, (4) setuju dan (5) sangat setuju. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan

222

menggunakan skor min. Hasil analisis skor min pula diintepretasikan kepada 3
tahap kesesuaian bagi menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Hubungkait antara skor min dengan tahap kesesuaian seperti ditunjukkan seperti
dalam Jadual 1.

Jadual 1.0: Jadual Tahap Pengelasan Berdasarkan Skor Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Said (2018)

Tahap Pengetahuan Guru PelatihTerhadap PBM dalam Mata Pelajaran Sains.

Berdasarkan kepada Jadual 3.0, didapati persoalan menunjukkan min yang
diperolehi kebanyakannya berada pada tahap tinggi. Item yang mencatatkan nilai
min tertinggi adalah item yang berkaitan dengan pengetahuan guru mengenai
definisi kaedah PBM iaitu (min= 4.69, sp= 0.479) manakala item yang mencatatkan
nilai min terendah adalah pengetahuan guru tentang teori-teori kaedah PBM iaitu
(min= 4.13, sp= 0.619). Min keseluruhan bagi tahap pengetahuan guru terhadap
PBM menunjukkan pada tahap tinggi iaitu 4.43 berdasarkan nilai min secara
keseluruhan bagi item Bahagian B yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih
Sains terhadap kaedah PBM adalah tinggi. Pengaplikasian PBM dalam pengajaran
dan pembelajaran yang baik memerlukan tahap pengetahuan guru pelatih yang
sentiasa dipertingkatkan supaya mereka dapat memahami kaedah ini dengan lebih
terperinci. Akan tetapi didapati kajian yang ditunjukkan oleh Rosnaini (2006) dan
Rohani Aziz (2011) menunjukan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap PBM
adalah pada tahap sederhana. Namun, dapatan kajian disokong oleh dapatan
kajian yang dijalankan oleh Hakim (2018) iaitu tahap pengetahuan guru terhadap
kaedah PBM adalah pada tahap tinggi dalam kalangan guru. Tahap pengetahuan
guru semakin meningkat dengan tahun berdasarkan kajian-kajian lampau oleh yang
sedemikian, pendedahan kepada PBM pada peringkat awal iaitu semasa di institut
pendidikan guru adalah penting supaya guru-guru pelatih boleh mengaplikasikan
PBM dengan cepat dan sentiasa mempertingkatkan tahap pengetahuan mereka.
Guru pelatih yang didedahkan kepada PBM mampu meningkatkan kemahiran
efikasi kendiri serta pemikiran kritis dan harus diaplikasikan dalam mata pelajaran
Sains di sekolah bagi tujuan meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kemahiran efikasi kendiri murid (Saputro & et. al, 2020). Pendedahan terhadap
kaedah dan pedagogi terkini seperti kaedah PBM ini perlu diberikan secara
berkesan kepada guru pelatih melalui seminar, kursus atau bengkel agar dapat
mengukuhkan lagi pengetahuan serta dapat meningkatkan kualiti pengajaran
mereka. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan pembelajaran yang aktif
dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

223

Jadual 3.0: Min skor, Sisihan Piawai dan Tahap Pengetahuan Guru Pelatih

Kod Saya tahu tentang PBM iaitu: Min SP Tahap

B1 Definisi PBM. 4.69 0.479 Tinggi

B2 Teori-teori PBM. 4.13 0.619 Tinggi

B3 Ciri-ciri utama PBM. 4.38 0.500 Tinggi

B4 Perbezaan antara kaedah PBM dan 4.44 0.512 Tinggi
kaedah pembelajaran secara
tradisional.

B5 Persamaan antara kaedah PBM 4.31 0.602 Tinggi
dan kaedah pembelajaran secara 4.63 0.619 Tinggi
tradisional.

B6 Kelebihan melaksanakan kaedah
PBM.

B7 Kaedah melaksanakan 4.38 0.500 Tinggi
pembelajaran menggunakan
pendekatan PBM yang terancang.

B8 Kesesuaian melaksanakan 4.31 0.704 Tinggi
pendekatan PBM berdasarkan
topik-topik tertentu.

B9 Peranan guru dalam melaksanakan 4.63 0.500 Tinggi
PBM.

Jadual 3.1: Keseluruhan Min, Sisihan Piawai dan Tahap Pengetahuan

Bahagian B Min SP Tahap
4.43 0.36033 Tinggi

Tahap Kemahiran Guru Pelatih Terhadap PBM dalam Mata Pelajaran Sains

Jadual 3.2 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan tahap bagi kemahiran guru
pelatih terhadap PBM dalam mata pelajaran Sains. Merujuk kepada jadual tersebut,
item yang mempunyai nilai min tertinggi ialah item C4: Memberi ruang yang luas
untuk murid mengemukakan idea, pandangan dan dapatan dalam sesi
perbincangan atau sesi pembentangan nda C6: Memberi ruang yang luas untuk
murid mengemukakan idea, pandangan dan dapatan dalam sesi perbincangan atau
sesi pembentangan iaitu (min= 4.63, sp= 0.50). Item yang mempunyai nilai min

224

terendah pula dicatatkan oleh item C3: penyediaan rancangan mengajar dan
bahanbahan yang menyumbang kepada penyelesaian masalah bersama dengan
nilai skor min yang sama iaitu (min= 4.37, sp= 0.719). Kesemua item lain
menunjukkan tahap kemahiran pelaksanaan guru terhadap PBM berada pada
tahap tinggi. Nilai min keseluruhan bagi tahap kemahiran pelaksanaan guru
terhadap PBM juga mencatatkan tahap tinggi iaitu min = 4.50 seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Hasil dapatan ini secara tidak langsung mempunyai
kaitan dengan tahap pengetahuan guru pelatih mengenai kaedah PBM.

Dapatan kajian menunjukkn bahawa tahap kemahiran pelaksanaan untuk
kaedah PBM dalam kalangan guru pelatih Sains adalah pada tahap yang tinggi. Hal
ini menunjukkan bahawa para guru pelatih mempunyai kemahiran untuk
melaksanakan PBM dalam proses PdP yang cekap di mana kaedah ini adalah
berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator dalam kelas. Kejayaan
fasilitator sebenarnya sangat bergantung kepada pemahaman proses PBM yang
telah diberi kepada murid. (Chan, 2014). Oleh yang sedemikian, untuk menjadi
fasilitator yang berkesan, efisien dan efektif penguasaan kemahiran PBM
mempunyai relevansi yang tinggi. Peranan guru pelatih untuk menguasai
kemahiran PBM sangat penting dalam mengendalikan proses PBM tersebut supaya
murid dapat memperoleh pengetahuan mereka menerusi aktiviti ini. (Salleh &
Harun, 2019). Kemahiran ini adalah penting untuk melahirkan dan mendidik bakal-
bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan
masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil (Said, 2018).
Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Noor Ahmad,
Looi & et.al (2019) yang menyatakan bahawa a tiga amalan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 yang paling dominan diamalkan oleh guru-guru antaranya
adalah kemahiran penyelesaian masalah, Oleh yang sedemikian, tahap kemahiran
pelaksanaan PBM yang tinggi membolehkan guru pelatih untuk membudayakan
amalan kaedah PBM sebagai arah transformasi pendidikan yang positif. Antara
aspek yang penting perlu dikuasai oleh guru pelatih adalah perancangan yang teliti
dan masa yang sesuai perlu dititikberatkan (Lambri & Mahamod, 2016). Hal ini
demikian kerana, dengan adanya perancangan yang lebih sistematik tentunya
aktiviti PBM dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan teratur.

Jadual 3.2: Min skor, Sisihan Piawai dan Tahap Kemahiran Guru Pelatih

Kod Saya mempunyai kemahiran Min SP Tahap
melaksanakan PBM dari segi: 4.56 0.512 Tinggi

C1 Mengagihkan murid-murid
mengikut pelbagai latar belakang
dalam kumpulan

C2 Menyediakan rancangan mengajar 4.37 0.719 Tinggi
dan bahan-bahan yang
menyumbang kepada
penyelesaian masalah bersama.

C3 Memberi ruang dan peluang 4.44 0.629 Tinggi
kepada murid-murid untuk
menstrukturkan kepimpinan

225

kumpulan masing-masing. 4.63 0.500 Tinggi
4.44 0.512 Tinggi
C4 Memberi penekanan kepada
kemahiran dan penglibatan murid 4.63 0.500 Tinggi
dalam menyelesaikan masalah
4.44 0.629 Tinggi
C5 Menyusun kedudukan murid yang 4.56 0.629 Tinggi
boleh memudahkan pemerhatian 4.50 0.516 Tinggi
dan pengawalan oleh guru serta 4.50 0.632 Tinggi
memudahkan proses
perbincangan murid.

C6 Memberi ruang yang luas untuk
murid mengemukakan idea,
pandangan dan dapatan dalam
sesi perbincangan atau sesi
pembentangan

C7 Memberi bantuan kepada
kumpulan yang memerlukan
bantuan interpersonal

C8 Pemudah cara dan bukannya
memberi maklumat secara terus.

C9 Memberikan penggredan dan
peneguhan kepada pelajar selepas
PBM

C10 Membuat penilaian dan refleksi
terhadap keberkesanan
pendekatan PBM yang digunakan

Jadual 3.3: Keseluruhan Min, Sisihan Piawai dan Tahap Kemahiran

Bahagian C Min SP Tahap
4.50 0.36418 Tinggi

Sikap Guru Pelatih Terhadap PBM dalam Mata Pelajaran Sains

Jadual 3.4 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan tahap bagi sikap guru pelatih
terhadap PBM. Item yang menunjukkan nilai min tertinggi ialah item D3: PBM boleh
membentuk nilai-nilai murni dan interaksi sosial yang positif (min= 4.69, sp= 0.479),
D4: PBM mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan (min= 4.69, sp=
0.602) dan D5: PBM akan berkesan apabila dilaksanakan dengan terancang
(min=4.69, sp= 0.602) manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu
(min= 3.94, sp= 0.998) ditunjukkan oleh item D9: Pelaksanaan kaedah PBM
memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran. Nilai min keseluruhan bagi
item sikap guru terhadap PBM adalah 4.43 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
3.5 dan berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya sikap guru pelatih
terhadap PBM adalah positif.

Dapatan kajian mengenai sikap guru terhadap kaedah PBM didapati
berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menggambarkan guru-guru pelatih sangat

226

bersedia melaksanakan PBM sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh
NorAmalina Hakim (2018), di mana beliau menyatakan bahawan secara
keseluruhannya sikap guru terhadap PBM adalah positif. Hal ini juga disokong oleh
Mat Ali, Norlizah & et.al (2016) didapati bahawa guru-guru mempunyai tahap sikap
kesediaan yang positif terhadap PBM. Ini mencerminkan penerimaan dan sokongan
guru-guru pelatih Sains terhadap perubahan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan ini juga merupakan satu petunjuk bahawa pendekatan PBM
untuk terus berkembang sebagai salah satu pendekatan pembelajaran Sains.
Fullan (2001) menegaskan pentingnya sikap guru yang positif dalam menentukan
penerimaan sesuatu inovasi pengajaran. Sikap bakal pendidik yang positif secara
tidak langsung mendorong murid lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka
dan memberi peluang kepada mereka meneroka pembelajaran dengan lebih
bermakna. Sikap yang positif terhadap PBM membolehkan bakal pendidik
menyampaikan PdP dengan menyelit sahsiah dan moral yang positif dalam
pengajaran. Kelebihan pendekatan PBM dapat dilihat dari sudut kemahiran
insaniah yang dapat dijana melalui proses pembelajarannya (Hussain Othman & et.
al, 2012). Oleh yang sedemikian, dengan sikap keterbukaan terhadap PBM
membolehkan guru pelatih untuk mempraktikkan kaedah ini secara kendiri
sekaligus meningkatkan kualiti profesion keguruan.

Jadual 3.4: Min skor, Sisihan Piawai dan Sikap Guru Pelatih Terhadap PBM

Kod Saya tahu tentang PBM iaitu: Min SP Tahap

D1 Salah satu kaedah pedagogi yang 4.62 0.500 Tinggi
sesuai dalam pengajaran dan
berusaha mengaplikasikannya

D2 PBM boleh meningkatkan 4.56 0.512 Tinggi
pencapaian akademik murid

D3 PBM boleh membentuk nilai-nilai 4.69 0.479 Tinggi
murni dan interaksi sosial yang
positif.

D4 PBM mewujudkan suasana 4.69 0.602 Tinggi
pembelajaran yang menggalakkan.

D5 PBM akan berkesan apabila 4.69 0.602 Tinggi
dilaksanakan dengan terancang. 4.00 0.632 Tinggi

D6 PBM mampu mengurangkan 4.38 0.500 Tinggi
beban tugas guru.

D7 Terdapat perubahan positif sikap
murid terhadap PBM berbanding
pembelajaran secara tradisional

227

D8 PBM adalah praktikal dari segi 4.44 0.629 Tinggi
teori dan implementasi. 3.94 0.998 Tinggi

D9 Pelaksanaan kaedah PBM 4.31 0.602 Tinggi
memudahkan guru menghabiskan
sukatan pelajaran.

D10 PBM dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih terkawal

Jadual 3.5: Keseluruhan Min, Sisihan Piawai dan Sikap Terhadap PBM

Bahagian D Min SP Tahap
4.43 0.37366 Tinggi

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru pelatih seharusnya melengkapkan diri dari segi kemahiran
pelaksanaan selain berpengetahuan dan sikap yang positif dalam pendekatan
pengajaran agar pembelajaran berkesan dapat direalisasikan. Sikap guru pelatih
secara keseluruhan terhadap PBM juga adalah positif bermakna guru-guru pelatih
Sains bersedia menerima PBM.

IMPLIKASI

Secara implikasinya, Pendedahan kepada teknik dan kaedah pelaksanaan PBM
membolehkan guru pelatih melaksanakan proses pengajaran dengan lebih
terancang. Oleh yang sedemikian, pentingnya guru-guru pelatih pada peringkat
institusi diberi pendedahan kepada PBM dan sentiasa meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka seperti menghadiri kursus, seminar atau bengkel yang
berkaitan dengan PBM. Maka, kajian ini boleh menjadi rujukan kepada pihak IPGM
(Institut Pendidikan Guru Malaysia) dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
untuk merancang intipati kursus profesionalisme dalam program PPISMP dan
PISMP bagi opysen Sains yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, implikasi dapatan kajian ini juga memberi impak kepada para
pensyarah iaitu kesedaran tentang betapa pentingnya penguasaan pengetahuan
dan kemahiran PBM bagi guru pelatih yang menjalani latihan mengajar kerana ia
memberi kesan yang positif ke atas kualiti pengajaran mereka sekaligus memberi
impak kepada murid-murid yang akan dididik kelak.

CADANGAN

Guru-guru dalam perkhidmatan yang menjalani program PDPP opysen Sains boleh
dijalankan bagi meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih efisien dan relevan
dengan arus pemodenan dalam dunia pendidikan supaya kualiti pendidikan di
Malaysia dapat dipertingkatkan. Kajian selanjutnya juga boleh dilibatkan dengan
guru-guru pelatih dan guru-guru dalam perkhidmatan di beberapa negeri lain
khususnya di luar bandar bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh.

228

RUJUKAN

Ali, N. M., & Rahman, F. A. (2016). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Daerah Petaling Perdana. International Journal of Education and Training, 2(2):1-8

Ahmad, N. L., & et. al. (2019). Kepentingan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran
Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of Education,
Psychology and Counselling, 4(28):28-51.

Ayob, A. & Khairuddin, M. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmet, G., Metin. A., Cetin, D., & Mustafa, S. (2003). An investigation onto the
effectiveness of problembased learning in physical chemistry laboratory course.
Research in Science & Technological Education, 25(1): 99-113.

Akinoglu, O., & Tandogan. R. O. (2007). The effects of problem based active learning in
science education on students’ academic achievement, attitude and concept
learning. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 3(1):
71-81.

Albanese, M., & Mitchell, S. (1993). Problem based learning: A review of the literature
on its outcomes andimplementation issues. Academic Medicine. 68(1): 52-81.

Arguelles, L., McCraty. R., & Rees, R. A. (2003). The Heart in Holistic Education.
Encounter.

Arnieyuzie Mohd Arshad. (2016). Penambahbaikan kemahiran berfikir aras tinggi
melalui pembelajaran berasaskan masalah bagi subjek sains tingkatan dua. Tesis
Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Barrows, H.S., & Tamblyn. R. N., (1980). Problem based learning: An approach to
medical education. New York: Springer.

Creswell, J. W. (2008). Educational Research, Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative & Qualitative Research. Third Edition. New Jersey: Pearson Merill
Prentice Hall.

Fazilah Razali, Othman Talib & Azraai Othman. (2016). Aplikasi kemahiran proses sains
dalam pembelajaran berasaskan masalah untuk mata pelajaran biologi. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(3): 38-46.

Fogarty, R. (1998). Problem-based learning: A collection of articles. IL, USA: Skylight
Training and Publishing, Inc.

Fullan, M. & Stiegelbauer, S. (2001). The Meaning of Education Change. Third Edition.
New York: Teacher College Press.

Ghaffar, M. N. A. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hakim, N. A. A, & Ikhsan, Z. (2018). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap
Guru Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pbm) Dalam Mata Pelajaran
Sains.

229

Habsah Mohamed. (2014). Hubungan gaya pengajaran guru terhadap gaya
pembelajaran dan pencapaian pelajar tingkatan empat di Putrajaya. Tesis Sarjana.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karaduman, G. B. (2013). The Relationship Between Prospective Primary Mathematics
Teachers’ Attitudes Towards Problem-Based Learning and Their Studying
Tendencies. International Journal on New Trends in Education and Their
Implications, 4(4)[1-7]

Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kivela, J., & Kivela, R. J. (2005). Student perceptions of an embedded problem-based
learning instructional approach in a hospitality undergraduate programme.
International Journal of Hospitality Management, 24(3): 473-464.

Lambri, A. & Mahamod, Z. (2016). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan
Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
https://www.researchgate.net/profile/Alizah-
Lambri/publication/305228372_Pelaksanaan_Aktiviti_Pembelajaran_Berasaskan_M
asalah_dalam_Proses_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Bahasa_Melayu/links/5785
ae5d08aef321de2a9ce0/Pelaksanaan-Aktiviti-Pembelajaran-Berasaskan-Masalah-
dalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-Bahasa-Melayu.pdf

Natrah Mohamad. (2012). Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian
dan pemikiran kritikal dalam topik nutrisi. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual. A step by step guide to data analysis using
SPSS for Windows (Version 10). Buckhingham: Open University Press.

230

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABEL STRUKTUR GIGI DENGAN
MENGGUNAKAN AR-LaGi BAGI MURID TAHUN TIGA

Mack Lee, Dr Chiam Sun May
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi
menggunakan inovasi AR-LaGi yang merupakan sebuah kaedah Augmented
Reality (AR). Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak
di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid Tahun 3
iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Model Penyelidikan
Kurt Lewin (1946) telah diadaptasi dalam kajian ini. Saya telah menggunakan
empat instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (pra dan pos), temu bual,
pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah dijalankan dengan
menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran melabel
keratan struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan
purata markah kemahiran melabel struktur gigi dengan betul sebanyak 94 peratus
selepas menggunakan AR. Dapatan pemerhatian dan temu bual turut menunjukkan
murid telah dapat menguasai kemahiran melabel struktur gigi dan berminat dalam
menggunakan AR-LaGi pada masa akan datang. Justeru, AR-LaGi berjaya
membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran melabel keratan
rentas struktur gigi dengan betul.

Kata Kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu

PENGENALAN
Kajian ini merupakan Kajian Tindakan dalam mata pelajaran Sains Tahun 3 yang
dijalankan semasa perlaksanaan praktikum fasa satu di sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Kajian Tindakan ialah kaedah inkuiri sistematik yang dilakukan oleh guru
sebagai penyelidik amalan mereka sendiri (Mills, 2014).

Aplikasi Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi yang memberi peluang
kepada pengguna untuk melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif (Muhammad
Amin Mohd Ariff & Zurina Muda, 2020). Dalam konteks ini, AR akan digunakan
dalam membantu murid meningkatkan kemahiran melabel komponen struktur gigi
dengan betul. Penerapan AR ini diyakini akan dapat membantu murid terlibat
secara aktif dalam PdP Sains walaupun dijalankan secara kendiri mahupun secara
dalam talian.

Data awal yang mendorong kepada kajian tindakan ini ialah melalui hasil kerja
murid di dalam buku aktiviti sains. Seramai tujuh orang murid menunjukkan prestasi
yang kurang memberangsangkan dalam hasil kerja mereka. Analisis masalah yang
lebih lanjut boleh dilihat di dalam Jadual 1.

231

Murid Jadual 1: Analisis masalah
Masalah

- Terdapat kekeliruan dalam perlabelan
salur darah dan saraf atas faktor
warna

J1
- Struktur gigi tidak dilabelkan dan
diwarnakan

J2, J5, J6

- Struktur gigi tidak dilabelkan

J3, J7 - Anak panah label tidak menyentuh
J4 struktur yang hendak dilabel

232

FOKUS KAJIAN
Pemilihan AR sebagai tindakan diyakini dapat menangani masalah yang dihadapi
oleh murid dan juga pengkaji. Menurut Noradilah Aziz dan Lai (2019), penggunaan
media sosial bukan penting adalah seiring dengan perkembangan dunia digital
malah ia menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan produktif. AR yang
menggunakan pengunaan teknologi digital berkait rapat dengan gamifikasi di mana
pendekatan berbentuk gamifikasi dapat membantu meningkatkan pemahaman
pelajar sekaligus meningkatkan skor pencapaian pelajar berbanding kaedah
tradisional (Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas & Azrina Mohmad Sabiri, 2021).

Kajian mengenai potensi AR turut dijalankan di sebuah prasekolah menunjukkan
kepentingannya kepada murid dan juga dalam pendidikan. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Wee dan Fadilah Abdul Rauf (2020) di sebuah prasekolah, AR
boleh digunakan bagi meningkatkan aspek kelancaran dan keaslian pemikiran
kreatif, bertepatan dengan standard dalam Pembelajaran Abad ke-21. Justeru, AR
mempunyai kepentingan dan berpotensi dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan
memberi nilai tambah pedagogi.

Selain itu, pemilihan AR juga mempunyai kebolehtadbiran yang tinggi di mana ia
bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan sentuhan murid semasa
perlaksanaan kajian tindakan. Ini selaras dengan pematuhan Standard Operasi
Prosedur (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
semasa penularan wabak pandemik COVID-19 ini. Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 (2021), yang dikeluarkan oleh
KPM menyatakan bahawa penjarakkan fizikal perlu disediakan di mana dalam
konteks bilik darjah, tanda penjarakkan diletakkan pada kaki meja baris hadapan
dan baris tepi pertama untuk rujukan.

Kebolehgunaan AR ini juga diyakini kerelevenannya kepada pihak sekolah seiring
dengan Revolusi Perindustrian 4.0 di negara ini. Wee dan Fadilah Abdul Rauf
(2020), menyatakan bahawa penggunaan teknologi AR boleh dipertingkatkan untuk
Pendidikan 4.0. Menurut Liu (seperti petikan dalam Petrov dan Atanasova, 2020),
manusia pada masa kini mempunyai peluang untuk merasai immersive learning di
dalam bilik darjah dan secara tidak formal; di rumah, perpustakaan, pusat komuniti
dengan pengembangan praktikal dan kemampuan realiti maya dan realiti
campuran.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian

1. Meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.

2. Membantu murid dalam menguasai kemahiran melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.

3. Menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.

Soalan Kajian
1. Adakah pencapaian murid dalam kemahiran melabel struktur keratan
rentas gigi meningkat setelah menggunakan AR-LaGi?

233

2. Adakah AR-LaGi dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran
melabel struktur keratan rentas gigi?

3. Adakah murid tertarik untuk menyelesaikan soalan melabel struktur keratan
rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi?

PESERTA KAJIAN
Seramai tujuh orang murid yang terdiri daripada lima orang lelaki dan dua orang
perempuan dilibatkan dalam kajian ini. Maklumat mengenai murid dalam kajian
adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Maklumat murid dalam kajian

Kod Jantina Bangsa Ciri-ciri unik

J1 Lelaki Bajau Lemah membaca

J2 Lelaki Bajau Lemah membaca

J3 Lelaki Bajau Lemah membaca

J4 Perempuan Bajau Lemah membaca

J5 Perempuan Bajau Sangat lemah membaca
Pendiam

J7 Lelaki Bajau Lemah membaca

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Aktiviti tindakan dijalankan di luar waktu PdP sebenar. Masa kosong 30 minit
digunakan bagi perlaksanaan AR ini. Langkah tindakan dan kaedah pengumpulan
data adalah seperti dalam Jadual 3 dan 4.

Proses Jadual 3: Langkah-langkah tindakan Paparan
1 Penerangan

2 • Tekan masuk ke dalam AR-LaGi
• Pilih mod telefon atau persekitaran

untuk main

• Tekan anotasi untuk melihat label
bagi setiap keratan rentas struktur
gigi

• Murid boleh zoom, pan, dan tilt
untuk merasai pengalaman
immersive struktur gigi

Rajah 1: Anotasi pada AR-LaGi

Jadual 4: Kaedah, cara analisis dan cara semak data

Kaedah Cara analisis Cara semak data

Analisis dokumen awal • Analisis hasil kerja awal Kaedah triangulasi
murid • Berturutan dan

Temu bual • Bertema berkaitan
• Protokol fikir ujar • Data disemak dari

234

• Retrospektif pelbagai sudut
Pemerhatian
Ujian pra dan pos • Peningkatan kekerapan
aspek

• Peratus dan min

DAPATAN KAJIAN
Ujian bertulis

Jadual 5: Bilangan label yang betul

Ujian pra Ujian pos Peratus
Peningkatan
Bil Murid Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Jawapan (%) Jawapan (%) (%)

Betul Betul 40
100
1 J1 3/5 60 5/5 100 100
80
2 J2 0/5 0 5/5 100 60
100
3 J3 0/5 0 5/5 100 100

4 J4 1/5 20 5/5 100

5 J5 0/5 0 3/5 60

6 J6 0/5 0 5/5 100

7 J7 0/5 0 5/5 100

Min Keseluruhan 11.43 94.29

*Nombor dibundarkan ke dua titik perpuluhan yang terdekat

Pemerhatian

Jadual 6: Jumlah peningkatan pemerhatian aspek kekerapan tingkah laku murid

Intervensi Kod J1 J2 Peserta J6 J7
J3 J4 J5

P1

P2 / /

P3

Sebelum P4

P5 /

P6 / /

P7

P1 / / / / / / /

P2 / / / / / / /

P3 / / / / / / /

Selepas P4 / / / / / / /

P5 / / / / / / /

P6 / / / / / / /

P7 / / / / / / /

Jumlah peningkatan 5 6 6 6 7 7 6

235

Temu bual Jadual 7: Paparan data temu bual murid Bukti
Tema Kod Murid J11
J1 J21
Mengingat J2 J31, J33
J3 J41, J44
Minat I J4 J51, J54-55
J5 J61, J64
Aplikasi J6 J71, J74
J7 J12-13
J1 J22-23
J2 J32
J3 J42-43
M J4 J52-53
J5 J62-63
J6 J72-73
J7 J14-15
J1 J24-25
J2 J34
J3 J45
A J4 J56
J5 J65
J6 J75
J7

Triangulasi Data dengan Soalan Kajian
Menjawab kepada soalan satu, pencapaian murid dalam kemahiran melabel
struktur keratan rentas gigi meningkat setelah menggunakan AR-LaGi. Purata
markah bagi ujian pos ialah 94.24 peratus. Perbezaan peningkatan purata ialah
sebanyak 82.86 peratus. Peningkatan markah purata melebihi 60 peratus
menunjukkan bahawa pencapaian murid dalam kemahiran melabel struktur keratan
rentas gigi meningkat setelah menggunakan AR-LaGi. Sokongan triangulasi
lanjutan kepada soalan satu ini dijelaskan dalam soalan kedua dan ketiga dibawah.

Menjawab kepada soalan dua, AR-LaGi dapat membantu murid dalam menguasai
kemahiran melabel struktur keratan rentas gigi. Kenyataan ini disokong dengan
peningkatan pemerhatian tingkah laku murid dalam kod P1, P2, P3 dan P4 yang
menekankan kepada penguasaaan kemahiran melabel, menjawab soalan, dan juga
penggunaan AR-LaGI. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan tema yang dibentuk
dalam temu bual iaitu tema mengingat dan aplikasi.

Menjawab kepada soalan tiga, murid tertarik untuk menyelesaikan soalan melabel
struktur keratan rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi. Ini dibuktikan dengan
pembentukan tema minat murid setelah menggunakan AR-LaGi dan juga
kekerapan penuh pada senarai semak pemerhatian minat murid iaitu dalam kod P5,

236

P6, dan P7. Oleh itu, AR dapat menarik minat untuk menyelesaikan soalan melabel
struktur keratan rentas gigi dengan menggunakan AR-LaGi.

REFLEKSI
Kekuatan yang diperoleh dalam kajian ini ialah AR-LaGi yang dibangunkan dapat
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran melabel struktur keratan rentas
gigi dengan betul. Ini dapat dibuktikan dengan dapatan data yang diperoleh secara
ujian, temu bual dan juga pemerhatian. Bacca (seperti petikan dalam Shiue, Hsu,
Sheng, dan Lan, 2019) mencadangkan bahawa AR adalah lebih menyeronokkan
berbanding kaedah pembelajaran sedia ada, di mana murid lebih aktif untuk belajar
dan memperbaiki pembelajaran. Justeru, inovasi AR-LaGi yang berunsurkan AR
telah berjaya mencapai objektif dan soalan kajian yang ditetapkan.

Menurut (Jessnor Elmy Mat-jizat, Hartini Jaafar, dan Rusliza Yahaya, 2017),
teknologi dan aplikasi yang terdapat dalam gajet boleh membantu murid untuk
belajar pada pace mereka. Murid boleh menggunakan AR untuk mengakses bahan
PdP yang disediakan oleh guru. Dengan ini, murid akan dapat mengulangi isi PdP
sekiranya mereka tidak faham berdasarkan pemahaman murid masing-masing.

Keadaan murid iaitu kemahiran membaca yang lemah dan juga kekangan masa
yang singkat telah berjaya diatasi dengan menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan AR ini. Slide yang digunakan hanya menekan kepada visual iaitu
paparan slide, dan juga audio iaitu bercerita manakala AR-LaGi ini menekankan
kepada visual dan audio yang diterapkan semasa penggunaannya. Justeru, AR-
LaGi yang menekankan paparan objek secara tiga dimensi telah dapat membantu
murid berbanding slide.

Justifikasi yang dapat dibuat selepas perlaksanaan AR ini ialah, PdP perlulah
dijalankan secara eksplisit dan menarik. Hal ini dapat dikaitkan dengan kajian
(Jessnor Elmy Mat-jizat, Hartini Jaafar, dan Rusliza Yahaya, 2017), di mana mereka
menyatakan bahawa golongan milenial memilih hiburan dan permainan. Misalnya,
dalam konteks kajian ini ialah dengan menggunakan AR sebagai medium PdP di
dalam kelas. Sebelumnya, slide digunakan di mana ianya kurang efektif dalam
kalangan murid Tahap 1. Keadaan murid iaitu kemahiran membaca yang lemah
dan juga kekangan masa yang singkat telah berjaya diatasi dengan menggunakan
kaedah pembelajaran berasaskan AR ini. Slide yang digunakan hanya menekan
kepada visual iaitu paparan slide, dan juga audio iaitu bercerita manakala AR-LaGi
ini menekankan kepada visual dan audio yang diterapkan semasa penggunaannya.
Justeru, AR-LaGi yang menekankan paparan objek secara tiga dimensi telah dapat
membantu murid berbanding slide.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa kelemahan yang dihadapi semasa pelaksanaan AR di dalam
kelas. Yang pertama, AR-LaGi perlu diakses dengan menggunakan capaian
Internet yang stabil. Capaian Internet yang lemah akan menyebabkan bahan yang
hendak dipaparkan menjadi lambat. Sebelum ini, hanya struktur gigi dan juga
pelabelan sahaja yang dipaparkan berpandukan kepada keperluan DSKP. Oleh itu,
AR-LaGi boleh diperbaiki dengan menambah beberapa fitur yang menarik.
Penambahan fitur seperti info mengenai pelabelan struktur gigi boleh ditambah

237

agar ia menjadi lebih menarik. Video juga boleh ditambah supaya murid dapat
meneroka dengan lebih dalam lagi mengenai struktur gigi.

RUJUKAN
Mills, G. E. (2014). Action Research: A Guide for The Teacher Researcher. Pearson

Education Limited: England.
Muhammad Amin Mohd Ariff & Zurina Muda. (2020). Aplikasi Mudah Alih Realiti Terimbuh

untuk Visualisasi Kad Keahlian Interaktif. Universiti Kebangsaan Malaysia: Malaysia.
Noradilah Aziz & Lai, W. S. (2019), Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap

Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM, Jurnal Personalia Pelajar, 22(1):69-75
Azita Ali & Lutfiah Natrah Abbas & Azrina Mohmad Sabiri. (2021). Keberkesanan

Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks.
Online Journal for TVET Practitioners, 6(2): 108-122.
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6068
Wee, H. T. & Fadilah Abdul Rauf. (2020). Potensi realiti terimbuh dalam aktiviti mewarna:
Satu kajian di sebuah prasekolah. Souteast Asia Early Childhood Journal, 9(2),1-10.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ/article/view/2989
Petrov, P. D. & Atanasova, T. V. (2020). The Effect of Augmented Reality on Students’
Learning Performance in Stem Education. Information, 11(4):209.
https://doi.org/10.3390/info11040209
Shiue, Y. & Hsu, Y. & Sheng, M. & Lan, C. (2019). Impact of an augmented reality system on
students’ learning performance for a health education course. International Journal of
Management, Economics and Social Sciences, 8(3):195-204. doi:
http://dx.doi.org/10.32327/IJMESS/8.3.2019.12
Jessnor Elmy Mat-jizat & Hartini Jaafar & Rusliza Yahaya. (2017). Measuring The
Effectiveness of Augmented Reality as Pedagogical Strategy in Enhancing Student
Learning and Motivation. International Journal of Academic Research in business and
social sciences. 7(1); 225-240

238

INTERVENSI MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PELAKSANAAN
EKSPERIMEN SAINS TERHADAP DAYA TUMPUAN MURID TAHUN 3: SATU

KAJIAN KES

Mohd Nizam Bin Matusin, Dr Chiam Sun May
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Elemen penumpuan sangat penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid-murid dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Murid bercirikan bermasalah pembelajaran
adalah sukar untuk mengekalkan tumpuan dalam jangka masa yang lama berikutan
ciri-ciri kurang daya tumpuan yang dihadapi oleh mereka. Penggunaan intervensi
multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains diketengahkan sebagai
salah satu usaha untuk membantu masalah kurang daya tumpuan yang dihadapi
oleh murid Tahun 3 di samping dapat mengekalkan fokus mereka terhadap tugasan
yang diberikan. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan ke atas tiga
orang murid Tahun 3 yang mempunyai ciri-ciri murid masalah pembelajaran di
sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah yang dikenal pasti mempunyai ciri-ciri
kurang daya tumpuan melalui ujian diagnostik. Kaedah pemerhatian dan temu bual
digunakan bagi mengenal pasti perubahan daya tumpuan murid pada fasa sebelum
dan fasa selepas menggunakan multimedia interaktif sewaktu menjalankan aktiviti
eksperimen Sains serta faktor-faktor yang mendorong murid menumpukan
perhatian semasa menjalankan aktiviti eksperimen Sains. Instrumen yang
digunakan bagi mengumpul data adalah senarai semak, protokol temu bual dan
nota lapangan yang akan dianalisis secara deksriptif. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains telah berhasil memberikan perubahan yang positif terhadap daya
tumpuan Tahun 3 bercirikan masalah pembelajaran apabila ketiga-tiga peserta
kajian menunjukkan peningkatan sehingga 90% daya tumpuan selepas
menggunakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains. Manakala, faktor guru, persekitaran, bahan (multimedia interaktif) dan rakan
pula merupakan faktor yang telah dikenal pasti juga sebagai pendorong murid
menumpukan perhatian semasa melaksanakan intervensi. Justeru, intervensi
multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains ini boleh dilaksanakan
oleh guru secara meluas dalam pelbagai peringkat persekolahan bagi membantu
meningkatkan daya tumpuan dan perkembangan yang lain secara menyeluruh.

Kata kunci: multimedia interaktif; intervensi; eksperimen Sains; tumpuan;
murid tahun 3

PENGENALAN
Elemen penumpuan merupakan salah satu elemen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Elemen penumpuan merupakan keupayaan individu untuk fokus
terhadap sesuatu perkara atau aktiviti dan mengabaikan perkara yang tidak penting

239


Click to View FlipBook Version