(Rudasill & Acar, 2020). Elemen ini juga sangat penting untuk membolehkan kanak-
kanak fokus dalam tugasan yang diberikan dalam satu tempoh masa yang
ditetapkan (Diamond & Lee, 2011). Daya tumpuan yang baik juga boleh membantu
kanak-kanak untuk fokus dalam aktiviti tanpa gangguan (Nesbitt, Farran, & Fuhs,
2015). Secara tidak langsung, tumpuan yang diberikan terhadap sesuatu tugasan
akan membantu kanak-kanak untuk menguasai dan memahami isi pelajaran
dengan lebih berkesan.
Daya tumpuan yang tinggi dalam diri seseorang individu akan menyumbang kepada
peningkatan pembelajaran sekaligus membantu keberkesanan pengajaran seorang
guru. Dalam konteks PDP Sains dalam bilik darjah, pembelajaran yang berkesan
melibatkan pembelajaran yang bermakna, menarik dan menyeronokkan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran yang memasukkan elemen pembelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak secara holistik. Elemen pembelajaran seperti ini sekaligus
akan mendorong murid untuk menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Fokus yang diberikan oleh mereka akan membantu mereka
memahami isi pelajaran serta dapat mencapai objektif yang diingini secara tidak
langsung. Oleh itu, guru akan dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan
berkesan tanpa gangguan.
Walau bagaimanapun, tahap tumpuan bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza.
Menurut Schmitt (2016), tahap tumpuan yang normal bagi kanak-kanak Tahun 3
berumur tujuh hingga 11 tahun adalah dalam lingkungan 12 hingga 18 minit
bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Manakala,
Praharaj (2017) menyatakan bahawa daya tumpuan kanak-kanak minima hanya
sekitar 30 saat dan maksimum pada 20 minit untuk setiap sesi pembelajaran
berlaku. Namun, kanak-kanak yang kurang daya tumpuan tidak mampu untuk
mengekalkan tumpuan dalam jangka masa yang panjang. Kesukaran mereka
dalam menumpukan perhatian akan menyebabkan gangguan terhadap proses
mengamati dan menerima maklumat penting yang wujud dalam persekitaran
mereka (Manisah & Norizza, 2016). Hal ini juga akan menjejaskan kemahiran
belajar mereka seperti kemahiran mendengar dan menerima arahan, kemahiran
melibatkan diri dalam pembelajaran dan kerap melakukan kesalahan dalam
tugasan (Dogru, 2014). Oleh itu, murid yang kurang daya tumpuan akan
menghadapi masalah dalam pembelajaran secara amnya.
Murid bercirikan murid bermasalah pembelajaran merangkumi pelbagai
ketidakupayaan yang menyebabkan mereka lambat berkembang bagi mencapai
tahap perkembangan yang normal (Roshiza, 2015). Mereka juga akan
menunjukkan beberapa ciri dan simptom masalah pembelajaran bergantung
kepada masalah yang dihadapi. Lazimnya, murid bercirikan murid bermasalah
pembelajaran akan menghadapi gangguan dari segi kognitif, emosi, bahasa,
disfungsi motor, lemah daya ingatan dan kurang daya tumpuan (Allen & Cowdery,
2014). Ciri-ciri kurang daya tumpuan ini merupakan salah satu ciri murid bercirikan
murid bermasalah pembelajaran. Harris dan Turkington (2006) juga menyokong
bahawa murid yang mempunyai kurang daya tumpuan ini dikategorikan sebagai
murid bercirikan murid bermasalah pembelajaran. Malah, masalah ini lazim berlaku
dalam kalangan kanak-kanak Tahun 3 dan sering dianggap sebagai perkembangan
yang tipikal bagi kanak-kanak Tahun 3 yang normal.
240
PERNYATAAN MASALAH
Murid yang mempunyai ciri masalah pembelajaran khususnya kurang daya
tumpuan merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru
khususnya guru Tahun 3. Mereka sering berhadapan dengan murid yang sukar
menumpukan perhatian pada masa yang lama dan tingkah laku ini boleh
mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pemudahcaraan (Haliza & Joy,
2014). Masalah sukar memberikan tumpuan merupakan perkara yang lazim berlaku
dalam kalangan murid Tahun 3. Menurut kajian, masalah kurang daya tumpuan ini
sering dihadapi oleh 5% hingga 7% dalam kalangan kanak-kanak berumur empat
hingga 11 tahun (Schmitt, 2016). Perkara ini telah membimbangkan ramai pihak
khususnya ibu bapa dan guru.
Pengajaran guru yang tidak menarik juga turut mempengaruhi mereka
untuk tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Menurut American
Psychiatric Association [APA] (2013), murid yang kurang daya tumpuan juga sering
menunjukkan ciri-ciri seperti sering mengelamun, termenung, fokus yang diberikan
tidak lebih daripada 5 minit, lambat menyiapkan tugasan, sukar mengikuti arahan,
mudah terganggu dengan rangsangan luaran, tidak suka dengan tugasan yang
melibatkan kerahan mental dan sering kehilangan alat tulis. Kurang daya tumpuan
dalam kalangan murid akan menjejaskan kemahiran belajar, sukar untuk
memahami isi pelajaran dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
Dalam kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti
terhadap murid yang menunjukkan ciri-ciri kurang daya tumpuan berdasarkan ujian
diagnostik yang telah dijalankan. Terdapat beberapa orang murid didapati sukar
untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru dalam jangka masa yang
lama. Mereka juga sering mengelamun, mengkhayal serta tidak memberikan
respon terhadap soalan guru. Malah, mereka sukar untuk mengikuti arahan
sehingga kerap melakukan kesalahan dalam tugasan yang diberikan. Tugasan atau
aktiviti yang dilakukan juga sering lambat disiapkan sehingga menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu. Secara tidak langsung, kelemahan daya
tumpuan ini akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta
perkembangan kemahiran lain yang perlu dikuasai oleh mereka.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Terdapat dua objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini iaitu :
i. Mengenal pasti perubahan daya tumpuan murid Tahun 3 bercirikan masalah
pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan multimedia interaktif
sewaktu menjalankan aktiviti eksperimen Sains.
ii. Mengenal pasti faktor yang mendorong murid menumpukan perhatian
semasa melaksanakan eksperimen Sains yang mana multimedia interaktif
digunakan sebagai intervensi.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut
i. Adakah terdapat perubahan daya tumpuan murid Tahun 3 bercirikan
masalah pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan multimedia
interaktif sewaktu menjalankan aktiviti eksperimen Sains ?
241
ii. Apakah faktor yang mendorong murid menumpukan perhatian semasa
melaksanakan eksperimen Sains yang mana multimedia interaktif digunakan
sebagai intervensi ?
METODOLOGI
Bahagian ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, persampelan, instrumen
kajian, kaedah pengumpulan dan penganalisisan data. Dalam kajian ini, reka
bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes. Merriam (2015) menjelaskan
bahawa kajian kes bertujuan untuk memahami secara mendalam subjek yang
dikaji. Yin (2014) pula mendefinisikan kajian kes ialah suatu bentuk kajian inkuiri
empirikal, iaitu suatu kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti fenomena yang
tidak jelas menggunakan kaedah pemerhatian. Oleh itu, kajian kes yang dijalankan
adalah melalui kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mencari jawapan kepada
persoalan kajian.
PERSAMPELAN
Pemilihan sampel adalah melalui ujian diagnostik yang dijalankan oleh
guru Tahun 3 itu sendiri dengan menggunakan instrumen senarai semak.
Pemerhatian dilakukan terhadap tiga orang murid Tahun 3 yang berumur 9 tahun.
Murid yang menunjukkan enam atau lebih ciri-ciri seperti yang terdapat dalam
instrumen senarai semak menandakan bahawa murid tersebut menghadapi risiko
masalah pembelajaran kurang daya tumpuan dan akan diambil sebagai peserta
kajian. Menerusi ujian diagnostik tersebut, terdapat beberapa murid telah
menunjukkan masalah kurang daya tumpuan dan dipilih sebagai peserta kajian.
INSTRUMEN KAJIAN
Terdapat beberapa instrumen yang digunakan bagi mengutip data yang diperlukan
dalam kajian ini iaitu ujian diagnostik, senarai semak, nota lapangan dan protokol
temu bual.
KAEDAH PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Dalam kajian kualitatif, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data
merupakan satu aktiviti yang dijalankan serentak (Merriam, 2015). Dalam kajian ini,
kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan untuk mengumpul data
menggunakan instrumen senarai semak, nota lapangan dan protokol temu bual.
Data yang telah dikumpul menggunakan instrumen tersebut dianalisis secara
statistik deskriptif iaitu mengira kekerapan dan peratusan daya tumpuan. Data
tersebut juga dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen dan analisis
tematik.
Jadual 1 menunjukkan jadual matriks bagi kaedah pengumpulan dan
penganalisisan data:
Jadual 1 : Kaedah penganalisisan data
Kaedah Instrumen Kaedah
Soalan kajian pengumpulan yang penganalisisan
data digunakan data
Adakah terdapat • Pemerhatian • Senarai • Statistik
perubahan daya tumpuan • Temu bual • semak deskriftif
murid Tahun 3 bercirikan Protokol
masalah pembelajaran - kekerapan
242
sebelum dan selepas temu bual - peratusan
menggunakan multimedia • Analisis
interaktif sewaktu tematik
menjalankan aktiviti
eksperimen Sains ?
Apakah faktor yang
mendorong murid
menumpukan perhatian • Nota • Analisis
semasa melaksanakan • Pemerhatian lapangan dokumen
eksperimen Sains yang • Temu bual • Protokol • Analisis
mana multimedia temu bual tematik
interaktif digunakan
sebagai intervensi ?
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian yang diperolehi adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama
dan kedua menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual.
ANALISIS DATA PEMERHATIAN (SENARAI SEMAK)
Bagi menjawab persoalan kajian pertama, kaedah pemerhatian digunakan untuk
menganalisis instrumen senarai semak. Hasil analisis data senarai semak dapat
ditunjukkan dalam Rajah 1 berikut:
Peratus Daya Perubahan Daya Tumpuan Murid Tahun 3 Bercirikan Masalah
Tumpuan Pembelajaran Sebelum Dan Selepas Intervensi Multimedia
100 Interaktif
50
0
PK 1 PK 2 PK 3
Sebelum intervensi 20 30 40
Selepas intervensi 80 90 90
Rajah 1
ANALISIS DATA TEMUBUAL
Hasil dapatan ini juga dikukuhkan melalui proses triangulasi dengan menganalisis
data temu bual bagi mengenal pasti perubahan daya tumpuan peserta kajian pada
fasa sebelum dan selepas intervensi. Hasil analisis temu bual bersama seorang
guru murid tahun 3 mendapati bahawa setiap peserta kajian menunjukkan
perubahan daya tumpuan pada fasa sebelum dan selepas intervensi. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi respons guru murid tahun 3 tersebut seperti dalam Jadual 2
berikut:
Jadual 2 : Rumusan respons guru terhadap daya tumpuan setiap peserta
kajian (PK)
Fasa Respons guru memperlihatkan bahawa :
Sebelum ➢ Setiap PK sukar menumpukan perhatian dalam jangka masa yang
243
Intervensi lama
dilaksanakan ➢ Sering cuai ketika melakukan eksperimen
➢ Sukar memahami dan mengikuti arahan prosedur eksperimen
Selepas ➢ Mudah terganggu dengan rangsangan luaran
Intervensi ➢ Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti
dilaksanakan
➢ Boleh menumpukan perhatian lama sedikit berbanding
sebelumnya
➢ Tekun dalam menyiapkan tugasan
➢ Berhati-hati ketika melakukan eksperimen
➢ Boleh mengikuti dan memahami arahan guru yang ringkas dan
jelas
➢ Boleh memberi respons terhadap soalan dan arahan guru
➢ Berminat mahu melibatkan diri dalam aktiviti
➢ Boleh menghasilkan hasil eksperimen dengan begitu baik
mengikut teori yang ditetapkan
ANALISIS DATA PEMERHATIAN (NOTA LAPANGAN)
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, analisis data pemerhatian telah dilakukan
menggunakan instrumen nota lapangan. Kaedah analisis dokumen digunakan bagi
menganalisis kandungan yang dicatat dalam nota lapangan bagi setiap tiga sesi
intervensi yang dilaksanakan. Hasil analisis nota lapangan mendapati bahawa
terdapat beberapa kategori yang telah dikenal pasti dan dihimpunkan bagi
membentuk tema. Terdapat empat tema utama yang telah dibentuk dan diberi kod
bagi mewakili faktor yang mendorong murid menumpukan perhatian semasa
melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3:
Jadual 3 : Analisis nota lapangan tentang faktor yang mendorong murid
menumpukan perhatian.
KOD FAKTOR KATEGORI
1 Bahan (B) Menarik, pelbagai warna dan bentuk animasi
2 Guru (G) Kaedah pengajaran (penerangan dan demonstrasi) yang
sesuai, motivasi, bimbingan berterusan
3 Persekitaran Menyeronokkan, kondusif, keadaan fizikal murid baik
(P)
4 Rakan (R) Meniru tingkah laku rakan yang menumpukan perhatian
Berdasarkan analisis nota lapangan, pengkaji juga telah merekod kekerapan faktor-
faktor yang muncul dalam ketiga-tiga nota lapangan bagi mengenal pasti faktor
dominan yang mempengaruhi daya tumpuan murid. Hal ini dapat dibuktikan dalam
Jadual 4:
Jadual 4 : Faktor dominan yang mempengaruhi murid menumpukan perhatian.
Nota Tarikh Bahan Faktor Rakan
Lapangan Guru Persekitaran
1 05 Mac 2021 3 5 2 0
2 12 Mac 2021 1 5 2 1
3 19 Mac 2021 1 4 2 1
JUMLAH 5 14 6 2
244
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan intervensi multimedia interaktif
dalam eksperimen Sains telah memberikan perubahan terhadap daya tumpuan
murid Tahun 3 bercirikan masalah pembelajaran. Hal ini kerana intervensi
multimedia interaktif dalam eksperimen Sains yang dilaksanakan mampu
mendorong murid untuk menumpukan perhatian terhadap pelaksanaannya dengan
sangat baik. Menerusi pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, ketiga-tiga
peserta kajian telah menunjukkan perubahan dari segi daya tumpuan, tingkah laku,
hasil kerja, minat dan penglibatan terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Mereka
juga telah menunjukkan peningkatan daya tumpuan lebih daripada 50% pada fasa
sebelum dan selepas melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam
eksperimen Sains. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan intervensi multimedia
interaktif dalam eksperimen Sains ini sangat berkesan untuk meningkatkan daya
tumpuan di samping mengurangkan ciri-ciri kurang daya tumpuan dalam kalangan
murid Tahun 3 bercirikan masalah pembelajaran.
Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan intervensi multimedia
interaktif dalam eksperimen Sains telah memberikan perubahan yang positif
terhadap aspek daya tumpuan murid. Kajian lepas mendapati bahawa murid yang
kurang daya tumpuan ini menghadapi ciri masalah pembelajaran yang mana
mereka sering mengelak untuk melibatkan diri dalam aktiviti, sukar untuk
memahami arahan, cuai dalam tugasan dan sukar memberi tumpuan dalam jangka
masa yang lama (Dogru, 2014). Namun, selepas intervensi multimedia interaktif
dalam eksperimen Sains dilaksanakan, peserta kajian didapati telah menunjukkan
perubahan dari aspek daya tumpuan, penglibatan, minat dan hasil kerja yang
dilakukan. Mereka boleh menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama
berbanding sebelum ini, menunjukkan rasa minat dan mahu melibatkan diri dalam
intervensi yang dilaksanakan, boleh memahami dan mengikuti arahan yang ringkas
serta dapat melaksanakan eksperimen Sains dengan teliti dan mancapai objektif
yang ditetapkan. Dapatan ini selari dengan dapatan Sze (2005) dan Boruga (2011)
yang menyatakan bahawa intervensi multimedia interaktif dalam eksperimen Sains
ini bukan sahaja boleh menarik minat murid, tetapi ia juga boleh mengubah tingkah
laku dan meningkatkan daya tumpuan seseorang individu.
Guru merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi murid untuk
menumpukan perhatian terhadap intervensi multimedia interaktif dalam
pelaksanaan eksperimen Sains yang dilaksanakan. Guru berperanan untuk
menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan menyeronokkan dengan cara
sentiasa memberikan demonstrasi dan arahan dengan menggunakan ayat yang
mudah difahami semasa melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam
pelaksanaan eksperimen Sains. Guru yang menggunakan teknik mengajar yang
menarik dan sesuai dengan gaya pembelajaran murid dapat mendorong murid
untuk menumpukan perhatian (Mohammad Aziz, 2014). Apabila murid dapat
memahami arahan yang diberikan, maka mereka akan terus menumpukan
perhatian sehingga dapat menghasilkan multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains dengan teliti dan kemas.
Dalam kajian ini, murid dapat memberikan tumpuan dan berusaha untuk
menyiapkan multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains masing-
masing apabila diberikan motivasi seperti pujian atau ganjaran daripada guru.
245
Motivasi yang diberikan ini mendorong mereka untuk menghasilkan multimedia
interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains yang baik dan kemas. Hal ini selari
dengan teori oleh Bandura dan Thorndike yang menyatakan bahawa seseorang
individu yang diberikan motivasi dan peneguhan positif akan menunjukkan tingkah
laku yang positif (Santrock, 2018). Dapatan kajian Manisah dan Norizza (2016) juga
membuktikan bahawa motivasi merupakan salah satu faktor pengekalan daya
tumpuan murid bercirikan masalah pembelajaran.
Dalam kajian ini mendapati bahawa murid sangat tertarik dan mahu menumpukan
perhatian apabila mereka melihat pelbagai warna dan bentuk multimedia interaktif
dalam pelaksanaan eksperimen Sains yang diperkenalkan. Mereka juga
berpeluang untuk menggunakan deria mereka dengan membelek-belek, melihat,
menyentuh dan meneroka multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains tersebut sebelum mula menghasilkan multimedia interaktif dalam
pelaksanaan eksperimen Sains sendiri secara amali. Dapatan kajian oleh Lipnick
(2012) menyatakan bahawa multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains boleh merangsang deria murid bercirikan masalah pembelajaran. Hal ini
boleh menimbulkan persepsi positif dalam diri murid sekaligus menjadi rangsangan
utama kepada mereka untuk kekal menumpukan perhatian.
Faktor persekitaran juga mempengaruhi murid untuk menumpukan perhatian
semasa melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains. Murid dapat menumpukan perhatian apabila wujudnya
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kondusif, kurang gangguan dan
murid berada dalam keadaan fizikal yang baik. Dalam hal ini, aspek kesediaan dan
keperluan murid perlu diambil kira sebelum memulakan intervensi seperti yang
dijelaskan dalam Teori Thorndike (Noriati, et al., 2017). Keperluan murid juga telah
dipenuhi sebelum memulakan intervensi agar mereka dapat fokus dalam jangka
masa yang lama. Menurut Hearron dan Hildebrand (2011), persekitaran yang
menyeronokkan boleh mendorong murid mengekalkan tumpuan dalam masa yang
lama selagi mana perasaan itu masih dirasai.
Faktor rakan juga mendorong murid untuk menumpukan perhatian semasa
melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat seorang peserta
kajian yang tidak menumpukan perhatian dan tidak teliti dalam menyiapkan
multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains. Namun, setelah dia
melihat rakan-rakan yang lain tekun untuk menyiapkan multimedia interaktif dalam
pelaksanaan eksperimen Sains masing-masing, maka dia turut meniru tingkah laku
tersebut. Dapatan ini selaras dengan Teori Bandura yang menyatakan bahawa
seseorang individu akan memerhati dan meniru tingkah laku orang lain (Choong,
2012). Dalam hal ini, peserta kajian tersebut telah mencontohi rakannya yang lain
untuk turut fokus dan tekun dalam menghasilkan multimedia interaktif dalam
pelaksanaan eksperimen Sains.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Keupayaan murid murid tahun 3 bercirikan masalah pembelajaran untuk
mengekalkan daya tumpuan dalam jangka masa yang lama telah membantu
meningkatkan kefungsian dan pembelajaran mereka. Pelaksanaan intervensi
multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains ini telah memberikan
246
perubahan yang positif terhadap daya tumpuan murid tersebut. Murid dapat
memberikan perhatian sepenuhnya apabila terdapat faktor yang mendorong
mereka untuk menumpukan perhatian semasa melaksanakn intervensi multimedia
interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains seperti faktor guru, persekitaran,
bahan dan rakan.
Oleh itu, berdasarkan hasil dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar
intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains ini boleh
dilaksanakan kepada yang murid bercirikan bermasalah pembelajaran yang
memerlukan perhatian yang lebih khusus seperti murid ADHD, autisme dan lain-lain
bagi memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka
secara maksimum agar mereka dapat mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak
normal. Selain itu, intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen
Sains ini boleh dilaksanakan dalam jangka masa yang lama dan berterusan bagi
memastikan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains
tersebut memberi kesan yang efektif terhadap daya tumpuan murid bercirikan
masalah pembelajaran. Dalam jangka masa yang lama ini, satu modul pelaksanaan
intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains yang
sistematik boleh dihasilkan sebagai panduan kepada pengamal pendidikan yang
lain agar boleh mengaplikasikan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains dengan lebih mudah.
Pelaksanaan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains
ini juga perlu diperluaskan dalam pelbagai peringkat persekolahan kerana
intervensi ini memberikan implikasi kepada murid, tetapi memberi impak kepada
pelbagai pihak khususnya kepada guru, ibu bapa, dan kurikulum. Penggunaan
multimedia interaktif dalam pelaksanaan eksperimen Sains dalam bilik darjah boleh
membantu guru mengurangkan ciri masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid dengan cara melaksanakan aktiviti multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains dalam pengajaran dan pembelajaran secara merentas kurikulum.
Namun, kaedah pengajaran guru perlu disesuaikan dengan topik pembelajaran dan
gaya pembelajaran murid bagi memperolehi hasil yang efektif. Malah, ibu bapa juga
mudah untuk melaksanakan intervensi multimedia interaktif dalam pelaksanaan
eksperimen Sains ini bagi membantu masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
anak mereka di samping dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi
anak-anak.
RUJUKAN
Boruga, A. (2011). Science Experiment as a means of facilitating learning. Procedia Social
and Behavioral Science, 11, 32-36.
Choong, L.K. (2012). Murid dan alam belajar (2nd ed). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Diamond, A. and Lee, K. (2011) Interventions Shown to Aid Executive Function Development
in Children 4-12 Years Old. Science, 333, 959-964. https://doi.org
/10.1126/science.1204 529
Diamond, A., & Lee, K. (2011). Interventions shown to aid executive function development
inn children 4 to 12 years old. Science, 333(6045), 959-964.
Dogru, S.Y. (2014). The efficacy of attention training on upskilling the children’s ability to
notice details and attention focusing skills. International Journal of Academic
Research, 6(1), 143-149.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (2nd ed.).
Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd
247
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Harris, J., & Turkington, C. (2006). The encyclopedia of learning disabilities (2nd ed.). New
York: Checkmark Books.
Hsin, Wen-Jung & Cigas, John. (2013). Short videos improve student learning in online
education. Journal of Computing Sciences in Colleges. 28. 253-259.
Manisah Mohd Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi meningkatkan tumpuan dalam
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1),
1-6.
Manisah Mohd Ali, and Norizza Sahal, (2016) Intervensi meningkatkan tumpuan dalam
pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1).
pp. 1-6. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
Merriam, S. B. (2015). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed).
San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Nesbitt, K. T., Farran, D. C., & Fuhs, M. W. (2015). Executive function skills and academic
achievement gains in prekindergarten: Contributions of learning-related behaviors.
Developmental Psychology, 51(7), 865.
Nesbitt, Kimberly & Farran, Dale & Fuhs, Mary. (2015). Executive Function Skills and
Academic Achievement Gains in Prekindergarten: Contributions of Learning-Related
Behaviors. Developmental psychology. 51. 10.1037/dev0000021.
Noriati, Boon, & Sharifah Fakhriah. (2016). Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar
Praharaj, Sambit. (2017). Data Analytics in Web-based Education in the Higher-education
Classroom. 10.13140/RG.2.2.32908.64644.
Roshiza Abdul Wahab. (2015). Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar kurang daya
tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Tesis. Universiti Sains Malaysia.
Rudasill, K.M., & Acar, I. (2019). The synergy of teacher-child dependency and temperament
for children’s early language skills. Early Education and Development, 30(5), 639-
654. https://doi.org/10.1080/10409289. 2019.1572383lee
Schmitt, B.D. (2016). My child ispra sick!: Expert advice for managing illnessess and injuries
(2nd ed). USA: American Academy of Pediatric.
248
TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU SAINS DALAM
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) DI DAERAH
TUARAN
Muhammad Farhan Bin Khairuddin, Low Kee Sun
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Insitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
Sains terhadap pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) di daerah
Tuaran. Data diperoleh menggunakan borang soal selidik daripada 76 orang guru
sains yang terdiri daripada 37 buah sekolah rendah daerah Tuaran. Data dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 untuk
pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Analisis pekali korelasi Pearson
digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan
antara sikap, pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PBP.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru adalah tinggi (M = 4.13, SD
= 0.527) dan majoriti daripada guru-guru didapati mempunyai sikap yang positif
terhadap PBP (M = 4.19, SD = 0.527). Tahap kemahiran guru juga didapati berada
pada tahap tinggi (M = 4.01, SD = 0.500). Selain itu, analisis korelasi menunjukkan
dua aspek tahap kesediaan, sikap (r=.50, p<.01), pengetahuan (r=.64, p<.01)
mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kemahiran guru dalam
pelaksanaan PBP.
Kata kunci: pembelajaran berasaskan projek, sikap, pengetahuan, kemahiran, guru
Sains
PENGENALAN
Murid juga dapat mengembangkan konsep dan proses Sains yang dipelajari jika
guru memberikan bimbingan secara berterusan (Yaumi, Wisanti & Admoko, 2017).
Guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan
yang baru terutamanya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menyokong
dalam mencapai hasrat negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). PBP
merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui penghasilan produk, pembelajaran koperatif dan teknik
'hands on' (Kaldi et al., 2011). Perbezaan yang merangkumi aspek matlamat,
kandungan, fokus pembelajaran, peranan guru dan murid, bahan pengajaran dan
juga aspek penilaian menjadikan PBP satu pendekatan yang berkesan dan diyakini
akan dapat membantu menjana pemikiran dan kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan murid (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Kemahiran Abad ke-21 ini
perlu diterapkan kepada murid-murid melalui satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang sesuai dan PBP dilihat sebagai satu alternatif untuk guru-
guru melakukan anjakan paradigma tersebut (Bahagian Teknologi Pendidikan,
2007; Pearlman, 2006; Sidmen-Taveau dan Milner-Bolotin, 2001).
249
PERNYATAAN MASALAH
Latihan untuk guru sains di Malaysia telah melalui beberapa perkembangan yang
mantap tetapi isu berkaitan dengan kualiti guru masih dipersoalkan, khususnya
pencapaian yang rendah dalam “Trends in International Mathematics and Science
Study” (TIMSS) dan “Programme for International Student Assessment” (PISA).
Pencapaian Malaysia dalam Sains bagi TIMSS 2019 menunjukkan penurunan
berbanding TIMSS 2015. TIMSS 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 11 mata
(460) berbanding TIMSS 2015. Murid-murid di Malaysia didapati tidak berpeluang
untuk mengaplikasikan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini
kerana, guru-guru masih lagi terikat dengan pendekatan tradisional berpusatkan
guru dan berkemungkinan belum benar-benar bersedia untuk melaksanakan
pendekatan berpusatkan murid (Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, 2007).
Permasalahan utama dalam pelaksanaan pendekatan PBP termasuklah
kebanyakan guru Sains tidak mempunyai pengetahuan asas Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang mencukupi (Muhammad Hadi
Bunyiamin,2015). Pengetahuan asas ini merangkumi pengetahuan teori, definisi,
ciri-ciri utama PBP dan kemahiran pedagogi. Kesannya, guru sains berasa
gemuruh dan tidak dapat melaksanakan PBP dengan berkesan. Tetapi malangnya
walaupun PBP telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun 2006, pelaksanaannya
dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dianggap sepi khususnya diperingkat
sekolah rendah (Nitce Isa dan Mai Shihah 2013).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengkaji tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan PBP
di daerah Tuaran.
ii. Mengkaji tahap kemahiran guru sains dalam pelaksanaan PBP di
daerah Tuaran.
iii. Mengkaji sikap guru sains dalam pelaksanaan PBP di daerah
Tuaran.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara
sikap dengan kemahiran guru sains dalam pelaksanaan PBP di
daerah Tuaran.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara
pengetahuan dengan kemahiran guru sains dalam pelaksanaan PBP di
daerah Tuaran.
Soalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
i. Apakah tahap pengetahuan guru sains terhadap pelaksanaan PBP di daerah
Tuaran?
ii. Apakah sikap guru sains terhadap pelaksanaan PBP di daerah Tuaran?
iii. Apakah tahap kemahiran guru sains terhadap pelaksanaan PBP di daerah
Tuaran?
iv. Adakah terdapat hubungan signifikan antara sikap dengan kemahiran guru
Sains dalam pelaksanaan PBP di daerah Tuaran?
250
v. Adakah terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran
guru Sains dalam pelaksanaan PBP di daerah Tuaran?
HIPOTESIS KAJIAN
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan kemahiran guru
Sains dalam pelaksanaan PBP di daerah Tuaran.
H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran
guru Sains dalam pelaksanaan PBP di daerah Tuaran.
METODOLOGI
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan
bagi tujuan pengumpulan data menggunakan satu set borang soal selidik aplikasi
Google Form. Kajian kuantitatif deskriptif digunakan kerana ia sesuai untuk
mengumpul maklumat bagi mencapai tujuan kajian iaitu mengetahui tahap
pengetahuan, sikap dan kemahiran guru sains terhadap pelaksanaan PBP di
daerah Tuaran
PERSAMPELAN
Kajian tinjauan memerlukan pengkaji untuk memilih sekumpulan subjek daripada
populasi sebagai responden kajian, memungut maklumat daripada responden dan
seterusnya menganalisis maklumat tersebut untuk menjawab soalan kajian (Chua,
2014). Menurut Cohen (1977) dalam Chua (2014), memilih satu sampel yang
mewakili populasi adalah lebih baik daripada memilih satu sampel yang besar tetapi
‘bias’, yang akan berkesudahan dengan keputusan kajian yang tidak benar. Oleh
itu, seramai 76 orang guru Sains telah dijadikan sebagai sampel bagi mewakili
populasi guru Sains di daerah Tuaran yang seramai 95 orang pada tahun 2022.
Bilangan ini ditentukan dengan merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Krejcie, R.
V dan Morgan D.W (2017).
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik bagi melihat
sejauh mana tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains dalam
pelaksanaan PBP di daerah Tuaran. Penggunaan soal selidik sesuai untuk
meninjau sikap seseorang, pendapat, persepsi dan penilai bagi sesuatu (Azizi et al,
2007). Pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah berdasarkan kepada ciri-
cirinya yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, tenaga dan kos terutamanya
semasa proses penganalisisan data dijalankan.Item-item dalam soal selidik ini telah
diubah suai daripada “Knowledge, Implementation Skills and Teachers’ Attitude
Towards Problem-Based Learning (PBL) in Science Subject” melalui hasil rujukan
kajian Nor Amalina Ab Hakim dan Zanaton Iksan (2018) yang membuat kajian
tentang Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Terhadap
251
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di daerah Klang, Selangor. Kesemua
item di dalam ketiga-tiga bahagian tersebut iaitu aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap menggunakan skala likert lima mata iaitu 1= Sangat tidak setuju, 2=
Tidak setuju, 3= Kurang setuju, 4= Setuju dan 5= Sangat setuju.
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Terdapat sedikit pengubahsuaian borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian
objektif dan tujuan kajian ini, maka keperluan menganalisis kebolehpercayaan
instrumen kajian harus dilakukan seperti yang disarankan oleh Kerlinger dan Lee
(2000). Oleh itu, bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi,
instrumen kajian yang digunakan telah disemak dan disahkan oleh pensyarah
kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Puan Low Kee Sun yang mempunyai
pengalaman mengajar melebihi 20 tahun dalam bidang Sains. Borang soal selidik
perlu mempunyai nilai Alfa Cronbach yang baik agar borang tersebut boleh diterima
pakai. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan mentadbir 30 set
borang soal selidik untuk 30 orang guru Sains di daerah Tuaran. Hasil dapatan
menunjukkan nilai Alfa Cronbach dalam kajian rintis adalah 0.95 iaitu amat baik dan
boleh diterima sekaligus menunjukkan bahawa item-item di dalam borang soal
selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah
seperti min, peratusan dan sisihan piawai bagi melihat deskriptif data secara
keseluruhan. Statistik ini digunakan untuk menganalisis tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru sains dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP). Analisis statistik inferensi juga digunakan dalam kajian ini iaitu
Korelasi Pearson. Korelasi Pearson pula digunakan untuk menunjukkan sama ada
terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap, tahap pengetahuan dan
kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PBP)
di daerah Tuaran bagi menentukan sama ada hipotesis diterima ataupun ditolak.
Jadual 1 JENIS UJIAN
Korelasi Pearson
Jadual Pengujian Hipotesis
Korelasi Pearson
HIPOTESIS
H1: Terdapat hubungan signifikan antara sikap
dengan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek (PBP) di daerah
Tuaran
H2: Terdapat hubungan signifikan antara
pengetahuan dengan kemahiran guru Sains dalam
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
(PBP) di daerah Tuaran.
252
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 2
Analisis Tahap Pengetahuan Guru Sains dalam Pelaksanaan PBP
BIL ITEM SOALAN SD MIN TAHAP
1 Saya tahu definisi PBP 0.667 4.14 Tinggi
2 Saya tahu teori-teori PBP 0.730 3.97 Tinggi
3 Saya tahu ciri-ciri utama PBP. 0.640 4.13 Tinggi
4 Saya tahu perbezaan antara kaedah PBP dan kaedah 0.725 4.18 Tinggi
pembelajaran secara tradisional 0.680 4.21 Sangat Tinggi
5 Saya tahu kelebihan melaksanakan kaedah PBP. 0.712 4.00 Tinggi
6 Saya tahu kaedah melaksanakan pembelajaran
0.704 4.22 Sangat Tinggi
menggunakan pendekatan PBP yang terancang
7 Saya tahu kesesuaian melaksanakan pendekatan PBP 0.693 4.20 Tinggi
adalah berdasarkan topik-topik tertentu. 0.527 4.13 Tinggi
8 Saya tahu peranan guru dalam melaksanakan pendekatan
PBP.
KESELURUHAN
Berdasarkan Jadual 2, min tertinggi bagi tahap pengetahuan guru sains terhadap
pelaksanaan PBP adalah pada item “Saya tahu kesesuaian melaksanakan
pendekatan PBP adalah berdasarkan topik-topik tertentu” dengan skor min
sebanyak 4.22 dan sisihan piawai 0.704. Bagi skor min yang terendah adalah item
“saya tahu teori-teori PBP” dengan min 3.97 dan sisihan piawai adalah 0.730 pada
tahap pengetahuan yang tinggi. Berdasarkan Jadual 4.9, didapati persoalan item
menunjukkan min yang diperolehi kebanyakannya berada pada tahap tinggi.
Dapatan data secara keseluruhan juga membuktikan min keseluruhan bagi tahap
pengetahuan guru sains terhadap pelaksanaan PBP adalah pada tahap tinggi iaitu
dengan skor min 4.13 dan sisihan piawai 0.527
Jadual 3
Analisis Tahap Kemahiran Guru Sains dalam Pelaksanaan PBP
BIL ITEM SOALAN SD MIN TAHAP
Tinggi
1 Saya mempunyai kemahiran dari segi mengagihkan murid- 0.711 4.03
Tinggi
murid mengikut pelbagai latar belakang di dalam
kumpulan.
2 Saya mempunyai kemahiran dari segi menyediakan 0.710 3.95
rancangan mengajar dan bahan-bahan yang menyumbang
253
kepada penyelesaian masalah bersama. 0.660 4.07 Tinggi
3 Saya mempunyai kemahiran dari segi memberi ruang dan 0.663 4.01 Tinggi
0.630 4.05 Tinggi
peluang kepada murid-murid untuk menstrukturkan
kepimpinan kumpulan masing-masing. 0.653 4.00 Tinggi
4 Saya mempunyai kemahiran dari segi memberi penekanan 0.683 4.01 Tinggi
kepada kemahiran dan penglibatan murid dalam 0.663 3.99 Tinggi
menyelesaikan masalah. 0.692 3.97 Tinggi
5 Saya mempunyai kemahiran dari segi menyusun 0.710 4.05 Tinggi
kedudukan pelajar yang boleh memudahkan pemerhatian 0.500 4.01 Tinggi
dan pengawalan oleh guru serta memudahkan proses
perbincangan murid.
6 Saya mempunyai kemahiran dari segi memberi ruang yang
luas untuk pelajar mengemukakan idea, pandangan dan
dapatan dalam sesi perbincangan atau sesi pembentangan
7 Saya mempunyai kemahiran dari segi memberi bantuan
kepada kumpulan yang memerlukan bantuan
interpersonal.
8 Saya mempunyai kemahiran dari segi pemudah cara dan
bukannya pemberi maklumat secara terus
9 Saya mempunyai kemahiran dari segi memberikan
penggredan dan peneguhan kepada pelajar selepas PBP
10 Saya mempunyai kemahiran dari segi membuat penilaian
dan refleksi terhadap keberkesanan pendekatan PBP yang
digunakan.
KESELURUHAN
Daripada Jadual 3, dapat dilihat bahawa min tertinggi bagi tahap kemahiran guru
sains terhadap pelaksanaan PBP ialah pada item “Saya mempunyai kemahiran dari
segi memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menstrukturkan
kepimpinan kumpulan masing-masing” dengan min 4.07 dan sisihan piawai 0.660
pada tahap yang tinggi. Bagi min yang paling rendah adalah pada item “saya
mempunyai kemahiran dari segi menyediakan rancangan mengajar dan bahan-
bahan yang menyumbang kepada penyelesaian masalah bersama.” dengan skor
min yang paling rendah iaitu 3.95 dan sisihan piawai 0.710. Walaupun begitu, item
tersebut masih pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan
skor min setiap persoalan item adalah pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan,
dapatan data yang dianalisis telah menunjukkan min keseluruhan bagi tahap
kemahiran guru sains terhadap pelaksanaan PBP adalah pada tahap tinggi iaitu
dengan skor min 4.01 dan sisihan piawai 0.500.
Jadual 4
Analisi Sikap Guru Sains dalam Pelaksanaan PBP
BIL ITEM SOALAN SD MIN TAHAP
1 Saya bersetuju PBP adalah satu kaedah pedagogi yang 0.800 4.25 Sangat
sesuai dalam pengajaran. Tinggi
2 Saya yakin PBP boleh membentuk nilai-nilai murni dan 0.772 4.26 Sangat
254
interaksi sosial yang positif. 0.737 4.33 Tinggi
3 Saya bersetuju PBP mewujudkan suasana pembelajaran 0.752 4.32 Sangat
0.828 3.86 Tinggi
yang menggalakkan 0.716 4.32 Sangat
4 Saya bersetuju PBP akan berkesan apabila dilaksanakan 0.645 4.28 Tinggi
0.783 4.03 Tinggi
dengan terancang. 0.728 4.05
5 Saya bersetuju PBP mampu mengurangkan beban tugas 0.693 4.20 Sangat
0.553 4.19 Tinggi
guru. Sangat
6 Saya bersetuju terdapat perubahan positif sikap murid Tinggi
Tinggi
terhadap PBP berbanding pembelajaran secara tradisional.
7 Saya yakin PBP adalah praktikal dari segi teori dan Tinggi
implementasi. Tinggi
8 Saya bersetuju pelaksanaan kaedah PBP memudahkan guru
Tinggi
menghabiskan sukatan pelajaran
9 Saya bersetuju PBP dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih terkawal.
10 Saya yakin PBP boleh meningkatkan pencapaian akademik
murid.
KESELURUHAN
Merujuk Jadual 4, didapati persoalan item menunjukkan min yang diperolehi
kebanyakannya berada pada tahap tinggi. Terdapat dua tahap sikap guru sains
terhadap pelaksanaan PBP, iaitu tahap tinggi dan tahap sangat tinggi. Bagi tahap
tinggi, min item “Saya yakin PBP boleh meningkatkan pencapaian akademik murid”
adalah yang paling tinggi berbanding item-item yang lain dengan skor min 4.20 dan
sisihan piawai ialah 0.693. Bagi tahap sangat tinggi pula, min yang paling tinggi
bagi sikap guru terhadap pelaksanaan PBP adalah bagi item “Saya bersetuju PBP
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan” dengan skor min 4.33
dan sisihan piawai 0.737. Item yang mencatatkan nilai min terendah adalah
berkaitan dengan “sikap bersetuju pelaksanaan kaedah PBP memudahkan guru
menghabiskan sukatan pelajaran” dengan skor min 4.03 dan sisihan piawai 0.783.
Daripada dapatan data yang diperoleh, min keseluruhan bagi tahap sikap guru
sains terhadap pelaksanaan PBP adalah pada tahap tinggi iaitu dengan skor min
4.19 dan sisihan piawai 0.553.
Jadual 5
Hubungan Sikap dengan Kemahiran Pelaksanaan PBP
Kemahiran
Pelaksanaan PBP
Aspek Sikap Pearson Correlation .498**
.000
Sig. (2-tailed) 76
N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
255
Berdasarkan Jadual 5, r = 0.498, p = 0.000, maka p < 0.01 menunjukkan bahawa
terdapat korelasi yang signifikan secara statistik antara pemboleh ubah sikap
dengan pemboleh ubah kemahiran guru dalam pelaksanaan PBP Jika dilihat
berdasarkan tanda bintang (*), nilai korelasi Pearson antara kedua-dua pemboleh
ubah yang dihubungkan mempunyai tanda bintang (**) menandakan bahawa
terdapat korelasi antara pemboleh ubah sikap dan kemahiran guru sains dalam
pelaksanaan PBP dengan taraf signifikansi 1%. Hal ini menunjukkan bahawa
sekiranya tahap sikap guru terhadap pelaksanaan PBP adalah tinggi, maka tahap
kemahiran mereka dalam pelaksanaan PBP juga akan tinggi. Begitu juga
sebaliknya jika sikap guru rendah, maka kemahiran pelaksanaan PBP mereka juga
akan rendah. Walau bagaimanapun, hubungan di antara kedua-dua pemboleh
ubah adalah sederhana kerana r = 0.50
Jadual 5
Hubungan Pengetahuan dengan Kemahiran Pelaksanaan PBP
Kemahiran
Pelaksanaan PBP
Aspek Pengetahuan Pearson Correlation .639**
Sig. (2-tailed) .000
N 76
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan Jadual 5, r = 0.639, p = 0.000, maka p < 0.01 menunjukkan bahawa
terdapat korelasi yang signifikan secara statistik antara pemboleh ubah
pengetahuan dengan pemboleh ubah kemahiran guru dalam pelaksanaan PBP Jika
dilihat berdasarkan tanda bintang (*), nilai korelasi Pearson antara kedua-dua
pemboleh ubah yang dihubungkan mempunyai tanda bintang (**) menandakan
bahawa terdapat korelasi antara pemboleh ubah pengetahuan dan kemahiran guru
sains dalam pelaksanaan PBP dengan taraf signifikansi 1%. Hal ini menunjukkan
bahawa sekiranya tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBP adalah
tinggi, maka tahap kemahiran mereka dalam pelaksanaan PBP juga akan tinggi.
Begitu juga sebaliknya jika pengetahuan guru rendah, maka kemahiran
pelaksanaan PBP mereka juga akan rendah. Walau bagaimanapun, hubungan di
antara kedua-dua pemboleh ubah adalah sederhana kerana r = 0.64
KESIMPULAN
Pertama sekali, dapatan kajian telah berjaya menjawab persoalan kajian iaitu sikap
guru Sains terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) di daerah Tuaran
adalah pada tahap yang tinggi. Aspek sikap dalam kajian ini merujuk kepada
pendirian seseorang guru sama ada cenderung untuk menyokong (tindak balas
256
positif) ataupun menolak (tindak balas negatif) pelaksanaan PBP. Dapatan ini
adalah selari dengan kajian Mustaffar Abd Majid, Gan, Tan dan Lim (2007)
melibatkan guru sekolah rendah di Melaka yang mendapati guru yang terlibat dalam
pelaksanaan PBP telah menunjukkan sikap yang positif terhadap PBP. Dapatan ini
juga merupakan satu petunjuk bahawa pendekatan PBP untuk terus berkembang
sebagai salah satu pendekatan pembelajaran Sains.Kedua, merujuk kepada Jadual
2, dapatan kajian telah menyimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru sains
terhadap pelaksanaan PBP di daerah Tuaran berada pada tahap tinggi dengan
skor min skor min 4.13 dan sisihan piawai 0.527. Pengkaji berpendapat bahawa
dapatan ini telah membuktikan guru-guru sains di daerah Tuaran berada di
landasan sebenar dari segi penguasaan ilmu pengetahuan untuk
mengiplementasikan PBP di dalam bilik darjah.
Ketiga, bagi tahap kemahiran guru Sains terhadap pelaksanaan PBP di
daerah Tuaran secara keseluruhannya pada tahap tinggi iaitu dengan skor min 4.01
dan sisihan piawai 0.500. Tahap kemahiran tinggi tersebut telah mencerminkan
tahap kesediaan tinggi guru-guru sains di daerah Tuaran yang telah menguasai
kemahiran berfikir, kemahiran fasilitator, kemahiran pedagogi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dalam pelaksanaan PBP.
Keempat, hubungan antara sikap dengan kemahiran guru Sains dalam
pelaksanaan PBP. Analisis menggunakan Kolerasi Pearson mendapati terdapat
hubungan positif yang signifikan (p < 0.05) antara sikap dengan kemahiran guru
Sains dalam pelaksanaan PBP pada keadaan (r = 0.50). Kelima, hubungan antara
pengetahuan dengan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PBP. Analisis
menggunakan Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan positif yang
signifikan (p < 0.05) antara pengetahuan dengan kemahiran guru Sains dalam
pelaksanaan PBP pada keadaan (r = 0.64). Hasil dapatan kajian terhadap kedua-
dua aspek tersebut, dapat disimpulkan bahawa hipotesis yang kedua, H2: Terdapat
hubungan signifikan antara pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam
pelaksanaan PBP adalah diterima.
IMPLIKASI
Pengkaji melaporkan implikasi kajian berdasarkan gambaran dapatan kajian secara
keseluruhan di mana pengkaji memfokuskan kesannya kepada guru Sains di
sekolah. Pertama, dapatan kajian ini memberikan maklumat kepada guru bahawa
sikap individu itu dapat mempengaruhi kemahiran mereka khususnya dalam
pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Jikalau sebelum ini
seseorang guru itu hanya meletakkan salah kepada murid atas alasan faktor
kesediaan murid menjadi penghalang pelaksanaan PBP, kini mereka disedarkan
dengan fakta bahawa sikap dan pengetahuan mereka juga merupakan punca
terhadap kejayaan pelaksanaan PBP. Kedua, pihak yang boleh mengeksploitasi
maklumat hasil dapatan kajian ini ialah organisasi pendidikan seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS). Kajian ini
memberikan satu perspektif baharu berkaitan standard kualiti guru yang perlu
dilengkapkan oleh guru semasa melaksanakan PdP STEM. Tidak dapat dinafikan,
kejayaan pelaksanaan PdP STEM khususnya PBP bukan hanya bergantung
kepada peranan seorang guru.
257
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Berikut ialah senarai ringkas cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil kira
sekiranya kajian seperti ini ingin dijalankan pada masa akan datang:
1. Mengkaji faktor lain yang dapat mempengaruhi pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP). Misalnya, faktor pengaruh rakan sebaya, latar
belakang keluarga dan jantina responden.
2. Mengkaji kekangan dan cabaran dalam melaksanakan Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP). Contohnya, kekangan dari sudut kesediaan murid
dan kemudahan infrastrukur.
3. Mencari lokasi kajian yang berbeza. Jika kajian pada kali ini dijalankan di
daerah Tuaran, kajian boleh dijalankan di kawasan bandar seperti Kota
Kinabalu pada masa akan datang.
4. Menggantikan skop kajian daripada guru Sains Sekolah Rendah kepada guru
Sains Sekolah Menengah. Adakah masih terdapat hubungan antara sikap guru
dengan kemahiran pelaksanaan PBP mereka jika sampel kajian difokuskan
dalam kalangan guru Sains Sekolah Menengah?
RUJUKAN
Anderson, J.R (1983). The architecture of cognition. Cambridge, MA: Harvard University
Press
Chua, Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan. Edisi Ketiga.
Shah Alam: McGraw-Hill.
Ejiwale, J. 2013. Barries to Successful Implementation of STEM Education. Journal of
Education and Learning. Vol.7(2) pp.63-67
Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan & Lilia Halim. 2007. Sikap terhadap Sains dan sikap
saintifik di kalangan pelajar Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia 32: 39-60.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buletin Anjakan, Buletin Transformasi Pendidikan
Negara: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 6: Sains.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (2017). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607– 610.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.
Educational and psychological measurement, 30: 608.
Muhammad Abd Hadi Bunyamin. 2015. Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif
Global,Perkembangan Semasa di Malaysia dan Langkah ke Hadapan. Buletin
Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. 25(1), 1-6.
258
Nitce Isa Medina Machmudi Isa & Mai Shihah Hj Abdullah. (2013). Pembelajaran
Berasaskan Projek:Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan
Pembelajaran Berasaskan Masalah. CREAM-Current Reasearch in Malaysia,
Vol.2, No.1, January 2013:181-194.
Nordine, Jeffrey. (2007). Supporting Middle School Students' Development of an Accurate
and Applicable Energy Concept.
259
PENGETAHUAN PAK-21 DAN PENERAPAN ELEMEN 4K DALAM KALANGAN
GURU SAINS DI DAERAH TUARAN SEPANJANG PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) ATAS TALIAN
Nisha Natasha Nain, Low Kee Sun
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan PAK-21 dan tahap
penerapan elemen 4K dalam kalangan guru-guru Sains di daerah Tuaran
sepanjang Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atas talian. PAK-21
merupakan pendekatan yang sesuai dalam melahirkan generasi yang
berkemahiran dan kompeten terutama dalam norma baharu sistem pendidikan
pada era pandemik ini. PAK-21 melalui empat elemen penting iaitu kreativiti,
pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dilihat mampu memenuhi keperluan dan
relevansi pendidikan pada masa kini. Sehubungan dengan itu satu kajian kuantitatif
melibatkan 77 orang guru Sains daripada daerah Tuaran telah dipilih secara rawak
sebagai responden kajian. Guru dikehendaki memberi respons kepada 30 indikator
pengetahuan dalam PAK-21 dan empat konstruk ciri-ciri PAK-21 atau elemen 4K.
Respons soal selidik adalah menggunakan skala likert lima. Analisis deskriptif
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan
kajian. Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati pengetahuan PAK-21 dalam
kalangan guru Sains daerah Tuaran adalah pada tahap tinggi (min = 4.25).
Manakala analisis penerapan elemen 4K sepanjang PdPc atas talian adalah pada
tahap sederhana (min= 3.88). Analisis berdasarkan korelasi Pearson antara
pengetahuan PAK-21 dan penerapan elemen 4K menunjukkan terdapat
perhubungan positif pada tahap yang sederhana (r=.57, p= 0.001).
Kata kunci: Pengetahuan PAK-21, Elemen 4K, PdPc Sains
PENGENALAN
Kewujudan wabak yang dinamakan sebagai Virus Korona 2019 (COVID-19)
menjadi malapetaka besar bagi masyakat di dunia. Jumlah kematian menjadi
semakin drastik setiap hari sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. landskap kehidupan manusia pada
masa kini telah banyak berubah disebabkan oleh Pandemik COVID-19.
Sehubungan dengan itu kebanyakan negara di dunia telah mengambil langkah
pencegahan dan berjaga-jaga dengan mengenakan sekatan, mengehadkan
perjalanan serta pergerakan, arahan penjarakan sosial dan mewajibkan pemakaian
pelitup muka. Struktur pembelajaran dalam bidang pendidikan juga terkesan hasil
daripada wabak virus ini sehinggakan memaksa Kerajaan untuk mengubah paksi
sistem pengajaran dan pembelajaran bersemuka kepada secara atas talian (online)
(Siti Aisyah & Khadijah, 2021).
Perubahan dalam sistem pendidikan ini menyulitkan dan menyukarkan lagi
kerajaan untuk mendepani cabaran abad ke-21, iaitu agenda melahirkan modal
insan minda kelas pertama berdasarkan apa yang digariskan dalam Pelan Induk
260
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (Kementerian Pelajaran, 2006),
berkualiti tinggi sebagaimana gagasan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)
2013-2025 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015). Sehubungan dengan itu,
pengetahuan dan kemahiran PAK-21 perlu diperkasakan oleh warga pendidik untuk
menghadapi perubahan deras sistem pendidikan. Bagi membina suasana
pembelajaran atas talian yang lebih berkesan dan dinamik, para pendidik perlu
mengintegrasikan kemahiran dalam pengajaran dan PAK-21 dengan menekankan
kepada konsep 4K iaitu Kreativiti, Kolaborasi, pemikiran Kritikal dan Komunikasi.
PERNYATAAN MASALAH
Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) merupakan alternatif KPM bagi
membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dalam norma baharu. Situasi
penularan wabak COVID-19 di dalam negara telah membuatkan sesi persekolahan
berlangsung dengan norma pendidikan yang baharu dan ia sedikit sebanyak
merencatkan sistem pengajaran guru yang dilaksanakan di dalam kelas. Guru juga
terpaksa mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran murid secara dalam
atas talian. Hal ini kerana berdasarkan kajian Mazura dan Wak Chu Wok (2018),
menyatakan sebanyak 80 peratus guru di sekolah tidak mempunyai pengetahuan
yang baik mengenai PdPc dalam situasi yang berbeza. Hal ini kerana kebanyakkan
guru mempunyai bekalan yang sedikit untuk menghadapi perubahan besar dalam
bidang pendidikan sehingga menyukarkan mereka untuk mengaplikasikan strategi
pengajaran dan pemudahcaraan yang terbaik dan relevan dalam situasi pandemik
masa kini.
Perubahan ini seterusnya memberi kesan dalam pelbagai aspek termasuklah
kepekaan guru dalam penerapan pendekatan yang penting untuk murid. Dimana
pelaksanaan PdPc atas talian telah membataskan penerapan nilai tambah dalam
pendidikan iaitu elemen 4K dalam kalangan guru. Hal ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Boiling, Hough, Krinsky, Saleem & Stevens (2012) menunjukkan
bahawa kebanyakkan peserta kajian mereka melihat pembelajaran atas talian
sebagai pembelajaran individu dan mengehadkan interaksi dengan orang lain.
Murid menggambarkan perasaan terasing daripada guru mereka, kandungan
kursus pembelajaran dan rakan sekelas mereka. Peserta kursus ini juga
menerangkan bagaimana interaksi dalam talian mereka adalah kelas berasaskan
teks dan beberapa bacaan dan penulisan tugasan tambahan. Komunikasi secara
dua hala yang berkesan dan dinamik diantara guru dan murid sukar dijalankan.
Kajian ini jelas menunjukkan salah satu aspek dalam 4K tidak diterapkan oleh guru
dengan berkesan.
Keterbatasan penerapan elemen 4K sepanjang PdPc atas talian ini adalah
disebabkan oleh kekurangan pengetahuan guru mengenai konsep PAK-21. Dimana
pengetahuan PAK-21 ini adalah penting dalam diri setiap guru pada masa kini agar
murid dapat dibentuk sesuai dengan keperluan dan kehendak perubahan zaman.
Pengetahuan guru yang terhad mengenai PAK-21 akan menyukarkan guru untuk
merancang pendekatan pembelajaran yang sesuai dan relevan buat murid.
Kegagalan dalam perancangan mengajar ini justeru akan memberi kesan kepada
keberkesanan pembentukan murid yang penuh dengan bekalan menghadapi dunia
luar.
261
Pengajaran dari rumah seharusnya digalas rapi dan dilaksanakan dengan baik agar
tidak ada pelajar yang ketinggalan atau tercicir dalam pelajaran. Oleh itu penerapan
kaedah yang sesuai serta menjanjikan pembelajaran bermakna yang maksimum
perlu diaplikasikann oleh para pendidik dalam merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran maya. Persoalannya, adakah guru-guru mempunyai pengetahuan
PAK-21 dan menerapkan elemen 4K ini dalam perancangan pengajaran sepanjang
pengjaran dan pemudahcaraan secara atas talian?
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF
I. Mengenalpasti tahap pengetahuan PAK-21 dalam kalangan guru Sains di
daerah Tuaran.
II. Mengenalpasti tahap penerapan elemen 4K dalam kalangan guru sains
daerah Tuaran sepanjang Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atas talian?
III. Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan tahap penerapan
elemen 4K dalam kalangan guru Sains daerah Tuaran sepanjang pelaksanaan
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atas talian.
SOALAN KAJIAN
I. Apakah tahap pengetahuan PAK-21 dalam kalangan guru sains di daerah
Tuaran?
II. Apakah tahap penerapan elemen 4K dalam kalangan guru sains di daerah
Tuaran sepanjang PdPc atas talian?
III. Apakah terdapat hubungan diantara pengetahuan abad ke-21 dengan
tahap penerapan elemen 4K sepanjang PdPc atas talian?
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal
selidik bagi mendapatkan data kuantitatif dengan menggunakan item-item yang
berupaya membuktikan sama ada wujud atau tidak kolerasi diantara pengetahuan
PAK-21 dan penerapan elemen 4K sepanjang Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) atas talian dalam kalangan guru-guru sains daerah Tuaran.
Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sains sekolah-sekolah rendah di daerah
Tuaran. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah
Tuaran seramai 95 orang guru sains di daerah Tuaran. Sehubungan dengan itu
merujuk kepada jadual persampelan Krejie dan Morgan, sekiranya populasi data
adalah seramai 95 orang maka seramai 77 guru sains akan dijadikan sampel untuk
menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Jumlah sampel ini sudah memadai
untukmewakili populasi kajian. Pemilihan responden dijalankan menggunakan
pemilihan secara rawak mudah. Dimana semua guru Sains dibolehkan untuk
menjawab soal selidik tanpa sebarang bias.
Pengkaji menggunakan google form untuk membina instrumen soal selidik skala
likert 5 mata yang mengandungi lima konstruk secara keseluruhannya iaitu
pengetahuan terhadap PAK-21, kreativiti (Creativity), pemikiran kritis (Critical
thinking), kolaborasi (Collaborative) dan komunikasi (Communication) melalui soal
selidik kajian yang diubahsuai dan diambil dengan kebenaran daripada kajian
Syahrul, Soo, Rahimah dan Juyati (2019) untuk item bahagian A dan kajian Raja
262
Abdullah dan Daub Ismail (2018) untuk item bahagian B. Terdapat 30 item atau
indikator secara keseluruhannya dan berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang
diperolehi melalui kajian rintis yang telah dijalankan, kesemua item ini mempunyai
nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Guru akan menggunakan indikator-indikator ini
sebagai penilaian kendiri mereka dalam pengetahuan PAK-21 dan pengaplikasikan
konsep 4K sepanjang PdPc ats talian.
Setiap item soalan dalam soal selidik telah melalui proses kesahan. Kesahan muka
dan kesahan kandungan dijalankan dengan merujuk kepada Pensyarah pakar
dalam penyelidikan di Instiitut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGKK) iaitu Dr
Ronald Yusri Batahong dan Madam Low Kee Sun. Kebolehpercayaan item soal
selidik dirujuk menggunakan intrepretasi Alpha Cronbach oleh Bond dan Fox, 2007
dalam Faizal Bekri, Ruhizan dan Ridzwan (2014). Menurut Kamarul (2012), kajian
rintis bertujuan untuk menentukan bahawa soalan yang diberikan kepada
responden sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Item yang diuji untuk kajian
rintis dijalankan terhadap 30 orang responden daripada kalangan guru Sains
sekolah rendah yang telah dipilih.
Jadual 1
Analisis Alpha-Cronbach Kajian Rintis Keseluruhan bagi pengetahuan PAK-21 dan
terhadap elemen penerapan Elemen 4K PA-21 guru Sains sepanjang PdPc atas
talian
Cronbach’s Alpha Cronbach’s Alpha Based N of items
on Standardizes Items
.976 .976 30
Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan item keseluruhan yang digunakan dalam
soal selidik Google Form bagi kajian rintis. Berdasarkan jadual ini, dapat dilihat nilai
Alpha Cronbach atau Cronbach’s Alpha dan nilai piawainya juga mempunyai nilai
yang sama iaitu 0.976. Nilai ini berada pada tahap sangat baik dan efektif dengan
tahap konsistensi yang tinggi.
PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Data-data yang diperoleh melalui soal selidik Google Form dianalisis menggunakan
perisian pakej statistik sosial sains SPSS versi 27. Analisis data yang terlibat dalam
bahagian ini ialah statistik deskriptif yang bertujuan untuk memperihalkan set-set
data mentah yang diambil dari sampel bagi memahami ciri-ciri sampel yang
diperolehii daripada populasi (Chua, 2008). Dalam kajian ini, penggunaan kaedah
statistik deskriptif (peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai) dapat
memudahkan pentafsiran data berkaitan pengetahuan dan tahap penerapan
elemen 4aK dalam kalangan guru Sains daerah Tuaran. Hal ini bermakna data
mentah yang diperoleh dan dikumpul melalui soal selidik dianalisis dalam bentuk
frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan. Skor purata min dikategori dan
diinterpretasi kepada empat tahap (Mayusniza, 2013).
263
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
DEMOGRAFI RESPONDEN
Jadual 2
Jantina Jantina Frekuensi Peratus
Bil Lelaki 24 31.2
1. Perempuan 53 68.8
2. Jumlah 77 100.0
Jadual 3
Umur Umur Frekuensi Peratus
Bil 21 Hingga 30 Tahun 8 10.4
1. 31 Hingga 40 Tahun 36 46.8
2. 41 Hingga 50 Tahun 24 31.2
3. 51 Hingga 60 Tahun 9 11.7
4. 77 100.0
Jumlah
Jadual 4
Pengalaman Mengajar Frekuensi Peratus
Bil Pengalaman Mengajar 3 3.9
1. 0 Hingga 11 Bulan 13 16.9
2. 1 Tahun Hingga 10 Tahun 36 46.8
3. 11 Tahun Hingga 20 Tahun 23 29.9
4. 21 Tahun Hingga 30 Tahun 2 2.6
5. 31 Tahun Hingga 40 Tahun 77
100.0
Jumlah
Soal selidik terbuka yang ditadbir telah disertakan dengan beberapa item
demografi. Jadual 2 sehingga 4 menunjukkan maklumat demografi responden yang
telah diperolehi. Daripada Jadual 7, didapati bahawa responden majoriti terdiri
daripada 68.8% guru wanita dan hanya 31.2% guru lelaki. Manakala taburan umur
responden adalah dalam lingkungan 21 hingga 30 (10.4%), 31 hingga 40 (46.8%),
41 hingga 50 (31.2%) dan 51 hingga 60 (11.7%) (Jadual 2). Sementara itu dalam
Jadual 9, jelas menunjukkan bahawa 3.9 % daripada responden mempunyai
pengalaman mengajar selama 0 hingga 11 bulan, 16.9 % responden telah
mengajar selama setahun hingga 10 tahun, 46.8 % responden pula telah mengajar
selama 11 hingga 20 tahun, 29.9 % responden telah mengajar selama 21 hingga
30 tahun dan 2.6 % responden telah mengajar 31 hingga 40 tahun lamanya.
264
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap pengetahuan PAK-21 dalam kalangan guru
sains di daerah Tuaran?
Jadual 5
Pengetahuan PAK-21
Frekuensi (f)/ Peratus (%) T
a
Item Pernyataan S h
A1 a
A2 Saya faham tentang T TS TP S SS Min p
A3 konsep PAK-21 3 (3.9) 4.42
A4 S 36 37 SP
A5 Saya sering melibatkan (46.8) (48.1)
A6 murid dalam aktiviti dan - 1 .636 Tinggi
A7 (1.3)
pembelajaran yang
A8 menggalakkan kreativiti - 6 13 45 13 3.84 .796 Sederh
(7.8) (16.9) (58.4) (16.9) ana
A9 dan inovasi
A10 Saya sering melibatkan -- 10 46 21 4.14 .622 Tinggi
murid dalam aktiviti dan (13.0) (59.7) (27.3)
pembelajaran yang -- 12 43 22 4.13 .656 Tinggi
menggalakkan pemikiran (15.6) (55.8) (28.6)
kritis. 8 15 33 21 3.87 .937 Sederh
Saya sering melibatkan - (10. (19.5) (42.9) (27.3) ana
murid dalam aktiviti dan
4)
pembelajaran yang
menggalakkan - 1 5 16 55 4.62 .670 Tinggi
(1.3) (6.5) (20.8) (71.4)
penyelesaian masalah.
Saya sering melibatkan -- 4 28 45 4.53 .598 Tinggi
murid dalam aktiviti dan (5.2) (36.4) (58.4)
pembelajaran yang -- 10 27 40 4.39 .710 Tinggi
menggalakkan komunikasi (13.0) (35.1) (51.9)
dan kolaborasi. -- 3 19 55 4.68 .549 Tinggi
Kemahiran abad ke-21 (3.9) (24.7) (71.4)
penting untuk kejayaan
masa depan murid di - 3 24 28 22 3.90 .867 Sederh
(3.9) (31.2) (36.4) (28.6) ana
tempat kerja.
Saya memerlukan
pembangunan profesional
untuk meningkatkan
pengetahuan saya
mengenai kemahiran abad
ke-21.
Saya mempunyai
keperluan dalam
pembangunan profesional
untuk mencipta
Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc)
bagi kemahiran abad ke-
21.
Teknologi memainkan
peranan yang penting
dalam menyokong PAK-
21.
Saya yakin untuk
menggunakan teknologi
sebagai alat untuk
265
mengajar kemahiran abad 4.25
ke-21. .441
Min Keseluruhan
Sisihan Piawai
Min keseluruhan bagi pengetahuan PAK-21 dalam kalangan guru Sains daerah
Tuaran sepanjang PdPc atas talian menunjukkan tahap tinggi iaitu 4.25. Namun
begitu kekerapan guru Sains dalam melibatkan murid dalam aktiviti dan
pembelajaran yang menggalakkan kreativiti dan inovasi serta komunikasi dan
kolaborasi masih berada pada tahap sederhana berdasarkan min yang diperoleh
adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, tahap pengetahuan guru terhadap PAK-21
perlu dipertingkatkan agar guru dapat mengaplikasikan elemen 4K dalam PdPc
atas talian dengan lebih baik sejajar dengan min yang tinggi (min=4.53) untuk item
A7 “Saya memerlukan pembangunan profesional untuk meningkatkan pengetahuan
saya mengenai kemahiran abad ke-21”.’
Tahap pengetahuan PAK-21 kalangan guru sains di daerah Tuaran adalah pada
tahap yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kekerapan item A1 “Saya faham
tentang konsep PAK-21” adalah tinggi pada bahagian Setuju dan Sangat Setuju.
Dimana majoriti guru Sains memahami dengan baik mengenai konsep PAK-21 ini
selari dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Ayisy dan Mohd Ashraf
(2019) yang mendapati tahap pengetahuan abad ke-21 guru berada pada tahap
yang tinggi. Min item A6 “Kemahiran abad ke-21 penting untuk kejayaan masa
depan murid di tempat kerja” menunjukkan min yang tinggi dengan kekerapan
respons cenderung pada bahagian Sangat Setuju (SS). Hal ini membuktikan
bahawa majoriti guru Sains juga menyedari kepentingan dan manfaat PAK-21 ini
terhadap kemenjadian murid pada masa hadapan. Dapatan ini selaras dengan
garis panduan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) menerusi Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) yang memerlukan guru untuk
sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta elemen
yang baharu supaya mengikut perkembangan dan keperluan murid abad ke-21.
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan elemen 4K dalam kalangan guru
sains di daerah Tuaran sepanjang PdPc atas talian dalam?
Jadual 6
Jadual Min Keseluruhan bagi Tahap Penerapan Elemen 4K sepanjang PdPc atas
Talian
BIL ASPEK MIN
1. Kreativiti 3.82
2. Pemikiran Kritis 4.15
3. Kolaborasi 3.68
4. Komunikasi 3.89
3.88
KESELURUHAN
266
Berdasarkan Jadual 6, didapati min bagi aspek kreativiti ialah 3.82, min bagi aspek
pemikiran kritis ialah 4.15 dan min bagi aspek kolaborasi dan komunikasi masing-
masing ialah 3.68 dan 3.89. Secara keseluruhannya bagi keempat-empat aspek
nilai min berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.88. Hal ini membuktikan tahap
penerapan elemen 4K dalam kalangan guru Sains daerah Tuaran sepanjang PdPc
atas talian masih pada tahap yang sederhana.
Persoalan Kajian 3: Apakah terdapat hubungan diantara pengetahuan abad
ke-21 dengan tahap penerapan elemen 4K sepanjang PdPc atas talian ?
Jadual 7
Kolerasi Ujian Pearson
Pengetahuan PAK- Penerapan 4K
21
Pengetahuan PAK- Pearson Correlation 1 .569 **
21 Sig/ (2-tailed) 77 .001
N 77
Pearson Correlation .569** 1
Penerapan 4K Sig. (2- tailled) .001
N 77 77
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
Berdasarkan nilai dalam Jadual 7, pekali kolerasi r=. 57 menunjukkan terdapat
perhubungan diantara variabel bersandar dan variabel tidak bersandar tetapi
perhubungannya sederhana. Hubungan ini adalah positif dan signifkan iaitu nilai
aras keyakinan ialah 0.001 kurang daripada aras keyakinan yang ditetapkan iaitu
0.01. Berdasarkan Jadual 18, terdapat dua bintang kecil (*) yang terdapat pada
hujung nilai .569 ** yang bermaksud wujud kolerasi yang signifikan antara kedua-
dua pemboleh ubah. Hal ini bermaksud seandainya tahap pengetahuan PAK-21
dalam kalangan guru Sains rendah maka penerapan 4K sepanjang PdPc atas
talian juga rendah. Sehubungan dengan itu hipotesis hipotesis Ha diterima kerana
adanya kolerasi diantara pemboleh ubah tidak bersandar (Pengetahuan PAK-21)
dan pemboleh ubah bersandar (Penerapan Elemen 4K).
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, melalui analisis data daripada bab 4 pengkaji mendapati
bahawa tahap pengetahuan mengenai PAK-21 dalam kalangan guru Sains daerah
Tuaran adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan data ini disokong oleh
Syahrul, Soo, Rahimah & Juyati (2019) yang mendapati responden kajiannya juga
mempunyai kefahaman yang tinggi dalam konsep PAK-21. Selain itu tahap
penerapan elemen 4K dalam kalangan guru Sains daerah Tuaran sepanjang PdPc
atas talian adalah pada tahap sederhana. Dapatan data ini disokong oleh kajian
yang dilakukan oleh Rusdin & Ali (2019) dimana beliau menunjukkan bahawa
elemen bilik darjah dalam memupuk kemahiran 4K dalam pengajaran dan
pembelajaran belum lagi mencapai tahap yang berkesan.
267
Pengkaji juga dapat menyimpulkan bahawa pengetahuan PAK-21 mempunyai
kolerasi dengan dengan penerapan elemen 4K dalam kalangan guru Sains daerah
Tuaran sepanjang PdPc atas talian. Ujian Pearson r sebagai alat ujian bagi melihat
sama ada wujudnya kolerasi antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar
telah digunakan dan didapati nilai Pearson r adalah postif dan berada di tahap yang
sederhana. Nilai yang signifikan ini menerima dan menjawab hipotesis alternatif dan
soalan kajian ketiga yang disenaraikan di Bab 1. Perhubungan korelasi yang
sederhana ini membuktikan bahawa meskipun guru-guru Sains mempunyai
pengetahuan PAK-21 yang baik namun para guru ini masih kurang menerapkan
elemen 4K sepanjang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Kolerasi ini juga
telah disokong dalam kajian yang dilakukan oleh Rusdin et. al (2019) yang
mendapati bahawa guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejayaan
pengaplikasian PAK-21. Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan guru
mengaplikasikan perancangan elemen 4K yang terbaik di dalam kelas, mereka
perlu mempunyai bekalan pemahaman mengenai pengetahuan PAK- 21 yang
cukup.
IMPLIKASI
Implikasi yang dapat dilihat melaui dapatan kajian yang telah diperoleh ialah gaya
pengajaran guru. Pengetahuan dan penerapan elemen 4K dalam PdPc atas talian
akan berupaya membantu guru melaksanakan pedagogi yang relevan dengan
situasi pandemik masa kini serta sejajar dengan matlamat KPM dalam
menyediakan generasi baru untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan
yang timbul pada masa hadapan. Hal ini kerana menurut Rusdin et. al (2019) ,
pendidik perlu menguasai keempat-empat komponen ini untuk memastikan setiap
murid mendapat peluang untuk belajar di dalam persekitaran yang memenuhi
keperluan dan keupayaan tersendiri. Guru-guru sekolah umpama ibubapa di
sekolah, oleh itu guru akan menjadi lebih efektif, sensitif dan peka terhadap
perbezaan cara belajar murid dan keperluan murid sehingga mendorong mereka
membuat perubahan terhadap kelompongan pedagogi abad ke-21 mereka.
Wagner, Hassanein & Head (2008) menyatakan bahawa murid perlu dibekalkan
dengan tujuh kemahiran hidup untuk mereka bersedia menghadapi cabaran abad
ke-21 ini. Kemahiran-kemahiran ini perlu ada dalam diri murid sebagai bekalan
kepada mereka apabila melangkah keluar daripada sekolah kelak. Pernyataan ini
selari dengan agenda melahirkan modal berkualiti tinggi berdasarkan apa yang
digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan (PIPP) 2013-2025 (Kementerian
Pelajaran, 2015). Sehubungan dengan itu penerapan elemen 4K ini merupakan
salah satu cara yang efektif dan disarankan untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berperinsip, mempunyai
kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan berkesan.
Seterusnya implikasi untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah dari
segi perancangan program profesionalisme keguruan. Analisis data kajian yang
dijalankan di Tuaran ini boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat keberkesanan
penerapan elemen 4K PAK-21 dalam kalangan guru sekolah di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak KPM boleh merancang program pemantapan atau
penggayaan dengan sasaran golongan pendidik yang tertentu untuk memastikan
kualiti guru Malaysia sentiasa pada tahap yang cemerlang dan profesional.
Tindakan ini akan dapat membuka peluang kepada guru untuk mempelajari dan
268
mendalami elemen 4K terutama dalam pengaplikasiannya dalam kelas secara tidak
bersemuka dengan murid.
CADANGAN
Cadangan atau tindakan susulan yang boleh diambil untuk kajian selanjutnya
berdasarkan kajian ini adalah pengkaji seterusnya disarankan untuk menjalankan
kajian ini dengan memilih skop kawasan yang lebih luas sebagai contoh pengkaji
mensasarkan responden daripada kesemua guru Sains negeri Sabah. Kajian
dengan skop yang lebih luas akan dapat memberi gambaran yang lebih tepat dan
menyeluruh mengenai persoalan kajian. Selain daripada itu, item instrumen soal
selidik untuk keempat-empat komponen 4K juga boleh diperbanyakkan. Hal ini
kerana item soalan yang banyak berupaya membantu penyelidik mengkaji
penerapan setiap komponen dengan lebih terperinci dan mendalam. Pengkaji
seterusnya juga dicadangkan untuk menambahkan pembolehubah kemahiran
kehidupan dan kerjaya serta kemahiran literasi TMK. Kedua-dua aspek ini
merupakan antara sistem sokongan yang dinyatakan di dalam kerangka PAK-21
dan dilihat penting untuk dikuasai dan diterapkan oleh guru dalam PdPc mereka
sama ada secara bersemuka atau atas talian.
RUJUKAN
Ahmad, Syahrul Ahmar & Yoke, Soo & Yunos, Rahimah & Mohd Amin, Juyati. (2019).
Exploring Lecturers’ Readiness for 21st Century Education in Malaysian Higher
Learning Institutions. 1. 15-29. 10.33422/EJTE.2019.10.27.
Boling, E.C., Hough, M., Krinsky, H., Saleem, H. and Stevens, M. (2012), “Cutting the
distance in distance education: perspectives on what promotes positive, online
learning experiences”, The Internet and Higher Education, Vol. 15 No. 2, pp. 118-126.
Chua, Y.P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan Book Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd
Ismail, R. A. R., & Ismail, D. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’pembelajaran abad ke-21 dalam
kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan guru kampus Dato’Razali
Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. 1-6.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-
2010). Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan
penerimaan terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik
program ijazah sarjana muda perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis
Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Muhammad Ayisy & Mohd Ashraf. (2019). Kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21
dalam kalangan guru pelatih sejarah ipg zon selatan. Jurnal Penyelidikan Sains
Sosial, 2(5), 32-42.
Rusdin, N. M., & Ali, S. R. (2019, November). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. In Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management (Vol. 23, No. 1, pp. 87-105).
Siti Aisyah Ibrahim, Khadijah Abdul Razak. 2021. Pandemik Covid-19: Cabaran dan Impak
Dalam Pendidikan Islam dan Pembelajaran Murid Covid-19 Pandemic: Challenges
And Impact in Islamic Education and Student Learning]. International Journal of
Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE),1(1), 89-94.
269
Wagner, N., Hassanein, K., & Head, M. (2008). Who is responsible for e-learning success in
higher education? A stakeholders’ analysis. Educational Technology & Society, 11,
26-36.
270
MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK TABIAT PEMAKANAN
HAIWAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 MENGGUNAKAN
PERMAINAN MATCH UP
Nur Afiqah Binti Mohd Zain, Low Kee Sun
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 3
terhadap topik Tabiat Pemakanan Haiwan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
menambah baik amalan pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Kajian
melibatkan lima orang murid di sebuah sekolah sekitar daerah Tuaran. Tinjauan
awal melalui ujian diagnostik mendapati peserta-peserta kajian ini mengalami
masalah dalam penguasaan topik Tabiat Pemakanan Haiwan. Peserta kajian ini
keliru dan sukar untuk mengingat istilah tiga kelas tabiat pemakanan haiwan iaitu
herbivor, karnivor dan omnivor. Kekeliruan terhadap ketiga-tiga istilah ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengkelaskan haiwan mengikut tabiat
pemakanannya yang betul walaupun sedia mengetahui jenis makanan yang
dimakan haiwan tersebut. Oleh hal demikian, pengkaji membina dan melaksanakan
satu intervensi sebagai langkah rawatan dalam permasalahan ini. Intervensi
permainan Match Up digunakan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan sains
tahun tiga melalui kaedah bermain. Pengkaji menjalankan kajian tindakan ini
berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948). Kaedah
pengumpulan data kajian adalah menggunakan instrumen ujian pra dan pasca,
pemerhatian dan temu bual. Pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan pasca
dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Manakala data yang diperoleh melalui
kaedah pemerhatian dan temu bual dianalisis menggunakan kaedah kualitatif bagi
menyokong data ujian yang telah dianalisis secara kuantitatif. Berdasarkan dapatan
kajian, penggunaan permainan Match Up dibuktikan berjaya membantu peserta
kajian menguasai topik Tabiat Pemakanan Haiwan kerana terdapat peningkatan
pencapaian dari ujian pra ke ujian pasca. Secara keseluruhannya, kajian tindakan
ini dapat membantu murid dalam pembelajaran dan membantu guru dalam
pengajaran seterusnya menjadi garis panduan untuk kajian lain pada masa akan
datang.
Kata Kunci: tabiat pemakanan haiwan, permainan Match Up, kaedah bermain
PENGENALAN
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan topik tabiat pemakanan haiwan melalui permainan
Match Up sebagai bahan intervensi. Peserta kajian dalam penyelidikan ini terdiri
daripada lima orang murid tahun tiga di sebuah sekolah yang terletak dalam daerah
Tuaran. Berdasarkan pengumpulan data awal dari tujuh belas orang murid, didapati
bahawa lima orang murid ini mempunyai masalah dalam menguasai topik tabiat
pemakanan haiwan. Murid-murid ini tidak dapat menyatakan dengan tepat tiga
kelas pemakanan haiwan kerana tidak ingat dan keliru dengan istilah herbivor,
271
karnivor dan omnivor. Selain itu, murid juga tidak berkebolehan untuk menyatakan
tabiat pemakanan yang betul bagi contoh haiwan yang diberikan oleh pengkaji.
Piyakun (2019) menyatakan bahawa perkara sebegini boleh menimbulkan masalah
kepada murid-murid sekiranya guru yang mengajar tidak memahami keadaan
mereka.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru sains, pengkaji telah merancang dan
menjalankan satu penyelidikan tindakan bagi membantu murid-murid ini serta murid
tahun tiga lain yang mengalami masalah yang sama dalam topik tabiat pemakanan
haiwan. Pengkaji memilih pendekatan kaedah bermain yang berpusatkan murid di
mana murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran manakala guru
hanya bertindak sebagai fasilitator kepada murid. Kaedah berpusatkan murid dipilih
kerana, menurut Trnova & Svobodova (2013), penggunaan kaedah berpusatkan
guru akan menyebabkan murid tidak diberikan sebarang motivasi sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi dan Pengalaman P&P
Mengimbas kembali pengalaman mengajar sepanjang praktikum fasa satu,
pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak dapat mengkelaskan haiwan
mengikut tabiat pemakanan yang betul. Hal ini adalah disebabkan oleh murid sukar
untuk mengingat istilah-istilah pengkelasan tabiat pemakanan iaitu herbivor,
karnivor dan omnivor. Di samping itu, mereka juga keliru dan sering tertukar-tukar
mengenai definisi bagi setiap tiga istilah tabiat pemakanan tersebut. Kebanyakan
murid dapat menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan-haiwan.
Namun, mereka tidak dapat menyatakan dengan tepat apakah tabiat pemakanan
haiwan itu. Di akhir pengajaran dan pembelajaran topik ini, pengkaji mendapati
hanya sebilangan kecil murid sahaja yang dapat menyiapkan soalan latihan
pengukuhan dengan betul walaupun soalan yang diberikan pengkaji hanya pada
aras rendah.
Rajah 1. Contoh Hasil Kerja Murid
Berdasarkan masalah penguasaan topik tabiat pemakanan haiwan yang
dihadapi oleh murid-murid, pengkaji telah membina satu intervensi iaitu permainan
Match Up. Permainan ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
murid tahun tiga melalui penggunaan kaedah bermain. Intervensi ini sangat
diharapkan dapat membantu semua murid yang mengalami masalah yang sama.
Menurut Noriati et al. (2017), penggunaan kaedah bermain dalam pengajaran dan
pembelajaran secara langsung memberikan hak kepada murid-murid untuk belajar
melalui proses bermain yang sememangnya minat semula jadi bagi kanak-kanak.
Hal ini bertepatan dengan akta hak kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) (1989), iaitu telah menjadi hak kanak-kanak untuk bermain, berehat,
beriadah dan berseronok.
272
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan penguasaan murid dalam topik tabiat
pemakanan haiwan melalui tindakan permainan Match Up. Melalui tindakan yang
dijalankan, murid mempunyai peningkatan dalam penguasaan topik. Sebagai
contoh, murid dapat menyatakan tiga kelas tabiat pemakanan haiwan beserta
maksud yang tepat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan amalan
pedagogi guru dalam melaksanakan proses PdPc yang berkesan di mana guru
mempunyai kesedaran dan inisiatif dalam menyelesaikan masalah pembelajaran
yang berlaku dalam kalangan murid.
Kajian tindakan yang mengaplikasikan kaedah bermain ini adalah
berasakan Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky (1978). Teori ini mendapati
pembelajaran berlaku melalui interaksi kanak-kanak dalam persekitaran di mana
peluang interaksi bersama orang yang lebih dewasa akan membantu penerimaan
ilmu pengetahuan dan pembelajaran apabila elemen-elemen di dalam persekitaran
dapat menerangkan sebab terjadinya sesuatu perkara (Zakiah, 2014). Vygotsky
juga berpendapat, bermain adalah perkara yang penting dalam membantu
perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana bermain merupakan suasana yang
menyokong pembelajaran kanak-kanak dengan adanya bimbingan dari orang
dewasa atau guru akan membawa kepada pembelajaran yang berkesan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1) Murid dapat meningkatkan penguasaan topik Tabiat Pemakanan Haiwan
melalui penggunaan permainan Match Up.
2) Penggunaan permainan Match Up dapat membantu meningkatkan amalan
pedagogi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Soalan Kajian
1) Apakah murid dapat meningkatkan penguasaan topik Tabiat Pemakanan
Haiwan melalui penggunaan permainan Match Up?
2) Apakah permainan Match Up dapat membantu meningkatkan amalan pedagogi
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan?
METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun tiga di sebuah sekolah dalam daerah
Tuaran. Tumpuan kajian hanya diberikan kepada lima orang murid yang telah
dikenalpasti melalui pemerhatian dan keputusan ujian awal di mana murid ini tidak
dapat menyatakan kelas tabiat pemakanan haiwan dan tidak dapat mengkelaskan
haiwan mengikut tabiat pemakanan yang betul. Peserta kajian ini terdiri daripada
empat orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.
Pengumpulan data dalam kajian tindakan ini adalah melalui tiga kaedah
iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur. Setiap
data yang dikumpul telah dianalisis mengikut kaedah yang sesuai. Ujian pra dan
pasca dianalisis menggunakan peratusan, manakala pemerhatian dan temu bual
dianalisis secara kualitatif. Pengkaji telah menggunakan Model Penyelidikan
Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai panduan dalam melaksanakan
kajian tindakan ini. Berdasarkan model ini, pengkaji telah menggunakan empat
273
langkah utama dalam proses pelaksanaan kajian ini. Langkah tersebut ialah
Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) dan Memerhati (Observe).
MERANCANG BERTINDAK
-Mengenalpasti -Melaksanakan tindakan
masalah terhadap lima orang peserta
-Merancang tindakan -Melalui 3 sesi pengajaran
permainan Match Up
MEREFLEK MEMERHATI
-Membuat refleksi -Melalui ujian pra dan
selepas tindakan pasca, pemerhatian
-Menyatakan cadangan dan temu bual
penambahbaikan
Rajah 2 Langkah Pelaksanaan Kajian Tindakan berdasarkan Model Kemmis
dan Taggart (1988)
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian pra dan ujian pasca merupakan satu alat kajian yang telah digunakan untuk
menjawab soalan pertama dalam penyelidikan ini. Ujian pra dilakukan sebelum
memulakan pelaksanaan intervensi manakala ujian pasca adalah selepas
intervensi. Perbandingan peratusan markah antara ujian pra dan ujian pasca bagi
kelima-lima peserta kajian telah dimuatkan dalam Jadual 1.
Jadual 6.1
Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca
Peserta Markah Gred Markah Gred Peningkatan
Kajian Ujian Pra Ujian Markah (%)
D B
MA (%) E Pasca (%) A +36
MB 43 E 79 B +57
MC E A +65
MD 29 D 86 B +64
ME +36
14 79
29 93
43 79
Jadual 1 menunjukkan terdapat peningkatan peratusan markah bagi
kelima-lima peserta kajian selepas intervensi permainan Match Up dijalankan.
Peserta kajian MB dan MD mendapat peratusan markah yang sama dalam ujian
274
pra iaitu 29% namun, masing-masing telah menunjukkan peningkatan dalam ujian
pasca dengan memperoleh markah sebanyak 86% dan 93%. Begitu juga dengan
peserta kajian MA dan ME yang memperoleh markah 43% dalam ujian pra, telah
berjaya menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca dengan masing-masing
mendapat markah 79%. Peserta kajian MC menunjukkan jumlah peningkatan
markah yang paling tinggi iaitu sebanyak 65%, di mana ujian pranya ialah 14%
melonjak naik ke 79% semasa ujian pasca. Justeru itu, analisis perbandingan
markah ini menunjukkan bahawa peserta-peserta kajian semakin dapat menguasai
topik tabiat pemakanan haiwan di mana mereka berjaya menyatakan tiga kelas
tabiat pemakanan haiwan dan mengkelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan
yang betul.
Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk menjawab soalan kajian
yang pertama dan kedua. Pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian yang
berstruktur dengan menyediakan borang senarai semak pemerhatian. Item dalam
borang pemerhatian telah dinilai berdasarkan skala likert. Skala likert adalah skala
yang digunakan untuk mengukur perilaku peserta kajian dalam kajian.
Senarai Semak Pemerhatian
Bil. Item Tidak Memuaskan Amat
Memuaskan Memuaskan
1 Murid menunjukkan minat
terhadap sesi PdPC.
2 Murid menumpukan
perhatian sepanjang sesi
PdPC.
3 Murid dapat menyatakan
tiga jenis tabiat
pemakanan haiwan.
4 Murid dapat menyatakan
maksud herbivor, karnivor
dan omnivor dengan betul.
5 Murid berupaya
mengkelaskan haiwan
kepada tabiat pemakanan
yang betul.
6 Murid menguasai topik
tabiat pemakanan haiwan.
Jadual 2
Data Pemerhatian Sebelum Intervensi
Item Tidak Memuaskan Memuaskan Amat Memuaskan
1 K P (%) K P (%) K P (%)
2 40 3 60 00
275
2 3 60 2 40 0 0
3 3 60 2 40 0 0
4 4 80 1 20 0 0
5 2 40 3 60 0 0
6 4 80 1 20 0 0
K = Kekerapan P = Peratus
Jadual 3
Data Pemerhatian Selepas Intervensi
Item Tidak Memuaskan Memuaskan Amat Memuaskan
K P (%) K P (%) K P (%)
1 00 1 20 4 80
2 00 3 60 2 20
3 00 00 5 100
4 00 2 40 3 60
5 00 5 100 00
6 00 2 40 3 60
K = Kekerapan P = Peratus
Berdasarkan Jadual 2 dan 3 di atas, kelima-lima peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan yang positif yang ketara dalam perubahan tingkah laku. Perubahan ini
berlaku adalah disebabkan oleh pengaplikasian intervensi permainan Match Up
melalui kaedah bermain dalam kalangan mereka bagi membantu mereka
menguasai topik tabiat pemakanan haiwan.
Bagi item pertama senarai semak pemerhatian yang mewakili minat murid
terhadap sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC), telah menunjukkan
perubahan yang sangat baik. Empat orang peserta kajian menunjukkan minat pada
tahap yang amat memuaskan semasa pelaksanaan intervensi berbanding sebelum
intervensi di mana dua orang menunjukkan minat yang tidak memuaskan dan tiga
orang peserta menunjukkan minat pada tahap yang sederhana iaitu memuaskan.
Hal ini memberi maksud, peserta kajian lebih menunjukkan minat kepada sesi
pengajaran pengkaji apabila pengkaji melaksanakan aktiviti permainan Match Up
dalam kalangan mereka. Jelaslah bahawa, menurut Mariani (2013), main atau
bermain merupakan suatu aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan hasil aktiviti. Namun, apabila murid
belajar dengan seronok dan berminat, maka secara tidak langsung mereka akan
memperolehi ilmu yang digunakan dalam permainan tersebut.
Keputusan bagi item yang kedua dalam senarai semak juga menunjukkan
perubahan yang positif walaupun tidak begitu besar perubahannya. Semasa
276
pelaksanaan intervensi, didapati dua orang peserta kajian menumpukan perhatian
pada skala yang amat memuaskan kepada aktiviti PdPC yang berlangsung. Tiga
orang peserta kajian juga menumpukan perhatian yang memuaskan dan tiada
peserta yang tidak menumpukan perhatian. Kelima-lima peserta kajian ini dikenal
pasti mampu menumpukan perhatian dengan aktiviti PdPC apabila mereka
memberi perhatian kepada arahan guru dan melibatkan diri dalam pelaksanaan
aktiviti permainan Match Up.
Item ketiga dalam senarai semak pemerhatian merupakan item yang
menunjukkan keputusan yang paling memberangsangkan di mana kelima-lima
peserta kajian berjaya menyatakan tiga kelas tabiat pemakanan haiwan iaitu
herbivor, karnivor dan omnivor dengan betul selepas pelaksanaan intervensi.
Sebelum pelaksanaan intervensi, didapati hanya dua peserta yang mampu
menyatakan tiga kelas tabiat pemakanan haiwan pada skala memuaskan, dan dua
orang peserta kajian lagi tidak dapat langsung menyatakan tiga kelas tabiat
pemakanan tersebut.
Bagi item keempat iaitu murid dapat menyatakan maksud herbivor, karnivor
dan omnivor, tiga orang peserta berjaya menyatakan maksud ketiga-tiga tabiat
pemakanan tersebut selepas pelaksanaan intervensi. Hal ini menunjukkan
perubahan yang baik dalam kalangan peserta kajian di mana hanya seorang
peserta kajian yang mengetahui maksud ketiga-tiga tabiat tersebut pada skala yang
memuaskan sebelum pelaksanaan intervensi. Setiap murid perlu mengetahui
definisi bagi setiap kelas tabiat pemakanan haiwan agar mereka berupaya untuk
mengkelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan yang betul. Hal ini dibuktikan
melalui keputusan pemerhatian berdasarkan item kelima di mana murid berupaya
untuk mengkelaskan haiwan kepada tabiat pemakanan yang betul. Kesemua
peserta kajian berjaya menyatakan tabiat pemakanan yang betul bagi haiwan yang
diberikan selepas pelaksanaan intervensi. Namun, hampir kesemua dari mereka
berada pada tahap yang memuaskan dan bukan amat memuaskan kerana masih
terdapat segelintir haiwan yang dinyatakan dengan tabiat pemakanan yang salah.
Sebagai contoh, kelima-lima peserta kajian menyatakan katak adalah haiwan
omnivor, sedangkan katak adalah karnivor.
Secara keseluruhannya, melalui dapatan dari kaedah pemerhatian,
pengkaji mendapati bahawa kelima-lima peserta telah menguasai topik tabiat
pemakanan haiwan selepas pelaksanaan intervensi permainan Match Up. Apabila
penggunaan kaedah bermain ini berjaya membantu murid menguasai
pembelajaran, maka secara tidak langsung ianya mampu membantu guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kaedah pemerhatian
berstruktur melalui senarai semak ini mampu menjawab soalan kajian yang
pertama dan kedua.
Temu Bual
Data temu ditemu bual untuk mengenal pasti tema-tema yang bersesuaian. Tema,
kod dan perincian yang diguna ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.
Jadual 4
Tema, Kod, dan Perincian Temu Bual Kod Perincian / Kata Kunci
Tema
277
Menjelaskan tahap pengetahuan P • Meningkat
berkaitan tabiat pemakanan haiwan • Semakin bertambah
selepas intervensi.
Menyatakan tiga kelas tabiat KT • Herbivor : Makan
pemakanan haiwan beserta maksud. tumbuhan sahaja
Menerangkan tabiat pemakanan bagi • Karnivor : Makan
tikus. haiwan lain sahaja
Menceritakan persepsi terhadap • Omnivor : Makan
permainan Match Up. tumbuhan dan haiwan
lain
T • Omnivor
• Tikus memakan
pelbagai jenis makanan
dari tumbuhan dan
haiwan
MU • Menarik
• Senang difahami
• Seronok
Berdasarkan Jadual 4, jawapan peserta kajian telah diasingkan mengikut tema.
Jadual 5 pula memuatkan interpretasi data transkripsi bagi hasil analisis temu bual
MA, MB, MC, MD dan ME.
Jadual 5
Bukti Jawapan Temu Bual Mengikut Tema dan Respon Peserta Kajian Melalui
Pengekodan
Tema Kod Peserta Bukti Respon Peserta Kajian
Kajian Jawapan
Menjelaskan tahap P MA J1 Semua peserta
pengetahuan MB J8 menyatakan bahawa
berkaitan tabiat MC J15 pengetahuan mereka
pemakanan haiwan MD J22 selepas pelaksanaan
selepas intervensi. ME J30 intervensi adalah
bertambah. Hal ini
bermaksud mereka
berjaya mempelajari dan
menguasai topik tabiat
pemakanan haiwan.
Menyatakan tiga KT MA J2 Semua peserta berjaya
kelas tabiat MB J9 menyatakan tiga kelas
pemakanan haiwan MC J16 tabiat pemakanan haiwan
beserta maksud. MD J23, J24 beserta maksudnya
ME J31 menggunakan ayat
sendiri mengikut
kefahaman mereka.
Contohnya, peserta MD
menyatakan herbivor
278
adalah haiwan yang
makan ‘sayuran’.
Pengkaji telah
memperbetulkan agar
sayuran itu ditukar
kepada ‘tumbuhan’.
Menerangkan T MA J3, J4 Kebanyakan peserta
tabiat pemakanan MB J10, J11 kajian memberi jawapan
bagi tikus. MC J17, J18 yang betul iaitu tikus
MD J25, J26 merupakan omnivor
Menceritakan MU ME J32, J33 kerana tikus memakan
persepsi terhadap
permainan Match banyak jenis makanan
Up. yang berasal dari
tumbuhan dan haiwan.
Namun, hanya peserta
MC yang memberi
jawapan tikus adalah
herbivor kerana tikus
makan padi. Pengkaji
telah memberitahu dan
menerangkan jawapan
yang sebenar kepada
peserta MC.
MA J5, J6, J7 Kelima-lima peserta
J12, J13, kajian menyatakan
MB J14 bahawa permainan
J19, J20, Match Up yang telah
MC J21 digunakan mereka
J27, J28, adalah menarik. Salah
MD J29 satunya adalah kerana
J34, J35, permainan tersebut
ME J36 mempunyai warna-warna
yang menarik. Semua
daripada mereka juga
mengatakan bahawa
mereka faham akan cara
permainannya. Secara
keseluruhannya
permainan ini adalah
menyeronokkan buat
kelima-lima peserta
kajian dan membantu
mereka untuk menguasai
topik tabiat pemakanan
haiwan.
279
Jadual 5 menunjukkan tema dan respon peserta kajian yang dikutip daripada
kaedah temu bual. Kesemua peserta kajian dapat memberikan respon yang tepat
berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Kelima-lima peserta kajian ini
menunjukkan tahap penguasaan yang baik terhadap topik tabiat pemakanan
haiwan selepas menjalani pelaksanaan intervensi permainan Match Up. Secara
keseluruhannya, dapatan kaedah temu bual ini berjaya menjawab soalan kajian
pertama dan kedua di mana permainan Match Up ini berkesan dalam membantu
murid menguasai pembelajaran serta membantu meningkatkan amalan pedagogi
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian ujian pra dan ujian pasca yang
telah diperolehi, didapati bahawa semua peserta kajian menunjukkan peningkatan
yang signifikan dan memuaskan. Melalui pemerhatian dan temu bual pula, peserta-
peserta kajian berasa lebih seronok dan bebas dari tekanan pembelajaran yang
formal. Haslinda, Lilia & Zanaton (2015) dalam jurnalnya yang bertajuk “Kaedah
Bermain Dalam Meningkatkan Minat Murid Orang Asli Terhadap Sains”
menyatakan bahawa kaedah bermain dapat meningkatkan minat murid terhadap
sains kerana murid akan merasakan mata pelajaran sains ini lebih mudah, seronok
dan menggembirakan. Oleh yang demikian, bagi menambah baik lagi penyelidikan
yang dilaksana ini, terdapat beberapa cadangan tindakan susulan yang boleh
dilakukan. Antaranya cadangan yang meliputi aspek permainan Match Up, pengkaji
bercadang untuk membuat penambahbaikan pada rupa dan saiz bahan. Pada
tindakan yang akan datang, pengkaji akan menambahkan ketebalan pada garisan
luar pada kad permainan Match Up. Hal ini supaya kad permainan tersebut akan
kelihatan lebih menarik dengan mempunyai warna garisan kuning yang lebih tebal
dan menonjol. Di samping itu, tindakan ini juga akan memudahkan pengkaji untuk
menggunting kad tersebut mengikut garisan tepi yang lebih tebal. Selain itu,
pengkaji juga akan menambahkan kebesaran pada saiz kad agar ianya lebih
mudah dipegang oleh murid. Implikasinya, kajian ini membantu dan memberi
manfaat kepada murid di mana murid dapat meningkatkan penguasaan terhadap
topik tabiat pemakanan haiwan. Di samping itu, kajian tindakan yang telah
dilaksanakan ini dapat meningkatkan amalan pedagogi guru bukan sahaja dari segi
menghasilkan bahan intervensi, malah juga memantapkan kemahiran
menyelesaikan masalah pdp yang dihadapi, di mana guru mampu menjalankan
proses kajian tindakan dalam mengenalpasti punca masalah, merancang tindakan
penyelesaian, melaksanakan tindakan menggunakan intervensi, menganalisis data
dan membuat refleksi.
RUJUKAN
Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. (2018). Selangor: Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidkan Guru Malaysia.
Cheong, L. K., Zakri Abdullah & Nee, C. L. (2018). Siri Pendidikan Guru Penyelidikan
dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 3. (2017). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
280
Lim, L. G. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat. Diakses dari
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/16.%20
%20LA U%20G ING%20LIM.pdf.
Malaysian Journal of Society and Space, 12(10), 1-9. Diakses dari
http://journalarticle.ukm.my/10621/1/1.geografia-ogos16-mohdfaiz-edam.pdf.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.
Piyakun, A., Srihamongkol, Y., Reunnakan, P., & Phuseeorn, S. (2019). A Study of
Intelligence Quotient for Primary School Students in Mahasarakham Province.
Journal of Edducation and Training Studies, 7(2), 206.
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Shahril Ismail. (2016). Aktiviti Pengaturan Menggunakan Zone of Proximal Development
dalam Menstruktur Ayat Bahasa Sepanyol. Journal of Language Studies, 16(3), 167-185.
Diakses dari http://journalarticle.ukm.my/10168/1/11998-43165-1-PB.pdf.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa
dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(2), 1-15. Diakses dari https://core.ac.uk/download/pdf/11492174.pdf.
Sidek Mohd Noh. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.
Yong, T. B. (t.t). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Terhadap Minat,
Penglibatan dan Pencapaian Murid Tahun Lima Dalam Sains di Kuching.
Diakses dari http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2017/SN/TE%20
BEE%2 0YONG /Penulisan_Artikel.pdf.
Zakiah Binti Mohd Ashari. (2014). Aplikasi Modul Belajar Melalui Bermain Dalam Kefahaman
Awal Matematik Dan Motivasi Kanak-Kanak Prasekolah. Diakses dari
http://eprints.utm.my/id/eprint/78646/1/ZakiahMohamadAshariPFP2014.pdf.
Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan Main Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal. dari
Malaysian Journal of Social Science, 2, 144-155. Diakses
file:///E:/Auto%20Backup%20Data%20C%20(%20Jangan%20Delete%20
)/Downl oads/4 58-822-1-SM.pdf
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (2016). Diakses daripada
https://www.permohonan.my/gred- markah-peperiksaan-upsr-pt3-dan- spm/
Jinks, J. & Morgan, V. (1999). Children perceived academic self-efficacy: An inventory
daripada
scale. The clearing House. Diakses
www.coe.ilstu.edu/scienceed/jinks/efficacypub97.html
Haslinda Tahir Shah, Lilia Halim & Zanaton Iksan. (2015). Kaedah bermain dalam
meningkatkan minat murid orang asli terhadap sains. International
Conference on Language, Education and Innovation. (62), 71-81
281
MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 3 BAGI TAJUK PROSES
PENCERNAAN MENGGUNAKAN KAEDAH NYANYIAN
Nur Anis Nadia Binti Mohd Asmadi, Tan Cho Chiew
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Menyedari akan hakikat bahawa subjek Sains memerlukan murid untuk memahami
konsep serta menghafal banyak fakta, maka pengkaji telah menjalankan sebuah
kajian tindakan dengan memasukkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam
membantu murid untuk mengingati konsep sains khususnya tajuk Proses
Pencernaan. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tambalang. Peserta
kajian terdiri daripada 5 orang murid tahun 3 Monsopiad yang dipilih secara rawak.
Model penyelidikan Kemmis & Mc Taggart (1988) telah diaplikasikan dalam kajian
ini. Pengkaji menggunakan analisis dokumen dan pemerhatian tidak berstruktur
sebagai pengumpulan data awal bagi meninjau masalah murid dalam PdP Sains.
Hasil tinjauan masalah mendapati murid tidak dapat menguasai tajuk-tajuk sains
kerana kegagalan mereka untuk menghafal fakta serta konsepnya. Seterusnya,
pengumpulan data kajian diperoleh melalui instrumen ujian pra, ujian pasca dan
pemerhatian berstruktur. Hasil analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan tahap pencapaian (gred) iaitu daripada C (52.3%) pada ujian pra
kepada A (86.15%) pada ujian pasca. Seterusnya, kaedah nyanyian juga berupaya
mengurangkan kesalahan ejaan esofagus dengan peningkatan daripada 40%
kepada 80% peserta kajian yang dapat mengeja esofagus dengan betul. Manakala
bagi analisis pemerhatian berstruktur mendapati kaedah nyanyian berupaya
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan dengan
pencapaian 100% dalam senarai semak bagi tema minat dan penglibatan semasa
sesi PdP dijalankan. Justeru itu, kaedah nyanyian berjaya meningkatkan ingatan
murid tahun 3 bagi tajuk proses pencernaan serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.
Kata kunci: Kaedah, nyanyian, meningkatkan, ingatan
282
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pencapaian Malaysia dalam ujian antarabangsa Programme for International
Students Assessment (PISA) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang
lebih rendah berbanding Negara jiran seperti Vietnam dan Thailand. Tambahan
lagi, negara juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja dan graduan
universiti dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
menjelang tahun 2022. Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah
negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara
tersebut. Sains adalah salah satu mata pelajaran yang diajar sejak di bangku
sekolah rendah.
Lantaran itu, terdapat perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut
dan menggesa para guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting
dalam perubahan ialah kreativiti (Yahaya Buntat, 2014). Guru boleh memasukkan
unsur kreativiti dalam corak pelaksanaan pengajaran, cara penyoalan, komunikasi
dan sebagainya. Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji memilih teknik nyanyian
sebagai elemen yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
sains. Hal ini adalah kerana pengkaji menyedari hakikat bahawa kanak-kanak amat
menggemari muzik dan secara tidak langsung mencipta daya kreativiti minda
mereka. Teknik nyanyian dipilih kerana sifatnya yang mesra kanak-kanak dan dapat
menarik perhatian mereka. Walaubagaimanapun, menurut Rini Lestari (2012),
aktiviti nyanyian perlu dilakukan dengan gaya bahasa yang mampu dihafal melalui
lirik yang pendek dan sesuai dengan perkembangan murid.
1.2 KONTEKS
Pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tambalang, Tuaran dan diberi
tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 3 Monsopiad. Hasil
pemerhatian dan perbincangan dengan guru pembimbing, pengkaji mendapati
bahawa kelas 3 Monsopiad (3M) bukanlah kelas beraliran. Oleh itu, murid-murid
kelas ini terdiri daripada murid cemerlang, sederhana dan lemah. Terdapat juga
murid-murid yang kurang mahir membaca dan menulis. Apabila pengkaji meneliti
pencapaian akademik murid dalam subjek Sains berdasarkan rekod pentaksiran
bilik darjah, pengkaji mendapati bahawa terdapat 8 orang murid mendapat band
dua, 15 orang murid mendapat tiga dan 5 orang murid mendapat band empat dan 2
orang mendapat band lima. Hal ini menunjukkan bahawa seramai 23 orang murid
berada di tahap lemah (band 2) ke sederhana (band 3). Seterusnya, dari segi
respons dalam soal jawab, guru pembimbing memberitahu bahawa rata-rata murid
bersifat pasif dan kurang memberi perhatian ketika sesi PdP dijalankan. Tambahan,
beliau mencadangkan pengkaji untuk menggunakan kaedah pengajaran
berpusatkan guru berbanding berpusatkan murid seperti eksperimen, projek dan
sebagainya.
1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mengimbas kembali pengalaman melaksanakan praktikum fasa pertama di SK
Tambalang dimana pada minggu kelima, sekolah dapat dijalankan secara
bersemuka setelah empat minggu menjalankan PdP secara dalam talian. Pada
minggu tersebut, pengkaji mengajar tajuk ‘Kelas Makanan’ dimana objektif PdP
ialah murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya dua contoh makanan bagi
setiap kelas makanan. Pada permulaan sesi PdP, murid kelihatan begitu
bersemangat untuk belajar dan memberikan respons dengan sangat baik. Namun,
283
setelah masuk minit ke-20 PdP iaitu sesi penerangan, pengkaji dapat melihat hanya
sebahagian murid sahaja yang menumpukan perhatian dan memberikan respons
ketika sesi soal jawab. Apabila pengkaji mengajukan soalan adakah mereka faham
atau tidak apa yang diajar, sebahagian kecil menjawab “Faham cikgu” manakala
sebahagian besar tidak menjawab soalan tersebut. Pengkaji juga mendapati
beberapa orang murid mula menguap menandakan mereka sedang kebosanan dan
mengantuk. Akhir sekali, semasa fasa penilaian, pengkaji melihat sebahagian besar
murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalan pada lembaran
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Situasi tersebut mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif
yang boleh diimplementasikan bagi mengatasi masalah ini. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji, antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid 3M ialah
kegagalan untuk menghafal fakta sains dan suasana pembelajaran yang kurang
menarik serta membosankan. Justeru itu, melalui refleksi kendiri ini, maka
tercetuslah idea untuk menggunakan kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah
yang dinyatakan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggubal sebuah lagu
bertajuk “Proses Pencernaan” dengan memasukkan maksud serta urutan aliran
proses pencernaan dan menekankan ejaan esofagus yang betul ke dalam lirik lagu
tersebut.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini berfokus dalam meningkatkan ingatan murid berkaitan fakta
yang terdapat dalam tajuk proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
Tujuan memilih tajuk proses pencernaan kerana pengkaji mendapati murid sukar
untuk mengingat maksud proses pencernaan yang panjang dan urutan aliran
beberapa organ yang terlibat semasa proses pencernaan berlaku. Selain itu,
pengkaji juga telah mengenalpasti beberapa orang murid membuat kesalahan pada
ejaan esofagus iaitu salah satu organ yang terlibat dalam proses pencernaan. Hal
ini kerana sebutan perkataan esofagus tidak sama dengan ejaannya. Sebagai
contoh, sebutan esofagus ialah é.so.fey.ges dan ini telah mengakibatkan kekeliruan
kepada sesetengah murid terutamanya mereka yang masih tidak mahir membaca,
mengeja dan menulis.Bertitiktolak kepada isu suasana pembelajaran yang pasif
dan membosankan, maka pengkaji bertekad untuk menggunakan kaedah nyanyian
sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan.
Sekiranya murid berasa seronok ketika menjalani PdP, apa yang dipelajari akan
lebih mudah diingati dalam jangka masa yang panjang (Ab. Fatah, 1990).
Seterusnya, dari segi kebolehgunaan kaedah nyanyian ini dalam PdP,
pengkaji menitikberatkan kesesuaian kaedah ini untuk diaplikasikan dalam bidang
tugas guru. Menurut Rini Lestari (2012), gaya dan gerakan yang dimasukkan ke
dalam nyanyian mengelakkan murid daripada bersikap pasif. Walaubagaimanapun,
pengkaji juga menyedari bahawa terdapat kesukaran untuk para guru dalam
membina sebuah lagu dan tempoh pembinaannya juga bukan mengambil masa
yang singkat melainkan guru tersebut mempunyai bakat dalam bidang muzik.
Justeru itu, pengkaji mencadangkan bahawa kaedah ini hanya digunakan untuk
topik-topik sains yang sukar untuk dikuasai oleh murid seperti topik pencernaan,
kitaran air, proses perkumuhan dan lain-lain.
284
Selain itu, kaedah nyanyian juga dapat merangsang kolaborasi antara
rakan guru. Perkara ini dapat dilihat melalui proses brainstorming pengkaji bersama
guru pembimbing ketika menghasilkan lirik lagu yang menepati fakta dan dalam
masa yang sama, disesuaikan dengan melodi lagu tersebut. Menurut kajian Shiue
Hsu, Sheng dan Lan (2019), kebanyakan buku teks tidak menitikberatkan elemen
muzik dalam PdP dan fakta sains diekspresikan secara naratif melalui teks dan
gambar dua dimensi sahaja. Perkara ini sedikit sebanyak menyukarkan murid
mempelajari bahagian kompleks yang tidak dapat dilihat seperti struktur dan sistem
tubuh.
Akhir sekali, kaedah nyanyian ini juga diyakini kerelevanannya kepada
pihak sekolah seiring dengan tuntutan kepada penambahbaikan kaedah
pengajaran dalam bidang pendidikan bagi menaikkan pencapaian akademik sains
di Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan ingatan murid tahun 3 bagi tajuk proses pencernaan menggunakan
kaedah nyanyian.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS:
i. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mengingat maksud serta
urutan aliran proses pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
ii. Mengurangkan kesalahan ejaan esofagus dalam urutan aliran proses
pencernaan menggunakan kaedah nyanyian.
iii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan dengan
penggunaan kaedah nyanyian.
3.3 PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah tahap pencapaian murid dalam mengingat maksud serta urutan
aliran proses pencernaan meningkat apabila menggunakan kaedah
nyanyian?
ii. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat mengurangkan kesalahan
ejaan esofagus dalam urutan aliran proses pencernaan?
iii. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan?
PESERTA KAJIAN
Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada lima orang murid kelas 3 Monsopiad di
Sekolah Kebangsaan Tambalang, Tuaran. Jadual 1 menunjukkan maklumat lanjut
mengenai kumpulan sasaran.
Jadual 6: Maklumat peserta kajian
KOD JANTINA BANGSA PRESTASI CIRI-CIRI UNIK
AKADEMIK Pelajar pasif
R1 Perempuan Dusun C Kurang mahir membaca
dan mengeja
R2 Lelaki Melayu D
Pelajar pintar
R3 Lelaki Melayu B
R4 Perempuan Bajau B
R5 Lelaki Suluk A
285
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 PERANCANGAN KAJIAN
Pengkaji mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam
sesi PdP dengan melakukan pengumpulan awal data. Data ini berbentuk
pemerhatian dan analisis dokumen. Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji
mendapati sebahagian besar murid tahun 3M iaitu kesukaran mengingati fakta
sains.
a. Tinjauan Masalah
i Analisis Dokumen
Pengkaji mengedarkan lembaran kerja tajuk kelas makanan ketika fasa penilaian
untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang telah
dipelajari.
ii Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi PdP dijalankan terutamanya dari segi
respons murid terhadap soalan guru dan tingkah laku yang ditunjukkan.
Pemerhatian dicatatkan secara tidak berstruktur.
b. Analisis Tinjauan Masalah
i Analisis Dokumen
Jadual 3: Analisis keputusan lembaran kerja murid
Kelulusan Markah (%) Bilangan murid
Gagal 7
0 - 20 11
Lulus 21 - 40 8
41 – 60 2
61 – 80 2
81 - 100
Berdasarkan analisis di atas, 60% daripada keseluruhan murid tidak berjaya
melepasi peratusan lulus (40% ke atas). Pengkaji juga mula mengenalpasti titik
kelemahan apabila ramai murid tidak berjaya menjawab lebih separuh daripada
keseluruhan soalan. Hal ini membuktikan bahawa ramai murid masih tidak boleh
menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat
fakta Sains, Maka pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu
murid mengingat fakta sekaligus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam
subjek Sains.
ii Pemerhatian tidak berstruktur (Catatan bebas)
Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas, pengkaji mendapati murid-
murid 3M mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka agak sukar untuk
menghafal fakta-fakta Sains. Pada permulaan waktu PdP, mereka kelihatan amat
bersemangat dan memberi tumpuan dengan baik. Namun apabila masuk
pertengahan sehingga akhir waktu PdP, pengkaji mula menyedari beberapa orang
murid kelihatan tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran. Berikut merupakan
catatan bebas terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi PdP berlangsung.
Jadual 7: Catatan bebas berdasarkan pemerhatian
Tarikh: 15 April 2021 Masa: 8.30 – 9.30 pagi
286
Peristiwa Catatan
Guru masuk kelas. Murid-murid bangun Murid menunjukkan tingkah laku yang
dan mengucapkan salam. Murid duduk baik.
dan mengeluarkan buku sains.
Guru bertanya apa yang telah mereka Murid berfikir dan kelihatan tidak yakin
pelajari pada kelas sebelum ini. Murid- dengan jawapannya.
murid kelihatan sedang berfikir untuk
beberapa ketika. Guru memanggil
seorang murid untuk memberikan
jawapan. Murid tersebut kelihatan ragu-
ragu untuk memberikan jawapan.
Guru meminta mana-mana murid untuk Murid bersemangat dan memberi
sukarela menjawab soalan guru. respons dengan baik.
Ramai murid mengangkat tangan untuk Terdapat murid yang langsung tidak
memberikan jawapan mereka. Terdapat ingat apa yang dipelajari namun ada
beberapa orang murid yang menjawab juga murid yang boleh mengingat fakta
dengan salah dan ada juga yang setelah diberi petunjuk/klu.
hampir tepat.
Guru meneruskan PdP seperti yang Murid masih bersemangat untuk
dirancang. Murid-murid kelihatan meneruskan pembelajaran.
berminat. Guru memberi penerangan
dengan terperinci. Guru menguji
pemahaman murid dengan melakukan
soal jawab. Ramai murid berjaya
menjawab dengan betul dan
menunjukkan tingkah laku yang baik.
Tiba di pertengahan sesi PdP, Murid sudah mula kebosanan dan
sebahagian murid menunjukkan reaksi sebahagian murid boleh mengingat
kebosanan dan ada juga yang mula fakta yang baru dipelajari.
menguap. Guru melakukan soal jawab
ringkas untuk menarik perhatian murid-
murid. Sebahagian murid dapat
menjawab soalan yang diberikan.
Selesai mengajar, guru mengedarkan 4 orang murid masih tidak mahir
lembaran kerja. Guru memantau murid membaca dan mengeja.
yang sedang menjawab latihan yang
diberikan. Guru memerhatikan 4 orang
murid yang langsung tidak mengisi
sebarang jawapan. Guru bertanya jika
mereka mempunyai sebarang masalah.
Murid-murid tersebut menjawab mereka
tidak pandai membaca dan mengeja.
287
Guru bergerak ke meja murid yang lain Sebahagian murid tidak boleh
dan mendapati sebahagian orang murid mengingat fakta yang telah lama diajar.
tidak dapat melengkapkan lembaran
kerja. Apabila ditanya, kebanyakan
mereka menjawab tidak ingat dan tidak
tahu.
Masa tamat. Guru menyuruh murid
menyiapkan lembaran kerja di rumah
dan perlu menghantar pada sesi PdP
seterusnya.
PELAKSANAAN KAJIAN
Langkah-langkah tindakan
Model penyelidikan tindakan ini berteraskan kepada Model Kajian Tindakan Kurt
Lewin (1946) yang menyarankan empat langkah kajian iaitu mereflek (Reflect),
merancang (Plan), bertindak (Action) dan memerhati (Observe). Jadual 3
menunjukkan prosedur penyelidikan tindakan.
Jadual 8: Prosedur Penyelidikan Tindakan
LANGKAH MODEL PROSEDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN
Mereflek
Merancang Penyelidikan ini bermula dengan sesi refleksi bagi mengenalpasti
Bertindak masalah yang dihadapi oleh murid. Perincian langkah ini telah
dijelaskan di bahagian refleksi PdP.
Pengkaji merancang prosedur tindakan supaya lebih sistematik.
Berikut merupakan aspek yang dirancang.
• Kerangka kajian
Menetapkan objektif dan soalan kajian, kepentingan kajian,
membuat sorotan literatur, menentukan kumpulan sasaran
kajian, alat-alat kajian yang digunakan dan merancang tindakan.
• Penyediaan intervensi
Pengkaji menambahbaik lirik lagu proses pencernaan yang
terdapat dalam buku teks dan membuat rakaman lagu. Pengkaji
juga menyediakan video animasi yang menunjukkan aliran
makanan semasa proses pencernaan berlaku untuk memberi
gambaran yang lebih jelas.
Pengkaji menjalankan rancangan yang dibina semasa langkah
merancang. Bagi langkah ini, pengkaji menjalankan kajian seperti
dalam jadual dibawah.
MINGGU PELAKSANAAN
Minggu 1 Ujian Pra
Minggu 2 Sesi PdP 1
Minggu 3 Sesi PdP 2
Minggu 4
Minggu 5 Ujian Pasca
288
Memerhati Seterusnya, berikut merupakan aktiviti yang dijalankan semasa sesi
PdP dilaksanakan.
i Pengkaji menunjukkan gambar organ yang terlibat dalam
proses pencernaan melalui buku teks sains tahun 3.
ii Pengkaji memerihalkan maksud proses pencernaan dan
menerangkan urutan aliran makanan semasa proses
tersebut berlaku.
iii Pengkaji memerihalkan maksud proses pencernaan dan
menerangkan urutan aliran makanan semasa proses
tersebut berlaku.
iv Peserta kajian menyanyikan lagu tersebut dengan iringan
video animasi.
v Nyanyian diulangi beberapa kali.
vi Peserta kajian menyalin lirik lagu di dalam buku tulis
vii Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi PdP
Pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap murid semasa murid
membuat aktiviti. Pengkaji membuat soal jawab dengan murid untuk
memastikan mereka dapat mengaitkan isi pelajaran dengan kaedah
nyanyian yang digunakan.
Pada langkah ini juga, pengkaji merekod dan menganalisis segala
data yang diperolehi. Pengkaji juga melakukan pemantauan yang
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang
telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
METODOLOGI
a. Kaedah Mengumpul Data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah ujian penilaian (ujian pra dan
pasca) serta pemerhatian berstruktur berbentuk senarai semak. Kaedah
pengumpulan data adalah selaras dengan objektif dan persoalan kajian. Ujian
penilaian diambil bagi menjawab persoalan dan melihat pencapaian objektif
pertama dan kedua. Manakala, pemerhatian berstruktur diambil bagi menjawab
persoalan dan melihat pencapaian objektif ketiga.
b. Kaedah Menganalisis Data
Jadual 4 menunjukkan objektif kajian yang dipungut datanya berdasarkan
instrumen yang telah ditetapkan sekaligus menerangkan cara data dianalisis
menggunakan setiap instrumen dalam kajian.
Jadual 9: Metodologi kajian
OBJEKTIF KAJIAN METODOLOGI
1. Meningkatkan tahap pencapaian murid Instrumen: Ujian pra dan ujian pasca
dalam mengingat maksud serta urutan aliran • Perbandingan perubahan markah pada
proses pencernaan menggunakan kaedah
nyanyian. ujian pra dan pasca dianalisis secara
deskriptif dengan mengira peratus, min
dan sisihan piawai.
• Penganalisaan tahap pencapaian
melalui perbandingan nilai min ujian pra
dan pasca yang dipaparkan dalam
bentuk jadual.
289