The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2020-11-29 22:56:29

BUKU TRANSFORMASI MEMACU KEMENJADIAN MURID: KOMPILASI AMALAN TRANSFORMASI SEKOLAH KOHORT 1, 2 & 3 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) NEGERI PERAK TAHUN 2020

COVER-merged

transformasi

KOMPILASI AMALAN TRANSFORMASI
SEKOLAH KOHORT 1, 2 & 3

DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI
SEKOLAH 2025 (TS25)

NEGERI PERAK TAHUN 2020

Terbitan Oktober 2020 (Cetakan Pertama)

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun kecuali setelah mendapat
kebenaran bertulis dari Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak. Begitu juga ilustrasi kulit luar adalah hasil kreatif ilustrator semata-
mata. – Penerbit.

Diterbitkan oleh:
Unit Sekolah Jenis Khas,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
30640, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05 – 501 5000
Faks: 05 – 527 7273

Dicetak oleh:

Zone Nur Firdaus
B45, Pasar Besar Ipoh,
Jalan Dato Onn Jaafar,
30300 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, PCM.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Azmi bin Dahali
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

Sabarina binti Jamaluddin
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah

Zakidah binti Abdullah
Penolong Pengarah @ Penyelaras TS25 Negeri,
Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah

Dr.Thiyagarajan a/l R.Annamalai (SIP+)
Dr.Devan a/l Rajaram (SIP+)

Dr.Abd.Hamid bin Abu Bakar (SIP+)
Mahani binti Mohamed Noordin (SIP+)

Salina binti Musa (SISC+)
Anis Oweeda binti Ismail (SISC+)
Yang Rodziah binti Mohamed Yaacob (SISC+)
Bainah binti Ab.Dolah (Pengetua)

Ismail bin Ebrahim (Pengetua)
Zamri bin Abdul Rani (Guru Besar)
Roslina binti Abdul Rani (Guru Besar)
Zubaidah binti Harun (Guru Besar)
Farahdilla binti Abu Seman (Guru Besar)
Rozaida binti Abdul Wahab (Guru Akademik)
Cikgu Mohd Saad bin Hashim (Mantan Pengetua)

Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal (PK Pentadbiran)
Mohammad Sha’ari bin Khalid (Guru Akademik)

Heder bin Hamzah (Penyelaras TS25 Negeri)
Yusmahnizam bin Yusof (Pegawai Meja TS25 Daerah)

SEKAPUR SIRIH i
ii
Dari Meja Pengarah Pendidikan Negeri Perak iii
Dari Meja Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah MUKA
Dari Meja Ketua Penyunting SURAT

BIL KANDUNGAN 1

A NUKILAN HARAPAN TS25 4

Memartabat Kecemerlangan Institusi Pendidikan 6
1 Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali
9
Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Mendepani Tranformasi: Realiti Dan Cabaran
2 Dr.Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam

Timbalan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru

Perspektif Perancangan Senario Program Transformasi

3 Sekolah 2025
Dr.Yahaya bin Osman

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Program TS25 dan Pandemik Covid-19

4 Hajah Hilmun binti Baharudin
Ketua Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

B PEMIMPIN BERKESAN

1 Coretan Perjalanan TS25 13
Bainah binti Ab.Dolah 15
17
2 TS25: Pencetus Transformasi Diri dan Organisasi 24
Nor Faizah binti Mat Noor 34
41
3 3C PLUS TP 50
SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak
57
4 One for All & All for One
SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak

5 ADIPATI Unggul Berkarisma
SK Bidor, Perak

6 Apa Kata Anda…?
SK Batu Sepuluh, Lekir, Perak

7 One Team One Vision
SJK(T) Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak

Membangunkan Kapasiti Profesionalisme Guru Melalui CPD dan
8 PLC Berjadual

SK Taiping, Perak

9 Kaedah C.A.R.E. 65
SK Kampung Kenang, Sungai Siput (U), Perak 72

10 Awan Nano 80
SK Pakatan Jaya, Ipoh, Perak 90
96
C KUALITI GURU 106
113
11 Pembelajaran PAK21 Ke Arah Peningkatan Kualiti Guru 119
SMK Pengkalan Hulu, Perak 127
134
12 Sistem OFF-EX SJKTTR 143
SJK(T) Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak
153
13 Blackhawks Jump Shoot 163
SK Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak 172
179
14 Inspire to Aspire 184
SJK(C) Hua Lian 3, Taiping, Perak 193

15 Saya Guru Cilik
SK Kati, Kuala Kangsar, Perak

16 Saya Buat, Saya Faham dan Ingat
SK Bota Kanan, Perak

Keberkesanan Kaedah Peneguhan Positif Bagi Meningkatkan
17 Kualiti Guru

SJK(T) Tapah, Perak

18 EMPING
SK Changkat Jong, Teluk Intan Perak

STEM Dihatiku: Kesannya Terhadap Pengupayaan Guru-Guru
19 Dalam Membudayakan STEM Di Sekolah

SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak

D PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

20 DiBuang Sayang
SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak

Pengajaran Dan Pembelajaran: Karangan Bahasa Melayu Sijil
21 Pelajaran Malaysia (SPM)

SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak

22 Kaedah Koperatif Rhombus
SJK(T) Tapah, Perak

23 Program Q-EMathS
SK Keroh, Pengkalan Hulu, Perak

24 MUC!... Mottainai! Amalan Hijau Kan Boleh
SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak

25 GBL (Game-Based Learning)
SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak

26 Anak Pintar Tampil Unggul 205
SJK(T) Tapah, Perak 211
220
27 3V: Vast Vocab Venture 229
SMK Malim Nawar, Perak 236
247
28 “Love Algebra” Dalam Pembelajaran Matematik 254
SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak 261
267
29 Amalan Transformasi Komunikasi Berkesan
SK Taiping, Perak 276
284
30 OPS Mantap
SJK(C) Min Sin, Ipoh, Perak

31 Pat Pat Siku Lipat
SJK(T) Ladang Sungai Wangi II, Sitiawan, Perak

32 Shh...Jom ProPA
SJK(C) Sin Hwa, Parit Buntar, Perak

33 Giovane SKB
SK Bidor, Perak

34 Putra Miracle Voice
SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak

E SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI

35 Synergy Athlete STC
SJK(T) St. Theresa’s Convent, Taiping, Perak

36 Keranamu Unggas
SMK Bandar Baru Putra, Ipoh Perak

SEKALUNG BUDI

Sekapur Sirih

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin dan inayah-Nya buku
kompilasi idea-idea warga pendidik yang berjudul Transformasi Memacu Kemenjadian
Murid: Kompilasi Amalan Transformasi Sekolah Kohort 1, 2 dan 3 di bawah Program

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Negeri Perak Tahun 2020 dapat
diterbitkan dengan jayanya. Pada
kesempatan ini, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam
menghasilkan karya penulisan
amalan terbaik ini.

Berkat kesungguhan Pasukan
Pemikir TS25, terhasil sebuah titipan
karya yang dihasilkan oleh warga
pendidik yang terdiri daripada
barisan kepimpinan pengurusan atasan di peringkat negeri dan sekolah yang terlibat dalam
pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1, 2 dan 3 di Perak.

Dengan adanya inisiatif ini, kita telah menyediakan satu wadah kepada warga pendidik untuk
meneroka dan mencetuskan idea-idea transformasi bagi mencapai hasrat TS25 iaitu untuk
merealisasikan elemen ‘Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti’.

Di samping itu, kompilasi amalan terbaik yang diterbitkan ini selari dengan matlamat
strategik Kluster 4: Inovasi dan Penyelidikan dalam Pelan Perancangan Strategik Negeri
Perak 2020 – 2024 iaitu ‘meningkatkan pelibatan warga pendidikan dalam penyelidikan,
penulisan, inovasi dan perkongsian amalan terbaik’. Langkah ini sejajar dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Penghasilan penulisan daripada sekolah-sekolah TS25 ini merupakan manifestasi
kesungguhan dalam kalangan kepimpinan TS25 di peringkat sekolah. Akhir kalam, saya
mohon semua pendidik dapat memanfaatkan buku ini sepenuhnya. Banyak inisiatif yang
telah ditampilkan boleh dijadikan panduan dalam menggerakkan transformasi sekolah.

DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI, PCM.
Pengarah Pendidikan Perak
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

i

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berjaya menerbitkan
buku Transformasi Memacu Kemenjadian Murid: Kompilasi Amalan Transformasi
Sekolah Kohort 1, 2 dan 3 di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Negeri
Perak Tahun 2020 ini dengan menghimpunkan amalan terbaik sekolah-sekolah.

Seperti yang kita sedia maklum, Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
usaha meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Melalui Program
TS25 adalah diharapkan sekolah yang
terlibat berupaya mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan
dan kepimpinan serta pedagogi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Diharapkan agar kompilasi ini menjadi panduan kepada semua sekolah TS25 terutama
di negeri Perak agar dapat meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid selaras
dengan objektif Program TS25 iaitu dapat mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik,
membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan, dan membangunkan
persekitaran pembelajaran yang bermakna dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Saya sangat berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
dengan penghasilan kompilasi ini. Semoga usaha murni dan inisiatif terpuji Pasukan Pemikir
TS25 ini akan beroleh ganjaran setimpal.

AZMI BIN DAHALI
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Perak

ii

Segala pujian dan syukur yang tiada terhingga diucapkan ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat-Nya buku
Transformasi Memacu Kemenjadian Murid: Kompilasi Amalan
Transformasi Sekolah Kohort 1, 2 dan 3 di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Negeri Perak Tahun 2020
dapat dihasilkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan penuh ikhlas dan ucapan
terima kasih yang tiada terhingga kepada Yang Berbahagia Dr.
Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, Pengarah Pendidikan Negeri
Perak, Encik Azmi bin Dahali, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah
dan Puan Sabarina binti Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Jenis
Khas, atas nasihat dan semangat yang diberikan serta tidak jemu mendokong usaha murni
menerbitkan kompilasi ini.

Tujuan kompilasi ini dihasilkan untuk perkongsian amalan terbaik sekolah-sekolah di
bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang telah melaksanakan perubahan
dalam fasa lestari selama tiga tahun bermula 2015 – 2018 iaitu Kohort 1, 2 dan 3 di negeri
Perak. Hasil perkongsian ini diharap menjadi bahan rujukan kepada sekolah-sekolah lain bagi
mencapai kelestarian guru berkualiti dan kemenjadian murid selaras dengan agenda TS25
serta PPPM 2013-2025.

Akhir kata, dititipkan penghargaan kepada semua penulis serta pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjadikan penerbitan buku ini satu
realiti. Tahniah tuan-tuan dan puan-puan.

Zakidah binti Haji Abdullah
Ketua Penyunting

iii

Nukilan
Harapan TS25

MEMARTABAT KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, PCM.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Apa-apa juga perubahan yang dirancang
dalam sistem pendidikan negara, penggerak
utamanya ialah warga dalam institusi
pendidikan itu sendiri. Walau secantik
manapun satu-satu dasar itu direncanakan,
namun jika elemen pelaksanaan tidak
ditangani dengan jelas, dasar dan program
berkaitan pasti terkubur akhirnya. Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
mempunyai dua matlamat iaitu untuk
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti tinggi. Matlamat ini perlu dicapai dan dilaksanakan oleh tiga penggerak utama iaitu
pemimpin sekolah, guru dan dibantu oleh PIBG dan komuniti.

KPM telah menetapkan amalan PdPc terbaik, kepakaran guru, keberkesanan
pemimpin sekolah, persekitaran pembelajaran kondusif serta mengukuhkan penglibatan ibu
bapa dan komuniti sebagai penggerak utama kejayaan program TS25. Apakah semua
sekolah yang telah, sedang dan akan terlibat dalam program TS25 bersedia untuk menerajui
perubahan bagi melaksanakan transformasi di sekolah masing-masing?

Bass (1990) mentakrif kepemimpinan sebagai faktor yang paling kritikal dalam
menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Kesan kepemimpinan adalah secara tidak
langsung, pemimpin menterjemahkan makna kepemimpinan dan mampu mewujudkan impak
terhadap organisasi. Kepemimpinan sekolah merupakan satu tanggungjawab profesional
yang melibatkan proses PdPc yang berterusan. Selaku pemimpin pada peringkat sekolah ia
perlu terus belajar, mengajar dan memimpin. Tanpa kemahiran ini, mereka hanya
bersandarkan kuasa hirarki yang diperolehnya tanpa mampu memimpin ahli organisasinya.
Hart dan Bredeson (1996) melihat kepemimpinan sebagai pengaruh resiprokal, interaksi dan
hubungan antara bakat, ilmu dan profesional yang dedikasi dan dalam masa yang sama, perlu
mendapat kesahan daripada guru terhadap mereka. Pengaruh resiprokal bermaksud guru
menerima pemimpin sekolah selaku pihak yang berautoriti untuk bertindak bagi pihak sekolah.
Kepemimpinan sekolah memerlukan lebih daripada kemahiran dan tugas biasa kerana
bukanlah guru atau pejabat pendidikan daerah, jabatan atau pihak dari pusat yang
menyebabkan sesebuah sekolah itu berubah tetapi orang yang berada di pejabat pemimpin
sekolah itu. Pemimpin sekolah perlu merangka program yang menyeluruh kerana murid
datang daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai pengalaman pembelajaran dan
keperluan yang berbeza-beza.

Ramsey (1992) menonjolkan peranan baru pemimpin sekolah iaitu (i) pemimpin
pengajaran, (ii) perangsang semangat, (iii) juara kecemerlangan, (iv) ”servant leader”, (v)

jurulatih, (vi) perancang strategik, dan (vii) “prioritizer”. Ringkasnya, pemimpin sekolah
mempunyai peranan dan tugas yang kompleks iaitu selaku pengurus dan pemimpin sekali
gus. Tugas kepemimpinan memerlukan kemahiran kerana ia terlibat dengan orang lain
seperti guru, murid dan komuniti. Peranan inilah yang sebenarnya lebih mencabar kerana
kejayaan dan kegagalan sekolah itu merujuk kepada pemimpin organisasi itu. Fullan (2016)
menyatakan tugas utama pemimpin sekolah adalah untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan organisasinya ke arah mewujudkan budaya bersama, mengekalkan
perhubungan organisasi yang produktif antara satu sama lain dan memastikan setiap individu
berasa bertanggungjawab ke atas sumbangan mereka bagi mencapai keputusan secara
kolektif.

Perkara inilah sebenarnya spirit yang perlu ada kepada pemimpin sekolah apabila
menerajui sesebuah sekolah sama ada yang termasuk dalam program TS25 atau belum lagi
terlibat. Mereka perlu sentiasa membentuk satu pasukan yang hebat dalam kalangan guru
serta komuniti bagi menjulang organsisasi sekolah tersebut. Walau sehebat manapun
pemimpin sekolah itu, peranan dan dokongan dalam kalangan guru adalah sangat kritikal
kerana merekalah yang menterjemahkan kerja buat yang dirancang. Malah lebih cantik lagi
jika ibu bapa dan komuniti turut bersama-sama menyokong usaha memajukan sekolah sama
ada dalam bentuk kewangan, kepakaran, masa dan tenaga mereka. Usaha pemimpin sekolah
membina rangkaian hubungan bolehlah dianggap sebagai langkah meneroka amalan terbaik
yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah.

Jelasnya, kepimpinan sekolah sangat terkait dengan kemenjadian murid dan inilah
antara tunggak dalam mentransformasi sekolah melalui program TS25. Begitu juga dengan
guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi. Laporan McKinsey (2007) menyimpulkan:

“The quality of an education system cannot exceed the quality of the teachers. The
only way to improve outcomes is to improve instruction. Achieving universally high outcomes
is only possible by putting in place mechanisms to ensure that schools deliver high-quality
instruction to every child”.

McKinsey (2001)

Friedman dan Mandelbaum (2011) menyatakan no teacher is an island. Yang
dimaksudkan adalah bagi memastikan guru itu efektif, sokongan dari luar amat diperlukan.
Mereka menyenaraikan komuniti, ahli politik, kejiranan, ibu bapa, ahli perniagaan dan murid
itu sendiri mesti mempunyai connection jika kejayaan yang ingin kita lihat dalam sistem
persekolahan. Semua pihak ini bertanggungjawab kerana;

“we want kids to think critically, to read, to create, but not simply because those things
will get those jobs and money but because a society made up of such people will be a better
society. People will make more informed decisions, invent things that help the world rather
than harm it, and at least some of the time, put the interests of others ahead of self-interest”.

Friedman & Mandelbaum (2011)

Demikian matlamat akhir yang ingin kita capai dalam TS25 ini iaitu Education should
focus on the whole person – should aim to produce better citizens. Di tangan kita semua
dalam memastikan kejayaan program TS25 ini.

Bibliografi

Bass,B.M. (1990) Organizational Dynamic: From transactional to transformation leadership:
Learning to share vision. Vol:18, P.19-31

Friedman, T. L., & Mandelbaum, M. (2011). That Used to Be Us: How America Fell Behind in
the World it Invented and How We Can Come Back. New York, NY: Farrar, Straus, and
Giroux

Fullan, M. (2016) The elusive nature of whole system improvement in education. J Educ
Change 17, 539–544. https://doi.org/10.1007/s10833-016-9289-1

Hart, A. W. & Bredeson, P. (1996). The Principalship: A Theory of Professional Learning and
Practice. New York: McGraw-Hill, Inc.

McKinsey and Company., & McKinsey and Company. (2007). The McKinsey Quarterly. New
York: McKinsey & Co.

Ramsey (1992). Environmental Education in the K-12 Curriculum: Finding a niche.
Journal of Environmental Education. Vol 23, N2, P 35-45

MENDEPANI TRANFORMASI: REALITI DAN CABARAN

Dr.Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam
Timbalan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru

Dunia dikejutkan dengan naratif pandemik COVID-19 yang
memberikan kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada
ekonomi global, malah turut terkesan kepada dunia pendidikan.
Akses kepada pembelajaran dan pembelajaran digital menjadi
fokus baharu yang perlu disediakan bagi kelangsungan
pembelajaran agar tidak terkesan dengan situasi yang tidak
menentu pada masa kini. Walau bagaimanapun, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) terus memberikan fokus kepada
kemenjadian murid dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
Kesediaan guru dalam menerima perubahan realiti baharu
yang perlu dihadapi adalah sangat penting terutamanya bagi memastikan sesi pembelajaran
terus berjalan dengan prosedur baharu yang perlu dipatuhi.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dibangunkan oleh KPM bermula pada
tahun 2015 dengan memberikan fokus kepada kemenjadian murid. KPM sedar bahawa
cabaran yang lebih besar adalah untuk menyediakan murid berhadapan dengan dunia
sebenar dalam abad ke-21 sejajar dengan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu menghasilkan murid yang lebih responsif pada peringkat global dan lokal.

Program TS25 merupakan program strategik KPM yang komprehensif yang
menyediakan latihan dan bimbingan serta sokongan berterusan kepada pemimpin dan guru
dalam menerajui perubahan yang terancang dan berstruktur. Hal ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk menghasilkan sekolah berkualiti
dengan memfokuskan kepada pemimpin berprestasi tinggi dan guru berkualiti menjadi
tonggak utama kepada transformasi yang dihasratkan.

Selain itu, pembelajaran abad ke-21 merupakan salah satu daripada elemen utama
dalam Program TS25 untuk mengubah trek sekolah kepada perkembangan semasa.
Kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan ini amat penting dalam mengubah
mindset kepada pembelajaran yang aktif dan bermakna. Justeru pemimpin sekolah diberi
autonomi untuk membuat transformasi mengikut keperluan sekolah berdasarkan data driven
decision making.

Ironinya, guru berkualiti merupakan kunci utama ke arah transformasi pembelajaran.
Medium utama yang digunakan dalam Program TS25 dalam membugarkan guru adalah
melalui Professional Learning Community (PLC), iaitu guru secara profesional berkolaboratif
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Guru perlu
berkolaboratif untuk mengubah dan mengenal pasti isu-isu pembelajaran dalam bilik darjah.

Justeru PLC merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk mendekati perubahan
dan sentiasa berfokus untuk membangunkan potensi murid melalui pembelajaran bermakna.

Selain peranan guru dalam pembelajaran, sokongan padu daripada ibu bapa antara
salah satu fokus utama Program TS25. Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam
memastikan kesediaan pembelajaran murid. Tanggungjawab bersama ini memerlukan
sokongan yang padu walaupun ia bukan sesuatu yang mudah, penglibatan ibu bapa dan
komuniti memberikan kredit yang cukup tinggi kepada kejayaan dan kecemerlangan murid
secara langsung.

Dalam menerajui perubahan, pendidikan perlu memastikan potensi murid dapat
dibangunkan secara holistik dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Project Based
Learning (PBL) antara pendekatan dalam Program TS25 untuk memberikan peluang kepada
murid mencari penemuan baharu, meneroka ilmu dan menjadi platform untuk membangunkan
bakat serta mengetengahkan potensi murid. Hal ini turut disokong oleh O’ Brien (2020), Bhagi
(2017) dan Larmer (2020) yang bersetuju bahawa PBL dapat mendedahkan murid kepada
ilmu kehidupan dan membuka ruang untuk mereka meneroka ilmu dengan lebih mendalam.

Hatta seiring mendepani perubahan, hala tuju Program TS25 juga akan membuka lebih
banyak ruang kepada pemimpin dan guru untuk meneroka ilmu dan menjadikan TS25 sebagai
jambatan untuk membuka ruang pembelajaran berasaskan organisasi dan pembelajaran
sepanjang hayat.

Landskap pendidikan pada masa kini semakin berubah mengikut arus semasa. Hal ini
merupakan realiti yang perlu dihadapi oleh pemimpin, guru dan ibu bapa dalam memastikan
setiap murid dapat mengakses pembelajaran yang berkualiti serta menyediakan mereka
kepada masa depan sebagai komuniti global atau global citizenship.

Bibliografi

Bhagi, Urri. (2017). 12 Reasons why project based learning is batter then tradisional
classroom learning. www.Learning Design development: Learning Industry.

Larmer, John. (2020). How teacher support project based learning. www. Education
Foundation. EduTopia.

O’Brien, Maggie. (2018). What is project based learning. www. Defined Learning.Llc.Ms
Global.org

PERSPEKTIF PERANCANGAN SENARIO
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Dr.Yahaya bin Osman
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti. Bermula 2016 apabila 100 buah sekolah
diletakkan di bawah program TS25, pelbagai
kejayaan telah diukir oleh sekolah-sekolah yang
terlibat. Implikasi daripada perubahan pedagogi
yang dilaksanakan oleh guru, gaya kepimpinan
baharu dalam kalangan pimpinan sekolah, serta
sokongan ibu bapa dan komuniti terhadap sekolah telah memungkinkan pelbagai perubahan
telah berlaku.

Setelah hampir lima tahun program TS25 berlalu, saya sebagai pemerhati kepada
pelaksanaan TS25 di sekolah dan dalam masa yang sama mempunyai berbagai-bagai
senario idaman pada masa hadapan, beberapa perkara perlu diperkukuhkan semasa
pelaksanaannya. Melalui pendekatan senario (scenario planning) dalam menilai semula
perjalanan program TS25, kita sedar bahawa pengetahuan semasa merancang program
TS25 berasaskan pengalaman lepas sahaja, sedangkan kebanyakan keputusan yang
dilakukan untuk kebaikan masa depan terlalu bersifat VUCA.

Sistem pendidikan Thailand merupakan satu contoh perancangan senario yang berjaya
oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Negara tersebut telah berjaya menerapkan falsafah sufficiency
economy Raja Bhumibol dalam sistem pendidikan mereka sehingga dianugerahkan dengan
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembangunan Manusia Pertama bagi Program
Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan Mei 2006, oleh Setiausaha Agung
Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan. Falsafah yang mempunyai tiga komponen penting iaitu
kesederhanaan, kewajaran dan kalis masa depan telah diterap dengan baik oleh para
pendidik dalam sistem pendidikan. Para pendidik telah mengadaptasi falsafah tersebut dan
dilaksanakan oleh 155 buah sekolah. Penyelidik dari Universiti Srinakharinwirot telah
mendapati berlaku peningkatan yang besar dalam kualiti, persekitaran dan standard
keseluruhan sekolah di Thailand.

Program TS25 dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna, harus
melompat jauh seperti yang berlaku di negara Thailand. Sekolah telah menerapkan aspek
ekonomi sara hidup kepada para pelajar setiap mata pelajaran. Para pelajar bukan sahaja
diperkenalkan dengan isi kandungan dalam mata pelajaran dengan kemahiran 6C
(komunikasi, kolaboratif, kreatif, kritis, kewarganegaraan dan karektor) tetapi juga

mengaplikasikan mata pelajaran tersebut dalam kehidupan seharian terutamanya untuk
menyara kehidupan mereka.

Semasa lawatan saya di Sekolah Chumchon Banpadang Songhkla pada 2017, para
pelajar bukan sahaja diajar ilmu pengetahuan dalam kurikulum formal tetapi juga didedahkan
dengan kemahiran-kemahiran penting dalam kehidupan. Bidang ekonomi sara hidup diajar
seperti tanaman ladang, hidroponik, fertigasi, penternakan kelulut, penternakan ikan,
pengilangan air mineral, kemahiran komputer dan sebagainya. Di bangku sekolah rendah
lagi mereka didedahkan dengan projek yang memungkinkan mereka memperoleh
pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Projek-
projek yang dilaksanakan bukan sahaja dalam bentuk perniagaan tetapi juga tabungan.
Pelajar hadir ke sekolah untuk membuat tabungan yang memungkinkan mereka beroleh
dividen daripada tabungan tersebut. Didikan-didikan seumpama ini memberikan pengalaman
dunia sebenar kepada pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan untuk memperoleh
pendapatan sara hidup para pelajar.

Sekolah pada masa yang sama dapat meningkatkan kebajikan pelajar, sehinggakan
semua pelajar diberikan makanan percuma, pakaian seragam percuma dan kemudahan-
kemudahan lain untuk kesejahteraan pelajar. Manakala pihak kerajaan serta komuniti akan
membantu sekolah mengikut prestasi dalam pelbagai bentuk bantuan. Hal ini memberikan
motivasi kepada pengurusan sekolah, guru-guru dan warga sekolah untuk lebih kreatif
bersama-sama dengan para pelajar untuk memberikan pembelajaran yang lebih bermakna
yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

TS25 yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menggunakan pelbagai pendekatan pedagogi untuk para pelajar menggunakan pengetahuan
di dalam kelas untuk diadaptasikan dalam dunia sebenar. Namun kadangkala pendekatan
yang dilaksanakan belum cukup mendedahkan pelajar kepada pengalaman hidup dunia
sebenar. Oleh yang demikian, mereka tidak mendapat pengalaman yang realistik untuk
digunakan apabila mereka keluar dari sistem persekolahan. Jika di Thailand para pelajar
diberikan kebebasan untuk memilih bidang- bidang kemahiran untuk mereka pelajari dan
digunakan semasa sesi pembelajaran, tetapi pelajar kita masih ada yang terkongkong kepada
bidang yang tertentu dan tidak mengikut minat, potensi, bakat mereka. Kekangan-kekangan
seperti inilah yang menyebabkan pelaksanaan TS25 di sekolah masih kurang memberikan
makna dalam pembelajaran mereka. Pelajar melaksanakan sesi pembelajaran atas sebab
diarahkan oleh guru dan bukan diasaskan kepada minat dan potensi yang mereka ada. Guru
sepatutnya bukan sahaja menjadi rakan pembelajaran tetapi juga melihat potensi dalam
kalangan para pelajar yang boleh dibangunkan agar potensi dan bakat yang ada dapat
digunakan oleh para pelajar untuk kehidupan mereka selepas keluar dari sistem pendidikan.
Secara tidak langsung para pelajar dapat melihat kegunaan ilmu yang mereka dapati sebagai
sumber pendapatan dan kehidupan setelah mereka keluar dari sistem persekolahan.

Kita tidak mahu seperti situasi yang telah berlaku di Kanada dapatan kajian mendapati
hampir 9 daripada 10 pekerja, atau 89 peratus mengatakan bahawa sistem pendidikan tidak
relevan dan perlu dirombak untuk mempersiap pelajar menuju tenaga kerja moden. Dapatan

juga mendapati empat daripada lima pekerja mengatakan bahawa sekolah tidak menyediakan
pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mereka berjaya di tempat kerja (80 peratus)
dan sistem pendidikan telah gagal untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang
memenuhi keperluan tenaga kerja (82 peratus). Oleh itu, sekolah yang relevan bukan lagi
hanya melihat sejauh mana pencapaian pelajar yang mampu mencipta berbagai idea dan
produk berbentuk konseptual, tetapi harus melihat lebih jauh daripada itu, iaitu mengasah
lebih tajam kemahiran-kemahiran yang ada dalam diri pelajar untuk menjadi bekal sebelum
mereka menginjakkan kaki ke dunia kehidupan mereka pada masa hadapan.

Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Laporan TS25 tahun 2017: Program transformasi
sekolah 2025. BPG: Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Koleksi brif isu dasar 2027-2019. EPRD: Putrajaya

Lindgren, M. & Bandhold, H. (2009). Scenario planning: The link between future and strategy.
New York: Palgrave MacMillan.

Rattana Lao. (2017, Jun 3). Learning from the late King Bhumibol. Bangkok Post.
https://www.bangkokpost.com/opinion/opinion/1261767/learning-from-the-late-king-
bhumibol

Stoller, W. H. (2020, Mac 11). New poll shows overwhelming support for an education
revolution in Canada. Globe Newswire.
https://www.globenewswire.com/news-release/2020/03/11/1998820/0/en/New-Poll-
Shows-Overwhelming-Support-for-an-Education-Revolution-in-Canada.html

PROGRAM TS25 DAN PANDEMIK COVID-19

Hilmun binti Baharudin
Ketua Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Cabaran Pelaksanaan Program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) meletakkan kemenjadian murid sebagai
keutamaan. Tiga matlamat telah digariskan iaitu pemantapan kepemimpinan sekolah,
mempertingkatkan potensi guru melalui amalan pembelajaran dan pemudahhcaraan
berkualiti yang turut disokong oleh pelibatan aktif PIBG dan anggota komuniti. Tiga objektif

utama Program TS25 adalah untuk mengaplikasi
konsep dan amalan pembelajaran dan
pemudahcaraan yang terbaik, membangunkan
kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan seterusnya membangunkan
persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid. Namun
pandemik Covid-19 telah mengubah perancangan
yang telah digariskan oleh Bahagian Latihan JPN,
PPD, IPG, IAB serta tidak ketinggalan pihak sekolah
sendiri. Program-program yang dirancang tidak dapat diteruskan kerana Perintah Kawalan
Pergerakan dan masalah penyelenggaraan semula kewangan. Pihak pengurusan sekolah
perlu lebih berinisiatif dan produktif dalam membangunkan potensi dan kompetensi guru-
gurunya.

Wabak Covid-19 telah mencetus situasi kehadiran murid yang tidak memuaskan.
Alasan ketidakhadiran yang tidak kukuh oleh murid-murid menyebabkan pembelajaran dan
pemudahcaraan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini membuktikan bahawa
guru yang berkualiti merangkumi kompetensi mengaplikasi strategi pedagogi yang mantap
secara bersemuka dan pengetahuan serta kemahiran melaksanakan sesi tersebut secara
maya. Tidak terhenti di situ sahaja, sesi pembelajaran dan pemudahcaraan terlibat perlu
menarik, untuk mengekalkan fokus murid-murid terhadap sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan.

Peranan Pemimpin Sekolah Dalam Mempertingkatkan Kompetensi Guru

Pemimpin sekolah perlu berupaya dan mempunyai keberanian untuk mentransformasi
tindakan selaras dengan keperluan dan cabaran semasa. Tindakan-tindakan yang berani
dan matang perlu berasaskan data dan isu, permasalahan dan keperluan perlu ditangani
segera. Tanpa perlu menunggu arahan, latihan untuk memantapkan guru-guru perlu
disediakan bagi memenuhi keperluan yang dikenal pasti berdasarkan analisis data. Dapatan
analisis data yang sering dikemas kini membolehkan perancangan dibuat dengan kandungan

latihan yang tepat. Data-data yang terdiri daripada pelbagai sumber seperti, rekod
pencerapan, rekod rancangan pengajaran harian guru (RPH), hasil kerja murid, profil guru,
penandaan tugasan murid, suara guru, suara murid dan data-data lain merupakan sumber
penting yang sering dilupakan untuk dianalisis. Latihan untuk guru-guru sering tidak dapat
membangunkan potensi guru pada kadar optimum disebabkan oleh program latihan yang
disediakan tidak berkesan kerana tidak berdasarkan isu dan permasalahan yang sebenar.
Seperkara lagi, tanpa sokongan pelaksanaan daripada para pemegang taruh, mampukah
pihak sekolah melaksanakan latihan dalaman yang berkesan dalam suasana Covid-19 ini?
Bagaimana? Siapakah yang akan membantu?

Mengupayakan Pemimpin Pertengahan

Gaya kepimpinan top-down yang berkesan dapat diaplikasi melalui perancangan peningkatan
kompetensi guru berasaskan data dan kandungan latihan yang berasaskan keperluan.
Menurut Haris (2014), dengan membangunkan pemimpin pertengahan, secara tidak langsung
kepimpinan distributif akan dilaksanakan dengan berkesan dan budaya kolaboratif sebagai
usaha untuk mentransformasi penambahbaikan sekolah juga, dapat digalakkan. Fullan
(2010) pula menyatakan pengukuhan kepimpinan pemimpin pertengahan merupakan strategi
yang mantap bagi mengupaya, membangunkan kapasiti dan mendorong kebersamaan
golongan ini dalam memacu kecemerlangan organisasi. Gandingan pemimpin pertengahan
dengan pihak pentadbir membolehkan pembentukan satu pasukan yang bekerja dengan
efektif.

Pemimpin sekolah melaksanakan penambahbaikan sekolah melalui dapatan analisis
data, penjanaan strategi, perancangan program dan pembudayaan kepimpinan teragih.
Pemimpin pertengahan seperti Ketua Bidang dan Ketua Panitia mata pelajaran pula perlu
memainkan peranan mereka dengan merancang kandungan. Bagaimanakah latihan dapat
dilaksanakan? Sumber kewangan?

Dapatan analisis data tidak hanya bertujuan mencari sesuatu untuk ditambah baik
kepada guru-guru, tetapi juga berupaya mengesan kekuatan yang wujud dalam kalangan
guru-guru. Dapatan analisis data mampu mengesan kekurangan dan kekuatan. Kekurangan
yang dikesan perlu diatasi. Kekuatan yang ditemukan pula merupakan sumber atau aset
yang berguna bagi mengukuhkan yang guru-guru lain melalui latihan peningkatan
profesionalisme secara dalaman yang dilaksanakan sendiri oleh anggota masyarakat atau
ahli komuniti sesebuah sekolah atau organisasi secara perkongsian atau pembelajaran
kolaboratif. Proses mencari dan berkongsi pembelajaran melalui guru dan pentadbir sekolah
yang dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community
- PLC) ini turut mensasarkan peningkatan pencapaian murid-murid secara kerjasama antara
guru-guru. Di sinilah pentingnya peranan pemimpin pertengahan sebagai pengupaya proses
perkongsian dan bimbingan sesama rakan sejawat agar kepakaran dan kekuatan sebilangan
ahli organisasi itu dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang lain terutamanya
guru-guru novis.

Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional di Sekolah TS25

Menurut DuFour (2006), PLC merupakan kaedah untuk membangunkan profesionalisme guru
secara berterusan dan berkesan. Latihan dalaman dapat dilaksanakan dengan mengunakan
ahli komuniti guru sendiri. Kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru akan dapat
ditingkatkan melalui amalan perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam kalangan
guru. Semangat kerja berpasukan dan kejelekitan sesama warga organisasi akan dapat
dipertingkat.

Amalan PLC ini membangunkan golongan pakar mata pelajaran untuk membimbing
sesama rakan. Pihak sekolah tidak perlu menjemput penceramah luar untuk memberikan
pendedahan berkenaan PAK21 atau pembelajaran aktif. Perkongsian ilmu berserta
bimbingan rakan sekerja boleh berlangsung melalui lima elemen kritikal PLC iaitu dialog
reflektif, penswastaan amalan, fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid, kolaborasi
dan norma serta nilai yang dikongsi bersama.

PLC telah bermula di Jepun seawal 1960-an dan telah diperkenalkan di Malaysia pada
tahun 2004, ketika Singapura dan Thailand telah beberapa tahun mengamalkannya. Namun
demikian, amalan pembelajaran kolaboratif ini masih tidak dibudayakan sehingga
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan latihan penyebarannya melalui Task Force
PLC IAB-IPG pada tahun 2014 kepada pengurusan tertinggi sekolah. Kesungguhan KPM
dalam menyemai budaya PLC ini juga dapat dilihat dalam Modul 2, Program TS25 yang
menekankan peranan pemimpin pertengahan dalam membudayakan PLC di sekolah. Isunya
disini ialah kesungguhan dalam mengamal dan membudayakan PLC di sekolah sehingga
KPM terpaksa memperkenalkannya berkali-kali.

Pandemik Covid-19 bukanlah alasan untuk tidak meneruskan usaha meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan. Tidak perlu menunggu Covid-19 berakhir untuk
membangunkan komuniti guru di sekolah. Bidang pendidikan akan terus berkembang dan
cabaran dalam mendidik generasi muda negara semakin hebat. Kompetensi guru-guru harus
diselarikan dengan arus modenisasi pemikiran dan kemahiran generasi hari ini. Guru-guru
tidak boleh terus mempertahankan pedagogi yang mereka pelajari pada zaman latihan
perguruan pada satu ketika dahulu. Kesukaran menerima perubahan dan keengganan
mengaplikasi teknik pedagogi terkini akan menyebabkan murid-murid hilang fokus dan kadar
ponteng menjadi bertambah buruk.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pernah dikenali sebagai Program Sekolah
Transformasi (PST) pada awal pelaksanaannya dahulu. LeapEd telah dilantik sebagai
konsultan yang memberikan latihan penyebaran serta membimbing. Kini, gandingan
kesepakatan kepakaran tempatan pula bertanggungjawab membantu memacu
kecemerlangan organisasi pendidikan. JPN, PPD, IAB dan IPG serta barisan pemimpin dan
pendidik di sekolah adalah frontliners yang bekerjasama menjayakan Program TS25.
Transformasi pendidikan melalui Program TS25 diyakini mampu meletakkan kedudukan
bidang pendidikan Malaysia seiring dengan negara-negara maju di dunia.

Bibliografi

Amin Senin, et. al (2013). Buku Panduan Program Pembangunan Organisasi untuk
Kecemerlangan Sekolah. Selangor: ANF Pro Enterprise

DuFour, R., DuFour Burnette, R. (2006). The Power of Professional Learning
Communities, National Forum of Education, Administration and Supervisor,
Journal. 24(1), 2-5.

Fullan, M. (2010). Systems Go: The Change Imperative for Whole-system Reform.
Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Haris, A. (2014). Distributed Leadership Matters. Thousand Oaks, Corwin Sage Press

Marzano, R. (2003). What works in schools: Translating research into action? Alexandria, VA:
ASCD

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Atas talian: https://www.moe.gov.my/
index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Pemimpin
Berkesan

CORETAN PERJALANAN TS25

Bainah binti Ab.Dolah

Pengetua SMK Lahat, Ipoh, Perak
[email protected]

“Nak buat apa, buatlah. Tapi jangan kacau kami.” “Selama ni sekolah tak ok ke… nak
transformasi apa lagi”. Dialog inilah antara ayat-ayat yang kedengaran apabila SMK DARY
menerima watikah Program Sekolah Transformasi atau lebih popular dengan singkatan nama
TS25 pada Disember 2016 daripada Ketua Pengarah Kementerian Pendididikan Malaysia,
Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof di IAB Genting. Sebagai sekolah Kohort 2.0 pada masa itu
hanya sebuah sekolah setiap daerah terpilih, betapa megah rasanya dipilih sebagai sekolah
TS25.

Setiap suatu perubahan atau permulaan mesti ada cabaran, itu lumrah. Berbekalkan
watikah itu, minda terus berpusing ligat tentang perkara yang perlu dibuat untuk mencapai
hasrat TS25 iaitu melonjakkan kemenjadian murid dan menjadikan sekolah lebih berkualiti,
selari dengan visi dan misi KPM - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik. Mulalah mencari
dalam google, membaca dan terus membaca. Mac 2017 kursus Modul 1 bermula di IAB Jitra
diikuti modul 2 dan modul 3 berselang setiap bulan, selepas setiap modul ada tugasan yang
perlu di laksanakan dan selang 2 bulan, rakan ELIT dari IAB dan IPG akan datang membuat
bimbingan. Di sinilah bermula fasa kaedah-kaedah hendak menarik guru mengikut setiap
kursus atau aktiviti yang perlu dilaksanakan. Pelbagai cara dilakukan, LADAP 7 hari
dilengkapkan, selebihnya dibuat secara PLC melalui GKMP masing-masing, laporan dan
pemantauan dibuat untuk memastikan semua modul dapat disampaikan dengan jaya.

Sekumpulan guru yang tinggi komitmen dipilih untuk melaksanakan aktiviti dan program
TS25. Pengetua, semua PK dan GKMP mesti turut serta dalam setiap aktiviti dan program.
Peranan pengetua bukan lagi mengarah malah turun padang sama-sama dalam setiap
program. Komitmen inilah menarik ramai guru sama-sama menawarkan diri untuk turut sama
dalam setiap program - kepimpinan melalui teladan.

Pelbagai perubahan dilakukan, ada guru yang merasakan tidak terikut dengan
perubahan yang pantas, ada yang datang berjumpa menyatakan ketidaksanggupan, ada
yang hendak letak jawatan, namun dengan perbincangan yang bijak semua dapat diatasi.
2018 Moving Classroom dilaksanakan berasaskan Subjek Based Classroom, setiap kelas
dilengkapi dengan TV 50 inci untuk memudahkan PdPc guru dan menjana kefahaman yang
lebih baik dalam pembelajaran murid.

Perubahan kelab Kokurikulum dan slogan ADSUC – Anak DARY Sahsiah Unggul
Cerdik berlandaskan 12 ciri untuk menyahut kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
PAK21 terus diterokai sama ada secara fizikal kelas atau kaedah pedagogi guru. Panitia
Pakar diperkenalkan dalam kalangan panitia agar menguasai kaedah pedagogi PAK21 dan

kaedah PLC agar semua ahli mahir sesuatu kaedah pedagogi dan kaedah PLC dan dapat
membantu panitia lain.

Tahun demi tahun keputusan SPM dari segi GPS dan peratus terus bertambah baik,
bermula dengan GPS 5.90 dan peratus kelulusan 85.41 pada SPM 2014, kini pada SPM tahun
2019 GPS mencapai 4.60 dengan peratus lulus 97.84 dan merupakan sekolah harian terbaik
dalam daerah Perak Tengah.

.
Pencapaian aktiviti pelajar dalam inovasi dan STEM juga telah sampai ke peringkat
antarabangsa apabila KMR, Modul 6 TS25 diperkenalkan kepada pelajar, begitu juga guru-
guru semakin berkualiti, semakin ramai mengaplikasikan inovasi dan amalan terbaik sehingga
peringkat kebangsaan dan antarabangsa walaupun sebelum 2017 tiada seorang pun guru
yang terlibat untuk inovasi. Pelbagai anugerah guru diperoleh antaranya seperti guru ikon,
guru TMK, guru inovasi terbaik dan lain-lain.

Pada tahun 2015-2016 sekolah merupakan sekolah anak angkat PDRM Perak Tengah
kerana mempunyai kes disiplin yang agak teruk, usaha terus dijalankan dengan pelbagai
pendekatan dengan slogan ADSUC seperti Menggilap Permata, Sayangi Daku, Ziarah 10
Minit, Anak Dary Prihatin dengan pendekatan SDG 1 dan SDG 2 Pendidikan 2030, mentor-
mentee dengan lapan modul dibina bersama, akhirnya pada Persidangan Kaunseling
Kebangsaan pada November 2019 SMK DARY dianugerahkan dengan anugerah SEKOLAH
5 BINTANG SAHSIAH TERBAIK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.

Lakaran-lakaran inilah antara kejayaan manis, success story yang dicapai apabila
memulakan tugas di SMK DARY Jun 2015 dan menerima watikah TS25 pada November 2016
sehingga meninggalkan sekolah pada Jun 2020. Jika ada yang bertanya adakah TS25 itu
menyusahkan, jawapan saya secara peribadi ‘tidak’, malah TS25 merupakan platfom untuk
kita membuat perubahan di sekolah secara fizikal, mental, sikap dan yang paling penting
merubah pencapaian sekolah dengan program yang tersusun dan berimpak tinggi kerana
setiap program yang kita ingin laksanakan berasaskan kepada big data yang ada di sekolah
dan apa isu yang kita hadapi. Semoga semua yang terlibat dengan TS25 berlapang dada
dan menerima setiap perubahan dengan hati dan minda yang terbuka. Setiap perkara yang
kita buat ingatlah semua untuk pelajar yang belum ada hala tuju kehidupan mereka dan kita
bekerja kerana Allah.

TS25 PENCETUS TRANSFORMASI DIRI DAN ORGANISASI

Nor Faizah binti Mat Noor

Pengetua SMK Gerik, Perak
[email protected]

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), satu nama yang gah di persada dunia
pendidikan di Malaysia. Pada peringkat awal dikenali sebagai Program Sekolah Transformasi
(PST). Alhamdulillah, saya telah diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama TS25 sejak
awal program ini dilaksanakan di Malaysia iaitu apabila SMK Batu 4, Gerik telah terpilih untuk
menyertai program TS25 Kohort 1.0 yang bermula pada penghujung tahun 2015. Pengalaman
saya bersama TS25 bermula pada tahun 2015 sehingga Jun 2020. TS25 begitu bermakna
kepada warga SMK Batu 4, Gerik khususnya terhadap diri saya sendiri. Bersama-sama
TS25, banyak kenangan manis yang kami warga SMK Batu kecapi yang membawa kepada
rasa bangga dan bahagia kerana menjadi warga sekolah di bawah program transformasi.

Pada peringkat awal penglibatan SMK Batu 4, Gerik dalam program TS25 ini, banyak
cabaran dan kekangan yang terpaksa kami hadapi. Pengisian modul-modul TS25 Kohort 1.0
adalah berdasarkan kerangka dari luar negara, bukan acuan Malaysia dan aspek yang lebih
menyulitkan adalah Master Trainer adalah dari United Kingdom dan Amerika yang
menyampai dan melaksanakan bengkel dengan menggunakan bahasa Inggeris. Namun
begitu, lama-kelamaan kami warga TS25 Kohort 1.0 bagi Zon Utara dapat membiasakan diri
dengan keadaan sebegitu, ibarat kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Selain itu, pada
permulaan untuk melaksanakan TS25 di sekolah, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
barisan pentadbir adalah untuk memberi penerangan yang jelas kepada warga sekolah
khususnya para guru yang ketika itu berada dalam keadaan yang selesa. Mereka
beranggapan bahawa program TS25 akan menambahkan beban kerja. Namun begitu,
apabila maklumat ditatarkan dengan tepat dan jelas kepada warga sekolah serta setelah
beberapa kejayaan kecil dicapai oleh sekolah, akhirnya warga SMK Batu 4, Gerik dapat
menerima program TS25 dengan hati yang terbuka. Perasaan bangga tersemat di dada
setiap warga kerana SMK Batu 4, Gerik adalah satu-satunya sekolah TS25 di Hulu Perak
ketika itu.

Dari semasa ke semasa, SMK Batu 4, Gerik sentiasa beroleh kejayaan dalam
mengharungi perjalanan sebagai sekolah TS25. Kejayaan pertama yang dicipta adalah
apabila sekolah telah terpilih untuk mewakili negeri Perak dalam Pertandingan Pameran dan
Showcase sempena Konvensyen TS25 kali pertama, peringkat kebangsaan yang diadakan
di Melaka yang bertemakan Pembelajaran Bermakna. Penyertaan julung kali ini telah
membuahkan hasil apabila SMK Batu 4, Gerik telah menjadi johan pertandingan tersebut.
Bermula daripada pertandingan inilah, SMK Batu 4, Gerik telah mengorak langkah untuk
kejayaan-kejayaan seterusnya.

Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta, begitulah yang dialami oleh warga
SMK Batu 4, Gerik. Setelah merasai betapa bangga dan gembiranya dengan pencapaian

cemerlang sekolah di peringkat kebangsaan, apatah lagi nama sekolah menjadi sebutan
warga pendidik di seluruh Malaysia, seluruh warga sekolah termasuk pekerja kebersihan dan
keselamatan menjadi semakin bersemangat untuk meneruskan Program TS25 di SMK Batu
4, Gerik dengan jayanya.

Penangan daripada pelaksanaan kaedah PdP Project Based Learning (PBL)
menjadikan SMK Batu 4, Gerik semakin popular di seluruh Malaysia dan telah mendapat
pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Di samping itu, program jalinan dan jaringan yang
melibatkan Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru Malaysia dari seluruh Malaysia,
Pejabat-pejabat Pendidikan dan sekolah-sekolah dari dalam serta luar negeri Perak dapat
termetri dengan jayanya. Selain itu juga, hubungan dengan agensi luar juga dapat
dipertingkatkan hasil daripada pembudayaan kaedah PBL di sekolah ini.

Sememangnya tidak dapat dinafikan juga bahawa program TS25 ini begitu bermakna
kepada saya sendiri. Kejayaan-kejayaan yang saya capai pada hari ini adalah impak daripada
ilmu dan kemahiran yang saya peroleh semasa menghadiri bengkel-bengkel TS25 daripada
Modul 1 sehingga Modul 8. Bersama-sama TS25, saya dapat meningkatkan ilmu dan
kemahiran mengurus sekolah, meneraju kepimpinan yang berkesan, berperanan sebagai
pemimpin instruksional, berani menghadapi cabaran, sentiasa bersikap positif dan berfikiran
terbuka serta sentiasa memastikan wujudnya teamwork yang padu dalam kalangan warga
pendidik khususnya di SMK Batu 4, Gerik.

Bermula daripada guru biasa yang hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang biasa-biasa, akhirnya dengan ilmu dan kemahiran yang dibekalkan oleh Program TS25,
saya NOR FAIZAH BINTI MAT NOOR telah berjaya berkongsi ilmu dan kemahiran serta
berbengkel bersama-sama dengan warga pendidik khususnya di Hulu Perak. Melalui
perkongsian ilmu ini, satu kepuasan tercipta dalam diri kerana dapat membantu rakan-rakan
guru yang belum mengenali sepenuhnya Program TS25. Bagi saya program TS25 ini adalah
satu anugerah kepada sekolah-sekolah yang terpilih terutamanya sekolah-sekolah Kohort 1.0
yang bermula dengan kosong ilmu TS25. Akhirnya, setelah melalui pelbagai suka, duka dan
pahit getir semasa berkursus, terkumpullah pengalaman yang sangat bermanfaat dan
bermakna serta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walaupun telah bertukar ke Sekolah
Menengah Gerik, ilmu dan kemahiran serta pengalaman yang diperoleh ini akan terus
dimanfaat demi agama, bangsa dan negara.

Harapan saya semoga semua warga pendidik dapat menerima dengan hati yang terbuka
Program TS25 Kementerian Pendidikan Malaysia ini. Usaha KPM ini adalah yang terbaik
untuk memastikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid yang menyeluruh.

3C PLUS TP

Abdul Aziz bin Musa, Mazni binti Abdul Kadir

SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak
[email protected]

Abstrak

Konsep Cekap Cepat Cermat Plus Tanpa Pembaziran (3C Plus TP) diperkenalkan dalam
kalangan pentadbir dan guru bagi merealisasikan kepimpinan berkesan serta memartabatkan
TS25 Kohort 3 SABK Maahad Al Ummah. 3C Plus TP juga berhasrat meningkatkan dan
mengoptimumkan potensi kepimpinan khasnya dalam kalangan Senior Leaders Team (SLT)
dan Middle Leaders Team (MLT). Sehubungan itu, kaedah Coaching and Mentoring yang
disepadukan dengan elemen-elemen kecekapan pembangunan diri (ID) dan pembangunan
organisasi (OD) telah memberikan aspirasi secara berterusan kepada pemimpin sekolah.
Kerjasama pemimpin dan pentadbir sekolah didapati utuh dan sederap dalam tekad untuk
memimpin secara kolektif dan tersusun. Situasi kerja dan interaksi antara sesama warga
sekolah juga memperlihatkan impak besar berbanding suasana kerja sebelum 3C Plus TP
diperkenalkan. Kepimpinan sekolah dan para guru juga mampu mencetuskan keberhasilan
dan kemenjadian murid dalam berbagai-bagai bidang. Kesimpulannya, kepimpinan berkesan
yang disokong oleh pelaksanaan amalan kerja yang berterusan berjaya melahirkan efikasi
kendiri warga kerja positif dan berdaya saing.

Kata kunci: Coaching and mentoring, 3C Plus TP, Pembangunan Individu (ID),
Pembangunan Organisasi (OD)

1.0 Pengenalan

Maahad al-Ummah diilham dan dicetuskan melalui kekuatan usrah, dakwah dan tarbiah para
aktivitis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan negeri Perak dengan dokongan Biro
Pendidikan ABIM Pusat. Sesi pembelajaran yang diketengahkan ialah pendidikan bersepadu
Kurikulum KBSM, mata pelajaran agama, akhlak dan kepimpinan serta mata pelajaran
Thanawi bermula pada tahun 1994/95 dengan sukatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Perak. Pengajian yang turut diketengahkan ialah tahfizal Qur’an,
komputer dan kokurikulum bermula pada tahun 1992. Pada tahun 2018, Maahad Al-Ummah
secara rasminya dipilih menjadi salah sebuah sekolah TS25 Kohort 3.0 dan merupakan satu-
satunya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Perak.

2.0 Pernyataan Masalah

Barisan kepimpinan sekolah dan guru yang kurang kompeten dan tidak mengoptimumkan
potensi sedia ada merupakan salah satu isu penting yang perlu ditangani secara berterusan.
Masalah ini menjadi lebih kompleks dan sukar apabila terdapat sebilangan daripada
kakitangan sering berada dalam zon yang selesa. Selain itu, kesukaran proses

membangunkan kemahiran dan bakat kepimpinan dalam kalangan guru yang mempunyai
kecenderungan yang berbeza juga menjadi satu isu yang perlu diselesaikan.

Terdapat ketirisan maklumat apabila sesuatu pekeliling, surat arahan dan senarai
tugas kurang difahami oleh kakitangan bawahan. Ketirisan maklumat ini berlaku kerana
masalah komunikasi kurang berkesan dalam kalangan kakitangan. Selain itu, terdapat juga
segelintir kakitangan bawahan yang tidak dapat menerima teguran serta kurang berinisiatif
untuk belajar sesuatu yang baharu dalam meningkatkan tahap profesionalisme kendiri.
Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi dan perbincangan merupakan satu elemen yang
sangat penting untuk dipraktikkan.

3.0 Objektif

Objektif penulisan artikel ini secara umumnya untuk meningkatkan efikasi kendiri guru di
SABK Maahad Al-Ummah merangkumi aspek kemahiran pengurusan sesuatu projek atau
tugasan di luar norma bidang dan kemahiran kepimpinan apabila dilantik menjadi ketua
sesuatu bidang. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

3.1.1 Meningkatkan kuantiti amalan Coaching and Mentoring dalam kalangan SLT dan
3.1.2 MLT.
3.1.3 Meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pihak pentadbiran dan kakitangan
sekolah.
Mengoptimumkan keberhasilan kerja warga sekolah dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah murid.

4.0 Metodologi

Beberapa kaedah yang telah digunakan sebagai kayu pengukur keberkesanan amalan
Coaching and Mentoring melalui konsep 3C plus TP yang digunakan oleh pemimpin sekolah
untuk membentuk budaya kerja yang cemerlang. Berikut merupakan kaedah yang telah
digunakan, iaitu:

4.1.1 Borang Soal Selidik

Satu set borang soal selidik dalam bentuk google form telah diedarkan
kepada semua guru untuk dijawab dan dilengkapkan dalam masa tiga hari
yang mengandungi 12 soalan. Antara soalan yang diutarakan adalah
mengenai latar belakang responden merangkumi purata usia, tempoh
perkhidmatan di Maahad Al-Ummah dan jawatan yang disandang pada masa
ini. Selain itu, terdapat juga soalan untuk mendapatkan maklum balas
daripada guru berkenaan dengan pemahaman dan tahap penggunaan teknik
Coaching and Mentoring sepanjang berada di Maahad Al-Ummah. Rumusan
dapatan adalah seperti di bawah:

Graf 4.1: Kekerapan Mengadakan Coaching and Mentoring dengan Murid

Carta pai di atas menunjukkan seramai 10 orang responden sering kali
mengadakan sesi Coching and Mentoring dengan murid manakala 14 orang
responden hanya kadang-kadang melakukan sesi berkenaan dengan murid.
Graf 4.2: Kekerapan Mengadakan Coaching and Mentoring dengan Rakan

Untuk soalan mengenai sesi Coaching and Mentoring Bersama Rakan, 24
orang responden kajian menyatakan bahawa pernah menjalankan sesi
Coaching and mentoring bersama rakan menunjukkan bahawa proses
Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan mereka berjalan
dengan baik. Begitu juga sesi Coaching and Mentoring dengan SLT, 24 orang
responden menyatakan bahawa mereka pernah mendapat Coaching and
Mentoring daripada SLT menunjukkan bahawa amalan ini telah dilaksanakan
secara berterusan di sekolah.

Graf 4.3: Kekerapan Mengadakan Coaching and Mentoring
dengan MLT dan SLT

Dari segi kekerapan mendapatkan Coaching and Mentoring daripada SLT
pula didapati bahawa seramai 14 orang responden telah menjalankan sesi
Coaching and mentoring dengan SLT dan MLT secara kerap manakala 10
orang respondan hanya kadang-kadang mengadakan sesi Coaching and
Mentoring mengikut keperluan. Hal ini menunjukkan bahawa budaya ini telah
mula dipraktikkan secara menyeluruh di Maahad Al-Ummah.

Graf 4.4: Aktiviti Coaching and Mentoring yang
dijalankan dalam kalangan guru

Graf menunjukkan beberapa cara guru menggunakan kaedah Coaching di
sekolah. Antaranya adalah melalui perbincangan dengan rakan sejawat
seramai 10 orang, menggunakan kaedah GROW seramai tiga orang,
menjalankan sesi bimbingan dalam kelas seramai dua orang, mengadakan
PLC seramai dua orang, cara-cara lain seramai tiga orang, sharing session
bersama ialah seorang guru kanan, mengajar dan membimbing seramai
enam orang dan seorang berkongsi bahan-bahan pengajaran dengan rakan.

4.1.2 Temu bual (Teacher’s Voice)

Beberapa sesi temu bual telah dijalankan dalam kalangan guru untuk
mendapatkan maklum balas guru terhadap amalan Coaching and Mentoring
yang telah diperkenalkan dalam bengkel bimbingan Future Leader antara
Pengetua bersama guru-guru yang terpilih pada 3 September 2019.

5.0 Kaedah Pelaksanaan

Konsep 3C Plus TP diperkenalkan bagi merealisasikan kepimpinan berkesan dalam kalangan
pentadbir dan guru di SABK Maahad Al-Ummah. Berdasarkan konsep tersebut, amalan
Coaching and Mentoring dan beberapa intervensi serta insiatif telah dilaksanakan oleh pihak
pentadbiran melalui pendekatan yang telus dan mampan. Antara intervensi yang dijalankan
ialah Sense of Urgency (SOU), Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Training for Trainer
(TOT), Learning Walk dan Profesional Learning Community (PLC) sebagai satu platform

untuk menimba ilmu dan meningkatkan kompetensi kepimpinan sekolah serta
profesionalisme guru.

Warga sekolah diterapkan dengan pemahaman dan kesedaran tentang konsep Cekap
Cepat Cermat dalam setiap urusan kerja harian. Hal ini dilaksanakan melalui perjumpaan,
perhimpunan, mesyuarat, taklimat dan perbincangan dari semasa ke semasa. Pentingnya
warga sekolah bekerja dengan cekap bermakna mereka dapat menguasai sesuatu tugas
yang dipertanggungjawabkan. Bekerja dengan cepat memastikan sesuatu tugasan disiapkan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sesuatu kerja perlu dilakukan dengan cermat bererti
ketelitian, terperinci dan tersusun sehingga sempurna sesuatu tugas yang dilaksanakan.
Manakala Tanpa Pembaziran menekankan setiap urus tadbir dan urus kerja mestilah
mengelak daripada berlakunya pembaziran sama ada pembaziran masa, sumber dan tenaga
kerja. Konsep 3C Plus TP ini diterapkan melalui intervensi yang dinyatakan di atas.

Coaching and Mentoring dijalankan antara Pengetua dengan MLT, MLT dengan SLT,
MLT dengan guru dan guru dengan murid secara berkala dan berterusan. Sense of Urgency
dilaksanakan apabila terdapat sesuatu keperluan mendesak yang memerlukan keputusan
segera yang biasanya dilakukan antara para pentadbir, MLT, SLT dan Ketua Panitia. Antara
aktiviti Training for Trainer (TOT) pula adalah mempengerusikan mesyuarat guru secara
berjadual, menjadi pengerusi sesuatu majlis atau program, mencatat minit mesyuarat secara
giliran dan aktiviti-aktiviti lain.

Kesimpulannya, pelbagai usaha memantapkan kepimpinan sekolah secara berterusan
dan sistematik didokong oleh perancangan yang terperinci telah diamalkan oleh pihak
pentadbiran.

6.0 Kesan Pelaksanaan

Berdasarkan data yang telah direkodkan menunjukkan bahawa sebahagian besar responden
yang terdiri daripada SLT dan MLT telah memahami konsep 3C Plus TP melalui amalan
Coaching and Mentoring dengan berkesan di tempat kerja. Mereka juga telah berjaya
mengaplikasikan kaedah Coaching and Mentoring secara berterusan dan berkala bukan
hanya dengan murid bahkan dengan rakan sejawat dan menjadikan kaedah ini sebagai satu
cara untuk membangunkan peningkatan profesionalisme dan membantu mereka
mengoptimumkan kemahiran yang dimiliki.

Impak positif yang diperoleh ini menunjukkan bahawa aplikasi kaedah ini oleh pihak
pentadbiran sekolah dapat meningkatkan efikasi kendiri guru. Warga sekolah dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan secara tersusun, sistematik dan keberhasilan
masing-masing. Peningkatan Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan SPM 5.25 pada tahun
2018 kepada 4.67 pada tahun 2019, kejayaan menjadi juara negeri bagi pasukan softball pada
tahun 2019 serta kewujudan sudut dan laman panitia mata pelajaran adalah sebahagian
daripada tanda kejayaan konsep 3C Plus TP.

Iklim persekitaran kerja positif diperlihatkan dengan komunikasi sesama warga sekolah
dapat diukur melalui kurangnya aduan dan pertelingkahan warga sekolah, malah sentiasa
wujud persefahaman sepasukan dalam melaksanakan program-program yang dimandatkan
oleh pemegang taruh. Pada tahun 2019 pihak sekolah berjaya menjadi tuan rumah bersama
dalam penganjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) dan Karnival
Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan.

Konsep 3C Plus TP berkesan dengan penjimatan kos dan pembaziran sumber
dizahirkan melalui berbagai-bagai projek Green Technology yang dilaksanakan secara
berterusan oleh pihak pentadbir dan guru-guru sekolah. Guru dan warga sekolah telah
menunjukkan keinginan tinggi melaksanakan projek seperti menanam pokok, membuat
taman dan laman untuk mengindahkan persekitaran sekolah. Usaha yang dilakukan secara
berterusan ini mampu melahirkan guru-guru yang berketrampilan, memantapkan diri dengan
ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi dan
mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat dimanfaatkan untuk peningkatan profesionalisme
pada masa akan datang.

Guru juga dapat melihat keberhasilan diri dalam konteks global dengan memastikan
diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat holistik, mempunyai nilai
profesionalisme keguruan, menimba ilmu dalam pelbagai bidang pengetahuan dan
kemahiran, melengkapi diri dengan teknologi terkini serta mampu berdaya saing serta
sentiasa bersedia dengan perubahan arus transformasi pendidikan.

7.0 Rumusan

Untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memenuhi keperluan pendidikan masa ini, terdapat
beberapa halangan dan cabaran yang dapat merencatkan proses pembentukan jati diri.
Cabaran ini wujud akibat kepelbagaian minat dan potensi diri guru yang berbeza. Salah satu
daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah mereka perlu memegang pelbagai
jawatan kerana situasi pada masa ini telah berubah lantaran guru bukan sahaja mengajar
subjek tertentu bahkan mereka juga perlu memegang beberapa portfolio yang lain.

Masalah timbul apabila terdapat segelintir guru yang mempunyai keyakinan diri yang
kurang serta tidak bersedia untuk memikul amanah menjadi ketua ataupun memimpin mana-
mana program yang dijalankan di sekolah. Justeru, proses untuk mengubah kualiti diri
manusia bukanlah satu usaha yang mudah. Sehubungan itu, pelbagai pendekatan telah
diambil oleh pihak pentadbiran sekolah untuk meningkatkan prestasi kerja guru agar tidak
berlaku pembaziran sumber. Antara langkah yang telah diambil adalah melahirkan pemimpin
peringkat pertengahan (MLT) yang efektif dan sentiasa memberikan sokongan kepada ahli
bawahan mereka. Mereka perlu sentiasa proaktif dan mengadakan perbincangan dari
semasa ke semasa untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi oleh orang bawahan
dapat diselesaikan dengan berkesan. Jelaslah di sini bahawa Program Transformasi Sekolah
(TS25) yang telah diaplikasikan di Maahad Al-Ummah telah berjaya mewujudkan persekitaran
dan tenaga kerja yang produktif di samping melahirkan murid yang berketerampilan, aktif dan
kreatif serta dapat menjadi modal insan kelas pertama pada masa akan datang.

Bibliografi

Ramiah, Balasandran (2002) Peranan Kajian Kes Pengurusan Pendidikan Dalam Membina
Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan. Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. Pp. 217-227. ISSN 983-9479-
17-2

Ismail Noor, & Ibrahim Nor. (2002). Kemahiran Sebagai Mentor: Kaedah Membimbing,
Memberi Kaunseling dan Menjadi Model Ikutan 11ea rah Keberkesanan Organisasi.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mustafa, S. (2012). Mudahnya Coaching & Mentoring: Kaedah Transformasi Berkesan, Minda
dan Sikap Insan Cemerlang. Kuala Lumpur: Inteam Publishing.

http://ejournals.ukm.my/pengurusan/article/view/12187

https://www.academia.edu/13892017/ISU_DAN_CABARAN_PENGURUSAN_SESEBUAH_
ORGANISASI_BAGI_MELAHIRKAN_SUMBER_MANUSIA_YANG_CEMERLANG

https://www.academia.edu/6380185/Cabaran_cabaran_yang_dihadapi_oleh_guru_dalam_pr
ofesion_dan_langkah_langkah_untuk_mengatasinya

https://docs.google.com/forms/d/1oP3X7WjcsyT4HWGl6N_GWBdenJXKr-VgJlsS-
Lmqfh8/edit#responses

https://drive.google.com/drive/folders/12ZcSQIDqwChR6yd8BO19ejh4zGx35SlX?usp=shari
ng

scan QR Code

ONE FOR ALL & ALL FOR ONE

Peh Kim Hock, Muhammad Zulhusni bin Muhammad Azizuddin

SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak
[email protected]

Abstrak

Penulisan ini bertemakan “One for All, and All for One” (OFA&AFO) yang membawa maksud
satu unit pasukan beruniform merancang untuk kesemua unit di sekolah dan pada waktu yang
sama, kesemua unit membantu menjayakan perancangan tersebut. Telah dikenal pasti
bahawa Kadet Sekolah Pertahanan Awam sentiasa memperoleh kejayaan di peringkat
daerah, negeri mahupun kebangsaan manakala unit-unit yang lain kurang menyerlah dalam
penyertaan dan pencapaian. Ahli-ahli unit yang lain tersebut juga tidak berpeluang untuk
memperoleh markah yang lebih tinggi dalam PAJSK. Dengan falsafah; “No One Is Left
Behind” (NOLB); Kadet Sekolah Pertahanan Awam menerajui dalam penganjuran program-
program di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Melalui program-program yang
dianjurkan, ahli-ahli unit lain akan diberi peluang untuk menyertai program atau menjadi
fasilitator program tersebut. Program anjuran Kadet Sekolah Pertahanan Awam memberi
peluang kepada ahli-ahli unit yang lain untuk memperoleh markah PAJSK yang lebih tinggi
dan secara tidak langsung, mereka didedahkan kepada pengurusan dan perjalanan program
yang berstatus daerah atau negeri. Mengikut data yang dikumpulkan, ada peningkatan gred
A dan B dalam kalangan murid-murid dalam penskoran PAJSK dan murid-murid mampu
membantu guru-guru dalam menjayakan aktiviti dalaman di sekolah. Selaras dengan enam
aspirasi murid, kita dapat juga melahirkan pemimpin-pemimpin masa hadapan dengan
bersahsiah tinggi.

Kata kunci: OFA&AFO, merancang, penyertaan, peningkatan, NOLB, PAJSK

1.0 Pengenalan

SMK Doktor Burhanuddin (SMKDB), merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan
yang terletak di No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, Taiping, Perak. Pada 2009, SMK
Doktor Burhanuddin memiliki 622 pelajar lelaki dan 948 pelajar perempuan, menjadikan
jumlah keseluruhan murid seramai 1570 orang dan 131 orang guru.

Kini, pada tahun 2020, bilangan warga guru ialah 126 orang manakala bilangan murid
ialah 890 orang. Dari segi infrastruktur, sekolah mempunyai sebuah dewan yang serba
moden; siap dengan penghawa dingin. Di samping itu, terdapat dua blok bangunan iaitu satu
blok setingkat dan tiga tingkat. Sekolah kini bukan menawarkan kelas aliran biasa sahaja
malah mempunyai kelas Rancangan Khas dan Aliran Agama, Pendidikan Khas dan
Prauniversiti ditawarkan.

Dari segi kokurikulum, sekolah ini menawarkan sebanyak 11 unit beruniform iaitu
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Sekolah Pertahanan Awam (Kaspa), Kor
Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan
Puteri Islam Malaysia (PPIM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Bomba, Kadet
Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Kadet JPJ) dan Pasukan Institusi Pertahanan Awam
(Pispa) yang ditubuhkan khas bagi pelajar prauniversiti.

2.0 Pernyataan Masalah

Unit Kokurikulum SMK Doktor Burhanuddin memahami pentingnya peranan Pasukan Badan
Beruniform mempraktikkan peranan pengurusan kokurikulum yang berkesan, agar para guru
dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah. Setiap pelaksanaan selaras dengan inspirasi negara seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

SMK Doktor Burhanuddin mempunyai 11 pasukan unit beruniform. Antaranya ialah
Kadet Sekolah Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Kadet Bersatu
Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pergerakan Puteri Islam
Malaysia, Pengakap, Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan, Pandu Puteri dan Pasukan Institusi
Pertahanan Awam. Antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan penyertaan
dalam sesuatu acara seperti perbarisan hari sukan sekolah dan barisan kawalan kehormat.
Pengakap, Kadet Polis, dan Pandu Puteri antara unit beruniform yang menghadapi masalah
ini. Di samping itu, kekurangan tenaga pengajar dalam kalangan murid juga merupakan
punca masalah yang dikenal pasti. Satu masalah lagi yang ketara ialah murid-murid tidak
berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Unit Kokurikulum SMK Doktor Burhanuddin ingin memberi fokus kepada peningkatan
markah PAJSK bagi setiap pelajar dengan memberi peluang kepada semua unit untuk
mengambil bahagian dalam acara di peringkat daerah dan negeri di samping memberikan
pendedahan kepada pihak pengurusan dan perjalanan program di peringkat daerah dan
negeri.

Oleh itu, Unit Kokurikulum SMK Doktor Burhanuddin mengambil intervensi dengan
mengelolakan program-program di peringkat daerah dan negeri supaya penglibatan pelajar
dapat dimaksimumkan.

3.0 Objektif

Objektif kajian ini memberi perhatian kepada penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum
terutamanya dalam Pasukan Badan Beruniform. Fokus utama ialah penglibatan murid di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

4.0 Metodologi

Dengan mengambil kekuatan status dua orang guru sekolah ini iaitu Encik Peh Kim Hock
yang berpangkat Mejar dan memegang jawatan Ketua Pegawai Pertahanan Awam Daerah
Taiping merangkap Pegawai Teknikal Kadet Sekolah Pertahanan Awam Daerah Larut
Matang dan Selama; seorang lagi ialah Encik Muhammad Zulhusni bin Muhammad Azizuddin
yang berpangkat Kapten serta memikul tugas sebagai Pegawai Teknikal Kadet Sekolah
Pertahanan Awam Negeri Perak; pihak sekolah terutamanya kokurikulum mengambil tiga
pendekatan untuk meningkatkan prestasi murid-muridnya yang seiring dengan Aspirasi Murid
Kebangsaan. Melalui program yang pelbagai, contohnya dalam e-Learning dan mentor
mentee, murid-murid berpeluang mengembangkan pengetahuan kemahiran memimpin.
Penyertaan dalam kuiz online yang berkonsepkan open book, murid-murid melayari Internet
untuk mencari maklumat yang kebanyakan dalam Bahasa Inggeris sekali gus dapat
membantu kemahiran dwibahasa. Murid-murid yang menabur bakti dalam menjayakan
program-program menunjukkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

4.1 No One Is Left Behind (NOLB)

‘Tiada Siapa Ditinggalkan’. Pendekatan pertama adalah mengelolakan program-
program Kadet Sekolah Pertahanan Awam di peringkat daerah atau negeri. Oleh
kerana sekolah menjadi tuan rumah selepas mendapat kebenaran pengelolaan
daripada Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama atau Jabatan
Pendidikan Negeri Perak, tuan rumah diberi kelonggaran untuk membuka peluang
kepada murid-murid daripada pasukan badan beruniform untuk menyertai
program tersebut. Melalui NOLB, murid-murid daripada pasukan badan beruniform
yang lain berpeluang untuk mengambil bahagian program Kadet Sekolah
Pertahanan Awam di peringkat daerah mahupun negeri. Peluang ini sangat
membantu murid-murid yang tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana
program anjuran pasukan badan beruniform yang lain.

Berpegang kepada NOLB, Kadet Sekolah Pertahanan Awam sekolah ini
telah mengelolakan program seperti Latihan Asas Kadet Sekolah Tahap 1 Negeri
Perak, Kuiz Online Kadet Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak dan Explorace
Kadet Sekolah Pertahanan Awam Daerah Larut Matang dan Selama. Dalam
program-program kelolaan Kadet Sekolah Pertahanan Awam, semua pasukan
badan beruniform diberikan kuota seramai tiga orang sepasukan untuk menyertai
program yang berjumlah 27 orang berpeluang untuk mendapat pengetahuan
sambil memperoleh markah PAJSK yang lebih tinggi.

4.2 United We Stand, Divided We Fall

‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh’. Pendekatan kedua ialah United We Stand,
Divided We Fall iaitu semua ahli pasukan badan beruniform yang lain bersama-
sama membantu menjayakan program kelolaan Kadet Sekolah Pertahanan Awam
di peringkat daerah dan negeri. Antara program ialah Kursus Pegawai Angkatan
Pertahanan Awam Negeri Perak, Latihan Kemahiran Pasukan Institusi Pertahanan

Awam (PISPA) Negeri Perak dan Pertandingan Kemahiran Kadet Sekolah
Pertahanan Awam Negeri Perak.

Dalam program-program tersebut, ahli-ahli daripada pasukan badan
beruniform yang lain bersama-sama ahli Kadet Sekolah Pertahanan Awam diberi
peluang bertugas sebagai pembantu dalam latihan atau dalam penyediaan
makanan. Terdapat dalam kalangan mereka ditugaskan sebagai fasilitator atau
membantu dalam tugas-tugas am seperti menyediakan kelas atau dewan.
Bilangan ahli yang terlibat bergantung kepada jenis program; penyertaan yang
paling banyak adalah sewaktu menjayakan Pertandingan Kemahiran Kadet
Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak dan bilangannya lebih kurang 50 orang.
Ahli-ahli ini sambil membantu, mereka secara tidak langsung memperoleh
pengetahuan serta pengalaman secara langsung dan tidak langsung.

4.3 Leaders Are Made Not Born

‘Pemimpin Dibentuk Bukan Dilahirkan”. Proses untuk membentuk sifat kepimpinan
mengambil masa yang panjang dan berterusan. Melalui pendekatan; Leaders Are
Made Not Born, Unit Kokurikulum melalui Kadet Sekolah Pertahanan Awam
bertekad untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan ahli pasukan beruniform
yang lain supaya dapat menyediakan barisan pemimpin yang mampu menerajui
pasukan masing-masing dengan cemerlang di peringkat sekolah.

Di peringkat negeri, Kadet Sekolah Pertahanan Awam mengelolakan dua
program seperti e-Learning Kadet Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak dan
Training of Trainers Kadet Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak. Melalui e-
Learning, ahli-ahli dikehendaki menyediakan bahan yang sesuai untuk diajar dan
melalui pengalaman ini mereka dapat membina keyakinan diri. Program Training
of Trainers Kadet Sekolah Pertahanan Awam memberi peluang kepada ahli-ahli
Pasukan Badan Beruniform yang lain dengan kuota dua orang satu unit bersama-
sama dengan ahli Kadet Sekolah Pertahanan Awam sekolah-sekolah sekitar
negeri Perak.

Di peringkat sekolah, ahli-ahli Pasukan Badan Beruniform diberi peluang dan
pendedahan untuk mengelolakan program seperti Kem Kawad Kaki dan Kem
Perdana. Kedua-dua program ini di bawah penyeliaan Angkatan Pertahanan
Awam daerah Taiping bersama Kadet Sekolah Pertahanan Awam SMK Doktor
Burhanuddin.

5.0 Dapatan dan Impak

Dapatan dan impak diambil kira penyertaan dan pencapaian pasukan badan beruniform
antara tahun 2019 dan 2020.

Pencapaian Tahun 2019

10 8
8 1
6
4 3
2 11

0 JOHAN

Pencapaian Tahun 2020

80 5864
60
40 22 1925 JOHAN
20
0 1 NAIB JOHAN

KETIGA

5.1 Pencapaian pada tahun 2019

A. Kadet Sekolah Pertahanan Awam
(a) Johan Kawad Kaki Agensi Kerajaan Negeri Perak
(b) Naib Johan Ketua Platun Terbaik Negeri Perak
(c) Johan Membawa Hos Berhalangan KASPA Negeri Perak
(d) Johan Pertolongan Cemas KASPA Negeri Perak
(e) Johan Pembalutan Segi Tiga KASPA Negeri Perak
(f) Johan Pembalutan Bergulung KASPA Negeri Perak
(g) Johan One-man CPR KASPA Negeri Perak
(h) Johan Menyelimut & Mengikat Pengusung KASPA Perak
(i) Johan Gajet Tripod KASPA Perak

B. Kor Kadet Polis
(a) Naib Johan Kawad Kaki Agensi Kerajaan Daerah LMS

C. Bulan Sabit Merah Malaysia
(a) Johan Kawad Kaki Agensi Bukan Kerajaan Daerah LMS
(b) Platun Terbaik Daerah LMS

D. Kadet Remaja Sekolah
(a) Ketiga Kawad Kaki KRS Daerah LMS

E. Kadet Jabatan Pengangkutan Jalanraya

5.2 Penyertaan (sebagai peserta, fasilitator atau pembantu)

(a) Pertandingan Kawad Kaki Daerah Larut Matang & Selama
(b) Kursus Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak
(c) Latihan Asas Kadet Sekolah Pertahanan Awam Tahap Satu Negeri Perak
(d) Latihan Kemahiran Pasukan Institusi Pertahanan Awam Negeri Perak
(f) Latihan Asas Pasukan Institusi Pertahanan Awam Negeri Perak
(g) Pertandingan Kemahiran Kadet Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak
(h) Explorace Kadet Sekolah Pertahanan Awam Daerah LMS
(i) Kem Perdana SMK Doktor Burhanuddin
(j) Latihan Kawad Kaki SMK Doktor Burhanuddin

5.3 Pencapaian pada tahun 2020

A. Kadet Sekolah Pertahanan Awam
(a) Johan Kuiz Online Melawan Kebakaran KASPA Perak
(b) Naib Johan Kuiz Online Melawan Kebakaran KASPA Perak
(c) Naib Johan Kuiz Online Pertolongan Cemas KASPA Perak
(d) Johan Pertandingan e-Learning KASPA Negeri Perak
(e) Naib Johan Pertandingan e-Learning KASPA Negeri Perak

5.4 Penyertaan (sebagai peserta, fasilitator atau pembantu)

(a) Latihan Asas Kadet Sekolah Pertahanan Awam Negeri Perak
(b) Latihan Kemahiran Pasukan Institusi Pertahanan Awam Perak
(c) Kuiz Online Pertolongan Cemas KASPA Negeri Perak
(d) Kuiz Online Melawan Kebakaran KASPA Negeri Perak
(e) Kuiz Online Teknik Menyelamat KASPA Negeri Perak
(f) Kuiz Online Pasukan Badan Beruniform Jabatan Pendidikan Perak
(g) Kuiz Online Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia
(h) Pertandingan CAMPRO JPN Perak

Dengan kaedah No One Is Left Behind dan United We Stand, Divided We Fall,
lebih ramai murid berpeluang untuk menyertai program-program peringkat negeri dan
kebangsaan melalui program-program yang dianjurkan oleh SMK Doktor Burhanuddin
dan agensi-agensi yang lain.

Walaupun Kuiz Online Pasukan Badan Beruniform Jabatan Pendidikan Perak
dan Kuiz Online Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia bukan anjuran SMK Doktor
Burhanuddin penyelarasan kedua-dua program tersebut di bawah pemantauan guru
SMK Doktor Burhanuddin iaitu Peh Kim Hock. Dengan penglibatan Peh Kim Hock
dalam kedua-dua program ini, maka program ini diuar-uarkan kepada semua murid.
Dalam Kuiz Online Pasukan Badan Beruniform Jabatan Pendidikan Negeri Perak
seramai 326 murid menyertai dan layak memperoleh markah penyertaan peringkat
negeri. Manakala, dalam Kuiz Online Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia,

seramai 72 orang ahli Kadet Sekolah Pertahanan Awam layak memperoleh markah
penyertaan peringkat kebangsaan.

Program Status Penyertaan Penglibatan Jumlah
43
Latihan Asas KASPA Tahap 1 Negeri 23 20 20
28
Latihan Kemahiran PISPA Negeri - 20 55

Program e-Learning KASPA Perak Negeri 28 48
52
Kuiz Online Pertolongan Cemas Negeri 55
326
KASPA Perak
68
Kuiz Online Menyelamat KASPA Perak Negeri 48 42
682
Kuiz Online Melawan Kebakaran Negeri 52
KASPA Perak

Kuiz Online Jabatan Pendidikan Negeri Negeri 326
Perak

Kuiz Online KASPA Kebangsaan Kebangsaan 68

Pertandingan CAMPRO Negeri 42

Jumlah 604 40

Data penyertaan, penglibatan dan pencapaian

Program Status Johan/ Naib-johan/ Ketiga
Emas Perak 00
28
Program e-Learning Kaspa Perak Negeri 01 01
20
Kuiz Online Pertolongan Cemas Kaspa Negeri 04 15 13

Perak 25
3
Kuiz Online Menyelamat Kaspa Perak Negeri 03 17

Kuiz Online Melawan Kebakaran Negeri 12 20

Kaspa Perak

Kuiz Online Kaspa Kebangsaan Kebangsaan 1 19

Pertandingan CAMPRO Negeri 2 3

Pertandingan CAMPRO Kebangsaan *menunggu keputusan

Jumlah

Data pencapaian bagi tahun 2020

2017 2018 2019 2020 (Pelunjuran)
12.0%
Gred A 5.64% 6.92% 43.0%
Gred B
Gred purata 36.2% Tiada data 38.64%

2.58 2.51

Data PAJSK murid-murid

Daripada data penglibatan dan pencapaian murid-murid dalam program peringkat
negeri dan kebangsaan, pihak SMK Doktor Burhanuddin, Taiping yakin dengan pelunjuran
yang ditetapkan ialah 12.0 peratus murid mendapat gred A dan 43.0 peratus murid
memperoleh gred B.

Dalam usaha melahirkan pemimpin-pemimpin melalui Leaders Are Made, Not Born
pada 29 Julai 2020 dan 3 September 2020, seramai 114 orang ahli dari pelbagai unit
berganding bahu untuk menjayakan aktiviti kokurikulum Mentor Mentee. Berikut ialah jadual
pelaksanaan program tersebut:



6.0 Rumusan

Cabaran yang dihadapi ialah pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk
Malaysia. Banyak program yang dirancang terpaksa dibatal atau ditangguhkan. Dengan
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, semua sekolah diarahkan tutup dan murid-
murid tidak dapat ke sekolah lebih kurang tiga bulan.

Sebagai cara untuk mengatasi cabaran, SMK Doktor Burhanuddin menganjurkan dua
program dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak dan kebenaran
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Kedua-dua program tersebut ialah Kuiz Online
Kemahiran Kadet Sekolah Pertahanan Awam dan Pertandingan e-Learning Kadet Sekolah
Pertahanan Awam Negeri Perak. Di samping itu, kaedah pengendalian kuiz online telah diurus
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan melantik Encik Peh Kim Hock sebagai penyelaras
program ini. Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga menggunakan platform
pengendalian kuiz SMK Doktor Burhanuddin untuk Kuiz Kadet Sekolah Pertahanan Awam
Peringkat Kebangsaan dan Encik Peh Kim Hock berperanan sebagai penasihat.

Bagi tahun-tahun yang akan datang, SMK Doktor Burhanuddin seharus mengekalkan
‘blueprint’ yang sama. Aspek yang boleh dipertimbangkan adalah supaya menfokuskan
kepada guru-guru penasihat pasukan badan beruniform. Guru-guru berkenaan harus diberi
latihan yang khusus bagi unit beruniform masing-masing.

Bibliografi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – PADU https://www.padu.edu.my/my/about-the-
blueprint/

Adnan Kamis (1988): Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan
Beruniform Ke Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut
Falsafah KBSM. Kertas kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Ahmad Esa, Mohd Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, & Zalinah
Salehon. (2015). Citra Kokurikulum. (Penerbit UTHM, Ed.). Penerbit UTHM.

Hamedah Wok Awang & Normah Teh (2009): Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan.
Kuala Lumpur: PTS Professional.

Mahoney, R.W; Larson, R.W., Eccles, J.S. & Lord, H. (2005): Organized activities as
contexts of development: Extracurricular activities, after-school and community
programs. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah,
38(2), 1–9.

Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah
Menengah Harian|. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.3(Isu 3), 17–43.

Norlena Salamuddin, Mohd Taib Harun, & Nur Asmara Diana Abdullah. (2011). Teachers’
Competency in School Extra-Curricular Management Ministry of Education, Putrajaya
Malaysia. World Applied Sciences Journal 15, 15, 49–55.

Scan QR Code

ADIPATI UNGGUL BERKARISMA

Kamarulazaman bin Kamaruddin, Rozita binti Nayan,
Subri bin Aziz

Sekolah Kebangsaan Bidor, Perak
[email protected]

Abstrak

Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada gaya kepimpinan guru besar dalam
mentadbir sekolah tersebut. Guru besar berupaya mempengaruhi semua guru dan warga
sekolah untuk menjayakan satu program. Kejayaan dapat dicapai jika guru besar mempunyai
kepimpinan berkesan. Dalam kerangka Program Transformasi sekolah 2025 (TS25),
pemimpin berkesan adalah sangat penting dalam pembinaan persekitaran pembelajaran
yang bermakna di sekolah. Penulisan ini adalah untuk melihat keberkesanan gaya
kepimpinan Puan Hajah Roslina binti Abdul Rani selaku Guru Besar SK Bidor dalam tempoh
tiga tahun bermula tahun 2018 hingga 2020. Penilaian dilihat dari aspek transformasi
persekitaran sekolah, kemenjadian murid terutamanya dari segi koakademik, pengupayaan
guru dan tahap keyakinan ibu bapa. Soal selidik dijalankan dalam kalangan murid Tahun 6,
guru-guru dan ibu bapa bagi menilai tahap kepuasan mereka terhadap transformasi sekolah
yang dilaksanakan sepanjang Puan Hajah Roslina binti Abdul Rani menjadi guru besar di SK
Bidor. Temu bual juga dijalankan dengan Guru Besar sendiri bagi mendapatkan maklumat
berkaitan kekangan, matlamat dan usaha yang dijalankan di sekolah bagi mencapai hasrat
Program TS25. Selain itu, evidens seperti one page report untuk semua program juga
dikumpul sebagai bukti pencapaian sekolah. Anugerah-anugerah yang dicapai oleh pihak
sekolah sama ada murid, guru atau guru besar sendiri di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan mahu pun antarabangsa juga menjadi kayu pengukur kepada kejayaan gaya
kepimpinan berkesan oleh Puan Hajah Roslina binti Abdul Rani.

Kata kunci: pemimpin berkesan, TS25, transformasi

1.0 Pengenalan

Puan Hajah Roslina bt Abdul Rani memulakan perkhidmatan pada 2 Januari 1987 di Sekolah
Menengah Hamid Khan, Tapah. Selepas itu, pada tahun 1988 beliau bertugas di sebuah
sekolah rendah di Selangor. Setelah bertukar semula ke negeri Perak beberapa tahun
kemudian, beliau telah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah
Kebangsaan Chenderiang, Perak. Beliau terkenal sebagai seorang guru yang aktif dan
banyak memberi sumbangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Antara
sumbangan beliau ialah sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan Sains, Guru Sumber Sains dan
Penulis Buku Teks Sains. Pada tahun 2015, beliau telah dilantik menjadi Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Besout 4. Selanjutnya, pada tahun 2017, beliau telah bertukar ke SK Bidor.

Di SK Bidor, Puan Hajah Roslina terus mengorak langkah terutamanya setelah SK
Bidor terpilih menjadi sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort
3.0 pada tahun 2018. Sepanjang tiga tahun iaitu dari tahun 2018 hingga 2020, Puan Hajah
Roslina binti Abd Rani telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi di SK Bidor dari
aspek pembangunan persekitaran sekolah, kemenjadian murid dan pengupayaan guru serta
meningkatkan tahap keyakinan ibu bapa terhadap kemampuan sekolah. Beliau telah berjaya
membuktikan keupayaan sebagai pemimpin berkesan dalam membina persekitaran
pembelajaran bermakna seperti yang termaktub dalam kerangka TS25.

Langkah pertama beliau adalah dengan mengenal pasti masalah yang terdapat di SK
Bidor. Setelah mengenal pasti semua masalah dan halangan, Guru Besar telah
melaksanakan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau telah
menetapkan hala tuju, misi dan visi berdasarkan kepada slogan tertentu. Umpamanya tahun
2018, One Team, One Goal For the Success of SKB yang membawa makna kesepakatan
warga sekolah diperlukan untuk mencapai kejayaan serta nama baik sekolah. Tahun 2019,
Knowledge Around Us yang membawa pengertian kawasan sekolah di pelbagai sudut
menyediakan sumber pengetahuan dan informasi untuk tatapan warga. Manakala tahun 2020
pula, Strive For The Best yang membawa konotasi bahawa sikap berusaha atau berjuang
untuk mendapatkan yang terbaik harus disemai dalam diri setiap warga SK Bidor.

Selanjutnya, penulisan ini adalah untuk melihat keberkesanan kepimpinan Guru Besar
dari segi:

1. Tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru.
2. Tahap penglibatan murid dalam aktiviti koakademik dan kokurikulum.
3. Tahap kepuasan dan keyakinan ibu bapa dalam berurusan dengan perkara berkaitan

pendidikan anak-anak.
4. Transformasi ke atas persekitaran sekolah.

2.0 Pernyataan Masalah

Guru Besar telah mengenal pasti beberapa cabaran dan kekangan dalam merealisasikan
hasrat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pada awal perkhidmatan beliau di SK
Bidor. Beliau mahu meningkatkan semangat kerjasama dan penyatuan dalam kalangan guru
bagi melaksanakan aktiviti sekolah.

Kehadiran murid yang kurang memberangsangkan ke sekolah juga dikenal pasti
sebagai satu cabaran kepada pihak sekolah. Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum dan
koakademik pula hanya terhad di peringkat sekolah dan zon sahaja tanpa ada pencapaian di
peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, persekitaran fizikal sekolah juga kelihatan suram,
kurang berinformasi dan kurang ceria.

Persepsi dan tanggapan masyarakat sekitar terhadap nama baik dan reputasi sekolah
juga turut mendapat perhatian Puan Hajah Roslina. Populasi masyarakat semakin meningkat
berikutan pertambahan pembukaan taman-taman perumahan baharu namun, ibu bapa
memilih sekolah lain yang agak jauh untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

3.0 Metodologi

Dua kaedah telah digunakan bagi mendapatkan hasil yang boleh menyokong kepimpinan
Puan Hajah Roslina sebagai pemimpin berkesan iaitu:

a) Temu bual

Temu bual diadakan dengan Puan Hajah Roslina sendiri. Temu bual yang diadakan
berkisar kepada persoalan latar belakang pendidikan, pengalaman, visi dan misi,
halangan dan pencapaian beliau.

b) Soal selidik

Soal selidik dijalankan ke atas responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun
6 (20 orang), guru-guru (20 orang) dan ibu bapa (20 orang).

4.0 Kaedah Pelaksanaan

a) Pengupayaan dan kepuasan bekerja guru

Dalam menggerakkan pengupayaan guru, Guru Besar telah melaksanakan perubahan
dengan menubuhkan kumpulan Adulte Ukulele yang dianggotai oleh guru, Anggota
Kumpulan Pengurusan (AKP) dan PIBG. Pasukan Ukulele ini menyertai pertandingan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan telah menjuarai kategori yang disertai.

Selain itu, diadakan juga sambutan hari lahir pentadbir, guru dan AKP pada setiap
bulan di bawah tanggungjawab Kelab Guru dan Staf SKB. Aktiviti ini adalah sebagai
penghargaan dan tanda ingatan setiap warga sekolah.

Setiap hujung tahun Kelab Guru dan Staf juga dipertanggungjawabkan untuk
mengadakan Hari Keluarga SKB di lokasi-lokasi luar negeri Perak bagi mengeratkan
dan meredakan tekanan kerja para guru dan staf.

Pemberian hadiah penghargaan seperti pakaian serta jamuan bulanan daripada
pihak pentadbir kepada guru-guru dan staf juga sedikit sebanyak dapat
menggembirakan dan mengambil hati para guru.

b) Kemenjadian murid

Bagi memastikan murid-murid mendapat nilai tambah atau kemahiran lain, Guru Besar
telah menubuhkan pasukan ukulele, tarian, perkusi dan kompang yang kemudiannya
disatukan menjadi Giovane SKB. Pasukan ini telah mengecap kejayaan iaitu di
peringkat antarabangsa di Festival Ukulele Malaysia 2019 dan turut diundang
mengadakan persembahan di Majlis Anugerah Sukan MSSPK 2019, di RTM, Ipoh dan
Karnival Jelajah Pendidikan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di MAPS, Ipoh,
Perak.

Selain itu, Project Based Learning (PBL), The Magic of Serai telah diangkat sebagai
Projek Show Case Daerah Batang padang. Program yang disertai oleh murid Tahun 4
ini telah berjaya menambah pengetahuan dan pengalaman murid dalam penghasilan
produk berasaskan serai seperti minuman dan wangian.

c) Tahap keyakinan dan persepsi ibu bapa

Bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa, Guru Besar telah memberi
ruang kepada ibu bapa dari Kampung Chang (Orang Asli) untuk menyumbang tenaga
untuk membina dua buah pondok berkonsepkan tradisi Orang Asli. Kesungguhan dan
penglibatan ibu bapa bagi aktiviti ini amat membanggakan.

Seterusnya, ibu bapa juga dipelawa membantu sekolah membentuk pasukan tarian,
ukulele, bola sepak dan badminton dengan menyumbang tenaga sebagai jurulatih.
Bantuan yang dihulurkan sama ada dalam bentuk tenaga dan buah fikiran ini sedikit
sebanyak telah membantu pihak sekolah menambah kemahiran dan kemenjadian
murid-murid.

Aktiviti-aktiviti keceriaan sekolah dan kelas yang diadakan juga turut disertai oleh
ibu bapa. Penyertaan ibu bapa terutamanya semasa aktiviti keceriaan kelas
memperlihatkan sikap ambil tahu dan ambil berat terhadap persekitaran pembelajaran
anak-anak mereka. Tambahan pula, terdapat peningkatan kehadiran yang amat
memberangsangkan direkodkan dalam e-Sarana contohnya, mesyuarat PIBG, Hari
Interaksi dan Kejohanan Sukan Tahunan.

d) Perubahan persekitaran sekolah

Perubahan persekitaran dimulakan dengan mewujudkan suasana yang selamat dan
berinformasi. Kawasan sekolah yang disifatkan tidak selamat dirombak dan digantikan
dengan sudut informasi contohnya di bawah tangga bangunan, kawasan hujung dan
tepi padang yang dijadikan kawasan Project Based Learning (PBL) yang ditanam
dengan serai dan ubi kayu.

Kewujudan taman herba Strawberry Yard, Orchid Zone dan Laman PPDa bukan
sahaja menceriakan kawasan tetapi memberikan informasi yang berguna kepada
murid. Penyampaian maklumat melalui QR Code pula memudahkan pelawat mendapat
maklumat.

Projek naik taraf English Zone, Maths Corner, Hibiscus Square dan Sudut
Pendidikan Islam telah merubah suasana yang suram kepada yang lebih ceria,
berinformasi dan menarik perhatian berikutan kedudukannya yang berhampiran laluan
murid.

Pembinaan pondok ilmu dan pondok tradisional Orang Asli (Jambor Lemu Penanei)
yang mewakili kampung masing-masing dari sudut psikologinya memberikan
gambaran bahawa pihak sekolah menghargai kehadiran dan kewujudan etnik Orang

Asli bagi bersama-sama membangunkan pendidikan anak-anak. Murid-murid bukan
Orang Asli juga berpeluang merasai pengalaman berada di dalam pondok-pondok yang
menggunakan bahan binaan daripada sumber alam.

Proses naik taraf bilik-bilik khas seperti bilik gerakan, bilik rehlah guru, kantin, bilik
Mumtaz, bilik isolasi, surau dan pusat sumber sekolah telah menukarkan wajah SK
Bidor menjadi lebih ceria. Tambahan pula, kelas-kelas pembelajaran juga telah
dilengkapi dengan Smart TV sedikit sebanyak berupaya menarik minat murid.
Bangunan-bangunan sekolah juga telah dicat semula dengan warna yang menarik dan
dihias dengan kain rentang yang memuatkan pelbagai informasi dan tokoh-tokoh
ternama dunia.

5.0 Kesan Pelaksanaan

Analisis terhadap respons yang diperoleh daripada responden menjadi tunjang utama kepada
penulisan ini. Bagi membuktikan keberkesanan kepimpinan Puan Hajah Roslina, seramai 60
orang responden yang terdiri daripada guru (20 orang), ibu bapa (20 orang) dan murid Tahun
6 (20 orang) telah diberikan borang soal selidik.

Berdasarkan soal selidik, didapati seramai 57 orang atau 91.2 peratus responden telah
mengenali dan pernah berurusan dengan Puan Hajah Roslina sepanjang 2018 dan 2019,
sama ada sebagai murid, guru mahupun ibu bapa.

Seterusnya, dari segi kepimpinan Puan Hajah Roslina, beberapa item yang meliputi kepuasan
bekerja (guru), kepuasan belajar (murid) dan kepuasan berurusan (ibu bapa), penerimaan
arahan serta sikap ambil berat ditampilkan. Seramai 20/20 orang guru atau 100 peratus
menyatakan bersetuju dengan tahap kepuasan bekerja sepanjang berada di bawah
pentadbiran Puan Hajah Roslina binti Abdul Rani. Seramai 18/20 atau 90 peratus murid pula
menyatakan bersetuju dengan tahap kepuasan belajar manakala seramai 19/20 atau 95
peratus ibu bapa pula bersetuju dengan tahap kepuasan berurusan dengan pihak pentadbir
sekolah ini.

105 100 90 95
100 Murid Ibu Bapa

95

90

85
Guru

rajah 1 : Analisis Kepimpinan

Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan Puan Hajah Roslina juga turut
mengutamakan kepuasan dan keselesaan di samping mempermudah segala urusan yang
berkaitan pentadbirannya sama ada dalam kalangan guru murid-murid dan juga ibu bapa.


Click to View FlipBook Version