Murid juga lebih matang dan mahu ke hadapan secara sukarela tanpa perlu dipaksa
seperti sebelumnya. Mereka juga gemar bertanya dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
yang melibatkan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Aktiviti luar yang disertai juga mendapat
tempat di hati murid dan seorang murid berjaya melakar kejayaan dengan mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan mengeja dalam bahasa Inggeris peringkat negeri Perak anjuran
Jabatan Kesihatan Negeri. Selain itu juga, mereka sentiasa menjadi tumpuan dalam kelas
oleh rakan-rakan lain apabila menyertai aktiviti seperti debate dan public speaking dalam
kelas.
7.0 Perbincangan dan Rumusan
Dunia luar merupakan satu cabaran kepada para murid yang kebanyakan menganggap
bahasa Inggeris sebagai bahasa asing yang sukar dipelajari. Menyedari hal demikian,
sekolah menyediakan peluang dan keperluan untuk murid membiasakan diri berkomunikasi
dalam bahasa ini dalam kehidupan seharian. Isu-isu terpencil seperti tiada dorongan, kerap
dimalukan oleh murid lain sekiranya membuat kesalahan ketika bertutur dan tiada motivasi
seharusnya dijadikan cabaran yang mampu ditangani berbanding dengan halangan yang
besar. Guru-guru perlu sentiasa bersedia untuk membantu murid meningkatkan keyakinan
diri dan memberikan dorongan yang positif agar mereka berani bercakap di hadapan orang
lain dengan yakin. Ketiga-tiga aktiviti atau inisiatif yang dijalankan bertujuan meningkatkan
tahap profisiensi murid dalam kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris yang bermula di
hadapan rakan, guru serta orang luar dengan kaedah pemantauan dan data yang kukuh
sebagai evidens. Program ini adalah diharapkan agar berlanjutan dalam satu tempoh yang
lama dan menjadi kayu ukur untuk meningkatkan pencapaian murid daripada Tahap
Penguasaan 1 kepada 3 dan peratus kelulusan yang tinggi dalam ujian serta peperiksaan
yang akan datang.
Bibliografi
Campbell, C. A., & Campbell, M. (2012). The new one-page project manager: Communicate
and manage any project with a single sheet of paper. John Wiley & Sons.
Kugiejko, M., & Granda-Pinan, A. R. (2017). The Importance of Organising and Conducting
Tourism Instruction in Early Childhood and School Education Based on the Example of
the CEIP Villa Romana in Spain. International Journal of Innovation and Research in
Educational Sciences.
Kumaran, S. R. (2017). Benefits and shortcomings of role-play as a speaking activity in
English language classrooms. The English Teacher, 22.
Nijat, N., Atifnigar, H., Chandran, K., Selvan, S. L. T., & Subramonie, V. (2019). Psychological
Factors that Affect English Speaking Performance among Malaysian Primary School
Pupils. American International Journal of Education and Linguistics Research, 2(2), 55-
68.
82
Nur, M. (2017). ENGLISH CORNER: A SETTING TO SUPPORT CLT SUCCESS
ENHANCING STUDENTS’SPEAKING SKILL. IDEAS: Journal on English Language
Teaching and Learning, Linguistics and Literature, 5(1).
83
OPS MANTAP
Rafifi Anuar bin Abdullah, Heah Ai Leng, Chan Sook Yan
SJK(C) Min Sin, Ipoh, Perak
[email protected]
Abstrak
Amalan ini dijalankan dengan tujuan meningkatkan penglibatan dan mencungkil bakat
terpendam murid dalam bidang sukan. Pemerhatian menunjukkan bahawa kemenjadian
murid dalam prestasi sukan di SJK(C) Min Sin bukan berada pada tahap yang terbaik.
Kekangan yang dihadapi oleh guru penasihat sukan utama di SJK(C) Min Sin seperti bola
keranjang, bola tampar dan olahraga adalah bilangan murid yang terhad untuk mewakili
sekolah. Kebanyakan murid tidak berminat dan tidak mahu mengambil bahagian walaupun
sebenarnya mereka berpotensi. Pelaksanaan program ini melibatkan semua murid SJK(C)
Min Sin seramai 300 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Hasil dapatan yang dilakukan
melalui instrumen kemahiran dan analisis bilangan murid menunjukkan peningkatan bilangan
murid sebanyak 38 peratus yang menyertai pasukan sekolah. Kesimpulannya, program ini
telah banyak membantu guru penasihat sukan untuk meningkatkan kemenjadian murid dalam
penyertaan aktiviti sukan serta mengetengahkan bakat terpendam mereka. Program ini
mempunyai implikasi yang positif terhadap guru-guru dalam usaha untuk membentuk
pasukan sekolah yang mantap.
Kata kunci: kemenjadian murid, Ops Mantap, pasukan sekolah.
1.0 Pengenalan
Prestasi pasukan sekolah dalam pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah
(MSSD) Kinta Utara bukanlah sesuatu yang membanggakan. Kebiasaannya pasukan bola
keranjang sekolah dan olahraga akan terkandas pada peringkat awal. Hanya pasukan bola
tampar sekolah sahaja yang memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah di peringkat daerah. Perkara ini adalah kerana pihak sekolah mempunyai seorang
guru lelaki yang berkemahiran dan bertauliah dalam kejurulatihan bola tampar. Selepas guru
tersebut bersara pada tahun 2012, tiada lagi guru yang dapat mengajar pasukan bola tampar
sekolah.
Hasrat sekolah adalah untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tugas murid tidak hanya bergantung kepada
bidang kurikulum semata-mata, bidang kokurikulum turut memberi faedah dan manfaat yang
besar kepada murid. Berdasarkan Perkara 1.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
1/1985(BS)8591/Jld.II(29), termaktub bahawa murid perlu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Salah satu komponen kokurikulum ialah sukan dan permainan. Melalui kegiatan
sukan, murid dapat mengembangkan bakat serta membina keyakinan diri, bersosial serta
mempelajari perkara baharu (Bailey, Cope, & Pearce, 2013 (Radhiah & Ahmad Zabidi (PhD),
84
2017). Jadi pihak sekolah perlu memainkan peranan penting untuk menaikkan semula nama
sekolah dalam bidang sukan dan permainan ke tahap yang sama atau melebihi pencapaian
sebelum ini.
2.0 Objektif
Program ‘Ops Mantap’ merupakan satu platform pihak sekolah untuk mencapai hasrat dalam
jangka masa pendek, sederhana dan juga jangka masa panjang. Antara objektif program
tersebut adalah untuk:
i. meningkatkan bilangan penyertaan murid dalam bidang sukan terutamanya dalam
bola keranjang, bola tampar dan olahraga di sekolah,
ii. mencungkil bakat yang terpendam murid dan secara tidak langsung meningkatkan
penglibatan murid untuk mewakili sekolah, dan
iii. memberikan peluang kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.
3.0 Pernyataan Masalah
Isu-isu yang dihadapi oleh guru penasihat sukan sebelum Program Ops Mantap dilaksanakan
adalah bilangan penyertaan murid yang terhad dalam pertandingan sukan MSSD Kinta Utara.
Kebanyakan murid yang mengambil bahagian dan terpilih mewakili pasukan sekolah
sebenarnya adalah murid yang sama. Murid yang lain hanya memerhatikan dari jauh kerana
tidak berminat, tidak suka berpeluh dan beranggapan bahawa sukan tidak mempunyai
kepentingan serta tidak berfaedah. Mereka juga sebenarnya tidak tahu bahawa mereka
mempunyai bakat terpendam kerana mereka tidak berani mencuba untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu sukan. Oleh itu, guru penasihat hanya dapat memilih pemain atau
atlet yang sama bagi ketiga-tiga permainan untuk mewakili sekolah.
Jadual 1
Senarai Nama Murid yang Bermain Melebihi Satu Sukan
Bil Bidang Sukan 2017 2018
1.
2. Bola 1. Hee Kai Sheng (L) 1. Loo Choon Onn(L)
3. Keranjang 2. Foong Pak Ming (L) 2. Chin Weng Hang (L)
3. Phoon Yip Hao (L) 3. Wong Guang Yew (L)
4. Yau Xue En (P) 4. Yee Xinyen (P)
5. Natasya Qing Kha Qi (P)
Bola Tampar 1. Hee Kai Sheng (L) 1. Chow Qian Tong (P)
Olahraga 2. Phoon Yip Hao (L) 2. Yee Xinyen (P)
3. Yau Xue En (P) 3. Natasya Qing Kha Qi (P)
1. Hee Kai Sheng (L) 1. Loo Choon Onn (L)
2. Foong Pak Ming (L) 2. Chin Weng Hang(L)
3. Yau Xue En (P) 3. Wong Guang Yew (L)
4. Chow Qian Tong (P)
5. Yee Xinyen (P)
6. Natasya Qing Kha Qi (P)
85
Jadual 1 di atas menunjukkan senarai nama murid yang bermain melebihi satu sukan.
Pada tahun 2017, dua orang murid telah bermain dua permainan untuk mewakili sekolah
manakala dua orang murid lagi bermain ketiga-tiga permainan dan mewakili sekolah untuk
peringkat Zon dan MSSD Kinta Utara. Pada tahun 2018 pula, empat orang murid bermain
untuk dua permainan manakala lagi dua orang murid bermain ketiga-ketiga permainan untuk
mewakili sekolah. Secara keseluruhannya, murid yang sama diambil dan dipilih untuk
mewakili sekolah. Jika mereka tiada, tidak akan ada wakil sekolah yang akan dihantar pada
tahun tersebut kerana sekolah kekurangan peserta sama ada bagi acara individu mahupun
berkumpulan.
Berdasarkan masalah yang dihadapi, semua guru penasihat sukan membuat
perbincangan untuk mencari satu penyelesaian yang efektif dan melibatkan ketiga-tiga
pasukan sekolah. Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir, satu
keputusan telah diambil sebulat suara untuk mewujudkan Program ‘Ops Mantap’ dengan
harapan program ini dapat meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum.
Tambahan pula, program ini diharapkan dapat meningkatkan penyertaan murid secara
menyeluruh dalam bidang sukan terutamanya bola keranjang, bola tampar dan olahraga.
Semua guru penasihat perlu bersepakat dan berganding bahu untuk mencari bakat baharu
melalui tiga program bawah ‘Ops Mantap’, iaitu Seminggu Satu Sukan, Ops Latihan dan Jom
Cuba yang melibatkan semua murid di sekolah ini.
4.0 Metodologi
Kaedah soal selidik dan analisis bilangan peserta telah digunakan dalam pelaksanaan
‘Program Ops’ Mantap ini. Analisis bilangan peserta dipaparkan dalam ruangan yang
berikutnya manakala jadual 2 di bawah menunjukkan soal selidik melalui instrumen kemahiran
yang telah digunakan.
Jadual 2
Instrumen Kemahiran Pemilihan Pasukan Sekolah
Bola Keranjang Bola Tampar Olahraga
Bil Nama Melantun
Bola
Menghantar
dan
Menerima
Bola
Menghadang
dan
Menjaring
Bola
Servis
Menyangga
Merejam
Larian
Lompatan
Balingan
1. Chow Qian 4 4 3 333443
Tong
2. Yee Xinyen 4 4 4 333443
3. Natasya 4 4 3 343434
Ching
Petunjuk: 1-Lemah, 2-Sederhana, 3-Baik, 4-Cemerlang
86
5.0 Kaedah Pelaksanaan
CARTA ALIR 1
PELAKSANAAN PROGRAM OPS-MANTAP
Pelaksanaan Program ‘Ops Mantap’ dalam Carta Alir 1 di atas menunjukkan tiga langkah atau
program, iaitu Program Seminggu Satu Sukan, Program Ops Latihan dan Program Jom Cuba.
Setiap program ini mempunyai tujuan dan kepentingan masing-masing yang bukan sahaja
meningkatkan penglibatan murid dalam bidang sukan, malah guru penasihat ketiga-tiga
sukan utama di SJK(C) Min Sin dapat menubuhkan sebuah pasukan sekolah yang mantap.
Program yang pertama, iaitu Program Seminggu Satu Sukan ini diilhamkan hasil
perbincangan guru-guru penasihat sukan sekolah. Program Seminggu Satu Sukan ini penting
untuk mengenal pasti bakat semua murid yang terdapat di sekolah. Seminggu Satu Sukan
bermaksud hanya satu permainan dijalankan untuk semua murid dalam minggu yang sama
bermula hari Selasa hingga Jumaat. Sukan yang lain pula akan dijalankan pada minggu yang
berikutnya. Contohnya, minggu pertama ialah giliran bola keranjang. Minggu kedua ialah bola
tampar dan minggu ketiga pula ialah olahraga. Selepas itu, minggu-minggu berikutnya akan
berlaku proses pengulangan ketiga-tiga sukan tersebut berdasarkan minggu demi minggu
sehingga tamat sesi persekolahan pada tahun semasa.
Program ini melibatkan murid secara keseluruhan bermula daripada Tahun 1 hingga
Tahun 6, iaitu seramai 300 orang murid dan dijalankan di dewan serba guna sekolah. Program
ini berlangsung pada setiap hari Selasa hingga hari Jumaat. Pada hari Selasa, program
bermula dengan murid Tahun 1, diikuti murid Tahun 2 pada hari Rabu. Giliran murid Tahun 3
dan Tahun 4 adalah pada hari Khamis manakala murid Tahun 5 dan Tahun 6 pula pada hari
Jumaat. Murid-murid berlatih mengikut hari yang ditetapkan dalam masa 30 minit, iaitu dari
pukul 7:15 pagi hingga 7:45 pagi. Semasa latihan, guru penasihat akan membuat penilaian
terhadap murid menggunakan instrumen dalam jadual 2 dari semasa ke semasa. Murid yang
bukan giliran mereka akan mengikuti kelas Program Sinar Pagi bersama guru yang telah
ditetapkan.
Dalam Program Seminggu Satu Sukan untuk permainan bola keranjang, guru
penasihat bola keranjang menjalankan latihan kemahiran asas pada minggu tersebut bermula
pada hari Selasa hingga hari Jumaat di dewan sekolah. Antara kemahiran asas yang
dititikberatkan ialah kemahiran melantun bola, menghantar dan menerima bola, menghadang
87
serta menjaring. Kebiasaannya, guru penasihat bola keranjang memilih satu kemahiran
sahaja untuk diajar pada minggu tersebut berdasarkan kebolehan setiap murid. Setiap sesi
latihan diakhiri dengan permainan kecil untuk menguji kebolehan murid berdasarkan
kemahiran yang diajar pada hari tersebut.
Permainan untuk minggu kedua pula ialah bola tampar. Antara ketiga-tiga permainan,
permainan bola tampar merupakan satu permainan yang tidak digemari murid kerana
permainan ini menyakitkan tangan terutama sekali ketika waktu menyangga bola.
Penggunaan bola yang lembut dan berkualiti amatlah digalakkan bagi murid Tahun 1, 2 dan
3. Penggunaan bola yang lembut akan membantu mereka mempelajari kemahiran dengan
gembira tanpa berasa sakit. Antara kemahiran asas yang diterapkan dalam permainan bola
tampar adalah kemahiran servis, menyangga dan merejam. Guru penasihat bola tampar juga
kebiasaannya hanya memilih satu kemahiran untuk diajar pada minggu tersebut.
Bagi olahraga pula, latihan dijalankan pada minggu ketiga di padang sekolah. Sukan
olahraga hanya menerapkan tiga kemahiran utama pada peringkat akar umbi, iaitu kemahiran
larian, lompatan dan balingan atau lontaran. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sebagai
permulaan untuk murid-murid sekolah rendah sebelum menyertai acara khusus seperti larian
100 meter, 200 meter, 80 meter lari berpagar, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi.
Acara seperti Pertandingan Merentas Desa MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Kids’ Athletic
juga merupakan pertandingan lain yang berada dalam kumpulan sukan olahraga. Jarak
Pertandingan Merentas Desa untuk sekolah rendah kategori lelaki dan perempuan
kebiasaannya adalah sejauh 4 kilometer. Bagi Kejohanan Kids’ Athletic MSSD Kinta Utara
pula melibatkan murid-murid Tahun 4 sahaja.
Program Seminggu Satu Sukan ini merupakan elemen yang paling penting dalam
menangani permasalahan yang timbul. Program ini memerlukan kerjasama daripada semua
guru untuk membantu dan mengenal pasti bakat murid dalam sesuatu permainan. Setiap
murid akan diuji dan prestasinya akan direkod menggunakan intrumen dalam jadual 2 oleh
semua guru penasihat sukan dari semasa ke semasa mengikut kemahiran yang dipelajari
pada minggu tersebut. Pada akhir program ini, guru penasihat akan dapat mengenal pasti
bakat murid dalam sesuatu permainan. Murid tersebut akan diserap masuk ke dalam pasukan
sekolah untuk dilatih dan diberi bimbingan dengan lebih mendalam agar menjadi pemain atau
atlet yang lebih berpotensi.
Program yang kedua pula ialah Ops Latihan. Ops Latihan merupakan proses melatih
murid yang telah dikenal pasti lalu membentuk sebuah pasukan sekolah yang mantap untuk
menyertai pertandingan di peringkat zon dan daerah. Murid-murid yang telah dikenal pasti
kelebihan mereka dalam sesuatu permainan akan menyertai latihan intensif. Semua guru
penasihat sukan telah bersepakat untuk menyusun jadual dengan baik agar sesi latihan tidak
bertembung antara satu sama lain. Hal ini memberi peluang kepada murid untuk menyertai
pasukan sekolah lebih daripada satu permainan jika mereka betul-betul berpotensi dan
bersaing dengan rakan secara sihat.
88
Seterusnya, program yang terakhir dalam ‘Ops Mantap’ ialah Program Jom Cuba.
Dalam program ini, guru penasihat setiap sukan akan menguji kekuatan dan kemampuan
pasukan masing-masing sebelum pertandingan sebenar bermula. Program Jom Cuba ini
penting untuk menguji persefahaman antara pemain yang telah terpilih dan menguji kekuatan
sebenar atlet sebagai penanda aras berdasarkan prestasi semasa. Beberapa perlawanan
persahabatan dan sesi penyesuaian trek sebenar telah dianjurkan oleh guru penasihat dalam
program ini. Kekuatan dan kelemahan pemain akan dikenal pasti serta cadangan
penambahbaikan akan dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan yang timbul.
Ketiga-tiga program ini iaitu Program Seminggu Satu Sukan, Program Ops Latihan dan
Program Jom Cuba, merupakan langkah-langkah yang diambil oleh guru penasihat sukan
untuk mengatasi masalah bilangan pemain dan atlet yang terhad untuk mewakili sekolah.
Ketiga-tiga program ini merupakan beberapa langkah yang dicetuskan hasil kesepakatan
semua guru penasihat sukan melalui Program ‘Ops Mantap’. Melalui program yang telah
dijalankan, guru penasihat berharap agar dapat meningkatkan bilangan penyertaan murid
dalam membentuk pasukan sekolah, mencungkil bakat terpendam murid dan
mengetengahkan serta menggilap bakat murid ke peringkat yang lebih tinggi.
6.0 Kesan Pelaksanaan
Pelaksanaan program tersebut telah menunjukkan impak yang signifikan. Program Seminggu
Satu Sukan yang dijalankan telah berjaya meningkatkan bilangan penyertaan murid dalam
tiga bidang sukan iaitu bola keranjang, bola tampar dan olahraga. Semua murid diberi
peluang untuk mengambil bahagian dalam setiap permainan tanpa berlaku keciciran. Murid-
murid didedahkan dengan kemahiran asas sukan dan guru sukan akan memerhatikan setiap
aksi yang dilakukan oleh murid dengan berdasarkan instrumen yang telah disediakan.
Implikasinya, guru sukan dapat mencari murid yang berbakat untuk menyertai sukan tertentu.
Program Seminggu Satu Sukan telah dilaksanakan selama dua tahun telah berjaya
meningkatkan bilangan penglibatan peserta dalam tiga permainan utama sebanyak 38
peratus.
Jadual 3
Bilangan Peserta dan Peratusan Peningkatan Bilangan Peserta untuk Sukan Bola Keranjang,
Bola Tampar dan Olahraga Bagi Tahun 2017 – 2019
BIDANG SUKAN BILANGAN PERATUSAN PENINGKATAN
PESERTA
2017 2018 2019 2017-2018 2018-2019
Bola Keranjang 26 32 42 23 % 31 %
Bola Tampar 24 30 40 25 % 33 %
Olahraga 15 17 27 13 % 59 %
Jumlah 65 79 109 22 % 38 %
89
Carta 1
Perbandingan Peratus Peningkatan Bilangan Peserta untuk Sukan Bola Keranjang,
Bola Tampar dan Olahraga Bagi Tahun 2017 – 2019
80 59%
Peratus (%) 60
40 23% 25% 31% 33% Bola Keranjang
Bola Tampar
20 13% Olahraga
0 2018-2019
2017-2018
Tahun
Jadual 3 dan Carta 1 menunjukkan bilangan peserta yang menyertai pasukan bola
keranjang, bola tampar dan olahraga dari tahun 2017 hingga tahun 2019. Jelasnya, Program
Seminggu Satu Sukan telah berjaya meningkatkan bilangan peserta untuk setiap jenis sukan
dalam tiga tahun berturut-turut. Dengan merujuk pada jadual 3, jumlah peserta untuk ketiga-
tiga sukan telah meningkat sebanyak 22 peratus antara tahun 2017 dan tahun 2018,
manakala antara tahun 2018 dan tahun 2019, peratus peningkatan peserta dalam ketiga-tiga
sukan telah mencecah 38 peratus. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Program Seminggu
Satu Sukan yang dilaksanakan selama dua tahun ini memang membawa dapatan dan impak
yang positif serta membanggakan.
Seterusnya, Ops Latihan dan Jom Cuba merupakan dua langkah yang dijalankan untuk
memberi peluang kepada murid yang berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Melalui Ops Latihan, murid-murid telah menjalani latihan yang lebih mencabar untuk
menyediakan diri masuk ke pertandingan peringkat lebih tinggi. Sejak tahun 2018, Ops
Latihan dan Jom Cuba telah dilancarkan selaras dengan Seminggu Satu Sukan dan prestasi
pencapaian yang diperoleh untuk ketiga-tiga sukan dalam jangka masa dua tahun ini amat
membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah.
Jadual 4
Pencapaian Sukan SJK(C) Min Sin Tahun 2017 – 2019
Bidang 2017 2018 2019
Bil. Sukan
1. Bola
1. Kejohanan Bola 1. Kejohanan Bola Keranjang
Berpasukan Zon
Keranjang MSSD: Keranjang MSSD: C MSSD:
Lelaki: Naib
Lelaki: Naib Johan Lelaki: Peringkat Johan
Perempuan:
Perempuan: awal Naib Johan
BOLA Tempat ketiga Perempuan: 2 2.Antara Zon:
KERANJANG murid P12
2. Program terpilih
Pembangunan Bola mewakili
Keranjang Bawah MSSDKU dan
11 Tahun Zon B telah menjadi
90
Kinta Utara & Kinta juara (hanya Tempat
Selatan: pemain Keempat
Pasukan Lelaki: simpanan).
Johan 3.Individu :
1 murid P12
3. Program mewakili
Pembangunan Bola MSSDKU dan
Keranjang Bawah mendapat johan.
11 Tahun Antara
Zon MSSPk: 1. Bola Tampar
Lelaki: Tempat Zon C MSSD:
Ketiga Lelaki: Naib
Johan dan
1.Bola Tampar 1.Bola Tampar terpilih mewakili
MSSD Zon: MSSD Zon: daerah.
Lelaki: Lelaki: Naib Perempuan:
Peringkat awal Johan dan Tempat ketiga
Perempuan: terpilih ke
Tempat ketiga peringkat Individu: 2 murid
daerah. lelaki terpilih
2. Bola Tampar Individu: Tiada Perempuan: mewakili daerah
Tempat ketiga Kinta Utara
dalam MSSPk.
Individu: Tiada 1.Merentas
Desa MSSD
3. Olahraga 1. Merentas 1. Merentas Kinta Utara
Desa Desa MSSD Individu :
MSSD Kinta Kinta Utara. Tempat ke-12 &
Utara. Individu: 15 (P12)
Individu: Tempat ke-19 Berpasukan:
Tempat ke-54 & 20 (P12) Tempat Kedua
(L12) Berpasukan: (P12)
Berpasukan: Tiada Keseluruhan:
Tiada Tempat
2. Olahraga Kelima
2. Olahraga MSSD Kinta
MSSD Kinta Utara 2. Olahraga
Utara Individu: Individu: MSSD Kinta
Johan Lari Tempat Utara
Berpagar (L12) ketiga Lari Individu : 100M,
Berpasukan: Berpagar 200M, Lompat
Peringkat awal (P12) Jauh (P12) –
Berpasukan: Akhir
MSSPk: Tidak 4x100 meter Berpasukan :
layak. (Separuh 4x100 meter
Akhir)
91
MSSPk: (Akhir)
Tidak Layak.
3. Kids Athletic
MSSD Individu:
Naib Johan (P10)
MSSPk: Johan
Berpasukan
Peringkat
Antarabangsa:
1st Asian Kids’
Athletic in
Macau 2019
(Second Group
Prize)
Jadual 4 menunjukkan pencapaian sukan yang telah diperoleh pada Tahun 2017
hingga Tahun 2019. Pada tahun 2017, pencapaian tersebut bukanlah satu pencapaian yang
membanggakan kerana hanya segelintir murid sahaja yang berbakat dalam pasukan.
Kejayaan bukanlah boleh hadir dengan mudah tanpa disertai komitmen, kerjasama
berpasukan, strategi yang betul serta berkeyakinan (Ahmad Shabery Cheek, 2012). Tanpa
kerjasama berpasukan daripada murid yang berbakat, kejayaan tidak akan dapat dicapai
dengan sewenang-wenangnya. Setelah pelaksanaan Ops Latihan dan Jom Cuba pada tahun
2018 dengan jelas dapat melihat impak yang berkesan atas pelaksanaan kedua-dua program
tersebut.
Pencapaian pada tahun 2019, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi sukan
bola keranjang, seorang pemain perempuan bawah umur 12 tahun berjaya mewakili
MSSDKU dan mendapat johan dalam pertandingan itu. Bagi sukan bola tampar, dua orang
pemain lelaki dipilih mewakili Kinta Utara. Keadaan ini tidak pernah berlaku untuk tahun
sebelumnya. Pencapaian olahraga pada tahun 2019 amat membanggakan. Acara merentas
desa MSSDKU berjaya mendapat tempat ke-12 dan ke-15 berbanding dengan tahun 2018
yang hanya mendapat tempat ke-19 dan ke-20. Selain itu, seorang atlet murid Tahun 4
berjaya masuk ke peringkat antarabangsa. Beliau dipilih untuk mewakili Malaysia dalam
menyertai pertandingan 1st Asian Kids’ Athletic di Macau dan mendapat Second Group Prize
untuk pasukan Malaysia.
Walaupun Program ‘Ops Mantap’ hanya dilaksanakan selama dua tahun sahaja,
namun impaknya amatlah menonjol. Dengan adanya Seminggu Satu Sukan, bilangan
penyertaan murid dalam bidang sukan Berjaya ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat
mencungkil bakat dan minat murid dalam bidang sukan yang tertentu. Program Ops Latihan
dan Jom Cuba pula berjaya memberikan peluang kepada murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pihak sekolah berasa sungguh bangga dengan
prestasi dan pencapaian murid dalam sukan bola keranjang, bola tampar dan olahraga pada
Tahun 2019.
92
7.0 Rumusan
Melalui pelaksanaan Program ‘Ops Mantap’, pihak sekolah telah berjaya meningkatkan
penglibatan dan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan serta memberikan peluang
kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Antara cabaran yang dihadapi semasa Program ‘Ops Mantap’ dilaksanakan adalah
seperti berikut:
i) Ibu bapa murid yang sibuk dengan kerja. Sebilangan ibu bapa tidak dapat
mengambil anak di sekolah selepas sesi latihan dijalankan. Oleh itu, guru penasihat
sukan terpaksa menghantar murid pulang ke rumah.
ii) Kos pembiayaan dan agihan kewangan dalam bidang sukan adalah terhad.
Pembiayaan kos jurulatih bukan melibatkan sejumlah amaun yang kecil. Tambahan
pula dengan kos pembelian alatan latihan juga terhad, menjadi halangan dalam
melancarkan perjalanan Program ‘Ops Mantap’.
Lantas dengan cabaran yang dihadapi, beberapa langkah perlu diambil untuk
mengatasinya. Antaranya:
i) Guru penasihat setiap sukan bekerjasama antara satu sama lain dengan
memainkan peranan masing-masing untuk menghantar murid yang tinggal
berhampiran atau sehaluan dengan jalan pulang ke rumah mereka.
ii) Kaedah pengurusan secara kolaboratif perlu diamalkan untuk mendapatkan
sumbangan kewangan bagi membiayai Program ‘Ops Mantap’. Pelbagai pihak
dilibatkan bagi merealisasikan hasrat ini iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG), Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan agensi-agensi kerajaan
mahupun swasta.
iii) Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKK) dan guru penasihat sukan sentiasa
bekerjasama dalam merancang kaedah yang sesuai untuk meningkatkan bilangan
penglibatan murid dalam bidang sukan agar sasaran penyertaan dan pencapaian
murid dalam bidang sukan merangkumi semua peringkat bermula di peringkat
daerah sehingga antarabangsa.
Kesimpulannya, dalam Amalan Terbaik Sekolah bawah Program TS25, keberhasilan
dalam membangunkan kemenjadian murid bukanlah sesuatu proses yang mudah namun
inovasi dalam pengurusan membolehkan potensi murid diketengahkan. Pihak sekolah
memikul tanggungjawab untuk merangsang minat murid yang ingin mengejar impian mereka
dalam bidang sukan dan juga akademik supaya menjadi kenyataan. Pelaksanaan Program
‘Ops Mantap’ ini telah menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk menunjukkan
bakat kendiri dan menggilap bakat murid ke tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula,
pembentukan murid yang holistik bukan sahaja dapat dicapai apabila mereka berpotensi
untuk memajukan diri, malah pihak sekolah turut mendapat manfaat secara langsung apabila
kemenjadian murid dapat direalisasikan di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
93
Bibliografi
Ahmad Shabery Cheek. (2012). Kerjasama Perlu untuk Mencapai Kejayaan. Sumber
diambil daripada http://www.iyres.gov.my/index.php/en/berita-terkini/441-kerjasama-
perlu-untuk-mencapai-kejayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Perkara 1.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985(BS)8591/Jld.II(29)
Radhiah Muda & Ahmad Zabidi Abdul Razak (2017). Pengurusan Paradoks Dalam
Menyeimbangkan Tanggungjawab Akademik dan Penglibatan Sukan Golongan Murid
Atlet. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.4 (Isu 2), 21-25. Sumber diambil daripada
https://jupidi.um.edu.my/article/download/8458/5884/
TS25 – Coaching dalam Pendidikan. Coaching Menjana Kemajuan Pendidikan. Sumber
diambil daripada https://coach7blog.wordpress.com
Gambar Pelaksanaan Program ‘Ops Mantap’
94
PAT PAT SIKU LIPAT
Elavarasan Selvom, Mageswary Muniandy
SJK(T) Ladang Sungai Wangi II, Sitiawan, Perak
[email protected]
Abstrak
Sifir merupakan salah satu konsep pengetahuan Matematik yang perlu dikuasai oleh setiap
murid. Namun telah menjadi suatu masalah kepada guru-guru Matematik apabila kaedah
tradisi melalui penghafalan ternyata gagal. Murid didapati lebih banyak bermain dari
menggunakan masa untuk menghafal sifir. Menurut Ignacia Estrada, “If a child can’t learn the
way we teach, maybe we should teach the way they learn”. Justeru, guru perlu mengubah
kaedah pengajaran mengikut kehendak murid. Penulisan ini membincangkan mengenai
keberkesanan pendekatan bermain dalam kemahiran penguasaan sifir melalui permainan
Tarsia dan kad permainan sifir. Pemilihan strategi haruslah sesuai dengan minat murid. Guru
perlu mengambil kira beberapa faktor seperti tahap perkembangan murid, keperluan,
kebolehan, bakat dan minat murid supaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
berkesan dan lebih bermakna. Amalan kaedah permaianan ini dijalankan bertujuan untuk
menilai keberkesanan pendekatan bermain dalam penguasaan sifir. Kaedah permainan
Tarsia dan permainan kad sifir telah dijalankan terhadap murid-murid yang bermasalah
dengan sifir bagi mengukur penguasaan sifir murid melalui ujian pra dan ujian pos. Dapatan
menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat antara keputusan pentaksiran
sebelum dan selepas dijalankan intervensi ini. Amalan ini menunjukkan penggunaan kaedah
pembelajaran melalui bermain amat berkesan dalam mempertingkatkan penguasaan sifir
asas dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kata kunci: Permainan Tarsia, Permainan Kad, Pendekatan bermain dan sifir
1.0 Pengenalan
SJK(T) Ladang Sungai Wangi II terletak di Sitiawan, Perak. Sekolah ini terletak di luar bandar
dan mempunyai seramai 130 orang murid daripada prasekolah hingga Tahun 6. Seramai 16
orang guru berkhidmat di sekolah ini iaitu guru-guru siswazah yang berpengalaman luas
dalam pendidikan. Sekolah ini terpilih sebagai sebuah sekolah di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3.
Semasa mesyuarat panitia Matematik, analisis mendapati bahawa segelintir murid dari
Tahun 2 hingga Tahun 6 tidak menguasai kemahiran sifir. Hal ini merupakan salah satu faktor
utama yang menyebabkan mereka gagal dalam ujian Matematik. Oleh itu, peratusan
kelulusan Matematik makin menurun.
95
2.0 Objektif
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Sifir dalam kalangan
murid Tahun 2 hingga Tahun 6 melalui kaedah permainan:
i) Permainan Tarsia dan kad sifir dapat meningkatkan kemahiran sifir dua hingga sembilan
dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran melalui kaedah permainan.
ii) Mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan Tarsia dan kad sifir dalam meningkatkan
penguasaan sifir dalam kalangan murid sekolah rendah.
3.0 Pernyataan Masalah
Panitia Matematik SJK(T) Ladang Sungai Wangi II mengadakan satu praujian bagi murid
Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran sifir. Praujian terdiri
daripada 30 soalan. Soalan berbentuk 1 digit darab 1 digit merangkumi sifir dua hingga
sembilan. Murid yang menjawab semua soalan dengan betul dianggap menguasai sifir.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan pra ujian bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6
Tahun Jumlah Murid Bilangan Bilangan Tidak
Menguasai Menguasai
2 17 9 8
3 19 10 9
4 13 9 4
5 23 10 13
6 21 15 6
Daripada pemerhatian, didapati juga sebahagian besar murid-murid tidak menunjukkan
minat terhadap PdPc Matematik. Kebanyakan murid kerap tidak hadir ke sekolah apabila
terdapat mata pelajaran matematik. Terdapat juga murid yang tidak berjaya menjawab
soalan yang dikemukakan, tidak menyiapkan kerja rumah dan pasif di dalam kelas.
Bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi
keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak, Moyles (2005). Melalui aktiviti bermain,
kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan.
Oleh itu, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik. Kaedah bermain dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan
bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Wardle (2008), bermain dapat merangsang fungsi-
fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi.
Terdapat beberapa aspek dalam pemilihan amalan ini. Aspek ini melibatkan
kepentingan, kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kolaborasi, kawalan dan kerelevanan kepada
sekolah :
96
i. Kepentingan
Amalan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menguasai sifir dalam kalangan
murid sekolah rendah.
ii. Kebolehtadbiran
Kaedah permainan yang dipilih dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah kerana
pengaplikasian kaedah tersebut tidak melanggar mana-mana kod etika sebagai
seorang guru di sekolah. Penggunaan kaedah ini mudah ditadbir kerana hanya
menggunakan kad permainan. Kaedah ini sesuai diaplikasikan di mana-mana kawasan
sekolah sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.
iii. Kebolehgunaan
Menggunakan teknik bermain dalam pengajaran akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada kanak-kanak dalam sesuatu pembelajaran yang hendak
disampaikan ketika di dalam kelas.
iv. Kolaboratif
Bagi merealisasikan amalan ini, Panitia Matematik telah berkolaboratif dengan rakan-
rakan guru yang mengajar kesemua responden.
v. Kerelevenan kepada sekolah
Permainan Tarsia dan kad sifir ini juga boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang lain
dalam pengajaran mereka. Guru-guru boleh mengubah suai permainan ini mengikut
mata pelajaran yang diajar serta kemahiran yang ingin disampaikan.
4.0 Metodologi
Bagi mengatasi masalah ini ahli-ahli panitia Matematik, merancang dan mengamalkan
permainan Tarsia dan permainan kad sifir dalam kalangan murid yang tidak menguasai sifir.
Seramai 40 orang murid yang tidak menguasai sifir dikenal pasti daripada praujian. Praujian
terdiri daripada 30 soalan berbentuk 1 digit darab 1 digit. Kemudian, guru-guru Matematik
mengaplikasikan kaedah permainan Tarsia kepada murid-murid yang tidak menguasai.
Selepas sebulan mengaplikasikan kaedah permainan Tarsia dan kad permainan sifir,
guru-guru membuat pascaujian. Pascaujian ini terdiri daripada 30 soalan berbentuk 1 digit
darab 1 digit.
5.0 Kaedah Pelaksanaan
Perancangan dan pelaksanaan dijalankan adalah berdasarkan empat peringkat iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi.
97
5.1 Perancangan
Kaedah permainan Tarsia dan kad permainan sifir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik untuk menguasai sifir dua hingga sembilan. Amalan ini
membantu meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan responden.
Guru-guru telah memberi penerangan kepada setiap responden tentang cara
bermain dan peraturannya untuk menggunakan Tarsia dan kad permainan sifir.
Permainan Tarsia ini boleh dimainkan secara individu. Permainan kad sifir pula
dimain dalam kumpulan berempat.
Aktiviti ini diamalkan terhadap setiap responden selama sebulan. Guru-guru
Matematik membantu bagi menjalankan pemerhatian terhadap responden
semasa mereka bermain.
Kumpulan PLC membantu penambahbaikan amalan ini, sambil
memerhatikan keberkesanannya.
5.2 Tindakan
Melaksanakan permainan Tarsia dan kad permainan sifir semasa waktu rehat
dan waktu pulang. Pertama, memberikan menerangkan tentang permainan
Tarsia dan kad permainan sifir kepada guru-guru Matematik. Kemudian, guru-
guru Matematik akan melaksanakan di dalam kelas masing-masing. Setiap
murid diberikan kad Tarsia dan memberikan lima minit untuk diselesaikan.
Setelah mendapat kad Tarsia, murid akan menyusun jawapan yang betul
berdasarkan soalan.
Bagi Kad permainan sifir pula, guru mengubah suai “donkey card” kepada
kad permainan sifir. Setiap set ada 36 kad (18 soalan dan 18 jawapan). Kad
98
dibahagi sama kepada semua murid. Selepas menerima kad, murid akan
memeriksa kad mereka. Sekiranya terdapat soalan dan jawapan yang betul,
murid akan letak di atas meja. Permainan bermula daripada ketua, iaitu murid
akan mengambil satu kad daripada rakan di sebelah mengikut arah jam. Jika
terdapat jawapan betul permainan diteruskan, tetapi sekiranya tiada, permainan
diteruskan oleh rakan di sebelah mengikut arah jam. Permainan diteruskan
sehingga semua kad habis dipadankan dengan jawapan yang betul.
Tujuan permainan ini adalah untuk menggalakkan murid berasa seronok
belajar di dalam kelas. Apabila seronok, murid akan meminati kemahiran yang
disampaikan oleh guru.
5.3 Pemerhatian
Selepas melaksanakan permainan Tarsia dan kad permainan sifir, guru
Matematik bagi setiap kelas akan menjalankan pascaujian bagi mengetahui
penguasaan sifir murid.
5.4 Refleksi
Setelah melaksanakan kaedah permainan dalam pembelajaran dengan
menggunakan permainan Tarsia dan kad permainan sifir, didapati terdapat
peningkatan dalam penguasaan sifir dalam kalangan responden.
6.0 Kesan Pelaksanaan
Tahun BILANGAN PRAUJIAN PASCAUJIAN
SAMPEL MENGUASAI MENGUASAI
2 8
3 9 0 6
4 4 0 9
5 13 0 4
6 6 0 11
JUMLAH 40 0 6
0 36
KEPUTUSAN PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN
15
10
5
0 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6
TAHUN 2
UJIAN PRA2 UJIAN POS
99
Selepas pascaujian dijalankan, data yang diperoleh daripada 40 sampel kajian, didapati 36
daripada 40 soalan dapat dengan betul. Menguasai bermaksud murid menjawab semua
soalan dengan betul dalam masa lima minit. Setelah intervensi dijalankan, data dianalisis dan
melalui carta palang di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
menguasai sifir. Hal ini menunjukkan bahawa pengaplikasian pendekatan bermain dalam
mengenal sifir memberi input yang positif. Selepas permainan ini dijalankan terdapat
peningkatan daripada tiada menguasai kemahiran sifir secara keseluruhan kepada tahap
sedang menguasai dan menguasai.
Sehubungan itu, strategi yang ditekankan dalam kajian ini adalah belajar melalui
bermain. Berdasarkan teori dan kajian lepas, pembinaan pengetahuan pada peringkat
sekolah rendah perlu disokong dengan persekitaran yang mengambil kira keperluan dan
tahap perkembangan kanak-kanak. Penggunaan aktiviti bermain dalam pembelajaran kanak-
kanak sangat ditekankan oleh ahli psikologi yang berkaitan dengan kajian terhadap kanak-
kanak seperti Piaget (1951), Vygotsky (1978) dan Bruner (1966). Hasil daripada kajian-kajian
lepas, dapatlah disimpulkan bahawa bermain memberikan banyak faedah kepada tahap
perkembangan dan proses PdPc kanak-kanak. Sehubungan itu, kekerapan penggunaan
pendekatan bermain sebagai strategi PdPc kepada kanak-kanak sekolah rendah amatlah
penting untuk dilaksanakan.
7.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, pendekatan belajar melalui bermain adalah sangat penting dan
memberikan banyak impak yang positif terhadap kanak-kanak sekolah rendah. Selain mampu
menarik minat murid untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti PdPc, pendekatan
melalui bermain memberikan persekitaran PdPc yang menyeronokkan dan mendorong
perkembangan kanak-kanak secara holistik. Impak yang diperoleh bukan sahaja melibatkan
perkembangan intelek tetapi juga perkembangan rohani, jasmani dan sosial murid-murid.
Melalui permainan, murid dapat membina pengetahuan dengan bimbingan guru.
Permainan ini juga dapat membina pengetahuan tanpa bimbingan guru sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, pendekatan bermain amatlah wajar untuk dibangunkan dan dibentuk
dengan lebih teliti bagi merealisasikan hasrat dan matlamat PdPc.
Diharapkan hasil kajian ini, dapat membantu banyak pihak yang masih lagi
mempersoalkan pendekatan belajar melalui bermain yang dilaksanakan di dalam kelas.
Selain itu, kesedaran daripada semua pihak juga diharapkan berkaitan dengan keperluan
bermain pada peringkat umur kanak-kanak sekolah rendah merupakan satu keperluan yang
amat penting dan bukannya hanya sebagai salah satu strategi PdPc.
Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah permainan Tarsia dan kad permainan ini
kepada subjek-subjek lain.
100
Bibliografi
Bruner, J. S. 1966. Towards A Theory of Instruction. Mashasscusett: Harvard College.
Lewin, K. (1946) Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 2, 34-46.
Moyles, J. 2005. The Excellence of Play. New York, Ny: Open University Press.
Piaget, J. 1951. Play, Dreams and Imitation In Childhood. London, England: Routledge And
Kegan Paul.
Vygotsky, L.S. 1978. Mind in Society: The Development of Higher Psychological Process.
Mashasscusett: Havard College.
Wardle (2008). Game-based learning: Latest evidence and future direction
KAD SIFIR (SIFIR 2 HINGGA 9) TARSIA (SIFIR 2 HINGGA 9)
http://gg.gg/KAD-SIFIR
http://gg.gg/KAD-TARSIA
GAMBAR-GAMBAR
http://gg.gg/GAMBAR-SJKTLSW
101
Shh... Jom ProPA
Lee Choy Yin, Juliana Nur binti Abdullah
SJK(C) Sin Hwa, Parit Buntar, Perak
[email protected]
Abstrak
Amalan terbaik adalah satu teknik atau kaedah yang diaplikasikan sebagai suatu budaya
standard untuk mengubah cara yang sedia ada kepada yang lebih baik. Justeru, untuk
mengubah minda murid yang kurang minat membaca, SJK(C) Sin Hwa telah melaksanakan
Program ‘Shh... Jom ProPA’ yang bersifat kendiri bagi memantapkan budaya membaca.
Berdasarkan temu bual dan pemantauan Guru Besar mendapati bahawa murid tidak
menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah menyebabkan suasana
persekitaran sekolah menjadi bising dan tidak kondusif. Sehubungan itu, program bacaan
tiga serangkai dilaksanakan dalam ‘Shh... Jom ProPA’ untuk mengatasi masalah ini.
Metodologi yang digunakan dalam penulisan ini melibatkan semakan dokumen dan temu bual
dalam pengumpulan data. Impak kepada ‘Shh... Jom ProPA’ menunjukkan pembudayaan
amalan membaca dapat dipupuk seterusnya memberikan kesan kepada peningkatan
pencapaian akademik di samping meningkatkan penyertaan murid dalam Program NiLAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca). Dengan menjadikan ‘Shh... Jom ProPA’ satu amalan yang
berterusan maka tidak mustahil dapat membantu menjana idea kreatif dan inovatif murid
dalam proses pembelajaran di samping menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Kata Kunci: amalan membaca, pembelajaran sepanjang hayat.
1.0 Pengenalan
Sekolah ini terletak di tengah pekan Parit Buntar dan mempunyai seramai 705 orang murid
yang terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah untuk
menyelesaikan masalah murid SJK(C) Sin Hwa yang tidak menggunakan masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah di samping meningkatkan pencapaian akademik dalam bidang
bahasa melibatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Membaca adalah cara yang paling utama dan berkesan untuk meluaskan ilmu
pengetahuan. Amalan membaca kurang dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia kerana
mereka lebih suka menghabiskan masa lapang dengan perkara yang tidak berfaedah.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana membaca sangat penting untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berkualiti untuk memajukan negara.
2.0 Pernyataan Masalah
Masalah yang diutarakan di atas sebenarnya telah wujud diperingkat sekolah lagi iaitu
kurangnya minat murid terhadap membaca. Hal ini terbukti berdasarkan dapatan daripada
102
program NiLAM SJK(C) Sin Hwa yang menunjukkan hanya 30 peratus murid sahaja berjaya
melengkapkan keseluruhan tiga buah buku setahun pada tahun 2018.
Berdasarkan pemerhatian secara rawak, sebelum ini murid dilihat tidak mengamalkan
pembelajaran kendiri dan lebih suka menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti berlari-lari, membuat bising dan merayau-rayau tanpa tujuan di sekitar
kawasan sekolah. Keadaan ini menimbulkan persoalan kepada pihak sekolah tentang kaedah
yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
Oleh itu, pihak pentadbir, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu program yang dinamakan sebagai ‘Shh... Jom
ProPA’ bermula pada awal tahun 2019.
3.0 Metodologi
‘Membaca Jambatan Ilmu’. Melalui pembacaan, seseorang bukan sahaja dapat memperbaiki
diri sendiri malahan dapat membantu memajukan negara. Dengan membaca, seseorang
dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan.
Membaca membantu menambahkan perbendaharaan kata yang sedia ada. Apabila
kosa kata bertambah, seseorang akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah.
Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menghadapi arus globalisasi kini
terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Budaya membaca dilihat dapat membantu murid
lulus dengan keputusan yang cemerlang. Terdapat subjek tertentu yang memerlukan
pembacaan yang banyak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Sejarah.
Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana maklumat atau isu
semasa yang amat berguna dapat diperolehi dan digunakan dalam penulisan. Oleh itu,
semua murid hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai amalan harian agar prestasi
akademik dapat dipertingkatkan.
Berdasarkan pemerhatian Guru Besar dan juga temu bual bersama tiga kumpulan guru
terdiri daripada guru Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris mendapati murid
suka bermain-main, berkejaran sesama rakan dan membuat bising pada masa lapang.
Apabila murid tiba di sekolah pada awal pagi, murid akan merayau-rayau di sekitar kawasan
sekolah tanpa arah tujuan. Memandangkan tiada program khas diwujudkan untuk murid,
maka murid bebas melakukan apa-apa sahaja. Murid dilihat sangat kurang menunjukkan
minat membaca secara kendiri. Di sini jelas dapat dilihat memang tiada amalan budaya
membaca dalam kalangan murid.
Selain itu, hasil daripada temubual juga, kurangnya membaca menjadi salah satu faktor
penyumbang kelemahan murid dalam penulisan. Murid seolah-olah tidak mempunyai idea
untuk menghuraikan tajuk yang diberikan. Sehubungan itu, murid perlu banyak membaca
supaya dapat menguasai lebih banyak perkataan dan pengetahuan atau maklumat untuk
dijadikan bahan penulisan.
103
Sehubungan itu, SJK(C) Sin Hwa telah mengorak langkah dengan melaksanakan
program ‘Shh... Jom ProPA’. Abreviasi ‘Shh’ tersebut bermaksud senyap atau diam iaitu
salah satu fokus program ini adalah untuk mengawal murid daripada membuat bising tanpa
melakukan perkara yang berfaedah pada masa lapang. ‘ProPA’ pula bermaksud Program
Pembudayaan Amalan Membaca yang mahu diterapkan sebagai satu budaya positif untuk
menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
Tujuan program ini adalah tidak lain untuk membudayakan amalan membaca secara
berterusan di mana pihak sekolah telah merancang program bacaan tiga serangkai yang
bermaksud murid dilatih untuk membaca secara kendiri pada awal pagi, sebelum proses
pembelajaran bermula dan selepas waktu rehat.
4.0 Kaedah Pelaksanaan
‘Shh... Jom ProPA’ adalah satu program membaca iaitu bacaan awal pagi, bacaan pagi dan
bacaan selepas rehat bermula pada tahun 2019 dan berterusan sehingga kini. Pihak sekolah
telah membelanjakan sejumlah wang untuk membuat pembelian buku sebagai langkah awal
program. Buku-buku tersebut terdiri daripada beberapa genre yang didapati sesuai untuk
murid misalnya fantasi, sains fiksyen, humor, misteri, kamus dan juga yang berbentuk
akademik. Genre buku yang pelbagai bertujuan agar murid tidak merasa bosan dengan
pilihan buku yang disediakan. Buku-buku ini akan ditukar secara bergilir-gilir oleh guru kelas
supaya murid dapat menikmati pelbagai jenis bahan bacaan.
Bagi bacaan awal pagi, murid akan dibekalkan dengan bahan bacaan dalam Bahasa
Cina yang dilaksanakan di dewan sekolah seawal jam 6.45 pagi sehingga 7.15 pagi. Sejurus
sahaja murid sampai di sekolah, murid akan terus ke dewan dan memilih buku yang diingini.
Untuk menarik minat dan menambahkan lagi keseronokan membaca, sesi bacaan awal pagi
ini akan diiringi dengan muzik perlahan (soft music) semasa berada di dewan sekolah. Guru
bertugas akan memantau murid di dewan untuk memastikan kelancaran program. Kemudian,
murid akan meneruskan dengan bacaan pagi dengan menggunakan bahan bacaan Bahasa
Melayu pada 10 minit pertama sebelum kelas bermula iaitu dari jam 7.15 sehingga 7.25 pagi
di dalam kelas masing-masing. Seterusnya, murid akan memanfaatkan bahan bacaan dalam
Bahasa Inggeris selama 10 minit selepas waktu rehat. Murid akan membaca selama 10 minit
di bawah pemantauan dan bimbingan guru-guru yang berkenaan.
Hari Masa Program Bacaan
7.00 – 7.15 pagi Bacaan awal pagi (Bahasa Cina)
Isnin 7.15 – 7.25 pagi Bacaan pagi (Bahasa Melayu)
hingga 9.45 – 9.55 pagi (Tahap 2) Bacaan selepas rehat
Jumaat 10.15 – 10.25 pagi (Tahap 1) (Bahasa Inggeris)
Kaedah yang digunakan ialah murid membaca secara beramai-ramai dengan
dibimbing oleh seorang ketua yang telah dilantik secara giliran. Di sini, ketua akan membaca
dan murid-murid lain akan mengikut bacaan tersebut dengan betul. Bagi murid yang lemah
pula, mereka turut diberi bimbingan oleh guru yang berada di dalam kelas pada waktu itu.
104
Guru boleh sama ada untuk membimbing murid secara individu ataupun dalam kumpulan
kecil antara tiga hingga empat orang.
Bagi bacaan pagi dan bacaan selepas rehat, selain buku-buku berbentuk fiksyen, ketua
panitia juga telah menyediakan bahan bacaan yang lebih bersifat akademik. Tujuan bahan
bacaan akademik ini adalah untuk membantu murid meningkatkan prestasi penulisan mereka.
Bahan-bahan berbentuk akademik ini termasuklah contoh atau sampel karangan yang dapat
membantu membuka minda murid tentang cara menyusun, mengolah dan menulis idea
dengan betul dalam aspek penulisan.
5.0 Kesan Pelaksanaan
Melalui pemerhatian pentadbir dan guru-guru secara rawak, selepas ‘Shh... Jom ProPA’
dilaksanakan, murid dilihat lebih berdisiplin. Pada waktu-waktu yang telah ditetapkan murid
akan membaca secara kendiri. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah murid tidak lagi
merayau-rayau sekitar sekolah tanpa sebab. Selain itu, tabiat sentiasa bersama buku di
mana-mana dalam kawasan sekolah jelas diihat dalam kalangan murid.
Dengan adanya program bacaan awal pagi, suasana dalam sekolah lebih terkawal.
Guru-guru tidak perlu mengarahkan murid untuk senyap kerana secara automatik murid tahu
tempat untuk mendapatkan bahan bacaan seterusnya membaca sehingga loceng dibunyikan
untuk masuk ke kelas. Salah satu hasil daripada temubual bersama guru-guru, bahan bacaan
yang pelbagai dan lebih menarik membuat murid sangat seronok membaca buku Bahasa
Inggeris. Tidak hanya sewaktu program bacaan, tetapi semasa di dalam kelas murid kerap
meminta supaya guru membenarkan mereka membaca buku Bahasa Inggeris terutamanya
buku cerita atau komik yang sesuai.
Berdasarkan jadual di bawah didapati bahawa tahun 2019 mencatatkan pertambahan
yang amat ketara dalam purata bahan dibaca bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6, iaitu
peningkatan purata bahan dibaca sebanyak 4822 buah buku berbanding tahun 2018.
Peningkatan yang ketara ini menunjukkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 secara tidak
langsung telah mengikuti program galakan membaca dengan baik. Data NiLAM ini juga
menunjukkan program membaca ini juga membawa kesan yang positif ke atas sikap
membaca murid Tahun 1 hingga 6.
Tahun Jumlah bahan dibaca Purata bahan dibaca
2018 75, 783 106
2019 80, 605 109
Satu temu bual bersama tiga kumpulan guru terdiri daripada guru Bahasa Melayu, guru
Bahasa Cina dan guru Bahasa Inggeris mendapati memang terdapat perubahan ketara dalam
latihan harian murid. Cara penulisan terutama dalam membina ayat bertambah baik dan ada
antara murid yang dapat menulis dengan gaya yang lebih dramatik. Hal ini kebiasaannya
berlaku apabila seseorang mendapat pendedahan di luar bilik darjah. Guru-guru terbabit
105
percaya bahawa perubahan ini sedikit sebanyak merupakan hasil daripada ‘Shh... Jom
ProPA’ yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh semua warga sekolah.
Selepas ‘Shh... Jom ProPA’ dilaksanakan, memang dapat dilihat idea-idea murid lebih
kreatif walaupun terdapat banyak kesalahan tatabahasa. Terdapat juga perubahan dalam
penulisan murid iaitu ayat-ayat yang dikarang lebih baik dan tidak hanya menggunakan ayat
mudah sahaja. Cara pengolahan isi karangan juga menjadi semakin menarik hasil daripada
murid dibekalkan dengan pelbagai jenis buku dari pelbagai jenis genre. Guru-guru juga dapat
melihat perbezaan dan perubahan yang baik di mana ayat yang ditulis oleh murid lebih
tersusun dan bermakna. Hal ini disebabkan oleh murid dapat mengumpul idea-idea yang
boleh dijadikan sebagai bahan untuk karangan.
Pencapaian akademik UPSR 2018 dan 2019
150
100
50
0
Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Cina Bahasa Cina
Melayu Melayu Inggeris Inggeris Pemahaman Penulisan
Pemahaman Penulisan Pemahaman Penulisan
2018 2019
Selain itu, carta bar di atas menunjukkan perbandingan keputusan UPSR bagi
matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Penulisan dan Bahasa Cina
Penulisan. Pencapaian keputusan UPSR bagi kedua-dua tahun ini menunjukkan bahawa
lebih daripada 90 peratus murid yang menduduki UPSR lulus dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan dan Bahasa Cina Penulisan. Manakala Bahasa Inggeris Penulisan pula
mencapai kelulusan melebihi 80 peratus bagi kedua-dua tahun ini. Oleh itu, dapat dilihat di
sini bahawa ‘Shh... Jom ProPA’ memberi kesan amat baik terhadap pembelajaran dan
pengajaran dan seterusnya memberi kesan yang positif kepada pencapaian murid UPSR
dalam matapelajaran tersebut.
Namun begitu, setiap perkara akan mempunyai kekangan tersendiri. Dalam
memastikan ‘Shh... Jom ProPA’ berjalan lancar, pihak sekolah perlu merancang dan berusaha
mendapatkan dana untuk menambahkan bahan bacaan yang sesuai dari semasa ke semasa.
Selain itu, dalam memastikan kelancaran program, guru-guru terpaksa datang ke sekolah
lebih awal daripada kebiasaan supaya murid dapat dipantau dengan baik. Program ini juga
memerlukan perancangan dalam jangka masa yang panjang untuk memastikan
keberhasilannya. Ini kerana penerapan budaya membaca dalam kalangan murid bukanlah
suatu perkara yang mudah. Walaupun ‘Shh... Jom ProPA’ dapat disimpulkan sebagai satu
program yang memberi impak positif kepada murid, namun begitu, masih timbul masalah-
masalah seperti segelintir murid yang tidak minat membaca walaupun pelbagai cara telah
dilakukan. Bagi mengatasi masalah seumpama ini, pihak panitia perlu mencari buku atau
106
bahan bacaan yang lebih menarik contohnya dengan menggunakan komik atau buku
bergambar, buku-buku yang lebih nipis serta bahan bacaan yang lebih ringan isi
kandungannya supaya murid-murid lebih seronok untuk membaca.
6.0 Rumusan
Tidak dapat disangkal lagi, ‘Shh... Jom ProPA’ dapat membantu murid ke arah kecemerlangan
baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dalam
pembelajaran tetapi juga sahsiah murid lebih terpelihara. Melalui pemerhatian rawak oleh
guru-guru, mereka mendapati bahawa rutin harian membaca dalam kalangan murid sudah
dapat dipupuk tanpa unsur paksaan oleh mana-mana pihak.
Berdasarkan hasil dapatan dan impak, ‘Shh... Jom ProPA’ telah menunjukkan
pencapaian yang baik di mana terdapat perubahan positif dalam keputusan akademik seperti
yang telah dinyatakan dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat memuaskan dan berbaloi
untuk amalan ini diteruskan. Sekiranya strategi ini dilaksanakan secara berterusan, maka
tidak mustahil amalan budaya membaca dapat dipupuk dalam kalangan murid justeru dapat
membantu mencatat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan serta mampu
melahirkan lebih ramai murid cemerlang.
Hasrat Guru Besar agar ‘Shh... Jom ProPA’ bukan sahaja diteruskan dan dijadikan satu
budaya tetapi juga dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang lain seperti pihak sekolah
dapat mewujudkan sudut pengumpulan buku di tempat murid menunggu ibu bapa sebelum
pulang ke rumah. Untuk menjayakan program ini, sumbangan buku daripada orang ramai
amatlah diperlukan dan perancangan yang lebih teliti akan dibuat demi merealisasikan
program ini. Pada sudut pengumpulan buku ini, murid boleh mengambil sebuah buku yang
diminati untuk dibaca sementara menunggu kehadiran ibu bapa murid. Tidak berhenti setakat
itu sahaja, bagi menjadikan ‘Shh... Jom ProPA’ sebagai satu pembelajaran kendiri sepanjang
hayat, murid juga digalakkan untuk membawa pulang buku tersebut ke rumah dan
menggantikan buku tersebut dengan buku yang lain pada masa akan datang. “Take a book
today, leave a book tomorrow” adalah cogan kata untuk mewujudkan satu budaya membaca
yang lebih menyeronokkan kerana murid-murid dapat berkongsi lebih banyak bahan bacaan
yang pelbagai dengan rakan-rakan murid yang lain.
Bibliografi
Ainun Md. Hashim. (2002). Program NILAM, konsep dan panduan pelaksanaan
di sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
Annamalai a/l Arnasalam. (1994). Minat membaca dan kaitannya dengan pencapaian
akademik dan penyertaan dalam kegiatan kokurikulum. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti
Malaya.
107
Hashim Mohamad. (1982). Cara-cara menggalakkan murid membaca. Kuala Lumpur: Berita
Publishing.
Khusairi Hamid. (1997). Membaca mengembangkan budaya ilmu. Majalah Pedoman.
Raja Abdullah Yaacob. (1994). Program galakan membaca untuk kanak-kanak.
Warisan. 9 (3), 40-57.
http://gg.gg/ly41s
108
GIOVANE SKB
Roslina binti Abdul Rani, Siti Zainon binti Mohd Hanafiah, Hairunnisa binti Arif,
Nor Zakaria bin Wahi
Sekolah Kebangsaan Bidor, Perak
[email protected]
Abstrak
Projek Giovane SKB merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh SK Bidor untuk
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Peratus kehadiran pada tahun 2018 yang tidak
mencapai KPI (Key Perfomance Index) iaitu di sekitar 80 peratus merupakan satu cabaran
kepada pihak sekolah. Projek Giovane SKB dicetuskan apabila mengambil kira latar belakang
murid SK Bidor iaitu 40 peratus adalah murid Orang Asli. Sikap murid yang suka kepada muzik
dan pergerakan diharapkan menjadi daya penarik untuk mereka hadir ke sekolah. Projek ini
melibatkan murid–murid tahap dua. Aktiviti yang dijalankan adalah bermain kompang, tarian,
ukulele dan perkusi gendang. Latihan telah dijalankan pada setiap hari Khamis jam 7.30 pagi
sehingga 8.30 pagi. Setelah tiga bulan dijalankan peratus kehadiran telah meningkat sehingga
90peratus di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Projek Giovane SKB ini
telah memberi impak yang positif kepada kehadiran murid sekali gus dapat mencungkil minat
dan potensi murid.
Kata kunci: Kehadiran murid, Giovane SKB
1.0 Pengenalan
Projek Giovane SKB diinspirasikan oleh Guru Besar sebagai kebitaraan bagi program TS25.
Perkataan Giovane ini dipetik dari perkataan Perancis yang membawa maksud muda yang
mana melibatkan murid-murid Tahap 2 sahaja. Matlamat asal penubuhan projek Giovane ini
adalah untuk mengatasi masalah kehadiran dalam kalangan murid SK Bidor. Projek ini
dicetuskan dengan mengambil kira latar belakang murid SK Bidor iaitu 35 peratus ialah murid
Orang Asli. Sikap murid yang suka kepada muzik dan pergerakan diharapkan menjadi daya
penarik untuk mereka ke sekolah.
Aktiviti yang terlibat ialah kompang, tarian, ukulele dan perkusi gendang. Latihan telah
dijalankan pada setiap hari Khamis jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Murid akan didedahkan
dengan latihan asas mengikut kumpulan masing-masing sehingga murid mahir kemahiran
tersebut.
Projek Giovane SKB ini dirancang adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
untuk hadir ke sekolah. Objektif bagi projek Giovane SKB ini adalah seperti berikut:
i. menyasarkan peningkatan peratus kehadiran sehingga akhir tahun.
ii. menyasarkan penglibatan 80 peratus murid-murid Tahap 2 dalam projek Giovane
SKB.
109
Melalui projek ini murid diharapkan dapat menguasai kemahiran asas bagi setiap
elemen kebitaraan yang disertai dan seterusnya memperkembangkan lagi bakat mereka.
Sekolah juga mengharapkan setiap murid dapat membuat satu persembahan hasil daripada
latihan yang diterima. Sehubungan itu, projek ini telah dirancang dengan teliti bagi
memastikan murid-murid menerima manfaat yang diharapkan selepas projek ini
dilaksanakan.
2.0 Pernyataan Masalah
Pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan kehadiran murid di sekolah namun
masih belum mencapai sasaran yang diharapkan. Rekod kehadiran murid di SK Bidor pada
tahun 2018 masih belum mencapai KPI iaitu secara puratanya adalah sebanyak 88 peratus.
Pada awal tahun 2019, kehadiran murid di SK Bidor masih belum mencapai KPI iaitu sekitar
80 peratus setiap bulan seperti dalam Rajah 1.
PURATA KEHADIRAN BULANAN 2019
90 87.98 87.86 86.27
88 Februari Mac April
86
84 82.67
82
80
Januari
Rajah 1: Analisa kehadiran murid SK Bidor
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, didapati masalah yang berkaitan
ketidakhadiran dalam kalangan murid di sekolah ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa
faktor seperti dalam rajah 2 di bawah. Antaranya adalah faktor guru, proses pengajaran,
kaedah pembelajaran, persekitaran sekolah, keluarga dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Masalah berkaitan tiada aktiviti yang menarik untuk murid-murid datang ke sekolah
merupakan punca utama kepada ketidakhadiran murid. Justeru, sekolah telah mencadangkan
satu projek untuk mengatasi masalah ini.
Rajah 2: Analisa tulang ikan yang menyumbang kepada
faktor kehadiran murid tidak mencapai KPI
110
3.0 Metodologi
Dua kaedah yang digunakan bagi mendapat maklumat awal sebelum pelaksanaan projek ini
ialah:
(a) Analisis data
Rekod kehadiran murid daripada portal Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
bagi tahun 2018 dan awal tahun 2019 dianalisa dan dapatan menunjukkan peratus
kehadiran murid tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan.
(b) Temu bual
Temu bual dilakukan kepada responden bagi mendapatkan maklumat mengenai
faktor ketidakhadiran murid ke sekolah. 10 responden telah dipilih mewakili murid
yang kerap tidak hadir ke sekolah.
4.0 Kaedah Pelaksanaan
Projek Giovane SKB ini terdiri empat pasukan iaitu ukulele, tarian, kompang dan perkusi
genderang yang melibatkan murid tahap dua. Latihan dijalankan selama 60 minit pada setiap
hari Khamis bermula jam 7.30 – 8.30 pagi setiap minggu mulai Julai 2019 hingga Oktober
2019.
Sebelum pelaksanaan projek ini, persediaan telah dijalankan dari pelbagai aspek. Bagi
aspek pengurusan, guru-guru tertentu telah dipilih mengikut kumpulan dan
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembelian peralatan, pemberian surat
makluman kepada waris, penyediaan bahan dan pengagihan murid.
Setiap minggu, murid diberikan latihan mengikut pasukan masing-masing dengan guru
yang terpilih. Jurulatih luar dari kalangan ibu bapa murid juga membantu bagi memantapkan
lagi kemahiran murid. Pada akhirnya, setiap pasukan akan membuat sekurang-kurangnya
sebuah persembahan.
Rajah 4: Pecahan Kerja
Projek Giovane
111
5.0 Kesan Pelaksanaan
Projek Giovane SKB ini memberikan impak yang positif kepada murid-murid dan guru di SK
Bidor. Murid didapati berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Secara
tidak langsung mereka hadir ke sekolah secara konsisten dan peratus kehadiran meningkat.
Peratusan kehadiran menunjukkan peningkatan selepas pelaksanaan projek ini. Rajah 3
menunjukkan peningkatan kehadiran murid ke sekolah mulai bulan Julai sehingga Oktober
yang mencapai sasaran KPI kehadiran iaitu melebihi 90 peratus.
Rajah 3: Analisa Kehadiran Murid SK Bidor
PURATA KEHADIRAN BULANAN 2019
95 87.98 87.86 86.27 89.03 89.55 91.07 91.99 92.5 92.08
90
85 82.67
80
75
Murid terlibat aktif dengan aktiviti yang telah dijalankan. Berdasarkan laporan
kehadiran aktiviti Projek Giovane SKB ini, sebanyak 86 peratus orang murid telah melibatkan
diri dalam aktiviti tersebut. Melalui projek ini juga, potensi dan bakat murid dapat dicungkil.
Projek ini memberi penekanan kepada semua murid Tahap 2 untuk terlibat sama. Potensi
dan bakat murid telah dikenal pasti dan dapat dicungkil untuk membuat persembahan di
pentas. Beberapa faktor yang membantu kejayaan projek Giovane SKB ini adalah seperti
berikut:
i. Komitmen yang tinggi diberikan oleh guru-guru semasa mengendalikan latihan
dan persembahan.
ii. Murid bersungguh-sungguh semasa latihan diadakan.
iii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membantu dari segi kewangan dalam
membeli peralatan.
iv. Pentadbir yang komited serta memberi sokongan moral dan membuat
pemantauan berkala.
Sepanjang tahun 2019 melalui projek Giovane SKB ini, sekolah telah memenangi
beberapa kejayaan besar dan telah menerima beberapa undangan persembahan untuk
majlis-majlis besar seperti berikut:
i. Menjuarai Pertandingan Tarian di Karnival Kesenian 2019 Peringkat Daerah
Batang Padang di SMK Chenderiang.
ii. Menjuarai Pertandingan Festival Ukulele Peringkat Antarabangsa 2019 di Atria
Shopping Centre, Damansara (Kategori Junior – Giovane Uke SKB).
112
iii. Menjuarai Pertandingan Festival Ukulele Peringkat Antarabangsa 2019 di Atria
Shopping Centre, Damansara (Kategori Senior – Adulte Uke SKB).
iv. Persembahan Giovane dan Adulte di Majlis Anugerah Sukan MSSPK di RTM
Ipoh.
v. Persembahan Giovane dan Adulte sempena Program Jelajah Kementerian
Pendidikan Malaysia di MAPS Ipoh.
vi. Persembahan Giovane Dan Adulte Sempena Karnival Pendidikan Negeri Perak
2019 di Sekolah Menengah Sains Tapah.
vii. Persembahan Tarian Tatih Srikandi SKB Sempena Karnival Pendidikan Negeri
Perak 2019 di Sekolah Menengah Sains Tapah.
viii. Persembahan-persembahan lain di peringkat daerah dan peringkat sekolah.
6.0 Rumusan
Cabaran awal yang dihadapi adalah memberi pendedahan kepada murid tentang matlamat
projek diadakan. Walaupun mereka berminat dengan aktiviti seni muzik mereka masih tidak
faham tentang matlamat aktiviti diadakan. Aktiviti diadakan adalah untuk memberi mereka
peluang mempelajari sesuatu yang lain selain daripada akademik.
Muzik juga dapat membentuk emosi yang harmoni dan disiplin yang tinggi dalam
mengikuti jadual berkala, mendengar arahan dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Lebih
mencabar lagi apabila sekolah kekurangan jurulatih yang mahir. Walau bagaimanapun
kesanggupan guru untuk belajar dan meneroka kemahiran telah mengatasi cabaran tersebut.
Guru-guru juga mampu membimbing murid dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
Kemudahan serta prasarana peralatan juga menjadi kekangan, tetapi telah
diselesaikan dengan cara mendapatkan dana untuk membeli peralatan, pakaian dan kos lain
semasa menjalankan latihan.
Dengan ini diharapkan bahawa, murid-murid SK Bidor memiliki nilai tambah dari segi
kemahirab selain daripada pencapaian akademik. Bakat dan kemahiran yang diterapkan
dapat memupuk semangat untuk memajukan diri kerana di dalamnya terkandung cabaran
dan kesusahan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Kita mahu generasi yang seimbang
dan harmonis yang bukan sahaja memiliki pencapaian akademik yang membanggakan malah
kemahiran lain yang mungkin dapat membantu mereka pada masa depan.
Cadangan penambahbaikan yang diperlu dilakukan supaya projek yang dijalankan
akan lebih berkesan untuk jangka masa panjang, antaranya ialah:
i. Projek ini dibuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
ii. Menjalankan latihan dengan mengadakan bengkel-bengkel secara berkumpulan
yang dibimbing oleh guru. Lebih ramai guru perlu memahirkan diri supaya dapat
membimbing murid dalam kumpulan yang kecil.
iii. Menambah instrumen muzik berkaitan supaya lebih ramai murid dapat
melibatkan diri.
113
iv. Mengadakan pertandingan peringkat sekolah atau persembahan bakat supaya
murid berpeluang menunjukkan kebolehan mereka.
Pada keseluruhannya projek Giovane SKB ini memberikan impak yang besar kepada
murid dan guru. Projek ini perlulah diteruskan pada masa akan datang supaya kesannya
akan dapat dilihat sepenuhnya kelak.
Bibliografi
Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. 2009. Masyarakat Orang Asli: Perspektif
pendidikan dan sosiobudaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia .1991. Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah Hareon .2006. Pengenalan pendidikan muzik. Pengalaman muzikal. Open
Universiti Malaysia.
Salmah Ayob .1992. Pergerakan kreatif dalam pendidikan.PJ: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zalizan Mohd Jelas, Abdul Razaq Ahmad dan Ahmad Rafaai Ayudin. 2009. Perspektif
historiografi masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dalam Abdul Razaq
Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas (peny.) 2009. Masyarakat Orang Asli: Perspektif
pendidikan dan sosiobudaya. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
SCAN QR CODE
114
PUTRA MIRACLE VOICE
Norhirdawati binti Mhd Zahir, Asiah binti Mohammed
SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak
[email protected]
Abstrak
Pengucapan awam merupakan salah satu kemahiran komunikasi yang berkait rapat dengan
bidang pengacara majlis serta perlu dikuasai oleh semua orang, bermula dari peringkat
sekolah rendah lagi. Justeru, penulisan ilmiah ini dilakukan untuk membuat perkongsian
tentang kejayaan-kejayaan yang berjaya dicapai oleh SMK Bandar Baru Putra (SMKBBP)
dalam melahirkan para pelajar yang berjaya menjadi pengacara majlis di pelbagai peringkat.
Kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan beberapa program khusus yang telah
dilaksanakan dalam usaha mencungkil bakat murid dalam bidang pengacaraan serta secara
tidak langsung membantu para murid meningkatkan penghargaan kendiri dan keyakinan diri
mereka. Realitinya, antara masalah yang dikenal pasti di peringkat awal adalah kebanyakan
murid SMKBBP tidak berani untuk menonjolkan bakat dan kebolehan diri mereka untuk
berucap kerana seperti kajian yang dilaksanakan oleh (McDowell & McDowell, 1978), didapati
bahawa secara keseluruhannya kebanyakan murid sedaya mungkin cuba mengelakkan diri
daripada berucap di khalayak ramai kerana sering menggambarkan ketakutan, kebimbangan
dan perasaan malu yang menebal. Tiga pendekatan utama yang diaplikasikan di bawah
Analisis Triangulasi untuk mengumpul maklumat adalah seperti pemerhatian, temu ramah
bersama-sama murid yang terlibat serta rujukan perpustakaan dan bahan bacaan. Dapatan
keseluruhan telah berjaya melakarkan pelbagai kejayaan Pengacara Majlis SMKBBP hasil
cetusan pelbagai program dan aktiviti yang menjadi asas kejayaan murid sekali gus
memperkasakan elemen kemenjadian murid di SMKBBP.
Kata kunci: Pengacara Majlis, Analisis Triangulasi, Penghargaan Kendiri
1.0 Pengenalan
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025) yang
dilancarkan pada tahun 2013 menitikberatkan kualiti kepimpinan sekolah dan kualiti guru
selaras dengan kemahiran abad ke-21. Bagi memastikan potensi setiap murid dapat dicapai
secara menyeluruh seperti yang terangkum di dalam enam Aspirasi Murid di bawah PPPM
201-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran
dwibahasa, identiti nasional, etika dan kerohanian telah mendorong terbentuknya Putra
Miracle Voice sebagai asas untuk membentuk kemenjadian murid khususnya dalam bidang
pengacaraan di C.
SMKBPP ditubuhkan pada tanggal 1hb. Ogos 2009. Pada mulanya diuruskan oleh dua
orang pegawai pendidikan yang terpilih bagi menyusun atur operasi permulaan sekolah iaitu
Encik Abdul Rahman bin Mohd Basir dengan dibantu oleh Encik Shaharuddin bin
Sani. Sekolah yang terletak 10 kilometer dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan
115
perumahan Bandar Baru Putra, Bercham Ipoh. Keluasan tanahnya ialah 4.80 hektar (11.87
ekar). Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perbelanjaannya dianggarkan RM 20 juta. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada
Januari 2010, dengan jumlah pelajar seramai 418 orang, 13 kelas dan 23 orang guru. Sekolah
dilengkapi dengan lima blok iaitu blok pentadbiran, blok akademik, bengkel dan makmal, bilik-
bilik khas, kantin dan dewan serba guna. Blok pentadbiran merangkumi pejabat, bilik guru,
bilik gerakan, pusat sumber, bilik tayangan, bilik multimedia, bilik kaunseling, bilik peperiksaan
dan bilik fail. Sekolah juga dilengkapi dengan dataran kejat perhimpunan, gelanggang bola
keranjang, bola jaring dan padang bola sepak yang boleh menampung trek balapan 400
meter.
2.0 Pernyataan Masalah
Umumnya, pengucapan awam merupakan suatu perkara yang perlu dikuasai oleh setiap
individu tanpa mengira peringkat umur. Kebolehan untuk berucap dengan baik di hadapan
khalayak ramai merupakan suatu kemahiran yang hanya boleh dimiliki menerusi
kesungguhan latihan dan pengalaman. Pengucapan awam yang baik dan efektif dalam
kalangan pelajar mampu mempengaruhi dan memindahkan idea dan emosi dengan berkesan
daripada pengucap kepada audien. Menurut Ainon (2003), seseorang yang berhujah
bertujuan untuk mempengaruhi sikap, pemikiran dan tingkah laku yang mendengar ucapan.
Littlejohn (2005) menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses memberi makna
dan berupaya mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti
yang dikehendaki. Kemahiran berkomunikasi turut menjadi salah satu aspek utama yang
boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dan kebersediaan pelajar menempuh alam
pekerjaan. Proses pembelajaran yang berkesan melibatkan proses interaksi yang memberi
ruang kepada pelajar untuk berkomunikasi, saling membantu, menjalankan tanggungjawab,
membina keyakinan diri dan seumpamanya. Ia dijalankan dalam suasana yang menarik dan
menyeronokkan supaya dapat menjadi pendorong kepada pelajar bagi menyalurkan
pendapat dan fikiran secara berkesan. Selain itu, komunikasi berkesan turut mempengaruhi
aspek kemahiran sosial untuk mengharungi persekitaran dan mengawal diri dalam
menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri untuk masa
hadapan (Nurul Salmi, 2014).
Kajian oleh Bishop, Bauer, & Becker (1998) mendapati bahawa 35 peratus pelajar
mempunyai tahap kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi dalam konteks pengucapan awam
yang mana ia mempengaruhi penyampaian pelajar sewaktu diminta untuk berucap di
hadapan khalayak atau di hadapan kelas sebagai salah satu tugasan utama. Walaupun
pelajar memberikan komitmen yang sepenuhnya sewaktu di dalam kelas namun sewaktu
diminta memberikan pendapat dan idea di hadapan kelas, pelajar mempunyai kesukaran
berbuat demikian apatah lagi jika golongan pendidik menjadikan pengucapan awam sebagai
satu penilaian di dalam kelas. Hasil kajian ini dilihat mempunyai persamaan dengan situasi
murid di SMK Bandar Baru Putra yang didapati sebahagian besar murid tidak mempunyai
keberanian untuk menyuarakan pendapat di dalam kelas apatah lagi jika diminta berucap di
hadapan khalayak.
116
Setelah pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) diperkenalkan pada
tahun 2017, pihak SMKBPP telah membentuk Putra Miracle Voice sebagai usaha untuk
mengasah potensi murid secara menyeluruh. Antaranya adalah dengan memfokuskan
kepada bidang keupayaan murid untuk mengacara sesuatu majlis serta meningkatkan
kemahiran dan potensi murid dalam pelbagai bidang. Oleh itu, bidang keberhasilan yang
dipilih untuk penulisan amalan baik ini adalah mengenai kemahiran dwibahasa serta
pembelajaran dan potensi murid dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bidang fokus ini
dipilih kerana mempunyai perkaitan sebagai medan melahirkan pengacara sekolah yang
semakin berpotensi dalam mengendalikan sebarang majlis.
3.0 Objektif
Berdasarkan isu dan penyataan masalah dalam penulisan amalan baik ini, terdapat beberapa
objektif yang digariskan selaras dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pihak sekolah di dalam
Putra Miracle Voice. Antaranya seperti:
❖ untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh.
❖ untuk meningkatkan tahap kebolehupayaan murid berucap di hadapan khalayak.
❖ untuk meningkatkan kemahiran dwibahasa murid.
❖ untuk meningkatkan bilangan penyertaan pencapaian PAJSK (Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dalam kalangan murid.
4.0 Metodologi
Metodologi penulisan ini menggunakan tiga pendekatan utama yang diaplikasikan di bawah
Analisis Triangulasi. Menurut Steve Olson (2014), Analisis Triangulasi digunakan untuk
menghubungkaitkan pelbagai sumber maklumat yang mampu mengukuhkan kualiti dan
kredibiliti bukti-bukti bagi menyokong dapatan dan cadangan untuk penambahbaikan.
Metodologi penulisan amalan baik ini meliputi;
4.1 Pemerhatian
Sepanjang penglibatan murid-murid dalam pelbagai program intervensi yang
dirangka bagi mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan, pemerhatian
dilakukan dalam mengenal pasti perubahan keupayaan diri dan tingkah laku
murid sama ada semakin positif atau sebaliknya. Setiap murid yang terlibat
dalam program yang dijalankan sentiasa ditekankan dengan aspek disiplin,
menepati masa, komunikasi berkesan, kemahiran dwibahasa dan sebagainya.
Kesemua program ini sentiasa dipantau oleh para guru yang terlibat.
4.2 Temu ramah
Semua murid yang terlibat dengan program di bawah ‘Putra Miracle Voice’ ini
telah ditemu ramah oleh guru yang terlibat untuk melihat sejauhmana
117
keberkesanan program tersebut dalam usaha membantu murid meningkatkan
potensi diri dalam bidang pengacaraan.
4.3 Rujukan perpustakaan dan bahan bacaan
Untuk mendapat maklumat tambahan berkaitan penulisan ini, pembacaan
terhadap jurnal, buku dan kajian lalu telah dilaksanakan sebagai rujukan
tambahan.
4.4 Data peperiksaan dan kokurikulum
Untuk melihat keberkesanan sepanjang pelaksanaan program, data peperiksaan
dan data kokurikulum dijadikan sebagai bahan rujukan untuk melihat
perbandingan pencapaian sebelum dan selepas pelaksanaan program.
5.0 Kaedah Pelaksanaan
Bagi memastikan objektif di bawah Putra Miracle Voice tercapai, terdapat beberapa program
yang telah dirangka sebagai kaedah pelaksanaan dalam membantu mencapai bidang
keberhasilan utama iaitu Kemahiran Dwibahasa serta Pembelajaran dan Potensi Murid dalam
bidang akademik dan kokurikulum sekali gus menyumbang kepada melahirkan pengacara
sekolah. Antara program yang dilaksanakan ialah:
❖ Program BBP Top Presenter
❖ Public Speaking
❖ Three Words per Lesson
❖ English Excelent Award
❖ Tuesday Presenter
❖ Pencetus Millenia
❖ Dare to Excell
❖ Penyertaan Pertandingan Koakademik (Pidato dan Public Speaking)
❖ Penyertaan Program Pelbagai Peringkat (Pengacara Majlis)
❖ Liaison Officer (LO)
❖ Juruacara
❖ Pempamer
❖ BBP News
6.0 Kesan Pelaksanaan
Kesemua program yang dilaksanakan ini secara tidak langsung telah berjaya menyumbang
kepada perubahan tingkah laku positif murid khususnya yang menunjukkan bakat terpendam
dalam bidang pengacaraan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa sepanjang pelaksanaan
program-program yang telah dirancang, pihak sekolah berhadapan dengan beberapa
cabaran. Antaranya ialah fasa untuk memulihkan semangat dan memberi keyakinan kepada
murid untuk sentiasa paksa diri menyertai program-program yang dianjurkan pihak sekolah.
118
Selain itu, cabaran seperti kekurangan penyertaan daripada murid-murid dari kelas belakang
juga merupakan suatu isu yang sentiasa diberi perhatian di samping cabaran menyediakan
bentuk dan jenis penghargaan serta hadiah kepada pihak murid yang telah menyertai
sebarang program.
Beberapa masalah dan kekangan yang timbul semasa awal pelaksanaan program
telah dikenal pasti dan sentiasa ditambah baik saban tahun. Pelbagai usaha dilakukan oleh
pihak sekolah dalam menambahbaik program-program yang telah dirangka demi memastikan
kemenjadian murid berjaya dicapai secara berterusan. Antara inisiatif yang dilakukan bagi
menjayakan program-program yang dirancang supaya lebih efektif adalah seperti;
❖ Perhimpunan sekolah
❖ Praujian Lisan
❖ Ujian Lisan
❖ Laporan penyertaan dan pencapaian
❖ Laporan program
❖ Senarai nama murid dalam penglibatan sebarang aktiviti.
❖ WAYS (Walk Around Your School)
❖ Learning Walk
7.0 Dapatan dan Impak
Secara umumnya, beberapa peningkatan dan kejayaan berjaya dicapai setelah pihak sekolah
melaksanakan pelbagai program seperti yang dirangka bagi membantu mencapai objektif
penulisan ilmiah ini. Sebelum pelaksanaan pelbagai program yang dirangka seperti di dalam
Jadual OPPM (rujuk lampiran), didapati tahap potensi murid dan kebolehan murid untuk
mengacara majlis berada di tahap yang rendah. Setelah dilakukan pelbagai intervensi,
didapati berlaku penambahbaikan dan peningkatan seperti dalam jadual di bawah
terutamanya dalam pembangunan potensi murid secara keseluruhannya sama ada dalam
bidang akademik dan koakademik.
Jadual1: Kejayaan Perlaksanaan Program
BIDANG PERKARA TAHUN 2017 TAHUN 2018
Akademik 91.9 %
Lisan BI PT3 88.6 % 93.1 %
Koakademik 4
Lisan BM PT3 91.0 % 150
Pelibatan 1 3
Pelibatan 2 65
Antara kejayaan yang menyumbang kepada jumlah peningkatan Pelibatan 2 dalam
kalangan murid adalah seperti menjadi pengacara majlis bagi Majlis Kolokium TS25 Negeri
Perak, Perhimpunan Dwibulanan JPN Perak, Majlis Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat
Kebangsaan, Kolokium TS25 Peringkat Negeri Perak, APCC Fukuoka-Ipoh PSS SMKBBP,
Lawatan Delegasi Indonesia dan Jepun ke SMKBBP, Majlis Anugerah Pembestarian Daerah
Kinta Utara, Simposium ICT Peringkat Kebangsaan dan yang terkini adalah menjadi
pengacara untuk Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Sekolah-Sekolah Negeri Perak
Tahun 2020 (rujuk gambar-gambar kejayaan di bahagian lampiran).
119
Oleh itu, terbuktilah bahawa menerusi pelaksanaan Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25), secara tidak langsung telah membawa perubahan baharu dalam dunia
pendidikan. Jika dilihat, fokus utama aspirasi yang ingin dicapai adalah kemenjadian murid
secara menyeluruh dan perkara ini menjadi asas utama dalam mengatur strategi dan
program-program bagi memastikan objektif-objektif dapat dicapai dengan jayanya.
8.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, Putra Miracle Voice menjadi harapan pihak pengurusan sekolah
untuk terus memberi perhatian dan menyusun cara-cara yang sewajarnya supaya terus dapat
memberi galakan, motivasi, penghargaan serta mempelbagaikan aktiviti menarik kepada para
murid supaya mereka lebih positif dan percaya akan kebolehan diri masing-masing. Pihak
sekolah juga sentiasa meletakkan seluruh tenaga, ilmu, komitmen padu serta sifat
bertanggungjawab yang tinggi dalam memastikan semua perkara yang menjadi hasrat
sekolah terutamanya untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang
dapat dicapai dengan jayanya secara bersama.
Tidak dinafikan bahawa fokus utama TS25 untuk melahirkan kemenjadian murid secara
menyeluruh sangat bertepatan dengan arus pemodenan dunia zaman sekarang. Pelbagai
program yang dianjurkan di sekolah secara langsungnya dapat menjadi tapak asas untuk para
murid menimba ilmu, mencipta keberanian untuk mencuba, percaya kepada kebolehan diri
masing-masing serta sentiasa positif dan berani dalam mengacarakan sebarang majlis secara
khususnya.
Perlaksanaan program-program yang dilakukan telah berjaya membentuk murid
menjadi pengacara majlis bagi semua program sekolah sekali gus menjadi aset berharga
dalam mengharumkan nama sekolah. Adalah menjadi hasrat pihak sekolah untuk terus
melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan. Pihak pengurusan sekolah
sentiasa berusaha untuk menambahbaik segala kekurangan dalam pelaksanaan program-
program intervensi yang sesuai untuk terus membangunkan potensi murid secara
menyeluruh.
Bibliografi
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2008). Komunikasi di Tempat Kerja. Malaysia. PTS
Publication & Distrubution Sdn.Bhd.
Bishop, J.B., Bauer, K.W., & Becker, E.T. (1998). A survey of counseling needs of male
and female college students. Journal of College Student Development, 39, 205-210.
Littlejohn. S. W. & Foss. K.A. (2005). Theories of Human Communication 8th ed. Thomson.
Wadsworth.
120
McDowell, E. E., & McDowell, C. E. (1978). An investigation of source and receiver
apprehension at the junior high, senior high, and college levels. Central StatesSpeech
Journal, 29, 11-19.
Nurul Salmi Mohd Dazali (2014). Tahap kekhuatiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Malaysia.
Olson, S. 2014. Thinking Evolutionarily: Evolution Education Across the Life Sciences:
Summary of a Convocation. National Academies Press.
LAMPIRAN BERGAMBAR
121
SMK BANDAR BARU PUTRA, IPOH. (2018)
PINTAS : POTENSI DAN PEMBELAJARAN MURID
1 23 4 5 67
BIDANG DATA BIDANG TOV KRITERIA KEJAYAAN INISIATIF KAEDA
/ETR
KEBERHASILAN TERKUMPUL FOKUS PEMANTA
1. WAYS
Ujian Lisan BI Kemahiran GPMP/% LULUS BI GPMP/ % LULUS BI 1. BBP Top Presenter 2. LW
3. Buku lati
Lisan BI LISAN PT3 2017 :3.39 LISAN PT3 2018: 2. 3 words per lesson 4. Perhimp
(88.6% ) 3.10 (91.9%) 3. English Excelence
Award
Kemahiran 4. Public Speaking
dwibahasa 5. Tuesday Presenter
Ujian Lisan Bil Pel mendapat A/ % Bil pelajar mendapat 1. Pencetus Milenia
Ujian Lisan Lulus BM Lisan PT3 A/% Lulus BM Lisan 2. Dare to Excell 1. Ujian Pra
BM 2017 = 38 org/ 91.3% PT3 2018 = 70 org/ 2. Ujian Lis
93.1 %
Pembelajaran Bilangan Meningkatk Pelibatan 1 : Pelibatan 1 : 1. Penyertaan 1. Laporan
dan Potensi
Murid dalam Penyertaan an Bilangan Penyertaan : 3 (Pidato Penyertaan : 4 Pertandingan Penyertaan
Kokurikulum
(Pencapaian Penyertaan BM, Pidato BI dan (Pidato BM, Pidato BI Koakademik (Pidato & Pencapaian
PAJSK) dan Pidato Diraja) dan Pidato Diraja) Public Speaking)
Pencapaian Pencapaian : Tiada Pencapaian 2 : 2. Laporan
(Meningkat 2. Penyertaan Program Program
kan markah Pelibatan : 2 Pelibatan : 2 (Pengacara Majlis)
PAJSK) Tiada 5
Bilangan Pemimpin 65 150 1. Pemimpin Muda Data / Sena
Pelibatan 2 Muda
dalam PAJSK Sukan Nama
2. Liosone Officer Penglibatan
3. Juru Acara / Doa Murid
4. Pempamer
5. BBP News
12
8 9 10 11 12 13
AH TINDAKAN TEMPOH KEPERLUAN EVIDEN DAPATAN KOS
AUAN MASA SUMBER PENILAIAN RM600.00
GK Bahasa 1. Hadiah 1.Laporan RM100.00
English Pelaksanaan dan RM100.00
ihan Jan - Nov Excellence Penilaian Inisiatif
punan Award (RM50 2. Keputusan Ujian
x 10 bulan ) Lisan PT3 2018
2. SIJIL
GK Bahasa
a Lisan Jan - Nov SIJIL Laporan
san Pencapaian
n PK Koku / JANUARI- 1. Sijil Penyertaan
n dan SU Koku NOVEMB dan Pencapaian
n /SU ER
Sukan/Peny 2. Laporan
n elaras /Guru SIJIL Program
Penasihat
3. Gambar
arai SU TS25 Jan - Nov SIJIL Laporan Majlis Jumlah Pemimpin Pempamer
n Anugerah Muda = 216 RM742.60
Transformasi 1. Pemimpin Konvensyen TS25
Muda Sukan = 60 RM648.00
2. Liosone Officer Majlis Anugerah
= 44 3. TS25 Rm 1000.00
Juru Acara / Doa
= 19
4. Pempamer /
Persembahan =
67
BBP News = 8
Pramu Saji = 18
22
SMKBBP Ketua : HAMIZAH BT ABDUL HAMID Nama Intervensi/in
Objektif : MENINGKATKAN BUDAYA PEMBELAJARAN ABAD 21 Tema: PERSE
Status
Matlamat Bil Tugas Utama
///////
1 Transformasi Nilam /
/ / Program Membaca berunsur ICT ///////
/ / Bacaan Senyap ///////// ///////
///////
2 Anugerah kelas TS25 2.0 ///////
/// Lonjakan gred purata kelas
// Kebersihan dan keceriaan kelas /////////
// Lonjakan Kehadiran Tertinggi Mingguan ////
// Peningkatan kadar login VLE /////////
/////////
// Bilangan Amalan baik /////////
/ 4 Prasarana Abad 21
/ / 5 BBP Top Presenter/ Pencetus Milenia
/ / / 6 Thursday Presenter
7 Public Speaking
Membudayakan budaya membaca dalam kalangan muridTugasan Utama JANUARI FEBRUARI MAC APRIL ME
Meningkatkan budaya persaingan dalam kalangan murid( Jenis aktiviti )
Meningkatkan tahap penguasaan minimum setiap muridTarikh Anggara
Bil Aktiviti
M1
M21 Bilik Khas PA21
M3
M4
M5
M6
M7
M8
M9
M10
M11
M12
M13
M14
M15
M16
M17
M18
2 Prasarana Abad 21
Kos 3 Anugerah Kelas TS25
Matlamat 4
5
Ringkasan 6
dan
7
1. 3 kelas mendapat anugerah kelas TS25; 7 bilik khas mempunyai toolbox
2. KPI: % Lulus Ujian Lisan BI - 91.9, % Lulus Ujian Lisan BM - 93.1, Bilangan pelajar mencapai 2 bintan
3. 80 orang pelajar mendapat sekurang-kurangnya 2 bintang.
12
nisiatif : Transformasi Pembelajaran Tarikh :
KITARAN PEMBELAJARAN BERMAKNA/ KEMAHIRAN DWI BAHASA Januari 2018
s / Pencapaian Projek Tanggungjawab
//// //// AB
///////// /////// /// A B
/ / A B
///////// /////// A
///////// /////// /// A CB
/// /// B
/// //
/ AB
/// AB
///
/// A
///////// /////// AB
///////// ///////
///////// /////// A
AB
M19
M20
M21
M22
M23
M24
M25
M26
M27
M28
M29
M30
M31
M32
M33
M34
M35
M36
M37
M38
M39
M40
M41
M42
M43
PK (P)
PK(HEM)
PK (KO)
GKB
GKK
GKS
GKVT
Kaunselor
SU HEM
SU MKT
ADMIN VLE
EI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBERNOVEMBER
an Kos Kos Sebenar Beza Sumber
7000.00 2620.00 TS25
1500.00 PIBG
ng NILAM- 80 orang.
23
Sokongan PIBG
& Komuniti
SYNERGY ATHLETE STC
M. Sundari, P.Loganathan, K.Sandhrigah
SJK(T) St. Theresa’s Convent, Taiping, Perak
[email protected]
Abstrak
Kokurikulum merupakan salah satu bidang yang paling penting dalam membina kemenjadian
murid di sekolah. Penulisan ilmiah ini adalah intipati pencapaian murid SJK(T) St. Theresa’s
Convent, Taiping (STC) dalam bidang koakademik iaitu keterampilan murid-murid STC
menyerlah apabila anak murid didedahkan kepada pelbagai pertandingan di peringkat
sekolah daripada aspek Sains, Inovasi dan Teknologi, Catur, ICT dan Kesusasteraan Bahasa
Tamil. Sebelum ini, pencapaian kokurikulum adalah di tahap yang amat sederhana
sedangkan kokurikulum dalam kemenjadian murid amat penting. Oleh itu, pihak sekolah juga
telah mewujudkan tapak untuk murid menyertai pertandingan antarabangsa dengan
kolaborasi pihak, NGO, PIBG dan masyarakat tempatan. Inisiatif yang telah diambil oleh pihak
sekolah telah meningkatkan minat dan usaha murid untuk mengambil bahagian dalam
pelbagai pertandingan. Justeru, penglibatan murid dalam bidang koakademik peringkat
sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan meningkat dari 84.86 peratus pada tahun 2018
kepada 88.54 peratus pada tahun 2019 dan sekali gus meningkatkan penglibatan murid
dalam bidang koakademik peringkat antarabangsa dari 0 peratus pada tahun 2018 kepada
3.4 peratus pada tahun 2019. Pecutan kemenjadian murid dalam peringkat antarabangsa
dalam bidang Sains, Inovasi dan Teknologi telah mengubah persepsi ibu bapa dan
masyarakat tempatan terhadap keberkesanan koakademik untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang dan gemilang dari segi ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran seperti
berfikiran kritis dan kreatif, berkeyakinan diri dan petah berbahasa.
Kata kunci: minat, koakademik, pertandingan, sarana ibu bapa
1.0 Pengenalan
SJK(T) St. Theresa’s Convent yang terkenal dengan nama singkatan STC merupakan sebuah
sekolah yang terletak di pusat bandar Taiping dengan bilangan murid 488 orang dan 38 orang
guru di bawah pentadbiran Puan K. Puvaneswary sebagai guru besar. Sekolah ini
mempunyai 10 persatuan, lima badan uniform dan enam kelab permainan. Dalam kesemua
aktiviti kokurikulum ini hanya Persatuan Bahasa Tamil telah menunjukkan pencapaian yang
baik. Aktiviti kokurikulum yang lain agak lemah dan tidak menarik minat murid. Setelah
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mula dilaksanakan pada tahun 2018, pelbagai
modul kemenjadian murid telah diperkenalkan dan dilaksanakan seperti program PAK21,
suara murid, KMR dan sebagainya telah menarik perhatian guru dan murid untuk
merealisasikan aspirasi TS25. Setelah pelaksanaan Program TS25, STC telah mengalami
transformasi yang ketara dalam bidang kemenjadian murid, prestasi akademik dan
koakademik meningkat secara mendadak.
1
Transformasi dalam bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada program
pembangunan sekolah STC. Transformasi ini perlu bergerak seiring dengan akademik bagi
membentuk pelajar yang mempunyai ketrampilan, kemahiran yang pelbagai dan jati diri yang
unggul bagi mendepani cabaran semasa.
Rajah 1.0
Menurut rajah 1.0 kemenjadian murid bergantung kepada pencapaian keseluruhan
dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin. Untuk menghasilkan pelajar yang
cemerlang dalam semua bidang, kita harus mengenal pasti kecenderungan murid secara
keseluruhan. Antara caranya adalah dengan meningkatkan keyakinan murid terhadap
potensi diri melalui pertandingan yang dijalankan, mendedahkan semua murid tentang
suasana pertandingan koakademik, meningkatkan penyertaan dan persaingan sihat antara
murid untuk memenangi sesuatu pertandingan yang dianjurkan.
STC memang berhasrat untuk menghasilkan murid yang 100 peratus berjaya dalam
akademik dan koakademik seperti dalam rajah 1.1. Untuk mencapai aspirasi tersebut tiga
objektif telah dirancang iaitu:
Rajah 1.1
1. Meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam pertandingan.
2. Mewujudkan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa dalam pencapaian koakademik.
3. Meningkatkan bilangan murid yang mengambil bahagian di peringkat antarabangsa.
2
Cabaran pendidikan ini bergantung kepada penglibatan murid dan minat murid dalam
bidang yang diceburinya. Menurut teori Astin (rajah 1.2) penglibatan murid dalam aktiviti akan
menentukan peranan individu dalam perkembangan kendiri. Selain itu, Astin juga mengaitkan
bahawa penglibatan dalam aktiviti akan merujuk kepada tingkahlaku individu (Astin 1984).
Rajah 1.2
2.0 Pernyataan Masalah
Setiap murid sekolah dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti koakademik. Walaupun setiap
murid menyertai kegiatan kokurikulum di SJK(T) St. Theresa’s Convent tetapi sebahagian
kecil sahaja yang terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi sama ada
peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Setelah dikaji data kehadiran murid, aktiviti kokurikulum selama tiga tahun (2017 –
2019) didapati secara purata sebanyak 15 peratus murid tidak berminat menyertai aktiviti
kokurikulum dan selalu ponteng serta berasa rendah diri terhadap kebolehan mereka. Selain
itu, ibu bapa juga kurang arif tentang kepentingan aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada
pembangunan modal insan anak mereka. Oleh hal yang demikian, sekolah menghadapi
masalah dalam menghasilkan Synergy Athlete.
Keadaan ini menyebabkan ramai murid yang cemerlang akademik tidak dapat
menyambung pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan kerana
mereka tidak mencapai gred A dalam PAJSK serta tidak memiliki sijil penyertaan atau
pencapaian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah sehingga antarabangsa.
3
Rajah: 2.1 – Ciri Modal Insan
Situasi minat murid STC dalam bidang koakademik sebelum Program TS25
dilaksanakan adalah seperti ciri modal insan kelas ketiga dan selepas TS25 dilaksanakan
telah berubah ke modal insan kelas pertengahan dan kini menuju ke arah ciri modal insan
kelas pertama yang didefinisikan sebagai kumpulan pemikir, pemimpin berwawasan,
intelektual dan komited serta berani mengambil risiko seperti pada rajah 2.1.
3.0 Metodologi
Penulisan ini dihasilkan berdasarkan kepada data-data yang diperoleh dan dianalisis bagi
mendapat maklumat yang tepat. Data kajian ini diperoleh berasaskan daripada Pelan
Strategik, Taktikal, PInTaS dan OPPM. Data-data ini digunakan untuk menunjukkan
keberkesanan Program Synergy Athlete. Program ini telah diwujudkan khas meningkatkan
pencapaian murid dalam bidang koakademik dan diperkenalkan di SJK(T) St. Theresa’s
Convent pada tahun 2018 dan dijangka berakhir pada tahun 2020.
Menurut kamus Bahasa Melayu, atlet membawa maksud orang yang giat dalam
lapangan sukan (Kamus Dewan edisi keempat) manakala sinergi pula membawa maksud
usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik jika usaha dilakukan
secara berkelompok untuk melicinkan proses kemenjadian murid.
Rajah: 2.1
4
Menurut Teori Astin 1984, masalah boleh didefinisikan sebagai rintangan yang boleh
menghalang seseorang daripada mencapai matlamat yang diingini. Penyelesaian masalah
adalah merupakan satu kaedah atau langkah yang diambil untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.
Mengukuhkan hal ini, unit koakademik STC telah mengadakan Program Synergy
Athlete untuk memperkenalkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun secara berterusan.
Antaranya ialah Pertandingan Science Fair, Pertandingan Catur, Pertandingan Bahasa Tamil,
dan Kuiz ICT. Langkah ini telah membina semangat murid untuk menyertai dalam pelbagai
pertandingan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.
4.0 Kaedah Pelaksanaan
Bidang koakademik STC juga memaksimumkan penggunaan sudut pidato di sekolah. Sudut
Pidato menekankan pengucapan awam yang berasal dari Taman Hyde di London,England.
Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kreatif dan kritis, serta aplikasi nilai murni dan etika.
Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld.5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan
untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Jadi unit
koakademik STC mengambil sudut pidato ini sebagai satu cara untuk membina semangat
murid untuk berucap di khalayak ramai dengan berani. STC telah mewujudkan sudut pidato
di tempat yang berbeza iaitu di kantin dan dewan terbuka STC. Kaedah ini menghilangkan
rasa kurang keyakinan murid dan mendorong meningkatkan elemen komunikasi serta petah
berdebat di pentas tanpa rasa rendah diri.
Bidang koakademik merupakan salah satu bidang yang penting dan perlu diceburi oleh
murid-murid sekolah. Walau bagaimanapun ada segelintir ibu bapa tidak memberi galakan
kepada anak-anak untuk menceburinya. Mereka hanya mendorong anak-anak untuk
memberi perhatian dalam pencapaian akademik sahaja. Anggapan sebegini adalah salah
kerana aktiviti koakademik banyak memberikan impak positif kepada murid-murid untuk
kecemerlangan sama ada di bidang akademik mahupun koakademik. Jadi unit kokurikulum
STC telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya adalah
mewujudkan tapak Whatsapp untuk ibu bapa. Di sini segala penglibatan dan pencapaian
murid dalam koakademik telah dimuat naik untuk perhatian para ibu bapa. Hal ini menjadi
satu daya tarikan kepada ibu bapa dan juga murid-murid yang tidak mengambil bahagian
dalam pertandingan. Keadaan ini mewujudkan persaingan dalam kalangan murid mahupun
ibu bapa. Selain itu, tindakan ini juga memberi penghargaan kepada murid-murid yang
berjaya mengambil bahagian.
5