MUC…! MOTTAINAI! AMALAN HIJAU KAN BOLEH!
Mardiyah binti Rahim, Noor Nadiah binti Mohd Nasir
SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak
[email protected]
Abstrak
Cekap, Cepat, Cermat dan Tanpa Pembaziran (3C+TP) merupakan konsep asas dalam
memacu kepimpinan dan pengurusan MUC. Hal ini mendorong kepada perkongsian amalan
terbaik guru MUC dalam membudayakan Amalan Hijau bagi mengelakkan pembaziran dan
seterusnya melahirkan persekitaran yang kondusif, bermakna dan menyeronokkan kepada
warga sekolah. MUC berdepan dengan masalah pengunaan ruang PdPc di luar bilik darjah
yang terhad, pembaziran sisa pepejal dan domestik, pembaziran sumber serta ketiadaan
penglibatan murid dalam aktiviti yang melibatkan kreativiti dan inovasi. Penerapan slogan
MUC…! Mottainai! juga membakar semangat guru untuk terus membudayakan Amalan Hijau.
Hasil pembudayaan ini mendapati pertambahan bilangan sudut kreativiti dan inovasi panitia
di sekitar kawasan sekolah. Begitu juga bilangan aktiviti, projek dan kempen untuk
mengelakkan pembaziran juga bertambah hasil inisiatif guru yang seterusnya meningkatkan
penglibatan murid dalam aktiviti dan pertandingan yang berasaskan projek sama ada
peringkat sekolah dan kebangsaan.
Kata kunci: amalan hijau, 4R ruang pembelajaran luar bilik darjah, pembaziran, penglibatan
murid, metodologi, impak
1.0 Pengenalan
Maahad Ummah Chemor (MUC) ialah sebuah sekolah yang dibina di atas tanah wakaf seluas
9.8 ekar. Maahad Al-Ummah memulakan operasinya pada tanggal 18 Disember 1989. Pihak
Jemaah Pengurusan Maahad Al-Ummah (JPMU) telah menandatangani MoU dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meletakkan sekolah ini di bawah program
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2007. Pada tahun 2018, Maahad Al-
Ummah telah diberi mandat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 di
Perak.
Umum, guru melihat peranan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna
dan pembudayaan aktiviti penjagaan alam sekitar hanya terletak pada bahu pentadbir sekolah
sahaja. Manakala tugas guru hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran dan
menghabiskannya pada jangka masa yang ditetapkan. Tanggapan tersebut harus
dipertimbangkan dan dibincang semula oleh guru agar dapat menyediakan persekitaran yang
lebih selesa, mengelakkan pembaziran supaya menjadi suri teladan kepada murid dan
menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti kreatif dan inovatif.
32
Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam elemen sekolah
berkualiti adalah mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
dengan sokongan pemimpin berkesan, guru berkualiti dan sokongan PIBG serta komuniti.
Justeru, menurut Wehling (2007), keupayaan guru sebagai role model merupakan agen
perubahan sekolah membolehkan sekolah mempunyai peluang yang lebih dalam memastikan
setiap murid mempunyai guru yang berkualiti tinggi. Hal ini menjelaskan guru harus
mempunyai kemahiran tertentu seperti keupayaan menyampaikan pengajaran dengan
berkesan, menyediakan aktiviti yang menarik, berkemahiran memotivasikan murid, serta
berkemahiran menguruskan disiplin murid (Ee, 1998).
2.0 Objektif
Maahad Al-Ummah mengangkat tema kualiti guru sebagai faktor pendorong terkuat dalam
menjayakan kemenjadian murid. Melalui pelaksanaan Program TS25 ini, adalah menjadi
hasrat sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan
menyeronokkan melalui peningkatan kualiti guru bagi mencapai objektif yang berikut:
2.1 Menambah bilangan ruang pembelajaran luar bilik darjah.
2.2 Meningkatkan aktiviti pengurusan sisa dengan berkesan.
2.3 Mengurangkan pembaziran sumber air, elektrik dan kewangan.
2.4 Meningkatkan penglibatan murid terhadap aktiviti kreatif dan
Inovatif.
3.0 Pernyataan Masalah
Melalui dapatan daripada peti aduan murid yang disediakan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM),
54 peratus murid menyatakan bahawa mereka berasa jemu dan bosan apabila pembelajaran
berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini disebabkan ruang pembelajaran yang amat terhad serta
keadaan persekitaran sekolah yang kosong dan kekurangan info menarik. Sebagai sekolah
berasrama, murid berada sepenuhnya di kawasan sekolah. Kekurangan ruang pembelajaran
di luar bilik darjah membataskan aktiviti murid terutama semasa hujung minggu. Selain itu,
ruang untuk murid melaksanakan Masa Belajar Sendiri (MBS) terhad kepada ruang bilik
darjah kerana bilik-bilik khas ditutup penggunaannya selepas waktu persekolahan.
Keterbatasan ruang luar bilik darjah ini juga membataskan peluang murid untuk melakukan
eksplorasi alam sekitar dan mengadakan sesi diskusi dengan rakan. Mengapakah hal ini
boleh berlaku? Walhal, MUC mempunyai banyak ruang dan sudut yang luas. MUC…!
Mottainai!
Keluasan tanah wakaf yang besar merupakan kelebihan bagi MUC. Namun begitu,
ketidakcekapan pengurusan sampah dan sisa telah mengakibatkan bahan ini tidak dapat
dimanfaatkan ke tahap yang maksimum. Sisa yang dimaksudkan termasuklah sisa organik,
sisa domestik, air sisa dari penghawa dingin, sisa air wuduk, dan sisa tanaman. Punca utama
ketidakcekapan ini bermula apabila longgokan sampah yang banyak dan tidak diselenggara
dengan baik terutamanya pada hari Isnin disebabkan sesi lawatan waris ke sekolah pada
hujung minggu. Sampah seperti sisa organik daripada pokok iaitu daun kering dan makanan
33
murid seperti nasi, lauk, kulit buah-buahan dan sayuran yang dibuang secara pukal di tempat
pembuangan sampah telah menyebabkan penambahan timbunan sampah yang
mencacatkan pemandangan dan menyebabkan pencemaran bau. Keadaan ini juga
mengakibatkan pencemaran udara kerana pembakaran rumput dan daun kering secara
terbuka. Tambahan pula, sisa pepejal dan domestik yang meliputi plastik, tin aluminum dan
kertas tidak diasingkan dengan baik untuk tujuan kitar semula. Selain itu, air sisa dari 29 unit
penghawa dingin yang beroperasi selama enam jam telah menghasilkan 60.9 liter air
terkumpul. Begitu juga dengan air sisa daripada wudukk murid yang digunakan dengan
jumlah minimum lima kali sehari oleh seorang murid. Jumlah yang besar ini juga telah
dibazirkan begitu sahaja. Apakah yang sudah berlaku? MUC…! Mottainai!
Pembaziran sumber di sini merujuk sumber seperti elektrik, air dan sumber kewangan
untuk pembelian Bahan Bantu Mengajar (BBM) panitia. Kadar masa yang diambil untuk murid
mandi yang begitu lama sekali gus meningkatkan pembaziran sumber air dan elektrik. Di
samping itu juga, ketidakprihatinan guru terhadap sumber seperti kertas, perabot lama, Alat
Bantu Mengajar (ABM) panitia, fail-fail terpakai dan buku kerja murid yang tidak digunakan
secara maksimum telah dilonggokkan dan menimbun di dalam stor dan di atas meja-meja
guru. Hal ini amat mendukacitakan kerana ada antara sumber ini masih boleh dibaiki dan
digunakan semula untuk pembelajaran. Sumber-sumber yang ada ini berkemungkinan
secara umumnya hanya rosak sedikit malah telah dibuang begitu sahaja. Sayangnya, MUC…!
Mottainai!
Pencerapan SKPMg2 oleh barisan pentadbir mendapati guru sekolah ini pada awalnya
amat kurang mengaplikasikan Project Based Learning (PBL) atau Pembelajaran Berasaskan
Projek dalam PdPc mereka kerana faktor masa dan sumber kewangan yang minimum. 15
peratus guru sahaja yang rata-rata daripada bidang Sains dan Matematik serta Bahasa yang
berjaya mempraktikkan aktiviti PBL di dalam PdPc. Impaknya membawa kepada
pembentukan watak murid yang tidak kreatif dan inovatif. Hal Ini sekali gus menyebabkan
murid kurang menyertai dan melibatkan diri di dalam pertandingan sama ada di dalam sekolah
dan peringkat daerah. Hal ini amat merugikan kerana bakat dan potensi murid tidak digilap
sepenuhnya. MUC…! Mottainai!
Kesimpulannya, tahun keempat pelaksanaan KSSM di sekolah menengah yang amat
menekankan elemen PBL, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), dan aktiviti secara Hands On amat mendesak kepada kreativiti guru
menyediakan keperluan yang selari dengan matlamat pengajaran. Ruang pembelajaran tidak
lagi hanya terhad di dalam bilik darjah, makmal dan bilik-bilik khas semata-mata tetapi
melibatkan keseluruhan ekosistem sekolah. Ketidakcekapan dan pembaziran sisa dan
sumber hanya akan mewujudkan sikap mementingkan diri guru dan persaingan yang tidak
sihat dan akhirnya memberikan impak buruk kepada perilaku serta kreativiti dan inovasi murid.
MUC…! Mottainai!
34
4.0 Metodologi
Hasil daripada penelitian isu yang berlaku di sekolah, pihak pentadbiran sekolah memberikan
mandat kepada guru untuk mengumpulkan data. Data yang dikumpulkan akan dijadikan
sebagai TOV atau titik asalan pencapaian semasa sebelum intervensi atau perlaksanaan
inisiatif. Pengumpulan data merangkumi bilangan guru, suara murid dan soal selidik. Data
ini dapat memberikan gambaran iklim semasa pandangan, komitmen dan keterlibatan guru
dalam amalan hijau.
Pengumpulan data melalui suara murid telah dijalankan secara rawak yang melibatkan
120 orang murid dari setiap kelas bagi refleksi PdPc pada Julai 2018. Refleksi merangkumi
amalan PAK21, KBAT, bahan pengajaran guru, ABM guru dan aktiviti lapangan yang
dilaksanakan oleh guru. Seterusnya, data amalan PBL oleh guru dicerap menggunakan skor
SKPMg2 Standard 4 pada bahagian guru sebagai pembimbing dan menerusi sesi
pemantauan PBLPP oleh pegawai penilai (PP1 dan 2) bagi sesi PdPc guru. Penggunaan
kaedah PBL yang melibatkan penggunaan bahan guna semula diukur juga melalui penulisan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru.
Manakala, soal selidik bagi mengumpulkan data amalan hijau guru terdiri daripada dua
konstruk iaitu amalan 4R dan penjagaan alam sekitar. Terdapat lapan item bagi konstruk
amalan 4R dan 10 item bagi konstruk amalan penjagaan alam sekitar. Soal selidik merupakan
soalan berbentuk skala likert yang terdiri daripada lima skala yang meliputi sangat tidak kerap,
tidak kerap, sederhana, kerap dan sangat kerap. Tinjauan amalan hijau ini dilakukan
sebanyak dua kali iaitu sebelum inisiatif dijalankan pada tahun awal 2018 dan seterusnya,
selepas inisiatif dilakukan.
5.0 Kaedah Pelaksanaan
Mottainai berasaskan daripada perkataan Jepun yang diperkenalkan oleh pemenang
anugerah Nobel iaitu Wangari Maathai dari Kenyan menerusi kempen alam sekitar. Mottainai
bermaksud “alahai, membazirnya!” menekankan konsep Reduce, Reuse, Recycle and
Respect. Dengan slogan kata yang MUC…! Mottainai!. Hal ini dapat meniupkan semangat
guru terutamanya untuk tidak membazir sekali gus membentuk pembudayaan Amalan Hijau.
Pembudayaan Amalan Hijau dalam konteks MUC merupakan usaha untuk mengamalkan
pemeliharaan alam sekitar berdasarkan prinsip pembangunan yang meminimumkan kesan
negatif kepada alam. Kriteria Amalan Hijau ini seperti meminimumkan pembebasan gas
rumah hijau, mengurangkan degrasi alam, penjimatan tenaga dan sumber serta
mengamalkan 4R (Reduce, Reuse, Recycle, and Respect) terhadap hidupan, bahan dan sisa.
Antara inisiatif yang dilakukan dalam membudayakan Amalan Hijau adalah seperti Jadual 1.
35
Ruang pembelajaran terhad diatasi dengan menggerakkan panitia, penasihat kelab
persatuan dan PIBG untuk mewujudkan sudut dan ruang masing-masing. Ketua bagi setiap
panitia dan unit dipertanggungjawabkan untuk mengetuai, memantau dan menggerakkan
projek ini. Kepimpinan ketua-ketua guru ini digerakkan melalui slogan Didik Infaq Waqaf dan
Do It Yourself (DIW+DIY). Intipati slogan ini ialah menggalakkan guru untuk Reuse atau
menggunakan semula sisa pepejal dan sumber yang tidak digunakan untuk ditukarkan
kepada produk di sudut masing-masing. Persekitaran bermakna direalisasikan dengan
menerapkan unsur Respect kepada flora dan fauna dengan inisiatif membugarkan kawasan
sekolah dengan tanaman dan ternakan. Penanaman nanas, mulberi, pokok kelapa sawit,
pokok doa, ternakan ikan talapia antara inisiatif yang digunakan untuk mewujudkan kecintaan
kepada alam.
Seterusnya, isu ketidakcekapan pengurusan sisa ditangani dengan mengolah sisa
menjadi bahan boleh guna semula dan selanjutnya menyumbang kepada pengurangan kos
dan perbelanjaan sekolah. Pengasingan sisa dilakukan dengan mewujudkan terminal
36
pengumpulan sisa pepejal dengan kerjasama SWCorp Malaysia sebanyak dua unit. Hasil
kutipan sisa pepejal ini dikreditkan ke dalam akaun pembangunan sekolah pada setiap bulan.
Seterusnya, sisa organik daripada makanan murid dikumpulkan dan ditukarkan kepada baja
dengan projek Eco Friendly Fertilizer (ECOFF). Kempen secara berterusan dijalankan
dengan slogan “Sampah Saya, Tanggungjawab Saya”. Kempen ini dilaksanakan dengan
membudayakan waris membawa pulang bahan buangan semasa lawatan hujung minggu
kerana tiada penggunaan tong sampah kelas dan mewujudkan bakul kitar semula di dalam
kelas. Jumlah air sisa daripada aktiviti wuduk dikurangkan dengan mengubah suai kedalaman
kolah air wuduk dengan projek Kolam Wuduk Lestari Amalan Hijau (KOWLAH). Projek ini
masih pada peringkat penambahbaikan untuk mengguna semula air sisa tersebut. Selain itu,
air sisa dari pendingan hawa dikumpulkan untuk digunakan bagi tujuan penyiraman Taman
Mini Teraputik yang dibina di kawasan pengumpulan air sisa tersebut.
Pembaziran sumber tidak hanya merugikan kos namun mencemarkan alam sekitar
dalam jangka masa panjang. Inisiatif yang diambil oleh sekolah adalah dengan menggunakan
e-RPH yang banyak menyumbang kepada penggunaan kertas oleh guru. Seterusnya,
penjimatan kertas bagi tujuan fotokopi dilakukan dengan mewujudkan buku rekod fotokopi
untuk tujuan pemantauan secara berkala, memaksimumkan penggunaan muka surat,
mengecilkan nisbah cetakan dan menggalakkan penggunaan QR code dan edaran bahan
secara softcopy. Menerusi konsep DIY, panitia RBT digerakkan untuk mengolah perabot lama
atau usang menjadi perabot boleh guna untuk diletakkan pada sudut-sudut panitia. EcoBrick
ialah amalan penghasilan bata daripada botol plastik terpakai yang dipadatkan dengan
menggunakan plastik pembungkus makanan. Seterusnya bahan ini akan diolah menjadi
bangku, pagar, dan rak untuk kegunaan murid dan guru. Kempen dan galakan mandi lima
minit dilaksanakan bagi mengatasi pembaziran air di asrama. Kempen “Kantin Tanpa Plastik
dan Straw” adalah usaha yang dilakukan untuk mengurangkan sisa pepejal yang berasaskan
plastik dan menggalakkan guru-guru membungkus makanan dengan menggunakan bekas
guna semula.
Seterusnya, guru yang sedia mengamalkan Amalan Hijau digerakkan untuk
membentuk murid yang mempunyai kemahiran inovasi dan kreativiti. Memanfaatkan modul
Teknologi Hijau yang dibekalkan oleh CETREE, murid didedahkan dengan PBL yang
berasaskan Teknologi Hijau. Penggunaan modul dilaksanakan dalam PdPc merentas mata
pelajaran. Penggunaan modul ini tidak terhad kepada mata pelajaran Sains, namun
melibatkan mata pelajaran Geografi, RBT, Bahasa Melayu dan sebagainya. PBL Sains
dijadikan batu loncatan untuk menggalakkan guru menerapkan elemen 4R kepada murid
dalam penghasilan projek. Seterusnya, bagi menjadikan amalan 4R ini sebati dengan diri
murid, pertandingan penciptaan bakul sampah 4R dijalankan mengikut kelas. Murid juga
dilibatkan secara langsung dengan projek 1Murid 1Pokok menyamai jumlah murid sebanyak
500 anak pokok bunga kertas ditanam di sekitar kawasan sekolah. Guru juga menggerakkan
murid dengan penyertaan pertandingan teknologi hijau di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
37
6.0 Kesan Pelaksanaan
Pelaksanaan slogan MUC…! Mottainai! dalam kalangan guru tidak hanya memanfaatkan guru
tetapi melahirkan kesan yang lebih penting iaitu ke arah kemenjadian murid dan persekitaran
pembelajaran yang bermakna. Hasil pelbagai inisiatif berpasukan yang dijalankan bermula
awal tahun 2018, dalam tempoh kurang dari tiga tahun usaha ini mula menampakkan kesan
positif.
Ruang pembelajaran terhad telah bercambah kepada 12 ruang pembelajaran baharu
seperti English Zone, Math is Fun, Pendidikan Seni Visual (PSV), Speaker’s Corner, Geografi,
Sejarah, Doktor Muda, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Softball, Bahasa Melayu, Al-
Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah, dan Science Alley. Menariknya, pembinaan ruang ini
melibatkan kos yang minimum kerana guru mengamalkan konsep DIW+DIY dan jumlah ruang
yang dibina ini telah melebihi sasaran yang diletakkan pada peringkat awal. Kewujudan kebun
nanas, kebun mulberi, pokok doa, pokok kelapa sawit, Kolam Ikan PIBG dan Kolam TS25
banyak membantu murid agar lebih memahami dan mengenali hidupan alam semula jadi dan
menghargai kewujudan mereka (Respect). Tambahan pula, keadaan ini dapat mewujudkan
ruang pembelajaran, pendidikan merentas kurikulum dan tinjauan Iapangan dapat dilakukan.
Perkara ini juga dapat mengurangkan rasa bosan dan perasaan jemu murid setelah seharian
berada di dalam kelas. Penanaman nanas yang melibatkan 803 anak pokok dengan
kerjasama Lembaga Nanas Malaysia (LNM) telah membuka peluang kepada murid
mendalami teknik penanaman, proses tumbesaran dan penjagaannya. Kebun mulberi yang
ditanam hampir dengan asrama, dapat memberi ruang kepada murid untuk menikmati hasil
buah. Selain itu, panitia RBT telah menggunakan pokok mulberi sebagai bahan asas dalam
penghasilan produk sabun oleh murid. Produk ini seterusnya dijual dalam kalangan guru dan
murid, sekali gus dapat menjana pendapatan.
Melalui inisiatif mewujudkan sangkar pengumpulan sisa pepejal, hasil jualan sisa
pepejal yang meliputi kertas, plastik dan tin aluminum mencapai purata RM130.00 sebulan
dengan nilai maksimum RM180.00. Inisiatif ini tidak hanya mewujudkan persekitaran sekolah
yang lebih baik tetapi menjana pendapatan kepada sekolah. Penghasilan baja dari ECOFF
dapat digunakan untuk membajai tanaman pokok bunga kertas dan tanaman lain di sekitar
kawasan sekolah. Projek KOWLAH pula mengurangan penggunaan air sebanyak 50 peratus
dengan kos RM1000 kerana isi padu asal kolam wuduk ialah 136m3 telah dikurangkan kepada
68m3. Penggunaan air sisa penghawa dingin juga mampu mengurangkan penggunaan air
untuk tujuan penyiraman tanaman dan warga sekolah dapat terlibat secara tidak langsung
membugarkan tanaman.
Menerusi konstruk amalan 4R guru, tinjauan awal menunjukkan peratusan guru yang
mengamalkan aktiviti seperti menggunakan kertas apabila perlu, menggunakan semula
kertas yang bercetak pada satu muka surat dan lain-lain hanya melibatkan 43 peratus guru
iaitu bersamaan 24 orang guru. Melalui inisiatif penjimatan kertas jumlah wang yang
digunakan bagi pembelian kertas bagi tujuan percetakan telah menyusut. Konsep Cepat,
Cekap, Cermat dan Tanpa Pembaziran (3C+TP) telah dijadikan amalan oleh guru dalam
penggunaan kertas. Penggunaan e-RPH seperti Collaborative Instructional Design System
38
(CIDS) membantu guru menjimatkan kertas dengan lebih baik dan memberikan kemudahan
kepada pihak pentadbiran untuk menyemak RPH guru.
Kemenjadian guru memandu kemenjadian murid. Kesannya terlihat melalui
penglibatan murid dalam pertandingan melibatkan penggunaan bahan sisa. Guru berpeluang
mengintegrasikan penjagaan alam dengan mengadakan pendidikan pengurusan sisa pepejal
dalam mata pelajaran seperti Sains, Geografi dan Pendidikan Islam. Jadual 2 menunjukkan
antara penglibatan dan kejayaan yang dilakarkan murid sepanjang tahun 2019.
Jadual 2: Penyertaan pertandingan PBL oleh murid
BIL PBL PERTANDINGAN PENCAPAIAN PERINGKAT
1 EUREKA PBL Intervensi Amalan Bilik Johan dan Kebangsaan
kategori Dang Darjah (IaBD) di IPG Naib Johan
Merduwati Melaka
Pertandingan Inovasi
2 Smart Cooler Al-Hikmah SERI SEMI Naib Johan Kebangsaan
di IPG Pendidikan
Islam
FULESCO City, Karnival TS25, Jelajah
Pendidikan dan Cakna
3 Reka Cipta Peserta Negeri
Bandar Teknologi Pendidikan di MAPS
Hijau
4 Hope The Slope Karnival STEMDEX Johan Negeri
5 Sabun Mulberi Karnival TS25, Jelajah Peserta dan Negeri
Pendidikan dan Cakna Jualan
Pendidikan di MAPS
6 Video digital Karnival STEM Ketiga Negeri
kreatif (Negeri)
Johan (Derah)
7.0 Rumusan
Perjalanan mencapai kualiti guru sebagai bidang keberhasilan sekolah mengandungi
beberapa cabaran. Antara cabaran yang dihadapi ialah kesediaan guru mengubah kebiasaan
atau kelaziman Amalan Hijau. Cabaran ini ditangani dengan menggerakkan ketua panitia
yang berupaya menggerakkan ahli panitia yang lain. Seterusnya, proses memusatkan meja
guru mengikut bidang membantu meningkatkan aktiviti Professional Learning Community
(PLC) antara ahli panitia. Cabaran lain yang dihadapi ialah sumber kewangan yang terhad.
Justeru beberapa inisiatif yang diambil telah dan akan mendatangkan pulangan kewangan
kepada sekolah melalui penjualan produk. Selain itu, hasil kreativiti guru-guru MUC
memanfaatkan sumber sedia ada telah banyak membantu mengatasi cabaran ini.
Daripada inisiatif yang dijalankan, melalui maklum balas daripada murid, guru dan
komuniti, beberapa inisiatif memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan pencapaian
matlamat yang dihasratkan. Inisiatif 1Murid 1Pokok memerlukan penyediaan penjadualan
pembajaan dan pembugaran pokok secara berkala kerana kurang daripada 40 peratus bunga
kertas yang berbunga dan subur. Seterusnya, inisiatif ECOFF MUC boleh diperluaskan
kepada penglibatan murid. Seterusnya, insiatif ini boleh dijadikan aktiviti PdPc dengan
39
pendekatan modular dengan menggabungkan beberapa mata pelajaran yang sesuai bagi
menjadikan aktiviti PBL.
Pada tahun 2020, hasil daripada usaha sekolah menekankan amalan hijau, pihak
Sustainable Business Network Association Malaysia (SUSTNET) telah berminat untuk
berkerjasama dengan MUC untuk Zero Waste Project dengan kerjasama Kedai Gunting
Rambut YEOP LANZ. SUSTNET juga menawarkan bimbingan berterusan melalui tajaan
aktiviti pendidikan dan penarafan untuk penganugerahan pada peringkat antarabangsa.
Usaha MUC yang masih dalam proses pembangunan adalah selaras dengan Sustainable
Development Goal (SDG). MUC mengambil peranan dalam merealisasikan 4 daripada 17
matlamat SDG. Matlamat tersebut ialah pendidikan berkualiti, penggunaan dan penghasilan
yang lestari, tindakan iklim dan hidupan di daratan.
Konsep program TS25 yang tidak berpusatkan pencapaian akademik murid semata-
mata membuka peluang kepada sekolah-sekolah TS25 untuk menonjolkan kebitaraan
sekolah. Bimbingan secara berterusan yang disediakan oleh Rakan Educational Leadership
and Instructional Team (Rakan ELIT) sangat membantu menunjukkan arah kepada
kepimpinan sekolah, guru dan murid bagi mencapai aspirasi sekolah. Menerusi usaha
berterusan ini MUC akan mampu mempunyai persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan dengan kepimpinan berwawasan yang menghasilkan guru berkualiti dan
beraspirasi dengan sokongan komuniti yang kuat. Akhirnya, keberhasilan murid dapat
ditonjolkan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Bibliografi
Ee, A.H. (1998). Pendidikan di Malaysia II (Semester V). Shah Alam: Penerbit
Fajar bakti Sdn.Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan
Menengah). Putrajaya. KPM
Sustainable Development Goal (SDG). https://sdgs.un.org/goals
Wehling, B. (2007). Building a 21st Century U.S Education System.
Washington, DC: The National Commission on Teaching and
America’s Future (NCTAF)
Scan QR Code
40
GBL (GAME-BASED LEARNING)
Wong Lee Leng, Noorhayati binti Ahmad
SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor
[email protected]
Abstrak
Pendekatan GBL (Game-Based Learning) merupakan salah satu penyelesaian terbaik untuk
membantu murid-murid memahami konsep abstrak dengan cara menyeronokkan, konsisten
dan murah. Tinjauan awal menunjukkan murid-murid kurang yakin dan menghadapi masalah
untuk menyelesaikan operasi asas yang melibatkan integer negatif. Perancangan tindakan
dilakukan selama empat minggu secara integrasi STEM melintang dengan melibatkan mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Permainan “Cip Interaktif” dihasilkan oleh 22 orang
murid Tingkatan 1 selepas mempelajari topik kitar semula dalam Bahasa Melayu sebanyak 4
sesi PdPc Matematik pendekatan GBL dengan menggunakan “Cip interaktif” dilaksanakan.
Data dikumpul melalui perbandingan skor Praujian dan Pascaujian. Dapatan menunjukkan
100 peratus murid mencapai skor > 20 mata dalam Pascaujian berbanding Praujian hanya 27
peratus. Dirumuskan pendekatan GBL dengan alat permainan yang direka cipta murid-murid
sendiri berkesan dalam membantu mereka menguasai konsep abstrak yang melibatkan
integer positif dan negatif.
Kata kunci : Cip Interaktif, GBL (Game-Based Learning), STEM, PdPc (Pelaksanaan
Pembelajaran dan Pemudahcara)
1.0 Pengenalan
SMK Syeikh Abdul Ghani telah menyahut baik saranan Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mulai tahun 2018.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke
arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Diharapkan melalui program
ini sekolah berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Kemenjadian murid dalam akademik Matematik merupakan salah satu tumpuan utama
dalam bidang KRA-1 bagi sekolah.
Pendekatan GBL (Game-Based Learning) merupakan salah satu inisiatif untuk
kemenjadian murid dalam PlnTaS sekolah. Ciri-ciri pendekatan ini sesuai untuk
menyelesaikan masalah bukan rutin serta membantu murid-murid menyelesaikan masalah
kreatif dalam Matematik (Nurfazliah et al., 2015). Pendekatan ini adalah salah satu intervensi
untuk membantu murid-murid memahami konsep Matematik yang abstrak seperti integer
positif dan negatif. Program ”Jom Genius Math” yang berteraskan pendekatan GBL telah
dilaksanakan oleh Panitia Matematik sekolah SMK Syeikh Abdul Ghani untuk semua murid
41
Tingkatan 1 pada bulan Ogos tahun 2018. Program ini diadakan setelah guru-guru Matematik
mendapati pencapaian Pentaksiran Pertengahan Tahun Matematik (bulan Mei) murid
Tingkatan 1 amat tidak memuaskan (lulus = 12 peratus). Selepas program ini dilaksanakan,
keputusan Pentaksiran Akhir Tahun 2018 (bulan Oktober) Matematik meningkat hampir sekali
ganda (23 peratus). Program yang sama dilaksanakan pada bulan September 2019 juga
menunjukkan kesan yang positif.
Pendidikan STEM yang menekankan konsep berpandukan komponen tahap pemikiran
kritis dan kreatif murid merupakan elemen yang penting dalam penulisan ini. STEM yang
menekankan konsep 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal
seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21) serta kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dapat melahirkan golongan berdaya saing dalam bidang sains serta
teknologi. Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang
mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks. Melalui pembelajaran
berasaskan projek (PBL) dan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan atau
Games-Based Learning (GBL), diharapkan murid-murid bukan sahaja dapat kemahiran
menjawab soalan gabungan operasi asas aritmetik dengan lebih yakin, mereka juga
berpengalaman untuk menghasilkan alat bantu pembelajaran atau permainan dengan
kreativiti sendiri tanpa menggunakan kos yang tinggi.
2.0 Pernyataan Masalah
Melalui latihan dalam kelas, didapati murid-murid Tingkatan 1 tahun 2020 menghadapi
masalah yang sama seperti murid-murid pada tahun-tahun sebelum ini. Masalah yang
dihadapi mereka adalah untuk menyelesaikan operasi asas aritmetik yang melibatkan integer
negatif. Pemerhatian menunjukkan ketidakkuasaan mereka dalam konsep positif dan konsep
negatif menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan yang melibatkan
integer negatif (Rujuk Lampiran A). Murid-murid menghadapi masalah untuk menambah dan
menolak integer negatif dan keliru dengan integer positif dan integer negatif. Jika masalah ini
dibiarkan berlanjutan, murid-murid akan menghadapi masalah serius dalam penyelesaian
soalan berkaitan dengan topik algebra yang melibatkan sebutan algebra negatif atau topik-
topik lain yang berkaitan dengan nilai negatif. Oleh itu, strategi yang sesuai amat diperlukan
untuk mengatasi masalah pembelajaran ini.
Memandangkan murid-murid tahun ini menghadapi masalah yang sama dengan murid-
murid Tingkatan 1 tahun sebelum ini, maka pendekatan GBL sekali lagi dipilih sebagai
intervensi untuk menyelesaikan masalah murid-murid (kumpulan kecil = 22 orang).
Transformasi pendekatan PdPc ini digunakan sekali lagi adalah untuk membuktikan
keberkesanan penggunaan pendekatan GBL dalam menyelesaikan soalan gabungan operasi
asas aritmetik yang melibatkan integer negatif dengan alat bantu pembelajaran (permainan)
yang dihasilkan oleh murid Tingkatan 1 sendiri. Hal ini kerana pendekatan ini adalah satu
kaedah pengajaran yang efektif dalam meningkatkan motivasi murid bagi meningkatkan
kreativiti dalam proses penyelesaian masalah (Nurfazliah et al., 2015). Melalui projek yang
dilaksanakan, diharap murid-murid dapat menyelesaikan gabungan operasi asas aritmetik
42
yang melibatkan integer dengan menggunakan cip interaktif yang dihasilkan oleh murid-murid
sendiri melalui projek PBL dengan menggunakan bahan terbuang.
3.0 Objektif
Dalam meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, GBL diharapkan dapat
menjadi salah satu intervensi membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan gabungan
operasi asas aritmetik yang melibatkan integer melalui permainan yang dihasilkan oleh pelajar
sendiri.
4.0 Metodologi
Pendekatan GBL dengan menggunakan cip interaktif hasilan murid merupakan iniasiatif yang
telah dilaksanakan ke atas 22 orang murid Tingkatan 1 kelas 1 Cemerlang (perempuan :17,
lelaki : 5). 12 orang daripadanya adalah murid berbangsa Melayu, tujuh orang murid
berbangsa India dan tiga orang murid Asli. Projek ini dilaksanakan selama empat minggu.
Bidang fokusnya ialah Matematik Tingkatan 1 tajuk Nombor Nisbah – gabungan operasi asas
aritmetik integer. Kemahiran yang difokus meliputi soalan yang bercorak seperti berikut :
a) penambahan integer positif dengan integer negatif
b) penambahan integer negatif dengan integer negatif
c) penolakan integer positif dengan integer negatif
d) penolakan integer negatif dengan integer negatif
e) gabungan operasi asas yang melibatkan integer positf dan integer negatif
Satu siri perancangan dilaksanakan setelah guru mendapati murid-murid kelas ini
menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan berkaitan dengan integer positif dan integer
negatif. Tinjauan awal untuk mengesan masalah pembelajaran murid dalam operasi asas
aritmetik telah dilakukan melalui pemerhatian, latihan murid dan Praujian. Tindakan
seterusnya adalah mengintegrasikan subjek Bahasa Melayu dan Matematik dalam PdPc
berpandukan DSKP mengikut tingkatan (Integrasi STEM melintang) untuk menghasilkan cip
interaktif dengan bahan kitar semula. Langkah ini dijalankan sebelum sesi PdPc pendekatan
GBL diadakan. Seterusnya, intervensi dilaksanakan dengan murid-murid menyelesaikan
masalah gabungan operasi asas aritmetik melibatkan integer melalui pendekatan GBL,
maklumat dikumpul melalui pemerhatian dan Pascaujian, data dikumpul dan dianalisis. Akhir
sekali laporan disediakan.
4.1 Tinjauan Masalah
Bagi mengenal pasti masalah, tiga langkah telah dijalankan :
a) Memerhati jawapan murid yang ditunjukkan dalam papan tulis di dalam kelas.
b) Memerhati jawapan latihan murid dalam buku latihan.
c) Praujian.
43
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
4.2.1 Jawapan Murid pada Papan Tulis
Pemerhatian dilakukan ke atas langkah kerja murid tentang gabungan
operasi asas aritmetik melibatkan integer positif dan negatif pada papan
tulis. Murid-murid didapati menghadapi masalah untuk menjawab soalan
seperti berikut :
a) operasi yang melibatkan integer positif dengan integer negatif,
b) gabungan operasi yang melibatkan lebih daripada satu operasi asas,
c) murid-murid keliru dengan integer positif dan integer negatif.
4.2.2 Buku Latihan Murid
Semua buku latihan dikumpulkan dan cara murid menjawab soalan
diperhatikan. Didapati sebahagian murid menjawab dengan betul tetapi
tidak menunjukkan langkah kerja, berkemungkinan besar mereka
mendapati jawapan terus daripada kalkulator. Murid-murid yang
menunjukkan langkah kerja pula menjawab salah hampir semua soalan
gabungan operasi. Mereka keliru dengan konsep positif dan negatif,
simbol negatif biasanya diabaikan (Rujuk Lampiran B).
4.2.3 Praujian
Praujian dilaksanakan untuk melihat tahap penguasaan murid. Soalan
dalam praujian merangkumi 40 soalan (Rujuk Lampiran C) yang terdiri
daripada item-item seperti berikut:
a) penambahan integer positif dengan integer negatif,
b) penambahan integer negatif dengan integer negatif,
c) penolakan integer positif dengan integer negatif,
d) penolakan integer negatif dengan integer negatif, dan
e) gabungan operasi yang melibatkan integer positif dan integer negatif.
Setiap item diperuntukkan 5-10 soalan yang berbentuk subjektif dari
aras rendah ke aras sukar. Soalan KBAT tidak disediakan kerana projek
ini hanya fokus kepada penguasaan murid-murid dalam asas konsep
integer positif dan integer negatif. Setiap item aras rendah dan sederhana
diperuntukkan 1 mata, item aras sukar diperuntukkan 2 mata. Jumlah
mata diperuntukkan ialah 50 mata. Penggunaan kalkulator tidak
dibenarkan dan diperuntukkan masa menjawab soalan dihadkan kepada
30 minit.
Hasil dapatan praujian telah digunakan sebagai dokumen kawalan
bagi melihat keberkesanan pendekatan pembelajaran yang telah
digunakan.
44
Item Praujian
Aras soalan No. soalan Bilangan soalan
Rendah 1 - 20 20
Sederhana 21 - 35 15
Sukar 36 - 40 5
Jadual 4.1 Bilangan soalan mengikut tahap kesukaran
Berikut ialah analisis tinjauan berdasarkan keputusan praujian yang
dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang dijalankan.
Jadual 4.2 Keputusan Praujian Mengikut Murid
BILANGAN MURID Keputusan Praujian
20
Bilangan murid
10 15
1 510
0
1-10 mata 11-20 mata 21-30 mata 31-40 mata 41-50 mata
LINGKUNGAN MARKAH
Graf 4.1 : Keputusan Praujian
kemampuan murid dalam menjawab
Praujian
Aras Aras tinggi,0
Sederhana,6
Aras
Rendah,22
Keputusan daripada praujian menunjukkan pencapaian murid yang amat
tidak memuaskan walaupun hanya seorang murid mendapat 10 markah
ke bawah. 68 peratus daripada murid-murid kelas ini hanya mendapat
markah antara lingkungan 11 – 20 sahaja. Kebanyakan murid hanya
menjawab betul soalan yang melibatkan satu operasi sahaja. Apabila
gabungan operasi yang melibatkan penambahan dan penolakan, murid-
murid mula keliru dan tidak dapat menjawab dengan betul. 79 peratus
45
daripada murid-murid dalam kelas ini hanya mampu menjawab soalan
aras rendah sahaja dan tiada seorangpun murid mampu menjawab soalan
aras tinggi.
4.2.4 Refleksi
Maklumat menunjukkan kumpulan murid kelas ini menghadapi masalah
menjawab soalan gabungan operasi asas aritmetik yang melibatkan
integer positif dan integer negatif. Jika masalah ini dibiarkan berterusan,
mereka akan menghadapi masalah yang sama dalam menyelesaikan
soalan berkaitan pecahan dan perpuluhan positif dan negatif, ungkapan
algebra yang memerlukan penyelesaian gabungan operasi dan
sebagainya. Masalah memahami konsep positif dan negatif bukan
sahaja akan dibawa ke peringkatan seterusnya malahan ke peringkat
menengah atas. Apabila menghadapi soalan atau masalah yang lebih
rumit, mereka akan mempunyai tangkapan Matematik adalah subjek yang
sukar. Oleh itu, pelbagai aktiviti perlu dicuba agar murid-murid dapat
memahami konsep positif dan konsep negatif dengan lebih mudah.
5.0 Kaedah Pelaksanaan
Projek ini dijalankan dalam bentuk rangkaian yang merangkumi aktiviti mata pelajaran Bahasa
Melayu dan mata pelajaran Matematik. Satu gelung yang terdiri daripada empat aktiviti telah
dirancang. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
• Kelas Bahasa ( kitar semula )
1
• Perbincangan & reka cipta permainan cip interaktif
2
• Penghasilan cip interaktif melalui PBL
3
• Penyelesaian masalah dengan pendekatan GBL
4
5.1 Aktiviti 1 (Integrasi STEM melintang : Matematik + Bahasa Melayu)
(i) Aktiviti pertama adalah aktiviti merentas kurikulum. Aktiviti ini dilaksanakan
oleh guru bahasa Melayu:
(a) Kemahiran standard : Standard kemahiran menulis,
(b) Standard Pembelajaran : 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan
rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul dan bahasa
yang tepat, indah serta menarik,
46
(c) Pelbagai faktor penyebab banjir kilat dan cara penyelesaian sampah
sarap di dasar sungai telah dibincang, dan
(d) Langkah-langkah penyelesaian masalah sampah seperti penggunaan
bahan terbuang juga dibincang dan karangan dihasilkan oleh murid.
(ii) Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid bertindak dengan aktif dalam memberi idea tentang cara
menguruskan sampah atau bahan-bahan terbuang. Kebanyakan mereka
mencadangkan kitar semula.
(iii) Refleksi Aktiviti 1:
Murid-murid telah mencetuskan pelbagai idea tentang penggunaan bahan-
bahan terbuang. Murid-murid juga menerangkan pelbagai faedah daripada
penggunaan bahan terbuang atau konsep kitar semula.
5.2 Aktiviti 2 (Mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula)
✓ Setiap kumpulan berbincang dan menentukan bentuk cip interaktif yang ingin
dihasilkan dan bahan-bahan yang boleh digunakan.
✓ Murid-murid diberi masa seminggu untuk mengumpul bahan-bahan terbuang
yang sesuai untuk menghasilkan cip interaktif mereka.
(a) Pemerhatian Aktiviti 2 :
Murid-murid bertindak dengan aktif dan menyertai aktiviti ini dengan seronok.
Pelbagai idea diberi dalam kumpulan untuk menghasilkan cip kumpulan
masing-masing.
(b) Refleksi Aktiviti 2 :
Setiap kumpulan telah mereka cip interaktif mereka masing-masing dengan
bahan kitar semula. Mereka menggunakan kad manila dan penutup botol
atau bahan-bahan lain yang dijumpai.
5.3 Aktiviti 3 (Menghasilkan Cip Interaktif)
✓ Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 ( dijalankan dalam kumpulan yang sama)
✓ Murid-murid dalam kumpulan menghasilkan cip masing-masing dengan
kreativiti mereka.
✓ Cip yang dihasilkan mesti mempunyai lebih daripada satu kegunaan atau
pelbagai kegunaan.
✓ Tempoh masa yang diberi hanya 60 minit.
47
(a) Pemerhatian aktiviti 3:
Murid-murid menjalankan aktiviti dengan aktif dan mereka bekerjasama
menyiapkan cip interaktif kumpulan masing-masing dalam masa yang
ditetapkan.
(b) Refleksi aktiviti 3 :
Pelbagai jenis cip interaktif yang kreatif telah dihasilkan dengan idea
kumpulan masing-masing. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada murid-
murid mengemukakan idea yang kreatif dan inovatif.
Cip yang dihasilkan Cip yang dihasilkan Cip yang dihasilkan
dengan kotak dengan penutup botol dengan kad board
Contoh-contoh cip warna yang dihasilkan
5.4 Aktiviti 4 (Permainan Cip untuk menyelesaikan gabungan operasi)
✓ Murid-murid memilih dua cip interaktif yang berbeza warna, contohnya hitam
dan biru.
✓ Murid-murid menetapkan satu warna untuk mewakili nilai negatif, contohnya
warna hitam. Warna biru secara automatik akan mewakili nilai positif.
✓ Murid-murid akan menyelesaikan gabungan operasi asas aritmetik dengan
menggunakan cip interaktif.
48
(a) Pemerhatian aktiviti 4 :
Murid-murid melaksanakan pengiraan dengan menggunakan cip yang
dihasilkan oleh kumpulan mereka sendiri. Suasana PdPc dilaksanakan
dalam keadaan yang seronok, aktif dan kreatif. Murid-murid sangat
berminat dengan cip interaktif yang berwarna-warni. Mereka berebut-rebut
untuk menjawab soalan yang diberi oleh guru. Hampir semua soalan yang
dijawab dengan bantuan cip adalah betul. Selepas tiga sesi PdPc
dijalankan dengan bantuan cip, murid-murid juga digalakkan menyelesaikan
operasi asas aritmetik tanpa bantuan cip. Jelas dilihat murid-murid dapat
menjawab soalan yang diberi dengan yakin dalam masa yang singkat.
Pendekatan GBL dilihat dapat membantu dan menarik minat murid-murid
untuk menyelesaikan masalah Matematik yang diberi oleh guru.
(b) Refleksi aktiviti 4:
Aktiviti PdPc dijalankan dengan lebih seronok. Murid-murid aktif dalam
mencuba soalan yang diberi dengan menggunakan cip interaktif. Hal ini
kerana dengan bantuan cip interaktif, mereka dapat menyelesaikan soalan
gabungan operasi dengan lebih mudah, cepat dan yakin.
6.0 Kesan Pelaksanaan
Perbandingan skor praujian dan pascaujian dilakukan untuk melihat keberkesanan kaedah/
atau pendekatan yang dikaji. Soalan yang diuji dalam pascaujian adalah sama bilangan dan
bentuk dengan praujian, yang berbeza adalah digit yang digunakan (Rujuk Lampiran D).
PERBANDINGAN KEPUTUSAN PRAUJIAN
DAN PASCAUJIAN
Ujian Pra Ujian Pasca
60
40
20
0
GBL amat berkesan dalam membantu murid-murid menyelesaikan masalah gabungan
operasi asas aritmetik melibatkan integer. 100 peratus daripada murid yang dikaji mendapat
skor lebih daripada 20 mata dalam pascaujian berbanding dengan praujian hanya 27 peratus
murid mendapat skor 20 mata ke atas (jumlah skor = 50 mata). 20/22 murid yang dikaji
mendapat peningkatan skor lebih daripada 20 mata (Rujuk Lampiran E). Dengan penguasaan
konsep positif dan negatif, murid-murid dapat menyelesaikan masalah gabungan operasi
aritmetik dengan mudah. Pendekatan didik hibur merupakan satu pendekatan dalam PdPc
49
yang menekakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan. Pendekatan
GBL ini bukan sahaja dapat membantu murid-murid memahami konsep Matematik yang rumit
dan sukar dengan lebih mudah dan terhibur, pendekatan ini juga membantu mengukuhkan
pemahaman dan merangsang murid untuk belajar. Pengulangan dalam aktiviti permainan
bukan sahaja dapat meningkatkan jangka masa maklumat disimpan dalam ingatan tetapi juga
merupakan satu bentuk pembelajaran yang dapat meningkatan pemahaman konsep
Matematik yang ditetapkan dalam permainan (Lu & Effandi, 2015).
Melalui aktiviti yang dirancang, murid-murid bukan sahaja mendapat idea untuk
menghasilkan alat bantu pembelajaran ataupun permainan sendiri, mereka juga dapat
menggunakan hasil ciptaan sendiri untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.
Pemerhatian juga menunjukkan murid-murid lebih seronok, yakin dan aktif dalam
menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan operasi asas yang melibatkan integer positif
dan integer negatif. Banyak soalan dijawab betul menyebabkan murid-murid lebih yakin
dalam mencuba. Pencapaian yang baik membawa kepada keyakinan diri yang tinggi, yang
seterusnya membawa kepada pencapaian yang lebih besar (Lim, 2011). Dengan bantuan
alat bantu yang interatif, persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dapat diwujudkan
dan hasrat kemenjadian murid dapat dicapai.
7.0 Rumusan
Pengajaran konsep Matematik yang abstrak bukan satu perkara yang mudah. Murid-murid
perlu pendekatan yang berbeza untuk memahami konsep yang berbeza. Pendekatan
tradisional yang digunakan selama ini memang tidak memberi kesan yang ketara kepada
semua murid kerana tahap pengetahuan dan kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza
(Conring, 2009; Noraini Idris, 2005). Jika murid-murid mendapati kelas menyeronokkan,
kebimbangan telah dikurangkan kerana murid menjadi lebih biasa dengan strategi pengajaran
dan murid yakin tentang nilai Matematik dalam kemahiran kerja pada masa akan datang
(Curtis, 2006). Oleh itu, guru sebagai pembimbing atau fasilitator adalah berperanan untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, berpusatkan murid dan menggalakkan murid
untuk belajar secara kendiri dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat demi
mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah (Lee, 2008).
Pelaksanaan Program TS25 merupakan satu usaha ke arah meningkatan kemenjadian
murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan
di negara kita. Melalui TS25, sekolah berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pengurusan PdPc melalui persekitaran sekolah yang menyeronokkan, guru berkualiti dan
pemimpin berkesan. Pembelajaran abad ke-21 yang dititikberatkan bukan sahaja dapat
menjadikan murid-murid melibatkan diri secara aktif, lebih yakin dan bermotivasi dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran Matematik, seterusnya mampu mempengaruhi minat serta
pencapaian murid dalam PdPc Matematik (Sylviana & Siti, 2020).
Pengajaran Matematik berdasarkan permainan dapat meningkatkan sikap murid ke
arah Matematik dan peranan sikap adalah penting untuk memotivasikan murid-murid belajar,
penggunaan permainan yang sesuai dapat meningkatkan kualiti pendidikan Matematik (Peter,
50
2008). Kajian perlu sentiasa dilaksanakan ke atas pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk
sesuatu konsep tertentu, terutamanya bagi konsep yang rumit. Pendekatan yang sama tidak
semestinya bersesuaian dengan semua kumpulan murid yang berbeza latar belakang dan
status sosial ekonomi.
Pembangunan komponen STEM dilihat dapat melahirkan generasi muda yang
mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks. Dengan melalui PBL
dan pendekatan GBL, diharap murid-murid bukan sahaja dapat kemahiran menjawab soalan
gabungan operasi asas aritmetik dengan lebih yakin, mereka juga berpengalaman untuk
menghasilkan alat bantu pembelajaran atau permainan dengan kreativiti sendiri tanpa
menggunakan kos yang tinggi.
Kesimpulannya, pendekatan GBL (Game-Based Learning) bukan sahaja dapat
menyediakan persekitaran pembelajaran yang aktif dan seronok, malah dapat menyakinkan
murid-murid untuk menyelesaikan masalah dalam Matematik. Pembudayaan amalan terbaik
GBL patut dijalankan dari semasa ke semasa agar PdPc dapat dilaksanakan dengan lebih
menarik, mudah dan berkesan, terutamanya bagi konsep-konsep abstrak dan sukar difahami
oleh murid.
LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI GBL
Bibliografi
Conring, J. M. (2009). The Effects of Cooperative Learning on Mathematic Achievement in
Second Graders (Tesis PhD). Walden University.
Curtis, K. M. (2006). Improving Students Attitude: A Study Of A Mathematics Curriculum
Innovation (Tesis PhD yang tidak diterbitkan). Department of Curriculum and Instruction
College of Education, Kansas State University, Kansas.
Ee, A. M ( 1990 ), Pedagogi : Satu Pendekatan Bersepadu. Penerbit Fajar Bakti.
Lee, H. C. (2008). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Pengajaran
Matematik di Sebuah Sekolah Menengah (Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Fakulti
Sains Dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
51
Lim S. Y. (2011). Mathematics Attitudes and Achievement of Junior College Students in
Singapore, Hwa Chong Institution. Sparrow, B. Kissane, & C. Hurst (Eds.), Shaping The
Future of Mathematics Education. Proceedings of the 33rd annual conference of the
Mathematics Education Research Group of Australasia (681-689). Fremantle: MERGA.
Lu, C. C. & Effandi, Z. (2015), Effect of Game-Based Learning Activities on Children’s Positive
Learning and Prosocial Behaviours, Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2) (2015): 159-165
Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution.
Sylviana, M. & Siti M. M. (2020). The Effect of 21st Century Learning (PAK21) On Students
Interest on Teaching and Learning Matematics: A Systematic Review. Jurnal Dunia
Pendidikan. Vol. 2, No. 1, 82-91.
Wong, W. S & Kamisah, O. (2018) Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan
STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of
Social Sciences and Humanities. Vol 3 No 1
Peter, V. (2008), Games Based Learning In Teaching Of Mathematics At Lower Secondary
School. Acta Didactica Universitatis Comenianae Mathematics, Issue 8, 2008.
Nurfazliah, M, Jamalludin, H. Shaharuddin, M. S. & Megat, A. Z. (2015), Penggunaan Game-
Based Learning Bagi Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Kreatif Dalam
Matematik Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
52
ANAK PINTAR TAMPIL UNGGUL
Sankaraganesan a/p Pensilaiah
SJK(T) Tapah
[email protected]
Abstrak
Anak Pintar Tampil Unggul dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid
prasekolah melalui Program Anak Pintar Wawasan Bahasa. Program ini memfokuskan
kemenjadian murid-murid prasekolah. Objektif Program Anak Pintar Wawasan Bahasa
adalah untuk mencungkil bakat murid-murid prasekolah. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
murid prasekolah pasif dalam aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid-murid prasekolah
tidak mempunyai keyakinan diri untuk tampil ke hadapan bagi mempersembahkan hasil kerja
yang telah disiapkan. Tambahan pula, guru juga sukar mengenal pasti bakat seseorang murid
untuk dipertingkatkan. Program Anak Pintar Wawasan Bahasa telah dijalankan sebagai
proses penyelesaian masalah yang merangkumi lima fasa iaitu fasa perancangan dan
persediaan, fasa perkembangan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Data telah
dikumpulkan melalui borang soal selidik, temu bual, rakaman video, rekod anekdot dan rekod
berterusan. Program Anak Pintar Wawasan Bahasa telah dapat mencungkil bakat murid-
murid prasekolah iaitu peningkatan daripada 45 peratus kepada 100 peratus. Program
intervensi tersebut juga disarankan kepada murid-murid arus perdana.
Kata kunci: bakat, fasa, Anak Pintar, wawasan.
1.0 Pengenalan
SJK(T) Tapah telah ditubuhkan pada tahun 1914 yang telah dikenali sebagai Sekolah
Kerajaan dengan bilangan murid pada ketika itu berjumlah 52 orang sahaja. Ketika itu hanya
Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris sahaja yang diajar. Sekolah ini telah menumpang di
sebuah bengkel iaitu Bengkel Hor Seng untuk sementara waktu dan kemudiannya telah
berpindah ke tapak baru yang kini dikenali sebagai SK Satu.
Kerajaan telah membina bangunan baru untuk sekolah di Bukit Baldwin pada tahun
1938 (tapak sekarang) dan dinamakan Sekolah Kerajaan Tamil Tapah. Ekoran pertambahan
murid melebihi 200 orang, maka kerajaan telah menambah lagi dua buah kelas atau bilik
darjah pada tahun 1960. Dengan pertambahan bilangan murid yang semakin ramai dan
kekurangan bilik darjah, maka kerajaan telah mengambil alih sebuah bangunan kedai menjual
tuak yang berhampiran untuk dijadikan bangunan tambahan kepada sekolah.
Pada tahun 1979, Jabatan Pelajaran Perak telah membina dua buah bangunan baru
yang mengandungi sebuah bilik darjah, stor, bilik guru, pejabat, bilik guru besar dan sebuah
kantin. Namun begitu akibat penambahan murid, kerajaan telah menambahkan lagi sebuah
53
bangunan yang menempatkan empat buah bilik darjah pada tahun 1990 atas usaha YB Dato’
Sri S. Samy Vellu.
Pada tahun 2000, dua buah bilik darjah lagi ditambah. Kemudian sebuah makmal
komputer telah dibina pada tahun 2003. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak
RM50,000 untuk mengubah suai sebuah bangunan lama untuk dijadikan kelas prasekolah
yang mula beroperasi pada tahun 2005.
Sekolah ini juga telah dipilih untuk mendapat bangunan baru tiga tingkat mengandungi
bilik darjah dan lain-lain kemudahan dalam RMK ke-9 (2006-2010). Peruntukan sebanyak
RM50,000 telah diluluskan oleh kerajaan tempatan untuk membina jalan serta pintu masuk
kedua ke sekolah yang terletak berhampiran Jalan Bidor atas usaha YB Dato’
S.Veerasinggam, Ahli Parlimen Tapah pada ketika itu bagi kemudahan pelajar.
Pada tahun 2007 sebuah bangunan lagi telah ditambah untuk dijadikan sebagai
prasekolah kedua. Pada tahun 2013 sekolah telah mendapat satu bangunan tambahan tiga
tingkat yang lengkap dengan pusat sumber (bilik tayang, bilik audio, perpustakaan), bilik guru,
pejabat yang dilengkapi bilik guru besar dan guru-guru penolong kanan, pusat akses, bilik
mesyuarat serta empat buah kelas yang dapat dibuka dan digunakan sebagai dua buah
dewan.
Perasmian bangunan baru bersama sambutan ulang tahun ke-100 telah diadakan pada
23 November 2014 yang dirasmikan oleh YB Tuan P.Kamalanatahan KMN, PJK Timbalan
Menteri Pendidikan II bersama YB Datuk M.Saravanan DMSM, PMW, AMN Timbalan Menteri
Belia dan Sukan. Kini, sekolah ini mempunyai 18 orang guru, lima orang anggota kumpulan
sokongan, empat orang kakitangan pembersihan swasta berserta empat orang pengawal
keselamatan swasta.
Salah satu daripada sembilan kecerdasan yang terdapat dalam diri seseorang murid
menentukan bakat murid-murid. Bakat pada diri murid-murid perlu dikenal pasti supaya dapat
diperkembangkan. Teori Howard Garner tersebut, jelas mengatakan bahawa potensi dan
bakat boleh ditingkatkan melalui perlaksanaan inisiatif bermanfaat seperti menjalankan
Program Anak Pintar Wawasan Bahasa. Program tersebut dijadikan intervensi bagi masalah
bakat murid-murid prasekolah terpendam dan tidak menyerlah serta kurang yakin diri. Maka,
Program Anak Pintar Wawasan Bahasa dilaksanakan untuk mencungkil bakat murid-murid
prasekolah sekali gus membina keyakinan diri mereka. Program intervensi tersebut
merangkumi beberapa pertandingan seperti pertandingan bercerita, deklamasi sajak,
deklamasi “thirukkural”, nyanyian dan “Action Song”. Perlaksanaan pertandingan-
pertandingan tersebut bukan sahaja meningkatkan kecerdasan intelek dan kinestetik malah
dapat meningkatkan kecerdasan yang selain daripada dua kecerdasan tersebut.
2.0 Pernyataan Masalah
Hasil daripada tinjauan yang dijalankan terhadap murid-murid prasekolah berkenaan,
menunjukkan bahawa murid-murid tersebut tidak mempunyai keyakinan diri dan bertindak
54
pasif semasa menjalankan aktiviti. Pada masa yang sama, murid-murid prasekolah juga
kurang menampilkan diri dalam khalayak sekolah. Di samping itu, murid-murid juga
mengalami kesukaran untuk bertutur dengan fasih walaupun memahami isi kandungan yang
hendak disampaikan. Ekoran daripada masalah tersebut, jelas bahawa murid-murid kurang
mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain walaupun di sekolah.
Masalah kekurangan keyakinan diri dalam murid prasekolah menyukarkan guru untuk
mencungkil dan mengenal pasti bakat mereka.
Lantaran daripada permasalahan tersebut, kemenjadian murid tidak dapat
direalisasikan. Penglibatan murid prasekolah secara aktif dalam pengajaran dan
pemudahcaraan akan membantu guru-guru prasekolah untuk membuat pentaksiran
berteraskan tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Mengenal pasti
bakat murid-murid prasekolah memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasi murid
secara holistik.
Susulan daripada tinjauan tersebut, guru prasekolah telah berganding bahu bersama
ibu bapa murid prasekolah untuk merancang satu program mencungkil bakat murid-murid
prasekolah. Program tersebut merupakan pelan intervensi bagi mengatasi masalah yang
telah dikenal pasti sekali gus memantapkan penglibatan ibu bapa dalam program sekolah.
Program yang telah dirancang ialah Program Anak Pintar Wawasan Bahasa. Program
tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada murid malah dapat menjalinkan hubungan
yang sihat antara pihak sekolah dan ibu bapa.
3.0 Objektif
Mencungkil bakat murid-murid prasekolah dengan membina keyakinan diri melalui Program
Anak Pintar Wawasan Bahasa.
4.0 Metodologi
Mengikut PInTaS kokurikulum bahagian koakademik SJK(T) Tapah tahun 2018, telah
ditekankan tentang peningkatan potensi dan bakat murid-murid. Maka, program intervensi
(Anak Pintar Wawasan Bahasa) bagi masalah tersebut telah dirancang berdasarkan PInTaS
kokurikulum pada tahun 2018. Kajian ini mengambil masa selama lapan bulan iaitu bermula
dari bulan Februari 2018 hingga September 2018. Tiga bulan pertama telah diambil untuk
membuat tinjauan terhadap murid-murid prasekolah bagi mengenal pasti masalah
kekurangan keyakinan diri mereka. Bagi menjalankan tinjauan tersebut, beberapa instrumen
kajian seperti rekod anekdot, borang soal selidik, rekod berterusan dan temu bual serta
rakaman video telah digunakan untuk pengumpulan data.
Seterusnya, tempoh selama lima bulan telah diambil untuk menjalankan program
intervensi iaitu Program Anak Pintar Wawasan Bahasa yang merangkumi empat fasa iaitu
fasa perancangan dan persediaan, fasa perkembangan, fasa pelaksanaan serta fasa
penilaian. Perincian bagi keempat-empat fasa adalah seperti berikut;
55
4.1 Fasa perancangan dan persediaan
(a) Program Anak Pintar Wawasan Bahasa telah ditetapkan sebagai program
intervensi bagi masalah yang telah dikenal pasti selepas berbincang dengan
pihak pentabir.
(b) Kertas cadangan bagi program tersebut telah dibuat dan merancang segala
persiapan untuk pelaksanaan program tersebut seperti pertubuhan
jawantankuasa induk dan kerja yang turut melibatkan ibu bapa murid
prasekolah (komuniti), perancangan perbelanjaan, bilangan pertandingan
yang hendak dipertandingkan termasuk peraturan dan panduan perjalanan
pertandingan. Senarai pertandingan yang dijalankan dalam Anak Pintar
Wawasan Bahasa adalah deklamasi sajak, bercerita, nyanyian, “action
song”, serta deklamasi “thirukkural”.
(c) Mesyuarat pertama telah diadakan bersama pihak pentadbir dan ibu bapa
(komuniti) untuk membentangkan kertas cadangan Anak Pintar Wawasan
Bahasa.
(d) Program Anak Pintar Wawasan Bahasa tahun 2018 telah dihebohkan melalui
portal PPD Batang Padang dan Muallim.
(e) Pertandingan dalaman bagi kelima-lima pertandingan telah dijalankan bagi
memilih murid-murid yang berpotensi untuk menyertai pertandingan tersebut
dengan berpandukan kelayakan asas dalam aspek pertuturan, kefasihan dan
juga minat murid.
(f) Murid-murid yang terpilih diberikan latihan khusus oleh guru-guru dan ibu
bapa mengikut pertandingan yang disertai. Tempoh latihan mengambil masa
selama empat bulan iaitu bermula daripada April hingga Ogos.
4.2 Fasa Perkembangan
(a) Mesyuarat kedua bersama ahli jawatankuasa induk dan kerja serta pihak
pentadbir telah diadakan untuk membincangkan perkembangan semasa
persiapan Program Anak Pintar Wawasan Bahasa tahun 2018. Persediaan
tempat pertandingan, hadiah, persediaan makanan, tetamu khas serta
sumbangan kewangan turut dibincangkan.
(b) Tahap penguasaan murid-murid prasekolah yang akan bertanding dalam
Program Anak Pintar Wawasan Bahasa diuji.
(c) Cadangan penambahbaikan dalam latihan khusus kepada murid mengikut
pertandingan yang disertai.
(d) Mesyuarat bersama panel hakim dan guru-guru prasekolah daripada sekolah
lain telah diadakan untuk dibentangkan garis panduan dan peraturan
pertandingan serta kertas cadangan Program Anak Pintar Wawasan Bahasa.
Komen daripada guru-guru prasekolah lain telah diterima dan dibuat
penambahbaikan.
56
4.3 Fasa Pelaksanaan
(a) Persiapan bagi Karnival Bahasa Tamil Prasekolah telahpun dibuat dengan
rapi mengikut perancangan yang telah dibuat dengan bantuan dan sokongan
para ibu bapa (komuniti).
(b) Jumlah penyertaan yang telah didaftarkan dalam pertandingan.
(c) Tetamu khas iaitu YB Encik Sivanesan telah merasmikan Karnival Bahasa
Tamil Prasekolah.
(d) Murid-murid prasekolah SJK(T) Tapah telah mengambil bahagian dalam
kelima-lima pertandingan tanpa gagal.
(e) Kesemua pertandingan telah berjalan lancar mengikut garis panduan dan
peraturan yang ditetapkan tanpa gangguan teknikal.
(f) Hadiah serta sijil telah diberikan kepada kesemua pemenang pertama, kedua
dan ketiga. Hadiah saguhati dan sijil penyertaan juga turut dihulurkan kepada
murid prasekolah atas penyertaan sebagai tanda penghargaan.
4.4 Fasa Penilaian
(a) Bakat murid-murid prasekolah telah dinilai semasa persembahan murid di
perhimpunan pagi pada setiap hari Isnin.
(b) Bakat murid-murid prasekolah juga telah dapat dinilai semasa membuat
pembentangan hasil kerja di bilik darjah.
(c) Bakat murid-murid prasekolah juga turut dapat dinilai semasa menampilkan
diri dalam memberi pendapat kendiri dalam pelaksanaan aktiviti rancangan
pengajaran dan pemudahcaraan.
(d) Bakat murid prasekolah juga menyerlah dalam pertandingan-pertandingan
bahasa selain daripada Bahasa Tamil.
5.0 Kesan Pelaksanaan
5.1 Sebelum intervensi
(a) Bakat murid-murid prasekolah sukar dikenal pasti kerana kurang mempunyai
keyakinan diri semasa mengemukan pendapat kendiri dalam aktiviti-aktiviti
PdPc.
(b) Bakat murid-murid prasekolah juga tidak menyerlah kerana kurang yakin
dalam perbentangan hasil kerja walaupun hasil kerjanya betul.
(c) Murid-murid jarang membuat persembahan dalam perhimpunan pagi pada
setiap hari Isnin menyebabkan bakat-bakat murid prasekolah tidak dapat
dikenal pasti.
(d) Murid-murid prasekolah juga tidak berminat membuat aktiviti kumpulan
kerana kurang keyakinan diri untuk mengemukakan pendapat dan idea
masing-masing. Perkara ini juga menyukarkan guru untuk mengenal pasti
bakat-bakat murid prasekolah yang terpendam.
57
5.2 Selepas intervensi
(a) Bakat murid-murid prasekolah telah dapat dikenal pasti kerana mereka
mengemukakan pendapat kendiri dalam aktiviti-aktiviti PdPc.
(b) Bakat mereka telah dikenal pasti setelah dapat membentangkan hasil kerja
kendiri dengan penuh yakin.
(c) Bakat mereka juga telah dikenal pasti kerana berjaya membuat persembahan
dengan penuh yakin dalam perhimpunan pagi pada setiap hari Isnin.
(d) Bakat mereka dapat dikenal pasti kerana sentiasa berminat mengambil
bahagian dalam aktiviti kumpulan dan sentiasa memberi idea dan cadangan
semasa menjalankan sesuatu aktiviti.
(e) Bakat mereka juga menyerlah dalam pertandingan-pertandingan bahasa
yang lain selain daripada Bahasa Tamil di peringkat sekolah dan daerah.
6.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengenal pasti bahawa Program Anak Pintar
Wawasan Bahasa dapat mencungkil bakat murid prasekolah dengan meningkatkan tahap
keyakinan diri. Di samping itu, kaedah intervensi itu juga membantu guru untuk mencungkil
bakat-bakat baharu dengan sentiasa menggalakkan murid prasekolah mengambil bahagian
dalam aktiviti di sekolah. Program intervensi yang dijalankan pasti telah membantu guru-guru
lain.
Bibliografi
Jour, Majid,P. Leng, E. Ean C. (2017). Penglibatan Ibu bapa dan komuniti dalam
memperkasakan sekolah.
https://www.researchgate.net/publication/319794654.
Julita Taisin,N.(2018). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 7,
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
Sternberg, R. J. (2001). Teaching psychology students that creativity is a decision. The
General Psychologist, 36(1), 8–11.
58
3V: VAST VOCAB VENTURE
Nurul Dinie binti Alias, Renuga Devi a/p Sandaran, Ismail bin Ebrahim
SMK Malim Nawar
[email protected]
Abstrak
Kemenjadian murid dapat dibentuk melalui persekitaran pembelajaran yang berkesan.
Perkara ini dapat diwujudkan oleh pemimpin sekolah dan guru yang berkualiti dengan
sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti. Hasil dapatan daripada
pemerhatian menunjukkan pelajar-pelajar SMK Malim Nawar terutama pelajar Tingkatan 1
mengalami masalah dari segi penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Oleh itu, satu
perubahan telah dibuat oleh para guru untuk menangani masalah ini melalui 3V: Vast Vocab
Venture dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Program ini merangkumi empat fasa
yang berlandaskan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998). Instrumen yang digunakan adalah
ujian secara bertulis iaitu Vocab Test bagi melihat keberkesanan program ini. Tinjauan juga
dijalankan dalam bentuk borang soal selidik sebagai alat untuk mengukur tahap penguasaan
bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Data-data dan maklumat diproses dan diverifikasi
dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social Sciences 23.0
(SPSS 23.0).
Kata kunci: kosa kata, 3V: Vast Vocab Venture, Strategi Pembelajaran
1.0 Pengenalan
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. Salah satu elemen dalam menjayakan program ini adalah sekolah
berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Hasrat utama KPM adalah untuk
melahirkan modal insan yang unggul. Selaras dengan hasrat ini, SMK Malim Nawar yang
merupakan salah sebuah sekolah terpilih di bawah Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dari aspek tahap penguasaan
kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutama pelajar Tingkatan 1 melalui 3V:
Vast Vocab Venture yang dijalankan oleh guru Bahasa Inggeris.
Sejajar dengan hasrat KPM dalam Gelombang 3, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dan tidak dapat
dinafikan walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa
global ini digunakan secara meluas di seluruh dunia dan perlu dikuasai terutama golongan
pelajar yang akan meneroka bidang ilmu dalam bidang pendidikan, seterusnya
mengaplikasikan ilmu ini dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, titik permulaan bagi menguasai
bahasa Inggeris dengan baik adalah dengan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
59
terdahulu dengan baik. Justeru, tugas seorang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
bukanlah mudah untuk memastikan semua pelajarnya dapat menguasai kosa kata dengan
baik, terutamanya apabila guru tersebut berhadapan dengan situasi pelajar yang mempunyai
tahap penguasaan rendah. Oleh itu, 3V: Vast Vocab Venture dijalankan untuk meningkatkan
tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan 1.
2.0 Pernyataan Masalah
Penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris memberikan mereka kelebihan untuk menerokai
pelbagai ilmu, melakukan rujukan dan membuat penyelidikan, seterusnya diaplikasikan
apabila memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, dengan penguasaan kosa kata yang baik perlu
diberikan penekanan semenjak pelajar-pelajar ini berada di sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini amat lemah dalam penguasaan kosa kata
walaupun telah berada di Tingkatan 1. Antara masalah-masalah yang dapat dikenal pasti ialah
tiada pemahaman yang betul dalam perkataan- perkataan yang mereka dengar atau baca.
Hal ini merupakan satu masalah berikutan daripada budaya membaca yang hampir tiada
dalam kalangan pelajar-pelajar. Kenyataan ini turut disokong oleh Yusof (2001) menyatakan
bahawa budaya membaca dalam kalangan pelajar amat rendah. Apatah lagi, pendedahan
kepada penggunaan perkataan-perkataan baharu mungkin juga tidak begitu meluas dalam
kalangan pelajar-pelajar ini. Malah, kebanyakan pelajar yang lemah juga mempunyai masalah
penguasaan perkataan asas seperti perkataan mudah yang sepatutnya sudah dipelajari di
sekolah rendah.
Tambahan pula, masalah penguasaan kosa kota yang lemah bukan sahaja mendorong
mereka kurang berupaya membina ayat dalam menjawab karangan tetapi ia juga
mengurangkan tahap motivasi dan kurang berkeyakinan semasa bertutur dalam Bahasa
Inggeris di dalam bilik darjah. Hal ini turut disokong oleh Bochner, 1996, mendapati bahawa
pelajar yang menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa mempunyai banyak kelebihan
seperti berkeyakinan dalam mengemukakan hujah dan berdebat, seterusnya mampu
berkomunikasi dengan yakin dan selesa dari segi penggunaan perbendaharaan kata, ejaan
dan tatabahasa yang betul.
Guru-guru mendapati bahawa pendedahan kepada pelajar terhadap bahan-bahan
yang berbeza berkemungkinan boleh membantu mereka dalam penguasaan kosa kata yang
lebih baik. Namun demikian, munculnya cabaran yang lain pula menjadi kekangan kepada
pelajar ini iaitu mereka tidak mempunyai kemudahan akses kepada bahan-bahan tersebut,
justeru hal ini telah menurunkan kadar pengusaaan kosa kata dalam kalangan mereka. Oleh
itu, sekolah telah merangka pelbagai inisiatif bagi menjayakan intervensi pembelajaran bagi
mempersiapkan diri pelajar sebelum menempuh peperiksaan penting yang akan datang.
3.0 Metodologi
Metodologi yang dilaksanakan ialah kaedah pemerhatian yang berlandaskan Model Kemmis
dan Mc Taggart (1998) dan reka bentuk deskriptif tinjauan iaitu kaedah soal selidik.
60
a. Kaedah Pemerhatian
Rajah 3.1 Pelan Tindakan tentang 3V: Vast Vocab Venture Berlandaskan
Model Kemmis dan Mc Taggart (1998)
3.2 Kaedah Deskriptif Tinjauan
Kaedah ini menggunakan borang soal selidik. Item-item dalam soal selidik ini
diperoleh daripada beberapa orang sarjana berkaitan tahap penguasaan Bahasa
Inggeris. Soal selidik yang dibentuk mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian
A mengandungi item-item berkaitan latar belakang responden manakala
Bahagian B melibatkan 20 item yang mengkaji tentang tahap penguasaan kosa
kata bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Setiap item diukur dengan
menggunakan Skala Likert 5 Mata dari skala 1 (Sangat Tidak Setuju) kepada
skala 5 (Sangat Setuju).
Pemilihan sampel pelajar adalah secara rawak sistematik. Menurut Azizi
Yahya (2006) menyatakan bahawa persampelan rawak sistematik ialah sampel
yang dipilih daripada populasi pada selang yang seragam. Sampel bagi tinjauan
ini terdiri daripada 25 orang pelajar Tingkatan 1 yang terdiri daripada kategori
pelajar sederhana lemah dan lemah yang dipilih dalam lima kelas yang berbeza.
4.0 Kaedah Pelaksanaan
4.1 Keberkesanan 3V: Vast Vocab Venture berlandaskan Model Kemmis dan
Mc Taggart (1998)
Program 3V: Vast Vocab Venture dijalankan untuk meningkatkan tahap
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan 1
yang terdiri daripada kategori pelajar sederhana lemah dan lemah. Program ini
merangkumi empat fasa yang bertujuan untuk menjalankan inisiatif ini
berpandukan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998).
61
Antaranya ialah:
(a) Fasa Merancang
Dalam fasa ini, guru akan merancang dan memberikan pendedahan kepada
pelajar tentang kosa kata yang bakal dipelajari mengikut Dokumen Standard
dan Kurikulum Prestasi (DSKP) dan ‘Scheme of Work’(SOW) yang telah
ditetapkan sepanjang tahun. Kosa kata yang diberi sepatutnya akan dapat
membantu pelajar memahami pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
sejajar dengan fokus utama kajian ini terutama bagi pelajar kategori lemah.
Sewaktu fasa ini, sejumlah 20 hingga 30 patah perkataan akan disediakan
kepada pelajar dan mereka akan digalakkan untuk mencari maksud
daripada kamus. Penekanan diberikan kepada ejaan dan maksud kerana
bagi subjek Bahasa Inggeris, amat penting bagi pelajar untuk bukan sahaja
mengenal pasti perkataan tetapi juga cakna ejaan dan maksud serta
penggunaan yang tepat. Namun begitu, satu kekangan yang jelas di sini
berlaku apabila pelajar tidak berjaya mengisi maksud perkataan atas sebab
masa yang terhad.
(b) Fasa Bertindak
Pada fasa ini guru akan mengenal pasti sama ada murid telah mencari
maksud bagi perkataan yang telah diberikan sebelum ini dan juga
menghafal maksud. Guru juga perlu mengenal pasti pelajar yang terlibat
mempunyai masalah pada perkataan-perkataan tertentu ataupun tidak.
Sebagai contoh, pelajar mungkin tiada masalah untuk mengingati perkatan
yang mempunyai tiga suku kata berbanding empat atau lebih ataupun
pelajar mungkin bermasalah untuk mengingati ejaan bagi perkataan low
frequency words. Pada fasa ini juga, guru bertindak dengan menguji pelajar
pada skala kecil melalui aktiviti kelas seperti Wheel of Fortune, Snakes and
Ladder ataupun aktiviti ringkas seperti Pop Quiz. Hal ini secara tidak
lansung memberikan galakan kepada pelajar untuk mengambil serius
terhadap usaha guru dalam memastikan mereka mempunyai kapasiti kosa
kata yang lebih tinggi.
(c) Fasa Pemehatian
Pada fasa ini, guru akan membuat pemerhatian terhadap tahap
penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar dengan menguji
keseluruhan pelajar pada satu waktu yang tidak ditetapkan. Pada fasa ini
secara amnya para pelajar akan menggunakan teknik hafalan bagi
membolehkan mereka mencapai bilangan perkataan tertinggi. Pada fasa ini,
teknik hafalan yang digunakan oleh para pelajar adalah berbeza beza. Oleh
itu, hasil daripada teknik mereka tidak mencapai tahap optimum.
62
(d) Fasa Refleksi
Akhir sekali, guru akan menilai tahap penguasaan pelajar dengan
memberikan set soalan ujian kosa kata atau Vocab Test yang mengandungi
jumlah bilangan perkataan yang banyak dan perlu disiapkan dalam satu
jangka masa yang ditetapkan oleh guru. Keempat-empat fasa akan diulang
setiap kali pelajar diberi kosa kata baharu.
4.2 Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar
Keberkesanan 3V: Vast Vocab Venture yang dilaksanakan dalam kalangan
pelajar Tingkatan 1 akan dilihat melalui tahap penguasaan kosa kata bahasa
Inggeris pelajar ini. Tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris akan diukur
berdasarkan empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Intrepretasi skor min akan
digunakan untuk menilai tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2. Borang soal selidik digunakan untuk
mengukur tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
ini. Data-data dan maklumat yang diperoleh dari soal selidik akan diproses
dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social
Sciences 23.0 (SPSS 23.0).
Skor Min Interpretasi Min
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi
Jadual 4.2 Interpretasi Min Sumber: Landell (1997)
5.0 Kesan Pelaksanaan
5.1 Keberkesanan 3V: Vast Vocab Venture
(a) Fasa Merancang
Para guru telah membuat beberapa tinjauan bagi memahami keperluan
pelajar dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Kelemahan paling jelas yang
dapat dilihat adalah lemah dalam penguasaan kosa kata. Namun, dengan
beberapa strategi, kelemahan ini boleh diatasi dengan sedikit demi sedikit.
Oleh hal yang sedemikian, amatlah penting bagi para guru untuk
mengetahui tahap penguasaan pelajar sebelum menjalankan inisitif ini bagi
memudahkan pelaksanaan strategi seterusnya. Melalui fasa ini juga, guru
sebenarnya mempersiapkan diri pelajar untuk apa-apa yang bakal mereka
pelajari dalam subjek Bahasa Inggeris.
63
(b) Fasa Bertindak
Pada fasa ini, elemen jangkaan atau anticipation element digunakan
sepenuhnya. Guru sentiasa bersedia untuk menguji dan memeriksa pelajar
pada bila-bila masa. Hal ini dapat memastikan pelajar sentiasa bersiap
sedia dalam menghafal dan memahami perkataan yang telah diberikan
pada awal pengenalan tajuk. Menyokong aspirasi PAK21, guru menjadi
kreatif dalam melaksanakan fasa ini melalui beberapa pilihan aktiviti bilik
darjah yang sesuai. Antara yang paling mendapat sambutan sepanjang
inisiatif ini dijalankan ialah Pin Wheel. Konsep yang diterapkan adalah
menguji pemahaman dan teknik hafalan pelajar. Namun demikian, apabila
aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dan menarik perhatian, pelajar mampu
memperoleh dorongan positif.
Sepanjang fasa ini, guru sangat proaktif dan sentiasa mengingatkan
pelajar tentang usaha yang sedang dijalankan. Apabila teknik pengulangan
sentiasa dijalankan, pelajar lebih mudah menghafal perkataan yang telah
diberi.
(c) Fasa Pemerhatian
Sebagai seorang guru, kita haruslah cakna akan situasi dan pencapaian
pelajar. Pada fasa ini, guru telah mengenal pasti pelajar yang memerlukan
perhatian pada perkataan-perkataan yang tertentu yang melibatkan ciri-ciri
tertentu seperti penggunaan perkataan yang banyak dengan penggunaan
perkataan sedikit atau High Frequency Words vs Low frequency Words
dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai
masalah untuk menghafal perkataan yang mempunyai lebih daripada tiga
suku kata akan mencuba untuk mendapatkan hasil yang tepat dalam
hafalan maksud dan ejaan dengan bantuan guru. Fasa Memerhati amat
penting kepada guru untuk memainkan peranan dan seterusnya
memastikan keberkesanan inisiatif ini. Usaha kolaboratif antara guru juga
memainkan peranan penting bagi memudahkan usaha mengenal pasti
tahap keberhasilan pelajar.
(d) Fasa Refleksi
Setelah murid dipersiap dengan perkataan-perkataan yang berkait dengan
pembelajaran, guru telah menguji tahap pembelajaran murid. Pada setiap
bulan, murid akan diuji dengan jumlah bilangan perkataan yang telah
diberikan secara kumulatif dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Kaedah ini banyak digunakan dalam subjek lain seperti Matematik dalam
penghafalan sifir dan diaplikasikan pada subjek Bahasa Inggeris. Hasilnya,
jelas dapat dilihat apabila murid benar-benar mencuba untuk mencapai
bilangan perkataan yang lebih tinggi daripada ujian sebelumnya. Setelah
64
ditambah dengan elemen pengukuhan serta rangsangan positif, murid akan
terdorong untuk sentiasa menambah baik skor mereka pada setiap
pusingan. Teknik pengulangan dalam setiap pusingan juga mampu
meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap perkataan perkataan mudah
tersebut. Hasil dapatan ini disokong oleh Klein (1986), jika seseorang ingin
mempelajari sesuatu bahasa, maka dia perlulah kerap berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa tersebut.
5.2 Analisis SPSS Data
(a) Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan keempat-empat dimensi
dalam penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris berada pada tahap yang
sederhana seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2. Antara empat dimensi
yang berfungsi sebagai ukuran bagi tahap penguasaan kosa kata dalam
Bahasa Inggeris, dimensi yang paling banyak memberikan sumbangan ialah
dimensi kemahiran membaca dengan nilai min 3.63 dan sisihan piawai 0.53.
Manakala dimensi yang paling rendah menunjukkan min adalah dimensi
kemahiran bertutur iaitu 3.22 dengan sisihan piawai 0.71.
Kesimpulannya, tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar Tingkatan 1 di SMK Malim Nawar berada pada tahap yang
sederhana dengan min 3.40 dan sisihan piawai 0.51. Perkara ini
menunjukkan bahawa 3V: Vast Vocab Venture berkesan dalam
meningkatkan tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar Tingkatan 1 yang terdiri daripada golongan kategori sederhana lemah
dan lemah. Hasil dapatan ini selari dengan hasil dapatan oleh Fadila dan
Adibah (2010) yang menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris adalah
sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan ini adalah lebih baik daripada
dapatan yang diperoleh oleh Surif, Johari dll (2006) yang mendapati tahap
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG, Universiti
Teknologi Malaysia berada pada tahap yang rendah dengan purata skor min
masing-masing adalah 2.24 dan 2.29.
Jadual 5.2
Skor Min, Sisihan Piawai dan Tahap Bagi Dimensi Tahap Penguasaan Kosa
Kata Bahasa Inggeris
65
6.0 Rumusan
Pada asasnya, 3V: Vast Vocab Venture dijalankan untuk menangani masalah kurang
membaca dalam kalangan pelajar. Malangnya, program ini kurang berkesan kerana pelajar
kurang membaca apatah lagi penguasaan kosa kata turut tidak dapat ditingkatkan dalam
kalangan mereka. Justeru, pendekatan 3V: Vast Vocab Venture diubah sejajar dengan
matlamat untuk menyelesaikan masalah yang paling asas iaitu penguasaan kosa kata dalam
kalangan pelajar Tingkatan 1 berdasarkan DSKP dan SOW yang telah ditetapkan sepanjang
tahun. Manakala hasil dapatan menunjukkan tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 yang terdiri daripada kategori pelajar sederhana lemah
dan lemah berada pada tahap sederhana. Hal ini terbuktinya menunjukkan 3V: Vast Vocab
Venture berjaya dilaksanakan dan berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan kosa
kata Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar ini. Oleh itu, penguasaan bahasa kedua ini
amatlah penting kerana dapat menjadikan pelajar lebih berpengetahuan, lebih mudah
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Bibliografi
Abdul Latif, A., & Abu Hanifah, A. (2010). Penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar-pelajar PKPG kemahiran hidup Universiti Teknologi Malaysia
(m.s 1-13). (Unpublished) http://eprints.utm.my/10799/
Adibah Abdul Latiff dan Azizah Abu Hanifah (2010). Penguasaan dan
Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-pelajar PKPG Kemahiran Hidup
Universiti (Retrieved 01/04/2013)
Azizi Yahaya et al. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd
Bochner, S. (1996). The learning strategies of bilingual versus monolingual. The British
Journal of Educational Psychology, 11, 279‐295.
Cresswell, J. C. (2006). Education research. New Jersey: Pearson-Merril Prentice Hall.
Kemmis dan Mc Taggart. 1998. Action Research Planner. Gealong Victoria: Deakin University
Publisher.
Landell, K (1997). Management by Menu. London: Wiley and Sons.
Merriam, Sharan B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion
and analysis. San Francisco: Jossey-Bass.
66
Mohd. Amin, Nor Fadila and Abd. Rahim, Adibah. (2010). Tahap Penguasaan
BahasaInggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar
Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal
Dan Kejuruteraan, pp. 1- 10. (Unpublished)
Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. KL: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
67
‘LOVE ALGEBRA’ DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
Norul Huda binti Abdullah, Nor Hayati binti Md Yusof
SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak
[email protected]
Abstrak
Love Algebra merupakan suatu model permainan dalam meningkatkan kefahaman tentang
algebra dalam mata pelajaran Matematik. Penumpuan terhadap minat murid dalam mata
pelajaran Matematik serta kesilapan yang kerap dilakukan dalam algebra. Minat dipupuk
melalui aktiviti permainan Matematik yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama murid
belajar daripada permainan tersebut sekali gus mendorong peningkatan peratus lulus
Matematik dalam peperiksaan. Seramai 40 orang murid Tingkatan 2 dipilih sebagai sampel.
Murid yang dipilih berprestasi rendah. Pendekatan kaedah yang digunakan berbentuk
kuantitatif iaitu praujian, pascaujian dan soal selidik. Tinjauan awal mendapati murid kurang
faham tentang algebra dan kurang minat terhdap mata pelajaran Matematik. Tempoh
pelaksanaan ialah tiga minggu. Murid membina model permainan mengikut kreativiti tersendiri
berdasarkan topik algebra. Dapatan menunjukkan peningkatan purata skor dalam pascaujian
(62.5 peratus) berbanding praujian (19.0 peratus) selepas aktiviti permainan dijalankan.
Secara keseluruhannya, Love Algebra dalam pembelajaran Matematik dapat meningkatkan
tahap kefahaman tentang algebra.
Kata Kunci: algebra, minat, tahap kefahaman
1.0 Pengenalan
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah sama ada di
peringkat prasekolah, rendah mahupun peringkat menengah. Namun sering dikatakan
bahawa kebanyakan murid kurang meminati mata pelajaran Matematik. Algebra merupakan
salah satu topik penting dalam kurikulum Matematik. Pada peringkat sekolah rendah,
praalgebra telah mula diajar dalam beberapa topik seperti Koordinat, Nisbah dan Kadaran.
Seterusnya pada peringkat menengah, tajuk ini mula diajar secara formal mulai Tingkatan 1
iaitu topik Ungkapan Algebra. Dalam ungkapan algebra, murid perlu menguasai konsep asas
pemboleh ubah, sebutan, ungkapan dan kemahiran lain termasuk pengembangan dan
pemfaktoran.
Pelbagai cara dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid
memahami algebra. Apabila murid sudah memahami sesuatu konsep, maka minat dan
keseronokan terhadap mata pelajaran Matematik meningkat.
Melalui pemerhatian dan latihan dalam kelas, murid menghadapi masalah apabila
melibatkan pengiraan ke atas ungkapan algebra. Murid juga kurang aktif semasa sesi
pembelajaran. Topik algebra juga merupakan topik yang kerap diuji dalam peperiksaan awam
68
seperti Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia. Analisis persekitaran di SMK
Syeikh Abdul Ghani, Bidor telah menunjukkan keputusan Matematik PT3 yang semakin
merosot bagi tiga tahun berturut-turut iaitu hanya 28.57 peratus (2016), 28.19 peratus (2017)
dan 19.33 peratus (2018) yang lulus pada tahap minimum. Begitu juga dengan keputusan
peperiksaan Matematik Tingkatan 1 pada tahun 2018 yang rendah iaitu 10.84 peratus dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan 15.65 peratus dalam Peperiksaaan Akhir Tahun.
Tindakan diambil untuk melihat prestasi murid dalam algebra secara lebih mendalam
sekali gus menanamkan rasa minat dan keseronokan murid mempelajari topik algebra serta
meningkatkan peratus kelulusan minimum Matematik. Model permainan Love Algebra
mengambil kira interaksi dua hala antara guru dan murid ataupun antara murid dengan murid
yang memerlukan murid melakukan pembentangan ke atas aktiviti yang dibuat. Penglibatan
secara langsung ini akan memberikan peluang kepada murid untuk mengutarakan pendapat
dan pemahaman kendiri tentang konsep mengikut kreativiti masing-masing tentang topik yang
dibincangkan menerusi pembelajaran yang kondusif dan berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid. Perkara ini selari dengan Program Transformasi Sekolah (TS25) yang
merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. SMK Syeikh Abdul Ghani pula
merupakan salah satu sekolah yang terpilih melaksanakan Program TS25 sejak 2018. TS25
juga adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran yang
menyeronokkan. Malah, disokong pula oleh kepimpinan yang berkualiti, guru yang kompeten
dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
2.0 Pernyataan Masalah
Sekolah-sekolah pada masa ini tidak lagi mengasingkan murid mengikut tahap pencapaian
semasa peperiksaan. Guru berhadapan dengan murid yang mempunyai pelbagai tahap
pencapaian dan kemampuan. Bagi mata pelajaran Matematik, guru perlu menggunakan
pelbagai kaedah dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik
minat dan keseronokan murid mempelajari Matematik sekali gus meningkatkan peratus lulus
Matematik. Murid dianggap beruntung jika boleh menguasai ilmu Matematik dengan
mendalam terutamanya pada abad ke-21 ini.
Algebra merupakan satu topik yang sangat penting dalam kurikulum Matematik pada
peringkat sekolah. Murid menghadapi masalah menjawab soalan melibatkan algebra dalam
peperiksaan menyebabkan tahap pencapaian murid dalam algebra rendah. Pengetahuan,
pendedahan dan pemahaman tentang asas algebra adalah penting kerana melibatkan
pencapaian keseluruhan pelajar. Hasil tinjauan juga menunjukkan beberapa kesilapan yang
sering dilakukan oleh murid berkaitan algebra iaitu dari segi pengembangan dan pemfaktoran
ungkapan algebra, penggunaan tatatanda yang salah, kesilapan integer, percantuman
ungkapan serta kesilapan-kesilapan lain yang tidak dapat dikategorikan. Malahan kesilapan
ini dilihat semakin ketara dari semasa ke semasa.
69
Secara spesifik, penulisan ini akan mempersoalkan apakah kaedah dan amalan yang
boleh digunakan oleh murid-murid untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan topik
algebra? Adakah prestasi keputusan peperiksaan murid akan meningkat?
3.0 Objektif
Penulisan dijalankan bertujuan melihat keberkesanan model permainan dalam meningkatkan
kefahaman tentang algebra dalam mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid
Tingkatan 2 di samping menghasilkan bahan bantu pembelajaran bagi meningkatkan
kemahiran murid dalam menjawab soalan berkaitan algebra.
4.0 Metodologi
Seramai 40 orang murid daripada Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul
Ghani, Bidor dipilih sebagai sampel untuk melihat keberkesanan model permainan ‘Love
Algebra’ dalam Matematik. Murid ini terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 23 orang murid
perempuan pelbagai etnik. Lebih separuh daripada mereka mempunyai tahap pencapaian
yang rendah dalam mata pelajaran Matematik dan dikategori sebagai pelajar berprestasi
rendah. Tempoh pelaksanaan adalah tiga minggu.
4.1 Instrumen
Tiga instrumen telah digunakan untuk mengenal pasti masalah ini. Antaranya ialah
soal selidik, pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran murid di
dalam kelas serta praujian.
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
(a) Soal Selidik
Soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan. Kaedah
dengan menggunakan soal selidik adalah sesuai dan mudah untuk
mendapatkan maklum balas daripada responden. Menurut Tuckman (1994),
menyatakan bahawa soal selidik kerap digunakan oleh para penyelidik untuk
menukarkan maklumat yang diperoleh daripada subjek kepada bentuk data.
Soalan soal selidik ini terdiri daripada 10 soalan yang berkaitan dengan
minat murid terhadap Matematik terutamanya tentang topik algebra.
Disebabkan alat ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi, maka
alat ini digunakan untuk menguji murid. Soal selidik ini dilakukan sebanyak
dua kali iaitu sebelum pengajaran dan pembelajaran serta selepas
pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti keberkesanan
pembelajaran algebra melalui model permainan Matematik di dalam bilik
darjah.
70
Berikut ialah rumusan Soal Selidik tentang minat murid dalam pembelajaran algebra (sebelum
pengajaran dan pembelajaran):
Bilangan skor dan
Bil Item peratusan
5%4%
1 Saya minat belajar algebra 18 43.90 7 17.07
5 12.20
2 Saya mendapat markah yang baik semasa belajar tajuk algebra 13 31.70
di tingkatan 1
3 Saya suka kaedah mengajar guru matematik bagi tajuk algebra. 16 39.02 6 14.63
4 Saya boleh faham apa yang diajar oleh guru matematik tentang 17 41.46 8 19.51
algebra 5 12.20
8 19.51
5 Cikgu saya menggunakan kaedah yang berkesan semasa 15 36.59 6 14.63
mengajar algebra. 7 17.07
8 19.51
6 Saya akan membuat kerja rumah yang diberi oleh guru 18 43.90
berkaitan tajuk algebra.
7 Saya akan bertanya kepada kawan jika saya tidak faham tajuk 15 36.59
algebra.
Saya akan bertanya kepada guru jika saya tidak faham tajuk 14 34.15
8 algebra semasa guru mengajar.
9 Saya lebih minat belajar algebra jika guru menggunakan alat 16 39.02
bantu mengajar.
10 Saya suka belajar algebra secara berkumpulan. 17 41.46 5 12.20
PURATA 38.78 15.85
JUMLAH PURATA PERATUS SKOR 4 DAN 5 IALAH 54.63%
Jadual 1 : Rumusan Student’s Voice tentang tahap minat murid dalam pembelajaran algebra
(sebelum pengajaran dan pembelajaran)
Jadual 1 menunjukkan tahap minat murid terhadap pembelajaran algebra
dalam mata pelajaran Matematik adalah rendah iaitu 54.63 peratus. Murid juga
didapati bermotivasi rendah dan tidak memuaskan. Peratusan yang rendah ini
menunjukkan tidak ramai murid menguasai algebra sekali gus mempengaruhi
tahap pencapaian murid dalam Matematik.
(b) Pemerhatian di dalam bilik darjah
Kaedah pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran telah dibuat di
dalam kelas. Didapati tidak semua murid yang melibatkan diri dan bertindak
aktif semasa pengajaran dan pembelajaran. Biasanya murid tidak banyak
bertanya ataupun menggerakkan minda semasa latihan. Sering kali murid
hanya menunggu jawapan yang diberikan oleh guru. Kebanyakan murid tidak
memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Pemerhatian juga dibuat
ke atas buku latihan murid. Hasil tinjauan menunjukkan beberapa kesilapan
yang kerap dilakukan oleh murid berkaitan algebra iaitu dari segi
pengembangan dan pemfaktoran ungkapan algebra, penggunaan tatatanda
yang salah, percantuman ungkapan serta kesilapan-kesilapan lain yang tidak
dapat dikategorikan. Cara murid menjawab soalan berkaitan algebra
71
diperhatikan dan didapati mereka menunjukkan langkah kerja yang salah
menyebabkan jawapan yang diperoleh akan salah. Murid menghadapi
masalah apabila melibatkan pengiraan ke atas algebra dan soalan berbentuk
penyelesaian masalah. Soalan penyelesaian masalah selalunya jenis KBAT
yang melihat keupayaan murid menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi,
menganalisis dan mencipta. Apabila seseorang murid itu menghadapi
masalah dalam memahami dan menguasai suatu konsep, dia menjadi kurang
aktif dalam sesi pembelajaran, justeru, boleh mempengaruhi minat terhadap
mata pelajaran tersebut.
(c) Praujian
Praujian berkaitan topik algebra dilaksanakan ke atas responden pada awal
kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah dan teknik
pembelajaran yang digunakan. Soalan dalam merangkumi 4 soalan subjektif
yang mengikut aras iaitu dari aras rendah kepada aras sukar. Soalan KBAT
juga diselitkan dalam praujian. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk
menjawab soalan dihadkan kepada 30 minit.
Setiap kertas jawapan murid disemak dan diberi markah. Setiap
kesalahan dikenal pasti dan dianalisis. Hasil dapatan telah digunakan sebagai
dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang
digunakan.
Berdasarkan dapatan, pencapaian murid ditunjukkan amat tidak
memuaskan. Purata skor pencapaian murid hanya 19.0 peratus. Berdasarkan
analisis, kesilapan yang paling kerap dilakukan adalah kesilapan pada
penggunaan kaedah yang salah terutamanya dalam asas kembangan
algebra. Proses pengembangan ini melibatkan hasil pendaraban suatu
sebutan yang berada di luar suatu kurungan dengan kesemua sebutan dalam
suatu kurungan tersebut. Segelintir murid masih keliru tentang algebra yang
melibatkan tanda kurungan serta kesalahan pada tanda negatif dan positif.
Didapati juga, majoriti murid tidak menjawab langsung soalan terutamanya
penyelesaian masalah. Jika perkara ini berterusan, mereka akan mengadapi
masalah sama pada peringkat seterusnya malahan peringkat menengah
atas. Apabila berhadapan dengan soalan yang lebih rumit, mereka akan
kurang meminati dan berasa seronok terhadap mata pelajaran Matematik
sekali gus mempengaruhi mutu pencapaian. Secara keseluruhannya, tahap
penguasaan murid tentang algebra sangat lemah.
5.0 Kaedah Pelaksanaan
Beberapa kaedah atau inisiatif telah dijalankan untuk membantu murid-murid meningkatkan
penguasaan tentang algebra sekali gus menanamkan minat dan keseronokan murid terhadap
mata pelajaran Matematik. Salah satu kaedah yang digunakan adalah melalui model
72
permainan. Model ini dinamakan ‘Love Algebra’. Kaedah ini adalah berkonsepkan permainan
atau didik hibur yang mewujudkan pembelajaran aktif di dalam bilik darjah. Pembelajaran ini
boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan yang menjurus ke arah kefahaman
murid. Murid-murid diarahkan untuk merancang dan membuat satu model permainan
mengikut kreativiti tersendiri berdasarkan topik algebra. Antara model permainan yang telah
dirancang oleh murid-murid ialah Genius Maths, Pohon Ajaib, Dam Ular dan Magix Box.
Murid akan diberi tempoh masa untuk membina model permainan. Sepanjang aktiviti
ini, murid akan mengenal pasti konsep yang perlu dikuasai serta difahami, mengkaji idea dan
menyelesaikan masalah secara berperingkat mengikut tahap kesukaran termasuk soalan
KBAT. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, soalan berkaitan algebra akan diselitkan. Setiap
ahli kumpulan akan menyuarakan pendapat tentang model permainan. Semasa sesi
permainan dijalankan, murid boleh bertanya secara terus permasalahan algebra. Mereka
bukan sahaja mendapat kemahiran menjawab pelbagai jenis dan tahap soalan berkaitan
algebra dengan lebih yakin, mereka juga mampu menghasilkan bahan bantu pembelajaran
mengikut kreativiti sendiri. Pendidikan STEM diterapkan juga dalam aktiviti ini
memandangkan STEM adalah suatu elemen yang sangat penting dalam sistem Pendidikan
kerana melahirkan murid yang boleh berfikir secara logik, mereka cipta serta menyelesaikan
masalah secara kreatif dan inovatif. Murid meneroka sendiri konsep Matematik dan bukannya
disuap dengan fakta-fakta Matematik. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa pelajar
mengingati 90 peratus daripada apa-apa yang mereka cakap dan buat.
Semasa aktiviti yang dijalankan, semua murid akan terlibat secara langsung. Hal ini
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Ganjaran akan diberikan kepada murid yang
bertanya dan kepada kumpulan terbaik. Terdapat kajian lalu mengatakan ganjaran ialah faktor
penting kepada kejayaan seseorang. Pakar motivasi percaya ganjaran sangat perlu ke atas
tingkah laku manusia kerana berupaya mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalan
seseorang. Dengan ganjaran dan pengukuhan secara positif, aspek pembelajaran dan tabiat
turut berubah secara positif.
6.0 Kesan Pelaksanaan
Penilaian tentang keberkesanan model permainan Love Algebra ini dilaksanakan dengan
pascaujian. Soalan yang diuji dalam pascaujian adalah sama dengan bilangan soalan dalam
praujian. Bentuk item yang diuji adalah sama kecuali dari segi nilai dan digit yang berbeza.
Perbandingan skor praujian dan pascaujian dianalisis untuk melihat keberkesanan kaedah
pembelajaran yang dikaji. Daripada analisis didapati terdapat peningkatan yang ketara antara
skor praujian dan pascaujian. Purata skor setiap murid dalam praujian ialah 19.0 peratus
manakala pascaujian ialah 62.50 peratus (Rujuk lampiran 4). Hal ini menunjukkan kefahaman
dan penguasaan murid tentang algebra semakin meningkat melalui pembelajaran dengan
kaedah model permainan Matematik.
73
Perbandingan skor praujian dan pascaujian adalah seperti berikut:
Perbandingan antara Keputusan Praujian dan Ujian
Pos
Bilangan Murid 30 Ujian Pra
20 Ujian Pos
10
0
0 -20 21 - 40 41 - 60 61 - 80 81 - 100
Markah
Graf 1: Perbandingan antara keputusan praujian dan pascaujian
Perbandingan Skor Praujian dan Pascaujian Mengikut Murid
120
100
80 Ujian
60 Pra
40 Ujian
20 Pos
0
Murid 1
Murid 3
Murid 5
Murid 7
Murid 9
Murid 11
Murid 13
Murid 15
Murid 17
Murid 19
Murid 21
Murid 23
Murid 25
Murid 27
Murid 29
Murid 31
Murid 33
Murid 35
Murid 37
Murid 39
Rajah 1: Perbandingan skor praujian dan pascaujian setiap Murid
74
Berdasarkan penilaian ini, boleh disimpulkan bahawa tahap kefahaman tentang
algebra melalui model permainan ‘Love Algebra’ sangat berkesan dan mencapai
objektif dan dapat dibuktikan melalui analisis perbandingan skor praujian dan
pascaujian. Ternyata terdapat peningkatan yang memberangsangkan antara skor
praujian dan pascaujian bagi setiap murid iaitu meningkat daripada skor purata 19.0
peratus kepada 62.5 peratus. Suara murid tentang minat dan kefahaman terhadap
topik algebra turut meningkat daripada 54.63 peratus kepada 93.18 peratus selepas
aktiviti dijalankan. Aktiviti pembelajaran melalui model permainan juga mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan serta membantu
mengukuhkan pemahaman dan meningkatkan tahap penguasaan sekali gus menarik
minat dan tumpuan murid terhadap mata pelajaran Matematik.
Kaedah ini lebih kepada berpusatkan murid yang akan mendatangkan hasil yang
positif terutama kepada pencapaian murid. Murid akan lebih berkeyakinan dan
melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Secara tidak langsung murid menggunakan hasil kreativiti dan inovasi
sendiri untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Dengan bantuan alat
bantu yang interaktif, murid dapat memahami konsep sesuatu topik dengan lebih
mudah, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin serta lebih berkemahiran sosial. Dengan
kaedah ini juga, secara tidak langsung nilai-nilai murni, sikap positif serta menghargai
kepentingan dipupuk semasa sesi pembelajaran.
7.0 Rumusan
Kefahaman amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam jangka masa
yang panjang. Murid yang berbeza kadang kala memerlukan pendekatan yang berbeza untuk
memahami sesuatu konsep. Oleh itu, teknik atau kaedah yang pelbagai perlu difikirkan dan
dilakukan dari semasa ke semasa dengan merangka pendekatan-pendekatan yang sesuai
untuk sesuatu konsep tertentu, terutamanya konsep yang rumit. Guru perlu mempelbagaikan
teknik dan kaedah mengajar yang berpusatkan murid.
Contoh-contoh Matematik yang berhubung kait dengan kehidupan perlu dititikberatkan
supaya murid menyedari tentang kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam
kehidupan harian. Minat murid terhadap Matematik boleh dipupuk peringkat seawal yang
mungkin dengan cara simulasi kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap
murid terhadap sesuatu fenomena.
Hasil dapatan ini juga diharapkan dapat membantu para pendidik untuk merancang
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Diharap kaedah ini juga
menjadi suatu amalan dan dibudayakan demi meningkatkan lagi prestasi dan tahap
pencapaian mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid. Tanpa pencapaian ataupun
keputusan akademik cemerlang, pelajar akan menghadapi kesukaran untuk memulakan
perjalanan hidup pada masa akan datang. Strategi pengajaran yang mampu menarik minat
dan keseronokan murid terhadap Matematik patut diteruskan manakala strategi yang boleh
membunuh minat terhadap Matematik harus dihentikan untuk memastikan supaya tiada lagi
75
murid yang tidak menggemari mata pelajaran Matematik sekali gus meningkatkan mutu
pendidikan negara kita serta melahirkan murid yang berdaya saing pada zaman yang semakin
mencabar ini.
Kesan daripada minat dan sikap yang positif, murid berfikiran kritis dan terbuka,
melahirkan sifat ingin tahu, bersikap aktif alam bilik darjah, boleh bekerjasama dalam
kumpulan, meningkatkan kemahiran interaksi dan berkomunikasi dapat direalisasikan sekali
gus memenuhi elemen 6K. 6K merujuk kepada komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis,
kewarganegaraan dan karakter. Hal ini selari dan bertepatan dengan matlamat Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ke arah membangunkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan, kondusif dan menyeronokan dengan mengutamakan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti demi melahirkan modal insan yang unggul pada masa akan datang.
Bibliografi
Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007), Sumbangan Sikap Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik: Sejauh manakah Hubungan Ini
Relevan?: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Azrul Fahmi Ismail & Marlina Ali (2007). Analisis Kesilapan Dalam Tajuk Ungkapan Algebra
di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat :Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik:
Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hassan, Johari and Ab Aziz, Norsuriani (2011) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat
Terhadap Matematik Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Marlina Ali & Nurul Hafiza Abdul Aziz (2010) Tahap Kefahaman Dalam Tajuk Ungkapan
Algebra Pelajar Tingkatan 2: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Shankar a/l Radah Krishna (2015). Analisis Kesilapan Dalam Pengembangan dan
Pemfaktoran Ungkapan Aljabar Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Masters
Thesis, Universiti Sains Malaysia.
Zaida binti Sangit (2007) Kesilapan Dalam Ungkapan Algebra di Kalangan Pelajar Tingkatan
4 : satu kajian kes: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
https://rb.gy/0fosww
Lampiran
76
AMALAN TRANSFORMASI KOMUNIKASI BERKESAN
Halipah binti Harun, Nur Akmar binti Md Arshad,
Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak
[email protected]
Abstrak
Task Force TS25 SK Taiping komited untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
komunikasi yang berkesan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Usaha Task Force
TS25 ini berfokuskan bidang keberhasilan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
Bermakna (PBD). Berdasarkan amalan Pentaksiran Bilik Darjah oleh guru-guru Bahasa
Inggeris didapati bahawa penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris masih
rendah pada Tahap Penguasaan 1 (TP1). Oleh itu, program Rintis Celik Bahasa Ingggeris ini
dilaksanakan melalui 3 inisiatif iaitu Role Play (RP), School Tourist Guide (STG) dan Active
Speaker Corner (ASC). Program Rintis Celik Bahasa Inggeris dapat melahirkan murid yang
mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan berkeyakinan diri yang tinggi
melalui tiga inisiatif yang telah dirancang. Program ini telah berjaya meningkatkan tahap
penguasaan bertutur daripada TP 1 ke TP 3 dan melahirkan 10 orang murid daripada 20
orang murid untuk mengendalikan program lawatan penanda aras daripada dua buah sekolah
sekali gus keyakinan diri mereka meningkat. Berdasarkan pencapaian dalam program Rintis
Celik Bahasa Ingggeris, Task Force TS25 SK Taiping akan menjadikan program ini sebagai
program utama bagi tahun 2020.
Kata Kunci: berkomunikasi, berkesan, kurang berkeyakinan, fasih, berkeyakinan
1.0 Pengenalan
Program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran
bermakna dengan cara meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi
menggunakan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid SK Taiping.
2.0 Objektif
a) Murid dapat membina keyakinan diri semasa aktiviti berkumpulan seperti
melakonkan watak menggunakan dialog dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh
guru semasa sesi pembelajaran.
b) Murid berani berbahasa Inggeris untuk memperkenalkan latar belakang sekolah
secara individu kepada pelawat yang hadir melalui Program Lawatan
Penandaarasan.
c) Murid dapat menyampaikan maklumat atau pengucapan awam dengan kreatif dan
fasih dalam bahasa Inggeris.
77
3.0 Pernyataan Masalah
Dalam mengharungi dunia globalisasi yang semakin mencabar, penggunaan bahasa Inggeris
yang betul dianggap sesuatu keperluan penting dalam kehidupan harian. Pemasalahan
wujud sekiranya bahasa Inggeris yang menjadi wadah untuk berkomunikasi menunjukkan
jurang yang menghalang seseorang seperti murid sekolah untuk meneruskan pembelajaran
kerana kelemahan mereka dalam pertuturan secara fasih dan difahami oleh pendengar
khususnya guru. Masalah ini akan berlarutan sekiranya tidak dibendung dan diatasi dengan
segera kerana melibatkan emosi murid-murid serta pembentukan jati diri mereka untuk
berhadapan dengan orang lain.
Oleh itu, pengkaji mengklasifikasikan kajian ini sesuatu yang perlu dijalankan terhadap
murid khasnya murid Tahap 2 yang telah melalui pembelajaran secara khusus lebih daripada
tiga tahun. Namun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris daripada segi pertuturan yang
terhad di dalam dan di luar kelas menyebabkan murid-murid mempunyai perasaan rendah
diri. Kebanyakan murid enggan membuka mulut untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
memerlukan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Murid-murid belum bersedia untuk
menghadapi kemungkinan dimalukan di dalam kelas kerana kesalahan tatabahasa ketika
bertutur.
Menurut Nijat et al. (2019) dalam kajian mereka yang bertujuan untuk menyiasat
faktor psikologi yang menjadi halangan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dalam
kalangan murid sekolah rendah Malaysia. Majoriti murid menjadi mangsa faktor fisiologi
biasa seperti ketakutan di dalam kelas, rasa malu dan kegelisahan. Sebilangan besar murid
tidak yakin untuk bercakap kerana mempunyai perasaan takut untuk bertutur dalam bahasa
Inggeris. Beberapa orang murid lain pula berasa malu dan cemas ketika bercakap di dalam
kelas.
Oleh itu, murid mengusulkan agar diberi peluang yang lebih banyak untuk terlibat
dalam aktiviti menarik semasa sesi pembelajaran. Selain itu, suasana pembelajaran yang
kondusif dan pemberian galakan atau ganjaran untuk pertuturan turut membantu mengatasi
faktor fisiologi biasa seperti perasaan malu. Hubungan antara guru dan murid yang baik turut
membantu mereka mengatasi faktor psikologi yang menghalang mereka untuk bertutur dalam
bahasa Inggeris.
Program ini dapat menekankan kepentingan yang berfokuskan masalah bertutur
menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan murid SK Taiping agar punca utama
masalah tersebut dapat dikenal pasti. Kebajikan murid-murid seharusnya dititikberatkan
agar masa depan mereka tidak dikaitkan dengan ketidakbolehan mereka bertutur dalam
bahasa Inggeris dengan baik. Oleh itu, setiap masalah perlu dikenal pasti lebih awal. Pihak
sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris boleh menguruskan program yang lebih berkesan
untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya memberi peluang kepada murid-murid untuk
lebih maju dan lebih berkeyakinan menggunakan bahasa Inggeris apabila berhadapan
dengan orang lain serta mampu bersaing pada peringkat global.
78
4.0 Bidang Fokus
Program ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif bagi inisiatif yang berkaitan dengan
permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid di SK Taiping. Inisiatif-inisiatif itu adalah
seperti berikut:
(a) Role Play (RP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Pentaksiran
Berasaskan Bilik Darjah (PBD) yang memfokuskan kepada lima aktiviti teras PBD
untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti Projek
Mudah, Bercerita, Permainan, Main Peranan dan Kuiz.
Aktiviti teras keempat iaitu Main Peranan atau Role Play dapat memberikan
pendedahan kepada murid tentang cara berkomunikasi yang betul beserta respons
untuk setiap penyataan. Kumaran (2017) menyatakan bahawa main peranan
mampu mendorong pelajar untuk berkomunikasi tanpa ragu-ragu dan takut ketika
menghadapi situasi kehidupan sebenar. Perasaan yang positif ketika berkomunikasi
menyebabkan murid lebih berkeyakinan untuk tampil bertutur menggunakan bahasa
yang dianggap sukar dan kurang difahami. Main Peranan memerlukan penglibatan
aktif murid untuk membalas percakapan orang lain (yang mempunyai peranan)
dengan penuh sopan dan bertatasusila. Pelakuan dan pertuturan yang berlaku
serentak menyebabkan murid rasa seronok dan terhibur.
(b) School Tourist Guide (STG)
Projek STG bermula di SK Taiping hasil daripada cetusan idea guru besar yang
inginkan semua murid di SK Taiping supaya petah berbicara menggunakan bahasa
Inggeris. Seramai 10 orang murid yang menjadi perintis kepada projek ini pada
mulanya dan bilangan menjadi semakin bertambah dengan mengambil kira minat
serta kebolehan murid untuk menjadi pemandu pelancong kepada setiap lawatan
penandaarasan ke sekolah. Pengenalan kepada latar belakang sekolah dan
persekitaran dan prasarana sekolah dalam Bahasa Inggeris menjadikan murid
belajar tentang glosari perkataan yang sesuai untuk diguna pakai semasa
perbentangan mereka sekali gus menjadikan mereka bersiap sedia untuk tujuan
tersebut.
Selain itu, sekolah juga mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid yang
terlibat dengan STG untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang
pelancongan. Hal ini dapat mengembangkan minda dan pengetahuan mereka
mengenai dunia luar. Latihan untuk berkomunikasi dengan baik bermula dengan
aktiviti kokurikulum di luar kelas seperti ini. Menurut Kugiejko dan Granda-Pinan
(2017), pelancongan juga dapat diatur pada waktu lapang atau sebagai sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum tambahan. Lawatan sekolah mengajar anak murid
bagaimana menangani kesukaran sebagai satu kumpulan dan dalam keadaan yang
79
mendesak, mereka akan berkomunikasi sesama sendiri dalam Bahasa Inggeris
sekiranya dibimbing oleh guru. Manakala sebagai alat pedagogi dan pendidikan,
lawatan dianggap sangat efisien, kerana mereka tidak hanya mendorong
pembelajaran tetapi juga pengembangan keperibadian anak murid. Aktiviti ini
bertepatan dengan program Rintis Celik Bahasa Inggeris yang menggalakkan murid
bertutur dalam bahasa Inggeris di samping meningkatkan keyakinan diri mereka.
(c) Active Speaker Corner (ASC)
Sudut Bahasa Inggeris tempat yang dirancang untuk digunakan dalam bahasa
Inggeris diharapkan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris,
terutamanya bertutur. Setakat ini, bukan kelas tetapi bilik yang dirancang sangat
menarik dan dapat digambarkan untuk menjadikan pelajar bersedia untuk datang
dan berlatih dengan bebas tanpa kekuatan dan pengawasan.
Konsep ini berasal dari Pengajaran Bahasa Komunikatif (CLT) yang
menyatakan bahawa bahasa adalah komunikasi (Nur, 2017). Sekolah menyediakan
ruang di sebalik kantin sekolah yang dinamakan Speaker’s Corner. Ruang ini
dikhaskan untuk murid membuat pelbagai jenis aktiviti dalam bentuk pengucapan
awam. Ini dapat membuka peluang kepada mereka mengekspresi sesuatu sama
ada dalam keadaan bersedia mahupun spontan. Mereka juga boleh merujuk
kepada nota masing-masing sekiranya perlu. Pengucapan awam yang dilakukan
adalah disusuli dengan rakaman video oleh guru supaya murid dapat
menambahbaik pengucapan mereka dari segi tatabahasa dan penyampaian yang
betul. Mereka boleh mengulangi pengucapan mereka di hadapan audiens yang
terdiri daripada rakan-rakan sekelas masing-masing. Rakan-rakan yang dipilih oleh
guru serta guru dijadikan hakim untuk menghakimi pengucapan murid. Ini juga
berlaku pembelajaran secara dua hala dan penglibatan aktif murid untuk
menggalakkan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Murid juga boleh
memilih sama ada melaksanakan pengucapan secara solo atau duet.
5.0 Metodologi
5.1 Reka bentuk kajian
Program ini adalah untuk membina keyakinan diri semasa aktiviti berkumpulan
seperti melakonkan watak menggunakan dialog dalam bahasa Inggeris yang
diberikan oleh guru semasa sesi pembelajaran. Di samping itu, ia juga diadakan
supaya murid berani berbahasa Inggeris untuk memperkenalkan latar belakang
sekolah secara individu kepada pelawat yang hadir melalui Program Lawatan
Penandaarasan. Selain itu, program ini juga memfokuskan agar murid dapat
menyampaikan maklumat atau pengucapan awam dengan kreatif dan fasih
dalam bahasa Inggeris.
80
Program ini akan membuat analisis terhadap murid-murid yang terlibat
dalam program rintis ini bagi memenuhi objektif kajian yang telah dinyatakan.
Data yang diperoleh daripada soal selidik akan membantu guru dalam membuat
analisa untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran bermakna
dengan cara meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi menggunakan
bahasa Inggeris.
5.2 Instrumen kajian
Amalan terbaik ini menggunakan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah
(PInTaS) dan OPPM (One Page Project Manager) sebagai instrumen kajian.
PInTaS merupakan satu pelan lengkap yang menjadi rujukan dalam Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang memberikan penekanan kepada bidang
keberhasilan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna. Data yang
dikumpulkan adalah berdasarkan learning walk, semakan RPH, carta ganjaran
dan kumpulan telegram PAK21 SK Taiping bagi aktiviti Role Play (Main
Peranan). Manakala aktiviti School Tourist Guide (STG), data diperoleh
daripada laporan selepas aktiviti dijalankan dan laporan setiap kali lawatan
penandarasan dibuat di sekolah. Active Speaker Corner (ACS) dipantau dan
data didapati daripada laporan aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris yang
dijalankan pada hari Rabu setiap dua minggu. Data juga diperoleh daripada
laporan Every Tuesday is an English Day.
Manakala OPPM digunakan sebagai medium untuk pelaporan dan telah
dijadikan sebagai alat untuk pemimpin dan pengurusan pertengahan
berkomunikasi mengenai status program pelbagai saiz, iaitu sesuai untuk
program tahunan yang berskala besar hingga kepada program berskala kecil
dalam sekolah. Campbell dan Campbell (2012) menyatakan pengurus projek
satu halaman baru atau OPPM adalah bahagian penting yang menyampaikan
rancangan projek dan kemudian menunjukkan prestasi progresif kepada
rancangan itu dengan cara yang lengkap namun efisien, sehingga meningkatkan
keterlihatan dan kolaborasi yang sangat penting untuk pengurusan projek yang
berjaya. OPPM menerangkan komitmen yang berterusan setiap guru dan
keberkesanan komunikasi antara semua pihak termasuk pentadbir dan guru
yang terlibat dalam sesuatu program atau projek di sekolah yang dirancang.
Penggunaan OPPM untuk tujuan program ini memudahkan guru keep track
dengan ketiga-tiga inisiatif yang telah terlaksana dengan jayanya.
6.0 Dapatan dan Impak
Perjalanan program secara konsisten telah menunjukkan kesan yang positif kepada murid-
murid yang terlibat. Peningkatan kemahiran dalam pertuturan dalam bahasa Inggeris dapat
dilihat berdasarkan peningkatan tahap penguasaan murid dalam PBD selepas program
dijalankan. Murid yang dipantau secara berkala juga mampu membawa diri mereka ke pentas
sekolah dan bersedia dengan arahan guru untuk menjadi tourist guide kepada pelawat yang
datang ke sekolah.
81