The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2020-11-29 22:56:29

BUKU TRANSFORMASI MEMACU KEMENJADIAN MURID: KOMPILASI AMALAN TRANSFORMASI SEKOLAH KOHORT 1, 2 & 3 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) NEGERI PERAK TAHUN 2020

COVER-merged

Sikap ambil berat dan juga kaedah pemberian arahan yang berkesan dan mudah serta
diterima oleh orang bawahan beliau.

Perubahan persekitaran sekolah juga turut tidak terlepas daripada pandangan Guru
Besar. Persekitaran yang selesa dan cantik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif. Dalam hal ini beliau telah melakukan perubahan dengan mencantikkan bangunan
dan mewujudkan taman herba serta penanaman bunga.

Beliau juga amat menitikberatkan penglibatan guru dan murid dalam pelbagai peringkat
sama ada daerah, negeri mahupun kebangsaan. Malahan terdapat guru yang terlibat hingga
ke peringkat antarabangsa hasil penubuhan kumpulan ukulele ‘Adulte Uku SKB’ dan pelibatan
guru sebagai Jurulatih Utama pelbagai bidang akademik, di peringkat daerah, JPN, BPK dan
Lembaga Peperiksaan sendiri. Begitu juga dengan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti
koakademik dan kokurikulum di pelbagai peringkat, seperti giovane ukulele, tarian dan aktiviti
beruniform.

6.0 Rumusan

Secara keseluruhannya seramai 60/60 atau 100 peratus responden (ibu bapa, guru dan
murid) bersetuju dengan perubahan dari segi persekitaran (knowledge around us), program-
program kemenjadian murid (giovane) serta program kemenjadian guru (Adulte uku SKB).

Ijmalnya, gaya dan kepimpinan Puan Hajah Roslina dilihat berkesan dalam mengubah
suasana dan wajah SK Bidor, dalam tahun 2018 dan 2019, berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Pentadbirannya yang mengutamakan kepuasan bekerja (guru), kepuasan
belajar (murid) dan kepuasan berurusan (ibu bapa), menjadi kekuatan utama kepada
kepimpinannya.

Kepimpinan yang berkesan akan mendatangkan impak positif kepada guru iaitu melalui
penglibatan dalam pelbagai bidang serta sumbangan kepada organisasi sama ada di
peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Impak terhadap murid pula dilihat melalui
peningkatan prestasi akademik murid serta penglibatan murid dalam kegiatan koakademik
dan kokurikulum dalam pelbagai peringkat, terutamanya aktiviti-aktiviti yang jarang diceburi
oleh sekolah-sekolah lain.

Keberkesanan kepimpinan beliau dalam PIBG pula dapat dilihat melalui penglibatan
masyarakat orang asli dalam menyumbang pondok rehat murid yang didirikan secara gotong-
royong, penglibatan PIBG dalam melatih pasukan bola sepak, badminton dan bola jaring serta
pelbagai aktiviti gotong-royong menghias kelas.

Bibliografi
Azman bin Safii, 10 Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad ke 21 Yang Berjaya,

www.prisma.com Chek Mat (2003).Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. t.t. Panduan pelaksanaan program kelayakan profesional

pemimpin pendidikan kebangsaan (NPQEL). Genting Highlands: Institut Aminuddin
Baki.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Newstrom, J.W., Davis, K. (1993). Organizational Behavior: Human Behavior at Work. New
York:McGraw-Hill.
Scan QR Code

Untuk melihat lebih maklumat dan gambar-gambar peristiwa, sila layari laman Facebook SKB
Bidor.

APA KATA ANDA…?

Roslina binti Mohamad Jaki, Moiira Mallani a/p Santhanam, Ramlah binti Mat

Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh, Lekir, Perak
[email protected]

Abstrak

Tahap kepuasan hati seseorang dalam sebarang perkara atau isu terutamanya yang
melibatkan pengurusan sumber manusia boleh dinilai melalui kaedah maklum balas secara
konsisten. Pihak sekolah berhasrat untuk memantapkan prestasi sekolah dari segi akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Kaedah tinjauan menggunakan Google Form menjadi platform yang
sangat berkesan bagi mendapatkan maklum balas secara efisien. Sampel maklum balas
melibatkan guru, murid dan ibu bapa. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan
dianalisis menggunakan skala likert dan soalan terbuka. Hasil daripada analisis menunjukkan
kepuasan guru terhadap perkhidmatan dan kesediaan guru adalah pada tahap 80 - 95 peratus
menunjukkan sekolah dengan program TS25 memberikan peluang kepada guru untuk lebih
berkualiti dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta berkemahiran. Analisis kepuasan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas menunjukkan 80 – 91
peratus murid berpuas hati dengan teknik, strategi dan kaedah pengajaran guru-guru serta
prasarana sekolah. Manakala analisis kepuasan PIBG dan ibu bapa terhadap perkhidmatan
sekolah menunjukkan skala antara 80 - 95 peratus. Dapatan maklum balas ini diharap dapat
menjadi peneraju pasukan pentadbir untuk memantau dan mengenal pasti bidang yang perlu
untuk proses penambahbaikan sekolah, memperbaiki dan menaik taraf kemudahan sedia ada
di sekolah.

Kata Kunci: Maklum balas, Google Form (e-survey), penambahbaikan

1.0 Pengenalan

SK Batu Sepuluh merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Lekir, Sitiawan.
Sekolah ini mempunyai 17 buah bilik darjah dengan bilangan murid seramai 531 orang.
Sekolah ini terlibat di bawah program khas iaitu Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Umum mengetahui bahawa sekolah di bawah Program TS25 mempunyai gaya pengurusan
yang bersistem dan terancang. Guru Besar bertanggungjawab menerajui aktiviti instruksional,
memantau pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik. Guru Besar dibantu oleh
Senior Leadership Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) mengetuai pelaksanaan
pemantauan, menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan tentang isu-isu yang
timbul berkaitan akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid mengikut ketetapan secara
menyeluruh dan berterusan. Mesyuarat PIBG yang hanya dijalankan sekali dalam setahun
tidak memadai untuk membantu pihak sekolah secara menyeluruh dalam meningkatkan
pelaksanaan pengurusan sekolah dengan lebih efektif. Untuk mengetahui suara guru, suara
murid dan suara ibu bapa dengan lebih pantas dan berterusan, pihak pentadbir telah
menjalankan tinjauan secara berkala menggunakan kaedah e-survey (Google Form).

2.0 Metodologi

Model Penyelesaian Masalah Langkah-demi-Langkah (step-by-step problem solving) oleh
Chang dan Kelly (1993) melibatkan proses berfikir yang perlu dilalui. Model Chang dan Kelly
ini berstruktur dan sistematik serta banyak membantu organisasi dalam menyelesaikan
masalah dan membuat penambahbaikan organisasi. Rajah 1 menunjukkan proses yang
terlibat dalam menyelesaikan masalah.

Rajah 1: Model Chang and Kelly

Instrumen soal selidik dan dibina secara berasingan bagi guru, murid dan ibu bapa
menggunakan item soalan berbeza berdasarkan Skala Likert dan soalan terbuka.

2.1 Konsep maklum balas untuk penambahbaikan

Setiap ketua jabatan, kepemimpinan dan pengurusan perlu sentiasa memberi
perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagaimana sekolah dapat berfungsi dan
diuruskan secara seimbang bukan sahaja bertumpu kepada penambahbaikan
sistem, malah perhatian sewajarnya perlu ditingkatkan jalinan hubungan antara
organisasi dengan pelanggan-pelanggannya, guru-gurunya serta pemegang
taruhnya. Pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara organisasi
dan seluruh warga guru, ibu bapa dan murid dapat meningkatkan jalinan
hubungan yang memenuhi kehendak fizikal emosi dan rohani. Maklum balas
dan penambahbaikan dapat membantu kumpulan pengurusan untuk memantau
dan menganalisis pelbagai data prestasi sekolah (akademik, kokurikulum dan
sahsiah) menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan mengikut
ketetapan secara menyeluruh dan berterusan. Artikel oleh Mohd Yazid bin Muji,
Pustakawan Universiti Tenaga Nasional, Januari 2018 antaranya telah
menyenaraikan kepentingan maklum balas iaitu:-

i) Untuk memenuhi jangkaan
ii) Membantu menyelesaikan sesuatu permasalahan
iii) Suatu perkongsian idea dan ilmu
iv) Mewujudkan peluang atau ruang komunikasi
v) Membina hubungan antara manusia
vi) Mengelak kekeliruan dalam sesuatu perkara

vii) Meningkatkan kualiti sesuatu perkhidmatan/ jabatan
viii) Menunjukkan sikap profesional/ efisien/ positif

3.0 Kaedah Pelaksanaan

3.1 Proses membina soalan dan pelaksanaan
SLT dan MLT bermesyuarat untuk menentukan soalan soal selidik yang perlu
dimasukkan. Soalan dibina berdasarkan iklim semasa sekolah daripada semua
aspek yang boleh meningkatkan dan menyokong akauntabiliti sasaran utama
dalam program TS25 iaitu; penyertaan murid, pembelajaran murid, kualiti guru
dan pemimpin sekolah serta pentaksiran. E-survey untuk guru dan ibu bapa
disebar luas melalui aplikasi whatsapp manakala e-survey untuk murid pula
dilaksanakan di makmal komputer dan bilik akses mengikut giliran kelas yang
dijadualkan. Antara item atau soalan soal selidik yang dilaksanakan di sekolah
ialah:

3.2 Item soalan dan respon bagi faktor murid
Skala Likert
1 Ya 2 Tidak pasti 3 Tidak

BIL SKALA 123

ITEM Bilangan Murid

1 Guru saya memberitahu tentang objektif pembelajaran 131 10 3
dan kriteria kejayaan sebelum bermula pembelajaran

2 Guru saya menyoal untuk membuatkan saya berfikir 119 17 7

3 Guru saya memberikan masa untuk saya berfikir untuk 118 15 10
jawapan saya

4 Guru memberitahu saya kemahiran yang perlu dilakukan 112 22 9
untuk menjadikan tugasan saya lebih baik

5 Guru dan rakan sering membantu saya sekiranya saya 91 27 24
kurang pasti

6 Pembelajaran saya sangat seronok dan saya sentiasa 116 19 7
teruja.

7 Saya biasa mendapat pelbagai sumber dan bahan yang 87 37 17
berbeza untuk membantu saya belajar.

8 Hasil tugasan saya dipamerkan di dalam bilik darjah. 85 34 22

Terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum untuk saya
9 memilihnya. 71 52 20

10 Saya tahu dan memahami peraturan kelas. 134 8 1

11 Semasa belajar,saya hanya berpandukan buku teks. 68 58 15

12 Guru memberi peluang kepada saya untuk menilai 84 43 16
tahap pembelajaran saya bagi sesuatu topik.

Jadual 1: Menunjukkan taburan kekerapan bagi setiap item bagi komponen murid

Kemenjadian dan keberhasilan murid adalah keutamaan untuk mencapai sekolah yang
berkualiti. Rajah 2 keseluruhannya memberi gambaran bahawa perkembangan pembelajaran
murid berada pada tahap yang memberangsangkan. Responden begitu pasti dan yakin
bahawa mengikut keperluan secara menyeluruh dan berterusan. Berdasarkan jadual, item
soalan 1 hingga 5 adalah menjurus ke arah kualiti guru sebagai pemudah cara. Hasil tinjauan

menunjukkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru berada pada tahap yang
memberangsangkan.

Item soalan 6 hingga 12 pula menjurus ke arah persekitaran pembelajaran murid-murid.
Hasil tinjauan menunjukkan persekitaran pembelajaran berada di tahap yang tinggi.
Penggunaan bahan sumber dan alat berfikir yang berkesan membantu murid mengamalkan
strategi aras tinggi dan pemikiran kreatif. Amalan self and peer assessment diterapkan
kepada murid agar menjadi amalan dalam proses pembelajaran mereka. E-survey murid-
murid dilaksanakan untuk menunjukkan mereka merasa disokong oleh guru-guru dalam
semua aspek dan murid-murid berasa gembira untuk belajar.

BIL SKALA 1234

ITEM

Sekolah dengan Program TS25 memberikan peluang kepada saya
1 berkemahiran dengan proses sokongan yang baik dan berkesan. 8 21 2 0

Saya telah mendapat pendedahan dan pengetahuan yang sesuai 4 26 1 0
2 dan mencukupi bagi menyokong saya melaksanakan PAK21.

3 Saya yakin saya melaksanakan PAK21 dangan baik dan berkesan. 1 28 1 0

Semua kelas telah dibangunkan sebagai bilik darjah abad 21 dan

4 memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu elemen fizikal, sosial, emosi 1 24 6 0

dan ekplorasi intelektual.

5 Ketua Panitia melaksanakan bimbingan dan aktiviti PLC secara 6 24 1 0
berkala bagi meningkatkan kemahiran pedagogi PAK21.

Saya memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu melalui

6 pembelajaran menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan 7 23 1 0

peperiksaan.

7 Pihak sekolah memberi kerjasama kepada saya membenarkan 8 23 0 0
evidens murid dalam bentuk lembaran kerja.

8 Kemudahan di sekolah mencukupi untuk saya melaksanakan PdPc 4 22 4 0
dengan berkesan dan menyeronokkan.

9 Saya mempunyai pelbagai koleksi bahan grafik yang menarik yang 1 28 2 0
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas saya.

10 Saya sentiasa bersedia untuk menggunakan kaedah pengajaran 3 26 1 1
atas talian.

Bilangan Cadangan

11 Cadangan saya untuk sekolah bagi meningkatkan kecekapan 10

Jadual 2: Menunjukkan taburan kekerapan bagi setiap item di bawah faktor guru

3.3 Item soalan dan respons bagi faktor guru
Skala Likert
1. Sangat setuju
2. Setuju
3. Tidak setuju
4. Sangat tidak setuju

Secara keseluruhannya menunjukkan guru mempunyai kesedaran untuk mengaplikasi
konsep dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Walau bagaimanapun, SLT
dan MLT perlu sentiasa memantau kemajuan dan pencapaian dengan menyediakan rumusan
dan mengambil tindakan susulan kepada sebahagian kecil guru untuk dimantapkan dan diberi
sokongan sama ada semasa PLC, teachsmart atau workshop. Cadangan dan pandangan

guru diambil kira sebagai suara untuk penambahbaikan prasarana dan juga kualiti guru. Bagi
item nombor 11, cadangan ialah suara yang perlu diberi perhatian untuk SLT dan MLT untuk
merancang dan melaksana latihan dengan program yang bersesuaian. Pelaksanaan perlu
diurus secara sistematik dan terancang. SLT dan MLT merancang dan melaksanakan
program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran, menilai
keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada keperluan
guru selaras dengan perkembangan pendidikan semasa dan secara berterusan. Antara
cadangan yang disuarakan guru adalah;

3.3.1 Cadangan para guru

Bil Cadangan

1. Meningkatkan server Internet agar lebih laju

2. Perkongsian maklumat yang berterusan dalam usaha memurnikan lagi TS25

3. Menyediakan kemudahan yang mencukupi dan latihan berterusan

4. Latihan dan pendedahan mengenai TS25 lebih mendalam

5 Sesi PdP simulasi dijalankan .

6. Menyediakan latihan dan program berkaitan PAK21 kepada guru

7. Mengadakan bengkel berkaitan teknik penyoalan aras tinggi dalam pengajaran

8. Mendedahkan kepelbagaian strategi PAK21

9. Tingkatkan prasarana. Kebanyakan kelas masih tiada soket elektrik
membuatkan peralatan ICT tidak dapat digunakan.

10 Taklimat atau perkongsian yang lebih kerap berkaitan TS25.

Jadual 3: Cadangan dari e-survey para guru

3.4 Item soalan dan respons bagi faktor ibu bapa 12
Skala Likert Bilangan
1. Ya PIBG / ibu
2. Tidak
bapa
BIL SKALA 38 2

ITEM 35 5

Pihak sekolah berkongsi hala tuju dan aktiviti sekolah bersama 39 1
1 pihak PIBG. 39 1
36 4
Sekolah ada melaporkan kejayaan dan pencapaian sekolah 39 1
36 4
2 kepada pihak PIBG dan ibu bapa secara lisan atau laporan di
32 7
media sosial.
37 3
3 Anak saya berasa seronok dan gembira belajar di sekolah ini.

4 Saya berasa gembira dengan kehadiran anak saya ke sekolah.

5 Saya berasa gembira dengan cara pihak sekolah mengatasi isu-
isu tingkah laku murid.

6 Anak saya seronok dengan program kokurikulum di sekolah.

7 Pihak sekolah ada memberi peluang kepada pihak PIBG dan ibu
bapa untuk terlibat dalam beberapa aktiviti / acara sekolah.

Pihak sekolah ada menyediakan bengkel/workshop untuk

8 meningkatkan sokongan ibu bapa terhadap pendidikan anak-

anak.

Pihak sekolah ada menyediakan sistem pelaporan pencapaian

9 murid dan ibu bapa diberi peluang untuk terlibat dalam

peningkatan pencapaian anak-anak mereka.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan sistem operasi
10 pihak sekolah. 37 3

Bilangan

cadangan/

komen

11 Sila tulis sebarang cadangan untuk meningkatkan prestasi 29
sekolah.

Jadual 4: Menunjukkan taburan kekerapan bagi setiap item di bawah faktor PIBG/ ibu bapa

Jadual 4 secara keseluruhannya menunjukkan responden memberikan tahap
kepuasan yang amat memberangsangkan. Pihak sekolah mempunyai perancangan yang
telah diperuntukkan untuk murid-murid melalui peralihan yang mampan melalui program
akademik, sahsiah dan kokurikulum. 90 peratus ibu bapa berpuas hati dengan pengurusan
sekolah melalui dapatan e-survey. Agenda mesyuarat PIBG memberi fokus kepada aktiviti-
aktiviti dan hal-hal berkaitan program sekolah.

3.4.1 Cadangan para ibu bapa

Bil Cadangan
1. Banyakkan lagi program untuk anak-anak.
2. Jika guru-guru mengadakan lebih banyak aktiviti dan program yang boleh menarik minat

para pelajar ini mungkin dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah dan peluang para
murid untuk menyerlah dan menunjukkan bakat mereka.
3. Pelbagaikan aktiviti kesukanan pelajar.
4. Fokus kepada murid yang lemah. Fahami isi hati mereka supaya mudah untuk belajar.
5. Libatkan kepakaran ibu bapa.
6. Mengadakan kelas tambahan bagi pencapaian akademik, mengalakkan semua murid
menceburi aktiviti yang sekolah rancangkan untuk mencapai objektif kemenjadian murid.
7. Saya mencadangkan pihak sekolah memperbanyak aktiviti kemahiran seperti
pertukangan supaya murid yang kurang minat dalam pembelajaran boleh meningkatkan
pembelajaran dari segi kemahiran.
8. Sekolah perlu menyediakan workshop untuk meningkatkan sokongan ibu bapa terhadap
pendidikan anak-anak.
9. Mengadakan gotong-royong untuk mencantikan kawasan sekolah.
10. Menceriakan prasarana sekitar sekolah. Sebagai contoh 1Keluarga 1Pokok bunga atau
mengecat dinding sekolah bagi yg berkemahiran melukis kata alu-aluan penglibatan ibu
bapa.

Jadual 5 : Cadangan dari e-survey PIBG/ ibu bapa

4.0 Kesan Pelaksanaan

SLT dan MLT menggunakan data dan maklumat cadangan dan suara dari e-survey diteliti
dianalisis dan disediakan rumusan mengikut alat Diamond Nine untuk menentukan langkah
utama yang perlu diuruskan mengikut keutamaan dan kesegeraan.

Rajah 2. Diamond Nine

4.1 Tindakan kesegeraan mengikut Diamond Nine bagi faktor murid
Berdasarkan tinjauan faktor murid, item soalan ke-5 memerlukan tindakan
kesegeraan untuk memastikan setiap murid tidak rasa dipinggirkan semasa
pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. SLT dan MLT akan bergerak
dengan lebih efisien untuk memastikan penggunaan kad traffic light selepas
aktiviti pembelajaran untuk memastikan tahap kefahaman murid. Murid-murid
akan menggunakan kad traffic light berwarna merah jika mereka tidak dapat
memahami pelajaran pada hari itu. Hal ini dapat membantu guru mengenal pasti
murid-murid yang takut bersuara atau bertanya soalan yang tidak difahami.
Selain itu, guru-guru juga telah menggunakan kaedah parking lot untuk murid-
murid meluahkan perasaan dan pendapat mereka terhadap pelajaran pada hari
tersebut. Berdasarkan maklum balas ini, guru-guru dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya.

4.2 Tindakan kesegeraan mengikut Diamond Nine bagi faktor guru
Berdasarkan pandangan responden, keutamaan berkaitan PAK21 diberi
penekanan yang utama. Pihak sekolah dengan bantuan SLT dan MLT berusaha
mengadakan jaringan dan jalinan bersama sekolah yang berhampiran untuk
mengadakan bengkel berkaitan dengan PAK21. Selain itu, perkongsian pintar
bersama guru-guru cemerlang bagi mendedahkan kepelbagaian strategi PAK21.
MLT berperanan untuk menjalankan peer-teaching, coaching and mentoring
dengan lebih efektif dan kerap bersama ahli semasa sesi Professional Learning
Community (PLC) serta sewaktu pengajaran dan pemudahcaraan di dalam
kelas. Guru dibantu pada setiap masa dan tidak berasa tertekan dalam
menjalankan tugas masing-masing. Guru juga bebas menyuarakan pendapat
berkaitan tugas masing-masing dalam bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum.

4.3 Tindakan kesegeraan mengikut Diamond Nine bagi faktor ibu bapa
Berdasarkan pandangan responden, item nombor 8 diberi perhatian dan pihak
sekolah menganjurkan sekurang-kurangnya tiga bengkel dan taklimat keibu
bapaan dalam setahun untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka.
Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang. Pihak
sekolah boleh mendapatkan pendapat ibu bapa berkaitan program atau bengkel
yang mereka harapkan daripada pihak sekolah.

Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dan isu yang perlu diberi perhatian
sebelum proses membuat penambahbaikan diambil kira. Antara faktor yang
perlu diberi perhatian meliputi semua perkara dan bidang seperti kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber manusia, prasarana sekolah
dan sumber pendidikan.

Rajah 3: Kerangka Gaya Kepimpinan

Salah satu ciri yang menunjukkan gaya kepimpinan berkesan adalah
memanfaatkan maklum balas yang diterima sebelum membuat sebarang
perubahan. Untuk memastikan sekolah sentiasa on-track, SLT selaku pemimpin
perlu mengamalkan leadership style tool yang pelbagai untuk mengenal pasti
pelbagai bentuk kepemimpinan sama ada affiliative, democratic, authoritative,
coercive, pace setting or coaching (afiliasi, demokratik, berwibawa, paksaan,
pengaturan kadar, atau bimbingan). Paling penting, PGB memberi bimbingan
kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara profesional dan terancang.
PGB memberi panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada
Penolong Kanan dan MLT Ketua Panitia mengikut keperluan, dari semasa ke
semasa, secara jelas dan menyeluruh. Satu sistem berpasukan perlu diwujudkan
untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam membuat keputusan dan
menerajui aktiviti di sekolah. Sebagai contohnya, merancang PLC kalendar,
PdPc workshop dan perancangan aktiviti tahunan sekolah.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, maklum balas e-survey ini merupakan salah satu alat untuk sesebuah
organisasi membuat penilaian dan pentaksiran kendiri dalam sistem pengurusan yang
mantap, PdPc berfokuskan murid, pembudayaan PLC, pelan sokongan daripada SLT dan
MLT, kemenjadian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah juga keterlibatan serta
komitmen tinggi daripada komuniti dan ibu bapa. Perjalanan ini membawa perubahan
paradigma yang besar dalam kalangan guru, pelajar dan masyarakat. Melalui proses
Program TS25, SLT dan MLT berusaha agar guru didedahkan kepada pelbagai kursus,
bengkel, perkembangan profesional serta mengambil bahagian dalam komuniti pembelajaran
profesional untuk meningkatkan kualiti pembelajaran baharu mereka. Semua pembelajaran

dan sistem yang disediakan telah membuka jalan untuk SK Batu Sepuluh terus mencapai
kecemerlangan berlandaskan pendekatan abad ke-21.

Pada tahun 2020, adalah diharapkan SK Batu Sepuluh akan terus maju dalam
membina persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk semua murid bagi memastikan
kemenjadian yang holistik dan memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat
bagi memudahkan matlamat Program TS25 tercapai.

Bibliografi

https://beritappm.wordpress.com/2018/01/11/kepentingan-memberi-maklumbalas-respon-
pada-pelanggan/

Sonia Blandford (2010).Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah.KL Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Brent Davies & John West-Burnham (2010). Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah. KL, Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad

John West-Burnham & Fergus O’ Sullivan (2010). Mengembangkan Profesionalisme Di
Sekolah. KL, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Mok Soon Sang (2010). Murid Dan Alam Belajar. Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Adam Khoo & Stuart Tan (2009). Kuasai Minda Bina Masa Depan Anda. Selangor, PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd
Md Said bin Md Daimon (KPPD) & SIPartners PPD Batu Pahat (2019). Ringkasan
SKPMg2 Alat Pengurusan Sekolah.Batu Pahat. Koperasi Pendidikan Daerah

Md Said bin Md Daimon (2018). Panduan Pelaksanaan Program Bimbingan Di Sekolah

Berasaskan SKPMg2. Pengurusan Sekolah.Batu Pahat. Koperasi Pendidikan Daerah
https://azmanss.blogspot.com/2017/03/gaya-kepimpinan-berkesan.html

ONE TEAM ONE VISION

Sarasvathy a/p Kalimuthu, Sunthari a/p Shanmugadass

SJK(T) Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak
[email protected]

Abstrak

Dunia Pendidikan sedang mengalami era transformasi selari dengan peredaran zaman dan
kehendak tuntutan global. Kejayaan sesebuah organisasi sekolah adalah berpunca daripada
kepimpinan yang berorientasikan kemampuan manusia. Artikel ini bertujuan untuk
memperlihatkan impak implimentasi gaya kepimpinan Guru Besar di SJK(T) Tanjong
Rambutan. Gaya kepimpinan Guru Besar membolehkan beliau melahirkan guru-guru yang
stress free, komitmen kerja dan mempunyai tahap kepuasan kerja. Persoalan yang timbul di
sekolah ini ialah kekurangan peningkatan kejayaan dan perkembangan kemenjadian murid.
Peningkatan kejayaan dan perkembangan kemenjadian murid di dalam sekolah bukan sahaja
terletak di tangan seorang pemimpin yang digelar guru besar tetapi adalah tanggungjawab
setiap guru yang berkhidmat di sekolah ini. Gaya Kepimpinan yang boleh mempengaruhi
orang lain adalah dianggap sebagai gaya yang dapat menjayakan visi dan misi yang
ditetapkan oleh pemimpin dalam organisasi sekolah. Gaya kepimpinan yang bersifat holistik
merupakan satu bentuk gaya di sekolah yang diamalkan oleh pemimpin sekolah ini. Gaya
kepimpinan ini dapat mengubah dan melahirkan guru-guru yang lebih bersikap komited dan
bermotivasi tinggi serta mempertingkatkan produktiviti sekolah iaitu daripada skop
kemenjadian murid. Kajian ini dijalankan terhadap seramai 26 orang guru di SJK(T) Tanjong
Rambutan dengan menggunakan Kaedah PInTaS dan OPPM. Secara mudah dikatakan,
kaedah ini dianggap memberi impak yang mendalam dalam proses mentransformasikan
sekolah-sekolah di Malaysia. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk temu bual dan
soal selidik. Amalan gaya kepimpinan holistik memberi impak yang positif terhadap perubahan
sikap dan motivasi kerja guru serta memacu kepada peningkatan produktiviti sekolah ini.

Kata kunci: Kepimpinan Holistik, PInTaS & OPPM, guru stress free, komitmen kerja dan
bermotivasi, produktiviti sekolah

1.0 Pengenalan

SJK(T) Tanjong Rambutan telah ditubuhkan pada tahun 1930 dengan dua buah bilik darjah.
Bilangan murid ketika itu ialah seramai 42 orang dengan dua orang guru. Pada mulanya
sekolah ini dikenali sebagai Samuel Vidyasalai Tanjong Rambutan sempena nama
pengasasnya Dr.Samuel seorang British yang pada ketika itu bertugas sebagai Pegawai
Pentadbir Perubatan, Hospital Penyakit Otak. Semasa Perang Dunia Kedua sekolah ini
ditutup sementara dan digunakan untuk mengajar Bahasa Jepun.

Kini, sekolah ini menempatkan 273 orang murid, 26 orang guru, 50 orang murid
prasekolah, tiga orang kerani, dan dua orang pembantu prasekolah. Mulai tahun 2018 Puan

Sunthari a/p Shanmugadass menerajui kepimpinan sekolah ini. Sekolah ini juga adalah di
bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

2.0 Objektif

Objektif penulisan amalan kepimpinan holistik dalam pengurusan di sekolah adalah seperti
berikut:

i. mewujudkan persekitaran stress free dalam kalangan warga sekolah
ii. meningkatkan motivasi diri dalam kalangan warga sekolah
iii. meningkatkan komitmen kerja dalam kalangan warga sekolah

3.0 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pada latar belakang sekolah SJK(T) Tanjong Rambutan, persoalan yang timbul
ialah berkaitan dengan gaya kepimpinan guru besar terhadap stress free, komitmen dan
kepuasan kerja guru yang boleh membawa implikasi besar kepada kejayaan sesebuah
sekolah. Sewaktu Guru Besar mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2018, beliau
mendapati guru-guru di sekolah ini berada dalam keadaan yang rungsing dan tertekan selain
tidak bermotivasi serta bersikap pasif apabila diminta memberi pendapat.

4.0 Metodologi

Seramai 26 orang guru (enam lelaki 20 perempuan) telah terlibat dalam kajian ini. Guru-guru
penolong kanan juga turut terlibat sebagai responden kajian.

Ia dijalankan untuk melihat gaya kepimpinan Guru Besar terhadap komitmen dan
kepuasan kerja guru di SJK(T) Tanjong Rambutan. Pada awal tahun 2018, Guru Besar
menggunakan pendekatan kaedah tinjauan seperti temu bual dan soal selidik untuk
mendapatkan maklum balas daripada guru-guru. Hal ini kerana kajian melalui kaedah
tinjauan dilihat tidak menggunakan masa yang terlalu lama serta lebih berkesan berbanding
kaedah-kaedah lain (Mohamad Majid, 2005).

Pada awal tahun 2018, Guru Besar mengadakan sesi temu bual secara peribadi
dengan semua guru. Data kajian diperoleh dengan mengedarkan borang temu bual secara
individu kepada semua guru. Sebelum mengadakan sesi temu bual dengan guru-guru, Guru
Besar memberikan taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan maklumat yang disampaikan
oleh guru kepada Guru Besar. Jaminan hasil temu bual diberikan kepada semua guru supaya
mereka berasa lebih selamat dan berani memberi pendapat mereka secara bebas. Maklum
balas yang diperoleh daripada temu bual telah dianalisis dengan menggunakan borang
Analisis SWOT.

Guru Besar juga menggunakan pendekatan soal selidik untuk mendapatkan maklum
balas daripada guru-guru. Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui keberkesanan
gaya kepimpinan holistik dalam kalangan guru selama tiga tahun secara berterusan iaitu dari
tahun 2018-2020. Borang soal selidik yang diedarkan terdiri daripada dua bahagian.

Bahagian satu terdiri daripada maklumat peribadi guru manakala bahagian dua pula
merupakan 10 item soalan yang berkaitan perbandingan antara gaya kepimpinan Guru Besar
pada tahun 2017 dengan gaya kepimpinan Guru Besar pada tahun 2020. Hasil dapatan soal
selidik direkod dan digunakan untuk tujuan penambahbaikan dan pengukuhan pada masa
akan datang.

5.0 Kaedah Pelaksanaan

Guru Besar sebagai motivator dan selaku pengurus pendidikan mengambil inisiatif untuk
meningkatkan komitmen dan motivasi kerja dalam kalangan guru-guru melalui pelbagai aktiviti
di sekolah. Aktiviti-aktiviti ini memberi impak yang besar terhadap komitmen dan motivasi
kerja guru yang menjurus kepada kemenjadian murid di sekolah. Hal ini kerana, motivasi
kerja merupakan satu perangsang kepada guru-guru untuk mengekalkan minat guru ke arah
perubahan tingkah laku dan sikap.

Pada tahun 2019, Guru Besar memotivasikan guru-guru melalui tayangan filem Hindi
yang bertajuk “Hichki”. Filem ini mengisahkan suka duka seorang guru perempuan yang
mempunyai masalah pertuturan. Dalam cerita ini, guru perempuan tersebut melalui pelbagai
halangan dan cabaran semasa menghadapi murid-murid nakal di dalam kelas. Pelbagai cara
diambil oleh guru itu untuk menarik minat dan membimbing murid-murid mengikuti pengajaran
guru di kelas. Semua guru di SJK(T) Tanjong Rambutan begitu teruja melihat filem Hindi ini.

Bagi memantapkan lagi minda dan emosi guru-guru di SJK(T) Tanjong Rambutan,
Guru Besar memberikan taklimat yang bertajuk “How to mold a person” kepada guru-guru.
Taklimat ini memberikan pelbagai maklumat tentang pembinaan jati diri dan cara memajukan
diri sendiri untuk mewujudkan kemenjadian murid di sekolah. Dengan ini, guru-guru mula
menunjukkan pandangan positif yang memberi dorongan dan semangat untuk menjalankan
tanggungjawab yang aktif dan bermakna.

Tambahan pula, LADAP Coaching and Mentoring dilaksanakan oleh Guru Besar
untuk memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru melalui tayangan slaid. Guru
Besar mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan matlamat, guru-guru
yang menghadapi masalah kesihatan dikenal pasti dan dibimbing oleh Guru Besar. Guru-guru
diberi pendedahan tentang penyelesaian masalah secara kreatif untuk meningkatkan
kemahuan dan keinginan dalam kerjaya.

Guru Besar lebih bersemangat untuk memotivasikan guru-guru dan berusaha
menjadikan diri beliau sebagai role model kepada guru-guru demi meningkatkan lagi
keberkesanan sistem pendidikan di sekolah ini. Pada tahun 2020, Guru Besar mengadakan
Bengkel Emotional Transformation untuk guru-guru. Melalui bengkel ini, Guru Besar memberi
bimbingan dan panduan kepada guru-guru yang ada masalah kesihatan. Menurut Travers,
P.D. dan Rebore, R.W. (1995), peranan guru besar meliputi peranan sebagai pembina yang
memberikan bimbingan dan sokongan profesional, mengenal pasti keperluan dan kepakaran
yang dimiliki oleh guru-guru.

Guru Besar sebagai tunjang utama kepada keberkesanan sekolah, sentiasa memberi
penekanan kepada kemenjadian murid dan PdPc di dalam bilik darjah. Beliau mengadakan
LADAP Pengurusan Mental dan Emosi untuk menggalakkan guru-guru memperlihatkan
keterampilan masing-masing tanpa sebarang paksaan. Beliau sentiasa membantu guru-guru
yang berkompetensi dan cekap untuk menerajui sekolah ke arah kecemerlangan.

Beliau juga sentiasa memastikan persekitaran yang kondusif diwujudkan bagi
memastikan kesejahteraan guru. Justeru, para guru diberi pendedahan tentang kesihatan diri
melalui fizikal Fitness Zumba. Guru Besar bijak berkomunikasi bagi menjelaskan harapan
dan matlamat yang positif kepada guru-guru dengan mendemonstrasikan komitmen yang
tinggi melalui perkongsian kejayaan secara bersama.

Guru Besar menampilkan ciri-ciri kewibawaan dan keyakinan pada tahap yang tinggi.
Beliau mula memberi arahan yang jelas tentang perkara yang dikehendakinya dengan
menyediakan peraturan, jadual dan penyelarasan kerja. Setiap program yang dilaksanakan
dirancang dengan teliti dan teratur. Guru-guru dibimbing untuk memikul tanggungjawab yang
diberikan dengan berjaya. Beliau mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk
kerjasama dalam kalangan guru menjalankan program sekolah. Pada tahun 2020 sewaktu
PKP Covid -19, guru-guru mula menjalankan PdP dalam talian tanpa arahan Guru Besar.

6.0 Kesan Pelaksanaan

Dapatan kajian menunjukkan faktor motivasi dapat mempengaruhi ketegangan kerja guru.
Justeru, Guru Besar mencetuskan ilham guru dengan memberi LADAP, ceramah dan bengkel
untuk menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dengan gaya kepimpinan holistik dalam
kalangan guru.

Tahun 2018 merupakan satu tahun yang mencabar bagi Guru Besar untuk
mengendalikan sekolah. Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) dilaksanakan untuk
mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan guru-guru bagi memacu sekolah menuju
kejayaan dan kecemerlangan.

Guru Besar sentiasa menjaga kebajikan guru-guru di sekolah ini. Beliau
menitikberatkan kemudahan prasarana diurus dengan baik untuk memastikan kesejahteraan
dan keselamatan guru. Bilik guru diwujudkan untuk membantu guru-guru melaksanakan
tugas dalam suasana kerja yang seronok dan ceria selain dapat meningkatkan kualiti
persekitaran kerja.

Sikap Guru Besar yang suka membimbing guru-guru dalam aspek pelaksanaan
program sekolah dapat membantu guru-guru agar lebih cekap dalam melaksanakan sesuatu
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Peningkatan kehadiran murid-murid tadika
100 peratus memenuhi kapasiti bilik darjah merupakan kejayaan yang amat besar kepada
Guru Besar.

Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Guru Besar membuatkan guru-guru tidak merasa
diri mereka dipandang rendah oleh majikannya. Hal inilah yang menjadikan gaya kepimpinan
Holistik Guru Besar disenangi oleh para guru. Guru-guru bermasalah kesihatan yang
menerima panduan dan bimbingan daripada Guru Besar mula menunjukkan prestasi kerja
yang baik. Dengan ini, keberadaan guru di sekolah ini mula meningkat dan bilangan guru
yang memohon bertukar berkurangan.

Tahun 2019 merupakan fasa pemulihan kepada Guru Besar mengorak langkah
menjayakan visi dan misi sekolah. Beliau berjaya merangsang dan memotivasikan guru-guru
bagi meningkatkan keberkesanan sekolah dalam pelbagai aspek termasuk tingkah laku murid
dan kemenjadian murid.

Dalam bidang kokurikulum, pasukan bola jaring mula menunjukkan peningkatan
permainan dan berjaya mewakili daerah serta mendapat peluang menyertai pemilihan
peringkat negeri. Walaupun murid-murid yang menghadiri saringan pemilihan pasukan
peringkat negeri tidak berjaya, namun ia merupakan satu tangga kejayaan kepada sekolah ini
yang tidak pernah mendapat peluang keemasan sebelum ini.

Bimbingan daripada Guru Besar dapat mengeratkan hubungan yang baik antara Guru
Besar dengan guru-guru di sekolah ini. Justeru, wujud guru-guru yang efektif dan berkualiti
dan seterusnya dapat melahirkan murid yang cemerlang dari segi capaian mereka. Pada
tahun 2019, Skor SKPMg2 Standard 4 menunjukkan peratus peningkatan kualiti guru.
Terdapat 23 orang guru mendapat markah lebih daripada 85 peratus manakala hanya empat
orang guru yang mendapat kurang daripada 85 peratus markah. Markah ini menunjukkan
peningkatan berbanding dengan tahun 2018.

Tahun 2020 merupakan fasa peningkatan kepada Guru Besar kerana beliau berjaya
membentuk tenaga guru yang mempunyai motivasi tinggi, komitmen kerja dalam kumpulan
dan stress free melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Guru-guru mula menunjukkan
bakat mereka menjurus kepada kecemerlangan sekolah. Dengan ini, wujudlah satu sistem
perekodan markah yang bernama Sistem OFF-EX Khas untuk SJK(T) Tanjong Rambutan.
Melalui sistem ini para guru tidak lagi berasa keberatan dan beban dalam menjalankan tugas
harian di sekolah. Sistem ini diwujudkan untuk mengisi markah PBD secara offline. Sistem
ini amat membantu para guru mengumpul data dan membuat analisis markah dengan mudah
dan tepat. Selain itu, sistem-sistem lain juga diwujudkan. Antaranya, sistem perekodan
NiLAM, sistem perekodan e-Hadir guru dan murid, sistem perekodan suhu badan murid
diwujudkan untuk memudahkan pelaksanaan dan pengurusan kerja di sekolah.

Beliau juga mewujudkan satu kaedah pengajaran menggunakan modul pembelajaran
yang berpandukan tema-tema buku teks. Modul-modul pembelajaran dirancang dan dibina
dengan teratur sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Ketua-ketua panitia mata pelajaran teras mengambil tanggungjawab untuk membina
modul-modul pembelajaran yang dirancang. Semua guru berganding bahu dan bekerjasama
untuk memudahkan pembinaan modul pembelajaran diaplikasikan dengan jayanya.

Pembinaan modul pengajaran dapat mewujudkan suasana pengajaran yang lebih kondusif di
dalam bilik darjah. Jelas kelihatan gaya kepimpinan holistik Guru Besar dapat mewujudkan
guru-guru lebih komitmen dalam pengajaran, lebih bermotivasi serta berusaha bersungguh-
sungguh untuk menunjukkan prestasi lebih baik.

Gaya kepimpinan holistik Guru Besar berjaya merangsang dan memotivasikan guru-
guru bagi meningkatkan keberkesanan sekolah dalam pelbagai aspek termasuk tingkah laku
dan kemenjadian murid. Dengan ini, wujud satu pasukan Kelab Ragbi di sekolah. Guru-guru
melatih murid menerusi Program 1M1S di sekolah dan guru-guru Kelab Ragbi pula
memberikan latihan-latihan intensif pada hari Sabtu dan Ahad. Pasukan Ragbi dari SJK(T)
Tanjong Rambutan ini merupakan satu-satunya pasukan di negeri Perak Bawah 12 tahun
(lelaki). Harapan guru besar dalam mewujudkan team work dalam kalangan guru-guru jelas
tertera dengan wujudnya pasukan ragbi. Murid-murid SJK(T) Tanjong Rambutan juga
mewakili sekolah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Daerah dan Pertandingan
Silambam Peringkat Kebangsaan.

Guru Besar juga memberi tumpuan kepada peningkatan mutu pengajaran dan
pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih kepada menghasilkan murid
berkualiti. Oleh itu, kelas catur, yoga, dan kelas Bahasa Cina diwujudkan di sekolah ini. Guru
Besar turut memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada guru-guru
untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini, secara langsung
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Secara
keseluruhan, kajian ini berupaya memberikan dapatan yang amat baik terhadap kepimpinan
holistik Guru Besar di sekolah ini. Menurut persepsi guru-guru di sekolah ini, Guru Besar
mengamalkan kepimpinan holistik yang menjurus kepada kemenjadian murid.

7.0 Rumusan

Memandangkan dapatan penulisan telah membuktikan ada hubung kaitnya antara gaya
kepimpinan Guru Besar dengan motivasi, stress free dan komitmen kerja dalam kalangan
guru, maka Guru Besar mewujudkan satu sistem pengurusan yang berbentuk holistik yang
dapat diaplikasikan ke arah kemenjadian murid.

Beberapa sistem yang telah diwujudkan dapat membantu para guru berinteraksi
melalui networking dan team work yang dirancang dengan tersusun. Sistem-sistem ini
meningkatkan kualiti guru dan mengurangkan ketegangan kerja guru di sekolah. Oleh itu,
sekolah ini akan mewujudkan lebih banyak sistem pengurusan bagi meningkatkan
profesionalisme guru dalam suasana iklim sekolah yang menggalakkan.

Walaupun terdapat banyak penulisan berkaitan gaya kepimpinan guru besar, namun
secara jelasnya dapat dilihat bahawa gaya kepimpinan holistik Guru Besar dapat
meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan yang menjurus kepada peningkatan prestasi
sekolah. Secara keseluruhan, penulisan berkaitan gaya kepimpinan holistik Guru Besar di
sekolah ini amat penting kerana berkait rapat dalam mempengaruhi guru dari segi motivasi,
komitmen kerja dan stress.

Kejayaan Sekolah

Bibliografi
Abdul Kudus Abu Bakar. (2000). Kepimpinan transformasi: Hubungannya dengan kepuasan

kerja dan motivasi guru. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Aminuddin Mohd Yusof. (1989). Kepimpinan, motivasi dan prestasi: Model guru dan tentera.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Izani Ibrahim, & Yahya Don. (2014). Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya Terhadap

Pengurusan Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1), 19-26.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Terma Rujukan dan Pengurusan pelaksanaan

Program Transformasi Sekolah 2025. Putrajaya: Bahagian Profesinalisme Guru.
Mohammad Majid Konting.(2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Travers,P.D. dan Rebore,R.W. (1995). Foundations OF Education (3rd edition). Boston:

Allyn and Bacon.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2003). Asas kepemimpinan transformasi dalam pendidikan.

Pengurusan & kepemimpinan pendidikan: Satu langkah ke hadapan. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

MEMBANGUNKAN KAPASITI PROFESIONALISME GURU
MELALUI CPD DAN PLC BERJADUAL

Raja Zainal Hafiz bin Raja Adnan

Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak
[email protected]

Abstrak

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kualiti guru telah
dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan (critical success factor) utama.
Antara langkah yang yang perlu diambil adalah membangunkan kapasiti profesional guru-
guru melalui melaksanakan Community Professional Development (CPD) dan Professional
Learning Community (PLC) secara berjadual. Melalui CPD dan PLC berjadual ini diharapkan
secara langsung dapat memberi garis panduan kepada guru-guru untuk membentuk program
berkualiti tinggi sekolah dan dapat menangani cabaran perubahan diri kanak-kanak khasnya
dalam PdPc. Berdasarkan kajian dan tinjauan adalah didapati pelaksanaan CPD dan PLC
secara berjadual dalam sesuatu organisasi masih belum dapat dibudayakan. Hal ini
disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan keyakinan dalam kalangan pemimpin
dan kemahiran yang lemah mengatur strategi serta tiada kaedah yang menggalakkan
pengamalannya. Salah satu cara mempercepatkan proses ini saya telah memperkenalkan
Teacher’s Draf Book for Teaching, PLC Teacher’s Handbook serta PLC dan CPD secara
berjadual. Kesimpulannya, daripada inisiatif ini didapati guru-guru yang telah mengamalkan
inisitif dan membudayakan telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
dengan lebih kompeten dan berkualiti.

Kata kunci: Kepimpinan instruksional, Pembudayaan PLC, Pembangunan Profesionalisme

1.0 Pengenalan

Kejayaan kepimpinan instruksional dalam pengurusan pembangunan profesionalisme guru
sangat membantu bagi mencapai matlamat sekolah terutamanya bagi mempertingkatkan
kualiti pengajaran guru di Malaysia. Berdasarkan kajian kepimpinan instruksional dikaitkan
dengan keupayaan pemimpin untuk memastikan peningkatan kualiti pengajaran guru banyak
bergantung kepada pelaksanaan CPD dan pengamalan PLC secara berterusan serta
menjadikannya sebagai satu budaya. Berdasarkan faktor tersebut, kepimpinan SK Taiping
kepada memperkemaskan pengurusan pembangunan profesionalisme guru dalam melonjak
kecemerlangan sekolah. Oleh itu, kertas kerja ini akan berkongsi kaedah pengamalan CPD
dan kegiatan PLC yang berterusan ini menjadi tunjang yang terpenting dalam membangunkan
kapasiti profesionalisme guru serta menguruskannya dengan lebih sistematik agar dapat
dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.

2.0 Latar Belakang Sekolah

SK Taiping merupakan sebuah sekolah kebangsaan tertua di bandar Taiping. Pada Tahun
2015. SK Taiping telah terpilih menjadi sekolah rintis Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) di bawah KPM. Sekolah ini juga dikelilingi oleh beberapa buah sekolah yang
mempunyai prestasi yang baik seperti sekolah kluster kecemerlangan, sekolah berprestasi
tinggi serta beberapa buah sekolah premier seperti Sekolah Kebangsaan King Edward VII,
SK Convent dan SK (P) Treacher Methodist. Hal ini merupakan satu cabaran bagi kepimpinan
dan guru-guru sekolah ini untuk menyakinkan ibu bapa dan komuniti bahawa sekolah harian
biasa juga mampu bersaing dan menghasilkan murid yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dengan bilangan seramai 482 orang murid yang terdiri
daripada berbilang kaum, berbagai-bagai pendekatan dan kaedah perlu dilengkapkan oleh
guru-guru sekolah ini. Pencapaian dari segi akademik lima tahun kebelakangan ini telah
menunjukkan peningkatan berbanding lima tahun sebelumnya. Pencapaian inilah yang ingin
dikaitkan dengan peningkatan kualiti guru melalui pelaksanaan CPD dan hasil pengamalan
PLC secara berjadual sebagai suatu cara membangunkan kapasiti profesionalisme guru.
Kebanyakan guru di sekolah ini merupakan guru-guru yang telah bertugas selama 11 hingga
33 tahun yang boleh juga dianggap sebagai guru-guru yang berpengalaman. Walau
bagaimanapun, ini bukanlah satu jaminan bahawa guru-guru ini dapat melaksanakan tugas
dan tanggungjawab sebagai pemudahcara khasnya dalam melaksanakan PdPc kerana tahap
kebolehan murid, pandangan, pengaruh, minat, cara belajar, cara penerimaan murid dan
pengalaman murid sentiasa berubah dan memerlukan guru yang sentiasa memperbaharui
kemahiran, pengetahuan dan pedagogi mereka. Oleh hal yang demikianlah sebagai seorang
pemimpin di sekolah, kita perlu memastikan guru-guru sentiasa diberi kemahiran dan
pengetahuan baharu atau disebut membangunkan kapasiti profesionalisme agar dapat
menangani perubahan-perubahan yang berlaku khasnya dalam abad ke-21 ini.

3.0 Pernyataan Masalah

Dunia pendidikan kini semakin rencam dengan gelombang transformasi yang datang begitu
pantas dan deras. Situasi ini terus mendesak pemimpin dan guru-guru sekolah perlu lebih
bersedia bagi mendepani cabaran itu. Kualiti sekolah khasnya kualiti guru amat berkait rapat
dengan kualiti kemenjadian murid. Sehubungan itu, pemimpin dan guru-guru perlu bersikap
proaktif terhadap perubahan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan semasa. Guru-guru
perlu diberi latihan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan. Kebergantungan guru
terhadap pakej solusi daripada pihak atasan yang berbentuk centralize atau berpusat untuk
menyelesaikan masalah yang pelbagai di peringkat sekolah adalah mustahil.

Kaedah yang paling mudah dan efisyen membangunkan kapasiti profesionalisme guru
adalah melalui kegiatan PLC dan pelaksanaan CPD secara berjadual dan berterusan. PLC
ialah singkatan kepada program Professional Learning Communities yang merujuk kepada
para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006).
Guru secara kolaboratif mencari pengetahuan, kemahiran dan strategi secara kolektif melalui

dialog terbuka yang akan membawa kepada rasa ingin tahu secara berterusan yang
berfokuskan kepada PdPc guru. Walau bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk
menggalakkan dan membudayakan kegiatan PLC dalam kalangan organisasi. Perkara ini
memerlukan kefahaman dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru untuk
menjayakannya. Guru-guru perlu mematuhi dimensi dan protokol yang ditetapkan supaya
kegiatan PLC yang dilaksanakan benar-benar mendatangkan impak terhadap perubahan
yang diharapkan. Dari sinilah guru-guru dapat dibangunkan profesionalismenya secara
berterusan dengan dibantu inisiatif-inisiatif pemimpin sekolah bagi meransang aktiviti PLC
dibudayakan secara berterusan.

4.0 Metodologi

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Pensampelan kajian terdiri daripada guru-guru SK
Taiping berdasarkan beberapa analisis berdasarkan data SKPMg2 Standard 4, analisis
PBLPP guru dan pentadbir, keputusan peperiksaan awam (UPSR), teacher’s voice, data PLC
(learning walk) dan sebagainya.

Data-data tersebut bertujuan untuk melihat tahap profesionalisme guru dan kompetensi
guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Kecemerlangan murid bergantung kepada kualiti pengajaran guru. Untuk
menghasilkan guru yang berkualiti, pemimpin sekolah perlu membangunkan kapasiti
profesionalisme guru dari semasa ke semasa.

Dalam kajian ini, pemimpin mendapati tahap profesionalisme guru masih berada pada
tahap sederhana berdasarkan markah terkumpul SKPMg2 untuk beberapa tahun, keputusan
peperiksaan awam, teachers’ voice dan students’ voice. Hasil data yang dikumpul dianalisis
bagi mendapatkan gambaran kualiti dan tahap kompetensi guru.

Bagi membangunkan kapasiti profesional guru, jadual pelaksanaan PLC dan CPD telah
disediakan pada awal tahun supaya aktiviti PLC dan CPD dapat dilaksanakan secara lebih
konsisten.

4.1 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Profesionalisme Guru

(a) Membudayakan amalan PLC melalui pelaksanaan secara berjadual
Pelaksanaan PLC dalam kalangan guru di sekolah didapati tidak konsisten
dan berkemungkinan secara bermusim. Kegiatan ini mungkin hanya berlaku
kerana desakan pihak atasan atau kerana hanya untuk menyediakan dan
melengkapkan laporan. Apatah lagi membudayakannya atas dasar
memahami kepentingan dan keperluan meningkatkan kapasiti profesional
secara berterusan selaras dengan keperluan masa ini. Hal ini menunjukkan
bahawa untuk membangunkan kapasiti profesional guru melalui PLC,
pelaksanaannya perlu berjadual dan penetapan waktu secara berkala. Pada
peringkat awal, guru-guru di SK Taiping telah ditetapkan menghadiri sesi PLC

pada setiap hari Selasa dari pukul 1.30 hingga 2.30 petang bagi
menggantikan sesi contact time yang sering diamalkan dikebanyakan
sekolah. Guru-guru akan berada di sebuah bilik dalam panitia masing-masing
dan mengamalkan pilihan aktiviti PLC mengikut keperluan masing-masing.
Di sini jugalah pembangunan profesionalisme boleh dibangunkan dengan
membincangkan isu-isu berkaitan pembelajaran murid dengan berkongsi
hasil pengalaman dan meminta pandangan rakan-rakan di dalam panitia
masing-masing. Kesannya, mereka dapat menghasilkan modul pengajaran
yang terbaik hasil daripada perbincangan, luahan pandangan, kritikan dam
usaha menghasilkan satu model pengajaran yang terbaik yang boleh diikuti
oleh semua guru. Sesi ini dijalankan secara berterusan bagi setiap mata
pelajaran dan dijadikan amalan setiap panitia di sekolah ini.

(b) Penggunaan Teacher’s Handbook of PLC
Menurut Michael Fullan di dalam bukunya The Six Secrets of Change,
menggariskan enam rahsia untuk perubahan. Di samping itu, beliau juga
telah mendedahkan tiga perkara yang perlu berubah. Tiga perkara itu ialah
bahan atau tool, sikap atau amalan dan kefahaman atau kepercayaan.
Berasaskan pendedahan tersebut, Teacher’s Handbook of PLC telah
diperkenalkan. Di sini setiap orang guru perlu memilikinya dan menjadikan
buku catatan harian berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti PLC. Guru-guru
akan membuat catatan jika menghadapi isu yang berkaitan pembelajaran
murid serta memilih aktiviti yang sesuai menangani masalah tersebut seperti
lesson study, peer coaching, learning walks, video critic ataupun teacher
sharing session. Dengan memiliki buku catatan tersebut setiap isu yang
dihadapi oleh guru dapat dicatat dan diingati untuk tindakan seterusnya.
Teacher’s Handbook of PLC ini juga dibawa semasa sesi PLC untuk
dibentangkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi guru. Seperti yang
diutarakan oleh Michael Fullan, tool atau instrumen yang sediakan melalui
Teacher’s handbook dapat membudayakan guru-guru membangunkan
kapasiti profesionalisme secara berterusan dan akhirnya dapat
meningkatkan pencapaian murid melalui kualiti pengajaran guru itu sendiri.

(c) Penggunaan Teacher’s Draf Book sebagai pemangkin proses PLC
Suasana dan senario pendidikan yang semakin rencam memerlukan para
guru berfikir dan merancang pengajaran mereka lebih kreatif dan sistematik.
Rancangan pengajaran guru perlu sentiasa menjurus kepada keperluan
murid. Guru bukan hanya mengajar tetapi memastikan perkara yang
dipelajari oleh murid. Oleh hal yang demikian, guru perlu menyediakan
sebuah buku draf perancangan guru iaitu guru perlu merancang secara kasar
terlebih dahulu perkara yang bakal diajar dengan merangkumi objektif,
kaedah, aktiviti, bahan bantu mengajar dan kesan atau impak. Draf
perancangan inilah juga dijadikan bahan untuk sesi PLC semasa perjumpaan
setiap minggu khasnya membincangkan kaedah dan pedagogi yang lebih
sesuai digunakan di dalam pengajaran guru. Dengan adanya draf buku ini,

maka akan dapat mempertingkatkan profesionalisme guru daripada aspek
perancangan dan persediaan pengajaran.

5.0 Jadual Pelaksanaan CPD di Sekolah

Dengan menyediakan jadual pelaksanaan CPD dan PLC secara terancang sepanjang tahun,
guru-guru akan lebih bersedia dan dapat melihat hala tuju dan matlamatnya. Perancangan
yang disediakan adalah mematuhi keperluan guru serta memudahkan semakan dibuat.

Sekolah Kebangsaan Taiping

Takwim Program Pembangunan Kapasiti Profesionalisme Guru 2020

BIL TARIKH/ MASA TAJUK/ISI PENYAMPAIAN
HARI KANDUNGAN

1 14 JAN 1.30-2.30 PTG PENGURUSAN PLC RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 RAJA ADNAN
GURU BESAR

2 21 JAN 1.30-2.30 PTG GURU SEBAGAI RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 PERANCANG RAJA ADNAN
(SKPMg2 STANDARD
4) GURU BESAR

GURU SEBAGAI RAJAZAINAL HAFIZ B
RAJA ADNAN
3 28 JAN 1.30-2.30 PTG PENGAWAL GURU BESAR
2020 (SKPMg2 STANDARD
4)

4 4 FEB 1.30-2.30 PTG GURU SEBAGAI RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 PEMBIMBING RAJA ADNAN
(SKPMg2 STANDARD GURU BESAR
4)

5 18 FEB 1.30-2.30 PTG GURU SEBAGAI RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 PENILAI RAJA ADNAN
(SKPMg2 STANDARD GURU BESAR
4)

6 25 FEB 1.30-2.30 PTG CIDS EN. MAZLAN BIN HJ
2020 AHMAD
CIK NUR AKMAR

3 MAC ETIKA DAN NILAI RAJAZAINAL HAFIZ B

7 2020 1.30-2.30 PTG KEGURUAN DAN RAJA ADNAN

PENJAWAT AWAM GURU BESAR

MURID SEBAGAI RAJAZAINAL HAFIZ B

8 10 MAC 1.30-2.30 PTG PEMBELAJAR AKTIF RAJA ADNAN
2020 (SKPMg2 STANDARD GURU BESAR
4)

9 24 MAC 1.30-2.30 PTG PENDEKATAN RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 PEMBELAJARAN RAJA ADNAN
KONSTRUKTIVISME GURU BESAR

10 31 MAC 1.30-2.30 PTG PLC- LESSON 5 PANITIA
2020 STUDY

11 7 APRIL 1.30-2.30 PTG PENDEKATAN RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 PEMBELAJARAN RAJA ADNAN
MULTIPLE GURU BESAR
INTELLIGENCES

12 14 APR PLC – LIMA KETUA PANITIA
2020 PEMBENTANGAN
LESSON STUDY

13 15 APR 1.30-4.30 PTG PERKONGSIAN JABATAN ILMU
2020 AMALAN PENDIDIKAN IPG SAH
PENGAJARAN SG PETANI
KONTRUKTIVISME
21 APR PLC – LEARNING

2020 WAKTU WALK/ FOR GET SEMUA GURU
PEMBELAJARAN TERLIBAT
14 HINGGA DATA (GURU
5 MEI SEBAGAI

2020 PEMBIMBING)

15 28 APR 1.30-2.30 PTG PEMBELAJARAN RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 MASTERI DAN RAJA ADNAN
INKUIRI PENEMUAN GURU BESAR

16 05 MEI 1.30-2.30 PTG PLC – PEER MIDDLE LEADERS
2020 COACHING

17 12 MEI 1.30-2.30 PTG PEMBELAJARAN RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 KAJIAN MASA RAJA ADNAN
DEPAN GURU BESAR

18 19 MEI 1.30-2.30 PTG PLC- PERKONGSIAN MIDDLE LEADERS
2020 DAPATAN PEER
COACHING

19 9 JUN 1.30-2.30 PTG PEMBELAJARAN RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 KONTEKTUAL RAJA ADNAN
GURU BESAR

20 16 JUN WAKTU PLC – LEARNING 5 PANITIA MATA
2020 PEMBELAJARAN WALK/ GET DATA PELAJARAN
(GURU SEBAGAI
HINGGA

23 JUN PENDORONG)
2020

21 23 JUN 1.30-2.30 PTG PEMBELAJARAN GURU PENYELARAS
2020 MELALUI ICT ICT

30 JUN PLC – / GET DATA
2020

22 HINGGA 11.30-2.30 PTG (GURU SEBAGAI SEMUA GURU

14 JUL PENILAI)

2020

CPD-

PEMBENTANGAN

21 JUL ANALISIS DATA PLC- RAJA ZAINAL HAFIZ B
2020
23 1.30-2.30 PTG GURU SEBAGAI RAJA ADNAN

PENDORONG DAN GURU BESAR

GURU SEBAGAI

PENILAI

24 30 JUN 1.30-2.30 PTG PLC – VIDEO 5 PANITIA MATA
2020 CRITIQUES PELAJARAN

25 7 JUL 1.30-2.30 PTG PLC/CPD TEACHER RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 SHARING SESSION RAJA ADNAN
GURU BESAR

26 14 JUL 1.30-2.30 PTG PLC – TEACHER 5 PANITIA MATA
2020 SHARING SESSION PELAJARAN

27 21 JUL WAKTU PLC – LEARNING KETUA
2020 PANITIA/SEMUA GURU
PEMBELAJARAN WALK
HINGGA

18 OGOS GURU SEBAGAI
2020 PENGAWAL

4 OGOS 1.30-2.30 PTG PLC – TEACHER RAJAZAINAL HAFIZ B
28 2020 1.30-2.30 PTG SHARING SESSSION RAJA ADNAN
1.30-2.30 PTG GURU BESAR
29 18 OGOS 1.30-2.30 PTG CPD – PAK 21
2020 1.30-2.30 PTG PENYELARAS PAK 21
1.30-2.30 PTG CPD – DATA
30 25 OGOS 1.30-2.30 PTG ANALISIS (GURU RAJAZAINAL HAFIZ B
2020 1.30-2.30 PTG SEBAGAI RAJA ADNAN
PENGAWAL) GURU BESAR
31 1 SEP
2020 CPD – PAK 21 PENYELARAS PAK 21

32 8 SEP CPD – PAK 21 SISC
2020
PLC – DATA RAJAZAINAL HAFIZ B
33 29 SEP ANALISIS RAJA ADNAN
2020 GURU BESAR
PLC – DATA RAJAZAINAL HAFIZ B
34 6 OKT ANALISIS RAJA ADNAN
2020 GURU BESAR
RUMUSAN/CPD RAJAZAINAL HAFIZ B
35 13 OKT RAJA ADNAN
2020 GURU BESAR

6.0 Cadangan Penambahbaikan

Pembangunan profesionalisme guru adalah satu usaha yang berterusan. Usaha ini kerap kali
menghadapi beberapa halangan dan rintangan. Masa, sikap dan budaya adalah faktor
penghalang utama. Tugasan guru yang terlalu banyak sering kali khasnya dalam pengajaran
dan pembelajaran menyebabkan guru terdesak dalam pembahagian masa untuk
pembangunan diri. Bagi sekolah-sekolah yang bilangan gurunya sedikit atau kecil seperti
sekolah SKM, aktiviti PLC agak sukar dilaksanakan dan terhad. Bantuan dari sekolah-sekolah
yang berdekatan mungkin mampu menyelesaikan masalah ini tetapi tidak semua sekolah
menjadikan PLC salah satu agenda yang penting apatah lagi membudayakannya.

Oleh hal yang demikian, adalah dicadangkan guru-guru tidak dibebankan dengan
tugasan-tugasan yang tidak mendatangkan banyak impak seperti mengurangkan sesi
taklimat ataupun contact time yang banyak menjurus kepada housekeeping dan arahan.

Di samping itu, pelaksanaan PLC yang bertujuan membangunkan kapasiti
profesionalisme guru secara berterusan ini perlu mempunyai ketekalan di semua sekolah dari
aspek pelaksanaan dan dimensinya. Bagi menggalakkan pelaksanaan PLC ini juga, guru-
guru yang aktif melaksana dan menunjukkan kesungguhan perlu juga diberi reward atau
ganjaran sebagai galakan.

7.0 Rumusan

Pelaksanaan CPD dan PLC secara berjadual adalah suatu langkah yang paling mudah,
menjimatkan kos dan masa bagi meningkatkan kapasiti pembangunan profesionalisme guru.
Kecekapan kepimpinan merancang, mengelola, memantau dan tahu menilai serta membuat
penambahbaikan juga amatlah penting bagi memastikan guru-guru sentiasa meningkatkan
kapasiti profesionalisme. Pemimpin perlu bijak merancang dan memotivasikan guru-gurunya
agar pembudayaan ilmu sepanjang hayat melalui aktiviti PLC menjadi budaya sekolah dan
merealisasikan pembangunan profesionalisme gurua. Pembangunan profesional guru perlu
menjadi suatu agenda utama untuk kemajuan sesebuah sekolah. Kualiti profesional yang
semakin baik akan menghasilkan outcome pelajar yang semakin meningkat.

Bibliografi

Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

Hallinger, P. (1998). Educational change in South-east Asia: The Challenge of creating
learning systems. Journal of Educational Administration, 36(5)

Hussien Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majalah Pendidik, Bil. 123, (2018). Kuala Lumpur.

Michael Fullan, (2008). The Six Secrets Of Change:Dimensions of Relational
Coordination. New York: Metropolitan Books.

Ramaiah, A. (1999). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Tony Bush (2010). The Principles of Education Leadership & Management. Singapore:
SAGE

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan agenda pengisisn. Nurin
Enterprise Kuala Lumpur.

Zuraidah Abdullah. (2016). Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia. Amalan
Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

KAEDAH C.A.R.E.

Aina Fatini binti Mohd Safian, Kalaiselvi a/p Velusamy,
Zuriani binti Zahari

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (U), Perak
[email protected]

Abstrak

Penulisan ini bertujuan untuk meningkatkan kemajuan sekolah terhadap guru dan staf serta
murid dengan menggunakan kaedah C.A.R.E. Kaedah ini ialah singkatan daripada Caring
iaitu mengambil berat perihal kecemerlangan sekolah, Awareness iaitu memberi kesedaran
kepada semua secara berhemah, Rectify iaitu mengenali masalah dan Empathy iaitu
mendalami dan merasai serta mengambil tindakan yang membawa kepada kebaikan.
Kaedah C.A.R.E. bertumpu kepada dua tunjang utama sekolah iaitu Care (Guru dan Staf) dan
Care (Murid). Melalui kaedah C.A.R.E. ini, dua program telah diperkenalkan iaitu ‘Care Card’
dan ‘Lucky Wheel’. Care Card digunakan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga
staf manakala Lucky Wheel pula digunakan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
Setelah amalan ini diaplikasikan secara berterusan, jelas menunjukkan peningkatan dalam
prestasi kerja guru dan staf serta kehadiran murid. Lanjutan daripada penerapan amalan ini,
sekali gus meningkatkan pencapaian akdemik murid. Kesimpulannya, kaedah C.A.R.E. ini
telah memberi impak yang positif dalam pengurusan pentadbiran sekolah.

Kata kunci: C.A.R.E., Caring, Awareness, Rectify, Empathy, Care Card, Lucky Wheel

1.0 Pengenalan

SK Kampung Kenang merupakan sebuah sekolah murid Orang Asli yang terdiri dari suku
kaum Temiar. Sekolah ini diterajui oleh Encik Mohammad Tamizi bin Yeob Nordin, bersama
barisan penolong kanan sekolah iaitu Encik Mohd Latib bin Said, Puan Rusmawati binti Diwi
dan juga Puan Kalaiselvi a/p Velusamy serta Penyelia Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) iaitu Encik Mohd Fairus bin Ahmad Ruzi. Seramai 26 orang guru dan lapan anggota
kumpulan pelaksana (AKP) berada di bawah pengurusan pentadbiran sekolah ini.

Dengan mengaplikasikan kaedah C.A.R.E., pengurusan pentadbiran menjadi lebih
mantap dan sistematik bagi menjamin kecemerlangan sekolah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan seterusnya dapat menzahir dan melahirkan modal insan yang
cemerlang dalam kalangan murid khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Kepimpinan
yang baik ini akan menjadi suri teladan serta panduan untuk semua pihak.

2.0 Objektif

Objektif kaedah C.A.R.E. ini diaplikasikan untuk:

i. memastikan pendekatan kepimpinan yang dijalankan memberikan impak yang
positif dalam kecemerlangan murid dan sekolah,

ii. memastikan pengurusan pentadbiran yang berkesan dijalankan oleh kepimpinan
sekolah,

iii. memantapkan kesepakatan kepimpinan sekolah,
iv. mengupayakan guru dan staf dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah, dan
v. meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.

3.0 Pernyataan Masalah

i. Pencapaian akademik dan kehadiran murid kurang memuaskan:
▪ Majoriti guru dan staf mempunyai masalah dan kekangan yang berbeza.
▪ Masalah murid kerap tidak hadir ke sekolah.

ii. Kerjasama antara guru kurang memuaskan:
▪ Program sekolah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
▪ Kebersamaan dalam pelaksanaan aktiviti.

4.0 Metodologi

Bab ini membincangkan dapatan kajian yang dijalankan daripada pemerhatian, temu bual dan
juga analisis dokumen yang telah dijalankan. Barisan kepimpinan Sekolah Kebangsaan
Kampung Kenang mengaplikasikan kaedah C.A.R.E. yang merupakan satu kaedah yang
diguna pakai dalam pengurusan. Kaedah C.A.R.E. adalah singkatan daripada Caring iaitu
mengambil berat perihal kecemerlangan sekolah, Awareness iaitu memberi kesedaran
kepada semua secara berhemah, Rectify iaitu mengenali masalah dan Empathy iaitu
mendalami dan merasai serta mengambil tindakan yang membawa kepada kebaikan. Sikap
mengambil berat barisan kepimpinan dalam kebajikan staf menjadikan kepimpinan dalam
organisasi sekolah ini menjadi lebih mudah dan membuatkan guru dan staf berasa selesa
dengan barisan kepimpinan sekolah, dan secara tidak langsung menjadikan komunikasi
barisan kepimpinan dan ahli organisasinya mudah dan lebih berkesan.

Kaedah C.A.R.E. ini merangkumi beberapa strategi pelaksanaan yang telah
dijalankan dan dijadikan amalan dalam pengurusan sekolah. Strategi pelaksanaan ini terdiri
daripada:
i. C.A.R.E. (Guru dan Staf)
ii. C.A.R.E. (Murid)

5.0 Kaedah Pelaksanaan

C.A.R.E. telah dijalankan dengan memberi fokus kepada dua tunjang utama sesebuah
sekolah iaitu guru serta staf dan murid. Kedua-dua elemen ini memainkan peranan penting
dalam pencapaian akademik murid serta kecemerlangan sesebuah sekolah.

(i) C.A.R.E. (Guru dan Staf)

Care Card diwujudkan dalam pengurusan pentadbiran untuk semua guru dan staf

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang. Sistem Care Card ini mula

diperkenalkan pada Tahun 2018 dan terus menjadi amalan sehingga kini. Sistem

ini menggunakan kaedah mata demerit untuk semua guru dan staf. Care Card

ini bersaiz kecil dan mudah dibawa dan sentiasa ditempatkan di dalam bilik Guru

Besar. Care Card untuk guru mengandungi 10 item kriteria berdasarkan Penilaian

Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBLPP) manakala Care Card

untuk staf mengandungi item yang berbeza mengikut kriteria yang bersesuaian.

Setiap item mempunyai 10 markah, dan jumlah keseluruhannya ialah 100

markah. Setiap guru dan staf hanya diberi dua kali peluang untuk melakukan

sesuatu kesalahan mengikut kriteria. Sekiranya kesalahan dilakukan melebihi

dua kali, tindakan penalti akan dikenakan. Berikut merupakan jadual kriteria dan

penalti:

Jadual 1: Kriteria dan Penalti Guru

Item Kriteria Penalti

1 Kehadiran Tambahan masa
2 Menepati masa bertugas sebanyak
3 Pembudayaan PAK 21 satu jam selepas waktu
4 Sedia menerima arahan persekolahan
5 Budaya kerja berpasukan

6 Penglibatan dalam aktiviti sekolah

7 Ketrampilan Membantu tugas

8 Penyediaan RPH pengkeranian di

9 Pengurusan emosi dan intelektual pejabat

10 Pengurusan fail

Jadual 2: Kriteria dan Penalti Staf

Item Kriteria Penalti
1
2 Kehadiran Tambahan masa
3 Menepati masa bertugas sebanyak satu
4 Pembudayaan penggunaan ICT jam selepas waktu
5 Sedia menerima arahan pejabat
6 Budaya kerja berpasukan
7
8 Penglibatan dalam aktiviti sekolah Membantu guru
9 Ketrampilan menyediakan bahan
10 Penyediaan fail harian bantu mengajar dan
Pengurusan emosi dan intelektual urusan fail
Pengurusan fail

Rajah 1: Kaedah Pelaksanaan Care Card Guru

Setiap guru/staf diberi 100 markah

5 markah ditolak oleh barisan kepimpinan bagi
setiap kesalahan

Sekiranya kesalahan dibuat melebihi dua kali bagi
setiap item, tindakan penalti akan dikenakan

Markah akhir akan dikira pada setiap hujung bulan

(ii) C.A.R.E. (Murid)

Program Lucky Wheels telah diperkenalkan di sekolah di bawah C.A.R.E. (Murid)
ini. Program ini dijalankan untuk mengatasi masalah kehadiran murid yang kian
meruncing. Lucky Wheel iaitu roda bertuah yang memberi peluang kepada murid
yang hadir pada hari itu untuk mendapat ganjaran dengan cara membuat putaran
pada roda tersebut. Ganjaran yang disediakan dapat menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah setiap hari.

Rajah 2: Kaedah Pelaksanaan Lucky Wheel

6.0 Kesan Pelaksanaan

Peningkatan dalam pengurusan organisasi sekolah serta peningkatan kecemerlangan dalam
akademik yang ditunjukkan dalam pemerhatian sebelum dan selepas dijadikan ukuran
terhadap keberkesanan penggunaan Kaedah C.A.R.E. dalam meningkatkan kepimpinan
berkesan untuk meningkatkan kemajuan Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang.

Melalui pelaksanaan kaedah C.A.R.E. (Guru dan Staf), dapat diperhatikan bahawa
terdapat peningkatan terhadap kualiti kerja serta profesionalisme guru dan staf Sekolah
Kebangsaan Kampung Kenang. Kepimpinan yang dijalankan sekarang memberikan kesan
yang positif dalam kecemerlangan murid. Hal ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada
analisis data UPSR tahun 2019 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18.18peratus
berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak 0peratus.

Bagi mengkaji keberkesanan kaedah C.A.R.E. ini, soal selidik (suara guru) telah
dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada semua guru.

Jadual 3: Maklum balas daripada Suara Guru

Kriteria Peratus Maklumbalas

2018 2019

Sangat tidak setuju 3.43 % 0.0 %

Tidak setuju 7.86 % 2.0 %

Kurang setuju 25.14 % 5.0 %

Setuju 43.28 % 31.71 %

Sangat setuju 20.29 % 61.29 %

Berdasarkan jadual 3, hasil dapatan mendapati bahawa secara keseluruhannya
setelah penggunaan kaedah C.A.R.E. ini, terdapat peningkatan dalam pengurusan
pentadbiran. Bagi purata keseluruhan bagi kriteria soal selidik seperti gaya kepimpinan,
kemahiran komunikasi, kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah kemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan juga kemahiran instruksional
menunjukkan bahawa peningkatan sebanyak 61.29 peratus pada tahun 2019 setelah
penggunaan kaedah C.A.R.E. (Care Card) dalam bidang kepimpinan berbanding pada tahun
2018 menunjukkan hanya 20.29 peratus responden sangat setuju dengan kepimpinan
sekolah ini. Dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan kaedah C.A.R.E. ini telah berjaya
mencapai objektif bagi memastikan pengurusan pentadbiran yang berkesan yang dijalankan
oleh barisan kepimpinan sekolah. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin
utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai
hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua
peringkat warga sekolah.

Pelaksanaan C.A.R.E (Murid) memberikan impak yang tinggi terhadap peratus
kehadiran murid. Dengan pelaksanaan program Lucky Wheel, murid bersemangat untuk
hadir ke sekolah pada setiap hari. Mereka sentiasa berusaha memastikan mereka hadir untuk
mendapatkan peluang dalam program ini. Peningkatan kehadiran murid ke sekolah secara

tidak langsung dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik murid. Sebelum program ini
dijalankan, terdapat ramai murid yang ketinggalan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas
kerana mereka tidak hadir ke sekolah. Mereka tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran
seperti rakannya yang lain. Hal ini kerana murid Orang Asli tiada pengetahuan sedia ada
yang membolehkan mereka membuat pembelajaran kendiri di rumah disebabkan kekangan
sumber ilmu pada masa kini. Mereka tiada kemudahan seperti capaian Internet, buku-buku
dan bahan ilmiah, televisyen dan sebagaimana kita maklum, murid Orang Asli hanya
bergantung kepada sebaran ilmu di sekolah sahaja.

Perkara ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada data kehadiran murid bagi tahun 2018
dan 2019.

Jadual 4: Peratus kehadiran murid

Kelas Peratus Kehadiran

Tahun 1 Utarid 2018 2019
Tahun 2 Zuhrah
Tahun 3 Bumi 94.45 % 95.12 %
Tahun 4 Uranus
Tahun 4 Marikh 93.98 % 94.4 %
Tahun 5 Zuhal
Tahun 6 Neptune 93.12 % 94.32 %
PPKI Alpha
PPKI Beta 93.85 % 95.1 %

93.46 % 95.43 %

88.86 % 90.2 %

89.35 % 91.1 %

79.59 % 82.3 %

92.93 % 93.4 %

7.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, nyatalah bahawa corak kepimpinan bagi sesebuah organisasi itu
amat penting. Aspek yang lebih penting adalah kepimpinan sekolah bukan sahaja perlu
merealisasikan visi sekolah secara bersama, tetapi juga berkebolehan mentadbir dan
memimpin warga sekolah secara afektif dalam pelbagai keadaan. Seterusnya, kepimpinan
ini akan membentuk satu kesepakatan dalam kepimpinan. Seperti yang diketahui bahawa,
pemimpin sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong bertanggungjawab menetapkan
visi, matlamat dan nilai utama yang dikongsi bersama oleh semua. Barisan kepimpinan
berfungsi sebagai pakar yang sentiasa memperbetul pandangan organisasi terhadap realiti
iaitu bertindak sebagai fasilitator. Pada dasarnya, kepimpinan memainkan peranan penting
dan peneraju utama sesebuah organisasi.

Dengan adanya kepimpinan yang mantap ini, diharap bahawa kecemerlangan
sekolah sentiasa dapat digarap dan dipertingkatkan. Kepimpinan yang berkualiti dan
pengurusan pentadbiran yang berkesan adalah penting bagi membantu merealisasikan
dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warganegara yang kompeten,
bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Kaedah C.A.R.E. ini bertepatan dengan matlamat utama TS25 dan sejajar dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk meningkatkan kualiti kepimpinan

sekolah, seterusnya dapat melahirkan modal insan yang unggul dan sempurna dalam segala
bidang ini dapat melahirkan serta mewujudkan suasana kerja yang sentiasa harmoni dan
bekerjasama dalam membentuk sesebuah sekolah. Kami mencadangkan agar kaedah
C.A.R.E. ini diguna pakai oleh semua kepimpinan sekolah lain.

Bibliografi

Abdul Ghani Abdullah. (2009). Kepemimpinan dan penambahbaikan sekolah. Selangor. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj, Norfariza Mohd Radzi, Shahril @ Charil Marzuki
& Faisol Elham (2011). Pengenalan kepada amalan kepimpinan guru: Cabaran dan
cadangan. Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA 2011. Serdang.
Universiti Putra Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Putrajaya. KPM.

Ramli Basri (2011). Perkembangan dasar pendidikan. Dalam transformasi kepemimpinan
Pendidikan: Cabaran & hala tuju. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Soaib Asimiran.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

AWAN NANO

Norhan bin Suid @ Shuib

Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Ipoh, Perak
[email protected]

Abstrak

Amalan cloud computing diterjemah ke dalam Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya boleh
diakses oleh pentadbir serta guru bagi mengumpulkan maklumat berkaitan pelaksanaan
TS25 dan urus tadbir di SK Pakatan Jaya bagi kegunaan pentadbiran dan penganalisisan
data. Amalan inovasi ini dapat mengurangkan masalah dokumentasi yang terlalu rumit dan
masalah pembaziran kertas serta penggunaan pelbagai format laporan di samping kesukaran
untuk mengakses maklumat dengan segera sekiranya diperlukan. Amalan ini bertujuan untuk
memusatkan segala maklumat berkaitan pentadbiran dan kerja buat guru dalam menjayakan
TS25. Diaplikasikan oleh guru sebagai pelaksana dan juga pentadbir sebagai pemantau,
dashboard ini dioperasikan menggunakan cloud platform google sites yang percuma dan
selamat. Pengguna juga boleh memasukkan data pada bila-bila masa dengan mudah dan
berkesan. Hasil maklumat yang dimasukkan oleh pengguna boleh dijadikan bahan
pembentangan dalam dialog prestasi dan penganalisian data sekolah yang akhirnya memberi
impak positif kepada guru-guru dan seterusnya kepada murid-murid SK Pakatan Jaya
bertepatan dengan Subnaratif 3, naratif baharu KPM 2019 iaitu penambahbaikan berasaskan
sekolah dari segi pengurusan kepimpinan pendidikan. Tuntasnya, dashboard ini akan terus
diperkasakan dengan maklumat-maklumat yang akan ditambah baik berdasarkan keperluan
semasa sejajar dengan perspektif bottom up. Komitmen dan usaha yang berterusan daripada
pengguna papan pemuka ini dapat membantu dan membimbing pelaksanaan tugas dengan
lebih cemerlang serta berkesan.

Kata kunci: Cloud Computing, dashboard, google sites, analisis data, bottom up.

1.0 Pengenalan

Konsep pembestarian sekolah menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan
hasil pembelajaran murid melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengurusan dan
pentadbiran sekolah (PdT) sentiasa mengalami cabaran-cabaran baharu yang
memungkinkan pengenalan idea-idea penyelesaian yang kreatif dan berkesan sejajar dengan
zaman yang berubah. Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya ialah satu himpunan data
bermakna berkaitan semua kegiatan yang menjurus kepada menggerakkan program TS25.
Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya memberi satu nafas baharu dalam perjalanan dan
perkembangan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sesuai dengan ciri pemimpin
berkesan yang merupakan salah satu daripada elemen kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti yang digariskan dalam Konsep TS25.

Gambarajah 1

Jika dahulunya segala eviden dan kerja buat guru dilaksanakan dengan menggunakan
kertas dan fail maujud, kini dengan Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya segalanya dalam
bentuk digital yang mudah diakses oleh pengguna dan pentadbir. Bermula 28.1.2019,
Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya berjaya mengumpulkan pelbagai eviden yang berkaitan
perjalanan TS25 untuk kegunaan pentadbiran.

2.0 Pernyataan Masalah

2.1 Pengurusan data sentiasa menjadi suatu yang amat mustahak dalam pengurusan
organisasi. Terdapat pelbagai cara pengumpulan dan penyimpanan serta akses
kepada data.

2.2 Keberkesanan pengurusan data merupakan aset penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah organisasi. Pihak pentadbiran biasanya akan cuba sedaya
upaya untuk memastikan pengurusan data menjadi lebih efisien dan berkesan.

2.3 Data-data yang pelbagai perlu dilengkapkan oleh pengguna untuk tujuan di
kemudian hari. Pengumpulan data-data ini memerlukan medium tertentu untuk
proses pengumpulan. Seterusnya sudah tentulah pengumpulan data ini
mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikan data berkenaan sangat berharga dan
boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan.

2.4 Kaedah lama pengumpulan data TS25 menggunakan medium borang dan kertas.
Borang dan kertas ini seterusnya difailkan dalam fail-fail berkulit keras dan
diletakkan dalam satu ruang yang besar untuk tujuan simpanan dan rujukan.
Untuk mengakses data-data tadi pula memerlukan satu kaedah carian secara
manual yang pastinya mengambil masa.

2.5 Cloud computing atau pengkomputeran awan adalah proses menggunakan
Internet sebagai tempat untuk menyimpan segala bentuk data melalui peranti-
peranti teknologi terkini. Cloud computing menyediakan ruang untuk sesebuah

organisasi menghantar, mengumpul, menganalisis dan melapor sebelum
menggunakan data-data berkenaan untuk tujuan tertentu.

Gambar rajah 2

2.6 Pada ketika ini Google ada menyediakan platform cloud computing secara
percuma yang boleh diambil peluang oleh pengguna untuk mengaplikasikannya
dalam usaha mengumpul data-data organisasi mereka.

2.7 Penyelesaian kreatif dan mudah ini memberikan impak yang sangat baik dan
berkesan memandangkan cloud computing ini mempunyai masa depan yang
sangat cerah dan menjadi bual bicara utama dalam dunia pengkomputeran
malahan juga bertepatan dengan IR 4.0 yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan.

3.0 Objektif

3.1 Mengawal secara efisien dan sistematik ke atas pewujudan, penerimaan,
penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan data berkaitan TS25 dan urus
tadbir sekolah.

3.2 Memelihara bukti dan maklumat dalam bentuk rekod mengenai aktiviti dan
transaksi TS25 dan urus tadbir sekolah.

3.3 Memelihara ciri-ciri data iaitu kesahihan, keutuhan dan kebolehgunaan.
3.4 Memantau pelaksanaan TS25 dan urus tadbir sekolah secara maya tanpa

halangan masa dan tempat.
3.5 Mengurus dan menyelaras data untuk kegunaan analisis, kajian dan bukti untuk

tujuan laporan dan penambahbaikan.

4.0 Metodologi

4.1 Pengumpulan data TS25 menggunakan medium borang dan kertas diselesaikan
dengan menggunakan kemudahan cloud computing yang disediakan oleh pihak
Google iaitu penggunaan kemudahan Google Sites (gambar rajah 3) yang boleh
diperoleh secara pencuma dengan pendaftaran setiap e-mel gmail. Kumpulan
data ini dikenali sebagai Dashboard SK Pakatan Jaya (gambar rajah 3).

Gambar rajah 3

4.2 Data-data berkaitan TS25 dan urus tadbir sekolah diuruskan dan disimpan dalam
kemudahan drive yang disediakan. Data-data ini akan tersimpan dengan
selamatnya dan hanya boleh diakses oleh pihak-pihak yang dibenarkan dengan
menggunakan kaedah kata laluan e-mel.

4.3 Seterusnya kaedah google form (gambar rajah 4) dan google sheet (gambar rajah
5) digunakan untuk menggantikan borang-borang berkaitan TS25 dan urus tadbir
sekolah serta paparan-paparan berkenaan.

Gambar rajah 4

Gambar rajah 5

4.4 Langkah menukarkan borang-borang berkaitan pengumpulan maklumat kerja buat
TS25 adalah dengan menerbitkan semula borang-borang berkenaan ke dalam
bentuk google form (gambar rajah 4) sebelum pautan berkenaan dikongsi
bersama oleh pengguna yang mempunyai alamat google sites TS25 sekolah
(gambar rajah 6).

Google Google
form sheet

Gambar rajah 6

4.5 Bagi memaparkan maklumat yang telah diisi kepada data-data yang boleh dilihat,
kaedah google sheet (gambar rajah 5) digunakan. Alamat google sheet ini
kemudiannya dipautkan ke dalam google sites sekolah untuk dipaparkan untuk
kegunaan pengguna (gambar rajah 6).

4.6 Bagi tujuan mendapatkan maklumat, warga sekolah akan diminta merekodkan
sebarang kerja buat berkaitan (contohnya PLC TS25) ke dalam borang (google
form) dan data-data berkenaan akan tersimpan secara automatik ke dalam
simpanan cloud sekolah dan boleh diakses pada bila-bila masa oleh pentadbir.

Contohnya data berkaitan pelaksanaan PLC sekolah yang diisi oleh Ketua Panitia
Bahasa Inggeris SK Pakatan Jaya boleh dipapar untuk tujuan pemantauan dan
analisis (gambar rajah 7).

Gambar rajah 7

Gambar rajah 8
4.7 Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya secara keseluruhannya mempunyai empat

bahagian penting yang mengandungi elemen-elemen seperti yang ditunjukkan
dalam gambar rajah 8.
4.8 Empat bahagian utama Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya adalah TS25,
Pengurusan Akademik, Pentadbiran dan Laporan Aktiviti. Kesemua elemen
dalam bahagian-bahagian berkenaan boleh diakses oleh pengguna untuk mengisi
dan berkongsi maklumat.

5.0 Hasil dan Impak

5.1 Berdasarkan perjalanan operasi Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya mendapati
maklumat-maklumat yang telah diisi dengan menggunakan format-format karnival
tertentu yang telah diubah suai kepada bentuk google form dapat dijadikan bahan
pelaporan dan dialog yang boleh diguna pakai untuk proses perbincangan.

5.2 Data-data berkenaan juga dapat digunakan dalam melaksanakan dialog prestasi
dan perancangan karnival selain sebagai alat penyeliaan pelaksanaan TS25 serta
urus tadbir sekolah.

5.3 Maklumat yang lengkap dan tepat membolehkan pengurusan pentadbiran lebih
mudah dan berkesan dalam menjadikan urus tadbir sekolah menjadi lebih afektif
dan kompetetif.

5.4 Akses yang mudah kepada kumpulan maklumat ini juga menjadikan proses
membuat keputusan menjadi lebih pantas dan jitu. Pengurusan program TS25
pula dapat dilihat dengan jelas dan teratur serta menarik.

5.5 Sebagai contoh, data bilangan PLC yang dilaksanakan di SK Pakatan Jaya dapat
dilihat dengan jelas melalui data yang dikumpul dan diubah suai kepada graf.
(gambar rajah 9). Bilangan PLC ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
peranan aktif sesebuah panitia di SK Pakatan Jaya. Seterusnya perkongsian
maklumat dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

5.6 Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya juga telah dibentangkan untuk perkongsian di
Karnival TS25 Negeri Perak pada 5 dan 6 Oktober 2019. Penerangan berkaitan
operasi Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya ini telah disampaikan kepada peserta
dan pengunjung karnival berkenaan. Selain itu banyak sekolah telah menghantar
pentadbir dan guru-guru berkongsi amalan ini untuk diaplikasikan ke sekolah-
sekolah mereka.

Gambar rajah 9

6.0 Rumusan
6.1 Secara keseluruhannya, penggunaan Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya
mempermudah pengurusan data-data berkaitan pengurusan TS25 dan urus tadbir
sekolah. Aspek-aspek kebolehpercayaan, interaktif, keserasian dan
keberkesanan jelas terungkap dengan penggunaannya dari semasa ke semasa.
6.2 Dalam usaha penambahbaikan Dashboard TS25 SK Pakatan Jaya, maklum balas
daripada pengguna amat penting untuk menentukan sebarang pengubahsuaian
melibatkan aspek-aspek mesra pengguna, pengubahsuaian borang-borang
maklumat dan paparan-paparan tertentu.
6.3 Dari semasa ke semasa aspek-aspek teknikal juga dititikberatkan bagi menjamin
kesegaran data dalam menjamin kesahan dan integriti.

Bibliografi
Antonio Regalado (2011), MIT Technology Review, Business Report Who Coined "Cloud

Computing? diakses pada 2 Ogos 2019 melalui
https://www.Technologyreview.com/s/425970/who-coined-cloud-computing/
Build a Team Intranet in Google Sites BY MATTHEW GUAY - LAST UPDATED MARCH 10,
2018 diakses pada 3 Ogos 2019 melalui https://zapier.com/learn/g-suite/google-sites-
tutorial/

https://sites.google.com/view/lamants25skpj/ts25



Kualiti Guru

PEMBELAJARAN PAK21 KE ARAH PENINGKATAN KUALITI GURU
DAN KEMENJADIAN MURID

Norizam binti Abdullah

SMK Pengkalan Hulu, Perak
[email protected]

Abstrak

Pembelajaran Abad 21 dilaksanakan untuk memberikan murid pengetahuan dan pengalaman
bagi membina perkembangan mental, fizikal, sahsiah dan rohani ke arah kemenjadian murid.
Penulisan ini membincangkan sama ada pendekatan kaedah Pembelajaran Abad 21 dapat
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan memberikan impak kepada peningkatan keputusan
Bahasa Melayu, Sejarah, Kimia, Sains dan Matematik dalam SPM pada tahun 2019. Seramai
96 orang calon SPM 2019 telah dijadikan sebagai responden. Pada awal peperiksaan, ramai
yang tidak dapat menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan baik.
Kebanyakan mereka hanya mampu menulis jawapan yang bersifat pengetahuan, tetapi gagal
menjawab soalan yang menggunakan kemahiran berfikir seperti menganalisis dan
mengaplikasi. Menerusi jawapan mereka juga, didapati pelajar kurang berkeupayaan untuk
berfikir secara KBAT. Pelaksanaan strategi pembelajaran Abad 21 seperti Jigsaw, Flipped
Classroom, Gallery Walk, Inkuiri, 3 Stray 1 Stay, Quizizz, Explorace dan Simulasi telah
berjaya mengasah aras kemahiran berfikir pelajar. Jawapan pelajar nampak lebih matang,
dan mampu untuk berfikir secara aras tinggi. Selain melahirkan pelajar yang lebih yakin dan
berani, amalan PdPc Abad 21 juga telah berjaya memberikan impak positif pada peningkatan
markah dan gred mereka. Impak yang paling besar yang telah ditunjukkan oleh para pelajar
adalah impak akademik iaitu dalam peperiksaan SPM tahun 2019. Dapatan kajian
menunjukkan 80 peratus kualiti guru meningkat dan 90peratus guru memahami pelaksanaan
PAK21 dalam PdPc. Gred purata sekolah, GPS bagi SPM 2019 juga berjaya dikecilkan
kepada 4.39, berbanding TOV dan SPM 2018 yang masing-masing adalah 6.38 dan 4.87.
Bagi lima panitia yang terlibat sebagai responden kajian turut menunjukkan peningkatan yang
ketara. Kesimpulannya, peningkatan cemerlang yang telah ditunjukkan adalah kesan
daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara PAK21.

Kata kunci: Kaedah Pembelajaran Abad 21, kualiti guru, kemahiran berfikir aras tinggi,
kemenjadian murid

1.0 Pengenalan

SMK Pengkalan Hulu terletak dalam kawasan perumahan Kampung Baru, Pengkalan Hulu
dan bersebelahan dengan Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Hulu kira-kira 1 kilometer.
Lokasi sekolah ini sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran kerana suasananya
yang nyaman dan dikelilingi oleh kawasan hijau dan agak jauh dari jalan raya utama.
Keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang 8.6 ekar. Pembinaan sekolah ini telah bermula
pada Mac 1994. Berasal dari kawasan yang berbukit serta penuh dengan semak samun, kini

1

telah diratakan menjadi sebuah tapak pembinaan. Kawasan ini sebenarnya adalah rezab
milik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Projek pembinaan
sekolah ini bernilai 3.8 juta ringgit dan siap sepenuhnya pada bulan November 1995. Murid di
SMK Pengkalan Hulu terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu terdiri daripada kaum Melayu, Asli
Temiar, India, Siam dan Cina. Pada tahun ini iaitu tahun 2020, jumlah murid adalah seramai
500 orang dengan jumlah guru seramai 63 orang.

Penulisan ini berkisarkan tentang keberkesanan pelaksanaan PdPc menggunakan
pendekatan PAK21 dalam kalangan murid Tingkatan 5 di SMK Pengkalan Hulu. Bilangan
murid yang terlibat dan dijadikan responden adalah seramai 96 orang iaitu, jumlah calon SPM
tahun 2019. Terdapat lima panitia mata pelajaran yang terlibat, iaitu Panitia Kimia, Panitia
Bahasa Melayu, Panitia Sejarah, Panitia Sains dan Panitia Matematik. Pendekatan PAK21
disaran dan dituntut oleh pihak pentadbir setelah mendapati markah dan gred TOV murid
Tingkatan 5 agak merosot. Analisis item yang dilakukan oleh ketua panitia mendapati, murid
Tingkatan 5 agak lemah dan sukar menjawab soalan berunsurkan KBAT, selain pasif di dalam
kelas semasa PdPc berlangsung. Apabila menggunakan pendekatan PAK21 didapati mereka
lebih berkeyakinan dan berani untuk mencuba. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan
prestasi murid dan pembentukan kemenjadian diri yang lebih baik. Analisis terhadap
keputusan SPM 2019 juga mendapati terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam
kalangan pelajar. Justeru, telah membuktikan pendekatan PAK21 telah mengubah corak
pemikiran pelajar dan membentuk kemenjadian murid ke arah yang lebih cemerlang.

2.0 Pernyataan Masalah

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan kajian semula
sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula
sistem Pendidikan dibuat dalam konteks Standard Pendidikan Antarabangsa yang kian
meningkat, selari dengan peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda
untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam SKPMg2 Standard 4, Pembelajaran dan Pemudahcaraan, guru berperanan
sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran untuk memperkembang potensi
murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Dalam Standard 5 juga amat menekankan kemenjadian murid, murid yang dididik secara
holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang
sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, keterampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Bertepatanlah bahawa amalan pembelajaran dan pemudahcaraan merupakan nadi
kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan baharu murid. Ramai dalam kalangan
mereka yang tidak dapat menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan baik.
Kebanyakan mereka hanya mampu menulis jawapan yang bersifat pengetahuan, tetapi gagal
pada soalan yang menggunakan kemahiran berfikir seperti menganalisis dan mengaplikasi.
Menerusi jawapan mereka juga, didapati pelajar kurang berkeupayaan untuk berfikir secara

2

KBAT. Hal ini kerana peningkatan dan perubahan dalam kemenjadian murid dapat dicapai
melalui penglibatan aktif dan secara berkesan dalam aktiviti PdPc di dalam bilik darjah. Guru-
guru di SMK Pengkalan Hulu amat digalakkan menggunakan pelbagai pendekatan PAK21
sepanjang PdPc di dalam kelas, antaranya ialah jigsaw, flipped classroom, simulasi, qiuzizz,
gallery walk, 3 stray 1 stay, explorace dan inkuiri. Namun wujud persoalan adakah
pendekatan PAK21 ini telah berjaya memberikan impak kepada peningkatan akademik dan
kemenjadian murid khususnya murid Tingkatan 5. Justeru, penulisan ini diharap dapat
merungkai segala persoalan dan menunjukkan kesan yang jelas dalam pelaksanaan PdPc
PAK21 berdasarkan pencapaian murid dalam Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2019.

3.0 Objektif

Objektif kajian ini secara umumnya adalah memfokuskan kepada bidang keberhasilan kualiti
guru iaitu untuk membantu guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid terutamanya
96 orang calon SPM tahun 2019.

4.0 Metodologi

Pada awal peperiksaan (TOV), kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan berunsur
KBAT dan mereka lebih pasif di dalam kelas. Mereka berpendapat soalan berunsur KBAT
sangat sukar dan lebih menyedihkan mereka langsung tidak mahu mencuba soalan yang
berunsur KBAT. Justeru, bagi mengubah sikap dan persepsi murid, guru perlu memainkan
peranan dalam membentuk minat murid agar lebih bersedia dan menumpukan perhatian
dalam PdPc. Melalui pendekatan PdPc abad ke-21, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu
tetapi menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid. Penekanan untuk
menguasai kemahiran abad ke-21 haruslah bermula dengan menerapkan pelbagai kemahiran
abad ke-21 dalam proses PdPc. Guru-guru seharusnya mempunyai strategi melalui pemilihan
dan perancangan dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu
pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran (Mashira, 2019). Oleh itu, kesediaan dan
kefahaman guru adalah faktor penting dalam pelaksanaan PAK21.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah untuk
meningkatkan kualiti guru bagi memastikan guru bersedia dan faham tentang pendekatan
PAK21 seterusnya dapat mengaplikasikannya di dalam kelas sewaktu PdPc. Antaranya ialah
latihan dalam perkhidmatan pembugaran PAK21, menjalankan PLC (Profesional Learning
Community), siri bimbingan berterusan dan coaching and mentoring. Antara pendekatan PLC
yang telah dilaksanakan pula adalah learning walk, (LW), teacher sharing session (TSS),
lesson study, video critique dan open classroom. Setelah inisiatif tersebut diambil, pihak
pentadbir telah melakukan beberapa kaedah pemantauan dalam memastikan para guru
faham dan seterusnya mengaplikasikannya, antaranya ialah pencerapan klinikal, pencerapan
buku latihan murid, dialog prestasi, walk through classroom, analisis data pencapaian
peperiksaan, semakan Rancangan Pengajaran Harian secara bersemuka dan learning walk.

3

Walau bagaimanapun, kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Data
kuantitatif dikumpul dengan menggunakan student’s voice melalui google form dan exit ticket
manakala data kualitatif pula dikumpul melalui analisis dokumen iaitu data pencerapan klinikal
dan keputusan SPM 2019. Pencerapan guru adalah berdasarkan SKPMg2 Standard 4,
Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembang potensi murid secara
menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Pencerapan dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari hingga Mac bagi pencerapan
pertama manakala bulan Ogos hingga November bagi pencerapan kedua. Dalam kajian ini
melibatkan 5 ahli panitia mata pelajaran berbeza di SMK Pengkalan Hulu, iaitu Panitia Kimia,
Panitia Sains, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Sejarah dan Panitia Matematik. Jumlah
responden yang terlibat ialah lima orang dalam kalangan guru manakala 96 orang adalah
murid tingkatan lima yang merupakan calon SPM 2019.

Dalam hal ini, Panitia Kimia telah memilih pendekatan Jigsaw dan Flipped Classroom.
Jigsaw bermula dengan kumpulan rumah. Setiap ahli diberi nombor mengikut topik kecil.
Dalam kumpulan pakar mereka berbincang mengikut topik masing-masing. Selepas masa
tamat, kumpulan pakar kembali kepada kumpulan rumah. Mereka akan membimbing rakan
dalam kumpulan rumah mengikut tajuk kepakaran mereka tadi. Panitia Kimia sering
mengunakan kaedah jigsaw terutamanya semasa melakukan sesi perbincangan soalan
peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain kerana dalam aktiviti ini semua murid
berpeluang untuk menjadi guru muda. Flipped Classroom pula merupakan model pendekatan
pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar
kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan
kepada pelajar secara individu. Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton
sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dan aktiviti.

Sementara itu, Panitia Bahasa Melayu pula menggunakan pendekatan simulasi atau
role play. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar
tetapi dalam bentuk yang dipermudah, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu
yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Panitia Bahasa Melayu sering menggunakan
pendekatan simulasi terutama dalam pengajaran KOMSAS. Simulasi juga digunakan
bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan. Tujuan kaedah
simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep
tertentu dalam penyelesaian masalah.

Selain itu, Panitia Sejarah juga menggunakan pendekatan simulasi dan quizizz. Bagi
pendekatan main peranan (role play), murid diberi peranan dan watak. Murid diberi masa
untuk membuat persediaan. Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan
masing-masing. Panitia Sejarah berpendapat, pendekatan ini amat penting bagi memastikan
murid dapat mengingati fakta Sejarah dengan mudah dan tepat. Selain itu, pendekatan
quizziz juga dipilih bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah yang sering
dianggap membosankan. Aktiviti quizziz membolehkan guru melaksanakan penilaian formatif
dengan seronok dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan persaingan dalam kalangan
pelajar untuk mendapat skor tertinggi.

4

Manakala Panitia Matematik dan Sains pula menggunakan pelbagai pendekatan yang
dirasakan sesuai dengan topik yang diajar. Antaranya ialah 3 stray 1 stay, gallery walk, inkuiri
dan explorace. 3 stray 1 stay merupakan kaedah alternatif pembentangan kumpulan. Hasil
kerja murid ditampal. Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ (stay) untuk memberikan
penerangan. Ahli yang lain (stray) boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan
menyoal kumpulan lain.

Gallery walk pula merupakan aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
Murid menampal hasil kerja pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. Murid boleh
menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticky note dan menampalnya di atas
hasil kerja tersebut. Manakala pendekatan inkuiri pula adalah rangkaian kegiatan
pembelajaran yang menekankan kepada berfikir secara kritis dan analitik untuk mencari dan
mendapatkan sendiri jawapan daripada satu permasalahan yang ditanya. Bagi explorace
pula, merupakan satu aktiviti yang memerlukan pelajar bergerak dari satu check point ke
check point yang seterusnya. Pada setiap check point setiap kumpulan pelajar perlu
menyelesaikan satu tugasan secara koperatif. Justeru, bagi mendapatkan clue yang
seterusnya, murid perlu mempunyai fakta dan di situlah mereka akan cuba untuk menguasai
fakta.

Selepas aktiviti PdPc PAK21 dilaksanakan guru-guru disarankan untuk membuat
refleksi terhadap PdPc mereka. Hal ini sangat penting kerana refleksi membolehkan murid
menilai guru dan guru dapat menilai diri sendiri. Penilaian boleh dilakukan secara bertulis
ataupun secara lisan dengan tujuan mendapatkan maklum balas bagi menambah baik PdPc
akan datang. Namun, dalam kajian ini responden telah disarankan untuk menggunakan
platform google form atau exit ticket secara bertulis bagi memudahkan proses menganalisis
data dilakukan.

5.0 Dapatan dan Impak

Dapatan kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan pendekatan
PAK21 di SMK Pengkalan Hulu dalam membantu murid mengikuti pembelajaran lebih
berkesan dan pengajaran guru mencapai objektif yang ditetapkan. Pengetahuan dan
pelaksanaan yang menyeluruh tentang kaedah pembelajaran ini tentunya akan memberikan
kebaikan kepada semua pihak terutama pelajar, guru dan pihak pentadbiran terutamanya
dalam meningkatkan pencapaian di sekolah. Sekiranya pencapaian tinggi yang dicapai oleh
murid, hal ini adalah satu motivasi terhadap guru untuk melaksanakan pembelajaran
menggunakan kaedah PAK21 secara berterusan.

Dalam memantau kualiti guru dan pelaksanaan PAK21 dalam PdPc, pencerapan
klinikal telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah sebanyak dua kali setahun.
Pencerapan kali pertama diadakan dalam bulan Januari hingga Mac manakala pencerapan
kali kedua pula dalam bulan Ogos hingga November. Justeru, dapatan kajian daripada data
kualitatif dikumpul dan dianalisis melalui dokumen pencerapan klinikal PdPc SKPMg2
Standard 4, Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Hasil daripada dapatan kajian, didapati 80
peratus kualiti amalan PdPc guru meningkat apabila mengamalkan pendekatan PAK21 dan

5

90 peratus guru faham dan dapat mengaplikasikan pembelajaran menggunakan PAK21.
Dapatan terperinci adalah seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1

Skor Pencerapan Klinikal PdPc oleh Pihak Pentadbir

PANITIA SKOR TARAF SKOR TARAF PERBEZAAN
PENCERAPAN PENCERAPAN SKOR
Kimia KALI KEDUA
Sains KALI +3.54
Matematik PERTAMA +22.22
Sejarah +0.87
Bahasa 90.53 Cemerlang 94.07 Cemerlang +3.03
Melayu
74.40 Sederhana 96.62 Cemerlang -1.52

86.83 Baik 87.70 Baik

82.14 Baik 85.17 Baik

84.78 Baik 83.26 Baik

Berdasarkan Jadual 1.1, dapat dirumuskan bahawa empat daripada lima panitia
tersebut menunjukkan peningkatan yang cemerlang dan baik. Manakala hanya panitia
Bahasa Melayu sahaja yang menunjukkan penurunan sebanyak -1.52, namun masih dalam
kategori taraf baik. Hal ini mengambarkan kualiti amalan PdPc guru meningkat sebanyak 80
peratus apabila mengamalkan PdPc dengan pendekatan PAK21.

Selain itu, keputusan peperiksaan SPM 2019 juga dikumpul dan dianalisis sebagai data
kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan pencapaian keseluruhan sekolah adalah
amat memberangsangkan berbanding dengan TOV dan peperiksaan SPM 2018. Gred purata
sekolah, GPS bagi SPM 2019 adalah 4.39, berbanding TOV dan SPM 2018 yang masing-
masing adalah 6.38 dan 4.87. Bagi lima panitia yang terlibat sebagai responden kajian turut
menunjukkan peningkatan yang ketara. Data bagi kelima-lima panitia tersebut boleh dilihat
dengan jelas melalui Jadual 1.2.

Jadual 1.2
Perbandingan Keputusan Peperiksaan Sebelum dan Selepas

Intervensi Dilaksanakan

GPMP TOV TAHUN 2019 SPM TAHUN 2019
SPM
PANITIA 2018 PERATUS GPMP BIL PERATUS GPMP BIL
LULUS MURID LULUS MURID
Kimia 3.83 KUALITI KUALITI
Sains 3.78
Bahasa 90.48 5.71 3 100 3.67 5
Melayu 3.92
Sejarah 57.50 6.60 7 97.22 3.36 32
Matematik 4.92
4.90 81.90 4.74 35 98.96 3.56 40

50.47 6.93 11 93.75 4.90 22
39.81 7.07 8 95.83 4.25 32

Berdasarkan Jadual 1.2 perbandingan sebelum dan selepas intervensi, jelas
menunjukkan bahawa murid-murid yang didedahkan dengan pendekatan PAK21

6

berkeupayaan dalam menjawab soalan berunsurkan KBAT dan seterusnya dapat
meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian murid dalam Peperiksaan SPM 2019.

Data kuantitatif pula dikumpul dengan menggunakan student’s voice melalui google
form dan exit ticket. Hasil dapatan menunjukkan 80 peratus murid berminat dan terdorong
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kendiri dan seterusnya dapat meningkatkan
kemenjadian murid. Murid lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan dan dapat melakukan
kerja secara kaloboratif dengan lebih mudah. Jadual 1.3 menunjukkan data students voice
bagi lima panitia yang terlibat sebagai responden kajian.

Jadual 1.3

Perbandingan Peratus Murid yang Berminat dan

Murid yang Tidak Berminat dengan Aktiviti PAK21

PERATUS MURID YANG PERATUS MURID YANG

PANITIA BERMINAT DAN TERDORONG KURANG BERMINAT

Kimia DANGAN PAK21 (PERATUS) DENGAN PAK21 (PERATUS)
Sains
B.Melayu 100 0
Sejarah
Matematik 81.40 18.6

95.92 4.08

70.8 29.2

95.00 5.00

Jadual 1.3 menunjukkan peratus murid yang berminat dan terdorong dengan
pendekatan PAK21 adalah lebih tinggi berbanding dengan peratus murid yang kurang
berminat. Hal ini dapat dirumuskan kecenderungan murid adalah lebih kepada pembelajaran
menggunakan pendekatan PAK21. Hasil dapatan analisis students voice mendapati murid
yang kurang berminat dengan PAK21 adalah kerana mereka kurang berkeyakinan terutama
semasa sesi pembentangan dalam kumpulan dan adakala pendapat mereka tidak diterima
oleh rakan yang lain dalam kumpulan. Masalah ini kebanyakannya muncul di kelas belakang.
Ada juga yang berpendapat sukar memahami maklumat yang disampaikan oleh rakan. Hal
ini berlaku sekiranya ada antara ahli yang tidak melakukan persediaan awal, maka berlaku
kekurangan maklumat semasa sesi pembentangan. Walau bagaimanapun, masalah ini
segera diatasi dengan kerjasama ahli yang lain di samping bimbingan guru yang berterusan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini telah merungkai segala persoalan dan
menunjukkan kesan yang jelas dalam pelaksanaan PdPc PAK21 berdasarkan beberapa
dokumen termasuklah pencapaian murid dalam Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2019. Hal ini
jelas menunjukkan berlaku peningkatan dalam pencapaian dan prestasi murid dalam
Peperiksaan SPM 2019. Dapatan menunjukkan bahawa keberkesanan PdPc dapat
melonjakkan prestasi khususnya dalam aspek kemenjadian murid secara seimbang dan
holistik.

6.0 Perbincangan dan Rumusan

Kesimpulannya, guru-guru perlu sedar akan kepentingan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan pendidikan abad ke-21 dalam menunaikan

7


Click to View FlipBook Version