Selain itu, STC juga telah mengadakan satu majlis minum petang bersama pihak PIBG,
NGO dan ibu bapa untuk mengumpul dana perbelanjaan pertandingan Sains, Inovasi dan
Teknologi pada peringkat antarabangsa anjuran ASTI (Association of Science, Technology
and Innovation). Dalam majlis tersebut, satu video ringkas tentang pencapaian murid-murid
STC dalam bidang koakademik telah ditayangkan. Tayangan video ini telah membawa
perubahan minda dalam kalangan ibu bapa terhadap kepentingan penglibatan murid dalam
bidang koakademik. Justeru, ramai ibu bapa dengan rela hati datang untuk memberi
sumbangan ikhlas demi kecemerlangan murid STC.
Berdasarkan penerangan yang telah dinyatakan dalam penulisan, sekolah telah
berusaha untuk mencapai objektif yang telah dihasratkan.
5.0 Kesan Pelaksanaan
Aplikasi program Synergy Athlete telah membawa implikasi besar kepada murid dan sekolah,
ibu bapa mahupun guru. Kesan pelaksanaan program ini kepada murid-murid tahap dua di
STC telah membuktikan bahawa jika bimbingan dan dorongan guru mahupun ibu bapa untuk
menghadapi sesuatu pertandingan tentu akan membawa kejayaan. Ini dibuktikan dengan
penglibatan dan pencapaian murid yang terlibat dalam pelbagai pertandingan sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Analisis data ini disokong oleh Wan Afizi et al. (2014) yang menyatakan ibu bapa antara
individu yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi prestasi anak-anak
terutamanya di peringkat awal ataupun di sekolah rendah. Ini kerana menurut Morrison (1991
dalam Hanifah et.al 2014 ibu bapa adalah guru terawal kanak-kanak dan mungkin juga ibu
bapa merupakan guru yang terbaik.
Rajah 4.1: Pencapaian Koakademik Rajah 4.2: Pencapaian Koakademik
TAHUN 2018 TAHUN 2019
4
3 Science Fair 10 Science Fair
8
2 Catur 6
1 4 Catur
0 Pertandingan 2
0 Pertandingan
B.Tamil
B.Tamil
Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan perbezaan pencapaian koakademik murid STC pada
tahun 2018 dan 2019. Berdasarkan pada rajah pada tahun 2018 murid langsung tidak
mengambil bahagian dalam pertandingan Science Fair. Pada tahun 2019 sekolah telah
mencapai satu pencapaian yang drastik iaitu sebanyak lapan penyertaan antarabangsa
dengan pencapaian yang cemerlang. Ini membuktikan program Synergy Athlete membawa
satu transformasi yang berkesan.
Hal ini juga membuktikan bahawa minat murid juga turut meningkat sehingga sekolah
dapat membina dua kumpulan baharu bagi setiap penyertaan. Pada tahun 2020 sekolah
6
telah menyertai pertandingan International Intellectual Property, Invention and Technology
Exposition (IPITEX 2020) di Bangkok dengan hasil dua anugerah khas Emas (Special Gold
Award) satu anugerah Perak dan satu anugerah gangsa. Ini jelas membuktikan tanpa minat
murid pencapaian ini tidak menjadi kenyataan.
Di samping itu, kemenjadian murid yang terlibat dalam pertandingan Science Fair ini
juga berubah ke arah 6 Aspirasi Murid yang merangkumi kemahiran berfikir, etika dan
kerohanian, kemahiran dwibahasa, identiti nasional, kemahiran memimpin dan
berpengetahuan.
Seterusnya sekolah juga membelanjakan sebanyak RM5000.00 hingga RM6000.00
bagi setiap penyertaan antarabangsa. Bagi menampung perbelanjaan ini sekolah telah
berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM18,000.00 melalui kerjasama dengan ibu bapa,
PIBG, LPS (Lembaga Pengelola Sekolah) dan juga pertubuhan awam. Keadaan Ini jelas
membuktikan kerjasama dan sokongan komuniti juga menjadi salah satu punca kejayaan STC
dalam bidang koakademik.
Secara amnya kajian yang telah dijalankan telah mencapai objektif iaitu:-
o Meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam pertandingan.
o Mewujudkan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa dalam pencapaian
koakademik.
o Meningkatkan bilangan murid yang mengambil bahagian di peringkat antarabangsa.
Diharapkan dengan adanya input dari kajian ini, Program Synergy Athlete akan
merealisasikan kemenjadian murid di samping menyerlahkan nama sekolah di arena
antarabangsa.
6.0 Rumusan
Guru menghadapi masalah untuk melatih murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi
menyertai pertandingan antarabangsa. Murid tidak begitu berkeyakinan diri untuk memberi
maklum balas dalam bahasa Inggeris. Bagi mengatasi cabaran ini kumpulan Panitia Bahasa
Inggeris telah turun padang untuk melatih murid berkomunikasi dengan lebih baik. Selain itu,
sokongan komuniti seperti bekas guru besar, guru Bahasa Inggeris dari sekolah lain, ibu bapa
STC memberi sokongan padu dalam melatih murid di samping memberi sokongan moral.
Pihak sekolah turut menghadapi masalah kewangan sepanjang pertandingan.
Keadaan ini dapat diselesaikan dengan bantuan pemegang taruh seperti pihak PIBG, LPS,
NGO, mantan guru besar. Dengan bantuan kewangan dan semangat yang diberikan maka
guru mendapat sokongan penuh untuk terus menjalankan dan mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut sehingga berjaya. Sokongan moral daripada pelbagai pihak amat
dihargai.
7
Guru juga menghadapi pelbagai cabaran dalam mengendalikan pertandingan
antaranya kurang pengalaman dalam pengendalian pertandingan antarabangsa dan
semangat guru itu sendiri. Bagi mengatasi cabaran ini guru telah menimba ilmu melalui
rakan-rakan guru dari sekolah lain yang pernah menyertai pertandingan antarabangsa. Selain
itu, guru juga berusaha mewujudkan jaringan dan jalinan daripada pihak lain untuk
mengelolakan pertandingan dengan jayanya.
Walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu ditambah baik agar pencapaian
koakademik ini lebih menyerlah pada masa akan datang. Justeru, beberapa tindakan telah
diambilkira untuk ditambah baik. Antaranya adalah mewujudkan kumpulan pelapis yang lebih
ramai dengan inovasi yang berbeza. Seterusnya, guru juga mengenal pasti kemahiran murid
sejak Tahap 1 lagi dan mewujudkan kumpulan pelapis. Tindakan ini meningkatkan kualiti
pencapaian dalam koakademik. Harapan sekolah dalam koakademik adalah untuk terus
cemerlang, gemilang dan terbilang di arena dunia.
Program TS25 telah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan kokurikulum. Dari mulanya
Program TS25 sekolah telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang koakademik sama
ada pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Secara
keseluruhannya program TS25 ini telah membawa perubahan ketara ke arah kecemerlangan
sekolah.
Bibliografi
Buku Panduan Pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah Menengah dan Rendah(1996)
Sumber Bahagian sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Choong Lean Keow U.G Press Sdn Bhd. (2008) Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia.
Selangor.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga
Lepasan Menengah (2013) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan, Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sudut Pidato Kementerian Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld.5(30)
bertarikh 6 Jun 2018
SCAN QR CODE
8
KERANAMU UNGGAS - SMK BANDAR BARU PUTRA
Zarina binti Mohd Wazir
SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak
[email protected]
Abstrak
‘Keranamu Unggas’ merupakan suatu situasi yang telah menjadi titik kebimbangan terhadap
semua warga SMK Bandar Baru Putra (SMKBBP). Hal ini bermula apabila burung-burung liar
yang membuat sarang dalam bangunan sekolah seperti burung merpati didapati membawa
ancaman penyakit berjangkit kepada manusia khususnya warga sekolah menerusi timbunan
najis lama yang terbiar dan kering. Situasi ulat jatuh ke atas meja murid mengusik perasaan
hati seorang guru melihatkan kepayahan seorang murid membersihkan meja untuk menimba
ilmu. Seluruh warga SMKBPP terpaksa menghidu bau busuk setiap hari. Justeru, isu ini telah
mendapat perhatian serius pihak PIBG lalu telah mendorong kepada perlaksanaan program
Safetython bermula 21 Ogos 2017 dalam usaha untuk menyelamatkan warga SMKBPP.
Program Safetython merupakan satu usaha untuk mengumpul dana bagi memasang jaring di
setiap bumbung sekolah bagi menghalang burung merpati daripada terus membuat sarang,
menghapuskan lipas yang membiak kesan daripada najis burung dan bangkai burung merpati
yang terdapat pada siling bangunan sekolah. Justeru, ‘Keranamu Unggas’ berjaya
membentuk kerjasama yang erat antara Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Biopest Control
Service dan penglibatan Persatuan Ibu bapa dan Guru SMKBPP dengan satu hasrat
melahirkan persekitaran pembelajaran bermakna melalui sokongan ibu bapa dan komuniti
sekali gus turut membantu murid dalam meningkatkan pencapaian akademik. Hoover-
Dempsey dan Sandler (1995,1997) mengutarakan tiga faktor penting dalam model
penglibatan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan
anak mereka, efikasi kendiri ibu bapa dan sikap terbuka sekolah terhadap ibu bapa. Analisis
Triangulasi dan SWOT digunakan dalam ‘Keranamu Unggas’ ini untuk mengumpul dapatan
maklumat berkaitan hasil pelaksanaan program ini secara keseluruhannya di samping turut
merujuk PinTas dan OPPM. Dapatan ‘Keranamu Unggas’ telah berjaya mencetuskan
pelbagai sokongan sama ada dalam bentuk material dan fizikal daripada pihak perseorangan
mahupun daripada organisasi luar. Kesimpulannya, ‘Keranamu Unggas’ telah berjaya
mengubah minda pelajar yang dihantui najis burung kepada satu suasana yang lebih kondusif
dan menggembirakan warga sekolah bagi menjana kecemerlangan murid khususnya di
SMKBBP.
Kata kunci: ‘Keranamu Unggas’, najis burung, kemenjadian murid, kolaboratif, kreatif, TS25
1.0 Pengenalan
Anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam
memperkasakan sekolah. Perkongsian tanggungjawab antara ibu bapa, komuniti dan sekolah
9
merupakan satu inisiatif utama dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti
untuk murid-murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Usaha-usaha bagi membasmi
‘Keranamu Unggas’ merupakan inisiatif untuk mengatasi masalah ancaman najis burung
merpati agar kesihatan dan keselamatan para pelajar dapat ditingkatkan. Kolaboratif sekolah
dengan komuniti untuk mencemerlangkan organisasi dalam pengurusan perubahan sekolah
adalah seiring dengan Transformasi Pendidikan negara. Sanders dan Harvey (2002)
Stefanski dam Jacobson (2013, 2014) menunjukkan strategi perubahan di sekolah ialah
pemuafakatan antara sekolah dengan komuniti.
SMKBPP terletak kira-kira 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu dalam kawasan perumahan
Bandar Baru Putra di dalam kawasan Bercham. Sekolah ini dibuka pada 1 Ogos 2009 dan
mula beroperasi pada tahun 2010. Bilangan pelajar sekolah ini ialah seramai 827 orang
dengan tenaga pengajar seramai 64 orang.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ialah satu usaha untuk mewujudkan
pemuafakatan antara ibu bapa dan pengurusan sekolah. Program TS25 ini selaras dengan
inisiatif Gelombang Kedua (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang menekankan peluasan pelaksanaan pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam eskosistem
sekolah. Malah Anjakan 9 untuk transformasi sistem menggariskan elemen kerjasama antara
ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas ialah satu titik tolak kepada hubungan
rakan kongsi sebenar untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak. Satu daripada matlamat
Program TS25 adalah mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
berkepentingan demi kejayaan murid.
2.0 Pernyataan Masalah
Peristiwa ‘ulat jatuh di atas meja’ sewaktu PdPc berlangsung dan bau busuk setiap kali
selepas hujan turun bukanlah merupakan suatu kejadian yang pelik di SMK Bandar Baru
Putra. Situasi ini sangat menganggu pelajar dan guru malah pelbagai usaha yang berterusan
telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini sejak dari dahulu lagi. Tahun demi tahun masalah
najis burung di atas bumbung bangunan sekolah semakin kritikal. Pada tahun 2017, pihak
pengurusan SMKBBP mengambil inisiatif untuk membersihkan bahagian siling yang dipenuhi
tahi merpati dan agak mengejutkan, apabila tahi burung merpati yang terkumpul sejak sekian
lama itu mencapai ketebalan 0.3 meter. Pada pemeriksaan pertama, sesi pembersihan
sebanyak RM3,000 dibelanjakan untuk membersih siling-siling di blok akademik dan blok
transformasi. Masalah timbunan najis burung merpati ditambah lagi menyebabkan timbul
masalah baharu iaitu serangan ribuan lipas yang wujud kesan daripada bangkai burung yang
berada di dalam bangunan sekolah. PIBG Sekolah memandang serius akan permasalahan
ini, kerana melibatkan faktor kesihatan dan keselesaan murid. Oleh itu, satu kerjasama
melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah diwujudkan untuk mendapatkan input cara
penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah
membuat lawatan ke sekolah untuk memberi khidmat bantuan nasihat dan melakukan kerja-
kerja pembasmian kuman setelah pembersihan dibuat di blok tersebut. Namun begitu atas
nasihat pegawai Pejabat Kesihatan Daerah, satu usaha yang berterusan perlu dibuat untuk
menangani isu burung merpati melalui kaedah memasang jaring pada blok tersebut. Pegawai
10
tersebut mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah berhubung dan mendapatkan
khidmat bantu profesional iaitu Syarikat Biopest Control Services. Kos yang akan ditanggung
untuk memasang jaring di antara bumbung sekolah, membasmi kuman yang berpunca
daripada najis burung merpati dan membersihkan tempat yang tercemar dengan najis burung
dianggarkan sebanyak RM30,000.
Penglibatan PIBG dalam menangani masalah ini mencetuskan satu idea untuk
melaksanakan kutipan dana melalui Program Safetython. Program ini telah dilancarkan pada
21 Ogos 2017 dan kutipan dana berlangsung selama tiga bulan dan berakhir pada 31 Oktober
2017. Program ini telah berjaya mengutip dana sebanyak RM26,381.70 dan telah digunakan
untuk menyelesaikan masalah najis burung bagi menyediakan suasana pembelajaran yang
selesa dan kondusif kepada murid-murid.
Kekangan sekolah daripada aspek persekitaran pembelajaran yang kurang kondusif
seperti kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani dan peralatan yang rosak (Syed
Kamaruzaman Syed Ali, Muhammad Akbar Zahidi, Rahmad Sukor Ab. Samad &Wee, 2014)
dapat dibantu oleh komuniti seperti badan-badan korporat dan ahli perniagaan demi
keselamatan murid-murid. Di peringkat sekolah, PIBG dilihat sebagai pihak berkepentingan
yang aktif berbanding pihak-pihak lain dalam komuniti. Tabung Pendidikan murid juga boleh
ditubuhkan oleh pihak PIBG menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan oleh ahli korporat
dan individu tertentu yang dapat dimanfaatkan untuk kebajikan murid dan prasarana
pendidikan di sekolah (Peranan PIBG, 2009).
Namun, sejauh manakah hal ini memberikan implikasi kepada perlaksanaan Program
TS25 yang memerlukan sokongan ibu bapa dan komuniti? Ibu bapa didapati kurang
melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka terutamanya semasa di peringkat
sekolah menengah (Arnold Zeljo & Doctoroff, 2008; Mohd Sahid & Mustaffa,2008; Halijah bt
Abdul Majid 2017). Selain daripada faktor kepimpinan berkesan dan guru berkualiti, sokongan
PIBG dan komuniti yang padu ditonjolkan sebagai satu pendorong ke arah kejayaan
perlaksanaan TS25. Kajian-kajian luar berkaitan pengurusan berasaskan sekolah
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sumbangan ibu bapa dan komuniti
luar dalam institusi pendidikan di Barat. Kepimpinan sekolah TS25 perlu mendepani isu dan
kepentingan kolaboratif sekolah, manakala ibu bapa dan komuniti perlu digarap sebagai
objektif dalam perbincangan ini.
3.0 Objektif
Merujuk pada PInTaS dan OPPM (Lampiran), objektif kajian ialah:
i. Mengenal pasti isu burung merpati sebagai ancaman kepada warga sekolah dalam
membina kolaborasi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.
ii. Menyatakan impak penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam menangani isu burung
merpati.
11
iii. Membincangkan cadangan bagi meningkatkan kolaboratif kreatif dengan ibu bapa
dan komuniti kepada kepimpinan sekolah TS25.
Menurut Low Kai Lin & Lilia Halim (2016); kekerapan sekolah melibatkan pihak luar
dalam aktiviti kolaboratif dengan sekolah terutama agensi bukan kerajaan masih berada di
tahap rendah. Kolaborasi ini amat penting lebih-lebih lagi bagi mentransformasikan sekolah
TS25. Untuk mencapai hasrat kerangka TS25, kepimpinan sekolah perlu ada anjakan
paradigma dalam sistem sekolah daripada konsep tanggungjawab berasingan (separate
responsibilities) ditransformasikan kepada “shared responsibilities”. Kedua-dua pihak
berkongsi tanggungjawab dan akauntabiliti dalam menyediakan keperluan sosial, emosi dan
psikologi kepada murid sekolah.
Dalam hal ini, menjadi hasrat SMKBBP untuk mengadakan Program Safetython agar
dapat menyumbang dana bagi pemasangan jaring pada setiap bumbung sekolah dan
membaik pulih siling-siling di setiap bumbung bangunan sekolah. Seterusnya dapat
meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan seluruh warga dengan jayanya.
4.0 Metodologi
Satu Analisis Triangulasi digunakan dalam kajian ini untuk menghubungkait maklumat yang
diperoleh menggunakan tiga pendekatan iaitu:
i. Pemerhatian
ii. Temu ramah bersama murid-murid yang terlibat
iii. Rujukan perpustakaan dan bahan bacaan
4.1 Analisis Triangulasi
Steve Olson (2014) menyatakan bahawa analisis triangulasi yang digunakan untuk
menghubungkaitkan pelbagai sumber maklumat mampu mengukuhkan kualiti dan
kredibiliti bukti-bukti bagi menyokong dapatan dan cadangan untuk penambahbaikan.
Kajian dilakukan ke atas prasarana sekolah dan temuramah bersama guru, staf dan
pelajar sekolah. Isu-isu dan cabaran ini perlu ditangani terlebih dahulu dalam Pelan
Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) yang menentukan hala tuju kolaboratif
antara sekolah dan ibu bapa serta komuniti menjelang tahun 2025.
Teori dan model berkaitan hubungan sekolah dengan komuniti dapat dilihat
dalam bentuk hubungan tiga dimensi. Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan
komuniti merupakan perkongsian pintar dan satu gabungan strategik yang akan
memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat (Siti Hajar Man, 2018). Untuk
menjadikan pembelajaran bermakna dalam Program TS25, murid-murid memerlukan
perkongsian sekolah dengan komuniti. Jika tidak dikukuhkan ikatan perpaduan sekolah
akan bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat (Mohd Salleh bin Mahat,2004)
12
Rajah 1.0 menunjukkan analisis triangulasi kaedah pengumpulan data yang
digunakan bagi pengumpulan evidens.
Triangulasi data telah dilaksanakan antara maklumat verbal yang diperoleh
daripada subjek utama kajian dengan dokumentasi dan pemerhatian terhadap aktiviti
yang dilaksanakan dalam sekolah sepanjang tahun 2017-2018.
4.2 Analisis SWOT
Analisis SWOT yang digunakan untuk mengenal pasti kekuatan (strengths), kelemahan
(weakness), peluang (opportunities) dan ancaman (threats). SWOT melibatkan
penumpuan tujuan utama sesuatu projek dengan mengenal pasti faktor dalaman dan
luaran yang mendukung dan yang tidak dalam mencapai tujuan tersebut. Teknik ini
dihasilkan oleh Albert Humphrey yang mengetuai satu kajian daripada Universiti
Stanford yang menggunakan data daripada 500 perniagaan dalam tahun 1960-an dan
1970-an.
Rajah 2.0 : Analisis SWOT
(Humphrey; 1960)
13
Analisis SWOT pula digunakan untuk membantu mengenal pasti faktor-faktor
kekuatan dan kelemahan persekitaran dalaman di samping mengesan peluang dan
cabaran ‘Keranamu Unggas’ (rajah 2.0). Kekuatan (Strengths) SMKBBP ialah
hubungan yang erat antara PIBG Sekolah dengan pihak pengurusan sekolah
melengkapkan usaha untuk menjayakan program Safetython.
Aspek kelemahan (weaknesses) dikaitkan dengan kesukaran untuk
mendapatkan dana daripada kutipan Safetython kerana kurang mendapat sambutan
daripada ibu bapa pada peringkat awalnya. Walau bagaimanapun kutipan tersebut
meningkat setelah ditawarkan hadiah untuk kutipan tertinggi.
Aspek halangan (threats) daripada ibu bapa kerana sikap ibu bapa yang kurang
bekerjasama untuk memberi sumbangan kepada program sekolah. Cabaran
pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa
tentang kepentingan penglibatan mereka dalam program tersebut. Antara langkah yang
diambil adalah membuat liputan meluas melalui sidang akhbar Sinar Harian, Bernama
dan TV3 untuk membantu meningkatkan dana bagi memastikan hasrat untuk
menjalankan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan secepat mungkin.
5.0 Dapatan dan Impak
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah SMKBBP merupakan satu usaha berterusan untuk
melibatkan lebih ramai ibu bapa, komuniti kerajaan dan swasta, bekas murid, komuniti Bandar
Baru Putra dan masyarakat global untuk bersama-sama dalam memperkasakan sekolah.
Sehubungan itu, SMKBBP telah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan
hubungan kerja yang positif antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan,
agensi swasta, NGO dan masyarakat global. Ruang dan peluang yang diwujudkan kesan
daripada ‘Keranamu Unggas’ telah membuka peluang untuk melibatkan komuniti dalam
aktiviti sekolah antaranya ialah:
✓ Biopest Control Services – rawatan dan pemasangan jaring di blok sekolah
✓ Pejabat Kesihatan Daerah – rawatan pembasmian kuman
✓ Menjadi rujukan oleh pelbagai pihak (hadir ke SMKBBP) dalam sesi kunjungan
dalam usaha menangani isu ‘Keranamu Unggas’
✓ Rangkaian kolaborasi (guru, murid, ibubapa, komuniti setempat)
✓ Membentuk kumpulan guru dan murid yang komited dan kreatif
✓ Mencetuskan rasa cinta kepada alam sekitar
6.0 Perbincangan Dan Rumusan
‘Keranamu Unggas’ telah membawa kesan yang mendalam kepada sekolah. Kolaboratif
komuniti – sekolah merupakan satu perkongsian bijak bagi merungkai titik-titik ke arah
transformasi Pendidikan TS25 yang berfokuskan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Sekolah dan komuniti saling mengiktiraf, rasa hormat, dan saling menyokong untuk
menyelesaikan masalah yang belum selesai. Masalah terpaksa menghidu bau busuk kesan
daripada najis burung dan ulat yang jatuh ke atas meja bukan lagi menjadi penghalang
14
kepada murid untuk terus belajar dengan penuh keselesaan. Pihak sekolah memulakan
langkah mendekati ibu bapa dan komuniti untuk menarik kebersamaan komuniti agar
menyedari bahawa masing-masing berperanan dan bertanggungjawab kepada kemenjadian
murid. Hasil daripada usahasama ini telah membawa perubahan persepsi ibu bapa terhadap
sekolah. Di SMKBBP, gotong royong bukan sahaja melibatkan pelajar dan guru, malah ada
dalam kalangan ibu bapa yang mula menawarkan diri bersama-sama membersihkan
kawasan sekolah. BBP Kaktus menjadikan satu tempat untuk murid belajar hasil daripada
sumbangan warga sekolah dan komuniti luar. Setiap penyumbang akan memberikan sebuah
meja dan kerusi batu bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna.
Penduduk setempat terutamanya jawatankuasa masjid berdekatan telah mula memberikan
sumbangan telekung kepada surau sekolah. Blok akademik dan blok transformasi yang
sebelum ini menghadapi masalah burung merpati ini sudah mula menampakkan
penyelesaian. Namun, pihak sekolah masih lagi tidak dapat menyelesaikan blok makmal
yang masih dipenuhi dengan najis burung. Program-program bagi menangani ‘Keranamu
Unggas’ masih perlu diteruskan dalam usaha mengumpul dana untuk menyelesaikan
masalah yang masih belum selesai.
Adalah menjadi harapan pihak sekolah selaras dengan tujuan diwujudkan TS25 iaitu
melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid. Pihak sekolah juga berharap program-program bagi
megatasi masalah burung merpati ini dapat memberi impak kepada usaha menyediakan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan bermakna. Potensi guru dan murid juga dapat
dipertingkatkan kerana semua pihak sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk terlibat
sama; sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Menerusi ‘Keranamu Unggas’, adalah diharapkan menjadi pemangkin kepada nilai-nilai
positif seperti rasa kekitaan, kesedaran terhadap peranan masing-masing dalam
menyelesaikan isu dihadapi secara bersama. Perkongsian sekolah-komuniti yang mengalu-
alukan ibu bapa dan komuniti sebagai aset dan sumber dalam hubungan setara dalam
memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran merupakan satu titik
permulaan yang jernih kepada kolaboratif kreatif antara sekolah dan komuniti. Hasilnya
kepimpinan dalam membina jaringan dan jalinan yang berimpak tinggi bagi fokus kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. TS25 bukan sekadar hasrat dalaman sekolah tetapi hasrat yang
dijelmakan dalam kebersamaan dengan komuniti luar penggerak pembelajaran bermakna.
Bibliografi
Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff,G.L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors
and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review,
37(1), 74-89.
Epstein J. L. Sanders M.G.,Simon, B.S.Salinas,K.C.,Jansorn, N.R.& Van Voorhis, F.L.(2002).
School,family and community partnership : Your handbook for action (2nd ed.).
Thousand Oaks, CA, US: Corvin Press.
15
Halimah bt Abdul Majid, Eow Yee Leng, Chuah Beng Ean. Penglibatan ibu bapa dan
komuniti dalam memperkasakan sekolah. Dipetik daripada:
https://www.researchgate.net/publication/319794654
Low Kai Lin & Lilia Halim (2016). Pengaruh penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pencapaian
akademik Sains pelajar di Sekolah Berprestasi Tinggi, Melaka. Dipetik dpd.
https://sted2017.files.wordpress.com/2016/12/2-8-low-kai-lin-lilia-halim.pdf
Mohd Salleh bin Mahat (2004). Perkongsian dalam Pendidikan-fokus di Sekolah. Jurnal
Penyelidikan MPBL (5) 65-74.
Olson, S. 2014. Thinking Evolutionarily: Evolution Education Across the Life Sciences:
Summary of a Convocation. National Academies Press.
Pelibatan ibu bapa (n.d). Kementerian Pendidikan Malaysia
Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti Pendidikan sekolah(2009) dipetik dpd
http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-
kualiti-pendidikan-di sekolah/
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Muhammad Akbar Zahidi, Rahmad Sukor Ab. Samad & Wee,
A.S.S.L, (2014). Faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam
pelaksanaan pengajaran Pendidikan jasmani di sekolah rendah. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik 2 (2) 1-13
Siti Hajar binti Man (2018). Kolaboratif Kreatif Sekolah dan Komuniti: Merungkai Titik-Titik
Fokus Sekolah TS 25. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-
25, 2-5 Julai 2018, IAB Bandar Enstek
16
Jawatankuasa Penerbitan buku Transformasi Memacu Kemenjadian Murid: Kompilasi
Amalan Terbaik Sekolah Kohort 1, 2 dan 3 di bawah Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Negeri Perak Tahun 2020 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada:
Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPG)
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Timbalan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Ketua Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Jenis Khas
Semua Rakan ELIT SIPartners+
Semua Rakan ELIT SISC+
Semua Pegawai Meja TS25 Daerah
Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Program TS25 Kohort 1, 2 dan 3
Semua Penulis Amalan Terbaik
serta semua pihak yang turut menghulurkan sumbangan dan kerjasama
bagi menjayakan penerbitan buku ini.
1
UNIT SEKOLAH JENIS KHAS
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
30450 IPOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-5015000
Fax : 05-5277273
Laman Sesawang : http://jpnperak.moe.gov.my