The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2020-11-29 22:56:29

BUKU TRANSFORMASI MEMACU KEMENJADIAN MURID: KOMPILASI AMALAN TRANSFORMASI SEKOLAH KOHORT 1, 2 & 3 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) NEGERI PERAK TAHUN 2020

COVER-merged

tugas dan tanggungjawab mereka demi kemenjadian murid. Penekanan dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 dalam PdPc haruslah bermula dengan menerapkan konstruk
kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc. Justeru, guru harus bersikap proaktif, menilai diri,
bersedia, berkeyakinan dan mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan
menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang mampu menarik minat murid (Mashira
Yahaya, 2019). Pada masa yang sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan
kandungan pengajaran berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran bagi Tingkatan 5 tahun 2019.

Terdapat pelbagai cabaran pada awal pendekatan PAK21 diperkenalkan di SMK
Pengkalan Hulu, terutamanya dari segi penerimaan murid. Guru berhadapan dengan cabaran
hebat memandangkan terdapat banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam
tempoh pengajaran dan pembelajaran yang singkat. Usaha memupuk kemahiran abad ke-
21 dalam kalangan murid juga agak sukar kerana murid-murid mempunyai perbezaan dari
segi pengetahuan sedia ada, minat, motivasi dan gaya pembelajaran. Justeru guru perlu
mengambil inisiatif yang bijak dalam menyesuaikan topik pengajaran dengan pendekatan
PAK21 yang bersesuaian agar matlamat PdPc dapat tercapai. Kegagalan guru memupuk
kemahiran abad ke-21 boleh menyebabkan murid tidak berupaya mengintegrasikan
kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran mereka lantas kemahiran 6C (Critical
thinking, Creative thinking, Collaboration, Communication, Character dan Citizenship) tidak
dapat dicapai pada tahap optimum.

7.0 Cadangan Penambahbaikan

Dicadangkan agar kursus pembangunan profesionalisme secara berterusan dan pembugaran
PAK21 yang melibatkan semua guru dapat dilaksanakan. Pihak sekolah perlu memastikan
agar kesemua guru menerima maklumat berkaitan pambelajaran PAK21. Guru perlukan lebih
maklumat berkaitan pembelajaran PAK21 bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru tentang PAK21. Malah kursus-kursus ini boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Selain itu, guru juga memerlukan alat pengajaran yang sesuai dan fleksibel seperti,
kemudahan teknologi dalam meningkatkan kualiti PdPc. Selain itu, kebanyakan guru juga
menghadapi kekangan masa yang menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan
pembelajaran PAK21 secara berkesan. Aktiviti dan proses pembelajaran abad ke-21
memerlukan masa yang lebih panjang. Tanpa pengajaran yang tidak dirancang dengan baik
yang berterusan, proses pembelajaran abad ke-21 tidak akan berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 adalah mengajar pelajar
teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi ini walaupun sudah lama
wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi baru kini semakin giat dipromosikan
sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar tanpa perlu
melalui KBAR iaitu kemahiran berfikir aras rendah. Dalam menerapkan PdPc yang
berunsurkan KBAT, guru harus melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi membimbing
pelajar untuk juga berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik yang paling berkesan dalam
memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah teknik penyoalan yang berkesan.

8

Justeru, para guru di SMK Pengkalan Hulu disarankan untuk membiasakan pelajar dengan
soalan aras tinggi. Antara ciri-ciri soalan KBAT yang sering digunakan adalah soalan yang
menguji pelajar pada tahap analisis, sintesis dan juga penilaian. Soalan-soalan berbentuk
“Wajarkah”, “Cadangkan”, “Ramalkan” adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan
pelajar menguasai KBAT.

8.0 Harapan Sekolah dan Kebaikan Program TS25

Menerusi suntikan baharu yang sejajar dengan PPPM 2013-2025, pelajar akan diterapkan
dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang
dipelajari. Bukan itu sahaja, pembabitan murid secara aktif dalam kurikulum juga dapat
menzahirkan hasrat sekolah dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan
pelajar yang berdaya saing. Dengan transformasi ini, adalah menjadi harapan sekolah dalam
melahirkan guru berkualiti dan murid yang mempunyai daya fikir kritis, kreatif dan inovatif.
Malah, diharap mereka mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan negara serta
peringkat global selain mampu mengatasi cabaran pada masa akan datang.

Berdasarkan dapatan kajian, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mempunyai
kebaikan dalam usaha ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan guru berkualiti. Hal ini
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) selari dengan Hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysai (PPPM) 2013-2025. TS25
merupakan satu usaha bagi melahirkan modal insan yang unggul melalui guru yang kompeten
dan beraspirasi tinggi sejajar dengan matlamat utama TS25 adalah memaksimumkan potensi
guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana
guru berkualiti merupakan salah satu elemen penting dalam membina kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.

Bibliografi

Norhailmi bin Abdul Mutalib (2017). Pembelajaran Abad 21. Percetakan Perlis Sdn. Bhd.

Norazlin mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan
pembelajaran Abad ke-21. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pandidikan
Sultan Idris. Retrieved from https://tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-
09.pdf

Mashira Yahaya, Ph.D1; Rusyati Hanafiah2; Nor Sazila Zakaria3; Rohana Osman4; Khairul
Anuar Bahrin5 (2019). Amalan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Dalam Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-guru Sekolah Rendah. Retrieved from
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8022

9

Intan Sapinas Binti Bahuri (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan
Pelajar Tingkatan 2 Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Retrieved from
https://www.academia.edu/9745123/Pelan_Pembangunan_Pendidikan_Malaysia_201
3_2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di
Sekolah. Retrieved from https://www.moe.gov.my/menumedia/media-
cetak/penerbitan/kbat/1336-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-aplikasi-di-sekolah-2014/file
SCAN QR CODE

10

SISTEM OFF-EX SJKTTR

Ravindar a/l Vellan

SJK(T) Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak
1govuc\abd2158.edu

Abstrak

Penulisan ini membincangkan tentang penggunaan sistem OFF-EX SJKTTR (Offline Exam
SJKTTR). Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menganalisis dan menyelaraskan
data peperiksaan terutamanya untuk ujian diagnostik dan ujian bulan September. Guru-guru
SJK(T) Tanjong Rambutan menghadapi masalah untuk menyelaraskan data peperiksaan
diagnostik dan ujian bulan September secara sistematik bagi kelas Tahun 5 dan Tahun 6
kerana tidak wujud dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dibangunkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, sekolah telah membangunkan sebuah
sistem peperiksaan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan
peperiksaan murid di sekolah ini. Sistem ini dibangunkan secara offline yang menggunakan
Microsoft Excel yang boleh dicapai oleh semua pihak sekolah terutamanya guru kelas, guru
mata pelajaran dan pentadbir sekolah. Sistem ini juga memudahkan guru untuk memantau
prestasi akademik anak murid masing-masing dan mudah mengedarkan slip keputusan
secara bersemuka, WhatsApp atau Telegram kepada ibu bapa para pelajar.

Kata Kunci: OFF-EX SJKTTR (Offline Exam SJKTTR), Microsoft Excel, Sistem Analisa
Peperiksaan Sekolah (SAPS)

1.0 Sejarah Sekolah

SJK(T) Tanjong Rambutan telah ditubuhkan pada tahun 1930 dengan dua buah bilik darjah.
Bilangan murid ketika itu ialah seramai 42 orang dengan dua orang guru. Pada mulanya
sekolah ini dikenali sebagai Samuel Vidyasalai Tanjong Rambutan sempena nama
pengasasnya Dr. Samuel seorang British yang pada ketika itu bertugas sebagai Pegawai
Pentadbir Perubatan, Hospital Penyakit Otak.

Semasa Perang Dunia Kedua sekolah ini ditutup sementara dan digunakan untuk
mengajar Bahasa Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua sekolah ini dibuka semula dengan
nama Government Tamil School, Tanjong Rambutan.

Pada tahun 1957, sekolah ini berfungsi dengan sembilan orang guru dan 219 orang
murid. Sebuah bangunan baru dengan dua bilik telah dibina pada tahun 1957. Apabila jumlah
murid bertambah menjadi 320 orang, sesi petang diadakan kerana kekurangan bilik darjah.
Sebuah lagi bangunan tiga bilik darjah telah dibina pada tahun untuk menampung bilangan
murid yang kian bertambah. Pada tahun 1979 dengan kerjasama PIBG dan anggota Polis
Hutan sebuah kantin dibina.

11

Pada tahun 1993, sebuah gelanggang badminton dibina. Menerusi peruntukan
Kementerian Pendidikan Malaysia sebuah kantin baru dibina pada tahun 1995. Pada tahun
1998 sebuah bangunan yang merangkumi segala kemudahan dibina. Sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk melaksanakan program ICT di sekolah, sebuah makmal komputer, lengkap
dengan 21 buah komputer, LCD dan lain- lain peralatan dibina pada tahun 2002.

Pada akhir 2003, sebuah bangunan baru yang merangkumi tadika dibina dengan
peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkenalkan Pendidikan Prasekolah.
Kini sekolah ini berfungsi dengan 25 orang guru dan 479 orang murid.

Mulai tahun 2018, sekolah ini diterajui oleh Puan Sunthari a/p Shanmugadass dan
menjadi sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

2.0 Pengenalan

Sistem maklumat bermaksud satu kombinasi yang terdiri daripada manusia, perkakasan,
perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul, menukar, dan
mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. Hal ini, boleh dimaksudkan sebagai
kitaran proses mewujud atau memperoleh maklumat, mengumpul maklumat daripada
pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan ke
dalam bentuk yang diingini dan seterusnya mengagihkan maklumat tersebut untuk diambil
tindakan sewajarnya. Sejajar dengan perkembangan terkini, penggunaan sistem maklumat
berkomputer adalah amat luas dan dianggap satu kemestian dewasa ini.

Menyedari hakikat ini, sebuah tapak sistem dibangunkan untuk membantu guru dan
pengurusan sekolah dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah dan menjimatkan
masa. Di samping itu, cara ini dapat menukarkan sistem pemarkahan secara manual kepada
sistem pemarkahan secara automatik selaras dengan perkembangan teknologi.

Bagi memenuhi hasrat ingin menjadi sekolah kluster, maka lahirlah sebuah sistem yang
bernama OFF-EX SJKTTR untuk memproses data ujian diagnostik dan ujian bulan
September bagi Tahun 5 dan 6.

3.0 Objektif

Objektif sistem ini adalah seperti berikut:

3.1 Sistem ini merupakan suatu ciri penggunaan ICT dalam membantu proses
pengurusan di sekolah sesuai dengan hasrat KPM untuk meluaskan
penggunaan ICT pada semua peringkat pengurusan pendidikan.

3.2 Sekolah dapat mengukur pencapaian sesuatu ujian dan dapat mengesan
kelebihan dan kelemahan murid kerana sistem ini dapat mengeluarkan data
yang telah dianalisis.

12

3.3 Mudah mengakses data dan tidak perlu menunggu lama serta boleh
mengelakkan masalah sambungan Internet yang lemah kerana sistem ini
diakses secara offline.

3.4 Guru kelas juga tidak perlu untuk menganalisis markah secara manual kerana
segala data akan diproses secara automatik. Hal ini sangat memudahkan kerja
guru kelas dan menjimatkan masa mereka.

3.5 Mudah untuk membuat postmortem sesuatu peperiksaan yang telah dijalankan
di peringkat sekolah dan boleh menyimpan dalam pelbagai peranti dan clouds.

3.6 Output daripada sistem ini boleh digunakan sebagai bahan pembentangan untuk
mesyuarat kurikulum dan sesi dialog bersama guru mata pelajaran ataupun
bersama ibu bapa murid-murid.

4.0 Pernyataan Masalah

Dalam sistem pengurusan peperiksaan di sekolah, sistem pemarkahan digunakan adalah
mengikut cara tradisional. Masih ada guru menggunakan sistem manual yang menggunakan
kalkulator untuk menganalisis markah.

Sehubungan itu, pembangunan sistem yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk
membangunkan satu sistem pemarkahan dalam tapak Microsoft Excel secara automatik
berasaskan konsep sekolah rendah sebagai usaha menampung ketiadaan tapak Sistem
Analisis Peperiksaan Kementerian Pendidikan (SAPS) untuk ujian diagnostik dan ujian bulan
September.

Secara rasionalnya, projek pembangunan sistem ini adalah berfokus kepada
penggunaan di peringkat sekolah rendah dalam menguruskan pemarkahan, menggredkan
markah atau keputusan peperiksaan atau ujian dan seterusnya dapat memaparkan
keputusan secara automatik iaitu selaras dengan dunia pengkomputeran yang semakin maju
dalam bidang teknologi. Sistem ini dapat mengurangkan beban kepada guru yang semakin
hari semakin meningkat.

5.0 Metodologi

Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan proses pembangunan sistem ini dipilih
berdasarkan kesesuaiannya sistem yang berupaya menentu, membentuk, membina dan
mendokumentasikan data.

Sebelum membangunkan sistem ini soal selidik secara online melalui google form telah
dibuat. Dapatan daripada soal selidik tersebut adalah 100 peratus daripada guru kelas Tahun
5 dan 6 sekolah ini mengalami masalah menganalisis markah ujian diagnostik dan ujian bulan
September secara manual. Dapatan ini memberi peluang untuk membangunkan sebuah
sistem yang bernama OFF-EX SJKTTR (OFFLINE EXAM SJKTTR).

13

6.0 Kaedah Pelaksanaan

Sistem ini tidak digunakan secara online tetapi secara offline yang boleh mengelakkan
masalah sambungan Internet yang lemah. Oleh itu, guru boleh menggunakan sistem ini tanpa
menggunakan Internet.

Sistem ini juga adalah sebuah sistem yang dijana secara automatik iaitu menggunakan
formula-formula yang khas untuk mengira dan menganalisis ujian. Guru hanya perlu mengisi
markah ujian murid sahaja. Gred, jumlah markah, kedudukan dalam kelas dan slip keputusan
akan dikeluarkan secara automatik mengikut formula yang digunakan semasa
membangunkan sistem ini.

Setelah sistem ini siap, guru penyelaras ICT memperkenalkan sistem baru ini kepada
semua guru menerusi LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Dalam LADAP tersebut, guru
penyelaras ICT menerangkan cara penggunaan sistem ini menerusi manual penggunaan
sistem.

Semasa mengadakan latihan kepada penyelaras ICT menghadapi beberapa masalah
dalam sistem ini. Antara masalah yang dihadapi adalah tidak dapat menjana analisis mata
pelajaran Sains dan Bahasa Tamil, kesahihan dalam gred mata pelajaran beberapa orang
murid dan nama beberapa orang murid tidak tercetak dalam slip keputusan. Penyelaras ICT
mengambil kira semua masalah tersebut dan memurnikan lagi sistem ini supaya guru-guru
boleh menggunakannya tanpa sebarang keraguan melalui sistem ini.

Selepas memurnikan sistem ini, penyelaras ICT akan test run sekali lagi supaya tidak
menimbulkan sebarang masalah dan boleh digunakan oleh semua guru di sekolah ini.

Penyelaras ICT juga menyediakan jadual mengisi markah selepas mengadakan
perbincangan dengan guru besar, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha peperiksaan
sekolah. Jadual ini diselaraskan untuk semua kelas Tahun 5 dan 6. Guru-guru akan mengisi
markah dalam sistem ini mengikut jadual yang ditetapkan, seterusnya mencetak analisis kelas
dan slip keputusan untuk mendapatkan pengesahan Guru Besar. Akhirnya, guru akan
mengedarkan slip keputusan murid kepada ibu bapa secara bersemuka ataupun melalui
WhatsApp atau Telegram.

7.0 Kesan Pelaksanaan

Sistem OFF-EX SJKTTR lebih mudah digunakan berbanding dengan sistem manual yang
digunakan sebelum ini. Sistem ini memudahkan dalam pemprosesan data-data maklumat
keputusan pelajar serta memudahkan penggredan markah mengikut peperiksaan atau ujian
yang telah dijalankan.

Penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan masa dan juga tempoh penguasaan
sesuatu aplikasi yang rumit. Penggunaan sistem yang dinamik juga membolehkan seseorang

14

memahami penggunaan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan maklumat data
dalam jangka masa panjang dalam pelbagai peranti.

Kesannya amat memberangsangkan kerana 100 peratus guru kelas dan guru mata
pelajaran menggunakan sistem ini untuk memproses analisis ujian diagnostik dan ujian bulan
September. Hal ini merupakan satu langkah ke arah transformasi dan menuju ke arah
teknologi pengurusan maklumat.

Guru-guru boleh menggunakan sistem ini kerana user friendly dan tidak ada sebarang
masalah semasa key-in markah ujian murid-murid. Kewujudan sistem ini juga membantu
para guru sekolah ini memberi fokus kepada mata pelajaran yang penting bagi meningkatkan
mutu mata pelajaran tersebut.

Dengan adanya sistem ini, guru-guru dapat menyelaraskan analisis ujian diagnostik
dan ujian bulan September dengan efisien. Sistem ini juga digunakan sebagai bahan
pembentangan untuk mesyuarat kurikulum, sesi dialog bersama guru-guru dan ibu bapa.
Oleh itu, sistem ini selalu dikemaskinikan supaya sistem ini boleh digunakan bagi setiap ujian
yang dijalankan di peringkat sekolah.

8.0 Rumusan

Walaupun sistem ini telah dibangunkan dengan sebaik mungkin tetapi masih mempunyai
sedikit kekurangan. Kekurangan yang diutarakan pada sistem ini diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada pembangunan sistem yang akan datang agar lebih mantap. Penyelaras
ICT sekolah juga perlu selalu membantu para guru apabila menghadapi masalah dalam
sistem.

Kesimpulannya, sistem ini menjadi satu aset kepada sekolah ini dalam skop
pengurusan data ujian. Sistem ini menjadi sebuah sistem yang julung kali dibangunkan di
sekolah ini, dan juga menjadi satu hak cipta sekolah ini sendiri. Sekolah ini berbangga kerana
dapat menyelesaikan masalah pengurusan data ujian dengan adanya sistem OFF-EX
SJKTTR ini dengan moto ‘Towards Transformation’.

MANUAL OFF-EX SJKTTR

PPTX VIDEO

15

Bibliografi
Mok Soon Sang (1998), Pedagogi 3: Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan

Pendidikan Inklusif, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.
Behrouz, A. F. (2000). Data Communications and Networking 2nd Edition, Singapore,

McGraw-Hill.
Sidang Pengarang (2003), Rujukan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan, Petaling Jaya,

Selangor: Penerbit Femina.
Abdul Manaf Bohari, Nur Haryani Zakaria dan Norliza Katuk (2006). Asas dan Teori Sistem

Maklumat Kontemporari. Selangor: Pearson Hall.
Pn. Sunthari a/p Shanmugadass (Guru Besar). Temubual, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Tanjong Rambutan, 02 Febuari 2018.

16

BLACKHAWKS JUMP SHOOT

Ahmad Zaki bin Mat Wazir, Muhammad Faiz bin Abdullah,
Norhashimah binti Othman

Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Perak
[email protected]

Abstrak

Tujuan penulisan ini adalah sebagai pengenalan kepada usaha-usaha peningkatan
kecemerlangan murid dalam sukan bola baling di SK Tualang Sekah. Kekurangan guru mahir
tentang kejurulatihan dan kepengadilan permainan ini serta sesi latihan yang terhad menjadi
antara faktor tiada pencapaian yang membanggakan dicapai oleh pasukan sekolah. Maka
satu inisiatif program yang dinamakan sebagai “Blackhawks Jump Shoot” telah dirancang dan
dilaksanakan. Program ini menggunakan kaedah periodisasi latihan sukan yang telah
diamalkan di sekolah-sekolah sukan. Program ini berjaya mencungkil dan melahirkan bakat-
bakat baharu dalam kalangan murid SKTS di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Program yang dilaksanakan sejak 2017 ini telah mula menunjukkan impak yang positif dengan
kejayaan merangkul tempat ketiga bagi pasukan bola baling lelaki dan perempuan bawah 12
tahun peringkat daerah pada tahun 2019. Selain itu pada dua tahun berturut-turut, beberapa
pemain sekolah telah terpilih untuk menyertai pasukan bola baling daerah dan negeri dalam
kejohanan bola baling peringkat negeri dan kebangsaan.

Kata Kunci: kokurikulum, sukan, permainan, bola baling, Blackhawks Jump Shoot

1.0 Pengenalan

SK Tualang Sekah terletak di Jalan Malim Nawar antara salah sebuah sekolah rendah yang
terdapat di daerah Kinta Selatan dan berada di bawah pengurusan PPD Kinta Selatan.
Sekolah ini bermula pada tahun 1890 di suatu kawasan di Batu Karang, Jalan Kampar, Perak
yang mempunyai enam orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1916, sekolah ini
dipindahkan ke Kampung Tualang Sekah dengan bilangan muridnya seramai 46 orang.

Kini, SK Tualang Sekah merupakan sekolah gred A yang mempunyai seramai 41 orang
guru dan murid seramai 451 orang yang terdiri daripada murid prasekolah sehingga Tahun 6.
Sekolah ini telah mencecah usia melebihi 100 tahun. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan
penuh kerajaan dan mempunyai dua sesi persekolahan. Taraf sosioekonomi penduduk di
kawasan ini adalah kebanyakannya bekerja sendiri dan ada sebahagiannya merupakan
kakitangan kerajaan dan swasta.

Pada tahun 2006, SK Tualang Sekah telah dianugerahkan gelaran ‘Sekolah Harapan
Negara Kategori Luar Bandar’ berikutan kejayaan seramai 21 orang calon mendapat
keputusan 5A dalam UPSR. Prestasi yang membanggakan dalam akademik dan kokurikulum

17

telah menyebabkan sekolah ini terpilih di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kohort 1.0 daerah Kinta Selatan pada tahun 2015.

SK Tualang Sekah telah berjaya melahirkan ramai murid yang berketerampilan dan
berani menonjolkan diri serta cemerlang dalam pelbagai aspek. Bagi meneruskan
kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah telah memilih untuk terus
membangunkan sukan bola baling ke peringkat yang lebih tinggi. Sejurus itu, SKTS telah
melaksanakan program pembangunan sukan bola baling melalui program Blackhawks Jump
Shoot.

Secara lebih terperincinya, objektif program ini bertujuan:
i. Membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid

sekurang-kurangnya dalam satu acara sukan di sekolah.
ii. Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras peringkat sekolah rendah seterusnya

peringkat yang lebih tinggi.
iii. Mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baharu secara berterusan dalam kalangan murid

SK Tualang Sekah untuk mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

2.0 Pernyataan Masalah

Pengenalan 1Murid 1Sukan telah membantu kesepaduan murid Tahun 4 hingga Tahun 6
kepada aktiviti kokurikulum; bidang sukan dan permainan di sekolah ini. Meskipun murid-
murid Tahap 2 sekolah ini agak ramai, dengan purata 200 hingga 230 orang dalam tempoh
sesuatu tahun, namun sangat kurang penglibatan murid dalam bidang kokurikulum terutama
sukan dan permainan sejak dahulu lagi.

Antara faktor pengganggu yang dkenal pasti adalah ketidaksediaan ibu bapa untuk
membenarkan anak-anak mereka mengikuti latihan berkala pada waktu petang, ketiadaan
pengangkutan untuk pergi dan balik latihan, keengganan murid berlatih dalam cuaca panas
dan tidak berbumbung, jadual latihan yang bertembung dengan aktiviti pembelajaran di
sekolah agama rakyat dan sebagainya.

Di samping itu, kurangnya guru yang mahir dalam aspek kejurulatihan dan
kepengadilan turut menjadi penyebab kepada gagalnya potensi murid dalam sesuatu jenis
permainan untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan tiada
penyertaan pasukan bola baling pada peringkat daerah dalam tempoh yang agak lama.
Percubaan awal ialah menghantar pasukan bola baling lelaki pada tahun 2015 seterusnya
menjadi titik permulaan bagi mengaktifkan semula sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Pda peringkat permulaan, tiada keputusan yang membanggakan ditunjukkan oleh pasukan
bola baling sekolah. Justeru, dengan penempatan semula beberapa orang guru muda dan
berkarisma ke sekolah ini, suatu program yang dinamakan Blackhawks Jump Shoot telah
dirancang dan dilaksana bermula pada tahun 2017. Hasil positif mula ditunjukkan dengan
peningkatan pencapaian murid-murid hingga ke peringkat kebangsaan pada tahun 2018 dan
2019.

18

3.0 Metodologi

Bagi merealisasikan hasrat dan menyelesaikan masalah ini, SK Tualang Sekah telah
mewujudkan Program Blackhawks Jump Shoot bagi pasukan bola baling bermula pada tahun
2017. Program ini telah direka dengan mengambil kaedah periodisasi latihan sukan.
Periodisasi latihan ialah perancangan latihan yang mempunyai matlamat yang spesifik dan
terbahagi latihan kepada fasa-fasa dan sub fasa latihan. Tujuannya adalah seperti yang
berikut:
• Memudahkan penyediaan program latihan.
• Meramalkan hasil atau pencapaian yang disasarkan.
• Menjadi garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat.
• Memudahkan proses pemantauan dan penilaian.

Empat elemen yang diberi perhatian dalam perodisasi latihan menjadi panduan untuk
memastikan keberkesanan program yang dirancang digambarkan dalam rajah 1.0.

ISI PADU INTENSITI

(Kuantiti aktiviti yang dilakukan (Kuantiti aktiviti yang dilakukan
dalam satu sesi fasa latihan) dalam satu sesi fasa latihan)

SUPER

KOMPENSASI

Rajah 1.0 (Diet pemakanan) PRESTASI

Elemen Periodisasi Latihan

Latihan tahunan pasukan dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu:

i) Fasa persediaan

Fasa ini merangkumi persediaan umum dan khusus. Pada kebiasaannya dan
jangka masa persediaan umum lebih panjang daripada persediaan khusus:

• Persediaan umum adalah tahap pertama dalam perancangan periodisasi. Pada
tahap ini dan latihan tertumpu pada meningkatkan tahap kecergasan fizikal
termasuk daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot dan kekuatan otot.

• Persediaan khusus adalah kesinambungan daripada tahap persediaan umum
tetapi menjadi titik peralihan ke dalam latihan yang lebih khusus kepada sukan
yang disertai.

19

ii) Fasa pertandingan

Fasa pertandingan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

• Pra pertandingan - memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal yang
terdapat dalam sukan yang dilatih.

• Pertandingan - memberikan tumpuan kepada pengekalan kecergasan dan
kemahiran pada tahap optimum.

iii) Fasa transisi

Fasa transisi adalah merangkumi pemulihan daripada segala kecederaan dan
pembangunan semula mental dan fizikal.

4.0 Kaedah Pelaksanaan Program Blackhawks Jump Shoot
Berikut adalah cara pelaksanaan Program Blackhawks Jump Shoot:

1) Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kategori (Pasukan Elit dan
Pasukan Pembangunan).

2) Program Blackhawks Jump Shoot akan diadakan lapan kali pada setiap bulan.
3) Program bermula pada pukul 4:00 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang (2

jam).
4) Jadual pelaksanaan Program Blackhawks Jump Shoot ini telah dirancang

dan disediakan berpandukan kaedah periodisasi latihan yang
kebanyakannya dilakukan di sekolah-sekolah sukan di Malaysia:

BIL FASA PERKARA / ASPEK PELAKSANAAN

Merangkumi latihan kekuatan fizikal dan mental, kemahiran

1 Fasa dan teknik asas dan tambahan dalam sukan bola baling.

Persediaan Fasa ini merupakan fasa yang paling lama disusun dalam

jadual latihan iaitu lebih kurang selama enam bulan.

Merangkumi latihan taktikal dan strategi pasukan,

Fasa perlawanan-perlawanan pemanas badan dan persahabatan
2 Pertandingan yang dijalankan dalam masa sebulan sebelum pertandingan

sebenar iaitu peringkat MSSD Kinta Selatan.

Memfokuskan fasa conditioning. Dalam fasa transisi ini akan

lebih memberi tumpuan kepada Pasukan Pembangunan.

3 Fasa Transisi Pasukan Elit akan berfungsi sebagai pembantu ataupun
pelatih dalam membantu jurulatih-jurulatih membangunkan

kemahiran dan teknikal pemain-pemain dalam pasukan

pembangunan ini.

Jadual 1.0 Fasa latihan periodisasi Blackhawks Jump Shoot

20

Tahap peningkatan atau penurunan prestasi pemain daripada segi stamina, kemahiran
dan teknik diukur melalui borang pemerhatian prestasi pemain-pemain yang dijalankan dan
dipantau oleh barisan kejurulatihan dari semasa ke semasa. Selain itu, jurulatih-jurulatih
dalam kalangan guru juga telah dihantar menjalani kursus kepengadilan peraturan dan
undang-undang asas Malaysian Handball Federation (MAHF) yang dianjurkan PPD Kinta
Selatan pada November 2017. Hal ini bagi membantu para jurulatih dalam memahami
peraturan dan undang-undang permainan dengan lebih mendalam.

Proses perekodan data sebelum, semasa dan juga selepas perjalanan program
sentiasa dilakukan bagi memastikan post-mortem dapat dilakukan untuk memastikan berlaku
penambahbaikan terhadap pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan. Proses perekodan data
ini meliputi aspek-aspek berikut:
1) Borang Pemilihan Pemain pada sesi pemilihan - borang ini diwujudkan sebagai rujukan

panel pemilihan dalam memilih pemain berdasarkan data-data dan kemahiran serta teknik
yang diperlukan. Data-data ini diisi oleh guru-guru yang terpilih khusus untuk setiap aspek
dan kemahiran.
2) Borang Kehadiran Program - borang ini berfungsi untuk mencatat kehadiran pemain-
pemain pada setiap kali sesi latihan diadakan. Hal ini dapat membantu jurulatih menilai
komitmen pemain dan membantu jika ada pemain yang menghadapi masalah untuk hadir
ke sesi latihan.
3) Borang Prestasi - data-data peningkatan dan penurunan prestasi pemain dapat dilihat
melalui data yang diambil oleh jurulatih melalui pemerhatian ketika latihan. Data prestasi
ini dapat membantu jurulatih dalam merancang modul latihan seterusnya.

Carta Alir Kaedah Pelaksanaan Blackhawks Jump Shoot

21

5.0 Dapatan dan Impak

Pada tahun 2014 dan tahun-tahun sebelumnya, SK Tualang Sekah tidak menghantar
pasukan bola baling pada peringkat daerah dalam tempoh yang agak lama. Inisiatif dengan
mewujudkan semula pasukan bola baling sekolah pada tahun 2015 dan terus menyertai
kejohanan pada peringkat daerah pada tahun yang sama dan tahun berikutnya tidak
memperlihatkan pencapaian yang membanggakan, apabila terkandas pada peringkat
kumpulan. Justeru, pelaksanaan program pembangunan Blackhawks Jump Shoot telah
dirangka dan dilaksanakan pada tahun 2017 telah menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Penyertaan mulai tahun 2017 juga telah melibatkan penubuhan dan
penyertaan pasukan bola baling perempuan, yang tidak pernah dihantar sebarang kejohanan
peringkat daerah sebelum ini.

Pada tahun pertama program ini dilaksanakan, pasukan lelaki telah berjaya buat kali
pertamanya layak ke peringkat suku akhir. Seterusnya pada tahun 2018 dan 2019, pasukan
ini terus menunjukkan peningkatan dengan melayakkan diri peringkat separuh akhir dan
berjaya memperoleh tempat ketiga untuk kedua-dua tahun berkenaan. Manakala bagi
pasukan perempuan yang mula menyertai kejohanan peringkat daerah pada tahun 2017,
dilihat masih belum serasi sepenuhnya dengan corak permainan bola baling. Penyertaan
mereka pada dua tahun pertama kandas di peringkat kumpulan. Walaupun dua tahun berturut
kandas peringkat kumpulan, prestasi pada tahun 2018 dilihat menunjukkan peningkatan
berbanding tahun sebelumnya berdasarkan keputusan perlawanan peringkat kumpulan yang
telah direkodkan. Pada tahun 2018, pasukan ini hanya tewas sekali daripada empat
perlawanan, berbanding dua kekalahan daripada tiga perlawanan pada tahun 2017, peringkat
kumpulan. Peningkatan yang mendadak telah ditunjukkan oleh pasukan ini, apabila layak ke
peringkat separuh akhir dan memperoleh tempat ketiga pada tahun 2019.

PENCAPAIAN DAERAH PENCAPAIAN NEGERI / KEBANGSAAN

TAHUN PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN
2015 LELAKI PEREMPUAN
2016 LELAKI PEREMPUAN
2017
2018 Kandas peringkat Tiada penyertaan --

2019 kumpulan

Kandas peringkat Tiada penyertaan --
kumpulan

Layak Suku Akhir Kandas peringkat Peringkat Negeri -
kumpulan
(Seorang murid terlibat) -

Peringkat Negeri Peringkat Negeri
(Ketiga)
Kandas peringkat (Johan) (2 orang murid
kumpulan terlibat)
Ketiga (Seorang murid terlibat)

Peringkat Kebangsaan

(Seorang murid terlibat)

Peringkat Negeri (Suku

Akhir)

Ketiga Ketiga (3 orang murid terlibat)

Peringkat Kebangsaan

(Seorang murid terlibat)

Jadual 1.1 Pencapaian pasukan bola baling SK Tualang Sekah 2015-2019

22

Lebih memberangsangkan, pada tahun pertama program dijalankan, seorang pemain
lelaki telah terpilih untuk menyertai pasukan daerah pada kejohanan peringkat negeri. Pada
tahun berikutnya, juga seorang murid terpilih mewakili pasukan daerah, dan berjaya
membawa pasukan tersebut menjadi johan pada peringkat negeri. Pemain tersebut telah
turut terpilih mewakili pasukan negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun yang sama. Pada
tahun 2019 pula, seramai dua orang pemain lelaki terpilih mewakili pasukan daerah dan
berjaya membawa pasukan layak ke peringkat suku akhir dalam kejohanan pada peringkat
negeri. Seorang daripada pemain tersebut juga telah terpilih mewakili pasukan negeri ke
kejohanan pada peringkat kebangsaan pada tahun tersebut.

Manakala pencapaian pasukan perempuan pada peringkat negeri mula membuahkan
hasil pada tahun 2019. Seramai dua orang pemain terpilih mewakili pasukan daerah dan
telah berjaya ke peringkat separuh akhir dan memperoleh tempat ketiga pada peringkat
negeri.

6.0 Perbincangan dan Rumusan

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke
arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Elemen kemenjadian murid yang telah diterapkan di sekolah ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran
memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian sejajar dengan hasrat 6
aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. Sepanjang tempoh pelaksanaan program TS25 ini
dari tahun 2015 hingga kini, sekolah telah mula menunjukkan peningkatan daripada pelbagai
cabang.

Hasilnya, telah berlaku peningkatan dalam potensi murid yang digilap terutama dalam
bidang akademik dan sukan. Dalam bidang akademik, SK Tualang Sekah sering memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam UPSR mahupun program akademik yang lain. Namun,
bagi murid yang kurang bernasib baik dalam bidang akademik tidak dipandang sepi. Para
guru telah membuat soal selidik serta kajian atas minat murid-murid ini, maka medium sukan
bola baling dijadikan sebagai satu program bagi mencari potensi mereka. Program
Blackhawks Jump Shoot telahpun dipilih menjadi amalan terbaik bagi meningkatkan potensi
dan bakat murid di sukan bola baling. Guru mengasah minat dan bakat murid dan menggilap
potensi setiap murid berdasarkan kelebihan yang mereka ada. SK Tualang Sekah kini adalah
antara sekolah yang digeruni oleh pihak lawan. Setiap tahun, para pemain bola baling SK
Tualang Sekah terpilih ke peringkat negeri.

Walau bagaimanapun, pastinya terdapat cabaran serta halangan dalam melaksanakan
aktiviti mahupun program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Justeru beberapa
cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi sepanjang tiga tahun program Blackhawks

23

Jump Shoot ini dijalankan, antaranya ialah jumlah latihan yang tidak mencukupi membataskan
pencapaian prestasi pasukan bola baling sekolah. Begitu juga, dengan pertembungan
program-program sekolah yang lain dan faktor masa antara jurulatih dan pemain juga
menyebabkan banyak latihan yang dirancang terpaksa dibatalkan. Selain itu, kekurangan
dana dalam menampung kos perbelanjaan latihan menjadi faktor yang memerlukan
penambahbaikan. Kos perbelanjaan daripada aspek minuman, makanan dan pengangkutan
perlu ada dan cukup kerana program latihan diadakan sepanjang tahun.

Cabaran-cabaran lain ialah faktor penglibatan guru yang terhad kerana terdapat
kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti kursus dan cuti sakit. Hal ini akan mengganggu
peningkatan prestasi para pemain. Kekangan masa latihan serta tempoh latihan yang singkat
dan terhad juga menyebabkan pemain-pemain tidak dapat menghasilkan kualiti dan
menunjukkan peningkatan masing-masing. Waktu latihan yang dicadangkan bermula pada
pukul empat petang kadang kala terpaksa dilewatkan kerana menunggu kehadiran pemain-
pemain yang lewat atau terlibat dengan program sekolah yang lain. Selain itu, kekurangan
pemain yang berbakat kerana tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa. Antara pemain
yang berbakat ini, terdapat beberapa pemain yang menarik diri akibat tidak mendapat
kebenaran daripada ibu bapa.

Untuk mengatasi cabaran dan masalah yang dihadapi, pihak penyelaras program telah
mencadangkan beberapa tindakan penambahbaikan yang boleh dan perlu dilakukan.
Tindakan pertama adalah dengan membuat persediaan awal bagi mempersiap pasukan
untuk pertandingan pada masa akan datang. Program Blackhawks Jump Shoot akan
dimulakan sejurus selepas tamat kejohanan MSSD tahun semasa bagi mendapatkan masa
yang mencukupi untuk mempersiapkan pasukan bagi kejohanan tahun yang berikutnya.

Selain itu, jurulatih-jurulatih perlu mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan
pada fasa persediaan dan fasa pertandingan bagi memberikan kefahaman dan meningkatkan
keyakinan diri pemain dari masa ke semasa. Perlawanan persahabatan ini perlu dirangka
dan dirancang dari segi kekuatan pihak lawan dan objektif yang ingin dicapai oleh jurulatih.
Jurulatih dan penyelaras program perlu sentiasa memupuk sifat keberanian serta semangat
ingin melawan dalam diri para pemain, bukan sahaja ketika pertandingan, malah juga dalam
sesi latihan. Hal ini bagi meningkatkan lagi keyakinan para pemain supaya sentiasa
bersemangat dan memberikan tentangan setiap masa dalam bersukan.

Tindakan seterusnya ialah sesi pembelajaran melalui pemerhatian dengan menonton
perlawanan-perlawanan peringkat lebih tinggi sama ada melalui rakaman video youtube
ataupun menyaksikan sendiri perlawanan kategori umur yang lain di gelanggang secara terus.
Hal ini dapat membantu pemain dalam mendapatkan bayangan kemahiran dan teknik yang
boleh ditiru mengikut posisi masing-masing. Bagi menyelesaikan masalah kekangan masa
dan kehadiran, penyelaras akan mewujudkan satu jadual latihan fleksibel yang mesti dipatuhi
oleh jurulatih-jurulatih dan para pemain. Jadual ini perlu mengambil kira segala aspek
melibatkan hari cuti dan waktu persekolahan para pemain. Pihak sekolah juga akan
mengambil inisiatif berinteraksi dengan ibu bapa para pemain bagi mendapatkan keyakinan
untuk memberikan kebenaran kepada anak-anak mereka untuk bermain dan berlatih.

24

Penyelaras juga akan memberikan latihan dan nota pelajaran secara berkala kepada para
pemain bagi memotivasikan mereka untuk tidak mengabaikan pelajaran.

Akhir sekali, harapan pihak sekolah adalah untuk meningkatkan lagi pencapaian
pasukan bola baling SK Tualang Sekah di peringkat daerah, dan melahirkan lebih ramai
pemain yang terpilih di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa yang akan datang.

Bibliografi

Abang Ismail bin Abang Haji Julhi dan Mohd. Taib bin Harun. 2007.
Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan
Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang

Abang Ismail Abang Julhi. 2001. Tinjauan tentang program latihan olahraga atlit-atlit Sarawak
dalam kejohanan olahraga MSSM 2000. Latihan Ilmiah. UKM, Bangi.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2005. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Bompa, T.O. 1996. Periodization of Strength: The New Wave in Strength Training. Toronto,
Veritas Publishing Inc.

Bompa, T.O. 1994. Theory and Methodology of Training: The Key to Athletic Performance.
Lowa: Kendal/Hunt Pub. Co.

Dzulkifli Bin Ismail, Jamaliyah Binti Ahmad. 2004. Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor Darul
Ehsan. Utusan Printcop Sdn. Bhd.

L.Wofgang. 2005. Technic and Tactice traning in handball. Olimpic Solidarity Course Level II.
Malaysian Handball Federation (MAHF), Kuala Lumpur. 24–30 November 2005.

MAHF. 2004. Modul Kejurulatihan Bola Baling Tahap 1 Kebangsaan. Persekutuan Bola
Baling Malaysia. Kuala Lumpur.

Mohd. Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sofian Omar Fauzee. 2002. Psikologi Sukan Daya Tahan Mental & Emosi Dikalangan
Atlet, Siri Pengajaran dan Pendidikan Utusan, 2002.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2004. Laporan Kursus Jurulatih Utama PJ &
PK Kebangsaan. KPM. Kuala Lumpur.

25

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1,
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan: Sri Bistari.

Vasudevant T. Arasoo. 1987. Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan Jasmani.
Selangor Darul Ehsan. Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 1994. Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani, Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

26

INSPIRE TO ASPIRE

Khaw Siew Cheng, Yew Cheng Lian

SJK(C) Hua Lian 3, Taiping, Perak
[email protected]

Abstrak

Gaya kepimpinan seorang guru amat penting dalam meningkatkan keyakinan diri serta kualiti
pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk kemenjadian murid yang cemerlang.
Perkara inilah yang dibina oleh SJKC Hua Lian 3. Sejajar dengan hasrat Transformasi 25,
guru-guru dan murid-murid perlu peka dengan perkembangan semasa dan bersedia untuk
menerima perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Dapatan dari
analisis data Teacher’s Voice dan temubual yang dibuat menunjukkan guru-guru muda
lepasan maktab kurang daripada 10 tahun, mempunyai ilmu tentang kaedah pengajaran Abad
ke-21 tetapi kurang pengalaman dalam melaksanakan tugasan ini dengan baik. Berpegang
kepada petikan kata” Be Inspired to Inspire Others”, pemimpin sekolah telah merancang
usaha seperti PLC, Mentor-Mentee, kursus, bengkel dan kem menerusi Program Peningkatan
Kompetensi Guru, Program Kepimpinan Contoh dan Program Kepimpinan Instruksional agar
guru-guru lebih berkompetensi, berkualiti dan berkeyakinan untuk memimpin murid ke arah
pemikiran kritis dan inovatif. Implikasinya, data guru penyayang mencapai 95 peratus, minat
guru dan murid untuk menerokai ilmu di pusat sumber sekolah mencatatkan peningkatan
sehingga 87 peratus pada Tahun 2019. Kehadiran murid ke sekolah melebihi KPI sekolah 96
peratus iaitu 97.70 peratus pada tahun 2018 dan 97.74 peratus pada tahun 2019. Murid-
murid sekolah ini juga muncul sebagai johan dan naib johan Pertandingan Robotik
Antarabangsa di India pada tahun 2018.

Kata kunci: gaya kepimpinan; kompetensi; kepimpinan instruksional

1.0 Pengenalan

SJK(C) Hua Lian 3 terletak di bandar Taiping, Perak. Enrolmen murid di sekolah ini seramai
690 orang. Barisan guru lepasan maktab perguruan dan institutusi pendidikan guru seramai
50. Pecahan pengalaman mengajar guru-guru mengikut jumlah tahun mengajar seperti
tertera dalam Jadual 1.

Pengalaman Mengajar Bilangan Tahun Peratusan
25 tahun dan ke atas 25 50 %
11 22 %
Antara 11 hingga 24 tahun 14 28 %
Bawah 10 tahun 50 100 %
Jumlah
Jadual 1

27

Pengurusan sekolah ini dipimpin oleh Encik Thong Ban Pang selaku Guru Besar dan
empat orang Guru Penolong Kanan. Proses pengajaran dan pembelajaran sekolah ini
dijalankan dalam dua sesi. Murid Tahap 2 seramai 372 orang dan murid Tahap 1 seramai
318 orang.

2.0 Pernyataan Masalah

Menurut pakar motivasi, John Quincy Adams, ‘If your action Inspire others to dream more,
learn more, do more, you are a leader’. Guru yang memiliki kepimpinan berkualiti boleh
menerajui pembelajaran menarik serta mampu merangsang tahap kognitif muridnya. Mereka
perlu peka dengan perubahan teknik pengajaran, pendekatan PdP untuk memimpin murid ke
arah transformasi pendidikan era baharu.

Berdasarkan data yang dikumpul melalui soal selidik seperti Lampiran 1, didapati guru-
guru muda lepasan maktab dan institusi perguruan 10 tahun dan ke bawah di sekolah ini
masih berada pada tahap rendah dari segi pengalaman dan kesediaan terhadap penerapan
PAK21 dan KBAT walaupun mempunyai pengetahuan secara teori yang baik.

Tambahan pula, tahap minat dan pandangan guru lama terhadap transformasi
pendidikan juga perlu dinaik taraf seiring dengan arus pemodenan. Kebanyakan guru tidak
berkeyakinan kerana tidak mendapat pendedahan atau informasi yang sistematik untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini.

Guru-guru menghadapi masalah dengan murid-murid yang tidak dapat menjawab
soalan KBAT yang diajukan. Guru-guru juga secara jujur memberitahu pihak pentadbir
mereka kurang berkeyakinan untuk mengasah minda murid ke arah pemikiran kreatif dan
kristis.

3.0 Objektif

SJK(C) Hua Lian 3 berhasrat untuk melahirkan guru-guru yang mampu mengemudi hala tuju,
berpengetahuan, berkemahiran, sanggup memimpin dan yakin diri sejajar dengan teras-teras
TS25. Selepas intervensi dibuat, diharapkan sekolah ini dapat melahirkan murid yang
berdedikasi, kreatif dan inovasi. Guru-guru dapat mempraktikkan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 seiring dengan perubahan dan perkembangan era baru.

4.0 Metodologi

Penulisan ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif tidak berimbang
(Concurrent Embedded Design). Kaedah ini menggunakan dua jenis data iaitu data kuantitatif
dan data kualitatif yang dikumpul secara serentak. Kaedah kuantitatif dijalankan
menggunakan soal selidik dan suara guru manakala kaedah kualitatif dijalankan secara temu
bual dan pementoran. Kedua-dua kaedah ini dijalankan bagi memperoleh data yang
komprehensif, dipercayai dan objektif.

28

4.1 Sebelum program dijalankan, pihak sekolah membuat pengumpulan maklumat
melalui teacher’s voice seperti Lampiran 1 dan soal selidik seperti Lampiran 2,
untuk mendapat gambaran sebenar masalah yang dihadapi lima kompetensi
utama yang perlu ada pada guru muda iaitu pengetahuan, kemahiran,
keperibadian positif, sumbangan kepada organisasi, dan kesanggupan
memimpin. Soal selidik tahap penguasaan guru dan tahap kesediaan guru, minat
dan pandangan guru terhadap PAK21 dikumpul.

4.2 Inisiatif menjana pemimpin contoh menggunakan kaedah pementoran dan
program mentor-mentee bagi menjalin hubungan rapat dan berkongsi
pengalaman dan pengetahuan. Soal selidik Tahap Kesediaan Guru-guru
Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan soal selidik
Tahap Penguasaan Guru-guru Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 dikumpul dan dijana untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

4.3 Inisiatif ini menggunakan kaedah berkait rapat dengan kepimpinan instruksional
di mana kaedah soal selidik, motivasi efikasi kendiri guru dan bimbingan power
down serta kursus dalaman dan luaran disalurkan untuk meningkatkan kualiti
kepimpinan guru bagi agar kepimpinan mereka lebih berkesan dan cemerlang.
Soal selidik efikasi diri guru-guru (Lampiran 5, 6 dan 7) dilakukan untuk
mengumpul maklumat guru terhadap tahap minat, pengetahuan dan kemahiran
serta latihan guru. Instrumen ini terdiri daripada 20 item yang diukur dengan
menggunakan skala likert 5 mata. Item-item yang digunakan telah diadaptasi
daripada Ahmad Tarmizi (2016), Hasmaliza (2016) dan Nirliyana (2015).
Bahagian A mengandungi 10 soalan tentang Tahap Penguasaan Guru-guru
terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Bahagian B pula
mengandungi 10 item tentang Tahap Kesediaan Kemahiran Guru Terhadap
Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Data dan maklumat yang diperolehi
daripada responden dianalisis secara kuantitatif. Taburan sampel terdiri daripada
30 orang guru SJK(C) Hua Lian 3.

5.0 Kaedah Pelaksanaan

5.1 Program Peningkatan Kompetensi Guru
Pihak pentadbir telah merancang program-program untuk membantu guru-guru
muda membina keyakinan dan kompetensi guru, menambaikkan tahap
kepimpinan guru seterusnya menggalakkan guru untuk merebut peluang
meningkatkan pengetahuan seiring dengan arus pemodenan.

Maklumat daripada teacher’s voice dan Carta K-W-H-L dijana secara kualitatif
untuk mendapat data mentah guru-guru sasaran yang memerlukan bimbingan
dan pimpinan. Seterusnya, pihak pentadbir dan guru-guru mentor bermesyuarat
untuk menentukan pakar yang dapat membantu meninggikan kepimpinan guru

29

dalam pelaksanaan PBD. Pihak sekolah mengadakan Ceramah Pengurusan
Bilik Darjah dan Bengkel PAK21 kepada semua guru SJK(C) Hua Lian 3 untuk
menyalurkan ilmu pengetahuan dan membuat latihan pratikal dengan bantuan
kepakaran Rakan ELIT SISC+. Guru-guru diberi pengetahuan dan kemahiran
untuk mentaksir PBS melalui ceramah PBS. Setelah berbengkel, guru-guru
membuat penilaian dan mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan dalam bilik
darjah. Data dan implikasi keberkesanan ini dikumpul melalui pemantauan
seperti WAYS, Standard 4 SKPMg2 dan teacher’s voice.

5.2 Program Pemimpin Contoh – Peningkatan Kompetensi Praktikal
Guru-guru diberi peluang menghadiri kursus, ceramah, bengkel dan
perbincangan anjuran pihak PPD, JPN dan Kementerian. Pihak PIBG sekolah
turut menaja guru-guru untuk berkursus dengan pihak NGO. Pihak pentadbir
juga sering mengadakan perbincangan secara formal dan tidak formal dengan
guru-guru melalui Teacher Sharing Session, PLC dan pementoran.

Setelah menjana data-data tahap penguasaan dan kesediaan guru-guru
terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi, pihak pentadbir mengambil
keputusan untuk memberikan pengetahuan dan meningkatkan tahap kepimpinan
guru melalui ceramah dan Kem Galakan Membaca. Guru-guru bertindak sebagai
mentee dan menjalani latihan di bawah pimpinan pasukan fasilitator. Mereka
dilatih untuk mengambil bahagian dalam bengkel bercerita dan lakonan.
Seterusnya, guru-guru memainkan peranan sebagai fasilitator dalam Kem
Galakan Membaca Murid-murid untuk memimpin dan memupuk sikap suka
membaca dalam kalangan murid.

Setelah tamat Kem Galakan Membaca, susulan aktiviti membaca fasa 1 dan fasa
2 diteruskan. Ketika fasa 1, guru-guru dibahagi kepada kumpulan kecil untuk
melaksanakan aktiviti promosi membaca kepada murid-murid pada waktu
perhimpunan mingguan secara bergilir-gilir. Aktiviti ini berlangsung selama tiga
bulan. Pada Fasa 2 pula, guru memimpin murid untuk membuat lakonan dan
promosi buku cerita kepada kawan-kawan ketika perhimpunan dijalankan.
Murid-murid digalakkan untuk melawat dan membuat pinjaman buku di pusat
sumber sekolah. Borang Penilaian Keberkesanan dikumpul untuk dianalisis dan
laporan bergambar dicatat.

5.3 Program Kepimpinan Instruksional
Berpegang kepada prinsip ‘kunci kepimpinan yang berjaya hari ini ialah
pengaruh, bukan kuasa’, SJK(C) Hua Lian 3 mengenal pasti kepimpinan
transformasi instruksional sebagai gaya kepimpinan yang berkesan untuk
meningkatkan kualiti kepimpinan SLT dan MLT. Pihak pentadbir yang diketuai
oleh Guru Besar bermesyuarat dengan ketua-ketua panitia untuk mendapat
maklumat tentang masalah pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru-
guru.

30

Pemimpin instruksional menetapkan matlamat KPI bersama-sama dengan guru-
guru. Seterusnya, menyediakan sumber dan bahan yang diperlukan seperti kit
aktiviti berkumpulan untuk memudahkan kerja buat guru. Maklumat
perkembangan terbaharu dalam pengajaran disalurkan kepada guru-guru
melalui kemudahan telegram sekolah.

PIBG sekolah turut memainkan peranan menjayakan inisiatif kepimpinan
instruksional. Semua bilik darjah telah dilengkapi dengan kemudahan
smartboard supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Barisan pentadbir melakukan pemantauan melalui WAYS dan learning walk
untuk memberikan bimbingan spontan yang mesra kepada guru-guru yang
dikesan.

Selain itu, guru-guru diberi peluang menghadiri kursus, ceramah, bengkel dan
perbincangan anjuran pihak PPD, JPN dan Kementerian. Pihak PIBG sekolah
turut menaja guru-guru untuk berkursus dengan pihak NGO. Pihak pentadbir
juga sering mengadakan perbincangan secara formal dan tidak formal dengan
guru-guru melalui Teacher Sharing Session, PLC dan pementoran.

6.0 Kesan Pelaksanaan

Merujuk Lampiran 3a dan Lampiran 3b, secara keseluruhan, tahap pengetahuan guru-guru
terhadap Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berada dalam tahap tinggi dengan skor min
keseluruhan 3 hingga 4 seperti yang dipaparkan pada Jadual 1.

Berdasarkan Lampiran 4, Tahap Kesediaan Kemahiran Guru-guru Terhadap
Penerapan KBAT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, secara keseluruhannya
menunjukkan setiap item dalam kesediaan guru-guru menerapkan KBAT dari segi kemahiran
berada pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan 3 hingga 4 seperti yang dipaparkan
pada Jadual 3.

Data ini menunjukkan bahawa selepas intervensi di bawah kepimpinan berkesan pihak
pentadbir dan MLT, tahap penguasaan dan kesediaan guru-guru dalam penerapan unsur-
unsur KBAT telah berjaya ditingkatkan.

Merujuk soal selidik Tahap Minat dan Pandangan Guru Dalam Program

PAK21(lampiran 5), Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Guru Dalam Program PAK21

(lampiran 6) dan Tahap Latihan Guru Dalam Program PAK21 (lampiran 7), kesemua bahagian

yang dikaji menunjukkan peningkatan yang menggalakkan.

Bahagian Aspek Kajian Jumlah Soalan

A Tahap Minat 10

B Tahap Pengetahuan dan Kemahiran 10

C Tahap Latihan Guru 10

JUMLAH ITEM SOALAN 30

Soal Selidik Tahap Minat dan Pandangan Guru dalam Program PAK21

31

Peratus (peratus) Penilaian / Takrifan

0 - 49.9 Lemah / Rendah

50.0 - 69.9 Sederhana

70.0 - 100 Baik / Tinggi

Penilaian Terhadap Analisis Kajian

Dapatan kajian pra intervensi dan pasca intervensi dicatat dalam Jadual 2 di mana
kesemua bahagian telah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi. Guru-guru bersikap
lebih positif terhadap program PAK21, tahap pengetahuan dan kemahiran guru meningkat
daripada 48 peratus ke tahap 76 peratus. Selepas mengikut latihan, keyakinan diri guru-guru
juga meningkat sebanyak 94 peratus.

ANALISIS KAJIAN

BI PERSOALAN KAJIAN SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU
L PERATUS PERATUS PERATUS

PRA PASCA PRA PASCA PRA PASCA

1 Minat dan pandangan guru dalam 24 59 30 29 46 12
pengajaran program PAK 21.

Tahap pengetahuan dan kemahiran

2 guru dalam pengajaran 48 76 27 16 25 8
mempengaruhi penguasaan murid- 9

murid dalam program PAK 21.

Tahap latihan guru dalam program

PAK 21 mempengaruhi tahap 40 82 34 9 26
3 penguasaan murid dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Jadual 2: Analisis keseluruhan berkaitan dengan tahap minat,

pengetahuan dan kemahiran, latihan guru

Peningkatan yang memerangsangkan ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru telah
mengetahui konsep dan definisi mengenai KBAT dan PAK21 serta mempunyai persepsi yang
positif terhadap pelaksanaan KBAT dalam pembelajaran.

7.0 Rumusan

Transformasi untuk mengubah sikap guru-guru merupakan cabaran paling besar yang perlu
diatasi. Sebelum intervensi, ramai guru yang kurang bersedia untuk mengalami perubahan.
Mereka belum mahir sepenuhnya untuk melaksanakan peranan mereka sebagai coach bagi
mengaktifkan murid-murid. Mereka kurang keyakinan diri kerana kurang pengalaman dan
pengetahuan untuk menangani masalah yang timbul secara spontan.

Guru-guru lebih selesa dengan cara pengajaran dan pembelajaran konvensional.
Tambahan pula, banyak kekangan yang perlu diatasi seperti berkejar-kejar untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dan banyak data yang perlu diisi dari semasa ke masa.
Selepas masalah dikesan, atas kebijaksanaan kepimpinan pihak pentadbiran dan kerjasama
guru-guru, banyak pengetahuan, galakan, motivasi dan latihan disalurkan kepada guru-guru
secara berperingkat. Hubungan baik antara pihak pentadbir, pasukan pemimpin pertengahan

32

(MLT) dan guru-guru berpengalaman dengan guru-guru yang memerlukan bimbingan terjalin
melalui sesi pementoran, PLC, temu bual dan Sharing Session.

Pihak pentadbir yang telah dibimbing oleh rakan ELIT di bawah program kepimpinan
instruksional semakin mahir membimbing MLT. Guru-guru yang masih belum memahami
matlamat dan hala tuju yang jelas tentang transformasi dan hasrat pendidikan negara diberi
peluang untuk menyertai PLC, bengkel KBAT, motivasi dan kursus-kursus berkaitan.

Setelah mempunyai pengetahuan melalui latihan, minat guru semakin terserlah dan
kepimpinan mereka peningkatan dengan baik sekali. Guru menunjukkan pandangan yang
positif terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dan dapat merasai manfaat
pembelajaran abad ke-21. Murid pula menunjukkan minat dalam aktiviti pembelajaran
dengan melibatkan diri secara aktif malah tampil dengan lebih yakin semasa menguruskan
pembelajaran berasaskan projek. Tambahan pula, implikasi daripada TS25, SJK(C) Hua Lian
3 menjadi lebih berstruktur, kepakaran guru ditonjolkan dalam pelbagai bidang terutama
dalam bidang robotik dan STEM. Kemenjadian murid sentiasa diletakkan di tempat pertama
di mana bakat murid dicungkil dan diasah.

Pihak sekolah berharap usaha guru-guru dalam pelaksanaan amalan terbaik ini
diteruskan. Inisiatif-inisiatif tambahan akan dirancang lagi untuk tujuan penambahbaikan.
Program Kepimpinan Berkualiti ini telah meningkatkan kepimpinan guru dan memberikan
impak kepada kemenjadian murid. Justeru hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insan yang seimbang dalam kalangan murid SJK(C) Hua Lian 3 amat ketara.
Kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang telah dicapai.

Biblografi

Leong, Nancy & Ag Kiflee, Dg Norizah. (2018). Hubungan kepimpinan instruksional guru
besar dengan efikasi kendiri guru sekolah rendah.

Norafifah Hamid, Norajila, Azlina Wahad &Rawi Nordin. (2016). Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Analisis Dari Persepsi Ai Quran
Prosiding, WacanaPendidikan Islam siri ke-11

Ng, Y. (2016). Instruktional sekolah yang cemerlang. Retrieved from
https://fdocuments.net/docum ent/instruktional-sek-yang-cemerlang.html

Sejarah sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka. (2017). Retrieved from
https://harakahdaily.net/index.php/2017/11/30/sejarah-sistem-pendidikan-di-malaysia-
selepas-merdeka/

Scan QR Code

33

SAYA GURU CILIK

Zubaidah binti Harun, Noorasrida binti Bahauddin

Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar, Perak
aba4015@ moe.gov.my

Abstrak

Saya Guru Cilik merupakan satu program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kati (SK
Kati) mulai tahun 2018. Program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
murid dalam kemahiran yang telah dipelajari. Murid yang telah menguasai kemahiran yang
diajar akan membuat persembahan tentang isi pelajaran tersebut. Ini dapat membentuk
keterampilan dan kebolehan murid apabila mereka membuat persembahan. Selain itu,
program ini juga dapat membantu guru memberi pentaksiran tahap penguasaan (TP) tertinggi
kepada murid melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan betul dan tepat. Program ini
telah memberi impak yang positif kepada murid dan guru. Melalui program ini guru-guru pula
dapat melaksanakan PdP Abad ke-21 dan dapat menjalankan PBD dengan betul dan tepat.
PdPc berpusatkan murid menjadi lebih menarik dan murid menjadi pembelajar aktif semasa
PdPc dilaksanakan.

Kata Kunci: tahap Penguasaan, isi pelajaran, persembahan, kemenjadian murid

1.0 Pengenalan

Seorang pemimpin yang berkesan ialah pendorong dan peneraju organisasi yang boleh
mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah yang lebih baik dalam mencapai
matlamat organisasinya. Pemimpin juga merupakan peneraju dan merupakan orang yang
akan menentukan hala tuju sesebuah organisasi, perancang misi organisasi, menentukan
matlamat serta memberikan keutamaan terhadap pencapaian matlamat organisasi dan
seterusnya dapat meningkatkan martabat organisasi.

SK Kati telah dipilih untuk melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
dalam Kohort 2.0. Kerangka program ini adalah untuk menjadikan sekolah berkesan dan
kemenjadian murid melalui pemimpin yang berkesan, guru yang berkualiti dengan sokongan
ibu bapa dan komuniti. Pengajaran dan pembelajaran guru adalah PAK21 iaitu menggunakan
pengajaran abad 21 yang berpusatkan murid. Formula 4K1N (Kreatif, Kritis, Komunikasi,
Kolaboratif dan Nilai Murni) diguna pakai dan diamalkam guru semasa pengajaran.

SK Kati ialah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Kuala Kangsar Perak.
Didirikan pada tahun 1932, sehingga hari ini telah berkembang menjadi sebuah sekolah yang
mempunyai seramai 288 orang murid dan 28 orang guru. Dikategorikan sebagai sebuah
sekolah gred A dan terletak di tengah pekan kecil Kati iaitu sebuah kampung di daerah Kuala
Kangsar. Rata-rata penduduk di sini adalah pengusaha pertanian dan ada sebahagian kecil
pekerja kilang dan kakitangan awam. Anak-anak mereka belajar di SK Kati dan ada juga

34

sebahagian kecil ialah anak yang di bawah jagaan datuk dan nenek kerana ibu bapa mereka
tinggal dan mencari nafkah di bandar.

Guru Besar sebagai peneraju sekolah mempunyai hasrat yang tinggi untuk
meningkatkan kemenjadian murid dari segenap aspek agar dapat meletakkan SK Kati seiring
dengan sekolah sekolah lain di daerah Kuala Kangsar. Guru Besar bersama Penolong
Kanan-Penolong Kanan dan guru-guru telah merangka satu program bagi mengetengahkan
kebolehan dan pengetahuan murid berkaitan isi pelajaran yang telah mereka pelajari.
Program ini dinamakan sebagai ‘Saya Guru Cilik’.

2.0 Pernyataan Masalah

Apabila SK Kati menjalankan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), antara matlamat
utama adalah kemenjadian murid. Dapatan daripada learning walk dan pemantauan PdPc
guru didapati elemen ke enam dalam SKPMg2 Standard 4, iaitu murid sebagai pembelajar
aktif mendapat skor yang rendah; bermaksud murid tidak aktif kerana tidak menguasai isi
pelajaran. Selain itu, hal ini berlaku kerana pengajaran guru yang kurang menarik.

Dialog prestasi telah dijalankan untuk mengatasi isu ini. Rumusan daripada dialog
prestasi tersebut beberapa perkara perlu diubah. Antaranya termasuklah cara pengajaran
guru. Jika sebelum ini guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
cara yang biasa, tetapi selepas program TS25 mereka disaran mengubah kaedah pengajaran
dengan menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran abad ke-21.
Mengubah cara dan kaedah mengajar adalah satu proses yang mengambil masa dan juga
melibatkan kesediaan guru dari segi pengetahuan dan amalan. Untuk mempercepat proses
ini, Guru Besar dan pihak pengurusan telah merancang satu program iaitu ‘Saya Guru Cilik’
yang dapat membantu guru dan murid untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, guru-guru juga menghadapi masalah apabila melaksanakan PBD bagi
memberi tahap penguasaan (TP) tertinggi kepada murid. Untuk memberi tahap TP tertinggi
murid, guru perlu arif serta berpengetahuan dalam membuat penilaian. Guru perlu kreatif
untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang hendak ditaksir. Ini merupakan
satu cabaran kepada guru-guru untuk memilih aktiviti yang sesuai untuk dibuat pentaksiran.
Satu cara atau kaedah yang dilaksanakan adalah melalui aktiviti persembahan murid.
Program “Saya Guru Cilik” secara tidak langsung telah dapat membantu guru-guru dalam
melaksanakan pentaksiran dalam memberi TP tertinggi kepada murid. Melalui program ini
murid-murid diminta untuk membuat persembahan mengenai tajuk atau isi pelajaran yang
telah mereka pelajari dan ianya dijalankan mengikut kelas masing masing.

Selain membantu pentaksiran, program ini juga dapat mengetengahkan kebolehan
murid dalam penyampaian serta dapat mencungkil bakat, memupuk minat dan
kecenderungan, mencabar diri sendiri, meningkatkan tahap keyakinan dan dapat memupuk
daya kepimpinan murid.

35

3.0 Metodologi

Kajian ini telah dilakukan pada tahun 2018. Kajian ini melibatkan 27 responden yang terdiri
daripada pentadbir dan semua guru SK Kati serta seramai 288 orang murid sebagai
responden. Kajian yang dibuat adalah menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan
pengumpulan data.

(i) Temu bual
Temu bual yang dibuat adalah melibatkan temu bual bersama guru dan murid.
Responden seramai 27 orang guru dan 55 orang murid telah diambil. 27 orang guru
telah menyatakan respon mereka berkenaan pentaksiran bilik darjah yang telah
mereka jalankan. 27 orang guru tersebut menyatakan bahawa mereka tidak dapat
memberi TP tertinggi kepada murid sewaktu pentaksiran dijalankan kerana tidak
dapat menilai dengan tepat tentang pencapaian murid dalam kemahiran yang
melibatkan penerangan.

Temu bual yang dijalankan bersama murid pula mendapati bahawa 50 daripada 55
orang murid lebih suka jika dijalankan aktiviti persembahan murid berbanding
aktiviti lain di dalam bilik darjah.

(ii) Pemerhatian:
Daripada pemerhatian yang telah dijalankan didapati bahawa aktiviti persembahan
murid ini mendapat maklum balas yang baik daripada semua guru dan semua
panitia yang ada di sekolah. Selain itu, murid-murid juga telah menunjukkan minat
dan kerjasama apabila menjalankan sesuatu projek mengikut panitia masing
masing. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk
membuat persembahan mereka dan secara tidak langsung telah menanam nilai-
nilai murni dalam kalangan mereka.

(iii) Kaedah Pengumpulan Data
Data yang dikumpul ialah:
i. Data Learning Walk
ii. Data Pencerapan Pengajaran Guru
iii. Data Pentaksiran Bilik Darjah

Data learning walk digunakan bagi melihat dan memantau pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Daripada data yang ada, masih ramai guru yang mengajar
mengikut cara lama dan didapati hanya sebahagian kecil guru menjalankan kaedah
projek, aktiviti perbentangan hasil kerja murid, pembelajaran berasaskan projek
(PBL) dan juga projek projek kecil murid. Program ‘Saya Guru Cilik’ ini diharapkan
dapat mengubah cara guru melaksanakan pengajaran serta menambah lagi aktiviti
murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik
darjah.

36

Daripada data pemantauan guru yang menggunakan SKPMg2 standard 4, juga
didapati aspek murid sebagai pembelajar aktif masih ditahap rendah. Penglibatan
murid semasa guru mengajar sama ada bertanya soalan, respon kepada isi
pelajaran, mengemukakan idea dan lain lain juga sangat sedikit. Murid agak pasif
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya program ini
diharapkan murid akan lebih aktif mengambil bahagian dalam projek yang
dijalankan oleh guru secara amali (hands on).

Data pentaksiran bilik darjah telah menunjukkan bilangan murid yang mencapai
TP 6 iaitu murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
inovatif serta boleh dicontohi adalah sangat sedikit. Oleh itu Program ‘Saya Guru
Cilik’ diharapkan dapat membantu guru membuat penilaian dan memberi TP
tertinggi kepada murid dengan betul dan tepat.

4.0 Kaedah Pelaksanaan

Melalui dapatan yang dikumpulkan, dialog prestasi telah dijalankan. Pihak sekolah telah
merangka beberapa siri latihan dalam perkhidmatan (LADAP) untuk membantu guru dalam
melaksanakan PdP di bilik darjah. Antara LADAP yang dijalankan adalah PdP Abad ke-21,
Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang dibantu oleh Rakan ELIT SIP+ dan
SISC+ Daerah Kuala Kangsar, Bengkel Penulisan Objektif serta Pengurusan PdP dan Bilik
Darjah.

LADAP ini dapat membantu guru melaksanakan PdP abad ke-21 yang berfokuskan
kepada murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Guru digalakkan untuk merancang
aktiviti projek-projek kecil dan murid melaksanakannya mengikut subjek dalam panitia
masing-masing. Murid-murid membuat persembahan semasa PdP dijalankan sama ada di
dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Pada peringkat awal, pihak pentadbir menetapkan setiap panitia menjalankan
sekurang-kurangnya dua aktiviti untuk dijalankan. Pihak pentadbir meminta setiap panitia
memberikan tajuk-tajuk bagi projek yang boleh dipersembahkan oleh murid. Bahan dan
alatan disediakan dengan menggunakan peruntukan setiap mata pelajaran. Setelah itu,
pencerapan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan instrumen
SKPMg2 Standard 4. Dapatan daripada pencerapan tersebut menunjukkan elemen 6 iaitu
murid sebagai pembelajar aktif telah berjaya dicapai iaitu markah 4. Murid menunjukkan
minat untuk belajar dan terlibat secara aktif apabila aktiviti ini dijalankan. Guru-guru juga
memberi maklum balas yang baik tentang Program Guru Cilik yang dilaksanakan.

Oleh sebab program ini memberi impak yang baik, guru-guru meneruskannya sehingga
terhasil banyak bahan bukti projek murid. Bahan-bahan ini terkumpul di Galeri Transformasi
dan menjadi pameran hasil kerja murid. Sebelum dipamerkan, murid-murid mengikut panitia
masing-masing telah membuat persembahan sewaktu rehat di pentas Speakers’ Corner.
Persembahan daripada murid ini dibuat secara bergilir mengikut jadual yang telah ditetapkan

37

dan ianya ditonton oleh murid-murid sewaktu rehat. Murid-murid yang lain akan bertanya dan
bersoal jawab mengenai projek yang dipersembahkan dan aktiviti ini sangat menarik minat
dan perhatian semua murid.

Bagi menyemarak semangat dan minat murid pada aktiviti ini, pihak sekolah dalam
mesyuarat kurikulum telah memutuskan untuk menjalankan satu acara khas iaitu
pembentangan hasil projek murid dan murid sendiri yang membentangkan projek tersebut.
Persembahan itu juga dijadikan pertandingan bagi memberi motivasi dan semangat untuk
menghasilkan persembahan yang terbaik. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan
program tersebut bergabung bersama unit kokurikulum dan ianya dinamakan ‘Karnival
Koakademik TS25’.

Karnival Koakademik TS25 ini dijalankan pada 14 November 2019 di perkarangan SK
Kati. Para jemputan adalah terdiri daripada guru-guru dan murid-murid sekolah Zon Kati,
guru-guru dan murid dari sekolah-sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kohort 1, 2 dan 3, Pegawai pegawai dari PPD Kuala Kangsar, Pegawai Pegawai dari JPN
Perak serta ahli Persatuan Ibu Bapa dan Murid SK Kati serta agensi luar dan juga badan
NGO.

Program ini berlangsung dengan sungguh meriah. Kehadiran ramai jemputan terutama
sekali ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka mempersembahkan hasil projek yang
dipelajari. Pembentangan daripada murid-murid ini menunjukkan mereka telah menguasai
kemahiran yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Murid-murid yang membuat
persembahan akan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh penonton dan pengunjung.
Ini menunjukkan mereka telah benar-benar menguasai kemahiran yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah.

5.0 Kesan Pelaksanaan

Program ‘Saya Guru Cilik’ ini murid berupaya mengaplikasi ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang diperoleh untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik. Murid juga dibentuk
untuk bersikap positif, kreatif dan inovatif serta dapat menjadi contoh melalui aktiviti
pembentangan dan persembahan.

Melalui program ini, guru dapat membangunkan kemenjadian murid secara berterusan
dan seterusnya menghasilkan pelapis ikon murid masa hadapan. Program ini juga telah
berjaya membentuk murid menjadi lebih yakin, berpengetahuan dan berkepimpinan dalam
usaha pihak sekolah menghasilkan pembelajaran bermakna kepada murid.

Program ini juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan
selain dapat mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid serta memupuk
semangat juang yang tinggi. Tidak dinafikan program ini juga telah berjaya menggalakkan
murid untuk berusaha dan dalam aspek kepimpinan dapat membentuk sikap dan disiplin yang
lebih baik, memupuk semangat bersatu padu dalam satu kumpulan dan melahirkan murid
yang berketrampilan dan dedikasi dalam pembelajaran.

38

Program ‘Saya Guru Cilik’ juga merupakan satu salah satu cara guru membuat
penilaian untuk memberi TP tertinggi kepada murid-murid. Tahap penguasaan (TP) murid
dapat diberi dengan betul dan lebih tepat. Ini memberi gambaran bahawa guru telah berjaya
melahirkan murid yang berketrampilan.
6.0 Rumusan
Program ‘Saya Guru Cilik’ telah berjaya mengetengahkan kebolehan dan pencapaian murid
dalam penguasaan ilmu yang dipelajari. Selain itu, ianya telah membuktikan bahawa konsep
pengajaran abad ke-21 telah berjalan dengan jayanya di SK Kati. Rumusannya, adalah
sangat penting bagi pihak pentadbir sekolah khasnya guru besar sebagai peneraju sekolah
merancang dan menjayakan program yang dirancang secara sistematik bagi mencapai
kejayaan. Sesuatu masalah yang ada di sekolah ataupun sesuatu perkara yang hendak
dicapai hendaklah dirancang proses pelaksanaannya secara tersusun. Kaedah PDCA (plan,
do, check, action) digunakan untuk menjayakan perancangan.

Kesimpulannya, program ‘Saya Guru Cilik’ telah berjaya menghasilkan guru yang
berkualiti dan pembelajaran yang berkesan ke arah kemenjadian murid bagi menjana
kecemerlangan sekolah bagi menjayakan program TS25.

Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015) Panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah rendah dan menengah.
Abd. Aziz Yusof (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya: Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Abu Bakar Bin Mohd. Husain (2007). Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah: Persepsi Guru

Dan Pelajar.

39

SAYA BUAT, SAYA FAHAM DAN INGAT

Nur Anis Azhani binti Abdul Mukmin, Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar,
Faridatul Amna binti Ahmad Naim

Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, Perak
[email protected]

Abstrak

Membudayakan penggunaan pelbagai peta pemikiran i-Think boleh membantu meningkatkan
kefahaman, minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains. Selain itu, pembudayaan ini
dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta berinovasi. Penulisan ini
melibatkan seramai 49 orang responden iaitu murid Tahun 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Khaldun.
Metodologi yang digunakan adalah soal selidik dan keputusan peperiksaan selain
pemerhatian dalam kelas. Kaedah pelaksanaan penggunaan peta pemikiran i-Think adalah
dalam kumpulan, individu, pertandingan ‘I Pkio’ dan gallery walk. Dapatan menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains berdasarkan analisis
keputusan peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR. Di samping itu, dapatan
daripada soal selidik menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think membantu
meningkatkan minat murid dan memupuk daya fikiran kreatif serta kritis. Secara
keseluruhannya, peta pemikiran i-Think berupaya membantu meningkatkan prestasi murid
dan sekolah selain memupuk generasi berfikiran aras tinggi. Oleh itu, peta pemikiran i-Think
perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan teratur untuk
mendapatkan keberkesanan yang optimum.

Kata kunci: peta pemikiran i-Think, berfikir secara kreatif dan kritis, berfikiran aras tinggi

1.0 Pengenalan

SK Bota Kanan mula beroperasi pada tahun 1909 yang didirikan oleh orang-orang kampung
secara bergotong-royong yang diketuai oleh Encik Kulop B. Mat Isa. Pada tahun 1963
sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi lapan buah bilik darjah didirikan dan
dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak iaitu Timbalan Perdana Menteri yang kedua pada
masa itu. Bangunan sekolah didirikan sehingga kini dan berfungsi sepenuhnya termasuk
kantin, makmal komputer, prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Pada tahun 2017, SK Bota Kanan telah dipilih menjadi sekolah di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sekolah ini ialah feeder school bagi SMK Dato’ Abdul
Rahman Yaakob, Bota.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Sains menekankan pembelajaran
berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik (BPK, 2013). Bermula
pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

40

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta. Bagi merealisasikan kurikulum Sains, Dasar Pendidikan Science,
Technology, Engineer dan Mathematics (STEM) dilaksanakan bagi merangsang minat murid
dalam mengaplikasikan pendekatan baharu yang menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Penggunaan peta i-Think, telah berjaya membudayakan KBAT dalam
kalangan pelajar.

2.0 Pernyataan Masalah

Berikut disertakan pencapaian Sains bagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun
responden.

PENCAPAIAN SAINS

100.00%

50.00% 75.51% 61.22%
0.00% PPT PAT

Berdasarkan analisis SAPS, didapati bahawa pencapaian murid bagi subjek Sains
semakin menurun. Hal ini menjadi kebimbangan dalam kalangan guru Sains SK Bota Kanan.
Dapatan menunjukkan murid kurang faham fakta yang telah dipelajari dalam kelas walaupun
guru telah menggunakan kaedah lembaran latihan.

Pada masa yang sama, murid-murid perlu menguasai terlalu banyak fakta Sains
menyebabkan mereka bermasalah untuk menghafal. Hal ini juga menunjukkan murid tidak
dapat menguasai fakta Sains dan menyebabkan mereka kurang bermotivasi dalam
pembelajaran Sains.

3.0 Objektif

Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

3.1 membudayakan penggunaan peta pemikiran i-Think untuk
meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains.

3.2 menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta berinovasi.

4.0 Metodologi

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua bentuk iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kaedah
kualitatif digunakan dengan menggunakan keputusan peperiksaan UPSR untuk menunjukkan

41

keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think. Keputusan peperiksaan Sains
pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR pada tahun semasa dijadikan kunci membuktikan
keberkesanan program. Manakala data bagi kaedah kuantitatif pula didapati melalui soal
selidik yang dijawab oleh murid kelas Tahun 6. Soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan
pandangan murid terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
meningkatkan minat dan keyakinan responden terhadap subjek Sains.

5.0 Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada seramai 49 orang murid Tahun 6. Sampel kajian terdiri
daripada 2 kelas iaitu Tahun 6 Ibnu Sina dan Tahun 6 Ibnu Khaldun.

Responden terdiri daripada latar belakang pencapaian akademik yang berbeza dan
cara pembelajaran yang berbeza.

6.0 Analisis Data

Data yang dikumpul melalui soal selidik dianalisis secara deskriptif statistik untuk mencari
kekerapan dan peratus. Maklumat yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual
dan graf. Manakala keputusan peperiksaan murid dianalisis dalam dua bentuk perbandingan
iaitu peperiksaan pertengahan tahun sehingga peperiksaan UPSR dan perbandingan
keputusan UPSR Sains dari tahun 2016 sehingga 2019. Analisis keputusan dipersembahkan
dengan menggunakan carta palang untuk membandingkan perbezaan peratus pencapaian
responden.

7.0 Kaedah Pelaksanaan

Penggunaan Peta Pemikiran i-Think ini melibatkan 4 fasa secara keseluruhannya, iaitu
pembinaan peta i-Think secara kumpulan, pembinaan peta i-Think secara individu,
pertandingan membina peta i-Think dan Gallery Walk.

a) Pembinaan peta i-Think dilaksanakan secara kumpulan

Aktiviti ini melibatkan seramai lima orang murid dalam satu kumpulan. Ahli
kumpulan terdiri daripada murid yang pelbagai tahap pencapaian agar
membolehkan murid yang lemah dibantu oleh murid yang cemerlang. Selepas
sesuatu topik berakhir, murid perlu menghasilkan satu peta i-Think dalam kumpulan
dalam masa seminggu. Secara berkumpulan, murid perlu membincang isi
kandungan yang perlu dimasukkan dalam peta i-Think. Murid juga bebas memilih

42

peta i-Think yang sesuai untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan. Hal ini
bertujuan untuk melatih murid supaya mahir dengan penggunaan peta pemikiran i-
Think yang pelbagai. Pada masa yang sama, murid perlu mempersembahkan hasil
kerja secara kreatif. Hasil kerja kumpulan dipamerkan dalam kelas untuk
dibentangkan dan sebagai medium ulang kaji.

Setiap peta i-Think yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri seperti tulisan
yang mudah dibaca dan saiz yang sesuai, berwarna-warni, mudah difahami dan
tidak padat manakala tajuk yang terlibat dalam aktiviti ini adalah:

• Jenis Mikroorganisme
• Kebaikan dan Keburukan Mikrorganisme
• Interaksi Haiwan
• Ancaman Kepupusan Haiwan
• Bahan Buangan

b) Pelaksanaan peta i-Think secara individu

Murid akan ditugaskan untuk menghasilkan Peta i-Think secara individu setelah
mahir dalam aktiviti berkumpulan. Untuk tugasan ini, peta pemikiran i-Think akan
dihasilkan sama ada secara bertulis atau menggunakan komputer. Dengan
menggunakan komputer, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi minat
murid untuk berkarya. Kesannya murid akan menjadi lebih kreatif.

Berikut disertakan tajuk-tajuk yang melibatkan pembinaan peta i-Think secara
individu:
• Daya dan Geseran
• Kesan Daya Geseran
• Pengawetan Makanan
• Fasa-fasa Bulan

Hasil kerja murid akan ditampalkan dalam kelas dalam bentuk Gallery Walk dan
murid lain boleh menulis komen hasil kerja kawan.

c) Pertandingan menghasilkan peta i-Think

Pada masa yang sama, Guru Sains Tahun 6 bekerjasama dengan Panitia Sains
untuk menganjurkan Pertandingan I Pkio. Setiap murid perlu menghantar sebanyak
3 penyertaan. Tajuk yang terlibat berdasarkan buku teks Sains Tahun 4 dan 5.
Tempoh masa pertandingan ini adalah selama 3 bulan sahaja bermula bulan Mei,
Jun dan Julai. Penghakiman dilakukan pada setiap awal bulan Jun, Julai dan Ogos.
Hanya pemenang tempat pertama hingga kelima diberikan hadiah. Pertandingan
ini bertujuan untuk mengalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis di samping
sebagai medium untuk mengulang kaji pelajaran.

43

d) Gallery Walk

Hasil kerja murid yang menarik dan kreatif berdasarkan aktiviti membina peta
pemikiran i-Think secara berkumpulan, individu dan Pertandingan I Pkio akan
dipamerkan di dewan sekolah sebagai bahan rujukan dan panduan murid-murid lain
di sekolah. Murid-murid lain juga digalakkan untuk memberi kata-kata semangat
pada setiap hasil kerja yang dihasilkan.

8.0 Kesan Pelaksanaan

Peta pemikiran i-Think dapat:

(a) Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan (rujuk QR Code), didapati bahawa terdapat
peningkatan pencapaian responden dalam mata pelajaran Sains. Bagi keputusan
UPSR tahun 2019, kesemua responden mencapai kelulusan 100 peratus bagi mata
pelajaran Sains. Apabila dibandingkan keputusan peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan UPSR, didapati peningkatan sebanyak 29.78 peratus pencapaian
responden dalam mata pelajaran Sains. Malahan, keputusan UPSR juga meningkat
sebanyak 3.99 peratus bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018.

Analisis menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think memberi kesan
positif dalam pencapaian responden dalam mata pelajaran Sains. Ini jelas
membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think secara kreatif membantu
meningkatkan pencapaian murid.

Bermula pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerapkan
soalan peperiksaan berunsurkan KBAT sebanyak 20 peratus. Justeru itu, kaedah
penggunaan peta pemikiran i-Think yang diaplikasikan berupaya membantu murid
berfikir secara kreatif dan kritis di samping mendorong mereka untuk berfikir secara
konseptual, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam situasi yang
wajar.

Pengaplikasian peta pemikiran i-Think ini merupakan sebahagian daripada
aplikasi teknik kemahiran berfikir aras tinggi yang boleh digunakan sebaik yang
mungkin supaya pembelajaran yang berlangsung akan lebih bermakna kepada murid
khususnya pada peringkat sekolah rendah (Normah, 2019). Secara keseluruhannya,
peta pemikiran i-Think membantu murid untuk berfikir, memudahkan pemahaman serta
membantu pelajar membentangkan idea-idea yang bernas dan baru secara visual.
Kesannya, apabila murid telah berjaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah
dipelajari mereka dapat mengingati fakta. Pengetahuan ini dapat membantu murid
untuk mengaplikasikannya semasa menjawab soalan serta dalam kehidupan harian.

44

(b) Membantu meningkatkan minat responden terhadap mata pelajaran Sains

Berdasarkan respons soal selidik yang telah dijalankan, didapati bahawa hampir
70peratus responden bersetuju bahawa mereka merasa tidak bersemangat dan kurang
faham apabila guru hanya menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar.

SOALAN YA TIDAK
ff

1. Adakah anda minat mata pelajaran Sains? 43 6
15 34
2. Adakah anda faham kemahiran dipelajari jika guru
hanya menggunakan buku teks?

3. Pernahkah anda buat peta pemikiran i-Think? 49 0

4. Adakah guru kerap meminta anda membuat peta 45 4
pemikiran i-Think selepas topik yang diajar? 47 2
5. Adakah peta pemikiran i-Think bantu anda faham topik 44 5
yang dipelajari? 46 3
6. Adakah anda suka jika guru selalu menggunakan peta 48 1
pemikiran i-Think? 48 1

7. Adakah anda setuju bahawa peta pemikiran i-Think
membantu anda mengingati kemahiran yang dipelajari?

8. Adakah anda rasa bangga sekiranya hasil kerja anda
dipamerkan?

9. Adakah anda setuju bahawa peta pemikiran i-Think
membantu anda untuk berfikir secara kreatif?

Jadual 1: Kekerapan (f) responden terhadap soal selidik

Hampir 96 peratus responden bersetuju bahawa peta pemikiran membantu
mereka memahami dan mengingati kemahiran yang telah dipelajari. Menurut Zain
(2003), sekiranya seseorang pelajar itu hanya membaca sahaja sewaktu dia
mengulangkaji pelajaran, peratusan daya ingatannya hanyalah 20 peratus. Apabila dia
mendengar, peratusannya meningkat kepada 30 peratus, seterusnya apabila dia
melihat peratusan menjadi 40 peratus, menyebut 50 peratus, membuat, melakar atau
menulis 60 peratus dan kombinasi ke semua teknik tersebut akan meningkatkan
peratusan kepada 90 peratus.

5. Adakah peta pemikiran i-Think bantu anda faham
topik yang dipelajari?

YA TIDAK

45

7. Adakah anda setuju bahawa peta pemikiran i-Think
membantu anda mengingati kemahiran yang
dipelajari?

YA TIDAK
Malahan, hampir 90 peratus responden berasa suka apabila guru menggunakan peta
pemikiran i-Think dalam mata pelajaran Sains.

6. Adakah anda suka jika guru selalu menggunakan peta
pemikiran i-Think?

YA TIDAK

Selain itu, terdapat 98 peratus responden setuju bahawa penggunaan peta pemikiran
i-Think membantu mereka untuk berfikir secara kreatif.

9. Adakah anda setuju bahawa peta pemikiran i-Think
membantu anda untuk berfikir secara kreatif?

YA TIDAK

Di samping itu, berdasarkan pemerhatian pengkaji, responden juga menunjukkan
sikap yang positif semasa pengkaji menggunakan peta pemikiran i-Think dalam mata
pelajaran Sains. Responden diberi kebebasan sepenuhnya untuk mempersembahkan
maklumat dalam bentuk peta minda yang ditetapkan. Berdasarkan pemerhatian,
responden berasa seronok apabila boleh berkarya berdasarkan kreativiti dan ia
membantu memupuk daya kreativiti dalam diri mereka.

46

9.0 Rumusan
Pembudayaan pengguna peta pemikiran i-Think yang kreatif dan menarik yang telah
dihasilkan oleh murid banyak memberi impak yang positif dari segi pencapaian peperiksaan
dan peningkatan minat kepada mata pelajaran Sains. Malahan, ia secara tidak langsung
meningkatkan keyakinan murid dalam mempelajari dan mengaplikasikan pengetahuan Sains
selain memupuk pemikiran yang kreatif serta kritis dalam kalangan murid. Dengan
penggunaan peta pemikiran i-Think secara terancang dan berterusan, salah satu elemen
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu untuk melahirkan generasi berfikiran
aras tinggi dapat direalisasikan seterusnya meningkatkan penyertaan murid dalam aliran
STEM.

‘Saya Buat, Saya Faham dan Ingat’ sedang dibudayakan dalam usaha memangkinkan
kreativiti guru dan murid agar dapat membantu melahirkan murid yang berdaya saing dan
kalis masa hadapan. Panitia Sains dengan kerjasama unit kurikulum sekolah sedang giat
mempromosi dan membantu panitia lain membudayakan penggunaan peta pemikiran i-Think.

Bibliografi
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Normah,Z. , Azita, A. , Nur Izeanty, H.& Suhaili,A. R. (2016). Aplikasi Peta Pemikiran

I-Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Batu Pahat:
Penerbit Universiti Tun Hussin Onn Malaysia
Zain. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Scan QR Code

47

KEBERKESANAN KAEDAH PENEGUHAN POSITIF
BAGI MENINGKATKAN KUALITI GURU

Vanajah a/p Annamalai

SJK(T) Tapah, Perak
[email protected]

Abstrak

Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam kehidupan seseorang terutamanya
semasa di sekolah rendah. Seseorang itu akan mula mengukir potensi dirinya di sekolah
rendah, dan di mana kualiti guru serta persekitaran sekolah yang positif amat penting dalam
membantu pembangunan positif ini. Ledakan era globalisasi menyebabkan bidang pendidikan
ini sering mengalami perubahan terutama dalam kemahiran Information and Communications
Technology (ICT). Hal ini mendesak warga pendidik untuk bergerak laju dalam
membangunkan diri seiring dengan keperluan dunia pendidikan. Peneguhan positif dan
motivasi adalah antara cara yang berkesan bagi mempertingkatkan kualiti guru. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengkaji keberkesanan peneguhan positif dan motivasi dalam meningkatkan
kualiti guru demi memantapkan PdPc di SJK(T) Tapah. Terdapat beberapa program
peneguhan positif bagi meningkatkan progres dan kualiti pendidik telah dikendalikan di
sekolah. Antaranya, program coaching mentoring, kaedah hot seat, program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP) dan kaedah memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang
cemerlang. Selain itu, data juga dikumpulkan daripada rekod sekolah dan melalui soal selidik.
Dapatan hasil kajian ini menunjukkan kaedah peneguhan positif mempunyai hubungan
dengan kualiti guru.

Kata kunci: Peneguhan positif, kualiti guru, kemahiran ICT

1.0 Latar Belakang

Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah merupakan asas kepada semua
pendidikan formal. Masalah pembelajaran yang tidak diselesaikan pada tahap rendah ia akan
berterusan ke peringkat menengah dan tinggi. Terdapat sebanyak 7780 buah sekolah rendah
yang memberikan pendidikan asas di Malaysia (KPM, 2020) dan SJK(T) Tapah merupakan
salah sebuah daripadanya. Kini SJK(T) Tapah sekarang sudah pun menjadi tarikan orang
ramai dengan pencapaian murid yang menyerlah. SJK(T) Tapah merupakan sebuah sekolah
yang terlibat dengan Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 2.0.

Kualiti guru antara perkara yang menjadi antara fokus pembangunan sekolah. Peranan
guru sebagai warga pendidik adalah amat penting untuk memartabatkan sistem pendidikan
dan kemenjadian murid. Hal ini kerana pencapaian akademik seseorang bergantung kepada
prestasi dan kualiti kerja warga pendidik (Nadeem et al., 2011). Kualiti guru merupakan faktor
primer yang akan mempengaruhi kualiti pendidikan (Mekonnen, 2014).

48

Guru-guru merupakan aset yang penting dalam sistem pendidikan terutamaya bagi
meningkatkan kemenjadian murid. Model Slavin menyatakan bahawa empat faktor akan
mempengaruhi pengajaran yang berkesan iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction),
kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa
(time) yang digunakan oleh guru-guru. Kualiti guru merupakan unsur utama untuk
meningkatkan kemenjadian murid yang akan meningkatkan prestasi dan kualiti sekolah kelak.

2.0 Pernyataan Masalah

Bagi mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu melestarikan sistem
pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara, kualiti guru juga amat penting. Guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan sentiasa
berketerampilan akan memenuhi aspirasi negara Malaysia (Mang, 2008).

Dalam era mengejar kemodenan dan globalisasi ini, guru-guru perlu menguasai
kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan menambahkan ilmu kemahiran komputer
bagi meningkatkan kualiti mereka. Hal ini mendesak warga pendidik untuk bergerak laju
dalam membangunkan diri dalam sektor pendidikan dan juga bidang teknologi.
Walaubagaimanapun guru-guru di SJK(T) Tapah kurang mahir dalam penggunaan ICT dan
lambat untuk bergerak bersama modenisasi kerana kebiasaan menggunakan teknik
pengajaran dan pembelajaran cara chalk and talk.

Peneguhan positif dan motivasi adalah antara cara yang berkesan bagi memantapkan
kualiti guru. Skinner (1930) memperkenalkan teori peneguhan positif dan negatif iaitu tingkah
laku seseorang itu boleh diubah suai melalui stimulus yang sesuai. Kalau peneguhan positif
melalui ganjaran menampakkan impak positif dan begitu juga sebaliknya. Ini membuktikan
motivasi amat penting dalam meningkatkan kualiti prestasi seseorang.

Oleh itu, pelbagai program berasaskan teori peneguhan positif telah dilakukan di
SJK(T) Tapah bagi menguruskan pembangunan kualiti guru-guru terutama dalam menjadikan
seseorang itu lebih profesional dan berkeyakinan dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang pendidik serta mahir dalam bidang ICT untuk meningkatkan kemenjadian murid dan
juga sekolah supaya SJK(T) Tapah menjadi sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) yang cemerlang.

3.0 Objektif

(a) Untuk mengenal pasti hubungan antara ganjaran positif dan peningkatan kualiti
guru.

(b) Bagi membandingkan tahap penggunaan ICT sebelum dan selepas memberikan
peneguhan positif.

49

4.0 Metodologi

Pelbagai program dan inisiatif yang berasaskan peneguhan positif telah dilaksanakan di
SJK(T) Tapah. Kajian ini meliputi program yang dilaksanakan pada tahun 2019. Ia telah
dilakukan dengan mengumpul data dari rekod sekolah sepanjang tempoh tahun yang hendak
dikaji dan mengendalikan borang coaching and mentoring.

4.1 Program-program peneguhan positif

Bagi meningkatkan progres dan kualiti pendidik pelbagai program telah
dikendalikan di SJK(T) Tapah. Antaranya adalah program dialog prestasi bersama
guru-guru. Program ini akan dijalankan dua bulan sekali. Dialog prestasi akan
dipengerusikan oleh guru besar bersama Senior Leader Team (SLT) dan guru-
guru. Kemajuan dan pencapaian para guru akan dibincangkan semasa program
ini.

Aktiviti seterusnya ialah program coaching mentoring. Program ini bertujuan
untuk membimbing guru oleh guru yang lain. Hal ini akan membantu untuk
mencapai matlamat secara berpasukan. Instrumen yang digunakan untuk program
ialah borang coaching mentoring bagi mengenal pasti keberkesanan program ini.
Contohnya beberapa orang guru muda telah membimbing guru lama dalam
penggunaan ICT.

Selain itu, kaedah hot seat juga merupakan metod peneguhan positif.
Program ini ialah program yang menempatkan guru yang cemerlang di mana-
mana bidang di sekolah akan mendapat peluang untuk duduk di atas hot seat
sepanjang waktu perhimpunan pagi. Setiap kejayaan guru diraikan bersama
murid dengan pemberian sijil, hadiah dan duduk di hot seat.

Di samping itu, program LADAP penggunaan ICT dijalankan oleh Pegawai
PKG Tapah Road Encik Megavarnan. Beliau juga dijemput untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar dalam penggunaan Frog Vle kepada guru–guru SJK(T)
Tapah.

Kaedah seterusnya, memberikan sokongan kepada warga pendidik yang
cemerlang. Program learning walk merupakan program yang telah dikendalikan
sepanjang tahun 2019 oleh guru besar dan penolong-penolong kanan. Dengan
program ini, guru-guru akan dipantau dan ajaran dan PdP yang bagus akan dipuji
secara serta merta ataupun diberi ganjaran dalam mesyuarat.

4.2 Pengumpulan data daripada rekod sekolah

Kaedah peneguhan positif ini mula dilaksanakan pada tahun 2018. Pada masa
itu, SJK(T) Tapah terlibat dalam program Frog Vle dan pada masa itulah, kaedah
peneguhan positif mula diimplementasikan. Rekod pencapaian guru sepanjang

50

tahun 2017 hingga 2018 dikumpul. Rekod tersebut diperoleh daripada fail-fail

yang terdapat di sekolah. Antara failnya termasuklah fail coaching and mentoring,
fail learning walk dan fail teacher’s voice.

4.3 Pengumpulan data melalui soal selidik

Kaedah Soal selidik telah dilaksanakan selepas setiap program bagi mengumpul
maklum balas guru-guru. Soal selidik merupakan teknik yang berkesan untuk
berinteraksi dengan guru-guru dan dapat mengetahui pandangan dan idea
mereka. Salah satu soal selidik yang dilaksanakan adalah Continous Professional
Development (CPD) participants feedback template. Soal selidik ini bertujuan
untuk mendapatkan maklum balas peserta (teacher’s voice) dan untuk mengetahui
manfaat yang mereka dapat diperolah daripada sesuatu program. CPD akan
dijalankan oleh Guru Besar setelah sesuatu program dikendalikan di sekolah dan
idea guru-guru akan dinilai serta tindakan seterusnya akan dijalankan.

4.4 Aktiviti riadah

Sekolah juga mengendalikan program riadah bagi memastikan guru-guru bebas
daripada tekanan atau stres bekerja dan juga mengeratkan hubungan silaturahim
antara warga pendidik.

5.0 Kesan Pelaksanaan

Motivasi merupakan satu kuasa dorongan yang membantu setiap individu untuk menjayakan
tugasan kerjaya dan aspirasi hidup (Chigoua, 2014). Pelbagai program telah dilaksanakan di
sekolah bagi memberikan semagat motivasi kepada guru. Inisiatif yang dijalankan untuk
dengan mencapai kualiti guru dalam PdPc dengan penggunaan ICT ialah coaching and
mentoring, dan bimbingan secara individu. Kaedah lain juga termasuklah kaedah pemantauan
dengan menggunakan borang SKPMg2, pencerapan PdPc dan amalan PAK21 dengan
meggunakan ICT secara berkala tiga kali setahun. Ia akan dijalankan oleh guru besar dan
tiga orang penolong kanan.

Penggunaan ICT di SJK(T) Tapah sebelum dan selepas peneguhan positif

Tahun 2017 2018 2019 2020 Kejayaan/Catatan

Perkara

VLE frog 10 % 80 % Peringkat negeri & kebangsaan

Google 0 % 10 % 30 % 100 % Peringkat kebangsaan
Classroom

E-rph 30 % 100 % Seorang guru berjaya menjadi tutor
Google

Google meet 100 %

Bahan ICT 16 % 44 % 67 % 100 % Webinar, Youtube & video

PdPc 16 % 44 % 77 % 100 % MCO menyebabkan 100 % penggunaan
Penggunaan ICT
ICT

51

Jadual di atas menunjukkan kekerapan penggunaan ICT sepanjang tahun 2017 hingga
2020. Mengikut jadual tersebut, kita boleh nampak peningkatan bilangan guru yang yakin
dengan penggunaan ICT dalam PdPc. Selain PdPc, warga pendidik telah berjaya
memanifestasikan kemahiran ICT mereka dalam talian online seperti membentang dalam
webinar, mengajar menggunakan youtube, menjadi youtuber, google classroom trainer dan
kursus atas talian.

Pada tahun 2018, murid SJK(T) Tapah berjaya dalam Frog Champion peringkat
antarabangsa. Oleh sebab itu, pihak sekolah telah menjemput Pegawai BTPN Encik Ibrahim
bin Mohamad Penolong Pengarah BTPN, Penyelia sekolah Tamil dari JPN Encik Sargunan,
pegawai PKG Encik Megavarnan dan wakil dari pihak Frog Vle Encik Fitri dan wakil dari PPD
Batang Padang Tuan Haji Thani untuk membuat pelancaran bilik Frog serta memberi
anugerah kepada guru dan murid yang telah mendapat penggunaan tertinggi dalam Frog
Champion iaitu peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Didapati guru–guru telah berjaya menggunakan ICT dengan mantap dan berkesan
hasil daripada coaching and mentoring serta bimbingan yang dijalankan daripada tahun 2017-
2020. Salah satu contoh buktinya ialah guru lama telah mula menaip rancangan pengajaran
yang berformat 3 part-lesson. Perbincangan antara guru besar bersama guru muda dan
guru–guru lama telah direkodkan dalam borang coaching mentoring.

Hasil pelaksanaan program yang dijalankan menunjukkan kaedah peneguhan positif
mempunyai perhubungan positif yang sederhana dengan peningkatan kualiti guru. Ini
bermaksud apabila kaedah peneguhan positif meningkat, semangat guru untuk pencapaian
juga meningkat.

Walaupun pelbagai manfaat diperoleh daripada kaedah-kaedah tersebut, terdapat juga
cabaran menjayakannya. Antara masalah yang dinyatakan oleh guru-guru adalah kekurangan
bilangan komputer bagi menambahbaikan dirinya dalam bidang ICT. Bukan semua orang
guru mempunyai alat-alat telekomunikasi yang canggih dan hal ini menjadi halangan untuk
meningkatkan kualiti guru.

Selain itu, ada sesetengah guru menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai
panduan dalam bidang ICT dan hal ini merumitkan penggunaan aplikasi ICT dalam PdPc.
Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi menjadi masalah
kepada guru-guru yang kurang mahir dalam bidang teknologi.

Mereka juga menghadapi kekangan masa untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Daripada temu bual dengan sebilangan guru-guru, kebanyakan menyatakan mereka
memerlukan masa tambahan luar daripda waktu bekerja bagi menyediakan persiapan bagi
mengintegrasikan teknologi dalam PdPc. Kajian Lynn et al (2005) menyatakan bahawa dalam
kajiannya 73 peratus responden dianggarkan bekerja sekurang-kurangnya lebih sejam
tambahan. Ramai pendidik mengorbankan masa peribadi untuk mengaplikasikan ICT di
dalam kelas. Masa peribadi mereka yang sepatutnya meluangkan bersama keluarga dan
rumah mereka (Kheong et al., 2010).

52

Kemajuan sesebuah sekolah terletak pada tangan pemimpin. Pemimpin yang
berwibawa adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi (Bass, 1990). Jika pemimpin ingin menggunakan kaedah peneguhan positif,
mereka perlu mengelakkan sikap pilih kasih kerana ia akan membawa kepada kemerosotan
produktiviti. Motif utama peneguhan positif ini adalah untuk memberi tumpuan kepada
pencapaian positif.

6.0 Penambahbaikan

Kajian ini dikendalikan untuk menganalisis progres warga pendidik selepas pengenalan
peneguhan positif. Dalam kajian ini hanya dibandingkan pencapaian dalam satu tahun
sebelum intervensi, dengan tiga tahun selepas intervensi. Tempoh yang tidak sama boleh
menyebabkan bias kepada dapatan. Oleh itu, kajian pada masa depan boleh membuat
analisis dalam jangka masa yang sama.

7.0 Rumusan

Secara tuntasnya, kaedah peneguhan positif menunjukkan indikasi yang memberangsangkan
bagi meningkatkan kualiti guru. Menurut William James, seorang ahli psikologi dan ahli
falsafah Amerika, "Prinsip terdalam sifat manusia adalah keinginan untuk dihargai.” Apabila
usaha dan kerja kita telah diperakui, kita akan berasa diri bermanfaat dan dihargai dan ini
ialah sifat sejagat manusia (Pitt, 2013).

Bibliografi

Amin, N. B., Amir, A. M., & Ismail, S. F. (2019). Key Ferformance Indicators Tugas,
Ganjaran Dan Prestasi Kerja Gru Di Sekolah Kerajaan. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 1(Bil.6, Isu 4), 60. Retrieved from
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/6255/Template 4.pdf

Atan, N., & Andrew, B. (2010). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran: sejauh
mana ia meningkatkan kemahiran generik guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia.
… Meningkatkan Kemahiran Generik Guru Pelatih …. Retrieved from
http://eprints.utm.my/11648/

BARIDAH BINTI DIN. (2013). Pelaksanaan Ldp Dan Hubungannya Dengan Motivasi Kerja
Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Segamat. 16, 8.

Chee Kim Mang. (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institut perguruan : satu
tinjauan dari perspektif pentadbir sekolah ( quality of beginning teachers of a teacher
training institute : a survey from the perspective of school administrators ). Jurnal
Pendidik Dan Pendidikan, 83(i), 49–67.

Educational Psychology Interactive_ QAIT. (n.d.).

53

Hanafi, M., Yasin, M., & Mokhtar Tahar, M. (2016). Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian
dan Token Ekonomi untuk Modifikasi Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas “Slow
Learner” Neurodevelopmental disorders in the education of Malaysian athletes View
project Multimedia Visual module View project. (August). Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/311105655

KPM - Statistik Bilangan Sekolah, Murid & Guru. (n.d.).
Mekonnen, S. (2014). Problems Challenging the Academic Performance of Physics Students

in Higher Governmental Institutions in the Case of Arbaminch, Wolayita Sodo, Hawassa
and Dilla Universities. Natural Science, 06(05), 362–375.
https://doi.org/10.4236/ns.2014.65037
Nadeem, M. (2011). Teacher’ s Competencies and Factors Affecting the P erformance of
Female Teachers in Bahawalpur (Southern Punjab) Pakistan. International Journal of
Business and Social Science, 2(19), 217–222. Retrieved from
http://search.proquest.com/openview/81fbffe4adf88a2d39253decdc296d19/1?pqorigsi
te=gscholar&cbl=646295peratus5Cnhttp://ijbssnet.com/journals/Vol_2_No_19_Specia
l_Issue_October_2011/27.pdf
Pandian, A. (2004). Penggunaan Rcr Dalam Pengajaranipembelajaran Bahasa Melayu: Hala
Tuju Guru Pelatih Bahasa Melayu. The Asia Pacific Journal of Educators and Education
(Formerly Known as Journal of Educators and Education), 19(1), 1–17.
Pitt, J. (2013). The deepest prinicple of human nature is a craving to be appreciated. The
Royal Gazzette. Retrieved from

Scan QR Code

54

EMPING

Kamarul Izam bin Abdul Kadir, Mohamad Yusof bin Hamid,
Sarifah binti Said Wok

Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak
[email protected]

Abstrak

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid yang masih di tahap
penguasaan tahap minimum untuk meningkat walaupun ketinggalan akibat ketidakhadiran ke
sekolah berpunca daripada faktor kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Program ini
dijalankan berdasarkan hasil temu bual, kajian data kehadiran dan kajian data pencapaian
akademik. Kaedah ‘Plan, Do, Check, Act (PDCA) digunakan dalam proses pelaksanaan.
Program ini ditumpukan kepada murid yang telah dipastikan memerlukan sokongan dan
galakkan untuk mendapatkan pendidikan asas walaupun tidak hadir ke sekolah.
Keberkesanan program ini ditunjukkan melalui pencapaian murid semasa pentaksiran sumatif
dan pencapaian murid menguasai tahap minimum sesuatu mata pelajaran. Beberapa
cadangan dikemukakan sebagai panduan kepada guru dan pentadbir untuk menambah baik
perjalanan program ini dan keberkesanannya.

Kata kunci: terpinggir, menguasai tahap minimum, emping, PDCA, pentaksiran

1.0 Pengenalan

Asas kejayaan sistem persekolahan bergantung kepada sekurang-kurangnya yang murid
tahu, faham, dan mampu lakukan. Sejak dahulu lagi, murid Malaysia berkebolehan
mengemukakan semula kandungan mata pelajaran yang diikuti.

Keupayaan murid perlu dipertingkatkan hingga mampu menaakul, membuat unjuran
dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana baharu yang berlainan serta
memiliki ciri kepimpinan dalam diri. Impian tersebut menjadi cabaran kepada sekolah dan
guru-guru untuk direalisasikan. Jika difokuskan kepada kawasan persekitaran Sekolah
Kebangsaan Changkat Jong, wujud jurang yang besar dalam mencapai matlamat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah ini terletak di pinggir bandar Teluk Intan dan mempunyai 19 orang guru,
seorang pembantu tadbir, seorang juruteknik komputer, seorang pembantu pengurusan murid
prasekolah dan dua orang pembantu operasi. 147 orang murid tinggal dalam lingkungan
enam batu dari kawasan sekolah dengan komuniti terdiri daripada pekebun kecil, buruh
ladang dan nelayan sungai. Taraf hidup yang sederhana dalam kalangan ibu bapa penjaga
mempengaruhi pembelajaran anak-anak.

Pada tahun 2018, satu program yang dikenali sebagai Program MAYANG telah
dilaksanakan bagi menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah seterusnya meningkatkan

55

peratus kehadiran murid keseluruhannya. Bagi menarik perhatian murid, pihak sekolah
menyediakan hadiah cabutan bertuah bagi murid yang hadir 100 peratus secara mingguan,
bulanan dan tahunan. Walaupun hadiah disediakan sebagai ganjaran tetapi masih tidak
dapat mempengaruhi murid untuk hadir ke sekolah. Setelah dibuat postmortem didapati
bahawa ketidakhadiran murid adalah berpunca daripada peranan ibu bapa. Pelbagai alasan
ibu bapa menjadi punca murid tidak hadir ke sekolah.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengariskan 11
Anjakan yang menjadi matlamat KPM. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa dalam Anjakan 1 menjadi kunci utama kepada kemenjadian
murid di sekolah di samping Anjakan 10 yang memberikan fokus kepada ‘memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit’ yang telah diperuntukkan bagi pembelajaran murid.
Sehubungan itu, dan lanjutan daripada Program MAYANG yang telah dijalankan, maka satu
program pemurnian telah dilaksanakan. Program tersebut dikenali sebagai Program
EMPING.

2.0 Pernyataan Masalah

Muhammad Awang (1990) telah mendefinisikan masalah sebagai matlamat yang ingin
dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamat itu dengan segera. Tiga
komponen asas telah dikelaskan oleh beliau iaitu sekumpulan maklumat yang tersedia
(huraian masalah), sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi
menghasilkan penyelesaian (tindakan) dan matlamat atau penghuraian tentang keadaan
yang dianggap sebagai penyelesaian kepada masalah.

Pendidikan di SK Changkat Jong telah diklasifikasikan kepada tiga perkara utama iaitu
pembelajaran murid, kualiti guru dan persekitaran pembelajaran positif. Merujuk statistik
tahun 2017, masalah gejala ponteng adalah isu terbesar dalam disiplin murid. 1.40 peratus
berbanding salah laku disiplin yang lain. Jenny Anak Michael Jemat dan Che Nazrah Binti
Yusof (2016) mendefinisikanya sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Masalah ponteng
mendapat perhatian semua komuniti dan beranggapan bahawa sekolah bukan suatu tempat
yang menarik perhatian murid.

Amalan terbaik yang diusahakan oleh sekolah berfokus kepada masalah
ketidakhadiran murid ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Namun jauh di sudut hati
mereka, mereka inginkan ilmu. Pendapat ini dikukuhkan dengan pencapaian murid yang
sering tidak hadir ke sekolah yang masih lulus atau mencapai tahap menguasai tahap
minimum walaupun kehadiran mereka kurang memuaskan.

Oleh yang demikian, Program EMPING yang dijana bagi membantu murid yang
ketinggalan dan terpinggir untuk mendapat pendidikan yang sama rata. Secara ringkasnya
EMPING merupakan salah satu makanan tradisi orang Melayu yang dihasilkan dengan
menukar beras kepada emping melalui beberapa proses. Begitu juga dengan program yang
dirancang akan melibatkan beberapa proses sebelum hasilnya diperoleh. Selain itu, EMPING
adalah akronim bagi Elak Murid Terpinggir.

56

3.0 Objektif

(a) Membantu murid yang tidak hadir ke sekolah mendapat pendidikan yang sama
rata.

(b) Memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan Pendidikan.
(c) Memberikan peluang murid yang berkebolehan mendapat pendidikan.
(d) Mencari nilai atau kebolehan murid melalui pendidikan di rumah.
(e) Program ini telah memberikan ruang dan peluang kepada murid yang dahagakan

ilmu pendidikan walaupun tidak hadir ke sekolah.

4.0 Metodologi

Beberapa kaedah digunakan dalam mengenal pasti isu dan penyelesaian. Antaranya adalah
melalui temu bual, dapatan data daripada APDM dan SAPS:

4.1 Langkah Rancang (Plan)

Guru mengenal pasti murid dan punca murid tidak hadir ke sekolah. Daripada
sesi temu bual yang dijalankan kepada tiga orang murid, ketidakhadiran murid
disebabkan oleh faktor ibu bapa. Program yang dilaksanakan adalah untuk
membantu murid agar tidak ketinggalan mendapat dalam ilmu dan kemahiran
yang disampaikan di sekolah. Walaupun ibu bapa adalah punca kepada
keciciran, namun pihak sekolah tetap berusaha untuk menyampaikan pendidikan
secara di luar bilik darjah. Murid dapat belajar walaupun di rumah berbekalkan
modul latihan dan nota sokongan daripada guru. Pihak sekolah meletakkan
harapan agar program ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa akan
kepentingan pendidikan kepada anak-anak, seterusnya mengambil langkah
menghantar anak-anak ke sekolah. Matlamat utama adalah untuk memastikan
semua anak-anak Kampung Changkat Jong mendapat ilmu yang sewajarnya.

4.2 Langkah Buat (Do)

Untuk mengatasi isu ini, Program EMPING dilaksanakan bagi membantu murid
yang tercicir dan inisiatif sekolah untuk terus memberikan pengetahuan kepada
murid-murid di SK Changkat Jong. Pelaksanaan program adalah secara Latihan
Modul Mata Pelajaran Teras dan nota sokongan. Semua guru mata pelajaran
teras akan menyediakan soalan latihan yang bersesuaian untuk diselesaikan
oleh murid dengan merujuk buku teks. Modul latihan ini disediakan setiap hari
Isnin dan perlu di pulangkan pada hari Jumaat. Kitaran ini adalah berterusan
pada minggu yang berikutnya. Modul latihan diletakkan di pondok pengawal dan
boleh diambil pada bila-bila masa mengikut kelapangan ibu bapa dan penjaga.
Jika terdapat ibu bapa dan penjaga yang tidak mempunyai kenderaan maka
inisiatif ibu bapa dan jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk
membantu menyampaikannya kepada murid di rumah.

57


Click to View FlipBook Version