The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2020-11-29 22:56:29

BUKU TRANSFORMASI MEMACU KEMENJADIAN MURID: KOMPILASI AMALAN TRANSFORMASI SEKOLAH KOHORT 1, 2 & 3 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) NEGERI PERAK TAHUN 2020

COVER-merged

4.3 Langkah Semak (Check)

Guru akan menyemak modul latihan tersebut apabila murid menghantar semula
latihan tersebut. Jika murid hadir pada minggu berikutnya, perbincangan modul
akan dibuat oleh guru mata pelajaran secara bersemuka dan individu.
Bimbingan secara berfokus diberikan. Walaupun murid hadir, modul latihan
tersebut perlu diambil dan diselesaikan secara berterusan. Guru perlu mengenal
pasti aras soalan yang diberikan adalah bersesuaian dan mengikut aras
kebolehan murid. Jika aras terlalu tinggi maka ia akan menjadikan murid
semakin tidak berminat untuk menjawab. Modul latihan ini adalah lebih bersifat
penjanaan keyakinan diri. Jika murid dapat menyelesaikan secara kendiri maka
motivasi untuk belajar akan meningkat. Seterusnya murid akan datang ke
sekolah untuk belajar secara khusus dan konsisten.

4.4 Langkah Tindakan (Action)

Guru berperanan dalam menarik minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah.
Bentuk soalan yang diberikan tidak berfokus kepada penulisan semata-mata
tetapi juga dalam bentuk tugasan yang lain seperti peta i-Think, lukisan dan juga
model. Murid juga digalakkan menterjemahkan tugasan mengikut kreativiti
masing-masing. Guru-guru juga perlu peka dengan kehadiran murid kerana
kehadiran mereka sangat penting untuk guru memberikan bimbingan dalam
pembelajaran dengan merujuk modul yang diberikan. Pembelajaran adalah
secara ansur maju dan sederhana supaya murid tidak akan keciciran ilmu dan
kemahiran. Matlamat utama adalah supaya murid dapat meningkatkan
pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan sekurang-kurangnya Tahap 3
dalam tahap pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Selain Kaedah PDCA, kaedah temu bual digunakan untuk mengenali murid
dan masalah yang dihadapi. Pemerhatian kepada Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) murid juga
digunakan sebagai data driven.

Dapatan daripada temu bual yang dijalankan dan direkodkan adalah seperti
berikut;

(a) Responden 1

Berdasarkan temu bual yang dijalankan antara guru dan murid berkenaan,
didapati murid ini hadir ke sekolah jika bapanya bekerja shift malam dan
tidak akan hadir ke sekolah jika bapanya bekerja shift siang. Bapanya
seorang pekerja kilang dan pendapatan keluarga hanya bergantung kepada
pendapatan bapanya sahaja. Ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.
Keadaan jalan raya yang sibuk dan jarak rumah yang terpencil di dalam
kawasan kelapa sawit membataskan pergerakan jika tidak ditemani oleh
bapa.

58

(b) Responden 2

Ibu bapa bercerai dan ibu pula sudah berkahwin lain namun pasangan
baharu tidak mahu menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Murid
ini ditinggalkan bersama-sama seorang kakak yang masih bersekolah
dalam Tingkatan 5. Murid ini akan hadir ke sekolah jika kelengkapannya
dipenuhi dan ada wang saku. Mereka selalu kehabisan bekalan makanan
dan wang saku. Bantuan jiran-jiran berdekatan sering diperoleh sejak dua
tahun yang lalu. Murid mempunyai potensi untuk cemerlang, namun tiada
asuhan dan kawalan orang dewasa menyebabkan mereka semakin
ketinggalan.

(c) Responden 3

Hasil pemerhatian guru dan temu bual dengan jiran-jiran murid ini, didapati
murid ini mengalami masalah keluarga di mana ibu bapa sudah bercerai
dan murid ini dijaga oleh nenek yang sudah uzur. Mereka mendiami sebuah
rumah yang sudah usang dan reput di sana sini. Mereka mendapat bekalan
makanan daripada jiran-jiran terdekat dan sanak saudara. Murid ini tidak
dapat belajar di rumah kerana tiada kemudahan asas dan sering tidak hadir
ke sekolah kerana perlu menjaga nenek yang sakit. Namun pencapaian
murid ini masih baik dan guru memberikan panduan bagi membantunya
belajar di rumah.

Manakala data kehadiran murid dikumpul dan dikaji berdasarkan bentuk
atau pola ketidakhadiran murid. Daripada hasil semakan data kehadiran,
didapati ada murid yang hadir ke sekolah berselang-seli dalam seminggu.

5.0 Kaedah Pelaksanaan

Murid yang tidak hadir ke sekolah ini, tidak mempunyai kemudahan telefon pintar, talian
internet mahupun saluran Astro di rumah. Mereka hanya bergantung kepada pendidikan
formal di sekolah sahaja. Ketidakhadiran mereka ke sekolah menyebabkan mereka
ketinggalan dan tercicir untuk mendapatkan ilmu yang sama rata seperti murid yang lain.
Oleh itu, Program EMPING digerakkan dengan kerjasama semua guru dan juga ibu bapa
yang prihatin dengan kepentingan ilmu. Pihak guru menyediakan bahan sokongan berupa
modul pendidikan mengikut mata pelajaran teras. Setiap minggu murid ini akan dibekalkan
dengan empat set modul. Secara purata, murid akan menerima 80 soalan dalam seminggu.
Selain itu, nota-nota ringkas juga dibekalkan sebagai panduan. Modul ini akan diletakkan di
pondok pengawal dan akan diambil oleh ibu bapa atau penjaga mereka setiap hari Isnin tanpa
mengira masa, bergantung kepada kelapangan ibu bapa. Modul ini akan diserahkan semula
pada hari Jumaat untuk disemak dan sebagai persediaan guru untuk menyediakan modul
baharu pada hari Isnin. Begitulah seterusnya sehingga murid ini keluar dari kepompong
ketidakhadiran ke sekolah.

59

Bagi murid yang mempunyai masalah pengangkutan, modul akan diserahkan oleh ibu
bapa yang secara sukarela untuk menghantar modul ke rumah murid. Ibu bapa yang
berkelapangan secara sukarela akan membawa modul dan menghantarnya ke rumah murid
yang dikenal pasti dan bersama-sama guru membantu memberikan pendidikan terus ke
rumah. Ibu bapa yang membantu ini terdiri daripada ibu bapa yang bekerja sendiri dan
mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan harian. Murid yang
tercicir ini akan dibantu secara individu sekiranya mereka hadir ke sekolah. Guru kelas dan
guru mata pelajaran teras akan sentiasa memantau pencapaian murid ini dan melaporkannya
kepada jawatankuasa hal ehwal murid dari semasa ke semasa.

Modul yang disiapkan juga akan dinilai semula sama ada kemahiran yang dikehendaki,
boleh dicapai oleh murid dengan bimbingan yang minimum. Murid boleh menulis soalan yang
tidak difahami dan akan diselesaikan oleh guru dalam modul yang akan datang.

6.0 Kesan Pelaksanaan

Pencapaian murid dinilai secara berterusan. Tiga responden telah dipilih bagi menunjukkan
pencapaian mereka sepanjang dua tahun pelaksanaan Program EMPING ini.

Secara keseluruhan, murid yang dipilih menyertai Program EMPING memberikan

maklum balas yang positif. Hasil dapatan menunjukkan murid ini semakin meningkat dari segi

pencapaian pentaksiran sumatif dan berjaya mencapai tahap penguasaan yang baik dalam

pentaksiran bilik darjah. Program ini diteruskan dengan melibatkan murid Tahap 2 yang

mempunyai masalah yang sama. Murid-murid dikenal pasti oleh guru kelas dan guru-guru

mata pelajaran yang lain dan pihak jawatankuasa hal ehwal murid akan menyemak data profil

mereka bagi mengenal pasti kelemahan murid dan mencari penyelesaian yang sesuai dengan

murid. Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan yang

dijalankan.

Jadual 1 : Pencapaian murid dalam mata pelajaran teras

TAHUN UJIAN BMK MATA PELAJARAN
BMP BIK BIP SC MT

Responden PAT 2019 A A B CCC
1 A B CAE
5G MAC 2020 A A D CBD

OGOS 2020 B

Responden PAT 2019 B B E EBE
2
6G MAC 2020 B B E ECE
C D DC E
OGOS 2020 C

PAT 2019 D E C DEE
D E EDE
Responden 5G MAC 2020 D
3 C E ECE
OGOS 2020 C

Kejayaan program ini telah terserlah apabila Malaysia dikenakan Perintah Kawalan
Pergerakan bermula 18 Mac 2020 akibat pandemik Covid-19. Murid hanya belajar melalui
atas talian. Malang bagi murid-murid yang tiada kemudahan, mereka terus tertinggal hampir
tiga bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan dan memberikan ruang
kepada guru menyediakan bahan bagi mereka menyelesaikannya di rumah. Pada waktu ini
bukan kecemerlangan yang ditagih oleh pihak sekolah, cukuplah sekadar mereka

60

mengulangkaji pelajaran di rumah. Bagi ibu bapa yang mampu keluar rumah ke sekolah,
modul-modul disediakan di pondok pengawal sekolah. Bagi murid yang mempunyai
halangan, modul akan dihantar ke rumah melalui Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
dan MPKK kawasan setempat.

Menjelang pembukaan semula sekolah pada Julai 2020, hampir 70 peratus murid
menyertai Program EMPING dan yang tertinggal akan dibantu semasa sekolah dibuka kelak.

7.0 Rumusan

Ketidakhadiran murid tersebut bukan atas faktor ponteng tetapi tiada kenderaan untuk
membawa mereka ke sekolah. Hal ini berdasarkan pemerhatian kepada data APDM yang
menunjukkan bahawa kehadiran mereka pada tahun 2019 adalah melepasi 90 peratus. Data
menggambarkan murid ini mahu hadir ke sekolah. Manakala kehadiran sehingga Ogos 2020
juga menunjukkan peratus kehadiran yang tinggi iaitui melebihi 90 peratus dan 80 peratus.

Dari segi penguasaan murid dalam pembelajaran walaupun tidak mencapai tahap
minimum tetapi berlaku peningkatan jika dilihat daripada pencapaian mata pelajaran.
Keputusan ini adalah memberangsangkan kerana murid bukan daripada latar belakang
keluarga yang berpendidikan. Guru membantu dalam aspek latihan dan juga motivasi.
Kesungguhan guru memberikan kesedaran kepada murid dan ibu bapa untuk bersama-sama
dalam pendidikan murid.

Jika dibanding pencapaian murid sebelum dan selepas pelaksanaan Program EMPING
ini, murid tersebut kurang diberikan perhatian. Walaupun murid berpotensi untuk belajar.
Murid juga merasa kurang dihargai dan tidak menjadi perhatian guru. Keciciran ilmu dan
kemahiran berlaku kerana tidak ada sokongan bahan dan latihan yang diberikan semasa
murid tidak hadir ke sekolah. Bimbingan bersemuka secara individu juga tidak diberikan.

Dalam menjalankan sesuatu program pasti terdapat cabaran yang perlu dihadapi
supaya perancangan yang dibuat mencapai objektif. Cabaran yang berasaskan kepada
tanggapan pelbagai pihak ini diterima daripada guru mata pelajaran, ibu bapa dan murid
sendiri. Antara cabaran daripada guru-guru apabila mereka beranggapan bahawa beban
tugas bertambah dengan penyediaan modul latihan serta pelbagai bentuk soalan untuk murid
yang tidak hadir dan ini memerlukan masa dan usaha yang lebih daripada biasa. Modul yang
disediakan pula perlu memperlihatkan kepada peningkatan dalam pencapaian murid. Hal ini
membuatkan guru tertekan dengan tugas tambahan di samping anggapan yang program ini
hanya memberikan tumpuan kepada murid terpilih sahaja. Manakala ibu bapa pula
beranggapan bahawa tugas mengajar dan proses pembelajaran adalah tanggungjawab guru
semata-mata di sekolah dan ibu bapa tiada kemahiran dan pengetahuan untuk membantu
anak-anak. Murid juga berasa tertekan kerana walaupun tidak hadir ke sekolah tetapi kerja
sekolah tetap perlu dilunaskan.

Setelah dilaksanakan, guru, ibu bapa dan murid mula memahami objektif program
EMPING. Pihak pengurusan sekolah sama-sama mengambil bahagian dalam pelaksanaan
dan sentiasa menerangkan matlamat program, memberikan semangat kepada para guru agar

61

tidak stres dalam membantu murid yang tercicir ini. Pelaksanaan program ialah secara santai
tetapi berfokus. Manakala modul latihan yang disediakan turut diberikan kepada murid-murid
yang lain. Program ini membantu guru dalam menyediakan dua bentuk modul yang berlainan
kepada murid dalam tahun tersebut, dan lebihan latihan diberikan untuk peringkat pengayaan.
Oleh itu, pelaksanaan yang menyeluruh secara amnya dan khasnya kepada murid yang tidak
hadir ke sekolah dapat dibuat. Kesimpulannya satu modul latihan dapat digunakan kepada
dua kumpulan murid dan ilmu dapat disampaikan secara sama rata, walaupun murid tidak
hadir ke sekolah.

Pemantauan dan penilaian daripada pihak pengurusan sekolah secara berterusan
dilaksanakan sehingga suatu pencapaian diperoleh. Dalam pelaksanaan Program EMPING
ini, ujian dan peperiksaan dijadikan sebagai penilaian terhadap kejayaan murid. Jika didapati
murid masih belum menguasai maka penambahbaikkan akan dilaksanakan. Semua faktor
yang mempengaruhi pencapaian murid dikenal pasti dan diselesaikan supaya Program
EMPING memberikan hasil yang cemerlang kepada murid.

Faktor ibu bapa bukanlah isu utama memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa
pihak sekolah namun inisiatif tetap diambil dalam membantu murid tersebut. Ibu bapa yang
tidak memberikan kerjasama dalam melaksanakan program ini, mendapat kerjasama PIBG
dan ibu bapa lain yang secara sukarela membantu dalam menyampaikan modul latihan
tersebut kepada murid di rumah. Matlamatnya, murid dapat menerima modul latihan dan
tanggungjawab murid pula untuk berusaha menyelesaikannya. Walaupun sukar tetapi usaha
yang konsisten perlu diteruskan. Kejayaan Program EMPING ini bergantung kepada
kesediaan ibu bapa dan murid dan sokongan daripada guru-guru. Jika hanya guru-guru
sahaja yang memainkan peranan pasti hasilnya adalah kegagalan.

Oleh itu, harapan pihak sekolah agar semua pihak yang terlibat dapat sama-sama
mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. Program yang diadakan ini bukan
bertujuan untuk menyusahkan semua pihak tetapi adalah satu usaha dalam memastikan
kemenjadian murid dalam bidang akademik, koakademik dan sahsiah menjadi kenyataan.
Pencapaian murid yang belum memberangsangkan dapat diperbaiki jika ada kemahuan.
Walaupun hanya tiga orang murid diambil sebagai sampel program rintis ini, namun akan
dikembangkan kepada murid lain secara berperingkat. Maka tidak akan wujud perasaan pilih
kasih dalam pembelajaran ini. Program ini akan dijadikan amalan bagi kaedah pembelajaran
kendiri pada masa hadapan. Budaya pembelajaran secara Flip Classroom juga dapat
dipraktikkan oleh guru dan murid. Selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21, murid-murid
kini memainkan peranan utama dalam pembelajaran aktif.

Program TS25 adalah perubahan kepada intervensi masalah yang dihadapi di sekolah
dalam pelbagai bidang. Standard Operational Procedure (SOP) pengurusan pendidikan
disediakan dengan jelas dan perlu diterjemah mengikut kesesuaian iklim sekolah masing-
masing. Idea yang disampaikan diaplikasi dan dimanipulasikan dengan sebaiknya. Guru
menjadikan enam aspirasi murid sebagai matlamat pembelajaran di samping lima aspek
Pembelajaran Abad ke-21. Kemenjadian murid adalah matlamat utama di samping
pembentukan sekolah berkualiti.

62

Bibliografi
Jenny Anak Michael Jemat, Che Nazrah Yusof (2016, IPGKD) T-Trace: Meningkatkan

Kehadiran Ke Sekolah Dalam Kalangan Murid Tahun 4.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 2007 IAB

Muhamed Awang. 1990. Siri analisis psikologi: Membuat keputusan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
PPPM. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.jprisma.com/v1/index.php/program/sekolah-transformasi-2025
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), KPM
https://apdm.moe.gov.my/
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), KPM
https://sapsnkra.moe.gov.my/
Pautan: http://gg.gg/Emping-2020

63

STEM DI HATIKU: KESANNYA TERHADAP PENGUPAYAAN GURU-GURU DALAM
MEMBUDAYAKAN STEM DI SEKOLAH

Salina binti Shuib, Nurul Huda binti Kasim, Ruzita binti Sungep

SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak
[email protected]

Abstrak

‘STEM Di Hatiku’ merupakan inisiatif kepimpinan SMK Syeikh Abdul Ghani dalam
mengupayakan guru-guru bagi membudayakan STEM di sekolah. Berdasarkan tinjauan awal
pada tahun 2018, 45.8 peratus murid masih belum tahu mengenai STEM. Di samping itu,
Program “STEM Di Hatiku” melibatkan program Coaching and Mentoring (CM) secara
tersusun dan berterusan terhadap Pasukan Pemimpin Pertengahan (MLT) dan guru
memandangkan sekolah juga terpilih sebagai satu-satunya sekolah menengah di bawah
program STEM Executive Consultation (STEMEC) di negeri Perak. Kesan bagi program ini
telah ditunjukkan dari segi kualiti guru dalam pendidikan STEM seterusnya memberi impak
positif dalam peningkatan kemenjadian murid dalam kurikulum dan kokurikulum. Selain itu,
terdapat peningkatan tahap pelaksanaan STEM di sekolah secara keseluruhan berdasarkan
pemantauan pegawai Institut Aminudin Baki (IAB) yang dinilai berdasarkan instrumen
pemantauan yang dibangunkan oleh pihak IAB sendiri. Tahap pelaksanaan STEM di sekolah
telah meningkat dari tahap 3.00 (Membangun) bagi Jun 2019 kepada tahap 4.03
(Berkembang) pada Julai 2020. Ini menunjukkan implementasi program “STEM di Hatiku”
memberikan impak yang positif dalam pembudayaan pendidikan STEM secara menyeluruh
di sekolah. Implikasinya, inisiatif baharu yang inovatif dan komprehensif dalam menggerakkan
pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah wajar dimainkan oleh lebih banyak sekolah dalam
menyokong keperluan tenaga kerja mahir dalam Revolusi Industri 4.0.

Kata kunci: Pembudayaan STEM, Kepimpinan SLT, Pembangunan MLT, STEMEC

1.0 Pengenalan

Pendidikan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) adalah selaras
dengan matlamat negara dalam mendepani Revolusi Industri 4.0. Di bawah inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pembudayaan STEM di sekolah adalah
sangat ditekankan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). SMK Syeikh Abdul Ghani telah
terpilih sebagai salah sebuah sekolah rintis STEM di Malaysia di bawah program STEM
Executive Consultation (STEMEC) dan dibimbing oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dan
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah
program ini, pengurusan sekolah akan dibimbing dan dinilai dari beberapa aspek
pembudayaan STEM yang telah diselaraskan iaitu integrasi STEM dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc), integrasi STEM dalam kokurikulum, kemenjadian murid (kurikulum
dan kokurikulum) serta pelaksanaan pembangunan profesionalisme guru dalam STEM (guru
berkualiti).

64

Sekolah-sekolah yang telah terpilih sebagai sekolah rintis STEMEC menerima kunjung
bantu secara berterusan dari tahun 2019 sehingga tahun 2020. Pada masa yang sama,
pemantauan secara berterusan telah dilakukan oleh pihak IAB dan BPK supaya kepimpinan
sekolah-sekolah rintis STEMEC dapat memimpin pelaksanaan STEM, memastikan
pendidikan STEM dilaksanakan di sekolah serta ditaksir menggunakan pentaksiran autentik,
memastikan STEM diintegrasikan dalam PdPc kokurikulum seterusnya mencapai matlamat
pembudayaan STEM dalam kalangan guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2019).

Justeru, kepimpinan SMKSAG telah menggembeleng tenaga dalam menggerakkan
program ‘STEM di Hatiku’ bagi menyahut matlamat pembudayaan STEM di sekolah oleh BPK
KPM. Program ini telah dirancang dengan teliti dan terancang bermula dari Januari 2019
sehingga November 2019 dan dilaksanakan dalam dua fasa; Fasa I (Januari-Mei) dan Fasa
II (Jun-November). Pelaksanaan program STEM di Hatiku adalah dilaksanakan berfokuskan
kepada pengupayaan pemimpin pertengahan untuk menggerakkan rangka kerja yang telah
dirancang berpandukan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS).

2.0 Pernyataan Masalah

Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan kekurangan program pemupukan STEM di sekolah
dan berdasarkan Teachers’ Voice dilakukan pada tahun 2018, 23.21 peratus guru
berpendapat pemimpin sekolah perlu menggerakkan warga sekolah dalam suatu program
yang terancang. Selain itu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan secara soal selidik terhadap
murid, 45.8 peratus murid berpendapat mereka masih kurang pengetahuan mengenai
pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah.

Dari aspek kemenjadian murid, pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) tahun 2018 masih pada tahap sederhana, terutama dalam subjek Sains dan Matematik.
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi Matematik adalah 5.63 dan GPMP Sains adalah
5.16. Pelibatan murid dalam koakademik berkaitan STEM juga masih rendah iaitu pada tahun
2018, murid hanya melibatkan diri dalam aktiviti STEM di peringkat sekolah sahaja. Selain
itu, berdasarkan inventori minat kerjaya STEM, minat murid dalam kerjaya STEM masih
rendah.

Di samping itu, refleksi pemantauan Pegawai Penolong PPD (R) Batang Padang pada
Kunjung Bantu STEMEC Fasa I pada Jun 2019 mendapati terdapat beberapa aspek yang
perlu ditambah baik oleh pengurusan STEM sekolah seperti perancangan pengintegrasian
STEM dalam PdPc, pengintergrasian konsep STEM dalam PdPc dan pembangunan
kemenjadian murid dalam STEM.

agi memenuhi matlamat pembudayaan STEM di sekolah oleh KPM, kepimpinan STEM
yang diketuai Pengetua telah mengambil inisiatif bagi pembangunan profesionalisme guru
dalam STEM yang di bawah program yang dinamakan sebagai ‘STEM Dihatiku 2.0’. Program
ini melibatkan proses pembangunan profesionalisme guru dalam menjadi agen penggerak

65

pendidikan STEM yang dijalankan secara berterusan bermula dari Januari hingga November
2019 dan diteruskan lagi pada tahun 2020 di bawah inisiatif ‘STEM di Hatiku 3.0’.

3.0 Objektif

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan mengkaji kesan program pembangunan
profesionalisme guru ‘STEM Di Hatiku’ terhadap peningkatan tahap pendidikan STEM di
sekolah. Fokus program ini adalah dalam pembangunan profesionalisme guru dalam
melaksanakan pendidikan STEM supaya guru berupaya melatih murid dalam PdPc integrasi
STEM, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum berkaitan subjek aliran STEM.

4.0 Metodologi

4.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan
model kajian tindakan Kurt Lewin (1946). Model ini mengandungi empat kitaran
iaitu-merancang, melaksana, memerhati dan mereflek seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2. Rasional model ini dipilih adalah kerana setiap kitaran yang
dicadangkan model ini adalah mudah difahami dan menepati kaedah intervensi
yang dilaksanakan.

Rajah 2: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

4.2 Perancangan pelaksanaan

(a) Langkah pertama: Refleksi

Refleksi dilakukan berdasarkan sub-modul 1.2 bagi kerangka Transformasi
Sekolah 2025 (TS25) iaitu guru-guru menjawab soal selidik Teachers’ Voice
(toolkit 1.1) yang telah dilaksanakan pada Mei 2018. Dapatan menujukkan
guru-guru masih memerlukan berpendapat pemimpin sekolah perlu
menggerakkan warga sekolah dalam suatu program yang terancang ke
arah transformasi sekolah. Selain itu, dapatan tinjauan awal menerusi soal
selidik dalam kalangan murid menunjukkan hanya 45.8 peratus murid faham
mengenai pelaksanaan STEM di sekolah.

66

Jadual 1 Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS): Bidang Ke

67

eberhasilan Pemimpin Berkesan (sebahagian lajur dikongsikan)

7

Rajah 1 One Page Project Manag

68

gement (OPPM) STEM Di Hatiku

8

4.2.2 Langkah kedua: Perancangan
Kepimpinan sekolah merancang pelbagai inisiatif dalam memastikan
status pelaksanaan STEM di sekolah dapat dipertingkatkan. Jadual 1 di
atas menunjukkan PInTaS sekolah di bawah bidang keberhasilan
pemimpin berkesan. Data terkumpul dan pelan tindakan sekolah telah
dirumuskan seperti Jadual 1 di atas.

4.2.3 Langkah ketiga: Pelaksanaan
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam PInTaS sekolah diterjemahkan
mengikut One Page Project Management (OPPM) ‘STEM Di Hatiku’
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas. Pelaksanaan aktiviti
adalah berfokus kepada pembangunan profesionalisme guru menerusi
Coaching and Mentoring (CM), bengkel STEM, PLC, pelaksanaan PdPc
integrasi STEM, penglibatan murid dalam kokurikulum yang berunsurkan
STEM serta peningkatan minat kerjaya dalam STEM. Jadual 3 di bawah
menunjukkan rumusan pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan pada
tahun 2019 di bawah program ‘STEM Di Hatiku’.
Jadual 3 Rumusan aktiviti STEM Di Hatiku

69

4.2.4 Langkah keempat: Pemerhatian
Setiap aktiviti yang telah dilaksanakan adalah dipantau oleh MLT yang
telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ‘STEM di Hatiku’
adalah mengikut garis masa yang dirancangkan.

4.2.5 Langkah kelima: Refleksi
Refleksi program ‘STEM Di Hatiku’ dilaksanakan bagi menilai semula
kekuatan dan kelemahan program supaya dapat diperbaiki. Penilaian
program dianalisis berdasarkan impak program terhadap keseluruhan
fokus keberhasilan yang dirancangkan. Seterusnya, ia akan memberi
gambaran sama ada program ini perlu digugurkan atau diteruskan dengan
beberapa strategi penambahbaikan.

5.0 Dapatan dan Impak
Dapatan dan impak program ini adalah dilihat daripada tahap pelaksanaan STEM di sekolah
berdasarkan pemantauan pegawai yang terlibat dengan kunjung bantu STEMEC. Sewaktu
kunjung bantu pegawai yang terlibat, penilaian secara keseluruhan dilakukan dari segi
kemenjadian murid dalam STEM, tahap pelaksanaan STEM dalam PdPc dan peningkatan
kualiti guru dalam STEM. Rumusan bagi pencapaian pelaksanaan STEM pada tahun 2019
dan 2020 ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di bawah.

Jadual 4.1 Perbezaan pencapaian bagi aktiviti yang dilaksanakan di bawah
Program STEM di Hatiku 2018-2019

Jadual 4.2 pula menunjukkan dapatan tahap penilaian keseluruhan bagi pelaksanaan
pendidikan STEM di sekolah berdasarkan instrumen yang digunakan oleh pihak IAB.
Penilaian yang dilakukan adalah secara menyeluruh daripada aspek perancangan program,
kualiti guru dan kemenjadian murid. Penilaian awal mendapati pelaksanaan STEM di sekolah

70

masih lagi pada skor 3.00 (tahap Membangun), seterusnya menerusi pelbagai inisiatif
program ‘STEM Di Hatiku’, peningkatan mula ditunjukkan pada November 2019 dengan skor
3.97 (tahap Membangun). Program ini diperkemaskan dan diteruskan pada tahun 2020 dan
impaknya pelaksanaan STEM di sekolah telah meningkat pada tahap 4.03 (tahap
Berkembang).

Jadual 4.2 Skor Tahap Pelaksanaan STEM SMKSAG

Bulan Penilaian Skor Tafsiran Tahap

Mei 2019 3.00 Membangun

November 2019 3.97 Membangun

Julai 2020 4.03 Berkembang

6.0 Perbincangan dan Rumusan

Berdasarkan Jadual 4.1 dapat disimpulkan bahawa perancangan strategik melalui PInTaS
sekolah serta pelaksanaannya melalui program ‘STEM Di Hatiku’ dapat membantu MLT
memimpin guru-guru menggerakkan pendidikan STEM secara berkesan. Keberkesanan
program yang dilaksanakan melalui PLC, C&M juga dapat dilihat menerusi kemenjadian
murid dalam kurikulum dan kokurikulum, peningkatan kualiti PdP STEM khususnya menerusi
PBL STEM serta menghasilkan guru yang berkualiti. Chai (2019) turut mendapati STEM yang
dibudayakan dalam pendidikan dapat melahirkan guru yang lebih berkeyakinan untuk melatih
murid dalam cabaran pemikiran sebagai seorang saintis dan jurutera. Selain itu peningkatan
akademik murid dalam Sains dan Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut
menyokong dapatan Bicer, Capraro, Capraro dan Boedeker (2015) yang mendapati sekolah
yang membudayakan STEM turut dapat menunjukkan peningkatan yang signifikan bagi
subjek STEM.

Selain itu, dapatan penilaian kunjung bantu turut menyokong bahawa program ‘STEM
Dihatiku’ dapat meningkatkan tahap pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah berdasarkan
peningkatan skor penilaian dari 3.00 (Tahap Membangun) kepada 4.03 (Tahap Berkembang).
Peningkatan tahap pelaksanaan pendidikan STEM ini juga diharapkan akan dapat diteruskan
agar sekolah berupaya mencapai skor 5.00 (Tahap Membudayakan) dengan program ‘STEM
Di Hatiku’ yang akan lebih diperkemaskan dan dimantapkan. Dapatan kajian ini menyokong
saranan Banks dan Barlex (2014) yang menyatakan pembangunan profesionalisme guru
secara berterusan serta melibatkan kepimpinan dan pengurusan yang menyokong
pelaksanaan STEM merupakan strategi penting dalam pembudayaan STEM di sekolah.
Bissaker (2014) juga menyatakan walaupun terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam
pelaksanaan pendidikan STEM, namun bimbingan, sokongan dan perkongsian amalan antara
guru dapat mengubah persepsi dan psikologi guru ke arah lebih positif dalam melaksanakan
pendidikan STEM di sekolah.

Pembudayaan STEM telah menjadi tumpuan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.
Justeru, memberi peluang kepada guru dalam program-program peningkatan profesionalisme
dalam STEM adalah penting. Guru memerlukan peluang untuk mempelajari pengetahuan dan
kemahiran baharu untuk melaksanakan pendekatan bersepadu dan bahan kurikulum baharu

71

untuk melaksanakan program bersepadu (Guzey, Moore, & Harwell, 2016; Lesseig, Slavit, &
Nelson, 2017). Program pembangunan profesional yang menumpukan pada pemahaman dan
kemahiran asas untuk mengajar pendekatan bersepadu dan bahan kurikulum dapat
menyediakan guru dengan pelbagai kaedah pengajaran bagi melaksanakan integrasi STEM
yang berkesan (Lesseig, Nelson, Seidel, & Slavit, 2015).

Kesimpulannya, usaha pembudayaan STEM di sekolah di bawah inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 harus disambut baik oleh lebih banyak sekolah bagi
menyokong penghasilan tenaga mahir yang kreatif dan inovatif dalam Revolusi Industri 4.0.
Kepimpinan sekolah juga perlu memahami dan bersedia merancang program-program yang
dapat memandu guru supaya dapat mengupayakan gerakan transformasi kaedah pengajaran
yang dapat menyokong pendidikan STEM di sekolah.

Bibliografi

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Pengenalan STEMEC: Aktiviti Inisiatif #49:
Pengukuhan STEM. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Banks, F., & Barlex, D. (2014). Teaching STEM in the Secondary School: Helping Teachers
Meet the Challenge. Routledge. New York: Taylor & Francis.
https://doi.org/10.4324/9780203809921

Bicer, A., Capraro, R. M., Capraro, & Boedeker, P. (2015). STEM Schools vs. Non-STEM
Schools: Comparing Students’ Mathematics Growth Rate on High-Stakes Test
Performance. International Journal on New Trends in Education and Their Implications,
(January), 18–1309.

Bissaker, K. (2014). Transforming STEM Education in an Innovative Australian School: The
Role of Teachers’ and Academics’ Professional Partnerships. Theory into Practice,
53(1), 55–63. https://doi.org/10.1080/00405841.2014.862124

Chai, C. S. (2019). Teacher Professional Development for Science, Technology, Engineering
and Mathematics (STEM) Education: A Review from the Perspectives of Technological
Pedagogical Content (TPACK). Asia-Pacific Education Researcher, 28(1), 5–13.
https://doi.org/10.1007/s40299-018-0400-7

Guzey, S. S., Moore, T. J., & Harwell, M. (2016). Building Up STEM: An Analysis of Teacher-
Developed Engineering Design-Based STEM Integration Curricular Materials. Journal
of Pre-College Engineering Education Research (J-PEER), 6(1), 10–29.
https://doi.org/10.7771/2157-9288.1129

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025
(Preschool to Post Secondary Education). Putrajaya, Malaysia: Kementerian

72

Pendidikan Malaysia. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007
Lesseig, K., Nelson, T. H., Seidel, R. A., & Slavit, D. (2015). Supporting Middle School

Teachers’ Implementation of STEM Design Challenges. In NARST 2015 Annual
International Conference (Vol. 116, pp. 177–188). Chicago, Illinois.
https://doi.org/10.1111/ssm.12172
Lesseig, K., Slavit, D., & Nelson, T. H. (2017). Jumping on the STEM Bandwagon: How middle
Grades Students and Teachers Can Benefit from STEM Experiences. Middle School
Journal, 48(3), 15–24. https://doi.org/10.1080/00940771.2017.1297663

73

Persekitaran
Pembelajaran

Bermakna

DIBUANG SAYANG

Noor Anuar Abdullah bin Shani, Junaidy bin Ismail

SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak
[email protected]

Abstrak

Umpama tempurung yang sering dipinggirkan, adakala itulah yang dirasai oleh sebahagian
besar murid yang merasakan diri mereka ‘kurang nilai’ terhadap sekolah. Justeru, program
‘DiBuang Sayang’ menggunakan medium tempurung bagi mencetuskan pelbagai aktiviti yang
bertujuan meningkatkan penghargaan kendiri, mengatasi masalah ketidakhadiran, sekali gus
turut membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, program ini juga
bertujuan membantu dalam meningkatkan amalan baik dan sahsiah murid yang terlibat,
memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah di samping untuk melonjakkan
nama dan imej sekolah pada peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini juga menjadi satu
intervensi yang mencetuskan suasana lebih menghargai keberadaan setiap murid. Analisis
Triangulasi dan SWOT digunakan dalam Program ‘DiBuang Sayang’ ini untuk mengumpul
dapatan maklumat berkaitan hasil pelaksanaan program secara keseluruhannya. Tiga
pendekatan utama yang diaplikasikan di bawah Analisis Triangulasi untuk mengumpul
maklumat adalah seperti pemerhatian, temu ramah bersama-sama murid yang terlibat serta
rujukan PInTaS dan OPPM. Dapatan Program ‘DiBuang Sayang’ telah berjaya mencetuskan
pelbagai penganjuran aktiviti berasaskan medium tempurung seperti Tempurung Global
(studio terbuka), penghasilan cenderamata, pembentukan kumpulan ‘stompers’ sehingga
menjadi pendorong kepada terbentuknya pasukan ‘Ultras’. Kesimpulannya, program
‘DiBuang Sayang’ telah berjaya mewujudkan serta memperkasakan satu lagi item
kemenjadian murid sekali gus menjana kecemerlangan murid khususnya di SMKBBP.

Kata kunci: Tempurung kelapa; kemenjadian murid; stompers; ultras; studio terbuka

1.0 Pengenalan

Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya seperti yang terkandung dalam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2023-2025. Enam aspirasi murid yang dihasratkan ialah
pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, identiti
nasional, etika dan kerohanian. Program ‘DiBuang Sayang’ merupakan salah satu inisiatif
untuk memastikan aspirasi murid dapat dicapai. Program ini menyediakan ruang dan peluang
untuk murid menonjolkan bakat dan potensi diri dalam minat masing-masing melalui aktiviti
luar bilik darjah.

SMK Bandar Baru Putra terletak kira-kira 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam
kawasan perumahan Bandar Baru Putra, kawasan Bercham. Sekolah ini dibuka pada 1 Ogos

1

2009 dan mula beroperasi pada tahun 2010. Bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai
827 orang dengan tenaga guru seramai 64 orang.

Tempurung dijadikan subject matter dalam penulisan ini kerana bahan buangan ini
menjadi sumber pencetus idea. Penghasilan hamparan tempurung sempena meraikan
Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017 menjadi pemangkin kepada pelbagai impak
seterusnya. ‘DiBuang Sayang’ merupakan luahan paling mudah bagi mengekspresi bahan
tempurung berkenaan. Analogi untuk dikaitkan dengan murid-murid ialah sebahagian besar
merasakan diri mereka ‘kurang nilai’ serta ‘tiada potensi’ berbanding dengan rakan-rakan lain
yang cemerlang dalam pelbagai bidang (akademik, penampilan mewakili sekolah,
keterlibatan dalam pelbagai program). Justeru mereka merasakan cukuplah kewujudan
mereka sekadar murid-murid biasa tanpa mereka sedar bahawa setiap individu ada potensi
diri yang boleh digilap. Demikianlah analoginya dengan tempurung; jika diberi nilai maka
bahan yang mudah didapati, serta kos yang murah akan boleh dijadikan sebagai sesuatu
yang menarik (3M).

Apa yang perlu dilakukan ke atas tempurung selepas berakhirnya fenomena tempurung
di Bulan Kemerdekaan pada tahun 2017? Amat membazir jika dibuang begitu saja setelah
pelbagai usaha pengumpulan dilakukan oleh warga SMKBBP (guru dan murid), ibu bapa dan
masyarakat peniaga tempatan. Tercetuslah pula idea mewujudkan pasukan stompers; di
negara barat ia dikenali sebagai persembahan hiburan menggunakan teknik hentakan.
Teknik ini dicipta dan dikembangkan oleh dua seniman Inggeris; Luke Cresswell dan Steve
Mc Nicholas. Di barat, mereka menggunakan pelbagai bahan terbuang dalam persembahan
mereka, dan di sini tempurung menjadi alatan asas di samping bahan-bahan terbuang lain.
Penubuhan stompers adalah atas dasar minat golongan remaja kepada unsur-unsur
keriangan di samping memberikan alternatif kepada kumpulan-kumpulan sasaran untuk turut
sama membangunkan potensi diri secara positif. Inisiatif penubuhan stompers adalah dengan
harapan dapat mengatasi isu anak-anak yang tidak memberi impak kepada proses
pembangunan kecemerlangan sekolah. Menurut malayasiansight.com (18 Okt 2017);
Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah
sepanjang tahun 2017.

Idea awal hamparan tempurung di bumi (bagi tujuan rakaman fotografi) diteruskan
dalam setiap sesi menyambut kehadiran oleh mana-mana pelawat atau agensi luar ke
SMKBBP. Intervensi ini dinamakan sebagai Tempurung Global. Rakaman fotografi
berkenaan seterusnya dijadikan sebagai cenderamata sebelum tetamu mereka beredar.
Tempurung juga dijadikan bahan kraf oleh murid-murid sebagai cenderamata kepada tetamu
sebelum mereka beredar.

Kini, tempurung yang biasanya dibuang sudah ada ‘nilai’, begitulah murid-murid yang
sebelum ini merasakan diri mereka ‘tiada apa-apa’, rupa-rupanya mempunyai potensi
tersendiri. Mereka kini bangga menaiki pentas membuat persembahan dengan rasa yakin
dan bangga. Pengiktirafan pada pelbagai peringkat (termasuk antarabangsa) membuktikan
diri mereka ada ‘nilai’. Sahsiah mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi
(Kamus Dewan, 2001). Sahsiah juga merujuk sistem kecenderungan bertingkah laku individu.

2

Hal ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah
lebih kurang sama dari sehari ke sehari (Siti Fatimah, 1993:50), Kagan (1988) mentakrifkan
sahsiah sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,
bertingkah laku dan cara berhubungnya dengan alam sekitar. Begitu juga menurut takrifan
Ee Ah Meng (1999) yang menyatakan sahsiah merujuk pembentukan psikologi sesorang
individu secara keseluruhan. Hal ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap,
minat dan kepercayaan.

2.0 Pernyataan Masalah

Pada tahun 2016, SMKBBP menunjukkan peningkatan dalam peratus kehadiran dari 92.33
peratus kepada 92.65 peratus iaitu sebanyak +0.42 pada tahun 2017. Namun begitu
kehadiran murid masih belum mencapai sasaran (KPI:95 peratus) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maka hasil data-data tersebut, ‘Program Dibuang’
Sayang diwujudkan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kehadiran terutama
murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik sederhana dan rendah.

Keterlibatan mereka sentiasa direkod menerusi aplikasi Amalan Baik. Hanya mereka
yang hadir ke sekolah layak untuk mengikuti latihan stompers, aktiviti penyediaan hamparan
Tempurung Global atau penyediaan cenderamata (selepas sesi persekolahan). Hal ini
memberi kesan impak peningkatan peratus kehadiran ke sekolah secara individu.
Keterlibatan dalam pelbagai aktiviti berkaitan juga memberi implikasi dalam pencapaian
akademik kerana mereka sering hadir ke sekolah. Menjelang Oktober 2018, ditubuhkan pula
pasukan Ultras SMKBBP. Idea penubuhan pasukan ultras adalah atas dasar kencederungan
golongan remaja dengan pasukan sorak bola sepak (sama ada di dalam atau di luar negara).

Terdapat murid tidak yakin dengan potensi diri dan malu untuk mengetengahkan diri,
bakat dan idea mereka. Keupayaan kemahiran komunikasi murid pada tahap rendah terutama
murid daripada latar belakang sosioekonomi sederhana dan rendah.

Menurut Sofian (2002); aktiviti kokurikulum yang dimaksudkan sebagai aktiviti
terancang dan berstruktur di luar bidang akademik. Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dan di
luar waktu persekolahan bagi membantu perkembangan individu atau kumpulan untuk
mendapat keseimbangan perkembangan mental, perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Kebanyakan peluang untuk menyertai pertandingan atau penglibatan luar tertumpu
pada kumpulan pelajar yang kecil manakala pencapaian markah kokurikulum mereka didapati
tidak memuaskan. Peratus kehadiran mereka juga tidak memberangsangkan secara
keseluruhan dan turut memberikan implikasi daripada aspek pencapaian akademik.

3.0 Objektif

Merujuk PInTaS dan OPPM (lampiran), objektif kajian:

i. Mengasah bakat kepimpinan
ii. Meningkatkan keyakinan diri murid

3

iii. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti
iv. Meningkatkan nilai kendiri murid
v. Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2006); Pada fitrahnya Allah mengurniakan remaja
dengan potensi atau bakat seperti juga manusia lain. Bakat yang ada padanya di peringkat
yang paling perlu disuburkan dan dibentuk supaya dewasanya nanti memiliki asas
kematangan dan kedewasaan.

Maka menjadi hasrat SMK Bandar Baru Putra agar potensi/ bakat emosi dan rohani
mereka dapat disuburkan dan digilap, dibelai, dilatih dan dibimbing. Beremosi belum tentu
menjadikan mereka berakal. Asas akal yang memandu emosi boleh menjadikan remaja lebih
mampu mengawal diri.

Azian Mohamed Isa (2020); Seorang penyair sufi, Jalaluddin Rumi memandang
manusia sebagai makhluk yang memiliki tenaga rahsia yang jika digunakan dengan betul dan
bersungguh-sungguh dapat meningkatkan potensi diri seseorang.

4.0 Metodologi

Satu Analisis Triangulasi digunakan dalam kajian ini untuk menghubung kait maklumat yang
diperoleh menggunakan tiga pendekatan iaitu:

i. Pemerhatian
ii. Temu ramah bersama murid-murid yang terlibat
iii. Rujukan perpustakaan dan bahan bacaan

4.1 Analisis Triangulasi

Steve Olson (2014) menyatakan bahawa analisis triangulasi yang digunakan
untuk menghubungkaitkan pelbagai sumber maklumat mampu mengukuhkan
kualiti dan kredibiliti bukti-bukti bagi menyokong dapatan dan cadangan untuk
penambahbaikan. Kajian dilakukan ke atas 40 orang ahli Stompers dan
Kumpulan Tempurung Global (Hamparan Grafik Tempurung Kelapa) bagi tahun
2019: Rujuk Lampiran (Data Penglibatan & Keberkesanan Peserta).

4

4.2 Analisis Dokumen

Analisis dokumen dilakukan secara tidak formal berkaitan data-data kehadiran
ke sekolah, kehadiran sesi latihan dan juga merujuk data pencapaian akademik
peserta-peserta yang terlibat.

Kajian kehadiran dibandingkan antara sesi Januari 2019 sehingga Ogos
2019. Data kehadiran 77 peratus memperlihatkan dua orang mengekalkan
kehadiran 100 peratus; 23 orang mencatat peratus kehadiran antara 95 peratus
– 99 peratus; 14 orang mencatat kehadiran 89 peratus – 99 peratus; manakala
seorang mencatat 77 peratus. Data ini penting sebagai prasyarat untuk para
peserta terus kekal sebagai peserta. Hanya mereka yang hadir ke sekolah akan
dibenarkan menyertai latihan atau disenaraikan untuk terlibat dalam sesuatu
persembahan.

Kehadiran ke sekolah sudah pasti akan mempengaruhi pencapaian
akademik. Data dikumpulkan sebagai fakta bahawa jika murid-murid hadir ke
sekolah dan memberikan tumpuan kepada elemen akademik, maka akan
memberikan kesan positif. Perbandingan dibuat dengan melihat GPC
Peperiksaan Akhir Tahun 2018 dengan GPC Peperiksaan Pertengahan Tahun
2019. Data menunjukkan 24 orang murid menunjukkan peningkatan.

Bagi elemen prestasi sahsiah, setiap penglibatan mereka dalam sesi
latihan dan keterlibatan dalam sesuatu program akan direkodkan dalam sistem
SSDM. Data menunjukkan 14 orang pada tahap AMAT BAIK, 23 orang pada
tahap TERPUJI, dan tiga orang pada tahap BAIK.

4.3 Pemerhatian

Sepanjang penglibatan murid-murid dalam pelbagai intervensi ini, pemerhatian
dilakukan dalam mengenal pasti unsur yang berkaitan disiplin. Keterlibatan
mereka memerlukan nilai disiplin yang tinggi khususnya sentiasa menepati masa
serta tidak membuang masa kerana tempoh latihan perlu dilaksanakan dalam
suatu jangka masa yang terhad seperti selepas waktu persekolahan atau
semasa cuti.

Unsur-unsur kerjasama sentiasa diterapkan seperti bersama-sama
menyediakan peralatan, mengemaskan alatan selepas tamat sesi latihan dan
bertanggungjawab atas sebarang masalah. Adakalanya mereka perlu
memainkan peranan sebagai kumpulan-kumpulan kecil semasa sesi latihan
sama ada dengan pemantauan guru atau sebaliknya.

Menerusi program ini, bakat-bakat kepimpinan dapat dikenal pasti seperti
ciri-ciri seorang ketua, pengarah, koreografer dan sebagainya, dan hal ini adalah
penting untuk mengetahui bahawa setiap individu ada peranan mereka sendiri.

5

4.4 Perubahan Tingkah Laku

Komponen ini dapat mengenal pasti unsur-unsur keyakinan diri murid-murid.
Mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai latar belakang penonton sama
ada rakan-rakan sebaya, kumpulan-kumpulan remaja dari sekolah-sekolah
persekitaran, para tetamu dari luar negara (Folklore Festival; negara-negara
Asean), malahan daripada pelbagai golongan profesional. Hal ini diharapkan
dapat membentuk sikap sentiasa yakin berhadapan dengan masyarakat serta
mampu berinteraksi dengan mereka.

Komponen ini juga dapat menampilkan daya kreativiti murid-murid dalam
aspek pengolahan persembahan, koreografi, penciptaan lirik dan sebagainya.
Hal ini memberikan ruang kepada mereka untuk mencurahkan pandangan serta
idea menerusi acara yang mereka sertai.

4.5 Analisis SWOT

Rajah 2 : Analisis SWOT

Analisis SWOT pula digunakan untuk membantu mengenal pasti faktor-faktor
kekuatan dan kelemahan persekitaran dalaman di samping mengesan peluang
dan cabaran Program DiBuang Sayang (rajah 2). Kekuatan (Strengths)
SMKBBP ialah guru yang kreatif dan komited untuk melihat keberhasilan dan
kemenjadian murid. Guru-guru, sama ada secara berkumpulan atau individu
saling bekerjasama dalam pelbagai peranan seperti jurulatih, mengumpul data,
mengemas kini data SSDM, menguruskan kebajikan murid, melengkapkan
pelbagai keperluan asas dan hal-hal lain.

Aspek kelemahan (weaknesses) dikaitkan dengan elemen persembahan
muzik kerana SMKBBP tidak mempunyai aliran pendidikan muzik. Maka
kemudahan alatan muzik amatlah terbatas. PIBG telah tampil membantu
menyumbangkan sedikit kewangan untuk membeli sebuah gitar akustik sebagai
langkah awal. Dalam sesi latihan, murid-murid yang mempunyai alatan muzik
sendiri digalakkan membawa alatan masing-masing. Seterusnya tercetuslah
ilham menubuhkan stompers iaitu persembahan yang hanya menggunakan apa-
apa saja alatan yang boleh menghasilkan bunyi (seperti baldi, tong sampah, tin
biskut, botol, dan sebagainya).

6

Pada peringkat awal, murid-murid SMKBBP menampilkan potensi mereka
dalam kalangan warga SMKBBP sahaja; majlis-majlis rasmi peringkat sekolah
seperti Hari Anugerah Kecemerlangan, Sambutan Hari Guru dan seumpamanya.
Peluang (opportunites) mula terlihat apabila SMKBBP dikunjungi oleh kumpulan
guru dan pelajar dari Jepun (2017, 2018). Kumpulan stompers memperlihatkan
aksi mereka kepada penonton dari luar negara. Tetamu dari Jepun ini juga
berkesempatan bergambar dengan hamparan tempurung yang mengalu-alukan
kehadiran mereka. Peluang datang lagi apabila kumpulan stompers ini dijemput
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai persembahan selingan sempena
Perjumpaan Dwi Bulanan JPN pada tahun 2017. Pada tahun 2018 dan 2019,
stompers SMKBBP terlibat dengan Pesta Folklore Antarabangsa yang dijalankan
di Perak dan telah memperoleh beberapa kemenangan yang membanggakan.

SMKBBP merupakan sekolah satu sesi, kehadiran murid ke sesi latihan
perlu dirancang dengan baik dan kadang-kadang mendapat halangan (threats)
daripada ibu bapa kerana kesukaran menguruskan pengangkutan. Cabaran
pelaksanaan program ini adalah sumber kewangan untuk membeli beberapa
peralatan dan mendapatkan kebenaran penyertaan daripada ibu bapa terutama
murid-murid Tingkatan 3. Ibu bapa masih bertanggapan bahawa peperiksaan
adalah penentu sepenuhnya masa depan anak mereka. Namun begitu,
sokongan PIBG terhadap usaha sekolah amat tinggi termasuk menyedarkan
para ibu bapa tentang pengisian program berkenaan.

4.6 Tempurung Global (Hamparan Tempurung)

Susunan hamparan tempurung sempena Hari Kemerdekaan Ke-60 telah
mendapat liputan meluas daripada TV3, Sinar Harian, Bernama, Perak Today
dan media sosial lain. Olahan ini difokuskan kepada murid-murid Tingkatan 4
sebagai peneraju, namun murid-murid lain turut terlibat dalam aspek
pengumpulan bahan-bahan. Kini, aktiviti berkenaan masih diteruskan dan idea
hamparan tempurung ini dianggap sebagai studio terbuka serta kehadiran
tetamu diabadikan secara fotografi dan seterusnya dijadikan tanda kenangan
sebelum mereka meninggalkan SMKBBP.

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-63, SMKBBP menyediakan
sebuah Logo Kemerdekaan 2020 menggunakan 4225 biji tempurung sebagai
elemen penting dalam sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMKBBP.
Secara kebetulan, SMKBBP telah dipilih sebagai lokasi Program Kibaran Jalur
Gemilang Sekolah-sekolah Negeri Perak yang disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Dr. Datin Seri Nomee Ashikin binti Dato’ Mohammed Radzi,
Pengerusi Perak Food Bank pada 26 Ogos 2020. Hamparan logo tempurung
berkenaan menjadi salah satu elemen menarik yang telah diuar-uarkan oleh
pihak JPN (Unit Kokurikulum) melalui hebahan promosi porgram berkenaan
disebarkan menerusi media massa.

7

5.0 Dapatan dan Impak

Kejayaan yang dicapai berdasarkan data:

✓ Fenomena hamparan tempurung menjadi viral (2017), dalam akhbar dan media
sosial.

✓ Memenangi Pingat Emas (Folklore Antarbangsa 2018, 2019) berserta sijil,
pengiktirafan peringkat antarabangsa.

✓ Persembahan stompers semasa Perjumpaan Dwibulanan JPN di JPN pada tahun
2017.

✓ Demonstrasi stompers semasa Program Transformasi TS25 Kebangsaan (UKM-
2018).

✓ Menjadi rujukan oleh pelbagai pihak (hadir ke SMKBBP) dalam sesi kunjungan.
✓ Tempurung Global (pembentang Encik Junaidy Ismail) Maps 2019.
✓ Program Kibaran Jalur Gemilang Sekolah-sekolah Negeri Perak (Perak

Foodbank); Penyempurnaan Logo Malaysia Prihatin (26 Ogos 2020) oleh YAB
Datin Seri Dr. Nomee Ashikin binti Dato. Mohammed Radzi, Pengerusi Perak Food
Bank.
✓ Rangkaian kolaboratif (guru, murid, ibu bapa, pengusaha kelapa).
✓ Aplikasi pembelajaran luar bilik darjah (elemen kerjasama, kepimpinan, kreativiti).
✓ Lahirkan kumpulan guru dan murid yang komited dan kreatif.
✓ Lahirkan rasa cinta akan alam sekitar.

6.0 Perbincangan dan Rumusan

Masalah terdapat di mana-mana, namun isu ini boleh dirungkai jika wujudnya kesepakatan
dalam mencari penyelesaian. Isu awal ialah tentang kaedah pengumpulan tempurung yang
diperlukan dengan banyak? Pelbagai pendapat dibincangkan, antaranya:

i. meminta sumbangan daripada pelajar,
ii. meminta sumbangan daripada pengusaha-pengusaha kedai runcit dan peniaga di

pasar,
iii. sumbangan daripada warga sekolah, dan
iv. melaksanakan pertandingan peringkat dalaman di mana tempurung-tempurung

yang telah digunakan akan disimpan dan diguna semula.

Faktor pelaksanaan aktiviti juga dibincangkan kerana proses persediaan dari awal
sehingga tamat sesuatu aktiviti memakan masa yang panjang. Telah diputuskan bahawa
pada dasarnya aktiviti ini dilaksanakan selepas sesi persekolahan tamat. Bagi sesuatu
program yang berkaitan dengan silibus pembelajaran, aktiviti ini dilaksanakan semasa waktu
PdPc; umpamanya jika tema berkaitan dengan unsur-unsur patriotik, kandungan berkenaan
seharusnya dapat dikaitkan dalam sesi pembelajaran dan terkandung dalam rancangan
pelajaran pada waktu berkenaan.

8

Bagi aktiviti stompers, sesi latihan dijalankan selepas waktu tamat sesi persekolahan.
Maka kerjasama ibu bapa amat diharapkan bagi memastikan latihan dapat dijalankan dengan
lancar. Kadang-kadang latihan dijalankan pada hari cuti persekolahan. Sesi sumbang saran
turut dijalankan menerusi aplikasi alam maya melalui whatsapp, telegram dan google zoom.

Murid-murid diberi peluang mengemukakan idea serta pendapat mereka setelah
sesuatu tugasan ditentukan. Hal ini meliputi idea persembahan, penciptaan lirik, menentukan
aspek koreografi dan seumpamanya.

Pencarian bakat dilaksanakan melalui pertandingan-pertandingan dalaman.
Pertandingan-pertandingan tersebut seperti;

i. pertandingan puisi dan lagu antara kelab/persatuan,
ii. pertandingan stompers antara kelas, dan
iii. pertandingan nyanyian lagu-lagu bertema.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah selaras dengan tujuan diwujudkan TS25 iaitu
melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid. Pihak sekolah juga berharap program DiBuang Sayang
ini dapat memberikan impak menerusi persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan di
luar bilik darjah. Potensi guru dan murid juga dapat dipertingkatkan kerana semua pihak
sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk sama-sama terlibat ada secara langsung atau
sebaliknya.

Menerusi program ‘DiBuang Sayang’, adalah diharapkan menjadi pemangkin kepada
nilai-nilai positif seperti rasa kekitaan, kesedaran terhadap peranan masing-masing (aspek
kehadiran ke sekolah dan peningkatan akademik).

Beberapa idea untuk dijadikan sebagai unsur penambahbaikan turut difikirkan.
Penubuhan pasukan stompers umpamanya boleh dijadikan sebagai medium penggunaan
Bahasa Inggeris dengan kandungan lagu menggunakan bahasa tersebut. Terdapat dalam
kalangan guru memberikan pendapat agar gaya persembahan stompers disuntik dengan
unsur dikir barat sebagai satu cara mengekalkan persembahan tradisional itu.

Bagi masyarakat luar, mungkin saja mengganggap kewujudan TS25 seolah-olah
seperti satu fenomena baru. Walau apa-apa jua pandangan mereka, para pendidik
seharusnya memaksimumkan penglibatan murid di dalam kelas. 6K merujuk kepada
komunikasi, kolaboratif, kreativiti, kritis, kewarganegaraan dan karakter. Aspek-aspek
berkenaan dapat diserapkan dalam komponen pendidikan di sekolah sama ada kurikulum
atau kokurikulum. Guru-guru akan berperanan sebagai fasilitator supaya murid mempunyai
peluang untuk mencuba serta mengutarakan pendapat dan idea mereka.

Murid-murid juga akan berkolaboratif dalam pelbagai aktiviti mengikut kreativiti masing-
masing. Di samping itu, mereka boleh mengkritik secara kritis idea-idea yang dilontarkan oleh
rakan-rakan mereka.

9

Kemenjadian murid adalah secara holistik termasuk sahsiah murid. Kecemerlangan
akademik tanpa nilai-nilai yang positif dalam diri seseorang akan menyebabkan goyahnya
semangat dan jati diri mereka pada masa akan datang. Oleh itu, Program Sekolah
Transformasi 2025 adalah dengan hasrat melahirkan modal insan unggul yang cemerlang
secara menyeluruh untuk mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Bibliografi
Ee Ah Meng (1999). Pendidikan Sebagai Satu Proses: Asas Pendidikan 1. Shah Alam. Fajar

Bakti.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzi (2002). Psikologi Sukan: Konsep Dalam Latihan dan Pengajaran

Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distrubutors Sdn. Bhd.
Olson, S. 2014. Thinking Evolutionarily: Evolution Education Across the Life Sciences:

Summary of a Convocation. National Academies Press.
Sidek Baba (2006, Disember 19). Potensi Diri – Asas Kematangan Remaja.

drsidekbaba.blogspot.com
Siti Fatimah (2014, April 15). Guru Sebagai Role Model. kkdk2063.blogspot.com

10

AMALAN TERBAIK: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Aminah binti P.M Mohamed, Yong Zuraidah binti Jamaluddin,
Amelia binti Ahmad Shahrudin

SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak
[email protected]

Abstrak

Penulisan ini berfokus terhadap amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran penulisan dan
penghasilan karangan Bahasa Melayu. Fokus sasaran adalah murid-murid yang akan
menduduki SPM. Hal ini kerana analisis data menunjukkan aspek penulisan karangan yang
lemah merupakan antara penyumbang kegagalan murid-murid dalam peperiksaan Bahasa
Melayu SPM. Penulisan ini adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik dalam proses
Pembelajaran dan Pengajaran Karangan Bahasa Melayu SPM dan impak susulan yang diraih
serta dapat dilihat melalui analisis keputusan peperiksaan awam SPM. Reka bentuk penulisan
ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap latihan penulisan karangan, analisis data
penilaian dan peperiksaan serta pemerhatian semasa proses PdP. Dapatan menunjukkan
bahawa beberapa kaedah atau intervensi yang disarankan dalam penulisan ini telah mampu
membantu meningkatkan prestasi penulisan karangan namun tiada satu kaedah tunggal yang
akan menentukan kejayaan murid-murid. Pelbagai faktor perlu dikenal pasti dan pelbagai
kaedah perlu diguna pakai mengikut kesesuaian murid-murid itu sendiri. Penulisan ini
berupaya memberi panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu beberapa kaedah berkesan
yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan
Bahasa Melayu SPM.

Kata kunci: Penulisan, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Melayu, SPM

1.0 Pengenalan

SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dahulunya dikenali sebagai SMK Batu Empat dan telah
dibuka pada tahun 1997. Batu 4 bermaksud jarak sekolah ini 4 batu dari Bandar Teluk Intan.
Sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
pada tahun 2003 dengan ringkasannya SMART. Nama Abdul Rahman Talib diambil sempena
nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dr (HC) Abdul Rahman Talib (1916 - 18
Oktober 1968), seorang Menteri Malaysia yang telah berkhidmat dalam empat kementerian
selama lapan tahun sejak kemerdekaan antara tahun 1957 dan 1965. Bagaimanapun, beliau
mencapai kemasyhuran dalam bidang pendidikan ketika beliau menerbitkan laporan yang
dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan Tanah
Melayu dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SMART telah mula beroperasi pada 20 Januari 1997 dengan jumlah murid seramai 266
orang dan 17 orang guru. SMART adalah sekolah kategori luar bandar. Sehingga kini lapan

11

orang pengetua yang telah berkhidmat di SMART. Terkini (2020) SMART diterajui oleh Encik
Zulkarnain bin Abd. Kamal bersama 43 orang guru dan 11 orang staf sokongan.

Murid-murid SMART pada masa ini adalah seramai 381 orang (data Julai 2020). Aspek
sosioekonomi murid adalah kategori rendah dan sederhana dengan pendapatan isi rumah
seramai 346/381 (90.81 peratus) murid adalah daripada RM200.00-RM2500.00. Kumpulan
ini terdiri daripada golongan buruh, petani dan bekerja sendiri. Hanya seramai 9.2 peratus isi
rumah berpendapatan tinggi yang terdiri daripada anak penjawat awam dan golongan
usahawan.

Dari segi pencapaian akademik SMART telah menunjukkan peningkatan pencapaian
akademik yang baik dan memberangsangkan. Bermula dengan band 6 pada tahun 2010,
sekarang sekolah SMART berada dalam kedudukan band 4 sejak tahun 2014. Pada tahun
2016, SMART telah terpilih sebagai sekolah kohort pertama di bawah Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25).

Bahasa Melayu dan Sejarah SPM merupakan dua mata pelajaran yang menentukan
kelayakan layak sijil akademik SPM seseorang murid. Selain itu, kelulusan dua mata pelajaran
tersebut juga merupakan penentu peratus pencapaian sesebuah sekolah. Justeru, menjadi
tanggungjawab pasukan guru Bahasa Melayu dalam Panitia Bahasa Melayu berusaha
merealisasikan kelulusan 100 peratus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM.

Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara teliti
dan terancang. Guru-guru perlu mencuba pelbagai kaedah dan memilih kaedah yang paling
berkesan untuk satu-satu situasi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pelbagai teknik yang diaplikasi itu tertakluk kepada kemahiran bahasa yang diajar dan objektif
yang ingin dicapai. Penulisan ini akan meneroka pelbagai kaedah yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.

2.0 Bidang Fokus

Dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dan kelulusan dalam SPM maka usaha utama
yang perlu dilaksanakan adalah mencari di mana lubuk markah untuk kelulusan Bahasa
Melayu SPM. Didapati bahawa lubuk markah Bahasa Melayu SPM adalah di Kertas 1 yang
merupakan bahagian penghasilan karangan. Calon perlu meraih semaksimum markah di
bahagian ini. Markah penuh Bahasa Melayu Kertas 1 ialah 130 markah. Calon perlu
menghasilkan dua buah karangan. Karangan bahagian A, merujuk bahan rangsangan yang
dikemukakan. Calon perlu menulis antara 200 hingga 250 patah perkataan. Markah penuh
karangan bahagian A ialah 30. Bahagian B pula ialah karangan soalan terbuka. Calon perlu
memilih satu daripada lima soalan yang dikemukakan dan menulis sebuah karangan tidak
kurang daripada 350 patah perkataan. Markah penuh karangan bahagian B ialah 100.

Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid-murid menulis dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis gaya dan format penulisan. Penulisan merupakan penghasilan teks
karangan yang melibatkan proses dan hasil. Proses dan penghasilan karangan perlu memberi

12

penekanan terhadap idea yang bernas, kritis dan kreatif di samping penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid-murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan karangan berunsurkan
pengetahuan dan imaginasi.

Kemahiran dalam bahagian penulisan merupakan kemahiran aras tinggi dalam
kemahiran bahasa selain kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Keempat-empat
kemahiran, mendengar, membaca, bertutur dan menulis biasanya diajar serentak secara
gabung jalin. Murid-murid yang dikenal pasti lemah atau gagal dalam latihan penulisan,
penilaian dan peperiksaan dalaman didapati mempunyai masalah untuk menghasilkan
karangan yang baik, berkualiti dan berkesan. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dalam aspek penulisan ialah:

i. Penulisan tanpa perancangan yang teliti menyebabkan isi karangan yang dihasilkan
tidak tersusun. Huraian isi pula tidak lengkap yang tidak menampakkan kematangan
berfikir. Idea dalam perenggan isi yang diutarakan tidak relevan atau tidak bernas di
samping tiada contoh yang sesuai.

ii. Penguasaan asas kemahiran penulisan yang sangat terhad
iii. Kedangkalan atau keterhadan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu isu,

menyebabkan murid-murid gagal mengutarakan idea yang bernas, matang dan bijak.
iv. Pengagihan masa yang tidak cekap menyebabkan penghasilan karangan bahagian B

(100 markah) khususnya tidak dapat disempurnakan.
v. Kegagalan menganalisis kehendak atau arahan soalan dengan tepat menyebabkan

penghasilan karangan yang terpesong atau tidak menepati tajuk.

Fokus perbincangan dalam penulisan ini hanya menumpukan sasaran murid-murid
lemah yang gagal dalam peperiksaan dalaman, sekiranya tidak dibantu secara serius,
dikhuatiri mereka akan gagal dalam Bahasa Melayu SPM. Oleh hal yang demikian, beberapa
intervensi mengikut kesesuaian dilaksanakan untuk membantu mereka.

3.0 Objektif

(i) Menulis untuk membina kerangka karangan dan karangan lengkap secara
terancang,

(ii) Menulis untuk mengolah maklumat daripada pelbagai bahan bagi menghasilkan
penulisan yang kritis dan kreatif dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai,

(iii) Mampu mendapat sekurang-kurangnya 50/100 markah bagi karangan B,
(iv) Mampu mendapat sekurang-kurangnya 15/30 markah bagi karangan A, dan
(v) Mencapai kelulusan 100 peratus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM.

4.0 Kaedah Pelaksanaan

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), semakan latihan murid-murid, markah ujian dan
penilaian dan mengenali murid-murid secara individu adalah sumber untuk mendapatkan

13

maklumat tahap pencapaian mereka. Data yang diperoleh daripada analisis markah
peperiksaan dan penilaian murid adalah data tepat untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid-murid yang bakal menghadapi SPM. Data ini menjadi pandu arah yang
akan dikaji dalam usaha membuat penambahbaikan. Setelah data diinterpretasi dengan teliti
maka proses pelaksanaan segala intervensi yang bersesuaian akan dipertimbangkan.

Data daripada penilaian, peperiksaan dan latihan murid menunjukkan salah satu sebab
yang ketara murid-murid gagal adalah kerana tidak menguasai penulisan karangan. Hampir
semua murid yang gagal peperiksaan dalaman yang diadakan tidak boleh menulis karangan
dengan baik dan berkesan. Hal ini membimbangkan kerana penulisan karangan
menyumbang 130/210 markah.

Tiada satu proses pelaksanaan yang tetap yang termaktub dalam merealisasikan
hasrat mencapai 100 peratus kelulusan. Kita perlu melakukan beberapa inisiatif berdasarkan
kepelbagaian dalam keperluan murid. Setiap proses mengambil kira pembelajaran terbeza
mengikut keupayaan dan kehendak murid. Pembelajaran terbeza bermaksud murid belajar
secara optimum mengikut aras atau situasi murid. Dengan mengambil kira tahap
pembelajaran murid-murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu
PdP pembelajaran terbeza ini perlu supaya murid-murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Kaedah ini mengambil kira tiga aspek iaitu melalui kandungan, proses dan
hasil yang akan dizahirkan melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sehinggalah kepada
PdP.

Selain itu, analisis SWOT adalah satu kaedah terbaik untuk mengenal pasti proses
yang perlu dilaksanakan. Rumusan analisis SWOT menunjukkan bahawa SMART
mempunyai kekuatan dan peluang yang boleh dimanipulasi. Antara kekuatannya ialah hampir
99 peratus calon adalah calon berbangsa Melayu yang bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda. Justeru, dalam hal ini tiada masalah buta 2M. Aspek kekuatan lain yang positif adalah
sentiasa mendapat sokongan padu dan bimbingan daripada pihak pentadbiran sekolah,
pegawai SIP+ dan pengawai SISC+ Daerah Hilir Perak. Guru-guru SMART yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru-guru yang sangat berpengalaman dan mahir.
Kelemahan dan ancaman juga perlu dikenal pasti kerana tanpa mengetahui masalah, maka
mana mungkin masalah itu dapat diselesaikan. Masalah yang dihadapi ialah lebih kepada
masalah persepsi murid itu sendiri. Murid-murid yang lemah dalam penulisan atau secara
umum lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan murid-murid yang kurang
bermotivasi dan sentiasa menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu sangat mudah.
Mereka mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu tetapi tidak menguasai aspek
penulisan kerana tidak mahir aspek idea, teknikal, tatabahasa dan penguasaan kosa kata
mereka juga sangat terhad. Selain itu terdapat segelintir murid yang terlibat dalam masalah
disiplin di sekolah dan masalah kehadiran yang membimbangkan atas pelbagai alasan,
masalah sosioekonomi murid-murid seperti kepincangan keluarga, masalah kewangan, isu
sikap terhadap kepentingan pendidikan, juga menjadi masalah luar kawalan.

Mengambil kira semua itu, guru-guru dalam Panitia Bahasa Melayu perlu
melaksanakan suatu proses kerja yang terancang untuk mencapai kecemerlangan. Segala

14

pandangan dan cadangan yang diperoleh melalui pembacaan, pendedahan daripada kursus
juga cuba diaplikasikan mengikut kesesuaian sekolah dan murid-murid. Setiap satu inisiatif
yang digunakan akan dinilai untuk melihat keberkesanannya. Sekiranya didapati berkesan
maka maklumat keberkesanan dan kaedah tersebut akan dikongsi dengan ahli panitia melalui
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Guru-guru dalam ahli panitia juga sering berkongsi
kaedah mengajar berkesan melalui pengalaman yang telah dilalui setelah mengambil kira
pembelajaran terbeza, masa, kehendak dan ragam murid. Pada hakikatnya pengalaman dan
keprihatinanlah yang lebih mendewasakan dan memahirkan seseorang guru untuk mengajar
dan mengejar kejayaan cemerlang.

Berikut akan dijelaskan secara sepintas lalu semua inisiatif dan proses yang menjadi
pemangkin kecemerlangan Bahasa Melayu SPM SMART yang telah dan sedang
dilaksanakan.

(a) Kaedah Sifir 5666665/ Bingkai

◆ Murid dilatih membina lima ayat mudah yang ada kaitan dengan tema soalan
karangan. lima ayat ini membentuk perenggan pertama atau juga dikenali
sebagai perenggan pendahuluan. Ayat kelima dalam perenggan
pendahuluan ialah ayat yang menjurus kepada perenggan isi yang pertama.
Ayat inilah yang mewujudkan pertautan antara perenggan.

◆ Murid dilatih membina enam ayat untuk perenggan 2, 3, 4, 5, dan 6. Setiap
satu perenggan isi ini akan dimulakan dengan penanda wacana yang
berbeza dan kaedah penulisan mengikut urutan yang mudah seperti berikut:
i. Ayat pernyataan isi
ii. Ayat huraian 1
iii. Ayat huraian 2
iv. Ayat contoh
v. Ayat kesan
vi. Ayat penyimpul

◆ Murid-murid didedahkan dan dilatih tubi proses penulisan setiap ayat dengan
menggunakan penanda wacana seperti selain itu, seterusnya, hal ini
demikian, contohnya, kesannya, dan jelaslah.

◆ Perenggan ketujuh terdiri daripada perenggan kesimpulan. Murid-murid
hanya perlu menulis lima ayat. Ayat pertama adalah dengan memasukkan
arahan soalan, dan seterusnya menyenaraikan lima ayat penyata perenggan
isi. Tiga atau empat ayat umum yang boleh diaplikasikan dalam semua
situasi akan diberikan kepada murid untuk dihafal dan ditulis dalam ayat 3,
4, 5 perenggan terakhir penulisan mereka.

Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah Bingkai yang digunakan untuk murid
HALUS (Harus Lulus) yang mendapat markah 20 peratus hingga 45 peratus.

15

Kaedah Bingkai untuk murid yang markah 01 peratus hingga 19 peratus adalah
dengan memudahkan sifir menjadi 3333332.

(b) SEMISI - Sepuluh Minit Satu Isi

Guru membincangkan satu tajuk untuk penulisan karangan selama lebih kurang
20-30 minit. Murid-murid diminta menulis satu demi satu perenggan dengan
formula 5666665 yang telah diajar. Murid-murid perlu menulis satu perenggan
itu dalam masa 10 minit. Inisiatif ini diubah suai daripada idea SMK Bandar
Tenggara 2, Kulai Jaya. Inisiatif SEMISI ini dilaksanakan kerana setiap kali ujian
atau penilaian diberi, murid tidak melengkapkan penulisan dua buah karangan
dalam masa 2 jam 15 minit (135 minit) dengan alasan ‘tidak sempat’, maka
kaedah SEMISI digunakan untuk melatih murid berfikir dan menulis satu
perenggan yang terdiri daripada lima atau enam ayat dalam masa 10 minit
sahaja. Sekiranya kaedah ini berjaya, karangan bahagian A yang memerlukan
murid menulis lima perenggan boleh diselesaikan dalam masa 50 minit dan
karangan bahagian B yang memerlukan murid menulis tujuh perenggan boleh
diselesaikan dalam masa 70 minit. Murid-murid memerlukan 120 minit untuk
menulis karangan bahagian A dan bahagian B maka lebihan 15 minit digunakan
untuk membuat semakan.

(c) Kaedah Ansur Maju

Kaedah Ansur Maju ini digabungjalinkan dengan insiatif lain bagi memantapkan
lagi penulisan murid. Setiap perenggan penulisan yang selesai ditulis oleh murid
perlu dihantar untuk semakan guru. Guru akan menyemak dengan teliti. Guru
akan membincangkan segala kepincangan penulisan dalam perenggan tersebut
secara bersemuka. Sekiranya perenggan itu tidak berkualiti kerana terdapat
banyak kesilapan maka murid tersebut akan dibimbing dan akan diminta menulis
semula perenggan tersebut. Inisiatif bimbingan secara individu ini
mempraktikkan pembelajaran terbeza. Setiap perenggan akan dinilai dengan 10
markah penuh. Setiap perenggan penulisan yang baik akan diberi pelekat emoji
sebagai poin ganjaran. Murid yang mengumpul banyak emoji akan mendapat
hadiah. Inisiatif ini dapat menarik minat murid-murid yang lemah untuk terus
berusaha.

(d) Modul Karangan

Ahli Panitia Bahasa Melayu SMART telah bergabung tenaga menyediakan modul
karangan, khusus untuk murid tahap sederhana dan lemah. Modul tersebut
dilengkapi dengan pelbagai panduan penulisan yang asas dan mudah, tapak
penulisan, contoh karangan bahagian A dan contoh karangan bahagian B.
Diharapkan dengan cara ini murid akan menggunakan modul tersebut sebagai
bahan rujukan semasa proses penulisan dilakukan. Modul ini juga sangat
membantu murid-murid, memandangkan tahap inisiatif untuk ke Pusat Sumber

16

Sekolah bagi membuat rujukan amat rendah dan mereka juga enggan mencari
bahan daripada sumber lain yang sedia ada. Modul ini juga membolehkan
mereka membaca contoh-contoh karangan tersebut secara berulang kali. Ada
kalanya dalam proses PdP guru akan meminta murid-murid untuk membaca satu-
satu karangan dalam modul secara berulang kali dan kemudian meminta mereka
menulis semula tajuk tersebut mengikut pemahaman dan dengan menggunakan
perkataan sendiri. Kaedah ini dapat membantu murid mengingat maklumat dan
menghasilkan penulisan karangan.

(e) Kaedah MULUS- (Mudah Lulus)

Kaedah MULUS diperkenalkan oleh Puan Putri Faridah Hanizah, Pegawai
Bahasa SISC+ Daerah Hilir Perak, yang juga merupakan seorang Guru
Cemerlang Bahasa Melayu. Kaedah MULUS ini membantu pelajar mengingat isi
dengan menggunakan kata kunci dalam bentuk kata kerja. Contohnya,
karangan yang perlu menghuraikan peranan diri sendiri (dimensi 1), peranan ibu
bapa, peranan keluarga (dimensi 2), beberapa kata kunci yang mudah ingat
dapat membimbing murid untuk membina ayat penyata isi contohnya ialah
‘mendidik’, ‘memantau’, ‘menyediakan’, ’menjadi’ dan ’meluangkan’.
Memandangkan mencari idea untuk menulis ayat pernyataan isi merupakan
masalah utama kepada murid-murid lemah, maka kaedah MULUS yang
menggunakan kata kunci ini amat mudah dan berkesan.

(f) Professional Learning Comunity (PLC)

Realitinya sebelum seorang guru membantu anak muridnya, guru tersebut perlu
melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran mengajar dengan
mengaplikasikan pelbagai kaedah yang bersesuaian. Dari semasa ke semasa,
guru-guru perlu memantapkan keupayaan menjalankan proses PdP yang lebih
berkesan. Kecekapan dan keupayaan guru juga sangat besar implikasinya
terhadap pencapaian murid-murid. Menyedari realiti ini, Panitia Bahasa Melayu
SMART mengadakan PLC secara berkala. Guru-guru Panitia Bahasa Melayu
SMART akan bertemu untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam usaha
meningkatkan pencapaian murid-murid. PLC yang sering dijalankan oleh Panitia
Bahasa Melayu SMART ialah Kumpulan Rakan Kritik, Sesi Perkongsian Guru
dan Bimbingan Rakan Sekerja.

5.0 Dapatan dan Impak
Data Peperiksaan Mata pelajaran Bahasa Melayu (2015 – 2019)

17

Analisis data di atas jelas menunjukkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu telah
menunjukkan peratus kelulusan yang sangat membanggakan. Semenjak penubuhan
SMART, iaitu pada tahun 1997 dengan kohort pertama SPM pada tahun 2001, SMART belum
pernah meraih kelulusan 100 peratus untuk Bahasa Melayu SPM sehinggalah menjelang
tahun 2017 yang mencatat sejarah kelulusan 100 peratus. Tahun 2017 hingga tahun 2019
Bahasa Melayu SPM SMART lulus 100 peratus. Satu aspek yang tidak boleh dinafikan ialah,
pencapaian ini terhasil kerana proses PdP mata pelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan
secara lebih sistematik dengan mengenal pasti permasalahan dan penyusunan strategi yang
terancang seperti yang telah dijelaskan dan didokumentasikan dalam PInTaS.

6.0 Rumusan

Penguasaan kemahiran menulis membolehkan murid-murid mengaplikasikan maklumat
dalam pelbagai bentuk penulisan secara kritis dan kreatif. Keupayaan membuat kerangka
karangan, merancang, menyusun maklumat dan menulis, secara tidak langsung juga
membantu penguasaan murid untuk menjawab Bahasa Melayu Kertas 2 yang terdiri daripada
rumusan, komsas, tatabahasa dan kajian novel.

Setiap tahun kohort murid yang berlainan menghadapi SPM, maka setiap tahun
situasinya adalah berbeza. Tidak ada kaedah tunggal yang boleh digunakan untuk semua
murid yang mempunyai latar belakang pencapaian yang berbeza. Hal ini menjadi salah satu
faktor PInTaS SMART tetap memfokuskan aspek sasaran 100 peratus kelulusan terhadap
mata pelajaran Bahasa Melayu walaupun sasaran tersebut telah dicapai. Oleh hal yang
demikian, intervensi yang sedia ada perlu sentiasa ditambah baik mengikut kesesuaian
kepelbagaian calon SPM dari masa ke masa.

Kejayaan ini diraih bukan semata-mata atas usaha guru mata pelajaran Bahasa Melayu
tetapi juga kerana terdapat beberapa intervensi lain dalam PInTaS yang tidak dibincangkan
dalam penulisan ini kerana limitasi yang tidak dapat dielakkan. Pelaksanaan PInTaS pihak
sekolah seperti SMARTCamp, SMART Workout, Sesi QnA, Program Santai Janji Sampai juga
memainkan peranan sebagai faktor penyumbang kecemerlangan ini.

Penambahbaikan yang berterusan perlu dilaksanakan. Sememangnya dalam PInTaS
tahun 2019 dan tahun 2020, fokus bukanlah lagi hanya pada penulisan karangan malahan
juga aspek Rumusan dan aspek Kajian Novel yang menyumbang 54/110 markah dalam
kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Adalah dicadangkan, dalam kajian amalan terbaik seterusnya
kaedah PdP untuk Rumusan dan Novel pula diberi penekanan.

PInTaS dan Pendidikan Abad ke-21 yang diperkenalkan melalui Program TS25
merupakan satu anugerah kepada warga guru dan murid-murid. Usaha ini menepati objektif
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu mengaplikasi konsep dan amalan PdPc
terbaik. Pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan terarah, setelah melakukan
analisis data benar-benar memberi fokus kepada guru-guru apa dan bagaimana ini perlu
dicapai. Melalui PInTaS dalam program TS25, enam Kitaran ‘P’ perlu dilengkapkan iaitu
Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian, Penambahbaikan dan

18

Pendokumentasian. Tindak kerja yang sistematik ini banyak menyumbang pencapaian yang
lebih positif dan cemerlang.

Akhir kata, terbuktilah SMART telah akur dan berjaya merealisasikan matlamat
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang kedua iaitu; memaksimumkan potensi guru
dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
SMART sentiasa berusaha memenuhi Anjakan 6 PPPM 2013 - 2025 untuk memastikan setiap
sekolah tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis akan menyediakan pendidikan yang terbaik dan
holistik kepada murid-murid.

SMK Abdul Rahman Talib (2019) PInTaS SMART

Bibliografi

Azizul Rahman & Mohamad Saleeh (2010) Strategi Pengajaran Guru Cemerlang, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Putri Faridah Hanizah (2018) Modul Mudah Lulus [MULUS] Bahasa Melayu, Yayasan Perak
dan JPN Perak.

Amin Senin (2018) Melangkah ke Hadapan, Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM:
Putrajaya: KPM.

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/rujukan-akademik/1438-
melangkah-ke-hadapan-pdf/file
Jabatan Pendidikan Perak (2020) Perancangan Strategik JPN 2020-2024

http://online.anyflip.com/ghkpk/agpr/mobile/index.html
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025.
https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
2 (SKPMG2).
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/skpmg2-2018
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) KIT PLC, Professional Learning Putrajaya.
Malaysia.
http://mudahmengajar.blogspot.com/2019/11/kit-plc-terkini-2019.html
Shahir Abdullah (2020)
https://www.academia.edu/38735952/PENDEKATAN_PEMBELAJARAN_TERBEZA

19

KAEDAH KOPERATIF RHOMBUS

Gayatridevi a/p Kerisnan

SJK(T) Tapah, Perak
[email protected]

Abstrak

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan Kaedah Koperatif Rhombus terhadap
tahap pencapaian dalam penguasaan teks pemahaman sastera Bahasa Tamil di SJK(T)
Tapah. Murid-murid di peringkat sekolah rendah lemah dari segi penguasaan teks
pemahaman sastera Bahasa Tamil. Tahap pencapaian murid dalam penguasaan teks sastera
Bahasa Tamil yang menggunakan Kaedah Koperatif Rhombus diukur melalui praujian dan
pascaujian serta lembaran kerja. Seramai 20 orang murid Tahun 5 diuji tahap pencapaian
dalam penguasaan teks Sastera Bahasa Tamil. Kaedah Koperatif Rhombus ini dapat
menggalakkan murid berinteraksi dalam kumpulan serta menguasai isi utama dan isi
sampingan dalam teks pemahaman sastera Bahasa Tamil. Oleh itu, kaedah pembelajaran
Rhombus dapat meningkatkan tahap pencapaian dari 60 peratus kepada 100 peratus dalam
penguasaan Teks Sastera Bahasa Tamil. Kaedah Koperatif Rhombus ini juga boleh
diaplikasikan dalam kaedah pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran lain.

kata kunci: Pembelajaran, Kaedah Rhombus, Pra dan Pasca, Lembaran Kerja Kajian Kuasi,
Pencapaian

1.0 Pengenalan

SJK(T) Tapah telah ditubuhkan pada tahun 1914 dengan muridnya seramai 52 orang.
Pada awalnya Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris sahaja yang diajar. Ekoran
penambahan bilangan murid dari semasa ke semasa, bangunan sekolah telah ditambah
bagi menampung bilangan murid melebihi 200 orang atas usaha YB Dato’ Sri S.Samy
Velu. Kini, sekolah ini adalah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kohort 2.0. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu insiatif
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam
bidang pendidikan. Melalui program ini sekolah SJK(T) Tapah berupaya mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pelan pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam
pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013-2025.

Pengaplikasian Kaedah Koperatif Rhombus ini amat bersesuaian dengan
perlaksanaan PAK-21 yang mementingkan penglibatan murid semata-matanya untuk
menguasai sesuatu pembelajaran. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk
menggunakan kemahiran menyoal sesama ahli kumpulan untuk menguasai sesuatu teks
pemahaman sastera Bahasa Tamil dan menggalakkan seseorang guru menjadi
pembimbing di mana murid-murid dipertanggungjawabkan untuk belajar.

20

Kaedah ini juga secara tidak langsung membantu untuk membina kemahiran interaksi
peribadi dan interaktif dalam kalangan murid. Penguasaan teks pemahaman sastera
merupakan salah satu kemahiran bahasa yang dititikberatkan dalam pembelajaran bahasa.
Penggunaan bahasa lama dalam teks pemahaman Bahasa Tamil menyukarkan para murid
untuk memahami maksud dan mesej yang cuba disampaikan dan perlu disuburkan dengan
menggunakan pelbagai kemahiran belajar dan aktiviti menarik untuk menarik minat terhadap
karya-karya sastera. Bagi membantu meningkatkan pencapaian murid terhadap penguasaan
teks sastera Bahasa Tamil, kaedah ini diperkenalkan.

2.0 Pernyataan Masalah

Bidang keberhasilan sekolah SJK(T) Tapah menekankan kepada peningkatan pencapaian
kualiti murid. Murid Tahun 5, mendapat keputusan dalam mata pelajaran Bahasa Tamil
Pemahaman yang rendah dalam peperiksaan pertengahan tahun 2019. Analisis data
membuktikan bahawa murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian soalan 25 iaitu
soalan pemahaman teks Sastera Bahasa Tamil. Seperti yang sedia maklum, kaedah
pengajaran secara “chalk and talk” telah jauh ketinggalan dalam sistem pendidikan pada
masa ini, tetapi ramai guru masih menggunakan kaedah tersebut dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dan juga sebagai aktiviti pengukuhan pada sesi akhir pengajaran.
Pengajaran yang kurang efektif menjadikan pelajar berasa tidak dapat menguasai teks
pemahaman sastera dengan berkesan. Professional Learning Community (PLC) bersama-
sama ketua panitia Bahasa Tamil serta guru-guru yang mengajar Bahasa Tamil telah
dilaksanakan untuk membincangkan kaedah pengajaran dan strategi penyampaian yang
kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

3.0 Objektif

Kaedah Pembelajaran Koperatif Rhombus memberi fokus kepada peningkatan terhadap
pencapaian murid dalam teks pemahaman sastera Bahasa Tamil Tahun 5.

4.0 Metodologi

Menurut Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) kualiti murid merupakan salah satu
tunjang bagi mencapai hala tuju sekolah. Pencapaian murid dalam akademik akan
mendorong untuk peningkatan kualiti murid di sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini
dilaksanakan adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan Kaedah Koperatif Rhombus
terhadap penguasaan teks pemahaman sastera Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun
5. Sampel kajian ialah seramai 20 orang murid. Murid-murid telah diberikan praujian dan
pascaujian untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid. Seterusnya, murid-murid tersebut
telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang sama iaitu 10 orang murid bagi kumpulan
kawalan dan lima orang bagi kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan akan diajar dengan
menggunakan kaedah tradisional manakala kumpulan rawatan akan diajar dengan
menggunakan kaedah pembelajaran Koperatif Rhombus. Murid-murid akan menggunakan
beberapa kata tanya seperti siapa, apa, di mana, mengapa, kenapa untuk bertanya soalan
sesama ahli untuk menguasai teks pemahaman yang diberi. Ketika berbincang dalam

21

kumpulan murid-murid akan mengkategorikan isi-isi yang terdapat dalam teks pemahaman
dengan menggunakan pensel warna. Selepas melaksanakan kedua-dua kumpulan iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberi pascaujian. Kemudian skor praujian
akan dibandingkan dengan skor pascaujian untuk menguji keberkesanan penggunaan
kaedah pembelajaran Koperatif Rhombus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Koperatif Rhombus dibudayakan dalam kalangan murid semasa membuat aktiviti
lembaran kerja. Pembudayaan kaedah koperatif Rhombus menunjukkan peningkatan dalam
skor murid.

5.0 Kaedah Pelaksanaan

Sepucuk surat rasmi untuk meminta kebenaran bagi menjalankan kajian ini telah dihantar
kepada Guru Besar SJK(T) Tapah pada 26 September 2019. Selepas mendapat kelulusan,
praujian terus diedarkan dan dijawab oleh kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis
skor ujian untuk menentukan kesetaraan skor purata bagi kedua-dua kumpulan telah
dilaksanakan. Selepas itu, intervensi dijalankan, di mana kedua-dua kumpulan murid
menerima bimbingan guru dengan sukatan pelajaran yang sama bagi tempoh empat minggu.
Selepas itu, pascaujian telah diberi kepada kedua-dua kumpulan dengan segera diikuti soal
selidik yang diedarkan kepada peserta-peserta kumpulan rawatan.

Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu. Pada minggu pertama, penerangan
mengenai kaedah pembelajaran koperatif Rhombus serta penggunaannya telah dijalankan
melalui pengedaran teks pemahaman sastera Bahasa Tamil. Murid-murid berkolaboratif
antara satu sama lain semasa menggunakan kaedah ini. Keadaan ini telah membiasakan
murid-murid untuk menggunakan Kaedah Koperatif Rhombus dan sentiasa berinteraksi
antara satu sama lain dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk menyelesaikan
soalan yang diberi.

Pada minggu kedua, teks pemahaman sastera yang kedua telah diedarkan kepada
kedua-dua kelas rawatan dan kawalan iaitu kelas kawalan akan menguasai teks pemahaman
sastera dengan menggunakan kaedah tradisional dan kelas rawatan akan menggunakan
Kaedah Koperatif Rhombus untuk menguasai teks pemahaman sastera Bahasa Tamil. Masa
yang sama untuk kedua-dua kelas telah diberikan. Setelah sesi menjawab tamat, sesi
penyemakan hasil murid serta membuat perbandingan markah yang dapat bagi teks pertama
dengan telah dilaksanakan.

Pada minggu ketiga, teks pemahaman sastera yang kedua telah diedarkan kepada
kedua-dua kelas. Aktiviti sama seperti minggu kedua telah dijalankan dalam minggu yang
ketiga. Dalam kelas rawatan, satu senarai semak soalan telah diedarkan dalam kalangan
murid iaitu mereka boleh menyemak jawapan sesama sendiri tanpa bantuan guru. Guru
hanya menjadi fasilitator dan membimbing mereka jika sebarang kekeliruan berlaku. Pada
masa yang sama, kaedah ini akan memperkukuhkan lagi pemahaman murid terhadap
terhadap teks pemahaman sastera Bahasa Tamil. Jika terdapat kesilapan, mereka telah
meminta rakan yang lain untuk menyemak dan menjelaskan kesilapan yang dilakukan.

22

Pada minggu keempat, aktiviti telah diteruskan dengan pemberian teks pemahaman
yang terakhir. Mereka dikehendaki membuat praujian dan pascaujian serta lembaran kerja
untuk melihat perbezaan pencapaian serta perkembangan dalam masa yang diperuntukkan.
Pendapat murid juga telah diterima sebagai student’s voice.

6.0 Dapatan dan Impak

6.1 Analisis data praujian dan pascaujian untuk mengetahui tahap pencapaian
murid:

Dua ujian telah dijalankan untuk menguji tahap pencapaian pelajar terhadap teks
sastera Bahasa Tamil Tahun 5 iaitu praujian dan pascaujian. Praujian diberikan
sebelum pembelajaran menggunakan Kaedah Koperatif Rhombus
diperkenalkan manakala pascaujian diberikan selepas Kaedah Koperatif
Rhombus diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih. Keputusan
praujian adalah untuk memastikan kedua-dua kumpulan murid adalah setara,
manakala keputusan pascaujian adalah untuk mengukur perbezaan markah
selepas intervensi dijalankan.

Soalan pemahaman yang disediakan berdasarkan isi kandungan sastera
yang mengikut format peperiksaan sekolah iaitu mengandungi 5 soalan struktur.
Masa menjawab diberikan selama 10 minit. Jumlah markah yang diperuntukan
bagi setiap teks pemahaman sastera ialah sebanyak 5 markah. Berikutnya
adalah tahap pencapaian murid kelas kawalan:

Jadual 5.11 Skor Tahap Pencapaian Murid Kelas Kawalan Bagi Praujian
dan Pascaujian

Praujian dan pascaujian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pencapaian
murid dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, dan skor untuk ujian
pertama telah dicatatkan. Nama murid tidak dinyatakan tetapi telah diberi
nombor daripada satu hingga sepuluh untuk kedua-dua kumpulan. Hasil
daripada dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa teknik pengajaran dan
pembelajaran tradisional yang digunakan dalam sesebuah kelas tidaklah
membawa perubahan yang drastik dari segi pencapaian. Skor min untuk
praujian dan pascaujian direkodkan sebagai 2.6 melebihi 5 markah. Walau

23

bagaimanapun, hasil menunjukkan bahawa skor min tidak berubah semasa fasa
pascaujian yang dicatatkan sebagai 2.6 berbanding keseluruhan skor 5.

KaedahtTradisional, menunjukkan bahawa responden tidak menguasai
teks yang diberikan kepada mereka dan tidak ada perubahan yang signifikan
dalam skor walaupun responden daripada kumpulan kawalan telah melalui tiga
sesi pelajaran kaedah tradisional. Oleh itu, hasil ini membuktikan bahawa
pengajaran tradisional gagal meningkatkan tahap penguasaan dalam teks
pemahaman sastera. Sebaliknya, skor yang diperoleh oleh kumpulan rawatan
dalam ujian satu menunjukkan bahawa responden berjaya memperoleh
peningkatan yang mendadak sebanyak 2 mata dalam pascaujian setelah
terdedah dengan Kaedah Koperatif Rhombus. Skor min praujian adalah 2.8
markah dan semasa pascaujian, responden berjaya menunjukkan peningkatan
iaitu skor meningkat sebanyak 2 markah yang ditunjukkan semasa pascaujian
iaitu responden berjaya memperoleh skor min sebanyak 4.8. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah Koperatif Rhombus telah
meningkatkan pencapaian dalam kalangan responden. Oleh itu, melalui analisis
ujian pertama, dapat disimpulkan bahawa Kaedah Koperatif Rhombus yang
dihasilkan berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan teks pemahaman
sastera Bahasa Tamil.

Jadual 5.1.2: Praujian, Pascaujian and Perbezaan markah (ujian 2)

Jadual 5.1.2 menunjukkan skor yang diperoleh oleh responden daripada
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan semasa ujian kedua. Dalam ujian ini,
responden daripada kumpulan kawalan berjaya memperoleh purata sebanyak
2.2 markah semasa praujian. Sebaliknya, semasa perlaksanaan ujian kedua
kumpulan rawatan mendapat skor min keseluruhan 3.0 markah semasa praujian
dan skor ini meningkat dengan skor min 1.5 markah semasa pascaujian iaitu
peningkatan skor yang ketara ditunjukkan oleh kumpulan rawatan semasa
kedua-dua ujian 1 dan 2.

Oleh itu, dari hasil yang diperoleh dapat disimpulkan bahawa Kaedah
Koperatif Rhombus yang digunakan dapat meningkatkan tahap penguasaan
dalam kalangan murid Tahun 5.

24

Analisis data markah lembaran kerja untuk menilai perkembangan murid:

Jadual 2: Analisis data markah lembaran kerja

untuk menilai perkembangan murid

Markah Individu dan Min bagi Lembaran Kerja

MARKAH (%)

NAMA MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
4
12 3
100
Durga 70 80 100 100
98
Kavisha 70 80 92 98
98
Keerthi 65 80 92 90
95
Tharani 55 70 85 85
100
Agilvanan 67 75 92 98
96.2
Darshini 67 70 83

Kirthiga 65 70 90

Vengkades 70 61 75

tharani 70 60 90

Hari 70 85 90

Markah min (%) 67.4 75.5 91.4

Berdasarkan Jadual 2, sepuluh murid berjaya mencapai markah lulus dan
tidak pernah gagal dari minggu satu hingga minggu keempat. Pada minggu
seterusnya, Durga menunjukkan peningkatan yang baik dan stabil sehingga
minggu keempat. Vengkades pula menunjukkan penurunan sebanyak sembilan
markah pada minggu kedua iaitu dari 70 peratus kepada 61 peratus. Penurunan
ini mungkin disebabkan oleh kecuaian dan diberi soalan yang berbeza dari
minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, pada minggu ketiga, Vengkades
berjaya menunjukkan peningkatan yang baik iaitu mendapat markah sebanyak
75 peratus. Hal ini bermaksud, dia berjaya menjawab beberapa soalan
pemahaman dengan betul. Tambahan lagi, markah Vengkades pada minggu
keempat pula semakin meningkat kepada 85 peratus. Keadaan ini menunjukkan
peningkatan yang baik pada setiap minggu. Tharani pula mendapat markah
sebanyak 100 peratus dalam lembaran kerja pada minggu keempat.

Secara kesimpulannya, setelah dianalisis praujian dan pascaujian didapati
bahawa pembelajaran Koperatif Rhombus dapat membantu murid menguasai
teks pemahaman sastera dengan baik dan berkesan. Tambahan lagi, membuat
lembaran kerja secara berterusan dapat membudayakan murid dalam
penggunaan Kaedah Rhombus. 20 peserta kajian dapat menunjukkan
perubahan yang positif iaitu peningkatan pencapaian yang stabil walaupun ada
kecuaian di beberapa bahagian. Jika segala kecuaian dapat diatasi dengan
segera maka tiada masalah untuk mendapat pencapaian yang cemerlang.

25

7.0 Rumusan

Setiap kaedah pastinya ada cabaran yang dihadapi sebelumnya ianya berjaya. Antaranya
ialah kesukaran untuk kawalan kelas semasa menjalankan Kaedah Koperatif Rhombus.
Keadaan ini juga menyebabkan mengambil masa yang panjang. Cara penyelesaian juga
telah dijalankan setelah mengadakan sesi perbincangan bersama guru besar. Penggunaan
traffic light serta jadual kawalan kelas telah disediakan untuk mengawal pergerakan murid
semasa menjalankan Kaedah Koperatif Rhombus. Keadaan ini juga membantu untuk
menggelakkan pembaziran masa.

Harapan sekolah iaitu meningkatkan keberkesanan PdP guru serta penglibatan murid
secara aktif dapat dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran Koperatif Rhombus. Dapatan
dan analisis data telah menunjukkan bahawa pembelajaran Koperatif Rhombus telah berjaya
meningkatkan keputusan pascaujian berbanding dengan keputusan praujian terhadap teks
sastera Bahasa Tamil dalam mata pelajaran Bahasa Tamil Tahun 5.

Penggunaan kaedah pembelajaran Koperatif Rhombus menggalakkan murid-murid
untuk menguasai fakta-fakta yang penting dalam teks pemahaman sastera yang diedarkan.
Tambahan pula, setiap kata tanya telah disediakan dengan warna kod yang tertentu
membolehkan murid menguasai teks pemahaman sastera dengan lebih mendalam.
Keadaan ini secara langsung dapat mewujudkan perbezaan pencapaian yang ketara dalam
kalangan murid Tahun 5. Justeru, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam menyelesaikan
masalah Matematik. Ganjaran atau token juga boleh diberi kepada mereka yang berjaya
mendapatkan jawapan yang betul dengan pantas.

Bibliografi

Dr. Hjh Sarimah Ismail, Mohaimin Tabrani dan Dr. Rohana Hamzah. (2012). Kekangan
Aplikasi Pengajaran Koperatif Di Sekolah Rendah. Fakuliti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Jaslina Jasmi & Nor Hasniza Ibrahim. (2013). Pembinaan dan Kesesuaian Modul Pro
Elektrolisis Berasaskan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK). Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Jasmi, Kamarul Azmi & Ibrahim, Noratikah & Ilias, Mohd. (2012). Gaya Pengajaran Guru
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. 211-223.

26

PROGRAM Q-EMathS

Maimunah binti Mohd Rodyi, Zuriyati binti Md Zarkasi,
Ee Run A/P Ai Cher

Sekolah Kebangsaan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak
[email protected]

Abstrak

Program Q-EMathS ini telah dirangka dan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2018 untuk
meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris
bagi memadamkan stigma yang menganggap subjek berkaitan susah dan sukar. Program ini
dimulakan dengan sesi soal selidik dan temu bual terhadap kumpulan sasaran.
Keberkesanan dan kejayaan program ini dinilai melalui penglibatan murid yang aktif dalam
aktiviti yang dijalankan dalam program Q-EMathS serta pencapaian peperiksaan dalaman
dan UPSR. Peratus murid yang menguasai tahap minimum dalam kedua-dua subjek ini telah
meningkat dalam UPSR 2019 dan bilangan murid yang menyertai program yang dijalankan
juga semakin bertambah. Secara keseluruhannya, program ini berjaya menarik minat murid.
Kejayaan ini seterusnya telah membantu mereka menguasai subjek Matematik dan Bahasa
Inggeris.

Kata kunci: stigma, keberkesanan

1.0 Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Keroh (SK Keroh) ini telah diasaskan pada tahun 1925 dengan nama
Sekolah Melayu Keroh. Apabila Sistem Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan, nama sekolah
ini bertukar kepada Sekolah Umum Kroh dan seterusnya bertukar kepada SK Keroh hinggalah
ke hari ini.

2.0 Pernyataan Masalah

Kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, Siam, Iban, Kadazan, Orang Asal serta lain-
lain menjadikan sekolah ini begitu unik dan selalu mendapat perhatian dari pihak luar.
Walaupun murid sekolah ini adalah berbilang kaum, namun bahasa perantaraan yang
digunakan ialah bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Inggeris mereka adalah terhad. Oleh
itu, murid hilang minat untuk belajar dan bertutur dalam bahasa Inggeris kerana kurangnya
perbendaharaan kata.

Selain penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, murid-murid ini juga kurang mahir
dalam mata pelajaran Matematik. Perkara ini dapat dilihat dalam keputusan peperiksaan
dalaman dan UPSR. Peratus murid menguasai tahap minimum (MTM) dalam kedua-dua
subjek ini sering kali berada pada tahap yang membimbangkan.

27

Rajah 1: Analisis UPSR 2016-2018

ANALISIS UPSR 2016 - 2018
PERATUS MURID MTM MENGIKUT SUBJEK

120

100

80

60

40

20

0

BM BM BI BI PENULISAN MATEMATIK SAINS

PEMAHAMAN PENULISAN PEMAHAMAN

2016 2017 2018

Berdasarkan data UPSR 2016 - 2018, didapati peratus murid yang menguasai subjek Bahasa
Inggeris dan Matematik adalah yang terendah berbanding subjek-subjek lain. Keputusan
yang sama diperoleh dalam peperiksaan dalaman.

ANALISIS PEPERIKSAAN TAHUN 5 / 2018
PERATUS MURID MTM MENGIKUT SUBJEK

100

50

0

BM BM BI BI PENULISAN MATEMATIK SAINS

PEMAHAMAN PENULISAN PEMAHAMAN

UP1 PPT PAT

Data SAPS 2018

Berdasarkan analisis item yang dibuat, didapati murid lemah dalam penguasaan fakta
asas yang melibatkan operasi darab dan bahagi dan seterusnya menyebabkan mereka tidak
dapat menjawab soalan yang mengakibatkan kemerosotan peratus murid menguasai tahap
minimum (MTM). Sifir merupakan kunci utama dalam menjawab soalan Matematik. Apabila
murid tidak dapat menghafal dan mengingat sifir, mereka mengambil masa yang lama untuk
mengira dan menjawab sesuatu soalan. Kesannya, mereka gagal untuk menjawab soalan
dalam masa yang ditetapkan.

Setelah post mortem dan perbincangan bersama warga sekolah dilaksanakan, didapati
bahawa faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan mata pelajaran Bahasa
Inggeris adalah kerana kurangnya perbendaharaan kata dalam kalangan murid.
Perbendaharaan kata merupakan faktor yang sangat penting untuk seseorang itu menguasai
sesuatu bahasa. Mata pelajaran ini juga dianggap sukar oleh murid dan persepsi ini telah

28

tertanam dalam pemikiran mereka. Selain itu, kebanyakan murid tidak meletakkan inisiatif
sendiri untuk memajukan diri dalam subjek ini. Murid juga tidak dapat memberi maksud
perkataan Bahasa Inggeris yang ditanya. Akibatnya mereka tidak dapat membina ayat-ayat
mudah. Kekurangan perbendaharaan kata ini juga menyebabkan murid tidak yakin
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

3.0 Metodologi

3.1 Soal Selidik

Soal selidik telah dilaksanakan terhadap semua murid Tahap 2. Borang soal
selidik tersebut mengandungi beberapa soalan berkaitan tahap penguasaan sifir
dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Berdasarkan soal selidik tersebut,
didapati penguasaan murid dalam bidang tersebut adalah di bawah 50 peratus.

3.2 Temu bual

Kaedah temu bual telah dijalankan terhadap murid Tahun 2 dan Tahun 3. Murid
dipilih secara rawak untuk ditemubual oleh guru-guru Matematik dan Bahasa
Inggeris. Temu bual ini adalah berkaitan dengan sifir yang disoal secara congak
manakala untuk penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris, murid akan
diuji melalui kad gambar. Didapati hanya sebilangan murid sahaja yang berjaya
dalam temu bual tersebut.

4.0 Kaedah Pelaksanaan

4.1 Rakan Sifir

Program ini melibatkan semua guru mata pelajaran dan semua murid Tahun 2 sehingga
Tahun 6. Setiap murid telah dibekalkan dengan booklet sifir. Murid-murid boleh memilih
sendiri rakan sifir masing-masing untuk membimbing mereka menghafal dan
mengingat sifir secara bergilir. Seterusnya, mereka akan membaca sifir di hadapan
guru sekiranya ada waktu terluang dan perlu mendapatkan tandatangan daripada guru
tersebut. Guru hanya akan menandatangani booklet sifir sekiranya murid tersebut
berjaya menghafal sifir dengan lancar dan betul.

29

Ganjaran akan diberikan kepada rakan sifir yang dapat menghafal kesemua sifir
dalam booklet yang diberikan dengan jayanya. Selain itu, beberapa pertandingan juga
dijalankan. Antaranya adalah membina sifir dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti
masing-masing. Ganjaran juga turut diberikan kepada murid yang dapat membina sifir
yang paling kreatif.

4.2 Vocabulary is Fun (ViF)

Berdasarkan keputusan peperiksaan dalaman dan awam serta hasil soal selidik
terhadap murid, Panitia Bahasa Inggeris SK Keroh telah merangka satu program yang
diberi nama Vocabulary is Fun (ViF). Program ini melibatkan kerjasama semua guru
mata pelajaran. Setiap guru waktu pertama PdPc akan memilih lima perkataan dari
modul yang disediakan dan menulis perkataan-perkataan tersebut di suatu sudut yang
dikhaskan di hadapan kelas. Guru seterusnya membimbing murid menyebut
perkataan-perkataan tersebut dengan betul dan memberikan maknanya. Murid
seterusnya diminta untuk menyalin perkataan-perkataan tersebut di dalam kamus mini
masing-masing dan digalakkan untuk menghafal perkataan berserta maknanya sekali.
Kemudian, murid-murid disoal secara spontan oleh guru-guru yang masuk selepas
waktu PdPc yang pertama.

Pada akhir setiap bulan, guru mata pelajaran akan menyediakan permainan
ringkas berdasarkan senarai perbendaharaan kata yang telah disalin dan dihafal oleh
murid-murid. Contoh permainan yang disediakan adalah seperti jigsaw puzzle, word
web, word maze, unscramble word dan spelling bee. Guru menyediakan ganjaran
kepada murid yang berjaya menyelesaikan tugasan mereka dengan sempurna.
Pemberian ganjaran ini adalah sebagai pemangkin kepada murid-murid untuk
meningkatkan semangat dan kesungguhan mereka menjayakan program ini.

5.0 Rumusan

Program Q-EMathS yang dimulakan pada pertengahan tahun 2018 ini telah membantu dalam
peningkatan keputusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan UPSR pada tahun 2019 untuk
subjek Matematik telah meningkat kepada 82.70 peratus berbanding hanya 69.70 peratus
pada tahun 2018. Peratus murid yang menguasai tahap minimum (MTM) bagi subjek Bahasa
Inggeris Penulisan pula meningkat sebanyak 18 peratus iaitu daripada 47.40 peratus (2018)
kepada 65.40 peratus (2019). Minat murid dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris turut
bertambah yang dapat dilihat melalui penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan amat memberangsangkan.

30

Program ini telah berjaya dibudayakan dalam kalangan murid-murid SK Keroh.
Sebagai contoh, bagi program ViF, murid-murid Tahap 2 akan menulis lima perkataan baharu
Bahasa Inggeris pada sudut yang disediakan pada awal pagi sebelum PdPc bermula tanpa
arahan daripada guru. Murid Tahap 1 pula selalu mengingatkan guru-guru pada waktu
pertama PdPc pada hari tersebut untuk menulis perkataan baharu.

Bilangan murid yang dapat menghafal dan mengingat sifir juga semakin bertambah
dengan adanya program Rakan Sifir. Program ini telah berjaya mewujudkan semangat
berdaya saing dalam kalangan murid kerana mereka berlumba-lumba untuk menguasai sifir
dalam waktu yang ditetapkan. Di samping itu, program ini juga telah mengeratkan hubungan
antara murid tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

Sehubungan itu, adalah menjadi harapan SK Keroh agar dapat melahirkan murid-murid
yang cekap sifir serta boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris
dengan baik. Memandangkan kedua-dua program yang dijalankan ini memberikan impak
yang positif, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk meneruskannya pada tahun-tahun
berikutnya dengan membuat penambahbaikan.

Scan QR Code

Bibliografi
Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 SKPMg2

31


Click to View FlipBook Version