7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 13/5/2022
TAJUK : Aktiviti dalam kelas sepanjang minggu ini.
PERISTIWA : Sesi PDPC
Sepanjang minggu ini, semasa sesi pdpc dijalankan, saya berasa agak kepenatan
kerana ada di kalangan tidak memberi fokus sewaktu sesi kelas. Selain itu,
REFLEKSI : beberapa perkara yang positif adalah ramai dalam kalangan murid memberi
respon yang positif pada guru apabila guru bertanyakan soalan dan murid juga
mencipta idea-idea yang menarik sewaktu sesi pdpc. Setelah meneliti dan
1.Bisikan Hati menganalisis sesi pdpc yang telah dijalankan, saya mendapati ada beberapa orang
2.Menganalisis/Me
nilai murid yang mempunyai kesukaran untuk mengikuti aktiviti yang dibuat oleh guru
dan memahami konteks yang ingin disampaikan oleh guru sepanjang sesi pdpc.
3.Kesedaran Baru
Saya merasakan bahawa segelintir murid yang sukar untuk memahami konten
4.Cadangan/Tindaka
n yang diajar oleh guru ini lebih selesa apabila rakan-rakan mereka sendiri yang
mengajar mereka. Oleh itu, saya akan mengambil inisiatif untuk menambahbaik
teknik penyampaian saya untuk mendekatkan diri lebih lagi dengan murid dan
juga akan mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30107&ya=5&k=0 1/1
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 20/5/2022
PERISTIWA : Minggu 9
- Persediaan amali pemasangan solar untuk sesi pdpc akan datang
- Menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah
Bisikan Hati
Pada minggu ini saya merasa bersemangat kerana banyak dapat menggantikan
guru-guru yang tidak hadir sekolah dan dapat berkenalan dengan murid-murid di
kelas yang lain. Murid-murid juga kelihatan gembira dapat berkenalan guru
pelatih baru dan dapat berkongsi pengalaman bersama. Selain itu, saya juga
merasakan sedikit penat pada minggu ini kerana terlalu banyak menggantikan
kelas dan juga membuat persediaan amali pemasangan solar di tengah panas.
Faktor cuaca yang agak panas membuat saya rasa cepat penat dan sakit tekak.
Menganalisis/Menilai
REFLEKSI : Menurut apa yang dilihat, murid-murid selain kelas 4KE1 dan 4KE2, apabila
guru pelatih masuk menggantikan guru yang tidak hadir, mereka berasa gembira
kerana dapat berkenalan dengan guru yang baru dan muda. Setiap soalan yang
1.Bisikan Hati diajukan diberi respon dengan pantas dan baik dan mereka lebih suka berbual
2.Menganalisis/Me
nilai mengenai pengalaman guru pelatih berbanding buat tugasan yang diberikan oleh
guru mereka.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang saya terima adalah, guru pelatih harus menyediakan aktiviti
yang sesuai kepada murid-murid jika diminta untuk menggantikan guru yang
tidak dapat hadir ke sekolah. Aktiviti yang menarik dan berfaedah dapat
memberikan input yang baik kepada murid-murid berbanding tidak mahu
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, guru pelatih akan menyediakan aktiviti-aktivit yang sesuai untuk
dibawakan ke dalam kelas ganti bagi mengelakkan murid-murid melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah sebaliknya melakukan aktiviti-aktiviti yang
bermanfaat.
SEMAKAN PENYELIA 1/2
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31999&ya=5&k=0
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31999&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 27/5/2022
TAJUK : Minggu 10
- Mengambil bahagian membina R2K Kimia Gergasi
- Menghadiri persiapan tempat karnival di Putrajaya
- Menjadi penceramah untuk kursus AutoCAD kepa
da guru-guru teknikal
PERISTIWA :
- Sambutan Hari Guru
- Menggantikan Warde
n di asrama
Bisikan hati
Pada minggu ke 10 ini, saya merasakan agak penat kerana banyak terlibat dengan
aktiviti dan program di sekolah. Saya ditugaskan untuk menjadi tukang kayu
untuk membina R2K Gergasi, menjadi penceramah bagi kursus autocad,
mengiring murid ke putrajaya dan menggantikan tugas warden di asrama. Selain
itu, saya juga merasa gembira dan seronok kerana dapat menyambut hari guru di
sekolah sambil menonton gimik dan persembahan oleh murid-murid. Saya juga
diberi peluang untuk mengambil bahagian pada hari tersebut dengan
mempersembahkan pantun sempena hari guru. Bagi proses pdpc pula, saya berasa
gembira kerana kedua-dua kelas yang diajar 4E1 dan 4E2 masing-masing
memberi kerjasama yang baik dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
Menganalisis/Menilai
Menurut apa yang dinilai, yang pertama adalah bagi membina R2K gergasi, guru-
REFLEKSI : guru di sekolah kurang berpegalaman menggunakan mesin untuk memotong kayu
dan memerlukan pertolongan daripada guru pelatih. Selain itu, mereka juga tidak
1.Bisikan Hati sempat untuk memberi perhatian kerana mempunyai tugasan yang lain untuk
2.Menganalisis/Me
nilai disiapkan. Yang kedua pula, bagi kursus AutoCAD, guru-guru teknikal di sekolah
3.Kesedaran Baru
tidak ramai yang mahir menggunakan perisian autoCad kerana mengikut silibus
4.Cadangan/Tindaka
n yang baru, pembelajaran AutoCad 3D termasuk dalam kerja kursus SPM. Oleh
itu, ilmu yang ada pada guru pelatih dikongsikan bersama guru-guru teknikal di
sekolah.
Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang saya dapat adalah tugasan yang diberikan oleh guru
pembimbing dan guru-guru teknikal yang lain dapat meningkatkan kemahiran
individu saya dan dapat meringankan beban yang sedia ada oleh guru-guru.
Selain itu, guru-guru yang kurang mahir menggunakan perisian perlu dikongsikan
ilmu supaya mereka boleh mengajar semula di masa yang akan datang.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, saya memberi cadangan kepada guru-guru bahawa guru-guru pelatih
akan bersedia untuk membantu guru mengajar murid-murid untuk menggunakan
perisian AutoCAD sepanjang berada di sekolah. Selain itu, kami juga akan sedia
membantu guru-guru menyiapkan tugasan yang diberikan untuk meringankan
beban mereka.
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32000&ya=5&k=0 1/2
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32000&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 3/6/2022
TAJUK : Minggu 11
- Mesyuarat HEM dan Koko
PERISTIWA : - Program Didik TV
- Program Pengisian
bersama murid tingkatan 4
Bisikan Hati
Pada minggu ini, saya merasa sangat teruja kerana diberi peluang pertama kali
untuk menghadiri mesyuarat HEM dan Koko bersama semua guru di sekolah.
Pengalaman yang diperoleh semasa menghadiri mesyuarat boleh menjadi rujukan
pada diri saya sendiri. Selain itu, saya berasa takut apabila diberi tugasan untuk
memantau murid-murid tingkatan 5 yang terpilih untuk menghadiri kelas secara
maya bersama Didik Tv yang diajar oleh guru teknikal SMT Tuanku Jaafar. Saya
berasa takut jika mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan
semasa rakaman kelas dibuat. Perkara yang paling mengujakan saya untuk
minggu adalah program pengisian bersama muri tingkatan 4 kerana program ini
mempunyai aktiviti yang menarik. Saya gembira melihat murid-murid
bersemangat dan menunjukkan sikap berdaya saing sewaktu program ini
dijalankan.
REFLEKSI : Menganalisi/Menilai
1.Bisikan Hati Menurut apa yang dinilai, Program pengisian yang dijalankan mengadungi 3
2.Menganalisis/Me
nilai aktiviti iaitu mencipta kapal terbang, mencipta payung terjun dan melukis logo
3.Kesedaran Baru
eksa membuat murid-murid menunjukkan kemahiran dan kecerdasan masing-
4.Cadangan/Tindaka
n masing. Selain itu, mereka juga banyak bertanyakan soalan mengenai cara yang
tepat untuk mencipta kapal terbang kertas dan payung terjun mebuatkan mereka
tertarik dengan aktiviti program ini.
Kesedaran baru,
Kesedaran baru yang saya dapat pada minggu ini adalah murid-murid di sekolah
ini sangat memerlukan perhatian daripada guru-guru mereka dan mereka lebih
suka melakukan aktiviti-aktiviti yang menguji minda mereka. Selain itu, murid-
murid ini juga akan berasa lebih bersemangat jika guru-guru juga terlibat dalam
aktiviti ini dan bermain bersama mereka.
Cadangan/Tindakan
Daripada kesedaran baru tersebut, saya merasakan perlu merancang lebih banyak
program dan aktiviti yang melibatkan murid dan guru. Selain itu, Saya dan guru-
guru pelatih yang lain akan cuba sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik
untuk meningkatkan prestasi murid-murid di sekolah.
SEMAKAN PENYELIA 1/2
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32001&ya=5&k=0
7/28/22, 11:45 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32001&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 10/6/2022
TAJUK : Cuti Penggal Sekolah
PERISTIWA : Cuti Penggal Sekolah
REFLEKSI :
1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai
3.Kesedaran Baru
Cuti Penggal Sekolah
4.Cadangan/Tindaka
n
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32002&ya=5&k=0 1/1
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 17/6/2022
TAJUK : Minggu 13
PERISTIWA : - Ajk Cardpoint untuk kejohanan merentas desa
- Ajk Checkpoint untuk latihan dan kejohanan m
erentas desa
Bisikan Hati
Pada minggu ini agak memenatkan bagi saya apabila terlibat dengan latihan
merentas desa dan kejohan merentas desa peringkat sekolah. Latihan dilakukan
dua hari dan saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint untuk mereka. Selain itu,
saya juga terlibat sebagai ajk cardpoint iaitu membuat cardpoint untuk kesemua
murid di sekolah bersama-sama guru-guru pelatih yang lain.
Menganalisis/Menilai
Menurut apa yang dinilai, murid-murid pada minggu tidak bersemangat untuk
belajar di dalam kelas di atas faktor kepenatan menjalani latihan merentas desa.
REFLEKSI : Namun ramai diantara mereka yang hanya berjalan sewaktu latihan dan tidak
berminat untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain. terdapat ramai juga murid
1.Bisikan Hati yang mengalami kecederaan sewaktu latihan dan tidak dapat menyertai kejohanan
2.Menganalisis/Me
nilai merentas desa sekolah.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang saya perolehi untuk keseluruhan minggu ini adalah, murid-
murid yang dilihat keletihan di dalam kelas akan menunjukkan respon yang
negatif di dalam kelas dan tidak akan menunjukkan semangat untuk belajar jika
saya juga perlu menambaih baik teknik penyampaian saya mengikut keadaan
semasa yang sesuai untuk mengembalikan suasan kelas yang kondusif.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, saya akan cuba merancang pengajaran harian saya dengan baik dan
menyediakan aktiviti yang sesuai kepada murid-murid untuk memastikan murid-
murid terlibat secara aktif dan semangat Selain itu, saya juga perlu sentiasa
memberi dorongan dan semangat kepada murid-murid untuk terus belajar demi
ibubapa mereka dan masa depan mereka.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32003&ya=5&k=0 1/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32003&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 24/6/2022
TAJUK : Minggu 14
PERISTIWA : - Kursus Autocad 2D dan 3D bersama calon-calon SPM
Bisikan Hati
Pada minggu ini saya berasa agak penat dan tertekan apabila mengajar calon-
calon SPM menggunakan perisian AutoCAD. Murid-murid tingkatan 5 ini tidak
tahu cara untuk menggunakan perisian ini walaupun telah diajar sewaktu
tingkatan 4. Selain itu, sewaktu kelas dijalankan, ramai diantar mereka yang
hilang fokus semasa saya mengajar dan tidak mengikut arahan yang diberikan.
Perancangan yang dibuat untuk mengajar mereka perlu ditambahkan lagi untuk
menghabiskan modul autocad yang telah dibuat. Selain itu, terdapat juga masalah
teknikal yang tidak dapat diselesaikan oleh guru-guru menyebabkan murid-murid
perlu berkongsi komputer untuk membuat tugasan.
Menganalisis/Menilai
Menurut apa yang dinilai, murid-murid tingkatan 5 ini sangat berminat apabila
kelas autocad atau kursus autocad dibuat kerana mereka memang didedahkan
teknologi. Namun, apabila latihan modul autocad diberikan dan dibuat bersama
REFLEKSI : guru tidak menjadi membuat mereka merasa tertekan dan hilang fokus. Perkara
ini membuatkan mereka lebih suka berborak dan tidak mendengar apa yang diajar
1.Bisikan Hati oleh guru. Selain itu juga, ramai diantara mereka yang kerap minta izin untuk ke
2.Menganalisis/Me
nilai tandas dan mengambil masa yang lama. Hal ini membuatkan mereka terlepas
3.Kesedaran Baru
untuk mendengar apa yang di ajar oleh guru untuk menggunakan perisian.
4.Cadangan/Tindaka
n
Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang saya perolehi adalah, murid-murid tingkatan ini mula
belajar menggunakan perisian autocad ini adalah sewaktu kursus sahaja kerana
mereka merupakan batch yang kedua untuk silibus KSSM ini. Subjek ini juga
diajar sewaktu perintah kawalan pergerakan PKP dijalankan dan hampir semua
murid tidak faham cara untuk menggunakan perisian ini. Perkara ini merupakan
sesuatu yang baru bagi mereka menyebabkan mereka jadi susah untuk menerima
pengisian yang disampaikan oleh guru.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, saya akan cuba untuk mengubah cara penyampaian dan pendekatan saya
mengajar subjek ini kepada mereka supaya mereka mudah faham dan boleh
menggunakan perisian autocad 2D dan 3D dengan baik. Selain itu, saya juga akan
bersedia untuk membantu murid-murid yang bermasalah untuk menggunakan
perisian ini dan akan mengadakan kelas secara berkelompok yang kecil untuk
memastikan mereka tahu cara untuk menggunakan perisian ini dengan baik dan
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus mereka.
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32004&ya=5&k=0 1/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32004&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 1/7/2022
PERISTIWA : Minggu 15
- Kehadiran murid-murid merosot kerana tidak sihat
- Mesyuarat MSSM di SMK Seri Ampangan
- Latihan olahraga dan sukantara sekolah
- Latihan Perbarisan rumah sukan
Bisikan Hati
Pada minggu ini saya, berasa sangat penat kerana banyak terlibat denga latihan
olahraga dan sukantara rumah sukan yang diadakan pada waktu petang. Latihan
perbarisan juga dibuat dan perlu dipantau oleh guru rumah sukan. Saya juga
terlibat dengan mesyuarat MSSM di SMK Seri Ampangan menggantikan guru
yang terlibat dengan latihan merentas desa murid yang mewakili sekolah di luar.
Namun saya berasa gembira kerana dapat merasai pengalaman sebagai guru
dengan memberi sumbangan pada rumah sukan masing-masing.Selain itu, saya
berasa agak kecewa dengan kehadiran murid-murid pada minggu ini kerana
mereka tidak sihat dan pulang ke rumah cuti sehingga mereka sihat. Hal ini
menyebabkan murid-murid yang tidak hadir akan ketinggalan dalam pelajaran
dan tidak membuat kerja rumah yang diberikan.
Menganalisis/Menilai
Menurut apa yang dinilai, kehadiran murid-murid yang merosot adalah
REFLEKSI : disebabkan dengan penyakit influenza yang sedang merebak terutama bagi
murid-murid yang menghuni asrama. Hampir separuh daripada murid di dalam
1.Bisikan Hati kelas tidak hadir kerana cuti sakit menyebabkan mereka ketinggalan dalam
2.Menganalisis/Me
nilai pelajaran. Namun, aktiviti di dalam kelas menjadi menarik kerana murid-murid
3.Kesedaran Baru
memberi fokus yang baik sewaktu guru mengajar dan dapat menjalankan aktiviti
4.Cadangan/Tindaka
n mengikut masa yang diberikan. Terdapat juga murid yang tidak sihat dan tidak
datang kelas namun mereka turun ke padang untuk latihan olahraga dan beriadah
menyebabkan guru-guru berasa tidak senang dengan perbuatan tersebut.
Kesedaran Baru
Kesedaran yang saya perolehi pada minggu ini adalah walaupun kita perlulah
sentiasa bertanya khabar kepada murid-murid mengenai masalah yang mereka
hadapai atau bertanyakan khabar mereka. Selain itu, saya menyedari yang
pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial masih lagi sesuatu perkara yang
penting walaupun kes jangkitan COVID19 sudah berkurangan dan berada pada
tahap yang tidak kritikal.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, saya akan selalu berpesan kepada murid-murid dan guru-guru untuk
sentiasa bertanya khabar pada murid-murid dan bertanyakan pada murid-murid
jika mempunyai sebarang masalah. Saya juga akan selalu mengambil langkah
yang berjaga-jaga untuk sentiasa menjaga kesihatan saya dan berpesan kepada
warga sekolah untuk tidak mengabaikan kesihatan mereka semua.
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32005&ya=5&k=0 1/2
7/28/22, 11:46 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32005&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:47 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 8/7/2022
TAJUK : Minggu 16
- Kejohan sukantara dan olahraga sekolah
PERISTIWA : - Penglibatan sebagai ajk nombor
- Guru pelatih kurang sihat
Bisikan Hati
Pada minggu ini saya berasa sangat sedih dan kecewa kerana tidak dapat memberi
sumbangan yang sebaiknya pada guru-guru dan murid-murid kerana mengalami
demam yang teruk. Saya berasa sedih kerana tidak dapat terlibat pada hari
pertama sukantara dilaksanakan keran terpaksa ke klinik pada waktu petang.
Selain itu, saya juga berasa sedih kerana tidak mengajar murid-murid saya
dengan baik pada minggu ini kerana faktor kesihatan yang merosot. Namun saya
masih lagi berasa gembira kerana pada dua hari terkahir pada minggu ini saya
terlibat dengan kejohanan sukan sebagai ajk no giliran bagi acara olahraga dan
dapat bekerjasama dengan guru-guru yang lain.
Menganalisis/Menilai
REFLEKSI : Menurut apa yang dinilai, apabila guru mereka tidak dapat mengajar dengan baik,
mereka mengambil tindakan untuk berusaha sendiri dengan menggunakan laptop
saya dan cuba untuk menganalisis jalan penyelesaian bagi soalan latihan yang
1.Bisikan Hati diberikan. Selain itu, mereka juga menunjukkan sikap yang baik sewaktu guru
2.Menganalisis/Me
nilai mereka berada dalam keadaan yang tidak sihat.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang diperolehi pada minggu ini adalah kesihatan diri amatlah
penting untuk kita semua jaga kerana ianya mempengaruhi prestasi harian kita.
Selain itu, saya juga menyedari bahawa murid-murid ini akan berada dalam
keadaan yang tidak terurus dan sesat apabila guru tidak dapat mengajar dan
membiarkan aktiviti kelas dikawal oleh mereka sendiri.
Cadangan/Tindakan
Oleh itu, saya akan sentiasa menjaga kesihatan saya selepas ini dan akan sentiasa
berpesan pada kesemua warga sekolah untuk sentiasa menjaga kesihatan masing-
masing. Selain itu, saya mencadangkan guru pembimbing untuk mengadakan
kelas tambahan dan memfokuskan pada topik-topik yang agak susah untuk
murid-murid faham.
SEMAKAN PENYELIA 1/2
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32006&ya=5&k=0
7/28/22, 11:47 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
STATRUIKSHSEKMOAMKEANN(P(PEENNYYEELLIAIA) ): : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32006&ya=5&k=0 2/2
7/28/22, 11:47 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 14/7/2022
TAJUK : Minggu 17
PERISTIWA : - Menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha
- Membuat persediaan alat bahan bantu meng
ajar kepada guru pembimbing
Bisikan hati :
Pada minggu terakhir di sekolah ini, saya merasa sangat sedih kerana tempoh
tamat latihan mengajar di sekolah telah hampir tamat. Pada hari terakhir di
sekolah guru-guru menyambut hari raya aidiladha di dewan makan asrama. Pada
waktu petang pula mereka mempunyai majlis apresiasi di dewan besar STTJ dan
tidak sempat untuk bersua muka. Pengalaman yang ditimba di sekolah sangat
memberi impak yang positif bagi saya.
REFLEKSI : Menganalisi/Menilai
1.Bisikan Hati Menurut apa yang dinilai, pihak sekolah sangat aktif menjalankan program di
2.Menganalisis/Me
nilai sekolah dan sering memberikan kerjasama yang baik diantara satu sama. Hal ini
kerana setiap program yang dijalankan memberikan kesan yang baik kepada
3.Kesedaran Baru
seluruh warga STTJ.
4.Cadangan/Tindaka
n
Kesedaran Baru
Kesedaran baru yang perlu dilakukan oleh guru pelatih adalah guru pelatih perlu
sentiasa menjalinkan hubungan yang baik kepada semua warga sekolah dan
bersikap profesional apabila diberi tugasan.
Cadangan/Tindakan
Tindakan yang perlu diambil oleh guru pelatih adalah guru pelatih perlu selalu
berhubung dengan pihak sekolah mengenai perkembangan sekolah dan meminta
pendapat untuk meningkat prestasi guru pelatih itu sendiri
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING 1/2
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32007&ya=5&k=0
7/28/22, 11:47 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar
STATUKSOSMEEMNA(KPAEMN B(PIEMMBBINIMG)B:ING) : Belum Disemak
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=32007&ya=5&k=0 2/2
hhhh
LAMPIRAN
hhhh
A) BAHAN PENGAJARAN DAN
ABBM
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL
PENGAJIAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
TINGKATAN 4
Penulis
Adlan Ali
Azhar Sulaiman
Editor
Mohammad Zakuan Mohd Fadzil
Pereka Grafik
Noor Syazelin Zulkifeli
Ilustrator
Muhamed Azim Idris
2019
No. Siri Buku: 0158 PENGHARGAAN
KPM2019 ISBN 978-967-2212-59-1 Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama banyak
Cetakan Pertama 2019 pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih
© Kementerian Pendidikan Malaysia ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, • Jawatankuasa Penambahbaikan
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Pruf Muka Surat,
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu • Jawatankuasa Penyemakan
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pembetulan Pruf Muka Surat,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan • Jawatankuasa Penyemakan
Malaysia oleh: Naskhah Sedia Kamera,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Taman Desa Damai, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
No. Telefon: 03-89258975 Teknologi Pendidikan dan Bahagian
No. Faksimile: 03-89258985 Pembangunan Kurikulum,
Laman Web: www.arasmega.com Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf: • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Myriad Pro
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin • Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad,
Banting Selangor.
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan
buku ini.
Dicetak oleh:
Mudah Urus Enterprise
No. 143, Jalan KIP 8,
Taman Perindustrian KIP,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
KANDUNGAN iv
v
PENDAHULUAN
PENERANGAN IKON 5
8
Modul 1 16
28
DUNIA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
1.1 Bidang dan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 35
1.2 Kerjaya, Etika, dan Integriti Jurutera 41
1.3 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 46
1.4 Proses Reka Bentuk Kejuruteraan 85
142
Modul 2
162
PENGHASILAN ARUS TERUS (AT) DAN ARUS ULANG-ALIK (AU) 173
DARIPADA PENUAIAN TENAGA BOLEH BAHARU 191
2.1 Teknologi Hijau 214
2.2 Sumber Tenaga 214
2.3 Litar Arus Terus (AT) 215
2.4 Litar Arus Ulang-alik (AU) 217
2.5 Projek Mini Penuaian Tenaga Boleh Baharu
Modul 3
SISTEM BEKALAN KUASA ARUS TERUS (AT)
3.1 Bahan Separuh Pengalir
3.2 Diod
3.3 Projek Mini Bekalan Kuasa Arus Terus (AT)
LAMPIRAN
GLOSARI
RUJUKAN
INDEKS
iii
PENDAHULUAN
Buku teks Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 ini memfokuskan
keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE). Kandungan
dalam buku ini merangkumi Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)
yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan
Malaysia. Buku ini mengandungi tiga modul pembelajaran.
Modul 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Murid diajar tentang subbidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dan sejarah
perkembangan teknologi elektrik dan elektronik. Murid juga didedahkan berkaitan
dengan laluan kerjaya, etika dan integriti, keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja, serta pengenalan proses reka bentuk kejuruteraan.
Modul 2 Penghasilan AT dan AU daripada Penuaian Tenaga Boleh Baharu
Murid diperkenalkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi hijau,
sumber tenaga, dan litar AT dan litar AU. Murid juga diajar cara mengaplikasikan
kemahiran dan pengetahuan untuk menghasilkan projek mini Penuaian Tenaga
Boleh Baharu.
Modul 3 Sistem Bekalan Kuasa AT
Murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang bahan separuh pengalir
dan diod. Murid juga diajar cara mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan
untuk menghasilkan projek mini Bekalan Kuasa AT.
Bagi membantu dan mengukuhkan kefahaman murid, buku ini ditulis dengan pelbagai
kaedah serta corak persembahan grafik seperti penggunaan gambar foto, gambar rajah,
peta i-Think, carta dan ilustrasi. Diharapkan semoga segala usaha murni daripada pelbagai
pihak dalam penerbitan buku teks ini dapat membantu guru dan murid bagi menjayakan
objektif KSSM PKE dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
iv
PENERANGAN IKON
Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang perlu
diketahui oleh murid merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran Menjelaskan dengan lebih terperinci tentang topik
yang bakal diajar kepada murid di sekolah.
Tahukah Anda Memberi maklumat tambahan yang berkaitan dengan
topik yang dibincangkan di dalam buku teks.
KBAT Mengemukakan soalan yang menggalakkan
Info Tambahan perkembangan murid berfikir dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi yang sesuai dengan keupayaan
murid.
Menyediakan maklumat dan informasi tambahan
berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
v
Latihan Menguji pemahaman murid pada setiap topik.
Sila Imbas Layari laman sesawang yang disediakan untuk
menonton video mengenai topik yang diperkenalkan
kepada murid.
Aktiviti Aktiviti tambahan yang disediakan bertujuan
meningkatkan kefahaman murid untuk topik yang
dipelajari.
Peranan Jurutera Menerangkan peranan dan tanggungjawab jurutera
dalam topik yang dibincangkan.
iv
PENGAJIAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
MODUL 1
DUNIA KEJURUTERAAN
1.0 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
2
Standard Kandungan
1.1 Bidang dan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
1.2 Kerjaya, Etika, dan Integriti Jurutera
1.3 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1.4 Proses Reka Bentuk Kejuruteraan
3
Pengenalan
Sesuatu ilmu teori mahupun kepakaran amali di dalam bidang sains secara asasnya boleh
diterokai menerusi tiga cabang bidang utama iaitu kejuruteraan, teknologi kejuruteraan
dan juga teknologi. Bidang kejuruteraan merupakan satu bidang yang menggabungkan
pengetahuan, matematik dan pengalaman dalam mereka bentuk sesuatu objek. Profesional
atau pengamal kejuruteraan umumnya dikenali sebagai jurutera. Manakala, teknologi
merupakan satu bidang kemahiran digunakan untuk membuktikan teori serta membuat
inovasi terhadap sesuatu produk atau kemahiran dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Profesional atau pengamal teknologi pula umumnya dipanggil teknologis.
Bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik lebih signifikan pada masa ini disebabkan
kebanyakan peralatan dan kelengkapan elektrik telah mengalami revolusi kemajuan teknologi
daripada analog kepada digital. Revolusi teknologi ini telah meningkatkan kompleksiti
terhadap sesebuah litar elektronik dalam peralatan atau kelengkapan elektrik.
Dalam kehidupan seharian misalnya, revolusi teknologi elektrik telah digunakan pada
rumah kediaman, automotif dan bidang pembuatan. Rajah 1.1 di bawah merupakan revolusi
teknologi dalam kehidupan seharian.
Meter Tenaga Analog Rumah kediaman Meter Tenaga Digital
Berasaskan teori aruhan Berasaskan litar digital
kemagnetan
Kenderaan Automotif Kenderaan
Menggunakan petroleum Menggunakan elektrik
Kilang Pembuatan Kilang
Tenaga manusia Tenaga mesin
Rajah 1.1 Revolusi teknologi.
Selain itu, perkembangan teknologi dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik telah
memungkinkan mesin-mesin pembuatan boleh beroperasi dengan sendirinya tanpa
memerlukan kawalan daripada manusia. Dunia kejuruteraan elektrik dan elektronik telah
semakin berkembang dan mengalami perubahan yang drastik dalam memudahkan gerak
kerja manusia.
Info Tambahan
Program sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik yang
ditawarkan oleh institusi latihan kemahiran awam dan universiti teknikal:
• Institut Kemahiran MARA (IKM) • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
• Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) • Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
4 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
1.1 Bidang dan Teknologi Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
1.1.1 Menerangkan subbidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
(i) Kuasa
(ii) Telekomunikasi
(iii) Instrumentasi
(iv) Kawalan
1.1.2 Membandingkan teknologi dahulu dengan teknologi terkini dalam bidang Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik.
1.1.1 Subbidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(i) Kuasa Tahukah Anda
Sistem kuasa merupakan rangkaian
yang menghubungkan stesen jana Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi ialah:
kuasa kepada pengguna. Sistem ini • Jurutera elektrik kuasa
merangkumi bahagian penjanaan, • Jurutera sistem penjanaan
penghantaran dan pengagihan. Foto 1.1 • Jurutera penghantaran
dan 1.2 menunjukkan contoh stesen jana • Jurutera pengagihan
kuasa tenaga elektrik dan pencawang • Jurutera pengurusan permintaan tenaga
masuk utama. • Jurutera sistem perlindungan kuasa
• Jurutera perunding
• Jurutera penyenggaraan elektrik
• Jurutera perkhidmatan bangunan
Foto 1.1 Stesen jana kuasa tenaga elektrik. Foto 1.2 Pencawang masuk utama.
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 5
(ii) Telekomunikasi Tahukah Anda
Sistem telekomunikasi merangkumi
sistem audio, sistem video, sistem Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi ialah:
komunikasi analog, sistem komunikasi • Jurutera telekomunikasi
digital, sistem gelombang mikro, • Jurutera rangkaian data
sistem komunikasi optik dan • Jurutera rangkaian telefon
sistem pensuisan telekomunikasi. • Jurutera jualan teknikal
Sistem ini memerlukan perkakasan • Jurutera perisian
dan perisian yang menggunakan • Pereka rangkaian gentian kaca
isyarat elektrik dan elektromagnet • Jurutera komunikasi tanpa wayar
dalam proses penghantaran dan • Jurutera penyiaran
penerimaan maklumat. Foto 1.3 dan 1.4
menunjukkan contoh semikonduktor
elektrik dan menara telekomunikasi.
Foto 1.3 Semikonduktor elektrik. Foto 1.4 Menara telekomunikasi.
(iii) Instrumentasi
Sistem instrumentasi terdiri daripada perkakasan dan perisian yang digunakan untuk
mengukur, memantau dan mengawal operasi sesuatu proses. Foto 1.5 dan 1.6 menunjukkan
satu contoh sistem instrumentasi.
Foto 1.5 Pembuatan komponen elektrik. Foto 1.6 Pembuatan papan litar elektrik.
6 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
(iv) Kawalan Tahukah Anda
Sistem kawalan merupakan alat atau satu
set alat yang mengurus, mengarah atau Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi ialah:
mengawal atur tingkah laku sesuatu alat • Jurutera sistem kawalan
yang lain. Antara contoh sistem kawalan • Jurutera sistem automasi
ialah Programmable Logic Controller (PLC) • Jurutera robotik
dan sistem kawalan motor elektrik. Foto • Jurutera perunding
1.7 dan 1.8 menunjukkan contoh kerjaya • Jurutera jualan teknikal
dalam sistem kawalan.
Foto 1.7 Jurutera sistem kawalan. Foto 1.8 Pembuatan komponen pesawat.
1.1.2 Perbandingan Teknologi Dahulu dengan Teknologi Terkini
dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Inovasi di dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik telah memberikan perbezaan yang
ketara terutama dalam aspek kualiti, masa dan keselamatan. Beberapa perbandingan di antara
teknologi dahulu dengan teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Perbandingan antara teknologi dahulu dan terkini.
Teknologi Berkaitan kejuruteraan elektrik dan elektronik
Teknologi dahulu Teknologi terkini
Kenderaan Tiada sensor Dilengkapi sensor
Fotografi Kamera berfilem Kamera digital
Komunikasi Telefon berwayar Telefon bimbit
Peralatan elektrik Tanpa inverter Teknologi inverter
Sila Imbas Peranan Jurutera
Layari laman sesawang http://arasmega.com/
qr-link/teknologi-baru/ untuk menonton video Seorang jurutera akan memaksimumkan
teknologi baru. penggunaan teknologi dalam gerak kerjanya
Sila Imbas bagi memudahkan proses mereka bentuk atau
Layari laman sesawang http://arasmega.com/ pengendalian yang berkaitan dengan elektrik
qr-link/revolusi-televisyen/ untuk menonton dan elektronik.
revolusi televisyen.
Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 7
MODUL 1
1.2 Kerjaya, Etika dan Integriti Jurutera
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
1.2.1 Menyenaraikan kerjaya dan peranan jurutera dalam bidang Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik.
1.2.2 Memberi contoh badan profesional dalam bidang kejuruteraan.
1.2.3 Melakar carta alir laluan untuk menjadi seorang jurutera profesional.
1.2.4 Menjelaskan lima Kod Tatakelakuan Profesional (Code of Professional Conduct) dalam
kejuruteraan mengikut Lembaga Jurutera Malaysia.
1.2.5 Menilai kesan integriti seorang jurutera yang tidak mengamalkan Kod Tatakelakuan
Profesional yang digariskan kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar.
1.2.6 Mencadangkan langkah mengatasi isu berkaitan etika dan integriti di tempat kerja.
Kerjaya seorang jurutera amat mementingkan kualiti, kebolehpercayaan dan nilai estetik yang
dimasukkan ke dalam suatu reka bentuk kejuruteraan. Oleh itu, seorang jurutera harus memiliki
etika dan integriti yang tinggi ketika bekerja. Maksud etika adalah pertimbangan moral terhadap
sesuatu situasi yang timbul manakala integriti pula melibatkan kejujuran terhadap penghasilan
suatu projek, reka bentuk atau kerja-kerja perkhidmatan seperti penyenggaraan. Etika dan
integriti yang diamalkan oleh seseorang jurutera itu akan menjadikan jurutera tersebut lebih
berakauntabiliti dan bertanggungjawab terhadap kerja yang dilaksanakan.
Badan profesional dalam bidang kejuruteraan di Malaysia ialah Lembaga Jurutera Malaysia
(LJM) ataupun Board of Engineers Malaysia (BEM). Lembaga ini dari semasa ke semasa akan
sentiasa memberikan kursus, forum, seminar dan pelbagai aktiviti lain bagi menyampaikan
maklumat tentang kerjaya seorang jurutera dan bagaimana kerjaya tersebut harus dilaksanakan
dengan beretika dan berintegriti agar pembangunan negara dapat dicapai dengan berkesan.
1.2.1 Kerjaya dan Peranan Jurutera dalam Bidang Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik
Seorang jurutera perlu memberi keutamaan untuk memenuhi kehendak pengguna, mereka
bentuk penyelesaian sesuatu masalah, membuat penambahbaikan produk sedia ada serta
mencipta sesuatu dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Jurutera dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik bertanggungjawab dari sudut
kajian dan penyelidikan (R&D), pembuatan, jaminan kualiti, kawalan kualiti, penyenggaraan,
jualan dan latihan. Antara industri yang terlibat adalah industri aeroangkasa, elektrik, elektronik,
automotif, teknologi maklumat, telekomunikasi, pembuatan, kuasa, pengangkutan, utiliti dan
pembinaan.
8 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
Jurutera Elektrik Kuasa
Kerjaya jurutera elektrik kuasa melibatkan kerja mereka bentuk,
membangunkan dan menguji sistem, peranti dan peralatan elektrik.
Peranan tugas ini merangkumi bidang penjanaan, penghantaran,
pengagihan dan perlindungan kepada semua sektor industri.
Jurutera Reka Bentuk Litar Bersepadu
Kerjaya jurutera reka bentuk litar bersepadu melibatkan
penyelidikan, perancangan dan pembangunan reka bentuk litar
bersepadu bermula daripada reka bentuk konsep sehinggalah
kepada pengeluaran produk.
Jurutera Penyenggaraan Elektrik
Kerjaya jurutera penyenggaraan elektrik melibatkan
pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan mesin elektrik
termasuklah penjana, pengubah, peralatan dan sistem elektrik.
Jurutera Kawalan
Melakukan proses dan automasi di industri termasuklah pengawal
logik boleh aturcara, sistem kawalan dan pengaturcaraaan sistem.
Jurutera Instrumentasi
Melakukan kerja pengujian litar dan peralatan elektrik dan
elektronik, sistem kuasa elektronik, kawalan logik boleh aturcara
dan sistem kawalan teragih.
Info Tambahan
Kerjaya Jurutera reka bentuk litar bersepadu
Peranan Jurutera elektrik kuasa
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Mencipta jalan penyelesaian sesuatu masalah
Membuat penambahbaikan sedia ada produk, sistem dan sebagainya
Mencipta sesuatu dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi, sosial
dan sebagainya
Aktiviti 9
Setiap murid dikehendaki menyenaraikan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik.
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
1.2.2 Badan-badan Profesional dalam Bidang Kejuruteraan
Setiap negara yang mengikat perjanjian dalam Perjanjian Washington (Washington Accord) akan
dikawal selia oleh badan profesional yang telah ditubuhkan di negara masing-masing. Jadual
1.2 merupakan badan profesional di setiap negara manakala Foto 1.9 adalah contoh logo-logo
badan profesional dalam bidang kejuruteraan.
Jadual 1.2 Badan profesional dalam bidang kejuruteraan di setiap negara.
Negara Badan Profesional
Malaysia Board of Engineers Malaysia
Singapura Institution of Engineers Singapore
Australia Engineers Australia
New Zealand Institution of Professional Engineers New Zealand
Hong Kong China The Hong Kong Institution of Engineers
Taiwan Institute of Engineering Education Taiwan
Korea Accreditation Board for Engineering Education of Korea
Jepun Japan Accreditation Board for Engineering Education
Turki MUDEK (Association for Evaluation and Accreditation of
Engineering Programs)
United Kingdom Engineering Council United Kingdom
Ireland Engineers Ireland
Rusia Association for Engineering Education of Russia
Kanada Engineers Canada
United States Accreditation Board for Engineering and Technology
Afrika Selatan Engineering Council of South Africa
Foto 1.9 Logo-logo badan profesional dalam bidang kejuruteraan.
Info Tambahan
Peranan utama Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) adalah mendaftar Jurutera, Pemeriksa Bertauliah, Teknologis
Kejuruteraan, Pemeriksa Tapak dan syarikat Amalan Perunding Kejuruteraan seperti pemilik tunggal, perkongsian
dan badan korporat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan profesional. LJM juga mengawal selia kelakuan
profesional dan amalan ahli berdaftar untuk melindungi kepentingan orang ramai.
10 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
1.2.3 Carta Alir Laluan untuk Menjadi Seorang Jurutera Profesional
Jurutera Bergraduat ialah individu yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di
bawah Seksyen 10 (2) di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Seorang Jurutera Profesional
yang berdaftar di bawah Lembaga Jurutera Malaysia:
i. Melakukan pekerjaan yang memerlukan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja
perkhidmatan kejuruteraan dalam bidangnya;
ii. Layak untuk menggambarkan dirinya atau menggunakan gelaran bagi dirinya:
(a) Menggunakan perkataan “Jurutera Profesional” atau yang sama ertinya di dalam
bahasa yang lain.
(b) Menggunakan perkataan lain di dalam bahasa yang lain bagi tujuan untuk menyatakan
bahawa beliau adalah seorang Jurutera Profesional; atau
(c) Menggunakan singkatan “Ir.” sebelum namanya atau pun singkatan “P.Eng” selepas
namanya;
iii. Menggunakan atau memaparkan apa-apa kad, papan tanda atau apa-apa kaedah yang
mewakili atau menunjukkan bahawa beliau adalah seorang Jurutera Profesional;
iv. Menggunakan cop yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.
Rajah 1.2 menunjukkan carta alir menjadi jurutera profesional.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Vokasional / Kemahiran Malaysia
Pengajian Asas / Matrikulasi Diploma Teknologi / Teknologi
Sains / Teknologi / Kejuruteraan Kejuruteraan / Kejuruteraan / Vokasional
Sarjana Muda Kejuruteraan Sarjana Muda Teknologi Sarjana Muda Teknologi
(diiktiraf BEM) Kejuruteraan (diiktiraf BEM) (diiktiraf MBOT)
Sarjana Kejuruteraan
(secara kerja kursus daripada universiti yang menjalankan
Sarjana Muda Kejuruteraan BEM)
Lembaga Jurutera Jurutera Lembaga Teknologis
Malaysia (BEM) Profesional (P.Eng) Teknologis Berijazah
Malaysia (MBOT) Teknologis
Teknologis Jurutera Profesional (Ts)
Kejuruteraan Siswazah
Rajah 1.2 Carta alir laluan menjadi jurutera profesional. 11
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Lima Kod Tatakelakuan Profesional (Code of Professional
1.2.4 Conduct) dalam Kejuruteraan Mengikut Lembaga
Jurutera Malaysia
Lima Kod Tatakelakuan Profesional dalam kejuruteraan mengikut Lembaga Jurutera
Malaysia adalah:
1 Seorang Jurutera Berdaftar mestilah pada setiap masa memberi keutamaan
terhadap keselamatan, kesihatan, dan kebajikan kepada orang awam.
2 Seorang Jurutera Berdaftar mestilah mengambil satu tugasan jika hanya beliau
sememangnya layak berdasarkan pendidikan dan pengalaman dalam bidang
spesifik yang beliau ceburi.
3 Seorang Jurutera Berdaftar mestilah mengeluarkan kenyataan awam hanya
secara objektif dan perilaku yang jujur.
4 Seorang Jurutera Berdaftar mestilah bertindak sebagai orang yang dipercayai
ataupun pemegang amanah kepada majikan ataupun pelanggan.
5 Seorang Jurutera Berdaftar mestilah bertindak dengan jujur, bertanggungjawab,
beretika dan mengikut lunas undang-undang demi memartabatkan kemuliaan,
reputasi dan kebolehgunaan profesion.
Sumber: Lembaga Jurutera Malaysia, Pekeliling Bilangan 3/2005, Garis Panduan untuk Kod Tatakelakuan Profesional.
Satu situasi bagaimana seorang jurutera yang beretika dan berintegriti semasa menjalankan
tugas adalah seperti berikut:
Seorang jurutera reka bentuk elektrik telah ditugaskan untuk mereka bentuk satu sistem
pengagihan yang akan dipelajari oleh pelajar universiti. Sistem ini akan dilengkapi dengan
peralatan elektrik seperti pemutus litar voltan tinggi, pengubah, penjana, papan suis utama,
peranti faktor kuasa dan beban. Dari segi sosial, jurutera ini telah melaksanakan reka bentuk
sistem ini sebaik mungkin khususnya untuk memberikan kefahaman kepada pensyarah dan
pelajar yang mengikuti program akademik yang terlibat. Dari segi ekonomi pula, jurutera ini
mencadangkan peralatan yang terlibat di dalam reka bentuk tersebut terdiri daripada peralatan
yang tahan lasak kerana akan digunakan berulang kali oleh pelajar kerana sebahagian daripada
tugasan makmal. Dari segi alam sekitar, jurutera ini memastikan bahawa penjana yang akan
digunakan di dalam sistem ini adalah penjana bermotor dan bukannya penjana berenjin,
demi memastikan tiada asap dan bunyi bising akan dihasilkan ketika penjana digunakan oleh
para pelajar.
12 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
Kesan Integriti Seorang Jurutera yang Tidak Mengamalkan
1.2.5 Kod Tatakelakuan Profesional yang Digariskan kepada Sosial,
Ekonomi dan Alam Sekitar
SITUASI KOD TATAKELAKUAN KESAN
PROFESIONAL YANG
DILANGGAR
Kes 1 Seorang Jurutera Berdaftar Sosial
Seorang jurutera elektrik mestilah bertindak dengan Mendatangkan kesusahan
yang berkhidmat dengan jujur, bertanggungjawab, kepada pengguna seperti
sebuah syarikat utiliti air telah beretika dan mengikut rumah kediaman, sekolah,
ditugaskan untuk mereka lunas undang-undang demi kedai makan, pasar, kilang,
bentuk satu sistem bekalan memartabatkan kemuliaan, pejabat dan rumah ibadat (kuil,
air terawat moden untuk reputasi dan kebolehgunaan tokong, surau, masjid).
diagihkan kepada pengguna. profesion. Ekonomi
Kontraktor pembekal pam Sering berlaku kerosakan
motor telah menawarkan kepada pam motor. Syarikat
jurutera tersebut untuk utiliti air terpaksa menanggung
melakukan penipuan dengan kos membaik pulih kerosakan
matlamat untuk mengurangkan tersebut.
kos sebenar, maka beliau telah Alam Sekitar
mengubah spesifikasi teknikal Berpotensi mengakibatkan
untuk pam motor tersebut longkang tersumbat, wabak
kepada spesifikasi pam motor denggi dan pencemaran alam
yang kurang berkualiti dengan sekitar.
kos yang lebih rendah.
Kes 2 Seorang Jurutera Berdaftar Sosial
Seorang jurutera elektronik mestilah bertindak sebagai Perkara ini mendapat publisiti
yang berkhidmat dengan orang yang dipercayai ataupun umum di semua media berita
syarikat pembuatan kenderaan pemegang amanah kepada di seluruh dunia dan telah
telah ditugaskan untuk mereka majikan ataupun pelanggan. menjejaskan penjenamaan
bentuk satu sistem penapisan kenderaan ini terhadap orang
asap ekzos kenderaan moden awam.
untuk model kenderaan Ekonomi
baharu yang bakal dikeluarkan. Pemilik kenderaan telah
Disebabkan kekangan masa, menyaman syarikat pengeluar
jurutera tersebut telah kenderaan berkenaan
menghasilkan satu reka bentuk melibatkan jutaan ringgit.
sistem penapisan asap ekzos Akibatnya, syarikat ini terpaksa
kenderaan moden yang tidak menanggung kerugian yang
mematuhi piawaian indeks amat tinggi dan berisiko untuk
pencemaran asap kenderaan muflis.
di beberapa buah negara. Alam Sekitar
Hasil daripada aktiviti promosi Menyumbang kepada
yang berkesan, beribu-ribu pencemaran udara, penipisan
kenderaan ini telah mendapat lapisan ozon dan meninggikan
tempahan untuk dieksport kesan gas rumah hijau.
ke negara luar.
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 13
SITUASI KOD TATAKELAKUAN KESAN
PROFESIONAL YANG
Kes 3
Seorang jurutera elektrik DILANGGAR
yang berkhidmat dengan
sebuah kilang pengeluaran Seorang Jurutera Berdaftar Sosial
semikonduktor telah mestilah memberi keutamaan Berlaku keracunan gas kepada
diberikan masa yang singkat terhadap keselamatan, murid dan guru di sebuah
untuk mewujudkan unit kesihatan dan kebajikan sekolah berhampiran.
pengeluaran untuk produk kepada orang awam pada Ekonomi
baharu yang berteraskan setiap masa. Kilang tersebut diarahkan
teknologi moden. Kekangan untuk menghentikan
masa telah menyebabkan operasinya selama
beliau mencadangkan empat belas hari bagi
kepada pengurusan kilang membolehkan siasatan
untuk membeli mesin yang dibuat. Ini menyebabkan
mudah untuk diperoleh, pekerja kehilangan sumber
namun menghasilkan banyak pendapatan dan pekerjaan.
sisa bahan kimia. Akibat Alam Sekitar
kekurangan ruang untuk Menyumbang kepada
menyimpan sisa bahan pencemaran air, menyebabkan
kimia, jurutera tersebut telah ikan di sungai mati kerana air
membuat keputusan untuk yang telah tercemar.
membuang sisa bahan kimia
tersebut ke dalam longkang
pada waktu hujan.
14 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
1.2.6 Langkah Mengatasi Isu Berkaitan Etika dan Integriti
di Tempat Kerja
Etika dan integriti harus dibudayakan agar sebati dalam diri setiap warga Malaysia melalui
pembudayaan kerja yang berkualiti serta penunjuk prestasi yang ditetapkan dan bukannya
kuantiti. Kuantiti tidak akan bermakna jika hasilan kerja itu tidak berkualiti, tidak beretika dan
berintegriti yang akan menjejaskan sosial, ekonomi dan alam sekitar sesebuah negara. Bagi
mengatasi isu berkaitan etika dan integriti di tempat kerja, satu unit etika dan integriti wajar
diwujudkan oleh setiap majikan. Unit ini akan menjalankan dua fungsi utama iaitu:
(i) Memantau aktiviti kerja berdasarkan prosedur operasi piawai yang ditetapkan.
(ii) Menyiasat sebarang laporan yang dikemukakan terhadap mana-mana kakitangan yang
berkaitan dengan etika dan integriti.
Tindakan susulan daripada unit ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib yang akan
bersidang dan membicarakan kakitangan yang didakwa mempunyai isu etika dan integriti.
Sekiranya kes yang dirujuk mempunyai kaitan dengan pihak luar, maka laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga wajar dibuat.
Sila Imbas
Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/lembaga-jurutera-malaysia-3/ untuk mendapatkan
maklumat berkaitan etika jurutera daripada Lembaga Jurutera Malaysia.
04 Electric Master Consultancy Services merupakan sebuah firma perunding yang mempunyai
02 03kepakaran di dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Projek perundingan terkini yang
sedang dikendalikan oleh firma di bawah seliaan Ir. Kamal ialah mereka bentuk sistem pencahayaan
pintar untuk ruang pengujian kereta di kilang Honda Malaysia. Disebabkan kesibukan dan kekangan
masa, Ir. Kamal telah mengemukakan cadangan reka bentuk sistem tersebut berasaskan kepada
sistem yang dibekalkan oleh Syarikat Electro Ventures Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dimiliki oleh rakan
karibnya Encik Selvam. Ir. Kamal mengetahui bahawa sistem tersebut tidak sepenuhnya mematuhi
keperluan teknikal yang ditetapkan untuk ruang pengujian kereta, namun beliau tidak mempunyai
pilihan lain selain daripada meneruskan cadangan tersebut. Adakah Ir. Kamal melanggar Peraturan
05 06Lembaga Jurutera Malaysia mengenai Kod Tatakelakuan Profesional? Huraikan jawapan anda.
07 08 09
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 15
1.3 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
1.3.1 Menyatakan kepentingan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan
1.3.2 Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Menerangkan jenis kemalangan elektrik di tempat kerja.
(i) Renjatan elektrik
(ii) Letupan
(iii) Kebakaran
1.3.3 Membezakan kesan renjatan elektrik kepada tubuh badan manusia mengikut kadar nilai arus.
1.3.4 Menentukan keutamaan langkah menjalankan pertolongan cemas terhadap mangsa
renjatan elektrik.
1.3.5 Mencadangkan langkah mengatasi kemalangan di tempat kerja.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan
langkah berjaga-jaga yang bersesuaian untuk mencegah pekerja mendapat kecederaan atau
risiko kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan. Bagi menyokong tujuan ini, satu dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah diwujudkan dan akan melalui kajian semula dari
semasa ke semasa.
Dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah secara berterusan meningkatkan
kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan kesihatan kakitangan di samping
mereka yang berkaitan. Pihak pengurusan dan kakitangannya akan sama-sama berusaha untuk
mencegah sebarang potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang
kemungkinan kecederaan dan penyakit dari insiden yang berlaku di tempat kerja. Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) komited untuk:
1 Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta
sihat dari sebarang bahaya dan risiko.
2 Memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan
berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
3 Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan,
keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk
memastikan masalah tersebut tidak berulang lagi.
4 Mengenal pasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-lain keperluan
seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-
peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan.
5 Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prosedur
kerja, peraturan-peraturan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerja di seluruh negara.
Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/about-us/dosh-policy.
16 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
Kepentingan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP)
1.3.1 atau Occupational Safety and Health Act (OSHA) oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan
bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Akta
ini telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan
risiko dan bekerja dengan risiko. Akta ini menyediakan proses perundingan pada peringkat
dasar dengan penubuhan Majlis Negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Proses
perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh
majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.
1 Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja
terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
orang-orang yang sedang bekerja.
2 Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
orang-orang yang sedang bekerja.
3 Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja
yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.
4 Mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan
dan tatacara amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan
peruntukan akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard
keselamatan dan kesihatan.
Sila Imbas
Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/jabatan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-
malaysia/untuk maklumat lanjut mengenai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 17
1.3.2 Jenis Kemalangan Elektrik di Tempat Kerja
Peraturan dan keselamatan di makmal atau bengkel mestilah dipatuhi semasa melaksanakan
kerja. Dengan adanya peraturan yang ditetapkan, murid dilatih menjadi pekerja yang
berdisiplin di samping menjalani kerja-kerja yang teratur dan lancar. Ini dapat mengelakkan
daripada berlaku kemalangan ketika menjalankan kerja. Jenis-jenis kemalangan elektrik boleh
diklasifikasikan kepada tiga:
(i) Renjatan elektrik
Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca
elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik)
berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh
(thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada
degupan jantung.
Faktor
Faktor utama yang dikenal pasti sering menjadi penyebab kepada seseorang itu terkena
renjatan elektrik adalah seperti berikut:
(i) Kecuaian
(ii) Arus bocor
(iii) Pengalir atau kabel putus / terdedah
(iv) Sentuhan langsung atau tidak langsung
Contoh
i Kecuaian
Jika pekerjaan yang dilakukan tanpa penumpuan yang sepenuhnya, kecuaian dalam
mengendalikan kerja itu akan berlaku. Contohnya, kerja-kerja senggaraan atau ujian dilakukan
tanpa memutuskan bekalan.
ii Arus bocor
Arus bocor boleh menyebabkan bingkai logam menjadi hidup dan boleh mendatangkan bahaya
kejutan elektrik apabila pengguna terpegang bingkai logam berkenaan.
18 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
iii Pengalir atau kabel putus/terdedah
Pengalir atau kabel putus/terdedah dan hidup adalah sangat bahaya. Elakkan daripada memegang
kabel berkenaan dan mestilah melaporkan pada pihak yang bertanggungjawab dengan segera.
iv Sentuhan langsung atau tidak langsung
Sentuhan langsung bermaksud pengguna mendapat renjatan dengan menyentuh pengalir hidup
secara langsung. Contohnya, memegang kabel rosak (tanpa penebat) atau menyentuh bahagian
pengalir hidup yang terdedah.
Kejutan elektrik yang berlaku disebabkan sentuhan sesuatu yang bersambung dengan
pepasangan elektrik tetapi bukan sentuhan secara langsung dengan pengalir hidup, mungkin
disebabkan oleh kerosakan peralatan atau pepasangan. Kejutan ini mungkin berlaku disebabkan
oleh sentuhan yang berlaku antara pengguna dengan pepasangan atau peralatan yang langsung
tidak disambung dengan bekalan elektrik tetapi menjadi punca hidup bila berlaku kerosakan.
(ii) Letupan atau Lampau Kilat (Flashover)
Letupan atau lampau kilat merupakan keadaan di mana manusia berisiko tinggi untuk
mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan oleh aliran arus elektrik yang gagal
untuk digunakan dengan selamat.
Faktor
Letupan atau lampau kilat umumnya berlaku disebabkan oleh:
(i) Litar pintas
(ii) Percikan daripada sambungan elektrik yang tidak sempurna atau tidak ketat
(iii) Aktiviti pensuisan yang melibatkan arus berkadaran tinggi
Contoh
(i()a (a)L) it aKrKlpileinentnas
Jenis litar pintas yang berpotensi mengakibatkan letupan adalah apabila kabel fasa (live)
bersentuhan secara langsung dengan kabel neutral. Di antara perkara yang boleh menyebabkan
litar pintas ialah tidak menggunakan kod warna kabel yang betul, usia pendawaian yang sudah
terlalu lama dan penggunaan saiz kabel yang tidak memenuhi keupayaan membawa arus.
(ii) P(aer)c i(kaaK)n lideaKnrliipeanda sambungan elektrikal yang tidak sempurna atau tidak ketat
Tamatan (termination) yang tidak ketat juga boleh mengakibatkan lampau kilat untuk berlaku.
Biasanya tamatan yang tidak ketat ini disebabkan oleh skru yang telah rosak ataupun kecuaian
individu yang melakukan tamatan tersebut.
(iii) A(ak)ti v(aitK)i p lieenKnsluieisnan yang melibatkan arus berkadaran tinggi
Apabila sesuatu papan suis sedang mengendalikan beban dengan kadaran arus yang tinggi sangat
berisiko untuk melaksanakan kerja-kerja pensuisan di papan suis tersebut. Namun begitu, tiada
pengecualian tempat papan suis tersebut perlu disenggarakan. Sesentuh pada papan suis yang
telah haus merupakan antara punca utama kejadian lampau kilat boleh berlaku.
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 19
(iii) Kebakaran
Kebakaran adalah bencana alam yang tidak dapat diduga oleh manusia. Apabila berlakunya
kebakaran maka banyak harta benda yang musnah dan kehilangan nyawa. Banyak atau
sedikitnya kemusnahan bergantung kepada besar atau kecilnya kebakaran tersebut. Kebakaran
juga akan menyebabkan berlakunya trauma kepada mangsa disebabkan kehilangan harta
benda atau nyawa.
Bagi mengelakkan berlakunya bencana ini, maka pengawasan dan kesedaran perlulah diberi
keutamaan serta pengetahuan langkah-langkah pencegahan hendaklah dipelajari. Terdapat
banyak alat-alat pencegahan kebakaran diperkenalkan kepada awam dan cara penggunaannya
oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam
dan lain-lain agensi.
Faktor
Kebakaran biasanya berlaku daripada kelalaian manusia sendiri. Namun begitu, kebakaran
boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
(i) Kelalaian manusia
(ii) Kerosakan elektrik
Contoh
i Kelalaian manusia: ii Kerosakan elektrik:
• Pembuangan puntung rokok • Kerosakan alat elektrik
• Api lilin atau pelita minyak • Sambungan wayar atau kabel yang
• Pembakaran sampah
• Perbuatan khianat tidak mengikut peraturan
• Litar pintas atau kebocoran arus
elektrik
• Kilat atau petir
• Kerosakan peralatan memasak
Info Tambahan Tahukah Anda
Kimia Kebakaran Setiap satu daripada tiga elemen ini boleh
Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang digunakan sebagai salah satu kaedah bagi
melibatkan tiga elemen iaitu: pencegahan kebakaran seperti berikut:
1. Haba 1. H aba – menggunakan kaedah menyejukkan
2. Bahan api
3. Oksigen (cooling).
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 2. Bahan api – menggunakan kaedah
melaparkan (starvation).
3. Oksigen – menggunakan kaedah
melemaskan (smoothering).
20 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1
Klasifikasi Kebakaran
Klasifikasi kebakaran boleh dibahagikan kepada enam iaitu:
1 Api Kelas A
Kebakaran yang melibatkan bahan-bahan pepejal, biasanya terdiri daripada organik semula jadi
atau yang mengandungi unsur karbon, di mana pembakaran biasanya berpunca daripada unggun
api seperti kayu, kertas, kain dan sampah-sarap.
2 Api Kelas B
Kebakaran yang melibatkan cecair mudah terbakar atau bahan-bahan pepejal cecair ataupun cecair
yang mengandungi hidrogen karbon seperti minyak petrol, gasolin, cat, plastik.
3 Api Kelas C
Kebakaran yang melibatkan gas mudah terbakar ataupun gas cecair mudah terbakar, di mana
apabila bercampur dengan oksigen akan terbakar dengan hanya satu percikan api seperti butana,
ammonia, hidrogen dan acetylene.
4 Api Kelas D
Kebakaran yang melibatkan logam yang boleh terbakar dengan reaktif dan pantas serta boleh
mengakibatkan terjadinya letupan (terutamanya logam beralkali (lithium, potasium), logam bumi
beralkali (magnesium, dan elemen daripada Kumpulan 4 seperti titanium, zirconium).
5 Api Kelas E
Kebakaran yang melibatkan peralatan dan perkakasan elektrik yang “hidup” termasuklah
pendawaian dan papan pengagihan.
6 Api Kelas F
Kebakaran yang melibatkan medium masakan (lemak dan minyak sayuran atau haiwan) pada
peralatan memasak.
Sumber: Jabatan Standard Malaysia, Malaysian Standard MS 1182:2017 - Klasifikasi Kebakaran, 2017
http://www.jsm.gov.my/ms/standards.
Info Tambahan
Jenis-jenis pemadam api yang digunakan di Malaysia:
Alat Pemadam Api Alat Pemadam Api Alat Pemadam Api Alat Pemadam Api Alat Pemadam Api
Jenis Debu Jenis Air Jenis Kimia Basah Jenis Buih Jenis Karbon Dioksida
MODUL 1 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 21
Ringkasan yang mengaitkan antara kelas kebakaran, jenis kebakaran dan jenis pemadam api
boleh dilihat seperti di Jadual 1.3 berikut:
Jadual 1.3 Ringkasan berkaitan kelas kebakaran, jenis kebakaran dan jenis pemadam api.
Kelas Jenis Kebakaran Jenis Pemadam Api
Kebakaran
Kayu Alat Pemadam Api Jenis Air
A Kertas Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Kain Air Semburan
B Sampah-sarap Alat Pemadam Api Jenis Buih
C Minyak Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
D Varnis Alat Pemadam Api Jenis Gas
E Cat Air Semburan
F Plastik Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Gas butana Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida
Gas propana Alat Pemadam Api Jenis Gas
Gas acetylene Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Logam potasium Abu Soda
Logam sodium Pasir Kering
Logam lithium Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida
Logam magnesium Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Perkakas elektrik Air Semburan
Papan agihan Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Pendawaian elektrik Alat Pemadam Api Jenis Buih
Air Semburan
Minyak masak yang digunakan
secara komersial
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
1.3.3 Kesan Renjatan Elektrik kepada Tubuh Badan Manusia
Mengikut Kadar Nilai Arus
Umumnya, tubuh setiap manusia mempunyai nilai rintangan yang berbeza-beza. Namun
demikian, ketahanan tubuh manusia terhadap kekuatan renjatan adalah hampir sama
seperti di Jadual 1.4 berikut:
Jadual 1.4 Ketahanan tubuh manusia terhadap kekuatan elektrik.
Kadaran Arus Kesan kepada manusia
3 mA Kejutan lembut
7 mA Kejutan elektrik yang sakit
20 mA Kesukaran bernafas
70 mA Risiko kematian
700 mA Tisu badan melecur
3000 mA Jantung terhenti
Sumber: National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
22 Dunia Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MODUL 1