The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:32:24

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 1

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

catatan pengkaji (Burns, 2000). Responden dikehendaki wajib menjawab setiap soalan yang
telah disediakan berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

3.4 Jenis Analisis Data
Bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap keberkesanan pentaksiran PB bagi Kursus
Kokurikulum yang melibatkan populasi pelajar PST (Program Satu Tahun) pada sesi
2018/2019, pengkaji telah menggunakan purata skor min, frekuensi dan sisihan piawai untuk
melihat persepsi pelajar terhadap tahap keberkesanan pentaksiran Projek Akhir (CLO 1) dan
Pembentangan Kumpulan (CLO 2) secara keseluruhannya.

3.5 Proses Pengumpulan Data
Data diperolehi menggunakan borang soal seldik yang diisi sendiri oleh responden setelah
mendapat penerangan dan panduan daripada pengkaji. Borang soal selidik diedarkan melalui
atas talian dan ditadbir oleh pengkaji. Proses pengumpulan data dilaksanakan pada Minggu
Ulangkaji Semester 2 pada sesi 2018/2019. Responden diberi masa secukupnya bagi memberi
respon terhadap setiap pernyataan dalam borang soal selidik. Setiap item adalah wajib diisi
bagi setiap responden dengan mengemukakan email masing-masing. Setiap orang responden
hanya dapat memberi respon sekali sahaja. Ini adalah salah satu kawalan bagi mengelakkan
responden menjawab lebih dari sekali.

3.6 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian dan Kajian Rintis
Dalam kajian ini ujian rintis telah dibuat terhadap pelajar-pelajar lepas iaitu sesi 2017/2018
menggunakan soal selidik secara dalam talian. Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukkan
nilai ‘internal consistency correlation coefficient’ mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah
= .97. Mengikut Kubiszyn dan Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan
nilai = .80 - .90 adalah nilai ‘alpha reliability coefficients’ yang diterima seperti juga pendapat
Walter R Borg & Meredith Damien Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90
adalah ‘customary coefficients’. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas menunjukkan
bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) 21.0 for windows
(SPSS) untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif untuk menjelaskan frekuansi, min dan peratusan. Dapatan
data ke atas pelajar telah direkodkan dan dianalisis dengan perisian statistik.
Dapatan kajian ke atas pelajar dibincangkan berdasarkan kepada bahagian-bahagian berikut:
Bahagian 1: Demografi pelajar.
Bahagian 2: Persepsi pelajar terhadap keberkesanan tugasan projek akhir di dalam
pentaksiran PB bagi kursus kokurikulum.
Bahagian 3: Persepsi pelajar terhadap keberkesanan tugasan pembentangan kumpulan di
dalam pentaksiran PB bagi kursus kokurikulum.
Bahagian 4: Persepsi pelajar secara keseluruhan terhadap keberkesanan pentaksiran PB bagi
kursus kokurikulum.

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Jadual 1: Statistik Deskriptif Latar Belakang Responden Pelajar Program Satu Tahun yang
mengambil subjek kokurikulum (WK002)

Maklumat Demografi Responden Semester 1 Kekerapan %
Semester mengambil Subjek Kokurikulum Semester 2
(SESI 2018/2019) 587 56.3
Jantina Lelaki 455 43.7
363 34.8
Bangsa Perempuan
Melayu 679 65.2
Modul (PST) Cina 829 79.6
India 74 7.1
Lain-lain 126 12.1
Modul 1 13 1.3
Modul 2 469 45.1
Modul 3 227 21.8
Perakaunan 105 10.1
241 23.2

Jadual 1 menunjukkan bahawa responden daripada semester 1 adalah seramai 587 orang
(56.3%) berbanding pelajar semester 2, seramai 455 orang (43.7%). Seterusnya, terdapat
seramai 363 orang pelajar lelaki (34.8%) dan pelajar perempuan adalah seramai 679 orang
(65.2%). Demografi responden terdiri daripada 829 orang (79.6%) yang berbangsa melayu,
bangsa cina adalah adalah seramai 74 orang (7.1%) dan bangsa india adalah seramai 126 orang
(12.1%), lain-lain bangsa adalah seramai 13 orang (1.3%). Seterusnya berdasarkan persepsi
pelajar menunjukkan bahawa seramai 469 orang (45.1%) responden adalah dari modul 1,
manakala modul 2 adalah seramai 277 orang (21.8%) responden, modul 3 adalah seramai 105
orang (10.1%) responden manakala jurusan perakaunan adalah seramai 241 orang (23.2%)
responden. Jumlah keseluruhan responden pelajar PST adalah seramai 1042 orang iaitu
daripada jumlah keseluruhan pelajar PST adalah 1487 orang. Ini telah menunjukkan 70% orang
pelajar telah menjadi responden dalam kajian ini.

Jadual 2: Taburan min dan sisihan piawai bagi Persepsi pelajar terhadap keberkesanan
Tugasan Projek akhir (CLO 1) di dalam pentaksiran Penilaian Berterusan (PB) bagi Kursus
Kokurikulum (WK002)

Bil Pernyataan (Item Soalan) Min SP Tahap

1 Tugasan ini mampu mempamer hubungan baik

dan bekerjasama dengan anggota kumpulan 3.75 0.43 Tinggi

secara berkesan dalam mencapai objektif.

2 Tugasan ini membuatkan saya mampu

mengorganisasi aktiviti berdasarkan kemahiran 3.70 0.46 Tinggi
berpasukan yang dipraktikkan melalui kerja

kumpulan.

3 Tugasan ini dapat membantu saya membuat 3.71 0.46 Tinggi
agihan tugas dalam kumpulan dengan berkesan.

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

4 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran merancang dan mengurus aktiviti 3.70 0.46 Tinggi

kokurikulum.

5 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran mengelolakan pertandingan yang 3.70 0.46 Tinggi

dirancang.

6 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran mengurus kemudahan dan peralatan 3.68 0.47 Tinggi

ketika menguruskan projek akhir yang dirancang.

7 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

ketrampilan kemahiran kepimpinan saya sebagai 3.70 0.47 Tinggi

seorang pelajar.

8 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

ketrampilan kemahiran komunikasi saya ketika 3.70 0.47 Tinggi

berhubung dengan orang lain.

9 Tugasan ini dapat membantu saya membina dan

meningkatkan disiplin, minat dan bakat 3.70 0.47 Tinggi

terpendam saya.

10 Pada persepsi saya, tugasan ini adalah sangat 3.72 0.45 Tinggi
berkesan dan berkualiti.

Purata Min 3.71 0.46

Berdasarkan kepada Jadual 2, didapati item soalan pertama mempunyai skor min pada tahap
tinggi diantara semua soalan yang mendapat keputusan skor min yang tinggi (m=3.75; sp=0.43)
secara keseluruhannya (seperti paparan dalam jadual di atas). Keputusan ini telah menunjukkan
bahawa tugasan PB bagi Projek Akhir (CLO 1) telah memberikan kesan yang baik dan positif
terhadap pelajar Program Satu Tahun yang mengambil Subjek Kokurikulum (WK002).

Jadual 3: Taburan min dan sisihan piawai bagi Persepsi pelajar terhadap keberkesanan
tugasan Pembentangan Kumpulan (CLO 2) di dalam pentaksiran Penilaian Berterusan (PB)
bagi Kursus Kokurikulum (WK002)

Bil Pernyataan (Item Soalan) Min SP Tahap

1 Tugasan ini dapat membantu saya untuk

meningkatkan kemahiran untuk menjelaskan idea
dalam kumpulan dengan baik melalui 3.71 0.47 Tinggi

pembentangan berkumpulan

2 Tugasan ini dapat membantu saya untuk

meningkatkan kemahiran untuk menjelaskan 3.68 0.48 Tinggi
maklumat dengan baik melalui pembentangan

berkumpulan

3 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan 3.70 0.48 Tinggi

kemahiran komunikasi secara lisan.

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

4 Tugasan ini dapat menbantu saya meningkatkan

kemahiran menghuraikan isi-isi penting secara 3.68 0.48 Tinggi

lisan.

5 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran untuk menjawab soalan yang 3.69 0.48 Tinggi

dikemukakan dengan baik.

6 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan 3.68 0.49 Tinggi
kayakinan diri ketika berucap di khalayak ramai.

7 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan 3.71 0.46 Tinggi
kemahiran mencari maklumat yang diperlukan.

8 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran mengolah isi-isi penting dalam bentuk 3.67 0.48 Tinggi

penulisan agar mudah difahami oleh pembaca.

9 Tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan 3.69 0.47 Tinggi
kemahiran menapis maklumat yang diperlukan.

10 Pada persepsi saya, tugasan ini adalah sangat 3.7 0.46 Tinggi
berkesan dan berkualiti.

Purata Min 3.69 0.48 Tinggi

Berdasarkan kepada Jadual 3, didapati item soalan pertama dan soalan ketujuh mempunyai
skor min pada tahap tinggi diantara semua soalan yang mendapat keputusan skor min yang
tinggi (m=3.71; sp=0.47) secara keseluruhannya (seperti paparan dalam jadual di atas).
Keputusan ini telah menunjukkan bahawa tugasan PB bagi Pembentangan Kumpulan (CLO 2)
telah memberikan kesan yang baik dan positif terhadap pelajar Program Satu Tahun yang
mengambil Subjek Kokurikulum (WK002).

Jadual 4: Taburan Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai dan Tahap Persepsi pelajar
secara keseluruhan terhadap keberkesanan pentaksiran Penilaian Berterusan (PB) bagi
Kursus Kokurikulum (WK002)

Aspek Pentaksiran PB 12 3 4 Min SP Tahap
bagi ff f f
(%) (%) (%) (%)
Kursus Kokurikulum
(WK002)

Projek Akhir 6 9 3022 7373 3.70 0.46 Tinggi
(CLO 1) 0.06 0.09 29.03 70.82

Pembentangan Kumpulan 12 26 3123 7249 3.69 0.48 Tinggi

(CLO 2) 0.12 0.25 30 69.63

Skor Keseluruhan 18 35 6145 14622 3.70 0.47 Tinggi
0.18 0.34 59.03 140.45

Berdasarkan kepada Jadual 4, didapati pentaksiran PB bagi kedua-dua tugsan iaitu Projek
Akhir (CLO 1) dan Pembentangan Kumpulan (CLO 2) mempunyai skor min pada tahap tinggi.
Projek Akhir (m=3.70; sp=0.46) dan Pembentangan Kumpulan (m=3.69; sp=0.48) telah jelas
menunjukkan skor yang tinggi. Keputusan ini telah menunjukkan bahawa tugasan PB bagi

12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Pembentangan Kumpulan (CLO 2) telah memberikan kesan yang baik dan positif terhadap
pelajar Program Satu Tahun yang mengambil Subjek Kokurikulum (WK002).

5.0 KESIMPULAN

Penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap aktiviti
kokurikulum menjadikan aktiviti kokurikulum ini sebaris dengan keperluan pendidikan masa
kini. Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum mampu memberi impak positif kepada
pembentukan peribadi mereka telah dibuktikan dengan jelas berdasarkan kajian-kajian yang
telah dijalankan. Justeru, kesedaran diri yang tinggi terhadap aktiviti kokurikulum mampu
mengubah persepsi remaja terhadap aktiviti kokurikulum dalam membantu membentuk
sahsiah mereka.

Hasil kajian mendapati kedua-dua tugasan iaitu Projek Akhir dan Pembentangan
Kumpulan mempunyai nilai min yang sangat tinggi. Nilai min bagi Projek Akhir adalah 3.70
manakala nilai sisihan piawainya adalah 0.46. manakala Pembentangan Kumpulan mempunyai
nilai min 3.69 dan nilai sisihan piawainya adalah 0.48. Dapatan kajian menunjukkan pelajar
menunjukkan persepsi yang positif dalam melaksanakan kedua-dua tugasan yang telah
diberikan. Pelajar menunjukkan pandangan yang positif terhadap tugasan Projek Akhir dan
juga Pembentangan Kumpulan. Kesimpulannya, pentaksiran PB bagi Kursus Kokurikulum
dipersepsikan adalah amat sesuai dan berkesan secara keseluruhannya.

Hasil kajian menjelaskan Pentaksiran PB bagi Subjek Kokurikulum (WK002)
merupakan instrumen yang baik bagi membuat penilaian tahap dan aras prestasi pelajar bagi
kursus kokurikulum untuk pelajar-pelajar matrikulasi. Kebolehgunaan Pentaksiran PB telah
dibuktikan melalui soal selidik terhadap tahap persepsi pelajar. Pensyarah dapat melakukan
penilaian terhadap pelajar secara komprehensif dalam setiap tugasan yang diberikan. Secara
keseluruhannya, setiap yang digeneralisasikan dalam kajian ini adalah konsisten dengan
dapatan kajian.

Implikasi kajian

Hasil yang didapati dalam penyelidikan ini membuktikan bahawa keberkesanan Pentaksiran
PB yang dijalankan telah menunjukkan persepsi yang baik dalam kalangan pelajar yang
mengambil subjek ini. Hasil penyelidikan juga menjelaskan berkenaan dengan keberkesanan
kedua-dua tugasan yang telah diberikan. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberikan
input kepada pihak kementerian untuk merancang strategi dan program di sekolah-sekolah agar
memberi ruang dan peluang kepada pelajar agar cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang
berpotensi malah matlamat melahirkan murid yang holistik serta seimbang dari segi intelek,
emosi, jasmani dan juga rohani juga dapat dicapai.

Cadangan Kajian Lanjutan

Lanjutan daripada dapatan kajian, pengkaji ingin mencadangkan agar kursus-kursus yang
berkaitan perlu diberikan dari semasa ke semasa agar pensyarah kokurikulum sentiasa

13

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

mendapat maklumat yang terkini disamping mendapat meluaskan lagi pengalaman dalam
bidang yang berkaitan. Bagi mendapatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
seorang pensyarah mestilah terdiri daripada orang yang terlatih dan mahir dalam penguasaan
bidang masing-masing.

Pensyarah kokurikulum juga disarankan untuk memberikan 100% komitmen terhadap
tugas mereka di masa akan datang agar pelaksanaan tugasan untuk pentaksiran PB dapat
dilaksanakan dengan baik dan cemerlang. Pihak yang terlibat khasnya pensyarah atau jurulatih
kokurikulum sentiasa bersedia menanamkan nilai murni bersemangat sukan dalam membentuk
keperibadian pelajar yang cemerlang. Penerapan aspek afektif ini sangat wajar supaya
menghasilkan pelajar yang memiliki moral terpuji sampai ke peringkat pengajian tinggi
seterusnya sehingga dalam kehidupan seharian.

Penyelidik lain boleh melakukan penyelidikan secara komprehensif untuk mengkaji
tahap dan aras pretasi pembelajaran pelajar menggunakan instrumen pentaksiran yang
komprehensif bersandarkan kepada domain kognitif, psikomotor dan afektif untuk semua
sukan di kolej-kolej matrikulasi seluruh negara. Penyelidik berharap kajian ini memberi idea
baru kepada pensyarah kokurikulum tentang kepentingan pentaksiran dan penilaian secara
menyeluruh dalam usaha melahirkan pelajar yang berkaliber. Melaksanakan pentaksiran
dengan cara yang betul akan membantu pelajar memahami tanggunjawab sebagai pelajar dan
seterusya menggalakkan mereka mempertingkat prestasi dalam pembelajaran akademik.

Pengkaji juga ingin mencadangkan agar kajian ini dapat diperluaskan lagi kepada
kursus-kursus subjek wajib yang lain seperti pendidikan islam, moral, pengajian am dan juga
kepada subjek-subjek teras.

RUJUKAN

Ab Alim, A. R. (1999). Pengurusan kokurikulum dan badan beruniform. Penerbit Fajar Bakti,
Shah Alam.

Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Utusan Publication &
Distributors Sdb. Bhd.

Burns (2000). Introduction to Research Methods, London, Sage.
Cage, N. (1975). The evaluation of teaching effectiveness and teacher education. Proceedings

International for Education Seminar. 30 September – 4 Oktober 1974, UNESCO.
Chek Pi, S. & Omar Fauzee, M.S. (2002). Kokurikulum Menjana Ke Arah Keseimbangan

Pelajar. Omar Fauzee, M. S., Yusof, A. & Yusof, B.
Ghazali Darusalam. (2003). Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia

[Pengkhususan Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Gilchrist & Gilchrist (2009). The well-connected community: A networking approach to
community development. Policy Press.
Fadzil, N.S. & Ahmad, J. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Sekolah
Menengah.http://file.upi.edu/Direktori/Proceeding/UPIUPSI/2010/Book_1/Kepenting
an_Kokurikulum_Dalam_Pendidikan_Di_Sekolah_Menengah.pdf. Dicapai pada 20
Oktober 2011

14

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Haron, Z. & Idris, A. A. (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik
Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia Skudai. http://eprints.utm.my/ 10848/1/
Persepsi_Pelajar_ Terhadap_ Penerapan_ Kemahiran_ Generik_Dalam_ Aktiviti_
Kokurikulum_ Di_ Kalangan_ Pelajar_Tahun_Dua_Fakulti_Pendidikan. pdf. Dicapai
pada 2 November 2011.

Hastad, D. N., & Lacy, A. C. (2002). Measurement and evaluation in physical educaton and
exercise science (4th ed.). Massachusetts: Allyn & Bacon.

Hassan, J. & Safar. A.S. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi
Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Malaysia.

Kolb, D. A. (1984). "Experiential Learning." New Jersey, USA: Prentice Hall.
Konting, M. M. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Kubiszyn, T., & Borich (2000). Educational testing and measurement: Classroom application

and practice (6th ed). New York: John Wiley & Son. Inc.
Manaf, E. A., & Fauzee, M. S. O. (2002). The importance of co-curricullum in education

system. In M. S. O. Fauzee, A. Yusof, & B. Yusof (Eds.), Co-curricullum: Implication
and function (pp. 1-7). Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum, peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Payne (2003). Applied Educational Assessment. Wadsworth Thomson Learning.
Robert, S.R.., William, H.B. & Timothy, T.B, (2002). Using Extracurricular Activity As An
Indicator Of Interpersonal Skill: Prudent Evaluation Or Recruiting Malpractice?
www.interscience.wiley.com. Dicapai pada 18 Oktober 2011
Sang, M.S (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Semester 2. Shah Alam: Kumpulan Budiman
Sidal, A. (2004). Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Institusi Tadbiran Awan
Negara (INTAN).
Turman, J., Brown, T., Helgeson, S., Mccomber, M., Peterson, R. & Swenson, D. (2005).
Recreational Sports And The Student Experience. http://www3.crk. umn.edu/planning/
athletic/documents/exhibits/Exhibit%20D%20-%20Regents'% 20 Rec%20Sports% 20
docket% 20March%202005.pdf. Dicapai pada 18 Oktober 2011.
Walter, R. Borg., & Meredith Damien Gall (1979). Educational Research, p488. New York:
McKay.

15

PENGGUNAAN TEKNIK B2B UNTUK MENINGKATKAN
PENGUASAAN PELAJAR KMPK DALAM MENGENAL PASTI
BILANGAN HARAKAT HURUF MUQATTAAH DI AWAL SURAH

DALAM AL-QURAN.

BAHARUDIN BIN WAHAB
NAWAL SHIFA’ BINTI HARIS
WAN KHAIRUNNISA’ BINTI WAN AHMAD RAFAII
NUR SHAMSIDAR BINTI MUSTAPA@MUSTAFA

Kolej Matrikulasi Perak
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesan Teknik B2B terhadap kefahaman dan
penguasaan pelajar tentang cara bacaan dan harakat huruf Muqattaah. Sampel kajian ini terdiri daripada
13 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berdasarkan tutoran. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah ujian pra, ujian pos, pemerhatian, perbincangan dan soal jawab secara lisan dalam tutorial.
Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif yang menjurus kepada huraian peratus. Hasil
dapatan kajian menunjukkan peningkatan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang cara bacaan dan
harakat huruf Muqattaah berbanding pembelajaran menggunakan teknik tradisional. Ini jelas menunjukkan
bahawa penggunaan Teknik B2B berkesan dan mampu membantu pelajar untuk mengenal pasti bilangan
harakat huruf Muqattaah dan cara membacanya menurut tajwid. Cadangan kajian lanjutan yang boleh
dijalankan ialah dengan menambah baik teknik yang sedia ada supaya kajian ini boleh dilaksanakan kepada
semua pelajar sama ada pelajar Program Dua Tahun (PDT) atau Program Satu Tahun (PST) bagi
memantapkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar tentang huruf Muqattaah dalam al-Quran.

Kata kunci : Teknik B2B , Harakat, Huruf Muqattaah.

1

1.0 PENGENALAN

Membaca al-Quran adalah satu amalan mulia yang sangat dituntut dalam Islam.

Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang membaca satu huruf kitab Allah, maka ia
akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan
dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf,
tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi).

Hukum belajar ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. Kalau ada dalam suatu tempat seseorang
yang menguasai ilmu ini maka bagi yang lainnya tidak menanggung dosa, kalau tidak ada
seorang pun yang menguasai ilmu tersebut maka seluruh kaum muslimin menanggung
dosa. Sedangkan membaca al Qur’an dengan tajwid adalah wajib ‘ain, artinya bagi seorang
yang mukalaf baik laki-laki atau perempuan harus membaca al Qur’an dengan tajwid, kalau
tidak, maka dia berdosa. Hal ini berdasarkan al Qur’an dan as Sunnah dan ucapan para
ulama.

Firman Allah Azza wa Jalla:

“…dan bacalah al Qur’an itu dengan tartil.” (Al Muzzammil: 4)

Maksud tartil itu adalah membaguskan huruf dan mengetahui tempat berhenti, keduanya
ini tidak mungkin dicapai kecuali dengan belajar daripada ulama atau orang yang ahli
dalam bidang ini. Perintah ini menunjukkan suatu kewajiban sampai datang dalil yang
boleh merubah erti tersebut. Setiap pelajar muslim sepatutnya membaca al-quran setiap
hari kerana al-quran boleh menyucikan diri mereka daripada dosa yang telah dilakukan.
Dosa adalah merupakan faktor utama seseorang itu tidak dapat menerima ilmu
sebagaimana kata-kata al-Imam as-Syafie : “ Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan diberi
petunjuk kepada orang yang melakukan maksiat.”

Oleh sebab itu, peranan pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam dituntut bagi
membolehkan pelajar-pelajar membaca al-quran dengan sempurna terutamanya ketika
membaca huruf-huruf Muqattaah. Pengkaji berpendapat, satu tindakan drastik mesti
diambil dan kajian harus dijalankan bagi mengenal pasti dan mengetahui teknik yang
berkesan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang tata cara untuk membaca
huruf-huruf Muqattaah yang berada di awal surah dengan betul.

2.0 REFLEKSI DARIPADA PEMBELAJARAN LEPAS

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mengadakan sesi
soal jawab bersama pelajar. Hasil daripada itu didapati hampir 80% pelajar keliru dan tidak
dapat membaca dengan betul huruf-huruf Muqattaah yang telah diedarkan kepada mereka
dalam kelas. Kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui bilangan harakat huruf-huruf
Muqattaah tersebut. Membaca al-quran tidak mengikut tajwid boleh menjejaskan kualiti
ibadah harian seorang muslim. Oleh itu, timbul perasaan ingin memperbaiki keadaan ini
dalam hati pengkaji sekaligus supaya para pelajar dapat membaca al-quran dengan lebih
sempurna tanpa ragu-ragu kesahannya . Pengkaji merasakan sekiranya teknik yang
bersesuaian diperkenalkan dalam kursus Pendidikan Islam ini akan dapat membantu
pelajar menguasai pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan .

3.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini pengkaji hanya akan memberi fokus terhadap cara mudah bagi pelajar
untuk mengenal pasti harakat huruf Muqattaah tanpa perlu mengambil masa pembelajaran

2

yang panjang. Oleh itu, pengkaji telah bersepakat dengan rakan-rakan sekerja yang lain
untuk mengaplikasi Teknik B2B ini bagi membantu pelajar untuk mempertingkatkan lagi
kefahaman dan penguasaan mereka terhadap huruf Muqattaah dalam al-Quran.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Umum
4.1.1Membantu pelajar untuk membaca al-quran dengan betul menurut tajwid.
4.2 Khusus
4.2.1. Memperkenalkan teknik penerangan yang berkesan bagi merangsang minat pelajar
untuk membaca al-quran.
4.2.2. Membolehkan pelajar untuk membaca huruf Muqattaah dengan kadar harakat yang
tepat.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seorang pensyarah dan 13 orang pelajar Program Satu Tahun sem 2
sesi 2018/2019, dari tutoran M1T3. Keseluruhannya pengetahuan pelajar dalam ilmu tajwid
dari tutoran ini adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik. Lazimnya, dalam kelas
berkenaan, terdapat beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah dalam ilmu tajwid
khususnya untuk membaca huruf-huruf Muqattaah ini. Oleh itu, kajian tindakan ini
dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
6.0 PERANCANGAN KAJIAN
Pengkaji menggunakan kitaran kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

3

6.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data-data
seperti berikut.

6.1.1 Pemerhatian

Untuk meninjau masalah pelajar, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah
laku, bahasa badan dan reaksi pelajar semasa syarahan dan perbincangan di dalam kelas
tentang tajuk huruf Muqattaah.

6.1.2 Soal Jawab

Semua pelajar ditanya secara lisan dalam kelas mengenai maksud huruf Muqattaah dan
cara membacanya.

6.1.3 Ujian Pra

Ujian pra telah dilaksanakan ke atas pelajar bagi menguji tahap sebenar penguasaan dan
pengetahuan sedia ada mereka samada dapat membantu mereka memahami dan menjawab
soalan berkaitan cara membaca huruf Muqattaah dan harakatnya atau sebaliknya. Ujian pra
yang dijalankan meliputi soalan yang mengandungi 33 huruf Muqattaah yang terdapat
dalam al-Quran. Masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menjawab soalan ini
adalah 15 minit. Markah yang diperuntukkan bagi soalan tersebut adalah 33 markah atau
100%. Semua pensyarah Unit Pendidikan Islam Kolej Matrikulasi Perak bersetuju bahawa
pelajar yang mendapat skor lebih separuh daripada markah yang diperuntukkan iaitu 80
markah ke atas dikira lulus. Daripada markah tersebut dua tahap skor telah dibentuk:

0 – 79 : Pelajar Gagal

80 – 100 : Pelajar Lulus.

Set soalan ini tidak dipulangkan semula kepada pelajar dan tidak dibincangkan. Ini adalah
kerana set soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

6.2.1 Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, bahasa badan dan reaksi
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati lebih
daripada separuh pelajar dalam tutoran tersebut kurang arif tentang huruf Muqattaah dan
cara membacanya. Mereka hanya menggelengkan kepala ,mengerutkan dahi, tunduk serta
berpandangan antara satu sama lain dan tidak memberi respon terhadap permasalahan yang
dikemukan oleh pengkaji. Pelajar juga tidak yakin dan teragak-agak dalam memberi
jawapan terhadap soalan berkaitan harakat huruf Muqattaah dalam al-quran. Terdapat juga
pelajar yang membuat tekaan bila menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh pengkaji.
Pelajar telah mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan bertulis yang telah
diedarkan kepada mereka .

4

6.2.2 Soal Jawab

Semasa dalam kelas pengkaji telah mengajukan beberapa soalan secara lisan kepada pelajar
yang berkaitan dengan huruf dan harakat Muqattaah serta cara membacanya menurut tajwid
Pengkaji dapati lebih separuh daripada mereka tidak berjaya untuk menjawab dengan betul.

6.2.3 Ujian Pra

Tarikh Pelaksanaan : 6 Mac 2019.
Tutoran : M1 T3
Tempat : Bilik Peperiksaan 3

Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan pelajar
terhadap cara membaca huruf Muqattaah.Ujian ini mengandungi 33 soalan yang meminta
pelajar untuk menulis bilang harakat di atas huruf Muqattaah yang telah disediakan oleh
pengkaji. Pelajar diberi masa 15 minit untuk menjawab semua soalan.

Jadual 1
Keputusan Ujian Pra Tentang Bilangan Harakat Huruf MuqattaahMengikut Peratus
Lulus

Responden Ujian Pra Peratus

Pelajar 1 29/33 88
Pelajar 2 20/33 61
Pelajar 3 17/33 52
Pelajar 4 9/33 27
Pelajar 5 18/33 55
Pelajar 6 28/33 85
Pelajar 7 17/33 52
Pelajar 8 15/33 45
Pelajar 9 9/33 27
Pelajar 10 18/33 55
Pelajar 11 11/33 33
Pelajar 12 20/33 61
Pelajar 13 3/33 9

5

Jadual 2

Analisis Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Tentang Bilangan Harakat Huruf

Muqattaah

Julat Markah Bilangan Pelajar Peratus
0 – 79 (gagal) 11 85
80 – 100 (lulus) 2 15

Jumlah 13 100

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 di

atas. Manakala analisis pencapaian pelajar semasa ujian pra adalah ditunjukkan seperti

dalam jadual 2. Didapati 11 orang pelajar tidak dapat melepasi sasaran markah lulus yang

ditetapkan iaitu 80%. Hal ini menunjukkan 85% pelajar gagal dan hanya 15% pelajar

berjaya dalam ujian pra tersebut. Melalui keputusan ujian pra, jelas kepada kita masih ramai

lagi pelajar yang tidak dapat mengenal psati bilangan harakat dan cara yang tepat untuk

membaca huruf-huruf Muqattaah dalam al-Quran. Implikasi daripada ujian ini menjelaskan

bahawa masih ramai lagi pelajar muslim yang tidak mampu membaca al-Quran secara

bertajwid. Dengan kata lain menjadi satu tanggungjawab bagi guru-guru pendidikan Islam

untuk melipat ganda usaha mereka bagi membetulkan keadaan tersebut.

7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bagi meningkatkan lagi penguasaan pelajar untuk memahami bilangan harakat dan
menguasai cara membaca huruf Muqattaah dengan betul, maka pengkaji telah berusaha
untuk mencari satu teknik yang ringkas, mudah difahami dan sesuai diaplikasikan kepada
pelajar dalam program matrikulasi yang mempunyai masa yang sangat terbatas. Selepas
pengkaji membuat rujukan daripada buku, perbincangan dengan rakan sejawat dan
pencarian melalui laman-laman web maka pengkaji telah menemui satu teknik yang
pengkaji namakannya dengan Teknik Back To Basic (B2B) . Kajian ini mengambil masa
selama tiga minggu, hal ini kerana subjek Pendidikan Islam hanya diajar sekali seminggu
sahaja kepada pelajar dalam program matrikulasi. Tambahan pula pengkaji juga terpaksa
menghabiskan silabus yang telah ditetapkan.

7.1 Aktiviti Yang Dijalankan

7.1.1.Perbincangan Kumpulan Pengkaji

Pengkaji telah berbincang dengan rakan kumpulan bagi mencari suatu pendekatan yang
efisien dalam usaha untuk memahamkan serta mempertingkatkan penguasaan pelajar
terhadap bilangan harakat huruf-huruf Muqattaah dan cara membacanya dengan betul.
Pengkaji telah menerangkan tentang pengertian huruf Muqattaah , harakat dan cara
membacanya dengan betul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan
diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji yang lain. Selesai sahaja pengkaji menerangkan
tentang tajuk tersebut, maka kumpulan pengkaji memberi respon untuk penambahbaikan
penyampaian. Hasil daripada proses penambaikan inilah, maka lahirnya Teknik B2B ini.

7.1.2 Pembinaan Teknik Back To Basic (B2B)

Teknik B2B ini bermaksud kembali kepada ejaan asal huruf Muqattaah itu . Pengkaji telah
membina Teknik B2B dengan aplikasi power point untuk menjadikan penjelasan lebih
menarik dan senang difahami oleh pelajar. Setelah selesai membina Teknik B2B, pengkaji
membawanya dalam perbincangan kumpulan sekali lagi untuk penambahbaikan. Berikut
adalah penerangan lanjut mengenai Teknik B2B.

6

Teknik B2B:

Harakat huruf-huruf Muqattaah dalam al-Quran hanya dibahagikan kepada 3 keadaan

sahaja iaitu 1 harakat, 2 harakat dan 6 harakat. Hanya huruf Alif ( ‫ )ا‬yang dibaca dengan

satu harakat. Manakala huruf-huruf Muqattaah yang lain kita perlu melihat kepada ejaan
asal huruf tersebut terlebih dahulu. Sekiranya ejaan asal huruf tersebut terbina daripada dua
huruf maka bilangan harakatnya ialah 2 harakat manakala huruf Muqattaah yang dieja
dengan tiga huruf pula dibaca dengan 6 harakat. Teknik B2B ini digunapakai kerana ia
mudah difahami oleh pelajar dan tidak memerlukan hafalan. Ia hanya perlu pengetahuan
asas tentang ejaan asal huruf hijaiyah sahaja. Penerangan lanjut sila rujuk jadual 3 berikut:

Jadual 3 Ejaan Asal Bilangan Harakat
1
Butiran Tentang Huruf Muqattaah ‫الف‬ 2
‫حا‬ 2
Bil Huruf Muqattaah ‫را‬ 2
‫طا‬ 2
1‫ا‬ ‫ها‬ 2
2‫ح‬ ‫يا‬ 6
3‫ر‬ ‫سين‬ 6
4‫ط‬ ‫صاد‬ 6
5‫ه‬ ‫عين‬ 6
6‫ي‬ ‫قاف‬ 6
7‫س‬ ‫كاف‬ 6
8‫ص‬ ‫لام‬ 6
9‫ع‬ ‫ميم‬ 6
10 ‫ق‬ ‫نون‬
11 ‫ك‬
12 ‫ل‬
13 ‫م‬
14 ‫ن‬

7.2 Cara Pelaksanaan

Tarikh:13 Mac 2019

7.2.1 Pengajaran Pensyarah

Aktiviti 1 :Penerangan mengenai huruf Muqattaah.

Huruf Muqattaah :

Huruf Muqattaah adalah huruf yang dibaca sebagaimana nama hurufnya.
Huruf Muqattaah terdapat pada ayat pertama surah-surah tertentu sebagai pembuka
surah, oleh karena itu huruf Muqattaah juga disebut Fawatikhus Suwar. Pengkaji
memperkenalkan 14 huruf Muqattaah dan cara menyebutnya kepada pelajar. Huruf
Muqattaah ini muncul di awal surah dalam al-quran sebanyak 29 tempat.

Refleksi Aktiviti 1:

Hasil daripada penerangan tentang huruf-huruf Muqattaah daripada aktiviti 1, Pelajar dapat
mengenalpasti huruf-huruf Muqattaah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
termasuk bilangan huruf Muqattaah yang terdapat di dalam Al Quran, ejaan asalnya, cara

7

menyebutnya dan hukum tajwid yang berkaitan dengannya. Hal ini dapat dibuktikan
melalui soal jawab secara lisan antara pengkaji dengan pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

Aktiviti 2 : Penerangan Tentang Harakat Huruf Muqattaah.

Hasil perbincangan pengkaji dan rakan-rakan sejawat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku maka terhasilah satu jadual yang menerangkan butiran lanjut tentang
ejaan asal dan harakat huruf muqattaah seperti di jadual 3 di atas. Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku pengkaji menggunakan jadual tersebut untuk memberi
penerangan yang lebih terperinci kepada pelajar.

Penerangan tentang huruf muqattaah.

1. Bilangan harakat huruf muqattaah dalam al-Quran hanya ada tiga , iaitu 1 harakat,
2 harakat dan 6 harakat.

2. Hanya huruf Alif yang dibaca dengan satu harakat.
3. Huruf – huruf muqattaah yang ejaan asalnya terdiri daripada dua huruf, maka

hendaklah dibaca dengan dua harakat.
4. Manakala huruf – huruf muqattaah yang ejaan asalnya terdiri daripada tiga huruf,

maka hendaklah dibaca dengan enam harakat.

Refleksi Aktiviti 2

Penggunaan jadual 3 tentang huruf muqattaah tersebut telah berjaya menarik minat pelajar
mengenai tajuk ini. Mereka dapat mengenalpasti bilangan harakat setiap huruf Muqattaah
berdasarkan jadual 3 huruf Muqattaah melalui ejaan asal yang telah disediakan pengkaji
dan pelajar semakin faham bilakah mereka sepatutnya membaca sesuatu huruf muqattaah
dengan satu , dua atau enam harakat.

Aktiviti 3 : Soal jawab

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mengemukakan sepuluh soalan
berkaitan dengan huruf Muqattaah secara lisan kepada pelajar untuk menguji tahap
pemahaman dan penguasaan mereka.

Refleksi Aktiviti 3

Pelajar dapat menjawab 100% persoalan yang dikemukakan oleh pengkaji dengan yakin
dan tepat. Ini menunjukkan bahawa pengajaran tajuk huruf – huruf Muqattaah dengan
menggunakan Teknik B2B ini sangat berkesan.

Aktiviti 4: Kuiz Atas Talian

Pensyarah menyediakan kuiz secara atas talian menggunakan quizizz. Pelajar menjawab di
dalam kelas menggunakan telefon pintar masing-masing.

Refleksi Aktiviti 4

Semua pelajar sangat gembira menyertai kuiz interaktif ini. Hasilnya 95% pelajar mendapat
skor 100% betul bagi soalan yang dikemukakan.

8

7.3 Ujian Pos

Tarikh laksana : 20 Mac 2019

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran setelah 3 minggu tindakan dijalankan
dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra untuk mengesan sejauh
mana keberkesanan teknik yang dijalankan dapat membantu penguasaan pelajar untuk
mengenal pasti bilangan harakat huruf-huruf Muqattaah dengan betul. Keputusan ujian pos
adalah seperti yang dipaparkan di jadual 4.

Jadual 4
Keputusan Ujian PosTentang Bilangan Harakat Huruf MuqattaahMengikut Peratus Lulus

Responden Ujian Post Peratus

Pelajar 1 33/33 100

Pelajar 2 33/33 100

Pelajar 3 32/33 97

Pelajar 4 30/33 91

Pelajar 5 33/33 100

Pelajar 6 33/33 100

Pelajar 7 33/33 100

Pelajar 8 31/33 94

Pelajar 9 33/33 100

Pelajar 10 33/33 100

Pelajar 11 32/33 97

Pelajar 12 33/33 100

Pelajar 13 33/33 100

________________________________________________________________________

Jadual 5

Analisis Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pos Tentang Bilangan Harakat Huruf

Muqattaah

Julat Markah Bilangan Pelajar Peratus
0 – 79 (gagal) 0 0
80 – 100 (lulus) 13 100

Jumlah 13 100

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 4 di

atas. Analisis pencapaian pelajar dalam ujian pos pelaksanaan Teknik B2B adalah seperti

ditunjukkan dalam jadual 5. Keputusan menunjukkan 100% pelajar telah berjaya mendapat

markah lulus iaitu 80% markah dan ke atas. Hal ini menunjukkan ada peningkatan

penguasaan pelajar terhadap tajuk huruf-huruf Muqattaah dan cara membacanya dengan

betul iaitu sebanyak 100%.

9

7.4 Soal Selidik

Soal selidik ini mengandungi 10 item yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap
Teknik B2B . Soal selidik ini hanya menggunakan sekala ya atau tidak sahaja. Soal selidik
ini telah diagihkan kepada pelajar setelah mereka selesai menjawab soalan ujian pos dalam
kelas. Item soal selidik tersebut seperti jadual 6 di bawah.

Jadual 6 Ya Tidak
Persepsi Pelajar Terhadap Teknik B2B 13
Bil Item
1 Teknik B2B adalah berkesan.

2 Teknik B2B adalah mudah untuk dilaksanakan. 13
3 Teknik B2B adalah menarik minat saya. 13
4 Teknik B2B adalah cepat untuk faham 13

5 Teknik B2B adalah ringkas. 13
6 Teknik B2B adalah sesuai dengan masa belajar yang terhad. 13

7 Teknik B2B dapat memotivasikan saya untuk tidak ragu-ragu 13
dalam membaca huruf-huruf Muqattaah

8 Teknik B2B adalah sesuai dengan kemampuan minda pelajar 13

9 Teknik B2B adalah sesuai dilaksanakan pada setiap kali saya 13
membaca al-quran.

10 Teknik B2B dapat dijadikan panduan sebagai penyelesai masalah 13
untuk membaca huruf Muqoto’ah.

8.0 KESAN KAJIAN
8.1 Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian ini dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:

1. Pelajar lebih berminat dan bersemangat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran .

2. Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih ceria dan aktif.
3. Pelajar mampu menjawab soalan dengan tepat melalui lisan dalam kelas.

4. Pelajar mampu menjawab soalan dengan tepat secara bertulis dalam kelas.
5. Pelajar mengambil masa yang lebih singkat untuk menjawab soalan ujian pos

berbanding ujian pra.

10

8.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

8.2.1 Keputusan Ujian Pra dan Pos

Jadual 7
Perbezaan Markah Dan Peratus Ujian Pra Dengan Ujian Pos Pelaksanaan Teknik B2B

Responden Ujian Peratus Ujian Post Peratus Peningkatan
Pra

Pelajar 1 29/33 88 33/33 100 12%
Pelajar 2 20/33 61 33/33 100 39%
Pelajar 3 17/33 52 32/33 97 45%
Pelajar 4 9/33 27 30/33 91 64%
Pelajar 5 18/33 55 33/33 100 45%
Pelajar 6 28/33 85 33/33 100 15%
Pelajar 7 17/33 52 33/33 100 48%
Pelajar 8 15/33 45 31/33 94 49%
Pelajar 9 9/33 27 33/33 100 73%
Pelajar 10 18/33 55 33/33 100 45%
Pelajar 11 11/33 33 32/33 97 64%
Pelajar 12 20/33 61 33/33 100 39%
Pelajar 13 3/33 9 33/33 100 91%

Jadual 8
Analisis Perbezaan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dengan Pos Pelaksanaan
Teknik B2B

Julat Markah Bilangan Pelajar(Pra) Peratus Bilangan Pelajar(Pos) Peratus

0 – 79 (gagal) 11 85 0 0

80 – 100 (lulus) 2 15 13 100

Jumlah 13 100 13 100

Perbezaan markah dan peratus ujian pra dengan ujian pos pelaksanaan Teknik B2B adalah
seperti ditunjukkan dalam jadual 7. Manakala analisis perbezaan pencapaian pelajar dalam
ujian pra dengan pos pelaksanaan Teknik B2B adalah seperti ditunjukkan dalam jadual
8.Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dari segi
pencapaian pelajar. Daripada 13 orang pelajar yang menduduki ujian pra hanya 2 orang

11

pelajar atau 15% sahaja yang melepasi markah lulus yang telah ditetapkan iaitu 80%
markah dan ke atas. Ini menunjukkan bahawa 85% pelajar gagal dalam ujian Pra. Selepas
pelaksanaan Teknik B2Bdidapati 100% pelajar yang menduduki ujian pos lulus. Semua
pelajar mampu mendapat markah 80% dan ke atas. Ini menunjukkan semua pelajar mampu
mendapat markah lulus dan terdapat peningkatan yang sangat baik. Berdasarkan analisis
perbezaan pencapaian pelajar dalam ujian pra dengan ujian pos pelaksanaan Teknik
B2Bseperti yang ditunjukkan dalam jadual 8 terdapat 85% pelajar yang gagal semasa ujian
pra, manakala keputusan ujian pos pula menunjukkan terdapat 0% pelajar yang gagal. Ini
bermakna pengurangan peratus pelajar gagal berlaku sebanyak 85%. Hal ini membuktikan
penggunaan Teknik B2Btelah dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam memahami
dan menentukan harakat huruf Muqattaahdengan betul. Malahan peningkatan peratus lulus
antara 12 hingga 91 peratus.

8.3 Analisis Soal selidik Ya Tidak

Jadual 9
Analisis Soal Selidik Persepsi Pelajar TerhadapTeknik B2B
Bil Item

1 Teknik B2B adalah berkesan. 100%

2 Teknik B2B adalah mudah untuk dilaksanakan. 100%

3 Teknik B2B adalah menarik minat saya. 100%

4 Teknik B2B adalah cepat untuk faham 100%

5 Teknik B2B adalah ringkas. 100%

6 Teknik B2B adalah sesuai dengan masa belajar yang terhad. 100%

7 Teknik B2B dapat memotivasikan saya untuk tidak ragu-ragu dalam 100%
membaca huruf-huruf Muqattaah

8 Teknik B2B adalah sesuai dengan kemampuan minda pelajar 100%

9 Teknik B2B adalah sesuai dilaksanakan pada setiap kali saya membaca al- 100%
quran.

10 Teknik B2B dapat dijadikan panduan sebagai penyelesai masalah untuk 100%
membaca huruf Muqoto’ah.

12

Berdasarkan soal selidik tentang persepsi pelajar terhadap Teknik B2B didapati bahawa
semua pelajar bersetuju dengan 10 item yang telah diberikan seperti dalam jadual 9 di atas.
100% pelajar bersetuju bahawa Teknik B2B ini berkesan, senang untuk dilaksanakan, dapat
menarik minat pelajar, cepat, ringkas, bersesuaian dengan masa belajar yang terhad dan
boleh membina motivasi pelajar serta sesuai dengan aras minda pelajar. Oleh sebab itu
ianya sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan di setiap tempat.

9.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

9.1 Refleksi

Berdasarkan ujian pos dan analisis yang telah dilaksanakan, pengkaji dapati bahawa teknik
yang telah laksanakan kepada pelajar ini merupakan salah satu teknik yang sesuai dan dapat
meningkatkan lagi kemampuan pelajar dalam memahami dan mengenal pasti bilangan
harakat semua huruf Muqattaah dalam al-Quran dengan betul. Atas kesedaran ini, pengkaji
amat yakin dan ingin meneruskan usaha mencari teknik-teknik yang sesuai serta terkini dan
membina bahan-bahan pengajaran yang boleh merangsang pelajar untuk belajar secara
kolaboratif dan interaktif sama ada dalam kelas mahupun di luar waktu Pengajaran dan
Pembelajaran .Walau bagaimanapun sesuatu impian itu tidak akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya tanpa komitmen dan iltizam daripada ahli kumpulan dan kerjasama pelajar.
Pengkaji juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak pengurusan
serta rakan-rakan sama ada sumbangan berbentuk idea dan juga kewangan bagi
membolehkan pengkaji membina banyak lagi bahan bantu mengajar seperti ini.

9.2 Kesimpulan

Melalui kajian tindakan ini dapatlah disimpulkan bahawa pembelajaran melalui
pengaktifan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menggunakan teknik atau formula yang
ringkas, mudah difahami serta mampu membuahkan hasil yang amat positif. Pelajar secara
umumnya dapat menjawab soalan dengan baik. Pelajar juga didapati lebih yakin dan
memberi maklumbalas yang positif dalam komunikasi dua hala dalam kelas selepas teknik
ini dilaksanakan. Pendekatan pengajaran yang melibatkan kerjasama secara optimum
kedua-dua pihak iaitu pensyarah dan pelajar akan mampu memberi impak yang maksimum
terhadap pencapaian pelajar dan menghasilkan tingkah laku positif dalam kalangan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

10.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai lanjutan daripada kajian ini, pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian yang
seterusnya iaitu bagaimana cara untuk mengenal pasti teknik-teknik lain yang sesuai bagi
tajuk-tajuk yang dipelajari dengan lebih berkesan, mudah dan ringkas.

Bibliogafi

Abdul Halim el-Muhammady.(1991). Pendidikan Islam:Falafah,Displin dan Peranan
Pendidik. Selangor: Dewan Pustaka Islam.

Bahagian Matrikulasi KPM. (2007).Koleksi Kertas Pengkajian Seminar Pengkajian
Pendidikan Program Matrikulasi KPM. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Bahagian Matrikulasi KPM. (2012).Buku Prosiding Seminar Pengkajian Peringkat
Kebangsaan Ke -7. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM. (2018) Jurnal Penyelidikan dan
Pendidikan 2018. Putrajaya. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM

13

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM. (2016) Jurnal Penyelidikan dan
Pendidikan 2016. Putrajaya. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM

Mohd Asraff Ayob. (2018).56 Soal Jawab Tajwid Al-Quran,Selangor: Furqanworks Sdn
Bhd.

Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Othman Bin Lebar. (2009). Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung
Malim

Zakaria Nasirudin.(2015). Siri Belajar Mudah al-Quran Kaedah Haraki. Kamunting Perak:
Usrah Haraki Sdn.Bhd.

.

14

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

PENTAKSIRAN RAKAN SEBAYA DALAM MELAKSANAKAN
AMALAN PENILAIAN BERTERUSAN SUBJEK MATEMATIK

PERAKAUNAN (AM015)

¹Nurul Husna Binti Mat Zaki, ²Kuok Sook Chuen
³Shafrina Binti Haridan, ⁴Meor Khairul Faizal Bin Meor Idris

¹Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Perak
¹[email protected],[email protected]

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya dalam amalan
penilaian berterusan subjek Matematik Perakaunan (AM015) di Kolej Matrikulasi Perak. Seramai
39 orang responden daripada jurusan perakaunan terlibat. Kajian ini menganalisis soal selidik ke
atas responden, maklumat temubual daripada empat responden dan pemerhatian penyelidik.
Sebelum intervensi, responden telah didedahkan dengan topik Sequences. Semasa intervensi
dijalankan, set soalan, skema jawapan dan borang Dua Bintang Satu Harapan diberi untuk
mengumpul data kajian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenalpasti minat dan
keyakinan pelajar dalam penyelesaian soalan matematik selepas intervensi dilaksanakan.
Dapatan kajian menunjukkan 100% daripada responden bersetuju terhadap pentaksiran rakan
sebaya dalam melaksanakan amalan penilaian berterusan subjek AM015. Responden berasa
seronok dalam perbincangan, dapat meneroka idea yang baru melalui penilaian hasil kerja rakan,
dapat berkongsi ilmu bersama rakan, dan membantu pembelajaran mereka di dalam kelas.
Manakala 5% responden tidak bersetuju berkenaan menilai hasil kerja rakan tanpa bias, 2%
berkenaan meningkatkan keyakinan dan kemahiran berfikir, dan dapat memupuk semangat
kerjasama dalam pembelajaran Matematik. Para responden memperakui bahawa pelaksanaan
pentaksiran rakan sebaya sesuai dilaksanakan sebagai salah satu kaedah dalam amalan penilaian
berterusan.
.

Kata Kunci: Pentaksiran rakan sebaya, penilaian berterusan, idea baru, kemahiran berfikir,
berpusatkan pelajar

1.0 Pengenalan
Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) merupakan program persediaan pelajar
bumiputera dan bukan bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus tertentu di
peringkat ijazah pertama di dalam bidang sains, teknologi, perakaunan dan teknikal di institusi
pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Program Matrikulasi melaksanakan sistem Penilaian
Berterusan (PB) yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej masing-masing. Objektif PB
adalah untuk membolehkan pensyarah menilai pencapaian pelajar dari semasa ke semasa
supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang ada. PB merangkumi tugasan inidvidu dan
berkumpulan, amali, kuiz, ujian, kerja kursus, perbincangan dalam kumpulan atau aktiviti lain
yang dinilai secara berterusan sepanjang semester.

1.1 Pernyataan Masalah
Matematik adalah mata pelajaran wajib diambil oleh pelajar semua aliran. Pentaksiran PB bagi
subjek Matematik Perakaunan (AM015) memperuntukkan markah sebanyak 40%. Manakala
60% markah akan dinilai dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulai (PSPM).

Bagi penilaian PB sebanyak 40% terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tugasan individu,
tugasan berkumpulan, dan perbincangan dalam kumpulan. Tugasan individu menyumbang
markah sebanyak 15% manakala tugasan berkumpulan menyumbang markah sebanyak 20%.
Sebanyak 5% markah diperuntukkan di dalam perbincangan dalam kumpulan. Penyediaan

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

soalan tugasan individu dan berkumpulan disediakan oleh pensyarah masing-masing mengikut
topik yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi. Namun bagi perbincangan dalam
kumpulan, topik yang perlu dinilai tidak dinyatakan oleh Bahagian Matrikulasi dan penilaian
oleh pensyarah adalah berbagai-bagai cara dan tidak selaras. Jika penilaian tidak telus, ini akan
memberi kesan kepada markah PB pelajar dan merupakan satu ketidakadilan kepada pelajar.

Ketelusan pensyarah dalam memberi markah juga menjadi persoalan jika tiada garis
panduan dalam melaksanakan penilaian perbincangan berkumpulan (Berita Harian, 2016).
Bebanan kerja pensyarah untuk menanda tugasan pelajar juga boleh dikurangkan jika pelajar
sendiri terlibat dalam proses penandaan kertas jawapan dalam kumpulan dan boleh melihat
sendiri kesalahan yang telah dilakukan serta merta (Norashid, Hamzah 2014). Justeru itu, satu
garis panduan penilaian bagi perbincangan dalam kumpulan sangat penting untuk dijadikan
panduan bagi semua pensyarah demi kebaikan pensyarah dan pelajar.

1.2 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

a) mengenalpasti minat dan keyakinan pelajar dalam penyelesaian soalan Matematik
selepas pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya.

b) mengenalpasti kesilapan jalan kerja yang dilakukan oleh rakan sebaya dan perkongsian
idea melalui borang Dua Bintang Satu Harapan dan skema jawapan

c) mewujudkan satu garis panduan penilaian berterusan bagi perbincangan dalam
kumpulan bagi subjek Matematik Perakaunan.

1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut :

a) Adakah pelaksanaan penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
subjek Matematik Perakaunan?

b) Adakah borang Dua Bintang Satu Harapan dan skema jawapan dapat membantu pelajar
mengenalpasti kesilapan jalan kerja serta berlakunya perkongsian idea antara rakan
sebaya?

c) Adakah garis panduan yang diwujudkan sesuai untuk digunakan sebagai penilaian
berterusan bagi perbincangan dalam kumpulan?

1.4 Hipotesis Kajian
a) Pelajar tidak berminat terhadap pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya.
b) Pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya tidak dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
subjek Matematik.
c) Borang Dua Bintang Satu Harapan dan skema jawapan tidak membantu pelajar dalam
mengenalpasti kesilapan jalan kerja.

1.5 Kepentingan Kajian
a) Pelajar dapat menjana dan berkongsi idea baru serta menggalakkan penglibatan mereka
b) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pensyarah dapat meringankan beban mereka dalam menanda kertas jawapan. Ini kerana
c) pelajar sendiri yang akan menanda hasil kerja mereka antara satu sama lain berdasarkan
skema jawapan dan memberi komen dalam borang Dua Bintang Satu Harapan yang
diberi.
Penyelarasan markah bagi perbincangan berkumpulan yang lebih selaras dan adil untuk
semua pelajar.

1.6 Skop dan Batasan Kajian

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Kajian ini hanya dijalankan di sebuah kolej matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Perak. Seramai
39 orang responden daripada jurusan perakaunan yang terlibat. Topik yang dinilai dalam
perbincangan berkumpulan ialah topik Sequences.
1.7 Kerangka Kajian
Penyelidik menggunakan kerangka teori seperti Rajah 1 sebagai asas dalam perancangan kajian.
Teori ini diadaptasi berdasarkan teori Engestrom (1987).

Rajah 1: Teori Aktiviti Engestrom

Rajah 2 pula menunjukkan kerangka kajian yang telah digunakan oleh penyelidik dalam
melaksanakan kajian.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Rajah 2

2.0 Tinjauan Literatur
Beberapa kajian telah dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pentaksiran rakan sebaya
dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

Menurut kajian Norashid dan Hamzah (2014), didapati bahawa tahap beban tugas guru
adalah tinggi. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pentaksiran rakan sebaya
dapat membantu meringankan beban pensyarah dalam menyemak tugasan.

Menurut kajian oleh Asuai, Adeleye dan Bukunola (2013) menyatakan satu cara pelajar
dapat mengenalpasti kualiti hasil kerja mereka adalah menilai hasil kerja rakan. Kajian ini
merumuskan bahawa pelajar yang didedahkan dengan pentaksiran rakan sebaya dapat
berkongsi idea baru dan meningkatkan tahap kefahaman Matematik mereka.

Menurut akhbar Berita Harian (2016) yang bertajuk ‘Pelajar IPT rasuah pensyarah
untuk naik gred lulus’ menyatakan ketidakjujuran membuat penilaian pelajar akan memberi
kesan terhadap pembangunan dan perkembangan professional pelajar. Justeru itu, satu garis
panduan dalam menilai hasil perbincangan dalam kumpulan amat ditekankan untuk memberi
kepuasan dengan markah yang mereka perolehi.

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Gartika (2016) dalam kajiannya bertajuk ‘Pandangan Pelajar Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Rakan Sebaya’ terhadap pelajar semester 2 Universiti Bandung mendapati, 60%
pelajar bersetuju dengan pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya sebagai satu bentuk pentaksiran
di dalam kelas. Walau bagaimanapun, segelintir pelajar menerbitkan rasa kerisauan akan
kebolehpercayaan pentaksiran oleh rakan mereka. Oleh itu pentaksiran yang terbimbing oleh
pensyarah melalui skema jawapan perlu dan tidak melibatkan pemberian markah sahaja tetapi
lebih kepada maklum balas daripada rakan sebaya.

3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kajian deskriptif untuk mengenalpasti minat dan
keyakinan pelajar dalam penyelesaian soalan matematik selepas pentaksiran rakan sebaya
dilaksanakan, mengenalpasti kesilapan jalan kerja yang dilakukan oleh rakan sebaya melalui
borang Dua Bintang Satu Harapan dan skema jawapan serta mewujudkan satu garis panduan
penilaian berterusan bagi perbincangan dalam kumpulan bagi subjek Matematik Perakaunan.

3.1 Persampelan
Pemilihan sampel adalah persampelan tidak rawak dan menggunakan kaedah persampelan
bertujuan. Noormala, Mohamed Sharif dan Roslee (2005) menyatakan, kaedah persampelan
bertujuan sesuai untuk digunakan bagi mewakili objektif kajian berkaitan sesuatu masalah yang
ingin dikaji. Jumlah sampel adalah terdiri daripada 39 responden daripada jurusan Perakaunan
di Kolej Matrikulasi Perak. Responden dipilih daripada dua kelas tutoran yang berbeza terdiri
daripada pelbagai kaum dan jantina.

Bagi setiap kelas, responden dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 3
atau 4 responden. Penyelidik mengambil kira prestasi Matematik Tambahan setiap responden
dimana di dalam setiap kumpulan terdapat responden yang memperoleh gred cemerlang (A-
ke A+), Sederhana (B- ke B+) dan Rendah (C+ ke bawah). Hal ini bertujuan untuk memberi
keadilan dalam aras pencapaian dan kemampuan menjawab soalan bagi setiap kumpulan.

3.2 Pelaksanaan Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan selama tiga minggu. Pada minggu pertama, setiap responden telah
didedahkan dengan topik Sequence di dalam kuliah dan tutorial. Pada minggu kedua dan ketiga,
intervensi mula dilaksanakan. Setiap kumpulan akan diberikan satu set soalan yang terlebih
dahulu telah ditadbir dan disahkan oleh beberapa pensyarah pakar bidang. Responden diberi
masa 30 minit untuk berbincang dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Selepas sesi menjawab selesai, penyelidik memungut setiap set jawapan daripada setiap
kumpulan dan mengagihkan secara rawak kepada kumpulan yang berbeza. Skema jawapan dan
borang Dua Bintang Satu Harapan diedarkan kepada setiap kumpulan. Skema jawapan dan
borang Dua Bintang Satu Harapan ini telah terlebih dahulu dihantar kepada beberapa orang
pensyarah kanan Matematik di Kolej Matrikulasi untuk mendapatkan keesahan kandungan.

Responden perlu menilai hasil kerja rakan sebaya mereka dengan merujuk kepada
skema jawapan yang dibekalkan dan memberi respon didalam borang Dua Bintang Satu
Harapan. Setelah itu, responden memulangkan kembali hasil semakan dan borang respons
kepada kumpulan asal. Setiap responden dikehendaki meneliti hasil kerja yang telah dinilai
oleh rakan sebaya. Aktiviti ini berlangsung sekitar 20 minit.

Borang soal selidik seterusnya diedarkan untuk menilai objektif kajian yang pertama
iaitu mengenalpasti minat pelajar terhadap subjek Matematik. Borang ini diserahkan kembali
kepada penyelidik. Tiada sebarang identiti seperti nama dan kelas dicatat pada borang tersebut.
Data soal selidik dianalisis dalam bentuk peratus mengikut skala persetujuan (1- tidak setuju,
2- kurang setuju, 3- tidak pasti, 4- setuju dan 5- sangat setuju).

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Penyelidik kemudian mempelawa para responden untuk dilaksanakan sesi temubual.
Daripada 39 responden, hanya 4 responden yang tampil secara sukarela untuk berkongsi
pengalaman semasa aktiviti pentaksiran rakan sebaya dilaksanakan. Hasil temubual direkodkan
dan dianalisis. Teks temubual adalah temubual berstruktur.

3.3 Analisis Data
Data kajian daripada borang soal selidik akan direkodkan dan peratus bagi setiap item soalan
dianalisis. Analisis ini bersesuaian dengan objektif kajian yang pertama yang ditetapkan.
Penyelidik telah meminta beberapa pensyarah matrikulasi yang berpengalaman untuk
mendapatkan keesahan soalan yang bersesuaian dengan pelajar matrikulasi.

Sesi temubual direkodkan dan ditranskripkan. Kekerapan responden menyatakan kata
kunci seperti ‘idea baru’, ‘seronok’, ‘berminat’, ‘betul’, ‘kenalpasti kesalahan’ dan ‘yakin’
direkodkan dan dianalisis dengan mengira kekerapan. Analisis yang diperolehi bersesuaian
dengan objektif kajian yang kedua iaitu mengenalpasti kesilapan jalan kerja yang dilakukan
oleh rakan sebaya dan perkongsian idea melalui borang Dua Bintang Satu Harapan dan skema
jawapan.

4.0 Dapatan Kajian
Dapatan kuantitatif berdasarkan dapatan daripada borang soal selidik. Daripada 39 orang
responden yang menyertai dalam pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya ,100% (N=39) telah
melengkapkan dan memulangkan borang soal selidik kepada pengkaji. Dapatan soal selidik
terhadap responden diringkaskan dalam jadual 1. Didapati 100% daripada responden memilih
setuju dan sangat setuju terhadap pentaksiran rakan sebaya dalam melaksanakan amalan
penilaian berterusan subjek Matematik Perakaunan. Mereka berasa seronok dalam
perbincangan, dapat meneroka idea yang baru melalui penilaian hasil kerja rakan, dapat
berkongsi ilmu, dan membantu pembelajaran mereka dalam kelas tutorial. Terdapat tiga aspek
responden kurang setuju iaitu sebanyak 5% dari segi menilai hasil kerja rakan tanpa bias dan
sebanyak 2% dari segi dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran berfikir, dan dapat
memupuk semangat kerjasama dalam pembelajaran Matematik.

Jadual 1:Skor Persepsi Responden Terhadap Pentaksiran Rakan Sebaya

Bil Item Sangat Tidak Skor (%) Sangat
tidak Setuju Kurang Setuju Setuju
1 Saya seronok melibatkan diri Setuju Setuju
dalam perbincangan ini. 0 54
0 0 46

2 Saya dapat menilai hasil kerja 0 0 5 54 41

rakan dengan baik tanpa bias.

3 Saya dapat meneroka(explore) 0 0 0 41 59

idea yang baru melalui

penilaian hasil kerja rakan.

4 Saya dapat berkongsi 0 0 0 44 56

kefahaman isi kandungan

pelajaran bersama rakan melalui

aktiviti ini.

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

5 Aktiviti ini meningkatkan 0 0 2 54 44
keyakinanan dan kemahiran
berfikir saya.

6 Aktiviti ini dapat memupuk 0 0 2 26 72
semangat kerjasama dalam
pembelajaran Matematik.

7 Secara keseluruhan aktiviti ini 0 0 0 36 64

banyak membantu saya

mengikuti perbincangan

berkumpulan dalam kelas.

Dapatan kualitatif berdasarkan maklumbalas daripada empat orang responden yang bersetuju
menghadiri sesi temubual. Berikut merupakan soalan temubual:

1. Ceritakan perasaan anda semasa menanda kertas jawapan rakan anda?
2. Dapatkah anda mengenalpasti kesalahan dan kelebihan yang dilakukan oleh rakan anda?
3. Adakah berlakunya perbincangan aktif dalam kalangan ahli kumpulan?
4. Apakah respon anda apabila menerima komen daripada rakan anda dalam Borang Dua

Bintang Satu Harapan?
5. Adakah anda setuju jika aktiviti pentaksiran rakan sebaya ini dijadikan penilaian

berterusan (group discussion 5%)? Mengapa?

Dapatan daripada sesi temubual dengan responden.

Soalan 1: Ceritakan perasaan anda semasa menanda kertas jawapan rakan anda?
“saya berasa bersemangat semasa menanda hasil kerja rakan kerana mereka dapat menjawab
dengan sebaiknya” (R1).
“saya mendapat idea yang baru semasa menilai hasil kerja rakan”(R2)

Soalan 2: Dapatkah anda mengenalpasti kesalahan dan kelebihan yang dilakukan oleh rakan
anda?

Responden dapat mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh rakan mereka semasa menanda
kertas jawapan rakan. Kesilapan yang dilakukan oleh rakan akan dibincang bersama didalam
kumpulan.
“ kami dapat mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh rakan …kerana kami berbincang
dalam kumpulan”(R1)
“saya dapat belajar cara menjawab yang betul…kadang-kadang cara jawab kita kurang
tepat...”(R4)

Soalan 3: Adakah berlakunya perbincangan aktif dalam kalangan ahli kumpulan?

Berlakunya perbincangan aktif dalam kalangan ahli kumpulan semasa aktiviti ini dijalankan.
“rakan-rakan memberi kerjasama yang baik semasa melakukan aktiviti” (R2)
“ahli kumpulan memberikan komitmen yang baik dalam perbincangan …dan mereka
menyumbangan idea masing-masing semasa menjawap soalan” (R3)

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Soalan 4: Apakah respon anda apabila menerima komen daripada rakan anda dalam borang
Dua Bintang Satu Harapan?

Responden berasa puas hati dan dapat menerima komen rakan dengan baik. Mereka dapat
mengetahui kesilapan dan kekurangan daripada komen rakan mereka supaya mereka dapat
menjawap dengan teknik yang betul pada masa akan datang.
“saya dapat mempelajari kesilapan saya daripada komen-komen rakan” (R1)
“saya berasa puas hati dengan komen yang diberi…ia akan membantu saya dalam
membetulkan kesilapan saya” (R3)

Soalan 5: Adakah anda bersetuju jika aktiviti pentaksiran rakan sebaya ini dijadikan penilaian
berterusan (perbincangan kumpulan 5%)? Mengapa?

Keempat-empat responden yang ditemubual bersetuju dengan pentaksiran rakan sebaya
dijadikan penilaian berterusan untuk perbincangan berkumpulan.
“saya bersetuju…kerana dalam perbincangan rakan sebaya ini kami dapat belajar bersama-
sama”(R1)
“saya bersetuju…kerana kita dapat idea yang baru dengan melihat kepada hasil kerja rakan ”
(R2)
“saya bersetuju…kerana dengan sesi pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan kefahaman
saya dan rakan-rakan saya” (R3)
“saya bersetuju…kerana dengan sesi perbincangan ini saya dapat berfikir dengan lebih terbuka
dan mendalam” (R4)

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, didapati responden melibatkan diri secara aktif
semasa aktiviti dijalankan dan berlakunya perbincangan antara ahli kumpulan. Responden juga
menyumbangkan idea semasa menjawab soalan yang diberi. Setiap reponden mencuba dan
menulis jawapan didalam kertas sendiri sebelum menulis jawapan mereka ke dalam kertas
jawapan yang diberikan. Semasa para responden menanda hasil kerja rakan, mereka dapat
mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh diri mereka dan kelebihan yang dilakukan oleh
rakan. Keadaan semasa menilai hasil kerja rakan juga berada dalam suasana yang terkawal.

5.0 Kesimpulan
Pentaksiran rakan sebaya menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran berkumpulan
dan berkongsi idea antara rakan-rakan. Aktiviti pentaksiran rakan sebaya dicadang untuk
dijadikan amalan penilaian berterusan kerana proses ini berpotensi menyediakan ruang
perbincangan yang unik dan melibatkan penilaian kendiri. Aktiviti perbincangan ini juga
menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang bersesuaian dengan pembelajaran abad
ke-21.

Analisis ke atas dapatan kajian telah membuka ruang pemahaman tentang bagaimana
pentaksiran rakan sebaya dilaksanakan dalam kelas bagi menilai perbincangan berkumpulan .
Hasil kajian telah memberi gambaran kepada persepsi responden dan pengalaman peyelidik
yang terlibat dalam aktiviti pentaksiran rakan sebaya. Secara keseluruhan pentaksiran rakan
sebaya berpotensi menjadi pilihan alternatif bagi amalan penilaian berterusan. Kejayaan
aktiviti ini perlu kepada pengurusan yang lebih bersistematik dan dibimbing oleh pensyarah
bagi memastikan pengalaman pembelajaran dapat dioptimakan.

Kajian ini adalah kajian awal pelaksanaan pentaksiran rakan sebaya bagi dua kelas
tutoran dan hanya mampu memberi gambaran ringkas dalam kalangan pelajar dan pensyarah.
Kajian ini telah memberikan gambaran tentang bagaimana pelaksanaan pentaksiran rakan

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

sebaya terhadap amalan penilaian berterusan perlu dirancang dan dinilai dengan lebih
sistematik. Kajian lanjut adalah perlu untuk sampel yang lebih besar yang dapat mewakili
kepelbagaian modul dan subjek di kolej-kolej matrikulasi yang lain.
Rujukan
Asuai N. C, Adeleye, Bukunola A. (2013). Impact of peer assessment on performance in

Mathematics among Senior Secondary School student in Delta State, Nigeria. Journal
of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies (JETERAPS) 4(5):
719-725.
Berita Harian (2016), Penipuan beri gred pelajar titik hitam senario pendidikan
Berita Harian (2016), Pelajar IPT rasuah pensyarah untuk naik gred lulus
Gartika P. B (2016), Students’ opinion to the implementation of peer assesment, Eltin

Journal, Journal Of English Language Teaching In Indonesia, Vol. 4 No 2
Noormala Binti Ali, Mohamed Sharif Bin Mustaffa, Roslee Bin Ahmad (2005) Pendekatan
temubual sebagai metod kajian kes. Suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan
cemerlang terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Norashid Bin Othman et al (2014) Beban tugas dan motivasi pengajaran guru di Sekolah

Menengah Daerah Ranau.Jurnal Pemikir Pendidikan, Vol.5, pp.35-37

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

ELEMEN ‘KBAR’ DALAM INSTRUMEN PENTAKSIRAN
SEBAGAI PEMANGKIN ‘KBAT’ PELAJAR KOLEJ
MATRIKULASI KELANTAN

1Muhammad Idil bin Idris

1Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected]

ABSTRAK

Era pascamodernisme menyaksikan masyarakat dunia berhadapan dengan tribulasi
baru – Era lambakan maklumat. Cabaran kini bukan lagi berkisar tentang
pengetahuan secara tersendiri, tetapi lebih tertumpu kepada epistemologinya. Bidang
pendidikan turut terkesan dengan perubahan berskala global ini. Kajian ini bertujuan
untuk menilai peranan elemen ‘KBAR’ dalam instrumen pentaksiran sebagai
pemangkin ‘KBAT’ pelajar, di samping menilai tahap penguasaan konsep asas para
pelajar mengenai isipadu janaan melalui soalan-soalan aras rendah (KBAR). Kajian
kuantitatif ini melibatkan 45 orang responden, yang merupakan pelajar jurusan Sains
Sistem Empat Semester Kolej Matrikulasi Kelantan. Para responden diberikan satu
set soalan mengenai isipadu janaan. Soalan-soalan dibina berdasarkan kriteria aras
rendah Taksonomi Bloom, dan hanya berfokuskan kepada pembinaan konsep-konsep
asas isipadu dalam Matematik. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman para pelajar
mengenai konsep-konsep asas berkaitan isipadu janaan adalah pada tahap
membimbangkan. Dapatan ini menjadi refleksi dan buah fikir buat para pendidik
dalam menyediakan instrumen pentaksiran yang lebih berkualiti dan berintegriti bagi
meningkatkan keberhasilan pelajar yang diinginkan.

Kata kunci: konsep asas, KBAR, KBAT, instrumen pentaksiran

1.0 Pendahuluan
“The mind is not a vessel to be filled, but a fire to be kindled” – Plutarch
Dasawarsa kini menyaksikan dunia mengalami perubahan-perubahan pesat sehingga
tercetusnya suatu era yang dinamakan ‘era lambakan maklumat’. Frasa ‘dunia tanpa
sempadan’ mendedahkan masyarakat global kepada ledakan maklumat yang pelbagai.
Cabaran era Revolusi Perindustrian 4.0 kini bukan lagi berkisar tentang pengetahuan
secara tersendiri, tetapi lebih kepada epistemologinya - bagaimana sesuatu pengetahuan
dibina. Justeru, keberhasilan generasi muda kini memerlukan satu anjakan paradigma
baharu. Pembelajaran abad ke-21 menekankan kemenjadian pelajar sebagai titik tolak
dalam merangka pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik menerima pelbagai
cabaran baharu, antaranya ialah menyediakan generasi muda dengan kemahiran-
kemahiran yang berguna dan bermakna untuk mendepani era lambakan maklumat kini.
Kemahiran-kemahiran ini termasuklah kreativiti, berkolaborasi, metakognitif,
motivasi, literasi maklumat dan media, kepimpinan, serta kemahiran bersosial. Di
samping itu, ahli akademik juga memberi perhatian khusus kepada kemahiran berfikir
secara kritikal dan kemahiran menaakul. Berikutan itu, fokus utama lebih terarah
kepada pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sehingga menyebabkan
kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) tidak diberi penekanan. Pembahagian tahap
kognitif dalam Taksonomi Bloom pula seringkali disalahtafsir (distorted) dengan hanya
menumpukan tahap KBAT secara eksklusif. Menurut Lemov (2010), pengklasifikasian
KBAR dan KBAT tidak bersifat simplistik. Setiap tahap saling berkait dan boleh
bertindan antara satu sama lain. Keadaan ini memberi satu cabaran dalam penyediaan
instrumen pentaksiran yang kompetan bagi mengukur keberhasilan pelajar.

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

Pemaksudan Matematik oleh masyarakat umum juga kerap kali tersasar. Umum
beranggapan bahawa Matematik itu sekadar ilmu mengira sahaja. Selain itu, sebutan
Matematik juga memberikan beberapa ‘konsep serta merta’ yang dikaitkan dengan
Matematik. Misalnya, umum akan mengaitkan ilmu ini dengan nombor, hubungan, dan
bentuk (Abdul Latif Samian, 1999). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Matematik
menjadi ‘statik’, ‘tidak hidup’, dan tiada falsafahnya. Tambahan, wujudnya ‘konsep-
konsep alternatif dan segera’ dalam menyelesaikan sesuatu masalah Matematik
mengakibatkan pelajar tidak menghargai epistemologi ilmu.

1.1 Pernyataan Masalah
Melalui pemerhatian di dalam kelas tutoran dan semakan hasil kerja, didapati para
pelajar mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan mencari isipadu janaan.
Secara khususnya, mereka (i) tidak memahami kehendak soalan, (ii) tidak mempunyai
idea untuk cuba menjawab, (iii) gagal untuk menvisualiasi bentuk pepejal janaan,
manakala sebilangan yang lain menjawab soalan yang diberikan hanya dengan (iii)
menghafal ‘key point’ yang terdapat dalam sesuatu masalah tanpa sebarang pemahaman
konsep isipadu janaan. Para pelajar juga tidak berminat untuk memahami fasa
pembentukkan formula, dan hanya ingin segera mengaplikasi formula tersebut untuk
menjawab soalan-soalan berkaitan mengira isipadu janaan.

Kelemahan-kelemahan ini merupakan simptom tiadanya proses pembelajaran
mendalam (deep learning process) berlaku. Kepincangan menguasai konsep yang
benar hanya akan melahirkan konsep alternatif dalam minda para pelajar. Seterusnya,
ia merencatkan perkembangan kognitif logik matematik mereka, serta membantutkan
keberhasilan yang diharapkan.

1.2 Persoalan Kajian
Kajian ini mengemukakan dua (2) persoalan:
i. Adakah instrumen pentaksiran sedia ada mampu menggambarkan keberhasilan

(kemahiran berfikir) pelajar?
ii. Adakah dengan menitikberatkan soalan aras rendah ‘KBAR’ memberi suatu

gambaran baru terhadap keberhasilan pelajar?

1.3 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai dua (2) objektif khusus, iaitu:
i. Menilai peranan elemen ‘KBAR’ dalam instrumen pentaksiran sebagai

pemangkin ‘KBAT’ pelajar
ii. Menilai tahap penguasaan konsep asas para pelajar mengenai isipadu janaan

melalui soalan-soalan asas aras rendah ‘KBAR’.

1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertindak sebagai (i) refleksi dan buah fikir buat para pendidik dalam
menyediakan instrumen pentaksiran yang lebih berkualiti dan berintegriti. Kajian ini
juga mampu memberi (ii) anjakan paradigma buat para pendidik khususnya, serta para
pelajar amnya mengenai bagaimana Pengajaran dan Pemudahcara (PdPC) Matematik
seharusnya berlangsung. Proses pembinaan konsep matematik yang benar akan
mencetuskan budaya deep learning process dalam kalangan pelajar; seterusnya
meningkatkan keberhasilan mereka selaras dengan hasrat kerajaan untuk
merealisasikan frasa ‘pembelajaran sepanjang hayat’, dan ‘kemahiran berfikir aras
tinggi’.

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

1.5 Skop & Batasan Kajian
Skop kajian ini ialah mengenai tahap penguasaan konsep asas pelajar bagi topik isipadu
janaan. Maka, kajian ini dipengaruhi oleh (i) tahap pengetahuan sedia ada pelajar. (ii)
Saiz sampel kajian yang kecil juga mempengaruhi kajian. Oleh yang demikian, dapatan
kajian ini hanya boleh digeneralisasikan di Kolej Matrikulasi Kelantan sahaja.

1.6 Kerangka Teori

KBAT KBAT Scaffolding
• masteri KBAR  Teori
Konstruktivisme
Mengetahui
Piaget
& Memahami

Memberi Konsep Asas
Makna

Rajah 1: Kerangka Teori kajian

Berdasarkan rajah 1, perkara utama yang perlu dikenalpasti dalam kerangka teori kajian
ialah pemahaman mengenai pembahagian tahap KBAR dan KBAT, serta definisi terma
pembelajaran bermakna (memberi makna), tahap KBAR menurut Krathwohl
(mengetahui & memahami), dan pembelajaran konseptual (menguasai konsep asas)
untuk mengukur tahap penguasaan konsep asas para pelajar mengenai topik isipadu
janaan. Kerangka ini menjadi panduan utama dalam mengkaji peranan elemen KBAR
dalam instrumen pentaksiran sebagai pemangkin KBAT pelajar. Secara analoginya,
mana mungkin sebatang pohon mampu tumbuh tinggi, menghasilkan bunga dan buah
yang enak dinikmati, akan tetapi akarnya rapuh dan goyah?

Kajian ini turut menggabungjalin teori-teori pembelajaran seperti teori kognitif
konstruktivisme, teori pembelajaran masteri, teori pembelajaran konseptual, dan teori
pembelajaran bermakna dalam kerangka Taksonomi Bloom. Ini kerana teori-teori
kognitif ini sering berkaitan antara satu sama lain dalam memperjelas tahap
pembelajaran individu.

Selanjutnya pengkaji memberi perhatian tentang tahap penguasaan pelajar
mengenai topik isipadu janaan melalui soalan-soalan aras rendah (KBAR). Analisis
kajian ini akan menghuraikan dari aspek kuantitatif. Indikator yang digunakan ialah
peratus bilangan pelajar yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat.

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

2.0 Tinjauan Literatur
Menurut Krathwohl (2002), Taksonomi Bloom ialah satu model implementasi
pendidikan yang menyediakan objektif pendidikan bagi menambahbaik keberkesanan
sistem pendidikan dengan cara membahagi objektif-objektif tersebut kepada beberapa
domain (kognitif, psikomotor, dan afektif). Dalam ketiga-tiga domain, domain kognitif
merupakan dasar dan domain yang terpenting kerana berkait secara langsung dengan
ilmu pengetahuan.

Menurut Callister (2010), Taksonomi Bloom bukanlah satu-satunya taksonomi
(atau dipanggil skema) pembelajaran berhierarki dalam psikologi pendidikan yang
menyediakan objektif pendidikan tersusun, namun taksonomi ini merupakan taksonomi
yang paling berpengaruh.

Bloom (1956) menyenaraikan enam (6) kategori yang terkandung dalam
domain kognitif. Tiga kategori pertama seringkali dikaitkan dengan kemahiran berfikir
aras rendah (KBAR), manakala tiga kategori terakhir dikaitkan dengan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT).

Krathwohl (2002) menukarkan kata nama bagi setiap kategori Taksonomi
Bloom kepada kata kerja, sebagai penekanan terhadap gaya pemikiran aktif.

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

PEMAHAMAN

PENGETAHUAN

Rajah 2: Taksonomi Bloom yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

MENCIPTA

MENILAI

MENGANALISIS

MENGAPLIKASI

MEMAHAMI

MENGETAHUI

Rajah 3: Taksonomi Bloom menurut Krathwohl

Menurut Huba & Freed (2000), pentaksiran ialah suatu proses mengumpul
maklumat daripada pelbagai sumber tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap/nilai
pelajar. Perlu diberi perhatian bahawa pentaksiran tidak terhad kepada mengumpul
maklumat tentang skop pengetahuan sahaja, malah meliputi skop yang lebih luas.
Pentaksiran bermula dengan pengujian (menggunakan instrumen tertentu), diukur
dengan skala atau nisbah tertentu, dan akhirnya maklumat tersebut diberi nilai.

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kemenjadian
pelajar dapat dilihat melalui sepuluh (10) lonjakan bagi sektor pengajian tinggi, iaitu
graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, kecemerlangan bakat,
menghayati pembelajaran sepanjang hayat, graduan TVET berkualiti, kemampanan
kewangan, pemantapan tadbir urus, ekosistem inovasi, keunggulan global,
pembelajaran dalam talian tahap global, dan transformasi penyampaian pendidikan
tinggi.

Menurut Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Program
Matrikulasi seharusnya menghasilkan pelajar yang (i) berpengetahuan dan kompeten
dari segi teknikal secara berdisiplin selari dengan kehendak institusi pengajian tinggi,
(ii) berupaya untuk menyelesaikan masalah dalam disiplin yang berkaitan secara
inovatif dan kreatif secara individu atau berkumpulan, (iii) efektif dalam berkomunikasi
untuk bersaing dalam persekitaran pendidikan tinggi, dan (iv) berupaya untuk
melibatkan diri dalam pembelajaran sepanajng hayat dengan komitmen yang tinggi
untuk meneruskan pemindahan ilmu dan kemahiran baru.

Bagi pelajar jurusan Sains, mereka seharusnya (i) memperolehi pengetahuan
dalam bidang sains dan matematik sebagai asas kepada pendidikan tinggi, (ii)
mengaplikasi pemikiran logik, analitikal dan kritis dalam kajian saintifik dan
penyelesaian masalah, serta (iii) berkolaborasi secara berkesan sesama ahli dalam kerja
berkumpulan.

Secara spesifiknya, pelajar mampu (i) menjelaskan konsep asas dan teori
Algebra, Kalkulus dan Statistik, (ii) mampu menyelesaikan permasalahan Matematik

5

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

dengan menggunakan pemikiran logik dan analitik, serta (iii) menunjukkan cara kerja
berpasukan yang berkesan dalam pengendalian tugasan kumpulan.

Menurut Kamus Matematik (1990), ‘matematik’ mempunyai pengertian yang
luas. Matematik ditakrifkan sebagai ‘ilmu yang berteraskan mantik, kajian ke atas
nombor, saiz, dan rupa bentuk dan hubungan antaranya’. Daripada takrifan ini, dapat
diperhatikan bahawa yang dinamakan ‘matematik’ itu lazimnya dihubungkan dengan
aktiviti peniskalaan yang sekali gus berkaitan dengan logik.

Matematik juga dinyatakan sebagai ‘perihal bukti, perihal ciri-ciri yang am dan
niskala tentang struktur alam dan fenomena; [dan] ilmu yang dibina melalui teori set’.

Ilmu matematik juga dinyatakan sebagai ‘sains unggul bagi kelaratan semesta
yang khusus; sains permodelan fenomena, masalah dan sebagainya serta
penyelesaiannya; sains unggul bagi operasi-operasi biasa yang dilakukan ke atas benda-
benda alam persekitaran dan pemikiran’.

3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Para responden diberikan satu set soalan
berkaitan isipadu janaan. Soalan-soalan telah direka untuk memenuhi kriteria aras
rendah (tahap mengingati dan memahami) berdasarkan Taksonomi Bloom. Pembinaan
item soalan disemak dan telah mendapat pengesahan dari pakar bagi menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan kajian. Bilangan responden yang berjaya menjawab soalan

dengan tepat direkod dan dikira peratus bagi setiap soalan.

3.1 Populasi & Sampel

Kajian ini melibatkan 45 orang responden. Mereka merupakan pelajar-pelajar Sistem
Empat Semester Kolej Matrikulasi Kelantan bagi sesi 2018/2019. Secara terperinci, 15
orang daripada mereka merupakan pelajar jurusan Sains Modul I, 16 orang merupakan
pelajar jurusan Sains Modul II, dan 14 orang merupakan pelajar jurusan Sains Modul
III.

Semua penyertaan adalah secara sukarela. Para responden telah diberi taklimat
sebelum kajian ini dijalankan bagi menjelaskan objektif utama kajian dan metodologi
kajian ini dilaksanakan.

`````4.0 Dapatan Kajian

Jadual 1: Bilangan Responden dan Peratusan Responden Menjawab Soalan Dengan
Tepat

Nombor Soalan Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan
5 dan 6

Bil. responden menjawab 01 1 0 15
dengan tepat

Peratus responden menjawab 0.0 2.2 2.2 0.0 33.3
dengan tepat (%)

8.1 Perincian mengikut soalan
Soalan 1
100% responden gagal memberi definisi ‘isipadu’ dan menerangkan bagaimana
‘isipadu’ dikira. Rata-rata hanya dapat memberi contoh seperti isipadu kubus, iaitu

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

‘panjang x lebar x tinggi’. 13% daripada mereka mendefinisikan ‘isipadu’ dengan
gambaran ‘bekas’ (container).

Soalan 2 dan Soalan 3
97.8% responden gagal memberi definisi dan membanding beza antara ‘solid of
revolution’ dengan ‘volume of revolution’. Hanya satu (1) responden yang berjaya
mendefinisi dan membanding beza kedua-dua terma ini dengan tepat. 30% daripada
responden berjaya mengaitkan terma ‘revolution’ dengan ‘putaran’.

Soalan 4
100% responden berjaya menulis formula umum isipadu silinder, dan formula umum
isipadu janaan secara berasingan. Namun begitu, 0% responden berjaya menerangkan
kaitan antara formula isipadu silinder dengan formula mencari isipadu janaan (Disc
Method).

Soalan 5 dan Soalan 6
70% responden berjaya melakar bentuk janaan di atas kertas. Namun begitu, hanya
50% daripada jumlah responden yang berjaya melakar bentuk janaan tersebut, berjaya
membina model 3-D bentuk janaan yang terhasil menggunakan kepingan-kepingan
cardboard.

5.0 Kesimpulan
Dapatan kajian membuktikan bahawa para pelajar tidak dapat mendefinisikan konsep-
konsep asas seperti isipadu, isipadu janaan, pepejal janaan, dan lain-lain. Keadaan ini
memberi isyarat bahawa penguasaan konsep-konsep asas Geometri dan Kalkulus para
pelajar adalah di tahap yang membimbangkan. Selain itu, isu ini mengakibatkan usaha
pembinaan konsep-konsep matematik yang lebih abstrak menjadi lebih sukar.
Educational Research Service (2007); Bransford, Brown, & Cocking (2000); serta
Donovan & Bransford (2005) menyarankan agar pembelajaran Matematik perlu dibina
atas pengetahuan sedia ada sebelum berkembang kepada perkara yang tidak diketahui
(scaffolding). Peratusan yang diperolehi (bagi setiap soalan) juga menunjukkan tahap
penguasaan para pelajar mengenai konsep-konsep asas isipadu janaan adalah pada
tahap yang amat kritikal, seterusnya memerlukan perhatian serius daripada warga
pendidik.

Instrumen pentaksiran yang hanya memfokuskan kepada aplikasi formula tidak
memadai dalam memberi gambaran bahawa para pelajar telah menguasai konsep-
konsep asas tertentu dengan baik. Konsep-konsep alternatif masih dapat berselindung
di sebalik jalan pengiraan yang ditunjukkan. Dapatan ini selaras dengan Ryan &
Williams (2007); serta Barmby, Bilesborough, Harries, & Higgins (2009).

Impak jangka masa panjang ialah para pelajar tidak mampu mengembangkan
lagi konsep sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi (menilai, dan mencipta).
Tambahan, mereka juga tidak dapat memberi makna kepada pengetahuan yang
dipelajari. Keadaan ini membentuk stigma dalam diri para pelajar bahawa Matematik
merupakan suatu pengetahuan yang tiada nilai dalam realiti kehidupan harian. Selain
itu, antara cadangan lanjutan yang dapat diutarakan ialah kajian mengenai tahap literasi
matematik para pelajar.

Justeru, instrumen pentaksiran bagi matapelajaran Matematik wajar disemak
kembali dengan memasukkan elemen-elemen kemahiran berfikir aras rendah (KBAR)
ke dalam instrumen pentaksiran, tanpa mengabaikan elemen kemahiran berfikir aras

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________
tinggi (KBAT). Langkah ini amat penting bagi memastikan para pelajar menguasai
konsep-konsep asas Matematik terlebih dahulu sebelum membina konsep-konsep lain
yang lebih abstrak. Penguasaan asas yang kukuh mampu memberi impak yang

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________
signifikan terhadap keberhasilan pelajar yang diharapkan seperti yang dinayatakan
oleh Fuson, Kalchman, & Bransford (2005); King (1992); dan Minstrell (1989).

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

Rujukan

Bloom B.S. (Ed.), Engelhart M.D., Furst E.J., Hill W.H. & K rathwohl D.R.
Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals,
US, Handbook 1: Cognitive domain, 1956.

Krathwohl D.R. A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview, Theory into
Practice, US, vol 41/number 4, pp 212 - 218, 2002.

Krathwohl D.R. A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview, Theory into
Practice, US, vol 41/number 4, pp 212 - 218, 2002.

Lemov D.,Teach Like a Champion: 49 Techniques that Put Students on the Path to
College (K-12), US, 2010.

Lemov D.,Teach Like a Champion: 49 Techniques that Put Students on the Path to
College (K-12), US, 2010.

Presseisen B.Z. Thinking skills: Meaning and models revisited, In A.L. Costa (Ed.),
Developing minds: A resource book for teaching thinking, US, 3rd ed.,
pp.47-53, 2001.

Presseisen B.Z. Thinking skills: Meaning and models revisited, In A.L. Costa (Ed.),
Developing minds: A resource book for teaching thinking, US, 3rd ed.,
pp.47-53, 2001.

Rai E.R., Viering M. Assessing 21st Century Skills: Integrating Research Findings,
Canada, 2012.

Andrew Churches, “Bloom’s Digital Technology” n.d. retrieved March 9, 2013 (p.
5). www.techlearning.com/techlearning/ archives/2008/04/AndrewChurches.pdf

Case, R. Unfortunate Consequences of Bloom’s Taxonomy. Retrieved from
https://tc2.ca/uploads/PDFs/Critical%20Discussions/unfortunate_consequences
_bloo ms_taxonomy.pdf

Abdul Latif Samian. 1997. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

https://steinhardt.nyu.edu/scmsAdmin/media/users/cdm385/TL_Faculty_Publications/
Zaslavsky_and_Shir_2005-_mathematical_definitions.pdf
https://www.backtofrontmaths.com.au/wp-content/uploads/2016/06/AAMT-
Conference-paper-by-Tierney-Kennedy.pdf
Ryan, J. and Williams, J. (2007). Children’s mathematics 4-15: Learning from errors

and misconceptions. Berkshire: Open University Press
Barmby, P., Bilesborough, L., Harries, T. and Higgins, S. (2009). Primary
Mathematics: Teaching for Understanding. Berkshire: Open University Press.
https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/penerbitan/pppm-
2015-2025-pt/1380-2-ringkasan-eksekutif-pppm-2015-2025/file
Callister, Paul D., Time to Blossom: An Inquiry into Bloom's Taxonomy as a
Hierarchy and Means for Teaching Legal Research Skills. Law Library
Journal, Vol. 102:2 [2010-12].
Huba, M. E. & Freed, J. E. (2000). Learner-centered assessment on college

campuses. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.
Bransford, John D., Ann L. Brown and Rodney R. Cocking (eds). 2000. How

People Learn: Brain, Mind, Experience and School.Washington D.C.:
National Academy Press. pp. 3-23.
Donovan, M. S., & Bransford, J. D. (2005). How Students Learn: Mathematics in the
Classroom. Washington, DC: The National Academies Press.
https://doi.org/10.17226/11101.

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________
P. Carpenter, Thomas & Fennema, Elizabeth & L. Franke, Megan. (1996).

Cognitively Guided Instruction: A Knowledge Base for Reform in
Primary Mathematics Instruction. Elementary School Journal - ELEM
SCH J. 97.
10.1086/461846.
Termasuk, Editor & Salleh, Abdul & Lain-lain, Dan. (1990). Kamus Matematik.
Dewan Bahasa dan Pustaka

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

Lampiran 1

Instructions to candidates:
Answer all questions below.

What is a volume? [2 marks]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

What does it mean by the phrase ‘solid of revolution’? You may give your answer in

your own sentences. [2 marks]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

What does it mean by the phrase ‘volume of revolution’? You may give your answer

in your own sentences. [2 marks]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Write down the formula for the volume of a cylinder. Write down the formula of
volume generated by 360o rotation about x-axis, and 360o rotation about y-axis. Hence,
how does the formula for the volume of a cylinder be related with the formula for
calculating the volume of revolution? Sketching diagrams are allowed.

[6 marks]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________

If the following shaded regions are rotated about x-axis, what are the shapes of the

‘solid’ formed? [9 marks]

If the following shaded regions are rotated about y-axis, what are the shapes of the

‘solid’ formed? [9 marks]

13

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

_________________________________
Lampiran 2

BORANG PENGESAHAN SOALAN

ULASAN PAKAR:

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Digubal oleh,
…………………………………….
(MUHAMMAD IDIL BIN IDRIS)
Disemak dan disahkan oleh,

14

STRATEGI ‘F2A’ DALAM MENINGKATKAN MARKAH KOMPONEN
TUGASAN PELAJAR BAGI PENILAIAN BERTERUSAN SUBJEK KIMIA

ABSTRAK

Strategi „F2A‟ adalah strategi pembelajaran yang menggabungjalinkan pembelajaran masteri
dan koperatif serta pengaruh rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi penilaian berterusan
pelajar. Strategi ini diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam
kemahiran kerja berkumpulan merangkumi kemahiran kepimpinan, membuat keputusan dan
berkolaborasi yang merupakan salah satu kemahiran yang dinilai untuk penilaian berterusan
pelajar bagi subjek Kimia DK024. Kajian dijalankan ke atas pelajar Program Dua Tahun, Sesi
2018/2019 di Kolej Matrikulasi Johor. Seramai 24 orang pelajar yang terdiri daripada kelas
yang sama telah dipilih di dalam kajian ini. Tinjauan awal dibuat melalui ujian pra di dalam
kelas tutoran dan hasil tinjauan mendapati sebilangan pelajar sukar menguasai kemahiran kerja
berkumpulan ini. Analisis taburan skor markah pelajar dan analisis min skor telah digunakan
untuk mengenalpasti terdapatnya peningkatan pencapaian ujian pos berbanding ujian pra. Hasil
dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan secara signifikan bagi kumpulan sasaran. Soal
selidik juga diberikan kepada kumpulan sasaran untuk meninjau tahap kepuasan dan
keberkesanan strategi ini. Strategi ini amat sesuai diaplikasikan kepada semua pelajar kerna
ianya relevan dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang amat mengalakkan aktiviti
kerja berkumpulan.

1.0 PENDAHULUAN

Di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program matrikulasi hanya menumpukan kepada
program satu tahun yang melibatkan 3 modul iaitu modul satu, modul dua dan modul tiga.
Program dua tahun hanya sebagai pelengkap bagi program satu tahun iaitu tahun pertama
sebenarnya adalah untuk persediaan pelajar masuk ke program satu tahun dan tahun kedua
barulah secara rasmi pelajar menyertai program sains matrikulasi. Kimia (DK024) adalah subjek
yang wajib diambil oleh semua pelajar jurusan sains dua tahun yang ingin menyertai program
satu tahun sains di bawah program matrikulasi. Pencapaian pelajar dalam Kimia DK024 akan
menentukan kehadiran mereka ke program sistem satu tahun sains matrikulasi dan kemampuan
mereka untuk meneruskan pengajian di matrikulasi khasnya mata pelajaran Kimia.

Prestasi pelajar DK024 sangat bergantung kepada markah penilaian berterusan (PB) di
mana PB membawa peratusan yang sangat tinggi iaitu 60% daripada keseluruhan penilaian.,
40% sahaja bergantung kepada peperiksaan akhir. Markah PB dibahagikan kepada dua
komponen iaitu komponen tugasan 30% dan komponen amali 30 %. Bagi komponen tugasan,
rubrik pemarkahan adalah berdasarkan 4 atribut. Jadual 1 di bawah menunjukkan rubrik
pemarkahan:

Jadual 1 : Rubrik Penilaian Berterusan Program Matrikulasi

Rubrik Penilaian Berterusan Program Matrikulasi

Atribut 1 Atribut 2 Atribut 3 Atribut 4

Penulisan Kerja kumpulan Persembahan Sikap dan nilai

Bagi tujuan kajian ini, penumpuan adalah hanya pada komponen tugasan yang
melibatkan atribut 2 sahaja iaitu kerja kumpulan yang mengambil kira kepimpinan, membuat
keputusan dan kemahiran kolaboratif. Subatribut yang diperhatikan adalah menghormati orang
lain, berinteraksi dengan orang lain, tanggungjawab kerja, menjalin hubungan baik,
menghormati dan menerima pendapat dan peranan bersilih ganti seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.

Rubrik penilaian
berterusan

Atribut 1 Atribut 2 Atribut 3 Atribut 4
Penulisan Kerja kumpulan Persembahan Sikap dan Nilai

Menghormati Interaksi Tanggungjawab Membina Menghormati Peranan bersilih
orang lain dengan orang kerja hubungan baik dan menerima ganti

lain pendapat

Rajah 1: Carta rubrik penilaian berterusan

Pemilihan atribut 2 adalah disebabkan pemerhatian pengkaji terhadap markah tugasan
pertama yang diperolehi oleh kumpulan sampel pelajar ini adalah lemah dan dalam usaha
membantu meningkatkan prestasi keseluruhan PB pelajar adalah wajar pengkaji memikirkan
sesuatu strategi yang dapat meningkatkan markah atribut 2 pelajar ini yang secara tidak langsung
akan meningkatkan markah keseluruhan tugasan PB mereka. Perincian setiap subatribut boleh
rujuk LAMPIRAN A (Buku Panduan Rubrik Penilaian Berterusan Program Matrikulasi KPM
Edisi Pertama).Di samping itu, kajian ini sangat signifikan dengan kehendak pembelajaran abad
ke-21 yang mementingkan sikap dan tingkah laku serta nilai pelajar. Tambahan pula, kajian ini
selari dengan kehendak MQA yang memberatkan pada hasil pembelajaran program. Sebagai
gambaran umum mengenai kepentingan atribut 2 boleh rujuk Rajah 2.

Programme Educational Objective, PEO 2 *Catatan: (Team skill, TS 1 ialah kebolehan
MQF LOD5: untuk membina hubungan yang baik,
berinteraksi dengan orang lain, dan bekerja
Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan secara efektif bersama mereka untuk mencapai
mahir dan berkolaborasi secara berkesan objektif yang sama . Kemahiran wajib dimiliki
dalam kerja berkumpulan untuk bersaing oleh setiap pelajar. Jika kemahiran ini tidak
ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam
Programme Learning Outcomes, PLO elemen berkaitan.)
3
Rajah 2: Pemetaan CLO, PLO dan PEO
MQF LOD 5:
Berkeupayaan untuk berkomunikasi

dengan mahir dan berkolaborasi

Course Learning
outcomes, CLO 3:
:Perbincangan dalam
kumpulan mengenai
pengetahuan dan

Pelajar yang mengambil Kimia DK024 mempunyai latar belakang akademik yang lemah
khususnya Kimia di mana secara puratanya gred Kimia SPM adalah E. Asal usul akademik yang
lemah telah memberi satu gambaran yang negatif kepada kita semua sebagai seorang pendidik
bahawa penguasaan mereka khasnya Kimia adalah pada tahap minimum dan ini akan
mempengaruhi sikap belajar mereka terhadap Kimia DK024 seperti pasif dalam perbincangan
kelas, tiada idea untuk diulas, tidak tahu apa yang disoal atau perlu dijawab, menerima
maklumat daripada guru tanpa banyak menyoal. Sikap-sikap pelajar ini telah mempengaruhi
penglibatan mereka dalam tugasan yang memerlukan sikap kerja dalam kumpulan yang tertera
dalam atribut 2. Ini disahkan dalam kajian Manahan (1984) di mana sikap pelajar terhadap mata
pelajaran mempunyai pertalian yang positif dan signifikan dengan penacapaian pelajar.

Model kajian yang digunakan adalah model Kemmis dan Taggart (1988) yang
melibatkan langkah tinjauan awal, merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan
akhir sekali membuat refleksi. Model penyelidikan tindakan yang disarankan oleh Kemmis dan
Taggart (1988) adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.

Rajah 3: Model kajian Kemmis & Mc Taggart

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sukatan pelajaran bagi Kimia DK024 tidak melibatkan topik yang banyak atau pengetahuan yang
mendalam mengenai sesuatu konsep. Namun dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)
Kimia DK024 melibatkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan oleh para pelajar. Semua
tugasan yang diselesaikan oleh pelajar akan disemak, dinilai dan diberikan markah. Markah
tugasan pelajar juga akan direkodkan untuk tujuan PB. Komponen-komponen penilaian dalam
tugasan mengambil kira konsep kemenjadian murid yang disarankan oleh Menteri Pendidikan Dr.
Maszlee Malik di mana sikap pelajar (kerja kumpulan dalam kajian kami) juga diambilkira.
Penerapan nilai-nilai kerja kumpulan akan menjadi fokus kajian kami kerana melalui
pemantauan dan pemerhatian pengkaji terhadap markah tugasan pertama pelajar, pelajar-pelajar
Kimia DK024 seperti yang dinyatakan dalam pendahuluan tidak mampu mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang perlu dinilai dalam atribut 2 walaupun rubrik penilaian tugasan telah
diedarkan kepada pelajar sebelum menjalankan tugasan.

Selain daripada data dikumpulkan, pengalaman kami sebagai seorang pendidik; kami
dapat memerhati dan menyimpulkan bahawa ramai pelajar terutamanya pelajar lemah sangat
segan untuk bertanya dengan guru atau sangat pasif dalam pembelajaran; mereka enggan bertanya
khasnya kepada guru atau fokus mereka kurang pada akademik. Keadaan sering berlaku di mana
pelajar-pelajar suka berbisik sesama sendiri dalam perbincangan kelas; jika disoal, jawapan
selalunya tiada apa-apa cikgu. Bisikan sesama rakan-rakan telah memberi idea kepada kita
sebagai penyelidik di mana pelajar-pelajar sebenarnya suka membuat perbincangan sesama
sendiri jika mempunyai persoalan masalah yang sama. Ini telah membuktikan dalam kajian
Rubin, Bukowski dan Parker (2006), Wentzel (2009), Azizi dan Mohamad Hassan (2010) dan
Janice Mc Cabe (2016) di mana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam
pencapaian akademik pelajar.

Fenomena pelajar tidak mahu belajar (masalah dalam bilik darjah yang juga dipersetujui
oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Dr Amin Senin dalam artikel Bukan Sekadar Mengajar 2016)
juga memberi cabaran kepada pengkaji untuk memikirkan kaedah yang sesuai agar pelajar dapat
belajar. Masa pelajar perlu diatur agar mereka dibimbing untuk belajar dan kaedah penyelesaian
masalah yang memerlukan pelajar berfikir secara aktif perlu diaplikasikan melalui soalan
berpandu yang akan disediakan oleh pensyarah. Kaedah penyelesaian masalah ialah suatu strategi
yang dilakukan oleh pelajar untuk mencapai matlamat, berdasarkan maklumat yang diberikan
dalam sesuatu masalah (Mayer, 1985)

Pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam perbincangan kelas tutoran. Jika tidak diminta
oleh guru, para pelajar biasanya akan mendiamkan diri, mereka tidak akan menyoal jawapan
yang diberi serta tidak memikirkan jawapan yang diberi walaupun tidak sama dengan yang
dijawab; mereka hanya akan terus menyalin jawapan tersebut ke dalam ruang jawapan tanpa
menyoal. Jika keadan ini berlarutan, ia akan menjejaskan prestasi pelajar kerana menurut
Karacop (2016) keterlibatan murid dalam pembelajaran dapat meningkatkan keberhasilan murid,
membangun lingkungan belajar yang tepat, dan memaksimumkan pencapaian murid. Maka
menjadi titik permulaan dimana kami sebagai pengkaji dan sebagai guru, kami mahu pelajar-
pelajar kami belajar dan mencapai prestasi akademik yang cemerlang. Berdasarkan desakan
tersebut, maka adalah wajar kami wujudkan kumpulan perbincangan dalam kajian kami yang
disebut sebagai „ Friends to A friend‟.

3.0 FOKUS KAJIAN/ ISU

Berdasarkan refleksi P&P yang dibincangkan di atas, kajian kami akan berfokuskan kepada
atribut 2 yang merupakan salah satu komponen markah dalam tugasan PB pelajar. Konsep
pembelajaran masteri, pembelajaran koperatif dan pengaruh rakan sebaya akan menjadi sumber
inspirasi kajian kami untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh kumpulan sasaran
dalam menyelesaikan tugasan mereka. Strategi „F2A‟ adalah strategi yang telah
mengasimilasikan ketiga-tiga konsep tersebut.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian markah penilaian berterusan bagi subjek Kimia
DK024.

4.2 OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat:

1. Meningkatkan markah pelajar bagi atribut 2 (menghormati yang lain, berinteraksi
sesama, sikap tanggungjawab, menjalin hubungan yang baik, menghormati dan
menerima pandangan orang lain serta tukar peranan) dalam komponen tugasan PB

2. Mengubah sikap pelajar supaya lebih aktif dalam perbincangan kelas.
3. Meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran secara berkumpulan

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 24 orang pelajar jurusan Sains, Kolej Matrikulasi Johor, Program Dua
Tahun, Semester 2,Sesi 2018/2019. Pemilihan kumpulan sasaran ini adalah berdasarkan markah
atribut 2 pelajar pada tugasan pertama yang menjadi inspirasi kepada pengkaji untuk memulakan
kajian ini. Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian ini mempunyai empat ciri persamaan,
iaitu:

1. Pelajar yang mengambil mata pelajarn Kimia DK024
2. Para pelajar adalah bangsa Melayu
3. Kumpulan „F2A‟ mempunyai pelajar lelaki dan perempuan
4. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kimia SPM 2017 adalah setara.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Tinjauan Literatur

Tujuan kajian tindakan adalah untuk membaiki keadaan semasa dalam bilik darjah (Chua Yan
Piaw 2006;W. Lawrence Neuman 2006). Dengan berpandukan tujuan ini, kami sebagai
kumpulan pendidik telah memikirkan apakah strategi yang sesuai diaplikasikan kepada
kumpulan sasaran kami agar dapat membantu melonjakkan prestasi akademik kumpulan pelajar
ini.

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), tujuan kajian tindakan adalah untuk membentuk
kemahiran baru atau kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dengan aplikasi terus dalam

bilik darjah. Dengan mengambilkira konsep pembelajaran masteri , pembelajaran koperatif dan
pengaruh rakan sebaya; strategi „F2A‟ dirancangkan dan dilaksanakan dalam kajian ini bagi
mencapai objektif umum kajian iaitu meningkatkan pencapaian pelajar.

6.1.1 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pada tahun
1960-an, Bloom meneruskan kajian terhadap pembelajaran masteridan menamakannya
sebagai Learning for Mastery berlandaskan kepada falsafah bahawa semua pelajar boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi, serta arahan yang sistematik
disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968). Keberkesanan
pembelajaran masteri telah dibukti oleh ramai pengkaji. Contohnya, Oloyede (2010) telah
mengkaji keberkesanan pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Kimia di tiga buah
sekolah menengah di Bauchi, Nigeria. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa strategi
pembelajaran masteri lebih efektif terhadap pencapaian dan konsep kendiri murid turut
meningkat. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Rusmawati (2005) dalam
mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 yang menunjukkan kaedah pembelajaran masteri
mampu meningkatkan pencapaian dan pemahaman murid. Menurut Guskey dan Pigott
(1988), kesan pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Sains menunjukkan pencapaian
murid kumpulan eksperimen lebih baik daripada kumpulan kawalan.

Hasil kajian Mohd Noor, Irrina Shakinah, Haslina dan Hafiza (2010) turut
memaparkan aplikasi pembelajaran masteri melalui Program “I See You” telah membantu
meningkatkan pencapaian murid kategori lemah dan murid berjaya memperoleh gred A
dan B dalam peperiksaan PMR 2009. Keberkesanan pembelajaran masteri juga dibuktikan
dalam kajian Elanselvi (2010) dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Hasil
kajian beliau menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri telah
membantu murid meningkatkan pencapaian Kumpulan Eksperimen secara signifikan
berbanding Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional.
Murid juga dapat memahami fakta dan konsep sejarah yang kompleks serta
menghubungkaitkan dalam konteks pembelajaran semasa.

Kajian yang dilakukan oleh Shanbhag (2007) dan Syahrulkhariyana (2008)
memaparkan kumpulan eksperimen yang menerima rawatan pembelajaran masteri telah
memperoleh pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dalam Matematik berbanding
kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Patriciah dan
Changeiywo (2008) di Kenya telah meninjau implikasi pembelajaran masteri terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik bagi topik „Equilibrium and Centre of
Gravity‟. Pengkaji mendapati kaedah pembelajaran masteri sangat efektif dan dapat
membantu meningkatkan pencapaian murid.

Selain memberi impak positif dalam kognitif pelajar, pembelajaran masteri juga
memberi impak yang positif dalam diri pelajar. Guskey (2007) menegaskan pembelajaran
masteri memberi kesan afektif yang positif terhadap murid, iaitu murid mempunyai tahap


Click to View FlipBook Version