The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-01-06 01:32:24

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE-10 (2019) BAHAGIAN 1

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

iaitu 1(Tidak) – 5(Cemerlang). Jadual 1 menunjukkan rubrik bagi atribut 2: kerja berkumpulan
(Kepimpinan, membuat keputusan dan kemahiran kolaboratif). Jadual 2 menunjukkan rubrik
bagi atribut 4: sikap dan nilai.

Jadual 1
Atribut 2:Kerja Berkumpulan-Kepimpinan, Membuat Keputusan Dan Kemahiran Kolaboratif

Sub atribut 1 (Tidak) 2 (Kurang) 3 (Purata) 4 (Baik) 5 (Cemerlang) Markah

2.1 Tidak Mengambil Mengambil Mengambil Mengambil 5
Kerjasama berminat bahagian bahagian bahagian bahagian 5
antara ahli untuk dalam dalam dalam secara aktif
kumpulan, menyertai perbualan kumpulan kumpulan sepanjang
perbualan. apabila beberapa kebanyakan masa,
2.2 dimulakan masa, jarang masa, bekerjasama
Sumbangan Tidak oleh orang bekerjasama biasanya dengan orang
Idea dan menyumbang lain (kurang dengan orang bekerjasama lain.
Perkongsian maklumat usaha). lain. dengan orang
Maklumat, dan idea lain. Secara
kepada Jarang-jarang Kadang- Kebanyakan konsisten
kumpulan. menyumbang kadang menyumbang (sentiasa)
maklumat menyumbang maklumat menyumbang
dan idea maklumat dan idea maklumat dan
kepada dan idea kepada idea kepada
kumpulan. kepada kumpulan. kumpulan.
kumpulan.

2.3 Interaksi Sentiasa Mengganggu Tunggu Tunggu Tunggu giliran 5
pelajar di mengganggu atau giliran untuk giliran untuk untuk bercakap 15
dalam atau memonopoli bercakap bercakap dan dan mendengar
kumpulan memonopoli perbualan. apabila mengambil semua
perbualan. diperlukan. kira ahli perbualan ahli
kumpulan kumpulan
yang lain. secara aktif.

Jumlah Markah

Jadual 2
Atribut 4: Sikap dan Nilai

Sub atribut 1 (Tidak) 2 (Kurang) 3 (Purata) 4 (Baik) 5 (Cemerlang) Markah
5
4.1 Tidak Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Keyakinan mendengar untuk untuk untuk mendengar
diri dan tiada mendengar mendengar mendengar yang
fokus kendiri. yang terhad sederhana yang baik konsisten
dengan kurang dengan fokus dengan fokus dengan fokus
fokus kendiri. kendiri yang kendiri yang kendiri yang
sederhana. baik. sangat baik.

4.2 Usaha Tiada usaha Usaha Usaha Usaha yang Usaha yang 5
untuk minimum mencukupi baik untuk sangat baik
untuk untuk untuk

6

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

menyelesaikan menyelesaikan menyelesaikan menyelesaikan menyelesaikan

tugas. tugas. tugas. tugas. tugas.

Jumlah Markah 10

Instrumen kedua dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Selain daripada item

demogafi mengenai pengalaman mengajar di kolej matrikulasi, terdapat sembilan lagi item

lain. Lima item pertama ialah mengenai kefahaman pensyarah terhadap lima sub atribut yang

terdapat dalam rubrik perbincangan berkumpulan. Manakala, empat item selebihnya ialah

mengenai nilai integriti pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran rubrik perbincangan

berkumpulan Matematik. Kajian ini mengambil kira sifat berintegriti adalah apabila pensyarah

mengetahui cara membuat penilaian mengikut rubrik, bersikap amanah, bertanggungjawab dan
adil. Maka, keempat-empat item tersebut ialah ‘Saya mengetahui tentang cara membuat
penilaian pelajar mengikut rubrik perbincangan berkumpulan’; ‘Saya dapat menjalankan

amanah yang diberikan semasa membuat penilaian pelajar mengikut rubrik perbincangan
berkumpulan’; ‘Saya dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan semasa membuat
penilaian pelajar mengikut rubrik perbincangan berkumpulan’; dan ‘Saya sentiasa adil kepada
semua pelajar semasa memberi markah mengikut rubrik perbincangan berkumpulan’. Empat

item ini diambil dan diolah daripada Noor Su`Adah (2014). Kesemua sembilan item ini

menggunakan skala likert empat mata. Ia bermula dengan skala 1 iaitu Sangat tidak setuju

(STS), Tidak setuju (TS), Setuju (S), dan berakhir dengan skala 4 iaitu Sangat setuju (SS).

3.4 Kutipan dan Analisis Data
Terdapat dua jenis kutipan data dilaksana bagi mencapai objektif kajian ini. Kutipan pertama
adalah bagi mencapai objektif pertama kajian. Kutipan data dibuat dengan menggunakan
borang pemarkahan perbincangan berkumpulan. Empat orang pensyarah menilai perbincangan
berkumpulan pelajar bagi satu praktikum terpilih. Praktikum tersebut mengandungi 17 orang
pelajar. Kesemua pelajar telah diagihkan kepada empat kumpulan perbincangan. Walaupun
perbincangan dijalankan mengikut kumpulan, namun setiap pelajar dinilai secara individu.
Setiap pensyarah masing-masing akan menilai setiap pelajar. Penilaian ini dibuat secara bebas
tetapi mengikut rubrik perbincangan berkumpulan yang dibekalkan. Markah yang diperolehi
daripada empat orang pensyarah dimasukkan ke perisian Microsoft excel untuk mencari min
dan sisihan piawai. Min menunjukkan purata data yang diperolehi. Sisihan piawai pula
menunjukkan keserakan sesuatu data. Sekiranya nilai sisihan piawai besar, maka data tertabur
secara meluas. Dengan ini data menjadi kurang seragam. jumlah min sesuatu nilai individu
tersisih daripada min taburan (Bluman, 2012). Nilai keseragaman sisihan piawai yang
diperolehi telah ditafsir kepada empat kategori. Semakin tinggi tahap keseragaman, maka
semakin rendah tahap perbezaan dalam pentaksiran. Jadual 3 menunjukkan kategori
keseragaman sisihan piawai dan perbezaan dalam pentaksiran.

Jadual 3

Kategori Keseragaman Sisihan Piawai dan Perbezaan dalam Pentaksiran

Sisihan Piawai Keseragaman Sisihan Piawai Perbezaan Dalam Pentaksiran
Sangat Tinggi Sangat Kecil
0.00 – 0.25 Tinggi Kecil
0.26 – 0.50 Sederhana Sederhana
0.51 – 0.75 Rendah Besar
0.76 – 1.00

Pengkategorian keseragaman sisihan piawai dan perbezaan dalam pentaksiran ini akan
mencapai objektif pertama kajian. Seterusnya, kutipan kedua pula untuk mencapai objektif
kedua dan ketiga kajian dilaksana dengan menggunakan google form. Data dianalisis

7

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 20. Analisis data
juga dengan mengambilkira kekerapan, peratus, dan min. Min yang diperolehi telah ditafsir
tiga tahap min mengikut Levin dan Rubin (2000) dengan sedikit pengubahsuaian seperti dalam
Jadual 4.

Jadual 4 Tahap Min
Rendah
Kategori Min
Sederhana
Min Tinggi
1.00 – 2.00
2.01 – 3.00
3.01 – 4.00

4.0 DAPATAN KAJIAN

Perbincangan hasil analisis adalah untuk menjawab soalan kajian dan seterusnya memenuhi

objektif kajian ini.

4.1 Tahap Perbezaan Dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan Matematik
Analisis ini dibuat bagi mencapai objektif kajian pertama. Jadual 5 menunjukkan min dan
sisihan piawai (SD) bagi setiap atribut. Bagi atribut 2.1. min terendah dan tertinggi masing-
masing ialah 3.75 dan 5.00. Manakala nilai SD terendah dan tertinggi masing-masing ialah
0.00 dan 0.96. Nilai min dan SD keseluruhan masing-masing ialah 4.62 dan 0.48. Bagi atribut
2.2 pula, min terendah dan tertinggi masing-masing ialah 3.00 dan 5.00. Manakala nilai SD
terendah dan tertinggi masing-masing ialah 0.00 dan 0.96. Nilai min dan SD keseluruhan
masing-masing ialah 4.44 dan 0.43. Seterusnya, bagi atribut 2.3, min terendah dan tertinggi
masing-masing ialah 3.00 dan 4.75. Manakala nilai SD terendah dan tertinggi masing-masing
ialah 0.00 dan 1.15. Nilai min dan SD keseluruhan masing-masing ialah 3.94 dan 0.60.

Dalam pada itu, bagi atribut 4.1, min terendah dan tertinggi masing-masing ialah 3.50
dan 5.00. Manakala nilai SD terendah dan tertinggi masing-masing ialah 0.00 dan 0.96. Nilai
min dan SD keseluruhan masing-masing ialah 4.44 dan 0.45. Seterusnya, bagi atribut 4.2, min
terendah dan tertinggi masing-masing ialah 3.25 dan 5.00. Manakala nilai SD terendah dan
tertinggi masing-masing ialah 0.00 dan 0.96. Nilai min dan SD keseluruhan masing-masing
ialah 4.49 dan 0.50 (Jadual 5).

Jadual 5

Min dan Sisihan Piawai Mengikut Atribut

Atribut 2.1 Atribut 2.2 Atribut 2.3 Atribut 4.1 Atribut 4.2

Pelaja min SD min SD min SD min SD min SD
r
4.00 0.00 4.75 0.50 4.75 0.50
1 4.75 0.50 5.00 0.00 3.00 0.00 3.25 0.96 3.50 0.58
3.50 0.58 4.50 0.58 3.75 0.96
2 3.75 0.96 3.00 0.82 3.75 0.96 4.25 0.50 4.25 0.50
4.00 0.00 4.75 0.50 4.25 0.50
3 4.25 0.96 3.75 0.96 3.75 0.50 4.50 0.58 4.25 0.96
4.50 0.58 5.00 0.00 4.75 0.50
4 4.25 0.96 4.00 0.00 3.75 0.50 4.50 0.58 4.25 0.96
4.50 0.58 4.75 0.50 4.75 0.50
5 4.75 0.50 4.75 0.50

6 4.50 0.58 3.75 0.96

7 4.75 0.50 4.50 0.58

8 4.75 0.50 4.00 0.82

9 5.00 0.00 5.00 0.00

8

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

10 5.00 0.00 5.00 0.00 4.50 0.58 5.00 0.00 5.00 0.00
11 5.00 0.00 5.00 0.00 4.75 0.50 4.25 0.50 5.00 0.00
12 5.00 0.00 4.50 0.58 4.00 0.82 4.00 0.00 4.00 0.82
13 5.00 0.00 4.50 0.58 4.00 0.82 4.00 0.82 4.50 0.58
14 4.50 0.58 4.75 0.50 4.00 1.15 4.50 0.58 4.75 0.50
15 4.50 0.58 4.75 0.50 3.75 0.96 4.75 0.50 5.00 0.00
16 4.25 0.96 4.25 0.50 3.25 0.50 4.00 0.00 4.50 0.58
17 4.50 0.58 5.00 0.00 4.00 1.15 4.75 0.50 5.00 0.00
Min 4.62 0.48 4.44 0.43 3.94 0.60 4.44 0.45 4.49 0.50

Jadual 6 menunjukkan tahap keseragaman sisihan piawai dan tahap perbezaan dalam
pentaksiran. Atribut 2.1 (Min=4.62, SD=0.48), atribut 2.2 (Min=4.44, SD=0.43), atribut 4.1
(Min=4.44, SD=0.45) dan atribut 4.2 (Min=4.49, SD=0.50) masing-masing menunjukkan
tahap keseragaman yang tinggi dengan tahap perbezaan dalam pentaksiran kecil. Hanya atribut
2.3 (Min=3.94, SD=0.60) menunjukkan tahap keseragaman yang sederhana dengan tahap
perbezaan dalam pentaksiran juga sederhana.

Jadual 6

Tahap Keseragaman Sisihan Piawai dan Tahap Perbezaan dalam Pentaksiran

Atribut Mi SD Tahap Tahap Perbezaan
n Keseragaman Dalam

Pentaksiran

2.1 Kerjasama antara ahli kumpulan 4.6 0.4 Tinggi Kecil
28

2.2 Sumbangan idea dan perkongsian 4.4 0.4 Tinggi Kecil
maklumat antara ahli kumpulan 43

2.3 Interaksi pelajar di dalam kumpulan 3.9 0.6 Sederhana Sederhana
40

Atribut 2: Kerja kumpulan 4.3 0.5 Tinggi Kecil
30

4.1 Keyakinan diri pelajar 4.4 0.4 Tinggi Kecil
45

4.2 Usaha pelajar di dalam perbincangan 4.4 0.5 Tinggi Kecil
90

Atribut 4: Sikap dan nilai 4.4 0.4 Tinggi Kecil
78

Atribut 2 mengenai kerja berkumpulan (Min=4.33, SD=0.50) menunjukkan tahap
keseragaman yang tinggi dengan tahap perbezaan dalam pentaksiran kecil. Manakala, atribut
4 mengenai sikap dan nilai (Min=4.47, SD=0.48) juga menunjukkan tahap keseragaman yang
tinggi dengan tahap perbezaan dalam pentaksiran kecil (Jadual 6). Bahagian ini diharap dapat
menjawab soalan kajian (a) bagi kajian ini.

4.2 Tahap Pemahaman Dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan Matematik
Terdapat 18 pensyarah yang terlibat dalam soal selidik bagi mencapai objektif kajian kedua
dan ketiga. Jadual 7 menunjukkan pengalaman mengajar di kolej matrikulasi bagi pensyarah
tersebut.

Jadual 7
Pengalaman Mengajar di Kolej Matrikulasi

9

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

Pengalaman mengajar di kolej, x N % Kekerapan
(tahun)
2 11.1
<5 3 16.7
8 44.4
5 ≤ x < 10 5 27.8
10 ≤ x < 15 18 100.0

≤ 15
Jumlah

Dapatan menunjukkan 11.1% (2) pensyarah mempunyai pengalaman mengajar kurang
daripada lima tahun mengajar di kolej matrikulasi. Sebanyak 16.7 % (3) mempunyai
pengalaman mengajar antara lima sehingga sepuluh tahun, manakala 27.8 % (5) mempunyai
pengalaman mengajar melebihi 15 tahun. Kekerapan paling tinggi iaitu 44.4 % (8) mempunyai
pengalaman mengajar antara sepuluh sehingga 15 tahun.

Analisis mendapati, bagi item 1, 66.7% (12) responden bersetuju dan selebihnya 33.3%
(6) sangat setuju dengan item ini. Bagi item 2 pula, 61.1% (11) responden bersetuju dan 33.3%
(6) sangat setuju dengan item ini. Namun terdapat 5.6% (1) tidak bersetuju dengan item 2 ini.
Sebanyak 72.2% (13) responden bersetuju dan 27.8% (5) responden sangat setuju dengan item
3. Bagi item 4, sebanyak 11.1% (2) tidak bersetuju, 61.1% (11) bersetuju dan 27.8 (5) sangat
setuju dengan item 4 ini. Begitu juga dengan item 5, sebanyak 5.6% (1) tidak setuju, 72.2%
(13) bersetuju dan 22.2% (4) sangat bersetuju dengan item 5 ini. Kesemua item ini
menunjukkan tahap pemahaman dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan yang
tinggi. Secara keseluruhannya, min ialah 3.25 dengan tahap pemahaman dalam pentaksiran
rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi. Jadual 8 menunjukkan dapatan lima item
yang menggambarkan tahap pemahaman bagi sub atribut dalam pentaksiran rubrik
perbincangan berkumpulan matematik.

Jadual 8

Tahap Pemahaman dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan

N Item 12 3 4 Min Tahap
o 33.33 Tinggi
33.28 Tinggi
1 Saya memahami sub atribut 'Kerjasama 0 0 66.7 33. 38.28 Tinggi
antara ahli kumpulan'. (12) (6) 3.17 Tinggi
3.17 Tinggi
Saya memahami sub atribut 'Sumbangan 0 5.6 61.1 33. 3.25 Tinggi
2 idea dan perkongsian maklumat antara ahli (1) (11) (6)

kumpulan'.

3 Saya memahami sub atribut 'Interaksi 0 0 72.2 27.
pelajar di dalam kumpulan'. (13) (5)

4 Saya memahami sub atribut 'Keyakinan diri 0 11. 61.1 27.
pelajar' 1 (11) 8
(2) (5)

5 Saya memahami sub atribut 'Usaha pelajar 0 5.6 72.2 22.
di dalam perbincangan' (1) (13) 2
(4)

Min Keseluruhan

Gambarajah boxplot menunjukkan pemahaman dalam pentaksiran rubrik perbincangan
berkumpulan mengikut pengalaman mengajar di kolej matrikulasi. Bagi pensyarah yang
mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun, tahap pemahaman dalam pentaksiran rubrik

10

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

perbincangan berkumpulan adalah sederhana. Namun begitu, bagi pensyarah yang mempunyai
pengalaman lebih daripada 5 tahun, ketiga-tiga boxplot menunjukkan tahap pemahaman dalam
pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi dengan taburan pencong ke kanan.
Rajah 2 menunjukkan pemahaman dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan
mengikut pengalaman mengajar di kolej matrikulasi.

Rajah 2. Pemahaman dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan mengikut
pengalaman mengajar di kolej matrikulasi.

Bahagian ini diharap dapat menjawab soalan kajian (b) bagi kajian ini.

4.3 Tahap Sifat Berintegriti Dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan
Matematik

Analisis mendapati, bagi item 6, 83.3% (15) responden bersetuju dan 11.1% (2) sangat setuju
dengan item ini. Namun terdapat 5.6% (1) tidak bersetuju dengan item 6 ini. Bagi item 7 dan
item 8, 72.2% (13) responden bersetuju dan selebihnya 27.8% (5) sangat setuju dengan kedua-
dua item ini. Manakala, bagi item 9, 61.1% (11) bersetuju dan 38.9% (7) sangat bersetuju
dengan item 9 ini. Kesemua item ini menunjukkan tahap sifat berintegriti dalam pentaksiran
rubrik perbincangan berkumpulan yang tinggi. Jadual 9 menunjukkan dapatan empat item
yang menggambarkan tahap sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan
berkumpulan matematik.

Jadual 9 Taha
Tahap Sifat Berintegriti dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan np
No Item 1 2 3 4 Mi
Tingg
6 Saya mengetahui tentang cara membuat 0 5.6 83.3 11. 3.0 i
penilaian pelajar mengikut rubrik perbincangan (1) (15) 1 6
berkumpulan (2) Tingg
i
Saya dapat menjalankan amanah yang 0 0 72.2 27. 3.2
7 diberikan semasa membuat penilaian pelajar (13) 8 8
(5)
mengikut rubrik perbincangan berkumpulan

11

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

Saya dapat menjalankan tanggungjawab yang 0 0 72.2 27. 3.2 Tingg
8 diberikan semasa membuat penilaian pelajar (13) 8 8 i
(5)
mengikut rubrik perbincangan berkumpulan

Saya sentiasa adil kepada semua pelajar semasa 0 61.1 38. 3.3 Tingg
9 memberi markah mengikut rubrik perbincangan 0 (11) 9 9 i
(7)
berkumpulan

Min keseluruhan 3.2 Tingg
5i

Gambarajah boxplot menunjukkan integriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan
berkumpulan mengikut pengalaman mengajar di kolej matrikulasi. Kesemua boxplot
menunjukkan tahap sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan
adalah tinggi kecuali pensyarah yang mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun. Bagi
pensyarah yang mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun, tahap integriti dalam
pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah sederhana. Manakala bagi pensyarah
yang mempunyai pengalaman antara 5 hingga 10 tahun, tahap integriti dalam pentaksiran
rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi tetapi taburannya pencong ke kiri. Begitu juga
dengan pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 15 tahun, tahap integriti
dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi dengan taburan pencong ke
kanan. Boxplot menunjukkan terdapat ‘outlier’. Akhirnya, bagi pensyarah yang mempunyai
pengalaman melebihi 15 tahun, tahap integriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan
berkumpulan adalah tinggi dengan taburan pencong ke kanan. Boxplot juga menunjukkan
terdapat ‘outlier’. Rajah 3 menunjukkan sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik
perbincangan berkumpulan mengikut pengalaman mengajar di kolej matrikulasi.

Rajah 3. Sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan mengikut
pengalaman mengajar di kolej matrikulasi.

Bahagian ini diharap dapat menjawab soalan kajian (c) bagi kajian ini. Dengan hasil
kajian yang telah menjawab soalan kajian ini, maka hipotesis bahawa integriti pensyarah dalam
melaksanakan pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi itu benar.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Perbincangan dalam bahagian ini berdasarkan dapatan yang diperolehi dan akhirnya menjawab
soalan kajian yang akhirnya juga mencapai objektif kajian dijalankan.

12

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

5.1 Integriti Pensyarah Dalam Pentaksiran Rubrik Perbincangan Berkumpulan
Hasil kajian pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan matematik bagi atribut 2

iaitu kerja berkumpulan, serta atribut 4 iaitu sikap dan nilai telah mendapati tahap keseragaman
dalam menaksir adalah tinggi dengan tahap perbezaan adalah kecil. Hasil kajian menunjukkan
pensyarah mengetahui bagaimana menaksir rubrik perbincangan berkumpulan matematik.
Tahap keseragaman dalam menaksir yang tinggi menunjukkan empat orang pensyarah telah
membuat pemarkahan yang hampir sama untuk setiap pelajar. Ini dapat dikukuhkan lagi
dengan tahap perbezaan dalam menaksir yang kecil. Sisihan piawai yang kecil menunjukkan
markah yang diberi oleh empat orang pensyarah itu hampir sama untuk setiap pelajar. Namun
begitu, atribut 2.3, interaksi pelajar di dalam kumpulan menunjukkan tahap keseragaman dan
perbezaan yang sederhana. Walaupun min keseluruhan bagi atribut 2 menunjukkan tahap
keseragaman yang tinggi dan perbezaan yang kecil, atribut 2.3 ini perlu diperjelaskan lagi
supaya pensyarah akan lebih faham dalam menaksir semasa permarkahan dijalankan.

Status kefahaman pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran perbincangan
berkumpulan pelajar sistem dua semester pula adalah untuk mengukuhkan lagi objektif
pertama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman dalam pentaksiran rubrik
perbincangan berkumpulan bagi kesemua pensyarah terlibat adalah tinggi. Bagi pensyarah
yang mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun, tahap pemahaman dalam pentaksiran
rubrik perbincangan berkumpulan adalah sederhana. Namun begitu, bagi pensyarah yang
mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun, hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman
dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah tinggi dengan taburan pencong ke
kanan.

Hasil kajian mendapati sifat berintegriti pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran
tugasan berkumpulan pelajar sistem dua semester bagi kesemua pensyarah terlibat adalah
tinggi. Hasil kajian ini selari dengan hasil kajian bagi mencapai dalam objektif pertama iaitu
tahap perbezaan dan objektif kedua kajian iaitu tahap kefahaman pensyarah dalam
melaksanakan pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan Matematik. Bagi pensyarah yang
mempunyai pengalaman mengajar di kolej matrikulasi kurang daripada 5 tahun, tahap sifat
berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah sederhana. Didapati
tahap sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan adalah sama antara
mereka. Manakala bagi pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar di kolej matrikulasi
melebihi 5 tahun tahap sifat berintegriti dalam pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan
adalah tinggi. Hasil kajian mengikut pengalaman mengajar bagi pensyarah yang mengajar di
kolej matrikulasi adalah selari untuk objektif kedua dan ketiga kajian ini. Walau
bagaimanapun, hasil kajian ini tidak selari dengan hasil kajian Noor Su`Adah (2014) yang
mendapati semakin lama mengajar didapati tahap integriti guru semakin menurun. Namun
begitu, hal ini tidak berlaku untuk pensyarah yang mengajar di kolej matrikulasi. Bagi
pensyarah di kolej matrikulasi, kajian ini mendapati tahap integriti mereka adalah tinggi apabila
pengalaman mengajar di kolej matrikulasi melebihi 5 tahun. Walaupun tahap integriti bagi
pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun adalah sederhana,
namun ia akan dapat diatasi memandangkan mereka ini sedang mendalami ilmu pedagogi.
Peningkatan ilmu tersebut seharusnya akan bertambah selaras dengan pertambahan
pengalaman mengajar mereka.

5.2 Implikasi Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan
Matematik pensyarah adalah baik. Namun atribut 2.3, interaksi pelajar di dalam kumpulan
yang perlu diperjelaskan supaya tahap pentaksiran menjadi lebih baik lagi. Memandangkan
tahap pemahaman dalam pentaksiran rubrik dan sifat berintegriti pensyarah adalah tinggi,
pencerahan kepada cara dan bagaimana mentaksirkan rubrik perbincangan berkumpulan akan

13

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

menjadi lebih mudah. Integriti yang tinggi perlu wujud pada setiap pensyarah dalam usaha
mendidik pelajar untuk persediaan mereka pada masa hadapan dan dalam masa yang sama
integriti mampu meningkatkan nilai profesion pendidikan dan juga dapat mengawal tingkah
laku warga pendidik agar lebih baik dan dipandang mulia (Noor Su`Adah, 2014). Tambahan
lagi, memberi galakan kepada pensyarah untuk membangunkan unsur berintegriti dalam
pengajaran dan pembelajaran sebagai satu projek seumur hidup akan membuatkan mereka
mencari jalan untuk mempromosi integriti dalam keadaan yang sangat berbeza di sepanjang
pekerjaan mereka sebagai pendidik (Nillsen, 2005).

5.3 Cadangan Kajian
Kajian ini boleh diteruskan dengan melakukan kajian yang lebih mendalam berkaitan proses
pentaksiran yang perlu diamalkan oleh semua pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek Matematik atau subjek lain. Selain rubrik perbincangan kumpulan, rubrik untuk
tugasan juga perlu diberi perhatian. Tambahan lagi, kaedah kajian lanjutan boleh dilakukan
dengan menggunakan pendekatan mod campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif agar
generalisasi yang lebih baik diperolehi dan dapatan kajian menjadi lebih tepat.

5.4 Rumusan Kajian
Tahap integriti pensyarah dalam melaksana pentaksiran rubrik perbincangan berkumpulan
Matematik yang tinggi secara tidak langsung mempamerkan integriti mereka untuk pentaksiran
rubrik-rubrik lain. Apabila kesemua rubrik yang ada dalam komponen penilaian berterusan
dapat ditaksir dengan baik, hasilnya pemarkahan penilaian berterusan pelajar akan menjadi
tepat dan dipercayai.

RUJUKAN

Bluman, A. G. (2012). Elementary Statistics. A Step By Step Approach. Eighth Edition. Mc
Graw Hill

Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan . Edisi Kedua. Kuala Lumpur, Malaysia: Mc
Graw Hill.

Department of Education. National Curriculum Statement. (2007). National policy on
assessment and qualification for schools in General Education and Training band.
Pretoria.

Eftah Moh (2016). Pembudayaan Integriti Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Leras Creative Concept Interprise.

Hardingham, L. B. (2004). Integrity and moral residue: nurses as participants in a moral
community. Nursing Philosophy, 5(2), 127-134.

Hernández, R. (2012). Does continuous assessment in higher education support student
learning?. Higher education, 64(4), 489-502.

Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir
Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah
(2005). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf
Berkualiti. Membentuk Budaya Belajar dalam Organisasi. PTS Professional
Publishing.

Kamus Dewan (1994). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Levin, R. I. and Rubin, D. S. (2000). “Statistik Untuk Pengurusan”. Edisi 7 (Susila Munisamy

dan Halimah Awang, Penterjemah). Petaling Jaya: Pearson Education Asia Pte. Ltd.
Nillsen, R. (2005). The concept of integrity in teaching and learning. Journal of University

Teaching & Learning Practice, 2(3), 9.

14

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019
__________________________________________________________________________________________

Noor Su`Adah Bt Mohd Nawawi (2014). Integriti Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Luar Bandar Kulaijaya.
penganugerahan Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran), Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Zalinah Mohamed, (2014). Integriti Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah
Tampoi, Johor Bahru. [Unpublished Master Thesis]. Universiti Teknologi Malaysia.

15

PENTAKSIRAN KAEDAH “IN OUT COUNT” DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR

DALAM TAJUK INVENTORI BAGI MATA PELAJARAN
PERAKAUNAN SEMESTER I.

Salbiyah bt Ibrahim
Rahizawati bt Abd Rahim

Suzana bt Sulaiman
Teh Seng Wee

Unit Perakaunan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK

Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka amalan pentaksiran “In Out Count” dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam tajuk Inventori dan kesannya terhadap
kefahaman pelajar berbanding kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan pendekatan
formatif dengan penilaian dibuat secara berterusan. Peserta kajian adalah seorang guru
subjek Perakaunan dan satu kumpulam praktikum iaitu A2P05 yang terdiri daripada 16 orang
pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Data dikumpulkan melalui pemerhatian di dalam bilik
darjah, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan
kaedah ‘In Out Count’ ini telah berjaya membantu pelajar untuk lebih memahami dan
menguasai tajuk inventori dan seterusnya berjaya meningkatkatkan pencapaian mereka.
Pelajar-pelajar juga dapat menyelesaikan masalah soalan-soalan inventori dalam tempoh
masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya kerana mereka mahir dan seronok
menggunakan kaedah ‘In Out Count’ ini. Selain itu, kaedah ini amat praktikal dan mudah
untuk digunakan oleh pelajar yang seterusnya dapat membantu merubah sikap pelajar dan
memotivasikan pelajar untuk meminati tajuk inventori secara khususnya dan subjek
Perakaunan secara umumnya

Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Inventori, Perakaunan

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan Malaysia sedang mengorak langkah ke arah menyediakan pendidikan
berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2012, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah dilancarkan. Salah satu aspirasi
yang terdapat dalam PPPM 2013 – 2025 adalah berkaitan dengan kualiti (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Intipati pelan tersebut menyatakan bahawa sistem pendidikan
Malaysia berhasrat untuk menyediakan kualiti standard antarabangsa yang tinggi. Demi
mencapai aspirasi tersebut, KPM telah melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan
negara dan salah satunya adalah dengan menitikberatkan sistem pentaksiran yang lebih holistik
dan menyeluruh.

1

Kini pentaksiran menjadi satu agenda utama dalam sistem pendidikan negara
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) dan ianya menjadi antara tugas yang kompleks dan
penting kepada guru (Moss, 2013). Bagi merealisasikan aspirasi negara, guru perlu didedahkan
dengan ilmu pentaksiran dan diberikan latihan dengan sewajarnya. Sekiranya pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki guru berada pada tahap yang sama, guru akan menghadapi masalah
(Abd. Rahim, 2000). Pengetahuan dan kemahiran penting kerana penilaian daripada guru
terhadap pentaksiran memberi kesan secara langsung dalam pencapaian murid-murid
(Rodriguez, 2004). Oleh itu, kepekaan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
dari semasa ke semasa mengikut perubahan yang berlaku seharusnya sentiasa ada dalam diri
seorang pendidik.

Pentaksiran ialah proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu sistem pendidikan (Dr Hjh. Mazidah Hj. Alias, 2013).
Proses ialah langkah, tindakan atau operasi yang digunakan untuk medapatkan hasil yang
dikehendaki. Maklumat ialah bukti tentang prestasi calon dalam sesuatu konstruk yang
ditaksir. Manakala penghakiman merujuk kepada proses pertimbangan tentang pencapaian
akademik calon. Seterusnya produk bermaksud pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperolehi pelajar setelah melalu proses pembelajaran.

Menurut Mohammad Najib Abdul Ghafar (2011) pula, pentaksiran ialah satu prosedur
yang sistematik bagi mengumpul maklumat yang dapat digunakan untuk membuat inferens
terhadap karakter dan ciri orang atau objek. Haydin yang dipetik di dalam Capel et al. (2011)
menerangkan bahawa pentaksiran melibatkan semua aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru
dan pihak-pihak berkaitan untuk mengukur tahap keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi merealisasikan PPPM 2013-2025 yang menitikberatkan pantaksiran, subjek
Perakaunan Matrikulasi perlu mengikut arus yang sama iaitu menekankan aspek pentaksiran.
Subjek Perakaunan merupakan subjek teras yang dikira dalam Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) pelajar matrikulasi jurusan perakaunan untuk mendapat tempat di universiti. Subjek
ini di ajar di dua semester iaitu AA015 di semester I dan AA025 di semester II. Salah satu
tajuk yang perlu dipelajari oleh pelajar untuk AA015 di semester I ialah tajuk inventori. Tajuk
ini merupakan salah satu tajuk yang penting dan diuji di bahagian pengiraan Peperiksaan Akhir
Semester I (PSPM I). Ia merupakan tajuk yang belum pernah dipelajari oleh pelajar di peringkat
sekolah menengah yang bermaksud ia adalah perkara yang baru bagi pelajar, yang perlu
dikuasai oleh pelajar di matrikulasi. Oleh itu kefahaman pelajar tentang tajuk ini adalah sangat
penting bagi membolehkan pelajar menjawab dan mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan akhir nanti.

Inventori merujuk kepada barang atau sumber atau bahan yang disimpan oleh
organisasi. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu inventori bahan mentah, inventori kerja dalam
proses dan inventori barang siap. Apa yang disentuh dalam kajian ini hanya melibatkan
inventori barang siap sahaja. Sistem kawalan inventori perlu dilakukan bagi memastikan
kuantiti inventori dan nilainya dikawal. Oleh itu, sebagai pelajar perakaunan, pelajar perlu
didedahkan dengan sistem dan kaedah dalam mengira inventori. Terdapat dua sistem yang
perlu dipelajari oleh mereka tentang inventori iaitu sistem inventori berkala dan sistem
inventori berterusan. Melalui dua sistem ini pula, mereka perlu memahami dua kaedah dalam

2

merekod dan menilai inventori iaitu kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) dan Purata
Wajaran.

Walaupun tajuk ini telah diajar oleh pensyarah selama beberapa tahun, belum ada satu
kaedah yang diperkenalkan untuk membantu pelajar dalam menguasai tajuk ini dengan lebih
mudah. Biasanya tajuk ini diajar secara konvensional. Menurut Junaidah Jamaluddin et al
(2016), cara konvensional yang hanya menggunakan marker, buku teks dan papan putih gagal
memberikan kaedah pengajaran yang berkesan. Kajian lepas menunjukkan kurangnya
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) perakaunan disebabkan oleh kaedah
pdp dilakukan secara konvensional (Jaijaram, 2012; Purnamasari & Advensia, 2014).

Sehubungan dengan itu kami sebagai pensyarah Perakaunan yang berpengalaman lebih
daripada sepuluh tahun dalam bidang ini bersama-sama menggembeleng tenaga menjalankan
kajian berkenaan topik ini dengan harapan dapat membantu pelajar agar lebih memahami dan
menguasai topik Perakaunan Untuk Inventori dan seterusnya dapat menjawab soalan PSPM I
dengan cemerlang.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kami dapati sepanjang pengalaman kami mengajar topik inventori ini, pelajar didapati lemah
dalam mengira unit inventori akhir dan seterusnya gagal dalam mengira nilai Kos Barang
Dijual dan nilai inventori akhir setelah pergerakan inventori berlaku hasil daripada jualan dan
belian inventori dalam sesuatu tempoh bagi sistem inventori berterusan. Daripada latihan mula
yang dijalankan, didapati hanya 12 orang daripada 63 orang pelajar saja yang boleh memberi
jawapan yang betul di antara 7 – 10 soalan yang disoal. Kebanyakan pelajar hanya boleh
menjawab di antara 0 – 6 soalan yang diberi iaitu seramai 51 orang.

Daripada analisis yang dibuat, kebanyakan pelajar tidak boleh mengira unit inventori
akhir dan seterusnya kegagalan mengesan unit ini akan menyebabkan kegagalan mereka juga
dalam mengira amaun kos barang dijual dan amaun inventori akhir. Dalam siri ujian lisan yang
kami lakukan, kami dapati pelajar masih keliru dalam menentukan aliran masuk dan keluar
inventori dan inventori mana yang masih tinggal berdasarkan sistem dan kaedah yang
digunakan.

Penggunaan kaedah “In Out Count” ini diharap dapat membantu pensyarah memberi
kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar-pelajar untuk lebih memahami tajuk ini. Hal ini
kerana seseorang manusia lebih peka dan fokus terhadap warna dan bentuk berbanding tulisan.
Parette (2011) mendapati bahawa penggunaan imej dan gambar dapat meningkatkan status
kefahaman seseorang pelajar secara drastik. Penggunaan perisian di dalam komputer dan juga
telefon bimbit dapat membantu proses ini. Dengan itu, kajian yang dilangsungkan ini adalah
juga bertujuan untuk menarik minat dan meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar jurusan
Perakaunan di matrikulasi.

3

3.0 FOKUS KAJIAN

3.1 Isu kajian

Memandangkan topik Inventori ini merupakan topik yang sering disoal dalam peperiksaan
akhir semester nanti, maka adalah penting untuk pelajar memahami topik ini dengan lebih jelas.
Topik ini sebenarnya adalah topik yang amat mudah untuk mendapat markah yang sempurna,
asalkan pelajar dapat memahami perkara-perkara penting berkaitan topik ini. Antaranya ialah
pelajar perlu faham apakah sistem yang digunakan, apakah kaedah yang digunakan oleh
sesuatu perniagaan dalam mengira inventori mereka, bagaimana hendak menentukan unit
inventori akhir yang tinggal, bagaimana pula mengira nilai kos barang dijual, dan akhirnya
bagaimana mengira nilai inventori akhir.

Sekiranya pelajar-pelajar ini mampu menguasai perkara-perkara yang dinyatakan di
atas tadi dengan sempurna, maka ini akan memudahkan mereka untuk mendapat markah yang
tinggi untuk topik ini. Oleh yang demikian, pelajar ini tentu akan mampu mendapat keputusan
yang cemerlang dalam PSPM I nanti.

3.2 Tinjauan Literatur

Sistem pendidikan sejak sekian lama didominasikan dengan kedah pdp secara konvensional
iaitu terhad kepada buku teks dan alat tulis serta pengajaran secara tradisional semata-mata.
Walau bagaimanapun, dalam dunia yang semakin canggih, perubahan demi perubahan dan
pelbagai inovasi telah dibuat. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang
berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini
dalam kehidupan seharian (Juriah, Khalid, Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi,
Zamri & Zarin 2001).

Kaedah pdp yang menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi seperti
komputer, internet, LCD, cakera padat, kamera digital dan sebagainya telah mula mendapat
tempat di kalangan tenaga pengajar. Teknologi komputer, komunikasi dan teknologi maklumat
merupakan suatu yang amat diminati dan menarik perhatian generasi muda. Hal ini kerana
mereka berpandangan bahawa kandungan yang dipaparkan dalam perisian komputer
merupakan suatu yang bersifat attractive serta sesuai dengan zaman yang canggih ini. Menurut
Norhayati (2008) menyatakan bahawa kehebatan ‘karamah’ seorang guru pada hari ini sangat
bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Zahpiris (2006) menyatakan pembelajaran berbantukan komputer semakin popular dan
menarik minat pendidikan kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih canggih.
Bester& Brand (2013) berpendapat profesyen pengajaran terkini mendapat pelbagai peluang
yang baru melalui penggunaan ICT kerana ICT membangunkan kemahiran kognitif para murid
untuk berfikir secara kritikal. Ini disokong dengan hasil dapatan Che Rogayah (2005)
yangmenyatakan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah
difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih
bermakna. Integrasi ICT dalam PdP dilihat sebagai menjimatkan masa, dapat menjadikan
suasana pembelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan (Chua,
2006).

4

3.3 Persoalan Kajian

Kajian ini membina satu kaedah berbantukan komputer dan simulasi bagi topik Inventori dalam
mata pelajaran Perakaunan Semester I. Topik ini agak sukar untuk difahami oleh pelajar tanpa
bantuan visualisasi dan simulasi. Maka kajian ini ingin dilaksanakan untuk mengetahui:
(i) Adakah penggunaan kaedah “In Out Count” dalam tajuk inventori boleh dilaksanakan?
(ii) Adakah penggunaan “In Out Count” dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk
inventori?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengira
inventori.

4.2 Mentaksir kesesuaian kaedah yang digunakan dalam menilai keberkesanan pelajar
dalam menyelesaikan masalah berkaitan inventori.

4.3 Menilai pencapaian pelajar melalui pentaksiran yang dilakukan jika dibandingkan
antara kaedah konvensional dan kaedah “In Out Count”.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seorang pensyarah yang mengajar praktikum ini dan 16 orang pelajar
dari satu kumpulan praktikum A2P5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Mereka terdiri
daripada 10 pelajar perempuan dan 6 pelajar lelaki. Pensyarah ini dipilih berdasarkan
pengalamannya selama 15 tahun iaitu Puan Salbiyah Binti Ibrahim yang mengajar subjek
perakaunan di Kolej Matrikulasi, manakala praktikum ini dipilih berdasarkan merupakan salah
satu praktikum yang diajar oleh pensyarah ini. Semua pelajar ini akan menduduki peperiksaan
PSPM I pada bulan Oktober nanti.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Model Kajian

Untuk memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan terancang, pengkaji
menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dalam Rosinah Edinin (2011)
seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah sebagai panduan prosedur menjalankan kajian
tindakan. Terdapat 4 fasa utama di dalam model ini, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian
dan refleksi. Model kajian ini dipilih disebabkan ia sesuai dengan kajian pengkaji yang hanya
melibatkan satu lingkaran sahaja. Selain itu, model ini juga sesuai dengan tempoh masa kajian
yang singkat ini.

5

Rajah 1: Model penyelidikan Kurt Lewin (1946)

Pelaksanaan kajian ini akan bertitikmula daripada fasa perancangan selepas pengkaji
mengenalpasti masalah kajian. Pengkaji merancangkan jadual perancangan dan pelaksanaan
kajian tindakan. Selain itu, pengkaji juga menentukan segala peralatan dan bahan yang
diperlukan dalam kajian ini disertakan dengan kos pembelajaran kajian. Sehubungan itu,
pengkaji turut menentukan bidang pengajaran yang hendak difokuskan semasa mengenalpasti
isu kajian yang hendak dikaji. Seterusnya, pengkaji menentukan instrumen-instrumen yang
hendak digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji
menyediakan borang-borang ataupun senarai semak yang berkenaan dalam proses
pengumpulan data sebelum menjalankan kajian di dalam praktikum yang dipilih.

Berikutan dengan fasa tindakan, pengkaji menjalankan tinjauan awal terhadap pelajar
bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi dengan menggunakan instrumen kajian yang
ditetapkan. Selepas itu, pengkaji melakukan pemilihan sampel kajian berdasarkan hasil dapatan
tinjauan awal. Sehubungan itu, pengkaji menjalankan sesi latihan intervensi seperti yang
dirancangkan sebelum ini. Peringkat seterusnya merupakan fasa pemerhatian dimana pengkaji
akan menjalankan sesi tinjauan terhadap tahap penguasaan kemahiran sampel kajian selepas
menjalani intervensi selama 4 hari dengan menggunakan instrumen yang sama seperti yang
digunakan bagi tinjauan awal. Hasil dapatan melalui ketiga-tiga instrumen kajian akan
dianalisis dengan menggunakan kaedah triangulasi data bagi mengesan keberkesanan
intervensi. Bagi peringkat terakhir iaitu proses refleksi, pengkaji melakukan semula refleksi
berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan yang diambil, keberkesanan tindakan tersebut serta
cadangan tentang tindakan susulan yang perlu dilakukan berdasarkan hasil dapatan kajian.

6.2 Perancangan Kajian

Sebelum kami menggunakan kaedah “In Out Count” ini, kami mengajar topik inventori ini
hanya dengan bercerita dan melakukan sedikit simulasi dengan menggunakan barangan sedia
ada iaitu pen marker dan menunjukkan kepada pelajar tentang pergerakan keluar dan masuk
inventori ini. Didapati pelajar masih tidak memahami tentang perkara ini berdasarkan bila
soalan ditanyakan kepada mereka, berapakah unit inventori yang tinggal dalam perniagaan
setelah belian dan jualan inventori berlaku pada sesuatu tempoh, kebanyakan mereka gagal
memberikan jawapan yang betul bagi setiap soalan yang dikemukakan.

Oleh yang demikian, kami mencipta kaaedah ini bagi menunjukkan kepada mereka apa
yang berlaku apabila inventori dibeli dan dijual pada sesuatu tempoh dan bagaimana mengira
unit inventori akhir yang tinggal dan bagaimana mengira nilai kos barang dijual dan nilai
inventori akhir setelah pergerakan inventori itu berlaku. Rujuk lampiran A.

6

6.3 Pelaksanaan Kajian

Dalam pelaksanaan kajian, kami telah mengemukakan beberapa langkah bagi memastikan
kaedah ini akan dapat membantu pelajar memahami topik ini dengan lebih jelas. Langkah-
langkah yang ditunjukkan bagi setiap kaedah merupakan aktiviti yang dijalankan oleh guru dan
pelajar. Pelaksanaan kajian adalah seperti berikut:

Langkah 1

Pensyarah memberikan latihan mula kepada pelajar berkaitan topik inventori ini, setelah habis
kuliah berkaitan topik ini dilaksanakan. Latihan mula ini mengandungi 10 soalan yang
menyoal tentang 3 perkara penting berkaitan topik inventori iaitu:
i) Berapakah baki unit inventori akhir?
ii) Berapakah kos inventori akhir?
iii) Berapakah nilai kos barang dijual?

Pelajar diberi masa 60 minit untuk menjawab soalan ini. Rujuk Lampiran B.

Langkah 2

Pensyarah memberikan jawapan dan pelajar dikehendaki menanda sendiri jawapan yang betul.
Pelajar dikehendaki memberikan markah berdasarkan skema yang diberi. Pelajar kemudiannya
diberikan soalan soal selidik. Rujuk Lampiran C.

Langkah 3

Pensyarah menerangkan penggunaan kaedah “In Out Count” ini kepada pelajar. Pelajar
mendengar penerangan yang diberi oleh pensyarah.

Penggunaan Kaedah “In Out Count”

Pelaksanaan Tindakan

Hasil daripada tinjauan awal, didapati pelajar lemah dalam mencari nilai inventori akhir dan
kos barang dijual bagi sistem Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) dan Purata Wajaran. Oleh
itu, kaedah “In Out Count” digunakan bagi mengatasi masalah ini.

Pembinaan Kaedah

1. Pensyarah menyediakan gambarajah pergerakan masuk keluar inventori menggunakan
slaid power point. Rujuk Lampiran A.

2. Pensyarah menyediakan kertas A4 sebanyak 5 warna yang berbeza. Setiap warna ada
4 keping. Setiap keping kertas tersebut dipotong kepada 16 bahagian yang sama besar.

3. Setiap warna akan mewakili nilai RM yang berbeza.
4. Kertas-kertas tersebut menggambarkan inventori.

7

Pelaksanaan kaedah

1. Pensyarah menerangkan kepada pelajar, bagaimana sistem berterusan ini dilaksanakan
dalam membuat pengiraan ke atas inventori yang ada dalam perniagaan. Pensyarah
juga menerangkan tentang dua kaedah dalam membuat pengiraan ke atas inventori iaitu
kaedah masuk dulu keluar dulu (MDKD) dan kaedah purata wajaran.

2. Pensyarah akan memperkenalkan kaedah “In Out Count” dengan menunjukkan slaid
power point. Selepas itu, pensyarah akan mengambil kepingan kertas A4 (sebagai
perlambangan inventori) dan membuat simulasi tentang pergerakan inventori.

3. Kemudian, pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Satu kumpulan terdiri
daripada empat orang.

4. Setiap kumpulan akan diberikan kertas (inventori) sebanyak lima warna yang berbeza;
enam belas keping bagi setiap satu warna.

5. Kertas soalan diedar kepada setiap kumpulan.
6. Pelajar akan menyelesaikan soalan tersebut menggunakan kaedah “In Out Count”.

Langkah 4

Pensyarah memberikan kuiz kepada pelajar yang mengandungi 10 soalan yang lebih kurang

sama dengan latihan mula tadi dan meminta pelajar memberikan jawapannya. Pelajar

mengaplikasikan apa yang mereka telah faham berkaitan topik inventori menggunakan kaedah
“In Out Count”. Rujuk Lampiran D.

Pelajar diberikan soalan soal selidik. Rujuk Lampiran E.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Data dikumpulkan dengan menganalisis soalan yang dijawab oleh pelajar yang menjawab
dengan menggunakan kaedah “In Out Count”.

Berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas latihan mula yang diberikan dalam topik
inventori ini, menghasilkan data di bawah.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 1: Keputusan SEBELUM Menggunakan Kaedah Gambarajah “In Out Count”
Bilangan soalan yang berjaya dijawab dengan betul (Jumlah semua soalan: 10)

Ujian Pra Berjaya menentukan Berjaya menentukan Berjaya
Pelajar jumlah unit nilai (RM) Inventori menentukan nilai

Pelajar 1 inventori akhir Akhir (RM) KBDJ
Pelajar 2 5 3 3
Pelajar 3 6 4 4
Pelajar 4 4 2 3
7 5 5

8

Pelajar 5 9 66
Pelajar 6 6 44
Pelajar 7 6 33
Pelajar 8 7 34
Pelajar 9 6 33
Pelajar 10 5 44
Pelajar 11 7 44
Pelajar 12 8 33
Pelajar 13 6 33
Pelajar 14 7 44
Pelajar 15 7 55
Pelajar 16 6 33

Jadual 2: Keputusan SELEPAS Menggunakan Kaedah Gambarajah “In Out Count”

Ujian Pasca Berjaya menentukan Berjaya menentukan Berjaya
Pelajar jumlah unit nilai (RM) Inventori menentukan nilai

Pelajar 1 inventori akhir Akhir (RM) KBDJ
Pelajar 2 10 7 8
Pelajar 3 10 8 8
Pelajar 4 10 7 7
Pelajar 5 10 9 9
Pelajar 6 10 10 10
Pelajar 7 10 8 8
Pelajar 8 10 8 8
Pelajar 9 10 8 9
Pelajar 10 10 9 9
Pelajar 11 10 8 8
Pelajar 12 10 9 9
Pelajar 13 10 8 8
Pelajar 14 10 8 8
Pelajar 15 10 9 9
Pelajar 16 10 10 10
10 9 9

9

Rajah 2: Perbandingan jumlah soalan yang berjaya dijawab antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca setelah kaedah “In Out Count” diperkenalkan

Berjaya menentukan jumlah (unit) inventori akhir

12
10

8
6
4
2
0

Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Ujian Pra Ujian Pasca

Berdasarkan graf di atas, kesemua 16 orang pelajar telah berjaya menentukan jumlah unit
inventori akhir dengan tepat selepas menggunakan kaedah “In Out Count”.

Berjaya menentukan nilai (RM) inventori akhir

12
10

8
6
4
2
0

Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Ujian Pra Ujian Pasca

Berdasarkan graf di atas, semua pelajar berjaya menjawab 7 soalan ke atas dalam menentukan
nilai RM inventori akhir dengan tepat selepas menggunakan kaedah “In Out Count”.

10

Berjaya menentukan nilai (RM) KBDJ

12
10

8
6
4
2
0

Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar PelajarPelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Ujian Pra Ujian Pasca

Berdasarkan graf di atas, semua pelajar berjaya menjawab 7 soalan ke atas dalam menentukan
nilai RM kos barang dijual (KBDJ) dengan tepat selepas menggunakan kaedah “In Out Count”.

Daripada analisis di atas, didapati sebelum kaedah “In Out Count” diperkenalkan dan
diajar, pelajar tidak dapat menjawab dengan sempurna soalan yang diberikan. Banyak
kesalahan yang dilakukan kerana mereka tidak dapat memahami pergerakan masuk keluar
inventori dengan jelas. Walaubagaimanapun, selepas pensyarah memperkenalkan kaedah “In
Out Count”, pelajar mula memahami pergerakan masuk keluar inventori kerana boleh melihat
sendiri bagaimana pergerakan masuk keluar inventori itu berlaku. Pelajar seterusnya dapat
mengenalpasti berapakah unit inventori akhir yang tinggal dalam perniagaan dan boleh
mengira nilai kos barang dijual dan nilai inventori akhir dengan lebih tepat.

Penggunaan kaedah “In Out Count” ini banyak membantu pelajar dalam mengetahui
bagaimanakah pergerakan inventori yang berlaku dalam perniagaan mengikut satu-satu
tempoh. Kaedah ini telah membantu pelajar dalam menentukan unit inventori akhir dengan
tepat. Selain itu, pelajar juga tidak membuat kesilapan dalam mengira nilai kos barang dijual
dan nilai inventori akhir kerana mereka telah faham dan nampak tentang pergerakan inventori
yang berlaku dalam perniagaan berdasarkan visualasi yang diperkenalkan.

9.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, kami dapati bahawa penggunaan “In Out Count” ini
adalah berkesan dan berjaya menyelesaikan masalah pelajar dalam menentukan unit inventori
akhir dan membuat pengiraan nilai kos barang dijual dan nilai inventori akhir dalam perniagaan
mengikut sistem berterusan berdasarkan dua kaedah iaitu kaedah masuk dulu keluar dulu dan
kaedah purata wajaran.

Kaedah In Out Count ini sangat sesuai digunakan pelajar berbanding kaedah
konvensional. Pada sesi 2017/2018, berdasarkan ujian yang dibuat, hanya 60% pelajar yang
dapat menguasai dan menjawab soalan-soalan tajuk inventori. Setelah diperkenalkan kaedah

11

In Out Count kepada pelajar sesi 2018/2019 ini, berdasarkan ujian yang diberikan, 90% pelajar
menguasai tajuk inventori dan dapat menjawab soalan dengan mendapat markah yang tinggi.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif

pelajar dalam menjawab soalan berkaitan topik Inventori kerana melalui teknik grafik ini,

pelajar memahami cara pergerakan inventori dalam sesuatu tempoh setelah belian dan jualan

inventori dilakukan. Apabila mereka memahami pergerakan inventori ini, maka seterusnya

mereka akan dapat mengira dengan tepat nilai kos barang dijual dan nilai inventori akhir
dengan mudah. 90% pelajar telah menyatakan dalam soal selidik bersetuju kaedah “In Out
Count” ini sangat baik dan pelajar dapat menjawab dengan betul.

Selain itu, penggunaan kaedah “In Out Count” ini menjadikan pengajaran kami mudah
difahami oleh pelajar. Ini dibuktikan dengan dapatan soal selidik iaitu 95% pelajar bersetuju
teknik ini sangat berkesan kerana membantu mereka mendapat markah yang tinggi. Mereka
tidak bosan dalam pengajaran, malah mereka lebih mudah mengenalpasti dan menentukan
dengan lebih tepat unit dan nilai inventori menggunakan sistem berterusan dan dua kaedah
yang dinyatakan iaitu kaedah masuk dulu keluar dulu dan kaedah purata wajaran. Ini dijelaskan
melalui temu bual kami dengan beberapa orang pelajar pada 7 Januari 2018.

Isi Temubual:

Pensyarah Adakah dengan menggunakan kaedah “In Out Count” ini memudahkan
: anda melihat pergerakan inventori dalam sesuatu tempoh perniagaan
mengikut tempoh yang dinyatakan?

Pelajar 1 : Ya puan, kami lebih nampak pergerakan inventori tersebut dan lebih
mudah untuk kami mengira unit inventori akhir yang tinggal. Ini dapat
dibuktikan juga dengan keputusan kuiz yang diberi oleh puan pada
tempoh hari dengan memperoleh markah yang lebih
memberangsangkan.

Pensyarah Apa lagi yang awak nampak kelebihannya?
:
Pelajar 2 : Ia juga memudahkan kami untuk mengira nilai kos barang dijual dan
nilai inventori akhir bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan.

Dapatan ini telah menyokong Pedro (2017) yang menyatakan visualasi dalam pengajian
dapat membantu dan meningkatkan secara teori dengan efektif dalam pembelajaran.
Pengunaan kaedah bergambar dan warna memberi tarikan dalam pengajaran kaedah “In Out
Count” ini. Dengan itu kajian ini telah dijalankan dengan jayanya berdasarkan hasil dan
keputusan yang telah dilakukan pada sebelum ini.

Dengan kaedah ini, pelajar didapati lebih yakin dan tidak melakukan kesilapan dalam
membuat pengiraan dari segi unit dan nilai inventori akhir yang tinggal dalam perniagaan pada
sesuatu tempoh yang diberikan. Kaedah ini juga boleh membantu pensyarah memberi

12

penerangan dan menunjukkan contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar di sepanjang
pengajaran dan pembelajaran topik ini.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah kami peroleh hasil daripada kajian tindakan
ini, kami berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah
pembelajaran terutamanya dalam topik yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu kami
bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan penyediaan Penyata
Penyesuaian Bank kerana kami dapati pelajar lemah dalam memahami dan menyediakan
penyata ini dengan lengkap dan tepat.

13

LAMPIRAN
Lampiran A

14

15

16

17

18

19

20

21

22

Lampiran B

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

PRE-TEST

CHAPTER 8: INVENTORY
NAME : …………………………………………………………
PRACTICUM : ……………………………………………….

QUESTION 1

Perniagaan Amana (PA) records show the initial inventory balance of 10 units at RM2.50 per
unit. Sales and purchase transactions for the month of January 2018 are as follows:

Date Details Units Unit Price (RM)

January 4 Sales 8 4.00

17 Purchase 15 2.50

20 Sales 12 4.00

28 Purchase 9 2.60

All transactions are in cash and Perniagaan Amana (PA) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at January, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 2

Perniagaan Salimah (PS) records show the initial inventory balance of 20 units at RM1.50 per
unit. Sales and purchase transactions for the month of February 2018 are as follows:

Date Details Units Unit Price (RM)

February 5 Sales 7 3.00

10 Purchase 14 1.50

18 Sales 11 3.50

25 Purchase 8 1.60

All transactions are in cash and Perniagaan Salimah (PS) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at February, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

23

QUESTION 3

Perniagaan Muhammad (PM) records show the initial inventory balance of 30 units at RM3.50
per unit. Sales and purchase transactions for the month of Mac 2018 are as follows:

Date Details Units Unit Price (RM)

Mac 7 Sales 15 4.50

11 Purchase 20 3.70

19 Sales 10 5.00

27 Purchase 13 3.90

All transactions are in cash and Perniagaan Muhammad (PM) uses the periodic inventory

system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at Mac, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 4

Perniagaan Amirul (PA) records show the initial inventory balance of 50 units at RM7.50 per
unit. Sales and purchase transactions for the month of April 2018 are as follows:

Date Details Units Unit Price (RM)

April 5 Sales 13 9.50

14 Purchase 38 7.70

20 Sales 15 10.00

28 Purchase 19 7.90

All transactions are in cash and Perniagaan Amirul (PA) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at April, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 5

Perniagaan Daniel (PD) records show the initial inventory balance of 80 units at RM9.50 per
unit. Sales and purchase transactions for the month of Mei 2018 are as follows:

Date Details Units Unit Price (RM)
Mei 8 Sales 57 12.50
Purchase 80 9.70
15 Sales 60 13..00
19 Purchase 70 9.90
27

All transactions are in cash and Perniagaan Daniel (PD) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at Mei, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.

24

ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 6

Satu Dua Satu Sdn Bhd (SDSSB) sells product 4U and the following information is extracted

from the SDSSB record for January 2018:

Date Details Unit Unit Cost (RM)

January 1 Beginning balance 10 40.00

10 Purchase 15 45.00

15 Sale 19

20 Purchase 15 47.50

25 Sale 17

Satu Dua Satu Sdn Bhd (SDSSB) policy of recording its inventory is based on the perpetual

inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at January 31, 2018 by using the
perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

QUESTION 7

Perniagaan Maju (PM) sells product 6PD and the following information is extracted from the

PM record for February 2018:

Date Details Unit Unit Cost (RM)

February 1 Beginning balance 20 50.00

8 Purchase 25 55.00

17 Sale 41

21 Purchase 25 55.50

28 Sale 20

Perniagaan Maju (PM) policy of recording its inventory is based on the perpetual inventory

system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at February 29, 2018 by using the
perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

QUESTION 8

Syarikat Alam Berhad (SAB) sells product mechanical pencil and the following information is

extracted from the SAB record for Mac 2018:

Date Details Unit Unit Cost (RM)

Mac 1 Beginning balance 40 55.00

8 Purchase 35 56.00

17 Sale 60

25

21 Purchase 40 56.50

28 Sale 35

Syarikat Alam Berhad (SAB) policy of recording its inventory is based on the perpetual

inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at Mac 29, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

QUESTION 9

Syarikat Akmal (SA) sells product 4U and the following information is extracted from the SA

record for April 2018:

Date Details Unit Unit Cost (RM)

April 1 Beginning balance 60 60.00

8 Purchase 45 62.00

17 Sale 55

21 Purchase 50 63.50

28 Sale 35

Syarikat Akmal (SA) policy of recording its inventory is based on the perpetual inventory

system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at April 31, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

QUESTION 10

Syarikat Sejahtera (SS) sells product 4U and the following information is extracted from the

SS record for Mei 2018:

Date Details Unit Unit Cost (RM)

Mei 1 Beginning balance 80 70.00

8 Purchase 55 73.00

17 Sale 65

21 Purchase 60 74.50

28 Sale 75

Syarikat Sejahtera (SS) policy of recording its inventory is based on the perpetual inventory

system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at Mei 31, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

26

Lampiran C

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

POST-TEST

CHAPTER 8: INVENTORY
NAME : …………………………………………………………
PRACTICUM : ……………………………………………….

QUESTION 1

Morten Enterprise (ME) sells and distributes cameras in Melaka. Sale and purchase
transactions camera Zoom 80U Score for January 2018 are as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
12 350
January 1 Beginning balance 3 -
15 340
8 Sale 10 -
4 -
14 Purchase 6 330

23 Sale

27 Sale

31 Purchase

All transactions are in cash and Morten Enterprise (ME) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at January 31, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method.

QUESTION 2

Ramli Enterprise (RE) sells and distributes computer in Melaka. Sale and purchase
transactions computer DN for February 2018 are as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
22 1,110
February 1 Beginning balance 12 -
17 1,440
7 Sale 15 -

16 Purchase

21 Sale

27

25 Sale 14 -
28 Purchase 16 1,650

All transactions are in cash and Ramli Enterprise (RE) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at February 28, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method.

QUESTION 3

Perniagaan Salim (PS) sells and distributes printer in Penang. Sale and purchase
transactions printer Cannon for Mac 2018 are as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
Mac 1 Beginning balance 30 30
6 Sale 28 -
13 Purchase 35 550
24 Sale 29 -
26 Sale 14 -
31 Purchase 16 600

All transactions are in cash and the PA uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at Mac 28, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method.

QUESTION 4

Rezeki Enterprises (RE) sells and distributes washing machine in Pahang. Sale and
purchase transactions washing machine for April 2018 are as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
April 1 Beginning balance 45 750
8 Sale 46 -
15 Purchase 50 800

28

21 Sale 57 -
26 Sale 45 -
30 Purchase 57 900

All transactions are in cash and Rezeki Enterprise (RE) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at April 30, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 5

Salman Enterprise (SE) sells and distributes bicycle in Johor. Sale and purchase
transactions bicycle XZ for Mei 2018 are as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
Mei 1 Beginning balance 45 550
6 Sale 46 -
17 Purchase 50 555
20 Sale 57 -
25 Sale 45 -
29 Purchase 57 560

All transactions are in cash and Salman Enterprise (SE) uses the periodic inventory system.

REQUIRED:
i) Calculate the value of ending inventory as at April 30, 2018 by using the First In

First Out (FIFO) method.
ii) Determine the ending inventory cost using the First In First Out (FIFO) method.
iii) Calculate the cost of goods sold uses the First In First Out (FIFO) method

QUESTION 6

Widuri Enterprise (WE) doing business selling mobile phones in Bandar Baru Uda . Sale and
purchase transactions for the month of January is as follows :

Date Explanation Unit Cost per unit RM
12 550
January 1 Beginning balance

29

4 Purchase 10 580
7 Sale 11 670
13 Purchase 6 560
19 Sale 8 670
26 Sale 2 670

All transactions are in cash and Widuri Enterprise using perpetual inventory system.
i) Calculate the value of ending inventory as at January 31, 2018 by using the
perpetual inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method.

QUESTION 7

Suzanna Enterprise (SE) doing business selling headphone in Bandar Baru Bangi. Sale and
purchase transactions for the month of February is as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
20 50
February 1 Beginning balance 15 52
17 70
5 Purchase 8 53
14 72
7 Sale 12 75

13 Purchase

20 Sale

28 Sale

All transactions are in cash and Suzanna Enterprise (SE) using perpetual inventory system.
i) Calculate the value of ending inventory as at February 28, 2018 by using the
perpetual inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method

QUESTION 8

Perniagaan Teh Enterprise (PTE) doing business selling telephone Huawei model CDM in
Butterworth. Sale and purchase transactions for the month of Mac is as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
Mac 1 Beginning balance 30 750
6 Purchase 12 752

30

9 Sale 35 950
15 Purchase 13 760
23 Sale 16 980
28 Sale 10 1,000

All transactions are in cash and Perniagaan Teh Enterprise (PTE) using perpetual inventory
system.
i) Calculate the value of ending inventory as at Mac 31, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method

QUESTION 9

Perniagaan Sally (PS) doing business selling calculator model Canon in Taiping. Sale and
purchase transactions for the month of April is as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
30 30
April 1 Beginning balance 15 32
28 50
5 Purchase 15 33
17 52
10 Sale 14 52

18 Purchase

22 Sale

29 Sale

All transactions are in cash and Perniagaan Sally (PS) using perpetual inventory system.
i) Calculate the value of ending inventory as at April 31, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method

QUESTION 10

Perniagaan Izza (PI) doing business selling sofa in Bukit Mertajam, Penang. Sale and
purchase transactions for the month of Mei is as follows:

Date Explanation Unit Cost per unit RM
50 450
Mei 1 Beginning balance

31

7 Purchase 15 460
12 Sale 57 650
17 Purchase 30 480
23 Sale 25 670
27 Sale 27 690

All transactions are in cash and Perniagaan Izza (PI) using perpetual inventory system.
i) Calculate the value of ending inventory as at Mei 31, 2018 by using the perpetual

inventory system method.
ii) Determine the ending inventory cost using the perpetual inventory system method.
iii) Calculate the cost of goods sold used the perpetual inventory system method

32

Lampiran D

Senarai semak

Kelemahan/Kesukaran Mengenalpasti Unit Inventori Akhir dan Mengira Nilai Kos Barang
Dijual dan Nilai Inventori Akhir.

Pilih item yang tepat dengan menanda pada ruangan yang berkaitan dengan masalah anda.

Bil Soalan Amat Baik Sederhana Lemah Amat
Baik Lemah
1. Kami faham bagaimana
penggunaan sistem berterusan
dalam topik inventori

2. Kami faham penggunaan kaedah
masuk dulu keluar dulu dalam
sistem berterusan dalam mengira
inventori

3. Kami faham pengunaan kaedah
purata wajaran dalam sistem
berterusan dalam mengira
inventori

4. Kami boleh mendapatkan unit
inventori akhir setelah
pergerakan inventori berlaku

5. Kami boleh mengira nilai kos
barang dijual bagi setiap soalan
yang dikemukakan

6. Kami boleh mengira nilai
inventori akhir bagi setiap soalan
yang telah dikemukakan

7. Kami boleh menjawab soalan
yang berkaitan dengan inventori
ini dengan betul

8. Kami boleh mengira dengan
betul berkaitan untung kasar
sesuatu poerniagaan berdasarkan
nilai kos barang dijual inventori
tersebut

33

Lampiran E

Senarai Semak
Kelebihan menggunakan kaedah “In Out Count”

Pilih item yang tepat dengan menanda pada ruangan yang berkaitan.

Bil Soalan Amat Baik Sederhana Lemah Amat
Baik Lemah

1. Kami rasa penggunaan “In
Out Count” memudahkan
kami dalam membuat
pengiraan unit inventori akhir
yang tinggal dan nilai kos
barang dijual dan nilai
inventori akhir

2. Penggunaan “In Out Count”
memudahkan kami melihat
bagaimanakah pergerakan
inventori yang berlaku dalam
sesuatu tempoh

3. Dengan pemahaman

pergerakan inventori itu,

membuatkan kami boleh

mengira unit inventori yang

tinggal dalam sesuatu tempoh

4. Kami dapat mengira nilai kos

barang dijual dengan lebih

mudah dan tepat

5. Kami dapat mengira nilai
inventori akhir dengan lebih
mudah dan tepat

6. Kami akan menggunakan

kaedah ini dalam menjawab

soalan-soalan yang

dikemukan

34

Rujukan

Azlan Razak Mat Wahie (2005). Penggunaan Perisian Komputer dan LCD sebagai Bahan
Bantu Mengajar dan

Pemudahcara.

Bester G & Brand L. (2013). The Effect of Technology on learner attention and achievement
in the classroom. South African

Journal of Education, 33(2),115

Che Rogayah Seman. (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang
Berbeza Tahap Kebimbangan

Matematik Dalam PembelajaranTrigonometri. (Tesis Sarjana Pendidikan, tidak
diterbitkan). USM, Pulau Pinang

Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti Fatimah Mohd Yassin, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri

Mahamod & Zarin Ismail. (2001). Pendidikan dan latihan guru bahasa (Bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab) abad ke-

21. Laporan Akhir Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025: Pendidikan prasekolah

hingga lepasan menengah. Putrajaya, Kuala Lumpur:KPM.ISBN 978-983-3444-53-5

Parette, H. P., Hourcade, J., & Blum, C. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to
Enhance Engagement and
Learning in Young Learners with Developmental Delay. TEACHING Exceptional Children,
43(4), 58–67.

Pedro Sorto. (2017) Theoretical foundations for a performative art and visual culture
education. Communication Design5:1-

2, pages 145-164.

Weygandt, J.J., Kimmel, P.D., Kieso, D.E., (2019) Accounting Principles, Willey

Zaphiris, P. & Zacharia, G. (2005). User-Centered Computer Aided Language Learning.
Calgary: Idea Group Inc.

35

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

MODUL GARISAN SEBAGAI PEMUDAHCARA UNTUK PENTAKSIRAN
SERTA MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR SAINS TERHADAP

TOPIK PEMBOLEHUBAH RAWAK

1 Ting Sook King, 2 Aw Ying Juan, 3Mohd Azmi bin Saleh,
4Ahmad Mahfuz Najhan bin Shahar Murshid

1,2,3,4Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Perak
1 [email protected], 2 [email protected] [email protected],

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Modul Garisan bagi
meningkatkan penguasaan pelajar sains terhadap pembelajaran topik Pembolehubah Rawak.
Selain itu, kajian ini juga meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan Modul Garisan
dalam pentaksiran terhadap pembelajaran pelajar. Di samping itu, kajian ini juga meninjau
persepsi pelajar terhadap penggunaan Modul Garisan dalam pembelajaran topik Pembolehubah
Rawak. Kajian kuantitatif ini adalah berasaskan reka bentuk Pretest-Treatment-Postest dengan
gabungan Model Kurt Lewin (1948). Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar sains (M7T31a) dan
empat orang pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian
pra, ujian pasca, temubual, borang soal selidik dan borang pemerhatian pensyarah. Hasil analisis
data adalah statistik deskriptif dan peratus min. Hasil dapatan data dari kitaran 1 mendapati min
markah pelajar meningkat sebanyak 72.25% (N=12, Min=72.25, SD=23.71) manakala hasil
dapatan data dari kitaran 2 pula mendapati min markah pelajar meningkat sebanyak 33.00%
(N=4, Min=74.00, SD=4.899). Melalui hasil temubual, pelajar dan pensyarah memberi respon
yang positif terhadap penggunaan Modul Garisan dalam pembelajaran topik Pembolehubah
Rawak. Kesimpulannya, penggunaan Modul Garisan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan
pelajar memberi persepsi yang postif terhadap pembelajaran topik Pembolehubah Rawak. Selain
itu, modul ini juga membantu serta memudahkan proses pentaksiran pensyarah terhadap
pembelajaran pelajar. Implikasi kajian menunjukkan transisi perkembangan idea pelajar amatlah
menarik dan strategi bimbingan rakan sebaya mampu membantu rakan-rakan pelajar yang lemah
untuk menguasai kemahiran dalam pembelajaran topik Pembolehubah Rawak. Pelajar mampu
melihat penyelesaian dari perspektif yang berbeza dan meningkatkan motivasi mereka dalam
pembelajaran.

Kata Kunci: Modul Garisan, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), Pembelajaran Kendiri,
Kolaborasi, Bimbingan Rakan Sebaya (Peer Coaching)

1.0 PENDAHULUAN
Dalam abad ke-21 ini, perubahan dan perkembangan dalam pelbagai disiplin ilmu menuntut kita
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan supaya kita dapat bergerak seiring dengan arus
perkembangan dunia. Pada abad ke-21 ini, sistem pengajaran dan pembelajaran Malaysia perlu
menyediakan serta melengkapkan pelajar bukan sahaja dari segi ilmu malah juga dengan
pelbagai kemahiran dalam aspek literasi era digital, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif,
komunikasi berkesan serta kerohanian.

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mula diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Merujuk kepada gelombang pertama PPPM, salah satu
inisiatif adalah untuk meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus
terutamanya dalam mata pelajaran teras contohnya Matematik. PPPM yang diperkenalkan ini
bertujuan untuk memberi penekanan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar, berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif

1

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

serta aplikasi nilai murni dan etika. Dengan adanya kemahiran tersebut, pelajar mampu
menghadapi dan menangani cabaran-cabaran ke arah Revolusi Industri Keempat (RI 4.0).

Program Matrikulasi merupakan program persediaan kepada pelajar untuk memasuki
kursus pengajian ke menara gading selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sistem
Matrikulasi menuntut para pelajar untuk lebih bersikap proaktif dan berdaya saing. Rutin sistem
semester melalui kuliah, tutoran dan amali memerlukan para pelajar sentiasa bersaing dengan
masa dan memerlukan pelajar mempunyai sikap dan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi
dalam menguruskan semua keperluan di Matrikulasi khususnya dalam proses pembelajaran.
Justeru, gaya pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad-21 perlu diterapkan dan
dipupuk kepada pelajar agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran sedia
ada di universiti kelak.

Bagi persediaan pelajar ke peringkat universiti, pelajar perlu lebih berdikari dan bersikap
lebih proaktif dalam menimba ilmu. Budaya pembelajaran kendiri (self learning) serta sepasukan
perlu diterap dan dipupuk dengan bimbingan pensyarah agar pelajar mendapat amalan yang baik
dalam pembelajaran sesuatu konsep matematik yang baru. Menurut Osman, Soh, dan Arsad
(2010), terdapat pelajar yang tidak tahu untuk menzahirkan idea walaupun mempunyai idea yang
baik. Manakala dalam aspek kerja berpasukan, wujud individu yang kurang bersemangat dan
bertanggungjawab. Ini menunjukkan bahawa pelajar masih tidak yakin dan masih mempunyai
sikap kebergantungan yang tinggi terhadap rakan pemimpin mahupun terhadap guru. Justeru,
paradigma pendidikan perlu berubah dari menerima kepada mencipta, individu kepada kerja
berpasukan, daripada rutin kepada inovatif dan kreatif. Perubahan paradigma ini tidak akan
mengabaikan keperluan sedia ada, malah berubah kepada aras pemikiran yang baru.

Pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan
berkualiti (Black dan William, 1998). Menurut Jamil (2008), maklumat tentang pembelajaran
pelajar boleh diperoleh dengan menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau
piawai. Pentaksiran boleh dibuat sebelum, semasa atau selepas pembelajaran. Terdapat tiga
konteks pentaksiran iaitu pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of Learning),
pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning) dan pentaksiran sebagai pembelajaran
(Assessment as Learning). Dalam kajian ini, pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for
Learning) dan pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning) dipilih untuk
dijadikan sebagai panduan pelaksanaan pentaksiran pensyarah terhadap pembelajaran pelajar
dalam kajian tindakan ini. Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning) merupakan
proses penilaian sumatif. Ia berlaku selepas proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
untuk menilai para pelajar terhadap pembelajaran mereka. Melalui pentaksiran ini, pelajar
menerima maklum balas dari ujian penilaian bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran.
Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning) pula diberi tugasan serta mengikuti
aktiviti yang direka oleh pensyarah atau menggunakan bahan yang disediakan untuk
pembelajaran berterusan. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk berbincang, berfikir secara
kritis dan kreatif dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran baru yang akan
membantu mereka untuk menguasai pemahaman serta kemahiran dalam pembelajaran sesuatu
konsep yang baru.

Bagi memenuhi aspirasi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), kumpulan IRIS MATE
telah mengambil langkah proaktif dan inisiatif untuk memperkukuhkan budaya PAK-21 ini
dalam pembelajaran matematik. PAK-21 dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran-
kemahiran abad ke-21 dengan mengukur pengetahuan diskrit untuk kemampuan berfikir kritis,
menganalisis masalah dan mengumpulkan informasi, komunikasi kolaborasi, kreativiti dan
inovasi yang diperlukan untuk kemajuan di masa hadapan.

2

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam sistem
pendidikan di negara ini. Menurut Kamel Ariffin (2002), tahap penguasaan matematik majoriti
murid di negara ini adalah lemah. Selain itu, murid juga beranggapan matematik merupakan
mata pelajaran yang agak sukar untuk dikuasai. Justeru, ia amat penting untuk mengatasi
masalah ini agar pelajar mampu menghadapi dan menangani cabaran-cabaran ke arah Revolusi
Industri Keempat (RI 4.0).

2.0 REFLEKSI MASALAH
Fungsi Taburan Kebarangkalian, F(x) merupakan salah satu subtopik dalam topik Pembolehubah
Rawak. Hasil analisis soalan peperiksaan yang lepas mendapati bahawa subtopik Fungsi Taburan
Kebarangkalian, F(x) merupakan antara soalan wajib dijawab dalam PSPM II. Sehubungan itu,
kegagalan pelajar untuk menjawab soalan ini akan menyebabkan pelajar kehilangan banyak
markah dalam julat sembilan hingga dua belas markah. Pemberatan atau wajaran markah yang
tinggi dalam topik ini memberi impak yang besar kepada pencapaian pelajar dalam subjek
Matematik secara keseluruhannya

Berdasarkan Laporan Kerja Calon (LKC), kesilapan lazim adalah pertama, calon tidak
membuat semakan terhadap bentuk soalan sebelum mula menjawab. Kedua, calon lebih
cenderung untuk terus melakukan kamiran tanpa mempertimbangkan teknik dan selang yang
telah diberikan. Ketiga, calon tidak dapat mengenalpasti fungsi dalam selang yang diberikan
dengan betul. Keempat, calon tidak mahir dalam penggunaan fungsi dan nilai had yang betul
dalam selang yang diberikan. Ini secara tidak langsung menggambarkan tahap pemahaman dan
penguasaan konsep matematik pelajar berada pada tahap lemah.

Daripada pemerhatian hasil kerja pelajar, didapati pelajar masih tidak menguasai konsep
asas kamiran dan sering kali melakukan kesilapan semasa menggunakan teknik pengamiran.

x

Selain itu, Pelajar keliru dalam menggunakan formula F(x)  f (x)dx untuk mencari fungsi


taburan longgokan, F(x). Ketiga, pelajar tidak pasti dalam menentukan sama ada fungsi
ketumpatan kebarangkalian f(x) atau fungsi taburan longgokan, F(x). Akhirnya, pelajar juga tidak
mahir dalam penukaran fungsi ketumpatan kebarangkalian f(x) kepada fungsi taburan longgokan,
F(x). Melalui hasil temubual terhadap 12 orang pelajar, hampir semua pelajar menyatakan
mereka tidak yakin ketika menyelesaikan masalah dalam topik Pembolehubah Rawak yang
mempunyai hubungkait dengan pengamiran. Antaranya sebab adalah mereka berpendapat sukar,
bosan dan takut serta kurang mahir dalam melakukan teknik pengamiran. Justeru, jelas ternyata
faktor ini menyebabkan topik ini menjadi susah difahami dan akhirnya menyebabkan pelajar
lemah dalam pemahaman dan penguasaan topik Pembolehubah Rawak. Mengenalpasti kesilapan
yang dibuat oleh pelajar adalah penting supaya guru dapat mengatasi masalah dengan berkesan.
Ini membolehkan guru merancang strategi pemulihan bagi pelajar-pelajar berkenaan. Menurut
Ng (1998), jika kesilapan-kesilapan ini tidak dibetulkan dari awal, ia akan menjadi halangan
kepada pembelajaran matematik pada masa depan.

Tidak banyak kajian yang melibatkan Fungsi Taburan Kebarangkalian, F(x) telah
dijalankan khususnya di peringkat Matrikulasi. Oleh itu, satu kajian dijalankan dengan tujuan
untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Garisan bagi meningkatkan penguasaan pelajar
sains terhadap pembelajaran topik Pembolehubah Rawak. Justeru, penggunaan Modul garisan ini
diharapkan dapat membantu pelajar mengenalpasti fungsi dengan tepat dan betul sebelum
melakukan kamiran untuk mencari Fungsi Taburan Kebarangkalian, F(x).

3

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Modul Garisan bagi menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran berteraskan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam
penguasaan pelajar sains terhadap topik Pembolehubah Rawak serta proses pentaksiran dalam
kalangan pensyarah untuk subjek matematik.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 OBJEKTIF UMUM
Untuk menguji keberkesanan Modul Garisan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar sains
terhadap topik Pembolehubah Rawak serta pemudahcara untuk pentaksiran pensyarah terhadap
pembelajaran pelajar.

4.2 OBJEKTIF KHUSUS
1. Meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam pembelajaran topik Pembolehubah Rawak

melalui penggunaan Modul Garisan.
2. Meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan Modul Garisan dalam pentaksiran

pensyarah terhadap pembelajaran pelajar dalam pembelajaran topik Pembolehubah Rawak.
3. Meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan Modul Garisan dalam pembelajaran topik

Pembolehubah Rawak.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dengan melibatkan 12 orang
pelajar sains Program Satu Tahun (PST) semester 2 sesi 2018/2019. Kumpulan sasaran ini terdiri
daripada pelajar M7T31a yang berpencapaian rendah dalam Ujian Pra1 dan dikenalpasti masih
tidak dapat menguasai teknik membina fungsi taburan kebarangkalian, F(x) dari fungsi
ketumpatan kebarangkalian, f(x). Kajian ini juga melibatkan seorang pensyarah yang bertindak
sebagai fasilitator.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN
Model kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Kurt Lewin (1948). Berdasarkan
model ini, satu kitaran terdiri daripada empat peringkat penting iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan refleksi. Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan
penambahbaikan yang baru sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Rajah 5
menunjukkan Model Kurt Lewin (1948).

Rajah 5: Model Kurt Lewin (1948)

6.1 TINJAUAN MASALAH
Sebelum memulakan tindakan, penyelidik telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan
kegagalan pelajar dalam menguasai kemahiran mencari fungsi taburan kebarangkalian, F(x).

4

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Tahun 2019

Tinjauan yang telah dilakukan untuk mengumpul data adalah seperti permerhatian awal,
temubual dan Ujian Pra1.

6.1.1 PEMERHATIAN AWAL
Pemerhatian awal dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah dalam pembelajaran topik
Pembolehubah Rawak. Berdasarkan pemerhatian awal melalui hasil kerja pelajar, penyelidik
mendapati bahawa pelajar belum menguasai kemahiran mencari fungsi taburan kebarangkalian,
F(x) dari fungsi ketumpatan kebarangkalian, f(x). Pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam
pengamiran fungsi algebra asas dan melukis fungsi cebisan. Akan tetapi, mereka tidak tahu
mengaplikasikan kemahiran tersebut semasa mencari fungsi taburan kebarangkalian, F(x) dari
fungsi ketumpatan kebarangkalian, f(x).

6.1.2 TEMUBUAL
Satu sesi temubual dengan para pelajar telah diadakan dengan tujuan mengetahui tahap
penguasaan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran topik Pembolehubah
Rawak. Pelajar merasa sukar kerana kurang mahir dalam teknik pengamiran dan menghadapi
kesukaran mengenalpasti fungsi yang sesuai digunakan semasa membina fungsi taburan
kebarangkalian, F(x) dari fungsi ketumpatan kebarangkalian, f(x).

6.1.3 UJIAN PRA1
Ujian Pra1 digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti kelemahan pelajar dalam menguasai
kemahiran menjawab soalan berkaitan mencari fungsi taburan taburan kebarangkalian, F(x) dari
fungsi ketumpatan kebarangkalian, f(x) dalam topik Pembolehubah Rawak. Ujian Pra1
dijalankan selama 30 minit. Semua skrip jawapan pelajar dipungut dan disemak untuk
memperolehi data Ujian Pra1.

6.2 PELAKSANAAN TINDAKAN KITARAN 1
6.2.1 MODUL GARISAN1
Modul Garisan1 bagi kitaran 1 memberi fokus kepada pembelajaran kendiri dan kolaborasi.
Pembelajaran kendiri merujuk kepada pelajar belajar sendiri dengan merujuk pada lembaran nota
dan lembaran kerja demo yang disediakan oleh pensyarah. Pembelajaran kolaborasi pula
menekankan penglibatan pelajar secara aktif dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah.
Pengisian dalam kitaran Modul Garisan1 memberi fokus kepada kemahiran pembelajaran abad
ke-21 (PAK-21) iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti. Modul ini
mengandungi langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk penggunaan pengajar
di dalam bilik tutoran yang berpusatkan pelajar. Pelajar diberi peluang untuk merujuk pada
lembaran nota dan lembaran kerja demo yang disediakan oleh pensyarah dan berbincang dengan
rakan lain berdasarkan apa yang mereka telah pelajari. Oleh itu, para pelajar perlu bekerja dalam
sepasukan dan mengambil bahagian dalam perbincangan tentang cara penyelesaian masalah.
Dengan mengikuti modul ini, pelajar mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pembinaan
fungsi taburan kebarangkalian, F(x) dengan bimbingan pensyarah. Pembelajaran aktif adalah
fokus dalam kitaran 1 ini seperti para pelajar bekerja dalam sepasukan dan mengambil bahagian
dalam perbincangan tentang cara penyelesaian masalah. Selain itu, Modul Garisan1 juga
digunakan oleh pensyarah sebagai satu kaedah pemudahcara untuk membuat pentaksiran
pembelajaran pelajar dalam kelas.

5


Click to View FlipBook Version