The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizuddinhamid11, 2021-08-21 05:43:38

IAMTAH

IAMTAH

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Aku sangka, aku sudah tidak punya harapan.
Rupa-rupanya, aku tersilap.

AIZUDDIN HAMID

AIZUDDIN HAMID 1

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

DEDIKASI

Khas kepada orang-orang yang saya cinta kerana Allah, iaitu:

Mak (Siti Eshah binti Ishak)
Abah (Abdul Hamid bin Ahmad)
Mak mentua (Yati binti Abdul Kadir)
Ayah mentua (Ilias bin Mohd Yunus)
Isteri (Nurul Isdiyantie binti Ilias)
Anak (Fatimah Humaira binti Aizuddin)
Anak (Muhammad Iman bin Aizuddin)
Akak (Amirah binti Abdul Hamid)
Adik (Nurul Asyikin binti Abdul Hamid)

Termasuk adik-beradik ipar, saudara mara, jiran tetangga, para
sahabat, pembaca buku, serta muslimin muslimat secara umumnya

Terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan mendoakan
saya untuk mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Moga penulisan ini menjadi asbab untuk kita lebih mencintai Allah
dan RasulNya, hingga kita sama-sama bertemu di syurga kelak,

Allahumma ameen.

AIZUDDIN HAMID 2

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

HAK CIPTA TERPELIHARA

DILARANG UNTUK KONGSIKAN KEPADA
ORANG RAMAI. EKSKLUSIF HANYA UNTUK
PEMBELI E-BOOK SAHAJA. SILA HORMAT
DAN HARGAI KARYA PENULIS. SEBARANG
PLAGIAT / PENIRUAN / PERKONGSIAN AKAN

DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

AIZUDDIN HAMID 3

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

SEMUA NAMA WATAK DAN TEMPAT DALAM
KISAH ‘IZINKAN AKU MENCARI TUHAN’ INI
HANYA REKAAN DAN SECARA KEBETULAN
SEMATA-MATA. TIADA KAITAN ANTARA YANG

HIDUP DAN YANG MENINGGAL DUNIA.

SELAMAT MEMBACA!

AIZUDDIN HAMID 4

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK M/S

1 Tidak Mahu Bersubahat 7
2 Study Group, Kononnya 19
3 Cinta Yang Penuh Tipu Daya 35
4 Kau yang Bersalah, Tuhan! 54
5 Nafsu Yang Tidak Pernah Puas 70
6 Kalau Kau Dah Halang Aku Dulu… 85
7 Masih Ada Syurga Buat Kita 97
8 Sesuaikan Diri Di Tempat Baharu 117
9 Teruskan Perjuanganmu, Sahabat 132
10 Apabila Hidayah Mula Menyapa 149
11 Petunjuk Sudah Ada, Apa Lagi? 164
12 Aku Masih Belum Kuat 184
13 Dalam Sujud Cintaku 198
14 Aku Nak Lepaskan Dia… 212

AIZUDDIN HAMID 5

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

15 Lindungilah Aku, Ya Allah! 233
16 Ajarkan Aku Tentang Islam 248
17 Masa Untuk Perbaiki Diri 266
18 Langkah Mayat Ayah Dulu! 280
19 Maafkan Aku, Sahabat 295
20 Memori Yang Terindah 311
21 Bukankah Allah Sebaik-baik Perancang? 325
22 Jika Ada Permintaan… 339

AIZUDDIN HAMID 6

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 1 -
TIDAK MAHU
BERSUBAHAT

AIZUDDIN HAMID 7

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Kau betul ke nak try ni? Aku tak yakin dengan kau,” tanya Rafi,
ragu-ragu. Dia tahu, Malik bukan begini orangnya. Tangan Rafi
masih terselit di dalam poket hadapan beg sekolahnya,
menggenggam erat sesuatu.

“Haah, aku dah tekad. Aku stress arh duduk rumah. Setiap hari
aku dengar mama dan ayah bergaduh, tu belum lagi masa ayah aku
pukul mama dan adik-adik, kadang-kadang aku pun kena sekali, tak
pasal-pasal,” luah Malik, kecewa.

Keluarga Malik tergolong dalam kategori berada,
berpendapatan tinggi. Ibunya, Puan Rozana merupakan seorang suri
rumah yang menjalankan bisnes online manakala ayahnya, Tuan
Rahim pula seorang arkitek yang berjaya. Memiliki syarikat besar di
Petaling Jaya, Selangor. Malah, projek jutaan ringgit merupakan

AIZUDDIN HAMID 8

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

perkara biasa bagi Tuan Rahim.

Segala kemewahan dunia telah keluarga Malik miliki,
termasuklah 3 buah kereta mewah, sebuah rumah banglo di Seksyen
7, Shah Alam dan banyak lagi. Dilihat gah oleh orang luar, malah
dicemburui. Namun, ramai yang tidak tahu apa yang berlaku di
sebalik kebahagiaan yang dinilai dari segi harta kekayaan itu
semata-mata.

Ternyata, rumah banglo itu hanya menjadi neraka dunia bagi
ahli keluarganya sejak beberapa bulan kebelakangan ini tatkala Tuan
Rahim mula diuji dengan kegagalan mendapatkan projek-projek
besar bagi syarikatnya. Pulang ke rumah dalam keadaan tertekan,
setelah itu melampiaskan marah kepada anak isteri pula. Bukan
sekali, bahkan berkali-kali! Sifat panas baran mula menguasai diri.

Rumah banglo itu hanya besar dari segi zahirnya, namun
hakikatnya kecil, kecil dari segi didikan agama, kasih sayang,
perhatian, dan tanggungjawab yang didambakan daripada seorang
insan yang bergelar ayah.

“Ok, tapi kalau jadi apa-apa, kau tanggung sendiri. Jangan
petik nama aku!” Rafi memberi amaran seterusnya mengeluarkan
sepuntung rokok yang digenggamnya sejak tadi. Pemetik api yang

AIZUDDIN HAMID 9

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

berada di dalam poket terus diambil dan dinyalakan api. Seketika,
kepulan asap memenuhi ruang tandas lama yang berada di hujung
sekolah.

Setelah Malik menghulurkan RM3 bagi harga sebatang rokok,
dia terus meletakkan hujung pemegang rokok itu di bibirnya.

“Bismillah…”

“Hoi, apahal kau merokok tapi baca bismillah? Haha!” Rafi
ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Malik. Malik pula hanya
mengangguk, betul juga katanya. Mana mungkin dia mulakan
dengan nama Allah untuk melakukan sesuatu yang tidak
disukaiNya? Bukankah merokok itu seolah-olah membunuh diri
sendiri secara perlahan-perlahan, malah Islam sendiri melarang
umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan?

Inilah pertama kali dalam hidupnya, Malik melakukan
sedemikian. Sudah pasti, Malik terbatuk-batuk apabila cuba
menghisapnya. Mana tidaknya, selama ini hanya gas oksigen yang
mendiami tubuh badannya. Kini, sudah ada pula pembunuh kecil
yang secara perlahan-lahan membunuh organ dalamannya.

Namun, dia tetap dengan keputusannya kerana baginya, rokok

AIZUDDIN HAMID 10

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

mungkin dapat menghilangkan tekanan yang dia lalui dan memberi
ketenangan yang mungkin dia cari selama ini. Kononnya.

“Kau kena hisap perlahan-lahan, jangan gelojoh. Sebab tu, kau
terbatuk. Ok, cuba kau hisap sikit-sikit, lepas tu hembus sikit-sikit.
Biasa arh tu first time, nanti lama-lama kau akan rasa selesa, siap
boleh buat bentuk ‘O’ lagi kalau kau hembus asap,” Rafi berseloroh
dan turut memberi panduan mengenai cara merokok yang betul.
Malik hanya mengiyakan sambil menikmati ketenangannya itu.

Apabila dilihat Malik sudah semakin selesa, Rafi meminta diri
dan terus tergesa-gesa keluar dari tandas itu. Rafi sememangnya
terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar nakal di SMK Seksyen 8
Shah Alam itu sebagai saudagar rokok. Apa sahaja jenis rokok,
semua dia tahu! Namun, Rafi bijak. Dia sendiri tidak ketagih
menghisapnya, hanya sekali-sekala sahaja kerana dia sedar akan
keburukan rokok itu sendiri dari segi kesihatan dan juga pembaziran
wang.

Malah, sejujurnya tiada seorang guru pun tahu mengenai
pekerjaan sambilan Rafi ini. Dia pandai berlakon, petah bermain
kata-kata. Pernah disyaki, tetapi terlepas kerana tiada bukti. Maka,
dia menjadi begitu selesa dengan apa yang dilakukannya sekarang.
Mencari rezeki, kata Rafi apabila ditanya kawan-kawan. Realitinya,

AIZUDDIN HAMID 11

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

dengan cara yang salah.

**********

“Mana Malik?” Soal Cikgu Zainal. Semua diam membisu
kerana mereka tidak mempunyai jawapan. Boleh jadi mereka takut
kerana dia juga merupakan guru disiplin di sekolah yang turut
mengajar subjek Matematik di kelas 5 Neptune itu. Garang.

“Cikgu ulang sekali lagi, mana Malik? Kalau tak, semua kena
berdiri sampai habis waktu saya!” Kali ini, Cikgu Zainal memberi
amaran yang lebih serius kerana soalan yang ditanya tadi
seolah-olah sepi diterbangkan angin, tiada jawapan yang menyapa.

Krikkk…

Bunyi kaki kerusi yang ditolak memecah kesunyian. Sejak tadi,
majoriti pelajar tunduk, diam membisu. Bahkan tiada seorang pun
yang berani bertentang mata.

“Maafkan kami, cikgu. Kami memang tak tahu. Rasanya, sejak
lepas rehat tadi, dia tak masuk kelas,” jawab Faizal, jujur, sambil
menunduk ke bawah. Dia sedar, sebagai ketua kelas, dia perlu
melakukan sesuatu. Jika tidak, apa gunanya dia menjadi pemimpin

AIZUDDIN HAMID 12

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tetapi tidak dapat menyelamatkan ahli kelasnya daripada diberi
hukuman.

Mata Cikgu Zainal tertumpu ke arah Faizal. Tajam. “Haa, kamu
sebagai ketua kelas, takkan kamu tak tahu dia pergi mana? Apa
gunanya kamu jadi ketua?”

Kawan-kawan di dalam kelas 5 Neptune seramai 29 orang itu
terus memandang Faizal dengan penuh simpati. Mereka tahu, Faizal
sedang mengorbankan dirinya seorang diri semata-mata untuk
menyelamatkan mereka daripada didenda.

“Nasib baik Faizal tolong jawab, tapi kesian dia,” bisik seorang
pelajar kepada kawan di sebelah sambil matanya menjerling ke arah
Faizal.

AIZUDDIN HAMID 13

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Tu la. Ni semua salah Malik. Dari dulu, suka buat masalah,”
kawannya mengeluh panjang.

Malik sememangnya tidak mempunyai ramai kawan di dalam
kelas, bahkan di sekolahnya sendiri. Sikapnya yang lebih gemar
menyendiri menyebabkan tidak ramai yang mahu bersahabat
dengannya. Jika ada pun, mungkin kerana ingin mengambil
kesempatan atas kekayaan keluarga Malik. Minta dibelanja, dibelikan
itu, dibelikan ini. Maklumlah, keluarga berada.

Berbeza dengan Faizal yang sememangnya baik dengan
semua orang, termasuklah Malik. Malah, tidak pernah sekali pun
terlintas dalam fikirannya untuk bersahabat dengan Malik kerana
wang ringgit. Dia tahu, Malik pasti ada banyak masalah, disebabkan
itu perlakuannya berubah. 5 tahun lalu ketika mereka berada di
tingkatan 1, Malik begitu ceria. Kini, segala kegembiraan seolah-olah
diragut tanpa Faizal sendiri tidak mengetahui apa puncanya.

“Cikgu bagi masa 10 minit untuk kamu cari dia. Kalau tak
dapat, kamu kena denda berdiri di tengah padang, faham!” Cikgu
Zainal memukul rotan di atas meja, habis terkejut semua pelajar. Ada
juga yang membuat reaksi muka tidak berpuas hati dengan tindakan
Cikgu Zainal, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya
hati yang memberontak.

AIZUDDIN HAMID 14

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

CIkgu Zainal sememangnya tidak digemari oleh ramai pelajar
di sekolah asbab daripada sikapnya yang sangat tegas sehingga
tiada ruang untuk berkompromi langsung. Jika dia memberi arahan
“A”, maka itu sahaja pilihannya. Tiada tolak ansur untuk pilihan “B”
atau “C”.

Bahkan, jika dia melalui satu lorong di bangunan kelas,
kebanyakan pelajar akan mengelak daripada melalui lorong itu
kerana tidak mahu berselisih dengannya, boleh jadi juga kerana tidak
mahu melihat mukanya langsung! Pernah sekali dia melempang dua
orang pelajar tingkatan 4 yang sedang melepak di koridor kelas.
Malah, banyak lagi pelajar yang telah menjadi mangsanya!

“InsyaAllah. Baik cikgu, saya cari dia sekarang,” Faizal akur
dan bergegas keluar dari kelas. Dia sudah redha sekiranya dia bakal
didenda. Boleh jadi, dia tidak akan ketemu Malik dalam masa 10
minit itu.

**********

Setiap kali Faizal melalui lorong di bangunan kelas, dia akan
bertanya kepada pelajar-pelajar lain sekiranya mereka ada
ternampak kelibat Malik. Namun, semuanya hampa. Setiap tandas
pelajar lelaki juga telah diperiksa, tetapi masih belum ketemu.

AIZUDDIN HAMID 15

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Termasuklah blok makmal, perpustakaan, dan bengkel kemahiran
hidup. Peluh sudah membasahi bajunya dek kerana berlari-lari ke
sana ke mari tanpa ada arah tuju.

Jam menunjukkan pukul 12:45 tengah hari. Maknanya, Faizal
masih ada 5 minit sahaja lagi untuk mencari Malik. Jari telunjuknya
mengetuk-ngetuk dagu sambil berfikir di mana lagi tempat yang
masih belum dia pergi.

“Haa, tandas lama di hujung sekolah! Tapi, takkan dia ada kat
situ?” Faizal meragui idea yang terlintas dalam fikirannya. Namun,
hatinya meronta-ronta untuk dia tetap pergi ke sana.

Perlahan-lahan, kakinya melangkah. Seketika, langkahannya
semakin laju sehingga sampai betul-betul di hadapan tandas lama
itu.

‘Err… kenapa macam ada bau asap rokok? Ada orang
merokok ke ni?’ Hatinya bermonolog. Cemas.

Faizal tidak sedap hati. Dia meluru masuk ke dalam tandas.
Bau itu semakin kuat menusuk hidungnya.

“Astaghfirullah. Kau buat apa ni?” Faizal terkejut melihat Malik

AIZUDDIN HAMID 16

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

yang sedang duduk sambil menikmati rokok yang dipegang di tangan
kanannya. Perbuatan Malik yang baginya diluar jangkaan itu
menyebabkan Faizal terlupa akan kesucian kalimah istighfar itu yang
tidak sepatutnya diucapkan di dalam tandas.

Malik tersentak sehingga terbatuk-batuk. Dia sangka,
perbuatannya ini tidak diketahui orang. Namun, dia cuba bertindak
tenang dan mengawal keadaan.

“Kau buat apa kat sini?” Rokok yang sedang dipegangnya itu
terus dilepaskan, kemudian dipijak bagi memadamkan api puntung
rokok, kononnya untuk menghilangkan bukti. Namun, asap masih
lagi memenuhi ruang tandas dan sudah tentu dia tidak mampu
melakukan apa-apa untuk menghilangkannya. Apa yang pasti, ia
akan mengambil masa untuk semua asap itu hilang dari ruang
tandas yang tertutup itu.

“Cikgu Zainal cari kau. Sekarang ni waktu dia,” balas Faizal,
ringkas, sambil melihat Malik yang sedang ralit memijak rokok.

Seketika, Malik bersuara, “Kau jangan bagitahu cikgu. Kalau
tak, nahas kau!”

“Kenapa aku nak bersubahat dengan kau? Lebih baik aku

AIZUDDIN HAMID 17

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

bagitahu cikgu demi kebaikan kau. Kalau tak, kau akan terus
merokok sampai bila-bila,” respon Faizal, tidak gentar. Dia memang
seorang yang berprinsip, tahu membezakan mana yang baik atau
mana yang buruk.

Tiba-tiba, ada suatu suara sayup-sayup kedengaran dari jauh.

“Faizal! Faizal!” Jerit Cikgu Zainal.

Hati Malik berdegup kencang, termasuklah Faizal. Mereka
sedar, suara serak-serak basah itu semakin kuat kedengaran,
menandakan Cikgu Zainal semakin mendekati tandas lama di hujung
sekolah itu.

“Kurang ajar, kau dah bagitahu cikgu ke?” Bentak Malik,
namun suaranya masih dikawal kerana bimbang didengari dari luar.

Faizal tidak memberikan respon. Sambil memandang Malik,
dia terus keluar dari tandas itu. Dia bertekad untuk tidak mahu
berkomplot. Dia berlari menuju ke arah Cikgu Zainal yang berada
tidak jauh dari tandas lama itu.

Sepertinya, cikgu sedang menunggu Faizal untuk
menyampaikan berita gembira di mana keberadaan Malik.

AIZUDDIN HAMID 18

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 2 -

STUDY GROUP,

KONONNYA

AIZUDDIN HAMID 19

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Cikgu buat apa kat sini? Tadi cikgu suruh saya cari Malik?”
Faizal tertanya-tanya, dia sangkakan Cikgu Zainal sedang mengajar
di kelas. Dalam masa yang sama, dia masih lagi tercungap-cungap
kerana berlari tadi.

“Oh, cikgu terlupa yang cikgu ada meeting. Masa on the way ke
bilik mesyuarat, cikgu ternampak kamu pergi ke arah tandas lama tu.
Haa, ada jumpa Malik tak?” Cikgu Zainal juga kelihatan tergesa-gesa
kerana sudah lambat untuk pergi ke mesyuarat.

Faizal terdiam. Tiba-tiba, hatinya runsing, serba salah.

Pada awalnya, Faisal memang tidak mahu bersubahat dengan
Malik. Namun, rasa belas ihsan menguasai dirinya, ‘Kalau aku
bagitahu cikgu, boleh jadi Malik kena gantung sekolah, tak pun kena

AIZUDDIN HAMID 20

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

buang terus. Boleh jadi dia akan benci aku sampai bila-bila. Akhirnya,
aku dah tak ada ruang langsung untuk dekati, nasihat, dan bantu dia
untuk berubah. Hmm…’

“Eh, cikgu tanya kamu ni! Jumpa dia tak?” Cikgu Zainal mula
meninggikan suara apabila melihat Faizal seolah-olah sedang
mengelamun.

Faizal tersedar daripada lamunan, seraya berkata, “Maafkan
saya, cikgu. Kalau cikgu nak denda saya berdiri di tengah padang
pun tak apa, saya terima.”

Faizal tidak mahu menipu dengan mengatakan bahawa dia
tidak ketemu Malik. Malah, dia juga tidak mahu melindungi
kemungkaran dengan melakukan kemungkaran yang lain. Jadi, dia
memilih untuk meminta maaf sahaja tanpa menjawab soalan yang
ditanya Cikgu Zainal.

“Ermm… tak apa. Cikgu maafkan, tak perlu denda. Cikgu pun
dah lambat ni. Kamu masuk kelas dan tolong pesan kepada
kawan-kawan untuk siapkan latihan muka surat 13. Esok, cikgu
check dalam kelas!” Cikgu Faizal memberi arahan sambil
membelek-belek fail yang dipegangnya. Kemudian, dia terus berlalu
pergi.

AIZUDDIN HAMID 21

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik yang sedang mencuri-curi dengar dari dalam tandas,
tersenyum sendirian. ‘Nasib baik Faizal cover aku. Tapi, kenapa?’
Soalan itu dibiarkan terbuku di dalam hatinya tanpa dijawab.

Faizal terus menyusun langkah menuju ke kelas tanpa
berpatah balik ke tandas itu kerana dikhuatiri Cikgu Faizal berasa
curiga pula.

**********

“Terima kasih…” kata Malik sambil menepuk bahu Faizal.
Keesokan harinya, dia ketemu Faizal di kantin pada awal pagi
sebelum kelas bermula.

“Untuk apa?”

Pada ketika itu, Faizal baru sahaja menghabiskan nasi lemak
yang dibelinya di kantin. Malah, dia baru sahaja ingin pergi ke sinki
untuk membasuh tangan.

“Semalam… kau kan dah selamatkan aku,” balas Malik,
ringkas.

Faizal hanya membalas dengan senyuman, penuh dengan

AIZUDDIN HAMID 22

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

maksud yang tersirat. Apa yang pasti, bukannya tipu daya. Ada
hikmah mengapa dia melakukan sedemikian.

Tidak lama selepas itu, Syamsul memanggil Malik yang hanya
selang beberapa meja sahaja daripada tempat Faizal menjamu
selera.

“Hoi Malik, buat apa lepak situ? Sini arh, kat situ tempat
budak-budak skema, haha,” Syamsul sempat menyindir Faizal dari
jauh. Hilai tawa memenuhi ruang meja makan Syamsul, kebetulan
juga terdapat tiga orang kawannya di situ.

Antara orang yang paling rapat dengan Malik sejak
kebelakangan ini ialah Syamsul, pelajar tingkatan 5 Utarid.
Bersahabat atas dasar wang ringgi! Dia selalu mengambil
kesempatan terhadap Malik. Jika berjumpa, pasti Malik diminta untuk
belanja Syamsul dan kawan-kawannya.

Malik pula tidak membantah, malah bergembira kerana
disangka inilah kawan sejatinya. Malik selalu berkongsi cerita
dengannya, malah Syamsul jugalah yang memberi solusi terhadap
masalah-masalah yang dihadapi Malik, antaranya menghisap rokok
kononnya untuk mendapatkan ketenangan.

AIZUDDIN HAMID 23

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Macam mana semalam? Ok tak, first time hisap rokok?” Bisik
Syamsul kepada Malik yang telah pun berada di mejanya setelah
beredar dari meja Faizal.

Faizal pula hanya memerhati dari jauh. Walaupun dia tahu
bagaimana perangai Syamsul yang sebenar, dia tidak mahu sangka
buruk. Selepas dia membasuh tangan, dia terus berlalu pergi ke
kelas. Dia tidak dengar langsung apa yang dibualkan mereka.

“Ok arh. Cuma, batuk-batuk sikit. Thanks sebab bagitahu aku
pasal Rafi. Tak sangka, dia ada bawa rokok dan jual di sekolah,”
balas Malik dengan perasaan teruja dan gembira. Malangnya, ia
hanyalah kegembiraan dunia yang bersifat sementara dan penuh tipu
daya.

“Haah, dah lama dia buat kerja part time ni, tak ramai yang
tahu, cuma perokok-perokok tegar macam kitorang ni saja yang
tahu,” terang Syamsul dengan bangga, sambil menyiku
kawan-kawannya yang berada di sebelah. Mereka hanya
mengangguk sambil tersengih, membenarkan kata-kata Syamsul.

“Lepas ni, boleh arh join kitorang. Kat luar sekolah tu
macam-macam kitorang buat,” ajak salah seorang kawan Syamsul.
Sebagai ketua kumpulan itu, sekiranya Syamsul tidak membantah,

AIZUDDIN HAMID 24

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

itu tandanya dia bersetuju. Baginya, Malik sudah layak untuk menjadi
salah seorang daripada mereka kerana dia berani menyahut cabaran
untuk merokok di dalam kawasan sekolah.

“Malam ni free? Jom lepak dengan kitorang.” Buat pertama
kalinya, Syamsul benar-benar mengajak Malik untuk menyertai
aktiviti malam mereka, yang lebih penting, sebagai salah seorang ahli
kumpulannya. Dahulu baginya, Malik hanya sebagai umpan untuk
memenuhkan perutnya yang lapar dengan makanan, atau poketnya
dengan wang ringgit.

Kini, tidak lagi.

Anak-anak muda. Begitu banyak aktiviti sosial yang mereka
lakukan, khususnya pada waktu malam. Cuma, ada yang baik, ada
yang buruk. Ada yang memilih untuk pergi ke kuliah atau
majlis-majlis ilmu. Namun, ada yang memilih untuk melepak atau
melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

“Aku tak pernah keluar malam ni. Tak berani aku nak minta izin
mama aku, apatah lagi ayah,” Malik mengeluh.

“Aduhh… kau ni buat malu aku arh. Takkan aku nak kena ajar
kau menipu kot? Cakap saja, kau ada study group. Parents kau

AIZUDDIN HAMID 25

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

confirm bagi. Kau guna alasan SPM, kita kan dah form 5 tahun ni,”
Syamsul memandang tepat ke arahnya. Sudah pasti, Syamsul
berpengalaman dalam menipu, jika tidak, mana mungkin dia mampu
mengajar orang lain pula.

“Ok, aku cuba. Kat mana? Pukul berapa?” Tanya Malik, tidak
sabar.

“Petang nanti aku whatsapp semua details. Kau rilek saja,”
balas Syamsul, ringkas. Sambil itu, dia memuncungkan mulut ke
arah makanan-makanan yang tersedia di kaunter makanan,
terangguk-angguk.

“Haa, korang ambil saja apa-apa makanan. Aku belanja,
jangan risau.” Tanpa diminta, Malik sendiri yang menawarkan diri
untuk belanja mereka. Secara tidak sedar, akhirnya Syamsul sudah
pun berjaya menguasai diri Malik supaya menunaikan apa sahaja
kehendaknya, lebih dahsyat apabila ia dilakukan atas kerelaan
sendiri, bukan secara paksaan. Licik permainan Syamsul!

**********

I need another story
Something to get off my chest

AIZUDDIN HAMID 26

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red

From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears

Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album

Send it straight to gold

AIZUDDIN HAMID 27

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

I don't…

Lagu Secrets oleh One Republic dimainkan di Youtube
berulang-ulang kali melalui komputer di biliknya. Apabila fikiran Malik
kusut kerana memikirkan sebarang masalah, lagu itulah yang
menjadi penemannya.

Sejak tadi, dia mudar-mandir di dalam bilik. Serba salah. Dia
begitu jarang keluar malam, apatah lagi keluar dalam keadaan
menipu mama dan ayahnya.

‘Kalau kantoi macam mana?’ Hatinya tidak keruan. Begitu
sukar rupanya ingin melakukan kemungkaran, sehingga timbul
perasaan resah dan gelisah di dalam diri.

AIZUDDIN HAMID 28

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

‘Rugi kalau kau tak join. Bukan selalu Syamsul ajak kau. Kalau
tak pergi, nanti diorang dah tak ajak kau…’

‘Selama ni, kau ikut saja cakap mama dan ayah kau. Jadi, tak
salah pun kalau menipu sekali…’

‘Mesti banyak benda best yang diorang buat…’

Bisikan-bisikan jahat di dalam dirinya mendesak Malik supaya
mengikut perancangan Syamsul.

Akhirnya, Malik mengemas beg. Diselit juga buku subjek Sains,
kononnya untuk belajar bersama kawan-kawan. Kata-kata dan
susunan ayat diperkemas, supaya apa yang bakal dia katakan
kepada mama sebentar nanti tiada ragu-ragunya.

Sesekali, dia melihat semula whatsapp daripada Syamsul.
Bukan apa, cuma untuk kepastian.

“Bro, jumpa pukul 9:00 malam nanti di Taman Tasik Shah
Alam.”

Jaket nipis disarungkannya. Beg digalas rapi. Dia terus turun
ke tingkat bawah, menuju ke ruang tamu. Kebetulan, mama berada

AIZUDDIN HAMID 29

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

di situ sambil menonton televisyen. Belum sempat Malik menjejakkan
kaki di ruang tamu, mama terus menyapanya.

“Eh, nak ke mana malam-malam ni?” Mama membetulkan
posisinya di atas sofa, lenguh rasanya.

Malik cuba bertenang. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, risau
jika tipu helahnya tidak menjadi.

“Mama, Malik nak pergi rumah kawan, study group. Tahun ni
kan SPM, Malik nak kena study betul-betul,” balas Malik sambil
memberi reaksi wajah yang penuh dengan pengharapan. Dia sudah
pun menghafal skrip ketika berada di bilik tadi.

Mama memandang tepat ke arah Malik, tidak berdalih.
Pandangan kasih seorang ibu kepada anak yang dipercayainya.
Mama yakin, anak yang pernah dikandungnya 9 bulan itu tidak akan
sesekali menipu. Lantas, mama mengizinkannya untuk keluar.

Cuma, dititipkan pesanan supaya Malik pulang awal. Dikhuatiri
jika ayah pulang lewat malam nanti, ayah akan mengamuk apabila
Malik tiada di rumah. Boleh jadi Malik akan dipukul. Maklum
sahajalah, sikap ayah yang panas baran itu.

AIZUDDIN HAMID 30

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Setelah bersalaman dengan mama, Malik bergegas keluar.
Tipu dayanya berjaya!

Namun, dia terlupa bahawa Allah sedang memerhatikannya,
sedang mengujinya sama ada dia mampu menjadi anak yang baik
atau tidak. Dia sanggup menipu hanya semata-mata untuk
memenuhi kepentingan dirinya.

Bagaimana pula dengan perasaan mama, sekiranya dia
mampu membaca isi hati Malik dan terbongkar segala penipuan ini?

**********

“Awak cakap, ada kawan awak nak datang. Hensem katanya,
kaya pula tu, tapi mana?” Yana yang berada di sebelah Ika kelihatan
tidak sabar.

“Haa, sabarlah. Nanti dia datang la tu,” balas Syamsul. Dia
juga sedang tercari-cari Malik, khuatir jika Malik mungkir janji.

“Amboi. Awak tu dah ada boyfriend, jangan nak tamak sangat,
ehem,” Ika menyampuk perbualan Yana dan Syamsul. Seketika,
mereka ketawa bersama-sama.

AIZUDDIN HAMID 31

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

10 minit kemudian. Dari jauh, mereka terpandang seorang
lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 135LC sedang
mundar-mandir di bahagian luar Taman Tasik Shah Alam. Boleh jadi
itu Malik, fikir mereka.

Dalam masa yang sama, Malik juga ternampak kelibat
beberapa orang anak muda, samar-samar. Didekatinya
perlahan-lahan, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.
Terjerit-jerit.

“Malik!!! Malik!!! Kat sini…”

Ternyata, lelaki yang sedang melambaikan tangan ke arahnya
itu ialah Syamsul, yang berseluar jean, memakai t-shirt hitam
berjaket kulit, dan berambut pacak. Berbeza sekali penampilan
Syamsul sehingga Malik sendiri tidak mengecamnya.

Syamsul tidak keseorangan. Bersamanya, terdapat beberapa
orang kawan lelaki termasuklah Rafi si saudagar rokok. Cuma, apa
yang Malik tahu, Rafi sebenarnya jarang melepak dengan mereka,
kadang-kadang sahaja.

Tidak dikenali Malik, terdapat juga beberapa orang kawan
perempuan Syamsul yang boleh dikatakan cantik penampilannya.

AIZUDDIN HAMID 32

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Bertudung singkat, baju ketat dan berseluar jean. Menurut salah
seorang daripada mereka, kelas tuisyen pada malam itu dibatalkan.
Jadi, mereka turut sama melepak di taman itu.

Pandangan mata tertumpu ke arah Malik. Syamsul
memperkenalkan Malik kepada semua orang, mengalu-alukan
dirinya sebagai orang baharu. Sempat juga Malik menjeling ke arah
salah seorang perempuan, iaitu Ika. Berpakaian t-shirt berwarna
pink. Kebetulan, Ika juga sedang memandangnya. Malik terus
menundukkan pandangan, malu.

Pada malam itu, mereka banyak menghabiskan masa dengan
bergelak ketawa dan berbual kosong. Bukan mereka sahaja, bahkan
ramai lagi anak-anak muda lain yang sedang melepak di sekitar
taman itu. Dating berdua-duaan juga perkara biasa. Sememangnya
kawasan itu merupakan hotspot untuk anak-anak muda mencari
kebebasan diri, kononnya.

Sesekali, Syamsul sempat juga menghulurkan rokok kepada
Malik supaya dia terbiasa dengan benda itu.

Jam tepat menunjukkan pukul 10:30 malam. Terasa waktu
berjalan begitu pantas sekali.

AIZUDDIN HAMID 33

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Laa, takkan dah nak balik?” Tanya Rafi sambil mengerutkan
dahinya.

“Haah, rilek arh,” pujuk mereka.

Disebabkan teringat pesanan mama supaya pulang awal ke
rumah, Malik meminta izin untuk mengundurkan diri. Pada mulanya,
mereka tidak bersetuju, khususnya Ika. Kata mereka, malam masih
muda. Bagi mengelakkan sebarang sangkaan, Malik sempat
bercerita tentang keadaan keluarga khususnya mengenai perangai
ayahnya. Setelah itu, mereka tidak keberatan untuk memberi
keizinan.

AIZUDDIN HAMID 34

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 3 -
CINTA YANG
PENUH TIPU DAYA

AIZUDDIN HAMID 35

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Treett.. Treett..

Telefon pintar Samsung milik Malik berdering. Jam di
lockscreen menunjukkan tepat pukul 11:46 malam. Sebetulnya, Malik
sudah bersiap-siap untuk tidur di atas katil.

Malik tercengang apabila mendapat satu whatsapp yang mesra
daripada nombor yang tidak dikenali. Dahinya berkerut.

“Assalamualaikum. Hai awak (^_^)”

Malik tidak segera membalas. Dia terfikir, mungkin ada
kawan-kawan yang ingin mempermainkannya. Sejurus itu, dia terus
melihat profile photo di whatsapp itu.

AIZUDDIN HAMID 36

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

‘Eh, kenapa macam kenal?’ Getus hatinya. Gambar seorang
perempuan bertudung biru bercorak bunga menghiasi paparan skrin.
Wajahnya seakan-akan Ika, cuma Malik masih lagi ragu-ragu.

5 minit selepas itu, Malik mendapat mesej kedua.

“Ni saya, Ika. Kita ada jumpa tadi. Malik, kan?”

Kali ini, Malik menelan air liur. Benar, itulah perempuan yang
dijumpainya sebentar tadi. Malik rasa bersalah, wajarkah dia
membalas whatsapp itu? Dia jarang berbalas mesej dengan
kawan-kawan perempuan, apatah lagi mesej yang berbaur mesra.

‘Cepat reply, bukan selalu awek nak approach kau.’

‘Cun kot, rugi kau tak layan.’

‘Selama ni, family kau macam tak peduli kau sangat. Lebih baik
kau berkawan dengan dia.’

Hawa nafsunya meronta-ronta supaya Malik membalas
whatsapp Ika.

Akhirnya, Malik tewas.

AIZUDDIN HAMID 37

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sepanjang malam itu, dia dan Ika begitu mesra membalas
whatsapp, seolah-olah mereka sudah kenal lama. Banyak sekali
smiley dan emoticon yang menghiasi mesej-mesej mereka sebagai
tanda kemesraan.

Malik tidak sangka, Ika seprihatin itu. Malik berasa selesa
untuk berkongsi masalah keluarganya yang menjadi punca dia
berubah sehingga dia sudah tidak seperti dahulu lagi. Ika juga selesa
berkongsi kisah hidupnya dengan Malik. Kebetulan juga, Ika tidak
mempunyai boyfriend, jadi dia tidak terkongkong untuk berkawan
dengan mana-mana lelaki termasuklah Malik.

Patut jugalah mereka tidak pernah ketemu kerana walaupun
Ika tinggal di Seksyen 13, Shah Alam, tetapi dia bersekolah di
Damansara, kira-kira 30 minit dari rumah Ika. Pada setiap pagi, dia
akan mengikut ibu yang keluar bekerja di pejabat yang juga terletak
tidak jauh dari sekolahnya.

“Awak, dah lewat ni. Dah hampir pukul 4:00 pagi. Jom tidur,”
Malik berasa berat hati untuk menulis whatsapp ini, tetapi dia
benar-benar mengantuk. Dia sendiri jarang tidur lambat. Namun,
matanya sudah lebam, mendesak supaya hak mata itu ditunaikan,
dipejam dan direhatkan.

AIZUDDIN HAMID 38

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

Cikgu Zaleha tekun memberi penjelasan di hadapan kelas.
Papan putih penuh ditulis dengan nota. Ternyata, subjek Ekonomi
tidak semudah yang disangka oleh pelajar kelas 5 Neptune.

“Malik!!!” Suara deras memecah keheningan kelas. Ramai
pelajar terkejut, termasuklah Malik yang dari tadi meletakkan kepala
di atas meja berlapikkan lengan kanannya, tidur.

Sekali lagi, Cikgu Zaleha bersuara, “Berani kamu tidur di dalam
kelas saya? Berdiri kat luar kelas, sekarang!”

Malik yang masih berada dalam keadaan separa sedar, terus
beralih dari tempat duduknya dan bergegas keluar. Sempat juga dia
memandang Cikgu Zaleha, seakan-akan tidak berpuas hati.

Sebelum ini, Malik tidak pernah dihalau keluar dari kelas. Inilah
kali pertama dalam sejarah hidupnya di sekolah. Baginya, perkara ini
sungguh memalukan. Hatinya memberontak, ‘Tunggulah nanti.’

Tamat sahaja kelas Cikgu Zaleha, Malik terus masuk ke kelas
melalui pintu belakang, tunduk menahan geram.

AIZUDDIN HAMID 39

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Kau ok tak? Sorry arh, aku tak sempat kejut kau tidur tadi, aku
pun tak perasan sebab aku fokus tengok white board tadi,” Faizal
melahirkan rasa kekesalan. Sikapnya yang mudah bersimpati amat
disenangi oleh semua orang, kecuali Malik yang semakin hari
merasakan sikap Faizal menjengkelkan.

“Tak apa, aku ok saja,” Malik tidak memalingkan wajah ke arah
Faizal, sebaliknya dia hanya mengemas buku-buku di atas meja.

Faizal berdiri betul-betul di hadapan Malik. Tangannya
diletakkan di atas bahu Malik, seraya berkata, “Kau ada apa-apa
masalah ke? Tak pernah pula aku tengok kau mengantuk sampai
macam ni. Kalau kau ada apa-apa, bagitahu aku, mungkin aku boleh
tolong.”

Malik menolak tangan Faizal, tidak selesa. “Kau jangan risau
pasal aku, biar aku buat hal sendiri,” Malik memberi amaran.
Sudahlah baru didenda Cikgu Zaleha, ditambah pula dengan sikap
Faizal yang terlalu mengambil berat, lagilah Malik bertambah geram.
Setelah itu, dia terus keluar dari kelas memandangkan sudah masuk
waktu rehat. Suaranya kedengaran agak jelas, semua pelajar melihat
ke arah mereka.

Faizal terdiam. Dia melihat Malik keluar, sedikit demi sedikit

AIZUDDIN HAMID 40

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tubuh sahabatnya itu hilang dari pandangan. Dia sedar, Malik
memang benar-benar sudah berbeza. Malik yang dia kenal sejak dari
tingkatan 1 dahulu tidak seperti Malik yang dia kenal sekarang.

“Hmm, kau jangan fikir sangat pasal Malik tu. Biarkan dia,” Ali
yang juga kawan sekelas mereka memberitahu Faizal.

**********

Faizal mengambil keputusan untuk bertemu Cikgu Zaleha.
Sebagai ketua kelas, dia berasa bertanggungjawab terhadap apa
yang berlaku. Dia terus menuju ke bilik guru dengan penuh rasa
bersalah.

“Assalamualaikum, cikgu. Maaf mengganggu,” Faizal menyapa
gurunya yang sedang berada di meja.

“Waalaikumussalam. Haa, Faizal. Ada apa ni? Waktu rehat
sekarang ni, kamu tak pergi rehat ke?” Soal Cikgu Zaleha sambil
menanda buku latihan pelajar. Masih banyak lagi yang perlu
disiapkan.

“Haa, lepas ni saya pergi rehat. Errr… sebenarnya, saya nak
minta maaf kat cikgu pasal kejadian tadi. Sebagai ketua kelas, saya

AIZUDDIN HAMID 41

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sepatutnya lebih bertanggungjawab, saya tak patut biarkan Malik
tidur di dalam kelas,” kesal Faizal, merasakan dirinya bersalah
walaupun kesalahan itu dilakukan oleh orang lain.

“Tak apa, bukan salah kamu. Cuma, cikgu rasa terkilan dengan
sikap Malik. Cikgu kenal dia dulu, dia pelajar yang bagus. Sejak
kebelakangan ni, dia nampak lain sikit. Dia ada apa-apa masalah
ke?”

Cikgu Zaleha pun menyedari perubahan Malik. Malangnya,
Faizal sendiri tidak mempunyai jawapan, kenapa Malik jadi begitu.
Dia hanya menggelengkan kepala.

**********

“Ika… Yana… Tunggu kejap!” Satu suara memanggil nama
mereka dari tepi kantin. Mereka baru sahaja selesai menjamah nasi
goreng.

“Alamak, Irfan…” Ika mengeluh. Kelihatan Irfan sedang
berlari-lari anak menghampiri mereka. Dia memegang sesuatu di
tangannya.

Di SMK Damansara 2, Irfan boleh dikatakan sebagai hotstuff,

AIZUDDIN HAMID 42

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

jejaka idaman pelajar perempuan di sekolah mereka. Dia juga digelar
playboy kerana mempunyai ramai teman wanita.

Dalam masa yang sama, Irfan sukakan cabaran. Lebih sukar
mendekati seseorang perempuan, lebih kuat usaha yang dia lakukan
untuk mendapatkannya. Namun, sehingga kini dia gagal
mendapatkan Ika disebabkan Ika sendiri tidak suka dengan
sikapnya.

“Tak apa, awak buat macam biasa saja,” Yana yang berada di
sebelahnya cuba menenangkan Ika.

Seketika, Irfan berdiri betul-betul di hadapan mereka. “Saya
ada beli burger di kantin tadi. Nah, untuk awak.”

“Amboi, satu saja? Saya punya mana?” Yana mencelah,
seakan tidak berpuas hati.

“Oh, awak suruh la Rasyid si boyfriend awak tu beli. Saya beli
satu saja untuk buah hati saya,” Irfan cuba berdalih sambil mengenyit
matanya ke arah Ika.

Secara spontan, Ika mencebikkan bibir, “Eh, perasan!”

AIZUDDIN HAMID 43

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Ika, ambil saja, kalau awak tak nak, bagi kat saya,” Yana
memberikan cadangan.

Akhirnya, Ika terpaksa mengambil burger itu kerana dia sudah
tahu perangai Irfan, selagi ditolak, selagi itu juga dia dipaksa.
Beberapa minggu lepas, Irfan pernah mengikut Ika sehingga ke kelas
hanya kerana Ika tidak mahu menerima pelawaannya.

Terkadang, lucu hati juga melayan karenah Irfan. Namun, sakit
hatinya lebih banyak.

**********

“Bro, macam mana semalam? Dengar cerita, Ika whatsapp

AIZUDDIN HAMID 44

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kau,” Syamsul mengusik Malik yang sedang termenung seorang diri
di koridor bangunan kelas. Malik terkejut kerana Syamsul tahu apa
yang dia lakukan pada tengah malam tadi, tetapi dia tenang sahaja.

“Rilek weyh, kau jangan risau. Ika yang minta nombor kau kat
aku, sebab tu aku boleh agak yang dia contact kau,” Syamsul
memberi penjelasan seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran
Malik. Senyumannya sinis.

Kemudian, dia menyambung, “Aku rasa Ika suka kat kau tu.
Lepas kau balik semalam, macam-mana dia tanya pasal kau. Oh,
satu lagi. Jangan risau, dia takda boyfriend, so kau layan la dia,
comel tu,” Syamsul memujuk sambil menyiku Malik.

“Haah, aku pun perasan dia tengok kau lain macam saja
semalam. Kitorang yang dah lepak lama dengan dia pun, dia tak
layan sangat, untung arh kau,” salah seorang daripada kawan
Syamsul pula bersuara, sejak tadi berdiri di sebelah Malik. Bunyinya
seperti kecewa.

Malik kelihatan sedang berfikir. Mungkinkah Ika benar-benar
suka kepadanya? Namun, dikawal perasaan itu supaya tidak dilihat
terlalu gelojoh. Katanya, “Tengok la, nanti aku layan dia.” Dia tidak
mahu berharap. Baginya, mana mungkin perempuan secomel dan

AIZUDDIN HAMID 45

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

secantik Ika mahukannya.

“Eh, korang memang selalu lepak situ ke? Tiap-tiap malam?”
Malik mengubah topik perbualan. Licik sekali permainannya.

“Haa, hampir tiap-tiap malam kitorang melepak. Tapi, buat
macam-macam arh, bukan melepak dengan kawan-kawan
perempuan yang semalam tu saja. Bosan juga kalau asyik dengan
diorang. Ada lagi kawan-kawan perempuan yang lain. Kitorang pun
ada merempit, tapi bukan racing, kitorang lebih kepada buat gaya
acah-acah hebat macam wheelie, weekang, dan superman. Satu
lagi, kitorang ada projek rahsia, tapi tak boleh cerita dekat semua
orang pasal projek tu. Nanti bila dah sampai masanya, baru kitorang
bagitahu kau,” jelas Syamsul panjang lebar, bangga.

Kelihatannya, mereka begitu sibuk pada waktu malam. Begitu
banyak aktiviti yang dilakukan. Malangnya, mereka hanya sibuk
dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat
pun..

“Ok, kalau bila-bila korang keluar lagi, ajak aku sekali,” Malik
kelihatan tidak sabar. Pasti banyak lagi keseronokan yang bakal dia
lalui, fikirnya.

AIZUDDIN HAMID 46

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

“Mama bagitahu ayah, kamu ada study group semalam. Kat
mana?” Pertanyaan ayah dari ruang tamu membuatkan langkah kaki
Malik terhenti. Semahunya, dia ingin terus naik ke atas dan menuju
ke bilik. Dia ingin berjumpa dengan Ika melalui alam maya. Namun,
hasratnya terganggu. Dia turun semula dari tangga rumah banglo
nan indah itu.

“Ya, betul tu ayah,” jawab Malik, ringkas. Dia pasti, mungkin
mood ayahnya baik pada ketika itu. Jika tidak, mana mungkin dia
mengendahkan perihal keluarga.

“Sebelum ni, tak pernah keluar study pun. Kalau betul,
baguslah. Tapi, kalau ayah dapat tahu kamu tipu, jaga!” Sempat juga
Tuan Rahim memberi peringatan kepada Malik. Sepertinya, tsunami
besar akan melanda diri Malik sekiranya dia tertangkap menipu.
Walaupun Tuan Rahim mempercayai anaknya kerana tidak pernah
membuat hal sebelum ini, tetapi dia tetap berwaspada.

Malik terkedu. Dia mengangguk, tunduk, lantas bergegas ke
biliknya. Terasa lambat pergerakannya menaiki tangga ke tingkat
atas, mungkin juga kerana cemas.

AIZUDDIN HAMID 47

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sampai sahaja di bilik, dia terus membaringkan diri di atas katil.
Penat, hampir seharian berada di sekolah. Setelah menukar pakaian,
dia terus mencapai telefon pintar yang diletakkan di atas rak. Ada
satu whatsapp!

Ternyata, whatsapp itu daripada Ika. Mereka berbalas mesej
mesra. Boleh jadi, mereka sudah suka antara satu sama lain
walaupun baru sahaja berkenalan, cuma masing-masing belum ada
kekuatan untuk meluahkannya. Terasa keterikatan hati yang terjalin
antara mereka. Terkadang, hanya menghantar mesej emoticon atau
smiley sahaja, itu sudah membahagiakan mereka.

**********

“Awak, dah hampir dua minggu kita kawan. Ermm… saya nak
bagitahu sesuatu, boleh?” Malik menaip whatsapp.

Malam ini, dia mempunyai suatu misi yang besar, kononnya.
Lagipun, dia sudah semakin mahir bermain dengan kata-kata. Pujuk
rayu juga sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya. Dia sudah
semakin berani, dibantu pula dengan bisikan syaitan dan godaan
hawa nafsu yang tidak berputus asa menjadi guru dan rujukan
baginya.

AIZUDDIN HAMID 48

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Awak nak bagitahu apa, boleh saja,” balas Ika, penuh
debaran. Dia berasa tidak senang duduk.

“Ok, tapi awak sabar ya. Saya harap, awak terima dengan hati
terbuka.”

“Eh, kenapa ni? Jangan la main-main dengan saya, huhu.”

“Sebenarnya, jantung saya berlubang…”

“Huh? Awak… (T_T)”

“Ya, maafkan saya…”

“(T_T)”

“Sebenarnya, jantung saya berlubang sejak saya kenal awak,
sebab saya nak isi dengan cinta awak… Cia.. Cia… Cia… (>.<)”

Sempat pula Malik bergurau senda. Sejak dari awal perkenalan
mereka, Malik banyak menggunakan ayat pick up line untuk
menawan hati perempuan itu.

Rupa-rupanya, dia berhasrat untuk menjadikan Ika sebagai

AIZUDDIN HAMID 49


Click to View FlipBook Version