The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizuddinhamid11, 2021-08-21 05:43:38

IAMTAH

IAMTAH

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

keyakinan.

Benarlah. Jika seseorang sudah mendapat cahaya hidayah,
walau sebesar mana ujian yang mendatang, pasti diri akan
menghadapinya dengan penuh sabar dan redha. Tidak akan pernah
tertewas walau sedikit pun dengan kecintaan Allah yang hakiki.

Biar dunia membenci, asal Allah di sisi.

“Oh ya, nanti masa kau nak mengucap dua kalimah syahadah,
nak buat secara terbuka di surau atau secara tertutup?” Tanya
Asyraf.

“Aku rasa, nak buat tertutup saja. Tak perlu nak hebahkan. Biar
orang tahu sendiri, sebab lama-kelamaan semua akan tahu juga,”
jawab Kalai.

Malik menyampuk, “Aku setuju. Nanti kita akan minta ustaz
Nazim untuk datang ada sekali bersama kita. Aku cadangkan, lepas
kau masuk Islam, kau tak perlu bagitahu keluarga kau lagi. Masa cuti
panjang dan kau balik ke Sabah, kau buat macam biasa saja. Cuma,
kalau nak solat atau makan, berhati-hati. Bila kau rasa ada masa
yang sesuai untuk bagitahu, baru kau buat.”

AIZUDDIN HAMID 300

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Jauh di sudut hati Malik, dia merasa tersentuh dengan
ketabahan Kalai. Begitu besar cabaran yang bakal dia hadapi hanya
semata-mata untuk masuk Islam, sedangkan dirinya dahulu yang
sememangnya Islam, tidak pernah menghargai kesenangan Islam
yang diperolehnya walau sedikit pun.

**********

Malik baru sahaja selesai makan tengahari. Dia sudah tidak
mempunyai kelas pada petang itu. Jadi dia terus balik ke bilik.

Sementara menunggu waktu solat Zohor, dia mengambil
keputusan untuk menelefon mama.

“Assalamualaikum mama. Buat apa tu? Semua sihat?”

“Waalaikumussalam. Haa, semua sihat. Malik pula? Ada apa
call mama ni?”

“Malik pun sihat, cuma bila dah semester ketiga ni, banyak sikit
assignment nak kena siapkan. Haa, Malik balik tau hujung minggu
ni.”

“Eh, bukan cuti semester hujung bulan ni?” Kenapa balik

AIZUDDIN HAMID 301

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

awal?” Mama tertanya-tanya. Setahunya, Malik pernah whatsapp
menyatakan kepulangannya pada hujung bulan ini.

“Haa, nanti cuti semester pun balik juga. Cuma, minggu ni
Malik balik dengan Asyraf naik bas, sebab kami ada nak jumpa
seseorang. Mama ingat lagi tak buku Masih Ada Syurga Buat Kita?
Haa, Malik nak jumpa dengan orang yang bagi buku tu!” Kata Malik,
semangat.

Mama cuba mengimbas kembali buku yang dikatakan Malik itu.

Ya, masih ada diingatannya. “Oh, buku yang tu? Haa,
baguslah. Nanti boleh ucap terima kasih kat dia.”

“Ok. Ayah ada ke mama? Kerja ke?”

“Ayah cuti seminggu, pergi India. Ada program tabligh
katanya.”

“Hmm, mesti ikut Haji Zamri kan?” Malik cuba meneka. Dia
tahu, sejak ayahnya bersahabat dengan Haji Zamri, kehidupan
ayahnya juga banyak berubah.

“Ya, betul tu. Ok la, mama ada kerja nak buat ni. Nanti kita

AIZUDDIN HAMID 302

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

jumpa hujung minggu ni ya, jaga diri baik-baik.” Seketika, mama
meletakkan telefon.

Mendengar suara mama sahaja sudah menggembirakan hati
Malik, inikan pula apabila bertemu.

**********

“Salam. Jangan lupa esok pukul 10:00 pagi, jumpa di Seksyen
21 Shah Alam.”

Malik mendapat whatsapp daripada Asyraf. Mereka sudah
sampai di rumah masing-masing setelah menaiki bas pada petang
Jumaat tadi. Malik berasa tidak sabar pula, seolah-olah ingin
berjumpa kekasih hati!

Namun pastinya, menurut Asyraf, pemilik buku itu ialah lelaki.
Jadi, Malik sebenarnya tidak sabar untuk berterima kasih kepada
orang yang telah banyak memberi kesedaran kepadanya walaupun
hanya melalui sebuah buku.

“Ok. Lepas Subuh aku pergi, haha.” Malik menaip whatsapp,
sempat juga dia bergurau.

AIZUDDIN HAMID 303

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malam itu, dia tidur dalam keadaan tenang bersama buku
Masih Ada Syurga Buat Kita di sebelah kanannya. Akhirnya, doa
yang dipanjatkan selama ini telah dimakbulkan Allah.

Sungguh, Allah tidak akan sesekali menghampakan
permintaan hambaNya yang benar-benar ikhlas memohon.

**********

Perjalanan memakan masa kira-kira 20 minit sahaja dari
rumahnya. Sampai sahaja di Seksyen 21 Shah Alam, dia ternampak
Asyraf yang sedang menunggunya.

“Kereta Viva warna silver. Haa betul la tu Asyraf.”

AIZUDDIN HAMID 304

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Setelah mereka bertemu, Asyraf meminta supaya Malik
mengikutnya.

Tanpa sebarang bantahan, Malik hanya melakukan apa yang
disuruh. Kereta Mini Cooper milik mama dipandu perlahan, mengikut
kereta Asyraf dari belakang.

“Hmm, betul ke dia ni? Atau dia saja nak kenakan aku?”

Apa yang menghairankan Malik, kereta Asyraf berhenti
betul-betul di hadapan tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.
‘Boleh jadi dia nak lawat saudara-maranya kejap. Tak apa aku ikut
saja,’ hatinya bermonolog.

Kedua-dua buah kereta diparkir di tempat yang telah
disediakan. Seketika, mereka berdua berjalan masuk ke tanah
perkuburan itu.

“Kau nak jumpa siapa ni? Nak ziarah kubur saudara-mara kau
dulu ke?” Soal Malik. Dia tidak mahu fikirannya berserabut
memikirkan segala andaian.

“Eh, tak. Kita nak jumpa pemilik buku Masih Ada Syurga Buat
Kita,” balas Asyraf, serius.

AIZUDDIN HAMID 305

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik masih belum mampu menjangka apa yang akan berlaku.
Dia hanya menganggap Asyraf ingin mempermainkannya. ‘Tak apa,
layan saja,’ bisik hatinya.

“Mesti pemilik buku ni kerja penggali kubur, kan?” Ujar Malik
sambil tersenyum sinis.

Asyraf tidak memberikan respon. Dia hanya meneruskan
perjalanan dengan penuh berhati-hati di celah kubur-kubur itu. Malik
perasan riak wajah Asyraf sedikit berubah, terukir kesedihan di
wajahnya.

“Ok, kita dah sampai,” Asyraf bersuara setelah berhenti
betul-betul di hadapan sebuah kubur.

Secara spontan, Asyraf menarik tangan Malik supaya melihat
tanda nama pada baru nisan tersebut.

“Muhammad Faizal bin Arifin? Kenapa aku macam pernah
kenal nama ni?” Malik berasa gelisah.

Jantungnya berdegup kencang. Dia memeluk erat buku Masih
Ada Syurga Buat Kita yang dipegangnya sejak tadi.

AIZUDDIN HAMID 306

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Haah. Memang kau kenal sangat. Faizal, kawan sekelas kau
masa di sekolah dulu, kan?” Tanya Asyraf.

Kali ini, Asyraf sudah tidak mampu menahan air matanya lagi.
Dia tewas apabila memikirkan arwah Faizal, sahabat baiknya suatu
ketika dahulu.

Buku yang dipeluk Malik terlepas dari tangannya.
Dia berasa begitu terkejut. Kaku. Tubuhnya seolah-olah tidak
mampu bergerak. Matanya pula hanya fokus kepada tanda nama
pada batu nisan itu.

Teringat semula segala kenangan ketika di sekolah dahulu,
ketika arwah Faizal berusaha sebaik mungkin untuk bersahabat dan
membantunya. Namun, sedikit pun tidak dipedulikan Malik. Bahkan,
dia berasa begitu terganggu dengan kehadiran Faizal.

Tidak dijangka, Faizal sebenarnya yang memberikan buku itu.
Malik juga tidak dapat menahan sebak apabila teringat akan perangai
dan layanan teruk yang dia berikan kepada Faizal. Air mata yang
bertakung sejak tadi mula mengalir deras.

Asyraf mengusap-usap belakang Malik, cuba menenangkan
dirinya. Secara jujur, dia pun masih tidak kuat untuk menerima

AIZUDDIN HAMID 307

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

segala ujian ini. Namun, dia tahu arwah Faizal pasti tidak suka jika
mengetahui bahawa mereka menangisi pemergiannya.

Tidak lama selepas itu, Malik duduk di sebelah kubur itu. Dia
mengambil semula buku Masih Ada Syurga Buat Kita yang terjatuh di
atas tanah tadi. Asyraf juga turut mengikut perbuatan Malik dan
duduk di sebelahnya.

“Tapi… macam mana kau kenal dia? Macam mana dia boleh
meninggal dunia?” Malik mengumpulkan kekuatan untuk bertanya
soalan sebegitu. Dalam masa yang sama, dia mengelap pipinya yang
dibasahi dengan air mata.

“Sebenarnya, kitorang usrah sama-sama sejak dari tingkatan
4. Kitorang memang sahabat baik, walaupun berlainan sekolah. Dia
selalu cerita pasal sorang kawan kelasnya yang bernama Malik. Dia
cakap dia memang nak sangat bantu kau, tapi dia tak ada peluang.
Aku ingat lagi, ada sekali tu, dia menangis sebab perangai kau.
Akhirnya, dia ambil keputusan untuk bagi buku Masih Ada Syurga
Buat Kita tanpa pengetahuan kau. Dia kata, kalau kau tahu dia yang
bagi, mesti kau buang. Tak lama selepas keputusan SPM keluar, dia
kemalangan. Umurnya tak panjang, Allah lebih sayangkan dia.”

“Aku rasa sangat sedih dengan kehilangan dia. Jadi, aku ambil

AIZUDDIN HAMID 308

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

keputusan untuk teruskan perjuangan dia dan bantu kawannya yang
bernama Malik. Tak sangka, Allah permudahkan urusan aku untuk
belajar sama universiti dengan kau. Sekarang, hajat arwah Faizal
untuk tengok kau berubah dah tercapai. Bukan sebab aku, tapi atas
izin Allah dan juga usaha kau sendiri. Cuma yang sedihnya, arwah
Faizal tak sempat nak tengok perubahan kau,” jelas Asyraf panjang
lebar dalam keadaan sayu.

“Ya Allah, apa yang aku dah buat selama ni? Ampunkan dosa
aku kepada Faizal, Ya Allah!” Malik merintih.

Dia menutup mukanya dengan tapak tangan sambil menangis.
Dia berasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan selama ini.
Namun, dia sendiri sedar, semuanya sudah terlambat. Alangkah
indah jika masa boleh diputar kembali, malangnya semua itu
mustahil.

Asyraf memberi masa untuk Malik bersendirian di kubur arwah
Faizal. Setelah dia menyedekahkan Al-Fatihah, dia beransur pergi
sambil berpesan kepada Malik, “Aku tunggu di kereta ya. Jangan
lupa doakan arwah.”

Seketika, Malik menadah tangan memohon doa kepada yang
Maha Esa, doa yang tulus ikhlas lahir dari lubuk hatinya yang paling

AIZUDDIN HAMID 309

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

dalam. “Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui betapa zalimnya
aku terhadap arwah Faizal selama ini. Bahkan, kematiannya juga
langsung aku tidak tahu. Ampunkan dosa aku, ya Allah. Namun,
arwah Faizal langsung tidak pernah berputus asa untuk membantu
aku mencari redhaMu. Maka, saksikanlah ya Allah, usaha dan impian
yang dia inginkan selama ini sudah terlaksana. Aku sudah mula
mengenaliMu, salah satu asbabnya melalui buku Masih Ada Syurga
Buat Kita yang diberi arwah. Kau ampunkanlah segala dosanya,
masukkan dia ke dalam syurga bersama orang-orang beriman,
Allahumma ameen.”

AIZUDDIN HAMID 310

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 20 -
MEMORI YANG

TERINDAH

AIZUDDIN HAMID 311

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Yana, terima kasih sebab sudi teman saya keluar. Awak
sorang saja sahabat baik saya dunia akhirat,” kata Ika. Mereka pergi
ke AEON Mall Shah Alam untuk membeli barang sambil
berjalan-jalan.

“Tak apa. Saya yang patut ucap terima kasih sebab awak yang
ajak saya. Lagipun, dah lama kita tak keluar jalan sama-sama,” balas
Yana. Dia gembira kerana sahabatnya itu sudah pulih sepenuhnya
sejak berpisah dengan Malik.

Malah, Ika juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya
sehingga Yana juga berasa sedikit terkesan dengan perubahan Ika.

“Awak ok ke? Saya pakai macam ni, tapi awak dengan tudung
labuh, siap berpurdah lagi. Awak tak segan ke jalan dengan saya?”
Terkadang, timbul rasa bersalah dalam diri Yana kerana dia masih
lagi tidak berubah dari segi pemakaiannya sejak dahulu.

AIZUDDIN HAMID 312

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sejak Ika berubah dari segi penampilannya, dia tidak pernah
sekali pun mengajak Yana untuk berubah sama. Bagi Ika, berdakwah
dengan cara menunjukkan tingkah laku yang baik lebih berkesan
berbanding berdakwah melalui percakapan semata-mata.

Jadi, dia tidak akan sesekali mensisihkan Yana bahkan dia
akan sentiasa mendekati Yana supaya perubahan itu akan wujud
melalui kesedarannya sendiri tanpa desakan orang lain.

Teringat Ika akan pesanan seorang ustaz dalam kuliah yang
dia hadiri bersama Husna beberapa hari lepas.

“Dalam usaha untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik, kita
perlu fokus kepada dua perkara iaitu hijrah zahir dan hijrah batin.
Hijrah zahir ialah seperti menutup aurat dengan sempurna dan juga
menunjukkan akhlak yang lebih baik. Hijrah batin pula ialah berusaha
memenuhi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat
mazmumah.”

“Malangnya, ramai dalam kalangan kita sekarang ni yang
berhijrah ke arah kebaikan, tetapi hanya fokus kepada hijrah zahir
semata-mata sehingga mengabaikan hijrah batinnya. Sebagai
contoh, ada seorang perempuan mengambil keputusan untuk

AIZUDDIN HAMID 313

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

berhijrah. Lalu, dia ubah cara penampilannya, daripada tudung
singkat kepada tudung labuh, mula pakai handsock dan
stokin. Alhamdulillah, sangat baik. Cuma, dia merasakan bahawa
hijrah itu sudah mencukupi. Lama-kelamaan, dia berasa sukar untuk
istiqamah dan akhirnya dia kembali kepada zaman jahiliahnya.
Kenapa? Sebab dia terlupa bahawa hijrah batin iaitu hatinya juga
perlu diberi keutamaan.”

Dalam setiap sujudnya, Ika sentiasa berdoa agar Allah
memberikan keikhlasan dan kekuatan supaya dia mampu istiqamah
untuk berubah hanya semata-mata keranaNya, bukan sekadar zahir
semata-mata tetapi juga batin.

Seketika, Ika memberi respon terhadap pertanyaan Yana tadi,
“Kalau saya tak ok, dah lama saya tinggalkan awak, biar awak jalan
sorang-sorang, hehe. Dah, jom naik ke tingkat dua,” celoteh Ika.
Yana pun tersipu-sipu malu.

**********

Ketika sedang menunggu lif, kelihatan seorang lelaki sedang
memerhatikan mereka. Yana sedar akan kelakuan lelaki tersebut, dia
berasa tidak selesa.

AIZUDDIN HAMID 314

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Ketika dia merasakan bahawa lelaki itu sedang menghampiri
dirinya dan Ika, dia terus memandang ke belakang.

“Kenapa kau ikut kami?” Sergah Yana.

Lelaki itu yang pada mulanya terkejut, terus tersenyum. “Haa,
betullah Yana ni, kan?”

Tergamam Ika dan Yana. Terfikir sebentar, siapa lelaki
berkopiah yang berada di hadapan mereka ini.

“Err, Irfan? Tapi…” Yana cuba meneka. Ika masih lagi
mendiamkan diri.

“Ya, saya Irfan. Lama kita tak jumpa,” balas Irfan.

“Tapi… awak… kopiah… di shopping complex…” Yana masih
lagi tidak percaya bahawa lelaki yang berada di hadapan mereka itu
ialah Irfan. Nampak lain penampilannya, berbaju raihan sambil
memegang plastik yang berisi buku-buku agama yang dibeli di kedai
buku tadi.

“Hmm, tu dulu. Jangan diungkit lagi kisah lama. Oh ya, siapa
kawan awak ni?” Irfan tertanya-tanya, siapa gadis berpurdah di

AIZUDDIN HAMID 315

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sebelah Yana.

“Eh, awak tak kenal ke? Ni Ika,” Yana menarik tangan Ika yang
sejak tadi berdiri di belakangnya, mungkin segan.

“Oh, alhamdulillah. Ika nampak lain sekarang,” Irfan cuba
menegur Ika, tetapi Ika hanya menunduk ke bawah.

Sedikit demi sedikit, ingatannya terimbas kembali ketika zaman
persekolahan. Irfan begitu menyukai Ika, hampir setiap hari dia cuba
menawan hatinya. Tidak pernah mengenal erti putus asa.

Namun, segala usaha Irfan tidak berjaya kerana Ika tidak
gemar dengan perangainya yang suka melayan dan memberi
harapan kepada ramai perempuan di sekolah mereka.

Yana menyampuk, tiba-tiba. “Awak belajar kat mana
sekarang?”

“Saya belajar di KUIM, Melaka. Yana dan Ika?”

“Oh, jauh juga tu. Kami belajar di Shah Alam saja. Saya di MSU
dan Ika pula di UITM Shah Alam. Eh, Ika, kenapa awak senyap dari
tadi? Tak seronok ke jumpa kekasih gelap awak ni, hehe,” Yana

AIZUDDIN HAMID 316

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

mengusik Ika sambil mencuit-cuit tangannya. Sejak dari dahulu,
perangai Yana memang tidak pernah berubah. Ada sahaja peluang,
pasti disakatnya Ika.

Irfan cuba mengubah topik perbualan, “Yana dan Ika buat apa
di sini?”

“Saya teman Ika beli barang. Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi
senyap macam ni. Tadi, ok saja. Haa, awak pula?”

“Hmm, saya singgah kedai buku MPH, beli buku rujukan
agama. Kebetulan cuti, sebab tu saya balik rumah dan juga singgah
di kedai buku. Saya ambil pengajian Islam di universiti. Saya tak ada
asas yang kukuh sangat, sebab tu kena usaha lebih sikit kalau nak
berjaya,” jelas Irfan.

Kelihatan perangainya sudah tidak seperti dahulu, berubah
terus sama sekali.

“Eh, kita nak beli barang banyak lagi, nanti terlambat pula,” Ika
menegur Yana yang sedang rancak berbual dengan Irfan. Cemburu,
barangkali? Hanya Allah dan dia sahaja yang mengetahuinya.

“Alamak, terlupa pula. Ok Irfan, nanti kita jumpa lagi,” Yana

AIZUDDIN HAMID 317

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

melambai-lambai tangannya sambil mengikut Ika dari belakang.

Sepatutnya, mereka akan menaiki lif, tetapi disebabkan Ika
sendiri kelihatan serba tidak kena, dia terus menuju ke tangga dalam
keadaan tergopoh-gapah.

**********

Musolla Committee Surau As-Saad sedang mengadakan
mesyuarat di bilik belakang surau. Pastinya, mereka sedang
membincangkan suatu perkara yang penting.

“Lebih kurang sebulan lagi, kita akan serahkan jawatan kepada
junior. Jadi, kita perlu senaraikan beberapa orang calon yang layak
supaya pelajar-pelajar lain dapat melakukan undian ketika pemilihan

AIZUDDIN HAMID 318

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

AJK baru nanti,” Yazid selaku presiden Musolla Committee
memberikan cadangan.

Ahli yang lain sekadar mengangguk kerana mereka sendiri
sudah sedia maklum mengenai perkara ini.

Setelah itu, Yazid menyambung, “Muslimat dah senaraikan
beberapa orang calon untuk mereka. Jadi, kita pun dah ada calon
untuk muslimin. Cuma, masalahnya kita perlukan lagi seorang
calon.”

Semua orang kelihatan berbual sesama sendiri, berbincang
mengenai siapa lagi junior yang layak untuk menggalas
tanggungjawab yang besar ini.

“Hmm, saya cadangkan Malik,” salah seorang AJK
memberikan pandangan.

“Malik yang mana satu? Hmm, yang selalu bersama dengan
Asyraf, calon presiden Musolla Committee tu ke?” Yazid meminta
kepastian.

“Haa, betul tu.”

AIZUDDIN HAMID 319

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Tapi… Malik tak pernah jadi imam, tak pernah jadi bilal, dia tak
pernah menonjol ke hadapan ketika program-program yang kita
anjurkan,” Yazid memberi hujah.

“Saya tak nafikan semua tu. Cuma, perasan tak perubahan
dia? Dulu, masa awal-awal batch junior masuk, dia tak pernah
datang surau pun. Sekarang ni, dia adalah antara jemaah surau yang
tak pernah tertinggal solat berjemaah. Program-program anjuran
Musolla Committee pun dia selalu datang walaupun dia tak menonjol.
Satu lagi, dia bersahabat baik dengan Asyraf yang juga calon
presiden kelak, jadi mesti ada sesuatu yang baik dalam diri Malik dan
saya rasa kita kena bagi peluang,” Mansur selaku setiausaha pula
mencelah dan memberikan pandangan.

“Ok, kalau macam tu, kita buat undian. Siapa setuju kita
calonkan Malik, angkat tangan kanan. Siapa tidak setuju, angkat
tangan kiri.”

**********

Seperti yang telah dijanjikan, Malik dan Asyraf membawa Kalai
untuk bertemu dengan ustaz Nazim. Lokasinya, pondok kecil tidak
jauh dari surau.

AIZUDDIN HAMID 320

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Assalamualaikum ustaz. Minta maaf, kami lambat sikit,” Asyraf
memberi salam mewakili yang lain.

“Waalaikumussalam. Tak apa, ustaz pun baru sampai ni,”
balas ustaz sambil memberikan senyuman.

“Ustaz, kenalkan, ni Kalai,” Malik menunjuk ke arah Kalai yang
sedang berdiri di sebelahnya.

Seketika, ustaz menjemput semua duduk di pondok itu.

Tenang. Angin sejuk pada malam ini, seolah-olah bakal
meraikan suatu berita besar, berita gembira buat penduduk langit
dan bumi.

“Ok. Ustaz nak tanya kamu buat kali terakhir, adakah kamu
benar-benar nak masuk Islam? Tiada paksaan, semata-mata kerana
Allah?” Ustaz kelihatan serius, jarang benar dia dalam keadaan
begini.

“Ya, saya yakin dengan keputusan yang saya buat,” Kalai
mengangguk, semangat. Namun, jantungnya berdegup kencang.

“Ok. Kalau macam tu, ikut ustaz ya. Ash hadu…”

AIZUDDIN HAMID 321

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“An la ilahaillallah…”

“Wa ash hadu…”

“An na muhammadar rasulullah…”

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah.”

Entah kenapa, perasaan Kalai begitu berbeza sekali saat
melafaz dua kalimah syahadah. Ketenangan yang dia impikan
selama ini sudah pun tercapai. Air mata kegembiraan menghiasi
wajah Kalai.

Malik yang duduk di sebelahnya terus memeluk Kalai, spontan
sambil menangis. Asyraf juga tidak terkecuali.

“Alhamdulillah. Tahniah Kalai. Kita baca doa dulu ya,” ustaz
cuba menenangkan keadaan. Dia juga berasa teruja dan bersyukur
kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada memori yang
terindah ini.

Selesai sahaja membaca doa, ustaz Nazim memberi nasihat

AIZUDDIN HAMID 322

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kepada Malik dan Asyraf supaya sentiasa membantu dan berikan
sokongan kepada Kalai. Jika ada sebarang masalah, beritahu ustaz
dengan segera.

Di samping itu, ustaz juga mengingatkan Kalai supaya kuatkan
semangat kerana muallaf seperti dirinya pasti ditimpa banyak ujian.
Namun, lihatlah ujian itu dari kaca mata akhirat supaya kita akan
mudah untuk sabar dan redha atas segala apa yang berlaku kelak.
Jika dilihat dari kaca dunia, kita hanya akan berasa penat dan mudah
berputus asa.

“Ustaz, kenapa orang beriman selalu diuji?” Tanya Malik,
terasa masih belum puas berbicara dengan ustaz Nazim.

Dengan penuh keyakinan, ustaz menjawab, “Ok. Bayangkan
satu situasi. Kamu semua sebagai seorang pelajar, pernah tak kamu
terfikir, ‘Kenapa perlu ada exam? Kenapa tak belajar saja dari awal
sampai habis, cukup 3 tahun, tamat pengajian?’”

“Err… sebab kalau tak ada exam, macam mana kita nak tahu
pencapaian dan tahap ilmu kita, kan?” Kalai cuba menjawab.

“Betul tu, Kalai. Jadi, sama juga macam orang Islam. Macam
mana kita nak tahu sama ada orang Islam itu benar-benar beriman

AIZUDDIN HAMID 323

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

atau hanya sekadar Islam pada nama? Salah satunya adalah melalui
ujian yang Allah berikan. Melalui ujian tu, hanya orang yang
benar-benar beriman saja mampu bersabar, bersyukur dan redha
dengan apa yang Allah telah tentukan,” ustaz memberikan
penjelasan.

Malik, Asyraf dan Kalai tersenyum sesama sendiri. Sudah pasti
mereka tidak sabar untuk belajar lebih banyak ilmu dengan ustaz
Nazim.

AIZUDDIN HAMID 324

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 21 -
BUKANKAH ALLAH

SEBAIK-BAIK
PERANCANG?

AIZUDDIN HAMID 325

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik mundar-mandir di dalam biliknya. Ada sesuatu yang
bermain di fikirannya, ‘Kenapa aku? Dah la aku banyak dosa, ilmu
agama pun tak banyak. Tapi, kenapa diorang pilih aku?’

‘Tak apa, terima saja. Baru orang akan nampak kau hebat.’

‘Masa ni la kau nak tunjuk alim, mesti ramai muslimah akan
suka dengan kau.’

Bisikan-bisikan jahat itu masih lagi hadir dalam diri Malik!

Syaitan dan hawa nafsu tidak pernah berasa puas. Namun,
Malik sudah semakin matang untuk mengendalikannya. Istighfar
membasahi bibir sambil berdoa agar dirinya sentiasa dilindungi Allah.

AIZUDDIN HAMID 326

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sebentar tadi, Asyraf menyampaikan berita bahawa namanya
tercalon untuk menjadi salah seorang AJK Musolla Committee bagi
sesi yang akan datang. Asyraf pula tercalon untuk presiden.

Namun, Malik merasakan itu bukanlah isu yang besar bagi
Asyraf kerana dia sememangnya mempunyai pengetahuan agama
yang tinggi.

“Aku tak nak. Serius,” Malik merayu beberapa kali kepada
Asyraf.

“Tapi… bukan aku yang calonkan kau. Senior yang letak nama
kita. Hmm, aku cadangkan, kalau kau betul-betul tak nak, kita pergi
jumpa senior dan kau terangkan pada dia. Cuma, bagi aku,
sebenarnya kau sangat bertuah apabila tercalon untuk jadi AJK,”
Asyraf pandai memujuk.

“Eh, kenapa pula? Itu bukannya bertuah, tapi malang,” Malik
mengeluh.

Asyraf memberi penjelasan panjang lebar, “Ok, macam ni. Ada
tiga perkara yang aku nak terangkan pada kau.”

“Pertama sekali, kau kena fikir, dalam beratus-ratus orang

AIZUDDIN HAMID 327

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

pelajar Islam kat sini, kenapa hanya beberapa orang saja yang
terpilih, dan salah satunya kau? Bukankah tu satu lantikan atau
pilihan daripada Allah untuk kau?”

“Kedua, kau kena sedar bahawa Islam ni bukan hanya sekadar
berfikir untuk masuk syurga sorang diri, seolah-olah, ‘Aku nak buat
kebaikan, so kalau orang lain tak nak buat, biarkan diorang’, tapi dah
memang tugas kita sebagai seorang Muslim untuk perbaiki diri dan
dalam masa yang sama bimbing orang lain juga. Jadi, melalui
jawatan yang kau ada nanti, insyaAllah kau dapat tunaikan
tugas-tugas tu.”

Malik mencelah, “Tapi, bukan kubur kita lain-lain? Kenapa kita
nak kena kisah tentang orang lain sedangkan diri sendiri pun masih
banyak kekurangan dan terumbang-ambing?”

“Hmm, betul tu, kubur kita lain-lain. Cuma, boleh ke kau masuk
ke kubur sendiri lepas kau mati nanti? Kau mandikan diri kau sendiri?
Kau kafankan diri kau sendiri? Kau berguling masuk ke dalam liang
lahad sendiri?”

Terasa sentap pula dengan soalan Asyraf. Malik terkelu, “Err…
mesti arh tak boleh.”

AIZUDDIN HAMID 328

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Haa, tahu pun. Sedangkan lepas mati pun kita saling
memerlukan antara satu sama lain, apatah lagi masa kita hidup.
Sebab tu, kita kena berdakwah, saling menasihati dan mengingatkan
antara satu sama lain. Senang cerita, laksanakan amar makruf nahi
mungkar bukan hanya untuk diri sendiri saja, tapi juga bagaimana
usaha kita untuk bantu orang lain supaya lakukan amar makruf nahi
mungkar juga. Jangan tunggu nak jadi sempurna dulu baru nak
nasihat orang, sebab sampai bila-bila pun kita takkan jadi sempurna.”

Malik mengerutkan dahi. Dia tidak dapat menafikan apa yang
dikatakan Asyraf. “Hmm, yang ketiga?” Tanya Malik.

“Ketiga, lepas kita ada kesedaran untuk berdakwah, kita kena
tahu pula yang dakwah ni ada dua cara, iaitu secara sorang diri atau
berjemaah. Kalau sorang diri, mungkin kita tak mampu nak
maksimumkan potensi dakwah sebab kita mesti tak mampu nak buat
semua kerja sorang diri. Tapi, kalau kita berjemaah atau
berpersatuan, kita akan jadi lebih kuat. Contohnya, kalau kita ada
kekurangan dari segi satu aspek, mungkin ada orang lain yang hebat
dalam aspek tu. Jadi, kita akan saling melengkapi kekurangan dan
kelebihan diri masing-masing. Dakwah akan berjalan lebih lancar
kalau kita bergerak secara beramai-ramai.”

“Oh ya, pasal berdakwah sorang diri atau berjemaah ni, ayah

AIZUDDIN HAMID 329

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

aku pernah cerita, lebih kurang sama macam apa yang kau
sampaikan,” balas Malik sambil tersengih.

Setelah itu, dia membuat keputusan untuk membiarkan saja
namanya tercalon untuk menjadi AJK Musolla Committee. Jika ada
rezeki, alhamdulillah. Jika tiada terpilih, tidak mengapa.
Kedua-duanya pasti ada hikmah.

**********

“Malam ni kamu free tak? Aku nak ajak kamu sekeluarga
datang makan-makan di rumah. Boleh berkenalan dengan ahli
keluarga juga,” Haji Zamri bertanya kepada Tuan Rahim.

Mereka baru sahaja selesai berjumpa dengan klien mengenai
projek terbaharu syarikat. Kini, Haji Zamri juga sudah menjadi rakan
kongsi dalam syarikat milik Tuan Rahim itu.

“Kejap ya. Aku kena check jadual dulu.” Tuan Rahim
mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya.

“Ok, aku free. Lagipun, keluarga kita tak pernah berjumpa,
kan? Padahal, tak jauh sangat pun rumah kita. Rumah kamu di
Seksyen 13, rumah aku di Seksyen 7 saja. InsyaAllah, kami

AIZUDDIN HAMID 330

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sekeluarga datang ke rumah kamu malam ni. Lagipun, anak sulung
aku tu balik cuti semester juga,” terang Tuan Rahim.

“Terbaik. Nanti aku bagitahu isteri aku, mesti dia seronok bila
ada tetamu nak datang,” kata Haji Zamri sambil menepuk-nepuk
bahu Tuan Rahim.

Sampai sahaja di rumah pada petang itu, Tuan Rahim terus
menyampaikan hasrat Haji Zamri kepada ahli keluarganya.

“Err… Malik bukan tak nak pergi, tapi Malik dah janji dengan
Asyraf yang kami nak ke Masjid Al-Falah USJ 9, ada pengajian
dengan Ustaz Mahadir di sana,” kata Malik.

Sejak bersahabat dengan Asyraf, dia bukan sahaja menyertai
usrah, malah sedikit demi sedikit dia sudah mula tertarik dengan
majlis ilmu juga.

Mama memperlahankan suara rancangan Cinta Ilmu TV
Al-Hijrah supaya mereka dapat fokus kepada perbincangan.

Seketika, ayah memberikan respon, “Pengajian tu sampai
Isyak saja kan? Ok, tak pun, kami gerak dulu lepas Isyak dari rumah,
kemudian kamu pergi sendiri ke rumah Haji Zamri dari masjid.

AIZUDDIN HAMID 331

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Lambat sikit pun tak apa, kita jumpa di sana. Ayah dah janji, tak
seronok pula kalau tak dapat nak tunaikan.”

Mama yang berada di sebelah pun mengangguk, bersetuju
dengan cadangan suaminya.

“Hmm, ok. Nanti whatsapp location ya,” Malik bersetuju dengan
cadangan ayahnya.

**********

“Ya Allah, Kau hadirkan Irfan dalam hidupku semula setelah
aku melupai Malik. Apakah petanda semua ni, ya Allah?” Ika merintih
dalam doanya. Dia baru sahaja selesai mendirikan solat Isyak.

Teringat perbualannya dengan Yana beberapa minggu lepas,
“Saya rasa, Irfan dah berubah, tak macam dulu. Awak masih tak nak
bagi peluang kat dia?”

Ika sudah tidak mahu terjebak lagi dalam percintaan yang
sia-sia. Jika mahu bercinta pun, biarlah setelah ada ikatan yang sah
sebagai suami isteri. Urusan jodohnya? Segala-galanya diserahkan
kepada Allah dan juga ibu bapanya.

AIZUDDIN HAMID 332

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Bukanlah bermaksud dia sudah berputus asa dengan cinta,
tetapi dia sudah serik. Biarlah kenangan lalu menjadi suatu
pengajaran bagi dirinya.

Baginya, prioriti sekarang adalah sibukkan diri menghadiri
majlis ilmu, fokus kepada pelajaran di universiti dan juga berbakti
kepada ibu bapanya.

Tiba-tiba, terdengar namanya dipanggil dari luar bilik, “Adik…
jom tolong ibu hidangkan makanan. Kejap lagi, tetamu dah nak
sampai.” Pasti suara Husna.

“Ok. Kak pergi dulu, adik nak siap-siap kejap.”

Husna dan Ika bertungkus-lumus sejak petang tadi apabila
Puan Ani memberitahu bahawa ada kawan ayah bersama

AIZUDDIN HAMID 333

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

keluarganya akan datang untuk menziarahi mereka. Jadi, menu yang
sempat dimasak mereka ialah nasi ayam, dimasak dengan resepi
istimewa turun-temurun, sos pekat pedas manis, ayam bakar juga
diperap lama, pasti membangkitkan selera bagi sesiapa yang
melihatnya.

“Siapa kawan ayah tu, ibu?” Tanya Ika.

“Kawan sekerja ayah, ibu pun tak kenal sangat. Tak apa, nanti
kita berkenalan, mana tahu kalau ada anak lelaki, boleh buat
menantu, hehe,” usik Puan Ani.

“Eh, untuk kak Husna la kan, adik muda lagi,” Ika tidak mahu
mengalah.

“Ameen, doakan,” sahut kak Husna. Seketika, dapur riuh
dengan gelak ketawa mereka.

Tidak lama selepas itu, Haji Zamri pulang dari surau setelah
solat Isyak berjemaah di sana.

“Tadi mereka call, katanya dalam 10 minit lagi sampai,” Haji
Zamri memberitahu keluarganya.

AIZUDDIN HAMID 334

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Apa lagi, kelam kabut semua orang! Tanpa membuang masa,
makanan segera dihidangkan di atas meja. Pinggan dan gelas juga
disusun rapi. Sempat juga Husna mengemas ruang tamu supaya
tidak kelihatan terlalu berselerak.

Tidak lama kemudian,

“Assalamualaikum.” Tuan Rahim memberi salam dari luar
rumah sambil mengetuk pintu.

“Waalaikumussalam, sila masuk,” Haji Zamri menyapa dengan
begitu mesra.

Mereka semua duduk di ruang tamu dan berbual sementara
Puan Ani siap menghidangkan makanan, sebentar sahaja lagi.

“Ibu, adik naik atas kejap, nak pakai purdah,” Ika meminta izin.

“Dalam rumah pun nak pakai ke, adik dah pakai tudung, kan?
Hmm, terpulanglah,” Puan Ani tidak menghalang.

“Biasalah ibu, kalau dah ada lelaki bukan mahram, memang
purdah la jawabnya, tak kira dalam rumah atau luar,” kak Husna
mencelah.

AIZUDDIN HAMID 335

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Di ruang tamu pula, sibuk Haji Zamri melayan Tuan Rahim
sekeluarga.

“Oh ya, katanya anak sulung kamu akan datang, mana?” Haji
Zamri tertanya-tanya.

“Dia ke masjid tadi. Aku dah send location, nanti dia terus
datang sini,” jawab Tuan Rahim.

“Abang, makanan dah siap hidang, jom,” Puan Ani menuju ke
ruang tamu dan memberitahu suaminya.

Seketika, mereka semua sudah berada di meja makan.

“Wah, bau pun sedap, rasanya mesti lagi sedap,” puji Puan
Rozana.

“Eh, anak kamu dua orang, kan? Mana sorang lagi?” Tanya
Tuan Rahim, spontan. Hanya Husna yang berada di meja makan itu,
sedangkan Ika masih lagi di bilik.

“Kejap lagi dia datang, ada kat bilik rasanya,” Haji Zamri
membetulkan posisi badan di atas kerusi.

AIZUDDIN HAMID 336

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Tiba-tiba,

“Assalamualaikum...” Kedengaran suara dari luar memberi
salam.

“Hmm, mesti anak kita tu,” Puan Rozana kenal suara anaknya.
Dia ingin bangun dari kerusi dan menuju ke pintu untuk
membukanya. Kebetulan, Ika juga baru keluar dari bilik.

“Eh, Puan Rozana, tak apa. Biar anak saya buka pintu. Adik,
tolong buka pintu,” jerit Puan Ani dari meja makan sambil memberi
isyarat tangan kepada Puan Rozana bahawa anaknya yang akan
membuka pintu.

Tanpa banyak soal, Ika terus menuju ke sana.

Entah kenapa, hatinya berdegup kencang. Langkahnya terasa
begitu perlahan sekali.

Namun, dia abaikan perasaan itu. Lagipun, tetamu ayahnya
yang datang, apa yang perlu dia risaukan.

“Waalaikumussalam…” Ika terus membuka pintu.

AIZUDDIN HAMID 337

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Riak wajah Ika jelas berubah, walaupun sebahagiannya ditutup
dengan kain purdah berwarna hitam. Matanya terbeliak, dahinya
berkerut.

“Malik?” Tanpa diduga, perkataan itu terkeluar dari mulutnya.

Nasib baik suaranya perlahan, jika tidak pasti didengari oleh
ibu bapanya serta orang lain yang berada di meja makan.

“Ika?”

Malik menjadi kaku, seolah-olah baru sahaja terkena panahan
petir. Dia sangat terkejut.

Sungguhpun wajah perempuan yang berada di hadapannya itu
dihijab dengan secebis kain purdah yang melambangkan
kehormatan dan ketinggian harga dirinya, dia begitu kenal suara
perempuan yang menjawab salam itu, suara yang pernah dia rindui
sebelum-sebelum ini.

AIZUDDIN HAMID 338

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 22 -
JIKA ADA
PERMINTAAN…

AIZUDDIN HAMID 339

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Majlis pelancaran novel pertama Asyraf bertajuk ‘Izinkan Aku
Mencari Syurga’ berjalan dengan lancar.

Kebetulan, pelancaran buku itu juga dilakukan ketika Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), jadi ia sememangnya
suatu platform yang sangat sesuai untuk memperkenalkan penulis
baru sepertinya.

Penerbit bukunya juga bukan calang-calang, bahkan sudah
ada nama dan popular dalam kalangan anak-anak muda, iaitu Santai
Press Sdn Bhd.

“Jadi, apa yang mendorong Asyraf untuk tulis novel ni?” Tanya
moderator kepada Asyraf.

Mereka hanya berdua di atas pentas, memandangkan pada

AIZUDDIN HAMID 340

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tengah hari itu Asyraf diberikan peluang untuk berkongsi mengenai
hasil penulisannya selama setengah jam.

Para hadirin pula sudah ramai yang memenuhi ruang tempat
duduk.

Asyraf mengambil mikrofon yang dihulurkan oleh moderator.
“Sejujurnya, saya sendiri tak pernah terfikir yang saya akan tulis
novel ‘Izinkan Aku Mencari Syurga’ ni. Segalanya bermula melalui
perbualan spontan saya dengan sahabat baik iaitu Malik, lebih
kurang 2 tahun lepas.”

“Saya masih ingat lagi, masa tu kami berbual di bilik saya.
Malik ceritakan kisah hidupnya daripada seorang yang begitu banyak
jahiliahnya, banyak dosa yang dia lakukan, sehinggalah berlaku
beberapa peristiwa yang menjadi asbab turning point untuk dia
bertaubat dan berubah menjadi baik sehingga sekarang ni. Lepas
Malik cerita tu, saya hanya sekadar melawak dan bagitahu kalau tulis
novel mesti seronok. Tak sangka, Allah benar-benar jadikan ia suatu
realiti.”

“Jadi, novel yang Asyraf tulis ni, kisah benar la ye? Wah,
menarik!” Moderator kelihatan teruja sambil membelek-belek novel
‘Izinkan Aku Mencari Syurga’ itu.

AIZUDDIN HAMID 341

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Hmm, tak juga, saya adaptasi daripada kisah benar. Jadi, ada
yang diambil daripada pengalaman sebenar, ada yang ditambah
daripada imaginasi sendiri. Cuma, apa yang menariknya, saya
gunakan nama watak yang sebenar bagi menampakkan seolah-olah
novel ni real,” Asyraf menjawab dengan tenang.

Moderator menganggukkan kepala. Setelah itu, dia bertanya
lagi, “Oh ya, saya ada terbaca di bahagian akhir novel ni, macam
tergantung sikit. Apa yang berlaku kepada Malik dan Ika selepas tu?”

Asyraf tersengih apabila ditanya soalan sebegitu, “Oh, saya
sengaja buat ending macam tu, biar pembaca tertanya-tanya apa
yang berlaku. Jadi, kalau novel ‘Izinkan Aku Mencari Syurga’ ni dapat
sambutan ramai, malah ramai yang nak tahu apa yang berlaku
selepas tu, saya akan sambung tulis novel ‘Izinkan Aku Mencari
Syurga 2’ pula.”

“Cuma, macam yang saya katakan, bergantung kepada
permintaan pembaca. Ada demand, ada supply, insyaAllah. Kalau
tak ramai pembaca yang berminat, saya takkan tulis sambungannya
lagi, nanti syok sendiri saja, haha.”

Gelak ketawanya turut disambut oleh moderator dan hadirin
yang berada di dewan terbuka itu.

AIZUDDIN HAMID 342

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik yang turut menjadi salah seorang hadirin hanya
tersenyum melihat telatah Asyraf di atas pentas. Dalam keadaan
tenang, hatinya menitipkan doa, ‘Semoga kau terus berjaya, wahai
sahabat. Aku akan sentiasa bagi sokongan pada kau. Terima kasih
atas segala jasa dan pengorbanan yang telah kau lakukan selama ni,
pasti arwah Faizal juga turut gembira mempunyai sahabat sejati
seperti kau. Semoga Allah kumpulkan kita semua di syurga suatu
hari nanti, insyaAllah.”

- TAMAT –

* BERSAMBUNG E-BOOK SETERUSNYA *
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN 2

(EDISI KEMASKINI SUJUD YANG TERAKHIR)

AIZUDDIN HAMID 343

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

BIODATA PENULIS

Aizuddin bin Abdul Hamid atau lebih
dikenali sebagai Aizuddin Hamid
merupakan salah seorang penulis
buku, penceramah motivasi dan
admin Tarbiah Sentap. Berasal
dari Pulau Pinang tetapi menetap di
Shah Alam, Selangor. Sudah
berkahwin dan mempunyai dua
orang anak setakat ini.

Secara formal, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda
Matematik dari Lancaster University, United Kingdom pada tahun
2014. Kemudian, menyambung pengajian DPLI (Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah) di IPG Teknik, Negeri Sembilan pada tahun 2016.
Sekarang, beliau menyambung pengajian Master Pengajian Islam
di OUM Kelana Jaya, Selangor.

Secara informal, beliau juga mendapat pendidikan agama melalui
daurah, talaqqi kitab, pondok, kelas Bahasa Arab dan majlis ilmu
yang telah dihadirinya bersama para masyaikh. Murabbi atau guru
utama beliau ialah Ustaz Muhadir Haji Joll.

AIZUDDIN HAMID 344

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Aizuddin Hamid aktif memberikan ceramah motivasi sama ada di
sekolah, kolej, atau universiti di seluruh Malaysia. Beliau juga
mendapat tauliah mengajar / berceramah daripada JAIS (Jabatan
Agama Islam Selangor).

Beliau telah menulis 11 buah buku antaranya ialah Tamak Pahala,
Lari Dari Neraka, Izinkan Aku Mencari Tuhan, Taubat Yang
Tertangguh, Sujud Yang Terakhir, Sebelum Nafasku Terhenti, dan
Tuhan Jangan Tinggalkan Aku.

Ikuti perkembangan beliau di media sosial iaitu:
1. Instagram @aizuddinhamiid
2. TikTok @aizuddinhamiid
3. Telegram Channel @aizuddinhamiid
4. Twitter @aizuddinhamid
5. Facebook page Aizuddin Hamid
6. Youtube Aizuddin Hamid

Bagi sebarang jemputan ceramah, pembelian buku atau apa-apa
urusan, sila berhubung melalui nombor PA beliau 018-3742260
(whatsapp sahaja).

AIZUDDIN HAMID 345


Click to View FlipBook Version