IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Macam biasa, busy… hmm,” Malik mengeluh.
Walaupun dia kelihatan kuat dari segi luaran, namun jauh di
sudut hatinya, dia berasa sedih dengan mama dan ayah yang jarang
memberi semangat dan motivasi kepada dirinya. Kata-kata, “Kenapa
keluarga aku tak macam orang lain” sentiasa berlegar-legar di
mindanya.
Malik tidak bertanya semula kepada Rafi kerana dia sudah pun
mengetahui bahawa Rafi sudah tidak mempunyai ibu bapa,
meninggal sejak Rafi kecil. Sejak daripada itu, Rafi tinggal dengan
keluarga adik kepada bapanya.
“Oh ya, kau dah lama tak jual rokok. Asyik tak ada stok saja.
Jenuh aku asyik beli kat luar,” bisik Malik sambil menyiku Rafi,
perlahan-lahan kerana khuatir ada yang memasang telinga.
Rafi ketawa kecil, “Haa, dah nak SPM ni, aku bertaubat sikit,
aku nak fokus study, kononnya.”
Tidak dinafikan. Bukan dia sahaja, bahkan ramai lagi pelajar.
Walau senakal mana sekalipun, bila tiba masa untuk peperiksaan,
semua jadi baik. Contohnya? Orang yang jarang berdoa akan
mampu konsisten berdoa ketika musim peperiksaan. Orang yang
AIZUDDIN HAMID 100
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
jarang ke masjid akan mampu konsisten untuk ke sana ketika musim
peperiksaan.
Malik juga tidak terkecuali. Sekurang-kurangnya, dia berusaha
sebaik mungkin untuk menunaikan solat fardhu lima kali sehari
semalam, walaupun terkadang dia tidak menunaikannya hanya
kerana alasan malas atau letih. Namun, dia masih sedar, siapa lagi
yang akan membantunya di dalam peperiksaan jika bukan Allah?
Malangnya, mereka seolah-olah menganggap bahawa Allah itu
wujud ketika musim peperiksaan sahaja, ketika mereka memerlukan
kepada sesuatu hajat semata-mata. Tetapi, habis sahaja semua itu,
terus lupa Allah, terus lupa tanggungjawab dan amanah yang dipikul
sebagai hambaNya.
**********
“Bro, macam mana paper last tadi?” Seseorang menegur Malik
dari belakang.
Ketika itu, dia sedang duduk mengelamun di tepi padang
sekolah seorang diri, khusyuk melihat kehijauan rumput yang
memberi kedamaian bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.
Setelah berjaya mengharungi SPM, terasa seolah hilang segala
AIZUDDIN HAMID 101
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
beban yang dipikul selama bertahun-tahun ini. Boleh jadi inilah erti
merdeka yang sebenar bagi sesetengah pelajar.
Malik tersedar daripada lamunan, seraya menoleh ke
belakang. “Haa, kau rupanya, Syamsul. Aku jawab saja, yang
penting, dah setel,” jawab Malik, lega.
“So, apa plan kau lepas SPM?” Tanya Syamsul, ringkas.
Sementara itu, kawan-kawannya berbual sesama sendiri di
sebelahnya.
“Haa sambung belajar kot. Tengok la mana-mana universiti
yang aku dapat, sebab aku pun tak tahu lagi nak sambung bidang
apa, depends pada result SPM juga,” jelas Malik.
Sekurang-kurangnya, dia sudah ada kesedaran untuk melanjutkan
pelajaran.
Syamsul tersenyum sinis, “Fuhh, rajin juga kau ni. Aku dah
malas nak sambung belajar. Aku kerja terus kot. Zaman sekarang ni,
kalau belajar tinggi-tinggi pun belum tentu lagi dapat kerja. Buat
penat saja aku belajar nanti.”
Malik juga hanya membalas dengan senyuman, lalu
mengalihkan semula pandangan ke arah padang yang hijau nan luas
AIZUDDIN HAMID 102
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
itu. Mata tertumpu kepada beberapa ekor burung pipit yang sedang
bermain-main di tengah padang.
“Eh, weekend ni free tak? Jom lepak dengan kitorang. Dah
lama kau tak lepak sekali,” Syamsul menyambung perbualan semula.
Malik terdiam seketika, seolah-olah sedang berfikir. “Haa,
boleh, tapi kalau tak clash dengan dating aku dan Ika. Kalau clash,
aku kena pergi dating,” respon Malik. Dia teringat yang dia sudah
berjanji dengan Ika untuk keluar bersama, kononnya untuk
menyambut kemerdekaan mereka selepas SPM.
Syamsul mengerutkan dahi sambil mengetap bibir. Dia seakan
tidak berpuas hati, “Sejak kau couple dengan Ika ni, kau dah tak ingat
kawan ke? Jangan lupa, aku yang kenalkan kau dengan dia. Kalau
aku tak bagi line dekat kau, tak adanya kau kenal dia.”
Tersentak Malik. Tak pernah pula Syamsul meninggikan suara
sebelum ini.
Bagi meredakan keadaan, Malik meminta maaf, “Sorry weyh.
Ok, nanti aku join korang.”
Tidak dinafikan, Malik sememangnya banyak terhutang budi
AIZUDDIN HAMID 103
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
dengan Syamsul yang telah membawanya ke jalan yang penuh
dengan keseronokan dan ketenangan, kononnya.
Mana mungkin Malik tahu bagaimana rasanya rokok, ketagihan
video lucah, seronoknya ada teman wanita, rancaknya merempit dan
melepak bersama kawan-kawan, jika tiada Syamsul yang selama ini
menjadi gurunya?
**********
Buku yang berada di atas rak bilik ditenung Malik
sedalam-dalamnya. Sudah berminggu-minggu buku itu berada di
situ, tidak pernah diselak helaiannya apatah lagi dibaca. Cuma,
persoalan demi persoalan sahaja yang bermain di fikirannya.
‘Siapa yang bagi buku ni?’
‘Kenapa dia bagi kat aku?’
Malik merungut, “Aku bukan minat baca buku, apatah lagi buku
Islamik macam ni. Biar saja la kat rak tu.”
Mama yang berikan bungkusan tanpa sebarang slip pos atau
setem itu kepada Malik kerana diluarnya tertulis nama ‘Malik’. Pasti
AIZUDDIN HAMID 104
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
ada orang yang meletakkan bungkusan itu sendiri di dalam peti surat
rumah banglo mereka.
Apabila membuka bungkusan itu, ada sebuah buku yang dia
langsung tidak pernah melihatnya. Terpinga-pinga Malik,
sehinggalah sekarang.
Seketika, dia mengambil telefon pintarnya dan whatsapp Ika.
Baginya, berhubung dengan Ika ialah suatu kewajipan yang mesti
dipenuhi, sama ada melalui mesej atau call. Mereka juga sudah
banyak kali keluar dating, malah lebih berani untuk berpegangan
tangan.
Betapa hebatnya syaitan dan hawa nafsu yang sudah berjaya
memerangkap Malik dan Ika!
‘Hmm, bosan pula lepas SPM ni, takkan tiap-tiap hari aku nak
goyang kaki kat rumah. Nak kerja part time, malas pula. Lagipun, duit
boleh minta terus kat mama atau ayah. Lebih baik aku melepak
selalu dengan Syamsul and the geng,’ bisik hati Malik.
Dia sudah mempunyai banyak masa lapang, lebih-lebih lagi
baru sahaja tamat SPM. Dia tersilap kerana tidak merancang
masanya dengan betul. Dia terlupa pesanan salah seorang ustaz di
AIZUDDIN HAMID 105
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
sekolah suatu ketika dahulu, “Jika kita tidak memenuhi masa lapang
kita dengan aktiviti yang bermanfaat, syaitan sudah pun
menyediakan senarai aktiviti yang lagha dan dosa untuk kita lakukan.
Jadi, berhati-hatilah. Jangan biarkan masa kita kosong begitu
sahaja.”
**********
Beberapa minggu sebelum SPM…
Memandangkan Faizal sendiri sudah semakin sukar untuk
mendekati Malik, dia merasakan bahawa buku Masih Ada Syurga
Buat Kita yang dibeli pada awal tahun itulah cadangan yang terbaik
untuk mewakili dirinya supaya dapat terus membantu Malik.
Kebetulan, dia juga sudah habis membacanya.
Bagi Faizal, buku tersebut begitu bermakna kerana banyak
berkongsi kisah motivasi bagaimana orang-orang yang dahulunya
penuh dengan dosa dan maksiat, tetapi bertemu cahaya hidayah
sehingga mampu kembali semula kepada Allah. Buku ini sangat
sesuai dibaca bagi orang yang sudah berasa putus asa dengan
rahmat dan kasih sayang Allah.
Kulit muka hadapan buku Masih Ada Syurga Buat Kita
AIZUDDIN HAMID 106
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
memberi gambaran seolah-olah seorang lelaki yang berada dalam
kegelapan sedang berjalan menuju ke arah suatu pintu yang terbuka
luas, penuh dengan cahaya! Pastinya, ilustrasi itu mampu memberi
kesan dan tarikan kepada orang ramai untuk membacanya. Gaya
bahasa juga tidak terlalu berat untuk dibaca. Sesuai untuk semua
lapisan masyarakat.
“Mana tahu, buku ni boleh jadi asbab untuk Malik dapat
hidayah? InsyaAllah, mudah-mudahan,” bisik hati Faizal, memberi
harapan.
Sememangnya, Faizal tidak akan memberi buku itu secara
berhadapan dengan Malik. Sebab apa? Boleh jadi Malik langsung
tidak membacanya jika tahu bahawa Faizal yang memberinya. Dia
juga tidak akan menggunakan teknik cliche seperti yang selalu
dilakukan kebanyakan orang, iaitu meletakkan buku itu di dalam beg
atau di bawah meja ketika Malik tiada di situ. Teknik lapuk!
Akhirnya, Faizal tersenyum lega sambil memeluk erat buku
Masih Ada Syurga Buat Kita kerana dia sudah tahu cara yang terbaik
untuk memberinya. Dia akan meletakkan sendiri buku itu di peti surat
rumah banglo Malik. Seketika, dia berdoa,
“Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku. Bukan
AIZUDDIN HAMID 107
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
niat dihati untuk melindungi Malik saat dia melakukan kekhilafan
suatu ketika dahulu. Tidak terlintas dalam fikiranku untuk mencegah
sesuatu kemungkaran dengan melakukan kemungkaran yang lain
pula. Aku berusaha sebaik mungkin untuk membantu Malik. Ya Allah,
aku ikhlas ingin membantunya.”
“Tujuanku pada masa lalu tidak lain hanyalah ingin memberi
peluang untuk Malik berubah, peluang untuk aku lebih mendekatinya.
Namun, tidak aku menyangka bahawa dia akan berubah mendadak
seperti sekarang ini. Dengan rahmatMu, ya Allah, bantulah aku,
berilah kekuatan kepadaku. Sekiranya ditakdirkan aku tidak mampu
membantunya, semoga usaha kecil aku memberikan buku ini dapat
menjadi hujah untuk aku bentangkan di hadapanMu di akhirat kelak.”
**********
“Jap… lagi 5 minit aku sampai,” jawab Malik melalui telefon
pintarnya. Syamsul baru sahaja menelefonnya, khuatir jika Malik
terlupa. Setelah berhenti di bahu jalan untuk menjawab telefon, Malik
memandu laju motosikalnya.
Disebabkan sibuk dengan pelbagai urusan dunia, mama dan
ayah Malik kini sudah tidak kisah jika Malik ingin keluar malam,
tambahan pula SPM telah tamat. Jika dahulu, dia banyak
AIZUDDIN HAMID 108
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
menggunakan alasan study group untuk keluar malam, kini cukup
sekadar dia memberitahu, “Malik nak keluar kejap, nak jumpa
kawan.”
Ah, bebasnya dia!
Pusat Karaoke di Seksyen 20, Shah Alam. Malik memarkir
motosikal betul-betul di hadapan pusat hiburan itu. Seketika, dia
menghampiri sekumpulan lelaki dan perempuan yang sedang
menunggu di tangga untuk naik ke tingkat atas bangunan.
Dia kenal Syamsul dan kawan-kawan lelaki, cuma dia tidak
tahu kawan-kawan perempuan dari mana pula yang bersama
mereka kali ini. Tidak bertudung, rambut ikal mayang, pakaian
menjolok mata, cantik. Tetapi, Malik tidak mengambil kisah kerana
dia sudah mempunyai Ika, setia katanya.
Mereka rancak memilih lagu-lagu untuk karaoke. Prinsip
mereka mudah, “Tak sedap pun tak apa, yang penting enjoy!”
Ada yang memilih lagu rock kapak, ada lagu jiwang, ada lagu
Inggeris. Kelihatan mereka begitu mesra. Bertepuk dan bertampar
sesama lain jantina itu perkara biasa, malah ada yang berpelukan.
Namun, agak janggal bagi Malik kerana dia hanya pernah bermesra
AIZUDDIN HAMID 109
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
bersama Ika sahaja, paling teruk pun hanya berpegangan tangan.
Asap rokok mula memenuhi ruang bilik karaoke. Seketika,
terdengar suara lembut perempuan terbatuk-batuk kerana ada dalam
kalangan mereka yang tidak merokok. Namun, majoriti semuanya
sedang merokok, termasuklah Malik. Sungguh, pembunuh kecil ini
sudah sebati dalam diri Malik.
Apabila sudah lewat malam, mereka melepak di kedai mamak.
Namun, kawan-kawan perempuan sudah beransur pulang setelah
selesai karaoke tadi.
Tanpa dirancang, sempat lagi Syamsul menurunkan satu lagi
ilmunya kepada Malik.
AIZUDDIN HAMID 110
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Kalau kau nak tahu, senang saja kau nak dapat video lucah ni
dalam internet. So, lepas ni kau tak payah minta kat aku dah, cari
saja sendiri. Tapi, kalau kau search guna Google, kau memang
takkan jumpa. Sebenarnya, dalam internet ni, level orang awam saja
yang search guna Google, so memang takkan dapat apa-apa sebab
sekuriti internet dah block website yang tak elok ni. So, ada caranya
untuk dapatkan semua tu tanpa menggunakan Google,” jelas
Syamsul. Dia sememangnya pakar dalam bab ini.
Seketika, Syamsul meminta beg yang digalas kawannya.
Komputer riba dikeluarkan. Syamsul tekun mengajar Malik sambil
diperhatikan oleh kawan-kawan lelaki.
Malik tersenyum seraya berkata, “Thanks bro ajar aku. Lepas
ni, terisi la masa lapang aku kat rumah. Haa, korang order saja, nak
makan apa, nak minum apa, aku belanja!”
Sedih. Pastinya, syaitan dan hawa nafsu sedang meraikan
kejayaan mereka kerana sudah tidak perlu lagi bersusah-payah
untuk menggoda Malik.
Disebabkan apa?
Malik sendiri sudah mencintai maksiat dan dosa dengan penuh
AIZUDDIN HAMID 111
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
kerelaan hati, tanpa perlu didesak atau dipaksa.
**********
Sementara menunggu keputusan SPM dan menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Faizal begitu sibuk dengan
pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Dia bekerja sambilan di Restoran
Pak Li Seksyen 7 Shah Alam sebagai waiter.
Bukanlah duit semata-mata yang diharapkan Faizal, tetapi
lebih kepada pengalaman hidup. Merasai bagaimana susahnya
mencari rezeki, bagaimana besarnya pengorbanan ibu bapa selama
ini dalam usaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Pada waktu malam, sekiranya dia tidak bekerja shift malam,
masanya dihabiskan dengan menghadiri majlis ilmu. Dia berasa
beruntung kerana terdapat banyak pengajian di surau atau masjid di
sekitar Shah Alam. Begitulah rutinnya, disibukkan untuk mencari
taman-taman syurga bagi menggapai redha Allah.
Tidak ketinggalan, dia juga semakin aktif menyertai usrah.
Baginya, terasa tidak lengkap jika dia tidak berjumpa ahli-ahli
usrahnya seminggu sekali, khususnya naqib usrah, Ustaz Adnan
yang merupakan lulusan Mesir dalam bidang Syariah dan aktif dalam
AIZUDDIN HAMID 112
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
sebuah NGO Islam. Ustaz itu banyak membimbing Faizal sejak dari
dia mula menyertai usrah ketika di tingkatan 4.
Ahli-ahli usrah lain datang dari sekolah-sekolah yang berbeza,
ada yang dari Shah Alam, Klang, dan Subang. Namun, mereka
semua mempunyai visi dan misi yang sama.
Faizal bersyukur, dia masih mampu istiqamah berada dalam
lingkungan yang baik, yang sentiasa menasihati dan
mengingatkannya jika dia berasa lemah.
Terkadang, bagi menjadikan usrah mereka lebih menarik,
selain di masjid, mereka akan melakukannya di taman, kedai makan
atau lain-lain. Aktiviti pula bukan hanya sekadar tazkirah, tetapi
mereka juga pernah pergi berkelah, berjalan-jalan, berkhemah, dan
riadah bersama-sama.
“Jadi, apa perancangan antum (kamu semua) selepas ni?”
Tanya Ustaz Adnan sambil mengedarkan dua kotak pizza bersaiz
large yang dibeli sebelum usrah tadi. Murah, ada promosi. Enak
dimakan beramai-ramai.
“Ana memang akan terus kerja part time sampai ana sambung
belajar,” jawab Faizal sambil matanya merenung pizza. Lapar,
AIZUDDIN HAMID 113
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
agaknya.
“Sekarang ni ana stay saja kat rumah, tak kerja. Kena jaga adik
yang masih kecil lagi. Lepas tu, sama macam Faizal, tunggu nak
sambung belajar,” respon Asyraf pula. Dia sudah mendapatkan
bahagian pizza, tunggu masa untuk menyuap di dalam mulutnya
sahaja.
Asyraf, salah seorang ahli usrah yang aktif bersukan. Malah,
ketika di sekolahnya dahulu, dia mewakili SMK Subang Jaya dalam
pasukan bola sepak dan sering mengalahkan wakil dari sekolah lain.
Dia juga mempunyai suara yang lunak, pandai berpidato, dan
mempunyai pengetahuan agama yang baik. Pendek kata, dia
mempunyai pakej lengkap ditambah pula dengan rupa paras yang
kacak.
Dia digilai ramai perempuan sama ada dari sekolahnya atau
sekolah lain. Ramai cuba mendekati Asyraf, namun Allah
memeliharanya daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Dia
konsisten menghadiri usrah dan berada dalam kalangan kawan yang
baik supaya dia dapat membenteng dirinya daripada terjebak dengan
apa-apa kemungkaran.
Seketika, tiga orang lagi ahli usrah yang lain tidak menjawab
AIZUDDIN HAMID 114
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
soalan yang ditanya oleh Ustaz Adnan, masing-masing khusyuk
menjamah pizza.
Setelah itu, mereka semua berbual sambil menikmati rezeki
yang tersedia di hadapan mereka itu.
“Haa, macam mana kawan kamu tu, Faizal? Malik namanya,
kan?” Soal Ustaz Adnan.
Semua ahli usrah tertumpu ke arah Faizal. Pastinya, semua
orang sudah mengetahui masalah yang dihadapi Faizal. Malah,
itulah juga salah satu fungsi usrah, jika salah seorang ahli
menghadapi masalah, maka masalah itu akan dikongsi
bersama-sama.
Jika tidak dapat diselesaikan pun, sekurang-kurangnya ringan
beban yang dipikul apabila digalas bersama.
“Hmm, tu la, lepas ana letak buku Masih Ada Syurga Buat Kita
di peti surat rumah Malik, ana dah tak contact dia sebab takut nanti
dia makin benci dan jauhkan diri daripada ana. So, ana bagi dia
masa dulu, harap-harap dia baca buku yang ana bagi tu,” luah Faizal.
Terukir jelas di wajahnya kekesalan kerana tidak mampu membantu
Malik selama ini.
AIZUDDIN HAMID 115
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Tak apa, sekurang-kurangnya enta dah buat yang terbaik.
InsyaAllah, kita sama-sama doakan yang terbaik,” Asyraf memecah
kesunyian apabila semuanya kelihatan termenung.
Sebelum beredar, sempat juga salah seorang ahli usrah
bertanya, “Oh ya, ustaz. Ana terfikir, kalau nanti kami sambung
belajar, tempat lain-lain, macam mana kita nak buat usrah lagi?”
Ustaz Adnan menepuk bahunya, lantas berkata, “Bagus,
antum masih lagi nak komited dengan usrah. Jangan risau, nanti
bagitahu ustaz apa nama tempat antum belajar. Nanti ana kenalkan
dengan orang yang buat usrah di sana. Tapi, kalau tak ada, antum
yang perlu start usrah dulu, jadi penggerak.”
Dia yakin, ahli-ahli usrahnya sudah bersedia untuk menempuh
dunia realiti di alam universiti yang sudah pasti lebih banyak cabaran
dan dugaannya sebagai anak muda.
AIZUDDIN HAMID 116
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 8 -
SESUAIKAN DIRI
DI TEMPAT BAHARU
AIZUDDIN HAMID 117
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Haa, dah siap kemas ke?” Tanya mama sambil mengetuk
pintu bilik Malik.
Hari ini, mama dan ayah akan menghantar Malik untuk
menyambung pengajian di UTAR, Perak. Keputusan SPM yang
diperoleh beberapa bulan lalu agak baik, jadi dia tidak mempunyai
masalah untuk memohon di mana-mana universiti.
Mama dan ayah juga berasa terharu dengan pencapaian Malik
yang tidak dijangka itu. Jadi, layanan mereka terhadapnya sedikit
berubah, mereka menjadi lebih prihatin.
Disebabkan tidak tahu apa yang terbaik untuk dirinya, maka
Malik hanya memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang
perakaunan. Namun, dia perlu mengambil program asasi terlebih
AIZUDDIN HAMID 118
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
dahulu sebelum menyambung dalam program ijazah sarjana muda.
“Sikit lagi, mama. Tak apa, mama tunggu dulu di bawah, nanti
Malik turun,” balas Malik sambil memasukkan beberapa helai baju
lagi di dalam begnya.
Sekilas pandang, dia terlihat buku Masih Ada Syurga Buat Kita
yang sudah lama tidak disentuhnya.
‘Hmm, nak buang tak sampai hati pula,’ Malik bermonolog.
Entah kenapa, hatinya mendesak supaya dia membawa buku itu ke
universiti.
Malah, jauh di sudut hatinya, masih banyak persoalan yang
belum terungkai mengenai buku itu. Tidak pernah sekali pun dia
membelek buku itu sehingga hari ini, hanya kulit hadapan yang cantik
membuatkan dia masih teruja untuk menyimpannya.
Buku itu diselit di celah-celah pakaian di dalam beg. Kotak
rokok yang baru dibeli beberapa hari lepas pula diletakkan di poket
kecil tepi beg. Malik sememangnya pandai berahsia sehinggakan
mama dan ayah tidak pernah tahu langsung yang Malik merokok.
Hebat!
AIZUDDIN HAMID 119
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
**********
Dua hari sebelum…
“Ayang, jangan la macam ni,” pujuk Malik. Kali ini, Ika
benar-benar sedih kerana mereka akan terpisah jauh
memandangkan tempat pengajian mereka berbeza. Malik di UTAR,
Perak sedangkan Ika pula di UITM Shah Alam.
Seketika, Malik merapatkan dirinya di sebelah Ika. Kerusi batu
yang menjadi pilihan mereka untuk berehat yang juga berada
betul-betul di hadapan tasik itu menjadi saksi bahawa mereka bakal
berjauhan. Angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah meratapi
perpisahan ini.
“Lagipun, masa cuti, abang balik la sini. Kita boleh jumpa lagi,
sebulan sekali ke, kan? Abang janji, tiap-tiap hari kita whatsapp dan
call ye? Abang promise,” sambung Malik. Dia bersungguh-sungguh
memujuk Ika kerana sejak dari tadi, Ika memalingkan wajah ke arah
lain.
Tanpa ragu-ragu, Malik terus memegang tangan Ika. Tangan
itu digenggam erat, tanpa mengira lagi dosa pahala, tanpa mengira
lagi orang ramai yang lalu-lalang di sekitar Taman Tasik Shah Alam
AIZUDDIN HAMID 120
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
itu. Apa yang penting, Ika tidak merajuk lagi.
Tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit, Ika membetulkan
posisi badannya dan memandang wajah Malik dengan senyuman,
namun agak tawar.
Ika mengetap bibir, seraya berkata, “Ayang bukan apa. Ayang
risau nanti abang jumpa orang lain dekat sana, lepas tu tinggalkan
ayang.”
Malik tersengih kerana Ika sudah mahu berbicara dengannya.
Lantas, dia memberi jaminan, “Ayang ialah cinta pertama abang, dan
juga cinta terakhir abang. Tak adanya abang nak pandang
perempuan lain, ayang sorang saja.”
Ika tersenyum lebar. Pastinya dia cair dengan kata-kata manis
dan pujuk rayu Malik. Baginya, Malik adalah satu-satunya lelaki yang
telah berjaya mencuri hatinya. Disebabkan itu, sukar juga untuk dia
berjauhan dengan Malik.
Keadaan pasti berbeza setelah mereka menyambung
pelajaran nanti.
**********
AIZUDDIN HAMID 121
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Lebih dua jam kemudian, Malik sekeluarga tiba di UTAR,
Perak. Sejujurnya, Malik berasa gembira kerana keluarganya
sanggup meluangkan masa untuk menghantarnya. Lagipun, sudah
lama juga mereka tidak keluar bersama.
“Angah dan Acu, tolong along angkat kotak tu,” pesan Malik
kepada adik-adiknya. Pendaftaran pelajar berjalan lancar. Jadi, dia
hanya tinggal pendaftaran asrama sahaja.
Mama dan ayah memilih untuk menunggu di dalam kereta
sementara Malik dan adik-adiknya mengangkat barang ke bilik.
Katanya, mereka penat.
“Ok, ni kunci bilik B-34. Satu bilik dua orang,” kata pegawai
asrama sambil menghulurkan kunci. Setelah mengucapkan terima
kasih, mereka tercari-cari kedudukan bilik itu. Susah juga.
Akhirnya, mereka ketemu.
Dalam masa yang sama, salah seorang ahli bilik sudah pun
berada di bilik itu sambil ditemani ahli keluarganya. Jadi, Malik tiada
pilihan melainkan hanya menerima apa sahaja barang yang tinggal.
Jika tiba lebih awal, pasti boleh dipilih tilam yang lebih lembut, almari
AIZUDDIN HAMID 122
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
yang lebih kukuh, katil yang lebih stabil, dan lain-lain.
Setelah semua barang diletakkan di bilik, Malik dan
adik-adiknya bergegas ke kereta semula. Mama memberi cadangan
untuk mereka singgah di kafetaria bagi mengisi perut yang sudah
lama berkeroncong, meminta supaya diisi dengan makanan.
Selesai semuanya, mereka meminta diri.
Tiba saat berpisah, Malik bersalaman dengan keluarganya.
Tidak dinafikan, kasih seorang ibu, pasti akan mengalirkan air mata
asbab tidak pernah mereka berjauhan selama ini. Namun, mama
merelakannya, sedar bahawa anaknya itu sudah dewasa.
Ayah pula kelihatan tenang, hanya menepuk-nepuk bahu
Malik, malah sempat menitipkan pesan supaya belajar
bersungguh-sungguh. Malik hanya sekadar mengangguk.
Sedikit demi sedikit, bayangan kereta hilang daripada
pandangan, menuju ke pintu pagar universiti dan terus pulang ke
rumah semula. Sempat juga Malik melambai-lambaikan tangan
kepada mereka.
Dia berasa sangat gembira. Bukan kerana dapat menyambung
AIZUDDIN HAMID 123
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
pelajaran di universiti semata-mata, tetapi juga kerana hidupnya
akan menjadi lebih bebas, malah tidak terkongkong lagi asbab
berjauhan dengan keluarga.
Namun, jauh di sudut hatinya, dia pasti merindui rumahnya
yang selama ini menjadi tempat untuk dia berteduh, adik-adik yang
menjadi tempat dia mengusik, dan sudah pastinya, mama dan ayah
walaupun mungkin mereka jarang memberikan perhatian kepadanya.
Tidak terkecuali, kekasih hatinya iaitu Ika dan juga Syamsul
yang banyak mengajarnya erti hidup sebagai seorang anak muda,
walaupun pada hakikatnya cara itu penuh dengan kedustaan.
Pastinya, Malik memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan
diri dengan suasana yang baharu ini.
**********
Malik baru sahaja selesai meletakkan pakaiannya di dalam
almari serta memasang cadar katil. Dia tidak mengambil masa yang
lama untuk melakukannya, ala-ala kadar sahaja.
Sementara ahli biliknya pula sedang berbaring di atas katil,
sibuk dengan tablet miliknya. Boleh jadi, dia sedang bermain game
AIZUDDIN HAMID 124
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
kerana terdengar keluhan dan sorakan beberapa kali sejak dari tadi.
“Eh, kau nama apa?” Tanya dia secara tiba-tiba setelah melihat
Malik selesai mengemas barangnya. Tablet diletakkan di tepinya.
“Malik.” Dia hanya memberi respon ringkas, seakan-akan tidak
berminat untuk meneruskan perbualan kerana sudah penat seharian
ini. Maklumlah, dari pagi sampai petang.
“Oh, nama aku Kalai. Aku datang dari Sabah, kristian
bumiputera,” dia terus memperkenalkan diri tanpa diminta.
Tersengih, semangat pula tu.
Wajah Kalai persis orang Melayu, tidak ketara perbezaannya.
Malah, jika tidak mengenalinya, pasti Malik ingatkan dia orang Islam.
AIZUDDIN HAMID 125
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Malik mengangguk, bersahaja.
Melihat keadaan Malik yang agak penat itu, Kalai tidak berhajat
untuk melanjutkan bicara. Dia terus mengambil tablet dan bermain
game semula.
Seketika, Malik pun membaringkan dirinya di atas katil sambil
membelek beberapa dokumen yang diberikan ketika pendaftaran
tadi, termasuklah peraturan, etika pemakaian, dan orientasi.
“Aduh, ada minggu orientasi, seminggu pula tu. Lamanya…”
hati Malik mengeluh. Dia tidak mempunyai pilihan melainkan menjadi
pak turut sahaja.
Telefon pintar yang sejak tadi berada di hujung katil baru
dicapainya. Dia terus menaip whatsapp kepada Ika, berkongsi cerita
mengenai hari pertamanya di sini.
**********
“Ok, sila bahagi ikut kumpulan masing-masing. Semua dah
tengok senarai nama dekat pintu masuk dewan tadi, kan? Gerak
sekarang,” Meor Radzi memberikan arahan. Dia merupakan senior
dan ketua fasilitator minggu orientasi. Boleh jadi dia juga pimpinan
AIZUDDIN HAMID 126
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
persatuan pelajar.
Pelajar baharu termasuklah Malik baru sahaja selesai
mendengar taklimat pertama daripada pensyarah, fokus mengenai
hala tuju dan juga latar belakang universiti. Sepanjang minggu ini,
kebanyakan slot akan berselang-seli antara taklimat dan juga aktiviti
LDK (latihan dalam kumpulan).
Beberapa minit kemudian, seramai lebih 100 pelajar sudah
berada dalam kumpulan masing-masing, bercampur lelaki dan
perempuan. Setia menunggu arahan yang seterusnya.
Ada pelajar muslimah yang mengeluh. Sebaiknya, fasilitator
perlu lebih peka untuk mengasingkan kumpulan mengikut sesama
jantina sahaja. Namun, penganjur beralasan. Kononnya, ada Muslim
dan non-Muslim, jadi lebih baik bercampur lain-lain jantina.
Kononnya, ini bukan program agama, jadi tiada keperluan untuk
diasingkan. Tidak salah berikhtilat, bergaul antara lelaki dan
perempuan atas dasar urusan kerja. Tetapi, bukankah menutup
ruang-ruang fitnah itu lebih baik?
“Ok, sebelum bermula, saya nak lantik ketua bagi setiap
kumpulan,” kata ketua fasilitator sambil melihat senarai nama yang
dipegangnya sejak tadi. Dia meneliti setiap satu nama yang telah
AIZUDDIN HAMID 127
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
dibahagi mengikut kumpulan masing-masing. Pastinya, dia tidak
kenal pun siapa tuan empunya nama. Jadi, dia hanya menyebut
secara rawak sahaja.
Setiap ahli dalam kumpulan masing-masing menunggu dengan
penuh debaran. ‘Siapa suka menjadi ketua,’ getus mereka. Pasti
banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Akhirnya, satu nama
dipilih bagi setiap kumpulan, ada yang diketuai lelaki, ada juga yang
diketuai perempuan.
Terlihat jelas rungutan dan keluhan mereka yang namanya
disebut, tidak suka. Namun, apakan daya, sebagai pelajar baharu di
tempat ini, mereka tidak boleh besar kepala. Mereka perlu mengikut
sahaja yang apa yang telah ditetapkan. Tidak terkecuali, terukir
wajah ceria diiringi tertawa kecil bagi ahli-ahli kumpulan yang tidak
terpilih. Lega!
“Seterusnya, Kumpulan 7. Saya nak pilih… Hmm…
Muhammad Malik bin Abdul Rahim!”
Jantung Malik seakan-akan terhenti apabila mendengar
namanya disebut. Banyak tanda tanya yang muncul di fikirannya.
Kenapa aku? Apa aku nak buat? Boleh aku tarik diri?
AIZUDDIN HAMID 128
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Dia kelihatan termenung jauh menembusi lantai dewan.
Pertama, dia tidak suka program sebegini. Kedua, kebenciannya
bertambah apabila dipilih menjadi ketua kumpulan pula.
‘Kan bagus kalau aku ponteng, duduk bilik saja tadi, haih,’
keluh Malik dalam hati.
Setelah itu, ketua fasilitator memberi arahan kepada ketua
kumpulan bagi mengetuai sesi ice breaking ringkas untuk mengenali
semua ahli dalam masa 20 minit sahaja. Bermula, sekarang!
Riuh-rendah suasana di dalam dewan. Semua kumpulan
kelihatan aktif memulakan sesi perkenalan itu. Maklumlah, jumpa
kawan baharu.
“Haa, tak apa. Kalau kau nak, aku boleh tolong start,” tegur
seorang lelaki yang sedang duduk di sebelah Malik sambil menepuk
bahunya. Dia berpakaian kemas berbaju kemeja biru bergaris hitam
halus menegak. Kacak.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Malik juga tidak biasa
menjadi leader, malah kecenderungannya lebih kepada follower dan
tidak suka menonjolkan diri.
AIZUDDIN HAMID 129
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Sekiranya mampu, dia ingin supaya orang di sekeliling tidak
tahu pun akan kewujudannya! Terimbas juga kenangan ketika di
sekolah dulu, dia mudah berasa gugup apabila bercakap di hadapan
orang lain, apatah lagi mengetuai mereka. Kurang keyakinan diri.
Apabila sudah diberi tawaran sebegitu, pastinya dia tidak akan
menolak. Sambil tersengih, Malik menjawab, “Haa, bagus juga tu,
silakan.” Lega rasanya.
Sesi perkenalan itu berjalan lancar. Setiap orang hanya perlu
memberikan nama, asal, hobi, dan apa target yang ingin dicapai
apabila berada di universiti ini.
Setelah itu, mereka berehat sebentar sebelum menyambung
aktiviti yang seterusnya. Air teh panas dan biskut kering disediakan di
luar dewan sebagai pengalas perut. Ramai berpusu-pusu keluar
dewan, ada juga yang pergi ke tandas.
“Asyraf, terima kasih tadi tolong aku,” Malik mengucapkan
terima kasih sambil duduk di sebelah Asyraf. Biskut kering yang
diambil tadi dicicah bersama air teh. Sedap!
“Tak ada hal arh, Malik. Biasa la tu,” respon Asyraf, tersengih.
AIZUDDIN HAMID 130
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Habis sahaja meminum air teh, Asyraf menyambung
perbualan, “Haa, rumah kita tak jauh pun, kan? Aku tinggal di
Subang, kau tinggal di Shah Alam. Aku selalu juga pergi sana sebab
ada ramai kawan.”
Teringat Asyraf ketika Malik memperkenalkan diri dalam sesi
ice breaking tadi, katanya tinggal di Shah Alam.
“Betul, dekat saja,” balas Malik, setuju.
Kelihatannya, dia seperti selesa berkawan dengan Asyraf.
Malah, dia juga tahu, mana mungkin dia boleh hidup seorang diri di
tempat baharu ini selama bertahun-tahun? Kawan-kawannya semua
berada jauh. Jadi, dia perlu mencari kawan baharu.
AIZUDDIN HAMID 131
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 9 -
TERUSKAN
PERJUANGANMU,
SAHABAT
AIZUDDIN HAMID 132
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Seminggu berlalu dengan pantas. Segala aktiviti yang
dirancang berjalan dengan baik.
Semua pelajar yang kelihatan seperti terpaksa pada awalnya
kini sudah berubah, rasa sedih pula di akhir minggu orientasi ini.
Mana tidaknya, aktiviti yang dijalankan semuanya menarik sepanjang
minggu ini khususnya LDK dan mereka benar-benar teruja.
“Alhamdulillah. Anda baru sahaja dengar taklimat yang terakhir
daripada pensyarah. Harapnya, anda semua sudah benar-benar
bersedia untuk meneruskan pengajian di sini. Jangan risau, kami
sebagai senior akan banyak membantu anda semua. Ok, untuk
aktiviti LDK yang terakhir, kita nak uji kreativiti dan kerjasama anda
semua. Sekarang, saya jemput Kak Fatin Raihanah untuk
memberikan penerangan,” jemput Meor Farid.
AIZUDDIN HAMID 133
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Dari belakang dewan, kelihatan seorang perempuan berbaju
t-shirt labuh lengan panjang bertudung ungu sedang berjalan menuju
ke hadapan. Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Ok, adik-adik sekalian. Pertama sekali, kak nak ucap tahniah
sebab anda semua dah berjaya sampai ke penghujung minggu
orientasi!” Ucap Kak Fatin Raihanah, semangat, seiring dengan
tepukan tangan daripada semua pelajar. Bergema dewan, terpancar
kegembiraan mereka.
Setelah keadaan menjadi reda, dia menyambung, “Jadi, untuk
aktiviti yang terakhir, kita akan buat satu aktiviti yang dipanggil
sebagai Tough And Tall. Setiap kumpulan akan diberikan surat
khabar lama dalam kuantiti yang sama banyak. Kemudian, cipta
sebuah model bangunan. Beberapa kumpulan akan dipilih untuk
membuat pembentangan mengenai hasil kerja anda. Pemenang
akan dipilih berdasarkan model yang paling tinggi dan paling kukuh.
Semua ketua kumpulan boleh datang ambil surat khabar lama di
hadapan ni.”
Kelihatan semua pelajar kelam kabut. Masa yang diberi
hanyalah 20 minit sahaja. Mereka juga boleh menggunakan salotape
dan gunting yang disediakan. Malik tidak terkecuali untuk bergerak
ke hadapan dewan bagi mengambil surat khabar lama.
AIZUDDIN HAMID 134
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“So, siapa ada cadangan?” Tanya Asyraf kepada ahli
kumpulan. Kelihatan semuanya sedang berfikir. Dia kelihatan selesa
menjadi ketua secara tidak rasmi.
“Aku cadang, kita renyukkan semua kertas dan letak salotape,
buat bentuk tinggi macam bukit,” salah seorang ahli kumpulan
memberi cadangan. Semua kelihatan mengangguk, boleh jadi
mereka juga tidak mempunyai sebarang idea dan hanya menerima
sahaja apa-apa yang diutarakan.
Sambil memegang kertas, Malik terfikir satu idea, “Apa kata
kita gulung kertas banyak-banyak. Lepas tu, kertas yang dah
digulung tu kita buat bentuk piramid dan cacakkan kertas gulung lain
di tengah-tengahnya. Isi dalam piramid tu kita penuhkan dengan
kertas yang direnyukkan.”
“Aku setuju!” Respon Asyraf, laju.
Seketika, seorang demi seorang bersetuju. Setiap orang
dibahagikan tugas masing-masing. Mereka semua kelihatan sudah
serasi dan semakin selesa untuk bekerjasama.
20 minit masa yang diperuntukkan berlalu begitu sahaja. Masih
AIZUDDIN HAMID 135
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
ada kumpulan yang tidak siap, tetapi mereka harus berhenti juga.
Boleh jadi mereka berfikir terlalu lama sehingga terlupa masa yang
diberikan itu singkat.
“Ok. Setiap kumpulan akan diperiksa terlebih dahulu kekuatan
dan ketinggian model bangunan yang telah anda hasilkan. Bagi
menguji ketinggian, kita akan ukur dahulu, sekiranya kurang daripada
had minimum, kumpulan tu akan disqualified. Bagi menguji kekuatan
pula, model bangunan anda akan diletakkan di atas meja. Meja akan
digoyangkan oleh dua orang fasilitator peringkat demi peringkat,
model mana yang paling lama bertahan akan dikira sebagai
pemenang,” jelas Kak Fatin Raihanah, panjang lebar.
Setelah itu, satu demi satu kumpulan diuji. Ada yang bertahan,
ada yang kecundang!
Tiba giliran Kumpulan 7 iaitu kumpulan Malik. Rasa
berdebar-debar itu pasti ada.
Malangnya, mereka juga kalah kerana tidak bertahan lama.
Aktiviti ini dimenangi oleh Kumpulan 5.
“Tak apa, at least kita dah buat yang terbaik, tu yang paling
penting,” kata Asyraf bagi memberi semangat kepada ahli-ahli
AIZUDDIN HAMID 136
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
kumpulan.
“Haah, tak kisah menang ke kalah, lagipun lawak arh tadi,
Kumpulan 3 tu tak sempat nak angkat letak atas meja lagi, dan
roboh,” Malik ketawa berdekah-dekah diikuti ahli-ahli kumpulan yang
turut berasa geli hati. Seronok mereka, kelihatan mesra.
**********
Malik mengemas katilnya dan bersiap-siap untuk tidur. Kalai
yang juga ahli biliknya itu tidak ada, boleh jadi melepak di bilik lain.
Lalu, dia mengambil peluang keseorangan ini untuk menelefon Ika.
Sudah beberapa hari dia tidak mendengar suara yang manja itu,
terasa rindu pula.
“Assalamualaikum. Hai, ayang.”
“Waalaikumussalam, abang. Wah, lama tak contact ni. Sibuk
ke?”
“Haah, sibuk sikit. Tapi, minggu orientasi dah habis. Lega.
Macam mana ayang punya universiti? Semua ok ke?”
“Ok saja kat sini. Ramai kawan yang baik. Seronok kat UITM
AIZUDDIN HAMID 137
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Shah Alam ni. Tempat abang macam mana? Dah jadi orang Perak
sekarang ni, hehe,” usik Ika.
“Hmm. Mula-mula rasa macam tak best, tapi bila dah seminggu
ni, not bad la.”
Dalam masa yang sama, syaitan dan hawa nafsu mula
memainkan peranan. Cuma, mereka tidak perlu bekerja keras seperti
dahulu lagi kerana Malik dan Ika sudah mendapat didikan yang
secukupnya.
“Hmm, ayang, abang rindu ayang la. Nanti whatsapp gambar
ayang, free hair tau.”
“Ok, boleh saja, nanti abang hantar gambar abang juga ya.”
Lama perbualan mereka. Mesra.
10 minit kemudian, seseorang mengetuk pintu bilik itu dan
terus membukanya.
“Assalamualaikum. Buat apa tu? Busy ke?” Asyraf menyapa
dari luar. Dia tahu bilik Malik sejak hari pertama orientasi lagi ketika
mereka saling berkenalan. Bilik mereka juga tidak jauh dan berada di
AIZUDDIN HAMID 138
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
tingkat yang sama.
Malik terkejut. Dia malu sekiranya Asyraf mendengar
perbualan mereka. Dia kelihatan berbisik, “Ayang, nanti abang call
balik ya. Ada hal sikit, bye.” Secara spontan, dia terus meletakkan
telefon di hujung katil.
“Eh, kau. Tak ada apa arh, tak buat apa pun. Ada apa?” Soal
Malik kepada Asyraf.
Tanpa diundang, Asyraf terus duduk di atas kerusi. Barang
milik Malik yang berada di atas meja pula ditolak ke tepi supaya
Asyraf dapat melabuhkan tangan di atasnya.
“Saja datang sini. Bosan pula lepak bilik aku tadi,” balas Asyraf
sambil mata liar memandang sekeliling. Sambil itu, dia juga
mengeluarkan telefon pintar dari poketnya dan melayari Facebook.
“Haa, kau call siapa tadi? Awek ke? Ehem,” soal Asyraf. Pada
asalnya, dia hanya sekadar ingin main-main.
Malik merasakan tiada keperluan untuk dia merahsiakannya
daripada Asyraf. Dia hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum.
AIZUDDIN HAMID 139
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Kau pula? Ada awek tak? Orang hensem macam kau confirm
ada awek punya,” seloroh Malik sambil mengangkat-angkat kening.
“Huh? Aku mana ada awek, aku layan semua perempuan
sama saja.”
“Uih, maknanya kau ni playboy la, banyak awek, layan diorang
sama rata, fuhh,” gurau Malik.
Asyraf malas melayan karenah Malik. Matanya tertumpu ke
arah sebuah buku yang berada dicelah fail di atas meja. Dia menukar
topik perbualan, “Buku apa ni? Masih Ada Syurga Buat Kita? Best
ke?”
Malik mengalihkan pandangan yang sejak tadi menghadap
AIZUDDIN HAMID 140
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
telefon pintarnya. “Oh, buku tu. Entah, aku pun tak pernah baca lagi.
Kalau kau nak, ambil arh,” balasnya.
Seakan merasa tidak logik dengan jawapan yang diberikan,
Asyraf menyoal kembali, “Eh, kalau tak pernah baca, kenapa kau
beli?”
“Hmm, aku tak beli pun buku tu. Dulu, ada orang letak buku tu
kat peti surat rumah aku, tapi aku tak tahu siapa. Aku tak minat nak
baca. Tapi… aku sendiri pun tak tahu kenapa aku bawa datang sini.”
Seketika, Kalai masuk ke bilik dan menuju ke katilnya. Sempat
juga dia melemparkan senyuman buat Malik dan Asyraf. Dia
mengalihkan beg dan tablet yang berada di atas katilnya itu dan
mempersiapkan diri untuk tidur.
Sebelum mengundurkan diri, Asyraf sempat memberi pesanan,
“Esok petang jangan lupa main bola. Kita gerak sama-sama ke
padang, kau dah janji, kan? Haha. Esok pagi aku ketuk pintu bilik
kau, in case kalau kau nak ke surau sekali untuk solat Subuh. Ok,
aku balik bilik dulu.”
Setelah memberi salam, Asyraf keluar dari bilik itu. Perasaan
Malik bercampur baur, serabut memikirkan sesuatu. Bukan bola itu
AIZUDDIN HAMID 141
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
yang menjadi isu, walaupun dia memang jarang bermainnya sejak
dari sekolah lagi.
‘Hmm, bila kali terakhir aku solat Subuh? Solat lain pun aku
buat kadang-kadang saja, apatah lagi solat Subuh.’
Malik tidur dalam keadaan hatinya runsing, tidak tenang.
**********
Asyraf tidak terus tidur apabila pulang ke biliknya. Dia sudah
yakin 100% dengan andaiannya sejak pertama kali masuk ke
universiti ini. Semua petanda sudah jelas satu persatu, daripada
namanya, sekolahnya, dan kini bukunya pula.
“Hmm, dia memang Malik yang pernah arwah Faizal ceritakan
dulu. Tak sangka, Allah temukan aku dengan dia di sini. InsyaAllah,
aku akan teruskan perjuangan kau, wahai sahabat.”
Tanpa disedari, air matanya mengalir, terkenangkan peristiwa
lalu, peristiwa yang tidak akan dia lupakan sepanjang hidupnya.
**********
AIZUDDIN HAMID 142
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Seminggu selepas keputusan SPM diumumkan…
“Assalamualaikum. Ni Asyraf usrah ke?”
Asyraf mendapat panggilan daripada telefon pintar Faizal.
Cuma, dia berasa hairan kerana suara yang menelefonnya bukan
seperti pemilik telefon itu.
Dia baru sahaja tiba di Masjid Ubudiyyah Seksyen 19 kerana
seperti yang dijanjikan, usrah pada minggu ini akan dilakukan di
sana. Malah, dia orang pertama yang tiba, tidak kelihatan lagi
ahli-ahli usrah yang lain termasuklah Ustaz Adnan.
“Waalaikumussalam. Err… ni saya, Asyraf.” Balasnya, cemas.
Dia terdengar suara riuh-rendah melalui panggilan telefon itu.
“Maaf mengganggu. Saya Encik Mazlan. Saya terjumpa telefon
ni pada mangsa kemalangan. Nasib baik telefon ni tak ada lock code,
saya terus on dan buka log call. Nama Asyraf (usrah) terpapar
sebagai nombor terakhir yang dia call. Sebab tu saya contact encik,”
termengah-mengah Encik Mazlan menceritakan situasi yang berlaku.
Asyraf menganggukkan kepala seolah-olah Encik Mazlan
berada di hadapannya, walaupun mereka hanya berbicara melalui
AIZUDDIN HAMID 143
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
telefon pintar.
Setelah itu, dia terpaku. Jantungnya seakan-akan luruh kerana
baru sahaja 20 minit yang lalu, Faizal menelefon dia untuk
mengingatkannya tentang usrah.
Kes langgar lari. Faizal sedang menunggang motosikal untuk
pergi ke usrah. Tiba-tiba, ketika dia berada di selekoh jalan di
Seksyen 16, dia dilanggar oleh sebuah kereta. Boleh jadi disebabkan
panik, kereta itu terus memecut laju meninggakan Faizal yang
terpelanting ke bahu jalan, tidak sedarkan diri. Helmetnya pecah,
malah keadaan motosikalnya agak teruk.
Nasib baik orang ramai yang berada di situ ternampak dengan
apa yang berlaku, antaranya Encik Mazlan. Tanpa diminta, ada yang
menelefon ambulans dan polis, ada yang membantu mangsa
kemalangan, dan ada yang menelefon kenalan mangsa melalui
telefon pintar yang dijumpai mereka.
Asyraf bergegas menuju ke lokasi kemalangan setelah
diberitahu Encik Mazlan. Dia memandu laju motosikalnya tanpa
memikirkan keselamatan diri lagi. Apa yang penting, dia
mengharapkan agar Faizal masih selamat!
AIZUDDIN HAMID 144
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Apabila dia tiba di sana, Faizal sudah pun diusung ke dalam
ambulans.
Dalam keadaan yang menangis, Asyraf sempat bertanya
mengenai hospital mana yang Faizal akan dirawat. Kemudian, dia
juga menelefon Ustaz Adnan dan ahli keluarga Faizal. Dia berasa
sangat berat hati untuk memberitahu mereka mengenai ujian yang
menimpa Faizal.
Setelah sepuluh hari bertarung nyawa di Hospital Shah Alam,
takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Bukankah Allah telah menjanjikan kematian bagi setiap
makhluk yang hidup? Cuma, waktunya berbeza, tidak diketahui siapa
yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Cara kematiannya juga
berbeza, husnul khatimah atau su’ul khatimah.
Kematian itu suatu kepastian. Tetapi, kenapa masih ramai
anak cucu Adam yang masih leka dengan dunia yang bersifat
sementara ini? Kenapa masih ramai yang tidak membuat persiapan
dan bekalan amal yang secukupnya untuk dibawa bertemu Allah?
Malah, bagaimana pula sekiranya mati dalam keadaan sedang
melakukan kemungkaran dan tidak sempat bertaubat? Nauzubillah.
AIZUDDIN HAMID 145
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Asyraf, Ustaz Adnan dan ahli-ahli usrah yang lain sempat
melawatnya ketika Faizal sedar, iaitu tiga hari sebelum kematiannya.
Mereka sangkakan, Faizal akan sembuh dalam masa yang terdekat
kerana dia kelihatan tabah sahaja menghadapi ujian ini.
Rupa-rupanya, itulah pertemuan terakhir mereka.
“Ana… Ana nak minta maaf kalau ada buat salah pada antum
semua. Risau pula tak sempat nak minta maaf sebelum mati nanti,”
kata Faizal, lemah.
“Eh, tak ada apa. Enta tak ada buat salah pun. Dah, jangan
cakap macam tu,” balas Asyraf seolah-olah mewakili yang lain.
Tanpa disedari, air matanya mengalir sekali lagi. Dia mengusap
pipinya yang mula basah. Mana tidaknya, dia merupakan ahli usrah
yang paling rapat dengan Faizal. Segala susah dan senang dikongsi
bersama.
Kini, orang yang selalu memberi semangat dan nasihat kepada
dirinya itu sedang terlantar sakit di hadapan matanya sendiri. Dia
merasai penderitaan yang dihadapi Faizal.
“Err… ana nak cakap personal dengan Asyraf, boleh?” Faizal
AIZUDDIN HAMID 146
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
meminta izin. Seketika, dia ingin membetulkan posisinya seolah-olah
ingin duduk, tetapi dihalang oleh mereka.
“Ok, kami tunggu di luar bilik ya,” kata Ustaz Adnan sambil
mengajak ahli-ahli usrah yang lain.
Setelah itu, Faizal menyambung, lemah, “Ana rasa, mungkin
ana dah tak hidup lama. Kalau Allah takdirkan ana pergi dulu, ana
harap enta dapat bantu ana.”
Asyraf menggenggam tangan sahabatnya itu, erat. “Jangan
cakap macam tu, dah arh…” air matanya semakin deras mengalir.
Sejujurnya, dia sendiri tidak pernah menangis di hadapan
mana-mana orang sebelum ini.
“Hasrat ana untuk bantu Malik, kawan sekolah ana tu masih
lagi tak kesampaian, sehinggalah sekarang. Ana harap, enta sudi
untuk teruskan perjuangan ana. Ana kenal peribadi enta, sejujurnya
ana yakin enta boleh bantu Malik…”
“InsyaAllah, akhi….” kedua-duanya berasa sedih, seolah-olah
dapat merasai bahawa itulah pertemuan terakhir mereka. Terimbas
juga kenangan mereka saat pertama kali berkenalan apabila
melakukan usrah bersama Ustaz Adnan lebih kurang dua tahun lalu,
AIZUDDIN HAMID 147
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
ketika mereka berada di tingkatan 4.
Benarlah, persahabatan yang terjalin kerana Allah, tanpa ada
sebarang kepentingan dunia, sememangnya indah. Keindahannya
bukan hanya sekadar dirasai di akhirat sahaja, malah sejak di dunia
lagi.
Setelah itu, jururawat datang dan memberitahu bahawa Faizal
memerlukan rehat yang secukupnya. Mereka berpelukan dan
bersalaman sebelum Asyraf meninggalkan bilik itu.
Ya. Itulah pertemuan terakhir mereka. Pastinya, Asyraf tidak
akan melupakan amanah yang diberi oleh Faizal.
Allah yang merancang segala-galanya. Sekarang ini, Allah juga
yang mempermudahkan Asyraf untuk bersahabat dengan Malik.
Jadi, apa alasan dia untuk mengabaikan janjinya kepada Faizal?
Sama sekali tiada.
AIZUDDIN HAMID 148
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 10 -
APABILA HIDAYAH
MULA MENYAPA
AIZUDDIN HAMID 149