The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizuddinhamid11, 2021-08-21 05:43:38

IAMTAH

IAMTAH

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

teman wanitanya. Dia benar-benar suka kepada Ika.

Pada mulanya, Ika seakan-akan merajuk kerana terasa
dipermainkan. Baginya, mana mungkin penyakit seperti itu boleh
dibuat main. Akhirnya, setelah puas Malik memujuk manja, mereka
bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih.

“Awak panggil saya abang tau, nanti saya panggil awak
ayang,” whatsapp Malik kepada teman wanitanya. Dia
berguling-guling di atas katil sambil tersenyum sendirian. Misinya
pada malam ini berjaya!

Tanpa disedari, hawa nafsunya masih belum berasa puas…

‘Cuba kau call dia pula. Tak bosan ke asyik mesej. Dah dua
minggu kau kenal dia, takkan mesej je? Cuba dengar suara dia pula,
baru best.’

Tidak lama selepas itu, Malik memberanikan diri dan
menghantar whatsapp, “Ayang, sebagai tanda gembira kita yang
baru couple ni, boleh tak kalau abang nak call ayang?”

Malik tertunggu-tunggu. Moga permintaannya diterima.

AIZUDDIN HAMID 50

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Ok (^_^),” balas Ika, ringkas. Pasti inilah juga yang Ika
mahukan.

Bermulalah episod percintaan Malik dan Ika yang mungkin
selama ini diidamkan oleh anak-anak muda. Namun, ia penuh
dengan tipu daya dunia.

Hampir setiap malam, sebelum tidur, mereka akan bergayut di
telefon pintar masing-masing. Tiada masalah bagi Malik kerana dia
mengambil pakej kad sim unlimited call, jadi mereka boleh berbual
panjang sehingga ke pagi hari. Apa yang penting, dia boleh
mendengar suara Ika yang lembut dan menggoda itu pada setiap
malam. Penambah semangat hidup, katanya.

Ada sahaja topik perbualan mereka, terkadang tidak penting
pun. Baju apa yang dipakai, makan apa hari ini, dan lain-lain.
Sehinggakan, jika sudah tiada apa yang ingin dibualkan, mereka
hanya biarkan telefon itu on, sehingga mereka sendiri tertidur. Itulah
penangan cinta yang mereka sendiri cipta, kononnya cinta sejati.

Disebabkan itu, ada istilah ‘cinta itu buta’ sehinggakan mereka
sudah tidak peduli lagi tentang pengurusan diri dan pergaulan
bersama orang di sekeliling. Bagi pasangan bercinta, “Di dunia ini
hanya ada kau dan aku”.

AIZUDDIN HAMID 51

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Tatkala mereka merasa hanya berdua, mereka terlupa bahawa
ada yang ketiga bersama mereka, iaitu syaitan, tidak kira sama ada
di dunia realiti atau maya.

**********

“Ika, awak dengan Malik macam mana?” Tanya Yana, sahabat
baiknya. Pastinya, dia juga mengenali Malik kerana mereka semua
pernah ketemu di Megamall lebih kurang dua minggu lalu.

Ika tidak menjawab, dia hanya membalas dengan senyuman.
Lebar juga, pasti sedang gembira. Seketika, dia terus menyusun
buku-buku yang ingin dibawa ke blok makmal kerana kelas Cikgu
Rosnani akan dijalankan di sana.

“Haa, mesti korang couple, kan?” Sepertinya, Yana boleh
membaca fikiran Ika. Melalui pandangan matanya, dia kelihatan
begitu teruja.

“Ish, jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar,” tegur Ika
sambil menutup mulut Yana dengan tangan kanannya. Pipi Ika
kemerah-merahan, malu!

“Untunglah awak. Boyfriend kaya, hensem pula. Hmm, habis

AIZUDDIN HAMID 52

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tu, awak dengan Irfan macam mana?” Yana mengerutkan dahi.

Ika mencebikkan bibir, tidak suka dengan pertanyaan itu. “Eh,
dia bukan boyfriend saya, Irfan tu yang syok sendiri!”

“Hee, sorry. Kesian dia tergila-gilakan awak sejak dulu, tapi tak
pernah dapat pun. Eh, kita dah lambat ni, jom ke blok makmal
sekarang.” Seketika, mereka tergesa-gesa menuju ke destinasi yang
dihajatkan.

AIZUDDIN HAMID 53

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 4 -
KAU YANG
BERSALAH,TUHAN!

AIZUDDIN HAMID 54

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Assalamualaikum. Macam mana result kau, ok tak? Aku tak
sempat tegur kau kat sekolah tadi. Aku kelam kabut sikit, banyak
urusan.”

Satu whatsapp menjengah telefon pintar Malik. Pelajar di SMK
Seksyen 8 Shah Alam baru sahaja tamat ujian 1. Tumpuan guru
banyak diberikan kepada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang
menjadi kayu ukur pencapaian dan prestasi sekolah itu.

‘Aduh, dia nak apa lagi?’ Hati Malik merungut. Dia terpaksa
membalas whatsapp Faizal kerana sudah ada tick, menandakan
Faizal tahu bahawa Malik sudah pun membacanya.

“Waalaikumussalam. Ok saja,” balas Malik, ringkas,
seolah-olah ingin memberhentikan perbualan di whatsapp itu.

AIZUDDIN HAMID 55

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Baginya, selama ini dia memberi sedikit layanan kepada Faizal
pun hanya disebabkan dia rasa terhutang budi dengan Faizal yang
pernah menyelamatkannya daripada tertangkap merokok tidak lama
dahulu.

Seketika, Faizal bertanya lagi, “Aku sebenarnya dah lama nak
tanya kau ni. Kau ada apa-apa masalah ke? Aku tengok kau dah
semakin lain sekarang ni.”

Ternyata, ramai sebenarnya yang menyedari perubahan
tingkah laku Malik. Cuma, Faizal sahaja yang benar-benar
mengambil berat tentang dirinya. Mana tidaknya, Malik sudah mula
merokok, couple, dan merempit bersama geng Syamsul. Dia
merasakan bahawa itulah kehidupan dan identiti yang dia cari
selama ini. Sehinggakan, pelajarannya semakin terabai.

Kali ini, Malik tidak membalas. Dibiarkan saja whatsapp itu.
Tidak penting, katanya.

Lagipun, petang tadi, dia baru sahaja lepas menjadi habuan
ayahnya, ditampar dan dimarahi kerana keputusan yang tidak
memberangsangkan. Tiada belas kasihan, seolah-olah keputusan
ujian itu boleh dibawa ke akhirat pula. Kononnya, jika lulus, masuk
syurga, jika gagal, masuk neraka.

AIZUDDIN HAMID 56

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Dipersoalkan juga, apa hasil study group hampir setiap malam
jika begini keputusannya? Namun, Malik tidak melawan kata-kata
ayahnya kerana khuatir dia mengesyaki sesuatu.

Malik merelakan sahaja dirinya dipukul, asalkan dia masih lagi
boleh keluar pada waktu malam. Sempat juga Malik memberi
jaminan bahawa dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan
lebih serius dalam study group bersama kawan-kawan. Ah, masih
sempat lagi Malik berbohong!

**********

Salah satu faktor yang menyebabkan sikap Malik semakin
berubah adalah kerana keluarganya sendiri. Tidak dinafikan. Selama
ini, apa sahaja yang diinginkan Malik, pasti akan tercapai. Diminta
telefon pintar, dapat. Diminta motosikal, dapat. Diminta wang, dapat.

Malangnya, ayah hanya menganggap bahawa itu semua
sudah cukup untuk membesarkan Malik dan dua orang adiknya.
Bagaimana dengan emosi anak-anak? Bagaimana pula dengan
sentuhan hati? Mama pula, walaupun hanya seorang suri rumah,
tetapi dia begitu sibuk dengan bisnes online, selalu keluar mesyuarat
bersama kawan-kawannya.

AIZUDDIN HAMID 57

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Mereka jarang mengambil berat tentang perkembangan Malik
di sekolah. Bagaimana belajarnya, susah atau tidak. Apa yang
mereka mahu, keputusan yang cemerlang semata-mata. Jika tidak,
segala cacian dan maki hamun akan menjadi makanannya,
terutamanya daripada ayah.

Disebabkan itu, Malik lebih rela mencari kasih sayang di luar
rumah, melalui Syamsul dan kawan-kawan, tidak terkecuali juga
melalui Ika yang sudah menjadi kekasihnya. Baginya, rumah banglo
yang tersergam indah itu sudah kosong daripada cinta.

Neraka dunia. Itulah istilah yang terlintas dalam fikiran Malik
setiap kali memikirkan segala keserabutan di rumah. Mama dan ayah
selalu bergaduh, adik-adiknya selalu menjadi mangsa panas baran
ayahnya, sampai bila dia harus menanggung semua ini?

“Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah,
jangan salahkan aku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu,
sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu,”
pernah Malik ungkapkan kata-kata sebegini suatu ketika dahulu,
sebelum dia mula terjebak dengan jahiliah, sedikit demi sedikit.

Malik sudah jarang menunaikan solat fardhu, walaupun dia
sedar ia suatu kewajipan. Dia mula mengabaikan Al-Quran, apatah

AIZUDDIN HAMID 58

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

lagi membacanya. Amalan-amalan sunat yang lain juga dilupakan
begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud.

Disebabkan dia sendiri tidak menjaga hubungannya dengan
Allah, kemudian menyalahkan takdir pula atas apa yang berlaku,
akhirnya tanpa dia sedar, syaitan dan hawa nafsu menjadi guru dan
pendampingnya. Bisikan-bisikan jahat terasa begitu dekat sekali
mendorongnya untuk melakukan dosa.

Hasilnya?

Dia sendiri sudah mula berkawan dengan Syamsul, dia sudah
mula merokok, dia sudah mula couple dengan Ika, dan banyak lagi
kekhilafan yang lain. Sedangkan Faizal yang begitu
bersungguh-sungguh ingin membantunya, ditinggalkan begitu
sahaja.

Tidakkah dia sedar akan perubahan dirinya sendiri? Tidakkah
dia terasa tertipu dengan nikmat-nikmat dunia yang hanya bersifat
sementara ini?

Dia tidak boleh menyalahkan Tuhan, sedangkan dia sendiri
yang memilih untuk mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan.

AIZUDDIN HAMID 59

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sedarkah Malik bahawa tidak mustahil dia akan melakukan
lebih banyak lagi jahiliah selepas ini?

**********

Malam ini, Malik bersiap-siap lagi untuk keluar. Bersamanya,
dibawa lebih banyak buku rujukan kononnya ingin menunjukkan
kepada mama dan ayah bahawa dia benar-benar belajar bersama
kawan. Setelah meminta izin, dia menunggang motosikal sambil
tersenyum sinis.

“Teruk juga kau kena tampar, bengkak sikit pipi kanan kau,”
salah seorang daripada kawan Syamsul bersuara.

“Tak apa, aku dah biasa,” Malik memujuk hatinya.

Syamsul terus menyampuk, “Haa, kau ingat tak dulu kitorang
ada bagitahu pasal projek rahsia tu?”

Malik masih lagi teringat perbualan mereka di kantin lebih
sebulan lalu. “Haa, projek apa?” Malik kelihatan teruja.

“Ok, aku terus terang. Kitorang ada buat bisnes edar video
lucah. Kitorang download dan edar kepada orang. Ramai anak muda

AIZUDDIN HAMID 60

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

suka tengok video macam ni. Tapi, sebab kau dah join kitorang, aku
bagi free saja kat kau lepas ni,” kata Syamsul. Riak wajahnya
langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan, bahkan dia
seronok pula dengan dosa yang dilakukan. Justeru, dia
mengeluarkan telefon pintarnya dan kelihatan seperti mencari
sesuatu.

“Bukan tu saja. Kitorang selalu juga pergi ke port mak nyah
atau GRO. Tak ramai orang tahu, tapi ada saja kat sekitar kawasan
Shah Alam ni. Diorang cover dengan bisnes kedai makan, selalunya.
Bila-bila kau nak ikut nanti, bagitahu arh, jangan risau, line clear,”
kawan di sebelah Syamsul pula menyambung, sambil memberi
isyarat thumbs up.

Malik terdiam, tidak berkata apa-apa. ‘Dahsyat juga diorang ni,’
hatinya berbisik. Tiba-tiba, Syamsul terus menghulurkan telefon

AIZUDDIN HAMID 61

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

pintarnya yang terpampang satu video lucah yang menjijikkan. Pada
awalnya, Malik menolak, malu. Kawan-kawan Syamsul tertawa
melihat tingkah laku Malik. Namun, mereka faham, “Biasa la tu, first
time.”

Akhirnya, sedikit demi sedikit Malik cuba menontonnya.
‘Ternyata, seronok juga,’ getus hatinya.

Ya, memang seronok apabila bertuhankan hawa nafsu dan
syaitan!

Apa lagi nikmat dunia bagi seorang lelaki inginkan, selain
daripada memuaskan nafsunya? Malang sekali, dengan perbuatan
yang tidak sepatutnya. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah
sentiasa mengawasi tingkah laku mereka, sama ada apa yang
mereka lakukan secara terang-terangan atau tersembunyi?

Sebelum pulang, sempat juga Syamsul berkongsi lebih 10
video sebagai stok simpanan Malik untuk ditonton di rumah.

**********

Setibanya di rumah, Malik berasa agak letih. Buka sahaja pintu
rumah, terus dia menuju ke ruang tamu dan membaringkan diri di

AIZUDDIN HAMID 62

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

atas sofa. Hari ini, dia telah belajar subjek baharu hasil daripada
study group, iaitu video lucah.

‘Hmm, patutlah kalau aku tengok tv, aku rasa seronok saja bila
tengok cerita orang putih. Diorang pakai seksi. Rupa-rupanya, kalau
tengok video lucah, lagi seronok,’ hatinya bermonolog. Sempat juga
dia mengambil alat kawalan jauh yang berada di kabinet televisyen
dan membuka rancangan pilihannya.

Tidak dinafikan. Televisyen sememangnya banyak memberi
manfaat, tetapi banyak juga memberi mudarat. Segalanya
bergantung kepada diri sendiri. Jika memilih rancangan yang
bermanfaat, berilimiah, dan berunsur keagamaan, maka banyak
kebaikannya.

Jika banyak menonton rancangan yang rata-rata pelakonnya
berpakaian ketat, singkat, jarang dan seksi, ditambah pula dengan
aksi-aksi yang tidak manis dipandang, secara tidak langsung sedang
mendedahkan diri sendiri pada mukadimah zina. Pandangan mata
tidak terjaga! Apatah lagi sekiranya ditonton bersama keluarga, pasti
berasa malu!

Bukankah segalanya bermula daripada pandangan mata,
kemudian turun pula ke hati, akhirnya mempengaruhi anggota badan

AIZUDDIN HAMID 63

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

lain untuk melakukan maksiat dan dosa seperti zina?

Belajar untuk menundukkan pandangan!

Jam tepat pukul 12:00 malam. Dia segera naik ke biliknya.
Sebelum tidur, dia mengambil peluang untuk menonton video-video
yang diberi Syamsul. Pastinya, Syamsul mempunyai beribu-ribu
video, jadi rugi pula jika Malik tidak menghabiskan video yang baru
diberi tadi. Selepas ini, masih banyak lagi video yang ingin
ditontonnya!

Manusia. Memang tidak akan pernah puas jika ingin memenuhi
kehendak hawa nafsunya. Setelah habis menontonnya, dia berasa
tidak cukup sekadar itu sahaja.

Dia mula melayari internet dan mencari apa-apa sahaja untuk
ditonton. Asalkan, dia dapat memuaskan nafsunya. Suasana yang
malap bercahayakan lampu sudut di tepi katil ditambah pula dengan
tilam dan bantal yang empuk menaikkan lagi keseronokan Malik
untuk melakukan aktivitinya.

**********

Kelas hari ini berjalan lancar seperti biasa. Semua pelajar

AIZUDDIN HAMID 64

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

bergegas pulang ke rumah masing-masing. Ada yang menaiki
motosikal, ada yang berjalan kaki, ada juga yang diambil oleh ibu
bapa.

“Malik, tunggu kejap!” Terdengar suara dari belakang.
Kelihatan Faizal berlari-lari anak menuju ke arahnya. Beg sekolahnya
dibimbit erat.

“Haa, ada apa?” Tanya Malik, seolah-olah tidak menyukai
kehadiran Faizal. Ingin sahaja dia berlalu pergi, namun tidak wajar
pula dia berkelakuan sedemikian.

“Aku nak ajak kau, malam ni ada ceramah kat Surau
Al-Ittihadiyah Seksyen 9, tak jauh dari sekolah. Kau free tak?” Faizal
begitu semangat mengajak Malik, tidak tergambar langsung pada
riak wajahnya bahawa dia hanya ingin merendah-rendahkan Malik,
malah dia sememangnya ikhlas untuk mereka pergi bersama-sama.

Malik berdalih, seraya berkata, “Err… tak kot. Aku nak study
group malam ni.” Dia cuba mengalihkan pandangan ke arah jalan
raya sebagai isyarat bahawa dia ingin bersegera.

Faizal tersengih, kelihatan berminat, “Wahh, kau ada study
group ke? Kau tak pernah bagitahu aku pun, boleh aku join sekali?

AIZUDDIN HAMID 65

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Aku pun nak belajar dengan korang. Siapa lagi ahli group kau?”

“Syamsul dengan kawan-kawan dia. Eh, ok la, aku dah lambat
ni. Gerak dulu,” balas Malik. Dia terus berlalu pergi, asalkan jauh dari
Faizal.

Faizal ditinggalkan bersendirian. Dia mengerutkan dahi.
“Syamsul budak kelas 5 Utarid tu? Betul ke study group?” Hatinya
tertanya-tanya.

**********

Beberapa bulan lepas…

“Eh, tu macam Syamsul saja,” Faizal bersama kawannya
dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli barang di
pasaraya Giant Seksyen 18 Shah Alam. Kebetulan, mereka melalui
lorong di tepi pasaraya itu, jalan pintas, katanya.

Kelihatan beberapa orang lelaki termasuk Syamsul sedang
mengerumuni seseorang, sepertinya orang itu berada dalam
ketakutan.

“Sekarang ni, kau nak bagi duit ke tak? Atau kau nak

AIZUDDIN HAMID 66

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

penumbuk aku lagi?” Ugut Syamsul sambil memegang hujung kolar
baju orang tersebut. Geram.

“Aku bukan tak nak bagi, tapi memang aku tak ada duit, nah,
cuba tengok duit aku,” katanya sambil terketar-ketar. Merayu agar
dilepaskan. Dia seperti tidak terdaya lagi, boleh jadi sudah dipukul
beramai-ramai.

Dari kejauhan, Faizal menyergah, “Hoi!!!”

Salah seorang lelaki kelihatan marah, sambil memegang pisau
kecil. Dia mahu menuju ke arah Faizal, namun Syamsul
menghalangnya. “Biar aku uruskan,” katanya.

“Syamsul, kau buat apa ni?” Faizal cuba menyusun kata dalam
keadaan cemas seperti itu. Dia lebih berhati-hati, khuatir bicaranya
memburukkan pula keadaan. Di sebelah Faizal, kawannya masih lagi
terpaku, tidak mampu berkata apa-apa.

“Kau jangan sibuk. Blah!” Syamsul memberi amaran.

“Boleh, tapi lepaskan dia,” Faizal tidak mahu mengalah.

Seketika, Syamsul menolak bahu Faizal, “Baik kau blah. Kalau

AIZUDDIN HAMID 67

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

aku tak pukul kau, belum tentu diorang ni tak pukul kau!”

Dalam situasi tegang seperti itu, Faizal masih boleh berfikiran
waras lagi. Dia tahu, pasti mereka inginkan wang daripada lelaki
yang telah dipukul itu.

“Ok macam ni, aku betul-betul ada RM200 saja. Aku bagi
korang, tolong lepaskan dia,” Faizal cuba berunding sambil
menunjukkan jari ke arah lelaki yang kelihatan sudah lemah itu.

Syamsul memandang yang lain. Mereka kelihatan saling
mengangguk. Setelah itu, dia terus mengambil duit dan mereka
meninggalkan tempat itu. Sempat juga Syamsul menjeling ke arah
Faizal sambil tersenyum mengejek.

“Encik tak apa-apa?” Faizal terus mendekati lelaki itu.

“Ya, saya ok, lebam sikit-sikit saja. Terima kasih, nanti saya
bayar balik duit kamu ya,” jawab lelaki itu sambil memegang
perutnya. Bibirnya berdarah, terdapat kesan lebam juga di pipi.

“Oh, tak apa, saya halalkan, jangan risau,” kata Faizal sambil
menolong lelaki itu untuk bangun. Ternyata, kebaikan Faizal bukan
hanya kepada keluarga dan kawan-kawan, tetapi juga kepada orang

AIZUDDIN HAMID 68

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

yang tidak dikenali.

Setelah lelaki itu beransur pergi, kawannya terfikir sesuatu,
“Macam mana kau kenal diorang tu?”

Faizal hanya mengerutkan dahi, “Sorang saja aku kenal,
Syamsul. Dia budak sekolah aku. Hmm, tak sangka dia akan jadi
sampai macam tu sekali.”

AIZUDDIN HAMID 69

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 5 -
NAFSU YANG TIDAK

PERNAH PUAS

AIZUDDIN HAMID 70

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Sebagai da’i, kita harus mempunyai 3 ciri. Pertama, kita perlu
sedar bahawa tugas sebagai pendakwah sebenarnya mewakili Allah,
iaitu mengajak orang lain di atas muka bumi ini mengenal Allah.
Maka, kita perlu menunjukkan teladan yang baik supaya tidak
memalukan Islam itu sendiri.”

“Kedua, kita seharusnya tidak mengharapkan ganjaran dan
ikhlas semata-mata kerana Allah. Jangan mahalkan urusan dakwah
kita sehingga menyukarkan ramai orang untuk mendapatkan ilmu.
Jangan berdakwah kerana untuk mendapatkan pujian, pangkat dan
harta.”

“Ketiga, kita perlu ada sifat kasih sayang terhadap orang yang
didakwahkan itu. Letakkan diri kita di tempatnya, pasti kita inginkan
diri kita supaya terselamat daripada api neraka. Maka, begitu juga

AIZUDDIN HAMID 71

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

dia. Seperti mana kita suka dilayan dengan penuh kasih sayang,
begitu jugalah orang yang kita dakwahkan,” jelas Ustaz Fakhri di
Surau Al-Ittihadiyah Seksyen 9, panjang lebar.

Beliau sememangnya dikenali qariah surau itu sebagai
seorang yang peramah dan tawaduk. Beliau memberi pengajian ilmu
di situ setiap dua minggu sekali.

Setelah itu, dia menyambung, “Disebabkan itu, rukun dakwah
bukan hanya sekadar terdiri daripada da’i (orang yang berdakwah)
dan mad’u (orang yang didakwah), tetapi rukun dakwah juga
termasuklah uslub iaitu kaedah atau cara untuk menyampaikan
dakwah. Kesilapan yang kita selalu lakukan ialah menggunakan
uslub yang salah dalam menyampaikan dakwah, sehingga mad’u
semakin menjauhkan diri daripada Islam!”

Pengisian Ustaz Fakhri pada kali ini benar-benar memberi
kesan pada hati Faizal. Dia tahu, dia seharusnya perlu lebih banyak
bersabar menghadapi karenah kawan-kawannya dalam usaha untuk
dia membimbing dan mengajak mereka ke arah kebaikan, khususnya
Malik.

“Aku perlu tolong Malik. Aku takkan biarkan dia terpengaruh
dengan Syamsul,” bisiknya dalam hati.

AIZUDDIN HAMID 72

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Bukan sekali, bahkan sudah berkali-kali Faizal cuba mengajak
Syamsul ke jalan yang benar. Bukan sahaja di sekolah, malah ketika
berada di luar. Segala macam usaha telah dilakukan, namun masih
gagal.

Bukan bermaksud dia sudah berputus asa dengan Syamsul,
sekurang-kurangnya dia sudah mencuba sebaik mungkin.
Kadangkala, Faizal merasakan bahawa boleh jadi asbab dosa dan
kekurangan dirinya sendiri menyebabkan Syamsul terhijab daripada
mendapa jalan yang lurus.

Namun, dia sedar, hidayah milik Allah. Apa yang Faizal mampu
lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada Allah supaya hidayah
datang menyapa Syamsul kelak. Dalam masa yang sama, dia akan
terus berusaha juga untuk membantu Malik supaya dia tidak
terpengaruh dengan perangai buruk Syamsul.

**********

“Assalamualaikum. Hai ayang, lama tak dengar khabar. Ayang
sihat ke?” Malik menaip whatsapp sejurus selepas menyelesaikan
beberapa perkara di dalam biliknya. Sekotak rokok yang masih
berbaki 3 batang sahaja lagi disimpan rapi dicelah-celah baju di
almarinya. Dia yakin, pasti rokok itu selamat kerana mama dan

AIZUDDIN HAMID 73

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

ayahnya jarang masuk ke bilik ini, apatah lagi membuka almari.

Dia terus membaringkan diri di atas katil. Kebetulan, malam itu
dia tidak sibuk. Jadi, dia ingin menghabiskan masa bersama orang
yang dicintai.

‘Haa, kau dah selalu whatsapp dan call dia. Apa kata, kau
minta gambar dia pula malam ni?’

‘Kalau boleh, minta gambar dia tak pakai tudung. Baru comel,
mesti rambut dia cantik.’

Ah, ada sahaja perancangan jahat daripada hawa nafsu dan
syaitan!

Malik tersenyum sendirian. Pastinya, dia sedang memikirkan
strategi bagaimana untuk mendapatkan gambar Ika yang tidak
bertudung. Jika melalui Facebook dan Instagram, semua gambar Ika
memakai tudung. Malik sudah habis menatap semua gambar Ika di
situ, cuma dia berasa belum puas. Hatinya tidak keruan. Dia ingin
melihat Ika tanpa tudung pula, pasti lebih cantik. Itulah misinya pada
malam ini!

“Ayang, abang nak minta something, boleh? Tapi, kalau tak

AIZUDDIN HAMID 74

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

nak bagi pun tak apa, abang ok saja,” Malik memberanikan diri
menaip whatsapp. Dia pandai bermain kata-kata supaya Ika rasa
bersalah jika tidak menunaikan permintaannya.

Ika terus membalas, “Boleh, abang nak apa? (^_^)”

Malik menaris nafas panjang, risau. Boleh jadi Ika marah
dengannya. Walau bagaimanapun, apa salahnya mencuba, kan?
Fikirnya.

“Hmm, macam ni, abang suka sangat tengok gambar ayang.
Comel. Senyuman ayang memang manis. Tapi, boleh tak kalau
abang nak minta gambar ayang tak pakai tudung?” Sebelum
menekan butang send, dia terfikir lagi, wajarkah dia menghantar
mesej yang baru sahaja ditaipnya?

‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan,’ hatinya bermonolog. Butang send ditekan.

Whatsapp itu telah dibaca Ika. Namun, tidak berbalas lebih 5
minit. Malik khuatir jika permintaannya itu mengguris hati Ika. Risau.

Kemudian, Malik menghantar lagi whatsapp, “Ayang, tak apa
kalau ayang tak nak bagi, sorry kalau ayang terasa.”

AIZUDDIN HAMID 75

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Abang nak buat apa dengan gambar tu?” Balas Ika. Ringkas,
tanpa sebarang smiley atau emoticon.

Malik menelan air liur. Apa yang harus dia balas, fikirnya.

“Hmm, saja… sebab abang rasa nak sangat tengok ayang tak
pakai tudung. Abang janji, abang takkan tunjuk kat orang lain, abang
sayang kat ayang,” pujuk Malik.

“Ok, tapi…”

“Tapi apa, Ika?”

“Abang kena janji yang abang terus delete gambar Ika lepas
abang tengok…” Ika rasa serba salah untuk memberi gambar itu,
tetapi disebabkan cintanya, dia sanggup tunaikan permintaan Malik.

“Ok, abang janji (^_^)”

Malik menunggu dengan penuh sabar. 5 minit kemudian, satu
gambar terpampang pada skrin telefon pintar Malik. Gembiranya
bukan kepalang! Dia terus menekan butang download. Dadanya
berdebar.

AIZUDDIN HAMID 76

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

‘Wahh, comelnya!!! Untungnya aku,’ hatinya menjerit
keriangan. Dia menatap gambar itu sepuas-puasnya.

Seketika, Malik membalas whatsapp, “Terima kasih ayang,
comel sangat ayang pakai t-shirt merah ni. Rambut ayang panjang,
macam artis,” Malik sempat berjenaka bagi menggembirakan hati
Ika, supaya Ika tidak rasa berdosa dengan apa yang telah dia
lakukan.

Hakikatnya, mana mungkin Allah meredhai perhubungan cinta
yang bersulamkan benang-benang kemaksiatan sebegini?

“Alaa, abang jangan la macam tu, malulah ayang… abang janji
tau, delete semula gambar tu, jangan simpan…”

Malik tersenyum sinis, ‘Rugi kalau aku delete, dah la nak minta
pun susah. Tak apa, aku cakap kat dia yang aku dah delete, tapi aku
simpan saja.”

Setelah itu, mereka pun meneruskan chatting dan calling
seperti biasa sehingga awal pagi. Oh, indahnya bercinta! Fikir
mereka.

Dilihat indah dari segi keduniaan. Itulah peranan syaitan dan

AIZUDDIN HAMID 77

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

hawa nafsu, menampakkan maksiat itu seolah-olah indah pada
pandangan manusia, menjadikan perkara yang haram itu halal
dengan cara menghiasinya dengan cinta dunia.

**********

Sebenarnya, masih banyak lagi strategi yang telah
direncanakan syaitan. Pastinya, syaitan yang sudah begitu banyak
pengalaman itu tidak akan terus menghasut anak cucu Adam untuk
melakukan zina. Strategi demi strategi disusun supaya manusia
sendiri memilih untuk berzina. Disebabkan itu, di dalam Al-Quran
sendiri ditegaskan supaya tidak mendekati zina. Jika mendekati zina
itu pun dihalang, apatah lagi melakukan zina? Nauzubillah.

“Cuba kau ajak dia berzina.” Syaitan tidak akan terus

AIZUDDIN HAMID 78

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

menghasut begitu. Pasti anak cucu Adam tidak berani
melakukannya, justeru rancangan syaitan terus gagal.

Namun, syaitan akan mengajar untuk melakukan mukadimah
zina terlebih dahulu, peringkat demi peringkat sehinggalah yang
terakhir iaitu zina itu sendiri.

“Cuba kau tengok awek tu. Cun, comel juga,” syaitan akan
menghasut anak cucu Adam melalui pandangan mata terlebih
dahulu. Jika tidak menundukkan pandangan, pasti akan
terperangkap dengannya!

“Apa kata kau cuba approach dia? Tanya nama ke,
sembang-sembang sikit.” Kemudian, dari mata turun ke hati. Apabila
hati sudah berkenan, anggota badan yang lain pula akan memainkan
peranan. Otak ligat memikirkan idea yang terbaik untuk mendekati
orang yang disukai, kaki pantas melangkah mendekatinya, mulut
berbicara manis dalam tutur kata, mata sekali lagi meliar melihat
orang itu dengan lebih dekat, tangan berperanan untuk meminta
nombor telefon supaya dapat terus berhubungan selepas ini.

Bukankah segala-galanya bermula daripada tidak menjaga
mata? Tidak menundukkan pandangan?

AIZUDDIN HAMID 79

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Disebabkan chatting => calling => dating, akhirnya perempuan
itu bunting. Jangan sehingga terlanjur, baru menyesal. Disebabkan
itu, perlu sedar dari awal bagaimana strategi yang syaitan lakukan
untuk menjerumuskan anak cucu Adam ke lembah kemaksiatan dan
dosa.

Jika sedar bahawa diri sudah termasuk sedikit ke dalam jerat
syaitan, mula hanyut dengan chatting, calling dan dating, lekas-lekas
berhenti! Sejujurnya, ramai anak muda pada ketika ini yang sudah
terlanjur sehingga bunting, pada awalnya mereka sendiri tidak
menyangka bahawa mereka akan sampai ke tahap ini.

Mereka fikir, mereka hanya akan sampai ke peringkat dating
sahaja. Tetapi, kerana sudah terlalu leka dengan cinta palsu yang
dihiasi indah oleh syaitan dan hawa nafsu, mereka terperangkap
akhirnya.

Jadi, berhati-hatilah. Elakkan diri daripada melakukan
mukadimah zina, apatah lagi zina itu sendiri. Harus diingat! Syaitan
dan hawa nafsu hanya mampu menghasut anak cucu Adam, tetapi
mereka tidak mempunyai kuasa untuk memaksa.

Pilihan sudah pasti berada di tangan sendiri, sama ada ingin
mengikut telunjuk mereka ataupun melawannya.

AIZUDDIN HAMID 80

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

“Macam mana kau dengan Ika sekarang?” Syamsul bertanya.
Malam itu, mereka sekadar melepak beramai-ramai berdekatan
lebuhraya di Seksyen U12 Shah Alam. Ada race, katanya. Biasalah,
aktiviti hujung minggu anak-anak muda, merempit. Mereka sekadar
menjadi penonton.

Kebetulan, mama dan ayah Malik pula outstation, dipesan
mereka supaya Malik menjaga adik-adiknya. Sebaliknya, Malik
memberi amaran pula kepada adik-adiknya sebelum keluar rumah
tadi, “Angah dan acu, jangan bagitahu mama dan ayah yang along
pergi jumpa kawan-kawan. Kalau tak, jaga!”

Malik mengalihkan pandangan ke arah Syamsul. “Sejak
kitorang couple, dah lama juga tak jumpa,” balas Malik sambil
menghembus asap rokok, berkepul-kepul di udara. Terasa sejuk
cuaca pada malam itu.

“Kalau tak silap aku, dia memang susah sikit nak keluar malam
sekarang ni, aku pun tak tahu kenapa,” kata Syamsul. Pasti Ika ada
berhubung dengan Syamsul juga, sekali-sekala.

Seketika, bunyi bising daripada beberapa buah motosikal yang

AIZUDDIN HAMID 81

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sedang berlumba memecah kesunyian malam. Kelihatan ramai
penonton bersorak di tepi jalan.

Malik terpaksa menjerit supaya suaranya didengari Syamsul,
“Haah, betul tu. Mungkin sebab parents dia kot.”

“Kau tak pernah ajak dia dating ke? Kalau dia susah keluar
malam, mungkin dia boleh keluar waktu siang,” Syamsul memberikan
cadangan. Dia sememangnya sudah banyak pengalaman mengenai
perempuan. Segala tips berada di hujung jari sahaja.

Malik teruja, seakan-akan tidak percaya, “Kenapa aku tak
pernah fikir macam kau ek? Haa, nanti aku ajak dia. Bagus betul idea
kau.” Telefon pintar yang berada di dalam poket kirinya terus
dikeluarkan. Boleh jadi Malik ingin bertanya khabar Ika, rindu.

Syamsul meninggalkan Malik sendirian dengan dunia
mayanya. Dia menuju ke arah anak-anak muda yang khusyuk
melihat mat-mat rempit yang sedang membuat aksi-aksi merbahaya,
yang merasakan seolah-olah nyawa mereka masih lagi panjang. Ada
juga yang berdiri di atas motosikal sambil melepaskan tangan. Gila!

Bertambah seri dan ceria apabila ramai perempuan yang
berpakaian seksi berada di situ. Seolah-olah, “Hidup cuma sekali,

AIZUDDIN HAMID 82

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

jom enjoy sepuas-puasnya!” walaupun pada dasarnya, mereka
sepatutnya berfikir seperti ini, “Hidup cuma sekali, jom banyakkan
amal kebaikan!”

Malik leka berbalas whatsapp dengan Ika sehingga tidak sedar
bahawa dia sedang bersendirian rupanya. Kemudian, dia bergegas
ke arah Syamsul dan menepuk bahunya.

“Kenapa kau blah macam tu saja, ishh... Haa, aku nak minta
video lagi, boleh?” Soal Malik sambil mengangkat-angkat keningnya,
tidak sabar.

“Boleh saja. Lain macam kau ni? Kejap aku hantar,” balas
Syamsul. Tanpa diminta, Malik memberi RM10, katanya sebagai
upah. Malik sememangnya tidak mempunyai masalah mengenai duit,
asalkan dia dapat apa yang dia inginkan.

Tidak pernah terbayang langsung bahawa dia akan ketagih
dengan video lucah. Baginya, tidak puas hanya sekadar melihat
perempuan seksi dalam rancangan-rancangan di televisyen.

Dia memerlukan sesuatu yang lebih dahsyat daripada itu,
semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu jahatnya.

AIZUDDIN HAMID 83

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Setelah beberapa jam melepak dan menghabiskan masa di
situ, Malik pulang ke rumah. Letih juga. Nasib baik mama dan ayah
masih belum pulang ke rumah lagi, boleh jadi mereka akan balik
pada awal pagi nanti. Adik-adiknya pula sudah tidur nyenyak.

‘Seronoknya kalau hidup aku macam ni, bebas keluar bila-bila
masa saja yang aku nak,’ getus hatinya.

AIZUDDIN HAMID 84

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 6 -
KALAU KAU DAH
HALANG AKU DULU…

AIZUDDIN HAMID 85

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Peperiksaan percubaan SPM baru sahaja melabuhkan tirai.
Keputusan Malik tidak seteruk ujian 1 dan peperiksaan pertengahan
tahun yang lalu. Sekurang-kurangnya, tiada subjek yang gagal pada
kali ini. Mana tidaknya, dia sudah mempunyai booster untuk
menaikkan semangat belajarnya, iaitu Ika.

Faizal pula sudah semakin kukuh prestasinya. Dia juga antara
beberapa orang pelajar yang menjadi harapan guru untuk mendapat
keputusan cemerlang ketika SPM yang tinggal lebih kurang dua
bulan sahaja lagi.

“Tahniah Faizal, teruskan usaha kamu, cikgu bangga dengan
kamu,” kata Cikgu Fatimah selaku guru kelas 5 Neptune. Kawan
sekelas riuh-rendah, mengucapkan tahniah kepada Faizal. Malik
hanya diam membisu, tidak mengendahkan apa yang berlaku di

AIZUDDIN HAMID 86

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sekelilingnya. Sesekali, matanya meliar melihat ke luar kelas,
menunggu masa untuk pulang sahaja.

Habis waktu persekolahan, semua bergegas ke pintu pagar.
Namun, ada juga pelajar yang mengambil kesempatan untuk
bertemu dengan guru-guru bagi bertanyakan soalan atau sebarang
kekeliruan mengenai sesuatu subjek.

Tanpa berlengah, Faizal terus mendekati Malik, seraya
berkata, “Jom makan kat kedai tepi sekolah. Aku belanja kau.”

Malik berasa tidak berminat, malah terus beralasan, “Aku nak
kena rushing ni. Balik rumah terus.” Dia terus berjalan keluar tanpa
mempedulikan Faizal.

“Jom arh, dah lama aku tak belanja kau, dah lama kita tak
makan sekali,” Faizal mengejar Malik, merayu. Riak wajahnya penuh
dengan simpati. Dia begitu bersungguh-sungguh ingin mengajak
Malik.

“Hmm, ok. Tapi kejap saja, aku memang nak kena cepat,”
balas Malik. Dia mengalah. Dia sememangnya tidak mahu, tetapi
jauh di lubuk hatinya masih ada rasa belas kasihan. Lagipun, sudah
banyak kali Faizal mengajaknya dan dia tidak pernah berputus asa.

AIZUDDIN HAMID 87

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

Nasi putih berlaukkan ayam masak merah menjadi pilihan
Malik. Faizal pula mengambil nasi putih bersama sup ayam.
Kedua-duanya membeli sirap ais bagi membasahkan tekak yang
kekeringan dek kerana cuaca yang panas.

Perbualan mereka agak hambar. Sebaris ditanya Faizal,
sepatah dijawab Malik. Namun, Faizal tidak berasa kecil hati malah
terus bersabar. Dia sememangnya bertekad untuk membantu Malik
sekiranya dia mempunyai apa-apa masalah.

Selesai sahaja makan, Malik ingin meminta diri. Sempat juga
dia mengucapkan terima kasih kerana Faizal telah membelanjanya.

“Eh, kejap. Aku baru teringat nak cerita sesuatu. Lucu juga.
Minggu lepas, aku pergi Taman Botani Shah Alam dengan
kawan-kawan. Kemudian, aku ternampak ada satu couple ni, si lelaki
tu muka macam kau. Nampak mesra juga diorang, sambil-sambil tu
dia hisap rokok. Tak sangka, ada pelanduk dua serupa yang
memang sama macam kau, haha,” Faizal hanya sekadar ingin
bergurau. Dia sangat yakin, itu bukan Malik.

Malik kelihatan berfikir sejenak. Dia pun sudah banyak kali

AIZUDDIN HAMID 88

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sebenarnya keluar dating bersama Ika, sejak idea itu dicadangkan
oleh Syamsul. Menonton wayang bersama-sama, berjalan-jalan di
taman, keluar makan dan banyak lagi. Sweet couple, kononnya.

Seolah-olah dunia ini hanya milik mereka sahaja, tidak didiami
oleh satu makhluk yang lain pun, bahkan seperti tiada yang
memerhatikan tingkah laku mereka.

“Oh, aku la tu,” balas Malik, selamba.

Terbeliak mata Faizal, sebagai reaksi betapa terkejutnya dia
dengan jawapan Malik. Dia tergamam, tidak mampu berkata
apa-apa.

“Eh, dah arh. Aku nak kena balik ni,” Malik segera mengambil
begnya yang diletakkan di kerusi sebelah.

Faizal sempat memegang tangan Malik. “Tapi, sejak bila
Malik? Kenapa kau berubah? Aku kenal kau, dulu kau tak macam
ni…” Faizal masih lagi sukar menerima kenyataan. Sesekali, dalam
fikiran Faizal, terimbas juga kenangan mereka bersama yang juga
berkawan rapat ketika di menengah rendah.

Malik menarik laju tangannya sambil menepis tangan Faizal.

AIZUDDIN HAMID 89

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Spontan. Mata direnung tajam.

Tanpa berfikir panjang, Malik terus beralasan, “Masa awal
tahun dulu, kalau kau dah halang aku merokok kat sekolah, kalau
kau dah report kat Cikgu Zainal, mesti aku tak jadi macam ni!”

Malik berlalu pergi meninggalkan Faizal sendirian.

Kata-kata itu membuatkan Faizal tidak tenang. Fikirannya
bercelaru. Lain yang dirancang, lain pula yang jadinya. “Ya Allah,
adakah keputusan aku membantunya suatu ketika dahulu itu salah?”

**********

Walaupun seminggu sudah berlalu, Faizal masih sukar untuk
melupakan kata-kata Malik. Masih terngiang-ngiang di telinganya,

‘Dulu… kalau kau dah halang aku… mesti aku tak jadi macam
ni…’

‘Dulu… kalau kau dah halang aku… mesti aku tak jadi macam
ni…’

Faizal berasa sangat bersalah. Dia khuatir, disebabkan

AIZUDDIN HAMID 90

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kekhilafan dirinya, Malik mula terjebak dengan dosa. Boleh jadi dia
pun turut mendapat saham, fikirnya.

Cuma, ia bukanlah suatu pengakhiran, malah menambahkan
lagi semangat Faizal untuk lebih bersungguh-sungguh membantu
Malik.

Jika bukan kerana iman, sudah pasti Faizal juga boleh hilang
sabar, “Kau yang pilih nak buat dosa, kenapa kau nak salahkan aku?
Masuk neraka sorang-sorang je arh!”

Tetapi, pastinya tidak terdetik walau sedikit pun dalam hatinya
untuk menghina Malik. Sungguh, dia bersahabat dengan Malik
kerana Allah, bukan atas kepentingan duniawi. Kesenangan dan
kekayaan yang dimiliki Malik tidak menggugat walau sedikit pun
keikhlasan hati Faizal.

AIZUDDIN HAMID 91

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Strategi yang ampuh dan tersusun diperlukan supaya kebaikan
tidak tertewas dengan kebatilan. Setelah berfikir panjang, dia telah
membuat satu keputusan, “Malik dah semakin jauh dengan aku.
Kalau aku approach dia lagi, mesti dia bertambah benci dengan aku.
So, aku perlukan sesuatu sebagai wakil untuk aku terus bantu dia.”

Lama juga dia berfikir. Banyak cadangan yang hadir dalam
fikirannya. Buntu. Keliru.

Tidak lama selepas itu, dia tersenyum sendirian,
“Alhamdulillah, aku dah tahu wakil yang terbaik untuk mendekati
Malik!”

**********

“Ayang, minggu depan kita dah nak start first paper SPM.
Ayang dah sedia ke?” Malik begitu mengambil berat tentang Ika.

Ketika itu, mereka masih lagi berada di dalam kereta Mini
Cooper milik mama yang diparkir di tingkat bawah Plaza Alam
Sentral Shah Alam. Mereka ingin menonton wayang bersama-sama.

Kebiasaannya, jika mereka keluar dating, Malik tidak akan
mengambil Ika di rumahnya kerana risau diketahui ibu bapa. Malah,

AIZUDDIN HAMID 92

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik sendiri tidak tahu di mana rumahnya dan tidak mengenali siapa
orang tua kepada Ika.

Jadi, Ika akan menaiki bas dan pergi ke tempat yang telah
dijanjikan. Setelah itu, Malik akan mengambil Ika menaiki kereta yang
dipinjam daripada mama.

“Hmm, entah la. Dah kot, ayang buat yang terbaik saja nanti,
sebab kita memang tak ada pilihan melainkan kena jawab juga SPM
tu kan,” respon Ika sambil memandang Malik. Sempat juga dia
membetulkan kedudukan beg tangannya yang hampir terjatuh ke
bahagian tempat letak kaki.

“Haa, betul tu. Abang setuju. Lepas SPM nanti, kan best kalau
kita dapat sambung belajar sama-sama,” Malik sudah mula
berangan-angan, penuh dengan harapan.

“Tapi… abang lagi pandai daripada ayang. Susah la nak dapat
universiti yang sama, huhu,” Ika mengeluh manja. Dia
memuncungkan bibirnya, comel.

“Kita usahakan juga ya. Abang tak boleh jauh-jauh dengan
ayang. Tak jumpa sehari pun dah rindu sangat-sangat. Apatah lagi
kalau boleh jumpa masa cuti semester saja,” pujuk Malik. Hatinya

AIZUDDIN HAMID 93

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

begitu sukar untuk menerima kenyataan jika mereka terpaksa
berjauhan.

“Ok, abang. Ayang pun susah nak jauh dengan abang. Rindu
sangat. Kalau boleh, setiap hari nak jumpa abang,” Ika juga tidak
segan untuk meluahkan perasaan yang sama kepada Malik.

Mata mereka saling bertentangan. Hati berdegup kencang.
Perasaan cinta membuak-buak seperti tiada apa yang dapat
memisahkan mereka. Oh, bahagianya!

Namun, apa yang mendukacitakan, cinta itu hanyalah cinta
anak muda yang terjerat dengan perasaan sendiri.

Setelah itu, Malik memberanikan diri untuk meminta sesuatu
daripada Ika.

“Ayang, abang nak minta something, boleh?”

“Haa, mestiah boleh. Kenapa abang sayang?”

“Err… abang dah lama sebenarnya nak pegang tangan
ayang. Tapi, abang malu nak cakap. Sebab abang tahu, mesti ayang
tak bagi…”

AIZUDDIN HAMID 94

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Alaa, abang jangan cakap macam tu. Ayang sayang kat
abang. Tapi, ayang malu.”

“Hmm, ayang jangan la malu, tak ada orang kat luar kereta
ni. Ok, kita cuba pegang sikit-sikit. Bagi tangan ayang,” pujuk rayu
Malik tidak memberi pilihan kepada Ika melainkan dia perlu
merelakan sahaja kehendak Malik.

Bukti cinta, kononnya.

Ika menghulurkan tapak tangan kanannya. Seketika,
bersentuhlah tangan mereka berdua, tangan yang selama ini suci
daripada dipegang mana-mana ajnabi! Malik mengusap tangan Ika
perlahan-lahan sambil memuji kelembutan kulitnya. Mereka juga
menggenggam erat kedua-dua belah tangan, seronok sekali.

Maklumlah, inilah kali pertama mereka bersentuhan, walaupun
pada hakikatnya dengan jalan yang tidak halal.

Bisik hati Malik, ‘Oh, macam ni rasanya pegang tangan
perempuan, layan juga!’ Tuntutan hawa nafsunya berjaya dipenuhi.

Sedang Malik leka memegang tangan Ika, dia tersedar, “Eh,
terlupa pula. Kita kan nak tengok wayang. Dah lambat ni, takut tiket

AIZUDDIN HAMID 95

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

habis pula, jom.”

“Haah, betul juga. Ayang pun terlupa. Ok, jom.”

Ketika berjalan ke panggung wayang yang berada di tingkat
atas, mereka tidak berpegangan tangan lagi, katanya malu dilihat
orang lain.

Namun, apabila berada di dalam panggung wayang, ketika
mana suasana suram yang mendorong suasana romantik itu hadir,
mereka memberanikan diri untuk berpegangan tangan lagi sambil
menonton wayang.

Mereka terlupa, walaupun mungkin tiada orang yang nampak
perbuatan itu, ia sudah pun dicatat oleh malaikat yang berada di
sebelah kiri mereka, bahkan tidak terlepas walau sesaat pun
perbuatan itu daripada diketahui Allah.

AIZUDDIN HAMID 96

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 7 -
MASIH ADA SYURGA

BUAT KITA

AIZUDDIN HAMID 97

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Abang free tak esok malam? Ada majlis mohon restu SPM
anak kita di sekolah. Malik bagitahu tadi, ada bacaan Yasin, sesi
minta maaf dengan ibu bapa dan guru,” tanya Puan Rozana kepada
Tuan Rahim. Mereka sudah bersiap-siap untuk tidur, penat kerja
seharian.

Jari-jemari Tuan Rahim ligat menggaru kepalanya, walaupun
tidak berasa gatal. “Hmm… abang nak jumpa client esok malam. Apa
kata awak saja yang pergi?” Sebenarnya, itu hanya alasan untuk dia
tidak pergi ke sekolah anaknya. Lebih tepat lagi, malas, sedangkan
itu tanggungjawabnya sebagai ayah.

“Hmm, abang lupa la ni. Saya dah bagitahu sejak minggu
lepas, Maria nak datang rumah kita, nak jumpa saya. Kami nak
bincang pasal bisnes baru. So, saya memang tak boleh nak cancel

AIZUDDIN HAMID 98

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sebab dah janji,” Puan Rozana kelihatan bersungguh-sungguh.

“Senang cerita, tak payah pergi sekolah dia. Bukan penting
pun. Nak restu la, nak minta maaf la. Jawab saja SPM tu. Kalau
berdoa pun belum confirm Malik dapat straight A, buat penat!” Tuan
Rahim meninggikan suara, sedikit.

Bicaranya seolah-olah orang yang tidak punya agama. Bak
kata pepatah, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi? Wajar
sekali Malik berubah perangainya sedikit demi sedikit, lihat sahajalah
bagaimana sikap ayahnya yang sepatutnya menunjukkan contoh
teladan yang baik.

Mama hanya mendiamkan diri. Risau jika bertanya lagi, dia
akan menjadi mangsa panas baran ayah seperti sebelum-sebelum
ini. Hatinya hanya mampu berbisik, ‘Mama minta maaf sebab kami
tak dapat pergi, Malik.’

**********

“Eh, sorang saja ke? Mana parents kau?” Tanya Rafi si
saudagar rokok. Kebetulan, dia terselisih dengan Malik di pintu keluar
dewan sekolah. Majlis mohon restu SPM baru sahaja selesai.

AIZUDDIN HAMID 99


Click to View FlipBook Version