The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizuddinhamid11, 2021-08-21 05:43:38

IAMTAH

IAMTAH

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Setelah pihak polis beransur pergi, mama dan ayah pula yang
bersoal siasat dengan Malik.

Siapa Syamsul? Kenapa dia libatkan kamu? Apa hubungan
kamu dengan dia?

Malik membuat keputusan untuk menceritakan segala-galanya
kepada mama dan ayah, dengan harapan bahawa dia sudah tidak
perlu merahsiakan apa-apa daripada mereka.

Dia sedar, dia mungkin akan dipukul, dimarah dan diherdik
kerana pengakuan jahiliah yang pernah dia lakukan selama ini
termasuklah menipu study group, merokok, video lucah, couple dan
lain-lain.

Baginya, biarlah dia menerima hukuman sejak di dunia lagi
daripada dia menerima semua itu di akhirat kelak.

“Tetapi, Malik sudah bertaubat. Malik nak berubah. Disebabkan
tu, Malik berani untuk ceritakan kepada mama dan ayah. Malik tak
nak dihantui dengan bayangan jahiliah ni lagi. Malik tahu, selama ni
Malik banyak sakitkan hati mama dan ayah. Hukumlah Malik.”

Seketika, terduduk mama dan ayah apabila mendengar

AIZUDDIN HAMID 250

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

pengakuan itu.

Selama ini, apa yang mereka tahu, Malik seorang anak yang
baik. Namun, itu semua hanya sandiwara semata-mata. Mereka
tersilap.

Disangka Malik, mereka akan memarahi, menampar atau
memukulnya. Namun, dia menerima sesuatu yang lebih memeritkan
daripada semua itu, iaitu tangisan air mata daripada ibu bapa yang
telah menjaganya sejak dari kecil.

Tidak dinafikan. Pedih pada anggota luar badan, boleh dirawat.
Namun, pedih pada hati, lebih menyulitkan dan sukar diubati.

Mama dan ayah terus naik ke tingkat dua dan menuju ke bilik.
Sahutan Malik, “Mama… ayah... maafkan Malik” beberapa kali tidak
diendahkan mereka.

Kedengaran dari bawah, pintu bilik mereka ditutup kuat. Pasti
mereka begitu kecewa dengan Malik.

Tanpa diduga, air mata Malik mengalir. Semakin lama,
semakin deras, teresak-esak seperti seorang bayi. Sukar sekali
untuk dia mengawalnya. Dia berasa sangat berdosa dengan apa

AIZUDDIN HAMID 251

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

yang dia telah lakukan.

Bukankah redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa,
malah murka Allah juga bergantung kepada murka ibu bapa?

**********

Mama dan ayah masih lagi mendiamkan diri pada keesokan
harinya. Mereka tidak bercakap walau sepatah pun dengan Malik,
sungguhpun tinggal sebumbung di rumah banglo itu.

Pastinya, mama dan ayah memerlukan masa untuk menerima
semua itu.

Malik redha. Sungguh, silent punishment seperti ini lebih
menderitakan daripada hukuman fizikal.

Malik sudah berusaha sebaik mungkin pada hari itu untuk
meminta maaf semula. Dia melakukan kerja-kerja rumah, berbual
dengan mereka, dan melayan mereka dengan baik.

Namun, mereka tetap tidak mengendahkannya. Seolah-olah
Malik tidak wujud dalam hidup mereka.

AIZUDDIN HAMID 252

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Ya. Esok dia akan pulang semula ke universiti. Bukan isu sama
ada mama dan ayah boleh menghantarnya atau tidak, kerana boleh
sahaja dia menaiki bas ekspress atau teksi. Lagipun, dia sudah biasa
melakukannya.

Isunya ialah, bagaimana sekiranya Malik tidak sempat meminta
maaf kepada mama dan ayah, kemudian ditakdirkan pula ajal
menjemput dia atau mereka?

Perkara itu yang merungsingkan fikiran Malik.

Setelah berfikir panjang, pada malam itu, dia mengambil
keputusan untuk menaip surat dan meninggalkannya di dalam bilik
keesokan harinya sebelum dia berangkat pulang ke universiti.

Melalui surat, dia dapat memberikan penjelasan secara
menyeluruh tanpa melibatkan apa-apa emosi.

Berbeza dengan bercakap secara berhadapan, boleh jadi dia
tidak sempat memberikan penjelasan secara menyeluruh kerana
mungkin akan melibatkan emosi seperti sedih, marah, dan lain-lain.

“Assalamualaikum mama dan ayah tercinta, dua orang insan
yang Malik sayang dan cinta kerana Allah.

AIZUDDIN HAMID 253

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Maafkan Malik kerana menggunakan medium surat ini sebagai
perantara untuk memohon seribu kemaafan dan redha daripada
mama dan ayah.

Malik tahu, Malik bukanlah anak yang baik, anak yang boleh
dibanggakan mama dan ayah. Disebabkan itu, Malik sentiasa
menunjukkan yang terbaik, berlakon menjadi baik di hadapan mama
dan ayah,

supaya sekurang-kurangnya Malik dapat menggembirakan hati
mama dan ayah, walaupun hakikatnya Malik bukanlah begitu.

Namun, itu semua dulu.

Percayalah. Taubatnya Malik bukan suatu mainan.
Penghijrahan Malik bukan hanya sekadar mahu menutup kesalahan
yang lalu. Tidak sama sekali. Bahkan, segala yang dilakukan hanya
kerana Allah.

Malik benar-benar mahu berubah. Namun, Malik tidak kuat
sekiranya Malik tidak mendapat restu dan redha daripada mama dan
ayah.

Disebabkan itu, Malik mengambil keputusan untuk

AIZUDDIN HAMID 254

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

menceritakan segala-galanya, dengan harapan supaya mama dan
ayah dapat menerima Malik seadanya. Berilah sokongan kepada
Malik. Berilah doa kepada Malik.

Ampunkan kesalahan Malik kerana telah mengguris perasaan
mama dan ayah.

Namun, jika bukan sekarang, sekurang-kurangnya berilah
keampunan sebelum Malik meninggalkan dunia ini, supaya Malik
dapat pergi suatu hari nanti dengan tenang, insyaAllah.”

Pastinya, air mata Malik jatuh berderai saat menaip surat ini.
Tidak tertahan rasa sedih di hatinya.

Setelah dia mencetak surat itu, dia melipatnya dengan rapi dan
meninggalkannya di atas meja, tertulis di bahagian luarnya, ‘Surat
Untuk Mama Dan Ayah.’

Setelah itu, dia membaringkan diri di atas katil, menunggu hari
esok yang entah dia berkesempatan untuk menemuinya ataupun
tidak.

“Ya Allah, betapa besarnya dugaan untuk aku berhijrah. Ada
sahaja ujian yang mendatang. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk

AIZUDDIN HAMID 255

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

menghadapi semua ini dengan ikhlas dan sabar.”

**********

Kelas pada minggu ini berjalan seperti biasa. Selesai sahaja
kelas Encik Rohaimi, Malik bergegas keluar. Dia mempunyai jarak
masa 1 jam sebelum kelas yang seterusnya.

Malik terus mencari Asyraf yang berada di kelas berdekatan.
Ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

“Asyraf. Tunggu aku!!!”

“Haa. Kenapa?”

“Jom, lepak kafetaria kejap. Aku belanja,” Malik mempelawa
Asyraf.

“Uih, rezeki tu. Tapi aku puasa sunat hari ni,” Asyraf tidak dapat
memenuhi pelawaan itu.

“Oh, kalau macam tu kita pergi library, nak?”

“Kalau yang tu, aku boleh, sebab aku memang nak ke sana

AIZUDDIN HAMID 256

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

pun, nak buat assignment sambil cari bahan rujukan.”

Mereka berdua berjalan kaki ke sana. Kelas mereka tidak jauh
dari perpustakaan, kira-kira 300 meter sahaja.

Sememangnya perpustakaan menjadi tumpuan pelajar untuk
melakukan perbincangan, atau juga sebagai tempat persinggahan
sementara menunggu waktu kelas yang seterusnya.

“Kat hujung tu ada meja kosong, jom…” Malik memberikan
cadangan. Asyraf hanya mengikut sahaja, tidak banyak karenah.

“Haa, macam mana kelas kau tadi? Ok ke?” Asyraf memulakan
perbualan sejurus selepas mereka duduk di kerusi.

AIZUDDIN HAMID 257

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Ok, kelas tadi tak susah sangat, cuma mengantuk sikit arh.”

“Biasa la tu, siapa yang tak mengantuk dalam kelas, aku pun
sama.”

Mereka mengeluarkan nota dan assignment yang diberikan
pensyarah masing-masing. Sibuk.

Tidak lama selepas itu, Malik mengambil keputusan untuk
bertanya apa yang selalu bermain di fikirannya.

“Hmm… aku nak tanya sikit, boleh? Aku selalu nampak kau
kumpul dengan beberapa orang kawan yang lain lepas Isyak kat
belakang surau. Dah banyak kali juga aku perasan. Sorry arh, aku
bukan nak menyibuk, tapi boleh aku tahu korang buat apa?”

Asyraf kelihatan sedang berfikir. Pen yang dipegangnya sejak
tadi terus diletakkan di sebelah buku rujukan.

‘Bagus juga kalau ajak Malik,’ hatinya berbisik.

“Hmm, sebenarnya, kitorang buat usrah. Selalunya lepas
Isyak, tapi bergantung juga pada kelapangan masa setiap ahli, yang
penting sekurang-kurangnya seminggu sekali.”

AIZUDDIN HAMID 258

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Usrah?” Malik tertanya-tanya. Dia seakan-akan pernah
mendengar perkataan itu, tetapi tidak pasti bila.

“Haa, usrah ni bahasa Arab. Kalau bahasa Melayu, maksudnya
keluarga. So, dalam usrah ni fungsinya macam ahli keluarga,
tolong-menolong antara satu sama lain, nasihat-menasihati antara
satu sama lain, sama-sama senang dan sama-sama susah,” Asyraf
bercerita tentang usrah dalam konteks yang ringkas dan mudah
difahami Malik.

“Eh, macam menarik. Err… boleh aku join?”

Asyraf tersenyum gembira, “Apa salahnya. Next usrah dalam
dua hari lagi. Nanti aku bagitahu naqib dan ahli-ahli usrah yang lain,
aku kenalkan kau kat diorang.”

“Naqib? Siapa tu?” Soal Malik. Banyak lagi sebenarnya yang
perlu dipelajari Malik. Tidak mengapa, perlahan-lahan.

“Haa, naqib tu macam ketua usrah. Dalam usrah aku ni, naqib
ialah Ustaz Nazim. Dia bukan daripada universiti kita, tapi dia selalu
datang sini, sangat komited buat usrah. Nanti mesti kau excited bila
jumpa dia sebab dia ni peramah, suka bercerita.”

AIZUDDIN HAMID 259

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Entah kenapa, Malik juga berasa teruja apabila Asyraf begitu
terbuka sekali menerimanya. Tidak sabar pula untuk turut serta.

Namun, dalam masa yang sama, Malik juga berharap agar dia
tidak membuat keputusan yang salah untuk menyertai kawan-kawan
usrah pula, kerana baginya, selama ini kawan-kawannya ialah
Syamsul dan gengnya.

“Oh ya. Kau free malam ni? Aku ada satu plan,” soal Malik,
tiba-tiba.

“Free saja. Tapi, plan apa?” Soalan diajukan semula oleh
Asyraf, penuh dengan tanda tanya.

**********

“Hai, Kalai. Sibuk ke?” Tegur Malik dari belakang. Kalai sedang
tekun belajar di mejanya sambil mendengar lagu melalui earphone
yang dipasang dari tablet.

Kalai terus mengalihkan pandangannya, “Tak sangat. Oh ya,
kamu dari surau ke?” Pada ketika itu, Malik baru sahaja sampai di
bilik. Dia hanya sekadar mengangguk, mengiyakan apa yang ditanya
Kalai.

AIZUDDIN HAMID 260

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Seketika, pintu bilik mereka diketuk. Ada orang membukanya
dari luar.

“Haa Asyraf, masuklah,” ajak Malik.

“Kalai, sihat?” Asyraf memulakan perbualan supaya tidak
kelihatan kekok.

Dalam masa yang sama, Asyraf terus duduk di tengah bilik,
diikuti Malik. Sebenarnya, mereka berdua telah berpakat untuk
berbual dengan Kalai mengenai Islam.

Tanpa dipaksa, Kalai terus menutup buku di atas meja dan
duduk juga bersama mereka.

“Aku sihat saja, macam biasa,” jawab Kalai, ringkas.

Asyraf kelihatan sudah bersedia untuk fokus kepada topik
perbualan, “Oh ya. Malik ada bagitahu aku, kau minat tentang Islam.
Sebelum tu, boleh aku tahu tentang family kau? Kemudian, kenapa
kau tak teruskan saja menganut kristian? ”

“Hmm… family aku memang kuat kristian, malah ayah aku juga
paderi. Dulu, aku selalu juga ikut dia ke gereja. Tapi, semakin aku

AIZUDDIN HAMID 261

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

mendalami bible, semakin aku berasa pelik. Apabila saya bertanya
kepada ayah, dia hanya berkata, ‘Ikut saja, jangan banyak tanya,’”
luah Kalai, riak wajahnya kelihatan serius.

“Oh, kenapa kau rasa pelik dengan bible?” Malik menyampuk.

“Err… banyak sebenarnya benda yang bercanggah dalam
bible. Contohnya, dalam Matthew 27, Jesus ada menyebut, ‘Eli, Eli,
lama sabachthani?' yang bermaksud, 'Tuhan, Tuhan, kenapa kamu
tinggalkan saya?'. Kalau Jesus itu Tuhan, kenapa dia sebut begitu?
Bukankah tu bermaksud dia bukan Tuhan, dan ada Tuhan yang lain
kepada Jesus?” Hujah Kalai. Pastinya, dia sudah banyak membaca
tentang bible.

Malik terlopong, tidak tahu respon apa yang ingin dia berikan.
Sedangkan ilmunya tentang Al-Quran pun masih cetek, inikan pula
berbincang mengenai bible.

Asyraf kelihatan tenang, memikirkan apa yang harus
diresponnya.

Setelah itu, dia berkata, “Hmm, dalam Islam, kami memang
sayangkan Jesus yang lebih dikenali sebagai Nabi Isa alaihi salam.
Kami wajib percaya Jesus, malah ada dalam Rukun Iman bahawa

AIZUDDIN HAMID 262

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kami perlu beriman kepada Rasul yang salah seorangnya ialah
Jesus. Cuma, kami berpegang bahawa Jesus atau Nabi Isa hanyalah
salah seorang utusan Tuhan, bukan sebagai Tuhan. Sama juga
seperti Nabi Muhammad yang juga utusan Tuhan, iaitu utusan Allah
yang merupakan Tuhan sekalian alam.”

Nafas ditarik panjang, kemudian Asyraf menyambung semula,
“Mengenai bible pula, bible lebih dikenali sebagai Injil. Kami wajib
percaya bible, malah ada dalam Rukun Iman bahawa kami perlu
beriman kepada kitab-kitab yang salah satunya ialah bible atau Injil.
Cuma, kami hanya beriman kepada kitab bible yang asal yang
dibawa Jesus, bukannya kitab bible sekarang yang sudah banyak
diubah suai dan diselewengkan sehingga jauh berbeza dengan apa
yang dibawa Nabi Isa pada ketika zamannya. Kalau nak cari bible
yang asal, memang sangat sukar, boleh jadi dah tak wujud lagi.
Cuma, dalam syariat Islam, setelah turunnya Al-Quran, maka kitab itu
menjadi pelengkap dan menyempurnakan kitab-kitab terdahulu
seperti Zabur, Taurat, dan Injil. Maka, dalam konteks kitab, sekarang
ni umat Islam cuma perlu berpegang kepada Al-Quran saja.”

“Kenapa diorang ubah bible yang asal?” Malik menimbulkan
persoalan.

“Senang saja. Sebab ada kepentingan dunia. Sebenarnya,

AIZUDDIN HAMID 263

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Jesus atau Nabi Isa tak pernah mengaku bahawa dirinya adalah
Tuhan. Nabi Isa hanya utusan Tuhan. Cuma, ada seseorang yang
dikenali sebagai Paul telah menyelewengkan ajaran asal bible yang
dibawa Nabi Isa, sehinggalah Paul berjaya mempengaruhi
pengikut-pengikut kristian supaya mengagung-agungkan Jesus
sebagai Tuhan. Haa, banyak sebenarnya kalau kita nak bincang
pasal kristian ni, belum pasal konsep ketuhanan trinity, konsep dosa
warisan dan lain-lain. Penuh dengan percanggahan dan kekeliruan,”
hurai Asyraf panjang lebar.

Kalai berasa kagum dengan Asyraf yang tahu serba sedikit
tentang kristian. Malah, pandangan mereka berdua juga sama
mengenai bible, banyak percanggahan. Disebabkan itu, dia sudah
tidak mengamalkan apa yang diajarkan kristian dan berjinak-jinak
mendalami Islam setelah membuat perbandingan di antara semua
agama.

“Hmm, jadi, boleh kau ajar aku lebih tentang Islam? Allah?
Muhammad?” Kalai sudah semakin menemui cahaya yang selama
ini dicarinya. Dia sudah serik berada di dalam kegelapan yang tidak
jelas hala tujunya.

“Boleh, tak ada masalah. Nanti aku akan selalu datang bilik
korang, Malik pun boleh join sekali, mungkin ada yang aku tak tahu,

AIZUDDIN HAMID 264

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tapi Malik boleh bantu,” Asyraf memberikan senyuman.

Malik yang mendengar cadangan Asyraf itu terus mengerutkan
dahi. Dia sedar, mungkin itu hanya sekadar gurauan kerana ilmunya
sangatlah sedikit jika ingin dibandingkan dengan Asyraf.

AIZUDDIN HAMID 265

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 17 -
MASA UNTUK
PERBAIKI DIRI

AIZUDDIN HAMID 266

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik mendapat satu whatsapp daripada mama pada pagi
Ahad.

“Salam. Mama dan ayah dah maafkan Malik. Kami juga nak
minta maaf. Kami yang salah sebab terlalu pentingkan kerjaya
sampai kebajikan anak-anak terabai.”

Ketika itu, dia masih lagi baring di atas katil. Maklum sahajalah,
hujung minggu. Apa sahaja yang ingin dilakukan olehnya, setelah
berhempas-pulas belajar pada hari biasa.

“Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!” Malik terasa
seolah-olah ingin menjerit, namun dia mengawal perasaan
gembiranya.

AIZUDDIN HAMID 267

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Air matanya mengalir, bukan disebabkan kesedihan tetapi
kerana terharu dengan khabar gembira daripada mama.

Seketika, dia terus membalas whatsapp itu dan menghubungi
mama. Lama perbualan mereka, begitu mesra seakan-akan lenyap
sama sekali kenangan pahit yang pernah merenggangkan mereka.
Itulah hubungan jiwa seorang ibu dan anak.

“Nanti hujung bulan ni Malik balik lagi ya, rindu nak jumpa
mama, ayah, dan adik-adik,” katanya sambil mengesat air mata.
Nasib baik Kalai tidak ada di dalam bilik. Jika tidak, pasti dia berasa
malu.

“Ok, kami pun rindukan Malik. Kami nak tebus balik kesalahan
kami selama ni. Mama terlalu sibuk dengan bisnes online, ayah pula
dengan syarikatnya. Lepas ni, kami nak bahagikan masa sebaik
mungkin untuk anak-anak,” mama juga mengatakannya sambil
teresak-esak.

Mereka sudah semakin sedar, harta kekayaan bukanlah
segala-galanya untuk anak-anak.

**********

AIZUDDIN HAMID 268

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik baru sahaja selesai membaca Al-Quran. Biarpun tidak
lancar dan tergagap-gagap, tetapi itu bukanlah halangan untuk dia
terus berusaha.

Setelah meletakkan Al-Quran di tempat yang sepatutnya, dia
terus melayari Facebook melalui komputer ribanya.

Tanpa dirancang, dia ternampak status Ika, bekas kekasihnya.
Ya, mereka sudah putus couple, tetapi bukannya putus
persahabatan. Walaupun mereka sudah tidak berhubung langsung,
tetapi mereka masih lagi friend di Facebook.

Hatinya tergerak untuk menekan profile Facebook Ika, sambil
berdoa supaya Allah sentiasa memelihara dirinya.

Malik tersenyum apabila membaca status-status Ika.
Kebanyakan status yang ditulis berunsurkan dakwah. Apa yang lebih
membuatkan Malik teruja, gambar-gambarnya telah diubah setting
daripada public kepada private, jadi tidak ada lagi orang yang boleh
melihat gambarnya. Profile photo juga telah diubah kepada gambar
poster Al-quran.

‘Aku bersyukur kepadaMu, ya Allah. Kau permudahkan urusan
aku untuk berubah, kemudian Kau jadikan pula orang-orang di

AIZUDDIN HAMID 269

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sekelilingku turut merasai nikmat yang sama, nikmat yang selama ini
diimpikan oleh semua umat manusia, iaitu hidayah.’

‘Ya Allah, jika benar Ika sememangnya jodoh aku, Kau
permudahkanlah kami untuk mengenali cintaMu terlebih dahulu,
setelah itu permudahkanlah pula urusan kami untuk bersama-sama
memimpin tangan ke syurga diiringi redhaMu. Namun, jika dia bukan
jodohku, aku sedar, Kau sedang menyediakan seseorang yang lebih
baik untukku, dan juga seseorang yang lebih baik untuk dirinya.’

Malik menipu dirinya sendiri jika dia langsung tidak merindui
Ika, tidak merindui gelak ketawanya, dan tidak merindui suara
manjanya. Ya, dia sememangnya inginkan semula semua itu.

Namun, hanya setelah halal melalui pernikahan.

Dia sudah tidak mahu mengiringi Ika untuk bersama-sama
melakukan dosa dan mendekati nereka.

Biarlah kali ini dia memilih untuk bersabar dan hanya
menunggu masa yang sesuai sahaja, masa yang telah ditetapkan
Allah seandainya mereka berjodoh. Bukankah jodoh itu rahsia Allah?

Jadi, sibukkan diri untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan

AIZUDDIN HAMID 270

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

tanggungjawab, daripada sibuk mencari calon yang belum tentu
berjodoh atau tidak.

**********

“Hmm, aku segan la pula. Sebelum ni aku ok saja. Err… boleh
tak aku join korang next time?” Malik berasa ragu-ragu.

“Apa nak segannya, semua lelaki. Dah, kau jangan bagi
alasan, aku dah bagitahu diorang yang kau nak join,” pujuk Asyraf
sambil menarik tangan Malik.

Mereka baru sahaja selesai solat Isyak. Seperti yang
dijanjikan, usrah mereka pada kali ini dilakukan di pondok kecil yang
berada tidak jauh dari Surau As-Saad. Merasa angin luar pula, kata
mereka.

“Assalamualaikum…” Asyraf memberi salam kepada ahli-ahli
usrah yang lain, termasuklah Ustaz Nazim yang berkopiah putih
berbaju Melayu ungu. Dia berusia awal 30-an.

Dalam masa yang sama, Malik pula hanya mengikut rapat di
belakang Asyraf, malu rasanya.

AIZUDDIN HAMID 271

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Haa, waalaikumussalam. Jemput duduk, jangan
segan-segan,” balas Ustaz Nazim seolah-olah mewakili yang lain.
Mereka bersalaman antara satu sama lain.

“Inilah Malik ya? Asyraf ada cerita pada ustaz, enta nak join
usrah. Bagus, ustaz respect enta!” Ustaz Nazim menyambung
bicara, semangat.

Benar kata Asyraf, ustaz ini memang peramah, malah juga
ceria dan mudah didekati.

Sempat juga Malik menceritakan serba sedikit tentang latar
belakang dirinya kepada ustaz. Lagipun, Malik sudah kenal ahli-ahli
usrah yang lain kerana selalu bertemu di surau.

Mereka begitu mesra menyambut kedatangan Malik sebagai
ahli usrah yang baru. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan
mendapat layanan yang baik seperti itu.

Kemudian, ustaz menerangkan secara ringkas mengenai
usrah. Menurutnya, rukun usrah terbahagi kepada tiga iaitu taaruf,
tafahum, dan takaful. Taaruf ialah saling berkenalan dalam kalangan
ahli, tahu latar belakang ahli, tahu minat mereka. Tafahum ialah
saling bersefahaman dalam kalangan ahli untuk melakukan sesuatu.

AIZUDDIN HAMID 272

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Takaful pula ialah saling bantu-membantu dalam kalangan ahli yang
memerlukan sesuatu.

“Haa, rukun pertama dalam usrah ialah taaruf, diikuti tafahum
dan takaful. Ok, ustaz bagi satu contoh situasi supaya enta senang
faham. Bayangkan, kawan enta hilang duit. Kalau enta hanya di
peringkat taaruf dengannya, mungkin enta hanya ambil tahu saja
yang dia hilang duit, enta tak buat apa-apa pun dengan dia sebab
enta hanya kenal dia biasa-biasa saja.”

“Kalau enta di peringkat tafahum, sekurang-kurangnya enta
faham masalah dia, bersimpati dan ucap takziah kepadanya. Tapi,
kalau enta di peringkat takaful, enta bukan saja simpati, tapi juga
empati. Level empati ni lebih tinggi daripada simpati sebab empati ni
seolah-olah enta meletakkan diri enta pada tempatnya, enta sedar

AIZUDDIN HAMID 273

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

bagaimana kesusahan yang dia alami dan nak membantu.”

Ahli-ahli usrah yang lain sudah terbiasa mendengar penjelasan
daripada ustaz, namun perkara ini adalah sesuatu yang baru bagi
Malik.

Malah, baru dia tahu, rukun usrah itu juga boleh digunakan
untuk mengukur bagaimana tahap hubungannya dengan seseorang,
sama ada ahli keluarga atau sahabat.

Menurut ustaz juga, usrah bukan hanya sekadar dijalankan di
surau, malah boleh dilakukan di taman, padang, hutan, atau di
mana-mana sahaja.

Malah, aktiviti bukan hanya sekadar mendengar tazkirah, tetapi
juga lebih kepada perbincangan, melakukan aktiviti-aktiviti yang
merapatkan ukhwah seperti bersukan, berkelah, beriadah, bbq, dan
banyak lagi. Cuma, yang membezakannya ialah ketika dilakukan
aktiviti tersebut, diselitkan sekali pengisian rohani dan ibrah supaya
aktiviti tersebut lebih bermanfaat.

Pengisian usrah kali ini lebih kepada sirah Nabi Muhammad
sollallaahu ‘alaihi wa sallam. Setiap orang sudah pun diberi tugasan
pada usrah yang lalu untuk bercerita tentang kasih sayang Nabi
kepada umat, kecuali Malik yang baru turut serta pada hari ini. Ustaz

AIZUDDIN HAMID 274

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

pula hanya sebagai penambah perasa dan membetulkan apa-apa
yang salah.

Sungguh, Malik berasa begitu teruja mendengar perkongsian
daripada setiap orang. Tidak disangka, seronok rupanya bersahabat
dengan orang-orang yang saling berusaha mendekatkan diri kepada
Allah. Selama ini, dia hanya berkawan dengan orang yang hanya
mengejar kepuasan dunia semata-mata.

**********

“Adik… adik ok?” Tegur Husna yang sedang melihat Ika
termenung di biliknya. Kebetulan, pintu bilik terbuka sedikit. Jadi,
Husna terus masuk tanpa meminta keizinan.

Ika tersedar daripada lamunan. Seketika, dia terus
mengalihkan pandangannya ke belakang. “Haa, kak. Ok saja.
Kenapa?”

Husna terus duduk di atas katil Ika. Sambil melihat di sekeliling
bilik, dia bertanya, “Hmm, adik dah boleh lupakan Malik?”

Ika membalasnya dengan senyuman, “InsyaAllah, kak. Adik
dah cukup kuat untuk lupakan dia. Masa muda adik masih lagi

AIZUDDIN HAMID 275

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

panjang, jadi adik kena pandai gunakan masa dengan sebaiknya,
adik tak nak sia-siakan lagi dengan couple.”

Jauh di sudut hatinya, dia juga masih merindui Malik. Ya, lelaki
itulah cinta pertamanya, orang yang telah berjaya mencuri hatinya,
suatu ketika dahulu.

Kini, dia hanya pasrah dan redha. Pada mulanya, dia sukar
menerima keputusan Malik, tetapi lama-kelamaan, dia sedar bahawa
keputusan Malik itu sebenarnya keputusan yang terbaik.

Dia masih lagi meletakkan harapan yang tinggi, “Ya Allah, jika
benar Malik yang bakal membimbingku, kau pertemukanlah semula
aku dengannya. Namun, jika ternyata dia bukan jodohku, kau
ikhlaskan hatiku untuk melupakan dirinya buat selama-lamanya.”

Tidak lama selepas itu, Husna bertanya lagi, “Oh ya, malam ni
ada kuliah Maghrib di Surau Al-Munawarah Seksyen 13. Belajar
pasal feqah. Adik nak ikut tak?”

Sejak dahulu, Husna sememangnya rajin pergi ke pengajian
agama. Dia tahu segala jadual majlis ilmu di surau dan masjid yang
berada di sekitar Shah Alam. Maklum sahajalah, sekarang ini dunia
teknologi. Mudah sahaja dia mendapat maklumat melalui group

AIZUDDIN HAMID 276

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

whatsapp atau Facebook page.

Setakat ini, sudah tiga kali Ika mengikut Husna ke majlis ilmu.
Ternyata, seronok juga rupanya! Selama ini, Ika memandang remeh
terhadap kuliah-kuliah agama.

Baginya, ia hanya sesuai untuk golongan tua. Golongan muda
sepertinya harus banyak menonton drama atau filem, membaca
novel, keluar shopping dengan kawan-kawan, dan banyak lagi.

Namun, itu semua sudah tinggal sejarah. Hatinya sudah
benar-benar terikat dengan majlis ilmu.

“Boleh juga tu, nanti malam kita pergi ya,” balas Ika, gembira.
Ika masih teringat pesanan Husna ketika kali pertama mengikutnya
ke majlis ilmu.

“Majlis ilmu ni taman-taman syurga, tempat turunnya rahmat
Allah. Tempat diberikan ketenangan. Jadi, bila kita pergi majlis ilmu,
jangan hanya sekadar dengar saja. Sebabnya? Pertama, kita mesti
tak boleh ingat semua ilmu yang disampaikan. Kedua, kita mungkin
akan mengantuk sebab anggota badan kita statik dan tak bergerak.
Apa yang terbaik ialah, bawa buku nota dan pen. Catat apa yang
disampaikan oleh penceramah. Sekurang-kurangnya, bila tangan

AIZUDDIN HAMID 277

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kita bergerak sebab salin ilmu tu, kita jadi tak mengantuk. Baru kita
rasa seronok lagi nak datang majlis ilmu.”

**********

“Asyraf, aku nak ucap terima kasih sekali lagi sebab ajak aku
join usrah semalam. Best pula, aku ingatkan bosan, mengantuk,”
gurau Malik. Mereka dalam perjalanan ke padang untuk bermain bola
sepak.

“Haa, tu arh. Belum cuba, belum tahu. Kita semua ni bukannya
baik sangat pun, perangai merapu juga, tapi sebab nak perbaiki diri,
tu yang kita kena join usrah. Kalau kita ada dalam lingkungan
orang-orang yang selalu pesan atau nasihatkan kita, insyaAllah kita
akan terdorong untuk jadi baik,” hujah Asyraf.

“Tapi… Aku segan sebenarnya dengan korang, huhu,” Malik
mengeluh. Dia sedar kekurangan dirinya.

“Kenapa pula?”

“Hmm… aku banyak dosa. Zaman jahiliah aku memang teruk.
Tengok la masa ustaz suruh setiap orang baca separuh muka surat
Al-Quran tu, aku yang paling teruk bacaannya. Aku tak rasa aku

AIZUDDIN HAMID 278

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

layak join usrah korang ni.”

“Hmm, tak apa. Semua orang banyak dosa, termasuklah aku.
Pasal Al-Quran tu, nanti aku ajar kau sikit-sikit. Tapi, sejujurnya aku
rasa beruntung sangat dapat kawan dengan kau. Kau berusaha
bersungguh-sungguh untuk perbaiki diri, susah nak cari orang
macam kau. Kalaulah Faizal tahu perubahan kau, mesti dia
seronok…” Tanpa diduga, Asyraf terlanjur bicaranya.

“Eh, kau sebut apa tadi?” Malik inginkan kepastian.

Nasib baik, dia tidak terlalu dengar apa yang disebut Asyraf
kerana dia sedang sibuk mengikat tali kasutnya.

“Err.. tak ada apa. Aku seronok kawan dengan kau,” kata
Asyraf, tersengih sambil menggaru-garu kepalanya. Nasib baik Malik
tidak tahu apa yang telah disebut olehnya.

“Ya la tu. Dah, jom masuk padang, kawan-kawan kita dah
tunggu tu!” Ajak Malik, bersegera.

AIZUDDIN HAMID 279

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 18 -
LANGKAH MAYAT

AYAH DULU!

AIZUDDIN HAMID 280

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Kalai menelan air liur. Kaku, tidak tahu sama ada ini masa yang
terbaik atau tidak untuk bertanya tentang Islam kepada ayahnya.

Dia masih ragu-ragu, namun dipaksakan juga untuk bertanya.
Sebelum itu, mereka sudah pun berbual mengenai perkembangan
belajarnya di sini, keadaan keluarga di Sabah, dan lain-lain supaya
ayahnya tidak terlalu terkejut apabila ditanya soalan yang mungkin
mengguris hati ayahnya.

“Ayah, Kalai mahu tanya. Apa pandangan ayah mengenai
Islam?” Kalai menarik nafas panjang. Pertuturannya juga begitu
lemah lembut.

Tiada respon. Ayahnya diam sahaja di hujung talian.

AIZUDDIN HAMID 281

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Kalai serba tak kena.

“Ayah? Ayah?”

Seketika, baru ayahnya memberikan respon, “Kenapa kamu
tanya begitu? Kamu tahu kan, ayah tak suka Islam?”

Kalai memberanikan diri, “Ya, Kalai tahu, tapi ayah tak pernah
beri peluang kepada diri ayah untuk kenal Islam. Takkan sebab pak
cik Anwar, ayah terus benci Islam?”

**********

Lebih sepuluh tahun lalu, Agun iaitu abang kandung kepada
ayah Kalai, yang telah menukar namanya kepada Anwar setelah
memeluk agama Islam, pulang ke kampung di Sabah setelah lebih
satu tahun tidak menjejakkan kaki di situ kerana sibuk bekerja di
Semenanjung.

Apa yang mengejutkan, pada ketika itu, pak cik Anwar tidak
pulang seorang diri, tetapi berdua bersama isterinya, mak cik
Fadilah.

“Mama, Agun nak bagi dua kejutan kepada mama. Berita

AIZUDDIN HAMID 282

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

gembira, tak sabar rasanya.” Beberapa hari sebelumnya, pak cik
Anwar berkesempatan juga untuk menelefon nenek kepada Kalai,
menyatakan kepulangannya.

Ibu mana yang tidak gembira apabila bertemu anaknya?

Persiapan rapi dilakukan. Jiran tetangga turut dihebahkan
mengenai berita gembira ini. Kenduri kecil-kecilan diadakan.
Ternyata, nenek begitu gembira sekali.

Malangnya, kegembiraan itu hanya berlaku sementara apabila
pak cik Anwar muncul bersama isterinya di hadapan nenek.

“Siapa dia ni? Kawan Agun ke?” Tanya nenek, berdebar-debar
setelah mereka bersalaman. Mana tidaknya, perempuan itu
bertudung, sudah pasti dia beragama Islam.

“Bukan, mama. Haa, ni la salah satu kejutannya. Ni isteri Agun,
namanya Fadilah.”

Terbeliak mata nenek apabila mendengar berita itu, hampir
sahaja jatuh terduduk. Namun, ayah Kalai yang berada di
sebelahnya sempat untuk memegang nenek. Jiran tetangga dan
saudara mara hanya melihat sambil mendiamkan diri, tidak tahu apa

AIZUDDIN HAMID 283

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

yang perlu diresponkan.

“Eh, mana boleh kamu kahwin dengan dia? Dia kan Islam,”
ayah Kalai bersuara sambil menuding jari ke arah mak cik Fadilah.

“Haa, ni pula kejutan kedua. Agun dah masuk Islam. Mulai hari
ni, panggil Anwar ya, bukan Agun.”

Semua terdiam.

Sebenarnya, seluruh ahli keluarga nenek kenal dengan
perangai pak cik Anwar. Sejak dari kecil, jika dia bertekad untuk
melakukan sesuatu, tiada apa yang dapat mengubah pendiriannya
termasuklah nenek sendiri.

Namun, ini sudah keterlaluan.

Tiba-tiba, nafas nenek tersekat-sekat, boleh jadi kerana
terkejut mendengar dua berita itu. Ya, memang suatu kejutan, tetapi
bukan kejutan yang gembira bagi nenek. Dia tidak sedarkan diri,
pengsan.

Setelah dua hari berada di hospital, nenek disahkan meninggal
dunia kerana serangan jantung. Ayah Kalai begitu berdendam

AIZUDDIN HAMID 284

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

dengan pak cik Anwar. Bukan kerana dirinya, tetapi kerana Islam.

Dia berfikir bahawa Islam itulah yang telah memecah belahkan
keluarganya malah sehingga meragut nyawa nenek.

**********

“Ayah takkan halang kamu nak berkawan dengan orang Islam
sebab mereka majoriti di universiti kamu. Tapi, kalau kamu ada
terfikir nak masuk Islam, langkah mayat ayah dulu! Ayah takkan
izinkan. Kalau kamu berkeras juga, kamu anggap saja yang kamu
sudah tidak ada ahli keluarga,” ayah Kalai memberi amaran.

Sebenarnya, Kalai tidak sempat lagi memberitahu
keinginannya untuk masuk Islam. Namun, fikirannya seolah-olah
mampu dibaca oleh ayahnya, terus diberi amaran sebegitu.

“Eh, ayah, ke situ pula. Kalai saja tanya ayah pasal Islam, ayah
jangan risau ya,” Kalai mengawal keadaan yang tegang itu.

Setelah mengakhiri perbualan, dia terus duduk termenung di
atas katilnya.

Biskut Chipsmore yang masih berbaki tiga keping itu dikunyah

AIZUDDIN HAMID 285

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sehingga habis. Fikirannya buntu. Dia sudah tidak mempunyai buah
fikiran bagaimana untuk meyakinkan ayahnya tentang keindahan
Islam.

Lagipun, sudah empat kali Asyraf mengadakan kelas asas
Islam di bilik Kalai dan Malik. Sekurang-kurangnya, Kalai sudah
mempunyai sedikit pengetahuan dan huraian mengenai rukun Islam
dan rukun Iman.

Kini, Kalai hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk
melakukan praktikalnya pula. Namun, dia tahu ia tidak semudah yang
disangka, khususnya berhadapan dengan tentangan ayahnya.

Beberapa minit kemudian, Malik masuk ke bilik. Dia baru
sahaja selesai bermain bola di padang, basah lencun bajunya
dengan peluh.

Malik sedar akan perubahan Kalai. Sebelum dia keluar
bermain tadi, Kalai kelihatan ceria sahaja.

“Kenapa kau nampak lain ni?” Tegur Malik sambil menyidai
bajunya yang basah itu di tingkap.

Kalai mengeluh panjang. “Ayah aku… dia macam tahu aku nak

AIZUDDIN HAMID 286

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

masuk Islam. Padahal aku baru minta pandangan dia pasal Islam.”

“Apa yang dia cakap?” Malik kelihatan berminat dengan
perbualan itu sehingga dia terlupa bahawa dia perlu bersiap-siap
untuk menunaikan solat Maghrib di surau.

“Dia cakap, kalau aku masuk Islam, dia dah tak anggap aku ni
sebagai anak dia lagi, hmm…” terukir kesedihan pada riak wajah
Kalai.

“Susah juga tu. Ok tak apa, nanti kita bincang dengan Asyraf,”
Malik cuba memberi cadangan. Sekurang-kurangnya, mungkin ia
dapat mengurangkan kekusutan yang sedang dihadapi Kalai.

Kalai memandang tepat ke arahnya, “Aku setuju dengan

AIZUDDIN HAMID 287

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

cadangan kau. Oh ya, kau tak pergi surau ke? Baru lepas azan tadi.”

Sambil menepuk dahi, Malik memberikan respon,
“Astaghfirullah! Nasib baik kau ingatkan, malu pula aku dengan kau.
Ok, aku nak siap-siap ni!” Dia terus bergegas ke bilik air,
memandangkan dia masih belum membersihkan dirinya lagi. Mana
mungkin dia akan ke surau dalam keadaan begitu.

**********

“Sebenarnya, kita sangat beruntung, kan? Kita lahir saja kat
dunia ni, terus masuk Islam. Tak perlu nak susah-susah lagi. Tapi,
non-Muslim tu, banyak cabaran yang diorang hadapi untuk masuk
Islam,” luah Malik kepada Asyraf.

Mereka baru sahaja selesai solat Maghrib di surau. Jadi,
mereka terus berada di surau sementara menunggu masuk waktu
solat Isyak.

“Sebab tu aku rasa sedih kalau Muslim tak betul-betul hargai
nikmat yang diorang dapat tu. Istilah ‘Islam hanya di kad pengenalan’
memang wujud. Kadang-kadang, perangai orang Islam lagi teruk
daripada orang bukan Islam. Kita juga yang terkena tempiasnya,”
Asyraf juga tidak terkecuali untuk meluahkan perasaannya.

AIZUDDIN HAMID 288

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Betul. Jadi, kita kena tolong non-Muslim untuk kenal Islam.
Hasilnya, diorang akan lebih hargai Islam sebab diorang masuk Islam
disebabkan usaha sendiri, bukan sebab warisan daripada keluarga,.
Dalam masa yang sama, kita masih kena tolong orang Islam yang
sedia ada supaya diorang tak jadi ‘Islam hanya di kad pengenalan’,”
Malik juga sudah semakin pandai menyusun kata-kata dakwah.

Kemudian, Malik menyambung, “Oh, apa perancangan kau
untuk Kalai?”

“Hmm, aku pun tak ada idea sebenarnya, sebab aku tak ada
pengalaman sebelum ni. Oh ya, apa kata kita tanya ustaz Nazim
esok masa usrah?”

**********

Seperti yang dijanjikan. Ahli-ahli usrah datang tepat pada
waktunya. Kali ini, usrah lebih santai, dilakukan di kafetaria.

Malik pula sudah enam kali turut serta dalam usrah ini.
Alhamdulillah, dia sendiri tidak sangka bahawa dia mampu istiqamah
sehingga sekarang.

“Korang dah sediakan apa yang ustaz nak?” Tanya salah

AIZUDDIN HAMID 289

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

seorang ahli usrah. Kebetulan, ustaz masih dalam perjalanan.

“Jap, apa eh? Alamak, aku terlupa!” Balas salah seorang ahli
usrah, cemas.

Perkara biasa dalam mana-mana usrah sekalipun, pasti akan
ada ahli usrah yang tidak sempat melakukan apa-apa persediaan,
cuma datang dan dengar sahaja.

“Rilek, kan ustaz cuma suruh cadangkan apa sumbangan yang
kita nak lakukan untuk Islam. Kau fikir sekarang pun boleh,” Asyraf
bersuara.

Tidak lama kemudian, Ustaz Nazim datang.

Setelah membuka majlis dengan membaca Al-Fatihah, ustaz
minta semua ahli usrah memesan makanan, sambil berbincang
sambil makan. Wah, memang santai betul!

“Tak apa, ustaz belanja. Order saja apa-apa yang antum
semua nak, nasi goreng ke, mee ke, apa-apa saja.”

Tiba-tiba, Malik mencelah, “Tak apa, ustaz. Kali ni, bagi ana
belanja.”

AIZUDDIN HAMID 290

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Wahh, terbaik. Terima kasih Malik,” respon salah seorang ahli
usrah, pantas. Sempat juga ahli usrah yang lain mengucapkan terima
kepadanya setelah memesan makanan.

Sikap Malik memang tidak pernah berubah sejak dahulu, iaitu
suka belanja orang lain. Boleh jadi, sikap dia yang pemurah itu
menjadi salah satu sebab untuk dia mudah menerima hidayah Allah.

Setelah menjamu selera, setiap ahli usrah sudah bersedia
untuk bercerita apa sumbangan yang mereka ingin lakukan untuk
Islam.

Ada yang berkongsi bahawa dia ingin memanfaatkan bakat
penulisannya untuk menghasilkan buku. Ada yang berkongsi bahawa
dia ingin menyumbang melalui nyanyian lagu berunsurkan dakwah.

Tiba sahaja giliran Malik, “Sebenarnya, ana dan Asyraf ada
satu masalah untuk dikongsikan dengan ustaz dan semua orang.”

“Oh, masalah apa? Tapi, sekarang kita tengah bincang pasal
sumbangan kita untuk Islam,” jelas ustaz. Fikirnya, mungkin Malik
terlari daripada topik.

“Tapi… masalah ni ada kaitan dengan sumbangan kami dalam

AIZUDDIN HAMID 291

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Islam juga, iaitu nak bantu kawan non-Muslim untuk masuk Islam,”
Asyraf menyampuk.

Ustaz kelihatan berfikir sebentar, “Hmm, macam isu besar saja.
Cuba cerita.”

Malik terus bercerita dari awal, bagaimana kawan sebiliknya
iaitu Kalai mula tertarik dengan Islam, belajar tentang Islam,
sehinggalah tentangan daripada keluarga Kalai khususnya ayah.

“Ustaz ada seorang kawan berketurunan Cina yang masuk
Islam beberapa tahun lalu. Situasinya sama juga, dapat tentangan
daripada keluarga. Pada awalnya, setelah dia masuk Islam,
keluarganya tak syak langsung yang dia dah masuk Islam. Tapi,
lama-kelamaan keluarganya berasa musykil apabila dia tak makan
babi yang dihidang, hanya makan sayur, dan guna pinggan asing.”

“Kemuncaknya adalah apabila adiknya ternampak dia solat
ketika pintu biliknya terbuka sedikit. Apabila dia mengaku yang dia
dah masuk Islam, dia terus dihalau ibu bapanya. Berbulan-bulan juga
dia merantau kat tempat lain, cari kerja, minta tolong kawan-kawan
Muslimnya,” terang ustaz, panjang lebar.

“Kesian kawan ustaz. Lepas tu, apa yang berlaku?” Salah

AIZUDDIN HAMID 292

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

seorang ahli usrah kelihatan tidak sabar.

“Sepanjang dia tak ada di rumah, sebenarnya dia ada
berhubung secara rahsia dengan kakak sulungnya. Melalui
kakaknya, dia tahu segala perkembangan yang berlaku dalam
rumah. Setelah hampir dua tahun tak pulang, ibu bapa sudah mula
merinduinya. Hampir setiap hari mereka sebut tentang dia. Akhirnya,
dia pulang juga ke rumah.”

“Alhamdulillah, mesti ibu bapa dia terima, kan?” Tanya Malik.

Ustaz membetulkan posisi badannya di atas kerusi, lenguh.
Lantas, dia menyambung, “Hmm, masa awal-awal tu, ibu bapanya
langsung tak melayannya. Adik-adiknya yang lain juga tak bertegur
sapa dengannya sehingga kakak sulungnya pun terpaksa berlakon
bagi menjaga hati ahli keluarga yang lain.”

“Namun, dia tak kecil hati. Dia ingat pesanan gurunya supaya
sentiasa tunjukkan akhlak yang baik kepada keluarga agar mereka
tahu bahawa Islam bukanlah agama yang memutuskan tali
persaudaraan. Akhirnya, disebabkan tingkah laku dan layanan baik
yang diberikan olehnya, ahli keluarganya dapat terima dia kembali
walaupun dia Islam. Sekarang ni, dia dalam usaha untuk dakwah
kepada mereka pula.”

AIZUDDIN HAMID 293

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Mesti besar pahala kalau kita bantu orang lain masuk Islam,
kan?” Asyraf bertanya walaupun dia sendiri mengetahui jawapannya.
Sengaja mahu menghidupkan suasana, fikirnya. Ahli usrah yang lain
pula hanya sekadar mengangguk, termasuklah ustaz Nazim.

AIZUDDIN HAMID 294

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 19 -
MAAFKAN AKU,

SAHABAT

AIZUDDIN HAMID 295

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sudah lama Malik tidak membelek buku Masih Ada Syurga
Buat Kita, buku yang menjadi salah satu asbab untuk dia mendapat
hidayah.

‘Ya Allah, ketemukan aku dengan pemilik buku ini, ameen…’
saban hari dia berdoa. Hatinya masih lagi dipenuhi dengan persoalan
yang belum terjawab.

Seketika, dia mengambil buku itu dan memeluknya. Terasa
keikhlasan orang yang memberikan buku yang telah banyak
mengubah hidupnya, daripada jauh dengan Allah sehinggalah
semakin mendekatinya.

Tidak lama selepas itu, Asyraf masuk ke biliknya. “Haa, buat
apa tu?” Sergahnya tiba-tiba.

AIZUDDIN HAMID 296

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Terkejut juga Malik. “Ish, dah la tak bagi salam. Aku tak buat
apa pun. Saja belek buku ni. Kau tak baca lagi, kan? Nah…”

Asyraf mengambilnya daripada Malik. Tenang. Diselak helaian
demi helaian.

Ya, mungkin inilah masa yang terbaik untuk dia menceritakan
segala-galanya.

“Hmm… sebenarnya, aku dah pernah baca buku ni… dan aku
tahu siapa yang bagi buku ni kat kau.”

Terbeliak biji mata Malik!

Pandangannya segera tertumpu ke arah Asyraf.

Namun, dia fikir, pasti Asyraf hanya bergurau. Dia cuba
mengawal perasaannya. “Oh, kau biar betul? Kenapa kau tak pernah
bagitahu aku selama ni? Mustahil arh. Aku baru kenal kau kat
universiti ni, padahal aku dapat buku ni masa sekolah menengah.”

Asyraf segera menepuk bahu Malik, seraya berkata, “Aku
serius ni. Aku juga nak minta maaf sebab selama ni aku rahsiakan
daripada kau, tapi ada sebab aku buat macam ni. Oh ya, kalau kau

AIZUDDIN HAMID 297

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

nak jumpa orang tu, aku boleh bawa kau jumpa dia. Hari Isnin
minggu depan kita ada cuti peristiwa kan, apa kata kita balik minggu
ni? Cuti panjang juga la, kita balik Jumaat petang sampai Isnin.
Dalam hari Sabtu, kita pergi jumpa pemilik buku ni.”

Malik tahu, Asyraf bukanlah seorang yang suka menipu.

Jadi, dia tidak mahu menyulitkan keadaan dan bersetuju
dengan cadangan itu.

“Ok juga tu. Kita balik naik bas. Siapa nama dia? Rumah dia
kat Shah Alam atau Subang?” Tanya Malik, meminta kepastian.

“Rumah dia di Shah Alam. Hmm… nama dia, aku tak boleh
sebut lagi. Tunggu nanti kita jumpa dia terus masa hujung minggu
nanti.”

Asyraf kelihatan begitu serius sekali.

**********

Kalai memerlukan sokongan, khususnya daripada Malik dan
Asyraf yang banyak membantunya mengenali Islam. Walaupun
hatinya tabah, namun dia masih memerlukan kekuatan dari luar.

AIZUDDIN HAMID 298

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Kau bersedia ke, kalau memang kau dibuang keluarga?”
Tanya Asyraf. Dia dan Malik baru sahaja menyampaikan cerita
mengenai pengalaman kawan kepada ustaz Nazim yang memeluk
Islam itu.

“Lagipun, ustaz ada bagitahu, Jabatan Agama Islam memang
ada berikan bantuan sara hidup, tempat tinggal, pendidikan, dan
lain-lain. Cuma, semua prosedur akan dibuat lepas kau masuk Islam,
kena daftar dengan Jabatan Agama Islam supaya mereka ada rekod
tentang keislaman kau. Jadi, kalau hati kau ikhlas untuk masuk
Islam, kau memang hanya nak cari redha Allah walaupun mungkin
dibuang keluarga, insyaAllah kami bahkan ramai lagi pihak yang sudi
bantu kau,” tambah Malik.

Dia memang bersungguh-sungguh untuk menolong Kalai.
Tanpa Kalai yang banyak bertanya mengenai Islam kepada Malik
suatu ketika dahulu, mungkin sehingga sekarang Malik belum
bertaubat dan insaf mengenai kesilapan dirinya.

“Aku dah tekad. Tak apa, aku sudah bersedia untuk hadapi
semua ni. Lagipun, aku ada bagitahu pak cik Anwar tentang hal ni.
Dia bersedia untuk bantu aku kalau keluarga tak terima aku lepas
masuk Islam. Dia tinggal di Johor, bukan di Sabah. Jadi, tak ada
masalah untuk aku jumpa dia bila-bila,” balas Kalai dengan penuh

AIZUDDIN HAMID 299


Click to View FlipBook Version