IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
arahnya, seraya bertanya, “Dari surau ke?”
“Haah. Kau nak ikut ke? Nanti kalau aku pergi lagi, aku ajak
kau,” Malik berjenaka sambil tersengih.
Dengan spontan, Kalai menjawab, “Bagus juga tu. Selama ni,
tak ada orang ajak aku pun.” Dia kelihatan sugul sambil tertunduk ke
bawah.
Malik memuncungkan bibir. Baginya, mungkin Kalai juga
main-main. Tetapi, sebenarnya tidak. Kalai benar-benar
maksudkannya.
Malik membaringkan diri di atas katil dan mengambil buku
Masih Ada Syurga Buat Kita. Sudah lebih separuh bahagian buku
yang dibacanya.
Tidak sangka, dia mampu membaca buku sebegini sedangkan
ketika zaman sekolahnya dahulu, jangan kata buku rujukan, buku
teks pun terkadang malas dibacanya! Apatah lagi buku-buku Islamik
sebegini, tidak pernah disentuhnya.
Kalai kelihatan gelisah. Sekejap baring, sekejap duduk. Malik
sedar akan tingkah lakunya.
AIZUDDIN HAMID 200
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Kau dah kenapa?” Tanya Malik.
Lama juga Kalai mendiamkan diri.
Akhirnya, dia bersuara, “Hmm, aku nak tanya kau sesuatu, dah
lama aku nak tanya ni, tapi aku risau.”
Berdebar juga Malik apabila mendengar kata-kata yang keluar
dari mulut Kalai. ‘Apa pula yang dia nak tanya kali ni. Hari tu pasal
solat,’ bisik hatinya.
“Haa, nak tanya apa? Boleh saja, tak payah risau,” respon
Malik. Bersahaja.
Kalai membetulkan posisi duduknya di atas katil dan berpusing
menghadap Malik. Dia menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan
untuk berkata sesuatu yang sudah lama dia ingin katakan.
“Sebenarnya, aku dah lama minat Islam. Aku nak tahu banyak
tentang Islam. Tapi, selama ni, kenapa tak ada sorang kawan Muslim
pun yang pernah cerita pada aku pasal Islam? Aku kagum dengan
kisah perjuangan Nabi Muhammad, aku kagum dengan Islam yang
sangat sempurna. Cuma, bila aku tengok orang Islam tu sendiri,
kenapa tak melambangkan macam apa yang Islam ajar?”
AIZUDDIN HAMID 201
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Malik terpaku.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin memberi respon kepada
soalan itu. Hatinya berasa tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan
Allah dan Rasulullah. Dia rasa bersalah dengan Kalai.
Hati meraung, terasa kepedihannya, ‘Ya Allah, adakah selama
ini aku hanya menjadi fitnah kepada Islam tu sendiri? Adakah aku
telah memburukkan nama Islam?”
Allah menghantar Kalai sekali lagi. Ya, sekali lagi, untuk
menegur Malik.
Mengaku Islam, tetapi mana buktinya? Apa usaha yang telah
dilakukan untuk memartabatkan Islam? Adakah kehidupannya
selama ini seperti apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad?
Malik mengelamun jauh. Ya, jauh entah ke mana.
Tanpa disedari, matanya mula berkaca, menakung air yang
hanya menunggu masa untuk dipecahkan.
“Malik? Malik? Kau ok tak?” Jerit Kalai.
AIZUDDIN HAMID 202
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Tersedar daripada lamunan apabila mendengar namanya
dipanggil. “Oh, sorry,” balas Malik sambil menggarukan kepala.
Dia mengawal perasaannya, “Hmm, aku minta maaf dekat kau
sebab selama ni aku tak pernah cerita pasal Islam. Sejujurnya, aku
sendiri pun tak banyak pengetahuan agama, apatah lagi nak cerita
dekat kau. Tapi, aku janji aku akan tolong kau. Kalau aku tak mampu,
aku akan minta tolong Asyraf untuk sama-sama kongsi tentang
Islam.”
Setelah itu, dia menyambung, “Kemudian, pasal agama Islam
dan orang Islam tu, memang agama Islam sangat sempurna, tak ada
cacat celanya. Cuma, yang salah ialah sikap orang Islam tu sendiri
yang tak hargai dan hayati ajaran Islam. Akhirnya, orang Islam
sendiri yang jadi fitnah kepada agama. Sorry, yang tu saja yang
boleh aku respon, aku sendiri tak tahu nak jawab apa.”
Malik berasa malu dengan dirinya sendiri.
**********
Diriwayatkan daripada Anas r.a. berkata: “Aku dengar
Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman:
AIZUDDIN HAMID 203
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu,
maka Aku akan mengampuni atas apa yang ada padamu dan Aku
tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu memenuhi awan yang
ada di langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, tentu Aku
mengampunimu. Wahai anak Adam, jika engkau datang dengan
kesalahan memenuhi bumi, kemudian engkau bertemuKu dalam
keadaan tidak menyekutukanku sedikit pun, maka Aku akan berikan
kepadamu pengampunan sepenuh bumi.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Setiap orang confirm pernah buat dosa, tapi yang
membezakan kau ialah sama ada kau terus bertaubat atau kau buat
tak tahu saja, bertangguh untuk taubat, seolah-olah macam kau
hidup lama lagi. Lepas taubat, kalau kau terbuat dosa semula,
bertaubat lagi. Jangan putus asa, peluang untuk taubat sentiasa ada
selagi nyawa kau belum diambil. Tapi, jangan pula kau sengaja buat
AIZUDDIN HAMID 204
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
dosa tu semula!
Kalau kau sengaja dan hati kau pun redha untuk buat dosa tu
semula, seolah-olah kau tidak serius untuk bertaubat dan main-main
dengan Allah.
Nak taubat ada beberapa syarat. Kalau kita buat dosa dengan
Allah, ada 3 syarat yang kita kena buat iaitu berhenti buat dosa,
menyesal dengan dosa yang kita dah buat, dan bertekad tak mahu
ulang dosa tu lagi. Kalau kita ada dosa dengan manusia pula,
tambah lagi 1 syarat iaitu minta maaf dengan orang yang kita buat
salah tu.
Malik tekun membaca apa yang ditulis dalam buku Masih Ada
Syurga Buat Kita, bab yang terakhir iaitu berkaitan dengan taubat
dan harapan.
Dia mula sedar, pilihan untuk berubah sememangnya berada
di tangan sendiri. Jika dia tidak melakukannya, dia sendiri yang rugi.
Lebih kurang setengah jam kemudian,
“Alhamdulillah. Habis juga akhirnya!” Dia memeluk erat buku
itu. Allah mempermudahkan urusan Malik untuk menghabiskannya
AIZUDDIN HAMID 205
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
hingga ke helaian yang terakhir.
Sungguh, Allah jualah yang membuka pintu hatinya untuk
mudah menerima segala apa yang disampaikan di dalam buku itu.
Apa yang lebih disyukuri, dia bukan sekadar menerima ilmu sahaja,
tetapi dia juga berhasrat untuk mengamalkan apa yang telah
dibacanya.
Benarlah. Penulis hanya menjadi perantara untuk
menyampaikan ilmu-ilmu Allah melalui penulisan, namun Allah yang
memberi hidayah kepada pembacanya.
Dia merasakan, inilah masa yang terbaik untuk dia bertaubat.
Ya, sebenar-benar taubat, bukannya pentaubat yang main-main!
Jika bukan sekarang, bila lagi?
‘Kalau aku nak berubah, aku tak boleh separuh-separuh.
Selama ni, aku dah mula buat kebaikan, tapi dalam masa yang sama
aku masih lagi buat segala jahiliah. Mana boleh macam tu? Aku kena
kuat!’ Dia berazam.
**********
AIZUDDIN HAMID 206
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Malik terbangun awal pada pagi itu. Jam menunjukkan pukul
4:30 pagi.
Dia sendiri berasa hairan kerana mudah pula untuk dia bangun
awal pada pagi ini, malah tanpa bantuan alarm. Sebetulnya, dia
terlupa untuk set alarm pada telefon pintarnya sebelum tidur tadi.
Namun, boleh jadi disebabkan hatinya benar-benar ikhlas
untuk menghadap Ilahi, Allah permudahkan urusannya.
Pada malam tadi, dia sudah berniat untuk sujud memohon
keampunan kepada Allah, ketika saat orang lain masih lagi tidur
nyenyak. Kebetulan, dia terbaca juga mengenai qiamullail, solat
sunat tahajud dan solat sunat taubat di dalam buku yang telah
menjadi asbab perubahannya itu.
Sejujurnya, itulah pertama kali dia melakukan qiamullail. Boleh
jadi kali terakhir yang dilakukannya ialah ketika sekolah rendah.
Entah, dia sendiri tidak mengingatinya!
Dia tidak mahu menghidupkan lampu bilik kerana dikhuatiri
mengganggu Kalai yang sedang nyenyak tidur. Cukup sekadar
cahaya malap daripada lampu meja menghadirkan sedikit suasana
yang syahdu untuk dia merintih, merayu, dan memperhambakan
AIZUDDIN HAMID 207
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
dirinya kepada Allah.
Terasa kesejukan air wuduk yang baru diambilnya tadi. Tidak
mengapa, ‘alah bisa tegal biasa’. Ini baru suatu permulaan bagi
dirinya, perubahan mencari makna dirinya yang sebenar.
Sejadah dihamparkan di tepi katil, betul-betul menghadap
kiblat.
Sebelum mengangkat takbir, sempat juga dia mengerling ke
arah Kalai yang sedang tidur. ‘Aku janji aku akan tolong kau. Kita
akan masuk syurga Allah sama-sama,’ bisik hatinya.
Terasa indah sekali pertemuannya dengan Allah di tikar
sejadah pada waktu itu. Fikirannya fokus, khusyuk menghayati
kalimah-kalimah Arab yang dilafazkan di bibirnya. Walaupun
sebahagiannya tidak difahami terjemahannya, namun dia masih
dapat menjiwainya seiring dengan pergerakan solatnya.
Menangis itu tidak usah dikata lagi.
Pada sujud terakhir, dia benar-benar berasa sebak sambil
merintih di dalam hatinya,
AIZUDDIN HAMID 208
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
‘Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui betapa banyaknya
dosa yang telah aku lakukan selama ini. Namun, Engkau tidak
pernah berputus asa untuk memberi segala petunjuk dan hidayah
kepada diriku. Aku sedar, setiap kali aku tersungkur, Engkau
sentiasa memberi ruang kepadaku untuk berubah semula. Sebelum
ini, Engkau mengetahui bagaimana usahaku untuk berubah dan
mendekatiMu tetapi dalam masa yang sama, aku masih lagi selesa
melakukan maksiat dan kemungkaran. Ya, dulu aku pentaubat yang
main-main! Ampunkan aku, Ya Allah!’
‘Namun, Engkau tidak jemu dengan karenahku, Engkau masih
lagi memberi peluang kepada aku, lagi dan lagi. Kini, aku
benar-benar tekad, ya Allah. Aku ingin bertaubat dengan
sebenar-benar taubat, taubat nasuha. Ya Allah, aku bersyukur
kerana Engkau tidak mengambil nyawaku di saat aku lalai dengan
jahiliah sebelum ini.’
‘Maka, ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah segala dosa yang
aku lakukan secara tersembunyi, terang-terangan, dosa terdahulu
dan juga akan datang. Aku ingin meninggalkan segala kecintaan
dunia yang selama ini telah menebal dalam hatiku sehingga tiada
ruang lagi untuk aku mengisi cintaMu. Ampunkan kekhilafan diriku,
Ya Allah. Bimbinglah aku, Ya Allah. Saksikanlah, ya Allah, bahawa
aku telah bertekad untuk bertaubat kepadaMu dengan
AIZUDDIN HAMID 209
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
sebenar-benar taubat…’
Selesai sahaja memberi salam, dia masih lagi menangis
teresak-esak, mengenangkan segala dosa yang dia pernah lakukan.
Benarlah, hati yang betul-betul ikhlas sahaja yang mampu
menerima hidayah Allah.
Tidak lama selepas itu, dia membaringkan diri di atas katil
sementara menunggu masuk waktu solat Subuh. Lagu yang
dimainkan berulang-ulang kali pada malam tadi, dimainkan semula
pada awal pagi yang syahdu itu.
Lagu Dalam Sujud Cintaku oleh Halim Ahmad terasa begitu
dekat sekali dengan dirinya. Air matanya mengalir kembali.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripadaMu
AIZUDDIN HAMID 210
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Dalam menikmati kurniaanMu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redhaMu
Hanya kernaMu Tuhanku
aku hidup dan ku akan kembali padaMu
hanya padaMu dalam sujud cintaku
AIZUDDIN HAMID 211
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 14 -
AKU NAK
LEPASKAN DIA…
AIZUDDIN HAMID 212
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Hmm, macam tu la ceritanya,” Malik menceritakan
segala-galanya kepada Asyraf. Lama juga. Sejak tadi, Asyraf
khusyuk mendengar cerita itu sambil memakan biskut gula yang
dibelinya di kedai koperasi universiti.
Malam itu, Malik memilih untuk menghabiskan masa di bilik
Asyraf.
Dia menceritakan bagaimana segala-galanya bermula apabila
sikap ayahnya berubah menjadi panas baran sehingga Malik
menganggap rumah banglo itu tidak ubah seperti neraka dunia
sahaja.
Sejak dari itu, dia mula terjebak dengan rokok, salah memilih
kawan, ketagih video lucah, dan couple. Namun, dia bersyukur
AIZUDDIN HAMID 213
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
kerana Allah masih memelihara dirinya.
Malah, kehadiran buku Masih Ada Syurga Buat Kita dalam
hidupnya secara tiba-tiba, perubahan sikap baik ayahnya, dan juga
perbualan dengan Kalai, semua itulah yang menjadi asbab hidayah
datang menyapa dirinya.
Kini, Malik sudah benar-benar bertaubat. Dia tidak mahu
mengulangi lagi segala jahiliah yang pernah dia lakukan dahulu.
“Serius, cerita kau ni boleh buat novel! Confirm best seller,
haha!” Asyraf sempat berjenaka bagi menghidupkan suasana
semula.
Seketika, dia menyambung, “Sejujurnya, aku pun perasan juga
perubahan kau. Dulu, aku rasa last nampak kau kat Surau As-Saad
masa minggu orientasi. Sekarang ni, kau dah mampu konsisten solat
berjemaah kat surau, alhamdulillah.”
Tidak dinafikan. Jika kita mula mencari cinta Allah, cinta dunia
akan beransur-ansur hilang dalam diri kita.
“Cuma, itulah. Aku harap, kau boleh tolong aku. Aku dah
bertaubat, tapi aku risau aku akan kembali macam dulu semula,”
AIZUDDIN HAMID 214
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Malik melahirkan rasa kekhuatirannya.
“Hmm. Boleh aku bagi pandangan?” Tiba-tiba, Asyraf
mendapat idea yang bernas.
“Haa, apa?” Malik kelihatan teruja. Seronok pula bersahabat
dengan Asyraf, sangat supportive!
“Dulu, aku ada baca di internet, tapi tak pasti betul ke tak.
Cuma, apa salahnya try, kan? Kalau kau rasa nak merokok lagi, cuba
kau makan something macam coklat, gula-gula, buah, roti, atau
apa-apa saja. Sebenarnya, kau merokok sebab kau rasa ketagih nak
letak sesuatu dalam mulut kau, so kau buatlah alternatif lain,
daripada kau masukkan rokok dalam mulut, lebih baik kau masukkan
makanan, lagi kenyang. Lagipun kau kaya, tak ada masalah dengan
duit, beli saja coklat banyak-banyak, boleh aku join sekali,”
bersungguh-sungguh Asyraf bercerita. Sempat juga dia berseloroh.
“Hmm, menarik idea kau. Tapi, kau kena bagi semangat kat
aku tau! Kalau kau nampak aku macam nak curi-curi merokok, kau
tampar saja aku.”
“No problem bos! Haa, yang pasal Syamsul dan
kawan-kawannya tu, aku rasa tak ada masalah sangat. Kau teruskan
AIZUDDIN HAMID 215
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
saja berkawan dan contact diorang. Cuma, kau letakkan benteng,
berjaga-jaga supaya kau tak mudah terpengaruh dengan diorang
semula. Kalau setakat nak jumpa tu, pergi saja. Tapi, kalau diorang
ajak buat benda pelik-pelik, kau tak payah ikut. Islam tak ajar kau
untuk putus persahabatan, cuma kau kena jadi lebih berhati-hati.
Mana tahu, kalau kau mampu nasihat diorang untuk berubah jadi
baik?”
“Fuhh, aku pun bukan baik sangat, inikan pula nak nasihat
diorang. Tapi, aku akan cuba yang terbaik, insyaAllah. Haa, yang
video lucah tu macam mana? Sejujurnya, aku rasa susah juga nak
buang tabiat tu, kau faham sajalah, kita kan lelaki,” Malik mengeluh.
“Ok. Macam ni. Aku nak tanya kau. Masa kau tengok video
lucah tu, kau tengok sorang diri atau depan orang ramai?” Tanya
Asyraf.
Malik menggaru-garu kepala, “Apa pula soalan ni? Confirm la
aku tengok sorang diri.”
“Hmm, sebab apa?” Asyraf bertanya lagi. Pasti dia sudah
menyediakan skrip jawapannya.
“Err, sebab aku malu!” Malik bertegas.
AIZUDDIN HAMID 216
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Oh, tahu pun malu. Kau terlupa pula, masa kau tengok sorang
diri tu, Allah ada dengan kau? Kau malu kalau manusia tahu kau
tengok video lucah, tapi kenapa kau tak malu dengan Allah yang
memang dah tahu apa saja yang kau buat?”
“Astaghfirullah…” Kali ini, Malik menundukkan dirinya. Dia
menongkat dagu, memikirkan masa lalunya.
“Jadi, cadangan aku ialah, setiap kali kau terasa nak tengok
video lucah, pastikan kau tak duduk sorang diri. Kalau tak, syaitan
yang akan teman kau. Bila kau terasa nak tengok video lucah, kau
terus cari kawan-kawan dan lepak dengan kitorang. Kalau kau kat
rumah pula, kau terus duduk dengan ahli keluarga. Apa yang
penting, pastikan kau tak duduk sorang diri sebab aku boleh jamin
kau takkan tengok kalau kau ada dengan orang lain.”
“InsyaAllah. Doakan aku. Hmm, kalau nanti bila-bila aku
datang lepak bilik kau, faham-faham la ya,” Malik menepuk bahu
Asyraf.
**********
Telefon pintar Malik berdering. Sudah beberapa hari juga
AIZUDDIN HAMID 217
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
telefonnya tidak menerima apa-apa panggilan.
Dia kenal siapa yang menelefonnya, lalu dia terus accept call.
“Assalamualaikum mama. Ya, ada apa ni?”
“Waalaikumussalam. Haa, Malik. Apa khabar? Saja mama call
ni, rindu. Kenapa Malik lama tak call mama?” Tanya Puan Rozana
sambil merehatkan badannya pada sofa di ruang tamu. Baru selesai
mengemas rumah.
Malik tersentuh dengan soalan itu. Ya, sudah dua minggu
rasanya dia tidak memberi khabar gembira langsung kepada
keluarga. Siapa yang tidak risau, apatah lagi seorang ibu.
“Maaf mama, Malik tak sempat nak call sebab banyak kerja nak
kena siapkan. Oh ya, Malik sihat. Semua sihat ke tu?”
“Alhamdulillah. Kami semua sihat. Cuma ayah tu, batuk
sikit-sikit. Dia baru lepas keluar 3 hari dengan Haji Zamri dan yang
lain. Tak pasti pergi mana, mungkin ada program kot. Tapi, mama
ada dengar juga ayah ada sebut pasal tabligh, mungkin ayah pergi
program tu,” jelas mama. Pastinya dia merindui Malik, disebabkan
itu, walau hanya sepatah yang ditanya Malik, tetapi jawapannya
AIZUDDIN HAMID 218
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
panjang lebar.
Malik terfikir sebentar, ‘Tabligh tu apa? Hmm, nanti aku tanya
Asyraf, mungkin dia tahu.’ Seketika, Malik meneruskan perbualan
dengan mama.
Kedengaran melalui corong telefon, sepertinya suara mama
begitu gembira, tidak lagi seperti dahulu. Sudah pasti layanan ayah
terhadap mama sudah semakin baik.
**********
‘Jangan buat macam tu, kau tak kesian ke kat dia?’
‘Dia comel. Baik pula tu. Susah nak cari orang macam dia.’
‘Kau bukan selalu jumpa dia pun. So, tak ada masalah pun kau
masih nak couple, korang pun cuma mesej atau call saja kan.’
Ahh!!!
Bisikan-bisikan jahat itu masih lagi mengganggu fikiran Malik,
meskipun dia sudah bertaubat.
AIZUDDIN HAMID 219
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Seperti mana syaitan dan hawa nafsu tak pernah mengalah
untuk menyesatkan kau, seperti itu jugalah kau harus kuat dan tak
mengalah.” Teringat Malik akan kata-kata Asyraf.
Ya. Malik sudah tekad. Apa nak jadi, jadilah!
Tok… Tok... Tok…
Seketika, pintu bilik dibuka. Malik memberi salam lantas duduk
di atas katil Asyraf.
“Kau dah dinner ke tadi?” Malik memulakan perbualan,
menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan apa yang terbuku di
hati.
“Aku beli roti saja tadi. Tak lalu nak makan nasi. Tu haa, ada
baki lagi roti tu. Kau makan arh,” pelawa Asyraf. Apa lagi yang
ditunggu, rezeki di hadapan mata, terus disambut Malik dengan hati
yang terbuka.
Beberapa minit kemudian, Asyraf kelihatan sudah bersedia
untuk mendengar, “Haa, kau nak bagitahu apa? Beriya-riya nak
datang bilik aku sejak petang tadi lagi. Cuak pula aku.”
AIZUDDIN HAMID 220
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Malik menghembuskan nafas, tenang.
“Hmm, kau tahu kan, aku masih lagi couple. Jadi, lepas aku
fikir panjang, aku rasa sudah tiba masanya untuk lepaskan dia,”
katanya sambil tertunduk. Pasti sukar untuk meluahkannya.
“Eh, kenapa?” Soal Malik, terkejut juga. Secepat ini
perubahannya.
“Entah la. Dulu, aku rasa seronok bila ada dengan dia. Bagi
aku, dialah segala-galanya, tempat aku berkongsi kisah suka duka,
bermanja. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Tapi, sejak aku bertaubat,
sejak aku semakin jaga hubungan dengan Allah, aku sudah sedar
apa yang kitorang buat selama ni adalah salah…”
Sebenarnya, beberapa hari lepas, Malik ada terbaca satu
majalah agama yang berada di rak belakang surau, artikel berkaitan
Cinta Halal. Maklumlah, sejak menjadi ahli surau yang istiqamah
menunaikan solat fardhu secara berjemaah, dia juga mengambil
peluang untuk membaca bahan-bahan rujukan agama di sana.
Panjang juga isinya, mengupas mengenai definisi cinta yang
sebenar terhadap berlainan jantina dan bagaimana cinta itu mampu
untuk membawa kita kepada Sang Pemilik Cinta iaitu Allah.
AIZUDDIN HAMID 221
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Dia pun tak tahu kenapa dia membacanya, pasti semua ini
hendak yang Maha Esa.
Masih terngiang-ngiang difikirannya, bahagian terakhir dalam
artikel itu,
Sekiranya kamu benar-benar ikhlas mencintai si dia, kamu
tidak akan sesekali melakukan perkara-perkara yang boleh
membawanya ke neraka. Apa gunanya bercinta tetapi mengundang
murka Allah?
Gunakan cara atau jalan yang betul. Jika sayang, kenapa perlu
melakukan dosa sebelum menjadi yang halal? Bersabarlah.
Mujahadah itu pahit, kerana cinta menuju ke syurgaNya itu manis.
AIZUDDIN HAMID 222
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Sebelum nikah, tiada gunanya bercinta sakan di dunia, dating
berpegangan tangan, tetapi bermusuhan di akhirat, saling
menyalahkan.
Asyraf memandang tepat ke arahnya, “Hmm, sejak kau
bertaubat hari tu, kau semakin jauh dengan dia, kan? Tapi, tanpa kau
sedar, kau semakin dekat dengan Dia, Pencipta kita semua.”
“Maksud kau?”
“Cuba kau tengok diri kau dulu, masa awal-awal masuk ke sini.
Banyak jahiliah yang kau buat. Tapi, Allah masih sayangkan kau.
Allah tak tinggalkan kau. Allah bagi hidayah kat kau. Malah, Allah
jemput kau datang ke surau, sehingga hati kau terbuka untuk terus
istiqamah solat berjemaah. Cinta kau kepada Allah semakin berputik.
Akhirnya, dalam hati kau hanya nak ada cintaNya bukan cinta si dia.
Nampak tak kasih sayang Allah yang telah Dia aturkan?”
Asyraf seorang yang jenis berterus-terang. Dia tidak suka tikam
belakang kawan. Jika ada apa-apa yang dia kurang senang, dia tidak
berselindung dan terus berkata sesuatu yang benar.
Apabila melihat Malik tidak memberikan apa-apa respon,
Asyraf menyambung, “Kau jangan tersilap. Cinta tu fitrah manusia.
AIZUDDIN HAMID 223
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Setiap orang ada rasa ingin mencintai dan dicintai. Cuma, yang
membezakan kita semua adalah bagaimana kita urus perasaan tu,
sama ada kita ikut syariat Islam atau sebaliknya.”
“Habis tu, kau rasa betul tak keputusan aku untuk clash
dengan dia? Aku risau sebab boleh jadi cinta ni yang buatkan aku
berani melakukan dosa-dosa yang lain. Tapi, aku sayangkan dia dan
memang nak kahwin dengan dia.”
Malik masih lagi mampu menahan air matanya daripada
mengalir. Khuatir, adakah Allah akan mengampunkan segala
perlakuannya?
Walaupun Malik sudah bertaubat, namun segala memori dosa
bersama Ika selalu kembali difikirannya. Berpegangan tangan,
bermanja-manja, meminta gambar Ika tidak bertudung dan lain-lain.
Malik bersyukur kerana Allah berikan hidayah pada waktu yang
tepat. Jika tidak, pasti mereka akan melakukan sesuatu yang lebih
teruk malah boleh jadi sehingga terlanjur, nauzubillah. Pasti syaitan
akan bertepuk tangan meraikan kejayaan itu!
“Hmm, aku tak nak cakap betul atau salah. Sebab, clash bukan
satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.”
AIZUDDIN HAMID 224
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Oh, ada lagi yang lain?” Malik kelihatan sedikit gembira.
Hilang kegusaran di hati.
“Haa, mesti la ada. Kahwin.”
“Err… kahwin? Tapi, aku muda lagi.”
“Hmm. Ok, macam ni. Ramai anak muda sekarang ni tersilap.
Kalau diorang dah couple, lepas dapat hidayah sikit, terus nak clash.
Tak semestinya. Kalau mampu, kahwin saja terus. Islam tak halang
pun percintaan, cuma Islam bagi panduan kepada kita untuk salurkan
cinta melalui jalan yang betul, iaitu kahwin. Senang cerita, macam ni.
Aku bagi kau tips, nak?”
“Boleh juga tu.”
Asyraf memberikan penjelasan.
“Haa, kau dah ada girlfriend tapi nak kahwin lambat lagi,
contohnya 5 tahun. Adakah sepanjang tempoh 5 tahun tu, korang
boleh jamin yang korang takkan berzina? Kalau tak berzina pun, at
least korang boleh jamin yang korang takkan buat apa-apa dosa?
Dalam 5 tahun tu, macam-macam boleh berlaku. Boleh jadi, kau pun
jumpa perempuan lain yang kau suka, tak rugi ke masa kau
AIZUDDIN HAMID 225
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
sepanjang 5 tahun tu?”
“So, sebaiknya korang hold dulu perhubungan korang, bincang
baik-baik kalau nak clash, tak perlu nak couple atau dating semua tu
sebab korang pun nak kahwin lambat lagi. Jangan berhubung
melainkan ada urusan yang betul-betul urusan, bukan alasan. Kalau
memang ditakdirkan jodoh, percayalah, korang memang akan
ditemukan semula pada waktu yang telah Allah tetapkan. Kalau
bukan jodoh, walau macam mana kau usaha sekalipun, memang
takkan dapat.”
“Ok, itu contoh kalau kau nak kahwin lambat lagi. Tapi, kalau
kau dah ada girlfriend dan nak kahwin dalam masa terdekat,
contohnya 1 tahun, terus buat perancangan dan langkah-langkah
menuju perkahwinan. Jumpa mak ayahnya, bincang elok-elok,
pertemukan kedua-dua belah keluarga, lakukan proses pertunangan,
dan kahwin. Settle.”
Malik menganggukkan kepala sambil menongkat dagu.
Khusyuk mendengar tazkirah daripada Asyraf. “Hmm, baru aku
faham. Kiranya, kalau dah couple, ada dua situasi la kan. Kalau rasa
lama lagi nak kahwin, hold dulu, jangan buang masa dengan couple.
Tapi, kalau rasa dah dekat nak kahwin, terus approach family.”
AIZUDDIN HAMID 226
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Betul tu. Tak sia-sia aku ceramah panjang lebar kat kau.
Cuma, perkara tu hanya sesuai untuk orang yang dah couple. Tapi,
kalau yang tak pernah couple, jangan nak gatal cari girlfriend atau
boyfriend pula, tu cari nahas namanya,” tegas Asyraf.
Sekiranya suka kepada seseorang, timbulkan persoalan,
adakah sudah tertunai tanggungjawab kepada diri sendiri sehingga
ingin bertanggungjawab menjaga orang lain pula?
Jika diri sendiri tidak terurus, pakaian masih dibasuh ibu,
bangun pagi pun lambat, tidak ada kesedaran untuk membantu
keluarga, jangan mimpilah!
Namun, jika telah membuat persiapan diri sama ada dari segi
rohani dan jasmani, gunakan saluran yang betul untuk mendekatinya
iaitu melalui ibu bapa.
**********
Malik mengambil telefon pintar yang berada di atas meja yang
ditinggalkan sejak tadi. Tidak dinafikan, air matanya bertakung bak
empangan yang menanti masa untuk pecah sahaja.
Dia tekad dengan keputusannya.
AIZUDDIN HAMID 227
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Lalu, dia seolah-olah menaip sesuatu. Sejak tadi, Asyraf hanya
memerhatikannya. Dia fikir, pasti Malik sedang menaip mesej untuk
kekasihnya. Lama juga, hampir 15 minit.
Tanpa dipaksa, air mata Malik mengalir deras sejurus selepas
dia meletakkan telefon pintarnya di sisi. Pasti dia sudah melakukan
sesuatu yang begitu memeritkan syaitan dan hawa nafsu.
Asyraf faham apa yang dialami Malik. Pasti sukar bertarung
dengan kehendak sendiri semata-mata mencari keredhaan Allah. Dia
terus menepuk-nepuk belakang Malik seraya berkata, “Mujahadah tu
pahit, sebab syurga tu manis. Kalau kau dah hilang dia, kau sentiasa
ada Dia.”
Malik terus menangis teresak-esak, boleh jadi juga kerana
terharu dengan kata-kata Asyraf, dorongan dan sokongan daripada
sahabat sememangnya sangat diperlukan saat diri berasa lemah.
Akhirnya, Malik meminta izin untuk tidur kerana dia kelihatan
sudah tidak bermaya. Dia juga pulang ke biliknya bagi memberi
ruang untuk dirinya bersendirian.
Seketika, Malik melelapkan mata dalam keadaan tangisan
yang masih bersisa. Hatinya berbisik lemah, ‘Ika, andai jodoh kita
AIZUDDIN HAMID 228
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
sememangnya ditakdirkan Allah, tiada yang mustahil bagiNya untuk
mempertemukan kita kembali pada suatu masa yang telah
dirancangNya. Namun, jika Ika bukan ditakdirkan untuk Malik,
percayalah, Allah telah kirimkan seseorang yang lebih baik untuk
Ika.’
Pastinya, hari esok dan seterusnya akan menjadi sesuatu yang
mencabar buat diri Malik.
**********
Ketika subuh menjelma, Asyraf bangun pagi dan mengejutkan
Malik di biliknya.
Mereka berjalan kaki ke surau untuk menunaikan solat Subuh
secara berjemaah. Dalam perjalanan, Malik melihat notification
telefon pintarnya yang telah dia silent mode semalam.
Rupa-rupanya, Ika menelefonnya lebih 20 kali, hampir 100
mesej whatsapp yang masuk. Ika seolah-olah tidak mampu
menerima hakikat, dia terasa seolah-olah dipermainkan selama ini.
Sekali lagi, Malik mengalirkan air mata. Bukan niat di hati untuk
mengecewakan Ika, tetapi dia tahu itu yang terbaik untuk mereka,
AIZUDDIN HAMID 229
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
memandangkan perjalanan hidup mereka masih lagi jauh, jadi tidak
sepatutnya dipersiakan dengan cinta dusta seperti ini.
Jika mereka sememangnya berjodoh, pasti akan ketemu
semula suatu hari nanti, pada waktu yang tepat.
Asyraf yang sedang berjalan di sebelah terus memapah Malik,
khuatir pula jika dia rebah. Malik kelihatan begitu lemah sekali.
Entah kenapa, ketika solat Subuh pada pagi ini, Malik terasa
begitu khusyuk. Hatinya terselamat daripada cinta manusia yang
melalaikan, semata-mata untuk menggapai cinta Allah.
Sungguhpun sedih, dia dapat merasakan suatu kebebasan
daripada terus terbelenggu dengan bisikan syaitan dan godaan hawa
nafsu, suatu kepuasan hakiki yang tidak pernah dia peroleh selama
ini.
**********
Mana mungkin penghijrahan berlaku tanpa ada sebarang
cabaran, kan?
Begitulah yang terjadi kepada Malik yang hampir setiap hari
AIZUDDIN HAMID 230
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
bermujahadah melawan hawa nafsunya sendiri yang sebelum ini
telah terbiasa dengan rokok, video lucah, dan Ika - bekas
kekasihnya.
Namun, dia sentiasa memegang kata-kata Asyraf, “Kalau kau
betul-betul nak berubah, kau kena serius. Buang baki rokok dan
pemetik api yang ada pada kau tu. Buang semua video lucah yang
ada dalam simpanan kau. Buang semua gambar Ika yang ada dalam
handphone kau, sama ada yang pakai tudung ataupun tak. Buang
segala mesej whatsapp kau dengan dia. Kalau kau mampu buat
semua tu, baru kau betul-betul ikhlas nak berubah.”
Sekarang ini, Malik juga banyak menghabiskan masanya
bersama Asyraf dan kawan-kawan lain.
Apa yang pasti, dia tidak akan membiarkan dirinya
keseorangan. Dia tidak akan membiarkan dirinya mempunyai masa
lapang, jika ada sekalipun dia akan memenuhinya dengan
perkara-perkara yang bermanfaat.
Mengapa?
Kedua-dua faktor inilah iaitu berada seorang diri dan banyak
masa lapang, yang menjadi penyumbang kepada ramai anak muda
AIZUDDIN HAMID 231
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
tidak mampu istiqamah untuk berubah sehingga kembali ke zaman
jahiliah semula.
Tidak dinafikan. Kehidupannya kini jauh lebih baik daripada
dahulu.
AIZUDDIN HAMID 232
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 15 -
LINDUNGILAH AKU,
YA ALLAH
AIZUDDIN HAMID 233
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Bengang betul aku dengan Malik ni,” Syamsul kelihatan
marah. Dia membuang lebihan puntung rokok itu ke tanah dan terus
memijaknya.
“Rilek arh. Dah dia tak nak join, kita teruskan saja tanpa dia,”
kawannya memberikan cadangan. Syamsul terus merenungnya,
tajam, seolah-olah tidak bersetuju.
Melalui Facebook Malik, Syamsul dapat tahu yang Malik
pulang ke Shah Alam pada minggu itu, cuti selama empat hari.
Namun, apabila Syamsul whatsapp dan mengajaknya keluar kerana
ada projek baharu, dia memberi alasan untuk tidak mahu turut serta.
“Betul tu, Syamsul. Biarkan dia,” Rafi juga cuba
menenangkannya. Bukannya apa, projek ini cukup besar dan
AIZUDDIN HAMID 234
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
merbahaya bagi mereka, boleh jadi Malik masih belum bersedia.
“Lagipun, dia dah kaya, buat apa dia nak buat projek ni? Kita ni
yang perlukan duit, bukan dia,” Rafi menambah.
“Tak apa, kalau kantoi, kita sebut nama dia sekali, haha,” salah
seorang kawannya cuba berjenaka.
Tanpa sebarang isyarat, Syamsul menolak kepalanya seraya
berkata, “Hoi, apa kau ni? Belum buat lagi dah sebut kantoi!”
Walau seberani mana pun mereka, rasa risau itu pasti ada,
walaupun mungkin sedikit.
Pada malam itu, mereka sudah berjanji untuk berjumpa
dengan pengedar dadah. Ya, mereka sudah mempunyai part-time
job yang baru sebagai orang tengah di antara pembekal dan
pelanggan.
Apabila mata sudah dikaburi dengan wang ringgit, tanpa
mengira halal dan haram, semua dilakukan mereka. Namun,
semakin dibiarkan, semakin melampau.
Allah Maha Besar yang memberikan hidayah kepada Malik.
AIZUDDIN HAMID 235
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Jika tidak, pasti dia turut serta dengan mereka.
**********
Beberapa jam yang lalu…
Petang itu, Syamsul berehat di rumahnya sementara
menunggu pukul 9:00 malam untuk keluar bersama kawan-kawan. Di
rumahnya, hanya ada mak dan adik perempuannya sahaja. Ayahnya
sudah lama meninggal dunia, sejak dia berumur 5 tahun.
Puan Habsah, mak kepada Syamsul sudah lali dengan
perangai dia yang suka melawan cakap. Tidak bertanggungjawab,
pemalas, apatah lagi jika dihalang untuk keluar malam, pasti
Syamsul mengamuk.
Jadi, dia membiarkan sahaja apa yang Syamsul ingin lakukan.
Dia redha dengan ujian yang Allah berikan kepadanya.
Sibuk dengan telefon pintarnya, dia perasan beberapa status
Facebook Malik, lain daripada yang lain.
“Tiada alasan untuk kau tidak berubah. Takkan nak tunggu
mati, baru nak berubah?”
AIZUDDIN HAMID 236
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Bersahabatlah dengan orang yang baik. Pasti kita juga akan
menjadi baik.”
“Kadang-kadang, benda yang kita suka itulah, sebenarnya tak
baik untuk kita. Namun, boleh jadi pula benda yang kita tak suka tu
yang baik untuk kita.”
Syamsul tertanya-tanya.
Jika satu atau dua sahaja, tidak mengapa. Tetapi, sejak
kebelakangan ini, hampir setiap hari Malik menulis status-status
dakwah seperti itu. Malah, gambar Malik dan Ika berdua-duaan pun
sudah tiada.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk whatsapp Malik.
“Hoi, bro. Apa khabar? Ada kat mana tu? Aku tengok
Facebook, kau macam ada kat Shah Alam. Tak bagitahu pun kau
balik rumah.”
“Salam. Haa, aku balik ni, tapi kejap saja, dalam beberapa hari.
Sebab tu aku tak bagitahu kau.”
Tidak pernah walau sekali pun Malik menggunakan perkataan
“salam” ketika whatsapp dengannya selama ini. Namun, Syamsul
AIZUDDIN HAMID 237
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
tidak mengendahkannya. Boleh jadi Malik tersalah tulis, fikirnya.
“Oh, ok. Hmm, baru aku teringat. Malam ni kitorang ada projek
terbaru. Projek paling power setakat ni. Jom ikut sekali.”
Lama juga Syamsul menunggu respon daripada Malik. Lebih
kurang 10 minit kemudian, baru Malik membalasnya.
“Sorry bro. Aku tak boleh ikut. Aku ada hal family.”
Mesej yang ringkas. Namun, cukup untuk membuatkan
Syamsul berasa sakit hati. Bengang. Marah.
“Kau apahal ni? Kenapa dah macam semakin berubah?
Dengan status Facebook kau yang entah apa-apa, lepas tu kau pun
dah tak nak lepak dengan kitorang! Apa masalah kau ni?”
Terkejut juga Malik setelah mendapat whatsapp seperti itu.
Namun, dia membalasnya dengan tenang, tegas dengan
pendiriannya.
“Aku minta maaf, Syamsul. Aku dalam usaha nak berubah jadi
baik. Kalau kau nak ikut aku, jom. Kalau tak nak, terpulanglah. Lepas
tu, kau jangan suruh aku ikut kau buat benda pelik-pelik lagi.”
AIZUDDIN HAMID 238
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Seakan tidak berpuas hati, Syamsul membalas semula, “Hoi,
kau tak payah nak poyo arh! Kau tu bukan baik sangat. Aku tahu
segala benda jahat yang kau buat selama ni. Bila-bila masa saja aku
boleh cerita kat Facebook pasal kejahatan kau. Nak berubah konon.
Kau dengan aku sama saja, dua-dua perangai syaitan! Tunggulah
nanti, macam-macam aku boleh buat kat kau.”
Malik menarik nafas panjang. Risau pula dia apabila mendapat
ugutan seperti itu.
Mana tidaknya, dia kenal bagaimana perangai Syamsul yang
sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya.
**********
“Maghrib nanti ikut ayah pergi masjid ya,” Tuan Rahim
mengajak Malik yang sedang khusyuk membaca buku di ruang tamu.
Telefon pintarnya ditinggalkan di atas bilik, malas mahu melayan
whatsapp Syamsul.
“Ok ayah,” sahutnya.
Hatinya berasa begitu gembira, bersyukur kerana
penghijrahannya seiring dengan penghijrahan ayahnya.
AIZUDDIN HAMID 239
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Kebiasaannya, ayah akan pergi ke Masjid Seksyen 7 yang terletak
kira-kira dua kilometer sahaja dari rumah banglo mereka.
“Tapi, kita pergi Masjid Negeri tau, ayah nak kenalkan dengan
kawan ayah,” Tuan Rahim menyambung.
Malik hanya sekadar mengangguk sambil memandang
ayahnya. Tidak kisah di mana, asalkan rumah Allah.
Dia bermonolog, ‘Mesti ayah nak kenalkan dengan Haji Zamri
yang mama pernah ceritakan dulu. Lagipun, masa aku tanya Asyraf
mengenai tabligh, dia kata mereka ni baik, rajin buat dakwah, jadi aku
tak kisah kalau ayah berkawan dengan dia.’
**********
AIZUDDIN HAMID 240
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Selesai sahaja solat Maghrib, kelihatan Tuan Rahim
menghampiri seorang lelaki yang berjubah coklat muda, berjanggut
panjang. Usianya lebih kurang ayah. Malik hanya mengikut dari
belakang.
Setelah bersalaman, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai
Haji Zamri, betul seperti apa yang Malik jangkakan. Mereka duduk di
suatu sudut di belakang masjid.
“Sebenarnya, tugas dakwah ni tugas semua orang yang
mengucap dua kalimah syahadah, bukan hanya sekadar ustaz atau
ustazah saja. Sebab tu, ramai orang tersilap dan mereka sangkakan
mereka tak perlu berdakwah hanya disebabkan mereka golongan
profesional seperti akauntan, jurutera, doktor, arkitek, dan lain-lain.
Kononnya, tugas itu untuk agamawan saja,” jelas Haji Zamri.
Begitulah peribadi lelaki yang begitu disegani Tuan Rahim itu,
begitu jarang sekali kata-kata lagha atau sia-sia yang keluar dari tutur
bicaranya. Sentiasa dipenuhi dengan nasihat untuk menyedarkan diri
mengenai tujuan hidup berada di atas muka bumi ini.
Seketika, dia menyambung, “Nak berdakwah ni, sebaiknya kita
perlu berdakwah secara jemaah. Haa, Malik, kamu rasa, apa beza
dakwah secara jemaah atau seorang diri?”
AIZUDDIN HAMID 241
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Terkejut Malik yang disoal secara tiba-tiba. Pada mulanya, dia
hanya sekadar ingin mendengar. “Err… bila ramai-ramai ni, kita akan
rasa lebih kuat. Ada orang akan bantu kita di saat kita berasa lemah.
Kalau sorang diri, boleh jadi kita tak konsisten dan lemah,” dia hanya
sekadar mengagak.
Tuan Rahim yang berada di sebelahnya tersengih, seraya
menyambung, “Bagus Malik. Selain tu, macam yang Haji Zamri
pernah ceritakan pada ayah, kalau kita berada dalam jemaah, kita
dapat menggunakan potensi diri sebaik mungkin. Contohnya, ada
orang yang pandai menulis tapi mungkin dia tak pandai berceramah
depan orang. Ada orang yang pandai bidang perubatan tapi mungkin
dia tak pandai bidang bisnes. Jadi, bila ada dalam jemaah ni,
sebenarnya kita dapat saling melengkapi dan menampung
kekurangan diri masing-masing untuk memaksimumkan dakwah itu
sendiri.”
Teruja juga Malik mendengar penerangan ayah. Sejujurnya,
inilah kali pertama dia mendengar ayahnya berbicara tentang agama.
Kagum.
Lama juga perbualan mereka, bermula selepas solat Maghrib
sehingga masuk waktu solat Isyak. Malik sudah berazam, sepanjang
cuti beberapa hari di rumahnya ini, dia ingin banyak menghabiskan
AIZUDDIN HAMID 242
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
masa yang berkualiti bersama keluarga, terutamanya ayah.
Sudah lama dia merindui kasih sayang seorang ayah!
**********
“Abang perasan tak, anak kita macam dah berubah sikit?”
Tanya Puan Ani kepada suaminya.
“Hmm… anak kita yang mana satu? Adik atau kakak?”
“Haa, adik la, Ika. Sebelum ni, susah dia nak dengar cakap
kita, berbeza dengan Husna, kakaknya. Segala nasihat kita, dia tak
endahkan. Tapi, sejak kebelakangan ni, dia nampak lain. Dia lebih
suka menyendiri di dalam bilik, jarang keluar rumah untuk jumpa
kawan-kawan. Lepas tu, bila saya minta tolong, senang saja dia nak
buat. Sejuk hati saya,” jelas ibu kepada Ika.
“Alhamdulillah, bagus la tu. Jadi, apa masalahnya? Dia
berubah ke arah yang lebih baik, kan?”
Puan Ani menggaru kepala, “Err… tak ada masalah pun, cuma
saya pelik. Kemudian, dia dah mula pakai pakaian yang menutup
aurat dengan sempurna. Tudung dah semakin labuh, dia dah tak
AIZUDDIN HAMID 243
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
pakai baju ketat bila keluar rumah. Sebelum ni, puas kita nasihat dia,
tapi dia degil. Sekarang, dia sendiri berubah secara tiba-tiba.”
“Subhanallah. Itulah berkat doa ibu bapa. Boleh jadi Allah tak
makbulkan serta-merta, tetapi hanya menunggu masa yang telah
ditetapkanNya,” suaminya begitu tenang memberikan respon.
Seketika, Puan Ani mengambil telefon pintar yang berada di
atas katil dan menunjukkan sesuatu kepada suaminya. “Haa, cuba
abang tengok ni, semua gambar selfie dia dalam Facebook dan
Instagram dah delete. Tinggal gambar-gambar biasa saja.”
Tidak dinafikan. Sejak memutuskan hubungan dengan Malik,
Ika menjadi seolah-olah tidak keruan, seperti mayat hidup. Hanya
jasadnya yang masih ada sedangkan hatinya entah ke mana.
Namun, semakin Ika menangis dan meraung, semakin dia
berfikir, “Apa yang saya dapat lepas buat semua ni? Adakah saya
boleh dapat Malik semula? Kalau saya boleh dapat sekalipun, belum
tentu dia nakkan saya semula.”
Lama juga dia mengumpulkan kekuatan untuk menstabilkan
emosinya. Nasib baik Husna yang juga kakaknya itu seorang
pendengar dan pendamping yang baik. Ika menceritakan segala
AIZUDDIN HAMID 244
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
masalah mengenai Malik.
Nasihat Husna mudah sahaja, iaitu carilah ketenangan dengan
membaca Al-Quran.
Hari demi hari, Ika cuba istiqamah melakukan apa yang
dicadangkan. Ternyata, hatinya menjadi semakin lapang. Masa yang
dahulunya banyak dihabiskan untuk berhubung dengan Malik, kini
terisi untuk berhubung dengan Allah pula, bahkan berkali-kali ganda
baiknya.
Kesempatan itu juga diambil oleh Husna untuk membimbing
Ika supaya berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang Muslimah
sejati yang diredhai Allah.
**********
Malik baru sahaja keluar dari bilik air. Jam menunjukkan
hampir pukul 12:00 malam.
Tiba-tiba, telefonnya berdering.
‘Eh, Rafi? Kenapa dia call tengah-tengah malam ni?’ Hatinya
berbisik.
AIZUDDIN HAMID 245
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
Dia mengangkat panggilan itu, “Assalamualaikum. Haa, Rafi.
Ada apa? Sorry, aku tak boleh join projek terbaru korang tu.”
Dalam keadaan termengah-mengah, Rafi menjawab, “Syamsul
dan lain-lain kantoi weyh!”
“Kantoi apa?” Malik berasa risau.
“Diorang kena tangkap dengan polis!” Rafi berasa sangat
gelisah.
Malik cuba mengawal keadaan, “Ok, cuba kau tenang sikit.
Cerita kat aku apa yang berlaku.”
“Tadi, kitorang tengah deal dengan pengedar dadah sebab
kitorang jadi orang tengah, tolong cari customer. Kebetulan, masa tu
aku singgah kedai runcit kejap, beli rokok. Masa nak pergi sana
semula, aku nampak dari jauh yang diorang kena tangkap!”
“Ok. Habis tu, kau nak aku buat apa ni?”
“Tak ada apa, cuma aku risau nanti Syamsul sebut nama kau
sekali, sebab diorang ada melawak, in case kalau kantoi, diorang nak
sebut nama kau. Tak sangka, betul-betul kena tangkap! Cuma, aku
AIZUDDIN HAMID 246
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
nak kau bersedia arh kalau berlaku apa-apa. Entah-entah, nama aku
sekali diorang sebut, aduh!”
Berdebar jantung Malik apabila mendengar berita itu daripada
Rafi. Hatinya terus berdoa memohon perlindungan, ‘Ya Allah, apa
yang harus aku lakukan? Lindungilah aku daripada fitnah dan sifat
dengki daripada manusia, ya Allah…’
AIZUDDIN HAMID 247
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
- BAB 16 -
AJARKAN AKU
TENTANG ISLAM
AIZUDDIN HAMID 248
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN
“Terima kasih kerana bagi kerjasama dengan kami. Nanti, kami
akan datang semula untuk membuat penyiasatan,” kata Inspektor
Rizal yang datang bersama dua orang lagi anggota polis.
Jam menunjukkan pukul 3:45 pagi. Mereka baru sahaja datang
ke rumah Malik untuk menyoal siasat.
Mujur, mama dan ayah mempunyai alibi yang kuat
mengatakan bahawa Malik tidak keluar ke mana-mana pada malam
itu.
‘Tak sangka, Syamsul betul-betul fitnah aku. Sampai hati dia.
Sekarang ni, baru aku tahu, siapa kawan, siapa lawan,” hati Malik
menahan marah, geram diperlakukan sedemikian rupa. Dia cuba
mengawal diri dan bersabar.
AIZUDDIN HAMID 249