The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizuddinhamid11, 2021-08-21 05:43:38

IAMTAH

IAMTAH

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik mencari port yang sesuai untuk menghisap rokok. Sejak
masuk ke universiti ini, boleh dikira dengan jari sahaja, berapa kali
dia merokok. Sukar untuk dia mencari tempat yang sesuai. Pernah
juga terkantoi dengan kawan-kawan yang lain, tetapi mereka buat
tidak tahu sahaja.

Baginya, peluang yang paling sesuai ialah ketika waktu solat
kerana ramai orang akan ke Surau As-Saad untuk menunaikan solat
berjemaah. Ketika itulah dia akan merokok di tandas atau di
belakang bangunan.

‘Rasanya, diorang dah habis solat Asar. Aku gerak terus la kot
ke padang. Mesti Asyraf terus pergi ke sana dari surau,’ bisik hatinya.
Dalam perjalanan, dia mengunyah coklat supaya bau rokok di

AIZUDDIN HAMID 150

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

mulutnya hilang.

Sampai sahaja di padang, mereka sudah mula bermain. Asyraf
terus memanggil Malik untuk masuk ke kumpulannya. Ditanya juga,
dari mana. Jawab Malik, baru lepas solat Asar di bilik. Ah, sempat
lagi menipu!

Asyraf sememangnya berbakat dalam sukan bola sepak. Jadi,
boleh dikatakan dia yang menguasai perlawanan. Siapa sahaja yang
berada dalam pasukannya, pasti ada potensi besar untuk menang.

Masa berlalu begitu pantas.

Jam menunjukkan hampir pukul 7:00 petang. Padang dan
dewan sukan sudah mula kosong, ramai yang balik ke bilik
masing-masing memandangkan hari sudah semakin gelap.

“Boleh tahan juga kau main bola. Kau cakap tak terer, penipu
betul,” kata Asyraf sambil mengambil botol air yang diletakkan di tepi
padang.

“Tak ada arh. Kau saja nak perli aku,” balas Malik sambil
menepuk bahu Asyraf.

AIZUDDIN HAMID 151

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Jom pergi surau lepas ni. Aku panggil kau kat bilik lepas mandi
nanti,” ajak Asyraf. Dia tidak pernah berputus asa untuk mengajak
Malik, malah hampir setiap kali waktu solat juga. Nasib baik dia tidak
mudah berkecil hati walaupun Malik selalu menolak pelawaannya.

“Eh, tak apa. Kau pergi dulu, jangan tunggu aku. Nanti lambat
pula,” Malik seakan-akan mengelak.

“Ok. Nanti aku tunggu kau kat surau.” Mereka pun bergegas
pulang ke bilik masing-masing.

**********

Malik mendengar laungan azan Maghrib dari Surau As-Saad
itu di bilik, tetapi dia tidak mengendahkannya. Dia memilih untuk
terus baring di atas katil.

Kebetulan, Kalai juga sedang berehat di bilik sambil bermain
tablet. Sejujurnya, sudah banyak kali dia melihat Malik begini.
Apabila tiba sahaja waktu solat, dia tidak pergi ke surau.
Kadang-kadang sahaja dia akan solat di bilik, selebihnya dia tidak
solat.

Seolah-olah, solat fardhu itu seperti part time pula sedangkan

AIZUDDIN HAMID 152

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

apa yang Kalai tahu, solat itu full time sehari semalam bagi orang
Islam.

“Malik, aku mahu tanya sesuatu, boleh?” Kalai memulakan
perbualan, tiba-tiba.

“Oh, boleh saja. Nak tanya apa?” Malik membetulkan
posisinya.

“Kau tak solat? Setahu aku, orang Islam wajib solat.”

Zapp!!!

Entah kenapa, Malik begitu terasa sekali dengan soalan itu.

Hatinya seolah tertusuk dengan pisau, denyut nadinya seakan
terhenti. Dia sedar, tidak ada gunanya dia marah Kalai yang bertanya
soalan sebegitu, sedangkan dia sendiri tidak menunjukkan contoh
yang baik kepada non-Muslim seperti Kalai.

Malik tidak tahu apa yang sepatutnya dijawab melainkan hanya
memberi senyuman nipis kepada Kalai sahaja, malu. Bayangkan,
dengan manusia sahaja sudah malu, apatah lagi jika soalan seperti
itu ditanya Tuhan!

AIZUDDIN HAMID 153

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Kalai memang peramah, suka bertanya. Ramai orang suka
berkawan dengannya, tetapi ramai juga yang berasa terganggu.

Setelah soalannya tidak dijawab, dia menyoal lagi, “Kenapa
orang Islam kena solat? Tak rasa susah ke?”

Kali ini, Malik tidak mahu air mukanya jatuh lagi. Dia tahu apa
yang perlu diresponnya, “Sebab solat tu ada dalam rukun Islam. Bagi
orang Islam, solat tu macam tiang agama. Tanpa solat, runtuhlah
agama. So, walau susah mana sekalipun, dah memang
tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.”

Dia bangga kerana mampu menjawab soalan Kalai dengan
mudah. Tak sangka, dia mampu berkata sedemikian.

Namun, tanpa disedari, jawapan itu memerangkap dirinya
sendiri! Dia berasa resah.

Hatinya meronta-ronta, ‘Aku sedar solat tu wajib. Tapi kenapa
aku sendiri tak solat? Betul ke aku ni orang Islam?’

“Astaghfirullah…” Malik mengeluh kecil. Sudah lama
sebenarnya dia tidak menzahirkan kalimah istighfar di bibirnya.

AIZUDDIN HAMID 154

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Tanpa dirancang, Malik bergegas keluar dari bilik. Kalai
tertanya-tanya, khuatir jika dia terguris perasaan Malik tanpa dia
sedar.

Sejujurnya, Kalai sudah lama tertarik dengan Islam setelah
melakukan banyak pembacaan mengenai perbandingan semua
agama. Baginya, ada kepincangan dalam agama kristian yang
sedang dianutinya sekarang, lagipun dia tidak mahu
sewenang-wenangnya menerima sesuatu agama walaupun agama
itu diwarisi daripada keluarganya. Dia mahu mengkaji dan terus
mengkaji.

Malangnya, tiada seorang pun kawan-kawan Islam yang
pernah bercerita tentang agama suci yang ditunjangi dengan kalimah
‘Lailaha illallah Muhammadur rasulullah’ itu.

Beberapa minit selepas itu, Malik datang semula ke bilik.
Wajah dan tangannya basah, pasti dia baru sahaja mengambil
wuduk di bilik air.

“Terima kasih, Kalai,” ucap Malik sambil membentangkan
sejadah di sudut tepi katilnya. Kalai hanya terpinga-pinga.

Bulu romanya meremang saat melafazkan takbir,

AIZUDDIN HAMID 155

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Allahuakbar”.

Terasa berbeza solat yang dilakukannya berbanding
sebelum-sebelum ini. Dadanya berasa sebak. Selama ini, dia tidak
mengendahkan langsung laungan azan dan juga ajakan daripada
Asyraf untuk menunaikan solat.

Dia sedar, pasti Allah sedang menegurnya melalui perantaraan
orang bukan Islam.

**********

“Ika, tolong ibu hidangkan makanan kat atas meja, ayah kamu
dah nak balik dari surau ni, rasanya dah habis solat Isyak,” Puan Ani
menjerit dari dapur.

AIZUDDIN HAMID 156

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Ika masih lagi leka dengan telefon pintarnya. Khusyuk berbalas
whatsapp dengan teman lelakinya, Malik. Teknologi masa kini
memudahkan mereka untuk berhubung meskipun berjauhan.

“Alaa, ibu. Ika sibuk ni. Suruh la kak Husna,” jerit Ika dari dalam
bilik. Husna yang sememangnya sudah berada di dapur bersama
Puan Ani hanya tersenyum mendengarnya.

Riak wajah ibu hampa, sudah menjangkakan respon sebegitu
daripada Ika. Namun, dia dan suami tidak pernah terlupa berdoa
supaya suatu hari nanti anak mereka berubah menjadi seorang yang
lebih baik dan bertanggungjawab. Hanya kesabaran yang menjadi
kekuatan mereka sehingga kini. Nasib baik, Husna tidak begitu.

Sejak dari zaman sekolah, perangai Ika tidak pernah berubah.
Tiada kesedaran untuk menolong ibu melakukan kerja-kerja rumah,
walhal ibunya sendiri penat bekerja. Malah, bajunya sendiri pun
dibasuh dan disidai ibu!

Apabila Ika mempunyai sesuatu hajat, contohnya ingin keluar
bersama kawan, ingin meminta duit, pada ketika itu baru dia berasa
rajin untuk menolong ibunya. Ya, ada udang di sebalik batu!

Sesekali, kelihatan Ika sedang ketawa kecil kerana seronok

AIZUDDIN HAMID 157

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

membaca whatsapp Malik. Dia tidak pernah berasa bosan melayan
segala mesej Malik yang terkadang tidak penting pun.

**********

Semester pertama pengajian Malik tidaklah terlalu sukar.
Tugasan yang diberikan pensyarah juga tidak terlalu banyak. Jadi,
dia masih mempunyai banyak masa terluang. Setelah hampir tiga
bulan di situ, Malik sudah mampu membiasakan diri.

Beberapa hari lepas, dia mendapat panggilan telefon daripada
Syamsul. Sudah lama juga mereka tidak berhubung, sejak Malik
sambung belajar. Sekadar bertanya khabar, tidak lebih daripada itu.
Sekarang ini, Syamsul bekerja di pasaraya sebagai promoter, gajinya
tidak seberapa asalkan cukup untuk dia terus enjoy.

“Nanti kalau kau balik rumah, jangan lupa contact aku. Kita
keluar lepak sama-sama, banyak projek aku nak ajak kau,” pesan
Syamsul kepadanya. Dia masih lagi tidak melupakan Malik.

“Ok, beres bos. Nanti aku bagitahu kau.”

Cuaca tengahari pada hujung minggu itu agak panas terik.
Sempat juga Malik membeli teh ais bungkus di kafetaria tadi untuk

AIZUDDIN HAMID 158

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

menyegarkan badan. Sekarang, dia hanya membaringkan badan di
atas katil, berehat.

“Hmm, bosan pula. Nak buat apa tengahari ni?” Dia mengeluh.

Tiba-tiba, terlintas dalam fikirannya mengenai buku yang masih
menjadi tanda tanya sehingga kini. Renungannya tajam, tepat ke
arah buku Masih Ada Syurga Buat Kita. Dia mengambil buku itu.
Hatinya berbisik, “Kenapa aku tak pernah tengok isi dalam buku ni?”

Perasaan ingin tahu mendesaknya untuk menyelak buku itu.
Tanpa dipaksa, dia membuka helaian isi kandungan, “Hmm, tak teruk
sangat pun buku ni. Ok juga isi kandungannya.”

Matanya tertumpu pada ‘Bab 7: Kenapa Solat Tidak Mampu
Mencegah Aku Daripada Melakukan Maksiat?’. Dia terus menyelak
halaman bab itu.

Allah tidak berhajat kepada solat kau. Tanpa kau menunaikan
solat sekalipun, kekuasaan Allah sedikit pun tidak tercalar. Tetapi,
kau yang berhajat kepada solat itu untuk menghubungkan diri kau
dengan Allah.

Benar, dalam Al-Quran ada disebutkan,

AIZUDDIN HAMID 159

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“… dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar …”
(Surah Al-'Ankabuut 29:45)

Namun, tidak mustahil jika kau bersolat tetapi kau masih lagi
melakukan maksiat. Kenapa?

Kerana kau sendiri hanya menganggap solat itu sebagai adat,
bukan ibadah. Kerana kau sendiri hanya solat secara part time, ikut
suka hati kau saja nak solat bila.

Kalau kau sendiri tak faham apa yang kau sebut dalam solat,
tak ada usaha langsung nak ambil tahu terjemahan atau maksud di
sebalik apa yang kau sebut, macam mana kau nak khusyuk dalam
solat? Macam mana kau boleh rasa solat kau diterima Allah? Macam
mana kau boleh rasa solat kau tu mampu cegah kau daripada buat
maksiat?

Apatah lagi kalau kau tak solat langsung. Cuba la fikir sendiri.

Ouchh!!!

Jantung Malik tiba-tiba berdegup kencang. Tersentap,
barangkali.

AIZUDDIN HAMID 160

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Belum pernah lagi dia terbaca sesuatu seperti itu. Hatinya
merintih, ‘Ya Allah, bagaimana dengan solat aku selama ni?’

Dia terus menutup buku itu dan termenung sendirian.

**********

“Eh, kau kenapa? Lain macam saja aku tengok,” tegur Asyraf.
Mereka makan malam bersama di kafetaria.

“Oh, tak ada apa pun. Aku ok, cuma penat sikit,” balas Malik.
Dia cuba untuk tidak menonjolkan kekusutan yang berada di dalam
fikirannya. Dia terus meminum milo ais yang dibeli. Sedap. Nasi
goreng paprik juga telah habis dijamahnya.

Walaupun bibirnya mengatakan tidak ada apa-apa, namun,
secara jujur, hatinya masih memikirkan peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam masa dua minggu ini.

Sejak perbualannya dengan Kalai pada minggu lepas, Malik
sudah mula istiqamah menunaikan solat fardhu lima waktu.
Walaupun hanya ditunaikan seorang diri di dalam bilik,
sekurang-kurangnya itu perkembangan yang sangat baik kerana dia
sudah tidak meninggalkan solat. Hatinya menjadi bertambah tenang.

AIZUDDIN HAMID 161

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Namun, sejak pembacaannya dalam buku Masih Ada Syurga
Buat Kita pada dua hari lepas, hatinya berasa tidak tenang kembali.
Rasa bersalah menyelubungi diri. Dia sedar, walaupun dia sudah
mampu istiqamah menunaikan solat fardhu, tetapi dia masih lagi
seronok melakukan maksiat dan kemungkaran, sedangkan mana
mungkin hak bercampur dengan batil!

“Jumaat ni mesti kau balik rumah, kan? Cuti seminggu,” Malik
mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Asyraf memikirkan
tentangnya.

“Haah, aku balik. Parents aku datang ambil. Kau pun mesti
balik, kan?” Tanya Asyraf.

Malik hanya sekadar mengangguk.

Seketika, dia meminta izin untuk mengundurkan diri dan
berehat di bilik. Sempat juga Asyraf mengucapkan terima kasih
kerana Malik membelanjanya.

Sejak dulu, sifat Malik tidak pernah berubah. Dia tidak kedekut
dan suka belanja kawan-kawannya. Namun, sifat pemurahnya sering
diambil kesempatan oleh Syamsul. Bahkan, itu juga salah satu sebab
kenapa Syamsul masih lagi berkawan dengannya sampailah

AIZUDDIN HAMID 162

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sekarang. Jika ada masalah duit, Malik menjadi tempat rujukannya.

Sampai sahaja di bilik, dia terus whatsapp Ika dan juga
Syamsul, memberitahu kepulangannya dalam masa beberapa hari
lagi. Sudah lama dia tidak menemui mereka, rasa rindu itu sudah
semestinya ada.

AIZUDDIN HAMID 163

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 11 -
PETUNJUK SUDAH
ADA. APA LAGI?

AIZUDDIN HAMID 164

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Mama, Malik nak keluar kejap, petang nanti Malik balik,” Malik
meminta izin.

Baru sahaja sehari bercuti di rumah, dia terus ingin keluar.
Sebenarnya juga, kawan yang dimaksudkan itu ialah Ika. Mereka
ingin melepaskan rindu yang terbuku di hati!

Seperti yang telah dijanjikan, mereka bertemu di hadapan
panggung wayang, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Katanya, ingin
menonton wayang bersama-sama. Mereka berjalan sambil
berpegangan tangan, sweet couple kononnya. Ika berasa sangat
gembira berjumpa dengan teman lelakinya itu.

Namun, sepanjang pertemuan mereka, Ika sedar akan
perubahan Malik. Perubahan yang paling ketara ialah apabila Malik

AIZUDDIN HAMID 165

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

meminta izin untuk menunaikan solat Zohor di surau berdekatan
panggung wayang tadi, sedangkan selama mereka keluar dating,
tidak pernah pula Malik berfikir mengenai solat.

Sebelum mereka berpisah, Ika mengambil keputusan untuk
bertanya, “Abang, ayang tengok abang macam banyak termenung
dari tadi. Abang tak suka keluar dengan ayang ke? Lepas tu, bila kita
pegang tangan tadi, abang macam tak selesa.”

“Eh, bukan macam tu…”

“Habis tu?”

“Hmm, entah la, ayang. Sejak kebelakangan ni, abang macam
rasa tak tenang. Tak tahu kenapa.”

Ika terus memandang tepat ke arah wajahnya, “Cuba abang
cerita, apa yang terbuku di hati abang.” Ika memegang tangan Malik,
namun dia menariknya perlahan-lahan.

Malik menghela nafas panjang. Dia menyusun kata agar Ika
tidak terasa hati.

“Hmm, ayang rasa, apa yang kita buat selama ni, betul tak?

AIZUDDIN HAMID 166

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Kita solat, kita buat apa yang Allah perintahkan kepada kita. Tapi,
dalam masa yang sama, kita buat juga apa yang Allah larang.”

Tersentak Ika.

Tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya bahawa Malik
akan bertanya soalan sebegitu. Dia memilih untuk berdiam diri dan
tidak menjawab soalan Malik. Boleh jadi juga dia terasa dengan
pertanyaan itu.

Segera, Ika meminta izin untuk pulang.

Dalam perjalanan ke rumah, Malik berasa menyesal kerana
bertanya soalan sebegitu. Banyak kali juga dia mengetuk stereng
kereta Mini Cooper milik mama, marah dengan perlakuannya sendiri.
Tidak mustahil jika Ika merajuk dengannya.

Namun, sekurang-kurangnya Malik berasa sedikit tenang
kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

**********

“Malik, macam mana universiti kamu? Semua ok?” Tanya Tuan
Rahim kepadanya.

AIZUDDIN HAMID 167

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Mereka sekeluarga berkumpul pada malam ini di ruang tamu
sambil menonton televisyen. Di samping itu, adik-adiknya sedang
menyiapkan kerja sekolah masing-masing.

“Haah, Malik. Kamu tak sempat lagi cerita kepada kami sejak
kamu balik ni. Tak lama lagi, kamu dah nak pulang ke universiti
semula,” Puan Rozana yang duduk di sebelah Tuan Rahim juga
menyampuk.

Malik perasan sesuatu.

Sepanjang dia balik ke rumah, dia tidak pernah mendengar
langsung mama dan ayah bergaduh seperti sebelum-sebelum ini.
Malah, mereka kelihatan begitu mesra, seolah-olah istilah neraka
dunia yang pernah dia gelarkan selama ini tidak wujud di rumah itu.

Ayah juga selalu berada di rumah, sudah tidak pulang lewat
lagi. Ya, memang pelik apabila mereka sekeluarga berkumpul
bersama-sama di ruang tamu pada waktu malam!

Pasti ada sesuatu yang berlaku sepanjang ketiadaannya di
sini. Apa-apa pun, Malik bersyukur kepada Allah kerana keluarganya
sudah semakin baik.

AIZUDDIN HAMID 168

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Eh, mengelamun pula anak kita ni,” kata Tuan Rahim sambil
tertawa kecil. Puan Rozana juga turut tercuit hatinya.

Ah, bahagianya Malik jika sejak dahulu keluarganya ceria
seperti ini! Pasti dia tidak mula mendekati perbuatan-perbuatan
jahiliah seperti yang telah dilakukannya sekarang. Namun, masih
belum terlambat untuk dia berubah.

“Haa, setakat ni study semua ok. Kawan-kawan pun baik kat
sana,” balas Malik sambil tersenyum. Namun, hatinya masih lagi
musykil, ‘Kenapa mama dan ayah berubah tiba-tiba?’

Adik bongsu Malik menghampiri mama dan ayah, seraya
menunjukkan kerja sekolah yang diberi guru. “Macam mana nak buat
ni? Acu tak faham soalan ni?” Dia menggaru belakang kepalanya,
bingung. Sukar juga soalan itu, baginya.

“Haa, macam ni. Senang saja,” respon mama dan ayah sambil
menunjukkan jalan penyelesaian bagi soalan itu. Sekali lagi, Malik
berasa terkejut,

Di mana hilangnya sifat panas baran ayah?

AIZUDDIN HAMID 169

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Di mana kata-kata, “Bodoh! Soalan senang macam ni pun tak
boleh buat?” yang selama ini keluar dari mulut ayah?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mentakdirkan segala
kebaikan bagi keluarganya.

Dia pasti akan mencungkil rahsia perubahan ahli keluarganya
ini.

**********

Sebelum tidur, kebiasaannya Malik akan whatsapp atau call
Ika. Namun, pada malam ini dia memilih untuk membelek buku Masih
Ada Syurga Buat Kita. Dia membawa pulang buku itu ke rumah.
Lagipun, boleh jadi Ika masih merajuk dengannya mengenai
peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas.

Seketika, dia menyelak bahagian buku secara rawak, tepat
muka surat 53. Tertulis,

Allah berikan mata untuk kau melihat kebaikan, melihat
kebesaranNya di sekeliling kau. Tetapi, kau gunakan untuk apa? Kau
gunakan untuk melihat aurat perempuan, melihat perkara maksiat.

AIZUDDIN HAMID 170

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Allah berikan mulut untuk kau membaca Al-Quran, berzikir
kepadaNya. Tetapi, kau gunakan untuk apa? Kau gunakan untuk
mengumpat, mencela, memfitnah orang lain.

Allah berikan tangan untuk kau bersedekah, menolong orang
lain. Tetapi, kau gunakan untuk apa? Kau gunakan untuk memegang
tangan bukan mahram, tulis perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Allah berikan kaki untuk kau pergi ke masjid, majlis-majlis ilmu.
Tetapi, kau gunakan untuk apa? Kau gunakan untuk pergi ke tempat
maksiat, berjumpa girlfriend atau boyfriend.

Jadi, apa beza kau dengan haiwan, andai kau gunakan semua
anggota badan kau hanya untuk memuaskan hawa nafsu
semata-mata? Allah yang berikan semua itu, tetapi kau gunakan
untuk melawan Allah semula?

Wahai manusia, ingatlah amaran Allah di dalam surah Al-A’raaf
7:179,

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan

AIZUDDIN HAMID 171

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya
(ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Sekali lagi, Malik tersentuh apabila membaca buku ini.

Pasti ia ditulis daripada hati yang ikhlas, disebabkan itu
penulisannya mampu menyentuh hati pembaca. Terasa dekat sekali
buku itu dengannya.

Kalimah istighfar mula membasahi bibirnya, terkenangkan
dosa-dosa yang dia pernah lakukan.

Timbul perasaan kesal dalam dirinya, “Adakah Allah sudi
mengampunkan pendosa seperti aku, ahli maksiat seperti aku?
Bukan sedikit, tetapi banyak dosa yang telah aku lakukan.”

**********

“Astaghfirullah… terlepas solat Subuh pula! Aku dah set alarm
tadi, kenapa tak dengar!” Hatinya menjerit.

Dia menepuk dahinya. Jam sudah menunjukkan pukul 8:15
pagi. Dia berasa sangat bersalah. Gelisah, tak keruan dibuatnya.

AIZUDDIN HAMID 172

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Sebelum ini, sekiranya dia tertinggal mana-mana solat, dia
tidak ada rasa bersalah walau sedikit pun. Namun, keadaannya
sudah berbeza.

Tanpa melengahkan masa, dia terus mengambil wuduk dan
qadha solat Subuh itu. Ketika solat, terasa basah pipinya terkena air
mata yang mengalir tanpa dipaksa, air mata penyesalan kerana
tertinggal solat walaupun secara tidak sengaja.

Adik-adiknya sudah pergi ke sekolah. Ayah pula sudah pergi ke
kerja. Hanya Malik dan mama sahaja yang berada di rumah.

“Bisnes online mama macam mana sekarang?” Malik
menjamah roti sandwich yang disediakan mama.

“Haa, makin berkembang sekarang ni. Mama pun dah ambil
ramai agen, mama dah tak mampu nak handle sorang,” jelasnya.
Mama tidak bersarapan pagi bersama Malik kerana dia sudah makan
bersama ayah tadi.

“Oh, bagus la macam tu. Rezeki mama.” Malik menghabiskan
semua roti, sedap katanya. Teh panas pula sudah menjadi suam
kerana disediakan sejak awal tadi.

AIZUDDIN HAMID 173

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Seketika, Malik terfikirkan sesuatu, “Mama, Malik nak tanya
sesuatu, boleh? Pasal ayah.”

Mama terkejut. Dia terus berhenti membasuh pinggan,
“Kenapa dengan ayah kamu?”

Malik pula yang terkejut melihat reaksi mama. “Eh, sabar
mama. Tak ada apa-apa yang tak elok pun. Cuma, Malik perasan
yang ayah dah semakin berubah. Tak panas baran macam dulu, dan
baik dengan kita semua.”

Pinggan yang masih berada di sinki ditinggalkan mama. Dia
membasuh tangan dan menuju ke arah Malik yang sedang duduk di
meja makan itu.

Mama berkongsi cerita, “Hmm… sebenarnya, mama pun
perasan mengenai ayah kamu tu. Cuma, mama sendiri tak pasti
kenapa ayah kamu berubah begitu mendadak. Apa yang mama tahu,
sebulan lepas, ayah ada cerita yang dia terjumpa kawan lamanya,
Haji Zamri, seorang businessman yang berjaya. Dia banyak tolong
ayah dalam syarikat.”

Nafas ditarik perlahan-lahan, kemudian mama menyambung
bicaranya, “Boleh jadi disebabkan ayah bersahabat dengan Haji

AIZUDDIN HAMID 174

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Zamri, ayah berubah. Sekarang ni pun, dia dah jaga solat, selalu
pergi masjid, tak macam dulu. Tapi, sejujurnya mama dapat rasakan
ada suatu rahsia yang ayah sorokkan daripada kita. Tak kisah la,
asalkan ayah kamu dah jadi baik sekarang ni.”

Malik berasa terharu mendengar cerita yang disampaikan
mama.

Benarlah, hidayah milik Allah.

Jika diizinkanNya, tiada siapa yang dapat menghalang
seseorang daripada menerima hidayahNya. Jika tidak diizinkanNya,
tiada siapa yang dapat memaksa seseorang untuk menerima
hidayahNya.

Sedikit demi sedikit petunjuk Allah sudah hadir pada diri Malik.
Persoalan daripada Kalai, buku Masih Ada Syurga Buat Kita, dan

AIZUDDIN HAMID 175

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kini, perubahan positif ayahnya pula.

Apa lagi yang Malik inginkan?

Apa lagi alasan Malik untuk terus selesa melakukan maksiat
dan kemungkaran?

Cuma, apa sebenarnya yang berlaku kepada ayah? Apa rahsia
yang dikatakan mama itu? Malik masih tertanya-tanya.

**********

Sebulan lepas…

“Terima kasih sekali lagi sebab kamu sudi tolong aku. Kalau
tak, pening kepala juga aku nak uruskan syarikat ni, dengan projek
berjuta-juta ringgit lagi,” kata Tuan Rahim kepada Haji Zamri.

Sudah empat kali mereka bermesyuarat di pejabat Tuan Rahim
untuk berbincang mengenai bisnes, sejak pertemuan kali pertama
secara tidak sengaja di Restoran Nasi Kandar Zamrud di Petaling
Jaya.

“Tak apa, perkara kecil saja. Lagipun, kita dah kawan lama

AIZUDDIN HAMID 176

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sejak dari universiti lagi,” balas Haji Zamri dengan senyuman. Dia
banyak memberikan panduan dan nasihat mengenai selok-belok
perniagaan.

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam.

“Astaghfirullah. Kita tak solat Isyak lagi, kan? Jom solat
sama-sama, aku pergi ambil wuduk kejap,” terkejut Haji Zamri tatkala
melihat jam tangannya.

“Eh, tak apa, kamu solat dulu. Aku solat kat rumah,” balas Tuan
Rahim, ringkas.

“Hmm, jom la solat sekali. Banyak pahala berjemaah, rugi
kalau solat sendiri. Kamu ni, dari hari tu aku ajak kamu solat
sama-sama, asyik tak mahu saja,” Haji Zamri merungut.

Sebenarnya, sudah lama juga Tuan Rahim tidak menunaikan
solat, bahkan sekali-sekala sahaja. Disebabkan itu, ada sahaja
alasan yang diberi kepada Haji Zamri.

“Ok la. Jom…” Tuan Rahim mengerutkan dahinya.

Dia memaksa dirinya untuk solat berjemaah bersama Haji

AIZUDDIN HAMID 177

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Zamri. Malah, dia solat bukan kerana Allah, tetapi hanya untuk
menjaga hubungan baiknya dengan Haji Zamri yang telah banyak
menolongnya.

Setelah itu, mereka pulang ke rumah masing-masing.

Sampai sahaja di rumah banglo miliknya, Tuan Rahim terus
menuju ke ruang tamu dan membaringkan diri di atas sofa. Isteri dan
anak-anak pasti sudah tidur.

Hajatnya, dia ingin berehat seketika sebelum naik ke tingkat
atas dan tidur di bilik.

Namun, dia terlelap.

**********

“Eh? Kenapa aku ada kat dapur ni?”

Tuan Rahim berasa hairan kerana dia sedang berada di dapur.
Dia sendiri tidak sedar bila dia berjalan ke sana.

Tiba-tiba, terdengar suara dari ruang tamu. Ya, dia kenal suara
itu, suara isterinya!

AIZUDDIN HAMID 178

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Abang… sakit… jangan pukul lagi! Saya minta maaf…” Puan
Rozana mengerang kesakitan.

Tuan Rahim bergegas ke ruang tamu. Cemas.

Tidak disangka, dia melihatnya dirinya sendiri sedang memukul
isteri dan anak-anak!

“Ayah, maafkan kami!” Malik dan adik-adiknya juga merayu.
Mereka menangis ketakutan. Lebam pipi mereka kerana ditampar
ayah yang seolah-olah dirasuk syaitan itu!

“Berani lagi nak lawan cakap aku, haa ambil ni!” Tanpa belas
kasihan, dia mengambil tali pinggang pula dan terus-menerus
melibas mereka.

“Sakitnya, ya Allah…” Puan Rozana memeluk erat
anak-anaknya. Dia cuba melindungi mereka dan merelakan
tubuhnya dilibas tali pinggang itu. Pedihnya tidak terkata!

Tuan Rahim hanya memerhati dari hujung ruang tamu.

Dia tergamam melihat situasi itu, seolah-olah Allah sedang
memperlihatkan semula dosa yang pernah dia lakukan selama ini

AIZUDDIN HAMID 179

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

kepada ahli keluarganya.

Air matanya mengalir tanpa dia sedar.

Sambil tertunduk, dia menutup mukanya dengan kedua-dua
tapak tangan. Hatinya merintih, ‘Ya Allah, apa yang aku dah buat
selama ni? Sepatutnya aku menjaga amanah yang Kau berikan,
sebaliknya aku menzalimi mereka pula. Ampunkan aku…’

Dia menangis teresak-esak kerana tidak sanggup melihat
situasi itu lagi.

Seketika, tangisan dan rayuan isteri dan anak-anaknya hilang
sedikit demi sedikit.

Setelah dia kembali tenang, dia mengalihkan tapak tangannya
dari muka. Pandangannya teralih ke ruang tamu semula.

‘Hmm, kenapa ada ramai orang kat tengah-tengah tu?’

Kelihatan seperti beberapa orang jiran berdekatan rumahnya
sedang duduk mengelilingi sekujur badan berselimutkan kain kapan
sambil membaca Yasin.

AIZUDDIN HAMID 180

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

‘Siapa yang meninggal tu?’ Fikirnya.

“Macam mana Puan Rozana? Nak kebumikan sekarang ke?”

Di satu sudut ruang tamu, Haji Hasan iaitu imam masjid qariah
kawasan itu sedang bertanya isterinya.

Tanpa memandang langsung jenazah yang sudah terbujur
kaku itu, Puan Rozana membalas, “Sekarang pun tak apa. Saya pun
dah tak nak tengok dia. Banyak sangat dosa yang dia dah buat kat
saya.”

Riak wajahnya penuh dengan kebencian.

Tanpa membuang masa, Tuan Rahim terus menuju ke arah
mereka yang sedang berkumpul. Namun, dia berasa hairan kerana
seolah-olah tiada seorang pun yang menyedari kehadirannya di situ.

Entah kenapa, jantungnya berdegup kencang saat berdiri
betul-betul di hadapan jenazah itu.

“Malik, cium ayah kamu buat kali terakhir,” pujuk Haji Hasan.
Dalam keadaan terpaksa, Malik mendekati jenazah itu. Kain putih
yang menutup wajah jenazah itu dialihkan, dan…

AIZUDDIN HAMID 181

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Aku?”

“Kenapa jenazah aku kat situ? Aku dah mati ke? Takkanlah!
Aku masih tak puas hidup lagi, masih banyak dosa yang aku buat.
Aku tak sempat bertaubat lagi, ya Allah!” Jerit Tuan Rahim. Dia
meronta-ronta. Namun, tiada siapa pun yang mendengar jeritannya.

Tidak lama selepas itu, jenazah diangkat oleh orang ramai dan
bersiap sedia untuk dimasukkan ke dalam van. Pelik juga kerana
jenazah itu terasa berat sekali sehingga memerlukan lebih 10 orang
untuk memikulnya. Sedikit demi sedikit mereka meninggalkan rumah
banglo itu, meninggalkan Tuan Rahim sendirian.

“Ya Allah, ampunkan aku.” Dia terduduk sambil menangis,
mengenangkan dosa-dosanya. Dosa kepada Allah, dosa kepada
isteri dan anak-anak. Mata dipejam rapat, namun air mata masih
deras mengalir.

Seketika, Tuan Rahim cuba membuka matanya semula.

Kemudian,

“Macam mana aku boleh ada kat atas sofa ni?”

AIZUDDIN HAMID 182

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Astaghfirullah, aku mimpi ka tadi? Alhamdulillah, aku masih
hidup!” Dia mengusap muka sambil menarik telinganya bagi
memastikan dia berada di dunia realiti.

Ya, walaupun hanya sekadar mimpi, tetapi air matanya
benar-benar mengalir. Pipinya terasa basah. Seolah-olah situasi itu
benar-benar berlaku.

Mungkinkah itu peringatan daripada Allah kepadanya? Hatinya
berasa tidak tenang.

Malam berikutnya, dia masih mengalami mimpi yang sama!
Tidak berubah walau sedikit pun.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menceritakan
segala-galanya kepada Haji Zamri tetapi merahsiakannya daripada
ahli keluarga.

“InsyaAllah, aku akan tolong kamu. Pasti ada hikmah kenapa
Allah hadirkan mimpi macam tu. Masih belum terlambat untuk kamu
bertaubat, membimbing keluarga kamu semula ke jalan yang
diredhaiNya…”

AIZUDDIN HAMID 183

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 12 -
AKU MASIH
BELUM KUAT

AIZUDDIN HAMID 184

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Seperti yang telah dijanjikan, Malik akan bertemu dengan
Syamsul pada malam ini. Lagipun, esok pagi dia akan pulang ke
universiti semula. Sudah lama mereka tidak bersua, pasti ada banyak
cerita yang ingin dikongsikan.

Sementara menunggu malam, dia mempunyai banyak masa
terluang pada hari ini. Jadi, dia menggunakan sebahagian masanya
untuk membaca buku Masih Ada Syurga Buat Kita.

Pada muka surat 85, tertulis,

Boleh jadi segala kelebihan yang Allah berikan kepada kau
selama ini berbentuk istidraj, melalaikan kau. Kau ada segala macam
kekayaan, kau ada kesihatan tubuh badan, kau ada banyak masa
lapang. Namun, semuanya menjadikan kau lebih jauh daripada
Tuhan.

AIZUDDIN HAMID 185

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Terkadang, ujian datang dalam dua bentuk iaitu NIKMAT dan
MUSIBAH.

Apabila Allah berikan NIKMAT, sebenarnya itu adalah ujian
untuk melihat sama ada kau mampu BERSYUKUR atau tidak. Jika
kau memilih untuk bersyukur, nikmat yang kau peroleh itu akan
menjadikan kau semakin dekat denganNya. Jika kau lupa diri, nikmat
itu sama sekali tidak memberi manfaat kepada kau, sia-sia sahaja
kehidupan kau di dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.

Apabila Allah berikan MUSIBAH, tidak semestinya Allah
bencikan kau. Tetapi, sebenarnya itu adalah ujian untuk melihat
sama ada kau mampu BERSABAR atau tidak. Jika kau memilih
untuk bersabar, musibah yang kau peroleh itu akan menjadikan kau
semakin dekat denganNya. Jika kau memberontak, menyalahkan
takdir atas apa yang berlaku, sia-sia sahaja kehidupan kau di dunia
ini, apatah lagi di akhirat kelak.

Malik terkesan, lagi dan lagi… dengan apa yang disampaikan
melalui buku ini.

Dia sedar. Selama ini, dia mempunyai segala-galanya. Apa
sahaja yang dia inginkan, pasti akan diperolehnya. Namun, adakah
itu semua istidraj?

AIZUDDIN HAMID 186

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

“Eh, kau tak nak berhenti belajar ke? Jom kerja sekali dengan
aku, banyak projek kita boleh buat sama-sama,” ajak Syamsul sambil
menghulurkan sebatang rokok kepada Malik.

Seketika, Malik meletakkan pembunuh kecil itu di bibirnya.
Pemetik api dinyalakan oleh Rafi yang juga melepak bersama
mereka, lalu menghalanya ke arah Malik.

Baginya, nikmat rokok sudah semakin hilang sedikit demi
sedikit jika hendak dibandingkan sejak awal-awal menghisapnya
dahulu. Lagipun, dia menghisapnya pada malam ini hanya
disebabkan ingin menjaga hati kawan-kawan.

“Oh, aku tak terfikir pula pasal tu. Nanti apa pula parents aku
cakap, tiba-tiba nak berhenti belajar,” balas Malik.

Setelah itu, dia mengeluarkan telefon pintar dan membalas
whatsapp Ika. Hubungan mereka sedikit baik sejak kejadian ketika
menonton wayang itu, malah Malik juga sudah banyak kali meminta
maaf.

Tidak lama selepas itu, Syamsul teringat akan

AIZUDDIN HAMID 187

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

perancangannya pada malam ini, “Haa, lepas ni kitorang ada nak
pergi lepak dengan minah-minah rempit kejap. Jom join sekali, aku
yakin Ika tak marah punya.”

Tersedar Malik daripada lamunan apabila ditepuk belakangnya
oleh Syamsul. Sejak tadi, dia hanya merenung langit yang penuh
dengan kepekatan malam, bintang juga tidak banyak bilangannya
untuk mencurahkan cahaya ke muka bumi.

“Hmm, tak kot, aku ingat nak balik awal malam ni. Penat sikit
hari ni,” Malik memberikan alasan.

“Eh, biar betul? Jangan macam ni. Kau jarang balik sini, jarang
lepak dengan kitorang,” kawan Syamsul yang berada di sebelahnya
bersuara. Rafi pula mengangguk, tanda setuju.

“Haa, betul tu. Selalu kau on saja bila kitorang ajak, jarang kau
tolak,” tegas Syamsul.

“Hmm, tapi aku betul-betul penat ni. Sorry. Aku rasa aku balik
dulu kot.” Tidak sempat mereka berkata apa-apa, Malik terus
menghidupkan enjin motosikalnya dan pulang ke rumah. Syamsul
dan yang lain berpandangan sesama sendiri.

AIZUDDIN HAMID 188

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

Kelihatannya, Malik seperti sedang bergelut dengan dirinya
sendiri. Dia dilema. Dia merasakan perubahannya untuk istiqamah
menunaikan solat fardhu hanya sekadar untuk menutup
kemungkaran dan maksiat yang dia masih lagi lakukan.

Ya, dia seolah-olah ahli ibadah yang main-main!

Hatinya ingin kembali kepada Allah. Namun, dia terlupa,
sekiranya dia masih bersaudara dengan syaitan dan bertuhankan
hawa nafsu, mana mungkin dia boleh berubah 100%? Pastinya, dia
akan kecundang semula pada bila-bila masa.

Syaitan dan hawa nafsu sudah berjumpa dengan ramai orang
seperti Malik yang bagi mereka mungkin acah-acah sahaja untuk
berubah, mudah untuk terjerumus ke lembah dosa semula.

Hari sudah lewat malam. Lampu bilik Malik sudah pun tertutup.
Hanya lampu jalan dari luar tingkap yang memberi sedikit cahaya ke
dalam biliknya.

Di sebalik kesunyian malam itu,

AIZUDDIN HAMID 189

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

‘Kau dah selalu contact Ika. So, kalau kau nak jarang contact
dia pun tak apa, kau kan nak berubah jadi baik.’

‘Abaikan saja Syamsul dan kawan-kawan dia tu. Sampai bila
kau nak ikut telunjuk diorang?’

‘Kau serabut dengan Ika dan Syamsul, kan? Apa kata kau
tenangkan hati kau dengan tengok video lucah?
Sekurang-kurangnya, kau tak kacau orang lain bila buat benda tu.
Kalau kau tengok selalu pun tak apa, sekurang-kurangnya kau dah
kurangkan dosa yang lain.’

‘Tak apa, jangan rasa bersalah. Kau belum bertaubat
betul-betul lagi. Esok lusa pun boleh. Sementara ada peluang ni, baik
kau tengok video lucah puas-puas, lepas tu baru kau taubat.’

Semakin licik bisikan-bisikan jahat itu hadir dalam dirinya!

Hebat permainan syaitan dan hawa nafsu. Menasihati supaya
meninggalkan sebahagian dosa tetapi menghasut supaya melakukan
satu dosa secara konsisten pula.

Akhirnya, Malik tewas.

AIZUDDIN HAMID 190

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Dia menonton video yang tidak elok itu semula di biliknya
sendiri, setelah lama juga dia tidak menontonnya. Ya, di bilik sama
yang pernah menjadi saksi Malik beribadah kepada Allah.

Dari segi zahir, Malik kelihatan seronok. Namun, hatinya
meronta-ronta supaya dia berhenti melakukan dosa itu. Buktinya?
Jantung Malik berdebar tatkala menontonnya, timbul rasa bersalah.

Malangnya, dia sendiri tidak boleh mengawal diri yang sudah
dipengaruhi syaitan dan hawa nafsu.

Ya, pentaubat yang menipu dirinya sendiri!

Kasihan Malik. Dia mempunyai azam untuk berubah ke arah
yang lebih baik, cuma dia sendiri masih belum kuat untuk
meninggalkan segala jahiliah yang sudah sebati dengan dirinya.

**********

Malik menaiki bas ekspres untuk pulang ke universiti. Cuti
seminggu berlalu begitu pantas sekali. Banyak sungguh perkara
yang berlaku dalam minggu ini sahaja.

Ya, hubungannya dengan Ika dan Syamsul sudah tidak seperti

AIZUDDIN HAMID 191

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

sebelum dia melanjutkan pelajaran ke universiti.

Namun, dia bersyukur kepada Allah kerana telah memulihkan
hubungan ahli keluarganya, yang sudah pasti lebih penting bagi
dirinya. Kawan-kawan boleh dicari ganti, tetapi ahli keluarga pula
hanya satu dalam sejuta!

Sepanjang perjalanan, buku Masih Ada Syurga Buat Kita
menjadi penemannya. Tidak terbayang langsung difikirannya
bahawa dia boleh menjadi akrab dengan buku itu.

Setelah tiba di stesen bas, dia mengambil teksi untuk pergi ke
universiti. Jaraknya kira-kira 20 minit sahaja.

Kebetulan, ketika dia tiba di universiti, azan Zohor baru sahaja

AIZUDDIN HAMID 192

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

berkumandang. Entah kenapa, hatinya terdetik untuk menunaikan
solat secara berjemaah di sana, setelah sekian lama.

Dia terus meminta teksi untuk berhenti di hadapan Surau
As-Saad. Terimbas juga, kali terakhir dia menjejakkan kaki ke rumah
Allah ini ialah ketika minggu orientasi, itupun disebabkan mereka
wajib menghadiri program yang dianjurkan oleh Musolla Committee
Surau As-Saad itu.

“Assalamualaikum, Malik!” Kedengaran suara sayup-sayup
memanggil dari laluan pejalan kaki menuju ke surau.

Malik mengalihkan pandangan, seraya tersenyum melihat
seorang lelaki yang dikenali datang ke arahnya.

“Waalaikumussalam, Asyraf. Eh, bila kau balik ke universiti?”
Soal Malik sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Haa, aku sampai pagi tadi. Aku dari bilik, terus datang surau.
Kau baru sampai eh? Beg besar ni.” Seketika, mereka berdua masuk
ke dalam surau.

‘Alhamdulillah, akhirnya…’ Bisik hati Asyraf, gembira.

AIZUDDIN HAMID 193

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Selama ini, dia tidak pernah berputus asa singgah ke bilik Malik
untuk mengajaknya ke surau. Kali ini, tanpa diajak, Malik sendiri yang
terbuka hati untuk hadir. Sungguh, hidayah itu benar-benar milik
Allah.

**********

Ika masih bercuti panjang. Jadi, dia banyak menghabiskan
masanya di rumah. Mengikut perancangan asal, ketika Malik pulang
bercuti di rumah, mereka akan berjumpa seberapa banyak kali yang
boleh. Namun, lain pula yang jadinya, dating pertama telah
dirosakkan dengan soalan Malik yang begitu sentap itu.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu…

“Hmm, ayang rasa, apa yang kita buat selama ni, betul tak?”

Ika terlalu mengikut emosinya. Biasalah, perempuan. Pasti dia
mudah terdorong dengan emosi apabila menghadapi apa-apa situasi
yang tidak terduga.

Dia mengambil keputusan untuk berkongsi masalahnya
kepada Yana, sahabat baiknya sejak dari zaman sekolah.

AIZUDDIN HAMID 194

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Terkadang, timbul rasa kekesalan dalam diri Ika kerana selama
ini dia lebih mengutamakan Malik, selalu berusaha keras untuk
berhubung dengan Malik, padahal Yana yang selalu ada bersama
dengannya sejak dahulu, tanpa mengira susah atau senang.

Segera, dia terus mencapai telefon pintarnya dan
menghubungi Yana.

“Assalamualaikum. Eh, Ika? Apa cerita ni? Tak ada angin, tak
ada ribut, tiba-tiba call?” Banyak pula soalan yang ditanya Yana,
terpinga-pinga.

“Waalaikumussalam. Hmm, awak free tak? Kalau free, saya
nak ajak awak datang rumah, lama tak sembang dengan awak.”

“Kalau petang ni, saya free. Esok tak boleh, ada hal family.”

“Ok, petang ni pun boleh. Dalam pukul 5:00 petang.”

“Haa, jumpa petang nanti ya.”

Ika berasa lega. Dia tersenyum sendirian.
Sekurang-kurangnya, dia masih mempunyai seorang sahabat baik
yang selama ini begitu setia dan boleh dipercayai.

AIZUDDIN HAMID 195

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

**********

Yana kelihatan sedang berfikir. Sirap bandung ais yang
disediakan Ika terasa kesedapannya, dihirup sebanyak mungkin.
Seketika, dia memberikan andaian,

“Hmm, entah-entah, dia dah ada girlfriend baru. Nama pun
lelaki, bukan boleh percaya. So, dia bagi macam-macam alasan
untuk jauhkan diri daripada awak. Tapi, dia bijak sebab dia buat
seolah-olah dia tak bersalah.”

Dia sememangnya pandai membuat andaian, sejak dari zaman
persekolahan lagi. Itulah Yana yang Ika kenal. Terkadang,
membantu. Terkadang, bertambah kekusutannya pula.

Ika menggelengkan kepala, seakan tidak bersetuju. “Saya tak
rasa macam tu. Saya kenal Malik macam mana. Dia jenis yang setia.
Tapi, mesti ada sesuatu yang berlaku sampai dia berubah.”

“Haa, inilah masalah awak. Senang sangat percaya dengan
orang. Ok, macam ni. Awak dah stalk Facebook atau Instagram dia?
Mungkin awak boleh dapat apa-apa maklumat daripada situ?” Yana
memberikan cadangan. Dia masih meragui kesetiaan Malik terhadap
sahabatnya itu.

AIZUDDIN HAMID 196

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

“Oh, saya tak terfikir pula. Kejap, saya buka.”

Ika mengambil telefon pintarnya dan melayari laman sosial
milik Malik. Yana turut menyibukkan dirinya, mencuri-curi pandang.

Tiada apa yang aneh, gambar lama mereka berdua masih lagi
ada. Tiada gambar perempuan lain. Tiada komen mesra bersama
perempuan lain juga.

“Haa, kan saya dah cakap. Dia ni memang setia orangnya,” Ika
yakin dengan Malik, seperti biasa.

“Hmm, mungkin dia ada rahsiakan sesuatu daripada awak,”
Yana memandang tepat ke arahnya.

AIZUDDIN HAMID 197

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

- BAB 13 -
DALAM SUJUD

CINTAKU

AIZUDDIN HAMID 198

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN

Malik baru sahaja pulang solat Isyak di surau. Dia sudah mula
menunaikan solat secara berjemaah pula.

Walaupun terkadang hanya satu atau dua waktu solat sahaja
yang dilakukan di sana dan selebihnya di bilik, sekurang-kurangnya
itu adalah suatu perkembangan yang baik.

Khuatir juga jika Malik berubah secara mendadak, boleh jadi
dia akan terkejut dan tidak mampu untuk istiqamah. Disebabkan itu,
jika ingin berubah, sebaiknya peringkat demi peringkat. Bak kata
pepatah, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.

Tiba sahaja di bilik, Kalai sedang berehat di atas katilnya
sambil membaca buku. Tidak pasti, buku apa yang dibacanya.
Melihat Malik yang masuk ke bilik, Kalai memandang tepat ke

AIZUDDIN HAMID 199


Click to View FlipBook Version