The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkaitan tasamuh undang-undang Jenayah Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUSSIN ZULKIFLI, 2020-04-05 05:13:23

TESIS PhD

Berkaitan tasamuh undang-undang Jenayah Islam

Keywords: tasamuh

301

Bahkan, Imam al-Syarbiny menyatakan bahawa dilarang memerangi mereka
sebelum dihantar seseorang yang amanah dan bijaksana untuk menasihati
pemberontak.515 Utusan untuk menasihati mereka hendaklah dilakukan beberapa
kali.516

Kedatangan utusan tersebut bertujuan mengetahui sebab-sebab mereka
memberontak. Sekiranya mereka menyatakan pemberontakan tersebut kerana
terdapat unsur-unsur kezaliman daripada pihak pemerintah, maka kezaliman tersebut
hendaklah dihapuskan. Kemudian mereka diajak sekali untuk mentaati pemerintah
sebaik sahaja kezaliman dihapuskan. Sekiranya mereka masih enggan, maka barulah
mereka diperangi.517 Hal ini dilakukan oleh Sayyidina 'Ali  dengan menghantar Ibn
'Abbas kepada golongan khawarij.

Dengan kebijaksanaan Ibn 'Abbas, setelah berdebat dan bertukar fikiran dengan
golongan Khawarij, hasilnya seramai 4,000 daripada 8,000 orang telah kembali
menyatakan kesetiaan kepada Sayyidina 'Ali .518 Manakala selebihnya, iaitu 4,000
orang berkeras untuk berpisah.

Walaupun demikian, nilai-nilai tasamuh Islam yang dipegang kemas oleh Sayyidina
'Ali  tidak membuatkannya segera melancarkan serangan terhadap kelompok
pemberontak tersebut. Sebaliknya beliau sekali lagi mengutus sepucuk surat kepada
mereka dengan katanya:

515 Al-Syarbiny, Mughny al-Muhtaj, hal. 163. Lihat juga, al-Sayutiy, Tarikh al-Khulafa', hal. 140,
al-Syayrazy, al-Muhadhdhab, hal. 249, Muhammad 'Uqlah, Nizam al-Islam, hal. 248, al-Qalyuby
dan 'Umayrat, Hasyiata, hal. 262.
516 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 81.
517 'Abdul Qadir 'Awdah, al-Tasyri' al-Jina`iy al-Islamiy, Juz. II, hal. 679, 'Abdul Karim Zaydan, al-
Mufassal, hal. 292.
518 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 81, 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 292, 'Abdul Qadir
'Awdah, al-Tasyri' al-Jina`iy al-Islamiy, Juz. II, hal. 689, al-Syayrazy, al-Muhadhdhab, hal. 250.

302

ٌ‫ٌولاٌسظلموا‬،ً‫ٌولاٌس طعواٌستيلا‬،ً‫ٌأنٌلاٌسسفكواٌ ماًٌحراما‬:‫كونواٌحيثٌشئتمٌوبينناٌوبينكم‬
ً‫أحدٌا‬

Maksudnya: " Jadilah kamu sekalian sesuka hati kamu: antara kami dan
kamu ada perjanjian yang mesti dipatuhi, iaitu janganlah kamu sekalian
menumpahkan darah yang haram, janganlah merompak dan janganlah
menzalimi seseorangpun."

Peringatan tersebut tidak diendahkan oleh mereka. Mereka telah bertindak ganas
dengan membunuh 'Abdullah Ibn Khabab, sahabat RasululLah . Kemudian mereka
juga bertindak membelah perut hambanya yang dalam keadaaan hamil dan
mengeluarkan apa yang ada di dalam perutnya. Berita kekejaman tersebut sampai
kepada Sayyidina 'Ali. Lalu sekali lagi Sayyidina 'Ali menulis surat kepada mereka
dengan peringatan yang lebih tegas agar menyerahkan orang yang membunuh
'Abdullah Ibn Khabab. Mereka membalas dengan jawapan " ‫( " كلناٌقتله‬kami semua

telah membunuhnya). Akhirnya, Sayyidina 'Ali  mengarahkan pasukannya
memerangi pemberontak terbabit.519

Berdasarkan kisah di atas, jelas nilai-nilai tasamuh Islam. Sayyidina 'Ali  tidak
menyerang mereka sehingga mereka diberi peringatan beberapa kali agar kembali
kepada ketaatan. Hal ini dapat difahami daripada daripada ayat tersebut yang
memerintahkan untuk mengajak berdamai (islah) terlebih dahulu sebelum
memerangi mereka.520 Peringatan-peringatan tersebut langsung tidak dihiraukan oleh
mereka. Hal ini terbukti dengan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap
'Abdullah dan hambanya. Keganasan ini secara tersiratnya menandakan bahawa
golongan pemberontak sengaja membuat penentangan secara terbuka. Akhirnya,
mereka diperangi oleh pasukan Sayyidina 'Ali .

519 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 81.
520 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, Bahagian IV, hal. 151, Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh
Islam, hal. 50, Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-Jina`iy fi al-Islam, hal. 394.

303

b. Tasamuh dalam memerangi pemberontak

Berdasarkan analisis hadith keempat di atas, ketika menentang pemberontak, nilai-
nilai tasamuh Islam tetap dipelihara, iaitu tidak dibolehkan mengejar para
pemberontak yang lari, tidak membunuh pemberontak yang mengalami luka, bahkan
tawanan juga tidak boleh dibunuh. Hal ini ditegaskan oleh Sayyidina 'Ali  ketika
perang Jamal agar tidak melakukan larangan-larangan tersebut. Beliau juga
mengarahkan tenteranya agar senjata yang ditinggalkan tidak boleh dirampas.
Sebaliknya, senjata-senjata itu hendaklah diserahkan kembali kepada ahli waris
mereka.521

Sekiranya pemberontak yang lari tersebut dibunuh, maka warisnya berhak mendapat
diyat522 yang diambil daripada baitulmal.523

Antara nilai-nilai tasamuh lainnya adalah harta benda yang mereka tinggalkan tidak
boleh dirampas. Bahkan pemerintah bertanggung jawab menjaga dan
mengembalikannya apabila mereka telah sedar daripada kesilapan. Sekiranya mereka
terbunuh, harta tersebut hendaklah diserahkan kepada ahli waris.524

Menurut al-San'any, harta mereka bukanlah harta rampasan sekalipun mereka telah
membawa harta mereka ke medan perang. Oleh itu, harta tersebut tidak boleh
dibahagi-bahagikan. Bahkan menurut al-San'any lagi, Sayyidina 'Ali  tidak
mengambil harta milik pemberontak dan pendapat ini dinilai sahih oleh al-

521 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 82.
522 Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-Jina`iy fi al-Islam, hal. 396.
523 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 294.

524 Mohd Said Ishak, Hudud dalam fiqh Islam, hal. 50.

304

Bayhaqiy.525 Menurut 'Abdul Karim Zaydan, pendapat ini dipersetujui oleh fuqaha
Hanabilah, Hanafiyah, malikiyah dan Syafi'iyah.526

Jika dianalisis berdasarkan nilai–nilai tasamuh, maka larangan membunuh
pemberontak yang ditawan dan larangan mengejar pemberontak yang melarikan
tidak lagi diperlukan kerana tujuan pecegahan terhadap penentangan mereka sudah
tercapai. Menurut al-San'any, pandangan ini dipegang oleh Imam al-Syafi'i.527

Selain itu, kerugian harta dan nyawa tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada
pemberontak. Mohd Said Ishak menyebutkan bahawa pendapat ini dinyatakan oleh
Hanafiyyah, Malikiyyah, Hanabilah dan fuqaha' Syafi'iyyah dalam salah satu
pendapat mereka. Pernyataan ini bersandarkan kepada pendapat Imam al-Zuhry
sebagaimana yang dipetik oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal. Al-Zuhry mengatakan
bahawa telah terjadi fitnah besar dalam kalangan umat Islam seperti Perang Jamal
dan siffin. Dalam peperangan tersebut terdapat para Sahabat yang terlibat dalam
perang Badar. Mereka sepakat mengatakan bahawa hukuman hudud tidak dapat
diterapkan terhadap seseorang yang mengemukakan pendapatnya berdasarkan
penakwilan terhadap ayat-ayat al-Qur`an. Tidak diterapkan hukuman bagi lelaki
yang menghalalkan faraj yang diharamkan baginya, tidak dibunuh orang yang
menumpahkan darah orang lain atas dasar penakwilan terhadap ayat-ayat al-Qur`an
dan harta yang diambil tidak diminta ganti rugi kerana itu dilakukan atas dasar
penakwilannya terhadap ayat al-Qur`an.528

Menurut Mohd Said Ishak lagi, fuqaha' Syafi'iyyah dalam pendapat mereka yang
terkuat menyanggah pendapat tersebut dengan menyatakan bahawa segala kerugian

525 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 82
526 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 295.
527 Al-San'any, Subul al-Salam, hal. 82.
528 Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 51.

305

harta benda harus dipertanggungjawabkan. Manakala pertanggungjawaban nyawa
menurut pendapat yang sahih dalam kalangan mereka tidak dikenakan qisas bahkan
boleh dimaafkan. Hal ini sesuai dengan pernyataan 'Ali Ibn Abi Talib  ketika
ditikam oleh Ibn Muljam. Ketika itu beliau mengatakan: “Beri makan dan minum
kepadanya dan penjarakan dia. Jika aku masih hidup, maka aku akan menjadi wali
atasnya. Jika aku mahu aku akan maafkan atau aku akan menuntut balas atas
tindakannya.”529

Bagi pemberontak yang tidak memiliki kekuatan persenjataan dan tidak menguasai
daerah tertentu sebagai markas mereka, maka pemerintah boleh menangkap dan
memenjarakan mereka sampai mereka insaf dan bertaubat.530

c. Nilai keinsanan, keihsanan dan ketegasan dalam memerangi
pemberontak

Terdapat perbezaan yang cukup ketara di antara memerangi pemberontak berbanding
memerangi golongan musyrik dan murtad. Imam al-Mawardy telah menyenaraikan
lapan perbezaan. Kelapan-lapan perkara berikut menyerlahkan nilai-nilai tasamuh
Islam terhadap para pemberontak. Perkara-perkara tersebut ialah:531

i. Peperangan terhadap para pemberontak kaum muslimin dimaksudkan untuk
menghentikan pemberontakan mereka dan sama sekali tidak dimaksudkan
untuk membunuh mereka. Hal ini dibenarkan dalam peperangan terhadap
golongan musyrik dan murtad kerana memang dimaksudkan untuk
membunuh mereka.

529 Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 51.
530 Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 52.
531 Al-Mawardiy, Ahkam al-Sultaniyyat, hal. 80. Lihat juga dalam: Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-
Jina`iy fi al-Islam, hal. 397, al-Dardir, Hasyiyah al-Dusuqiy, hal. 299.

306

ii. Para pemberontak kaum muslimin baru boleh diserang jika mereka terlebih
dahulu menyerang. Jika mereka berundur dari medan perang, mereka tidak
boleh diserang. Sebaliknya, diperbolehkan menyerang orang-orang musyrik
dan orang-orang murtad sama ada mereka menyerang atau berundur.

iii. Orang-orang terluka daripada para pemberontak tidak boleh dibunuh.
Manakala diperbolehkan membunuh orang-orang terluka daripada golongan
musyrik dan murtad. Dalam Perang Jamal, 'Ali Ibn Abi Talib 
memerintahkan penyerunya untuk berseru dengan suara keras, “Orang yang
telah berundur dari medan perang tidak boleh diserang dan orang yang
terluka tidak boleh dibunuh.”

iv. Tawanan-tawanan daripada pihak pemberontak tidak boleh dibunuh. Akan
tetapi, tawanan-tawanan daripada orang-orang musyrik dan orang-orang
murtad boleh dibunuh. Tawanan perang daripada para pemberontak
hendaklah diperhatikan dengan saksama. Sekiranya diyakini tawanan tidak
kembali berperang (memberontak), ia dibebaskan. Jika diyakini mereka
kembali berperang (memberontak), mereka tetap ditawan hingga perang
selesai. Jika perang telah selesai, maka mereka dibebaskan dan tidak boleh
ditawan sesudah perang. Al-Hajjaj pernah membebaskan salah seorang
tawanan daripada sahabat-sahabat Qatry Ibn Al-Fuja`ah, kerana keduanya
saling mengenali. Al-Qatry berkata kepada tawanan tersebut, “kembalilah
berperang melawan musuh Allah, al-Hajjaj.” Tawanan tersebut menjawab,
“Jika begitu, kedua tangan orang yang telah dibebaskan telah berkhianat, dan
memperbudak leher orang yang membebaskannya!”

307

v. Harta para pemberontak tidak boleh diambil, dan anak-anak mereka tidak
boleh ditawan. Diriwayatkan daripada RasululLah  bahawa Baginda
bersabda:

.‫ٌوأشحتٌ ااٌالهركٌماٌفيها‬،‫ٌمنعتٌ ااٌاْلسلامٌما فيها‬

Maksudnya: "Aku ditegah apa sahaja yang ada di negara Islam dan
diperbolehkan apa sahaja yang ada di negara musyrik."

vi. Tidak boleh meminta bantuan orang kafir mu'ahid (yang mempunyai
perjanjian dengan kaum muslimin), atau orang kafir dhimmiy dalam
memerangi para pemberontak. Hal tersebut dibenarkan ketika Islam
memerangi orang-orang musyrik dan orang-orang murtad.

vii. Tidak boleh berdamai dengan mereka sampai waktu tertentu dan tidak boleh
juga membuat pertaruhan dengan harta. Sekiranya ada usaha untuk berdamai,
maka ia tidak patut diteruskan. Sekiranya tidak sanggup memerangi mereka,
hendaklah menunggu bantuan pasukan lain untuk memerangi mereka. Jika
pertaruhan itu melibatkan harta, maka perhatikan harta tersebut. Jika harta
tersebut berasal daripada fai’ mereka atau berasal daripada sedekah (zakat)
mereka, maka harta tersebut tidak dikembalikan kepada mereka. Sebaliknya
sedekah (zakat) tersebut diagihkan kepada para mustahiq dalam kalangan
kaum muslimin, dan fai’ dibahagi-bahagikan kepada yang berhak. Sekiranya
harta pertaruhan tersebut daripada hak mereka sendiri, maka ia tidak boleh
dimiliki dan harta itu hendaklah dikembalikan kepada mereka.

viii. Pasukan Islam tidak boleh menyerang mereka dengan menggunakan senjata
al-arradat (senjata pelempar batu), rumah-rumah mereka tidak boleh dibakar,
kurma-kurma dan pohon-pohon mereka tidak boleh ditebang, kerana itu

308

semua tidak boleh dilakukan di dalam negara Islam walaupun penduduknya
telah melakukan pemberontakan.

Kesimpulannya, berdasarkan beberapa hadith, maka bughat adalah merupakan dosa
dan dikategorikan sebagai salah satu daripada hukuman hudud. Di samping itu,
berdasarkan kes bughat dan pembahasannya di atas, maka dapatlah dinyatakan
bahawa tidak mudah bagi Islam untuk melabelkan seseorang itu sebagai
pemberontak. Sekalipun sekelompok itu telah dituduh sebagai pemberontak, maka
beberapa pendekatan awal hendaklah diambil terlebih dahulu. Oleh kerana tindakan
memerangi pemberontak bukanlah bertujuan membunuh, maka beberapa larangan
hendaklah dipatuhi sebagai manifestasi tasamuh Islam terhadap golongan
pemberontak.

Sekiranya tawanan pemerintah dibunuh golongan bughat, maka pemerintah tidak
boleh membunuh tawanan pemberontak kerana beramal dengan prinsip seseorang
tidak menanggung dosa orang lain.532 Inilah nilai-nilai tasamuh yang sangat tinggi
kerana ia melibatkan prinsip keadilan di dalamnya.

Sementara di pihak pemberontak pula, mereka hendaklah berfikir secara waras
apabila diberi nasihat dan ajakan untuk kembali mentaati pemerintah yang sah. Hal
ini kerana bencana yang menimpa mereka dan orang lain adalah terlalu besar.
Peringatan ini telah disebutkan oleh Muhammad Ibn 'Abdullah Ibn Sabil dengan
mengatakan bahawa bersabar terhadap kezaliman pemerintah lebih ringan
mudaratnya daripada menentangnya. Hal ini kerana penentangan terhadap mereka
akan membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan penentangan tersebut
akan membawa fitnah yang berpanjangan, merebaknya kemudaratan yang membawa

532 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 297.

309

pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi
kemudaratan dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat.”533

Selain itu, masih banyak lagi nilai-nilai tasamuh dalam kes bughat.yang tidak
disebutkan dalam bahagian ini. Namun, beberapa nilai-nilai tasamuh sebagaimana
yang dijelaskan oleh al-Mawardy membuktikan bahawa undang-undang Islam
tidaklah kejam seperti yang ditohmahkan. Hal ini dapat diperhatikan berdasarkan
pemerhatian dengan membuat perbandingan apa yang telah berlaku dalam dunia hari
ini. Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa Islam amat menjunjung tinggi nyawa
seseorang. Prinsip-prinsip kebebasan memberi pandangan tidak dihalang, tetapi
kebebasan itu hendaklah tidak sampai menimbulkan kemudaratan terhadap orang
lain.

Dengan kata lain, langkah pencegahan yang dilakukan terhadap golongan
pemberontakan bukanlah persoalan menyekat kebebasan. Akan tetapi, tindakan
memerangi mereka adalah kerana kemudaratan yang ditimbulkan oleh mereka yang
turut mengheret orang lain menjadi mangsa. Justeru, mencontohi tindakan Sayyidina
'Ali  dalam menangani golongan pemberontak adalah nilai-nilai tasamuh yang
aplikatif sama ada ditinjau daripada pendekatan awal mahupun penyelesaian
konfliknya. Hal ini tentunya termasuk dalam pemahaman yang dinyatakan dengan
jelas oleh Imam al-Syafi'i dengan katanya, "aku mengambil hukum tentang perang
bughat daripada Imam Ali .534

533 Muhammad Ibn 'Abdullah Ibn Sabil, al-Adillat al-Syari'yyat fi haqq ra'i wa al-Ra'iyyat, hal.
54, Ahmad Fathy Bahansy, Madkhal al-fiqh al-Jina`iy al-Islamiy, hal. 95.
534 'Abd al-Rahman al-Jaziri, Kitab al-Fiqh 'ala Madhahib Arba'at, hal. 368.

310

3.8 Maksud Pembebasan
Bahagian ini tidak bermaksud untuk membincangkan hukuman ta’zir kerana ia di
luar daripada skop kajian penyelidik. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan
terdahulu, penyelidik ada menyebutkan bahawa tertuduh akan dibebaskan daripada
hadd jika terdapat sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, tidak dapat tidak, ia
mempunyai kaitan dengan persoalan ta’zir.
Menurut Syafi’iyyah, ta’zir didefinisikan sebagai:

ٌ535‫َت يبٌعلىٌذنبٌلاٌحدٌفيهٌولاٌكفااة‬

Maksudnya: “Pengajaran ke atas kesalahan seseorang yang tidak
termasuk dalam hukuman hadd dan kaffarah.”
Bentuk pengajaran ke atas kesalahan yang dimaksud adalah di bawah kuasa hakim
atau pemerintah536 atas suatu kesalahan atau maksiat yang tidak ditentukan oleh

535 Al-Syarbiniy, Mughny al-Muhtaj, Juz. IV, hal. 251, Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, Jil. V,
hal. 445.Wahbah al-Zuhayliy, Wahbah al-Zuhayliy, al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh, hal. 197.
536 Menurut al-San’aniy, selain pemerintah, 3 pihak berikut boleh melakukan ta’zir iaitu. Pertama,
bapa ke atas anaknya dengan tujuan mendidik. Kedua, Tuan kepada hambanya dalam hal yang
berkaitan haknya dan hal yang berkaitan dengan hak Allah. Ketiga, suami bertujuan untuk mendidik
isterinya. Rujuk, Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, juz. II, hal. 377.

311

syara’ atau berupa kesalahan hudud tetapi tidak memenuhi persyaratan untuk
dikenakan hadd.537 Hukumannya mengambil kira perbezaan dan kedudukan
seseorang.

Secara khususnya, kesalahan-kesalahan di bawah ta’zir diklasifikasikan kepada tiga
iaitu: 538

a. Kategori hudud tetapi tidak termasuk kifarah
b. Kategori kifarah tetapi tidak termasuk hudud
c. Tidak termasuk kifarah dan juga hudud

Oleh itu, seorang hakim boleh memilih hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan oleh pesalah sama ada untuk menurun hukuman ke
tahap minimum atau menaikkannya ke tahap maksimum539 dengan
mempertimbangkan kesesuaian dan kemunasabahan kesalahan serta keadaan diri
pesalah. Perbezaaan ini disebabkan tahap manusia adalah berbeza di antara satu
sama lain.540

Dalil pensyari’atan ta’zir diambil daripada firman Allah  dalam surah: al-Nisa’:

⧫❑➔⬧ ◆

➔❑→➔⬧ ➔❑→➔
 ➔→◆

☺
⬧  ➔❑◆

❑⬧ ⬧ →◆➔⬧
    ◼⧫

  ⧫ 

Maksudnya: “…wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka
nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu

537 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, juz. II, hal. 365.

538 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, juz. II, hal. 377.
539 Abdul Qadir Awdah, al-Tasyri’ al-Jina`iy al-Islamiy, Juz. I, hal. 687.
540 Al-Mawardiy, al-Ahkam al-Sultaniyyat, hal. 310, Ahmad Fathy Bahansy, Al-Siyasat al-Jinayat fi
al-Syari'at al-Islamiyyat, hal. 279.

312

mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi
lagi Maha besar. (Q.S. Al-Nisa’: 34)

Menurut Abdul Karim Zaydan, ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah 
memerintahkan memukul para isteri yang nusyuz sebagai didikan dan pengajaran.541
Oleh itu, nyatalah bahawa hukuman-hukuman yang berbentuk pengajaran dan tidak
termasuk dalam kategori hudud dan kaffarah adalah tertakluk di bawah ta’zir.

Dalam pembahasan terdahulu disebutkan bahawa sekiranya pembuktian tidak
mencukupi atau adanya syubhah, maka tertuduh akan dibebaskan daripada hadd.
Maksud pembebasan tersebut telah disalahfahami oleh segelintir masyarakat.
Sebahagian memahami bahawa pembebasan bermaksud bebas dan lepas sepenuhnya
daripada hukuman. Mungkin ada yang berpandangan bahawa undang-undang Islam
dilihat terlalu bertasamuh sehingga begitu mudah membebaskan tertuduh. Malahan
ada yang membuat rumusan bahawa pembebasan tertuduh daripada hukuman akan
meningkatkan lagi kadar jenayah kerana jenayah mereka sukar disabitkan di
mahkamah. Situasi demikian seolah-olah memperlihatkan bahawa undang-undang
Islam tidak berkesan dalam menangani jenayah.542 Perbincangan seterusnya akan
menjelaskan maksud hakikat pembebasan.

Pembebasan dapat dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama,
pembebasan tertuduh sepenuhnya daripada hukuman sama ada hukuman hadd
mahupun ta’zir. Manakala bahagian kedua, pembebasan daripada hadd sahaja tetapi
tidak terlepas daripada hukuman ta’zir.

541 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, Jil. V, hal. 445.
542 http://www.thesundaily.my/news/192625. Akses pada 15 januari 2012. Lihat juga:

http://www.malaysiakini.com/news/180018. Akses pada 15 Januari 2012.

313

Bahagian pertama dilakukan apabila terdapat keraguan atau syubhah.543 Antara
situasi yang dimaksudkan adalah seperti mangsa yang melakukan sesuatu bukan di
atas kerelaannya. Misalnya seseorang yang tidur kemudian disetubuhi atau dipaksa
sehingga membawa kepada perzinaan. Demikian juga, kejahilan tentang haramnya
sesuatu, tidak membawa kepada hadd. Begitu juga pencuri yang mencuri kerana
sangat terdesak sehingga boleh memudaratkan nyawanya.

Dalam hadd riddat misalnya, tertuduh akan dibebaskan daripada hadd sekiranya
pada saat penghakiman dia mengucapkan dua kalimah syahadah. Dalam hadd syurb
al-khamr pula, tertuduh yang didapati minum khamar kerana terpaksa atau dipaksa
akan dibebaskan daripada hadd kerana paksaan adalah syubhah. Pembebasan juga
berlaku apabila didapati saksi-saksi dalam kes zina dan qadhf hilang keadilannya dan
gagal mendatangkan empat orang saksi yang memenuhi persyaratan saksi.

Bagi kategori yang kedua pula adalah pembebasan daripada hadd tetapi tidak
terlepas daripada ta’zir. Keadaan demikian berlaku sekiranya salah satu rukun untuk
dikenakan hadd tidak terpenuhi.544 Misalnya pembuktian tuduhan zina disabitkan
bukan melalui bukti utama. Sebaliknya, ia dibuktikan melalui bukti sokongan seperti
rakaman video ataupun ujian DNA setelah kedua-duanya telah disahkan
ketulenannya. Dalam kes ini, penzina bebas sepenuhnya daripada hadd, tetapi tidak
terlepas daripada hukuman ta'zir.

Dalam kes sariqat, pencuri akan dita’zir apabila didapati mencuri barang yang tidak
cukup nisab545 atau cukup nisab tetapi tidak diletakkan di tempat penjagaan546

543 Muhammad Rawwas Qal’ahjy, Mawsu’at Fiqh Ibn Taymiyyah, Juz. I, hal. 592.
544 Ahmad Fathy Bahansy, al-Ta’zir fi al-Islam, hal. 19.
545 Al-Syirazy, al-Muhadhdhab fi fiqh al-Imam al-Syafi'i, Juz. III, hal. 373.
546 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, Jil. V, hal. 448.

314

ataupun pencuri belum melepasi umur baligh.547 Demikian juga apabila qadhf
dilemparkan kepada orang-orang yang tidak muhsan,548 maka penuduh akan
dikenakan ta'zir. Ta’zir juga dikenakan terhadap orang murtad yang telah bertaubat.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa pembebasan
bukanlah bererti bebas dan lepas daripada hukuman, sebaliknya tertuduh akan
dikenakan ta’zir sekiranya tidak memenuhi syarat untuk dijatuhkan hadd. Justeru,
prinsip Islam “hindari hudud sekiranya ada syubhah” tidak membawa maksud
bahawa pesalah atau tertuduh dibebaskan dan lepas daripada hukuman, cuma mereka
tidak dikenakan hadd sahaja. Dalam situasi tersebut, hukuman ta’zir memadai untuk
memberi pengajaran kepada pesalah.

Jenis hukuman ta’zir terdiri daripada hukuman herdik, tengking, penjara, tampar dan
sebat.549 Malahan Menurut fuqaha’ Malikiyyah, sebatan bagi kesalahan ta’zir boleh
dilakukan sebanyak mana yang dipikirkan perlu meskipun melebihi jumlah sebatan
bagi hukuman hadd.550 Bukan itu sahaja, golongan Hanafiyah dan Malikiyyah
membolehkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang melakukan jenayah yang
serupa berulang kali kerana kejahatannya itu tidak dapat dibendung lagi melainkan
dengan membunuhnya. Misalnya terhadap pencuri yang berulang kali melakukan
pencurian.551

547 Muhammad Rawwas Qal’ahjy, Mawsu’at Fiqh Ibn Taymiyyah, Juz. I, hal. 596, Abdul Karim
Zaydan, al-Mufassal, Jil. V, hal. 452.
548 Syarat-syarat al-Ihsan adalah baligh, merdeka, Islam dan ‘iffah daripada zina Rujuk Abdul Karim
Zaydan, al-Mufassal, Jil. V, hal. 450.
549 Wahbah al-Zuhailiy, Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh, hal. 205.
550 Menurut fuqaha’ Malikiyyah, sebatan bagi kesalahan ta’zir boleh dilakukan sebanyak mana yang
dipikirkan perlu meskipun melebihi jumlah sebatan bagi hukuman hadd. Lihat; Wahbah al-Zuhailiy,
Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh, hal. 206.
551 Wahbah al-Zuhailiy, Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuh, hal. 200.

315
Dalam situasi tersebut, hukuman ta’zir memadai untuk memberi pengajaran kepada
pesalah sekaligus menunjukkan bahawa tidak semestinya hukuman ta’zir lebih
ringan daripada hadd. Semuanya bergantung atas ijtihad hakim atau pemerintah
sesuai dengan maslahah yang ingin dicapai (‫)تصرف الإمام على الرعية منوط ِبلمصلحة‬.

Berdasarkan perbincangan di atas, maksud pembebasan daripada hadd wajar
difahami secara benar dan tepat. Hal ini dilihat penting kerana di sebalik pembebasan
tersebut terkandung nilai-nilai tasamuh, iaitu seseorang tidak boleh dihadd sekiranya
ada keraguan. Sekalipun pesalah dikenakan ta’zir, ia tetap mencerminkan nilai-nilai
tasamuh kerana hakim atau pemerintah sentiasa bertindak atas prinsip maslahah.

BAB EMPAT

ANALISIS PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR BUKAN ISLAM TERHADAP
PENGETAHUAN DAN TASAMUH UNDANG-UNDANG JENAYAH
ISLAM

4.0. Pendahuluan

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Bab Satu pada pernyataan masalah bahawa
antara halangan pelaksanaan undang-undang Islam adalah kerana penolakan bukan
Islam terhadap undang-undang Jenayah Islam. Namun, sepanjang pencarian
penyelidik, belum didapati kajian ilmiah yang berkaitan dengannya, melainkan hanya
persepsi sahaja. Sekiranya benar wujudnya persepsi negatif dalam kalangan bukan
Islam terhadap Islam dan undang-undang Islam, itu bukan lagi masalah individu,
persatuan, kelompok atau parti, tetapi masalah semua orang Islam. Halangan juga
turut disuarakan oleh pihak kerajaan dengan alasan hasrat tersebut tidak relevan bagi

316

sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Hal ini pernah dilontarkan
oleh Tunku sendiri (Perdana Menteri Malaya tahun 1959). Beliau beranggapan
bahawa tindakan tersebut hanya akan merosak perpaduan.

Bab ini akan menganalisis persepsi responden (pelajar bukan Islam) terhadap
undang-undang jenayah Islam. Bagi tujuan tersebut, satu set soal selidik telah
disusun kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berkaitan profil responden.
Bahagian kedua berkaitan pengetahuan tentang undang-undang Islam. Manakala
bahagian yang ketiga berkaitan toleransi dalam undang-undang jenayah Islam.

Dalam bab ini, penyelidik menggunakan istilah tasamuh dan toleransi secara bersilih
ganti sesuai dengan soalan asal yang dimuatkan dalam set soal selidik. Demikian
juga istilah hadd atau hukuman, istilah riddat atau murtad, sariqat atau pencurian,
khamr atau minum arak, zina atau persetubuhan haram, hirabat atau perompakan dan
baghy atau pemberontakan. Analisis dalam bahagian ini akan menggunakan analisis
statistik deskriptif.

4.1. Maklumat Latar Belakang Responden

Berdasarkan analisis statistik deskriptif, maklumat latar belakang responden dari
segi, jantina, etnik dan pengetahuan tentang Islam ditunjukkan dalam Jadual 4.1

Jadual 4.1 Maklumat Latar Belakang Responden (n = 256)

Latar Frekuensi Peratus
Belakang (%)

Jantina Lelaki 90 35.2
Etnik Perempuan 166 64.8

Cina 224 87.5

Pengetahuan India 26 317
tentang Islam Lain-lain 6
Kelas Tamadun Islam 203 10.2
Media cetak 20 2.3
Media elektronik 3 79.3
Perbincangan dengan 7.8
rakan 19 1.2
Internet 9
Kaset/CD/VCD/DVD 2 7.4
3.5
0.8

Berdasarkan Jadual 4.1 data menunjukkan bahawa daripada 256 orang responden, 90
orang (35.2%) adalah lelaki dan 166 orang (64.8%) adalah perempuan. Dari segi
bilangan etnik pula didapati 224 orang (84.5%) adalah berbangsa Cina, 26 orang
(10.28%) berbangsa India dan 6 orang (2.3%) ialah etnik lain-lain.
Dari segi pengetahuan tentang Islam pula didapati 203 orang (79.3%) mendapat
pengetahuan Islam melalui kelas Tamadun Islam. Seramai 20 orang (7.8%)
mendapat pengetahuan Islam melalui media cetak, 3 orang mendapat pengetahuan
Islam melalui media elektronik. 19 orang (7.4%) mendapat pengetahuan Islam
melalui perbincangan dengan rakan. 9 orang (3.5%) mendapat pengetahuan Islam
melalui internet, Selain maklumat di atas, responden juga mendapat pengetahuan
Islam melalui internet dan melalui kaset/CD/VCD/DVD, iaitu masing-masing 3
orang (3.5%) dan 2 orang (0.8%).

4.2. Pengetahuan Responden Terhadap Undang-undang Jenayah Islam

Bahagian ini menjawab objektif kajian yang ketiga. Istilah-istilah asal yang
digunakan dalam bab-bab sebelumnya diolah semula agar responden memahami
pertanyaan yang diajukan kepada mereka.

318

Bahagian ini juga bertujuan mengenalpasti pengetahuan responden tentang
kewujudan undang-undang jenayah Islam. yang merangkumi hal-hal berikut:

i. Undang-undang murtad
ii. Undang-undang minum khamar
iii. Undang-undang qadhf
iii. Undang-undang pencurian
iv. Undang-undang zina
v. Undang-undang rompakan
vi. Undang-undang pemberontakan

i. Undang-undang Murtad

Untuk pertanyaan tentang undang-undang riddat, pertanyaannya adalah apakah

pendekatan awal terhadap orang Islam dewasa yang ingin menukar agamanya

sebagaimana yang tertera pada Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Pengetahuan Tentang Undang-undang Murtad (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus
(%)

Tiada hukuman kerana itu adalah haknya 60 23.4

Penjara 50 19.5

Bunuh 21 8.2

Beri nasihat 117 45.7

Harta benda dirampas 8 3.1

Berdasarkan Jadual 4.2, didapati hampir separuh daripada responden atau 117 orang
(45.7%) dapat menjawab dengan tepat. 60 orang (23.4%) menjawab tiada hukuman,
50 orang (19.5%) menjawab orang yang murtad dikenakan hukuman penjara.

319

Responden yang menjawab hukuman bunuh pula adalah seramai 21 orang (8.2%).
Manakala 8 orang (3.1%) menjawab harta benda mereka dirampas.

Merujuk kepada data di atas, responden telah memilih empat hukuman, iaitu
hukuman penjara, bunuh beri nasihat dan harta benda dirampas. Oleh itu, dapatlah
dirumuskan bahawa sebahagian besar responden atau 196 orang (76.56%)
mengetahui tentang adanya hukuman bagi kesalahan murtad dalam islam walaupun
sebahagian jawapan mereka tidak tepat. Bagi hukuman penjara, seramai 50 orang
(25.51%) sahaja yang memilihnya. Manakala bagi hukuman bunuh pula, seramai 21
orang (10.71%) memilihnya meskipun hukuman ini sering diperbesarkan dalam
hampir semua jenis media di negara ini. Sebaliknya, didapati lebih daripada separuh,
yakni seramai 117 orang (59.70%) telah memilih jawapan yang tepat, iaitu beri
nasihat. Selebihnya, iaitu seramai 8 orang (4.08%) memilih harta bendanya
dirampas. Dari segi frekuensi dan peratusan menunjukkan bahawa responden yang
mengetahui hukuman sebenar bagi kesalahan murtad (117 orang (59.70%) melebihi
pengetahuan responden yang tidak tahu (79 orang (40.30%).

ii. Undang-undang Minum Khamar

Untuk pertanyaan tentang undang-undang minum khamar, pertanyaannya adalah

apakah hukuman minum arak ke atas orang Islam? Sebanyak lima jawapan telah

disediakan sebagaimana yang tertera pada Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Pengetahuan Tentang Undang-undang Minum Khamar (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus (%)

Hukuman penjara 113 44.1
Nasihat 42 16.4
Dihalau dari kampungnya 8 3.1
Disebat/rotan sebanyak 40 kali sebatan 84 32.8
Tidak dihukum kerana itu adalah
haknya 9 3.5

320

Berdasarkan Jadual 4.3, seramai 84 orang (32.8 %) memberikan jawapan sebatan 40
kali. Seramai 42 orang (16.4%) menjawab dengan nasihat, 8 orang (3.1%)
menyatakan dihalau dari kampungnya, 9 orang (3.5%) pula menjawab bahawa tiada
hukuman ke atas peminum arak. Berdasarkan frekuensi dan peratusan yang
dipaparkan, didapati responden tidak mempunyai pengetahuan tentang hukuman
sebenar dalam Islam terhadap kesalahan minum khamar.

Daripada empat pilihan jawapan yang diberikan dan ditolak bilangan 9 orang yang
mengatakan tiada hukuman, maka didapati seramai 247 orang (96.48%) mempunyai
pengetahuan tentang adanya hukuman bagi kesalahan minum khamar dalam Islam
walaupun sebahagian jawapannya tidak tepat. Daripada 247 orang ( 96.48%)
tersebut, 113 orang (45.74%) memilih hukuman penjara, 42 orang (17.00%) memilih
nasihat, 8 orang (3.23%) memilih dihalau dari kampungnya. Manakala 84 orang
(34.00%) memilih jawapan 40 kali sebatan.

Jelas memperlihatkan bahawa daripada 247 orang, hanya 84 orang (34.00%) sahaja
yang mempunyai pengetahuan yang tepat tentang undang-undang terhadap pesalah
minum khamar, manakala bilangan yang tidak mengetahui hukuman sebenar adalah
seramai 163 orang (65.99%). Data ini jelas menunjukkan bahawa bilangan responden
yang tidak mempunyai pengetahuan tentang hukuman minum khamar adalah
melebihi responden yang mempunyai pengetahuan.

iii. Undang-undang Qadhf

Untuk pertanyaan tentang undang-undang qadhf, pertanyaannya adalah
menuduh/menfitnah seseorang melakukan hubungan seks terhadap seseorang yang

321

bermoral boleh menjatuhkan nama baiknya. Apakah hukuman Islam ke atas

penfitnah tersebut yang anda ketahui? Tersenarai pada Jadual 4.4 jawapan-jawapan

bagi soalan-soalan tersebut.

Jadual 4.4: Pengetahuan Tentang Undang-undang Qadhf (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus
(%)
Penjara 111
Berikan nasihat 20 43.4
Bunuh 14 7.8
Sebat/rotan 80 kali sebatan 102 5.5
Tiada hukuman 9 39.8
3.5

Berdasarkan Jadual 4.4, seramai 102 orang (39.8%) memberikan jawapan sebatan 80
kali. 111 orang (43.4%) menjawab dengan hukuman penjara. 20 orang (7.8%)
menyatakan diberikan nasihat, 14 orang (5.5%) pula menjawab dengan hukuman
bunuh dan 9 orang (3.5%) menjawab tiada hukuman.

Jika ditolak 9 orang yang mengatakan tiada hukuman, didapati hampir 100% atau
247 orang (96.48%) mengetahui adanya hukuman dalam Islam terhadap orang yang
melakukan kesalahan qadhaf walaupun jawapan sebahagian daripada mereka tidak
tepat. Daripada jumlah tersebut, seramai 102 orang (41.29.%) menjawab dengan
tepat, iaitu dengan memilih jawapan sebatan 80 kali. Selebihnya, 20 orang (8.09%)
memilih hukuman nasihat, 14 orang (5.66%) menyatakan hukumannya ialah bunuh,
manakala 41 orang (16.59%) memberikan jawapan hukuman penjara. Dengan ini,
data memperlihatkan bahawa bilangan responden yang dapat menjawab dengan tepat
atau mengetahui undang-undang qadhaf (102 orang atau 41.29%) lebih rendah
berbanding responden yang tidak mengetahui hukuman sebenanr bagi kesalahan
qadhaf iaitu 145 orang atau 58.70%.

iv. Undang-undang Pencurian

322

Untuk pertanyaan tentang undang-undang pencurian, pertanyaannya yang diajukan
adalah Ms. X baru saja membeli cincin emas dengan harga RM5000. Kemudian
cincin tersebut dicuri. Apakah hukuman bagi pencuri dalam agama Islam yang anda
tahu?

Jawapan-jawapan bagi pertanyaan ini dipaparkan dalan Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Pengetahuan Tentang Undang-undang Pencurian (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus
(%)
Tangan pencuri akan dipotong 121 47.3
Pencuri akan dipenjara 107 41.8
Pencuri akan disebat/rotan 100 kali 16 6.3
sebatan
Pencuri akan dihalau daripada 11 4.3
kampungnya 1 .4
Tiada hukuman ke atas pencuri

Menerusi Jadual 4.5, didapati seramai 121 orang (47.3 %) memberikan jawapan
tangan pencuri akan dipotong. 107 orang (41.8%) menjawab pencuri akan dipenjara.
Bagi jawapan pencuri akan disebat dengan 100 kali sebatan dijawab oleh 16 orang
(6.3%). Jawapan pencuri akan dihalau dari kampungnya dipilih oleh 11 orang
(4.3%). Manakala bagi jawapan tiada hukuman ke atas pencuri hanya dijawab oleh 1
orang (.4%).

323

Melihat kepada frekuensi dan peratusan yang tertera, didapati hampir separuh
daripada responden mempunyai pengetahuan tentang hukuman pencurian di dalam
Islam.

Berdasarkan kepada frekuensi dan peratusan bagi kesalahan pencurian, maka 99.60%
(255) orang mengetahui adanya hukuman di dalam Islam bagi kesalahan mencuri.
Daripada jumlah tersebut, seramai 121 orang (47.45%) telah memberikan jawapan
yang tepat. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada tabiat mencuri itu sendiri
yang dianggap sebagai satu kesalahan dalam semua agama. Lebih-lebih lagi
kebanyakan media telah mendedahkan bahawa hukuman dalam undang-undang
Islam adalah potong tangan. Oleh itu, tidak hairanlah responden yang memilih
hukuman potong tangan lebih tinggi berbanding hukuman-hukuman lain. Manakala
bakinya, iaitu 134 orang telah memilih jawapan berikut, iaitu hukuman penjara,
hukuman 100 kali sebatan dan pencuri akan dihalau dari kampung halamannya.
Frekuensi dan peratusan bagi masing-masingnya adalah 107 orang (41.8%), 16 orang
(6.3%) dan 11 orang (4.3%).

v. Undang-undang Zina

Untuk pertanyaan tentang undang-undang zina, pertanyaannya yang dilontarkan ialah

Ms. X dan Mr. Y yang belum berkahwin telah ditangkap kerana melakukan

hubungan seksual. Apakah hukuman ke atas mereka menurut ajaran Islam? Jawapan-

jawapan bagi pertanyaan ini ditunjukkan dalan Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Pengetahuan Tentang Undang-undang Zina (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus
(%)
Kedua-duanya dibuang daerah 56
Kedua-duanya dipenjara 109 21.9
Tidak dihukum kerana suka sama suka 12 42.6
4.7

324

Disebat/dirotan 100 kali 63 24.6

Kedua-duanya hanya diberi nasihat 16 6.3
sahaja

Berpandukan Jadual 4.6, maka didapati seramai 63 orang (24.6%) memilih hukuman
sebatan 100 kali. Seramai 56 orang (21.9%) memilih jawapan kedua-duanya dibuang
daerah. Seramai 109 orang (42.6%) memberikan jawapan kedua-duanya dipenjara,
12 orang (4.7%) pula menyatakan tiada hukuman kerana suka sama suka. Manakala
16 orang (6.3%) menjawab kedua-duanya hanya diberi nasihat. Berdasarkan
frekuensi dan peratusan yang tertera di atas, maka hanya 63 orang (24.6%) sahaja
yang dapat menjawab dengan tepat.

Jika diabaikan 12 orang yang tidak mengetahui adanya hukuman di dalam Islam
terhadap kesalahan zina, maka jumlah responden yang mengetahui kewujudan
undang-undang zina di dalam Islam adalah seramai 244 orang (95.31%). Daripada
jumlah tersebut, 63 orang (25.81%) memberikan jawapan yang tepat dengan memilih
jawapan disebat atau dirotan 100 kali. Seramai 56 orang (22.95%) memilih jawapan
kedua-duanya dibuang daerah. Manakala 109 orang (44.67%) memberikan jawapan
kedua-duanya dipenjara. Daripada data tersebut jelas memperlihatkan bahawa
bilangan responden yang tidak mempunyai pengetahuan yang tepat bagi kesalahan
zina adalah tinggi iaitu 181 orang (74.18%).

vi. Undang-undang Rompakan

Untuk pertanyaan tentang undang-undang rompakan, pertanyaannya ialah apakah
hukuman Islam ke atas perompak? Lima jawapan disediakan bagi pertanyaan ini
seperti yang ditunjukkan dalan Jadual 4.7.

Jadual 4.7: Pengetahuan Tentang Undang-undang Perompak (n = 256)

Hukuman Frekuensi 325

Tangan dan kaki perompak akan 100 Peratus
dipotong 109 (%)
Perompak akan dipenjara 31
Perompak akan disebat/rotan dengan 14 39.1
100 kali sebatan 2 42.6
Perompak akan dihalau daripada 12.1
kampungnya
Tiada hukuman 5.5
.8

Berdasarkan Jadual 4.7, seramai 100 orang (39.1 %) menjawab tangan dan kaki
perompak akan dipotong, 109 orang (42.6%) menjawab dengan hukuman penjara, 31
orang (12.1%) menyatakan perompak akan disebat dengan 100 kali sebatan. 14 orang
(5.5%) pula menjawab perompak akan dihalau dari kampungnya. Manakala jawapan
bagi tiada hukuman dijawab oleh 2 orang (0.8%). Jumlah di atas menunjukkan
bahawa hanya 100 orang (39.1%) sahaja dapat memberi jawapan yang tepat.
Walaupun demikian, jika dilihat pengetahuan mereka secara umum, maka seramai
254 orang atau hampir 100% mengetahui wujudnya undang-undang terhadap
perompak di dalam ajaran Islam. Daripada jumlah tersebut, 100 (39.37%)
mempunyai pengetahuan yang tepat berhubung hukuman bagi perompak di dalam
ajaran Islam. 109 orang (42.91%) pula menjawab dengan hukuman penjara, 31 orang
(12.20%) menyatakan perompak akan disebat dengan 100 kali sebatan. 14 orang
(5.51%) pula menjawab perompak akan dihalau dari kampungnya.

Data di atas turut memperlihatkan bahawa bilangan yang tidak mengetahui hukuman
sebenar bagi kesalahan merompak di dalam Islam jauh lebih tinggi, iaitu seramai 154
orang (60.63%).

vii. Undang-undang Terhadap Pemberontak

326

Untuk pertanyaan tentang undang-undang terhadap pemberontak, pertanyaannya
ialah apakah hukuman ke atas pemberontak? Jawapan-jawapan boleh dilihat dalam
Jadual 4.8.

Jadual 4.8: Pengetahuan Tentang Undang-undang Pemberontak (n = 256)

Hukuman Frekuensi Peratus
(%)
Tergantung atas keputusan hakim 125
sesuai dengan kesan pemberontakan 62 48.8
tersebut 35
Pemberontak akan dipenjara 30 24.2
Pemberontak akan disebat/rotan 4 13.7
dengan 100 kali sebatan
Pemberontak akan dihalau daripada 11.7
kampungnya 1.6
Tiada hukuman

Menerusi Jadual 4.8, didapati seramai 125 orang (48.8%) memberikan jawapan
tergantung atas keputusan hakim sesuai dengan kesan pemberontakan tersebut. 62
orang (24.2%) menjawab pemberontak akan dipenjara. 35 orang (13.7%)
memberikan jawapan pemberontak akan disebat/rotan dengan 100 kali sebatan.
Pemberontak akan dihalau dari kampungnya adalah seramai 30 orang (11.7%)
Manakala jawapan tiada hukuman dijawab oleh 4 orang (1.6%).

Setelah ditolak empat orang yang memilih tiada hukuman, maka jumlah responden
mengetahui bahawa adanya hukuman ke atas pemberontak dan merupakan kesalahan
dalam undang-undang jenayah Islam adalah seramai 252 orang (98.44%). Secara
khususnya, hampir separuh atau 125 orang (98.43%) telah menjawab dengan tepat.
Sementara bakinya, iaitu seramai 127 (50.39%) telah memberikan jawapan masing-
masing, iaitu 62 orang (24.60%) menjawab pemberontak akan dipenjara. 35 orang
(13.88%) memberikan jawapan pemberontak akan disebat/rotan dengan 100 kali

327

sebatan, manakala jawapan untuk pemberontak akan dihalau dari kampungnya
dipilih oleh 30 orang (11.90%).

Pengetahuan responden tentang hukuman ke atas pemberontak dari segi bilangannya
lebih tinggi jika dibandingkan bilangan responden yang dapat menjawab dengan
tepat bagi hukuman ke atas perompak.

Kesimpulannya, melihat kepada frekuensi dan peratusan secara satu persatu
berdasarkan Jadual 4.2 hingga 4.8, didapati hanya tiga jenis hukuman sahaja, iaitu
riddat, sariqat dan al-baghy yang didapat dijawab dengan tepat oleh responden.
Masing-masingnya adalah 117 (56.691%), 121 (47.4%) dan 125 (49.60%). Manakala
empat hukuman lagi, iaitu syurb al-khamr, qadhf, zina dan hirabat menunjukkan
bahawa responden tahu adanya hukuman bagi kesalahn-kesalahan tersebut, cuma
mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Berdasarkan data tersebut,
frekuensi dan peratusan keseluruhan bahagian ini menunjukkan bahawa pengetahuan
responden tentang kewujudan undang-undang Islam adalah sederhana sebagaimana
yang dipaparkan dalam Jadual 4.9.

Jadual 4.9: Rumusan Pengetahuan Responden Terhadap Undang-undang Jenayah
Islam. (n = 256)

Bil Undang- Tahu Peratusan Tahu, tetapi Peratusan Total Peratusan
undang dengan (%) tidak tepat (%) (%)
jenayah tepat 196
Islam 117 56.69 79 40.3 247 76.56
34.00 163 65.99 247 96.48
1. Hadd riddat 84 145 255
41.2 134 58.70 244 96.48
2. Hadd syurb 102 181
al-khamr 47.4 52.54 99.60
121 25.81 74.1 95.31
3. Hadd al-
qadhf 63

4. Hadd al-
sariqat

5. Hadd al-

zina 328

Hadd al- 100 39.37 154 61.11 244 95.31
hirabat 127 50.39 252 98.44

7. Hadd al- 125 49.60

bahgy

Sungguhpun kelihatan peratusan bagi undang-undang sariqat dan al-baghy agak
rendah berbanding dengan peratusan responden yang tidak tahu, namun secara
khususnya kedua-duanya peratusan tersebut adalah tinggi kerana ia berdiri sendiri.
Sebaliknya peratusan responden yang tidak tahu kelihatan tinggi adalah kerana hasil
gabungan beberapa jawapan.

Jika ditinjau pengetahuan responden berdasarkan urutan hukuman dalam undang-
undang jenayah Islam, maka pengetahuan responden terhadap undang-undang riddat
menduduki tempat yang teratas, iaitu 117 atau 56.69% mengatasi undang-undang
yang lain.

4.3. Persepsi Toleransi Dalam Undang-undang Jenayah Islam

Bahagian ini akan adalah menganalisis persepsi responden terhadap nilai-nilai
tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam. Analisis ini juga bertujuan menjawab
objektif ketiga, iaitu menganalisis persepsi pelajar-pelajar bukan Islam di IPTA
terhadap nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam.

Pada Bab Satu, nombor 8.3 tentang Kaedah Pengumpulan Data Kajian Lapangan
telah dinyatakan bahawa tahap skala 1 hingga 5 digunakan bagi menggambarkan
pendirian responden. Tahap-tahap tersebut adalah 'sangat tidak setuju', 'tidak setuju',
'tidak pasti', 'setuju' dan 'sangat setuju'. Nilai skor 1 hingga 5 dikelaskan kepada 3
bahagian, iaitu nilai 1 dan 2 adalah menunjukkan kontinum negatif, nilai 3

329

menunjukkan tidak pasti dan nilai 4 dan 5 menunjukkan positif.

Susunan nilai skor adalah seperti berikut:

Sangat tidak setuju : 1

Tidak setuju :2

Tidak pasti :3

Setuju :4

Sangat setuju :5

Sangat tidak setuju 1 234 5 Sangat setuju

Perinciannya ditunjukkan dalam Jadual 4.10.

Jadual 4.10: Jadual tafsiran skala min persepsi

Nilai Min Tafsiran Persepsi

Nilai min dari 1.00 hingga 2.99 Persepsi negatif

Nilai min bersamaan dengan 3.00 Persepsi tidak pasti

Nilai min dari 3.01 hingga 5.00 Persepsi positif

Manakala dalam menentukan tahap bagi min-min tersebut, maka ia akan ditentukan
berdasarkan jadual di bawah.

Jadual 4.11: Klasifikasi nilai-nilai min

Bil Nilai Min Tahap

330

Bil Nilai Min Tahap
1. 1.00 – 2.33 Rendah
2. 2.34 – 3.67 Sederhana
3. 3.68 – 5.00 Tertinggi
Sumber: Misnan Jamal552

Terdapat tujuh kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang jenayah Islam dan
satu kefahaman dan penilaian berkaitan keterangan dibincangkan dalam bahagian ini,
iaitu:

i. Persepsi toleransi dalam kes zina (sembilan item)
ii. Persepsi toleransi dalam kes pencurian (tujuh item)
iii. Persepsi toleransi dalam kes tukar agama (enam item)
iv. Persepsi toleransi dalam kes minum khamar (enam item)
v. Persepsi toleransi dalam kes rompakan (lima item)
vi. Persepsi toleransi dalam kes tuduhan seks (lima item)
vii. Persepsi toleransi dalam kes pemberontakan (empat item)
viii. Persepsi toleransi tentang keterangan (lapan item)

Nilai-nilai min bagi setiap kefahaman dan penilaian setiap toleransi disusun secara
menaik (ascending) untuk memudahkan mengenalpasti item yang mempunyai min
persepsi positif dan negatif.

i. Persepsi Toleransi dalam Kes Zina

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes zina mengandungi sembilan item.
Analisis ke atas item-item tersebut dipaparkan dalam jadual 4.12.

552 Misnan Jamal, Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-
Qur`an, hal. 106.

331

Jadual 4.12: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi
dalam kes zina (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif positif Persepsi
Gambar tidak boleh menjadi Bil %
3. bukti kerana boleh dieksploitasi Bil % Bil % 4.06
untuk memburukkan imej 32 12.5
8. seseorang dengan menggunakan 56 21.9 168 65.5 3.82
teknik super impose (teknik 50 19.5
pertindihan gambar) 51 19.9 155 60.5
Saksi (eyewitness) mestilah
seorang yang mempunyai akal
yang waras, mempunyai moral
yang baik serta tidak pernah
melakukan kesalahan jenayah

2. Pembuktian perlakuan seks

melalui penggunaan CCTV lebih

dipercayai daripada pengakuan 49 19.1 56 21.9 151 59.0 3.79
lisan empat orang saksi yang
3.74
melihat dengan mata mereka
3.42
sendiri. 2.97
2.47
5. Ketepatan ujian DNA memang 2.33
2.25
tidak boleh diragui. Tetapi

pemalsuan sample sperm (air

mani) misalnya boleh berlaku 49 19.1 63 24.6 144 56.3
bila-bila masa. Sehingga ada

kemungkinan seseorang boleh

didapati bersalah walaupun dia

sebenarnya tidak bersalah

9. Orang bukan Islam yang didapati

bersalah melakukan hubungan

seks dengan wanita Islam boleh 49 19.1 103 40.2 104 40.6

pilih undang-undang Islam atau

undang-undang Sivil

1. Pasangan lelaki dan wanita yang

belum berkahwin didapati berada

dalam satu selimut tidak boleh 99 38.7 61 23.8 96 37.5

dituduh melakukan hubungan

seks.

4. Rakaman CCTV tidak boleh

dijadikan bukti seseorang telah 131 51.2 61 23.8 64 25.0

melakukan hubungan seks

6. Pasangan yang telah berkahwin

tetapi melakukan hubungan seks 140 54.7 61 23.8 55 21.5
dengan orang lain patut dihukum

bunuh

7. Seseorang patut merahsiakan

jika dia ternampak pasangan 138 53.9 75 29.3 43 16.8
yang belum berkahwin

melakukan hubungan seks.

Purata min keseluruhan 3.21

Berdasarkan Jadual 4.12, item 3, iaitu gambar tidak boleh menjadi bukti kerana boleh
dieksploitasi untuk memburukkan imej seseorang dengan menggunakan teknik super

332

impose (teknik pertindihan gambar) menunjukkan nilai min yang tertinggi, iaitu 4.06
atau dipersetujui oleh 168 responden (65.6%). Manakala item 7 adalah item yang
mendapat nilai min yang paling rendah, iaitu 2.25 dipilih oleh 138 orang (53.9%)
atau tidak dipersetujui oleh 43 responden (16.8%) berkaitan soalan seseorang patut
merahsiakan jika dia ternampak pasangan yang belum berkahwin melakukan
hubungan seks. Namun, persepsi negatif berkait rapat dengan sebilangan responden
yang menjawab tidak pasti, iaitu pada item 1, 4,6 dan 7. Tiga yang pertama masing-
masing seramai 61 orang (23.8%) dan terakhir adalah seramai 75 orang (29.3%).
Walaupun purata min keseluruhan bagi semua item, iaitu 3.21 agak rendah, namun
kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes zina masih berada dalam persepsi
positif.

ii. Persepsi Toleransi dalam Kes Pencurian

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes pencurian mengandungi sembilan item.
Analisis ke atas item-item tersebut digambarkan dalam jadual 4.13.

Jadual 4.13: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi
dalam kes pencurian (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif
11. Pencuri yang mencuri barang Bil % 63 24.6 Bil % Persepsi
yang berharga yang diletakkan 27 10.5 63 24.6
12. dalam peti besi mesti dihukum 166 64.8 4.08
Orang yang mencuri sebatang 50 19.5 73 28.5
10. pen berharga RM1.50 tidak boleh 143 55.9 3.72
dihukum potong tangan 45 17.6
Pencuri yang mencuri barangan 138 53.9 3.72
yang berharga dengan tujuan
untuk menggadaikannya untuk
membeli makanan dan keperluan
keluarga tidak boleh dihukum
dengan hukuman potong tangan.

333

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif Persepsi
14. Orang bukan Islam yang didapati Bil % 83 32.4
13. mencuri boleh pilih undang- 85 33.2 74 28.9 Bil %
15. undang Islam atau undang- 101 39.5
undang Sivil (Civil Law) 67 26.2 88 34.4 3.02
16. Hakim tidak boleh memberi 116 45.3
pengampunan kepada pencuri 81 31.6 81 31.6 2.84
126 49.2
Memotong kaki penghidap 73 28.5 2.66
diabetis (kencing manis)
dianggap baik kerana boleh 49 19.1 2.39
menyelamatkan dirinya sendiri. 3.20
Begitu juga hukuman potong
tangan ke atas pencuri dianggap
baik kerana boleh menyelamat
harta orang ramai
Pencuri yang telah membuat
pengakuan mencuri, kemudian
menarik semula pengakuannya,
tidak patut dihukum lagi.

Purata min keseluruhan

Berdasarkan Jadual 4.13, item 11, pencuri yang mencuri barang yang berharga yang
diletakkan dalam peti besi mesti dihukum menunjukkan min persepsi yang paling
tinggi, iaitu 4.08. Item ini dipersetujui oleh 166 orang (68.8%). Manakala item yang
mendapat min yang paling rendah, iaitu min persepsi 2.39 ialah item 16, iaitu pencuri
yang telah membuat pengakuan mencuri, kemudian menarik semula pengakuannya,
tidak patut dihukum lagi. Item ini tidak dipersetujui oleh 126 orang (49.2%).
Keadaan ini ditambah lagi dengan bilangan responden yang menjawab tidak pasti
adalah seramai 74 orang (28.9%), 67 orang (26.2%) dan 81 orang (31.6%), iaitu pada
item 13, 15 dan 16. Meskipun demikian, purata min keseluruhan bagi semua item
untuk Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes pencurian adalah persepsi positif
iaitu 3.20.

iii. Persepsi Toleransi dalam Kes Murtad

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes pencurian mengandungi sembilan item.
Analisis ke atas item-item tersebut digambarkan dalam jadual 4.14.

334

Jadual 4.14 : Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi

dalam kes tukar agama (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif
18. Bil % 43 16.8 Bil % Persepsi
25 9.8
22. Orang Islam yang mahu menukar 70 27.3
61 23.8
20. agama hendaklah diberi peluang 90 35.2 188 73.4 4.27
21. 49 19.1 57 22.3
untuk membela dirinya sebelum 43 16.8
17. 25 9.8 85 33.2
19. dihukum
25 9.8
Orang yang menukar agama 57 22.3

kemudian memburukkan-

buruk/mencaci agama lamanya 125 48.8 4.27
117 45.7 4.16
adalah seperti tentera yang lari 174 45.7 3.53
188 73.4 3.50
daripada pasukannya kemudian 114 44.5 3.44

bergabung dengan tentera musuh.

Hukuman ke atas orang yang

mahu menukar agama bertujuan

elak agama dipermain-mainkan

Tidak boleh sesuka hati menuduh

seseorang itu telah keluar

daripada agamanya sebelum

mempunyai cukup bukti dan

diakui oleh mahkamah

Seseorang Islam yang ingin

menukar agamanya patut diberi

kaunseling terlebih dahulu

Orang Islam yang telah menukar

agama kerana tidak langsung

memahami Islam tidak boleh

dihukum

Purata min keseluruhan 3.86

Berdasarkan Jadual 4.14, item 18, seseorang Islam yang ingin menukar agamanya
patut diberi kaunseling terlebih dahulu menduduki min persepsi yang paling tinggi,
iaitu 4.27. Item ini dipersetujui oleh 188 orang (73.47%). Manakala item yang
mendapat min persepsi yang paling rendah adalah item 19 dengan nilai min persepsi
3.44 berkaitan dengan soalan orang Islam yang telah menukar agama kerana tidak
langsung memahami Islam tidak boleh dihukum. Item ini tidak dipersetujui oleh 57
orang atau 22.3%. Sungguhpun demikian, nilai min keseluruhan bagi kefahaman dan
penilaian toleransi dalam kes murtad adalah min persepsi positif 3.86, iaitu melebihi
min persepsi 3.00 ke atas. Jelas membuktikan bahawa responden mempunyai
persepsi yang amat positif terhadap toleransi dalam kes murtad.

335

iv. Persepsi Toleransi dalam Kes Minum Khamar

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes minum khamar mempunyai enam item.
Analisis ke atas item-item tersebut tertera dalam Jadual 4.15.

Jadual 4.15: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi

dalam kes minum arak (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif
24. Minum arak hingga mabuk, hisap Bil % 31 12.1 Bil % Persepsi
28. ganja dan penyalah gunaan dadah 28 10.9 74 28.9
boleh merosakkan akal seseorang 197 77.0 4.32
27. Bentuk sebatan di atas adalah 24 9.4 98 38.3
sebatan yang berbentuk 158 61.7 4.04
26. pengajaran bukan untuk tujuan 24 9.4 75 29.3
25. mencederakan 87 34.0 134 52.3 3.85
23. Sebatan yang sederhana kuat, 38 14.8 52 20.3
tidak disebat pada bahagian 76 29.7 143 55.9 3.82
muka, kemaluan, rusuk dan 106 41.4
kepala dan tidak disebat pada 93 36.3 3.13
tempat yang sama, tidak diikat
dan ditelanjangkan adalah 98 38.3 2.93
hukuman sebat yang betul
Hakim membebaskan peminum
arak kerana terbukti minum
kerana dipaksa.
Orang Islam yang minum arak
kerana terlalu dahaga/haus tidak
boleh disebat 40 kali.
Bau arak pada mulut seseorang
tidak boleh menjadi bukti
bahawa dia minum arak.

Purata min keseluruhan 3.79

Jadual 4.15 menunjukkan bahawa item 24 berkaitan soalan bentuk sebatan di atas
adalah sebatan yang berbentuk pengajaran bukan untuk tujuan mencederakan berada
pada min persepsi yang tertinggi, iaitu 4.32. Pernyataan ini dipersetujui oleh seramai
197 orang atau 77.04%. Manakala item berkaitan bau arak pada mulut seseorang
tidak boleh menjadi bukti bahawa dia minum arak nampaknya tidak dipersetujui oleh
106 orang atau 41.4% dan dijawab tidak pasti oleh 52 orang (20.3%). Sungguhpun
terdapat perbezaan yang ketara antara min negatif dan min positif, namun min

336
keseluruhan tetap berada pada min persepsi positif, iaitu 3.79. Hal ini
menggambarkan bahawa persepsi responden bagi kefahaman dan penilaian toleransi
dalam kes minum khamar adalah positif.

v. Persepsi Toleransi dalam Kes Rompakan

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes rompakan mempunyai enam item.
Analisis ke atas item-item tersebut disenaraikan dalam Jadual 4.16.

Jadual 4.16: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi

dalam kes rompakan (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif Persepsi
32. Rompakan bersenjata boleh Bil % Bil %
menimbulkan ketakutan dan 10 3.9
33. trauma yang mendalam kepada 19 7.4 39 15.2 207 80.9 4.54
30. mangsa
Hukuman yang tegas ke atas 41 16.0 34 13.3 203 79.3 4.43
29. perompak bertujuan menjamin
keamanan dan harta orang ramai 59 23.0 63 24.6 152 59.4 3.87
31. Apabila kes telah dibawa ke
mahkamah, perompak yang 119 46.5 55 21.5 142 55.5 3.65
membunuh orang ketika 78 30.5 59 23.0 2.53
membuat rompakan, tidak boleh
dimaafkan oleh hakim atau waris
mangsa yang terbunuh
Rompakan yang dilakukan secara
ganas dan membunuh patut
dihukum dengan potong tangan
dan kaki
Jika kes belum dibawa ke
mahkamah, maka perompak yang
membunuh seseorang boleh
dimaafkan oleh ahli warisnya.

337

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item Purata min keseluruhan negatif Bil % positif Persepsi
Bil %
Bil %

3.80

Berdasarkan petunjuk daripada Jadual 4.16, didapati item 32, iaitu rompakan
bersenjata boleh menimbulkan ketakutan dan trauma yang mendalam kepada mangsa
adalah item yang paling tinggi dengan nilai min persepsinya 4.54. seramai 207 orang
atau 80.9% bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala item 31 berkaitan
dengan pernyataan jika kes belum dibawa ke mahkamah, maka perompak yang
membunuh seseorang boleh dimaafkan oleh ahli warisnya berapa pada nilai min
persepsi negatif, iaitu ialah 2.53. item ini tidak dipersetujui oleh 119 orang (46.5%).
Walau bagaimanapun, nilai min keseluruhannya tetap berada pada min persepsi
positif iaitu 3.80 dan ini menandakan bahawa kefahaman dan penilaian toleransi
dalam kes rompakan adalah positif.

vi. Persepsi Toleransi dalam Kes Tuduhan Seks

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes tuduhan seks mempunyai lima item.
Analisis telah dilakukan ke atas kelima-lima item tersebut seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 4.17.

Jadual 4.17. : Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi
dalam kes tuduhan seks (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif Persepsi
Orang yang telah dituduh Bil % Bil %
34. melakukan hubungan seks boleh
menyebabkan namanya dan ahli 23 9.0
keluarganya tercemar 42 16.4 191 74.6 4.31

338

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif Bil % positif Persepsi
38. Penuduh yang didapati bersalah Bil % 73 28.5
akan disebat dengan sebatan 24 9.4 Bil %
37. yang berbentuk pengajaran bukan 77 30.1
35. untuk mencederakan. 44 17.2 84 32.8 159 62.1 4.05
36. Orang yang mempunyai moral 91 35.5
yang jahat tidak layak menjadi 45 17.6 135 52.7 3.71
saksi
Sebelum membuat tuduhan, 98 38.3 127 49.6 3.64
penuduh (slander) mesti ada 4 67 26.2 3.75
orang saksi
Jika tiada saksi, penuduh patut
disebat 80 kali

Purata min keseluruhan 3.69

Secara umumnya nilai min bagi dimensi toleransi dalam kes tuduhan seks berada
pada min persepsi positif iaitu melebihi min 3.00 ke atas. Item yang mempunyai nilai
min persepsi yang tertinggi ialah berkaitan pernyataan orang yang telah dituduh
melakukan hubungan seks boleh menyebabkan namanya dan ahli keluarganya. Item
yang dimaksudkan berada pada nilai min persepsi 4.31. Pernyataan ini telah dipilih
oleh 191 orang atau 74.6%. Namun, item 36 berkaitan jika tiada saksi, penuduh
patut disebat 80 kali merupakan nilai min persepsi paling rendah, iaitu 3.75. Item ini
hanya dipilih oleh 67 orang atau 26.2% berbanding 98 orang atau (38.3%) yang tidak
bersetuju. Oleh kerana min persepsi bagi setiap item melebihi 3.00, maka didapati
min keseluruhannya kekal berada pada min persepsi positig iaitu 3.69. Hal ini
menandakan bahawa untuk kefahaman dan penilaian qadhaf, min persepsi responden
adalah positif.

vii. Persepsi Toleransi dalam Kes Pemberontakan

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes pemberontakan mempunyai empat
item. Analisis ke atas semua item digambarkan dalam Jadual 4.18.
Jadual 4.18: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi

339

dalam kes pemberontakan (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Persepsi Persepsi Min
Item negatif tidak pasti positif Persepsi
39. Pemberontak patut diajak Bil % Bil % Bil %
42. berdamai terlebih dahulu 37 14.5 81 31.6
41. sebelum menghukum mereka 138 53.9 3.79
Pemberontak yang terluka atau 43 16.8 70 27.3
40. melarikan diri dan membuang 143 55.9 3.78
senjatanya tidak boleh dibunuh 32 12.5 103 40.2
Hukuman ke atas pemberontak 121 47.3 3.70
bertujuan menghalang tindakan 51 19.9 93 36.3
menjatuhkan pemerintah yang 112 43.8 3.48
sah. 3.68
Pemberontak yang menolak
berdamai tidak boleh diserang
sebelum mereka yang
memulakan serangan

Purata min keseluruhan

Jadual 4.18 menggambarkan bahawa item 39, iaitu pemberontak patut diajak
berdamai terlebih dahulu sebelum menghukum mereka merupakan item tertinggi
dengan nilai min persepsinya ialah 3.79. Daripada segi peratusnya, didapati 53.9%
atau seramai 138 orang telah bersetuju dengan penyataan tersebut. Item yang paling
rendah adalah item 40 berkaitan dengan pemberontak yang menolak berdamai tidak
boleh diserang sebelum mereka yang memulakan serangan. Item ini dipilih oleh 112
orang (43.8%), manakala 51 orang (19.9%) tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Oleh kerana min item masing-masing agak seimbang, maka keadaan ini
mempengaruhi nilai min keseluruhan. Oleh itu, didapati nilai min keseluruhan bagi
dimensi toleransi dalam kes pemberontakan adalah 3.68. Nilai min ini menunjukkan
bahawa Kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes pemberontakan adalah berada
pada min positif.

viii. Persepsi Toleransi Dalam Keterangan

340

Kefahaman dan penilaian toleransi dalam keterangan mempunyai lapan item.
Analisis ke atas semua item dijelaskan dalam Jadual 4.19.

Jadual 4.19: Dapatan min, kekerapan dan peratusan item-item persepsi toleransi
dalam kes keterangan (n=256)

No. PENYATAAN Persepsi Tidak pasti Persepsi Min
Item negatif positif Persepsi
Bil %
44. 22 8.6 Bil % Bil % 4.11
43. 29 11.3 4.04
46. Pengakuan mesti dibuat dalam 49 19.1 185 72.3
kerelaan sendiri bukan dipaksa 21 8.2 3.98
48.
Saksi mestilah seorang yang 29 11.3 3.87
50.
adil, mempunyai moral yang 27 10.5 45 17.6 182 71.7 3.71
47.
49. baik 29 11.3 3.76

45 Penangguhan hukuman ke atas 44 17.2 3.65

pesalah yang sakit atau 44 17.2 3.44

mengandung membuktikan 74 28.9 161 62.9

hukuman bukan untuk

mencederakannya

Hakim hendaklah memastikan

pengakuan bersalah dibuat oleh 59 23.0 168 65.6

seseorang yang waras dan dibuat

dengan sukarela

Hakim yang membebaskan

orang yang bersalah kerana tidak

cukup bukti lebih baik daripada 80 31.3 149 58.2
88 34.4 139 54.3
tersilap hukum orang yang tak 78 30.5 134 52.3
95 37.1 117 45.7
bersalah

Percanggahan fakta di antara

saksi-saksi dalam mahkamah

boleh menyebabkan kes ditolak
Saksi–saksi tidak boleh terdiri

dalam kalangan orang yang

mempunyai kepentingan

peribadi seperti ikatan

kekeluargaan dan perkahwinan

Kepayahan mendapat 4 orang

saksi membuktikan Islam amat

menjaga harga diri seseorang

Purata min keseluruhan 3.69

Berdasarkan Jadual 4.19, item 44, Pengakuan mesti dibuat dalam kerelaan sendiri
bukan dipaksa menduduki min persepsi yang paling tinggi, iaitu 4.11. Item ini
dipersetujui oleh 185 orang (72.3%). Manakala item yang mendapat min persepsi
yang paling rendah ialah item 45 dengan nilai min persepsi 3.44 berkaitan dengan
pernyataan kepayahan mendapat 4 orang saksi membuktikan Islam amat menjaga
harga diri seseorang. Pernyataan ini tidak dipersetujui oleh 44 orang (17.2%) dan

341

dipilih oleh 117 orang (45.7%). Min keseluruhan bagi dimensi ini ialah 3.69.
Daripada min keseluruhan jelas menunjukkan bahawa responden mempunyai
persepsi yang positif terhadap kefahaman dan penilaian toleransi dalam kes
keterangan.

Berpandukan Jadual 4.12 hingga 4.19, maka purata min persepsi masing-masing
adalah seperti berikut:

Kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang murtad yang mempunyai enam
item memperlihatkan kenam-enam item berada dalam min persepsi positif. Dari segi
tahapnya pula, item-item yang berapa pada tahap tertinggi adalah item 24, 28, 27,
dan 26. Item yang berada pada tahap sederhana adalah item 25 dan 23. Tiada item
yang berada pada tahap rendah.

Kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang minum khamar mempunyai enam
item. Lima item berada pada min positif, manakala satu item berada dalam min
persepsi negatif. Dari segi tahapnya pula, item-item yang berapa pada tahap tertinggi
(3.68–5.00) adalah item 8, 2 dan 3. Item yang berada pada tahap sederhana (2.34-
3.67) adalah item 1 dan 4. Manakala item yang berapa pada tahap rendah (1.00-2.33)
adalah item 6 dan 7.

Bagi kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang qadhf pula menunjukkan
bahawa daripada kelima-lima item, empat daripadanya adalah positif, sementara satu
item adalah negatif. Dari segi tahapnya pula, keempat-empat item berapa pada tahap
tertinggi, iaitu item 34, 38, 37, dan 36.

Begitu juga kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang pencurian yang
mempunyai tujuh item memaparkan bahawa empat item berada pada min positif,

342

manakala tiga item berada pada min negatif. Dari segi tahapnya pula, tiga item
berapa pada tahap tertinggi, iaitu item 11, 12 dan 10. Manakala empat item
selebihnya berada pada tahap sederhana, iaitu item 14, 13, 15 dan 16.

Bagi kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang zina yang mempunyai
sembilan item memperlihatkan bahawa lima item berada pada min positif dan empat
item berada pada min negatif. Dari segi tahapnya pula, empat item yang berapa pada
tahap tertinggi, iaitu item 3, 8, 2, dan 5. Item 9, 1, 4 dan 6 berada pada tahap
sederhana. Manakala item yang berada pada tahap rendah adalah item 6 dan 7.

Seterusnya kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang rompakan yang
mempunyai lima item menunjukan bahawa empat item berada pada min positif,
manakala satu item berada pada min negatif. Dari segi tahapnya pula, item-item yang
berapa pada tahap tertinggi adalah item 39, 42, dan 41. Manakala item yang berada
pada tahap sederhana adalah item 40.

Seperti kefahaman dan penilaian murtad, didapati kefahaman dan penilaian toleransi
undang-undang pemberontakan memperlihatkan bahawa keempat-empat min berada
pada min positif. Demikian juga Kefahaman dan penilaian toleransi dalam
keterangan menunjukkan bahawa kelapan-lapan item berada dalam min positif. Dari
segi tahapnya pula, item-item yang berapa pada tahap tertinggi adalah item 44,
43,46,48,50 dan 47. Manakala dua item yang berada pada tahap sederhana, iaitu
adalah item 49 dan 45.

Daripada maklumat di atas, nyatalah bahawa daripada 50 item yang disediakan,
hanya 11 item yang mempunyai min persepsi negatif, manakala 39 item lagi adalah
min persepsi positif. Oleh sebab itu, keadaan ini mempengaruhi keseluruhan min

343

masih sehingga ia masih berada dalam kategori positif. Dengan itu, dapatlah
dinyatakan di sini bahawa persepsi para pelajar bukan Islam di IPTA di dalam kajian
ini adalah positif. Dari segi tahapnya pula, secara terperincinya, Rumusan di atas
boleh dipaparkan dalam jadual 4.20.

Jadual 4. 20: Rumusan min, persepsi dan tahap

Bil Kefahaman dan penilaian Bil. Min Bil. Min Min Persepsi
1. Toleransi dalam keterangan positif negatif 3.97 Tahap
2. Toleransi undang-undang murtad Positif
8 0 Tertinggi

6 0 3.86 Positif

Tertinggi

3. Toleransi undang-undang Positif
rompakan 4 1 3.80

Tertinggi

4. Toleransi undang-undang minum 5 1 3.80 Positif
khamar Tertinggi

5. Toleransi undang-undang qadhf 4 Positif
1 3.70 Tertinggi

6. Toleransi undang-undang Positif
pemberontak 3 1 3.69 Tertinggi

7. Toleransi undang-undang zina 5 4 3.21 Positif
Sederhana

8 Toleransi undang-undang 4 3 3.21 Positif
pencurian sederhana

Berdasarkan jadual di atas, disimpulkan sekali lagi bahawa persepsi positif para

pelajar bukan Islam terhadap nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah

Islam berada dalam dua kategori berikut, iaitu kategori persepsi positif tertinggi dan

kategori persepsi positif sederhana.

Bagi kategori persepsi positif tertinggi, maka kefahaman dan penilaian adalah pada
toleransi dalam keterangan, toleransi undang-undang murtad, toleransi undang-
undang rompakan, toleransi undang-undang minum khamar, toleransi undang-
undang qadhf dan toleransi undang-undang terhadap pemberontak.

Manakala kefahaman dan penilaian toleransi undang-undang zina dan toleransi
undang-undang pencurian berada pada tahap persepsi positif sederhana.

344

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Masri Singarimbun dan Sofian Effendi yang
menyatakan bahawa walaupun kaedah purposive sampling dilihat tidak dapat
memastikan keberwakilan atau tidak dapat digunakan sebagai test statistik, tetapi
hasil yang diperolehi tidak jauh menyimpang daripada sifat-sifat populasinya. Faktor
ini didorong oleh kaedah persampelan yang digunakan dalam sesuatu populasi
dengan memilih sampel yang mempunyai sifat yang sesuai dengan sifat-sifat
populasi.553

Kesemua aspek-aspek toleransi memperlihatkan bahawa persepsi pelajar-pelajar
bukan Islam terhadap nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam adalah
positif. Persepsi responden dianalisis berdasarkan item-item yang dipilih oleh
responden tanpa paksaan dan tekanan oleh sesiapa.

Walaupun pemikiran responden tidak sampai untuk memahami secara mendalam
tujuan pensyari’atan undang-undang jenayah Islan, namun untuk memahami proses
pensabitan atau pembuktian dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam bukanlah
sesuatu yang sukar. Hal ini kerana nilai-nilai tasamuhnya bersifat ma'qul al-ma'na
dan mudah dicerap oleh akal.

Item 3 dalam toleransi undang-undang jenayah zina merupakan item yang tertinggi
min positifnya yang menjelaskan bahawa Islam menolak pembuktian berasaskan
gambar. Pernyataan ini disokong dengan fakta tentang mudahnya gambar
dieksploitasi dengan menggunakan teknik super impose. Pernyataan ini diakui oleh
responden, malahan kes-kes begini berlaku secara berleluasa yang kebanyakannya

553 Masri Singarimbun dan Sofian Efffendi, Metode Penelitian Survai , hal 122.

345

dilakukan dengan tujuan menjatuhkan nama baik seseorang. Oleh itu, secara tidak
langsung, responden mengakui bahawa gambar tidak sesuai untuk menjadi bahan
bukti khususnya dalam mensabitkan seseorang dalam kes zina. Hal ini sekaligus
membuktikan bahawa tahap pembuktian yang cukup tinggi merupakan antara nilai-
nilai tasamuh Islam.

Bagi min negatif pula, ia selari dengan penjelasan di atas tadi bahawa tidak semua
tujuan pensyari’atan hukum Islam difahami oleh bukan Islam. Secara logiknya, tiada
keperluan untuk merahsiakan perlakuan seks yang dilihat oleh kerana ia bukan
sesuatu yang pelik dan janggal bagi sebahagian masyarakat bukan Islam. Namun,
bagi umat Islam ia merupakan unsur yang terpenting kerana ia melibatkan falsafah
istitar atau sitr al-‘aib.

Dalam toleransi undang-undang jenayah pencurian pula, nilai-nilai tasamuhnya juga
mudah untuk diterima oleh akal. Item 11 membuktikan bahawa pencuri yang
mengambil sesuatu yang berada di dalam peti besi tentulah sesuatu yang berharga
dan bernilai. Bahkan, akal yang waras tidak menolak anggapan bahawa pencuri yang
mengambil barangan di tempat penyimpanan sebenarnya memang mempunyai tekad
untuk mencuri. Oleh sebab itu, wajarlah pencuri dihukum. Oleh itu, untuk item 11,
persepsi responden adalah positif.

Bagi item 16 yakni item persepsi negatif, ternyata responden tidak mampu
mengjangkau maksud sebenarnya kerana dari segi akalnya ia tidak boleh diterima.
Namun, menurut Islam penarikan iqrar menandakan adanya syubhah dalam kes
tersebut. Justeru, item ini hanya diterima oleh 49 responden sahaja.

346

Demikian juga dalam kes murtad pula, persepsi responden bagi kesemua item
sesuatu yang di luar jangkaan. Nilai-nilai tasamuh dalam kesemua item yang
berkaitan dengan nilai keinsanan, keadilan dan ketelitian diterima baik oleh
responden. Bahkan tiada langsung nilai min tahap negatif untuk item-item tersebut.
Pemiihan responden terhadap item-item tersebut menandakan bahawa responden
tidak begitu terpengaruh dengan laporan media yang tidak tepat berkaitan undang-
undang murtad. Data ini menunjukkan adanya pertentangan dengan pandangan
sesetengah pemimpin bukan Islam bahawa hukum hudud tidak membawa keadilan
dan menindas bukan Islam. 554 Sebaliknya, nilai-nilai tasamuh tersebut hakikatnya
adalah berteraskan keadilan.

Kes seterusnya yang melibatkan toleransi dalam undang-undang minum khamar
tidak jauh bezanya dengan pernyataan pada bahagian murtad di atas. Item 24
diterima baik oleh responden. Secara tidak langsung, responden bersetuju bahawa
nilai tasamuh di sebalik pengharamannya bertujuan memelihara akal seseorang.
Sementara bagi item 23, responden didapati tidak mampu untuk melihat nilai-nilai
tasamuhnya kerana ia tidak dinyatakan secara zahir. Namun, jika diamati daripada
perbincangan para fuqaha’, maka jelas sekali adanya unsur syubhah. Justeru, tidaklah
memeranjatkan apabila item ini berapa pada persepsi negatif.

Seterusnya dalam kes rompakan memperlihatkan bahawa secara fitrahnya akal
manusia dapat menerima pernyataan pada item 32 walaupun mereka mungkin belum
pernah mengalaminya. Oleh sebab itu, tidak menghairankan jika dilihat dari segi
tahap minnya ia berada pada persepsi positif tertinggi. Selain itu, pernyataan ini
mempunyai perkaitan dengan teori persepsi yang dinyatakan oleh Ahmad Syukri

554 Pernyataan ini boleh dirujuk pada halaman 24 dalam bahagian sorotan karya.

347

bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi berpunca daripada tujuh faktor
berikut, iaitu status individu, personaliti, sikap, motif, minat, pengalaman lepas dan
jangkaan.555 Oleh itu, daripada 256 responden, item ini dipersetujui oleh 207 orang
sehingga membawa kepada nilai min 4.54, iaitu tahap min tertinggi.

Dalam toleransi dalam kes tuduhan seks, item-item di dalamnya menunjukkan
bahawa nilai-nilai tasamuh di dalamnya dapat diterima dengan baik oleh responden
kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang. Bahkan ia turut memberi kesan
negatif kepada ahli keluarga mangsa. Secara tidak langsung, responden menghargai
bahawa undang-undang jenayah Islam mementingkan nilai-nilai keinsanan,
keihsanan, ketelitian dan keadilan.

Bagi toleransi dalam kes pemberontakan, persepsi positif responden membuktikan
bahawa mereka menghargai nilai-nilai tasamuh dalam kes pemberontakan. Lebih-
lebih lagi ia melibatkan faktor keamanan dan keselamatan. Pernyataan-pernyataan ini
mudah diterima oleh akal manusia. Responden bersetuju bahawa pemberontak yang
terluka atau melarikan diri tidak boleh dibunuh atau dikejar. Secara tersirat,
responden mengakui bahawa tujuan memerangi pemberontak bukanlah semata-mata
untuk membunuh mereka, sebaliknya ia bertujuan untuk menghalang atau mencegah
pemberontakan.

Bagi toleransi dalam keterangan pula, menunjukkan bahawa responden mempunyai
persepsi yang positif. min setiap item berada pada min positif, manakala tahap min
keseluruhan berapa pada tahap min positif tertinggi. Nilai-nilai seperti ketelitian,
keihsanan dan ketidakpastian adalah sebahagian daripada elemen utama dalam

555 Ahmad Shukri Ahmad Nain, Tingkah Laku Organisasi, hal. 183.

348

undang-undang jenayah Islam. Justeru, tidak menghairankan apabila min
keseluruhannya berada pada tahap positif tertinggi.

Analisis di atas secara tidak langsung membuktikan bahawa apa yang telah
dinyatakan oleh Osman Bakar yang berpendapat bahawa salah faham terhadap Islam
dapat diatasi sekiranya mereka melihat dan mendapat gambaran sebenar tentang
Islam. Beliau juga menegaskan bahawa cara yang paling baik untuk menghilangkan
kekeliruan dan salah faham tersebut adalah dengan memberi penjelasan sebenar
tentang Islam kepada mereka.556

Penjelasan dan perbincangan perlu dilakukan lebih-lebih lagi apabila
membincangkan undang-undang jenayah Islam. Membincangkannya secara terpisah
daripada nilai-nilai toleransinya hanya akan menimbulkan kekeliruan dan salah
faham. Hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah nilai-nilai toleransinya adalah
sebahagian daripada elemen-elemen yang membuktikan bahawa undang-undang
Islam mengutamakan kemaslahatan manusia dan menolak kemudaratan. Hal ini
selari dengan pemikiran dan pemahaman manusia.

Analisis data juga menunjukkan bahawa ia selari dengan pandangan Khoo Kay Kim
sebagaimana yang dipetik oleh Ridhuan Tee. Khoo Kay Kim ketika memberikan
komen terhadap konsep Islam Hadhari dan penerimaan masyarkat Cina terhadap
konsep tersebut beliau menjelaskan bahawa masyarakat Islam perlu berbahas dan
berbincang. Tegasnya lagi, umat Islam perlu menjelaskan sesuatu amalan mereka
kerana setiap sesuatu yang halal dan haram tentu ada sebab musababnya.557

556 Osman Bakar, Towards A Positive World View of Islam, hal. 40.
557 Ridhuan Tee Abdullah, Persepsi Orang Cina Terhadap Islam Hadhari, hal 93.

349

Pandangan di atas selari dengan pandangan yang disuarakan oleh Mohd Amar Bin
Abdullah, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan.
Beliau mengatakan bahawa orang tidak menerima hudud adalah kerana mereka tidak
memahami falsafah di sebalik hudud. Tanpa ragu-ragu beliau juga mengakui bahawa
sekiranya orang ramai menghargai falsafahnya, maka hudud pasti akan diterima oleh
orang ramai.558

Selain itu, persepsi responden mempunyai perkaitan dengan teori persepsi. Kovalik
misalnya menyatakan bahawa persepsi adalah proses pengumpulan maklumat
melalui organ deria, menyusun maklumat dan membuat keputusan menerima atau
menolak maklumat tersebut. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi. Antaranya adalah pengalaman dan
pengetahuan sedia ada, sikap dan minat, keperluan, rasa ingin tahu dan juga situasi
semasa. Di samping itu, perbezaan budaya, perbezaan peribadi dan kedudukan
ekonomi juga mempengaruhi persepsi seseorang itu.559

Seperkara lagi yang perlu ditekankan adalah soal-selidik yang telah diedarkan
kepada responden sudah memadai untuk menggambarkan nilai-nilai tasamuh
undang-undang jenayah Islam. Hal ini diakui oleh responden pakar dengan
katanya:560

“Ya..ana tengok soalan-soalan yang ada tu setelah ada beberapa perubahan
yang kita baiki tadi..boleh! masuk dalam toleransi, maknanya toleransi
dalam undang-undang jinayah Islam ada nilai nilai toleransi berartinya
bukan ketat sampai..dia ada syarat-syarat.”

558 http://www.thesundaily.my/news/233978. Akses pada 15 Jan 2012
559 Kovalik, C. & King, M. E. (1998). Visual Literacy. A web site tutorial on visual literacy.
Diperoleh pada 2 April 2009 dari http://www.educ.kent.edu/community/VLO.
560Hasil temu bual dengan responden pakar.

350
Kajian ini juga mendapati bahawa pandangan sebahagian pemimpin bukan Islam
terhadap undang-undang jenayah Islam agak bercanggah dengan dapatan data
persepsi yang diperoleh. Dalam hal ini jelas terlihat dua persepsi yang berbeza di
antara kelompok yang mendapat pendedahan tentang nilai-nilai tasamuh undang-
undang jenayah Islam dan kelompok yang tidak mendapat pendedahan. Oleh sebab
itu, penyelidik berpendapat bahawa sekiranya penjelasan berkaitan nilai-nilai
tasamuh dalam undang-undang Islam dapat disebarluaskan kepada masyarakat Islam
dan bukan Islam, maka kefahaman masyarakat akan lebih meningkat. Bahkan
pandangan negatif dan kesangsian terhadap undang-undang jenayah Islam dapat
diatasi.

BAB LIMA
PENUTUP

5.0 Pendahuluan

Bab ini adalah bab yang terakhir daripada keseluruhan pembahasan dalam tesis ini
yang melibatkan perbincangan bermula daripada Bab Satu hingga ke Bab Empat. Ia
mengandungi hasil-hasil kajian sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Seterusnya,
bab ini merupakan bab kesimpulan daripada keseluruhan kajian yang telah
dijalankan. Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, ringkasan dapatan
kajian. Kedua, implikasi kajian dan cadangan dasar. Ketiga, cadangan kepada kajian
seterusnya.


Click to View FlipBook Version