251
'Abdul Rahman Ibn Samrat telah dipotong tangannya pada zaman 'Umar Ibn al-
Khattab .
Hukuman bagi jenayah sariqat adalah hukuman yang terkandung di dalam al-Qur`an
dan hadith. Allah berfirman dalam surah al-Ma`idah:
➔⬧◆ ◆
☺⧫ ❑➔⬧⬧
⬧⧫ ⧫ ☺ ⧫
⧫ ◆
Maksudnya: "Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan
sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Q.S. Al-Ma`idah: 38)
Sementara dalil daripada sunnah pula menyatakan bahawa hukuman terhadap sariqat
telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Nabi . Abu Hurairah telah
meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:
ٌَع ْنٌأَِبيٌهَريْ َرَةٌعَ ْنٌالَنِِِّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌقَا َلٌلَعَ َنٌاَّلّلٌال َّسا ِا ٌََيَ ْس ِرٌَالْتَيْ َضةٌَفَت ْطَع
ٌٌيَده
Maksudnya: "Allah melaknat pencuri yang mencuri baju besi sehingga
dipotong tangannya." (H.R. Al-Bukhariy: 6285)
Dalam hadith yang lain, RasululLah bersabda:
ٌعَ ْنٌ َعائِ َه َةٌأَ َّنٌأ َساَمةٌٌََكَلّ َمٌالَنِّ َّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَْيِهٌَو َسَلّ َمٌِفيٌاْمَرأَةٌٍفََا َلٌإَِّنَاٌ َهلَ َكٌَم ْنٌَكا َنٌقَْتلَك ْم
ٌأَنَّه ْمٌَكانواٌيِيمو َنٌاْْلََّدٌ َعلَىٌالَْو ِضي ِعٌَويَْتركو َنٌال َّه ِري َفٌَواَلّ ِذيٌنَْف ِسيٌبِيَ ِدهٌِلَْوٌأَ َّنٌفَا ِط ٌَمةٌَفَعَلَ ْت
ٌذَلِ َكٌٌلََطَْعتٌيََد َها
Maksudnya: "Daripada 'A`isyah bahawasanya Usamah telah menceritakan
tentang seorang perempuan yang mencuri. Lalu Nabi bersabda:
"Sesungguhnya telah binasanya umat sebelum kamu yang mereka itu
melaksanakan hukuman hadd ke atas orang yang lemah dan membiarkan
orang mulia. Demi Allah! Jika Fatimah melakukan seperti tu, pasti aku akan
memotong tangannya." (H.R. Al-Bukhariy: 6289)
Oleh itu, jelaslah bahawa hukuman sariqat pernah dilaksanakan dan ia adalah hukum
Allah . Namun, hadd al-sariqat tidaklah kejam sebagaimana yang digambarkan
252
oleh penentangnya. Dalam bahagian ini, penyelidik akan mengenal pasti nilai-nilai
tasamuh berdasarkan kes-kes sariqat yang belaku pada zaman pemerintahan Nabi
dan zaman sahabat .
i. Definisi al-Sariqat
Pelbagai takrif sariqat telah dinyatakan oleh fuqaha', antaranya:
Fuqaha' Hanbaliy mentakrifkan sariqat sebagai:
423أخذٌالمالٌعلىٌوجهٌاْلفيةٌوالاستتاا
Maksudnya: "Mengambil harta secara sembunyi dan tertutup."
Sementara menurut fuqaha' Syafi'i, sariqat ditakrifkan sebagai:
424أخذٌالمالٌخفيةٌظلماٌمنٌحرزٌمَلهٌبهروط
Maksudnya: "Mengambil harta secara sembunyi secara zalim yang di dalam
simpanan atau seumpamanya dengan syarat-syarat tertentu."
Dalam Fiqh al-Manhajy, sariqat menurut bahasa ialah bermaksud mengambil
sesuatu secara sulit. Manakala menurut istilah syara’, pula adalah:
أخذٌمالٌالغْيٌخفيةٌظلماٌمنٌحرزٌمَلهٌبهروطٌمعينة
Maksudnya: "Mengambil harta orang lain secara sulit lagi zalim di tempat
simpanannya dengan syarat-syarat tertentu."425
Dalam kitab al-Fiqh al-Wadih, sariqat disebutkan sebagai:
أخذٌالمكلفٌمنٌحرزٌغْيهٌمالاٌبلبٌابعٌ ينااخفية
Maksudnya: "Seorang yang mukallaf mengambil harta di tempat
penyimpanan atau selainnya yang sampai seperempat dinar secara sembunyi-
sembunyi."426
423 Ibn Qudamah, al-Mughny, hal.316
424 Al-Syarbiny, Mughny al-Muhtaj, hal. 207.
425 Mustafa al-Khin et. al, al-Fiqh Al-Manhajy, hal. 436.
426 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal 238.
253
'Abd al-Rahman al-Malikiy mentakrifkan sariqat sebagai:
ٌٌأخ ذٌم الٌعل ىٌوج هٌالاختف اءٌم نٌمالك هٌأوٌنائت هباعلىٌش رطٌنٌيك ونٌنص اشٌي ط عٌعلي هبا
ٌوُيرجهٌمنٌحرزٌمَلهباٌوأنٌلاٌسكونٌفيٌهذاٌالمالٌشتهة
Maksudnya: "Mengambil harta secara sembunyi daripada pemiliknya atau
wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan dan
mengeluarkannya dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada
unsur syubhah pada harta tersebut."427
ii. Kes Sariqat pada Zaman Rasulullah dan Zaman ‘Umar Ibn al-
Khattab
Ketika pemerintahan RasululLah dan para Sahabatnya telah dicatatkan bahawa
hadd al-sariqat telah dikenakan kepada invividu-invidu tertentu. Antaranya ialah:
a. Kes Bani Makhzumiyyah
Nama asalnya ialah Fatimah bint al-Aswah. Beliau didapati telah melakukan
pencurian. Berdasarkan susur galur keturunannya, beliau merupakan salah seorang
bangsawan Arab berketurunan Bani Makhzum. Beberapa golongan Arab Quraysy
berpendapat bahawa hukuman potong tangan tidak sepatutnya dijatuhkan ke atasnya
kerana statusnya yang dipandang terhormat di dalam masyarakat. Mereka telah
mengutus Usamah Ibn Zayd untuk memujuk RasululLah meringankan hukuman
tersebut, akan tetapi Baginda menolak. Hadith lengkapnya adalah seperti berikut:
ٌعَ ْنٌ َعائِ َهةٌََا ِض َيٌاَّلّلٌ َعنْ َهاٌأَ َّنٌق َريْ ًهاٌأَ ََاّه ْمٌ َش أْنٌالْ َم ْرأَةٌِالْ َم ْخزوِمَيّةٌِاَلِّتٌ َس َرقَ ْتٌفََ الواٌَوَم ْن
ٌي َكلِِمٌفِيَه اٌَاس وَلٌاَّلّلٌِ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْ هٌَِو َس َلّ َمٌفََ الواٌَوَم ْنٌيَْج تَِر ٌ َعلَْي ِهٌإَِّلاٌأ َس اَمةٌبْنٌٌَزيْ ٍدٌ ِح ب
ٌَاسوِلٌاَّلّلٌِ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌفَ َكَلَّمهٌأ َساَمةٌفََا َلٌَاسولٌاَّلِّلٌ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَْيهٌَِو َس َلّ َمٌأَسَ ْه َفعٌِفي
ٌَح ٍِدٌِم ْنٌحدوٌِاَّلّلٌَُِثٌّقَامٌَفَا ْختَطَ َبٌَُثٌّقَا َلٌإَِّنَاٌأَْهلَ َكٌاَلّ ِذي َنٌقَتْلَك ْمٌأَنَّه ْمٌَكانواٌإِذَاٌ َس َر ٌََفٌِيِه ْم
427 'Abd al-Rahman al-Malikiy, Nizam al-'Uqubat, hal. 60.
254
ٌال َّه ِريفٌسََركوهٌَوإِذَاٌ َس َر ٌََفِيِه ْمٌال َّض ِعيفٌأَقَامواٌعَلَْي ِهٌاْْلَ َّدٌَوا ْيٌاَّلّلٌِلَ ْوٌأَ َّنٌفَا ِط َمةٌَبِْن ٌَتٌمحََّم ٍد
ٌَسَرقَ ْتٌلََطَْعتٌيََد َها
Maksudnya: "Daripada 'A`isyah , sesungguhnya kaum Quraisy merasa
bingung dengan masalah seorang wanita daripada qabilah Makhzumiyyah
yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu
masalah ini kepada RasululLah ? Dengan serentak mereka menjawab:
Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia
adalah kekasih Rasulullah . Maka Usamah pun pergilah untuk
memberitahu kepada Rasulullah , lalu RasululLah bersabda: "Adakah
kamu mahu memberi syafa’at terhadap salah satu hukuman daripada hukum
Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia!
Sesungguhnya binasanya umat-umat sebelum daripada kamu adalah kerana
apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka
membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara
mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi
Allah, sekiranya Fatimah bint Muhammad mencuri, pasti aku akan potong
tangannya." (H.R. Al-Bukhariy: 3216, Muslim: 3196) 428
b. Kes-kes Pencuri yang Membuat Pengakuan dan Kes Safwan
Ibn Umayyah
i. Dalam Muwatta', Imam Malik meriwayatkan tentang seorang pencuri yang
mencuri jubah Safwan Ibn Umayyah. Hadithnya seperti berikut:
ٌَع ْنٌ َصْفَوا َنٌبْ ِنٌعَْت ِدٌاَّلِّلٌبْ ِنٌ َصْفَوا َنٌٌأَ َّنٌ َصْفَوا َنٌبْ َنٌأَمَيّةٌَقِي ٌَلَهٌإَِنّهٌَم ْنٌلَمٌْي َها ِجْرٌ َهلَ َكٌفََ ِد َم
ٌَصْفَوان ٌبْن ٌأَمَيّةَ ٌالْ َم ِدينَةَ ٌفَنَامَ ٌِفي ٌاْل َم ْس ِ ِد ٌَوسََو َّس َد ٌ ِاَاءَه ٌفَ َاءَ ٌ َسا ِاَ ٌفَأَ َخ َذ ٌ ِاَاءَه ٌفَأَ َخٌ َذ
ٌَصْفَوانٌال َّسا ِا ٌََفَ َاءٌَبِهٌِإَِلٌَاسوِلٌاَّلّلِ ٌ َصَلّىٌاَّلّل ٌعَلَيِْهٌَو ٌَسَلّ َمٌفَأََمَرٌبِِهٌَاسولٌاَّلّلٌِ َصَلّىٌاَّلّل
ٌعَلَْيهٌَِو َسَلّ َمٌأَ ْنٌس ْطَ َعٌيَدهٌفََا َلٌلَهٌ َصْفَوانٌإٌُِِِلَمٌْأ ِاْ ٌ َه َذاٌيَاٌَاسوَلٌاَّلّلٌِهَوٌعَلَْيِهٌ َص َدٌقَةٌفَ َا َل
َاسولٌاَّلّلٌِ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌفَ َهَلّاٌقَْت ٌَأَ ْنٌَتْسِيَِمٌبٌِِه
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak melakukan hijrah akan dimusuhi" Maka
Safwan Ibn Umayyah pergi ke Madinah dan tidur di dalam masjid dengan
jubahnya sebagai bantal. Seorang pencuri datang dan mengambil jubahnya,
namun Safwan berhasil menangkap pencuri itu dan membawanya kepada
RasululLah . Maka RasululLah bertanya kepadanya: "Adakah kamu
yang mencuri jubah ini?" Ia menjawab, " Ya." RasululLah memerintahkan
428 Muslim, Sahih, jil. III, hal. 1315, no. hadith 1688. Lihat juga kisah tersebut dalam: Abdul Monir
Yaakob, Hak Asasi Manusia, hal. 54; ‘Ali ‘Abd Wahid Wafi, al-Musawat, hal 18; ‘Abd al’Aziz ‘Abd
Qadir Kamil, Islam and The Race, 41; Mustafa el-Rafie, al-Islam Intilaq La Jumud, hal. 8, al-
Kahdahlawy, Hayat al-Sahabat, hal. 198.
255
agar tangan pencuri tersebut dipotong. Safwan berkata kepada RasululLah,
"Aku tidak menginginkan jubah itu lagi, jubah ini kuberikan kepadanya
sebagai sedekah. Rasulullah kemudian berkata; "Kenapa kamu tidak
melakukan itu sebelum membawa dia kepadaku?" (H.R. Imam Malik: 1316)
ii.
ٌعَ ْنٌأَِبيٌأَمَيّةٌَالْ َم ْخزوِم ِِيٌأَ َّنٌالَنِّ َّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌأِبٌَبِلِ ٍِصٌقَ ْدٌا ْعتََر َقٌا ْعِتٌرَافًاٌَولَمٌْيو َجٌ ْد
ٌَمعَهٌَمتَاعٌفََا َلٌَاسولٌاَّلّلٌِ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَْيهٌَِو َسَلّ َمٌَماٌإِ َخال َكٌ َسَرقْ َتٌقَا َلٌبَلَىٌفَأَعَا ٌَ َعلَيِْهٌٌَمَّرسَْيِن
ٌٌأَْوٌثَلَاًثٌفَأََمَرٌبِِهٌفَ ِط َع
Maksudnya: “Bahwa RasululLah didatangkan kepada Baginda seseorang
yang mengaku mencuri, akan tetapi barang yang dicuri tidak ada padanya.
Kemudian RasululLah berkata kepada orang tersebut, “Aku merasakan
kamu tidak mencuri! Namun lelaki itu (yang dituduh mencuri) berkata,
“Benar! Ia menjawab dua atau tiga kali. RasululLah bersabda, “Potong
tangannya!”. (H.R. Abu Daud: 3807)
c. Kes sariqat pada zaman ‘Umar Ibn al-Khattab
Pada zaman pemerintahan beliau, sekurang-kurang dua kes tercatat berhubung
tindakan ‘Umar Ibn al-Khattab yang tidak menghukum dua kes jenayah sariqat
dengan hadd sariqat.
Pertama, kes yang dikenali sebagai Tahun Abu (‘Am al-ramadat- )عزام الرمزادة. Kejadian
tersebut berlaku menjelang akhir tahun lapan Hijrah meliputi daerah Hijaz, Tihama
dan Najd. Pada tahun tersebut, beliau bertindak demikian kerana negara mengalami
kekurangan makanan dan kelaparan akibat kemarau yang panjang berikutan hujan
yang tidak turun selama sembilan bulan sehingga bumi menjadi seperti abu.
Kes kedua pula membabitkan seorang hamba kepada Hatib Ibn Abi Balta‘ah yang
mencuri unta kepunyaan seorang lelaki dari Puak Muzinah. Walaupun mereka telah
melakukan pencurian, namun ‘Umar tidak menghukum mereka. Malahan tuan
256
kepada kepada hamba terbabit diperintahkan oleh ‘Umar Ibn al-Khattab dengar
membayar dua kali ganda harga unta yang telah disembelih itu kepada pemiliknya.
iii. Analisis Tasamuh Dalam Hadd al-Sariqat
a. Tasamuh dalam persoalan syafa’at
Berdasarkan hadith kes Bani Makhzumiyyah, beberapa nilai tasamuh dapat
ditonjolkan. Pertama, RasululLah telah memberi penegasan kepada hakim supaya
mengamalkan prinsip keadilan ketika membuat keputusan tanpa membeza-bezakan
status seseorang. Hakikatnya, sikap negatif tersebut telah dilakukan oleh umat-umat
terdahulu. Oleh itu, RasululLah memberi ancaman agar umat Islam
menghindarinya. Hadith ini dengan jelas memerintahkan para hakim agar bersikap
adil dalam penghakiman.
Kedua, pernyataan RasululLah tentang syafa’at. Oleh itu, fuqaha' telah membuka
perbincangan berkaitan dengan syafa’at khususnya dalam kes sariqat. Syafa’at di
sini bermaksud pertolongan ke atas seseorang yang bersalah untuk tujuan
pembebasannya. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mempengaruhi
masruq minh(u) (mangsa) agar tidak menyeret sariq ke muka pengadilan. Syafa’at
boleh berlaku dengan meminta hakim agar tidak menghukum sariq dengan hadd al-
sariqat selepas kes tersebut dibawa kepadanya.429
Bagi kes sariqat di atas, Usamah bertindak sebagai orang tengah untuk meminta
RasululLah memberi syafa’at kepada Fatimah bint al-Aswah atas permintaan
keluarganya. Perlu diketahui, Usamah adalah cucu angkat kepada RasululLah ,
429 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 237.
257
iaitu anak kepada Zayd Ibn Harithah. Oleh kerana dekatnya hubungan beliau dengan
Baginda , maka dia ditunjukkan sebagai wakil untuk memujuk Baginda .
Dalam kes Fatimah bint al-Aswah, meskipun Usamah merayu untuk mendapat
syafa’at, tetapi tindakannya itu tidak dilayan oleh Baginda . Kes ini menimbulkan
perbincangan tentang bilakah sepatutnya syafa’at dibuat. Berdasarkan perbincangan
fuqaha', beberapa ketetapan tentang syafa’at telah diambil. Syafa’at boleh dilakukan
oleh masruq minhu kepada sariq sekiranya kes tersebut belum diajukan kepada
hakim. Dengan kata lain, syafa’at dibenarkan sebelum berlaku pendakwaan ke atas
sariq. Jelas membuktikan bahawa Islam membuka ruang-ruang syafa’at dan
kemaafan kepada sariq. Amalan ini bersandarkan kepada hujah daripada hadith Nabi
:
ٌَعتْ ِدٌاَّلّلٌِبْ ِنٌ َع ْم ِروٌبْ ِنٌالَْع ا ٌٌُِأَ َّنٌَاس وَلٌاَّلِّلٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَْي ِهٌَو َس َلّ َمٌقَا َلٌسَ َع افواٌاْْل دوٌَفِي َم ا
ٌٌبَيْنَك ْمٌفََماٌبَلَغَِمٌِم ْنٌ َح ٍِدٌفََ ْدٌَو َج َب
Maksudnya: "daripada 'Abdullah Ibn 'Amr Ibn al-A's bahawasanya
RasululLah bersabda: "Bermaaf-maafanlah dalam kes hudud di antara
kamu, apa saja pengaduan yang telah dibawakan kepadaku, maka wajiblah
ke atasnya hadd. (H.R. Abu Daud: 3804, al-Nasa`iy: 4803, Abdul Razaq:
13805, al-Hakim: 8269 dan Dar al-Qutny: 3243)
Fuqaha' menyatakan bahawa, sekiranya kes telah dibawa kepada hakim untuk
dihakimi, maka diharamkan syafa’at sama ada syafa’at itu daripada hakim sendiri
ataupun orang lain.
Abdul Karim Zaydan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga hadith
menyokong kenyataan di atas.430
Pertama, berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Imam Muslim daripada
Jabir:
430 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 239.
258
ٌََع ْنٌ َجابِرأ ََ َّنٌاْمَرأَةًٌِم ْنٌبَِمٌََمْزوٍمٌ َس َرقَ ْتٌفَأِبٌَِمَاٌالَنِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَْي ِهٌَو َس َلّ َمٌفَعَاذَ ْ ٌ ِِِمٌ َسلََمة
ٌَزْوِجٌالَنّ ِِِبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَيْ هٌَِو َس َلّ َمٌفََ ا َلٌالَنّ ِبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَيْ هٌَِو َس َلّ َمٌَواَّلِّلٌلَ ْوٌَكانٌَ ْتٌفَا ِط َم ة
ٌلََطَْعتٌيََد َهاٌفَ ِطعَ ٌْت
Maksudnya: "Bahawasanya seorang perempuan daripada Bani Makhzum
melakukan pencurian telah dihadapkan kepada Nabi , maka dia meminta
perlindungan kepada Ummu Salamah, isteri Nabi . Nabi bersabda:
"Demi Allah, sekiranya Fatimah yang mencuri, aku pasti akan potong
tangannya."(H.R. Muslim: 3198)
Hadith di atas mengisahkan tentang perempuan daripada Bani Makhzumiyah yang
mencuri dan kesnya dibawa kepada RasululLah . Imam al-Bukhariy meriwayatkan
bahawa Usamah telah berjumpa dengan RasululLah dan menceritakan tentang
peristiwa tersebut. Nabi bersabda: "Adakah kamu hendak memberi syafa’at dalam
hudud Allah?"
Selanjutnya, dalam hadith riwayat Imam al-Nasa'i pula disebutkan bahawa tatkala
Usamah menyatakan permintaannya, wajah RasululLah berubah, lantas Baginda
bersabda: "Adakah kamu hendak memberi syafa’at dalam hudud Allah?" Kemudian,
Usamah menjawab: "Aku memohon ampun kepada Allah wahai RasululLah."
Perbincangan di atas membuktikan bahawa persoalan syafa’at sama ada yang
dilarang atau yang dianjurkan terkandung di dalamnya nilai-nilai tasamuh. Tasamuh
bagi syafa’at yang dilarang adalah menyekat sariq dan hakim daripada menganiaya
masruq min(hu), manakala tasamuh bagi syafa’at yang dianjurkan mempamerkan
sifat pemaaf masruq min(hu) dan menyelamatkan sariq daripada dihukum.
Dalam Muwatta`, Imam Malik meriwayatkan tentang seorang pencuri yang mencuri
jubah Safwan ibn Umayyah. Hadithnya seperti berikut:
ٌََع ْنٌ َصْفَوا َنٌبْ ِنٌعَتْ ِدٌاَّلّلٌِبْ ِنٌ َص ْفَوا ٌَنٌأَ َّنٌ َص ْفَوا َنٌبْ َنٌأَمَيّةٌَقِي ٌَلَهٌإَِنّهٌَم ْنٌٌلَمٌْي َها ِجْرٌ َهلَ َكٌفََ ِدم
ٌَص ْفَوانٌبْ نٌأَمَيّ ةٌَالْ َم ِدينَ ةٌَفَنَ ا َمٌِفيٌالْ َم ْس ِ ِدٌَوسََو َّس َدٌ ِاَاءَهٌفَ َ اءٌَ َس ا ِاٌَفَأَ َخ َذٌ ِاَاءَهٌفَأَ َخٌ َذ
ٌَص ْفَوانٌال َّس ا ِا ٌََفَ َ اءٌَبِهٌِإَِلٌَاس وِلٌاَّلِّلٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَيْ هٌَِو َس َلّ َمٌفَأٌََمَرٌبِ ِهٌَاس ولٌاَّلّلٌِ َص َلّىٌاَّلّل
259
ٌَعلَيْهٌَِو َس َلّ َمٌأَ ْنٌس ْطَ َعٌيَدهٌفََا َلٌلَهٌ َص ْفَوانٌإٌُِِِلَمٌْأ ِاٌْ َه َذاٌيَاٌَاسوَلٌاَّلِّلٌه َوٌ َعلَيْ ِهٌ َص َدٌقَةٌفََا َل
َِاسولٌاَّلِّلٌ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌفَ َهَلّاٌقَْت ٌَأَ ْنٌَتٌْسِيَِمٌبٌِه
Maksudnya: “Siapapun yang tidak melakukan hijrah akan dimusuhi" Maka
Safwan Ibn Umayyah pergi ke Madinah dan tidur di dalam masjid dengan
jubahnya sebagai bantal. Seorang pencuri datang dan mengambil jubahnya,
namun Safwan berhasil menangkap pencuri itu dan membawanya kepada
RasululLah . Maka RasululLah bertnaya kepadanya: "Adakah kamu
yang mencuri jubah ini?" Ia menjawab, " Ya." RasululLah memerintahkan
agar tangan pencuri tersebut dipotong. Safwan berkata kepada RasululLah, "
Aku tidak menginginkan jubah itu lagi, jubah ini kuberikan kepadanya
sebagai sedekah. Rasulullah kemudian berkata; "Kenapa kamu tidak
melakukan itu sebelum membawa dia kepadaku?" (H.R. Imam Malik: 1316)
Hadith daripada Imam al-Nasa`i daripada Safwan Ibn Umayyah:
ٌَع ْنٌ َصْفَوا َنٌبْ ِنٌأَمَيّةٌَأَ َّنٌ َاجلًاٌ َسَر ٌََب ْرَةًٌلَهٌفََرفَعَهٌإَِلٌالٌَنِِِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَْي ِهٌَو َس َلّ َمٌفَأََمَرٌبَِطِْعهٌِفَ َا َلٌيَاٌ َاسوَل
ٌاَّلِّلٌقَ ْدٌَتَاَوْز ٌعَْنهٌفَ َا َلٌأََشٌَوْه ٍبٌأَفَلَاٌَكا َنٌقَتْ ٌَأَ ْنٌَتْسِيَنَاٌبِهٌِفَ َطَعَهٌ َاسولٌاَّلّلٌِ ٌَصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَْيهٌَِو َسَلّ ٌَم
Maksudnya: "Bahawasanya seorang lelaki telah mencuri kain selimutnya.
Lalu dia mengajukan kes tersebut kepada Nabi , maka Nabi
memerintahkan tangan pencuri tersebut dipotong. Maka Safwan berkata
kepada RasululLah. "Wahai RasululLah, sesungguhnya aku telah
memaafkannya. Maka, RasululLah bersabda: "Wahai Abu Wahab, kenapa
kamu tidak menyatakannya sebelum kamu datang ke sini? Maka
RasululLahpun memotong tangan pencuri tersebut. (H.R. Al-Nasa`i: 4795)
Ketiga, Dalam Muwatta`, Imam Malik meriwayatkan hadith daripada Rabi'ah Ibn
Abi 'Abdul Rahman:
ٌٌَمالِكٌعَ ْنٌ َابِي َعةٌَبْ ِنٌأَِبيٌ َعتْ ِدٌالَّرِْحَ ِنٌأَ َّنٌالزبََْيٌبْ َنٌالْعَ َّواِمٌٌلَِ َيٌ َاجلًاٌقَ ْدٌأَ َخ َذٌ َسا ِاقًاٌَوه َوٌي ِريدٌأَ ْنٌيَ ْذ َه َبٌبِ ِهٌإَِل
ٌالسْلطَا ِنٌفَ َهَف َعٌلَهٌالزبَْْيٌلِْْيِسلَهٌفَ َا َلٌَلاٌٌ َح ََّلٌأَبْل َبٌبِِهٌالسْلطَا َنٌفَ َا َلٌالزبَْْيٌإِ َذاٌبَلَغْ َتٌبِ ِهٌالسلْطَا َنٌفَلََع َنٌاَّلّل
ٌال َّهافِ َعٌَوالْم َهِِف َع
Maksudnya: "Bahawasanya Zubayr Ibn 'Awwam pernah menjumpai seorang
lelaki yang menangkap seorang pencuri dan ingin membawanya kepada
sultan. Lalu Zubayr meminta agar pencuri itu diampuni dan melepaskannya.
Namun lelaki itu berkata; "Tidak, sehingga aku membawanya kepada
sultan." Maka Zubayr berkata: "Jika kamu telah telah sampai kepada sultan,
maka Allah melaknat pemberi syafa’at dan penerima syafa’at." (H.R. Imam
Malik: 1317)
Ketiga-tiga hadith di atas menjelaskan bahawa terdapat larangan yang jelas
berhubung pemberian syafa’at selepas kes telah dibawa kepada hakim. Maksudnya,
jika Islam membenarkan syafa’at selepas kes diajukan kepada hakim, maka keadilan
260
tidak akan tertegak. Di samping itu, ia juga akan membuka pintu-pintu kerosakan
kerana hakim boleh dipengaruhi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan
yang terhormat dan kekayaan yang dimiliki oleh seseorang mampu mempengaruhi
hakim. Jika hakim boleh dipengaruhi, maka, orang yang terhormat akan sentiasa
terlepas daripada hukuman. Hal inilah yang sangat dibimbangi oleh RasululLah .
Oleh sebab itu, RasululLah memberi amaran kepada para hakim tentang balasan
yang akan diterima sekiranya mereka tidak melakukan keadilan. Imam al-Tirmizi,
Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadith daripada Ibn Abi Buraydah daripada
ayahnya sesungguhnya RasululLah bersabda:
ٌالْ َضاةٌٌثَلَاثٌَةٌقَا ِضيَا ِنٌٌِفيٌٌالَنّا ِاٌٌَوقَا ٌٍضٌِفٌيٌالْجََنٌِّةٌَاج ٌٌقَ َضىٌبِغٌَِْْيٌاْْلٌَِِقٌفَعَلِ ٌَمٌذَا َكٌٌفَ َذا ٌَكٌِفيٌٌالَنّا ٌِا
ٌٌَِوقَا ٍضٌٌلَاٌٌيَْعلَ ٌمٌفَأَْهلَ ٌَكٌح و ٌٌََالَنّا ِسٌٌفَهَوٌٌِفيٌٌالَنّا ِاٌٌَوقَا ٍضٌٌقَ َضىٌ ِشْْلٌَِِقٌفَ َذلِ َكٌٌِفٌيٌالْجََنّة
Maksudnya: "Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, manakala
seorang di antara mereka masuk syurga. iaitu seorang yang tidak
menghukum dengan benar, sedangkan dia mengetahuinya, maka dia masuk
neraka. Hakim yang tidak mengetahui apa-apa, maka dia merosakkan hak-
hak manusia, maka dia masuk neraka. Hakim yang memutuskan dengan
kebenaran, maka dia masuk syurga.” (H.R. Al-Tirmizi:1244, Al-Nasa`i:
5922, Abu Daud: 3202, Ibn. Majah: 2306)431
Malahan tindakan tersebut mengundang laknat daripada Allah . RasululLah
telah bersabda:
ٌٌإِذَاٌبَلَْغ َتٌبِِهٌالسْلطَا َنٌفَلَعَ َنٌاَّلّلٌال َّهافِ َعٌَواْلم َهِِف َع
Maksudnya: “Apa kes telah sampai kepada hakim, maka Allah melaknat
yang memberikan syafa’at (bantuan) dan yang diberikan syafa’at (dibantu).”
(H.R. Malik: 1317)
Dalam kes di atas, hakim yang membenarkan syafa’at ketika penghakiman adalah
termasuk dalam kategori hakim yang pertama. Di samping itu, sekiranya syafa’at
dibenarkan semasa penghakiman, ia akan memberi tanggapan negatif bahawa hukum
Allah boleh ditukar ganti. Sehubungan itu, menurut Muhammad Jabar al-Alfy,
431 Al-Albaniy menyatakan bahawa hadith ini sahih. Lihat; Al-Albaniy, Irwa` al-Ghalil: 2613.
261
sekiranya kes telah dibawakan kepada pengetahuan hakim, maka kes tersebut telah
menjadi hak Allah . Sebaliknya, jika kes tersebut belum diajukan kepada hakim,
maka ia masih menjadi hak masruq minhu.432 Oleh sebab itu, Islam menyarankan
supaya kes-kes yang melibatkan sesama manusia dapat diselesaikan dengan cara
yang terbaik. Islam telah memberikan panduan dan jalan penyelesaiannya. Terdapat
dua cara untuk menyelesaikannya. Pertama, memulangkan barang curian tersebut
sekiranya barang tersebut masih ada. Kedua, mengganti atau membayar nilai barang
sekiranya barang tersebut telah rosak atau hilang.
Dalam kes barang yang dicuri itu masih ada pada tangan pencuri, walau apa keadaan
sekalipun, maka ia hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya sama ada sariq
dihukum atau tidak. Sebaliknya, jika barang yang dicuri itu telah rosak, adakah
pencuri perlu menggantikannya dengan barang yang serupa atau senilainya. Fuqaha'
berbeza pandangan dalam masalah ini.
Sehubungan itu, Abdul Karim Zaydan telah membentangkan hujah masing-masing
seperti berikut:433
Fuqaha' Hanbaliy berpendapat bahawa jika barang tersebut telah rosak atau musnah,
maka hendaklah digantikan dengan barang yang serupa atau yang senilai dengannya.
Hal ini hendaklah dilakukan oleh sariq sama ada dia dihadd atau tidak, sama ada
dalam keadaan susah mahupun senang. Pendapat ini dipersetujui juga oleh al-Hasan,
al-Nakha'i, Hammad, al-Layth, al-Syafi'i, Ishaq dan Abu Thur.434
Menurut fuqaha' Malikiyah, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Juzayy al-
Malikiy, iaitu sekiranya barang yang dicuri telah rosak dan sekiranya tidak menjadi
432 Muhammad Jabar al-Alfy, Ahkam al-Sariqat fi Syar'i al-Islamiy, hal. 356.
433 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 242.
434Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 242.
262
keberatan baginya, maka pada hari pencuri dijatuhkan hukuman, ia hendaklah
membayar nilai barang curian tersebut. Sekiranya barang tersebut telah tiada, maka
tak perlu dibayar ganti rugi.435
Mazhab Hanafiyah mengkritik pandangan tersebut. Mereka mengatakan bahawa
tidak boleh berkumpul bersama-sama antara hadd dan membayar ganti rugi. Oleh
itu, sekiranya barang yang dicuri itu rosak di tangan percuri selepas dia dihukum
atau sebelumnya, maka dia tidak perlu membayar ganti rugi.
Mereka berhujah antaranya ialah dengan ayat 38 daripada surah al-Ma`idah.
Menurut mereka, ayat tersebut mempunyai dua pengertian. Pertama, Allah
menamakan hadd ( )القطزعsebagai balasan ( )الجززاءdan balasan membawa maksud sudah
mencukupi. Oleh itu, sekiranya ganti rugi dikenakan lagi ke atasnya, maka tidaklah
القطزعitu boleh lagi dianggap sebagai sudah memadai atau mencukupi dan tidak boleh
juga dikatakan sebagai balasan.
Kedua, Allah menjadikan hukuman القطززعsebagai al-jaza' dan Allah tidak
menyebutkan kalimat lain selain daripadanya. Jika diwajibkan membayar ganti rugi,
pasti Allah akan menyebut hukuman potong tangan selepas kalimat al-jaza'.
Seterusnya, mereka berhujah dengan hadith riwayat 'Abdul Ramah Ibn 'Awf ,
daripada Nabi bahawasanya Baginda bersabda:
ٌاذاٌقطعٌالسااٌَفلاٌغرمٌعليه
Maksudnya: "Apabila tangan pencuri telah dipotong, maka tiada lagi ganti
rugi ke atasnya."
435 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 242.
263
Golongan yang berhujah wajibnya membayar ganti rugi menggunakan dalil-dalil
berikut:436
Pertama, barang yang telah dicuri hendaklah dikembalikan sekiranya masih wujud.
Kedua, hukuman potong tangan dan membayar gantirugi kedua-duanya adalah hak
bagi orang yang berhak. Oleh itu, kedua-duanya boleh dikumpulkan bersama-sama.
Perbuatannya mencuri menyebabkan dia dipotong tangan kerana itu adalah hak
Allah. Manakala mencuri harta dan merosakkannya adalah jenayah terhadap harta
seseorang yang terpelihara dan dihormati menurut syara'. Justeru, menggantikannya
dikira sebagai memenuhi hak hamba. Ketiga, hadith 'Abdul Rahman Ibn Awf yang
digunakan oleh golongan Hanafiyah tidak boleh dijadikan hujah kerana di dalamnya
terdapat perawi yang majhul437 sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Qudamah
al-Hanbaliy dalam al-Mughny.
Berdasarkan perbincangan di atas, maka pandangan yang dianggap rajih oleh 'Abdul
Karim Zaydan ialah sariq wajib membayar ganti rugi sama ada dia dihadd ataupun
tidak, sama ada barang tersebut rosak atau masih ada. Hadd yang dikenakan ke
atasnya tidak membebaskan daripada membayar ganti rugi dan seterusnya harta
curian itu menjadi miliknya jika masih ada. Oleh sebab itu, jika barang tersebut telah
rosak, sariq tetap berkewajipan untuk membayar ganti rugi.
Berdasarkan perbincangan di atas, penyelidik berpendapat bahawa hadith tersebut
telah memberi gambaran sebenar tentang hadd sariqat yang selalu disalah tafsirkan.
Islam amat menjunjung tinggi keadilan dan persamaan. Oleh itu, Islam mengekang
436 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 243.
437 Perawi majhul ialah perawi yang tidak diketahui atau yang tidak dikenali. kedudukannya dari segi
jarh dan ta’dil. Ia merangkumi perawi yang tidak disebutkan namanya, tidak diketahui diri
peribadinya dan tidak diketahui keadaan peribadinya. Ketidaktahuan tentang perawi merupakan salah
satu sebab kecaman terhadap keadilannya sehingga menyebabkan riwayatnya tertolak. Abdul Qadir
Hassan, Ilmu musththalah hadits, hal, 182.
264
aktiviti syafa’at yang dilakukan ketika kes telah diajukan kepada hakim. Dalam
masa yang sama, Islam membuka peluang syafa’at sebelum kes tersebut diajukan
kepada hakim. Setiap perintah Allah khususnya dalam hadd al-sariqat membawa
kemaslahatan kepada manusia. Kemaslahatan tersebut kadang kala dapat
dirasionalkan (ma'qul al-ma'na) dan ada kalanya tidak diketahui oleh manusia (al-
ta'abbud).438 Oleh itu, nilai-nilai tasamuh yang terkandung dalam hak syafa’at
syafa’at sama ada yang dilarang atau yang dianjurkan terkandung di dalamnya nilai-
nilai tasamuh. Tasamuh bagi syafa’at yang dilarang adalah menyekat sariq dan
hakim daripada menganiaya masruq minhu, manakala tasamuh bagi syafa’at yang
dianjurkan mempamerkan sifat pemaaf masruq minhu dan menyelamatkan sariq
daripada dihukum.
b. Tasamuh dalam iqrar
Proses pensabitan boleh disabitkan melalui dua kaedah, iaitu melalui iqrar dan
kesaksian. Berdasarkan kisah pencuri yang membuat pengakuan dan kes Safwan Ibn
Umayyah sebagaimana yang dijelaskan di atas.
Pensabitan yang dibuat melalui iqrar mestilah memenuhi beberapa syarat. Syarat-
syarat iqrar bagi hadd al-sariqat tidak jauh bezanya dengan syarat hadd-hadd yang
lain. Antara syaratnya ialah orang yang melakukan iqrar hendaklah seorang yang
mukallaf, baligh, berakal, dan melakukannya dengan pilihan sendiri. Berdasarkan
438 'Izz 'Abd al-Salam, Qawa'id al-Kubra, jil. I, hal 28.
265
hadith di atas, jelas sariq memenuhi syarat-syarat tersebut. Oleh sebab itu,
RasululLah telah menghukumnya.
Dalam hadith di atas juga, timbul persoalan bilangan iqrar bagi hadd al-sariqat.
Golongan Hanafiyah (tidak termasuk Ibn Yusuf), Malik, golongan Syafi'iyah, 'Ata',
al-Thawry mengatakan bahawa bilangan iqrar memadai hanya sekali.439 Hal ini
berlainan dengan Abu Yusuf, Zufar, Malik dalam satu riwayat yan lain), golongan
Hanabilah, Ibn Abi Layla, Ibn Syibrimah yang menyatakan bahawa pengakuan yang
layak dikenakan hadd al-sariqat adalah sebanyak dua kali.
Berdasarkan pandangan tersebut dapatlah disimpulkan bahwa sekiranya sariq
membuat pengakuan sekali, maka dia layak dikenakan hadd. Manakala menurut
golongan kedua sariq hanya akan dikenakan ta'zir. Mereka berhujah dengan hadith
yang telah disebutkan di atas. Menurut golongan kedua, Nabi menyoalnya
sebanyak dua atau tiga kali dan Baginda tidak menghukumnya melainkan setelah
dia mengulang-ulang iqrarnya. Sekiranya hadd sabit dengan sekali iqrar, nescaya
Nabi tidak menangguhkan hukuman ke atasnya. 440
Oleh itu, jelaslah bahawa bilangan iqrar bergantung kepada keputusan hakim.
Sekiranya hakim mendapati pengakuan sekali sudah menghilangkan keraguan yang
munasabah, maka hadd boleh dikenakan. Berkenaan dengan pengakuan dua atau tiga
kali sebenarnya bertujuan memberi peluang kepada sariq untuk menarik balik
pengakuannya. Perlu dijelaskan bahawa sariq belum tentu akan dihukum hanya
berasaskan pengakuannya semata-mata. Boleh jadi terdapat unsur-unsur lain yang
mendorong kepada pengakuan tersebut. Justeru, hakim memainkan peranan yang
amat penting. Hakim hendaklah menganjurkan kepada sariq untuk menarik kembali
439 Muhammad Bakr Ismail, Al-Fiqh al-Wadih, hal. 246.
440 Muhammad Jabar Alfy, Ahkam al-Sariqat fi Syar'i al-Islamiy, hal. 335.
266
pengakuannya.441 Jika sariq bertegas dengan iqrarnya, maka barulah hadd boleh
dilakanakan. Sebaliknya, jika sariq menarik semula iqrarnya, maka hadd al-sariqat
hendaklah digugurkan.442
Jelas, undang-undang tidak dibina atas sikap tergesa-gesa apabila ia memberi ruang
kepada sariq untuk menarik semula iqrarnya. Ketentuan ini jelas membuktikan
bahawa undang-undang Islam berasaskan nilai-nilai tasamuh.
Berdasarkan hadith di atas juga, fuqaha' telah membincangkan hukum yang dapat
diambil daripadanya. Dalam hadith ini, para fuqaha’ telah merumuskan bahawa
hukumnya sunat bagi hakim untuk memberi peringatan kepada tertuduh tentang
perkara-perkara yang boleh menggugurkan hadd.443 Imam Ahmad berpendapat
demikian sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-Mughny oleh Ibn Qudamah, iaitu
tidak mengapa jika hakim ingin berbuat demikian dengan mengajukan beberapa
pertanyaan agar sariq menarik balik iqrarnya. Menurut Ibn Qudamah, pendapat ini
dipersetujui oleh kebanyakan fuqaha'.
Dengan kata lain, apabila sariq telah membuat pengakuan sedangkan barang curian
tidak ada padanya, maka hakim hendaklah memintanya menarik kembali iqrar
tersebut. Penarikan semula iqrar dianggap sebagai syubhah yang boleh
menggugurkan hadd ke atas sariq. Namun, sekiranya sariq berkeras untuk tidak
menarik semula iqrarnya, maka dia akan dikenakan hadd al-sariqat.
Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadith dalam kes Safwan. Antara nilai tasamuh
yang begitu menonjol dalam hadith tersebut ialah elemen kemaafan daripada masruq
minhu. Fuqaha' telah bersepakat bahawa hadd hanya akan gugur sekiranya masruq
441 Ibn Qayyim, Zad al-Ma'ad, Juz. V, hal. 55.
442 Muhammad Faruq al-Nubhan, Mabahith fi al-Tasyri' al-Jina`iy al-Islamiy, hal. 359.
443 Muhammad Bakr Ismail, Al-Fiqh al-Wadih, hal. 238.
267
minhu menyelesaikannya di luar mahkamah. Maksudnya, sariq tidak akan didakwa
sekiranya masruq minhu tidak membuat dakwaan kepada hakim. Dalam kes Safwan,
beliau didapati terlebih dahulu membuat dakwaan. Oleh itu, berkewajipan bagi Nabi
untuk menjalankan penghakiman. Al-Qaradawiy menyatakan bahawa Islam amat
menekankan kemaafan terutamanya dalam kes hudud yang berkaitan dengan hak
hamba.444 Bahkan, sabda Baginda yang bermaksud "kenapa kamu tidak melakukan
itu sebelum membawa dia kepadaku?" membawa maksud hadd boleh dielakkan
sekiranya kes belum diajukan kepada hakim. Berdasarkan alasan tersebut, fuqaha'
berpendapat hadd tidak sabit melalui iqrar melainkan masruq minhu membuat
dakwaan terlebih dahulu.445 Dalam kes Safwan, beliau didapati terlebih dahulu
membuat dakwaan. Oleh itu, Nabi berkewajipan untuk menjalankan penghakiman.
c. Tasamuh dalam persyaratan para saksi
Berhubung syarat-syarat dalam jenayah sariqat, 'Abd al-Rahman al-Malikiy telah
merangkumkan syarat bagi sariq, masruq dan masruq minhu berdasarkan rumusan
berikut: 446
i. Jenayah sariqat hendaklah menepati definisi mencuri:
Makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara tertutup dan sembunyi-
sembunyi. Oleh itu, kegiatan merompak, menggelap wang (pecah amanah),
merampas dan meragut tidak termasuk dalam mencuri yang dimaksudkan. Hal ini
berasaskan kepada hadith daripada Jabir bahawasanya Nabi bersabda:
444 Al-Qaradawiy, Malamih al-Mujtama' al-Islamiy, hal. 165.
445 Sebahagian fuqaha' tidak mensyaratkan membuat aduan terlebih dahulu. Namun sebahagian yang
lain mensyaratkannya. Antara lain alasannya adalah untuk mengelak kemungkinan-kemungkinan
berikut, iaitu masruq minhu telah memberi hartanya kepada sariq atau masruq minhu mengaku
bahawa harta yang dicuri itu adalah milik sariq atau masruq minhu telah mewakafkan hartanya
kepada sekumpulan orang yang sariq termasuk salah seorang di dalamnya atau masruq minhu
memberi keizinan kepada sariq masuk ke tempat penyimpanan lalu mengambilnya, maka izin yang
demikian dianggap sebagai syubhah. Lihat: 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 231.
446 'Abd al-Rahman al-Malikiy, Nizam al-'Uqubat, hal. 32.
268
ٌٌٌ َع ْنٌ َجابٍِرَع ْنٌالَنِِِّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَْيِهٌَو َسَلّ َمٌقَا َلٌلَيْ ٌَِ َعلَىٌ َخائِ ٍنٌَولَاٌمنْتَِه ٍبٌَولَاٌَمْتَلِ ٌٍِقَطْع
Maksudnya: “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang
menipu dan perampas/pencopet.” (H.R. Al-Tirmizi: 1368)
ii. Barang yang dicuri mencukupi nisab:
Cukup nisab adalah syarat minimum nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di
antaranya al-Malikiyah, al-Syafi`iyah dan al-Hanabilah sepakat bahawa nisab
pencurian itu adalah seperempat dinar emas atau tiga dirham. Satu dinar emas
adalah bersamaan dengan 4.25 gram emas.447 Dalilnya adalah sabda Rasulullah
, daripada 'A`isyah . ٌ
َع ْنٌ َعائِ َهٌةٌَقَا َلٌالَنِّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌس ْطَعٌالْيَدٌِفيٌاب ِعٌ ِينَا ٍاٌفَ َصا ِع ًدا
Maksudnya: "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR
Bukhari: 6291, Muslim: 3189].
Berdasarkan nisab tersebut, maka perkiraan nisab sebenar seperempat dinar ialah
4.25g. Manakala harga semasa emas sekarang ialah RM152/g.448 Jadi, 4.25g x
RM152= RM646.00. Oleh itu, jika seseorang didapati mencuri barangan yang
bernilai RM600.00, maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab
lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.
iii. Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki:
Definisi layak (ihtiram) adalah menurut hukum syara'. Oleh itu, sekiranya
seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya, kemudian
dicuri, maka pencuri tidak dihukum dengan hadd al-sariqat kerana harta tersebut
bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia
mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong
447 'Abd al-Rahman al-Malikiy, Nizam al-'Uqubat, hal. 32
448 Harga semasa emas tersebut adalah sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh kawan penyelidik
yang juga merupakan seorang pemilik kedai emas pada tarikh 21 Februari 2011.
269
tangan. Alasannya adalah syara' membenarkan mereka memiliki khamar dan babi
dan kedua-dua harta ini dianggap harta yang bagi mereka.
iv. Harta dicuri dari tempat penjagaan:
Sekiranya barang yang dicuri di sebuah tempat simpanan yang pintunya terbuka
atau berlubang, maka sariq tidak boleh dikenakan hadd al-sariqat. Ketentuan ini
bersandarkan kepada dalil hadith 'Amr Ibn Syu'ayb daripada ayahnya daripada
datuknya mengatakan bahawa:
ٌعَ ْنٌعَ ْم ِروٌبْ ِنٌش َعي ٍبٌعَ ْنٌأَبِي ِهٌ َع ْنٌ َج ِِدهٌِقَا ٌَلٌَِْسْعتٌَاجلًاٌِم ْنٌمَزيْنَةٌَيَ ْسأَلٌَاسوَلٌاَّلِّلٌ َص َلّى
ٌاَّلّلٌعَلَْي هٌَِو َس َلّ َمٌقَ ا َلٌيَاٌَاس وَلٌاَّلِّلٌ ِجئْ تٌأَ ْس أَل َكٌعَ ْنٌال َّض اَلٌِّةٌِم ْنٌاِْلبِ ِ ٌقَ ا َلٌَمَعَه اٌ ِح َذا َها
ٌَوِسَا َهاٌَتْك ٌال َّه َ َرٌَوسَِر ٌالْ َماءٌَفَ َد ْعَهاٌ َح ََّلٌََيْسِيَ َهاٌَش ِغيَهاٌقَا َلٌال َّضاَلّةٌِم ْنٌالْغَنَِمٌقَا َلٌلَ َكٌأَْو
ٌلِأَ ِخي َكٌأَْوٌلِل ِِذئْ ِبٌَتْ َمعَهاٌ َح ََّلٌََيْسِيَ َهاٌَش ِغيَهاٌقَا َلٌاْْلَِري َسةٌاَلِّتٌسو َجدٌِفيٌَمَراسِعَِهاٌقَا َلٌفِيَهاٌَثَن َها
ٌَمَّرسَْيِنٌَو َضْربٌنَ َكا ٍلٌَوَماٌأ ِخ َذٌِم ْنٌعَطَنِهٌِفَِفيهٌِالَْطْعٌإِذَاٌبَلَ َبٌَماٌي ْ َخذٌِم ْنٌذَلِ َكٌَثَ َنٌالْ ِم ٌَ ِِن
Maksudnya: “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya
kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka RasululLah
bersabda: Pencuri itu kena bayar dua kali ganda harganya dan dipukul
sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing
dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika
harganya menyamai 8 mijan” [H.R. Imam Ahmad: 6396]
iv. Bukan harta syubhah:
Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan
pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan
sekiranya si ayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana RasululLah
bersabda:
ٌعَ ْنٌ َجابِِرٌبْ ِنٌ َعْت ِدٌاَّلِّلٌٌأَ َّنٌَاجلًاٌقَا َلٌيَاٌَاسوَلٌاَّلّلٌِإِ َّنٌِلٌَمالًاٌَوَولَ ًداٌَوإِ َّنٌأَِبيٌي ِريدٌأَ ْنٌيَجْتَا َاٌَماِل
ٌٌفََا َلٌأٌَنْ َتٌَوَمال َكٌلِأَبِي َك
Maksudnya: “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu.” (H.R. Ibn
Majah: 2282, Ahmad: 6608)
RasululLah juga bersabda:
270
ٌٌَع ْنٌٌ َعائِ َهةٌٌَقَالَ ْتٌٌقَا ٌَلٌَاسولٌٌاَّلِّلٌٌ َصَلّىٌاَّلٌّلٌعَلَيِْهٌٌَو َسَلّ ٌَمٌإِ ٌَّنٌأَطْيَ ٌَبٌَماٌأَ َكلْت ٌْمٌِم ٌْنٌ َك ْستِك ٌْمٌَوإِ َّن
ٌأَْولَا َك ْمٌٌِم ْنٌٌٌَك ْستِك ٌْم
Maksudnya: "Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil
usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” (H.R. Al-
Tirmizi: 1278, al-Nasa`i: 4373, Ibn Majah: 2128, Ahmad: 22904)
Seorang yang mencuri harta dari Bait al-Mal atau salah seorang suami-isteri
mencuri harta pasangannya, maka hadd al-sariqat tidak dikenakan kerana
padanya ada syubhah, iaitu mereka mempunyai hak di dalamnya.
vi. Pencuri itu baligh dan berakal dan terikat hukuman dalam Islam.
Taklif ini berlaku untuk semua orang termasuk kafir dhimmiy. Hal ini
bersandarkan kepada hadith Nabi :
Maksudnya: “Diangkat pena (dosa) dari tiga pihak, orang yang tidur sehingga dia
bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia
berakal”[HR Muslim].
vii. Sariqat sabit dengan iqrar atau disaksikan oleh saksi yang adil.
Bagi pensabitan melalui iqrar, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu
mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa
kecurian dan lain-lainnya. Hal ini bertujuan memastikan sariq tidak mencuri
sesuatu yang tidak dihukum hadd al-sariqat.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, ketiga-tiga elemen iaitu sariq, masruq dan
masruq minhu hendaklah saling melengkapi. Sekiranya syarat pada salah satu elemen
tersebut tidak terpenuhi, maka hadd tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga dalam
proses pensabitan yang menuntut kebijaksanaan hakim untuk menghakimi dengan
adil. Hakikatnya, undang-undang Islam sangat mementingkan ketelitian, keadilan
dan tasamuh.
271
Syarat menjadi saksi juga bukanlah semudah yang disangkakan. Selain memiliki
kelayakan asas, saksi mestilah terdiri daripada dua orang lelaki atau seorang lelaki
dan dua orang perempuan saksi-saksi perlu memberikan kesaksian dengan jujur.
Saksi tidak mempunyai permusuhan dengan sariq atau hubungan kekerabatan.
Tujuannya adalah kerana Islam menutup ruang-ruang yang boleh menimbulkan
syubhah. Kemungkinan seseorang memberikan kesaksian kerana kepentingan
peribadi.
Selain itu, saksi hendaklah menjelaskan secara terperinci apa yang dilihat dan hal-hal
lain berkaitan. Percanggahan dalam memberi kesaksian akan menyebabkan hadd al-
sariqat tertolak kerana tidak mencukupi nisab saksi.
Secara zahirnya, hadd al-sariqat dilihat kejam kerana memotong tangan hanya
kerana mencuri barang yang harganya tidak seberapa. Penyelidik amat tertarik
dengan kesimpulan yang dibuat oleh Kamal al-Din 'Abd al-Ghani al-Marsiy. Beliau
berkata, "Selama mana tangan itu tangan yang beramanah, maka selama itulah ia
amat bernilai, namun, jika tangan itu tangan yang khianat, maka tangan itu akan
menjadi hina."449
d. Syubhah membebaskan tertuduh daripada hadd
Perbincangan tentang kes pencurian tidak lengkap sekiranya peristiwa pada masa
pemerintahan Sayyidina 'Umar Ibn al-Khattab tidak dijadikan hujah dalam
menganalisis jenayah sariqat. Dalam kes pertama sebagaimana yang telah
disebutkan di atas, tindakan ‘Umar tidak melaksanakan hadd ke atas pencuri adalah
kerana suasana ketika itu yang menyebabkan hadd tidak boleh dilaksanakan.
449Kamal al-Din 'Abd al-Ghani al-Marsiy, al-Hudud al-Syar'iyyat fi al-Din al-Islamiy, hal 7.
272
Analisis terhadap tindakan 'Umar Ibn al-Khattab perlu dilakukan secara mendalam.
Perbincangan tidak boleh tertumpu kepada tindakan tersebut sahaja, bahkan
hendaklah melihat kepada situasi ketika itu. Jika situasi itu diambil kira, maka akan
jelaslah nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam.
Taha Husain dalam Amiur mengatakan bahawa 'Umar kerap mengucapkan
tentang keadilan dan kesaksamaan di antara manusia. 'Umar berkata: "Kita makan
apa yang ada, persediaan setiap keluarga kita gabungkan dan makanlah bersama-
sama. Mereka tidak akan mati kelaparan hanya kerana berkongsi perut." 450
Sehubungan itu, Ibn Qayyim dalam I'lam al-Muwaqqi'in, mengatakan bahawa:
ٌٌ أس باٌال طعٌعنٌالسااٌَفيٌعامٌالمجاعةٌأنٌعمرٌبنٌاْلطاب
Maksudnya: "bahawasanya 'Umar Ibn al-Khattab 'Umar telah
menggugurkan hukuman potong tangan kepada pencuri pada musim
kelaparan. 451
Ibn Qayyim berpendapat bahawa 'Umar Ibn al-Khattab tidak melaksanakan hadd
kerana tidak memenuhi syarat. Bahkan menurut Ibn Qayyim lagi, sekiranya terjadi
‘am maja'at, maka makanan hendaklah diberikan secara percuma.452 Kenyataan ini
turut disokong oleh al-Qaradawiy dengan menyatakan bahawa hadd al-sariqat tidak
dikenakan adalah kerana 'Umar berpendapat bahawa sariq tidak memenuhi syarat
untuk dijatuhkan hadd. Apa yang jelas adalah ‘Umar berpendapat bahawa situasi
'am al-maja'at dianggap sebagai syubhah oleh 'Umar. 453
450 Amiur Nuruddin, Ijtihad Umar al-Khattab, hal. 150.
451 Ibn Qayyim, I'lam al-Muwaqqi'in, hal. 350. Lihat juga dalam: Mohd. Said Bin Ishak, Hudud
Dalam Fiqh Islam, hal. 24, Amiur Nuruddin, Ijtihad Umar al-Khattab, hal. 150.
452 Ibn Qayyim, I'lam al-Muwaqqi'in, hal. 351.
453 Al-Qaradawiy, Malamih al-Mujtama' al-Islamiy, hal. 167.
273
Beliau mempunyai alasan yang cukup kuat ketika mengendalikan kes tersebut. Oleh
itu, tuduhan yang mengatakan bahawa beliau mengubah hukum Allah adalah tidak
benar. 'Umar telah menunjukkan kebijakannya. Melaksanakan perintah Allah
adalah suatu kewajipan. Namun, dalam masa yang sama RasululLah pernah
bersabda bahawa hadd tidak boleh dilaksanakan ketika di dalam peperangan.
454نهىٌأنٌس طعٌالأيدي فيٌالغزو
RasululLah juga pernah bersabda:
ٌا ْ َاءوا اْْلدوٌَ َع ْنٌالْم ْسلِ ِميَنٌَماٌا ْستَطَْعت ْمٌفَِإ ْنٌَكا َنٌلَهٌََمَْر ٌج فَ َخلواٌ َستِيلَهٌفَِإ َّنٌاْلَمامٌَأَ ْنٌُيْ ِط َئٌِفي
ٌالَْعْف ِوٌ َخْْيٌِم ٌْن أَ ْنٌُيْ ِط َئٌِفيٌالْع وبَِة
Maksudnya: “Hindarilah hadd semampu kamu ke atas orang Islam.
Sekiranya kamu dapati jalan keluarnya, maka lepaskanlah ia, Sesungguhnya
seorang imam (hakim) salah dalam memberikan pengampunan adalah lebih
baik daripada salah dalam menjatuhkan hukuman.” (H.R. Al-Tirmizi: 1344)
Atas pertimbangan itu, 'Umar mengugurkan hadd kerana keadaan demikian adalah
syubhah. Jika 'Umar dituduh tidak melaksanakan hadd yang telah ditetapkan oleh
Allah kerana memgambil kira keadaan semasa, maka hakikatnya tuduhan itu patut
juga ditujukan kepada RasululLah yang menangguhkan hadd dalam peperangan.
Apa yang telah dilakukan oleh 'Umar tidak bercanggah dengan nas, bahkan lebih
tepat jika dikatakan tindakan 'Umar adalah berdasarkan ijma' para Sahabat .
Berdasarkan perbincangan di atas, untuk menjatuhkan hadd memerlukan proses yang
cukup teliti. Jelas, dalam hadd al-sariqat, prinsip-prinsip keadilan dan ketelitian
sentiasa menjadi keutamaan. Dalam kes 'Umar Ibn al-Khattab , beliau telah
melaksanakan sifat tasamuh undang-undang Islam dengan berkesan. Beliau telah
berjaya mengembangkan wilayah syubhah yang digarap oleh RasululLah . Jika
454 Hadith riwayat Imam al-Tirmizi: no hadith: 1370.
274
RasululLah meletakkan peperangan sebagai syubhah untuk dilaksanakan hadd,
maka 'Umar Ibn al-Khattab juga telah menterjemahkan 'am al-maja'ah sebagai
syubhah. 'Umar Ibn al-Khattab adalah contoh seorang hakim yang bijaksana
mengaplikasikan nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang Islam. Oleh itu, tindakan
beliau tidak melaksanakan hadd adalah kerana 'am al-maja'at adalah syubhah dan
hudud tertolak kerana syubhah. Kesimpulannya, Islam dan undang-undangnya
bukanlah suatu ajaran yang kaku terutamanya apabila berhadapan dengan konflik
semasa, bahkan undang-undang Islam sentiasa fleksibel dan bersesuaian dengan
keperluan semasa.
Kaedah yang sama diapplikasikan oleh ‘Umar dalam kes kedua yang membabitkan
hamba kepada Hatib Hatib Ibn Abi Balta‘ah yang mencuri unta kepunyaan seorang
lelaki dari Puak Muzinah. Unta itu disembelih oleh hamba-hamba Hatib untuk
dimakan oleh mereka. Setelah siasatan dilakukan, ternyata hamba-hamba tersebut
mencuri kerana kelaparan lantaran tuan mereka (Hatib) tidak memberi mereka
makan yang secukupnya. Akhirnya Hatib diperintah oleh 'Umar Ibn al-Khattab
membayar dua kali ganda harga unta yang telah disembelih itu kepada pemiliknya.455
Daripada kedua-dua kes di atas, jelas membuktikan bahawa kes-kes yang
mengandungi syubhah boleh menolak hadd ke atas tertuduh. Kesimpulan ini juga
membuktikan bahawa faktor syubhah itu sendiri merupakan nilai-nilai tasamuh di
dalam undang jenayah Islam amnya dan dalam hadd al-sariqat secara khususnya.
455 Amiur Nuruddin, Ijtihad Umar al-Khattab, hal. 152.
275
3.6 Hadd al-Hirabat (Rompakan) dan Tasamuhnya
Sebagaimana jenayah zina dan meminum khamar, maka jenayah hirabat juga
tergolong ke dalam kategori dosa-dosa besar.456 Sebahagian fuqaha' menyatakan
bahawa hirabat adalah al-Sariqat Kubra.457 Manakala percurian biasa dinamakan al-
Sariqat Sughra. Ia dinamakan kubra kerana kemudaratannya lebih besar kepada
pemilik harta dan melibatkan masyarakat awam, sedangkan pencurian (sughra)
hanya melibatkan mangsa pencurian sahaja.458
i. Definisi
Menurut Sayyid Sabiq, hirabat atau disebut juga dengan qat’(u) al- tariq bermaksud
keluarnya sekelompok bersenjata459 di daerah Islam untuk melakukan kekacauan,
456 Al-Dhahaby, al-Kaba`ir, hal. 98.
457 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 295, Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-Islamiy,
hal. 80, 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 254, Ihab Faruq Husny, Maqasid al-‘Uqubat fi al-
Islam, hal.124.
458 Lihat pada catatan kaki dalam Kamal al-Din 'Abdul Ghaniy al-Marsy, al-Hudud al-Syar'iyyat fi
al-Din al-Islamiy, hal 27, Wahbah al-Zuhaily, al-Fiqh Islamiy, hal. 128.
459 Menurut 'Abdul Karim Zaydan, hal. 258.
276
menumpahkan darah, merampas harta, merosak kehormatan, memusnahkan tanaman.
Semua itu bertujuan menentang Islam, akhlaq, peraturan dan undang-undang, baik
dalam kalangan muslim mahupun bukan Islam (dhimmiy,harbiy, mu’ahidin).”460
Manakala Imam Malik mendefinisikan hirabat sebagai “mengangkat senjata dan
mengganggu jalanan di dalam dan di luar kota."461
Seterusnya, mazhab Syafi’i pula menyatakan bahawa hirabat ialah “sebarang
tindakan yang dilakukan dengan kekerasan bertujuan merampas harta orang lain di
tempat yang sukar mendapatkan pertolongan, sama ada dengan cara menakut-
nakutkan atau membunuh.”462
Wahbah al-Zuhayly pula menyatakan bahawa hirabat adalah perbuatan yang
bertujuan mengambil harta kepunyaan orang lain dengan kekerasan dan orang
tersebut tidak sempat meminta tolong.463
Sayyid Sabiq memperluaskan makna hirabat merangkumi tindakan-tindakan berikut
iaitu: Gerombolan pembunuh, sindiket penculikan kanak-kanak, sekelompok
penjahat untuk merompak rumah-rumah dan bank-bank, sindiket penjualan anak-
anak perempuan dan gadis-gadis untuk dijadikan pelacur, pembunuhan ke atas
hakim-hakim agar terjadi fitnah dan kekacauan keamanan, sindiket perosak tanaman
dan membunuh ternakan. 464
460 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 295, 'Abd al ‘Azim Ibn Badawy, al-Wajiz fi Fiqh al-Sunnat,
hal. 444, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 252.
461 Ibn Rusyd, Bidayat al-Mujtahid, hal. 455, Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-
Islamiy, hal. 82.
462 Al-Syarbiny, Mughny al-Muhtaj, hal. 235, Mustafa al-Khin dan Mustafa Bugha, al-Fiqh
Manhajy, hal. 444.
463 Wahbah al-Zuhaily, al-Fiqh al-Islamiy wa adilllatuh, hal. 129.
464 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 295, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 252, al-
Tuwayjiry, Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiy, hal.165.
277
Perluasan makna hirabat ke atas wanita turut dipersetujui oleh Abdul Rahman I Doi
yang memetik kata-kata al-Dusukiy al-Malikiy bahawa seseorang yang memaksa
wanita dengan menggunakan kekerasan boleh dianggap sebagai hirabat.465
Pandangan tersebut seterusnya turut disokong oleh 'Abdul Karim Zaydan yang
menegaskan hal yang sama bahawa jenayah ke atas kehormatan wanita adalah
tergolong dalam jarimah hirabat.466
Melihat kepada tindakan dan kemudaratan akibat hirabat, maka tidak hairanlah hadd
ke atas muharib (orang yang melakukan perbuatan hirabat) merupakan seberat-berat
hukuman. Sayyid Sabiq menyatakan bahawa Allah menyamakan orang-orang
yang melakukan hirabat sebagai orang-orang yang menyerang Allah dan Rasul-Nya
dan hukuman ke atas mereka merupakan hukuman yang tidak diberikan ke atas
jarimah yang lain.467 Hal ini ditegaskan Allah dalam surah al-Maidah:
⧫ ⧫⧫ ☺
⬧❑◆◆ ⧫❑⧫
⧫❑➔⧫◆
❑➔⬧ ⬧
⬧➔ ❑
➔◆
❑ ◼
⬧ ⬧
⬧◆ ◆
→⧫ ⧫ ⧫
Maksudnya: "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang
memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi,
hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka
dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya).
yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di
akhirat mereka beroleh seksaan yang besar. " (Q.S. Al-Ma`idah 33)
Berdasarkan ayat di atas, maka hukuman bagi jarimah hirabat ialah:
i. Hukuman mati
ii. Hukuman salib
465 Abdur Rahman I Doi, Tindak Pidana Dalam Syariat Islam, hal. 60.
466 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 264.
467 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 295.
278
iii. Tangan dan kaki dipotong secara bersilang
iv. Buang negeri
Dalam memahami ayat di atas, fuqaha' berbeza pandangan dalam menentukan
hukuman terhadap muharib.468 Perbezaan tersebut timbul ekoran fungsi huruf ()أو
yang mengiringi jenis-jenis hukuman sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat
tersebut. Jika ( )أوberfungsi sebagai al-bayan (penjelasan) dan al-tafsil (perincian),
maka hukuman akan dilaksanakan secara berurutan. Sebaliknya jika ( )أوberfungsi
sebagai al-takhyir (pilihan), maka hukuman boleh dipilih untuk dilaksanakan ke atas
muharib. Perincian hadd hirabat tersebut akan dijelaskan seperti huraian di bawah:
a. Pemahaman ( )أوsebagai al-bayan dan al-tafsil/ al-tanwi'
Golongan yang memahami demikian terdiri daripada fuqaha' Hanafiyah, Syafi'iyah
dan Hanabilah. Oleh itu, hadd ke atas muharib adalah mengikut uturan (al-tartib).
Walaupun demikian, dalam kalangan mereka mempunyai pandangan yang tersendiri.
Fuqaha' Hanafiyah menyatakan bahawa jika muharib hanya mengambil harta
mangsa, maka hukumannya adalah dipotong tangan dan kaki secara silang. Jika
muharib melakukan pembunuhan sahaja, maka hukumannya adalah bunuh. Jika
mereka membunuh mangsa dan merompak, maka hukuman diserahkan kepada
kebijaksanaan pemerintah. Pemerintah boleh memotong tangan dan kaki secara
silang kemudian membunuh dan menyalibnya. Pemerintah boleh juga memilih
hukum bunuh dan salib sahaja tanpa memotong tangan dan kaki secara silang.
Sekiranya muharib hanya menganggu kestabilan masyarakat sahaja tanpa mengambil
468 Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 46.
279
harta dan membunuh, maka hukumannya adalah dipenjarakan dan diberi peringatan
serta pengajaran.469
Fuqaha' Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat, sekiranya muharib mengambil harta,
maka tangan dan kakinya dipotong secara bersilang. Jika mereka membunuh tetapi
tidak mengambil harta, maka dikenakan hukuman bunuh sahaja. Sekiranya mereka
membunuh dan mengambil harta, maka hukumannya ialah dibunuh dan disalib.
Sekiranya hanya menakut-nakutkan atau mengacau dan mengganggu kestabilan
masyarakat, maka hukumannya adalah pengasingan ke negeri lain. 470
Namun, golongan Hanafiyah berpendapat bahawa maksud pengasingan adalah
hukuman penjara di dalam negaranya sendiri sehingga muharib menzahirkan
penyesalan dan keinsafannya.471 Pandangan ini turut dinyatakan oleh al-Dhahaby
yang memetik pendapat Ibn 'Abbas yang mengatakan bahawa maksud pengasingan
ialah dengan cara memenjarakannya. Hal ini kerana, hanya dengan cara tersebut
sahaja dapat menghalang muharib daripada berkeliaran di beberapa tempat dan cara
ini sudah dianggap sebagai pengasingan.472
Manakala Imam Malik menyatakan bahawa muharib dipenjarakan di negeri lain.473
Berkaitan hadd hirabat, Imam Syafi’iy menyebutkan di dalam al-Umm riwayat
daripada Ibn ‘Abbas : 474
469 Al-Kasany, al-Bada`i' al-Sana`i', hal 366, Mohd Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 47.
470 Mustafa al-Khin dan Mustafa Bugha, al-Fiqh Manhajy, hal. 447, Mohd Said Ishak, Hudud Dalam
Fiqh Islam, hal. 47.
471 Al-Kasany, al-Bada`i' al-Sana`i', hal 370.
472 Al-Dhahaby, al-Kaba`ir, hal. 100.
473 Al-Dardir, Hasyiah al-Dusuqy 'ala Syarh al-Kabir, hal. 349.
474 Al-Syafi'i, al-Umm, hal. 1246.
280
ٌٌَوإِذَاٌأَ َخ ذوا،ٌَوإِذَاٌقَتَل ْواٌَولَمٌََْيْ َخذْواٌالْ َما َلٌقتِل ْواٌَولَمٌٌْي ْصلَت ْوا،إِذَاٌقَتَل ْواٌَوأَ َخذْواٌالْ َم ا َلٌقتِل ْواٌَوصلِت ْوا
ٌٌَوإِذَاٌأَ َخاف ْواٌال َّستِْي ٌََولَمٌََْيْخذْواٌَمالاًٌنف ْواٌِم َن،الْماََلٌَولَمٌْيَْتل ْواٌق ِطعَ ْتٌأَيْ ٌِديِْه ْمٌَوأَْاجله ْمٌِم ْنٌ ِخلاَ ٍق
ٌاْلأَْا ٌِض
Maksudnya: “Jika mereka membunuh dan merampas harta benda, mereka akan
dibunuh dan disalib, dan jika mereka membunuh tetapi tidak merampas harta
benda, mereka dibunuh saja namun tidak disalib, jika mereka mengambil harta
benda tetapi tidak membunuh, tangan dan kaki mereka dipotong secara bersilang,
dan jika mereka menakut-nakutkan di jalanan dan tidak merampas harta benda,
usirlah mereka.”
b. Pemahaman ( )أوsebagai al-takhyir
Imam Malik berpendapat bahawa penentuan hukuman dalam ayat tersebut membawa
maksud al-takhyir bukannya al-tartib.475 Pendapat ini turut dipersetujui juga oleh
Sa'id Ibn Musayyab, Mujahid, 'Ata' dan Ibrahim.476 Pandangan ini turut dipersetujui
oleh Mahmud Syaltut.477 Oleh sebab itu, hukuman terhadap muharib, diserahkan
sepenuhnya kepada pemerintah untuk melaksanakan jenis-jenis hukuman dengan
mengadakan perbincangan dengan ahli fiqh dan disesuaikan dengan kemaslahatan
yang paling besar kepada masyarakat.478
Imam Malik selanjutnya mengatakan bahawa sekiranya perompak mempunyai
strategi, tujuan dan kekuatan, maka hukuman yang setimpal adalah hukuman bunuh
atau salib kerana hukuman potong tangan secara bersilang tidak akan menghilangkan
kemudaratan yang telah dilakukannya. Jika dia tidak memiliki sasaran, tetapi
memiliki kekuatan, memadai dipotong tangan dan kakinya secara bersilang. Jika dia
tidak memiliki strategi, sasaran dan kekuatan, maka dia dihukum dengan hukuman
yang paling ringan, iaitu disebat dan dibuang negeri. Jika penjenayah hanya
475 Ibn Rusyd, Bidayat al-Mujtahid, hal. 455, Mohd Said Ishak, Hudud dalam fiqh Islam, hal. 48, al-
Kasany, al-Bada`i' al-Sana`i', hal. 367.
476 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, hal. 97.
477 Muhammad 'Uqlah, Nizam al-Islam, hal. 244.
478 Wahbah al-Zuhayly, al-Fiqh al-Islamiy, hal. 137, 'Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-Jina`iy fi al-
Islam, hal. 387.
281
mengambil harta dan tidak melakukan pembunuhan, maka pemerintah boleh
hukuman bunuh, salib potong tangan dan kaki atau hukuman pengasingan.
Untuk lebih jelas, boleh dirujuk pada Rajah 3.3.
RAJAH PEMAHAMAN FUNGSI أ ٌو
282
ii. Syarat-syarat Hirabat
Berdasarkan hasil pembacaan penyelidik, syarat-syarat hirabat boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian.479 Pertama, syarat bagi al-qati' atau muharib (orang yang
melakukan hirabat). Kedua, syarat bagi al-maqtu' 'alayh (mangsa). Manakala ketiga
ialah syarat bagi al-fi'l (perbuatan), yakni istilah yang digunakan oleh Ahmad Fathy
Bahansy dan al-maqtu' lah(u) (harta) menurut istilah yang digunakan oleh beberapa
fuqaha' seperti al-Kasany, Wahbah al-Zuhayly dan 'Abdul Karim Zaydan. Wahbah
al-Zuhayliy menambah syarat bagi tempat (al-maqtu' fih) dan syarat ini, penyelidik
memasukkan ke dalam syarat bagi al-fi'l.
Pertama, muharib adalah seorang yang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam
ataupun bukan Islam, merdeka dan juga hamba. Kedua, mangsa hirabat adalah
terdiri dalam kalangan muslim dan juga dhimmiy. Sebagaimana yang dimaklumi
479 Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-Islamiy hal. 85, Wahbah al-Zuhayly, al-Fiqh al-
Islamiy, hal. 131.
283
bahawa harta golongan dhimmiy terpelihara kerana adanya aqd dhimmah. Selain itu,
harta tersebut adalah miliknya yang sah, atau harta yang diamanahkan atau harta
jaminan. Manakala syarat bagi al-maqtu' lah(u) pula ialah memenuhi persyaratan
harta curian dalam hadd sariqat. Oleh itu, harta tersebut mestilah bernilai, tersimpan
dengan baik, cukup nisab iaitu 10 dirham atau ¼ dinar.
Dalam al-Mufassal480 dinyatakan bahawa fuqaha' Hanabilah dan al-Syafi'iyah tidak
mensyaratkan cukup nisab bagi setiap orang sekiranya rompakan itu dilakukan oleh
beberapa orang. Dengan kata lain, mereka berpendapat bahawa hukuman potong
tangan dan kaki secara bersilang akan dikenakan sekiranya harta yang dirompak
tidak mencukupi nisab bagi setiap orang yang terlibat dalam rompakan tersebut.
Namun, pandangan mereka tidak dipersetujui oleh golongan Hanafiyah. Menurut
mereka, bahagian setiap perompak mestilah mencukupi nisab untuk dikenakan hadd
hirabat.
Fuqaha' Malikiyah pula menyatakan bahawa hadd hirabat boleh dikenakan sekiranya
berlaku perbuatan hirabat. Mereka tidak mensyaratkan harta yang dirompak tiu
mencukupi nisab.
Selain itu, perbuatan tersebut dilakukan di luar kota. Berhubung dengan syarat ini,
fuqaha' berbeza pandangan. Menurut fuqaha' Hanafiyah, sekiranya kejadian hirabat
berlaku di dalam kota, maka ia tidak dinamakan hirabat.481 Sebaliknya menurut
Malik, al-Syafi'i dan al-'Awza'i perbuatan tersebut akan dikenakan hadd. Maksudnya,
orang yang melakukan di dalam kota tetap dianggap sebagai muharib. Abu Hanifah
dan Muhammad berhujah bahawa perbuatan hirabat hanya terjadi di tempat yang
jauh daripada lokasi untuk mendapatkan pertolongan, iaitu bantuan tidak dapat
480 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 262.
481 Al-Kasany, al-Bada`i' al-Sana`i', hal. 367.
284
diberikan dengan cepat. Oleh karena itu, perbuatan yang dilakukan di dalam kota
lebih menyerupai perbuatan merampas. Maka perampas dihukum dengan ta'zir.
Golongan kedua pula berhujah bahawa persoalan lokasi bukanlah hal yang diperlu
diambil kira. Berdasarkan dalil qiyas, sebab yang mewajibkan hadd ialah berlakunya
jarimah rompakan. Oleh sebab itu, sama ada rompakan tersebut berlaku di luar kota
atau di dalamnya, maka hukumnya adalah sama sahaja.482
iii. Kes hirabat pada zaman Rasulullah
ٌعَ ْنٌأَنَ ٌٍَِا ِض َيٌاَّلّلٌ َعنْهٌقَا َلٌ قَ ِد َمٌعَلَىٌالَنِِِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْ ِهٌَو َس َلّ َمٌنََفرٌِم ْنٌع ْك ٍ ٌفَأَ ْس لَموا
ٌفَا ْجتَ َوْواٌالْ َم ِدينَ ةٌَفَ أََمَره ْمٌأَ ْنٌََيْس واٌإِبِ ٌَال َّص َدقَِةٌفَيَ ْه َربواٌِم ْنٌأَبْ َواَِلَاٌَوأَلْتَانِهَاٌفََفَعلٌواٌفَ َص حوا
ٌَ َفَاْاسَدواٌَوقَتَلواٌاَعاََتَاٌَوا ْستَاقواٌاِْلبِ ٌَفَتَعَ َثٌِفيٌ ًٌَث ِاِه ْمٌفَأِبٌَِمِ ْمٌفََطَ َعٌأَيْ ِديَه ْمٌَوأَْاجلَه ْمٌَوَْس
أَ ْعينَه ْمٌَُثٌّلَمٌَُْْي ِس ْمه ْمٌ َح ََّلٌَماسوا
Masudnya: “Daripada Anas yang berkata, “Sekelompok orang dari
daerah ‘Ukal datang menemui Nabi lalu menyatakan masuk Islam, lantas
mereka merasa tidak tahan tinggal di Madinah (kerana sakit panas).
Kemudian Baginda menyuruh mereka agar mendatangi kawanan unta
daripada hasil zakat, agar mereka minum susu unta dicampur dengan
kencingnya. Setelah mereka melaksanakan (perintah tersebut), mereka
menjadi sihat, lantas mereka kembali murtad dan membunuh para
penggembala unta serta merampas seluruh untanya. Kemudian Baginda
mengutus (pasukan) untuk mengejar mereka. (Setelah mereka ditangkap),
lalu dibawa ke hadapan Baginda, lantas Baginda memotong-motong tangan
mereka, kaki mereka, dan mencungkil mata mereka, kemudian Baginda
tidak membunuh mereka hingga mereka mati sendiri.” (H.R. Al-Bukhariy:
6304, Muslim: 3163)
v. Analisis tasamuh dalam kes hirabat
482 Al-Kasany, al-Bada`i' al-Sana`i', hal. 367.
285
a. Muharib berpeluang untuk bertaubat
Antara nilai-nilai tasamuh Islam dalam kes hirabat ialah penerimaan taubat
sekiranya muharib bertaubat sebelum ditangkap,483 Hal ini berdasarkan firman Allah
:
ٌإِلَاٌّاَلّ ِذي َنٌَتبواٌِم ْنٌقَْت ِ ٌأَ ْنٌسَْ ِداواٌعَلَْيِه ْمٌفَا ْعلَمواٌأَ َّنٌاللهٌَغَفواٌَاِحيم
Maksudnya: “kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum
kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahawasanya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS al-Ma`idah: 34)
Menurut Sayyid Sabiq, muharib yang bertaubat sebelum ditangkap adalah petanda
bahawa dia mulai insaf dan bermaksud untuk memperbaiki dirinya menjadi bersih
dan menjauhi jarimah hirabat yang dilakukannya. Oleh itu, dia diampuni oleh Allah
dan hadd hirabat ke atasnya gugur kerana hirabat adalah hak Allah. Menurut al-
Syiraziy, hadd hirabat yang dimaksudkan ialah pembunuhan, salib dan potong
kaki.484
Walau bagaimanapun, taubatnya tidak menggugurkan hak hamba. Hak hamba yang
dimaksudkan ialah sekiranya sebelum bertaubat muharib telah melakukan
pembunuhan, maka waris mangsa mempunyai hak ke atasnya, iaitu hak qisas, hak
memaafkan dan diyat. Sekiranya waris memberi kemaafan, maka muharib terlepas
daripada hukuman qisas.
Sekiranya muharib pernah merampas harta, maka harta yang dirampas, hendaklah
dikembalikan. Jika harta tersebut telah hilang atau musnah, maka muharib hendaklah
483 Ahmad Fathy Bahansy, al-Siyasah al-Jina`iyyah, hal. 275 , Abdul Qadir ‘Awdah, al-Tasyri' al-
Jina`iy al-Islamiy, hal. 660.
484 Al-Syirazy, al-Muhadhdhab, hal. 368, al-Tuwayjiry, Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiy, hal. 170.
286
menggantikannya dengan harga atau nilainya kerana harta yang dirampas itu bukan
miliknya.485
Sekiranya muharib melakukan pembunuhan, kemudian ditangkap, maka ahli
warisnya tidak boleh memaafkan kerana hukuman tersebut adalah hak Allah.
Sekiranya muharib mengambil harta seseorang, maka hendaklah dikembalikan
kepada ahli warisnya. Jika tidak diketahui tuan atau ahli waris, maka harta tersebut
diserahkan kepada baitul mal, jika harta tersebut telah tiada lagi, maka hendaklah
dibayar apabila keadaan memungkinnya membayar dengan cepat.
Jelas di sini bagaimana Islam amat mementingkan agar muharib menyedari
kesilapannya bertaubat dengan pilihan sendiri. Oleh kerana taubat itu lahir daripada
kehendaknya sendiri, maka semua kesalahan yang berkaitan dengan hirabat akan
diampunkan Allah .
Sayyid sabiq telah memetik riwayat daripada Ibn Jarir tentang kisah Ali al-Asadi
seorang muharib yang mengacau keamanan di perjalanan, membunuh dan merampas
harta. Pemimpian dan masyarakat mencarinya tetapi mereka tidak dapat
menangkapnya. Akhirnya beliau insaf dan menyerah diri untuk bertaubat. Keinginan
untuk taubat timbul setelah mendengar seseorang membaca ayat dalam surah al-
Zumar: 53:
⧫ ⧫➔⧫ ➔
◼⧫ ❑➔◆
❑◆⬧ →
◆❑▪
➔⬧ ❑ ⧫
❑→⧫ ◆❑➔
▪
485 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 305, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 259.
287
Maksudnya: "Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat
Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.S.
al-Zumar: 53)
'Ali al-Asadi mendengar bacaan tersebut kemudian berkata: "Wahai hamba Allah,
ulangi lagi bacaanmu". Kemudian lelaki tersebut mengulangi lagi bacaannya. Pedang
'Ali mula dimasukkan ke dalam sarungnya. Kemudian dia menuju ke Madinah dan
sampai pada waktu sahur. Kemudian mandi dan menuju ke masjid Nabawiy untuk
solat Subuh. Beliau duduk berdekatan dengan Abu Hurairah . Ketika keadaan
sudah mulai terang, orang-orang mengenalinya dan menangkapnya. 'Ali al-Asadi
berkata: "Kamu tidak boleh menghukumku. Aku datang dan bertaubat sebelum kamu
menangkapku." Kemudian Abu Hurairah berkata: "Betul." Kemudian Abu
Hurairah membawa 'Ali al-Asadi kepada Marwan Ibn Hakam, amir di Madinah
pada zaman Mu'awiyah. Abu Hurairah berkata: "Ini 'Ali . Ia datang dan bertaubat.
Kamu tidak boleh menghukumnya.". dengan demikian, beliau dibebaskan.486
Manakala jarimah yang berkaitan dengan hak-hak hamba (huquq adamiyyin)
diselesaikan sesama hamba. Jika melibatkan harta, hendaklah dikembalikan atau
mengantikan nilainya. Jika berkaitan dengan nyawa luka tubuh badan, maka waris
boleh menjalankan qisas atau memaafkan atau meminta diyat. Jelas, adanya unsur-
unsur keadilan undang-undang Islam. Hal ini sekaligus merupakan nilai-nilai
tasamuh Islam dalam masalah taubat bagi pelaku hirabat.
Walaupun hukuman agak tegas, tetapi di dalamnya mengandungi nilai-nilai tasamuh.
Sebenarnya, bukan hukuman yang menjadi keutamaan, tetapi yang menjadi
keutamaan adalah mengambil pengajaran daripada kesalahan tersebut. Kerasnya
486 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 306.
288
hukuman boleh difahami kerana ia menimbulkan ketakutan dan trauma kepada
mangsa. Elemen kekerasan, penggunaan senjata dan kekuatan sehingga orang tidak
berupaya menentang mereka sama ada dilakukan secara berkumpulan atau
bersendirian, menyumbang kepada keganasan dan perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan. Oleh itu, hukuman disyari'atkan bertujuan menjaga keamanan,
kehormatan dan harta warga negara Islam dan juga dhimmiy. Bagi golongan
dhimmiy, harta dan nyawa mereka terpelihara kerana ‘aqd dhimmah antara mereka
dengan pemerintah Islam.487
Kesimpulannya, walau sekeras manapun haddnya, hakikatnya undang-undang Islam
sentiasa berdiri di atas nilai-nilai tasamuh. Antara ketegasan hukuman dan kejahatan
muharib, sebenarnya hadd hirabat bertujuan mewujudkan ketenteraman dalam
kehidupan. Adalah tidak wajar difokuskan kepada hukumannya semata-mata.
Sekiranya tiada hukuman yang setegas itu, maka kejahatan pasti tidak akan dapat
dibendung. Dengan kata lain, hadd hirabat bertujuan menarik sebanyak mungkin
kemanfaatan dan menolak sekecil mungkin kerosakan dan keburukan dalam
masyarakat. Jika ini diberi perhatian, maka akan terserlahlah nilai-nilai tasamuh
Islam dalam hadd hirabat. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing tidak lagi berasa
selamat walaupun berada di dalam rumahnya sendiri. Ibu bapa semakin bimbang
akan keselamatan anak-anak mereka. Maka hal ini menuntut kepada suatu hukuman
yang dapat menakutkan muharib.
b. Tasamuh dalam perluasan makna hirabat
487 Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-Islamiy hal. 85.
289
Selaras dengan definisi operasional yang meletakkan nilai keinsanan sebagai
sebahagian daripada elemennya, maka perluasan makna hirabat dilihat menepati ciri-
ciri tasamuh yang dimaksudkan. Islam mengiktiraf harta kekayaan seseorang yang
diperolehi secara baik. Bahkan Islam mengawalnya agar ia dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya. Justeru, hukuman yang sangat tegas dikenakan terhadap
tindakan muharib. Ketegasan hukuman ke atas harta dinilai sebagai patut dan wajar,
maka begitu jugalah tindakan tegas dikenakan terhadap jenayah ke atas kehormatan.
Justeru, sebahagian fuqaha' berpendapat bahawa hukuman ke atas perogol
dikategorikan sebagai jenayah hirabat kerana termasuk dalam cakupan harta ialah
kehormatan seseorang ( )اعزراض النزاس. Sekiranya dalam makna asal hirabat, seseorang
boleh mempertahankan hartanya daripada dirampas, maka mempertahankan diri
daripada dirogol walaupun terpaksa membunuh perogol adalah wajib.
'Abdul Karim Zaydan merumuskan bahawa wajib atas wanita terbabit
mempertahankan diri mereka walaupun terpaksa membunuh perogol. Hujahnya,
seseorang dibolehkan mempertahankan hartanya daripada dirampas walaupun
terpaksa membunuh, maka mempertahankan kehormatan adalah lebih utama. Antara
kehormatan dan harta statusnya tidak sama. Harta boleh dilepaskan tetapi maruah
tidak boleh diserahkan. 488
‘Abdul Karim Zaydan telah membawa pendapat-pendapat yang menyokong
pernyataan tersebut. Ibn Hazm dalam al-Muhalla telah menyatakan bahawa setiap
orang yang melakukan perbuatan hirabat di jalanan, menakut-nakutkan manusia
dengan pembunuhan, merampas harta atau melukai mereka dan memperkosa wanita
488 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 272.
290
adalah termasuk dalam hirabat dan akan dihukum dengan hadd hirabat sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam ayat hirabat. Hal ini turut disokong oleh fuqaha' al-
Syafi'iyah dan Malikyah. 489 Malahan, Ibn al-'Arabiy menegaskan bahawa
pencerobohan ke atas faraj lebih keji daripada pencerobohan ke atas harta.490
Sayyid Sabiq telah membawakan kisah seorang wanita yang telah keluar mencari
kayu. Kemudian dia diekori oleh seorang lelaki yang merayu dan menariknya untuk
melakukan perbuatan keji. Wanita tersebut melawan dengan melempar batu ke arah
lelaki terbabit sehingga menyebabkan lelaki tersebut mati. Kes ini dilaporkan kepada
'Umar Ibn al-Khattab . 'Umar berkata: "Dia terbunuh oleh Allah, demi Allah, tidak
ada diyat baginya selama-lamanya."491
Kesimpulannya, perluasan makna dan kesetaraan hadd muharib terhadap maruah
seseorang bersesuaian dengan nilai-nilai keinsanan yang ditegaskan oleh Islam
menujukkan bahawa perluasan makna hirabat adalah undang-undang yang
berlandaskan nilai-nilai tasamuh.
c. Keadilan dari segi hukuman
Berbeza dengan uqubah atau jarimah sebelumnya, kes-kes hirabat tidak banyak
dibincangkan melainkan peristiwa hirabat yang dilakukan oleh puak 'Ukl dan
'Uraynah. Walaupun jumlah mereka hanyalah tujuh orang, iaitu tiga orang daripada
kalangan 'Ukl dan empat orang daripada 'Uraynah,492 namun tindakan mereka adalah
terlalu kejam.
489 'Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 264.
490 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, hal. 95.
491 Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnat, hal. 308.
492 Lihat pada catatan nota kaki Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im, hal. 81.
291
Menurut sejarawan, pengembala unta yang dibunuh oleh puak qabilah 'Ukl pada
tahun enam hijriyah bernama Yasar.493 Setakat pembacaan penyelidik, inilah
peristiwa pertama tentang tindakan hirabat dalam sejarah Islam sebelum turunnya
ayat hirabat.494 Jika dilihat kepada hadd tersebut, maka secara zahirnya ia dilihat
sangat kejam. Hakikatnya, hadd tersebut adalah adil. Hal ini kerana mereka datang
ke Madinah, kemudian mereka mengalami penyakit kerana tidak tahan dengan cuaca
di Madinah. Lalu RasululLah meletakkan mereka di suatu tempat sehingga
sembuh. Setelah sembuh, mereka menjadi murtad. Mereka juga bertindak ganas
dengan melakukan pembunuhan terhadap pengembala unta tersebut dan merampas
kesemua unta-unta tersebut.
Abu Qalabah dalam Maqasid al-‘Uqubat fi al-Islam menyatakan bahawa qabilah
tersebut melakukan pencurian, pembunuhan, menjadi kafir dan memerangi Allah dan
Rasul-Nya.495
Berdasarkan kekejaman tersebut, mereka dihukum dengan hadd hirabat, iaitu,
potong tangan dan kaki dan mata mereka dicungkil. Persoalannya, tindakan
RasululLah memotong tangan dan kaki mereka masih boleh difahami sebagai
hadd hirabat. Namun, bagaimana pula dengan hukuman mencungkil mata?.
Sekiranya persoalan ini dibiarkan begitu sahaja, maka akan ada tanggapan bahawa
tindakan RasululLah adalah kejam.
493 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 254, al-Isybiliy, al-Ahkam al-Syar'iyyat al-
Sughra, hal. 754, Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 81.
494 Menurut Ibn al-'Arabiy, ada lima sebab penurunan ayat al-Ma`idah 33. Pertama, diturunkan
kepada ahl al-Kitab yang telah melanggar perjanjian, menakut-nakutkan orang di jalanan dan
melakukan kerosakan. Kedua, Diturunkan kepada orang musyrikin. Ketiga; diturnkan kepada qabilah
'Ukl dan 'Urainah seperti di atas. Keempat; Turun sebagai teguran kepada Nabi berhubung hukuman
ke atas qabilah 'Ukl sebagaimana pendapat al-Layth. Kelima; turun kerana menasakhkan hukuman
Nabi terhadap qabilah 'Ukl dan 'Urainah. Untuk lebih terperinci, sila lihat dalam Ibn al-'Arabiy,
Ahkam al-Qur'an, hal. 91. Lihat juga dalam Ahmad Fathy Bahansy, al-Jara`im fi al-Fiqh al-Islamiy
hal. 81.
495 Ihab Faruq Husny, Maqasid al-‘Uqubat fi al-Islam, hal. 129.
292
Sebenarnya, RasululLah telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hakim
yang adil. Baginda tidak melakukannya secara melulu, sebaliknya Baginda
menghukum mereka dengan hadd qisas. Hal ini kerana mereka didapati telah
melakukan hal yang sama. Mereka telah mengorek mata pengembala dan
membunuhnya. Oleh itu, Nabi menghukum dengan hukuman yang sama kerana
beramal dengan ayat al-Syura: 40 dan al-Baqarah: 194:496
⧫⧫◆
➔
Maksudnya: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa."
(Q.S. Al-Syura: 40)
◼⧫ ⧫ ☺⬧
☺ ◼⧫ ⧫⬧
◼⧫ ⧫ ⧫
❑→◆
Maksudnya: "…oleh sebab itu sesiapa yang menyerang kamu, maka seranglah
ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu. bertakwalah kepada Allah…"
(Q.S. Al-Baqarah: 194)
Hal ini disebutkan secara jelas oleh Imam Muslim dalam Sahihnya,
ٌٌعَ ْنٌأَنَ ٌٍِقَا ٌَلٌإَِّنَاٌَْسَ ٌَالَنِّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌعَلَْيِهٌَو َسَلّ َمٌأَ ْعيَنٌأولَئِ َكٌلِأَنَّه ْمٌَْسَلواٌأَ ْعيَنٌالِِرعَاِء
Maksudnya: " Daripada Anas katanya: "sesungguhnya Nabi mengorek
mata mereka kerana bahawasanya mereka telah mengorek mata pengembala
tersebut." (H.R. Muslim: 3164)
Selepas peristiwa tersebut, maka turunlah ayat hirabat. Melihat kepada tindakan
yang dilakukan oleh qabilah 'Ukl, jika dianalisis berdasarkan syarat-syarat muharib,
maka syarat-syarat tersebut dipenuhi oleh mereka. Bagi syarat pertama, iaitu
muharib seorang yang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam ataupun bukan Islam.
Untuk syarat kedua pula, muharib memiliki kekuatan sehingga mereka membunuh
496 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 254.
293
pengembala tersebut. Manakala syarat ketiga, mereka melakukan perbuatan tersebut
secara terang-terangan.
Sekiranya berlaku kes sebagaimana yang dilakukan oleh qabilah 'Ukl, maka menurut
pandangan fuqaha' Syafi'iyah dan Hanabilah, hukuman ke atas muharib ialah
dibunuh dan disalib. Menurut pandangan sebahagian fuqaha', cara pelaksanaannya
ialah dibunuh terlebih dahulu, kemudian barulah disalib. Tempoh disalib tidak
ditentukan, namun menurut mereka tempohnya adalah selama tiga hari supaya
masyarakat awam boleh mengambil iktibar daripadanya.497
Menurut pembahasan fuqaha', sekiranya hirabat itu melibatkan rompakan sahaja,
maka harta tersebut hendaklah mencukupi nisab atau berada dalam tempat
penyimpanan menurut satu pandangan. Pandangan ini tidak dipersetujui oleh Imam
Malik kerana menurutnya nisab tidak diperlukan kerana tindakan hirabat itu sendiri
menyebabkan seseorang itu dipotong tangannya. Tambahnya lagi, jarimah hirabat
bukanlah jarimah sariqat kerana jarimah sariqat telah ditentukan nisabnya tetapi
tidak ditentukan dalam jarimah hirabat. Oleh itu, haddnya juga tentulah berbeza.498
497 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 256.
498 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal. 255.
294
3.7 Hadd al-Baghy (Pemberontakan) dan Tasamuhnya
i. Definisi
Fuqaha' mazhab yang empat berbeza pandangan dalam mentakrifkan makna al-
baghy daripada segi istilah. Berikut adalah takrif-takrif yang disenaraikan oleh
'Abdul Qadir 'Awdah.499
Fuqaha' Malikiyah mendefinisikan al-baghy:
ٌٌٌٌٌاْلمتناعٌعنٌطاعةٌمنٌسَتتٌإمامتهٌفيٌغْيٌمعصيةٌِبغالتتهٌولوٌَتويلا
Maksudnya: "Mencegah diri daripada mentaati orang yang telah sah menjadi
imam dalam perkara bukan maksiat dengan menggunakan kekuatan fizikal
(mughalabah) walaupun kerana alasan ta`wil."
Fuqaha' Hanafiyah pula mendefinisikannya sebagai:
499 'Abdul Qadir 'Awdah, al-Tasyri' al-Jina`iy al-Islamiy, hal. 673.
295
ٌاْلروجٌعنٌطاعةٌإمامٌاْلقٌبغْيٌحق
Maksudnya: "Keluar daripada ketaatan kepada imam yang haq (sah) dengan
tanpa alasan yang haq. 500
Fuqaha' Syafi'iyyah mendefinisikan al-baghy sebagai:
ٌالمسلمونٌَمالفوٌاْلمامٌوروجٌعليهٌوٌسركٌالان يا ٌلهٌأوٌمنعٌحقٌسوجهٌعليهمٌبهرطٌشوكة
ٌَلمٌوٌَتوي ٌوٌمطاعٌفيهم
Maksudnya: “Orang-orang Islam yang menentang pemimpin dengan
melakukan pemberontakan dan meninggalkan ketaatan atau enggan
menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (bughat)
itu memiliki kekuatan fizikal, mempunyai alasan (penafsiran) penentangan
dan mempunyai ketua.”501
Manakala fuqaha' Hanabilah mentakrifkan al-baghy:
ٌاْلااجونٌعنٌإمامٌولوٌغْيٌعدلٌبتأوي ٌسائبٌوٌَلمٌشوكةٌولوٌلمٌيكنٌفيهمٌمطاع
Maksudnya: “Orang-orang memberontak terhadap seorang imam sekalipun
imam itu tidak adil dengan suatu ta`wil yang diperbolehkan dan mereka
mempunyai kekuatan meskipun tidak mempunyai pemimpin yang ditaati di
antara mereka.”
Definisi yang dijelaskan oleh Ibn al-'Arabiy502 dilihat merangkumi definisi yang
dimaksudkan dalam takrif-takrif di atas. Beliau berkata:
ٌ اْلااجونٌعلىٌالامامٌالمسلمٌيتغونٌخلعهٌأوٌيمتنعونٌمنٌالدخولٌفيٌطاعتهٌعلىٌستي ٌالتأوي
ٌ لاٌلل حو
Maksudnya: "orang-orang yang memberontak terhadap imam yang muslim
yang bertujuan mencabut atau menghalang daripada taat berdasarkan ta'wil
bukan kerana engkar."
Berdasarkan takrif-takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa para fuqaha' mazhab
bersepakat bahawa pemberontak ialah orang yang menentang imam (pemerintah).
Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkannya atau enggan mentaatinya atau sengaja
500 Al-Haskafy, Radd al-Mukhtar, hal. 351.
501 Sadiq al-Mahdiy, al-'Uqubat al-Syar'iyyat, hal. 52.
502 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, Bahagian keempat, hal. 153
296
tidak mahu menunaikan hak yang wajib dengan berpegang kepada ta'wil dalam
semua keadaan tersebut.503
ii. Landasan hukum jenayah al-baghy
Allah menegaskan hukuman ke atas bughat di dalam surah al-Hujurat:
⧫⬧ ◆
❑➔⧫⧫ ⧫✓⬧☺
⬧ ☺⬧⧫ ❑⬧⬧
◼⧫ ☺◼ ⧫⧫
❑➔⬧⬧ ⧫
◼ ◆⬧ ⬧
◆⬧ ⬧
☺⬧⧫ ❑⬧⬧
❑◆ ➔
✓☺ ⧫
Maksudnya: “Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang
maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah
menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang
menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan
perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-
duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang
yang melakukan kesaksamaan.” (Q.S. Al-Hujurat: 9)
Hadith-hadith berkaitan al-Baghy boleh didapati dalam beberapa kitab. Dalam Subul
al-Salam, Imam al-San'any telah menyenaraikan lima hadith berkaitan al-baghy.
Masing-masing hadith tersebut ialah dua daripada sanad Ibn 'Umar dan selebihnya
daripada Abu Hurairah , Umm Salamah dan 'Urfajah .
Pertama, hadith daripada Ibn 'Umar bahawa RasululLah bersabda:
ٌٌٌعَ ْنٌ َعْت ِدٌاَّلِّلٌبْ ِنٌع َم َرٌَا ِض َيٌاَّلّلٌ َعنْه َماٌعَ ْنٌالَنِِِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَْي ِهٌَو َس َلّ َمٌقَا َلٌَم ْنٌَِحَ ٌَ َعلَْينَا
ٌٌال ِِسلَا َاٌفَلَيْ ٌَِِمَنّا
Maksudnya: "Sesiapa yang mengangkat senjata, bukan daripada golongan
kami." (H.R. Al-Bukhariy: 6366, Muslim: 145)
503 Wahbah al-Zuhayly, al-Fiqh al-Islamiy, hal. 146.
297
Kedua, hadith daripada Abu Hurairah
ٌٌٌَعَ ْنٌٌأَِبيٌٌهَريْ َرةٌٌَعَ ْنٌٌالَنٌِِِّبٌ َصَلّىٌاَّلٌّلٌعَلَْيٌهٌَِو َسَلّ ٌَمٌأََنٌّهٌقَا َلٌٌَم ٌْنٌ َخَر ٌَجٌِم ْنٌٌال َطّاعٌَةٌَِوفَاَا ٌٌََالْجََما َعٌة
ٌفََما ٌٌََما ٌٌَِميتٌَةًٌ َجا ِهلَِيًّة
Maksudnya: "Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meningalkan
jemaah dan dia mati, maka kematiannya seperti mati dalam jahiliyah." (H.R.
Muslim: 3436)
Ketiga, berdasarkan sanad daripada Umm Salamah :
ٌعَ ْنٌأِِمٌ َسلَ َم َةٌقَالَ ٌْتٌقَا َلٌَاسولٌاَّلِّلٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَيِْهٌَو َسَلّ َمٌسَْت ٌعَ َّما ًااٌالِْفئَةٌالْتَا ِغيَة
Maksudnya: "RasululLah bersabda: "Ammar dibunuh oleh sekelompok
pemberontak." (H.R. Muslim: 5194)
Hadith keempat daripada Ibn 'Umar :
ٌعنٌابنٌعمرٌاضىٌاللهٌعنهماٌقالٌقالٌاسولٌاللهٌصلىٌاللهٌعليهٌوسلمٌلعتدٌاللهٌبنٌمسعو ٌيا
ٌبنٌمسعو ٌأسداىٌماٌحكمٌاللهٌفيمنٌبغىٌمنٌهذهٌالامةٌقالٌابنٌمسعو ٌاللهٌواسولهٌاعلمٌقال
504.فانٌحكمٌاللهٌفيهمٌانٌلاٌيتتعٌمدبرهمٌولاٌي ت ٌاسْيهمٌولاٌيذففٌعلىٌجرُيهم
Maksudnya: "RasululLah bersabda kepada Abdullah Ibn Mas'ud: "Wahai
Ibn Mas'ud, apakah hukuman kepada sesiapa yang memberontak dalam
kalangan umat ini?" Maka 'Ibn Mas'ud pun menjawab: "Allah dan Rasul-Nya
yang paling mengetahui. Baginda bersabda: " Tidak boleh mengejar
pemberontak yang telah lari, tidak boleh membunuh tawanan perang dan
tidak boleh membunuh pemberontak yang terluka." (H.R. Al-Bayhaqy)
504 Hadith yang dimuatkan di dalam Subul al-Salam berbeza dengan yang disebutkan di atas. Dalam
Subul al-Salam disebutkan perawinya adalah al-Bazzar. Perbezaan hanya pada susunan matannya,
akan tetapi sama daripada segi maknanya. Al-San'any memberi sedikit komentar berkaitan sanadnya.
Dalam hadith tersebut terdapat Kawthar Ibn Hakim yang dianggap sebagai matruk (yang ditinggalkan
atau yang tidak diambil). Namun, hadith ini disahkan oleh hadith daripada Saidina 'Ali . Lihat: Al-
San'any, Subul al-Salam, hal. 80. Matruk dalam ilmu hadith didefinisikan sebagai "perawi di dalam
hadith dituduh sebagai pendusta". Lihat: 'Imad Ali Jum'ah, Mustalah al-Hadith al-Muyassar, hal. 29.
298
Kelima, hadith yang diriwayatkan daripada 'Urfajah:
ٌٌ َع ْنٌعَْرفَ َةٌَقَا َلٌٌَِْسْعتٌَاسوَلٌاَّلّلٌِ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْهٌَِو َس َلّ َمٌيَ ولٌَم ْنٌأََتك ْمٌَوأَْمرك ْمٌَِْجيعٌعَلَى
ٌٌَاج ٍ ٌَوا ِح ٍدٌي ِريدٌأَ ْنٌيَه َّقٌ َع َصاك ْمٌأَْوٌي َفِِر ٌَََْجَا َعتَك ْمٌفَاقْتلوه
Maksudnya: "Daripada 'Urfajah Ibn Syurayh berkata; "Aku mendengar
RasululLah bersabda: "Sesiapa yang mendatangi kamu padahal kamu
sekalian bersatu di bawah pimpinan seorang pemimpin, yang tujuannya
mematahkan kekuatanmu atau memecah belahkan kesatuanmu, maka
bunuhlah ia." (H.R. Muslim: 3443)
iii. Kes al-baghy pada zaman para Sahabat
Semasa pemerintahannya, Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq memerangi golongan
bughat, iaitu golongan yang enggan menunaikan kewajipan membayar zakat. 505
Zaman pemerintahan Sayyidina 'Ali Ibn Abi Talib , beliau telah memerangi
kelompok yang enggan membaiahnya, iaitu penduduk Syam dan penduduk
Nahrawan yang mengisytiharkan untuk tidak mentaatinya.506
iv. Analisis tasamuh dalam kes al-baghy
Semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq munculnya golongan yang
enggan membayar zakat. Keengganan mereka berpunca daripada ta`wil terhadap
firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 103:
⬧ ⚫◆❑ ➔
⧫➔◆ ➔⬧➔
◼⧫ ◆
◆ ⚫ ⬧ ⬧❑◼
⧫ ☺
505 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, hal. 153, Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-Jina`iy fi al-Islam, hal.
392.
506 Amir 'Abd al-'Aziz, al-Fiqh al-Jina`iy fi al-Islam, hal. 392.
299
Maksudnya: "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu
kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka.
Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan
Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Taubat: 103)
Menurut mereka, dalam ayat di atas, khitab ditujukan kepada Nabi dan secara
zahirnya orang yang berhak memungut zakat hanya terbatas kepada Baginda
sahaja. Justeru, taklif tersebut akan luput dengan kewafatan Baginda . Atas dasar
itulah, mereka enggan menunaikan zakat kepada sayyidina Abu Bakar . Mereka
mengatakan bahawa hanya pemungutan zakat oleh Nabi sahaja yang dapat
membersihkan jiwa.507 Selain itu, mereka berpendapat bahawa zakat hanya diberikan
kepada orang yang doanya memberi ketenteraman jiwa mereka, yakni RasululLah
.508 Berdasarkan ta`wil tersebut, nyatalah mereka tergolong dalam kategori
bughat.509
Namun, sebahagian fuqaha' menyatakan bahawa keengganan itu menyebabkan
mereka dianggap sebagai murtad. Walau bagaimanapun, 'Abdullah Ahmad Qadiry
dalam kitabnya al-Riddat fi al-Islam menyatakan bahawa mereka diperangi bukan
kerana murtad tetapi adalah kerana keengganan membayar zakat.510
Penjelasan oleh al-Mawardiy dilihat mampu menjelaskan status di atas. Menurut
beliau, sekiranya seseorang atau sekelompok enggan menunaikan zakat, maka
berlaku hukum ke atas mereka sebagaimana hukuman ahl al-riddat. Akan tetapi, jika
mereka enggan membayarnya, namun masih mengakui kewajipannya, maka
507 Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Qur`an, hal. 575. Lihat juga dalam al-Syafi'i, al-Umm, hal. 805.
508 'Abdul Qadir 'Awdah, al-Tasyri' al-Jina`iy al-Islamiy,hal. 680.
509 Muhammad 'Uqlah, Nizam al-Islam, hal. 247, al-Dardir, Hasyiyah al-Dusuqiy, hal. 299.
510 Sila lihat penjelasan selanjutnya dalam bahagian hadd riddat.
300
berlakulah hukum bughat ke atas mereka.511 Walaupun apapun status mereka,
kedua-dua golongan ini diperangi oleh Islam.
Demikian juga tindakan yang dilakukan oleh Sayyidina 'Ali ke atas golongan
Khawarij512 di Nahrawan kerana telah mengisytiharkan untuk tidak mentaati
kepimpinannya. Menurut Saleh Ibn Fawzan, Khawarij adalah orang-orang yang
memberontak terhadap pemerintah di akhir masa pemerintahan 'Uthman Ibn ‘Affan
yang mengakibatkan terbunuhnya ‘Uthman . Kemudian di masa kepemimpinan
Sayyidina ‘Ali Ibn Abu Talib , keadaan mereka semakin buruk. Mereka
mengisytiharkan ketidaktaatan kepada Sayyidina‘Ali Ibn Abu Talib dan
mengkafirkan para sahabat. Semua ini disebabkan para shahabat tidak menyetujui
pendapat mereka. Sesiapa sahaja yang menyanggahi mereka dianggap sebagai
kafir.513
Malahan, mereka mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar dan
juga mengkafirkan Uthman , Talhah , al-Zubayr dan Sahabat-Sahabat lain.
Lebih daripada itu, mereka juga menghalalkan darah orang Islam dan harta benda
mereka kecuali orang yang menyertai kelompok mereka.514
a. Menghulur perdamaian kepada pemberontak
Antara nilai-nilai tasamuh Islam sebelum memerangi pemberontak ialah hendaklah
mengajak mereka terlebih dahulu agar kembali kepada pemerintah yang sah.
511 Al-Mawardiy, Ahkam al-Sultaniyyat, hal. 78.
512Asalnya adalah pengikut Sayyidina 'Ali . Kemudian memisahkan diri mereka kerana tidak
bersetuju dengan keputusan Sayyidina 'Ali menerima perdamaian dengan Mua'wiyah Ibn Abi
sufyan. Terdapat pelbagai faktor berhubung nama Khawarij. Antaranya adalah nama tersebut
diberikan kerana mereka telah keluar daripada kumpulan Sayyidina 'Ali . Lihat dalam: Harun
Nasution, Teologi Islam, hal. 11.
513 Saleh Ibn Fawzan, Lamhat 'an al-Firaq al-Dallat, hal. 21.
514 Abdul Ghani Azmi, Mengenal Qanun jenayah Islam, hal. 128.