201
Menurut Amir ‘Abd al-‘Aziz, hal ini selari dengan falsafah Islam bahawa tidak
sepatutnya berita-berita fahisyah terutamanya zina dibiarkan tersebar dalam
masyarakat.337
Lebih jauh, ‘Imad ‘Abd al-Rahim memetik kata-kata al-Muti’iy dalam kitabnya
takmilah al-Majmu’ menyatakan bahawa menggembar-gemburkan kesalahan lebih
besar mudaratnya daripada melaksanakan hukuman itu sendiri. 338
Beliau selanjutnya menyatakan bahawa keutamaan menyembunyikan berita fahisyah
disebut dalam sebuah hadith daripada Malik daripada Zayd Ibn Aslam bahawasanya
Nabi bersabda:
ٌٌأَي َهاٌالَنّاسٌٌقَ ٌْدٌ ٌَنٌلَك ٌْمٌأَ ْنٌٌسَنْتَهواٌعَ ٌْنٌحدوٌٌِاَّلٌِّلٌَم ٌْنٌأَ َصا َبٌٌِم ْنٌٌ َه ِذهٌٌِالَْاذوَاا ٌٌِ َشْيئًاٌفَْليَ ْستَِتْر
ٌٌبِ ِستِْرٌٌاَّلٌِّلٌفَِإَنٌّهٌَم ْنٌٌيتْ ِديٌلَنَاٌ َصْف َحتَهٌٌنِ ٌْمٌ َعلَيْهٌٌٌِكِتَا ٌَبٌاَّلِّل
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tiba masanya bahawa
kamu menjauhi larangan Allah. Maka sesiapa dalam kalangan kamu ditimpa
perbuatan keji ini maka hendaklah ia menyembunyikannya dengan tutupan
(yang diberikan) Allah. Sesungguhnya sesiapa yang menampakkannya kami
pasti akan berhukum dengan kitab Allah ‘azza wa jall.” (H.R. Malik: 1299)
Hadith yang lain riwayat al-Bukhariy daripada Salim Ibn 'Abdullah berkata: Aku
mendengar Abu Hurairah berkata: "Aku mendengar RasululLah bersabda:
ٌعَ ْنٌ َسالِمٌبْ ِنٌ َعتْ ِدٌاَّلّلٌِقَا َلٌَِْسْعتٌأََشٌهَريْ َرةٌَيَ ولٌٌَِْسْعتٌَاسوَلٌاَّلِّلٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَْيهٌَِو َسَلّ َمٌيَ ول
ٌك ٌأٌَّمِتٌمَعا ًٌْإَِّلاٌالْم َا ِه ِري َنٌَوإِ َّنٌِم ْنٌالْم َا َهَرِةٌأَ ْنٌيَ ْع َم ٌَالَّرج ٌ ِشلَلّيْ ِ ٌ َع َملًاٌَُثٌّي ْصتِ ٌٌََوقَ ْد
ٌَستَرَهٌاَّلّلٌعَلَيِْهٌفَيَ وَلٌيَاٌفلَانٌعَ ِمْلتٌالْتَا ِا َحةٌََك َذاٌَوَك َذاٌَوقَ ْدٌَش َ ٌيَ ْسترهٌَابهٌَوي ْصتِ ٌٌيَ ْك ِهف
ٌِستْرٌَاَّلِّلٌعَْنه
Daripada Salim ibn 'Abdullah katanya. "aku mendengar Abu Hurairah
berkata: "Aku mendengar RasululLah bersabda: "Setiap umatku
dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan (melakukan maksiat). Dan
termasuk terang-terangan adalah seseorang yang melakukan perbuatan
maksiat di malam hari, kemudian di pagi harinya, padahal Allah telah
menutupnya. Ia berkata: “wahai fulan, kelmarin aku telah melakukan ini dan
337 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 299. Lihat juga: Ahmad Fathy Bahansy, al-
Siyasat al-Jinayat fi al-Syari'at al-Islamiyyat, hal. 370.
338 Imad ‘Abd al-Rahim, Athar al-Dhuruf al-Tari`ah ‘ala had al-zina fi al-Fiqh Islamiy, hal. 98.
202
itu, padahal Allah telah menutupnya, dan di pagi harinya ia membuka
tutupan Allah terhadapnya." (H.R. Al-Bukhariy: 5608)
Dalam hadith yang lain, Imam al-Baihaqiy meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar
bahawasanya RasululLah selepas merejam al-Aslamiy Baginda bersabda:
ٌٌعنٌابنٌعمرٌأنٌاسولٌاللهٌصلىٌاللهٌعليهٌوسلمٌبعدٌأنٌاجمٌالاسلميٌقالٌاجتنتواٌهذه
ٌ ال اذواةٌالَلٌنهىٌاللهٌعنهاٌفمنٌلمٌفليستترٌبسترٌاللهٌعزوج
Maksudnya: Jauhilah perbuatan keji (maksiat) yang telah dilarang oleh
Allah. Sesiapa yang melakukannya, maka hendaklah menyembunyikannya
dengan tutupan (yang diberikan) Allah azza wa jall.” [H.R. Al-Baihaqiy:
8/330]
iii. Sunat bagi hakim menunjukkan kebencian kepada orang yang
mengaku
Tindakan Ma'iz mengulangi pengakuannya empat kali dan Nabi berpaling apabila
dia membuat pengakuan telah membuka ruang perbahasan dalam kalangan fuqaha'.
Persoalannya, mengapa RasululLah berpaling dan adakah bilangan tersebut
menjadi prasyarat kepada pensabitan zina atau tidak?
Tindakan RasululLah berpaling tersebut hakikatnya mempunyai nilai tasamuh.
Menurut Wahbah al-Zuhayly, apabila seseorang membuat pengakuan bahawa dia
telah melakukan zina, maka seelok-eloknya hakim menzahirkan kebencian atau
menyuruhnya pergi.339 Berkaitan dengan bilangan pengakuan, fuqaha' berbeza
pandangan.
Pandangan pertama dipegang oleh Abu Hanifah, sahabatnya dan Ibn Abi Layla
berpendapat bahawa bilangan pengakuan yang mensabitkan hadd adalah sebanyak
339 Wahbah al-Zuhayly, al-Fiqh al-Islamiy, hal. 56.
203
empat kali.340 Manakala pandangan kedua pula mengatakan bahawa hadd boleh
dikenakan hanya dengan sekali pengakuan sahaja. Pandangan ini dipegang oleh oleh
Malik, al-Syafi'i, Daud, Abu-Thur dan al-Tabary. Sandaran mereka adalah hadith
Abu Hurairah daripada Zaid ibn Khalid bahawa RasululLah bersabda: ا أغز ُد يَا
أُنزَأي ُس إلَى اأمَرأَة َه َذا فَإ أن ا أعََتَفَ أت فَاأرُُجأَها.
Al-Syarbiny341 menjelaskan bahawa tujuan RasululLah mendengar empat kali
pengakuan Ma'iz adalah kerana Baginda syak terhadap pengakuannya. Oleh sebab
itu, RasululLah bertanya kepadanya "adakah kamu gila".
Ahmad Fathi Bahansiy memetik pandangan Abu Hanifah, sahabatnya dan Ibn Abi
Layla bersandarkan hadith Sa'id ibn Jubayr daripada ibn 'Abbas daripada Nabi
bahawasanya Baginda menolak pengakuan Ma'iz sehingga beliau mengucap empat
kali pengakuan kemudian barulah beliau direjam.
Menurut Ahmad Fathi lagi,342 terdapat satu riwayat daripada Muslim daripada Abu
Hurairah yang turut menyokong dalil di atas.
ٌَع ْنٌأَِبيٌهَريْ َرَةٌَا ِض َيٌاَّلّلٌ َعنْهٌقَا َلٌأَسَىٌَاج ٌَاسوَلٌاَّلِّلٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْهٌَِو َسٌَلّ َمٌَوهَوٌِفيٌالْ َم ْس ِ ِد
ٌفَنَا َاهٌفََا َلٌيَاٌَاسوَلٌاَّلّلٌِإٌَُِِِزنَْيتٌفَأَ ْعَر َضٌعَْنهٌ َح ََّلٌَاَّ ٌَ َعلَْيِهٌأَْابَ َعٌَمَّرا ٍ ٌفَلََّماٌ َشٌِه َدٌ َعلَى
ٌْ نَْف ِسهِ ٌأَْابَ َع ٌ َشَها َا ٍ ٌ َ َعاه ٌالَنِّب ٌ َصَلّى ٌاَّلّل ٌ َعلَْيهِ ٌَو َسَلّ َم ٌفََا َل ٌأَبٌِ َك ٌجنون ٌقَا َل ٌلَا ٌقَا َل ٌفَ َه
ٌأَ ْح َصْن َتٌقَا َلٌنََع ْمٌفَ َا َلٌالَنِّبٌ َصَلّىٌاَّلّلٌ َعلَْيهٌَِو َسَلّ َمٌا ْذ َهتواٌبِهٌِفَا ْاْجوٌه
Maksudnya: "Daripada Sa'id ibn Musayyab daripada Abu Hurairah
katanya: Seorang lelaki datang menemui RasululLah ketika Baginda
sedang berada di dalam masjid. Dia memanggil RasululLah lalu berkata: Ya
RasululLah, saya telah berzina. RasululLah tidak memandangnya,
memalingkan diri daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga
empat kali. Maka setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi
340 Ahmad Fathy Bahansiy, al-‘Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 94, Ahmad Fathy Bahansy, al-
Siyasat al-Jinayat fi al-Syari'at al-Islamiyyat, hal. 138
341 Al-Syarbiniy, Mughny al-Muhtaj, hal.195.
342 Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 95.
204
memanggilnya dan berkata: Adakah kamu gila? Dia menjawab: Tidak.
RasululLah bertanya: Adalah engkau muhsan? Dia menjawab: Ya. Maka
Nabi bersabda: Bawa dia dan rejamlah, maka kami pun merejamnya."
(H.R. Al-Bukhariy: 6317, Muslim: 3202)
iv. Memastikan agar pengakuan tertuduh konsisten
Malik, al-Thaury, al-Syafi'i dan Ishaq, Abu Hanifah dan Ahmad mensyaratkan
pengakuan tertuduh mestilah konsisten bermula daripada sebelum dilaksanakan hadd
hingga ke akhir hadd. Jika pengakuan tersebut berubah-ubah sebagaimana kes Ma'iz
yang lari, maka hadd wajib dihentikan.343 Dalil yang menjadi sandaran mereka
adalah hadith Sai'id ibn Musayyab di atas. Hadith tersebut juga menurut mereka
menjadi dalil yang paling jelas tentang bolehnya menarik semula pengakuan.344
Alasan kenapa mereka berpendapat bahawa hadd wajib dihentikan jika iqrar ditarik
semula di pertengahan hadd adalah kerana penarikan itu sendiri menjadi syubhah dan
hadd tertolak kerana syubhah.
Cuma, golongan Malikiyah memperincikan persoalan menarik semula pengakuan.
Menurut mereka, penarikan iqrar yang diambil kira hanya pengakuan semasa hadd
dijalankan sebagaimana yang berlaku kepada Ma'iz. Sekiranya penarikan itu
diucapkan sebelum dilaksanakan hadd, maka hadd tetap dijalankan. Pandangan ini
berpandukan kepada kes Ma'iz yang lari apabila terasa sakit akibat lontaran batu di
samping ucapan RasululLah apabila berita kematian Ma'iz disampaikan kepada
Baginda.345
Menurut penyelidik, sekiranya bilangan empat kali pengakuan diambil sebagai
prasyarat dikenakan hadd, maka secara tidak langsung memberi ruang kepada orang
343 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 256.
344 Al-Syarbiniy, Mughny al-Muhtaj, hal.196.
345 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 256.
205
yang akan diadili untuk mengubah fikirannya lalu menarik balik iqrarnya. Menurut
al-Tuwayjiry, dalam hal menarik balik iqrar tersebut hukumnya adalah harus kerana
hak Allah dibina atas tasamuh dan kemaafan.346 Kesempatan atau ruang untuk
menarik balik iqrar tersebut mengambil kira falsafah al-istitar dan al-istitabah,
yakni menyembunyikan dan memintanya bertaubat adalah lebih baik daripada
menghebahkannya.
Jika pandangan golongan Malikiyah diambil kira, maka jika Ma'iz menarik balik
pengakuannya sebelum hukuman dilaksanakan, maka penarikannya tidak diterima.
Oleh itu, sebaiknya sebelum pengakuan dibuat di hadapan hakim, maka sebaiknya
penzina berbincang dahulu dengan orang yang berkelayakan untuk memberi
pandangan. Seeloknya dibatalkan sahaja niatnya untuk membuat pengakuan dan
menyembunyikan fashisyah tersebut dan bertaubat kepada Allah .
Kesimpulannya, undang-undang jenayah Islam amat mementingkan proses
pensabitan yang adil kerana ia menjadi penentu sama ada seseorang itu dihukum atau
tidak. Dalam mensabitkan hukuman ke atas seseorang, tidak boleh sewenang-
wenangnya hanya bergantung semata-mata kepada pengakuan. Justeru, seorang
hakim tidak boleh menghukum berdasarkan pengakuan semata-mata. Pengakuan
juga tidak terlepas daripada unsur-unsur syubhah. Boleh jadi pengakuan tersebut
dilakukan kerana terpaksa atau dalam keadaan tidak waras. Selain petunjuk daripada
pengakuan Ma'iz sendiri yang menjadi hujah dalam pengistinbatan hukum oleh Abu
Hanifah, sahabatnya dan Ibn Abi Layla yang menghendaki empat kali pengakuan.
Ada kemungkinan dalam empat kali pengakuan itu, seseorang sempat untuk
mengubah fikirannya.
346 Al-Tuwayjiry, Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiy, hal. 239.
206
Berdasarkan hadith ini, jelas terlihat ciri-ciri tasamuh undang-undang Islam. Islam
amat mementingkan integriti pengaku itu sendiri sebelum hukuman dilaksanakan.347
Sungguhpun secara zahirnya hukum Islam sangat tegas, tetapi hakikatnya, ia anjal
dalam pelaksanaannya. Hal ini dibuktikan oleh Nabi dalam kes Ma'iz.
Justeru, tohmahan bahawa hukum Islam adalah kejam tidak boleh diterima kerana
dalam pelaksanaanya Islam amat menitik beratkan soal ketulenan cerita secara jelas
agar tidak menghukum orang yang tidak bersalah. Prinsip tasamuh dalam jenayah
adalah tersalah membebaskan orang yang tidak bersalah adalah lebih baik daripada
tersalah menghukum orang yang tidak bersalah.
v. Tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman
Sebelum mensabitkan hukuman ke atas tertuduh, hakim hendaklah melakukan
siasatan yang komprehensif ke atas tertuduh. Amalan sedemikian ditunjukkan oleh
RasululLah apabila Ma’iz menunjukkan kesediaannya untuk diadili menurut Kitab
Allah. Kesediaannya menggambarkan bahawa Ma’iz memahami dan menyedari
bahawa perbuatannya adalah salah. Atas dasar itu, Ma'iz dianggap benar-benar
bersalah melakukan zina. Para fuqaha' telah menggariskan bahawa di antara syarat-
syarat seseorang itu boleh dikenakan hukuman hadd adalah apabila penzina
mengetahui dan menyedari perbuatan zina itu diharamkan oleh Allah.348 Permintaan
Ma'iz dengan sendirinya membuktikan bahawa beliau benar-benar memahami akan
haramnya zina.
347 'Abdul Rahim Sidqiy, al-Jarimat wa al-'Uqubat fi al-Syari'at al-Islamiyat, hal. 233.
348 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 249. Syarat-syarat yang lain boleh rujuk
pada pembahasan sebelumnya.
207
Walaupun RasululLah mengetahui Ma'iz telah memahami akan haramnya zina,
tetapi Baginda tidak terus menghukumnya. Hal ini memberi suatu gambaran bahawa
masih terdapat hal-hal lain yang perlu dipenuhi sebelum hadd dikenakan. Oleh itu,
secara tidak langsung, Islam amat menekankan siasatan yang menyeluruh sebelum
hadd dilaksanakan.
Hakim hendaklah memastikan juga bahawa tertuduh telah diajukan dengan
pertanyaan-pertanyaan asas. Ketika Ma'iz bertemu RasululLah , beliau
mengulanginya pengakuannya sebanyak empat kali. Secara zahirnya, empat kali
pengakuan sudah memadai untuk disabitkan hukuman. Akan tetapi, RasululLah
tidak melakukannya. Ketika Ma'iz minta diadili berdasarkan Kitab Allah, itu juga
tidak memadai walaupun RasululLah memahami bahawa Ma'iz menyetahui atas
perbuatannya. Ketika Ma'iz mengaku dia telah tidur dengan seorang wanita,
pengakuan itu juga tidak memadai bagi RasululLah untuk mensabitkannya.
Kemudian Ma'iz mengaku lagi yang beliau telah bersenang-senang dengan wanita
tersebut. Hal ini juga belum cukup kuat untuk RasululLah menjatuhkan hukuman.
Namun apabila Ma'iz mengatakan antara mereka telah berlaku persetubuhan, maka
barulah Nabi menjatuhkan hukuman.
Bersandarkan kepada pertanyaan-pertanyaan asas oleh RasululLah tersebut, maka
ia menjadi garis panduan kepada para hakim untuk tidak tergesa-gesa menjatuhkan
hadd sebelum segala persoalan asas diperoleh dengan jelas dan terang. Atas dasar
itu, prinsip ini membuktikan bahawa undang-undang hadd tidak bertindak secara
melulu dalam menghukum seseorang.
Dalam kes al-Ghamidiyah, pertanyaan-pertanyaan asas sebagai salah satu nilai-nilai
tasamuh turut diajukan dengan begitu ketara. Ucapan “ ” فَزَرَُجََهاoleh RasululLah
208
bukanlah ucapan yang dibuat tanpa asas yang kukuh. Beberapa tahap telah diambil
oleh RasululLah. Sekurang-kurang ada tujuh tahap dalam proses pensabitan tersebut.
Tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut. Ketika al-Ghamidiyah datang
berhadapan RasululLah dan meminta Baginda menyucikannya, al-Ghamidiyah
mengucapkan hal yang sama sebagaimana yang diucapkan oleh Ma’iz yang
membawa maksud beliau menyedari perbuatannya adalah dosa atau dengan
perkataan lain dia menyedari bahawa zina itu haram. Syarat ini dikira memadai untuk
dijatuhkan hadd ke atasnya. Permintaan beliau dijawab oleh RasululLah dengan
menyuruhnya pulang, beristighfar dan seterusnya bertaubat kepada Allah. Hal ini
memberi isyarat bahawa RasululLah tidak menginginkan pengakuan sedemikian
kerana fahisyah sepatutnya disembunyikan. Oleh kerana wanita al-Ghamidiyah telah
datang kepada Baginda, maka kes tersebut perlu diadili. Walaupun demikian, cara
RasululLah mengadilinya sama sebagaimana Baginda mengadili Ma'iz. Sikap
RasululLah memberi petunjuk bahawa ia sebagai garis panduan dalam mengadili kes
zina khususnya.
Wanita Ghamidiyah kembali menegaskan kedatangannya. Setelah itu barulah
RasululLah bertanya kepadanya dan beliau mengakui telah berzina dan dibuktikan
kehamilannya kerana berzina. Berdasarkan pengakuan tersebut, sekurang-kurangnya
tiga syarat daripada syarat-syarat untuk dikenakan hadd telah terpenuhi, iaitu
seseorang penzina mestilah seorang yang mukallaf, berzina atas kerelaannya sendiri
dan mengetahui akan haramnya perbuatan zina.
Pada soal siasat yang seterusnya adalah kesinambungan daripada proses
pengakuannya yang sebelumnya. RasululLah bertanya siapakah yang hamil adalah
bertujuan kepastian. Untuk soalan tersebut, wanita Ghamidiyah mengiakannya.
209
Dengan mengiakan pertanyaan ini, maka wanita Ghamidiyah telah memenuhi
kesemua syarat-syarat untuk dikenakan hadd. Syarat-syarat seterusnya adalah tiada
syubhah dan sabit zina menurut hakim. Kedua-dua syarat ini adalah pelengkap
kepada tiga syarat yang telah disebutkan di atas.349 Sebaik sahaja wanita tersebut
mengiakan kehamilannya yang berpunca daripada perzinaan, maka lengkaplah
padanya syarat yang keempat.
Maka dengan selesainya pertanyaan-pertanyaan asas tersebut, dapatlah dibuat
rumusan bahawa perkara utama yang diambil kira oleh RasululLah adalah
memastikan tiada unsur-unsur syubhah.
Selain itu, wanita Ghamidiyah membuat pengakuan perzinaannya di hadapan
RasululLah yang bertindak sebagai hakim. Maka, dengan pengakuan itu,
lengkaplah syarat yang kelima. Dengan perkataan lain, pengakuan zina yang
dilakukan di hadapan saksi-saksi, maka hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman
berdasarkan persaksian tersebut.350 Hal ini menunjukkan bahawa Islam amat menitik
beratkan tentang keadilan. Hal ini dituntut sedemikian bertujuan agar proses
penghakiman dapat berjalan dengan baik sehingga dapat dikenal pasti ruang-ruang
syubhah jika ada. Untuk tujuan tersebut, maka satu-satunya individu yang layak
melakukan siasatan hanyalah hakim.
Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa untuk mensabitkan hadd zina, maka
pengakuan tersebut mestilah benar-benar bebas daripada unsur-unsur syubhah.
Unsur-unsur syubhah tersebut boleh dielak dengan membuat saringan dan tapisan
terhadap setiap jawapan sepanjang perbicaraan. Jelaslah bahawa nilai-nilai tasamuh
349 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 247-252. Syarat-syarat di atas berbeza
dengan syarat yang disebutkan oleh Wahbah sebagaimana yang telah disebutkan dalam kajian ini
dalam pembahasan syarat-syarat penzina.
350Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 252.
210
dalam undang-undang jenayah Islam amat menitik beratkan ketelitian agar tiada
sebarang unsur syubhah walaupun sedikit.
vi. Hadd hanya dikenakan ke atas tertuduh yang membuat
pengakuan sahaja
Dalam kes ‘Asif dan isteri majikannya, beberapa nilai tasamuh dapat diambil. Nilai
tasamuh pertama sama dengan kes Ma’iz dan wanita Ghamidiyah, iaitu berkaitan
iqrar. "Asif, seorang pekerja didapati telah melakukan jenayah zina dengan isteri
majikannya. Dalam kes ini, 'Asif memohon kepada RasululLah agar menghukumnya
berdasarkan Kitab Allah atas kerelaannya sendiri. Kesungguhan ayahnya juga jelas
kelihatan dalam kisah tersebut. Namun, beliau telah dikhabarkan bahawa anaknya
akan direjam. Lalu dia menebus kesalahan tersebut dengan 100 ekor kambing dan
seorang hamba wanita. Kemudian dia bertanya lagi kepada orang yang mempunyai
pengetahuan tentang hukuman sebenar. Lalu beliau diberitahu bahawa hukumannya
adalah 100 kali sebatan dan diasingkan selama setahun dan rejam ke atas isteri
majikannya.
Setelah mendengar penerangan ayah 'Asif, maka RasululLah lantas menghakiminya
berdasarkan Kitab Allah. Sabda RasululLah “Demi Zat yang jiwaku berada dalam
genggaman-Nya, aku akan benar-benar memutuskan di antara kamu berdua dengan
KitabulLah; adapun kambing dan hamba perempuanmu itu maka dikembalikan (lagi)
kepadamu.”
Akhirnya, 'Asif diputuskan dengan hukuman 100 kali sebatan dan dibuang daerah
selama setahun. Nilai-nilai tasamuh yang kedua yang dapat diambil adalah hakim
hendaklah memastikan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan hak Allah tidak
boleh ditebus atau diganti dengan sebarang hukuman lain.
211
Manakala hukuman untuk isteri majikan itu ditangguh sementara menunggu berita
daripada Unays yang diutus oleh RasululLah untuk berjumpa dengan isteri majikan
tersebut. Setelah dia mengaku berzina, maka RasululLah memutuskan hukuman
rejam ke atasnya.
Nilai tasamuh yang ketiga adalah hakim tidak boleh mensabitkan hadd ke atas
pasangan yang dituduh sama-sama melakukan zina melainkan mengambil terlebih
dahulu diambil pengakuannya.
Kisah tersebut juga turut menonjolkan nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang
jenayah Islam, iaitu hakim hendaklah menerima atau menghukum pasangan yang
membuat pengakuan sahaja. Manakala pasangan yang dituduh berzina bersamanya
tidak boleh dihukum sebelum terlebih dahulu diambil pengakuannya. Dengan
perkataan lain, hakim tidak boleh bertindak secara melulu sebaik sahaja mendengar
pengakuan daripada pasangan yang mengaku melakukan zina. Keterangan atau
pengakuan daripada pasangan yang dituduh berzina juga hendaklah dipastikan
terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada kisah 'Asif. Walaupun
‘Asif mengakui dia berzina dengan isteri majikannya, dan sabit pengakuannya itu,
maka dia dihukum. Sedangkan isteri majikan tidak boleh dihukum kecuali setelah dia
membuat membuat pengakuan yang sama. Sekiranya dia tidak membuat pengakuan,
maka dia tidak boleh dihukum. Ketetapan ini disebut secara jelas di dalam hadith
yang diriwayatkan daripada Sahl Ibn Sa’ad al-Sa’idy bahawasanya seorang lelaki
mengaku melakukan zina dengan seorang wanita. Lalu Nabi menghantar utusan
kepada wanita terbabit, lalu wanita tersebut menafikan, maka lelaki tadi dihadd.351
351 Wahbah al-Zuhayliy, al-Fiqh al-Islamiy, Juz. VI, hal. 55.
212
Memang secara zahirnya sukar untuk diterima kerana perbuatan zina melibatkan dua
orang manusia, iaitu lelaki dan wanita. Namun, hakikatnya, pengakuan pasangan
semata-mata tidak mencukupi untuk mengheret atau mensabitkan pasangan yang
dituduh agar sama-sama dikenakan hadd. Oleh kerana kes berkenaan membabitkan
pengakuan salah seorang penzina, maka mekanisme untuk mensabitkan pasangannya
juga mestilah melalui iqrar. Dalam hal ini, iqrar isteri majikannya diperlukan dengan
kerelaannya sendiri tanpa dilakukan paksaan kerana paksaan adalah syubhah dan
hadd tertolak kerana syubhah.
b. Tasamuh dalam pelaksanaan hadd
Selain nilai-nilai tasamuh bagi para hakim, nilai-nilai tasamuh seterusnya terdapat
dalam pelaksanaan hadd. Mai’z telah disabitkan dengan hukuman rejam. Hukuman
dilaksanakan setelah cukup segala bukti da bebas daripada sebarang syubhah. Oleh
itu, hukuman layak dilaksanakan. Hal ini juga bertepatan dengan prinsip bahawa
seseorang itu tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan dia bersalah.
ٌ352ٌلا جريمةٌولاٌع وبةٌبغْيٌنص
Maksudnya: “Tidak ada kejahatan dan tidak ada hukuman tanpa adanya nas”.
Dengan kata lain prinsip ini telah diterapkan dengan adil oleh RasululLah
Jelas menunjukkan bahawa hukuman hadd yang dijalankan menepati kehendak
prinsip-prinsip keadilan. Hal ini dibuktikan lagi dengan kata-kata RasululLah :
“Mengapa kamu tidak membiarkannya, barangkali ia bertaubat lalu Allah menerima
taubatnya” tatkala Ma’iz melarikan dia ketika dia dihukum. Kata-kata RasululLah
352 Nazariyah ‘ammat li al-Jarimat Bayn al-Syari’at wa al-Qanun, hal. 41, Ihab Faruq Husni,
Maqasid al-‘Uqubat fi al-Islam, hal. 49.
213
tersebut membuka pelbagai tafsiran dalam kalangan fuqaha'. Persoalannya adalah
adakah hukuman hadd yang berkaitan dengan hak Allah boleh dimaafkan?
Ungkapan RasululLah " " ارجع فاستغفرالله وتب إليهdan "ِ ن َهَلّا تَزَرأكتُُموهُ لَعََلّهُ أَ أن يزَتُو َب فزَيَزتُو َب اََّّللُ عَلَأيهjelas
membawa maksud bahawa dibolehkan bertaubat terhadap sesiapa sahaja yang
terlanjur melakukan kesalahan zina meskipun setelah pengakuan dibuat. Memang
asalnya dalam persoalan hudud tidak boleh diterima taubat sebagaimana yang
diungkapkan oleh Ibn 'Umar . Ibn ‘Umar mengatakan bahawa:353
ٌمنٌحالتٌشفاعتهٌ ونٌحدٌمنٌحدو ٌاللهٌف دٌضا ٌِاللهٌفيٌخل ه
Maksudnya: "Sesiapa yang membolehkan syafaat dengan mengenepikan
hadd daripada hudud Allah, maka sesungguhnya dia melawan penciptaan
Allah."
Walaupun demikian, Ahmad Fathy Bahansy berhujah dengan dalil Imam al-Syafi'i
bahawa taubat tersebut boleh dilakukan sebelum hukuman dilaksanakan. Tambahnya
lagi, taubat yang dilakukan itu mampu membebaskan diri pesalah daripada hadd. 354
Katanya:
إنٌالتوبةٌالٌاللهٌقت ٌال داةٌعلىٌالمجرمٌسفص ٌعنهٌاْلد
Imam al-Syafi'i memperincikannya lagi dengan memetik firman Allah dalam surah
al-Ma`idah:
⧫ ⧫⧫ ☺
⬧❑◆◆ ⧫❑⧫
⧫❑➔⧫◆
❑➔⬧ ⬧
⬧➔ ❑
➔◆
❑ ◼
353 Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 96, Al-Syarbiniy, Mughny al-
Muhtaj, hal.195.
354 Menurut Imam al-Syafi'i, kesalahan hudud yang bersangkutan dengan manusia tidak gugur sampai
bila-bila. Lihat: Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 97.
214
⬧ ⬧
⬧◆ ◆
→⧫ ⧫ ⧫
❑⬧
◼⧫ ⬧ ⬧
❑☺◼⬧
▪ ❑→
Maksudnya: "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang
memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi,
hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka
dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya).
Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di
akhirat mereka beroleh seksaan yang besar, kecuali orang-orang yang taubat
(di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka;
maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Q.S. Al-Ma`idah: 34-34)
Berdasarkan ayat diatas, timbul dua kemungkinan. Pertama, pengecualian taubat
hanya dalam kes hirabah sahaja. Kedua, taubat berlaku untuk semua kes-kes hudud
sebagaimana Nabi menjatuhkan hadd ke atas Ma'iz " ُ" َهَلّا تزََرأكتُُموه.
Bahkan menurut beliau lagi, jika seorang pencuri yang mengaku mencuri dan
peminum arak yang mengaku minum arak kemudian menarik balik pengakuan dan
bertaubat sebelum dilaksanakan hadd, maka mereka akan terlepas daripada dihukum.
Dalam pendapatnya yang lain, Imam al-Syafi'i menegaskan bahawa hadd gugur jika
pesalah tersebut bertaubat. Beliau berdalilkan kepada kes Ma'iz ketika direjam.355
i. Larangan mencemuh pesalah yang dihukum
Nilai-nilai tasamuh seterusnya ialah tidak mencemuh orang yang telah disabitkan
hukuman oleh hakim. Amalan tasamuh demikian diambil daripada hadith ‘Imran ibn
Husyan menceritakan tentang seorang wanita yang menemui Nabi dalam
keadaan hamil. Proses pensabitannya didapati membuka perbincangan-perbincangan
355 Muhammad Abu Zahrah, al-Jarimat wa al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 283.
215
dalam kalangan fuqaha' dan didapati mempunyai nilai-nilai tasamuh. Huraiannya
adalah seperti berikut:
Ketika dia datang menemui Nabi , dia sedang hamil dan kehamilan itu disebabkan
perbuatan zinanya. Dalam perbincangan yang terdahulu, iqrar tersebut telah
dianggap cukup kuat untuk mensabitkan hukuman hadd ke atasnya. Walau
bagaimanapun, RasululLah menyuruhnya pulang sehingga dia melahirkan anaknya.
Perintah RasululLah tersebut sama seperti dalam kes al-Ghamidiyah. Para fuqaha'
menyimpulkan bahawa seseorang yang hamil, maka hukumannya akan ditangguhkan
sehingga dia melahirkan anaknya.356 Kemudian, setelah selesai melahirkan, maka
RasululLah menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya.
Setelah selesai hukuman rejam ke atasnya, maka solat jenazahnya diimamkan oleh
RasululLah . Hal ini menimbulkan kehairanan kepada 'Umar ibn al-Khattab, lantas
dia mempersoalkan dengan katanya: " " تُ َصزلي َعلَيأز َهزا يَا نزَبَّي اََّّلل َوقَز أد َزنزَ أت. Maka RasululLah
menegaskan bahawa dia telah melakukan taubat yang sebenar dan kelebihan
taubatnya mengatasi taubat 70 orang penduduk Madinah.
Berdasarkan kisah ini, RasululLah ingin menegaskan bahawa ketika dia meminta
dihukum, dia datang dengan hati yang ikhlas untuk mensucikan dirinya dan Allah
menerima taubatnya. Oleh itu, jelas adanya larangan mencemuh terhadap orang yang
dikenakan hukuman hadd.
Kesimpulannya, RasululLah dan para sahabat telah mempraktikkan contoh
yang terbaik. Hal ini membuktikan bahawa undang-undang jenayah zina adalah
undang-undang mempunyai nilai-nilai tasamuh.
356 ‘Imad ‘Abd. Rahim Ahmad Muqad, `Athar al-Dhuruf al-Tari`ah, hal 109.
216
ii. Mengutamakan faktor keinsanan
Sebagaimana dijelaskan di atas, sekalipun proses pensabitan telah pun selesai dan
hadd boleh dijalan pada bila-bila masa sahaja, namun dengan sifat tasamuhnya,
Islam mengambil kira keadaan seseorang. Dalam kes wanita Ghamidiyah, walaupun
beliau telah disabitkan hukuman oleh RasululLah, namun pelaksanaan hadd ke
atasnya ditangguhkan dengan menyuruhnya pulang sampai dia melahirkan anak.
Perintah tersebut berkaitan rapat dengan kehamilannya, kerana sekiranya hadd
dilaksanakan, ini akan memberi kesan kepada bayinya. Berkemungkinan anak yang
dikandung akan mati, maka membunuh bayi adalah haram.357 Hal ini membuktikan
bahawa perintah RasululLah tersebut mengandungi nilai-nilai keinsanan yang
amat tinggi. Atas nilai-nilai tasamuh undang-undang jenayah Islam, ketika wanita
Ghamidiyah hadir di hadapan RasululLah untuk menjalani hukumannya, RasululLah
menolak untuk menghukumnya kerana anaknya masih kecil dan memerlukan
penyusuan. Malahan dalam satu riwayat yang lain disebutkan sehingga anak yang
bawanya sudah boleh makan makanan lain.
Melihat kepada proses-proses tersebut, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa proses
pensabitan dalam undang-undang Islam adalah berasaskan nilai-nilai tasamuh yakni
nilai keinsanan. Hal ini sekaligus menjawab segala tohmahan terhadap hukum Islam
yang dikaitkan dengan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.
357 Muhammad Rawwas Qal’ahjy, Mawsu’at Fiqh Ibn Taymiyyah, hal. 594.
217
c. Tasamuh undang-undang jenayah Islam terhadap bukan Islam
Hadith ini mengisahkan tentang kedatangan orang Yahudi menghadap Nabi
bertujuan meminta penghakiman daripadanya. Setelah mendengar penjelasan
mereka, maka Nabi memutuskan haddnya adalah rejam.
Fuqaha' telah meneliti hadith tersebut sehingga melahirkan persoalan-persoalan
berikut, iaitu apakah bukan Islam perlu tunduk atau tidak kepada syariat Islam?
Abdul Karim Zaydan sependapat bahawa hanya golongan dhimmiy sahaja yang
dikenakan undang-undang Islam.358
Bagi golongan musta`min yang berzina pula, terjadi ikhtilaf dalam kalangan fuqaha’.
Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa mereka tidak dikenakan hadd kerana zina
adalah kesalahan yang berkaitan dengan hak Allah yang tidak setimpal dengan
keamanan yang diberikan kecuali qisas kerana ia berkaitan dengan hak hamba.
Fuqaha’ lain seperti Abu Yusuf berpendapat bahawa hadd zina dikenakan ke atas
musta`min apabila mereka melakukan zina kerana hukum tersebut dikenakan ke atas
mereka hukum Islam selama mana mereka masih berada di dalam wilayah negara
Islam. Hakikat yang perlu diterima adalah undang-undang Islam dipraktikkan dalam
negara Islam yang bertujuan menjaga daripada kebinasaan. Mereka dijamin
keamanan untuk memasuki negara Islam dan zina adalah haram dalam semua agama.
Oleh itu, mereka dikenakan undang-undang Islam.
Selanjutnya, bagi persoalan di atas, fuqaha' terbahagi kepada dua golongan.
358 Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal. 39.
218
a. Golongan pertama
Pertama: Imam Ahmad, iaitu pandangan yang paling rajih yang diambil daripada
salah satu daripada dua pendapat Imam al-Syafi'i menyatakan bahawa hakim boleh
menyuruh mereka membuat pilihan sama ada menerima atau menolak pelaksanaan
undang-undang Islam terhadap mereka.359 Menurut al-Raziy, Imam al-Syafi'i
berpendapat bahawa hanya golongan ahl dhimmah sahaja yang wajib tunduk kepada
hukuman Islam, manakala bagi golongan mu’ahid, mereka diberi pilihan. Justeru
ayat ini menurut mereka hanyalah khusus kepada mu'ahid sahaja.360
Imam Ahmad berhujah menggunakan ayat daripada surah al-Ma`idah:
◼⬧ ⬧
⧫ ◆⧫
◼⬧ ⧫ ➔➔ ◆
◆ ➢
◆⧫ ◼⬧ ☺⬧
⧫
⧫✓☺
Maksudnya: "Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta
putusan), Maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah
daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka Maka mereka tidak
akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu memutuskan
perkara mereka, Maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan
adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (Q.S. Al-
Ma`idah: 42)
Justeru, sekiranya mereka meminta untuk diadili dengan undang-undang Islam, maka
hukuman tersebut berlaku untuk mereka. Hukumannya adalah seperti hukuman yang
dikenakan terhadap orang Islam sama ada dalam kes zina, pencurian ataupun
pembunuhan. Dalam kes zina, misalnya jika mereka muhsan, maka mereka dihadd
dengan hukuman rejam.
359 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 268.
360 Al-Raziy, (1985). Tafsir al-Raziy, Beirut: Dar-al-Fikr, Jil vi, juz 11, cet. Ketiga, hal. 142.
219
Mustafa al-Maraghiy turut menyokong pandangan tersebut dengan menyatakan
bahawa ayat tersebut menjelaskan tentang orang Yahudi yang ingin bertanyakan
kepada RasululLah tentang hukum zina yang berlaku dalam kalangan mereka.
Lalu Nabi memutuskan hukuman rejam sebagaimana yang terdapat dalam
Taurat.361
b. Golongan kedua
Golongan ini mengatakan bahawa para hakim wajib melaksanakan hukum Islam ke
atas mereka. Pandangan ini dipegang oleh al-Syafi'i dalam qawl yang keduanya dan
Ahmad dalam satu riwayat daripadanya. 362
Mereka berhujah dengan nas al-Qur'an dalam surah al-Ma`idah:
☺ ◆⧫ ◆
⧫⧫
Maksudnya: " Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka
menurut apa yang diturunkan Allah.." (Q.S. Al-Ma'idah: 49)
Al-Nuhas dalam kitabnya “al-Nasikh wa al-Mansukh” sebagaimana yang dipetik
oleh al-Qurtubiy menyatakan bahawa ayat “
⧫◆⧫ ◼⬧ ⬧” telah
mansukh oleh ayat “ ⧫ ☺
◆⧫ ⧫ ◆”.363 Pandangan ini juga menurut Ibn
Kathir dinyatakan oleh Ibn 'Abbas, al-Hasan, Mujahid,'Ikrimah, al-Hasan, Qatadah,
al-Suddi, Zayd Ibn Aslam dan ‘Ata`; al-Khurasaniy.364
361 Mustafa al-Maraghiy, (1974). Tafsir al-Maraghiy, Jil. II, 116-138.
362 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 268.
363 Al-Qurtubiy, (2000). Jami' li Ahkam al-Qur`an, Jil. VI, hal. 186.
364 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, (Tahqiq: Samy Ibn Muhammad al-Salamah), juz. III, hal.
118.
220
Menurut beliau, ayat tersebut turun ketika RasululLah telah berhijrah ke Madinah
dan bilangan umat Islam ketika itu terlalu sedikit. Kerana itu, orang-orang Yahudi
dihukum dengan hukum mereka. Tambahnya lagi, ketika Islam sudah semakin kuat,
maka Allah menurunkan ayat 49 bagi menasakhkan ayat 42.
Menurut al-Qurtubiy, pandangan ini juga dipersetujui oleh Ibn 'Abbas, Mujahid,
'Ikrimah, al-Zuhri, 'Umar ibn 'Abd al-'Aziz dan al-Suddi dan juga pandangan yang
sahih daripada pandangan al-Syafi'i. Al-Qurtubiy selanjutnya menyatakan bahawa
dalam kitab al-Jizyah dinyatakan bahawa mereka tidak dibenarkan memilih hukum.
Golongan ini berhujah dengan firman Allah :
❑➔⬧
◆ ❑⬧
◆ ❑◆
⧫▪ ⧫ ⧫❑⧫
⧫ ❑⧫ ◆ ➔❑◆◆
⬧
⧫ ❑➔
⧫ ⧫ ⬧⧫ ❑➔
➔◆
Maksudnya: "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan
tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa
yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan
agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Kitab
kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang
mereka dalam keadaan tunduk." (Q.S. Al-Taubah: 29)
Sebagaimana yang dikutip oleh Abu Bakr ibn 'Abdullah Abu Zaid, Ibn Qayyim
berpendapat bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah ahli
dhimmiy.365 Alasan beliau adalah orang Yahudi datang berjumpa Nabi meminta
diadili dan kedatangan mereka itu tentulah kerana di antara mereka dengan Nabi
telah terikat perjanjian aqad dhimmah.
365 Bakr ibn 'Abdullah Abu Zaid, al-Hudud wa al-Ta’zirat ‘ind Ibn Qayyim, hal. 118. Status bukan
Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, Pertama, Kafir Dhimmiy, kedua, kafir Harbiy dan
ketiga Mu‘ahid. Ketiga-tiga satus ini membawa pengertian yang berbeza-beza. Lebih lanjut lihat: Al-
Mawdudy, The Islamic Law and Constitution, Ibn Qayyim, Ahkam ahl al-Dhimmat, al-Mawdudy,
Rights of Bukan Islam in Islamic State.
221
al-Jassas pula ternyata membawa kelainan dalam penafsirannya. Menurut beliau,
perintah dalam ayat 49 diturunkan sebelum berlakunya aqad dhimmah. Kemudian,
setelah Allah memerintahkan mengambil jizyah366 daripada mereka, maka secara
rasminya mereka adalah ahli dhimmah dan berlakulah hukum Islam ke atas mereka.
Oleh yang demikian, hukum yang terkandung dalam kedua-dua ayat, iaitu ayat 42
dan 49 masih sabit. Dengan perkataan lain, para hakim boleh memberi pilihan
hukum kepada ahl al-'ahd dan mewajibkan hukum Islam kepada ahl al-dhimmah.
Kesimpulannya, sekiranya kesemua pandangan tersebut diteliti, maka penyelidik
lebih cenderung kepada pandangan al-Jassas. Hal ini kerana pandangan beliau dilihat
agak menepati kehendak sebenar hadith tersebut. Beliau dilihat berjaya
mengharmonikan pandangan-pandangan yang berlainan terhadap pemahaman
kepada ayat 42 dan 49. Beliau dilihat mengiktiraf pandangan kedua-dua golongan
dan tidak menafikan akan kebenaran tafsiran mereka. Tambahan pula, tafsiran beliau
membuatkan kedua-dua ayat ini dapat berfungsi secara beriringan dalam satu masa.
Maksudnya, tafsiran beliau dilihat sesuai diaplikasikan mengikut suasana semasa.
Melihat kepada kesimpulan tersebut, maka terdapat nilai-nilai tasamuh dalam
perlakanaan hukuman rejam ke atas dua orang Yahudi tersebut berdasarkan alasan-
alasan berikut:
Pertama, kepada golongan yang menyatakan bahawa orang-orang kafir diberi pilihan
memilih hukum, jelas terdapat nilai-nilai tasamuh, yakni adanya unsur persefahaman
366 Jizyah (cukai kepala) adalah bayaran pengecualian untuk rakyat yang tidak menganut agama Islam
daripada perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan ke atas rakyat yang beragama Islam. Cukai ini
hanya dikenakan ke atas lelaki dewasa yang berkemampuan mengangkat senjata dan berkeupayaan
pula untuk membayar. Kadar cukai ini dibuat berdasarkan kemampuan membayar dan dikenakan
seperti berikut iaitu: 12, 24 atau 48 dirham setahun berdasarkan kekayaan individu. Lihat: Abdul
Malik A. Al-Sayed, Social Ethics of Islam, hal. 226.
222
dan kerelaan. Hal ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam dibina atas prinsip
tasamuh.
Kedua, bagi pendapat yang mengatakan bahawa RasululLah tidak mungkin
menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman Allah, maka alasan ini boleh
dijawab seperti berikut. Hakikatnya, RasululLah tidak akan sekali-kali menjatuhkan
hukuman selain daripada hukum Allah. Apa yang dimaksudkan dalam hadith
tersebut adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka adalah hukum agama
mereka sendiri. Jelas, dalam hadith tersebut menyatakan sedemikian.
Kemungkinan terdapat sedikit kekeliruan dalam memahami erti menolak ()أعرض
sebagaimana yang disebut dalam ayat 42. Ayat tersebut seharusnya difahami begini.
Jika mereka datang kepada RasululLah, maka RasululLah akan menghukum mereka
dengan hukum Islam. Sekiranya mereka menolak, maka hukum yang diberlakukan
ke atas mereka adalah hukuman agama mereka sendiri. Jelas, dalam hadith tersebut
terdapat bukti bahawa mereka menolak untuk berhukum dengan hukum Islam. Sebab
itu RasululLah bertanya apakah bentuk hukumannya dalam Taurat mereka.
Rumusannya, Yahudi tersebut adalah daripada kalangan mu'ahid dan jelas mereka
menolak untuk diadili dengan hukum Islam. Oleh itu, mereka dihukum dengan
hukum agama mereka. Atas dasar ini, jelaslah bahawa tiada langsung unsur paksaan
dalam memilih hukum.
Oleh itu, jelaslah hukuman yang laksanakan ke atas dua orang Yahudi adalah
manifestasi kepada keadilan Islam dalam menjatuhkan hukuman kepada bukan
Islam. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa undang-undang Islam berpaksikan
kepada prinsip tasamuh.
223
Dengan mengambil kira situasi dunia hari ni seperti Islamophobia, maka pendekatan
yang bijaksana perlu diambil. Bukan sesuatu yang mudah untuk meyakinkan
keistimewaan undang-undang Islam. Orang Islam sahaja susah untuk diyakinkan
apatah lagi kepada bukan Islam. Lebih-lebih lagi untuk meyakinkan sesuatu yang
bukan merupakan keyakinan mereka.
Justeru, mereka tidak perlu dipaksakan, sebaliknya pendekatan takhyir boleh
digunakan. Caranya adalah apabila seorang kafir didapati mencuri harta milik orang
Islam, maka undang-undang sariqat akan dikenakan ke atasnya. Sebaliknya, undang-
undang sivil pula akan digunakan sekiranya dia mencuri harta milik orang bukan
Islam. Dengan pendekatan ini, lama kelamaan, bukan Islam akan menilai sendiri
kelebihan yang terdapat dalam undang-undang jenayah Islam.
224
3.4 Hadd Qadhaf (tuduhan palsu) dan Tasamuhnya
i. Definisi
Qadhaf menurut bahasa adalah melontar dengan batu atau sesuatu yang keras. Istilah
ini kemudiannya dipinjamkan untuk perbuatan menuduh menggunakan lisan kerana
ada persamaan rasa sakit pada anggota. Perbandingan ini dijelaskan oleh al-Nabighah
sebagaimana yang dipetik oleh 'Ali al-Sabuny dengan katanya: جزرح اللسزانكجزرح اليزد.367
(Luka yang disebabkan oleh lidah seperti luka yang disebabkan oleh tangan).
Menurut istilah syara', qadhaf bermaksud:
ٌ هوٌالرميٌبزناٌأوٌنفيٌنسب ٌ
Maksudnya: "Melemparkan tuduhan zina atau menafikan keturunannya" 368
Sebagaimana dosa zina, maka qadhaf juga digolongkan ke dalam sebahagian
daripada dosa-dosa besar.369 Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi
telah bersabda:
ٌ ِ ٌ َع ْنٌأَِبيٌهَريْ َرةٌََا ِض َيٌاَّلّلٌ َعنْ هٌٌعَ ْنٌالَنِِِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْ ِهٌَو َس َلّ َمٌقَا َلٌا ْجتَنِت واٌال َّس ْت َعٌالْموٌبَِ ا
ٌقَالواٌيَاٌَاس وَلٌاَّلّلٌَِوَم اٌه َّنٌقَا َلٌال ِِه ْركٌ ِشَّلِّلٌَوال ِِس ْحرٌَوقَْت ٌال َنّْف ٌِِاَلِّتٌ َح َّرمٌَاَّلّلٌإَِّلاٌٌ ِشْْلَ ِِق
ٌٌِ َوأَ ْك ٌالِِرَشٌَوأَ ْك ٌَما ِلٌالْيَتِيِمٌَوالَتّ َوِِلٌيَْومٌَالَّز ْح ِفٌَوقَ ْذقٌالْم ْح َصنَا ِ ٌالْمْ ِمنَا ِ ٌالْغَافِلَا
Maksudnya: "Jauhilah tujuh perkara yang mewajibkan dosa. Lalu para
Sahabat bertanya "apakah ia wahai RasululLah?" Sabda Baginda,
"Menyengutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah,
367 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 55. Lihat juga: Ibn ‘Arabiy,
Ahkam al-Qur`an, Jil. III, hal. 340.
368 'Abd al-Khalid al-Nawawiy, Jara`im al-Qadhf , hal. 39.
369Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, hal. 69, Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam,
hal. 303.
225
melainkan dengan kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim,
berpaling lari di medan perang dan menuduh wanita-wanita yang tidak
pernah teringat untuk berzina lagi beriman370." (H.R. Al-Bukhariy: 2560,
Muslim: 129)
Terdapat pelbagai hukuman bagi kesalahan qadhaf. Pembesar-pembesar Mesir
sebelum Islam menghukum penuduh dengan memotong lidahnya.371 Ada yang
dikorek matanya bahkan ada yang dibakar/diseterika dengan api.372 Hukum qadhaf
dalam syari'at Islam pula terbahagi kepada tiga. Penuduh atau qadhif akan dihukum
dengan tiga hukuman, iaitu hukuman badaniyah, adabiyyah dan diniyyah. Hukuman
badaniyah adalah 80 kali sebatan. Manakala hukuman adabiyyah dan diniyyah akan
dibincangkan dalam bab seterusnya.
Dalam syariat Islam, perbuatan qadhaf tidak pernah dihukum melainkan setelah
hadithah al-`Ifk (peristiwa al-`Ifk).373 Selain kisah tersebut, kes-kes qadhaf lain yang
berlaku pada zaman RasululLah adalah kes Hilal ibn Umayyah yang menuduh
isterinya berzina dengan Syarik ibn Sahma' dan juga kes Abu Bakrah yang juga
berkaitan dengan tuduhan yang sama.
Pada asasnya, sesiapa yang membuat tuduhan, dibebani atasnya pembuktian berupa
empat orang saksi. Sekiranya qadhif gagal mengemukakannya, maka hadd qadhaf
akan dikenakan ke atasnya, iaitu 80 kali sebatan.
370 Muhsanat yang disebut dalam al-Qur`an mengandungi empat makna. 1). 'Iffah. 2). Mempunyai
suami: →☺ ⬧◼⧫⧫
⬧☺◆) Al-Nisa': 24
dan 25 (◆⬧⧫➔). 3). Merdeka: (Al-Nisa': 25,
al-Maidah: 5 (⬧ ⧫ ⧫
❑➔ →⬧◆
⬧☺ →⬧◆), al-Nisa': 25
(➔ ⬧☺ ◼⧫ ⧫
◼➔⬧), 4) Islam: al-Nisa' 25
( ⬧⬧): Rujuk: Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam,
hal. 307.
371 Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 97.
372 'Abdul Rahim Sidqy, al-Jarimat wa al-'Uqubat fi al-Syari'at al-Islamiyat, hal. 243.
373 Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 97, Ahmad Fathi Bahansiy,
Madkhal al-Fiqh al-Jina`iy al-Islamiy, hal. 72.
226
Walau bagaimanapun, jika suami menuduh isterinya berzina sedangkan dia tidak
dapat mengemukakan empat orang saksi, maka suami boleh melakukan li'an.
Prosesnya adalah suami dan isteri hendaklah bersumpah dengan nama Allah
sebanyak empat kali bahawa dia termasuk orang-orang yang benar. Pada sumpah
yang kelima, laknat dan kemurkaan Allah akan akan menimpa dirinya jika dia
berdusta. Kesan daripada sumpah tersebut, maka perkahwinan mereka akan terbubar
serta merta. Hal ini akan dibincangkan pada halaman seterusnya.
ii. Landasan Hukum Jenayah Qadhaf
a. Al-Nur ayat 4 dan 5 (Hadithah al-`ifk) dan Sebab Penurunannya
i. Kisah Sayyidatina ‘A`isyah Bint Abu Bakr al-Siddiq
Sebagaimana yang telah disebut di awal tadi bahawa qadhaf pertama berlaku dalam
sejarah Islam adalah melibatkan Ummul Mukminin, Sayyidatina ‘A`isyah Bint Abu
Bakr al-Siddiq . Peristiwa tersebut dirakamkan oleh Allah dalam surah al-Nur.
Allah berfirman:
⧫❑⧫ ⧫◆
⬧ ▪➔ ⬧☺
➔⧫ ❑➔⧫
➔⬧ ◆→
◆ ⧫ ⧫✓◆
⚫ ❑➔⧫⬧
➔ ⬧◆ ⧫
⧫❑→
➔⧫ ❑⬧ ⧫
⬧ ❑⬧◼◆ ⬧
▪ ❑→
⧫❑⧫ ⧫◆
⚫ ⧫ ⬧◆ ◆
→ →
⧫ ⧫◼ ⧫⬧
◆
✓ ☺⬧
◆➔⬧ ➔☺⬧◆
⧫ ◼⧫
227
⧫◆⧫◆ ⧫✓⬧
➔ ⧫
⧫ ⬧
☺⬧
✓⬧
⬧☺⬧◆
⧫ ◼⧫
⧫✓
Maksudnya: "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik
(berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka
deralah mereka (yang menuduh itu) 80 puluh kali sebatan, dan janganlah
kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka itulah
orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan
memperbaiki (dirinya), Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina),
padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri,
Maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah,
Sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah)
yang kelima: bahawa la'nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang
yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya
empat kali atas nama Allah Sesungguhnya suaminya itu benar-benar
termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa
laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar."
(Q.S. Al-Nur: 4-9)
.
'Ali al-Sabuny menyatakan bahawa sebahagian mufassir menganggap bahawa ayat di
atas turun disebabkan hadithah al-`ifk (peristiwa al'`ifk), yakni peristiwa yang
melibatkan tuduhan terhadap Ummul Mukminin, Sayyidatina 'A`isyah .374 Walau
bagaimanapun, pendapat di atas tidak dipersetujui oleh al-Qurtubiy. Beliau
berpendapat bahawa ayat di atas diturunkan untuk semua qadhaf bukan khusus
kepada kes tersebut sahaja. Beliau berhujah bahawa yang dijadikan pegangan adalah
keumuman lafaz, bukan kekhususan sebab”. () العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب.375
Peristiwa al-`ifk melibatkan tuduhan terhadap Saidatina ‘Aisyah . berbuat curang
dengan Safwan ibn Mu’attal. Tuduhan tersebut bukan sahaja merosakkan namanya,
bahkan juga nama baik RasululLah . Peristiwa tersebut terjadi selepas selesainya
374 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 58, Al-Syarbiniy, Mughny
al-Muhtaj, hal. 203.
375 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 58, Ihab Faruq Husny,
Maqasid al-‘Uqubat fi al-Islam, hal. 166.
228
peperangan dengan Bani Mustaliq atau peperangan al-Muraysi',376 iaitu pada bulan
Sya’ban 5 H. Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti pada suatu tempat dan
'A`isyah . keluar daripada tandunya, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasakan
kalungnya hilang, lalu dia berpatah balik dan pergi mencarinya. Ketika dia sedang
mencari kalung tersebut, rombongan yang bersamanya beredar kerana menyangka
menyangka bahawa ‘A`isyah masih berada di dalam tandunya. Setelah ‘A`isyah
mengetahui rombongannya telah meninggalkannya, beliau duduk di tempatnya dan
mengharapkan rombongan tadi akan kembali menjemputnya semula lalu beliau
tertidur. Ketika itu seorang sahabat Nabi, Safwan ibn Mu’attal sedang melalui jalan
tersebut, maka dia melihat seseorang dan dia mengenalinya. Dia terkejut lantas
mengucapkan: “‘ ” إنا لله وإنا إليزه راجعزونAisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh
Safwan mengendarai untanya. Safwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di
Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat
masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar-
besarkannya,377 maka timbullah fitnah ke atas ‘A`isyah . bahawa beliau telah
berbuat curang dengan Safwan.
Akhirnya, beliau disucikan daripada tuduhan dengan turunnya ayat 11 hingga 20
bagi membersihkan tuduhan ke atas 'A`isyah .
Menurut 'A`isyah ., setelah dia disucikan daripada tuduhan tersebut, RasululLah
menghukum orang yang melakukan tuduhan tersebut. Kata 'A`isyah:
376 Ahmad Fathi Bahansiy, al-'Uqubat fi al-Fiqh al-Islamiy, hal. 99.
377 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 864.
229
ٌ ٌقَا ٌَم ٌالَنِّ ٌب ٌ َصَلّى ٌاَّلّلٌ ٌ َعلَْيٌِه378َع ٌْن ٌ َعائِ َهٌةَ ٌَا ِض ٌَي ٌاَّلّلٌ ٌ َعنْ َها ٌقَالَ ْتٌ ٌلَ َّما ٌنََزٌَل ٌع ْذ ِاي
ٌَو َسَلّ َمٌٌ َعلَىٌالِْمْنبَِرٌٌفََذَكٌَرٌذَا َكٌٌَوسََلٌاٌسَ ْعٌِمٌالْ ْر ٌَنٌفَلَ َّماٌنََزَلٌٌِم ْنٌٌالِْمْنبَِرٌٌأََمٌَرٌِشلَّرجلَْيٌِن
ٌَوالَْمْرأَِةٌٌفَض ِربواٌ َح َّده ْم
Maksudnya: “Apabila turun ayat tentang kebebasanku, Rasulullah berdiri
di atas mimbar, dan menyebut perkara itu dan membaca ayat Al-Quran
(yang turun kerana peristiwa itu). Apabila turun daripada minbar, Baginda
menyuruh (membawa) dua orang lelaki dan seorang perempuan, lalu
dijatuhkan hukuman hadd (qadhaf).” (H.R. Abu Daud: 3880, Al-Tirmizi:
3105)
Mereka yang dihukum adalah Hassan ibn Thabit al-`Ansariy, Mistah ibn `Uthathah
ibn 'Ibad dan Hamnat bint Jahsy ibn Ri`ab.379 Oleh itu, peristiwa ini menjadi titik
awal kepada berlaku hadd qadhaf dalam Islam.
b. Al-Nur ayat 6 - 9 dan Sebab-Sebab Penurunannya
Seterusnya ayat 6 hingga 9 dalam surah yang sama mengisahkan tentang Hilal ibn
Umayyah yang menuduh isterinya berzina. Jika ayat 4 hingga 5 menjadi sandaran
kepada hukum qadhaf, maka ayat 6 hingga 9 pula menjadi landasan kepada hukum
li'an380 di dalam Islam.
Sebab penurunan ayat di atas menurut 'Ali al-Sabuny adalah berkaitan tiga kisah
berikut, iaitu kisah Hilal Ibn Umayyah, kisah Sa'ad ibn 'Ubadah dan kisah 'Asim ibn
'Adi.381 Ketiga-tiga riwayat tersebut bersumber daripada Ibn 'Abbas:
i. Kisah Hilal Ibn Umayyah382
378 Uzur di sini bermaksud terbebas diri daripada tuduhan dengan turunnya firman Allah:
⧫ ⧫ . Lihat:
'Abdullah Ibn Abdul Rahman al-Bassam, Tawdih al-`Ahkam Min Bulugh al-Maram, hal. 254.
379 'Abdullah Ibn Abdul Rahman al-Bassam, Tawdih al-`Ahkam Min Bulugh al-Maram, hal. 254.
380'Abdullah Ibn Abdul Rahman al-Bassam, Tawdih al-`Ahkam Min Bulugh al-Maram, hal. 254.
381 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 79.
382 Nama lengkap beliau: Hilal Ibn Umayyah Ibn 'Amir Ibn Qays al-`Ansariy al-Waqify. Lihat dalam:
Al-Wahidy al-Naysaburiy, Al-Wasit fi Tafsir al-Qur`an al-Majid, hal. 306.
230
Ayat di atas menjadi jawapan kepada kes yang berlaku terhadap Hilal ibn Umayyah
yang menuduh isterinya, Khawlah berzina. Imam al-Bukhariy meriwayatkan kisah
tersebut yang bersumber daripada Ibn 'Abbas katanya:
ٌَع ْنٌابْ ِنٌ َعَتّا ٍسٌٌأَ َّنٌ ِهلَا َلٌبْ َنٌأَمَيّةٌَقَ َذ َقٌاْمَرأَسَهٌ ِعنْ َدٌالَنِِِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْهٌَِو َس َلّ َمٌبِ َه ِري ِكٌابْ ِن
ٌَس ْح َماءٌَفََا َلٌالَنِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَيْهٌَِو َس َلّ َمٌالْتَيِِنَةٌَأَْوٌ َحدٌِفيٌظَْه ِرَكٌفََا َلٌيَاٌَاسوَلٌاَّلّلٌِإِذَاٌ َاأَى
ٌَأَ َحدنَاٌعَلَىٌاْمَرأَسِِهٌَاجلًاٌيَْنطَلِقٌيَلْتَِمٌِالْتَيِِنَةٌَفَ َ َع ٌَالَنِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْ ِهٌَو َس َلّ َمٌيَ ولٌالْتَيِِنَة
ٌَوإَِّلاٌ َحدٌِفيٌظَْه ِرَكٌفََ ا َلٌ ِهلَالٌَواَلّ ٌِذيٌبََعََ َكٌ ِشْْلَ ِِقٌإٌُِِِلَ َصا ٌَِفَلَي ْن ِزلَ َّنٌاَّلّلٌَماٌيبَِرِ ٌظَْه ِري
ٌِم ْنٌاْْلَ ِِدٌفَنَ َزَلٌ ِجْبِري ٌَوأَنْ َزَلٌعَلَيْ ٌِهٌ{ٌَواَلّ ِذي َنٌيَْرم و َنٌأَْزَوا َجه ْمٌفََ َرأٌَ َح ََّلٌبَلَ َبٌإِ ْنٌَك ا َنٌِم ْن
ٌال َّص ا ِقِيَنٌ ٌفَانْ َص َر َقٌالَنِّبٌ َصٌَلّىٌاَّلّلٌ َعلَْي هٌَِو َس َلّ َمٌفَأَْا َس ٌَإِلَْي َه اٌفَ َ اءٌَ ِه لَالٌفَ َه ِه َدٌَوالَنّ ِب
ٌَص َلّىٌاَّلّلٌ َعلَيْ ِهٌَو َس َلّ َمٌيَ ولٌإِ َّنٌاَّلّلٌَيَْعلَ مٌأَ َّنٌأَ َح َدك َماٌَك ا ِذبٌفَ َه ٌِْمْنك َم اٌَتئِ بٌَُثٌّقَاَم ْت
ٌ ْ َفَ َه ِه َد ْ ٌفَلََّم اٌَكانَ ْتٌ ِعنْ ٌَدٌاْْلَاِم َس ةٌَِوَقّفوَه اٌَوقَ الواٌإِنَّهَ اٌموِجتَ ةٌقَ ا َلٌابْ نٌعََتّ ا ٍسٌفَتَلَ َّك أ
ٌَونَ َك َص ْتٌ َح ََّلٌظَنََنّاٌأَنَّهَاٌسَْرِجعٌَُثٌّقَالَ ْتٌلَاٌأَفْ َض ٌقَْوِميٌ َسائَِرٌالْيَ ْوِمٌفََم َض ْتٌفََا َلٌالَنِّ ٌبٌ َص َلّى
ٌاَّلّلٌ َعلَيْ ِهٌَو َس َلّ َمٌأَبْ ِصٌروَهاٌفَِإ ْنٌ َج اءَ ْ ٌبِ ِهٌأَ ْك َح ٌَالْعَيْنَ ْيِنٌ َس ابِ َبٌاْلأَلْيَتَ ْيِنٌ َخ َد ٌََّال َّس اقَْيِنٌفَه َو
ٌلِ َه ِري ِكٌابْ ِنٌ َس ْح َماءٌَفَ َ اءَ ْ ٌبِ ِهٌَك َذلِ َكٌفََ ا َلٌالَنِّبٌ َص َلّىٌاَّلّلٌعَلَْي ِهٌَو َس َلّ َمٌلَ ْولَاٌَماٌَم َضىٌِم ٌْن
ٌكِتَا ِبٌاَّلِّلٌلَ َكا َنٌِلٌٌَوََلَاٌ َشأْ ٌن
Maksudnya: "Daripada Ibn 'Abbas bahawasanya Hilal bin Umayyah
pernah menuduh isterinya berzina dengan Syarik ibn Sahma` di hadapan
Nabi . Kemudian Nabi bersabda kepadanya:“Kamu harus dapat
membuktikan, atau (kalau tidak) hukuman hadd menimpa belakangmu.”
Lalu dia berkata, “Ya RasululLah, jika seorang di antara kami telah melihat
seorang lelaki berada di atas isterinya, masihkah dituntut untuk pergi
mencari bukti?” maka Baginda pun bersabda, “Kamu harus dapat
membuktikan, dan jika tidak maka hukuman hadd di belakangmu.” Hilal
berkata, “Demi Zat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran,
sesungguhnya saya berkata benar. Maka saya berharap Allah menurunkan
ayat Qur’an yang boleh membebaskan belakangku daripada hadd.” Maka
turunlah Jibril dan menyampaikan wahyu kepada Baginda, ٌَواَلّ ِذي َنٌيَْرمو َنٌأَْزَوا َجه ْم
ٌ( فَ َ َرأٌَ َح ََّلٌبَلَ َبٌإِ ْنٌَكا َنٌِم ْنٌال َصّا ِ ِقيَنdan orang-orang yang menuduh isteri-isterinya
sehingga sampai ayat jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar).
Kemudian Nabi beranjak dari tempatnya sambil menyuruh Hilal menemui
isterinya. Kemudian Hilal datang (lagi) kepada Baginda, lalu memberikan
kesaksian, lantas Nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah tahu bahawa
seorang di antara kamu berdua ini ada yang bohong. Adakah di antara
kamu berdua ini yang mahu bertaubat?” Kemudian isterinya bangun lalu
memberikan kesaksiannya. Maka tatkala ia hendak mengucapkan sumpah
yang kelima, maka orang-orang menghentikannya (agar tidak jadi
mengucapkan sumpah kelima), dan mereka berkata, “Sesungguhnya ia akan
mewajibkan hukuman.” Ibnu 'Abbas berkata, “Lalu ia (isterinya itu)
perlahan-lahan undur hingga kami menduga ia akan segera kembali.”
Kemudian Nabi bersabda: “Aku tidak akan membuat malu kaumku
sepanjang hari.” Kemudian terus berlalu begitu. Lantas Nabi bersabda,
“Perhatikan dia, jika dia datang dengan membawa bayi yang kehitam-
231
hitaman kelopak matanya, besar kedua punggungnya, kecil kedua betisnya,
maka dia adalah milik Syarik Ibn Sahma`.” Ternyata dia datang
sebagaimana yang disabdakan Nabi . Kemudian Baginda bersabda,
“Kalaulah tidak ada ketetapan di dalam Kitabullah, sudah tentu saya punya
urusan dengan dia.” (H.R. Al-Bukhariy: 4378)383
ii. Kisah Sa'ad Ibn 'Ubadah
Ibn Jarir al-Tabariy telah meriwayatkan sebuah hadith bersumber sanadnya daripada
Ibn 'Abbas katanya: Ketika turun ayat "→ ➔⧫
❑➔⧫ ⬧ ▪➔ ⬧☺ ⧫❑⧫
⧫◆ ◆” 384 Sa’ad ibn 'Ubadah berkata: “Apakah demikian lafaz
ayat itu wahai RasululLah?” Sa'ad berkata: " Sekiranya aku dapati wanita jahat yang
beradu paha dengan seorang lelaki dan aku tidak boleh memisahkan atau
mengusiknya, sehingga aku mendatangkan empat orang saksi?”. Demi Allah, aku
tidak akan mendapatkan empat orang saksi sehingga mereka selesai memuaskan
nafsu mereka." Maka RasululLah bersabda: "Wahai kaum Ansar! Tidakkah kalian
dengar ucapan pemimpinmu itu? Kaum Ansar menjawab: “Wahai RasululLah,
janganlah anda mencelanya. Sesungguhnya ia seorang yang sangat cemburu. Demi
Allah, kerana sangat cemburunya, tidak seorang pun yang berani mengahwini wanita
yang disukai Sa’ad." Sa'ad menjawab: "Wahai RasululLah, sesungguhnya aku tahu
bahawa ayat ini adalah haq dan ayat ini daripada Allah, akan tetapi aku merasa
hairan apabila aku dapati wanita jahat yang beradu paha dengan seorang lelaki, dan
383 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 79, 'Abdul 'Azim Badawiy, Al-Wajiz. fi Fiqh
al-Sunnat wa al-Kitab al-'Aziz, hal. 437, al-Wahidy al-Naysaburiy, Al-Wasit fi Tafsir al-Qur`an al-
Majid, hal. 306.
384 Surah al-Nisa' ayat 14.
232
aku tidak boleh memisahkan atau mengusiknya sebelum mereka selesai memuaskan
nafsunya...”
Beberapa hari kemudian terjadilah suatu peristiwa yang dialami oleh Hilal ibn
Umayyah. Ia mengadu kepada Rasulullah tentang kejadian yang dialaminya pada
waktu malam hari ketika ia pulang dari kebunnya. Ia melihat dengan mata dan
mendengar dengan telinganya sendiri, bahawa isterinya sedang ditiduri seorang
lelaki akan tetapi ia dapat menahan diri sebelum mengadukannya kepada RasululLah
..."
iii. Kisah 'Asim ibn 'Adi385
Sebab penurunannya yang ketiga adalah berdasarkan riwayat daripada Ibn 'Abbas
bahawasanya 'Asim ibn 'Adi al-Ansariy bertanya kepada sahabat-sahabatnya:
"Sekiranya seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya, lalu didapatinya seorang lelaki
sedang berada di atas perut isterinya, kalau dia terlebih dahulu pergi mencari empat
orang saksi tentu orang itu telah selesai melepaskan nafsunya sebelum dia kembali
dan orang itu telah pergi, jika dia membunuhnya, maka dia pula dibunuh. Kalau dia
berkata bahawa dia mendapati isterinya tidur dengan si fulan, dia akan dihukum.
Kalau dia diamkan saja, terpendamlah kemarahan dalam hatinya menjadi dendam."
"Ya Allah, bukakanlah jalan...." dan `Asim itu mempunyai seorang anak saudara
lelaki bernama 'Uwaymir, Pada suatu hari 'Uwaymir datang kepada `Asim dan
berkata: "Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki atas perut isteriku… "
iii. Kisah Abu Bakrah disebat oleh 'Umar Ibn al-Khattab
385 Nama lengkap beliau ialah 'Asim Ibn 'Adi Ibn al-Jadd Ibn al-'Ajlan al-`Awsiy al-Ansariy. Rujuk:
Al-Wahidy al-Naysaburiy, al-Wasit fi Tafsir al-Qur`an al-Majid, hal. 306.
233
Ketika zaman pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab , seorang sahabat Nabi
dikatakan telah berzina. Sahabat yang dimaksudkan adalah Mughirah ibn syu'bah.
Beliau dikatakan telah melakukan perbuatan fahisyah dan perbuatan itu dilihat oleh
Abu Bakrah, Abu 'Abdullah Nafi’, Syibil Ibn Ma’bad dan Ziyad Ibn Abihi.
Kisah ini diceritakan di dalam al-Bayhaqiy dalam musnadnya, daripada Qusamah Ibn
Zuhayr:
ٌعنٌقسامةٌبنٌزهْيٌقالٌلماٌكانٌمنٌشأنٌأبيٌبكرةٌوالمغْيةٌالذيٌكانٌوذكرٌْلديث قالٌفدعا
ٌالههو ٌفههدٌأبوٌبكرةٌوشت ٌبنٌمعتدٌوأبوٌعتدٌاللهٌنافعٌف الٌعمرٌاضيٌالله عنهٌحين
ٌشهدٌه لاءٌالَلاثةٌشقٌعلىٌعمرٌشأنهٌفلماٌقامٌزيا ٌقالٌإنٌسههدٌإنٌشاءٌالله إلاٌبحقٌقال
ٌزيا ٌأماٌالزناٌفلاٌأشهدٌب هٌولكنٌق دٌاأيتٌأمراٌقتيح اٌقالٌعمرٌاللهٌأكبرحدوهمٌف ل دوهم
ٌقالٌف الٌأبوٌبكرةٌبعدٌماٌضربهٌأشهدٌأنهٌزانٌفهمٌعمرٌاضيٌاللهٌعنهٌأن يعيدٌعليهٌالجلد
فنهاهٌعليٌاضيٌاللهٌعنهٌوقالٌإنٌجلدسهٌفااجمٌصاحتكٌفتركهٌولم يجلده
Daripada Qasamah bin Zuhair, ia bercerita: Tatkala antara Abu Bakrah
dengan al-Mughirah ada permasalahan tuduhan zina yang dilaporkan kepada
Umar maka kemudian Umar minta didatangkan saksi-saksinya, lalu Abu
Bakrah, Syibl ibn Ma’bad, dan Abu Abdillah Nafi’ memberikan
kesaksiannya. Maka Umar pada waktu mereka bertiga selesai
memberikan kesaksiannya, berkata, “Permasalahan Abu Bakrah ini membuat
Umar berada dalam kedudukan yang susah.” Tatkala Ziyad datang, dia
berkata, “(wahai Ziyad), jika engkau berani memberikan kesaksian, maka
insyaalLah tuduhan zina itu benar.” Maka kata Ziyad, “Adapun perbuatan
zina aku tidak menyaksikannya, namun aku melihat sesuatu yang buruk.”
Maka kata Umar, “Allahu Akbar, hukumlah mereka.” Kemudian sejumlah
sahabat menghukum mereka bertiga. Kemudian setelah dihadd oleh Umar,
Abu Bakrah berkata: "Saya bersaksi bahawa sesungguhnya dia berzina”.
Umar hendak merotannya lagi, namun Ali mencegahnya seraya berkata
kepada Umar: “Jika engkau merotannya lagi, maka rejamlah sahabatmu itu”.
Maka Umar pun membatalkan niatnya dan tidak menghukumnya lagi.”
[H.R. Al-Bayhaqiy: 8/234]386
Ibn Qudamah menyebutkan di dalam kitabnya, al-Mughniy bahawa ketika
memberikan kesaksiannya, Ziyad berkata: "Saya melihat punggung turun naik,
386 'Abdul 'Azim Badawiy, Al-Wajiz. fi Fiqh al-Sunnat wa al-Kitab al-'Aziz, hal. 435.
234
dengusan nafas kuat dan saya melihat kaki perempuan itu berada di bahu dia
(Mughirah) seperti telinga keldai. Saya tidak tahu lebih daripada itu.387
Kesimpulannya, Peristiwa al-'Ifk dan ketiga-tiga kisah daripada sebab penurunan
ayat 6 – 9 al-Nur pada dasarnya menceritakan tentang hukum melakukan qadhaf. Di
samping itu, ayat 6 – 9 al-Nur menjelaskan juga hukum li'an. Manakala kes Abu
Bakrah berkaitan saksi turut memberi impak hukum dalam kes qadhaf.
iv. Analisis Tasamuh Dalam Hadd Qadhaf
Peristiwa al-'Ifk telah mencetuskan hukum qadhaf dalam Islam. Sebagaimana yang
telah dijelaskan pada awal bab, qadhaf adalah perbuatan yang sangat keji. Qadhaf
bukan sahaja mampu menjatuhkan maruah individu terbabit, bahkan merosakkan
maruah sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian dengan orang tersebut. Ada
kemungkinan tertuduh akan jatuh sakit, mengalami kemurungan dan gangguan emosi
bahkan kadang-kadang boleh merosakkan hubungan sesama keluarga akibat daripada
tuduhan tersebut. Hal inilah yang berlaku kepada Baginda dan Ummul Mukmin.
Sejak peristiwa tersebut 'A`isyah jatuh sakit, manakala RasululLah pula
terganggu emosinya. Hal ini dinyatakan oleh 'A`isyah . Menurutnya, ada perubahan
pada sikap Baginda sejak tersebarnya peristiwa tersebut. Tiada lagi kelembutan
daripada RasululLah seperti yang biasa dirasainya ketika dia sakit. Menurutnya lagi,
RasululLah hanya masuk sebentar dan mengucapkan salam, lalu bertanya;
"Bagaimana keadaanmu," kemudian pergi.388
Jelas, perbuatan qadhaf boleh meruntuhkan sendi-sendi kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Oleh sebab itu, orang yang telah disabitkan melakukan qadhaf
387 Ibn Qudamah, al-Mughniy, Juz. XII, hal. 367.
388 Al-Wahidy al-Naysaburiy, al-Wasit fi Tafsir al-Qur`an al-Majid, hal. 308..
235
dihukum dengan tiga hukuman, iaitu dihukum dengan 80 kali sebatan, ditolak
kesaksiannya selama-lamanya dan digolongkan ke dalam golongan fasiq.
Individu-individu seperti Hassan ibn Thabit al-`Ansariy, Mistah ibn `Uthathah ibn
'Ibad dan Hamnat bint Jahsy ibn Ri`ab akan terus wujud sampai bila-bila. Manakala
individu seperti ummul mukminin sentiasa akan menjadi mangsa. Hal ini ditegaskan
oleh Allah dengan menyandarkan tuduhan tersebut kepada wanita-wanita yang
muhsanat. Hakikatnya, khitab Allah berkaitan tuduhan bukan hanya khusus kepada
wanita muhsanat389 sahaja, bahkan ia ditujukan juga kepada lelaki yang baik dan
terhormat.390 Untuk memperolehi status muhsanat, maka kedua-duanya mestilah
memelihara diri daripada perbuatan keji serta tidak berbangga-bangga dengan
perbuatan keji mereka.391
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka nilai-nilai tasamuh berikut telah
dikenalpasti iaitu:
a. Tasamuh ditinjau dari aspek pembuktian yang ketat
Antara bukti wujudnya nilai-nilai tasamuh dalam hadd qadhaf adalah dengan
mengenakan syarat yang cukup ketat. Kesukaran untuk memenuhi syarat ini tentunya
menjadi sebahagian daripada maqasid, iaitu memelihara maruah dan kehormatan
setiap orang. Secara tidak langsung ia berupaya mendidik masyarakat agar berhati-
hati sekiranya berhasrat untuk membuat tuduhan. Kegagalan membuktikan
kebenaran ke atas tuduhan yang dilemparkan akan mengakibatkan penuudh
389 Terdapat empat makna bagi muhsanat atau al-Ihsan. Pertama, al-'iffah, merdeka, sudah bernikah
dan al-Islam. Rujuk: 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 60.
390 Muhammad Bultajy, al-Jinayat wa 'uqubatuha fi al-Islam wa huquq al-Insan, hal36., 'Ali al-
Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 861,
391 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 862.
236
menerima hukuman yang tegas. Dengan cara itu, maqdhuf akan terbela nasibnya,
manakala qadhif pula akan mendapat hukuman yang setimpal.
Dalam mensabitkan atau membebaskan qadhif daripada hukuman, ada syarat-syarat
yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi sama ada melalui
saksi ()بشهادة الشهود, pengakuan ( )اقرارataupun melalui sumpah ()اليمين. 'Abdul Khaliq al-
Nawawiy telah menyenaraikan syarat-syarat tersebut, iaitu:
i. Melalui saksi
ii. Iqrar
iii. Sumpah
Dalam hal persaksian, pembuktiannya amat ketat. Sebagaimana yang telah
disebutkan secara sepintas lalu dalam bab zina,392 saksi perlu memenuhi ciri-ciri
yang dikehendaki menurut Islam. Sekiranya salah satu daripada syarat-syarat
tersebut tidak terpenuhi, maka penuduh akan dikenakan hadd qadhaf.
Inilah yang berlaku kepada Abu Bakrah sebagaimana yang telah disebutkan bahawa
Abu Bakrah dan rakan-rakannya telah dihukum dengan hadd qadhaf oleh 'Umar ibn
al-Khattab . Kes bermula apabila Abu Bakrah, Abu 'Abdullah Nafi’, Syibil Ibn
Ma’bad dan Ziyad Ibn Abihi mengatakan bahawa mereka telah menyaksikan al-
Mughirah Ibn Syu'bah, wali Kufah393 telah melakukan zina.
Permasalahan tersebut telah diajukan kepada 'Umar Ibn al-Khattab dan tiga saksi
telah menjelaskan kesaksian masing-masing. Malangnya, ketika sampai giliran Ziyad
Ibn Abihi untuk memberi kesaksian, beliau berkata: “Adapun perbuatan zina aku
tidak menyaksikannya, namun aku melihat sesuatu yang buruk.” Dalam riwayat yang
392 Sila rujuk bab zina, hal. 167.
393 Al-Sayyid al-Sadiq al-Mahdy, al-'Uqubat al-Syar'iyyat wa Mawqi'uha, hal. 56.
237
lain Ziyad berkata "saya melihat punggung turun naik, dengusan nafas yang kuat dan
saya melihat kaki perempuan itu berada di bahu dia (Mughirah) seperti telinga
keldai. Saya tidak tahu lebih daripada itu."
Setelah mendengar kesaksian Ziyad, lantas 'Umar menjatuhkan hadd qadhaf ke
atas Abu Bakrah, Abu 'Abdullah Nafi’, Syibil ibn Ma’bad. Hadd tersebut dijatuhkan
kerana keterangan Ziyad tentang persetubuhan tidak memenuhi syarat yang
dikehendaki oleh Islam. Kesaksian yang dikehendaki oleh Islam adalah saksi-saksi
hendaklah menceritakan dengan bahasa yang jelas dan terang tentang apa yang telah
dilihat dan tidak menggunakan bahasa kiasan. Dengan kata lain, saksi-saksi
hendaklah melihat dengan jelas tenggelamnya hasyafah ke dalam faraj perempuan
seperti anak celak masuk ke dalam botol celak ( ( المرود في المكحلةatau tali timba masuk ke
dalam perigi ()الرشاء في البئر.
Dalam kes di atas, sungguhpun kesaksian Ziyad dilihat seolah-olah sudah memadai
untuk mensabitkan hadd zina ke atas al-Mughirah, akan tetapi penyaksian demikian
masih tidak diakui oleh Islam. Pensabitan hadd zina ke atas al-Mughirah hanya akan
berlaku sekiranya dalam kesaksiannya Ziyad mengatakan bahawa "saya melihat
punggung turun naik, dengusan nafas yang kuat dan saya melihat kaki perempuan itu
berada di bahu dia (Mughirah) seperti telinga keldai dan saya melihat dengan jelas
dan terang hasyafahnya telah masuk ke dalam faraj pasangannya".
Jika diandaikan Abu Bakrah, Abu 'Abdullah Nafi’, Syibil ibn Ma’bad menuntut al-
Mughirah bersumpah bahawa dirinya benar-benar telah berzina, kemudian al-
Mughirah menolaknya, maka selaku hakim, 'Umar tidak boleh melayan tuntutan
ketiga-tiga individu terbabit. Ketegasan hakim dalam hal ini kerana berpegang
238
kepada persaksian yang tidak cukup, bukan atas keengganan tertuduh bersumpah. Di
samping itu, hakim berpegang kepada berkeyakinan bahawa keengganan tertuduh
untuk bersumpah adalah syubhah. Hal ini berdasarkan qa’edah yang berbunyi:
لا تحليف في الحدود اتفاقا
Maksudnya: “Secara ittifaq sumpah tidak berlaku dalam masalah hudud.”394
Justeru, ketetapan kriteria sebagai saksi yang sangat ketat tersebut merupakan antara
nilai-nilai tasamuh dalam hadd qadhf bertujuan menjaga maruah seseorang.
Andaikata ia tidak mempunyai persyaratan yang amat ketat, maka ramailah individu
yang akan disabitkan dengan hadd zina.
b. Tasamuh dalam kaedah pembuktian suami isteri
Dalam perbincangan terdahulu tentang qadhaf telah disebutkan bahawa setiap
tuduhan hendaklah dibuktikan. Jika tidak, hadd qadhaf iaitu 80 kali sebatan akan
dikenakan sebagaimana yang dikenakan ke atas Hassan Ibn Thabit al-`Ansariy,
Mistah Ibn `Uthathah Ibn 'Ibad dan Hamnat bint Jahsy Ibn Ri`ab.
Sebaliknya dalam kes suami isteri nilai-nilai tasamuh berikut diaplikasikan.
Sekiranya seorang suami melihat isterinya berzina, sudah pasti suami tidak mungkin
sempat mendatangkan empat orang saksi sebagaimana persoalan yang cuba
dilontarkan oleh Hilal, Sa’ad ibn 'Ubadah dan 'Asim ibn 'Adi al-Ansariy kepada
RasululLah . Jawapan RasululLah ketika itu kepada Hilal hanya satu, iaitu:“Kamu
hendaklah dapat membuktikan atau (kalau tidak) hukuman hadd menimpa
belakangmu.”
394 Muhammad Sidqi ibn Ahmad al-Borno, Mawsu’at al-Qawa’id al-Fiqhiyyat, , Jil. VIII, hal. 838.
239
Berdasarkan jawapan RasululLah tersebut, tuduhan yang diucapkan oleh Hilal
adalah menggunakan lafaz yang sarih. Jika tidak, pasti RasululLah akan bertanyakan
maksud ucapannya. Lafaz qadhaf boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lafaz sarih dan
kinayah.395 Lafaz sarih adalah lafaz yang jelas dan terang maksudnya sehingga tidak
mempunyai maksud yang selainnya seperti perkataan qadhif "Wahai penzina", kamu
telah berzina. Lafaz sarih ini dipersetujui oleh fuqaha' al-Syafi'i dan mengakibatkan
qadhif akan dihukum. Sebaliknya, lafaz kinayah tidak boleh dihukum. Lafaz kinayah
bermaksud perkataan yang mempunyai maksud zina dan selainnya. Misalnya,
"Wahai pelacur," "Wahai perempuan jahat" dan sebagainya.
Fuqaha' Hanbali dan Hanafi dalam qaul yang rajih dan muktamad berpendapat
bahawa lafaz kinayah tidak diwajibkan hadd. Demikian juga pandangan dalam
mazhab al-Syafi'i dengan syarat ia disertai dengan niat untuk menuduh zina. Dengan
kata lain, hampir pasti lafaz kinayah dalam mazhab al-Syafi'i tidak menyebabkan
qadhif dikenakan hadd kerana niat adalah di dalam hati dan tiada sesiapa yang
mengetahuinya.396
Fuqaha' Malikiyah pula mempunyai pandangan yang agak tegas. Menurut mereka,
status lafaz sarih dan kinayah adalah sama sahaja. Oleh, itu, qadhif yang
menggunakan lafaz sarih dan kinayah tetap akan dikenakan hadd.
Menurut 'Ali al-Sabuny, tatkala Hilal menceritakan perihal isterinya berzina kepada
RasululLah, hal ini turut didengar oleh Sa'ad ibn Ubadah yang merupakan pemimpin
kaum Ansar. Sa'ad dengan spontan bertanya dengan pertanyaan yang telah
disebutkan di awal tadi. Sahabat-sahabat lain mendengar dan membuat andaian
395 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal.309.
396 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal.309, al-Syiraziy, al-Muhadhdhab, Jil. III,
hal 347.
240
bahawa Hilal pasti akan dihukum dan kesaksiannya akan ditolak kerana tidak
mendatangkan saksi.
Oleh itu, adalah mustahil untuk mendatangkan empat orang saksi, sedangkan
perbuatan zina tersebut benar-benar berlaku di hadapan suami. Maka ketika itu, Hilal
berdoa agar dia diselamatkan daripada dikenakan hadd. Kemudian turunlah wahyu
yang berbunyi "ٌٌَواَلّ ِذي َنٌيَْرمو َنٌأَْزَوا َجه ْمٌفَ ََرأٌَ َح ََّلٌبَلَ َبٌإِ ْنٌَكا َنٌِم ْنٌال َّصا ِقِيٌَن
Ketika proses mula'anah dijalankan di hadapan RasululLah , Baginda memulakan
pertanyaan sama ada Hilal menyaksikan perbuatan zina tersebut atau tidak.
Pertanyaan itu dijawab oleh Hilal dengan jelas dan terang. Jelas, lafaz qadhaf yang
diucapkan oleh Hilal adalah lafaz sarih.397 Proses RasululLah ini menjadi panduan
kepada sesiapa yang melakukan mula'anah. Selain itu, proses mula'anah hendaklah
dilakukan di khalayak ramai.398 Terlebih dahulu, hakim hendaklah mendahului
dengan pertanyaan sama ada penuduh benar-benar menyaksikan perbuatan zina atau
tidak. Kemudian penuduh hendaklah bersumpah sebanyak empat kali bahawa
isterinya berzina sebagai ganti kesaksian empat orang.399 Redaksi sumpah boleh
berbeza-beza asalkan ia mengandungi tuduhan sama ada menuduh isteri berzina
ataupun menafikan anak yang dikandung isterinya.400 Pada sumpah yang kelima
suami mengatakan laknat Allah dikenakan ke atasnya jika dia berdusta.
397 Lafaz qadhaf terbahagi kepada dua: i). Lafaz sarih: Lafaz yang diucapkan secara jelas membawa
maksud zina, Contoh: "Wahai, penzina." atau "Aku telah melihat engkau berzina." 2). Lafaz kinayah
yang membawa maksud tuduhan melakukan zina seperti: "Wahai pelacur", "Wahai perempuan yang
keji". Lihat: Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal.303, al-Syiraziy, al-Muhaddhab fi
fiqh al-Imam al-Syafi'i, Jil. III, hal 347.
398 'Ali al-Sabuniy, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, hal. 96.
399 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 862.
400 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 862, Al-Wahidy al-Naysaburiy, Al-Wasit fi
Tafsir al-Qur`an al-Majid, hal. 306.
241
Sebaik sahaja suami selesai melakukan li'an, maka telah lengkaplah bukti prima
facie401 bahawa isterinya melakukan kejahatan. Menurut al-Syafi'i sebagaimana yang
dipetik oleh 'Ali al-Sabuny, sebaik sahaja suami melakukan li'an, maka telah berlaku
hukum-hukum berikut sekalipun tidak diputuskan oleh hakim. Hukum-hukum
tersebut ialah:402
i. suami terlepas daripada hadd qadhaf
ii. Anak yang dikandung isteri ternafi nasabnya
iii. Suami isteri terpisah secara serta merta
iv. Haram menikahinya untuk selama-lamanya
v. Isterinya wajib dikenakan hadd zina
Sekiranya isteri mengucapkan li'an, maka hadd qadhaf ke atas suaminya akan gugur,
manakala hadd zina ke atas isteri juga akan digugurkan. Akan tetapi, sebelumnya
hakim hendaklah terlebih dahulu memberi nasihat dan ingatan kepada tertuduh
tentang seksaan Allah di akhirat lebih dahsyat berbanding hukuman rejam.403 Nasihat
ini bertujuan untuk menyedarkan tertuduh bahawa jika dia benar-benar melakukan
apa yang telah dituduh, maka mengaku itu lebih baik daripada menafikannya. Isteri
hendaklah menafikan dengan membuat li'an menafikan dia berzina. Pada sumpahnya
yang kelima, dia hendaklah mengatakan bahawa kemurkaan Allah ke atasnya jika
suaminya termasuk orang-orang yang benar.
401 Abdur Rahman I Doi, Tindak Pidana Dalam Syariat Islam, I, hal. 54. Prima facie merupakan satu
ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama (on its first appearance)", atau "oleh contoh
pertama (by first instance)". Ia digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan
bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada
fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan
dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu. Dengan perkataan lain,
Maksud prima facie secara mudahnya adalah bukti/keterangan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwaan yang jika tidak dibuktikan sebaliknya atau dicacatkan oleh orang kena tuduh (OKT),
adalah mencukupi untuk kesalahan disabitkan.
402Ahmad Fathy Bahansy, al-Siyasat al-Jinayat fi al-Syari'at al-Islamiyyat, hal 326, 'Ali al-Sabuniy,
Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, hal. 95.
403 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 87.
242
Menurut 'Ali al-Sabuny, dalam lafaz li'an, Allah mengkhususkan laknat kepada lelaki
dan kemurkaan kepada wanita adalah kerana kemurkaan adalah hukuman yang lebih
berat berbanding laknat. Tambahnya lagi, seburuk-buruk perbuatan adalah apabila
seorang isteri melakukan zina berbanding suami melakukan qadhaf. Oleh itu, Allah
mengkhususkan lafaz الغضبkepada isteri.404
Menurut ‘Abdul ‘Azim ibn Badawiy, setelah selesai kedua-dua melakukan li'an,
maka berlakulah lima hukum berikut: 405
i. Kedua-keduanya terpisah
Berdasarkan hadith daripada Ibn 'Umar berkata" “Nabi memutuskan hukum di
antara seorang suami dan isteri daripada kaum Ansar dan menceraikan antara
keduanya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari IX: 458 no: 5314, Muslim II: 1133 no: 9
dan 1494).
ii. Keduanya haram untuk selama-lamanya
Bersumber daripada Sahl ibn Sa’ad katanya: “Telah berlaku sunnah Nabi
tentang suami isteri yang bermula’anah bahawa dipisahkan antara keduanya,
kemudian mereka tidak (boleh) ruju’ buat selama-lamanya.” 406(Shahih: Irwa' al-
Ghalil no: 2104 dan ‘Awn al-Ma’bud VI: 337 no: 2233 serta Bayhaqi VII: 410).
iii. Wanita yang bermula’anah berhak memiliki mahar
Daripada Ayyub ibn Sa’id ibn Jubayr berkata: "Saya pernah bertanya kepada Ibn
Umar : “(Wahai Ibnu Umar), bagaimana kedudukan seorang suami yang
404'Ali al-Sabuniy, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, hal. 81.
405 'Abd 'Azim Ibn Badawiy, Al-Wajiz fi Fiqh al-Sunnat wa al-Kitab al-'Aziz, hal. 438.
406 Menurut pendapat Abu Hanifah, mereka boleh bernikah semula dengan aqad yang baru. Lihat: al-
Mawardiy, Ahkam al-Sultaniyyat, hal. 302.
243
melakukan qadhaf ke atas isterinya?” Jawab Ibn Umar: “Nabi pernah
menceraikan antara dua orang yang bersaudara (iaitu suami isteri) daripada Bani
’Ajlan, dan Baginda bersabda (kepada keduanya), “Allah mengetahui bahawa
seorang di antara kamu berdua pasti berbohong, adakah sesiapa di antara kamu yang
mahu bertaubat?” kedua-duanya enggan (memenuhi tawaran Baginda). Nabi
bersabda lagi, “Allah mengetahui bahawa salah seorang di antara kamu berdua pasti
berbohong, adakah sesiapa di antara kamu yang mahu bertaubat?” Ternyata mereka
enggan, lalu Nabi pun bersabda, “Allah mengetahui bahawa salah seorang di antara
kamu berdua pasti berbohong, adakah sesiapa di antara kamu yang mahu bertaubat?”
Namun mereka berdua enggan (untuk memenuhi tawaran Baginda). Maka
selanjutnya Baginda menceraikan antara keduanya.” Ayyub berkata, “Kemudian
'Amr ibn Dinar mengatakan kepadaku, ‘Sesungguhnya di dalam hadith tersebut ada
sebahagian yang saya perhatikan belum engkau sampaikan, iaitu lelaki yang
bermula’anah itu menanyakan, “Mana hartaku (maharku)?” Dijawab (oleh Nabi ),
“Tidak ada harta (mahar) bagimu. Jika kamu jujur, bererti kamu sudah pernah
bercampur dengannya; jika kamu bohong, maka ia (mahar) itu kian jauh darimu.”
(Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari IX: 456 no: 5311, Muslim II: 1130 no: 1493, ‘‘Awn
al-Ma’bud VI: 347 no: 2240 dan 2241, Nasa’i VI: 177).
iv. Anak yang lahir diserahkan kepada isteri (ibunya).
Daripada Ibnu Umar ia berkata, “Sesungguhnya Nabi pernah memutuskan
untuk mula’anah antara seorang suami dengan isterinya kemudian ia (suami)
dipisahkan daripada anaknya, lantas Baginda menceraikan antara mereka berdua,
kemudian anak itu diserahkan kepada isterinya.” (Muttafaq ’alayh: Fathul Bari IX:
460 no: 5315, Muslim II: 1132 no: 1494, ‘Awn al-Ma’bud VI: 348 no: 2242,
Tirmidzi II: 338 no: 1218, Nasa’i VI: 178 dan Ibnu Majah I: 669 no: 2069).
244
v. Isteri yang bermula’anah berhak menjadi ahli waris anaknya dan begitu
juga sebaliknya.
Daripada Ibn Syihab dalam hadith Sahl ibn Sa’ad, ia berkata “Menurut sunnah Nabi
, sesudah suami isteri yang bermula’anah dipisahkan, sedangkan isterinya sedang
hamil, maka anaknya dinisbahkan kepada ibunya. Kemudian sunnah Baginda berlaku
mengenai hak warisnya, iaitu ia (ibu tersebut) berhak menjadi ahli waris anaknya dan
anaknya pun berhak menjadi ahli warisnya sesuai apa yang telah Allah tetapkan
untuknya.” (Muttafaq ’alayh: Fathul Bari 1X: 452 no: 5309, Muslim II: 1129 no:
1492 dan ‘Awn al-Ma’bud VI: 339 no: 2235).
Berdasarkan perbincangan di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan-kesimpulan
berikut, iaitu hukuman itu sendiri merupakan nilai-nilai tasamuh dalam qadhaf
adalah bertujuan membendung tersebarnya berita-berita palsu yang boleh
merosakkan hubungan anggota masyarakat. Hukuman tersebut dilihat amat setimpal
jika dibandingkan dengan hukuman memotong lidah, mengorek mata dan
menggunakan api.
Selain itu, ciri-ciri tasamuh yang seterusnya adalah Islam tidak menghukum tuduhan
yang dilemparkan kepada orang-orang yang tidak muhsan. Hal ini bukan bermakna
penuduh tidak dihukum, cuma mereka tidak akan dihukum dengan hadd qadhaf
tetapi dengan hukuman ta'zir.407 Jelas, Islam sangat menjaga kehormatan dan nama
baik seseorang. Nilai tasamuh yang paling terserlah dalam kes Hilal adalah hukum
li'an itu sendiri. Hal ini dapat difahami daripada kata-kata 'Asim ibn 'Adi al-Ansariy:
"Sekiranya seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya, lalu didapatinya seorang lelaki
407 Amir ‘Abd al-‘Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal.306.
245
sedang berada di atas perut isterinya, kalau dia terlebih dahulu pergi mencari empat
orang saksi tentu orang itu telah selesai melepaskan nafsunya sebelum dia kembali
dan orang itu telah pergi, jika dia membunuhnya, maka dia pula dibunuh. Kalau dia
berkata bahawa dia mendapati isterinya tidur dengan si fulan, dia akan dihukum.
Kalau dia diamkan saja, terpendamlah kemarahan dalam hatinya menjadi dendam."
Hakikatnya, hukuman qadhaf dan li'an bukan sahaja menjaga kehormatan suami dan
isteri, memastikan nasab daripada hubungan yang sah, bahkan hukum li'an mampu
mengelakkan pertumpahan darah, mengambil hukum sendiri dan sebagainya. Hal ini
juga bertepatan dengan hadith Nabi : 408
لاضرر ولا ضرار
Maksudnya: "Tidak boleh memudaratkan diri sendiri serta memudaratkan orang
lain."
الضرر يزال
Maksudnya: "Kemudaratan hendaklah dihilangkan."
c. Qadhif berpeluang untuk bertaubat
Dalam kisah-kisah di atas, baik hukuman yang dijatuhkan oleh RasululLah ke atas
ketiga-tiga individu terbabit atau yang dijatuhkan oleh ‘Umar Ibn al-Khattab
dilakukan dengan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa. Seperti kes zina yang telah
dibincangkan sebelum ini, maka hukuman hudud bagi kesalahan qadhaf
mengaplikasikan prinsip tasamuh dalam perlaksanaannya, iaitu "seseorang tidak
boleh dinyatakan bersalah sebelum dia dibuktikan bersalah." Prinsip ini adalah
merupakan prinsip yang paling asas dalam undang-undang jenayah Islam.
408 Rujuk dalam: Ihab Faruq Husni, Maqasid al-'Uqubat fi Islam, hal. 169.
246
Sebagaimana kes-kes jenayah yang lain, maka qadhaf juga harus memenuhi
beberapa syarat. Syarat-syarat tersebut diklasifikasikan kepada tiga, iaitu syarat bagi
qadhif (penuduh), syarat bagi maqdhuf (tertuduh) dan syarat bagi maqdhuf bih .409
A. Syarat bagi qadhif :
1. Mukallaf (Berakal, baligh dan tidak dipaksa)
2. Bukan ayah kepada maqdhuf
3. Membawa empat orang saksi
B. Syarat bagi maqdhuf : 410
1. Muhsan (berakal, baligh, merdeka, Islam dan terpelihara diri daripada
zina)
2. Dewasa
C. Syarat maqdhuf bih
1. Tuduhan dengan lafaz sarih (kata-kata yang jelas)
2. Tuduhan dengan lafaz kinayah (kata-kata sindiran/kiasan)
Berdasarkan klasifikasi tersebut, kriteria yang ada pada para qadhif (Hassan ibn
Thabit al-`Ansariy, Mistah ibn `Uthathah ibn 'Ibad dan Hamnat bint Jahsy ibn Ri`ab,
Abu Bakrah, Abu ‘Abdullah Nafi’dan Syibil Ibn Ma’bad), maqdhuf (‘A`isyah dan
Mughirah Ibn Syu’bah) dan maqdhuf bih (tuduhan berzina), maka sabitlah hukuman
ke atas para qadhif dan haddnya adalah 80 kali sebatan.
409 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. I60
410 Amir 'Abdul 'Aziz, al-Fiqh al-Jina`i fi al-Islam, hal. 306.
247
Tambahan kepada hukuman sebatan ini, qadhif juga akan dihukum dua hukuman
lagi, sebagaimana yang telah disebutkan sebelumnya tentang hukuman adabiyyah
dan diniyyah, iaitu:411
i. kesaksiannya ditolak selama-lamanya
ii. dilabel sebagai fasiq dan terkeluar daripada kelompok al-'adalah dan al-
iman
Dengan kata lain, 'Ali al-Sabuny membahagikan qadhf kepada tiga bentuk hukuman,
itu hukuman jasadiyyah atau badaniyyah (yakni 80 kali sebatan), adabiyyah
(kesaksiannya ditolak selama-lamanya) dan diniyyah (dihukum sebagai fasiq).412
Akan tetapi, ada yang hanya membahagikan hukuman kepada dua sahaja. Pertama
hukuman asliyyah dan kedua hukuman tab'iyyah.413 Hukuman asliyyah adalah
hukuman sebatan, manakala hukuman tab'iyyah kesaksiannya ditolak selama-
lamanya. Sepintas lalu hukuman qadhaf dilihat berat kerana ia melibatkan penderaan
fizikal dan mental. Namun penderitaan yang ditanggung oleh maqdhuf jauh lebih
perit lagi. Walaupun demikian, Islam tetap membuka peluang kepada sesiapa sahaja
yang bersalah untuk bertaubat. Hal ini dapat difahami menerusi maksud firmah Allah
dalam ayat kelima yang maksudnya “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu
dan memperbaiki (dirinya),” maka fuqaha' berbeza pandangan tentang maksud
tersebut sama ada pengecualian itu dikhususkan kepada status fasiqnya atau status
syahadahnya.
Syurayh, Ibrahim, Ishaq dan Qatadah sebagaimana yang dilaporkan oleh al-Wahidy
menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah gugur gelaran kefasiqan sahaja,
411 'Ali al-Sabuniy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 861.
412 'Ali al-Sabuny, Rawa`i' al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Juz. II, hal. 75.
413 Ihab Faruq Husny, Maqasid al-‘Uqubat fi al-Islam, hal.168.
248
namun syahadahnya tetap tidak diterima selama-lamanya.414 Sebahagian menyatakan
bahawa pengecualian tersebut hanya bagi status fasiq sahaja bukan status
syahadahnya.
Manakala al-Zuhry, al-Qasim ibn Muhammad, 'Ata', Tawus, al-Sya'by, 'Ikrimah,
Mujahid, pandangan ahli Hijaz dan al-Syafi'iy menyatakan bahawa pengecualian
yang dimaksudkan adalah kedua-duanya sekali, iaitu fasiq dan syahadahnya.
Perbezaan pandangan adalah kerana perbezaan dalam meletakkan hadd qadhaf
tersebut adakah ia termasuk hak Allah, atau hak hamba atau hak kedua-dua sekali.
Bagi golongan yang menganggapnya sebagai hak Allah, maka tidak boleh
dimaafkan. Bagi golongan yang menyatakannya hak hamba, maka mereka
membolehkannya. Bagi golongan yang menyatakan ada hak hamba dan hak Allah,
maka hakim akan menentukannya status mereka apabila kes tersebut dihadapkan
dihadapannya.415
Namun, ada juga pandangan yang menyatakan bahawa taubat tidak dapat
menggugurkan hadd qadhaf kerana qadhaf berkaitan dengan kemulian maqdhuf dan
kemulian itu wajib dipelihara. Oleh sebab itu mereka bersepakat mengatakan bahawa
taubat tidak menggugurkan hadd qadhaf.416
Walau apapun, hakikatnya masih terdapat nilai-nilai tasamuh dalam persoalan taubat
kerana ia membuka ruang kepada hakim untuk memilih pandangan yang lebih sesuai
dengan keadaan qadhif.
414 Al-Wahidy al-Naysaburiy, al-Wasit fi Tafsir al-Qur`an al-Majid, hal. 305.
Al-Naysaburiy, Tafsir al-Wadih al-Muyassar, hal. 862.
415 Yusuf Hamid al-'Alim, al-Maqasid al-'Ammat li al-Syari'at al-Islamiyyat, hal.458.
416 Ahmad Ra`if, al-'Uqubat al-Syar'iyyat wa mawqi'uha min al-Nizam al-Ijtima'iy al-Islamiy, hal.
64.
249
3.5. Hadd al-Sariqat (Pencurian) dan Tasamuhnya
Al-Sariqat atau pencurian dilihat daripada perspektif perundangan Islam adalah
merupakan satu jenayah terhadap harta benda seseorang. Oleh itu, jika sabit
seseorang itu melakukan percurian, maka dia akan dikenakan hadd al-sariqat, iaitu
hukuman potong tangan. Jika dilihat daripada aspek maqasid haddnya, maka ia
berkaitan dengan pemeliharaan ke atas harta benda seseorang. Menurut fuqaha',
250
bahagian yang dipotong bagi kesalahan pencurian yang pertama ialah di pergelangan
tangan kanan.417
Seperti hadd hudud yang lain, jenayah sariqat mengalami nasib yang sama. Ia
ditohmah sebagai undang-undang yang kejam dan tidak sesuai dengan peradaban
manusia.418 Padahal, hukuman potong tangan telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Muhammad Bakr Ismail telah menyatakan bahawa hukuman potong tangan bukan
sahaja dikenali dalam kalangan Yahudi dan Nasrani, bahkan juga dalam masyarakat
Jahiliyah. Al-Qurtuby dalam tafsirnya sebagaimana yang telah dikutip oleh
Muhammad Bakr Ismail menyatakan bahawa individu pertama yang telah dihukum
potong tangan ialah al-Walid Ibn al-Mughirah.419 Namun, Kamal al-Din 'Abdul
Ghaniy menyatakan bahawa orang pertama yang dihukum ialah Duwayk, mawla
Bani 'Alij Ibn 'Amr Ibn Khuza'ah kerana mencuri simpanan Ka'bah.420
Setelah datangnya Islam, hukum tersebut diakui dan ditambah dengan syarat-syarat
tertentu bertujuan kesempurnaan kebaikan manusia.421 Individu pertama yang
dihukum dalam Islam dalam kalangan lelaki ialah al-Khiyar Ibn 'Adi Ibn Nawfal Ibn
'Abdul Manaf. Seterusnya, dalam kalangan wanita pula ialah Murrah bint Sufyan Ibn
'Abdul Asad daripada Bani Makhzum.422 Manakala Ibn Samrat, saudara kepada
417َ Abdul Karim Zaydan, al-Mufassal, hal, 240, Mustafa al-Khin et. al., al-Fiqh Al-Manhajy, hal.
437.
418 Mohd. Said Ishak, Hudud Dalam Fiqh Islam, hal. 72.
419 Muhammad Bakr Ismail, Al-Fiqh al-Wadih, hal 238.
420 Kamal al-Din 'Abdul Ghaniy al-Marsy, al-Hudud al-Syar'iyyat, hal. 6. Dalam kitab Sirah,
Muhammad Ibn Ishaq Ibn Yasar menceritakan: "Ketika Rasulullah berumur tiga puluh lima tahun,
orang-orang Quraisy berkumpul untuk membaiki Ka'bah. Mereka ingin melakukan hal itu untuk
tujuan meletakkan bumbung pada bangunan Ka'bah. Bangunannya ketika itu hanya berupa tumpukan
batu yang lebih tinggi sedikit daripada ukuran orang berdiri. Hal itu mereka lakukan kerana ada
beberapa orang yang mencuri simpanan Ka'bah yang berada di dalam sebuah telaga di dalam Ka'bah.
Harta simpanan Ka'bah itu ditemukan pada Duwayk mawla (pelayan) Bani Malih Ibn 'Amr dari
Kabilah Khuza'ah, maka orang-orang Quraisy memotong tangannya. Lihat dalam: Ibn Kathir, Tafsir
Ibn Kathir, (Tahqiq: Abdullah Ibn Muhammad Ibn 'Abdul Rahman Ibn Ishaq Alu Syaikh), Jil. I, hal.
248.
421 Kamal al-Din 'Abdul Ghaniy al-Marsy, al-Hudud al-Syar'iyyat, hal. 6.
422 Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih, hal 238.