30
Jadual 1.2 (sambungan)
Hubungan Kajian Lalu
Hipotesis kajian antara (hubungan konstruk Keputusan
H9a JU secara Konstruk yang hampir sepadan) Positif
signifikan JU → JP Venkatesh & Davis
(2000), Davis et al.
mempengaruhi JP.
H9b JP secara signifikan JP → NTL (1989). Positif
Venkatesh, Morris,
mempengaruhi NTL. Davis, & Davis (2003),
Venkatesh & Davis
(2000), Davis et al.
(1989), Taylor & Todd
H9c JU secara signifikan JU → NTL (1995) Positif
Venkatesh et al. (2003),
mempengaruhi NTL.
Venkatesh & Davis
(2000), Taylor & Todd
H10a JU secara signifikan JU → KK (1995) -
JU → NTL - Positif
mempengaruhi KK.
Venkatesh et al. (2003),
H10b JU secara signifikan Venkatesh & Davis
mempengaruhi NTL.
(2000), Taylor & Todd
H10c KK secara signifikan KK → NTL (1995) Positif
Al-Najjar (2012) -
mempengaruhi NTL. -
-
H11a EG secara signifikan EG → KK Positif
-
mempengaruhi KK.
Al-Najjar (2012)
H11b EG secara signifikan EG → NTL
mempengaruhi NTL.
H11c KK secara signifikan KK → NTL
mempengaruhi NTL.
Petunjuk : JP-Jangkaan Prestasi, JU-Jangkaan Usaha, PS-Pengaruh Sosial, KK-Keadaan Kemudahan,
EG-Efikasi Guru , NTL-Niat Tingkah Laku, dan TLP-Tingkah Laku Penggunaan.
Merujuk kepada konstruk-konstruk dan hubungannya, kerangka konseptual kajian
ini kelihatan amat sepadan dengan model penerimaan teknologi UTAUT oleh Venkatesh
et al. (2003), kecuali terdapat; (1) satu penambahan konstruk baharu, iaitu Efikasi Guru
(TE), (2) penambahan hubungan antara pemboleh ubah utama telah mewujudkan
pemboleh ubah mediator yang bersifat baharu, dan (3) penyenaraian beberapa pemboleh
ubah moderator baharu. Langkah-langkah pengembangan model ini (proses penambahan
31
konstruk dan hubungan baharu) adalah bertujuan untuk menjadikan kajian lebih
komprehensif dan tepat dengan konteks penerimaan pendekatan Pembelajaran Teradun
oleh guru-guru sekolah negara ini.
Oleh itu, kerangka kajian ini telah mengambarkan cadangan hubungan antara
pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar bersama pemboleh ubah
moderator serta pemboleh ubah mediator. Rajah 1.1 menunjukkan cadangan hubungan
yang wujud antara pemboleh ubah kajian. Bagi memperlihatkan gambaran yang lebih
jelas berkaitan hipotsesis kajian terhadap hubungan antara pemboleh ubah yang diuji,
maka hipotesis kajian ditunjukkan dalam bentuk grafik melalui kerangka kajian seperti di
Rajah 1.2. Kerangka Konsep dan Hipotesis Kajian.
Jangkaan
Prestasi (JP)
Jangkaan
Usaha (JU)
Pengaruh Sosial (PS)
Keadaan
Kemudahan (KK)
Efikasi Guru (EG)
Jantina Pengalaman
Rajah 1.1. Kerangka Konsep Kajian
Niat Tingkah Laku
(NTL)
Tingkah laku
Penggunaan
(TLP)
Beban tugas Lokasi
Sekolah
32
Jangkaan H9
H9a Prestasi (JP) H1
Jangkaan H2 H3
Usaha (JU)
H6
H10 Pengaruh Sosial (PS)
H10a
Keadaan H4
Kemudahan (KK)
H11 Efikasi Guru (EG)
H11a
Jantina Pengalama
H1a,H2a,H3a, H1b,H2b,H3b
H4a,H5a,H6a H4b,H5b,H6b
Rajah 1.2. Kerangka Konsep dan Hipotesis Kajian
Niat Tingkah Laku H7
3 (NTL)
H5 Tingkah Laku
Penggunaan (TLP)
Petunjuk:
an Beban tugas Lokasi Sekolah Hipotesis Utama
Hipotesis Mediator
b, H1c,H2c,H3c, H1d,H2d,H3d, Hipotesis Moderator
b H4c,H5c,H6c H4d,H5d,H6d
33
34
1.8 Kepentingan Kajian
Proses pembelajaran dengan menjadikan Frog VLE sebagai platform utama pembelajaran
dalam bilik darjah merupakan pendekatan sepadan dengan amalan pendekatan
Pembelajaran Teradun di luar negara. Pendekatan ini amat diyakini berupaya membawa
kesan positif kepada perkembangan intelektual dan kemahiran pembelajaran para pelajar.
Namun begitu pelaksanaannya oleh para guru telah dinilai sebagai berstatus gagal dalam
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2013. Oleh itu, kajian ini berusaha untuk
mengenal pasti antara penyebab kegagalan tersebut. Secara khususnya, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan guru terhadap teknologi Frog VLE dalam proses pembelajaran di sekolah.
Sebagai tambahan kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor-faktor
moderator dan pengaruh faktor-faktor mediator terhadap kekuatan hubungan antara
pemboleh ubah kajian. Akhirnya dapatan kajian ini akan dapat menentukan faktor-faktor
yang signifikan dalam pembentukan model penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di Malaysia.
Sehingga kini, didapati amat sedikit kajian yang tepat menjurus kepada konteks
penerimaan dan penggunaan pendekatan pembelajaran Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru khususnya pengintegrasian pembelajaran menggunakan teknologi Frog
VLE di Malaysia. Oleh itu, dijangkakan dapatan kajian ini berupaya dijadikan garis
35
panduan serta rujukan utama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, penggubal dasar
atau polisi pendidikan, ahli akademik, pihak kontraktor Projek 1Bestarinet, pentadbiran
sekolah dan guru, melalui beberapa kaedah/perkara berikut:
Pertama, kajian ini secara signifikan dapat menghasilkan Model Penerimaan dan
Penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (BeLAUM) yang pertama dan
komprehensif melalui pengenalpastian dan pengukuran konstruk yang tepat,
pengubahsuaian serta penambahbaikan model-model penerimaan teknologi terdahulu.
Abdul Wahab (2012) dan Al-Najjar (2012) menjelaskan, model penerimaan yang
komprehensif dijustifikasi melalui peningkatan varians dan interaksi hubungan antara
varians pada model yang dibina berbanding model penerimaan terdahulu. Bagi
penghasilan BeLAUM yang teguh (robust) dan komprehensif, proses pembinaan model
telah; (1) menambah pemboleh ubah baharu (Efikasi Guru dan pengujian pengaruh
hubungannya), (2) melakukan pengujian terhadap hubungan pemboleh ubah mediator
baharu dan (3) menilai kesan faktor moderator baharu. Seterusnya kajian telah melakukan
pengenalpastian serta pembuktian hipotesis hubungan antara faktor penentu; pemboleh
ubah bersandar (Niat Tingkah Laku dan Tingkah Laku Penggunaan) dengan pemboleh
ubah tidak bersandar (Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Keadaan
Kemudahan dan Efikasi Guru). Maka BeLAUM dapat menggambarkan faktor-faktor
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru
secara lebih komprehensif, khususnya dalam konteks persekitaran pendidikan di
Malaysia. Model ini dijangka dapat menjadi panduan serta rujukan yang kukuh kepada
36
KPM dalam merencana usaha untuk meningkatkan penggunaan dan pelaksananan Frog
VLE dalam proses pembelajaran di sekolah.
Kedua, kajian ini juga dapat menghasilkan instrumen baharu iaitu borang soal
selidik untuk mengumpul maklumat berkaitan persepsi guru bagi mengenal pasti
konstruk-konstruk utama kajian. Pembinaan instrumen baharu ini mampu membekalkan
input baharu, menjadi panduan dan rujukan serta penggunaan semula instrumen kajian
oleh ahli akademik dan pengkaji lain untuk menjalankan kajian lanjutan dalam bidang
sepadan.
Ketiga, kajian ini secara holistik dan terperinci menjelaskan konstruk yang
signifikan mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun dalam kalangan guru. Oleh itu, diharap agar pihak-pihak berkaitan seperti
penggubal dasar pendidikan, pihak kontraktor 1Bestarinet, Jabatan Pendidikan/Pejabat
Pendidikan dan pentadbir sekolah dapat memaksimumkan pengaplikasian cadangan
kajian ini untuk merangka usaha yang lebih efektif bagi menjayakan pelaksanaan Frog
VLE, khususnya amalan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Keempat, kajian ini secara khususnya bermanfaat kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam usaha menilai semula sebab dan alasan kegagalan projek
1Bestarinet bagi fasa pertama berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun
2013. Seterusnya menjadi titik tolak atau penentu arah untuk meneruskan pelaksanaan
projek ini. Melalui peruntukan yang besar, pelaksanaan dalam jangka masa yang panjang
37
serta penglibatan menyeluruh sumber tenaga KPM, maka projek ini merupakan satu
projek mega yang tidak patut gagal pelaksanaannya. KPM harus merencana usaha lebih
efektif serta menyeluruh dalam meningkatkan tahap kesediaan dan penerimaan guru
terhadap pelaksanaan proses pembelajaran menggunakan Frog VLE. Ringkasnya, seandai
kajian ini tidak dijalankan atau gagal dilaksanakan dengan sempurna, maka gambaran
sebenar penerimaan dan penggunaan guru terhadap pelaksanaan Frog VLE (pendekatan
Pembelajaran Teradun), berkemungkinan tidak dapat diketengahkan. Seterusnya
penjelasan yang menyeluruh dan tepat berkaitan kegagalan projek 1Bestarinet, tidak
dapat dinyatakan.
Kelima, kajian ini adalah berteraskan landskap pendidikan Malaysia, maka hasil
dapatan adalah lebih tepat untuk menggambarkan penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di negara ini. Melalui gambaran
dan penjelasan yang tepat, seharusnya usaha untuk membestarikan sistem pendidikan dan
pembestarian guru Malaysia dapat dirancang serta dilaksanakan dengan lebih sempurna,
iaitu usaha untuk meningkatkan difusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
kalangan guru dan sistem pendidikan negara. Dapatan juga dijangka boleh digeneralisasi
kepada negara lain yang mempunyai landskap pendidikan yang serupa serta populasi
yang mempunyai kesamaan karakteristik dengan sampel kajian ini.
Keenam, kajian ini juga dijangka dapat mengisi lompong (jurang) dan kekurangan
bahan rujukan dalam bidang kajian berkaitan penerimaan teknologi amnya dan
pendekatan Pembelajaran Teradun khususnya bagi sistem pendidikan di Malaysia.
38
Dapatan kajian ini dijangka dapat menambah koleksi bahan rujukan dalam bidang
berkaitan dan menjadi rujukan kepada bukan sahaja ahli akademik, pengkaji dan
pengamal instruksional di dalam negara malah di peringkat global.
Ketujuh, kebiasaannya kajian-kajian seumpama ini dilaksanakan bagi kepentingan
pihak swasta, pihak yang berorentasikan keuntungan, pihak berkepentingan, organisasi
dengan niat khusus atau sebagai satu usaha memenuhi kehendak intelektual komuniti
saintifik tertentu. Justeru itu, pihak yang menyumbang daripada segi kewangan akan
berusaha mempengaruhi dapatan sesuatu kajian bagi mendapat keuntungan. Sebaliknya,
kajian ini dijalankan semata-mata atas dasar kepentingan akademik tanpa niat
terselindung melalui kajian secara bebas (independent). Oleh itu, kajian ini telah
memastikan bahawa dapatan adalah telus dan tulen, agar dapat menjelaskan keadaan
sebenar penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan
guru dan seterusnya membantu usaha pembestarian sistem pendidikan di Malaysia.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang baharu dan terkini (novelty)
serta menjadi perintis bagi kajian yang akan dijalankan di Malaysia dalam bidang
sepadan terutama berkaitan penerimaan pendekatan Pembelajaran Teradun. Kajian ini
juga diyakini signifikan dalam bidang kajian kerana telah berupaya menghasilkan item
instrumen soal selidik baharu bagi kajian berkaitan penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam konteks guru Malaysia. Seterusnya
menghasilkan satu reka bentuk model struktur (BeLAUM) yang bermatlamat untuk
menjelaskan faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi niat serta tingkah laku guru untuk
39
menggunakan platform Frog VLE dalam persekitaran Pembelajaran Teradun di negara
ini. Akhirnya kajian ini dijangka dapat membantu usaha mega KPM dalam
merealisasikan matlamat pembestarian sekolah iaitu memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran dan seterusnya memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru-guru sekolah di Malaysia.
Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konstruk-konstruk utama
yang signifikan mempengaruhi niat dan tingkah laku guru untuk melaksanakan
pembelajaran dalam bilik darjah dengan menjadikan Frog VLE sebagai platform utama
pembelajaran. Batasan kajian ini terbentuk atau dipandu melalui beberapa asas
kebimbangan utama berikut:
Pertama, kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan, iaitu sampel
kajian menjawab borang soal selidik (mengumpul pandangan dan persepsi guru) maka
dapatan kajian adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan
keikhlasan para guru. Ketulenan dan kesahan dapatan kajian sangat dipengaruhi oleh
ketelusan guru memberi maklum balas; menjawab item soal selidik. Oleh kerana
matlamat kajian ini adalah untuk membuat kesimpulan umum berkaitan penerimaan dan
40
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di Malaysia, maka
sebarang gangguan atau halangan semasa proses pengumpulan data seperti terlalu besar
bilangan sampel tidak menjawab soal selidik dengan sempurna atau ramai sampel tidak
mengembalikan semula borang soal selidik akan menyebabkan proses pengumpulan data
menjadi pincang dan menjejaskan serakan taburan data sampel bagi mewakili populasi
kajian. Masalah ini merupakan antara kelemahan kajian menggunakan kaedah tinjauan -
borang soal selidik, iaitu peratus pemulangan borang soal selidk daripada sampel kajian
yang rendah (Saunders, Lewis, & Thornhill, 2012).
Kedua, merujuk kepada aspek pengumpulan data, kajian ini terbatas kepada satu
kaedah sahaja iaitu melalui borang soal selidik dengan teknik kajian tinjauan secara
cross-sectional. Oleh itu kajian ini hanya mengumpul maklum balas guru dengan kutipan
data sekali sahaja (one shoot) dan bukan secara berkala di sekolah. Maka dapatan kajian
dijangka akan terbatas kepada kesimpulan analisis berdasarkan pandangan guru dalam
tempoh waktu kutipan data sahaja. Variasi pandangan guru berkaitan isu kajian dalam
waktu dan konteks yang berbeza, tidak dapat dikumpul serta dinilai.
Ketiga, persampelan kajian ini adalah berfokus kepada populasi guru sekolah
menengah di Malaysia, oleh itu dapatan kajian hanya terbatas kepada faktor-faktor
penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun bagi peringkat dan
persekitaran guru-guru sekolah menengah sahaja. Walaupun konklusi dapatan kajian
dijangka mampu digeneralisasikan, namun ianya terhad kepada negara-negara yang
mempunyai landskap dan ciri-siri sistem pendidikan sepadan dengan negara ini,
41
antaranya ialah hala tuju matlamat pendidikan, budaya sekolah, latihan guru, kemudahan
insfrakstruktur dan nilai kendiri guru pada peringkat pengajian yang setara dengan
sekolah menengah sahaja.
Keempat, walaupun penggunaan teknologi ICT dalam pendekatan Pembelajaran
Teradun tidak terbatas kepada teknologi tertentu (Graham & Dziuban, 2008; Mohamed
Amin et al., 2014), namun berdasarkan konteks kajian ini, hanya pandangan guru
berkaitan penerimaan dan penggunaan teknologi Frog VLE telah dikumpul. Sehubungan
dengan itu, rumusan hasil kajian hanya terbatas kepada penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan teknologi tersebut sahaja.
Kesimpulannya, skop dan keterbatasan kajian ini telah memperlihatkan ketelusan dalam
menjelaskan penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru secara lebih berfokus.
1.10 Definisi Operasional
Terdapat empat istilah utama dan beberapa sub-istilah diguna pakai secara khusus dalam
kajian ini. Penerangan dan perbincangan berdasarkan operasional kajian bagi
menjelaskan makna istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
42
1.10.1 Pendekatan Pembelajaran Teradun
Proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah dengan
mengintegrasikan penggunaan ICT, secara langsung telah menghasilkan persekitaran
Pembelajaran Teradun. Secara umumnya, adunan yang dimaksudkan adalah antara
pembelajaran bersemuka (guru dan pelajar dalam bilik darjah) dan proses pembelajaran
dalam talian (on-line learning). Wong, Tatnall, dan Burgess (2014) menjelaskan,
persekitaran pembelajaran yang wujud daripada adunan pendekatan ini telah diterima dan
diiktiraf sebagai satu strategi instruksional yang dikenali sebagai pendekatan
Pembelajaran Teradun. Terdapat juga kajian yang menggunakan istilah Hybrid Learning
bagi menggambarkan pendekatan Pembelajaran Teradun antaranya ialah Lin (2009),
Barker (2015), Crawford, Barker, dan Seyam (2014), Hall dan Villareal (2015), Martin,
Kreiger, dan Apicerno (2015), dan Xin, Kempland, dan Blankson (2015).
Dalam konteks kajian ini, istilah Pembelajaran Teradun dikekalkan dan konsep
pendekatan Pembelajaran Teradun telah dirujuk kepada penggunaan Frog VLE oleh guru
dalam proses pembelajaran pelajar. Bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun,
para guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menjadikan Frog
VLE sebagai; (1) alat penyampaian kandungan pembelajaran, (2) medium komunikasi
digital antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar, (3) sokongan serta rujukan kepada pelajar
dan guru dalam usaha menjayakan proses pembelajaran, dan (4) alat untuk menilai
keberhasilan proses pembelajaran. Secara ringkasnya, istilah Frog VLE dirujuk kepada
sejenis sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai pembelajaran sebenar
43
(real-world) dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvesional secara maya dan
setara (FrogAsia, 2014).
Kajian ini telah mendefinisikan pendekatan Pembelajaran Teradun sebagai satu
strategi instruksional yang menggabungkan pembelajaran bersemuka (guru dan pelajar)
dan pembelajaran dalam talian menggunakan platform Frog VLE. Secara umumnya guru
akan melaksanakan proses pembelajaran terancang dengan menggunakan Frog VLE
sebagai medium atau pengantara utama untuk memindahkan pengetahuan serta
kemahiran baharu kepada pelajar. Guru dan pelajar dapat berinteraksi secara bersemuka
di dalam bilik darjah dan interaksi secara dalam talian ketika di luar waktu pembelajaran
rasmi.
1.10.2 Penerimaan Guru
Secara umumnya, istilah penerimaan dalam bidang psikologi manusia membawa maksud
tindak balas individu untuk menerima sesuatu yang ditawar atau tingkah laku
mempercayai/mempersetujui sesuatu perkara. Penerimaan individu terhadap sesuatu
perkara penting dalam mendorong mereka untuk terus mengekalkan tumpuan terhadap
perkara tersebut. Venkatesh et al. (2003) pula menyatakan bahawa penerimaan individu
terhadap teknologi dapat dijelaskan melalui empat faktor iaitu jangkaan prestasi,
jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan yang merupakan faktor penentu
langsung Niat Tingkah Laku dan Tingkah Laku Penggunaan individu. Kenyataan ini di
44
sokong oleh Wong (2014), dengan menyatakan bahawa “penerimaan teknologi adalah
sikap terhadap teknologi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor” (m.s.714).
Dalam kajian ini, penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun
merujuk kepada niat dan kesediaan guru untuk mempersetujui pelaksanaan proses
pembelajaran menggunakan Frog VLE. Malahan penerimaan guru juga dapat dijelaskan
sebagai persetujuan guru untuk mematuhi arahan KPM bagi melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun sebagai strategi instruksional utama dalam menjayakan proses
pembelajaran pelajar. Dengan pendirian (penerimaan) ini, guru akan berusaha untuk
merancang dan menjayakan proses pembelajaran berlandaskan pendekatan Pembelajaran
Teradun. Antaranya ialah; (1) mentadbir proses pembelajaran secara fizikal (dalam bilik
darjah) dan melalui persekitaran maya, (2) memuat naik kandungan pembelajaran ke
dalam platform Frog VLE dan memastikan penglibatan aktif para pelajar, (3) menjayakan
interaksi bersama pelajar secara bersemuka dan secara dalam talian, dan (4) mentadbir
penilaian pembelajaran secara dalam talian.
1.10.3 Penggunaan Guru
Istilah penggunaan secara umumnya ditafsir sebagai satu perbuatan atau tingkah laku
menggunakan sesuatu. Davis, Bagozzi, & Warshaw (1992) menjelaskan bahawa
dorongan yang tepat dapat mengekalkan Tingkah Laku Penggunaan individu terhadap
sesuatu perkara, khususnya terhadap penggunaan teknologi. Dalam penggunaan
teknologi, terdapat faktor-faktor khusus secara signifikan akan mempengaruhi Tingkah
45
Laku Penggunaan oleh individu (Siti Nazuar, 2014). Oleh itu, dalam kajian ini
penggunaan guru merupakan faktor atau pemboleh ubah yang menerima kesan atau
bertindak balas terhadap kesan hubungan yang wujud bersama pemboleh ubah tidak
bersandar.
Bagi kajian ini, penggunaan guru dirujuk sebagai perbuatan atau tingkah laku
guru untuk menggunakan platform Frog VLE sebagai medium pembelajaran pelajar.
Secara khususnya Tingkah Laku Penggunaan oleh guru ditafsir sebagai tindakan atau
perbuatan guru dalam merancang dan melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun
sebagai satu strategi instruksional.
1.10.4 Konstruk dan Pemboleh Ubah Kajian
Konstruk adalah konsep yang dapat diamati dan diukur. Konsep adalah gambaran abstrak
yang terbentuk daripada pencirian khusus sesuatu hal, perkara atau objek. Setelah konsep
dapat dihad dan ditetapkan secara khusus dalam sesuatu bidang hingga dapat diamati
serta diukur, maka konsep boleh diterjemahkan sebagai konstruk (McWilliams, 2013).
Dalam kajian-kajian empirikal bidang sains sosial, konstruk kajian merupakan dimensi
manusia (abstrak atau konkrit) yang ditaksir dan diberi nilai numerik hingga dapat
menentukan karakteristiknya. Seterusnya konstruk-konstruk tersebut dapat membentuk
pemboleh ubah kajian, sama ada pemboleh bersandar atau bebas.
46
Kajian ini telah mengklasifikasi konstruk-konstruk kajian kepada empat kategori
pemboleh ubah iaitu (1) pemboleh ubah tidak bersandar (exogenous), (2) pemboleh ubah
bersandar (endogenous), (3) pemboleh ubah mediator, dan (4) pemboleh ubah moderator.
Berdasarkan tinjuan literatur, konstruk Jangkaan Penggunaan (Jangkaan Prestasi dan
Jangkaan Usaha), Pengaruh Sosial, Keadaan Kemudahan dan Efikasi Guru ditetapkan
sebagai pemboleh ubah exogenous (faktor peramal), manakala Niat Tingkah Laku dan
Tingkah Laku Penggunaan ditetapkan sebagai pemboleh ubah endogenous. Bagi
pemboleh ubah mediator, konstruk Keadaan Kemudahan telah dirujuk untuk dikenalpasti
pengaruhnya. Manakala pemboleh ubah moderator yang telah ditentukan adalah jantina,
pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah.
1.10.4.1 Jangkaan Prestasi (JP)
Jangkaan Prestasi merupakan salah satu faktor peramal yang telah dikenal pasti untuk
menentukan kesan hubungannya terhadap pemboleh ubah penentu di dalam kajian ini.
Venkatesh et al. (2003) telah mendefinisi Jangkaan Prestasi atau Performance
Expectancy sebagai darjah kepercayaan individu bahawa menggunakan sistem teknologi
dapat membantu mereka mencapai kelebihan dalam prestasi kerja.
Dalam kajian ini, Jangkaan Prestasi dirujuk sebagai sejauh mana tahap
kepercayaan individu bahawa menggunakan atau melaksanakan pendekatan
47
Pembelajaran Teradun dapat membantu mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran
yang telah ditetapkan.
1.10.4.2 Jangkaan Usaha (JU)
Jangkaan Usaha atau Effort Expectancy (EE) merupakan konstruk kajian yang sepadan
dengan konstruk daripada model-teori penerimaan terdahulu seperti; Perceived ease of
use (TAM), Ease of Use (IDT) dan Complexity (MPCU). Istilah Jangkaan Usaha atau
Effort Expectancy (EE) didefinisi sebagai kepercayaan individu terhadap darjah
kemudahgunaan individu dalam menggunakan sistem teknologi (Venkatesh et al., 2003).
Dalam kajian ini, Jangkaan Usaha dirujuk sebagai sejauh mana tahap kepercayaan guru
terhadap kemudahgunaan atau kemudahlaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun.
1.10.4.3 Jangkaan Penggunaan (JPG)
Jangkaan Penggunaan atau Use Expectancy merupakan pemboleh ubah baharu yang
mengabungkan pemboleh ubah Jangkaan Prestasi dan pemboleh ubah Jangkaan Usaha
bagi membentuk struktur faktor peringkat kedua (second order factor) di dalam model
struktur cadangan kajian ini. Berdasarkan keseragaman karakteristik pemboleh ubah yang
membentuk konstruk, Jangkaan Penggunaan dapat didefinisikan sebagai darjah
kepercayaan individu terhadap kelebihaan dan kemudahgunaan (sifat penggunaan)
sesuatu sistem teknologi dalam mencapai matlamat tugasan.
48
Dalam konteks kajian ini, Jangkaan Penggunaan dirujuk sebagai sejauh mana
tahap kepercayaan individu bahawa melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun
dapat memudahkan kerja mereka dan membantu proses pembelajaran mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.
1.10.4.4 Pengaruh Sosial (PS)
Secara umumnya Pengaruh Sosial merupakan konstruk yang menggambarkan kesan
kepercayaan orang lain terhadap kepercayaan individu dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Venkatesh et al. (2003) melalui model UTAUT mendefinisikan pengaruh sosial
atau Social Influence (SI) sebagai darjah kepercayaan individu berkaitan pentingnya
orang lain percaya sama ada mereka perlu atau tidak menggunakan teknologi baharu.
Dalam kajian ini, konstruk Pengaruh Sosial telah dirujuk sebagai tahap tanggapan guru
berkaitan pentingnya orang lain percaya bahawa mereka harus menggunakan atau
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
1.10.4.5 Keadaan Kemudahan (KK)
Keadaan Kemudahan atau Facilitating conditions (FC) merupakan konstruk kajian yang
menjelaskan perkara berkaitan perancangan dan kemudahan persekitaraan organisasi
dalam meningkatkan penggunaan sesuatu sistem teknologi. Keadaan Kemudahan telah
49
ditakrif sebagai darjah kepercayaan individu untuk menerima dan menggunakan
teknologi, kemudahaan, sokongan serta bantuan daripada organisasi (Venkatesh et al.,
2003).
Kajian ini telah mendefinisi Keadaan Kemudahan sebagai persepsi guru berkaitan
kemudahan fizikal tersedia (berkaitan ICT) yang membantu proses pembelajaran, kualiti
sistem, sumber teknikal dan sokongan yang wujud untuk membantu mereka
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, iaitu menggunakan Frog VLE sebagai
medium utama pembelajaran. Konstruk ini berperanan sebagai pemboleh ubah exogenous
dan pemboleh ubah mediator bagi hubungan antara Jangkaan Usaha dan Niat Tingkah
Laku, serta hubungan antara Efikasi Guru dan Niat Tingkah Laku.
1.10.4.6 Efikasi Guru (EG)
Berdasarkan model-teori Social Cognitive Theory (SCT) oleh Bandura (1989), efikasi
kendiri dirujuk sebagai keyakinan individu terhadap kemampuan diri dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, yang dipercayai akan mempengaruhi prestasi kerja. Oleh
itu, kajian ini telah mengetengahkan konstruk berkaitan efikasi kendiri dalam
menggambarkan faktor yang mampu mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
platform Frog VLE dalam menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun, iaitu konstruk
yang dinamakan sebagai Efikasi Guru atau Teacher Efficacy (TE). Konstruk ini
50
menjelaskan perkara berkaitan efikasi kendiri guru untuk melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun.
Oleh itu, kajian ini telah mendefinisi Efikasi Guru sebagai persepsi guru terhadap
keyakinan, sikap positif atau negatif mereka mengenai keupayaan diri untuk menerima,
mengguna atau melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun dengan cara yang lebih
berkesan.
1.10.4.7 Niat Tingkah Laku (NTL)
Konstruk Niat Tingkah Laku atau Behavioral Intention (BI) merupakan salah satu
konstruk kajian yang dikategorikan sebagai pemboleh ubah bersandar (endogenous).
Konstruk ini merupakan pemboleh ubah utama yang telah dikenal pasti kesannya
daripada hubungan dengan pemboleh ubah tidak bersandar (exogenous). Dalam kajian
ini, konstruk Niat Tingkah Laku akan menggambarkan niat penerimaan guru dalam
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Davis et al. (1989) mendefinisi Niat Tingkah Laku sebagai satu pengukuran
terhadap kekuatan hasrat seseorang individu untuk melakukan tingkah laku yang spesifik.
Oleh itu, kajian ini telah merujuk Niat Tingkah Laku sebagai tahap kekuatan hasrat guru
untuk melakukan atau ulang laku sesuatu tindakan iaitu menggunakan atau melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun.
51
1.10.4.8 Tingkah Laku Penggunaan (TLP)
Tingkah Laku Penggunaan atau Use Behavioral (UB) merupakan konstruk kajian yang
sepadan dengan konstruk Use Behavioral dalam model UTAUT, Usage Behavior dalam
model C-TAM-TPB dan TAM2, Actual Use dalam model TAM serta Behavior dalam
model TPB dan TRA. Maka konstruk ini secara umumnya dapat diterjemah sebagai
tingkah laku sebenar individu dalam menggunakan sistem teknologi. Venkatesh et al.
(2012), menjelaskan Tingkah Laku Penggunaan merupakan konstruk yang mendapat
kesan atau bertindak balas daripada hubungannya dengan konstruk Niat Tingkah Laku.
Bagi kajian ini, Tingkah Laku Penggunaan dirujuk kepada tindakan (menerima)
melakukan atau ulang laku guru menggunakan Frog VLE sebagai medium pembelajaran
atau secara khususnya tingkah laku melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun
sebagai strategi instruksional dalam menjayakan proses pembelajaran pelajar.
1.11 Rumusan
Bab ini telah memperkenal dan membincangkan isu yang berkaitan dengan tajuk kajian
serta menerangkan idea asas struktur kajian yang dijalankan secara menyeluruh. Bagi
tujuan memperlihatkan kandungan bab ini lebih sistematik, maka penulisan ini telah
dibahagikan mengikut sub-tajuk tertentu. Antaranya ialah pendahuluan, latar belakang
kajian dan permasalahan kajian dibincangkan secara tertib sebagai panduan asas untuk
melaksanakan kajian. Bab ini telah menggariskan enam objektif kajian yang perlu
52
dicapai, persoalan berdasarkan permasalahan kajian yang perlu ditangani, 31 hipotesis
kajian telah dibina untuk mencerminkan ramalan hubungan antara pemboleh ubah serta
diuji melalui kaedah yang dibincangkan dalam Bab 3, dan sumbangan serta kepentingan
kajian yang diharapkan untuk dicapai. Akhirnya kerangka kajian, batasan kajian dan
definisi operasional dinyatakan serta dihuraikan secara ringkas bagi menggambarkan
struktur asas kajian.
Seterusnya penulisan tesis ini disusun mengikut ketetapan urutan berikut; Bab 2 -
Tinjauan Literatur membincangkan secara menyeluruh berkaitan isu dan tema kajian iaitu
berkaitan konsep Pembelajaran Teradun secara umum, konsep Pembelajaran Teradun
daripada konteks sistem pendidikan Malaysia, penjelasan terperinci tentang teori-teori
yang mendasari dan penentuan konstruk bagi pembinaan BeLAUM. Bab 3 - Metodologi
secara khusus membincangkan tentang teknik persampelan, instrumen kajian, kaedah
kajian dijalankan, prosedur penganalisan data dilaksanakan dan prosedur serta dapatan
kajian rintis. Bab 4 - Dapatan kajian membincangkan secara terperinci dapatan analisis
statistik kajian, termasuk pembuktian hipotesis kajian, Dan Bab 5 - Perbincangan,
Kesimpulan dan Cadangan, membincang serta merumuskan dapatan kajian (implikasi,
sumbangan dan limitasi kajian). Akhir sekali penulisan tesis ini dapat mengetengahkan
cadangan-cadangan yang signifikan berkaitan isu-isu kajian.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan perincian berkaitan Pembelajaran Teradun, persekitaran
pembelajaran maya (VLE) dan aspek-aspek pembangunan model serta teori terdahulu
dalam pelbagai disiplin yang bertujuan untuk meramal, menjelas dan memahami
penerimaan individu terhadap teknologi. Bab ini juga akan mengupas isu yang menjadi
fokus kajian secara kritikal dan sintesis. Usaha ini bertujuan untuk menjelaskan perkara
berkaitan penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru.
54
Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Bahagian
pertama membincangkan perkara dan isu berkaitan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Perbincangan termasuk definisi pendekatan Pembelajaran Teradun, konsep, pelaksanaan,
dan kesan pelaksanaannya, manakala perbezaan paradigmanya juga dihuraikan secara
ringkas. Bahagian pertama juga menjelaskan gambaran keseluruhan tentang ciri-ciri dan
konsep persekitaran Pembelajaran Maya khususnya Frog VLE dan pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia. Bahagian kedua adalah ulasan literatur
terhadap penerimaan dan penggunaan teknologi oleh individu dan konteksnya dalam
Pembelajaran Teradun. Bahagian seterusnya adalah perbincangan terperinci berkaitan
model-teori penerimaan individu terhadap teknologi terdahulu, yang membentuk teori
asas bagi menyokong kerangka konseptual kajian ini dan akhirnya membentuk
BeLAUM, ianya dikupas bagi meningkatkan pemahaman berkaitan konstruk kajian dan
hubungannya. Bahagian keempat pula membincangkan sifat-sifat pemboleh ubah kajian
yang dikenal pasti melalui analisis tinjauan literatur. Seterusnya, bab ini diakhiri dengan
rumusan berkaitan penulisan tinjauan literatur yang dilaksanakan dan secara ringkas
menerangkan struktur penulisan bab selanjutnya iaitu Bab 3 Metodologi kajian.
2.2 Pembelajaran Teradun
Pendekatan Pembelajaran Teradun bukanlah satu konsep pembelajaran yang baharu.
Istilah Pembelajaran Teradun atau Blended Learning telah muncul seawal hujung tahun
1990-an dan diguna pakai oleh pusat pembangunan dan latihan korporat di Amerika
55
Syarikat (Huang et al., 2008). Istilah ini menjadi buzzword dan popular di dalam bidang
korporat dan pendidikan. Walau bagaimanapun, istilah Pembelajaran Teradun ini telah
ditafsir dan diberi pelbagai makna sejak dahulu lagi dan berubah mengikut
perkembangan semasa. Pembelajaran Teradun telah ditakrif dan ditakrif semula dalam
banyak kajian lalu, tetapi tiada satu pun memberi gambaran lengkap berkaitan apakah
yang menyumbang kepada pembentukan Pembelajaran Teradun dan bagaimana
komponen Pembelajaran Teradun diadun bersama bagi mencapai kesepaduan
sebagaimana diharapkan. Ramai pengkaji mendefinisikan Pembelajaran Teradun sebagai
gabungan dua pendekatan pedagogi pengajaran dalam usaha mencapai objektif
pembelajaran. Namun pendefinisian makna dalam menggambarkan karakteristiknya
adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh banyak faktor instruksional yang lain (Graham,
2013).
2.2.1 Definisi dan Konsep Pembelajaran Teradun
Istilah e-learning amat diketahui umum dalam dunia pendidikan dan komersial.
Terdahulu e-learning dirujuk sebagai proses dan bahan pembelajaran di dalam talian
(web-based). Namun begitu ramai pengamal e-learning gagal untuk menjayakan proses
pembelajarannya, seterusnya mereka berusaha mengubah pendekatan pembelajaran
dengan menggabungkan proses pembelajaran tradisional dan model e-learning, maka
terciptalah pendekatan Pembelajaran Teradun (Eryilmaz, 2015). Secara umumnya,
pendapat Eryilmaz (2015) ini adalah selari dengan Graham (2006) iaitu Pembelajaran
Teradun merupakan pencampuran pembelajaran bersemuka (tradisional) dan sebahagian
56
daripadanya mengamalkan aktiviti pembelajaran dalam talian. Graham (2006)
menjelaskan, terdapat tiga perbezaan definisi yang paling biasa diberikan kepada
Pembelajaran Teradun iaitu; (1) gabungan kaedah penyampaian pembelajaran, (2)
gabungan kaedah instruksional atau pendekatan pedagogi dan (3) gabungan pembelajaran
bersemuka (kaedah tradisional) dan pembelajaran dalam talian.
Sharpe, Benfield, Roberts, dan Francis (2006) memperincikan pendapat Graham
(2006) dalam mendefinisikan istilah Pembelajaran Teradun dengan mencadangkan
konsep mendefinisi yang mempunyai beberapa dimensi. Konsep multi dimensi tersebut
mampu menyokong dan menghasilkan pelbagai definisi Pembelajaran Teradun yang
berbeza. Sharpe et al. (2006) menegaskan bahawa, Pembelajaran Teradun harus diberi
makna melibatkan gabungan dimensi berikut; (1) Penyampaian pembelajaran: kaedah
yang berbeza (pembelajaran bersemuka dan pembelajaran dalam talian), (2) Teknologi:
gabungan teknologi (web-based), (3) Gabungan sifat penyampaian (Chronology-
synchronous dan a-synchronous), (4) Logistik (Locus) - (berasaskan amalan vs.
pembelajaran berasaskan bilik darjah), (5) Peranan: pelbagai disiplin atau kumpulan
profesional, (6) Pedagogi: pendekatan pedagogi yang berbeza, (7) Fokus pembelajaran
yang diperakui mempunyai matlamat berbeza dan (8) Pembelajaran terarah-arahan
instruktor (Direction instructor-directed) vs. pembelajaran autonomi (autonomous) atau
pembelajaran terarah-pelajar (learner-directed learning). Seterusnya, Chew, Turner, &
Jones (2010) dalam The landscape of blended learning, telah mempraktikkan strategi
yang hampir sama seperti Sharpe et al. (2006), dalam mendefinisi istilah Pembelajaran
57
Teradun, tetapi beliau mengolah semula dimensi tersebut dalam bentuk yang sedikit
berbeza dan diperkenalkan sebagai landskap Blended Learning (Rajah 2.1).
Hubungan Fokus
Pembelajaran
Masa
Konteks ICT yang Pedagogi
Pembelajaran Berbeza Tempat
Kategori Pelajar
Rajah 2.1. Landskap Blended Learning. Diadaptasi dari “In Love and War: Blended
Learning Theories for Computer Scientists and Educationists” dalam Handbook of
Research on Hybrid Learning Models: Advanced Tools, Technologies, and Applications
(m.s.4), oleh E. Chew, D. A.Turner, dan N. Jones, 2010, Hershey: Information Science
Reference.
Kedua-dua strategi pendefinisian istilah oleh Sharpe et al. (2006) dan Chew et al.
(2010) secara umum dapat memberi makna yang konkrit terhadap istilah Pembelajaran
Teradun, namun pengkaji berpendapat bahawa amat sukar untuk menafikan pendapat
Graham (2006) yang menjelaskan bahawa hampir kesemua pendekatan pembelajaran
yang menjadi amalan oleh guru di sekolah boleh didefinisi sebagai Pembelajaran
Teradun. Adalah sukar untuk mengesan proses pembelajaran yang hanya melibatkan satu
kaedah pembelajaran atau satu pendekatan pedagogi sahaja. Terdapat dimensi yang
kelihatan bertindih antara satu sama lain dan mengelirukan. Oleh itu pendapat Littlejohn
dan Pegler (2007) kelihatan lebih mudah difahami dalam menyelesaikan kekeliruan ini
58
iaitu terdapat empat perkara menjelaskan strategi untuk mendefinisi Pembelajaran
Teradun; (1) penggabungan ruang: pembelajaran bersemuka atau pembelajaran
berpengantara teknologi dalam talian (2) pengabungan masa: ketersediaan dan geografik
(synchronously or asynchronously) (3) penggabungan media: sumber, teknologi dan
perkakasan dan (4) penggabungan aktiviti pembelajaran: aktiviti pengajaran dan
pembelajaran - indivudu atau kumpulan.
Sebagai perincian, penulisan Oliver dan Trigwell (2005) telah dirujuk. Mereka
telah menyenaraikan tujuh tanggapan yang menjadi asas kepada pendefinisian
Pembelajaran Teradun. Pertama, Pembelajaran Teradun dianggap sebagai adunan e-
learning dan pembelajaran tradisional. Kedua, Pembelajaran Teradun adalah adunan
pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran bersemuka. Ketiga, Pembelajaran
Teradun adalah proses pembelajaran yang mengadunkan media. Keempat, Pembelajaran
Teradun merupakan adunan konteks pembelajaran. Kelima, Pembelajaran Teradun adalah
hasil adunan teori pembelajaran. Keenam, Pembelajaran Teradun mempunyai adunan
objektif pembelajaran dan ketujuh, Pembelajaran Teradun merupakan adunan beberapa
pendekatan pedogagi. Seterusnya, Oliver dan Trigwell (2005) mencadangkan istilah
Pembelajaran Teradun harus didefinisikan melalui persepktif pengalaman pembelajaran
dan bukan sekadar melalui persepktif instruksional semata-mata. Dan pendapat ini
disokong oleh Graham (2013) yang menyatakan bahawa istilah Pembelajaran Teradun
merujuk kepada pengalaman pelajar yang terhasil daripada gabungan pembelajaran
bersemuka dan kaedah instruksional dalam talian.
59
Dalam usaha untuk memahami pendefinisian Pembelajaran Teradun secara lebih
holistik, pengkaji tertarik dengan pandangan Torrisi-steele (2011), yang
mengkategorikan makna Pembelajaran Teradun kepada: (1) Percampuran pendekatan
pedagogi atau falsafah pembelajaran, sama ada menggunakan teknologi ataupun tidak.
(2) Pengintegrasian pelbagai gaya pembelajaran, teknik penyampaian dan kaedah
penyampaian. (3) Gabungan pembelajaran bersemuka dan teknologi/pembelajaran dalam
talian. (4) Gabungan pembelajaran bersemuka dan pembelajaran dalam talian dalam
kadar adunan yang spesifik. (5) Melengkapkan interaksi pembelajaran bersemuka dengan
teknologi/pembelajaran dalam talian. (6) Berfikrah atau pengintegrasian sistematik
terbaik - interaksi antara pembelajaran bersemuka dan teknologi dalam talian yang
terbaik. Walaupun pengkategorian definisi ini secara keseluruhannya melibatkan elemen
teknologi, namun terdapat juga sebahagian sifat pedagogi dan instruksional yang menjadi
kunci idea dalam menjelaskan definisi Pembelajaran Teradun (Torrisi-steele, 2011)
(Rujuk Rajah 2.2).
60
Transformasi Interaksi
Kurikulum Bersemuka
Peranan guru Berperantara teknologi
Kaedah instruksional
Pembelajaran Pengintegrasian
Teradun
Fleksibiliti Perubahan
Pilihan Pendekatan pedagogi
Memenuhi Falsafah
Strategi
keperluan individu Peralatan/media
Gaya pembelajaran
Rajah 2.2. Kunci Idea Pedagogi berkaitan Pendefinisian Pembelajaran Teradun.
Diadaptasi dari “This Thing Called Blended Learning - A Definition and Planning
Approach” oleh G. Torrisi-Steele, 2011, Research and Development in Higher
Education: Higher Education on the Edge, 34, m.s.366.
Chew et al. (2010) juga menegaskan bahawa Pembelajaran Teradun bukan sejenis
perkakasan (Activity Tools) yang digunakan dalam proses pembelajaran tetapi ianya
merupakan idea khusus yang merujuk kepada satu sistem (Activity Theory) untuk
dimanipulasi oleh penggunanya. Oleh itu, proses Pembelajaran Teradun tidak seharusnya
tertumpu kepada penggunaan perkakasan teknologi sahaja tetapi kepada penekanan
bagaimana untuk mengadunkannya dengan cara yang paling tepat. Penekanan dalam
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun haruslah kepada bagaimana pengajaran
dan pembelajaran bersemuka diadunkan bersama perkakasan dengan cara yang paling
harmoni. Adunan harmoni yang terhasil ini (Pembelajaran Teradun) seharusnya dapat
menghasilkan pengalaman pembelajaran bermakna, yang diyakini mampu merealisasikan
61
matlamat transformasi pendidikan negara. Pernyataan ini menyokong pendapat Singh dan
Reed (2001), di mana mereka menjelaskan bahawa Pembelajaran Teradun merupakan
satu pendekatan pembelajaran yang bermatlamat untuk mengoptimumkan pencapaian
objektif pembelajaran melalui penggunaan teknologi pembelajaran yang tepat dan sesuai
dengan gaya pembelajaran pelajar. Pendekatan ini juga dijangka mampu memindahkan
kemahiran yang betul kepada individu pelajar tepat dan pada masa yang paling sesuai.
Seterusnya Mohamed Amin, Norazah, dan Ebrahim (2014), telah menjelaskan
bahawa terdapat empat kriteria bagaimana Pembelajaran Teradun dapat didefinisikan.
Pertama ialah gabungan pelbagaian teknologi berasaskan web dalam proses
pembelajaran, kedua ialah gabungan dua atau lebih pendekatan pedagogi pengajaran,
ketiga ialah adunan teknologi instruksional dengan pembelajaran bersemuka dan keempat
ialah adunan teknologi instruksional dengan tugasan pembelajaran pelajar. Pendapat
Mohamed Amin dan rakan-rakan ini adalah selari dengan kenyataan Driscoll (2002) yang
menjelaskan bahawa makna Pembelajaran Teradun merujuk kepada empat konsep yang
berbeza, ini kerana konsep (perkara) berbeza merujuk kepada sasaran orang (individu
pelajar) yang berbeza. Empat konsep Pembelajaran Teradun oleh Driscoll dijelaskan
seperti berikut; (1) menggabung atau mencampurkan mod pembelajaran berteraskan
teknologi berasaskan web [VLE, instruksional pembelajaran kendiri (self-paced
instruction) pembelajaran kolaboratif, streaming video, audio dan teks] untuk mencapai
matlamat pembelajaran. (2) menggabungkan pelbagai pendekatan pedagogi (seperti
konstruktivisme, behaviorisme, kognitivisme) untuk menghasilkan pembelajaran yang
optimum dengan menggunakan atau tidak menggunakan teknologi instruksional. (3)
62
menggabungkan mana-mana bentuk teknologi instruksional (video, CD-ROM, latihan
atau pembelajaran berasaskan web) dengan pembelajaran bersemuka dan (4)
menggabungkan atau mencampurkan teknologi instruksional dengan tugasan umpama
pekerjaan sebenar (hands-on) untuk mencipta kesan gabungan pembelajaran harmoni
antara pembelajaran dan pekerjaan.
Oleh itu, secara umumnya pengkaji berpendapat bahawa persekitaran
pembelajaran yang wujud daripada proses pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran
secara langsung diistilahkan sebagai persekitaran pembelajaran teradun. Adunan yang
dimaksudkan adalah antara pembelajaran bersemuka (guru dan pelajar) dan pembelajaran
secara dalam talian atau menggunakan teknologi sebagai medium utama pembelajaran.
Menurut Wayne (2012), persekitaran pembelajaran yang wujud daripada adunan
pendekatan ini telah diterima dan diiktiraf sebagai satu strategi instruksional yang
dikenali sebagai pendekatan Pembelajaran Teradun.
Carman (2005) pula menghuraikan elemen-elemen yang harus terkandung dalam
proses pembelajaran (yang diistilahkan sebagai five key ingredients) bagi mewujudkan
persekitaran Pembelajaran Teradun. Elemen pertama yang dihuraikan ialah; Live events -
Synchronous, aktiviti pembelajaran yang diterajui oleh guru, iaitu semua pelajar atau
peserta pembelajaran mengambil bahagian pada masa yang sama (mempunyai sifat-sifat
pembelajaran maya - bilik darjah maya). Elemen kedua; kandungan dalam talian -
pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh pelajar berdasarkan tahap kemampuan dan
perancangan masa pembelajaran sendiri seperti pembelajaran berasaskan latihan dalam
63
internet, interaktiviti atau CD-ROM. Elemen ketiga; kolaboratif - persekitaran
pembelajaran yang membenarkan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain seperti e-
mel, ruang forum, ruang perbincangan dan sembang dalam talian. Elemen keempat;
penilaian - pentaksiran tahap pencapaian pembelajaran pelajar melalui sama ada
pentaksiran sebelum atau selepas proses pembelajaran bagi mengukur pemindahan ilmu
pengetahuan pelajar dan elemen kelima; rujukan bahan dalam talian - tugasan yang
memerlukan bahan rujukan dalam talian yang mampu meningkatkan hasil pemindahan
pembelajaran. Carman (2005) menjelaskan lagi, dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran seperti teori pembelajaran oleh Keller, Gagné, Bloom, Merrill, Clark,
Piaget, Vygosky dan Gery dalam proses pembelajaran, maka karakteristik teori
Pembelajaran Teradun dapat ditentukan. Gabungan teori-teori pembelajaran tersebut
telah mewujudkan teori Pembelajaran Teradun (Rajah 2.3).
Kognitivisme
Gagné Bloom,
Merrill Clark
Keller TEORI
PEMBELAJARAN
Piaget TERADUN Gery
Vygosky
Konstruktivisme Sokongan Prestasi
Rajah 2.3. Adunan Teori Pembelajaran (A Blend of Learning Theories). Diadaptasi dari
“Blended Learning Design: 5 Key Ingredients” oleh J. M. Carman, 2005, Instructional
Design, August, m.s.2.
64
Singh (2003), Wong et al. (2014) dan Shivam dan Singh (2015), bersetuju bahawa
Pembelajaran Teradun merupakan gabungan efektif kaedah penyampaian yang dapat
memperkayakan persekitaran pembelajaran dan berfungsi untuk menyokong gaya
pembelajaran kendiri pelajar yang pelbagai. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar
berubah daripada gaya pembelajaran pasif kepada gaya pembelajaran aktif (Drysdale,
Graham, Spring, & Halverson, 2013) dan juga dapat menangani masalah tahap motivasi
dan kepuasan pelajar yang rendah.
Secara ringkasnya, dapat dinyatakan bahawa Pembelajaran Teradun merupakan
proses pembelajaran yang diasaskan oleh keberhasilan gabungan komponen-komponen
tertentu iaitu; gabungan penggunaan perkakasan teknologi, kaedah-kaedah penyampaian
yang pelbagai, pematuhan model-model pembelajaran dan memenuhi gaya pembelajaran
individu. Proses ini dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran interaktif yang
bermakna bagi mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Teradun juga dirumus
sebagai pembelajaran yang berpusatkan pelajar, pembelajaran mengikut keupayaan (self-
paced), fleksibel dan pembelajaran berpendekatan multimodal (Mohamed Amin et al.,
2014).
Dalam usaha menerangkan konsep Pembelajaran Teradun, Zaharah, Saedah,
Ghazali, dan Nur Hasbuna (2015) menjelaskan Pembelajaran Teradun merupakan
pencampuran model pembelajaran konvensional dengan pembelajaran secara dalam
talian. Pernyataan ini secara umumnya sependapat dengan ramai pengkaji lain seperti
Briggs (2014), Kazu dan Demirkol (2014), Obiedat et al. (2014), Singh dan Reed (2001),
65
dan Wong et al. (2014), bahawa Pembelajaran Teradun adalah gabungan pembelajaran
bersemuka (face-to-face instruction) dan pembelajaran berpengantara teknologi dalam
talian (online-mediated instruction).
Pengkaji bersependapat dengan Graham (2013), Oliver dan Trigwell (2005) dan
Torrisi-steele (2011) yang menjelaskan keperluan pemberian makna istilah Pembelajaran
Teradun haruslah melalui persepktif pengalaman pembelajaran dan disertai dengan
persepktif instruksional. Penggunaan istilah ICT harus lebih menyeluruh dan tepat
merujuk kepada perkakasan yang digunakan (Torrisi-steele, 2011). Oleh itu, pengkaji
bersetuju dengan definisi yang diberikan oleh Chew et al. (2010) dan Heckman,
Østerlund, & Saltz (2015), di mana mereka mendefinisi Pembelajaran Teradun sebagai
gabungan pembelajaran bersemuka (face-to-face learning) dan pembelajaran
berpengantara komputer (computer-mediated learning).
Sebagai rumusan kepada pendefinisian pendekatan Pembelajaran Teradun,
pengkaji berhasrat untuk mengembangkan definisi Pembelajaran Teradun kepada:
Pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar yang diperkaya, terhasil daripada adunan
harmoni pelbagai strategi instruksional, di mana pembelajaran bermakna dicapai melalui
gabungan pembelajaran bersemuka (face-to-face instruction) dan pembelajaran
berpengantarakan ICT (ICT-mediated instruction). Rajah 2.4 secara ilustrasi
menggambarkan konsep Pembelajaran Teradun. Persilangan rajah yang terhasil adalah
adunan harmoni strategi instruksional yang diamalkan.
66
Persekitaran pembelajaran yang membentuk pengalaman
Persekitaran
Pembelajaran Bersemuka
(Face-to-Face)
Persekitaran
Pembelajaran Teradun
Persekitaran
Pembelajaran Berpengantarakan ICT
(ICT-Mediated Instruction)
Rajah 2.4. Konsep Pembelajaran Teradun
2.2.2 Mengapa Pembelajaran Teradun?
Pembelajaran Teradun merupakan satu pendekatan instruksional yang telah menjadi
amalan dan diyakini oleh ramai pengamal dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.
Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti kelebihan Pembelajaran Teradun dan
peranannya dalam menghasilkan proses pembelajaran yang efektif serta kesan positifnya
terhadap perkembangan kemahiran intelektual pelajar. Pembelajaran Teradun bukan
sahaja sesuai dengan trend pembelajaran masa ini tetapi juga mampu memberi banyak
kelebihan spesifik kepada pelajar, guru dan pihak pentadbir khususnya pihak KPM.
Antara kelebihannya ialah: Pembelajaran Teradun mampu meningkatkan akses dan
kemudahan kepada aktiviti pembelajaran, meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan
mengurangkan (atau lebih fleksibel terhadap) kos (Stein & Graham, 2014).
Stein dan Graham (2014) menjelaskan lagi bahawa semua kelebihan ini boleh
diperoleh seandainya reka bentuk pendekatan Pembelajaran Teradun dirancang dengan
67
teliti serta sistematik dan seterusnya dilaksana dengan mematuhi standard yang telah
ditetapkan. Kelebihan ini selari dengan idea Graham, Henrie, dan Gibbons (2014) iaitu;
(1) Pembelajaran Teradun memberi akses dan fleksibeliti kepada proses pembelajaran,
(2) meningkatkan/menggalakkan proses pengajaran dan amalan pembelajaran dan (3)
mentransformasikan cara dan gaya seseorang individu itu belajar atau mengajar.
Terdapat banyak kajian lepas, secara umum telah membuktikan keberkesanan
Pembelajaran Teradun terhadap hasil pembelajaran pelajar, antaranya Bottge et al.
(2014), Briggs (2014), Chang et al. (2014), Demirer dan Sahin (2013), Isiguzel (2014),
Isman et al. (2012), Kazu dan Demirkol (2014), Lee dan Hung (2015) dan Nur Syamimi
dan Noraffandy (2010). Downing, Spears, dan Holtz (2014), Francis dan Shannon (2013),
Henrie, Bodily, Manwaring, dan Graham (2015), Muhamad Azhar, Mohamad, dan Amri
(2015), Perez-Marin dan Pascual-Nieto (2012), Tay (2016), dan Vaughan (2014) secara
spesifik membuktikan kelebihan Pembelajaran Teradun dalam mengekalkan tumpuan dan
meningkatkan penglibatan aktif pelajar terhadap proses pembelajaran mereka.
Kajian oleh Martin et al. (2015) telah membuktikan bahawa Pembelajaran
Teradun mampu menggalakkan peningkatan ciri-ciri fleksibeliti dalam proses
pembelajaran pelajar, iaitu pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-
mana tempat yang mempunyai kemudahan ICT. Ciri-ciri Pembelajaran Teradun yang
membolehkan pelajar mengakses pembelajaran pada masa pilihan mereka sendiri iaitu
kawalan pembelajaran, akan memberi pilihan serta peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran mereka (Bachman & Scherer,
68
2015; Wayne, 2012). Dapatan kajian Poon (2012) juga menunjukkan bahawa
Pembelajaran Teradun berupaya menangani gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai dan
meningkatkan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru. Berdasarkan Isiguzel (2014),
Liu dan Yu (2012), dan Nurain, Balakrishnan, dan Wan Ahmad Jaafar (2015),
Pembelajaran Teradun mampu menawarkan sifat-sifat pembelajaran yang berupaya
meningkatkan tahap motivasi pelajar dan mengekalkan kesetiaan mereka kepada proses
pembelajaran.
Manakala kelebihan pendekatan Pembelajaran Teradun kepada guru adalah
berkaitan keupayaan pendekatan ini untuk menarik minat, membentuk kepercayaan
terhadap keberkesanan pembelajaran serta meningkatkan motivasi (menggalakkan) guru
untuk menjayakan proses pembelajaran (mengintergasikan penggunaan ICT dalam proses
pembelajaran) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran ICT guru
(Güzer & Caner, 2014; Vatanartiran & Karadeniz, 2015). Namun begitu para guru masih
memerlukan sokongan yang menyeluruh daripada pihak pentadbir dalam melaksanakan
pengintegrasian pembelajaran tersebut (Vatanartiran & Karadeniz, 2015). Siew-Eng dan
Muuk (2015) menjelaskan melalui pendekatan Pembelajaran Teradun kemahiran
instruksional guru dapat ditingkatkan, di samping mempelbagaikan gaya pengajaran guru
dalam menjayakan proses pembelajaran.
Korkmaz & Karakus (2009), Yapici dan Akbayin (2012), Almasaeid (2014), dan
VanDerLinden (2014) sependapat menyatakan bahawa Pembelajaran Teradun berupaya
menghasilkan pembelajaran bermakna melalui; (1) keupayaanya memenuhi keperluan
69
untuk menguasai kemahiran abad ke-21, (2) pembelajaran yang berkekalan, dan (3)
menjimatkan kos. Manakala Wu, Wen, Chen, dan Hsu (2016), menjelaskan bahawa
proses pembelajaran yang menggunakan strategi pendekatan Pembelajaran Teradun dapat
menghasilkan prestasi pembelajaran yang lebih baik berbanding pembelajaran yang
menggunakan pendekatan bersemuka sepenuhnya (tradisional) atau pembelajaran dalam
talian sepenuhnya. Jadual 2.1 merupakan sebahagian kajian terdahulu yang berada dalam
skop tinjauan literatur pengkaji bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh tentang
isu berkaitan Pembelajaran Teradun.
Jadual 2.1
Kajian-kajian berkaitan Pembelajaran Teradun berdasarkan Skop Kajian
Skop kajian Isu Pengkaji
Sistem Pengurusan Penerimaan; Coşkunçay & Özkan (2013);
Pembelajaran (LMS). Persepsi pelajar; Geçer & Dağ (2012), Siang & Santoso (2015);
Faktor Mohammed Jaber, Rosnaini, Kamariah, &
Keberkesanan Penggunaan. Ahmad Fauzi (2012).
Pembelajaran Teradun. Almasaeid (2014), Alotaibi, (2013), Bottge et al.,
- (2014), Briggs (2014), Chang et al. (2014),
Kajian di Institut Cooke, (2014), Demirer & Sahin (2013), Güler &
Pengajian Tinggi. Kesediaan. Şahİn (2015), Isiguzel (2014), Kazu & Demirkol
(2014), Perez-Marin & Pascual-Nieto (2012),
Perubatan. Wayne (2012), Wong et al. (2014), Yapici &
Akbayin (2012).
Abdulahi, NorHidayati, & Elmi (2012), Leila &
Tunku Badariah (2013), dan Turisiana & Fauziah
Saadah (2014)
(Ali, Joyes, & Ellison (2013), Cassum, Allana, &
Dias (2016), dan Martin, Kreiger, & Apicerno
(2015).
(bersambung)
70
Jadual 2.1 (sambungan)
Skop kajian Isu Pengkaji
Pendekatan; Alammary, Sheard, & Carbone (2014);
Persekitaran Reka bentuk dan Bower, Dalgarno, Kennedy, Lee, & Kenney
Pembelajaran Maya perlaksanaan; (2015);
(VLE). Pencapaian; Demirer & Sahin (2013);
Penilaian; Obiedat et al. (2014);
Kemahiran Rouhollah, Habibah, Wan Zah, & Shaffe, (2015)
belajar; dan Smith, Groves, Bowd, & Barber (2012);
Pemikian kreatif. Songkram, 2015)
Kewangan. Lee & Hung (2015).
Kejuruteraan. Francis & Shannon (2013).
Hartanah. Poon (2012).
Perniagaan. Hisham, Mohd Sobri, & Hamzah (2012) dan Wai
& Seng (2014).
Guru Sains. Norazilawati, Noraini, Nik Azmah, & Rosnidar
(2013).
Kemahiran Azlah & Fariza (2014).
Komunikasi.
Penerimaan Saiful Afzan, Lazim, Ali, & Yusoff (2014).
Pelajar.
Webinar. Khechine, Lakhal, Pascot, & Bytha (2014).
Keberkesanan. Vatuiu & Udricǎ (2013).
Penerimaan. Ibrahim, Ahmad Shidki, Wan Salihin Wong, &
Fahmi Zaidi (2015) dan Termit & Noorma
(2015).
Berdasarkan perbincangan, dirumuskan bahawa pendekatan Pembelajaran
Teradun merupakan satu strategi instruksional yang efektif dalam menyediakan pelajar
dengan kemahiran abad ke 21. Perancangan dan pelaksanaan yang teliti dijangka mampu
membawa impak optimum kepada keberhasilan pelajar. Oleh itu, strategi instruksional ini
harus menjadi amalan oleh para guru dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan
negara.
71
2.2.3 Proses dan Reka Bentuk Pembelajaran Teradun
Proses pembelajaran yang efektif bermula daripada perancangan yang sistematis. Reka
bentuk instruksional menyediakan garis panduan proses yang rapi dalam merancang
proses pembelajaran (sistem instruksional) berdasarkan proses sistematik dalam
mengaplikasikan prinsip-prinsip instruksional. Oleh itu, bertujuan menghasilkan reka
bentuk Pembelajaran Teradun yang terbaik, ianya (instructional events of Blended
Learning) haruslah dirangka melalui perancangan yang sistematik serta berpandukan
asas-asas instruksional yang tepat. Sebagaimana reka bentuk kurikulum atau pendekatan
pembelajaran yang lain, aktiviti pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan haruslah
bermakna, efektif serta relevan kepada pembelajaran pelajar. Secara idealnya, pendekatan
Pembelajaran Teradun bukan sahaja mengandungi aktiviti interaktif tetapi seharusnya
mampu melibatkan penyertaan aktif daripada pelajar (Singh, 2003) maka kedua-dua
proses perkembangan kognitif dan kolaboratif dapat ditingkatkan secara selari.
Bagi menjayakan Pembelajaran Teradun dengan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang bermakna, Hofmann (2014) menyenaraikan sepuluh cabaran
(dibahagikan kepada tiga kategori) yang perlu diatasi. Sepuluh cabaran untuk
menjayakan Pembelajaran Teradun oleh Hofmann dijelaskan seperti dalam Jadual 2.2.
72
Jadual 2.2
Sepuluh Cabaran Menjayakan Pembelajaran Teradun
Kategori Cabaran
Cabaran teknikal 1. Memastikan peserta (pelajar) boleh menggunakan teknologi dengan
Cabaran organisasi jayanya.
2. Mengawal keinginan menggunakan teknologi secara berlebihan
Cabaran reka bentuk
instruksional walaupun ianya mudah diperolehi.
3. Mengatasi tanggapan (idea) bahawa Pembelajaran Teradun tidak
efektif sebagai unit pembelajaran dalam kelas tradisional.
4. Mentakrif semula peranan fasilitator.
5. Mengurus dan memantau kemajuan pembelajaran pelajar.
6. Melihat bagaimana untuk mengajar, bukan sahaja apa yang perlu
diajar.
7. Menyesuaikan medium penyampaian yang terbaik dalam usaha untuk
mencapai objektif pembelajaran.
8. Menggunakan peluang pembelajaran interaktif dalam talian
berbanding hanya menumpukan pembelajaran tradisional di dalam
kelas.
9. Memastikan komitmen pelajar terhadap unsur-unsur pembelajaran
dalam talian dan disusuli dengan unsur pembelajaran “non-live” dan,
10. Memastikan kesemua unsur-unsur pembelajaran teradun diselaraskan
dengan baik.
Menurut Bath dan Bourke (2010), usaha untuk mereka bentuk pendekatan
Pembelajaran Teradun yang efektif memerlukan proses yang sistematik bermula dengan;
(1) merancang proses pengintegrasian pembelajaran - Pembelajaran Teradun, (2) mereka
bentuk dan membangunkan elemen Pembelajaran Teradun. (3) melaksanakan reka bentuk
pembelajaran yang dibangunkan, (4) menilai semula keberkesanaan pelaksanaan dan reka
bentuk Pembelajaran Teradun, dan (5) melakukan penambahbaikan dengan merancang
semula proses pendekatan pembelajaran (berdasarkan kelemahan yang wujud) dalam
membina pengalaman pembelajaran pelajar yang lebih bermakna.
73
Dalam usaha untuk menyediakan perancah atau teras kepada amalan
Pembelajaran Teradun terbaik, pemahaman terhadap karakteristik Pembelajaran Teradun
untuk pelaksanaannya perlu dirujuk kepada tiga dimensi reka bentuk Pembelajaran
Teradun (Torrisi-steele, 2011) iaitu; (1) Pengalaman pembelajaran: selari dengan falsafah
konstruktivisme, reka bentuk Pembelajaran Teradun berupaya mewujudkan pengalaman
pembelajaran berpusatkan pelajar yang diyakini mampu memenuhi kepelbagaian
keperluan pembelajaran pelajar. Keberhasilan mewujudkan pengalaman berpusatkan
pelajar ini dapat memperkayakan pengalaman belajar para pelajar dan akhirnya
menghasilkan pembelajaran bermakna, (2) Strategi instruksional: usaha untuk
menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dengan pengalaman
pembelajaran berpusatkan pelajar amat memerlukan strategi yang pelbagai. Kesepaduan
jitu daripada pelbagai strategi yang diamalkan akan menentukan pencapaian objektif
pembelajaran dan dapat memenuhi keperluan pembelajaran pelajar, (3) Perkakasan
(media) yang digunakan untuk melaksanakan strategi instruksional: menurut definisi
Pembelajaran Teradun, strategi pelaksanaannya amat bergantung kepada kesepaduan
hubungan antara pembelajaran bersemuka dan pembelajaran berperantarakan ICT.
Pendekatan perancangan untuk mereka bentuk Pembelajaran Teradun oleh Torrisi-steele
(2011) ditunjukkan dalam Rajah 2.5.
74
penglibatan aktif memenuhi keperluan penyertaan bermakna
pembelajaran individu
Perancangan Penilaian
- mempertimbangkan Pengalaman Pembelajaran - berdasarkan
pengalaman pelajar dan
keperluan pelajar lakukan penambahbaikan
- mempertimbangkan
instruksional terbaik
Pembelajaran Teradun
Strategi tersusun Perkakasan
ICT interaksi bersemuka
responsif terhadap pengintegrasian
kepelbagaian harmoni
kepelbagaian
Rajah 2.5. Pendekatan Perancangan Mereka Bentuk Pembelajaran Teradun. Diadaptasi
dari “This Thing Called Blended Learning — A Definition and Planning Approach” oleh
G. Torrisi-steele, 2011, Research and Development in Higher Education: Higher
Education on the Edge, 34, m.s.368.
Oleh itu, penggunaan perkakasan ICT yang bersesuaian dan tepat dalam
penyokong pembelajaran bersemuka amat penting dalam meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Antara perkakasan yang digunakan dalam pelaksanaan pendekatan
Pembelajaran Teradun termasuk teknologi dalam talian dan pelbagai peranti teknologi
lain yang bersifat mampu untuk menyimpan data, menghasilkan paparan multimedia,
berkomunikasi, memanipulasi maklumat serta data (seperti komputer peribadi, komputer
riba, telefon pintar, tablet digital, pembantu digital peribadi : personal digital assistant-
PDA dan sebagainya).
75
Ramai pengkaji dan pengamal instruksional dalam dunia pendidikan, seperti
Singh dan Reed (2001), The Oxford Group (2013), Mirriahi, Alonzo, McIntyre, Kligyte,
dan Fox (2015), Heckman et al. (2015), dan Yu dan Yuexiu (2015), bersetuju bahawa
pendekatan Pembelajaran Teradun adalah tidak terbatas kepada penggunaan satu-satu
teknologi dalam talian sahaja. Antara teknologi yang menjadi pilihan pengintegrasian
adalah seperti sistem e-lerning; Learning Management System (LMS), Virtual Learning
Environment (VLE), Massive Open Online Course (MOOC), Moodle, mobile learning
serta penggunaan gabungan teknologi-teknologi dalam talian secara bertujuan bagi
membantu pencapaian matlamat pembelajaran.
Littlejohn dan Pegler (2007) telah mencadangkan tiga faktor yang perlu
dipertimbangkan dalam tetapan pelaksanaan proses Pembelajaran Teradun, bagi
penghasilan persekitaran pembelajaran yang kondusif iaitu; (1) tujuan yang jelas bagi
melaksanakan proses pembelajaran, (2) konteks pembelajaran yang sesuai dan (3)
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dengan keperluan serta kemampuan
pelajar. Pengkaji amat bersetuju dengan faktor tetapan ini kerana secara realiti, proses
pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Penetapan yang jelas serta
menyeluruh amat perlu bagi meningkatkan kefahaman, kesediaan, penerimaan dan
penyertaan semua pihak dalam menjayakan matlamat pendekatan ini.
Berdasarkan penjelasan pendefinisian Pembelajaran Teradun oleh Chew (2008)
dan Singh dan Reed (2001), terdapat keperluan untuk mempertimbangkan aspek
76
ketepatan nisbah adunan komponen instruksional (adunan strategi dan perkakasan) dalam
menghasilkan pendekatan Pembelajaran Teradun yang sebenar (proses pembelajaran
yang berkesan). Maka, Banyen, Viriyavejakul, dan Ratanaolarn (2016) mencadangkan
nisbah adunan dalam melaksanakan Pembelajaran Teradun adalah 60% pembelajaran
berpengantara ICT dan 40% pembelajaran bersemuka. Belapurkar (2013) menyatakan
bahawa proses pembelajaran dengan adunan yang sekata sebanyak 30-79% dapat
menghasilkan pendekatan Pembelajaran Teradun yang sempurna.
Seterusnya, pandangan Heckman et al. (2015) juga kelihatan selari, di mana
mereka menyatakan agar kerangka kerja Pembelajaran Teradun yang ingin dibangunkan
seharusnya ditunjangi dengan adunan dimensi masa dan tempat. Kesempurnan
pendekatan Pembelajaran Teradun dipengaruhi ketepatan adunan atau interaksi
pembelajaran dalam aspek tersebut (berdasarkan dimensi masa dan tempat - sama ada
pada masa yang sama atau masa berbeza, dan sama ada di tempat yang sama atau tempat
berbeza). Obiedat et al. (2014) pula menekankan bahawa adunan pendekatan
Pembelajaran Teradun (peratus adunan terbaik menggambarkan Pembelajaran Teradun)
adalah bergantung kepada rujukan silang antara masa yang digunakan untuk
pembelajaran dalam talian dan pemberatan penggunaan teknologi dalam sesuatu proses
pembelajaran (Rajah 2.6).
77
Penggunaan teknologi Blended Pembelajaran
Learning atas
talian
sepenuhnya
Pembelajaran
bersemuka
sepenuhnya
Masa digunakan untuk pembelajaran dalam talian
Rajah 2.6. Adunan Pembelajaran Teradun. Diadaptasi dari “Effect of Blended-Learning
on Academic Achievement of Students in the University of Jordan” oleh R. Obiedat, L.
N. Eddeen, O. Harfoushi, A. Koury, M. AL-Hamarsheh dan N. AlAssaf, 2014,
International Journal of Emerging Technologies in Learning, 9(2), m.s.37.
Namun begitu, pandangan-pandangan ini bertentangan dengan Hew dan Cheung
(2014), mereka menjelaskan bahawa nisbah adunan pendekatan Pembelajaran Teradun
adalah satu perkara yang subjektif serta fleksibel. Penetapan (penentuan) penisbahan
adunan ini bergantung kepada keperluan sesuatu proses pembelajaran tersebut dan
menegaskan tiada ketepatan nisbah tertentu yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan
Pembelajaran Teradun. Mendapatkan adunan yang sesuai dalam Pembelajaran Teradun
merupakan satu cabaran kepada pengamal instruksional dalam menjayakan proses
pembelajaran yang bermakna.
Oleh itu pengkaji menyokong perbezaan pandangan ini kerana menyediakan
persepktif yang pelbagai dan berpendapat bahawa pandangan daripada pengkaji-pengkaji
ini perlu dipertimbangkan dalam membangunkan reka bentuk kurikulum Pembelajaran