The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enazliyeop, 2019-04-29 00:30:45

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun

Tesis Mohd Azli Yeop

Keywords: Blended Learning

403

Sebagai perincian kesan mediator oleh Keadaan Kemudahan (KK), dapatan
analisis statistik dan hasil temu bual pengesahan data menunjukkan, kekurangan Keadaan
Kemudahan (KK) berkaitan platform Frog VLE berupaya membentuk efikasi kendiri
guru yang lebih positif dan mendorong niat mereka untuk melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun. Masitah et al. (2013) menjelaskan, guru yang mempunyai efikasi
kendiri yang positif, bersedia menerima sebarang inovasi walaupun terdapat kekangan.
Oleh itu, untuk meningkatkan niat guru untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran
Teradun, kemudahan ICT berkaitan platform Frog VLE haruslah dirancang dan
disediakan mengikut keperluan semasa. Kelengkapan fasiliti dan sokongan ICT
berdasarkan keperluan ini, dapat mendorong guru untuk lebih terbuka, positif, dan
bersedia menerima inovasi secara lebih optimum dan seterusnya mendorong niat mereka
untuk menggunakannya.

Keadaan ini telah membuktikan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) dan Efikasi
Guru (EG) merupakan pemboleh ubah penting dan saling melengkapi. Pemboleh ubah ini
dijangka tidak mampu digugurkan sebagai sebahagian daripada faktor yang menyumbang
kepada perubahan positif niat dan tingkah laku guru. Kesimpulannya, dapatan ini jelas
menunjukkan kepentingan dan pengaruh besar peranan Keadaan Kemudahan (KK)
sebagai pemboleh ubah meditor di dalam model struktur penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun (BeLAUM) dalam kalangan guru di Malaysia.

404

5.2.5 Adakah jantina, pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah
menyederhanakan hubungan antara faktor peramal dan faktor Niat
Tingkah Laku serta Tingkah laku Penggunaan ?

Untuk menjawab persoalan kajian ini, kajian telah menguji kesan moderator jantina,
pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah dalam menyederhanakan hubungan antara
konstruk exogenous (JPG, PS, KK, dan EG) dan konstruk endogenous (NTL dan TLP).
Dapatan menunjukkan bahawa (1) jantina dapat menyederhanakan hubungan JPG---
>NTL dan EG--->NTL, (2) pengalaman menyederhanakan hubungan KK--->TLP, (3)
beban tugas menyerderhanakan hubungan JPG--->NTL dan EG--->NTL, dan (4) lokasi
sekolah menyederhanakan hubungan KK--->TLP.

Keputusan pengujian statistik melalui analisis kumpulan pelbagai (multi group
analysis) mencadangkan hanya tiga daripada 20 hipotesis kajian dapat disokong. Analisis
menunjukkan, enam hubungan telah dibuktikan wujud kesan moderator namun hanya
tiga hubungan adalah signifikan dan menyokong arah hipotesis yang dibina. Tiga
hipotesis tersebut adalah (1) H1a (Guru perempuan lebih ketara daripada guru lelaki
dalam hubungan antara JPG dan NTL), (2) H5b (Guru berpengalaman lebih ketara
daripada guru kurang berpengalaman dalam hubungan antara KK dan TLP) dan (3) H1c
(Guru kurang beban tugas lebih ketara daripada guru lebih beban tugas dalam hubungan
antara JPG dan NTL). Manakala tiga hipotesis berikut (1) H6a (Guru perempuan lebih
ketara daripada guru lelaki dalam hubungan antara EG dan NTL), (2) H6c (Guru kurang
beban tugas lebih ketara daripada guru lebih beban tugas dalam hubungan antara EG dan
NTL), dan (3) H5d (Guru di sekolah bandar lebih ketara daripada guru di sekolah luar

405

bandar dalam hubungan antara KK dan TLP) tidak dapat disokong walaupun signifikan
wujud kesan moderator kerana dapatan kajian adalah bertentangan dengan arah
pernyataan hipotesis. Bahagian berikut memperincikan perbincangan berkaitan kesan
pemboleh ubah moderator.

Kesan pemboleh ubah moderator jantina
Pengujian statistik analisis kumpulan pelbagai telah membuktikan hanya dua hubungan di
dalam model struktur adalah signifikan dipengaruhi oleh kesan moderator jantina iaitu (1)
hubungan antara Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku (NTL) - hipotesis
H1a, dan (2) hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL) -
hipotesis H6a. Namun begitu, analisis perbandingan antara kumpulan menunjukkan hanya
satu hipotesis kajian dapat disokong iaitu H1a (JPG mempengaruhi NTL melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru perempuan berbanding
guru lelaki).

Dalam konteks tertentu, dapatan ini menyokong dapatan kajian terdahulu iaitu
jantina secara signifikan menyederhanakan kesan jangkaan penggunaan oleh individu
terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) (Abdul Wahab, 2012; Muraina, 2015; Tarhini et al.,
2014; Venkatesh et al., 2003). Penemuan ini adalah selari dengan kajian oleh Abdul
Wahab (2012) dan Tarhini et al. (2014), namun kontras dengan dapatan kajian oleh
Muraina (2015) dan Venkatesh et al. (2003), di mana mereka membuktikan hubungan antara
jangkaan individu dan Niat Tingkah Laku (NTL) adalah lebih kuat bagi individu lelaki
berbanding perempuan. Penjelasan munasabah untuk penemuan yang tidak konsisten ini

406

mungkin disebabkan individu lelaki bersikap lebih terbuka dalam menjangkakan
keberhasilan prestasi penggunaan dan mempunyai kemahiran literasi ICT yang lebih
baik. Muraina (2015) menjelaskan, individu lelaki bersikap lebih positif terhadap
penggunaan ICT. Perbezaan ini menggambarkan pengaruh jantina dalam konteks
penerimaan ICT adalah bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut keadaan serta
pengaruh teknologi itu sendiri (Venkatesh et al., 2012).

Perbandingan interaksi antara jantina bagi hubungan Jangkaan Penggunaan (JPG)
dan Niat Tingkah Laku (NTL), menunjukkan peningkatan aras Niat Tingkah Laku (NTL)
adalah lebih ketara bagi guru perempuan apabila Jangkaan Penggunaan (JPG) berubah
daripada rendah kepada tinggi. Niat guru perempuan meningkat lebih tinggi apabila
persepsi terhadap kelebihan dalam aspek penggunaan ditingkatkan. Perbezaan pengaruh
oleh pemboleh ubah jantina ini boleh disimpulkan sebagai guru perempuan mempunyai
persepsi lebih positif terhadap usaha dan kelebihan pelaksanaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam mempengaruhi niat mereka berbanding guru lelaki.
Jangkaan guru perempuan terhadap kebergunaan pendekatan Pembelajaran Teradun
adalah kuat mempengaruhi niat mereka untuk melaksanakannya. Dapatan temu bual
pengesahan data membayangkan, guru perempuan lebih peka dan terbuka untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun sekiranya penggunaan platform Frog
VLE adalah mudah (secara teknikal) dan berupaya meningkatkan prestasi pembelajaran
pelajar.

407

Kajian merumuskan bahawa pengaruh Jangkaan Penggunaan (JPG) terhadap Niat
Tingkah Laku (NTL) guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun dapat
disederhanakan (moderate) oleh jantina, di mana kesannya menjadi lebih kuat untuk guru
perempuan berbanding guru lelaki. Implikasinya, guru lelaki perlu lebih dorongan untuk
membentuk persepsi positif terhadap Jangkaan Penggunaan (JPG) dalam membentuk niat
mereka untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.

Selain itu, hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL)
telah dibuktikan dapat disederhanakan oleh jantina, namun tidak menyokong hipotesis
kajian. Dapatan menunjukkan kesannya adalah lebih kuat untuk guru lelaki berbanding
guru perempuan. Pandangan guru lelaki membayangkan, niat mereka lebih ketara
meningkat apabila dipengaruhi oleh jangkaan positif efikasi kendiri. Pada konteks
tertentu, penemuan ini kelihatan selari dengan segelintir kajian terdahulu (Abu-Al-Aish
& Love, 2013: Attuquayefio & Addo, 2014; Venkatesh et al., 2003), yang mendedahkan
guru lelaki mempunyai minat yang tinggi, lebih berkemahiran dan berpengetahuan
tentang penggunaan ICT. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi sikap dan
efikasi kendiri guru lelaki untuk lebih positif dan seterusnya mengukuhkan niat mereka
untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Bagi guru perempuan, bantuan
dan bimbingan yang berterusan perlu disediakan dalam usaha untuk meningkatkan minat,
keyakinan serta kemahiran mereka untuk menggunakan teknologi khususnya platform
Frog VLE.

408

Kesan pemboleh ubah moderator pengalaman
Dapatan kajian mendedahkan hanya satu daripada lima hubungan yang diuji kesan
moderator pengalaman adalah signifikan. Pengujian menunjukkan hanya hipotesis H5b
(Keadaan Kemudahan (KK) mempengaruhi Tingkah laku Penggunaan (TLP) untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman) dapat dibuktikan dan disokong.
Oleh itu, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pengalaman guru dapat
menyederhanakan kesan hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku
Penggunaan (TLP).

Dapatan ini adalah konsisten dengan kajian terdahulu (Abdul Wahab, 2012;
Alghanmi, 2014; Hur et al., 2014; Touray & Salminen, 2013; Venkatesh et al., 2003;
Venkatesh et al., 2012; Zhang et al., 2016) yang mendedahkan bahawa pengalaman
individu merupakan pemboleh ubah moderator yang berinteraksi ke atas hubungan antara
pemboleh ubah kajian. Persepsi kedua-dua kumpulan guru (berpengalaman dan kurang
pengalaman) adalah selari dalam menjangkakan kepentingan Keadaan Kemudahan (KK)
dalam mempengaruhi Tingkah laku Penggunaan (TLP) mereka. Secara khususnya, kajian
ini membuktikan pengaruh guru berpengalaman adalah lebih kuat berbanding guru kurang
pengalaman. Venkatesh et al. (2003), menjelaskan bahawa pengalaman merupakan elemen
penting dalam mempengaruhi tingkah laku individu untuk menggunakan teknologi. Individu
berpengalaman kebiasaannya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi (Zhang et
al., 2016), oleh itu emosi mereka lebih stabil dan bersikap lebih positif dalam menjangkakan
Keadaan Kemudahan (KK) berkaitan teknologi (Hur et al., 2014). Pengalaman individu juga

409

dikaitkan dengan pemikiran kreatif dalam merancang proses pembelajaran pelajar
(Alghanmi, 2014). Dapatan kajian ini menunjukkan, guru berpengalaman lebih 10 tahun
mempunyai kecenderungan tingkah laku yang lebih tinggi untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun walaupun kemudahan fizikal ICT dan sokongan
teknikal berada pada tahap minimum. Pandangan guru membayangkan, guru
berpengalaman adalah lebih rasional dan lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan
dan perubahan yang berlaku kepada Keadaan Kemudahan (KK), dalam mempengaruhi
Tingkah laku Penggunaan (TLP) mereka. Guru berpengalaman menunjukkan mereka lebih
berkeyakinan untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam apa jua Keadaan
Kemudahan (KK) yang disediakan.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian jelas menunjukkan pengaruh Keadaan
Kemudahan (KK) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) guru untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun dapat disederhanakan (moderate) oleh pengalaman
guru. Guru berpengalaman lebih ketara mempengaruhi kesan hubungan antara pemboleh
ubah. Secara praktikalnya, guru berpengalaman perlu digalakkan untuk lebih aktif
mengambil bahagian dalam tugasan berkaitan teknologi kerana mereka lebih berpotensi
dalam menjayakan pengintegrasian teknologi dalam proses pembelajaran. Manakala guru
kurang pengalaman perlu lebih pendedahan berkaitan kelebihan, pengetahuan dan
kemahiran ICT dalam usaha untuk membentuk pengalaman mereka. Kajian merumuskan,
pengalaman guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk mengukuhkan Niat Tingkah Laku
(NTL) guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.

410

Kesan pemboleh ubah moderator beban tugas
Dapatan pengujian kesan moderator beban tugas telah membuktikan dua hubungan di
dalam model struktur adalah signifikan. Namun hanya satu hipotesis dapat disokong,
iaitu hipotesis H1c (Jangkaan Penggunaan (JPG) mempengaruhi Niat Tingkah Laku
(NTL) untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk
guru kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas). Dapatan analisis
mendedahkan bahawa beban tugas merupakan pemboleh ubah moderator yang
menyederhanakan kesan Jangkaan Penggunaan (JPG) terhadap Niat Tingkah Laku
(NTL). Kesan penyederhanaan ini adalah lebih ketara bagi guru yang mempunyai kurang
beban tugas berbanding guru yang mempunyai lebih beban tugas (βkurangbebantugas = 0.497;
p = 0.000 dan βlebihbebantugas = 0.126; p = 0.226).

Konsisten dengan kajian terdahulu (Buabeng-Andoh, 2012; Seri Rahayu, 2011;
Siti Nazuar, 2014; Termit & Noorma, 2015) berkaitan kekangan mengintegrasikan ICT
dalam proses pembelajaran, dapatan kajian ini mendedahkan bahawa beban tugas guru
merupakan sebahagian penghalang utama untuk menjayakan pendekatan Pembelajaran
Teradun dalam kalangan guru di Malaysia. Pandangan guru lebih beban tugas
membayangkan, tugas rencam guru seperti tugasan penganjuran program sekolah dan
tugasan berkaitan perkeranian akan mengurangkan niat mereka untuk menggunakan
teknologi walaupun jangkaan berkaitan aspek kebergunaannya adalah positif. Dengan
bilangan jawatan yang banyak dan tugasan yang tidak berfokus, telah membebankan guru
(Termit & Noorma, 2015), sekaligus membentuk sikap negatif yang mengurangkan
tumpuan guru kepada tanggungjawab hakiki (Alghanmi, 2014). Guru menjadikan alasan

411

beban tugas yang berat menyebabkan mereka tidak cukup masa untuk merancang dan
membangunkan proses pembelajaran menggunakan platform Frog VLE. Dapatan temu
bual pengesahan data merumuskan, kebanyakan perhatian guru terganggu dengan tugas-
tugas pengkeranian di sekolah, dan tentu sahaja ini akan mempengaruhi kreativiti
(Alghanmi, 2014) dan kesanggupan mereka untuk menggunakan teknologi baharu dan
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Tugasan bukan akademik ini telah
menambah beban guru secara mutlak dan seterusnya meningkatkan tekanan kerja para
guru.

Analisis data statistik menunjukkan, guru yang mempunyai kurang empat jawatan
lebih cenderung untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun apabila jangkaan
mereka terhadap usaha dan kelebihan menggunakan platform Frog VLE adalah positif.
Jangkaan mereka terhadap kebergunaan pendekatan Pembelajaran Teradun adalah kuat
mempengaruhi niat mereka untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru kurang beban tugas
kelihatan lebih bersedia untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun
berbanding guru lebih beban tugas apabila aspek jangkaan positif penggunaan
ditingkatkan. Berdasarkan dapatan kajian, dirumuskan bahawa kesan Jangkaan
Penggunaan (JPG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) untuk melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun dapat disederhanakan (moderate) oleh beban tugas. Kesan
daripada pemboleh ubah moderator beban tugas menjadi lebih kuat untuk guru kurang
beban tugas. Penemuan ini mengambarkan tugas rencam (bukan berkaitan akademik)
yang dipertanggungjawabkan kepada guru telah menghalang niat mereka untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Implikasinya, bilangan jawatan guru

412

harus dikurangkan dan tugasan hakiki guru harus mempunyai fokus yang jelas, agar
persepsi mereka terhadap kebergunaan pendekatan Pembelajaran Teradun menjadi lebih
positif, sekaligus menguatkan Niat Tingkah Laku (NTL) guru untuk melaksanakannya.

Seterusnya, kajian juga telah membuktikan faktor beban tugas menyederhanakan
kesan Efikasi Guru (EG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL), namun dapatan ini tidak
menyokong hipotesis kajian kerana tidak selari dengan arah penyataan hipotesis. Tidak
seperti jangkaan, dapatan menunjukkan kesan penyederhanaan adalah lebih kuat untuk
guru lebih beban tugas berbanding guru kurang beban tugas. Analisis statistik kajian
menunjukkan guru yang menyandang lebih tiga jawatan di sekolah lebih bersedia, positif,
dan mempunyai niat yang kuat untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Analisis temu bual pengesahan data juga telah menyokong dapatan kajian. Hasil temu
bual menjelaskan guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi, kebiasaannya lebih
kompeten dan menjadi individu kepercayaan pihak pentadbiran untuk melaksanakan
tugas-tugas khas sekolah. Walaupun dengan beban tugas yang berat, kebanyakan mereka
masih mampu untuk menyempurnakan tugasan yang diberi. Sehubungan dengan itu,
dirumuskan bahawa guru yang mempunyai banyak jawatan khas di sekolah, merupakan
individu guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dan mampu melaksanakan
tugas hakiki serta tugas sampingan dengan baik. Mereka berupaya menguruskan masa,
kemahiran dan pengetahuan secara sistematik bagi mencapai matlamat tugasan.

Keadaan ini membuktikan individu yang mempunyai efikasi kendiri positif, lebih
berupaya menangani tugasan dengan sempurna (Banas & York, 2014; Kulviwat et al.,

413

2014), dan lebih terbuka untuk menerima sesuatu inovasi berkaitan teknologi (Seri
Rahayu, 2011). Oleh itu, dalam konteks kajian ini, beban tugas dapat menyederhanakan
kesan hubungan Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL). Dapatan jelas
menunjukkan beban tugas guru, tidak menghalang Niat Tingkah Laku (NTL) mereka
untuk menggunakan platform Frog VLE. Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai
beban tugas yang banyak, Niat Tingkah Laku (NTL) guru untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun dapat ditingkatkan dengan ketara seandainya atribut
Efikasi Guru (EG) seperti kemahiran, pengetahuan, keyakinan dan sikap guru dapat
dibentuk secara positif.

Kesan pemboleh ubah moderator lokasi sekolah
Penemuan kajian melalui analisis kumpulan pelbagai telah mendedahkan hanya satu
daripada lima hubungan yang diuji adalah signifikan dengan kesan moderator lokasi
sekolah iaitu hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku Penggunaan
(TLP). Namun begitu, hipotesis kajian (H5d) tidak dapat disokong kerana dapatan kajian
tidak selari dengan arah penyataan hipotesis. Tidak seperti jangkaan, keputusan analisis
perbandingan antara kumpulan membuktikan sebaliknya iaitu pengaruh Keadaan
Kemudahan (KK) terhadap Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun adalah lebih ketara bagi guru yang bertugas di sekolah
luar bandar berbanding guru yang bertugas di sekolah bandar.

Namun dalam konteks tertentu, penemuan kajian ini telah menyokong dapatan
kajian oleh Abdul Wahab (2012), Muraina (2015) dan Sankaran dan Norazlinda (2017),

414

mereka mendapati tahap penerimaan dan penggunaan ICT dalam kalangan individu luar
bandar masih pada tahap sederhana disebabkan oleh kekurangan fasiliti serta sokongan
teknikal. Analisis statistik kajian ini menunjukkan, Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru
di sekolah luar bandar adalah lebih rendah berbanding guru di sekolah bandar, tetapi
dapat ditingkatkan dengan lebih ketara apabila Keadaan Kemudahan (KK)
disempurnakan. Berdasarkan peranan kemudahan ICT yang amat besar dalam
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan teknologi dalam kalangan individu (Abdul
Wahab, 2012; Venkatesh et al., 2003), kajian ini telah membuktikan bahawa kesannya
berbeza bergantung kepada lokasi penempatan. Dapatan temu bual pengesahan data telah
mengesahkan penemuan ini, di mana guru luar bandar amat berkeyakinan bahawa
bilangan komputer yang mencukupi, capaian internet yang baik, sokongan teknikal yang
menyeluruh, dan makmal komputer yang lengkap merupakan elemen penting dalam
membantu mereka menjayakan pembelajaran menggunakan platform Frog VLE.
Berdasarkan sosioekonomi keluarga pelajar yang rendah dan tiada kemudahan ICT di
rumah, maka kemudahan ICT di sekolah menjadi sumber utama pelajar untuk
menggunakannya. Para guru di sekolah luar bandar yakin dapat menggunakan
sepenuhnya kemudahan ICT yang disediakan untuk menarik minat dan seterusnya
meningkatkan penglibatan serta tumpuan pelajar terhadap proses pembelajaran.

Keseluruhannya, dapatan kajian telah membuktikan bahawa lokasi sekolah dapat
menyederhanakan (moderate) kesan Keadaan Kemudahan (KK) terhadap Tingkah laku
Penggunaan (TLP). Penemuan ini jelas menunjukkan lokasi sekolah berupaya
mempengaruhi penggunaan platform Frog VLE dalam kalangan guru, di mana kesannya

415

lebih ketara bagi guru di sekolah luar bandar apabila Keadaan Kemudahan (KK)
ditingkatkan. Oleh itu, penyediaan Keadaan Kemudahan (KK) yang sempurna haruslah
seimbang kepada semua sekolah tanpa mengira lokasi, bertujuan untuk meningkatkan
amalan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di seluruh negara.

Kesimpulan tambahan pengaruh faktor moderator terhadap hubungan antara
pemboleh ubah kajian

Berdasarkan analisis pengujian hipotesis, kajian telah mengenal pasti kewujudan kesan
moderator dalam menguat atau menyederhanakan hubungan antara faktor-faktor peramal
dan faktor endogenous.

Kesimpulan tambahan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan kajian adalah (1)
Kesan Jangkaan Penggunaan (JPG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) dapat
disederahanakan (moderate) oleh jantina dan beban tugas, di mana kesannya menjadi
lebih kuat untuk guru perempuan yang mempunyai kurang empat jawatan di sekolah, (2)
Pengaruh Keadaan Kemudahan (KK) terhadap Tingkah laku Penggunaan (TLP) dapat
disederhanakan (moderate) oleh pengalaman dan lokasi sekolah, di mana kesannya lebih
ketara bagi guru luar bandar yang mempunyai pengalaman berkhidmat lebih 10 tahun dan
(3) Pengaruh Efikasi Guru (EG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) dapat
disederhanakan (moderate) oleh jantina dan beban tugas, di mana kesannya menjadi lebih
kuat untuk guru lelaki yang mempunyai lebih tiga jawatan di sekolah (lebih beban tugas).
Daripada kesimpulan ini, kajian telah dapat menjelaskan pengaruh dan peranan pemboleh
ubah moderator (penyederhanaan) terhadap pemboleh ubah kajian dengan lebih

416

menyeluruh. Oleh itu, gambaran sebenar penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru dapat dikemukakan secara lebih
komprehensif.

5.2.6 Apakah model terbaik untuk menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun dalam kalangan guru di Malaysia?

Melalui proses kajian yang menyeluruh, bermula dari proses pembentukan instrumen
kajian sehingga dapatan analisis statistik pembuktian hipotesis, maka kajian ini telah
berjaya mencadangkan model struktur terbaik untuk menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru Malaysia (Blended Learning Acceptance and Use Model - BeLAUM.
Daripada 31 hipotesis kajian yang diuji, hanya 11 hipotesis dapat disokong melalui
pembuktian kesan hubungan antara pemboleh ubah kajian yang signifikan. Dapatan
pengujian empirikal kajian ini telah mencadangkan bahawa faktor Jangkaan Penggunaan
(JPG), Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG) adalah
faktor peramal bagi Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru
untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun (JPGNTL, PSNTL,
KKNTL, KKTLP, EGNTL). Manakala satu hubungan berkaitan pemboleh ubah
mediator (EGKKNTL) dan tiga hubungan berkaitan pemboleh ubah moderator
(Jantina; JPGNTL, Pengalaman; KKTLP dan Beban tugas; JPGNTL) adalah
signifikan dan menyokong hipotesis. Namun terdapat tiga hubungan (Jantina; EGNTL,

417

Beban tugas; EGNTL dan Lokasi sekolah; KKTLP) adalah signifikan pengaruh
moderator tetapi tidak dapat menyokong hipotesis kajian disebabkan kesan dapatan yang
bertentangan.

Sehubungan dengan itu, dapatan kajian telah berjaya membentuk Model Struktur
Penerimaan dan Penggunaan Pendekatan Pembelajaran Teradun (BeLAUM) secara
komprehensif bagi menggambarkan penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru sekolah di Malaysia. Rajah 5.1 menunjukkan
model disemak semula (BeLAUM) berdasarkan perbandingan model alternatif terbaik
dan telah disokong melalui pembuktian hipotesis dan data statistik.

0.475*** Jangkaan H1 = 0.395**
Penggunaan (JPG) H3 = 0.196***

Pengaruh Sosial (PS) H6 = 0.453***

Keadaan Kemudahan H4 = -0.162***
(KK)

Efikasi Guru (EG) BP

H11a = 0.318*** P = 0.223**

Jantina Pengalam

H1a (P > L) H5b (BP > K

Petunjuk:

Sig. dan menyokong hipotesis kajian
Sig. tetapi tidak menyokong hipotesis kajian

Nota: Jantina (P = Perempuan, L = Lelaki), Pengalaman (BP = Berpengalaman,
LBt = Lebih Beban tugas).
***p<0.001, **p<0.05, *p<0.1.

Rajah 5.1. Model Penerimaan dan Penggunaan Pendekatan Pembela
BeLAUM)

R2 = 0.733

**
Niat Tingkah Laku

* (NTL)

H5 = 0.146** R2 = 0.651

Tingkah Laku
Penggunaan (TLP)

P = 0.249*** 0.609***
KBt = 0.497***

man Beban tugas Lokasi sekolah
H1c (KBt > LBt)
KBP)

KBP = Kurang Berpengalaman), Beban tugas (KBt = Kurang Beban tugas,

ajaran Teradun (Blended Learning Acceptance and Use Model -

418

419

Secara asasnya, model struktur kajian ini adalah sepadan dan selari dengan model
penerimaan teknologi (UTAUT) oleh Venkatesh et al. (2003), malahan terdapat cadangan
pembentukan konstruk baharu iaitu Efikasi Guru (EG). Dapatan analisis telah
mendedahkan bahawa model kajian dapat menjelaskan 73.3% daripada varians dalam
Niat Tingkah Laku (NTL) dan 65.1% daripada varians dalam Tingkah laku Penggunaan
(TLP) untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Analisis ini secara tidak
langsung merumuskan bahawa varians dalam pemboleh ubah endogenous (NTL dan
TLP) dapat diramal secara majoriti oleh varians dalam pemboleh ubah exogenous
cadangan (JPG, PS, KK dan EG). Berdasarkan dapatan ini, dirumuskan bahawa model
struktur yang dicadangkan melalui kajian empirikal ini, merupakan model yang hampir
lengkap dalam menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi niat dan tingkah laku
guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Umumnya, dapatan kajian
ini telah menyediakan asas yang lebih baik serta lebih komprehensif kepada aplikasi teori
berkaitan penerimaan dan penggunaan teknologi, khususnya bagi pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam tetapan sistem pendidikan di Malaysia.

Sebagai tambahan, kajian ini juga dapat menjelaskan tahap penerimaan dan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru. Analisis data
deskriptif melalui perbandingan nilai min menunjukkan Niat Tingkah Laku (NTL) guru
berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, Tingkah laku Penggunaan (TLP)
menunjukkan tahap sederhana rendah dengan majoriti guru menyatakan mereka kurang
menggunakan platform Frog VLE. Keadaan yang tidak selari ini, menunjukkan Niat

420

Tingkah Laku (NTL) tidak mempengaruhi Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Dalam konteks penilaian tahap
penerimaan dan penggunaan, analisis dapatan temu bual menunjukkan kebanyakan guru
mempunyai niat yang agak tinggi untuk menggunakan platform Frog VLE kerana untuk
memenuhi KPI sekolah. Namun, niat mereka terhalang oleh pelbagai kekangan seperti
matlamat organisasi yang tidak selari, kekurangan kemudahan ICT, dan kemahiran serta
pengetahuan yang terhad.

Keadaan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Nurul Farhana (2013), yang
menunjukkan para guru amat patuh kepada arahan organisasi, namun hanya
menerimanya sebagai rutin tugasan berdasarkan keutamaan. Manakala pengetahuan,
kemahiran dan kemudahan ICT yang terhad (Siti Nazuar, 2014) akan menyongsangkan
niat guru untuk melaksanakan proses pembelajaran berintegrasikan teknologi.
Berdasarkan dapatan ini, kajian merumuskan bahawa guru-guru sekolah menengah di
Malaysia mempunyai tahap penerimaan dan pengunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun yang sederhana. Para guru hanya menggunakan platform Frog VLE bagi
menjayakan proses pembelajaran menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kadar yang sederhana, berdasarkan keperluan (jadual waktu) dan keadaan semasa (tiada
kekangan daripada aspek kemudahan, pengetahuan, kemahiran dan sokongan).

421

5.3 Sumbangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi daripada pembuktian hipotesis terhadap
hubungan antara pemboleh ubah exogenous dan pemboleh ubah endogenous, serta
penemuan kesan mediator dan moderator di dalam model struktur kajian. Maka kajian ini
dapat menyediakan beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang ilmu kajian
berkaitan penerimaan teknologi khususnya pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
beberapa cara. Sumbangan kajian dapat dirumuskan kepada sumbangan teori dan
sumbangan praktikal.

Sumbangan teori
Kajian ini telah menyumbang kepada perkembangan komuniti ilmu penyelidikan
berkaitan penerimaan teknologi terutamanya penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun berdasarkan tetapan sistem pendidikan negara Malaysia. Pertama,
kajian telah dapat menjelaskan konsep penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru melalui pembangunan model penerimaan
dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (BeLAUM). Melalui model kajian,
faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun atau penggunaan platform Frog VLE oleh guru-guru sekolah dapat dikenal pasti
secara lebih komprehensif. Hubungan antara faktor exogenous (JPG, PS, KK, dan EG)
dan faktor endogenous (NTL dan TLP) telah dibuktikan secara statistik. Pembentukan
BeLAUM juga merupakan sebahagian variasi dan alternatif kepada model-teori berkaitan

422

penerimaan teknologi oleh individu khususnya dalam bidang pendidikan (teknologi
instruksional).

Kedua, BeLAUM merupakan model konseptual yang mirip kepada model
UTAUT yang dibangunkan oleh Venkatesh et al. (2003), namun kajian ini telah berupaya
menyarankan konstruk serta hubungan baharu dalam pembentukan struktur modelnya.
Melalui pengujian statistik, kajian telah berupaya menjustifikasikan pembentukan
konstruk Efikasi Guru (EG) dan hubungannya dengan faktor endogenous. Hasil analisis
juga membuktikan Efikasi Guru adalah faktor paling kuat mempengaruhi Niat Tingkah
Laku (NTL). Oleh itu, kajian merumuskan bahawa Efikasi Guru (EG) adalah peramal
paling penting kepada penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun
dalam kalangan guru, serta menjadi kunci utama kepada pembudayaan amalan
pembelajaran menggunakan pendekatan tersebut.

Ketiga, kajian telah mengesahkan kewujudan pengaruh mediator dalam hubungan
antara konstruk. Dapatan analisis menunjukkan Keadaan Kemudahan (KK) adalah
pemboleh ubah pengantara dalam hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah
Laku (NTL). Kajian juga telah membuktikan bahawa jantina, pengalaman, beban tugas
dan lokasi sekolah adalah pemboleh ubah moderator di dalam model kajian. Hasil
pengujian kesan moderator menunjukkan hubungan; (1) JPGNTL dan EGNTL telah
dikesan menerima interaksi yang signifikan daripada pemboleh ubah jantina, (2)
KKTLP berinteraksi secara singnifikan dengan pengalaman, (3) JPGNTL dan
EGNTL adalah signifikan kesan interaksi oleh beban tugas, dan (4) KKTLP

423

menerima interaksi daripada lokasi sekolah. Keempat, kajian ini juga dapat memberi
penjelasan yang lebih terperinci dan menyeluruh kepada terma pendekatan Pembelajaran
Teradun dalam konteks pendidikan. Seterusnya memberi gambaran yang lebih jelas
kepada konsep pembelajaran menggunakan platform Frog VLE dalam tetapan sistem
pendidikan di Malaysia.

Sumbangan teori ini, secara keseluruhannya telah memungkinkan sumbangan
yang paling ketara terhadap bidang literatur berkaitan penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun. Sumbangan tertumpu kepada jawapan dan penjelasan
berkaitan faktor-faktor utama yang mempengaruhi niat dan tingkah laku guru. Penjelasan
ini, secara tidak langsung telah memberi jawapan kepada faktor yang menghalang
penerimaan dan penggunaan paltform Frog VLE dalam kalangan guru.

Sumbangan praktikal
Sumbangan praktikal kajian ini dapat dilihat melalui pembentukan instrumen kajian bagi
mengakses persepsi guru berkaitan penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun. Pembentukkan instrumen kajian adalah melalui proses yang
terperinci dan sistematik, dikuti pengesahan menggunakan prosedur analisis statistik
SEM yang ketat. Pematuhan prosedur analisis statistik yang piawai (ujian faktorial, ujian
kesahan, dan ujian kebolehpercayaan) telah memungkinkan pembinaan instrumen kajian
yang jitu dan komprehensif. Prosedur kajian ini (metodologi kajian) berupaya menjadi
panduan amalan kajian masa depan dan boleh dipatuhi bagi menghasilkan dapatan yang
sahih serta dipercayai. Oleh itu, prosedur dan penghasilan instrumen kajian ini dijangka

424

dapat membawa manfaat besar kepada perkembangan ilmu dan kegunaan masa hadapan
di dalam komuniti kajian berkaitan teknologi instruksional.

Kedua, kajian ini merupakan antara perintis kepada kajian berkaitan penerimaan
dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia. Dapatan kajian dapat
menjelaskan kefahaman berkaitan pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun
(penggunaan platform Frog VLE) dengan mendedahkan faktor utama kejayaan
amalannya di dalam tetapan sistem pendidikan negara. Dapatan kajian juga dapat
menjelaskan tahap penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru secara statistik. Oleh itu, pengenalpastian perkara yang memberi dorongan
kepada peningkatan niat dan perubahan tingkah laku guru untuk menerima dan
menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun adalah sumbangan yang signifikan.

Penemuan yang didedahkan melalui kajian ini diharap dapat memberi penjelasan
saintifik kepada kegagalan projek 1Bestarinet, sebagaimana yang dilaporkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2013. Manakala melalui kesahan empirikal
model struktur (BeLAUM) yang telah dibuktikan, dapatan kajian ini dijangka berupaya
menjadi panduan kerangka kerja dan senarai semak kepada pihak penggubal dasar bagi
menentukan keputusan yang lebih tepat dalam usaha untuk membangun, melaksana serta
mempromosi penggunaan platform Frog VLE dalam kalangan guru.

425

Rumusan sumbangan kajian
Dapatan kajian ini telah menyumbang kepada bidang ilmu pengetahuan melalui
penyediaan maklumat berkaitan penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun. Senarai berikut adalah sumbangan singnifikan yang dibuat oleh kajian ini; (1)
membina instrumen tinjauan-soal selidik yang komprehensif, (2) membentuk model
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di
Malaysia (BeLAUM), (3) parameter penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun telah dikenalpasti secara empirikal, dengan faktor Efikasi Guru
(EG) merupakan peramal paling berpengaruh, (4) pembentukan konstruk peramal yang
mampu meramal konstruk penentu secara majoriti iaitu 73.3% untuk Niat Tingkah Laku
(NTL) dan 65.1% untuk Tingkah laku Penggunaan (TLP), (5) menjelaskan tahap
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru
secara empirikal iaitu secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana, (5) kesan
signifikan pemboleh ubah mediator yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun telah dikenalpasti, dan (7) mengenal pasti kesan
signifikan pemboleh ubah moderator yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun. Jadual 5.2 merupakan rumusan sumbangan kajian
mengikut bidang dan aras sumbangan kajian secara umum.

426

Jadual 5.2

Sumbangan Kajian mengikut Bidang dan Aras Sumbangan

Bidang Aras Sumbangan
sumbangan
Konseptual Asas Tambahan
(Teori)
Menghuraikan definisi dan konsep Pembentukan BeLAUM.
Metodologi
(Teori) penerimaan serta penggunaan

(Praktikal) pendekatan Pembelajaran Teradun

Empirikal secara terperinci.
(Teori)
Membuktikan kesahan dan Menguji kesan mediator dan moderator
Pengurusan
(Praktikal) kebolehpercayaan instrumen di dalam hubungan antara faktor.

pengukuran untuk mengukur

dimensi hubungan faktor-faktor

penentu dengan penerimaan dan

penggunaan guru.

Membina prosedur kajian dan Membina BeLAS (Instrumen kajian).

penghasilan instrumen yang

terperinci serta sistematik.

Mengesahkan hubungan antara Mengesahkan kesan hubungan antara

faktor exogenous dan faktor faktor penentu, kesan faktor mediator

endogenous melalui analisis dan kesan faktor moderator.

statistik yang piawai.

Menyediakan panduan Menyediakan item instrumen untuk

komprehensif bagaimana untuk menilai persepsi guru terhadap

merancang dan menjustifikasi penerimaan dan penggunaan pendekatan

penerimaan serta penggunaan Pembelajaran Teradun.

pendekatan Pembelajaran Teradun

dalam kalangan guru.

5.4 Implikasi Kajian

Umumnya kajian ini bertujuan untuk menyediakan maklumat berkaitan penerimaan dan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di Malaysia. Oleh
itu berdasarkan dapatan kajian, tiga aspek implikasi berpotensi dapat disenaraikan iaitu
implikasi terhadap strategi pengurusan, akademik dan pedagogi.

427

Implikasi strategi pengurusan
Hasil kajian ini seharusnya berupaya menyediakan senarai semak kepada penggubal
dasar berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru. Oleh itu, senarai semak ini
dijangka mampu menjadi asas panduan kepada perancangan masa hadapan kerajaan dan
KPM dalam usaha untuk menjayakan amalan pembelajaran abad ke-21 ini.

Pembangunan model kajian dijangka mampu menawarkan panduan serta
sokongan konstruktif kepada kerajaan, KPM terutamanya Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP - unit yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek 1Bestarinet)
dan pihak-pihak berkepentingan lain untuk menggalakkan amalan pembelajaran
menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun yang lebih baik. Dan seterusnya
meningkatkan kos efektif dalam pelaksanaannya, dalam terma penjimatan modal
kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Antara cadangan yang dapat diketengahkan oleh kajian ini berkaitan implikasi
strategi pengurusan ialah (1) menjalankan program pembangunan profesional yang
berfokus kepada pembentukan atribut profesional keguruan, (2) mewujud dan
menggalakkan pembangunaan komuniti pembelajaran profesional (professional learning
community - PLC) yang berfokus kepada amalan pelaksanaan pendekatan Pembelajaran
Teradun, (3) perbengkelan berkala berkaitan pembentukan peranan dan karakteristik guru
dalam menjayakan pelaksanaan Pembelajaran Teradun, (4) perbengkelan berterusan yang
berfokus kepada peningkatan kemahiran dan strategi untuk melaksanakan pembelajaran

428

kolaboratif kumpulan (pembelajaran dalam talian dan bersemuka), (5) perbengkelan
berkaitan penyesuaian pelaksanaan Pembelajaran Teradun (Frog VLE) dengan budaya
sekolah dan masyarakat setempat, (6) menilai semula tahap dan jenis bantuan serta
sokongan yang disediakan kepada guru dan pihak sekolah sama ada untuk menambah
atau mengurangkannya, (7) menilai kembali struktur kurikulum agar lebih fleksibel
dengan teknologi dan pendekatan pembelajaran terkini.

Manakala kepada pihak kontraktor-projek 1Bestarinet, kajian ini dapat membantu
pihak mereka untuk merencana pelan baharu yang lebih komprehensif dan berkesan
dalam usaha meningkatkan amalan pembelajaran menggunakan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru. Antara cadangan yang dapat diketengahkan
ialah; (1) penganjuran program bimbingan dan bantuan bagi membantu meningkatkan
profesionalisme guru berkaitan penggunaan platform Frog VLE, (2) merancang dan
melaksanakan bengkel berkaitan strategi dan pengurusan terkini platform Frog VLE
secara berterusan dan komprehensif, (3) perbengkelan berkaitan strategi dan pengurusan
masalah teknikal (minor) bagi meningkatkan keyakinan diri guru, (4) menyediakan lebih
ramai jurulatih untuk membimbing guru, (5) merancang dan menyelenggara secara
berterusan (sistem sokongan) berkaitan faktor teknikal dan kemanusiaan yang
menghalang penggunaan platform Frog VLE, (6) menyediakan bantuan teknikal
(HelpDesk) yang lebih efisien dan menyeluruh; hub sokongan teknikal setempat, (7)
menilai dan menstruktur semula program atau projek berkaitan penggunaan Frog VLE
agar sesuai dengan keadaan semasa dan faktor logistik, (8) menyediakan insentif dan
penghargaan kepada guru yang menunjukkan kesungguhan dalam amalan pembelajaran

429

menggunakan platform Frog VLE, (9) meningkatkan keberkesanan dan kelancaran sistem
(penambahbaikan platform Frog VLE) untuk mengurangkan masalah teknikal serta
menilai dan mengemaskini ciri-ciri platform Frog VLE agar memenuhi keperluan
pengguna. Antara cadangan penambahbaikan ialah antara muka platform yang mesra
pengguna seperti Facebook, mudah diakses, kepenggunaan sistem platform yang lebih
mesra dan mudah, ruang forum dan perbincangan yang menarik seperti Twitter dan
Facebook, kebenaran kepada pengguna untuk mengoptimum antara muka platform
dengan lebih bebas dan fleksibel, dan kolabrasi sistem yang lancar (perkongsian file)
seperti Google.

Secara khususnya dapatan kajian telah diperkuat oleh peranan Niat Tingkah Laku
dan Tingkah Laku Penggunaan sebagai tunjang utama kepada model struktur kajian dan
Efikasi Guru merupakan faktor utama kepada perubahan faktor endogenous. Oleh itu,
Efikasi Guru merupakan faktor yang perlu diberi perhatian dan ditangani dengan baik
bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun di sekolah.
Antara inisiatif yang lebih inovatif boleh diambil antaranya (1) menganjurkan program
promosi berkaitan penggunaan dan kelebihan platform Frog VLE, terutamanya kepada
guru bagi meningkatkan kesedaran akademik mereka (2) bimbingan dan latihan yang
berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya kepada guru
muda dan (3) meningkatkan motivasi guru melalui program penghargaan dan kesedaran
akauntabiliti. Cadangan ini selari dengan saranan (Masitah et al., 2013; Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016) dalam usaha untuk meningkatkan efikasi kendiri guru.

430

Kajian ini juga telah membuktikan peranan besar yang dimainkan oleh pemboleh
ubah moderator (iaitu jantina, pengalaman, beban tugas dan loksi sekolah) dalam
mempengaruhi niat dan tingkah laku guru. Dalam usaha untuk meningkatkan amalan
pembelajaran menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun ini, terdapat isu berkaitan
pemboleh ubah moderator yang perlu ditangani secara selektif dan terkawal oleh pihak
terbabit. Antara dapatan yang menjelaskan isu ini ialah (1) jangkaan penggunaan guru
perempuan lebih ketara berbanding guru lelaki dalam mempengaruhi Niat Tingkah Laku
mereka, namun efikasi kendiri guru lelaki lebih positif, (2) guru berpengalaman
mempunyai niat lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun
apabila faktor Keadaan Kemudahan meningkat, (3) guru mempunyai lebih beban tugas
mempunyai jangkaan efiksi kendiri lebih positif dalam membentuk niat mereka, namun
niat guru kurang beban tugas lebih ketara dipengaruhi oleh jangkaan penggunaan, (4)
guru di luar bandar lebih positif untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun
berbanding guru di bandar apabila Keadaan Kemudahan disempurnakan. Oleh itu
sebarang rancangan dan tindakan penambahbaikan yang ingin dilakukan harus
mengambil kira perkara ini, seiring dengan tumpuan terhadap faktor-faktor peramal
utama yang dikemukakan.

Antara panduan yang boleh diketengahkan kepada pihak BTP, KPM dalam usaha
untuk merancang kerangka kerja yang lebih konkrit adalah; (1) menyediakan kemudahan
fizikal dan teknikal yang lebih baik kepada guru dan sekolah di luar bandar, di samping
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru untuk mengurus dan mengendalikan
kemudahan ICT (Berdasarkan alasan guru; capaian internet yang perlahan dan platform

431

Frog VLE yang sukar diakses, di samping kurang bantuan teknikal), (2) menimbulkan
kesedaran akauntabiliti terutamanya kepada guru yang berkhidmat di bandar dan kurang
pengalaman (terutama guru yang kurang aktif meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka berkaitan penggunaan ICT dalam pendidikan), (3) melibatkan lebih ramai guru
lelaki dalam program peningkatan kesedaran akademik (pendedahan kepada kelebihan
pendekatan Pembelajaran Teradun).

Implikasi kajian terhadap sekolah pula adalah lebih kepada peranan pentadbir
sekolah untuk mengurus dan menjayakan dasar pembaharuan yang digubal oleh pihak
KPM. Budaya pembelajaran pelajar, sasaran prestasi sekolah, peningkatan kesedaran
guru dan sokongan kerja harus menjurus kepada kelancaran pelaksanaan dasar
pendidikan negara. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah (1) mewujudkan budaya
pembelajaran dalam talian yang lebih kondusif di sekolah, (2) Insentif dan penghargaan
kepada guru yang menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan pendekatan
Pembelajaran Teradun, dan (3) kolaborasi bersama komuniti setempat iaitu waris pelajar
bagi mewujudkan budaya pembelajaran dalam talian di rumah. Kesimpulannya, pihak
pentadbir sekolah adalah berperanan sebagai agen pemangkin kepada inovasi pendidikan
ini. Cadangan-cadangan pelaksanaan berdasarkan implikasi kajian terhadap strategi
pengurusan dapat diringkaskan seperti di Rajah 5.2.

Program pembentukan Program pembangunaan Bengkel
atribut profesional guru komuniti pembelajaran per

profesional karakt

Menilai semula tahap dan jenis Program
bantuan serta sokongan yang pembanguna
disediakan kepada guru dan sekolah
Profesional
Menilai kembali
struktur kurikulum agar Penilaian,
perancangan d
lebih fleksibel pelaksanaan pro

Menilai dan Menilai dan
menstruktur semula mengemaskini si
(platform Frog V
program/projek
Program
Mewujudkan budaya pembudayaa
pembelajaran dalam talian
Perancangan d
yang lebih kondusif pengurusan sis

Kolaborasi bersama sokongan
komuniti setempat -

waris pelajar

Insentif, galakan dan
penghargaan kepada

guru

Bengkel penyesuaian Bengkel berkaitan Menyediakan

Rajah 5mb.2uasd.yaCayraaaksdeaakt onslegatehamdnpanaPtelaksasnt(rauamatenguimbdeadnarndpateenskganurirkkuasala)nn ImpliklejabusirhuilrKaatmiahajiian t

Rajah 5.2. Cadangan Pelaksanaan berdasarkan Implikasi Kajian te

l pembentukan Bengkel kemahiran dan Program insentif, galakan
ranan dan strategi pembelajaran dan penghargaan kepada
teristik guru
kolaboratif guru

an Meningkatkan
l oleh pihak BTP, KPM dan kontraktor keberkesanan dan
kelancaran sistem
dan oleh pihak BTP, KPM dan kontraktor
ojek Menilai dan
menstruktur semula
n oleh pihak kontraktor
istem sistem
VLE)
Antara muka platform
an oleh pihak sekolah mesra pengguna seperti
oleh pihak BTP, KPM dan kontraktor
dan Facebook
stem
Kepenggunaan sistem
Merancang dan menyelenggara secara platform yang mesra

terhbeardtfeaarkuptsoarSntet(rksainstitkeeamgl idsaoPnkeoknneggmauanrn)uubsseiraakananitan dan mudah

Ruang forum dan
perbincangan yang menarik
seperti Twitter dan Facebook

Kolabrasi sistem yang
lancar (perkongsian file)

seperti Google

Kebebasan kepada pengguna
untuk mengoptimum antara
muka platform (fleksibel)

Menyediakan bantuan teknikal
(HelpDesk) yang efisien; hub
sokongan teknikal setempat

erhadap Strategi Pengurusan 432

433

Implikasi akademik
Proses pembinaan instrumen kajian (BeLAS) dan pembentukan BeLAUM adalah melalui
prosedur yang sistematik dan terperinci, di samping strategi analisis statistik dan prosedur
kajian yang piawai. Oleh itu, dapatan kajian dijangka berupaya menyediakan maklumat
berkaitan konsep serta komponen utama penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun secara lebih komprehensif dan tepat.

Kajian juga mampu menjadi panduan kepada pengkaji dalam bidang sepadan
untuk menjalankan kajian masa hadapan yang lebih mendalam berkaitan faktor yang
mempengaruh niat dan tingkah laku guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun. Kajian yang memungkinkan penjelasan yang lebih baik berkaitan varians yang
mempengaruhi faktor endogenous berbanding penemuan kajian ini. Sebagai tambahan,
intrumen kajian (BeLAS) dan BeLAUM boleh diguna serta diadaptasi oleh kajian di
negara-negara lain yang mempunyai persamaan dengan tetapan sistem pendidikan di
Malaysia. Seterusnya membawa implikasi kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang
lebih baik dan menyeluruh.

Implikasi pedagogi
Melalui penulisan tesis ini, penjelasan yang menyeluruh dan terperinci berkaitan konsep
pendekatan Pembelajaran Teradun telah dapat dikemukakan. Para guru akan dapat
memahami konsep sebenar pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun dengan lebih
jelas dan tepat. Berdasarkan pendedahan ini, kajian menjangkakan guru akan lebih

434

menghayati pendekatan Pembelajaran Teradun dan berusaha menjadikannya amalan
pembelajaran pelajar secara efektif dan konsisten. Pengalaman kejayaan guru yang
terhasil berupaya mengekalkan perasaan positif mereka untuk terus mengamalkan
pendekatan pembelajaran ini dan berupaya mendorong penggunaannya oleh guru-guru
lain. Amalan yang berterusan serta menyeluruh dapat meningkatkan tahap penerimaan
dan penggunaan pendekatan ini dalam kalangan guru. Seterusnya akan merealisasikan
matlamat pendidikan kebangsaan untuk menjayakan amalan pembelajaran abad ke 21.

5.5 Limitasi Kajian dan Hala Tuju Kajian Masa Hadapan

Kajian ini adalah antara perintis kepada kajian berkaitan penentuan faktor yang
menyumbang kepada penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun
dalam kalangan guru di Malaysia. Walaupun implikasi positif kajian ini telah
disenaraikan namun seperti kajian-kajian lain, kajian ini mempunyai beberapa batasan.
Oleh itu, menjadi keperluan untuk menjelaskan limitasi kajian ini sebagai garis panduan
dalam menggeneralisasikan dapatan kajian kepada konteks yang berbeza dan seterusnya
menjadi petunjuk kepada hala tuju kajian masa hadapan.

Pertama, berdasarkan objektif kajian, pembentukan BeLAUM adalah berasaskan
populasi guru seluruh negara dengan pemilihan sampel secara rawak. Oleh itu model
kajian hanya menjelaskan penerimaan dan penggunaan guru secara holistik tanpa
pengkategorian guru yang spesifik. Mohd Awang dan Dollard (2011) menyatakan kajian
berasaskan populasi tidak memberi peluang untuk pengagregatan data dan

435

memungkinkan kesan berdasarkan organisasi tidak dinyata kerana dipengaruhi oleh
faktor-faktor individu. Maka, cadangan bagi kajian masa hadapan adalah pembentukan
objektif kajian yang lebih spesifik dengan melaksanakan pemilihan sampel kajian secara
bertujuan dan mengikut pengkategorian guru yang tertentu seperti (1) guru khas mata
pelajaran, (2) guru sekolah-sekolah berstatus khas, (3) kumpulan guru berdasarkan
logistik, dan (4) guru berpengalaman dan berkelayakan khas. Dijangkakan, kajian yang
mengetengahkan pemilihan sampel yang spesifik akan menghasilkan dapatan yang
berfokus dalam menjawab permasalahan dan isu kajian khusus untuk golongan
berkenaan. Sebagai tambahan, kajian perbandingan antara kategori guru juga boleh
dilaksana. Yang mana jurang antara kedua-dua kategori guru dapat dikenalpasti secara
emprikal dan menangani permasalahan kajian dengan cadangan penyelesaian.

Kedua, kajian ini menggunakan data cross-sectional, oleh itu kesan sebab dan
akibat oleh arah hubungan antara pemboleh ubah tidak dapat dijelaskan dengan baik
(Creswell, 2012; Saunders et al., 2012). Maka analisis dapatan memungkinkan wujud
kesan bias kaedah biasa (common method bias) dalam data kajian (Fuller et al., 2016;
Podsakoff et al., 2012) dan kesan hubungan antara pemboleh ubah disebabkan oleh
pemboleh ubah ketiga yang tidak diukur. Walaupun isu ini telah ditangani dengan ujian
Harman faktor tunggal dan secara majoriti kesan bias kaedah biasa dinafikan, namun
kesan bias ini dijangka masih wujud.

Bertujuan untuk mengurangkan kesan bias kaedah biasa secara total, dicadangkan
kajian berbentuk longitudinal (kutipan data secara berulang dan berkala bagi

436

mendapatkan persepsi sampel) perlu diaplikasi bagi menghasilkan kajian yang lebih
relevan dan dilaksanakan dalam skala kajian yang lebih praktikal. Selain daripada tujuan
untuk mengesahkan pengaruh dan arah hubungan antara pemboleh ubah dalam model
kajian agar lebih jitu, kajian berbentuk longitudinal juga dijangka dapat membuktikan
secara mendalam berkaitan kefahaman bagaimana faktor-faktor peramal mempengaruhi
niat dan tingkah laku guru berdasarkan sifatnya yang dinamik. Venkatesh et al. (2003)
menjelaskan bahawa persepsi individu akan berubah mengikut garis masa, selari dengan
pertambahan pengalaman mereka. Maka kajian masa hadapan dicadang menggunakan
reka bentuk kajian longitudinal bagi mengenal pasti perubahan persepsi individu dalam
membentuk pemboleh ubah dan mencorak pola kajian.

Ketiga, fokus utama kajian ini adalah berkaitan penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun, namun berdasarkan tetapan sistem pendidikan di
Malaysia melalui pelaksanaan projek 1Bestarinet, semua sekolah di seluruh negara
diwajibkan menggunakan platform Frog VLE sebagai medium startegi instruksional.
Berdasarkan ketetapan ini, isu kajian yang ingin dikaji hanya mampu terarah kepada
pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun menggunakan teknologi Frog VLE
sahaja. Keadaan ini memungkinkan dapatan berkaitan penerimaan dan penggunaan guru,
hanya terbatas kepada pandangan mereka terhadap teknologi tersebut sahaja. Oleh itu,
dicadangkan agar kajian masa hadapan lebih berfokus kepada kajian berkaitan
penerimaan dan penggunaan teknologi ICT yang berbeza dengan mengkaji karakteristik
pendekatan Pembelajaran Teradun berintegrasikan teknologi baharu (seperti Goggle
Classroom, Edmodo, Facebook, LMS, MOOC dan Moodle) secara lebih optimum.

437

Keempat, dapatan kajian menunjukkan varians yang menyumbang kepada Niat
Tingkah Laku (73.3%) dan Tingkah Laku Penggunaan (65.1%) telah dapat diterangkan
secara majoriti oleh empat pemboleh ubah kajian namun masih terdapat hampir 27%
(Niat Tingkah Laku) dan hampir 35% (Tingkah Laku Penggunaan) varians masih belum
dikenal pasti. Oleh itu, kajian masa hadapan harus melibatkan kajian terhadap pemboleh
ubah lain yang mungkin mempengaruhi niat dan tingkah laku guru untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun. Sebagai contoh, Venkatesh et al. (2012),
mendedahkan bahawa faktor motivasi keseronokan dan tabiat adalah signifikan
mempengaruhi niat serta tingkah laku individu untuk menggunakan teknologi. Manakala
pemboleh ubah lain yang dicadangkan adalah keyakinan diri, kepercayan terhadap
teknologi, kebimbangan, keberkesanan pengurusan, kualiti sistem, kerumitan teknologi,
kelebihan relatif, relevan perkerjaan dan kepuasan penggunaan (Abdul Wahab, 2012;
Abu-Al-Aish & Love, 2013; Alharbi & Drew, 2014; Shin & Kang, 2015; Siang &
Santoso, 2015).

Kelima, berkaitan pengaruh mediator. Berdasarkan kajian terdahulu antaranya
oleh Attuquayefio dan Addo (2014), Fathema et al. (2015), Muraina (2015), Siang dan
Santoso (2015) dan Teo et al. (2015), kajian telah mengkaji pengaruh Keadaan
Kemudahan sebagai pemboleh ubah mediator di dalam model struktur. Namun penemuan
kajian ini telah menunjukkan beberapa pemboleh ubah lain yang berpotensi untuk
dijadikan pemboleh ubah mediator. Iaitu dengan mewujudkan hubungan baharu antara
pemboleh ubah di dalam model struktur dan seterusnya mengukur pengaruh hubungan

438

tersebut. Oleh itu, sebagai pembaharuan dalam kajian akan datang dan berpandukan
dapatan kajian ini, dicadangkan kajian terhadap kesan mediator oleh Pengaruh Sosial dan
Efikasi Guru harus dilaksanakan.

Limitasi seterusnya adalah berkaitan pemboleh ubah moderator. Berdasarkan
skop kajian, kajian ini hanya mengkaji kesan moderator menggunakan pemboleh ubah
bersifat data nominal sahaja iaitu jantina, pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah.
Oleh itu, skop kajian akan datang boleh dikembangkan melalui penglibatan oleh
pemboleh ubah bersifat ordinal sebagai pemboleh ubah moderator (Abdul Wahab, 2012;
Muraina, 2015) seperti sikap, kebimbangan, kepuasan, kualiti sistem dan/atau pemboleh
ubah yang sepadan. Bertujuan untuk memperolehi penemuan kajian yang lebih
mendalam, kajian masa hadapan boleh menggunakan teknik perbandingan kumpulan
bersama parameter moderator yang pelbagai (inter dan intra moderators). Sebagai
contoh, kajian boleh dijalankan dengan mengkaji kesan interaksi antara jantina dan beban
tugas terhadap hubungan antara pemboleh ubah kajian melalui pembahagian sampel
kepada empat kumpulan seperti guru lelaki kurang beban tugas, guru lelaki lebih beban
tugas, guru perempuan kurang beban tugas dan guru perempuan lebih beban tugas. Atau
gabungan pemboleh ubah moderator bersifat ordinal dan nominal seperti pengalaman dan
kepuasan dalam mempengaruhi penerimaan individu terhadap teknologi. Perbandingan
inovasi kesan moderator pelbagai peringkat ini akan mendedahkan pengaruh moderator
secara lebih komprehensif berkaitan kesan, keamatan dan tahap kepentingan pemboleh
ubah tersebut.

439

5.6 Kesimpulan Kajian

Kajian empirikal ini dijalankan untuk menguji model cadangan bagi mencapai okbjektif
kajian, iaitu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan
dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru di Malaysia.
Untuk tujuan ini, kerangka kajian yang dibina berdasarkan kajian dan model-teori
berkaitan penerimaan teknologi terdahulu telah dicadangkan. Khususnya, kajian ini telah
membentuk konstruk model berdasarkan dapatan kajian awal melalui penilaian teliti
terhadap peranan dan dimensi penerimaan teknologi oleh individu sekaligus membentuk
instrumen kajian (BeLAS). Di samping pembentukan konstruk baharu, model kajian juga
melibatkan penilaian terhadap peranan pemboleh ubah mediator-Keadaan Kemudahan
dalam mempengaruhi hubungan antara pemboleh ubah. Manakala faktor jantina,
pengalaman, beban tugas serta lokasi sekolah telah dicadangkan sebagai pemboleh ubah
moderator untuk diuji kesannya dalam mempengaruhi kekuatan hubungan antara
pemboleh ubah.

Analisis Pemodelan Persamaan Struktur atau Structural equation modeling (SEM)
menggunakan perisian IBM SPSS Amos telah dilaksanakan untuk menguji model
cadangan terhadap kuota sampel guru sekolah (seramai 1440 orang guru dengan kadar
maklum balas sebanyak 59.1%) di seluruh negara. Hasil kajian mendedahkan bahawa
penerimaan dan amalan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun oleh guru dapat
direalisasikan dengan mempertimbangkan faktor Jangkaan Penggunaan, Pengaruh Sosial,
Keadaan Kemudahan dan Efikasi Guru. Di antara empat konstruk yang signifikan,

440

analisis menunjukkan kesan Efikasi Guru terhadap niat dan tingkah laku guru adalah
yang paling kuat. Pembuktian penemuan daripada hubungan antara faktor-faktor yang
menyumbang ini telah menunjukkan pengaruh besar dan peranan utama yang dimainkan
oleh faktor berkenaan terutama Efikasi Guru dalam pembentukan model penerimaan dan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (BeLAUM). Dapatan ini menunjukkan
faktor Efikasi Guru memainkan peranan paling penting dalam mempengaruhi penerimaan
dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru, diikuti faktor
Jangkaan Penggunaan, Pengaruh Sosial, dan Keadaan Kemudahan. Oleh itu, pihak
berkaitan seharusnya menumpukan faktor-faktor ini mengikut keutamaan dalam
merevolusi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam sistem
pendidikan Malaysia. Sebagai tambahan, kajian juga telah berupaya membuktikan tahap
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru
secara empirikal. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan dan penggunaan pendekatan
ini oleh guru berada pada tahap yang sederhana.

Kajian juga membuktikan, faktor Keadaan Kemudahan berperanan sebagai
pemboleh ubah mediator antara Efikasi Guru dan Niat Tingkah Laku. Tanggapan guru
terhadap efikasi kendiri mereka untuk menerima pendekatan Pembelajaran Teradun amat
bergantung kepada Keadaan Kemudahan. Situasi ini secara tidak langsung
mengambarkan peranan penting yang dimainkan oleh pemboleh ubah Keadaan
Kemudahan dalam meramal faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru. Selanjutnya, keputusan kajian
mendedahkan hanya enam hubungan antara pemboleh ubah adalah signifikan dengan

441

kesan moderator. Hubungan tersebut ialah (1) hubungan antara Jangkaan Penggunaan
dan Niat Tingkah Laku dimoderat oleh jantina dan beban tugas, (2) hubungan antara
Keadaan Kemudahan dan Tingkah Laku Penggunaan dimoderat oleh pengalaman dan
lokasi sekolah, dan (3) hubungan antara Efikasi Guru dan Niat Tingkah Laku dimoderat
oleh jantina dan beban tugas. Oleh itu, tumpuan secara selektif perlu diberi kepada aspek-
aspek berkaitan bagi menangani isu ini secara lebih efektif.

Dirumuskan bahawa, hubungan langsung dan tidak langsung yang signifikan
antara pemboleh ubah kajian telah membentuk struktur BeLAUM yang komprehensif dan
berupaya menjelas serta meramal faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru secara lebih tepat.
Secara keseluruhannya, kajian berjaya menunjukkan bahawa Efikasi Guru, Jangkaan
Penggunaan, Pengaruh Sosial dan Keadaan Kemudahan memainkan peranan yang
signifikan dalam mendorong Niat Tingkah Laku dan Tingkah laku Penggunaan guru
untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam proses pembelajaran
pelajar. Di samping faktor mediator dan moderator yang membawa kesan sampingan.

Berdasarkan kejayaan mencapai objektif kajian melalui pengujian secara
empirikal, kajian ini telah berupaya menjawab persoalan utama kajian dan menangani
permasalahan yang timbul. Beberapa penemuan telah dibuktikan bagi mengenalpasti
masalah dan kekangan yang dihadapi guru sehingga menghalang mereka untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Melalui kejayaan ini, kajian telah
memperkayakan pemahaman berkaitan aspek penerimaan dan penggunaan pendekatan

442

Pembelajaran Teradun khususnya dalam kalangan guru, sekaligus menyediakan implikasi
penting yang boleh menjadi garis panduan kepada penggubal polisi, KPM, kontraktor
projek 1Bestarinet dan pihak berkaitan. Setiap pemboleh ubah dalam BeLAUM
memainkan peranan yang unik dan selektif, oleh itu setiap faktor perlu ditangani dengan
teliti dan berkesan bagi menghasilkan impak yang diharapkan.

Pemahaman yang menyeluruh terhadap BeLAUM dapat membantu pihak
berkaitan dalam penyediaan pelan konstruktif bagi meningkatkan penerimaan dan amalan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun. Diharapkan, asas memahami aspek
berkaitan penerimaan serta penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun ini berupaya
menjadi panduan dan bidang penyelidikan yang bernilai untuk diterokai pada masa akan
datang. BeLAUM juga dijangka berupaya diadaptasi bagi menjalankan kajian dalam
konteks yang sepadan di negara-negara lain.

.

443

RUJUKAN

Abdelmalak, M. M. M. (2015). Web 2.0 technologies and building online learning communities:
Students’ perspectives. Online Learning, 19(2), 87–106. Diambil dari
http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1062942.pdf

Abdulahi, A. A., NorHidayati, Z., & Elmi, A. H. (2012). An evaluation of virtual learning
environment readiness in higher education institutions (HEIs). Journal of Information
Systems Research and Innovation, 2, 86–94. Diambil dari http://seminar.
utmspace.edu.my/jisri/

Abdul Wahab, L. (2012). A modification of the Unified Theory of Acceptance and Use of
Technology (UTAUT) from users’ perspectives of Telecentre in Nigeria. (Tesis Kedoktoran,
Universiti Utara Malaysia). Diambil dari http://etd.uum.edu.my/3379/

Abu-Al-Aish, A., & Love, S. (2013). Factors influencing students’ acceptance of m-learning: An
investigation in higher education. International Review of Research in Open and Distance
Learning, 14(5), 82–107. Diambil dari http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/article/
viewFile/1631/2749

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Dalam Orgnizational Behavior and Human
Decision Processes 50 (hal. 179–211). Academic Press, Inc. http://doi.org/10.1016/0749-
5978(91)90020-T

Al-Najjar, G. M. (2012). Mobile information systems: An empirical analysis of the determinants
of mobile commerce acceptance in Jordan. (Tesis Kedoktoran). Universiti Utara Malaysia,
Kedah, Malaysia.

Alammary, A., Sheard, J., & Carbone, A. (2014). Blended learning in higher education: Three
different design approaches. Australasian Journal of Educational Technology, 30(4), 440–
454. Diambil dari http://ajet.org.au/index.php/AJET/article/view/693/1061

Alavifar, A., Karimimalayer, M., & Mohd Khairol, A. (2012). Structural equation modeling VS
multiple regression. Engineering Science and Technology: An International Journal
(ESTIJ), 2(2), 326–329. Diambil dari http://www.estij.org/papers/vol2no22012/
5vol2no2.pdf

Alghanmi, S. (2014). Investigating the interpersonal and contextual factors govern Saudi
lecturers’ motivation in creating innovative blended learning environment that web 2.0-
based. Turkish Online Journal of Educational Technology, 13(3), 96–106. Diambil dari
http://www.tojet.net/articles/v13i3/13311.pdf

Alharbi, S., & Drew, S. (2014). Using the technology acceptance model in understanding
academics’ behavioural intention to use learning management systems. International
Journal of Advanced Computer Science and Applications, 5(1), 143–155. Diambil dari
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.428.9465&rep=rep1&type=pdf

Ali, M. F., Joyes, G., & Ellison, L. (2013). Using blended learning to enhance students’ cognitive
presence. Proceedings - 2013 International Conference on Informatics and Creative
Multimedia, ICICM 2013, 202–208. http://doi.org/10.1109/ICICM.2013.42

444

Almasaeid, T. F. (2014). The effect of using blended learning strategy on achievement and 9th
grade students. European Scientific Journal, 10(31), 133–145. Diambil dari
http://eujournal.org/index.php/esj/article/viewFile/4573/4370

Alotaibi, K. N. R. (2013). The effect of blended learning on developing critical thinking skills.
Education Journal, 2(4), 176–185. http://doi.org/10.11648/j.edu.20130204.21

Alshibly, H. (2014). An empirical investigation into factors influencing the intention to use e-
learning system: An extended technology acceptance model. British Journal of Applied
Science & Technology, 4(17), 2440–2457. Diambil dari
http://www.journalrepository.org/media/journals/BJAST_5/2014/Apr/Alshibly4172014BJA
ST10033_1.pdf

Althunibat, A. (2015). Determining the factors influencing students’ intention to use m-learning
in Jordan higher education. Computers in Human Behavior, 52, 65–71.
http://doi.org/10.1016/j.chb.2015.05.046

Ana Haziqah, A. R. (2014). Teacher’s perception towards virtual learning environment. (Tesis
Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Aravamudhan, N. R., & Krishnaveni, R. (2015). Establishing and reporting content validity
evidence of new Training and Development Capacity Building Scale (TDCBS).
Management: Journal of Contemporary Management, 20(1), 131–158. Diambil dari
http://hrcak.srce.hr/141598?lang=en

Attuquayefio, S. N., & Addo, H. (2014). Using the UTAUT model to analyze students ’ ICT
adoption. Journal of Technology, 10(3), 75–86. Diambil dari http://files.eric.ed.gov/
fulltext/EJ1059042.pdf

Azlah, M. J., & Fariza, K. (2014). Keberkesanan kemahiran komunikasi di kalangan guru dalam
penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE). Dalam K. Fariza, D. Md Yusoff,
& A. R. Mohd Jasmy (Ed.), Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber Dan Teknologi
Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan 2014 (hal. 63–69). Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

Azlina, A. B., Fahmi Zaidi, A. R., & Wan Salihin, W. A. (2013). Assessing the effects of
UTAUT and self-determination predictor on students continuance intention to use student
portal. World Applied Sciences Journal, 21(10), 1484–1489. http://doi.org/10.5829
/idosi.wasj.2013.21.10.2920

Bachman, C., & Scherer, R. (2015). Promoting student autonomy and competence using a hybrid
model for teaching physical activity. International Journal of Instruction, 8(1). Diambil dari
http://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2015_1_1.pdf

Banas, J. R., & York, C. S. (2014). Authentic learning exercises as a means to influence
preservice teachers’ technology integration self-efficacy and intentions to integrate
technology. Australasian Journal of Educational Technology, 30(6), 728–746.
http://doi.org/10.4018/ijicte.2014070105

Bandura, A. (1971). Social learning theory. Social Learning Theory. New York: General
Learning Press.

Bandura, A. (1989). Social cognitive theory. The American psychologist, 44(9), 1175–1184.
http://doi.org/10.1037/0003-066x.44.9.1175

445

Banyen, W., Viriyavejakul, C., & Ratanaolarn, T. (2016). A Blended learning model for learning
achievement enhancement of Thai undergraduate students. International Journal of
Emerging Technologies in Learning, 11(4), 48–55. http://doi.org/10.3991/ijet.v11i04.5325

Barker, J. (2015). Benefits of hybrid classes in community colleges. Contemporary Issues In
Education Research, 8(3), 143–146. Diambil dari http://cluteinstitute.com/ojs/index.php/
CIER/article/viewFile/9343/9393

Barker, J., & Gossman, P. (2013). The learning impact of a virtual learning environment:
Students’ views. Teacher Education Advancement Network Journal, 5(2), 19–38. Diambil
dari http://194.81.189.19/ojs/index.php/TEAN/article/viewFile/146/261

Baron, R. M., & Kenny, D. A. (1986). The moderator-mediator variable distinction in social
psychological research: Conceptual, strategic, and statistical considerations. Journal of
Personality and Social Psychology, 51(6), 1173–1182.

Barrio-garcía, S., Arquero, J. L., & Romero-frías, E. (2015). Personal learning environments
acceptance model: The role of need for cognition , e-learning satisfaction and students ’
perceptions. Educational Technology & Society, 18(3), 129–141. Diambil dari
http://www.ifets.info/journals/18_3/10.pdf

Bath, D., & Bourke, J. (2010). Getting started with blended learning. Diambil dari
https://www.griffith.edu.au/__data/assets/pdf_file/0004/267178/Getting_started_with_blend
ed_learning_guide.pdf

Belapurkar, A. M. (2013). Blended learning for effective remote learning. Scholarly Research
Journal for Interdisciplinary Studies, (Special Issue), 1–9. Diambil dari http://srjis.com/wp-
content/uploads/2016/01/3.2-ANITA-BELAPURKAR.pdf

Bhattacherjee, A. (2012). Social science research: Principles, methods, and practices (2nd Ed.).
USF Tampa Bay Open Access Textbooks Collection: Creative Commons Attribution.

Bottge, B. A., Ma, X., Gassaway, L., Toland, M. D., Butler, M., & Cho, S.-J. (2014). Effects of
blended instructional models on math performance. Exceptional Children, 80(4), 423–437.
http://doi.org/10.1177/0014402914527240

Bower, M., Dalgarno, B., Kennedy, G. E., Lee, M. J. W., & Kenney, J. (2015). Design and
implementation factors in blended synchronous learning environments: Outcomes from a
cross-case analysis. Computers & Education, 86, 1–17. http://doi.org/http://dx.doi.org/
10.1016/j.compedu.2015.03.006

Briggs, K. C. (2014). Blended learning vs face-to-face instruction: A quantitative evaluation of
student achievement in Algebra I. (Tesis Kedoktoran, Northcentral University). Diambil dari
https://library.ncu.edu/diss/GetAbstract/4487

Brown, T. A., & Moore, M. T. (2012). Confirmatory factor analysis. Dalam R. H. Hoyle (Ed.),
HandBook of Structural Equation Modeling (hal. 361–376). New York: The Guilford Press.

Buabeng-Andoh, C. (2012). Factors influencing teachers’ adoption and integration of information
and communication technology into teaching: a review of the literature. International
Journal of Education and Development using Information and Communication Technology,
8(1), 136–155. Diambil dari http://ijedict.dec.uwi.edu//viewarticle.php?id=1361

Carman, J. M. (2005). Blended learning design: 5 key ingredients. Instructional Design. Diambil
dari http://www.agilantlearning.com/instructionaldesign.html

446

Cassum, S. H., Allana, S., & Dias, J. (2016). Blended Learning across Disciplines: Models for
Implementation. Journal of Education and Training Studies (Vol. 4). http://doi.org/
10.11114/jets.v4i1.1168

Çevik, Y. D., Dağhan, G., Barin, S., & Savran, R. (2015). Examining information and
communication technologies preservice teachers ’ views on technology integration and their
roles in this process. Journal of Theory and Practice in Education, 11(4), 1143–1166.
Diambil dari http://web.a.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?
sid=032be052-c7c6-4214-9b27-9054d72c511b@sessionmgr4004&vid=13&hid=4204

Chan, W. T. Y., & Leung, C. H. (2016). The use of social media for blended learning in tertiary
education. Universal Journal of Educational Research, 4(4), 771–778. http://doi.org/
10.13189/ujer.2016.040414

Chang, C. C., Shu, K. M., Liang, C., Tseng, J. S., & Hsu, Y. S. (2014). Is blended e-learning as
measured by an achievement test and self-assessment better than traditional classroom
learning for vocational high school students? International Review of Research in Open and
Distance Learning, 15(2), 213–231. Diambil dari http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/
article/view/1708/2890

Cheok, M. L., & Wong, S. L. (2016). Frog virtual learning environment for Malaysian schools:
Exploring teachers’ experience. Dalam J. Zhang, J. Yang, M. Chang, & T. Chang (Ed.), ICT
in Education in Global Context, Lecture Notes in Educational Technology (hal. 201–209).
Singapore: Springer Science+Business Media Singapore. http://doi.org/10.1007/978-3-662-
43927-2

Cheung, A. C. K., & Slavin, R. E. (2013). The effectiveness of educational technology
applications for enhancing mathematics achievement in k-12 classrooms: A meta-analysis.
Educational Research Review, 9, 88–113. http://doi.org/10.1016/j.edurev.2013.01.001

Chew, E. (2008). Book review: Blended learning tools for teaching and training. Educational
Technology & Society, 11(2), 344–347. Diambil dari http://www.jstor.org/stable/
jeductechsoci.11.2.344

Chew, E., A.Turner, D., & Jones, N. (2010). In love and war: Blended learning theories for
computer scientists and educationists. Dalam F. L. Wang, J. Fong, & R. C. Kwan (Ed.),
Handbook of Research on Hybrid Learning Models: Advanced Tools, Technologies, and
Applications (hal. 1–23). Hershey: Information Science Reference.

Chibás-Ortíz, F., Borroto-Carmona, G., & De-Almeida-Santos, F. (2014). Managing creativity in
collaborative virtual learning environments: A DL corporate project. Media Education
Reseacrh Journal, 22, 143–151. http://doi.org/dx.doi.org/10.3916/C43-2014-14

Chiemeke, S., & Evwiekpaefe, A. (2011). A conceptual framework of a modified unified theory
of acceptance and use of technology (UTAUT) model with Nigerian factors in e-commerce
adoption. Educational Research, 2(December), 1719–1726. Diambil dari
http://interesjournal.org/ER/pdf/2011/December/Chiemeke and Evwiekpaefe.pdf

Chien, T. C. (2012). Computer self-efficacy and factors influencing e-learning effectiveness.
European Journal of Training and Development, 36(7), 670–686.
http://doi.org/10.1108/03090591211255539

Chua, Y. P. (2014a). Kaedah penyelidikan (3rd ed.). Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

447

Chua, Y. P. (2014b). Ujian regresi, analisis faktor dan analisis SEM (2nd ed.). Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.

Cimermanová, I. (2013). Teacher training in the virtual learning environment. International
Journal of Arts and Commerce, 2(10), 1–8.

Cohen, L., Lawrence, M., & Keith, M. (2007). Research methods in education (6th ed.). New
York: Routledge.

Compeau, D., & Higgins, C. (1995). Application of social cognitive theory to training for
computer skills. Information Systems Research, 6(2), 118–143. Diambil dari
http://dx.doi.org/10.1287/isre.6.2.118

Cooke, V. (2014). An evaluation of the use of blended learning strategies to develop and enhance
students’ knowledge of primary science. Worcester Journal of Learning and Teaching, (9).
Diambil dari http://www.worc.ac.uk/edu/documents/Blended_Learning_Strategies_for_
Primary_Science_Cooke.pdf

Coşkunçay, D. F., & Özkan, S. (2013). A model for instructors’ adoption of learning management
systems: Empirical validation in higher education context. The Turkish Online Journal of
Educational Technology, 12(2), 13–25. Diambil dari http://files.eric.ed.gov
/fulltext/EJ1015409.pdf

Crawford, C., Barker, J., & Seyam, A. (2014). The promising role of hybrid learning in
community colleges: Looking towards the future. Contemporary Issues In Education
Research, 7(3), 237–243. http://doi.org/dx.doi.org/10.19030/cier.v7i3.8645

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative research (4th. ed.). Boston: Pearson.

Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of
information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340. http://doi.org/doi.org/10.2307
/249008

Davis, F. D., Bagozzi, R. P., & Warshaw, P. R. (1989). User acceptance of computer technology:
A comparison of two theoretical models. Management science, 35(8). http://doi.org/
http://dx.doi.org/10.1287/mnsc.35.8.982

Davis, F. D., Bagozzi, R. P., & Warshaw, P. R. (1992). Extrinsic and intrinsic motivation to use
computers in the workplace. Journal of Applied Social Psychology, 22(14), 1111–1132.
http://doi.org/10.1111/j.1559-1816.1992.tb00945.x

Dawson, J. F. (2014). Moderation in management research: What, why, when, and how. Journal
of Business and Psychology, 29(1), 1–19. http://doi.org/10.1007/s10869-013-9308-7

Dečman, M. (2015). Modeling the acceptance of e-learning in mandatory environments of higher
education: The influence of previous education and gender. Computers in Human Behavior,
49, 272–281. http://doi.org/10.1016/j.chb.2015.03.022

Demirer, V., & Sahin, I. (2013). Effect of blended learning environment on transfer of learning:
An experimental study. Journal of Computer Assisted Learning, 29(6), 518–529.
http://doi.org/10.1111/jcal.12009

Dillon, W. R., Kumar, A., & Mulani, N. (1987). Offending estimates in covariance structure
analysis: Comments on the causes of and solutions to Heywood cases. Psychological

448

Bulletin, 101(1), 126–135. http://doi.org/10.1037/0033-2909.101.1.126

Downing, C. E., Spears, J., & Holtz, M. (2014). Transforming a course to blended learning for
student engagement. Education Research International, 2014, 10. http://doi.org/
10.1155/2014/430732

Driscoll, M. (2002). Blended learning: Let’s get beyond the hype. E-learning, 1(4), 1–4. Diambil
dari http://www-07.ibm.com/services/pdf/blended_learning.pdf

Drysdale, J. S., Graham, C. R., Spring, K. J., & Halverson, L. R. (2013). An analysis of research
trends in dissertations and theses studying blended learning. Internet and Higher Education,
17, 90–100. http://doi.org/10.1016/j.iheduc.2012.11.003

Eryilmaz, M. (2015). The effectiveness of blended learning environments. Contemporary Issues
In Education Research, 8(4), 251–256. http://doi.org/10.19030/cier.v8i4.9433

Fathema, N., Shannon, D., & Ross, M. (2015). Expanding the technology acceptance model
(TAM) to examine faculty use of learning management systems (LMSs) in higher education
institutions. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 11(2), 210–232. Diambil
dari http://www.researchgate.net/publication/281842180

Feinberg, F. M. (2012). Mediation analysis and categorical variables: Some further frontiers.
Journal of Consumer Psychology, 22(4), 595–598. http://doi.org/10.1016/j.jcps.2012.03.007

Field, A. (2013). Discovering statistics using IBM SPSS statistics (4th Ed.). London: SAGE
Publications Ltd.

Fielding, N. G. (2012). Triangulation and mixed methods designs: Data integration with new
research technologies. Journal of Mixed Methods Research, 24(3), 226–238.
http://doi.org/10.1177/1558689812437101

Finstad, K. (2010). Response interpolation and scale sensitivity: Evidence against 5-point scales.
Journal of Usability Studies, 5(3), 104–110. Diambil dari http://uxpajournal.org/wp-
content/uploads/pdf/JUS_Finstad_May_2010.pdf

Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, attitude, intention, and behavior: An introduction to
theory and research. Reading, MA: Addison-Wesley.

Fleiss, J. L. (1971). Measuring nominal scale agreement among many raters. Psychological
Bulletin, 76(5), 378–382. Diambil dari papers://e7d065ae-9998-4287-8af0-
c9fa85af8e96/Paper/p44071

Foong Mae, C. (2002). ICT in Malaysian schools: Policy and strategies. Education Technology
Division, Ministry of Education, Malaysia. Diambil dari http://unpan1.un.org/intradoc
/groups/public/documents/apcity/unpan011288.pdf

Francis, R., & Shannon, S. J. (2013). Engaging with blended learning to improve students’
learning outcomes. European Journal of Engineering Education, 38(4), 359–369.
http://doi.org/10.1080/03043797.2013.766679

FrogAsia. (2014). Frog Asia; What is the Frog VLE? Diambil dari http://what-
isthe.blogspot.ca/2010/04/what-is-accuracy-of-dgps.html

Fuller, C. M., Simmering, M. J., Atinc, G., Atinc, Y., & Babin, B. J. (2016). Common methods
variance detection in business research. Journal of Business Research, 69(8), 3192–3198.

449

http://doi.org/10.1016/j.jbusres.2015.12.008

Garson, G. D. (2012). Testing statistical assumptions. Asheboro, NC USA: Statistical Associates
Publishing.

Garson, G. D. (2015). Structural equation modeling. Asheboro, NC USA: Statistical Associates
Publishing.

Gaskin, J. (2011). Common method bias. Diambil 20 Januari 2017, dari http://youtube.com/
Gaskination

Gaskin, J. (2012). Exploratory factor analysis. Diambil dari http://statwiki.kolobkreations.com/

Gaskin, J. (2015). Mediation concepts and bootstrapping in AMOS. Diambil dari
http://youtube.com/Gaskination

Gaskin, J. (2016a). 2 way interactions. Stats Tools Package. Diambil dari http://statwiki.
kolobkreations.com

Gaskin, J. (2016b). Confirmatory factor analysis. Diambil 3 Januari 2017, dari http://statwiki.
kolobkreations.com

Gaskin, J. (2016c). Data screening. Diambil 3 Januari 2017, dari http://statwiki.
kolobkreations.com/

Gaskin, J. (2016d). Mediation. Diambil dari http://youtube.com/Gaskination

Gaskin, J. (2016e). Multi-group analysis. Diambil dari http://youtube.com/Gaskination

Gaskin, J. (2016f). MyIndirectEffects.AmosEstimandVB. Gaskination’s Statistics. Diambil dari
http://statwiki.kolobkreations.com

Gaskin, J. (2016g). Structural equation modeling. Diambil 25 Januari 2017, dari http://statwiki.
kolobkreations.com

Gaskin, J. (2016h). Validity and reliability. Diambil 21 Januari 2017, dari http://statwiki.
kolobkreations.com

Gaskin, J. (2016i). Validity master. Stats Tools Package. Diambil dari http://statwiki.
kolobkreations.com

Geçer, A., & Dağ, F. (2012). A blended learning experience. Educational Sciences: Theory &
Practice, 12(1), 438–443. Diambil dari http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ978452.pdf

Gerbing, D. W., & Anderson, J. C. (1987). Improper solutions in the analysis of covariance
structures: Their interpretability and a comparison of alternate respecifications.
Psychometrika, 52(1), 99–111. http://doi.org/10.1007/BF02293958

Gibbs, C. (2003). Explaining effective teaching: Self-efficacy and thought control of action.
Journal of Educational Enquiry, 4(2), 1–14. Diambil dari http://ojs.unisa.edu.au/index.php/
EDEQ/article/download/520/390

Göğüş, A., Nistor, N., & Lerche, T. (2012). Educational technology acceptance across cultures: a
validation of the unified theory of acceptance and use of technology in the context of turkish
national culture. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 11(4), 394–408.
Diambil dari http://www.tojet.net/articles/v11i4/11440.pdf

450

Graham, C. R. (2006). Blended learning systems: Definition, current trends, and future directions.
Dalam C. J. Bonk & C. R. Graham (Ed.), The Handbook of blended learning: Global
Perspectives, local designs. (hal. A1–A88). San Francisco, CA: Pfeiffer Publishing.
http://doi.org/10.2307/4022859

Graham, C. R. (2013). Emerging practice and research in blended learning. Dalam M. G. Moore
(Ed.), Handbook Of Distance Education (3rd. ed., hal. 333–350). New York: Routledge.
Diambil dari https://www.academia.edu/2068375/Emerging_practice_and_research_
in_blended_learning

Graham, C. R., & Dziuban, C. (2008). Blended learning environments. Dalam J. David, M. J.
Spector, M. Driscoll, M. D. Merrill, J. van Merrienboer, & M. P. Driscoll (Ed.), Handbook
of research on educational communications and technology (3, revised ed., hal. 269–276).
New York: Routledge. http://doi.org/10.1080/02652030701883203

Graham, C. R., Henrie, C. R., & Gibbons, A. S. (2014). Developing models and theory for
blended learning research. Dalam A. G. Picciano, C. D. Dziuban, & C. R. Graham (Ed.),
Blended learning: Research Perspectives (Vol. 2, hal. 13–33). New York: Routledge.
Diambil dari https://www.academia.edu/3623333/Developing_models_and_theory_for_
blended_learning_research

Güler, B., & Şahİn, M. (2015). The effect of blended learning method on preservice elementary
science teachers’ attitudes toward technology, self-regulation and science process skills.
Journal of Science and Mathematics Education, 9(1), 108–127. http://doi.org/
10.17522/nefefmed.17511

Güzer, B., & Caner, H. (2014). The past, present and future of blended learning: An in depth
analysis of literature. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116, 4596–4603.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.992

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2014). Multivariate data analysis.
Pearson Education Limited (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2014). A primer on partial least
squares structural equation modeling (PLS-SEM). Los Angeles: SAGE Publications, Inc.

Hair Jr., J. F., Matthews, L. M., Matthews, R. L., & Sarstedt, M. (2017). PLS-SEM or CB-SEM :
updated guidelines on which method to use. International Journal Multivariate Data
Analysis, 1(2), 107–123. http://doi.org/10.1504/IJMDA.2017.087624

Hall, S., & Villareal, D. (2015). The hybrid advantage: Graduate student perspectives of hybrid
education courses. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education,
27(1), 69–80. Diambil dari http://www.isetl.org/ijtlhe/

Hamzah, M. I., Embi, M. A., & Ismail, A. (2010). ICT and diversity in learners’ attitude on smart
school initiative. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(C), 728–737.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.10.099

Hauser, R., Paul, R., & Bradley, J. (2012). Computer self-efficacy, anxiety, and learning in online
versus face to face medium. Journal of Information Technology Education: Research, 11,
141–154. Diambil dari http://jite.informingscience.org/documents/Vol11/JITEv11p141-
154Hauser0910.pdf

Hayes, A. (2012). Process: A versatile computational tool for observed variable moderation,


Click to View FlipBook Version