355
H5d Keadaan Kemudahan mempengaruhi Tingkah Laku Penggunaan
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di sekolah luar bandar.
Dapatan analisis menunjukkan nilai χ2 bagi model Constrained = 3409.784 dan model
Unconstrained = 3401.171, maka perbezaan Chi-square (∆χ2) = 8.613 (Jadual 4.56).
Perbezaan degrees of freedom (df) adalah 1, di mana χ2(df=1) = 3.84, p<0.05. Oleh itu,
dapatan analisis adalah signifikan apabila perbezaan Chi-square (8.613) dengan df=1
adalah lebih tinggi daripada 3.84 (∆χ2 > critical values). Keputusan perbandingan ini
mencadangkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara model Constrained dan
Unconstrained bagi hubungan KK--->TLP untuk kedua-dua kumpulan lokasi sekolah
[∆χ2 (8.613) > critical values (3.84)]. Dapatan merumuskan bahawa lokasi sekolah adalah
moderator kepada hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku
Penggunaan (TLP).
Jadual 4.56
Keputusan Analisis Pelbagai Kumpulan bagi Hubungan Keadaan Kemudahan dan
Tingkah Laku Penggunaan (Lokasi Sekolah)
Model Model Perbezaan Keputusan untuk moderator
Constrained Unconstrained 8.613 Sig.
1 (terdapat kesan moderator)
Chi-square 3409.784 3401.171
df 1369 1368
Nota: df - degrees of freedom, χ2(df=1) = 3.84, p<0.05
Langkah seterusnya dalam pembuktian hipotesis H5d ialah membandingkan nilai
pekali laluan antara kumpulan bagi mengesan kumpulan yang lebih ketara pengaruh
interaksinya di dalam hubungan yang diuji. Jadual 4.57 menunjukan analisis pengujian
kesan moderator dalam hubungan KK--->TLP bagi kumpulan lokasi sekolah.
356
Jadual 4.57
Nilai Standardized Estimate dan Nilai-P bagi Kumpulan Lokasi Sekolah dalam
Hubungan KK--->TLP.
Bandar (B) Luar bandar (LB)
Hubungan Standardized Nilai-P Standardized Nilai-P Keputusan
estimate (β) estimate (β) LB > B
KK--->TLP 0.026ns 0.662 0.29*** ***
Nota; ***p<0.001, **p<0.005, *p<0.05, ns= tidak sig.
Keputusan analisis menunjukkan parameter Standardized estimate untuk
kumpulan guru di bandar ialah 0.026 manakala bagi kumpulan guru di luar bandar ialah
0.29 (βbandar = -0.026; p = 0.662 dan βluarbandar = 0.29; p = 0.000). Oleh itu, kesan Keadaan
Kemudahan (KK) ke atas Tingkah laku Penggunaan (TLP) adalah lebih ketara bagi
kumpulan guru di luar bandar berbanding dengan kumpulan guru di bandar. Namun
begitu, H5d tidak dapat disokong kerana dapatan analisis kesan moderator ini bertentangan
arah dengan penyataan hipotesis.
Kajian merumuskan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) mempengaruhi Tingkah
laku Penggunaan (TLP) untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah
lebih ketara bagi guru di luar bandar berbanding guru di bandar. Impak Lokasi sekolah
sebagai moderator dalam hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku
Penggunaan (TLP) dapat digambarkan melalui lakaran graf (Rajah 4.12). Bagi gambaran
yang lebih jelas, pemboleh ubah exogenous (Keadaan Kemudahan) di kod semula kepada
dua kategori; rendah (low) dan tinggi (high) dengan pembahagian sampel kepada dua
kategori (Lokasi sekolah; low-bandar dan high-luar bandar).
357
Rajah 4.12. Kesan Moderator - Lokasi Sekolah terhadap Hubungan KK dan TLP
Nota; Unstandardized beta; Peramal - KeadaanKemudahan (0.149), Moderator - LokasiSekolah (-0.428),
Interaction - KeadaanKemudahan*LokasiSekolah (0.029). Low LokasiSekolah = Bandar, High
LokasiSekolah = Luar bandar.
Graf menunjukkan, kedua-dua kategori sampel bagi Lokasi sekolah; bandar (low)
dan luar bandar (high) menunjukkan peningkatan dalam aspek Tingkah laku Penggunaan
(TLP) apabila aras Keadaan Kemudahan (KK) meningkat. Plot graf juga menunjukkan
aras Tingkah laku Penggunaan (TLP) bagi guru yang berada di sekolah bandar adalah
lebih tinggi berbanding guru berada di sekolah luar bandar. Namun, berdasarkan analisis
statistik, peningkatan aras Tingkah laku Penggunaan (TLP) adalah lebih ketara bagi guru
di sekolah luar bandar apabila aras Keadaan Kemudahan (KK) berubah daripada rendah
kepada tinggi. Hasil analisis menunjukkan guru di bandar mempunyai Tingkah laku
Penggunaan (TLP) yang lebih tinggi berbanding guru di luar bandar. Namun peningkatan
358
Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru luar bandar akan lebih ketara apabila Keadaan
Kemudahan (KK) ditingkatkan.
H6d Efikasi Guru mempengaruhi Niat Tingkah Laku melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru mengajar di sekolah
bandar berbanding guru mengajar di sekolah luar bandar.
Dapatan analisis menunjukkan nilai χ2 bagi model Constrained = 3401.853 dan model
Unconstrained = 3401.171, maka perbezaan Chi-square (∆χ2) = 0.682 (Jadual 4.58).
Manakala perbezaan degrees of freedom (df) adalah 1, di mana χ2(df=1) = 3.84, p<0.05.
Oleh itu, dapatan analisis adalah tidak signifikan apabila perbezaan Chi-square (0.682)
dengan df=1 adalah lebih rendah daripada 3.84 (∆χ2 < critical values). Keputusan
perbandingan ini mencadangkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara model
Constrained dan Unconstrained bagi hubungan EG--->NTL untuk kedua-dua kumpulan
lokasi sekolah. Dapatan merumuskan bahawa lokasi sekolah adalah bukan moderator
kepada hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL).
Jadual 4.58
Keputusan Analisis Pelbagai Kumpulan bagi Hubungan Efikasi Guru dan Niat Tingkah
Laku (Lokasi sekolah)
Model Model Perbezaan Keputusan untuk moderator
Constrained Unconstrained 0.682 Tidak Sig.
1 (tiada kesan moderator)
Chi-square 3401.853 3401.171
df 1369 1368
Nota: df - degrees of freedom, χ2(df=1) = 3.84, p<0.05
359
Analisis kesan moderator terhadap hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat
Tingkah Laku (NTL) menunjukkan keputusan yang tidak signifikan signifikan [∆χ2
(0.682) < critical values (3.84)]. Oleh itu keputusan analisis pelbagai kumpulan
membuktikan lokasi sekolah adalah bukan moderator bagi hubungan Efikasi Guru (EG)
dan Niat Tingkah Laku (NTL) bagi kajian ini. Berdasarkan dapatan analisis, maka H6d
tidak disokong. Kajian merumuskan bahawa tiada kesan interaksi daripada pemboleh
ubah moderator - lokasi sekolah dalam hubungan Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah
Laku (NTL) untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Keseluruhannya, daripada lima hubungan yang diuji, hanya satu hubungan (KK---
>TLP) dapat dibuktikan mempunyai kesan interaksi daripada pemboleh ubah moderator-
lokasi sekolah. Analisis perbandingan hubungan Coefficient antara kumpulan,
menunjukkan dapatan yang kontras daripada hipotesis hubungan yang dibina (H5d);
walaupun hubungan yang diuji mempunyai kesan interaksi yang signifikan daripada
pemboleh ubah moderator-lokasi sekolah, namun lokasi sekolah - luar bandar lebih ketara
berbanding lokasi sekolah - bandar dalam mempengaruhi hubungan Keadaan Kemudahan
(KK) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP) untuk melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun. Oleh itu hipotesis H5d; Keadaan Kemudahan (KK) mempengaruhi
Tingkah laku Penggunaan (TLP) melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun,
adalah lebih ketara untuk guru mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di
sekolah luar bandar, tidak disokong. Ringkasnya, tiada hipotesis yang dapat disokong
dalam pembuktian pengaruh moderator-lokasi sekolah dalam model struktur kajian.
Jadual 4.59 menunjukkan rumusan keputusan pengujian kesan mo
Jadual 4.59
Keputusan Perbandingan Hubungan Coefficient antara Kumpula
Bandar (B) Luar ba
Hubungan Standardized Nilai-t Nilai-P Standardized
estimate (β) (CR) estimate (β)
JPG--->NTL 0.397*** 4.796 *** 0.386***
(H1d) 0.160**
0.229*** 3.57 *** -0.114ns
PS--->NTL 0.290***
(H3d) -0.20*** -3.563 *** 0.458***
0.026ns 0.437 0.662
KK--->NTL
(H4d) 0.448*** 5.627 ***
KK--->TLP
(H5d)
EG--->NTL
(H6d)
Nota; ***p<0.001, **p<0.005, *p<0.05, ns= tidak sig.
Signifikan jika ∆χ2 > critical values(cv), χ2(df=1) = 3.84, p<0.05 (Kline, 2011)
Perbandingan kumpulan lebih ketara; dengan membandingkan nilai Standardiz
JPG=Jangkaan Penggunaan, PS=Pengaruh Sosial, KK=Keadaan Kemudah
Penggunaan.
oderator bagi kumpulan lokasi sekolah.
an (Lokasi Sekolah) bagi Pengujian Kesan Moderator
andar (LB) Perbezaan Kesan Pembuktian
Nilai-t Nilai-P Moderator Hipotesis
(CR) ∆χ2(1) = 0.091
∆χ2 < cv
5.755 *** Tidak Wujud Tidak disokong
∆χ2(1) = 0.093
2.276 0.023 ∆χ2 < cv Tidak Wujud Tidak disokong
-1.775 0.076 ∆χ2(1) = 0.251 Tidak Wujud Tidak disokong
∆χ2 < cv Tidak disokong
3.765 *** Wujud Tidak disokong
∆χ2(1) = 8.613 (LB > B)
6.263 *** ∆χ2 > cv
Tidak Wujud
∆χ2(1) = 0.682
∆χ2 < cv
).
zed estimate (β).
han, EG=Efikasi Guru, NTL=Niat Tingkah Laku dan TLP=Tingkah Laku
360
361
Rumusan pengujian hipotesis - kesan moderator
Pengujian hipotesis kesan moderator melalui analisis kumpulan pelbagai SEM (multi
group analysis) telah mendedahkan enam kesan interaksi wujud di dalam model kajian
namun hanya tiga hipotesis (H1a - jantina, H5b - pengalaman dan H1c - beban tugas) dapat
dibuktikan dan disokong. Jadual 4.60 menunjukkan rumusan pembuktian hipotesis
berkaitan pengujian kesan moderator bagi kajian ini.
Jadual 4.60
Rumusan Pembuktian Hipotesis berkaitan Pengujian Kesan Mode
Hubungan Standardized Nilai-t Nilai-P Standardized
(Hipotesis) estimate (β) (CR) estimate (β)
Lelaki (L) Perem
JPG--->NTL 0.223** 2.645 0.008 0.440***
(H1a)
EG--->NTL 0.739*** 6.62 *** 0.381***
(H6a)
Kurang Pengalaman (KP) Berpenga
KK--->TLP -0.018ns -0.243 0.808 0.249***
(H5b)
Kurang Beban tugas (KBt) Lebih Beba
JPG--->NTL 0.497*** 8.051 *** 0.126ns
(H1c)
EG--->NTL 0.354*** 5.876 *** 0.737***
(H6c)
Bandar (B) Luar ba
KK--->TLP 0.026ns 0.437 0.662 0.29***
(H5d)
Nota; ***p<0.001, **p<0.005, *p<0.05, ns= tidak sig.
Signifikan jika ∆χ2 > critical values(cv), χ2(df=1) = 3.84, p<0.05 (Kline, 2011)
Perbandingan kumpulan lebih ketara; dengan membandingkan nilai Standardiz
JPG=Jangkaan Penggunaan, PS=Pengaruh Sosial, KK=Keadaan Kemudah
Penggunaan.
erator
Nilai-t Nilai-P Perbezaan Kesan Pembuktian
(CR) Moderator Hipotesis
∆χ2(1) = 3.843 Disokong
mpuan (P) ∆χ2 > cv Wujud
(P > L) Tidak disokong
7.082 *** ∆χ2(1) = 14.016 Wujud
∆χ2 > cv (L > P) Disokong
76.308 ***
∆χ2(1) = 6.578 Wujud Disokong
alaman (BP) ∆χ2 > cv (BP > KP) Tidak disokong
3.863 *** ∆χ2(1) = 11.958 Wujud Tidak disokong
∆χ2 > cv (KBt > LBt)
an tugas (LBt)
∆χ2(1) = 5.823 Wujud
1.211 0.226 ∆χ2 > cv (LBt > KBt)
6.213 *** ∆χ2(1) = 8.613 Wujud
∆χ2 > cv (LB > B)
andar (LB)
3.765 ***
).
zed estimate (β).
han, EG=Efikasi Guru, NTL=Niat Tingkah Laku dan TLP=Tingkah Laku
362
363
4.7.2.4 Rumusan Pengujian Hipotesis
Kaedah anggaran parameter telah dilaksana menggunakan perisian IBM SPSS Amos
dalam analisis SEM untuk menguji dan membuktikan cadangan hipotesis yang dibina
bagi kajian ini. Secara khususnya, terdapat lapan hipotesis berkaitan pengujian kesan
hubungan langsung, dua hipotesis (enam sub-hipotesis) berkaitan kesan mediator dan dua
puluh hipotesis berkaitan kesan moderator telah diuji.
Asas pengujian hipotesis adalah nilai indeks fit (Goodness-of-fit) model struktur
perlu dipenuhi terlebih dahulu. Secara keseluruhannya, indeks fit bagi model struktur
kajian telah dipenuhi, maka nilai anggaran pekali laluan (standardized estimated - nilai β)
untuk semua hubungan telah dinilai bagi pembuktian hipotesis kesan hubungan langsung
di dalam model kajian. Keputusan analisis menunjukkan enam hubungan adalah
signifikan serta menyokong hipotesis kesan langsung yang dibina iaitu H1, H3, H4, H5, H6
dan H11a. Sebagai rumusan pembuktian hipotesis kesan langsung, dapatan secara
keseluruhannya telah menyokong hipotesis H8 iaitu Jangkaan Penggunaan (JPG),
Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG) merupakan
faktor peramal bagi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun
dalam kalangan guru.
364
Seterusnya, dua hipotesis dengan enam sub-hipotesis berkaitan kesan mediator
dalam model kajian telah diuji menggunakan kaedah konversional dan disemak melalui
kaedah bootstrapping di dalam perisian IBM SPSS Amos. Keputusan mendedahkan satu
hubungan berkaitan kesan mediator adalah signifikan, iaitu yang melibatkan pemboleh
ubah Keadaan Kemudahan (KK) di dalam hubungan antara Jangkaan Penggunaan (JPG)
dan Niat Tingkah Laku (NTL). Oleh itu hipotesis H11 telah disokong.
Akhir sekali, pengujian statistik analisis kumpulan pelbagai SEM (multi group
analysis) dilaksanakan untuk menilai pengaruh pemboleh ubah moderator (jantina guru,
pengalaman guru, beban tugas guru dan lokasi sekolah) di dalam hubungan antara
konstruk dalam model kajian. Dapatan analisis menunjukkan enam kesan interaksi yang
signifikan pada hubungan antara konstruk di dalam model kajian iaitu bagi moderator-
jantina guru (JPG--->NTL dan EG--->NTL), moderator-pengalaman guru (KK--->TLP),
moderator-beban tugas guru (JPG--->NTL dan EG--->NTL) dan moderator-lokasi
sekolah (KK--->TLP). Namun, perbandingan hubungan Coefficient antara kumpulan
telah mendedahkan, hanya tiga hubungan adalah selari dan menyokong hipotesis yang
dibina iaitu H1a (JPG--->NTL), H5b (KK--->TLP), dan H1c (JPG--->NTL). Secara
keseluruhannya, pengujian statistik telah menyokong 11 daripada 31 hipotesis kajian ini.
Ringkasan keputusan pengujian hipotesis ditunjukkan dalam Jadual 4.61.
365
Jadual 4.61 Hubungan/Dapatan Keputusan
Ringkasan Keputusan Pengujian Hipotesis
Hipotesis
Kesan Langsung JPG--->NTL Disokong
H1 JPG secara signifikan mempengaruhi NTL untuk (Signifikan) Disokong
melaksanakan pendekatan PT PS ---> NTL Disokong
H3 PS secara signifikan mempengaruhi NTL untuk (Signifikan) Disokong
melaksanakan pendekatan PT KK---> NTL Disokong
H4 KK secara signifikan mempengaruhi NTL untuk (Signifikan) Tidak disokong
melaksanakan pendekatan PT KK ---> TLP
H5 KK secara signifikan mempengaruhi TLP untuk (Signifikan) Disokong
melaksanakan pendekatan PT EG---> NTL
H6 EG secara signifikan mempengaruhi NTL untuk (Signifikan) Tidak disokong
melaksanakan pendekatan PT NTL--->TLP Disokong
H7 NTL secara signifikan mempengaruhi TLP untuk (Tidak signifikan)
melaksanakan pendekatan PT JPG--->NTL
PS ---> NTL
H8 JPG, PS, KK dan EG merupakan faktor peramal bagi KK---> NTL
NTL dan TLP. KK ---> TLP
EG---> NTL
H10a JPG secara signifikan mempengaruhi KK. (Semua hubungan
adalah signifikan)
H11a EG secara signifikan mempengaruhi KK. JPG ---> KK
(Tidak signifikan)
EG ---> KK
(Signifikan)
Kesan Mediator JPG-->KK-->NTL Tidak disokong
(Tiada kesan
H10 KK merupakan pengantara hubungan antara JPG dan mediator) Disokong
NTL.
EG-->KK-->NTL (bersambung)
H11 KK merupakan pengantara hubungan antara EG dan (Partial Mediator)
NTL.
366
Jadual 4.61 (sambungan) Hubungan Keputusan
Hipotesis JPG--->NTL Disokong
(P > L) Tidak disokong
Kesan Moderator - Jantina Tidak disokong
H1a JPG mempengaruhi NTL untuk melaksanakan PS ---> NTL Tidak disokong
pendekatan Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara bagi (Tiada kesan Tidak disokong
guru perempuan berbanding guru lelaki. moderator)
H3a PS mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan KK---> NTL Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan Tidak disokong
perempuan berbanding guru lelaki. moderator) Tidak disokong
H4a KK mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan KK ---> TLP
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan Disokong
perempuan berbanding guru lelaki. moderator) Tidak disokong
H5a KK mempengaruhi TLP melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru EG---> NTL (bersambung)
perempuan berbanding guru lelaki. (L > P)
H6a EG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru JPG--->NTL
perempuan berbanding guru lelaki. (Tiada kesan
moderator)
Kesan Moderator - Pengalaman PS ---> NTL
H1b JPG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan (Tiada kesan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru moderator)
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman. KK---> NTL
H3b PS mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan (Tiada kesan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru moderator)
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman
H4b KK mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan KK ---> TLP
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (BP > KP)
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman
H5b KK mempengaruhi TLP melaksanakan pendekatan EG---> NTL
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman moderator)
H6b EG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru
berpengalaman berbanding guru kurang pengalaman
367
Jadual 4.61 (sambungan) Hubungan Keputusan
Disokong
Hipotesis JPG--->NTL Tidak disokong
Kesan Moderator - Beban tugas (KBt > LBt) Tidak disokong
H1c JPG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru PS ---> NTL Tidak disokong
kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas (Tiada kesan
H3c PS mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan moderator)
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru KK---> NTL
kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas (Tiada kesan
H4c KK mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan moderator)
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru KK ---> TLP
kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas (Tiada kesan
H5c KK mempengaruhi TLP melaksanakan pendekatan moderator)
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru
kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas EG---> NTL
H6c EG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan (LBt > KBt)
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru
kurang beban tugas berbanding guru lebih beban tugas
Kesan Moderator - Lokasi sekolah
H1d JPG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan JPG--->NTL Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di moderator)
sekolah luar bandar
H3d PS mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan PS ---> NTL Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di moderator)
sekolah luar bandar
H4d KK mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan KK---> NTL Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di moderator)
sekolah luar bandar
H5d KK mempengaruhi TLP melaksanakan pendekatan KK ---> TLP Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (LB > B)
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di
sekolah luar bandar
H6d EG mempengaruhi NTL melaksanakan pendekatan EG---> NTL Tidak disokong
Pembelajaran Teradun, adalah lebih ketara untuk guru (Tiada kesan
mengajar di sekolah bandar berbanding guru mengajar di moderator)
sekolah luar bandar
Nota: P=Perempuan, L=Lelaki, BP=Berpengalaman, KP=Kurang Pengalaman, KBt=Kurang Beban tugas,
LBt=Lebih Beban tugas, LB=Luar Bandar dan B=Bandar.
JPG=Jangkaan Penggunaan, PS=Pengaruh Sosial, KK=Keadaan Kemudahan, EG=Efikasi Guru, NTL=Niat
Tingkah Laku dan TLP=Tingkah Laku Penggunaan.
368
4.8 Pengesahan Dapatan Kajian
Proses pengesahan data telah dijalankan bagi mengesahkan analisis dapatan kajian soal
selidik, iaitu mendapatkan penjelasan serta pengesahan berkaitan faktor-faktor sebenar
yang mempengaruhi tingkah laku guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun. Sesi
temu bual semi berstruktur telah dijalankan terhadap 14 orang responden (guru dan
pentadbir di sekolah) yang dipilih secara rawak bertujuan. Responden temu bual
ditentukan berdasarkan jenis, kategori dan lokasi sekolah yang merangkumi kepelbagaian
karakteristik sumber data kajian. Proses temu bual adalah bertujuan untuk mengumpul
persepsi responden berdasarkan pengalaman dan jangkaan mereka terhadap pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran Teradun di sekolah.
Melalui teknik pengekodan bertema (thematic coding techniques), dapatan temu
bual terhadap kumpulan fokus telah dianalisis dan dapatan mencadangkan lima tema
utama; selari dengan konstruk kajian dalam meramal penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun. Tema kajian yang dapat dibentuk melalui sesi temu
bual ini adalah (1) Jangkaan Penggunaan (JPG); Jangkaan Prestasi (JP) - penggunaan
memenuhi matlamat pembelajaran, dan Jangkaan Usaha (JU) - penggunaan memudahkan
proses pembelajaran, (2) Pengaruh Sosial (PS) - pengaruh rakan dan organisasi, (3)
Keadaan Kemudahan (KK) - pengaruh kemudahan fizikal dan sokongan teknikal, dan (4)
Efikasi Guru (EG) - sikap positif atau negatif mengenai kemampuan diri. Dapatan
analisis pengesahan data diringkaskan seperti dalam Jadual 4.62.
369
Jadual 4.62
Rumusan Tema dan Pengesahan Dapatan berdasarkan Maklum Balas Sampel
Tema Rumusan Maklum Balas Pengesahan
Jangkaan Sebahagian besar guru menjelaskan bahawa penggunaan Frog Menyokong
Prestasi hubungan
VLE membolehkan mereka mengajar dengan lebih efektif JPG--->NTL
Jangkaan apabila mereka boleh menggunakan bahan daripada laman
Usaha (JU) web untuk dijadikan contoh yang kukuh berkaitan pengajaran Menyokong
dan pembelajaran. hubungan
Proses pembelajaran berupaya menjadi lebih kos efektif, lebih JPG--->NTL
teratur dan menjimatkan masa.
Proses pembelajaran lebih aktif. (bersambung)
Penggunakan platform Frog VLE dan pembelajaran dalam
talian ini dapat membina kemahiran ICT baharu bagi guru dan
pelajar.
Pelajar lebih berminat dan bermotivasi; secara tidak langsung
meningkatkan tumpuan pelajar dalam proses pembelajaran.
Pelajar lebih mudah memahami konsep yang sukar apabila
menggunakan bahan interaktif dalam talian.
Pelajar lebih berdikari dan mampu mencari maklumat sendiri
serta berjaya melibatkan pembelajaran kooperatif dan
berkesan.
Pelajar dapat belajar dan mengulang kaji mengikut kadar
keupayaan kendiri (self-pace learning) - proses pengukuhan
yang lebih berkesan.
Proses pembelajaran menggunakan Frog VLE akan membantu
perkembangan pembelajaran kadar kendiri (self-pace learning)
pelajar, di mana pelajar yang berkemampuan akan maju ke
tahap pembelajaran yang sewajarnya. Oleh itu, dengan
bantuan Frog VLE, para guru akan dapat mengesan,
memantau, dokumen dan membenarkan penilaian pelajar untuk
menjadinya lebih sistematik dan terkawal.
Atas faktor ini, sebahagian besar guru berpendapat bahawa mereka
akan menggunakan platform ini sebagai satu kaedah/pendekatan
pembelajaran di sekolah.
Para guru yang ditemu bual berpendapat bahawa salah satu
perbezaan paling ketara antara Frog VLE dan alat pengajaran
lain adalah guru atau pelajar boleh menggunakan semula
bahan bantu mengajar yang telah diajar di dalam kelas, ini
akan memudahkan penggunaannya dalam menjayakan proses
pembelajaran.
370
Jadual 4.62 (sambungan)
Tema Rumusan Maklum Balas Pengesahan
Bahan pengajaran boleh disimpan dalam platform Frog VLE
Pengaruh Menyokong
Sosial (PS) dan kemudiannya mudah untuk disemak dan disunting bagi hubungan
kegunaan pengajaran dan pembelajaran di masa depan. PS--->NTL
Semua aktiviti boleh dimuatnaik dan pelajar boleh mencapai
maklumat tersebut dengan senang di mana-mana mereka (bersambung)
berada dan menjawabnya dengan mudah melalui Frog VLE.
Maklumat atau bahan dalam platform mudah digunakan untuk
mencapai kembali atau melihat semula apa yang telah diajar,
pada bila-bila masa.
Penerokaan ilmu pengetahuan yang mudah oleh pelajar, tanpa
had dan daripada pelbagai sumber.
Pedagogi Frog VLE yang berbentuk pendekatan Pembelajaran
Teradun, telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
fleksibel kepada pelajar.
Pendekatan pembelajaran menggunakan Frog VLE
membenarkan pelajar untuk belajar dengan cara mereka
sendiri melalui bahan sedia ada dalam web-pengkalan data.
Majoriti guru bersetuju bahawa medium pembelajaran yang mudah
dikendali dan mudah diaplikasi akan mendorong niat mereka untuk
menggunakannya.
Para guru bersetuju bahawa budaya dan sokongan pentadbir
sekolah amat membantu kejayaan proses pembelajaran
menggunakan Frog VLE.
Sokongan dan dorongan yang kuat daripada pihak ketiga
(rakan, budaya sekolah dan pentadbir) amat penting.
Anugerah/penghargaan kepada guru yang mengamalkan proses
pembelajaran menggunakan Frog VLE dalam proses
pembelajaran berupaya mendorong guru.
Sokongan dan peranan ibu bapa dan waris pelajar amat perlu
dalam dalam usaha menyediakan kemudahan ICT di rumah
untuk kemudahan pelajar.
Pembelajaran menggunakan Frog VLE merupakan arahan
yang harus dipatuhi bagi memenuhi Indeks Petunjuk Prestasi
bagi kaki tangan awam, maka para guru harus
melaksanakannya.
Keseluruhan guru berpendapat bahawa pengaruh organisasi dan
komuniti penting dalam meningkatkan niat mereka untuk
menggunakan platform Frog VLE dalam proses pembelajaran
pelajar.
371
Jadual 4.62 (sambungan)
Tema Rumusan Maklum Balas Pengesahan
Keadaan Sebahagian besar guru menjelaskan bahawa masalah capaian Menyokong
Kemudahan hubungan
internet yang tidak stabil dan kesukaran untuk mencapai laman KK--->NTL
(KK) Frog VLE menghalang guru untuk menggunakan platform Frog (Hubungan
VLE sebagai medium utama pembelajaran.
Efikasi Guru Kekurangan kemudahan internet di rumah pelajar menyukarkan negatif)
(EG) pelajar untuk melaksanakan pembelajaran kendiri di luar waktu dan
persekolahan.
Susah untuk menggunakannya kerana masalah sumber KK--->TLP
kemudahan teknologi (komputer dan capaian internet).
Kemudahan ICT tidak mencukupi bagi keseluruhan pelajar. Menyokong
Sukar dilaksanakan, sekiranya tiada sokongan atau bantuan hubungan
(teknikal); bila ada masalah tak dapat rujuk dengan segera. EG--->NTL
Kemudahan tidak mencukupi - komputer dan liputan talian
internet yang tidak menyeluruh dalam kawasan sekolah (hanya (bersambung)
di dalam makmal komputer sahaja); selalu berebut makmal
komputer dengan guru lain.
Fungsi web Frog yang kurang mesra pengguna (sukar bagi
guru yang rendah kemahiran literasi ICT).
Teknologi dan perkakasan baharu kadang-kadang
menyusahkan.
Majoriti guru bersetuju bahawa kemudahan ICT yang kurang
mencukupi menyebabkan niat dan tingkah laku mereka terhalang
daripada menggunakan platform Frog VLE dalam proses
pembelajaran pelajar. Namun teknologi yang baharu menyebabkan
beban penggunaan kepada guru (perlu pelajari kemahiran baharu).
Sebilangan besar guru yakin bahawa dengan kemahiran,
bimbingan dan pendedahan yang diberikan berkaitan
penggunaan Frog VLE akan mendorong guru untuk
menggunakannya.
Guru bersikap positif dan mempunyai asas literasi ICT yang
kukuh lebih cenderung menggunakan Frog VLE.
Kemahiran yang baik dalam literasi ICT akan meningkatkan
keyakinan guru untuk menjayakan proses pembelajaran
menggnakan platform Frog VLE.
Guru juga lebih bersedia apabila didedahkan dengan
kaedah/pendekatan pembelajaran menggunakan Frog VLE.
Sebahagian besar guru yakin dan bersetuju bahawa pengetahuan,
kemahiran dan pendedahan yang mencukupi akan meningkatkan
niat dan tingkah laku mereka untuk melaksanakan proses
pembelajaran menggunakan platform Frog VLE.
372
Jadual 4.62 (sambungan)
Tema Rumusan Maklum Balas Pengesahan
Niat Tingkah Sebilangan guru, secara terus terang menyatakan bahawa Hubungan
Laku (NTL) mereka sedar akan kepentingan dan kelebihan Frog VLE dalam NTL--->TLP
proses pembelajaran. Mereka juga yakin terhadap kejayaan (Tidak
perlaksanaannya. Namun niat untuk melaksanakan proses menyokong)
pembelajaran menggunakan Frog VLE terhalang disebabkan
faktor-faktor sampingan seperti kekangan masa, beban tugas,
sokongan teknikal, keadaan kemudahan dan kemahiran literasi
ICT individu guru yang rendah.
Jelas bahawa Niat Tingkah Laku guru tidak mempunyai kesan
langsung terhadap (tidak memepengaruhi) Tingkah Laku
Penggunaan guru dalam melaksanakan proses pembelajaran
menggunakan platform Frog VLE.
Mediator; Hampir kesemua guru amat optimis bahawa niat mereka untuk Menyokong
Keadaan melaksanakan pembelajaran menggunakan Frog VLE adalah EG-->KK-->NTL
Kemudahan dipengaruhi oleh Keadaan Kemudahan di sekolah.
(KK) Persepsi guru mengambarkan Efikasi Guru kendiri mereka
amat dipengaruhi Keadaan Kemudahan dalam membentuk niat
mereka untuk melaksanakan pembelajaran menggunakan Frog
VLE.
Para guru yakin dengan kemahiran dan pendedahan yang
mencukupi, di samping Keadaan Kemudahan yang baik akan
meningkatkan niat mereka untuk menjayakan pendekatan ini.
Persepsi guru menjelaskan bahawa Keadaan Kemudahan amat
mempengaruhi hubungan antara Efikasi Guru dan Niat Tingkah
Laku guru untuk melaksanakan proses pembelajaran menggunakan
Frog VLE.
Nota: JPG=Jangkaan Penggunaan, PS=Pengaruh Sosial, KK=Keadaan Kemudahan, EG=Efikasi Guru,
NTL=Niat Tingkah Laku dan TLP=Tingkah Laku Penggunaan.
Bertujuan untuk mengesahkan dapatan kajian tinjauan-soal selidik, pengesahan
data menggunakan teknik temu bual semi berstruktur telah dilaksanakan. Disebabkan
data temu bual adalah daripada pelbagai persepsi (guru dan pihak pentadbir), jenis
sekolah, dan pada peringkat logstik yang berbeza, maka dapatan berkemungkinan besar
menyediakan gambaran multi-dimensi terhadap faktor-faktor peramal dalam
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Oleh itu dapatan kajian melalui sumber
373
ini telah mengesahkan dapatan analisis kajian tinjauan secara lebih menyeluruh dan
holistik.
Umumnya, para guru dapat menerima dengan baik pendekatan Pembelajaran
Teradun dan amat optimis terhadap niat mereka untuk melaksanakan proses pembelajaran
menggunakan platform Frog VLE. Dapatan mendedahkan faktor Efikasi Guru (EG) dan
Keadaan Kemudahan (KK) merupakan cabaran serta pengaruh paling besar kepada para
guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam proses pembelajaran
pelajar. Kesemua responden temu bual bersetuju bahawa Keadaan Kemudahan (KK)
yang sempurna amat membantu kejayaan pelaksanaan pendekatan ini. Kepelbagaian isu
yang timbul berkaitan faktor Keadaan Kemudahan (KK) amat mempengaruhi persepsi,
niat dan tingkah laku guru. Faktor Efikasi Guru (EG) juga telah diperakui oleh responden
sebagai salah satu faktor utama yang membawa kesan terhadap niat dan tingkah laku
mereka.
Faktor-faktor lain juga membawa impak yang tidak kurang besar dan signifikan
terhadap niat serta tingkah laku guru. Faktor beban tugas, Pengaruh Sosial (PS)
(organisasi dan rakan guru) dan Jangkaan Penggunaan (JPG) telah mempengaruhi
keputusan Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru. Manakala bagi hubungan Niat Tingkah
Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP), majoriti para guru secara jujur
menyatakan bahawa tindakan mereka untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun tidak dipengaruhi oleh Niat Tingkah Laku (NTL) mereka. Namun secara
374
keseluruhannya, dapatan proses pengesahan data ini telah mengesahkan hampir kesemua
pembuktian hipotesis yang telah dilaksana pada peringkat pengujian statistik kuantitatif.
4.9 Rumusan
Bab ini melaporkan dapatan analisis data secara terperinci dengan menggunakan teknik
pengujian statistik sebagaimana yang dibincangkan dalam Bab 3. Bab ini terdiri daripada
dua bahagian utama iaitu perlaporan berkaitan analisis peringkat awal dan analisis
Permodalan Persamaan Struktur atau Structural equation modeling (SEM).
Sebagai permulaan, bab ini melaporkan kadar maklum balas daripada sampel
kajian. Sebanyak 851 sampel kajian telah memberi makulm balas, iaitu mewakili 59,1%
kadar maklum balas. Bahagian analisis peringkat awal ini juga melibatkan pelaporan
berkaitan profil demografik kajian, prosedur dan dapatan saringan data (sampel tidak
fokus dan outliers) yang dilakukan. Seterusnya, bias maklum balas disemak melalui
ujian-t sampel bebas, manakala bias kaedah biasa dinilai menggunakan Ujian Faktor
Tunggal Harman. Analisis SEM dilaksanakan menggunakan perisian IBM SPSS Amos.
Mengadaptasi kaedah dua peringkat oleh Hair et al. (2014), penilaian model pengukuran
dilaksanakan terlebih dahulu dan diikuti dengan penilaian model struktur. Penilaian
model pengukuran melibatkan pengukuran nilai fit model pengukuran terhadap data
kajian menggunakan CFA dan mengakses kebolehpercayaan dan kesahan konstruk
kajian. Keputusan analisis yang diperolehi menunjukkan model pengukuran telah
375
memenuhi kecukupan nilai fit data dan mengesahkan kebolehpercayaan dan kesahan
model kajian. Sebelum penilaian model struktur dilaksanakan, data kajian juga telah
memenuhi andaian SEM yang disyaratkan iaitu kenormalan data (pemeriksaan nilai
skewness dan kurtosis serta ujian Mardia’s), tiada outliers (pengukuran standardized z
scores dan pengukuran nilai Mahalanobis distance), dan tiada isu multikolinearan.
Seterusnya, berdasarkan penilaian model struktur dengan nilai model fit terbaik,
pengujian hipotesis dilaksanakan. Pembuktian hipotesis bagi kajian ini melibatkan
pengujian kesan langsung, kesan mediator dan kesan moderator. Keputusan pengujian
hipotesis kesan langsung, menunjukkan sebanyak enam daripada lapan hipotesis didapati
secara statistiknya adalah signifikan. Pengujian kesan meditor yang disahkan melalui
kaedah bootstrapping, menunjukkan hanya satu daripada dua hipotesis dapat disokong.
Manakala, pengujian menggunakan kaedah analisis pelbagai kumpulan telah
dilaksanakan untuk menilai kesan moderator. Dapatan menunjukkan hanya enam
daripada 20 hubungan yang dinilai mempunyai kesan moderator, namun begitu hanya
tiga hubungan adalah selari dan dapat menyokong hipotesis yang dibina. Secara
keseluruhannya, sebanyak 11 daripada 31 hipotesis kajian dapat disokong melalui
pengujian statsitik SEM. Akhir sekali, sebagai satu kaedah mengesahkan analisis dapatan
kajian soal selidik, prosedur pengesahan dapatan telah ditadbir dengan mengendalikan
sesi temu bual semi berstruktur terhadap kumpulan fokus. Kesimpulannya, analisis
dapatan sesi temu bual telah menyokong dan mengesahkan dapatan soal selidik kajian
ini. Bab berikutnya akan membincangkan secara menyeluruh dan terperinci berkaitan
dapatan kajian, implikasi, sumbangan, limitasi dan hala tuju kajian pada masa hadapan.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Penulisan Bab 5 akan menafsir, merumus dan membincangkan hasil dapatan empirikal
kajian ini sebagaimana yang telah dilaporkan dalam Bab 4. Perbincangan menjurus
kepada perkaitan dapatan empirikal kajian dengan objektif dan persoalan kajian. Selepas
subtajuk pengenalan ini, subtajuk 5.2 membincangkan hasil kajian berdasarkan objektif
dan persoalan kajian. Perbincangan merangkumi isu-isu berkaitan rumusan pembuktian
hipotesis kajian (kesan langsung, kesan mediator dan kesan moderator) berdasarkan hasil
analisis data kajian yang dijana daripada pengujian statistik SEM. Seterusnya, sumbangan
kajian dan implikasi kajian diperincikan dalam subtajuk 5.3 dan 5.4. Subtajuk 5.5, telah
mengariskan limitasi utama kajian yang memberi petunjuk penting kepada hala tuju dan
377
matlamat kajian akan datang. Akhir sekali, subtajuk 5.6 menyediakan kesimpulan kajian
melalui perbincangan dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian secara menyeluruh
dan seterusnya mencadangkan model penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru sekolah berdasarkan tetapan sistem
pendidikan di Malaysia.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Melalui pembangunan BeLAUM, faktor-faktor peramal yang mempengaruhi penerimaan
dan penggunaan platform Frog VLE dalam kalangan guru telah dikenal pasti dengan
memperincikan hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah exogenous dan
pemboleh ubah endogenous. Dapatan kajian Fasa 1 telah mencadangkan faktor-faktor
yang berpontesi dalam pembentukan BeLAUM iaitu Jangkaan Penggunaan (JPG),
Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG) sebagai faktor
peramal. Manakala Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah Laku Penggunaan (TLP)
sebagi faktor pertunjuk kepada penerimaan dan penggunaan oleh guru. Oleh itu bagi
mengesahkan faktor-faktor yang terlibat, adalah menjadi keperluan untuk mengakses dan
menganalisis pandangan guru berkaitan jangkaan, keperluan serta harapan guru terhadap
penggunaan platform Frog VLE dalam proses pembelajaran pelajar (pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran Teradun).
378
Isu kajian ini telah menjadi fokus serta ‘dilema’ utama dalam mencorak hala tuju
perancangan dan pembangunan sistem pendidikan Malaysia pada abad ke 21 ini,
khususnya berkaitan pengintegrasian teknologi dalam proses pembelajaran pelajar.
Kegagalan untuk memahami dan mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun, secara langsung
menyebabkan alasan kemuraman sambutan terhadap penggunaan platform Frog VLE
dalam kalangan guru sekolah tidak dapat didedahkan. Kegagalan ini juga mengakibatkan
pembaziran dan kehilangan yang signifikan dalam terma pelaburan sumber manusia dan
modal negara.
Kajian ini telah mengemukakan enam persoalan kajian utama untuk dijawab bagi
mencapai enam objektif kajian. Oleh itu, penulisan berikut akan membincangkan
rumusan pembuktian hipotesis kajian berdasarkan persoalan dan objektif kajian.
Bertujuan untuk menyediakan jawapan kepada setiap persoalan kajian, maka kajian ini
telah menggariskan 31 hipotesis kajian untuk diuji. Pembuktian hipotesis setiap
hubungan antara konstruk telah dianalisis melalui perbandingan nilai beta, yang
menunjukkan keamatan (intensity) setiap faktor penentu (JPG, PS, KK dan EG) dalam
mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru.
Pengaruh pemboleh ubah mediator dan moderator juga dinilai dan dikenal pasti bagi
menjawab persoalan kajian. Penilaian hubungan antara konstruk melalui analisis
Pemodalan Persamaan Struktur (SEM) menggunakan perisian IBM SPSS Amos telah
disempurnakan bagi menguji kesemua hipotesis terhadap hubungan di dalam model
struktur.
379
Dapatan analisis pengujian hipotesis telah merumuskan hanya 11 hipotesis telah
dibuktikan dan disokong (H1, H3, H4, H5, H6, H8, H11a, H11, H1a, H5b dan H1c). Secara
khususnya, kajian mendapati Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan
(TLP) secara signifikan dipengaruhi oleh Jangkaan Penggunaan (JPG), Pengaruh Sosial
(PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG). Di samping itu, Keadaan
Kemudahan (KK) telah dikenalpasti sebagai pengantara separa (partial mediator) dalam
hubungan antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL). Akhir sekali, hanya
pemboleh ubah moderator (1) jantina (JPG--->NTL), (2) pengalaman (KK--->TLP), dan
(3) beban tugas (JPG--->NTL) membawa kesan interaksi di dalam model struktur dan
telah menyokong hipotesis kajian.
Dapatan kajian empirikal terdahulu telah dirujuk untuk menyokong atau
menyangkal secara membina dapatan signifikan kajian ini. Perbincangan secara terperinci
tentang bagaimana dapatan empirikal dapat memberikan jawapan kepada persoalan
kajian dibentangkan dalam subtajuk berikut.
5.2.1 Apakah instrumen yang dapat mengukur penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru?
Untuk menjawab persoalan kajian ini, kajian telah melaksanakan beberapa siri kajian dan
pengujian statistik iaitu meliputi tinjuan literatur dan temu bual semi berstruktur terhadap
kumpulan fokus bagi menentukan konstruk dan item soal selidik untuk pembentukan
380
instrumen kajian. Seterusnya, kajian telah mendapatkan pengesahan pakar dan
melaksanakan ujian pra terhadap instrumen kajian bagi menentukan keobjektifan item.
Instrumen kajian telah dimurni dan digunakan untuk mengumpul data kajian rintis.
Seterusnya dapatan dinilai melalui teknik analisis faktor penerokaan (EFA) bagi
menentukan item yang tepat untuk mengukur konstruk kajian, sekaligus membentuk
instrumen yang sah bagi pengumpulan data kajian lapangan. Akhir sekali, melalui
analisis SEM terhadap data kajian lapangan, instrumen yang sah dan tepat untuk
mengukur penerimaan serta penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru telah dapat ditentukan.
Dapatan kajian awal dan analisis statistik kajian lapangan telah mencadangkan
konstruk bagi model struktur kajian ini ialah (1) Jangkaan Penggunaan (JPG) - faktor
peringkat kedua bagi Jangkaan Prestasi (JP) dan Jangkaan Usaha (JU), (2) Pengaruh
Sosial (PS), (3) Keadaan Kemudahan (KK), (4) Efikasi Guru (EG), (5) Niat Tingkah
Laku (NTL) dan (6) Tingkah laku Penggunaan (TLP). Keseluruhannya, terdapat 39 item
soal selidik akhir dapat dikekalkan, masing-masing adalah Jangkaan Penggunaan (JPG) -
12 item, Pengaruh Sosial (PS) - lima item, Keadaan Kemudahan (KK) - lima item,
Efikasi Guru (EG) - enam item, Niat Tingkah Laku (NTL) - lima item, dan Tingkah laku
Penggunaan (TLP) - enam item. Konstruk dan item pengukuran yang membentuk
instrumen kajian ditunjukkan dalam Jadual 5.1.
381
Jadual 5.1
Konstruk dan Item Pengukuran yang membentuk Instrumen Kajian
Konstruk a1pe Item
Jangkaan Penggunaan (JPG) a2pe Menggunakan Frog VLE sebagai platform utama
Jangkaan Prestasi (JP) a3pe pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar.
a4pe
Jangkaan Usaha (JU) a5pe Frog VLE relevan dalam proses pembelajaran.
a6pe Frog VLE mempercepatkan pencapaian objektif
Pengaruh Sosial (PS) a7pe pembelajaran.
a8ee Frog VLE mendedahkan pelajar dengan kemahiran
Keadaan Kemudahan (KK) a9ee pembelajaran abad ke-21.
a11ee Frog VLE mempercepatkan usaha saya untuk
a13ee menghabiskan sukatan pelajaran.
a14ee Frog VLE menggalakkan penyertaan aktif pelajar semasa
proses pembelajaran.
a15si Frog VLE meningkatkan autonomi pembelajaran pelajar
a16si (bebas mengurus sendiri proses pembelajaran).
a17si Proses pelaksanaan pembelajaran menggunakan Frog
a18si VLE adalah jelas dan mudah difahami.
a21si Belajar untuk menggunakan Frog VLE adalah mudah
bagi saya.
a22fc Frog VLE menjadikan aktiviti pembelajaran lebih
fleksibel.
a23fc Frog VLE menjadikan interaksi saya dengan pelajar lebih
mudah.
Minat pelajar yang tinggi terhadap teknologi
memudahkan saya melaksanakan proses pembelajaran
menggunakan Frog VLE.
Individu yang rapat dengan saya, menggalakkan saya
menggunakan Frog VLE dalam proses pembelajaran.
Sebahagian besar rakan guru, menggalakkan saya
menggunakan Frog VLE di dalam proses pembelajaran.
Pihak pentadbir sekolah menyokong penggunaan Frog
VLE.
Budaya sekolah menggalakkan penggunaan Frog VLE.
Pentadbir sekolah bersifat tegas dalam usaha
menggalakkan guru menggunakan Frog VLE dalam
mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Terdapat kemudahan projektor untuk kegunaan guru bagi
melaksanakan proses pembelajaran menggunakan Frog
VLE.
Kemudahan komputer mencukupi untuk pelajar semasa
proses pembelajaran menggunakan Frog VLE.
(bersambung)
382
Jadual 5.1 (sambungan) a24fc Item
a25fc Capaian internet memuaskan untuk melaksanakan proses
Konstruk a26fc pembelajaran menggunakan Frog VLE.
Saya mempunyai rujukan/panduan untuk melaksanakan
Efikasi Guru (EG) a30tef proses pembelajaran menggunakan Frog VLE.
a31tef Terdapat individu atau kumpulan tertentu yang membantu
Niat Tingkah Laku (NTL) a32tef seandainya saya menghadapi masalah semasa
a33tef menggunakan Frog VLE. (Sokongan teknikal)
Tingkah Laku Penggunaan a34tef Saya selesa menggunakan teknologi/Frog VLE dalam
(TLP) a35tef proses pembelajaran.
a36bi Saya yakin Frog VLE dapat menghasilkan persekitaran
a38bi pembelajaran yang menarik.
a39bi Saya suka membimbing rakan guru untuk menggunakan
Frog VLE.
a40bi Saya mampu mengatasi sebarang halangan yang timbul
a42bi semasa menggunakan Frog VLE di dalam bilik darjah.
a43ub Memahami gaya pembelajaran pelajar, membantu saya
a44ub merancang proses pembelajaran menggunakan Frog VLE.
Saya mampu menghasilkan pembelajaran bermakna,
a45ub apabila menggunakan Frog VLE.
a47ub Saya bercadang untuk menggunakan Frog VLE dalam
a48ub proses pembelajaran pada masa akan datang.
a49ub Saya berhasrat untuk menggalakkan rakan guru
menggunakan Frog VLE .
Saya bercadang menggunakan Frog VLE dalam proses
pembelajaran di dalam bilik darjah seandainya semua
kemudahan ICT mencukupi.
Saya berhasrat untuk membangunkan sendiri kandungan
mata pelajaran dalam Frog VLE.
Saya akan menggunakan Frog VLE bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna.
Saya telah menggunakan Frog VLE di dalam proses
pembelajaran.
Saya kerap menggunakan Frog VLE dalam proses
pembelajaran kerana saya yakin hasil pembelajaran akan
tercapai.
Saya berkongsi nota dengan pelajar melalui Frog VLE.
Saya menilai hasil pembelajaran melalui Frog VLE.
Saya sering berbincang/berforum bersama pelajar melalui
Frog VLE.
Saya berpuas hati dengan hasil pembelajaran pelajar
apabila menggunakan Frog VLE.
383
Melalui kajian awal dan proses analisis akhir (SEM), dapatan telah berupaya
mengenalpasti konstruk serta item kajian untuk membentuk instrumen kajian yang
komprehensif. Instrumen kajian yang terhasil diyakini mampu untuk menilai faktor-
faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran
Teradun dalam kalangan guru secara lebih menyeluruh dan tepat. Dengan ini, persoalan
kajian telah dapat dijawab bagi memenuhi objektif pertama kajian iaitu membina
instrumen penilaian (Blended Learning Acceptance Scale – BeLAS) untuk menilai
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru.
5.2.2 Adakah wujudnya hubungan antara faktor-faktor peramal (Jangkaan
Penggunaan, Pengaruh Sosial, Keadaan Kemudahan, Efikasi Guru dan
Niat Tingkah Laku) dengan faktor penerimaan dan penggunaan guru (Niat
Tingkah Laku dan Tingkah Laku Penggunaan)?
Untuk menjawab persoalan ini, rumusan pembuktian hipotesis telah dibincang secara
terperinci berdasarkan dapatan analisis kesan hubungan langsung di antara konstruk
kajian. Hipotesis kesan langsung (direct effect) meliputi pengujian kesan langsung antara
faktor-faktor peramal terhadap faktor penerimaan dan penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru. Pengujian hipotesis kesan langsung
termasuk hubungan antara (1) Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku
(NTL), (2) Pengaruh Sosial (PS) dan Niat Tingkah Laku (NTL), (3) Keadaan Kemudahan
(KK) dan Niat Tingkah Laku (NTL), (4) Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku
(NTL), (5) Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP), serta (6)
384
Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP). Penulisan seterusnya
akan membincangkan dapatan hipotesis secara terperinci.
Peramal pertama (H1): Kesan Jangkaan Penggunaan (JPG) terhadap Niat Tingkah Laku
(NTL).
Kebanyakan kajian berkaitan penerimaan teknologi telah mengkaji peranan jangkaan
pengguna dalam membentuk hubungan yang kukuh dengan Niat Tingkah Laku (NTL).
Sehubungan itu, hampir kesemua kajian telah menyediakan bukti empirikal terhadap
dimensi penerimaan teknologi oleh pengguna. Kajian terdahulu telah membuktikan
secara konsisten kesan signifikan Jangkaan Prestasi (JP) dan Jangkaan Usaha (JU)
terhadap kesan hubungannya dengan niat pengguna (Abu-Al-Aish & Love, 2013;
Khechine et al., 2014; Tan, 2013; Thomas et al., 2013; Viswanath Venkatesh et al., 2003,
2012). Oleh itu, dalam kajian ini, kesan Jangkaan Penggunaan (JPG) terhadap Niat
Tingkah Laku (NTL) telah dicadangkan untuk diukur.
Seperti yang dijangkakan, hasil kajian ini menunjukkan bahawa Jangkaan
Penggunaan (JPG) secara signifikan mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) guru
dalam melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Dapatan kajian kelihatan
konsisten dengan kebanyakan kajian terdahulu termasuk; Abu-Al-Aish & Love (2013),
Alharbi & Drew (2014), Alshiby (2014), Khechine et al. (2014), Tan (2013), Thomas et
al. (2013), yang mendapati bahawa hubungan antara jangkaan individu dan Niat Tingkah
Laku (NTL) individu adalah signifikan dan berinteraksi secara positif.
385
Berdasarkan proses pembentukan konstruk, Jangkaan Penggunaan (JPG)
merupakan gabungan konstruk Jangkaan Prestasi (JP) dan Jangkaan Usaha (JU),
sehubungan dengan itu, proses penilaian konstruk Jangkaan Penggunaan (JPG) bagi
kajian ini telah mendedahkan lima aspek pengukuran; iaitu (1) peningkatan prestasi
kerja/tugasan (hasil), (2) kepantasan menyempurnakan tugasan, dan (3) keberkesanan;
berkaitan konstruk Jangkaan Prestasi (JP), manakala (4) sifat penggunaan - mudah, dan
(5) kompetensi; berkaitan konstruk Jangkaan Usaha (JU). Berdasarkan maklum balas,
para guru menjangkakan bahawa pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun atau
secara khususnya penggunaan paltform Frog VLE dalam proses pembelajaran pelajar
dapat (1) meningkatkan tumpuan dan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran, (2)
meningkatkan kemahiran literasi ICT pelajar, (2) mempercepatkan proses pembelajaran -
penyampaian maklumat dan menerima maklum balas, (4) memudahkan proses
pembelajaran kerana sifat penggunaannya yang mudah, (5) meningkatkan keberkesanan
pembelajaran, kompetensi serta prestasi pelajar secara keseluruhannya. Berdasarkan
pandangan guru, keberkesanan platform Frog VLE dalam meningkatkan prestasi pelajar
mampu mendorong niat mereka untuk menggunakannya. Di samping itu, antara muka
platform Frog VLE yang mudah dan mesra pengguna seperti kebanyakan platform media
sosial (Facebook dan Twitter) merupakan salah satu aspek yang boleh mempengaruhi
Niat Tingkah Laku (NTL) mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru yang mempunyai
Jangkaan Penggunaan (JPG) yang tinggi (percaya bahawa penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun akan memberi manfaat positif kepada pembelajaran pelajar dan
memudahkan tugasan mereka) mempunyai kecenderungan untuk menerima dan
menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun berbanding guru yang mempunyai
386
Jangkaan Penggunaan (JPG) yang rendah. Oleh itu, dapatan ini telah menjustifikasi
bahawa niat guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun akan
meningkat apabila mereka percaya dengan pelaksanaannya mampu menghasilkan proses
pembelajaran yang efektif.
Peramal kedua (H3): Kesan Pengaruh Sosial (PS) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL).
Terdapat banyak kajian terdahulu telah membuktikan bahawa Pengaruh Sosial (PS)
membawa kesan yang signifikan terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) iaitu selari dengan
model UTAUT oleh Venkatesh et al. (2003). Pembuktian ini telah mengukuhkan peranan
Pengaruh Sosial (PS) sebagai salah satu faktor yang mendominasi niat individu untuk
menerima teknologi. Abu-Al-Aish & Love (2013) menjelaskan bahawa pengaruh rakan
sekerja, organisasi dan budaya persekitaran dapat mendorong dan memberi motivasi
kepada individu untuk menggunakan teknologi. Sebagai tambahan, individu yang rapat
seperti ahli keluarga dan rakan karib juga merupakan entiti penting dalam mempengaruhi
niat seseorang untuk menerima teknologi (Khechine et al., 2014; Venkatesh et al., 2003).
Bandura (1971), dalam teori pembelajaran sosial, secara umum menjelaskan bahawa
pengaruh sosial atau pengaruh luaran adalah faktor yang amat penting dalam
mempengaruhi tingkah laku individu untuk menjayakan proses pembelajaran. Oleh
kerana kebanyakan model-teori penerimaan teknologi dan kajian empirikal terdahulu
secara konsisten membuktikan niat inidvidu dapat dipengaruhi oleh pengaruh luaran
seperti rakan, organisisi serta budaya persekitaran, maka kajian ini telah mencadangkan
Pengaruh Sosial (PS) sebagai faktor peramal kepada Niat Tingkah Laku (NTL) guru
untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
387
Seperti jangkaan, dapatan analisis statistik membuktikan bahawa Pengaruh Sosial
(PS) telah mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) secara signifikan. Keputusan ini
selari dengan kajian empirikal terdahulu (Abu-Al-Aish & Love, 2013; Khechine et al.,
2014; Tan, 2013; Thomas et al., 2013; Venkatesh et al., 2003; Venkatesh et al., 2012)
yang membuktikan hubungan signifikan antara pengaruh luaran dan niat individu.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru akan melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun seandainya pendekatan ini menjadi amalan atau budaya pembelajaran dan
mendapat sokongan kuat daripada pihak pentadbir.
Berdasarkan analisis temu bual pengesahan data, majoriti guru bersetuju bahawa
pihak pentadbir (sekolah, pejabat pendidikan, jabatan pendidikan dan kementerian
pendidikan) memainkan peranan utama dalam merekayasa pendekatan Pembelajaran
Teradun di sekolah. Tingkah laku guru secara signifikan dapat dipengaruhi oleh rakan
sekerja, budaya sekolah yang mendorong dan sokongan pihak pentadbir. Para guru lebih
positif dengan niat untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun apabila
didorong oleh kejayaan dan pengaruh rakan sekerja (Abu-Al-Aish & Love, 2013), namun
pengaruh organisasi memainkan peranan penting dalam membudayakan penggunaan
teknologi (Venkatesh et al., 2003). Para guru secara rutin menerima pengaruh organisasi
sebagai satu arahan yang perlu dipatuhi.
Rumusannya, para guru amat sensitif dengan pengaruh persekitaran dalam
mendorong mereka untuk menggunakan teknologi. Mereka melihat pengaruh rakan dan
388
organisasi sebagai penanda aras bagi niat mereka untuk menggunakan teknologi di dalam
proses pembelajaran pelajar. Dapatan ini telah mengesahkan kepentingan pengaruh
rakan, budaya sekolah dan peranan pentadbir dalam mempengaruhi tingkah laku guru
untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Oleh itu, pihak pentadbir di
bawah KPM harus menggunakan kelebihan faktor Pengaruh Sosial (PS) dalam
merencana usaha untuk menggalakkan amalan pendekatan pembelajaran ini di sekolah.
Peramal ketiga (H4): Kesan Keadaan Kemudahan (KK) terhadap Niat Tingkah Laku
(NTL).
Banyak kajian empirikal terdahulu berkaitan penerimaan teknologi telah membuktikan
keadaan kemudahan sesuatu teknologi sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi
penerimaan individu. Walaupun begitu, sangat sedikit kajian telah meneliti kesan
langsung hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Niat Tingkah Laku (NTL).
Oleh kerana kemudahan ICT adalah sesuatu subjek yang sangat dinamik, fleksibel dan
secara relatifnya sangat berkait dengan penggunaan (Venkatesh et al., 2012), maka
pengukuran kesannya terhadap niat individu telah kurang menjadi tumpuan (Abdul
Wahab, 2012). Kebanyakan kajian mengabaikan kesan kemudahan ICT terhadap niat
individu untuk menerima teknologi (Venkatesh et al., 2003). Walaupun hasil kajian lalu
menunjukkan dapatan yang berbeza, namun pada tahap tertentu kesan Keadaan
Kemudahan (KK) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) menjadi penting dalam
mengambarkan penerimaan indivitu (Abdul Wahab, 2012; Venkatesh et al., 2012).
Venkatesh et al. (2012) menjelaskan keadaan teknologi yang sempurna dapat
meningkatkan niat individu untuk menggunakannya. Sebagai tambahan, sokongan
berkaitan aspek panduan penggunaan dan bantuan teknikal yang wujud, secara tidak
389
langsung akan mendorong niat individu untuk menggunakan sesuatu teknologi (Abdul
Wahab, 2012; Siti Nazuar, 2014; Termit & Noorma, 2015). Dalam konteks kajian ini,
Keadaan Kemudahan (KK) dikenalpasti sebagai kemudahan fizikal (berkaitan ICT),
kualiti sistem Frog VLE, sumber dan sokongan teknikal yang wujud untuk membantu
guru melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Oleh itu, khusus untuk kajian ini,
kesan hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Niat Tingkah Laku (NTL)
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun telah dicadangkan untuk diukur.
Selari dengan kajian-kajian terdahulu (Abdul Wahab, 2012; Abu-Al-Aish &
Love, 2013; Khechine et al., 2014; Tan, 2013), dapatan kajian ini membuktikan kesan
Keadaan Kemudahan (KK) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) adalah signifikan namun
berhubung secara negatif (β = -0.162, t= -3.786; p = 0.000). Analisis menunjukkan
Keadaan Kemudahan (KK) berinteraksi secara songsang dengan Niat Tingkah Laku
(NTL). Tanggapan guru membayangkan bahawa kelengkapan kemudahan ICT yang lebih
baik akan mengurangkan niat mereka untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran
Teradun (niat guru guru berkurangan apabila kemudahan berkaitan ICT ditingkatkan).
Dapatan kajian ini adalah unik dan harus diberi perhatian khusus dalam usaha
untuk meningkatkan amalan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia.
Kajian merumuskan bahawa keadaan ini disebabkan guru mempunyai stigma (tanggapan
negatif) berkaitan kemudahan ICT yang dibekalkan ke sekolah. Antara persepsi negatif
guru adalah (1) kemudahan ICT yang lengkap tetapi tidak mampu untuk menampung
kegunaan pelajar secara serentak, (2) kemudahan tidak menepati keperluan semasa dan
390
logistik (3) kemudahan terkini tetapi tiada sokongan teknikal (4) capaian internet yang
terhad berdasarkan kuota data dan kawasan, (5) akses ke platform Frog VLE yang sukar
dan perlahan, dan (6) pengurusan kemudahan yang memerlukan masa dan tumpuan yang
lebih (Buabeng-Andoh, 2012; Kumutha & Hamidah, 2014). Stigma ini secara tidak
langsung telah mengurangkan niat guru untuk menggunakan kemudahan ICT yang
dibekalkan.
Sebagai rumusan, dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa Keadaan
Kemudahan (KK) dengan ketara mempengaruhi secara songsang Niat Tingkah Laku
(NTL) guru. Hasil analisis temu bual pengesahan data telah mengesahkan dapatan ini.
Oleh itu, satu langkah drastik perlu direncana bagi merubah persepsi negatif guru
terhadap Keadaan Kemudahan (KK) dalam usaha untuk meningkatkan niat mereka untuk
menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun.
Peramal keempat (H5): Kesan Keadaan Kemudahan (KK) terhadap Tingkah laku
Penggunaan (TLP).
Terdapat banyak kajian empirikal terdahulu telah membuktikan bahawa hubungan antara
Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP) mempunyai kesan
langsung yang signifikan. Dapatan kajian lalu secara konsisten menunjukkan tingkah
laku individu amat dipengaruhi oleh keadaan kemudahan sesuatu teknologi (Abu-Al-Aish
& Love, 2013; Tan, 2013; Thomas et al., 2013; Venkatesh et al., 2003, 2012).
Kemudahan ICT menjadi aspek penting dalam menyediakan asas penggunaan berkesan
sesuatu teknologi (Venkatesh et al., 2003, 2012), manakala kelengkapan fasiliti teknologi
merupakan faktor utama untuk meningkatkan tahap penggunaan sesuatu teknologi (Siti
391
Nazuar, 2014). Oleh itu, kajian ini mencadangkan hipotesis berkaitan kesan Keadaan
Kemudahan (KK) terhadap Tingkah laku Penggunaan (TLP) penggunaan pendekatan
Pembelajaran Teradun untuk dibuktikan.
Keputusan analisis kajian ini menunjukkan hubungan antara Keadaan Kemudahan
dan Tingkah Laku Penggunaan adalah signifikan dan positif. Dapatan ini konsisten
dengan kajian-kajian terdahulu (Abu-Al-Aish & Love, 2013; Al-Najjar, 2012;
Attuquayefio & Addo, 2014; Fathema et al., 2015; Khechine et al., 2014; Shin & Kang,
2015; Siang & Santoso, 2015; Teo et al., 2015; Tan, 2013; Thomas et al., 2013;
Venkatesh et al., 2003; Venkatesh et al., 2012), membuktikan kesan signifikan antara
Keadaan Kemudahan (KK) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP). Melalui pembuktian
ini, disimpulkan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) merupakan faktor peramal utama
dalam mendorong Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru. Para guru berpendapat, fasiliti
ICT yang sempurna mampu mendorong mereka untuk mengamalkan pembelajaran
menggunakan platform Frog VLE (pelaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun).
Hasil temu bual pengesahan data telah mendedahkan pandangan guru terhadap
kepentingan Keadaan Kemudahan (KK) dalam mempengaruhi Tingkah laku Penggunaan
(TLP) mereka. Aspek berkaitan kemudahan fizikal seperti makmal komputer tidak
lengkap, perkakasan ICT tidak mencukupi dan capaian internet yang lemah merupakan
isu utama menjadi rungutan dalam kalangan guru. Isu ini dijangka menjadi faktor utama
yang menghalang guru untuk menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Manakala
aspek lain yang turut menjadi penyebab, antaranya ialah kekurangan bimbingan
392
penggunaan (latihan dan rujukan) dan sokongan teknikal (Siti Nazuar, 2014; Termit &
Noorma, 2015).
Halangan dan kekangan yang dikemukakan melalui kajian ini selari dengan
dapatan kajian oleh Seri Rahayu (2011), Siti Nazuar (2014), dan Termit dan Noorma
(2015); yang membincangkan keperluan dan kepentingan kemudahan ICT dalam
mendorong tindakan guru untuk menggunakan teknologi. Dalam konteks kajian ini, guru
membayangkan bahawa kesukaran untuk memperolehi kemudahan ICT seperti
kemudahan komputer dan capaian talian internet telah menghalang mereka untuk
menggunakan platform Frog VLE. Manakala, ketersediaan bahan rujukan dan bantuan
teknikal yang berterusan oleh pihak-pihak yang berkaitan adalah menjadi keutamaan
untuk memastikan para guru merasa selesa menggunakan platform Frog VLE dalam
proses pembelajaran pelajar.
Dapatan telah membuktikan bahawa, Keadaan Kemudahan (KK) merupakan
salah satu faktor utama dalam meramal Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Oleh itu, untuk meningkatkan
penggunaan platform Frog VLE (pendekatan Pembelajaran Teradun) dalam kalangan
guru, Keadaan Kemudahan (KK) di sekolah perlu disempurnakan terlebih dahulu. Kajian
ini mencadangkan kepada pihak KPM agar memastikan pembekalan fasiliti ICT adalah
berdasarkan keperluan, sempurna dan menyeluruh bagi menggalakkan amalan
penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun yang lebih baik dalam kalangan guru di
sekolah.
393
Peramal kelima (H6): Efikasi Guru (EG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL).
Efikasi kendiri individu merupakan konsturk yang banyak dikaji dalam kajian lalu,
namun kurang menjadi tumpuan dalam kajian bekaitan penerimaan teknologi (Venkatesh
et al., 2003; Banas & York, 2014; Kulviwat et al., 2014). Namun, terdapat kajian telah
membuktikan efikasi kendiri berupaya menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi
sikap individu dalam penerimaan teknologi (Banas & York, 2014; Kulviwat et al., 2014;
Teo, 2015). Efikasi kendiri digambarkan sebagai satu atribut yang menyumbang kepada
keberkesanan sesuatu tugasan dan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi
akan lebih berusaha untuk memperbaiki prestasi diri, gemar menggunakan teknologi dan
bersedia menerima inovasi (Chien, 2012; Hauser et al., 2012; Masitah et al., 2013; Sam et
al., 2005). Manakala Banas & York (2014) menjelaskan bahawa efikasi kendiri guru
memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pembelajaran pelajar. Oleh itu,
kajian ini telah mencadangkan agar pengaruh Efikasi Guru (EG) terhadap Niat Tingkah
Laku (NTL) guru untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun, diukur dan
dibuktikan.
Konsisten dengan dapatan kajian-kajian terdahulu (Abdul Wahab, 2012; Al-
Najjar, 2012; Banas & York, 2014; Chien, 2012; Hauser et al., 2012; Kulviwat et al.
2014), analisis dapatan kajian ini telah membuktikan wujud hubungan yang signifikan
antara Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL) guru. Malahan, menjadi faktor
peramal paling kuat mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) guru dengan nilai beta
(βEfikasi Guru = 0.453, p<0.000) berbanding faktor-faktor peramal yang lain. Oleh itu,
394
Efikasi Guru (EG) telah dibuktikan sebagai faktor peramal paling berpengaruh terhadap
Niat Tingkah Laku (NTL) dalam konteks kajian ini.
Berdasarkan dapatan kajian, para guru menjelaskan bahawa mereka amat
berkeyakinan dan mempunyai sikap positif untuk belajar serta mengurus kemahiran
baharu berkaitan penggunaan teknologi baharu. Melalui kursus dan bengkel bimbingan
yang mencukupi oleh pihak KPM, kemahiran guru untuk mengakses dan menggunakan
platform Frog VLE akan menjadi lebih cekap. Kompetensi guru berkaitan literasi ICT ini
secara tidak langsung akan meningkatkan Efikasi Guru (EG). Pandangan guru ini
menggambarkan efikasi kendiri mereka adalah tinggi dan menjadi faktor peramal paling
penting dalam mempengaruhi niat untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun (proses pembelajaran menggunakan platform Frog VLE). Sebagai rumusan,
pembentukan Efikasi Guru (EG) yang tinggi dapat disumbangkan oleh (1) sikap positif
guru terhadap penggunaan teknologi, (2) keyakinan diri yang tinggi, (3) kesediaan
mempelajari dan menguasai kemahiran baharu berkaitan teknologi serta (4) kemahuan
dan kemampuan melaksanakan tugasan oleh para guru. Melalui latihan serta bimbingan,
pengetahuan serta kemahiran guru dapat ditingkatkan sekaligus membentuk sikap positif
guru terhadap penggunaan sesuatu teknologi baharu (Siti Nazuar, 2014; Termit &
Noorma, 2015). Manakala Banas & York (2014) menjelaskan bahawa efikasi kendiri
guru yang positif memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pembelajaran
pelajar. Secara keseluruhannya, para guru yang mempunyai Efikasi Guru (EG) yang
tinggi akan lebih cenderung mempunyai niat yang kukuh untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun dalam proses pembelajaran pelajar. Penemuan ini jelas
395
menunjukkan bahawa Efikasi Guru (EG) merupakan faktor utama dalam membentuk
Niat Tingkah Laku (NTL) guru.
Implikasi daripada dapatan kajian ini, adalah menjadi keutamaan kepada pihak
KPM untuk merencana pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam
kalangan guru. Antara cadangan yang dapat dikemukakan ialah penganjuran program
pembangunan profesional yang berterusan, menggalakkan sikap positif dan pembentukan
akauntabiliti iktisas guru secara konsisten, berkesan serta memenuhi keperluan semasa.
Peramal keenam (H7): Niat Tingkah Laku (NTL) terhadap Tingkah laku Penggunaan
(TLP).
Banyak kajian terdahulu dan model-teori berkaitan penerimaan teknologi telah mengkaji
hubungan yang wujud antara niat individu dan tingkah laku penggunaannya. Sehubungan
itu, kebanyakan kajian telah membuktikan secara konsisten kesan yang positif dan
signifikan. Lo et al. (2015) dan Venkatesh et al. (2012), selari menyatakan bahawa niat
pengguna amat mendorong tingkah laku mereka untuk menggunakan teknologi.
Peningkatan niat akan membentuk kesediaan individu untuk menerima sesuatu teknologi,
dan seterusnya membawa kepada tingkah laku menggunakannya. Oleh yang demikian,
kajian ini telah mencadangkan agar kesan hubungan antara Niat Tingkah Laku (NTL) dan
Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran
Teradun, diukur dan dibuktikan.
Tidak seperti jangkaan, hasil analisis telah menunjukkan dapatan yang tidak
menyokong hipotesis cadangan dan tidak konsisten dengan dapatan kajian-kajian
396
empirikal terdahulu (Abu-Al-Aish & Love, 2013; Attuquayefio & Addo, 2014; Davis et
al., 1989; Fathema et al., 2015; Lo et al., 2015; Shin & Kang, 2015; Siang & Santoso,
2015; Teo et al., 2015; Taylor & Todd, 1995; Venkatesh et al., 2003; Venkatesh et al.,
2012). Analisis statsitik telah menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang
signifikan antara Niat Tingkah Laku (NTL) guru dengan Tingkah laku Penggunaan
(TLP) guru [βNiat Tingkah Laku = 0.076, p>0.1(0.152)]. Dapatan kajian membuktikan,
tindakan guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun tidak dipengaruhi
oleh sebarang kecenderungan niat mereka. Guru membayangkan, niat positif mereka
untuk menggunakan platform Frog VLE sering terhalang oleh kekangan masa dan beban
tugasan yang lain. Mereka terpaksa membatalkan niat untuk menggunakannya demi
melaksanakan tanggungjawab organisasi yang menjadi keutamaan pihak pentadbir
sekolah. Oleh itu, untuk menjayakan amalan pendekatan Pembelajaran Teradun,
matlamat pembelajaran efektif harus diutamakan melangkaui matlamat organisasi yang
bukan berorentasikan akademik. Kekangan sampingan seperti tanggungjawab bukan
akademik perlu diminimumkan bagi meningkatkan Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru
agar selari dengan Niat Tingkah Laku (NTL) mereka.
Selain itu, Venkatesh et al. (2003) menjelaskan bahawa Tingkah laku Penggunaan
(TLP) individu boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang lebih dominan. Analisis
keseluruhan model kajian menunjukkan Keadaan Kemudahan (KK) dan Efikasi Guru
(EG) merupakan faktor dominan yang mempengaruhi Tingkah laku Penggunaan (TLP)
guru. Keadaan Kemudahan (KK) yang sempurna dan Efikasi Guru (EG) yang tinggi
dijangka berupaya memberi dorongan positif secara langsung kepada Tingkah laku
397
Penggunaan (TLP) guru. Kesimpulannya, kajian telah membuktikan bahawa Niat
Tingkah Laku (NTL) bukan peramal kepada Tingkah laku Penggunaan (TLP) guru untuk
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun namun guru mempunyai persepsi dan
niat yang positif terhadap penggunaanya di dalam proses pembelajaran pelajar. Dapatan
kajian ini merupakan satu penemuan baharu yang signifikan dan unik dalam konteks
tetapan sistem pendidikan di Malaysia. Keadaan ini menggambarkan situasi dan keadaan
sebenar penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalama kalangan
guru.
Secara keseluruhannya, perbincangan persoalan kajian ini telah menjelaskan
hubungan antara faktor-faktor peramal iaitu Jangkaan Penggunaan (JPG), Pengaruh
Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG) dengan faktor
endogenous - Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP), sekaligus
mencapai objektif kedua kajian ini.
5.2.3 Adakah semua faktor peramal (Jangkaan Penggunaan, Pengaruh Sosial,
Keadaan Kemudahan dan Efikasi Guru) mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan guru (Niat Tingkah Laku dan Tingkah Laku Penggunaan)
untuk menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun?
Untuk menjawab persoalan ini, pembuktian kesemua hipotesis kesan langsung (H1, H3,
H4, H5 dan H6), melibatkan enam konstruk kajian perlu diambil kira dan dinilai. Analisis
pengujian kesemua hipotesis terlibat, telah menunjukkan dapatan yang signifikan.
398
Pengujian hipotesis kesan langsung telah mendapati bahawa Niat Tingkah Laku (NTL)
secara langsung dipengaruhi oleh Jangkaan Penggunaan (JPG) (β = 0.395, p<0.000),
Pengaruh Sosial (PS) (β = 0.196, p<0.000), Keadaan Kemudahan (KK) (β = -0.162,
p<0.000), dan Efikasi Guru (EG) (β = 0.453, p<0.000). Pemboleh ubah Efikasi Guru
(EG) adalah pemboleh ubah yang paling mempengaruhi pemboleh ubah Niat Tingkah
Laku (NTL) dikuti oleh Jangkaan Penggunaan (JPG), Pengaruh Sosial (PS) dan Keadaan
Kemudahan (KK). Oleh itu, pemboleh ubah Efikasi Guru (EG) dikenal pasti sebagai
faktor yang paling kuat mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) serta Tingkah laku
Penggunaan (TLP) guru dan telah dilabel sebagai peramal utama dalam model struktur
kajian ini. Manakala Tingkah laku Penggunaan (TLP) dipengaruhi oleh Keadaan
Kemudahan (KK) adalah secara sederahana (β = 0.146, p<0.002).
Analisis empirikal kajian ini telah membuktikan bahawa Jangkaan Penggunaan
(JPG), Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan Efikasi Guru (EG) adalah
peramal yang signifikan kepada Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan
(TLP). Dapatan kajian telah mengesahkan kewujudan kesan langsung (direct effect)
antara pemboleh ubah kajian, selari dengan model-teori berkaitan penerimaan teknologi
terdahulu seperti TAM, C-TAM-TPB, TAM2 dan UTAUT serta konsisten dengan kajian-
kajian empirikal terdahulu antaranya oleh Abdul Wahab (2012), Abu-Al-Aish & Love
(2013), Al-Najjar (2012), Attuquayefio dan Addo (2014), Banas & York (2014), Fathema
et al. (2015), Hauser et al. (2012), Khechine et al. (2014), Kulviwat et al. (2014), Shin
dan Kang (2015), Teo et al. (2015), dan Tan (2013).
399
Secara keseluruhannya, kajian telah mengenal pasti kewujudan hubungan antara
faktor exogenous dan faktor endogenous melalui pembuktian hipotesis kesan langsung.
Oleh itu, dapatan kajian telah dapat menyediakan jawapan kepada persoalan kajian dan
telah menangani objektif ketiga kajian ini (mengenal pasti faktor peramal yang
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam
kalangan guru) dengan sempurna.
5.2.4 Adakah Keadaan Kemudahan menjadi pengantara (mediate) kesan
Jangkaan Usaha dan Efikasi Guru terhadap Niat Tingkah Laku?
Bagi menjawab persoalan ini, kajian telah menguji kesan mediator Keadaan Kemudahan
(KK) sebagai pengantara hubungan antara (1) Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat
Tingkah Laku (NTL), dan (2) Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL). Dapatan
pengujian statistik kaedah bootstrapping menunjukkan hanya satu hubungan adalah
signifikan dengan kesan pengantara iaitu pada hubungan EG-->KK-->NTL, manakala
tiada kesan pengantara pemboleh ubah Keadaan Kemudahan (KK) bagi hubungan JPG--
>KK-->NTL. Bahagian berikut memperincikan perbincangan berkaitan kesan pemboleh
ubah mediator.
Pengaruh Keadaan Kemudahan ke atas hubungan Jangkaan Penggunaan dan Niat
Tingkah Laku (H10).
Tidak seperti jangkaan, dapatan kajian membuktikan H10 secara statistiknya tidak dapat
disokong. Keadaan Kemudahan (KK) tidak memberi sebarang kesan pengantara ke atas
400
hubungan Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku (NTL). Keputusan
analisis menunjukkan nilai Indirect effect adalah tidak signifikan (βJPG-->KK-->Niat Tingkah Laku (NTL)
= -0.006, p = 0.544). Oleh itu, dirumuskan bahawa tiada kesan mediator dalam hubungan
JPG--->KK--->NTL; pemboleh ubah Keadaan Kemudahan (KK) bukan pengantara
hubungan antara Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku (NTL).
Pada tahap tertentu, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian terdahulu,
antaranya oleh Al-Najjar (2012), Fathema et al. (2015), Khechine et al. (2014), Siang dan
Santoso, (2015) dan Teo et al. (2015), yang telah membuktikan kesan pengantara wujud
antara pemboleh ubah. Selain itu, walaupun Keadaan Kemudahan (KK) secara empirikal
telah dibuktikan sebagai salah satu faktor yang dominan (Abdul Wahab, 2012; Venkatesh
et al., 2003), namun dalam konteks kajian ini, Keadaan Kemudahan (KK) bukan
pengantara hubungan antara Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku (NTL).
Justeru, kajian ini telah menghasilkan dapatan yang baharu dan unik.
Walaupun, atribut Jangkaan Penggunaan (JPG) (konstruk Jangkaan Usaha (JU))
adalah berkait rapat dengan aspek kemudahan penggunaan sesuatu teknologi (Davis et
al., 1989; Venkatesh et al., 2012), keputusan kajian menunjukkan kemudahan ICT atau
aspek teknikal penggunaannya tidak mempengaruhi kesan Jangkaan Penggunaan (JPG)
guru terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) mereka. Kesimpulannya, sebarang perubahan
terhadap Keadaan Kemudahan (KK) berkaitan paltform Frog VLE di sekolah, tidak
memberi sebarang kesan terhadap Jangkaan Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku
(NTL) guru untuk melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Persepsi guru
401
membayangkan, jangkaan mereka berkaitan keberkesanan penggunaan platform Frog
VLE dan aspek penggunaannya yang mudah dapat meningkatkan niat mereka secara
mutlak tanpa dipengaruhi oleh sebarang perubahan kemudahan ICT di sekolah.
Sehubungan itu, guru yang mempunyai Jangkaan Penggunaan (JPG) yang tinggi, lebih
cenderung mempunyai Niat Tingkah Laku (NTL) yang lebih positif untuk melaksanakan
pendekatan Pembelajaran Teradun, tanpa sebarang kesan daripada perubahan Keadaan
Kemudahan (KK) platform Frog VLE di sekolah.
Pengaruh Keadaan Kemudahan ke atas hubungan Efikasi Guru dan Niat Tingkah
Laku (H11).
Seperti jangkaan, pengaruh yang kuat daripada faktor Keadaan Kemudahan (KK) telah
membawa kesan pengantara dalam hubungan antara konstruk. Dapatan kajian telah
mengesahkan peranan Keadaan Kemudahan (KK) sebagai pengantara kesan Efikasi Guru
(EG) terhadap Niat Tingkah Laku (NTL). Keputusan pengujian empirikal kajian ini telah
menyokong hipotesis H11. Dapatan menunjukkan nilai Direct effect adalah signifikan
dengan (βEG-->NTL = 0.453, p = 0.001), dan nilai Indirect effect juga signifikan (βEG-->KK-->NTL
= -0.051, p = 0.001). Oleh itu, rumusan analisis kajian telah membuktikan terdapat kesan
pengantara separa (partial mediator) dalam hubungan EG--->KK--->NTL. Penemuan ini
telah menjelaskan bahawa tahap Efikasi Guru (EG) yang dibuktikan bukan hanya
mempunyai kesan signifikan terhadap Niat Tingkah Laku (NTL), tetapi wujud juga kesan
tidak langsung melalui Keadaan Kemudahan (KK).
402
Dapatan kajian ini adalah konsisten dengan sebahagian pengkaji terdahulu
termasuk; Abu-Al-Aish dan Love (2013), Attuquayefio dan Addo (2014), Shin dan Kang
(2015), Siang dan Santoso (2015), Thomas et al. (2013), Venkatesh et al. (2003) yang
menyokong peranan penting yang dimainkan oleh faktor Keadaan Kemudahan (KK)
dalam mempengaruhi hubungan antara pemboleh ubah peramal dengan faktor
endogenous. Dalam konteks kajian ini, Keadaan Kemudahan (KK) menjadi pengantara
kesan hubungan Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL) guru untuk
menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Kesan ini telah dijangka kerana atribut
Efikasi Guru (EG) adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap positif
individu untuk menggunakan kemudahan ICT (Banas & York, 2014; Chien, 2012;
Hauser et.al., 2012; Kulviwat et al., 2014). Efikasi kendiri guru yang tinggi berupaya
mendorong niat dan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran pelajar (Banas & York,
2014). Manakala Siti Nazuar (2014) dan Termit dan Noorma (2015) menjelaskan, tahap
kemudahan ICT amat mempengaruhi persepsi dan sikap guru untuk menggunakan
sesuatu teknologi dalam melaksanakan tugasan mereka. Sehubungan dengan itu, atribut
Efikasi Guru (EG) dan Keadaan Kemudahan (KK) secara umumnya adalah berkait antara
satu sama lain, maka dapatan kajian telah mengesahkan hubungan dan pengaruh kedua-
dua konstruk ini. Keadaan Kemudahan (KK) berupaya menjadi pengantara yang
signifikan terhadap kesan Efikasi Guru (EG) dan Niat Tingkah Laku (NTL) guru.
Dapatan kajian membayangkan, kewujudan faktor Keadaan Kemudahan (KK) telah
mempengaruhi Efikasi Guru (EG) dalam membentuk Niat Tingkah Laku (NTL) guru
untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Teradun.