78
Teradun yang terbaik. Hew dan Cheung (2014) telah mencadangkan satu kerangka kerja
reka bentuk Pembelajaran Teradun berbentuk carta alir yang boleh dipatuhi bagi
melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun (Rajah 2.7).
Rajah 2.7. Kerangka Kerja Reka Bentuk Pembelajaran Teradun. Diadaptasi dari Using
Blended Learning: Evidence-Based Practices (m.s.7), oleh K. F. Hew dan W. S. Cheung,
2014, New York: Springer.
79
Kerangka kerja reka bentuk Pembelajaran Teradun ini dimulakan dengan fasa
analisis (langkah 1 dan 2) untuk menentukan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai
dan menganalisa pelajar (antaranya; pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran dan
keperluan pelajar). Seterusnya ialah proses penting dalam menetapkan kesediaan untuk
melaksanakan Pembelajaran Teradun (langkah 3) yang melibatkan matrik pertimbangan
untuk melaksanakan Pembelajaran Teradun (langkah 3a); terdapat lima keadaan yang
perlu dipertimbangkan iaitu (1) sokongan organisasi, (2) kesediaan infrastruktur, (3)
kesediaan kandungan pembelajaran, (4) kesediaan guru dan (5) kesediaan pelajar.
Seandainya secara keseluruhan penilaian pada langkah ketiga menunjukkan keputusan
yang positif maka proses reka bentuk terus ke langkah keempat iaitu menentukan
pendekatan pedagogi dan stragtegi instruksional yang akan digunakan.
Jika keputusan pada langkah 3 adalah kurang memberangsangkan, maka Hew
dan Cheung (2014) mencadangkan proses reka bentuk Pembelajaran Teradun ditamatkan
dan langkah yang sesuai dalam meneruskan proses pembelajaran adalah melaksanakan
pembelajaran secara tradisional. Langkah ke lima merupakan langkah yang paling
kritikal iaitu, guru dicabar untuk membina model Pembelajaran Teradun mengikut
keperluan dan kesesuaian tetapan matlamat pembelajaran yang dirancang (bagaimana
harus diadun strategi instruksional bagi memenuhi keperluan matlamat pembelajaran).
Seterusnya langkah ke enam iaitu melaksanakan model Pembelajaran Teradun yang
dirancang. Langkah ketujuh dan kesembilan, merupakan langkah penilaian bagi
menentukan model yang dibina mampu dilaksanakan dengan baik dan akhirnya mampu
mencapai matlamat pembelajaran.
80
Secara umumnya, kerangka kerja reka bentuk pendekatan Pembelajaran Teradun
oleh Hew dan Cheung (2014) adalah selari dengan model reka bentuk kurikulum
Pembelajaran Teradun oleh Huang et al. (2008) (Rajah 2.8) yang mempunyai tiga fasa
utama iaitu (1) fasa pra-analisis, (2) fasa reka bentuk sumber dan aktiviti (sepadan
langkah 4 dan 5) dan (3) penilaian instruksional (sepadan langkah 7 dan 9). Sepadan
dengan langkah pertama dan kedua dalam kerangka kerja Pembelajaran Teradun oleh
Hew dan Cheung (2014), fasa pra-analisis oleh Huang et al. (2008) mencadangkan
keperluan melakukan analisis pada fasa ini bagi menentukan sama ada Pembelajaran
Teradun boleh dilaksanakan atau tidak. Proses analisis fasa ini terdiri daripada tiga
faktor: (1) analisis karakteristik pelajar untuk mengenal pasti pengetahuan latar belakang
pelajar, gaya pembelajaran dan keperluan pembelajaran, (2) analisis objek pembelajaran -
menentukan apa yang perlu diajar berdasarkan taksonomi pengetahuan, dan (3) analisis
persekitaran Pembelajaran Teradun - untuk mengenal pasti ciri-ciri persekitaran
pembelajaran yang sesuai bagi menjayakan aktiviti pembelajaran.
81
Rajah 2.8. Model Reka Bentuk Kurikulum Pembelajaran Teradun. Diadaptasi dari
“Towards a Design Theory of Blended Learning Curriculum” dalam Hybrid Learning
and Education (m.s.71) oleh R. Huang, D. Ma dan H. Zhang, 2008, Berlin: Springer
Berlin Heidelberg.
82
Seterusnya, berdasarkan laporan fasa pra-analisis, fasa reka bentuk sumber dan
aktiviti yang terdiri daripada tiga sub komponen iaitu (1) reka bentuk keseluruhan
Pembelajaran Teradun, (2) reka bentuk unit (aktiviti), dan (3) reka bentuk dan
pembangunan sumber, akan dirancang dan dilaksanakan. Fasa ini bertujuan untuk
mengenal pasti pendekatan pedagogi dan strategi instruksional (perancangan pelaksanaan
aktiviti pembelajaran) yang sesuai untuk digunakan dalam proses Pembelajaran Teradun.
Akhir sekali, fasa penilaian reka bentuk instruksional dilaksanakan bergantung kepada
objektif pembelajaran/aktiviti yang telah dirancang bagi menilai keseluruhan proses
Pembelajaran Teradun. Pada fasa penilaian ini juga, refleksi analisis dan pengesahan
instruksional dijalankan bagi proses penambahbaikan.
Merujuk kepada Hew dan Cheung (2014) dan Huang et al. (2008), maka pengkaji
bersetuju bahawa kedua-dua reka bentuk Pembelajaran Teradun yang dicadangkan,
mampu menjadi panduan tepat dalam menjayakan pelaksanaan instruksional
Pembelajaran Teradun yang berkesan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
pelaksanaan Pembelajaran Teradun adalah lebih sinonim dengan proses pembelajaran
menggunakan Frog VLE. Oleh itu, para guru harus menyahut cabaran ini (melaksanakan
Pembelajaran Teradun dengan tetapan yang tepat), dalam usaha untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang mampu menghasilkan pengalaman pembelajaran
bermakna kepada pelajar dan sekali gus merealisasikan hasrat transformasi pendidikan
negara.
83
2.2.4 Pembelajaran Teradun di Malaysia
Berdasarkan perkembangan sistem pendidikan kini yang selari dengan kemajuan
teknologi semasa, sistem pendidikan Malaysia juga tidak dapat lari dari trend terkini
amalan instruksional yang amat diyakini mampu membawa kesan signifikan kepada hasil
pembelajaran pelajar. Amalan instruksional yang dimaksudkan ialah amalan
mengadunkan penggunaan perkakasan ICT terpilih bersama beberapa strategi
instruksional dalam menjayakan proses pembelajaran. Amalan adunan pendekatan
pembelajaran ini diperkenalkan sebagai pendekatan Pembelajaran Teradun atau Blended
Learning. Sememangnya istilah pendekatan Pembelajaran Teradun amat baharu di
Malaysia, namun menurut Mohamed Amin et al. (2014) pendekatan Pembelajaran
Teradun ini telah mula diamalkan sebagai strategi instruksional rasmi di pusat-pusat
pengajian tinggi seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti
Perubatan Antarabangsa (International Medical University-IMU) dan Universiti Malaysia
Sabah (UNIMAS). Teknologi berasaskan web (web-based) yang sering dipilih untuk
menjayakan Pembelajaran Teradun di pusat pengajian tinggi ini termasuklah MOOC,
Moodle, LMS dan VLE. Berdasarkan perlaksanaannya di pusat pengajian tinggi, maklum
balas daripada amalan instruksional tersebut adalah amat positif.
Di peringkat sekolah rendah dan menengah, istilah Pembelajaran Teradun amat
asing dan kurang digunakan, namun begitu pelaksanaannya telah lama bermula.
Semenjak pelaksanaan projek 1BestariNet (ketika Frog VLE diperkenalkan sebagai
84
platform pembelajaran) iaitu pada tahun 2011, secara tidak langsung pendekatan
Pembelajaran Teradun telah menjadi amalan instruksional rasmi di sekolah-sekolah
negara ini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
2.2.4.1 Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment -VLE)
Secara umumnya, VLE diperkenalkan sebagai satu platform komunikasi berasaskan web
yang membenarkan pelajar mengakses pelbagai perkakasan pembelajaran seperti
program informasi, kandungan mata pelajaran, bantuan guru (komunikasi dalam talian),
ruang perbincangan bersama rakan serta guru (ruang forum), sistem perkongsian
dokumen dan sumber pembelajaran tanpa had masa dan lokasi pembelajaran (Khlaisang
& Mingsiritham, 2016; Vatuiu & Udricǎ, 2013). Dengan perkembangan dunia teknologi
dan sistem pendidikan kini, VLE telah diterima sebagai sebahagian daripada strategi
instruksional. Melalui teknologi yang dibawa oleh VLE iaitu sistem pembelajaran
standard yang berasaskan ICT dan digunakan untuk mengekalkan konsistensi
penyampaian kandungan serta menggalakkan interaksi (secara pembelajaran dalam
talian) antara pelajar dan guru (Lihitkar, 2013), maka strategi instruksional ini diyakini
mampu menghasilkan pembelajaran yang bemakna.
Barker dan Gossman (2013) telah mengenal pasti faktor keupayaan mengakses
internet dari tempat tinggal pelajar dan guru adalah kunci utama dalam meningkatkan
keberkesanan penggunaan VLE. The JISC infoNet Service (2006) pula mencadangkan
85
agar fungsi VLE harus diterokai dengan terperinci serta menyeluruh, dalam usaha
meningkatkan kualiti pembelajaran dan tidak hanya menggunakannya sebagai
kemudahan simpanan digital atau sebagai alat komunikasi sahaja. Dalam usaha untuk
mengakses impak positif dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran, kelebihan serta
keupayaan VLE seperti kualiti strategi yang spesifik dan sifat penilaian kendiri yang
menyeluruh, harus diaplikasi sepenuhnya.
Seterusnya, dilaporkan terdapat tiga kelebihan penggunaan VLE dalam proses
pembelajaran: (1) meningkatkan keupayaan komunikasi dan penyebaran maklumat di
dalam organisasi sekolah serta komuniti luar, (2) penglibatan ibu bapa pelajar yang lebih
baik - melalui penyebaran maklumat yang cekap kepada ibu bapa dan meningkatkan
sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran di rumah, (3) meningkatkan peluang pelajar
untuk berdikari dalam pembelajaran dan melaksanakan pembelajaran individu (self-paced
learning) - memberi autonomi dan lebih peluang kepada pelajar untuk menentukan
perkembangan pembelajaran mereka (Ofsted, 2009).
Sebagai tambahan berkaitan kelebihan dan keupayaan VLE, beberapa kajian
(Abdulahi et al., 2012; Ana Haziqah, 2014; Nor Fadzleen, Halina, & Haliza, 2013; Nurul
Farhana, 2013; Saiful Afzan et al., 2014; Songkram, 2015; Vatuiu & Udricǎ, 2013) telah
menggambarkan bahawa VLE mampu menjadi platform penyampaian pembelajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah serta membawa kesan positif kepada kemahiran pelajar
seandainya dirancang dengan teliti penggunaannya. Keadaan ini selari dengan dapatan
kajian terhadap kesan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran, iaitu hasil
86
pengintegrasian ini berkemampuan untuk menghasilkan pembelajaran bermakna serta
memberi impak positif kepada perkembangan intelektual pelajar (Cheung & Slavin,
2013; Klimova, 2015; Machado & Chung, 2015; Nguyen, 2015; Simelane & Mji, 2014).
Ringkasnya, penggunaan VLE telah menunjukkan impak yang positif dalam konteks
yang pelbagai antaranya ialah; VLE mampu meningkatkan kesediaan pelajar untuk
mengikuti proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan prestasi serta kemahiran
pembelajaran pelajar.
Herkersdorf (2014), Huang et al. (2008), O’Leary (2002) dan Wayne (2012)
bersetuju bahawa, amalan proses pembelajaran yang mempraktikkan ciri-ciri dan sifat-
sifat pelaksanaan VLE yang pelbagai serta dinamik ini, adalah menepati konsep
pendekatan Pembelajaran Teradun, yang juga telah diperakui keberkesanan impaknya.
Cimermanová (2013), menyokong dengan menjelaskan bahawa, gabungan VLE dan
pembelajaran bersemuka guru-pelajar dalam bilik darjah akan mewujudkan persekitaran
pendekatan Pembelajaran Teradun yang merupakan satu strategi instruksional terkini
yang efektif. Berdasarkan sifat dan ciri (atribut) instruksional yang digunakan, kajian
merumuskan bahawa pembelajaran menggunakan platform Frog VLE merupakan strategi
pembelajaran yang bertepatan dengan konsep pendekatan Pembelajaran Teradun. Jadual
2.3 menunjukkan keseragaman atribut pembelajaran tersebut.
87
Jadual 2.3
Perbandingan Atribut Pendekatan Pembelajaran Teradun dan Frog VLE
Atribut Sumber
Pendekatan Pembelajaran Teradun
Strategi Penyampaian - bersemuka dan dalam talian. Chew et al. (2010),
Gabungan pembelajaran konversional (bersemuka) dan ICT.
Pematuhan pelbagai model pembelajaran termasuk pembelajaran Graham (2013),
kendiri. Mohamed Amin et al.
Konteks pembelajaran dan pedagogi yang bervariasi
(gabungan gaya/teknik/kaedah penyampaian dan fleksibel). (2014), Sharpe et al.
Penggunaan teknologi (ICT), media dan sumber yang pelbagai
(2006), Shivam dan
untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dan penilaian
keberhasilan. Singh (2015), Torrisi-
Interaksi guru dan pelajar tidak terhad (berterusan sehingga di luar
bilik darjah dan waktu persekolahan - secara dalam talian). steele (2011), Wayne
Pembelajaran menggunakan Frog VLE
Platform Frog VLE sebagai alat penyampaian - menggunakan (2012), Wong et al.
pelbagai kaedah iaitu bersemuka (konversional) dan secara dalam
talian. (2014).
Mempunyai ciri-ciri dan memenuhi gaya pembelajaran individu -
pembelajaran kendiri (self-paced learning). Azlah dan Fariza (2014),
Sebagai medium komunikasi digital - interaksi antara guru dan
pelajar secara dalam talian. Cheok dan Wong
Sebagai paltform untuk membekalkan sumber rujukan dan nota
kepada pelajar secara dalam talian. (2016), FrogAsia
Sebagai medium dalam talian untuk menilai keberhasilan
pembelajaran pelajar. (2014), Hiong dan
Umbit (2015), Mohamed
Amin et al. (2014),
Norazilawati et al.
(2013), Nor Fadzleen et
al. (2013), Nurul
Farhana (2013), Termit
dan Noorma (2015).
Dalam konteks amalannya di negara ini, penggunaan platform Frog VLE sebagai
medium utama pembelajaran pelajar akan mewujudkan persekitaran Pembelajaran
Teradun berasaskan acuan sistem pendidikan Malaysia. Oleh itu, pelaksanaanya secara
terancang dan sistematik, dijangkakan mampu menghasilkan impak positif sebagaimana
yang diharapkan.
88
2.2.4.2 Frog VLE
Frog VLE secara ringkasnya diterjemahkan sebagai sistem pembelajaran berasaskan web
yang menyerupai pembelajaran sebenar (real-world) dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional secara maya dan setara (FrogAsia, 2014). Sebagai contoh guru
harus menyediakan proses pembelajaran, pengujian dan penilaian secara dalam talian,
manakala pelajar mempunyai akses untuk menghantar tugasan dan melihat kemajuan
mereka melalui capaian di platform Frog VLE. Ibu bapa, waris kepada pelajar pula dapat
mengakses berita/perkembangan terkini berkenaan sekolah dan mencapai dokumen
penting berkaitan anak mereka, seterusnya pihak pentadbir sekolah boleh menguruskan
perancangan aktiviti sekolah serta menyebarkan berita/notis berkaitan aktiviti sekolah
melalui internet. Dalam usaha menjayakan proses Pembelajaran Teradun, guru akan
menjadikan platform Frog VLE sebagai: (1) perkakasan untuk menyampaikan kandungan
pembelajaran, (2) medium komunikasi dalam talian antara guru-pelajar dan pelajar-
pelajar (mewujudkan ruang perbincangan dalam talian), (3) sokongan serta rujukan
kepada pelajar dan guru dalam usaha menjayakan proses pembelajaran iaitu guru
menyediakan pautan sumber/bahan pembelajaran dalam talian, dan (4) medium penilaian
keberhasilan proses pembelajaran pelajar.
Melalui tinjauan literatur, terdapat beberapa kajian yang dijalankan bagi menilai
pelaksanaan Frog VLE di Malaysia, antaranya ialah “Teacher's Perception Towards
Virtual Learning Environment” (Ana Haziqah, 2014), “Keberkesanan Kemahiran
Komunikasi Dalam kalangan Guru Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran
89
Maya (Frog VLE )” (Azlah & Fariza, 2014), “Frog Virtual Learning Environment for
Malaysian Schools: Exploring Teachers’ Experience” (Cheok & Wong, 2016), “A Pilot
Study On Factors Affecting The Use Of Frog Virtual Learning Environment” (Hiong &
Umbit, 2015), “Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam kalangan
Guru Sains” (Norazilawati et al., 2013), “Cabaran Dalam Mengimplementasi Virtual
Learning Environment (VLE) Frog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh Guru Di
Sekolah-Sekolah Di Malaysia” (Nurul Farhana, 2013), dan “Teachers’ Readiness to
Utilize Frog VLE: A Case Study of a Malaysian Secondary School” (Termit & Noorma,
2015). Berdasarkan kajian-kajian ini, dirumuskan bahawa pelajar dan guru mempunyai
persepsi yang positif terhadap VLE, namun begitu terdapat penjelasan yang bervariasi
dalam aspek penggunaan dan amalannya dalam proses pembelajaran pelajar.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 (Kementerian Kewangan Malaysia,
2014), para guru dan pelajar kurang menggunakan platform Frog VLE. Didapati kurang
1% pelajar dan kurang 5% guru yang ‘log masuk’ untuk menggunakan Frog VLE bagi
tempoh bulan Mac 2014. Keadaan ini menggambarkan amalan penggunaannya di tahap
yang amat rendah dan membimbangkan. Walaupun kebanyakan kajian menyatakan
bahawa guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan Frog VLE (Ana
Haziqah, 2014; Cheok & Wong, 2016; Norazilawati et al., 2013; Nurul Farhana, 2013;
Termit & Noorma, 2015), namun amalan penggunaannya memperlihatkan sebaliknya.
Situasi sebenar di sekolah, seolah-olah menghalang guru untuk mengamalkan
penggunaan Frog VLE sebagai medium pembelajaran pelajar. Siti Nazuar (2014) dan
Termit dan Noorma (2015) menjelaskan guru terhalang untuk menggunakan teknlogi di
90
dalam proses pembelajaran pelajar disebabkan beberapa faktor antaranya ialah kekangan
masa untuk persediaan, kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan sokongan serta
bimbingan berkaitan penggunaan. Namun, dalam konteks amalan pendekatan
Pembelajaran Teradun khususnya penggunaan platform Frog VLE, alasan dan punca
permasalahannya masih kabur.
Dalam usaha untuk menjayakan transformasi pendidikan ini, guru memainkan
peranan utama. Penerimaan dan penggunaan sesuatu inovasi atau penggunaan teknologi
oleh guru merupakan faktor kritikal yang menentukan kejayaan sesuatu inovasi
pendidikan yang ingin dilakukan (Hoque et al., 2012; Vatanartiran & Karadeniz, 2015).
Oleh itu, permasalahan dan faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan
mereka perlu dikaji dan didedahkan untuk tindakan selanjutnya bagi meningkatkan
amalannya.
2.3 Penerimaan dan Penggunaan Teknologi
Sememangnya sifat pendekatan Pembelajaran Teradun adalah bertunjangkan penggunaan
teknologi (Huang et al., 2008; Isman et al., 2012; Mohamed Amin et al., 2014;
Nuanmeesri, 2014). Penerimaan teknologi diterjemah sebagai keputusan individu
berkaitan bagaimana dan bila mereka ingin menggunakan teknologi (Davis, 1989;
Venkatesh et al., 2003). Sejak dahulu lagi telah wujud model-model dan teori-teori
berkaitan penerimaan individu terhadap teknologi. Model dan teori ini dibina oleh
91
pengkaji untuk mengukur dan menentukan penerimaan atau penolakan seseorang
individu terhadap sesuatu teknologi. Pemahaman dan pengetahuan tentang perkara ini
adalah penting dalam membantu pihak pentadbir mengurus pelaksanaan serta
penggunaan teknologi di persekitaran organisasi mereka. Rasional bagi pengukuran
penerimaan teknologi ini telah banyak dibincangkan dan dihuraikan dalam literatur
kajian-kajian berkaitan sistem teknologi maklumat masa kini (Alharbi & Drew, 2014).
Rumusan literatur kajian-kajian berkaitan membolehkan pengkaji membangunkan metrik
penerimaan yang dapat menentukan kebarangkalian kejayaan pelaksanaan inisiatif ICT
oleh sesebuah organisasi (Venkatesh et al., 2003).
Oleh itu secara umumnya, tahap penerimaan individu pengguna merupakan kayu
pengukur kepada kejayaan pelaksanaan sesuatu program (inovasi) berteraskan ICT.
Berdasarkan tinjauan literatur, terdapat banyak kajian telah dilakukan berkaitan isu
penerimaan dan penggunaan teknologi. Pemahaman terhadap perkara-perkara yang
mendorong individu untuk menerima dan menggunakan (atau menolak) teknologi telah
banyak dikaji di seluruh dunia, khususnya di luar negara-US-Eropah Eropah (Abu-Al-
Aish & Love, 2013; Barrio-garcía, Arquero, & Romero-frías, 2015; Davis et al., 1989;
Simeonova et al., 2014; Venkatesh et al., 2003, 2012), Asia (Teo et al., 2014, 2015;
Wong, 2014), Timur tengah-Afrika (Alharbi & Drew, 2014; Coşkunçay & Özkan, 2013;
Kabakçi Yurdakul, Ursavaş, & Becit İşçitürk, 2014; Mehta, 2014; Mohammed Jaber et
al., 2012) dan di Malaysia (Azlina, Fahmi Zaidi, & Wan Salihin, 2013; Ibrahim et al.,
2015; Lo, Ramayah, & Mohamad, 2015; Saiful Afzan et al., 2014; Teo, Luan, & Sing,
2008). Secara khususnya, Barrio-garcía et al. (2015) dan Termit dan Noorma (2015)
92
menjelaskan bahawa, keutamaan mengetahui faktor yang mempengaruhi niat dan
kepercayaan individu terhadap ICT dapat membantu pengurusan akademik dalam
merancang usaha untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan individu terhadap
sesuatu pendekatan pembelajaran berteraskan teknologi.
Berikut pula adalah antara kajian yang dijalankan berkaitan penerimaan dan
penggunaan individu terhadap teknologi dan Pembelajaran Teradun, di mana setiap satu
kajian ini bersifat unik terhadap tetapan persekitaran setempat. Pertama: “A Conceptual
Framework Of A Modified Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology
(UTAUT) Model With Nigerian Factors In E-Commerce Adoption” oleh Chiemeke dan
Evwiekpaefe (2011). Kedua: “Educational Technology Acceptance Across Cultures: A
Validation Of The Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology In The Context
Of Turkish National Culture” oleh Göğüş, Nistor, dan Lerche (2012). Ketiga: “An
Integrated Approach for Preservice Teachers’ Acceptance and Use of Technology:
UTAUT-PST Scale” oleh Kabakçi Yurdakul et al. (2014). Keempat: “CASE Tools'
Acceptance in Higher Education – Assessment and Enhanced UTAUT Model” oleh
Marcinkowski dan Wrycza (2015). Kelima: “Technology Acceptance Of E-Learning
Within A Blended Vocational Course In West Africa” oleh Mehta (2014). Keenam:
“Cross-cultural Validation of UTAUT: The Case of University VLEs in Jordan, Russia
and the UK” oleh Simeonova et al. (2014). Ketujuh: “A Survey of Pre-Service Teachers'
Acceptance of Technology in Thailand” oleh Teo et al. (2014). Kelapan: “A Cross-
Cultural Examination Of The Intention To Use Technology Between Singaporean And
Malaysian Pre-Service Teachers: An Application Of The Technology Acceptance Model
93
(TAM)” oleh Teo et al. (2008) dan kesembilan: “Teachers’ Readiness to Utilize Frog
VLE: A Case Study of a Malaysian Secondary School” oleh Termit dan Noorma (2015).
Dapatan kajian-kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan perbezaan yang nyata
dalam penentuan konstruk, serta terdapat kepelbagaian faktor yang mempengaruhi
pemboleh ubah utama kajian yang menghasilkan pengaruh hubungan konstruk yang
bervariasi.
Dirumuskan bahawa, penerimaan dan penggunaan teknologi oleh individu adalah
bersifat dinamik dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor sampingan. Menurut
Marangunić dan Granić (2015), untuk mengenal pasti halangan yang membantutkan niat
dan tingkah laku individu terhadap penerimaan serta penggunaan sesuatu teknologi
secara lebih komprehensif adalah melalui kajian yang berlandaskan model-teori
penerimaan teknologi yang telah kukuh. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan guru terhadap
penggunaan platform Frog VLE dalam tetapan persekitaran Pembelajaran Teradun.
Penetapan konstruk bagi kajian ini adalah berdasarkan kajian-kajian dan model-teori
penerimaan teknologi terdahulu dalam membentuk BeLAUM bagi tetapan persekitaran
pendidikan di Malaysia.
94
2.4 Model dan Teori Penerimaan
Terdapat sebilangan besar model telah dibangunkan untuk diuji dan merumuskan faktor-
faktor yang mempengaruhi penerimaan individu terhadap teknologi. Secara umumnya,
model-model penerimaan individu terhadap penggunaan teknologi dibentuk melalui
kajian yang mendalam berkaitan persepsi, kepercayaaan, sikap individu dan pengaruh
luaran; maklum balas terhadap perkara yang mendorong tingkah laku individu untuk
menerima dan menggunakan teknologi dalam menyempurnakan sesuatu tanggungjawab.
Antara model dan teori yang ketara ialah; Theory of Reasoned Action (TRA) (Fishbein &
Ajzen, 1975), Technology Acceptance Model (TAM) (Davis et al., 1989), Theory of
Planned Behavior (TPB) (Ajzen, 1991), C-TAM-TPB (Taylor & Todd, 1995), dan
Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) (Venkatesh et al., 2003).
Model-teori ini telah diguna sebagai asas teoritikal dalam banyak kajian empirikal
berkaitan penerimaan individu terhadap teknologi.
Technology Acceptance Model (TAM) oleh Davis, Bagozzi, dan Warshaw
merupakan salah satu model yang paling popular dirujuk dalam menerangkan faktor
penerimaan individu terhadap teknologi (Venkatesh et al., 2012). Davis (1989) telah
mengenal pasti sifat ‘mudah menggunakan’ dan ‘penggunaan berkesan’ merupakan kunci
penentu utama kepada penerimaan sesuatu teknologi. Dalam model penerimaan teknologi
(Technology Acceptance Model - TAM) yang disesuaikan daripada model Theory of
Reasoned Action - TRA, beliau telah mendefinisikan ‘mudah menggunakan’ atau
‘Perceived ease of use’ sebagai “the degree to which a person believes that using a
95
particular system would be free of effort” (m.s.320). ‘Penggunaan berkesan’ atau
‘perceived usefulness’ ditakrifkan sebagai “the degree to which a person believes that
using a particular system would enhance his/her job performance” (m.s.320). Kedua-dua
definisi sifat ini telah menjadi konstruk yang kukuh dan dijadikan asas kepada hampir
kesemua model penerimaan teknologi terkini.
Model-model penerimaan teknologi ini telah berkembang sejak lebih empat dekad
yang lalu dan terhasil daripada usaha berterusan; mengesah dan mengembangkan
(permurnian) berdasarkan model-teori terdahulu. Sebagai contoh model Theory of
Planned Behavior (TPB) (Ajzen, 1991) telah dimurnikan berdasarkan model Theory of
Reasoned Action (TRA) (Fishbein & Ajzen, 1975); Technology Acceptance Model
(TAM) (Davis et al., 1989) telah dikembangkan daripada Theory of Reasoned Action
(TRA) dan seterusnya dikembangkan menjadi model C-TAM-TPB (Taylor & Todd,
1995), Technology Acceptance Model 2 (TAM2) (Venkatesh & Davis, 2000) dan Unified
Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) (Venkatesh et al., 2003).
Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) oleh
Venkatesh et. al. (2003) dibangunkan berasaskan Innovation Diffusion Theory (IDT) oleh
Rogers (1983), Social Cognitive Theory (SCT) oleh Bandura (1989), Model of PC
Utilization (MPCU) oleh Thompson et al. (1991) dan Motivational Model (MM) oleh
Davis et al. (1992). UTAUT sememangnya dicadangkan oleh Venkatesh et al. (2003)
bagi mengintegrasikan dan membandingkan elemen-elemen utama secara empirikal
daripada model-teori penerimaan teknologi yang berbeza dalam menggambarkan
96
penerimaan individu terhadap teknologi. Berdasarkan kronologi perkembangan model-
model ini, didapati domain antara model adalah saling berkait dan mempunyai hubungan
interaksi yang nyata. Domain-domain ini berevolusi melalui model-teori penerimaan
terkini mengikut garis masa (konstruk sepadan yang membentuk model UTAUT).
Perkembangan dan hubungan interaksi antara model-teori penerimaan mengikut
garis masa seperti di Rajah 2.9. Maka model dan teori penerimaan ini menjadi teras
kepada teori umum yang diguna pakai dalam membentuk kerangka konseptual bagi
kajian ini.
TRA TPB
(1975) (1991)
TAM C-TAM-TPB SCT
(1989) (1995) (1989)
TAM 2 IDT
(2000) (1991)
UTAUT MPCU
(2003) (1991)
MM
(1992)
Rajah 2.9. Hubungan Interaksi antara Model-Model Penerimaan Teknologi
97
Melalui rujukan dan penelitian terhadap kajian-kajian empirikal terdahulu,
didapati model-teori penerimaan telah melalui proses pembuktian, pengukuhan,
kembangan lanjutan konstruk dan penambah baik penjelasan terhadap penerimaan
teknologi berdasarkan konstruk selari dengan garis masa perkembangan teknologi. Jelas
di sini bahawa, model UTAUT merupakan model penerimaan terkini paling
komprehensif dalam mengkaji penerimaan individu terhadap teknologi kerana model ini
telah dibangunkan melalui perkembangan dan penambahbaikan berdasarkan model-teori
penerimaan terdahulu, teori-teori berkaitan motivasi serta sikap terhadap teknologi
(Venkatesh et al., 2012). Keadaan ini menunjukkan bahawa model penerimaan terkini
(Model UTAUT) mampu memberi penjelasan yang lebih bersepadu dan menyeluruh
berkaitan faktor-faktor penerimaan individu terhadap penggunaan teknologi.
Abu-Al-Aish dan Love (2013), Attuquayefio dan Addo (2014), Dečman (2015)
dan Khechine et al. (2014) turut bersetuju bahawa, model UTAUT merupakan model
penerimaan yang mampu memberi penjelasan lebih baik berkaitan niat individu untuk
menggunakan teknologi, berbanding model-teori penerimaan terdahulu. Jadual 2.4
menunjukkan model-teori penerimaan teknologi terdahulu dan konstruk serta pengasas
model-teori tersebut. Manakala Jadual 2.5 menunjukkan kajian emprikal terpilih daripada
sebahagian rujukan dalam tinjauan literatur. Kajian-kajian ini merupakan asas rujukan
dalam penentuan hubungan antara konstruk dan asas pembentukan model-kerangka
konseptual kajian ini.
Jadual 2.4 98
Model Penerimaan dan Konstruk Penulis dan Tahun
Rogers (1983), Moore
Model dan Teori Konstruk penentu & Benbasat (1991)
Innovation Diffusion Theory Relative Advantage
(IDT); Teori Resapan Inovasi Compatibility Bandura (1989),
oleh Rogers – penerimaan Complexity Compeau & Higgins
inovasi Observability (1995)
Trialability
Social Cognitive Theory (SCT); Adoption Fishbein & Ajzen
untuk menentukan penggunaan Behavior Modeling (1975)
sistem maklumat. Prior Performance Davis et al. (1989)
Computer Self-Efficacy
Theory of Reasoned Action Outcome Expectations Ajzen (1991)
(TRA); untuk mengukur prestasi Performance
dan Niat Tingkah Laku. Anxiety Thompson et al.
Attitude Toward Behavior (1991)
Technology Acceptance Model Subjective Norm
(TAM); penerimaan teknologi Behavioral Intention Davis et al. (1992)
Behavior
Theory of Planned Behaviour Perceived Usefulness (bersambung)
(TPB); untuk menentukan niat Perceived Ease Of Use
dan tingkah laku. Attitude Toward Using
Behavioral Intention to Use
Actual Use
Attitude
Subjective Norm
Perceived Control
Intention to Perform Behavior
Behavior
Model of PC Utilization Long-Term Consequences
(MPCU); untuk menentukan Job Fit
tingkah laku menggunakan Complexity
komputer peribadi Affect Toward
Social Factors Influencing
Motivational Model (MM) ; Facilitating Conditions
menjelaskan penerimaan dan Utilization
penggunaan teknologi. Motivation (Extrinsic And
Intrinsic)
99
Jadual 2.4 (sambungan)
Model dan Teori Konstruk penentu Penulis dan Tahun
Combined TAM and TPB (C- Perceived Usefulness Taylor & Todd (1995)
TAM-TPB); Gabungan model Ease Of Use
TAM dan TPB. Complexity Venkatesh & Davis
Attitude (2000)
Technology Acceptance Model 2 Peer Influence
(TAM 2); adalah lanjutan model Superior Influence Venkatesh et. al.
TAM. Subjective Norm (2003)
Self-Efficacy
Unified Theory of Acceptance Resource Facilitating Conditions
and Use of Technology Technology Facilitating Conditions
(UTAUT); model penerimaan Perceived Behavioral Control
teknologi berdasarkan proses Behavioral Intention
penentuan, penambahan konstruk Usage Behavior
dan pengujian yang empirikal. Perceived Usefulness
Perceived Ease Of Use
Subjective Norm
Experience
Voluntariness
Image
Job Relevance
Output Quality
Result Demonstrability
Intention To Use
Usage Behavior
Performance Expectancy
Effort expectancy
Social influence
Facilitating conditions
Behavioral Intention
Use Behavioral
Jadual 2.5
Rumusan Kajian-Kajian Empirikal Terpilih berasaskan Model-M
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
1 Abu-Al-Aish & Factors influencing Kajian ini bertujuan
Love (2013) students’ acceptance of mengenalpasti faktor
m-learning: An mempengaruhi peneri
investigation in higher pelajar di pusat peng
education. tinggi terhadap m-lear
Data daripada seramai
orang sampel telah di
dan dianalisa menggun
kaedah SEM.
2 Alharbi & Drew Using the Technology Menggunakan M
(2014) Acceptance Model in penerimaan TAM
Understanding mengkaji peneri
Manage
Academics’ Behavioural ‘Learning
Intention to Use Systems’ oleh p
Learning Management Universiti di Arab S
Systems Kutipan data melalui
selidik.
Model Penerimaan Teknologi
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
untuk UTAUT Performance Keputusan dapatan menujukkan
yang Expectancy (PE),
imaan TAM Effort Expectancy performance expectancy, effort
gajian (EE), Lecturers’
rning. Influence (LI), expectancy, influence of
i 174 Quality of Services
ikutip (QoS), Personal Lecturers, quality of service dan
nakan Innovativeness (PInn)
dan Behavioural personal innovativeness, adalah
Model Intention (BI)
untuk faktor yang signifikan
imaan Perceived Ease of
ement Use (PEU), mempengaruhi behavioural
pelajar Perceived Usefulness
Saudi. (PU), Attitude intention untuk menggunakan m-
Soal Toward Usage
(ATU), Behavioural learning. Pengalaman lalu
Intention to Use
(BIU) dan Job menggunakan peranti mudah alih
Relevance (BIU)
juga didapati menjadi faktor
moderator kepada konstruk
behavioural intention.
Hampir kesemua hipotesis kajian
(8/12) dapat diterima melalui
analisis data yang dilaksanakan.
(bersambung)
100
Jadual 2.5 (sambungan)
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
3 Alshibly (2014) An Empirical Mengkaji faktor
Investigation into mempengaruhi Niat Tin
Factors Influencing the Laku untuk menggunak
Intention to Use E- learning di Univ
learning System : An Jordan. Dapatan dar
Extended Technology soal selidk di an
Acceptance Model menggunakan Partial
Square-Structural Equ
Modeling (PLS-SEM).
4 Attuquayefio & Using the UTAUT model Menggunakan soal s
Addo (2014) to analyze students ’ ICT untuk memahami
adoption berkaitan penerimaan
dalam kalangan p
peringkat pengajian t
Menggunakan M
UTAUT sebagai kara
teori dan melaksan
Structural Equ
Modeling-SEM/regrasi
untuk menganalisa dapa
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
yang TAM Attitudes (ATT), Keputusan kajian menunjukkan
ngkah kesemua hipotesis kajian
kan e- UTAUT Intention to use diterima. Dapat ini juga
versiti menunjukkan pemboleh ubah
ripada (INT), tambahan dapat meramal secara
nalisa berkesan penerimaan e-learning.
Least Perceived self-
uation Dapatan menunjukkan bahawa EE
efficacy (PCE), secara signifikan menpengaruhi
selidik BI. Manakala PE dan SI
isu Perceived ease of use menunjukkan dapatan yang tidak
ICT signifikan terhadap BI dan UB.
(PEOU), Perceived Namun begitu, FC adalah
pelajar signifikan mempengaruhi UB.
tinggi. usefulness
Model
angka (PU) dan perceived
nakan
uation system quality (SQ).
atan. Performance
Expectancy (PE),
Effort Expectancy
(EE), Social
Influence (SI),
Facilitating
Conditions (FC),
Behavioral Intention
(BI) dan
Use Behavior (UB)
(bersambung)
101
Jadual 2.5 (sambungan)
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
5 Fathema, Expanding The Kajian ini menilai f
Shannon, & Technology Acceptance yang mempengaruhi tin
Ross (2015) Model (TAM) to Examine laku menggunakan L
Faculty Use of Learning dalam kalangan ahli fa
Management Systems daripada dua buah univ
(LMSs) In Higher Seramai 560 sampel
Education Institutions. mengambil bahagian
data kajian di a
menggunakan
Menggunakan kera
model TAM, faktor-f
yang mempengaruhi nia
tingkah laku sebenar d
menggunakan LMSs
dinilai.
6 Tan (2013) Applying the UTAUT to Mengenalpasti keper
Understand Factors /penerimaan pelajar ko
Affecting the Use of Taiwan terhadap laman
English E-Learning e-learning Bahasa Ing
Websites in Taiwan Dengan menggun
dapatan daripada
selidik, data dian
menggunakan pe
SPSS.
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
faktor TAM System Quality (SQ), Dapatan kajian menunjukkan
ngkah Perceived Self- terdapat tiga external variables:
LMSs Efficacy (PSE), system quality; perceived self-
akuliti Facilitating efficacy dan facilitations
versiti. conditions (FC), conditions secara signifikan dapat
telah Perceived Ease of meramal sikap menggunakan
Use (PEOU), LMSs.
dan Perceived Usefulness
nalisa (PU), Attitude
SEM. toward Using (ATT),
angka Behavioral Intention
faktor to Use (BI) dan
at dan Actual Use
dalam (AU)
telah
rluaan UTAUT Performance Kesemua hipotesis dapat diterima.
olej di
n web; Expectancy (PE), (bersambung)
ggeris.
nakan Effort Expectancy
soal (EE), Social
nalisa
erisian Influence (SI),
Facilitating
Conditions (FC) dan
Behavioral Intention
(BI)
102
Jadual 2.5 (sambungan)
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
7 Khechine, UTAUT Model for Menentukan f
Lakhal, Pascot, Blended Learning : The penerimaan terhadap S
& Bytha (2014) Role of Gender and Age Webinar (Ellumi
in the Intention to Use Kajian menggunakan b
Webinars soal selidik
mengumpul data
dianalisa melalui SPSS.
8 Shin & Kang The Use of a Mobile Kajian ini
(2015) Learning Management mengenalpasti peneri
System at an Online mobile learning d
University and Its Effect kalangan pelajar d
on Learning Satisfaction talian dan pengaru
and Achievement. terhadap pencapaian pe
Dengan menggun
model TAM dan k
analisa data SEM data k
diproses bagi mendap
rumusan kajian. Se
1117 pelajar uniivers
Korea Selatan
menyertai soal selidik d
talian ini.
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
faktor UTAUT Performance Dapatan menunjukkan bahawa
Sistem hanya PE, EE dan FC secara
inate). TAM Expectancy (PE), signifikan mempengaruhi BI
borang untuk menggunakan Sistem
untuk Effort Expectancy Webinar (Elluminate). Dapatan
juga menunjukkan hanya umur
dan (EE), Social menjadi faktor moderator yang
. positif.
Influence (SI),
telah
imaan Facilitating
dalam
dalam Conditions (FC) dan
uhnya
elajar. Intention to Use
nakan
kaedah Elluminate (IUE)
kajian
patkan Personal Dapatan secara ringkasnya,
eramai
siti di Innovativeness (PI), menujukkan bahawa Self-
telah
dalam Subjective Norm Efficacy, Personal Innovativeness
(SN), Relative dan System Accessibility secara
Advantage (RA), signifikan mempengaruhi
System Accessibility Perceived Ease of Use. Ini
(SA), Perceived menggambarkan bahawa faktor-
Usefulness (PU), faktor ini secara positif
Perceived Ease of mempengaruhi penggunaan
Use (PEU), teknologi.
Behavioral Intention Dapatan juga menunjukkan
(BI), Learning bahawa
Satisfaction (LS) dan Perceived Usefulness adalah
Learning faktor yang paling mempengaruhi
Achievement (LA) Behavioral Intention untuk
menggunakan mobile learning
systems.
(bersambung)
103
Jadual 2.5 (sambungan)
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
9 Siang & Students’ Perspective of Menggunakan SPSS
Santoso (2015) Learning Management PLS untuk menganalisa
System : An Empirical soal selidik berk
Evidence of Technology penerimaan penggu
Acceptance Model In LMS oleh pelajar
Emerging Countries Wacana Chr
University. Pen
menjadikan model
sebagai kerangka kajian
10 Teo, Fan, & Du Technology acceptance Kajian menilai kemung
(2015) among pre-service terdapat perbezaan
teachers: Does gender faktor jantina guru p
matter? terhadap peneri
teknologi berdasarkan m
TAM. Menggunakan
sebagai kaedah u
menganalisa data,
diperolehi melalui
selidik terhadap 339
guru pelatih.
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
dan TAM Perceived Dapatan menunjukkan hubungan
a data Usefullness (PU), yang signifikan antara;
kaitan TAM Perceived Ease of 1. Perceived Ease of Use dan
unaan Use (PEU),
Behavioral Intention Actual Technology Us’.
Duta to Use Technology 2. Attitude toward Using
ristian (BIT), Attitude
ngkaji Towards Using Technology dan Behavioral
TAM Technology (ATUT) Intention to use Technology.
n. dan Actual 3. Actual Technology Use dan
Technology Use Behavioral Intention to use
gkinan (ATU) Technology.
bagi Perceived Usefulness,
Perceived Ease of Secara praktikalnya, dalam aspek
pelatih Use,
imaan Attitude Toward jantina-dapatan menujukkan tiada
model Computer Use dan
SEM Behavioural Intention perbezaan statistik terhadap
utama to Use
perceived usefulness, attitudes
yang
soal toward technology dan intention
orang
to use technology. Guru pelatih
perempuan menunjukkan dapatan
skor yang lebih rendah terhadap
perceived ease of use,
menggambarkan bahawa
penggunaan teknologi adalah
lebih mencabar bagi guru pelatih
perempuan berbanding guru
pelatih lelaki.
(bersambung)
104
Jadual 2.5 (sambungan)
Bil Penulis Tajuk Artikel/Kajian Maklumat Kajian
11 Thomas, Singh, The utility of the UTAUT Kajian menggunakan m
& Gaffar (2013) model in explaining UTAUT
mobile learning adoption mengenalpasti
in higher education in penerimaan mobile lea
Guyana dikalangan pelajar peri
pengajian tinggi di Gu
Data kajian diku
melalui soal selidik we
dianalisa menggun
kaedah SEM.
12 Venkatesh, User Acceptance of Kajian ini dilaksanakan
Morris, Davis, Information Technology: menentukan
& Davis (2003) Toward a Unified View konstruk/pemboleh
utama yang memb
model penerimaan UTA
n Model/ Konstruk Dapatan Utama Kajian
Teori
model UTAUT Performance Dapatan menunjukkan model
untuk UTAUT dengan konstruk yang
tahap UTAUT Expectancy (PE), diterima dalam menggambarkan
arning penerimaan mobile learning
ingkat Effort Expectancy dikalangan pelajar peringkat
uyana. pengajian tinggi di Guyana.
umpul (EE), Social
eb dan Konstruk yang diterima;
nakan Influence (SI), 1. PE → BI
2. EE → BI
n bagi Facilitating 3. SI → BI
4. FC → UB
ubah Conditions (FC),
bentuk
AUT. Behavioral Intention
(BI) dan
Attitude (AT)
Performance
Expectancy (PE),
Effort Expectancy
(EE), Social
Influence (SI),
Facilitating
Conditions (FC),
Behavioral Intention
(BI) dan
Use Behavior (UB)
105
106
2.5 Pemboleh Ubah Model Konseptual Kajian
Kajian ini melibatkan penilaian terhadap empat pemboleh ubah utama iaitu pemboleh
ubah tidak bersandar (exogenous), pemboleh ubah bersandar (endogenous), pemboleh
ubah mediator dan pemboleh ubah moderator. Pemboleh ubah bagi kajian ini telah
dikenal pasti melalui kajian Fasa 1; analisis dapatan temu bual terhadap kumpulan fokus
dan tinjauan literatur terhadap kajian-kajian empirikal dan model-teori penerimaan
terdahulu. Pemboleh ubah exogenous yang telah dikenal pasti ialah Jangkaan Prestasi
(JP), Jangkaan Usaha (JU), Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK), dan
Efikasi Guru (EG). Pemboleh ubah endogenous pula ialah Niat Tingkah Laku (NTL) dan
Tingkah laku Penggunaan (TLP). Pemboleh ubah mediator (JP dan KK) dan pemboleh
ubah moderator (jantina, pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah) dikenal pasti
pengaruhnya terhadap hubungan antara pemboleh ubah utama kajian. Melalui analisis
statistik, pengenalpastian pemboleh ubah peramal yang paling mempengaruhi dan
membawa kesan kepada hubungan antara pemboleh ubah akan membantu pengkaji dalam
menentukan model konseptual bagi kajian ini (BeLAUM).
Penulisan bahagian ini diteruskan dengan perbincangan berkaitan pemboleh ubah
kajian secara lebih terperinci dalam menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru.
107
Pemboleh ubah kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji bagi membentuk model
konseptual kajian, dijelaskan dalam subtajuk berikut.
2.5.1 Jangkaan Prestasi
Istilah Jangkaan Prestasi (JP) atau Performance Expectancy (PE) telah diperkenalkan
oleh Venkatesh et al. (2003) dalam mendefinisi persepsi berkaitan penerimaan prestasi
sebagai darjah atau sejauh mana kepercayaan individu dalam menggunakan sesuatu
sistem teknologi bagi mencapai kelebihan atau membantu meningkatkan prestasi kerja
mereka. Bagi kajian ini, Jangkaan Prestasi (JP) dirujuk sebagai sejauh mana tahap
kepercayaan individu dalam menggunakan atau melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun dapat membantu mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran yang telah
ditetapkan. Faktor atau konstruk ini diestrak dan ditetapkan berdasarkan atribut
Pembelajaran Teradun dan enam konstruk model-teori penerimaan terdahulu iaitu;
Performance Expectancy (UTAUT), Perceived Usefulness (TAM), Extrinsic Motivation
(MM), Job-fit (MPCU), Relative Advantage (IDT) dan Outcome Expectation (SCT).
Sebagai tambahan, model-teori penerimaan terdahulu telah menunjukkan bahawa
Jangkaan Prestasi (JP) atau konstruk yang sepadan merupakan peramal yang paling kuat
terhadap Niat Tingkah Laku (NTL) atau Behavioural Intention (BI) untuk menggunakan
teknologi (Venkatesh et al., 2003, 2012). Menurut Davis (1989) konstruk Perceived
Usefulness iaitu konstruk sepadan dengan Jangkaan Prestasi, merupakan konstruk yang
paling kerap digunakan untuk menentukan tahap penerimaan individu. Pengkaji seperti
108
Alharbi dan Drew (2014), Alshiby (2014), dan Tan (2013) telah membuktikan bahawa
jangkaan kegunaan berkesan membawa kesan positif terhadap niat inidividu untuk
menggunakan teknologi. Manakala dapatan oleh, Abu-Al-Aish & Love (2013), Davis et
al. (1989), Khechine et al. (2014), Thomas et al. (2013), Venkatesh et al. (2003), dan
Venkatesh et al. (2012), secara khusus menunjukkan bahawa Jangkaan Prestasi
membawa kesan signifikan terhadap Niat Tingkah Laku.
Apabila menggunakan sesuatu teknologi dalam proses pembelajaran pelajar, para
guru menjangkakan penggunaan teknologi tersebut mampu meningkatkan keberkesanan
serta prestasi pealjar (Alharbi & Drew, 2014; Alghanmi, 2014). Alharbi dan Drew (2014)
dan Thomas et al. (2013) telah membuktikan jangkaan individu merupakan penentu
utama kepada niat mereka untuk menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran.
Oleh itu, antara tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen Jangkaan Prestasi
(JP) dalam mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) guru untuk melaksanakan
Pembelajaran Teradun. Penggunaan konstruk Jangkaan Prestasi (JP) dalam konteks
kajian penerimaan Pembelajaran Teradun dapat menjelaskan pemahaman berkaitan
jangkaan guru terhadap prestasi mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Berdasarkan pengaruh konstruk Jangkaan Prestasi (JP) yang signifikan dan
merupakan antara konstruk yang paling dominan dalam kebanyakan kajian empirikal
terdahulu (Khechine et al., 2014; Tan, 2013; Thomas et al., 2013; Venkatesh et al., 2003,
2012), maka kajian ini telah menetapkan konstruk Jangkaan Prestasi (JP) sebagai
pemboleh ubah mediator untuk dikenal pasti pengaruhnya. Manakala Jangkaan Prestasi
109
(JP) dijangka disederhanakan (moderate) oleh jantina, pengalaman dan dua pemboleh
ubah yang dikenal pasti dalam konteks kajian ini serta kesan setiap moderator akan
dinilai sebagai satu set hipotesis yang telah dinyatakan dalam penyataan hipotesis kajian
ini.
2.5.2 Jangkaan Usaha
Jangkaan Usaha (JU) atau Effort Expectancy (EE) merupakan konstruk yang diterjemah
sebagai kepercayaan individu terhadap darjah kemudahgunaan untuk menggunakan
sesuatu sistem teknologi (Venkatesh et al., 2003). Kekerapan konstruk Jangkaan Usaha
(JU) atau sepadannya diguna dan diuji dalam model penerimaan teknologi terdahulu
menjadikan konstruk ini faktor utama dalam menjelaskan penerimaan individu terhadap
teknologi (Abu-Al-Aish & Love, 2013; Davis et al., 1989; Khechine et al., 2014;
Thomas et al., 2013; Venkatesh et al., 2003, 2012). Bagi kajian ini Jangkaan Usaha (JU)
dirujuk sebagai sejauh mana tahap kepercayaan individu terhadap kemudahgunaan atau
kemudahlaksanaan pendekatan Pembelajaran Teradun. Faktor atau konstruk ini diekstrak
dan ditetapkan berdasarkan atribut Pembelajaran Teradun dan empat konstruk model-
teori penerimaan terdahulu iaitu Effort Expectancy (UTAUT), Perceived Ease of Use
(TAM), Ease of Use (IDT) dan Complexity (MPCU).
Dalam usaha untuk menjelaskan konstruk Jangkaan Usaha (JU) sebagai
penggalak kepada peningkatan prestasi, pengkaji terdahulu (Taylor & Todd, 1995;
Venkatesh & Davis, 2000; Venkatesh et al., 2003) telah membuktikan bahawa Jangkaan
110
Usaha (JU) mempunyai hubungan yang positif dengan Jangkaan Prestasi (JP) dan Niat
Tingkah Laku (NTL). Sebagai tambahan, Davis (1989) telah menyatakan bahawa
konstruk berteraskan ‘usaha’ dijangka lebih berpengaruh pada peringkat awal dalam
pelaksanaan sesuatu sistem teknologi.
Berdasarkan konsep pendekatan Pembelajaran Teradun adalah berteraskan
teknologi, maka kajian menjangkakan konstruk Jangkaan Usaha (JU) akan menjadi faktor
penting dalam mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) untuk melaksanakan
Pembelajaran Teradun. Konstruk Jangkaan Usaha (JU) diramal memainkan peranan yang
lebih besar dalam mempengaruhi niat guru untuk menggunakan paltform Frog VLE
sebagai medium pendekatan Pembelajaran Teradun kerana guru menjangkakan platform
Frog VLE mempunyai antara muka mesra pengguna, akses ke plaftorm yang cepat, dan
kawalan navigasi mudah, yang semuanya menonjolkan kemudahan pengguna untuk
mengakses serta berinteraksi dengan medium tersebut (Ana Haziqah, 2014; Cheok &
Wong, 2016; Hiong & Umbit, 2015). Platform Frog VLE merupakan medium
pembelajaran yang dibangunkan oleh teknologi terkini dan didasari oleh kajian terdahulu
berkaitan kepenggunaannya, maka paltform ini dijangkakan dapat memenuhi harapan dan
keperluan guru untuk menggunakannya. Oleh itu konstruk Jangkaan Usaha (JU)
dimasukkan sebagai konstruk utama kajian bagi menjana kerangka model kajian ini dan
kajian menjangkakan penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun
oleh guru amat bergantung kepada sama ada ianya mudah digunakan atau tidak.
111
Venkatesh et al. (2003) melalui model penerimaan UTAUT dan disokong oleh
Abdul Wahab (2012), Abu-Al-Aish dan Love (2013), Attuquayefio dan Addo (2014),
Hur et al. (2014), Lee dan Hung (2015), Touray & Salminen (2013), dan Zhang, Liu,
Yan, dan Zhang (2016), membuktikan bahawa hubungan antara Jangkaan Usaha (JU) dan
Niat Tingkah Laku (NTL) dapat disederhanakan (moderate) oleh faktor jantina dan
pengalaman. Seterusnya, dapat dijelaskan bahawa jangkaan individu terhadap
penggunaan sesuatu sistem teknologi mungkin berbeza berdasarkan faktor jantina,
pengalaman individu dan dua pemboleh ubah yang dikenal pasti dalam konteks kajian ini
iaitu beban tugas serta lokasi sekolah. Oleh itu, kajian telah menetapkan tujuan bagi
mengenal pasti pengaruh pemboleh ubah moderator tersebut untuk diukur dan dikenal
pasti kesannya terhadap hubungan antara pemboleh ubah kajian.
2.5.3 Jangkaan Penggunaan
Jangkaan Penggunaan (JPG) merupakan pemboleh ubah baharu yang diwujudkan khas
bagi kajian ini berdasarkan hasil analisis faktor penerokaan (Exploratory Factor Analysis
– EFA) terhadap set data kajian rintis. Hasil EFA mencadangkan agar pemboleh ubah
Jangkaan Prestasi (JP) dan Jangkaan Usaha (JU) diletakkan dibawah satu konstruk utama
dan membentuk struktur faktor peringkat kedua (second order factor). Melalui tinjauan
literatur (Davis et al., 1989; Fishbein & Ajzen, 1975; Venkatesh, 2000; Venkatesh et al.,
2003), pengkaji menggabungkan kedua-dua pemboleh ubah tersebut iaitu Jangkaan
Prestasi (JP) dan Jangkaan Usaha (JU), berdasarkan keseragaman karakteristik pemboleh
ubah dan struktur psikometrik yang selari, sekali gus membentuk pemboleh ubah (faktor
112
peringkat kedua) yang dinamakan Jangkaan Penggunaan (JPG). Pembentukan konstruk
baharu ini secara tidak langsung menepati cadangan oleh Venkatesh et al. (2003), agar
kajian berkaitan konstruk baharu seperti jangkaan pengguna atau jangkaan tingkah laku
dapat dijalankan bagi mengenal pasti konstruk yang berpotensi menjadi peramal utama
kepada faktor endogenous dalam kajian berkaitan penerimaan teknologi. Berdasarkan
gabungan dua pemboleh ubah ini, Jangkaan Penggunaan (JPG) dapat didefinisikan
sebagai darjah kepercayaan individu terhadap kelebihaan dan kemudahgunaan (sifat
penggunaan) sesuatu sistem teknologi dalam mencapai matlamat tugasan.
Pengkaji mencadangkan pemboleh ubah Jangkaan Penggunaan (JPG) sebagai
salah satu faktor peramal yang mewakili pemboleh ubah Jangkaan Prestasi (JP) dan
pemboleh ubah Jangkaan Usaha (JU) untuk meramal Niat Tingkah Laku (NTL) dan
Tingkah laku Penggunaan (TLP) pendekatan Pembelajaran Teradun dalam kalangan guru
sekolah di Malaysia. Berdasarkan pandangan Davis (1989) dan Venkatesh et al. (2012)
yang menyatakan bahawa pemboleh ubah Jangkaan Usaha (JU) dan pemboleh ubah
Jangkaan Prestasi (JP) adalah pemboleh ubah yang paling dominan dalam meramal niat
dan tingkah laku individu, maka pengkaji menjangkakan pemboleh ubah Jangkaan
Penggunaan (JPG) dapat menjadi konstruk penting dan sebahagian daripada peramal
utama dalam meramal Niat Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP)
guru. Oleh itu, pemboleh ubah Jangkaan Prestasi (JP) dan pemboleh ubah Jangkaan
Usaha (JU) digabung untuk membentuk konstruk Jangkaan Penggunaan, sekali gus
dimasukkan sebagai konstruk utama bagi membentuk kerangka model struktur kajian ini.
113
2.5.4 Pengaruh Sosial
Venkatesh et al. (2003) telah mendefinisi Pengaruh Sosial (PS) atau Social Influence (SI)
sebagai darjah kepercayaan individu berkaitan pentingnya orang lain percaya sama ada
mereka perlu atau tidak menggunakan teknologi baharu. Konstruk Pengaruh Sosial (PS)
merupakan jangkaan individu tentang hubungan sosial seperti ahli keluarga, rakan sekerja
dan individu terdekat berupaya mempengaruhi kepercayaan mereka untuk menggunakan
teknologi tertentu. Memasukkan konstruk Pengaruh Sosial (PS) ke dalam model
kerangka kajian telah banyak dilakukan oleh pengkaji terdahulu (Abu-Al-Aish & Love,
2013; Althunibat, 2015; Attuquayefio & Addo, 2014; Dečman, 2015; Khechine et al.,
2014; Tan, 2013; Thomas et al., 2013; Venkatesh et al., 2003, 2012) dan dapatan kajian
menunjukkan kesan yang signifikan. Kajian terdahulu juga merumuskan bahawa
konstruk Pengaruh Sosial (PS) merupakan peramal yang kuat dalam membentuk niat
individu untuk menggunakan teknologi baharu (Thompson et al., 1991; Venkatesh &
Morris, 2000; Venkatesh & Davis, 2000; Venkatesh et al., 2003).
Berdasarkan kajian oleh Abu-Al-Aish dan Love (2013) dan Dečman (2015),
konstruk Pengaruh Sosial (PS) terbahagi kepada dua dimensi iaitu pengaruh pihak atasan
atau organisasi dan pengaruh rakan sebaya. Dalam konteks kajian ini, Pengaruh Sosial
(PS) dirujuk sebagai tahap tanggapan individu berkaitan pentingnya orang lain percaya
bahawa mereka harus menggunakan atau melaksanakan pendekatan Pembelajaran
Teradun berdasarkan pengaruh daripada kedua-dua dimensinya. Dapatan kajian oleh
Khechine et al. (2014) dalam bidang berkaitan Pembelajaran Teradun menunjukkan
114
Pengaruh Sosial (PS) membawa kesan yang kuat terhadap niat individu untuk menerima
dan menggunakan sistem Pembelajaran Teradun sebagai salah satu pedagogi
pembelajaran. Oleh kerana manusia sentiasa dipengaruhi oleh persekitaran di mana
mereka berinteraksi secara sosial dan secara budaya, maka adalah munasabah untuk
mengatakan bahawa pengaruh sosial dapat membentuk niat dan tingkah laku individu
(Bandura, 1989). Pengaruh ini mendorong individu untuk bertindak balas terhadap
bagaimana pandangan orang lain melihat kesan mereka menggunakan teknologi
(Venkatesh et al., 2003). Jika pandangan yang diterima adalah positif, maka
kebarangkalian individu untuk menggunakan teknologi tersebut menjadi tinggi.
Althunibat (2015), Dečman (2015) dan Nurul Farhana (2013) selari menekankan
tentang kepentingan faktor sosial dalam persekitaran yang dimandatkan (arahan
organisasi tempat berkerja). Pengaruh Sosial (PS) untuk pengintegrasian teknologi dalam
organisasi kelihatan hanya signifikan pada peringkat awal pelaksanaan dan cenderung
untuk berkurangan apabila penggunaan secara berulang dari masa ke semasa (Venkatesh
et al., 2012). Namun, Rogers (1983) menjelaskan bahawa individu yang telah merasai
kejayaan menggunakan teknologi dan mempunyai tahap inovasi yang tinggi akan dapat
memujuk serta mendorong rakan mereka untuk kekal menggunakan teknologi.
Berdasarkan rasional dan senario ini, maka pengkaji memasukkan konstruk Pengaruh
Sosial (PS) untuk dikenal pasti pengaruhnya dan dinilai sebagai sebahagian daripada
model konseptual kajian ini. Konstruk ini ditentukan berdasarkan konstruk terdahulu iaitu
Social Influence (UTAUT), Subjective Norm (TAM2/TRA) dan Social Factors
Influencing (MPCU).
115
Dalam model penerimaan UTAUT oleh Venkatesh et al. (2003) dan beberapa
kajian terdahulu (Khechine et al., 2014; Tarhini, Hone, & Liu, 2014) telah menunjukkan
bahawa hubungan antara Pengaruh Sosial (PS) dan Niat Tingkah Laku (NTL)
dipengaruhi oleh faktor luaran seperti jantina, umur dan pengalaman, iaitu impak lebih
kuat dibawa oleh perempuan berbanding lelaki, individu yang berumur dan individu yang
kurang pengalaman. Kesan jantina mungkin didorong oleh fenomena psikologi yang
terkandung dalam peranan jantina yang dibina secara sosial (Venkatesh & Morris, 2000).
Khechine et al. (2014) menjelaskan individu yang kurang berpengalaman lebih
cenderung untuk dipengaruhi oleh keadaan dan orang sekeliling. Manakala, beban tugas
dan lokasi sekolah amat mempengaruhi pembentukan batasan pandangan sosial terhadap
sesuatu teknologi (Sankaran & Norazlinda, 2017; Seri Rahayu, 2011; Siti Nazuar, 2014).
Sehubungan dengan itu, kajian menjangkakan interaksi yang kompleks oleh pemboleh
ubah moderator ini, wujud secara serentak mempengaruhi hubungan Pengaruh Sosial
(PS) dan Niat Tingkah Laku (NTL). Kajian telah mengemukakan hipotesis bagi
mengukur pengaruh pemboleh ubah moderator (jantina, pengalaman, beban tugas dan
lokasi sekolah) dalam menyederhanakan hubungan antara pemboleh ubah kajian.
2.5.5 Keadaan Kemudahan
Keadaan Kemudahan (KK) atau Facilitating Conditions (FC) dalam era teknologi digital
kini dapat diwakili oleh spektrum fasiliti ICT, sokongan teknikal, persekitaran
pembelajaran, sistem teknologi dan etika penggunaan (etiquette) (Fu, 2013; Hung, 2015).
116
Dengan maksud lain, Keadaan Kemudahan (KK) adalah perkara berkaitan persediaan
atau perancangan reka bentuk teknologi dan/atau persekitaraan organisasi untuk
menghapuskan halangan dan kekangan untuk menggunakan sesuatu sistem teknologi.
Venkatesh et al. (2003) telah mentakrif Keadaan Kemudahan (KK) sebagai darjah
kepercayaan individu untuk menerima dan menggunakan teknologi, mendapat sokongan
serta bantuan daripada organisasi. Dan unsur seperti sumber teknologi (fizikal dan ilmu),
sokongan teknikal, pengetahuan terdahulu dan bantuan organisasi dapat menjelaskan
konstruk ini.
Keadaan Kemudahan (KK) juga dinilai sebagai persekitaran yang membantu
individu pengguna iaitu mengatasi halangan luaran untuk menggunakan teknologi baharu
(Venkatesh et al., 2003; Zhang et al., 2016). Bagi kajian ini, Keadaan Kemudahaan (KK)
merujuk kepada persepsi guru berkaitan kemudahan fizikal tersedia (berkaitan ICT)
seperti kualiti sistem, sumber teknikal dan sokongan yang wujud untuk membantu
mereka melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Konstruk ini diekstrak
berdasarkan atribut Pembelajaran Teradun dan gabungan konstruk Facilitating
Conditions (UTAUT), Perceived Behavioural Control” (C-TAM-TPB), Compatibility
(IDT) serta Perceived Control (TPB).
Banyak kajian lalu terhadap hubungan antara Keadaan Kemudahan (KK) dan Niat
Tingkah Laku (NTL) atau penggunaan menghasilkan dapatan yang bervariasi. Kajian
oleh Venkatesh et al. (2003) telah menunjukkan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) tidak
mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Niat Tingkah Laku (NTL), namun dapat
117
membuktikan wujud kesan langsung yang positif terhadap Tingkah laku Penggunaan
(TLP). Manakala Model of PC Utilization (MPCU) oleh Thompson et al., (1991) dan
kajian penerimaan teknologi oleh Abdul Wahab (2012), Abu-Al-Aish dan Love, 2013,
Al-Najjar (2012) dan Venkatesh et al. (2012), menunjukkan dapatan sebaliknya iaitu
Keadaan Kemudahan (KK) telah disahkan membawa kesan signifikan terhadap Niat
Tingkah Laku (NTL) dan pengguaan teknologi berkaitan komputer. Ini membuktikan
Keadaan Kemudahan (KK) merupakan faktor penting yang membawa kepada
pembentukan niat untuk menerima dan menggunakan sesuatu teknologi.
Dapat dirumuskan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) berfungsi sebagai
persekitaran yang membantu pengguna mengatasi halangan luar dan rintangan untuk
menggunakan ICT baharu. Niat individu untuk menggunakan teknologi terhalang
disebabkan persekitaran ICT yang kurang baik, kemudahan ICT yang tidak lengkap,
kekangan literasi ICT dan tiada sokongan teknikal (Siti Nazuar, 2014; Termit & Noorma,
2015), seterusnya akan membentuk stigma (tanggapan negatif) terhadap penggunaan
teknologi (Buabeng-Andoh, 2012; Kumutha & Hamidah, 2014). Seterusnya, Thompson
et al., (1991) membuat kesimpulan bahawa Keadaan Kemudahan (KK) adalah berkaitan
kemudahan akses kepada sumber teknologi, dan kajian berkaitannya haruslah meliputi
kesemua aspek kemudahan seperti kemudahan fizikal ICT, sokongan teknikal serta akses
rangkaian internet.
Mematuhi cadangan ini, kajian telah memasukkan kesemua aspek tersebut bagi
mengukur konstruk Keadaan Kemudahan (KK). Dalam konteks kajian ini, konstruk
118
Keadaan Kemudahan (KK) termasuklah kemudahan fizikal ICT yang membantu proses
pembelajaran pelajar, keupayaan capaian internet di sekolah, dan sokongan atau bantuan
teknikal terhadap penggunaan paltform Frog VLE yang disediakan oleh pihak berwajib.
Oleh itu kajian telah menetapkan hipotesis bagi membuktikan kesan langsung konstruk
Keadaan Kemudahan (KK) terhadap kedua-dua pemboleh ubah endogenous (NTL dan
TLP) dalam usaha untuk menjelaskan model konseptual penerimaan dan penggunaan
pendekatan Pembelajaran Teradun dengan lebih teliti.
Berdasarkan pengaruh konstruk yang signifikan dalam model-teori terdahulu
(IDT, TPB, C-TAM-TPB, dan UTAUT) dan merupakan antara konstruk yang paling
dominan dalam model struktur, maka konstruk Keadaan Kemudahan (KK) telah
ditetapkan sebagai pemboleh ubah mediator bagi kajian ini. Penentapan konstruk ini
sebagai pemboleh ubah mediator kerana sifat konstruknya yang spesifik mematuhi ciri-
ciri sokongan pedagogi bersumberkan teknologi (Venkatesh et al., 2003). Sifat konstruk
ini bertepatan dengan ciri-ciri keperluan asas untuk melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Teradun dan kebanyakan faktor untuk menjayakan pelaksanaannya amat
dipengaruhi oleh konstruk sepadan Keadaan Kemudahan (KK) (Graham et al., 2014;
Jeffrey, Milne, Suddaby, & Higgins, 2014). Sebagai tambahan, Venkatesh dan Davis
(2000) dan Venkatesh et al. (2003) selari merumuskan bahawa pengaruh Keadaan
Kemudahan (KK) yang signifikan mungkin berkurangan apabila Jangkaan Prestasi (JP)
dan Jangkaan Usaha (JU) hadir secara serentak dalam model struktur. Kajian oleh Siti
Nazuar (2014) dan Venkatesh et al. (2003) menunjukkan persediaan sumber yang
relevan, pengetahuan, dan sokongan yang mencukupi kepada pengguna mempunyai
119
kesan signifikan terhadap niat dan tingkah laku untuk menggunakan sesuatu teknologi.
Berdasarkan justifikasi ini, Keadaan Kemudahan (KK) telah ditetapkan sebagai pemboleh
ubah mediator untuk dikenal pasti kesannya terhadap hubungan antara; (1) Jangkaan
Penggunaan (JPG) dan Niat Tingkah Laku (NTL), dan (2) Efikasi Guru (EG) dan Niat
Tingkah Laku (NTL).
Dalam konteks pengaruh Keadaan Kemudahan (KK), Venkatesh dan Davis
(2000) mendakwa bahawa individu perempuan lebih memberi impak kerana mereka
mempunyai ciri-ciri individu berorientasikan proses (process-oriented) berbanding lelaki.
Manakala Venkatesh et al. (2003, 2012), mendedahkan hubungan antara Keadaan
Kemudahan (KK) dan Tingkah laku Penggunaan (TLP) dapat dipengaruhi oleh faktor
moderator (umur dan pengalaman iaitu impak lebih besar untuk individu yang berumur
dengan peningkatan pengalaman). Oleh itu, kajian ini yakin bahawa dalam konteks
tertentu, faktor moderator seperti jantina, pengalaman dan dua faktor tambahan yang
dicadangkan (beban tugas dan lokasi sekolah) akan menyederhanakan hubungan antara
Keadaan Kemudahan (KK) dan pemboleh ubah endogenous (NTL dan TLP). Maka,
kajian telah menetapkan matlamat untuk mengenal pasti kesan pemboleh ubah moderator
(jantina, pengalaman, beban tugas dan lokasi sekolah) dalam menyederhanakan
hubungan antara pemboleh ubah kajian ini.
120
2.5.6 Efikasi Guru
Berasal daripada konstruk model-teori Social Cognitive Theory (SCT) oleh Bandura
(1989) dan diperbaharui oleh Compeau & Higgins (1995), efikasi kendiri merujuk kepada
keyakinan individu terhadap keupayaan diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, yang
dipercayai akan mempengaruhi prestasi kerja. Kinzie, Delcourt, & Powers (1994)
menjelaskan makna efikasi kendiri sebagai;
Self-efficacy reflects an individual’s confidence in his/her ability to
perform the behavior required to produce specific outcome and it’s thought
to directly impact the choice to engage in a task, as well as the effort that
will be expended and the persistence that will be exhibited. (m.s. 747)
Tahap efikasi kendiri adalah terbentuk daripada hasil faktor luaran (pengaruh
persekitaran) dan faktor dalaman (kognitif, afektif, biologi dan tingkah laku). Faktor-
faktor ini didapati saling berkait dan membangunkan nilai keperbadian individu (Khan,
Fleva, & Qazi, 2015). Efikasi kendiri telah dibuktikan dapat mempengaruhi pilihan
individu, sama ada untuk kekal dengan tugasan, meningkatkan usaha memperbaiki
prestasi dan menunjukkan kegigihan dalam menjayakan tugasan (Hauser, Paul, &
Bradley, 2012; Sam, Othman, & Nordin, 2005). Dapatan kajian oleh Chien (2012) dan
Hauser et.al., (2012) menunjukkan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi
akan lebih berusaha atau gemar menggunakan teknologi dengan lebih kerap. Kenyataan
ini selari dengan Sam at.el., (2005), mereka menyatakan individu yang mempunyai
efikasi kendiri positif akan lebih aktif dan bertahan dalam usaha mereka. Manakala, guru
yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah merupakan individu yang mempunyai
kebimbangan terhadap keupayan diri untuk menggunakan teknologi dalam menjayakan
121
sesuatu tugasan (Sankaran & Norazlinda, 2017), dan kurang bersedia untuk menerima
inovasi (Masitah et al., 2013). Sehubungan itu, kajian merumuskan bahawa efikasi
kendiri merupakan satu nilai kendiri yang terbentuk melalui pelbagai faktor dalam
mendorong niat dan tingkah laku individu untuk menjayakan sesuatu tugasan atau
menerima perubahan.
Kajian oleh Siti Nazuar (2014) dan Termit dan Noorma (2015) menunjukkan
pengetahuan dan kemahiran yang relevan mampu memberi impak positif kepada sikap
individu untuk menggunakan teknologi. Justeru itu, kompetensi guru dalam penggunaan
teknologi dapat membentuk efikisi kendiri yang positif dalam mendorong mereka untuk
menggunakan platform Frog VLE. Gibbs (2003) menjelaskan efikasi kendiri guru
merupakan peramal yang kuat terhadap adakah dan bagaimana guru akan bertindak, yang
mana merupakan kepercayaan tentang kemampuan seseorang dalam mengawal tingkah
laku, pemikiran dan emosi sendiri. Dengan erti kata lain, kepercayaan guru terhadap
kemampuan mereka merupakan penentu kepada keberkesanan guru. Individu yang
mempunyai kepercayaan efikasi kendiri yang kukuh, cenderung untuk: (1) lebih berusaha
dalam situasi gagal, (2) mengambil risiko dalam menyampaikan kurikulum, (3)
meningkatkan pencapaian pelajar dan, (4) lebih memotivasikan pelajar dan diri untuk
menggunakan teknologi.
Dalam konteks kajian ini, efikasi kendiri diterjemah sebagai Efikasi Guru (EG)
dalam memberi gambaran yang lebih berfokus terhadap isu kajian. Ianya dirujuk sebagai
persepsi guru terhadap keyakinan diri, sikap positif atau negatif mereka mengenai
keupayaan diri untuk menerima dan menggunakan paltform Frog VLE sebagai medium