HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
1
HASREEYATI RAMLI
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari buku
ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau alat tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis.
Diterbitkan oleh:
HASREEYATI RAMLI
371, Lengkok Perdana 9/3
Bandar Perdana
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Perpustakaan Negara Data Pengkatalogan –Dalam-
Penerbitan
Hasreeyati Ramli
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
HASREEYATI RAMLI
ISBN
1.Malay Fiction. I. Judul
899.2333
Konsep dan Reka Muka oleh :
CINNAMON_BYUL
Dicetak oleh:
PBE ONE STOP CENTRE (PG0356855-P)
Kulim, Kedah Darul Aman
2
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
3
HAPSREENEYGATHI RAAMRLGI AAN
Ucapan terima kasih kepada ALLAH SWT di atas anugerah ini. Terima
kasih juga kepada kedua ibu bapa, adik-adik dan teman-teman yang banyak
menyokong saya selama ini. Antara buku-buku yang pernah dan akan
diterbitkan ialah :
1) Atika (1995)
2) Impian Abadi (1996)
3) Makin Aku Cinta (1997)
4) Laman Rindu (1998)
5) Dia Di Hati (2000)
6) Demi Kasih Ini (2005)
7) Sayang Sekelip Mata (2012)
8) Hey Cinta Tunggu Aku (2016) – selfpublished
9) Miss Kucing vs Mr. Cat, (2016) – selfpublished
10) Edisi Raya (kompilasi cerita pra-raya dan raya novel-novel lama
iaitu ATIKA, LAMAN RINDU, DIA DI HATI) – (2016) -
selfpublished
11) Hello, Jangan Tapau Cintaku – (2016) - selfpublished
12) The List – (2017) – selfpublished
13) Itali, Cintaku Di Sini – (2017) – selfpublished
14) Papaku Mabeles – (2017) – selfpublished
15) Nuansa Cinta (kompilasi novel dengan 4 penulis) – selfpublished
(2017)
16) Kasih Terurai Di Banda Aceh (2018)
17) Oh No! Pembuli Cinta – 2018
18) Uli-Uli Cinta - 2018
19) Kasih Yang Kembali (zinebook) – 2018
20) Saranghae, My Lovely Jane Part 1 (zinebook)- 2018
21) Saranghae, My Lovely Jane Part 2 (zinebook)- 2018
22) Poskad Dari Neraka (zinebook) – 2019
23) Mentuaku My Soulmate - 2019
24) Mama Tiriku Mabeles – 2019
25) Hello Jangan Tapau Cintaku 2 – 2020
26) The Prince And I – (akan datang)
27) Reja-reja Cinta (Kasih Yang Kembali – The Novel) – akan datang
28) Opps! Jatuh Cinta? (Miss Kucing Vs Mr Cat 2) – akan datang
29) Hon Aku Untuk Cinta – akan datang
30) Cinta Chipsmore di Osaka – akan datang
31) Kukutip Cinta di Turki - akan datang
4
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Dheyaaaa... ooo... Dheyaaa!” Suara
Masniza dari arah porch rumah sewa mereka cepat
sahaja menangkap di telinga. Ishh, tak sabar
betullah minah sekor tu. Rungut Ain Dheya lagi.
Dia masih lagi mencari beberapa biji tupperware
untuk dibawa ke pejabat sebelum keluar dari rumah
sewa mereka pagi itu.
Tengah hari nanti ada jamuan perpisahan
salah seorang staf mereka yang akan bersara.
Seperti biasa pastinya ada sedikit jamuan akan
diadakan dan seperti biasa juga dia akan membawa
balik baki makanan yang ada. Bolehlah dia
berjimat selagi makanan itu boleh dimakan untuk
beberapa hari selepas dipanaskan.
“Kejap, kejap.” Ain Dheya dengan cepat
mencapai beg plastik yang ada dan memasukkan
dua tiga bekas yang diperlukannya. Cukuplah
untuk menapau beberapa jenis lauk. Boleh juga
dipanaskan bila perlu nanti.
Masniza menggeleng kepala apabila
melihat beg plastik yang ada di sebelah kiri tangan
temannya itu. Tahulah dia kenapa Ain Dheya
lambat keluar.
5
HASREEYATI RAMLI
“Cepat la... nanti jem pulak kat jalan tu.
Bukan hang tatau.” Rungut Masniza lagi.
Memuncungkan bibirnya. Nak marah pun tak kena.
Pagi Isnin ialah pagi yang paling havoc
dalam hidup dua orang gadis yang sedang menyewa
di rumah teres dua tingkat kos sederhana di sebuah
perumahan yang agak lama di Seksyen 17. Di pagi
beginilah, Masniza terpaksa merempit seperti biasa
meredah jem yang sudah menjadi asam garam
penduduk kota seperti mereka bagi mencari sesuap
nasi.
"Nanti mamat singa tu tengking kau lagi,
haa baru semput kau!" Sergah Masniza apabila
mendapati Ain Dheya masih lagi terkial-kial
mengenakan kasut setelah keluar dari kereta milik
Masniza sebaik sahaja mereka sampai di
perkarangan Wisma Selasih itu.
“Husshhh! Hang ni... masa dalam kereta
hang tak nak pakai. Ni dah hang nak keluar baru
hang nak terhegeh-hegeh pakai kasut. Mak aii..."
laju saja bibirnya meluncur kata-kata pada
temannya. Ain Dheya tidak begitu ambil kisah
dengan bebelan Masniza. Namun bila disebut
mamat singa, perutnya kecut. Ada-ada sahaja anak
bossnya itu mahu memarahinya. Macam kat
dahinya dah ada label 'SILA TENGKING SAYA'
bila sahaja anak bossnya itu terserempak
dengannya.
"Ala Ija, hang ni pagi-pagi dah buat gempaq
pasai pa? Hishh!" Rungut Ain Dheya, siap
menjuihkan bibirnya.
"Ikut suka hanglah, mak cik. Ada lagi 5
minit nak thumb print ni, okey. Aku tekan butang lif
dulu ya." Ija tergesa-gesa berlari ke arah pintu.lif
6
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
yang terdekat. Semuanya gara-gara Ain Dheya kalut
mengambil bekas untuk tapau. Entahlah bila
temannya yang seorang ini akan berubah. Bukanlah
ija kisah sangat dengan perangai Ain Dheya cuma
adakalanya sikap Ain Dheya itu akan menyusahkan
dirinya. Mereka berdua muncul tepat jam 8.00 pagi
di muka pintu D & D Holdings dengan keadaan
tercungap-cungap.
"Pheww.... nasib baik..." Ain Dheya
memegang dadanya yang turun naik seperti orang
yang baru sahaja melepasi tali di akhir larian 100
meter.
“Ain Dheya! Berhenti di situ!”
Ain Dheya berhenti dan memejamkan
matanya. Matilah aku kali ni. Kemudian perlahan-
lahan berpaling ke belakang.
“Awak lambat lagi, ya?” Ash Fayyad
bercekak pinggang. Lelaki tinggi lampai dan
berbadan sado itu membuat muka nak makan orang.
Walaupun dia bukan antara yang tinggal di zoo
namun kelihatannya seperti itu. Memang dia tidak
boleh bertoleransi dengan sesiapa yang datang
lewat.
“Err... selamat pagi Cik Fayyad. Err..
maafkan saya.” Ujar Ain Dheya tergagap-gagap.
“Masuk dalam bilik saya sekarang!” Tinggi
suara anak majikannya itu kali ini. Ain Dheya
7
HASREEYATI RAMLI
sedar, kali ini dia memang hendak menempah maut.
Tetapi tak salah kalau mati di tangan mamat hensem
ni.
“Dheya! Awak berkhayal di pagi hari lagi
ya?” Sergah Ash Fayyad lagi apabila Ain Dheya
kelihatan seperti teragak-agak mengekorinya
walaupun ia sudah mahu berjalan ke pejabatnya.
“Okey, Cik Fayyad!” tergopoh-gopoh Ain
Dheya dibuatnya mengekorinya Ash Fayyad dari
belakang. Entahlah apalagi yang akan disembur
oleh anak bossnya itu. Kalau bab marahkan orang,
memang A.
“Tutup pintu tu. Saya nak brief sesuatu
pada awak kejap.” Ujar Ash Fayyad sambil
bergerak pantas ke mejanya.
“Tapi sebelum tu saya nak tau, kenapa awak
selalu datang lewat? Sebagai Pengurus Sumber
Manusia, sepatutnya awak jadi contoh pada staf
yang lain. Awak patut datang lebih awal dari orang
lain. Ini tak.”
Malu juga rasanya Ain Dheya bila ditegur
begitu.
“Tapi Cik, saya datang pukul 8.00. Bukan
8.10 ke atau 8.20 ke? Salah jugak ke?” soal Ain
Dheya semula. Kenapa pula perlu dipertikaikan?
“Saya nak awak datang lebih awal dari tu.
Sekurang-kurangnya sepuluh minit lebih awal ke.
Kan senang.” Tergamam juga Ain Dheya dibuatnya.
Ada ke undang-undang buruh yang membolehkan
majikan memaksa pekerja mereka berkerja sebelum
waktunya?
“Macam nilah Cik. Esok saya akan suruh
kawan saya yang saya tumpang kereta dia hari-hari
tu rempit laju-laju ya. Okey, saya mintak maaf dan
8
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
saya nak balik ke bilik saya semula. Ada apa-apa
lagi tak?” Tahan sahajalah telinga aku ni ha. Kalau
silap hangin aku mau jugak aku sembur lagi mamat
singa aku ni. Getus hati kecil Ain Dheya lagi.
Duhai hati, bersabarlah. Nak balas lebih-lebih silap
haribulan kena hulur surat pecat mati aku.
“Hai... dah pandai menjawab ya? Karang
saya suruh awak lari keliling ofis ni baru tau.
Jangan salahkah saya kalau lepas ni awak dan
kawan awak boleh menang pingat emas kat Rio tu!”
Mak aii...Memang dah betul-betul sentenglah
mamat singa ni pulak! Sejak bila pulaklah ada
pembuli ofis a.k.a. jurulatih acara larian kat pejabat
ni? Eh, ni pejabat ke pusat sukan?
“Maaf ya, Cik Fayyad. Kalau saya nak
masuk sukan Olimpik pun, saya takkan kerja di
firma ni tau. Kalau saya nak jurulatih pun, saya
sampai mati hidup balik seribu kali pun takkan pilih
Encik Fayyad tau!” Aik, berlakon drama ke aku ni?
Dah macam overlah pulak! Getus hati Ain Dheya
lagi. Eh, mengapalah dia layan sangat kesentengan
mamat singa a.k.a jurulatih Olimpik yang tak dapat
gaji ni?
Sebelum Ash Fayyad mahu menjawab,
bahunya ditepuk dari belakang.
“Ash, ikut papa ke pejabat Papa. Ada hal
sikit Papa nak cakap. Morning, Miss Dheya. You
look so lovely in that baju kurung.” Teguran manis
dari majikan sebenar firma D&D Holdings itu serta
merta bagaikan besi panas yang baru dicucurkan
dengan ais ketul pula. Ain Dheya segera berpaling
ke sebelah tepi Ash Fayyad. Tan Sri Darren seperti
biasa tersenyum manis menceriakan hari-hari staf di
dalam pejabat ini. Kalaulah dia diberi pilihan untuk
9
HASREEYATI RAMLI
memilih juara Boss Pilihan, yang pastinya Tan Sri
Darrenlah akan diundinya awal-awal lagi.
“Err... Morning too Tan Sri. My pleasure.
Tan Sri pun nampak hensem pagi ni. Tan Sri baru
sampai ya?” soal Ain Dheya bermanis muka
dengan papanya. Hai... boleh pulak tadi macam nak
telan aku marahkan aku tegur dia, bila papa aku
tegur, sekejap aje dia bermanis muka! Getus hati
Ash Fayyad lagi. Hadoi, berlakon betullah minah
senteng ni! Tunggulah. Aku belum habis dengan
hang lagi, Ain Dheya!
“Okey, Pa.” Lantas terus mengekori
papanya ke pejabat papanya yang tidak jauh dari
situ.
“Ya, Miss Dheya. Saya baru sampai.
Memang teruk betul ya jem pagi ni. Kalau siapa
sampai lambat pun saya tak marah-marah sebab ada
kemalangan kat depan jalan nak masuk ke sini.
Bukan main lama polis dan bomba nak datang tu.”
Jelas Tan Sri Darren lagi sambil menggeleng.
Sempat dia menjeling ke arah anak lelaki
tunggalnya itu seketika. Ini sedikit sebanyak telah
menjelaskan sebab kelewatan Ain Dheya dan
Masniza sebentar tadi. Ash Fayyad tidak berkata
apa-apa lagi. Ain Dheya bersyukur di dalam hati.
Ada juga manusia yang masih lagi ada sikap peri
kemanusiaan. Jangan pulak jadi satu makhluk ni,
nak kata manusia, di luar ajelah. Dalam tu, hmm...
kena cek semula.
“Ash, kenapa you suka buli that nice young
lady, hmm? Papa rasa she is okay.” Soal Tan Sri
Darren sambil melonggarkan ikatan tali lehernya
seketika. Aircon yang baru dibuka masih lagi belum
terasa sangat. Cuaca di luar walaupun masih awal
10
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
pagi lagi namun bahangnya sudah terasa.
Pertukaran musim yang tidak menentu
menyebabkan cuaca juga tidak menentu jadinya.
“Okey apanya papa, datang kalut-kalut.
Lepas tu suka menjawab pulak. Hai... angin jugak
Ash dengan Dheya ni, pa. She always get on my
nervelah, pa. Very irritating.” Rungut Ash Fayyad.
Dia sudah duduk di sofa kulit yang diimport dari
Itali. Halus buatan kulitnya. Sofa ini memang
menjadi kesayangan papanya.
Tergelak kecil Tan Sri Darren dibuatnya.
“You ingat tak Ash, masa kecik-kecik dulu
kat Korea dulu, you have this cute little girl next to
our apartment? Shin-Do namanya. I still remember
her cute face. Haa... dia pun always gets your nerve
jugak, kan? Selalu main all your toys, kan? Hehe...”
ujar Tan Sri Darren lagi. Kampung halamannya
yang sudah lama ditinggalkannya selepas
berkahwin dengan ibu Ash Fayyad dan membuka
perniagaannya di Malaysia sejak 15 tahun dahulu
membuatkan adakalanya dia berasa rindu semula
untuk berpindah ke sana. Mungkin selepas dia
berpuas hati dengan pengurusan anak lelakinya ini
barulah dia boleh meneruskan niatnya itu.
“Alaa Papa ni. Itu zaman budak-budak Ash
lah. Papa ingat lagi, ek?” Malu pun ada dibuatnya.
Apa tidaknya. Pagi-pagi lagi Shin-Do dah
menunggu di luar pintu apartmen mereka dengan
mendukung Barbie Doll yang comel secomel
tuannya. Dengan mata yang semakin sepet apabila
tersengih dan pipi yang kemerah-merahan Shin-Do
akan tersengih ke arahnya dan menampaknkya gigi
yang rompong di sana sini. Itulah memori tentang
Shin-Do yang paling diingatinya.
11
HASREEYATI RAMLI
“Ye. Mana papa boleh lupa. Rasanya dah
besar Shin-Do tu.. Tentu semakin cantik, kan?” ujar
papanya lagi. Sempat lagi papanya berfikir begitu.
“Eh, tadi Papa kata ada hal. Hal apa tu
Papa?”
Setelah masuk ke dalam pejabatnya sendiri,
Ain Dheya masih lagi tidak berpuas hati dengan
sikap Ash Fayyad terhadapnya. Dia kemudiannya
ke tempat kerja Masniza. Tetapi kelibatnya
langsung tidak kelihatan.
“Mana Ija?” Muncung Ain Dheya masih
lagi bersisa. Masam sahaja mukanya bertanya pada
Hanis. Rakan sebelah meja Masniza di partition
yang sama. Pool tempat kerani berkerja memang
share satu partition dua meja. Melunjur panjang dan
berbaris panjang kiri kanan pejabat itu.
Hanis mengangkat muka. Tumpuannya
terpana pada Ain Dheya. Mesti ada sesuatu yang
masih lagi perlu dikongsi dengan Masniza agaknya
hingga Ain Dheya masih lagi bermasam muka
begitu. Sikap keanak-anakan Ain Dheya
adakalanya terserlah juga namun Hanis dan teman-
teman yang lain tahu, Ain Dheya tetap antara
pegawai yang baik hati dan bertimbang rasa dengan
staf-staf yang lainnya. Cuma Encik Ash Fayyad
sahaja yang sering tidak berpuas hati dengan Ain
Dheya. Alasannya mereka sendiri tertanya-tanya.
12
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Dia kat bilik pantri. Tolong Kak Ida
siapkan jamuan untuk tengah hari ni.” Kak Ida akan
bersara mulai minggu depan. Sudah menjadi
amalan mereka untuk membuat majlis perpisahan
bagi staf yang akan bersara atau berpindah.
“Thanks, Hanis.” Segera Ain Dheya
melangkah pantas ke bilik pantri.
Masniza dilihatnya sedang menyusun
beberapa kepingan puding yang sudah dipotongnya
sebentar tadi ke dalam pinggan yang lebih besar
dalam kedudukan menyerong. Tentu akan nampak
lebih cantik lagi bila dihidangkan di meja hidang
nanti.
“Ija, hang tau tak dia kata apa kat aku tadi?”
Ain Dheya masih lagi tidak berpuas hati dengan
sikap mamat singa tu padanya. Mujur juga ada
Mazniza yang sering menjadi tukang pujuknya.
Masniza mengangkat kepala.
Kak Ida pun sama.
“Ya ALLAH hang ni, Dheya. Tak abis-abis
lagi ka? Dah-dahlah. Jangan dilayan sangat mamat
tu. Meh tolong aku jap ni. Buang masa saja kalau
hang nak amik ati dengan anak boss tu.” Tingkah
Masniza lagi dan kembali menyambung semula
menyusun kuih-kuih itu ke dalam pinggan panjang
tadi.
“Yelah, Dheya. Kita ni mentimun. Depa tu
durian. Buat lagu mana pun, kita gak yang terkena
balik.” Bermadah pulak mak cik nak pencen ni.
Rungut Ain Dheya lagi. Bukan aku nak dengar
syarahan tambahan dari mereka. Aku dah sakit hati
ni!
“Tapi dia suruh kita berdua lari keliling ofis
kalau kita lewat lagilah, Ija! Gila ke ape mamat
13
HASREEYATI RAMLI
singa tu?!” Bentak Ain Dheya lagi dan kali ini
kedua-dua teman yang mendengarnya tergelak
bagai nak pecah perut!
Ain Dheya lagi naik geram.
“Ya Rabbi... kita nak mintak simpati. Depa
pulak yang gelakkan aku! Hadoi! Geramnya aih!”
Ain Dheya tidak jadi mengadu dengan panjang lebar
lagi. Dia kemudiannya menapak pergi dari situ.
“Lawak pun lawak jugak anak boss tu ya,
Ija. Tapi Kak Ida rasa, hanya cara tu aje Encik
Fayyad nak tegur Ain tu.” Ujar Kak Ida lagi sambil
menggeleng bila mendapati gadis manis itu
sudahpun menghilangkan diri entah ke mana.
“Yelah, kak. Eloklah tu. Sorang suka buli
staf. Sorang lagi percaya ya amat pulak. Hadoi.
Sakit perutlah.... Ada ke pulak majikan nak buat
macam tu kat staf dia, tul tak kak? Agak-agak la...”
tingkah Masniza lagi. Dia sendiri pun dapat
memikirkan yang mana satu berbau teguran dan
yang mana satu berbau usikan. Namun bila masuk
ke telinga Ain Dheya sahaja, sikap lurus bendul
gadis kampung itu terarah pada lain pula.
Ain Dheya berjalan semula ke dalam
pejabatnya. Niatnya untuk mengadu dan menagih
simpati dari Masniza tidak kesampaian juga. Tak
apalah. Dia sibuk tu. Baik aku tulis je dalam kertas
dikeronyokkan dan dibuang dalam tong sampah!
Itulah antara amalan yang dia sering lakukan jika dia
ingin membuang perasaan marah pada seseorang.
“SAYA TAK SUKA MAMAT SINGA”
“SAYA BENCI PEMBULI PEJABAT”
Dua helai kertas A4 yang ditulis dengan pen
marker kertas merah sebesar-besar dan dengan hati
yang geram dikeronyokkan kertas putih itu dan
14
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
kemudiannya dibaling ke dalam tong sampah
dengan hati yang menyampah. Pheww!! Puas hati
rasanya.
Okey... sekarang dah boleh mulakan kerja.
Senyum Ain Dheya kembali.
“Assalamualaikum semua. Terlebih
dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada...”
Perut Ain Dheya sudah mula berbunyi.
Baru dia teringat yang dia belum menjamah apa-apa
sejak dari pagi lagi. Kalaulah dia tidak `makan hati’
dengan Ash Fayyad pagi tadi, pasti dia sudah
kenyang menjamah sepotong dua kuih yang
dipotong oleh Masniza dan teman-teman yang lain
di bilik pantri sebelum dihidangkan di meja di bilik
mesyuarat ini.
“Ija... aku dah laparlah.” Bisik Ain Dheya
di telinga Masniza. Dia sepatutnya duduk sebarisan
dengan pegawai-pegawai yang lainnya namun dia
lebih suka melepak dengan staf-staf bawahannya.
Lagipun tidak segan untuk menjamah sebanyak
yang dia inginkan. Badan sahaja kecil namun
makan kerap pula. Malulah dia kalau di meja
pegawai-pegawai dia seorang sahaja tukang
lahapnya.
“Kan aku dah kata, orang majuk selalu
rugi.” Sengih Masniza sambil matanya masih lagi
tertumpu ke arah Tan Sri Darren yang sedang
berucap sepatah dua kata sebagai VVIP di majlis itu.
15
HASREEYATI RAMLI
Ain Dheya tidak menjawab apa-apa. Dia
sempat menjeling ke arah Ash Fayyad semasa Tan
Sri Darren sedang berucap. Muka hensem tapi hati
lebih busuk dari bangkai lagi. Ain Dheya masih lagi
berasa hati lagi dengan Ash Fayyad. Entah
mengapa sejak kebelakangan ini Ash Fayyad sering
sahaja mengganggu ketenteraman awamnya. Kalau
saman ni boleh juta-juta jugak ni.
Lamunannya mati apabila Masniza di
sebelahnya menyiku bahunya.
“Adoi.” Mujur tidak kuat dia mengaduh
sakit.
“Apadia?”
“Jom, dah boleh makan.” Riangnya hati
Ain Dheya bila Masniza mengajaknya makan.
Mujurlah dia tidak berada di meja utama. Dia lebih
rela duduk di kerusi bersama-sama stafnya yang
lain.
Pinggan polistrin diambilnya dengan
gembira. Menu utama ialah nasi daging. Makanan
kegemarannya sejak dari dahulu lagi. Namun jika
adik-adiknya ada bersama, tentu mereka dapat
sama-sama menikmati makanan yang sedap ini. Air
matanya tiba-tiba mengalir tanpa diundang.
Seleranya tiba-tiba mati. Pinggan polistrin yang
dipegangnya tadi diletakkan ke tempatnya semula.
Ain Dheya tidak mahu orang lain melihat dia di
dalam keadaan begitu.
“Eh, minah ni. Ke mana pulak dia pergi?”
Masniza yang tadinya mengambil dessert untuk
mereka berdua terlebih dahulu kelihatan agak
tercengang-cengang dengan tindakan Ain Dheya
menghilangkan diri dari bilik mesyuarat itu. Ke
mana pula gadis itu pergi?
16
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ash Fayyad mahu mengambil air masak
untuk papanya kerana orang tuanya itu perlu makan
ubat darah tingginya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Jika tidak, mungkin papanya akan
diserang dengan penyakit itu dan pengsan.
Namun ketika dia membuka pintu bilik
pantri, dia mendapati hanya seorang staf sahaja
yang berada di dalam. Mulanya dia hendak
memarahi gadis itu juga. Namun apabila mendengar
gadis itu sedang menangsi teresak-esak, dia
mematikan niatnya. Kenapa gadis itu menangis?
Adakah kerana masih lagi berkecil hati dengan kata-
katanya pagi tadi? Uii lamanya nak terasa.
Bukankah semua stafnya sendiri tahu bagaimana
dengan perangainya selama ini. Kenapa pula
mereka perlu terasa hati? Sampai menangis pula tu.
Rasa bersalah mula mencengkam dirinya.
“Kenapa awak ada kat sini lak? Tan Sri
tanya pada saya kenapa awak tak makan semeja
dengan pegawai-pegawai lainnya. Jenuh betul saya
nak mencari alasan tadi.” Ash Fayyad tidak begitu
meninggikan suaranya lagi namun nada itu masih
lagi membuatkan Ain Dheya yang sedang bersedih
mengenangkan adik-adiknya di kampung itu
menyebabkan tangisannya semakin meninggi.
“Eh, eh, awak ni Dheya? Saya... saya tanya
saja. Saya tak niat nak marahkan awak.” Hai sejak
bila pulak dia berlembut dengan staf bawahannya
begini? Dah buang tabiat agaknya? Namun kerana
mahu menjaga kedudukannya, dia hanya tahu
sehabis lembut begitu sahaja.
Ain Dheya mulanya agak terkejut kerana
disapa begitu oleh Ash Fayyad yang tiba-tiba sahaja
muncul di bilik pantri itu. Belum habis aku melayan
17
HASREEYATI RAMLI
perasaan sedih aku, dia pulak yang muncul. Rungut
Ain Dheya lagi.
Hidungnya yang merah itu dikesatnya.
Ash Fayyad semakin tidak tahu hendak buat
apa. Masih lagi merasakan gadis itu menangis
sebabnya.
“Dheya?”
Ain Dheya bingkas bangun dan
meninggalkan bilik itu tanpa sepatah kata pun.
Namun dari air muka gadis itu yang sempat
dijelingnya jelas membayangkan gadis itu sedang
menangis.
Ash Fayyad keliru.
Selepas ke bilik air untuk membasuh muka,
Ain Dheya kembali semula ke tempat jamuan tadi.
Mujur juga tidak lama dia berada di situ. Staf-staf
lain kelihatan sibuk menikmati hidangan yang ada.
Tidak begitu peduli sangat sama ada dia ada atau
tidak di situ. Dia kemudiannya mengambil sedikit
makanan yang masih lagi banyak di meja hidangan.
Memang ada peluang nak tapau ni. Bisik hatinya
lagi.
“Hang pergi mana tadi? Puas aku tunggu
hang, tau tak?” Masniza tiba-tiba menjengah di
sisinya. Mujur juga dia tidak terlepas pinggan di
tangannya.
18
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Hang nilah, Ija. Kot ya pun nak sergah
aku, biar aku lepas duduk dulu. Nasib aku tak
mandikan hang dengan nasi ni, hang tau tak?” Perut
yang lapar membuatkan Ain Dheya terpaksa juga
keluar dan mengambil makanan yang masih tinggal
sedikit sahaja lagi. Mujur ada juga makanan
untuknya. Ah, biarlah. Ini rezekinya untuk hari ini.
Sepatutnya dia bersyukur kerana tidak perlu
mengeluarkan belanja untuk makan tengah harinya
pada hari ini. Entah apalah yang sedang dijamah
oleh adik-adiknya yang lain di kampung? Ibunya
ada menahan perangkap ikan di tepi sawahkah?
Ataupun Adik-adiknya ada membantu ibu mereka
mengutip sayur kangkung atau bayam di belakang
rumah mereka yang sudah hendak roboh itu?
Hatinya bagaikan mahu diruntun rasa hiba
lagi. Aduh. Separuh hari ini sahaja dia sudah dua
kali hiba. Wahai hati, bersabarlah. Hang kena tabah
sebab hang kena balas jasa mak dan adik-adik hang
di kampung. Kalau hang tak kerja, bagaimana hang
nak dapat gaji untuk dikirim pada mereka setiap
hujung bulan? Hang kena ingat tu! Pujuk hatinya
lagi.
“Bukannya apa, Dheya. Aku ingat hang
pergi mana tadi. Kot la hang dah pengsan dalam
bilik air ke, ape ke...” Laser betullah mulut mak cik
sorang ni. Bentak hati Ain Dheya. Tetapi dengan
Masniza sampai ke mati pun dia tak ambil hati.
Cuma dengan anak boss cik mamat singa itu
sahaja yang dia cepat terasa hati. Nape ek? Heran
sungguh! Kalau ada cili mau dicili sahaja mulut cik
mamat singa tu. Baru dia akan puas hati.
“Aku teringat adik-adik dan mak aku kat
kampunglah, Ija. Aku tengah nak makan sedap-
19
HASREEYATI RAMLI
sedap. Yang depa tu tataulah. Ada ke lauk nak
makan?” Jelas Ain Dheya lagi. Meleraikan
persoalan yang sedang bermain di minda Masniza
sejak dari tadi.
Oh, patutlah pun. Kalau dia berada di
tempat Ain Dheya pun mungkin dia akan merasai
perasaan itu.
“Jangan hang fikirkan sangat, Dheya. Nanti
hang dapat gaji, hang bolehlah bagi pada mak hang
kat kampung nanti, okey?” pujuk Masniza lagi.
Ting, ting ting.
Kedengaran bunyi gelas diketuk oleh
seseorang. Semua pandangan tertumpu ke arah
bunyi itu. Semua mata terarah kepada Ash Fayyad
yang sedang berdiri di meja makan utama.
“Saya nak umumkan satu perkara ni.”
Hmm... sepuluh pun tak apa. Hang kan
anak boss. Getus hati Ain Dheya lagi. Duduk di
kerusi yang masih kosong dengan Masniza di
sebelahnya. Sedap jugak Kak Liza Caterer ni buat
Nasi Daging. Nak belajar jugaklah. Kena minta
resepilah nanti.
“Untuk makluman semua, papa saya iaitu
Tan Sri Darren akan mengerjakan ibadah haji
dengan mama saya...”
Kedengaran suara-suara ucapan tahniah dan
kesyukuran diberikan selepas dari pengumuman itu
walaupun Ash Fayyad masih belum lagi selesai
membuat pengumuman seterusnya.
“Terima kasih semua....Tapi ada satu yang
saya nak beritahu jugak ni. Adik saya yang agak
kurang sihat di rumah papa saya memerlukan
seorang penjaga sementara selama sebulan ini untuk
menjaga beliau di rumah. Cuma sebulan sahaja.”
20
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Takkan tak ada orang gaji kot?” Masniza
pantas berbisik di telinganya.
“Mana aku taulah, ngok! Hang tanyalah
dia!” Pintas Ain Dheya lagi.
Masniza mencebik.
“Err... tapi Cik Fayyad. Kenapa tak de
orang gaji ke tolong tengokkan?”
Ash Fayyad tersenyum.
“Ada. Tapi yang ni kena special attention.
Sebab adik saya tu bukan sembarangan sakit. Dia
tidak boleh bersendirian lama-lama.”
“Pelik juga penyakit adik Cik Fayyad tu
ya.” Bisik Masniza lagi. Mengunyah selagi
termampu.
Ain Dheya hanya mendengar penjelasan
mamat singa tu sahaja. Tidak menyampuk apa-apa.
Di dalam fikirannya dia tetap ligat berfikir. Kenapa
tak ambik nurse aje? Kan duit banyak? Kedekut
betullah depa ni! Uihh, jangan tuduh kalau tak tau
Dheya...
Apabila mendapati staf yang ada bagaikan
tidak menunjukkan sebarang minat, dia sedar yang
dia perlu melakukan sesuatu.
“Sebenarnya untuk tujuan menjaga adik
saya ni, saya akan tawarkan sebanyak RM50,000.00
ringgit untuk tugas selama sebulan menjaga adik
saya tu. Ada sesiapa berminat tak?”
Kali ini barulah ada suara-suara di
belakang yang berbisik-bisik sesama sendiri.
“Tapi Cik Fayyad, cuti macamana?”
Ash Fayyad tersenyum.
“Saya akan beri cuti sebulan jugaklah. Plus
dah tu.”
21
HASREEYATI RAMLI
“Whoaaa.... menarik tu, Cik Fayyad.”
“So, sapa yang berminat ni?”
Semua terdiam. Berpandangan sesama
sendiri.
Ain Dheya berpaling ke arah Masniza.
“Kak Ida, lepas ni kak nak buat apa ya?”
tanya Ain Dheya sambil mengisi lebihan makanan
yang masih boleh dimakan ke dalam tupperware
yang dibawanya pagi tadi. Apa nak dimalukan.
Bukan mencuri pun. Kalau dibuang pun membazir
aje. Kan membazir tu perangai makhluk bertanduk.
Kak Azida yang sedang membasuh pinggan
dan cawan dari set VVIP di sinki hanya tersenyum.
“Entahlah Dheya. Akak tak fikir lagi.
Mungkin bela cucu kot.” Betul juga. Baru-baru ini
anak lelaki Kak Ida yang telah mendirikan rumah
tangga pada tahun lepas sudah pun mendapat anak
pertama.
“Hmm... eloklah tu kak. Lepas tu bolehlah
temankan Abang Manaf pergi ke masjid gak, kan?”
selalunya peluang beginilah yang akan digunakan
oleh pesara-pesara untuk `top up’ apa-apa yang
terketinggalan selama ini. Selalunya kesibukan
dunia menyebabkan tidak dapat tidak melarikan kita
dari lebih mengingati YANG ESA.
Masniza masih lagi mengunyah beberapa
potong buah tembikai yang masih ada di dalam
talam panjang di atas meja. Memang kegemarannya
22
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
pun. Tapi matanya lebih tertumpu pada kecekapan
Ain Dheya memasukkan lebihan lauk-pauk yang
masih ada ke dalam bekas-bekas makanan yang
dibawanya itu. Kasihan pun ada dia melihat gadis
itu sering sahaja berjimat dan mengikat perut begitu.
Dia sedar mungkin dia akan menurut perangai Ain
Dheya juga kalau dia berada di dalam situasi gadis
itu. Hatinya bagai dipaut rasa pilu apabila Ain
Dheya bagaikan tidak kisah kalau ada suara-suara
sumbang di belakang yang mengutuknya suka
menapau lebihan makanan di pejabat itu.
“Untunglah kak ada Abang Manaf tu yang
selalu ikut akak aje. Kalau ayah saya kat kampung
tu, hmm... malas nak ngikut mak saya ke mana-
mana. Dahlah mak saya tu sakit lutut. Tapi nak
jugak ke masjid dekat rumah saya tu.” Masniza
menyampuk bila mengenangkan keuzuran orang
tuanya itu. Bukan wajib pun orang perempuan solat
di masjid.
Malah semasa zaman Nabi Muhammad
SAW pun, Baginda tidak mewajibkannya. Namun
iyalah, nama pun orang tua. Kalau dah niatnya
begitu, memang itulah tekadnya biar bertongkat
sekali pun. Masalahnya sekarang, ayahnya yang
lebih cergas dari ibunya itu seringkali tidak sabar
kerana terpaksa menunggu ibunya.
“Abang Manaf kamu tu Alhamdulillah lah,
Ija. TUHAN dah bagi akak suami macam tu. Tapi
akak tengoklah dulu, kalau anak akak tu berpindah
keluar duduk di rumah sendiri, akak tak de kerja nak
buatlah juga nanti.” Keluhan Kak Ida bagai sudah
biasa didengarinya. Sebelum ini pun ada juga staf
perempuan yang bersara yang tidak tahu hendak
23
HASREEYATI RAMLI
berbuat apa setelah bersara. Walaupun banyak
sebenarnya aktiviti yang boleh dijalankan.
“Alaa kak... kalau akak larat, masa ginilah
akak dan abang Manaf boleh melancong ke.... dapat
duit imbuhan pencen nak buat apa kak? Boleh
jalan-jalan... haa....betul tak, Ija?” Pandailah dia
nak bagi idea yang entah apa-apa.
Kak Ida tersengih sambil mengelap
tangannya.
“Bagus jugak idea kamu tu, Dheya. Tapi
akak rasa nak pergi buat umrah dululah. Nak tunggu
giliran haji pun lambat lagi.”
“Waahhh... alhamdulillah lah kak kalau
macam tu. Doa-doakan kami berdua dapat cepat ke
sana jugak ya, kak.” Memang menjadi impian
sebagai seorang Muslim untuk menjejakkan kaki ke
sana. Mudah-mudahan tak lama lagi dia juga akan
dapat ke sana. Amin.
“Haa... dah siap.” Ain Dheya tersengih
apabila bekas-bekas makanan yang dibawanya
sudahpun terisi. Alhamdulillah. Jimatlah dia untuk
dua tiga hari nanti. Terima kasih ya ALLAH atas
rezeki ini.
Masniza sudah mengemas apa yang perlu.
Dia sempat mengerling ke jam dinding di bilik
pantri itu. Alamak. Sudah masuk waktu Zohor dah
ni.
“Eh, Dheya. Hang boleh solat lagi tak ni?
Jom, kita ke surau dulu. Jap lagi dah kena masuk
pejabat dah. Nanti cik mamat singa tu cari hang
pulak kat pejabat hang. Aku tak pe.” Siap beri
amaran lagi mak cik sorang ni. Mood Ain Dheya
kembali merudum. Baru sahaja dia mahu
24
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
melupakan teguran cik mamat singa pagi tadi. Ini
pula dah diingatkan kembali.
“Hang nilah, Ija. Aku baru ja nak okey.
Dah boleh pun aihh... Haa... jom cepat. Nak amik
wuduk. Kot-kot la boleh sejukkan hati aku yang
tengah panaih ni haaa...” Bagai tahu-tahu aje pada
siapa yang ditujukan statement itu. Tapi lantaklah,
Raya nanti boleh minta maaf.
Masniza menggeleng.
“Dah, dah, dah. Jom cuci dosa dengan
ambik wuduk tu. Hisyyy.... hang nilah, Dheya. Aku
rasa nanti raya hang kena bawak bakullah juga.
Bukan takat bekas-bekas makanan aje.”
Ain Dheya mengerutkan dahi. Masih tidak
memahami maksud temannya itu.
“Napa?”
“Nak isi dosa-dosa hang dok kutuk Cik
Fayyad tu laa... apalagi, doh!” Sempat pulak tu
Masniza mengetuk kepala Ain Dheya dalam
perjalanan mereka ke surau pejabat itu.
“Hoi, Dheya. Apa hang menungkan tu?”
Sejak dari mereka keluar dari pejabat petang tadi
sehinggalah mereka berada di dalam kesesakan
lalulintas begini pun, Ain Dheya senyap sunyi
sahaja.
Selalunya mulutnya memang macam bertih
jagung. Tak tahu bila masa nak berhenti. Mesti ada
yang difikirkannya.
25
HASREEYATI RAMLI
“Err... sorrylah, Ija. Aku dok mikir ni.”
“Pasal apa pulak ni. Perut dah kenyang.
Hati dah senang. Tupperware dah penuh. Haa... apa
yang kurang lagi ni ha?”
Itu sahaja yang difikirkan oleh temannya
itu. Padahal dia sudah memikirkan tentang tawaran
dari Cik Fayyad sejak dari tadi. Lumayan jugak tu.
Siapa yang nak bagi sebanyak tu untuk kerja untuk
tempoh sesingkat itu, kan? Kalau kena loteri ke,
kalau menang peraduan SSPN-BSN ke lainlah juga.
Ini tidak. Manalah nak cekau duit sebanyak itu
dalam masa sebulan pulak tu. Terlalu menarik juga
ni.
“Aku pikir pasal tawaran Cik Fayyad tulah,
Ija.”
Terkejut juga Masniza mendengarnya.
“Ha??? Hang dah hilang akal ke ape,
Dheya? Hang ni biar betul. Nampak je lumayan,
tapi hang tengoklah tadi. Sapa pun tak sanggup.
Tup, tup sekarang hang pulak yang nak jadi mak
sanggup. Huiii.... Dheya. Baik hang fikir habis-
habis kot. Balik nanti tengah malam nanti hang
solat Hajat, soat Istikarah, solat Tahajud, solat
segala solatlah. Mintak petunjuk dari TUHAN.
Kalau hang tanya pendapat aku, memang aku tak
taulah, babe.” Amboi. Kalau ya pun nak perli aku,
janganlah sampai suruh aku solat sunat bagai.
Tahulah aku malas nak bangun solat malam. Adoi.
Walaupun aku masih muda, tapi mati tidak
mengenal usia. Memang kalau terjaga, dia pasti
akan cuba menggagahi diri untuk bersolat malam.
Biasalah benda baik memang susah mulanya untuk
diamalkan. Lama-kelamaan akan terbiasalah.
26
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Tapi hang tak tahu, mak aku perlu duitlah
dalam masa terdekat ni...” ujar Ain Dheya dalam
nada perlahan.
“Banyak ke? Nak buat apa?”
“Hang ingat tak masa aku balik hujung
bulan lepas?”
Ingatannya terhimbau pada keluhan ibunya
tentang tapak tanah yang sedang mereka sekeluarga
duduki sekarang ini.
“Mak bukannya nak tambah beban ataih
pala Dheya, tapi mak pun tak tahu nak pikiaq lagu
mana dah aih mak nak cekau duit banyak-banyak
ni.” Ain Dheya sudah lama maklum tentang tapak
tanah yang mereka duduki selama ini. Semuanya
atas ikhsan Pak Long Asmadi. Sepupu ibunya yang
memang orang kaya di kampung itu. Namun kerana
termakan dek pujukan anak-anaknya yang gilakan
duit itu mahu menjual tanah itu, Pak Long Asmadi
termakan juga dengan pujukan anak-anaknya.
“Mak jangan risau ya, mak. Nanti Dheya
cuba cari jalannya, no.” Walaupun Ain Dheya
sedar, dia tidak langsung ada idea pun untuk
mengumpul duit sebanyak itu di dalam masa 3 bulan
ini. RM30,000.00 bukanlah jumlah yang sedikit.
Dia sendiri pun tidak pernah memegang duit
sebanyak itu.
“Ha?! RM30,000.00 hang kena cari dalam
masa tiga bulan? Hoi... Pak Long hang tu gila ka
hapo?” bukan aku saja yang kata Pak Long Asmadi
tu gila. Malah Masniza juga turut mempunyai
pandangan yang sama dengannya memandangkan
keadaan kehidupan mereka yang tidak sesempurna
orang lain itu.
27
HASREEYATI RAMLI
“Mana aku nak tau. Depa anak beranak
yang buat keputusan macam tu. Bukannya depa tak
tau keluarga aku tu macamana.” Rungut Ain Dheya
lagi. Sedih juga mulanya apabila dia memikirkan
tentang masalah kewangan mereka sekelurga
selama ini. Namun sekurang-kurangnya mereka
tujuh beradik memang berjaya di dalam pelajaran
belaka biarpun mereka terpaksa mengikat perut
untuk ke sekolah.
“Jadi hang memang nak cuba nasib hang
jaga adik Cik Fayyad tulah jugak, ya?”
Ain Dheya mengeluh berat.
“Haa, awal pulak ya awak hari ni, Dheya.”
Haii... mamat singa ni. Aku lambat pun dia
bising, aku mai awai pun dia gaduh. Atau memang
saja dia ni nak cari gaduh dengan aku agaknya?
Memang tak sahlah gamaknya kalau sehari tak cari
pasal dengan aku ni.
“Iya, Cik Fayyad. Hari ni saya mai bukak
opis sebelum pak gad buka lagi, okey. Puas hati?”
Nak tergelak pun ada Ash Fayyad mendengar
jawapan sinis Ain Dheya pagi itu. Namun yang
pastinya dia tidak boleh menunjukkan rasa puas hati
di hadapan stafnya itu.
“Bagus, bagus. Hujung tahun nanti boleh
dapat anugerah pekerja cemerlang.” Ujar Iz Fayyad
sambil berjalan melepasi Ain Dheya.
28
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Kejap Cik Fayyad. Boleh saya nak jumpa
Cik Fayyad personally tak?”
Langkah Ash Fayyad terhenti. Dia segera
berpaling ke arah Ain Dheya semula. Bilalah gadis
itu akan memakai sut tiga lapis seperti pegawai-
pegawai perempuan yang lain. Memanglah Ain
Dheya bertudung. Namun Ain Dheya akan nampak
lebih menarik jika berpakaian begitu. Memanglah
dia tidak akan memaksa pegawai-pegawai
perempuan di pejabatnya pun. Asalkan menutup
aurat sudahlah.
“Cik Fayyad, tu bilik air wanita. Kenapa
dengan Cik Fayyad ni?” Terkejut juga Ain Dheya
bila tiba-tiba sahaja Ash Fayyad menghala ke bilik
air wanita secara tiba-tiba. Kalau ya pun dah
emergency tengok samalah bilik air lelaki ke
wanita. Hadoi. Tak makan ubat ke ape? Mental
jugak ke boss aku ni?
“Ehhh....sorry...” malunya tidak terkira.
Kenapalah dengan dia hari ini? Mungkin sebab tadi
leka memikirkan tentang baju apa yang gadis itu
sesuai pakai agaknya. Alahai malunya.
Boleh pula anak boss aku ni buar derk aje
ye? Hmm... mabeles! Pandai betul buat wayang.
Ah, tak kisahlah, asal aku boleh bagitau kat dia yang
aku akan terima tawaran semalam.
“Ya, Dheya. Awak nak cakap apa dengan
saya tadi?” tak perlu rasanya mereka masuk ke
biliknya.
Mereka berhenti betul-betul di tengah
koridor yang menghala ke biliknya dan bilik Dheya
di pejabat itu. Tiada orang pun yang lalu lalang di
situ.
29
HASREEYATI RAMLI
Camna ya aku nak bagi tau kat mamat singa
ni. Harap-harap dia tak mengaum kat aku ler.
“Errmm... pasal tawaran semalam tu...”
Serta merta itu juga ceria wajah Ash Fayyad
dibuatnya.
“Okey, awak dapat job tu.” Tak perlulah
dia pening memikirkan siapa yang akan menerima
tawarannya. Sejak dari malam tadi, runsing juga dia
dibuatnya.
Teringat dia kata-kata papanya ketika
mereka berdua berada di rumah.
“Do you think it will work, Ash?”
Ash Fayyad sendiri tidak ada jawapan
untuk soalan papanya itu.
“Kita kena bagi masa untuk my staffs
fikirlah, papa.”
Tan Sri Darren mengeluh panjang. Sudah
tidak lama lagi dia dan isterinya akan pergi
menunaikan Rukun Islam yang kelima itu. Pada
mulanya isterinya memang tidak sampai hati
hendak meninggalkan anak perempuan bongsunya
itu bersendirian. Keadaan kesihatan dan mental
Alia Feyda yang masih lagi tidak stabil itu
merisaukan isterinya. Namun setelah diyakinkan
oleh anak lelaki mereka agar diusahakan penjaga
yang akan menjaga adiknya itu, barulah isterinya
mahu mengikutnya ke tanah suci Mekah.
“Tapi jangan lama sangat. Minggu depan
mama dan papa dah nak ke sana.”
Ash Fayyad menggangguk. Mengharapkan
miracle bakal terjadi.
Dan sekarang miracle itu sedang berlaku di
hadapannya.
30
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Thank you, Dheya! Thank you so much!”
kalau gadis itu adiknya, sudah lama dia
memeluknya. Namun dia masih sedar lagi siapa Ain
Dheya di situ.
“Errmm.... tapi...” kali ini Ain Dheya
teragak-agak kembali. Betul ke keputusan yang aku
akan buat ni? Kalau salah, bagaimana? Namun
memikirkan ibu dan adik-adik yang berjujut di
kampung yang mengharapkan bantuannya, dia
sedar yang dia perlu melakukannya.
“Dheya, this is a good news to me and my
dad. Mari saya belanja awak makan, nanti masa tu
awak boleh tanya apa saja yang awak nak, okey?”
tidak tergambar betapa riangnya Ash Fayyad pagi
ini kerana seperti bulan jatuh ke riba. Atau dengan
kata lain, seperti kata lain dapat poin dalam
Pokemon Go yang sudah diharamkan oleh mufti-
mufti di negara ini. Begitulah setiapp benda baru,
cepat sahaja menjadi viralnya tanpa memikirkan
akibat yang tidak elok lebih dari yang eloknya.
“Makan dengan Cik Fayyad? Err... err...”
berdua aje? Uii. Mimpi ke apa Cik Fayyad ni? Tapi
betul jugak kata anak boss ni, bolehlah dia bertanya
apa yang perlu.
“Kenapa? Saya bukan nak buat apa-apa
pun. Sekadar menghargai Dheya dan lagipun dah
tentu Dheya nak tau Dheya kena buat apa semasa
Dheya ada kat rumah keluarga saya tu, kan?”
Hmm... betul jugak kata mamat singa ni.
Rupa-rupanya taklah singa mana sangat mamat ni.
Ada jugak sisi baiknya yang terserlah juga.
“Okeylah macam tu.”
31
HASREEYATI RAMLI
Mujur juga hari ini tidak sibuk sangat. Dia
akan sibuk bila firma itu mahu merekrut staf-staf
baru.
Masniza tergamam seketika apabila melihat
Ain Dheya berjalan seiringan dengan Ash Fayyad
keluar dari pintu depan pejabat mereka. Nak ke
mana pula tu? Pastinya Ain Dheya sudah
menyuarakan hasratnya untuk menerima tawaran
itu. Jauh di sudut hati, Masniza mendoakan nit
murni Ain Dheya membantu keluarganya mendapat
laluan yang mudah.
Ann Dayana masih tidak berpuas hati
apabila telefonnya tidak berjawab. Kemana pula
perginya buah hatinya itu? selalunya Ash Fayyad
tidak akan lalai menjawab telefonnya walau di mana
lelaki itu berada. Sesibuk mana pun lelaki itu, yang
pastinya Ash Fayyad tidak sesekali akan
mengabaikannya.
Ditekannya berkali-kali butang redail.
Tidak juga berjawab. Semuanya masuk ke dalam
message box sahaja. Hmm... ke mana ya pergi Ash
Fayyad?
Seumur hidup Ain Dheya tidak pernah pun
dia keluar bersendirian dengan lelaki. Semasa di
universiti pun, peribadinya tetap terjaga kerana
tidak mahu memalitkan arang ke muka ibu dan
32
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
ayahnya. Pahitnya akan terasa jika sebagai anak
sulung, semua itu berlaku.
“Eh, Dheya, saya tanya awak tadi. Nak
makan kat mana? Asyik mengelamun aje ye awak
ni?” Ash Fayyad perasan tentang hal itu. Ain
Dheya memang suka mengelamun kalau tidak
disergah. Entah apalah yang difikirkan oleh gadis
itu agaknya. Dia melihat telefonnya berbunyi
berkali-kali, cuma kali ini dia tidak mahu segera
menjawab panggilan dari teman wanitanya itu. jika
dia menjawabnya, bermakna dia perlu menghantar
Ain Dheya semula ke pejabat dan melayan karenah
teman wanitanya itu.
Lagipun apa yang akan dibincangkan nanti
dengan Ain Dheya nanti lebih penting dari segala
perkara di dunia ini. Adik kesayangannya, Alia
Feyda yang kecewa dengan kemalangan yang
menimpa dirinya itu menyebabkan dia tidak mahu
keluar dari rumah.
“Cik Fayyad, saya masih kenyang lagi ni.
Kan baru pukul 9.00,” dia sudah memanaskan
lebihan makanan yang ditapaunya petang semalam.
Memang dah kenyanglah dia awal-awal pagi begini.
Ada juga yang dibawanya pagi tadi untuk makan
tengah hari nanti.
“Apa awak ingat saya tak mampu nak
belanja awak ke, Dheya?” Amboi. Bagi jatuh
standard aku aje minah ni. Rungut Ash Fayyad di
dalam hati.
“Tapi kan Cik Fayyad, saya makan dah
sebelum ke pejabat. Itupun nak bagi masalah pada
Cik Fayyad ke?” aku memang heran sungguh la
dengan mamat tak reti bahasa ni. Mujur dia anak
33
HASREEYATI RAMLI
boss aku. Kalau tak, hmm... memang aku seligi aje
mamat poyo ni. Rungut Ain Dheya lagi.
Ash Fayyad seperti mahu memarahi gadis
di sebelahnya itu. Memang tak reti bahasa betullah.
Orang nak belanja makan pun tak nak. Huii... apa
jenis perempuanlah macam ni. Bukan senang kot
nak keluar makan dengan Ash Fayyad. Dabiknya di
dalam hati.
Lama Ash Fayyad berfikir.
“Okeylah, Dheya dah setuju nak jaga adik
perempuan saya selama sebulan, kan? Makan pun
tak nak, kan? Now saya nak bawak Dheya tengok
sjjendiri macamana adik saya tu, so that Dheya
boleh judge sendiri apa yang akan Dheya lalui nanti,
sepanjang hari setiap masa di rumah papa saya
nanti, nak tak?” Berdebar-debar juga Ain Dheya
dibuatnya. Kedengaran seperti dia akan melalui
satu pengalaman yang teramat beratlah pula.
Terlajak kereta boleh gostan, terlajak kata, maaflah
ye.
Mahu tak mahu Ain Dheya terpaksa
mengangguk. Yang hang berani nak serah leher
hang tu tadi, sapa suruh!
Kereta Honda Sportage putih itu meluncur
laju merentasi lebuhraya ke arah banglo tiga tingkat
Tan Sri Datuk Darren.
34
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Aku memang tak boleh sabarlah, Reza.
Ni pertama kali tau dia buat kat aku macam ni. Eee..
geram tau!” Ann Dayana memeluk tubuhnya sendiri
dan berjalan ke hulu dan ke hilir di hadapan teman
baiknya, Shareza. Jika dia buntu, Rezalah tempat
dia bercerita dan meluahkan rasa. Rezalah yang
lebih bijak berfikir darinya di kala dia buntu.
Masalahnya tidak lain tidak bukan ialah tentang Ash
Fayyad.
“Kau nilah, Ann... selama ni ada tak Ash
abaikan kau? Tak, kan? Kalau kali ni baru sekali je
dia terlepas pandang fon kau, kau ignorekan aje.
Tentu dia ada sebab tu, gi toilet ke, gi kencing ke,
alahai kau ni Ann... itupun kau nak suh dia balas on
the spot gak ke?” Ada betul gak kata-kata Reza tu.
Dia perlu juga mengambil kira tentang keperluan-
keperluan lain dalam hidup lelaki itu. Tapi apa aku
kisah? Dia hak aku, kan?
“Tapi tak boleh ke Ash call aku lepas dia
buat semua tu? Ni tak, mesti ada perempuan lain
yang ada sama dengan dia. Kalau tak...” Ann
Dayana mula diulit rasa cemburu. Benarkah Ash
Fayyad ada perempuan lain? Hatinya berteka-teki
sendiri. Selagi dia tidak mencari puncanya, selagi
itulah berbagai-bagai soalan bertimbun-timbun
menerjah ke dalam mindanya.
35
HASREEYATI RAMLI
Rumah agam tiga tingkat di atas Bukit
Cendana itu hanya muncul di dalam mimpi Ain
Dheya sahaja. Tidak pernah langsung tergambar
oleh Ain Dheya dia akan datang ke rumah sebesar
dan semewah ini. Itulah sudah ramai hartawan-
hartawan di Malaysia ini yang sudah oleh hidup
lenang lenang dengan usaha dan titik peluh mereka
sendiri di dalam bidang perniagaan yang diceburi.
“Haa, tunggu apalagi. Turunlah.” Gesa
Ash Fayyad apabila mendapati Ain Dheya seperti
kagum melihat rumah agam milik papanya.
“Ni rumah family saya. Bukan rumah saya
pun. Tak payah buat muka dagu jatuh tu. Jom.”
Eh, betul ke dagu aku dah jatuh? Ain Dheya
memegang dahunya senidir. Eh, betullah.
Ternganga! Adoi, malunya aku. Kemudian Ain
Dheya segera keluar dari kereta Honda Sportage
putih itu dan berdiri tegak memandang tanpa
berkelip. Rumah buruk dia di kampung pun
memang tidak setanding pun dengan rumah
keluarga lelaki ini.
Ash Fayyad tersenyum dengan gelagat
gadis itu.
“Hmm... silakan masuk ya. Kejap saya nak
panggil mama saya dulu.” Ujar lelaki itu
membukakan pintu untuknya. Ain Dheya terdiam.
Matanya menerawang seketika di dalam ruang tamu
yang seluas mata memandang itu. Ada balkoni lagi
36
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
di dalamnya. Huii.. macam cerita fantasi Romeo
and Juliet kot. Ain Dheya mula berangan kembali.
“Ohh... ini rupanya Ann Dheya yang Ash
maklumkan tu.” Terkejut pula Ain Dheya
dibuatnya apabila seorang perempuan di dalam usia
ibunya namun lebih anggun di dalam blaus dan
seluar panjang warna hitam, berambut blonde paras
bahu tersenyum ke arahnya. Segera Ain Dheya
menghulurkan tangannya. Hormat pada orang tua
itu perlu. Itulah adat Melayu kita yang harus dijaga.
“Aa.. aa... ye saya, Puan Sri.” Aduh,
malunya dia berhadapan dengan Puan Sri yang
cantik anggun dan jelita itu. Patutlah Ash Fayyad
pun hensem. Eh, buah hati orang tu. Jangan kau
nak bermimpilah, Dheya! Kau tu orang miskin!
Macam langit dengan bumi kot.
Ain Dheya kembali berpijak di bumi yang
nyata. Dia berkerja pun nak mencari sesuap nasi.
Nak mencari rezeki yang halal untuk dihantar ke
kampung. Hanya dialah harapan ibu dan adik-
adiknya bagi meringankan beban mereka
sekeluarga.
Masih teringat lagi Ain Dheya bagaimana
bila pertama kali dia mendapat gaji, terus petang itu
juga dia pulang ke kampung dengan bas. Setibanya
di stesen bas di bandar kecil kampung halamannya,
terus sahaja dia membeli dua bucket KFC barrel dan
menaiki teksi ke rumahnya. Apalagi, kesemua
adiknya yang ada di rumah terus menyerbunya.
Luruh air mata Ain Dheya dan ibunya
melihat adik-adiknya makan dengan lahapnya.
Entah bila kali terakhir mereka semua merasai ayam
goreng seperti itu. Kalau ada pun, ayam kampung
37
HASREEYATI RAMLI
peliharaan ibunya sahajalah yang ada untuk
dijadikan lauk bila cukup besar untuk disembelih.
Namun berapa ketul sangatlah dapat
dikongsi oleh adik-adiknya kerana ayam-ayam yang
ada pun tidak sampai sepuluh ekor pun. Harapnya
dapat menghasilkan telur untuk dijual dan
selebihnya untuk dimakan sama.
“Cik Dheya, terima kasih sebab sudi nak
tolong jaga anak Aunty.” Tangan Ain Dheya masih
lagi di dalam genggaman Puan Sri. Ain Dheya jadi
malu. Lembutnya tangan Puan Sri ni. Mesti tak
pernah buat kerja-kerja berat langsung ni. Nama
pun orang kayalah, Dheya. Tentu ada orang gaji
yang buat semua kerja.
Ain Dheya tersengih malu. Kemudiannya
berpaling ke arah Ash Fayyad.
“Err... tak apalah, Puan Sri. Kejap aje kan
saya tolong jagakan anak Puan Sri. Saya doakan
Puan Sri dan Tan Sri berdua dapat tenang
mengerjakan ibadah haji di sana nanti ya. In shaa
ALLAH, saya akan bantu Puan Sri sekadar
termampu saya.” Kata-kata Ain Dheya itu sedikit-
sebanyak melegakan hati Puan Sri. Dia sendiri
melihat seraut wajah bersih itu seakan ikhlas
menuturkannya.
“Mama jangan bimbang ya. Mama cuma
tumpukan hal ibadah di sana saja ya. Biar Ash
bantu Dheya sama.” Waa...amat meyakinkan
betullah mamat singa ni. Baik dan berbudi bahasa
pula dia di hadapan ibunya.
Ain Dheya masih lagi mengagumi Puan Sri
yang cantik itu. Yelah. Ada duit, semua boleh jadi.
Yang ada boleh diadakan. Yang buruk boleh
dicantikkan. Namun kecantikan Puan Sri memang
38
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
bukan kerana diada-adakan. Memang kecantikan
semulajadi.
“Dheya?” Puan Sri menegur. Ain Dheya
kembali ke alam nyata.
“Err... ye, Puan Sri. Maaf. Saya teringatkan
sesuatu tadi. Oh ya, boleh saya tahu apa sakit anak
perempuan Puan Sri hinggakan kena ada special
attention ni?” memang Ain Dheya betul-betul tidak
tahu.
“Ma! Siapa tu? Nurse baru lagi ke? Kan
Feyda dah cakap. Feyda tak nak sapa-sapa pun jaga
Feyda, okey. Feyda tak sakitlah. Kenapa mama tak
faham-faham jugak ni, hah? Susah betullah semua
orang nak faham Feyda.” Rungut satu suara dari
balkoni atas yang baru sahaja dikaguminya tadi
sebagai tempat Romeo & Juliet memadu asmara itu.
alahai kalaulah dia ada `boyfren’ kan bagus? Boleh
berlakon di situ rasanya.
“Hoi, kamu! Siapa suruh kamu datang sini?
Pergi baliklah!” Tengking Ayy Feyda apabila
melihat seorang gadis muda yang tidak pernah
dilihatnya sebelum ini. Tentu seorang jururawat
agaknya. Nak kata upah Indon pun bukan kerana
wajahnya memang kemelayuan iras Siam.
“Err... Cik Feyda maksudkan saya ke?”
terketar-ketar Ain Dheya ditengking sebegitu rupa.
Kali terakhir dia ditengking ialah semalam. Oh ya,
baru semalam oleh Ash Fayyad. Memang keluarga
ni keluarga suka tengking orang agaknya. Semua
orang boleh tengking orang lain. Tetapi Puan Sri
tidak pula menengkingnya. Hairan pula Ain Dheya
dibuatnya.
Ash Fayyad membela Ain Dheya kali ini.
39
HASREEYATI RAMLI
“Feyda! Cakap elok-elok sikit. Ini Ain
Feyda. Dia bukan nurse atau maid baru. Tapi
Dheya akan temankan Feyda selama mama tak ada
nanti.” Ayy Feyda hanya boleh bertoleransi dnegan
mama mereka sahaja. Hingga adakalanya mamanya
amat letih dan penat melayani karenah adik
perempuannya itu. Ayy Feyda mengalami
kemalangan kira-kira setahun yang lalu. Yang
mana menyebabkan dia lumpuh sejak dari hari itu.
Dan sejak dari hari itu jugaklah sikapnya yang
periang dan peramah itu berubah 360 Darjah.
“Feyda kan dah cakap. Feyda tak perlukan
sesiapa pun, abang faham tak!” sekali lagi Ayy
Feyda meninggikan suaranya. Agar abangnya lebih
mengerti apa yang dimahukannya. Mengapa tidak
ada orang mahu mengerti apa yang dia mahu selama
ini? Ya. Semua orang tidak tahu apa yang ada di
dalam dadanya kini. Penderitaan. Kesedihan.
Kekesalan.
“Huh! Sudahlah. Jangan ganggu Feyda
lagi. Suruh kawan abang tu balik. Bazir saja suruh
temankan Feyda.” Bentak gadis cantik yang hampir
seusia dengan Ain Dheya itu lagi sambil
memalingkan kerusi rodanya dengan kasar.
Ain Dheya menoleh ke arah Ash Fayyad
dan kemudiannya ke arah Puan Sri Nora.
“Puan Sri... kalau Puan Sri nak saya balik
pun tak mengapalah. Nampaknya anak Puan Sri
tidak mahu saya menjaganya. Err... saya minta diri
dulu, ya.” Ain Dheya berasa amat tidak selesa di
dalam situasi itu. apa yang difikirkannya sekarang
untuk dihantar pulang oleh Ash Fayyad ke pejabat
dan kembali melakukan kerja hariannya di pejabat.
40
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Ain Dheya. Awak tak boleh berpatah
balik lepas awak buat keputusan ni.” Suara Ash
Fayyad kembali meninggi kali ini. Ain Dheya
memejamkan matanya seketika. Dia menoleh ke
arah lelaki yang tinggi lampai itu. Ash Fayyad.
Awak memang lelaki yang kacak. Tapi saya tidak
akan termakan dengan pujukan awak.
“Dheya? Mengelamun lagi ya?”
Ain Dheya membuka matanya semula.
Malunya tidak terkira. Puan Sri Nora tersenyum
lebar.
“Dheya. Kamu jangan ambil hati dengan
kaa-kata anak aunty tu ya. Dia memang macam tu.
Walaupun sebenarnya dulu dia tak macam tu. Apa
yang penting ialah kamu kena banyak bersabar
dengan perangainya. Hmm?” Puan Sri Nora tiba-
tiba menyentuh tangannya. Ain Dheya berasa serba
salah. Perlukah dia mengubah fikirannya semula?
Ain Dheya menoleh ke arah Ash Fayyad
seketika. Dahi lelaki itu kelihatan berkerut. Seperti
mahu memarahinya seperti kebiasaannya di pejabat.
Adakah Ash Fayyad akan mengamuk di depan
ibunya?
“Awak tahu tak, mama saya dah tak boleh
batalkan pemergiannya ke Tanah Suci tu. Awak nak
tengok mama saya tak dapat mengerjakan ibadah
haji dia ke?” setelah lama mendiamkan diri di
dalam keretanya sejak mereka meninggalkan rumah
41
HASREEYATI RAMLI
kedua orang tuanya tadi, baru kini Ash Fayyad
memecahkan kesepian antara mereka.
“Dheya. Awak dengar tak ni?” Ash Fayyad
masih tidak berpuas hati dengan sikap Ain Dheya
selepas gadis itu bersalaman tanpa sepatah kata
dengan mamanya tadi dan terus meminta diri untuk
keluar dari rumahnya itu.
Ain Dheya masih lagi mendiamkan diri.
“Dheya. Awak ni pekak badak ke ape?
Cubalah cakap sesuatu. Hee.. geram betullah
dengan minah ni.” Kali ini Ash Fayyad benar-benar
tidak sabar lagi.
“Baiklah. Berhentikan kereta Cik Fayyad
dan turunkan saya di tepi jalan. Saya nak balik naik
teksi.” Gumam Ain Dheya. Segala harapan ibu dan
adik-adiknya kini telah musnah. Dia harus
memikirkan jalan lain untuk mengumpul
RM30,000.00 dalam masa dua bulan ini. Mungkin
dia terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa.
Atau tiga kerja. Atau cara yang paling mudah ialah
merompak bank.
Decitan kereta Ash Fayyad mengejutkan
Ain Dheya dari lamunannya.
“Okey. As you wish.”
Ain Dheya tidak menyangka yang Ash
Fayyad betul-betul akan meninggalkan dia di tepi
jalan seperti itu. Memanglah dia marah dengan
42
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
sikap lelaki itu terhadapnya tadi. Namun dia hanya
mengugut sahaja agar lelaki itu meninggalkan dia di
tepi jalan bukan bersungguh-sungguh pun.
"Hishhh, betul bendul pulak mamat singa
ni!"Getus hati Ain Dheya sambil memuncung.
Macamana aku nak balik ni? Pantas otaknya berfikir
dan seligat itu jugalah jari-jarinya mendail.
"Hang ni suka betul buat benda tanpa fikir
panjang,kan?" Bebel Masniza sambil memacu laju
keretanya. Mujur juga ada Masniza yang dapat
mengambilnya. Kalau tak nak harap teksi emang tak
tahulah. Ada ke tak.
"Napa kau cakap macam tu? Aku gempaq
saja. Tak sangkalah pulak Cik Fayyad nak betul-
betul tinggalkan aku kat tepi jalan ni haa..." Ain
Dheya masih lagi tidak percaya yang anak bossnya
akan berbuat begitu padanya. Hee... geramnya!
"Lain kali... sarang singa jangan dijenguk,
okeyyy... Haa... kau dah dibawa jumpa dengan adik
dia, kan? Bila nak start jadi baby sitter ni?" Beria
benar Masniza mahu tahu berita selanjutnya.
"Aku tarik dirilah, Ija," ujar Ain Dheya
dengan nada perlahan.
"Apa??? Eh, hang dah ilang akal ke idok
ni?" Terkejut beruk Masniza dibuatnya. Hampir-
hampir terberhenti keretanya kerana terkejut.
"Oihh hang ni Dheya?? Biar betul! Kalo dah
setuju kira janjilah tu. Hadoi minah senget nilah...
buat naya orang tu ja taruh harapan nak jaga adik
dia..." tingkah Masniza lagi bagaikan tidak percaya
dan tidak dapat menerima jawapan itu.
"Weii, Ija. Kalau hang nak bantai aku pun,
hang tanyalah sepatah dua kat aku dulu. Adik dia
rejek aku laa... Aku nak kata apa? Takkan aku nak
43
HASREEYATI RAMLI
pi tenyeh muka aku gak? Agak-agaklah hang pun!"
Kini mereka berdua bagai bergaduh besar sebab hal
sekecil itu pula.
"Hang kira dah janji, okey. Itu yang Cik
Fayyad dah pegang. Kalo aku jadi dia pun, bukan
takat aku benti tinggal hang kat tepi jalan saja,
malah aku langgar hang lagi sebab mungkir janji,
reti dak?" Ngomel Masniza lagi.
Sakit benar telinga Ain Dheya mendengar
kata-kata teman baiknya.itu. Bukan nak
menyokong, malah nak merebahkan dia lagi
adalah.
"Eh, Ija. Hang nak defend aku ka dak ni?
Kalau hang tak puas hati, hang benti keta hang, aku
jalan kaki!" Bentak Ain Dheya, mula nak naik angin
juga. Dahlah tadi dia kena marah dengan adik Cik
Fayyad. Ini pula dah kena bebel dengan teman
baiknya sendiri. Walawei.
Masniza tidak berkata apa-apa cuma
mendiamkan diri sahaja.
"Bengong le hang ni ingat aku nak buat gitu
pada hang. Hang tu macam adik aku tau. Kalau hang
susah, aku pun rasa sama. Hee... hang ni," Ain
Dheya rasa terharu. Luluh hati serta merta
mendengar kata-kata Masniza itu. Serta merta dia
berpaling ke arah gadis itu dan memeluknya dengan
erat walaupun sebelah bahu gadis itu sahaja.
"Dah, dah. Aku tak nak nangis, okey."
Walaupun memang hatinya sudah.begitu tersentuh
dengan sikap manja gadis itu.
"Okey, okey. Sorry."
Telefon Ain Dheya tiba-tiba berbunyi. Di skrin
terpapar SYURGA KU di cerminnya.
"Jap, mak aku call."
44
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
"Dheya, Pak Long hang dah bagi kata
putus. Kalau kita tak bayar duit tu, kita kena
merempat kat tepi jalan." Terdiam Ain Dheya
dibuatnya. Memang orang jenis Pak Long Jalil tidak
akan makan saman pun. Kalau bab nak halau orang
dari kampung memang A.
"Tak pa mak. Jangan bimbang, na. Chek
dah cari kerja part time. Nanti Chek akan tolong
mak langsaikan hutang tu, ya. Mak tak yah risau,
na." Lembut sahaja kata-kata Ain Dheya bila
bercakap dengan ibunya. Tak sampai hati pula
rasanya untuk dia memberitahu ibunya yang dia
sudah menarik diri dari kerja sampingan yang
dimaksudkan itu.
Talian dimatikan. Ain Dheya berpaling ke
arah Masniza dengan hati yang gundah.
"Pandai ya hang janji ngan mak lagu tu. Aku
tak taulah hang nak kawtim balik dengan Cik
Fayyad tu. Pandai-pandai hang lah mak cik oii."
Masniza mengangkat bahu.
Ain Dheya termenung panjang.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Ash Fayyad
sedang bercekak pinggang dengan muka singa nak
makan orang. Dan sudah semestinya orang itu ialah
Ain Dheya.
45
HASREEYATI RAMLI
"Ain Dheya, ikut saya ke bilik." Tegas
sahaja lelaki itu dan hanya merenung ke arahnya.
Berderau darah Ain Dheya dibuatnya. Memang
mamat singa ni kerja part time penunggu lif pulak
ke?
Tanpa sepatah kata Ain Dheya menurut
sahaja bagaikan lembu ditarik hidungnya. Tak
berani langsung nak membantah. Masniza
mengangkat bahu.
Di bilik, Ash Fayyad menutup pintu serapat
mungkin. Tidak mahu ada tukang penyibuk ofis
mencuri dengar.
Ash Fayyad berpaling menghadap Ain Dheya.
Gadis yang kombinasi Nora Danish, Fazura dan
Anzalna itu memandang dengan matanya yang bulat
tapi bundar. Kenapa dia berasa agak berdebar bila
sedekat itu?
"Kenapa awak turun tadi?"
“Cik Fayyad yang bentikan kereta tadi."
"Okey, fine." Memang itu jawapan yang
betul. Tapi dia mahu tahu kenapa gadis itu begitu
terasa hati dengan kata-kata adiknya. Bukankah
selama ini hati gadis itu sekeras batu walau
apa.sahaja yang dikatakan olehnya? Mengapa pula
dengan adiknya Ain Dheya cepat sahaja mengalah?
"Betul awak tak jadi nak jaga adik saya?"
Risau betul dia kerana tiada calon lain lagi yang
mahu menerima tawaran itu. Lagipun kedua orang
tuanya akan berangkat minggu hadapan sahaja. Dah
tidak berapa hari sahaja lagi.
Ain Dheya mengangkat mukanya kali ini
dengan penuh rasa bersalah. Kenapa dia nampak
muka mamat singa ini sejelas-jelasnya
seperti pelakon Korea yang memegang watak Kang
46
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Chul dari drama Oh!K bertajuk W tu? Eh, baru dia
perasanlah.
“Err.. Cik Fayyad. Saya... saya nak mintak
maaf atas sikap terburu-buru saya tadi. Jangan
bimbang, saya akan jaga adik Cik Fayyad."
Walaupun dia sedar, entah apalah yang akan
dilaluinya di rumah itu nanti.
Ash Fayyad bagaikan mahu menjerit
kegembiraan kerana mendengar keputusan Ain
Dheya itu. Namun dikawalnya. Ain Dheya adalah
hanya stafnya. Dia tidak boleh menunjukkan dirinya
terlalu baik dengan staf bawahannya. Nanti mereka
akan pijak kepalanya.
"Good. Esok awak tak perlu datang ke
pejabat. Saya akan jemput awak di rumah sewa
awak. Mengerti?" Macam Hitler memberi arahan
pula jadinya. Ain Dheya mengangguk laju.
"Good. Now awak boleh keluar."
Ain Dheya bagaikan robot menurut kata.
Ash Fayyad duduk termenung lama selepas
itu. Bagaimana agaknya dia akan memaksa adiknya
menerima Ain Dheya nanti? Entahlah. Mudah-
mudahan adiknya tidak menimbulkan banyak
masalah nanti.
"Cik Fayyad nak ambik hang esok ke?
Huii... cepatnya. Mak ayah dia nak pergi tiga hari
47
HASREEYATI RAMLI
lagi, kan?" Masniza tetap tidak berpuas hati dengan
ketetapan Ash Fayyad itu.
"Awat awal sangat nak suruh hang pi umah
tu? Ishh, aku tak puas hatilah gini."
Ain Dheya sendiri tidak tahu alasan nya.
"Ija, hang ni tanya aku macamlah aku tau apa
kat dalam pala dia tu. Cuba hang pi Tanya kat dia
sendiri, aci dak?" Huii, banyak soALLAH pulak
minah ni.
Masniza tersengih.
"Yalah. Satni nye nak buat hang jadi hamba
pulak. Aku tak mau la hang jadi gitu."
"Ishh, tak dak apa aih. Mungkin dia nak bagi
aku selesa dengan adik dia dulu ka apa. Cuba hang
berbaik sangka dengan orang lain, boleh
dak?" Masniza mengangkat bahu.
"Kalau dengan orang lain mungkinlah. Tapi
kalau dengan mamat singa tu, hmm... " apalah yang
buruk sangat dengan anak majikan mereka itu?
Okeylah. Selain dari mulut macam tandas dan suara
macam singa mengaum bila memarahinya.
Ain Dheya lebih banyak termenung pada
malam itu sebaik sahaja pulang dari pejabat.
"Eh, hang nilah Dheya, nak kata mati laki, tak
berlaki lagi, nak kata mati anak, jauh sekali. Apalagi
ha yang hang dok pikiaq ni?" Masniza naik rimas
juga dibuatnya apabila mendapati Ain Dheya asyik
termenung sahaja sambil memasukkan baju-baju ke
dalam beg troli tarik bersaiz 24" itu.
"Huh? Hang cakap dengan aku ka, Ija? Ishh
laa.... sorry... aku ralit sat. Ce hang pikiaq tengok,
kalau adik dia betoi-betoi gila, ha macamana? Naya
la aku! Satni dia tikam aku ka, cekik aku ka, camana
wei...?" Lebih berkerut dahi Ain Dheya dibuatnya.
48
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Pukk!!
"Haa, ambik hang! Merepek sampai lagu tu
tak dak sapa suruh!" Kena sebijik di kepalanya.
"Hadoi minah oi! Banyaklah mepek hang!
Sakit la weii!" Rungut Ain Dheya sambil
menggosok kepalanya. Boleh tahan sakit juga
dibuatnya.
Masniza tersengih.
"Okey, sorry doh... banyak lagi no hang nak
kemaih, macam nak duduk setahun lak aih!" Jelir
Masniza, macam perli pun ya. Ain Dheya membalas
sama. Sebenarnya dia juga berasa sedih kerana perlu
berpisah seketika dengan teman karib @ teman
serumahnya itu.
"Takpa. Tak cukup aku balik mai ambik la.
Macamlah jauh sangat. Hang pun boleh mai
melawat aku gak no."
"Hoi, Dheya. Hang ilang akai ka apa? Tak
dak makna la aku nak pi jengoi tengok hang no. Nak
lari lagi ada dari singa pejabat tu." Tersengih lagi
Ain Dheya bila temannya itu seakan meluahkan apa
yang tersirat di hati.
"Hang kalo mai kutuk orang sama naik aih
noo..." Ain Dheya mengekek tertawa kali ini.
Hilang sekejap kerisauan dan gundah gulana di
dalam dada.
Sambil menyusun baju yang terakhir, Ain
Dheya menutup beg bajunya dengan hati yang
berbelah bahagi. Kalau tidak kerana masalah ibunya
di kampung, memang dia tidak akan bersusah payah
begini. Moga niatnya itu akan diberkati dan
dipermudahkan.
49
HASREEYATI RAMLI
Ann Dayana tidak tahu sama ada dia harus berasa
cemburu atau tidak bila temannya memberitahu ada
melihat perempuan lain di dalam kereta Ash Fayyad
sewaktu terserempak di satu trafic light di Jalan Tun
Razak.
“Iye, Ann. Aku tak tipu kau. Kete aku benti
betul-betul kat sebelah kereta Ash dan perempuan tu
aku nampak cantik jugak. Tak bertudung tapi tak le
nampak vogue sangat macam kau. Suam-suam
kuku macam tu. Tapi kau lagi cantik, okey.” Ann
Dayana sudah tidak mendengar penjelasan yang
hujungnya lagi. Cukup bagi dia untuk mendengar
yang Ash Fayyad sudah berani keluar berdua-duaan
dengan perempuan lain.
“Okey, fine. Mungkin client dia kot. Aku
tak boleh cemburu melulu macam tulah, Lis. Dia
kan BF aku. Bakal jadi suami aku, okey. Aku tetap
akan pastikan dia tak jadi milik perempuan lain,
okey.” Begitu yakin sekali Ann Dayana
menuturkannya. Ya. Memang Ash Fayyad lelaki
yang dicintainya ketika ini. Dia sudah menyerahkan
seluruh jiwa raganya selama lima tahun mereka
berkawan. Dan tidak ada apa yang dapat
memisahkan cinta mereka lagi.
Reza menggeleng laju.
“Tak, Ann. Aku rasa kau better tanya dia
sendiri. Siapa perempuan tu. Sebab kalau client
50