The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-02-28 01:35:14

Hello, Jangan Tapau Cintaku

Hello, Jangan Tapau Cintaku

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Apalah hang ni kata lagu tu kat aku... Aku
bukan nak serkap orang kaya. Aku tak mau pun
kedia. Dia yang dok paksa aku.”

“Alaa.. benda-benda cinta ni belakang
kiraaa... nanti lama-lama hang jatuh cinta la kat laki
hang... Nak pi mana, kan ka?”

“Entahlah, Ija. Aku serah pada ALLAH ja
bab-bab hati ni. Niat aku, ikhlas. Nak jaga adik dia
ja. Tapi yalah, kalau aku nak kerja kat pejabat tu,
macamana aku nak jaga adik dia kan? Adik pun
satu, nak aku nikah ngan abang dia sebab nak aku
boleh jaga dia kat rumah ni. Hmm... nasib akulah
jadi lagu ni.”

“Ui hang... kira untunglah, mamat tu mau
ikut cakap adik dia. Ish no, aku tak sangka pulak
yang mamat tu sayang betoi kat adik dia tu sampai
lagu tu no.”

“Ha la, hang pun. Hang tau dak, adik dia
nak bunuh diri kalau abang dia tak nikah ngan aku?
Sian gak bila aku tengok mamat tu panik bila adik
dia kelaq tangan hari tu.”

“Ya Rabbi... sampai macam tu ka? Ishh...
macam tak dak agama pulak no.”

“Hoi, hang ni. Aku tak mo ngumpat orang
naa... mak aku tak ajaq aku lagu tu.”

“Hehe. Ok. Ok. Sorry. Nanti raya aku pi
salam ngan dia.”

Tok, tok, tok.
“Dheya.” Serta-merta Ain Dheya menoleh
ke arah pintu biliknya.

201

HASREEYATI RAMLI

“Ya? Ada apa?” Apa pulaklah Cik Fayyad
nak malam-malam ni? Ain Dheya segera membuka
pintu biliknya.

“Dheya, saya laparlah. Tolong buatkan nasi
goreng untuk saya, ya?”Di hujung lidah sahaja dia
hendak bertanya kenapa tidak menyuruh Mak Ros
sahaja. Namun dia mengangguk.

“Baiklah Cik Fayyad. Nak saya bawa ke atas
ke nanti lepas masak?” soalnya lagi sambil berjalan
melepasi lelaki itu.

“Tak pe. Saya turun sama. Saya nak makan
di dapur aje.” Balas Ash Fayyad. Pendek.

Mujur juga dia tahu di mana letaknya
perencah nasi goreng di dapur itu. Kalau tidak,
susah juga dia dibuatnya.

“Saya tak nak makan yang ada perencah tu.
Saya nak Dheya tumbuk bawang dan cili.” Pinta
lelaki itu. Ain Dheya melekkan kembali perencah
nasi goreng jenama tempatan itu ke tempatnya.

“Haish, Cik Fayyad ni. Nak tumbuk-
menumbuk malam-malam macam ni nak bagi satu
rumah dengar ke?” Macam-macamlah karenah
lelaki itu pada malam ini. Rungut Ain Dheya lagi.
Mukanya dah tak manis.

Ash Fayyad yang sedang berteleku di meja
tiles `island’ di dapur itu mengeluh berat.

“Ini pelajaran pertama yang saya nak awak
buat sebagai persediaan awak nak jadi isteri saya,
okey. Kalau suami lapar, tengah malam pun awak

202

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

kena masak, faham?” selamba sahaja lelaki itu
menjawabnya. Tidak ada rasa bersalah langsung.

“Pandailah Cik Fayyad nak arah saya
macam-macam. Saya bukan isteri Cik Fayyad pun.”
Rungut Ain Dheya lagi. Mula membuka peti sejuk
untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Mana
pulak ni bawang dan cili?

“Belum lagi. Nanti tak lama lagi awak dah
akan jadi isteri saya pun.” Ujar Ash Fayyad lagi.
Melihat gerak-geri gadis itu. Walaupun hanya
memakai baju tidur tangan pendek dan berseluar
panjang dia masih kelihatan serba serbi natural
tanpa secalit mekap pun. Kalau dengan Ann
Dayana, gadis itu tidak akan keluar dari rumah kalau
tidak mengenakan sebarang mekap. Tetapi Ain
Dheya tidak pernah kisah kalau tidak memakai
mekap di dalam rumahnya pun.

“Mana pula Mak Ros letak lesung batu tu
tah, hmm...” menggaru-garu kepala juga Ain Dheya
dibuatnya. Takkan dia hendak menggunakan
blender pula untuk mengisar sebiji cili dan beberapa
biji bawang? Tak logiklah pula.

“Hai, awak hari-hari tolong Mak Ros, takkan
tak tahu pulak, apalah awak ni? Buat-buat tak jumpa
tu malas nak buatlah ya?” Ash Fayyad sudah mula
meninggikan suara. Ain Dheya berpaling ke arah
lelaki itu dengan hati yang geram.

“Amboi, bahasa tu. Saya tengah cari ni ha,
takkan nak upah penyiasat persendirian nak cari
kot?” dia pun sudah mula nak hilang sabar.
Kemudian dia mendapat satu idea. Gelas kaca
diambilnya dan bekas plastik yang kecil dicapainya.

Dengan pantas dia mematahkan cili kepada
beberapa bahagian kecil dan mengupas tiga ulas

203

HASREEYATI RAMLI

bawang merah. Semuanya dimasukkan ke dalam
bekas plastik tadi dan dia menumbuk-numbuk
bahan-bahan itu berlapikkan kain tuala dapur.

Ternganga Ash Fayyad melihat idea gila
gadis itu.

“Hai, Dheya? Tak pecah ke gelas tu? Ya
ALLAH... Mak Ros tak pernah buat macam tu pun!”
Sergah Ash Fayyad lagi sambil berdiri melihat gadis
itu menumbuk-numbuk ramuan itu.

“Nak makan nasi goreng ke tak? Jangan nak
komplen bagai-bagai. Dah boleh buat ni, jangan
nak cakap banyak ya. Duduk diam-diam sudah.”
Setelah menumbuk setakat yang diperlukan, Ain
Dheya dengan cekap mengambil kuali dan nasi yang
masih bersisa di dalam rice cooker.

“Pandainya awak masak nasi goreng bodoh
ni ya? Sedap.” Walaupun agak mudah dengan
hanya ada telur goreng, dia makan dengan berselera
sekali. Ain Dheya hanya berada di hadapannya
memerhati. Sedap apanya. Hanya nasi biasa sahaja.

“Iya ke ni. Nasi goreng bodoh aje, Cik
Fayyad.” Merendah diri pula dia kali ini. Matanya
mula mengantuk kembali.

“Cik Fayyad, saya nak masuk tidur semula
ya. Pagi nanti saya nak kena bangun awal.” Dia
sudah mahu bangun apabila Ash Fayyad bangun
menghalang.

204

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Tak payah tidur. Saya tak boleh nak tidur
lagi. Jadi awak pun jangan tidur sama. Temankan
saya menonton di bawah ni.”

Mak ai. Banyak cantik dia punya muka.
Dahlah suruh aku buatkan nasi goreng. Lepas tu
suruh temankan dia menonton pula. Memang nak
cari pasallah dengan aku kali ini. Rungut Ain Dheya
lagi.

“Ya ALLAH, undang-undang mana pulak
Cik Fayyad nak buat ni.... Maaf. Saya nak naik
tidur. Selamat malam ya.” Ketika dia mahu
melangkah, lelaki itu menghalangnya dengan
berdiri di hadapan gadis itu.

Tinggi betullah lelaki itu hinggakan dia
terpaksa mendongak ke atas menendang lelaki itu.
ketampanan lelaki itu membuatkan jantungnya
berdebar-debar. Eh, mengapa pula aku perasaan
yang pelik macam ni?

Ash Fayyad tersenyum lebar kali ini.
“Dheya, payah sangat ke awak nak temankan
saya?Kalau awak nak tidur. Tidur aje atas bahu
saya. Kan romantik juga nama.” Wah, lelaki ini
sudah semakin peliklah. Bagaimana aku nak elak
permintaannya ini?
“Cik Fayyad, jangan nak macam-macam ya.
Saya nak naik tidur. Selamat malam.” Ain Dheya
kemudiannya bergerak ke sebelah kiri lelaki itu
untuk beredar dari situ. Namun tangan lelaki itu
mengangkat ke atas dan bertujuan menghalang
pergerakannya. Mujur juga tidak menyentuh dada
gadis itu.
“Masya ALLAH, Cik Fayyad! Nak apa lagi
ni!” dia tahu yang dia tidak boleh membantah lagi.

205

HASREEYATI RAMLI

Lebih baik dituruti sahaja kemahuannya selagi
termampu dan tidak melanggar batas agama.

“Susah sangat ke nak temankan saya
menonton kat bawah ni?”

Ain Dheya mengeluh panjang.
“Okey, kejap aja ya. Saya nak tidur lepas tu.”
Ash Fayyad tergelak kecil. Kemenangan
nampaknya berpihak padanya.
Ruang tamu rumah itu memang amat luas.
Begitu juga dengan skrin tv LCD 55” yang seperti
mini pawagam itu.
“Duduk sini.” Tangan lelaki itu menepuk-
nepuk sofa empuk di sebelahnya. Pandangan lelaki
itu sahaja mengundang seribu makna. Uiih, seram
aih aku.
“Ha? Kenapa lak ni?” Rapat sangat kalau di
sebelah lelaki itu. Mak ai. Mengadalah mamat singa
ni.
“Saya duduk di sini ya.” Ujar Ain Dheya
mengambil tempat duduk di sofa satu duduk
bersebelah dengan sofa tiga duduk lelaki itu.
“Dheya, saya kata duduk di sebelah saya.
Napa, awak takut saya akan peluk awak ke?” Sakat
Ash Fayyad lagi. Sengaja mahu menduga
kesabaran gadis comel itu. hai, lagi muncung lagi
comellah pula. Bisik hatinya lagi.
“Cik Fayyad nak tengok t.v. kan? `On’kanlah
t.v. tu.” Ain Dheya mengubah topik. Lelaki itu
menekan remote t.v. dan terpaparlah siaran
pilihannya.
“Dheya, awak suka cerita yang macamana?”
Ash Fayyah menekan beberapa siaran yang ada.
Macam bosanlah pula.
“Penting ke nak tau?”

206

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Suka cerita lawak.” Selamba menjawabnya.

Tetapi lelaki itu seakan menahan tawa. lagi
“Cerita lawak? Komedi ke?”
“Romantik komedi.” Selamba

menjawabnya. Ash Fayyad sudah tidak dapat

menahan tawanya lagi.
“Hadoi. Patutlah awak cakap kat mak awak

yang awak nak suami yang romantik aje. Sebab tu

awak tak nak kat saya yang tak romantik ni kan?

Tapi awak mana tau saya tak romantik? Saya nak

pegang awak pun awak dah marah-marahkan saya.
Habis tu, macamana?”

“Oo... nampaknya Cik Fayyad dah curi

dengarlah ya perbualan saya dengan mak saya tu?
Telinga lintah, ek?” Geram juga hati Ain Dheya bila

mengetahui lelaki itu yang agak busy body itu.

Ash Fayyad tergelak kali ini.
“Saya tau semua yang berlaku kat rumah ni,

okey. Meh sini, duduk dekat saya, saya takkan

pegang awak, okey. Jangan bimbang, lepas nikah
baru saya pegang.” Sengih Ash Fayyad lagi.

“Memang tak lawak langsunglah, Cik

Fayyad oi. Baiklah, saya boleh duduk sebelah Cik

Fayyad. Tapi jangan buat benda yang saya tak suka,
kalau tak, saya lempang Cik Fayyad.” Ujarnya

memberi amaran.

Ralit melihat cerita romantik komedi

membuatkan Ain Dheya tidak sedar bila dia

terlelap. Ash Fayyad hanya tersenyum apabila

kepala gadis itu terlentuk di bahunya.

207

HASREEYATI RAMLI

Terkejut Ain Dheya dibuatnya apabila dia
terjaga pada awal pagi itu. Dia memandang ke
sekeliling. Bila masa pula aku naik ke katil aku ni?
Adakah aku berjalan di dalam tidur malam tadi?

“Mak Ros, malam tadi Mak Ros ada terjaga
tak?” Pastinya bukan Mak Ros yang
mengangkatnya kerana kudrat orang tua itu tidaklah
setera mana sangat.

“Ermm... malam tadi Mak Ros dengar juga
bunyi kelentung-kelentang kat dapur tu. Tapi Mak
Ros fikir itu mesti kamu, jadi Mak Ros pun taklah
keluar tengok.” Ujar Mak Ros lagi.

“Kenapa, Dheya? Ada apa-apa ke?”
Ain Dheya mula risau. Adakah lelaki itu
telah mengangkat aku tadi? Ya ALLAH,
bagaimanalah boleh aku tak sedar.
“Mak Ros... sapa yang angkat saya...” dia
tergagap-gagap bertanya pada orang tua itu.
Hendak tidak hendak sahaja bunyinya.
Orang tua itu terdiam bila Ash Fayyad tiba-
tiba sahaja muncul di dapur.
“Haa... apa buat ketupat pagi-pagi ni Dheya?
Bukan hari rayalah.” Lelaki itu muncul entah bila.
Mungkin sudah mendengar segala perbualan
mereka tadi. Memang selalu begitu pun.
“Amboi, banyak cantik Cik Fayyad ni. Ada
nampak daun palas ke?” Tingkah Ain Dheya cuba
menutup rasa malunya.
Lelaki itu segera menuang air dari teko yang
ada.

208

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Laparlah Mak Ros. Ada orang tu kan,
semalam kita kejut tak bangun ooo....Jenuh la saya
angkat ke atas. Nampak aje kecik Mak Ros oii...”
cucur udang yang dibuat oleh Mak Ros disuapnya
dengan penuh berselera sambil matanya
memandang ke arah gadis itu. Ain Dheya berpura-
pura sibuk membantu Mak Ros menggoreng cucur
udang yang selebihnya. Nanti Alia Feyda terjaga
sebelum dia menyiapkan sarapan bising pula.

Merah padam muka Ain Dheya sebenarnya
dan dia langsung tidak berani berpaling untuk
menatap muka lelaki itu. Mak Ros di sebelahnya
tersenyum simpul.

“Hehe... itu Mak Ros tak nak tahu. Maaf ya.”
Orang tua itu tergelak kecil. Malu betul Ain Dheya
dibuatnya. Tak tahu mana hendak diletak muka.

“Err... saya nak ke atas dulu ya, nanti Cik
Feyda bangun, susah saya.” Ain Dheya berpura-
pura sibuk menyediakan sarapan di dalam dulang
untuk dibawa ke atas.

Ash Fayyad masih lagi menunggu kalau-
kalau gadis itu akan menoleh ke arahnya dan hanya
tersenyum-senyum apabila gadis itu melintas
melepasinya.

Kedengaran gelak tawa di ruang dapur ketika
Ain Dheya sedang naik ke tingkat atas.

Alia Feyda melihat check-list yang
dibawanya bersama. Dia baru sahaja selesai
menjalani terapi fisionya apabila dia mengajak Ain

209

HASREEYATI RAMLI

Dheya dan Ash Fayyad mengikutnya ke beberapa
tempat yang lain untuk persiapan pernikahan
abangnya itu.

Sengaja Ash Fayyad membiarkan adiknya
berbuat apa sahaja kerana itulah yang mampu
ditunaikan olehnya sebagai seorang abang.

Dia gembira melihat adiknya sudah mahu
menjalani terapi fisionya yang sepatutnya dijalani
oleh adiknya kira-kira dua tahun yang lalu.
Sepatutnyalah Ain Dheya awal-awal lagi menjaga
adiknya.

Ketika mereka sedang memilih beberapa
jenis cenderahati yang sesuai di SSF, tiba-tiba
sahaja Ann Dayana muncul entah dari mana.

“Ooo.. inilah rupanya pompuan kampung
yang tak sedar diri tu ya!” Tiba-tiba sahaja Ann
Dayana menengking Ain Dheya selepas tangan
gadis itu disentapnya dengan kasar dari belakang.

“Ann! I dah kata jangan kacau I lagi, okey.”
Ash Fayyad segera menepis tangan Ann Dayana dan
gadis itu menjerit kecil kerana terkejut.

“Waahh... you bela dia Ash? You bela dia
dari I ya? Sampai hati you...” air matanya tiba-tiba
mengalir laju. Lelaki yang selama ini dicintainya
dengan sepenuh hati tiba-tiba sahaja didengarnya
akan mengahwini orang gaji baru itu. Berita itu
didengarnya dari Reza itu membuatkan dia
mengekori pergerakan lelaki itu sejak beberapa hari
ini.

“Ya, I tau I tak boleh datang ke rumah you.
Tak boleh kacau you di rumah you. Tapi ni kat luar,
okey. Bila-bila masa sahaja I boleh jumpa you,
faham tak!” jerit Ann Dayana lagi.

210

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Ain Dheya tidak berkata apa-apa. Hanya
menyapu-nyapu pergelangan lengan yang dikilas
oleh gadis itu. Sakit juga kerana dia tidak sempat
mengelak. Terus sahaja diserang dari arah
belakang.

Alia Feyda yang terkejut dengan tindak-
tanduk gadis itu dan sememangnya tidak suka
dengan gadis itu segera menjerit ke arah Ann
Dayana.

“Eh?? Kenapa kau masih nak kacau abang
aku lagi ha? Kalau abang aku nak kahwin dengan
perempuan ni pun, apa masalah kau? Kan kau dah
putus dengan abang aku? Kau tak tahu malu ke?”
sergah Alia Feyda lagi. Geram juga dibuatnya
dengan sikap perempuan itu. Apalagi yang
dimahukan oleh perempuan itu sedangkan abangnya
sendiri sudah memutuskan hubungan dengannya?

Gadis itu langsung tidak memperdulikan
kata-kata adik lelaki itu. Tanpa perasaan malu dia
tiba-tiba memegang pergelangan lelaki itu.

“Sayang... pleaselah.. jangan buat I macam
ni. I rindukan you tau.” Ngongoi gadis itu lagi
dengan manjanya. Ash Fayyad segera menepis
tangan gadis itu. Dia agak malu dengan sikap gadis
itu yang langsung tidak mengira orang keliling
mereka yang sedang memerhati sandiwara semasa
itu.

Namun gadis itu masih lagi tidak berganjak
dari situ.

“Ann... don’t make a scene here, okay. Just
leave.” Ujar Ash Fayyad dalam nada perlahan.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memalukan
dirinya atau gadis itu. Beberapa mata sedang
menunggu babak selanjutnya.

211

HASREEYATI RAMLI

“I don’t care, okay! Selagi you tak kata you
nak kat I semula, I takkan tinggalkan tempat ni,
faham tak!” jerit Ann Dayana lagi. Dia sudah tidak
kisah lagi jika orang lain sedang memerhatikan
mereka.

“I terlalu rindukan youlah, Ash. Please....”
ujarnya lagi. Memujuk rayu.

Macam nak termuntah sahaja Ain Dheya
mendengarnya. Kalau dia, mati kerat tiga puluh pun
dia tidak akan merayu pada seorang lelaki sehingga
menjatuhkan air muka sebagai seorang perempuan.

“Heyy... abang aku cakap elok-elok, baik kau
blah lah pompuan. Hishh! Tak tahu malu betullah.”
Rungut Alia Feyda sambil menarik-narik hujung
lengan blaus gadis itu menjauhi abangnya.
Tindakannya itu menyebabkan Ann Dayana terus
menepis gadis itu dan tanpa diduga, Alia Feyda
hampir tersembam ke hadapan.

Mujurlah tindakan cepat Ain Dheya menahan
bahagian hadapan Alia Feyda dengan tangannya
menghalangnya dari tersembam. Alia Feyda sempat
menjerit kerana terkejut. Namun cepat-cepat Ain
Dheya menenangkannya.

Ash Fayyad sudah tidak boleh bersabar lagi.
Kali ini dia menolak Ann Dayana dengan kasar
hinggakan gadis itu terjatuh ke lantai. Beberapa
buah kotak yang berisi bunga telur jatuh beraburan
disusuli dengan jeritan dari gadis itu.

Beberapa staf meluru ke arah mereka dan
membantu Ann Dayana yang jatuh. Namun Ann
Dayana tidak menunggu lama. Terus berlari keluar
dan menjeling ke arah Ash Fayyad sebelum air
matanya jatuh berguguran.

212

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Feyda, are you okay?” Berkali-kali Ash
Fayyad memegang bahu adiknya yang menggeletar
ketakutan itu.

“Mujur Cik Feyda tak tersembam. Kasar
juga kawan Cik Fayyad tu tolak dia.” Rungut Ain
Dheya sambil masih lagi menenangkan Ali Feyda
dengan meletakkan kepala gadis itu di sisi
badannya.

Ash Fayyad merenung ke arah Ain Dheya.
“Thanks, Dheya.”
Kali ini dia terasa begitu terhutang budi lagi
pada gadis itu.

“Cik Feyda, dah rasa okey tak ni?” Ain
Dheya tahu Alia Feyda tidak boleh terkejut dengan
situasi seperti itu. Mujurlah keadaan masih lagi
terkawal dan sepanjang masa di dalam kereta, Alia
Feyda ditenangkan oleh Ain Dheya dengan
menggenggam kedua belah tangan gadis itu.

Alia Feyda mengangguk. Namun dia masih
lagi menggeletar ketakutan.

“Dheya... Dheya jangan tinggalkan Feyda
ya...” ungkapan itu diulanginya berkali-kali.

“Shh... Shh.. tak apa Cik Feyda. Jangan
bimbang. Saya selalu ada untuk Cik Feyda.” Janji
Ain Dheya lagi sambil menyandarkan kepala gadis
itu di bahunya.

“Cik Fayyad, bawa laju sikit, kita ke hospital
dulu.” Arah Ain Dheya lagi kerana risau dengan
keadaan adik lelaki itu yang masih lagi tidak
terkawal itu.

213

HASREEYATI RAMLI

Ashh Fayyad mengangguk laju. Sejak dari
tadi dia memandu laju tetapi agak berhati-hati.
Cermin tengah yang menampakkan segala tindak
tanduk adiknya di talakan ke arah mereka bagi
membolehkan dia melihat semuanya.

“Okey, okey. Saya dah cuba pandu laju ni.”
Tokoknya lagi. Risau dengan keadaan adiknya itu.
Dia memang sama sekali tidak menyangka yang
Ann Dayana akan bertindak sampai ke tahap itu.

“Dheya, terima kasih ya sebab dah banyak
bantu adik saya tadi. Kalau awak tak tenangkan dia
tadi, tahlah, apa dia akan terjadi.” Keluh Ash
Fayyad lagi. Nada risau kedengaran di dalam
suaranya.

“Tak apalah Cik Fayyad, saya cuba bantu
sekadar termampu sahaja. Lagipun Cik Feyda tak
ada kawan-kawan lain yang datang melawat dia
kan, kasihan juga saya tengok.” Memang semenjak
dia berada di sini, tidak seorang pun kawan-kawan
adik lelaki itu yang hadir.

“Payah saya nak cakaplah, Dheya. Masa
mula-mula dia kemalangan dulu, ramai juga yang
datang melawat, tetapi dihalaunya diorang tu.
Kesian jugak saya tengok kawan-kawan dia kena
marah-marah.”

Ain Dheya terdiam. Dia faham mengapa
sikap Alia Feyda begitu. Yang pasti tentu berbagai-
bagai perasaan yang dialami oleh gadis itu
memandangkan keadaannya yang begitu. Tentu dia
berasa malu dan tidak mahu teman-temannya
melihatnya di dalam keadaannya begitu.

“Hmm... tak apalah kalau dah gitu. Tapi saya
rasa, Cik Feyda perlukan teman-teman lain juga

214

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

untuk memberi semangat pada dia untuk cepat
sembuh.” Ujar Ain Dheya lagi.

“Amboi... pandailah awak ni ya? Macamlah
awak belajar semua ni.” Sindir Ash Fayyad lagi.
Ingin menduga.

“Ermm... dulu saya kena belajar psikologi
juga Cik Fayyad. Pandailah ya Cik Fayyad nak
kenen-kenenkan saya...” rungut Ain Dheya seakan
hendak merajuk. Namun dia sedar, lelaki itu sering
sengaja menyakatnya dan suka menguji kesabaran.
Kerana itulah walau berapa kali pun lelaki itu
menyakiti hatinya. Bersabarlah wahai sang hati.

“Okeylah kalau gitu, kita dah sampai ni. Jom
bawa Feyda.”

Menunggu keadaan Alia Feyda dipulihkan
dengan diberi ubat penenang menyebabkan Ain
Dheya termenung sejenak.

“Cik Fayyad, sampai bilalah Cik Feyda kena
disuntik macam ni je. Tak ada apa-apa perubatan
alternatif lain ke untuk Cik Feyda tu? Kesian dia
saya tengok kena cucuk je.”

“Ada. Tapi kena dengan sokongan dan
bimbingan orang yang boleh percayailah. Macam
dia percayakan awak sekarang ni, Dheya. Sebab
tulah saya minta tolong awak jaga dia ni.”

“Tapikan, Cik Fayyad tak rasa ke dah
keterlaluan Cik Fayyad nak tunaikan permintaan
yang satu itu?”

“Yang mana satu ni, Dheya?”

215

HASREEYATI RAMLI

“Yang suruh kahwin dengan awak tulah.
Saya rasa setakat saya berkerja di sini dengan gaji
yang lebih mahal dari apa saya dapat kat pejabat tu,
dah okey. Tapi bab kahwin ni... hmm... macam
berat tau. Dahlah mak saya pun terpaksa bersetuju
dengan permintaan awak tu. Tak patut tau awak
buat macam tu kat keluarga kami.” Mentang-
mentanglah kami ni orang miskin. Awak senang-
senang je boleh buat apa sahaja yang awak nak.”

Ash Fayyad terdiam seketika. Seperti
memikirkan sesuatu.

“Dheya. Saya minta maaf kalau awak fikir
macam tu terhadap saya. Tapi saya sedikit pun tak
berniat tidak baik terhadap keluarga awak.”

“Tapi masalahnya saya tak cintakan awak,
Cik Fayyad.”

“Dheya, penting sangat ke nak bercinta-cinta
untuk kita berkahwin ni, ha? Orang dulu tak bercinta
pun tapi beranak pinak juga.”

“Itu orang dulu. Kalau sekarang, orang dah
buat macam tu dah. Saya kesian juga tadi tengok
Cik Ann tu. Kalau tak silap saya, dia dah lama kenal
dengan Cik Fayyad, kan? Kami kat pejabat pun fikir
yang awak akan berkahwin dengan dia.”

“Iyalah. Itu memang betul tapi nak buat
macamana. Kalau dah tak jodoh. Tak ada juga.”

“Jadi awak rasa kita berdua ni memang ada
jodoh ke?”

“Awak rasa?”
Aini Dheya terdiam.
“Kalau dah ditakdirkan awak menjadi isteri
saya, saya akan terima awak seadanya.”
“Tak rasa awak terpaksa ke?”

216

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Taklah. Saya lebih sayangkan adik saya
dari perasaan saya sendiri.”

“Jadi awak takkan menyesal ke?”
Ash Fayyad mengerutkan dahi. Berpaling
kepada gadis di sebelahnya itu.
“Eh, kenapa pula saya perlu rasa menyesal?
Salah ke saya berkorban untuk adik saya? Tapi kan
awak pun berkorban untuk adik-adik awak jugak?
Sampai awak sanggup ambik job ni, kan? Haa....
sama jugaklah tu... “ Alasan lelaki itu ‘masuk’
jugak di dalam kepalanya.
Ain Dheya mati kata-kata.
“Kalau macam nilah, kita sebenarnya
senasiblah kan?” Keluhnya lagi dan termenung
panjang.
“Haa... so stop thinking about stupid things,
okay?” ujar lelaki itu lagi.
“Haa... ada apalagi ni yang awak nak tanya
saya ni? Dah puas bertanya?” Sakat Ash Fayyad lagi
sambil menoleh ke arahnya. Ain Dheya naik malu
sendiri. Apakah alasan tadi boleh memujuk hatinya?

“Really? Kau serius ke ni, Ash?” bergetar
suara Airiz dibuatnya apabila Ash Fayyad akhirnya
berterus-terang kepadanya tentang perkahwinan
yang akan berlansung tidak lama lagi.

Terduduk juga dia dibuatnya di sofa yang
berdekatan. Kalau ada sakit jantung, memang dia
dah lama mati. Buah hatinya sudah diambil orang.

“Kan... kan aku dah bagitau kau. Jangan
kacau Dheya tu. Aku dah lama minat kat dia. Kau

217

HASREEYATI RAMLI

ni memang arr...” Mahu dimarahi pun, teman
baiknya juga.

Patutlah sejak kebelakangan ini temannya itu
selalu sahaja ingin cepat pulang ke rumah. Rupa-
rupanya kerana di sana, buah hati baru sedang
menunggu.

“Tapi... Ann macamana? Kau nak buat dia
bini kedua kau ke?” Baru dia teringat yang Ann
Dayana adalah kekasih temannya itu.

“Kami dah berpisah hari tu. Sebelum aku
decide nak kahwin dengan Dheya lagi. Tapi kau
taulah Ann tu macamana, kan... Dia still tak boleh
accept semua ni. Dia rasa aku ni masih lagi cintakan
dia.”

“Jadi, betul ke kau dah tak cintakan dia?
Lama kot kau kawan dengan dia. Kau tak kesian ke
buang dia macam tu je?” Satu soalan yang belum
tentu ada jawapannya.

Ash Fayyad tersenyum.
“Aku lebih sayangkan adik aku dari
keperluan perasaan aku, Riz.” Mengapa perlu rasa
bersalah kalau seorang abang mahu menunaikan
permintaan adiknya sendiri?
“Uishh... kau ni, Ash. Aku macam tak
percayalah yang kau boleh ambik keputusan gila
macam ni. Tapi kau kena faham. Dheya tu budak
kampung. Ann tu budak bandar. Dan lagi-lagi kau
tu mamat urban. Kalau nanti kau tak boleh serasi
dengan Dheya, kau nak buang Dheya macam kau
buang Ann jugak, ke?” Sengaja mahu menduga
temannya itu.
Ash Fayyad menepuk-nepuk bahu temannya.
Kebetulannya dia hendak keluar dari biliknya dan
lalu di tepi temannya itu.

218

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Kau jangan bimbang tentang hal perasaan
akulah, ya. Aku akan cuba mengenali hati budi
bakal isteri aku tu nanti selepas kami berkahwin.”
Macam yakin benar temannya itu. Ash Fayyad
memang selalu penuh yakin atas setiap keputusan
yang diambilnya sebelum ini. Biarpun di dalam
urusan pejabat dan kini ianya melibatkan urusan
hati.

Airiz mengangguk perlahan menahan
kekecewaannya. Dia sedar, tidak ada gunanya dia
berebut dengan temannya itu kerana pemenangnya
sudah diketahui.

“Riz, kau boleh tolong pujuk Ash tak pasal
ni?”

Petang itu Ann Dayana menelefon Airiz.
Kerana dia sudah tidak tahu apalagi yang harus
dilakukannya untuk memenangi hati kekasihnya itu
kembali.

“Kau ni, Ann. Dia kan kawan aku jugak.
Macam kau dengan aku jugak. Kau expect aku nak
buat macamana lagi, ha? Dia dah besar panjang
dahlah. Apa saja keputusan yang dia buat tu, dah
pasti dia masih waras ketika itu.” Ujar Airiz lagi.
Cuba memujuk gadis itu dengan memberikan alasan
secara logik pula. Walaupun dia sedar, Ann Dayana
pasti tidak akan menyukainya.

“Ah! Aku tak kisah kau cakap macamana
pun. Aku sayangkan dia. Dah lama kami bersama.

219

HASREEYATI RAMLI

Kau ingat senang-senang macam tu je aku nak
lupakan dia?” Ann Dayana menggeleng.

“No, Riz. I don’t think so. You better tell
your friend I am going to do anything to get him
back into my arms!” Sergahnya lagi dengan nada
yang agak tinggi.

“Ann, sabar okey. Kita tak boleh paksa dia.
Ni, aku nak tanya kau sesuatu. Kalau kau tak dapat
jadi isteri pertama pun, kau sanggup nak jadi isteri
kedua gak ke?” Soalan itu membuatkan Ann
Dayana berfikir sejenak sebelum dia mengangkat
pandangannya kembali.

“Kalau aku kata sanggup, kau boleh tolong
aku ke?”

Airiz tersenyum sambil mengangkat bahu.
Dia sendiri masih belum tahu untung nasib gadis di
hadapannya itu lagi. Namun tidak ada siapa tahu
akan untung nasib diri masing-masing.

“Hmm kalau macam tu, tak apalah. Aku
tengok kalau aku boleh cuba tolong kau. Tapi kau
jangan harap sangatlah, okey. Kau kan tau
macamana si Ash tu. Kalau dia dah kata hitam,
memang hitamlah jawapannya.” Ann Dayana
terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Airiz
itu kerana dia sendiri sudah maklum tentang
perangai lelaki itu. Namun dia masih menaruh
harapan lelaki itu akan kembali kepadanya pada
suatu hari nanti.

Airiz tersenyum. Air jus di hadapannya
masih lagi tinggal separuh.

“Jangan terlalu yakin dengan diri sendirilah,
Ann. Dengarnya Ash dah bayar lumayan pada kau
agar lupakan dia. Masih tak cukup lagi ke, hmm?”
Airiz mengetahui jumlah itu dari Ash Fayyad

220

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

sendiri. Baginya itu satu jumlah yang tidak pernah
dibayangkan olehnya.

“Aku boleh bagi balik duit tu kalau dia nak
pun. Aku tak perlukan duit dialah, Riz. Aku kan
dah lama bersama dengan Ash. Cuma ikatan
perkahwinan sahaja yang tidak menyatukan kami.
Dan kau agak aku akan lepaskan semua tu dengan
sekelip mata aje ke?”

Airiz mengangkat bahu.
“Depends.”
Ann Dayana menjongketkan kening kirinya.
Nampaknya Airiz masih tidak percaya dengannya.
Dia bukan dari keluarga sembarangan. Papanya
juga ada empayar perniagaannya sendiri.
“Hmm... you tak percaya I boleh buat macam
tu ke, Riz?”
“Well... I rasa you takkan tolak 1 Mil tu. This
is already about business, Ann. It’s more than love
and marriage.” Kali ini Airiz pula menyindir.
Ann Dayana mengeluh panjang.

Di rumah Ann Dayana, mamanya, Puan Sri
Anisah begitu gelisah apabila anak gadisnya masih
belum pulang lagi. Sejak kebelakangan ini, dia
perasan anaknya banyak berubah. Ann Dayana lebih
banyak menyendiri dan tidak banyak bercerita
tentang Ash Fayyad lagi seperti kebiasaannya
selepas dia keluar dengan lelaki itu.

Kini Puan Sri Anisah perasan, anaknya itu
tidak lagi bercerita apa-apa tentang teman lelaki

221

HASREEYATI RAMLI

anak gadisnya itu. mereka sudah berkawan rapat
sejak lima tahun yang lalu dan ianya merupakan
satu masa yang agak lama untuk pasangan yang
bercinta. Sudah lama dia mengungkit tentang
perkahwinan dan jawapan yang diterima hanya
ketawa yang panjang.

“Ann tak bersedia lagilah, ma Kalau Ann
kahwin, Ann kena lahirkan anak. Kalau Ann
lahirkan anak, tubuh Ann tak akan cantik macam
ni.” Alasan yang paling tidak logik di telinganya.

“Ann...habis, sampai bila Ann tak nak
kahwin dengan Ash ni? Tentu lepas kahwin dia nak
zuriat,kan?” Soal Puan Seri Anisah lagi. Masih
tidak mahu percaya yang anak gadisnya sendiri
terlalu taksub sebegitu rupa.

“Lelaki ni nak anak dengan kita lepas
kahwin. Macam papa kamu jugalah. Kalau tak,
macamana kamu nak lahir ke dunia ni dan mewarisi
apa yang kami ada ni, hmm?”

“Uh, mama ni. Itu keputusan mama dan
papa masa dulu. Kalau ambik anak angkat pun boleh
jugak, kan?” Ann masih lagi tidak merasakan ianya
satu keperluan untuk mempunyai zuriat atas alasan
mewarisi harta.

“Habis, apa kata Ash dalam hal ini?”
Ann Dayana bungkam. Memang itulah
topik yang selalu dielakkan olehnya bila ingin
dibincangkan oleh lelaki itu.
“I kata I tak nak anak, okey. Well... untuk
beberapa tahun permulaan kita berkahwin nanti.
Kita enjoy berdua dululah, sayang.” Dia masih lagi
ingat apabila sekali lagi bab kahwin dan anak
ditimbulkan oleh lelaki itu.

222

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Enjoy apanya ni, Ann? Kita dah lama kawan
pun kan. Kita dah keluar ke sana ke mari pun.
Semua orang dah tau pasal hubungan kita. Dah puas
kot kita enjoy. Now, why not kita settle down, hmm?
Make a new start. Have kids...”

“What? I don’t even think I want to have one,
baby! Ohh... why are you being so impossible?”
Rungut Ann Dayana lagi. Kenapalah lelaki itu tidak
mahu faham apabila dia berkali-kali menjelaskan
yang dia tidak mahu melahirkan anak?

“You tak nak lahirkan anak untuk I ke,
sayang?” Soalan itu membuatkan dia terkedu.

“Look. I don’t want to lose this figure, okay.
I tak sukalah gelebeh sana, gelebeh sini bila dah ada
anak ni. I tengok kawan-kawan i kat ofis tu, Ya
Rabbi, too uglylah. Lepas tu bising tak dapat
maintain their body figure, that’s absurd kan? You
make the choice, so be it lah, kan?”

“Ishh you ni. You ingat kalau badan you
bukan macam ni lagi I takkan sayangkan you ke?
That’s the most absurd thing I have ever heard,
okay.” Dia tidak faham betul kenapalah gadis itu
mahu meragui cintanya hanya kerana perubahan
badan. Jika kita benar-benar cintakan orang itu,
kita tidak akan peduli pun bagaimana rupa atau
bentuk badan orang itu. Itulah namanya cinta.
Berbeza mengikut citarasa.

“Can we change the subject, okay?”
“Mama, Ash dah tak nak kahwin dengan
Ann,” ujar anak gadisnya itu dalam nada perlahan.
“What? Okay... okay... cool down honey.”
Dia yang menggelabah, dia pula yang mahu
mententeramkan anaknya itu.
“Okay... now, tell me about itu.”

223

HASREEYATI RAMLI

“Hmm... bila ya mama dan papa nak sampai
ni?” Tidak sabar-sabar lagi Alia Feyda mahu
memeluk kedua orang tuanya kembali. Mereka
bertiga berada di KLIA untuk menyambut
kepulangan Tan Sri Darren dan juga Puan Seri
Anisah dari Tanah Suci. Memang sudah lama
dirasakannya biarpun hanya sebulan sahaja dia
berpisah dengan orang tuanya itu.

Ash Fayyad tersenyum dengan keterujaan
adik perempuannya itu. Rasanya selepas ini
mungkin adiknya akan kembali rapat dengan mama
mereka dan mungkin kalau adiknya akan berubah
hati dan akan membatalkan permintaannya untuk
berkahwin dengan gadis itu. Satu kemungkinan.

Apabila kelibat kedua orang tua mereka
muncul di antara ribuan manusia yang pulang dari
Tanah Suci.

“Mama! Papa! Kat sini!” Alia Feyda tak
ubah seperti anak kecil yang teruja melihat mainan
yang diminati.

Dia segera menolak kerusi rodanya ke arah
mamanya. Berguguran air mata Puan Sri Anisah
melihat anak gadisnya terkial-kial mendapatkannya.
Kalaulah anaknya itu dapat berjalan semula, tentu
lebih lagi anaknya akan berlari memeluknya dengan
perasaan yang penuh kerinduan.

Kedua-dua beranak itu berpelukan sambil
berlinangan air mata tanpa memperdulikan mata-
mata yang memandang ke arah mereka.

224

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Papa... Feyda rindu papa juga,” sedihnya
nada Alia Feyda apabila dia juga akhirnya memeluk
papanya pula.

“Alolo anak kecik papa ni,” usik Tan Sri
Darren lagi. Memeluk anak gadisnya itu dengan
eratnya.

Ash Fayyad tersenyum sahaja melihat
gelagat adiknya itu. Masih manja lagi dengan kedua
orang tua mereka.

“Hmm... dahlah tu, Feyda. Jom, kita balik.
Abang nak bantu papa angkat semua barang ni.”
Memang ada beberapa beg tambahan lagi rupanya
selain dari beg pakaian kedua orang tuanya. Mesti
beli macam-macam ni.

Ain Dheya yang semenjak dari tadi hanya
memerhatikan sahaja gelagat anak beranak itu
hanya tersenyum dan teringatkan ibunya yang ada
di kampung. Bertuahnya kerana dapat menjalani
ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Tentu ibunya
akan berasa gembira seperti ini juga apabila
berpeluang mengerjakan ibadah haji. Bilalah dia
dapat menghantar ibunya mengerjakan haji atau
sekurang-kurangnya menghantar ibunya
mengerjakan umrah.

“Dheya, mari sini.” Puan Sri Anisah
berpaling ke arah gadis yang setia berdiri di tepi
kerusi roda anak perempuannya sambil tersenyum
manis tanpa sepatah kata.

Puan Sri Anisah segera memeluk gadis itu
dan membuatkan gadis itu tercengang-cengang pada
mulanya.

“Terima kasih ya sebab tolong jaga Feyda
selama sebulan ni. Saya banyak terhutang budi
dengan awak. Lepas ni, awak akan jadi menantu

225

HASREEYATI RAMLI

saya kan?” Usapan jemari-jemari lembut di sisi
rambutnya membuatkan Ain Dheya rasa seperti
dirinya diperlakukan oleh ibunya sendiri. Betapa
ketika ini dia amat merindui ibunya itu.

“Err... saya... saya...”
Mujur Ash Fayyad membantu.
“Mama ni, jangan usik Dheya tu banyak
sangat... dia malu dengan mamalah tu,” ujar lelaki
itu lagi tersenyum ke arahnya.
Ain Dheya semakin serba salah namun cepat-
cepat menutupnya rasa malunya itu.
“Syukurlah Puan Sri dah selamat balik
dengan Tan Sri,” ujar Ain Dheya lagi sambil
mengangguk tanda hormat pada keduanya.
“Haa.. Dheya, terima kasih juga ya sebab sudi
jaga anak saya ni.” Ujar Tan Sri Darren lagi yang
hanya memerhatikan sahaja gelagat isterinya
melayan gadis itu. Sejak dari dahulu lagi dia lebih
sukakan gadis itu dari teman wanita anak lelakinya.
Dia masih tidak tahu apakah cerita di sebalik semua
keputusan yang diambil oleh anak lelakinya itu.
Mungkin selepas ini dia boleh berbual-bual dengan
anak berbincang tentang hal ini.
“Mama, papa, jomlah. Feyda dah lapar ni,”
rungut Alia Feyda lagi. Mula bermanja semula
dengan mamanya. Tangannya tidak lepas-lepas
memeluk lengan orang tuanya. Sekejap-sekejap
tersenyum-senyum melihat mama dan papanya silih
berganti. Hilanglah segala kerinduan di dalam
jiwanya yang berselirat selama sebulan ini.
“Mama, papa...Feyda dah uruskan hal-hal
dari baju dan persiapan lain untuk Ash dan Dheya
nak kahwin tau.” Ain Dheya yang ada di sebelah
Feyda berasa serba tidak kena. Iyalah. Apa yang

226

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

diharapkan dengan menjadi menantu Tan Sri dan
Puan Seri? Baginya tidak ada yang istimewa pun.

“Ohh.. iya ke? Ash... Dheya, dah pergi
kursus kahwin ke?” Puan Sri Anisah tahu anaknya
belum lagi menghadiri sebarang kursus
perkahwinan pun sebelum ini.

“Err... dah mama.”
“Amboi... so surprisingly. Memang betul-
betullah kali ini anak mama ni nak kahwin ye?”
Senyumannya melirik ke arah Ain Dheya yang ada
di sebelah anak gadisnya. Memang dia sendiri tidak
menyangka secepat itu anak bujangnya itu mahu
menyegerakan perkahwinan itu.
“Mama ni... kalau dah jodoh, tak ke mana,
kan Dheya?” Usik Ash Fayyad lagi sambil
menjeling ke arah cermin tengah yang menghala
betul-betul ke arah Ain Dheya. Dilihatnya gadis itu
menjengilkan mata dan mengetapkan bibirnya
seperti keadaan marah.
“Err... Puan Sri. Saya... saya...”
Ash Fayyad langsung tidak memberi peluang
kepadanya untuk membuka mulut. Agaknya takut
kalau-kalau terkeluar perkara yang tidak sepatutnya
didengari oleh mama dan papanya. Mungkin.
Nampaknya Ain Dheya terpaksa menahan rasa.
Wahai hati, bersabarlah.

Malam itu, keluarga Tan Sri Darren kembali
ceria seperti biasa.

227

HASREEYATI RAMLI

“Papa perasanlah, Feyda sekarang ni macam
dah jadi Feyda yang dulu, periang dan lebih banyak
tertawa,” keadaan itu disedarinya sendiri oleh Tan
Sri Darren sendiri.

Alia Feyda tersenyum dan kemudiannya
berpaling ke arah Ain Dheya yang ada di sisinya di
meja makan itu. Dia kemudiannya menyentuh
pergelangan lengan Ain Dheya dengan mesra.

“Papa... mama... Feyda jadi macam ni sebab
ada kawan macam Dheya,” rasa hiba tiba-tiba
mengundang di dadanya. Air matanya tergenang di
kelopak mata.

Ain Dheya membalas pandangan gadis itu.
Terasa ada keluhuran dari jiwa gadis itu
terhadapnya. Terima kasih Ya ALLAH kerana
memudahkan hamba-Mu ini.

“Ya... It shows,” ujar Tan Sri Darren dalam
nada perlahan. Tidak terbayang dengan kata-kata
lagi. Memang sejak gadis itu berkerja di firmanya,
telah terserlah segala budi bicara yang baik
walaupun hanyalah gadis kampung namun
mempunyai pelajaran yang tinggi.

Tentu selepas ini jenuhlah dia hendak
bertekak dengan Tan Sri Irfan iaitu bapa kepada
Ann Dayana. Ingatkan mereka dapat berbesan
kerana selama ini dua keluarga itu amat merestui
perhubungan antara kedua-dua anak mereka.
Namun jodoh dan pertemuan bukanlah ketentuan
terakhir dari hamba-Nya.

“Hmm... Dheya, lepas ni saya nak cakap
dengan awak kejap, ya?” ujar Puan Sri Anisah
sambil meneguk air suam selepas selesai menikmati
juadah hidangan kegemarannya yang semestinya
disediakan istimewa oleh Mak Ros pada malam itu.

228

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Baik, Puan Sri.” Balas Ain Dheya dalam
keadaan berdebar-debar. Apalah pula yang akan
ditanya padanya nanti? Nampaknya dia perlu
bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang
mungkin tidak akan masuk dek akal juga nanti.

Ash Fayyad merenung ke arah Ain Dheya
yang betul-betul duduk setentang dengannya. Dia
dapat merasakan debaran yang sama. Moga-moga
mamanya tidak akan menanyakan soalan-soalan
yang pelik-pelik pada gadis itu.

“Mama, mama nak tanya apa sangat ni...
Feyda yang nak Dheya jaga Feyda. Salah ke?” soal
Alia Feyda secara tiba-tiba. Anaknya sudah mula
memuncung. Puan Sri Anisah berasa serba salah
namun dia tersenyum.

“Feyda sayang... don’t worry okay... mama
taklah sekejam tu,” ujar Puan Sri Anisah dalam
nada lembut. Tahu dia bagaimana hendak melayani
karenah anak gadisnya itu apabila di dalam keadaan
begitu. Namun dia kagum kerana Ain Dheya masih
lagi mampu bertahan selama ini dengan anak
gadisnya itu. Sesuatu yang sukar dipercayai pada
mulanya. Namun apabila melihat sendiri cara Ain
Dheya melayan anaknya, dia kagum dengan
kesabaran gadis itu. Tidak hairanlah jika gadis itu
berjaya menawan hati anak bujangnya walau apa
sahaja alasannya.

Alia Feyda menarik muka namun Puan Sri
Anisah sedar, anaknya tidak akan mengambil
pusing sangat.

229

HASREEYATI RAMLI

Di luar porch rumah agam itu, angin
berhembus lembut menyapa ke wajah Ain Dheya.
Kesejukan yang dirasainya pada malam itu tidak
begitu dirasainya kerana dia lebih bimbangkan
soalan-soalan maut dari mama lelaki itu.

“Awak sayangkan Ash tak?”
Alamak, bagaimana aku nak jawab ni?
Minggu depan aku dah nak kahwin, bakal mak
mertua pula tanya soalan loba-loba bombastik
macam ni kat aku.
“Err...”
“Mama! Rasa nak peluk mamalah pulak!”
Tiba-tiba sahaja Ash Fayyad entah dari arah mana
dan menyampuk perbualan mereka. Lelaki itu
dengan mesranya memeluk mamanya dari arah
belakang. Puan Sri Anisah tergelak besar sambil
menepuk-nepuk lengan anak lelakinya yang sudah
melingkari bahunya itu.
Ash Fayyad merenung Ain Dheya yang
sudah resah semacam itu dari tepi bahu ibunya.
Nampaknya gadis itu perlu berterima kasih padanya
kerana telah menyelamatkannya untuk malam ini.
“Mama, mama tak sejuk ke duduk kat luar ni?
Apalagi yang mama nak tahu ni hmm?” soal Ash
Fayyad dengan lembutnya di telinga mamanya.
Amboi, nak tunjuk manja dengan mak dialah konon.
Meluat betullah melihat Ash Fayyad mengada-
ngada begitu.
“Alaa... Ash ni... mama cuma nak tau je,
Dheya sayang Ash ke tak. Tu aje. Tak boleh ke
kalau mama nak sembang-sembang dengan bakal
menantu mama sendiri, hmm?” tanya mamanya
lagi sambil memandang tepat ke arah Ain Dheya.
Nampaknnya tak terlepas juga aku kali ini.

230

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Mestilah Dheya sayangkan Ash, kan
Dheya? Kalau tak, mampus dia tak nak kawen
dengan Ash, tul tak sayang?” perkataan sayang
tanpa makna itu hampir-hampir membuatkan Ain
Dheya mahu termuntah. Namun apa pun, lakonan
harus diteruskan.

“In shaa ALLAH, Puan Sri. Kasih sayang tu
kan dari ALLAH jua. Saya rasa apa yang anak Puan
Sri rasa.” Boleh tak jawab gitu, wahai Cik Ash
Fayyad.

Puan Sri Anisah tersenyum lebar kali ini.
“Macam nilah. Kita tengok nanti. Ash ni
pelik sikit kalau dia dah sayangkan orang tu. Kan,
Ash?” Puan Sri Anisah menepuk-nepuk bahu anak
bujangnya lagi dengan senyuman yang melirik.
“Kalau Puan Sri maksudkan Cik Fayyad
mengada-ngada, itu memang saya tau je, tak gitu
Cik Fayyad?” giliran Ain Dheya pula menyakat.
“Haha... belum cuba, belum tahu lagi...” ujar
Ash Fayyad dalam nada menyindir kembali. Seram
reroma Ain Dheya mendengarnya. Uii... ada sesi
cuba-cuba la pulak? Mak aii... kuss semangat.
Ain Dheya tampak serba salah dan ini
disedari oleh Puan Sri Anisah.
“Ah, pandai kamu nak sakat Dheya, kan.”
Ujar Puan Sri Anisah lagi sambil melonggarkan
pelukan anak bujanginya darinya dan memeluk
pergelanagan tangan anak bujangnya sahaja rapat
kepadanya.
“Saya tak kisah kamu berdua nak hidup
bagaimana sekalipun, tapi biarlah apa pun
berlandaskan syariat Islam. Selagi kita ini hidup di
dalam Islam, tunaikanlah segala perintah ALLAH
dan Nabi kita dengan sebaik-baiknya, ya?” penuh

231

HASREEYATI RAMLI

dengan nasihat yang mendalam pula kali ini Puan
Sri Anisah memberi ceramah sebegitu rupa. Ain
Dheya mengangguk perlahan.

“In shaa ALLAH, mama. Lepas kahwin
nanti, baru boleh pegang-pegang ye mama?
Sebelum kahwin ni, haram kalau bersentuhan kan
mama?” Uii, mamat singa ni punya statement boleh
tahan jugak ya.

“Haa... tau tak pe. Jangan nak ngada-ngada.
Lagi enam hari kan kita nak buat majlis akad nikah
kamu tu, kan Ash? Ermm... sebelum tu, kita balik
tengok kampung Dheya, boleh, kan?Mama
teringinlah nak kenal-kenal bakal besan mama tu
juga sebelum kamu berdua bernikah, kan?” hampir
terkejut Ain Dheya dibuatnya apabila mendengar
bakal mertuanya itu memberi cadangan begitu.
Bukan main gembira lagi dia bila orang tua itu
memberi cadangan begitu. Memang sudah lama
juga dia tidak pulang ke kampung halamannya itu.
Pucuk dicita, ulam mendatang.

“Ya ALLAH, Puan Sri. Betul ke ni? Kalau
macam tu, Dheya ikut je. Tapi rumah kami tu
ermm... harap Puan Sri dapat terima seadanyalah
ya.” Dia sudah membayangkan rumah kayu beratap
rumbia yang sudah semakin uzur itu. Baru dua
bulan dia berkerja. Mana cukup duit lagi nak
memperbaiki rumah ibunya itu. Malah kesemua
gajinya pun diberikan kepada ibunya bagi menyara
adik-adiknya yang ramai bersekolah itu. Berapalah
sangat hasil yang diperolehi oleh ibunya dengan
mengambil upah menoreh di kebun Pak Cik
Asmadinya itu. Adalah sedikit tanaman sayur yang
diusahakan oleh ibunya bagi menampung keperluan
makanan mereka sekeluarga. Cuma itu sahaja yang

232

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

mampu dilakukan oleh ibunya yang tidak begitu
sihat itu.

Ash Fayyad terdiam seketika. Alamak. Kena
balik kampung gadis itu esok ke? Dia memang
tidak ada kampung kerana hanya Kuala Lumpurlah
kampung halamannya selama ini.

“Esok tak bolehlah mama. Ash ada meeting.”
Mamanya berpaling ke arahnya.
“Kamu ni nak kahwin ke tak, Ash? Nak
kahwin kenalah jumpa bakal ibu mertua dulu. Mana
boleh main fon aje. Faham tak ni? Alaa... call je kat
pejabat Ash tu. Batalkan aje semua aktiviti untuk
dua, tiga hari ni ha. Payah sangat ke, hmm? Kamu
tu nak kahwin dengan anak orang, bukan anak
kucing.” Tegas Puan Sri Anisah lagi. Jika putih kata
mamanya. Memang putihlah wajib diikutinya.
“Hmm... baiklah mama sayangggg....”
ujarnya lagi sambil mencium tangan dan pipi
mamaya itu. Ani Dheya hanya tersenyum
memerhati gelagat kedua beranak itu. Nampaknya
dia harus menelefon ibunya di kampung selepas ini.

“Esok??? Oihh... depa ni...awat la hang baru
habaq kat mak? Macamana la mak nak persiap
rumah kita yang buruk ni dalam masa yang singkat
ni? Hang pun la Dheya... habaq la awai-awai tidak
ni,” rungut ibunya lagi apabila dia menelefon
ibunya selepas itu.

“Nak buat gena mak oii... Puan Sri ni ha mai
angin apa tahh...Tiba-tiba ja nak jumpa mak, nak

233

HASREEYATI RAMLI

kenai bakal besan katanya. Dah tu, cheq nak kata
apa makk... ce habaq mai sat?” Dia sendiri pun
menggelabah apabila bakal mertuanya itu memberi
kata putus begitu sebentar tadi. Siapalah dia mahu
menentangnya?

Tetapi bila difikirkan ada baiknya juga
mereka bertemu dengan keluarganya terlebih
dahulu. Lagipun sudah lama juga dia tidak pulang
ke kampung. Sekurang-kurangnya akan terubatlah
rindunya pada ibu dan adik-adiknya itu.

“Hmm... kalau gitu, tak palah. Esok hang nak
bertolak mai pagi ka? Jauh gak tu. Tujuh gak ooo...
kalu mai Perelih ni, kan?” Teka ibunya lagi.

“Mak ni... depa mai ngan kereta mahai laa...
tak dan nak kalih muka pun nye sampai dah aihh,”
ujarnya lagi. Memberi bayangan pada ibunya
tentang betapa lajunya kereta yang akan dibawa
oleh pemandu mereka itu nanti. Tetapi dia tidak
pasti sama ada Ash Fayyad akan membawa kedua
orang tuanya sendiri atau pun tidak.

“Ishh... lagu tu ka? Sakan no. Tak palah mo
lagu tu. Esok mai pi lah koi berapa pun. Mak
tunggu depa.” Ujar ibunya lagi.

“Mak, nanti habaq sama kat adik-adik Dheya
na. Sughoh depa jaga perangai depa sama no.
Jangan dok buat hai sudah.” Dia tidak dapat
membayangkan kekalutan yang akan dilalui oleh
keluarga Ash Fayyad nanti apabila tiba di
kampungnya nanti. Mudah-mudahan semuanya
akan berjalan dengan lancar. Hanya itulah
harapannya.

“Ha, apa yang kamu menungkan tu, Dheya?”
tiba-tiba sahaja Ash Fayyad menyergahnya dari
belakang.

234

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Mak aii, awak ni... memang tak reti nak bagi
salam langsung ya? Kalau saya mati sebab terkejut,
awak tak boleh nak kahwin dengan saya, tau tak?”
Hairan juga Ain Dheya dibuatnya kerana hampir di
mana sahaja, lelaki itu bagaikan ada antena
mengekori setiap perbuatannya tanpa disedari
olehnya.

“Hehe... takut jugak ya kalau awak mati dulu
sebelum dapat kahwin dengan saya. Napa, takut
kempunan ke?” Lagi-lagi Ash Fayyad mengusik.
Suka betul dia mengenakan gadis itu. Semakin
merajuk, semakin comel pula paras rupanya.
Selama ini kenapa dia tidak perasankan semua itu?

“Uii! Minta maaflahhh... Awak yang nak kat
saya. Saya tak kata pun saya nak kat awak. Jangan
dok perasan lebih ya,” tingkah Ain Dheya lagi
sambil bercekak pinggang. Tak pasal-pasal pula
nak kacau aku ni apa halnya?

Ash Fayyad tergelak kecil.
“Elehhh.... awak tu dari dulu sukakan saya,
tapi malu nak cakap, kan?” Teka Ash Fayyad lagi.
Ain Dheya hampir ternganga.
“Mintak maaf la Cik Fayyad oii... Dahlah.
Saya nak masuk tidur dah ni. Assalamualaikum.”
Lebih baik dia bertindak cepat sebelum lelaki itu
hendak melalut lagi.
“Waalaikumsalam. Tapi saya belum habis
lagi dengan awaklah, Dheya. Pasal esok ni, saya
harap mak dan adik-adik awak akan dapat terima
saya sebagai menantu dan abang ipar mereka. Saya
risau jugak ni.” Pelik juga lelaki ini. Apa yang
hendak dirisaukan sangat padahal masaih belum
berjumpa lagi. Kalau dah bertemu muka, lainlah
pula.

235

HASREEYATI RAMLI

“Tak... bukannya apa. Saya tak biasalah
tinggal kat kampung. Rumah awak dikelilingi
sawah bendang ke?” Menggaru-garu kepala
seketika lelaki itu.

“Ya, kenapa? Nama pun kampung.”
“Errr... saya takut pacat dan lintah, okey.
Biar saya berterus-terang sahaja.” Ujar lelaki itu
dalam nada perlahan. Nak tergelak pun ada Ain
Dheya mendengar pengakuan jujur itu.
“Ohh... itu. Saya pegang dan buang aje kalau
lekat kat awak, okey. Jangan bimbang. Saya kan
ada. Saya boleh jaga awaklah.” Jujur juga Ain
Dheya mengungkapkannya.
Ash Fayyad menarik nafas lega.
“Phewww... okey kalau macam tu. Saya
takut semua tu. Tapi kalau awak dah janji macam
tu, okeylah. Lega saya.”

“Lelaki apalah macam ni. Pacat dan lintah
pun awak takut ekk? Itu belum apa-apa lagi. Itu
belum lagi mak saya suruh awak menjala ikan lagi
di sungai lagi.” Ujar Ain Dheya lagi. Dia sudah
dapat membayangkan bagaimana keadaan lelaki itu
bila diminta melakukan kerja-kerja seperti itu.

“What? Menjala ikan? Ohh no. Kenapa tak
beli aje ikan kat pasar? Tak payah nak susah-
susahkan diri, kan?” Geleng Ash Fayyad lagi.
Baginya semua itu ada jalan yang lebih mudah iaitu
beli sahaja.

“Hmm... awak tak pe, Cik Fayyad. Awak
orang kaya. Kami ni orang susah. Sayur kami
tanam sendiri. Ikan kami pancing atau menjala kat
sungai.” Ujarnya dalam nada perlahan. Kalau lelaki
itu tahu bagaimana susahnya kehidupan mereka

236

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

dahulu, pasti lelaki itu tidak dapat
membayangkannya.

“Jangan cakap macam tu, Dheya. Saya jadi
macam ni sebab saya dilahirkan dalam keluarga
begini. Kalau saya dilahirkan dalam keluarga awak
pasti saya pun macam awak juga.” Betul juga kata-
kata lelaki itu. Mungkin jika ada peluang dan nasib
yang lebih baik, pasti dia tidak akan hidup susah
seperti dulu. Namun kehidupan mereka sekeluarga
sudah menjadi semakin baik kerana dia sudah
menamatkan pengajian Master dan mempunyai
pekerjaan yang baik.

“Macam nilah, Cik Fayyad. Awak tak
sukakan saya dan saya juga tak sukakan Cik Fayyad.
Boleh tak kalau lepas kita kahwin, kita tak tidur
sebilik?” Satu permintaan yang langsung tidak
diduga olehnya.

“Ehh... mana ada suami isteri tidur asing-
asing? Itu bukan suami isteri namanya.”

“Eh, Cik Fayyad ni. Saya kahwin ngan Cik
Fayyad atas permintaan Cik Feyda nak temankan
dia, bukan sebab saya cintakan Cik Fayyad. Maaf
ya.” Ujar Ain Dheya lagi.

Ash Fayyad terdiam. Memang betul itu
adalah permintaan adiknya. Namun bagaimana pula
dengan haknya sebagai seorang suami?
Nampaknya dia terpaksa bersabar dan belajar
menyintai gadis itu sebelum gadis itu betul-betul
dapat menerimanya.

“Well, kalau awak dah cakap macam tu, saya
terima alasan awak. Buat sakit hati saya je cakap
dengan awak ni, Dheya. Macamana saya nak buat
awak sukakan saya??”

237

HASREEYATI RAMLI

Ain Dheya mengangkat bahu sambil berlalu
dari situ. Meninggalkan Ash Fayyad bersendirian
di luar.

“Dheya, tolong kemaskan baju-baju saya
ya.” Alia Feyda sendiri begitu teruja untuk turut
sama ke Perlis. Belum pernah lagi dia ke sana. Jika
hendak ke Thailand pun dia hanya terus menaiki
kapal terbang ke sana. Itu pun beberapa tahun
dahulu.

“Baik, Cik Feyda.” Angguk Ain Dheya
sambil mengambil beg tarik gadis itu dari celah
almari. Walaupun ibu gadis itu sudah pulang, dia
masih lagi tetap meneruskan tugas-tugasnya seperti
biasa. Itu adalah atas permintaan peribadi dari ibu
gadis itu juga.

Alia Feyda hanya memerhatikan sahaja gerak
geri Ain Dheya mengemaskan baju-bajunya.

“Seronokkan jadi orang kampung, Dheya.
Saya tak pernah tinggal kat kampung pun. Mesti
sejuk tak payah pakai air-cond macam kat bandar,
kan?” Wah, persepsi gadis itu memang terbaiklah.
Kalaulah dia tahu betapa sukarnya hidup di
kampung jika keadaan serba kekurangan. Apa yang
dia tahu kerana semuanya tersedia untuknya?

“Ermm... kalau musim hujan memanglah
sejuk. Tapi kalau macam sekarang ni, musim
menuai padi memang agak panas jugaklah. Rumah
saya tu tak ada air-cond tau, Cik Feyda. Maaflah ya.
Kami bukan orang senang.” Ujar Ain Dheya
merendah diri seperti selalunya.

238

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Owhh... yeke. Kalau gitu tak mengapalah.
Kipas diri ada, kan?” Susah hati betul dia
mendengarnya. Memang dia tidak tahan panas.

“Kalau kipas diri memanglah ada. Kipas kat
ruang tamu pun ada. Tapi nyamuk tu, lagilah ada.”
Ujar Ain Dheya tersengih.

“Alamak... kena bawa spray nyamuklah
kalau gitu. Hmm... tapi tak pe. Saya tak kisahlah
sangat. Tapi lipas ada tak?”

“Cik Feyda. Nama pun kampung. Kat
bandar pun ada lipas juga cuma tak muncul depan
Cik Feyda je.” Nak tergelak pun ada. Apalah yang
ditakutkan sangat dengan lipas tu? Tak ada yang
luar biasanya.

“Eee... tak naklah saya. Geli kot.” Ujar Alia
Feyda sambil menggigil sedikit membayangkan
perasaan gelinya itu. Ain Dheya tersenyum sahaja.

“Tak pa, Cik Feyda. Saya kan ada.” Sambil
tangannya ligat mengemas apa yang patut.
Mujurlah barang-barangnya sudah dikemaskan
malam semalam sebelum tidur.

“Terima kasih Dheya sebab awak sudi jadi
kawan saya dan jaga saya lagi. Saya tak tahu nak
cakap apa untuk luahkan rasa terima kasih yang tak
terhingga ni.” Ujar Alia Feyda dalam nada perlahan.
Terharu dengan pengorbanan yang akan dilakukan
oleh gadis itu.

“Saya tahu, awak tak cintakan abang saya.
Tapi saya harap awak akan beransur-ansur cintakan
dia nanti, ya.” Ain Dheya terhenti seketika
mengemas baju-baju Alia Feyda.

“Cik Feyda, susah saya nak cintakan abang
Cik Feyda. Sebab ... dia bukan lelaki pilihan hati
saya,” bagaimana dia hendak memberitahu yang

239

HASREEYATI RAMLI

dia masih mengingini seorang lelaki yang romantik
dan bertanggungjawab? Tentu gadis itu akan
mengetawakannya nanti.

Alia Feyda tergelak besar kali ini.
“Awak tahu tak, berapa ramai perempuan kat
luar sana yang sanggup buat apa saja untuk dapat
menjadi teman wanita abang saya tu? Cuba awak
tengok macam si Ann tu, dah putus pun, masih
terkejar-kejarkan abang saya lagi. Awak pula,
paling bertuah sebab awak tak perlu kejar abang
saya pun, tapi berpeluang jadi isteri abang saya.” Itu
bukan alasannya untuk menyintai lelaki itu. Kalau
kaya dan kacak, aku kena paksa diri aku jatuh cinta
ke?
“Hmm... ntahlah, Cik Feyda. Cik Fayyad tu
garang sangatlah dengan saya. Macamana saya nak
jatuh cinta dengan dia?” Soal Ain Dheya lagi.
Adalah sesuatu yang tidak logik kita dapat jatuh
cinta dengan orang yang berlaku kasar dengan kita
dari segi perkataan mahupun perbuatan.
Memanglah lelaki itu tidak pernah melakukan apa-
apa kekerasan terhadapnya namun selalunya
perkataan adalah lebih menyakitkan dari perbuatan
itu sendiri.
“Hmm... saya faham perasaan awak tu,
Dheya. Tapi saya tahu, awak perempuan yang baik,
sebab itulah saya nak awak jadi kakak ipar saya.
Lebih baik dari perempuan macam Ann tu. Hee...
tak kuasalah saya kalau ada kakak ipar macam dia
tu.” Rungut Alia Feyda sambil termenung seketika.
“Dahlah tu, Feyda, Dheya. Kita dah lambat
nak gerak ni. Cepat, Dheya, bawa beg Feyda ke
bawah.” Terkejut juga Ain Dheya dibuatnya
apabila melihat Ash Fayyad berdiri di hadapan

240

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

muka pintu bilik adiknya itu. Agaknya sudah

berapa lama lelaki itu berada di situ? Adakah lelaki

itu sudah mendengar segala perbualan mereka tadi?

Kalau ya, memang malulah dia. Tetapi apa dia

peduli. Betul tak? Kemudiannya
“Baik, Cik Fayyad.”

membawa beg adik majikannya itu keluar dari bilik

itu terlebih dahulu.
“Feyda, jangan susah hati ya. Abang akan

buat yang terbaik untuk Feyda. Percayalah cakap

abang ni. Abang akan buat Dheya cintakan abang,
okey?” Ash Fayyad mengenyitkan mata pada

adiknya.
“Abang pun tahu kan, Feyda sayangkan

abang? Feyda hanya ada seorang abang sahaja kat

dalam dunia ni. Jadi Feyda nak hanya yang terbaik

untuk abang. Sebab itulah Feyda dah pilih teman

hidup untuk abang sebab Feyda tahu Dheya gadis
yang paling sesuai untuk abang.” Ujar adiknya lagi

dengan bersungguh-sungguh. Walaupun dia sedar,

adiknya tidak tahu yang dia sendiri sedikit sebanyak

sudah mula menyimpan perasaan terhadap bakal

isterinya itu. Perkara yang menghairankannya sejak

kebelakangan ini.
“Dahlah tu, Feyda. Abang tahulah apa yang

abang perlu buat selepas ni, okey?” Ujar Ash

Fayyad sambil tersenyum dan kemudiannya

menolak kerusi roda adiknya keluar dari situ.

241

HASREEYATI RAMLI

Perjalanan ke Utara memang agak
mengujakan bagi Alia Feyda dan terutamanya Ain
Dheya kerana pulang ke kampung halamannya
secara percuma. Nampaknya tidak perlulah dia
memikirkan cara untuk mengumpul tambang pulang
ke kampung lagi. Selalunya dia akan menumpang
Masniza sahaja apabila temannya itu mahu pulang
ke kampung. Kebetulannya pula mereka satu
negeri.

“Huii... jauh jugak ya kalau tak naik flight.”
Rungut Alia Feyda lagi di dalam Alphard warna
putih itu. Pak Cik Faiz hanya tersenyum-senyum
mendengar anak perempuan majikannya itu
merungut begitu.

“Alaa... Feyda ni. Kan bagus sekali sekala
naik kereta. Boleh tengok pemandangan kat luar ni
sama,” pujuk mamanya lagi. Tersenyum
mendengar rungutan anak perempuannya itu. dia
sedar, anak-anaknya tidak pernah hidup susah
selama ini. Mereka dilahirkan di dalam suasana
yang bertuah dan dikelilingi dengan pelbagai
kemudahan dan kemewahan. Adakah salah baginya
untuk memberikan apa yang mampu disediakan
oleh mereka suami isteri selama ini? Harapannya
selepas ini, anak-anaknya akan lebih menghargai
erti kehidupan.

Mereka berenam sampai tepat pada waktu
tengah hari di kampung tempat kelahiran Ain
Dheya. Kereta Alphard itu terpaksa dipandu dengan

242

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

agak berhati-hati kerana jalan masuk ke rumah Ain
Dheya agak sempit dan agak berliku.

“Jauh lagi ke rumah awak ni, Dheya?” Keluh
Ash Fayyad lagi. Berkerut juga dahinya melihat
keadaan jalan yang berliku-liku dan agak sukar
untuk dilalui itu.

“Tidak ada jalan mudah untuk berjaya, Ash.
Macam nilah dengan kehidupan di dalam dunia ni.
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.” Tokok Tan Sri Darren lagi.

Pandai juga rupanya orang tua ini bermadah.
Ain Dheya tersenyum sendiri.

“Jauh ni, papa. Tak sampai-sampai juga ni.”
Rungut Alia Feyda sambil memuncungkan
bibirnya. Berpeluk tubuh sambil melihat ke arah
luar tingkap.

“Alaa... Feyda. Sabarlah ya. Kejap lagi
sampailah kita, kan Dheya?” Tokok Puan Sri
Anisah lagi dan mengangguk ke arah Ain Dheya
yang berada di tempat duduk belakang mereka
suami isteri.

“Ya, Puan Sri. Tak lama dah, lepas simpang
ni, kita sampailah.” Balas Ain Dheya dengan sopan.

Seperti yang dijanjikan mereka akhirnya tiba
juga di perkarangan rumah ibu Ain Dheya. Rumah
kampung yang bertiang tinggi itu membuatkan Alia
Feyda ternganga seketika.

“Macam kat muziumlah pulak...” ujarnya
dalam nada perlahan. Puan Sri Anisah berdehem
padanya.

“Maaf ya, inilah rumah saya selama ni. Maaf,
tak sama dengan rumah Cik Feyda.” Terasa dirinya
begitu kerdil sekali di mata keluarga yang kaya raya
itu. Namun di sinilah tanah tumpah darahnya

243

HASREEYATI RAMLI

selama ini dan dia berbangga kerana dilahirkan di
situ. Biarlah apa orang nak kata pun.

Ain Dheya melihat ibu dan adik-adiknya
sudah menunggu kedatangan mereka di hadapan
rumah mereka. Hatinya begitu sayu melihat
keadaan mereka semua dan kerinduan yang
menebal selama ini kini terubat jua.

“Mak!” Tidak sabar rasanya Ain Dheya
hendak keluar dari kereta Alphard itu dan memeluk
ibu kesayangannya itu tanpa mengira ada tetamu
lain yang sedang memerhati.

“Ya ALLAH anak aku,” Mak Jah menangis
tersedu-sedu sambil memeluk dan mencium anak
perempuan sulungnya itu bertalu-talu. Sudah lama
anak gadisnya itu tidak pulang ke kampung kerana
selalunya anak gadisnya itu akan pulang
menumpang kawannya. Kekurangan duit
membuatkan anaknya itu hanya pulang apabila
teman sebiliknya juga pulang ke negeri itu
menziarahi orang tuanya.

Puan Sri Anisah diam terkedu memerhatikan
gelagat dua beranak itu. hatinya juga turut berasa
pilu melihat mereka berdua begitu. Terasa bersalah
pun ada di dalam hatinya kerana mementingkan diri
keluarganya sendiri dengan membuatkan anak gadis
perempuan itu berkerja menjaga anak
perempuannya. Mungkin selepas ini, dia pula
berpeluang untuk memberi kehidupan yang lebih
baik kepada keluarga itu.

“Mak... kenalkan ini... Puan Sri Anisah, Tan
Sri Darren, boss besar Dheya. Juga anak perempuan
Puan Sri, Alia Feyda.” Kemudian mereka
bersalaman kecuali Tan Sri Darren. Akhirnya
barulah dia berpaling ke arah Ash Fayyad, yang

244

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

setia menunggu untuk diperkenalkan kepada bakal
besannya itu. Yang hanya berbaju kurung agak
lusuh dan ada jalur koyak di bahagian tepi pahanya.
Dia berpaling ke arah lain seketika untuk menahan
air matanya yang sudah mahu mengalir itu.

“Mak... inilah Cik Ash Fayyad. Yang telefon
mak hari tu.” Digagahinya juga untuk dia berpaling
semula ke arah ibu tua yang serba sederhana itu.
Matanya berjaya ditahannya jua. Namun Ain Dheya
dapat menangkap pandangan itu.

“Mak cik... apa khabar?” Ash Fayyad
kemudiannya bersalaman dengan bakal ibu
mertuanya itu. Mak Jah mulanya teragak-agak juga
untuk bersalaman dengan anak muda itu namun
menyambut juga salaman dari bakal menantunya
itu. Boleh tahan hensem juga orangnya, fikirnya
lagi.

“Baik... Ohh.. inilah Cik Ash Fayyad yang
Dheya selalu ceritakan tu ya?” ujar Mak Jah lagi
sambil menjeling ke arah anak gadisnya. Ain Dheya
yang sudah menggelabah itu tersenyum dan
mengangguk berkali-kali.

“Ya, mak. Yang mak berkenan tu.” Tersilap
ke dia cakap macam tu? Tan Sri dan Puan Sri
tergelak mendengar kata-katanya.

“Ehh... marilah masuk ke dalam. Tapi
maaflah ya. Rumah kami nak roboh ni.” Pelawa
Mak Jah lagi dengan berbudi bahasa. Anak-
anaknya yang lain mengambil giliran bersalaman
dengan tetamu yang ada.

“Sapa ni mak?” tanya anak-anaknya yang
lain.

“Inilah keluarga bakal mertua kakak hampa.
Haa... tetamu kena dilayan elok-elok. Ingat tu.”

245

HASREEYATI RAMLI

Mak Jah masih lagi mengingatkan anak-anaknya
yang lain. Hanya ada tiga orang sahaja di situ. Iaitu
adik-adiknya yang masih lagi bersekolah rendah.
Tiga yang lainnya sudah berada di asrama sekolah
masing-masing.

Alia, Aira dan Aidil. Adik-adiknya yang
berjarak usia hanya setahun di antara satu sama lain
itu tersengih sahaja apabila kepala mereka disapu
oleh tetamu mereka.

“Baik mak.” Ujar mereka hampir serentak.
Ash Fayyad tergelak melihat gelagat adik-
adik Ain Dheya yang menjawab hampir serentak
itu. Dengan pakaian yang serba sederhana juga
memang menggambarkan anak-anak kampung
sejati. Tidak ada langsung jenama ternama melekat
di tubuh mereka. Mujurlah mereka tidak comot.
“Haa... Aidil, ajak Abang Ash kamu tu naik
ke atas. Puan Sri, Tan Sri, Feyda. Silalah ya.”
Pelawa Mak Jah lagi.
Mereka berenam naik ke atas. Walaupun Alia
Feyda terpaksa diangkat ke atas.

“Mama, lama lagi ke kita nak tinggal di sini,”
bisik Alia Feyda ke telinga mamanya apabila Ain
Dheya membantu ibunya mengemas di dapur
setelah mereka dihidangkan dengan makanan
tengah hari cara kampung yang lazat. Walaupun
Alia Feyda tidak pernah makan ikan sepat pekasam,
namun setelah ditambah dengan cili padi, bawang
merah goreng dan diperah diatasnya dengan sedikit
limau, seleranya betul-betul bertambah.

246

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Kenapa? Feyda tak suka ke besan mama
masak sedap-sedap macam tu? Kalau kita pergi
makan kat Kg Baru pun belum tentu dapat makan
masakan kampung sesedap ini tau,” usik mamanya
lagi sambil menepuk-nepuk belakang tangan
anaknya.

“Hmm... iyalah, Feyda. Papa pun macam nak
balik duduk di kampung aje, boleh makan sedap-
sedap macam tadi,” usik Tan Sri Darren lagi. Dia
sendiri tidak menafikan keenakan ulam-ulaman
yang memang digemarinya selama dia berada di
Malaysia sejak 30 tahun dahulu.

“Haa... tengok tu, Feyda. Papa pun kata
okey.” Walaupun di dalam hatinya dia tidak begitu
berasa selesa kerana terpaksa keluar dari rumah
kayu itu untuk ke bilik air. Walaupun ada lampu
mentol berwarna suram di dalamnya, namun dia
masih tidak dapat melihat apa yang perlu.

Alia Feyda menoleh ke arah abangnya.
“What? Abang pun suka tinggal di kampung,
ya? Panas, okey.” Ujar Alia Feyda sambil
menggunakan kipas jenis bateri untuk
menghilangkan peluh yang sudah mengalir lajju di
dalam bajunya.
“Feyda, cuba belajar susah sikit. Macamana
Feyda nak jalan-jalan dengan Dheya bila Feyda
boleh jalan nanti, hmm?” Rupa-rupanya Ain Dheya
mendengar kesemua perbualan mereka sebelum dia
naik ke atas lagi. Cuma dia berselindung di sebalik
birai pintu kayu yang menghalang penglihatan
mereka darinya.
Termalu pula Alia Feyda dibuatnya.

247

HASREEYATI RAMLI

“Hah? Awak dengar ke Dheya apa yang saya
cakap tadi tu?” Terkejut dia dibuatnya. Malu tak
usah cakaplah.

Ain Dheya tersengih sambil membawa talam
yang berisi beberapa biji cawan dan teko kopi. Ada
cucur udang disediakan oleh ibunya tadi. Sebab
itulah dia lambat naik ke tingkat atas.

Kecur air liur Ash Fayyad melihat cucur
udang yang masih berasap-asap itu. Seleranya
semakin terbuka. Nampaknya boleh gemuk juga
kalau lama-lama dia di sini.

“Waa... nampak sedap tu.” Ash Fayyad
kemudiannya membantunya mengangkat dulang itu
ke meja rotan yang berkaca.

“Aa.. aa. Mestilah. Mak Dheya yang
masak.” Tokok Ain Dheya lagi sambil tersenyum
bangga.

“Aik? Dheya tak masak ke?” usik Ash
Fayyad lagi.

Sabar ajalah ya hati.
“Iya.. tak pandai macam mak Dheya.”
Ujarnya merendah diri. Malas hendak bertekak
dengan lelaki itu. Di rumahnya pun ada-ada sahaja
lelaki itu mengenakannya. Mentang-mentanglah
mak ayah kau ada ya.
Ash Fayyad tersengih-sengih lagi. Bahagia
kerana berjaya menyakat gadis itu.
“Ash nilah, kesian kat Dheya tu. Mana mak
Dheya? Ajaklah makan sekali.” Ujar Puan Sri
Anisah lagi sambil menjengah ke arah ruang dapur
di tingkat bawah rumah kayu itu.
“Ada ja ni, Puan Sri. Tak payahlah susah-
susah turun ke bawah. Nanti licin pula kat tangga tu.
Aidil, tolong mak bawakan semua ni naik ke atas.”

248

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Mak Jah memanggil anak lelakinya yang Tahun 6
itu membantunya. Mereka anak yang patuh, lebih-
lebih lagi ibu mereka telah mengingatkan mereka
yang ada untuk melayan tetamu mereka dari jauh
itu.

“Baik, mak.” Balas Aidil yang berbaju t-shirt
warna biru yang agak lusuh dan berseluar track-
bottom dengan mengambil dulang yang seterusnya.

“Waa... bubur kacang ya? Kenyanglah kita
hari ni ya, mama.” Ash Fayyad tidak menunggu
sehingga dipelawa pun. Lantas mencedok dari
mangkuk kaca yang berwarna gelap itu.

Tan Sri Darren hanya menggeleng melihat
anak lelakinya yang begitu berselera itu.

“Hai, Ash. Baik-baik. Makan macam-
macam ni. Perut awak tu bukan elok sangat.” Dia
sudah faham benar dengan keadaan kesihatan anak
lelakinya itu. Bukan boleh bercampur macam-
macam nanti akan mengalami sakit perut. Perut
manjalah katakan.

Ash Fayyad tersengih.
“Cubalah, papa. Sedap ni.” Tingkah Ash
Fayyad sambil laju sahaja menyuapkan bubur
kacang hitam yang sudah lama tidak dijamahnya itu.
“Eee... abang ni. Buat malu kitorang aje lah.
Mak Ros kan selalu buat bubur tu.” Alia Feyda
mencebik ke arah abangnya. Macamlah tak pernah
makan bubur pulut hitam.
“Tapi yang ni lagi sedap tau. Cubalah.
Berlemak ooo,” jelas Ash Fayyad lagi. Menambah
ke dalam mangkuknya lagi.

“Hmm... saya nak rasa jugalah sikit. Awak
tak nak rasa ke?” pelawa Tan Sri Darren kali ini.
Mengikut jejak anak lelakinya.

249

HASREEYATI RAMLI

Puan Sri Anisah tergelak seketika dengan
dua lelaki penting di dalam hidupnya itu.

“Iya.. iya.. saya nak makanlah ni.” Ujarnya
sambil mengikut jejak suaminya.

Mak Jah tergelak kecil melihat telatah
keluarga bakal besannya itu. Jauh di sudut hati dia
berharap agar semuanya berjalan lancar.

Usai semuanya menunaikan solat Isya
berjemaah, semuanya duduk di ruang tamu rumah
itu.

“Kita ni dah ada kat sini semuanya, kan?”
Tan Sri Darren memulakan bicaranya.

“Tan Sri, saya ada abang dan kak ipar yang
nak datang ni. Kita tunggu sekejap ya.” Ujar Mak
Ros lagi. Risau dia juga bila abang kandungnya itu
masih lagi belum muncul tiba dengan kakak
iparnya.

“Ohh... iya ke? Kalau begitu, eloklah. Kita
tunggulah ya. Lagipun bolehlah kita berkenal-
kenalan dengan ahli keluarga Mak Jah yang lain,”
ujar Tan Sri Darren lagi. Tersenyum ke arah
isterinya.

“Aa.. aa. Betul tu.” Angguk Puan Sri
Anisah lagi.

Haa...memang dah mula nak cari pasal
nanti dengan Pak Long Asmadi yang tidak pernah
bersetuju dengan apa jua rancangan keluarganya
selama ini. Bermula dari kehendak aruah ayahnya
mahu juga-juga dia dihantar ke universiti
sehinggalah ke penjualan tanah yang mereka duduki
ini. Semuanya adalah berpunca dari sengketa dan
ketamakan keluarga sebelah ibunya semata-mata.

250


Click to View FlipBook Version