HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Sham, please. I bukan datang sini untuk
bertengkar dengan you, okey. Mama dan papa I ke
Mekah. Jadi Feyda dah jadi my responsibility. I tak
tahulah sama ada dia setuju nak buat fisio ni. Kalau
dia tak nak, kami tak leh nak paksa.” Kerana
sebelum ini pun adiknya memang tidak mahu
menjalani apa-apa terapi fisio kerana sudah putus
asa untuk hidup.
Dr. Hisham mengeluh panjang.
“Ya, kalau Feyda nak. Tapi sekarang ni, dah
dua tahun dia tak nak buat apa-apa.” Keluhnya lagi.
Sebagai seorang doktor dan juga sahabat kepada
Ash Fayyad, dia sedar, dia tidak patut turut kecewa.
“Doktor, jangan khuatir. Cik Feyda dah janji
dengan saya nak buat fisio. Sebab kami berdua akan
pergi mengembara ke seluruh dunia selepas ni!”
Tiba-tiba sahaja Dr. Hisham dan Ash Fayyad
tertawa besar.
“Hahaha.. hadui la awak ni Dheya. Awak
ingat semudah itu ke adik saya nak ikut cakap awak?
Orang lain pun tak boleh nak yakinkan dia untuk
kembali sembuh. Ini pulak awak orang luar macam
awak ni ha...”
“Tapi Cik Fayyad. Dia dah janji pada saya
hari tu.” Ain Dheya cuba meyakinkan kedua-dua
lelaki di hadapannya.
Ash Fayyad menggeleng.
“Selepas apa yang berlaku tadi, saya rasa
susah adik saya tu nak buat fisio ni dah, Dheya.
Jangan terlalu berharap ya,” ujar lelaki itu lagi.
Ain Dheya menoleh ke arah lelaki itu. Tidak
percaya seorang abang boleh berputus asa dengan
adiknya sendiri. Abang jenis apa pulak ni?
151
HASREEYATI RAMLI
“Cik Fayyad. Cik Feyda dah janji. Saya
pasti. Dia akan kotakan janji dia. Maaf ya, Cik
Fayyad. Saya nak pergi jenguk Cik Feyda kejap.”
Mahu naik darah juga dia dibuatnya kalau dia lama
di bilik doktor itu.
“Boleh tahan juga staf kau tu ya, Ash. Cantik
tapi stubborn. Mana kau dapat dia?” soal Dr.
Hisham selepas gadis itu keluar dari bilik itu.
Ash Fayyad meraup mukanya.
“Aku pun peninglah dengan perangai adik
aku tu, Sham. Kau pun tahukan, selama ni mana dia
nak buat fisio. Lagi lambat dia buat, lagi macam
tulah keadaan dia. In fact, she is getting worst.”
Ujar Ash Fayyad merujuk kepada perkembangan
adiknya selama ini. Namun sedikit sebanyak
kedatangan Ain Dheya banyak juga membantu
adiknya untuk memberi semangat yang baru untuk
terus berjuang.
“Kalau kau nak tau, adik kau tu dah mengidap
anxiety disorder. Dia jadi macam tu sebab akibat
dari keadaan dia sekarang ni. Jadi sekarang, dia
perlukan seseorang untuk bagi semangat semula
pada dia. Tu aje. Tadi yang aku dengar, staf kau tu
ada cakap pasal adik kau nak sembuh sebab nak
mengembara sekali dengan dia, betul ke? This is
something new.” Tertanya-tanya juga Dr. Hisham
dibuatnya kerana selama ini dia tidak pernah tahu
tentang hobi baru adik lelaki itu.
Ash Fayyad mengangkat bahu.
“Entahlah. Hari tu aku ada terdengar diorang
berbual. Alaa... kau tau ler adik aku tu macamana,
susah nak caya cakap dia sejak dia kemalangan ni.
Semuanya dia dah putus asa. In fact, dah berapa kali
dah dia cuba commit suicide sebelum ni.”
152
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Astagfirullahil azim... sampai macam tu
ke?”
Ash Fayyad mengangguk
“Yeah. Tapi itu benda dah lama. Sebab tu
mama aku ambik penjaga untuk dia. Lepas sorang,
sorang berhenti. Cuma dia tahan ngan mama aje.
Juga yang staf aku ni. Aku heran juga macamanalah
Dheya boleh kawtim dengan perangai adik aku tu.”
Dia terkenang kembali ketika Ain Dheya dibelasah
kerana adiknya hilang kawala diri beberapa hari
dahulu. Namun entah bagaimana, gadis itu berani
mempertahankan dirinya dan menasihati adiknya
hinggakan adiknya kembali sedar.
“Eh, betul ke ni? Tak pe. Aku nak tengok
lepas ni macamana dia deal dengan adik kau tu. Aku
yang jadi doktor dia pun tak dapat nak convincekan
dia. Inikan pulak staf kau.” Ujar Dr. Hisham.
Bagaikan tidak mahu percaya dengan kata-kata
temannya itu.
“Cik Feyda?”
Ain Dheya merapati katil Alia Feyda yang
terletak di kelas VVIP itu. Kasihan pula rasanya
apabila melihat gadis itu sedang termenung
menghadap ke arah tingkap.
“Cik Feyda tak tidur ya?”
Apabila masih belum berjawab, dia merapati
sisi katil gadis itu.
Akhirnya dia mengadap bertentang mata
dengan gadis itu. Nampak pucat pun ya. Mata gadis
153
HASREEYATI RAMLI
itu kelihatan membengkak. Mungkin akibat
menangis tadi.
“Dheya... saya mintak maaf ya sebab tak
dapat kawal diri saya tadi...” bebola matanya
kelihatan bergerak-gerak dan ada potensi untuk
mengalirkan air mata lagi.
Dengan cepat Ain Dheya menyentuh kedua
tangan gadis itu.
“Ish, Cik Feyda. Tak mengapalah. Saya
faham perasaan Cik Feyda. Selagi saya masih ada
di sini, saya akan jaga Cik Feyda, ya? I promise
that.” Ain Dheya cuba meyakinkan gadis itu sambil
mengangguk laju.
“Tapi nanti siapa pula nak kawan dengan
saya bila awak dah ke pejabat semula? Saya akan
kembali bersendirian nanti. At least, ada awak,
macam-macam saya boleh bualkan. Tapi dengan
mama, payah sikitlah. Dia mak saya. Sikit-sikit
kalau saya cerita, dia dah sedih, saya tak nak mama
saya sedih.” Payah jugalah kalau gadis itu
berterusan bersikap begitu. Dia perlu pulang
berkerja semula di pejabat selepas habis tempoh lagi
dua minggu dia di sini.
“Kalau saya suruh abang awak kahwin
dengan awak, awak nak tak, Dheya? So, awak boleh
berhenti kerja di pejabat tu dan jaga saya?”
Bagai mahu terhenti jantung Ain Dheya
sesaat dua.
“Ka-kahwin? Eh, Cik Feyda ni. Saya tak
naklah! Dia tu ada girlfriend dah kan? Lagipun
saya tak ada hati pada dia punlah, Cik Feyda oii...”
kalau selagi dia boleh bersilat dengan soalan-soalan
yang tak masuk dek akal itu, selagi itulah dia akan
mempertahankan dirinya.
154
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Alia Feyda tersenyum. Air matanya diseka ke
tepi. Hingusnya disedut kembali. Dia tahu, dia telah
membuat permintaan yang gila dari gadis itu.
Tetapi dia hanya ada gadis itu sebagai teman
karibnya kini. Jika gadis itu pergi darinya, dia tidak
pasti sama ada dia boleh hidup lagi.
Ain Dheya berada di dalam keadaan serba
salah yang teramat sangat. Ija, tolonglah aku.
Bisiknya di dalam hati. Macamana aku nak buat ni.
Kalaulah Ija ada di sini, pasti temannya itu ada idea
yang tersangat bagus. Tetapi ketika ini dia
keseorangan.
“Dheya, saya tak boleh nak kawal diri saya
sendiri kalau awak tiada. Awak tengoklah
macamana keadaan saya tadi. Saya pun hairan
kenapa...” ujarnya lagi, wajahnya masih dalam
kerisauan yang teramat sangat.
“Kalau awak nak tau, saya pernah cuba
bunuh diri dulu... sebab bagi saya, apa gunanya saya
hidup lagi kalau dah berkeadaan macam ni...”
“Astagfirullahil azim... tak baik macam tu,
Cik Feyda. ALLAH dah tetapkan kita ni ada amanah
tersendiri mai ke dunia ni. Jangan fikir macam tu
lagi, ya.”
“Amanah apanya kalau saya dalam keadaan
macam ni, Dheya?”
“Cik Feyda, apa yang ALLAH uji hanya
setakat kemampuan hamba itu saja, okey. Manalah
saya tau, yang tu Cik Feyda kena cari sendiri apa
kelebihan yang Cik Feyda ada. Bukan dengan cara
singkat macam yang Cik Feyda bagi tau kat saya tu,
ha.” Susah juga kalau nak berhadapan dengan orang
yang sudah berputus asa untuk hidup. Moga selepas
155
HASREEYATI RAMLI
ini ALLAH akan lebih memberikan petunjuk dan
hidayah pada gadis itu lagi.
“Dheya, awak tau tak. Dulu kawan-kawan
saya ramai sangat. Life saya happy sahaja.
Sehinggalah saya jadi macam ni. Jadi kenapa pulak
saya harus hidup lagi?”
“Uih, Cik Feyda ni. Tak baiklah cakap
macam tu. Istighfar cepat-cepat.” Takut juga dia
mendengar kata-kata gadis itu. Apalagi yang harus
dilakukannya selain dari terus memberi nasihat dan
kekuatan untuk gadis itu? Okey, dia suruh aku nikah
dengan abang dia. Oii... itu dah satu permintaan
yang gila.
“Saya tak tahu sama ada saya boleh lalui
semua ni tanpa awak sebagai pendorong saya,
Dheya....” gadis itu kembali menangis teresak-esak.
Macamanalah aku nak pujuk dia ni.
Ash Fayyad yang sejak dari tadi mendengar
kesemua perbualan di antara gadis itu dan adiknya
mula menolak pintu seluas mungkin kerana tadi dia
hanya membukanya sedikit sahaja dan mencuri
dengar perbualan mereka itu.
Kedua-dua gadis itu berpaling ke arah pintu
masuk. Dada Ain Dheya berdebar kencang sebaik
sahaja melihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam
bilik rawatan adik lelaki itu. Adakah lelaki itu telah
mencuri dengar perbualan antara mereka tadi?
Matilah dia kali ini.
“Ha, dah nampak sihat dah tu, Feyda. Tak
nak balik ke?” soal Ash Fayyad dengan selamba.
Bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku.
Dia berdiri di sisi katil adiknya. Sempat
menjeling ke arah gadis di sisi adiknya itu.
156
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Hmm, Dheya. Nanti saya kena cakap
sesuatu dengan awak. Feyda, hari ni Dr. Hisham
cakap kita balik dulu. Nanti bila dah okey sikit, kita
datang untuk check-up pula.” Ujarnya lagi sambil
tersenyum memandang ke arah adik perempuan
kesayangannya itu. Rasa kasihan bertimpa-timpa di
dalam dirinya. Selama ini dia sedar, yang dia telah
banyak mengabaikan adiknya itu. sudah beberapa
kali juga dia hampir kehilangan adiknya dengan
cubaan-cubaan adiknya untuk membunuh diri
sebelum ini. Jika itulah permintaan adiknya,
rasanya ianya tidak keterlaluan untuk ditunaikan.
“Abang... Feyda mintak maaf sebab dah
susahkan semua orang selama ni. Feyda nak cepat
sembuh, okey. Feyda nak rehat kejap. Biarlah
Feyda kat sini dulu. Abang pergilah berbincang
dengan Dheya apa-apa pun.” Dia dapat mengagak
abangnya telah mencuri dengar akan perbualan
mereka berdua tadi.
Ain Dheya terdiam agak lama. Berat kakinya
untuk melangkah keluar dari bilik itu.
Di cafe hospital swasta itu, rata-rata
pengunjungnya seakan tidak putus-putus datang dan
pergi.
Ain Dheya dan Ash Fayyad duduk di satu
sudut yang agak jauh dari pengunjung yang lainnya.
Namun kalau ada orang yang lalu lalang pun tidak
begitu mengganggu mereka.
157
HASREEYATI RAMLI
“Awak nak minum apa, Dheya? Nak order
apa-apa tak?” soal lelaki itu sambil duduk di kerusi
bertentangan dengannya.
Berdebar-debar juga Ain Dheya menunggu
apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu. Adakah
lelaki itu telah mencuri dengar perbualan antara
mereka berdua tadi? Kalau ya, memang dia sudah
dapat meneka apa yang ingin dikatakan oleh lelaki
itu. Sama ada berpihak padanya atau pada adik
lelaki itu.
“Tak apalah, Cik Fayyad. Saya tak nak apa-
apa. Terima kasih. Ada apa yang Cik Fayyad nak
bincang ngan saya ni?” Jika benarlah tekaannya,
maka dia memang berada dalam keadaan serba
salah.
Ash Fayyad merenung gadis itu dengan agak
lama. Tidak ada apa-apa keistimewaan pun jika
hendak dibandingkan dengan kekasih hatinya. Dari
segi rupa, Ain Dheya pun cantik manis orangnya.
Tidak pernah jemu matanya memandang. Namun
entah mengapa bila melihat gadis itu sahaja, dia
mesti terasa mahu memarahi gadis itu.
“Hmm... Dheya, saya dah dengar apa yang
Feyda bincang dengan awak tadi...”
Matilah aku kali ni....
“Cik Fayyad, mintak maaf ya. Saya tak boleh
nak pertimbangkan hal tu. Ianya terlalu peribadi.”
Dengan cepat Ain Dheya memintas percakapan
lelaki itu.
Ash Fayyad merenung tajam ke arahnya.
“Dheya, awak dengar dulu ya. Saya pun tak
pernah ada apa-apa perasaan pada awak pun selama
ni, okey. Jadi jangan harap saya nak cintakan awak
158
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
ke, apa ke. Saya akan buat semua ni pun untuk adik
saya. Bukan sebab lain.”
Ain Dheya sudah bersedia untuk mendengar
semua itu. Iyalah tu.
“Maaf ya, Cik Fayyad. Saya pun tak pernah
ada apa-apa perasaan pun pada Cik Fayyad, okey.
Saya rasa saya sudah memberikan jawapannya. The
answer is NO.” Nak meninggikan suara pun
mereka berada di tempat orang yang ramai. Ain
Dheya lantas cepat-cepat keluar dari situ dan
berjalan pantas keluar dari cafe itu. Tubuhnya
terasa menggeletar. Dengan pantas dia menelefon
Masniza.
“Ija, hang dok tang mana ni?” Berpeluh-
peluh sejuk juga Ain Dheya dibuatnya. Terus dia
menelefon Masniza sebaik sahaja dia keluar dari
perkarangan hospital itu.
“Buleh mai amik aku dak la ni?” tergesa-
gesa menelefon. Hospital itu berada agak jauh juga
dari kediaman mereka. Paling-paling pun sejam
juga untuk sampai ke sini.
“Wei awat hang ni, dok tang mana ni? Awat
pulak kalut sangat ni?” Masniza sudah naik risau
dengan keadaan temannya itu yang tiba-tiba
menelefonnya di pagi begini.
“Cik Fayyad ajak aku nikah ngan dia hang
pun! Gila ka apa? Aku tak mau aihhh! Aku nak
balik aaa... takmo la dah kerja kat sini. Gila baq
angg!!!”
159
HASREEYATI RAMLI
“Ya ALLAH... awat hang jadi lagu tu. Ishh...
jenuh no. Hang dok tang mana ni? Rumah depa ka?
Aku tengah dalam meeting ni. Nak keluaq gena
hang pun?”
“Aduhh susahnya hang ni... Awat sampai
hang kena nikah ngan Cik Fayyad pulak?”
“Cik Feyda tak mau aku tinggaikan dia. Jadi
ia paksa aku nikah ngan abang dia. Aku mana suka
kat Cik Fayyad hang pun. Gena aku nak nikah ngan
dia?” Ain Dheya sudah mula hendak menangis dan
terketar-ketar kerana tidak tahu untuk melakukan
apalagi.
“Hang cari teksi dulu. Nanti aku cari hang
kat mana-mana ya. Aku cuba keluar secepat
mungkin.” Risau juga Masniza dengan keadaan
yang dihadapi oleh Ain Dheya. Namun dia tidak
dapat segera keluar kerana meeting yang sedang
dihadirinya dipengerusikan oleh salah seorang
pengurus di situ. Ini pun dia terpaksa keluar
sebentar untuk menjawab telefon dari temannya itu.
Ain dheya sedar dia tidak boleh berbuat apa-
apa lagi. She is on her own now.
“Dheya? Awak nak ke mana ni?”
Sudah puas dia mencari Ain Dheya tadi
selepas Ain Dheya melarikan diri darinya. Memang
dia sedar, dia terlalu terburu-buru bertanyakan
soalan seperti itu pada gadis itu tadi. Dia pun
sebenarnya tidak berfikir panjang kerana lebih
memikirkan hal adiknya dari orang lain.
Ain Dheya terlalu terkejut hinggakan terlepas
telefon itu dari genggamannya.
“Ya ALLAH!”
160
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ash Fayyad berdiri betul-betul di
hadapannya kini. Ain Dheya menutup mukanya dan
menangis semahu-mahunya.
“Tolonglah jangan paksa saya Cik Fayyad.
Saya... saya nak berhenti kerja. Saya.. saya tak
boleh kahwin dengan Cik Fayyad..” rayu Ain
Dheya lagi sambil berpaling ke arah lain.
Ash Fayyad terdiam lama hanya
memerhatikan gelagat gadis itu sahaja. Perlahan-
lahan dia menarik tangan gadis itu yang sedang
menutup mukanya sendiri itu. Ain Dheya berkeras
menolak tangan lelaki itu.
“Saya bukan muhrim Cik Fayyad. Apa nak
pegang-pengang ni! Tak baik tau!” Jerit Ain Dheya
lagi. Bukan niatnya untuk berkasar dengan lelaki itu
namun begitu dia terlalu takut dengan situasi
sekarang ini.
Keadaan di luar perkarangan tempat letak
kereta yang agak penuh itu memang menyesakkan
dadanya. Seperti keadaannya sekarang ini.
Ash Fayyad mengeluh panjang.
“Dheya, jom kita balik dulu. Kita lupakan
saja apa yang saya cakap tadi, hmm? Saya tak akan
tanya lagi benda yang sama, okey?” lelaki itu cuba
meyakinkannya.
“Betul ni? Saya nak berhenti aje ni. Saya
takut nak tinggal kat rumah Cik Fayyad dah ni. Cik
Fayyad tak payah bayar saya apa-apa. Saya
halalkan.” Ujarnya dalam keadaan terketar-ketar.
Masih tidak percaya lagi dengan apa yang baru
dicadangkan oleh lelaki itu.
Ash Fayyad tidak terkata apa-apa.
“Lupakanlah cita-cita awak nak berhenti
kerja dari umah saya tu. Awak nak tengok adik saya
161
HASREEYATI RAMLI
mati ke? Dia sayang sangat kat awak tu ha. Saya
pun tak tau nak cakap apa lagi ni.Jom, kita balik
dulu.”
“Siapa yang akan jaga Cik Feyda nanti, Cik
Fayyad?” di dalam kereta lelaki itu, barulah dia
terfikirkan tentang semua itu.
Aduh.Mengapa tadi dia tidak bertanya
terlebih dahulu pada lelaki itu.
Sekarang dah susahlah.
“Hmm... Kita ambil baju awak dahulu untuk
semalam dua. Dan juga baju Feyda juga. Awaklah
kena jaga dia. Takkan saya pula. Dia kan
perempuan.” Ujar lelaki itu lagi. Ya tak ya juga.
“Tapi, saya nak berhenti dari jaga adik Cik
Fayyadlah. Saya dah takut...” dia masih lagi
teringatkan permintaan tak masuk akal adik lelaki
itu.
Ash Fayyad mengeluh lagi.
“Dheya, kan saya dah cakap. Tolonglah jangan
berhenti. Awak tak nak bernikah ngan saya, fine.
Itu saya boleh terima. Tapi, tolonglah jaga dia
sampai abis ujung bulan ni, okey?” permintaan
lelaki itu terlalu sukar untuk ditolak. Memang dia
perlukan duit sebanyak RM30,000.00 itu. Namun
bagaimana jika adik lelaki itu tetap berkeras dengan
permintaannya itu?
“Cik Fayyad, betul ke adik Cik tu pernah cuba
nak bunuh diri?” Takut juga pertama kali dia
mendengarnya.
162
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“A aa... dah dua kali dia kelar tangan dia. Dia
terlalu kecewa dengan keadaan dia. Tapi saya heran
bagaimana kali ini bila awak pujuk dia, dia nak buat
terapi fisio tu.”
“Cik Feyda tu nak ada orang bercakap-cakap
dengan dia. Dia tu kena ada orang memberi
perhatian dan mendengar luahan hatinya. Tu aje...
Kenapa, susah sangat ke nak menjadi seorang
pendengar yang baik?” Dia hampir terlupa, lelaki
itu hanya mahu orang lain mendengar katanya.
“Awak tau saya macamana kan? Sejak bila
pulak saya boleh nak ubah diri saya?”
“Kalau Cik Fayyad sayangkan adik Cik,
tentu Cik sanggup buat apa saja permintaan yang
munasabah, kan?” tambahnya lagi. Kasih adik dan
abang antara kedua beradik ini didapatinya agak
renggang juga kerana lelaki itu tidak begitu
menghiraukan sangat perihal adiknya. Dan dia juga
tidak menyalahkan lelaki itu kerana beban tugas di
pejabat pun, perlu diuruskannya.
Ash Fayyad kembali tersenyum mendengar
kata-kata gadis itu.
“Haa... sebab tulah saya ajak awak nikah
ngan saya. Sebab saya nak cuba menunaikan
permintaan dia. Awak nak adik saya mati ke?
Kalau awak sendiri pun sayangkan keluarga awak,
saya pun samalah. Itupun awak nak pertikaikan
ke?” Mak ai... dah mulalah tu.
“Dah ke situ pulak Cik Fayyad ni. Keluarga
saya lain. Keluarga Cik Fayyad lain. Keperluan
kami juga lain. Habis tu, macamana dengan Cik
Ann? Cik Fayyad dah lama kot kawan dengan dia?
Nanti apa kata dia?” Dia tidak dapat
membayangkan betapa kekasih hati lelaki itu akan
163
HASREEYATI RAMLI
melancarkan Perang Dunia Ketiga jika dia bersetuju
berkahwin dengan lelaki itu. Yang sama sekali
tidak akan berlaku.
“Saya dah putus dengan Ann pun. Dia
keterlaluanlah. Suka paksa-paksa. Padahal saya tak
bersedia nak berkahwin pun. Bosanlah kena
kongkong macam tu.” Hai, kat aku pun dia nak
merungut? Aku ni siapalah sangat.
“Err... lama ke Cik Fayyad kawan dengan
dia?”
“Lama tu lama jugalah. Lima tahun.”
“Mak aii.. lama benar tu. Kenapa tak
kahwin terus je? Kesian kat dia. Dah lama dia
tunggu Cik Fayyad tu.”
Ash Fayyad menoleh ke arah gadis di
sebelahnya seketika.
“Awak tau tak, Dheya. Adakalanya, kita
akan berkawan dengan orang tu sebab kita ingat
dialah pilihan yang tepat untuk kita. Tetapi bila dah
tiba masanya, kita akan rasa, dia bukanlah pilihan
yang benar-benar tepat untuk kita.”
“Mak aihh... macam tu pulak. Habis tu, Cik
Ann tak mengamuk ke?” Apa punya soalan macam
tu.
Ash Fayyad tersenyum.
“Mau tak ngamuk. Ni ha, kalau awak cek
henfon saya, dah berapa ratus kali missed call kat
saya. Dah berapa juta mesej merayu-rayu kat saya.
Kalau awak nak baca, bacalah.” Unjuk lelaki itu
padanya.
“Ehh.. tak naklah. Buat apa saya nak tau
hal Cik Fayyad berdua. Tapi saya rasa, kalau saya
pun, saya rasa Cik Fayyad.. err... kejam...” Ain
164
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Dheya segera menutup mulutnya sambil menjeling
seketika ke arah lelaki itu.
Lelaki itu tergelak kecil.
“Haha, awak ni Dheya. Pandai-pandai pula
ya nak menghukum saya. Dia tu nak saya sebab
harta saya. Cuba kalau saya ni tukang sapu je, ada
awak rasa dia nak kat saya?”
“Itu saya tak taulah, Cik Fayyad.
Perempuan ni lain-lain citarasanya...”
Ash Fayyad menjeling ke arahnya seketika.
“Habis tu. Macamana pulak dengan taste
awak?”
“Ha? Taste.. taste saya?” Alamak. Kena
fikir sekarang ke?
“Awak pernah suka sesiapa tak kat pejabat
tu?”
“Kenapa Cik Fayyad tanya saya macam
tu?”
“Iyalah. Kalau saya pun awak tak suka,
tentu ada lelaki lain kat pejabat tu yang awak suka.
Misalnya macam kawan saya ke...”
“Oih, Cik Fayyad ni. Biar betul. Siapa?”
“Sebenarnya Cik Airiz tu suka kat awak.
Eh, awak tak pasan ke?”
Airiz ?
“Alaa.. dia tu kan playboy. Tapi saya heran
pulak. Awak yang diigau-igaukan sangat. Awak
tau tak, dia pesan saya jangan ganggu awak tau.
Haha. Matilah saya kena kutuk dengan dia kalau
saya beritahu dia yang saya dah lamar awak...” ujar
lelaki itu lagi. Memang sebelum ini dia sedar yang
dia telah berjanji tidak akan mengganggu gadis itu
kerana telah di`cop’ oleh teman baiknya itu. Namun
keadaan telah mengubah pendiriannya kali ini.
165
HASREEYATI RAMLI
“Alamak, iya ke ni, Cik Fayyad? Ermm...
patutlah dia cuba usha-usha saya tapi saya buat
‘derk’ aja sebab saya tak anggap lain pun.” Barulah
dia terperasan akan hal itu. Namun dia juga tidak
terfikir pun untuk ada hati dengan mana-mana lelaki
pun di pejabat itu.
“Cik Fayyad, saya harap Cik Fayyad faham
yang saya tak boleh nak terima idea Cik Fayyad tadi
tu. Maaf ya,” mohonnya lagi. Minta-mintalah
selepas ini dia tidak akan disogok dengan
permintaan yang tidak logik lagi.
Tiba-tiba telefon Ash Fayyad berdering dan
lelaki itu menjeling seketika.
“Panggilan dari Dr. Hisham.” Pantas sahaja
dia menjawabnya.
“Ash, you ada kat mana dah ni? Cepat patah
balik. Dheya cuba bunuh diri lagi.” Berdecit bunyi
tayar kereta Ash Fayyad mendengar ayat terakhir
itu. Spontan dia membrek dan bergerak ke tepi.
“Uii, Cik Fayyad! Napa nak bunuh kita
berdua ke ni?!” Jerit Ain Dheya lagi sambil
memegang kedua belah sisi kereta lelaki itu.
Dadanya berdebar kencang.
Sempat dia menjeling ke cermin di sisinya.
Mujur tidak ada kereta di belakang mereka. Jika
tidak tentu mereka akan dilanggar.
“Kenapa ni? Ada apa-apa ke?”
Ash Fayyad menoleh ke arahnya dengan
dahi berkerut.
“Feyda cuba bunuh diri lagi...”
Ain Dheya ternganga kerana terkejut.
“Astagfirullah.... macamana boleh jadi
gitu? Cepat, cepat. Kita patah balik!” Gesa Ain
166
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Dheya tanpa menyedari dia telah menepuk-nepuk
lengan kiri lelaki itu.
“Iyelah. Iyelah. Tau.” Lelaki itu kemudian
berpatah balik. Mujurlah mereka dapat mencari U-
turn yang berhampiran.
Ketika Ash Fayyad dan Ain Dheya
bergegas ke bilik Alia Feyda, dilihatnya seorang
jururawat dan Dr. Hisham sedang memeriksa gadis
itu yang telah diberikan sedatif untuk tidur.
Sepertimana yang diduganya, adiknya telah
mengelar pergelangan tangannya lagi.
Ash Fayyad hampir bergenang air mata
apabila melihat keadaan adiknya yang pucat itu.
“Sham! Macamana boleh jadi begini?”
Ash Fayyad segera menerpa ke katil adiknya.
Wajah adiknya kelihatan pucat lesi sekali. Sedih
benar dia melihat keadaan adiknya itu.
“Kenapa Feyda buat macam ni, dik...” Ash
Fayyad mula mahu sebak.
“Ash, masa jururawat yang bertugas nak
bagi dia ubat, dia hilang. Jenuh jugalah kami cari.
Tengok-tengok dia dah kelar tangannya di bilik air
ni. Ada dia cakap apa-apa kat you ke? Atau kat staf
you ni?” Ain Dheya saling berpandangan dengan
Ash Fayyad. Rasa serba salah mula mencengkam
diri.
167
HASREEYATI RAMLI
“Err... tadi lepas aku berbincang sesuatu
dengan Dheya, aku ada masuk semula berjumpa
dengan adik aku dan bagitau dia keputusan Dheya.
Aku rasa dia tak dapat terima semua tu...” jelas
lelaki itu lagi pada temannya. Yang sudah
semestinya tidak faham apa-apa.
“Keputusan? Keputusan apa pulak ni? You
tau kan dia tak boleh stress dalam keadaan dia
macam ni? Huii, kau ni. This may have led her to
this, okay?” jelas Dr. Hisham lagi. Lelaki itu
kemudiannya menarik lengan temannya itu ke satu
sudut.
“Ash, aku dah pesan pada kau. Dia akan
buat sesuatu kalau kau tak ikut kemahuan dia. Kau
nak adik kau mati ke?” Sergah Dr. Hisham lagi.
Walaupun nadanya seakan marah namun dalam ton
yang perlahan yang hanya didengari oleh mereka
berdua.
“Kau tau tak apa permintaan dia?”
Dr. Hisham mengangkat bahu. Merenung
tajam ke arah temannya. Menunggu jawapan.
“Dia nak aku kawin ngan minah ni sebab
dia nak minah ni jaga dia sampai bila-bila. Kau
ingat senang ke aku nak buat keputusan tu?” giliran
Ash Fayyad pula menekankan suaranya dengan
agak kasar namun tidak didengari oleh Ain Dheya
atau jururawat itu.
Terjengil mata Dr. Hisham seakan tidak
percaya apa yang didengarinya itu.
“Tentu dia suka kat minah tu sampai
macam tu sekali... Habis tu, kau nak buat apa
sekarang ni, ha? Kalau dia buat lagi, she may not
survive... ” soal Dr. Hisham pula. Risau juga dia
dengan keadaan pesakitnya itu.
168
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ash Fayyad mengeluh berat. Sukarnya dia
mahu membuat keputusan itu.
“Ada ke orang kahwin tanpa cinta?”
“Mana aku tau! Kau kena fikir hal adik kau
ni, Ash. Kau nak dia mati ke?”
Ash Fayyad bungkam lagi. Sesekali
menjeling ke arah gadis itu.
“Nanti aku fikirlah, Sham. Kau pun tau
kan, she is not my type!” Tokok Ash Fayyad lagi.
“Kalau aku, minah tu dah type aku pun.
Kau ubah je penampilan dia. Touch up sana sini
sikit. Ha, okeylah.” Usul Dr. Hisham lagi sambil
matanya sempat mencuri pandang ke arah gadis itu.
Cantik dan manis gadis itu pada pandangannya.
Kalau Ash Fayyad tidak mahu melakukan sesuatu,
dia sendiri yang akan cuba untuk memenangi hati
gadis itu.
“Kau ni, Sham. Gila ke ape?!” bisik Ash
Fayyad lagi.
“Aku tak tau pasal kau. Tapi baik kau fikir
balik. Okeylah, aku nak cek patient lain pulak.” Dr.
Hisham menepuk bahunya dan berlalu dari bilik itu.
Ash Fayyad menoleh ke arah Ain Dheya.
Dia harus melakukan sesuatu tentang semua ini.
“Dheya, saya tak tahu lagi nak cakap apa
pada awak. Inilah yang saya cakap pada awak tadi,”
wajah Ash Fayyad berubah sugul ketika
menuturkannya.
169
HASREEYATI RAMLI
“Awak nak duit tambahan lagi tak? Saya
sanggup bayar banyak mana yang awak minta, tapi
jangan biar saya hilang adik saya ni. Dialah satu-
satunya adik yang saya ada kat dunia ni,” rayu
lelaki itu lagi. Ain Dheya keliru semula.
“Cik Feyda cuba bunuh diri lagi ke ni...
sebab... sebab sa-saya ke,” soalnya kali ini. Apakah
yang harus dilakukannya kini?
Ash Fayyad tidak menjawab soalan itu
namun cuma mengangguk perlahan.
“Saya bagitau keputusan awak. Dia tak
dapat terima dan menangis tak henti-henti. Saya
marahkan dia sebab saya cakap kita tak boleh paksa
semua orang ikut kehendak kita. Lagi sekali dia
marahkan saya dan kata saya tak sayangkan dia.
Lepas tu saya keluar aje. Tak tahu pula dia akan
ambik tindakan begini...” ujar lelaki itu lagi sambil
memandang sayu ke arah adiknya itu.
Ain Dheya berada di dalam keadaan serba
salah.
“Cik Fayyad... kalau tak ada apa-apa, saya
nak baliklah. Saya macam tak sihat aje ni.” Ujarnya
lagi dan berpaling ke arah pintu.
Baru dia sedar yang mereka terlalu sibuk
dengan hal adik lelaki itu hinggakan dia tidak
makan tengah hari pun. Perutnya yang kosong
sudah lama minta diisi.
“Oh, maafkan saya Dheya. Kita tak makan
lagi, kan? Apalah saya ni. Jom kita makan dulu.
Nanti saya minta jururawat perhatikan adik saya ni.
Kasihan awak.” Ujar lelaki itu lagi dan keluar
terlebih dahulu darinya.
Ain Dheya kemudiannya mengikutnya dari
belakang. Lemah longlai langkahnya kali ini.
170
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Serabut juga kepalanya memikirkan kejadian yang
berlaku pada hari ini.
Di perkarangan tempat letak kereta, Ain
Dheya seakan melangkah malas ke arah kereta
lelaki itu. Apa yang harus dilakukannya sekarang
ini? Apakah dia harus mengorbankan dirinya untuk
kepentingan orang lain?
“Dheya, kenapa ni? Rasa tak sihat lagi ya?
Cepat kita cari kedai makan dulu.” Gesa Ash
Fayyad lagi.
Fikiran Ain Dheya masih lagi buntu. Dia
harus berbincang dengan Masniza selepas ini. Juga
jika dia sudah mengambil kata putus, dia juga harus
berbincang dengan ibunya di kampung. Akhir
sekali dia harus buat solat Istikarah jika masih lagi
menemui jalan buntu.
Mereka tiba di restoran mewah yang belum
pernah dijejakkan kakinya sebelum ini.
“Mahal tempat ni, Cik Fayyad.” Ain Dheya
berasa tidak selesa dengan semua itu. Jika dia
terpaksa berkahwin dengan lelaki itu, inikah
kehidupan yang bakal dilaluinya nanti? Iyalah. Dia
agak kekok untuk berdampingan dengan lelaki yang
berkedudukan seperti itu.
Tiba-tiba matanya terpandang kelibat
seseorang yang agak dikenalinya sedang berjalan
pantas meluru ke arah meja mereka.
Ann Dayana!
Dengan skirt paras atas lutut dan baju blaus
putih tanpa lengan yang dipakainya itu, nampak
jauh berbeza dengan dirinya yang setia dengan baju
kurung sahaja.
171
HASREEYATI RAMLI
Dengan wajah yang bengis, gadis itu
memandang ke arahnya dengan langkah yang
panjang.
“Ohh... merpati sejoli rupanya! Patutlah
cepat sangat you nak putuskan hubungan you
dengan I, ya! Sebab budak kampung ini, kan?” Ann
Dayana menghempaskan beg clutch yang
dipegangnya ke atas meja makan itu sambil
bercekak pinggang. Matanya sudah merah menyala
menahan marah.
“Ann, please don’t make a scene here. I
bawak dia makan je.” Pinta Ash Fayyad dengan
lembut sambil menarik tangan gadis itu dari
menghampiri Ain Dheya. Dia tahu apa yang akan
dilakukan oleh Ann Dayana jika dia sudah hilang
sabar.
“Make a scene? You pulak, kenapa tak nak
jawab call atau mesej dari I, ha? Betul-betul ke you
nak putus dengan I ni? Sampai hati you ya...
semuanya sebab budak kampung ni, kan?” jerit Ann
Dayana lagi tanpa memperdulikan pengunjung yang
lain yang sudah menumpukan perhatian ke arah
mereka.
“Ann... kita putus bukan sebab Dheya. You
pun tahu, kan.” Ash Fayyad masih lagi berlembut
dengan bekas kekasih hatinya itu. Dia sedar, dia
perlu membawa Ain Dheya keluar dari situ jika
tidak mahu sesuatu perkara yang buruk berlaku pada
gadis itu.
Pang!
Panas pipi Ain Dheya ditampar oleh Ann
Dayana. Ash Fayyad sama sekali tidak menduga
Ann Dayana akan mengambil kesempatan itu untuk
memalukan Ain Dheya.
172
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ain Dheya bingkas bangun dan berlari
keluar dari restoran itu. Beberapa mata yang
memandang ke arah mereka sejak dari tadi kelihatan
berbisik-bisik sambil menjeling ke arahnya.
Malunya tidak terkira ketika itu.
“Kenapa dengan you ni, ha Ann?!” Ash
Fayyad menarik tangan Ann Dayana keluar dari
situ. Tidak tahu ke mana arah tujuan Ain Dheya
keluar dari situ sebentar tadi. Susahlah dia nak cari
nanti. Namun dia harus menyelesaikan urusan dia
dengan Ann Dayana dahulu.
“Look, Ann. We are over, okay. Full stop.
So, you better behave yourself!” Gertak Ash
Fayyad lagi sambil menarik lengan gadis itu dengan
kasar.
Ann Dayana meronta minta dilepaskan.
Menjeling tajam ke arahnya. Geram betul dia
dibuatnya melihat sepasang kekasih baru itu
memadu rasa di situ.
“Yang you pulak, apa yang you buat kat
sini?” Ash Fayyad baru teringat sesuatu. Pasti Ann
Dayana juga tidak keseorangan dengan dress up
seperti itu. Dia meneka sendiri.
“Err... I datang makanlah. Kenapa?”
“Haa... tau pun. I pun datang makan jugak.
Dengan staf I. Yang kerja jaga adik I. Salah ke?”
Ann Dayana kelihatan serba salah kini. Dia
sedar akan kesilapannya. Namun sudah terlambat.
“Ermm... I mintak maaf okey. Tapi kenapa
you kena keluar dengan staf you tu? Mana adik you
sama?” Tercari-cari juga tadi kelibat adik lelaki itu.
“Dia kat hospital now. Kami baru je balik
dari sana.” Jelas Ash Fayyad lagi.
173
HASREEYATI RAMLI
“Okeylah, Ann. I kena cari staf I tu. Sian
dia tak makan dari tadi. Tapi pleaselah, lain kali
jangan buat macam ni lagi, ok? I have to go now.”
Dengan ayat terakhir itu, Ash Fayyad berlalu pergi
meninggalkan Ann Dayana yang kehabisan kata-
kata.
Di dalam teksi dalam perjalanan pulang ke
rumah lelaki itu, Ain Dheya segera menelefon
Masniza dan menceritakan segalanya.
“Habis tu, kau setuju?”
“Gila aku nak setuju. Tapi kesianlah adik
dia tu. Tak dak kawan rapat. Aku ni yang lani jadi
kawan dia. Sebab tu dia takmo pisah dengan aku.
Penyakit dia tu buat dia jadi takut semacam apatah
aku pun tatau.”
“Huii.... payahlah hang mo lagu tu no. Hang
pi bagitau hal ni ngan mak hang dah ka? Kot la dia
boleh bagi nasihat kat hang lagu gena-gena.”
“Geliga jugak no otak hang. Tapi hang ni
gila ka hapa? Nak mampoih mak aku terkejut
bewak? Aku nak tolong dia, bukan nak bagi susah
hati tambah lagi!”
“Aku pun tataulah nak selesai masalah hang
ni gena-gena, Dheya. Apapun hang kena solat
Istikarah paihni no. Tengok Tuhan nak tunjuk apa
kat hang. Sabaq saja la no dulu. Sori no. Tadi bukan
aku tak nak fetch hang. Manager tak bagi aku
keluaq bilik mesyuarat.”
174
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Tak palah. Aku pening ni. Lapar pun ya.
Bye.”
Ketika Ain Dheya tiba di perkarangan
porch rumah lelaki itu, kereta lelaki itu sudah ada di
situ. Cepatnya dia sampai. Perutnya sudah
bergelora.
Cepat-cepat dia ke dapur mencari Mak Ros.
Dia melihat lelaki itu sedang makan nasi di meja
makan di dapur.
“Haa... Dheya? Kenapa tak balik sekali
dengan Ash tadi? Puas Mak Ros tanya dia mana
kamu, dia tak nak jawab pun. Apa dah jadi ni?”
Mak Ros mulalah menyoalnya macam-macam.
Dia tidak segera menjawab. Hanya
membasuh tangan dan mengambil pinggan. Nasi
disenduknya dalam kuantiti yang agak banyak.
“Laparlah Mak Ros.” Keluhnya sambil
tidak memperdulikan lelaki itu yang sedang
memerhatikan tingkah lakunya.
“Tanyalah orang tu Mak Ros. Jangan tanya
saya.” Tokoknya lagi lantas duduk di meja yang
sama.
Ash Fayyad tersenyum memerli.
“Mak Ros, tengok tu. Macam tak makan
nasi 10 tahun.” Ejek lelaki itu lagi apabila melihat
dia makan dengan lahapnya.
“Diamlah. Orang tengah lapar ni.”
Kembali menyambung suapannya semula.
Mak Ros tergelak melihat telatahnya.
“Eh, apa dah jadi dengan Dheya?” soal
orang tua itu lagi.
Akhirnya Ash Fayyad menceritakan hal
adiknya kepada orang tua itu.
175
HASREEYATI RAMLI
Lama juga orang tua itu termenung.
Kemudian tiba-tiba air matanya mengalir. Segera
dikesat dengan hujung baju kurung Kedah.
“Uih, napa ni Mak Ros?” tegur Ain Dheya
sambil bangun menambah nasi dari periuk. Sedap
betul lauk ayam masak merah yang orang tua ni
buat.
“Dakk... tak dak apa aih. Payah jugak no
adik kamu ni, Ash. Mak Ros pun tak tau nak fikir
macamana dah. Habis tu, sekarang ni, dia okey ka?
Sapa tunggu dia?” Kerisauan jelas terbayang di
mata orang tua itu. Kedua-dua beradik itu sudah
lama dianggap bagai anak-anaknya sendiri.
“Habis tu, kamu macamana Dheya?”soal
orang tua itu sambil berpaling ke arahnya.
“Uih Mak Ros ni, kenapa dengan saya
pulak? Tak pasal-pasal beralih kat saya ni, awat?”
terkejut juga Ain Dheya dibuatnya. Dia menjeling
ke arah Ash Fayyad yang lambat benar menyuap
nasi ke dalam mulut. Lebih banyak termenung dari
makan.
“Haa... dah tu. Tadi Ash kata dia ajak kamu
kahwin. Takut Feyda cuba bunuh diri lagi.” Nak
kata gadis itu sedikit mental, takut pula dia terlepas
cakap. Sudah beberapa kali cuba membunuh diri
sebab sedih. Apalah punya manusia yang tak tahu
erti bersyukur pada Tuhan kalau gitu.
Ain Dheya tidak jadi menyuap lagi.
Seleranya sudah mati. Nasinya masih bersisa lagi.
Kali ini gilirannya pula untuk termenung.
“Mak Ros, benda kahwin ni bukan main-
main...”
“Ada ke saya kata saya nak main-main?”
tekejut Ain Dheya dan Mak Ros kali ini apabila Ash
176
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Fayyad tiba-tiba menjerkah padanya. Lelaki itu
memandang ke arahnya dengan pandangan yang
nak makan orang itu semula.
“Ish, Cik Fayyad. Sabaq noo...” lantaklah
kalau dia bercakap dialek utara pun kali ini. Dah
puas dia kontrol cakap selatan dengan lelaki itu
selama ini.
“Apa sabar-sabar? Awak sukalah ya kalau
tengok adik saya mati? Payah sangat ke nak kahwin
dengan saya ni? Saya kurang kat mana, ha? Saya
tak cukup hensem untuk jadi laki awak ke?” Sergah
Ash Fayyad lagi. Kali ini dia tidak menyentuh
nasinya lagi.
Ain Dheya yang masih lagi terkejut dengan
suara lelaki itu yang sudah meninggi sebegitu
menoleh ke arah Mak Ros. Berkerut dahinya
seketika. Kemudian menoleh semula ke arah lelaki
itu.
“Cik.. Cik Fayyad. Saya... saya tak nak
kahwin bukan sebab tu. Saya... saya tak nak kahwin
sebab-“
“Sebab apa!” Kali ini Ash Fayyad
menepuk meja dan berdiri sambil merenung tajam
ke arahnya.
“Sebab saya tak cintakan Cik Fayyad!”
Haa... ambik. Dia pun terkejut jugak. Nak melatah
pun ya.
Mata Ash Fayyad merah bersaga.
“Huii.. lagi-lagi cinta, cinta, cinta. Mak
Ros, orang dulu-dulu tak de bercinta-cinta pun kan?
Terus kahwin aje kan?” soal Ash Fayyad pada Mak
Ros pula. Tahu pulak nadanya direndahkan
kembali. Tetapi pada dia, tinggi macam nak
mampos.
177
HASREEYATI RAMLI
Mak Ros rasa serba salah. Antara nak
menjawab dengan tidak.
“Errr... itu dulu, Ash. La ni rasanya tak
kot...” jawab orang tua itu lagi dalam keadaan takut-
takut.
“Dheya, saya nak cakap dengan mak awak.
Bak nombor telefon.” Gesa lelaki itu lagi. Ain
Dheya tidak bergerak.
“Ain Dheya!” Kali ini meja makan itu
sekali lagi ditepuk dengan kuatnya.
“Uii... Cik Fayyad. Kalau saya ada sakit
jantung. Dah lama saya mati la la ni jugak, tau dak.”
Namun dalam takut-takut begitu, dia menekan
nombor telefon ibunya dan menunggu ibunya
menjawab.
“Assalamualaikum mak. Mak sihat?”
Matanya merenung ke arah lelaki itu. Meluat
sungguh dengan perangai tak reti nak cakap elok-
elok tu.
“Waalaikumsalam, Dheya. Ha, ada apa lak
ni?”
Ain Dheya teragak-agak kali ini.
“Mak... anak boss Dheya nak cakap dengan
mak. Sat no.” Telefonnya dihulurkan kepada lelaki
itu dengan rasa serba salah.
“Assalamualaikum mak cik...” Ash Fayyad
kemudiannya bangun dari meja itu.
“Apa yang mak kau cakap dengan kau lepas
tu, Dheya?”
178
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Selepas lelaki itu menelefon ibunya, yang
hanya separuh jalan, lelaki itu menghulurkan pada
semula.
“Awak tak top up ya? Dah habis.” Rungut
lelaki itu.
“Mana saya singgah kedai pun, Cik Fayyad
nilah.” Dirampasnya dengan muka mencuka.
Kemudiannya lelaki itu mengambil nombor
telefon ibunya dan menelefon sendiri dengan
telefonnya.
Ain Dheya kemudiannya mengirimkan
mesej sahaja kepada Masniza.
“Tahla. Aku pun tataulah dia goreng apa kat
mak aku tu. Kalo mak aku termakan, matilah aku.”
“Hmm... payah gak no. Tapi sereyau aih
aku bila hang ceghita adik dah suka kelaq tangan dia
tu. Hishh... apala buat lagu tu. Macam tak dak
agama ja...”
“Oih, hang ni. Baik-baik sikit. Dia tu sakit.
Hang takle nak salahkan dia.”
“Tak pa, nanti raya aku pi mintak maaf la.”
“Banyaklah hang punya raya. Ni la ni aku
tak taulah nak buat apa. Aku dah terperangkap dah
ni.”
“Wei, nanti hang tolong reload kat aku na.
Aku tak kuar ni. Aku nak call mak aku sat.”
“Haa... boleh, boleh.”
Tidak lama selepas itu, Ain Dheya sudah
boleh menghubungi ibunya semula.
“Mak, apa anak boss Dheya cakap kat mak
tadi?” Berdebar-debar juga dia dibuatnya.
“Bagus betul anak boss Dheya tu, kan.
Berani betul nak lamar anak mak ni ya.” Memang
179
HASREEYATI RAMLI
dah sah. Mak dah termakan dengan pujukan Ash
Fayyad.
“Mak, Dheya ambik tugas ni sebab nak
tolong mak langsaikan hutang RM30,000.00 ja.
Lagi dua minggu ja nak habis tolong jaga adik dia.”
Terdiam lama ibunya. Hanya kedengaran
bunyi esakan di hujung talian sana.
“Mak? Mak teriak ka ni? Laa...
janganlah macam ni.”
“Mak rasa bersalah sangat dengan kamu,
nak. Sebab mak tak dapat nak buat apa-apa. Mak
tak tau kamu buat semua ni untuk mak.”
“Laa... mak. Janganlah macam ni. Ni dah
jadi tugas Dheya nak bantu mak. Selama ni pun
mak dah banyak susah payah bagi kami sekolah dan
makan dan ilmu agama. Tu dah lebih dari cukup
mak. Dah tak terbalas pun semua tu mak.”
Ibunya terdiam lagi.
“Dheya, betul ka adik dia tu nak Dheya ja
yang jaga dia? Sampai nak bunuh diri tu hai
susahlah macam tu. Kesian jugak mak dengaq.”
“Mak, kita tak boleh nak ikut cakap depa ni
sangat.”
“Dheya, mak dah setuju Cik Fayyad tu nak
lamar kamu.”
Giliran Ain Dheya pula terdiam.
“Mak... Dheya tak cintakan dia. Macamana
Dheya nak hidup dengan dia. Mak ni... tolong
jangan paksa Dheya.”
“Dheya, dulu pun mak dan aruah ayah
kamu pun kami tak pernah bercinta pun. Penting
sangat ka cinta-cinta ni? Akulah ... tak faham betoi
la dengan budak-budak muda la ni. Nak suami yang
romantik la, nak kekasih yang romantik la.
180
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Mengarutlah semua tu. Kalau tak sembahyang
bang, tak bahagia aih rumah tangga tu. Tak berkat.
Solat tu lagi penting dari romantik-romantik ni,
hang tau dak?”
Dah mulalah ibunya hendak membebel.
“Mak ni...”
“Dheya, mak rasa hang kena
pertimbangkan hal ni. Sian mak dengaq ceghita dia
pasai adik dia tu. Mak tataulah hang dah buat apa
kat dia sampai dia sayang kat hang, nak hang jaga
adik dia.”
“Errkk? Sayang? Dia kata dia sayang
Chek ka mak?” Ain Dheya bagaikan tidak
mempercayai perkataan yang didengari dari ibunya
sebentar tadi. Cik Fayyad mengaku kat mak aku
yang dia sayangkan aku? Impossible!
“Mak... oo... mak... Jangan dok caya la
cakap-cakap palsu dia tuu... Dia nak pekena chek
saja tuuu...” Rayu Ain Dheya lagi. Bagaimanalah
ibunya boleh terpedaya dengan kata-kata lelaki itu?
Ibunya bukan pernah bertemu lagi dengan lelaki itu.
“Ni, Dheya. Mak boleh dengaq dari sogha
dia yang dia tu ikhlas nak buat hang bini dia. Hang
nak laki yang macamana lagi? Hang nak hat laki
yang romantik macam dalam novel-novel yang
hang dok baca tu ka? Atau hat hang dok tengok
petang-petang kat t.v. tu ka? Haish.. budak ni... aku
sekeh, percuma kot!” Sergah ibunya kali ini. Aik,
ibunya pun dah menyebelahi Cik Fayyad pula. Tak
patut betullah.
“Mak... Janganlah paksa Chek. Chek
takmo kat dia...” namun dia sedar. Ibunya tidak
akan mendengar kata-katanya lagi.
181
HASREEYATI RAMLI
“Hang ni kan Dheya, mak tau lah mana hat
elok untuk hang. Jangan bangkang cakap mak,
buleh dak?”
Ain Dheya terdiam seketika.
“Mak... chek tak kenai dia... Dia garang
ngan Chek...” rayu Ain Dheya lagi. Kalau boleh,
sekarang juga dia ingin terbang ke kampung dan
memujuk ibunya.
“Dah, dah. Mak dah kata mak setuju. Dua
minggu lagi lepas mak pak dia balik mai dari
Mekah, dia nak buat akad nikah ringkas ja. Tu
katanya.”
“Mak... jangan buat Chek lagu ni...”
Rayunya lagi. Air matanya sudah mengalir laju.
Ash Fayyad mendengar semuanya dari
celahan pintu bilik Ain Dheya yang tidak tertutup
rapat. Dia terasa agak berkecil hati juga kerana Ain
Dheya tidak pernah pun menyukai dirinya.
Salahnya juga kerana selama ini dia tidak pernah
pun bercakap dengan elok. Ada sahaja yang hendak
dimarahinya bila bersua muka dengan gadis itu. Dia
sendiri pun naik hairan. Namun walau dimarahi
sekalipun, hati gadis itu sekeras batu. Ya, memang
keras pun. Diajak kahwin pun tak nak.
“Ain Dheya.”
182
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Malam itu, selepas turun membantu
Mak Ros menyediakan makan malam dan makan
bersama-sama dengan lelaki itu dan Mak Ros, Ash
Fayyad memanggilnya.
“Jom, kita bincang kat luar kejap.”
Mak Ros mengangguk ke arahnya.
Ain Dheya membuat muka tanda tidak
mahu.
“Dheya... saya cakap elok-elok dah ni.”
Ain Dheya melangkah dengan berat hati.
Di luar, angin sepoi-sepoi bahasa. Tidak
terlalu sejuk sangat kerana musim panas sekarang
ini membuatkan cuaca yang tidak menentu.
Mereka berdua berdiri di luar.
“Dheya, mak awak dah setuju saya nak
kahwin dengan awak. Awak tau, kan?”
Direnungnya gadis itu seketika.
“Ya, Cik Fayyad.”
“Boleh tak awak panggil saya abang. Saya
akan jadi suami awak tak lama lagi, kan?”
Alamak. Rasa nak termuntahlah pulak.
“Boleh saya nak cakap sikit tak, Cik
Fayyad-“
“Abang...”
Ain Dheya menggeleng laju.
“Maaf, saya tak boleh.”
“Kenapa?”
“Saya memang tak boleh keluar perkataan
tu pada Cik Fayyad, okey. Jangan tanya kenapa,
boleh tak?”
Ash Fayyad tergelak kecil.
“Hmm... okey, awak boleh amik masa. Ha,
nak cakap apa? Cakaplah.”
183
HASREEYATI RAMLI
Ain Dheya merenung lama ke wajah lelaki
itu yang samar-samar sahaja di dalam cahaya lampu
kuning di luar.
“Saya tak setuju nak kahwin ngn awak.”
Ash Fayyad tergelak kecil kali ini.
“Berapa yang awak nak saya bayar awak
lagi kali ni, hmm?”
Ain Dheya sudah mula mahu hilang
kesabarannya.
“Astagfirullahil azim Cik Fayyad ni. Cik
Fayyad ingat semua orang boleh dibeli dengan duit
ka?” Geram juga dia mendengar kesombongan
lelaki itu. Macam ni nak jadi laki aku?
“Ya. Everyone got their own price.” Sinis
sahaja senyuman lelaki itu.
“Cakap elok-elok sikit na, Cik Fayyad.
Saya amik tugas ni sebab nak bantu mak saya kat
kampung tebus tanah yang dia duduk dengan adik-
adik saya sekarang ni. Saya cuma perlu
RM30,000.00 ja. Lebih tu Cik Fayyad boleh ambik
balik.” Geram betul dia dengan sikap sombong
lelaki itu. Mak dia di kampung mana tahu perangai
sebenar lelaki itu.
“Hmm... betul ke ni?” Ash Fayyad
menduga.
Ain Dheya mengeluh panjang.
“Ya ALLAH.... tak caya sudah!” Ain
Dheya berpaling ke arah lain sambil memeluk
tubuh.
Ash Fayyad tergelak lagi.
“Bakal pengantin apa kamu ni, Dheya.
Hai... tahlah. Nak cakap pun susah.” Ash Fayyad
tertawa besar kali ini.
“Pengantin tak sudi!” Jerit Ain Dheya lagi.
184
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ash Fayyad menekan-nekan perutnya
menahan tawa besar.
“Hadui la, Dheya. Macam nilah. Esok kita
pergi jumpa Feyda dan beritahu dia berita gembira
ni, okey? Lepas tu, kita pergi cari baju nikah ya?”
Alamak. Dia dah plan semuanya ni.
Ain Dheya tidak tahu hendak kata apa lagi.
“Dah habis ke ni? Nak cakap itu aje, kan?
Okeylah, Cik Fayyad. Saya nak tidur dah. Esok nak
bangun awal.”
Ain Dheya memuncung panjang dan
berlalu dari situ. Ash Fayyad tergelak besar lagi.
Di perkarangan Hospital KPJ Seksyen 20,
Ain Dheya berjalan di belakang Ash Fayyad.
“Dheya, boleh tak jalan sebelah saya.
Barulah romantik sikit.” Tiba-tiba sahaja Ash
Fayyad menyakatnya begitu.
“Uiih, Cik Fayyad ni. Apa pulak ni?” Ain
Dheya cuba mengelak.
“Dah tu, awak gak mengadu kat mak awak
yang saya ni tak romantik. Mari sini, saya nak
romantik-romantik dengan awak.” Usik Ash
Fayyad lagi. Ain Dheya hampir ternganga.
Rupanya telinga lintah jugak ya. Apa pun di dalam
rumah ni semua diketahuinya. Jangan-jangan dia
tak tutup pintu rapat agaknya. Aduh. Salahnya
juga.
“Cik Fayyad bukan boyfren saya pun...”
ujarnya dalam nada perlahan.
185
HASREEYATI RAMLI
“Kena jadi boyfren dulu ke baru boleh kira
nak romantik-romantik ni? Aduhai, Dheya. Awak
ni terlalu banyak tengok t.v.lah nampaknya. Kesian
awak kan...” ujar Ash Fayyad lagi.
“Kenapa?”
“Yalah. Kena jadi boyfren dulu untuk jadi
romantik. Kalau jadi suami terus, tak boleh ke nak
romantik ni? Nanti dah sah, lebih dari romantik saya
buat pada awak, okey!” Ash Fayyad tergelak kecil.
Ain Dheya menggeleng tak percaya.
“Cik Fayyad!” Ain Dheya geram dan
berjalan melepasi lelaki itu dengan langkah yang
lebih laju. Lelaki di belakangnya masih lagi
tergelak dan dia lebih sakit hati dengan lelaki itu.
Apabila berita itu disampaikan pada Alia
Feyda, wajah gadis itu bertukar ceria serta-merta.
Tangan Ain Dheya digenggamnya. Air
matanya kelihatan bergenang di kelopak matanya.
“Terima kasih, Dheya.” Hanya itu yang
mampu diucapkannya. Genggaman erat yang
dirasainya begitu menyentuh jiwa Ain Dheya. Dia
berpaling ke arah Ash Fayyad. Yang mengangguk
perlahan kepadanya.
Selepas beberapa lama berada di hospital
menemani adiknya berbual-bual, Ash Fayyad
meminta diri.
“Feyda, abang nak bawa bakal kakak ipar
kamu ni cari baju nikah kami. Ada nak pesan apa-
apa tak ni?”
“Abang, Feyda nak balik rumahlah. Bosan
Feyda kat sini. Tak ada siapa nak berbual dengan
Feyda.” Monyok betul rupa adiknya. Ash Fayyad
tersenyum sahaja.
186
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Nanti abang tanya Dr. Hisham. Kalau boleh,
petang ni kita discas ya?” pujuk lelaki itu lagi.
Ain Dheya hairan kerana lelaki itu boleh pula
berbuat baik dengan adiknya. Dengan dia, cakap tak
pernah elok pun.
“Hmm... abang jumpa Dr. Hisham dulu ya?”
Alia Feyda mengangguk laju. Wajahnya
kelihatan ceria pada pagi ini.
“Dheya, lepas ni temankan saya datang buat
fisio ya. Saya nak cepat sembuh. Saya nak
mengembara backpackers dengan Dheya.” Berseri-
seri wajah gadis itu dengan harapan yang baru.
Ain Dheya mengangguk laju.
“Baguslah kalau macam tu. Okeylah. Lagi
cepat Cik Feyda sembuh, lagi cepat kita boleh sama-
sama pergi jalan-jalan ya?”
Gadis itu mengangguk laju.
“Ha, Dr. Hisham kata boleh discas dah hari
ni. Dheya, kemaskan barang-barang Feyda. Saya
nak turun setel bil kat bawah.”
Ain Dheya mengangguk laju.
“Baik Cik Fayyad.”
Tidak berapa lama kemudian, mereka bertiga
keluar dari perkarangan hospital itu.
“Kita ke bandar dulu, ya?” gesa Ash Fayyad
lagi.
“Okey je, bang. Kita ke butik pengantin.”
Berdebar-debar dada Ain Dheya dibuatnya.
Tiba di butik pengantin. Ain Dheya bagaikan
terasa dipaksa-paksa. Hatinya tidak begitu teruja
dengan semua itu. Berat benar kakinya mahu
melangkah.
187
HASREEYATI RAMLI
Walaupun Ain Dheya kagum dengan pakaian
pengantin yang rata-ratanya putih belaka, dia
langsung tidak berminat dengan semua ini.
“Dheya, awak suka baju yang bagaimana?
Untuk majlis akad nikah, awak pakai baju kurung
moden ajela ya dengan veil?” Ujar Alia Feyda lagi.
Dia yang lebih bersemangat dari Ain Dheya. Yang
sejak dari tadi yang tidak sepatah pun bersuara.
“Huh? Err... saya.. saya tak tahu Cik Feyda
dalam bab-bab ni.”Kalaulah ada Masniza ketika ini,
senanglah cerita. Dapatlah Masniza memberi idea.
Masniza memang cekap dalam bab-bab memilih
pakaian ni.
“Ija, aku ada kat butik pengantin ni. Ce hang
tengok, mana lagi hat elok.” Ain Dheya mengambil
beberapa gambar baju pengantin dengan cepat dan
terus dihantar kepada teman baiknya itu. Mujur
juga Alia Fedya dan Ash Fayyad sedang memilih
dari beberapa buah buku bergambar baju pengantin
ketika itu.
“Woi! Hang kena nikah gak ka dengan
mamat singa tu?”
“Ha la. Shadap la hang. Buat sakit hati aku
ja. Dia pi call mak aku malam tadi. Aku tak taulah
dia gula-gulakan apalah kat mak aku tu.”
“Pulak dah. Bila nak langsung tu.”
“Dua minggu lagi. sebaik sahaja dua tiga hari
mak pak dia balik dari Mekah. Katanya nak buat
majlis tahlil doa selamat merangkap majlis akad
nikah aku dengan dia. Dia dak plan semua dah hang
oi. Ampeh betoi.”
Ain Dheya berasa geram juga kerana
segalanya diaturkan tanpa mendapat persetujuannya
terlebih dahulu.
188
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Okeylah Ija. Aku pi dulu.”
“Dheya, nak pakai jenis ni tak?” Alia Feyda
menunjukkan gambar baju kurung moden yang
berbunga-bunga timbul warna putih. Memang
cantik. Dengan model dalam gambar tu memanglah
cantik pun.
“Err... saya tak tahulah, Cik Feyda. Saya bab-
bab ni tak pandai.” Ujarnya cuba mengelak. Ash
Fayyad sendiri mencari gambar-gambar baju yang
lainnya.
Alia Feyda tergelak kecil.
“Awak nilah, Dheya. Janganlah macam ni.
Butik pengantin ni memang femes kat bandar ni.
Lebih cepat kita pilih, lebih cepat kita ke tempat lain
pula.” Ujar Alia Feyda lagi. Dia pula yang lebih
sudu dari kuahnya.
“Ini abang Feyda yang nak kahwin, kan?
Mestilah Feyda kena uruskan semuanya, ye tak ye,
abang?” soal Alia Feyda sambil memegang tangan
abangnya.
“Ha? Ye. Ye.” Ash Fayyad tidak mahu
membangkang cakap adiknya lagi. Pening kepala
dia nanti. Dia tahu, adiknya suka menguruskan
perkara-perkara begini sejak dulu lagi. Sebelum
kemalangan dulu pun, dia memang suka merancang
majlis-majlis yang dibuat di rumah mereka.
Apabila dia melihat Ain Dheya tidak begitu
menyukai semua itu, dia segera bangun dan menarik
gadis itu ke satu sudut.
“Adui, Cik Fayyad. Kenapa kasar ni?
Sakitlah.” Rungut Ain Dheya dengan membuat
muka.
“Saya boleh buat awak lebih sakit dari ini.
Faham tak? Awak better buat muka manis sikit bila
189
HASREEYATI RAMLI
adik saya tanya apa-apa. Saya tak nak awak tunjuk
yang awak tak suka kahwin dengan saya, faham tak
ni?” sergah Ash Fayyad lagi namun intonasi
suaranya hanya boleh didengari oleh gadis itu. Dia
tidak tahu bagaimana lagi harus menguruskan gadis
itu.
Ain Dheya sedar, dia tidak boleh
membantah lagi. Mata lelaki itu terjengil besar
menandakan dia betul-betul marah. Baik aku tak
cari pasal. Ain dheya mengangguk laju.
“Baik, Cik Fayyad. Saya faham.” Dia
meloloskan dirinya dari lelaki itu dan menuju ke
arah adik lelaki itu dan terus duduk meneliti contoh-
contoh baju yang terpapar di dalam buku gambar
itu.
“Yang ni rasanya sesuai untuk awak,
Dheya. Jom kita tengok di rak pula.” Ain Dheya
sempat menjeling ke arah Ash Fayyad yang
tersenyum lebar memandangnya sambil berjalan ke
arah rak-rak baju pengantin yang tersusun.
Setelah selesai memilih baju untuk akad
nikah, mereka ke pejabat agama dahulu untuk
mendaftar kursus perkahwinan.
“Cik Fayyad, saya dah ada pun sijil kursus
tu. Saya dah amik siap-siap semasa saya di kampus
dahulu.”
“Waa... itu sudah bagus. Saya pun dah lama
amik kursus tu. Kebetulanlah pula ya. Kalau
macam tu, kita daftar aje dulu, kemudian kita book
pula siapa jurunikah kita, ya?” Senang betul ya
lelaki itu menguruskannya. Tentu dia ada kenalan
di sini.
“Ikut Cik Fayyadlah. Feyda tentu dah jemu
menunggu kita. Mari cepat isi borang ni.” Gesanya
190
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
lagi. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat keluar dari
situ. Sesak nafas rasanya.
“Macam nilah yang saya suka. Awak tak
membantah.” Bisik lelaki itu lagi. Betapa dia tidak
menyukai senyuman lelaki itu.
Malam itu Ain Dheya berbual-bual dengan
Mak Ros di dalam biliknya selepas Alia Feyda tidur.
“Dheya... kamu dah setuju ya nak kahwin
dengan Cik Fayyad tu?” Ain Dheya mengangguk
lemah.
“Ya la, Mak Ros. Mak saya pun dah setuju.
Pagi tadi pun lepas ambik Cik Feyda dari hospital,
kami pergi tempah baju nikah. Pergi pejabat
agamalah. Hmm... semua ni macam berlaku dalam
sekelip mata sajalah,Mak Ros.” Keluh Ain Dheya
lagi.
“Siapa yang akan jadi wali kamu nanti?”
“Pak Long Asmadi sayalah, Mak Ros.
Dialah juga yang nak gadaikan tanah rumah tu kalau
saya tak cari duit tu.”
“Hmm... kalau macam tu, hang tak boleh
nak kata apalah dah. Hang kena ikut sajalah rentak
depa paihni.”
Ain Dheya mengangguk lemah. Kenapalah
dia terlalu lemah untuk menolak apa-apa? Semua
orang sudah berpihak pada Ash Fayyad kini. Itu
yang dia pasti.
Kedengaran pintu diketuk di luar.
191
HASREEYATI RAMLI
“Siapa pulak tu? Cik Feyda dah tidur.”
Ujar Ain Dheya lagi. Dia menoleh ke arah Mak
Ros.
“Siapa lagi. Kalau tak bakal suami Dheya.
Dahlah. Mak Ros nak tidur dulu. Pergilah keluar tu.
ada benda dia nak cakap tu.” Gesa Mak Ros lagi.
Tahu sangat perangai anak muda itu.
“Ya, Cik Fayyad. Ada apa?”
“Dheya, boleh keluar kejap. Kita perlu
berbincang.” Pinta lelaki itu di luar pintu biliknya.
Mereka kemudiannya duduk di balkoni
luar. Malam itu sangat sunyi. Hanya sesekali
kedengaran bunyi cengkerik dari hutan yang
berhampiran.
“Dheya, lepas kahwin nanti, saya nak awak
berhenti kerja di pejabat tu, okey. Saya tak nak
orang kata isteri saya terpaksa berkerja sebab tak
cukup duit nak hidup.” Ain Dheya hampir
ternganga.
“Amboi.. boi.. boii... Sejak bila pulak ni tak
dak apa-apa lagi Cik Fayyad dah nak atur hidup
saya ni, ha?” Dia bercekak pinggang. Mengangkat
mukanya menentang mata lelaki itu.
Tinggi betul lelaki itu berdiri 6 kaki 2 inci
di hadapannya.
Gertakan itu langsung tidak menakutkan
lelaki itu. Malah lelaki itu tersengih mendengar
kata-katanya.
“Cik Dheya, suka saya nak tegaskan di sini
ya, sejak saya nak awak jadi isteri saya, saya
berhak tentukan perjalanan hidup awak dari A
sampai Z, awak kena faham tu.” Jari-jemarinya
yang panjang itu mula mahu menolak hujung
rambut Ain Dheya yang terjatuh dari dahinya.
192
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Huish, Cik Fayyad ni. Main selak-selak
rambut pulak. Kita bukan mahramlah. Dosa!”
Rungut Ain Dheya sambil mengelak dari sentuhan
itu. Tak pasal-pasal pula dia mahu pegang-pegang
pula.
“Kalau awak kerja di pejabat, siapa yang
akan jaga Feyda, faham tak? Itu pun tak reti jugak
ye?” hujung jari telunjuk lelaki itu tiba-tiba sahaja
ditunjalkan ke dahinya.
“Adoi!” jerit Ain Dheya. Terkejut dengan
tindakan spontan lelaki itu yang pastinya tidak dapat
dielakkan.
“Kalau alasan yang tu, okey... saya boleh
terima. Kalau sebab yang satu lagi, saya bangkang
jugaklah.” Rungut Ain Dheya sambil menarik
muka.
“Haa... tak elok buat muka gitu pada bakal
suami. Itu dosa!” Sakat Ash Fayyad pula. Nak
tergelak pun ya.
Ain Dheya bengang semula.
“Cik Fayyad! Aduhh...” kemudiannya Ash
Fayyad berlalu dari situ. Meninggalkannya dalam
keadaan marah dan geram. Nantilah kau, Ash
Fayyyad!
“Iye mama, betul ni. Ash nak kawen dah.”
Pagi itu Ah Fayyad sekali lagi menelefon mamanya.
Memaklumkan tentang khabar berita itu. Sebelum
ini pun dia mengambil masa juga untuk
memberitahu mamanya tentang berita ini.
193
HASREEYATI RAMLI
“Kamu ni biar betul, Ash. Jangan gurau-
gurau tau. Mama memanglah doakan untuk Ash
kahwin cepat-cepat. Tapi taklah secepat ni doa
mama dimakbulkan.”
Ash tergelak kecil mendengar kata-kata
mamanya itu.
“Mama ni... terima kasih ya sebab doakan
untuk Ash. Tengok, doa mama dah termakbul.
Sepatutnya mama dah bersyukur kan?”
“Habis tu, bila Ash lamar Ann ni? Kenapa
tak tunggu mama dan papa balik dulu? Boleh kita
sama-sama pilih cincinnya. Eh, Datin dan Datuk
kata apa bila akhirnya Ash nak nikah dengan Ann?
Tentu mereka happy, kan?” Nampaknya mamanya
ingat bakal pengantinnya ialah Ann Dayana.
Kasihan mama. Tidak tahu apa-apa pun.
“Mama... bukan dengan Ann tau...”
“Ha??? Habis tu, dengan siapa? Kenapa
mama tak tahu kamu ada bercinta dengan budak
perempuan lain, hmm? Atau kamu main kayu tiga
ya...” soal mamanya lagi. Mula meragui
kesetiaannya anak lelakinya itu. Selama ini
mamanya hanya tahu dia berkawan dengan Ann
Dayana sahaja.
“Mama.. sabar.. sabar ya... Mama sendiri
tahu kan, anak mama ni setia maut. Tapi dah bukan
jodoh Ash dengan Ann...”
“Habis tu, dengan siapa ni? Hish budak ni...
buat mama suspens ajelah.” Rungut mamanya lagi.
Ash Fayyad tergelak lagi. mamanya memang
begitu. Selalu tidak sabar hendak tahu macam-
macam tentang anak-anaknya.
194
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Ermm... dengan Ain Dheya...” balasnya
dalam nada perlahan. Menunggu mamanya menjerit
terkejut.
“SUBHANALLAH... besarnya kuasa
ALLAH.... Now, ceritakan pada mama
kesemuanya...” pinta mamanya lagi di hujung talian
sana. Ash Fayyad tersenyum bahagia
“Cik Feyda, hari ni kita ada terapi fisio
kan?”
Dalam beberapa hari ini Alia Feyda
kembali ceria seperti asalnya. Dia juga rajin
berulang ke hospital untuk menjalani terapi fisio.
“A..aaa. Saya tau. Tapi saya nak cari sama
apa-apa lagi barang yang tak lengkap untuk dua
minggu lagi.”
Pernikahan yang dijangka akan
dilangsungkan dua minggu lagi iaitu seminggu
selepas kedua orang tuanya pulang semula ke
tanahair.
Ain Dheya tersenyum dalam paksa.
Walaupun hatinya tidak begitu menyukainya,
namun kerana Alia Feyda, hatinya lebih tersentuh.
Sekurang-kurangnya dia telah menjadi inspirasi
pada gadis itu untuk meneruskan kehidupannya
seperti biasa.
“Cik Feyda, apa-apa pun kita pergi buat
fisio dulu ya. Kalau tak, hmm... saya tak nak buat
apa-apa persiapan tau.” Ujar Ain Dheya lagi dalam
nada bergurau.
195
HASREEYATI RAMLI
“Dheya, terima kasih sebab sudi jadi kakak
ipar saya dan juga jaga saya. Saya dah banyak
terhutang budi dengan Dheya tau. Sekurang-
kurangnya biarlah saya balas dengan bantu Dheya
dan abang buat semua ni, hmm?”
“Haa, betul tu, Feyda.” Entah dari mana
pulak mamat singa ni mencelah. Tiba-tiba sahaja
muncul di sana sini mengikut kemahuannya.
“Eh, Cik Fayyad. Memang awak macam ni
ya? Kejap ada kat sini, kejap ada kat sini. Macam
Chipsmorelah pula.” Terkejut juga bila lelaki yang
segak itu muncul di belakangnya.
Sudah siap berpakaian kemas, kemeja
lengan panjang dan seluar slack seperti biasa.
Selalunya begitulah dia berpakaian. Adoi. Tak
pernah pula dia tengok lelaki itu memakai seluar
tiga suku ke, atau baju bunga-bunga Hawaii ke.
Pasti lucu kalau lelaki itu pakai begitu dengan
kacamata hitam dan bertopi duduk di tepi bangku di
tepi pantai sambil menikmati air jus yang-
“Hoi, Dheya! Awak ni mengelamun ya?
Saya tanya, awak dah siap ke, senyum aje sorang-
sorang... Adoii... nasiblah saya nak dapat bakal bini
suka berkhayal. Entah apalah yang awak khayalkan
tu pun tak tahulah. Better jangan yang over dah
laa...” sempat lagi rupanya lelaki itu mengusiknya.
Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu kali ini
kelihatan lain dari kebiasaannya. Bagai ada sesuatu
yang-
“Okey, Cik Fayyad. Nak kutuk saya bukan
main ya. Jom, kami dah siap ni.” Ujar Ain Dheya
lagi sambil menolak kerusi roda gadis itu keluar dari
situ. Alia Feyda tergelak melihat kedua-dua orang
penting di dalam hidupnya kini bergurau senda
196
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
begitu. Kini dia dapat merasai kasih sayang seorang
abang yang selama ini tidak disedari olehnya.
Memang dia terlalu terhutang budi dengan Ain
Dheya kerana menyatukan kasih sayangnya dengan
abangnya itu.
Ketika menunggu Alia Feyda melakukan
terapi di luar bilik terapi, Ain Dheya hairan kerana
sejak kebelakangan ini Ash Fayyad lebih banyak
menghabiskan masanya di rumah berbanding
dengan di pejabat.
“Maaf ya nak tanya sikit ni.” Bosan juga
dia tidak berbual apa-apa ketika berada di ruang
menunggu itu. Ada beberapa buah majalah yang
tersusun di rak berhampiran yang sudah
dikhatamnya. Lelaki itu pula turut meneliti
beberapa majalah dan surat khabar yang ada di
ruang yang disediakan.
“Kenapa Cik Fayyad tak balik ke pejabat
aje, biar saya yang temankan Cik Feyda kat sini?
Tak ada meeting ke yang Cik Fayyad kena attend
hari ni?” Hairan juga dia kerana sejak akhir-akhir ini
lelaki itu lebih banyak menghabiskan masa di
rumah.
Lelaki itu meletakkan surat khabar di
ribaannya dan berpaling ke arahnya sambil
tersenyum.
“Dheya, salah ke kalau saya nak spend
masa dengan adik saya dan terutamanya awak,
hmm? Lagipun tak lama lagi kita kan dah nak jadi
suami isteri. Ermm... hari tu saya dengar awak kata
awak tak nak kahwin dengan saya sebab saya tak
seromantik yang awak nak, kan?” Alamak, dia
terdengar perbualan aku dengan mak aku ka? Kecut
197
HASREEYATI RAMLI
juga perut Ain Dheya dibuatnya. Mukanya mula
merona merah. Mana aku nak lari ni!
“Romantik yang macamana awak nak lagi,
hmm? Saya nak pegang awak pun awak tak bagi.
Pastu, saya rasa dengan cara saya duduk dekat-dekat
awak selalu kot baru awak nak kata saya romantik?”
Peluh sejuk yang tak diundang mula menyelubungi
dirinya. Betul ke romantik cara ni? Aduh.
Tolonglah pergi jauh mamat singa oii. Tak sanggup
aku nak layan kau. Namun dia juga tidak berganjak
ke mana-mana. Dadanya semakin berdebar-debar.
Pelik pula rasanya.
“Aduh Cik Fayyad ni. Jangan buat
lawaklah. Saya ingat kat dalam novel saja orang
jatuh cinta instant dan kena kahwin macam ni.
Rupanya benda ni jadi kat saya. Jadi awat saya tak
gelabah, okey.” Lebih baik dia berterus-terang
seawal mungkin.
Ash Fayyad tersenyum melihat gadis itu di
hadapannya. Agak berani juga rupanya gadis itu
meluahkan ketidakpuasannya.
“Macam nilah, Dheya. Saya pun tak
cintakan awak sebenarnya. Tapi saya lebih
sayangkan adik saya dari segalanya. Saya tak boleh
kehilangan satu-satunya adik saya kat dunia. Awak
tak apalah, ada ramai adik-adik. Saya ni, hanya ada
Feyda saja. Itu tak adil okey, jika saya boleh
korbankan perasaan saya untuk penuhi impian gila
adik saya tapi awak tak boleh buat benda yang sama
pada saya?” Terkedu Ain Dheya dibuatnya.
Bagaimana dia nak jawab ya?
“Awak nak saya bayar banyak mana lagi ni
untuk buat awak sukakan saya, hmm? Nak lagi
RM50,000.00 ke? Awak nak duit kan? Saya boleh
198
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
beri berapa aje yang awak minta, Dheya. Saya lebih
dari mampu.” Ujar lelaki itu dalam nada tegas.
Naik geram juga Ain Dheya dibuatnya.
“Maaf ya Cik Fayyad. Saya tahu saya ni
orang kampung yang tak berduit. Tapi janganlah
Cik Fayyad anggap diri saya atau cinta saya ni Cik
Fayyad boleh beli dengan duit aje tau. Saya pun ada
maruah diri juga. Saya tolong Cik Fayyad selama ni
pun sebab nak bantu mak saya. Bukan untuk diri
saya pun.” Ash Fayyad tersenyum. Baginya setiap
orang ada nilainya. Begitu juga dengan Ann Dayana
pun yang telah disogokkan dengan wang RM1 juta
untuk berhenti dari mengganggunya. Sebab itulah
sejak kebelakangan hari ini dia tidak lagi diganggu
oleh gadis itu siang dan malam seperti selalunya.
“Saya tak tahu berapa lama saya boleh
hidup dengan Cik Fayyad kalau Cik Fayyad terus
fikir saya setuju nak kahwin dengan Cik Fayyad.
Tapi kalau hanya alasan duitlah yang Cik Fayyad
fikir, Cik Fayyad dah silap.” Sedih betul Ain Dheya
apabila lelaki itu hanya menganggap dia seperti
perempuan lain terutamanya seperti bekas kekasih
lelaki itu. Entah berapa banyak agaknya duit yang
disogokkan pada perempuan itu.
Ash Fayyad tidak mahu berterusan
bertengkar dengan gadis itu lagi.
“Okeylah, saya minta maaf ya. Tapi saya
nak buat apa lagi nak bagi awak suka pada saya ni,
hmm? Cuba bagi klu sikit.” Dalam marah-marah
begitu, nak tergelak pun ada. Namun ditahannya
juga. Aduh. Sakit jiwa betullah aku dibuatnya.
“Tak romantiklah kalau saya yang kena
bagitau. Cik Fayyad kenalah cari sendiri.” ujarnya
lagi.
199
HASREEYATI RAMLI
Wah, nakal juga rupanya gadis ini. Ash
Fayyad tersenyum sendiri.
“Aku memang tak sangka kau akan kahwin
dengan Cik Fayyad tu no.” Malam itu Masniza
menghantar mesejnya seperti biasa. Hanya waktu
malam sahajalah Masniza dapat menghubunginya
kerana pada sebelah siangnya banyak yang
dihabiskan melayani Alia Feyda.
“Hmm.. begitulah nampaknya. Ni, hang tak
free ka? Lepas kerja esok, hang mailah temankan
aku dan Feyda. Kami nak pi cari bunga telur sikit.
Habuan nak letak tepi tempat nikah aku nanti. Aku
buat akad nikah saja tau. Tak buat majlis besaq-
besaq. Buat hat wajib.” Itulah sebaik-baiknya
sebuah pernikahan. Tidak membebankan pihak
lelaki dengan hantaran yang tinggi dan kenduri yang
besar-besaran.
“Hui? Betoi ka ni? Macam tak caya ja
orang kaya macam Cik Fayyad nak buat kenduri
kecik-kecik lagu tu? Hang dah bincang ngan dia ka
pasai ni?”
“Dak lagi. Tapi hari tu dia ada habaq kat
aku nak buat benda wajib ja. Jadi aku rasa takat
akad nikah ja lah kot. Malu aih aku nak buat besaq-
besaq. Aku ni bukan anak Datuk pun.”
“Ishh.. hang nilah, Dheya. Dok merendah
diri lagu tu gak no. Kira okeylah hang boleh
tangkap ikan besaq. Ha... bertuah badan hang
Dheya oii!”
200