HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Assalamualaikum,” belum sempat Mak
Jah menambah, kedengaran suara abang
kandungnya dari bawah memberi salam.
Mak Jah segera bergegas ke arah pintu.
“Waalaikumsalam, Bang Long, Kak Long.
Masuklah. Tetamu kita dari jauh dah lama sampai
pun ni ha.” Mereka tidak ramai adik-beradik pun,
namun selama ini abangnya sendiri bagaikan sering
sahaja tidak berpihak padanya. Lebih-lebih lagi
sekarang ini dia bersendirian membesarkan anak-
anaknya setelah kematian suaminya beberapa tahun
yang lalu. Kesempitan hidup mereka bagaikan tidak
bersisa pun di hati abang kandungnya itu. Mereka
terbiar mencari arah hidup sendiri. Namun
walaupun tidak senang, mereka hidup seadanya
sahaja. Tidak senang seperti orang lain, tetapi tetap
dapat makan nasi juga.
Pak Long Asmadi kelihatan agak cuak pada
mulanya apabila melihat kereta Alphard putih di
perkarangan rumah usang adiknya itu. Wah,
memang betullah cerita adiknya tentang
perkahwinan yang bakal berlangsung dengan orang
kaya dari Kuala Lumpur itu. Terdetik rasa cemburu
kerana tidak dapat bermenantukan orang kaya di
dalam keluarganya sendiri.
Tan Sri Darren berdiri dan menghulurkan
tangan bersalaman dengan bakal abang besannya
itu. Mujurlah huluran salamnya bersambut
walaupun keikhlasanitu bagaikan tiada.
“Duduklah dulu, kita berbincang ya. Maaflah
sebab benda ni tergesa-gesa.” Pak Long Asmadi
kemudiannya mengambil tempat duduk
bersetentangan dengan ayah anak muda yang
tampan itu.
251
HASREEYATI RAMLI
“Saya dah tau niat keluarga Tan Sri ni. Tapi
saya hairan kenapa semua nak buat dalam keadaan
tergesa-gesa saja? Apa... Dheya dah mengandung
ke?” Tuduh Pak Long Asmadi lagi dan soalan maut
itu membuatkan hampir semua orang ternganga.
“Astagfirullahilazim... Kenapalah tuduh
Dheya macam tu, Pak Long?!” kali ini Ain Dheya
sudah tidak bersabar lagi. Kalau dah difitnah
begitu, memang siapa pun tidak boleh hormatkan
orang tua seperti itu. Ibunya tentu akan mengerti.
“Sampai hati abang tuduh anak Jah macam
tu...” air mata ibunya mula berlinangan. Ibunya
memang lemah lembut orangnya. Tidak seperti dia
yang agak kasar. Mungkin kerana dia anak sulung.
Dia perlu mempertahankan dirinya dan adik-
adiknya walaupun dia hanya seorang perempuan.
Ash Fayyad bagai hendak melayangkan
penumbuk sahaja ke arah muka orang tua itu.
Namun apabila dia merenung ke arah kedua orang
tuanya, mereka menggeleng tanda tidak setuju.
Pak Long Asmadi nampaknya seperti mahu
mencari pasal lagi.
“Habis tu? Kenapa tergesa-gesa nak nikah
ni kalau tak sebab tu?” Matanya mencerlung ke
arah Ash Fayyad.
“Ni ka budak tu, Jah? Mau aku boh
penampaq percuma ja, kot!” Pak Long Asmadi
yang baran itu bagaikan tidak tahu lagi hendak
menilai adat budaya Melayu lagi. Tetamu tetap
tetamu. Adat bertamu perlu dijaga. Namun lain
pula jadinya dengan sikap orang tua itu.
Namun Tan Sri Darren bertindak pantas
apabila lelaki itu mahu menampar anak lelakinya.
Mereka berdua bertentang mata seketika. Tangan
252
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Pak Long Asmadi bergetar dipegang erat oleh Tan
Sri Darren.
“Maafkan saya, tapi kami datang dengan
niat yang baik. Harap dapat terima kunjungan
kami.” Ujar Tan Sri Darren, bukan menghukum
namun meminta.
Pak Long Asmadi akhirnya mengalah.
Malu pun ada.
“Err... maafkan saya. Tadi saya hilang
sabar. Yalah. Bila bapa depa ni mati saya yang
susah payah besarkan anak-anak aruah bapa depa.”
Jelas Pak Long Asmadi sambil menarik
pergelangan tangannya dari genggaman bapa anak
muda itu. Nampak macam orang kaya juga ni.
“Tak mengapalah, err... siapa namanya
ya?”
“Asmadi. Abang mak depa ni. Jadi, hampa
nak minang anak menakan saya ka ni?” soal Pak
Long Asmadi sambil duduk di bawah di ruang tamu
yang tidak begitu luas itu. Menyertai tetamu yang
lainnya.
“Ya, saya ni bapa kepada anak lelaki saya
ni. Kami memang datang ni nak kenal-kenal pihak
sini. Lagipun perkara yang baik kenapa hendak
ditangguh-tangguhkan, betul tak?”
Berdebar-debar juga dada Ain Dheya
mendengarnya. Kalau tak nak kahwin, tak boleh
ke? Jadi pengasuh adik lelaki itu sahaja dan dibayar
gaji sama seperti gaji di pejabat?
“Hmm... kalau begitulah kata pihak lelaki,
kita tanya pulak pihak perempuan.” Pak Longnya
berpaling ke arahnya kini. Lebih berdebar lagi
dadanya kini. Nak berbohong ke?
253
HASREEYATI RAMLI
“Err.... awat tengok kat chek pulak ni?” Ain
Dheya sudah mula menggelabah.
“Yang mak dan Cik Fayyad bincang tu, kira
chek mau dah la jadi bini dia,” tambahnya lagi.
Malunya tidak terkira dan dia sempat menangkap
renungann Ash Fayyad ke arahnya. Lelaki itu
tersenyum lebar. Aduh, malunya dia. Macamana
aku nak habaq kat depa ni hang suruh aku nikah
ngan hang sebab hang sayang adik hang? Control
ayu ajalah depan mak pak hang.
“Hehe, dah merah muka Dheya tu. Dahlah.
Kami setuju sajalah dengan apa-apa pun. Jadi
malam ni, kira kita setuju nak nikahkan depa
minggu depan nilah ya?” Pak Long Asmadi
menoleh ke arah ibu Ash Fayyad.
“Ni ibu pada anak teruna, kan?”
Puan Sri Anisah mengangguk.
“Ya. Saya.”
“Hmm... kita kira ni majlis bertunanglah
no? Boleh bagi cincin tanda ka apa ka dulu?”
Terkejut juga ibu Ash Fayyad mendengar
usulan dari bapa saudara gadis itu. Namun memang
dia telah bersiap sedia sekiranya perkara ini terjadi
di luar jangkaan mereka.
“Maafkan pihak keluarga kami, tapi saya
boleh berikan cincin saya sebagai galang gantinya.”
Puan Sri Anisah segera melurutkan cincin berlian
yang berkilauan cantik dari jari manis kirinya.
Tan Sri Darren terkejut dan begitu juga
dengan Ash Fayyad.
“Mama... itukan cincin papa...” ujar Ash
Fayyad dalam nada berbisik.
254
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Puan Sri Anisah menoleh ke arah suaminya
dan suaminya tersenyum sambil mengangguk tanda
setuju dengan tindakannya.
“Cincin ini memang papa yang berikan
pada mama,tapi ikatan janji kasih sayang antara
anak mama dengan Dheya lebih penting dari nilai
cincin ni. Kan, papa?” ujar mamanya lagi.
Ya ALLAH, mulia sungguh hati budi bakal
mertuanya itu. Hampir mahu menangis Ain Dheya
dibuatnya kerana begitu terharu.
“Tapi Puan Sri... Dheya... Dheya...”
tergagap-gagap Ain Dheya dibuatnya. Serba salah
pun ada.
“Awak tak nak terima cinta saya ke, Dheya?”
tiba-tiba lelaki itu mencelah. Ain Dheya hampir
ternganga dibuatnya. Berlakon ke ni mamat singa
ni kat depan keluarga aku?”
“Dheya malu tu, Ash. Tak apa.” Puan Sri
Anisah kemudiannya bergerak ke arah bakal
menantunya itu dan menyarungkan cincin berlian
itu ke jari manis gadis itu. Terketar-ketar Ain Dheya
dibuatnya. Cincin berlian itu bagaikan dibuat
untuknya juga. Terletak dengan cantiknya di jari
manis belah kanannya.
“Alhamdulillah... semuanya dah selamat.”
Dan akhirnya doa selamat pun dibacakan oleh Pak
Longnya.
“Awak tak kisah ke saya tak belikan awak
cincin untuk majlis pertunangan kita ni?”
255
HASREEYATI RAMLI
Ketika keluarga Ash Fayyad dihantar ke hotel
tempat mereka menginap, dia datang semula ke
rumah tunangnya untuk berbual-bual.
“Yang Cik Fayyad datang balik ni, kenapa?
Baliklah ke hotel tu, berehat-rehat dulu ka, apa ka,”
ujarnya lagi. Serba salah juga dia dibuatnya bila
anak majikan yang telah secara rasmi menjadi
tunangnya itu kini berada di situ.
Ash Fayyad tersenyum. Kini mereka berdua
berada di beranda rumah kayu itu. Nostalgia betul.
“Dheya, saya dah jadi tunang awak. Boleh
tak panggil saya abang, hmm?” pintanya lagi
sambil tersenyum nakal. Ain Dheya berasa seperti
mahu memarahi tunangnya itu. Namun dia pula
yang semakin malu.
“Tunang terpaksa...” ujar Ain Dheya dalam
nada perlahan sambil mengalihkan pandangannya
ke arah malam yang semakin gelap itu.
Pemandangannya agak terbatas kerana hanya ada
lampu jalan jauh di depan jalan masuk ke
rumahnya.
“Apa awak cakap?”
“Err... tak ada apa-apalah. Saya nak berehat
dulu ni. Awak pun baliklah ke hotel tu. Esok, kan
kita nak balik? Nanti awak penat pula.” Cara paling
berbahasa dia mahu menghalau lelaki itu.
Ash Fayyad tersenyum. Aduhh... lagi-lagi
senyuman lelaki itu yang tidak mampu
dipandangnya sejak kebelakangan ini. Tetapi
mengapa ya dia berperasaan begitu?
“Bukan saya yang nak pandu kereta tu pun,
Dheya. Kenapa dengan awak ni, awak tak nak
berbual-bual dengan saya ke? Kan kita dah
bertunang tadi. Sekurang-kurangnya kita berbual
256
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
tentang perasaan ke,” ujar lelaki itu lagi. Mak aii...
Geli geleman betoi la aku dengaq! Mas, kalau hang
ada time-time gini baguih gakkk...
“Alahai, Cik Fayyad. Nak sembang
apanya? Saya bukan reti ni.” Tergaru-garu kepala
Ain Dheya dibuatnya.
Tergelak kecil Ash Fayyad dibuatnya.
Nasiblah dapat minah kampung jadi bini aku.
Semua serba tak kena.
“Hehe... lawaklah awak ni, Dheya. Tapi
apapun awak anak yang baik. Anak yang
mendengar kata. Payah sekarang ni nak jumpa anak
yang macam tu.” Ujar lelaki itu lagi. Merenungnya
ke arahnya dengan pandangan yang kagum.
“Hmm... yelah tu, Cik Fayyad.”
“Panggil abang. Awak kena biasakan diri
panggil saya abang. Ahad depan kita dah nak
nikah.”
“Kalau tak nak panggil? Awak nak buat apa
pada saya?”
Lelaki itu tersenyum nakal lagi.
“Saya akan cium awak,” ujar lelaki itu
dalam nada berbisik. Senyuman di bibirnya tidak
pernah lekang.
Ain Dheya mengelak dari lelaki itu kerana
wajah lelaki itu sudah terlalu rapat dengannya.
Gementar pun ada dengan jawapan itu.
“Boleh tahan gatalnya awak ni ya?”
bentaknya lagi tetapi di dalam nada hanya dia dan
lelaki itu sahaja dapat mendengarnya. Mahu marah
tak boleh. Nanti ibunya di atas mendengar
perbualan mereka, malulah dia.
Ash Fayyad tersenyum bahagia.
“Tak salahkan kalau saya nak cium awak?”
257
HASREEYATI RAMLI
Kali ini Ain Dheya bangun dari pangkin
kayu yang terlekat di keliling dinding beranda
rumahnya itu. Tak boleh jadilah berlama-lamaan
dengan lelaki itu di sini. Bahaya.
“Oih, awak ni. Kita tak kahwin lagi pun awak
dah nak buat macam-macam ni, apahal?”
Ash Fayyad mengangkat bahu.
“Alaa.... minta cium kat pipi pun tak boleh
ke?”
“Awak nilah... cium kat tapak tangan saya ni,
mau dak?” Ain Dheya mengangkat tangan
kanannya seperti hendak menampar lelaki itu.
“Amboi awak ni. Garangnya. Lepas kahwin
pun awak mesti garang macam ni gak ke?” Ain
Dheya menjatuhkan tangannya. Berasa bersalah
pula.
“Saya ada nak bincang dengan awak jugak ni
pasal perkahwinan kita tu,” ujar Ain Dheya yang
kemudiannya duduk kembali tetapi agak jauh
sedikit dari tunangnya itu.
“Well, I am all ears.” Nampak berminat
dengannya.
“Macam ni, kita kahwin tanpa cinta kan.
Boleh tak kalau kita tak tidur sekali?” Pandangan
gadis itu yang nampak bersungguh-sungguh dengan
permintaannya.
Ash Fayyad mengangkat bahu.
“Perlu ada rasa cinta ke untuk nak buat benda
tu?”
Ain Dheya membuat muka.
“Saya cakap betul-betul ni, awak. Saya tak
boleh paksa diri saya serah diri saya pada awak.
Kita tak kenal antara satu sama lain pun kan.
Mungkin bagi awak sebagai lelaki, semua tu tak
258
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
penting. Tapi bagi saya, ianya penting.” Dia tidak
percaya yang dia berjaya meluahkan pada malam
ini. Memang itulah yang ditakutinya. Tidur dengan
lelaki yang dia tak cinta.
Ash Fayyad membuat muka sama. Muka
nakal.
“Tengok dululah. Tapi awak nak tidur mana?
Kalau tak sebilik dengan suami sendiri?”
“Dengan Feyda. Saya dah bincang hal ni
dengan dia. Dia kata okey.”
Ash Fayyad bagaikan tidak percaya dengan
apa yang didengarinya itu.
“What? Betul ke apa yang saya dengar ni?
Ermm... macam tak cayalah pula.Hmm... kalau
begitu kata awak, tak apalah. Saya akan buat awak
jatuh cinta dengan saya.” Ujar lelaki itu dengan
penuh keyakinan. Amboi, tak pernah lagi dia
melihat lelaki itu sesombong begitu.
“Ni hang tau dak, mamat singa tu nak jadi
kucing manja ngan aku pulak dahhhh.” Malam itu
selepas tunangnya pulang, Ain Dheya terus
menelefon teman baiknya.
“Huii... hang ni. Biaq betoi? Awat lagu gena
pulak tu? Pelik no dia tu. Dia kata pa kat hang?”
Nampaknya perkara ini sudah menjadi semakin
menarik baginya.
“Tahla, Ija. Gila ka apa dia tu.”
“Gila pun dah nak jadi laki hang dah Dheya
oii... Redha ja lah,” balas temannya lagi di talian
sana.
259
HASREEYATI RAMLI
“Aku tak taulah, Ija. Berdoa jalah.”
Pagi esoknya mereka bertolak pulang semula
ke Kuala Lumpur.
“Kita tak sempatlah ya nak jalan-jalan dalam
kampung Dheya ya, papa?” rungut Alia Feyda lagi.
Dia sudah berkira-kira untuk turun ke sawah yang
ada di keliling kawasan rumah bakal kakak iparnya
itu.
“Hmm... papa ada urusan lain di bandar.
Kenapa, Feyda nak buat apa?” soal Tan Sri Darren
lagi sambil meneliti emel-emel di dalam iPadnya.
“Nak memancing. Feyda tak pernah
memancing di sawah.”
Ain Dheya tergelak kecil.
“Cik Feyda. Takat memancing di atas batas
mana thrill pun. Kalau masuk ke dalam sawah, guna
`cham’ untuk seluk ikan, haa... itu baru thrill,” ujar
Ain Dheya sambil tersenyum. Membayangkan
bagaimana agaknya bakal adik iparnya itu mahu
turun ke sawah dengan keadaannya itu.
“Well, Dheya. Saya sahut cabaran awak tu.
Tapi saya sukalah kat kampung tu waktu pagi-pagi.
Sejuk aje. Memang tak perlu buka ‘air-cond’ pun.”
Tokok gadis itu lagi.
“Tak apalah, Feyda. Nanti lepas dah jadi adik
ipar Dheya, bolehlah Feyda lebih kerap berkunjung
ke kampung tu, betul tak, Dheya?” tambah Puan Sri
Anisah lagi.
“Iya, Puan Sri.”
“Eh... panggil mama je. Kamu tu dah jadi
tunang Ash pun. Tak perlu lagi panggil Puan Sri,
hmm?” ujar bakal ibu mertuanya itu. Naik malu Ain
Dheya dibuatnya. Tidak menyangka yang dia akan
menjadi menantu keluarga itu.
260
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“What? Ash dah nak kahwin dengan
perempuan tu?! Eh, mana kau tau ni Reza?”
Terkejut betul Ann Dayana dengan berita yang
diterimanya itu. Patutlah dia tidak tahu apa-apa pun
tentang buah hatinya itu. Rupa-rupanya di dalam
diam-diam semua itu telah diaturkan.
“Iye, Ann. Minggu depan. Diorang dah
bertunang pun bila balik ke kampung perempuan tu
beberapa hari yang lalu.” Terduduk seketika Ann
Dayana dibuatnya. Lututnya terasa bagaikan
menggeletar.
“Jap, aku kena call Airiz .” Dia masih lagi
tidak mahu menerima kesahihan berita itu sebelum
menelefon teman baik buah hatinya itu.
“Riz, betul ke Ash dah nak kahwin minggu
depan?” Bergetar suaranya menanyakan soalan
begitu.
Kemudian bibirnya kelihatan bergetar
menahan rasa dan akhirnya gagang telefonnya
dilurutkan ke sisi. Dia menangis tersedu-sedu.
“Ya ALLAH, Ann. Sabarlah ya. Ash bukan
seorang lelaki aje dalam dunia ni.” Pujuk Reza lagi
sambil menarik teman baik itu ke dalam
pelukannya. Ketika itu dia datang ke rumah Ann
Dayana sendiri untuk menyampaikan berita sedih
itu. Dia tahu bagaimana penerimaan gadis itu nanti
dan sudah bersedia untuk berkongsi kesedihan itu.
Ann Dayana menangis semahu-mahunya dan
tiba-tiba dia duduk tegak semula. Mengelap air
matanya dan berusaha untuk tidak menangis
semula. Dia menoleh ke arah Fareza dengan hidung
yang masih merah dan mata yang masih berair.
“Tak apalah. Lepas ni, it’s going to be a
war.” Ujarnya sambil tersenyum.
261
HASREEYATI RAMLI
“Ash, kau biar betul.” Sebelum itu, Airiz
sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang gadis
impiannya akan berkahwin dengan teman baiknya
itu.
“Iya, kenapa?”
“Dari awal lagi aku dah tengok kau ni pelik
dengan dia.” Dia sendiri tidak dapat berkata apa-
apa lagi sebaik sahaja temannya itu mengkhabarkan
berita itu padanya sebaik sahaja lelaki itu
menelefonnya.
“Dah jodoh aku dengan dia... nak kata apa
lagi.”
“Maknanya melepaslah aku, kan? Hmm...
tak apalah. Apapun kau yang kahwin dengan dia.
Bukan orang lain pun. Aku percaya kau boleh jaga
dia dengan baik.” Airiz menepuk-nepuk bahu
temannya itu kerana yakin dengannya.
“Entahlah, Riz. Dia tak sayangkan aku pun.
In fact, dia tak nak tidur sebilik dengan aku pun
lepas kahwin nanti. Atas alasan dia tak cintakan
aku. Katanya dia perlukan perasaan cinta untuk
tidur dengan aku. Pelik, kan minah kampung tu?”
Airiz tergelak kecil.
“Iyala. Perempuan kan. Memang semua gitu
penting bagi dia. Itulah. Tengok drama tv banyak
sangatlah tu. Realitinya tidak macam tu pun.”
Tokok Airiz lagi.
“Aa.. aalah kan. Dia ada kata kat aku dia nak
orang yang romantik baru dia boleh sayang.”
262
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Kau kan selalu marah-marahkan dia.
Macamana dia nak jatuh hati pada kau? Apalah kau
ni. Slowlah.”
“Hoi, kau ni. Adik aku nak aku kahwin
dengan dialah agar dia boleh terus duduk di situ.
Kau taukan, adik aku tu kalau dah kawan dengan
sorang tu, memang sorang tu ajelah dia nak kawan.
Aku pulak sayangkan adik aku tu. tak sampai hati
pulak nak lukakan hati dia. Kau tau tak, selepas si
Dheya tu ada di situ, dia banyak nasihatkan adik
aku. Now, Feyda dah banyak berubah dan adik aku
pun dah bercakap dengan aku tau.”
“Waa.... itu satu pembaharuan. Aku tak
sangka minah kampung tu sehebat itu di dalam
keluarga kau ya?” angguk Airiz lagi. Bagaikan
terasa rugi pula tidak dapat memenangi hati gadis
kampung itu. Bukan senang hendak mencari isteri
sebegitu rupa. Dalam masa yang singkat sahaja
dapat memenangi hati semua orang.
“Iye. Kau nak kutuk aku pun dipersilakan.
Aku tak kisah. Aku ada adik perempuan sorang tu
je, okey. Kalau tak untuk dia, untuk siapa lagi?”
“Untuk kau macamana pula? Ann, kau tak
sayang ke?” Airiz mula memainkan jarumnya.
Ash Fayyad mengeluh berat. Rambutnya
diraut ke arah belakang.
“Aku pernah sayang dia. Tapi dia tu terlalu
mendesaklah.”
“Hoi kau ni. Tak gila kau kawan lima tahun
dengan dia kot. Tup, tup kau tinggalkan dia camtu
je. Perempuan mana tak gila.” Bila dikenang-
kenangkan kasihan juga mengenangkan nasib
perempuan itu.
263
HASREEYATI RAMLI
“Yang kau ni kesian kat dia sangat tu kenapa,
ha? Kau ajelah kahwin dengan dia. Senang kira.”
“Amboi, main pas-pas pula ya,” Airiz
menggeleng. Nampak ambil mudah pula temannya
yang seorang ini. Walaupun dia tahu, sepanjang
lima tahun itu mereka berdua bagaikan belangkas.
Namun siapa dapat menduga begini jadinya.
“Dah tu, kau gaduh sangat.”
Airiz menggeleng. Bagaikan tidak percaya
yang semua itu keluar dari mulut temannya itu.
“Dahlah. Tak menang bertengkar ngan kau
ni. Aku blah dulu.” Memang bila soal bertelagah,
susah hendak menang dengan temannya itu.
“Nanti kau jangan lupa ya, datang ke majlis
akad nikah tu.”
Airiz berpaling ke arah temannya seketika.
Nampaknya akan ada hati yang amat terluka.
Hanya esok sahaja lagi majlis akad nikah
akan berlangsung. Ahli keluarganya sudah tiba
sejak dua hari yang lalu.
“Dheya, hang rasa dak hang ni macam
bermimpi? Dapat kahwin dengan orang kaya...
tinggal di rumah besar... boleh dapat apa yang kau
nak dalam dunia ni... hmm?” Memang nak kena dah
Masniza ni. Perli-perli pula.
“Hang nak tengok tapak tangan aku yang
penuh inai ni kat mana? Kat dahi hang ka, atau kat
pipi hang?” geram juga Ain Dheya dibuatnya.
Sudahlah lama lagi dia terpaksa menunggu inai itu
264
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
kering. Ibunya yang memaksanya mengikut tradisi
lama. Padahal kalau sekarang, inai lukis pun dah
okey. Lekat juga, kan?
Masniza mengekek tertawa.
“Hang... tak bek oo buat lagu tu kat kawan
hangg...” usik Masniza lagi.
“Haa... mana dia bakal pengantin ni? Tak nak
makan apa-apa ke?” Tiba-tiba sahaja Alia Feyda
muncul di belakang mereka. Tersenyum
memandang ke arah bakal kakak iparnya itu.
Melihat bakal adik iparnya itu ada di situ, dia
berpaling ke arah Masniza. Jika tidak, hanya
mereka berdua sahaja yang ada di dalam bilik itu.
“Ija, aku nak sembang ngan adik ipaq aku sat.
Hang keluaq sat no, satgi hang masuk balik.”
Mohonnya. Masniza mahu berkata sesuatu tetapi
tidak jadi. Akur dengan kehendaknya.
“Okey...” kali ini Alia Feyda bergerak
dengan kerusi rodanya ke dalam bilik itu. Menutup
pintu di belakangnya.
“Ha, cepat. Nak pesan apa?”
Macam tau-tau aje.
“Macam ni. Esok malam, Akak tumpang
tidur di bilik awak ya?” Mengenangkan keluarganya
akan pulang selepas majlis akad nikahnya kerana
adik-adiknya perlu bersekolah, mereka perlu pulang
awal.
“What? Serius ke ni? Ingat dulu Akak gurau-
gurau aje,” sengih Alia Feyda lagi. Bakal adik
iparnya itu memang sudah tahu mengenai
rancangannya itu.
“Kak Dheya, jangan jadi macam budak-
budaklah. Ini bukan cerita dalam drama jam 7.00
malam tulah.”
265
HASREEYATI RAMLI
Ain Dheya menarik nafas panjang.
“Sebab bukan dalam dramalah akak nak
minta tolong awak ni, Feyda.” Selepas menjadi
tunang Ash Fayyad, kedua orang tua lelaki itu
menyuruhnya membiasakan diri memanggil nama
sahaja untuk adik lelaki itu. Begitu juga memanggil
mama dan papa untuk bakal mertuanya itu.
Walaupun mulanya agak kekok, namun dia terpaksa
memaksakan dirinya juga.
Gadis itu mengerutkan dahi.
“Kak, tak logik, okey.” Ujarnya sambil
menggeleng.
“Feyda, pleaseeee...”
“Adui kak ni. Payahlah camni.”
“Kalau mama dan papa tau, ha macamana?”
“Macam ni. Akak datang ke bilik awak lepas
semua orang dah tidur, okey tak? Akak tak bolehlah
tidur dengan abang awak tu. Akak bukan cintakan
dia pun.” Nak tergelak pun ada.
“Alaa akak ni. Buat lawaklah pula.” Namun
apabila melihat kesungguhan di wajah comel kakak
iparnya itu, dia jadi kasihan pula. Tapi
“Hmm... kalau gitu, okeylah.
macamana abang saya nak jatuh cinta ngan akak
kalau akak tak bagi peluang pada dia?” Betul juga
kata adik iparnya itu. Tapi apa dia peduli, kan?
“Kalau gitu, tak apalah. Akak tidur kat bilik
akk aje.” Tingkah Ain Dheya lagi bila mendapati
betapa susahnya mahu meminta bantuan dari adik
iparnya itu.
Kedengaran pintu bilik bakal pengantin
diketuk.
266
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Siapa pulak yang kacau daun tu,” rungut
Alia Feyda lagi. Berpaling ke belakang. Tak silap
lagi tekaannya.
“Kak Dheya, saya keluar dulu ya.” Dia
kemudiannya mengenyitkan matanya pada kakak
iparnya itu. Ain Dheya membuat muka.
“Haa... apa yang tak kena lagi ni?” soal Ash
Fayyad. Berdiri di muka pintu bilik Ain Dheya.
Bilik mereka hanya sebelah menyebelah. Namun
mulai esok, mereka akan berada sebilik.
“Ermm...”
“Bila awak nak pindahkan barang-barang
awak ke bilik kita?” Nak tersedak pun ya.
Ain Dheya acuh tak acuh. Antara menjeling
dan tidak ke arah bakal suaminya itu. Nak ccari
pasal dengan akulah ni.
“Errr... awak tak tengok ke tangan saya
macamana ni? Kaki tangan penuh inai. Apalah
awak ni,” rungut Ain Dheya lagi. Alasan itu
tersangat munasabah.
Ash Fayyad mengangguk. Bersetuju dengan
alasan itu. Ya tak ya jugak.
“Hmm... kalau awak nak, saya boleh tolong
kemaskan barang-barang awak sekarang.” Pelawa
lelaki itu lagi.
“Ehhh... tak payah, tak payah.” Cepat-cepat
Ain Dheya membantah.
“Awak....”
“Ya, saya.”
“Boleh... awak tinggalkan saya sendirian tak?
Saya tak selesa awak berdiri kat depan muka pintu
tulah,” ujarnya dalam nada perlahan.
Ash Fayyad mengangguk seketika.
267
HASREEYATI RAMLI
“Selamat pengantin baru ya.” Ujar lelaki itu
sambil mengenyitkan matanya. Bagai mahu pecah
kepala Ain Dheya dibuatnya.
Majlis akad nikah berlangsung dengan
sempurna. Hanya keluarga yang terdekat sahaja
yang hadir di pihak dua keluarga itu.
“Awak nampak cantiklah, Mrs. Ash Fayyad.”
Bisik lelaki itu sebaik sahaja selesai majlis
membatalkan wuduk. Satu kucupan kecil hinggap
di dahinya. Bergetar juga dada Ain Dheya
dibuatnya saat suaminya itu menyarungkan cincin
perkahwinan mereka di jari manis sebelah
kanannya.
Naik rimas juga Ain Dheya dibuatnya apabila
beberapa jurufoto bertauliah dan tidak bertauliah
tidak berhenti-henti mengambil gambar mereka
berdua.
“Haa... rapat-rapatlah sikit.”
“Letak tangan tu kat pinggang pengantin
perempuan.”
Aduh. Macamana ni.
“Jangan segan-segan. Dah sah, kan?”
Iyalah. Iyalah.
“Peluk pinggang, lepas tu tengok di mata
masing-masing.”
268
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Dah melampau ni. Namun Ash Fayyad yang
sporting itu dengan selambanya memeluk pinggang
isterinya dan menurut permintaan jurugambar tadi.
Rasa seperti mahu menjerit Ain Dheya
dibuatnya. Wajahnya merona merah. Dia bagaikan
dapat mendengar degupan jantung lelaki itu
berlumba-lumba dengan degupan jantungnya.
“Haa... macam tulah.”
Mereka berada di dalam keadaan begitu
beberapa ketika namun bagi Ain Dheya ianya bagai
satu jangkamasa yang amat lama.
Ash Fayyad hairan mengapa dadanya
berdebar kencang kali ini.
Okey. Mungkin gementar menjadi pengantin
baru agaknya.
Masniza dapat melihat ketidakselesaan teman
baiknya itu namun di saat-saat begini tidak ada apa-
apa yang boleh dilakukannya untuk membantu.
“Haa... dahlah tu. Pengantin dah nampak
penat tu.” Ujar Masniza yang menjadi pengapit
pengantin teman baiknya itu berpura-pura mengelap
dahi Ain Dheya yang memercik segala jenis peluh
itu. Sebenarnya dia mahu membantu Ain Dheya
agar selesa di dalam keadaan yang agak berserabut
itu.
“Sekali je kahwin, bukan banyak kali pun...”
bisik Ash Fayyad sambil tersenyum ke arah tetamu
yang ada. Namun bertujuan untuk didengari oleh
isterinya itu.
Ain Dheya sudah naik rimas bergambar
bermacam-macam fesyen sejak dari tadi. Yang
paling menyakitkan hatinya ialah apabila suaminya
itu mampu berlagak selamba pula. Orang ni tak dak
perasaan ka?
269
HASREEYATI RAMLI
Ucapan tahniah dari sanak saudara yang hadir
diterima kiri dan kanan kedua pengantin baru.
“Awak, saya pening dah ni. Boleh tak saya
nak masuk dalam bilik dulu?” bisik Ain Dheya pada
suaminua sebaik sahaja orang terakhir dia
bersalaman di ruang tamu itu berlalu. Memang dia
mengira tetamu yang ada di ruang tamu itu. Penat
juga ya jadi pengantin tak gembira ni.
Peluang itu digunakan Ash Fayyad mengusik
isterinya. Berlainan sungguh wajah isterinya
apabila dimekapkan sebegitu rupa dan memakai
pakaian pengantin serba putih.
“Saya tak buat apa-apa lagi, awak dah
pening-pening ke?” usik suaminya sambil
tersenyum nakal.
Kalau tidak kerana mereka ada di kalangan
ahli keluarga, sudah tentu dia akan ‘sembur’ awal-
awal lagi. Aduhai. Bersabarlah hati.
“Awak jangan cari pasal kat sini...” balasnya
semula juga dalam keadaan separuh berbisik.
Kemudian meminta diri untuk bangun dari situ.
“Kau tak apa-apa ka, Dheya?” Masniza
mengekorinya dari belakang.
Ain Dheya duduk di katil pengantinnya
seketika dan kemudiannya merebahkan tubuhnya di
tilam yang empuk itu. Ini rupanya tilam suaminya.
Lagi empuk dari tilamnya.
“Aku peninglah, Mas. Beberapa hari ni aku
kurang tidur. Lagipun banyak yang aku kena
uruskan.” Ujarnya lagi.
Mengenangkan beberapa perkara yang agak
memenatkan sebelum majlis ini. Walaupun hanya
270
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
sekadar majlis akad nikah namun agak meriah juga
rupanya.
“Hmm... aku faham. Tapi macamana no
hang nak tidoq dalam bilik ni? Dengan Cik Fayyad
pulak tu. Hui...” sengaja Masniza membuat muka
mencebik.
“Kau jangan nak bagi aku sakit hati. Malam
ni aku tidur dalam bilik aku.” Ujar Ain Dheya dalam
nada perlahan dengan mata yang tertutup sambil
lengan kanannya menutupi dahinya.
Masniza terkejut. Dia menoleh ke arah pintu
untuk melihat kalau-kalau ada orang lain yang
terdengar perbualan mereka sekarang ini. Lantas
menghampiri katil pengantin dan duduk
bersebelahan dengan Ain Dheya.
Paha gadis itu ditepuknya.
“Hoi? Hang biaq betoi, Dheya? Dia jadi laki
hang dah ni, hang baik-baik sikit no! Gila ka apa?
Hang ingat hang boleh buat drama ka apa? Ni real
life la hang. Bukan dalam drama t.v. nu, hang tau
dak?” ujar gadis itu lagi. Mencubit pahanya pula
apabila dia tidak memberi apa-apa reaksi.
“Adoi, hang ni! Sakit wei!” Ain Dheya
menjerit kecil. Menyapu pahanya yang dicubit oleh
teman baiknya itu.
“Haa.. tau pun. Aku nak bagi hang sedaq
hang tu sapa lani. Dah jadi bini orang dah. Suka tak
suka, hang kena layan dia macam laki hang. Jangan
dok berdrama la sangat.” Bebel temannya itu lagi.
Ain Dheya termenung dalam keadaan
kepalanya masih berdenyut-denyut.
Entahlah. Dia pun sedang buntu. Menjadi
isteri Ash Fayyad bukanlah angan-angannya.
271
HASREEYATI RAMLI
Namun siapa sangka, jodohnya adalah dengan lelaki
itu. Dapatkah dia menyintai suaminya itu?
Ain Dheya sudah berkira-kira untuk
keluardari bilik pengantin itu apabila Ash Fayyad
mencelah untuk masuk.
“Eh, awak dah okey ke ni? Saya risau juga
bila awak keluar dari majlis kita tadi? Awak tak apa-
apa ke?” Kerisauan itu betul ke atau tidak? Atau
hanya berpura-pura mengambil berat kerana aku
sudah menjadi isterinya?
Ain Dheya tidak menjawab dan hanya
menggeleng.
“Kalau macam tu, awak tidur dulu. Saya
akan bagitau Mak Ros bawakan ubat pada awak, ya?
Saya tau awa penat sama tu.” Adakah ucapan itu
semata-mata untuk menenangkan hatinya.
“Eh, saya tak apalah. Saya nak jumpa mak
dan adik-adik saya kat luar tu. Mesti mereka dah
susah hati.” Ujarnya lagi dan langsung tidak
menjawab soalannya.
“Awak tu tak sihat, nanti saya bagitau kat
mak awak. Awak tak payah keluar. Tunggu aje kat
bilik ni, hmm?” Lelaki itu mengangkat keningnya
dengan penuh makna. Masniza yang ada di
belakangnya hanya mendiamkan diri apabila suami
isteri itu berbicara begitu. Dia dapat melihat
kejujuran dan keikhlasan di dalam mata lelaki itu
apabila lelaki itu berbicara dengan isterinya. Tidak
salah lagi, Ash Fayyad memang benar-benar
272
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
cintakan isterinya itu. Namun mengapa pula
temannya masih lagi tidak menyedarinya?
Mungkin masa dan keadaan yang tertentu akan
menyedarkan temannya itu jua. Jauh di sudut hati,
dia berdoa agar temannya cepat sedar tentang hal
itu.
Mahu tidak mahu, Ain Dheya terpaksa akur.
Al maklumlah sekarang lelaki itu sudah menjadi
suaminya. Namun perkara yang satu itu yang masih
tidak dapat masuk dek akalnya lagi. Iaitu tidur
bersama tanpa ada rasa cinta.
Tidak lama selepas itu Ash Fayyad kembali
semula padanya.
“Saya dah bagi tau kat mak awak dan mak
saya yang awak tak sihat. Jadi awak bolehlah tidur
dulu. Jangan paksa diri awak layan tetamu kita di
luar tu. Biar saya aje yang layan tetamu kita tu ya?”
Amboi baik betullah laki aku ni ya. Tapi tak apa
juga, jika tidak jenuh dia hendak menjelaskan
bagaimana mereka boleh bertemu sehingga mereka
berkahwin pada hari ini kerana itulah soalan-soalan
maut yang sering ditanya sejak dari tadi.
Mujur jugaklah Ash Fayyad sentiasa
membantunya menjawab soalan-soalan itu sambil
sesekali menggenggam tangannya apabila dia
tergagap-gagap menjawabnya. Mana dia tahu apa
yang harus dijawabnya? Kerana bukan dia yang
merancangkan semua ini.
Dari kejauhan, di dalam sebuah kereta, Ann
Dayana hanya memerhatikan kesemua kemeriahan
itu dengan hati yang terluka.
“Jangan kau ingat kau boleh terlepas dari aku,
Ash. Kau tetap milik aku selama-lamanya. Aku
akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kau
273
HASREEYATI RAMLI
semula.” Ujarnya sambil mengesat air mata yang
mengalir laju di pipinya.
Semua ini baru bermula baginya.
Usai majlis, ibu dan adik-adiknya kelihatan
bersiap-siap untuk pulang. Pak Long dan Mak
Longnya awal-awal lagi sudah pulang kerana tidak
mahu berada lebih lama di rumah itu. Cemburu
dengan rezeki adik iparnya itu dapat
bermenantukan orang kaya. Sedangkan anak-anak
perempuannya lebih cantik dari Ain Dheya. Itulah
yang difikirkannya.
“Mak, kenapa awal sangat ni nak balik? Sian
la kat Dheya sorang-sorang kat sini,” rungut
pengantin baru itu di bucu katil sambil memuncung
tanda merajuk. Bunga-bunga sulam yang timbul di
cadar katil bilik tetamu yang menjadi bilik tidur
ibunya dan adik-adiknya yang lain itu memang
paling besar sekali di dalam rumah itu. Khas untuk
tetamu-tetamu yang berkeluarga besar.
Mak Jah berhenti melipat baju-baju ke
dalam beg pakaiannya dan adik-adik Dheya yang
lainnya. Wajah kesayangan anak sulungnya itu
ditatap lama.
“Ingat Dheya, kamu tu dah jadi isteri orang,
walau apa saja alasan kamu tu ha. Jangan bangkang
cakap suami. Sini tempat kamu, nak. Jangan lupa
tu. Taat pada suami, itu yang penting. Hmm?” pujuk
ibunya lagi dengan pandangan yang penuh kasih
274
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
sayang. Hati Ain Dheya masih belum dapat dipujuk
lagi.
“Mak... dulu mak ngan aruah abah bercinta
tak sebelum nikah?” satu soalan yang sudah lama
ingin ditanyakannya.
Mak Jah menggeleng.
“Mana ada. Semuanya percaturan antara dua
keluarga ja. Hari mak menikah tulah baru mak
nampak abah kamu.”
Ibunya tidak pernah pun bercerita tentang hal
itu. Lagipun dia sendiri tidak pernah bertanya.
“Ha? Tak pernah jumpa pun boleh mak setuju
kahwin?”
Mak Jah tersenyum. Anak gadisnya itu
masih belum mengerti apa-apa lagi tentang dunia
perkahwinan.
“Itulah namanya jodoh. Macam kamu dan
Fayyad. Mak dapat rasakan jodoh kamu dan dia
memang kuat. In shaa-ALLAH, mak sentiasa
doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu, nak.”
Ujar ibunya sambil menarik tubuh kecil molek
anaknya itu ke pangkuannya. Sejuk sedikit hati Ain
Dheya dipeluk begitu oleh ibu kandungnya.
Apakah kata-kata ibunya itu akan menjadi
kenyataan kelak?
“Mak... kalau Dheya tak boleh terima
Fayyad, macamana? Berdosa tak?”
“Dheya, kamu dah bersetuju terima dia
sebagai suami kamu tadi, kan walaupun kamu kata
kamu nak jaga adik dia kan?”
Ain Dheya mengangguk di bahu ibunya.
Memang dia tidak akan melupakan perjanjian itu
sampai bila-bila.
275
HASREEYATI RAMLI
“Jadi, kalau Fayyad nak Dheya tidur dengan
dia, macamana? Dheya tak bolehlah mak... Dulu
mak dengan aruah abah macamana? Tak segan ka?
Kalau Dheya, Dheya seganlah, mak. Orang kita tak
dak perasaan, pastu kena tidur sekali. Macamana
mak buat tu?” soalnya lagi. Rasa ingin tahu itu
membuatkan soalan seperti itu terkeluar dari
bibirnya.
Mak Jah tergelak kecil.
“Jika kita sama-sama ikhlas dan berkahwin
kerana ALLAH SWT, semuanya akan dapat diatasi.
Rasa gemuruh tu memanglah ada tapi lama-
kelamaan, perasaan itu akan hilang bila ada rasa
tanggungjawab dalam sesuatu hubungan.” Berkias-
kias pula ibunya. Sejak bilalah mak aku ni pi kelas
bahasa?
“Macam tu ja ka, mak? Mak tak ketaq ka
apa?” soalan itu membuatkan Mak Jah tergelak
kecil.
“Dheya... Dheya... semua tu Dheya kena lalu
sendiri noo... Tak dak apa aih... “ ujar Mak Jah
sambil mengucup dahi anak gadisnya itu.
“Kalau mak dah kata gitu, tak palah. Dheya
buat cara Dheya sendiri.” Ujar anaknya dalam nada
perlahan.
“Pandai-pandai hanglah, Dheya. Apa pun
mak doakan hang dapat anak cepat-cepat na. Mak
pun tak sabaq nak timang cucu dah paihni. Hehe...”
usik ibunya lagi.
“Ishh mak ni. Tak dan apa-apa lagi dah kata
lagu tu. Buat malu chek saja la mak ni,” rungut Ain
Dheya lagi. Disambut dengan tawa ibunya.
276
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Setelah ibu dan adik-adiknya dihantar pulang
oleh Pak Azira ke Stesyen KL Central, Masniza
pula mula mencari alasan untuk pulang.
“Hang ni la, Dheya. Bukan hang tak jumpa
lagi mak ngan adik-adik hang tu nanti. Lepas ni bila
mak hang nak buat kenduri sambut menantu, hang
boleh balik kampung gak. Toi dak?” Ya tak ya
juga. Tentu ibunya akan mengadakan kenduri
tersebut dalam masa yang terdekat ini. Namun
sebelum tiba masa itu, hatinya akan berasa sangat
resah.
“Itu aku tau la. Tapi hang dok lah lama sikit,
temankan aku. Aku bukan kenai adik-beradik belah
laki aku ni sorang pun.” Risau juga Ain Dheya
dibuatnya apabila seorang demi seorang tetamu
sudah beransur pergi. Kata majlis akad nikah sahaja
tetapi ini dah macam kenduri besar pun. Cuma tidak
dibuat di hotel mewah sahaja. Boleh panggil satu
kampung layaknya kenduri akad nikah yang
sebegini.
“Laa... hang kan dah ada Cik Fayyad tu.
Hampa duk elok-eloklah paihni nooo...” sakat
Masniza lagi sambil mengenyitkan mata. Dia tahu,
Ain Dheya tidak selesa dengan keadaan itu. Namun
apalagi yang dapat dibantunya?
“Wei, Ija. Aku ketaq ni. Kalau dia guna
kuasa veto dia gena?” Debaran di dada Ain Dheya
sudah mula dirasa. Masniza menutup mulutnya
agar tidak terlepas tawanya. Nanti apa pula kata
tetamu yang ada.
“Alaa... pandai-pandailah kau goreng Cik
Fayyad tu nanti ha! Otak kau kan geliga!” Hujung
jari kanannya cepat menunjal dahi pengantin
perempuan itu.
277
HASREEYATI RAMLI
Ash Fayyad yang sesekali melayan tetamu
dan menjeling ke arah isterinya yang adakalanya
tampak lain dari kebiasaannya. Okey, mungkin
sebab make-up. Namun ada sesuatu yang nampak
lain di matanya.
Airiz yang sejak dari tadi berada di sisinya,
sesekali mengusiknya.
“Malam nanti kau jangan gelojoh sangat tau.
Bunga dah di dalam tangan!” bisik Airiz di
telinganya.
“Uishh kau ni, Zif. Agak-agaklah.”
“Aku tabiklah kau ni, Ash. Bukan senang
nak korbankan kekasih hati yang kau dah lama
kawan semata-mata sebab permintaan adik
perempuan kau. Sebagai seoang abang, aku rasa kau
ni hebatlah, Ash.” Airiz sendiri mengagumi
keakraban dua beradik itu. Kalaulah dia diberi
pilihan sekali pun, jika dia sudah mempunyai
kekasih hati, payah juga untuk dia membuat
keputusan sedrastik itu.
“Pleaselah, Zif. Aku baru ja berbaik semula
dengan adik aku tu. Kau ingat berapa lama aku
ambik masa untuk berbaik semula dengan dia?
Sakit jiwa aku ni, bro!” ujar Ash Fayyad lagi.
Airiz mengangguk tanda faham.
“Aku betul-betul respek kau, okey. Sebab
aku tak macam kau. Apa pun, kau jagalah dia baik-
baik. Patutnya dia jadi hak aku, tau?” Sekali lagi
Airiz mengusiknya.
“Ek, eleh. Kau ni. Tak abis-abis lagi ya?”
“Tapi aku nak tanya kau ni, harap kau tak
marah ya... Kau ada jemput Ann tak ni?” Soalan itu
tiba-tiba merenggut jiwa lelakinya. Ash Fayyad
terdiam seketika. Nama itu masih payah dibuang
278
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
jauh-jauh dari fikirannya. Namun dia terpaksa
redha dengan ketentuan Ilahi.
“Aku dah hantar kad pada dia, tapi entahlah.
Tak nampak pun dia datang hari ni.” Ujar Ash
Fayyad dalam nada perlahan.
Airiz mengangguk perlahan.
“Aku faham perasaaan dia, Zif. Tapi aku
sayangkan adik aku lebih dari segala-galanya.
Hinggakan aku sanggup bergalang nyawa demi
kebahagiaan adik aku tu, okey.” Ujarnya lagi dan
pada masa yang sama juga dia menangkap
senyuman dari Alia Feyda yang berada tidak jauh
dari tempat dia dan Airiz .
Airiz mengerti situasi itu.
“Aku rasa dia datang... tapi dia tak masuk
dalam ni.” Balas Airiz lagi setelah mendapat mesej
dari gadis itu. Tidak sampai hati pula rasanya untuk
dia merahsiakannya.
“Sekurang-kurangnya kau keluarlah jumpa
dia kejap, dia tunggu kau kat dalam kereta dia di luar
pagar rumah kau ni, Ash.”
Ash Fayyad merenung temannya itu tanpa
sepatah kata.
“Ye ker... Tapi aku...”
“Pergilah jumpa dia kejap, sian dia.” Pujuk
Airiz lagi.
Entah mengapa kali ini Ash Fayyad tidak
termakan pujukan temannya itu.
“Aku tak boleh jumpa dialah, Zif. Aku dah
jadi suami orang, okey. Tapi lepas ni kau tolong
tengok-tengokkan dia ya. Pastikan dia tak pilih
orang yang salah selepas ni.” Pinta Ash Fayyad lagi
sambil menepuk-nepuk bahu temannya itu dan
meminta diri seketika apabila melihat papa dan
279
HASREEYATI RAMLI
mamanya menggamit memanggilnya. Pasti ada
saudara mara yang mahu pulang dan mahu
bersalaman dengannya.
Airiz mengangguk perlahan.
“Ann tak salah pilih. Cuma dia yang tak
dipilih,” ujar Airiz dalam nada perlahan.
Mengasihani nasib gadis itu.
Malam itu, di bilik pengantin, Ain Dheya
resah menunggu. Dia sudah berkira-kira untuk
masuk ke biliknya sahaja selepas semua tetamu
yang hadir pulang dari rumah itu.
“Tok, tok, tok.”
Pintu bilik dibuka dan senyuman Ash Fayyad
yang pertama dilihatnya. Mak oi, mengapalah kau
perlu handsome sangat dalam baju Melayu tu wahai
laki aku...
Ash Fayyad menutup pintu biliknya serapat
mungkin. Menguncinya.
“Ehh... awak tak perlu kunci. Saya nak
keluar ni. Nak tidur dalam bilik saya. Promise is
promise, okey?” terkial-kial Ain Dheya dibuatnya.
Ash Fayyad bergerak ke arahnya. Ain Dheya
menjarakkan kedudukan mereka berdua dengan
berundur ke belakang.
“Dheya, kita kan dah jadi suami isteri. Kalau
awak tidur dengan saya pun, Feyda takkan
marahkan awaklah, okey?” Renungan nakal dari
suaminya membuatkan Ain Dheya mula resah.
280
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Ash Fayyad sudah membuang songkok yang
dipakainya lalu dihulurkan kepada isterinya.
Walaupun Ain Dheya tidak menyayanginya seperti
yang didakwa oleh isterinya itu namun kini mereka
sudah sah menjadi suami isteri. Perasaan itu perlu
ada.
Dalam keadaan teragak-agak, Ain Dheya
mengambil songkok suaminya.
“Nak simpan mana ni?” terketar-ketar Ain
Dheya bertanya. Serba salah pun ya.
“Atas meja solek pun tak pe.” Ujar Ash
Fayyad.
“Dheya, duduk dulu, saya nak cakap sikit.”
Pinta suaminya itu sambil duduk di hujung katil
pengantin mereka.
Ain Dheya menggeleng. Nak cari nahas ke!
Laju dia menggeleng. Ash Fayyad tergelak besar
kali ini.
“Ya ALLAH, mai dok sini lekaih, haaa...
pandai tak saya cakap utagha?” berseloroh pula laki
aku ni.
Apabila dia masih lagi teragak-agak, Ash
Fayyad mula meninggikan suaranya.
“Ain Dheya, awak tu dah jadi isteri saya yang
sah. Kalau saya nak rogol awak pun, saya peduli
apa. Tapi saya bukan macam tu, okey. Bila saya
kata duduk sini, awak kena dengar cakap saya,
boleh?”
Ain Dheya terkejut dan cepat-cepat duduk di
sebelah suaminya itu.
“Shh.... jangan cakap kuat-kuatlah, nanti mak
awak dengar. Malulah saya.” Rayu Ain Dheya
pula.
281
HASREEYATI RAMLI
“Haa... tahu pun. Haa... dekat sikit.
Macamlah saya ni apa sangat.”
Ain Dheya akur kali ini.
Ash Fayyad terasa lucu pula dengan sikap
isterinya itu.
“Dheya, macam nilah. Saya nak ucapkan
terima kasih sebab sudi jadi isteri saya biar apa pun
alasannya. Dan jangan bimbang. Saya takkan
paksa awak sekiranya awak tak bersedia. Saya
bukan lelaki yang macam tu, okey?” ujar Ash
Fayyad lagi dalam nada perlahan. Jari-jemari
isterinya diusap dengan lembut. Ain Dheya
membiarkannya. Dia dah sah jadi suami kau, bukan
setakat tangan je dia boleh pegang tau!
Perlahan-lahan jari-jemarinya ditarik semula.
Tidak langsung berani membalas pandangan
suaminya itu. Takut dia terjatuh cinta dengan
suaminya. Walaupun hal itu tidak salah.
“Err... tak apalah, awak. Itu hal kecik ja.
Tapi saya pun tak boleh nak paksa diri saya
sayangkan awak dalam masa yang terdekat ni, ya.”
Balasnya lagi.
“Tak apa, Dheya, saya faham. Tapi jangan
lama-lama sangat ya. Saya pun tak tahu sampai bila
saya boleh bersabar!” Kali ini suaminya pula
mengusik. Ain Dheya membuat muka, Ash Fayyad
tertawa lagi. Alangkah bahagianya dia ketika ini
namun akan lebih bahagia jika hati isterinya
menjadi miliknya sepenuhnya.
“Gatal!” tingkah isterinya lagi.
“Okeylah, pergilah tidur dulu. Tapi esok pagi
awak kejutkan saya untuk solat Subuh ya, kita solat
sekali sebagai suami isteri.” Pinta suaminya lagi.
Terdiam seketika Ain Dheya dibuatnya. Rasa
282
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
bersalah mula menular di dada. Berdosakah aku
kerana masih lagi tidak dapat menunaikan kehendak
seorang suami?
Ain Dheya mengangguk dan berlalu dari situ.
Di biliknya, Ain Dheya termenung sendiri.
Jenuh juga dia membuang mekap yang dikenakan di
wajahnya seharian ini. Bukannya dia biasa sangat
bermekap segala begitu. Namun dia bersyukur
kerana hari ini sudah berakhir. Esok belum tentu
lagi apa yang akan ditempuh olehnya sebagai Puan
Ain Dheya.
Seperti biasa, sebelum Subuh lagi Ain Dheya
sudah terjaga. Dia teringat pesanan suaminya untuk
mengejutkannya.
Dia segera mendail nombor telefon
suaminya. Namun tidak berjawab. Ya ALLAH,
payah jugak rupanya nak bangun laki aku ni!
Segera dia bergegas ke bilik suaminya yang
ada di sebelah biliknya sahaja. Mujur juga Ash
Fayyad tidak mengunci pintu.
Ain Dheya menjengket perlahan-lahan ke
arah katil suaminya. Sempat lagi dia menatap wajah
suaminya itu seketika. Kasihannya laki aku ni,
mesti penat.
“Hmm... dah puas awak tengok saya tidur ke?
Kalau teringin nak peluk saya, peluk aje le, saya
takkan marah pun...” Terkejut Ain Dheya dibuatnya
apabila suaminya bercakap begitu tanpa membuka
mata pun.
283
HASREEYATI RAMLI
“Astagfirullahil’azim. Ingatkan awak tak
jaga lagi. Kenapa saya call awak tak angkat? Awak
nilah...” rungut Ain Dheya. Malu sendiri kerana
di’tangkap’ begitu.
“Gatal jugak ek awak ni...”
Akhirnya barulah Ash Fayyad bangun dan
masih lagi duduk bersandar di atas katilnya.
Tersenyum memandangnya.
“Saja. Nak tengok awak nak datang kejutkan
saya ke tak?” ujarnya lagi sambil merenung mesra
ke arah isterinya. Baju tidur pijama yang dipakai
oleh isterinya itu langsung tidak menyelerakan
pandangannya.
“Kenapa awak pakai tudung lagi? Awak kan
dalam bilik dengan saya?” soal Ash Fayyad lagi
sambil melihat isterinya atas bawah.
“Err.. tadi saya masuk ke sini kan. Saya dah
biasa keluar dari bilik sarung je tudung ni, ha. Tak
susah pun. Tudung instant kan.” Balas Ain Dheya
lagi.
“Dheya, saya kan suami awak. Buka je. Saya
nak tengok.” Pinta Ash Fayyad lagi. Mulanya Ain
Dheya agak kaku.
“Ya ALLAH. Bukan saya suruh awak bukak
bajulah. Buka tudung je pun.” Pujuknya lagi.
Perlahan-lahan, Ain Dheya membuka
tudungnya untuk tatapan suaminya. Eh, mengapa
pula dia harus rasa berdebar begini?
Ash Fayyad terpegun seketika melihat
keayuan wajah isterinya itu.
“Awak memang cantiklah, Dheya. Terima
kasih sebab jaga aurat awak untuk tatapan saya
aje...” ingin rasanya dia membelai rambut yang
284
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
berwarna coklat lembut dan beralun lembut
melepasi bahu itu.
“Awak letak warna ke kat rambut awak ni,
Dheya?” soal Ash Fayyad.
“Ehh... mana ada. Ini rambut saya yang
semulajadilah. Mengarutlah awak ni.” Bantah Ain
Dheya lagi.
“Ohh... rambut asli. Awak jangan potong tau.
Saya suka tengok awak berambut panjang macam
ni. Ayu sekali.” Ujar Ash Fayyad mengagumi
keindahan di hadapannya itu. Nalurinya mula mahu
beraja. Namun memikirkan janjinya sebelum ini,
niatnya itu dibatalkan sahaja.
“Dahlah, awak. Pergi mandi nu. Saya dah
mandi dan tunggu nak solat sekali dengan awak
saja.” Ujar Ain Dheya cuba menutup rasa malunya
itu.
“Tapi saya tak kena mandi wajib pun...” usik
Ash Fayyad lagi.
“Ya ALLAH, kena mandi wajib dulu ke baru
nak mandi, ha? Dah, dah. Jangan nak ngelat. Awak
tahu tak, banyak pahala kalau mandi sebelum solat
Subuh. Awak tak nak pahala banyak ke?” soalnya
lagi menduga suaminya.
Ash Fayyad tergelak kecil.
“Lagi banyak pahala kalau kita bersama
malam tadi...” perli lelaki itu sambil turun dari
katilnya. Ain Dheya malu sendiri. Cepat-cepat dia
mencari sejadah dan berpura-pura tidak mendengar
kata-kata lelaki itu.
Usai solat Subuh, mereka sama-sama
bertadarus seketika.
285
HASREEYATI RAMLI
“Sedap juga ya suara awak, Dheya. Terima
kasih sebab sudi solat berjemaah dengan saya.” Puji
suaminya lagi.
“Tak payahlah awak nak puji lebih-lebih.
Saya nak tukar pakaian dulu. Lepas tu nak jenguk
adik ipar saya tu. Nak kejutkan dia solat sama.”
Ujar Ain Dheya lagi sambil melipat kain
telekungnya.
Tiba-tiba Ash Fayyad menariknya ke
pangkuannya. Ain Dheya tidak sempat hendak
berbuat apa-apa dan jatuh ke atas dada suaminya
yang bidang itu.
“Ehh, awak! Apa awak nak buat ni? Kan
awak dah janji?” terkejut juga Ain Dheya
dibuatnya. Dia cuba melepaskan dirinya dari
pegangan suaminya itu. Namun pegangan Ash
Fayyad masih kukuh lagi.
“Setakat nak peluk awak je, tak boleh ke
Dheya?” Satu permintaan yang terlalu besar untuk
ditunaikan. Ain Dheya serba salah. Kedua belah
tangannya di atas dada suaminya kini. Mata mereka
bertentangan kini.
“Awak... kan awak dah janji...” ujarnya
dalam nada perlahan dan tidak langsung berani
mengangkat muka menatap wajah suaminya yang
terlalu hampir dengan wajahnya itu. Ain Dheya
sendiri dapat merasakan degupan jantung Ash
Fayyad yang kencang seperti degupan jantungnya
itu.
Ash Fayyad mengeluh berat dan
mengangguk kecil.
“Ya... saya tahu...” dan lelaki itu menolaknya
dari dadanya dengan lembut.
286
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Keluar dari bilik ni sebelum saya buat
perkara yang saya tak suka pada awak.” Ujar lelaki
itu lagi tanpa menatap langsung wajahnya. Ain
Dheya terdiam dan hanya mengangguk. Tidak tahu
apa yang harus dikatakannya lagi.
Ain Dheya kemudiannya keluar dari bilik
pengantin mereka.
“Ehh... kenapa Kak Dheya bangun awal ni?”
Hairan juga Alia Feyda dibuatnya apabila
mendapati Ain Dheya sudah tercegat di hadapan
muka pintu biliknya seawal ini. Sepatutnya
pengantin baru seperti abang dan kakak iparnya itu
bangun lewat.
Ain Dheya tersenyum mendengar soalan adik
iparnya itu.
“Tak ada apalah, tanggungjawab pada
ALLAH pun kita tak boleh abaikan, Feyda. Kena
ingat tu.” Ujarnya sambil membantu adik iparnya
bangun dari katil.
“Tapi abang Ash okey ke?” Dia masih lagi
tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
“Dia tak kisah. Kan Kak Dheya kahwin
dengan abang Feyda untuk jaga Feyda?”
Terdiam seketika Alia Feyda dibuatnya.
Adakah dia yang menjadi alasan gadis itu menerima
lamaran abangnya?
Dia menyentuh tangan Ain Dheya seketika.
287
HASREEYATI RAMLI
“Kak, adakah Akak buat semua ni sebab
kasihankan Feyda?” suara Alia Feyda mula
bergetar. Bebola matanya bergerak-gerak.
Ain Dheya tersenyum.
“Jangan fikir macam tu, okey. Akak
sayangkan Feyda macam adik Akak sendiri. Apa
yang Akak buat ni pun atas dasar rasa sayang
seorang kakak pada adiknya.” Ujar Ain Dheya lagi
dengan tenang. Jari-jemari gadis itu disentuhnya
lembut.
“Kak, sungguh besar pengorbanan akak tu.
Jadi... akak tak cintakan abang Ash ke walaupun
kahwin dengan abang Ash? Ya TUHAN...” soalan
itu tidak segera dijawab.
“Feyda, waktu dah nak habis ni. Jom cepat
akak bantu awak ke bilik air, hmm?” tukas Ain
Dheya lagi cuba lari dari topik itu. Alia Feyda
terdiam. Rasa bersalah mula beraja di hati.
Sejak kebelakangan ini Alia Feyda sudah
mula mendekatkan dirinya dengan ALLAH S.W. T.
Ain Dheyalah yang banyak membantunya selama
ini.
“Akak nak turun tolong Mak Jah kat dapur.
Feyda nak ikut tak?” Usai Ain Dheya membantu
menguruskan adik iparnya itu, dia bercadang untuk
turun ke bawah pula untuk membantu orang gaji
mereka.
“Ya ALLAH kak ni. Biarlah Mak Jah buat
semua tu. Itukan kerja dia. Akak tu ha, uruskan hal
Abang Ash tu. Dia dah jaga ke belum tu ha?”
Selalunya memang payah untuk melihat abangnya
bangun awal ketika bercuti di rumah.
Ain Dheya tersenyum.
288
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Dah. Tadi kami solat Subuh berjemaah
bersama. Juga bertadarus kejap.”
Melopong Alia Feyda dibuatnya mendengar
penjelasan kakak iparnya itu.
“What? Abang Ash dah solat? Mengaji?”
Seakan tidak mahu mempercayai apa yang
didengarinya itu.
“A’aa.. . kenapa lak, Feyda?” Hairan juga dia
dengan sikap terkejut adik iparnya itu.
“Err... tak ada apa-apalah, kak. Akak turunlah
dulu. Feyda nak baring kejap. Nanti Feyda turun
sendiri.” Ujarnya lagi.
“Feyda, tak elok tidur balik selepas Subuh.
Rezeki tak masuk untuk hari ni.” Tegurnya lagi.
Alia Feyda mahu berkata sesuatu namun
mematikan niatnya.
“Iyalah kak. Feyda tak tidur. Feyda nak
membaca dulu.” Ujarnya lagi. Ain Dheya
tersenyum dan berlalu dari situ.
Dah buang tabiat agaknya abang aku tu?
Ketika turun di bawah pun, hanya Mak Jah
sahaja yang ada di dapur.
“Ya ALLAH, Puan. Kenapa turun bawah
awal-awal gini? Cik Ash tak marah ke?” nada yang
risau jelas kedengaran sebaik sahaja melihat Ain
Dheya turun ke bawah.
Ain Dheya tergelak kecil.
“Mak Ros ni.... sejak bila pulak ubah panggil
nama Dheya ni jadi puan ni? Agak-agaklah Mak
Ros oii...” Pantas sahaja tangan Ain Dheya
mengambil tuala untuk mengelap cawan yang baru
sahaja dibasuh oleh Mak Ros.
“Ya ALLAH budak ni... Dheya... Eh, Puan
Dheya, puan dah jadi isteri Cik Ash. Jadi kenalah
289
HASREEYATI RAMLI
panggil Puan. Mana boleh panggil nama ja,” jelas
Mak Ros lagi. Ain Dheya menarik muka. Terasa
kecil hati dan sedih pula.
“Mak Ros, saya masih lagi Dheyalah.
Janganlah layan saya macam tu. Tak bestlah, Mak
Ros.” Ngongoi Ain Dheya lagi sambil memeluk
sebelah bahu perempuan yang agak sebaya dengan
ibunya itu. Mak Ros tergelak kecil.
“Hmm....kamulah, Puan- eh, Dheya. Kamu
ni memang manja macam Cik Ash ja. Kalau kamu
dah kata gitu, tak apalah.” Pujuk Mak Ros lagi
sambil menepuk-nepuk belakang tangan gadis itu
yang melengkar di bahunya.
“Haa... macam tulah! Baru best! Hmm...
sayaaang Mak Ros!” tingkah Ain Dheya sambil
tergelak kecil.
Segala perbuatan Ain Dheya diperhatikan
dari jauh oleh Puan Sri Anisah. Sekurang-
kurangnya cerialah sedikit rumah yang senyap
sunyi itu. Jauh di sudut hatinya dia bersyukur
kerana mempunyai menantu yang sebegitu.
“Dah tiga bulan kan Ash tu kahwin dengan
Dheya tu. Awak tak ada tanya apa-apa ke dengan
Dheya?” soal Tan Sri Darren pada isterinya pada
petang itu ketika mereka sedang minum teh di luar
balkoni rumah agam mereka.
“Ehh.... abang ni. Kenapa saya pulak kena
tanya Dheya? Abang kan rapat dengan Ash,
290
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
abanglah tanya.” Usul isterinya pula. Mengapa pula
dia yang perlu bertanya?
“Ishh... awak ni. Awak tak nak ke timang
cucu? Ash tu kan anak sulung kita. Kalau tak ada
waris, siapa pula yang akan mewarisi semua harta
kita tu?” Itu pula yang menjadi isunya.
“Abang ni... kalau dah lekat, tentulah kita
perasan jugak perut si Dheya tu. Ini tidak. Kempis
macam dulu jugak.” Rungut Puan Sri Anisah lagi.
Siapa yang tidak suka hendak menimang cucu.
Lebih-lebih lagi cucu sulung.
“Mungkin sebab kita tak suruh diorang ni
pergi honeymoon kot. Sebab tulah kita ni tak dapat
cucu. Awak tengoklah, Dheya tu asyik dengan
Feyda aje. Macamanalah dia ada masa nak peluk si
Ash tu lama-lama, kan? Haa... cuba awak fikir
kejap.” Idea apalah yang terlintas di kepala
suaminya ketika itu. Sehinggakan terfikir ke tahap
itu. Puan Sri Anisah terpaksa mengakui
kebenarannya.
“A.. aaa. Ya tak ya jugak ya. Lepas kahwin
abang tengok si Ash tu sibuk dengan projek yang
abang suruh dia uruskan sebelum kita ke Mekah
hari tu. Si Dheya pulak abang tengok asyik melayan
anak perempuan kita aje. Habis tu, awak rasa
macamana?” Renungan Tan Sri Darren itu
membuatkan Puan Sri Anisah mengangguk sendiri.
Kebetulan pula sebaik sahaja kedua orang
tuanya habis berbincang tentang hal anak dan
menantu mereka itu, kereta Ash Fayyad masuk ke
perkarangan rumah mereka.
“Ish, bang. Macam diseru-serulah pulak ye,
anak kita pun dah sampai.” Tingkah Puan Sri
Anisah sambil tersenyum memandang suaminya.
291
HASREEYATI RAMLI
Ash Fayyad agak kehairanan apabila
mendapati kedua orang tuanya bagaikan sedang
menunggu kepulangannya pada petang itu.
“Eh, mama... papa. Ada apa duduk kat luar
ni?” Seperti biasa, Ash Fayyad akan bersalaman
dan mencium tangan kedua orang tuanya sebaik
sahaja bersua muka dan kebetulan mereka berdua
ada di rumah.
Puan Sri Anisah tersenyum melihat anaknya
dan berpaling ke arah suaminya.
“Haa, bang. Cakaplah.”
Malam itu, selepas usai solat Isya berjemaah,
Ain Dheya bersalaman dengan suaminya. Dia
sudah berkira-kira untuk bangun pergi dari situ
apabila Ash Fayyad menarik tangannya dengan
lembut. Perbuatan itu menyebabkan Ain Dheya
tidak jadi meneruskan niatnya.
“Ada apa ni, awak? Awak nak apa-apa ke
sebelum awak nak tidur, hmm?” soalnya lagi
sambil tersenyum memandang suaminya itu. Rasa
hormat terhadap seorang suami tetap ada walaupun
dia masih lagi belum menunaikan sepenuhnya
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang satu
itu. Kesabaran Ash Fayyad juga amat dihargainya.
Ash Fayyad merenung seraut wajah isterinya
itu dengan agak lama.
“Kenapa ni, awak? Awak sakit ke?”
Belakang tangan Ain Dheya secara otomatik
menyentuh dahi suaminya. Tak panas pun.
Berkerut dahi Ain Dheya dibuatnya.
“Dheya, saya tak demamlah.” Ujar Ash
Fayyad dalam nada perlahan. Tangan isterinya
disentuh dan dialihkan dari dahinya.
292
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Habis tu? Awak macam susah hati ja.
Kenapa?” Risau juga Ain Dheya kali ini kerana Ash
Fayyad tidak semurung ini.
“Dheya... petang tadi mama dan papa bagi
tiket untuk kita berdua. Semua dah di`book’. Hotel,
flight, semuanya sekalilah.” Jelas Ash Fayyad lagi
sambil tidak melepaskan lagi tangan isterinya.
Semakin lama rasa sayang itu telah bertapak di
hatinya. Ketulusan hati gadis itu dan kesanggupan
gadis itu berkorban juga demi adiknya adalah
sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Sebab itulah dia tidak berkira sangat apabila
permintaan isterinya itu masih lagi dijaga olehnya.
“Eh, book apanya ni awak? Kita nak ke mana
ni?” Bertambah-tambah risau pula Ain Dheya
mendengar kata-kata suaminya itu.
Ash Fayyad mengangkat muka
memandangnya kali ini.
“Mama dan papa nak kita honeymoon di
Korea. Semuanya dah ditempah oleh mereka untuk
kita.” Hampir ternganga seketika Ain Dheya
dibuatnya. Tangannya ditarik laju dari genggaman
suaminya itu. Tidak ada apa-apa kata yang terbit
dari bibirnya.
“A...apa? Korea? Honeymoon?” Alamak...
kenapa kena pergi honeymoon pulak ni awak?”
Kerisauan yang mula bertapak di hatinya. Kenapa
sekarang baru dibangkitkan isu bulan madu?
“Ya... sebab mama dan papa risau, awak tak
mengandung sampai sekarang sebab sibuk layan
Feyda dan bukan saya.” Ujar Ash Fayyad dalam
nada perlahan.
Lagilah Ain Dheya bergerak menjauhkan
dirinya dari suaminya itu.
293
HASREEYATI RAMLI
“Apa? Mengandung? Aduhai... abis tu,
awak kata apa?”
“Awak nak saya bagi alasan apa? Takkan
saya nak cakap awak tak nak tidur dengan saya kot?
Ishh awak ni...”.
“Yalah. Manalah saya tau kalau awak tak
cakap.”
“Saya cakaplah belum ada rezeki lagi.
Tahulah saya nak berdalih.”
Ain Dheya menarik nafas lega.
“Terima kasih, awak. Saya tak tau nak cakap
apa lagi,” ujar Ain Dheya di dalam nada perlahan.
Selama tiga bulan ini dia cuba belajar untuk
memahami perasaan suaminya itu namun yang
dirasainya hanyalah perasaan hormat sahaja.
Bagaimanakah dia harus belajar menyintai lelaki
itu?
Walaupun sudah tiga bulan dia tidak berkerja
di pejabat lagi, namun hubungannya dengan
Masniza masih seperti biasa.
“Hang memang tak jatuh cinta dengan laki
hang ka? Punyalah hensem macam tu pun hang tak
berkenan jugak no. Ish... aku tatau la nak cakap apa
lagi aih.” Rungut Masniza di talian sana apabila Ain
Dheya menghubungi untuk berbual-bual dengan
teman baiknya itu. Adakalanya mereka akan keluar
bersama dan sudah semestinya dia akan membawa
Alia Feyda menemaninya bersama. Hubungan
mereka sebagai adik dan kakak ipar amatlah erat.
Perkembangan kesihatan Alia Feyda juga semakin
baik hari demi hari. Cuma masih tidak dapat berdiri
dengan sendiri sahaja. Apalagi melangkah.
294
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
“Kau ingat sebab hensem saja ka aku kena
jatuh cinta dengan laki aku tu? Hang ni la... tak
faham perasaan aku sungguh laa...”
Masniza mengeluh.
“Kalau aku, bila dah jadi laki tu, aku kira
okey saja nak cepat-cepat cintakan laki aku tu!
Haha...” usik Masniza lagi.
Dia sememangnya suka menyakat teman
baiknya itu.
“Aku rasa sunyilah kau tak dak kat umah dan
ofis macam dulu-dulu. Tapi tak apalah sekurang-
kurangnya aku boleh berhubung dengan kau jugak
dengan telefon ni.”
“Tak apalah, Ija. Kalau payah sangat kau
pindah ja kat sini. Okey, kan?” usik Ain Dheya lagi.
Tawanya yang agak tinggi itu mengundang
perhatian Ash Fayyad yang kebetulan lalu di
belakangnya.
“Hai, sukanya awak ni. Dengan siapa awak
cakap tu? Boyfren ke?” usik suaminya lagi.
“Err... Ija, aku kena letak fon ni dulu ya, nanti
aku call kau lagi ya.” Jeling Ain Dheya pada
suaminya yang rasaya mencuri telinga sejak dari
tadi.
“Hmm... dah lama ke awak pasang telinga
ni?” Ain Dheya berpura-pura memarahi suaminya
itu. Ash Fayyad tersenyum sambil menggeleng.
“Taklah. Saya gurau je. Eh, awak dah siap
pek barang-barang kita ke?” soal suaminya lagi.
Walaupun tidak begitu bersetuju dengan
kehendak mertuanya agar mereka berbulan madu,
terpaksa juga dia menurut kehendak mereka.
“Mama, nanti bila Dheya dan Ash pergi
berbulan madu, siapa pulak yang akan jaga Feyda?”
295
HASREEYATI RAMLI
hanya itulah sahaja alasan yang terfikir olehnya bagi
mengelakkan dirinya pergi.
Puan Sri Anisah hanya tersenyum lebar
apabila mendengar alasan yang tidak berasas itu.
“Dheya... macamlah mama nak turut sama.
Kan mama ada kat umah ni. Jadi apa salahnya kalau
tinggalkan Feyda pun, tul tak?” Nampaknya
helahnya tidak berjaya juga.
Ash Fayyad perasan akan hal itu. Kasihan
isterinya kerana akhirnya terpaksa meluangkan
masa bersendirian juga dengannya. Apakah
percubaan kedua orang tuanya itu akan
membuatkan isterinya berubah menyayanginya?
“A’aa... Dheya, papa pun ada kan. Feyda tu
tak kisah kot kalau balik nanti, dia dah tau akan
dapat anak buah yang baru.” Usik Tan Sri Darren
lagi sambil memeriksa emel dari iPhone 7 Plusnya.
Tanpa mengangkat muka.
Rupanya bapa mertua dan ibu mertuanya ada
strategi mereka sendiri. Adakah semua ini idea dari
Ash Fayyad? Geram juga dia memikirkannya.
Namun dia sedar, dia tidak dapat berbuat apa-apa.
“Dah... dah siap.” Ujar Ain Dheya lagi
sambil meloloskan dirinya dari situ. Ash Fayyad
tersenyum bahagia. Nampaknya inilah peluangnya
untuk bersendirian dengan isterinya itu.
“Baru sekarang kau nak berbulan madu?
Hmm... dah lepas lama dah kot.” Tidak habis-habis
lagi Airiz mengusiknya bila dia memaklumkan
perkara itu kepada teman baiknya itu.
“Ermm... sebenarnya semua ni idea mama
dan papa aku, okey. Diorang nak cepat-cepat ada
cucu.” Lebih senang dia berterus terang begitu.
Sebagai seorang lelaki, nalurinya tetap ada.
296
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
Airiz masih lagi tidak faham apa-apa.
Berkerut dahinya seketika.
“Wait, wait. Apa semua ni? Aku tak
fahamlah.” Airiz sudah duduk di sofa yang ada di
sudut bilik temannya itu.
“Kau percaya tak kalau aku bagitau yang
kami masih belum lagi bersama.” Pada siapa lagi
yang dia harus mengadu selain dari teman baiknya
itu. Sekurang-kurangnya beban yang ada di
bahunya terasa agak ringan.
“Ha? Betul ni kau belum tidur lagi dengn
Dheya? Susah aku nak percayalah, Ash.” Geleng
Airiz lagi. Mahu tergelak pun ada. Pasti ada
sesuatu yang membuatkan pasangan itu masih lagi
tidak bersama.
“Kau nak gelak pun gelaklah, Riz. Aku
cakap pada kau ni sebab aku ingat kau sahabat baik
aku. Aku pun tak tahu nak buat apalagi.” Ujar Ash
Fayyad dalamm nada perlahan.
“Okey, okey... sorry. Aku tak niat macam tu
tau. Sorry, ya.” Patutlah macam ada sesuatu sahaja
yang tidak kena dalam rumah tangga temannya itu.
Rupa-rupanya itulah puncanya.
“Aku rasa kedua orang tua aku pun tahu
tentang hal ini. Kalau tak, kenapa pula mereka
macam suruh kami berdua pergi honeymoon pula.
Betul tak?” Saban malam, Ain Dheya akan
memastikan semua orang di dalam rumahnya tidur
sebelum keluar dari bilik tidur mereka. Semata-
mata untuk mengaburi ahli keluarganya. Dan dia
tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang
permintaan isterinya itu.
297
HASREEYATI RAMLI
“Kau kan suami dia. Kau boleh paksa dia,
kan?” Airiz mula memberi idea nakal. Dia masih
tidak percaya dengan cerita itu.
“Itu permintaan Dheya, okey. Aku kan
gentleman. Aku tak akan paksa orang perempuan
jika perempuan itu tidak mahukan aku.”
“Tapi masalahnya sekarang, dia dah jadi
isteri kau. Kau berhak ke atas batang tubuh dia tu,
kan?”
“Senang kau cakap, Riz. Dia perempuan
yang baik. Dah banyak dia korbankan untuk aku
dan keluarga aku, kau tau tak? Dari awal lagi, kalau
dia tak nak jaga adik aku, siapa lagi yang kau rasa
sanggup nak jaga, cuba kau fikir? Dia tak cintakan
akulah, Riz. Macamana dia nak tidur dengan suami
yang tak dicintainya? Kau faham tak ni?”
Airiz termenung seketika.
“Eh, kau ni kan. Nak aku ketuk kepala kau
sekali ke atau berkali-kali, ha? Cuba kau fikir
semula, dia buat semua ni sebab apa kalau bukan
atas dasar cinta? Nak kata tak pergi sekolah, sampai
belajar luar negara. Hee... buat malu aku ajelah ada
kawan yang tak reti fikir macam kau ni, Ash.”
Geleng Airiz berkali-kali.
Ash Fayyad terdiam lama.
“Jap, jap. Kau kata dia cintakan aku selama
ni, ke? Tapi... kenapa dia tak mengaku dia
sayangkan aku pun?” Ash Fayyad berfikir lagi
sedalam-dalamnya. Nampaknya selama ini dia
terlalu buta untuk menilai erti cinta yang sudah
lama dimiliki olehnya.
“Eeee... kau nilah Ash. Nanti aku kata kau
bahalol kang benjol pulak dahi aku. Kalau dia tak
cintakan kau, buat apa dia setuju nak kahwin dengan
298
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
kau? Dia kan perempuan. Perempuan takkan
berterus-terang unless kalau lelaki tu sendiri
perasan dan faham akan naluri mereka. Faham tak
ni? Hmm... eloklah pun Ann tak tunggu kau. Kalau
tak, selagi itulah dia tak dapat cinta aku. Nah ni ha,
kad jemputan kahwin aku dengan Ann. Kau kena
datang ke majlis kami, okey?” Satu kad jemputan
yang bersampul putih dihulurkan padanya. Ash
Fayyad masih lagi kebingungan kerana baru kini dia
menyedari sememangnya selama ini Ain Dheya
memang sudah lama menyintainya. Cuma dia
sahaja yang tidak menyedarinya.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Ash
Fayyad lama memikirkan tentang apa yang
dikatakan oleh Airiz tadi. Adakah benar selama ini
Ain Dheya ada menyimpan perasaan terhadapnya?
Mengapa dia tidak perasan tentang hal itu selama
ini? Nampaknya bukan Ain Dheya yang buta
tentang cinta tetapi dirinya sendiri yang tidak
memahami apa itu erti cinta.
“Hmm... baru sampai ka?” Ain Dheya
mengambil baju untuk suaminya dari almari
pakaian suaminya itu.
Ash Fayyad tidak segera menjawab.
Matanya hanya memerhatikan segala tingkah laku
isterinya yang begitu cekap menguruskan
keperluannya itu. Hatinya begitu terusik dengan
tanggungjawab isterinya menyediakan semua itu
untuknya. Sememangnya Ain Dheya seorang isteri
299
HASREEYATI RAMLI
yang baik. Cuma dia sahaja yang terlambat untuk
menilainya.
“Dheya,” perlahan sahaja suaranya.
Ain Dheya masih lagi menyusun baju T dan
seluar track suaminya di atas katil ketika Ash
Fayyad menarik tangannya dan memeluknya
dengan erat dari arah belakang.
“Ehhh... apa yang awak buat ni???”
Perbuatan yang spontan itu membuatkan Ain Dheya
terkejut dan berusaha melepaskan dirinya dari
pelukan suaminya itu.
“Dheya... please... jangan macam ni. Saya tau
awak dah lama sayangkan saya. Cuma selama ni
saya saja yang buta hati untuk menilai cinta awak,”
ungkapan Ash Fayyad yang lembut di cuping
telinganya membuatkan Ain Dheya tidak meronta-
ronta lagi. Dia dapat merasakan debaran yang sama
di dada suaminya itu seakan dapat menembusi ke
jantungnya.
Perlahan-lahan Ain Dheya memusingkan
tubuhnya mengadap bersemuka dengan suaminya.
Memang dia kalah kali ini dengan perasaannya yang
sudah lama dipendamkan itu. Dia cuma bersabar
sahaja kerana dia pasti jika ada jodoh, cintanya akan
berbalas jua.
Wajahnya yang merona merah itu tertunduk
malu ke bawah. Jari-jemarinya yang masih bersisa
merah di hujung kuku dikuis-kuisnya dengan rasa
yang cukup resah.
“Dheya, betul ke awak dah lama sukakan
saya?” dagu Ain Dheya yang runcing itu
diangkatnya dengan hujung jari telunjuk kanannya.
Keayuan wajah isterinya itu tidak dapat
300