HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
dipertikaikan lagi. Sesejuk mata memandang dan
setenang air di dalam tasik madu.
Ain Dheya mahu tersenyum dan tergelak
dalam pada masa yang sama. Dia memegang jari
jemari suaminya dan tersenyum nakal.
“Sekarang awak dah jumpa ya kunci untuk ke
hati saya, kan? Hmm... tapi awak ni lambat sangat
laa...” senyuman nakal itu masih lagi melekat di
bibir Ain Dheya apabila Ash Fayyad menarik tubuh
isteri kesayangannya itu ke dalam pelukannya.
“Abang, lambat lagi ke kita nak sampai ni?”
Dua minggu mereka menghabiskan bulan
madu mereka di Korea membuatkan Ain Dheya
rindukan segala-galanya yang ada di Malaysia.
“Kenapa ni, Sayang? Sayang tak apa-apa
ke?” Risau juga Ash Fayyad dibuatnya apabila
melihat Ain Dheya yang kelihatan agak pucat sejak
mereka menaiki pesawat dari Lapangan Terbang
Incheon sejak pagi tadi. Walaupun begitu, dia
sedar, semangat untuk pulang ke tanahair itu
membuatkan permata hatinya itu menggagahi juga
dengan kudratnya yang masih bersisa.
“Ermm... rasa sebab jetlag kot. Lama
jugakkan penerbangan ni.” Tingkah Ain Dheya lagi
sambil mencari-cari botol minyak angin kecil yang
sering tersedia di dalam beg tangannya.
Kerisauan di hati Ash Fayyad tentang
keadaan isterinya itu membuatkan dia sendiri tidak
dapat hendak melelapkan matanya langsung.
301
HASREEYATI RAMLI
Sesekali dia akan memicit dahi isterinya dan
memastikan keperluan isterinya dalam keadaan
yang paling selesa. Kasihnya pada Ain Dheya
bagaikan tidak berbelah bahagi lagi setelah dia
menyedarinya.
Sebaik sahaja tiba perkarangan lobi di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
Ain Dheya sudah jatuh pengsan. Kelam kelibut
jadinya keadaan ketika itu.
Apabila Ain Dheya membuka matanya, dia
mendapati kedua orang mertuanya turut sama
berada di sisi katil yang semestinya bukan katil
rumahnya.
Ash Fayyad pula sedang memegang kedua
belah tangannya dengan mata yang bengkak dek
terlalu lama bergenang dengan air mata. Lelaki itu
duduk di sisi katilnya juga dan hanya tersenyum
melihatnya membuka mata.
“Alhamdulillah... kamu dah sedar. Risau
betul tau Ash tunggu kamu sejak semalam kat sini.
Tengok tu. Tangan kamu pun tak dilepaskannya
sejak kamu tak sedar malam tadi.” Ujar ibu
mertuanya lagi.
Ain Dheya cuba bangun. Namun Alia Feyda
yang berada di hujung kakinya di atas kerusi
rodanya bersuara.
“Tak payah nak bangun, baby dalam perut tu
nak tidur lagi tu,” ujar adik iparnya dengan
senyuman melirik.
Ain Dheya terkejut. Baby? Ya ALLAH,
bagaimanalahh aku tak perasan yang aku sedang
mengandung ni? Malunya tidak terkira. Namun
Ash Fayyad yang berada di sisinya mencium
302
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
dahinya berkali-kali dengan linangan air mata
gembira.
“Terima kasih, Sayang. Lepas ni bukan saja
Abang nak tapau cinta Sayang malah Abang yang
tamak dan boros ni nak tapau jugak-jugak cinta dari
anak-anak kita nanti.” ucapan Ash Fayyad itu
disambut dengan gelak tawa seluruh ahli keluarga
yang ada.
Jauh di sudut hati Ain Dheya
mengungkapkan ucapan syukur dan berterima kasih
ke hadrat ILAHI dengan kebahagiaan ini. Semoga
anak-anak yang bakal lahir nanti akan menjadi
hamba-hamba-MU yang soleh dan solehah kelak.
Amin. Ya Rabbal `Alamin.
TAMAT
303
HASREEYATI RAMLI
304
HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
305
HASREEYATI RAMLI
306