The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-02-28 01:35:14

Hello, Jangan Tapau Cintaku

Hello, Jangan Tapau Cintaku

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

kenapa pula client tu kena naik kereta Ash? Tak
boleh ke naik kereta sendiri?”

Ann Dayana berpaling ke arah Reza. Pedih
juga mendengar kata-kata temannya itu. Ada
betulnya juga otak perempuan ni. Namun dia tidak
boleh menuduh secara melulu yang Ash Fayyad
telah menduakannya.

“Okey, nanti aku tanya dia sendiri. Malam
ni kami nak keluar.”

“Kita nak makan kat mana malam ni?” kereta
Honda Civic Ash Fayyad membelah malam yang
pekat. Ann Dayana hanya mendiamkan diri
semenjak dijemput oleh Ash Fayyad sebentar tadi.

Apabila Ann Dayana tidak bersuara walau
sepatah, Ash Fayyad mula berasa bagaikan ada
sesuatu yang tidak kena.

“Kenapa diam je ni dari tadi, hmm?” Jika
kerana dia tidak mengangkat telefon gadis itu siang
tadi, apalah sangat.

“You tanya kat I kenapa? You tau kan
kenapa.” Begitu pula jawapan yang diterimanya.

Ash Fayyad menarik nafas panjang.
“Kalau pasal I tak angkat telefon you tadi. I
minta maaf. Tadi I bawa staf I yang nak jaga Feyda
ke rumah.” Lebih senang dia berterus terang begitu.
“Owh, jadi betullah bila Reza nampak ada
perempuan naik kereta you siang tadi, ha?”

51

HASREEYATI RAMLI

Ash Fayyad tidak menafikannya. Tidak perlu
dia menipu pun kerana memang dia ada membawa
Ain Dheya bersamanya siang tadi.

“Ohh... nak jaga adik you ya. Kenapa tak
offer kat I? I kan bakal kakak ipar dia?” Tingkah
Ann Dayana lagi tanpa memikirkan akibat dari
pernyataannya itu. Menyebabkan Ash Fayyad
tergelak kecil.

“Alaa... you tu nak bela kucing pun
tak...Apalagi nak jaga adik I yang you bukan tak
tahu macamana perangai dia.” Ujar Ash Fayyad
lagi. Nak tergelak pun ada. Memang gadis itu
sendiri hanya tahu menguruskan dirinya sendiri
sahaja. Kalau nak jaga orang lain, memang jauh
sekalilah.

Ann Dayana lagi panjang merajuknya.
“You! Tergamak you cakap macam tu pada I
ya? Belum cuba belum tahu, okey. Kalau you offer
kat I, you tak perlu bayar sesen pun pada I. Sebab
tentu I kena belajar jaga ahli keluarga you dari
sekarang, kan?”
Ash Fayyad tersenyum.
“Ann, I rasa tak perlu kot you susah payah
sampai macam tu sekali untuk nak jaga hati I atau
mama I.” Dia berkata begitu kerana sudah terlebih
arif dengan sikap Ann Dayana yang tidak tahu hidup
susah apalagi menguruskan orang lain. Bagaimana
gadis itu akan dapat menjaga adiknya yang sering
marah-marah sebegitu rupa? Silap-silap boleh lari
malamlah jawabnya seperti beberapa orang
jururawat dan orang gaji sebelum ini. Semuanya
tidak tahan dengan cacian dan maki hamun dari Alia
Feyda ketika emosi gadis itu tidak stabil. Bukannya
sekali sekali, tetapi sepanjang masa. Entah

52

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

mengapa Alia Feyda bersikap begitu. Dari seorang
yang periang dan paling bertimbang rasa terus
berubah 360 darjah selepas kemalangan yang
menyebabkan adiknya itu lumpuh sejak dua tahun
yang lalu.

Ann Dayana bungkam sendiri.
“Nampaknya you masih tak mahu percaya
yang I boleh jaga adik you, ya? Hmm... tak apa.
Nanti I akan mengadu pada aunty. Tengok apa yang
aunty akan cakap pada you nanti. Haa...”
bersungguh-sungguh benar akan memenangi vote
undian dari Puan Sri Anisah sepertimana
kebiasaannya. Memang selama ini dia memang
pandai mengambil hati bakal ibu mertuanya itu
hinggakan peluangnya dirasakan semakin cerah
untuk menjadi menantu Puan Sri Anisah dalam
jangkamasa terdekat ini. Masa lima tahun yang
telah dihabiskan untuk memenangi hati kedua orang
tua Ash Fayyad tidak akan disia-siakannya begitu
sahaja. Tunggulah siapa pun yang mahu jadi
penghalangnya. Mereka belum tahu lagi siapa
sebenarnya Ann Dayana.

Ann Dayana semakin cemburu kerana
mengetahui Ain Dheya akan tinggal bersama
dengan tunangnya di rumah itu.

“Apa khabar Aunty? Aunty sihat ke?
Hmm... cantik betullah Aunty hari ni.” Cepat sahaja
Ann Dayana bersalaman dan memeluk mesra
ibunya sebaik sahaja keluar dari keretanya dan

53

HASREEYATI RAMLI

mendapatkan ibunya yang sedang berada di bilik
Alia Feyda.

Alia Feyda menjeling dengan penuh meluat
ke arah Ann Dayana.

“Apa perempuan pisau cukur ni nak datang
ke bilik Feyda ni, ha? Pergi! Pergi! Feyda tak nak
sapa-sapa pun masuk bilik Feyda tanpa kebenaran
Feyda!” tengking Alia Feyda dari atas kerusi
rodanya. Dia memang tidak suka orang asing selain
dari ibunya yang melayaninya.

Terpempan Ann Dayana dibuatnya.
“Hai, Feyda. Awak nampak sihat hari ni.
Ermm... Feyda nak apa-apa tak? Kak Ann boleh
tolong belikan ya.” Ann Dayana cuba menunjukkan
sikap ambil berat terhadap Alia Feyda. Namun
bukan jawapan yang baik diterimanya.
“Aku kata keluar, keluarlah! Apa tunggu
lagi!” Jerit Alia Feyda sambil menunjukkan jari
telunjuknya ke arah pintu masuk biliknya. Suaranya
yang bagaikan guruh itu benar-benar menggegarkan
rumah itu.
“Hey, Feyda! Awak sakit. Kalau mama
awak tak ada nak jaga awak nanti, siapa yang akan
uruskan awak, ha? Awak nak kami hantar awak ke
rumah kebajikan ke? Hishh, susah betullah nak
layan adik awak ni, Ash.” Lebih tinggi suara Alia
Feyda, tinggi lagi suara Ann Dayana. Dia memang
jenis yang tidak dapat bersabar dengan sikap adik
kandung Ash Fayyad yang dianggapnya seperti
mengada-ngada sangat itu.
Puan Sri Anisah terkejut mendengar suara
Ann Dayana yang pertama kali meninggi seperti itu.
“Mama... tengok tu. Kak Ann dah
marahkan Feyda.” Alia Feyda yang tadinya garang

54

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

menangis seperti anak-anak kecil pula. Pening
kepala Puan Sri Anisah dibuatnya dengan sikap
anak perempuannya yang tidak menentu itu.

“Ha, sudah. Sudahlah.” Pujuk Puan Sri
Anisah sambil memeluk kepala Alia Feyda ke
tubuhnya. Dia memberi isyarat kepada Ash Fayyad
dan Ann Dayana untuk keluar dari bilik itu. Ash
Fayyad segera menarik pergelangan tangan Ann
Dayana.

Ann Dayana terpinga-pinga dengan
tindakan segera Ash Fayyad itu tetapi menuruti Ash
Fayyad keluar dari bilik adiknya itu. Geram juga
dia melihat sikap Alia Feyda yang semakin
mengada-ngada itu.

Mentang-mentanglah ada ibunya yang
selalu menuruti apa sahaja kemahuannya, memang
begitulah jadinya. Jika Alia Feyda dibiarkan
berdikari, tentulah gadis itu tidak akan bersikap
begitu.

Kena pula dengan ada abangnya yang rajin
pula melayan, memang lagi mengada-ngadalah
gadis itu.

“Eh, Ash. You tahu tak, adik you tu jadi
macam tu sebab mama you tu bagi muka sangat kat
dia?” Ash Fayyad melepaskan kembali pergelangan
gadis itu sebaik sahaja mereka turun ke tingkat
bawah. Mereka berjalan di luar taman yang ada di
belakang rumah yang besar lamannya itu.

Tema English Garden yang diterapkan
membuatkan sesiapa sahaja yang ke situ merasakan
mereka tidak sedar yang mereka masih lagi berada
di bumi Malaysia yang tercinta.

Ash Fayyad menghela nafas panjang.

55

HASREEYATI RAMLI

“Ann, adik I tu kan sakit. You pun tahu
kan? Dia jadi macam budak-budak tu sebab dia tak
boleh nak buat apa yang dia pernah buat sebelum ni.
You tak rasa apa yang dia rasa, okey? I kasihankan
dia. Sebab dia satu-satunya adik yang I ada.”

Ann Dayana menarik muka.
“Alaa... you dan mama you bagi muka kat
dia sangat sapa yang suruh. Biarlah dia buat apa-
apa pun sendiri. Tahulah dia nak hidup macamana.
Ni semua orang kena jadi hamba dia.” Gumam Ann
Dayana lagi. Memang dia pantang kalau
berhadapan dengan orang yang mengada-ngada
begitu.
Ash Fayyad mula terasa dengan kata-kata
buah hatinya itu.
“See? Kan I dah cakap, macamana you kata
you nak jadi baby sitter Feyda kalau macam ni lagak
you?” Tak sampai 10 minit pun Ann Dayana dapat
bertahan, apalagi mahu menjaga adiknya selama
sebulan. Macam mimpilah pula.
Ann Dayana bungkam. Memang betullah
cakap Ash Fayyad terhadapnya sebelum ini. Dia
tidak mepunyai kesabaran yang sebegitu tinggi
untuk menjaga gadis seperti Alia Feyda.
“Tapi budak yang you nak upah tu, you rasa
dia boleh tahan ke dengan mulut adik you tu?”
Ann Dayana mula menduga.
Ash Fayyad tergelak besar kali ini.
“You bukan tak tahu mulut I ni memang
macam longkang kalau I deal dengan staf I kan?
Haa... budak tu memang hari-hari I kenakan dia, tapi
dia sabar macam malaikat kot. Haa...” Ann Dayana
memang sering mendengar teman-temannya
bercerita tentang sikap Ash Fayyad apabila

56

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

melayani staf-staf di pejabatnya. Namun itulah
hakikat yang harus dihadapi oleh staf-staf lelaki itu
dan ramai juga yang tidak tahan akan berhenti kerja
dari situ.

“Hmm... tapi I okey je ngan you. I tau you
takkan cakap benda-benda yang bagi I sakit hati,
kan?” lembut kembali suara buah hatinya itu sambil
melarikan hujung jarinya di atas kemeja kerja lelaki
itu. Ash Fayyad tersenyum penuh makna. Ann
Dayana memang manja dengannya selama ini.
Mana mungkin dia sanggup meninggikan suara
dengan Ann Dayana.

“Tau tak pe. Dahlah you. Jom I hantar you
kat pejabat papa you semula. Nanti apa pula kata
papa you sebab larikan anak dia lama-lama.” Usik
Ash Fayyad lagi sambil memegang tangan Ann
Dayana yang semakin mahu nakal itu.

Sebaik sahaja Ain Dheya turun dari kereta
Ash Fayyad barulah dia perasan yang dia tidak
memakai sebarang kasut pun. Alamak. Macamana
ni. Namun kerana melihat Puan Sri Anisah sudah
menunggunya, dia terus turun dari kereta lelaki itu.

Puan Sri Anisah tersenyum lucu melihat
gadis itu tidak berkasut. Namun sebelum apa-apa,
Ash Fayyad sudah pun mengundurkan keretanya
dari perkarangan rumah mereka. Ain Dheya
ternganga sendiri. Beg bajunya bagaimana?

57

HASREEYATI RAMLI

Puan Sri Anisah segera mendapatkan gadis
itu.

“Dheya, mari masuk dulu. Awak tu tak
berkasut tu. Panas tar tu.” Barulah Ain Dheya
perasan dia hanya berkaki ayam.

“Ehh... Puan Sri, maaf ya. Kasut saya
tertinggal.”

“Ermm... ye ke?” Puan Sri Anisah mahu
tergelak mendengar kata-kata Ain Dheya itu.

“Ye, Puan Sri. Punyalah tadi saya kalut
sampai tak sempat nak pakai kasut masa naik kereta
Cik Fayyad tadi.” Kena pula dengan Ash Fayyad
tidak perasan apa-apa ketika dia masuk ke dalam
kereta lelaki itu. Eloklah tu.

“Kalau macam tu, basuh aje kat pili di luar
tu. Tanya Pak Azira. Dia tukang kebun di sini.
Isterinya Mak Ros. Tukang masak di rumah ni.
Nanti Dheya pelan-pelan kenal dengan mereka
berdua ya.” Ujar Puan Sri Anisah sambil membawa
Ain Dheya ke satu sudut yang ada di ruang porch
mereka. Ain Dheya segera membasuh kakinya.
Azira? Eh, kenapa nama macam perempuan pulak
ya? Hoi, Dheya, jangan komplen banyaklah.
Kemudian dia teringatkan sesuatu.

“Alamak, Puan Sri. Saya ... saya terlupalah
nak ambil beg saya. Ada dalam kereta Cik Fayyad
tadi.” Ujar Ain Dheya sambil mengerutkan dahinya
dengan rasa bersalah.

Puan Sri Anisah tergelak kali ini.
Ash Fayyad tiba di pejabat beberapa minit
sahaja sebelum mesyuarat dengan klien baru
mereka bermula. Mujur lagi sempat. Ini semua
gara-gara Ain Dheyalah. Namun dia juga perlu
menguruskan hal adiknya dan jauh di sudut hati dia

58

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

bersyukur kerana gadis itu sanggup menerima
tawarannya itu. Memang susahlah dia kalau tidak
ada orang yang sanggup menjadi penjaga adik
perempuannya itu dalam masa yang terdekat ini.

Baru sahaja Ash Fayyad mahu mengambil
beg bimbitnya di belakang keretanya, dia terlihat
beg tarik yang berwarna pink. Ash Fayyad menarik
nafas panjang.

“Tak apalah, Puan Sri. Biar saya bawakan
dia ke bilik tamu.” Seorang perempuan tua yang
berbaju kurung kedah dan berkain batik dan
bertudung tersenyum manis memandangnya.
Wajah keibuan perempuan yang bertubuh agak
bulat itu membuatkan hati Ain Dheya lagi cair.
Macam mak aku kat kampunglah pula.

“Haa... Dheya. Nilah Mak Ros yang saya
katakan tu. Ha, Mak Ros. Ni Ain Dheya. Tolong
bawakan Dheya ke bilik dia dulu ya.” Ujar Puan Sri
Anisah sambil mengangguk ke arah Mak Ros.

“Mana begnya, Puan Sri? Saya tak nampak
pun.” Tertinjau-tinjau juga Mak Ros dibuatnya
kerana memang dia mendapati gadis manis itu
hanya datang dalam keadaan sehelai sepinggang
sahaja.

Naik malu Ain Dheya dibuatnya. Merah
mukanya menahan malu.

“Haha. Itulah Mak Ros. Dia terlupa pakai
kasut semasa Ash jemput dia pagi tadi.” Ujar Puan
Sri Anisah, masih lagi bersisa tawanya.

Memang lawak betullah budak ni. Namun
dia seakan terasa semakin mesra pula dengan gadis
kampung itu. Harap-harap peristiwa semalam tidak
akan melunturkan niat asal gadis itu mahu menjadi
penjaga anak perempuannya.

59

HASREEYATI RAMLI

Nampaknya kuat juga hati gadis itu kerana
masih lagi belum berputus asa seperti beberapa
orang sebelum ini yang pernah menjadi penjaga
Alia Feyda sebelum ini. Mudah-mudahan gadis itu
akal dapat bertahan dengan karenah anak
perempuannya nanti.

Mak Ros menggeleng.
“Ooo... macam tu. Hmm... tak apalah. Kita
tengok dulu bilik tidur untuk awak ya, Dheya.” Ain
Dheya bersalaman dengan Mak Ros tanpa disuruh.
Mak Ros terkejut juga dengan budi bahasa yang
ditunjukkan oleh gadis itu. Bukan seperti teman
wanita Ash Fayyad yang kelihatan sombong apabila
datang ke rumah ini. Memang payah betullah
hendak bersalaman dengannya. Walaupun baru
pertama kali bersua, gadis itu telah berjaya
memenangi hatinya dan juga yang pastinya hati
majikannya. Hati mana yang tidak sejuk apabila
berhadapan dengan gadis yang tahu bersopan santun
seperti Ain Dheya.
Ain Dheya mengagumi susun atur dalam
rumah banglo mewah tiga tingkat itu. Yang dia
tahu, dia akan ditempatkan di bilik tamu di rumah
itu. Tentu luas seperti bilik yang pernah dilihat di
dalam televisyen sebelum ini. Orang kaya memang
macam tu. Memang mimpilah kalau dia mahu ada
rumah sendiri seperti ini. Macam Cinderella pula
rasanya. Segala-galanya cantik seperti di istana.

Ain Dheya ditunjukkan ke sebuah bilik
yang terletak berdekatan dengan bilik-bilik lain.
Yang tidak diketahui siapa empunyanya.

“Macam istana ya rumah ni Mak Ros.”
Mak Ros tersenyum.

60

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Biasalah, Dheya. Orang kayalah katakan.
Eh, Dheya datang dari mana ya? Tak sempat pulak
nak tanya hari tu. Yelah kan. Cik Feyda memang
garang orangnya. Habis semua jururawat dan
penjaga sebelum ni dah lari sebab tak tahan dengan
perangai dia. Tapi kalau Dheya nak tau, dulu
sebelum kemalangan tu, dia memang tak macam tu
tau.” Mak Ros yang peramah dan sering tersenyum
itu membuatkan Ain Dheya berasa agak selesa.

Kerisauan yang bersarang di dadanya
terlerai jua. Mujur juga ada dua orang yang
ditemuinya setakat ini dan tidak termasuk Tan Sri
Darren yang agak mudah bergaul dengannya.
Mudah-mudahan hari-hari yang akan dilaluinya
selama dia berada di sini dipermudahkan TUHAN.

“Saya orang Perlis, Mak Ros. Orang Abi
Tok Hashim.”

Mak Ros hampir ternganga.
“Ya ALLAH, tu dah dekat dengan kampung
Mak Ros tau. Mak Ros kat Kampung Padang
Melangit.”
“Eh, tu dah naik ke atas sikit dari kampung
mak Dheya tu!” Wah. Ini sudah bagus. Ada juga
orang yang boleh faham dengan perangai orang
Utara sepertinya. Dari segi percakapan dan dari segi
makanan sudah tentulah sama citarasanya. Hai,
nampaknya dia tidak bersendirianlah di sini. Ada
orang kampung baq hang! Tak payahlah nak
bercakap slang Kuala Lumpur lagi lepas ni.
Mak Ros berpelukan dengan Ain Dheya
dan mereka bergelak besar kali ini. Macam budak-
budaklah pula. Mereka tidak perasan ada sepasang
mata sedang memerhatikan gelagat mereka berdua

61

HASREEYATI RAMLI

di bilik yang terletak di hujung sana. Pintu bilik
Alia Feyda terbuka seluas-luasnya.

“Ha, dah dah sudahlah tu. Mak Ros, jangan
buang masa dengan budak baru ni. Ha, kamu, nama
Dheya kan? Mari sini.” Suara tegas Alia Feyda
mengejutkan mereka berdua.

Mak Ros menolak Ain Dheya dari
pelukannya dengan tergesa-gesa.

“Kamu pergilah pada dia. Tengok dia nak
apa, ya?” bisik Mak Ros padanya.

Belum sempat pun Mak Ros membukakan
pintu bilik tamu untuk dilihat keadaan di dalamnya
pada Ain Dheya, Alia Feyda sudah tegas memberi
arahan.

Ain Dheya mengangguk laju.
“Kamu dah tau ini bilik kamu. Kamu duduk
di sini tau nanti.”
Ain Dheya mengangguk lagi.
Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah
Alia Feyda.

Sakit benar hati Alia Feyda melihat gadis
itu berjalan agak lambat ke arahnya.

“Cepatlah. Yang kau lambat macam siput
ni kenapa, ha?” Sergah Alia Feyda lagi sambil
berkerut dahinya. Tangannya digenggam erat
menahan marah di dada.

Ain Dheya mengatur langkah dengan lebih
cepat lagi.

62

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Haa... macam tu. Kalau aku suruh, kau
kena lari. Aku tak suka orang yang terhegeh-hegeh
macam tu. Mengerti?” Ujar Alia Feyda lagi dalam
nada yang masih tinggi. Seperti semalamlah
suaranya. Garang nak mampus. Hai, minah
senteng. Kalau tak kerana aku nak tolong mak aku,
kau jangan haraplah aku nak jaga kau. Rungut Ain
Dheya di dalam hati.

“Ya, Cik Feyda. Saya mengerti. Maaf
sebab saya lambat tadi. Lain kali saya akan lari bila
Cik Feyda nak suruh saya.” Ujar Ain Dheya dalam
keadaan takut-takut. Al-maklumlah.

Kecik sahaja Alia Feyda melihat Ain
Dheya. Kenapalah ada lagi orang yang sanggup
datang berkerja di sini walaupun dia tidak mahu
sesiapa pun di sisinya selain dari mamanya?

“Hmm... sekarang tolak saya ke taman.
Saya dah jemu kat atas.” Perintah Alia Feyda kali
ini.

Ain Dheya teragak-agak pada mulanya
untuk menolak kerusi roda gadis itu. Bagaimana
ya? Macamana kalau aku tersilap? Mana aku
pernah tolak orang turun ke bawah guna kerusi roda
dengan menuruni tangga.

Apabila mendapati gadis itu masih teragak-
agak, Alia Feyda menyergah.

“Kau nak kerja ke tak ni? Cepat tolak aku!”
Ain Dheya terkejut dan cepat memegang
handle kerusi roda tersebut. Tetapi macamana aku
nak tolak dia turun tangga nanti?
“Cik... Cik Feyda. Saya boleh tolak
sekarang, tapi nanti macamana nak turun
tangganya?” dia terkulat-kulat bertanya.

63

HASREEYATI RAMLI

“Ayah aku buat alat khaslah, bodoh. Kau

kena belajar macamana nak operate benda tu kalau
kau nak lama di sini, mengerti!” jerkah Alia Feyda
lagi. Orangnya cantik, berambut pendek dan

berambut merah. Namun menjerkahnya begitu
nampak seperti naga merah sedang menyemburkan

apinya dari mulut pula lagaknya. Memang dah
sesuai betul kalau dipanggil dengan nama naga
merah.

“Hai, Dheya! Kamu melamun ya!” tak
habis-habis lagi naga merah ni nak sergah aku.

“Ya.. ya Cik Feyda.” Ain Dheya
kemudiannya menolak handle kerusi roda Alia
Feyda hingga ke hujung tangga atas dan berhenti di

situ. Alia Feyda kemudiannya menguruskan sendiri
letak duduk kerusi rodanya selari dengan pelapik

yang ada di situ. Sebelum menekan punat seperti dia
menekan lif untuk turun ke bawah.

Ain Dheya kemudiannya turun ke bawah

mengikut Alia Feyda ke tangga paling bawah dan

membantu gadis itu untuk keluar ke arah pintu.
“Eh, sejak bila pula Feyda kena ditolak

sampai macam ni? Mesin kerusi tu dah rosak ke?”

soal Puan Sri Anisah yang kebetulannya ada di

ruang tamu bawah berhampiran dengan anak tangga

yang terakhir. Perempuan itu sedang

memperbetulkan susunan bunga yang ada di meja

besar berhampiran dengan anak tangga itu.

Alia Feyda memejamkan matanya seketika.
“Mama nilah. Biarlah Dheya yang buat

kan. Dah Ash nak sangat upah orang jaga Feyda.

Macamlah Feyda tak reti nak jaga diri Feyda
sendiri.” Rungut gadis itu dengan tanpa rasa

64

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

bersalah pun. Oh... kerusi tu boleh bergerak secara
auto rupanya. Nampaknya sengaja nak mengenakan
akulah ni. Sabar ajelah, Ain Dheya.

“Hmm... Feyda, kita dah cakap pasal ni kan.
Sekurang-kurangnya ada Dheya untuk jaga kamu.
Mama dan papa nak pergi sebulan kot. Nanti siapa
yang akan temankan Feyda?”

Alia Feyda bungkam.
“Mama memang tak sayangkan Feyda pun.
Nak pergi jauh dan tinggalkan Feyda lama-lama.”
Rungut gadis itu lagi. Kasihan pula rasanya Puan
Sri Anisah dengan anak perempuan bongsunya itu.
Kemudiannya dia meletakkan bunga yang sedang
dipegangnya dan mendapatkan anaknya itu. Tangan
anaknya digenggam dengan erat.

“Feyda sayang, dengar sini. Mama pergi
tak lama. Mama dah sampai seru untuk ke sana,
okey. We have talked about this, okay?” Sudah
berkali-kali Puan Sri Anisah cuba memahamkan
anaknya yang masih sengaja tidak mahu faham itu.
Bukannya Alia Feyda anak-anak kecil yang perlu
dijaga lagi. Sudah berusia 23 tahun pun. Dan
sebaya dengan Ain Dheya. Ia mengetahui tentang
usia Ain Dheya dari Ash Fayyad sebelum ini.

“Ala mama ni... memang...” Ain Dheya
melihat Alia Feyda berlagak seperti anak kecil.
Padahal rasanya gadis itu hampir sebaya dengannya
atau kalau tua pun mungkin setahun dua sahaja.
Tetapi kenapalah teruk sangat perangainya ni?
Macam tak boleh nak bertolak ansurlah pula
padahal bukannya gadis itu kecil lagi. Dah boleh
jadi mak budak. Mungkin gadis itu bersikap begitu
kerana terlalu dimanjakan oleh ibunya. Tapi biarlah,

65

HASREEYATI RAMLI

itu mak dia. Asalkan dia tak terlalu menyusahkan
aku dah cukup baik.

Puan Sri Anisah kemudiannya menolak
handle anaknya ke arah luar rumah mereka.
Sepertimana kehendak anak gadisnya itu. Hanya
tinggal dua hari sahaja lagi sebelum dia berangkat
pergi.

Petang itu, Ash Fayyad pulang agak awal
seperti biasa. Bukannya apa, dia bimbang juga
kalau-kalau kali ini Ain Dheya lari dari rumahnya
sepertimana penjaga adiknya sebelum ini.

“Kau biar betul, Ash?”
Airiz yang baru dari outstation pada hari itu
benar-benar terkejut dengan apa yang telah berlaku
di pejabat mereka semasa ketiadaannya selama tiga
hari ini.
“Aku baru tiga hari tak ada kat pejabat, kau
dah macam-macam ya dengan Dheya.”
Ash Fayyad tahu yang Airiz Fahadi ada hati
dengan Ain Dheya. Cuma lelaki itu sahaja belum
lagi berani untuk menyuarakan hasrat hatinya.
Memang lelaki selalunya begitu, tidak perlu
terburu-buru untuk mencari pasangan hidup mereka
selagi belum ketemu yang benar-benar serasi
dengan perangai dan karenah mereka.
“Apa yang betul dan apa yang macam-
macamnya ni, Riz. Aku tak de apa-apa masalah pun
lah dengan budak tu.” Ash Fayyad menyelak
helaian kertas kerja yang memerlukan beberapa
tindakan susulan selepas usai mesyuarat pada pagi
tadi. Kini teman melepaknya itu pula sedang
melepak di pejabatnya. Macam tak ada kerjalah

66

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

pula. Oh ya, memang pun. Tugasnya sudah selesai
selepas pulang dari outstation petang semalam.

Airiz Fahadi menggeleng.
“Kau ni... dalam diam-diam kau pun, kau
sanggup ya rampas Dheya dari aku?” bagai
bersungguh pula Airiz Fahadi memarahi nya.
“Eh, kau ni biar betul. Sejak bila pulak aku
nak ambik Dheya dari kau? Eh, aku tak naklah si
Dheya tu. Kan aku dah ada Ann. Kenapa pulak aku
susah payah nak buat budak kampung yang tak
senonoh perangai menjawabnya tu jadi bini aku?
Hissh, kau ni. Agak-agak laa...” cemuh Ash Fayyad
dengan nada meluatnya. Tidak sekali pun dia
terfikir yang dia akan mengambil Ain Dheya
sebagai isterinya. Apa barang hendak berkahwin
dengan budak kampung? Tak standard langsung
kot.
“Hai kau ni, Ash. Kau jangan sombong.
Nanti kau akan jilat balik kot ludah kau nanti. Haa...
masa tu. Kau jangan mintak tolong aku dah laa...”
ujar Airiz Fahadi lagi. Memang sombong betul
temannya itu. Dia pun tahu Ain Dheya bukanlah
taste Ash Fayyad pun. Tapi baginya wajah manis
itulah yang sering menjadi igauannya sejak
kebelakangan ini. Entah mengapa minah yang suka
berbaju kurung itu semakin manis pada
pandangannya.
Ash Fayyad tergelak sambil menggeleng.
“No waylah, Riz. Kau jangan bimbang,
okey. Ini Ashlah.” Ujarnya seakan mendabik dada
pula. Memang jauh benar bezanya antara Ann
Dayana dan Ain Dheya. Dan kalau mati hidup balik
sepuluh kali pun dia tetap akan memilih Ann
Dayana sebagai isterinya.

67

HASREEYATI RAMLI

Biarpun Ann Dayana jenis cakap lepas
sepertinya juga dan tidak tahu memasak, namun
Ann Dayana pandai melayannya. Dia mahu
perempuan yang sofistikated dan tahu membawa
diri di sebarang majlis. Dan sudah pastinya semua
itu tidak ada pada Ain Dheya.

“Aku dah lama suka Dheya tulah, Ash. Kau
jangan potong trip pulak ya.” Ujar Airiz Fahadi
seakan memberi amaran kepadanya.

Ash Fayyad tergelak besar.
“Kau nak ambik, kau ambik ajelah. Aku tak
nak pun. Tapi aku nak tanya kau satulah ya.
Kenapa ek kau suka kat dia? Budak kampung kot.
Kau tengoklah. Hari-hari pakai baju kurung je pun.
Haha.” Sindir Ash Fayyad pulak. Tidak ada yang
istimewanya tentang Ain Dheya di matanya.
Airiz Fahadi tersenyum.
“Macam nilah, Ash. Cuba kau bayangkan
buah yang dibungkus dengan kertas semasa masih
di pokok, dengan buah yang langsung tidak
dibungkus dengan kertas, kau rasa mana dulu yang
dapat bertahan dari segala macam jenis ulat dan
serangga? Ala macam mempelam Harum Manislah.
Kalau kau tak bungkus dia masa dia jadi bunga lagi,
tentu banyak serangga yang datang. Nak jadi putik
buah pun tak sempat, kau tau tak?” entah apalah
Airiz ni, buah mempelam pula dijadikan contoh.
Apabila dilihatnya Ash Fayyad seperti tidak
faham lagi. Dia memberi contoh lain pula.
“Kalau kau nak pilih baju di Mall, baju yang
mana kau nak pilih? Baju yang dalam kotak ke, atau
baju yang kat luar yang dilonggok-longgok aje?”

68

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Ishh kau nilah, Riz. Bagi aku pening
ajelah. Tak payah nak bermadah-madahlah dengan
aku. Aku bukan ahli bahasa pun. Kau nak Dheya,
kau ambiklah. Aku cuma nak dia jaga adik aku je
selama sebulan. Pastu adios.” Geleng Ash Fayyad
lagi. Walaupun berbakul-bakul macamana
sekalipun contoh diberi, dia tetap memilih Ann
Dayana. Dari memilih Ain Dheya.

Airiz Fahadi tersenyum lebar kali ini.
“Thanks, bro! You never know what you’ll
be missing!” kemudiannya menampar bahunya
berkali-kali. Ash Fayyad sudah bangun ketika itu
dari mejanya untuk keluar dari bilik itu.
“Aku kena balik awal hari ni.”
“Kenapa?”
“Nak tengok buah hati kau tu buat kerja dia
ke tak.”
Airiz Fahadi mengangkat bahu.

Ann Dayana menggelisah. Tidak keruan
jadinya bila mengetahui malam ini merupakan
malam pertama Ain Dheya berada di rumah itu. Dia
mula membayangkan bagaimana kalau Ain Dheya
menggoda Ash Fayyad? Bagaimana kalau Ain
Dheya sengaja mencari peluang untuk mengambil
hati kedua orang tua Ash Fayyad?

“Aku betul-betul stresslah, Reza.” Ann
Dayana termenung panjang di meja Cafe Antidote
di Jalan Suasana. Selepas habis kerja, dia dan Reza
akan melepak di mana-mana cafe yang berdekatan

69

HASREEYATI RAMLI

dengan pejabat mereka. Ataupun di mana-mana
yang mereka rasa serasi dengan jiwa mereka.

Shareza tahu apa yang mengganggu fikiran
Ann Dayana namun apa yang dapat dilakukan
olehnya? Tak ada apa pun.

“Hari tu kau dah fail kan. Dah diberi
peluang, kau tunjuk gak perangai sebenar kau tu.
Lain kali kalau kau nak jaga adik dia, kau kena
pekakkan telinga dan butakan mata. Mengerti?”
Nasi sudah menjadi bubur pun. Nak dikatakan
apalagi.

“Senanglah kau cakap macam tu sebab kau
tak rasa apa yang aku rasa. Aku takut budak tu
sengaja nak ambik peluang nak goda Ash aje.
Bukan kau tak tau. Budak kampung yang susah
macam tu, apa yang dia nampak? Ha, tentulah
duittt!!!” Mudahnya Ann Dayana menuduh sambil
menunjukkan isyarat duit dengan tiga jari awalnya.

“Ann... tak baik kau tuduh budak tu macam
tu. Kita tak tahu pun tujuan sebenar dia. Kalau kita
tau pun, kita tak boleh buat apa-apa. Habis. Takkan
kau nak tarik rambut budak tu keluar dari rumah tu
ke? Agak-agaklah kau ni.” Geleng Shareza
walaupun dia tahu kemarahan Ann Dayana boleh
melahirkan tsunami di kota Kuala Lumpur itu.
Memang perlu berhati-hatilah kalau tsunami Ann
Dayana mahu terjadi.

Ann Dayana terus bungkam. Air cappucino
yang ada di hadapannya langsung tidak bersentuh.
Hatinya yang gundah tidak ada ubatnya mulai hari
ini.

Ketika Ash Fayyad tiba di rumahnya, dia
mendengar tengkingan demi tengkingan adiknya

70

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

dari tingkat atas. Memang nasib kaulah, Ain Dheya.
Adik aku tu lagi teruk dari aku mulutnya. Ash
Fayyad tersengih sendirian.

“Hai, Ash. Awal kamu balik hari ni? Tak
keluar dengan Ann dulu ke?” Selalunya anak
lelakinya tidak akan pulang seawal itu. Ann Dayana
akan dijemput untuk dibawa keluar terlebih dahulu.

Ash Fayyad tersenyum. Tahu mamanya
menyindir.

“Taklah, mama. Hari ni Ash nak tengok,
dan dengar apa yang Feyda bebelkan.” Puan Sri
Anisah menggeleng dengan kenakalan anak
lelakinya itu. Dah besar panjang pun masih lagi
suka mengenakan orang lain.

“Mama pun tak tahulah nak buat macamana
dengan adik kamu tu. Mama dah puas cuba jelaskan
pada dia. Tapi dia tak nak faham-faham gak.” Ujar
mamanya lagi. Ash Fayyad tahu, adiknya terlalu
diberi perhatian oleh mamanya. Kalau diberikan
ruang sedikit untuk menguruskan dirinya sendiri
tentu adiknya boleh sahaja berdikari. Namun adik
kesayangannya itu tidak diberi peluang sebegitu.

“Mama, kita tengoklah dulu macamana.
Tapi Ash yakin. Dheya jenis budak yang penyabar.
Mama tau tak, kat ofis tu Ash selalu buli dia. Tapi
dia macam buat derk aje tau mama. Kental betul hati
dia.” Puan Sri Anisah mengangguk.

“Hmm... Ash tak tanya kenapa dia sanggup
nak ambik job ni? Yalah. Duit pun apalah sangat
kan kalau nak dibandingkan nak jaga adik kamu
yang degil tu, ha. Sebab tu orang lain semua tak
sanggup.” Ash Fayyad terdiam. Betul juga kata
mama. Kenapa pula gadis itu sanggup menerima
kerja itu walaupun sudah dibawa ke sini

71

HASREEYATI RAMLI

sebelumnya? Sedangkan gadis itu sendiri sudah
menarik diri dan tiba-tiba mahu semula kerja itu?
Terlupa pula hendak bertanya pada empunya diri.
Apalah sangat nilai duit itu berbanding dengan
cacian yang bakal diterima oleh gadis itu.

“Entahlah mama. Ash pun lupa nak tanya.
Nanti-nantilah Ash tanya. Ash nak naik ke tingkat
atas dulu ya. Nak mandi. Tapi tadi apa yang Feyda
bising-bisingkan tu sangat mama?” Puan Sri Anisah
mengangkat bahu.

“Aku dah kata, jangan letak tuala aku kat
atas katil aku. Sidai kat luar. Nanti lembap katil aku
tu. Aku tak suka!” Alia Feyda baru sahaja selesai
mandi pada petang itu. Dia lebih selesa mandi
sendiri kerana tidak mahu tangan Ain Dheya
memegang tubuhnya.

“Baik, Cik Feyda. Maafkan saya. Nak sidai
kat mana ya? Saya tak nampak pun tempat sidai
tuala kat bilik ni.” Ain Dheya melihat sekeliling.
Memang betul tidak ada di mana-mana.

“Kat balkoni luar bilik akulah, bodoh.
Kenapa kau tak tanya aku sebelum kau nak letak
apa-apa? Hee... bengap betullah minah ni. Eh, kau
belajar kat mana sebelum ni, ha?” soal Alia Feyda
dalam nada yang tinggi.

“Errr... saya jurusan Master in Human
Resources, Cik Feyda. Dari UiTM. Kenapa ya, Cik
Feyda?”

Terkejut juga Alia Feyda mendengar
kelulusan Ain Feyda. Dia ingat hanya kerani cabuk
di ofis abangnya sahaja. Tetapi kenapa pulak gadis
sebijak itu sanggup menerima tawaran yang
sebegini rupa? Ada kerja lain kot yang lebih bagus
dari kerja menjadi penjaga orang sepertinya.

72

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Bijak jugak kau ni, ya. Kenapa kau hadap
sangat nak ambik job ni ha? Kau tak tahu ke aku tak
suka?”

Ain Dheya tersenyum walaupun telinganya
memang pedih.

“Saya cuma terima tawaran ni sebab mak
saya perlukan duit, Cik Feyda. Kalau saya, dah
cukup gaji saya kat firma ayah Cik tu.” Jujur Ain
Dheya memberi jawapannya. Telus. Kalau tidak
kerana Pak Long Asmadi yang tamak itu, tentu dia
tidak akan menghulurkan lehernya seperti ini.
Sudahlah hari-hari kena buli dengan anak majikan
yang seorang itu, kali ini kena lagi buli tambahan
dengan anak majikan yang seorang lagi. Hai,
nasib... nasib. Tapi redha ajelah. Nak tolong mak
aku punya pasal.

“Kau tau tak, dah berapa ramai orang yang
jaga aku semuanya lari?” sengaja Alia Feyda mahu
menguji ketahanan gadis itu.

Ain Dheya mengangkat bahu.
“Maaf, Cik. Saya tak tahu. Terlupa nak
tanya kat Cik Fayyad. Kenapa lak, Cik? Cik garang
sangat ke?” Ha, nah ambik kau. Ingat kau je mulut
berbisa.
Alia Feyda mengerutkan dahi. Baju T
sudah disarungkan ke tubuhnya. Itu Ain Dheya
yang membantunya tadi.
“Haha, kau rasa aku garang ke? Aku bagi
arahan. Bukan nak makan orang pun.” Tokok Alia
Feyda lagi.
“Cik, kalau nada Cik yang macam tu.
Memanglah orang takut.”
“Tapi kau tak takut pun kan?”

73

HASREEYATI RAMLI

“Ye, Cik. Saya ni hari-hari kena tengking
dengan abang Cik. Jadi rasanya telinga saya ni dah
boleh adjust kot.” Nak tergelak pun ada bila Alia
Feyda mendengar pengakuan gadis itu. Hai, betul
bendul jugalah minah ni.

“Hmm... abang aku garang ek?”
“Tak taulah, Cik. Saya dah mangli dengan
dia. Lagipun dia anak boss saya kan. Reda ajelah.”
Mak Ai. Jujur betul minah ni. Fikir Alia Feyda lagi.
“Kau tau kenapa aku jadi macam ni?”
Ain Dheya menggeleng.
“Aku terlibat dalam kemalangan dua tahun
lalu. Kereta aku terbabas sebab tayar pancit. Kereta
aku total loss pun. Aku koma selama dua bulan.
Bila sedar, aku dah tak boleh gerakkan kaki.” Ada
kesedihan di dalam nada suara gadis itu. Rasa
tersentuh pula hati Ain Dheya mendengarnya.
“Cik Feyda, semua ni ujian Tuhan tau. Cik
Feyda kena selalu ingat tu. Mungkin Tuhan nak
bagi Cik Feyda lebih banyak masa untuk dekatkan
diri pada Dia. Tuhan tu masih sayang Cik Feyda lagi
dan mahu beri peluang pada Cik Feyda lagi. Maaf
Cik Feyda. Banyak cakap pulak saya.” Matilah aku
kali ni. Pandai-pandai pulak nak tazkirah orang
lain. Diri sendiri belum tentu sempurna. Tapi
rasanya tak perlu jadi ustazah dulu baru nak saling
mengingatkan. Asal sepotong ayat pun dah cukup
untuk disampaikan.
Alia Feyda terpempan mendengar kata-kata
Ain Dheya itu. Entah mengapa tiba-tiba hatinya
tersentuh. Mukanya terasa panas. Bukan kerana
mahu memarahi gadis itu. Tetapi kerana
memikirkan kembali kata-kata gadis itu sebentar
tadi. Cuma egonya sahaja yang masih lagi cuba

74

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

dipertahankannya. Eh, malulah aku kalau dia tahu
selama ini aku dah lama lupakan Tuhan.

“Kat luar tu ada penyidai. Sidai towel aku
kat situ.” Alia Feyda mengarah tapi nadanya sudah
tidak setinggi tadi.

Ha, tau pun cakap elok-elok, aku tak pekak
lagi.

Ain Dheya menurut kata. Fikir Ash Fayyad
lagi yang sudah mendengar segala-galanya di
sebalik daun pintu bilik adiknya. Tidak perlu lagi
dia bertanya kenapa gadis itu benar-benar
memerlukan kerja itu. Namun begitu dia berasa
tidak puas hati kerana gadis itu mengatakan dirinya
garang. Haa... mengutuk aku pulak ya. Nanti kau.
Siap kau.

“Cik Feyda, ada apa-apa lagi tak? Saya nak
ke bilik saya sekejap. Nak solat. Sini mana
kiblatnya ya?” tiba-tiba sahaja gadis itu
bertanyakan arah kiblat kepadanya. Alia Feyda rasa
serba-salah. Tapi malu untuk mengakuinya.

“Err... aku dah lupa. Kau turun kat bawah,
kau tanya Mak Ros. Dia tau.” Ujar Alia Feyda,
antara acuh tak acuh. Dia sedang membaca novel
Inggeris dan langsung tidak mengangkat muka
memandang gadis itu. Malu pun ada. Kerana
selama ini dia memang tidak pernah solat pun.
Ketika gadis itu mengingatkannya tentang Tuhan
yang masih sayangkan dia pagi tadi dia agak malu

75

HASREEYATI RAMLI

kerana sudah lama melupai Tuhan. Memang dia
sendiri tidak tahu sama ada dia akan sedar atau tidak
kerana ketika itu dia sudahpun berada di ambang
maut. Mungkin betul kata-kata gadis itu bila gadis
itu mengatakan tentang peluang untuk dia bertaubat.
Ah, nak taubat apa kalau selama ini dia sudah lama
tidak mengerjakan solat. Hanya ketika dia di
sekolah menengah di Malaysia mungkin ya dia
solat. Tetapi ketika dihantar untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara, dia sudah tidak mengenal
erti tikar sembahyang pun.

“Baik, Cik Feyda. Saya turun kat bawah
dulu ya. Kalau Cik Feyda nak apa-apa, panggil saya
semula ya?” Ain Dheya segera bergegas ke tingkat
bawah. Takkanlah tidak tahu arah kiblat di rumah
sendiri, rungut Ain Dheya lagi. Okey, kalau tak
tahu, maknanya tak solatlah. Opps. Jangan
mengumpat. Dosa kering je tau.

Ain Dheya terserempak dengan Ash Fayyad
di dapur. Sedang minum di meja makan kecil di
situ.

“Ha, kenapa lak ni? Feyda suruh awak
ambik apa pulak?” soal Ash Fayyad. Terkejut juga
melihat Ain Dheya turun di situ.

“Eh, Dheya. Ada apa ni?” soal Mak Ros
sebaik sahaja menyedari gadis itu berada di
dapurnya.

“Oh ya, beg baju awak ada dalam kereta
saya. Nanti saya suruh Pak Faiz ambikkan.
Macamanalah awak boleh terlupa.” Ash Fayyad
membuat muka. Ain Dheya tidak kisahkan sangat
pasal bajunya lagi. Yang penting solat Zohor perlu
ditunaikan dulu.

76

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Tak pe, Cik Fayyad. Nanti saya ambik
sendiri. Mak Ros, kiblat kot belah mana?” terus dia
menyoal perempuan itu.

“Eh, Dheya. Terlupa pulak Mak Ros nak
bagitau. Kat arah menghala ke arah kepala katil
Dheya, okey.” Kemudian baru Mak Ros perasan
yang tentunya gadis itu perlu meminjam kain
solatnya jika dia tidak menyuruh suaminya itu
mengambil beg pakaian dari kereta Ash Fayyad.

“Tapi biar Mak Ros suruh Pak Faiz
ambikkan beg kamu dulu, ya.”

Perempuan tua itu akhirnya beredar dari
dapur itu. Meninggalkan Ash Fayyad dan Ain
Dheya berdua sahaja di situ.

“Awak dah makan ke tadi?”
“Dah.”
“Awak tak nak minum ke?”
“Tak. Terima kasih.” Ain Dheya sudah
tidak selesa berada di situ hanya dengan Ash
Fayyad. Kemudiannya mahu beredar dari situ.
“Sapa suruh awak pergi ni? Mari minum
dengan saya dulu.” Sergah Ash Fayyad kali ini.
Langkah Ain Dheya terhenti dan dia berpaling ke
arah anak majikannya itu. Memang betul-betul dia
serah leherlah datang ke rumah ni.
“Err... saya nak pergi kat Mak Ros nak
ambik beg saya dulu Cik Fayyad. Lain kali ajelah
ya. Terima kasih.” Ain Dheya tidak mahu
terlewat berada dekat dengan Alia Feyda. Nanti
jenuh dijerit namanya.
“Ain Dheya. Kalau saya kata awak kena
minum dengan saya, itu adalah arahan saya. Siapa
yang upah awak ni? Nak engkar perintah saya lagi
ya?” Tengking Ash Fayyad kali ini. Cukup tidak

77

HASREEYATI RAMLI

puas hati kalau gadis itu mahu membangkang
cakapnya.

Ain Dheya rasa serba salah. Dengan wajah
takut-takut, dia duduk di meja berhadapan dengan
anak majikannya itu.

“Nah cawan dan piring. Duduk minum
dulu. Mak Ros akan bawa beg awak ke atas. Susah
sangat ke nak minum dengan saya? Saya tak letak
racunlah dalam ni. Kalau saya letak, dah lama saya
pun mati sama. Mengerti?” Apa pulak kena dengan
mamat singa itu kali ini.

“Faham, Cik Fayyad. Tapi kalau Cik Feyda
marahkan saya sebab lewat ke bilik dia, Cik Fayyad
tolong jawab ya.” Dia kemudiannya menuangkan
sendiri air dari teko yang ada. Teh susu rupanya.
Dia memang tak boleh minum susu. Nanti dia akan
sakit perut dan termuntah.

“Cik Fayyad. Saya tak minum susu. Nanti
muntah.” Ujar Ain Dheya dalam nada perlahan.
Melihat air yang sudah dituang separuh cawan dia
jadi kaku. Nak minum ke tak?

“Hoi, Dheya. Mana ada manusia mati kalau
minum susu. Merepeklah awak ni. Minum cepat!”
Suruh Ash Fayyad dengan nada keras. Ain Dheya
serba salah. Kalau dia minum bermakna dia akan
sakit perut dan muntah dengan teruk. Dan yang
paling teruk dia akan pengsan jika terlalu banyak
muntah.

“Tapi Cik Fayyad. Saya tak boleh minum
susu. Percayalah. Saya ambil air kosong ya. Dan
teman Cik Fayyad minum, boleh?”

“Saya kata minum je teh susu tu. Payah
sangat ke? Degil betullah awak ni!” Sergah Ash
Fayyad lagi. Dia hendak lihat sejauh mana Ain

78

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Dheya berdegil dengannya. Merepeklah minum
susu boleh sakit perut.

Ain Dheya berdoa di dalam hati agar kali ini
dia tidak akan sakit perut dan muntah dengan teruk
kerana sememangnya dari kecik lagi dia tidak serasi
dengan susu. Entah apalah sebabnya. Lactose
intollerant adalah penyakitnya. Walaupun ianya
tidak merbahaya namun baginya ianya sesuatu yang
akan dielakkan.

Akhirnya Ain Dheya minum teh susu di
dalam cawan itu dan untuk seketika, tidak ada apa-
apa yang berlaku. Wah. Magiknya.

“Haa... tengok, kan saya kata. Merepek
betullah kalau manusia tak boleh minum susu.” Ash
Fayyad menempelak lagi. Dan kemudiannya Ain
Dheya meminta diri berlalu dari situ.

“Cik Fayyad, saya perlu pergi sekarang.
Nanti terlambat pula saya nak solat dan jaga adik
Cik Fayyad. Maaf ya.” Baru sahaja Ain Dheya
hendak berpaling, perutnya sudah terasa seperti
memulas-mulas. Dahinya terasa seperti berdenyut-
denyut sakit. Ya Tuhan, janganlah KAU bagi aku
sakit.

Ain Dheya mula memegang perutnya.
Kemudian dia terasa loya yang amat sangat. Ain
Dheya segera berlari ke sinki yang berhampiran dan
memuntahkan segala isi perut yang ada. Kepalanya
semakin berpinar-pinar dan selepas itu dia tidak
sedar apa-apa lagi.

79

HASREEYATI RAMLI

Apabila Ain Dheya sedar, dia mendapati
dirinya sudah berada di atas tilam yang empuk dan
dikelilingi oleh beberapa orang yang dikenalinya
dan seorang sahaja yang tidak dikenalinya. Dia
cuba bangun tetapi kepalanya masih terasa berat
lagi.

“Eh, Dheya. Baring dulu. Badan awak tu
masih lemah lagi.” Ujar Puan Sri Anisah apabila
melihat Ain Dheya sudah sedar dari pengsan tadi.
Kalut juga isi rumah itu jadinya kerana gadis itu
pengsan di dapur. Mujur juga Ash Fayyad
mengangkat gadis itu tadi ke tingkat atas dan segera
doktor keluarga mereka dipanggil.

“Puan Sri, maafkan saya sebab awal-awal
lagi dah susahkan Puan Sri sekeluarga.” Siapa yang
telah mengangkatnya ke sini tadi? Tertanya-tanya
juga Ain Dheya dibuatnya. Ah, mungkin Mak Ros
yang papah aku tadi.

“Tak apa. Nasib Ash ada. Kalau tak, berat
jugak saya dan Mak Ros nak angkat awak tadi.”
Puan Sri Anisah tergelak kecil. Begitu juga dengan
Mak Ros. Tetapi-“ Ain Dheya sudah tidak
mendengar ayat yang seterusnya lagi kerana dia
terfikir bagaimanakah mamat singa itu telah
mendukungnya sebentar tadi. Aduh! Malunya!
Mana dia nak letak muka lepas ni. Dia tidak dapat
membayangkan bagaimana mamat singa itu telah
memegangnya di sana sini.

80

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Mak Ros sedar akan perubahan di wajah
Ain Dheya apabila mengetahui siapa yang telah
mengangkatnya tadi.

“Hai... awak nilah, Dheya. Dahlah muntah
sepasal. Saya pula yang terpaksa angkat awak,
boleh tahan berat jugak awak ni ya? Tak padan
dengan badan kecik.” Sindir Ash Fayyad lagi dan
berasa lega apabila akhirnya gadis itu kembali
sedar.

Di dalam hati, Ain Dheya menyumpah.
Itulah tadi aku dah cakap, kau tak nak percaya. Ha,
padan muka kau. Kalau tidak ada Puan Sri Anisah,
sudah lama aku dah lawan balik cakap mamat singa
tu. Ain Dheya hanya mampu mengawal perasaan
geramnya sahaja. Ada ubi, ada batas.

“Ishh, kamu nilah , Ash. Biarkan dia
berehat dulu. Sian dia tu. Yang kamu tu paksa dia
tadi, kenapa?” setelah mengetahui kisah sebenarnya
dari mulut anak lelakinya sendiri, dia sendiri pun
tidak boleh merungut.

Ash Fayyad sedar, kali ini memang
salahnya.

“Mana Ash tau Dheya boleh pengsan,
mama. Ash ingat dia bergurau.”

Puan Sri Anisah menoleh ke arah anaknya.
“Ash, benda makan minum bukan boleh
dibuat mainan. Kalau Dheya mati, macamana?”
Uii, taklah sampai mati kot. Ain Dheya
berdebar-debar bila mengingatkan hal itu. Solat
bang pun tak cukup lagi, macamanalah aku nak
mati. Seram juga Ain Dheya memikirkannya.
“Hmm... okeylah, mama. Dheya, saya
mintak maaf ya.” Ujar Ash Fayyad, acuh tak acuh.
Memang runtuh egonya pada hari ini.

81

HASREEYATI RAMLI

“Dahlah, tu. Terima kasih, Dr. Hisham.
Sebab datang within short notice.” Ujar Puan Sri
Anisah sampai menghantar Dr. Hisham hingga ke
luar pintu.

“Tak mengapalah, Puan Sri. Tapi siapa
gadis tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni.” Soal
Dr. Hisham lagi. Terkejut juga dia tadi kerana
terpaksa merawat orang asing selain dari keluarga
itu. Selalunya jika dia dipanggil ke rumah itu, hanya
ahli keluarga sahaja yang terlibat.

“Oh, itu penjaga baru untuk Feyda. Esok
saya dah nak berangkat ke Tanah Suci dengan Tan
Sri. Jadi Ash upah gadis tu untuk jaga Feyda
sepanjang tempoh tu. So, doc, memang kalau ada
apa-apa nanti, tolong jenguk-jengukkan diorang,
ya?” Permintaan yang tidak dapat ditolak oleh Dr.
Hisham yang sudah lama menjadi doktor keluarga
itu sejak anak-anak Puan Sri dan Tan Sri masih kecil
lagi. “Hmm... begitu. Baiklah, Puan Sri. Saya
minta diri dulu ya. In shaa ALLAH. Mak Ros ada,
kan.” Dr. Hisham yang di dalam lingkungan 50-an
itu mengangguk dan tersenyum.

“Ya, memang Mak Ros ada. Tapi yang
lain-lainnya dia kurang arif jugak. Sampai jumpa
lagi ya, doc. Terima kasih sekali lagi.” Ujar Puan
Sri Anisah sambil mengangguk. Dr. Hisham berlalu
dari situ di dalam kereta BMWnya.

Entahlah budak-budak sekarang ni. Hal
nyawa pun boleh dibuat main-main. Moga selepas
ini tidak ada lagi kes seperti itu di sepanjang
ketiadaannya nanti.

“Haa... kau dah jadi macam tuan puteri
pulak ya?”Tempelak Alia Feyda lagi sambil
menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

82

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Nak datang kerja ke atau nak baring je ni?
Ambikkan aku air minum. Aku dahaga ni.” Sergah
Alia Feyda di muka pintu. Apabila dia mendengar
hiruk-pikuk di bawah tadi, dia keluar dari biliknya
untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya ada
sebab mengapa abangnya sibuk memanggil mama
mereka dan Mak Ros sebentar tadi. Barulah dia
tahu punca huru-hara tadi.

Mak Ros menjeling ke arah Alia Feyda.
Tak bertimbang rasa langsunglah anak tuannya itu.
Orang masih lemah lagi disuruh macam-macam.

“Cik Feyda, nanti Mak Ros ambikkan ya.
Dheya masih lemah lagi ni. Doktor suruh dia rehat
dulu.”

“Mak Ros! Sapa tuan rumah ni, ha?
Pandai-pandai pulak ya Mak Ros nak ngajar saya?”
tinggi nada suara Alia Feyda kali ini.

Tidak sampai hati rasanya mendengar orang
tua sebaya ibunya itu ditengking begitu. Memang
pantang sungguh. Dengan keadaan yang masih
lemah lagi, Ain Dheya cuba menggagahi dirinya
untuk bangun.

“Tak apalah, Mak Ros. Saya boleh bangun
dah ni.” Dalam keadaan yang masih lagi lemah dan
pening-pening, Ain Dheya cuba untuk berdiri.
Namun entah mengapa kepalanya masih belum
stabil lagi dan dia terduduk semula.

Mak Ros kasihan melihat keadaannya.

“Nantilah Feyda. Mak Ros turun ke bawah.
Dheya, kamu rehat dulu.” Ujar Mak Ros lagi dan
bergegas keluar dari bilik itu.

83

HASREEYATI RAMLI

Alia Feyda melihat ke arah Ain Dheya yang
masih tidak dapat bangun itu.

“Kau jangan ingat kau tinggal kat sini, kau
boleh jadi Mem Besar, ya. Jaga-jaga sikit
kedudukan kau tu. Kau diupah untuk jaga aku.
Bukan nak baring lena kat atas tu. Mengerti!”
Tengking Alia Feyda lagi sambil merengus marah.
Tidak puas hati dengan keadaan itu. Dia tidak
peduli apa yang telah terjadi pada gadis itu. Apa
yang penting ialah keperluannya dipenuhi.

“Maafkan saya, Cik Feyda. Saya... saya tak
ada niat nak jadi macam ni.” Sedih juga Ain Dheya
dituduh sebegitu rupa. Kalaulah dia tidak menurut
permintaan Ash Fayyad tadi tentu dia tidak
berkeadaan begini.

Ash Fayyad mendengar kesemuanya dan
berasa kasihan dengan keadaan Ain Dheya yang
berada dalam keadaan begitu kerananya. Selepas
ini dia tidak lagi akan memaksa perkara begitu
terhadap gadis itu. Sudahlah terpaksa menerima
cacian dan arahan dari adiknya, dia pula yang
menambah perisanya. Eh, sejak bila pula dia
hendak berlembut hati begini? Ini bukanlah dirinya.
Mungkin ada juga sisi dirinya yang masih lagi boleh
dipanggil `manusia’. Ah, biarlah. Peduli apa.

“Mak Ros. Tak apalah. Saya dah okey ni.
Mak Ros buatlah kerja Mak Ros. Saya akan ambik
air untuk Cik Feyda.” Mak Ros mengangguk
walaupun dia sedih melihat gadis sebaik itu
diperlakukan sedemikian rupa. Dia belum sempat
untuk berbual ladi dengan gadis itu untuk
mengetahui cerita di sebalik menerima tugas ini.
Nanti-nantilah dia akan cari masa juga.

84

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Mari Dheya. Kita ke bawah. Biar Mak
Ros bantu awak bangun.” Sedih juga Mak Ros
dengan keadaan itu. Namun dia juga hanya orang
gaji di situ. Perlu menurut kehendak majikannya
juga.

Ain Dheya mengangguk. Walaupun
keadaannya masih lemah dia menggagahi juga
untuk menuruti kehendak Alia Feyda. Bukankah
dia sekarang berkerja untuk gadis itu?

Ash Fayyad melihat semua itu di hadapan
matanya. Walaupun dia sedar dia memang agak
kejam dengan staf-staf bawahannya namun
adakalanya ada juga sifat kemanusiaan masih lagi
bersisa di hatinya.

“Feyda, biar Mak Ros aje yang ambikkan
air untuk kamu. Dheya, kamu rehat dulu.”

Abang!” Alia Feyda memeang tidak
berpuas hati.

“Feyda, abang yang bayar upah dia,
mengerti! Jangan nak mandai-mandai pulak nak
siksa staf abang, faham tak!” Dua beradik itu sudah
mula bertelagah kembali. Mak Ros tidak mahu
menunggu lama di situ untuk menyaksikannya.

“Abang! Sejak bila pulak Feyda kena
dengar cakap abang ni, ha? Apa yang abang tahu
tentang saya?” kali ini beremosi pula Alia Feyda.
Kelopak matanya sudah mula hendak bertakung.

“Abang tak pernah tahu yang Feyda sudah
bosan hidup macam ni. Feyda tak nak pun hidup
macam ni. Apa yang abang boleh buat untuk Feyda
keluar dari keadaan ni, ha?” Dia tidak tahu pada
sampai bila dia hendak memendam rasa lagi.

85

HASREEYATI RAMLI

Selama ini dia hanya bersendirian menanggung
perasaan tidak puas hatinya itu.

Ash Fayyad terkejut dengan sikap adiknya
itu. Tidak sangka pula kali ini hingga begitu
adiknya memberontak. Kenapa pula ni?

“Eh, Feyda. Kenapa dengan kamu ni ha?
Jadi Feyda nak salahkan abang sebab semua nilah
ya?” Ash Fayyad tidak menafikan dialah yang
memandu kereta itu cuma ketika itu Alia Feyda
tidak memakai tali pinggang keledar dan tercampak
keluar dari kereta. Dia yang tidak mendapat
kecederaan yang terlalu teruk kerana dia memakai
tali pinggang keledar. Namun begitu dia sendiri
patah kaki kanan dan hanya itu sahajalah
kecederaan yang dialami olehnya.

Alia Feyda mengetap bibir. Memang dia
sudah lama tidak bertegang leher dengan abangnya
itu tentang hal ini. Kali ini abangnya sudah mencari
pasal dengannya dan dia tidak boleh bersabar lagi.

“Memang salah abang! Sebab sapa suruh
abang bawa laju-laju?”

“Baik... baik. Salah abang jugak ya? Feyda
yang tak pakai tali pinggang tu, siapa suruh? Degil
bila orang suruh pakai. Ha, sekarang dah jadi
macam ni, tak habis-habis ya nak salahkan abang?”
Dengus Ash Fayyad lagi. Sarang tebuan jangan
dijolok.

Puan Sri Anisah yang berada di bilik
sebelah pun terdengar bunyi bising orang
bertengkar keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Seperti yang diduganya,dua beradik itu bertekak
lagi dengan topik yang sama.

“Ya ALLAH, korang berdua ni, tak habis-
habis lagi ya nak menyalahkan kau aku ni kenapa

86

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

ya? Dari dulu sampai sekarang tak selesai-selesai
jugak, kan?” Susahlah kalau begini. Bagaimana
nanti semasa ketiadaannya? Tentu bagai kucing
dengan anjinglah agaknya nanti. Namun begitu, dia
sedar. Dia tidak boleh berterusan mengawal
keadaan itu. Biarlah mereka berdua beradik yang
menguruskan hal itu.

“Mama, mama tak perlu masuk campur hal
nilah, mama. Feyda yang tak nak terima hakikat,
sebab tu suka salahkan orang lain.” Ash Fayyad
merungut geram dengan sikap adiknya itu. Tidak
tahu bersyukur langsung kerana sekurang-
kurangnya masih hidup. Kalau mati, apa satu pun
tidak berguna.

Alia Feyda mendengus marah dan
mengalihkan kerusi roda elektriknya dari bilik itu.

Belum lagi genap sehari namun Ain Dheya
sudah menyaksikan segala-galanya. Ain Dheya
tidak berani berkata apa-apa kerana hal itu adalah
hal dua adik-beradik itu. Kasihan juga dia melihat
wajah Puan Sri Anisah yang sudah berubah merah
seperti sedang menahan marah.

“Dheya, baik awak rehat dulu. Badan awak
tu masih lemah lagi. Nanti hal Feyda saya akan
minta Mak Ros uruskan. Esok saya dah nak
berangkat. Saya perlu berkemas.” Puan Sri Anisah
kemudiannya beredar dari biliknya.

Tinggal Ash Fayyad sahaja lagi di biliknya.
Suasana jadi agak kekok.

“Err... okeylah. Saya nak keluar ni. Awak
tidur dulu, ya.” Kemudian lelaki itu keluar dari situ.
Betul ke itu mamat singa yang sombong tu? Dah
menyesal ke membulinya? Biar betul.

87

HASREEYATI RAMLI

Rumah agam tiga tingkat itu berubah
menjadi tempat berkumpul keluarga ibu Ash
Fayyad kerana mamanya akan berkumpul di
Kelana Jaya selepas ini. Puan Sri Anisah sudah
memakai kain telekung dari rumah lagi. Begitu juga
dengan Tan Sri Darren yang sudah memakai
pakaian ihramnya. Alia Dheya hanya memerhati
dari suatu sudut dengan hati yang sedih kerana
terpaksa berpisah dengan mamanya. Mahu tidak
mahu terpaksalah dia menyesuaikan diri dengan Ain
Dheya walalupun hatinya memberontak.

“Feyda, kenapa bersedih ni, hmm? Mama
dan papa pergi tak lamalah. Sebulan je, kan. Pastu
mama baliklah.” Itulah berkali-kali Puan Sri Anisah
memujuk anak perempuannya yang tidak mahu
bergaul langsung dengan saudara-mara yang
lainnya itu. Jika ada yang mahu menegurnya pun
pasti dia akan mendiamkan diri. Hinggakan dia
disisihkan oleh orang lain bukan kerana orang lain
menyombong darinya, semuanya kerana sikapnya
juga.

Alia Feyda memendam rasa. Tidak berkata
apa-apa.

“Betul ke mama nak tinggalkan Feyda ni.
Sedihlah Feyda. Nanti Feyda tak ada siapa.”
Berkali-kali itulah juga Alia Feyda mengungam
sedih. Adakalanya tergugat juga Puan Sri Anisah
mahu meneruskannya niatnya. Namun panggilan

88

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Kaabah lebih lagi menyapa hatinya. Janjinya sudah
termaktub untuk melangkah ke tanah suci itu tidak
dapat diabaikan lagi.

Puan Sri Anisah hanya mampu berdoa agar
anak perempuannya itu akan berubah seperti
sediakalanya.

“Feyda ni, jangan bagi mama susah hati,
okey. Mama bukan nak pindah sana terus.” Alia
Feyda menjeling ke arah Ash Fayyad. Memang tak
membantu langsung. Orang tengah sedih macam ni,
boleh dibuat main-main.

“Apa yang abang tau? Nanti kalau Feyda
sakit, siapa nak jaga?” tinggi suara Alia Feyda kali
ini tanpa memperdulikan sanak saudara sebelah
mamanya yang kadang kala kelihatan berbisik-bisik
sesama sendiri sambil menjeling ke arahnya. Dari
tadi dia memang tidak suka langsung ramai orang
berkunjung ke situ. Namun semuanya akan
beransur pulang apabila mama dan papanya
melangkah pergi.

“Dheya kan ada. Apa guna abang upah staf
abang tu kalau tak boleh jaga Feyda.” Ain Dheya
pun sudah kelihatan agak sihat dari semalam.
Seharian jugalah gadis itu berbaring hingga tidak
turun untuk makan malam pun. Cuma hari ini
sahaja gadis itu turun ke bawah dan membantu Mak
Ros di mana yang perlu.

Alia Feyda mencebik.
“Boleh ke Feyda harapkan si Dheya tu?
Semalam pun dah lembik macam nak mampus.
Semua tu abang punya pasALLAH jugak.” Tuduh
Alia Feyda lagi. Dah memang salah Ash Fayyad
pun kerana memaksa gadis itu minum benda yang
dia alergik.

89

HASREEYATI RAMLI

“Amboi, kalau nak ungkit salah orang tu
memang pandailah ya. Dahlah. Abang nak ke
depan tu. Nanti papa cari pula. Dah sampai masa
nak hantar papa dan mama ni. Betul Feyda tak nak
ikut sekali?” Kereta Alphard papanya lebih dari
muat untuk mengangkut kerusi roda Alia Feyda
sekalipun. Namun seperti biasa, adiknya itu tidak
mahu keluar rumah pun. Hendak ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut pun jenuh mamanya memujuk.

“Ceh, macamlah Feyda nak ikut. Heee....
susahlah. Mama, Feyda salam dan peluk mama dari
umah ajelah ya?” pinta gadis itu lagi. Membuat
muka simpati pada mamanya. Puan Sri Anisah
tidak dapat berkata apa-apa lagi. Moga
pemergiaannya itu akan menjadikan anak
perempuannya itu lebih berdikari lagi.

“Ha, mana si Dheya tu? Nak ke tandaslah.”
Rungut Alia Feyda lagi.

“Kejap, kat dapur tu.” Ujar Ash Fayyad
lagi. Tanpa membuang masa menuju ke arah dapur
mencari gadis itu. Memang gadis itu ada di sana dan
kelihatan cekap sekali membantu Mak Ros. Gadis
itu langsung tidak sedar kehadirannya di situ.

“Hoi, awak. Adik saya nak awak bantu dia
ke tandas. Mak Ros, maaf ya. Feyda panggil Dheya
kejap.”

Panggil hoi-hoi. Macamlah orang tak ada
nama. Namun Ain Dheya terpaksa bersabar
sahajalah sebab dia berada di rumah lelaki itu dan
dikira berkerja juga di rumah itu. Mak Ros
menjeling ke arahnya sambil mengangguk.

“Nanti saya tolong Mak Ros semula ya.”
Ujarnya lagi. Ain Dheya membasuh tangan
seketika. Pingggan mangkuk tadi sudahpun dibasuh

90

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

dan disusunnya di tempat pengering pinggan.
Selepas ini dia akan datang semula ke dapur untuk
membantu orang gaji rumah itu menyimpan dan
menyusun semula pinggan mangkuk yang sudah
kering.

Ain Dheya mengekori Ash Fayyad dari
belakang. Sanak saudara yang ada kelihatan
tertanya-tanya dengan kehadiran gadis baru di
dalam keluarga itu. Mungkin ada yang berani
bertanya pada tuan rumah namun bagi yang tidak
berani untuk bertanya hanya berteka-teki dari
belakang.

“Ha, itupun kamu. Mana kau pergi?
Sepatutnya kau 24 jam dengan aku, ka?” tengking
Alia Feyda lagi. Tanpa memperdulikan mata-mata
yang memandang.

“Err.... saya ... saya bantu Mak Ros kat
dapur. Maafkan saya, Cik Feyda.” Terkulat-kulat
Ain Dheya dibuatnya. Bukannya dia hendak
mencuri tulang, namun apabila Alia Feyda tidak
mengarahkannya apa-apa, dia tidak betah berdiam
diri.

Alia Feyda mula hendak mengamuk.
Namun apabila melihat mamanya yang sedang
memerhati, dia mematikan niatnya. Nantilah kau.
Siap nanti.

“Cepat, aku nak ke bilik air. Aku dah jemu
kat bawah ni.” Ujarnya lagi sambil matanya
melingas ke arah Ash Fayyad. Kemudiannya Ain
Dheya menolak kerusi roda anak majikannya itu ke
arah tangga.

Tuan Sri Darren ketika itu mahu naik ke
tingkat atas melihat kepayahan Ain Dheya
membantu anak perempuannya. Hatinya tersentuh

91

HASREEYATI RAMLI

kerana dia sedar tidak mudah untuk menjaga
anaknya yang perungus itu.

“Dheya, biar saya bantu Feyda.” Tan Sri
Darren mengambil alih tugas gadis itu seketika.

“Papa, kenapa dengan papa ni? Biarlah
Dheya yang buat. Kita upah dia kan, papa?” Alia
Feyda tidak berpuas hati dengan sikap papanya yang
suka memberi muka kepada stafnya. Begitulah
perangai papanya sejak dari dahulu lagi. Cepat
kasihankan orang lain.

Sebenarnya setelah Ain Dheya menerima
tawaran anaknya itu, dia telah memanggil gadis itu
kerana dia ingin tahu sebab sebenar gadis itu
menerima tawaran itu. Walaupun pada jumlahnya
nampak agak sedikit, namun tidak ada seorang pun
staf lain yang sanggup menerimanya.

“Saya nak tau sebab Miss Dheya terima
tawaran ni. Miss Dheya tahu kan, anak perempuan
saya tu bagaimana keadaannya?” Ain Dheya
mengangguk. Baru tadi dia berfikir dua kali tentang
tawaran itu.

“Iya, Tan Sri. Saya sebenarnya dah fikir
nak tolak je tawaran tu, sebab saya takutlah anak
Tan Sri yang garang tu.” Lebih teruk dari Ash
Fayyad lagi rupanya. Kalau Ash Fayyad
dipanggilnya mamat singa, Alia Feyda pula layak
dipanggil minah panther. Lagi garang walaupun
nampak sahaja duduk di kerusi roda.

“Iya ke? Hmm... awak ni kenapa ya nak
duit tu? Nak buat apa? Nak kahwin ke?” Nak
tergelak pun ya Ain Dheya dibuatnya. Dia menutup
mulutnya menahan tawa.

“Aduhh Tan Sri... saya ni pakwe pun tak
ada. Macamanalah saya nak kahwin.” Ain Dheya

92

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

tersengih menahan malu. Mak ai... sapalah nak aku
yang kalut seribu bahasa ni? Haha, lawak betullah
boss aku ni.

“Habis tu?”

“Saya nak tolong mak saya.”
Tan Sri Darren mengerutkan dahinya.
“Kenapa?”
“Sebenarnya tanah tempat ada rumah
pusaka kami tu Pak Long saya nak gadaikan, Tan
Sri. Kalau saya tak cari duit sebanyak RM30,000.00
dalam masa dua bulan, maknanya mak dan adik-
adik saya akan duduk merempat di tepi jalanlah.”
Sambil menceritakannya, dada Ain Dheya terasa
mahu pecah menahan rasa. Mahu menangis pun
ada. Namun dek kerana malu untuk menangis di
hadapan bossnya, dia menelan air liur berkali-kali.
Tan Sri Darren terdiam. Dia tidak
menyangka sama sekali di usia semuda ini,
tanggungjawab untuk menjaga keluarga sudah
jatuh ke tangan anak muda ini. Kalau dulu di usia
semuda gadis ini, dia hanya tahu bersuka ria. Tanpa
perlu memikirkan masalah di sekelilingnya. Tuah
orang tidak ada siapa yang tahu. Lagipun dia hidup
di dalam keluarga yang kaya dan berkedudukan,
semua itu tidak pernah pun menjadi masalah
kepadanya. Namun apabila mendengar alasan dari
gadis itu, dia tidak mempunyai apa-apa soalan
tambahan lagi.
“Hmm... kalau begitu, baiklah. Saya harap
awak akan berusaha menjaga anak saya tu nanti
sepanjang ketiadaan saya ya. Itu amanah dari saya
juga.”

93

HASREEYATI RAMLI

Terdiam seketika Ain Dheya dibuatnya.
Alamak. Macamana ni? Berat juga ni. Amanah
dari seorang ayah untuk menjaga anaknya. Bila
difikirkan tentang adab anak perempuan bossnya
itu, memang nak kata taubat tu taklah lagi.

“Err... Tan Sri... saya... saya akan cuba, in
shaa ALLAH.” Tapi bagaimana kalau dia gagal?

“Dheya?”
“Iya, Tan Sri.”
“Boleh tak lepaskan handle ni?” Rupa-
rupanya dia masih lagi memegang handle kerusi
roda Alia Feyda. Masih berangan lagi rupanya.
“Ohh... maafkan saya, Tan Sri. Maaf.”
Berkali-kali dia meminta maaf dan berganjak ke
tepi.
Kemudian menaiki tangga untuk mengikut
Alia Feyda ke atas.
“Okey, Dheya. Your turn.” Sebelum
papanya berpaling, Alia Feyda menarik tangan
papanya dan mencium tangan orang tua itu. Hati
Ain Dheya tersentuh. Garang-garang pun rupanya
masih ada perasaan rupanya.
“Papa, maafkan Feyda. Jaga mama ya.”
Bukan mudah untuk anaknya itu menuturkan begitu
kerana Tan Sri Darren tahu betapa kerasnya hati
anak perempuannya itu. Nanti di hadapan Kaabah
dia akan berdoa agar TUHAN dapat melembutkan
hati anak-anaknya itu.
Air mata orang tua itu bergenang tanpa
dipaksa. Bahu anaknya itu ditepuk dengan mesra.
“In shaa ALLAH, Feyda. Papa tau tu.
Feyda tu yang kena jaga diri sendiri.” Kemudian
pandangannya berpindah pada Ain Dheya.

94

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Dheya ada. Dia boleh bantu Feyda,
okey?”

Alia Feyda acuh tidak acuh apabila nama
gadis itu disebut-sebut. Mahu tak mahu dia
mengangguk.

“Iyelah, pa. Feyda tau.” Walaupun di
dalam hatinya mengutuk gadis itu. Aku tak mintak
dia pun kerja untuk aku. Tapi dah papa dan mama
nak sangat.

Ain Dheya kemudiannya membantu Alia
Feyda ke tandas di dalam biliknya. Jauh di sudut
hati, Tan Sri Darren berdoa agar sikap Alia Feyda
dapat berubah.

Selepas menghantar mama dan papanya di
Kelana Jaya, Ash Fayyad dan beberapa orang
saudara ibunya yang lain yang turut menghantar
pulang ke rumah masing-masing.

“Nanti kalau ada apa-apa hal kat rumah tu,
jangan lupa call Pak Lang ya?” Masing-masing
mengingatkannya namun seperti biasa Ash Fayyad
hanya mengangguk mengiakannya sahaja. Malas
dia untuk berkata apa-apa. Macamlah dia tak boleh
nak jaga keluarganya sendiri.

95

HASREEYATI RAMLI

“Iya, Pak Lang...Iya Mak Lang... Ash tau tu.
Terima kasih ya sebab ingatkan Ash.” Memang Ash
Fayyad diajar untuk berbudi bahasa dengan orang
yang lebih tua darinya. Itu memang tidak dilupakan
sampai bila-bila jua.

Alia Feyda masih lagi termenung sendirian
di dalam biliknya. Ain Dheya disuruhnya turun ke
bawah bagi membantu Mak Ros di dapur. Apalah
sangat yang boleh dibuat oleh gadis itu selain dari
membantunya ke bilik air. Hendak diajak berbual?
Dia tidak yakin Ain Dheya layak untuk berbual
dengannya. Apalah sangat yang dia tahu pasal
kehidupannya selama ini? Lagipun kawan-
kawannya sudah lama tidak dihubunginya.
Bukannya apa, dia terlalu malu dengan keadaan
dirinya yang sudah tidak seperti dulu.

“Mak Ros, kenapa Alia Feyda tu tak nak
keluar dari rumah ya?” Teringin juga Ain Dheya
mengetahui tentang Alia Feyda dengan lebih lagi.
Sekurang-kurangnya dia boleh berkerja dengan
selesa untuk anak perempuan majikannya itu.

Mak Ros tersenyum lebar sambil tangannya
ligat mengeringkan pinggan di tangannya.

“Biasalah Dheya, orang yang sakit ni.
Perangai selalu macam-macam.”

“Tapikan Mak Ros, dulu-dulu pun memang
dia garang macam tu ka? Kalau macam tu, memang
perangai dua beradik tu sama ajalah, Mak Ros. Cik
Fayyad pun bila kat pejabat, suka tengking-tengking
saya.” Mak Ros pula yang menjadi tempat dia
mengadu.

“Eh, ya ka lagu tu, Dheya? Macam tak
percayalah pulak. Cik Ash tu, Mak Ros panggil Ash

96

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

saja, sebab tu yang depa panggil kat dalam rumah
ni. Ash tu memang bagus budi pekertinya. Kat Mak
Ros pun dia hormat.”

Bagai tidak percaya pula dengan apa yang
didengarinya itu. Cik Fayyad sebaik itu ke? Hmm...
sukar nak percaya ni.

Mak Ros terfikir sesuatu.
“Eh, entah-entah dia suka kacau Dheya
sebab dia suka Dheya apaa...” usik Mak Ros lagi.
Tersenyum lebar. Rupa-rupanya tidak salah juga
dia menelah. Dia tidak kisah kerana gadis ini pun
baik budi pekertinya.
“Uii, Mak Ros ni. Ke situ pulak. Tak dak
maknanya aih dia nak suka saya. Saya ni anak orang
susah. Dia tu sapa. Anak orang kaya. Apalah
merepek Mak Ros ni, buat lawak...” Tangkis Ain
Dheya. Memang selama ini dia tidak pernah terfikir
pun ke arah itu. Ash Fayyad nak suka kat aku? Uii..
dak laa....
“Mak Ros, kejap ya, kawan saya mesej ni.
Kawan rumah saya.”
Masniza yang sudah dua hari tidak
menghantar mesej apa-apa, tiba-tiba pula
menghantar mesej kepadanya.
“Salam wei. Hang ok ka kat sana?”
Apa pulak la mak cik ni nak tanya. Dahlah
aku sibuk.
“Ha, awat. Aku tengah tolong Mak Ros,
orang gaji depa ni.”
“Ooo... lagu tu ka. So, gena hang duk
sana? Depa okey dak ngan hang?”
“Aku tak dak masa nak gosip la wei, nanti
aku mesej hang balik bila aku free no.”

97

HASREEYATI RAMLI

“Haa.. okey, okey. Sorry na. Malam nanti
hang kena mesej aku. Lau dak,a ku saman hang.”

Ain Dheya tersengih membaca mesej terakhir
dari temannya itu. Banyaklah duit nak saman aku.
Ain Dheya kemudiannya berpaling untuk ke dapur
semula.

“Opocot!”
Terkejut Ain Dheya apabila Ash Fayyad

betul-betul berdiri di depannya. Pandangan Ash
Fayyad sahaja sudah membuatkan Ain Dheya kecut
perut.

“Kenapa? Mesej kat BF ke tadi?” Terkejut
betul Ain Dheya dibuatnya.

“Aik? Sapa pulak yang BF saya tu Cik
Fayyad? Ooo.. Cik Fayyad dah jadi stalker saya
ya...” Sengaja Ain Dheya mengusik begitu. Mahu
mengenakan mamat singa itu. Asyik dia sahaja
yang selalu terkena. Rasanya sudah tiba masanya
dia `membalas’nya.

Ash Fayyad terkejut.
“Hai, Dheya. Sejak bila pulak awak nak
buli saya ni?”
Ain Dheya tersengih nakal.
“Sejak saya tak ada kat pejabat tu dah. Jadi
giliran saya pulaklah nak buli Cik Fayyad. Sebab
Cik Fayyad bukan boss saya di rumah ni, betul tak?”
Pening kepala Ash Fayyad dibuatnya. Apa
dah kena dengan budak perempuan sorang ni?
Sewel ke? Namun begitu benar juga seperti kata
gadis itu, ini bukan pejabat. Tetapi....
“Hei... Ini rumah sayalah. Sama jugak
macam pejabat saya.”
“Haa.. tak boleh. Tak boleh. Saya tak
anggap ni pejabat saya, okey. Dah, dah. Ke tepi.

98

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Saya nak tolong Mak Ros. Cik Fayyad tak boleh
buli saya lagi lepas ni.” Sekarang Ain Dheya telah
mempunyai kekuatan baru yang tidak diketahui dari
mana datangnya itu.

Ash Fayyad tidak boleh berkata apa-apa
lagi.

Alia Feyda sudah mengamuk pagi-pagi
begini.

“Ain Dheya!!!”
Satu rumah gegak gempita dibuatnya bila
Alia Feyda menjerit pagi itu.
Ash Fayyad yang baru sahaja selesai mandi
pun terkejut mendengarnya. Dinding biliknya
terasa bagaikan nipis sahaja walaupun selama ini
memang semua dinding di rumah itu memang kalis
bunyi. Oh, rupanya pintunya sedikit terbuka.
“Ya, Cik Feydaa...” tergesa-gesa kali ini
Ain Dheya dibuatnya. Rambutnya masih belum
sempat dikeringkan lagi. Ya ALLAH, tertidur dia
sebab keletihan seharian membantu Mak Ros
mengemaskan pinggan mangkuk.
Mujur juga tadi dia sudah sempat qadha
solat Subuh dan tergesa-gesa memakai blaus dan
seluar slack seperti biasa.
“Kejap Cik Feyda.” Tergesa-gesa dia ke
bilik Alia Feyda dan mendapati gadis itu sedang
cuba bangun dari katilnya sendiri dan dia hampir
terjatuh dari katilnya.

99

HASREEYATI RAMLI

Mujurlah Ain Dheya cepat bertindak dan
berlari sekuat hati mendapatkan gadis itu.

“Ya ALLAH Cik Feyda. Lain kali panggil
saya dulu.” Mujur Ain Dheya sempat memangku
gadis itu walaupun gadis itu kelihatan agak kurus
darinya namun agak berat juga. Dia terpaksa
menggunakan seluruh tenaganya yang ada unutk
mengangkat gadis itu semula ke atas kerusi rodanya.

“Aku dah panggil kau tadi. Kau tu aje yang
pekak!” Tengking gadis itu. Bagai nak pecah
gegendang telinganya. Ain Dheya memejamkan
mata. Bersabarlah ya.

“Saya terlelap semula selepas solat pagi
tadi, Cik Feyda. Maafkan saya. Semalam saya
penat agaknya. Maafkan saya, Cik Feyda.” Ujarnya
berkali-kali.

“Aku tak suruh pun kau tolong Mak Ros
sampai ke malam. Buat sikit-sikit sudahlah. Bukan
aku suruh kau kemas sampai semua. Faham tak ni?”

“Tapi Cik Feyda. Kasihan Mak Ros tu. dia
dah tua kan.”

“Bukan dia yang bayar upah kau. Kau kena
ingat tu.”

Ain Dheya terdiam. Tidak berani hendak
membela dirinya lagi.

Alia Feyda menahan rasa marah yang
teramat sangat namun tidak guna juga jika dia hanya
menengking gadis itu sepanjang masa. Kalau
hendak dibuat salah, tetap akan dibuat salah juga.

“Bawa aku ke tandas. Aku nak bersihkan
badan.”

Ain Dheya akur. Alia Feyda boleh mandi
sendiri dan tidak memerlukan bantuannya di dalam
bilik air.

100


Click to View FlipBook Version