The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-02-28 01:35:14

Hello, Jangan Tapau Cintaku

Hello, Jangan Tapau Cintaku

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Cik Feyda nak pakai baju apa nanti?”
Dia masih lagi tidak biasa dengan semua
itu. Apabila dia membuka almari sliding pakaian
gadis itu, dia agak terkejut dengan susunan baju
yang sebegitu banyak dan cantik-cantik belaka.
Terasa seperti dia berada di dalam butik pakaian
yang mahal sahaja.
“Ambik blaus putih dan pants kelabu.
Pakaian dalam saya ada dalam laci.” Suara gadis itu
mudah didengari dari arah bilik air kerana yang
pastinya bilik air gadis itu tidak akan ditutup rapat
kerana khuatir akan terjadi apa-apa terhadap gadis
itu.
Blaus putih? Banyak ni. Blaus yang mana
satu pulak ya?
“Ambik yang kiri sekali. Dan pants ambik
yang paling atas sebelah kiri juga.” Wah. Begitu
tersusun sekali peraturannya. Hidupnya selama ini
tidaklah sebegitu tersusun seperti segala pakaian di
dalam almari sliding itu. Hidupnya berterabur
namun sekurang-kurangnya dia boleh menjaga
keluarganya di kampung. Itu yang lebih penting.
“Baik, Cik Feyda.” Akur Ain Dheya yang
kemudiannya meletakkan pakaian yang sudah
dipilih itu di atas katil. Menunggu dengan setianya
di dalam bilik itu.
Apabila Alia Feyda keluar dengan baju
wardrobe bertuala, Ain Dheya membantunya.
Memang agak sukar juga kalau tidak boleh bangun
dan perlu bertukar baju. Fikir Ain Dheya lagi.
“Lepas ni, aku nak kau bawak minum pagi
untuk aku. Faham tak? Mak Ros tentu dah siapkan
untuk aku.” Ujar gadis itu lagi. Langsung tidak
senyum padanya.

101

HASREEYATI RAMLI

“Cik Feyda, tak nak turun minum kat bawah
ke? Kita boleh ambik angin kat beranda luar tu ke.
Saya tengok cantik betul bunga-bunga yang Puan
Sri tanam. Kalau nak saya boleh bawak Cik ke
sana.”

Alia Feyda terkejut mendengar saranan dari
gadis itu.

“Eh, siapa kau nak ajar aku ke sana sini, ha?
Aku tak perlu dengar cakap siapa-siapa pun, kau tau
tak!” jerit Alia Feyda secara tiba-tiba. Terkejut juga
Ain Dheya dibuatnya.

“Err.. Cik Feyda. Maaf ya. Saya cuma bagi
cadangan saja. Kan hari tu Cik Feyda suka turun kat
beranda tu tengok bunga-bunga, kan?”

“Itu masa aku sendiri yang nak turun. Kalau
aku tak nak turun, kau peduli apa!” Tengking Alia
Feyda lagi. Membuatkan Ain Dheya terkulat-kulat
takut. Kenapalah muka aje cantik tapi perangai, ya
Rabbi. Rasanya dia belum kenal lagi kot siapa Ain
Dheya. Tak mengapalah.

“Okey, Cik Feyda. Saya dah mintak maaf.
Saya turun ke bawah dulu.” Ain Dheya segera
bergegas menuruni tangga. Dia hampir-hampir
terlanggar Ash Fayyad yang baru keluar dari bilik
tidurnya.

“Eh, pocot-pocot! Sorry Cik Fayyad!” Ain
Dheya sempat membrek sebelum betul-betul
tersembam ke atas dada Ash Fayyad yang bidang
itu. Mujur lagi kalau tidak, memang nahaslah.

“Heyyy! Awak nak ke mana kalut-kalut ni,
Dheya?” Tengking Ash Fayyad pula. Ain Dheya
tidak menjawab dan cuma tergesa-gesa menuruni
anak tangga sahaja.

102

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Huii Mak Ros. Kenapalah orang dalam
rumah ni macam dalam zoo saja? Suka sungguh
arah-arah orang, jerit-jeritkan orang? Tak boleh ka
kalau suruh orang baik-baik. Tak boleh ka kalau
cakap elok-elok?” Rungut Ain Dheya lagi. Kalau
tidak kerana dia perlukan duit itu, tentu dia tidak
akan berada di sini.

Mak Ros terdiam. Tidak tahu apa yang perlu
dijelaskan pada gadis itu. Kasihan juga dia dengan
nasib gadis itu. Sudahlah terpaksa membantu ibu di
kampung, kini terpaksa pula menahan telinga dan
perasaan dengan anak-anak majikannya.

‘Hehe, entahlah, Dheya. Nak buat gena. Depa
ni dah lagu tu dah. Sabaq saja laa...” ujar Mak Ros
lagi. Biarlah gadis itu sendiri mengetahuinya
mengapa. Dia sendiri pun sudah penat hendak
melayan karenah gadis berkerusi roda itu.
Macamlah dunia dah berakhir kalau dah lumpuh.

Ain Dheya sedar, dia perlu melakukan
sesuatu jika dia mahu bertahan lebih lama di situ.

“Mak Ros, dah siap ya minum pagi untuk Cik
Feyda?”

Mak Ros mengangguk. Set pinggan yang
berisi mee goreng dan milo panas itu telah tersusun
dengan eloknya di atas dulang berwarna emas.
Macam ni rupanya orang kaya makan. Siap
berhidang dan berdulang lagi. Kalau di rumahnya,
ha amik kau. Makan dalam pinggan plastik aje.
Beralas dengan kertas surat khabar. Bukannya apa,
mudah untuk dibasuh dan tidak mudah pecah.
Maklumlah, adik-beradiknya ramai.

“Ha, melamun lagi. Cepat bawa ke atas.
Nanti Cik Feyda jeritkan kamu pulak.” Gesa Mak

103

HASREEYATI RAMLI

Ros lagi. Memang dia tidak betah berada di dalam
zoo itu namun ke mana lagi kalau dia dan suaminya
tidak berkerja di rumah ini.

“Baik, Mak Ros.” Dengan hati-hati, Ain
Dheya mengangkat dulang emas itu ke anak tangga.
Ash Fayyad sudah turun ke bawah dan menonton tv
di ruang tamu. Tv yang skrinnya sebesar pawagam
itu dilihat oleh Ain Dheya bagaikan hidup. Iyalah.
Sebesar-besarnya dinding yang ada. Pelakon di
dalamnya seakan mahu terus keluar dari dalam skrin
lagaknya kerana kelihatan seperti di luar dari skrin
filem. Kalau di rumahnya di kampung, tv 14 inci
jenama Sony yang gemuk hitam itulah yang
dikerumuni oleh adik-adiknya. Kadangkalanya
aerial di atasnya sudah berapa kali bengkok dan
bertukar ganti. Mujurlah boleh didapati di kedai
dengan harga RM6 sahaja. Asalkan boleh keluar
gambar pun mereka sekeluarga sudah berpuas hati.

“Lepas hantar makanan kat Feyda, awak
ambikkan makanan untuk saya pulak tau.” Arah
lelaki itu. Langkahnya terhenti di paras pertengahan
tangga.

“Eh, Cik Fayyad. Sejak bila pulak saya kena
layan dua orang ni? Bukan ke saya kena jaga Cik
Feyda aje?” Kalau macam ni kena bayar dua kali
gandalah. Aku bukan orang gaji dia pun. Aku
hanya perlu menguruskan adik perempuannya
sahaja.

Kali ini Ash Fayyad berpaling ke arahnya
dengan meletakkan lengannya di bahu sofa putih
yang kelihatan mahal itu. Keningnya terjungkit ke
atas.

104

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Eh, sapa yang bayar gaji kau kat sini yang
kau nak pertikaikan aku nak buat apa pada kau pun,
ha? Meh sini.” Arah lelaki itu lagi. Ain Dheya
serba salah.

“Dheyaaaa! Kenapa lambat sangat kau ni,
ha? Aku dah laparlah!” Jerit Alia Feyda dari dalam
biliknya. Mana satu yang dia nak ikut ni? Alamak.
Matilah aku.

Ash Fayyad menjengilkan mata ke arahnya.
“Eh, minah ni. Saya panggil awaklah. Meh
sini.” Ash Fayyad berdiri tegak kali ini sambil
bercekak pinggang. Ain Dheya jadi kelam kabut
dibuatnya.
“Alaa, Cik Fayyad. Nanti kejap ek. Saya
hantar makanan ni kat adik Cik Fayyad dulu ya.
Kasihan dia.” Ain Dheya harus memberi
keutamaan pada yang lebih memerlukan. Lelaki itu
boleh mengambil sendiri makanan di dapur. Tidak
seperti adik lelaki itu.
Ash Fayyad tidak terkata apa-apa lagi.

Ain Dheya terleka dengan Alia Feyda. Dia
hampir terlupa yang dia kena turun mengambil
makanan untuk Ash Fayyad pula.

“Cik Feyda, maafkan saya. Cik Fayyad
suruh saya ambikkan makanan untuk dia lepas saya
hantar makanan untuk Cik Feyda.” Terkulat-kulat
dia meminta izin dari gadis itu yang kelihatan
seperti mahu menerkamnya itu.

105

HASREEYATI RAMLI

“Hoi, Dheya! Kau kena ingat ya, kau tu kerja
jaga aku. Kebajikan aku. Tapi kau nak menggatal
dengan abang aku pulak tu kenapa, ha?!” bentak
Alia Feyda lagi dengan muka yang sudah mula
merah padam.

“Tapi Cik Feyda...” belum sempat Ain
Dheya membela diri, dia terus ditarik ke arah gadis
itu. Ain Dheya tidak sempat mengimbangkan
tubuhnya lalu tersembam di hujung kaki gadis itu.
Peluang ini digunakan oleh gadis itu untuk
merentap-rentap rambutnya dengan sekuat hati
hinggakan Ain Dheya menjerit kesakitan.

“Aduhh, Cik Feyda... tolong jangan buat saya
macam ni.. sakitnya...” tetapi malangnya rayuan itu
tidak dihiraukan oleh Allia Feyda. Dia masih lagi
menjerit dnegan geram sambil menumbuk-numbuk
muka Ain Dheya sesuka hatinya dan Ain Dheya
langsung tidak membalas tindakan gadis itu. Dia
cuma cuba menahan wajahnya dengan tangannya,
tetapi Alia Feyda tanpa peri kemanusiaan terus
mencakar dan menumbuk-numbuk muka Ain
Dheya sesuka hatinya. Ain Dheya cuba meloloskan
dirinya dari genggaman tangan gadis itu dan
akhirnya dia berjaya melarikan diri keluar dari bilik
itu.

Ain Dheya mendengar suara Alia Feyda
menjerit-jerit dan masih memaki-maki dirinya lagi.
Dia teserempak dengan Ash Fayyad yang kebetulan
keluar dari biliknya setelah mendengar bunyi bising
dari bilik adik perempuannya. Dia amat terkejut
melihat keadaan Ain Dheya yang kusut masai itu.

Segera in Dheya memperbetulkan rambutnya
dan mahu berjalan pantas ke arah biliknya tanpa

106

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

melihat wajah lelaki itu. Mengapalah pula lelaki itu
keluar dari biliknya? Malulah aku bila dia lihat
keadaan aku macam ni.

“Dheya, nanti dulu.” Perintah Ash Fayyad
dan langkah Ain Dheya terhenti. Ain Dheya
mengesat air matanya dengan cepat. Namun dia
masih lagi tidak memandang ke arah lelaki itu.

“Ya ALLAH... apa dah jadi pada awak ni,
Dheya? Feyda buat macam ni ke?” Habis tu. Siapa
lagi? Jawab Ain Dheya di dalam hati. Dia tidak
dapat menjawab kerana dia tidak mahu menangis di
hadapan lelaki itu pula.

“Dheya, pandang muka saya.” Perlukah?
Apabila Ain Dheya berdegil, Ash Fayyad
memegang dagu gadis itu dan tindakannya itu
membuatkan wajah gadis itu jelas di matanya.
Serta-merta timbul rasa kasihan di hatinya.
“Ya Tuhan... sampai hati Feyda buat
macam ni kat awak... Nanti saya suruh Mak Ros
sapukan ubat ya.” Sejak bila pula mamat singa ni
baik dengan aku macam ni?
Ain Dheya menepis tangan Ash Fayyad
dengan lembut.
“Ehh, tak perlulah Cik Fayyad. Saya okey
ja. Saya... saya nak ke bilik. Maaf ya.” Air matanya
tidak dapat ditahan-tahan lagi. Ash Fayyad
memegang kedua belah bahunya pula. Langkahnya
lagi sekali terhenti.
Dia melihat pandangan lelaki itu begitu
serius kali ini.
“Cik Fayyad, tolong lepaskan saya. Saya
sakit ni.” Rayu Ain Dheya di dalam deraian air
matanya lagi.
Ash Fayyad tidak memperdulikannya.

107

HASREEYATI RAMLI

“Mak Ros!” Suara lelaki itu bergema ke
seluruh rumah itu. Tidak perlu lagi pembesar suara
atau apa-apa sahaja.

Selang beberapa minit, Mak Ros tergesa-
gesa naik ke tingkat atas. Siapa yang tidak dengar
suara seperti itu.

Alia Feyda sendiri terkejut mendengar suara
abangnya itu. Dia kemudiannya bergegas keluar
dari biliknya dan berhenti di hadapan pintu biliknya
apabila mendapati abangnya sedang memegang
gadis itu. Hai, dah buang tabiat agaknya abangnya
yang seorang ini? Kenapa pula perlu mengambil
berat orang yang tidak penting seperti gadis itu?
Tetapi kalau gadis itu tidak penting, mengapa pula
sampai perlu menjerit memanggil orang gaji
mereka?

“Abang Ash? Kenapa nak tolong budak tu,
ha? Dia buat salah. Biarlah.” Jerit Alia Feyda pada
abangnya.

Ash Fayyad segera berpaling ke arah adik
perempuannya.

“Mind your tone, young lady!” Suara Ash
Fayyad meninggi kali ini. Ain Dheya masih lagi
membatu.

Dia melihat Mak Ros datang ke arah mereka.
“Mak Ros, ambikkan ubat dan kapas untuk
Dheya. Bawa Dheya ke bilik dia.” Arah Ash
Fayyad lagi sambil melepaskan gadis itu perlahan-
lahan.
Alia Feyda mengetapkan bibirnya.
“Hah! Layan sangatlah budak kampung tu.
Nanti kalau Ann tau, mampos abang kena sembur!”
Jerit Alia Feyda lagi. Rumah itu sekarang bagaikan

108

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

sedang berperang pula jadinya. Ain Dheya berasa
seperti berada di medan perang pula. Tetapi bukan
perang dengan peluru, perang dengan mulut.

Ash Fayyad kemudian melangkah panjang ke
arah adiknya.

“Dont’ you dare threathen me like that,
Feyda. Abang tau apa yang abang buat, okey!”
Geram betul hatinya bila adiknya sudah pandai
mengugutnya seperti itu.

Alia Feyda tergelak besar.
“We will see, abang.” Dia kemudiannya
berpatah balik ke dalam biliknya dan menutup pintu
biliknya dengan sekuat-kuat hati.
Ash Fayyad memejamkan mata dan
mengetap bibirnya menahan marah. Rambutnya
diseka ke belakang. Keadaan menjadi semakin
sukar sekarang dengan sikap adik perempuannya
yang tidak mahu berubah itu. Apalagi yang boleh
dilakukannya selain dari terus bertahan begitu.
Walaupun dia tidak suka Ain Dheya mencuri tulang,
namun tindakan adik perempuannya terhadap gadis
itu sudah keterlaluan.
“Dheya, mari Mak Ros tengok kejap.”
Mak Ros yang duduk di birai katil gadis itu
semakin bergenang air matanya. Tidak sampai hati
rasanya dia melihat gadis itu disiksa sebegitu rupa.
“Tak apalah, Mak Ros. Sikit ja luka ni. Esok
baiklah. Mak Ros tak yah susah-susahkan diri Mak
Ros sebab Dheya ya?” pinta Ain Dheya lagi.
Semakin pilu hati Mak Ros dibuatnya.
“Jangan macam tu, nak. Mai sini, Mak Ros
letak ubat tu sikit.” Kali ini Ain Dheya tidak

109

HASREEYATI RAMLI

membantah lagi. Air matanya sama laju dengan air
mata orang tua itu.

“Apalah Cik Feyda buat kat Dheya macam
ni... Kasihan awak, Dheya. Esok awak berhenti
ajalah, Dheya.” Pujuk orang tua itu sambil
menekapkan kapas yang telah disapu dengan
minyak gamat ke luka di tepi bibir kiri gadis itu.
Kasihan. Demi membantu ibu di kampung, begini
pula jadinya.

“Dheya... Dheya tak boleh berhenti, Mak
Ros. Nanti mak dan adik-adik Dheya nak duduk
mana? Kami dahlah susah, lagi bertambah susah
pula nanti. Biarlah Dheya ja yang susah, Mak Ros.
Jangan Mak dan adik-adik susah.”

Ya ALLAH, mulianya hati anak ini. Begitu
hebat ibu yang telah mendidik dan membesarkan
anak perempuan ini. Kalaulah dia mempunyai anak
perempuan, sudah pasti dia menginginkan anak
seperti gadis ini. Sampai bilakah semua ini akan
berakhir. Tiada siapa pun yang tahu.

Mak Ros kemudiannya tidak dapat menahan
sebak di dadanya lagi. Dia memeluk gadis itu
dengan erat dan mereka berdua menangis semahu-
mahunya.

“Kalau macam tu, awak bersabar ajalah ya.
Feyda tu dulu bukan macam tu.” Suara Mak Ros
kedengaran tersekat-sekat. Ain Dheya sendiri tidak
dapat berhenti menangis.

“Tak apalah, Mak Ros. Saya redha saya
dipukul macam ni. Biar saya yang susah, Mak Ros.
Jangan mak dan adik-adik saya susah.” Ujarnya
dalam nada tersekat-sekat. Suasana yang pilu itu
dapat didengari oleh Ash Fayyad dari luar bilik Ain
Dheya. Ya ALLAH, apa yang telah adiknya

110

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

lakukan selama ini? Tetapi apakah punca sebenar
gadis itu sanggup diseksa sampai begitu sekali?
Kenapa alasan ibu dan adik-adik pula yang menjadi
pertaruhannya?

Lama mereka berdua berkeadaan begitu.
Akhirnya Ain Dheya melepaskan dirinya dari
pelukan Mak Ros.

“Dahlah, Mak Ros. Nanti Mak Ros pula kena
marah. Biar Dheya ja kena marah kat lam rumah ni,
ya.” Sempat lagi tu nak bergurau. Mak Ros
mengangguk walaupun masih lagi bersimpati
dengan gadis itu.

“Baiklah, nak. Kalau ada apa-apa bagitau
Mak Ros ya.”

“Ehh, saya dah tak apa ni. Saya nak turun ke
bawah. Nak bantu Mak Ros kat dapur.” Dia tidak
betah tinggal di dalam bilik tanpa membuat apa-apa.
Walaupun mukanya masih sakit dan rambutnya
masih lagi terasa pedih akibat rambutnya direntap
dengan kasar tadi, dia seakan mahu melupakan
semua kesakitan itu. Dia sedar, dia tidak boleh
cepat mengalah.

Mak Ros menggeleng.
“Budak nilah. Degil tu ya. Hmm... tak palah
kalau awak dah cakap lagu tu. Jom. Kita ke dapur.”
Ash Fayyad cepat-cepat masuk ke dalam
biliknya. Dia tidak mahu mereka berdua tahu yang
dia telah mencuri dengar percakapan mereka berdua
tadi.

111

HASREEYATI RAMLI

“Mak Ros, apa yang Dheya maksudkan
nak bantu mak dan adik-adik dia tu?”

Beberapa hari selepas itu, Ash Fayyad
memberanikan dirinya bertanya pada orang gajinya
itu. Selepas dari kejadian pada hari itu, dia telah
memberi amaran kepada adik perempuannya agar
tidak bertindak keterlaluan seperti itu lagi.
Walaupun ianya tentu telah menimbulkan tanda
tanya di hati adiknya, namun adiknya tidak berani
menyoalnya lagi.

“Eh, Mak Ros ingat kamu dah tau.” Orang
tua meletakkan kain lap ke atas meja dapur.
Tersenyum sambil merenung ke arah anak muda itu.
Anak muda itu dikenalinya ketika masih kecil lagi.
Dia dan suaminya diambil berkerja di situ sejak dua
puluh tahun lalu oleh kedua orang tua anak muda itu
lagi.

“Kalau saya tahu, saya tak tanya Mak
Roslah. Yang saya pasti tentu dia nakkan duit.
Dasar budak kampung, mestilah duit sahaja yang
dia fikirkan, betul tak, Mak Ros?”

Tega benar anak muda itu menuduh gadis
itu begitu.

“Ishh Cik Ashh nilah. Tak baik tau tuduh
sembarangan. Lain kali siasat dulu.”

“Ah, Mak Ros ni. Saya tak de masa nak
siasat semua tu. Yang penting saya dapatkan
penjaga untuk adik saya tu dengan segera. Ha,
sudah.”

112

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Mak Ros menggeleng.
“Jangan macam tu, Cik Ash. Bukan orang
kampung saja nak duit. Orang kaya lagi tamakkan
duit.” Berdesing telinga Ash Fayyad mendengar
orang tua itu memerlinya namun dia tidak begitu
ambil hati kerana dia tahu siapa orang tua itu di
dalam hidupnya. Semenjak kecil lagi sudah
menjaga kebajikan dan makan minumnya dengan
sempurna.
“Mak Ros ni. Ke situ pula.” Rungut Ash
Fayyad lagi.
“Iyalah, kan. Dah banyak duit, lagi nak cari
duit. Tak ke tamak namanya tu?”
Ada betul juga kata-kata orang tua itu.
Berjalan juga rupanya otak orang tua itu. Ash
Fayyad tersenyum sendiri.
“Mak Ros, saya tanya betul-betul ni.”
Mak Ros tersenyum.
“Macam nilah, Cik Ash. Dia nak guna duit
tu nak bantu mak dan adik-adik dia kat kampung
tebus tanah yang diorang duduk sekarang. Kalau
tak bayar, dalam masa dua bulan ni, tanah tu akan
dirampas oleh Pak Long dia.” Panjang lebar juga
Mak Ros menjelaskannya.
Ash Fayyad terdiam.
“Banyak ke yang Pak Long dia nak, Mak
Ros?”
“Banyak tu memang banyaklah. Dalam
RM20,000.00. Kenapa Cik Ash?”
Ash Fayyad berfikir lagi.
“Saya upah dia RM50,000.00 lah. Habis tu,
lagi RM30,000.00 dia nak buat apa?”
Mak Ros mengangkat bahu.

113

HASREEYATI RAMLI

“Manalah Mak Ros tau. Cik Ash tanyalah
dia sendiri.” Kemudiannya orang tua itu
menyambung kerja mengelap pinggan semula .

Ash Fayyad tidak jadi untuk berbalas soalan
dengan orang tua itu lagi apabila telefonnya tiba-
tiba berbunyi.

“Mana you pergi? Dah lama you tak call I
pun.” Kedengaran nada merajuk buah hatinya di
hujunng talian sana. Alamak. Bagaimana dia boleh
terlupa ya?

“Sorrylah, dear. I bukan apa. You pun tau
kan I sibuk dengan karenah adik perempuan I ni ha.”
Moga-moga alasannya akan dapat diterima pakai
oleh buah hatinya itu. Memang sejak dua tiga hari
ini dia memang sibuk di pejabat menguruskan
pelabur-pelabur dari China yang datang berurusan
dengan pejabatnya. Ketiadaan Ain Dheya di pejabat
sedikit sebanyak telah mengganggu perjalanan
firma papanya itu. Lebih-lebih lagi biasanya Ain
Dheya akan menjadi penterjemah untuk pelabur-
pelabur asing seperti itu kerana kebolehannya
bertutur di dalam banyak bahasa.

“Busy dengan hal adik you ke atau busy
dengan budak perempuan tu, ha?”

Sudah kena bising pula dia kali ini.
Mengapalah Ann Dayana suka menuduhnya yang
bukan-bukan?

“Ann, I kata I busy kat ofis, I busylah. Balik
rumah, dengan hal adik I lagi.”

“Eh, bukan ada budak pompuan tu ke yang
jaga adik you? Apalagi yang you kalut-kalut ni?”

“You, adik I dah belasah budak pompuan
tu, okey. Dia staf di pejabat I. Surely I tak boleh

114

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

biarkan dia buat staf I lagi macam tu, you faham tak
ni.”

Ann Dayana tersenyum lebar. Tidak
lamalah rasanya budak kampung itu akan lari dari
rumah itu. Apa yang penting sekarang ini ialah dia
cuma perlu menunggu masanya sahaja.

“Hmm..kalau you cakap macam tu, I faham.
Sorrylah you sebab kacau you. Tapi jangan pulak
you menggatal dengan budak kampung tu pulak
ya.” Rungut Ann Dayana lagi.

“Haha.. dream on, Ann. Okeylah, I baru
balik dari ofis ni. I nak naik mandi dulu. See you
dear.” Ash Fayyad kemudiannya mematikan talian
antara mereka berdua. Memang sudah menjadi
kebiasaan dia akan keluar dengan Ann Dayana
selepas waktu pejabat jika dia tidak sibuk. Namun
sejak ketiadaan papanya di pejabat dia semakin
sibuk menguruskan firma mereka kerana dia adalah
orang kanan papanya. Di rumah pula, tiada
mamanya untuk membantu menguruskan adik
perempuannya. Walaupun dia mengupah gadis itu,
dia juga perlu memantau sama.

Mak Ros hanya tersenyum mendengar Ash
Fayyad memberi alasan kepada gadis itu. Alah,
mengada saja lebih. Kalau tak datang ke sini lagi
bagus. Kalau datang tetapi buat hal bertengkar
dengan Alia Feyda, tidak ada gunanya juga.

“Hmm... Ann ke tu?” Mak Ros sengaja
bertanya walaupun sudah tahu siapa yang
menelefon tadi. Dia lebih suka Ain Dheya
berbanding dengan Ann Dayana yang serba moden
itu. Walaupun Ain Dheya juga tidak bertudung,

115

HASREEYATI RAMLI

namun budi pekertinya terjaga. Begitu juga dengan
waktu solatnya.

Ash Fayyad mengangguk.
“Iya, Mak Ros.
“Dia nak apa?” Sengaja dia bertanya
walaupun dia sudah dapat mengagak kenapa.
Ash Fayyad mengangkat bahu.
“Alaa... Mak Ros, macam tak tahulah
pula...” kadangkala dia agak rimas juga dengan
sikap buah hatinya itu yang suka mengganggunya di
kala dia sibuk. Namun buah hatilah katakan. Nak
tak nak pun bersabar sahaja dengan karenah gadis
itu.
“Kamu ni bila nak kahwin dengan budak tu,
Ash?” Terdiam Ash Fayyad dibuatnya bila diajukan
soalan sedemikian rupa. Walaupun sudah lima
tahun mereka kenal, namun hatinya masih lagi
belum terbuka untuk mengahwini gadis itu. Dia
tidak merasakan keperluan untuk berkeluarga lagi,
jadi kenapa dia perlu kalut?

“Hehe, Mak Ros ni. Ash muda lagilah kan.
Nanti-nantilah. Lagipun kepala Ash ni berserabut
dengan macam-macam sekarang ni. Lagilah Ash
tak fikir ke arah tu, Mak Ros.” Ujarnya lagi.
Memberikan seribu alasan.

“Hmm... kamu nilah. Ha, macam tulah
anak-anak muda sekarang ni. Kawan ke hulur ke
hilir, tapi tak jadi. Kamu tak kesian ke main-
mainkan anak dara orang macam tu? Kan dah lama
kamu berkawan dengan dia? Kalau nak, cepat-
cepatkan. Kalau tak, baik kamu lepaskan dia.” Baru
kali ini dia mendengar pendapat seperti itu dari
orang tua itu. Dia amat menghormati orang tua itu

116

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

yang sudah dianggapnya sebagai ahli keluarganya
sendiri. Nak putus dengan Ann Dayana? Haha, nak
kena kejar dengan parang,bolehlah.

“Ala Mak Ros ni... chill lah...” Ash Fayyad
menggeleng sambil beredar dari situ.

“Eh, Mak Ros. Dheya mana? Suruh dia
datang ke bilik bacaan saya tau.” Pintanya lagi.
Begitulah dia kalau tidak ada apa yang perlu
dilakukannya. Membaca di ruang bacaan keluarga
yang sudah lama ada di dalam rumah itu. Sekurang-
kurangnya dia menghabiskan masanya di situ.

“Ha, kau jangan nak curi tulang pulak tau
lepas ni.” Pantas sahaja Alia Feyda memberi
amaran walaupun ketika itu Ain Dheya sedang
melipat baju-bajunya untuk disimpan di dalam
almari.

“Tau, Cik Feyda. Saya tak pernah pun curi
tulang.”

“Eh, kau ni kan. Kalau menjawab memang
pandai.” Alia Feyda terpaksa mengakui pun gadis
itu memang bijak kerana berkelulusan tinggi.
Namun dia masih lagi sangsi kenapa gadis itu mahu
menerima tawaran itu. Biarpun sudah tahu
bagaimana keadaannya apabila berkerja di sini.

Lama Ash Fayyad menunggu di bilik
bacaan, Ain Dheya tidak juga kunjung tiba.
Mungkin di bilik adiknya lagi. Kemudiannya
dengan pantas dia naik ke tingkat atas.

“Aku nak tanya kau ni. Kenapa kau ambik
job ni, hmm?” Rasa ingin tahu itu mengatasi
segalanya. Belum pernah lagi dia dijaga oleh
penjaga yang berkelulusan tinggi darinya selama
ini.

117

HASREEYATI RAMLI

Ain Dheya tersenyum. Walaupun bibirnya
masih bengkak namun dia masih lagi dapat
tersenyum.

“Cik Feyda, saya ni anak orang susah. Mak
saya perlukan duit untuk tebus tanah yang kami
duduk tu. Kalau tak, kami akan merempatlah. Jadi
itulah sebabnya saya ambil tugas ni. “

“Tapi banyak tau abang aku nak bagi kau.
Mak kau nak banyak mana?”

Ain Dheya tersenyum.
“Sikit je dari jumlah yang abang Cik bagi
tu. Tapi jangan bimbang. Saya akan ambil setakat
yang saya perlu aje. Bakinya, Cik ambiklah balik.
Saya tak perlu duit banyak pun. Apa yang saya ada
sekarang ni pun, dah lebih dari syukur.”
“Haha... kau ingat aku nak percaya apa
yang kau cakap ni, hmm? Mesti kau ada niat lain
selain dari nak jaga aku, kan?”
“Ya ALLAH, Cik Feyda. Niat apa
pulaknya? Saya cuma kena jaga Cik saja. Itupun
tak termasuklah dengan abang Cik suruh saya buat
itu ini lagi.” Walaupun dia tahu sememangnya Ash
Fayyad akan menyuruhnya membuat perkara lain.

Alia Feyda mencebik mukanya tanda
tidak percaya. Mana mungkin orang miskin seperti
gadis itu tidak tamakkan duit? Ah, sedikit pun dia
tidak percaya. Biarlah masa yang menentukannya.

Ash Fayyad mendengar dari luar bilik
adiknya. Adakah benar kata-kata gadis itu? Dia
sendiri pun tidak tahu. Kalau benar bagai dikata, ini
bermakna gadis itu benar-benar jujur. Namun
RM50,000.00 yang telah dijanjikan akan tetap
diberikan kepada gadis itu sebaik sahaja selesai
tugasnya.

118

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Ash Fayyad mengetuk daun pintu.

“Masuk.”
Alia Feyda dan Ain Dheya memandang ke
arah pintu.
Ash Fayyad melangkah ke dalam bilik.
“Feyda, jangan lupa ya. Esok ada
appointment dengan Dr. Budiman. Esok jangan
lupa, siap awal-awal.” Ujar mamat singa itu sambil
menjeling ke arahnya.
Baru dia teringat, tadi Ash Fayyad ada
menyuruhnya turun ke bawah selepas selesai
urusannya dengan adik lelaki itu. Namun dia
terlupa kerana masih sibuk ketika itu.

“Ah, malas nak pergi. Untuk apa?
Bukannya boleh berjalan pun.” Rungut Alia Feyda
lagi sambil mencebik tanda tidak suka.

Ash Fayyad menggeleng.
“Habis tu, apa yang Feyda suka? Selagi
Feyda malas nak buat treatment selagi itulah Feyda
tak dapat berjalan. Ni tak, degil jugak-jugak! Lepas
tu bising itulah, inilah.” Kali ini suara Ash Fayyad
lebih tinggi dari adiknya. Memang selama dua
tahun ini adiknya selalu sahaja mengelat jika perlu
menjalani fisioterapi di hospital. Alasannya mudah,
dia malas. Dr. Budiman sendiri telah menegaskan
yang dia perlu menjalani fisio jika ingin mahu cepat
berjalan. Namun dia selalu culas. Keadaan itulah
yang lebih memburukkan keadaan dirinya.

119

HASREEYATI RAMLI

Ain Dheya terfikir sendiri. Selalunya orang
yang lumpuh jika mempunyai peluang untuk pulih
akan disuruh oleh doktor menjalani rawatan
fisioterapi namun jika perkara itu diambil mudah.
Tidak mustahil memang lambatlah proses
penyembuhan itu. Sepatutnya orang sebijak Alia
Feyda tidak akan berdegil sebegitu rupa. Mesti ada
sesuatu perkara yang membuatkan gadis itu tidak
mahu membuat rawatan itu.

“Feyda, jangan degil. Abang tak ada masa
nak layan sikap degil Feyda ni, tau tak? Ni Mama
tak ada kat sini. Abang dan Dheya saja yang jaga
Feyda. Baru seminggu, dah macam-macam
perangai yang Feyda buat. Kalau Feyda kena buat
semua sendiri, nak tak?” Ugutan abangnya itu
membuatkan dia terdiam. Walaupun ketika dia
marah, dia menghalau Ain Dheya namun memang
dia sedar, payah untuk meminta pertolongan dari
Mak Ros yang sememangnya kena naik turun
tangga itu. Lagipun dia memang tidak suka turun
ke bawah. Dengan adanya Ain Dheya, banyak juga
membantunya walaupun adakalanya dia selalu
hilang sabar dengan gadis itu.

“Yelah, yelah. Susah betullah buat hidup
Feyda macam ni!” gumamnya lagi sambil menoleh
ke arah lain. Ain Dheya memandang ke arah anak
majikannya. Ash Fayyad kelihatan masih tidak
berpuas hati dengan sikap adiknya itu.

“Ha, kalau macam tu, tak payah pergi.
Duduk berkarat sampai ke mati kat kerusi tu.”
tengking Ash Fayyad lagi. Ha, elok. Dua-dua
beradik dah mula mempertahankan pendirian
masing-masing. Mahu pecah rumah juga dibuatnya
kalau selalu begini.

120

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Cik Fayyad, dahlah tu. Kesian Cik Feyda
ni. Nanti saya pujuk dia ya?” Sejak bila pula Ain
Dheya berpihak kepada adiknya yang degil ni.
Tetapi dibiarkannya sahaja adiknya berfikir dan
keluar dari bilik itu.

Ain Dheya duduk di sisi katil gadis itu dan
mengadap gadis itu.

“Cik Feyda, semua yang abang Cik cuba
buat tu adalah untuk kebaikan Cik juga. Cik Feyda
nak cepat sembuh, kan? Haa... kalau Cik Feyda nak
cepat sembuh, kenalah buat fisio tu. apa yang susah
sangat? Hmm... mungkin awal tu susahlah sebab
tak biasa. Tapi-“ belum sempat dia menghabiskan
ayatnya, tangan Alia Feyda segera melayang ke
arahnya. Namun kali ini,Ain Dheya yang penuh
dengan ilmu persilatan di dada segera menangkis
dan memegang pergelangan tangan gadis itu kali
ini. Selepas ini dia nekad tidak akan membiarkan
gadis itu memukulnya lagi walau dengan apa cara
sekalipun. Terkejut Alia Feyda kali ini dengan
tindakan gadis itu.

“Hey! Lepaskan aku!” Namun Ain Dheya
tidak segera melepaskan tangan gadis itu.

“Maaf Cik Feyda. Saya nak kerja lama di
sini. Jadi saya tak nak Cik Feyda buli saya. Saya
akan buat kerja yang Cik Feyda suruh tapi saya
takkan biarkan Cik Feyda angkat tangan saya
macam petang tu. Saya harap kita akan sefahaman
tentang hal tu.” Kali ini suaranya agak tegas.

Ali Feyda terdiam. Agak kuat juga
genggaman tangan gadis itu dan dia sedar, kali ini
gadis itu tidak main-main.

“Lepaskan tangan aku, Ain Dheya.”
Suaranya mulai mengendur. Dia terdiam seketika.

121

HASREEYATI RAMLI

Tidak mengangkat mukanya. Berani juga rupanya
gadis itu dengannya. Sudah mula menunjukkan
taringnya.

“Cik Feyda jangan salah faham. Saya dah
diamanahkan oleh Tan Sri untuk jaga Cik. Tapi
saya juga manusia biasa. Saya buat ikut
kemampuan saya. Jadi saya harap sangat Cik Feyda
pun faham saya, okey?” Jika dia tidak
mempertahankan dirinya, jenuhlah selama sebulan
ini membiarkan dirinya dibelasah oleh gadis itu
apabila gadis itu mengamuk tidak tentu pasal seperti
petang itu. Memang betul kata Masniza, dia kena
berterus terang dan mempertahankan haknya juga
jika dia mahu bertahan di situ. Lagipun dia memang
perlukan duit itu untuk ibunya.

“Ha? Amanah? Bila pula papa aku ada
pesan macam tu pada kau?”

Ain Dheya tersenyum.
“Ada. Masa tu saya dah buat keputusan nak
tarik diri selepas tengok keadaan Cik Feyda hari tu.
Jadi saya tak boleh nak kata tidak sebab Tan Sri
terlalu baik dengan saya dan staf yang lain.”
Berlainan dengan anak lelakinya yang sombong dan
boros itu. Iyalah. Kalau makan, tak pernah habis.
Kalau tak puas hati, suka hati dia aje nak tengking
orang. Tak sombong namanya.
Alia Feyda terdiam kali ini. Kalau sampai
begitulah papanya menaruh kepercayaan pada gadis
itu, tentulah gadis ini bukan calang-calang
orangnya. Nampaknya mahu tak mahu dia
terpaksalah mengikut kehendak papanya dengan
pilihan papanya itu. Kerana papanya tidak pernah
tersilap memilih orang.

122

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Betul papa saya kata macam tu?” Dia
masih tidak mahu percaya.

Ain Dheya melepaskan tangan gadis itu.
“Maaf ya, Cik Feyda. Betul tu. Buat apa
saya nak tipu. Saya tak untung apa-apa pun.”
Jelasnya lagi dan cuba meyakinkan gadis itu.
Alia Feyda sedar yang papanya ada caranya
yang tersendiri mengambil berat tentang dirinya.
Walaupun tidak ditunjukkan dengan menjaganya
setiap masa ketika papanya ada di rumah, sekurang-
kurangnya papanya telah mengamanahkan orang
lain untuk menjaganya. Tiba-tiba dia berasa amat
bersalah kerana selama ini dia telah salah-sangka
dengan papanya kerana mmikirkan orang tuanya itu
sengaja mengabaikannya. Payah dia mahu
berjumpa dengan papanya selama dia sakit ini, jika
ada pun papanya akan berbual sekejap sahaja
dengannya. Air matanya tiba-tiba mengalir laju.
Ain Dheya terkejut melihat gelagat gadis
itu. Alamak. Mati aku sekarang. Adakah apa yang
dikatakannya tadi telah menyebabkan gadis itu
menangis?
“Ehh.. Cik Feyda, kenapa ni?” Kelam
kabut Ain Dheya dibuatnya. Matilah dia kali ini.
Alia Feyda menggeleng.
“Tak.. tak ada apa. Sebenarnya selama ni
saya ingat papa saya dah benci dengan anak dia
yang lumpuh ni... sebab tu dia tak berapa nak ambik
berat pasal saya sangat...” ujar gadis itu dalam
keadaan tersedu-sedu.
Ain Dheya memegang bahu gadis itu.
“Ya ALLAH, Cik Feyda. Kenapalah Cik
Feyda cakap macam tu... Papa Cik Feyda memang
sayangkan Cik. Cuma cara seorang ayah tu

123

HASREEYATI RAMLI

adakalanya lain dari cara seorang ibu tunjukkan
kasih sayang diorang.” Ada jalur kekesalan
tergambar di wajah gadis itu. Kasihan juga dia
dengan gadis itu kerana cepat membuat andaian
begitu terhadap papanya sendiri. Tetapi Ain Dheya
perasan sesuatu. Cara Alia Feyda bercakap
dengannya juga berubah secara tiba-tiba dan gadis
itu tidak marah-marah dengannya apabila bercakap.
Ini satu perubahan yang agak besar.

“Ermm... awak rasa papa saya macam tu
ke? Tapi kenapa dia macam tu? Kenapa dia macam
tak pedulikan saya selama ni?” soal gadis itu lagi.

Ain Dheya mengangkat bahu.
“Entahlah Cik Feyda, mungkin itu caranya.
Mungkin dia terlalu sedih nak berhadapan lama-
lama dengan Cik Feyda. Kadang kita tak tahu apa
yang ada di dalam hatinya. Tapi saya yakin, Cik
Feyda. Papa Cik Feyda amat sayangkan Cik Feyda
dan abang Cik Feyda.” Ujarnya cuba meyakinkan
gadis itu.
Alia Feyda termenung lama. Akhirnya dia
mengesat air matanya sendiri.
“Dheya, saya nak minta maaf sebab selama
ni saya dah buruk sangka dengan awak. Saya layan
awak dengan buruk. Saya ingat awak ada niat lain
nak jaga saya. Okeylah sebab awak nak bantu ibu
awak di kampung tu. Memang payah nak cari anak-
anak muda sekarang ni yang sanggup buat apa yang
awak sedang buat ni. Kita kawan, ya?” tiba-tiba
tangannya digenggam dengan erat oleh gadis itu.
Rasa terharu pun ada. Ya ALLAH, terima kasih
kerana telah memudahkan laluan hamba-Mu ini.
Sekurang-kurangnya dia boleh menjalankan
tugasnya dengan tenang di rumah ini. Tidak lama

124

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

lagi dah, cuma tiga minggu sahaja dia akan berada
di situ.

Bergenang air mata Ain Dheya mendengar
permintaan gadis itu. Dia hanya mengangguk
kerana tidak mampu untuk bersuara kerana berasa
sebak untuk meluahkan apa-apa.

Alia Feyda tersenyum lega. Sekurang-
kurangnya dia sudah ada teman untuk berbicara dan
berbincang apa sahaja selepas ini. Dia sedar bahawa
sebenarnya semua orang di kelilingnya memang
amat mengambil berat dan menyayanginya.

Walaupun baru beberapa hari sahaja gadis
itu berkerja di sini, namun dia dapat merasakan
keikhlasan gadis itu menjaganya. Kalau orang lain,
sudah lama mereka minta berhenti dan lari lebih
awal lagi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang
perungus itu.

Alia Feyda sedar, selepas ini dia mesti
berubah untuk cepat sembuh.

“Hai... nak pulak turun ke bawah nak
makan malam ya? Heran...” Ash Fayyad menegur
dengan selamba ketika dia menyeduk lauk ke
pinggannya.

Tiba waktu makan malam, Alia Feyda
meminta Ain Dheya membantunya makan malam
bersama abangnya. Terkejut Ash Fayyad
dibuatnya. Namun dia sempat menjeling ke arah
Ain Dheya yang tidak memberikan apa-apa reaksi

125

HASREEYATI RAMLI

terhadap tegurannya itu. Apa yang Ain Dheya dah
lakukan terhadap adiknya itu? Dah kena jampi ke?

“Eh, abang ni. Feyda tak turun pun salah.
Turun pun salah. Jom Dheya, kita nek atas balik.
Mak Ros, anta makanan ke atas ya?” Ain Feyda
berpura-pura merajuk. Berpura-pura menarik muka
dan meminta Alia Feyda membantunya keluar dari
ruang makan itu.

Ash Fayyad tergelak kecil dengan gelagat
adik perempuannya itu.

“Elehh... buat merajuk-merajuk konon...
dah, dah... Dheya, tarik kerusi tu, bagi ruang kat
Feyda.” Gesa lelaki itu lagi sambil mengarahkan
Ain Dheya menarik kerusi yang ada untuk
dipindahkan ke tempat lain bagi memberi ruang
kepada kerusi roda adiknya.

Alia Feyda tergelak kecil sama. Ain Dheya
bersyukur kerana akhirnya dua beradik itu sudah
mula berbaik-baik dan tidak bertelagah lagi. Hanya
gurau-senda sahaja yang akan lebih menjadi ulaman
hidup keluarga ini nanti.

“Haa.. lau gitu, apa yang tercegat kat situ
lagi, Dheya? Amik pinggan tu kat Feyda. Letakkan
nasi.” Amboi mamat singa ni. Dah mulalah nak
tunjuk taring kat aku. Sombong tak habis-habis
jugak ya. Asyik nak marahkan aku aje. Ada lauk
gulai singa yang Mak Ros masak malam ni ka?

“Iya la, bosss....” gumam Ain Dheya
sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan adik
lelaki itu. Alia Feyda tersenyum.

“Hai, abang ni. Dheya kerja untuk Feyda,
tahulah dia nak buat kerja dia, kan Dheya?” ujar
Alia Feyda lagi.

126

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Iya, Cik Feyda. Biarlah, abang Cik Feyda
tu nak tunjuk taring kat dalam umah ni gakk...” perli
Ain Dheya lagi. Terlopong Ash Fayyad dibuatnya.

“Aik? Sejak bila pulak awak dah angkat
geng dengan adik saya ni, Dheya?” terkejut juga dia
dibuatnya kerana sebelum ini adiknya suka berkasar
dari segi percakapan mahu pun perbuatan dengan
stafnya itu. Memang dah sah Ain Dheya dah
mengenakan jampi serapah ke atas adiknya itu. Ini
dah tak boleh jadi ni.

“Sejak hari nilah. Kenapa, bang? Tak boleh
ke?” Alia Feyda menyoal kembali.

“Hmm... bukan tak boleh. Tapi iyalah
kan...”

“Haa.. dah, dahlah tu, abang Ash. Feyda
nak cepat sembuh sebab tu Feyda nak cuba berubah
jadi lebih positif. Thanks to Dheya.” Ujar Alia
Feuda sambil menyentuh belakang belakang tangan
Ain Dheya yang menyendukkan nasi ke
pinggannya.

“Cik Feyda... janganlah macam tu. Saya tak
buat apa-apa pun. Saya cuma jalankan amanah dari
Tan Sri je.” Seperti biasa Ain Dheya akan merendah
diri. Tidak perlu pun mendabik dada jika telh
melakukan satu kebaikan untuk orang lain.
Sekurang-kurangnya doanya agar gadis itu
dilembutkan hati termakbul akhirnya.

Ash Fayyad terdiam mendengar kata-kata
gadis itu. Amanah?

“Dheya, siapa yang suruh awak jaga
amanah apa ni? Saya tak fahamlah.” Soalnya ingin
tahu.

Ain Dheya tersenyum.

127

HASREEYATI RAMLI

“Cik Fayyad ingat tak waktu lepas Cik
Fayyad jumpa saya hari tu lepas saya bagi tau yang
saya akan terima semula tugas ni? Sebenarnya saya
dah bertekad tak nak terima job ni sebab Cik Feyda
dah halau saya masa tu.” Ain Dheya tersenyum ke
arah Alia Feyda. Berterima kasih kerana gadis itu
mahu berbaik-baik dengannya.

Ash Fayyad masih lagi tidak faham.
“Awak nilah, Dheya. Cuba cakap elok-elok
sikit. Lagi saya tak fahamlah.”
“Ini saya cakap elok-eloklah. Saya cuba
nak bagi Cik Fayyad ingat balik. Tu ja.”
Jenuh juga Ash Fayyad memerah otak cuba
mengingati hari itu. Memang dia tahu papanya juga
ada berjumpa dengan Ain Dheya namun dia tidak
bertanya pada papanya topik perbualan antara
mereka.
“Haa... saya dah ingat. Tapi kenapa?”
Ain Dheya tersenyum. Dia mengambil lauk
ikan yang ada untuk diletakkan ke dalam pinggan
Alia Feyda.
“Tan Sri amanahkan saya jaga Cik Feyda.
Itu satu amanah yang agak berat bagi saya. Tapi
saya terima juga sebab tak sampai hati nak tolak
permintaan Tan Sri tu.” Tambahnya lagi.
Giliran Ash Fayyad pula terdiam.
Setahunya papanya tidak akan bersetuju dengan
sembarangan orang apabila ianya melibatkan hal
keluarga. Dia sedar, Ain Dheya sentiasa sahaja
cemerlang di mata papanya. Tentu papanya yang
memujuk Ain Dheya agar menerima semula
tawaran itu. Jika begitu, dia sudah salah menelah
niat asal gadis itu. Rasa bersalah mula menyelimuti

128

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

diri. Mungkin selepas ini dia boleh memperbaiki
semula sikapnya terhadap gadis itu selama ini.

“Hmm... papa tak pernah pilih sembarangan
orang. Itu yang saya tau. Kalau macam tu, tak
mengapalah. Saya harap awak dapat jaga adik saya
dengan baik, ya.” Hanya itul sahajalah yang dapat
terfikir olehnya. Rasa malu pun ada kerana selama
ini dia sendiri telah buruk sangka terhadap gadis itu.
Mungkin sudah tiba masanya dia mengubah cara dia
melayan gadis itu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
“Iya, ada apa Ann?” soalnya pantas sambil
memandang ke arah Ain Dheya.
“You dah lupa ke?”
Tidak pula dia teringat apa-apa tentang Ann
Dayana.

“Sorry Ann, I betul-betul lupa hari ni hari
jadi you.” Nampaknya Ash Fayyad masih belum
dapat mengingati tarikh hari lahirnya dari dahulu
hingga sekarang. Ann Dayana memuncung. Ketika
kelibat lelaki kesayangannya muncul di restoran
Fake n Fold di Solaris, Damansara, lelaki itu tampak
tergesa-tega mendekati mejanya.

“You tu memang. Dari dulu lagi macam tu.
Kesian kat I tau.” Gumam Ann Dayana lagi. Dress
merah hati yang menampakkan bahunya dan
separas lutut itu dipakainya istimewa untuk
menyambut hari lahirnya yang ke 30. Dia sudah
berangan-angan tentang hadiah yang bakal

129

HASREEYATI RAMLI

diperolehinya dari kekasih hatinya itu. Mungkin
cincin lamaran?

Namun kelewatan Ash Fayyad sama sekali
telah memotong moodnya. Memang lelaki macam
tu, kan. Tak pernah ingat tarikh-tarikh penting
orang yang penting di dalam hidup mereka. Tetapi
pentingkan dia di hati lelaki itu? kerana sehingga ke
saat ini dia masih lagi belum menerima apa-apa
lamaran dari lelaki itu? malam ini merupakan
malam yang akan menentukan segalanya. Dan dia
berharap ianya akan menjadi satu kenyataan.
Menjadi Mrs. Ash Fayyad.

Tetapi sempat juga Ash Fayyad singgah di
kedai bunga untuk membelikan bunga untuk buah
hatinya itu. Kalau tak, tentu Ann Dayana akan lebih
mengamuk lagi. Kebetulan pula kedai bunga ada
berhampiran jalan ke sana.

“Hmm... tak pelah. I kena redha ler kalo
camtu.” Gumam Ann Dayana lagi. Ash Fayyad
tersenyum dan menghulurkan bunga yang dibelinya
itu. Hati Ann Dayana cair kembali. Dia tersenyum
sambil mencium bunga itu.

“Wanginya... “ ujar Ann Dayana.
“Sewangi cinta I pada you, Ann...” tambah
Ash Fayyad lagi sambil menarik kerusi di hadapan
gadis itu.
Walaupun pelanggan tidak terlalu ramai
namun tempat itu tidak putus-putus dikunjungi dan
selalunya tempat yang eksklusif begitu hanya
dikunjungi oleh sebahagian orang tertentu sahaja.
Ann Dayana tersenyum. Jauh di sudut hati,
dia mengharapkan kekasih hatinya itu memberikan
sekadar sejambangan bunga ros sahaja.

130

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“You dah order apa ni?” soal Ash Fayyad
apabila melihat hanya segelas jus lemon sahaja di
atas meja itu.

“Tak nak makan, tak lapar. Nak jumpa you
aje. Nowadays memang susah kan nak jumpa you?
Silap I tak duduk jaga adik you jugak-jugak. Hari-
hari boleh jumpa you.” Keluh gadis itu lagi.

“Haha... jangan buat lawaklah Ann. You got
your chance already. But you blew it dear.”
Sekadar mengingati gadis itu. Bukannya Ann tidak
pernah ke rumah dia pun selama ini. Cuma setiap
kali bertemu dengan adik perempuannya pasti
mereka berdua tidak sependapat. Akhirnya
bergaduh juga.

“Hmm... itulah. Bertuah kan adik you dapat
accept budak kampung tu.” Keluh Ann Dayana
lagi. Berpeluk tubuh.

“So, apa hadiah hari jadi untuk I ni?”
senyumannya meleret. Dia sudah mula berangan-
angan sejak dari tadi lagi.

“Ada... jangan bimbang. Walaupun I tak
ingat hari ni, tapi awal-awal lagi I dah beli. Mujur
jugak PA I yang ingatkan I.” Tokok Ash Fayyad
lagi sambil merujuk kepada Personal Assistantnya,
Pn. Dila yang selalu mengingatkannya tentang hal
itu. Lelaki sepertinya sukar mahu mengingati
semua kerana di dalam kepalanya sahaja ada
berbagai-bagai hal pejabat yang harus diingatinya.

“Haish you ni, selalu macam tu. Buat sakit
hati I aje, tau.” Ann Dayana mahu monyok lagi.

Berpaling ke arah lain seketika sambil
berpeluk tubuh.

131

HASREEYATI RAMLI

Ash Fayyad bingkas bangun dan
mengeluarkan kotak merah panjang dari dalam sut
jaket dua lapisnya. Ann Dayana nampak teruja.

“Waa.... untuk I ye?” Kalau kotak panjang
bukan cincin lagi. Tetapi tidak mengapalah.
Mungkin ada kotak kedua nanti yang akan
dikeluarkan. Dia tetap menaruh harapan lagi.

“Iyelah. Ada orang lain tak kat sebelah you,
hmm?” Ann Dayang tersenyum kali ini dan
mengambil kotak merah ini. Dibukanya dengan
hati-hati.

Terkejut melihat isinya.
“Wow! Cantiknya. Berapa karat ni you?”
Hampir separuh menjerit gadis itu dibuatnya. Ash
Fayyad tersenyum lebar.
“Mari I pakaikan untuk you.” Dengan
pantas berdiri di sisi gadis itu dan mengambil rantai
leher yang bersalut permata itu untuk dipakaikan di
leher Ann Dayana.
Ann Dayana terharu.
“Cantiknya. Thank you, dear.” Ujarnya.
Mana kotak yang satu lagi? Dia menunggu dengan
penuh debaran.
“Untuk yang teristimewa.” Bisik Ash
Fayyad di telinganya.
Hati Ann Dayana berbunga bahagia.
“Ash Fayyad kembali mengambil tempat
duduknya. Beberapa mata menoleh ke arah mereka
sambil berbisik-bisik. Mungkin cemburu kerana dia
mampu. Hati Ash Fayyad kembang tidak terhingga.
Untuk yang tersayang, dia sanggup berhabis-
habisan.

132

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Lama Ann Dayana menanti. Namun kotak

yang satu lagi masih juga belum tiba. Dia semakin

resah.
“Habis dah ke hadiah you?”

Ash Fayyad tergelak kecil.
“Nak apalagi ni, Ann. Mahal tau I bagi
hadiah tu.” Dia merujuk kepada rantai leher bertatah

permata yang dihadiahkannya tadi. Tak cukup lagi

nampaknya. Hmm... perempuan.
“You... kita dah lama kawan, kan. You tak

nak kawen ngan I ke, hmm?” kali ini dia sudah tidak

malu lagi untuk bertanya. Lima tahun bukannya

satu masa yang singkat.
“Ermm.. kahwin? You nak kita kahwin

sekarang ke? Tapi hati I tak rasa nak kahwin lagilah

you. Komitmen I semakin berat kat pejabat dan now

adik I lagi I kena uruskan. Mana I ada masa nak

komit dengan you. Cuba you tengok, I dah tak call

you pun you dah bising-bising. Padahal you tau, I

bukan ke mana-mana pun. Ada je kat situ. Rumah
dan pejabat.”

Ann Dayana terdiam seketika. Alasan yang

agak tipikal.
“You, you boleh lead your life as usual

kalau you kahwin ngan I pun, Ash. I takkan kacau
rutin harian you, okey.” Ujarnya lagi dalam nada

perlahan. Rantai permata itu bagaikan tidak

bermakna lagi padanya. Kehidupannya

berumahtangga dengan kekasih hati yang

dihajatinya selama ini.

Ash Fayyad mengeluh kecil dan menyapu

mukanya. Susahnya dia hendak memahamkan

gadis itu rupanya.
“Ann, you tahu kan I macamana....”

133

HASREEYATI RAMLI

Ann Dayana mengeluh.
“Orang lain pun kerja jugak you. Ada
married life jugak....” rungutnya lagi.
“Dahlah, you. Tak berkesudahan kita
macam ni. You nak order apa-apa tak? Kalau nak,
I tunggu you makan.”
Ann Dayana mengangkat muka.
“Napa you tak nak order sama ke?”
“You tau tak, I tengah makan kat rumah
dengan adik I tadi masa you call I. I tinggalkan meja
makan tu untuk datang jumpa you. Tak cukup lagi
ke ha?”
Ann Dayana bagaikan mahu menangis.
“Penting sangat ya sekarang adik you tu.
Dulu you tak macam tu pun.”
Kalau orang luar boleh diberi amanah oleh
papanya, kenapa pula dia sendiri yang menjadi
darah daging tidak dapat menjaga adiknya sendiri?
Malu juga dia dibuatnya dengan gadis kampung itu
kerana orang luar pula yang dipertaruhkan untk
menjaga adiknya.
“Ke atau sebab budak kampung tu ada kat
rumah tu?”
Berdesing telinga Ash Fayyad dibuatnya.
Dia bingkas bangun dari kerusi. Tidak percaya
dengan apa yang didengarinya tadi.
“Dalam lima tahun kita berkawan ni, pernah
tak I ada hati dengan perempuan lain? Tak de, kan?
Now, selepas lima tahun, you nak pertikaikan pula?
Ooo... macam ni you nak ajak I hidup dengan you?
Penuh dengan prasangka dan masih lagi tak
percayakan I, ya?” Luluh hatinya kerana kesetiaan
dan kasih sayangnya dipertikaikan. Terketar-ketar

134

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

dia menahan rasa mahu memarahi gadis di
hadapannya itu.

“Ash... you jangan salah faham.”
“Ya, I memang tak salah faham. Cuma you
yang salah faham dengan keadaan I sekarang.
Mulai saat ini, I bebaskan you Ann Dayana. Terima
kasih sebab percayakan I sehingga saat you cakap
macam tu tadi.”
Dengan ayat terakhir itu, Ash Fayyad keluar
dari cafe eksklusif itu. Ann Dayana tidak sempat
hendak menjawab apa-apa hanya termanggu-
manggu seorang diri.

“Reza... Ash dah tinggalkan aku...”
teresak-esak Ann Dayana menelefon Reza selepas
dia keluar dari cafe itu. Terus sahaja dia menelefon
teman baiknya itu dari dalam kereta.

“Ya ALLAH... ye ker ni? Aku macam tak
percayalah, Ann. Tergamak ya Ash buat kau macam
tu. Tapi apa yang kau cakap pada dia? Mesti ada
benda yang kau dah buat dia marah ni. Kalau tak,
tentu dia tak buat keputusan macam tu.” Ujar Reza
lagi.

“Aku... aku.. hanya ajak dia kahwin dengan
aku. Iyalah, dah lima tahun kami kawan kot.
Kawan-kawan kita dah lama dapat anak pun. Kau
taulah, aku dah masuk umur 30 ni. Kalau aku tak
paksa dia kahwin dengan aku sekarang, bila lagi aku
nak beranak nanti?” tersedu-sedu dia menangis di

135

HASREEYATI RAMLI

dalam kereta Honda Civicnya. Dia tidak tahu pada
siapa lagi hendak mengadu.

“Hmm.. betul jugak kata kau. Tapi kau
kena faham. Kau kena tau masalah dia sekarang ni.
Kena jaga pejabat lagi. Kena jaga adik dia. Kalau
aku jadi dia pun, pening oo aku mikir.”

“Kau ni nak sokong aku ke atau nak sokong
Ash?”

“Laa... aku cakap dari segi logiklah, Ann.
Yang kau pulak, pandai je nak trigger dia punya
switch tu apehal, ha? Lain kali kau tanya tak boleh?
Lepas mak bapak dia balik Mekah ke?”

Ada betul juga kata-kata temannya itu.
Namun sudah terlambat. Ash Fayyad sudah
memberikan kata putusnya tadi. Di hari
ulangtahunnya yang ke-30.

“Hmm.. yelah, yelah. Aku tau aku salah.
Tapi macamana aku nak perbetulkan semua ni,
Reza? Kau tolonglah aku. Aku dah benar-benar
buntu ni.”

“Itu aku tak tahu. Kau berdua kena uruskan.
Macam nilah. Aku rasa kau perlu beri dia masa
untuk sejuk kembali. Lelaki memang macam tu,
Ann. Kalau time dia ada masalah, kau jangan nak
pandai-pandai nak menambah pening kepala dia
lagi. Kau kena bersabar. Take your time, babe.”

Ann Dayana tersedu-sedu lagi ketika itu.
Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya lagi
buat masa ini.

“Take your time sangatlah dah aku ni, Reza.
Sampai lima tahun kot aku tunggu dia.”

“Tengok tu, aku suruh kau sabar sikit lagi,
tak reti-reti jugak ya? Hai... bertuah sungguhlah

136

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

kawan aku yang sorang ni...” keluh Reza di talian
sana.

Ann Dayana menyapu hingusnya dengan
tisu lain.

“Hmm.. okeylah, Reza. Aku akan bagi dia
masa. Tapi berapa lama tu? Nanti budak kampung
tu pulak yang masuk line, macamana?”

Reza tergelak kecil.
“Haha... kau ni lawak betullah, Ann. Budak
kampung tu yang kau susah hati sangat tu apasal?
Kau ingat dia tu saingan kau ke? Ishhh kau ni, Ann.
Budak tu bukan taste Ash kot... agak-agaklah.” Ujar
Reza lagi.
Ann Dayana membayangkan budak
kampung itu yang suka berbaju kurung ke pejabat
itu di hadapan matanya. Belum pernah sekalipun
ketika dia ke pejabat Ash Fayyad dia melihat budak
kampung itu memakai skirt paras lutut. Memang
agaknya sampai kiamat pun budak kampung itu
tidak tahu hendak bergaya.
“Yelah, yelah. Aku agak pun macam tu
jugak. Harap-haraplah dia tak mengorat Ash.”
Ujarnya lagi. Dia percaya, jodohnya dengan lelaki
itu masih kuat lagi. Dia masih berharap ada lagi sisa
cinta lelaki itu untuknya.

Ketika dia tiba di rumah, dia melihat
adiknya dan Ann Dheya berada di ruang bawah.
Sedang menonton t.v. bersama Mak Ros. Ini bukan
satu kebiasaan bagi adiknya kerana selalunya

137

HASREEYATI RAMLI

adiknya akan menonton t.v. di dalam bilik
bersendirian. Kemudian apabila ada perkara lucu di
kaca t.v. itu adiknya akan tertawa terbahak-bahak.
Wah... memang satu perkara ganjil sedang berlaku
di dalam rumahnya ketika ini.

“Hai, Feyda. Sejak bila pulak ni suka
nonton t.v. kat bawah ni?” dia meletakkkan anak
kunci keretanya di atas meja konsul di ruang tamu
sambil membuka kasut.

Alia Feyda terdengar abangnya masuk ke
dalam rumah mereka, berpaling ke arah abangnya.

“Eh, abang ni. Salah ke? Boring jugak
duduk sorang-sorang kat atas tu, kan Dheya?” cebik
adiknya lagi.

“Wahh... dah angkat geng rupanya ya.”
Hilang kemarahannya di dalam hati terhadap Ann
Dayana tadi dek melihat adiknya bergelak ketawa
begitu. Sudah lama dia tidak melihat adiknya dalam
keadaan itu. Apalagi mahu bergurau senda
dengannya. Sepatutnya dia perlu mengucapkan
terima kasih kepada Ain Dheya untuk semua ini.

“Ya, Cik Feyda. Kan saya dah kata. The
more the merrier.” Tokok Ain Dheya lagi.

“Haa... abang pergi mana tadi? Tergesa-
gesa betul. Sampai tak sempat nak habiskan nasi di
pinggan tu. Tak baik tau.” Soal adiknya pula. Rasa
ingin tahu mengatasi segalanya.

Ash Fayyad kemudiannya duduk di sofa
yang berhampiran. Mak Ros segera beredar dari
situ.

“Duduklah rehat-rehat Mak Ros. Tak pe
tengok t.v. sekali dengan kami pun.

138

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Errmmm... tak apalah Cik Ash. Nak
minum apa ya? Biar Mak Ros buatkan.” Soal orang
tua itu lagi.

Bukannya apa, Ash Fayyad tidak mahu
menyusahkan orang tua itu sangat. Namun kerana
orang tua itu berkeras juga, akhirnya dia akur.

“Baiklah, Mak Ros. Bagi saya koko panas.”
Kemudian orang tua itu pergi dari situ.
“Hmm... orang tanya, tak jawab lagi. Abang
ke mana tadi? Macam tergesa-gesa aje.” Soal
adiknya pula. Masih lagi tidak berpuas hati kerana
soalannya agak tergantung sejak tadi.
“Abang pergi jumpa Ann. Birthday dia hari
ni. Abang lupa.” Mujur juga pembantunya ada
mengingatkannya tentang rantai leher untuk diberi
sebagai hadiah. Namun dia tetap juga lupa
sehinggalah buah hatinya itu menelefonnya tadi.
“Lorr... pulak. Ni kenapa masam ni?”
Sepatutnya orang yang meraikan hari jadi kekasih
hati mukanya ceria dan bahagia.
“Abang dah putus dengan Ann...” keluh
abangnya lagi.
“What?! Are you out of your mind?” Alia
Feyda bagaikan tidak percaya. Abangnya yang
sedang asyik masyuk itu boleh putus dengan
perempuan gedik yang telah didampinginya selama
lima tahun itu. Sesuatu yang agak sukar untuk
dipercayailah juga.
“Macam tak caya je...” tokoknya lagi. Dalam
nada perlahan.
“Okey... of course I don’t really like her. But
why?”
“Nak tau jugak ke? Ah, biar ajelah.”
Berserabut kepala Ash Fayyad dibuatnya dengan

139

HASREEYATI RAMLI

soalan yang entah apa-apa oleh adiknya itu.
Kemudiannya dia bingkas bangun.

“Esok siap awal. Kita ke hospital.”
Tambahnya lagi sebelum menaiki anak tangga yang
pertama.

Alia Feyda menoleh ke arah Ain Dheya.
“Awak tau tak, diorang tu dah berkawan
berapa lama?”
Ain Dheya mengangkat bahu.
“Lima tahun okey. Into the drain now...”
ujarnya dalam nada perlahan. Okey, dia memang
tidak pernah menyukai kekasih abangnya itu.
Namun kenapa pula mereka berpisah? Itu masih
menjadi persoalan padanya. Namun mengenangkan
mood abangnya yang tidak baik malam itu, lebih
baik disimpan dahulu soalan-soalan yang bakal
ditanyanya nanti.
“Hmm... nak buat macamana, Cik Feyda.
Dah diorang tak ada jodoh.” Ujar Ain Dheya lagi.
Tidak mahu memberikan sebarang komen lagi.
Nanti silap-silap dia pulak yang kena.

“Haa... baguihlah pompuan gedik tu tak
akan mai kat opis kita lagi. Kalau tak.. hmm...”

Seperti biasa Masniza akan menghantar
mesej kepadanya sebelum dia hendak masuk tidur.

“Ishh hang ni. Tak baik oo kata kat orang
tu lagu tu. Awat tah dia buat apa kat hang sampai
hang buleh kata kat dia lagutu aih...”

140

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Nampak sangat Masniza bersetuju dengan
keputusan anak majikan mereka itu berpisah dengan
kekasihnya itu.

“Hang tak ingat ka, dia selalu mai marah-
marah orang macam histeria kat pejabat kita kalu
sapa tak tau Cik Fayyad pi mana? Huii... hang janga
buat main... semua kena maki ooo... Padahal dia
patut call dulu sebelum nak mai.”

Baru Ain Dheya teringat situasi itu yang
sudah mangli bagi semua staf di pejabat itu. Apa
nak buat. Muka cantik tetapi perangai, TUHAN
sahajalah yang tahu.

“Hang nilah. Tak baik ooo dok kaa lagu tu.
Hang nak pi mintak maaf bila pulak kat minah tu.
Dosa dengan TUHAN, boleh TUHAN ampun.
Dosa sesama umat... haa... payah hang nanti.”

Sekadar mengingatkan temannya yang
mudah lupa itu.

“Takpalah. Nanti raya aku pi caghi dia.”
“Banyaklah raya hang nak pi caghi minah
tu.”
“Lambat lagi no hang nak balik mai opis.
Aku tak dak kawan kat sini wei. Sunyilah.”
Ain Dheya tersenyum sendiri.
“Hang kena sabaqlah no. Tak lama aih. Lagi
dua minggu ja. Paihtu, aku geng ngan hang balik
kat opis tu no.”
Ain Dheya tahu Masniza mesti merasai
kehilangannya di pejabat itu kerana hanya mereka
berdua sahaja yang berasal dari utara. Selalunya
mereka lebih senang ke sana ke mari berdua. Tidak
lama lagi dah dia akan kembali ke pejabat.

141

HASREEYATI RAMLI

Pagi esoknya, usai solat Subuh, Ain Dheya
sudah bersiap sedia untuk menguruskan Allia Feyda
pula.

Sejak mereka mula berbaik-baik, Alia Feyda
tidak banyak menyusahkan dirinya lagi dan dia
bersyukur kepada TUHAN kerana memudahkan
perjalanan tugasnya di situ.

“Cik Feyda dah ready kan?” soalnya ketika
mereka mahu keluar dari bilik tidur Alia Feyda.
Gadis itu mengangguk laju walaupun dia sedar,
gadis itu agak ragu-ragu juga.

“Dheya, saya takut saya tak dapat buat apa
yang mereka nak saya buatlah.” Rungut Alia Feyda
lagi. Ain Dheya tersenyum.

“Cik Feyda, macam nilah. Cik Feyda kena
kuatkan hati kalau Cik Feyda nak sembuh, ya. Cik
Feyda kena fokus, okey. Saya janji, bila Cik Feyda
dah boleh jalan nanti, kita sama-sama pergi
melancong ke luar negara, ya?” Amboi. Pandailah
dia nak janji bagai. Kalau orang tu boleh jalan, kau
nak sponsor ke? Tak apa. Masing-masing sponsor
diri sendiri.

“Eh, betul ni? Saya pun suka mengembara ke
luar negara jugaklah. Haa... kalau awak dah janji
macam tu, saya akan cuba! Jangan menyesal tau!”
Suara riang gadis itu membuahkan harapan yang
baru pada Ash Fayyad yang menunggu adiknya di
luar pintu bilik adiknya.

Pandai juga ya gadis itu menggunakan
psikologi untuk mempengaruhi adiknya itu.

142

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Sepatutnya dia lebih berterima kasih lagi pada gadis
itu selepas ini.

Di dalam kereta, Ash Fayyad tidak banyak
bercakap.

“Abang ni, kenapa diam aje ni? Dari meja
makan tadi abang tak cakap apa-apa pun. Macam
ada orang mati pulak hari ni.” Rungut Alia Feyda
lagi.

“Uih, Cik Feyda. Mati-mati ni jangan sebut.
Kita dalam hiway ni.” Pesan Ain Dheya lagi.
Manalah tahu. Menjadi satu doa pula. Nauzubillah.

“Iya, dik. Hati abang yang dah mati.”
“Ishh, abang ni. Macam tu pun ada ke?
Hmm... apa yang dah jadi sampai abang dan
perempuan tu boleh putus?”
Nampak sangat adiknya masih tidak berpuas
hati dengan jawapannya tadi.
“Dia ajak abang kahwin. Tapi abang yang
belum bersedia lagi. Cuba bayangkan. Abang
semakin sibuk sekarang ni. Urus firma papalah.
Urus Feyda lagi. Tak faham-faham jugak si Ann tu
dengan tanggungjawab abang selama ni.” Rungut
Ash Fayyad lagi. Kali ini meluahkan perasaan
hatinya yang sedang terluka itu.
“Ishh abang ni. Feyda memang setuju pun
dengan abang putus dengan perempuan tu. Tapi bab
sapa nak jaga Feyda, abang jangan risau. Kan,
Dheya?” Alia Feyda dengan pantas menoleh ke
arah Ain Dheya di sebelahnya.
“Erkk? Kenapa pulak dengan saya, Cik
Feyda?” Terkejut juga dia dibuatnya.
“Iyalah. Awak kan kawan saya sekarang.
Saya nak awak terus jaga saya, boleh?”
“Tapi Cik Feyda...”

143

HASREEYATI RAMLI

“Abang, bolehkan kalau Feyda terus jadi
penjaga Feyda?”

Ash Fayyad tergelak kecil mendengar
permintaan adiknya itu.

“Jangan nak merepeklah, Feyda. Abang upah
dia sebulan ni aje. Nanti mama balik, mama pulak
yang akan jaga Feyda sementara kita cari jururawat
lain yang akan jaga Feyda nanti, ya?” Jelas Ash
Fayyad lagi.

“Kalau Feyda tak nak orang lain yang jaga
Feyda? Macamana?”

Ain Dheya sudah seram sejuk di dalam
penghawa dingin kereta itu.

“Err...betul tu Cik Feyda. Saya cuma jaga
Cik Feyda sebulan ni aje,lepas tu saya nak kerja di
pejabat abang Cik Feyda semula.” Jangan kau
cakap kau dah bosan dengan dia sudah.

“Apa?! Feyda tak nak orang lain jaga
Feydalah. Feyda nak Dheya jugak!” Kali ini suara
Alia Feyda mula meninggi. Perangainya bagaikan
tidak dapat dikawal lagi. Dia sudah mula mahu
memberontak semula. Jangan dia cakar aku
sudahlah.

“Feyda... please jangan macam ni, okey
dik...” pinta Ash Fayyad sambil melihat cermin
tengah keadaan adiknya itu. Khuatir adiknya akan
melakukan sesuatu, dia bertindak menguncikan
central lock.

“Feyda dah cakap Feyda nak Dheya jaga
Feyda! Itu yang Feyda nak!” Tanpa diduda, sikap
Alia Feyda berubah di dalam sekelip mata. Dia
kembali kepada perangai lamanya semula. Dia
kemudiannya cuba keluar dari pintu belakang
namun kerana semuanya berkunci, dia mula

144

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

bertindak memukul-mukul Ain Dheya semula. Ain
Dheya kemudiannya berusaha memegang kedua
belah tangan gadis itu daripada mencederakannya.

“Cik Fayyad! Adik Cik sakit semula ni. Saya
rasa kita patut berpatah balik ni!” jerit Ain Dheya
sambil bergelut dengan adik lelaki itu di belakang.

“Feyda! Jangan macam nilah! Kalau ya pun
nak marahkan abang, kenapa nak pukul Dheya!”
Jerkah Ash Fayyad lagi.

“Abang dah tipu Feyda! Abang tak sayang
Feyda!” jerit gadis itu lagi. Tenaganya yang kuat itu
datang entah dari mana. Ain Dheya hanya dapat
bertahan sahaja.

“Abang tak tipulah! Ishh, Feyda ni. Kawal
sikit diri tu!”

“Hospital dah dekat ni, kalau kita bawak dia
balik pun, apa yang kita boleh buat? Nampaknya
kita kena mintak doktor tenangkan dia.” Ash
Fayyad semakin menekan minyak untuk mereka
cepat sampai ke perkarangan hospital swasta itu.
Perangai Alia Feyda yang boleh berubah benar-
benar menyulitkan keadaan.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan hospital,
Ash Fayyad segera meminta petugas yang ada
membantunya menguruskan adiknya itu.

Selepas diberi suntikan, barulah Alia Feyda
dapat ditenangkan.

Mereka berdua berada di luar bilik rawatan
menunggu keputusan dari doktor yang bertugas.

145

HASREEYATI RAMLI

“Awak tak apa-apa, Dheya?” Baru sekarang
dia boleh bertanya soalan itu. Kasihan benar dia
pada gadis itu. Lantas dia bangun untuk memeriksa
keadaan wajah gadis itu pula.

“Eh, saya tak apa-apalah, Cik Fayyad.” Ain
Dheya menggeleng laju. Namun bengkak di
bibirnya tidak dapat disembunyikan lagi. Hujung
bibirnya yang terluka akibat dilibas kuat oleh adik
lelaki itu pada mulanya tidak dapat dielak olehnya
sebentar tadi.

Lelaki itu memegang bawah dagunya dan
menyebabkan dia terdongak ke atas.

“Masya-ALLAH, Dheya. Kejap. Saya
panggilkan jururawat.” Lelaki itu kemudiannya
bergegas meninggalkannya seketika dan datang
dengan jururawat yang bertugas.

“Ehh... tak ada apalah. Sikit aja ni.” Dia
masih lagi berdegil walaupun jururawat itu
menyapu ubat luka di hujung bibirnya
menyebabkan dia mengaduh kesakitan akibat rasa
pedih.

Ash Fayyad berasa amat bersalah kali ini.
Sudah dua kali adiknya hilang kawalan diri seperti
tadi dan yang menjadi mangsanya adalah Ain
Dheya.

Setelah jururawat itu pergi, Ash Fayyad
masih lagi meneliti ke wajahnya. Rasa malu pun
ada kerana direnung begitu. Dia hanya
mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“Maafkan saya, Dheya. Sebab saya, awak
terpaksa hadapi semua ini.” Memang payah hendak
menemui perempuan yang amat penyabar seperti
gadis itu. Memanglah dia sedar, dia yang mengupah

146

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

untuk tugas itu, namun apa yang dilakukan oleh
gadis itu sudah melebihi dari yang sepatutnya.

“Kalau awak nak berhenti setakat ini, saya
izinkan. Saya tak sampai hati nak tengok awak
dalam keadaan macam ni lagi.” Ujar lelaki itu
dalam nada perlahan. Dia berpaling untuk
membalas pandangan lelaki itu. Memang tampak
ikhlas.

“Nanti saya bank in kan duit awak, ya.”
Tambah lelaki itu lagi.

Sudah gila ke apa mamat singa ni?
“Cik Fayyad. Saya tak pernah buat kerja
sekerat jalan, okey. Dah ini amanah saya. Jadi saya
kena habiskan. Dan saya tak boleh terima duit tu
selagi belum cukup tempoh saya perlu berada di sisi
adik Cik.” Ujarnya lagi. Amanah Tan Sri Darren
bukanlah calang-calang amanah. Dan dia sedar, dia
tidak boleh berpatah balik lagi sebelum segala-
galanya selesai.
Ash Fayyad semakin kagum dengan
keyakinan gadis itu. Bukan calang-calang orang
yang sanggup meneruskan amanah ini. Dan semua
kelebihan itu kini baru disedarinya.
“Betul ni? Awak takkan menyesal ni?”
bersungguh-sungguh Ash Fayyad bertanya.
“Iya, Cik Fayyad. Tapi tolonglah ya. Saya
tak nak tinggal di rumah Cik Fayyad tu selama-
lamanya, okey. Lepas cukup tempoh ni, saya nak
balik ke pejabat semula ya.” Pintanya lagi.
Lelaki itu tergelak kecil.
“Mengapa? Awak dah rindukan saya marah
awak kat pejabat ke?” sejak bila pulalah mamat
singa ni dah pandai nak bergurau dengan aku ni?

147

HASREEYATI RAMLI

“Ehh, Cik Fayyad ni. Ke situ pulak. Saya kat
rumah Cik Fayyad pun selalu kena marah ngan Cik
Fayyad gak, kan...Sama aja..” rungut Ain Dheya
lagi. Tidak berani langsung untuk mengangkat
muka.

Kedengaran tawa kecil lelaki itu.
“Ikut suka sayalah. Saya memang tak boleh
tengok muka awak, rasa nak marah aja.” Tokok
lelaki itu lagi.
“Tak baik tau, Cik Fayyad. Saya kerja kat
rumah Cik Fayyad bukan all-rounder maid tau.
Saya cuma amik amanah jaga Cik Dheya aja.”
Gumam Ain Dheya lagi.
“Saya peduli apa. Ada awak sain apa-apa
MoU tak? Tak de kan?” uji Ash Fayyad lagi.
Merenung tajam ke arah gadis itu. Kasihan pula dia
melihat calar-calar kecil bergaris di wajah comel
itu. Baru sekarang dia perasan betapa wajah itu
tidak jemu dipandang. Eh, kenapa pula dia
berperasaan begitu? Tak mungkin dia sudah jatuh
cinta dengan gadis kampung itu.
Ain Dheya mengeluh kecil. Nampaknya
memang dia sendiri tidak mengambil berat akan
semua itu. Memang salahnya juga. Mujur juga
sekarang adik lelaki itu tidak memarahinya lagi,
namun demikian kejadian tadi sedikit sebanyak
mungkin akan menjejaskan kepercayaan adik lelaki
itu terhadapnya.
“Cik Fayyad, kalau lepas Cik Feyda sedar
nanti, dia mengamuk macam tadi, apa kita nak buat
ya? Risau jugak saya...” dia tidak menyangka adik
lelaki itu akan berubah seperti itu. Padahal sejak
beberapa hari yang lalu, adik lelaki itu sudah
kelihatan sihat dari segi mentalnya.

148

HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

“Itulah yang saya risaukan. Dia nak awak
jaga dia. Bermakna dia dah suka pada awak dah tu.
Tapi itu tidak bermakna awak kena terus tinggal di
sini. Mustahil tu...” pelik juga dia dengan perangai
adiknya yang boleh berubah di dalam sekelip mata
itu.

“Tolonglah jangan paksa saya kerja terus di
sini ya, Cik Fayyad. Kerja saya kat pejabat Tan Sri
tu aje...” rayu Ain Dheya lagi. Bimbang dengan
permintaan yang bukan-bukan adik lelaki itu.

Ash Fayyad tergelak kecil.
“Jangan bimbang hal tu. Tahulah saya
uruskannya, ya. Saya nak jumpa doktor yang jaga
kes adik saya kejap. Awak nak ikut ke tak?”
Ain Dheya mengangguk. Dia perlu tahu
juga demi kebaikan dirinya sama.

“Silakan duduk Cik Fayyad dan Cik...?”
Belum pernah Dr. Hisham melihat gadis cantik itu
mengiringi Ash Fayyad lagi sebelum ini. Selalunya
kedua ibu dan bapa dua beradik itu sahaja yang ada
mengiringi pesakitnya. Itupun hanya untuk
mendapatkan penerangan darinya dan bukannya
mengadakan apa-apa sesi pun.

Mana mungkin teman wanita lelaki itu
kerana sebelum ini dia sendiri pernah beberapa
terserempak Ash Fayyad dengan gadis lain. Yang
berkemungkinan besar itulah teman wanita Ash
Fayyad tetapi gadis ini tidak pernah pun ada
bersama dengan keluarga ini.

149

HASREEYATI RAMLI

“Oh ya, Dr. Hisham. Ini penjaga sementara
adik saya. Ain Dheya. Dia ni staf kat pejabat saya
sebenarnya.” Apabila Dr. Hisham didapati sedang
merenung lama ke arah Ain Dheya. Kenapa
terdetik rasa cemburu secara tiba-tiba di hatinya?
Walaupun dia sedar, dia tidak berhak untuk
cemburu terhadap gadis itu kerana dia tiada apa-apa
perasaan pun terhadap gadis itu.

“Oh, Cik Ain Dheya. Ermm... maaf, saya
baru kenal awak. Nampaknya lepas ni, saya akan
selalu berurusan dengan awak dan Cik Feydalah,
ya?” soal doktor muda itu sambil tersenyum mesra
ke arah gadis itu. Wah... sudah melampau betul
doktor ni. Getus hati Ash Fayyad lagi. Tetapi kejap,
kenapa pula dia perlu berasa lebih cemburu kali ini?
Ini dah tak boleh jadi.

“Errr... saya akan bawa mereka ke sini bila
adik saya kena buat fisio lepas ni.” Sebenarnya
tidak pernah sekalipun dia menghantar adiknya ke
hospital untuk tujuan fisio kerana selalunya
mamanya yang akan menemani adiknya. Namun
kali ini sudah pasti dia akan menghantar mereka
berdua ke sini bukan hanya kerana mamanya tidak
ada. Namun kerana memang akan menjadi
tugasnya selepas ini.

“Really? That’s interesting because all these
while, you never show any interest in your sister’s
affair.” Tegur Dr. Hisham lagi. Dia dan Ash
Fayyad sama-sama menuntut di universiti yang
sama namun di dalam jurusan yang berlainan. Ash
Fayyad menamatkan pengajiannya terlebih dahulu
kerana jurusan kedoktoran lebih memerlukan masa
yang lama.

150


Click to View FlipBook Version