The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyaza.arts, 2022-06-16 04:12:14

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

ATURAN URUSAN
MESYUARAT

DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA

PERTANYAAN SERTA
JAWAPAN LISAN DAN BERTULIS
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(TAHUN 2020 - 2022)

Unit Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh:
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara
50604 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: +603-20818023
Emel: [email protected]

Cetakan Pertama: 2022

Hak cipta
@ Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk

dan cara sama ada secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau
sebagainya tanpa kebenaran dan keizinan pemilik hak cipta terlebih dahulu.

URUS SETIA
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENASIHAT

Puan Maznah Binti Abu Bakar
Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

PENGERUSI

Encik Shaiful Hasnan Bin Abdul Hamid
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

PENYELARAS

Puan Fadzliaton Binti Zainudin
Ketua Penolong Pengarah
Unit Perancangan dan Penyelarasan Dasar

EDITOR

Encik Mohd Shahrin bin Omar
Penolong Pengarah

Encik Mohamad Faizol bin Mohamed Radzi
Penolong Pengarah

Nurul Syaza binti Azizan
Penolong Pengarah (Personel MySTEP)

Nur Shazlena binti Sarif Puddin
Pegawai Eksekutif (Personel MySTEP)

Musfirah binti Sallehuddin
Pegawai Eksekutif (Personel MySTEP)

PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT

KANDUNGAN HALAMAN

2020 2 - 61
63 - 123
 DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA 125 - 207
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga 209 - 257
Parlimen Ke 14 Tahun 2020
Julai Hingga 23 September 2020)

 DEWAN RAKYAT
Mesyuarat KetigaPenggal Ketiga
Parlimen Ke 14 Tahun 2020
(2 November Hingga 15 Disember 2020)

2021

 DEWAN RAKYAT
Mesyuarat PertamaPenggal Ke-Empat
Parlimen Ke 14 Tahun 2021
(13 September Hingga 12 Oktober 2021)

 DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA
Mesyuarat KeduaPenggal Ke-Empat
Parlimen Ke 14 Tahun 2021
(25 Oktober Hingga 16 Disember 2021)

2022 259 - 376

 DEWAN RAKYAT
Mesyuarat PertamaPenggal Ke-Lima
Parlimen Ke 14 Tahun 2022
(3 Hingga 24 Mac 2022)

INDEKS MENGIKUT PERKARA PERTANYAAN DAN
JAWAPAN LISAN/BERTULIS

DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA

BIL PERKARA HALAMAN
1. BUKU TEKS 19 - 20
69 - 70
Tulisan Jawi 95
209 - 217
Peruntukan Terbitan Buku Teks Bahasa 274 - 282
Kadazandusun
14 - 16
Tulisan Jawi Darjah5 17 - 18

Tulisan Jawi Darjah 6 SK Dan SJK 28 - 29

Penggunaan Buku Teks Digital 30 - 31
2. PERANTI DAN AKSES INTERNET 36 - 38

Langkah Membantu Pelajar Luar Bandar

Kaedah Membantu Akses Internet Kepada
Murid-murid

Langkah-langkah Membantu Pelajar Melalui
Platform Dalam Talian

Perancangan Untuk Memastikan Semua
Sekolah Mempunyai Capaian Internet

Kaedah Membantu Murid-murid Yang Tiada
Liputan Internet

Langkah-langkah Memastikan Pelajar Luar 49 - 52
Bandar Yang Tiada Akses Internet Serta
Kurang Berkemampuan Tidak Ketinggalan 74 - 76
Pembelajaran AkibatCOVID-19
77 - 79
Langkah dan Perancangan Mengatasi 80 - 82
Ketiadaan Kemudahan Internet Bagi 110
Keluarga Kurang Berkemampuan Di 111 - 113
Pedalaman Sarawak 122 - 123
148 - 150
Langkah Mengatasi Kekurangan Peranti 151 - 153
158 - 161
Usaha Memastikan Pelajar Tidak Ketinggalan 165 - 167
dalamPendidikan

Perancangan Pembangunan Pelan Jaringan
Internet

Usaha Membantu Pelajar-pelajar B40
Berkenaan Peranti dan KemudahanInternet

Mengatasi Masalah Kekurangan Peralatan IT

Langkah Menangani Masalah Telekomunikasi
PdPR Pelajar Luar Bandar AkibatCOVID-19

Jumlah Murid Tercicir Mengikuti PdPR
Kerana Ketiadaan Peranti Dan Akses
Internet Serta Penyelesaian

Tindakan Berkenaan Lambakan 1.5 Juta
Pelajar Tercicir Akibat Kegagalan Akses Pada
Pembelajaran Digital

Keciciran Pembelajaran Akibat Tiada Peranti
dan Kemudahan Internet, Keperluan
Mengulangi Sesi Persekolahan 2020 dan
2021 Yang Terjejas

Cabaran Dihadapi Murid-murid Luar Bandar 175 - 177
Berkenaan PDPR Akibat Kekangan Peranti 193 - 195
DanKomunikasi
101 - 103
Peranan Membantu Pelajar-pelajar Yang 89 - 91
Keciciran Dalam PdPR Akibat 357 - 364
Ketidakmampuan Membeli Peranti Pintar 8 - 10
21 - 22
3. TV PENDIDIKAN 43 - 45
46 - 48
4. AKTIVITI PERBUKUAN DAN 53 - 55
206 - 207
MEMBACA

Hala Tuju Dewan Bahasa dan Pustaka

Hala Tuju Industri Perbukuan Di Malaysia

Promosi Industri Penerbitan dan Perbukuan

5. PUSAT SUMBER SEKOLAH
6. TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Usaha-usaha Bagi Menangani 'Jurang
Digital'

Kolaborasi Pintar dan Penyelarasan
Tanggungjawab Antara KPM &KPIS

Langkah Bagi Memastikan Pembelajaran
Pelajar Di Kawasan Luar Bandar Tidak
Terjejas AkibatCOVID-19

Langkah-langkah Mengatasi Pembelajaran
Terjejas Akibat COVID-19 Kepada Pelajar
Orang Asli Di LuarBandar

Langkah Yang Dilaksana Bagi Menjawab
Sistem Pendidikan Yang Tidak Tradisional

Langkah Melaksanakan Program Pendidikan
Di Media Sosial Dan TV

Pembelajaran Secara Fizikal dan Atas 347 - 352
Talian Diselaraskan 5-7
11 - 13
7. PENDIDIKAN DIGITAL 23 - 25
32 - 35
Langkah Pembelajaran Efektif Akibat 39 - 42
Penularan COVID-19 59 - 61
83 - 85
Perancangan Memperkemas Sistem 86 - 88
Pengajaran DalamTalian 92 - 94
96 - 97
Peratus Pelajar Yang Gagal Mengikuti 98 - 100
Pembelajaran Dalam Talian

Keberkesanan Penggunaan Digital Dalam
Pendidikan Sepanjang COVID-19

Keberkesanan 'Home-based Learning' dan
Kesediaan Mempertingkatkan Pendidikan
Melalui PlatformDigital

Langkah Diambil Bagi Membantu Pelajar-
pelajar Luar Bandar Dari Segi Peranti Dan
Kemudahan Internet

Kesan Pandemik Terhadap Pendidikan Dan
Langkah Mengatasi JurangPembelajaran

Penambahbaikan Sistem Pembelajaran
DalamTalian

Penambahbaikan Sistem Pembelajaran
Dalam Talian Bagi Anak-anak Istimewa
(OKU)

Langkah Memulihkan Sistem Pendidikan
Bagi Pelajar Yang Tertinggal Jadual
Pembelajaran SewaktuPandemik

Kesan Perubahan Cara Pendidikan

Merealisasikan 'Smart Classroom' Di 106 - 107
Semua Sekolah Menengah 117 - 118

Cadangan Menggantikan Keseluruhan Sesi 140 - 144
Pengajaran Kepada Sistem Atas Talian 145 - 147
Akibat COVID-19
183 - 185
Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran 201 - 205
Atas Talian Sepanjang PKP
292 - 297
Usaha Yang Telah Dilaksanakan Dalam
Menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran 63 - 65
Dalam Talian Serta Keberkesanan Pedagogi 71 - 73
Digital 125 - 129
130 - 134
Perancangan Pendidikan Masa Depan 135 - 139
Di Malaysia Pasca Pandemik COVID-19

Langkah Memastikan Murid Luar Bandar Di
Negeri Sarawak Dapat Mengikuti Pelajaran
Secara Maya, Serta Hasil Kajian Murid-murid
Yang Ketinggalan DalamPelajaran

Pembelajaran Melalui Talian Dilaksanakan
Semula

8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)

Langkah Membantu Pelajar Untuk Sesi
Pembelajaran Dalam Talian

Langkah-langkah Mengurangkan Jurang
Digital

Pencapaian Sistem PDPR

Strategi Pedagogi PdPR

Kajian Keberkesanan PdPR Serta

Langkah MemperkasakanPdPR

Keberkesanan, Prestasi Dan 154 - 157
162 - 164
Pencapaian Pendidikan Secara Atas Talian 170 - 172
178 - 182
Mengikut Pendekatan PdPR 186 - 189
190 - 192
Pelan Jangka Pendek Tangani Isu 196 - 200
Keciciran Murid Sekolah Ketika
Pelaksanaan PdPR 218 - 223

Mekanisme Agar Pelajar Tidak Ketinggalan
Pelajaran Dan Proses PdPR

Cadangan Membantu Pelajar Ketinggalan
Mengikuti PdPR

Langkah-langkah Meneruskan PdPR Di
Semua Sekolah Serta Keberkesanannya

Keciciran Pelajaran

Usaha Memastikan Kualiti Pembelajaran
Murid-murid, Alternatif Selain PdPR, Serta
Pemahaman Skop PdPR dan Pengekalan
Prestasi Pembelajaran Murid

Usaha Memastikan Kualiti Pembelajaran Murid

Sekolah Tidak Terjejas Berikutan Penutupan

Sekolah, Alternatif Selain PdPR, Serta
Pemahaman Murid Sekolah Mengikuti Skop

PdPR Dan Prestasi Pembelajaran Dikekalkan

Usaha Melatih Ibu Bapa Bimbing Anak 298 - 301
Sewaktu PdPR

9. LAIN – LAIN 2-4
'Home-based Learning' 26 - 27
56 - 58
Data Terperinci Pembelajaran Online, Peranti
dan Akses Internet 66 - 68

Inisiatif Kepada Pelajar Selain Tingkatan 5 104 - 105
dan 6 Agar Tidak Ketinggalan Pelajara Akibat
PKPP 108 - 109
114 - 116
Langkah-langkah Menghabiskan Silibus 119 - 121
Pengajaran Tahunan dan Pemahaman 168 - 169
Pelajar
173 - 174
Perancangan Memastikan Kebajikan dan
Keperluan Warga Pendidik Terjamin
Sewaktu COVID-19

Penerapan Kurikulum Pelajar Sebagai
Persediaan Menjadi Pengundi

Langkah Bagi Murid Tidak Ketinggalan
Sesi Pembelajaran Akibat COVID-19

Kajian Kesan COVID-19 Terhadap Kemajuan
Pelajar- pelajar

Jumlah Pembayaran Yang Telah Dibuat,
Jumlah Tablet Telah Diterima Serta Baki
Dana Yang BelumDibelanja

Status 800 kandungan pendidikan & insentif
guru

Latihan Khas Untuk Guru Dalam 224 - 232
Penggunaan IT
233 - 240
Bayaran, dan Hakcipta 241 - 244
245 - 249
Asas Pelan Komprehensif Pendidikan 250 - 257

Tindakan Pembetulan Fakta Sejarah 259 - 273
283 - 291
Langkah-langkah Menarik Semula Minat Pelajar 302 - 313
Dalam Pembelajaran 314 - 325
326 - 337
Masalah Beg Sekolah Berat 338 - 346

Langkah dan Usaha Menangani Isu Beg Berat 353 - 356
365 - 376
Tindakan Menangani Isu Beban Beg Sekolah

Usaha Mengatasi Isu Beg Berat Pelajar

Isu Bebanan Beg Sekolah Yang Berat

Pelan Kementerian Memperbaiki Mutu
Pendidikan, Bangunan dan Internet

Tambah Baik Pembelajaran Secara Bersemuka

Masalah Beg Berat Pelajar Sekolah Rendah

PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT

DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KE 14 TAHUN 2020
(13 JULAI HINGGA 23 SEPTEMBER 2020)

NO. SOALAN : 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ]
15 JULAI 2020 (RABU)
TARIKH :

SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan "Home-based
Learning" dan kesan PKP terhadap P&P para murid dan pelajar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk
memastikan semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini boleh
diakses oleh guru dan murid. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan
pelantar EduwebTV, CikgooTube dan Kelas Digital untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pada 28 Mac hingga 2 April 2020, KPM telah menjalankan Kajian
Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2

NO. SOALAN : 14

kepada 893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid
memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8
peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon
pintar. Di samping itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada
satu peranti bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun,
dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus murid tidak
mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti
pembelajaran secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak
dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan
kerana tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga
kekangan dalam aspek tahap akses internet yang terhad. Ini merupakan
antara cabaran besar kerana pembelajaran tidak dapat berlaku secara
menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu, PdP secara
dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru,
murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini.

Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses
kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui
siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan
saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga
telah dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan
Johor FM.

Terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui serahan
bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui
pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak
sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid
tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. KPM ingin merakamkan
penghargaan kepada semua guru atas segala usaha yang telah
dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3

NO. SOALAN : 14

walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut
menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan
pembelajaran di rumah berjalan dengan baik.

Walaupun kaedah Home-based Learning telah dilaksanakan di
sepanjang tempoh PKP, namun masih terdapat pelbagai cabaran yang
perlu diatasi. Kepelbagaian latar belakang demografi dan sosio-ekonomi
murid merupakan antara faktor yang memberi impak kepada
keberkesanan pelaksanaan Home-based Learning. Memandangkan
kaedah Home-based Learning ini merupakan sesuatu yang baharu, maka
guru, murid dan ibu bapa memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan
diri.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuk
pelaksanaan Home-based Learning.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 4

NO. SOALAN : 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI
SHIEN [ JULAU ]
TARIKH :
15 JULAI 2020 (RABU)

SOALAN NO. 38

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah
yang diambil untuk memastikan pembelajaran para pelajar, terutama
sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak terjejas dan keciciran
akibat penularan wabak COVID-19.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk
memastikan semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini boleh
diakses oleh guru dan murid. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan
pelantar EduwebTV, CikgooTube dan Kelas Digital untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (PdP).

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5

NO. SOALAN : 39

Pada 28 Mac hingga 2 April 2020, KPM telah menjalankan Kajian
Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa
kepada 893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid
memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8
peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon
pintar. Di samping itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada
satu peranti bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun,
dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus murid tidak
mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti
pembelajaran secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak
dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan
kerana tidak memiliki peranti bersesuaian. Ini merupakan satu cabaran
besar kerana pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan
seragam kepada semua murid. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan
guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan
luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro di saluran 601 dan 603.

Selain itu, bagi murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman khususnya, guru melaksanakan PdP melalui serahan bahan
pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai
kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan
Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan bahawa
pihak sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 6

NO. SOALAN : 39

sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid
tidak ketinggalan atau tercicir dalam mengikuti pembelajaran yang
sewajarnya. KPM ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru
atas segala usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran diteruskan walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Selain itu, KPM juga turut menghargai peranan ibu bapa dalam
memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah berjalan dengan
baik.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 7

NO. SOALAN : 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' HAJI MOHD. SALIM SHARIF [JEMPOL]

TARIKH : 21 JULAI 2020 (SELASA)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan dan usaha-
usaha yang dilakukan bagi memastikan pelajaran murid-murid di
kawasan luar bandar atau pedalaman tidak tercicir sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas akibat
permasalahan ‘jurang digital’.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk
memastikan semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini boleh
diakses oleh guru dan murid. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan
pelantar EduwebTV, CikgooTube dan Kelas Digital untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.

Pada 28 Mac hingga 2 April 2020, KPM telah menjalankan Kajian

BAHAGIAN SUMBER DANTEKNOLOGI PENDIDIKAN 8

NO. SOALAN : 13

Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa
kepada 893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid
memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8
peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon
pintar. Terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi
kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang
sama, masih terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang
peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam
talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa wujud jurang digital dalam
kalangan murid, iaitu sebahagian besar mereka tidak memiliki peranti
bersesuaian bagi membolehkan pembelajaran secara dalam talian dapat
diikuti dengan berkesan. Terdapat juga kekangan dalam aspek tahap
akses internet yang terhad. Ini merupakan antara cabaran besar kerana
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam
kepada semua murid. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru,
murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini.

KPM prihatin dan sentiasa berusaha untuk memastikan semua
murid mendapat akses pembelajaran secara seragam, khususnya bagi
murid di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, kaedah Home-
based Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran
dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro di
saluran 601 dan 603.

Selain itu, bagi murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman khususnya, guru telah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid.
Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan
pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan
Kaunter pandu lalu di sekolah.

BAHAGIAN SUMBER DANTEKNOLOGI PENDIDIKAN 9

NO. SOALAN : 13

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan bahawa
pihak sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid
tidak ketinggalan atau tercicir dalam mengikuti pembelajaran yang
sewajarnya. KPM ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru
atas segala usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran diteruskan walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Selain itu, KPM juga turut menghargai peranan ibu bapa dalam
memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah berjalan dengan
baik.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuk
pelaksanaan Home-based Learning.
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DANTEKNOLOGI PENDIDIKAN 10

NO. SOALAN : 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
TARIKH : [ PERMATANG PAUH ]

3 OGOS 2020 (ISNIN)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) perancangan Kementerian membuka semula sekolah secara
berselang seminggu sebagaimana di Singapura, memandangkan
kecenderungan kanak-kanak menyebarkan COVID-19 adalah kurang
berbanding dewasa; dan

(b) perancangan memperkemas sistem pengajaran dalam talian
apabila menurut laporan Kementerian seramai 40% pelajar Malaysia
tidak memiliki alat elektronik.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembukaan semula sekolah secara
berperingkat bermula pada 24 Jun 2020. Sebagai permulaan, pada 24
Jun 2020 hanya murid kelas peperiksaan awam, iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan
Sijil Tiggi Agama Malaysia serta peperiksaan antarabangsa yang setara
hadir ke sekolah.

Kemudian, diikuti dengan pembukaan semula prasekolah, tabika

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11

NO. SOALAN : 23

dan tadika pada 1 Julai 2020. Seterusnya, pembukaan semula sekolah
untuk murid Tingkatan 6 Semester 1, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4,
Kelas Peralihan serta Tahun 5 dan Tahun 6 pada 15 Julai 2020.
Manakala, pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun
4 adalah pada 22 Julai 2020.

Pada masa ini, semua sekolah KPM telah dibuka semula
sepenuhnya. Pembukaan sekolah ini adalah perlu bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan dalam keadaan selamat. Berdasarkan pemantauan
yang dijalankan, warga sekolah dapat mematuhi Garis Panduan
Pembukaan Sekolah KPM.

Merujuk perkara berkaitan pengajaran dalam talian, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan Kajian
Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan 670,118
responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid. Dapatan
kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3
peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet
dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat
juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi kegunaan
pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang sama,
masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai sebarang
peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam
talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak
dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan
kerana tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga
kekangan dalam aspek tahap akses internet yang terhad. Ini merupakan
antara cabaran besar kerana pembelajaran tidak dapat berlaku secara
menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu, PdP secara
dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru,
murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini.

Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 12

NO. SOALAN : 23

kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui
siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan
saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga
telah dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor
FM. Terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui serahan bahan
pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai
kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan
Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak
sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid
tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. KPM ingin merakamkan
penghargaan kepada semua guru atas segala usaha yang telah
dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan
walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut
menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan
pembelajaran di rumah berjalan dengan baik.

Walaupun kaedah Home-based Learning telah dilaksanakan di
sepanjang tempoh PKP, namun masih terdapat pelbagai cabaran yang
perlu diatasi. Kepelbagaian latar belakang demografi dan sosio-ekonomi
murid merupakan antara faktor yang memberi impak kepada
keberkesanan pelaksanaan Home-based Learning. Memandangkan
kaedah Home-based Learning ini merupakan sesuatu yang baharu, maka
guru, murid dan ibu bapa memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan
diri.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuk
pelaksanaan Home-based Learning.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 13

NO. SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN
TARIKH : CHIK [ BALIK PULAU]

03 OGOS 2020 (ISNIN)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status bagi program Sarapan
Percuma (PSP) 2020 untuk Sekolah Rendah bagi sesi 2020 ini
memandangkan sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
PKPB dan PKPP tiada sesi persekolahan dijalankan. Nyatakan langkah
pihak Kementerian yang telah diambil dalam membantu pelajar- pelajar di
luar bandar sepanjang tempoh PKP kerana dimaklumkan bahawa tugasan
sekolah anak-anak ini diberi melalui digital (whatsapp, telegram) dan perlu
menggunakan internet. Bagaimana dengan nasib anak- anak yang tiada
kemudahan peranti mudah alih serta kemudahan internet sehingga
menyebabkan mereka keciciran berbanding rakan- rakan mereka di
bandar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) tidak akan meneruskan Program Sarapan Pagi. Perkara ini telah
diputuskan oleh kerajaan pada Januari 2020 dengan makanan sedia ada
untuk murid sekolah rendah, iaitu Program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 14

NO. SOALAN: 36

Sehubungan itu, KPM telah melaksanakan Penambahbaikan
Program Rancangan Makanan Tambahan (PPRMT) di 100 buah sekolah
terpilih seluruh negara bermula pada 20 Januari 2020. Dalam masa yang
sama KPM juga masih meneruskan Program RMT sedia ada di semua
sekolah rendah KPM. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), program PPRMT dan RMT ditangguhkan kerana semua sekolah
rendah tidak beroperasi. Namun, apabila sekolah rendah dibuka semula
mulai 15 Julai 2020, program PPRMT dan RMT diteruskan semula seperti
biasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM komited untuk
memastikan semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti
pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang
tempoh PKP. KPM berusaha menyediakan akses pembelajaran kepada
murid melalui kaedah Home-based Learning mengikut kesesuaian guru
dan murid.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk
pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro di saluran 601 dan 603. Selain
daripada itu, pek pembelajaran dipos, dihantar oleh guru atau diambil oleh
ibu bapa di sekolah.

Selain itu, bagi murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman khususnya, guru melaksanakan PdP melalui serahan bahan
pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai
kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan
Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan bahawa
pihak sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid
tidak ketinggalan atau tercicir dalam mengikuti pembelajaran yang

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15

NO. SOALAN: 36
sewajarnya. KPM ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru atas
segala usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran diteruskan walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain
itu, KPM juga turut menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran di rumah berjalan dengan baik.
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 16

NO. SOALAN : 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
TUAN CHONG CHIENG JEN [STAMPIN]
DARIPADA : 6 OGOS 2020 (KHAMIS)

TARIKH :

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kaedah yang akan
diambil oleh Kementerian untuk membantu murid-murid yang tidak ada
internet accessibility di rumah mereka menjalankan e-learning.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh PKP. KPM berusaha menyediakan akses
pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-based Learning
mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui
pelantar ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google
Classroom dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning
Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz dan video permainan
pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan
CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka di
rumah.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha

BAHAGIAN SUMBER DANTEKNOLOGI PENDIDIKAN 17

NO. SOALAN : 12
untuk memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran secara
seragam. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai
akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk
pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan
melalui saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603.
Rancangan radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaranKedah
FM, Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui serahan bahan
pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai
kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh
Persatuan Ibu BapaGuru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke
semasa. Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan
yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuklah
pelaksanaan Home-based Learning.
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DANTEKNOLOGI PENDIDIKAN 18

NO. SOALAN : 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ]
DARIPADA : 18 OGOS 2020 (SELASA)

TARIKH :

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pengenalan tulisan
jawi akan diteruskan dalam buku teks baharu darjah 5 untuk SK dan SJK.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 19

NO. SOALAN : 28

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), terdapat peruntukan yang
menetapkan bahawa Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta tersebut juga
menyatakan bahawa Kurikulum Kebangsaan hendaklah termasuk mata
pelajaran teras. Bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu, merupakan salah
satu mata pelajaran teras dalam kurikulum kebangsaan. Oleh itu, mata
pelajaran teras ini hendaklah menjadi asas yang mesti dipelajari oleh semua
murid di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah
swasta.

Berkaitan dengan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, kerajaan pada 14 Ogos 2019 telah membuat keputusan
supaya bilangan muka surat buku teks dikurangkan daripada 6 muka surat
mengikut cadangan asal kepada 3 muka surat sahaja. Kerajaan juga
memutuskan agar pengenalan tulisan jawi terus dilaksanakan di Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah mubaligh bantuan Kerajaan jika
dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid.

Mengambil kira Akta Pendidikan 1996, KPM akan memperhalusi
semula perkara berkaitan dengan tulisan jawi ini secara menyeluruh dan
holistik. Buat masa ini, keputusan Jemaah Menteri sebelum ini dikekalkan.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 20

NO. SOALAN : 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU
TARIKH : [ TUARAN ]

26 OGOS 2020 (RABU)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kolaborasi pintar dan
penyelarasan tanggungjawab dan tugasan di antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, apakah
langkah-langkah Kementerian memastikan pembelajaran dalam talian di
Sabah dapat dilaksanakan sepenuhnya terutama sekali selepas begitu
banyak keluhan dalam perkara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan kerana pandemik COVID-19.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh PKP. Bagi negeri Sabah, KPM melalui Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa mengadakan perbincangan
bersama-sama Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah serta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan Home-based Learning, antaranya menggalakkan murid
menggunakan kemudahan Pusat InternetDesa.

KPM juga akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 21

NO. SOALAN : 21

Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuklah
pelaksanaan Home-based Learning. Antara usaha yang sedang dirancang
adalah menggubal Modul Pelaksanaan Home-based Learning sebagai
panduan untuk guru-guru, bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi
dan Multimedia untuk menambah waktu siaran rancangan TV Pendidikan
dan membimbing guru dalam memperkasa pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pelbagai aplikasi terkini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Kaedah Home- based
Learning ini dilaksanakan melalui pelantar pembelajaran digital iaitu MOE-
DL, yang kemudiannya dikenali sebagai Digital Education Learning Initiative
Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru boleh akses kepada
aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet, Microsoft 365, Apple
Teacher Learning Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz dan video
permainan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV
dan CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka di
rumah.

Selain daripada itu, KPM juga berusaha untuk memastikan semua
murid mendapat akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid
di kawasan luar bandar dan pedalaman serta kumpulan murid B40. Bagi
membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses kepada talian
internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam
talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV
Pendidikan, rancangan radio pendidikan dan serahan bahan pembelajaran
kepada murid.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuk pelaksanaan Home-based
Learning dengan mengambilkira pandangan pelbagai pihak termasuk di
peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 22

NO. SOALAN : 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL
TARIKH : [ LEMBAH PANTAI ]

26 OGOS 2020 (RABU)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peratus pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah yang gagal mengikut pembelajaran dalam talian
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hari ini dan apakah
langkah-langkah yang akan diambil Kementerian bagi membolehkan pelajar-
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah kembali ke sekolah.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 23

NO. SOALAN : 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam
Pembelajaran Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian
ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada
893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki
komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus
murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di
samping itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti
bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang
sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai sebarang
peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam
talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam
aspek tahap akses internet yang terhad. Keadaan ini menyebabkan
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada
semua murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan
pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula pada 24 Jun 2020.
Sebagai permulaan, pada 24 Jun 2020 hanya murid kelas peperiksaan awam,
iaitu Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia dan Sijil Tiggi Agama Malaysia serta peperiksaan antarabangsa
yang setara hadir kesekolah.

Kemudian, diikuti dengan pembukaan semula prasekolah, tabika dan
tadika pada 1 Julai 2020. Seterusnya, pembukaan semula sekolah untuk
murid Tingkatan 6 Semester 1, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4,
Kelas Peralihan serta Tahun 5 dan Tahun 6 pada 15 Julai 2020. Manakala,
pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada
22 Julai 2020.

Sebelum sekolah dibuka semula, pihak sekolah dan guru telah

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 24

NO. SOALAN : 43
membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid,
guru serta kakitangan sekolah sepanjang mereka berada di sekolah. KPM
menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah serta
Garis Panduan Tambahan sebagai panduan. Setiap garis panduan yang
disediakan telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain menyusun atur bilik darjah dengan mengambil kira penjarakan
fizikal, persiapan penting lain adalah menyediakan peralatan dan bahan
seperti alat pengimbas suhu badan, pensanitasi tangan dan sabun pencuci
tangan yang mencukupi untuk warga sekolah. Bagi tujuan tersebut, KPM
telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk melaksanakan proses
perolehan dan perbekalan peralatan atau bahan yang diperlukan. Di samping
itu, pihak sekolah ada menerima sumbangan peralatan yang diperlukan
daripada pelbagai pihak.
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 25

NO. SOALAN : 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. MASZLEE BIN MALIK [SIMPANG RENGGAM]

TARIKH : 26 OGOS 2020 (RABU)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan data terperinci pembelajaran
online di seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
mencakupi peratusan capaian oleh murid, guru, jumlah pelajar terlibat,
jumlah pelajar yang terkesan dengan isu kekurangan "hardware" dan
masalah mendapatkan talian internet serta apakah perancangan
Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh PKP. KPM berusaha menyediakan akses pembelajaran
kepada murid melalui kaedah Home-based Learning mengikut kesesuaian
guru dan murid.

KPM telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran
Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan
670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.
Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi,
9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet
dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga
murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi kegunaan
pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang sama,
masih terdapat 36.9

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 26

NO. SOALAN : 44

peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan
mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti yang bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan
dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak
dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 27 Julai 2020, 66
peratus murid, iaitu 3.1 juta daripada 4.7 juta murid yang mempunyai ID telah
login dan menggunakan pelantar Digital Education Learning Initiative
Malaysia (DELIMa) untuk mengakses sumber pendidikan dan mengikuti
pembelajaran secara dalam talian. Jumlah ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 38.7 peratus berbanding hanya 1.9 juta murid pada 18 Mac 2020.
Bagi guru pula, seramai 387,000 (94.1 peratus) orang daripada 411,000 orang
guru yang mempunyai ID telah login untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian. Jumlah ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 14.2 peratus berbanding seramai 332,000 guru pada 18 Mac 2020.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan
dalam pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad
berbanding kaedah secara bersemuka. Oleh demikian, antara perkara utama
yang dilaksanakan apabila sekolah dibuka semula ialah guru menilai tahap
penguasaan murid. Seterusnya, guru mengambil tindakan sewajarnya bagi
memastikan murid sekurang-kurangnya mencapai tahap penguasaan
minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM
sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuk pelaksanaan Home-based
Learning. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 27

NO. SOALAN : 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [SANDAKAN]

TARIKH : 27 OGOS 2020 (KHAMIS)

SOALAN

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil oleh Kementerian untuk membantu para pelajar agar sesi
pembelajaran di rumah melalui platform dalam talian, terutamanya mereka
yang tidak memiliki komputer atau komputer riba di rumah.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). KPM berusaha menyediakan akses pembelajaran kepada
murid melalui kaedah Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan
murid. Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning InitiativeMalaysia (DELIMa).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan Kajian
Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020 dengan melibatkan 670,118
responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid. Dapatan
kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3
peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan
46.5 peratus murid memiliki telefonpintar.

Terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 28

NO. SOALAN : 22
kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang
sama, masih terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti
bagi membolehkan merekamengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti yang bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan
dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak
dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Walau
bagaimanapun, apabila semua sekolah telah dibuka sepenuhnya pada 3
Ogos 2020, semua murid telah dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka.

KPM prihatin dan sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid
mendapat akses pembelajaran secara seragam. Bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, kaedah Home-based
Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan, rancangan radio
pendidikan dan serahan bahan pembelajaran kepada murid.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan
dalam pelaksanaan Home-Based Learning semasa PKP yang menyebabkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak
terhad berbanding kaedah secara bersemuka. Ini adalah kerana pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu
untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa.

Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan setelah
sekolah dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid.
Seterusnya, guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid
sekurang- kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap
mata pelajaran yang diikuti. KPM akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan lagi keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari
semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi
pelaksanaan yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital,
termasuk pelaksanaan Home-based Learning.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 29

NO. SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK
INSOL
TARIKH : 2 SEPTEMBER 2020

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapa buah sekolah termasuk nama sekolah-sekolah di
kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai capaian internet dan
apakah rancangan Kementerian untuk memastikan semua sekolah tersebut
mempunyai capaian internet.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 30

NO. SOALAN: 75

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Jumlah keseluruhan sekolah menengah dan sekolah rendah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri Sarawak adalah sebanyak 1,458 buah.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,384 buah sekolah atau 94.92% telah
disediakan dengan capaianinternet.

Sehingga 30 Jun 2020, terdapat 74 buah sekolah iaitu 5.08% di kawasan
luar bandar Sarawak yang masih tidak mempunyai capaian internet kerana
tiada liputan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) sedia ada. Bagi
menyelesaikan perkara ini, KPM telah memohon kelulusan perolehan talian
internet melalui ISP lain daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
dan permohonan ini masih dalam pertimbangan MOF.

Senarai 74 buah sekolah yang masih belum mempunyai capaian
internet akan diberi kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 31

NO SOALAN:47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
DARIPADA : YUSOFF
8 SEPTEMBER 2020
TARIKH :

Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan keberkesanan pendidikan terhadap para pelajar menggunakan
pendekatan digital seperti video sepanjang COVID-19.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 32

NO SOALAN:47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru danmurid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini,
murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom dan
Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks
digital, video pengajaran dan pembelajaran (PdP), kuiz dan video permainan
pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan
CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka dirumah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan
Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian inimelibatkan 670,118
responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid. Dapatan
kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3
peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet
dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga
murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi kegunaan
pembelajaran secara

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 33

NO SOALAN:47

dalam talian. Namun, dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus
murid yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran secara dalamtalian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam
akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat
berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu,
PdP secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan
guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharuini.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semuamurid mendapat akses
pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai
akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui siaran
TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan saluran
Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga dilaksanakan
menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran
oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad berbanding
kaedah secara bersemuka.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 34

NO SOALAN:47
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, guru
mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedahHome-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM
sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 35

Click to View FlipBook Version