The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyaza.arts, 2022-06-16 04:12:14

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

SOALAN NO : 226
iv. MPB berkeupayaanmenghasilkan bahan kandungansecara in-house;

v. Selain kandungan kurikulum, MPB juga menyediakan kandungan
interaktif untuk memberikan lebih akses dan nilai tambah kepada murid;
dan

vi. Implikasi kos kepada KPM berdasarkan tawaran MPB adalah lebih
rendah berbandingtawaranRTM.

Sehubungan itu, KPM mengambil keputusan untuk tidak memilih RTM
kerana RTM hanya menyediakan infrastruktur saluran khusus TV Pendidikan
sahaja tanpa penyediaan kandungan bagi TV Pendidikan KPM. Cadangan
pemilihan ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia
(MoF) dan kelulusan perolehan secara rundingan terus dengan MPB telah
diperoleh menerusi surat rujukan MOF.BPK(S)600-15/19/28(13) bertarikh 10
Februari2021.

b) Hak cipta video pendidikan yang diterbitkan di bawah perjanjian dengan
MPB menjadi hak milik penuh Kerajaan. Namun, pengecualian diberikan untuk
rancangan sindikasi atau kandungan pelesenan pihak ketiga bagi tujuan didik
hibur atau rancangan lain iaitu branded content yangdibiayai daripada sumber
atau hasil pengiklanan dan/atau penajaan khusus.

RT18

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 235

SOALAN NO : 226
MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN/INPUT

BIL NAMA PEGAWAI BAHAGIAN PENERAJU NO. TELEFON
/ INPUT

2 MOHD NIZAM BIN MOHD NASIR BPL PENERAJU 013-466 6019
3 MOHD AZRUL BIN ZAINAL BPL PENERAJU 013-244 0064
3 EN. MOHD SHAHRIN BIN OMAR BSTP 012-272 2362
INPUT

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 236

SOALAN NO : 226

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Nilai kontrak KPM dengan MPB untuk mengendalikan DidikTV berjumlah
RM72,716,000.00 (termasuk cukai perkhidmatan).

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 237

SOALAN NO : 226

SOALAN LEPAS:

PERTANYAAN : SOALAN TAMBAHAN (5 OKTOBER 2021)
DARIPADA :
DR. MASZLEE BIN MALIK
(SIMPANG RENGGAM)

SOALAN

DR. MASZLEE BIN MALIK minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan :-

(a) Berapakah yang telah KPM bayar kepada stesen TV Swasta (NTV7-
MediaPrima)untuk mengendalikanDidikTV?;dan
(BPL)

(b) Siapa yang memegang hak milik konten (kandungan) di DidikTV?
Adakah KPMatau SyarikatTV Swasta (MediaPrima) tersebut?
(BSTP)

(c) Bagi guru-guru yang telah terlibat di dalam menghasilkan bahan- bahan,
apakah mereka telah dibayar dengan market rate dan juga apakah
insentif lain yang diberikan kepadaguru-guru tersebut
(BSTP)

JAWAPAN

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran dibuat berdasarkan
kepada perkhidmatan yang telah diberikan oleh Syarikat Media Prima
Berhad (MPB). Sehingga kini sejumlah RM 30,554,505.00 juta (termasuk
cukai perkhidmatan) telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) kepada Syarikat Media Prima Berhad (MPB) bagi kontrak saluran
khusus DidikTV KPM.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 238

SOALAN NO : 226

b) Hak cipta video pendidikan yang diterbitkan di bawah perjanjian dengan
MPB menjadi hak milik penuh Kerajaan. Namun, pengecualian diberikan
untuk rancangan sindikasi atau kandungan pelesenan pihak ketiga bagi
tujuan didik hibur atau rancanganlain iaitu branded content yang dibiayai
daripada sumber atau hasil pengiklanan dan/ataupenajaankhusus.

c) Insentif diberikan kepada guru-guru yang terlibat dalam penerbitan video
pengajaran dan pembelajaran untuk siaran saluran khusus DidikTV KPM.
Insentif ini merupakan bayaran perkhidmatan ikhtisas yang dibayar oleh
MPB seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak antara KPM dengan
MPB. Selain itu, MPB juga membayar tuntutan elaun, kemudahan dan
bayaran menjalankan tugas rasmi kepada guruberdasarkan tuntutan serta
kadar yang dimuktamadkan dalam kontrak. Di samping itu, guru yang
terlibat juga diberikan sijil penghargaanolehpihak KPM.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 239

SOALAN NO : 226

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RT18

Jabatan/Bahagian Bahagian Perolehan

Pegawai Penyedia

Nama Mohd Nizam bin Mohd Nasir

Jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian (B)

No. Telefon 03-8884 9207 No. H/P 013-466 6019

Nama Mohd Azrul Bin Zainal

Jawatan Ketua Penolong Setiausaha (B4)2

No. Telefon 03-8884 6883 No. H/P 013-244 0064

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama Suliman bin Abd Rahman

Jawatan Setiausaha Bahagian

No. Telefon 03-8884 9292 No. H/P 012-289 1778

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 240

SOALAN NO : 271

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF
RAWA (PARIT BUNTAR)

SOALAN

DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan asas pelan komprehensif dalam pendidikan
menjelang fasa pemulihan.

BPSH
BPK

BSTP

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan satu pelan
komprehensif pembukaan semula sekolah bagi memastikan murid dapat kembali
belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat. Dalam merangka
pelan ini, KPM telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh bagi
mendapatkan pandangan dan cadangan daripada semua pihakberkepentingan.
KPM juga telah membuat analisis terperinci mengenai amalan terbaik
pembukaan semula sekolah di negara-negara lain bagi meneliti pendekatan
yang berkesan untuk memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka
dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat. Pelan ini kemudiannya
diperincikan

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 241

SOALAN NO : 271

bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) serta diselarikan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pembukaan sekolah telah dibuat secara berperingkat mengikut fasa PPN.
Perincian mengenai pembukaan sekolah mengikut fasa boleh dirujuk di portal
KPM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga mengambil ketetapan
untuk mengehadkan kapasiti murid di sekolah pada kadar 50 peratus enrolmen
keseluruhan. Bagi tujuan tersebut, kaedah yang digunakan adalah dengan
mengehadkan kapasiti murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah
murid dalam kelas tersebut. Justeru, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah
mengikut minggu akan dilaksanakan. Kaedah ini diguna pakai untuk semua
kelas kecuali:

i. MBK di SKPK/SMKPK/SMPKV dan PPKI;
ii. murid di Tingkatan 6 Semester 2 dan IBD Tahun2;
iii. murid di sekolah asramasepenuhnya;
iv. murid kelas peperiksaanantarabangsa;
v. murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4-

6 tahun); dan
vi. murid di Sekolah Kurang Murid (kurang 150murid).

Kaedah penggiliran menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) perlu diteruskan untuk murid-murid yang berada di rumah. Oleh itu,
KPM akan terus menambah baik pelaksanaan PdPR bagi memastikan
keberkesanannya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. KPM telah
membangunkan Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(SPdPR) untuk memantau penyertaan murid secara masa sebenar (real time)
dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 242

SOALAN NO : 271

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet
dan alat peranti digital yang sesuai untuk pembelajaran, KPM terus
memperkasakan siaran pendidikan di DidikTV KPM. Selain itu, siaran TV
Pendidikan di TV Okey RTM dan Tutor TV Astro juga diteruskan.

KPM turut menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang mengandungi pelbagai sumber
pendidikan. KPM telah menaik taraf dan menambah baik pelantar DELIMa
(DELIMa 2.0) dengan fitur baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna,
analitis data, kandungan dan pembelajaran diperibadikan.

KPM juga melaksanakan penjajaran kurikulum mata pelajaran. Penjajaran
ini difokuskan kepada Kandungan Asas (KA) supaya murid dapat disediakan
untuk pembelajaran peringkat seterusnya. Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU) turut diperkenalkan untuk meningkatkan tahap
penguasaan kandungan kurikulum dan seterusnya merapatkan jurang
pembelajaran murid melalui penguasaan literasi dan numerasi. Di samping itu
juga, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan secara berterusan dalam
tempoh PdP dan PdPR bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid.

Selain itu, KPM telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi
persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari tahun 2022. Pelanjutan sesi
ini membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan
kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya.

KPM yakin pelan komprehensif dalam pendidikan yang dirancang ini 243
dapat memastikan pengoperasian sekolah berjalan secara teratur dan lancar.

RT20

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SOALAN NO : 271

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah 3.0 telah disediakan sebagai rujukan kepada jabatan
pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta
guru. Garis Panduan ini mengandungi panduan khusus mengenai prosedur
pengurusan murid bergejala, murid disahkan positif COVID-19, murid yang
dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit COVID- 19 di sekolah dan penutupan
sekolah. Aspek pengudaraan yang baik di dalam kelas dan mewajibkan
pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah turut diberikan
penekanan. Sementara itu, murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke
sekolah bagi mengelakkan risiko jangkitan dalam kawasan sekolah.

KPM juga telah menetapkan supaya kapasiti murid di sekolah dihadkan
pada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan dengan mengehadkan kapasiti
murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah murid dalam kelas
tersebut, justeru sistem penggiliran mengikut minggu dilaksanakan. Kaedah ini
diguna pakai untuk semua kelas kecuali bagi kumpulan murid tertentu seperti
yang disenaraikan di portal KPM. Kaedah penggiliran ini membolehkan
penjarakan fizikal dalam kelas yang lebih baik dan memudahkan pemantauan
guru ke atas murid. Ini juga bagi mengurangkan kesesakan sewaktu pergerakan
masuk dan penyuraian murid disekolah.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 244

SOALAN NO : 367

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA
(TASEK GELUGOR)

SOALAN

DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi membetulkan
fakta sejarah seperti tokoh yang membuka Pulau Pinang atau nama asal
sesuatu tempat yang diajar kepadamurid sekolah seperti yang dicadangkan oleh
tokoh-tokoh sejarah.

BPK
BSTP

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 245

SOALAN NO : 367

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggubalan kurikulum Sejarah
adalah secara umum dan berasaskan standard kurikulum kebangsaan iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Kandungan kurikulum akan diterjemahkan dalam buku teks
Sejarah secara khusus dari segi nama tokoh, tempat, peristiwa, masa dan lain-
lain mengikut garis masa peristiwa sejarah negara.

Fakta sejarah dalam buku teks Sejarah ini telah diteliti, disemak dan
dikawal mutu kesahihannya oleh satu panel khas iaitu Panel Pakar Rujuk
Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Panel ini terdiri daripada
pensyarah Sejarah daripada pelbagai latar belakang disiplin ilmu Sejarah,
akademik, universiti, kaum dan gender. Panel ini telah memastikan fakta sejarah
negara dalam penulisan Buku Teks Sejarah KPM adalah tepat dan benar
berdasarkan sumber dan bahan sejarahyang sebenar.

RT25

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 246

SOALAN NO : 367
MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN/INPUT

BIL NAMA PEGAWAI BAHAGIAN PENERAJU NO. TELEFON
/ INPUT
1. Umi Salmah binti A. Manaf BPK 0123005801
2. Siti Sarah binti Mohd Noor BPK 0124303056
3. Datin Noriza binti Asmuni BSTP 019-2760310

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah.

Panel ini terdiri daripada pelbagai latar belakang disiplin ilmu sejarah,

akademik, universiti, kaum dan gender. Panel ini telah memastikan fakta sejarah
negara dalam penulisan Buku Teks Sejarah adalah tepat dan benar

berdasarkan sumber dan bahan sejarah yang sebenar. Panel ini terdiri
1. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah binti Adam ( Pengerusi)
2. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi bin Abdul Rahman
3. Prof. Dr. Ooi Keat Gin
4. Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundra Raja
5. Prof. Madya Dr. Ismail Ali
6. Prof. Madya Datu Dr. Sanib Said

Perkembangan terkini, buku Sejarah KSSR Tahun 6 ini akan digantikan
buku baharu berdasarkan KSSR Semakan. Buku teks Sejarah KSSM Semakan

ini juga ada juga tajuk asal usul nama negeri di Malaysia. Penulisan buku teks

ini telah disemak 7 Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks
Sejarah. Panel tersebut terdiri:

1. Prof. Dr. Ishak bin Saat (Pengerusi)
2. Prof. Datin Dr. Mahani binti Awang@Musa
3. Prof. Dr. SivamuruganPandian
4. Prof. Dr. Ismail binAli
5. Prof. Madya Dr. Neilson Ilan anak Mersat

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 247

SOALAN NO : 367

6. Prof. Madya Dr. Zuliskandar bin Ramli
7. Dr. Ho HuiLing

Prof. Datin Dr. Mahani binti Awang@Musa menjelaskan:

Tajuk nama-nama atau asal usul tempat itu bukan harus dimuktamadkan
sebagai sejarah. Ia lebih kepada cerita warisan tempatan dan cerita lisan. Pulau
Pinang asalnya dipanggil Pulau Kesatu oleh Nakhoda Ragam kerana inilah satu-
satunya pulau yang ditemui semasa beliau berulang alik berdagang dari Lingga
ke Kedah. Nama Pulau Pinang yang inilah dibincangkan oleh ahli sejarah, ahli
sastera dan ahli falsafah sejarah mutakhir ini. Fakta ini akan dimasukkan dalam
buku teks Sejarah KSSR Semakan Tahun 6 tahun hadapan (2022).

Maklumat berkaitan tentang pembukaan Pulau Pinang atau nama asal
sesuatu tempat yang diajar kepada murid sekolah rendah di bawah Standard
Kandungan (SK) 10.2 Negeri-negeri di Malaysia dan Standard Pembelajaran
(SP)10.2.1 Mengenali nama-nama negeri di Malaysia. Di sekolah menengah
pula, perkara tersebut diajar di bawah SK 7.2 Pentadbiran Negeri-negeri Selat
dan SP 7.2.1 Menjelaskan peluasan kuasa British di Pulau Pinang, Singapura
dan Melaka.

Penulisan buku teks Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan StandardPembelajaran (SP)
yang terkandung di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) mata pelajaran Sejarah yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK),KPM

Dalam Penulisan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Sejarah Tahun 6 terbitan tahun 2015 yang masih digunakan sehingga tahun

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 248

SOALAN NO : 367

2021, Unit 2 pada tajuk “Asal Usul Negeriku” di halaman 20 hingga 23 buku
tersebut menyentuh tentang nama asal usul sesuatu tempat. Fakta sejarah
seperti tokoh yang membuka Pulau Pinang pula tidak dinyatakan dalam
penulisan tersebut kerana asal usul nama Pulau Pinang dikaitkan dengan pokok
pinang yang banyak tumbuh di pulau tersebut.

Buku teks KSSR Sejarah Tahun 6 yang digunakan sehingga tahun ini
akan digantikan dengan buku teks terbitan baharu KSSR (Semakan 2017) mulai
pada tahun 2022. Buku ini ada menceritakan asal usul nama negeri di Malaysia
pada Unit 2 halaman 22 hingga 25 termasuk nama asal Pulau Pinang (Pulo Ka
Satu) yang dikaitkan dengan buah pinang yang merupakan bahan dagangan
penting ketika itu.

Berdasarkan Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 3, Halaman 30, nama
tokoh yang membuka Pulau Pinang tidak dinyatakan secara spesifik kerana
tiada sebarang catatan sejarah negara tentang tokoh yang membuka Pulau
Pinang yang telah disahkan oleh badan berautoriti. Cuma dinyatakan telah ada
masyarakat awal di Pulau Pinang yang jauh lebih awal sebelum kedatangan
Francis Light pada tahun 1786.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 249

SOALAN NO: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN

TARIKH : 22 DISEMBER 2021 (RABU)

SOALAN

TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menarik
semula minat para pelajar berikutan kajian UNICEF bahawa 1 daripada 5 pelajar
semakin hilang minat dalam pembelajaran berikutan penutupan sekolah akibat
dilanda pandemik COVID-19.

BPSH(UKKM,UOP)
BPK

BSTP

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 250

SOALAN NO: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dan peka
terhadap kebajikan murid dan sentiasa berusaha meningkat minat murid untuk
terus belajar walaupun berdepan dengan pandemikCOVID-19.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menarik semula minat murid.
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) telah menyediakan perkhidmatan
bimbingan dan sokongan psikososial melalui pelbagai kaedah seperti program
motivasi, infografik pendidikan dan video inspirasi untuk meningkatkan
motivasi serta semangat cekal belajar murid.

Sesi konsultasi antara GBK bersama-sama dengan guru mata pelajaran
dan guru kelas dilaksanakan untuk mengenal pasti murid-murid yang tidak
mengikuti sesi pembelajaran. Intervensi berfokus dijalankan agar murid kembali
ke sekolah dan berminat untuk mengikuti pembelajaran.

Perbincangan pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga murid juga
dilaksanakan untuk mengenal pasti sebab dan seterusnya mencadangkan
langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani murid yang kurang minat
untuk belajar. Kerjasama ini penting untuk memastikan mereka dapat
menyokong pembelajaran anak-anak/anak jagaan semasa di rumah dan
sekolah. Program Amalan Sekolah Penyayang mengikut kebiasaan baharu turut
dilaksanakan dalam usaha menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

KPM yakin usaha berterusan yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan
minat murid untuk terus belajar dan menyokong perkembangan pendidikan
murid walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19.
NJM40

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 251

SOALAN NO: 46

MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN/INPUT

BIL NAMA PEGAWAI BAHAGIAN PENERAJU NO. TELEFON
/ INPUT

1. SAIFUL EFFENDI BIN MOHD BPSH PENERAJU 03-8884 9323
ZAHARI

2. DR. RUSDI BIN MATNOR BPSH PENERAJU 03-8883 0648

3. MOHD PILUS BIN ABDULLAH BPSH PENERAJU 03-8884 9407

4. WAN IZANI BINWAN IDRIS BPSH PENERAJU 03-8884 9565

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 252

SOALAN NO: 46

MAKLUMAT TAMBAHAN:

KPM telah menaik taraf dan menambah baik pelantar DELIMa dengan fitur
baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna, analitis data, kandungan
dan pembelajaran diperibadikan. Semua kemudahan yang disediakan dapat
memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperluas
peluang murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan prestasi bagi
membangunkan potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. Murid juga
berupaya melaksanakan pembelajaran aktif secara kendiri melalui akses
kandungan pembelajaran dalam pelbagai format yangdisediakan.

KPM telah menambah lebih banyak bahan PdP melalui pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini merupakan
pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai aplikasi, perkhidmatan dan
sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video pendidikan, kuiz dan
permainan pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh digunakan oleh guru, murid
dan ibu bapa. Sehingga 27 November 2021, KPM telah menyediakan 3,245
video kurikulum, 324 video pedagogi dan 3,078 video DidikTV KPM.

Pelantar DELIMa telah mendapat tahap penerimaan yang tinggi daripada
guru dan murid. Berdasarkan data pada 22 November 2021, seramai 314,688
guru dan 1.5 juta murid menggunakan pelantar DELIMa secara aktif bagi tujuan
PdP dalam talian.

Selain daripada pelantar pembelajaran digital, PdP yang melibatkan
pendekatan audio visual turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di TV
Okey RTM, Tutor TV Astro dan menerusi DidikTV KPM. Saluran DidikTV KPM
yang bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, menyiarkan
rancangan yang berteraskan kurikulum, kokurikulum, didik hibur(edutainment)
dan pembelajaran sepanjang hayat. Siaran ini dapat diikuti oleh murid seluruh
negara daripada tahap prasekolah, tahap 1, tahap 2, menengah rendah dan
menengah atas mengikut masa jadual siaran yang ditetapkan. Pengisian

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 253

SOALAN NO: 46
rancangan yang disampaikan akan mencakupi kandungan kurikulum mata
pelajaran yang masih belum dipelajari oleh murid supaya murid dapat
menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar
talian melalui penggunaan buku teks. Manakala buku aktiviti pula boleh
digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Selain itu, guru menyediakan
modul pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru
juga mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan
melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaanmurid.
SOALAN JANGKAAN 1:

JAWAPAN:

SOALAN JANGKAAN 2:

JAWAPAN:

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 254

SOALAN NO: 46

SOALAN LEPAS:

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 255

SOALAN NO: 46

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan NJM40

Jabatan/Bahagian BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Pegawai Penyedia

Nama SAIFUL EFFENDI BINMOHD ZAHARI

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03-8884 9323 No. H/P 014-701 2970

Nama NORMAZWIN BINTI YAHYA

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-8884 9307 No. H/P 012-280 3506

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama ZAINAL BIN ABAS

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03-8884 9306 No. H/P 019-329 9683

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 256

SOALAN NO: 46
NJM40

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf
jawapan/teks ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 257



PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT

DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KE-LIMA

PARLIMEN KE 14 TAHUN 2022

(3 HINGGA 24 MAC 2022)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. MASZLEE BIN MALIK
[ SIMPANG RENGGAM ]

TARIKH : 3 MAC 2022 (KHAMIS)

SOALAN

DR. MASZLEE BIN MALIK minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan
apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah beg sekolah yang berat
dan apakah Kementerian bercadang untuk menukarkan kaedah PDP yang tidak
terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata.

BSTP
BPK

BPPDP (SPPD)
BPSH
JN

BAHAGIAN2SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 259

SOALAN NO : 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.

Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.

Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.

Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 260

SOALAN NO : 59

Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di
Sekolah.

Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.

Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.

Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 261

SOALAN NO : 59

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.

Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.

Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.

KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 262

SOALAN NO : 59
Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.
KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.

RJM09

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 263

SOALAN NO : 59

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum
jika PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.

Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:

i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.

ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui

Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning

Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan

potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.

SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,

memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 264

SOALAN NO : 59
peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 265

SOALAN NO : 59

SOALAN LEPAS:
Lisan Dewan Rakyat (3 September 2018)
Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah polisi dan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan bebanan beg
sekolah pelajar yang dikatakan terlalu berat yang mengandungi buku rujukan
serta buku latihan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku teks merupakan salah satu
bahan utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku rujukan hanyalah sebagai buku tambahan. Tidak dinafikan buku teks
menyumbang kepada berat beg murid. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017,
buku teks dan buku latihan aktiviti KPM menyumbang sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan beg berat. Selebihnya iaitu 72 peratus, beg berat
disumbangkan oleh bahan-bahan lain seperti alat tulis, buku rujukan swasta,
buku yang tidak mematuhi jadual, uniform sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Berdasarkan
kajian ini juga, kebanyakan murid membawa bebanan melebihi 15 peratus
daripada berat badan mereka.

Walau bagaimanapun, KPM telah mengambil langkah-langkah secara
berterusan untuk mengatasi isu beg berat. Antara langkah-langkah yang
diambil untuk mengatasi isu ini adalah dengan menggalakkan murid
membawa buku mengikut jadual waktu harian, pelaksanaan jadual waktu anjal,
mengurangkan bilangan buku kerja, mengurangkan bilangan buku tulis yang

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 266

SOALAN NO : 59

berlebihan dan menyediakan buku teks secara berjilid. Murid juga dihadkan
membawa saiz botol minuman / makanan / pakaian lain. Murid dibenarkan
memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Seterusnya, KPM telah melaksanakan transformasi kurikulum untuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah mulai tahun 2017. Melalui transformasi kurikulum ini, peruntukan
masa bagi setiap mata pelajaran telah berubah daripada minit seminggu
kepada mininum jam setahun. Perubahan peruntukan waktu ini memberi
keluwesan kepada sekolah untuk menyusun jadual waktu mengikut
kesesuaian dan membolehkan sekolah menentukan jumlah mata pelajaran
yang diajar dalam sehari dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam
menangani bebanan beg sekolah tanpa menjejaskan hasrat kurikulum yang
hendak dicapai.

Selain daripada itu, KPM juga telah mengambil langkah proaktif dengan
memanfaatkan teknologi melalui Roadmap Transformasi Buku Teks 2013-
2025 untuk mendigitalkan buku teks bercetak secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan, KPM telah mendigitalkan 451 buku teks bercetak dalam
versi PDF dan buku-buku ini telah dimuat naik dalam portal pembelajaran
maya Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet sebagai bahan
sokongan untuk kegunaan murid dan guru.

Pendigitalan buku teks dapat membudayakan ubiquitous learning dengan
penggunaan alat peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Inovasi pendigitalan
buku teks ini juga membolehkan murid mendapatkan pengetahuan beyond the
classroom dan juga dapat menyelesaikan masalah beg berat dalam kalangan
murid-murid. Selain itu, penggunaan buku teks digital dapat mengurangkan

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 267

SOALAN NO : 59
penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.

KPM juga ingin menegaskan bahawa Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil.1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah masih berkuat kuasa dan perlu
dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. SPI ini dikeluarkan sebagai garis
panduan penggunaan buku kerja sekolah rendah oleh semua Guru Besar dan
guru. Berdasarkan pekeliling tersebut, murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan
menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti telah disediakan oleh
KPM. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja
dibenarkan untuk setiap murid bagi tiap-tiap satu mata pelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja atau buku latihan
yang dipilih oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau
tidak buku kerja yang dicadangkan. Pemantauan terhadap pematuhan
kepada SPI Bil.1/2000 juga dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 268

SOALAN NO : 59

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM09

Jabatan/Bahagian BSTP

Pegawai Penyedia

Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431

Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 269

SOALAN NO : 59

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM09

Jabatan/Bahagian BPSH

Pegawai Penyedia

Nama CIK SURIANA BINTI MOHD ASARI

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03 8884 9470 No. H/P 012 - 6033448

Nama PUAN RADZITA BINTI RADZI

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03 8884 9550 No. H/P 012 - 2920853

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama EN. ZAINAL BIN ABAS

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03- 8884 9306 NO. H/P 019-329 9683

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 270

SOALAN NO : 59

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM09
Jabatan/Bahagian
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

Pegawai Penyedia

Nama Dr. Hani Meryleina binti Ahmad Mustafa

Jawatan Ketua Penolong Pengarah

No. Telefon 03-88846346 No. H/P 0132893047

Nama Dr. Morni Hanim Salleh

Jawatan Ketua Penolong Pengarah

No. Telefon 03 88846556 No. H/P 0182099788

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama Dr. Hajah Roziah Binti Abdullah
Jawatan
No. Telefon Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan

0388846291 No. H/P 0123002884

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 271

SOALAN NO : 59

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM09

Jabatan/Bahagian JEMAAH NAZIR

Pegawai Penyedia

Nama Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah
Jawatan
No. Telefon Timbalan Ketua Nazir Sekolah
Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum

03-88844190 No. H/P 019-2349687

Nama Rabiah binti Sabri
Jawatan
No. Telefon Ketua Penolong Pengarah Unit Pemantapan
Institusi Pendidikan, Penaziran Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum

03-88844229 No. H/P 011-10675146

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama Dr. Harery bin Abu Saad
Jawatan
No. Telefon Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan
(Perancangan Penaziran)

03-8884 4110 No. H/P 013-3446831

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 272

SOALAN NO : 59
RJM09

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf
jawapan/teks ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 273

SOALAN NO : 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN
DR. MAHATHIR [ JERLUN ]

TARIKH : 9 MAC 2022 (RABU)

SOALAN

DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR minta
MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan apakah yang dilakukan untuk
penggunaan buku teks digital bagi mengganti buku teks biasa yang
membebankan pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah. Tidakkah
boleh diambil kesempatan apabila sudah ramai ibu bapa yang memperoleh
peranti digital semasa PDPR diamalkan untuk menambah gunakan alat ini di
sekolah.

BSTP
BPK

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 274

SOALAN NO : 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk
memanfaatkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Salah
satu pendekatan yang diambil adalah dengan penggunaan buku teks digital.

Pada masa ini, KPM telah menyediakan Buku Teks Digital Asas (BTDA)
melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)
yang boleh diakses secara percuma oleh murid. Semua murid telah
dibekalkan dengan ID DELIMa yang membolehkan mereka mengakses BTDA.
KPM juga sentiasa menambah BTDA bagi setiap penerbitan buku teks baharu
secara berterusan.

Akses sumber pendidikan secara digital melalui pelantar DELIMa
merupakan sebahagian daripada inisiatif Pendidikan Digital dalam usaha
untuk melahirkan generasi fasih digital yang kreatif, inovatif dan beretika pada
masa hadapan. Oleh yang demikian, PdP secara dalam talian tetap diteruskan
pada setiap masa. Peranti yang dimiliki oleh murid masih dapat digunakan
bagi tujuan pembelajaran termasuklah membaca, mencari maklumat dan
menyiapkan tugasan yang boleh dilaksanakan di luar waktu persekolahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM akan terus meneliti
pendekatan terbaik berhubung penggunaan peranti murid di sekolah bagi
tujuan PdP khususnya dari segi kesesuaian dan pemilikan peranti serta
ketersediaan capaian internet. Walau bagaimanapun, perkara ini juga
tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan agensi pusat dengan
mengambil kira keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

RJM11

BAHAGIAN2 SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 275

SOALAN NO : 24
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pada masa ini, KPM telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital Asas
(BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) yang boleh diakses secara percuma oleh murid. Semua murid telah
dibekalkan dengan ID DELIMa yang membolehkan mereka mengakses BTDA.
KPM juga sentiasa menambah BTDA bagi setiap penerbitan buku teks baharu
secara berterusan.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 276

SOALAN NO : 24

SOALAN LEPAS:

LISAN- 20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan strategi yang telah diambil dalam memastikan pedagogi
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sebaiknya,
khasnya dalam melatih guru-guru, menyepadukan buku teks digital, video
pengajaran dan sebagainya.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat
apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam
tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid
melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut
kesesuaian guru dan murid.

KPM sentiasa memantau pelaksanaan intervensi untuk memastikan
keberkesanan PdPR bagi memperkasakan kompetensi guru dalam PdP.
Perancangan ini dilakukan melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB) pada tahun 2014 dan Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) pada tahun 2016.
Mengambil kira situasi pendemik COVID-19, kedua-dua pelan ini telah
diselaras semula untuk memantapkan ilmu, kemahiran dan sikap guru
terhadap cabaran pembelajaran abad ke-21 yang menjurus ke arah
pembelajaran secara digital melalui kursus, webinar dan bengkel secara
dalam talian.

Berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM), sehingga September 2021, sebanyak 12,048
aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan PdPR dan
1,949 PPB berkaitan Digital/ICT telah direkodkan. Melalui aktiviti ini, seramai

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 277

SOALAN NO : 24

84 peratus atau 352,845 guru telah mengikuti PPB dan jumlah ini dijangka
akan terus meningkat sehingga akhir tahun 2021. KPM juga, melalui Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kampus di seluruh negara, telah
menyediakan sebanyak 337 latihan berkaitan teknologi digital sehingga Julai
2021.

Di samping itu, KPM melaksanakan khidmat bantu pengintegrasian
teknologi pendidikan kepada guru secara berterusan melalui aktiviti
perkongsian video, e-kelas, webinar dan tutorial berkaitan dengan kaedah dan
pendekatan penggunaan teknologi digital dalam penyampaian PdP yang
berkesan. KPM juga memberikan insentif kepada guru-guru yang aktif
menggunakan teknologi digital dalam PdP melalui pemberian baucar percuma
untuk mengikuti pensijilan DELIMa Certified Training Programme (DCTP).
Selain itu, pengiktirafan kepada guru turut diberikan melalui program seperti
Microsoft Innovative Educator (MIE), Microsoft Office Specialist Certification
(MOS) dan Apple Teacher Leader.

KPM telah mengambil langkah untuk membangunkan kaedah
pembelajaran alaf baharu seperti flipped classroom, learning station, project-
based learning (pembelajaran berasaskan projek), differentiated learning
(pembelajaran terbeza) dan blended learning (pembelajaran teradun).
Pembangunan kaedah pembelajaran ini disokong dengan pelibatan guru-guru
cemerlang sebagai pembimbing dan mentor kepada warga guru dalam
melaksanakan PdPR digital yang berkesan.

KPM turut menambah lebih banyak bahan PdP melalui pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini merupakan
pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai aplikasi, perkhidmatan dan
sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video pendidikan, kuiz dan
permainan pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh digunakan oleh guru, murid
dan ibu bapa. Sehingga September 2021, KPM telah menyediakan 3,245
video kurikulum, 324 video pedagogi dan 1,761 video DidikTV KPM. Selain itu,
sebanyak 631 buah buku teks digital telah dimuat naik berbanding 485 buah
pada bulan Oktober 2020. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30.1
peratus.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 278

SOALAN NO : 24

Mulai Ogos 2021, KPM juga telah menaik taraf dan menambah baik
pelantar DELIMa (DELIMa 2.0) dengan fitur baharu bagi meningkatkan
pengalaman pengguna, analitis data, kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Semua kemudahan yang disediakan dapat memberikan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperluas peluang
murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan prestasi bagi membangunkan
potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. Murid juga berupaya
melaksanakan pembelajaran aktif secara kendiri melalui akses kandungan
pembelajaran dalam pelbagai format yang disediakan. Pelantar DELIMa telah
mendapat tahap penerimaan yang tinggi daripada guru dan murid.
Berdasarkan data pada Ogos 2021, seramai 354,445 guru dan 2.25 juta murid
menggunakan pelantar DELIMa secara aktif bagi tujuan PdP dalam talian. Ini
merupakan satu peningkatan yang amat memberangsangkan jika
dibandingkan dengan penggunaan pada bulan Ogos 2020 iaitu hanya seramai
143,855 guru dan 587,198 murid.

Selain daripada pelantar pembelajaran secara maya, PdP turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di TV Okey RTM, Tutor TV Astro
dan menerusi DidikTV KPM. Saluran DidikTV KPM yang bersiaran bermula
jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, menyiarkan rancangan yang
berteraskan kurikulum, kokurikulum, didik hibur (edutainment) dan
pembelajaran sepanjang hayat. Siaran ini dapat diikuti oleh murid seluruh
negara daripada tahap prasekolah, tahap 1, tahap 2, menengah rendah dan
menengah atas mengikut masa jadual siaran yang ditetapkan. Pengisian
rancangan yang disampaikan akan mencakupi kandungan kurikulum mata
pelajaran yang masih belum dipelajari oleh murid supaya murid dapat
menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.
Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang
sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar talian
melalui penggunaan buku teks. Manakala buku aktiviti pula boleh digunakan
untuk membuat latihan ulangkaji. Selain itu, guru menyediakan modul
pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru juga
mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.

Kesemua strategi dan intervensi yang dilaksanakan bertujuan untuk
memastikan murid tidak tercicir dan dapat mengikuti pembelajaran serta akses

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 279

SOALAN NO : 24
pembelajaran yang berkualiti agar mereka terus berupaya berdaya saing
dalam era ekonomi digital.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 280

SOALAN NO : 24

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM11

Jabatan/Bahagian

Pegawai Penyedia

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 281

SOALAN NO : 24
RJM11

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 282

SOALAN NO : 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH
[ LEDANG ]

TARIKH : 9 MAC 2022 (RABU)

SOALAN

TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan langkah yang telah diambil serta kadar kejayaan
usaha yang digerakkan bagi menangani isu beg sekolah berat dalam
kalangan murid dan pelajar sekolah.

BSTP
BPK

BPPDP (SPPD)
BPSH
JN

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 283


Click to View FlipBook Version