NO. SOALAN : 46
nota, membuat rumusan atau melakar sesuatu konsep dengan lebih jelas.
Bagi murid yang mengikuti PdP di rumah dan mempunyai peranti serta akses
internet pula, KPM menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian
melalui platform seperti berikut:
a) Pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Education Learning Initiative
Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru boleh akses
kepada aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet, Microsoft
365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz
dan video permainanpembelajaran;
b) Koleksi video pendidikan melalui pelantar EduwebTV dan CikgooTube
bagi perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru untuk PdP;
dan
c) Program dan aktiviti seperti kelas digital (e-class) untuk murid dan
webinar bagi guru.
KPM sedang di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Ini termasuklah
mengambilkira keperluan pemilikan peranti oleh murid dan juga akses
internet di sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang
dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6
November 2020.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 85
NO. SOALAN : 39
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
TARIKH : [ PERMATANG PAUH ]
16 NOVEMBER 2020
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) jumlah sekolah terlibat jangkitan COVID-19 dan adakah Kementerian
mempertimbangkan sistem persekolahan berselang seperti
disarankan KRI, memandangkan keadaan fizikal sekolah
menyukarkan penjarakkan sosial; dan
(b) perancangan Kementerian menambah baik sistem pembelajaran
dalam talian bagi persediaan, memandangkan vaksin COVID-19 masih
belum diperolehi.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sentiasa prihatin mengenai risiko penularan jangkitan
COVID-19, khususnya dalam kalangan warga sekolah. Bagi memantau
penularan kes COVID-19 semenjak sekolah dibuka semula secara
berperingkat pada 24 Jun 2020, KPM telah menggerakkan Jawatankuasa
Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) di peringkat
Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD).
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 86
NO. SOALAN : 39
Berdasarkan laporan Jawatankuasa, sehingga 8 November 2020,
sebanyak 605 buah sekolah di bawah KPM di seluruh negara merekodkan
kes jangkitan COVID-19 melibatkan murid, guru atau warga sekolah.
Daripada jumlah ini, sebanyak 461 buah sekolah ditutup disebabkan terdapat
kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru atau warga sekolah.
Manakala, 144 buah sekolah lagi adalah melibatkan kes jangkitan COVID-19
yang dikesan berlaku selepas sekolah ditutup kerana berada dalam kawasan
zon merah atau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) bagi sesuatu kawasan. Rekod di dalam laporan pemantauan ini
adalah untuk sekolah yang berdaftar dengan KPM dan tidak termasuk
sekolah yang tidak berdaftar di bawah KPM.
Walaupun semua sekolah telah ditutup mulai 9 November 2020 yang
lalu, pemantauan oleh Jawatankuasa masih diteruskan sehingga kini. Ini
adalah untuk memastikan pemantauan terus dibuat kepada kes- kes
jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah yang berlaku selepas
sekolah ditutup.
Berkaitan pertanyaan mengenai sistem persekolahan berselang, KPM
ingin memaklumkan bahawa KPM telah memperkenalkan tiga model
pengoperasian sekolah apabila sesi persekolahan dibuka semula secara
berperingkat mulai bulan Jun yang lalu. Model pengoperasian sekolah yang
dilaksanakan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model
Penggiliran. Model Penggiliran dilaksanakan di sekolah yang tidak
mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid setelah
mengambil kira penjarakan sosial dan faktor keselamatan yanglain.
(b) KPM sentiasa berusaha untuk menyediakan akses pembelajaran
kepada murid secara dalam talian dan luar talian mengikut kesesuaian guru
dan murid. Pelbagai platform telah digunakan oleh KPM untuk meningkatkan
kebolehcapaian (accessibility) murid, sama ada secara dalam talian (online)
mahu pun di luar talian (offline) bagi memenuhi keperluan pembelajaran
murid.
Bagi murid yang mengikuti PdP di rumah dan mempunyai peranti serta
akses internet, KPM menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian
melalui platform seperti berikut:
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 87
NO. SOALAN : 39
i. Pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Education Learning
Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru
boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom dan Google
Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks
digital, video PdP, kuiz dan video permainan pembelajaran;
ii. Koleksi video pendidikan melalui pelantar EduwebTV dan
CikgooTube bagi perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti
guru untuk PdP;dan
iii. Program dan aktiviti seperti kelas digital (e-class) untuk murid dan
webinar bagi guru.
Sebagai usaha bagi meningkatkan kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di rumah, termasuk juga pembelajaran secara dalam
talian, KPM telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Manual ini adalah sebagai
panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR secara berstruktur dan
terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah secara
optimum. Panduan PdPR ini meliputi pelbagai kaedah PdP yang dapat
dilakukan dari rumah seperti dalam talian (online), luar talian (offline), off-site,
menggunakan modul pembelajaran dan berasaskanprojek.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
KPM sedang di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Ini termasuklah
mengambilkira keperluan pemilikan peranti oleh murid dan juga akses
internet di sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang
dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6
November 2020.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 88
NO. SOALAN : 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DR. MASZLEE BIN MALIK
[ SIMPANG RENGGAM ]
TARIKH : 19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hala tuju industri perbukuan di
Malaysia serta sama ada wujud usaha sama dengan Kementerian Pengajian
Tinggi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi untuk meningkatkan penerbitan bermutu oleh para
karyawan, ahli akademik dan penulis tanah air.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 89
NO. SOALAN : 27
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Majlis
Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sentiasa memastikan hala tuju industri
perbukuan relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa seiring
dengan kemajuan teknologi terkini.
Dalam hal ini, KPM sedang meneliti, mengkaji dan melaksanakan
semakan semula Dasar Buku Negara (DBN). Antara strategi yang dikenal
pasti, termasuklah meningkatkan ekonomi perbukuan dengan penggunaan
teknologi perkongsian pintar. Usaha ini turut disokong oleh Pelan Tindakan
Industri Perbukuan Negara, yang antaranya meningkatkan tadbir urus
agensi yang terlibat dan jaringan hubungan dalam kalangan penggiat
industri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBP dan ITBM sentiasa
menawarkan khidmat dan kerjasama penerbitan dengan mana-mana pihak
bagi meningkatkan penerbitan bermutu oleh para karyawan, ahli akademik
dan penulis tanah air. Tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan
bakat, kemahiran dan kepakaran mereka yang terlibat dalam ekosistem
industri ini agar selari dengan perilaku pembaca yang semakin beralih dan
cenderung kepada pembacaan digital.
DBP giat menerbitkan judul baharu dalam bentuk bercetak dan digital
pada setiap tahun yang meliputi pelbagai bidang. Judul-judul ini dihasilkan
dengan kerjasama institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi. Pada tahun 2018 hingga 2020, misalnya, DBP telah bekerjasama
dengan 11 buah universiti awam dengan menerbitkan 93 judul dan
melibatkan seramai 133 orangpenulis.
DBP turut menyokong usaha menyemarakkan kegiatan pelancongan,
seni dan budaya yang bersifat Malaysiana seperti penerbitan Siri Sejarah
Nusantara yang mengetengahkan sejarah negeri-negeri di Malaysia dan
judul berkaitan dengan songket, makyung, busana, budaya dan seni dalam
membantu mempromosikan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 90
NO. SOALAN : 27
Budaya Malaysia. Berdasarkan data tiga tahun terakhir, terdapat 62 judul
diterbitkan dengan melibatkan bidang pelancongan (tujuh judul), kesenian
(18 judul) dan budaya(37 judul).
Selain itu, kerjasama penerbitan turut melibatkan agensi awam seperti
Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi, Jabatan Perikanan Malaysia (Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan), Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kementerian Sumber
Manusia) serta Institut Penyelidikan Perubatan (Kementerian Kesihatan
Malaysia). Sehingga kini, terdapat 50 judul telah diterbitkan.
Di samping itu, ITBM juga telah menerbitkan 62 judul termasuk
kerjasama dengan pihak universiti dan Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia bagi tahun 2019 hingga tahun 2020. Judul ini melibatkan
48 karya asli dan 14 karyaterjemahan.
KPM dan agensi terlibat akan terus berusaha memartabatkan industri
perbukuan melalui kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkaitan bagi
menghasilkan karya berkualiti seiring dengan perkembangan dan keperluan
semasa.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 91
NO. SOALAN : 32
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR @
TARIKH : YUSRE BIN MOHD AKIN [HANG TUAH JAYA]
19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan
Kementerian untuk menambah baik sistem pembelajaran khususnya dalam
talian, bagi membantu anak-anak istimewa (OKU) yang terjejas akibat
COVID-19.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan
semua murid, termasuk murid berkeperluan khas (MBK) mendapat akses
kepada pendidikan secara optimum. Dalam tempoh negara berdepan
dengan ancaman pandemik COVID-19 ini, KPM sentiasa prihatin dan telah
mengambil langkah untuk menambah baik kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP), terutamanya PdP secara dalam talian. Ini amat penting
bagi memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
adalah setara dan bersesuaian mengikut keperluan MBK. Walau
bagaimanapun, KPM menyedari bahawa tidak semua MBK mampu
mengikuti pembelajaran secara dalam talian memandangkan mereka
mempunyai ketidakupayaan yang berbeza, khususnya bagi MBK yang
memerlukan sokongan secara maksimum.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga menyediakan akses
pembelajaran kepada MBK melalui kaedah Home-based Learning
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 92
NO. SOALAN : 32
mengikut kesesuaian guru dan murid. Kaedah Home-based Learning ini
dilaksanakan melalui pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Education
Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, MBK dan guru
boleh mengakses aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet,
Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks digital, video PdP,
kuiz dan video permainan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh
mengakses EduwebTV dan CikgooTube untuk membantu dalam
pembelajaran anak mereka di rumah. Bagi membantu kumpulan MBK yang
tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan dan serahan bahan
pembelajaran kepada murid.
Sehingga kini, sebanyak 30 bahan video pembelajaran untuk MBK
kategori kurang upaya pendengaran peringkat sekolah rendah dan
menengah telah dihasilkan. Selain itu, sebanyak enam bahan video
pembelajaran MBK kategori kurang upaya penglihatan juga telah dihasilkan.
Sehingga Oktober 2020, sebanyak 1,300 rakaman rancangan TV Pendidikan
yang mempunyai juru bahasa kod tangan telah disediakan untuk tayangan di
saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia. Bagi MBK kategori masalah
pembelajaran dan kurang upaya pelbagai pula, KPM telah menyediakan
pelbagai modul pembelajaran yang boleh dilaksanakan di rumah oleh ibu
bapa/ penjaga.
KPM sentiasa berusaha untuk menambah bahan pembelajaran dalam
talian yang bersesuaian kepada MBK. Bagi MBK kategori masalah
pembelajaran, KPM menyediakan bahan video pembelajaran berkonsepkan
tugasan yang lebih berstruktur dan berunsurkan didik hibur. Ini adalah
kerana MBK kategori masalah pembelajaran terbahagi kepada beberapa sub
kategori yang lain seperti sindrom down, Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD) dan autisme. Oleh itu, PdP kepada MBK ini perlu mengikut
sub kategori, sebagai contoh, MBK sindrom down yang lebih tertarik kepada
nyanyian. Maka, guru perlu menyediakan bahan PdP dengan menerapkan
unsur fun learning atau didik hibur bagi mendorong anak-anak ini berminat
untuk mengikuti PdP dengan dibantu ibu bapa/ penjaga di rumah.
Di samping itu, bagi memastikan pembelajaran dan aktiviti
berunsurkan intervensi dapat dilaksanakan di rumah, Rancangan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 93
NO. SOALAN : 32
Pendidikan Individu (RPI) dan pek aktiviti telah dikongsikan kepada ibu
bapa/penjaga setiap MBK. Perbincangan serta persetujuan dari ibu
bapa/penjaga dalam membentuk RPI adalah merupakan peringkat yang
wajib dilakukan supaya kedua-dua belah pihak bersetuju dan memahami
matlamat sebenar yang ingin dicapai. Guru menyediakan dokumen RPI yang
lengkap dan menyerahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk melaksanakan
aktiviti intervensi di rumah berdasarkan RPI tersebut. Guru juga
menyediakan pek intervensi yang merangkumi kemahiran pengurusan diri
serta interaksi sosial mengikut keperluan MBK. RPI dan pek aktiviti amat
penting kepada MBK bagi memastikan kesinambungan perkembangan
pembelajaran dan potensi diri MBK.
KPM sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah Home-based Learning kepada semua MBK. Walau
bagaimanapun, keberkesanan PdP secara dalam talian agak terhad
berbanding kaedah secara bersemuka, khususnya bagi MBK. Ini adalah
kerana MBK memerlukan sentuhan secara fizikal bagi membantu mereka
mengurus diri, tingkah laku dan juga emosi.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 94
NO. SOALAN : 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ]
DARIPADA : 19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)
TARIKH :
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pengenalan tulisan
jawi akan diteruskan dalam buku teks baharu darjah 5 untuk SK dan SJK.
Sekiranya ya, apa tambah baik berbanding zaman PH yang dilaksanakan, isi
kandungan dan berapa muka surat dalam buku teks baharu.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengenalan tulisan jawi dalam
aspek seni bahasa kurikulum Bahasa Melayu untuk murid Tahun 5
diteruskan seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri
pada 14 Ogos 2019. Begitu juga penerbitan buku teks turut diteruskan
menggunakan konsep penerbitan buku teks Tahun 4 kegunaan 2020 iaitu
mengekalkan tiga muka surat berkaitan tulisan jawi bagi SJK dan 6 muka
surat bagi SK. Tulisan jawi yang diperkenalkan adalah berkaitan objek
seharian dan diajar dalam konteks tema-tema yang terpilih.
Mengambil kira Akta Pendidikan 1996, KPM akan memperhalusi
semula perkara berkaitan dengan tulisan jawi ini secara menyeluruh dan
holistik. Buat masa ini, keputusan Jemaah Menteri sebelum ini dikekalkan.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 95
NO. SOALAN : 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATIN PADUKA DR. TAN YEE KEW
TARIKH : [ WANGSA MAJU ]
25 NOVEMBER 2020 (RABU)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kementerian
memulihkan sistem pendidikan melibatkan pelajar sekolah rendah dan
menengah yang tertinggal jadual pembelajaran selama tempoh pandemik
COVID-19.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
beberapa langkah memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
terus berjalan walaupun menghadapi cabaran wabak COVID-19.
KPM telah menyediakan kaedah pembelajaran dan pengajaran di
rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid. Manual Pembelajaran
dan Pengajaran di Rumah telah disediakan untuk membantu guru
merancang dan melaksanakan proses PdP secara optimum apabila sekolah
ditutup. Pembelajaran yang digariskan dalam Manual PdPR ini
menggunakan pendekatan secara dalam talian, luar talian dan secara off-
site. Sebagai usaha melindungi murid daripada tertinggal sesi pembelajaran,
KPM melaksanakan pemantauan terhadap pelaksanaan sesi PdPR yang
dijalankan oleh guru. Pemantauan ini dilihat dari segi pendekatan dan kaedah
pengajaran yang digunakan serta bilangan murid yang mengikuti sesi PdPR
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 96
NO. SOALAN : 48
tersebut.
Selain itu, KPM turut melaksanakan penjajaran kurikulum bagi semua
mata pelajaran berdasarkan kurikulum sedia ada (KSSR dan KSSM) dengan
menyusun semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran berdasarkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata
pelajaran. Melalui kurikulum yang telah dijajarkan ini, guru boleh merancang
PdP dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun (blended
learning). Pembelajaran teradun melibatkan penggabungan teknik
pengajaran bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah
yang dirancang secaraberstruktur.
KPM juga telah meminda takwim persekolahan tahun 2020 dengan
memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir
tahun. Ini dapat membantu guru-guru memperoleh tempoh yang mencukupi
dalam menyampaikan semua kandungan kurikulum yang diajar kepada
murid dan membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang
mencukupi.
KPM akan sentiasa berusaha untuk memastikan murid dapat terus
mengikuti pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, terutamanya dalam
keadaan yang mencabar ini. Dalam hal ini, KPM amat menghargai peranan
guru dan ibu bapa untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 97
NO. SOALAN : 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN SU KEONG SIONG [ KAMPAR ]
TARIKH : 1 DISEMBER 2020 (SELASA)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penilaian Kementerian
mengenai kesan perubahan cara pendidikan disampaikan di sekolah
terhadap murid-murid dari segi kemampuan belajar, kesihatan mental dan
kepuasan terhadap persekolahan mereka memandangkan tempoh
persekolahan telah dipendekkan manakala kurikulum masih dikekalkan
akibat pandemik wabak COVID-19.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada
seluruh rakyat. Khusus bagi sektor pendidikan, sekolah terpaksa ditutup dan
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka
menjadi lebih singkat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa
berusaha untuk memastikan PdP terus dilaksanakan agar semua murid tidak
ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaanselamat.
Dalam tempoh sekolah ditutup, KPM berusaha menyediakan akses
pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-based Learning
mengikut kesesuaian guru dan murid. Apabila sekolah dibuka semula mulai
24 Jun 2020, murid dapat kembali berpeluang mengikuti pembelajaran
secara bersemuka di sekolah. Namun masih ada sebahagian murid yang
mengikuti PdP secara Home-based Learning, khususnya bagi sekolah yang
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 98
NO. SOALAN : 38
melaksanakan modul penggiliran.
Bagi memantapkan pelaksanaan Home-based Learning, Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disediakan sebagai
panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR secara berstruktur dan
terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah secara
optimum. Manual PdPR ini meliputi pelbagai kaedah PdP yang dapat
dilakukan dari rumah seperti dalam talian (online), luar talian (offline) atau off-
site. Secara keseluruhan, guru mentaksir murid secara berterusan mengikut
kesesuaian dan merancang melaksanakan intervensi mengikut tahap dan
keupayaan murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi murid yang mempunyai
peranti serta akses internet di rumah, KPM menyediakan kemudahan
pembelajaran dalam talian melalui beberapa platform. Antaranya, pelantar
pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan
video pendidikan dalam portal EduwebTV serta video pendidikan yang
dikongsikan oleh guru-guru dalam portalCikgooTube.
Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai akses internet atau
peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, guru
mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran
kepada murid mengikut kesesuaian. Murid juga boleh menggunakan buku
teks cetak sebagai bahan rujukan, penyediaannota, membuat rumusan atau
melukis sesuatu konsep. Selain daripada itu, PdP turut dilaksanakan melalui
siaran TV Pendidikan dengan mengambil inisiatif memperkenalkan semula
TV Pendidikan secara terestrial bermula pada 6 April 2020. Keseluruhan
waktu siaran TV Pendidikan di TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan NTV7
adalah selama sembilan (9) jam sehari.
Setelah sekolah dibuka semula secara berperingkat, murid dapat
kembali berpeluang mengikuti pembelajaran secara bersemuka dan
berinteraksi dengan guru. Namun, situasi ini tidak berpanjangan kerana
semua sekolah terpaksa ditutup semula mulai 9 November 2020 berikutan
gelombang ketiga pandemik COVID-19. Dalam situasi kali ini, murid dan guru
lebih bersedia untuk melaksanakan PdP di rumah kerana mereka telah
mempunyai pengalaman semasa PKP sebelum ini. Segala usaha yang
dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak sekolah serta guru begitu komited
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 99
NO. SOALAN : 38
dan telah berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
tanggungjawab untuk memastikan murid tidak ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran
Tuan Yang di-Pertua,
KPM menyedari bahawa sesi persekolahan tahun ini turut memberi
kesan kepada psikologi mental murid. Oleh itu, sepanjang tempoh sekolah
ditutup, murid boleh berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah jika memerlukan bimbingan dan nasihat. Antara kaedah yang boleh
digunakan ialah melalui tele-kaunseling, panggilan telefon dan aplikasi
WhatsApp. Selain itu, video pendek dan infografik disediakan sebagai
rujukan untuk murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedang mengumpul
maklumat mengenai kesan persekolahan dan pelaksanaan pembelajaran
dalam talian terhadap kesejahteraan emosi murid. Ini akan menjadi panduan
kepada KPM untuk merangka pendekatan dan bentuk sokongan psiko-sosial
terhadap kesejahteraan mental murid kesan daripada perubahan kaedah
pembelajaran akibat pandemikCOVID-19.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 100
NO. SOALAN : 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DR. MASZLEE BIN MALIK
[ SIMPANG RENGGAM ]
TARIKH : 07 DISEMBER 2020 (ISNIN)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan menjelaskan hala tuju Dewan
Bahasa dan Pustaka di bawah pentadbiran Kerajaan sekarang terkait secara
khususnya berkenaan Kempen Malaysia Membaca, Dekad Membaca
Kebangsaan, Dasar Buku Kebangsaan dan Dasar Sastera Kebangsaan.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 101
NO. SOALAN : 26
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya melalui Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) amat prihatin akan kepentingan industri buku
kepada negara. Usaha berterusan dilaksanakan bagi mempergiatkan
program dan aktiviti termasuk Kempen Membaca Kebangsaan, Dekad
Membaca Kebangsaan, meneliti semula Dasar Buku Negara dan
menyediakan Dasar SasteraNegara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kempen Membaca
Kebangsaan yang diusahakan selama tiga tahun, iaitu mulai tahun 2018
hingga 2020 masih diteruskan melalui pelbagai program dan aktiviti berkaitan
dengan pembacaan. Berdasarkan rekod DBP, dari bulan Januari 2020 hingga
November 2020, sebanyak 2,175 program telah dianjurkan dengan
penglibatan seramai 3,280,843 orang peserta. Program Kempen Membaca
Kebangsaan telah dilaksanakan oleh DBP dengan kerjasama pelbagai
institusi termasuklah KPM, jabatan pendidikan negeri, perpustakaan dan
pelbagai kementerian lain serta melibatkan pelbagai khalayak yang terdiri
daripada pihak swasta danmasyarakat awam.
Program Dekad Membaca Kebangsaan pula telah dilancarkan pada
13 Februari 2020 dan akan dilaksanakan bermula pada tahun 2021 hingga
2030. Dekad Membaca Kebangsaan bermatlamat untuk menjadikan amalan
membaca sebagai satu budaya yang membentuk masyarakat
berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat. Demi mencapai matlamat ini,
enam hala tuju yang menjadi paksi gerakan Dekad Membaca Kebangsaan
adalah seperti yang berikut:
a) Meningkatkan penglibatan pelbagai pihak merentas kementerian dan
agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta, syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program
ini;
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 102
NO. SOALAN : 26
b) Meningkatkan prasarana membaca secara berperingkat dan
menambah nilai prasarana sedia ada sebagai pusat tumpuan aktiviti
membaca;
c) Meningkatkan penyertaan sektor korporat dan swasta dengan
penyumbangan dana dan tajaan di bawah program Rakan Membaca
Kebangsaan;
d) Memperkukuh penyertaan media dan badan penyiaran dalam
memperhebat pengiklanan dan promosi di seluruhnegara;
e) Mengupayakan laman sesawang dan media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan YouTube secara meluas; dan
f) Meningkatkan bahan bacaan dalam bentukdigital.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBP sedang menyediakan
Dasar Sastera Kebangsaan (DSK). DBP telah merujuk dan mendapatkan
ulasan serta pandangan daripada Sektor Pendidikan KPM, Jabatan
Pengajian Tinggi, Penasihat Undang-undang KPM selain ulasan daripada
pakar sastera Melayu dari universiti tempatan untuk menambah baik DSK dari
sudut pandangan pakar bidang dan pihak yang berkepentingan. DSK
merupakan pernyataan kerajaan dalam menentukan hala tuju dan
menetapkan prinsip-prinsip asas pemartabatan kesusasteraan kebangsaan.
Penggubalan DSK juga bertujuan untuk merancakkan dan melonjakkan
penciptaan, pengembangan dan pengiktirafan karya sastera yang bermutu
dalam kalangan penulis dan sasterawan Malaysia.
Berhubung dengan Dasar Buku Negara pula, perkara ini adalah di
bawah kendalian dan penyelarasan Urus Setia Tetap Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Secara keseluruhannya, DBP akan terus melaksanakan mandat yang
diberikan oleh kerajaan bagi memastikan bahasa dan sastera Melayu
dimartabatkan melalui penganjuran program yang bersesuaian.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 103
NO. SOALAN : 33
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
TARIKH : [ MARANG ]
7 DISEMBER 2020 (ISNIN)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan
Kementerian bagi memastikan kebajikan dan keperluan warga pendidik
terjamin dalam menghadapi fasa COVID-19 yang memberi kesan kepada
fokus pengajaran sekolah hari ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sektor pendidikan adalah antara sektor yang amat terkesan dengan
pandemik COVID-19. Sejumlah lebih lima juta orang murid tidak dapat hadir
ke sekolah dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Selain itu, lebih
500,000 orang guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memenuhi keperluan guru
menjalankan sesi PdP semasa sekolah ditutup berikutan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KPM telah mengambil inisiatif dengan
menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Manual ini adalah sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR
secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti
pembelajaran di rumah secara optimum. Manual PdPR ini meliputi pelbagai
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 104
NO. SOALAN : 33
kaedah PdP yang dapat dilakukan dari rumah seperti dalam talian (online),
luar talian (offline), off-site, menggunakan modul pembelajaran dan
berasaskan projek. Kaedah PdP ini dilaksanakan dengan mengikut
kesesuaian guru dan murid.
KPM turut menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang mempunyai pelbagai sumber
pendidikan. Melalui pelantar ini, guru dapat menggunakan aplikasi dan
sumber pembelajaran yang dimuat naik seperti penggunaan Google
Classroom yang menyeluruh, capaian kepada bahan EduwebTV yang
mengandungi pelbagai video pengajaran, bahan PdP daripada CikgooTube,
buku teks digital dan pelbagai sumber lain.
Pelantar DELIMa juga mengandungi ruang ilmu untuk perkongsian
bahan guru dan murid termasuk ruang khas yang menghimpunkan modul-
modul kecemerlangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Di samping itu,
DELIMa juga dipautkan dengan Gerbang Portal negeri di mana kepelbagaian
sumber bahan PdP dapat dicapai dengan lebih meluas.
KPM menyedari akan keperluan meningkatkan kompetensi guru dalam
mempelbagaikan kaedah dan pendekatan PdP. Usaha ini dilaksanakan
menerusi sesi webinar dan perkongsian video amalan terbaik guru dalam
PdP. Selain daripada itu, kebajikan dan keselamatan guru ketika
menjalankan tugas rasmi juga sentiasa menjadi keutamaan KPM.
KPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru di atas segala usaha yang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid dapat terus
mengikuti pembelajaran dalam tempoh yang mencabar ini.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 105
NO. SOALAN : 13
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR
TARIKH : [ SETIU ]
10 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah peranan Kementerian
dalam merealisasikan inisiatif ‘smart classroom’ di semua sekolah
menengah dalam rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Strategik FELDA (Well
Formed Outcome).
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 106
NO. SOALAN : 13
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengadakan
perkongsian pintar bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk menaik taraf sebanyak 101 buah kelas di sekolah
menengah di kawasan FELDA bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif
untuk pendidikan digital. Inisiatif ini dikenali sebagai FELDA smart
classroom.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan FELDA
smart classroom ini, semua kos untuk menaik taraf dan menyediakan
peralatan dan kelengkapan smart classroom seperti komputer, akses
Internet, perabot dan pendingin hawa dibiayai oleh FELDA. Manakala, KPM
bertanggungjawab menyediakan bilik darjah khas untuk pendidikan digital.
Selain itu, KPM juga akan memberi latihan kepada guru mengenai
penggunaan pelantar pembelajaran digital iaitu Digital Educational Learning
Initiative Malaysia (DELIMa), sumber pendidikan digital dan khidmat
bimbingan yang berterusan bagi meningkatkan kompetensi dalam
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 107
NO. SOALAN : 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH
TARIKH : [ LEDANG ]
10 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan usaha
Kementerian dalam penerapan kurikulum berkaitan meningkatkan
kesedaran pelajar sebagai persediaan menjadi pengundi.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha meningkatkan
kesedaran murid sebagai persediaan menjadi pengundi telah dilaksanakan
melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM), sama ada secara eksplisit atau
sisipan mulai tahun 2017. Perkara ini selaras dengan matlamat pendidikan
negara yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan
Rukun Negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpandangan bahawa
melalui pelaksanaan kurikulum kebangsaan, semua murid akan
memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan untuk membentuk sikap bertanggungjawab dan hormat
menghormati. Dalam hal ini, kandungan mata pelajaran Sejarah, Pendidikan
Moral serta pelaksanaan elemen Pendidikan Sivik secara sisipan dalam
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 108
NO. SOALAN : 34
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam
menjurus kepada persediaan murid untuk menjadi pengundi yang tahu hak
dan tanggungjawab mereka. Melalui kurikulum kebangsaan yang bermula
dari sekolah rendah, murid diajar mengenai institusi beraja, pilihan raya,
identiti negara, kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia untuk
membentuk karakter mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab
yang cinta akan negara. Pada peringkat sekolah menengah pula,
pengetahuan murid diperkukuhkan lagi tentang perlembagaan, pilihan raya
dan prosesnya serta konsep kedaulatan negara agar murid mengetahui hak
dan tanggungjawab serta mempunyai kesedaran sebagai pengundi.
Secara keseluruhan, usaha KPM memperkenalkan kandungan
berkaitan dengan kesedaran rakyat sebagai pengundi dalam mata pelajaran
Sejarah dan pelaksanaan Pendidikan Sivik dalam lima mata pelajaran, akan
memberi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam sejarah di mana
pembelajaran lebih mendalam serta dekat dengan kehidupan murid
diaplikasikan.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 109
NO. SOALAN : 25
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ]
TARIKH : 14 DISEMBER 2020 (ISNIN)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan untuk
membangunkan pelan jaringan internet yang lebih baik di kawasan
pendalaman khususnya di daerah Sik bagi memudahkan urusan pengajian
atas talian pelajar sekolah dan universiti.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bermula tahun hadapan, KPM akan menaik taraf capaian Internet jalur
lebar di semua sekolah daripada kelajuan 30Mbps hingga 100Mbps, ke
kelajuan 100Mbps hingga 800Mbps bergantung kepada saiz sekolah melalui
inisiatif rangkaian bersepadu Sektor Awam MyGov*Net yang disediakan oleh
MAMPU.
Bagi 141 buah sekolah di pedalaman yang tidak mempunyai capaian
Internet melalui jalur lebar, KPM sedang dalam usaha menyediakan capaian
Internet melalui teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) berkelajuan
30Mbps yang dijangka siap pada Februari 2021. Khusus bagi 32 buah
sekolah KPM di PPD Sik, lima (5) sekolah berada di kawasan bandar
manakala 27 sekolah berada di kawasan luar bandar, KPM telah
menyediakan capaian Internet jalur lebar di kesemua sekolah berkenaan.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 110
NO. SOALAN : 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA
: DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN
SOALAN DATO' AZUMU [ TAMBUN ]
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendidikan jarak jauh
memerlukan pelajar untuk memiliki komputer ataupun telefon pintar beserta
kemudahan internet di rumah masing-masing. Apakah usaha Kementerian
untuk membantu pelajar-pelajar khususnya B40 yang masih menghadapi
masalah untuk memiliki kemudahan-kemudahan tersebut.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam usaha untuk memastikan murid mendapat pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk kelangsungan pembelajaran, KPM
telah melaksanakan penjajaran kurikulum untuk semua mata pelajaran
berdasarkan kurikulum sedia ada kecuali untuk murid tingkatan lima.
Penjajaran ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan
pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Melalui penjajaran kurikulum ini, guru boleh merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun (blended
learning). Pembelajaran teradun melibatkan gabungan teknik pengajaran
bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang
secara berstruktur. KPM turut memberi bimbingan pelaksanaan kurikulum yang
telah dijajarkan dalam tempoh persekolahan yang berbaki bagi tahun 2020
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 111
NO. SOALAN : 37
termasuk kunjung bantu dan penerangan secara dalam talian.
KPM juga telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR
secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran
di rumah secara optimum. Manual PdPR inimeliputi pendekatan secara dalam
talian (online), luar talian (offline) dan off-site sama ada menggunakan modul
pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek.
KPM juga sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran. Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses
internet atau peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP
melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.
Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan,
penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep. Manakala
buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Guru
mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Selain daripada itu, PdP turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan.
KPM telah memperkenalkan semula TV Pendidikan secara terestrial bermula
pada 6 April 2020. Inisiatif ini adalah untuk membantu murid yang tidak
mendapat akses kepada internet atau tidak mempunyai peranti untuk mengikuti
pembelajaran di rumah. Bermula dengan siaran selama dua (2) jam di TV Okey
RTM, siaran ditambah di Tutor TV Astro selama empat (4) jam. Terkini, KPM
telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam di saluran NTV7
pada 23 November 2020. Ini menjadikan keseluruhan siaran TV Pendidikan
berjumlah sembilan (9) jamsehari.
Ahli Yang Berhormat, KPM sedang merangka strategi pelaksanaanyang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Antara tumpuan
utama ialah meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti oleh murid
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 112
NO. SOALAN : 37
sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang dinyatakan
dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6 November 2020.
Sekian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 113
NO. SOALAN : 150
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : DATUK DR. HASAN BIN BAHROM [ TAMPIN ]
SOALAN
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) bagaimanakah purata prestasi kehadiran murid-murid di sekolah
sejak mula dibuka sepenuhnya pada Julai 2020 ; dan
(b) apakah langkah Kementerian untuk memastikan murid-murid tidak
ketinggalan dalam sesi pembelajaran jika kehadiran merosot akibat
kerisauan ibu bapa terhadap risiko jangkitan COVID-19.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sejak sekolah dibuka semula mulai 24 Jun 2020, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian kepada perkara
berkaitan kehadiran murid ke sekolah. Ini adalah penting bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersemuka dengan lebih
berkesan. Dashboard KPM dibangunkan bagi memantau kehadiran murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod KPM, purata
peratus kehadiran murid ke sekolah bagi tempoh Julai hingga awal Oktober
2020 adalah sebanyak 84.18%. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 114
NO. SOALAN : 150
ibu bapa yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak
sekolah dalam memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan selamat
di sekolah.
Dalam usaha untuk memastikan murid mendapat pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk kelangsungan pembelajaran
semasa penularan pendamik COVID-19, KPM telah melaksanakan penjajaran
kurikulum untuk semua mata pelajaran berdasarkan kurikulum sedia ada
kecuali untuk murid tingkatan lima. Penjajaran ini melibatkan penyusunan
semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran
yang dihasratkan.
Melalui penjajaran kurikulum ini, guru boleh merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun (blended
learning). Pembelajaran teradun melibatkan gabungan teknik pengajaran
bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang
secara berstruktur. KPM turut memberi bimbingan pelaksanaan kurikulum yang
telah dijajarkan dalam tempoh persekolahan yang berbaki bagi tahun 2020
termasuk kunjung bantu dan penerangan secara dalam talian.
KPM juga telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR
secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran
di rumah secara optimum. Manual PdPR inimeliputi pendekatan secara dalam
talian (online), luar talian (offline) dan off-site sama ada menggunakan modul
pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek.
KPM juga sentiasa berusaha untuk memastikan semua muridmendapat
akses pembelajaran. Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses
internet atau peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP
melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.
Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan,
penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep. Manakala
buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Guru
mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaanmurid.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 115
NO. SOALAN : 150
Selain daripada itu, PdP turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan.
KPM telah memperkenalkan semula TV Pendidikan secara terestrial bermula
pada 6 April 2020. Inisiatif ini adalah untuk membantu murid yang tidak
mendapat akses kepada internet atau tidak mempunyai peranti untuk mengikuti
pembelajaran di rumah. Bermula dengan siaran selama dua (2) jam di TV Okey
RTM, siaran ditambah di Tutor TV Astro selama empat (4) jam. Terkini, KPM
telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam di saluran NTV7
pada 23 November 2020. Ini menjadikan keseluruhan siaran TV Pendidikan
berjumlah sembilan (9) jamsehari.
Sekian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 116
NO. SOALAN : 152
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : DATUK DR. HASAN BIN BAHROM [ TAMPIN ]
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian
bercadang untuk menggantikan keseluruhan sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah kepada sistem atas talian ekoran pandemik
COVID-19. Jika ya, bagaimanakah Kementerian dapat membantu murid-murid
yang tinggal di luar bandar.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam usaha untuk memastikan murid mendapat pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk kelangsungan pembelajaran, KPM
telah melaksanakan penjajaran kurikulum untuk semua mata pelajaran
berdasarkan kurikulum sedia ada kecuali untuk murid tingkatan lima.
Penjajaran ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan
pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Melalui penjajaran kurikulum ini, guru boleh merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun (blended
learning). Pembelajaran teradun melibatkan gabungan teknik pengajaran
bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang
secara berstruktur. KPM turut memberi bimbingan pelaksanaan kurikulum yang
telah dijajarkan dalam tempoh persekolahan yang berbaki bagi tahun 2020
termasuk kunjung bantu dan penerangan secara dalam talian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 117
NO. SOALAN : 152
KPM juga telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR
secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran
di rumah secara optimum. Manual PdPR inimeliputi pendekatan secara dalam
talian (online), luar talian (offline) dan off-site sama ada menggunakan modul
pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek.
KPM juga sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran. Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses
internet atau peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP
melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.
Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan,
penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep. Manakala
buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Guru
mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Selain daripada itu, PdP turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan.
KPM telah memperkenalkan semula TV Pendidikan secara terestrial bermula
pada 6 April 2020. Inisiatif ini adalah untuk membantu murid yang tidak
mendapat akses kepada internet atau tidak mempunyai peranti untuk mengikuti
pembelajaran di rumah. Bermula dengan siaran selama dua (2) jam di TV Okey
RTM, siaran ditambah di Tutor TV Astro selama empat (4) jam. Terkini, KPM
telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam di saluran NTV7
pada 23 November 2020. Ini menjadikan keseluruhan siaran TV Pendidikan
berjumlah sembilan (9) jamsehari.
Ahli Yang Berhormat, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan
yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Antara
tumpuan utama ialah meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti oleh
murid sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang
dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6
November 2020.
Sekian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 118
NO. SOALAN: 388
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKANLISAN
DARIPADA : PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU]
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kajian dibuat kesan
Pandemik COVID-19 terhadap kemajuan pelajar-pelajar terutama mengenai
pola kehadiran ke sekolah secara fizikal dengan sikap mereka terhadap
kepentingan pelajaran.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 119
NO. SOALAN: 388
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan
Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) yang
berfungsi membuat pemantauan secara menyeluruh terhadap kehadiran guru
dan murid setiap hari, khususnya isu berkaitan dengan kes COVID-19. Antara
fungsi lain JPPSS ialah memantau kesiapsiagaan pihak sekolah dalam
melaksanakan prosedur keselamatan seperti yang disarankan pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh demikian, pihak JPPSS
bertanggungjawab mendapatkan maklumat lengkap daripada sekolah sejak
24 Jun 2020 iaitu persediaan pembukaan semula sekolah seperti langkah-
langkah memastikan penjarakan sosial, penyediaan alat pengimbas suhu dan
tempat membersih tangan yang mencukupi. Selain itu, jawatankuasa ini turut
menyediakan laporan lengkap setiap hari berkenaan penutupan sekolah
akibat kes jangkitan COVID-19 dan menganalisa maklumat guru Bekerja Dari
Rumah (BDR). Maklumat yang lengkap berlandaskan data ini sedikit
sebanyak membantu KPM merangka strategi seperti membuat beberapa
kajian dan keputusan penting yang berkaitan.
Kehadiran murid ke sekolah adalah secara berfasa mulai 24 Jun 2020.
Fasa 1 (mulai 24 Jun hingga 14 Julai) hanya melibatkan kehadiran semula
murid kelas peperiksaan awam iaitu terdiri daripada murid Tingkatan 5 yang
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, murid Tahun 2 dan dan
Tahun 4 Kolej Vokasional yang akan menduduki Sijil Vokasional Malaysia,
murid Tingkatan 6 Atas yang akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
dan murid yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia. Fasa 2 (mulai 15
Julai hingga 21 Julai) melibatkan pertambahan kehadiran semula murid
daripada Tingkatan 6 Rendah, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta Tahun 5
dan Tahun 6. Fasa 3 (mulai 22 Julai 2020) pula melibatkan kesemua murid
sekolah secara keseluruhannya dengan pertambahan kehadiran semula
daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 4.
Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan
Semula Sekolah (JPPSS), KPM, purata peratus kehadiran murid peperiksaan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 120
NO. SOALAN: 388
semasa Fasa 1 adalah sebanyak 91.81%. Purata kehadiran pada Fasa 2 adalah
sebanyak 86.84% dan purata kehadiran murid semasa Fasa 3 adalah sebanyak
85.63%. Peratusan keberadaan murid untuk hadir ke sekolah di atas paras 80%
sepanjang tempoh fasa pembukaan semula sekolah jelas menunjukkan
bahawa wujudnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa/penjaga untuk
memastikan anak mereka hadir bagi mengikuti pembelajaran di sekolah.
Kebanyakan ibu bapa/penjaga turut berasa yakin dengan langkah-langkah
yang telah diambil oleh KPM dalam usaha untuk memastikan murid dapat
mengikuti pembelajaran dalam keadaan selamat dengan pihak pengurusan
sekolah memastikan agar semua warga sekolah mematuhi Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-
19).
Namun, ketidakhadiran murid ke sekolah yang berlaku antaranya
disebabkan oleh terdapat sentimen kebimbangan ibu bapa terhadap
keselamatan anak mereka jika hadir ke sekolah terutamanya jika terdapat kes
jangkitan COVID-19 di kawasan berdekatan. Selain itu, ketidakhadiran murid ke
sekolah juga disebabkan oleh faktor bencana alam seperti banjir dan tanah
runtuh serta masalah logistik.
Sekian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 121
NO. SOALAN : 461
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA
: DATIN PADUKA DR. TAN YEE KEW
[WANGSA MAJU]
SOALAN
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
a) Mengatasi masalah kekurangan peralatan IT terutama komputer bagi
sekolah luar bandar dan juga sekolah dalam bandar ; dan
b) Bercadang membenarkan sekolah atau PIBG sekolah mengutip
sumbangan daripada ibu bapa bagi tujuan membina kelas komputer.
JAWAPAN
(a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha memastikan
sekolah-sekolah mempunyai akses kepada peralatan ICT yang memenuhi
keperluan kurikulum serta aktiviti pengajaran danpembelajaran. Kementerian
juga daripada masa ke masa melaksanakan device refresh bagi menambahbaik
ataupun membuat perolehan baharu untuk menggantikan peralatan ICT yang
beyond economic repair.
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital negara. Antara tumpuan utama ialah
meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti oleh murid sekolah di
seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang dinyatakan dalam
Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6 November 2020.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 122
NO. SOALAN : 461
(b) Sebarang pembinaan bangunan baharu atau penambahan bilik-bilik khas
termasuk kelas komputer di sekolah kerajaan perlu mendapat kelulusan
daripada KPM. Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Pendidikan KPM
akan meneliti permohonan sekolah melalui JPN berdasarkan keperluan dan
kriteria yang ditetapkan termasuk mengenal pasti sumberkewangan.
Bagi maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengutip apa-apa
sumbangan daripada ibu bapa, perlu mendapat persetujuan ibu bapa dan
diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Keputusan mesyuarat
tersebut perlu dipanjangkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk
kelulusan. Pengarah Pendidikan Negeri sebagai Pendaftar Negeri
bertanggungjawab memastikan sebarang keputusan yang dibuat tidak
membebankan ibu bapa serta ibu bapa tidak boleh dipaksa memberi apa- apa
sumbangan.
Pada masa ini, pihak sekolah boleh melaksanakan kelas komputer
melalui penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah di bawah
aktiviti kokurikulum dan boleh dikenakan bayaran berdasarkan surat pekeliling
ikhtisas berikut:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 13/2007 Pemansuhan YuranKhas dan
Garis Panduan Sistem Pakej Bayaran Tambahan Kepada Perkhidmatan
dan Kemudahan di Sekolah-sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan; dan
b) Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 8/2000 Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi MaklumatSekolah.
Sekian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 123
PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT
DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KE-EMPAT
PARLIMEN KE 14 TAHUN 2021
(13 SEPTEMBER HINGGA 12 OKTOBER 2021)
SOALAN NO: 17
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG
[ KOTA SAMARAHAN ]
TARIKH :
20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)
SOALAN
PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan pencapaian sistem Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Pandemik COVID-19
dari segi penerimaan dan pencapaian pelajar, aduan para guru dan maklum
balas ibu-bapa.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa
pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat
apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam
tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid
melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Bagi menilai tahap keberkesanan PdP semasa tempoh penutupan
sekolah, KPM telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan
Home-based Learning yang ditadbir secara dalam talian. Kajian ini
memfokuskan kepada PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Skop kajian meliputi aspek pelaksanaan PdPR dalam tempoh Mac hingga
Julai tahun 2020 yang merangkumi pendekatan, kaedah, strategi, aplikasi
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 125
SOALAN NO: 17
dan peralatan yang digunakan. Selain itu, kajian tersebut juga melihat
kepada penjadualan PdPR, penyusunan semula Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) dan pentaksiran. Kajian ini melibatkan 13,156 orang
pentadbir sekolah, 39,967 orang guru, 52,413 orang murid dan 59,624 orang
ibu bapa/penjaga.
Dapatan kajian menunjukkan pelibatan murid di bandar dalam PdPR
secara dalam talian adalah sebanyak 59.3 peratus berbanding 51.4 peratus
bagi murid di luar bandar. Bagi RPT pula, 46.2 peratus guru di bandar
mencapai sasaran pelaksanaan berbanding dengan 39.1 peratus guru di
luar bandar.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap keberkesanan PdPR
adalah pada tahap sederhana. Sebanyak 34.1 peratus murid menyatakan
hasil pembelajaran di rumah adalah tidak seperti yang diperoleh di sekolah.
Selain itu, 51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran di
rumah. Daripada kumpulan tersebut, 48.9 peratus murid menyatakan sebab
tertekan adalah kerana interaksi yang terhad dengan guru, manakala 55.0
peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-rakan.
Sebanyak 53.4 peratus murid pula tertekan disebabkan kurang bimbingan
dalam sesipembelajaran.
Sebaliknya, terdapat murid menganggap PdPR merupakan suatu
pengalaman baharu. Sebanyak 56.6 peratus murid berjaya melibatkan diri
secara aktif semasa sesi pembelajaran di rumah dan 49.7 peratus murid
berasa seronok semasa mengikuti PdPR. Sebanyak 57.5 peratus murid
berjaya menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru dalam
masa yang ditetapkan. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 36.0
peratus murid boleh belajar sendiri menggunakan bahan pembelajaran di
rumah dalam tempoh PKP.
Di samping murid, dapatan kajian turut menunjukkan 66 peratus
daripada ibu bapa/penjaga bersetuju bahawa PdPR berkesan untuk
pembelajaran anak mereka. Sebanyak 84.1 peratus ibu bapa/penjaga
membantu anak mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh
guru. Manakala, 75.9 peratus ibu bapa/penjaga telah membantu anak mereka
untuk mengakses aplikasi dalam talian sepanjang tempoh PKP.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 126
SOALAN NO: 17
Ibu bapa/penjaga juga mengakui bahawa anak mereka berasa seronok
mengikuti pembelajaran semasa PKP (38.5%).
Selain daripada pelaksanaan kajian tersebut, pada suku tahun
pertama 2021, KPM telah menjalankan Tinjauan Pelaksanaan PdPR yang
melibatkan 500 buah sekolah melalui pemerhatian terhadap PdPR yang
dilaksanakan dalam talian atau gabungan dalam dan luar talian. Pemerhatian
dilaksanakan melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas PdPR secara
dalam talian. Pemerhatian ini dimaklumkan lebih awal kepada guru yang
terlibat.
Sebanyak 1,053 pemerhatian dilaksanakan ke atas PdP guru. Tinjauan
mendapati 98.7 peratus guru dapat mengelola isi pelajaran yang diajar
mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sebanyak 97.4 peratus guru
berjaya membimbing murid untuk memahami dan menguasai isi, konsep
dan fakta berkaitan pelajaran. Sementara itu, 96.7 peratus guru berjaya
menarik perhatian murid untuk memberi respons terhadap pembelajaran
dan memastikan keterlibatan murid semasa PdPR secara real-time.
Hasil tinjauan juga mendapati murid memberi respons positif terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru dalam 97.5 peratus PdPR yang
diperhatikan. Murid juga dapat melengkap dan menghantar tugasan dengan
pelbagai cara antaranya, melalui rakaman video, slaid pembentangan dan
voice call.
Rumusan daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa guru berupaya
merangsang murid berfikir dan berkomunikasi dalam PdPR. Guru juga dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik
minat murid untuk belajar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan semua
murid mengikuti PdPR, data pelaporan pelibatan murid dikumpul secara
harian bagi tujuan tindak susul dan intervensi pada peringkat sekolah,
daerah dan negeri. Pelibatan murid merujuk kepada penyertaan mereka
dalam sesi PdPR sama ada secara dalam talian, luar talian, off-site atau
gabungan.
Data pelaporan bermula 20 Januari hingga 30 Ogos 2021menunjukkan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 127
SOALAN NO: 17
peratus murid yang mengikuti PdPR meningkat. Pelibatan murid sekolah
rendah meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1 peratus
kepada
99.2 peratus. Pelibatan murid sekolah menengah pula meningkat sebanyak
19.3 peratus iaitu daripada 78.0 peratus kepada 97.3 peratus.
Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan
PdPR berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan pada peringkat
awal. Namun, intervensi yang dilaksanakan oleh KPM telah membantu murid
mengikuti PdPR dengan lebihbaik.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memantau
maklum balas pelaksanaan PdPR daripada pelbagai pihak termasuklah guru
dan ibu bapa. Pemantauan ini dibuat melalui pendekatan secara langsung
atau tidak langsung. Ini termasuklah laporan yang disampaikan terus kepada
KPM dan laporan di mediamassa.
Berdasarkan maklumat yang peroleh oleh KPM, masalah yang
dibangkitkan adalah berkaitan dengan kesukaran yang dialami guru untuk
diisi pelaporan PdPR secara hari. KPM telah membangunkan Sistem
Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) bagi
memudahkan pelaporan harian guru dan pemantauan oleh pentadbir
sekolah, PPD, JPN dan KPM secara real-time.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM turut memperkasa
program latihan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) kepada
guru. Ini termasuklah latihan yang memberi fokus kepada kemahiran digital,
pedagogi dalam dan luar talian serta pentaksiran secara dalam talian dan
luar talian. Sehingga 17 September 2021, sebanyak 12,048 aktiviti PPB
berkaitan PdPR dan 1,949 PPB berkaitan Digital/ICT telah direkodkan.
Usaha untuk meningkatkan pelibatan ibu bapa/penjaga dalam
pembelajaran anak/anak jagaan juga tidak dipinggirkan. Antaranya, KPM
menyediakan Kit Ibu Bapa: Pelaksanaan Kurikulum bagi Kegunaan
Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020 dan panduan umum kepada ibu
bapa dalam modul Asas Literasi dan Numerasi Tahun2021.
KPM dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri dan pejabat
pendidikan daerah turut melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 128
SOALAN NO: 17
kefahaman ibu bapa/penjaga berkaitan PdPR. Sehingga Ogos 2021,
sebanyak 77 aktiviti seperti libat urus, bual bicara dan webinar yang
melibatkan ibu bapa/penjaga telah dilaksanakan. Sokongan kepada
sosioemosi ibu bapa/penjaga turut diberi perhatian.
Sesi konsultasi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling diberikan
kepada ibu bapa/penjaga yang memerlukan bantuan konsultasi berkaitan
pembelajaran anak/anak jagaan mereka. Seramai 21,306 ibu bapa/penjaga
terlibat dalam sesi konsultasi ini dari bulan Januari 2021 hingga 15
September 2021.
KPM yakin kerangka holistik yang dirancang dan dilaksanakan ini
membolehkan murid mengikuti PdPR secara lebih berkesan. Pada masa
yang sama, KPM telah merangka pelan pembukaan semula sekolah yang
komprehensif untuk membawa murid kembali ke sekolah dalam keadaan
teratur dan selamat.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 129
SOALAN NO: 22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
[ BESUT ]
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)
SOALAN
DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan strategi yang telah diambil dalam memastikan
pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan
sebaiknya, khasnya dalam melatih guru-guru, menyepadukan buku teks
digital, video pengajaran dan sebagainya.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 130
SOALAN NO: 22
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa
pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat
apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam
tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid
melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau
pelaksanaan intervensi untuk memastikan keberkesanan PdPR bagi
memperkasakan kompetensi guru dalam PdP. Perancangan ini dilakukan
melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) pada tahun 2014 dan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (PIPPK) pada tahun 2016. Mengambil kira situasi pendemik
COVID-19, kedua-dua pelan ini telah diselaras semula untuk memantapkan
ilmu, kemahiran dan sikap guru terhadap cabaran pembelajaran abad ke-21
yang menjurus ke arah pembelajaran secara digital melalui kursus, webinar
dan bengkel secara dalam talian.
Berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM), sehingga September 2021, sebanyak
12,048 aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan
PdPR dan 1,949 PPB berkaitan Digital/ICT telah direkodkan. Melalui aktiviti
ini, seramai 84 peratus atau 352,845 guru telah mengikuti PPB dan jumlah ini
dijangka akan terus meningkat sehingga akhir tahun 2021. KPM juga, melalui
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kampus di seluruh
negara, telah menyediakan sebanyak 337 latihan berkaitan teknologi
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 131
SOALAN NO: 22
digital sehingga Julai 2021.
Di samping itu, KPM melaksanakan khidmat bantu pengintegrasian
teknologi pendidikan kepada guru secara berterusan melalui aktiviti
perkongsian video, e-kelas, webinar dan tutorial berkaitan dengan kaedah
dan pendekatan penggunaan teknologi digital dalam penyampaian PdP yang
berkesan. KPM juga memberikan insentif kepada guru-guru yang aktif
menggunakan teknologi digital dalam PdP melalui pemberian baucar
percuma untuk mengikuti pensijilan DELIMa Certified Training Programme
(DCTP). Selain itu, pengiktirafan kepada guru turut diberikan melalui
program seperti Microsoft Innovative Educator (MIE), Microsoft Office
Specialist Certification (MOS) dan Apple Teacher Leader.
KPM telah mengambil langkah untuk membangunkan kaedah
pembelajaran alaf baharu seperti flipped classroom, learning station, project-
based learning (pembelajaran berasaskan projek), differentiated learning
(pembelajaran terbeza) dan blended learning (pembelajaran teradun).
Pembangunan kaedah pembelajaran ini disokong dengan pelibatan guru-
guru cemerlang sebagai pembimbing dan mentor kepada warga guru dalam
melaksanakan PdPR digital yangberkesan.
KPM turut menambah lebih banyak bahan PdP melalui pelantar
Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini
merupakan pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai aplikasi,
perkhidmatan dan sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video
pendidikan, kuiz dan permainan pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh
digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa. Sehingga September 2021,
KPM telah menyediakan 3,245 video kurikulum, 324 video pedagogi dan
1,761 video DidikTV KPM. Selain itu, sebanyak 631 buah buku teks digital
telah dimuat naik berbanding 485 buah pada bulan Oktober 2020. Ini
menunjukkan
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 132
SOALAN NO: 22
peningkatan sebanyak 30.1 peratus.
Mulai Ogos 2021, KPM juga telah menaik taraf dan menambah baik
pelantar DELIMa (DELIMa 2.0) dengan fitur baharu bagi meningkatkan
pengalaman pengguna, analitis data, kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Semua kemudahan yang disediakan dapat memberikan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperluas peluang
murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan prestasi bagi
membangunkan potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. Murid juga
berupaya melaksanakan pembelajaran aktif secara kendiri melalui akses
kandungan pembelajaran dalam pelbagai format yang disediakan. Pelantar
DELIMa telah mendapat tahap penerimaan yang tinggi daripada guru dan
murid. Berdasarkan data pada Ogos 2021, seramai 354,445 guru dan 2.25
juta murid menggunakan pelantar DELIMa secara aktif bagi tujuan PdP
dalam talian. Ini merupakan satu peningkatan yang amat
memberangsangkan jika dibandingkan dengan penggunaan pada bulan
Ogos 2020 iaitu hanya seramai 143,855 guru dan 587,198 murid.
Selain daripada pelantar pembelajaran secara maya, PdP turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di TV Okey RTM, Tutor TV Astro
dan menerusi DidikTV KPM. Saluran DidikTV KPM yang bersiaran bermula
jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, menyiarkan rancangan yang
berteraskan kurikulum, kokurikulum, didik hibur (edutainment) dan
pembelajaran sepanjang hayat. Siaran ini dapat diikuti oleh murid seluruh
negara daripada tahap prasekolah, tahap 1, tahap 2, menengah rendah dan
menengah atas mengikut masa jadual siaran yang ditetapkan. Pengisian
rancangan yang disampaikan akan mencakupi kandungan kurikulum mata
pelajaran yang masih belum dipelajari oleh murid supaya murid dapat
menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalamkurikulum.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 133
SOALAN NO: 22
Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau
peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP
secara luar talian melalui penggunaan buku teks. Manakala buku aktiviti pula
boleh digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Selain itu, guru
menyediakan modul pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut
kepada murid. Guru juga mentaksir murid secara berterusan mengikut
kesesuaian dan melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan
murid.
Kesemua strategi dan intervensi yang dilaksanakan bertujuan untuk
memastikan murid tidak tercicir dan dapat mengikuti pembelajaran serta
akses pembelajaran yang berkualiti agar mereka terus berupaya berdaya
saing dalam era ekonomi digital.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 134