NO SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB PUAN LIM HUI YING
DARIPADA : 8 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah
kaedah yang akan diambil oleh Kementerian untuk membantu murid- murid
yang tidak ada "internet accessibility" atau liputan Internet yang kuat di
rumah supaya pembelajaran "e-learning" mereka tidak terbantut.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 36
NO SOALAN: 56
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk
pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turutdilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey
dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga
dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran
oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.
Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak sekolah
serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid tidak ketinggalan
dalam mengikuti pembelajaran. KPM ingin merakamkan penghargaan
kepada semua guru atas segala usaha yang telah dilaksanakan bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan walaupun dalam
keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut menghargai peranan
ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah berjalan
dengan baik.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 37
NO SOALAN: 56
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 38
NO SOALAN: 63
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
DARIPADA : 8 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
keberkesanan "Home-based Learning" dan apakah ada perancangan serta
kesediaan pihak Kementerian mempertingkatkan pendidikan melalui
platform digital.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 39
NO SOALAN: 63
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru danmurid.
Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini,
murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom dan
Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks
digital, video PdP, kuiz dan video permainan pembelajaran. Selain itu, ibu
bapa juga boleh akses EduwebTV dan CikgooTube untuk membantu dalam
pembelajaran anak mereka di rumah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan
Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan 670,118
responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid. Dapatan
kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3
peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan
46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga murid
yang memiliki lebihdaripada satu peranti bagi kegunaan pembelajaran
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 40
NO SOALAN: 63
secara dalam talian. Namun, dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9
peratus murid yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan
mereka mengikuti pembelajaran secara dalamtalian.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam
akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat
berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu,
PdP secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan
guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharuini.
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk
pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turutdilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey
dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga
dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran
oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 41
NO SOALAN: 63
berbanding kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, guru
mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang- kurangnya
mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang
diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM
sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 42
NO SOALAN: 14
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB DATUK JOHN AMBROSE
DARIPADA : 8 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembelajaran para
pelajar terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak terjejas
dan keciciran akibat penularan wabak COVID-19.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 43
NO SOALAN: 14
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini,
murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom dan
Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks
digital, video PdP, kuiz dan video permainan pembelajaran. Selain itu, ibu
bapa juga boleh akses EduwebTV dan CikgooTube untuk membantu dalam
pembelajaran anak mereka di rumah.
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses
pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai
akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui siaran
TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan saluran
Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan radio pendidikan juga dilaksanakan
menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 44
NO SOALAN: 14
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran
oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad berbanding
kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, guru
mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedahHome-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM
sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 45
NO SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
DARIPADA : 9 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil kepada pelajar Orang Asli
khususnya di luar bandar yang mana mereka ketinggalan dalam
pembelajaran ketika pandemik COVID-19 yang mana mereka tidak dapat
mengikuti kelas-kelas dalam talian (online class)seperti pelajar yang lain.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 46
NO SOALAN: 43
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam mendepani cabaran menyediakan akses pembelajaran kepada
murid–murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
pelbagai kaedah pembelajaran untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam. Ini termasuk akses pembelajaran
kepada kumpulan murid di kawasan luar bandar khususnya murid Orang
Asli. Bagi membantu kumpulan murid ini, kaedah pembelajaran turut
dilaksanakan menerusi platform televisyen dan radio.
KPM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia
(KKMM) telah memperkenalkan semula rancangan TV Pendidikan bermula 6
April 2020. Liputan yang meluas menerusi penggunaan televisyen ini sangat
memberi faedah kepada murid-murid Orang Asli khususnya di kawasan luar
bandar.
Selain itu, guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar termasuk
dalam komuniti Orang Asli juga telah menunjukkan komitmen dan kreativiti
yang tinggi dalam memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Contohnya, guru-guru di SK Sayong Pinang, Kulai, Johor telah
mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan mesyuarat dan berbincang
dengan wakil kampung komuniti Orang Asli di kawasan sekitar untuk
mengenal pasti keberadaan murid-murid semasa tempoh PKPP. Guru juga
menyediakan modul dan bahan pembelajaran secara konvensional untuk
diedarkan kepada murid-murid.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 47
NO SOALAN: 43
Jalinan kerjasama dilaksanakan dengan agensi di peringkat
persekutuan, negeri dan Tok Batin bagi komuniti Orang Asli sebagai medium
penghantaran bahan pembelajaran kepada murid-murid. Serahan bahan ini
dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, pandu-lalu di
hadapan pondok pengawal sekolah dan pasukan edar pakej nota dan latihan.
Usaha yang dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah adalah untuk
memastikan semua murid, termasuk murid Orang Asli dapat meneruskan
pembelajaran dan tidak tercicir daripadapersekolahan.
Sekian, terima kasih
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 48
NO. SOALAN: 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING
DARIPADA : 10 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pelajar di
kawasan luar bandar yang tidak ada akses baik kepada internet dan yang
kurang berkemampuan tidak tertinggal dari segi pembelajaran dalam
suasana persekolahan ketika pandemik COVID-19 sedang menular.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 49
NO. SOALAN: 48
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru danmurid.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan
Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian pada 28
Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan 670,118 responden yang
terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331murid. Dapatan kajian menunjukkan
6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki
komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid
memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga murid yang memiliki
lebih daripada satu peranti bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian.
Namun, dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang
tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti
pembelajaran secara dalamtalian.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam
akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat
berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu,
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 50
NO. SOALAN: 48
PdP secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan
guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah baharuini.
Dalam tempoh PKP dan sekolah ditutup, KPM sentiasa berusaha untuk
memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran secara seragam,
termasuk juga murid di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu
kumpulan murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat
peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based
Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan, rancangan radio
pendidikan dan serahan bahan pembelajaran kepada murid. Walau
bagaimanapun, apabila semua sekolah telah dibuka sepenuhnya pada 3
Ogos 2020, semua murid telah dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad berbanding
kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabilasekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, guru
mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM
sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 51
NO. SOALAN: 48
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 52
NO SOALAN: 19
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020
Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan tinjauan MOE dengan 670,118 ibubapa kepada 893,331 pelajar
antara bulan Mac dan April menunjukkan hanya 5.8% mempunyai tablet,
46.5% harus menggunakan telefon pintar mereka untuk mengakses
pembelajaran dalam talian. 36.9% pelajar tidak memiliki sebarang peranti.
Apakah sistem pendidikan kita terlalu tradisional sehingga apabila berlaku
perubahan secara tiba-tiba dalam landskap pendidikan sektor ini tidak
bersedia.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 53
NO SOALAN: 19
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Hasil kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan
bahawa 36.9 peratus murid tidak mempunyai peranti untuk akses kepada
pembelajaran atas talian. Menyedari akan masalah ini, KPM telah
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
membolehkan semua murid dapat akses kepada pendidikan. Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat daripada penularan
Covid-19, tindakan yang diambil oleh pihak KPM untuk memastikan semua
murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan Home Based Learning (HBL). Kaedah ini
dilaksanakan melalui pelantar pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang
kemudiannya dikenali sebagai Digital Education Learning Initiative Malaysia
(DELIMa). Pelantar ini boleh diakses oleh guru dan murid. Selain itu, mereka
juga boleh menggunakan pelantar EduwebTV, CikgooTube dan Kelas Digital
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
ii. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses
kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, kaedah Home-based Learning turut dilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey
dan saluran Tutor TV Astro di saluran 601 dan 603. Rancangan radio
pendidikan juga telah dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,
Terengganu FM dan Johor FM.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 54
NO SOALAN: 19
iii. Selain itu, bagi murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman khususnya, guru telah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan
bahan ini dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan
penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandulalu
di sekolah.
Dapatan dari kajian yang sama daripada soalan tersebut,menunjukkan
97.35 peratus ibu bapa mempunyai peranti seperti komputer peribadi (12.61
peratus), komputer riba (23.87 peratus), tablet (7.3 peratus) dan telefon pintar
(91.02 peratus). Sehubungan dengan itu, walaupun murid-murid tidak
mempunyai peranti, sebahagian besar masih boleh mengakses
pembelajaran secara dalam talian dengan menggunakan peranti yang
dimiliki oleh ibu bapamereka.
Bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan, pelbagai
penambahbaikan telah dilakukan dengan mengambil kira ‘last-practices’ di
negara maju seperti penggunaan Information and communications
technology (ICT), penerapan elemen Revolusi Industri 4.0 dalam PdP, dan
pembelajaran jarak jauh. Walau bagaimanapun, penyediaan infrastruktur ini
bergantung kepada keupayaan kewangan negara.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 55
NO SOALAN: 12
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
DARIPADA : 21 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Puan Raj Munni Binti Sabu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
inisiatif yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan pelajar selain
tingkatan 5 dan 6 tidak tercicir dalam pelajaran mereka akibat PKPP.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 56
NO SOALAN: 12
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab
menyediakan akses pendidikan yang seragam kepada semua murid
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah untuk
murid-murid di kawasan yang mempunyai capaian internet yang rendah.
Pelbagai platform pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara
dalam talian (online) mahu pun di luar talian disediakan oleh KPM untuk
meningkatkan kebolehcapaian (accessibility) semua murid termasuk murid-
murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.
Bagi tujuan PdP secara dalam talian, murid-murid dan guru-guru boleh
menggunakan pelantar pembelajaran digital iaitu Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang membolehkan mereka
mengakses pelbagai aplikasi, buku teks digital, video PdP, kuiz, video dan
permainan pembelajaran selain daripada pelantar EduwebTV, CikgooTube
dan Kelas Digital.
KPM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia
(KKMM) telah memperkenalkan semula rancangan TV Pendidikan di saluran
TV Okey bermula 6 April 2020 dan Tutor TV Astro di saluran 601 dan 603
mulai 4 Mei 2020. Liputan yang meluas menerusi penggunaan televisyen ini
memberi faedah kepada murid-murid di kawasan luar bandar termasuklah di
pedalaman Sabah dan Sarawak. Rancangan radio pendidikan pula telah
dilaksanakan di beberapa negeri seperti di Kedah, Terengganu dan Johor.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 57
NO SOALAN: 12
Bagi kumpulan murid yang tidak mempunyai alatan teknologi di rumah,
PdP dilaksanakan melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid
melalui perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa
dan Guru dan kaunter pandu lalu di sekolah termasuk melalui faksimili
kepada sekolah untuk dicetak dan diedarkan kepada murid.
Semua langkah ini membuktikan pihak KPM peka terhadap keperluan
murid dalam menentukan aktiviti yang sesuai berdasarkan analisis keperluan
dari segi persekitaran, intelek, emosi dan jasmani murid.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 58
NO SOALAN: 11
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
YB DATUK JOHN AMBROSE
DARIPADA : 22 SEPTEMBER 2020
TARIKH :
Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status
bagi Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk Sekolah Rendah bagi sesi
2020 ini memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), PKPB dan PKPP tiada sesi persekolahan dijalankan. Nyatakan
langkah pihak Kementerian yang telah diambil dalam membantu pelajar-
pelajar di luar bandar sepanjang tempoh PKP kerana dimaklumkan bahawa
tugasan sekolah anak-anak ini diberi melalui digital (Whatsapp, Telegram)
dan perlu menggunakan internet. Bagaimana dengan nasib anak-anak yang
tiada kemudahan peranti mudah alih serta kemudahan internet sehingga
menyebabkan mereka keciciran berbanding rakan-rakan mereka di bandar.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 59
NO SOALAN: 11
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan meneruskan
Program Sarapan Pagi. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 15 Januari 2020 dengan mengambil kira implikasi kos
pelaksanaan dan kelestarian program. Jemaah Menteri juga memutuskan
supaya program rancangan makanan yang sedia ada untuk murid sekolah
rendah, iaitu program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan
dengan beberapa penambahbaikan.
Sehubungan dengan itu, KPM telah melaksanakan Penambahbaikan
Program Rancangan Makanan Tambahan (PPRMT) di 100 buah sekolah
yang terpilih di seluruh negara bermula pada 20 Januari 2020. Dalam masa
yang sama, KPM juga masih meneruskan program RMT yang sedia ada di
semua sekolah rendah. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,
program PPRMT dan RMT ditangguhkan kerana semua sekolah rendah
tidak beroperasi. Namun, apabila sekolah rendah dibuka semula mulai pada
15 Julai 2020, PPRMT dan RMT diteruskan semula seperti biasa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan yang selamat sepanjang tempoh PKP. Oleh itu,
KPM menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses kepada
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 60
NO SOALAN: 11
talian Internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam
talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV
Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan saluran Tutor
TV Astro di saluran 601 dan 603. Selain daripada itu, pek pembelajaran dipos,
dihantar oleh guru atau diambil oleh ibu bapa di sekolah.
Bagi memastikan murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman tidak tercicir, guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran
oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kaunter pandu lalu di sekolah.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 61
PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT
DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KE 14 TAHUN 2020
(2 NOVEMBER HINGGA 15 DISEMBER 2020)
NO. SOALAN : 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [SANDAKAN]
DARIPADA : 4 NOVEMBER 2020 (RABU)
TARIKH :
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil
oleh Kementerian untuk membantu para pelajar meneruskan sesi
pembelajaran dari rumah melalui platform dalam talian, terutamanya mereka
yang tidak memiliki komputer atau komputer riba di rumah memandangkan
pandemik COVID-19 akanberpanjangan.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 63
NO. SOALAN : 21
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). KPM sentiasa berusaha menyediakan akses
pembelajaran kepada murid secara dalam talian dan luar talian mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Namun demikian, KPM menyedari masih wujud jurang digital dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi,
sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.
Berdasarkan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam
Talian yang telah dilaksanakan pada 28 Mac hingga 2 April 2020, masih
terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi
membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Kajian
ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada
893,331 murid.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti yang bersesuaian akses internet. Keadaan ini menyebabkan
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada
semua murid.
Walau bagaimanapun, setelah sekolah dibuka semula secara
berperingkat mulai 24 Jun 2020, semua murid dapat kembali berpeluang
mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Ini membolehkan murid
memaksimumkan masa untuk belajar bagi mencapai tahap penguasaan
minimum dalam setiap mata pelajaran atau sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup semula, murid perlu
meneruskan pembelajaran di rumah. Dalam situasi kali ini, didapati murid dan
guru lebih bersedia kerana mereka telah mempunyai pengalaman
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah belajar dalam
tempoh PKP sebelum ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini,
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 64
NO. SOALAN : 21
guru komited dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan murid
tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP di
rumah, khususnya bagi sekolah-sekolah yang ditutup atau sekolah yang
melaksanakan Model Pembukaan Sekolah Secara Penggiliran, KPM telah
menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini
adalah sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdP secara
berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di
rumah dengan optimum, selaras dengan pembelajaran norma baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, PdP turut dilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan di saluran TV Okey RTM dan Tutor TV Astro.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian. Murid-
murid juga boleh menggunakan buku teks cetak dan buku aktiviti sebagai
bahan rujukan dan melaksanakan aktiviti seperti mencatat nota, membuat
rumusan atau melukis sesuatu konsep.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. KPM akan
melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh
pelaksanaan pembelajaran dalam talian, terutamanya dari segi peranti,
capaian, sumber dankebolehcapaian.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 65
NO. SOALAN : 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ]
DARIPADA : 04 NOVEMBER 2020 (RABU)
TARIKH :
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah
Kementerian dalam memastikan guru-guru dapat menghabiskan silibus
pengajaran tahunan dan pelajar-pelajar dapat memahami kandungan silibus
ini dengan baik dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.
Rujukan: Keputusan KPM tutup sekolah berdasarkan penelitian data dan
perbincangan.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 66
NO. SOALAN : 26
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam
membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berterusan khususnya apabila negara dilanda pandemik COVID-19. Dalam
usaha memastikan guru dapat menghabiskan silibus, KPM telah
melaksanakan penjajaran kurikulum semua mata pelajaran berdasarkan
kurikulum sedia ada, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Ini melibatkan penyusunan
semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran berdasarkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata
pelajaran.
Melalui penjajaran kurikulum ini, guru boleh merancang pengajaran
dan pembelajaran dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun
(blended learning). Pembelajaran teradun melibatkan penggabungan teknik
pengajaran bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah
yang dirancang secara berstruktur. KPM turut melaksanakan kunjung bantu
ke sekolah untuk memberi bimbingan kepada guru berdasarkan kepada
kurikulum yang dijajarkan dalam tempoh persekolahan yang berbaki bagi
tahun 2020.
Selain itu, KPM juga telah menyediakan Manual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berstruktur dan
terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah secara
optimum, selaras dengan pembelajaran norma baharu. Pelbagai kaedah dan
pendekatan boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan PdPR seperti
menggunakan platform DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video)
dan Cikgootube. Malah, guru juga boleh menyediakan pek pembelajaran
dengan pelbagai maklumat serta aktiviti yang bersesuaian untuk
dilaksanakan oleh murid di rumah.
Di samping itu, pelbagai bahan sokongan berbentuk digital dan mod
pembelajaran dalam talian yang mudah diakses melalui DELIMa telah
dipertingkatkan bagi membantu guru dan murid dalam pelaksanaan PdP.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 67
NO. SOALAN : 26
Bagi mengukuhkan penguasaan murid, pentaksiran dilaksanakan secara
berterusan melalui pelbagai kaedah seperti tugasan, kerja projek dan
sebagainya. Pentaksiran membolehkan gurumerancang dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Selain itu, KPM telah mengambil inisiatif meminda takwim
persekolahan tahun 2020 dengan memaksimumkan tempoh hari
persekolahan dan mengubah cuti akhir tahun. Perubahan takwim ini dapat
membantu guru memperoleh tempoh yang mencukupi untuk menghabiskan
silibus tahunan yang telah dirancang dan membolehkan murid mempunyai
tempoh pembelajaran yang mencukupi sebagai persediaan pembelajaran
tahun berikutnya.
KPM juga telah meminda jadual peperiksaan awam tahun 2020 kepada
awal tahun 2021 bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran
yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi sebelum menduduki
peperiksaan tersebut.
KPM akan sentiasa berusaha untuk memastikan murid dapat terus
mengikuti pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, terutamanya dalam
keadaan yang mencabar ini. Dalam hal ini, KPM amat menghargai peranan
guru dan ibu bapa untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 68
NO. SOALAN : 30
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU
TARIKH : [ TUARAN ]
04 NOVEMBER 2020 (RABU)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa peruntukan yang telah
diberikan untuk menerbitkan buku-buku teks Bahasa Kadazandusun sejak
mata pelajaran ini diperkenalkan sehingga sekarang bagi sekolah rendah
dan juga sekolah menengah.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 69
NO. SOALAN : 30
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Mata pelajaran Bahasa Kadazandusun telah diperkenalkan mulai
tahun 1998 untuk sekolah rendah dan pada tahun 2006 untuk Tingkatan 1
sekolah menengah. Sejak mula dilaksanakan sehingga tahun 2020,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sejumlah
RM8.959 juta bagi penerbitan dan pembekalan buku teks Bahasa
Kadazandusun untuk kegunaan murid-murid di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sebanyak RM6.096
juta adalah bagi buku teks Bahasa Kadazandusun untuk sekolah rendah dan
RM2.863 juta lagi untuk sekolahmenengah.
Bagi tahun 2020, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM1.083 juta
bagi penerbitan dan pembekalan buku teks Bahasa Kadazandusun untuk
kegunaan tahun 2021. Jumlah peruntukan ini merangkumi RM584,500 untuk
sekolah rendah dan RM498,500 untuk sekolah menengah. Sehingga kini,
sebanyak 410 sekolah rendah dan 44 sekolah menengah menawarkan
mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Bilangan murid yang mengikuti
mata pelajaran tersebut adalah seramai 47,191 orang murid sekolah rendah
dan 6,199 orang murid sekolahmenengah.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 70
NO. SOALAN : 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ]
TARIKH : 4 NOVEMBER 2020 (RABU)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang telah
dilaksanakan untuk mengurangkan jurang digital antara murid-murid bandar
dan luar bandar, golongan B40, M40 serta T20 supaya kanak- kanak kurang
berkemampuan tidak akan diabaikan terutama semasa penularan wabak
pendemik COVID-19.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 71
NO. SOALAN : 38
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). KPM sentiasa berusaha menyediakan akses
pembelajaran kepada murid secara dalam talian dan luar talian mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Namun demikian, KPM menyedari masih wujud jurang digital dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi,
sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.
Berdasarkan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam
Talian yang telah dilaksanakan pada 28 Mac hingga 2 April 2020, masih
terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi
membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Kajian
ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada
893,331 murid.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti yang bersesuaian akses internet. Keadaan ini menyebabkan
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada
semua murid.
Walau bagaimanapun, setelah sekolah dibuka semula secara
berperingkat mulai 24 Jun 2020, semua murid dapat kembali berpeluang
mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Ini membolehkan murid
memaksimumkan masa untuk belajar bagi mencapai tahap penguasaan
minimum dalam setiap mata pelajaran atau sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup semula, murid perlu
meneruskan pembelajaran di rumah. Dalam situasi kali ini, didapati murid dan
guru lebih bersedia kerana mereka telah mempunyai pengalaman
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah belajar dalam
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 72
NO. SOALAN : 38
tempoh PKP sebelum ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, guru
komited dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan murid tidak
ketinggalan dalam pembelajaran.
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP di
rumah, khususnya bagi sekolah-sekolah yang ditutup atau sekolah yang
melaksanakan Model Pembukaan Sekolah Secara Penggiliran, KPM telah
menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini
adalah sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdP secara
berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di
rumah dengan optimum, selaras dengan pembelajaran norma baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, PdP turut dilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan di saluran TV Okey RTMdan Tutor TV Astro. Di
samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui serahan
bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian. Murid-murid juga
boleh menggunakan buku teks cetak dan buku aktiviti sebagai bahan rujukan
dan melaksanakan aktiviti seperti mencatat nota, membuat rumusan atau
melukis sesuatu konsep.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. KPM akan
melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh
pelaksanaan pembelajaran dalam talian, terutamanya dari segi peranti,
capaian, sumber dankebolehcapaian.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 73
NO. SOALAN : 50
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ]
TARIKH : 04 NOVEMBER 2020 (RABU)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil
untuk mengatasi masalah tiada akses kemudahan internet kepada pelajar-
pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak dan daripada keluarga
yang kurang berkemampuan membeli peranti mudah alih untuk memastikan
sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian berjalan lancar
sejak pelaksanaan PKP dan apakah rancangan Kementerian untuk
kemudahan internet di Sarawak pada masa depan.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 74
NO. SOALAN : 50
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). KPM sentiasa berusaha menyediakan akses
pembelajaran kepada murid secara dalam talian dan luar talian mengikut
kesesuaian guru dan murid.
Namun demikian, KPM menyedari masih wujud jurang digital dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi
di seluruh negara termasuk di Sarawak, sama ada di kawasan bandar, luar
bandar ataupun kawasan pedalaman. Berdasarkan Kajian Kesediaan Murid
dalam Pembelajaran Secara dalam Talian yang telah dilaksanakan pada 28
Mac hingga 2 April 2020, masih terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai
sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara
dalam talian. Kajian ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada
ibu bapa kepada 893,331 murid.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak
dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana
tidak memiliki peranti yang bersesuaian dan akses Internet. Keadaan ini
menyebabkan pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan
seragam kepada semuamurid.
Walau bagaimanapun, setelah sekolah dibuka semula secara
berperingkat mulai 24 Jun 2020, semua murid dapat kembali berpeluang
mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Ini membolehkan murid
memaksimumkan masa untuk belajar bagi mencapai tahap penguasaan
minimum dalam setiap mata pelajaran atau sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup semula, murid perlu
meneruskan pembelajaran di rumah. Dalam situasi kali ini, didapati murid dan
guru lebih bersedia kerana mereka telah mempunyai pengalaman
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah belajar dalam
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 75
NO. SOALAN : 50
tempoh PKP sebelum ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, guru
komited dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan murid tidak
ketinggalan dalam pembelajaran.
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP di
rumah, khususnya bagi sekolah-sekolah yang ditutup atau sekolah yang
melaksanakan Model Pembukaan Sekolah Secara Penggiliran, KPM telah
menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini
adalah sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdP secara
berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di
rumah dengan optimum, selaras dengan pembelajaran norma baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, PdP turut dilaksanakan
melalui siaran TV Pendidikan di saluran TV Okey RTM dan Tutor TV Astro.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian. Murid-
murid juga boleh menggunakan buku teks cetak dan buku aktiviti sebagai
bahan rujukan dan melaksanakan aktiviti seperti mencatat nota, membuat
rumusan atau melukis sesuatu konsep.
Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. KPM akan
melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh
pelaksanaan pembelajaran dalam talian, terutamanya dari segi peranti,
capaian, sumber dankebolehcapaian.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 76
NO. SOALAN : 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ]
TARIKH : 10 NOVEMBER 2020 (SELASA)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian sedar
bahawa masih ramai pelajar dalam negara ini yang tidak mampu memiliki
komputer untuk mengikuti program pembelajaran atas talian yang terpaksa
dibuat disebabkan oleh pandemik COVID-19. Apakah langkah Kementerian
untuk mengatasinya.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19. KPM sentiasa berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid secara dalam talian dan luar
talian mengikut kesesuaian guru dan murid.
Namun demikian, KPM menyedari masih wujud jurang digital dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi,
sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.
Berdasarkan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam
Talian yang telah dilaksanakan pada 28 Mac hingga 2 April 2020, masih
terdapat 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi
membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 77
NO. SOALAN : 24
Kajian ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa
kepada 893,331 murid.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak
memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam
akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat
berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid.
Walau bagaimanapun, setelah sekolah dibuka semula secara
berperingkat mulai 24 Jun 2020, semua murid dapat kembali berpeluang
mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Ini membolehkan murid
memaksimumkan masa untuk belajar secara bersemuka bagi mencapai
tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran atau sebagai
persediaan untuk menduduki peperiksaan.
Apabila berlakunya gelombang ketiga pandemic COVID-19, terdapat
sekolah yang terpaksa ditutup semula dan murid perlu meneruskan
pembelajaran di rumah. Dalam situasi kali ini, didapati murid dan guru lebih
bersedia kerana mereka telah mempunyai pengalaman melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah semasa PKP sebelum ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, guru sentiasa komited dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan murid tidak ketinggalan
dalam pembelajaran.
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP di
rumah, KPM telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR). Ini adalah sebagai panduan kepada guru dalam
melaksanakan PdP secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat
mengikuti pembelajaran di rumah dengan optimum. Panduan PdPR ini
adalah meliputi pelbagai kaedah PdP yang dapat dilakukan dari rumah secara
seperti dalam talian (online), luar talian (offline) atau off-site, menggunakan
modul pembelajaran dan berasaskanprojek.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kumpulan
murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti
yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, PdP turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di saluran TV Okey RTM dan
Tutor TV Astro. Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 78
NO. SOALAN : 24
melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid dengan pelbagai kaedah
mengikut kesesuaian. Murid-murid juga boleh menggunakan buku teks
cetak dan buku aktiviti sebagai bahan rujukan dan melaksanakan aktiviti
seperti mencatat nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep.
Bagi murid yang mengikuti PdP di rumah dan mempunyai peranti serta
akses internet pula, KPM menyediakan kemudahan pembelajaran dalam
talian melalui platform sepertiberikut:
a) Pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Education Learning Initiative
Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru boleh akses
kepada aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet, Microsoft
365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz
dan video permainanpembelajaran;
b) Koleksi video pendidikan melalui pelantar EduwebTV dan CikgooTube
bagi perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru untuk PdP;
dan
c) Program dan aktiviti seperti kelas digital (e-class) untuk murid dan
webinar bagi guru.
KPM sedang di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Ini termasuklah
mengambilkira keperluan pemilikan peranti oleh murid dan juga akses
internet di sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang
dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6
November 2020.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 79
NO. SOALAN : 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TARIKH : [ PANDAN ]
10 NOVEMBER 2020 (SELASA)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jurang pendidikan dan
pembelajaran antara pelajar-pelajar berkemampuan dan pelajar-pelajar dari
keluarga mudah terjejas semakin ketara apabila persekolahan semakin
memerlukan akses internet dan komputer. Apakah usaha Kementerian untuk
memastikan pelajar-pelajar tidak terus ketinggalan dalam pendidikan
masing-masing.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan
semua murid dapat mengikuti pembelajaran secara menyeluruh dan
seragam. Namun demikian, KPM menyedari masih wujud jurang digital
dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan
pedalaman.
Dalam hal ini, KPM telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam
Pembelajaran Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April 2020 dan
melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada
893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat 36.9 peratus
murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 80
NO. SOALAN : 43
Dapatan ini juga menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak
dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana
tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan
dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak
dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha untuk
memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran, termasuk juga
murid daripada keluarga mudah terjejas. Bagi membantu kumpulan murid
yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang
sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, pengajaran dan
pembelajaran (PdP) turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di
saluran TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Di samping itu, terdapat juga guru
yang melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid
dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian. Murid-murid juga boleh
menggunakan buku teks cetak dan buku aktiviti sebagai bahan rujukan dan
melaksanakan aktiviti seperti mencatat nota, membuat rumusan atau
melukis sesuatu konsep.
Bagi murid yang mengikuti PdP di rumah dan mempunyai peranti serta
akses internet pula, KPM menyediakan kemudahan pembelajaran dalam
talian melalui platform sepertiberikut:
a) Pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Education Learning Initiative
Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru boleh akses
kepada aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet, Microsoft
365, Apple Teacher Learning Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz
dan video permainanpembelajaran;
b) Koleksi video pendidikan melalui pelantar EduwebTV dan CikgooTube
bagi perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru untuk PdP;
dan
c) Program dan aktiviti seperti kelas digital (e-class) untuk murid dan
webinar bagi guru.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 81
NO. SOALAN : 43
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah, KPM telah menyediakan
Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini adalah sebagai
panduan kepada guru dalam melaksanakan PdP secara berstruktur dan
terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah dengan
optimum. Panduan PdPR ini adalah meliputi pelbagai kaedah PdP yang
dapat dilakukan dari rumah secara seperti dalam talian (online), luar talian
(offline) atau off-site, menggunakan modul pembelajaran dan berasaskan
projek.
KPM sedang di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan yang
komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara. Ini termasuklah
mengambilkira keperluan pemilikan peranti oleh murid dan juga akses
internet di sekolah di seluruh negara. Perkara ini adalah antara butiran yang
dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6
November 2020.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 82
NO. SOALAN : 46
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :
TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL
TARIKH : [ LEMBAH PANTAI ]
10 NOVEMBER 2020 (SELASA)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesan pandemik COVID-19
terhadap pendidikan murid-murid Tahun 1 hingga 6, dan apakah langkah-
langkah Kementerian untuk mengatasi masalah jurang pembelajaran
(learning gap) ini.
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 83
NO. SOALAN : 46
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan melibatkan
pelbagai pihak berkepentingan, merangkumi lebih 5 juta orang murid dan
pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Antara kesan langsung kepada murid, termasuk
murid Tahun 1 hingga Tahun 6, adalah penutupan semua sekolah selama
hampir 4 bulan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
mulai bulan Mac2020.
Dalam tempoh penutupan sekolah semasa PKP, sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kepada semua murid tidak dapat dilaksanakan secara
bersemula. Oleh demikian, KPM telah menyediakan akses pembelajaran
kepada murid melalui kaedah Home-based Learning mengikut kesesuaian
guru dan murid. Sekolah telah dibuka semula sepenuhnya pada bulan Julai
2020 dan murid mengikuti pembelajaran secara bersemuka.
Sebagai langkah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdP di
rumah, KPM telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR). Ini adalah sebagai panduan kepada guru dalam
melaksanakan PdP secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat
mengikuti pembelajaran di rumah dengan optimum. Panduan PdPR ini
adalah meliputi pelbagai kaedah PdP yang dapat dilakukan dari rumah secara
seperti dalam talian (online), luar talian (offline) atau off-site, menggunakan
modul pembelajaran dan berasaskanprojek.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kumpulan
murid, termasuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang tidak mempunyai akses
kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran
secara dalam talian, PdP turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di
saluran TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Di samping itu, terdapat juga guru
yang melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid
dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian.
Murid-murid juga boleh menggunakan buku teks cetak dan buku
aktiviti sebagai bahan rujukan dan melaksanakan aktiviti seperti mencatat
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 84