SOALAN NO : 49
membawa saiz botol minuman / makanan / pakaian lain. Murid dibenarkan
memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.
Seterusnya, KPM telah melaksanakan transformasi kurikulum untuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah mulai tahun 2017. Melalui transformasi kurikulum ini, peruntukan
masa bagi setiap mata pelajaran telah berubah daripada minit seminggu
kepada mininum jam setahun. Perubahan peruntukan waktu ini memberi
keluwesan kepada sekolah untuk menyusun jadual waktu mengikut
kesesuaian dan membolehkan sekolah menentukan jumlah mata pelajaran
yang diajar dalam sehari dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam
menangani bebanan beg sekolah tanpa menjejaskan hasrat kurikulum yang
hendak dicapai.
Selain daripada itu, KPM juga telah mengambil langkah proaktif dengan
memanfaatkan teknologi melalui Roadmap Transformasi Buku Teks 2013-
2025 untuk mendigitalkan buku teks bercetak secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan, KPM telah mendigitalkan 451 buku teks bercetak dalam
versi PDF dan buku-buku ini telah dimuat naik dalam portal pembelajaran
maya Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet sebagai bahan
sokongan untuk kegunaan murid dan guru.
Pendigitalan buku teks dapat membudayakan ubiquitous learning
dengan penggunaan alat peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Inovasi
pendigitalan buku teks ini juga membolehkan murid mendapatkan
pengetahuan beyond the classroom dan juga dapat menyelesaikan masalah
beg berat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, penggunaan buku teks
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 334
SOALAN NO : 49
digital dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks
bercetak.
KPM juga ingin menegaskan bahawa Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil.1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah masih berkuat kuasa dan perlu
dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. SPI ini dikeluarkan sebagai garis
panduan penggunaan buku kerja sekolah rendah oleh semua Guru Besar dan
guru. Berdasarkan pekeliling tersebut, murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan
menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti telah disediakan oleh
KPM. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja
dibenarkan untuk setiap murid bagi tiap-tiap satu mata pelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja atau buku latihan
yang dipilih oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau
tidak buku kerja yang dicadangkan. Pemantauan terhadap pematuhan
kepada SPI Bil.1/2000 juga dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 335
SOALAN NO : 49
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RJM48
Jabatan/Bahagian BSTP
Pegawai Penyedia
Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID
Jawatan TIMBALAN PENGARAH
No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431
Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR
Jawatan PENGARAH
No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 336
SOALAN NO : 49
RJM48
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 337
SOALAN NO : 47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING
[ PENAMPANG ]
TARIKH : 21 MAC 2022 (ISNIN)
SOALAN
DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan pelan perancangan Kementerian memperbaiki
mutu pendidikan, pembaikan kerosakan bangunan sekolah dan meningkatkan
capaian internet bagi murid di kawasan pedalaman yang menjalani
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Sabah.
BSTP
BP
BPM
Input KKMM
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 338
SOALAN NO : 47
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
KPM sentiasa komited untuk memastikan murid dapat meneruskan
pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan mendapat akses kepada
pembelajaran yang berkualiti pada setiap masa. KPM telah menyediakan
akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah PdPR. PdPR boleh
dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam talian (online), luar
talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru dan murid.
Bagi menjamin mutu pendidikan tidak terjejas semasa PdPR, KPM telah
menyediakan latihan kepada guru untuk memastikan mereka berupaya
melaksanakan PdPR secara berkesan. Dalam aspek latihan guru,
perancangan peningkatan kompetensi guru dilaksana berdasarkan Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK). Mengambil kira keperluan
PdPR, kedua-dua pelan ini telah diselaras semula untuk memantapkan ilmu,
kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan PdPR.
Berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM), sehingga September 2021, sebanyak 1,949
aktiviti PPB berkaitan Digital/ICT telah dilaksanakan untuk guru di seluruh
negara termasuk guru di Sabah. Selain itu KPM juga melalui Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), telah menyediakan pelbagai latihan
berkaitan teknologi digital untuk memperkasakan kemahiran guru dalam
pengintegrasian teknologi pendidikan. Dalam usaha menyokong keperluan
pengajaran dan memantapkan kemahiran guru, KPM juga menyediakan
sumber pendidikan melalui pelantar DELIMa dan KPMPerkasaKU.
Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai terutama di kawasan pedalaman Sabah, guru mengambil inisiatif
untuk melaksanakan PdP secara luar talian melalui penggunaan buku teks
dan modul pembelajaran. Buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat
latihan ulangkaji. Guru juga mentaksir murid secara berterusan mengikut
kesesuaian dan melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 339
SOALAN NO : 47
murid.
Selain itu, bagi meningkatkan akses sumber pembelajaran murid
terutama di kawasan pedalaman Sabah, KPM masih meneruskan siaran TV
Pendidikan secara terestrial. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV
Pendidikan melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro.
Kandungan yang disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum peringkat
prasekolah hingga ke tingkatan enam.
Bagi meningkatkan lagi akses PdPR, KPM telah menyediakan capaian
Internet untuk 1,295 sekolah di Sabah. Daripada jumlah ini, sebanyak 287
sekolah di kawasan pedalaman telah disediakan dengan capaian Internet
yang menggunakan teknologi talian jalur lebar tanpa wayar dan talian satelit
Very Small Aperture Terminal (VSAT). Dalam usaha untuk memastikan
capaian Internet di sekolah KPM terus dipertingkatkan, KPM sedang
bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti pendekatan terbaik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menambah baik
infrastruktur digital di Sabah terutama bagi pelaksanaan PdPR, inisiatif melalui
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) terus dipertingkatkan. Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah meningkatkan peratusan
liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah kepada 85.7% pada suku ketiga
2021 berbanding 73.41% sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua
2020. Usaha penambahbaikan rangkaian akan diteruskan untuk memberikan
kualiti liputan yang lebih baik kepada pengguna termasuklah murid.
Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang perancangan
pembaikan kerosakan bangunan, KPM sentiasa komited untuk menyediakan
infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan
warga sekolah. Dalam hal ini, KPM telah menyediakan peruntukan bagi tujuan
penyelenggaraan untuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Peruntukan untuk tujuan tersebut akan disalurkan berdasarkan kepada
permohonan dan susunan keutamaan mengikut tahap kerosakan yang perlu
dibaiki. KPM telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM118.1 juta bagi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 340
SOALAN NO : 47
menyelenggara sekolah-sekolah di negeri Sabah dari tahun 2018 hingga
2021.
KPM yakin perancangan holistik ini dapat memastikan mutu pendidikan
terjamin bagi membolehkan murid mengikuti PdPR secara lebih berkesan.
RJM49
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 341
SOALAN NO : 47
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Statistik Talian Internet Keseluruhan Negeri Sabah
LOKASI TM CELCOM MAXIS BIZ MAXIS FIXED MAXIS MEASAT TIADA JUMLAH
UNIFI 4G FIBER WIRELESS VSAT CONNECTME 1
BROADBAND 1 180
59 1,116
Bandar 88 72 2 17 59 1,296
Luar Bandar 31 735 122 169
JUMLAH 119 807 2 139 169
*Luar bandar adalah merangkumi kawasan pedalaman
Statistik Talian Internet Sekolah Pedalaman
KATEGORI CELCOM 4G FIXED MAXIS VSAT MEASAT JUMLAH
PEDALAMAN WIRELESS CONNECTME
BROADBAND 31 118
23 11 66
P1 63 13 47 5 103
101 18 287
P2 36 2 34
P3 36 2
JUMLAH 135 17
SOALAN JANGKAAN 1:
JAWAPAN:
SOALAN JANGKAAN 2:
JAWAPAN:
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 342
SOALAN NO : 47
SOALAN LEPAS:
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 343
SOALAN NO : 47
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RJM49
Jabatan/Bahagian BSTP
Pegawai Penyedia
Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID
Jawatan TIMBALAN PENGARAH
No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431
Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama PUAN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
Jawatan PENGARAH
No. Telefon 03-20818118 No. H/P 012-774 8987
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 344
SOALAN NO : 47
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RJM49
Jabatan/Bahagian BPM
Pegawai Penyedia
Nama WAN NUR SYUKURILAH WAN HANAFI
Jawatan KETUA PENOLONG SETIAUSAHA KANAN
No. Telefon 03 8884 3503 No. H/P 012 390 7697
Nama NORHAYATI KHAMIDIN
Jawatan KETUA PENOLONG SETIAUSAHA
No. Telefon 03 8884 3545 No. H/P 017 695 8001
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama Ts. AZLINA AZMAN
Jawatan SETIAUSAHA BAHAGIAN
No. Telefon 03 8884 3501 No. H/P 017 879 8395
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 345
SOALAN NO : 47
RJM49
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 346
SOALAN NO : 81
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE
BIN MOHD AKIN [ HANG TUAH JAYA ]
TARIKH : 21 MAC 2022 (ISNIN)
SOALAN
DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN minta
MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian
mempunyai perancangan untuk menyelaraskan pembelajaran secara fizikal
dan pelaksanaan pembelajaran atas talian agar pelajar-pelajar dan guru-guru
sentiasa bersiap siaga sekiranya terdapat kekangan dalam menjalankan
mana-mana jenis pembelajaran.
BPSH
BSTP
BPK
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 347
SOALAN NO : 81
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu pelan
komprehensif pembukaan semula sekolah bagi memastikan murid dapat
kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat.
Berdasarkan pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia,
pengoperasian sekolah khususnya bagi penggal 3, sesi 2021/2022 dilaksana
dengan kaedah kehadiran secara bersemuka tanpa penggiliran, kehadiran
secara penggiliran mengikut minggu dan juga melaksana Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi kumpulan murid tertentu di sekolah
rendah dan sekolah menengah.
Bagi tujuan tersebut, KPM juga telah menyediakan Manual
Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran dan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebagai panduan kepada
pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa/penjaga dalam memastikan
pembelajaran murid secara optimum. Kedua-dua manual ini membolehkan
pembelajaran secara fizikal dan dalam talian dapat dilaksanakan oleh guru
dan murid walaupun terdapat kekangan dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan
pelantar DELIMa yang lengkap dengan fitur baharu bagi meningkatkan
pengalaman pengguna, analitis data, kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Pelantar DELIMa telah mendapat tahap penerimaan yang tinggi
daripada guru dan murid. Berdasarkan data penggunaan DELIMa pada 20
Februari 2022, bilangan kekerapan daftar masuk guru ke pelantar DELIMa
adalah sebanyak 441,471 kali, manakala bilangan kekerapan daftar masuk
murid pula adalah sebanyak 3.5 juta kali. Bilangan daftar masuk yang tinggi ini
menunjukkan PdP dalam talian turut dilaksanakan secara aktif oleh guru dan
murid. KPM sentiasa bersiap siaga bagi memastikan pembelajaran murid tidak
terjejas dan dapat dilaksanakan dengan efektif.
RJM57
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 348
SOALAN NO : 81
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Input BSTP:
KPM telah menaik taraf dan menambah baik pelantar DELIMa dengan
fitur baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna, analitis data,
kandungan dan pembelajaran diperibadikan. Semua kemudahan yang
disediakan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan dan memperluas peluang murid untuk belajar, meningkatkan
motivasi dan prestasi bagi membangunkan potensi serta bakat mereka secara
menyeluruh. Murid juga berupaya melaksanakan pembelajaran aktif secara
kendiri melalui akses kandungan pembelajaran dalam pelbagai format yang
disediakan.
KPM telah menambah lebih banyak bahan PdP melalui pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini merupakan
pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai aplikasi, perkhidmatan dan
sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video pendidikan, kuiz dan
permainan pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh digunakan oleh guru, murid
dan ibu bapa. Sehingga kini, KPM telah menyediakan 3,245 video kurikulum,
324 video pedagogi dan 3,218 video DidikTV KPM.
Pelantar DELIMa telah mendapat tahap penerimaan yang tinggi
daripada guru dan murid. Berdasarkan data pada 20 Februari 2022, seramai
441,471 guru dan 3.5 juta murid menggunakan pelantar DELIMa secara aktif
bagi tujuan PdP dalam talian.
Selain daripada pelantar pembelajaran digital, PdP yang melibatkan
pendekatan audio visual turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di
TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan menerusi DidikTV KPM. Saluran DidikTV
KPM yang bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,
menyiarkan rancangan yang berteraskan kurikulum, kokurikulum, didik hibur
(edutainment) dan pembelajaran sepanjang hayat. Siaran ini dapat diikuti oleh
murid seluruh negara daripada tahap prasekolah,
tahap 1, tahap 2, menengah rendah dan menengah atas mengikut masa
jadual siaran yang ditetapkan. Pengisian rancangan yang disampaikan akan
mencakupi kandungan kurikulum mata pelajaran yang masih belum dipelajari
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 349
SOALAN NO : 81
oleh murid supaya murid dapat menguasai standard pembelajaran yang telah
ditetapkan dalam kurikulum.
Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar
talian melalui penggunaan buku teks. Manakala buku aktiviti pula boleh
digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Selain itu, guru menyediakan
modul pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut kepada murid.
Guru juga mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan
melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 350
SOALAN NO : 81
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RJM57
Jabatan/Bahagian BPSH
Pegawai Penyedia
Nama DR. RUSDI BIN MAT NOR
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon 03 88830648 No. H/P 019-625 9192
Nama DR. RAHIMAH BINTI ADAM
Jawatan TIMBALAN PENGARAH
No. Telefon 0388849310 No. H/P 013-6851005
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama EN. ZAINAL BIN ABAS
Jawatan PENGARAH
No. Telefon 03- 8884 9306 NO. 019-329 9683
H/P
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 351
SOALAN NO : 81
RJM57
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 352
SOALAN NO : 11
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
[ BESUT ]
TARIKH : 24 MAC 2022 (KHAMIS)
SOALAN
DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menambah
baik pembelajaran secara bersemuka susulan penularan COVID-19 yang
masih belum menunjukkan tanda ia akan stabil dalam masa terdekat.
BPSH
BSTP
BPK
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 353
SOALAN NO : 11
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan
persekitaran sekolah adalah selamat bagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sekolah, KPM telah
menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0
(GPPPS) 3.0 sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN),
pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru. Garis Panduan ini
mengandungi panduan khusus mengenai prosedur pengurusan murid
bergejala, murid disahkan positif COVID-19, murid yang dikenal pasti sebagai
kontak rapat pesakit COVID-19 di sekolah dan penutupan sekolah.
Selari dengan situasi semasa berkenaan penularan wabak COVID-19,
KPM sentiasa berbincang secara berkala bersama-sama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneliti dan menambah baik SOP sedia ada
bagi mengekang jangkitan COVID-19 di sekolah. Berdasarkan saranan
daripada KKM, pihak KPM telah mengambil tindakan memperketatkan lagi
pelaksanaan GPPPS 3.0 dengan menyediakan lampiran tambahan (annexe)
kepada garis panduan ini yang memberi penekanan kepada keselamatan dan
kesihatan warga sekolah. Lampiran tambahan ini menekankan beberapa
aspek utama seperti kehadiran warga sekolah yang bergejala, kebenaran
masuk berdasarkan status MySejahtera, tanggungjawab guru di sekolah,
pengurusan bilik guru, pengurusan murid di sekolah, pengurusan asrama,
pengurusan dewan makan asrama dan pengurusan kes positif di sekolah.
Selain itu, lampiran tambahan ini mengupayakan peranan ketua
kelas/pengawas/pembimbing rakan sebaya untuk bersama-sama memantau
rakan-rakan yang bergejala dari semasa ke semasa dan mengingatkan rakan
mereka supaya sentiasa mematuhi SOP.
Berdasarkan langkah-langkah yang telah diambil ini, KPM yakin sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dapat diteruskan dan
dilaksanakan secara kondusif.
RJM60
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 354
SOALAN NO : 11
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RJM60
Jabatan/Bahagian BPSH
Pegawai Penyedia
Nama ENCIK ZAID BIN ZAKARIA
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon 0388849333 No. H/P 012-3717726
Nama DR. RUSDI BIN MAT NOR
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon
03 88830648 No. H/P 019-625 9192
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama EN. ZAINAL BIN ABAS
Jawatan PENGARAH NO. 019-329 9683
No. Telefon 03- 8884 9306 H/P
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 355
SOALAN NO : 11
RJM60
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 356
SOALAN NO : 257
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : DR. MASZLEE BIN MALIK
[ SIMPANG RENGGAM ]
SOALAN
DR. MASZLEE BIN MALIK minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan apakah perancangan dan usaha Kerajaan untuk menyelamat dan
mempromosikan industri penerbitan dan perbukuan di negara ini dengan lebih
efisien berbanding tahun-tahun sebelum ini dan apakah usaha Kerajaan untuk
menjadikan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia berbanding
dengan usaha yang pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) pada tahun-tahun 2018-2019.
BSTP (MBKM)
DBP
ITBM
Kota Buku
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 357
SOALAN NO : 257
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha memacu industri
penerbitan dan perbukuan negara telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
MBKM melaksanakan peranannya dalam usaha menggalakkan
penerokaan pelbagai ilmu dan penghasilan buku dalam pelbagai bahasa
untuk dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat di Malaysia sekali gus
meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini
dapat dilihat melalui objektif Dasar Buku Negara (DBN) yang menjadi dasar
dan garis panduan perbukuan sejak tahun 1968. DBN sedang ditambah baik
dengan semakan dan kajian semula agar kekal relevan dan selari dengan
perubahan semasa serta perkembangan teknologi. Penambahbaikan DBN ini
akan memberikan impak kepada pembangunan sosioekonomi, kerjasama
serantau dan rangsangan ekonomi.
Selain itu, DBP terus giat menerbitkan judul baharu dalam bentuk
bercetak dan digital pada setiap tahun yang meliputi pelbagai bidang seperti
bahasa, sastera, sains sosial, sains kemanusiaan, sains teknologi dan agama.
DBP juga telah melancarkan pelantar digital JendelaDBP. Pelantar ini
merupakan pusat sehenti digital bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan
bahasa, sastera, bidang sains dan teknologi serta penerbitan. Kandungan
bahan dalam pelantar ini dapat dioptimumkan sebagai medan pertukaran
kandungan antara penulis tempatan dengan pengguna bahasa Melayu dari
seluruh dunia. Pelantar ini menyediakan peluang yang lebih luas kepada
penulis pelbagai genre untuk berkarya secara digital.
Di samping itu, KPM juga turut mengaktifkan usaha pembangunan
modal insan melalui kursus-kursus penulisan, penterjemahan dan penerbitan
yang dilaksanakan ITBM. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat
menjadi penulis dalam memperkayakan kepustakaan bahasa Melayu. Usaha
ini juga dipergiatkan kepada ahli akademik untuk membukukan pengalaman,
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 358
SOALAN NO : 257
bahan kajian dan penyelidikan seperti Program Penerbitan Tesis kepada Buku.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun industri perbukuan
terkesan akibat pandemik COVID-19, pelbagai inisiatif yang dirancang tetap
diteruskan. Sebagai contoh, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
tahun 2020 dalam talian telah diadakan bagi menggantikan pesta buku secara
bersemuka dengan kerjasama sebuah syarikat e-dagang. Pesta ini melibatkan
sebanyak 48 syarikat atau penjual dengan jumlah buku yang terjual adalah
sebanyak 59,066 naskhah dalam tempoh 17 hari pesta buku ini berlangsung.
Pada tahun 2021, PBAKL telah diteruskan secara dalam talian.
Sebanyak 111 syarikat telah mengambil bahagian dengan jumlah jualan
sebanyak 156,959 naskhah dalam tempoh 17 hari pesta buku ini berlangsung.
Mengikut rekod jualan, statistik jualan buku pada tiga hari pertama pesta buku
dalam talian ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan,
iaitu sebanyak 178 peratus berbanding statistik jualan buku bagi tempoh yang
sama pada tahun 2020. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik bagi
jualan buku melalui platform e-dagang pada peringkat nasional.
Bagi tahun 2022, KPM akan melaksanakan PBAKL yang ke-39 pada
awal Jun ini secara bersemuka. Pada tahun ini disasarkan sebanyak 500 buah
reruai dengan melibatkan sekurang-kurangnya 145 syarikat penerbit serta 300
ribu pengunjung sepanjang tempoh 10 hari acara ini berlangsung. Jumlah
sasaran ini mengambil kira keluasan dewan dan jumlah penyertaan
pempamer serta potensi pengunjung yang datang berdasarkan model
penganjuran acara yang lebih selamat dan berkesan.
Perkembangan teknologi diakui memainkan peranan penting dalam
memajukan industri perbukuan negara. Pemain industri perlu menyesuaikan
setiap perancangan dan keputusan perniagaan dengan sikap dan perilaku
pembaca yang semakin cenderung kepada pembacaan digital dan pembelian
dalam talian.
KPM terus melangkah mendepani cabaran demi memperkukuh budaya
membaca rakyat Malaysia dan memperkasakan industri perbukuan negara
dengan menjalinkan banyak inisiatif pada tahun ini. Inisiatif ini berbentuk
kerjasama dan kolaboratif dengan kerajaan negeri dan agensi luar dalam
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 359
SOALAN NO : 257
menganjurkan pesta-pesta buku di negara ini. Antaranya ialah kerjasama bagi
menganjurkan Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB), Pesta Buku
Langkawi, Pesta Buku Cameron Highlands dan Selangor International
Children Content’s (SICC) di Pesta Buku Selangor.
KPM dan agensi terlibat akan terus berusaha memartabatkan industri
perbukuan melalui kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkaitan bagi
menghasilkan karya berkualiti seiring dengan perkembangan dan keperluan
semasa.
RT25
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 360
SOALAN NO : 257
SOALAN LEPAS:
BUKAN LISAN (MESYUARAT KEDUA)
DR. MASZLEE BIN MALIK minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu industri
penerbitan dan perbukuan di negara ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha memacu industri penerbitan
dan perbukuan negara telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi di bawah Ke-
menterian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
MBKM melaksanakan peranannya dalam usaha menggalakkan penerokaan
pelbagai ilmu dan penghasilan buku dalam pelbagai bahasa untuk
dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat di Malaysia sekali gus
meningkat-kan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini
dapat dilihat melalui objektif Dasar Buku Negara (DBN) yang menjadi dasar
dan garis pan-duan perbukuan sejak tahun 1968. DBN sedang ditambah baik
dengan semakan dan kajian semula agar kekal relevan dan selari dengan
perubahan semasa dan perkembangan teknologi. Penambahbaikan DBN ini
akan memberikan impak kepada pembangunan sosioekonomi, kerjasama
serantau dan rangsangan ekonomi.
Selain itu, DBP terus giat menerbitkan judul baharu dalam bentuk bercetak
dan digital pada setiap tahun yang meliputi pelbagai bidang seperti bahasa,
sastera, sains sosial, sains kemanusiaan, sains teknologi dan agama.
Pelantar digital JendelaDBP merupakan pusat sehenti digital bagi
menyebarluaskan maklumat berkaitan bahasa, sastera, penerbitan dan bidang
lain termasuklah sains dan teknologi. Kandungan bahan dalam pelantar ini
dapat dioptimumkan sebagai medan pertukaran kandungan antara penulis
tempatan dengan pengguna bahasa Melayu dari seluruh dunia. Pelantar ini
menyediakan peluang yang lebih luas kepada penulis pelbagai genre untuk
berkarya secara digital.
Di samping itu, KPM juga turut mengaktifkan usaha pembangunan modal
insan melalui kursus-kursus penulisan, penterjemahan dan penerbitan yang
dilaksanakan ITBM. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat menjadi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 361
SOALAN NO : 257
penu-lis dalam memperkayakan kepustakaan bahasa Melayu. Usaha ini juga
diper-giatkan kepada ahli akademik untuk membukukan pengalaman, bahan
kajian dan penyelidikan seperti Program Penerbitan Tesis kepada Buku.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun industri perbukuan terke-san
akibat pandemik COVID-19, pelbagai inisiatif yang dirancang tetap diterus-kan.
Sebagai contoh, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun
2020 dalam talian telah diadakan bagi menggantikan pesta buku secara
bersemuka dengan kerjasama sebuah syarikat e-dagang. Pesta ini melibatkan
sebanyak 48 syarikat atau penjual dengan jumlah tempahan sebanyak 27,654.
Melalui inisiatif tersebut, buku yang terjual adalah sebanyak 59,066 buah
naskhah dalam tempoh 17 hari pesta buku ini berlangsung.
Pada tahun 2021, PBAKL telah diteruskan secara dalam talian. Sebanyak 111
syarikat telah mengambil bahagian dengan jualan sebanyak 156, 959 unit
dalam tempoh 17 hari pesta buku ini berlangsung. Mengikut rekod jualan,
statistik jualan buku pada tiga hari pertama pesta buku dalam talian ini
menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan, iaitu sebanyak
178% berbanding statistik jualan buku bagi tempoh yang sama pada tahun
2020. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik bagi jualan buku
melalui platform e-dagang pada peringkat nasional.
Perkembangan teknologi diakui memainkan peranan penting dalam
memajukan industri perbukuan negara. Pemain industri perlu menyesuaikan
se-tiap perancangan dan keputusan perniagaan dengan sikap dan perilaku
pem-baca yang semakin cenderung kepada pembacaan digital dan pembelian
dalam talian.
KPM dan agensi terlibat akan terus berusaha memartabatkan industri per-
bukuan melalui kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkaitan bagi
menghasilkan karya berkualiti seiring dengan perkembangan dan keperluan
semasa.
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 362
SOALAN NO : 257
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RT25
Jabatan/Bahagian BSTP
Pegawai Penyedia
Nama
Jawatan
No. Telefon No. H/P
Nama
Jawatan
No. Telefon No. H/P
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama
Jawatan
No. Telefon No. H/P
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 363
SOALAN NO : 257
RT25
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 364
SOALAN NO : 488
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI
[ DUNGUN ]
SOALAN
TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian
bagi menangani masalah beg berat yang dialami oleh pelajar sekolah rendah.
BSTP
BPK
BPPDP (SPPD)
BPSH
JN
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 365
SOALAN NO : 488
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.
Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.
Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.
Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat
Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 366
SOALAN NO : 488
Sekolah.
Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.
Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua,
Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.
Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.
Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 367
SOALAN NO : 488
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.
Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.
Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.
Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.
KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.
Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 368
SOALAN NO : 488
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.
KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.
RT42
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 369
SOALAN NO : 488
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum
jika PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.
Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.
KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:
i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.
ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui
Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning
Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan
potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.
SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,
memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 370
SOALAN NO : 488
peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 371
SOALAN NO : 488
SOALAN LEPAS:
Lisan Dewan Rakyat (3 September 2018)
Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah polisi dan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan bebanan beg
sekolah pelajar yang dikatakan terlalu berat yang mengandungi buku rujukan
serta buku latihan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku teks merupakan salah satu
bahan utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku rujukan hanyalah sebagai buku tambahan. Tidak dinafikan buku teks
menyumbang kepada berat beg murid. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017,
buku teks dan buku latihan aktiviti KPM menyumbang sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan beg berat. Selebihnya iaitu 72 peratus, beg berat
disumbangkan oleh bahan-bahan lain seperti alat tulis, buku rujukan swasta,
buku yang tidak mematuhi jadual, uniform sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Berdasarkan
kajian ini juga, kebanyakan murid membawa bebanan melebihi 15 peratus
daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, KPM telah mengambil langkah-langkah secara
berterusan untuk mengatasi isu beg berat. Antara langkah-langkah yang
diambil untuk mengatasi isu ini adalah dengan menggalakkan murid
membawa buku mengikut jadual waktu harian, pelaksanaan jadual waktu anjal,
mengurangkan bilangan buku kerja, mengurangkan bilangan buku tulis yang
berlebihan dan menyediakan buku teks secara berjilid. Murid juga dihadkan
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 372
SOALAN NO : 488
membawa saiz botol minuman / makanan / pakaian lain. Murid dibenarkan
memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.
Seterusnya, KPM telah melaksanakan transformasi kurikulum untuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah mulai tahun 2017. Melalui transformasi kurikulum ini, peruntukan
masa bagi setiap mata pelajaran telah berubah daripada minit seminggu
kepada mininum jam setahun. Perubahan peruntukan waktu ini memberi
keluwesan kepada sekolah untuk menyusun jadual waktu mengikut
kesesuaian dan membolehkan sekolah menentukan jumlah mata pelajaran
yang diajar dalam sehari dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam
menangani bebanan beg sekolah tanpa menjejaskan hasrat kurikulum yang
hendak dicapai.
Selain daripada itu, KPM juga telah mengambil langkah proaktif dengan
memanfaatkan teknologi melalui Roadmap Transformasi Buku Teks 2013-
2025 untuk mendigitalkan buku teks bercetak secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan, KPM telah mendigitalkan 451 buku teks bercetak dalam
versi PDF dan buku-buku ini telah dimuat naik dalam portal pembelajaran
maya Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet sebagai bahan
sokongan untuk kegunaan murid dan guru.
Pendigitalan buku teks dapat membudayakan ubiquitous learning
dengan penggunaan alat peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Inovasi
pendigitalan buku teks ini juga membolehkan murid mendapatkan
pengetahuan beyond the classroom dan juga dapat menyelesaikan masalah
beg berat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, penggunaan buku teks
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 373
SOALAN NO : 488
digital dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks
bercetak.
KPM juga ingin menegaskan bahawa Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil.1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah masih berkuat kuasa dan perlu
dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. SPI ini dikeluarkan sebagai garis
panduan penggunaan buku kerja sekolah rendah oleh semua Guru Besar dan
guru. Berdasarkan pekeliling tersebut, murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan
menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti telah disediakan oleh
KPM. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja
dibenarkan untuk setiap murid bagi tiap-tiap satu mata pelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja atau buku latihan
yang dipilih oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau
tidak buku kerja yang dicadangkan. Pemantauan terhadap pematuhan
kepada SPI Bil.1/2000 juga dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 374
SOALAN NO : 488
PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN
Rujukan Soalan RT42
Jabatan/Bahagian BSTP
Pegawai Penyedia
Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID
Jawatan TIMBALAN PENGARAH
No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431
Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN
Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH
No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773
Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)
Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR
Jawatan PENGARAH
No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987
Tandatangan dan
Cop Rasmi
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 375
SOALAN NO : 488
RT42
AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN
Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan
bersetuju tanpa pindaan
bersetuju dengan pindaan
Ulasan:
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 376
Unit Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara
50604 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur