The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyaza.arts, 2022-06-16 04:12:14

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

SOALAN NO : 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.

Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.

Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.

Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat
Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 284

SOALAN NO : 32

Sekolah.

Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.

Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.

Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 285

SOALAN NO : 32

mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.

Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.

Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.

KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 286

SOALAN NO : 32
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.

Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.

KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.

RJM14

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 287

SOALAN NO : 32

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum jika
PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.
Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:

i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.

ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui

Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning

Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan

potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.

SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,

memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau

peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 288

SOALAN NO : 32
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 289

SOALAN NO : 32

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM14

Jabatan/Bahagian BSTP

Pegawai Penyedia

Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431

Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 290

SOALAN NO : 32
RJM14

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 291

SOALAN NO : 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ]

TARIKH : 9 MAC 2022 (RABU)

SOALAN

TUAN OSCAR LING CHAI YEW minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan adakah pembelajaran melalui talian hendak laksanakan semula
kerana bilangan kes-kes COVID-19 telah meningkat. Nyatakan apakah
langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan risiko penularan
COVID-19 dikurangkan di kalangan pelajar.

BPSH
BSTP

BPK
Input KKM

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 292

SOALAN NO : 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pembukaan semula sekolah secara bersemuka telah dilaksanakan
berdasarkan satu pelan komprehensif bagi memastikan murid dapat kembali
belajar di sekolah dalam keadaan selamat.

Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sekolah, KPM telah
menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0
(GPPPS) 3.0 sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN),
pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru. Garis Panduan ini
mengandungi panduan khusus mengenai prosedur pengurusan murid
bergejala, murid disahkan positif COVID-19, murid yang dikenal pasti sebagai
kontak rapat pesakit COVID-19 di sekolah dan penutupan sekolah.

Selari dengan situasi semasa berkenaan penularan wabak COVID-19,
KPM sentiasa berbincang secara berkala bersama-sama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneliti dan menambah baik SOP sedia ada
bagi mengekang jangkitan COVID-19 di sekolah. Berdasarkan saranan
daripada KKM, pihak KPM telah mengambil tindakan memperketatkan lagi
pelaksanaan GPPPS 3.0 dengan menyediakan lampiran tambahan (annexe)
kepada garis panduan ini yang memberi penekanan kepada keselamatan dan
kesihatan warga sekolah. Lampiran tambahan ini menekankan beberapa
aspek utama seperti kehadiran warga sekolah yang bergejala, kebenaran
masuk berdasarkan status MySejahtera, tanggungjawab guru di sekolah,
pengurusan bilik guru, pengurusan murid di sekolah, pengurusan asrama,
pengurusan dewan makan asrama dan pengurusan kes positif di sekolah.
Selain itu, lampiran tambahan ini mengupayakan peranan ketua
kelas/pengawas/pembimbing rakan sebaya untuk bersama-sama memantau
rakan-rakan yang bergejala dari semasa ke semasa dan mengingatkan rakan
mereka supaya sentiasa mematuhi SOP.

Berdasarkan langkah-langkah yang telah diambil ini, KPM yakin sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dapat dilaksanakan
secara kondusif. Namun, pembelajaran dalam dan luar talian masih lagi
diteruskan bagi kumpulan murid yang mengikuti PdP secara penggiliran atau

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 293

SOALAN NO : 34

secara pengajaran dan pembelajaran di rumah.

RJM16

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 294

SOALAN NO : 34
MAKLUMAT TAMBAHAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat
apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam
tempoh penutupan sekolah, KPM telah menyediakan akses pembelajaran
kepada murid melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
mengikut kesesuaian guru serta murid. PdPR boleh dilaksanakan melalui tiga
pendekatan iaitu secara dalam talian (online), luar talian (off-line) dan off-site.

Sekolah kini telah mula dibuka secara bersemuka setelah ditutup untuk
satu tempoh yang panjang. Pembukaan semula sekolah ini membolehkan
murid yang telah lama renggang dengan persekitaran persekolahan kembali
semula ke sekolah.
Sekiranya kelas atau sekolah ditutup akibat penularan COVID-19, murid boleh
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah berdasarkan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang disediakan.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 295

SOALAN NO : 34

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM16

Jabatan/Bahagian BPSH

Pegawai Penyedia

Nama ENCIK ZAID BIN ZAKARIA

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 0388849333 No. H/P 012-3717726
Nama
DR. JAFRI BIN ABU
Jawatan
No. Telefon TIMBALAN PENGARAH

03 88849333 No. H/P 014-3330682

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama EN. ZAINAL BIN ABAS

Jawatan PENGARAH NO. 019-329 9683
No. Telefon 03- 8884 9306 H/P

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 296

SOALAN NO : 34
RJM16

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 297

SOALAN NO : 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN HAJAH NATRAH BINTI ISMAIL
[ SEKIJANG ]

TARIKH : 9 MAC 2022 (RABU)

SOALAN

PUAN HAJAH NATRAH BINTI ISMAIL minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh
pihak Kementerian untuk melatih ibu bapa membimbing anak-anak mereka
sewaktu PdPR kerana ramai ibu bapa tidak tahu akan kaedah pembelajaran
yang berkesan.

BSTP
BPSH

BPK

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 298

SOALAN NO : 47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan akses
pembelajaran kepada murid melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru
dan murid. PdPR boleh dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara
dalam talian (online), luar talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian
guru dan murid.

Bagi membantu ibu bapa membimbing anak mereka di rumah, KPM
telah menyediakan panduan dan maklumat berkaitan pelaksanaan PdPR
kepada ibu bapa melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative
Malaysia (DELIMa). Ibu bapa boleh menggunakan pelantar DELIMa untuk
mendapatkan bahan pembelajaran dan mengetahui kaedah bimbingan yang
berkesan bagi membantu pembelajaran anak mereka.

Selain itu, bagi meningkatkan peranan ibu bapa dalam menyokong
PdPR, KPM telah bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
untuk mengadakan beberapa siri Webinar Amalan Mesra Kanak-Kanak di
Sekolah. Sepanjang Jun hingga September 2021, seramai 4,079 peserta yang
terdiri daripada ibu bapa, guru dan murid, telah menghadiri program ini secara
dalam talian.

KPM turut memperkukuh inisiatif pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta (PIBKS) bagi meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam menyokong
pembelajaran murid. Menerusi PIBKS, Focal Person di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan dilantik. Mereka berperanan sebagai agen penyampai
dalam membimbing ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak. Pada
tahun 2021, seramai 20,000 ibu bapa dan ahli komuniti telah diberi
pendedahan berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),
melalui siri webinar.

KPM akan sentiasa meneruskan kerjasama dan pelibatan aktif ibu bapa
serta rakan strategik untuk membantu mengoptimumkan pembelajaran murid.

RJM20

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 299

SOALAN NO : 47

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM20

Jabatan/Bahagian

Pegawai Penyedia

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama

Jawatan

No. Telefon No. H/P

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 300

SOALAN NO : 47
RJM20

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 301

SOALAN NO : 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB
[ PULAI ]

TARIKH : 15 MAC 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang mungkin diambil oleh
Kementerian untuk menangani isu pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa
menggalas beban beg sekolah dengan kapasiti yang berat terutamanya bagi
pelajar sekolah rendah.

BSTP
BPK

BPPDP (SPPD)
BPSH
JN

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 302

SOALAN NO : 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.

Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.

Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.

Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 303

SOALAN NO : 58

Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di
Sekolah.

Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.

Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.

Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 304

SOALAN NO : 58

mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.

Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.

Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.

KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.

Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 305

SOALAN NO : 58
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.

KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.

RJM33

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 306

SOALAN NO : 58

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum
jika PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.

Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:

i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.

ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui

Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning

Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan

potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.

SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,

memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 307

SOALAN NO : 58
peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 308

SOALAN NO : 58

SOALAN LEPAS:
Lisan Dewan Rakyat (3 September 2018)
Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah polisi dan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan bebanan beg
sekolah pelajar yang dikatakan terlalu berat yang mengandungi buku rujukan
serta buku latihan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku teks merupakan salah satu
bahan utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku rujukan hanyalah sebagai buku tambahan. Tidak dinafikan buku teks
menyumbang kepada berat beg murid. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017,
buku teks dan buku latihan aktiviti KPM menyumbang sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan beg berat. Selebihnya iaitu 72 peratus, beg berat
disumbangkan oleh bahan-bahan lain seperti alat tulis, buku rujukan swasta,
buku yang tidak mematuhi jadual, uniform sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Berdasarkan
kajian ini juga, kebanyakan murid membawa bebanan melebihi 15 peratus
daripada berat badan mereka.

Walau bagaimanapun, KPM telah mengambil langkah-langkah secara
berterusan untuk mengatasi isu beg berat. Antara langkah-langkah yang
diambil untuk mengatasi isu ini adalah dengan menggalakkan murid
membawa buku mengikut jadual waktu harian, pelaksanaan jadual waktu anjal,
mengurangkan bilangan buku kerja, mengurangkan bilangan buku tulis yang
berlebihan dan menyediakan buku teks secara berjilid. Murid juga dihadkan

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 309

SOALAN NO : 58

membawa saiz botol minuman / makanan / pakaian lain. Murid dibenarkan
memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Seterusnya, KPM telah melaksanakan transformasi kurikulum untuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah mulai tahun 2017. Melalui transformasi kurikulum ini, peruntukan
masa bagi setiap mata pelajaran telah berubah daripada minit seminggu
kepada mininum jam setahun. Perubahan peruntukan waktu ini memberi
keluwesan kepada sekolah untuk menyusun jadual waktu mengikut
kesesuaian dan membolehkan sekolah menentukan jumlah mata pelajaran
yang diajar dalam sehari dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam
menangani bebanan beg sekolah tanpa menjejaskan hasrat kurikulum yang
hendak dicapai.

Selain daripada itu, KPM juga telah mengambil langkah proaktif dengan
memanfaatkan teknologi melalui Roadmap Transformasi Buku Teks 2013-
2025 untuk mendigitalkan buku teks bercetak secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan, KPM telah mendigitalkan 451 buku teks bercetak dalam
versi PDF dan buku-buku ini telah dimuat naik dalam portal pembelajaran
maya Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet sebagai bahan
sokongan untuk kegunaan murid dan guru.

Pendigitalan buku teks dapat membudayakan ubiquitous learning
dengan penggunaan alat peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Inovasi
pendigitalan buku teks ini juga membolehkan murid mendapatkan
pengetahuan beyond the classroom dan juga dapat menyelesaikan masalah
beg berat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, penggunaan buku teks

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 310

SOALAN NO : 58
digital dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks
bercetak.

KPM juga ingin menegaskan bahawa Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil.1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah masih berkuat kuasa dan perlu
dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. SPI ini dikeluarkan sebagai garis
panduan penggunaan buku kerja sekolah rendah oleh semua Guru Besar dan
guru. Berdasarkan pekeliling tersebut, murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan
menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti telah disediakan oleh
KPM. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja
dibenarkan untuk setiap murid bagi tiap-tiap satu mata pelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja atau buku latihan
yang dipilih oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau
tidak buku kerja yang dicadangkan. Pemantauan terhadap pematuhan
kepada SPI Bil.1/2000 juga dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 311

SOALAN NO : 58

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM33

Jabatan/Bahagian BSTP

Pegawai Penyedia

Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431

Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 312

SOALAN NO : 58
RJM33

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 313

SOALAN NO : 01

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA
[ PARIT ]

TARIKH : 21 MAC 2022 (ISNIN)

SOALAN

DATO’ MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengatasi
isu beg berat pelajar yang menjadi keluh kesah ibu bapa; dan

(b) apakah bentuk langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam
menangani isu ini.

BSTP
BPK

BPPDP (SPPD)
BPSH
JN

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 314

SOALAN NO : 01

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.

Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.

Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.

Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat
Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 315

SOALAN NO : 01

Sekolah.

Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.

Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.

Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 316

SOALAN NO : 01

sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan
murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.

Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.

Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.

KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.

Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 317

SOALAN NO : 01
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.

KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.

RJM37

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 318

SOALAN NO : 01

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum
jika PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.

Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:

i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.

ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui

Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning

Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan

potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.

SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,

memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 319

SOALAN NO : 01
peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 320

SOALAN NO : 01

SOALAN LEPAS:
Lisan Dewan Rakyat (3 September 2018)
Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah polisi dan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan bebanan beg
sekolah pelajar yang dikatakan terlalu berat yang mengandungi buku rujukan
serta buku latihan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku teks merupakan salah satu
bahan utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku rujukan hanyalah sebagai buku tambahan. Tidak dinafikan buku teks
menyumbang kepada berat beg murid. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017,
buku teks dan buku latihan aktiviti KPM menyumbang sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan beg berat. Selebihnya iaitu 72 peratus, beg berat
disumbangkan oleh bahan-bahan lain seperti alat tulis, buku rujukan swasta,
buku yang tidak mematuhi jadual, uniform sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Berdasarkan
kajian ini juga, kebanyakan murid membawa bebanan melebihi 15 peratus
daripada berat badan mereka.

Walau bagaimanapun, KPM telah mengambil langkah-langkah secara
berterusan untuk mengatasi isu beg berat. Antara langkah-langkah yang
diambil untuk mengatasi isu ini adalah dengan menggalakkan murid
membawa buku mengikut jadual waktu harian, pelaksanaan jadual waktu anjal,
mengurangkan bilangan buku kerja, mengurangkan bilangan buku tulis yang
berlebihan dan menyediakan buku teks secara berjilid. Murid juga dihadkan

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 321

SOALAN NO : 01

membawa saiz botol minuman / makanan / pakaian lain. Murid dibenarkan
memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Seterusnya, KPM telah melaksanakan transformasi kurikulum untuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah mulai tahun 2017. Melalui transformasi kurikulum ini, peruntukan
masa bagi setiap mata pelajaran telah berubah daripada minit seminggu
kepada mininum jam setahun. Perubahan peruntukan waktu ini memberi
keluwesan kepada sekolah untuk menyusun jadual waktu mengikut
kesesuaian dan membolehkan sekolah menentukan jumlah mata pelajaran
yang diajar dalam sehari dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam
menangani bebanan beg sekolah tanpa menjejaskan hasrat kurikulum yang
hendak dicapai.

Selain daripada itu, KPM juga telah mengambil langkah proaktif dengan
memanfaatkan teknologi melalui Roadmap Transformasi Buku Teks 2013-
2025 untuk mendigitalkan buku teks bercetak secara berperingkat-peringkat.
Sebagai permulaan, KPM telah mendigitalkan 451 buku teks bercetak dalam
versi PDF dan buku-buku ini telah dimuat naik dalam portal pembelajaran
maya Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet sebagai bahan
sokongan untuk kegunaan murid dan guru.

Pendigitalan buku teks dapat membudayakan ubiquitous learning
dengan penggunaan alat peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Inovasi
pendigitalan buku teks ini juga membolehkan murid mendapatkan
pengetahuan beyond the classroom dan juga dapat menyelesaikan masalah
beg berat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, penggunaan buku teks

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 322

SOALAN NO : 01
digital dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks
bercetak.

KPM juga ingin menegaskan bahawa Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil.1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah masih berkuat kuasa dan perlu
dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. SPI ini dikeluarkan sebagai garis
panduan penggunaan buku kerja sekolah rendah oleh semua Guru Besar dan
guru. Berdasarkan pekeliling tersebut, murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan
menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti telah disediakan oleh
KPM. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja
dibenarkan untuk setiap murid bagi tiap-tiap satu mata pelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja atau buku latihan
yang dipilih oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau
tidak buku kerja yang dicadangkan. Pemantauan terhadap pematuhan
kepada SPI Bil.1/2000 juga dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 323

SOALAN NO : 01

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM37

Jabatan/Bahagian BSTP

Pegawai Penyedia

Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431

Nama FADZLIATON BINTI ZAINUDIN

Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH

No. Telefon 03-2081 8011 No. H/P 019-276 9773

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03- 2081 8118 NO. H/P 012-7748987

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 324

SOALAN NO : 01
RJM37

AKUAN SEMAKAN INPUT
JAWAPAN/DRAF JAWAPAN/TEKS UCAPAN PARLIMEN

Dimaklumkan bahawa saya telah menyemak input jawapan/draf jawapan/teks
ucapan parlimen dan

bersetuju tanpa pindaan

bersetuju dengan pindaan

Ulasan:

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 325

SOALAN NO : 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN AHMAD FADHLI BIN SHAARI
[ PASIR MAS ]

TARIKH : 21 MAC 2022 (ISNIN)

SOALAN

TUAN AHMAD FADHLI BIN SHAARI minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan usaha Kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah
yang berat yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah.

BSTP
BPK

BPPDP (SPPD)
BPSH
JN

JAWAPAN

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 326

SOALAN NO : 49

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin berkaitan isu beg
berat yang dibawa oleh murid ke sekolah. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah KPM pada tahun 2017, menunjukkan sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan berat beg adalah disumbang oleh buku teks dan buku
latihan aktiviti KPM. Baki 72 peratus berat beg pula adalah disebabkan oleh
bahan lain yang dibawa oleh murid seperti bekalan makanan dan minuman,
pakaian dan buku yang tidak mengikut jadual.

Cadangan oleh pertubuhan antarabangsa American Occupational
Therapy Association (AOTA), paras maksimum peratus bebanan yang boleh
dibawa oleh murid adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, kajian KPM pada tahun 2017 ke atas 1,547 sampel
murid, menunjukkan bahawa 82.2 peratus murid membawa bebanan melebihi
15 peratus daripada berat badan mereka.

Terkini, KPM telah melaksanakan Tinjauan Isu Beg Berat Murid di
Sekolah Rendah pada 6 hingga 8 Februari 2022 yang melibatkan 497 buah
sekolah. Hasil tinjauan mendapati bahawa 76.9 peratus sekolah yang
muridnya membawa buku lebih daripada empat mata pelajaran dalam satu
hari. Manakala 5.4 peratus sekolah menunjukkan murid membawa pakaian
seragam sekolah untuk ditukar selepas waktu Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Selain itu, dapatan juga menunjukkan murid
daripada 56.9 peratus sekolah membawa peralatan atau bahan selain
keperluan pembelajaran pada hari tersebut. Hasil tinjauan juga menunjukkan
murid daripada 16.7 peratus sekolah membawa beg tambahan ke sekolah
untuk keperluan aktiviti seharian termasuklah buku untuk sekolah agama/
Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain (KAFA)/aktiviti sukan dan lain-lain.

Sebanyak 40 peratus sekolah menyediakan jadual waktu tiga hingga
empat mata pelajaran dalam satu hari dan 93.8 peratus sekolah
melaksanakan kaedah pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Aktiviti
pentaksiran murid diselesaikan di sekolah. Ini adalah selaras dengan Surat
Siaran KPM Bil. 8 Tahun 2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di
Sekolah.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 327

SOALAN NO : 49

Sebanyak 26.2 peratus sekolah menyediakan loker penyimpanan buku
murid di sekolah dan sekolah juga menyediakan rak terbuka di bilik darjah dan
lokasi tertentu untuk kemudahan murid menyimpan buku dan peralatan lain
yang berkaitan. Bagi mengelakkan murid membawa beg yang berat, sebanyak
50.9 peratus sekolah menyediakan kemudahan minuman secara percuma
melalui mesin penapis air yang ditempatkan di kawasan sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi berat beg yang
melibatkan buku teks, KPM telah menerbitkan buku teks sekolah rendah
Tahap 1 yang melebihi 128 muka surat kepada dua jilid buku yang berasingan.
Melalui usaha ini berat beg dapat dikurangkan apabila murid hanya membawa
jilid buku yang berkaitan sahaja ke sekolah.

Selain itu, KPM juga telah menyediakan 692 judul Buku Teks Digital
Asas (BTDA) melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) dan boleh diakses oleh murid. KPM sentiasa menambah BTDA bagi
setiap penerbitan buku teks baharu secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Guru telah digalakkan menggunakan pendekatan bertema, modular,
pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau
pembelajaran terbeza. Pendekatan ini mula dilaksanakan pada September
2021 apabila KPM melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan
Kurikulum (KPMPerkasaKU). Antara strategi yang dilaksanakan adalah M2P
(Mampatan, Pecutan dan Pengayaan). Guru juga boleh mendapatkan bahan
PdP dalam pelbagai bentuk daripada pelantar DELIMa.

Di samping itu, KPM juga telah membangunkan platform Repositori
SumberKU yang dipautkan pada pelantar DELIMa bagi menawarkan
kepelbagaian sumber pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pihak
termasuk murid, guru dan ibu bapa.

Penggunaan pelbagai pendekatan PdP dan sumber pembelajaran dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks. KPM
sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik demi kesejahteraan

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 328

SOALAN NO : 49

murid dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
hasrat ini.

Sebagai satu usaha yang menyeluruh untuk menangani isu beg berat ini,
KPM telah melihat kebolehlaksanaan cadangan jadual waktu anjal bagi murid
Tahap 1 sebagai usaha menangani isu beg berat. Cadangan tiga hingga
empat mata pelajaran sahaja dalam sehari akan dilaksanakan mengikut
kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek,
kesediaan guru dan sesi persekolahan. Di samping itu, sekolah akan diberi
kelonggaran kepada penyediaan jadual waktu fleksibel mengikut kitaran
minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan di sebahagian sekolah.

Bagi mengelakkan isu pertambahan berat yang disebabkan oleh buku
yang dibawa murid, KPM akan menghadkan bilangan buku latihan tidak
melebihi dua buah buku bagi semua mata pelajaran. Selain itu, jumlah muka
surat buku latihan tersebut juga akan diambil kira. KPM akan membuat
pengemaskinian kepada pekeliling sedia ada (SPI Bil.1/2000 dan SS KPM:
Bil.14/2014) bagi memantapkan pematuhan kepada larangan menggunakan
buku kerja terbitan swasta semasa PdP.

Dalam masa yang sama, KPM juga bercadang untuk mewujudkan loker
bagi penyimpanan buku di sekolah. Buku dapat disimpan di sekolah dalam
keadaan yang selamat dan dapat mengurangkan kebimbangan murid
terhadap isu kehilangan buku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu dilihat
dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek seperti penyediaan ruang yang
terhad di dalam bilik darjah dan juga pelibatan PIBG.

KPM juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform sekolah agar
murid tidak perlu lagi membawa uniform/pakaian untuk sesi persekolahan
KAFA. Selain itu kerjasama ini juga akan turut melihat penyelarasan
pengurusan sesi KAFA secara lebih menyeluruh termasuk aspek jadual anjal
dan buku pembelajaran murid.

Bagi meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan terhadap isu ini
KPM akan melaksanakan hebahan melalui media masa. Hebahan ini akan
dibuat dalam bentuk poster, infografik dan video pendek.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 329

SOALAN NO : 49
KPM komited untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid sentiasa
berada dalam keadaan kondusif termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan
murid. KPM berharap semua pihak dapat memberi kerjasama erat bagi
memastikan segala cadangan, langkah dan tindakan bagi mengatasi bag
sekolah yang berat dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselesaan
murid untuk ke sekolah.

RJM48

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 330

SOALAN NO : 49

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bagi memastikan murid terus mendapat pembelajaran secara optimum
jika PdPR dilanjutkan, KPM memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang meliputi aspek pengukuhan
dan pengayaan kurikulum serta pemugaran literasi dan numerasi.

Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk memastikan:
i. ekosistem pendidikan yang direka bentuk disesuaikan untuk
memenuhi pembelajaran, , kesejahteraan psikososial, dan keperluan lain
murid;
ii. pembelajaran yang berkesan untuk membantu memulihkan learning loss
serta penguasaan literasi dan numerasi murid; dan
iii. sokongan kepada guru untuk menangani isu learning loss serta
penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

KPMPerkasaKU adalah usaha yang dinamik dan berterusan KPM bagi
memastikan murid dan guru dapat disokong dengan sepenuhnya. Antara
strategi yang dilaksanakan melalui KPMPerkasaKU adalah:

i. Pelaksanaan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) - bagi
mata pelajaran yang belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas
sebanyak 70 peratus, guru digalakkan untuk meneruskan PdP/PdPR
menggunakan pendekatan bertema, modular, pembelajaran berasaskan
projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza. Penggunaan
pelbagai pendekatan ini dapat merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping meningkatkan penguasaan murid bagi
kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum. Strategi ini juga dapat
memastikan murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan tahun
2022.

ii. menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid melalui

Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning

Framework (SELF). Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan

potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.

SELF ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna,

memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 331

SOALAN NO : 49
peningkatan pencapaian masing-masing. Semua bahan sokongan untuk
SELF ini juga akan boleh diakses melalui repositori yang disediakan dalam
platform DELIMa KPM.
iii. Melaksanakan Pemugaran Literasi dan Numerasi untuk memperkukuh
kemahiran asas literasi dan numerasi murid Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) yang
belum menguasai 3M.
iv. Memperkasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
memberi tumpuan yang khusus kepada aspek pengukuhan penjaminan kualiti
yang meliputi proses 4P iaitu pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan di peringkat sekolah. Pemerkasaan PBD ini adalah untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kebolehpercayaan secara optimum
selaras dengan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3.
v. Membangunkan platform Repositori SumberKU yang dipautkan pada
pelantar DELIMa bagi memastikan semua program dapat disokong
pelaksanaannya dan boleh diakses oleh semua pihak termasuk murid, guru
dan ibu bapa.

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 332

SOALAN NO : 49

SOALAN LEPAS:
Lisan Dewan Rakyat (3 September 2018)
Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah polisi dan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan bebanan beg
sekolah pelajar yang dikatakan terlalu berat yang mengandungi buku rujukan
serta buku latihan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku teks merupakan salah satu
bahan utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku rujukan hanyalah sebagai buku tambahan. Tidak dinafikan buku teks
menyumbang kepada berat beg murid. Dapatan Kajian Berat Beg Murid
Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017,
buku teks dan buku latihan aktiviti KPM menyumbang sebanyak 28 peratus
daripada keseluruhan beg berat. Selebihnya iaitu 72 peratus, beg berat
disumbangkan oleh bahan-bahan lain seperti alat tulis, buku rujukan swasta,
buku yang tidak mematuhi jadual, uniform sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Berdasarkan
kajian ini juga, kebanyakan murid membawa bebanan melebihi 15 peratus
daripada berat badan mereka.

Walau bagaimanapun, KPM telah mengambil langkah-langkah secara
berterusan untuk mengatasi isu beg berat. Antara langkah-langkah yang
diambil untuk mengatasi isu ini adalah dengan menggalakkan murid
membawa buku mengikut jadual waktu harian, pelaksanaan jadual waktu anjal,
mengurangkan bilangan buku kerja, mengurangkan bilangan buku tulis yang
berlebihan dan menyediakan buku teks secara berjilid. Murid juga dihadkan

BAHAGIAN S2UMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 333


Click to View FlipBook Version