The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyaza.arts, 2022-06-16 04:12:14

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

E-Buku - Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen Malaysia (BSTP)

NO. SOALAN : 52
TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Kandungan yang disediakan adalah
berdasarkan kepada kurikulum peringkat prasekolah hingga ke tingkatan
enam. Saluran DidikTV KPM yang bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga
12.00 tengah malam, menyiarkan rancangan yang berteraskan kurikulum,
kokurikulum, didik hibur (edutainment) dan pembelajaran sepanjang hayat.
Siaran ini dapat diikuti oleh murid seluruh negara daripada tahap prasekolah,
tahap 1, tahap 2, menengah rendah dan menengah atas mengikut masa jadual
siaran yang ditetapkan. Pengisian rancangan yang disampaikan mencakupi
kandungan kurikulum mata pelajaran yang masih belum dipelajari oleh murid
supaya murid dapat menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan
dalam kurikulum.

Di samping itu, guru turut mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP
secara luar talian melalui penggunaan buku teks. Buku aktiviti pula boleh
digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Guru menyediakan modul
pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru juga
mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan
intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.

KPM sentiasa komited untuk memastikan murid dapat meneruskan
pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan mendapat akses kepada
pembelajaran yang berkualiti pada setiapmasa.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 185

NO. SOALAN:60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN GOBIND SINGH DEO [ PUCHONG ]

TARIKH : 5 OKTOBER 2021

SOALAN

TUAN GOBIND SINGH DEO minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
meneruskan dengan pendidikan dalam talian (PdPR) di semua sekolah-
sekolah di Malaysia dan sejauh mana pendidikan dalam talian telah pun
dilaksanakan semasa wabak COVID-19 dan keberkesanannya.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 186

NO. SOALAN:60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat apabila
sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam tempoh
tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui
kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian
guru dan murid.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) yang dilaksanakan
mengikut kesesuaian guru dan murid. Pihak sekolah dan guru mengatur
strategi untuk memastikan PdPR dilaksanakan secara optimum berdasarkan
pertimbangan tiga prinsip asas iaitu tiada murid tercicir dalam pembelajaran,
keperluan asas pembelajaran dipenuhi dan kesejahteraan murid diutamakan.

Bagi memperkasakan pelaksanaan PdPR dalam talian, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambah lebih banyak bahan PdP melalui
pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini
merupakan pusat rujukan sehenti yang menyediakan pelbagai aplikasi,
perkhidmatan dan sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video
pendidikan, kuiz dan permainan pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh
digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa. Sehingga September 2021, KPM
telah menyediakan 3,245 video kurikulum, 324 video pedagogi dan 1,761 video
DidikTV KPM. Selain itu, sebanyak 631 buah buku teks digital telah dimuat naik
berbanding 485 buah pada bulan Oktober 2020.

Mulai Ogos 2021, KPM juga telah menaik taraf dan menambah baik
pelantar DELIMa dengan fitur baharu (DELIMa 2.0) bagi meningkatkan
pengalaman pengguna, analitis data, kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Semua kemudahan yang disediakan dapat memberikan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperluaskan peluang
murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan prestasi bagi membangunkan
potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. Murid juga berupaya
melaksanakan pembelajaran aktif secara kendiri melalui akses kandungan

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 187

NO. SOALAN:60

pembelajaran dalam pelbagai format yang disediakan.

Pelantar DELIMa telah mencapai tahap penerimaan yang tinggi daripada
guru dan murid. Berdasarkan data pada Ogos 2021, seramai 354,445 gurudan
2.25 juta murid menggunakan pelantar DELIMa secara aktif bagi tujuan PdP
dalam talian. Ini merupakan satu peningkatan yang amat memberangsangkan
jika dibandingkan dengan penggunaan pada bulan Ogos 2020 iaitu hanya
seramai 143,855 guru dan 587,198 murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memperkasa
program latihan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) kepada guru.
Ini termasuklah latihan yang memberi fokus kepada kemahiran digital,
pedagogi dalam dan luar talian serta pentaksiran secara dalam talian dan luar
talian. Sehingga 17 September 2021, sebanyak 12,048 aktiviti PPB berkaitan
PdPR dan 1,949 PPB berkaitan digital/ICT telah direkodkan.

Bagi meningkatkan keberkesanan PdP dalam talian, KPM turut
mengambil langkah melaksanakan khidmat bantu pengintegrasian teknologi
pendidikan kepada guru secara berterusan melalui aktiviti e- kelas, webinar dan
tutorial berkaitan dengan kaedah dan pendekatan penggunaan teknologi digital
dalam penyampaian PdP yang berkesan. KPM juga memberikan insentif
kepada guru-guru yang aktif menggunakan teknologi digital dalam PdP melalui
pemberian baucar percuma untuk mengikuti pensijilan DELIMa Certified
Training Programme (DCTP). Selain itu, pengiktirafan kepada guru turut
diberikan melalui program seperti Microsoft Innovative Educator (MIE),
Microsoft Office Specialist Certification (MOS) dan Apple Teacher Leader.

Selain itu, terdapat peningkatan pelibatan murid dalam aktiviti
pertandingan yang melibatkan penghasilan teknologi termasuklah Minecraft,
Digital Story Telling Animation, Drone Edu Challenge 4IR, Hackathon dan Video
Kreatif Keselamatan Siber. Secara umumnya bilangan murid yang menyertai
semua aktiviti penghasilan teknologi telah meningkat sebanyak 362 peratus
(6,224 murid pada tahun 2020 meningkat kepada 22,514 murid pada tahun
2021). Melalui aktiviti sebegini, murid dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan teknologi secara bersepadu, kreatif dan inovatif di samping
kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan dunia sebenar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memantau keberkesanan

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 188

NO. SOALAN:60

PdPR pada suku tahun pertama 2021, KPM telah menjalankan Tinjauan
Pelaksanaan PdPR yang melibatkan 500 buah sekolah melalui pemerhatian
terhadap PdPR yang dilaksanakan dalam talian atau gabungan dalam dan luar
talian. Pemerhatian dilaksanakan melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas
PdPR secara dalam talian. Pemerhatian ini dimaklumkan lebih awal kepada
guru yang terlibat.

Sebanyak 1,053 pemerhatian dilaksanakan ke atas PdP guru. Tinjauan
mendapati 98.7 peratus guru dapat mengelola isi pelajaran yang diajar mengikut
peruntukan masa yang ditetapkan. Sebanyak 97.4 peratus guru berjaya
membimbing murid untuk memahami dan menguasai isi, konsep dan fakta
berkaitan pelajaran. Sementara itu, 96.7 peratus guru berjaya menarik perhatian
murid untuk memberi respons terhadap pembelajaran dan memastikan
keterlibatan murid semasa PdPR secara real-time.

Hasil tinjauan juga mendapati murid memberi respons positif terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru dalam 97.5 peratus PdPR yang diperhatikan.
Murid juga dapat melengkap dan menghantar tugasan dengan pelbagai cara
antaranya, melalui rakaman video, slaid pembentangan dan voice call.

Secara keseluruhannya, tinjauan ini menunjukkan bahawa guru telah
berupaya merangsang murid berfikir dan berkomunikasi dalam PdPR. Guru
juga dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan
menarik minat murid untuk belajar.

Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PdPR
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan pada peringkat awal.
Namun, intervensi yang dilaksanakan oleh KPM telah membantu murid
mengikuti PdPR dengan lebih baik. KPM sentiasa komited untuk memastikan
murid dapat meneruskan pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan
mendapat akses kepada pembelajaran yang berkualiti pada setiap masa. KPM
yakin kerangka holistik yang dirancang dan dilaksanakan ini membolehkan
murid mengikuti PdPR secara lebih berkesan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 189

NO. SOALAN : 70
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEEMPAT

BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ]
TARIKH : 5 OKTOBER 2021 (SELASA)
SOALAN
TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan rancangan pemulihan pendidikan untuk mengatasi 'learning loss'
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sepanjang lebih kurang 2 tahun PdPR.
Terutamanya pelajar yang berada di kawasan rangkaian telekomunikasi terhad
terutamanya di luar bandar dan pedalaman.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 190

NO. SOALAN : 70

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid terutamanya apabila
mereka tidak dapat hadir ke sekolah secara bersemuka. Oleh yang demikian,
selain daripada keciciran daripada sistem pendidikan, KPM turut melihat
keciciran dalam konteks penguasaan pembelajaran. Mengambil kira hal ini,
KPM telah membangunkan satu kerangka yang holistik dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat terus dilaksanakan dengan
berkesan. Untuk itu, KPM telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR). PdPR dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam
talian (online), di luar talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru dan
murid.

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar
talian melalui penggunaan buku teks. Buku aktiviti pula boleh digunakan
untuk membuat latihan ulangkaji. Guru menyediakan modul pembelajaran dan
membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru juga mentaksir murid
secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi
mengikut tahap dan keupayaanmurid.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan semula siaran TV
Pendidikan. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan melalui
saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Kandungan yang
disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum peringkat prasekolah hingga
ke tingkatan enam. Di samping itu, kandungan rancangan TV Pendidikan turut
memuatkan slot yang berkaitankokurikulum.

KPM juga telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata
pelajaran. Penjajaran kurikulum mata pelajaran difokuskan kepada Kandungan
Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran peringkat
seterusnya. Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) pula
boleh dilaksanakan mengikut keupayaan murid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 191

NO. SOALAN : 70
baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka
dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum
menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan
pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan
kandungan mata pelajaran. Program ini melibatkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah.

KPM juga telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi
persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari 2022. Pelanjutan sesi ini
membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan
murid untuk mengikuti tahun persekolahanberikutnya.

KPM akan terus komited dalam memastikan pembelajaran murid
diberi keutamaan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 192

NO. SOALAN : 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN
[ JULAU ]

TARIKH : 5 OKTOBER 2021 (SELASA)

SOALAN

TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN minta MENTERI
KANAN PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah pihak Kerajaan
berperanan dalam membantu pelajar-pelajar yang tercicir di dalam mod
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) berikutan isu
ketidakmampuan mereka untuk membeli peranti pintar sendiri terutamanya
pelajar-pelajar yang tercicir dinegeri Sarawak.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 193

NO. SOALAN : 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid terutamanya apabila
mereka tidak dapat hadir ke sekolah secara bersemuka. Oleh yang demikian,
selain daripada keciciran daripada sistem pendidikan, KPM turut melihat
keciciran dalam konteks penguasaan pembelajaran. Mengambil kira hal ini,
KPM telah membangunkan satu kerangka yang holistik dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat terus dilaksanakan dengan
berkesan. Untuk itu, KPM telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR). PdPR dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam
talian (online), di luar talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru dan
murid.

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar
talian melalui penggunaan buku teks. Buku aktiviti pulaboleh digunakan untuk
membuat latihan ulangkaji. Guru menyediakan modul pembelajaran dan
membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru juga mentaksir murid
secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi
mengikut tahap dan keupayaanmurid.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan semula siaran TV
Pendidikan. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan melalui
saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Kandungan yang
disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum peringkat prasekolah hingga
ke tingkatan enam. Di samping itu, kandungan rancangan TV Pendidikan turut
memuatkan slot yang berkaitankokurikulum.

KPM juga telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata
pelajaran. Penjajaran kurikulum mata pelajaran difokuskan kepada Kandungan
Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran peringkat
seterusnya. Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) pula
boleh dilaksanakan mengikut keupayaan murid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 194

NO. SOALAN : 74
baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka
dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum
menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan
pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan
kandungan mata pelajaran. Program ini melibatkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah.

KPM juga telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi
persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari 2022. Pelanjutan sesi ini
membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan
murid untuk mengikuti tahun persekolahanberikutnya.

KPM yakin kerangka holistik yang dirancang dan dilaksanakan ini boleh
menangani keciciran pembelajaran murid dan membolehkan murid mengikuti
PdP secara berkesan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 195

SOALAN NO. : 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN
[ KINABATANGAN ]

TARIKH : 11 OKTOBER 2021 (ISNIN)

SOALAN

DATO' SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan:-

a) apakah usaha Kementerian dalam memastikan kualiti pembelajaran
murid-murid sekolah dapat dikekalkan dan tidak terjejas berikutan
penutupan sekolah. Apakah alternatif lain selain dari Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PDPR) memandangkan terdapatnya kekangan
kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk mengikuti
pembelajaran secara online; dan

b) sejauh manakah murid-murid sekolah boleh memahami dan mengikuti
skop PdPR dan apakah prestasi pembelajaran murid-murid dapat
dikekalkan seperti pembelajaran secara bersemuka dengan kehadiran di
sekolah.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 196

SOALAN NO. : 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat apabila
sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam tempoh
tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui
kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian
guru dan murid.

Bagi menilai tahap keberkesanan PdP semasa tempoh penutupan
sekolah, KPM telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Home-
based Learning yang ditadbir secara dalam talian. Kajian ini memfokuskan
kepada PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Skop kajian
meliputi aspek pelaksanaan PdPR dalam tempoh Mac hingga Julai tahun 2020
yang merangkumi pendekatan, kaedah, strategi, aplikasi dan peralatan yang
digunakan dalam pelaksanaan PdPR. Selain itu, kajian tersebut juga melihat
kepada penjadualan PdPR, penyusunan semula Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) dan pentaksiran. Kajian ini melibatkan 13,156 orang pentadbir
sekolah, 39,967 orang guru, 52,413 orang murid dan 59,624 orang ibu
bapa/penjaga. Dapatan kajian menunjukkan pelibatan murid di bandar dalam
PdPR secara dalam talian adalah sebanyak 59.3 peratus berbanding 51.4
peratus bagi murid di luar bandar. Bagi RPT pula, 46.2 peratus guru di bandar
mencapai sasaran pelaksanaan berbanding dengan 39.1 peratus guru di luar
bandar.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap keberkesanan PdPR adalah
pada tahap sederhana. Sebanyak 34.1 peratus murid menyatakan hasil
pembelajaran di rumah adalah tidak seperti yang diperoleh di sekolah dan
merupakan punca pembelajaran kurang berkesan.

Selain itu, 51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran di
rumah. Daripada kumpulan tersebut, 48.9 peratus murid menyatakan sebab
tertekan adalah kerana interaksi yang terhad dengan guru, manakala 55.0
peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-rakan.

Sebanyak 53.4 peratus murid pula tertekan disebabkan kurang

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 197

SOALAN NO. : 27

bimbingan dalam sesi pembelajaran. Sebaliknya, terdapat murid menganggap
PdPR merupakan suatu pengalaman baharu. Sebanyak 56.6 peratus murid
berjaya melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran di rumah dan
49.7 peratus murid berasa seronok semasa mengikuti PdPR. Sebanyak 57.5
peratus murid berjaya menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh
guru dalam masa yang ditetapkan. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak
36.0 peratus murid boleh belajar sendiri menggunakan bahan pembelajaran di
rumah dalam tempoh PKP.

Selain daripada pelaksanaan kajian tersebut, pada suku tahun pertama
2021, KPM telah menjalankan Tinjauan Pelaksanaan PdPR yang melibatkan
500 buah sekolah melalui pemerhatian terhadap PdPR yang dilaksanakan
dalam talian atau gabungan dalam dan luar talian. Pemerhatian dilaksanakan
melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas PdPR secara dalam talian.
Pemerhatian ini dimaklumkan lebih awal kepada guru yang terlibat.

Sebanyak 1,053 pemerhatian dilaksanakan ke atas PdP guru. Tinjauan
mendapati 98.7 peratus guru dapat mengelola isi pelajaran yang diajar mengikut
peruntukan masa yang ditetapkan. Sebanyak 97.4 peratus guru berjaya
membimbing murid untuk memahami dan menguasai isi, konsep dan fakta
berkaitan pelajaran. Sementara itu, 96.7 peratus guru berjaya menarik perhatian
murid untuk memberi respons terhadap pembelajaran dan memastikan
keterlibatan murid semasa PdPR secara real-time.

Hasil tinjauan juga mendapati murid memberi respons positif terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru dalam 97.5 peratus PdPR yang diperhatikan.
Murid juga dapat melengkap dan menghantar tugasan dengan pelbagai cara
antaranya, melalui rakaman video, slaid pembentangan dan voice call.

Rumusan daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa guru berupaya
merangsang murid berfikir dan berkomunikasi dalam PdPR. Guru juga dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat
murid untuk belajar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan semua murid
mengikuti PdPR, KPM telah membangunkan Sistem Pelaporan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (SPdPR). Sistem ini membolehkan penyertaan murid
dipantau secara real-time.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 198

SOALAN NO. : 27

Hal ini membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi yang bersesuaian
bagi memastikan keterlibatan murid adalah secara optimum.

Data pelaporan bermula 20 Januari hingga 30 Ogos 2021 menunjukkan
peratus murid yang mengikuti PdPR meningkat. Pelibatan murid sekolah
rendah meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1 peratus kepada
99.2 peratus. Pelibatan murid sekolah menengah pula meningkat sebanyak
19.3 peratus iaitu daripada 78.0 peratus kepada 97.3 peratus.

Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PdPR
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan pada peringkat awal.
Namun, intervensi yang dilaksanakan oleh KPM telah membantu murid
mengikuti PdPR dengan lebih baik. KPM sentiasa komited untuk memastikan
murid dapat meneruskan pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan
mendapat akses kepada pembelajaran yang berkualiti pada setiap masa.

KPM menyedari bahawa pandemik COVID-19 telah memberi kesan
kepada sistem persekolahan. Sesi PdP secara bersemuka menjadi lebih
singkat apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam
tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid
melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid. PdPR boleh
dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam talian (online), luar
talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru dan murid.

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti
yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP secara luar
talian melalui penggunaan buku teks. Buku aktiviti pulaboleh digunakan untuk
membuat latihan ulangkaji. Guru menyediakan modul pembelajaran dan
membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru juga mentaksir murid
secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi
mengikut tahap dan keupayaanmurid.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan semula siaran TV
Pendidikan. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan melalui
saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro. Kandungan yang
disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum peringkat prasekolah hingga
ke tingkatan enam. Di samping itu, kandungan rancangan TV Pendidikan turut

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 199

SOALAN NO. : 27

memuatkan slot yang berkaitankokurikulum.
KPM juga telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata

pelajaran. Penjajaran kurikulum mata pelajaran difokuskan kepada Kandungan
Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran peringkat
seterusnya. Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) pula
boleh dilaksanakan mengikut keupayaanmurid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah baik
sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka
dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum
menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan
pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan
kandungan mata pelajaran. Program ini melibatkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah.

KPM juga telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi
persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari 2022. Pelanjutan sesi ini
membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan
murid untuk mengikuti tahun persekolahanberikutnya.

KPM akan terus memastikan pembelajaran murid diberi perhatian dan
hak mereka untuk belajar sentiasa diberi keutamaan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 200

SOALAN NO. : 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHONG CHIENG JEN [ STAMPIN ]

TARIKH : 11 OKTOBER 2021 (ISNIN)

SOALAN

TUAN CHONG CHIENG JEN minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk
memastikan bahawa murid-murid di luar bandar di Negeri Sarawak dapat
mengikuti pelajaran mereka secara maya. Apakah hasil kajian Kementerian
sama ada murid-murid itu telah ketinggalan dalam pelajaran mereka.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 201

SOALAN NO. : 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat apabila
sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam tempoh
tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui
kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) yang dilaksanakan
mengikut kesesuaian guru dan murid. Pihak sekolah dan guru mengatur
strategi untuk memastikan PdPR dilaksanakan secara optimum berdasarkan
pertimbangan tiga prinsip asas iaitu tiada murid tercicir dalam pembelajaran,
keperluan asas pembelajaran dipenuhi dan kesejahteraan murid diutamakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan pelantar
Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi memperkasakan
pelaksanaan PdPR dalam talian. Pelantar ini merupakan pusat rujukan sehenti
yang menyediakan pelbagai aplikasi, perkhidmatan dan sumber pendidikan
digital seperti buku teks digital, video pendidikan, kuiz dan permainan
pendidikan bagi tujuan PdP yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu
bapa.

Mulai Ogos 2021, KPM juga telah menaik taraf dan menambah baik
pelantar DELIMa dengan fitur baharu (DELIMa 2.0) bagi meningkatkan
pengalaman pengguna, analitis data, kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Semua kemudahan yang disediakan dapat memberikan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperluas peluang
murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan prestasi bagi membangunkan
potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. Murid juga berupaya
melaksanakan pembelajaran aktif secara kendiri melalui akses kandungan
pembelajaran dalam pelbagai format yang disediakan.

KPM juga telah menambah lebih banyak bahan PdP dalam pelantar

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 202

SOALAN NO. : 63

DELIMa. Sehingga 4 Oktober 2021, KPM telah menyediakan sebanyak 3,245
video kurikulum, 324 video pedagogi, 2,538 video DidikTV KPM dan 631 buah
buku teks digital.

KPM juga menyedari bahawa tidak semua murid mempunyai akses
kepada talian internet dan peranti digital yang sesuai. Bagi membantu murid ini
melaksanakan pembelajaran, KPM terus memperkasakan siaran pendidikan di
DidikTV KPM. Selain itu, siaran TV Pendidikan di TV Okey RTM dan Tutor TV
Astro juga diteruskan. Murid juga boleh meneruskan kaedah pembelajaran
PdPR secara luar talian dengan menggunakan buku teks yang dibekalkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga telah melaksanakan
penjajaran kandungan kurikulum mata pelajaran. Penjajaran kurikulum mata
pelajaran difokuskan kepada Kandungan Asas (KA) supaya murid dapat
disediakan untuk pembelajaran peringkat seterusnya. Kandungan Tambahan
(KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) pula boleh dilaksanakan mengikut
keupayaan murid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah baik
sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka
dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum
menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan
pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan
kandungan mata pelajaran melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah
menengah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan Kajian
Keberkesanan Pelaksanaan Home-based Learning yang ditadbir secara dalam
talian. Kajian ini memfokuskan kepada PdPR semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Skop kajian meliputi aspek pelaksanaan PdPR dalam
tempoh Mac hingga Julai tahun 2020 yang merangkumi pendekatan, kaedah,
strategi, aplikasi dan peralatan yang digunakan. Selain itu, kajian tersebut juga
melihat kepada penjadualan PdPR, penyusunan semula Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) dan pentaksiran. Kajian ini melibatkan 13,156 orang
pentadbir sekolah, 39,967 orang guru, 52,413 orang murid dan 59,624 orang
ibu bapa/penjaga.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 203

SOALAN NO. : 63

Dapatan kajian menunjukkan pelibatan murid di bandar dalam PdPR
secara dalam talian adalah sebanyak 59.3 peratus berbanding 51.4 peratus bagi
murid di luar bandar. Bagi RPT pula, 46.2 peratus guru di bandar mencapai
sasaran pelaksanaan berbanding dengan 39.1 peratus guru di luar bandar.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap keberkesanan PdPR adalah
pada tahap sederhana. Sebanyak 34.1 peratus murid menyatakan hasil
pembelajaran di rumah adalah tidak seperti yang diperoleh di sekolah.

Selain itu, 51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran di
rumah. Daripada kumpulan tersebut, 48.9 peratus murid menyatakan sebab
tertekan adalah kerana interaksi yang terhad dengan guru manakala 55.0
peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-rakan.
Sebanyak 53.4 peratus murid pula tertekan disebabkan kurang bimbingan
dalam sesi pembelajaran.

Sebaliknya, terdapat murid menganggap PdPR merupakan suatu
pengalaman baharu. Sebanyak 56.6 peratus murid berjaya melibatkan diri
secara aktif semasa sesi pembelajaran di rumah dan 49.7 peratus murid berasa
seronok semasa mengikuti PdPR. Sebanyak 57.5 peratus murid berjaya
menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan olehguru dalam masa yang
ditetapkan. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 36.0 peratus murid
boleh belajar sendiri menggunakan bahan pembelajaran di rumah dalam
tempoh PKP.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memantau keberkesanan
PdPR pada suku tahun pertama 2021, KPM telah menjalankan Tinjauan
Pelaksanaan PdPR yang melibatkan 500 buah sekolah melalui pemerhatian
terhadap PdPR yang dilaksanakan dalam talian atau gabungan dalam dan luar
talian. Pemerhatian dilaksanakan melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas
PdPR secara dalam talian. Pemerhatian ini dimaklumkan lebih awal kepada
guru yang terlibat.

Sebanyak 1,053 pemerhatian dilaksanakan ke atas PdP guru. Tinjauan
mendapati 98.7 peratus guru dapat mengelola isi pelajaran yang diajar mengikut
peruntukan masa yang ditetapkan. Sebanyak 97.4 peratus guru berjaya
membimbing murid untuk memahami dan menguasai isi, konsep dan fakta

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 204

SOALAN NO. : 63
berkaitan pelajaran. Sementara itu, 96.7 peratus guru berjaya menarik perhatian
murid untuk memberi respons terhadap pembelajaran dan memastikan
keterlibatan murid semasa PdPR secara real-time.

Hasil tinjauan juga mendapati murid memberi respons positif terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru dalam 97.5 peratus PdPR yang diperhatikan.
Murid juga dapat melengkap dan menghantar tugasan dengan pelbagai cara
antaranya, melalui rakaman video, slaid pembentangan dan voice call.

Secara keseluruhannya, tinjauan ini menunjukkan bahawa guru telah
berupaya merangsang murid berfikir dan berkomunikasi dalam PdPR. Guru
juga dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan
menarik minat murid untuk belajar.

KPM sentiasa komited untuk memastikan murid dapat meneruskan
pembelajaran dalam keadaan yang selamat dan mendapat akses kepada
pembelajaran yang berkualiti pada setiap masa. KPM yakin kerangka holistik
yang dirancang dan dilaksanakan ini membolehkan murid mengikuti PdPR
secara lebih berkesan.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 205

SOALAN NO : 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
[ KUALA KRAI ]

SOALAN

TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil pihak Kementerian
untuk melaksanakan program pendidikan di media sosial dan TV dalam
merancakkan dan merangsang pembelajaran dalam talian.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan. Sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat apabila
sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19. Dalam tempoh
tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui
kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian
guru dan murid. PdPR boleh dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara
dalam talian (online), luar talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru
dan murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah memperkenalkan
semula siaran TV Pendidikan. Ini membolehkan murid mengikuti pelbagai
rancangan TV Pendidikan melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan
Tutor TV Astro. Kandungan yang disediakan adalah berdasarkan kepada
kurikulum peringkat prasekolah hingga tingkatan enam. Di samping itu,

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 206

SOALAN NO : 4

kandungan rancangan TV Pendidikan turut memuatkan slot yang berkaitan
kokurikulum.

Selain itu, KPM juga menggunakan media sosial melalui platform digital
seperti YouTube, Google Meet dan Microsoft Teams untuk melaksanakan
khidmat bantu pengintegrasian teknologi pendidikan kepada guru. Khidmat
bantu secara berterusan ini meliputi aktiviti perkongsian video, e-kelas,
webinar dan tutorial berkaitan dengan kaedah dan pendekatan penggunaan
teknologi dalam penyampaian PdP yang berkesan. Guru turut menggunakan
aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram untuk berkongsi bahan PdP,
memberikan tugasan dan melaksanakan pentaksiran.

KPM juga menggunakan media sosial untuk aktiviti pengayaan murid
seperti pertandingan yang melibatkan penghasilan teknologi, antaranya
Minecraft, Digital StoryTelling Animation, dan Video Kreatif Keselamatan Siber.
Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
murid. Secara umumnya, bilangan murid yang menyertai aktiviti penghasilan
teknologi telah meningkat kepada 22,514 orang murid pada tahun 2021
berbanding 6,224 orang murid pada tahun 2020.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan lagi
penggunaan media sosial untuk merancak dan merangsang pembelajaran
dalam talian, KPM telah menyediakan aplikasi seperti YouTube dan Google
Currents dalam pelantar DELIMa yang boleh digunakan oleh guru dan murid
bagi tujuanPdP dan perkongsian maklumat.

KPM yakin kerangka holistik yang dirancang dan dilaksanakan ini
membolehkan murid mengikuti PdP dalam taliansecara berkesan, seterusnya
dapat memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 207

PERTANYAAN SERTA JAWAPAN LISAN & BERTULIS
ATURAN URUSAN MESYUARAT

DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA PENGGALKE-EMPAT

PARLIMEN KE 14 TAHUN 2021

(25 OKTOBER HINGGA 16 DISEMBER 2021)

SOALAN NO : 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG (LANANG)

TARIKH : 2 NOVEMBER 2021 (SELASA)

SOALAN

PUAN ALICE LAU KIONG YIENG minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan sama ada pengenalan tulisan jawi akan diteruskan dalam buku teks
baharu Darjah 6 untuk SK dan SJK. Sekiranya ya, apakah penambahbaikan yang
dilaksanakan berbanding zaman PH termasuk isi kandungan dan berapa muka
surat dalam buku teks baharu.

BSTP
BPK

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa
penulisan buku teks adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengenalan perkataan tulisan Jawi
dalam buku teks baharu Tahun 6 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) diteruskan selari dengan keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri bertarikh 14 Ogos 2019. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa

209

SOALAN NO : 12
pengenalan tulisan Jawi di SJK dilaksanakan dengan persetujuan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid. Pelaksanaan tersebut seperti dalam
Surat Siaran KPM Bil.16 Tahun 2019 dan Garis Panduan Pelaksanaan bertarikh 20
Disember 2019.

KPM masih mengekal dan meneruskan jumlah halaman berkaitan tulisan
Jawi. Perkataan yang dipilih sesuai dengan kumpulan sasaran bagi memudahkan
murid menguasai Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam DSKP.
Terdapat enam halaman dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan tiga halaman
dalam buku teks Bahasa Melayu SJK. Bilangan tigamuka surat tersebut hanya
meliputi perkataan lazim yang diguna seharian, iaitu Selamat Datang, Bahasa Jiwa
Bangsa dan PerpustakaanNegaraMalaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi buku Tahun 6 SK, kemahiran
tulisan Jawi ini ditingkatkan melalui kepelbagaian aktiviti harian seperti
menghantar e-kad dan menceritakan pengalaman melihat papan tanda tulisan Jawi
dalam surat kiriman. Bagi buku Tahun 6 SJK pula, KPM masih mengekalkan aspek
mengenal dan mempamerkan tulisan Jawi. Penambahbaikan telah dibuat kepada
aspek persembahan supaya lebih menarik dan sesuai dengan kehidupan harian
murid.

KPM sentiasa komited untuk memastikan bahan yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran adalah bersesuaian dengan keperluan murid.
RJM11

210

SOALAN NO : 12
MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN/INPUT

BIL NAMA PEGAWAI BAHAGIAN PENERAJU NO.

/ INPUT TELEFON

1 DATIN NORIZA BINTI ASMUNI BSTP PENERAJU 019-276 0310

2 SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL BSTP PENERAJU 012-988 1431

HAMID

3 SARINA BINTI SALIM BPK INPUT 016-3128487

4

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Berikut ialah cabutan daripada DSKP berkaitan tulisan Jawi yang dijelmakan di
dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 SK dan Bahasa Melayu Tahun 6 SJK
bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Kegunaan Mulai
Tahun 2022.

DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 6 SK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.4 Mengaplikasikan, menghayati 4.4.1 Mengenal, mengecam, menyebut
dan menghasilkan unsur keindahan dan menulis huruf tunggal yang ditulis
dalam seni tulisan Jawi. mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata
hikmat dan mempersembahkannya.

4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni
tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.

Catatan: Aspek seni bahasa dilaksanakan untuk menyokong kemahiran bahasa. Walau
bagaimanapun aspek seni bahasa tidak ditafsir dalam peperiksaan.

211

SOALAN NO : 12

DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.4 Mengenal dan menghayati tulisan 4.4.1 Mengenal tulisan Jawi yang
Jawi sebagai seni warisan bangsa. terdapat dalam sesuatu objek kehidupan

harian. (slogan, nama bangunan, pintu
gerbang dan lain-lain)

4.4.2 Mempamerkan tulisan jawi melalui
perkataan yang terdapat dalam sesuatu
objek kehidupan harian.
(slogan, nama bangunan, pntu gerbang
lain-lain)

Catatan:
Aspek seni bahasa dilaksanakan untuk menyokong kemahiran bahasa. Walau
bagaimanapun aspek seni bahasa tidak ditafsir di dalam peperiksaan.
Persetujuan pelaksanaan tulisan Jawi di SJK adalah berdasarkan Surat Siaran dan Garis
Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahan yang terkandung dalam buku teks telah disemak dan diperaku oleh
Jawatankuasa Kawalan Mutu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Panel Pembaca
Luar DBP, Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat (PMS) KPM dan
Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera (NSK) KPM. Penyemakan ini
melibatkan panel yang terdiri daripada pensyarah universiti awam, pensyarah
institut pendidikan guru, dan guru mata pelajaran (Guru Cemerlang dan Munsyi
Dewan). Juga akan disemak pada peringkat akhir oleh Pakar Rujuk Bahasa, iaitu
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim. Pihak KPM juga telah
menghantar halaman Jawi bagi kedua- dua buku berkenaan untuk diteliti dan
disemak terlebih dahulu oleh pihak pengurusan tertinggi KPM sebelum diberikan
kebenaran untuk dicetak.

212

SOALAN NO : 12
BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJK:

3 HALAMAN

BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 6 SK:
6 HALAMAN

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 213

SOALAN NO : 12
INPUT BPK

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengenalan perkataan tulisan
Jawi dalam buku teks baharu Tahun 6 untuk SK dan SJK adalah diteruskan
selari dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 14 Ogos
2019 yang memutuskan bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK
dilaksanakan dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu
bapa dan murid. Pelaksanaan tersebut seperti dalam surat Siaran
Bil.16/2019 dan Garis Panduan Pelaksanaan bertarikh 20 Disember 2019.
Sehubungan dengan itu, KPM masih mengekalkan isi kandungan dan
bilangan tiga muka surat dalam buku teks baharu.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 214

SOALAN NO : 12
SOALAN JANGKAAN 1:
Apakah fokus perkataan pengenalan Jawi dalam buku teks Tahun 6?
JAWAPAN:
Pengenalan perkataan tulisan jawi dalam buku teks Tahun 6 berfokus
kepada slogan iaitu (Bahasa Jiwa Bangsa), Nama bangunan (Perpustakaan
Negara) dan Pintu Gerbang (Selamat Datang).

SOALAN JANGKAAN 2:

Adakah murid-murid yang menggunakan kurikulum Bahasa Melayu Tahun
6 SJK akan menduduki peperiksaan atau pentaksiran tulisan jawi.
JAWAPAN:

Murid-murid yang menggunakan kurikulum mata pelalajarn Bahasa Melayu
Tahun 6 SJK tidak akan menduduki peperiksaan atau pentaksiran kerana
pengenalan perkataan tulisan jawi hanyalah sebagai aspek seni bahasa
yang merupakan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menyokong kemahiran bahasa.

SOALAN LEPAS:

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ]
TARIKH : 18 OGOS 2020 (SELASA)
SOALAN
Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pengenalan tulisan jawi
akan diteruskan dalam buku teks baharu darjah 5 untuk SK dan SJK.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 215

SOALAN NO : 12
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), terdapat peruntukan
yang menetapkan bahawa Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan
oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta
tersebut juga menyatakan bahawa Kurikulum Kebangsaan hendaklah
termasuk mata pelajaran teras. Bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa
Melayu, merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum
kebangsaan. Oleh itu, mata pelajaran teras ini hendaklah menjadi asas
yang mesti dipelajari oleh semua murid di semua sekolah kerajaan,
sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Berkaitan dengan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, kerajaan pada 14 Ogos 2019 telah membuat keputusan
supaya bilangan muka surat buku teks dikurangkan daripada 6 muka
surat mengikut cadangan asal kepada 3 muka surat sahaja. Kerajaan
juga memutuskan agar pengenalan tulisan jawi terus dilaksanakan di
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah mubaligh bantuan
Kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta murid. Mengambil kira Akta Pendidikan 1996, KPM akan
memperhalusi semula perkara berkaitan dengan tulisan jawi ini secara
menyeluruh dan holistik. Buat masa ini, keputusan Jemaah Menteri
sebelum ini dikekalkan.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 216

SOALAN NO : 12

PEGAWAI PENYEDIA DAN PEGAWAI PENYEMAK
JAWAPAN PARLIMEN

Rujukan Soalan RJM11

Jabatan/Bahagian BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN

Pegawai Penyedia

Nama DATIN NORIZA BINTI ASMUNI
Jawatan
No. Telefon MENJALANKAN TUGAS TIMBALAN
PENGARAH

03-88844440 No. H/P 019-276 0310

Nama SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID

Jawatan TIMBALAN PENGARAH

No. Telefon 03-88844380 No. H/P 012-988 1431

Pegawai Penyemak (Ketua Bahagian)

Nama PUAN MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Jawatan PENGARAH

No. Telefon 03-20818118 No. H/P 012-774 8987

Tandatangan dan
Cop Rasmi

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 217

SOALAN NO : 01

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN
TARIKH (KINABATANGAN)

: 9 NOVEMBER 2021 (SELASA)

SOALAN

DATO’ SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN minta MENTERI KANAN
PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah usaha Kementerian dalam memastikan kualiti pembelajaran
murid-murid sekolah dapat dikekalkan dan tidak terjejas berikutan
penutupan sekolah. Apakah alternatif lain selain dari Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR) memandangkan terdapatnya
kekangan kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk
mengikuti pembelajaran secara “on-line” ataupun keluarga yang
tinggal di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet yang
stabil; dan

(b) sejauh manakah murid-murid sekolah boleh memahami dan
mengikuti skop PdPR dan apakah prestasi pembelajaran murid-
murid dapat dikekalkan seperti pembelajaran secara bersemuka
dengan kehadiran di sekolah.

BPSH
BSTP

BPK

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 218

SOALAN NO : 01

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa
pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih
singkat apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19.
Dalam tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran
kepada murid melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid.

Bagi menilai tahap keberkesanan PdP semasa tempoh penutupan
sekolah, KPM telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan
Home-based Learning yang ditadbir secara dalam talian. Kajian ini
memfokuskan kepada PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Skop kajian meliputi aspek pelaksanaan PdPR dalam tempoh Mac hingga
Julai tahun 2020 yang merangkumi pendekatan, kaedah, strategi, aplikasi
dan peralatan yang digunakan dalam pelaksanaan PdPR. Selain itu, kajian
tersebut juga melihat kepada penjadualan PdPR, penyusunan semula
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan pentaksiran. Kajian ini melibatkan
13,156 orang pentadbir sekolah, 39,967 orang guru, 52,413 orang murid dan
59,624 orang ibu bapa/penjaga. Dapatan kajian menunjukkan pelibatan
murid di bandar dalam PdPR secara dalam talian adalah sebanyak 59.3
peratus berbanding 51.4 peratus bagi murid di luar bandar. Bagi RPT pula,
46.2 peratus guru di bandar mencapai sasaran pelaksanaan berbanding
dengan 39.1 peratus guru di luar bandar.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 219

SOALAN NO : 01

Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap keberkesanan PdPR
adalah pada tahap sederhana. Sebanyak 34.1 peratus murid menyatakan
hasil pembelajaran di rumah adalah tidak seperti yang diperoleh di sekolah
dan merupakan punca pembelajaran kurang berkesan.

Selain itu, 51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran
di rumah. Daripada kumpulan tersebut, 48.9 peratus murid menyatakan
sebab tertekan adalah kerana interaksi yang terhad dengan guru, manakala
55.0 peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-
rakan. Sebanyak 53.4 peratus murid pula tertekan disebabkan kurang
bimbingan dalam sesi pembelajaran.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat murid menganggap PdPR
merupakan suatu pengalaman baharu. Sebanyak 56.6 peratus murid
berjaya melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran di rumah dan
49.7 peratus murid berasa seronok semasa mengikuti PdPR. Sebanyak 57.5
peratus murid berjaya menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikanoleh
guru dalam masa yang ditetapkan. Dapatan kajian juga menunjukkan
sebanyak 36.0 peratus murid boleh belajar sendiri menggunakan bahan
pembelajaran di rumah dalam tempoh PKP.

Selain daripada pelaksanaan kajian tersebut, pada suku tahun
pertama 2021, KPM telah menjalankan Tinjauan Pelaksanaan PdPR yang
melibatkan 500 buah sekolah melalui pemerhatian terhadap PdPR yang
dilaksanakan dalam talian atau gabungan dalam dan luar talian.
Pemerhatian dilaksanakan melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas
PdPR secara dalam talian. Pemerhatian ini dimaklumkan lebih awal kepada
guru yang terlibat.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 220

SOALAN NO : 01

Sebanyak 1,053 pemerhatian dilaksanakan ke atas PdP guru.
Tinjauan mendapati 98.7 peratus guru dapat mengelola isi pelajaran yang
diajar mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sebanyak 97.4 peratus
guru berjaya membimbing murid untuk memahami dan menguasai isi,
konsep dan fakta berkaitan pelajaran. Sementara itu, 96.7 peratus guru
berjaya menarik perhatian murid untuk memberi respons terhadap
pembelajaran dan memastikan keterlibatan murid semasa PdPR secara
real-time.

Hasil tinjauan juga mendapati murid memberi respons positif terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru dalam 97.5 peratus PdPR yang
diperhatikan. Murid juga dapat melengkap dan menghantar tugasandengan
pelbagai cara antaranya, melalui rakaman video, slaid pembentangan dan
voice call.

Rumusan daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa guru berupaya
merangsang murid berfikir dan berkomunikasi dalam PdPR. Guru juga dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik
minat murid untuk belajar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan semua
murid mengikuti PdPR, KPM telah membangunkan Sistem Pelaporan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR). Sistem ini membolehkan
penyertaan murid dipantau secara real-time. Hal ini membolehkan pihak
sekolah melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan
keterlibatan murid adalah secara optimum.

Data pelaporan bermula 20 Januari hingga 30 September 2021

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 221

SOALAN NO : 01

menunjukkan peratus murid yang mengikuti PdPR meningkat. Pelibatan
murid sekolah rendah meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1
peratus kepada 99.2 peratus. Pelibatan murid sekolah menengah pula
meningkat sebanyak 19.5 peratus iaitu daripada 78.0 peratus kepada 97.5
peratus.

Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan
PdPR berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan pada peringkat
awal. Namun, intervensi yang dilaksanakan oleh KPM telah membantu
murid mengikuti PdPR dengan lebih baik. KPM sentiasa komited untuk
memastikan murid dapat meneruskan pembelajaran dalam keadaan yang
selamat dan mendapat akses kepada pembelajaran yang berkualiti pada
setiap masa.

Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau
peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif untuk melaksanakan PdP
secara luar talian melalui penggunaan buku teks. Buku aktiviti pula boleh
digunakan untuk membuat latihan ulangkaji. Guru menyediakan modul
pembelajaran dan membuat serahan bahan tersebut kepada murid. Guru
juga mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan
melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan semula siaran TV
Pendidikan. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan
melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro.
Kandungan yang disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum
peringkat prasekolah hingga ke tingkatan enam. Di samping itu, kandungan

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 222

SOALAN NO : 01

rancangan TV Pendidikan turut memuatkan slot yang berkaitan kokurikulum.

KPM juga telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata
pelajaran. Penjajaran kurikulum mata pelajaran difokuskan kepada
Kandungan Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran
peringkat seterusnya. Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan
Pelengkap (KP) pula boleh dilaksanakan mengikut keupayaan murid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah
baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program
Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program
KPMPerkasaKU dirangka dengan tujuan memastikan pembelajaran
pemulihan bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi. Di
samping itu juga, program ini menyediakan pelbagai sokongan bagi
mengukuh dan memperkayakan penguasaan kandungan mata pelajaran.
Program ini melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

KPM juga telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi
persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari 2022. Pelanjutan sesi ini
membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan
kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya.

KPM akan terus memastikan pembelajaran murid diberi perhatiandan
hak mereka untuk belajar sentiasa diberi keutamaan.
RJM16

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 223

SOALAN NO : 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN BARU BIAN (SELANGAU)

TARIKH : 18 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)

SOALAN

TUAN BARU BIAN minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan
memandangkan keperluan persediaan untuk pengajaran dalam talian,
adakah terdapat latihan khas untuk guru-guru dalam penggunaan IT di
dalam bilik darjah dan kaedah baru yang lebih sesuai untuk pengajaran jarak
jauh.

BPG
BSTP
IPGM

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 224

SOALAN NO : 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa
pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sistem persekolahan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih
singkat apabila sekolah ditutup bagi membendung penularan COVID-19.
Dalam tempoh tersebut, KPM telah menyediakan akses pembelajaran
kepada murid melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid.

Dalam aspek latihan guru, perancangan peningkatan kompetensi guru
dilaksana berdasarkan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) dan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).
Mengambil kira situasi pendemik COVID-19, kedua-dua pelan ini telah
diselaras semula untuk memantapkan ilmu, kemahiran dan sikap guru
terhadap cabaran pembelajaran abad ke-21.

Berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM), sehingga Oktober 2021, sebanyak 2,632
aktiviti PPB berkaitan Digital/ICT telah dilaksanakan. KPM juga, melalui
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), telah menyediakan sebanyak 597
latihan berkaitan teknologi digital sehingga Oktober 2021.

Antara kaedah baharu yang digunakan untuk meningkatkan
kemahiran pengajaran jarak jauh adalah melalui aktiviti perkongsian video,
e-kelas, webinar dan tutorial yang diintegrasikan dalam Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Guru juga digalakkan untuk

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 225

SOALAN NO : 22

meningkatkan kemahiran digital dengan mengikuti latihan dan mendapat
persijilan.

Bagi tujuan ini, KPM memberikan insentif kepada guru yang aktif
menggunakan teknologi digital dalam PdP melalui pemberian baucar
percuma untuk mengikuti pensijilan DELIMa Certified Training Programme
(DCTP). Selain itu, pengiktirafan kepada guru yang aktif juga turut diberikan
melalui program seperti Microsoft Innovative Educator (MIE), Google
Certified Educator (GCE) dan Apple Teacher Leader dan Guru Juara Digital.

KPM turut menambah lebih banyak bahan dalam pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Pelantar ini merupakan
pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai aplikasi, perkhidmatan
dan sumber pendidikan digital seperti buku teks digital, video pendidikan,
kuiz dan permainan pendidikan bagi tujuan PdP. Pelantar ini boleh
digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa. Sehingga Oktober 2021, KPM
telah menyediakan 3,245 video kurikulum, 324 video pedagogi dan 2,538
video DidikTV KPM.

KPM juga menggalakkan perkongsian video PdP dan video amalan
terbaik hasil daya usaha dan kreativiti guru melalui portal CikgooTUBE dan
Ruang Ilmu yang dikongsikan dalam DELIMa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bakal guru yang sedang dalam
latihan di IPG diwajibkan mengambil kursus “Teknologi untuk Pengajaran
dan Pembelajaran” dan “Inovasi Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran”. Melalui kursus-kursus ini, bakal guru akan mempunyai

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 226

SOALAN NO : 22
kemahiran untuk menghasil dan menggunakan bahan digital bagi membantu
proses pembelajaran murid di sekolah. Kursus ini membolehkan mereka
menghasilkan bahan digital yang berkualiti. Mereka juga diberi pendedahan
untuk mengurus media dan sumber PdP dengan cekap bagi membantu
proses pembelajaran murid di sekolah.

KPM sentiasa komited dalam melengkapkan guru dengan kemahiran
dan pengetahuan digital, bagi memastikan latihan guru dilaksanakan melalui
pelbagai kaedah selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia.
RJM36

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 227

SOALAN NO : 22
MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN/INPUT

BI NAMA PEGAWAI BAHAGIAN PENERAJU NO.
L / INPUT TELEFON

1 Dr. Mazita binti Abu Bakar BPG Peneraju 012-304

2067

2 Dr. Nik Haslinda binti Abdul BPG Peneraju 012-263

Halim 5176

3 Encik Shaharizan Bin Ibrahim BSTP Input 019-473

4833

4 Dr. Wagheeh Shukry Bin BSTP Input 019-473

Hassan 4833

5 En. Norazman bin Abd IPGM Input 019-777

Wahab 3410

6 Dr. Yazid bin Manap IPGM Input 019-710

5093

MAKLUMAT TAMBAHAN

INPUT BSTP

KPM melaksanakan khidmat bantu pengintegrasian teknologi
pendidikan kepada guru secara berterusan melalui aktiviti perkongsian
video, e-kelas, webinar dan tutorial.

KPM juga memberikan insentif kepada guru yang aktif menggunakan
teknologi digital dalam PdP melalui pemberian baucar percuma untuk
mengikuti pensijilan DELIMa Certified Training Programme (DCTP). Selain
itu, pengiktirafan kepada guru yang aktif juga turut diberikan melalui program
seperti Microsoft Innovative Educator (MIE), Google Certified Educator
(GCE) dan Apple Teacher Leader.

KPM turut menambah lebih banyak bahan dalam pelantar DELIMa.
Pelantar ini merupakan pusat rujukan sehenti yang mengandungi pelbagai
aplikasi, perkhidmatan dan sumber pendidikan digital seperti buku teks
digital, video pendidikan, kuiz dan permainan pendidikan bagi tujuan PdP.
Pelantar ini boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa. Sehingga 4

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 228

SOALAN NO : 22

Oktober 2021, KPM telah menyediakan 3,245 video kurikulum, 324 video
pedagogi dan 2,538 video DidikTV KPM.

KPM juga menggalakkan perkongsian video PdP dan video amalan terbaik
hasil daya usaha dan kreativiti guru melalui portal CikgooTUBE dan Ruang Ilmu
yang dikongsikan dalamDELIMa.

KPM telah mengambil langkah proaktif bagi meneruskan pendidikan
dalam talian di semua sekolah-sekolah melalui program Pemerkasaan
Pendidikan Digital dan Khidmat Bantu.

Program Pemerkasaan Pendidikan Digital terdiri daripada dua aspek iaitu
bimbingan dan pertandingan khusus diberikan kepada murid-murid sekolah.
Murid-murid diberi pendedahan secara dalam talian bagi mempertingkatkan
pengetahuan, kemahiran dan inovasi mereka.

KPM juga mengadakan program khidmat bantu dalam usaha membantu
guru, pentadbir dan pegawai bagi memberi ilmu pengetahuan untuk
mengintegrasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran digital bagi untuk
diaplikasikan dalam proses PdP secara dalam talian. Guru-guru juga diberi
peluang untuk berkongsi dan menambah ilmu mereka di pelbagai peringkat
termasuk diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Bersama-sama ini
dilampirkan perincian program tersebut berserta perbandingan penyertaan
murid dengan tahun 2020.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 229

SOALAN NO : 22

Perbandingan penyertaan Program Khidmat Bantu/Pemerkasaan
Pendidikan Digital Murid Tahun 2021 Dan 2020

BIL PROGRAM 2021 2020

1 National ICT Security Discourse: 75 sekolah Tidak
CyberSAFE Challenge Trophy 225 murid dilaksanakan
Program Kesedaran Keselamatan Siber
dikalangan murid sekolah menengah di
dalam Bahasa Inggeris

2 Pertandingan Cabaran Keselamatan 173 sekolah 162 Sekolah
324 murid
Siber Nasional
Program Kesedaran Keselamatan Siber 346 murid

dikalangan murid sekolah menengah di

dalam Bahasa Melayu

3 Pertandingan Digital Storytelling 579 sekolah 288 pasukan
864 murid
Animation (DST) 1,737 murid

Program bagi mempertingkatkan kemahiran

murid dalam kemahiran animasi

4 Pertandingan Inovasi Pembangunan 10 kumpulan Program baru
30 murid
Aplikasi Mobile APPS
Program bagi mempertingkatkan kemahiran

murid dalam pengaturcaraan komputer

5 Pertandingan Minecraft Education 1947 murid 938 murid
Program ini terbuka kepada semua murid
dalam mempertingkatkan kemahiran
pengkodan serta kemahiran berfikir

6 Pertandingan Video Kreatif Keselamatan 1,882 murid Program
Baru
Siber

Program ini terbuka kepada semua murid bagi

memberikan kesedaran keselamatan siber

serta kemahiran dalam menghasilkan

video kreatif

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 230

SOALAN NO : 22

7 Pertandingan Drone Edu Challenge IR 4.0 1370 3527 murid
Program ini terbuka kepada murid sekolah kumpulan
menengah bagi memperkenalkanteknologi

drone 2497 murid

690 sekolah

8 Pertandingan Teknovasi 2021 Program baru

Program ini bagi meningkatkan kemahiran 1,107 murid

teknologi digital dan inovasi dalam terlibat

pembelajaran Abad ke-21

9 Program We Think Digital (WTD)
Program pembinaan kemahiran asas digital 120 kumpulan 471 murid
Program
dan kemahiran kewarganegaraan digital bagi 360 murid Latihan
murid sekolah menengah seluruh Malaysia Pertandingan

10 MICROSOFT Fun-Tastic School Break 11,568 murid Program baru
Program ini adalah untuk membolehkan

muridmendapat ilmu pengetahuan

penggunaan Microsoft Teams dan

penggunaan teknologi secara selamat

11 Digital Readiness Academy – Student 14 kumpulan Program
Latihan dari
Hackaton 42 murid tahun Sept
2020- Jun
Program rintis ini memberi peluang kepada 10 sekolah
Pertandingan 2021
murid untuk berinovasi dengan
mengaplikasikan ilmu pengkodan melalui

Micro:bit

12 Modul Kesedaran dan Keselamatan Siber 3000 murid Proses
Nasional 300 sekolah membangun-
Program ini memberi kesedaran kepada Rintis
murid berkaitan keselamatan siber kan modul

13 Program Global Jeonnam Online 2 sekolah Program baru
30 murid
International Exchange
Program ini memberi peluang kepada murid
bertukar budaya dan pembelajaran menerusi

teknologi online

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 231

SOALAN NO : 22

14 ALCoB Malaysia School Network 24 sekolah 10 sekolah
Program pertukaran budaya dan 240 murid 100 murid
pembelajarandengan sekolah di Korea
Selatan melalui online

Jumlah murid 22,514 murid 6,224 murid

KPM juga memberikan insentif kepada guru yang aktif menggunakan teknologi
digital dalam PdP melalui pemberian baucar percuma untuk mengikuti
pensijilan DELIMa Certified Training Programme (DCTP) bermula sejak 2020
yang disediakan melalui program Google Certified Educator (GCE). Seramai
3938 telah memeperolehi sijil Google Certified Educator.

IPGM

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran jarak jauh, kaedah PdP secara
dalam talian telah ditingkatkan dengan menyediakan latihan berteraskan
pendidikan digital kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah.
Berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM), sehingga 11 Oktober 2021, latihan berteraskan
digital yang dianjurkan oleh IPG adalah sebanyak 597 daripada keseluruhan
latihan berjumlah 3358.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 232

SOALAN NO : 226

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DR. MASZLEE BIN MALIK
(SIMPANG RENGGAM)

SOALAN

DR. MASZLEE BIN MALIK minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN
menyatakan :-

(a) jumlah bayaran dari KPM kepada Media Prima untuk mengendalikan
Didik TV dan apakah pemilihan syarikat TV swasta untuk
mengendalikan TV Pendidikan itu telah melalui proses open-tender.
Mengapa tidak menggunakan saluran-saluran di RTM secara
sepenuhnya? ;dan

(b) siapakah yang memiliki hakcipta bahan-bahan yang telah dihasilkan
tersebut.

BPL
BSTP

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 233

SOALAN NO : 226

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran kepada Syarikat
Media Prima Berhad (MPB) adalah berdasarkan kepada perkhidmatan yang
telah diberikan. Sehingga 30 September 2021, sejumlah RM30,554,505
(termasuk cukai perkhidmatan) telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) kepada MPB bagi kontrak saluran khusus DidikTV KPM.
Perolehan perkhidmatan ini adalah bagi menyokong pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR) terutamanya kepada murid yang tidak
mempunyaiperantidan akseskepada internetyang baik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, satu mesyuarat telah diadakan
pada 25 Januari 2021 bersama-sama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM)
dan MPB bagi membentangkan cadangan pelaksanaan saluran khas TV
Pendidikan KPM. Hasil daripada mesyuarat tersebut, KPM bersetuju untuk
menerima cadangandaripada MPB berdasarkan justifikasi berikut:

i. Saluran MPB di televisyen melalui kaedah terrestrial boleh diakses
secarapercuma;

ii. MPB mempunyai liputan siaran yang luas dan jumlah penonton yang
tinggi merentasi pelbagai platform media seperti televisyen, radio, media
digital, media cetak dan pengiklanan out-of-home (papan iklan statik dan
LED);

iii. MPB memperuntukkan saluran media sedia ada iaitu NTV7, khusus untuk
program TV Pendidikan KPM.

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 234


Click to View FlipBook Version