The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII Tahun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK ISKANDAR SHAH, 2023-11-29 20:42:15

Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII Tahun 2023

Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII Tahun 2023

Keywords: pppk,eprd,ygtho,prosiding,pendidikan

Anjuran Bersama:


i Anjuran Bersama:


ii Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Penerbitan Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII merupakan wadah rujukan yang amat bermakna buat warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam menjayakan program pembudayaan penyelidikan pendidikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan atas inisiatif menerbitkan prosiding ini. Inisiatif ini diharap dapat memberi inspirasi kepada warga pendidik dalam mengaplikasikan penyelidikan untuk melestarikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, prosiding ini dapat mempromosikan pelbagai disiplin ilmu bagi menyokong budaya perkongsian ilmu dalam penyelidikan, mendalami isu pendidikan dan mengenal pasti strategi dalam melestarikan kecemerlangan sistem pendidikan. Saya yakin prosiding ini merupakan bukti komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang sentiasa ingin berkongsi amalan terbaik dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Akhir kata, saya berharap prosiding ini dapat dijadikan panduan kepada semua penyelidik khususnya warga KPM untuk berkongsi idea dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pentadbiran pendidikan, serta membudayakan amalan inovasi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Melalui penerbitan prosiding ini, diharap dapat mengeratkan jalinan ukhuwah dan menyatukan hati semua warga KPM seterusnya melahirkan generasi muda yang bijak berfikir kerana pendidikan merupakan pemangkin bagi asas kejayaan serta membawa seseorang ke persada kejayaan. Penyelidikan Pemangkin Kelestarian Pendidikan MADANI DATUK HJ. PHAKARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


iii Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (PPPK) XVII tahun 2023 anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dapat dilaksanakan pada 18 hingga 20 Oktober 2023 di Melaka. PPPK merupakan platform penting yang memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik untuk berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, serta memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru. Dengan tema pada tahun ini ‘Penyelidikan Pemangkin Kelestarian Pendidikan MADANI’ saya yakin dan percaya impak daripada pelbagai dapatan kajian yang dikumpulkan dalam buku prosiding ini mampu membawa senario pendidikan ke arah yang lebih dinamik selari dengan Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan konsep Malaysia MADANI. Prosiding ini memuatkan koleksi artikel kajian tindakan dan kajian konvensional yang dibentangkan dalam persidangan yang dilaksanakan. Saya amat berharap agar prosiding ini dapat dimanfaatkan sebagai bahan rujukan penting bagi memupuk minat dalam kalangan guru untuk membudayakan penyelidikan khususnya kajian tindakan di sekolah masingmasing dalam menjayakan pelbagai agenda pendidikan negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YGTHO atas sokongan yang diberikan kepada BPPDP dalam merealisasikan penganjuran persidangan pada tahun ini. Tidak dilupakan, tahniah dan terima kasih kepada semua pihak KPM dan warga BPPDP yang terlibat dalam melaksanakan persidangan dan menerbitkan prosiding ini dengan jayanya. Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan memberi faedah yang berpanjangan dan mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT. DR. LATIP BIN MUHAMMAD


iv TAJUK Kata Alu-aluan KPPM Kata Alu-aluan Pengarah BPPDP ‘Sifir Kumbang’ sebagai Kaedah Alternatif untuk Meningkatkan Keupayaan Murid Pemulihan Khas dalam Menyelesaikan Soalan Latih Tubi Operasi Darab Penggunaan Kaedah Peta Semantik GoIro Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan dalam Kalangan Murid Tingkatan 5 Kelas Bahasa Jepun Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Non Verbal Murid Autisme di Kelas Aliran Perdana melalui Belaian Jiwa Penggunaan Media Oil Pastel dalam Penghasilan Karya Seni Lukisan dengan Teknik ‘Colour Blending’ Enhancing Prepositions Concept and Understanding Among Year 3 Cerdik Pupils with PrepoWheego Meningkatkan Kekemasan dan Kekuatan Penyambungan Kimpalan Penusukan bagi Kimpalan Serong dengan Menggunakan Teknik Slide Grinding (SG) The Use of RSS to Improve Low Proficiency ESL Students’ Speaking Ability Penambahbaikan Kaedah Penyampaian dalam Sesi Pembangunan Profesionalisme bagi Meningkatkan Kefahaman Guru terhadap Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah Negeri Kelantan Aplikasi Oh My Blox!: Catch Up Game dalam Meningkatkan Kemahiran Pengaturcaraan RBT Murid Tahap 2: Satu Kajian Tindakan Penggunaan Jadual Simqaf bagi Membantu Murid Tahun 4 Membaca Ayat yang Mengandungi Tanda Waqaf Meningkatkan Kemahiran Membanding Beza Jenis Variasi Menggunakan Penjadualan Comp-Diff dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 4 BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. MUKA SURAT ii iii 1 15 29 47 61 77 89 103 115 127 141 KANDUNGAN


v TAJUK Meningkatkan Penguasaan dalam Matematik Melalui Kit ‘CoS Bidal’ Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Camellia Peningkatan Kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru dengan Menggunakan Tick & Teach Aplikasi MyBaca Pkhas Tahun 4 Dapat Mengukuhkan Kefahaman Murid Pendidikan Khas Tahun 4 dalam Subjek Bahasa Melayu Penggunaan Kad Wasal Fakasdham dalam Membantu Murid Tahun 6 Membezakan Sebutan Huruf Hijaiyyah Bersambung Berbaris Fathah, Kasrah dan Dhammah. Penggunaan Roda Easy Go untuk Meningkatkan Kemahiran Penambahan Dalam Lingkungan Fakta Asas bagi Murid Tahun 1 Van Gogh Meets Bloom: Visual Imagery and Poetry Writing in the Language Arts Classroom Integrasi Model Pembelajaran Kolb dengan Minecraft: Kesan Terhadap Pembelajaran Perimeter dan Luas Tinjauan Awal Kecenderungan Murid untuk Memilih Aliran STEM di Peringkat Menengah Atas Implementasi Flipped Classroom dalam Pengaturcaraan Melalui Kerangka P2P-Flip: Satu Kuasi-Eksperimen BIL. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. MUKA SURAT 163 179 195 209 223 235 249 267 281 KANDUNGAN


vi


1 ‘SIFIR KUMBANG’ SEBAGAI KAEDAH ALTERNATIF UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID PEMULIHAN KHAS DALAM MENYELESAIKAN SOALAN LATIH TUBI OPERASI DARAB CHRISTINA ANDREW SK Ulu Satap, Sarawak [email protected] ABSTRAK Penguasaan asas operasi matematik dalam pembelajaran Matematik memegang peranan yang sangat penting dalam memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berfikiran secara kritis serta sistematik. Walau bagaimanapun, Matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran yang menghalang minat dan pencapaian murid kerana dianggap sukar dan tidak menyeronokkan. Salah satu faktor utama yang mempengaruhi ini adalah tahap penguasaan asas kemahiran operasi darab. Kajian tindakan ini adalah bertujuan membantu tiga orang murid Pemulihan Khas SK Ulu Satap, Sarawak yang mengalami kesukaran dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab dengan menggunakan ‘Sifir Kumbang’. Pendekatan ini juga bermatlamat untuk memperbaiki dan menambah baik amalan PdPc guru dan meningkatkan keupayaan, minat serta pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan operasi darab. Pemerhatian awal semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa terdapat murid pemulihan khas yang kurang tangkas dan mengambil masa yang lama untuk menguasai fakta asas darab serta menyelesaikan soalan latih tubi berkaitan darab. Tinjauan awal melalui pemerhatian, analisis dokumen, dan temu bual menunjukkan murid mudah hilang tumpuan. Kesukaran mengingat sifir dan kaedah konvensional yang kurang sesuai menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan berkaitan dengan darab. Perancangan tindakan dilakukan melalui pelaksanaan ‘Sifir Kumbang’ di dalam kelas pemulihan khas. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid selepas murid diperkenalkan dengan ‘Sifir Kumbang’. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab dengan lebih mudah dan berkesan serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Kata kunci: murid pemulihan khas, ‘Sifir Kumbang’, kaedah konvensional, peningkatan, menambah baik


2 1.0 PENGENALAN Tahun 2022 menandakan pengalaman pertama saya mengajar kelas pemulihan setelah enam tahun berkhidmat di mana saya hanya dipertanggungjawabkan mengajar kelas perdana dan prasekolah, walaupun saya merupakan seorang guru opsyen Pemulihan Khas. Cabaran ini adalah sesuatu yang besar bagi saya, kerana saya perlu mengemas kini maklumat dan ilmu baharu dalam bidang pemulihan khas. Oleh itu, terdapat banyak perkara atau maklumat baharu berkaitan pemulihan khas yang perlu saya pelajari dan ingat semula. Salah satu tanggungjawab yang saya terima adalah mengajar murid pemulihan bagi Matematik Tahun 5. Pada 6 April 2022 dan 20 April 2022, saya telah melaksanakan aktiviti PdPc Matematik Pemulihan Khas untuk Kemahiran Pemulihan 6 iaitu operasi darab. Tujuan PdPc ini adalah untuk melengkapkan ayat matematik darab melibatkan sifir 3 hingga 9. Berdasarkan pemerhatian semasa proses PdPc berlangsung, seperti yang dicatatkan dalam senarai semak PdPc kelas pemulihan, murid-murid ini terlibat secara aktif dan berminat dalam sesi PdPc. Walau bagaimanapun, apabila mereka diberi latih tubi, mereka mudah hilang tumpuan, merasa bosan, dan menghadapi kesukaran dalam menyiapkan latih tubi yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berdasarkan latih tubi yang sempat dijawab oleh murid, saya mendapati bahawa murid menyelesaikan soalan darab menggunakan kaedah konvensional yang saya gunakan untuk membimbing mereka. Dapatan ini memberi kesedaran kepada diri saya bahawa kaedah ini kurang sesuai digunakan untuk menyelesaikan soalan latih tubi khususnya yang melibatkan soalan yang banyak. Kaedah ini agak menyukarkan dan melambatkan proses menyelesaikan masalah sehingga akhirnya menjadikan murid saya mudah bosan kerana mereka perlu menghasilkan rajah yang banyak untuk menjawab soalan latih tubi yang disediakan. Oleh yang demikian, melalui senarai semak tersebut saya sedar bahawa kaedah konvensional yang saya gunakan sebelum ini untuk menjelaskan konsep asas darab menggunakan rajah merupakan salah satu faktor mengapa objektif PdPc yang dirancang dan dilaksanakan tidak tercapai. Kaedah konvensioanal tersebut sememangnya sesuai dalam menerangkan konsep asas darab tetapi kurang sesuai apabila digunakan serta diaplikasikan apabila digunakan dalam penyelesaian masalah operasi darab yang melibatkan kuantiti yang banyak. Selain itu, salah satu faktor mengapa PdPc saya tidak berkesan ialah saya tidak melakukan penambahbaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid di dalam aktiviti PdPc di mana saya hanya fokus untuk mencapai objektif PdPc tanpa menilai semula kaedah pengajaran yang saya gunakan. Menurut Muhammad (2013), pendahuluan konsep pendaraban merupakan konsep asas yang paling penting dalam Matematik. Azizi Yahaya dan Elanggovan (2008) pula menyatakan bahawa kelemahan kefahaman konsep ini bukan sahaja berlaku kepada murid-murid yang lemah malahan ia juga berlaku pada murid-murid yang bijak. Kesilapan-kesilapan murid biasanya berkaitan dengan pemahaman dan kaedah penyelesaian. Oleh itu, setiap murid harus berupaya menguasai kemahiran mendarab ini dengan baik. Menurut Okey (1978), antara sebab murid hilang minat terhadap pembelajaran adalah bahan pengajaran yang tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pembelajaran yang statik. Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidakserasian


3 antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kaedah pengajaran guru Matematik perlu ditambah baik dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan tahap kecerdasan murid agar murid sentiasa berminat untuk belajar kemahiran matematik yang perlu mereka kuasai. Kaedah cara atau teknik yang kurang sesuai akan menyebabkan murid hilang tumpuan dan menyumbang kepada kecenderungan murid untuk tidak mencapai objektif PdPc. Hasil daripada tinjauan awal inilah, saya mula mencari kaedah lain dengan merancang alternatif yang boleh membantu guru dan murid iaitu dengan mereka satu Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berkesan bagi menangani masalah ini. Saya berharap agar BBB ini dapat membantu murid menjawab kesemua soalan darab dengan betul dan pantas dalam tempoh masa yang diberikan. Selain itu juga, diharapkan agar BBB ini dapat membantu saya dalam menjelaskan konsep asas darab dengan lebih berkesan dan cara mendarab dengan lebih mudah serta tidak membosankan. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah operasi darab yang dihadapi oleh murid dalam menyelesaikan soalan latih tubi. Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik sejauh mana kaedah alternatif ‘Sifir Kumbang’ dapat membantu meningkatkan keupayaan murid dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab dengan lebih mudah, berkesan, serta menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik. Objektif kajian tindakan ini adalah: i) Membantu meningkatkan keupayaan tiga orang murid Pemulihan Khas Tahun 5 menyelesaikan latih tubi melengkapkan ayat matematik darab 3-9 dalam masa yang diberikan iaitu 20 minit dengan mencapai skor markah 50/60, serta menarik minat murid untuk belajar operasi darab; dan ii) Menambah baik amalan PdPc dalam menjelaskan konsep asas darab dengan lebih berkesan dan tidak membosankan serta cara mendarab yang lebih mudah. Persoalan utama dalam penyelidikan ini adalah: i) Bagaimana penggunaan ‘sifir kumbang’ dapat membantu murid pemulihan khas dalam meningkatkan keupayaan murid dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab dengan lebih berkesan? ii) Apakah pengaruh penggunaan ‘Sifir Kumbang’ terhadap minat, sikap dan pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran operasi darab? Fokus kajian ini adalah untuk mencari kaedah alternatif yang sesuai untuk membantu murid menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab serta menjadikan pengajaran lebih mudah dan berkesan. Terdapat kajian terdahulu yang mengesahkan masalah penguasaan operasi darab dan kelemahan murid dalam mata pelajaran Matematik. Parimala Nathan (2016) di dalam kajian tindakannya menyatakan bahawa di kebanyakkan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai oleh murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab.


4 Habibah Suid (2004) pula menyatakan kajian kelemahan murid terhadap mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah adalah berhubung kait dengan sikap dan motivasi diri murid, kesedaran murid terhadap kepentingan mempelajari Matematik, sikap ibu bapa serta penjaga terhadap pelajaran anak-anak dan pendekatan guru dalam membimbing murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam usaha menarik minat murid, guru disarankan supaya tidak terikat dengan buku teks atau sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata. Pendekatan kreatif dan penggunaan bahan bantu belajar yang menarik adalah penting dalam meningkatkan minat dan keupayaan murid. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu murid pemulihan khas dalam menyelesaikan latih tubi operasi darab dengan lebih baik melalui penggunaan kaedah alternatif ‘Sifir Kumbang’ dan bahan bantu belajar yang disediakan. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah alternatif, iaitu ‘Sifir Kumbang’, dalam membantu murid pemulihan khas menyelesaikan latih tubi operasi darab. Rajah 1 di bawah adalah Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang digunakan sebagai panduan utama dalam merancang, melaksanakan, dan menilai tindakan kajian ini, yang terdiri daripada empat fasa penting iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Rajah 1 Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mctaggart (1988) Fasa perancangan kajian ini akan merangkumi langkah-langkah berikut: 1. Pengenalpastian Objektif: Menetapkan objektif kajian yang jelas, iaitu untuk mengkaji kesan penggunaan ‘Sifir Kumbang’ sebagai kaedah alternatif dalam meningkatkan keupayaan murid pemulihan khas dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab dengan betul dan pantas. 2. Penentuan Sampel: Menentukan murid-murid pemulihan khas yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan kriteria tertentu seperti tahap pembelajaran dan keperluan sokongan tambahan di mana murid yang terlibat ialah tiga orang murid pemulihan khas Tahun 5. 3. Merancang Aktiviti: Merancang dan menyediakan bahan latihan menggunakan kaedah ‘Sifir Kumbang’ yang sesuai dengan tahap kefahaman dan keupayaan murid-murid pemulihan khas.


5 Fasa tindakan kajian ini akan melibatkan implementasi kaedah ‘Sifir Kumbang’ dalam latih tubi operasi darab bersama dengan murid pemulihan khas yang terpilih. Aktiviti yang dilakukan termasuk: 1. Penyampaian Bahan: Mengajar murid cara menggunakan kaedah ‘Sifir Kumbang’ dalam bentuk bahan maujud dan lukisan dengan contoh dan latihan yang sesuai. 2. Bimbingan: Memberikan bimbingan individu kepada murid untuk memastikan pemahaman yang betul dan membantu mereka menyelesaikan latih tubi darab dengan berkesan. Fasa pemerhatian kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan ‘Sifir Kumbang’ dalam membantu murid pemulihan khas menyelesaikan latih tubi operasi darab dengan betul dan pantas. Aktiviti pemerhatian yang dilakukan adalah: 1. Pengumpulan Data: Mengumpulkan data prestasi dari segi minat, sikap dan pencapaian dan kepantasan murid pemulihan khas dalam latih tubi operasi darab sebelum dan selepas penggunaan ‘Sifir Kumbang’. 2. Analisis Data: Menganalisis data yang dikumpulkan untuk menilai keberkesanan dan kepantasan penggunaan ‘Sifir Kumbang’ terhadap minat, sikap dan pencapaian murid dalam menyelesaikan latih tubi operasi darab. Fasa refleksi kajian ini akan melibatkan penilaian terhadap keseluruhan proses kajian, termasuk: 1. Penilaian Keberkesanan: Menilai keberkesanan kaedah ‘Sifir Kumbang’ dalam meningkatkan keupayaan murid pemulihan khas menyelesaikan latih tubi operasi darab. 2. Pengesanan Kelemahan: Mengenal pasti kelemahan atau halangan yang mungkin timbul semasa pelaksanaan kajian dan menyediakan cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya. Kajian ini menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebagai panduan untuk merancang, melaksanakan, dan menilai tindakan kajian. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi sumbangan dalam pengembangan kaedah alternatif seperti ‘Sifir Kumbang’ dalam menyokong pembelajaran murid pemulihan khas dalam operasi darab. 4.0 PERANCANGAN Pada peringkat awal kajian, melalui tinjauan awal yang telah dilakukan berdasarkan latih tubi murid dan temu bual yang dijalankan seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2 di bawah serta senarai semak PdPc Kelas Pemulihan, saya mendapati ketiga-tiga orang murid pemulihan khas menghadapi kesulitan dalam menyelesaikan soalan latih tubi operasi darab. Beberapa masalah yang dihadapi termasuk penggunaan kaedah konvensional yang kurang sesuai, tiada penambahbaikan dilakukan mengikut tahap kebolehan murid, terhad kepada satu kaedah, murid tidak berupaya menghafal sifir, kesukaran dalam menggunakan kaedah rajah (konvensional), rasa bosan serta kesilapan dan kecuaian dalam pengiraan.


6 Jadual 1 Keputusan Tinjauan Awal Murid Lembaran Kerja Latih Tubi Murid Bilangan Soalan yang Betul (Skor Markah 50/60) Masa yang Diambil (Maksimum 20 Minit) 1 A 49 35 B 46 38 C 42 40 Rajah 2 Transkrip Temu Bual Bersama Murid Guru : Kenapa tidak dapat siapkan latih tubi yang cikgu beri? Murid C : Banyak betul cikgu. Susah. Letih saya kira. Guru : Kenapa letih? Murid A : Banyak yang perlu kami lukis cikgu. Tak cukup kertas. Guru : Cuba cikgu lihat bagaimana cara kamu dapatkan jawapan. Murid B : Macam cikgu ajar, buat rumah dan berapa orang dalam rumah. Mezelye : Ow. Betullah tu. Jadi kenapa la kamu tidak dapat siapkan dalam masa 20 minit yang cikgu bagi? Murid C : Letih tulis banyak. Kira pun selalu lupa. Kira lagi. Murid A : Kena kira dari mula lagi kalau lupa tu cikgu. C selalu bercakap. Saya tak dapat kira. Bising. Murid B : Cikgu, takda yang lebih senang ka cara cari jawapan tu? Murid C : Hafal sifir! Guru : Kelas seterusnya cikgu ajarkan ya. 4.1 Tinjauan Masalah Jadual 2 Kaedah Mengumpul Data Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan 6 April 2022 & 20 April 2022 Lembaran kerja latih tubi murid 3 orang murid Pemulihan Khas Matematik Tahun 5 Mengenal pasti skor markah yang diperoleh oleh murid. Senarai semak PdPc Kelas Pemulihan Khas Jumlah masa yang diambil untuk menyiapkan soalan latih tubi. Membuat pemerhatian ke atas sikap murid semasa menjawab soalan yang diberikan. Temu bual Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dan puncanya.


7 4.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 3 Analisis Tinjauan Masalah Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah yang Dikenal pasti 6 April 2022 & 20 April 2022 Lembaran kerja latih tubi murid 3 orang murid Pemulihan Khas Matematik Tahun 5 Murid tidak mencapai skor markah 50/60. i. Jumlah masa yang diambil untuk menyiapkan 3 lembaran kerja latih tubi melebihi 20 minit. ii. 2 sesi PdPc diperlukan dan masih tidak berupaya mencapai objektif PdPc. Sepatutnya hanya 1 sesi PdPc sahaja iaitu pada 6 April 2022. Pemerhatian melalui Senarai Semak PdPc Kelas Pemulihan Khas Murid tidak dapat mencapai objektif PdPc dan menunjukkan sikap yang kurang bermotivasi/ bosan/ termenung ketika menjawab soalan latih tubi. Temu bual i. Murid menyatakan soalan sukar dan banyak. ii. Kaedah yang murid guna untuk menyelesaikan soalan darab sukar dan lambat. iii. Terlalu banyak rajah yang perlu dilukis menyebabkan murid bosan. 4.3 Tindakan yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa murid mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan latih tubi kerana kaedah yang digunakan adalah kurang sesuai untuk menyelesaikan soalan latih tubi dalam kuantiti yang banyak. Apabila murid melukis rajah yang banyak, murid sering membuat kesilapan ketika membuat pengiraan dan menyebabkan kecuaian berlaku ketika mengira. Perkara ini menyebabkan murid hilang minat, bosan dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan latih tubi yang diberikan. Kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk menerangkan konsep asas darab dan cara menyelesaikan soalan darab juga memainkan peranan penting kerana lazimnya murid akan mengaplikasikan kaedah yang diajar oleh guru. Memandangkan murid saya hanya tahu menggunakan satu kaedah iaitu kaedah konvensional dalam menyelesaikan latih tubi operasi darab dan menghadapi kekangan maka saya memperkenalkan BBB ‘Sifir Kumbang’ bagi mengatasi masalah ini supaya murid saya tidak terikat dengan hanya satu kaedah sahaja. Berikut adalah merupakan penerangan mengenai ‘Sifir Kumbang’ yang saya perkenalkan kepada murid.


8 Rajah 3 Gambar ‘Sifir Kumbang’ dalam Bentuk Bahan Maujud dan Lukisan a. ‘Sifir Kumbang’ ini boleh dihasilkan dalam dua bentuk iaitu bahan maujud dan lukisan (Rajah 3). ‘Sifir Kumbang’ dalam bentuk bahan maujud adalah dalam bentuk kertas yang dilaminate dan disediakan oleh guru. Sifir dan jawapan ditulis menggunakan pen marker. Manakala dalam bentuk lukisan pula, murid hanya perlu melukisnya menggunakan pensel di kertas; b. Rajah 4 di bawah merupakan langkah-langkah Pengiraan ‘Sifir Kumbang’. Rajah 4 Cara Menggunakan ‘Sifir Kumbang’ 5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 5.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh satu minggu. Beberapa tindakan telah diambil untuk melaksanakan penggunaan kaedah ‘Sifir Kumbang’ dalam latih tubi operasi darab dengan tiga orang murid pemulihan. Pada 27 April 2022, saya telah menyampaikan bahan latihan menggunakan kaedah ‘Sifir Kumbang’ di dalam bentuk bahan maujud dan lukisan dengan memberikan contoh dan latihan yang sesuai kepada murid pemulihan khas. Saya menggunakan strategi pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan murid untuk membantu mereka memahami konsep operasi darab.


9 5.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Seterusnya ialah bimbingan di mana setelah penyampaian bahan, saya turut memberikan bimbingan individu kepada murid pemulihan khas. Saya memberikan perhatian khusus kepada setiap murid untuk memastikan mereka memahami dan dapat menyelesaikan latih tubi operasi darab dengan berkesan. Mereka diberikan penerangan tambahan dan bantuan jika diperlukan. Murid kemudiannya menggunakan ‘Sifir Kumbang’ untuk menyelesaikan latih tubi operasi darab di mana latih tubi yang sama digunakan sebelum ‘Sifir Kumbang’ diguna pakai. 5.3 Refleksi Pelaksanaan Aktiviti 1 & 2 Berdasarkan pemerhatian yang telah saya catatkan dalam borang senarai semak PdPc dan lembaran kerja latih tubi murid semasa aktiviti PdPc pada 27 April lalu, saya amat gembira untuk melaporkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam pencapaian murid. Pertama sekali, skor markah murid telah meningkat secara signifikan selepas intervensi dilakukan. Mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cemerlang dalam menjawab soalan latih tubi. Lebih menarik lagi, masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan lembaran kerja latih tubi juga telah berkurangan dengan ketara. Sebelumnya, mereka memerlukan lebih daripada 20 minit untuk menyiapkan latih tubi tersebut, tetapi kini, mereka berjaya menyelesaikannya dalam masa yang diperuntukkan. Selain itu, amat menggembirakan apabila melihat murid mampu menjawab soalansoalan tersebut tanpa bergantung kepada ‘Sifir Kumbang’ konkrit yang dilukis sebelum ini. Mereka telah menunjukkan pemahaman yang kukuh dalam konsep asas darab dan dapat mengaplikasikannya tanpa bantuan guru. Hal ini membuktikan kesungguhan mereka dalam belajar dan berkembang. Selain peningkatan akademik, sikap murid juga telah berubah dengan positif. Mereka kini lebih bersemangat untuk menyiapkan latih tubi yang diberikan oleh guru, walaupun soalan yang diberikan adalah sama seperti sebelum intervensi dilaksanakan. Perubahan ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus bersemangat dalam proses pengajaran saya. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian PdPc kali ini. Ini menunjukkan bahawa intervensi yang dilakukan adalah berkesan dan memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid. Saya akan terus berusaha untuk memberikan bimbingan yang terbaik kepada murid saya dan memastikan setiap sesi pengajaran menjadi lebih bermakna dan menarik.


10 5.4 Refleksi Kajian 5.4.1 Penilaian pencapaian murid Jadual 4 Analisis Skor Markah dan Masa Sebelum dan Selepas Intervensi Murid Analisis Skor Markah ( 60 Markah) Masa ( Maksimum 20 Minit) Sebelum Selepas Sebelum Selepas A 49 60 35 13 B 46 60 38 15 C 42 60 40 20 Rajah 5 Skor Markah Sebelum dan Selepas Intervensi Rajah 6 Masa yang Diambil Sebelum dan Selepas Intervensi


11 Dapatan selepas pelaksanaan intervensi amat menggembirakan apabila terdapat perubahan yang sangat positif dan memberangsangkan daripada murid. Mereka telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara dengan mencapai skor markah penuh berbanding dengan pencapaian sebelum intervensi seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5. Pencapaian skor markah yang mencatat kejayaan ini sebenarnya telah melebihi sasaran objektif saya yang hanya menyasarkan skor markah 50/60. Selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang, murid juga menunjukkan perubahan yang ketara dalam aspek masa yang diambil untuk menyelesaikan lembaran latih tubi. Rajah 6 menunjukkan mereka mampu menjawab kesemua soalan dalam masa yang singkat, iaitu kurang daripada 20 minit berbanding masa sebelum intervensi yang mengambil lebih 20 minit. Sesetangah murid berjaya menyiapkan latih tubi lebih awal dari sasaran masa yang diberikan. Keputusan ini adalah bukti nyata bahawa murid telah mengukuhkan pemahaman dalam konsep asas darab dan mampu mengaplikasikan kaedah yang lebih cepat dan tepat dalam menjawab soalan berkaitan sifir atau darab menggunakan ‘Sifir Kumbang’. Sebelum intervensi dilaksanakan, murid menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan rajah dalam menyelesaikan soalan darab. Kaedah ini menyebabkan murid terpaksa melukis rajah dalam jumlah yang sangat banyak untuk menyelesaikan soalan latih tubi, dan akhirnya menyebabkan murid bosan serta mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan latih tubi yang diberikan. Hasil temu bual secara tidak berstruktur seperti tercatat dalam Rajah 7 juga menunjukkan bahawa murid kini berasa lebih yakin dan bersemangat kerana mereka tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan rajah untuk menjawab soalan darab. Mereka menyatakan bahawa BBB ‘Sifir Kumbang’ adalah kaedah yang lebih mudah difahami dan lebih disukai. Selain itu, temu bual tersebut menunjukkan bahawa murid kini lebih memahami konsep asas darab sehingga mampu menyatakan konsep tersebut dengan menggunakan ayat sendiri, berbeza dengan sebelumnya di mana mereka hanya mengulang ayat yang diajar oleh guru tanpa memahami maknanya. Semua perubahan ini amat memberangsangkan dan membuktikan keberkesanan intervensi yang telah dilakukan. Saya amat bersemangat untuk terus memberikan bimbingan yang terbaik kepada murid saya, dan berharap bahawa perkembangan positif ini akan terus berkekalan dan memberi impak yang baik dalam pencapaian mereka.


12 Rajah 7 Transkrip Temu Bual bersama Murid Selepas Intervensi Dijalankan Cikgu : Apakah perasaan kamu setelah siapkan latih tubi? Murid A : Gembira cikgu. Sekejap saja sudah habis. Murid B : ‘Best’ cikgu. Tak sakit kepala buat latih tubi. Murid C : Senang cikgu guna sifir kumbang. Saya suka. Tak lukis banyak lagi. Cikgu : Kaedah mana yang kamu lebih suka kalau buat latih tubi? Rajah atau ‘Sifir Kumbang’? Murid A, B dan C : ‘Sifir Kumbang’! Murid C : Tak susah buat darab lagi lepas ni. Murid B : Kalau saya tak hafal sifir, saya boleh guna ‘Sifir Kumbang’ untuk jawab ujian kan cikgu? Cikgu : Ya Murid B, ikut kesesuaian dan pilihan kamu. Ok, ini 5.4.2 Rumusan pemerhatian aktiviti yang dijalankan Jadual 5 Rumusan PdPc 27 April 2022 Kemahiran Pemulihan Objektif Aktiviti Pencapaian Murid Pencapaian Guru KP6: operasi darab. Melengkapkan sekurangkurangnya 50/60 ayat matematik bagi darab melibatkan sifir 3 - 9 dalam masa 20 minit aktiviti pengayaan menggunakan BBB ‘Sifir Kumbang’ 1. Permainan matematik ‘pancing soalan darab’. 2. Tayangan video. 3. Murid aplikasi BBB ‘Sifir Kumbang’ dengan/ dan tanpa bimbingan guru. 4. Penilaian lisan dan bertulis. 5. Latihan pengayaan: latih tubi 60 soalan • Murid yakin & lebih bersemangat. • Murid dapat menyiapkan kesemua soalan latih tubi dalam masa 20 minit dan kesemua soalan dijawab dengan betul. • Murid boleh mengaplikasikan BBB ‘Sifir Kumbang’ tanpa bimbingan guru. • Murid boleh menyatakan pemahaman murid mengenai konsep asas darab Guru lebih bersemangat apabila melihat murid berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan dalam masa 20 minit.


13 Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa terdapat banyak perubahan yang telah dialami oleh murid dan diri saya sendiri setelah pelaksanaan intervensi ini. Perubahanperubahan positif ini telah membuat saya berasa sangat bangga kerana pada masa yang sama, saya berupaya membantu murid dalam mengukuhkan kefahaman mereka dalam kemahiran operasi darab dengan sangat baik serta meningkatkan keupayaan mereka untuk menyelesaikan latih tubi operasi darab. Berdasarkan Jadual 5, berikut merupakan kesimpulan saya: i) Murid berjaya mencapai objektif PdPc. Mereka dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat dalam masa yang telah ditetapkan; ii) Murid kini lebih bersemangat dan tidak lagi merasa bosan ketika mempelajari topik atau kemahiran operasi darab. Hal ini disebabkan mereka boleh menggunakan ‘Sifir Kumbang’ yang lebih mudah dan tepat untuk menjawab soalan latih tubi operasi darab; iii) Murid berasa gembira dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru dan aktiviti PdPc yang lain; iv) Kesedaran guru untuk memvariasikan aktiviti serta mencari kaedah alternatif yang lebih sesuai mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid telah menjadi faktor penting dalam membantu murid menguasai dan memahami sesuatu kemahiran yang diajar; dan v) Perubahan positif ini membuktikan bahawa intervensi yang dilaksanakan adalah berjaya dan memberikan kesan yang baik dalam proses pembelajaran murid. Sebagai pendidik, saya semakin yakin untuk terus memberikan bimbingan yang berkualiti dan memberikan peluang kepada murid untuk berkembang dengan lebih baik lagi. 6.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI Kajian tindakan ini telah memberikan banyak pengalaman yang berharga bagi saya. Saya dapat melihat banyak perubahan yang berlaku pada murid saya dan diri saya sendiri selepas pelaksanaan intervensi ini. Secara keseluruhannya, intervensi yang dijalankan telah memberikan perubahan positif, terutamanya dengan pengenalan ‘Sifir Kumbang’ kepada murid. Pengenalan ‘Sifir Kumbang’ telah membawa hasil yang membanggakan, di mana murid dapat mencapai skor markah yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan, iaitu mencapai skor penuh berbanding sasaran sebelumnya yang hanya 50/60. Selain itu, mereka juga dapat menyelesaikan lembaran kerja latih tubi dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan. Keberkesanan intervensi ini juga dapat dilihat pada perubahan sikap murid yang positif terhadap pembelajaran. Murid menerima pengajaran dengan baik dan bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sokongan daripada penjaga murid juga menjadi faktor penting yang memudahkan penggunaan ‘Sifir Kumbang’, kerana mereka turut membantu mengawasi pembelajaran murid di rumah. Selain itu, kesedaran saya terhadap keperluan gaya pembelajaran murid dan pelbagai kaedah PdPc yang boleh digunakan telah diperkukuh melalui kajian tindakan ini. Saya menyedari bahawa murid pemulihan memerlukan pengajaran yang lebih khusus dan


14 sesuai dengan gaya pembelajaran mereka. Oleh itu, kaedah PdPc perlu dipelbagaikan dan penyampaian harus kreatif untuk memenuhi keperluan khas murid pemulihan. Kajian tindakan ini telah memberikan kesedaran kepada saya sebagai seorang guru bahawa saya perlu sentiasa meningkatkan amalan pengajaran saya untuk memudahkan proses PdPc di dalam kelas. Melalui kajian ini, saya juga dapat mengenal pasti kelemahan murid serta amalan pengajaran saya sendiri, dan seterusnya memperbaiki dan meningkatkan amalan PdPc saya. Saya berharap dapat terus menggunakan intervensi BBB ‘Sifir Kumbang’ kepada murid pemulihan lain yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan latih tubi operasi darab. Akhirnya, saya juga akan berusaha menggunakan pelbagai kaedah PdPc dan jenis instrumen untuk menilai intervensi dalam membantu saya menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif dan berkesan. Semua ini adalah hasil daripada kajian tindakan yang berupaya memberikan panduan penting bagi perkembangan diri sebagai seorang pendidik. RUJUKAN Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic Books. Habibah Suid. (2004). Faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner: Doing critical participatory action research. Springer. Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri. (2013). Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab menggunakan kaedah garis silang (Kaedah alternatif). Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Okey, J. R. (1978). Factors contributing to students’ loss of interest in the classroom. Journal of Educational Psychology, 70(1), 18-24. Parimala Nathan Sanji. (2016) Meningkatkan keberkesanan kaedah kekisi untuk membantu murid menguasai fakta pendaraban. Diperoleh pada 15 Ogos 2022 dari https://www. academia.edu. Yahaya A. H, & Savarimuthu, E. (2008), Kepentingan kefahaman konsep dalam Matematik, Dlm. Sains Sosial (ms 1-6). Universiti Teknologi Malaysia.


15 PENGGUNAAN KAEDAH PETA SEMANTIK GOIRO MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 KELAS BAHASA JEPUN SITI REHANA ISNIN, SMK Iskandar Shah, Melaka [email protected] NORHAFIZAH YUSOFF SM Tahfiz Al-Quran (JAIM), Melaka ABSTRAK Bahasa Jepun merupakan mata pelajaran bahasa antarabangsa yang ditawarkan sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah di Malaysia. Bahasa Jepun diajar bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun, penulisan karangan sering menjadi satu masalah dalam kalangan murid kelas Bahasa Jepun kerana kurang penguasaan terhadap perbendaharaan kata dan pembinaan ayat. Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat impak penggunaan kaedah Peta Semantik GoIro terhadap kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5 SMK Iskandar Shah, Melaka. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan model kajian tindakan adaptasi Kemmis dan McTaggart (1988). Peta Semantik GoIro merupakan satu intervensi yang menggabungkan penggunaan konsep pemetaan semantik dengan psikologi warna untuk membantu murid mengingat kosa kata dan frasa yang berfokus dalam topik tertentu dengan lebih cepat. Kaedah Peta Semantik GoIro ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis karangan mengikut topik. Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tingkatan 5 kelas Bahasa Jepun di SMK Iskandar Shah. Data dikumpulkan melalui pemarkahan penulisan karangan responden, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas. Kajian dilaksanakan selama dua minggu di kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5. Responden memberikan reaksi positif terhadap penggunaan intervensi semasa membuat latihan menulis karangan. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah ini membantu mereka memahami dan mengingat perkataan serta ayat dengan lebih mudah dan cepat. Markah penulisan responden juga meningkat berbanding sebelum menggunakan intervensi. Dengan demikian, kajian ini telah membuktikan penggunaan kaedah Peta Semantik GoIro memberikan kesan positif dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Jepun. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alternatif dalam pembelajaran bahasa untuk meningkatkan kemahiran murid. Kajian lanjut boleh dijalankan untuk mengesan keberkesanan kaedah ini dalam jangka masa yang lebih panjang. Kata kunci: Bahasa Jepun, penulisan, kajian tindakan, peta semantik, karangan


16 1.0 PENGENALAN Bahasa antarabangsa mula diperkenalkan di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula pada tahun 1970-an. Bahasa antarabangsa pertama diperkenalkan ialah Bahasa Perancis dan Bahasa Arab diikuti oleh Bahasa Jepun yang mula diperkenalkan di sekolah menengah pada tahun 1984 (Dayang, 2022). Pada tahun 2005, mata pelajaran Bahasa Jepun telah diperluaskan di sekolah menengah harian biasa sebagai salah satu mata pelajaran elektif setelah lebih dua dekad ditawarkan di SBP sahaja (BPK, 2005). Sehingga 2021, sebanyak 130 buah sekolah di Malaysia menawarkan Bahasa Jepun bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Saya merupakan seorang guru Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun) di SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Saya telah mengajar Bahasa Jepun sejak 2008 iaitu berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang bahasa Jepun dan 21 tahun sebagai seorang guru. SMK Iskandar Shah merupakan sebuah sekolah luar bandar di Melaka yang menawarkan Bahasa Jepun sebagai mata pelajaran elektif bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kelas Bahasa Jepun di SMK Iskandar Shah bermula pada tahun 2016 sebagai satu-satunya sekolah di daerah Jasin yang menawarkan mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun, murid Tingkatan 4 dan 5 akan dipilih untuk meneruskan pembelajaran Bahasa Jepun setelah mereka tamat Tingkatan 3. Mereka ini dipilih kerana mereka akan menduduki Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) di Tingkatan 5. Bahasa Jepun seperti mana bahasa lain mewajibkan murid memiliki kemahiran lisan, pendengaran, menulis dan membaca. Kemahiran menulis dalam Bahasa Jepun termasuk kemahiran menulis karangan berdasarkan tema dan tajuk yang ditentukan. Walau bagaimanapun, lazimnya murid menghadapi masalah menulis karangan yang baik terutama dalam pentaksiran. Pelbagai peringkat pemerhatian telah saya lakukan dan saya mendapati murid yang lemah penguasaan kosa kata dan struktur ayat akan menghadapi masalah semasa menulis karangan. Murid Tingkatan 5 kelas Bahasa Jepun menduduki UPBA pada setiap tahun. Salah satu komponen dalam UPBA ialah penulisan karangan yang mencakupi 15 markah daripada 50 markah keseluruhan. Sekiranya murid tidak dapat menulis karangan dengan baik, mereka tidak akan mencapai tahap penguasaan minimum dalam kemahiran menulis. 2.0 FOKUS KAJIAN Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran penulisan karangan murid Bahasa Jepun Tingkatan 5. Objektif kajian ini adalah untuk: i) meningkatkan kemahiran menulis karangan murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5 dengan menggunakan kaedah Peta Semantik GoIro; dan ii) meningkatkan minat dan keyakinan murid dalam menguasai Bahasa Jepun. Persoalan kajian dalam penyelidikan ini pula ialah: i) Sejauh manakah penggunaan kaedah Peta Semantik GoIro berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Jepun?


17 ii) Adakah pelaksanaan intervensi ini dapat meningkatkan keyakinan dan minat murid dalam menguasai Bahasa Jepun? 3.0 METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan kajian tindakan menggunakan adaptasi Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Dalam model kajian ini, proses yang digunakan ialah proses memerhati, refleksi, merancang dan tindakan. Rajah 1 Adaptasi Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut: a) Mengenal pasti isu b) Membuat pemerhatian awal c) Mengumpul data melalui: • pemerhatian • temu bual • penandaan karangan d) Refleksi berdasarkan pemerhatian e) Membuat perancangan i) Intervensi: Merancang tindakan penggunaan kaedah Peta Semantik GoIro bagi meningkatkan perbendaharaan kata murid. ii) Indikator / petunjuk kejayaan intervensi: • Penilaian prestasi penulisan karangan murid. • Kurang kesilapan penggunaan kosa kata dalam karangan. • Motivasi dan keyakinan murid dalam menulis karangan. f) Melaksanakan tindakan • Tindakan dilaksanakan semasa kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5. • Tindakan dilaksanakan mengikut perancangan dengan penggunaan Kaedah Peta Semantik GoIro. g) Membuat pemerhatian semula h) Membuat refleksi semula • Membuat refleksi tentang keberkesanan penggunaan GoIro bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Jepun. Responden merupakan tiga orang murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5.


18 4.0 PERANCANGAN 4.1 Intervensi Dalam penyelidikan tindakan ini, saya telah menggunakan intervensi kaedah GoIro yang menggunakan konsep peta semantik digabung jalin dengan penggunaan warna. Konsep ini telah saya gunakan untuk murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5 pada tahun 2022 dalam penulisan karangan mereka. Berdasarkan dapatan kajian lepas, konsep pemetaan semantik ini berkesan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata murid, dan seterusnya memudahkan mereka untuk membuat karangan Bahasa Jepun. Pemetaan semantik merupakan satu strategi mewakilkan konsep secara grafik. Pemetaan semantik untuk kosa kata membolehkan murid-murid meluaskan perbendaharaan kata mereka dengan menggunakan perkataan baharu. Perkataan yang digunakan ini disambungkan dengan frasa atau struktur ayat yang sesuai dengan perkataan tersebut. Heimlich dan Pittelman (1986) mendefinisi peta semantik sebagai satu diagram yang membantu murid melihat bagaimana satu perkataan berkait antara satu sama lain. Murid membina satu peta konsep berdasarkan tajuk yang dipilih. Dalam kajian ini, saya memberi tema --yang bermaksud bandar. Melalui perkataan ini, untuk lapisan pertama, murid perlu menyenaraikan beberapa kosa kata yang boleh dikaitkan dengan bandar. Sebagai contoh, murid menyenaraikan perkataan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Contoh Kosa Kata Kosa Kata Maksud besar orang bangunan makanan jalan Murid menggunakan Senarai Perbendaharaan Kata yang dibekalkan untuk menyemak perkataan yang tidak diketahui. Mereka juga boleh menulis maksud perkataan tersebut sekiranya perlu. Perkataan yang dipilih tidak terhad, dan murid boleh menulis seberapa banyak perkataan yang difikirkan. Jadual 2 Contoh Struktur Ayat / Frasa Berdasarkan Kosa Kata Kosa Kata Struktur Ayat / Frasa


19 Murid menulis struktur ayat atau contoh ayat yang boleh digunakan dengan perkataan yang ditulis pada lapisan ketiga. Rajah 2 Pemetaan Menggunakan Peta Semantik GoIro Berdasarkan pemetaan yang dibuat, murid akan merangka penulisan karangan mereka menggunakan kosa kata dan frasa yang telah dicatatkan. 5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 5.1 Pemerhatian dan Refleksi Berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5, saya telah membina jadual pemerhatian dan refleksi seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Jadual 3 Pemerhatian dan Refleksi Pemerhatian Evidens Pemerhatian Refleksi Murid tidak dapat menjawab soalan karangan dengan tajuk (Cuti Sekolah) Murid 1: Menjawab soalan tetapi tersasar dari tajuk Murid 2: Tidak menjawab soalan – meninggalkan ruang jawapan kosong Murid 3: Menjawab dengan sebaris ayat • Murid tidak dapat menjawab soalan karangan sekiranya mereka tidak faham apa yang dikehendaki oleh soalan • Murid tidak akan faham sekiranya terdapat perkataan yang mereka tidak fahami atau tidak dapat meneka kehendak karangan (sekiranya tidak faham perkataan)


20 Pemerhatian Evidens Pemerhatian Refleksi Ketika membuat perbincangan soalan ujian, saya bertanya kepada murid, kenapa mereka tidak dapat menjawab soalan karangan? Murid 1: “Saya tak faham maksud ” Murid 2: “Saya tak faham langsung, sensei!” Murid 3: “Saya pun tak tau, sensei.” • Murid perlu memahami kehendak karangan. • Murid masih belum dapat menguasai kosa kata terutama yang digunakan dalam karangan mengikut topik. Murid menghadapi kesukaran menulis karangan kerana tidak tahu kosa kata yang digunakan dalam konteks karangan Murid 1: “Kadang-kadang tak ingat kotoba (kosa kata) yang nak digunakan.” Murid 2: “Saya tak faham, sensei. Ada kotoba dalam soalan yang saya tak faham.” Murid 3: “Saya tak tau nak buat. Saya tak ingat kotoba.” • Murid perlu diberikan kaedah yang memudahkan mereka meningkatkan perbendaharaan kata dalam masa yang cepat dan berfokus. • Murid hanya tinggal 5 bulan sebelum peperiksaan, mereka perlu mengingat kosa kata dengan cepat. Murid 2 dan Murid 3 kurang fokus ketika membuat latihan karangan Murid 2 dan Murid 3 cenderung untuk berbual sesama mereka ketika latihan karangan, menyebabkan karangan mereka sering tidak disiapkan pada masa yang ditetapkan Murid 2 dan Murid 3 juga menggunakan kamus untuk mencari perkataan yang tidak difahami, namun mereka sering memilih perkataan yang salah kerana persamaan maksud. Mereka juga mengambil masa yang lama untuk mencari perkataan. • Saya perlu menggunakan kaedah yang boleh memotivasi murid untuk fokus terhadap tugasan yang dilaksanakan. • Saya perlu menetapkan topik yang berlainan supaya boleh meliputi setiap tema iaitu diri sendiri, keluarga dan rakan, sekolah, bandar dan negara. • Saya perlu mengawal kosa kata yang digunakan oleh murid dengan menggunakan Senarai Perbendaharaan Kata yang diambil daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.


21 5.2 Pelaksanaan Tindakan Standard Pembelajaran 5.2.1 (boleh menulis perenggan pendek untuk topik tertentu) Pelaksanaan Aktiviti 1: Dalam aktiviti 1, terdapat tiga perkara yang murid perlu lakukan. Pertama, murid diberikan tajuk --------------- dan diberikan kad kecil dengan tiga warna berbeza. Kedua, murid perlu menulis perkataan ----- (machi) yang bermaksud ‘bandar’ di kad pertama sebagai tajuk. Akhir sekali, murid perlu menggunakan ---------------- (kotoba risuto) iaitu Senarai Perbendaharaan Kata yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Jepun Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Murid diberi kebebasan untuk menggunakan apa sahaja perkataan yang boleh menerangkan tentang bandar yang dipilih, asalkan perkataan tersebut berada dalam senarai. Akhir sekali, murid menulis perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan tentang ‘bandar’ yang mereka pilih. Perkataan ini bergantung kepada rangka karangan mereka. Contoh perkataan yang digunakan seperti------------------------------------------------------. Perkataan ini ditulis pada kad lapisan kedua. Murid juga boleh menulis maksud perkataan sekiranya perlu. Pelaksanaan Aktiviti 2: Bagi aktiviti 2 murid mencantumkan kad tersebut pada kad perkataan-------menggunakan ring file. Seterusnya, murid menulis struktur ayat atau contoh ayat yang boleh digunakan untuk perkataan yang dipilih pada kad warna ketiga. Mereka juga boleh menulis frasa yang difikirkan sesuai untuk perkataan tersebut. Kad struktur ayat ini juga dicantumkan kepada kad perkataan dan membentuk satu pemetaan untuk tajuk tersebut. Akhir sekali, murid akan merujuk semula kepada soalan karangan dan mula menulis karangan berdasarkan pemetaan yang telah dilakukan. Pemerhatian Aktiviti 1: Murid kelihatan teruja apabila saya mengeluarkan kad berwarna. Ketiga-tiga murid ini merupakan murid perempuan, dan mereka gemar menggunakan warna semasa pembelajaran. Pada mulanya murid tidak memahami konsep pemetaan menggunakan kad dalam kaedah GoIro ini, tetapi apabila saya menerangkan dengan lebih lanjut, mereka teruja untuk menggunakan kad tersebut. Murid juga menggunakan Senarai Perbendaharaan Kata yang diberikan dengan baik. Mereka nampak lebih fokus dan berminat untuk mencari perkataan yang sesuai. Murid 1 menyusun perkataan yang telah ditulis dengan lebih pantas. Saya mendengar Murid 1 menyatakan, “Saya boleh susun nampak kotoba dengan lebih jelas,” semasa menyusun kad tersebut.


22 Murid 2 dan Murid 3 masih melaksanakan aktiviti dengan berbual-bual tetapi saya melihat mereka lebih fokus dengan aktiviti ini. Malah perbualan mereka juga berkisar tentang tajuk karangan. Saya dapat mendengar Murid 2 dan Murid 3 berbincang bagaimana menyusun perkataan yang dipilih untuk karangan ini. Mereka juga bertanya kepada Murid 1 struktur ayat dan frasa yang boleh digunakan dalam karangan. Walau bagaimanapun, saya mendapati murid menghadapi masalah ketika menggunakan ring file untuk mencantumkan kad tersebut. Ring file ini sukar untuk dibuka dan menyebabkan murid sakit di bahagian jari. Refleksi Aktiviti 1: Saya mendapati murid berminat melakukan kaedah ini kerana mereka membuat pemetaan menggunakan kad warna. Seperti yang saya jangka, murid perempuan menjadi lebih teruja menggunakan warna lembut. Namun, saya perlu menukar cara mencantum kad supaya lebih mudah dan tidak menyakitkan murid. Ring file juga mengambil masa yang lama untuk dipasang kerana sukar dibuka. Saya mengambil keputusan menggantikan ring file dengan pita selofan. Saya melihat perubahan sikap yang ketara pada Murid 2 dan Murid 3 apabila menggunakan kaedah ini. Mereka lebih fokus dan lebih serius berbanding apabila menggunakan kaedah lama. Dalam kaedah sebelum ini, saya juga menggunakan konsep pemetaan semantik, namun saya menggunakan kertas kosong semata-mata dan murid melakarkan peta semantik mereka seakan-akan peta minda. Selain itu, saya juga teruja melihat minat murid ini semakin bertambah. Murid turut mencadangkan topik yang sesuai untuk dijadikan peta semantik selepas ini. Saya melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang baik, dan menunjukkan murid ingin melibatkan diri secara langsung dalam perancangan pembelajaran mereka. Pemerhatian Aktiviti 2: Murid 1 menulis karangan dengan bersungguh-sungguh, manakala Murid 2 dan Murid 3 teragak-agak untuk mula menulis. Walau bagaimanapun, setelah menemui momentum, mereka sedar apa yang perlu dilakukan, dan menyemak Peta Semantik GoIro mereka sebelum merangka karangan. Sesekali saya dapat melihat murid berbincang antara satu sama lain tentang karangan mereka. Mereka juga kurang berbual secara santai tetapi lebih tekun menulis karangan. Walau bagaimanapun, kerana masa yang terhad, murid tidak dapat menyiapkan karangan mereka dalam masa yang ditetapkan di kelas, dan diminta menyambung penulisan mereka sebagai kerja rumah. Refleksi Aktiviti 2: Murid diberikan masa 45 minit untuk menulis karangan mereka. Ketika ini, saya mendapati murid lebih mudah menulis kerana perkataan yang disediakan terlebih awal membantu dalam merangka karangan. Selain itu, perkataan yang dipilih tertumpu kepada topik, maka ia membantu murid untuk menggunakan kosa kata tertentu sahaja tanpa perlu memaksa diri untuk mengingat kosa kata yang lain. Setiap topik mempunyai perkataan tertentu yang berkaitan, jadi aktiviti ini membantu murid menulis karangan dengan lebih berstruktur.


23 Saya juga mendapati murid tambah berminat dan yakin untuk menyelesaikan tugasan membina ayat untuk karangan. Mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan karangan dan tidak berlengah-lengah seperti sebelum intervensi. Selain itu, saya mendapati murid lebih faham dengan ayat karangan yang dibina. Pada pendapat saya, mereka mudah mengecam bentuk ayat yang digunakan berdasarkan kepada pemetaan yang dibuat. 6.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan responden. Kajian yang dilakukan ini dinilai melalui jumlah ayat yang dibina dalam masa yang ditetapkan untuk menguji sejauh mana kemahiran menulis ayat murid dapat dipertingkatkan. Sebelum intervensi dijalankan, saya telah menetapkan masa 15 minit untuk murid menulis ayat berdasarkan tajuk yang diberikan. Saya telah memberikan tajuk yang --- (bandar) dan meminta mereka membina seberapa banyak ayat yang boleh berdasarkan perkataan tersebut. Selepas intervensi, saya telah memberikan masa yang sama dengan tajuk yang sama untuk murid membina ayat dan membuat perbandingan antara bilangan ayat yang telah dibina. Jadual 4 Perbezaan Bilangan Ayat yang Dibina oleh Responden dalam Masa 15 Minit Bil Murid Bilangan Ayat Sebelum Intervensi Selepas Intervensi 1 Murid 1 6 12 2 Murid 2 2 7 3 Murid 3 2 8 Berdasarkan Jadual 4, terdapat peningkatan dalam jumlah ayat dibina oleh murid dalam masa yang ditetapkan. Peningkatan ini agak signifikan untuk tahap murid di kelas ini kerana dalam penulisan karangan, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk menulis karangan yang gramatis dan berstruktur. Melalui temu bual, murid berasa seronok menggunakan kaedah GoIro kerana memudahkan mereka merangka karangan berdasarkan tajuk tertentu. Berikut adalah petikan temu bual dengan murid: Murid 1: “Saya rasa lebih mudahlah sensei. Sebab sebelum ni saya guna kertas biasa je, jadi tak nampak sangat, nampak biasa je… Bila guna kad ni, saya nampak kotoba apa saya kena gunakan. Lepas tu saya tau yang mana kotoba, yang mana ayat…” Murid 2: “Saya suka sebab saya suka warna kad ni. Senang sikit nak tengok kotoba mana nak guna, ayat mana nak guna…”


24 Murid 3: “Saya sebenarnya mula-mula tak berapa faham, tapi sekarang saya dah faham macam mana nak guna. Lepas ni guna untuk tajuk lain pulak la sensei.” Melalui pemerhatian saya juga, murid menjadi lebih berminat dan yakin semasa menulis karangan. Walaupun pada mulanya mereka agak keliru apa yang perlu dilakukan, setelah saya menjelaskan dengan lebih teliti, mereka boleh menyelesaikan tugasan yang diberi. Malah murid juga memberikan idea untuk menjadikan Peta Semantik GoIro mereka mudah untuk disimpan. Rajah 3 Hasil Penulisan Murid Sebelum (Kiri) dan Selepas Intervensi (Kanan) 7.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, saya telah membuat rumusan bahawa penggunaan kaedah GoIro ini dapat meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Jepun murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 5 sekolah ini. Ia memberi impak positif kepada murid khususnya bagi menyelesaikan masalah kurang kosa kata yang menyebabkan mereka menghadapi kebuntuan ketika menulis karangan. Murid juga lebih yakin untuk menulis karangan mereka setelah menggunakan intervensi ini. 7.1 Implikasi Terhadap Murid Saya memilih kaedah pemetaan semantik ini supaya murid boleh mengingat kosa kata yang perlu sahaja untuk menulis karangan berdasarkan topik. Murid yang menggunakan pemetaan semantik menunjukkan peningkatan ketara dalam pemahaman bacaan, penulisan dan perkembangan kosa kata (Zaid seperti yang dinyatakan dalam Thuwaibah Mohd Junaid, 2019). Kemahiran menulis karangan murid bertambah baik dengan peningkatan bilangan ayat yang boleh dibina oleh murid dalam masa yang diberikan. Ayat yang dibina juga lebih gramatis dan menggunakan struktur ayat yang betul. Mereka juga tidak lagi berlengah-lengah dan seperti hilang arah apabila saya memberikan tugasan karangan. Melalui pemerhatian dan temu bual dengan murid selepas intervensi, mereka kelihatan lebih yakin ketika merangka karangan kerana mereka hanya perlu menumpukan kepada satu tajuk dan kosa kata yang berkaitan tajuk tersebut sahaja. Hasil penulisan mereka menjadi lebih berstruktur dan


25 menggunakan ayat-ayat yang betul berbanding sebelum aktiviti intervensi. Murid juga memberi respon yang baik ketika saya menggunakan kad warna yang merupakan konsep gabung jalin peta semantik dan psikologi warna dalam GoIro. Mereka menunjukkan minat untuk menyiapkan karangan kerana berasa lebih mudah dan yakin ketika membina rangka karangan. Keller dan Grimm (2005) menyatakan penggunaan warna sebagai peralatan grafik boleh mengurangkan masa carian dan membolehkan murid mencari maklumat dengan pantas. Lapisan warna pertama menunjukkan topik, lapisan warna kedua pula kosa kata dan lapisan warna ketiga adalah struktur ayat. Ini membolehkan murid terus mengenal pasti pemetaan mereka dengan cepat. Antara kelebihan kaedah GoIro ini ialah, murid boleh membuat kad topik mereka sendiri. Mereka boleh membuat pembelajaran kendiri dengan membina Peta Semantik GoIro berdasarkan topik sasaran, dan menggunakannya apabila perlu. Peta Semantik GoIro disimpan di dalam kotak yang boleh dicapai pada bila-bila masa. Rajah 4 Rajah 5 GoIro yang Telah Dilipat GoIro yang Dibentangkan 7.2 Implikasi Terhadap Pengkaji Setelah melihat respon yang diberikan oleh murid, saya berasa teruja untuk meneruskan kaedah ini terhadap murid kelas Bahasa Jepun Tingkatan 4. Saya membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran saya sebelum ini, dan berasakan saya kurang mengambil kira kehendak murid ketika membuat latihan penulisan karangan. Saya seharusnya bertanya murid dan mengambil kira pendapat mereka tentang cara yang paling sesuai untuk mereka belajar. Saya juga bercadang melaksanakan pengembangan kaedah ini untuk latihan pemahaman bacaan teks linear dan bukan linear untuk kelas Bahasa Jepun. Seperti yang dinyatakan oleh Buzan (2000), pemetaan semantik boleh digunakan untuk mengambil nota, meningkatkan ingatan, menjana dan membangunkan idea. Selain itu dalam kajiannya, Ghuzayyil Al- Otaibi (2016) menyatakan dengan menggunakan pemetaan semantik sebagai alat mengingat, pengekalan ingatan terhadap maksud perkataan meningkat. Pemetaan semantik juga berguna sebagai kaedah penilaian untuk mengukur pembelajaran murid. Maka, sebagai kesinambungan, saya akan menggunakan konsep pemetaan semantik ini dalam pentaksiran pembangunan perbendaharaan kata murid.


26 7.3 Implikasi Terhadap Sekolah Saya telah berkongsi hasil kajian ini dengan rakan guru lain terutamanya guru bahasa. Saya menerima respon daripada guru Bahasa Inggeris di sekolah saya yang telah melahirkan kebimbangan tentang murid yang kurang mengingat kosa kata Bahasa Inggeris. Saya berkongsi dengan guru kaedah Peta Semantik GoIro yang saya gunakan untuk diaplikasi dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu, saya telah berkongsi dengan beberapa orang guru mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kimia, Biologi dan Sains. Hasil perkongsian ini, guru tersebut telah memberikan respon yang positif dan menyatakan minat mereka untuk menggunakan kaedah ini. “…(saya) boleh gunakan konsep ni untuk ajar termokimia, senang nak guna…” – Puan Wan, guru Kimia “…berguna untuk murid-murid yang tidak menguasai kosa kata.” – Puan Zu, guru Bahasa Melayu Intervensi ini juga dapat membantu murid kelas Bahasa Jepun di sekolah untuk menguasai kemahiran penulisan terutama dalam membina ayat dan karangan. Ini akan memberi satu idea penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun di sekolah ini khususnya dan mata pelajarannya amnya. 7.4 Cadangan Penambahbaikan Saya akan meneruskan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun pada masa akan datang. Selain itu, saya juga akan menambah baik penggunaan kaedah Peta Semantik GoIro ke arah penghasilan produk inovasi berbentuk bahan interaktif dan digital, selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan digital pada masa kini. Sebagai cadangan penambahbaikan di masa hadapan, saya ingin menghasilkan satu aplikasi digital yang membolehkan murid-murid memilih perkataan daripada Senarai Perbendaharaan Kata yang disediakan. Setelah perkataan dipilih, aplikasi ini akan membantu murid untuk membina ayat berdasarkan keperluan mereka. Sebagai contoh, sekiranya murid memilih satu topik seperti____________(perkara yang disukai), aplikasi akan menyenaraikan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan tajuk atau topik tersebut. Sebagai contoh, aplikasi ini akan memaparkan perkataan - (bunga), maksud perkataan serta cadangan struktur ayat yang boleh digunakan dengan perkataan tersebut seperti-------------------------------------------------------------------------- -------Aplikasi ini boleh digunakan oleh murid untuk membuat ulangkaji kosa kata, memperkaya perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran membina ayat dengan betul. RUJUKAN Al-Otaibi, Ghuzayyil. (2016). The effect of semantic mapping on students’ vocabulary. SSRN Electronic Journal. Dicapai pada Mei 25, 2023 dari doi 10.2139/ssrn.2804012. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2005). Laporan status pelaksanaan bahasa antarabangsa 2005. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.


27 Buzan, T. (2000). The mind map book. New York: Penguin Books. Dayang Nor Ashikin Harun (2022). Pendidikan bahasa jepun di sekolah menengah – sejarah, isu dan cabaran. dlm. Roswati, Normalis, Zoraida. Perkembangan pendidikan bahasa jepun di Malaysia. UMT. (ms 75-90). Heimlich, J. E. and Pittelman, S.D. (1986). Semantic mapping: classroom applications. International Reading Association. Keller, T., & Grimm, M. (2005). The impact of dimensionality and color coding of information visualizations on knowledge acquisition. Proceedings of the Annual Meeting of the Cognitive Science Society, 26. Escholarship. Dicapai pada Jun 2, 2023 dari http://escholarship.org/uc/item/7v40k1gt. Mohd Junaid, Thuwaibah. (2019). The effects of using semantic mapping strategy training on reading comprehension performance among UTHM students. Academia. Dicapai pada Mei 20, 2023, dari https://www.academia.edu/55321759/


28


29 MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ‘NON-VERBAL’ MURID AUTISME DI KELAS ALIRAN PERDANA MELALUI BELAIAN JIWA SHANUN SHARIF SK Tok Bali, Kelantan [email protected] ABSTRAK Kanak-kanak autisme mempunyai masalah komunikasi yang lemah dan ada juga yang tidak mempunyai kemahiran komunikasi ‘non-verbal’. Sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak-anak yang mempunyai masalah autisme ke sekolah pendidikan khas kerana kekangan tertentu. Ini menyebabkan anak-anak autisme ketinggalan dalam belajar dan mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah. Responden kajian merupakan seorang murid Tahun 1 di kelas aliran perdana Berdasarkan pemerhatian pengkaji, responden menunjukkan tingkah laku yang amat berbeza daripada rakan-rakannya seperti menggaru jari kiri dan kanan sehingga berdarah apabila ada orang memerhatikannya, memalingkan muka ke arah lain dan menutup muka dengan tangan apabila diajak bercakap. Responden juga tidak mahu bercakap apabila diajak bercakap. Hasil temu bual bersama ibunya mendapati responden seorang yang pemalu. Pengkaji telah menggunakan Model Stringer sebanyak tiga kitaran dengan menggunakan intervensi belaian jiwa. Objektif kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi ‘non-verbal’ murid autisme. Setelah menjalankan tindakan intervensi selama enam bulan, dapatan kajian menunjukkan responden boleh meningkatkan kemahiran komunikasi ‘non-verbal’nya dengan pengkaji seperti bertentang mata, senyum dan mengangguk-angguk apabila ditanya, walaupun masih belum berkomunikasi secara lisan serta menggaru jarinya sehingga berdarah. Di samping itu, responden juga menunjukkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, kajian yang dilakukan ini menunjukkan kanakkanak autisme perlu perhatian yang khusus supaya mereka dapat berkomunikasi dengan berkesan, seterusnya dapat meningkatkan kemahiran belajar mereka. Kata kunci: autisme, komunikasi ‘non-verbal’, tindakan responsif, belaian jiwa, empati


30 1.0 PENGENALAN Menurut kajian Persatuan Autisme Malaysia, (NASOM) menjelaskan maksud autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Menurut Prof. Madya Dr Hamidin Awang, seorang Pakar Psikiatrik Kanak-Kanak, Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam wawancaranya pada tahun 2019 menjelaskan bahawa pengurusan emosi anak mengalami autisme berkait rapat dengan tingkah laku yang mana apabila emosi terganggu akan menyebabkan tingkah laku mereka juga turut terjejas. Keadaan ini menyebabkan mereka berhadapan masalah untuk memahami fikiran orang lain termasuk emosi, perasaan dan kepercayaan (Lisut & Shuib, 2019). 2.0 FOKUS KAJIAN Anak mengalami autisme akan mengamuk, tantrum dan boleh juga membawa kepada cubaan mencederakan diri sendiri dan orang lain. Ini kerana mereka tidak dapat mengawal emosi marah, kecewa, sedih dan sebagainya dengan cara yang lebih baik (Che Mud, Md Sham, Mohd Ali & Mohd Kusrin, 2018). Anak mengalami autisme selain mempunyai masalah dalam berkomunikasi, mereka juga mempunyai masalah sosial iaitu ketidakupayaan berinteraksi dengan masyarakat sekelilingnya walaupun bersama kedua ibu bapanya. Mereka gemar duduk bersendirian (Norfishah Mat Rabi, 2016). Bagi mengelakkan anak mengalami autisme untuk duduk bersendirian atau berada dalam dunianya sendiri, aktiviti bersama-sama antara ibu bapa ataupun masyarakat patut dijalankan bertujuan untuk membina kemahiran komunikasi dan interaksi dengan baik supaya anak mengalami autisme merasai penerimaan daripada masyarakat sekelilingnya (Chandramogan & Mohd Zuri, 2018). 2.1 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi ‘nonverbal’ responden. 2.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti impak perlaksanaan intervensi belaian jiwa terhadap komunikasi ‘non-verbal’ responden seperti memandang ke arah pengkaji semasa berkomunikasi. 3.0 KAJIAN LITERATUR Menurut Wentzel (2009), guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat, dan boleh dipercayai. Sebelum itu, Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam membina hubungan guru dan pelajar, sewajarnya melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara berperikemanusiaan. Hal ini dibahaskan Wentzel (2009), bahawa hubungan yang berkualiti, mampu menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap


31 positif, dan motivasi dalam mencapai hasil akademik. Selain itu, kemahiran-kemahiran sosial yang sebenar juga dapat diperolehi. Pendapat di atas telah dibincangkan terlebih dahulu oleh an-Nahlawi (1995), bahawa hubungan guru dengan pelajar adalah sesuatu yang penting serta dapat diperolehi 4.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan Model Kajian Tindakan Stringer (1999). Dalam kajian tindakan Stringer, pengkaji akan melakukan tiga fasa tindakan iaitu fasa penglihatan, pemikiran dan tindakan (Craig, 2004). Pengkaji menggunakan seorang sahaja sampel kajian dari Tahun 1. Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan membuat pemerhatian tingkah laku responden selama tiga kali seminggu pada masa pengajaran Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen pemerhatian. Pada fasa pemikiran, pengkaji akan mentafsir data pemerhatian yang dikumpul dan mengenal pasti isu utama sampel kajian. Pada fasa tindakan, pengkaji akan mengambil tindakan dengan menggunakan intervensi belaian jiwa untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi ‘non-verbal’ responden. Pada fasa ini, pengkaji akan membuat tindakan iaitu duduk bersebelahan responden selama lima minit setiap kali pengajaran dan pembelajaran, memanggil nama responden dan senyum kepada responden, memegang tangan responden semasa menulis, bercakap-cakap dengan responden dan bertanya soalan. Pengkaji mengambil masa selama enam bulan untuk membuat tindakan dan pemerhatian. Pada setiap fasa, pengkaji membuat pemerhatian, berfikir dan mengambil tindakan sehingga responden dapat meningkatkan kemahiran komunikasi ‘non-verbal’nya. Untuk meningkatkan kesahan dalam kajian ini, pengkaji akan membuat temu bual ibu responden melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Rajah 1 Model Kajian Tindakan Stringer 4.1 Perancangan Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, pengkaji mendapati responden menunjukkan sikap tidak responsif dan tidak dapat berkomunikasi secara ‘non-verbal’. Bersama ini dilampirkan gambar dan jadual pemerhatian tingkah laku responden sebelum penggunaan intervensi belaian jiwa.


32 Jadual 1 Pemerhatian Tingkah Laku Responden Sebelum Intervensi Bil Tindakan Semasa Pengajaran di dalam Kelas Tindakan Responsif Responden 1 Pengkaji memberikan penerangan isi pelajaran dan memandang ke arah responden Responden berpaling ke arah lain. 2 Pengkaji meminta murid mengeluarkan buku dan alat tulis untuk menulis Responden menggaru tangan hingga berdarah. Responden tidak mengeluarkan buku dan alat tulis. 3 Pengkaji memberikan lembaran kerja dan meminta murid menulis dan mewarna Responden tidak mengeluarkan alat tulis dan pensel warna. 4 Pengkaji bertanya responden adakah faham? Responden menutup muka dengan lengan. 4.2 Intervensi Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji akan menggunakan intervensi belaian jiwa. Belaian jiwa ini merupakan satu pendekatan di mana pengkaji membuat tindakan untuk mewujudkan hubungan yang rapat antara pengkaji dan responden. Melalui belaian jiwa ini, pengkaji cuba membina kepercayaan terhadap responden supaya responden merasai wujudnya satu hubungan yang empati. Apabila wujud hubungan yang empati, maka responden akan menunjukkan respon ‘non-verbal’. Pengkaji akan menggunakan instrumen pemerhatian. Pemerhatian tingkah laku responden akan dicatatkan di dalam jadual pemerhatian. Pemerhatian dibuat sebanyak tiga kali seminggu selama enam bulan menggunakan lima langkah belaian jiwa seperti dalam jadual di bawah. Jadual 2 Penghuraian Keadaan Intervensi Intervensi Belaian Jiwa Menggunakan Intervensi Memanggil nama responden dan senyum kepada responden Apabila didapati responden termenung semasa membuat lembaran kerja atau tugasan Meminta kebenaran apabila menyentuh peralatan responden Meminta izin untuk menajamkan pensel dan mengeluarkan buku dari beg responden Berbual-bual dengan bertanya soalan kepada responden Semasa responden membuat lembaran kerja atau tugasan Duduk bersebelahan dengan responden selama 5 minit setiap kali semasa PdP Memberi penerangan cara menyelesaikan tugasan kepada responden dan membantu menyelesaikan tugasan seperti menggunting gambar


33 Mengarahkan responden melihat jarinya Apabila responden berpaling ke arah lain semasa pengkaji memberi penerangan cara menyelesaikan tugasan Memegang tangan responden untuk menulis Untuk membantu responden menulis Duduk bersebelahan dengan responden selama 3 minit setiap kali semasa PdP Memberi penerangan cara menyelesaikan tugasan kepada responden 4.3 Tindakan dan Pemerhatian Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil tindakan mengikut model Kajian Stringer (1999) seperti jadual di bawah. Jadual 3 Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang Dilaksanakan Gelungan Fasa Huraian Pertama (bulan pertama hingga bulan kedua) Melihat i) Responden menggaru tangan kiri dan kanan sehingga berdarah apabila diminta keluarkan buku dan alat tulis untuk menulis. ii) Responden juga berpaling ke arah lain apabila pengkaji memandang ke arahnya. iii) Responden juga tidak memasukkan alat tulis dan buku di dalam beg apabila tamat waktu persekolahan. Berfikir i) Pengkaji berfikir responden mungkin berasa terancam dan takut lalu mencederakan diri sendiri. ii) Pengkaji berfikir perlu menghilangkan rasa takut responden dengan mendekati responden dan membina kepercayaan responden. Bertindak i) Pengkaji meluangkan masa 5 minit setiap kali semasa PdP untuk duduk bersebelahan dengan responden sebaik sahaja selesai memberikan pengajaran kepada semua murid. ii) Pengkaji mengeluarkan buku dan alat tulis dari beg responden dengan meminta kebenaran responden terlebih dahulu kerana bimbang responden akan mengamuk dan bertindak di luar jangkaan. iii) Pengkaji meminta responden menulis apa yang pengkaji tulis di papan putih. iv) Pengkaji memegang tangan responden untuk membimbing responden menulis. v) Pengkaji meminta kebenaran responden untuk menajamkan penselnya apabila penselnya tumpul. vi) Pengkaji memasukkan buku dan alat tulis responden ke dalam beg.


34 Kedua (bulan ketiga hingga bulan keempat) Melihat i) Responden sudah tidak menggaru tangan hingga berdarah lagi. Namun responden masih lagi tidak mengeluarkan buku dan alat tulis daripada beg serta termenung apabila rakan lain menulis. ii) Responden juga tidak menulis apabila diminta menulis semula apa yang pengkaji tulis di papan putih iii) Responden masih lagi berpaling ke arah lain apabila pengkaji memberi penerangan. Berfikir i) Pengkaji berfikir responden tidak tahu buku yang mana perlu dikeluarkan dan tidak faham apa yang perlu dibuat. ii) Pengkaji juga berfikir responden perlu diberi latihan yang lebih mudah berbanding rakan lain. Bertindak i) Pengkaji meluangkan masa 5 minit setiap kali semasa PdP untuk duduk bersebelahan dengan responden sebaik sahaja selesai memberikan pengajaran kepada semua murid. ii) Pengkaji mengeluarkan buku dan alat tulis dari beg responden. iii) Pengkaji menerangkan cara menyelesaikan tugasan. iv) Pengkaji menyediakan lembaran kerja berbentuk garisan putus-putus. v) Pengkaji tidak menunggu di sebelah responden, sebaliknya pengkaji memantau murid lain. Ketiga (bulan kelima hingga bulan keenam) Melihat i) Responden sudah boleh berdikari membuat latihan menggunakan garisan putus-putus. ii) Responden juga sudah berdikari memasukkan buku dan alat tulis ke dalam beg apabila tamat sesi persekolahan. iii) Responden juga sudah boleh mengeluarkan alat tulis apabila disuruh keluarkan. Justeru responden juga sudah boleh bertentang mata dengan pengkaji, tetapi masih lagi menutup muka dengan lengan apabila mendapati orang memerhatikannya. iv) Namun begitu, didapati responden masih lagi termenung semasa membuat tugasan, berpaling ke arah lain apabila diberi penerangan cara membuat tugasan. Berfikir i) Pengkaji berfikir perlu selalu bertanya soalan yang lebih dekat dengan persekitaran responden dan memberikan tugasan yang lebih sukar berbanding garisan putus-putus. ii) Pengkaji juga berfikir perlu ambil satu tindakan supaya responden memandang kepada lembaran kerja apabila pengkaji memberi penerangan.


35 Bertindak i) Pengkaji mengurangkan masa 5 minit kepada 3 minit untuk duduk bersebelahan responden. ii) Pengkaji mengeluarkan buku dari dalam beg responden dan meminta responden mengeluarkan alat tulis. iii) Pengkaji meminta responden meniru tulisan di papan putih. iv) Pengkaji memanggil nama responden dengan kerap dan senyum apabila responden termenung atau berkhayal semasa membuat tugasan. v) Pengkaji selalu bertanya responden soalan berikut: a)Adakah responden suka datang ke sekolah? b)Adakah responden panggil ibu sebagai umi atau mama? c)Adakah responden mahu sambung buat di rumah tugasan yang pengkaji beri jika tidak siap? vi) Pengkaji meminta responden melihat jarinya apabila didapati responden berpaling ke arah lain semasa pengkaji memberi penerangan cara menyelesaikan tugasan. vii) Pengkaji selalu menyuruh responden membuat tugasan yang responden beri apabila didapati responden tidak buat tugasan yang diberi. Jadual 4 Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Responden Semasa Intervensi Bulan Pertama dan Kedua Minggu (Duduk bersebelahan dengan responden selama 5 minit setiap kali semasa PdP) (Meminta kebenaran apabila menyentuh peralatan responden) (Memegang tangan responden untuk menulis) (Berbual-bual dengan bertanya soalan kepada responden) (Memanggil nama responden dan senyum kepada responden) Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3 1 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 2 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Menggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis


36 3 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Benggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Benggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Benggaru jari hingga berdarah iv) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 4 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 5 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 6 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 7 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis 8 i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis i) Berpaling ke arah lain ii) Menutup muka dengan lengan iii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis


37 Jadual 5 Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Responden Semasa Intervensi Bulan Ketiga dan Keempat Minggu (Duduk bersebelahan dengan responden selama 5 minit setiap kali semasa PdP) (Meminta kebenaran apabila menyentuh peralatan responden) (Memegang tangan responden untuk menulis) (Berbual-bual dengan bertanya soalan kepada responden) (Memanggil nama responden dan senyum kepada responden) Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3 1 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 2 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju


38 3 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 4 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 5 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju


39 6 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 7 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 8 i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah lain ii) Tidak mengeluarkan buku dan alat tulis iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju


40 Jadual 6 Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Responden Semasa Intervensi Bulan Kelima dan Keenam Minggu (Duduk bersebelahan dengan responden selama 3 minit setiap kali semasa PdP) (Berbual-bual dengan bertanya soalan kepada responden) (Memanggil nama responden dan senyum kepada responden) (Mengarahkan responden melihat jarinya) Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3 1 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP 2 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP


41 3 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP 4 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju 5 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju


42 i) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP ii) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP iii) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP 6 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP 7 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah iv) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju v) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP 8 i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah i) Berpaling ke arah pengkaji ii) Tidak mengeluarkan buku iii) Termenung semasa menyelesaikan tugasan apabila pengkaji tiada di sebelah


43 i) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju ii) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP iii) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju iv) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP v) Mengangguk kepala apabila bersetuju dan mengelengkan kepala apabila tidak bersetuju vi) Mengemas alat tulis apabila tamat PdP Gambar 1 Temu Bual Ibu Responden Melalui Khidmat Pesanan Ringkas Selepas Akhir Kajian 4.4 Refleksi Hasil daripada pelaksanaan kajian tindakan ini, didapati responden dapat berkomunikasi secara ‘non-verbal’ walaupun ia mengambil masa yang agak lama. Ini menunjukkan pengunaan intervensi belaian jiwa ini dapat membina kepercayaan responden terhadap pengkaji. Responden dapat mengurangkan perasaan takut dan malunya. Intervensi ini juga dapat mengubah tabiat responden daripada tidak berdikari kepada berdikari seperti dapat mengeluarkan sendiri kotak pensel dari dalam begnya. Walau pun mengambil masa yang agak lama untuk mengubah tingkah laku responsif responden, namun intervensi ini dapat menunjukkan responden dapat mengubah tingkah lakunya secara perlahan-lahan. Oleh itu, sikap bersungguh-sungguh dan usaha berterusan perlu bagi mengubah tingkah laku yang responsif.


Click to View FlipBook Version