294 Murid mendapat keputusan kuiz kurang memuaskan dengan purata skor jawab betul ialah 40% Murid kurang yakin semasa pembentangan jawapan Murid bersifat pasif dan menunjukkan rasa kurang minat Adakah penyampaian pengajaran saya tidak sesuai dengan tahap murid saya sehinggakan pencapaian murid dalam kuiz formatif menjadi rendah? Mengikut DSKP Matematik Tambahan Tingkatan 5, murid banyak ditekankan dengan pembelajaran berasaskan inkuiri. Maka, apabila pelbagai terbitan rumus kompleks ditekankan semasa pembelajaran topik ini, murid yang bertahap sederhana dan lemah mengalami kesukaran dalam mengikuti pembelajaran dan terus gagal dalam memahami pembelajaran yang disampaikan. Murid bersifat pasif dan menunjukkan rasa kurang minat semasa sesi soal jawab /semasa berkomunikasi dengan guru melalui WhatsApp / Telegram Adakah pembelajaran secara maya tidak sama dengan pembelajaran secara bersemuka yang menyebabkan murid bersifat pasif dan tidak yakin semasa menjawab soalan? Sudah pasti pembelajaran secara maya tidak sama dengan pembelajaran secara semuka. Tetapi masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Saya cuba membandingkan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid dalam kedua-dua jenis pembelajaran supaya saya lebih memahami situasi yang murid saya alami. Setelah meneliti semua pemerhatian dan meneliti semula semua rumus yang termaktub dalam DSKP dan buku teks Matematik Tambahan tingkatan 5. Didapati beberapa rumus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6 merupakan rumus yang sukar difahami oleh murid. Kebanyakan masa rumus ini diisi dengan salah disebabkan murid tidak meneliti dengan sebaiknya komponen pemboleh ubah yang perlu digantikan dalam rumus tersebut.
295 Rajah 6 Antara Terbitan Rumus Kompleks yang Sukar Difahami oleh Murid. Penelitian semula pada rumus dalam buku teks dan juga dengan mengambil kira kesalahan umum yang selalu dilakukan oleh murid membolehkan satu kaedah yang mudah bagi murid yang kurang memahami rumus-rumus yang kompleks dalam Pembezaan untuk membezakan sesuatu persamaan dihasilkan. Kaedah tersebut ialah penggunaan Kod Pembezaan. Berdasarkan pemerhatian dan refleksi, perancangan yang rapi untuk menangani isu yang dihadapi oleh murid telah dikenal pasti. Terdapat lima langkah yang saya rancang dan laksanakan untuk kajian tindakan ini. Lima langkah pelaksanaan adalah seperti berikut : (a) Langkah 1 : Kenali Murid (b) Langkah 2 : Praujian (c) Langkah 3 : Kenalan Kod Pembezaan (d) Langkah 4 : Latih Diri (e) Langkah 5 : Ujian Pos Langkah 1 : Kenali Murid Dalam Langkah 1, wujudnya keperluan untuk mengenali persekitaran murid agar boleh merancang kaedah, medium PdPR, masa kelas dan sebagainya. Perbandingkan perbezaan pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran secara maya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6. Didapati PdPc secara maya sememangnya mempunyai faktor gangguan persekitaran dan murid hilang dari kelas atas faktor ketiadaan internet atau kelajuan internet yang rendah. Tetapi kebaikan PdPc secara maya ialah PdPC boleh dijalankan dengan lebih menarik dengan penggunaan sumber pendidikan daripada pelbagai sumber secara dalam talian atau aplikasi pembelajaran digital.
296 Jadual 6 Perbandingan Pembelajaran Secara Bersemuka dan Pembelajaran Secara Maya. Faktor Jenis Pembelajaran PdPc Secara Bersemuka PdPc Secara Maya Lokasi Sekolah Rumah Penyampaian Papan putih / bahan fizikal Melalui medium video conferencing / messaging apps / teaching apps dengan peranti digital yang hanya boleh akses dengan internet Pemilikan Peranti Digital Tidak diperlukan Amat diperlukan Kelajuan Internet Tidak menjadi isu Menjadi masalah utama jika kelajuan internet rendah Fleksibiliti Wajib dilaksanakan mengikut jadual waktu sekolah yang telah ditetapkan Perlu ikut jadual waktu yang ditetapkan tetapi boleh juga mencari masa yang bersesuaian dengan keperluan murid Gangguan Persekitaran Hampir tiada Bergantung kepada situasi keluarga / murid yang bekerja Penggunaan masa PdP secara optimum Boleh menggunakan masa PdP secara optimum Sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit diperlukan untuk menunggu semua murid masuk ke kelas maya Ulangan Pengajaran Tidak dilaksanakan kecuali merekod sesi penyampaian PdP Dapat direkodkan setiap PdP dan murid boleh ulang tayang untuk memahami topik Dalam langkah ini murid diberikan satu borang tinjauan secara Google Form untuk mengenal pasti kesediaan murid untuk menyertai Kelas Bimbingan PdPR pada masa yang berlainan selain sesi PdPR mengikut jadual waktu sekolah. Analisis tinjauan telah dilaksanakan untuk mengenalpasti kaedah penyampaian PdPR yang sesuai. Melalui analisis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7, didapati murid daripada kumpulan sasaran mempunyai peranti sendiri, kuota internet yang mencukupi, tetapi lebih suka kelas di sebelah malam untuk menghadiri PdPR kecuali seorang murid yang bekerja sepanjang tempoh pandemik tetapi masih boleh menghadiri kelas di sebelah malam tanpa sebarang gangguan. Tinjauan ini dibuat untuk memastikan murid berminat untuk hadir, tidak berasa letih pada masa kelas diadakan dan bersedia secara mental untuk hadir ke kelas.
297 Jadual 7 Respon bagi Setiap Item Soalan Google Form Untuk Mengenalpasti Kesediaan Murid ke Kelas Bimbingan PdPR. Item / Soalan Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Adakah anda mempunyai telefon pintar untuk kegunaan PdPR? YA YA YA YA YA YA YA YA YA Jika anda menjawab YA pada soalan sebelum ini, adakah telefon pintar tersebut adalah kegunaan sendiri atau digunasama bersama ibu bapa atau adik beradik? Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sesama Ahli Keluarga Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sendiri Kepunyaan Sesama Ahli Keluarga Kepunyaan Sendiri Berapakah pakej kuota internet anda untuk sebulan? lebih dari 2 GB 1 GB hingga 2 GB lebih dari 2 GB 1 GB hingga 2 GB 1 GB hingga 2 GB lebih dari 2 GB 1 GB hingga 2 GB lebih dari 2 GB lebih dari 2 GB Medium PdPR yang anda lebih suka untuk medium pembelajaran? Google Meet Whatsapp, Google Meet Whatsapp, Google Meet, Telegram Whatsapp, Google Meet Whatsapp, Google Meet Whatsapp, Google Meet, Telegram Whatsapp, Google Meet Whatsapp, Google Meet Whatsapp, Google Meet, Telegram Pilihan masa yang paling sesuai untuk adakah kelas bimbingan tanpa sebarang gangguan. Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm, Kelas Petang : 4.00 - 5.00 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm, Kelas Petang : 4.00 - 5.00 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Kelas malam : 7.30 - 8.30 pm Nyatakan skala kesukaran Bab 2 : Terbitan Pertama bagi kefahaman anda. 1 2 3 1 1 3 2 2 2
298 Langkah 2 : Praujian Dalam kelas pertama, satu praujian yang mengandungi 10 set soalan yang menguji Terbitan Pertama sesuatu persamaan diberikan kepada kumpulan sasaran. Kuiz diberikan melalui pelantar Quizizz kerana mudah untuk diakses oleh murid dan juga mudah mendapatkan analisis ujian oleh guru dan murid. Markah direkodkan dan analisis dibuat seperti Rajah 7 dan Jadual 8 untuk mengetahui pencapaian murid agar dapat membandingkan pencapaian sebelum dan selepas Kod Pembezaan diperkenalkan. Rajah 7 Peratus Jawapan Betul bagi Kuiz Terbitan Pertama melalui Pelantar Quizizz Mengikut Murid dalam Praujian. Jadual 8 Analisis Pencapaian Skor Jawapan Betul bagi Kuiz Terbitan Pertama melalui Pelantar Quizizz Mengikut Murid dalam Praujian. Bil Nama Murid Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah Peratus Skor Jawapan Betul 1 Murid 1 5 5 50.00 2 Murid 2 6 4 60.00 3 Murid 3 5 5 50.00 4 Murid 4 4 6 40.00 5 Murid 5 3 7 30.00 6 Murid 6 3 7 30.00 7 Murid 7 6 4 60.00 8 Murid 8 4 6 40.00 9 Murid 9 4 6 40.00 Jumlah Skor 40 50 44.44
299 Langkah 3 : Kenalan Kod Pembezaan Untuk pengenalan kepada Kod Pembezaan, kelas secara Google Meet diadakan bersama kumpulan sasaran dan dibahagikan kepada 2 sesi pengajaran agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar memandangkan kumpulan sasaran ini adalah pada tahap sederhana dan rendah. Guru memperkenalkan maksud kunci kata yang terdapat dalam kod ini di mana huruf dan kurungan mewakili jenis persamaan dan nombor mewakili bilangan langkah Pembezaan seperti yang dijelaskan dalam Rajah 8. Untuk menilai pemahaman murid, soalan seperti berikut ditanya : “Adakah anda faham?”, “Boleh memberi respon untuk kod yang sesuai yang perlu dipilih?”, “Murid A berikan jawapan untuk soalan ini?” Didapati respon yang diberikan oleh murid agak memuaskan setelah murid diperkenalkan dengan Kod Pembezaan. Murid tidak lagi bersikap pasif dan yakin semasa memberikan respons. Rajah 8 Penjelasan Mengenai Penggunaan Kod Pembezaan. N 0 Nombor sahaja dibezakan, Tiada langkah terlibat dan nilai sentiasa 0. X 1 Huruf dibezakan, 1 langkah penyelesaian, ambil nombor pada depan huruf. Xk 2 Huruf yang berkuasa dibezakan, 2 langkah penyelesaian iaitu kuasa dipindah ke hadapan huruf, kuasa pada huruf ditolak 1. ( )k 3 Kurungan berkuasa dibezakan, 3 langkah penyelesaian iaitu kuasa dipindah ke hadapan kurungan, kuasa pada kurungan ditolak 1, bezakan dalam kurungan. ( )( ) 4 Kurungan tidak boleh dikembangkan, 4 langkah penyelesaian iaitu rumus Hasil Darab [HD]:
300 5 Persamaan berbentuk pecahan, 5 langkah penyelesaian iaitu rumus Hasil Bahagi [HB]: Langkah 4 : Latih Diri Untuk memastikan murid dapat memahami pelajaran, mereka diberikan ruang masa 20 minit untuk melengkapkan satu latihan dengan berpandukan kepada Kod Pembezaan. Murid perlu membezakan persamaan yang diberikan dan menulis kod yang dipilih untuk membezakan persamaan tersebut melalui aplikasi Google Jamboard. Rajah 9 menunjukkan beberapa contoh tugasan yang dilengkapkan oleh murid. Rajah 9 Hasil Kerja Murid Setelah Mengenali Kod Pembezaan melalui Google Jamboard 1 20 3 Contoh hasil kerja murid 1 Contoh hasil kerja murid 2
301 Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid, latihan kendiri diberikan melalui group Telegram kepada kumpulan sasaran untuk diselesaikan dan dihantar kepada guru untuk semakan. Rajah 10 menunjukkan beberapa contoh tugasan yang dihantar oleh murid untuk semakan. Setelah meneliti semula secara pemerhatian dan semakan tugasan, murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan membuat pemilihan teknik Pembezaan yang tepat dengan menggunakan Kod Pembezaan. Rajah 10 Hasil Kerja Murid yang Disemak Setelah Mempelajari Kod Pembezaan melalui Group Telegram. Contoh hasil kerja murid 3 Contoh hasil kerja murid 1 Contoh hasil kerja murid 2
302 Langkah 5 : Ujian Pos Sebagai penilaian akhir, satu ujian Pos yang mengandungi 10 set soalan yang menguji teknik Pembezaan yang berlainan bagi persamaan yang berbeza diberikan kepada kumpulan sasaran. Kuiz ini diberikan melalui pelantar Quizizz. Markah direkodkan dan analisis dibuat seperti Rajah 11 dan Jadual 9 untuk mengetahui pencapaian murid agar dapat membandingkan pencapaian sebelum dan selepas Kod Pembezaan diperkenalkan. Rajah 11 Peratus Skor Jawapan Betul bagi Kuiz Terbitan Pertama Melalui Pelantar Quizizz Mengikut Murid dalam Ujian Pos. Jadual 9 Analisis Pencapaian Skor Jawapan Betul bagi Kuiz Terbitan Pertama Melalui Pelantar Quizizz Mengikut Murid dalam Ujian Pos. Bil Nama Murid Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah Peratus Skor Jawapan Betul 1 Murid 1 8 2 80.00 2 Murid 2 9 1 90.00 3 Murid 3 10 0 100.0 4 Murid 4 8 2 80.00 5 Murid 5 9 1 90.00 6 Murid 6 9 1 90.00 7 Murid 7 10 0 100.0 8 Murid 8 9 1 90.00 9 Murid 9 9 1 90.00 Skor Keseluruhan 81 9 90.00
303 Daripada dapatan kajian ini, pada awalnya dalam praujian tahap penguasaan murid masih di tahap rendah dengan julat markah adalah antara 30% hingga 60% sahaja. Jika murid tidak dapat menguasai pencapaian sekurang-kurang 85% dalam penyelesaian Pembezaan Peringkat Pertama, maka sudah tentu murid tidak dapat menguasai keseluruhan topik ini disebabkan Terbitan Pertama ialah konsep asas dalam Pembezaan. Tetapi setelah memperkenalkan Kod Pembezaan, tugasan yang dibuat oleh murid pun menunjukkan peningkatan dalam pemahaman Terbitan Pertama. Latihan yang sebelum ini yang tidak dapat diselesaikan, murid sudah dapat selesaikannya tanpa sebarang kesalahan. Melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang langkah pelaksanaan kajian kepada kumpulan sasaran, didapati indikator kejayaan yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam kajian ini telah tercapai. Indikator Kejayaan 1: Sekurang-kurangnya 85% murid telah mencapai purata skor jawapan betul dicapai dalam ujian pos. Seperti analisis yang terperinci yang ditunjukkan dalam Rajah 12 dan Jadual 10, perbandingan antara pencapaian praujian dan Ujian Pos dibuat untuk meneliti pencapaian sebelum dan selepas pengenalan kepada Kod Pembezaan. Didapati pencapaian murid dalam ujian pos menunjukkan pencapaian murid telah mencapai 90% purata skor betul dan menunjukkan peningkatan ketara antara keduadua ujian ini. Secara purata setiap murid menunjukkan peningkatan markah sebanyak 30 markah berbanding praujian. Rajah 12 Perbandingan Peratus Skor Jawapan Betul bagi Praujian dan Ujian Pos Mengikut Murid.
304 Jadual 10 Analisis Perbandingan Peratus Skor Jawapan Betul bagi Praujian dan Ujian Pos Mengikut Murid. Bil Nama Murid Praujian Ujian Pos Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah Skor Jawapan Betul Praujian Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah Skor Jawapan Betul Ujian Pos 1 Murid 1 5 5 50.00 8 2 80.00 2 Murid 2 6 4 60.00 9 1 90.00 3 Murid 3 5 5 50.00 10 0 100.0 4 Murid 4 4 6 40.00 8 2 80.00 5 Murid 5 3 7 30.00 9 1 90.00 6 Murid 6 3 7 30.00 9 1 90.00 7 Murid 7 6 4 60.00 10 0 100.0 8 Murid 8 4 6 40.00 9 1 90.00 9 Murid 9 4 6 40.00 9 1 90.00 Skor Keseluruhan 40 50 44.44 81 9 90.00 Indikator Kejayaan 2 : Melalui semakan tugasan, sekurang-kurangnya purata skor jawapan betul sebanyak 85% dicapai oleh murid. Secara tepat, murid berjaya mendapat skor purata jawapan betul sebanyak 88% untuk dua tugasan yang diberikan iaitu Latihan Formatif 2.1 dan Latihan Formatif 2.2 seperti Jadual 11. Purata skor yang dicapai jelas membuktikan tercapainya indikator kejayaan. Jadual 11 Analisis Semakan Tugasan Murid untuk Dua Latihan Formatif. Bil Nama Murid Latihan Formatif 2.1 Latihan Formatif 2.2 Purata Skor Jawapan Betul Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah Bilangan Soalan Dijawab Betul Bilangan Soalan Dijawab Salah 1 Murid 1 20 0 8 0 100.0 2 Murid 2 20 0 7 0 100.0 3 Murid 3 17 3 6 3 85.00 4 Murid 4 15 5 6 5 75.00 5 Murid 5 14 6 7 6 70.00 6 Murid 6 18 2 8 2 90.00 7 Murid 7 20 0 8 0 100.0 8 Murid 8 18 2 8 2 90.00 9 Murid 9 17 3 8 3 85.00 Skor 159 21 66 21 88.00
305 Indikator Kejayaan 3: Sekurang-kurangnya murid mencapai Skor Indeks Kesukaran Topik 3 dan ke atas. Setelah tamat sesi PdPR, satu Google Form diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan keberkesanan menggunakan Kod Pembezaan dalam menentukan terbitan pertama sesuatu persamaan dan indeks kesukaran topik Pembezaan Peringkat Pertama. Jadual 12 menunjukkan item soalan yang ditanya melalui Google Form dan jawapan respon oleh murid manakala Rajah 13 menunjukkan testimoni yang diberikan oleh murid mengenai keberkesanan penggunaan Kod Pembezaan. Jadual 12 Respon Murid Mengenai Keberkesanan Kod Pembezaan dan Indeks Kesukaran Topik Selepas Perkenalan Kod Pembezaan. Nama Skor Untuk Keberkesanan Penggunaan Kod Pembezaan Dalam Menyelesaikan Soalan Membezakan Sesuatu Persamaan Pada Pembezaan Peringkat Pertama. Skor Untuk Indeks Tahap Kesukaran Topik Bab 2: Pembezaan Peringkat Pertama Murid 1 5 4 Murid 2 5 5 Murid 3 5 5 Murid 4 4 3 Murid 5 4 3 Murid 6 5 5 Murid 7 5 5 Murid 8 4 4 Murid 9 5 4 Nota. Untuk keberkesanan penggunaan Kod Pembezaan, semakin tinggi nilai semakin berkesan penggunaan Kod Pembezaan manakala untuk indeks tahap kesukaran, semakin rendah nilai semakin sukar sesuatu topik. Rajah 13 Testimoni Murid Mengenai Keberkesanan Kod Pembezaan. 2
306 Murid juga menyatakan rasa mudah untuk menyelesaikan soalan dengan menggunakan kod pembezaan melalui dapatan yang dikumpulkan melalui Google Form. Perbandingan Indeks Kesukaran Topik sebelum dan selepas pengenalan Kod Pembezaan menunjukkan murid mudah menentukan terbitan pertama sesuatu persamaan seperti yang dijelaskan dalam Rajah 14. Rajah 14 Perbandingan Indeks Kesukaran Topik Sebelum dan Selepas Pengenalan Kod Pembezaan. Purata Indeks Kesukaran Sebelum Pengenalan Kod Pembezaan 1.89 Purata Indeks Kesukaran Selepas Pengenalan Kod Pembezaan 4.22 11.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Berikut ialah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan objektif kajian. Objektif Kajian 1: Menambah Baik Amalan Pengajaran daripada Aspek Kemahiran Menentukan Terbitan Pertama dengan Menggunakan Kod Pembezaan. Merujuk kepada konsep yang dihuraikan oleh Ma`rof Redzuan dan Haslinda, (2008) bahawa “Pembelajaran tingkah laku bermaksud perubahan tingkah laku yang tahan lama disebabkan oleh pengalaman. Akibat daripada apa yang berlaku pada diri mereka (pengalaman), manusia memperoleh perkaitan, maklumat, celik akal, kemahiran, kebiasaan dan seumpamanya. Akibat pengalaman baru ini, manusia bertindak dalam cara yang berbeza berbanding sebelumnya.” Pengalaman yang lalu telah memberikan kesan atau impak yang positif terhadap amalan mengajar khususnya daripada aspek pengajaran kemahiran menentukan terbitan pertama dengan menggunakan Kod Pembezaan. Dalam usaha membantu murid, kaedah yang berkesan telah dikenal pasti untuk mengajar murid yang berlainan tahap pemahaman. Kod Pembezaan yang dihasilkan dapat membantu menarik minat murid terhadap pelajaran di samping membantu murid yang berkelainan tahap kefahaman untuk memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah. Aktiviti 1 Rekod indeks kesukaran sebelum perkenalan kod pembezaan Rekod indeks kesukaran selepas perkenalan kod pembezaan
307 yang dijalankan sepanjang sesi PdPR ini juga telah meningkatkan keyakinan murid dan motivasi diri mereka semasa menjawab soalan Matematik Tambahan. Objektif Kajian 2 : Memudah Cara Bagi Murid Saya dalam Menentukan Terbitan Pertama bagi Sesuatu Persamaan dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 5. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, dapatan menunjukkan murid mudah memahami apabila menggunakan Kod Pembezaan untuk menyelesaikan soalan Terbitan Pertama sesuatu persamaan. Ini jelas menunjukkan kaedah pengajaran yang digunakan dalam kajian ini telah memudahkan cara bagi murid yang kurang faham terhadap konsep atau rumus yang kompleks dalam menyelesaikan soalan. Murid dapat memberikan respon yang baik apabila menggunakan kod ini dan mereka boleh menggunakan pada mana-mana kelas untuk murid bertahap rendah dan sederhana. Sememangnya rumus yang kompleks sukar diingati dan diaplikasikan oleh murid, namun dengan membina satu kaedah mudah bagi murid memahami rumus atau konsep kompleks seperti yang diterapkan dalam Kod Pembezaan membantu membuka peluang kepada murid bertahap rendah dan sederhana untuk belajar sama seperti murid bertahap cemerlang. 12.0 KESIMPULAN Setelah meneliti pemerhatian dan rumusan yang dibuat, didapati sikap pasif murid semasa memberikan respon kepada guru sebelum kajian tidak lagi wujud selepas kajian dilaksanakan. Murid lebih aktif memberikan respon terhadap pengajaran yang disampaikan. Keyakinan diri murid meningkat apabila dapat menjawab soalan yang ditujukan oleh guru yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Murid tidak lagi keliru dalam menentukan Terbitan Pertama sesuatu persamaan. Perkara ini boleh dilihat dalam semakan tugasan yang dihantar oleh murid. Penggunaan Kod Pembezaan juga menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian murid dalam ujian pos berbanding dengan Praujian. Peningkatan sebanyak 46% purata skor jawapan betul dalam ujian pos sekali gus membuktikan penggunaan Kod Pembezaan yang sangat berkesan. Malahan, indeks kesukaran topik juga naik mendadak dari 1.89 kepada 4.22. Ini menunjukkan minat murid terhadap topik ini telah meningkat dan menaikkan semangat mereka dalam mendalami topik ini. Pendapat yang diberikan oleh murid 9 selepas kajian bersifat positif dan menunjukkan keberkesanan Kod Pembezaan ini membantu dalam topik Pembezaan. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian murid. Walau bagaimanapun, terdapat aspek yang perlu diberi perhatian khususnya kemahiran asas Matematik murid seperti penguasaan algebra, nombor dan operasi. Ini ialah disebabkan tanpa kemahiran asas ini, murid tidak dapat menggunakan Kod Pembezaan dengan betul. Oleh itu, kaedah untuk membantu murid memahirkan diri dalam kemahiran asas Matematik dan juga dalam mengembangkan perkembangan potensi diri dan membaik pulih kelemahan murid juga akan ditambah baik.
308 RUJUKAN Ameli, A., Hasanah, U., Rahman, H., & Putra, A. M. (2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemik COVID-19. Mahaguru: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 1(2), 28-37. Berita Harian Online.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709371/ kumpulan-isi-rumah-b40-m40-t20-terbahagi-pada-10-kategori Hall, T., Vue, G., Strangman, N., & Meyer, A. (2003). Differentiated instruction and implications for UDL implementation. Wakefield, MA: National Center on Accessing the General Curriculum. Ilukena, A. M., Utete, C. N., & Kasanda, C. (2020). Strategies Used by Grade 6 Learners in the Multiplication of Whole Numbers in Five Selected Primary Schools in the Kavango East and West Regions. International Education Studies, 13(3), 65-78. Ishak haron (1977), Social class and educational achievement in plural society: Peninsular Malaysia. Unpublished Ph.D Thesis, University of Chicago. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action researcher planner. Victoria, Australia: Deakin University. Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia. Lawrence-Brown, D. (2004). Differentiated instruction: Inclusive strategies for standardsbased learning that benefit the whole class. American secondary education, 34-62. Mahidin, U. (2020, Julai 10). Kumpulan isi rumah B40, M40, T20 terbahagi pada 10 kategori. Mahamod, Z., Amir, R., & Embi, M. A. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ma`rof Bin Redzuan & Haslinda Binti Abdullah. (2008). Psikologi. Selangor: McGraw-Hill. Paolini, A. (2015). Enhancing Teaching Effectiveness and Student Learning Outcomes. Journal of effective teaching, 15(1), 20-33. Suyitno, H., & Junaedi, I. (2020). The Creation of Teaching Aids for Disabled Students as Mathematical-Thinking-Imaginative Product. International Journal of Instruction, 13(3).
309 MENGATASI KELEMAHAN PEMBELAJARAN MURID DALAM TOPIK MEKANISME PERNAFASAN SEMASA SESI PdPR HARIRI MUSTAPHA SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Mekanisme pernafasan merupakan satu proses sains dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 3 yang perlu difahami dengan urutan yang betul. Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mendapati 29 orang murid dari Kelas 3N dan 3S tidak dapat mengenal pasti struktur dan fungsi yang terlibat dalam mekanisme pernafasan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan gabungan teknik visualisasi statik dan visualisasi dinamik melalui gabung jalin modul pembelajaran dan suntingan video animasi daripada YouTube (Teknik MoDeo) bagi membantu mengatasi masalah kelemahan pembelajaran murid dalam topik mekanisme pernafasan yang dipelajari semasa sesi PdPR. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan murid tidak dapat mengenal pasti struktur-struktur penting yang terlibat dalam mekanisme pernafasan dan tidak dapat menerangkan mekanisme pernafasan mengikut urutan proses yang betul. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa semua murid yang terlibat berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam Ujian Pos yang dijalankan. Penggunaan Teknik MoDeo didapati berjaya menarik minat murid dan seterusnya murid berjaya mengenal pasti struktur-struktur penting dalam mekanisme pernafasan, boleh menerangkan mekanisme pernafasan dengan urutan yang betul dan semua ini berjaya dicapai secara akses kendiri tanpa memerlukan sesi kelas tambahan sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Hal ini demikian adalah kerana teknik suntingan video yang mengguna pakai strategi ‘Segmenting’, ‘Signaling’, ‘Weeding’ (SSW) berjaya mengurangkan beban kognitif murid untuk memahami konsep sains yang ingin disampaikan. Kata Kunci: mekanisme pernafasan, sains, kajian tindakan, video YouTube, PdPR
310 1.0 PENGENALAN Saya merupakan seorang guru subjek Sains di SMK Convent Bukit Nanas (CBN). SMK CBN terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dengan 30% murid terdiri daripada golongan B40. 90% daripada keseluruhan murid mengikuti Dual Language Programme (DLP). Kebanyakan murid tiada masalah dalam pemilikan peranti dan data. Namun terdapat juga sebilangan kecil murid yang kurang berkemampuan untuk menyediakan data dan ada yang terpaksa berkongsi peranti dengan ibu bapa dan adikberadik lain. Bagi golongan ini, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengambil inisiatif menyediakan bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, murid-murid CBN secara umumnya tidak ada masalah mengikuti sesi PdPR dan menonton video yang disediakan oleh guru semasa sesi tersebut. Kepentingan penggunaan video semasa sesi PdPR merupakan medium yang tidak dapat dinafikan khususnya bagi subjek sains yang memerlukan murid membuat visualisasi terhadap sesuatu konsep sains yang ingin disampaikan. Sumber utama video-video tersebut ialah kebanyakannya daripada laman YouTube (Yaacob & Md Saad, 2020). Namun tidak semua video animasi pembelajaran tersebut sesuai kerana ada isi kandungannya kurang sesuai dengan tahap murid dan memberikan beban kognitif yang tinggi terhadap murid bagi memahami konsep-konsep penting yang ingin disampaikan. (Kohler & Dietrich, 2020). Sangat penting untuk dibaiki amalan guru dalam berkongsi video YouTube semata-mata tanpa memperhatikan kepentingan terhadap kesesuaian video tersebut dengan tahap murid dan kesesuaian kurikulum (Ibrahim et al., 2012). 2.0 PERNYATAAN MASALAH Sesi pembelajaran secara PdPR mempunyai kekangan yang tersendiri dan turut memberi kesan terhadap murid. Kaedah yang digunakan semasa sesi PdPR adalah dengan berkongsi pautan video-video pembelajaran daripada laman YouTube kepada murid. Didapati penggunaan bahan video asal daripada YouTube tanpa suntingan serta penggunaan modul sedia ada menyebabkan murid kurang menguasai pelajaran yang dipelajari semasa PdPR. Kemahiran ini sangat penting kerana video-video yang disunting terlebih dahulu mengikut kesesuaian murid lebih berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Berdasarkan pemerhatian di hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka pada 5 April 2021, didapati murid-murid kurang menguasai topik mekanisme pernafasan yang telah dipelajari semasa sesi PdPR pada 25 dan 26 Mac 2021 kerana majoriti mereka tidak dapat menerangkan kembali secara lisan tentang sub topik mekanisme pernafasan. Pemerhatian ini dikuatkan lagi melalui satu sesi praujian yang dijalankan pada 9 dan 10 April 2021 dan didapati bahawa sebahagian besar murid, - tidak dapat mengenal pasti struktur-struktur yang terlibat dalam mekanisme pernafasan ditunjukkan dalam Rajah 1 - tidak dapat menerangkan mekanisme pernafasan mengikut urutan proses yang betul ditunjukkan dalam Rajah 2
311 Rajah 1 Murid Gagal Mengenal Pasti dan Melabel Nama Struktur-Struktur yang Terlibat dalam Mekanisme Pernafasan Rajah 2 Murid Gagal Menerangkan Proses-Proses yang Berlaku Mengikut Urutan yang Betul Hasil dapatan daripada praujian yang dijalankan terhadap murid-murid yang terlibat ialah hanya 11.8% daripada murid kelas 3N dan 16.7% daripada murid kelas 3S yang mencapai markah lulus dalam ujian tersebut. Secara keseluruhan, hanya 13.8% peratus daripada dua puluh sembilan murid yang lulus praujian tersebut. Kemahiran mengenal pasti struktur, fungsi dan menerangkan proses yang berkaitan dengan struktur-struktur tersebut sangat penting dalam memahami konsep biologi. Pada
312 masa yang akan datang, sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran ini, maka hal ini akan memberi kesan dalam mempelajari topik-topik lain dalam mata pelajaran Sains yang banyak melibatkan struktur dan proses sains. 3.0 KERANGKA KONSEPTUAL Berdasarkan kepada isu yang dihadapi, saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang telah diadaptasi seperti dalam Rajah 3 yang melibatkan proses memerhati, merefleksi, merancang dan tindakan. Rajah 3 Model Kajian Tindakan (Adaptasi Kemmis dan McTaggart, 1988) 4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang tidak dapat mengenal pasti struktur-struktur penting yang terlibat dalam mekanisme pernafasan dan tidak dapat menerangkan mekanisme pernafasan mengikut urutan proses yang betul. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i) menghasilkan bahan dan video pembelajaran yang telah disunting tentang mekanisme pernafasan yang bersesuaian dengan tahap murid dan keberkesanannya; dan ii) meningkatkan kefahaman murid bagi membolehkan mereka menerangkan proses mekanisme pernafasan dengan urutan yang betul dengan memberi fokus terhadap struktur-struktur penting yang terlibat. 6.0 TINJAUAN LITERATUR 6.1 Pemahaman Murid Terhadap Konsep Sains Melalui Visualisasi Dinamik Kekangan utama dalam memahami proses-proses biologi dalam badan manusia seperti mekanisme pernafasan melalui penggunaan kaedah visualisasi statik ialah proses-proses tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar (Rotbain et al., 2006; Thörne & Gericke, 2014). Murid perlu membayangkan aspek dinamik bagi proses tersebut. Namun dengan penggunaan video animasi sebagai bahan pembelajaran, diharapkan dapat membantu
313 murid untuk lebih memahami konsep biologi yang abstrak dan fenomena yang sukar untuk divisualisasikan (Dash et al., 2016). Beberapa kajian sebelum itu juga turut mendapati bahawa dengan penggunaan visualisasi dinamik seperti video animasi berbanding visualisasi statik dalam pembelajaran sains, memberikan kesan besar dalam proses pembelajaran murid (Berney & Bétrancourt, 2016; Höffler & Leutner, 2007; McElhaney et al., 2015). Penggunaan animasi melalui platform video juga dapat menggalakkan pelibatan murid. Hal ini dapat menimbulkan keterujaan yang akan merangsang sikap positif murid terhadap pembelajaran Sains (Sidek & Hashim, 2016). 6.2 Penggunaan Strategi SSW dalam Suntingan Video Animasi daripada YouTube Sebagai Bahan Visualisasi Dinamik Cabaran-cabaran PdPR antaranya ialah kesukaran guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid, kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan kurang pengetahuan serta kemahiran guru untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian. Namun guru-guru bersedia untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian dengan menggunakan modul bercetak dan bahan pembelajaran yang terdapat di internet seperti YouTube meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran (Che Azizan & Mohamad Nasri, 2020). Menurut Lapada et al., (2020) pula, majoriti guru-guru bersedia menggunakan aplikasi seperti YouTube, Google Classroom, Google Meet dan Zoom sebagai aplikasi untuk melaksanakan pembelajaran jarak jauh. Oleh itu, penggunaan YouTube sebagai sumber kepada bahan pembelajaran berbentuk visualisasi dinamik semasa PdPR merupakan sesuatu yang tidak asing bagi warga pendidik dan murid (Yaacob & MdSaad, 2020). Namun tidak semua video animasi pembelajaran sains daripada sumber YouTube sesuai dengan murid dari segi tahap penguasaan murid, teknik penyampaian dan kesesuaian dengan kurikulum negara. Oleh itu, video-video animasi daripada YouTube perlu disunting semula bagi menyesuaikannya dengan tahap dan keupayaan murid dengan mengambil kira tentang beban kognitif dalam penyampaian video-video tersebut. Salah satu caranya adalah dengan membahagikan animasi tersebut kepada segmen-segmen pendek (segmenting) (Cheon et al., 2014). Selain itu, teknik penggunaan paparan teks pada skrin (signaling) untuk memfokuskan murid terhadap kata kunci dan maklumat penting akan membantu penglibatan penonton video animasi tersebut (Ibrahim et al., 2012). Penghasilan konten yang minimalis dengan memadamkan perkara-perkara yang kurang penting (weeding), juga perlu diterapkan. Hal ini termasuklah dengan penggunaan istilah-istilah yang teknikal yang diterangkan dengan aras bahasa yang sesuai dengan kumpulan sasaran (Kohler & Dietrich, 2020). Menurut Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001) yang berasaskan kepada Teori Beban Kognitif Sweller (Sweller, 1994), dengan menyunting bahan multimedia menggunakan strategi SSW dapat memudahkan penyampaian konsep-konsep yang kompleks dan mengurangkan beban kognitif bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah (Ibrahim et al., 2012).
314 Berdasarkan kepada kajian literatur ini, saya menggunakan Teknik Modeo iaitu teknik gabungan modul pembelajaran (visualisasi statik) dan suntingan video animasi daripada YouTube (visualisasi dinamik) bagi membantu mengatasi masalah kelemahan pembelajaran murid dalam topik mekanisme pernafasan yang dipelajari semasa sesi PdPR. 7.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan 29 orang murid Kelas 3N dan 3S dan empat orang guru yang menggunakan bahan pembelajaran dengan murid mereka. Berikut merupakan kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu mengikut urutan langkah berikut: i) mengenal pasti isu dan membuat pemerhatian awal; ii) membuat refleksi awal berdasarkan inkuiri kendiri; iii) membuat perancangan; dan iv) melaksanakan tindakan. Penerangan bagi setiap langkah yang dijalankan adalah seperti yang berikut: i) Mengenal pasti isu dan membuat pemerhatian awal Pemerhatian awal dijalankan dengan mengemukakan soalan secara lisan kepada muridmurid pada hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka (5 April 2021). Soalan lisan yang dikemukakan ialah: “Terangkan secara ringkas tentang mekanisme pernafasan mengikut urutan proses yang betul.” a). Praujian dijalankan pada 9 dan 10 April 2021 dengan menggunakan soalan berbentuk latihan berbantu dengan gambar rajah seperti dalam Rajah 4. Rajah 4 Soalan Praujian
315 i) Membuat refleksi awal berdasarkan inkuiri kendiri. Refleksi awal dibuat berdasarkan inkuiri kendiri daripada aspek guru, ibu bapa, sekolah, bahan, persekitaran dan murid untuk mengenal pasti punca defisit pembelajaran. Seterusnya melalui refleksi tersebut, dapat dikenal pasti isu-isu yang boleh ditangani oleh guru. ii) Membuat perancangan a) Intervensi: Menggunakan Teknik MoDeo bagi penghasilan modul pembelajaran seperti dalam Rajah 5. Intervensi dijalankan dengan mengubah suai bahan-bahan pembelajaran yang digunakan bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan murid seperti: ● mengolah dan menyusun atur isi kandungan daripada buku teks sebagai latihan dalam modul pembelajaran; ● mengubah suai latihan dalam modul pembelajaran asal supaya lebih berfokus kepada struktur-struktur penting yang lebih tersusun mengikut urutan proses mekanisme pernafasan (visualisasi statik); ● membuat suntingan terhadap video asal daripada YouTube dengan menggunakan kaedah SSW supaya lebih relevan dengan tahap murid dan mengurangkan beban kognitif murid. Video suntingan ini seterusnya digabung jalin dengan modul pembelajaran dalam bentuk Kod QR bagi memberi akses kepada murid untuk membuat visualisasi dinamik terhadap mekanisme pernafasan (Teknik Modeo). Rajah 5 Hasil Akhir Bahan Intervensi
316 Aliran proses pelaksanaan intervensi ditunjukkan dalam Rajah 6. Rajah 6 Aliran Proses Pelaksanaan Intervensi b) Indikator/Petunjuk Kejayaan Intervensi: - Murid menunjukkan peningkatan markah apabila dibuat praujian dan ujian pos. - Murid memberikan respon yang baik setelah menonton video dan menggunakan modul. - Guru lain yang menggunakan modul dan video memberikan respon yang baik tentang penggunaannya dalam kelas. iv) Melaksanakan Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan secara mengejut dan sekolah akan ditutup bermula pada 12 Mei 2021. Oleh itu, program intervensi secara bersemuka yang dirancang tidak dapat dijalankan bersama murid. Namun hal ini bukanlah satu masalah kerana intervensi ini memang dirancang untuk dijalankan oleh murid secara kendiri. Tindakan segera diambil iaitu sehari sebelum penutupan sekolah (11 Mei 2021), muridmurid sempat dibekalkan dengan cetakan Modul MoDeo yang dibantu oleh Kod QR untuk akses kepada video suntingan tersebut. Murid juga dibekalkan dengan soalan ujian pos bersama-sama dengan Modul MoDeo untuk dibuat semasa tempoh PKP. Pemerhatian terhadap intervensi telah dijalankan diikuti dengan refleksi. 8.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Inkuiri Kendiri dan Refleksi Terhadap Pemerhatian Tajuk mekanisme pernafasan diajar semasa sesi Google Meet yang dijalankan dari jam 7:30 pagi sehingga 8:30 pagi. Semasa sesi PdPR, murid tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik. Sebahagian murid belum bersedia pada waktu pertama yang terlalu awal kerana ada antara mereka yang belum bangun tidur, belum mandi dan sarapan.
317 Saya mula mengenal pasti bahawa murid-murid saya gagal memahami isi pelajaran melalui soalan-soalan ringkas secara lisan semasa sesi bersemuka setelah sekolah dibuka semula pada 5 April 2021. Hal ini dikukuhkan lagi melalui jawapan yang dikemukakan oleh murid semasa sesi ujian pra yang telah dijalankan pada 9 dan 10 April 2021 iaitu hanya 17.5% daripada kelas 3N dan 16.7% daripada kelas 3S yang mencapai markah lulus dalam ujian tersebut. Secara keseluruhan, 17.2% murid yang lulus praujian tersebut. Setelah diteliti semula sesi PdPR yang telah dijalankan sebelum ini, saya dapat mengenal pasti beberapa perkara yang menyumbang kepada kegagalan murid dalam memahami isi pelajaran pada sesi tersebut yang diringkaskan seperti dalam Rajah 7. Rajah 7 Hasil Rumusan Refleksi Terhadap Inkuiri Kendiri Berdasarkan Pemerhatian Daripada refleksi yang dijalankan, faktor yang boleh ditangani ialah faktor bahan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 8. Rajah 8 Faktor yang Boleh Ditangani oleh Guru Faktor-faktor bahan pembelajaran yang di kenal pasti ialah daripada segi persembahan isi pelajaran daripada buku teks yang kurang membantu murid dalam mengenal pasti isi penting pelajaran. Susun atur soalan latihan daripada modul pembelajaran asal yang saya berikan juga menyebabkan kekeliruan terhadap susunan struktur-struktur penting yang terlibat dalam mekanisme pernafasan.
318 Video yang ditayangkan daripada YouTube kurang sesuai kerana penerangan yang agak kompleks dan aras yang agak tinggi walaupun video animasinya sangat bagus dan berkualiti. Video tersebut juga agak panjang dan bercampuk aduk dengan kandungan yang tidak relevan dengan isi pelajaran bagi murid Tingkatan 3. Pengubahsuaian bahan-bahan pembelajaran dijalankan dengan: i) mengolah dan menyusun atur isi kandungan daripada buku teks sebagai latihan dalam modul pembelajaran. ii) mengubah suai latihan dalam modul pembelajaran asal supaya lebih berfokus kepada struktur-struktur penting yang lebih tersusun mengikut urutan proses mekanisme pernafasan (visualisasi statik). iii) membuat suntingan terhadap video asal daripada YouTube dengan menggunakan kaedah SSW supaya lebih relevan dengan tahap murid dan mengurangkan beban kognitif murid (visualisasi dinamik). Video suntingan ini seterusnya digabung jalin dengan modul pembelajaran dalam bentuk Kod QR bagi memberi akses kepada murid untuk membuat visualisasi dinamik terhadap mekanisme pernafasan. Setelah itu, draf pengubahsuaian modul pembelajaran dikemukakan kepada rakan-rakan guru lain yang mengajar Sains tingkatan 3 dan juga pernah menggunakan modul asal dengan murid-murid mereka seperti Rajah 9 untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Rajah 9 Draf Pengubahsuaian dan Penambahbaikan Terhadap Modul Pembelajaran Sedia Ada
319 Rajah 10 Maklum Balas Guru-Guru Sains Tentang Draf Pengubahsuaian Modul Permbelajaran Saya juga perlu meningkatkan kemahiran dalam melakukan suntingan terhadap bahanbahan pembelajaran di muat turun daripada YouTube sebelum berkongsi dengan murid. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran penyuntingan video, kemahiran suntingan rakaman suara dan kemahiran mengendalikan laman YouTube. Bagi tujuan tersebut, saya telah menyertai beberapa siri bengkel kemahiran suntingan video dan penghasilan bahan-bahan pembelajaran digital yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Saya juga bernasib baik kerana mentor saya ialah seorang Guru Cemerlang yang memiliki kepakaran dalam penghasilan bahan-bahan pembelajaran digital dan pengendali sebuah laman YouTube yang berpengaruh. Hal ini sangat membantu saya dalam proses perancangan dan intervensi yang dijalankan. 8.1 Dapatan 1 Penghasilan bahan dan video pembelajaran yang telah disunting tentang mekanisme pernafasan yang bersesuaian dengan tahap murid dan diuji keberkesanannya. Pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap modul pembelajaran sedia ada telah dilakukan (Rajah 11). Isi-isi penting disusun semula supaya lebih berstruktur dan memberi lebih penekanan kepada sturktur-struktur penting bagi memudahkan murid memahami dan mengingati proses mengikut urutan dengan lebih baik. Susun aturnya juga disesuaikan dengan kandungan dalam video pembelajaran bagi membolehkan murid memahami topik tersebut secara kendiri.
320 Rajah 11 Pengubahsuaian dan Penambahbaikan Terhadap Modul Pembelajaran Sedia Ada Sebelum Pengubahsuaian Selepas Pengubahsuaian Penyuntingan video pembelajaran daripada YouTube. Proses suntingan video dijalankan dengan mengambil kira Teori Kognitif Multimedia bagi mengurangkan beban kognitif murid supaya mudah difahami dengan menggunakan strategi SSW. Proses Menyunting Video Empat buah video asal yang dimuat turun daripada YouTube berdurasi 47 minit 16 saat disunting menjadi 6 minit 14 saat sahaja. Proses suntingan ini menggunakan strategi SSW seperti penambahan teks penerangan dan pemotongan klip yang tidak berkaitan bagi mengurangkan beban kognitif murid untuk memudahkan murid faham isi kandungan video animasi ditunjukkan dalam Rajah 12. Rajah 12: Proses Suntingan Video Asal daripada Youtube Proses menyunting video-video yang panjang 47.16 minit kepada 6.19 minit Proses penambahan teks kepada video
321 Klip video yang tidak berkaitan dipotong Klip video yang tidak berkaitan dipotong Klip video yang tidak berkaitan dipotong Antara Teknik Penting Proses Suntingan Video yang Digunakan Adalah Seperti: Split Clip – untuk memotong video asal bagi memilih bahagian-bahagian tertentu sahaja. Add Freeze Frame – menghentikan perjalanan video bagi memberi ruang untuk murid meneliti struktur-struktur tertentu dalam animasi. Speed Adjustment – digunakan bagi memperlahankan animasi yang ditunjukkan untuk penerangan yang lebih mendalam Detach Audio – memadamkan audio daripada video asal bagi tujuan memasukkan rakaman audio daripada guru. Lower Volume On Other Clips – bagi memperlahankan muzik latar ketika bertembung dengan audio penerangan guru. Berikut ialah perbandingan video asal dan hasil akhir suntingan video: - Video asal : https://youtu.be/wc2K1Olt4Q8 - Video hasil suntingan : https://bit.ly/3q8Mnlf Gabung Jalin Modul Pembelajaran dan Video Suntingan (MoDeo) Teknik MoDeo digunakan dalam penghasilan bahan akses kendiri untuk rujukan dan latihan murid yang kurang memahami tajuk mekanisme pernafasan. Gabung jalin dilakukan dengan meletakkan Kod QR di satu sudut pada modul tersebut bagi memudahkan murid mengakses video penerangan yang berkaitan bagi membantu menjawab latihan yang diberikan dalam modul pembelajaran seperti dalam Rajah 13.
322 Rajah 13 Hasil Akhir Proses Gabung Jalin Modul Pembelajaran dan Video Suntingan Pemerhatian Murid memberikan respon yang positif dengan menyatakan bahawa mereka memahami apa yang disampaikan oleh video tersebut (Rajah 14) Rajah 14 Respon Awal Murid Terhadap Video Suntingan yang Dikongsikan
323 Guru-guru subjek Sains Tingkatan 3 juga memanfaatkan modul dan video tersebut dan telah berkongsi dengan murid mereka. Mereka turut memberikan respon yang positif. Refleksi Dengan berpandukan video animasi yang telah disunting, murid dapat menyelesaikan latihan yang disediakan dalam modul pembelajaran yang disediakan seperti dalam Rajah 15. Rajah 15 Perbandingan Hasil Kerja Murid Sebelum dan Selepas Penambahbaikan Modul Pembelajaran Sebelum ubah suai modul pembelajaran Selepas pengubahsuaian modul pembelajaran dan gabung jalin dengan video suntingan
324 Penilaian Daripada pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa murid memberikan respon yang baik setelah menonton video dan menggunakan modul manakala beberapa guru lain juga memberikan respon yang baik tentang penggunaannya dalam sesi pembelajaran. Hal ini menepati indikator kejayaan yang ditetapkan sebelum ini. 8.3 Dapatan 2 Peningkatan kefahaman murid dalam menerangkan proses mekanisme pernafasan dengan urutan yang betul dengan memberi fokus kepada struktur-struktur penting yang terlibat. Modul MoDeo telah dikongsikan dengan murid pada 11 Mei 2021. Beberapa orang murid saya daripada Kelas 3N dan 3S yang terlibat telah memberi maklum balas awal melalui Whatsapp setelah mereka menonton video pembelajaran dan membuat latihan dalam modul. Kemudian satu ujian pos telah dijalankan iaitu murid menjawab set soalan yang sama dengan set soalan yang telah diterima oleh mereka ketika praujian sebelum ini. Pemerhatian Selain daripada reaksi positif murid melalui WhatsApp, murid juga dapat menjawab latihan-latihan yang diberikan dalam modul pembelajaran seperti dalam Rajah 16. Rajah 16 Perbandingan Hasil Kerja Murid Sebelum dan Selepas Penambahbaikan pada Modul Pembelajaran Sebelum Selepas Penggunaan gambarajah yang disunting daripada buku teks dengan memadamkan struktur-struktur lain yang tidak terlibat secara langsung dengan mekanisme pernafasan membantu memudahkan murid untuk mengingat struktur penting yang mereka perlu fokus bagi memahami dan menerangkan dengan baik mekanisme pernafasan
325 Sebelum Selepas Murid lebih mudah menyusun dan menerangkan mekanisme pernafasan dengan turutan yang betul dengan bantuan video animasi melalui kod QR. Murid juga didapati berjaya menjawab soalan ujian pos dengan lebih baik berbanding sewaktu praujian sebelum ini. Perbandingan praujian dan ujian pos ditunjukkan dalam Rajah 17. Rajah 17: Perbandingan Hasil Kerja Murid Sebelum dan Selepas Penambahbaikan pada Modul Pembelajaran Praujian Ujian Pos
326 Refleksi Hal ini menunjukkan murid mampu memahami topik tersebut dengan berpandukan modul pembelajaran dengan bantuan video animasi yang telah disunting. Keadaan ini dibuktikan dengan peningkatan pencapaian murid dalam ujian pos. Penilaian Praujian dan ujian pos telah dijalankan terhadap kumpulan murid yang sama. Penggunaan instrumen juga dikekalkan bagi menguji sama ada terdapat sebarang peningkatan dalam penilaian yang dijalankan bagi menilai dan membanding pencapaian mereka dalam kedua-dua sesi ujian.
327 Semasa praujiam, didapati bahawa hanya 11.8% daripada Kelas 3N dan 16.7% dari Kelas 3S yang mencapai markah lulus. Secara keseluruhannya, 13.8% daripada keseluruhan murid yang terlibat, lulus praujian tersebut. Dalam ujian pos pula, didapati bahawa 88.2% murid Kelas 3N yang lulus dan 83.3% murid kelas 3S yang lulus. Daripada keseluruhan murid yang terlibat, 86.2% telah lulus dalam ujian pos seperti yang ditunjukkan Jadual 1. Secara keseluruhannya, semua murid, termasuk murid yang gagal telah menunjukkan peningkatan markah semasa ujian pos dijalankan dan ini melepasi indikator kejayaan yang telah ditetapkan seperti dalam Rajah 18. Jadual 1 Perbandingan Praujian dan Ujian Pos Kelas Ujian Bilangan Murid Bilangan Lulus Peratus Lulus 3N Praujian Ujian Pos 17 17 2 15 11.8 % 88.2 % 3S Praujian Ujian Pos 12 12 2 10 16.7 % 83.3 % Keseluruhan Praujian Ujian Pos 29 29 4 25 13.8 % 86.2 % Rajah 18 Perbandingan Praujian Dan Ujian Pos yang Menunjukkan Pencapaian Indikator Kejayaan iaitu Semua Murid Menunjukkan Peningkatan Markah dalam Ujian Pos
328 9.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Objektif Kajian 1: Menghasilkan Bahan dan Video Pembelajaran yang Telah Disunting yang Bersesuaian dengan Tahap Murid bagi Meningkatkan Kefahaman Murid dalam Menerangkan Proses Mekanisme Pernafasan. Semasa sesi PdPR, saya telah menggunakan sumber video animasi daripada YouTube kerana video berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh profesional, percuma dan boleh dimuat turun. Namun tidak semua video animasi tersebut sesuai kerana memberikan beban kognitif yang tinggi terhadap murid bagi memahami konsep-konsep penting yang ingin disampaikan (Kohler & Dietrich, 2020). Contoh kekurangan sumber-sumber video daripada YouTube ialah: sumber yang terlalu banyak, tidak menepati Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), bercampur aduk dengan isi kandungan yang tidak relevan dan tidak sesuai dengan aras murid, video terlalu panjang; dan kebanyakan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, video animasi asal telah diubah suai bagi menepati Teori Kognitif Multimedia (Mayer, 2001) yang mengaplikasikan strategi SSW (Ibrahim et al., 2012). Dengan strategi SSW ini, penggunaan Teknik MoDeo, iaitu gabung jalin antara modul pembelajaran dan video suntingan daripada YouTube berjaya mengurangkan beban kognitif murid dan berjaya membantu murid memahami proses yang terlibat dalam mekanisme pernafasan dengan lebih mudah seperti dapatan oleh (Ibrahim et al., 2012). Kemahiran split clip yang diaplikasikan dalam Teknik Modeo membolehkan proses suntingan video YouTube dijalankan dan membahagikan video tersebut kepada beberapa segmen pendek (segmenting) (Cheon et al., 2014). Penambahan paparan teks pada skrin (signaling) didapati berjaya memfokuskan murid terhadap kata kunci dan maklumat penting yang ingin disampaikan dalam video (Ibrahim et al., 2012). Bagi strategi penghasilan konten yang minimalis dengan memadamkan perkara-perkara yang kurang penting (weeding) seperti yang dicadangkan oleh (Kohler & Dietrich, 2020), empat video asal yang dimuat turun daripada Youtube berdurasi 47 minit 16 saat akhirnya disunting menjadi 6 minit 14 saat sahaja dan menepati tahap murid. Hal ini telah membantu murid memahami topik yang dibincangkan berdasarkan respon murid sendiri. Hasil akhir video penggunaan Teknik MoDeo yang menerapkan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia ini telah membolehkan murid mengulang kaji topik mekanisme pernafasan secara akses kendiri. Objektif Kajian 2: Meningkatkan Kefahaman Murid bagi Membolehkan Mereka Menerangkan Proses Mekanisme Pernafasan dengan Turutan yang Betul dengan Memberi Fokus kepada Struktur-Struktur Penting yang Terlibat. Pengubahsuaian modul pembelajaran yang dilakukan dapat membantu murid untuk membuat visualisasi statik. Dengan gabungan penggunaan video animasi suntingan daripada YouTube (Teknik MoDeo), murid dapat membuat visualisasi dinamik (Rotbain
329 et al., 2006) dan seterusnya lebih memahami mekanisme pernafasan yang abstrak yang mana pada asalnya agak sukar untuk divisualisasikan (Dash et al., 2016). Murid-murid memberikan respon yang baik setelah menonton video tersebut. Impaknya, murid mampu menyelesaikan latihan modul yang diubah suai berbanding dengan modul asal. Melalui modul tersebut, murid berjaya menerangkan proses mekanisme pernafasan dengan turutan yang betul dengan memberi fokus kepada strukturstruktur penting yang terlibat. Teknik MoDeo telah memainkan peranan penting dalam membantu kefahaman murid bagi melengkapkan modul yang dibekalkan. Kesemua dua puluh sembilan orang murid yang terlibat dalam kajian ini juga didapati berjaya membaiki markah yang dicapai semasa ujian pos. Penglibatan murid juga dapat dicapai melalui penggunaan video tersebut walaupun sesi pembelajaran dijalankan secara kendiri di mana murid berjaya menyiapkan latihanlatihan yang disediakan dalam modul dengan bantuan video animasi. Kesan daripada strategi SSW dalam Teknik MoDeo, video suntingan yang dihasilkan berjaya meringankan beban kognitif murid dan di mana murid berjaya meningkatkan kefahaman terhadap topik mekanisme pernafasan (Ibrahim et al., 2012). 10.0 KESIMPULAN Video-video pembelajaran daripada YouTube telah dimanfaatkan oleh para pendidik untuk tujuan pembelajaran dalam talian semasa musim pandemik. Dengan Teknik MoDeo, video-video pembelajaran lebih berjaya dimanfaatkan oleh murid kerana seorang guru lebih faham apa yang diperlukan oleh muridnya sendiri berbanding dengan pembuat asal video tersebut. Proses suntingan yang mengaplikasikan strategi SSW, dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran kepada murid. Kajian ini telah membuka mata saya terhadap kepentingan menghasilkan bahan pembelajaran yang menepati keperluan murid saya sendiri. Dengan sedikit ikhtiar untuk mengikuti beberapa buah bengkel peningkatan kemahiran suntingan video, hal ini membuahkan hasil kerana apabila semakin kerap membuat suntingan video, pelbagai kemahiran tambahan yang saya terokai menjadikannya sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan yang sekaligus memberi manfaat yang besar terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru. Rakan-rakan guru di sekolah juga memanfaatkan bahan pembelajaran yang dihasilkan dengan murid mereka dan mereka turut memberi maklum balas yang positif. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat membantu rakan-rakan guru lain mendepani cabaran kejutan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika tempoh perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Memandangkan Teknik MoDeo ini berjaya dimanfaatkan oleh murid secara akses kendiri, sangat sesuai untuk saya gunakan bukan sahaja semasa pandemik, malah turut sesuai digunakan dalam situasi berikut:
330 o Flipped Classroom Gabung jalin modul dan video membolehkan murid mendapat kefahaman awal tentang topik yang akan dipelajari dalam kelas. o Bahan Ulang Kaji untuk Murid Dengan adanya akses kepada video penerangan pada Kod QR modul, murid boleh mengingat kembali dengan lebih baik, apa yang diajar oleh guru sebelum ini dalam kelas. o Sebagai Bahan Pembelajaran Bagi Murid Kuarantin Akibat Pandemik Dengan Teknik MoDeo, mereka masih dapat mengikuti pelajaran dengan kaedah kendiri walaupun sedang menjalani kuarantin di rumah. o Diaplikasikan Dalam Subjek-Subjek Lain Semasa PdPR, hampir semua subjek akan memanfaatkan penggunaan video YouTube bagi membantu proses pembelajaran secara dalam talian. Dengan Teknik MoDeo, video suntingan yang dikongsikan dengan murid adalah lebih berfokus dan lebih berkesan. o Sebagai Bahan Pembelajaran bagi Murid Cicir Kod QR pada modul cetakan akan memberi akses kepada video penerangan guru bagi membantu mengikuti sesi pembelajaran yang tercicir. o Perkongsian Bahan dengan Warga Pendidik Lain Modul ini pernah dikongsikan dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain melalui laman web www.SainsPT3.com. Dengan penggabungjalinan antara modul pembelajaran dan video penerangan melalui Kod QR, modul ini dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan lagi. Oleh itu, kajian tindakan selanjutnya sangat sesuai untuk dijalankan bagi situasi-situasi di atas yang mana Teknik MoDeo ini bukan sahaja sesuai untuk penggunaan semasa musim pandemik sahaja, bahkan juga juga sesuai untuk kegunaan sesi pembelajaran normal dan boleh diaplikasi juga oleh subjek-subek lain.
331 RUJUKAN Alea, L. A., Fabrea, M. F., Roldan, R. D. A., & Farooqi, A. Z. (2020). Teachers’ Covid-19 Awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), 127-144. Azizan, S. N. C., & Nasri, N. M. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemik covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46- 57. Berney, S., & Bétrancourt, M. (2016). Does animation enhance learning? A meta-analysis. Computers & Education, 101, 150-167. Dash, S., Kamath, U., Rao, G., Prakash, J., & Mishra, S. (2016). Audio–visual aid in teaching “fatty liver”. Biochemistry and Molecular Biology Education, 44(3), 241- 245. Höffler, T. N., & Leutner, D. (2007). Instructional animation versus static pictures: A meta-analysis. Learning and instruction, 17(6), 722-738. Ibrahim, M., Antonenko, P. D., Greenwood, C. M., & Wheeler, D. (2012). Effects of segmenting, signalling, and weeding on learning from educational video. Learning, media and technology, 37(3), 220-235. Ikhsan, S., & Nordin, A. (2003). Kefahaman konsep respirasi dan pernafasan bagi manusia di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Mata pelajaran Biologi Di Daerah Kuantan Pahang (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia). Kohler, S., & Dietrich, T. C. (2021). Potentials and limitations of educational videos on YouTube for science communication. Front. Commun. 6: 581302. doi: 10.3389/ fcomm. Mayer, R. E. (2001). Multimedia learning. New York, NY. McElhaney, K. W., Chang, H.-Y., Chiu, J. L., & Linn, M. C. (2015). Evidence for effective uses of dynamic visualisations in science curriculum materials. Studies in Science Education, 51(1), 49–85. Rotbain, Y., Marbach-Ad, G., & Stavy, R. (2006). Effect of bead and illustrations models on high school students’ achievement in molecular genetics. Journal of Research in Science Teaching: The Official Journal of the National Association for Research in Science Teaching, 43(5), 500-529.
332 Sidek, S., & Hashim, M. (2016). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal. Journal of ICT in Education, 3, 24- 33. Sweller, J. (1994). Cognitive load theory, learning difficulty, and instructional design. Learning and instruction, 4(4), 295-312. Thörne, K., & Gericke, N. (2014). Teaching genetics in secondary classrooms: A linguistic analysis of teachers’ talk about proteins. Research in Science Education, 44(1), 81- 108. Yaacob, Z., & Saad, N. H. M. (2020). Acceptance of Youtube as a learning platform during the covid-19 pandemic: The moderating effect of subscription status. TEM Journal, 9(4), 1732.
333 KEMAHIRAN MEWARNA DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) WAN NADIA HARIANI WAN ISMAIL SMK Kinarut, Sabah [email protected] ABSTRAK Mewarna ialah satu aktiviti yang sukar dilaksanakan sekiranya murid tidak mempunyai bakat dan kemahiran yang sesuai lebih-lebih lagi semasa pembelajaran secara dalam talian. Tinjauan awal dijalankan ke atas murid Tingkatan 5 Jade SMK Kinarut semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Tinjauan dibuat menggunakan kaedah analisis tugasan murid telah menunjukkan murid tidak mampu untuk mewarna objek mengikut standard nilai warna dan teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka. Fokus guru adalah untuk meningkatkan psikomotor tangan murid bagi mengekspresikan media yang baharu dengan cara menterjemahkan nilai warna, ton dan pencahayaan yang betul dalam sesebuah karya. Alat Bantu Mengajar (ABM) Kit Artcellent Monokromatik merupakan satu bahan intervensi untuk meningkatkan kemahiran mewarna murid yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan di Rumah (PdPR). Bahan ini mengandungi Kad Artcellent Monokromatik iaitu kad imitasi cara menghasilkan ton warna yang tepat. Jom Artcellent Monokromatik pula mengandungi sepuluh set latihan langkah membantu murid membiasakan tangan memegang pensel dan cara menghasilkan nilai warna, ton dan cahaya. Jom Cuba merupakan set latihan kecil untuk murid melakukan aktiviti mewarna dengan mengekspresikan pengalaman menggunakan media yang baharu dalam penghasilan karya. Seterusnya, Jom Taksir pula mengandungi lima set lengkap soalan format peperiksaan sebenar. Set ini akan menentukan tahap keberhasilan intervensi di samping membantu murid dalam pengurusan masa dan meningkatkan keyakinan semasa mengaplikasikan ekperimentasi media dan teknik baharu dalam aktiviti mewarna. Hasil kajian mendapati murid mampu untuk meningkatkan kemahiran mewarna dengan corak yang disediakan oleh guru. Murid juga bertambah yakin untuk mewarna dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu, saya akan mengembangkan lagi kaedah ini kepada semua murid pada masa akan datang. Kata kunci: artcellent, monokromatik, mewarna, meningkatkan kemahiran mewarna, kit artcellent
334 1.0 PENGENALAN Saya menyandang jawatan guru PSV selama 13 tahun dan mula berkhidmat di SMK Kinarut pada tahun 2015. Sekolah ini mempunyai bilangan calon teramai yang mengambil subjek PSV di daerah Papar. Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa memberi latihan mewarna kepada murid menggunakan media warna poster, pensel warna dan pensel 9B. Berdasarkan penelitian dan data markah penilaian terhadap Tingkatan 5 Jade sewaktu PdPc, murid kerap mendapat markah yang rendah kerana kebanyakan daripada mereka merupakan murid yang lemah dan tidak berkemahiran dalam bidang seni visual. Walaupun mata pelajaran ini selalu dianggap sebagai satu mata pelajaran yang senang tetapi hakikatnya murid tidak mampu untuk mewarna dengan baik bersesuaian dengan tahap murid di sekolah menengah. Renungan mendalam terhadap masalah ini, mendedahkan kelemahan saya dalam proses pengajaran dengan menggunakan ketiga-tiga media tersebut. Oleh yang demikian, saya perlu bertindak lebih kreatif dan berkesan bagi membantu murid ini mampu untuk mewarna dengan lebih baik dan kreatif bersesuaian dengan ciri pembelajaran abad ke-21 yang ingin melahirkan murid berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan bahan dan media yang sesuai dengan kebolehan mereka. Bagi mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah berada dalam Gelombang Ke-3, guru perlu mewujudkan satu mekanisme baharu dalam kaedah pengajaran. Kaedah tersebut seperti melaksanakan kajian tindakan seterusnya menghasilkan ABM berkonsepkan pendidikan bagi mengaplikasikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta mengubah amalan pengajaran secara berkualiti. Hal ini akan membantu murid mengasah kemahiran mewarna di rumah tanpa bersemuka dengan guru. Menurut kajian Rauf dan Tan (2020), aktiviti mewarna bukan lagi satu aktiviti sekadar memenuhi huraian sukatan, malah menyumbang dalam pelbagai aspek penyediaan modal insan yang kreatif dan berkualiti. Ia juga menyumbang kepada keperluan penggunaan teknologi dalam PdP khususnya kepada pertumbuhan pesat pembangunan teknologi. Dikuatkan lagi dengan kajian Azmi (2016), berdasarkan pemerhatian menunjukkan hanya satu daripada tiga orang murid yang dapat menyatakan warna asas dan warna sekunder dengan betul mengikut roda warna. Maka, melihat kajian terdahulu, kelemahan mewarna merupakan aspek yang sangat membimbangkan para guru PSV. 2.0 PERNYATAAN MASALAH PdPR memberikan impak yang besar kepada keberkesanan pengajaran guru kerana aktiviti seni visual amat sukar dilaksanakan secara tidak bersemuka. Rata-rata guru meluahkan kebimbangan yang sama memikirkan kaedah dan teknik yang berkesan untuk murid mengikuti kelas secara maya dan juga kaedah pengumpulan bahan pembelajaran setelah PdPR dijalankan secara lebih sistematik. Murid mempunyai masalah dalam mencari kemahiran yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka sendiri kerana faktor kelas bersemuka yang singkat semasa mereka berada di tingkatan empat sehingga menyukarkan guru memperkenalkan kemahiran memilih media yang sesuai. Menambahkan lagi permasalahan ini hingga
335 menjadikannya lebih sukar ialah mereka merupakan murid aliran muzik semasa berada di kelas menengah rendah yang turut menjadi punca ketidakmenjadian murid ini dalam aliran seni visual. Sikap mereka yang tidak fokus semasa sesi pembelajaran juga memberi sumbangan besar permasalahan ini semakin berterusan. Saya juga meneliti masalah yang sering dihadapi oleh mereka semasa aktiviti mewarna dijalankan di dalam kelas. Kemahiran psikomotor tangan mereka masih tidak mampu menghasilkan karya mengikut standard nilai warna, ton, pencahayaan dan teknik yang sesuai sehingga mereka tidak mampu membuat eksperimentasi campuran warna. Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan murid mempunyai tahap yang lemah dalam bidang ini, pendedahan media yang beraras tinggi seperti warna pensel, pensel 9B dan warna poster sebelum ini tidak dapat difahami oleh mereka dengan lebih jelas sehingga menyebabkan kegagalan memahami media dengan lebih tepat berterusan. Rajah 1 Penggunaan Media Pensel Warna dan Pensel 9B Rajah 2 Penggunaan Media Warna Poster Sikap tidak wajar dilakukan oleh murid seperti tidak membawa alat dan bahan sehingga mereka terpaksa berkongsi bahan yang terhad semasa aktiviti mewarna dijalankan menyebabkan PdPc yang dijalankan tidak berkesan. Selain mengalami masalah tidak mengenali konsep warna, mereka juga mempunyai masalah tidak mahir mengaplikasikan kepelbagaian saiz berus semasa mewarna. Oleh hal yang demikian, guru mengalami kekangan masa semasa sesi PdPc kerana mengambil banyak waktu untuk menerangkan cara mengaplikasikan teknik mewarna secara terperinci. Selain daripada itu, murid tidak boleh mengatur masa dengan bijak untuk menyiapkan tugasan di dalam kelas. Apabila murid kurang mahir mewarna, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Hasil tugasan yang tidak siap ditunjukkan dalam Rajah 3. Hasil daripada pembelajaran jelas menunjukkan kesan warna yang masih menonjolkan ciri-ciri tahap sekolah rendah. Hal ini merujuk kepada penggunaan pensel warna yang pudar dan tidak sekata malah ditambah lagi kurangnya latihan dan hanya mengharapkan latihan di dalam kelas sahaja.
336 Rajah 3 Tugasan yang Tidak Siap kerana Pengurusan Masa yang Lemah Seterusnya, murid kurang minat dengan subjek ini serta beranggapan bahawa mereka tidak sesuai berada dalam aliran seni visual. Hal ini demikian kerana mereka sering mendapat markah yang rendah selepas penilaian dijalankan. Mereka juga tidak yakin dan takut untuk mencuba sendiri tanpa bimbingan daripada guru. Kegusaran dalam menghasilkan karya seni visual yang sempurna sering bermain dalam fikiran mereka kerana beranggapan seni itu harus memiliki tahap kemahiran yang tinggi. Mereka juga memiliki sifat malu untuk bersaing. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera, murid akan berterusan melakukan kesalahan mewarna sepanjang masa. Prestasi murid akan terus menurun apabila dibandingkan dengan murid lain. Saya juga menghadapi kesukaran untuk saya meneruskan topik yang lebih sukar. Akhirnya, PdPc saya tidak akan berjalan dengan lancar. 3.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti mewarna supaya memenuhi standard warna dengan melaksanakan teknik yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka dengan menggunakan pattern yang disediakan oleh guru. 4.0 OBJEKTIF Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis cara meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan murid serta meninjau keberkesanan intervensi yang akan dijalankan. Secara lebih khusus, kajian ini berasaskan kepada objektif berikut: 1. meningkatkan kemahiran menterjemahkan nilai warna, ton, pencahayaan dan pengurusan masa yang baik dengan menggunakan gabungan media mewarna. 2. meningkatkan keyakinan murid semasa meneroka media baharu dalam aktiviti mewarna. 3. menjadikan guru lebih bersedia untuk proses PdPR dan pengurusan tugasan secara lebih sistematik. 5.0 PERSOALAN KAJIAN Beberapa persoalan kajian telah dikemukakan bagi menentukan objektif kajian yang hendak dicapai: 1. Apakah cara meningkatkan kemahiran menjelaskan nilai warna, ton, pencahayaan yang betul dan pengurusan masa yang baik dengan menggunakan media gabungan warna pensel dan berus dalam kalangan murid boleh mencapai objektif yang diinginkan?
337 2. Apakah cara meningkatkan keyakinan murid semasa meneroka media baharu dalam aktiviti mewarna berkesan? 3. Adakah guru lebih bersedia untuk proses PdPR dan pengurusan tugasan secara lebih sistematik? 6.0 TINJAUAN LITERATUR 6.1 Teori ZPD Vygotsky (1978) Dalam menangani permasalahan yang dikaji sewaktu PdPc, setelah merujuk teori ZPD Vygotsky (1978) yang menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran iaitu menumpukan kaedah ‘scaffolding’ di mana guru menyediakan bimbingan sepenuhnya terhadap kanak-kanak pada peringkat awal dan secara beransuransur dikurangkan untuk memberi peluang kepada murid menyelesaikan permasalahan mereka secara kendiri. Menurut kajian Belland, (2014) sokongan pengajaran dapat didefinisikan sebagai sokongan yang diberikan oleh guru, ibu bapa, rakan sebaya, komputer atau alat berasaskan kertas yang memungkinkan murid untuk menggunakan secara bermakna dan memperoleh kemahiran pada tugas yang mereka tidak dapat selesaikan tanpa bantuan. Semasa proses ini dilaksanakan, pengkaji memberikan sepenuh usaha dan bantuan kepada murid untuk memahami proses pembelajaran agar difahami dengan mudah. Bantuan secara konvensional daripada bentuk modul bercetak dan juga TMK seperti video tutorial dan poster tugasan disalurkan secara berkesinambungan sejajar dengan keperluan dan kebolehcapaian alam maya murid semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam pendidikan masa kini, sokongan pengajaran mengambil peranan yang sangat penting dalam proses pembelajaran di setiap aspek menuju pada pencapaian tahap perkembangan murid (Suardipa, 2020). Murid akan mengikuti semua kaedah yang ditunjukkan sehinggalah mereka mampu untuk menterjemahkan kemahiran mereka sendiri kelak. Dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini murid dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warnawarna baru untuk diaplikasikan dalam karya visual mereka (Maswan, 2013). 6.2 Model VAK Saya juga menggunakan Model VAK yang mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Ketiga-tiga gaya pembelajaran akan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini agar guru membuat penelitian lebih sistematik dan menyeluruh ke atas kebolehan setiap murid. Sebahagian besar murid memiliki keutamaan dominan visual, diikuti kinestetik dan auditori. Ini dibuktikan dalam kajian Pratama (2020). Dengan menerapkan model pembelajaran VAK, murid akan memperoleh pengalaman secara langsung dan akan mempengaruhi peningkatan hasil pembelajaran murid Tingkatan 5 Jade SMK Kinarut, Papar, Sabah. Kajian oleh Quah (2017), menerusi PdP, kandungan yang sama boleh dihantar secara berbeza dan diterima secara berbeza oleh setiap murid. Ini juga mencerminkan bahawa gaya pengajaran yang sama dibentangkan dalam kelas diterima berbeza oleh setiap murid. Oleh itu, kajian ini membantu seseorang pendidik berperanan dalam memastikan semua murid menerima pengajaran yang berkesan.
338 6.3 Kemahiran Mewarna dalam Pendidikan Seni Visual Banyak aktiviti yang membentuk kreativiti dan menjadikan murid kreatif dan kritis. Antaranya ialah aktiviti mewarna. Manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti ini ialah ia membantu mengembangkan kemahiran psikomotor, menulis, membaca, kreativiti dan meningkatkan harga diri anak-anak. Menurut kajian oleh Affifatukakmar (2017), kemahiran mewarna dalam kalangan murid adalah bertitik tolak daripada konsep penguasaan secara kasar mahupun psikomotor halus. Oleh itu, latihan asas yang berterusan dengan teknik yang betul dalam membuat latihan ton menggunakan kad imitasi Artcellent Monokromatik dan modul Jom Artcellent Monokromatik membolehkan psikomotor tangan murid terbiasa untuk mewarna dengan baik dan berkesan. Manusia tidak dapat berpisah dengan warna, terutamanya penggunaan warna dalam PdP (Chung & Fam, 2018). Contoh bergambar yang betul dan jelas dapat membantu murid untuk menghasilkan karya menggambar dengan baik (Ahmad, 2019) sama juga dengan aktiviti mewarna. Cara mengaplikasikan warna yang tepat sangat penting dalam membantu sesebuah karya menjadi lebih baik. Kenyataan ini sejajar dengan pendapat Dzulkifli dan Mustafar (2013) yang mempercayai bahawa warna adalah pengalaman visual manusia yang paling penting. Saya mengambil pendekatan memperkenalkan intervensi gabungan media dan bahan baharu yang murah dan mudah seperti pensel warna air dan pen berus kerana menjimatkan kos dan masa. Saya juga memperkenalkan teknik khas dengan menggunakan teori warna monokromatik semasa mengaplikasikan aktiviti mewarna. Aktiviti tersebut ialah kaedah menggunakan satu warna sahaja dalam menghasilkan ton warna yang tertentu bagi meningkatkan kemahiran mewarna dalam menterjemahkan nilai warna, ton dan pencahayaan yang betul dalam sesebuah karya PSV. 6.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pendidikan Seni Visual Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor yang merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu, guru berperanan dalam membantu memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga murid berjaya menguasainya. Oleh yang demikian, guru berperanan dalam mencari jalan dalam merangsang murid untuk lebih minat dalam sesi pembelajaran sehingga dapat membantu mereka menguasai aktiviti yang dijalankan. Dalam kajian ini, BBM haruslah menjadi intervensi yang memiliki ciri-ciri menarik dan mampu menimbulkan keseronokan dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Keperluan terhadap pelaksanaan strategi pengajaran yang baru, menyeronokkan dan bermakna dengan resos yang sesuai serta kemudahan TMK yang mencukupi mestilah dipenuhi (Nuraslin & Siti, 2019). Berdasarkan kepada literatur ini, di samping menggunakan BBM Kit Artcellent Monokromatik (rujuk Lampiran 1) bagi membantu murid mengukuhkan kemahiran mewarna dengan teknik yang mudah, saya juga menggunakan TMK seperti peranti telefon dan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai pengganti guru mengajar semasa kelas PdPR. Perisian aplikasi TMK dalam mata pelajaran PSV sebagai amalan terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna ke arah kemenjadian murid sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21. (Mohd. Yusoff & Husain, 2021). Dapatan kajian daripada Suhaimi dan Hussin, (2018) telah membuktikan bahawa penggunaan aplikasi Facebook dalam proses PdP bagi mata pelajaran PSV dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid berbanding kaedah konvensional. Penghasilan video pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan juga menjadi
339 faktor sampingan keberkesanan intervensi ini dilaksanakan sebagai daya penarik dan menjadi motivasi murid untuk terus berminat mengikuti kelas dalam talian. Pendedahan penggunaan aplikasi Google Drive kepada murid juga mampu memberikan pengalaman baru yang bermakna kepada mereka untuk digunakan pada masa akan datang. 7.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Metodologi adalah pembelajaran atau penelitian sebagai usaha untuk menemukan metod-metod dan prinsip- prinsip pengorganisasian yang mendasari kelahiran ilmu, seni, dan disiplin lain di luar ilmu dan seni (Sunarto, 2020). Kaedah kajian yang dirangka melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. 7.1 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan kepada isu yang saya hadapi semasa melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model McBride dan Schostak (1994) yang melibatkan proses mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpul bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 4. Rajah 4 Model McBride dan Schostak (1994)
340 7.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Teknik pengumpulan data hasil tugasan murid adalah secara portfolio, e-portfolio (rujuk Rajah 5), markah penilaian kertas dua dan markah PBD. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model McBride dan Schostak (1994). Model ini menggariskan tujuh fasa perkembangan iaitu Fasa 1 mengenal pasti isu permasalahan; Fasa 2 mengumpul data: Fasa 3 menganalisis data dan membentuk hipotesis: Fasa 4 merancang langkah tindakan yang sewajarnya permasalahan yang telah dikenal pasti: Fasa 5 ialah melaksanakan langkah tindakan dengan menggunakan intervensi yang telah dicadangkan: Fasa 6 mengumpul data bagi mengesan perubahan yang telah dialami oleh murid setelah intervensi dilaksanakan; dan Fasa 7 menganalisis data dan menilai sekali lagi dapatan data yang telah diterima serta membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah selama 12 minggu. Rajah 5 Pengumpulan Data Hasil Tugasan Murid secara e-Portfolio 7.3 Persampelan Pemerhatian di dalam kelas PdPc menggunakan kaedah persampelan bertujuan atau judgment sampling. Hasil-hasil tugasan murid dikumpulkan dan dianalisis secara terperinci. Jadual 1 merujuk kepada data penghantaran tugasan dan markah yang diberikan bagi mengklasifikasikan tahap kemampuan yang berbeza di antara para murid. Kaedah persampelan dilaksanakan secara dua fasa iaitu data penghantaran tugasan PdPR fasa satu pada tahun 2020 dan PdPR fasa dua pada tahun 2021 dengan menggunakan tujuh tugasan sehingga murid mampu memperoleh keputusan yang diinginkan oleh pengkaji. Menurut Etikan dan Bala (2017), persampelan Judgmental adalah berdasarkan penilaian daripada penyelidikan mengenai siapa yang akan memberikan maklumat terbaik untuk berjaya untuk kajian objektif. Pengkaji yang menjalankan penyelidikan perlu memberi tumpuan kepada orang-orang yang mempunyai pendapat yang sama untuk memiliki maklumat yang diperlukan dan bersedia berkongsi. Kaedah ini merujuk kepada proses analisis sekumpulan murid yang mempunyai ciri-ciri permasalahan dalam aktiviti mewarna
341 sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, seramai 14 orang murid dari Tingkatan Lima Jade dipilih untuk menjadi pengukur keberkesanan kajian intervensi yang dijalankan. Jadual 1 Perbandingan markah penghantaran tujuh tugasan murid bagi tahun 2020 dan 2021 Bil. Murid 2020 2021 Perbezaan Markah Peratus Markah Peningkatan 1 A 40 65 +25 62.5% 2 B 30 49 + 19 63.3% 3 C 40 55 + 15 37.5% 4 D 30 49 + 19 63.3% 5 E 30 49 + 19 63.3% 6 F 50 66 + 16 32.0% 7 G 60 65 +5 8.33% 8 H 20 60 + 40 200.0% 9 I 20 58 + 38 190.0% 10 J 40 65 + 25 62.5% 11 K 30 60 +30 100.0% 12 L 30 60 + 30 100.0% 13 M 20 48 + 28 140.0% 14 N 30 59 + 29 96.7% 7.4 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menghasilkan data primer. Rajah 6 menunjukkan kaedah pengumpulan hasil tugasan murid yang dihantar ke aplikasi Google Drive Geng Artcellent. Semasa proses ini, beberapa keping gambar dan video telah diambil untuk dijadikan rujukan keberkesanan intervensi yang dijalankan. Daripada dapatan data primer akan terhasil indikator dan petunjuk kejayaan intervensi melalui penilaian prestasi melalui kerja rumah, markah PBD dan penghasilan video PBL. Seramai lima orang murid iaitu H, I, K, L dan M berjaya melepas peningkatan 100% semasa pelaksanaan intervensi ini. Secara keseluruhannya, kesemua murid berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan semasa penilaian tugasan pada tahun 2021.
342 Rajah 6 Aplikasi Google Drive Geng Artcellent 7.5 Prosedur Kajian Sebelum memulakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa langkah dan persediaan yang perlu diambil dan diikuti, bermula dari awal kajian sehingga proses penulisan laporan akhir kajian yang lengkap. Tatacara kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenal Pasti Masalah Antara permasalahan yang dapat dikenal pasti ialah murid masih mencari kemahiran yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan kebolehan mereka. Selain daripada kelemahan untuk mengenali media, ton, pencahayaan dan teknik yang sesuai, mereka juga mempunyai masalah untuk mengatur masa menyiapkan tugasan di dalam kelas. Murid juga tidak begitu meminati bidang seni visual dan tidak membuat tugasan yang diberikan. 2. Membuat Pemerhatian Pengkaji memerhati langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Pengkaji juga membuat penyelidikan kaedah yang sesuai untuk murid menjalani kelas PdPR supaya lancar walaupun ketiadaan guru di samping mereka. 3. Refleksi Berdasar Inkuiri Kendiri Terdapat 10 inkuiri kendiri yang dikenal pasti oleh pengkaji semasa membuat pemerhatian ke atas murid yang terlibat. Antaranya adalah punca murid tidak mampu untuk mewarna dengan baik kesan jangka panjang sekiranya masalah ini berterusan dan tidak dapat ditangani dengan kadar yang segera. 4. Membuat Perancangan Rajah 7 menunjukkan pengkaji memperkenalkan BBM Kit Artcellent Monokromatik yang akan melahirkan murid cemerlang dalam bidang seni. Dengan menggunakan warna mono yang mudah serta perincian penggunaan Kad Artcellent Monokromatik, Jom Artcellent Monokromatik, Jom Cuba, dan Jom Taksir, BBM ini mampu membantu murid membuat penerokaan bahan baharu seperti pensel warna air, pen berus, dan pensel 9B semasa aktiviti mewarna dijalankan.
343 Rajah 7 Proses Perancangan Pelaksanaan Intervensi 5. Melaksana Langkah Tindakan Kajian dilaksanakan semasa kelas atas talian (PdPR) bermula pertengahan bulan Mei hingga pertengahan bulan Julai iaitu selama 12 minggu. Pengkaji menggunakan medium konvensional Kit Artcellent Monokroamtik dan media digital baharu seperti aplikasi Whatsapp dan Facebook. Kesemua bahan di dalam Kit Artcellent Monokromatik ini merupakan langkah kesinambungan antara satu sama lain adalah seperti berikut: i. Pelaksanaan Langkah 1 Murid diberikan kad Artcellent Monokromatik dan diminta untuk memahami fungsi dua set contoh imitasi ton yang menggunakan pensel warna air dengan air dan pensel warna air tanpa air. Murid harus menjadikan kad imitasi ini sebagai panduan semasa membuat latihan ton.