94 RUJUKAN Abdul Kadir Lebai Shafiai. (2013). Sejauhmanakah kaedah Iqrak dapat membantu murid boleh membaca Al-Quran Di sekolah Kebangsaan Panggau, Kuala Perlis, Perlis: Satu kajian. Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia. Abdul Rashid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1: ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12 Azhar Isa (2011) Kaedah imaginasi membantu meningkatkan penguasaan mengingat dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. , Pembentangan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Guru Cemerlang Negara Terbilang. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, (2004). Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum Tahun 1: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Carl R Rogers. (2003). Client-Centered Therapy: Its Current Practice, Implications and Theory. London.Constable. Dolores Dulkin (1972). Phonics Linguistics and Reading: Book Edith Indek dan Kamariati Hussin. (t.t). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Julai 2011, http://www.docstoc.com/docs/33520737/ keberkesanan-lagu-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran Emily Calhoun. (2015). Models of teaching (9th ed.). Boston: Pearson Education In Halina & NorSyariah. (2013). Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Kemahiran Membaca Al-Quran Dengan Menggunakan Kaedah Iqrak. Laporan Pembentangan Kolokium Senior. Inhelder, B., & Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from childhood to adolescence. Basic Books. Joyce, B., Weil, M & Calhoun, E (2015). Models of teaching 9th edition : Pearson. Marwan Hadid. (2012).Tips berkesan mengingat. http://zamanteman.blogspot.com/2013.02/ menarik-tips-berkesan-mengingat-secara.html M. Kaviza (2019). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Amalan Kemahiran Pemikiran Sejarah: Satu Kajian Tinjauan Korelasi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 4, Issue 3, (page 93 - 106), 2019 Mukhriz Al-Hakim.(2010). Cara menghafal dengan pantas. http://doktorwannabe. blogspot.com/2011/03/6-cara-menghafal-dengan-pantas 7655.html
95 Nor Hidayati Mokhtar (2020). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang hayat. Ulasan Pakar UTM mengenai Isu Semasa Covid-19, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan UTM. Atas talian 1 Nov 2020. https://news.utm.my/ms/2020/04/ pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/ Normaziah Mohd Alias (2016) Dapatan kajian keberkesanan kaedah pengajaran rasm Uthmani diaplikasi di sekolah rendah. https://cupdf.com/document/dapatan-kajiankeberkesanan-kaedah.html Norsyida Md Zin et al., (2014). Keberkesanan Teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi.Suatu Perbandingan. Jurnal Usuluddin 40 (Julai-Disember 2014):51-69 Nur Syamira Mohamad Nor & Harun Baharuddin (2021). Masalah Murid Disleksia dan Gaya pengajaran dalam Pembelajaran Bahasa Arab, International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 1, Issue 2, 2021 Nur Syuhadah Rozali .(2010). Masalah Membaca. Diperolehi pada 25 Ogos 2021 dari : http://masalah membaca.blogspot.com/2010/04/masalah-membaca.html. O’Leary, Z. (2004). The essential guide to doing research. Sage. Ornstein, R. E. (1969). On the experience of time. Middlesex: Penguin Books. https:// doi:10.1016/0010-0285(77)90012-3 Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from childhood to adolescence. Basic Books. Rashidah Md Hasan et al., (2016). Pencapaian Kelancaran Bacaan,Fasohah dan Hukum Tajwid dalam tilawah Alquran murid sekolah rendah: Satu Tinjauan Awal, Conference: Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam (ISPEN-i 2016)At: Kuala Lumpur, Malaysia Sabariah, Othman. (2011). Masalah penyebutan huruf Al-Qur’an di kalangan saudara baru : satu kajian kes / Sabariah Othman. Masters thesis, Universiti Malaya. Shaiful Aizad Shafie.(2013). Cara mudah menghafal. http://hafizamri.com/cara_ mudah_ menghafal Siti Munirah Murad. (2013). Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Dalam Meningkatkan Kefahaman Murid Bagi Topik Tenaga. Seminar penyelidikan Tindakan 2013 PISMP Ambilan Januari 2010 IPGKSAH Suraiya Omar (2016). Tahap Pencapaian Bacaan Iqra Dalam kemahiran Al-Quran di Kalangan Murid Prasekolah. https://pdfcoffee.com/tahap-pencapaian-bacaan-iqradalam-kemahiran-al-quran-di-kalangan-murid-pra-sekolah-pdf-free.html Yanti Munirah Jusof. (2012). Pembangunan Aplikasi Cepat Membaca Al-Quran Untuk Platform Android (Mai IQra) Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia.
96
97 MEMBANTU PENGUASAAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK MENGGUNAKAN KAD MeKar DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 5 MOHD ASYRAF ABD HAMID SK Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan [email protected] ABSTRAK Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) merupakan komponen yang disepadukan dalam mata pelajaran Sejarah dan wajib diajar. Namun, didapati bahawa hampir keseluruhan murid saya mengalami masalah dalam memberikan jawapan yang bernas dan jelas serta kurang melibatkan diri sewaktu PdPc iaitu semasa pelaksanaan elemen K. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada intervensi Kad MeKar mampu meningkatkan prestasi dan penglibatan murid tahun 5 dalam PdPc Sejarah yang melibatkan penguasaan EKNS. Reka bentuk kajian ialah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan serta tindakan dan dijalankan dalam lapan kali sesi tindakan. Kajian ini telah dilaksanakan di SK Sungai Bedaun, WP Labuan dan melibatkan lima orang murid tahun 5 Baiduri. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah pengukuran, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Instrumen yang digunakan adalah praujian dan ujian pos, lembaran kerja, senarai semak pemerhatian dan protokol temu bual separa berstruktur. Data daripada ujian dan lembaran kerja dianalisis menggunakan peratusan markah dan min peratusan markah. Data daripada pemerhatian pula dianalisis menggunakan min dalam tiga kali sesi pemerhatian. Manakala, data temu bual dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis kandungan. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan prestasi murid setelah didedahkan dengan Kad MeKar. Min peratusan markah praujian sebanyak 29% peratus meningkat kepada 83% pada ujian pos dengan peningkatan sebanyak 54%. Selain itu, murid juga menunjukkan penglibatan yang positif dalam PdPc Sejarah yang melibatkan EKNS. Oleh itu, Kad MeKar sangat sesuai untuk digunakan oleh guru semasa aktiviti penerapan EKNS dalam PdPc Sejarah. Cadangan tindakan susulan bagi kajian ini ialah menggunakan Kad MeKar pada murid tahun 4 dan tahun 6 serta mengaplikasikannya pada mata pelajaran lain dengan melibatkan semua murid dalam kelas. Kata Kunci: Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik, Kad MeKar, PdPc Sejarah, kajian tindakan, PAK21
98 1.0 PENGENALAN SK Sungai Bedaun merupakan sebuah sekolah bandar gred B yang terletak Wilayah Persekutuan Labuan. Sekolah ini ialah sebuah sekolah TS25 Kohort 2 dan sekolah rintis STEM. Bilangan guru adalah seramai 43 orang dan anggota kakitangan pelaksana pula adalah seramai lapan orang. Enrolmen murid ialah seramai 638 orang dengan 21 buah bilik darjah termasuk tiga buah prasekolah. Secara keseluruhannya, tahap pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah di sekolah ini berada pada tahap sederhana. Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk kompetensi kewarganegaraan. Walaupun terdapat faktor lain yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan murid, namun pendidikan didapati merupakan faktor yang sangat dominan. Hal ini kerana, pada akhirnya pendidikan kewarganegaraan bertujuan untuk mewujudkan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan murid. Di Malaysia, matlamat ini telah diterapkan dalam pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral, Ekonomi, Sejarah dan yang terkini menerusi kerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang berteraskan kepada enam tunjang dan salah satu daripadanya ialah kemanusiaan (Sitti et al., 2017). Tunjang kemanusiaan bertujuan untuk melahirkan warganegara abad ke-21 yang menguasai ilmu dan kemahiran untuk mengkonseptualisasikan, mengembangkan kemahiran intelek, menghayati nilai-nilai asas demokrasi dan membina kemahiran menyelesaikan masalah (KPM, 2017). Mohd Mahzan et al., (2015), menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang boleh menjadikan seseorang sebagai warganegara yang baik, iaitu melalui sistem pendidikan, pengetahuan tentang perlembagaan dan keprihatinan sebagai masyarakat majmuk. Menerusi mata pelajaran Sejarah, elemen kewarganegaraan dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Hal ini demikian kerana, mata pelajaran ini dilihat sebagai pembentuk masyarakat yang berpengetahuan dan memahami warisan sejarah, serta mempunyai unsur-unsur perpaduan negara (Twells, 2015). Bahkan, elemen kewarganegaraan ini adalah selari dengan fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang bertujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Oleh sebab itu, Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) dijadikan sebagai nilai tambah baharu yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. EKNS diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang (KPM, 2017). Selain itu, EKNS juga berperanan untuk meningkatkan pemahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat secara harmoni, mengambil iktibar daripada pengetahuan dan pengalaman sejarah untuk mengukuhkan nilai kewarganegaraan.
99 Walau bagaimanapun, penerapan EKNS dilihat sukar kerana bersifat abstrak yang memerlukan murid untuk melakukan penilaian berdasarkan kandungan yang dipelajari. Justeru, bagi meningkatkan penguasaan murid dalam EKNS, guru perlulah bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP), selain membentuk nilai patriotisme dan jati diri dalam kalangan murid. Ini kerana, keupayaan mata pelajaran Sejarah sebagai pembentuk generasi muda yang mencintai negara sering mendapat perhatian dalam sistem pendidikan negara (Siti, 2021). 2.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan refleksi pengajaran lalu, pengkaji mendapati bahawa murid mengalami kesukaran untuk memberikan jawapan yang bernas dan tepat serta mengikut kehendak tugasan. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan sukar untuk dicapai. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, masalah ini timbul adalah disebabkan oleh murid lebih tertumpu kepada isi pelajaran yang berdasarkan fakta dan pengetahuan Sejarah semata-mata. Murid terlalu bergantung kepada buku teks untuk mencari jawapan sedangkan objektif utama penerapan EKNS ini adalah untuk membolehkan murid menzahirkan idea berdasarkan ilmu yang dipelajari. Justeru, apabila fasa PdP beralih kepada penerapan EKNS, murid tidak dapat menguasai sepenuhnya Dimensi Kewarganegaraan (DK) yang hendak difokuskan pada hari tersebut. Perkara ini menjadi semakin serius apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dilaksanakan. Murid cenderung untuk mengabaikan EKNS dalam PdPR dan hanya mampu menjawab latihan berasaskan fakta yang boleh mereka perolehi jawapannya daripada buku teks. Analisis dokumen yang dilakukan menunjukkan murid tidak mampu untuk mempersembahkan hasil jawapan mereka mengikut kehendak tugasan. Murid mampu untuk memberikan idea namun cenderung untuk menggunakan konteks serta berpotensi mengulang jawapan yang sama. Di sini pengkaji mendapati bahawa wujud dimensi atau konteks yang terlalu luas dalam elemen K yang menyukarkan murid memberikan jawapan. Pengkaji juga mendapati bahawa, sewaktu PdP bersemuka murid mengambil masa yang agak lama hanya untuk menjawab tugasan elemen K yang kadang-kala tidak mampu menyelesaikan tugasan mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan. Manakala, sewaktu PdPR pula mereka cenderung untuk mengabaikan latihan EKNS. Analisis masalah ditunjukkan menerusi Rajah 1.
100 Rajah 1 Analisis Hasil Kerja Murid Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pengkaji akan menghadapi kesukaran untuk mengajar EKNS dalam topik lain malah murid juga akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugasan yang melibatkan EKNS serta akan berterusan ke sekolah menengah yang mana EKNS yang dipelajari adalah lebih kompleks. 3.0 KERANGKA KONSEPTUAL Pelaksanaan kajian tindakan ini adalah berpandukan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini berpaksikan kepada empat peringkat pelaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji akan menghasilkan sebuah alat yang mengguna pakai pendekatan konstruktivisme serta mengintegrasikan Pedagogi Kritis Freire (1970) bagi menerapkan kemahiran menaakul yang membolehkan peserta kajian membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
101 Rajah 2 Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988) 4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membantu murid bagi menzahirkan jawapan yang jitu, bernas serta konteks yang tidak berulang-ulang dalam langkah 3 iaitu sewaktu pelaksanaan EKNS. Penguasaan EKNS memerlukan murid untuk berfikir secara kritis. Secara tidak langsung, kajian ini membantu membudayakan KBAT dalam kalangan peserta kajian. Hal ini selaras dengan ciri-ciri kemahiran abad ke-21 yang diperlukan murid supaya dapat berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Selain itu, kajian ini bertujuan bagi menyokong tunjang kemanusiaan dan tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang ada pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Hal ini boleh dilihat menerusi penggunaan dimensi diri, keluarga, masyarakat, negara serta global yang dimuatkan dalam setiap kelopak Kad MeKar. Akhir sekali, kad ini turut berperanan dalam membantu murid mencapai TP 6 iaitu murid mampu melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: i) meningkatkan penguasaan murid dalam EKNS menerusi penggunaan Kad MeKar dalam PdPc dan PdPR; dan ii) meningkatkan penglibatan murid sewaktu pelaksanaan EKNS setelah Kad MeKar digunakan dalam PdPc dan PdPR.
102 6.0 TINJAUAN LITERATUR Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun, pendidikan dilihat sebagai faktor yang paling dominan (Sitti, 2017). Hal ini demikian kerana, pendidikan kewarganegaraan dan nilai sivik diperkenalkan bagi membentuk kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan murid. Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa kompetensi kewarganegaraan dan nilai sivik murid, perlu dibentuk menerusi pendidikan. Hal ini disokong menerusi kajian oleh Mohd Mahzan et al., (2015) yang menjelaskan bahawa terdapat tiga aspek yang dapat menjadikan seseorang sebagai warganegara yang baik iaitu melalui sistem pendidikan, pengetahuan tentang perlembagaan Malaysia, dan keprihatinan sebagai masyarakat majmuk. Namun demikian, didapati bahawa kajian tentang penerapan kewarganegaraan masih kurang berbanding dengan kajian mata pelajaran lain. Penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui pendidikan dilihat menerusi pengajaran guru, penggunaan buku teks dan buku rujukan, penggunaan alat bantu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah serta penilaian di dalam kelas dan boleh dilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan Sejarah di samping Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Kesemua mata pelajaran tersebut mengandungi elemen-elemen yang menjurus kepada pembentukan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun kajian-kajian lepas yang mengaitkan kompetensi kewarganegaraan dengan mata pelajaran Sivik menunjukkan kompetensi kewarganegaraan murid masih pada tahap sederhana hasil penerapan mata pelajaran Sivik mahupun Sejarah. Menurut Zahara (1995), faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan dan gerak balas murid-murid kepada mata pelajaran Sivik. Kajian oleh Mohd Mahzan et al., (2015) juga mendapati pengetahuan tahap kompetensi kewarganegaraan murid adalah berada pada tahap sederhana. Hal ini demikian kerana pengetahuan murid berkenaan aspek kewarganegaraan adalah pelbagai yang boleh mewujudkan kekeliruan mereka terhadap konstruk-konstruk kewarganegaraan. Justeru, berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, pengkaji telah merujuk kepada teori Konstruktivisme serta penerapan Pedagogi Kritis Freire (1972) dan peranannya dalam pengajaran EKNS sama ada di bilik darjah mahupun secara PdPR. 6.1 Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran Nilai Pengkaji memutuskan untuk menggunakan Teori Konstruktivisme dalam proses PdP EKNS. Hal ini demikian kerana, Teori Konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini bagi menentukan keberkesanan daripada segi peningkatan prestasi murid. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid (Zainal & Afrina, 2010). Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh murid itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Secara tidak langsung, proses PdPc itu lahir daripada usaha murid itu sendiri dan bukannya disuap oleh guru mereka. Perkara ini penting dalam mata pelajaran Sejarah agar murid boleh mengaplikasikan salah satu elemen kemahiran pemikiran Sejarah iaitu membuat rasionalisasi. Dalam PdPc Sejarah terutama yang melibatkan
103 perkara abstrak seperti kewarganegaraan dan nilai sivik, kaedah Konstruktivisme dilihat sebagai satu kaedah atau teori yang sangat penting (Bower, 1994). Dalam usaha guru untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baharu tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina (Eko, 2018). Hal ini disokong oleh Rutherford dan Algren yang berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan, mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. 6.2 Pedagogi Kritis Friere (1972) Pedagogi kritis Friere (1972) ialah strategi yang berkesan untuk meningkatkan keupayaan pemikiran kritis murid dan menjana perubahan tingkah laku yang positif dalam kehidupan mereka. Strategi atau pendekatan ini dapat meningkatkan kesedaran, pemahaman, dan pertimbangan murid. Malah, kaedah ini turut memberi peluang kepada murid untuk melontarkan idea di dalam bilik darjah. Freire (2001) mendefinisikan pedagogi kritikal sebagai pendekatan kritikal terhadap pendidikan, menonjolkan kepentingan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran mereka, serta dapat mencari dan mengembangkan pendapat mereka sendiri. Kaya dan Kaya (2017), menjelaskan bahawa pedagogi kritis merupakan satu konsep yang menangani masalah pendidikan dan sistem pendidikan itu sendiri. Tujuan pedagogi kritikal adalah untuk memberi isyarat bagaimana soalan suara penonton, kuasa, dan penilaian boleh berfungsi secara aktif untuk membina suasana PdP ke dalam persekitaran yang mana guru dan murid boleh mempersoalkan hubungan antara teori dan amalan, analisis kritis dan akal fikiran, pembelajaran dan perubahan sosial. Malah, Freire berhujah bahawa dalam memastikan pendidikan itu berpusatkan murid, dialog antara guru dan murid terutama dalam menimbulkan persoalan kepada masalah. Pendekatan berasaskan dialog adalah untuk melibatkan murid dalam menyoal dan bertukar idea, untuk menyoal dan belajar. Pendidikan mengemukakan masalah direka untuk melibatkan murid dalam menyelesaikan sebarang masalah melalui sumbangsaran. Hal ini disokong oleh John Dewey (1902), yang menjelaskan bahawa untuk pendidikan berpusatkan murid adalah perlu dalam mempersiapkan mereka menjadi warganegara yang baik. Jadi, perkara utama pedagogi kritikal adalah untuk melibatkan murid dalam pembelajaran dan menjadikan mereka murid aktif. Bahkan, pedagogi kritis ini agak berlainan dengan pendidikan tradisional yang lebih tertumpu penghafalan dipindahkan oleh guru mereka. Walau bagaimanapun, penghafalan semata-mata tidak membawa sebarang hasil pembelajaran yang nyata dalam kehidupan seorang pelajar. Dewey (1902), menerusi pemerhatiannya tentang sejauh mana kurikulum dan pendidikan daripada dunia kanak-kanak dan mendapati bahawa tiada kaitan antara pembelajaran kanak-kanak dengan situasi kehidupan sebenar. Pembelajaran sebegini mempunyai kesan yang minimum untuk meningkatkan pemikiran kritis murid.
104 Justeru, kajian tindakan ini akan mengaplikasikan pedagogi kritis Friere (1972) yang mengintegrasikan kaedah ‘problem posing education’ (PPE) dan ‘dialogue methode’ (DM). PPE merujuk kepada pendidikan bagi menghadapi masalah dunia sebenar. PPE sangat penting dalam pelaksanaan EKNS kerana kaedah ini mengalakkan murid untuk meneroka suatu topik dengan cara mewacanakan isu-isu yang diutarakan secara hubungan komukasi dua hala dan bersifat interaktif bersama guru. Kaedah DM pula ialah aktiviti berteraskan perbincangan interaktif yang boleh dilaksanakan sama ada murid-guru dan guru-murid. Kaedah DM dapat menyokong kaedah PPE dengan membantu murid menyalurkan pandangan relatif mereka mengenai isu permasalahan sivik yang disisipkan melalui kaedah main peranan dan mengarang cerita pendek. Secara kesimpulannya, pendekatan pedagogi kritis Freire (1972) yang menekankan kaedah PPE dan kaedah DM, dapat mengupayakan murid untuk berfikir secara kritis dan mempersiapkan mereka ke arah dunia sebenar. Malah pendekatan ini juga dapat menterjemahkan konsep pendidikan abad ke-21, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (PPPM) 2013-2025. 7.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini ialah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 Baiduri, SK Sungai Bedaun, W.P Labuan. Responden dipilih berdasarkan kepada hasil analisis dokumen yang telah dijalankan sebelumnya. Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut: a) Mengenal pasti isu Pada peringkat pengenalpastian masalah, pengkaji melakukan analisis dokumen ke atas semua murid dalam kelas yang dipilih bagi mengenal pasti kumpulan murid yang tidak mempunyai penguasaan terhadap EKNS dalam PdPc. Pengkaji melakukan perbandingan markah dengan rekod prestasi murid bagi bertujuan untuk mengesahkan kumpulan murid yang dikenal pasti. Hal ini akan memastikan murid tersebut benar-benar mempunyai pencapaian yang rendah serta memerlukan rawatan yang sebaiknya dan bukannya kerana dipengaruhi oleh faktor lain. b) Membuat pemerhatian (I) Setelah melaksanakan sesi tindakan, pengkaji menganalisis dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang telah dilengkapkan semasa berlangsungnya sesi tindakan. Bagi mengesahkan data daripada sesi pemerhatian, pengkaji juga menganalisis transkripsi temu bual yang dijalankan ke atas murid. Data tersebut dikumpulkan dan dianalisis bagi mendapatkan maklumat tentang prestasi dan penglibatan murid terhadap penggunaan Kad MeKar dalam PdPc. c) Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I) Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji melakukan refleksi yang menyeluruh terhadap penggunaan Kad MeKar dalam meningkatkan prestasi murid dan penglibatan mereka semasa PdPc Sejarah berlangsung di dalam kelas. Pengkaji juga membuat refleksi bagi menilai kelebihan dan kelemahan yang berlaku sepanjang kajian berlangsung serta memberi cadangan dan tindakan susulan dalam kajian.
105 d) Membuat perancangan Setelah pengkaji berjaya mengenal pasti masalah dan kumpulan murid yang memerlukan rawatan, pengkaji melakukan perancangan untuk membuat tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Pengkaji mempertimbangkan beberapa aspek seperti kaedah, bahan bantu mengajar, kesesuaian dan pelaksanaan kajian bagi membantu kumpulan murid tersebut. Pengkaji juga merancang kajian ini sebaik-baiknya dengan menyediakan jadual pelaksanaan tindakan agar setiap tindakan yang dirancang dapat dijalankan dengan sistematik dan mengikut masa yang telah ditetapkan. i. Intervensi yang digunakan: Kad MeKar ii. Indikator /petunjuk yang digunakan untuk menilai kejayaan intervensi: - Penilaian prestasi menerusi jawapan murid sewaktu menjawab elemen K. - Melibatkan diri secara aktif sewaktu fasa 3 PdPc/PdPR iaitu pelaksanaan elemen K. e) Melaksanakan tindakan Pada peringkat ini, pengkaji memulakan tindakan dengan melakukan praujian ke atas kumpulan murid yang telah dikenal pasti. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua fasa iaitu fasa pertama bermula Mac hingga April 2021 (PdPR 2.0 dan bersemuka) dan fasa kedua Jun hingga Julai 2021 (PdPR 3.0). Intervensi dilaksanakan dalam kelas fizikal dan kelas maya iaitu Telegram. Soalan praujian ini berfokuskan kepada penguasaan EKNS. Murid akan menjawab soalan tersebut secara individu tanpa bantuan sesiapa termasuk pengkaji sendiri dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sepanjang praujian berlangsung, pengkaji mengawasi setiap murid dengan penuh cermat agar mereka tidak meniru atau memberikan jawapan kepada murid lain. Pengawasan guru adalah sangat penting untuk dilakukan kerana hasil daripada praujian tersebut akan memberikan gambaran awal kepada pengkaji tentang tahap pencapaian sebenar mereka. Hal ini sedikit sebanyak boleh membantu pengkaji untuk merangka tindakan yang selanjutnya. f) Membuat pemerhatian semula (II) Setelah melaksanakan sesi tindakan, pengkaji melakukan analisis dokumen terhadap lembaran kerja yang dihasilkan oleh murid. Selain itu, pengkaji juga menganalisis dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang telah dilengkapkan semasa berlangsungnya sesi tindakan. Bagi mengesahkan data daripada sesi pemerhatian, pengkaji juga menganalisis transkripsi temu bual yang dijalankan ke atas murid. Data tersebut dikumpulkan dan dianalisis bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi dan penglibatan murid terhadap penggunaan Kad Mekar dalam PdPc dan PdPR. g) Membuat refleksi semula (II)
106 8.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kepada isu yang telah diperhatikan, pengkaji telah melakukan inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1. Jadual 1 Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri Inkuiri Kendiri Refleksi Apakah latar belakang murid ini Terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian lemah dalam mata pelajaran Sejarah terutama sekali perkara yang melibatkan elemen K. Apakah tahap kebolehan asas yang perlu dikuasai oleh murid bagi menguasai elemen K? Murid perlu menguasai salah satu Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) iaitu membuat rasionalisasi dengan baik. Mengapa murid kurang mahir menjawab soalan-soalan berbentuk terbuka? Murid lebih tertumpu untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap isi pelajaran yang berdasarkan fakta dan pengetahuan Sejarah semata-mata. Murid terlalu bergantung kepada buku teks untuk mencari jawapan. Mengapakah pendekatan yang digunakan sebelum ini di dalam kelas tidak berjaya membuat mereka faham? Pengkaji belum menemukan teknik yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah ditambah lagi dengan pelaksanaan PdPR yang membataskan pelaksanaan kajian. Mengapa murid masih lagi terkial-kial menjawab soalan elemen K sedangkan mereka telah mempelajarinya seawal tahun empat? Berlaku defisit pembelajaran murid kerana elemen K hanyalah Kandungan Tambahan (KT) dalam DPK 1.0. Mengapa murid tidak melibatkan diri mereka secara aktif sewaktu pelaksanaan elemen K dalam PdPc/ PdPR? ● Murid tidak berani untuk mencuba. ● Murid bimbang jawapan yang mereka berikan salah. Mengapa jawapan yang diberikan murid kurang tepat? ● Murid cenderung untuk menggunakan konteks serta berpotensi mengulang jawapan yang sama. ● Tidak ada panduan yang jelas bagi menggambarkan perkara yang bersifat abstrak. Apakah akar/ punca masalah murid mengulang jawapan yang sama? ● Wujud dimensi yang terlalu luas dalam elemen K ● Pengetahuan am murid agak lemah.
107 Mengapa masa yang lama diambil oleh murid untuk menjawab soalan elemen K? ● Murid tidak tahu bagaimana hendak menjawab tugasan. ● Tidak ada teknik khusus yang membantu mereka Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? Memperkenalkan kaedah/teknik yang boleh membantu mereka menjawab soalan elemen K. Berdasarkan kepada refleksi kendiri yang telah dilakukan, pengkaji membuat perancangan untuk meningkatkan tahap pengusaan murid dalam EKNS. Pengkaji memperkenalkan kaedah Kad MeKar bagi membantu murid-murid menjawab soalan-soalan elemen K. MeKar adalah akronim bagi Melestarikan EKNS. Dalam setiap kelopak pada kad tersebut ditandai dengan perkataan dan soalan bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia bagi mewakili setiap dimensi yang diketengahkan dalam tunjang Kemanusiaan. Setiap kelopak memerlukan murid melakukan penyoalan kendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 3 Kad MeKar yang Mempunyai 5 Kelopak Mewakili 5 Dimensi dalam Tunjang Kemanusiaan. 8.1 Pelaksanaan Kad MeKar: Pada peringkat pelaksanaan, setiap murid dibekalkan dengan sekeping Kad MeKar. Murid akan menekap kad MeKar pada kertas atau buku latihan masing-masing. Dalam peringkat ini, guru bertindak sebagai pemberi rangsangan (stimulant) dengan menyatakan soalan, masalah atau topik perbincangan. Murid pula akan menyalin soalan tersebut di bahagian tengah kad MeKar. Proses penyoalan kendiri akan dimulakan dengan dimensi diri terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana dimensi diri ialah dimensi atau konteks yang mudah untuk dijawab oleh murid kerana mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada serta terlibat sepenuhnya dalam situasi tersebut. Kemudian, murid menulis respon atau jawapan mereka dalam kertas masing-masing. Setelah murid selesai menulis, mereka akan memusingkan kad MeKar mengikut pusingan jam ke arah kelopak keluarga dan seterusnya mengenal pasti sama ada kelopak tersebut
108 (Keluarga) mempunyai kaitan dengan soalan tugasan atau tidak. Sekiranya ada, proses penyoalan akan diteruskan, manakala sekiranya hal yang sebaliknya murid boleh ‘skip’ ke kelopak yang ketiga dan seterusnya. Aktiviti diulang sehingga ke kelopak masyarakat, negara dan dunia sehingga murid mempunyai bilangan jawapan yang dikehendaki atau ditetapkan oleh guru sewaktu diawal proses PdPc. Proses penggunaan Kad MeKar ditunjukkan pada Rajah 4 di bawah. Rajah 4 Cara Penggunaan Kad MeKar Jadual di bawah menunjukkan EKNS yang difokuskan dalam setiap sesi tindakan berserta soalan yang diberikan kepada peserta kajian semasa sesi tindakan berlangsung. Jadual 2 Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) Yang Difokuskan. Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Sesi Tindakan Soalan Catatan K6.2.6 Menyatakan nilai-nilai keagamaan yang diamalkan ke arah masyarakat harmoni. 1 Nyatakan 3 nilai keagamaan yang diamalkan ke arah masyarakat harmoni. Bersemuka K6.2.7 Menerangkan kepentingan mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan. 2 Apakah 3 kepentingan mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan? Bersemuka K6.2.8 Menjelaskan kepentingan membenarkan agama lain diamalkan dengan aman dan damai. 3 Apakah 3 kepentingan kita membenarkan agama lain diamalkan dengan aman dan damai? Bersemuka
109 K6.3.7 Menghuraikan kepentingan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda. 4 Kenapa penting untuk kita mengekalkan penggunaan bahasa ibunda? Bersemuka K7.1.5 Menyatakan kepentingan jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda. 5 Kenapa jati diri yang tinggi penting dalam kalangan generasi muda? PdPR K7.1.6 Menerangkan kepentingan semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara. 6 Apakah 3 kepentingan semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara? PdPR K7.1.7 Menghuraikan kepentingan mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara kita. 7 Kenapa penting untuk kita mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara kita? PdPR K7.2.4 Menyatakan iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh terdahulu. 8 Apakah iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh terdahulu? PdPR 8.2 Pemerhatian Setelah Pelaksanaan Kad MeKar: Murid-murid dibimbing untuk menjawab soalan elemen K dengan menggunakan Kad MeKar. Mereka kelihatan fokus sewaktu menggunakannya. Diperhatikan juga, muridmurid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan bernas. Refleksi: Murid-murid dapat memahami dan berjaya menjawab tugasan yang diberikan soalan dengan bernas dan matang. Didapati murid lebih jelas untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan kepentingan dan nilai. Berikut adalah dapatan berdasarkan kepada objektif kajian. 8.3 Penilaian Pencapaian Murid Pengkaji menggunakan Kad MeKar sepanjang lapan kali sesi tindakan yang dijalankan. Bagi menguji kefahaman peserta kajian, pengkaji mengedarkan lembaran kerja pada setiap akhir sesi tindakan. Lembaran kerja tersebut dianalisis bagi mendapatkan min peratusan markah bagi setiap sesi. Pemerhatian juga dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada sesi tindakan pertama, kedua dan keempat bagi melihat penglibatan peserta kajian dalam PdPC Sejarah yang melibatkan penggunaan Kad MeKar. Kemudian, bagi mengukuhkan pemerhatian tersebut, pengkaji menjalankan temu bual separa berstruktur ke atas semua peserta kajian. Data daripada temu bual diterjemahkan menggunakan analisis kandungan. Bagi proses menganalisis data, pengkaji telah menjalankan analisis dokumen sepanjang lapan kali sesi tindakan. Instrumen yang digunakan adalah lembaran kerja peserta kajian. Jadual 3 menunjukkan min peratusan markah bagi lembaran kerja.
110 Jadual 3 Min Peratusan Markah Lembaran Kerja bagi Lima Orang Peserta Kajian dalam Lapan Kali Sesi Tindakan. Rajah 5 Peningkatan Markah bagi Lima Orang Peserta Kajian dalam 8 Kali Sesi Tindakan. Min markah pada sesi pertama adalah sebanyak 13.2% dan pada sesi kelapan pula adalah sebanyak 100%. Oleh itu terdapat peningkatan sebanyak 86.8%. Markah dinilai berdasarkan sejauh mana jawapan yang diberikan menepati kehendak tugasan, menggunakan konteks yang pelbagai serta menunjukkan kematangan. Hasil dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat ketara dalam konteks prestasi peserta kajian setelah menggunakan Kad MeKar dalam meningkatkan penguasaan EKNS. Secara tidak langsung, jawapan yang diberikan oleh peserta kajian telah menunjukkan kematangan pada setiap fasa sesi tindakan yang dijalankan. Hasil kerja murid adalah seperti berikut:
111 Rajah 6 Hasil Kerja Murid. Selain itu, bagi mengukur penglibatan murid sepanjang sesi PdPc dijalankan, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur. Dalam hal ini, pengkaji telah menyediakan borang senarai semak pemerhatian yang mengandungi enam item seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Jadual 4 Item-item Yang Terdapat dalam Senarai Semak Pemerhatian. Item Tingkah laku 1 Mendengar arahan guru 2 Mengekalkan kontak mata semasa guru memberi penerangan 3 Fokus semasa aktiviti berjalan 4 Melibatkan diri secara aktif 5 Menggunakan sepenuhnya bahan yang diberi 6 Mengangkat tangan semasa bertanya soalan kepada guru Pemerhatian telah dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada sesi Tindakan 1, sesi Tindakan 3 dan sesi Tindakan 5. Pemerhatian ini melibatkan seorang pemerhati iaitu pengkaji sendiri sahaja.
112 Rajah 7 Analisis Pemerhatian Mengikut Item pada Setiap Sesi 1, Sesi 3 dan Sesi 5. Rajah 7 menunjukkan min peserta kajian yang menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku bagi setiap item semasa sesi pemerhatian dijalankan. Secara tidak langsung, data ini telah menunjukkan telah berlaku peningkatan dan perubahan dari segi penglibatan peserta kajian dalam PdPc. Hal ini sudah pastinya menunjukkan satu impak yang ketara kerana apabila murid sudah mula melibatkan diri dalam sesi PdPc ataupun PdPR, sebenarnya telah memberi gambaran bahawa murid faham dan seronok mengikuti pembelajaran pada hari tersebut. Di samping itu, pengkaji juga turut menggunakan kaedah temu bual semasa menjawab soalan kajian kedua. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah bagi mendapatkan pendapat dan pandangan peserta kajian tentang penggunaan Kad MeKar ke atas mereka. Semasa temu bual tersebut dijalankan, pengkaji telah bertanya beberapa soalan kepada peserta kajian. Antaranya soalan berkaitan penggunaan Kad MeKar sama ada mereka tahu menggunakannya atau tidak. Kebanyakan daripada peserta kajian boleh menerangkan penggunaan Kad MeKar dengan agak baik. “Kalau kita dapat itu bunga, baca itu tajuk di papan tulis, kita tulis.. dia punya..dari minda kita laa. Terus, kita tanya diri sendiri sama tulis jawapan” (P4) Di samping itu, kebanyakan peserta kajian juga berpendapat bahawa penggunaan Kad MeKar dapat membantu mereka untuk mendapat jawapan semasa aktiviti berjalan. “Dia (Kad MeKar) bantu kita jawab” (P1) Tambahan pula, penggunaan Kad MeKar telah berjaya membudayakan amalan KBAT dalam kalangan peserta kajian kerana mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada idea yang baharu.
113 “Macam saya tulis.. lepas tu pusing, lepas tu tulis apa yang kita sudah tanya, lepastu pusing balik, dapat jawapan, lepas tu kita sebut apa yang ditulis di kertas.” (P5) Berdasarkan kepada dapatan data yang telah dianalisis di atas, menunjukkan bahawa Kad MeKar telah mencapai objektif asal penghasilannya. 9.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Berikut ialah rumusan dan perbincangan mengenai tentang dapatan kajian berdasarkan kepada objektif kajian. Objektif Kajian 1: Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam EKNS Menerusi Penggunaan Kad MeKar. Pada awal kajian, pengkaji telah menjalankan praujian ke atas peserta kajian selama satu jam. Soalan praujian terdiri daripada tiga bahagian soalan subjektif iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Kesemua soalan dalam ujian ini adalah berdasarkan kepada standard pembelajaran KSSR Sejarah Tahun 4 dalam bahagian EKNS. Setelah tamat ujian tersebut, pengkaji segera menganalisis data daripada ujian tersebut. Berdasarkan dapatan daripada praujian, didapati tiga orang murid menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Jadual 5 Analisis Markah, Peratus dan Min Gred Praujian Peserta Kajian Skor/ Markah (20) Markah (%) Gred P1 6 30 D P2 9 45 C P3 4 20 D P4 8 40 C P5 2 10 E Berdasarkan Jadual 5, kesemua peserta kajian gagal menjawab semua soalan dengan betul. P1 mendapat 30%, P2 mendapat 45%, manakala P3 mendapat 20%. P4 dan P5 masing-masing mendapat 40 dan 10%. P5 merupakan peserta kajian yang paling lemah kerana hanya mendapat gred E dalam praujian tersebut. Peserta kajian yang berada dalam lingkungan gred D ialah P1 dan P3 manakala P2 dan P4 berada dalam lingkungan gred C. Data ini membuktikan bahawa kesemua peserta kajian masih berada pada tahap penguasaan yang sangat lemah terhadap penguasaan EKNS dalam PdPc Sejarah. Setelah praujian dijalankan, pengkaji melaksanakan sesi tindakan sebanyak lapan kali ke atas para peserta kajian. Pengkaji memperkenalkan kad MeKar kepada peserta kajian dan mendemonstrasikan penggunaan teknik tersebut kepada murid. Kemudian, pengkaji mengajak peserta kajian untuk mencuba penggunaan kad MeKar dengan menggunakan
114 satu topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka iaitu ‘Kenapa Kita Perlu Belajar. Pelbagai jawapan yang ditulis oleh murid di dalam kertas seperti untuk berjaya, membanggakan keluarga, memajukan masyarakat, memajukan negara dan sebagainya. Apabila peserta kajian mendapat semula kertas mereka, setiap seorang perlu membaca dan memperdengarkan kepada rakan lain jawapan yang terdapat di dalam kertas mereka. Perkara ini membuktikan bahawa teknik tersebut amat mudah dipelajari dalam waktu yang sangat singkat kerana mereka menganggap kad MeKar sebagai suatu permainan dalam PdPc. Pengkaji menjalankan sesi tindakan yang pertama dalam tempoh masa seminggu selepas menjalankan praujian. EKNS yang pengkaji fokuskan dalam sesi tindakan yang pertama ialah ‘K6.2.6 Menyatakan nilai-nilai keagamaan yang diamalkan ke arah masyarakat harmoni’ dan soalan yang pengkaji berikan kepada peserta kajian ialah ‘Nyatakan 3 nilai keagamaan yang diamalkan ke arah masyarakat harmoni’. Para peserta kajian menggunakan kad MeKar bagi menjawab soalan tersebut. Setelah itu, peserta kajian diedarkan dengan lembaran kerja bagi menguji kefahaman mereka. Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji sentiasa menguji peserta kajian pada setiap akhir sesi tindakan kerana EKNS ialah suatu nilai tambah yang perlu diterapkan secara berterusan dalam setiap PdPc Sejarah. Pengkaji sentiasa mencatat markah lembaran kerja yang diperoleh peserta kajian pada akhir setiap sesi tindakan. Tujuan pengkaji melakukan catatan tersebut adalah untuk menganalisis pencapaian peserta kajian secara menyeluruh dan berterusan. Setelah semua sesi tindakan selesai dijalankan, pengkaji mengadakan sesi ujian pos ke atas semua peserta kajian. Soalan yang terdapat pada ujian pos adalah sama seperti soalan praujian. Ujian ini adalah sangat penting bagi membuktikan objektif kajian yang pertama tercapai dengan jayanya. Tempoh masa yang diberikan kepada para peserta kajian untuk menjawab soalan pascaujian adalah selama satu jam. Selepas itu, dapatan ujian pos dianalisis. Jadual 6 menunjukkan hasil analisis ujian pos setelah kesemua lapan sesi tindakan dilaksanakan. Jadual 6 Analisis Markah, Peratus dan Gred Ujian Pos Murid Markah (20) Markah (%) Gred P1 15 75 B P2 18 90 A P3 15 75 B P4 18 90 A P5 17 85 A Analisis ujian pos menunjukkan P2 dan P3 mendapat markah yang tertinggi iaitu 90% diikuti oleh P5 dengan markah sebanyak 85%. Ketiga-tiga peserta kajian ini berjaya mendapatkan gred A dalam ujian pos ini. P1 dan P3 pula mendapat peratusan markah ujian pos yang sama iaitu 75% dan mendapat gred B. Dapatan yang diperoleh daripada ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat positif dalam kalangan
115 peserta kajian berbanding markah yang diperoleh mereka daripada praujian sebelumnya. Perbezaan markah antara ujian pos dan pascaujian ditunjukkan dalam Jadual 7. Jadual 7 Perbandingan Markah Praujian dan Ujian Pos Peserta Kajian Markah (%) +/- (%) Praujian Gred Ujian Pos Gred P1 30 D 75 B +45 P2 45 C 90 A +45 P3 20 D 75 B +55 P4 40 C 90 A +50 P5 10 E 85 A +75 MIN 29 D 83 A +54 Dapatan daripada perbandingan markah praujian dan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi dalam kalangan peserta kajian. Semasa praujian dijalankan, rata-rata peserta kajian berada di tahap yang sangat lemah berdasarkan kepada min yang ditunjukkan pada jadual di atas. P5 merupakan peserta kajian yang sangat lemah kerana mendapat gred E, manakala P1 dan P3 pula mendapat gred D. Hanya P2 dan P4 sahaja yang berpencapaian sederhana iaitu dengan mendapat gred C. Perkara ini normal kerana pengkaji belum memperkenalkan Kad MeKar pada peserta kajian semasa praujian dijalankan. Walau bagaimanapun, setelah pengkaji menggunakan Kad MeKar dalam kesemua lapan kali sesi tindakan, peserta kajian menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat ketara. Markah P1 dan P2 telah meningkat sebanyak 45%. P1 telah berjaya mengubah gred D yang diperoleh semasa praujian kepada gred B di ujian pos. Manakala, P2 sebagai peserta kajian yang paling konsisten pencapaiannya membuktikan bahawa beliau berjaya mendapat A dengan markah sebanyak 90% semasa ujian pos. Kemudian, P3 mengalami peningkatan sebanyak 55% semasa ujian pos dan telah mengubah gred daripada D (20%) kepada B (75%). P4 pula, mengalami peningkatan sebanyak 50% apabila berjaya mendapat markah 90% di ujian pos dan mengubah gred C kepada A. Peserta kajian yang paling menonjol ialah P5. Beliau telah menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat tinggi apabila berlaku peningkatan sebanyak 75% di antara praujian dan ujian pos. Semasa praujian dijalankan, P5 hanya mendapat 10% sahaja iaitu gred E. Walau bagaimanapun, P5 berjaya melonjakkan gred beliau ke A apabila mendapat markah sebanyak 85% di ujian pos. Kad MeKar ternyata berkesan bagi meningkatkan penguasaan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kalangan peserta kajian apabila min di antara praujian dan ujian pos menunjukkan perbezaan sebanyak 54%. Markah yang diperoleh peserta kajian semasa praujian tergolong lemah (D). Tetapi, setelah menggunakan Kad MeKar di setiap sesi tindakan, markah ujian pos peserta kajian telah berubah kepada kategori cemerlang (A). Untuk melihat dengan lebih jelas perbandingan markah di antara praujian dan ujian pos dengan lebih terperinci, sebuah graf perbandingan telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.
116 Rajah 7 Perbandingan Markah Praujian dan Ujian Pos Hasil ujian pos menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam kalangan peserta kajian. Rajah di atas membuktikan wujud perbezaan yang signifikan di antara praujian dan ujian pos. Hal ini disebabkan kerana peserta kajian telah diberikan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang berterusan semasa lapan kali sesi tindakan dan diberi pengukuhan tambahan melalui lembaran kerja di setiap akhir sesi tindakan. Oleh sebab itu, peningkatan prestasi yang sangat ketara berlaku dalam kalangan peserta kajian. Dalam erti kata lain, Kad MeKar telah berjaya meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Objektif Kajian 2: Meningkatkan Penglibatan Murid Sewaktu Pelaksanaan Elemen K Setelah Kad MeKar Digunakan Dalam PdPc Dan PdPR. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan disemak dengan kaedah temu bual. Hal ini bertujuan untuk membuktikan keabsahan data yang diperoleh melalui pemerhatian ialah boleh dipercayai. Justeru, peningkatan penglibatan peserta kajian semasa menggunakan Kad MeKar dapat dibukti dengan jelas. Pemerhatian dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada sesi Tindakan 1, sesi Tindakan 3 dan sesi Tindakan 5. Pemerhatian ini melibatkan satu orang pemerhati iaitu pengkaji sendiri. Dalam kajian ini, pengkaji membina sebuah senarai semak pemerhatian yang mengandungi tujuh item kesemuanya. Jadual 8, 9 dan 10 menunjukkan hasil analisis data pemerhatian bagi sesi Tindakan 1, sesi Tindakan 3 dan sesi Tindakan 5. Perbandingan Markah Praujian dan Ujian Pos
117 Jadual 8 Analisis Data Pemerhatian Sesi Tindakan 1 Pemerhati Item 1 2 3 4 5 6 7 Pengkaji 5 2 2 2 5 1 5 Min 5 2 2 2 5 1 5 Jadual 9 Analisis Data Pemerhatian Sesi Tindakan 3 Pemerhati Item 1 2 3 4 5 6 7 Pengkaji 5 5 4 4 5 3 5 Min 5 5 4 4 5 3 5 Jadual 10 Analisis Data Pemerhatian Sesi Tindakan 5 Pemerhati Item 1 2 3 4 5 6 7 Pengkaji 5 5 5 5 5 5 5 Min 5 5 5 5 5 5 5 Pada sesi tindakan 1, kesemua pemerhati bersetuju bahawa peserta kajian mendengar arahan pengkaji dengan teliti. Walau bagaimanapun, hanya terdapat dua orang peserta kajian sahaja yang mengekalkan kontak mata kepada pengkaji semasa penerangan diberikan. Semasa aktiviti dijalankan pula, hanya dua orang peserta kajian sahaja yang memberikan sepenuh tumpuan kepada aktiviti dan melibatkan diri secara aktif. Walau bagaimanapun, kesemua peserta kajian didapati menggunakan Kad MeKar dengan sepenuhnya sepanjang aktiviti berlangsung. Akan tetapi, hanya seorang peserta kajian sahaja yang didapati mengangkat tangan untuk bertanya soalan kepada pengkaji. Sungguhpun demikian, kesemua peserta kajian berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa sesi tindakan 5 pula, berlaku peningkatan penglibatan peserta kajian berdasarkan kepada peningkatan min berbanding pemerhatian yang dijalankan pada sesi tindakan 1. Semua pemerhati bersetuju bahawa para peserta kajian memenuhi syarat yang terdapat pada item 1. Berlaku peningkatan pada item 2 iaitu mengekalkan kontak mata dengan guru apabila empat orang peserta kajian menunjukkan tingkahlaku tersebut. Bagi item 3 dan 4, sebanyak empat orang peserta kajian didapati fokus dengan aktiviti yang dijalankan dan melibatkan diri dengan aktif. Kesemua peserta kajian menggunakan Kad MeKar dengan sepenuhnya sepanjang aktiviti berlangsung. Tambahan pula, berlaku peningkatan sebanyak tiga orang peserta kajian yang didapati menunjukkan tingkahlaku bagi item 6. Kesemua peserta kajian juga didapati menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pengkaji menggunakan Kad MeKar dengan sepenuhnya.
118 Pada sesi tindakan terakhir iaitu sesi tindakan 8, pemerhati mendapati semua peserta kajian menunjukkan tingkahlaku bagi setiap item dengan jayanya. Hal ini membuktikan bahawa berlaku peningkatan penglibatan yang positif dalam kalangan peserta kajian apabila min daripada data pemerhatian yang dianalisis meningkat daripada satu sesi ke satu sesi yang lain. Bagi melihat peningkatan penglibatan murid dengan lebih jelas lagi, Rajah 10 menunjukkan perbandingan penglibatan peserta kajian pemerhatian bagi Sesi Tindakan 1, Sesi Tindakan 5 dan Sesi Tindakan 8. Analisis ini diambil daripada ketigaketiga pemerhati bagi ketiga-ketiga sesi pemerhatian. Rajah 9 Perbandingan Penglibatan Peserta Kajian dalam Setiap Pemerhatian Berdasarkan kepada Rajah 9, pengkaji akan menghuraikan dapatan keseluruhan yang diperoleh daripada ketiga-tiga sesi pemerhatian yang telah dibuat. Item 1 (mendengar arahan guru), item 5 (menggunakan sepenuhnya bahan yang diberi) dan item 7 (menggunakan sepenuhnya bahan yang diberi) telah berjaya ditunjukkan oleh para peserta kajian dalam setiap sesi pemerhatian. Manakala, item 2 (mengekalkan kontak mata semasa guru memberi penerangan), item 3 (fokus semasa aktiviti berjalan) dan item 4 (melibatkan diri secara aktif) telah menunjukkan peningkatan positif dalam setiap sesi iaitu bermula dengan dua orang peserta kajian lalu meningkat kepada empat orang sehinggalah semua peserta kajian menunjukkan tingkah laku tersebut. Namun begitu, item 6 (mengangkat tangan semasa bertanya soalan kepada guru) agak sukar ditonjolkan oleh peserta kajian semasa awal sesi tindakan kerana mereka tidak dibiasakan dengan amalan mengangkat tangan sebelum bertanya soalan kepada pengkaji. Walau bagaimanapun, amalan tersebut telah berjaya diterapkan oleh pengkaji sepanjang sesi tindakan berjalan. Hasilnya, pada pemerhatian kali ketiga kesemua peserta kajian telah berjaya mengangkat tangan sebelum bertanya sebarang soalan kepada pengkaji. Peningkatan penglibatan peserta kajian daripada pemerhatian pertama sehinggalah pemerhatian yang ketiga dibuktikan melalui peningkatan min. Jadual 11 menunjukkan peningkatan min antara pemerhatian 1 sehingga pemerhatian 3.
119 Jadual 11 Analisis Min bagi Setiap Pemerhatian Pemerhatian Min Perubahan 1 3.1 - 2 4.4 1.3 3 5 0.6 Rajah 10 Perbandingan Min bagi Setiap Pemerhatian Bagi mengukuhkan lagi data yang diperoleh daripada pemerhatian, pengkaji telah menjalankan sesi temu bual bersama peserta kajian. Sesi temu bual tersebut telah pengkaji jalankan dalam dua sesi memandangkan kekangan masa dan keadaan yang berlaku di sekolah pada ketika itu. Temu bual yang pengkaji jalankan merupakan temu bual separa berstruktur iaitu protokol temu bual telah disediakan terlebih dahulu. Soalan susulan adalah berdasarkan kepada jawapan daripada peserta kajian. Sesi temu bual tersebut juga dirakam dalam bentuk audio dan video. Walau bagaimanapun, peserta kajian hanya dirakam dari sisi belakang sahaja dan wajah mereka tidak terlihat di dalam video. Setelah temu bual dijalankan, pengkaji melakukan transkripsi temu bual bagi kelimalima peserta kajian. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji mendapatkan data daripada temu bual yang dijalankan. Temu bual merupakan suatu data kualitatif yang perlu ditranskripkan untuk memudahkan proses menganalisis data. Berdasarkan kepada analisis temu bual, sebanyak empat orang peserta kajian mengatakan bahawa mereka suka akan mata pelajaran Sejarah. Kebanyakan daripada mereka mengatakan mata pelajaran Sejarah membuatkan mereka belajar tentang perkara yang sudah berlaku zaman dahulu.
120 “Sebab.. banyak, banyak benda yang boleh belajar dari masa dulu” (P2, B10) “Sebab, banyak yang kita boleh tau.. yang… zaman dulu-dulu.” (P5B12) Walau bagaimanapun, terdapat seorang peserta kajian yang menyatakan bahawa beliau langsung tidak meminati mata pelajaran Sejarah iaitu P1. Dalam transkripsi temubual bagi P1 pada baris ke 09 sehingga 27 (P1,B09–B27), P2 menjelaskan kepada pengkaji bahawa beliau tidak menyukai mata pelajaran Sejarah kerana sering membuatnya gagal dalam peperiksaan. Sehinggakan P1 kelihatan agak berputus asa berdasarkan jawapan yang diberikan kepada pengkaji. “Jawab apa pun memang susah” (P1, B25) Walau bagaimanapun, setelah pengkaji menggunakan Kad MeKar semasa sesi tindakan, persepsi P1 berubah terhadap mata pelajaran Sejarah. Semasa pengkaji bertanya kepada beliau sama ada beliau menyukai Kad MeKar atau tidak, P1 menyatakan bahawa beliau menyukai teknik tersebut sehinggakan mengubah persepsinya terhadap mata pelajaran tersebut. Dari segi penggunaan Kad MeKar pula, kesemua peserta kajian mengatakan bahawa mereka sangat suka menggunakan teknik tersebut. Peserta kajian boleh menghuraikan penggunaan Kad MeKar dengan sangat terperinci. Ini membuktikan bahawa kesemua peserta kajian tahu menggunakan Kad MeKar dalam aktiviti PdPc mereka. Sebagai contoh, P4 menceritakan penggunaan Kad MeKar kepada pengkaji melalui transkripsi berikut. Kemudian, kebanyakan daripada peserta kajian menyatakan kepada pengkaji bahawa penggunaan Kad MeKar membantu rakan lain untuk menjawab soalan yang diberikan semasa sesi tindakan berlangsung. Ada yang berpendapat bahawa Kad MeKar membolehkan mereka membantu rakan lain (P5, B23 dan P2, B33), ada juga yang berpendapat bahawa Kad MeKar telah membantu diri mereka sendiri (P1, B72). Di samping itu, penglibatan peserta kajian juga terbukti dengan jelas apabila mereka mengatakan bahawa penggunaan Kad MeKar semasa PdPc adalah menyeronokkan. Bahkan, jawapan yang diberikan oleh P3 dalam P3, B47 menjelaskan bahawa teknik Kad MeKar ini seolah-olah satu permainan. Seterusnya, kebanyakan daripada peserta kajian memberikan jawapan bahawa mereka memikirkan sendiri jawapan yang hendak ditulis dalam Kad MeKar. Perlakuan ini menunjukkan berlakunya proses pemikiran yang kritis dalam kalangan peserta kajian. Unsur ini dinamakan sebagai KBAT. KBAT merujuk kepada empat aras teratas taksonomi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Apabila peserta kajian menunjukkan kesungguhan untuk memikirkan jawapan yang tepat untuk ditulis semasa sesi tindakan berlangsung, ia merupakan bukti konkrit betapa peserta kajian itu melibatkan dirinya dengan sepenuhnya dalam aktiviti PdPc. Berdasarkan analisis-analisis transkripsi temu bual di atas, maka terbuktilah bahawa data yang menunjukkan wujudnya penglibatan murid semasa menggunakan Kad MeKar dalam PdPc adalah sahih. Sebagai contoh, pengkaji sama sekali tidak menyangka bahawa
121 Kad MeKar adalah suatu permainan di mata peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa penggunaan Kad MeKar dapat mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Peserta kajian juga boleh menghuraikan penggunaan Kad MeKar dengan lengkap dan peranan yang dimainkan oleh mereka untuk mendapatkan jawapan. 10.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengkaji merumuskan bahawa masalah yang dikenal pasti telah berjaya diatasi. Kajian ini juga telah memberi peluang kepada pengkaji untuk melihat sendiri peningkatan prestasi para peserta kajian daripada sederhana kepada cemerlang. Prestasi yang meningkat telah membuat pengkaji berasa gembira dan terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang berlangsungnya sesi rawatan. Pengkaji amat terkesan dengan kajian Tor (2014) yang menyatakan bahawa pemilihan teknik atau kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik dapat mengekalkan tumpuan, seterusnya meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan. Pengkaji percaya kesesuaian teknik yang digunakan pastinya membuahkan hasil yang mantap. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya ialah, pengkaji perlu menerangkan soalan tugasan dengan lebih jelas agar peserta kajian dapat memahami kehendak tugasan secara menyeluruh. Penggunaan Kad MeKar dalam PdPc mahupun PdPR Sejarah yang melibatkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik memberikan kesan yang sangat baik dalam aspek peningkatan prestasi murid. Oleh itu, Kad MeKar boleh diperluaskan juga kepada murid Tahun 6 agak lemah dalam penguasaan elemen tersebut. Bukan itu sahaja, Kad MeKar juga boleh diaplikasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang melibatkan pendidikan sivik serta aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid berfikir. Perkara ini secara tidak langsung boleh melatih murid dengan budaya berfikir untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, aplikasi Kad MeKar juga boleh disebarluaskan penggunaannya ke sekolah menengah. Kad MeKar sangat sesuai digunakan bagi menjawab soalan Bahagian C Sejarah KSSM.
122 RUJUKAN Bower, B. et al., (1994). “A New Approach to Teaching History in Diverse Classroom” dlm. Teaching Thinking ang Problem Solving. New Jersey: Addison Wesley’s publishing Group. Çağlar Kaya & Sinem Kaya. (2017). Prospective Teachers’ Educational Beliefs and Their Views about the Principles of Critical Pedagogy. Journal of Education and Learning; Vol. 6, No. 4; 2017 Eko Supriyadi. (2018). Penerapan Teori Konstruktivisme untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Materi Nilai Kebersamaan dalam Merumuskan Pancasila Pada Siswa Kelas IV SDN 4 Sumberagung, BRILIANT: Jurnal Riset dan Konseptual Volume 3 Nomor 1, Februari 2018 hlm 101-112. Freire, Paulo. (2001). Pedagogy of the Oppressed. Continuum International Publishing Group Ltd.; 30th edition. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 5. Pusat Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). The Action Research Planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press. Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh. (2015). Kompetensi Kewarganegaraan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial Negara. Siti Kisni Kisson. (2021). Memahami Kronologi dalam Pembelajaran Sejarah Menggunakan Model Pemikiran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 1, (page 151 - 158), 2021. DOI: https://doi. org/10.47405/mjssh.v6i1.643 Sitti Hasanah Bandu, Mohd Mahzan bin Awang & Abdul Razaq bin Ahmad. (2017). Penerapan Kompetensi Kewarganegaraan Melalui Pelaksanaan Pendidikan Sivik (Psk) Dan Kewarganegaraan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Malaysia. Seminar Serantau UKM. Tor Geok Hwa. (2014). Masalah Pembelajaran Sejarah: Suatu Kajian Tindakan. Kedah: Tesis Penyelidikan. Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia. Diakses pada 13 Mei 2021 di http://www.psbl.uum.edu/my/tesis/penyelidikan. print/2005/pdf
123 Twells, A. (2015). ‘More than gaining a mark’: Students as partners and co-producers in public history and community engagement. In D. Ludvigsson & A. Booth (Eds.), Enriching history teaching and learning, challenges, possibilities, practice (pp. 51- 66). Linköping University. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi. (2010). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Diakses daripada https://core.ac.uk/download/pdf/11785821.pdf Zahara Aziz. (1995). Keperluan penyesuaian strategi pengajaran kepada gaya pembelajaran murid untuk berfikir.
124 LAMPIRAN Gambar 1-4: Pengenalpastian masalah menerusi Analisis Dokumen.
125 LAMPIRAN Gambar 5: Idea awal pelaksanaan MeKar Gambar 7: Penghasilan Prototaip awal. Gambar 6: Lakaran kasar Kad MeKar Gambar 8: Templat yang telah dimurnikan dan diberbanyakkan.
126 Gambar 9-14: Pelaksanaan intervensi menggunakan Kad MeKar di dalam bilik darjah (Fasa 1- Fasa 4).
127 KIT KaKes 3.0 MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELAKSANAKAN KAJIAN KES SEJARAH DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT SEMASA PANDEMIK COVID-19 NORHATINI ABD HAMID SK Gelong, Kedah. [email protected] DR. SHARIFAH SHAFIE Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Kedah [email protected] ABSTRAK Pelbagai inisiatif dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid menguasai semua standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP) seterusnya mampu mencapai tahap penguasaan yang baik untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini membincangkan tentang isu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pelaksanaan kajian kes Sejarah dan tahap penguasaan murid menggunakan Kit KaKes 3.0 semasa pandemik COVID-19. Pelaksanaan kajian kes Sejarah merupakan salah satu proses pembelajaran untuk murid menguasai SK dan SP bagi tajuk yang dipilih. Selain itu, kajian kes merupakan satu komponen dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah yang wajib dilaksanakan sebagai pendedahan kepada murid sekolah rendah untuk mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Namun begitu, 19 orang murid kelas 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Gelong gagal untuk melaksanakan kajian kes Sejarah. Hasil tinjauan awal yang dilaksanakan melalui Google Form mendapati sebilangan besar murid tidak tahu untuk melaksanakan kajian kes Sejarah. Sebagai langkah untuk membantu murid 4 Bestari melaksanakan kajian kes Sejarah, saya telah membangunkan Kit KaKes 3.0 sebagai intervensi. Dapatan kajian mendapati berlaku perubahan yang sangat ketara terhadap kemahiran murid semasa melaksanakan kajian kes Sejarah. Dapatan juga menunjukkan murid Empat Bestari dapat mengikuti langkah demi langkah pelaksanaan kajian kes Sejarah melalui Kit KaKes 3.0 dengan bimbingan yang minimum daripada guru. Metodologi yang digunakan dalan kajian ini ialah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Tahap Penguasaan murid untuk tajuk Sejarah Sekolah juga meningkat dengan ketara setelah mereka berjaya melaksanakan kajian kes. Penggunaan Kit KaKes 3.0 sebagai salah satu bahan bantu mengajar secara dalam talian terbukti mendatangkan impak positif terhadap kemahiran murid melaksanakan kajian kes Sejarah dalam norma baru ini. Oleh yang demikian, saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang sama ada pembelajaran berlaku secara bersemuka atau PdPR. Kata kunci: kajian kes Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Kit KaKes 3.0, bahan bantu mengajar, tahap penguasaan
128 1.0 PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Gelong merupakan sebuah sekolah yang terletak di Mukim Gelong, Jitra, Kedah. Sekolah ini merupakan antara 58 buah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu, Kedah. Sekolah ini dikelilingi kawasan perkampungan dengan pemandangan sawah padi, ladang kelapa sawit dan kebun-kebun getah yang menghijau. Jumlah muridnya adalah seramai 245 orang murid termasuk murid prasekolah. Manakala tenaga pengajar pula seramai 25 orang. Terdapat sepuluh buah kelas dan satu kelas prasekolah. Sekolah ini ialah sekolah harian Gred A kategori luar bandar yang menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang interaktif dan bermakna dengan pelbagai infrastruktur seperti bilik Transformasi Sekolah 2025 (TS25), makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pusat Sumber, War Room dan bilik-bilik khas lain untuk memberi keselesaan kepada murid-murid sepanjang proses pembelajaran di sekolah. Semua murid sekolah ini berbangsa Melayu dengan pelbagai latar pekerjaan waris seperti petani, pesawah, penoreh dan penjawat awam. Walaupun sekolah ini terletak berdekatan dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), namun sekolah ini agak terpencil. Hal ini demikian kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Kampung Gelong. Oleh sebab lokasinya begitu, capaian internet di sekolah ini juga agak terhad dan sering terganggu. Sekolah ini mendapat perhatian yang mendalam kerana merupakan sekolah TS25 Kohort 4. Walau bagaimanapun, apabila analisis persekitaran dilakukan, terdapat beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan semua murid tidak tercicir terutamanya semasa pandemik COVID-19. Melalui analisis persekitaran yang telah dilakukan, didapati pihak sekolah harus meneliti beberapa perkara seperti masalah pembelajaran murid untuk memantapkan lagi imej sekolah ini. Ini kerana, bidang fokus pengajaran dan pembelajaran (PdP) dianggap penting untuk memastikan keberhasilan sekolah dapat dilihat dalam aspek kecemerlangan dan kemenjadian murid. Mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid Tahap ll dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2011. Ini bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal lagi agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah (KPM, 2018), seterusnya mendedahkan kepada para generasi bahawa pentingnya mempelajari Sejarah yang diharapkan akan dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar (Hasnah, 2010). Pendidikan Sejarah dalam sistem pendidikan formal di setiap negara adalah penting bagi pembinaan negara bangsa, khususnya mendidik golongan muda mengenai perjuangan golongan terdahulu untuk menjadikan negara mereka sebuah negara yang berjaya (Mohd Samsudin & Shahizan Shaharuddin, 2012). Pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik serta mempunyai semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia. Perkara ini menjadi satu cabaran bagi seorang guru Sejarah sekolah rendah yang perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang lebih menarik untuk membantu murid mempelajari Sejarah contohnya dengan melaksanakan kajian kes. Namun begitu, sebilangan besar murid gagal melaksanakan kajian kes ini terutamanya murid tahun 4. Mereka perlu dibantu dan dibimbing sepenuhnya supaya mereka dapat melaksanakan kajian kes Sejarah dengan langkah-langkah yang betul.
129 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pandemik COVID-19 ini telah banyak mengubah norma masyarakat bukan sahaja di seluruh dunia malah juga di Malaysia. Turut terkesan dengan pelaksanaan PKP ini ialah sistem pendidikan di negara kita. Ini kerana, sekolah turut ditutup semasa PKP. Penutupan sekolah akibat COVID-19 telah memberi satu impak yang sangat besar dalam sistem pendidikan negara kita. PdPc yang dulunya dilakukan secara bersemuka, kini terpaksa dilakukan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) iaitu sama ada secara dalam talian atau luar talian. Perubahan ini telah memberi satu cabaran baru buat guruguru di Malaysia. Guru-guru perlu memikirkan pendekatan PdPR yang terbaik untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Cara paling berkesan untuk berhubung dengan murid-murid semasa PdPR adalah pembelajaran secara dalam talian. Justeru itu, kekuatan teknologi menjadi titik asas dalam melaksanakan pembelajaran terhadap murid walaupun pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan (Mohd Rohiman et al., 2021). Semasa pembelajaran secara bersemuka, saya telah mengajar Tajuk 1 bagi mata pelajaran Sejarah tahun Empat iaitu Mari Belajar Sejarah untuk Standard Kandungan (SK) 1.3 Sejarah Sekolah. SK1.3 mengandungi empat Standard Pembelajaran (SP) iaitu 1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah, 1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah, 1.3.3 Menjelaskan sejarah sekolah dan1.3.4 Menghuraikan maklumat sekolah yang lengkap. Saya mula mengajar tajuk ini pada 5 April 2021. Saya hanya sempat menghabiskan SP1.3.1, 1.3.2 dan 1.3.3 tetapi tidak dapat menghabiskan SP 1.3.4 kerana PKP. Saya terpaksa melaksanakan PdPR untuk SP 1.3.4 semasa PKP. Saya meminta murid melaksanakan kajian kes untuk melengkapkan SK 1.3 bagi SP1.3.4. Saya telah menghebahkan kepada murid tentang pelaksanaan kajian kes Sejarah melalui aplikasi WhatsApp pada minggu pertama bermulanya PdPR. Murid diberi masa dua minggu untuk menyiapkan kajian kes mereka iaitu bermula 20 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021. Murid juga ditunjukkan contoh-contoh kajian kes melalui WhatsApp. Namun begitu, 19 orang murid kelas 4 Bestari tidak berjaya melaksanakan serta menghantar laporan kajian kes mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan pada jadual berikut. Jadual 1 Peratus Murid Empat Bestari Hantar Kajian Kes Sejarah Sebelum Kajian Dijalankan Bilangan Murid Bilangan Murid Hantar Bilangan Murid Tidak Hantar Peratus Murid Hantar(%) 19 0 19 0 Untuk mengenal pasti punca masalah ini, saya telah membuat satu tinjauan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form. Tinjauan pemahaman murid terhadap pelaksanaan kajian kes Sejarah ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut.
130 Jadual 2 Tinjauan Pemahaman Murid Terhadap Pelaksanaan Kajian Kes Sejarah Bil Nama Murid Ya Tidak Tidak Jawab Jumlah Murid 1 Saya faham penerangan guru tentang kajian kes. 16 1 2 19 2 Saya tahu tempoh pelaksanaan kajian kes. 17 0 2 19 3 Saya tahu cara melaksanakan kajian kes. 8 9 2 19 4 Saya boleh mendapatkan maklumat sekolah untuk kajian kes. 4 13 2 19 5 Saya sukar untuk mendapatkan kertas dan alat tulis untuk membuat laporan kajian kes. 11 6 2 19 6 Saya tidak berminat untuk melaksanakan kajian kes. 0 17 2 19 7 Saya akan melaksanakan kajian kes sekiranya tempoh pelaksanaan dilanjutkan. 17 0 2 19 Berdasarkan tinjauan tersebut, didapati 16 daripada 19 orang murid faham apa yang telah saya terangkan pada minggu pertama dan sedia maklum tentang tempoh masa yang diberi untuk pelaksanaan kajian kes ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti menyebabkan murid tidak dapat melaksanakan kajian kes. Terdapat sembilan orang murid tidak tahu cara untuk melaksanakan kajian kes, 13 orang murid tidak boleh mendapatkan maklumat sekolah untuk kajian kes, manakala 11 orang sukar mendapatkan bahan untuk membuat laporan kajian kes akibat PKP. Walau bagaimanapun, 17 orang murid telah menyatakan minat untuk melaksanakan kajian kes sekiranya tempoh pelaksanaan dilanjutkan. Selain itu, saya juga mendapati semua murid 4 Bestari tiada pendedahan untuk membuat kajian kes memandangkan tidak ada mata pelajaran lain yang memerlukan murid untuk melaksanakan kajian kes. Walaupun telah ditunjukkan contoh kajian kes Sejarah, murid masih gagal untuk menyiapkan kajian kes seperti yang diminta oleh guru. Murid masih tidak dapat berdikari untuk melakukan tugasan bersendirian atau berkumpulan memandangkan mereka baru melangkah ke tahap dua. Mereka juga tidak pernah menjalankan kajian kes sebelum ini. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, murid juga akan menghadapi kesukaran melaksanakan kajian kes untuk SP yang lain nanti kerana mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran melaksanakan kajian kes Sejarah. Pengalaman dan kemahiran melaksanakan kajian kes ini juga akan dapat digunakan semasa menjalankan kajian kes Sejarah apabila mereka di tahun 5 dan tahun 6. Walau bagaimanapun, murid-murid masih menunjukkan minat untuk melaksanakan kajian kes sekiranya tempoh masa kajian dilanjutkan. Kegagalan murid 4 Bestari melaksanakan kajian kes, bermakna mereka juga gagal melengkapkan SK1.3. Lantaran itu, semua murid 4 Bestari juga tidak dapat mencapai Tahap Penguasaan (TP) yang tinggi iaitu TP5 dan TP6 dalam Pentaksiran Bilik
131 Darjah (PBD) untuk tajuk ini kerana SP1.3.4 masih belum dipelajari. Jadual 3 berikut menunjukkan peratus pencapaian TP murid yang telah dilaksanakan semasa sesi PdPc secara bersemuka. Jadual 3 Peratus Murid 4 Bestari dalam Pencapaian TP bagi Tajuk Sejarah Sekolah Sebelum Kajian Dijalankan Pbd Bilangan Murid Peratus Murid (%) TP 1 0 0 TP 2 0 0 TP 3 4 21 TP 4 15 79 TP 5 0 0 TP 6 0 0 Jumlah 19 100 3.0 KERANGKA KONSEPTUAL Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Model yang mendasari kajian tindakan ini melibatkan beberapa kitaran. Pada kitaran pertama, saya telah melaksanakan proses pemerhatian ke atas perkara atau isu yang berlaku di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, perkara yang diperhatikan adalah berkaitan kelemahan murid melaksanakan kajian kes Sejarah dan pencapaian tahap penguasaan murid. Setelah melaksanakan pemerhatian dan mengenal pasti isu, langkah seterusnya adalah membuat refleksi kendiri tentang punca isu atau masalah yang berlaku dan membuat refleksi kendiri. Seterusnya, berdasarkan refleksi kendiri tersebut saya merancang intervensi yang akan dilaksanakan untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Selain itu, saya juga menetapkan objektif serta matlamat yang dihasratkan di samping menetapkan kaedah yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Langkah keempat adalah melaksanakan tindakan atau intervensi berdasarkan perancangan dan metodologi yang telah dirancang. Dalam kitaran kedua, langkah pertama yang dilakukan ialah saya membuat pemerhatian semula kepada data daripada tindakan yang telah dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada objektif telah tercapai atau tidak. Setelah memastikan objektif tercapai, langkah seterusnya adalah membuat laporan dan mengekalkan intervensi yang telah dilaksanakan. Sekiranya objektif tidak tercapai, pengkaji perlulah mengikuti langkah-langkah seterusnya dalam kitaran kedua dan seterusnya jika perlu. Model Kajian Tindakan yang diadaptasi daripada Kemmis dan McTaggart (1988) ditunjukkan dalam rajah 1.
132 Rajah 1 Model Kajian Tindakan Sumber : Diadaptasi daripada Kemmis dan McTaggart (1988) 4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang cara untuk meningkatkan kemahiran melaksanakan kajian kes Sejarah serta pencapaian murid kelas 4 Bestari menggunakan Kit KaKes 3.0 bagi tajuk Sejarah Sekolah. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: i) menilai kemahiran murid dalam melaksanakan Kajian Kes Sejarah; ii) menilai pencapaian tahap penguasaan murid bagi tajuk Sejarah Sekolah; dan iii) menilai keberkesanan penggunaan Kit KaKes 3.0 untuk membantu murid melaksanakan kajian kes Sejarah semasa PdPR. 6.0 PERSOALAN KAJIAN i) Adakah kemahiran murid melaksanakan kajian kes Sejarah dapat ditingkatkan? ii) Adakah pelaksanaan kajian kes Sejarah dapat meningkatkan Tahap Penguasaan murid? iii) Sejauh manakah Kit KaKes 3.0 dapat membantu meningkatkan kemahiran murid menjalankan kajian kes Sejarah semasa PdPR? 7.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa batasan iaitu penemuan perlu ditafsirkan dengan teliti dan mungkin tidak digeneralisasikan sepenuhnya. Pertama, skop penyelidikan hanya terhad kepada praktik di kelas saya sendiri. Sampel kajian ialah murid-murid kelas 4 Bestari, Sekolah Kebangsaan Gelong. Jumlah responden kajian ini adalah kecil iaitu melibatkan 19 orang murid tahun empat dari kelas saya yang mempunyai tahap pencapaian akademik pelbagai aras iaitu lemah, sederhana dan cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, masa adalah kekangan lain dalam kajian ini kerana ia hanya dilakukan dalam
133 masa dua minggu. Pembelajaran secara PdPR juga telah menimbulkan masalah kepada guru dan murid untuk berinteraksi secara maya. Adalah diharapkan agar pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian ini untuk jangka masa yang lebih lama serta dapat memberi bimbingan secara bersemuka agar dapatan data lebih holistik. 8.0 TINJAUAN LITERATUR Berdasarkan kepada isu yang dikaji, saya telah merujuk kepada teori Pendidikan Berasaskan Inkuiri Terbimbing yang diperkenalkan oleh Lawson (1995) yang dapat dikaitkan dengan intervensi yang saya gunakan untuk murid kelas saya. Lawson telah mencadangkan model Kitar Pembelajaran (learning cycle). Dalam kitar ini, tiga proses utama di dalam kitar pembelajaran iaitu; a) peringkat penerokaan (exploration), b) pengenalan terma (term introduction) dan c) aplikasi konsep (concept application). Semasa proses penerokaan, murid-murid akan dikemukakan persoalan-persoalan untuk meneroka isu-isu yang berkaitan dengan topik yang akan dipelajari. Guru memainkan peranan untuk membimbing murid melakukan pemerhatian, pengukuran dan merekod data. Pada tahap kedua iaitu pengenalan terma pula, murid akan diperkenalkan dengan pelbagai istilah dan konsep yang berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Guru memainkan peranan yang aktif di dalam membentangkan konsep. Tahap ini juga dikenali sebagai penemuan terbimbing (guided discovery). Pada tahap aplikasi konsep murid akan melalui proses mengaplikasikan konsep yang telah difahami ke dalam situasi lain yang mungkin berbeza (Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan, 2006). 8.1 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kemahiran Inkuiri merupakan kaedah PdP yang berpusatkan murid (KPM, 2018). Murid memainkan peranan secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan kaji siasat (KPM, 2018). Kemahiran inkuiri ini sangat sinonim dengan pelaksanaan kajian kes. Ini kerana, murid perlu mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan (KPM, 2018). Pembelajaran yang lebih bermakna dapat dibentuk di dalam kelas kerana murid dapat menyiasat sesuatu peristiwa sejarah dengan menggunakan sumber sejarah yang tertentu dan seterusnya dapat menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan dan bukannya sebagai mata pelajaran yang memerlukan penghafalan semata-mata (Dutt-Doner, 2015). Maka, guru-guru Sejarah perlu melaksanakan kaedah PdP berasaskan sumber sejarah di dalam kelas yang menyediakan peluang kepada murid untuk menganalisis sumber-sumber sejarah untuk mendapatkan tafsiran sesuatu peristiwa sejarah (Kaviza et al., 2018). Oleh itu, pembelajaran berasaskan inkuiri berupaya untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dengan meningkatkan penyertaan aktif dalam kalangan murid. Minat untuk membuat proses penyiasatan sejarah seperti seorang sejarawan tidak wujud secara semula jadi dalam kalangan murid sekiranya mereka tidak didedahkan dengan proses penyiasatan sejarah yang membolehkan mereka merasakan aktiviti penyiasatan tersebut adalah berfaedah dan secara tidak langsung dapat mendorong
134 untuk belajar mata pelajaran Sejarah dengan lebih baik (Kaviza, 2019). Inkuiri terbimbing difikirkan pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk membantu murid kelas Empat Bestari melaksanakan kajian kes Sejarah menggunakan bahan pengajaran berasaskan teknologi. Murid-murid saya perlu diberikan bimbingan asas bagi mencetuskan persoalanpersoalan dan merangsang mereka untuk terus membuat penerokaan dalam kajian kes Sejarah seiring dengan konsep inkuiri terbimbing. 9.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini ialah satu kajian yang mengikut langkah-langkah yang sistematik iaitu pemerhatian terhadap sikap murid dalam pelaksanaan kajian kes Sejarah, refleksi terhadap pemerhatian seterusnya membuat perancangan dan tindakan. Seterusnya membuat pemerhatian semula dan merefleksi semula. Responden yang dipilih merupakan murid tahun Empat Bestari Sekolah Kebangsaan Gelong. Semua responden kajian ini berumur 10 tahun. 42.2% responden lelaki manakala responden perempuan 57.8%. Semua responden berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Jadual 4 Bilangan Responden Mengikut Jantina Jantina Jumlah Peratus (%) Lelaki 8 42.2 Perempuan 11 57.8 Kajian ini melibatkan urutan langkah demi langkah bermula dengan mengenal pasti isu, seterusnya membuat pemerhatian dan membuat refleksi berdasarkan ikuiri kendiri itu tadi. Setelah itu, diteruskan dengan membuat perancangan intervensi Kit KaKes 3.0 yang dijana menggunakan slaid Powerpoint dan Google Slide. Kit KaKes 3.0 akan membantu murid menjalankan kajian kes secara dalam talian sepenuhnya. Murid boleh mengakses sendiri kit ini untuk membuat kajian kes Sejarah mereka. Seterusnya, kajian akan menunjukkan indikator atau petunjuk kejayaan intervensi menggunakan jadual dan graf sebelum dan selepas intervensi serta penilaian PBD murid. Kajian ini dijalankan selama dua minggu iaitu bermula 3 Jun 2021 hingga 17 Jun 2021. Kajian dijalankan sepenuhnya secara dalam talian di kediaman masing-masing. Setelah selesai intervensi dijalankan, kajian diteruskan dengan membuat pemerhatian semula dan membuat refleksi semula terhadap kejayaan atau kegagalan intervensi tersebut.
135 10.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti Jadual 5 berikut. Jadual 5 Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri Inkuiri kendiri Refleksi 1 Adakah murid berminat dengan subjek Sejarah? - Apakah pendekatan PdPc yang saya gunakan dapat menarik minat murid? - Bagaimanakah saya boleh menjadikan PdPc Sejarah sesuatu yang lebih menarik? - Apa yang saya perlu buat? - Siapakah yang boleh bantu saya? Murid kurang menunjukkan minat kerana subjek Sejarah baru bagi mereka. PdPc semasa pandemik COVID-19 ini menyebabkan pergerakan murid terhad untuk melakukan aktiviti yang lebih menarik dan menyebabkan murid cepat bosan. Saya perlu lebih fokus kepada aktiviti Fun Learning untuk menggalakkan murid mengambil bahagian ketika proses pembelajaran. Saya perlu merancang PdPc yang murid boleh jalankan dalam pergerakan yang terbatas. Saya akan meminta pendapat rakan-rakan sekerja semasa merancang PdPc supaya lebih menarik dan menyeronokkan. 2 Mengapakah PBD untuk tajuk ini tidak memberangsangkan? - Mengapakah tiga orang murid mendapat TP3? Apakah usaha mereka untuk faham tentang sejarah sekolah? - Mengapakah 15 orang murid mendapat TP4? - Apakah sikap muridmurid ini? - Bagaimanakah saya boleh tingkatkan TP PBD mereka? Standard Pembelajaran untuk tajuk Sejarah Sekolah tidak sempat dihabiskan secara bersemuka. Oleh itu, saya tidak dapat meletakkan TP yang lebih baik kepada murid. Murid hanya boleh diberi TP3 dan TP4 untuk tajuk Sejarah Sekolah. Tiga orang murid yang mendapat TP3 ialah murid yang kurang aktif semasa PdPc. Oleh sebab SP 1.3.4 tidak sempat diajar semasa PdPc bersemuka, murid tidak dapat capai TP5 dan TP6. Namun begitu, murid menunjukkan minat untuk mengetahui tentang maklumat dan sejarah sekolah tetapi mereka perlu dibimbing sepenuhnya untuk menguasai tajuk. Saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk melengkapkan SP1.3.4 semasa PdPR.
136 3 Mengapakah tiada seorang pun murid yang menghantar kajian kes? - Mengapakah murid tidak dapat menyiapkan kajian mereka? Mengapakah keadaan itu berlaku? - Apakah masalah yang timbul? - Bagaimanakah saya boleh membantu? Untuk mengenal pasti masalah tersebut, saya telah melakukan tinjauan awal melalui Google Form. Berdasarkan tinjauan tersebut, didapati murid faham apa yang telah saya terangkan pada minggu pertama dan tahu tempoh masa yang diberi untuk pelaksanaan kajian kes ini. Namun begitu, mereka tidak dapat melaksanakan kajian kes kerana sukar untuk mendapatkan bahan tentang maklumat sekolah dan sukar untuk mendapatkan kertas A4 untuk menulis laporan kajian kes. Saya dapati mereka masih tidak dapat berdikari untuk melakukan kajian kes bersendirian atau berkumpulan kerana mereka belum pernah melakukan kajian kes sebelum ini. Mereka tiada pengetahuan untuk melaksanakan kajian kes. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menyediakan satu alat atau kit PdP yang sesuai dan memudahkan murid untuk melaksanakan kajian kes secara dalam talian semasa PdPR. 4 Adakah murid faham dengan penerangan yang saya? - Adakah penerangan saya terlalu ringkas dan tidak menarik? - Apakah pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid? - Bagaimanakah saya boleh bantu mereka? Apa yang saya perlu buat? Saya dapati murid kurang berminat pada awalnya untuk melaksanakan kajian kes Sejarah. Mungkin berpunca daripada saya sendiri kerana memberi penerangan yang sangat ringkas kepada murid. Saya juga beranggapan semua murid boleh melaksanakan kajian kes pada awalnya, namun sebaliknya bagi mereka. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, saya perlu memberi penerangan semula menggunakan pendekatan yang lebih menarik. Saya juga perlu memberi dorongan dan semangat kepada murid untuk melaksanakan kajian kes. Selain itu, saya perlu memberi ganjaran mengikut kategori kepada murid yang dapat menghasilkan laporan kajian kes yang menarik dan kreatif. Saya juga perlu memberi bimbingan dengan pelbagai kaedah sepanjang kajian kes dilaksanakan melalui WhatsApp, Telegram, panggilan video, panggilan telefon dan Google Meet secara kumpulan atau individu.
137 5 Bagaimanakah kajian kes ini dapat dijalankan semasa PKP? Apakah murid dapat melaksanakan kajian kes semasa PKP? - Apakah cara terbaik untuk membolehkan murid saya menjalankan kajian dalam norma baru ini? - Bagaimanakah saya boleh bantu mereka? Saya perlu memikirkan kaedah yang membolehkan murid mengumpul bahan tentang sekolah walaupun mereka tidak dapat pergi ke lapangan. Bahan-bahan yang dikumpul akan dimuatkan dalam satu platform yang sesuai supaya murid dapat mengakses maklumat secara dalam talian. Saya akan membina satu kit PdP yang akan memuatkan semua maklumat penting yang boleh murid gunakan untuk melaksanakan kajian kes mereka. Selain itu, saya juga akan mengambil kira beberapa faktor seperti sesuai dengan usia murid, menarik, mudah diakses dan mesra maklumat. 10.1 Dapatan 1 Seterusnya adalah penerangan tentang pelaksanaan intervensi bagi menjawab objektif dan soalan kajian seperti berikut. i) Objektif Kajian 1 Menilai kemahiran murid dalam melaksanakan kajian kes Sejarah. Soalan Kajian 1 Adakah kemahiran murid melaksanakan kajian kes Sejarah dapat ditingkatkan? Pelaksanaan kajian kes Sejarah perlu mengikuti langkah-langkah pelaksanaannya yang betul seperti yang telah dicadangkan dalam DSKP Sejarah Tahun Empat edisi 2018. Berdasarkan dapatan, murid 4 Bestari telah mengikuti semua urutan langkah tersebut semasa melaksanakan kajian kes Sejarah. Rajah 2 berikut menunjukkan langkah-langkah yang telah diikuti oleh murid 4 Bestari semasa melaksanakan kajian kes tersebut. Rajah 2 Langkah-Langkah Pelaksanaan Kajian Kes
138 Tinjauan selepas intervensi dilaksanakan, jumlah murid yang melaksanakan kajian kes telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan sebelum intervensi. Seramai 17 daripada 19 orang murid berjaya melaksanakan kajian kes dan menghantar laporan kajian kes selepas intervensi berbanding tiada seorang pun yang melaksanakan kajian kes dan menghantar laporan kajian sebelum intervensi dijalankan. Perubahan ini ditunjukkan pada jadual jumlah murid yang hantar kajian kes seperti Jadual 6, Jadual 7 dan Rajah 3 berikut. Jadual 6 Jumlah Murid Hantar Kajian Kes Sebelum Intervensi Jumlah Murid Hantar Tidak Hantar Pembentangan 19 0 19 0 Jadual 7 Jumlah Murid Hantar Kajian Kes Selepas Intervensi Jumlah Murid Hantar Tidak Hantar Pembentangan 19 17 2 17 Rajah 3: Perbandingan Jumlah Murid Hantar Kajian Kes Sebelum dan Selepas Intervensi Terdapat perubahan yang sangat ketara terhadap jumlah murid yang telah menghantar kajian kes Sejarah setelah intervensi dijalankan. 17 orang murid telah menghantar kajian kes ke dalam Padlet yang disediakan. Setelah semakan dibuat di dalam Padlet, didapati murid dapat menulis kajian kes dengan format penulisan yang betul. Murid dapat menggunakan maklumat yang terdapat dalam Kit KaKeS 3.0 untuk memastikan format penulisan kajian mereka betul dan tepat. Seramai 17 orang murid menghantar laporan kajian kes Sejarah mereka dalam laman Padlet yang telah dijana oleh guru seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4 berikut.
139 Rajah 4 Padlet Kajian Kes Empat Bestari 2021 Murid juga telah berjaya membuat pembentangan secara Google Meet, panggilan video dan rakaman video. Murid dapat menghasilkan laporan kajian kes mengikut format yang betul. Melalui Kit KaKes 3.0 ini, murid berjaya mencari dan mengumpul maklumat tentang tajuk dengan bimbingan yang sedikit daripada guru. Buktinya, murid dapat mengenal pasti maklumat-maklumat penting tentang sekolah, mengakses maklumat yang betul dan tepat tentang sekolah serta menyusun maklumat sekolah mengikut kronologi. Dapatan ini telah menunjukkan bahawa kemahiran murid melaksanakan kajian kes Sejarah telah dapat ditingkatkan selepas intervensi dilaksanakan. Kemahiran inkuiri juga telah dapat dikuasai dengan baik semasa murid menjalankan kajian kes. ii) Objektif Kajian 2 Menilai pencapaian tahap penguasaan murid bagi tajuk Sejarah Sekolah. Soalan Kajian 2 Adakah pelaksanaan kajian kes Sejarah dapat meningkatkan Tahap Penguasaan murid? Setelah murid menghantar laporan kajian kes mereka, PBD murid 4 Bestari juga telah dikemas kini. Saya telah merekodkan PBD murid dalam satu senarai semak untuk tajuk Sejarah Sekolah. Senarai semak tersebut lengkap ditanda pada 17.06.2021 setelah kajian kes dilaksanakan serta selesai sesi pembentangan untuk SP1.3.4 semasa PdPR. SP 1.3.1, SP 1.3.2 dan SP 1.3.3 telah dilaksanakan semasa PdPc bersemuka iaitu sebelum PKP. Ini menunjukkan murid telah berjaya melengkapan semua standard pembelajaran untuk tajuk Sejarah Sekolah ini seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5 berikut.
140 Rajah 5 Senarai Semak PBD Murid untuk Tajuk Sejarah Sekolah Prestasi murid sangat memberangsangkan selepas intervensi dijalankan. Pentaksiran telah dibuat setelah murid selesai membuat pembentangan kajian kes masing-masing. Peratusan murid yang mendapat TP5 telah meningkat daripada 0% kepada 36.8%. Manakala murid yang mendapat TP6 meningkat daripada 0% kepada 53%. TP4 pula menurun daripada 21% kepada 10.5%. Dua orang murid yang mendapat TP3 ialah murid yang tidak melaksanakan kajian kes. Ini bermakna mereka tidak menghabiskan SP1.3.4 semasa PdPR. Tahap penguasaan murid telah meningkat dengan sangat ketara berbanding sebelum kajian dijalankan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 8, Jadual 9 dan Rajah 6 berikut. Jadual 8 Peratus PBD Sebelum Intervensi Dilaksanakan PBD Sebelum Kajian Bilangan Murid Peratus Murid (%) TP 1 0 0 TP 2 0 0 TP 3 4 21 TP 4 15 79 TP 5 0 0 TP 6 0 0 Jumlah 19 100
141 Jadual 9 Peratus PBD Selepas Intervensi Dilaksanakan PBD Selepas Kajian Bilangan Murid Peratus Murid (%) TP 1 0 0 TP 2 0 0 TP 3 2 10.5 TP 4 2 10.5 TP 5 7 36.8 TP 6 8 42.2 Jumlah 19 100 Rajah 6 Perbandingan Peratusan PBD Sebelum dan Selepas Intervensi Dilaksanakan Objektif PdP iaitu dapat menghuraikan dengan jelas maklumat-maklumat penting tentang sekolah iaitu nama dan alamat sekolah, lokasi sekolah, prasarana sekolah dan kejayaan sekolah yang menjadi kebanggaan warga sekolah juga dapat dicapai oleh murid. Semua maklumat yang terdapat di dalam Kit KaKeS 3.0 dapat disusun dengan baik oleh murid. Ini menunjukkan bahawa Kit KaKeS 3.0 telah membantu murid mempelajari SP 1.3.4 semasa melaksanakan kajian kes. Murid telah mempelajari semua standard pembelajaran untuk tajuk Sejarah Sekolah setelah intervensi dijalankan seterusnya berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid untuk tajuk ini.
142 iii) Objektif Kajian 3 Menilai keberkesanan penggunaan Kit KaKes 3.0 untuk membantu murid melaksanakan kajian kes Sejarah semasa PdPR. Soalan Kajian 3 Sejauh manakah Kit KaKes 3.0 dapat membantu meningkatkan kemahiran murid menjalankan kajian kes Sejarah semasa PdPR? Saya memperkenalkan Kit KaKes 3.0 sebagai intervensi untuk membantu murid-murid melaksanakan kajian kes sejarah dalam norma baharu. Kit KaKeS 3.0 merupakan satu reka bentuk digital yang mudah diakses oleh murid. Kit KaKes 3.0 yang dibina menggunakan PowerPoint Show dan Google Slide. Kit ini direka dengan menarik dan sesuai dengan tahap usia murid. Penggunaan bahan yang bersesuaian serta penyusunan maklumat tentang sekolah akan memudahkan murid untuk mengakses bahan sendiri. Kit ini boleh diakses menggunakan komputer riba atau telefon bimbit secara dalam talian atau luar talian. Kit KaKeS 3.0 ini memuatkan semua maklumat dan gambar Sekolah Kebangsaan Gelong yang disesuaikan dan selari dengan tajuk Sejarah Sekolah. Dengan kit ini, murid tidak perlu pergi ke lapangan untuk mendapatkan bahan kajian kes mereka. Murid mendapatkan Kit KaKes 3.0 dalam bentuk QR Code dan pautan yang diberi dalam Telegram kelas. Kit ini juga bersifat mesra pengguna kerana boleh diakses menggunakan komputer riba atau telefon bimbit secara dalam talian atau luar talian. Reka bentuk kit ini disesuaikan dengan tahap umur murid untuk menarik minat mereka meneroka kit ini. Penerokaan maklumat dalam kit ini diselarikan dengan kaedah inkuiri di mana murid telah melalui langkah-langkah pelaksanaan kajian kes mengikut kronologi bermula dengan pernyataan masalah, membuat sorotan kajian dengan mengumpul maklumat daripada kit ini. Setelah itu, murid akan menentukan objektif kajian, kaedah kajian, dan sumber rujukan yang sesuai untuk kajian mereka. Seterusnya murid menganalisis data dengan membuat perbandingan sumber yang telah diperoleh untuk menentukan kesahihan fakta daripada sumber tersebut. Akhir sekali murid membuat laporan kajian mengikut kreativiti mereka. Murid akan meneroka sendiri Kit KaKeS 3.0 ini dengan klik pada ruang yang disediakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kes mereka. Gambar-gambar berikut merupakan sebahagian isi kandungan yang terdapat di dalam Kit KaKes 3.0. Murid akan klik MULA untuk memulakan kajian kes
143 Murid perlu klik setiap kotak untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah Persembahan video tentang sekolah turut dimuatkan dalam Kit KaKes 3.0 Murid perlu imbas QR Code untuk mendapatkan bahan bergambar