MODUL PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
ASUHAN DAN PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
TINGKATAN 4
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
NOVEMBER 2019
i
ii
Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya.
iii
iv
Kandungan
RUKUN NEGARA vvii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
KATA PENGANTAR ix
PENGENALAN xi
MODUL 1 PERKHIDMATAN AWAL KANAK-KANAK DAN KERJAYA 4
13
1.1 Pengenalan kepada Bidang Asuhan dan Pendidikan Awal 27
Kanak-kanak
38
1.2 Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 47
1.3 Profesionalisme, Etika, Tugas serta Tanggungjawab Pendidik 59
dan Pengasuh TASKA 72
81
MODUL 2 AMALAN KESELAMATAN 91
101
2.1 Keselamatan Bayi dan Kanak-kanak di TASKA
2.2 Pertolongan Cemas 112
123
2.3 Pencegahan Kebakaran dan Rawatan Awal 135
143
MODUL 3 AMALAN KEBERSIHAN DAN PENJAGAAN
KESIHATAN
3.1 Kebersihan Diri Pengasuh dan Pendidik
3.2 Kebersihan Bayi dan Kanak-kanak
3.3 Penjagaan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak
3.4 Kebersihan TASKA
MODUL 4 PENJAGAAN RUTIN HARIAN KANAK-KANAK
4.1 Amalan Asuhan di TASKA
4.2 Bimbingan Urus Diri Kanak-Kanak
4.3 Pembentukan Tingkah Laku Positif
4.4 Kanak-kanak Berkeperluan Khas
v
MODUL 5 PENYEDIAAN MAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK
5.1 Makanan, Nutrien dan Fungsinya 160
169
5.2 Makanan Seimbang untuk Bayi dan Kanak-kanak 175
183
5.3 Perancangan Menu untuk Bayi dan Kanak-kanak 193
5.4 Penyediaan Makanan untuk Bayi dan Kanak-kanak 204
212
5.5 Adab Makan 221
227
MODUL 6 PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIO-EMOSI DAN
KEROHANIAN 233
6.1 Pengenalan kepada Perkembangan Sahsiah, Sosio- emosi dan
Kerohanian
6.2 Perkembangan Sahsiah, Sosio- emosi dan Kerohanian melalui
Nyanyian
6.3 Perkembangan Sahsiah, Sosio- emosi dan Kerohanian melalui
Main Peranan
6.4 Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian melalui
Pendidikan Kerohanian
6.5 Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian melalui
Lawatan
MODUL 7 PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN
LITERASI AWAL
7.1 Pengenalan kepada Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi 244
Awal 251
269
7.2 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui 279
Bercerita
7.3 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui
Membaca
7.4 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui
Menulis
RUJUKAN 287
PANEL PENGGUBAL DAN PENGHARGAAN 288
vi
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
KATA PENGANTAR
S yukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) dapat menerbitkan Modul Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan
terima kasih kepada penulis, penerbit, panel Jawatankuasa Kawal Mutu dan semua pihak
yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pegawai-pegawai dari
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) yang telah merealisasikan penerbitan
Modul MPV ini.
Dalam menangani hala tuju pendidikan negara serta pembangunan dunia
pendidikan hari ini, BPK berusaha menyediakan modul MPV sebagai satu dokumen yang
menjadi sumber rujukan utama guru MPV yang dapat memenuhi keperluan semasa dalam
bidang pendidikan kemahiran vokasional. Modul ini dibina bagi membantu murid
mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di samping
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta
produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Bagi merealisasikan
hasrat ini, modul MPV ini juga menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan.
BPK amat menghargai segala daya usaha yang telah digembleng untuk
menerbitkan modul ini. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program yang menyokong
dasar hendaklah dilaksanakan dengan kefahaman dan kerjasama yang kukuh daripada
semua pihak terutamanya warga pendidik. Semoga usaha murni ini dapat mencapai
objektif dan matlamat yang diharapkan. Besarlah harapan BPK agar modul ini menjadi
sumber rujukan dan panduan penting bagi menentukan garis utama hala tuju pendidikan
di Malaysia. Modul ini telah melalui beberapa proses pemeringkatan kawalan mutu demi
menjaga kualiti modul. Syabas kepada semua bahagian di KPM yang memberi komitmen
yang tinggi sehingga modul ini dapat dihasilkan dengan berkualiti.
Akhir kata, BPK merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua panel
dan semua pihak yang terlibat yang dilantik oleh KPM serta pegawai dari BSTP yang telah
merealisasikan penerbitan modul MPV.
ix
PENGENALAN
.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini disediakan untuk membantu murid
menguruskan pembelajaran dengan lebih berkesan. Modul ini juga memberi peluang
kepada murid untuk mencapai matlamat dan gaya pembelajaran terkini bagi
mendepani cabaran era revolusi 4.0 berfokuskan kepada pembelajaran abad 21.
Justeru modul ini mengintegrasi dan membudayakan kepelbagaian gaya
pembelajaran dengan mengambil kira minat dan keupayaan murid dalam memupuk
kemahiran yang difokuskan.
Bagi memenuhi matlamat pendidikan masa kini dan seiring dengan kurikulum
standard di Malaysia, maka modul ini dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaskiran (DSKP) Mata dan Vokasional (MPV) Asuhan dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak, bertujuan memberi garis panduan kepada guru,
merancang serta mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dengan
membawa amalan pedagogi ke peringkat yang lebih berkualiti.
Berdasarkan modul ini, guru berpeluang merancang aktiviti di dalam dan di luar bilik
darjah dengan mengambil kira Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi yang sesuai serta menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
untuk kegunaan murid bagi melancarkan proses PdP yang berkesan. Modul PdP
KSSM MPV Asuhan dan Pendiidkan Awal Kanak-kanak ini memberi peluang dan
keupayaan kepada murid untuk melaksanakan tugas dengan lebih kompeten, yakin
dan bertanggungjawab. Kandungan modul ini menyediakan murid dengan kemahiran
amalan penjagaan, pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar.
Justeru, adalah diharapkan hasrat yang terkandung dalam kurikulum MPV Asuhan
dan Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dapat ditafsir dan difahami dengan mendalam
serta dilaksanakan dengan baik oleh guru. Murid pula, sudah bersedia menghadapi
pendidikan kini yang lebih bersifat futuristik, serta mampu menghadapi kehidupan
masa hadapan berbekalkan ilmu dan kemahiran untuk menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.
xi
PERKHIDMATAN AWAL KANAK-KANAK
DAN KERJAYA
PENDAHULUAN
Modul ini memberi pengetahuan dan pendedahan kepada murid tentang bidang
Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak serta kepentingannya kepada kanak
kanak, ibu bapa, masyarakat dan negara. Murid akan mempelajari tentang akta
dan peraturan yang berkaitan dengan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
Seterusnya modul ini juga menyediakan maklumat untuk murid mengenal pasti
profesionalisme, etika, tugas dan tanggungjawab pendidik atau pengasuh TASKA
serta menilai keupayaan diri dalam bidang ini dengan tujuan untuk menyediakan
mereka menjadi modal insan yang berketerampilan dalam aspek pengetahuan,
kemahiran asas dan amalan nilai.
KANDUNGAN MODUL
UNIT 1.1: Pengenalan kepada Bidang Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
UNIT 1.2: Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak
UNIT 1.3: Profesionalisme, Etika, Tugas serta Tanggungjawab Pendidik dan
Pengasuh TASKA
3
Unit 1.1: PENGENALAN KEPADA BIDANG ASUHAN DAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
1.1.1 Mengenal peringkat umur bayi dan kanak-kanak di bawah bidang Asuhan
dan Pendidikan awal kanak-kanak.
1.1.2 Menyatakan perbezaan antara Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan
Taman Didikan Kanakkanak (TADIKA).
1.1.3 Menerangkan empat kategori TASKA yang sedang beroperasi dalam
negara.
1.1.4 Membandingkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kategori
TASKA.
1.1.5 Menghuraikan kepentingan perkhidmatan asuhan dan didikan awal
kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak, ibu bapa, masyarakat
dan negara.
1.1.6 Menghasilkan laporan lawatan ke TASKA mengikut format yang
disediakan.
PENGENALAN
Bidang Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan satu bidang
yang memberi fokus terhadap perkhidmatan yang diusahakan oleh orang
perseorangan, agensi atau pihak swasta untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Murid-murid yang bakal menjadi pendidik atau pengasuh dalam bidang ini perlu
memahami beberapa aspek penting berkaitan bidang Asuhan dan Didikan awal
kanak-kanak.
4
1. Peringkat umur bayi dan kanak-kanak mengikut dasar Asuhan
dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Rajah1.1: Peringkat Umur Kanak-Kanak
5
2. Perbezaan antara TASKA dan TADIKA
TASKA TADIKA
Umur Umur
menjaga kanak-kanak Pendidikan pra sekolah 4
bawah 4 tahun hingga 6 tahun
Menyediakan aktiviti atau Menyediakan aktiviti
program yang sesuai untuk pembelajaran berasaskan 6
tunjang termaktub dalam KSPK
kanak-kanak disamping
semakan 2017
penjagaan biasa.
Perkhidmatan disediakan Dijalankan di pusat penjagaan 10
perkhidmatan penjagaan atau lebih kanak-kanak.
sepanjang hari, separuh hari dan
mengikut jam.
0-1 tahun : 1-3 orang nisbah guru dan kanak-kanak
1-3 tahun : 1: 5 orang 2 : 25 orang
3-4 tahun :1: 10 orang
Dilatih dan disahkan dengan
pkeunrgsa3us-s4uKhtaAhhAeuKnnd:aK1ku:lar1sh0umsoAeransnugghhaandiri sekurang-kurangnya diploma dalam
Kanak-kanak bawah JKM dan
merujuk Akta Asuhan kana-k bidang Perguruan
kanak 1984
Rajah 1.2: Perbezaan antara TASKA dan TADIKA
6
3. Kategori TASKA mengikut dasar penubuhan TASKA
TASKA Institusi TASKA TASKA Komuniti TASKA di
Rumah
• Jumlah kanak- di Tempat • Jumlah kanak-
kanak melebihi Kerja kanak 10 orang • umur 4-9
10 orang dan atau lebih tahun kurang
didaftarkan • Jumlah kanak- inisiatif komuniti dari 10 orang
dibawah jabatan kanak 10 setempat dan dan dijalankan
kebajikan orang atau mendapat dalam
mayarakat dan lebih ditubuh bantuan kediaman
diusahakan oleh atas inisiatif kerajaan . sendiri
institusi swasta. majikan untuk didaftarkan
kebajikan sekyen 7
pekerja
Rajah 1.3: Empat Kategori TASKA
4. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kategori TASKA
i) Perkhidmatan kanak-kanak dikelolakan oleh JKM bagi memastikan
khidmat pemeliharaan ,perlindungan ,pemulihan dan pembangunan
kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.
ii) Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan perlindungan
kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis
penyalahgunaan, penyeksaan ,penderaan, diskriminasi dan eksplotasi .
iii) Pendidikan diberi penekanan kepada perkembangan sihat kanak-kanak
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosio-emosi serta
penerapan nilai sikap dan akhlak yang sesuai.
7
5. Kepentingan Perkhidmatan Asuhan dan Pendiidikan Awal Kanak-Kanak
KEPENTINGAN Kanak-Kanak
PERKHIDMATAN
- Memupuk personaliti
Negara
pembelajaran sepanjang
- Mengurangkan masalah hayat.
sosial. - Membantu
pembelajaran awal
- Melahirkan rakyat yang - Meningkatkan daya
cintakan perpaduan dan tumpuan
keharmonian negara.
- Memantapkan kemahiran
bersosial.
Masyarakat Ibu Bapa
- Melahirkan generasi - Memupuk semangat
yang peka terhadap kekeluargaan.
keselamatan kanak-
kanak. - Melibatkan ibu bapa
dalam pertumbuhan
- Melahirkan generasi perkembangan
yang pentingkan kanak-kanak.
pendidikan awal.
Rajah 1.4: Kepentingan Perkhidmatan Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
8
6 Contoh laporan lawatan ke TASKA mengikut format yang disediakan
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TASKA CERIA
Lawatan sambil belajar ke TASKA CERIA ini adalah aktiviti yang telah
dijalankan oleh KELAB MPV. Butir - butir program adalah seperti berikut:
Tempat Lawatan : TASKA CERIA
Tarikh : 1 ogos 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Anggota rombongan : 28 orang
1. Guru Pengiring
a) Puan Aini Binti Ahmad
b) Puan Mashitah Binti Muslim
c) Puan Ainur Mardhiah Binti Ali
2. Tujuan Lawatan
a) Membuat pemerhatian tentang pengurusan TASKA
b) Menghubungkait aktiviti di TASKA dengan aktiviti dalam kelas.
c) Mengenal pasti amalan terbaik yang dijalankan di TASKA.
d) Pembelajaran melalui pengalaman sendiri
3. Aktiviti Semasa Lawatan.
Kami tiba di TASKA CERIA pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas. Kami
diberi taklimat oleh pengurus TASKA yang telah ditugaskan.Selepas taklimat
kami dibawa melawat TASKA dan membuat pemerhatian aktiviti bersama
kanak-kanak. Selepas makan tengah hari , pertandingan mewarna dan
melukis diadakan mengikut kategori umur kanak-kanak.
4. Faedah Lawatan
a) Setiap anggota dapat melawat ke tempat yang belum pernah dilawati.
b) Dapat meluaskan pandangan dan memmuridi perkara yang baru.
c) Dapat menghubungkaitkan amalan terbaik TASKA yang dilawati dengan
pembelajaran di kelas.
5. Penutup
Setiap murid dan guru berpuas hati dengan lawatan yang dijalankan. Murid
dapat membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak TASKA dengan
kerjasama pengusaha TASKA dan kana- kkanak.
Laporan disediakan oleh ,
........................................
(Nama: )
Penyelaras Lawatan
9
Aktiviti:
1. Menyenaraikan perbezaan antara Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan
Taman Didikan kanak-kanak (TADIKA).
2. Menghuraikan kepentingan perkhidmatan asuhan dan didikan awal
kanak-kanak.
3. Menyediakan laporan lawatan ke TASKA mengikut format yang disediakan.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ...............................
Lawatan sambil belajar ke ............................. ini adalah aktiviti yang telah dijalankan
oleh ....................................... .Butir - butir program adalah seperti berikut:
Tempat Lawatan : .........................................................
Tarikh : .........................................................
Masa : .........................................................
Anggota rombongan : .........................................................
1. Guru Pengiring
a) ..............................................
b) ..............................................
2. Tujuan Lawatan
a) ............................................................................................................................
b) ............................................................................................................................
c) ............................................................................................................................
3. Aktiviti Semasa Lawatan
................................................................................................................................
................................................................................................................................
4. Faedah Lawatan
a) .............................................................................................................................
b) ..............................................................................................................................
c) ..............................................................................................................................
5. Penutup
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
Laporan disediakan oleh,
.......................................
(Nama: )
Penyelaras Lawatan
10
Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.
1. Nyatakan definisi kategori TASKA di bawah:
i) TASKA Institusi
.............................................................................................................................
.............................................................................................................................
ii) TASKA di Tempat Kerja
.............................................................................................................................
.............................................................................................................................
iii) TASKA Komuniti
.............................................................................................................................
.............................................................................................................................
iv) TASKA di Rumah
.............................................................................................................................
.............................................................................................................................
2. Senaraikan tiga peringkat umur mengikut Dasar Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak Kebangsaan 2008:
...................................................................
Peringkat Umur .................................................................
Kanak-kanak
........................................................
11
12
Unit 1.2: AKTA DAN PERATURAN TAMAN ASUHAN
KANAK-KANAK (TASKA)
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
1.2.1 Menamakan dasar, akta dan peraturan berkaitan dengan perkhidmatan
kanak-kanak yang sedang berkuatkuasa.
1.2.2 Menerangkan kepentingan penggubalan dasar, akta dan peraturan bagi
melindungi kanak-kanak.
1.2.3 Menjelaskan kandungan akta dan peraturan yang berkaitan taman asuhan
kanak-kanak.
1.2.4 Menghasilkan dokumentasi maklumat mengenai dasar, akta dan peraturan
TASKA dalam pelbagai bentuk media yang menarik dan kreatif.
PENGENALAN
Dasar, akta dan peraturan mengenai sesuatu perkara digubal bagi memastikan
perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan betul dan berkesan. Dasar, akta dan
peraturan bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan
sebagai panduan dan untuk dipatuhi oleh individu yang menceburi bidang Asuhan
pendidikan Awal terutama sekali kepada bakal pengusaha.
13
1. Definisi Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan 2008
Penerangan maksud dasar, akta dan peraturan adalah seperti berikut:
DASAR / POLISI • Dasar kenyataan am yang dibangunkan untuk
menjadi hala tuju atau penunjuk arah sesuatu
organisasi
AKTA • Akta Undang -undang tentang sesuatu hal
yang telah diluluskan oleh parlimen
PERATURAN • Peraturan disediakan oleh menteri yang telah
diberikan kuasa oleh akta bertujuan untuk
memberi penjelasan lebih terperinci tentang
akta
Rajah 1.5: Definisi Dasar,Akta Dan Peraturan
14
2. Kepentingan Pengubalan Dasar Akta Dan Peraturan Berkaitan
Kanak-kanak
Menggalakkan Meningkatkan Menyediakan
penglibatan ibu kesedaran pendidikan
bapa, kerajaan, asas bagi
pihak swasta, awam terhadap melahirkan
keperluan
NGO dan potensi insan
masyarakat memberikan yang seimbang
pendidikan awal
Mewujudkan kepada kanak-
kemudahan
infastruktur dan kanak.
persekitaran
pembelajaran KEPENTINGAN Menggalakkan
yang kondusif kanak-kanak
Membangunkan dibawah umur 4
kurikulum yang tahun mendapat
komprehensif bagi didikan yang
perkembangan
awal kanak-kanak berkualiti
secara
menyeluruh
Rajah 1.6: Kepentingan penggubalan Dasar,Akta dan Peraturan TASKA
3. Kandungan akta dan peraturan yang berkaitan Taman Asuhan
kanak-kanak
i) Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 pindaan 2007 (Akta 308)
Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat
perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang
berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan
Kanak-kanak (KAAK).
15
Jadual1.1: Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 pindaan 2007 (Akta 308)
Seksyen Huraian Seksyen
SEKSYEN 2 TASKA bermaksud mana-mana premis yang menempatkan
TAKSIRAN 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun lebih
daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan
upah.
SEKSYEN 5 4 Kategori:
(Kategori TASKA) Taska di institusi
Taska di tempat kerja
Taska di Komuniti
Taska di rumah
SEKSYEN 6 Larangan ke atas taman asuhan kanak yang tidak berdaftar
Semua TASKA wajib berdaftar dengan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) Kegagalan mendaftar merupakan
satu kesalahan.
SEKSYEN 7 Membuat permohonan pendaftaran Taska dengan Jabatan
(Pendaftaran) Kebajikan Masyarakat (JKM).
SEKSYEN 8 Syarat yang dikenakan:
(Terma dan Syarat) Had bilangan kanak-kanak.
Pekerja yang layak dan sesuai.
Taska hendaklah dilengkapkan dan disenggara dengan
secukupnya dan sesuainya.
Jadual aktiviti harian dan menu perlu diadakan.
Mematuhi syarat dan struktur bangunan, pencegahan api,
kesihatan dan kelselamtan serta syarat lain yang
diberikan oleh JPN.
SEKSYEN 12 Pembatalan pendaftaran boleh dibatalkan sekiranya berlaku apa-
(Pembatalan apa pelanggaran terhadap syarat yang dikenakan.
Pendaftaran)
Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa untuk masuk dan
SEKSYEN 14 memeriksa premis yang digunakan sebagai Taska.
(Kuasa Ketua Pengarah
dan Pegawai)
SEKSYEN 17 Mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah akta 308
(Kesalahandan Penalti) boleh dikenakan undang-undang.
16
ii) Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2011 (Akta 611)
Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi
Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangani oleh negara
Malaysia pada tahun 1995
Akta Kanak-Kanak 2001
Hak kanak-kanak untuk mendapat United Nation Convention on the
pendidikan yang berkualiti, mendapat Rights of the Child (UNCRC 1995).
penjagaan serta perlindungan
daripada ibu bapa/ penjaga atau Ditandatangani pada 28 Disember
negara daripada kemiskinan, 1994.
penderaan, pengabaian dan
eksploitasi dan hak untuk bersuara Mempunyai 54 perkara; kanak-kanak
memerlukan jagaan dan perlindungan
khas
Rajah1.7: Huraian Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2011(Akta 611)
17
iii) Akta Pendidikan 1996 pindaan 2002
Akta Pendidikan
• Pelaksanaan Pendidikan
wajib diperingkat rendah
2003 adalah pindaan
sebagai satu seksyen
29A. Melalui kandungan
akta Pendidikan 1996
dibawah Kurikulum
Prasekolah.
Rajah 1.8: Huraian Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2002
iv) Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991
Rajah1.9: Huraian Akta Simpanan Pekerja 1991
18
v) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
Akta Keselamatan Suatu Akta bagi
Sosial Pekerja mengadakan peruntukan
mengenai keselamatan
sosial dalam kontingensi
yang tertentu dan bagi
membuat peruntukan
mengenai beberapa
perkara lain yang
berkaitan dengannya.
Rajah 1.10: Huraian Akta Simpanan Pekerja 1969
vi) Akta Pekerjaan 1955
Akta Pekerjaan Merujuk kepada akta yang melihat hak-hak
1955 dan tanggungjawab majikan dan Pekerja.
Rajah 1.11: Huraian Akta Pekerja 1955
19
vii) Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012
PERATURAN 53 PERATURAN 54 PERATURAN 55
• Permohonan bagi • Perakuan Kursus Asuhan • Kecualian dan peralihan
kelulusan untuk dan Didikan Awal Kanak- pengusaha, pengurus,
menjalankan Kursus Kanak, Ketua Pengarah penyelia dan pengasuh
Asuhan dan Didikan JKMM akan mengeluarkan perlu hadir dan lulus
Awal Kanak-Kanak, Ketua sijil perakuan kepada kursus. Mereka yang
Pengarah JKMM boleh peserta yang hadir dan mempunyai sijil kursus
memberikan kelulusan lulus kursus. asas asuhan kanak-kanak
kepada agensi latihan diberi pengecualian
yang mematuhi syarat
dikenakan untuk
menjalankan kursus.
Rajah 1.12: Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012
20
4. Dokumentasi maklumat mengenai dasar, akta dan peraturan TASKA
i) Contoh Dokumentasi secara buku skrap
Contoh buku skrap
Maklumat mengenai dasar, akta dan peraturan dikumpul dengan
menyediakan buku skrap. Buku skrap disediakan secara individu.
ii) Contoh Dokumentasi menggunakan PowerPoint
Dalam kumpulan murid dikehendaki mengumpul maklumat
mengenai dasar, akta dan peraturan dan dipamerkan dalam
bentuk PowerPoint .
21
iii) Contoh Dokumentasi menggunakan Peta Minda
Dalam kumpulan murid dikehendaki mengumpul maklumat
mengenai dasar ,akta dan peraturan dalam bentuk peta minda
22
Aktiviti:
1. Menghasilkan dokumentasi maklumat mengenai dasar, akta dan
peraturan TASKA dalam pelbagai bentuk media yang menarik dan kreatif.
Contohnya buku skrap, PowerPoint dan peta minda.
2. Mengenal pasti Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan 2008 dan membuat pembentangan menggunakan TMK.
23
Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.
1. Nyatakan Akta berkaitan perkhidmatan kanak-kanak.
AKTA
2. Nyatakan Seksyen dalam Akta 308 yang berkaitan taman asuhan kanak-kanak
dengan melengkapkan peta pemikiran di bawah:
Seksyen dalam Seksyen 2: Tafsiran - TASKA bermaksud mana-mana
Akta 308 premis yang menempatkan 4 orang atau lebih daripada
satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan
upah.
Seksyen 5:
............................................................................................
............................................................................................
............................................................................................
Seksyen 6:
...........................................................................................
............................................................................................
............................................................................................
Seksyen 7:
............................................................................................
............................................................................................
............................................................................................
Seksyen 12:
.......................................................................................
............................................................................................
........................2..4..................................................................
3. Berikan maksud Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.
i) Peraturan 53
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
ii) Peraturan 54
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
iii) Peraturan 55
..................................................................................................................................
.................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
25
26
UNIT 1.3: PROFESIONALISME, ETIKA, TUGAS SERTA
TANGGUNGJAWAB PENDIDIK DAN PENGASUH
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
1.3.1 Menyenaraikan organisasi yang menawarkan pekerjaan dalam bidang
perkhidmatan awal kanak-kanak.
1.3.2 Menerangkan ciri seorang pendidik dan pengasuh TASKA yang
profesional.
1.3.3 Menerangkan etika sebagai pendidik dan pengasuh TASKA.
1.3.4 Menghuraikan tugas dan tanggungjawab pendidik atau pengasuh
berdasarkan maklumat temu bual yang dilaksanakan.
1.3.5 Menilai keupayaan diri untuk menjadi seorang pendidik atau pengasuh
dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
PENGENALAN
Profesionalisme dalam bidang asuhan dan Pendidikan awal kanak-kanak
bermakna sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang terdapat dalam diri
seseorang pendidik atau pengasuh yang mencerminkan kecekapan dan
kebolehannya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Profesionalisme
bergantung kepada pengalaman latar belakang dan latihan yang diperoleh oleh
seseorang. Setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang melayakkan
mereka menjadi seorang professional.
27
1. Organisasi Yang Menawarkan Pekerjaan Bidang Asuhan
Jabatan
Kerajaan
Pertubuhan Organisasi Jabatan
Sukarela yang Separa
Kerajaan
menawarkan
pekerjaan
Swasta
Rajah 1.13: Organisasi Menawarkan Pekerjaan Bidang Asuhan
2. Ciri seorang pendidik dan pengasuh TASKA yang profesional
i) Memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka.
ii) Memahami polisi, prosedur dan jangkaan yang akan dihadapi.
iii) Melayani semua kanak-kanak dan ibu bapa dengan hormat dan berbudi
bahasa.
iv) Mengamalkan sikap yang positif dalam hubungan dengan rakan
sekerja.
v) Terbuka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri.
vi) Berpersonaliti ceria dan penyayang.
vii) Bersikap adil dan jauh dari sikap pilih kasih.
viii) Penuh sikap simpati dan empati.
ix) Penuh kesabaran mendengar sebelum membuat keputusan.
x) Memahami perbezaan individu dan boleh menghormati perbezaan
individu.
28
3. Etika sebagai pendidik dan pengasuh TASKA.
i) Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh iltizam
ii) Menggalakkan perhubungan yang sihat di TASKA
iii) Proaktif dan bermotivasi tinggi bagi kemajuan diri untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengasuhan dan
Pendidikan awal kanak-kanak.
iv) Menyokong dasar, standard dan amalan di TASKA dengan adil
berdasarkan kepentingan kanak-kanak, keluarga dan komuniti.
v) Kerjasama dengan semua pihak semasa menjalankan tugas.
vi) Memberikan maklumat yang tepat pada ibu bapa dan pihak
pengurusan.
vii) Merujuk kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang
keputusan, terutama yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak
dan ibu bapa.
4. Tugas dan tanggungjawab pendidik atau pengasuh
Model
Penghibur Pendorong
Pemerhati
Pengajar Pemudah
cara
Pembimbing
Pemimpin Perancang
Penyelesaian
masalah
Rajah1.14: Tugas Seorang Pengasuh atau Pendidik
29
i) Tanggungjawab pendidik dan pengasuh
• Menggalakkan • Mendidik dan
• kerjasama guru- mengasuh
ibu bapa dan • Menjaga
masyarakat keselamatan
• Menjaga
perpaduan dan • Menunjukkan
keharmonian contoh teladan
antara kaum, yang baik
bangsa dan
negara • Bersikap adil
Masyarakat Kanak-kanak
Majikan Ibu bapa/
Keluarga
• Menjaga nama • Menjaga
baik majikan • hubungan sihat
• Menjaga kualiti dengan ibu
program bapa
• Melapor
• Menjaga perkembangan
perhubungan anak -anak
baik di antara • Menjaga
majikan dan ibu maklumat sulit
bapa kanak-kanak.
• Menghormati
ibu bapa
penjaga.
Rajah 1.15: Tanggungjawab Pendidik atau Pengasuh
30
5. Borang penilaian keupayaan dirI pendidik ataupengasuh
Jadual 1:1: Borang Penilaian Keupayaan Diri Pendidik atau Pengasuh
Bil. Ciri Dan Etika Seorang Pendidik Dan Tandakan Cadangan
Pengasuh TASKA yang Profesional
√/X /komen
1. Menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan dengan baik
Dapat melayani semua kanak-kanak dan ibu
2. bapa dengan hormat dan berbudi bahasa.
3. Dapat mengamalkan sikap yang positif
dalam hubungan dengan rakan sekerja.
4. Terbuka untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran diri.
5. Dapat menjalankan tugas dengan amanah
dan penuh iltizam
Dapat mengamalkan sikap bekerjasama
6. dengan semua pihak semasa menjalankan
tugas.
Proaktif dan bermotivasi tinggi bagi
7. kemajuan diri untuk meningkatkan
pengetahuan dalam bidang pengasuhan
dan Pendidikan awal kanak-kanak.
8. Berminat untuk mendalami bidang asuhan
kanak-kanak.
31
Aktiviti:
1. Menjalankan stimulasi melayan kanak-kanak dan ibu bapa semasa
menyambut ketibaan dengan mengamalkan ciri seorang pengasuh atau
pendidik.
2. Membuat pembentangan menggunakan peta minda// secara kumpulan.
tentang tugas dan tanggungjawab seorang pengasuh dan pendidik.
3. Menilai keupayaan diri dengan mengisi borang penilaian untuk menjadi
seorang pendidik atau pengasuh.
32
Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.
1. Nyatakan ciri seorang pendidik dan pengasuh TASKA yang professional.
Ciri
2. Nyatakan etika seorang pengasuh dan pendidik di TASKA.
Etika Pengasuh
33
3. Nyatakan tugas sebagai pengasuh/pendidikTASKA.
Tugas Pengasuh/
Pendidik
34
36