The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlibakarang, 2021-01-23 00:27:20

Modul MPV Tingkatan 4 APAK (FULL)

Nota Modul APAK KSSM Tingkatan 4

AMALAN KESELAMATAN

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pengetahuan dan pendedahan kepada murid tentang aspek
keselamatan kanak-kanak semasa di TASKA. Kanak-kanak adalah golongan
yang berisiko tinggi terdedah kepada kemalangan. Langkah-langkah
keselamatan perlu diambil oleh pihak TASKA untuk memastikan kanak-kanak
sihat dan selamat serta sentiasa berada dalam pengawasan orang dewasa.
Amalan keselamatan ini amat penting bagi menghindari kemalangan,
menyelamatkan nyawa dan harta benda.
KANDUNGAN MODUL
UNIT 2.1: Keselamatan Bayi dan Kanak-kanak di TASKA.
UNIT 2.2: Pertolongan Cemas.
UNIT 2.3: Pencegahan Kebakaran dan Rawatan Awal.

37

UNIT 2.1: KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
DI TASKA

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
2.1.1 Menyenaraikan punca kecederaan dan kemalangan dalam kalangan bayi

dan kanak-kanak.
2.1.2 Menerangkan kepentingan penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak

di TASKA.
2.1.3 Menjelaskan peranan pendidik atau pengasuh bagi memastikan

keselamatan bayi dan kanak-kanak di TASKA.
2.1.4 Menghuraikan persekitaran yang selamat di dalam dan di luar TASKA.
2.1.5 Menilai langkah dan peraturan keselamatan bertulis di TASKA.
2.1.6 Menjana idea bagi menambah baik amalan penjagaan keselamatan bayi

dan kanak-kanak di TASKA.

PENGENALAN
TASKA adalah sebuah premis yang telah mendapat perakuan dari Agensi
Penguatkuasaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjaga,
mengasuh dan mendidik kanak-kanak dengan sebaik mungkin. TASKA yang baik
dan berkualiti ialah TASKA yang menitikberatkan aspek asuhan dan didikan serta
menekankan aspek keselamatan di premis.

38

1. Punca kecederaan dan kemalangan dalam kalangan bayi dan kanak-
kanak

Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan. Kecederaan adalah
antara punca utama kematian kanak-kanak bawah umur 14 tahun
di Malaysia. Situasi yang mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan
adalah keadaan di dalam dan di luar rumah. Kanak-kanak berusia di bawah
umur 4 tahun mempunyai risiko tertinggi mengalami kecederaan di dalam
rumah ataupun di TASKA.

i) Punca Kemalangan di TASKA

2 Kecuaian

1 Peralatan - Sikap tidak berhati-
hati boleh
bahaya menyebabkan
kecederaan dan
Benda-benda yang tajam kemalangan.
dan berbahaya seperti
peralatan dapur dan - Benda-benda
berkebun boleh yang boleh
menyebabkan kecederaan membahayakan
kepada kanak-kanak. kanak-kanak
seperti benda
3 Sifat Kanak-kanak tajam, bahan
beracun, ubat-
- Kanak-kanak suka mencuba ubatan, peralatan
dan menerokai perkara yang elektrik dan
baharu. benda-benda
panas tidak
- Biasanya kanak-kanak berumur disimpan di
bawah 6 tahun tidak berupaya tempat yang
berfikir seperti orang dewasa. selamat.
Pemikiran kanak-kanak ini
masih belum matang. Kanak- .
kanak akan bertindak mengikut
naluri dan perasaan.

Rajah 2.1: Punca Kecederaan dan Kemalangan di TASKA

39

ii) Alatan dan bahan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada
kanak-kanak

Peralatan Barang permainan
makanan
yang kotor Menyebabkan
dan Berkarat kanak-kanak tertelan
dan tercekik
Menyebabkan
berlakunya keracunan Bahan
kepada kanak-kanak. bertoksik pada

Alatan berbucu alat mainan
tajam
Menyebabkan
Mencederakan kanak-kanak
anggota badan tercekik dan
kanak-kanak tertelan bahan
sekiranya mereka tersebut
terlanggar
Susun atur
perabot

Menghalang laluan
kanak-kanak dan
menyebabkan
kecederaan.

Rajah 2.2: Alatan Dan Bahan Yang Boleh Mengakibatkan Kecederaan

2. Kepentingan penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak
di TASKA

i) Mengurangkan risiko kematian.
ii) Menyelamatkan nyawa kanak-kanak.
iii) Mengelakkan kecacatan kekal pada bayi dan kanak-kanak.
iv) Memberi bantuan awal jika berlaku kemalangan dan kecederaan.

40

3. Peranan pendidik atau pengasuh bagi memastikan keselamatan bayi
dan kanak-kanak di TASKA

Bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak, pendidik atau
pengasuh hendaklah:

i) Membaca cerita, nyanyian, perbincangan, tunjukkan cara dan role
model sebagai salah satu cara berkesan mengajar konsep
keselamatan.

ii) Amalan rutin yang konsisten dilakukan setiap hari. Contohnya,
menyemak kehadiran semasa ketibaan dan kepulangan kanak-
kanak.

iii) Memastikan jumlah kanak-kanak mencukupi sebelum pergi dan
ketika pulang setiap kali menjalankan aktiviti luar kelas atau lawatan.

iv) Menerapkan amalan menjaga keselamatan diri dalam kehidupan
harian contohnya:
(a) mengelap air yang tumpah di atas lantai.
(b) memakai dan mengikat tali kasut dengan sempurna.
(c) menolak kerusi ke dalam meja selepas digunakan.
(d) berjalan dan tidak berlari dalam kelas.
(e) duduk di atas kerusi dengan tertib dan sopan.

4. Persekitaran yang selamat di dalam dan di luar TASKA

i) Persekitaran yang selamat dalam TASKA:

(a) Ruang dalam TASKA mesti disusun supaya ada sudut dan jenis
aktiviti yang berbeza.

(b) Susun atur perabot sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
(c) Ruang makan perlu bersih, selamat dan bebas daripada bahan

atau racun yang berbahaya.
(d) Bilik tidur hendaklah sentiasa bersih dan selesa untuk kanak-

kanak. Peralatan bilik tidur yang digunakan mestilah mengikut ciri
bilik tidur kanak-kanak.
(e) Pengurusan keselamatan dalam TASKA seperti keadaan lantai,
pencahayaan dan pengudaraan yang selamat untuk kanak-
kanak.
(f) Pemilihan, pengurusan dan penyimpanan alat permainan yang
selamat.
(g) Pemilihan, pengurusan dan penyimpanan bahan-bahan
berbahaya seperti bahan pencuci, alatan elektrik dan alatan
tajam.

41

ii) Persekitaran yang selamat di luar TASKA adalah:
(a) Kawasan persekitaran aktiviti di luar TASKA perlu bebas daripada
segala faktor yang boleh mendatangkan kemudaratan atau kecederaan
kepada aspek perkembangan kanak-kanak.
(b) Pengurusan alat permainan luar mengikut cara ia digunakan.
Contohnya, papan gelongsor tidak boleh diletakkan berhampiran buaian
kerana ia mengganggu pergerakan kanak-kanak. Ini akan
menyebabkan berlakunya kemalangan.
(c) Memastikan kawasan persekitaran luar taska sentiasa bersih dan
selamat. Contohnya, longkang-longkang ditutup dan dibersihkan bagi
menjaga keselamatan kanak-kanak.
(d) Tempat-tempat permainan luar seperti tempat bermain pasir dan air
sentiasa diselia.

iii) Langkah dan peraturan keselamatan yang perlu diberi
perhatian adalah:
(a) Peraturan keselamatan berasaskan kepada standard amalan
keselamatan dan peraturan perlesenan yang mengambil kira umur dan
perkembangan kanak-kanak.
(b) Peraturan keselamatan perlulah mengambil kira keperluan kanak-kaank
mengikut umur.
(c) Memastikan keselamatan mereka diawasi dan dilindungi setiap masa
dengan rapi oleh pendidik /pengasuh.
(d) Peraturan keselamatan boleh disediakan dalam bentuk senarai semak,
garis panduan, laporan dan strategi bagi menghadapi risiko
keselamatan.

iv) Amalan penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak di TASKA.
(a) Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui.
(b) Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
(c) Pengesan asap (Smoke detecter) sebagai langkah apabila berlaku
kebakaran.
(d) Pagar perlu memiliki pagar keselamatan.
(e) Pemasangan CCTV pada kawasan tertentu di TASKA.
(f) Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup.
(g) Peralatan dan perkakasan dibekalkan oleh pembekal yang berdaftar.
(h) Keselamatan lokasi TASKA:
 Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar
masuk.
 Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik, hospital
dan balai polis.
 Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan
daripada agensi berkenaan untuk beroperasi.

42

Aktiviti:
1. Anda bercadang untuk menyediakan ruang persekitaran selamat di dalam
dan luar TASKA bagi bayi dan kanak-kanak.
i) Tulis langkah dan peraturan keselamatan di TASKA secara kreatif.
ii) Sediakan senarai semak untuk menilai langkah dan peraturan
keselamatan di TASKA.

43

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.
1. Senaraikan lima jenis kecederaan dan kemalangan yang biasa dihadapi kanak-

kanak.

2. Nyatakan tiga punca kemalangan kanak-kanak d TASKA.

Punca
Kemalangan
Kanak-kanak

44

3. Senaraikan tiga punca kecederaan berikut berlaku.
i) Melecur
..........................................................................................................
ii) Luka
...........................................................................................................
iii) Tercekik
..........................................................................................................

4. Terangkan kepentingan penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak.

KEPENTINGAN
PENJAGAAN KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK

45

4. Nyatakan tiga tindakan pendidik atau pengasuh bagi memastikan keselamatan
bayi dan kanak-kanak di TASKA terjamin.
i)………………………………………………………………………………...
ii)………………………………………………………………………………...
iii)………………………………………………………………………………...

46

UNIT 2.2: PERTOLONGAN CEMAS

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:

2.2.1 Menyatakan tujuan pertolongan cemas.

2.2.2 Mengenal pasti kandungan Peti Pertolongan Cemas, kegunaan serta
keperluan kuantitinya.

2.2.3 Menunjuk cara rawatan awal yang betul bagi insiden:
i) Sesak nafas
ii) Tersedak susu
iii) Tercekik benda asing
iv) Hidung berdarah
v) Terkena gigitan haiwan dan serangga
vi) Digigit kanak-kanak lain
vii) Membersih luka dan membalut luka
viii) Benjol dan rawatan tuam atau demah
ix) Terseliuh, patah dan pemakaian anduh
x) Terkena benda panas
xi) Terkena renjatan elektrik
xii) Lemas

2.2.4 Menghasilkan dokumentasi maklumat cara memberi pertolongan cemas dan
rawatan awal dalam bentuk media yang kreatif

PENGENALAN

Pertolongan cemas adalah perhatian serta merta dan bantuan awal yang diberikan
kepada seseorang yang cedera atau sakit secara tiba-tiba. Tindakan ini meliputi
pemberian rawatan kecemasan dengan kemudahan atau bahan yang ada mengikut
prosedur. Pertolongan cemas diberikan untuk membantu pesakit supaya berada
dalam keadaan terkawal, selesa dan tenang sebelum rawatan perubatan dilakukan.

47

1. Pertolongan Cemas
i) Objektif Pertolongan Cemas

Selamatkan nyawa

Beri pertolongan awal

Elakkan keadaan pesakit menjadi lebih serius

Beri bantuan pemulihan

Kurangkan kesakitan & penderitaan

Rajah 2.3: Objektif Pertolongan Cemas
ii) Garis Panduan Untuk Memberi Rawatan Kecemasan
Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum
memberikan rawatan

Guna sarung tangan semasa memberi rawatan

Jika terdapat luka, balut luka anda dengan
pembalut kalis air sebelum memberi rawatan.

Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda
tajam

Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa
biohazard
Rajah 2.4: Garis Panduan Rawatan Kecemasan

48

2. Mengenal pasti kandungan Kit Pertolongan Cemas, kegunaan serta
keperluan kuantitinya

Rajah 2.5: Kit Pertolongan Cemas dan kandungannya
Kit Pertolongan Cemas
i) Peti pertolongan cemas merupakan sebuah bekas yang mengandungi

peralatan dan bahan yang diperlukan untuk merawat kecederaan ringan. Ia
perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai supaya dapat digunakan
semasa kecemasan.
ii) Kandungan peti pertolongan cemas perlu disemak mengikut jadual supaya
dapat mengesan bahan rawatan yang mungkin telah luput tarikh
penggunaannya dan menggantikan bahan yang telah habis guna.
iii) Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak telah menetapkan
sekurang-kurangnya sebuah peti pertolongan cemas (first aid kit) perlu berada
di TASKA sebagaimana yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia
(JKM).
iv) Setiap peti pertolongan cemas mesti:
 mengandungi peralatan yang tidak lupus (unexpired equipments)
 sentiasa memuaskan penjagaan peralatannya
 diletakkan pada tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-

kanak

49

Bahan dan Alatan dalam Peti Pertolongan Cemas

Kain Kasa Pita Pelekat Kain Pembalut

Kapas Sarung Tangan Plastik Buku Panduan
Pertolongan Cemas

Pelekat Luka Pin Penyelamat Kain Anduh

Forcep Gunting Krim Antiseptik

Ubat Pencuci Termometer Minyak Urut
50

Jadual 2.1: Kandungan Serta Kegunaan Ubat dan Alatan Di Dalam Kit
Pertolongan Cemas

Bil. Ubat/Alatan Kegunaan
1. Forcep
Menyepit
2. Tape Pelekat Melekat

3. Gunting Memotong

4. Dettol Mencuci luka

5. Krim antiseptik Merawat luka

6. Plaster Membalut luka

7. Termometer Menyukat suhu badan

8. Minyak urut Mengurut kekejangan otot

9. Kain anduh Menyokong patah

10. Pelekat Luka Membalut luka kecil

11. Kapas Mencuci luka / Menyapu ubat pada luka

12. Sarung tangan Menjaga kebersihan semasa merawat
plastik Mengampu lengan yang patah atau terseliuh

13. Kain anduh

14. Kain pembalut Membalut luka atau anggota yang terseliuh

15. Buku panduan Panduan merawat kecederaan ringan
pertolongan cemas

51

3. Cara Rawatan Awal Bagi Kemalangan Kecil di TASKA

Jenis Kecederaan Rawatan
i) Luka
(a) Bersihkan kawasan luka dengan air yang bersih.
(b) Buah bendasing jika ada tertusuk di dalam luka.
(c) Tekap dengan kain bersih.
(d) Balut bahagian yang terluka dengan kemas.
(e) Sekiranya luka dalam dan darah tidak berhenti

dapatkan rawatan doktor.

ii) Sesak nafas (a) Periksa dan bersihkan mulut dan hidung supaya
tak tersumbat.

(b) Dongak kepalanya untuk membuka saluran
pernafasan.

(c) Jika bernafas, betulkan kedudukan sama ada
duduk atau baring mengiring.

(d) Jika tidak bernafas, buat resusitasi pernafasan
mulut ke mulut dan tekankan luar dada.

iii) Tersedak susu (a) Letakkan muka bayi atau kanak-kanak ke bawah
di atas lutut secara meniarap.

(b) Tepuk beberapa kali, sehingga benda cair keluar
dari mulut bayi.

(c) Tunggu sehingga bayi atau kanak-kanak respon
atau menangis seperti biasa.

(d) Sekiranya berlanjutan, bawa bayi dan kanak-
kanak ke hospital.

iv) Terkena gigitan (a) Tenangkan kanak-kanak.
haiwan dan serangga (b) Jauhkan mangsa daripada kanak-kanak lain.
(c) Cuci bahagian luka dengan sabun dan air.
(e) Keringkan bahagian luka dengan tuala bersih.
(f) Tuam bahagian gigitan dengan ais.
(f) Sekiranya berlanjutan, bawa bayi dan kanak-

kanak ke hospital.

52

Jenis Kecederaan Rawatan

v) Tercekik benda asing (a) Letakkan kanak-kanak di atas paha.
(b) Tepuk ke bawah di antara tulang belikat selama
lima kali.
(c) Periksa dan buang bahan yang menyebabkan
kanak-kanak tercekik.
(d) Jika tepukan tidak berhasil, buat tekanan
abdomen sehinga makanan yang tersumbat
keluar.
(e) Jika berterusan dapatkan rawatan pakar.

vi) Hidung berdarah (a) Minta kanak-kanak duduk dan menundukkan
kepala supaya darah dapat mengalir dari hidung.

(b) Picit bahagian yang lembut pada hidung.
(c) Arahkan kanak-kanak bernafas menerusi

mulutnya
(d) Biarkan kanak-kanak berehat
(e) Dapatkan rawatan doktor sekiranya berlarutan.

vii) Benjol (a) Jauhkan kanak-kanak daripada kanak-kanak
viii) Lemas lain

(b) Periksa keadaan kanak-kanak
(c) Tuam bahagian anggota yang bengkak dan

kemerahan mengunakan pek ais
(d) Biarkan kanak-kanak berehat dan tidur
(e) Hantar ke klinik jika kanak-kanak tidak aktif

dan muntah-muntah.

(a) Bersihkan mulut mangsa daripada benda-
benda yang mungkin menghalang
pernafasan

(b) Berikan bantuan pernafasan (CPR).
(c) Periksa pernafasan dan denyutan nadi
(d) Baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan

untuk pernafsan yang lebih sempurna.
(e) Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika

keadaannya tidak memuaskan.

53

Jenis Kecederaan Rawatan

ix) Terseliuh atau patah (a) Cuba hentikan pendarahan dan balut/tutup
dengan kain bersih.

(b) Elakkan pergerakkan terutamanya pada
bahagian yang disyaki patah.

(c) Ampu bahagian yang patah untuk
mengurangkan kesakitan.

(d) Pakaikan anduh menggunakan bahan yang
keras dan kuat (seperti kayu atau
suratkhabar).

(e) Segera dapatkan rawatan perubatan.

x) Terkena benda panas (a) Alirkan air pada anggota yang tercedera
sekurang-kurangnya 20 minit.

(b) Tuam dengan tuala sejuk untuk melegakan
kesakitan.

(c) Sapukan ubat antiseptik dan balutkan
dengan non-stick bandage secara longgar.

(d) Jangan sesekali pecahkan gelembung bagi
mengelakkan jangkitan yang lebih teruk.

xi) Terkena renjatan (a) Segera matikan bekalan arus elektif.
elektrik (b) Gunakan bahan bukan pengalir untuk

mengalihkan pengalir yang masih hidup.
(c) Alihkan mangsa dari kawasan bahaya.
(d) Jika perlu, berikan rawatan yang sesuai.
(e) Segera dapatkan rawatan perubatan.

54

4. Dokumentasi maklumat cara memberi pertolongan cemas dan rawatan
awal dalam bentuk media yang kreatif

Carta
Bergambar

Pamplet Buku skrap

Dokumentasi
Maklumat

Risalah PowerPoint

Brosur Booklet

Rajah 2.5: Dokumentasi Maklumat dalam Bentuk Media Kreatif

55

Aktiviti:
1. Periksa isi kandungan Kit Pertolongan Cemas di kelas anda.

Senaraikan bahan dan alat yang terdapat di dalamnya serta jelaskan
kegunaan bahan dan alat tersebut dalam bentuk carta.
2. Buat satu simulasi rawatan pertolongan cemas secara berpasangan bagi
kecederaan terseliuh.
3. Buat bengkel keselamatan untuk menunjuk cara rawatan kecemasan yang
perlu dilakukan oleh pendidik bagi kanak-kanak yang tercekik benda asing.

56

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

1. Jelaskan dengan ringkas tujuan pertolongan cemas.
…………………………………………….........................................................

.......................................................................................................................

2. Apakah tindakan positif yang boleh diambil bagi mengelakkan kemalangan
berlaku di tempat anda?

i) ……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….

ii) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

iii) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan cara merawat kecederaan berikut.

Bil. Kecederaan Rawatan
i) Hidung berdarah

ii) Terkena benda
panas

iii) Benjol

57

58

UNIT 2.3: PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN RAWATAN
AWAL

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
2.3.1 Menyenaraikan punca kebakaran di TASKA.

2.3.2 Menerangkan tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran.
2.3.3 Menunjuk cara penggunaan alat pemadam api yang betul.
2.3.4 Melaksanakan simulasi rawatan awal kecederaan akibat kebakaran

mengikut kaedah yang betul.
2.3.5 Menilai dan mengusulkan cadangan untuk menambah baik prosedur

pencegahan kebakaran di TASKA.

PENGENALAN
Kebakaran bangunan biasanya berlaku disebabkan oleh kecuaian penggunaan
bahan kimia dan pengendalian peralatan elektrik yang tidak mengikut arahan
pengeluar. Langkah pencegahan mengelakkan berlaku kebakaran di TASKA
adalah amat penting bagi menjamin keselamatan bayi dan kanak-kanak.
Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak telah menetapkan garis panduan untuk
mencegah kebakaran bagi TASKA di tempat kerja, institusi dan komuniti. Agensi
yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA ialah Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Majlis Perbandaran.
Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari
semasa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran terutama berkenaan aspek
pencegahan kebakaran.

59

1. Punca kebakaran di TASKA

Pembakaran
sampah secara

terbuka

Halangan PUNCA Bahan-bahan
kepada sistem KEBAKARAN mudah terbakar
pengudaraan
untuk jentera terdedah
dan peralatan kepada punca

elektrik api

“overloading” Pembuangan
kepada litar potong rokok
letrik plug atau atau mancis api

soket

Rajah 2.6: Punca Kebakaran

2. Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran

i) Bunyikan loceng isyarat kecemasan berulang kali.
ii) Hubungi bomba dan polis.
iii) Meninggalkan bangunan dengan segera.
iv) Berkumpul di kawasan lapang jauh dari bangunan.
v) Merekod kehadiran.
vi) Melaporkan kehadiran.

60

3. Alat Pemadam Api

Setiap pusat penjagaan kanak-kanak sama ada TADIKA atau TASKA
mesti mempunyai alat pemadam api. Ia hendaklah diletak di tempat yang
mudah dilihat dan dicapai. Pemeriksaan berkala perlu dibuat bagi
memastikan alat pemadam api berfungsi dengan baik.

(i) Struktur Alat Pemadam Api Pemegang

Pin
keselamatan

Tolok
tekanan

Muncung
(nozel)

Rajah 2.7: Struktur Alat Pemadam Api
ii) Jenis Bahan Pemadam Api

Rajah 2.8: Jenis Pemadam Api
61

iii) Jenis Pemadam Api Dan Punca Kebakaran
Jadual 2.3: Jenis Pemadam Api

Jenis Pemadam Api Punca Kebakaran

Air (A) Kayu, kertas, kain, getah, sampah
dan plastik
Buih (B) Minyak, cat, petrol, lekar, thinner
dan gas
Karbon Dioksida Cat, minyak, petrol, lekar dan
(BC) peralatan elektrik yang terpasang
Serbuk Kering
(ABC) Semua jenis kebakaran

iv) Cara Mengguna Alat Pemadam Api

LANGKAH PENERANGAN

P Pull (Cabut)

Cabut pin untuk melepaskan tuil.

Aim (Hala) Hala muncung (nozel) ke pangkal
api.
A
S Squezze (Tekan) Tekan tangkai untuk lepaskan
bahan pemadam. Tekan tuil.

S Sweep (Layang)

Layangkan nozel ke kiri dan kanan.

62

4. Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Mengikut Kaedah yang
Betul

Jenis Kecederaan Akibat Kebakaran dan Cara Rawatan Awal

Jenis Kecederaan Rawatan

I) Luka Melecur / (a) Alirkan air sejuk ke bahagian yang melecur
Melepuh selamat 10 minit.

II) Luka Terbakar Yang (b) Tanggalkan pakaian dari bahagian yang terbakar
Lebih Serius atau melecur tetapi JANGAN tanggalkan pakaian
atau apa sahaja yang melekat ke kulit.

(c) Tutup bahagian terbakar dengan kain yang
bersih, ringan dan tidak berbulu.

(d) JANGAN sapukan krim atau minyak.

(a) Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.

(b) Baringkan kanak-kanak dan tutup bahagian yang
terbakar dengan tuala yang telah direndam dalam
air sejuk.

(c) Alihkan tuala basah tadi dan tutup bahagian
terbakar dengan kain yang bersih dan kering.

(d) Periksa dan tuliskan kadar pernafasan dan nadi
10 minit semasa menanti kedatangan ambulan.

III) Renjatan (a) Tutup aliran eletrik dengan serta merta.

(b) Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.

(c) Gunakan bahan bukan pengalir untuk
mengalihkan pengalir yang masih hidup.

(d) Jika kanak-kanak tidak sedarkan diri, berikan
rawatan awal pertolongan cemas.

IV. Pengsan (a) Baringkan mangsa dengan kepalanya lebih
rendah daripada kaki.

(b) Longgarkan pakaian di bahagian leher dan
pinggang serta selimutkan kaak-kanak.

(c) Cuba sedarkan dengan ubat cium.

(d) Apabila dia sedar, basahkan bibirnya dengan air.

(e) Sekiranya dia dahaga, beri dia minum air suam.

63

5. Penilaian dan cadangan untuk menambah baik prosedur pencegahan
kebakaran di TASKA
i) Penilaian Prosedur Pencegahan Kebakaran
(a) Menghasilkan senarai Semak Prosedur Pencegahan
Kebakaran.
ii) Cadangan menambah baik prosedur pencegahan kebakaran di taska:
(a) Menghasilkan Pelan Laluan Kebakaran.
(b) Membuat lawatan dan pemerhatian aspek keselamatan di
TASKA.
(c) Melatih kanak-kanak menjalani latihan kebakaran.

64

Aktiviti:
1. Rangka satu lawatan untuk laksanakan pemerhatian prosedur

pencegahan kebakaran di TASKA.
2. Laksanakan satu bengkel untuk tunjuk cara menggunakan alat pemadam

api oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat.
3. Secara berpasangan, anda dikehendaki melakukan rawatan kecederaan

ringan akibat kebakaran secara simulasi. Kemudian, lengkapkan langkah
kerja pada ruangan yang disediakan.

Langkah kerja rawatan kecederaan ringan akibat kebakaran

65

Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

1. Padankan punca kebakaran berikut dengan bahan pemadam api yang
sesuai.

Punca kebakaran Bahan pemadam api
yang sesuai digunakan

Plastik (a) Buih (B)
(b) Air (A)
Minyak

Peralatan
elektrik

Getah

Sampah (c) Serbuk Kering (ABC)
Cat

Petrol (d) Karbon Dioksida (BC)
Kertas

66

2. Senaraikan tindakan yang perlu diambil semasa kebakaran berlakuTINDAKAN SEMASA KEBAKARAN
di TASKA.

67

3. Senaraikan empat langkah cara menggunakan alat pemadam api.

1
2
3
4

68



70

PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN
KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pengetahuan dan pendedahan kepada murid tentang
penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak. Penjagaan kesihatan bermula dari
peringkat kandungan, bayi, kanak-kanak, hingga remaja.Penjagaan yang
sempurna penting supaya bayi, kanak-kanak dan remaja tidak mudah
mendapat penyakit. Kebersihan pula kerap dikaitkan dengan kesihatan.
Justeru kebersihan penting diberi perhatian di TASKA terutamanya kebersihan
pengasuh, pendidik , bayi dan kanak-kanak.
KANDUNGAN MODUL
UNIT 3.1: Kebersihan diri pengasuh dan pendidik.
UNIT 3.2: Kebersihan bayi dan kanak-kanak
UNIT 3.3: Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak.
UNIT 3.4: Kebersihan TASKA.

71

UNIT 3.1: KEBERSIHAN DIRI PENGASUH DAN PENDIDIK

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
3.1.1 Menyenaraikan amalan kebersihan diri sebagai pengasuh dan pendidik.
3.1.2 Menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan diri pengasuh dan

pendidik.

3.1.3 Mengenal pasti jenis pakaian yang sesuai untuk pengasuh dan pendidik
mengikut aktiviti:
i) Pengasuhan dan pengajaran
ii) Sukan dan aktiviti luar
iii) Lawatan
iv) Majlis formal

3.1.4 Mereka cipta lakaran pakaian staf mengikut bidang tugas di TASKA:
i) Tenaga pengasuh dan pengajar
ii) Penyedia makanan
iii) Pembersihan

3.1.5 Membuat pembentangan dan memberi justifikasi hasil ciptaan lakaran
pakaian.

PENGENALAN

Kebersihan diri pengasuh dan pendidik perlu diberi perhatian pada setiap masa
terutamanya dari aspek penjagaan tubuh badan dan pakaian. Amalan penjagaan
diri yang bersih dan teratur seperti memakai pakaian yang bersih dan kemas,
mencuci tangan setiap kali menukar lampin dan mengendalikan kanak-kanak,dan
persekitaran TASKA yang bersih dan kemas mampu memberi impak yang sangat
baik kepada kanak-kanak .

72

1. Amalan Kebersihan Diri Sebagai Pengasuh dan Pendidik

Sentiasa Memakai pakaian
menjaga yang sesuai dengan
kebersihan diri
aktiviti

Memakai kasut Mencuci tangan
untuk aktiviti luar setiap kali

mengendalikan
kanak-kanak

Tidak memakai barang Memastikan kuku
kemas semasa sentiasa pendek

bertugas di TASKA

Rajah 3.1: Amalan Kebersihan Pengasuh dan Pendidik
2. Kepentingan penjagaan kebersihan diri pengasuh dan pendidikan

Mencerminkan
keperibadian
yang mulia

Mengurangkan Menzahirkan
bahaya dan individu yang

risiko jangkitan stabil dari
penyakit aspek

Menyediakan KEPENTINGAN sosial,mental
tempat kerja PENJAGAAN dan fizikal
yang selesa KEBERSIHAN
dan bersih Memberi imej
baik kepada
masyarakat

Menghalang Mengelakkan
pencemaran keracunan
bahan asing makanan

Rajah 3.2: Amalan Kebersihan Pengasuh dan Pendidik
73

3. Jenis pakaian yang sesuai untuk pengasuh dan pendidik mengikut
aktiviti.

• Pakaian yang • Pakaian yang
sesuai mengikut sesuai mengikut
aktiviti yang etika berpakaian
dijalankan. yang ditetapkan
Contohnya:
Sut baju sukan. Pengasuhan
dan
Sukan
dan pengajaran
Aktiviti Luar

Lawatan Majlis
Formal
• Pakaian yang
sesuai dan sopan • Pakaian formal
mengikut tempat yang sesuai
lawatan mengikut majlis
yang dihadiri

Rajah 3.3: Jenis pakaian pendidik dan pengasuh mengikut aktiviti

74

4. Lakaran pakaian staf mengikut bidang tugas di TASKA:
i) Tenaga pengasuh dan pengajar ii) Penyedia makanan
iii) Pembersih

Rajah 3.4: Contoh gambar pakaian staf TASKA mengikut aktiviti
75

Aktiviti:
1. Menyediakan senarai semak amalan kebersihan diri pengasuh dan

pendidik.
2. Mereka cipta lakaran pakaian staf mengikut bidang tugas di TASKA:

i) Tenaga pengasuh dan pengajar
ii) Penyedia makanan
iii) Pembersihan
3. Mempamerkan hasil ciptaan lakaran pakaian staf.
4. Menilai hasil ciptaan lakaran pakaian berdasarkan reka bentuk corak, warna
dan jenis fabrik dipilih.

76

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruang jawapan yang
disediakan.

1. Nyatakan amalan kebersihan diri pengasuh dan pendidik.

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

2. Jelaskan kepentingan dalam penjagaan kebersihan diri pengasuh dan
pendidik.

............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................

3. Pilih dan tuliskan langkah kerja mencuci tangan yang betul dalam ruang
jawapan di bawah.
Langkah kerja mencuci tangan:
 Gosok belakang tangan.
 Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
 Gosok tapak tangan.
 Keringkan tangan dengan kain/kertas tisu bersih.
 Gosok setiap jari dan celah jari.
 Gosok kuku di tapak tangan.
 Basuh dengan air bersih secukupnya.

77

78

4. Lengkapkan jadual di bawah dengan gambar pakaian yang sesuai untuk
pengasuh dan pendidik.

Aktiviti Gambar
1. Pengasuhan dan pengajaran

2. Sukan/Aktiviti Luar

3. Lawatan

4. Majlis formal

79

80

UNIT 3.2 KEBERSIHAN BAYI DAN KANAK-KANAK

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
3.2.1 Menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak

di TASKA.
3.2.2 Menjelaskan prosedur yang betul:

i) Memandikan bayi.
ii) Menukar lampin bayi.
iii) Sebelum dan selepas makan.
iv) Sebelum dan selepas tidur.
v) Selepas bermain.

3.2.3 Menghuraikan tanggungjawab pendidik atau pengasuh dalam penjagaan
kebersihan bayi dan kanak-kanak.

PENGENALAN
Kebersihan adalah tanggungjawab semua. Penjagaan persekitaran di TASKA
bertujuan untuk mengawal jangkitan penyakit kepada kanak-kanak. Standard
kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu mengikut Garis
Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA dan Prasekolah dan Kementerian
Kesihatan Malaysia 2007.

81

1. Kepentingan Penjagaan Kebersihan Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA

i) Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit.
ii) Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran.
iii) Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

2. Prosedur Penjagaan Kebersihan Bayi Dan Kanak-Kanak
i) Memandikan bayi
(a) Persediaan sebelum mandi:
 Sediakan semua keperluan mandian dan persalinan selepas mandi
seperti tuala,lampin bayi, sabun mandi bayi, span dan kain lembut.
(b) Ruang mandi yang selamat
 Ruang mandi yang luas , selesa dan selamat digunakan oleh ibu atau
pengasuh.
(c) Kedalaman air yang sesuai
 Bagi bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, posisi bayi adalah
berbaring dan air setakat bahunya.
 Manakala bagi usia 6 bulan ke atas, pastikan air tidak melebihi paras
pinggang.
(d) Suhu air yang sesuai
 Mandikan bayi dengan air suam dan tidak terlalu sejuk mahupun
terlalu panas.
 Air mandi bayi haruslah bersuhu antara 32º C hingga 37ºC.
 Pastikan mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan
yang panas.
 Sebelum memasukkan bayi, periksa suhu air dengan menggunakan
bahagian dalam pergelangan tangan bagi memastikan air tidak
terlalu panas.
(e) Posisi badan bayi
 Gunakan satu lengan untuk menyokong badan, kepala dan tengkuk
bayi.
 Masukkan bayi ke dalam bekas mandi perlahan-lahan.

82

LANGKAH MEMANDIKAN BAYI

 Siapkan air mandi dengan jumlah dan
suhu yang cukup untuk bayi 32ºC
hingga 37ºC.

 Letakkan bayi dalam tab mandi.
Basuh tubuhnya dengan perlahan
dan bersihkan mata, telinga, wajah,
dan lipatan tubuhnya dengan kapas
lembut.

 Jirus rambut dengan air bersih.
Gunakan sabun khusus untuk bayi
kemudian bilas perlahan dengan air.

 Letakkan kepala dan bahu bayi di
bawah lengan. Bersihkan kepala
dengan syampu dan bilas dengan air
bersih.

 Semasa memandikan bayi digalakkan
bercakap dengan bayi. Setelah
selesai, angkat bayi dan lap sehingga
kering dengan menggunakan tuala
bersih.

Rajah 3.5: Langkah Memandikan Bayi

83

ii) Menukar lampin bayi

 Letakkan bayi di atas alas / pelapik.
 Jangan ting. galkan bayi sendirian.

 Tanggalkan lampin kotor dan masukkan
ke dalam bekas yang telah disediakan.

 Bersihkan.semua bahagian yang
terkena najis dengan kapas lembap.

 Lap dari bahagian pinggang
mengarah ke bawah punggung.

 Untuk ba.yi yang lebih besar, basuh
dengan air bersih.

 Lap hingga kering.

 Jika perlu sapukan losen bayi ke
bahagian yang telah dibersihkan

 Pakaikan l.ampin dan lekatkan pelekat
dengan kemas dan supaya bayi
selesa.

 Pakaikan seluar dan baju
 Bawa bay. i ke tempat tidur atau ke

tempat bermain

Rajah 3.6: Langkah Menukar Lampin Bayi

84

iii) Sebelum, semasa dan selepas makan
(a) Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
(b) Menggosok gigi selepas makan.
(c) Memakaikan pelapik dada kepada bayi.
(d) Mengelakkan makanan tertumpah.
(e) Mengelap makanan yang tertumpah.

iv) Sebelum dan selepas tidur
(a) Sebelum tidur
 Menyediakan peralatan tidur seperti tilam,cadar,katil dan selimut
yang sesuai.
 Memastikan tempat rehat bersih dan pengudaraan yang cukup.
 Kanak-kanak boleh diberi pilihan tempat ketika tidur supaya sesuai
dengan keperluan emosi dan kepentingan mereka.
 Pengasuh boleh membacakan buku atau bercerita kepada kanak-
kanak.
 Kurangkan pencahayaan supaya kanak-kanak lebih cepat tidur
dalam cahaya yang kelam.

(b) Selepas tidur
 Membimbing kanak-kanak membantu pengasuh mengemas tempat
tidur dengan kemas.
 Pastikan kanak-kanak membersih diri.
 Pastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti
selanjutnya.

v) Selepas bermain
 Membasuh tangan menggunakan sabun.
 Menyimpan peralatan permainan yang digunakan ke tempat asal.
 Minum air kosong dengan secukupnya.
 Mandi dan membersihkan diri.

85

3. Tanggungjawab pendidik dalam penjagaan kebesihan

i) Ruang tidur dan bermain
(a) Mop lantai dengan pencuci yang sesuai.

ii) Alat permainan
(a) Mengelap kotoran yang melekat pada alat permainan.
(b) Mencuci mainan dengan air hangat terutama yang ada bekas
gigitan mulut bayi.
(c) Keringkan alat permainan.

iii) Bayi

(a) Mandi dua kali sehari.
(b) Pakaian yang sentiasa bersih dan mengikut cuaca.
(c) Bersihkan mulut bayi dengan tuala lembut yang lembab setiap

kali selepas menyusu atau makan.
(d) Peka kepada kebersihan/keadaan mulut bayi.
(e) Tukar lampin mengikut keperluan.
(f) Peka kepada keadaan keseluruhan kulit bayi.

iv) Kanak-kanak
(a) Mencuci tangan dengan keadah yang betul sebelum dan
selepas makan serta selepas menjalani aktiviti dan menggunakan
tandas.
(b) Mengelap tangan dengan tuala/tisu hingga kering setiap kali selepas
mencuci tangan.
(c) Berkumur/menggosok gigi selepas makan.
(d) Mandi dua kali sehari.
(e) Mencuci rambut dengan syampu.
(f) Kuku pendek dan bersih dan dipotong pada setiap minggu
(g) Memakai selipar/kasut semasa ke tandas atau keluar dari bangunan
TASKA.
(h) Mengepam tandas setiap kali selepas digunakan.
(i) Mencuci bahagian sulit setiap kali membuang air kecil atau air besar.
(j) Mencuci tangan dan kaki sekiranya kotor dan basah selepas bermain
di luar TASKA.

86


Click to View FlipBook Version