The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlibakarang, 2021-01-23 00:27:20

Modul MPV Tingkatan 4 APAK (FULL)

Nota Modul APAK KSSM Tingkatan 4

v) Pakaian dan barangan peribadi bayi dan kanak-kanak.
(a) Menyimpan /meletak pakaian dalam bakul selepas mandi.
(b) Menggantung tuala selepas mandi.
(c) Membersihkan berus gigi dan menyimpan ke dalam bekas
yang disediakan.
(d) Menyimpan bantal dan selimut selepas tidur.

vi) Bahan dan alat membersih bayi dan kanak-kanak.
vii) Kain pengelap bayi.

87

Aktiviti:
1. Membina carta memandi dan menukar lampin bayi.
2. Melaksanakan tunjuk cara memandi dan menukar lampin bayi.
3. Menghasilkan poster tentang tanggungjawab pendidik atau pengasuh

tentang penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak.

88

Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

1. Terangkan dua kepentingan penjagaan bayi dan kanak-kanak.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

2. Jelaskan prosedur menukar lampin bayi.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

3. Senaraikan lima peralatan yang digunakan untuk memandikan bayi.
i) …………………………………………………………………………………………
ii) …………………………………………………………………………………..……..
iii) ……………………………………………………………………………………...….
iv) …………………………………………………………………………………..…….
v) …………………………………………………………………………………………

89

4. Tuliskan nombor mengikut urutan 1 hingga 6 langkah-langkah memandikan
bayi pada kotak yang disediakan.

90

UNIT 3.3 PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-
KANAK

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:

3.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri bayi dan kanak-kanak yang sihat dan tidak sihat.
3.3.2 Menerangkan rawatan yang betul bagi kanak-kanak yang mengalami

masalah berikut:
i) Demam
ii) Batuk
iii) Selsema
iv) Cirit -birit
v) Kutu
vi) Cacing
vii) Malnutrisi
viii) Lain-lain penyakit berjangkit.

4.3.3 Membuat demonstrasi:
i) Mengambil suhu badan
ii) Memeriksa anggota fizikal.

3.3.4 Menyediakan log harian kesihatan secara simulasi bagi memantau suhu
badan

PENGENALAN
Kanak-kanak adalah golongan yang mudah dijangkiti penyakit terutama penyakit
berjangkit. Amalan kebersihan perlu diamalkan setiap masa terutamanya
di TASKA yang mengambil sejumlah kanak-kanak yang tertentu. Bagi tujuan
mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit, pengusaha serta kakitangan perlulah
"peka" dengan persekitaran dan dapat mengenal pasti bayi atau kanak-kanak yang
sihat dan tidak sihat. Rawatan yang betul perlu diberikan kepada bayi dan
kanak-kanak yang dikenal pasti mengalami simptom tertentu.

91

1. Ciri bayi dan kanak-kanak yang sihat dan tidak sihat
i) Sihat

Rajah 3.7: Ciri Kanak-Kanak Sihat
ii) Tidak Sihat

wajah
pucat

Hidung Tidak
berair ceria

kurang Tidak Badan
bersosial sihat panas

Pasif Ruam di
badan
kurang Letih dan
Selera tidak kerap
makan sakit
bermaya perut

Rajah 3.8: Ciri Kanak-Kanak Tidak Sihat
92

2. Rawatan Penyakit Bayi dan Kanak-kanak
Jadual 3.1: Jenis Penyakit dan Cara Rawatan

Jenis Penyakit Rawatan
i) Demam
a. Turunkan suhu badan
ii) Batuk  Elak dari memakai pakaian berlapis-lapis.
 Tanggalkan semua pakaian dan
iii) Selsema tinggalkan seluar dalam atau lampin bayi.
 Gunakan selimut yang nipis.
 Turunkan suhu bilik.
 Galakkan minum air.
 Gunakan span atau tuala lembap utk
mengelap bahagian kepala dan tubuh
kanak-kanak..

b. Berikan ubat
 Dua jenis ubat yang sering digunakan
(Panadol, Cortal, Aspro).

(a) Batuk yang menghasilkan kahak dan lendir
 Biarkan tanpa diberi ubat.
 Gunakan penyedut untuk menyedut kahak
dan lendir yang pekat dan berlebihan.

(b) Batuk yang tidak menghasilkan kahak dan
lendir.
 Galakkan minum banyak air.
 Beri ubat sekiranya menunggu
makan,minum dan tidur.
 Berhentikan memberi ubat sekiranya
beransur baik.
 Elakkan memberi makanan yang
berminyak.

 Lap badan dengan tuala.
 Beri ubat selsema mengikut arahan

doktor.
 Baringkan dalam posisi meniarap

sekiranya berhingus atau hidung
tersumbat.
 Gunakan penyedut hidung untuk
melegakan pernafasan.
 Galakkan minum banyak air seperti air
susu,jus buah-buahan atau air biasa.
 Guna ubat titik atas nasihat/saranan
doktor.

93

Jenis Penyakit Rawatan
iv) Cirit-birit
(a) Dilarang memberi sebarang makanan atau susu.
v) Kutu Sebaliknya berikan jus buah-buahan yang telah
dicairkan atau air yang dicampurkan.
vi) Cacing
(b) Berikan air minuman dalam botol dan air garam
rehidrasi oral.

(c) Sebelum sembuh daripada cirit birit, mulakan semula
penyusuan dan pemakanan secara beransur-ansur.

(a) Sikat rambut basah dengan sikat kutu.
(b) Rawat penyakit dengan menggunakan bahan kimia atau

menggunakan malathion (jenama A-Lice), yang boleh
dibeli tanpa preskripsi doktor.
(c) Pastikan penggunaan bahan kimia yang sesuai seperti
di atas.

(a) Ubat cacing diberikan dalam jarak antara enam bulan
hingga setahun sekali.

vii) Malnutrisi (a) Merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi
mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan
Piramid Makanan Malaysia.

(b) Kanak-kanak perlu mengambil protein, karboidrat serta
lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga
untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.

(c) Elakkan memberi makan makanan yang mempunyai
kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman
ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak

viii) Lain-lain penyakit (a) Belum ada vaksin untuk mencegah penyakit tangan, kaki
berjangkit dan mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

Contoh: Penyakit Hand, Foot (b) Penyebaran virus boleh dikawal dengan mengamalkan
and Mouth Disease (HFMD) kebersihan dalam kehidupan harian.

(c) Pendidik dan pengasuh mengamalkan tabiat mencuci
tangan dengan betul, menggunakan air dan sabun
sebelum menyentuh kanak-kanak.

(d) Elak membawa kanak-kanak ke tempat awam.
(e) Galakkan kanak-kanak menutup mulut dan hidung

dengan tisu dan sapu tangan apabila bersin dan batuk.

94

3. Demonstrasi Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak
i) Mengambil suhu badan
Memantau suhu bayi adalah amat penting untuk dipraktikkan oleh guru
dan pengasuh. Ini kerana suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh
membahayakan bayi. Suhu badan yang normal untuk bayi ialah dari 37ºC
hingga 38ºC. Namun ia bergantung pada bahagian tubuh di mana suhu
tersebyt diambil.

Rajah 3.9: Suhu Badan Bayi Normal
(a) Cara mengambil bacaan suhu badan

 Hidupkan termometer dan pastikan skrinnya bebas daripada
bacaan terakhir. Jika termometer anda menggunakan pelapik
plastik pakai buang, pasangkan pelapik baru.

 Pangku bayi atau baringkan mengikut keselesaan.
 Letakkan hujung termometer di bahagian tengah ketiak bayi

tanpa sebarang alas atau lapik.
 Pegang termometer dengan stabil menggunakan sebelah tangan

sambil tangan yang satu lagi memegang lengan bayi merentasi
dadanya. Kekalkan begini selama kira-kira 15 saat atau sehingga
termometer berbunyi “beep”.Buang pelapik plastik pakai buang
termometer tersebut.
(b) Setelah mengambil suhu badan bayi , jika suhu badan kanak-kanak
melebihi 38⁰C bawa ke klinik serta merta.

95

ii) Memeriksa anggota fizikal
(a) Pemeriksaaan fizikal wajib dijalankan ke atas bayi dan kanak-kanak yang
dihantar ke TASKA.
(b) Tujuannya adalah untuk memastikan hanya kanak-kanak yang sihat dan
bebas dari sebarang penyakit sahaja dibenarkan berada di TASKA
sepanjang hari.
(c) Ia juga bertujuan untuk memastikan tidak ada sebarang tanda kemalangan,
kecederaan ataupun penderaan pada fizikal bayi atau kanak-kanak apabila
dihantar ke TASKA.
(d) Sekiranya terdapat tanda kecederaan atau kesan luar biasa, sudah tentu
ianya telah ada sejak dari rumah lagi.
(e) Oleh itu, penting untuk pihak TASKA membuat pemeriksaan dan
seterusnya merekod hasil pemeriksaan itu.
(f) Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan pada bayi
dan kanak-kanak yang dibawa dari rumah. Pemeriksaan fizikal biasanya
dilakukan oleh pengasuh di hadapan ibubapa sendiri.
(g) Cara menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas bayi:
 Sediakan alas bayi dan baringkan ke atas alas tersebut.
 Jalankan pemeriksaan bayi di hadapan ibubapa.
 Cuci tangan terlebih dahulu sebelum menjalankan pemeriksaan.
 Catatkan bacaan jangkasuhu tersebut.
 Sekiranya suhu badan kanak-kanak melebihi bacaan noraml,
maklumkan pada ibubapa dan dapatkan makluman lain seperti ubatan
yang dibawa.
 Sekiranya bacaan suhu badan kanak-kanak mencecah tahap yang
tinggi, pihak TASKA tidak boleh membenarkan kanak-kanak tinggal di
TASKA dan menasihatkan ibubapa untuk membawa kanak-kanak
berjumpa dengan doktor.
 Tanggalkan keseluruhan pakaian bayi termasuk klampin pakai
buangnya. Periksa di seluruh anggota badan bayi untuk mengenal pasti
sebarang kecederaan pada anggota badan bayi. Contoh, kesan calar,
lebam atau luka.

96

(h) Cara periksa secara terperinci:
 Angkat tangan bayi ke atas.
 Periksa antara jari tangan, jari kaki dan di setiap pelipat bayi
 Periksa di bahagian kemaluan bayi.
 Telentangkan bayi seketika dan periksa bahagian belakang bayi.
 Periksa sekitar bahagian muka dan kepala bayi.

(i) Periksa juga jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit atau sebarang
tanda luarbiasa. Sekiranya ada tanda, kenalpasti jenis penyakit dan
sekiranya ia merupakan tanda penyakit berjangkit seperti campak atau
cacar air, bayi tidak dibenarkan tinggal di TASKA.

(j) Catatkan semua pemeriksaan di dalam rekod kesihatan bayi atau
kanak-kanak.

(k) Pastikan juga ibubapa mencatatkan maklumat kesihatan dan
pemeriksaan fizikal dalam log harian kanak-kanak.

97

Aktiviti:
1. Menghasilkan buku skrap tentang penyakit kanak-kanak.
2. Menjemput penceramah daripada Pusat Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak

untuk:
i) Ceramah penjagaan kesihatan dan rawatan untuk bayi dan

kanak-kanak.
ii) Demonstrasi mengambil suhu badan dan memeriksa anggota fizikal.
iii) Pameran kesihatan.
3. Menyediakan buku log kesihatan untuk membuat catatan semasa aktiviti
simulasi memantau suhu badan.

98

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.

1. Nyatakan empat ciri kanak-kanak sihat dan tidak sihat.

Sihat Tidak Sihat

i. ……………………………… i. ………………………………

……………………………… ………………………………

ii. ……………………………… ii. ………………………………

……………………………… ………………………………

iii. ……………………………… iii. ………………………………

……………………………… ………………………………

iv. ……………………………… iv. ………………………………

……………………………… ………………………………

v. ……………………………… ……………………………………

2. Senara…ik…an…e…m…pa…t …pe…ny…a…kit…y…ang sering dih…id…ap…i o…le…h k…an…a…k-k…an…ak

di TASKA.

…………………………………………

i) .........................................................…...…...…...…...…...…...…...…...…...…...….. ……………

………………………………….

ii…) ….…...…...…...…...…...…...…...…...…...…...…...…...…...….................................................

…………………………………………
………………………………….

iii) .........................................................................................

iv) .........................................................................................

99

3. Lengkapkan jenis penyakit dalam jadual di bawah berdasarkan rawatan
awal yang diberikan.

Jenis Penyakit Rawatan Awal
1.
 Kawal suhu badan dengan minum banyak
air.

 Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis.

 Galakkan minum banyak air seperti susu,
2. buah-buahan atau air biasa.

 Beri ubat mengikut arahan doktor.
 Baringkan dalam posisi meniarap.

 Berikan ubat sekiranya batuk mengganggu
3. makan, minum dan tidur. Elakkan memberi

makanan yang berminyak.

 Elakkan beri sebarang makanan atau susu.
4. sebaliknya berikan jus buah-buahan yang

telah dicairkan atau air yang dicampurkan

dengan secubit garam dan glukos secara

kerap.

100

UNIT 3.4: KEBERSIHAN TASKA

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
3.4.1 Menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan TASKA.
3.4.2 Menerangkan amalan penjagaan kebersihan di dalam dan di luar

bangunan TASKA.

3.4.3 Menjelaskan langkah penjagaan kebersihan:
i) Ruang dan sudut aktiviti di dalam TASKA
ii) Perabot, peralatan dan bahan
iii) Tempat simpanan perkakasan dan peralatan

iv) Kawasan aktiviti di luar TASKA
v) Kawasan pembuangan sisa pepejal
3.4.4 Menyediakan Jadual Pembersihan Harian dan Mingguan di TASKA
3.4.5 Menghuraikan justifikasi penetapan aktiviti pembersihan dalam jadual
yang disediakan.

PENGENALAN
Bersih bermaksud bebas daripada sebarang kotoran, kuman dan serangga
perosak.TASKA mestilah sentiasa dalam keadaan kemas, ceria , selesa
dipandang dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Penguasa dan kakitangan
TASKA hendaklah memastikan bangunan bahagian dalam dan luar TASKA
berkeadaan bersih pada setiap masa.

101

i) Kepentingan Penjagaan Kebersihan TASKA

a) Setiap kakitangan TASKA perlu memastikan bahawa bangunan dan
persekitarannya berada dalam keadaan baik dan bersih.

b) Mengabaikan aspek kebersihan di TASKA akan mendedahkan kanak-
kanak kepada pelbagai jenis penyakit.

ii) Penjagaan Kebersihan Bangunan TASKA

Bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang mudah dijangkiti penyakit
berjangkit. Amalan kebersihan perlu diamalkan setiap masa terutamanya di
TASKA yang mengambil jumlah bayi dan kanak-kanak yang tertentu. Bagi
mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit, pengusaha dan kakitangan
perlulah peka dengan persekitaran dan mengamalkan beberapa langkah
pencegahan pada permukaan dan kawasan yang mudah tercemar.

Ruang tidur bayi

Tempat pembuangan Ruang penyediaan
sampah makanan

Tempat Ruang menyalin
bermain lampin

Rajah 3.10: Ruang TASKA yang mudah tercemar

102

(a) Penjagaan Kebersihan Dalam TASKA
Bangunan dalam TASKA mempunyai beberapa ruang seperti sudut aktiviti,
bilik tidur, bilir air dan dapur yang perlu diberi perhatian dan penjagaan
dalam aspek kebersihan.

Rajah 3.11: Penjagaan Dalam Bangunan TASKA
103

(b) Penjagaan Kebersihan Luar TASKA

 Tong sampah diletakkan di tempat yang sesuai dan sentiasa tertutup.
R

Rajah 3.10: Amalan Penjagaan Luar Bangunaan TASKA
Rajah 3.12: Penjagaan Luar Bangunan TASKA

104

4. Jadual Pembersihan Harian dan Mingguan di TASKA
(a) Senarai Semak Jadual Pembersihan Harian dan Mingguan di TASKA

Ruang Kekerapan / X Catatan

Meja / Kaunter Setiap hari dan apabila kotor

Ruang penyediaan makanan Sebelum dan selepas
penyediaan makanan

Lantai Harian dan apabila kotor

Pintu dan kabinet Harian dan apabila kotor

Hamparan dan tikar Vakum setiap hari
menggunakan pembersih
hamparan dan dibersihkan
sebulan sekali

“Floor mat” Vakum setiap hari dan buang
semua habuk

Peralatan dan barang Harian selepas kanak-kanak
permainan lembut kanak- bermain
kanak (soft toys)

Barang permainan yang tidak Mingguan
tercemar dengan mudah

Cadar, sarung bantal, tuala Mingguan dan apabila kotor

Selimut, “sleeping bag” Mingguan
Mingguan
Tempat menyimpan beg
kanak-kanak

Katil bayi / stacable cot Mingguan

Tandas dan tempat Harian dan apabila kotor
membasuh tangan
Pemegang tandas, ‘potty’, Setiap hari dan selepas kanak-
tombol pintu kanak menggunakannya
Tempat menyalin lampin Harian dan bila kotor
Mingguan
Bekas barang permainan
Mingguan
Tingkap / cermin

105

Aktiviti:

1. Membina jadual bertugas penjagaan kebersihan:

a. Dalam bangunan TASKA
b. Luar bangunan TASKA

2. Menyediakan senarai semak peralatan kebersihan yang digunakan di dalam
dan luar bangunan TASKA.

3. Menyediakan jadual pembersihan harian dan menghuraikan justifikasi
dalam contoh Jadual di bawah.

Bil. Aktiviti Kekerapan Justifikasi

106

Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.
1. Terangkan dua kepentingan penjagaan kebersihan di TASKA.

i) .............................................................................................................................
ii) .............................................................................................................................

2. Jelaskan penjagaan kebersihan ruangan TASKA di bawah:

Dalam bangunan TASKA Luar bangunan TASKA
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________

_____________________ ______

107

3. Lengkapkan kawasan bangunan TASKA yang mudah tercemar dalam peta
minda di bawah:

Kawasan dalam
bangunan

TASKA yang
mudah tercemar

108



110

PENJAGAAN RUTIN HARIAN
KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid tentang pengetahuan dan
kemahiran terhadap amalan asuhan di TASKA, bimbingan dan urus diri kanak-
kanak dan cara membentuk tingkah laku yang positif dalam kalangan Kanak­
kanak. Modul ini juga merangkumi perkembangan kanak­kanak berkeperluan
khas.

KANDUNGAN MODUL
UNIT 4.1: Amalan Asuhan di TASKA
UNIT 4.2: Bimbingan Urus Diri Kanak-kanak
UNIT 4.3: Pembentukan Tingkah Laku Positif Kanak-kanak
UNIT 4.4: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

111

UNIT 4.1: AMALAN ASUHAN DI TASKA

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:

4.1.1 Menjelaskan kepentingan layanan serta amalan baik terhadap bayi dan
kanak-kanak di TASKA.

4.1.2 Menerangkan amalan asuhan yang positif oleh pendidik atau pengasuh
terhadap bayi dan kanak-kanak ketika:
i) Menyambut ketibaan
ii) Membersihkan diri
iii) Makan
iv) Belajar
v) Bermain dan menjalankan aktiviti luar
vi) Rehat dan tidur
vii) Pulang ke rumah

4.1.3 Tunjuk cara amalan asuhan yang positif mengikut aktiviti rutin harian bayi
dan kanak-kanak seperti di TASKA.

4.1.4 Menghuraikan kesan amalan asuhan positif dan negatif terhadap
perkembangan sahsiah serta emosi bayi dan kanak-kanak.

4.1.5 Menghasilkan panduan amalan asuhan positif dan negatif untuk pendidik
atau pengasuh.

112

PENGENALAN

Amalan merupakan perbuatan yang dilakukan secara berterusan dan
menjadikannya sebagai kebiasaan. Justeru itu amalan asuhan merupakan
amalan yang dilaksanakan oleh pendidik atau pengasuh dalam mendidik dan
membimbing kanak-kanak berterusan dan menjadi rutin dalam pelaksanaannya.
Pendidik dan pengasuh perlu memahami amalan asuhan yang positif melalui
aktiviti yang dijalankan. Justeru pendidik dan pengasuh perlulah memiliki sifat
cinta dan sayangkan kanak-kanak, minat yang tinggi dalam bidang pengasuhan
serta memiliki ciri yang kreatif dalam menyokong dan membangunkan
perkembangan kanak-kanak secara optimum.

1. Kepentingan Amalan Asuhan Terhadap
kanak-kanak
Terhadap
pengasuh

 Mengamalkan nilai-  Meluahkan perasaan

nilai murni. melalui aktiviti-aktiviti
 Meningkatkan nilai
yang dilaksanakan.
kesabaran dalam  Mengucapkan

menghadapi pelbagai pengucapan

kerenah kanak- kanak. bertatasusila seperti
 Memahami keperluan
ucapan salam,
dan keupayaan kanak-
berterima kasih.
kanak mengikut tahap  Komunikasi yang lebih

umur dan latar berkesan terhadap

belakang. rakan-rakan, pendidik
 Melaksanakan aktiviti
dan individu.
berdasarkan latar  Melibatkan diri secara

belakang kanak- aktif dan positif dalam

kanak. setiap aktiviti.
 Sentiasa berlaku adil  Menghormati dan

terhadap kanak-kanak. menghargai orang lain.

Rajah 4.1 Kepentingan Amalan Asuhan

113

2. Amalan Asuhan di TASKA

i). Menyambut ketibaan
- Ucapkan salam dan
selamat datang
- Sentuh atau peluk kanak-kanak
- Bersalam dengan pendidik dan ibu
bapa

ii) Belajar iii) Waktu makan
- Melaksana aktiviti sambil bermain - Menerapkan nilai murni
- Dorong kepada inkuiri penemuan - Berbual tentang makanan
- AKtiviti berlandaskan pengalaman yang dimakan
- Galakkan pemakanan sihat
sedia ada dan berkhasiat

iv) Membersihkan diri Amalan v) Waktu rehat dan tidur
Bimbing kanak-kanak Asuhan - Luangkan masa untuk
- mencuci tangan di TASKA berbual
- menggosok gigi - Bercerita dengan cerita
- mandi teladan dan bermoral
- membersihkan diri - Bekerjasama
selepas aktiviti menyediakankan tempat
tidur

vi) Bermain dan menjalankan vii) Pulang ke rumah
aktiviti - Mengemas diri, tempat aktiviti atau
tempat mainan
- Memberi penerangan yang - Peralatan mainan perlu dikemas dan
jelas, ringkas dan tepat disimpan
- Memberi maklum balas kepada ibu
- Beri galakan dan dorongan bapa atau penjaga
secara berterusan - Bersalaman dengan ibu bapa dan
kanak-kanak

Rajah 4.2: Amalan Asuhan di TASKA

114

3. Amalan Asuhan yang Positif

Melayan • Sentiasa sabar dalam melayani
kanak-kanak tingkah laku kanak-kanak

Interaksi dengan • Percakapan yang lembut dan mesra
kanak-kanak • Mimik muka memperlihatkan yang

manis dan mudah tersenyum

Memberi peluang • Bersikap adil
kepada kanak-kanak • Sentiasa memberi galakan
• Menyelesaikan masalah
• Memotivasikan kanak-kanak

Sikap positif • Menggalakkan perkembangan kanak-
kanak secara seimbang

Rajah 4.3 Amalan Asuhan yang Positif

115

4. Kesan Amalan Positif dan Negatif Terhadap Kanak-Kanak

Kesan positif Kesan negatif

Meluahkan Takut meluahkan
perasaan melalui perasaan atau tidak
aktiviti yakin dalam aktiviti

Mengucapkan Sukar mengucapkan
pengucapan pengucapan
bertatasusila bertatasusila

Meningkatkan Kurang peningkatan
emosi apabila emosi kerana kurang
diberikan perhatian perhatian dan kasih
dan kasih sayang sayang

Komunikasi yang Enggan atau kurang
berkesan berkomunikasi

Melibatkan diri Kurang penglibatan
secara aktif dan secara aktif
positif

Menghormati dan Tidak berkeyakinan
menghargai orang terhadap diri dan
lain orang lain

Rajah 4.4: Kesan Amalan Positif dan Negatif

116

Sikap Positif Pengasuh/Pendidik

Rajah 4.5: Sikap Positif Pengasuh/Pendidik

i) Panduan amalan positif dan negatif untuk pendidik dan pengasuh
Guru dan pendidik boleh menghasilkan satu panduan amalan positif
semasa amali bersama-sama murid. Panduan amalan ini penting supaya
murid memperoleh pemahaman yang lebih jelas terhadap amalan positif
dan negatif pendidik serta pengasuh di TASKA atau TADIKA.
Berikut merupakan cara menghasilkan panduan amalan tersebut.

(a) Poster/ Banting/ Banner Amalan
Asuhan
Amalan
2
1Asuhan
AMALAN
AMALAN NEGATIF
POSITIF
 Mengherdik
 Melayan kanak-kanak
kanak-kanak
dengan baik  Bercakap kasar
 Tidak melayan
 Interaksi positif
 Banyakkan kanak-kanak
 Memukul
bertanya

Rajah 4.6: Contoh Poster/Banting/Banner

117

(b) Manual Penggunaan/ carta/ buku panduan

Kulit Hadapan (individu)
Rajah 4.7: Contoh Buku Skrap Individu

Kulit Hadapan (kumpulan)
Rajah 4.8: Contoh Buku Skrap Kumpulan

118

Aktiviti:
1. Simulasikan:

Anda merupakan seorang pendidik di salah sebuah TASKA.
Di dalam kumpulan:

Laksanakan simulasi berdasarkan aktiviti berikut:
i). Menidurkan bayi

ii). Menguruskan makan
iii). Aktiviti luar (gallery walk)

2. Anda merupakan seorang pengusaha sebuah TASKA.
Rangkakan jadual aktiviti untuk TASKA anda yang meliputi aktiviti awal
sehingga akhir persekolahan.

3. Membincangkan amalan positif yang perlu diamalkan oleh pengasuh.
4. Menyediakan laporan dan membuat pembentangan tentang stimulasi sikap

positif dan negatif kanak-kanak.
5. Menghasilkan satu panduan amalan positif untuk pengasuh.

119

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.

1. Senaraikan rutin harian kanak-kanak di TASKA.

i). iv).
ii). v).
iii). vi).

2. Berikan contoh pengucapan bertatasusila berdasarkan aktiviti berikut:
i) Menyambut ketibaan kanak-kanak.
_________________________________________________________
ii) Kepulangan kanak-kanak
_________________________________________________________
iii) Semasa makan
_________________________________________________________

3. Amalan asuhan yang positif merupakan perbuatan yang menjadi amalan
positif kepada pendidik dan pengasuh dalam mendidik kanak-kanak
seperti sabar dalam melayani tingkah laku kanak-kanak yang pelbagai.
Berikan kepentingan amalan asuhan terhadap bayi dan kanak-kanak di
TASKA.
i) ________________________________________________________
________________________________________________________
ii) ________________________________________________________
________________________________________________________
iii) ________________________________________________________
________________________________________________________
iv) ________________________________________________________
________________________________________________________

120

4. Nyatakan aktiviti-aktiviti amalan asuhan yang boleh dilaksanakan oleh
pendidik di TASKA berdasarkan perkara berikut:
Contoh: Menyambut ketibaan kanak-kanak
- Menunggu ketibaan kanak-kanak
- Ucap salam
- Bersalaman dengan kanak-kanak
- Sentuh dan peluk kanak-kanak

Membersihkan diri Pulang ke rumah

i) i)
ii) ii)
iii) iii)
iv) iv)

5. Berikan kesan amalan asuhan yang positif kepada kanak-kanak dan pendidik.

Kanak-kanak
i)
ii)
iii)

5.
Pendidik

i)
ii)
iii)

5.

121

6. Berikan contoh amalan asuhan yang positif. Huraikan bagaimana amalan
positif ini boleh menggalakkan perkembangan sahsiah dan emosi
kanak-kanak.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

122

UNIT 4.2: BIMBINGAN URUS DIRI KANAK- KANAK

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
4.2.1 Menyenaraikan kemahiran urus diri yang sesuai dengan kebolehan dan

peringkat umur kanak-kanak.
4.2.2 Menerangkan kepentingan kemahiran urus diri bagi kanak- kanak.
4.2.3 Melatih dan membimbing kanak-kanak dengan betul dalam aspek

penjagaan kebersihan diri:
i) Mencuci tangan
ii) Memberus gigi
iii) Menggunakan tandas
iv) Mandi sendiri
v) Memakai pakaian dan hias diri
4.2.4 Melatih dan membimbing kanak-kanak dengan betul dalam aspek:
i) Kemahiran sosial
ii) Urus diri waktu tidur
iii) Penjagaan barang mainan
iv) Penjagaan kebersihan persekitaran
v) Urus diri waktu pulang
4.2.5 Menulis refleksi dan cadangan menambah baik pelaksanaan aktiviti
latihan urus diri kanak-kanak.

123

PENGENALAN

Bimbingan merujuk kepada perbuatan membimbing, memberi tunjuk ajar, atau
melatih sehingga selesai sesuatu kerja atau tugasan. Sementara urus diri
merupakan bagaimana individu menyediakan diri kepada perkara-perkara asas
dalam kehidupan seharian. Di TASKA, urus diri merujuk kepada kemahiran
mengurus diri kanak-kanak. Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran asas
hidup yang perlu dibina dalam diri kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari
dan mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain sepenuhnya.

1. Kemahiran Urus Diri
i) Melatih kanak-kanak mengurus diri mereka sendiri.
ii) Melaksanakan aktiviti rutin dan wajib seperti melatih kanak-kanak :
(a) Makan
(b) Mandi
(c) Menghias diri
(d) Menggosok gigi
(e) Membuang air (penggunaan tandas)
(f) Persediaan sebelum tidur
iii) Melatih kanak-kanak untuk berdikari serta membina daya ketahanan
dan jati diri.

2. Kepentingan Mengurus Diri
i) Kanak-kanak diajar mengurus emosi:
(a) Bersabar menunggu giliran semasa makan,
(b) Bergilir semasa menggunakan tandas
(c) Menunggu giliran untuk bermain.

ii) Kanak-kanak dibimbing dan diajar untuk mengurus sosialisasi:
(a) Berkongsi barang mainan
(b) Bersama menjaga kebersihan diri dan tempat
(c) Mengemas barang mainan dan peralatan aktiviti selepas
digunakan.

iii) Kanak-kanak diterapkan dengan nilai-nilai murni dan moral:
(a) Mereka memahami perkara yang baik dan tidak baik
(b) Menggunakan pengucapan yang bertatasusila, berterima kasih,
memohon maaf dan sebagainya.

124

iv) Membina sahsiah diri dan akhlak yang baik:
Kanak-kanak dibimbing untuk menghargai dan menghormati hak orang
lain seperti rakan, pendidik, ibu bapa dan orang lain.

v) Melatih kanak-kanak menjadi lebih toleransi, bersimpati dan berempati.
Mereka belajar untuk:
(a) Berkongsi barang
(b) Menolong rakan-rakan
(c) Mengawal nada suara dalam waktu tertentu dan sebagainya.

vi) Meningkatkan daya kognitif kanak-kanak:
(a) Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara rasional.

3. Aspek penjagaan kebersihan diri
i) Mencuci tangan

(a) Mencuci tangan sebelum dan
selepas makan.

(b) Mencuci tangan selepas setiap
aktiviti.

(c) Adab mencuci tangan
- Beratur semasa menggunakan
sinki.
- Membuka paip/pili dengan
perlahan.
- Mencuci tangan menggunakan
sabun.
- Membilas tangan seperti
peraturan yang ditetapkan.
- Tutup paip/pili dengan cermat.
- Lap tangan dengan tuala yang
bersih.

125

ii) Memberus gigi

(a) Gosok gigi menggunakan berus dan
ubat gigi.

(b) Menggosok gigi setiap kali selepas
makan.

(c) Latih kanak-kanak berkumur-kumur
dan bersihkan mulut dari sisa
makanan.

(d) Melatih kanak-kanak menyimpan
berus gigi di tempat yang betul.

iii) Menggunakan tandas

(a) Latih kanak-kanak ke tandas pada
waktu pagi atau setiap kali selepas
makan.

(b) Peka terhadap kesediaan kanak-
kanak ke tandas.

(c) Latih kanak-kanak menggunakan potty
atau tandas yang sesuai.

(d) Puji kanak-kanak sekiranya berjaya
melatih diri ke tandas.

(e) Cuci tangan setiap kali selepas
menggunakan tandas.

iv) Mandi sendiri

(a) Latih kanak-kanak mandi pada waktu
yang ditetapkan.

(b) Guna sabun dan syampu dengan betul
semasa mandi.

(c) Latih kanak-kanak memakai tuala
setiap kali masuk dan keluar bilik
mandi.

(d) Memantau kanak-kanak semasa
mereka mandi.

(e) Kanak-kanak lelaki dan perempuan
mesti mandi secara berasingan.

(f) Simpan peralatan di tempat yang
ditetapkan.

(g) Sidai tuala ditempat yang disediakan.
(h) Simpan pakaian yang digunakan

(kotor) di dalam beg berasingan untuk
dibawa pulang.

126

v) Memakai Pakaian Dan Menghias Diri

(a) Urus kanak-kanak untuk memakai
pakaian sendiri.

(b) Menunjukkan cara berpakaian dengan
betul.

(c) Sediakan pakaian yang mudah dipakai.
(d) Memakai pakaian yang bersih.
(e) Latih kanak-kanak menyikat rambut

dengan kemas dan betul.

4. Pengurusan Diri (a) Latih kanak-kanak cara berkomunikasi
i) Kemahiran sosial dengan orang dewasa dan rakan
sebaya.
ii) Urus diri waktu tidur
(b) Latih kanak-kanak beratur dan
menunggu giliran semasa mengambil
barang, bermain dan sebagainya.

(a) Latih kanak-kanak membantu
pengasuh dan pendidik menyusun alas
tidur.

(b) Tidur dengan tertib sambil membaca
doa tidur sebelum dan selepas tidur.

(c) Terapkan nilai murni agar tidak
mengganggu kawan yang tidur.

(d) Latih kanak-kanak membantu pendidik
mengemas tempat tidur selepas
bangun tidur.

127

iii) Penjagaan barang mainan

(a) Kanak-kanak diberi peluang untuk
memilih barang mainan.

(b) Latih kanak-kanak bermain bersama-
sama dan berkongsi barang mainan.

(c) Ingatkan kanak-kanak menggunakan
barang mainan dengan baik.

(d) Simpan semula barang mainan yang ke
dalam bekas asalnya.

(e) Latih kanak-kanak membantu pendidik
mengemas barang mainan tersebut.

iv) Penjagaan persekitaran

(a) Terapkan kepada kanak-kanak
penjagaan persekitaran dan kebersihan
kawasan seperti tidak membuang
sampah merata-rata.

(b) Melatih kanak-kanak agar tidak
memusnahkan kehidupan dan
persekitaran seperti menjaga pokok
bunga dan sebagainya.

v) Urus diri waktu pulang

(a) Latih kanak-kanak menyusun beg dan
barangan sendiri yang akan dibawa
pulang.

(b) Menunggu sehingga ibu bapa
menandatangani buku rekod pulang.

(c) Latih kanak-kanak bersalaman dengan
ibu bapa atau penjaga dan pendidik.

(d) Latih kanak-kanak ucapkan pengucapan
bertatasusila kepada pendidik sebelum
pulang.

128

5. Refleksi
Mengimbas kembali pelaksanaan aktiviti latihan urus diri kanak-kanak
berdasarkan aspek berikut:

REFLEKSI

Rajah 4.9: Refleksi

129

Aktiviti: 1. Secara berkumpulan, bincangkan aktiviti

sebelum, semasa dan selepas
mengadakan latihan urus diri kanak-
kanak. Buat pembentangan mengikut
kumpulan.

2. Menyediakan tempat rehat dan tempat
tidur kanak- kanak yang sesuai dan selesa.
Simulasikan.

3. Menyediakan senarai semak rekod
pengurusan kebersihan diri kanak-kanak.
Bincangkan hasil dapatan.

130

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang
disediakan.

1. Berikan kefahaman anda terhadap ‘kemahiran urus diri’ dalam
kalangan kanak-kanak
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Terangkan lima kepentingan melatih kanak-kanak mengurus diri mereka
sendiri.
i) __________________________________________________
__________________________________________________
ii) __________________________________________________
__________________________________________________
iii) __________________________________________________
__________________________________________________
iv) __________________________________________________
__________________________________________________
v) __________________________________________________
__________________________________________________

131

3. Senaraikan tiga latihan mengurus diri kanak-kanak dari aspek berikut:

Mandi sendiri i) __________________________________________
ii) _________________________________________
iii) _________________________________________

Berus gigi i) __________________________________________
ii) __________________________________________
iii) __________________________________________

Guna tandas i) ___________________________________________
ii) __________________________________________
iii) __________________________________________

4. Jelaskan perkara yang dititik beratkan terhadap pelaksanaan kemahiran
memakai pakaian dan menghias diri kanak-kanak.

i) __________________________________________________
ii) __________________________________________________
iii) __________________________________________________
iv) __________________________________________________
v) __________________________________________________

132

5. Anda sedang menguruskan kanak-kanak membersihkan diri selepas
melaksanakan satu aktiviti mewarna.
Jelaskan adab mencuci tangan yang betul:
i) _________________________________________
ii) _________________________________________
iii) _________________________________________
iv) _________________________________________
v) _________________________________________
vi) _________________________________________

6. Baca dan fahamkan situasi di bawah.
SITUASI 1
Aimi baharu sahaja bekerja sebagai pendidik di TASKA Bestari. Sebagai
seorang pendidik Aimi berusaha menjalankan tugasnya dengan
cemerlang. Semasa menguruskan kanak-kanak tidur, Aimi telah
menyusun semua katil agar kanak-kanak dapat tidur dengan selesa.
Aimi juga menyiapkan semua keperluan tidur kanak-kanak. Kemudian
Aimi memerhatikan semua kanak-kanak tersebut sehinggalah mereka
tertidur.

Cadangkan aktiviti yang sepatutnya dilakukan oleh Aimi dalam membantu
amalan asuhan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

133

134

UNIT 4.3: PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU POSITIF
KANAK-KANAK

OBJEKTIF
4.3.1 Menyenaraikan tingkah laku positif dan tingkah laku negatif kanak-kanak.
4.3.2 Mengenal pasti punca tingkah laku negatif dalam kalangan kanak-kanak.
4.3.3 Menjelaskan kepentingan pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak.
4.3.4 Menganalisis tingkah laku positif dan negatif kanak-kanak.
4.3.5 Memberi cadangan modifikasi tingkah laku terhadap perlakuan positif dan

negatif kanak-kanak.
4.3.6 Menjana idea mengenai kaedah yang betul untuk membantu kanak-

kanak membentuk tingkah laku positif.

135

PENGENALAN
Selepas mempelajari Standard Kandungan ini murid akan dapat memahami
tingkah laku kanak-kanak dan mengenal pasti tingkah laku positif dan tingkah
laku negatif kanak-kanak. Modul ini memberi tumpuan kepada punca masalah
tingkah laku yang tidak diingini, cara mengatasinya serta kepentingan memahami
tingkah laku ini dalam pengasuhan dan pendidikan. Modul ini juga mendedahkan
kepada pelajar kepada pertimbangan yang wajar terhadap sesuatu tingkah laku
kanak-kanak serta mempraktikkannya dengan cara yang betul.

1. Tingkah laku positif dan tingkah laku negatif
i) Tingkah laku positif

(a) Ingin tahu (c) Pintar cerdas
 Sikap ingin tahu
 Sentiasa cepat
yang tinggi dan pantas
terhadap sesuatu apabila
perkara yang menggunakan
dilihat. otak dan berfikir

(b) Cepat belajar (d) Proaktif
 Sikap ingin tahu
 sentiasa
yang tinggi terhadap
sesuatu perkara menunjukkan
yang baru dipelajari. kesungguhan atau
 Mempelajari sesuatu sikap maju ke
yang baharu dengan hadapan
cepat. berbanding
kawan-kawan
Rajah 4.10: Tingkah Laku Positif
yang lain

136


Click to View FlipBook Version