The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlibakarang, 2021-01-23 00:27:20

Modul MPV Tingkatan 4 APAK (FULL)

Nota Modul APAK KSSM Tingkatan 4

Aktiviti:
1. Anda bercadang untuk membawa kanak-kanak melawat ke Muzium
Negara semasa cuti sekolah yang akan datang.
i) Terangkan langkah keselamatan yang perlu anda amalkan:
a) Sebelum lawatan
b) Semasa lawatan
c) Selepas lawatan

2. Sediakan kertas cadangan untuk aktiviti lawatan kanak-kanak TASKA
dengan lengkap mengikut format yang disediakan.

i) Pengenalan
ii) Tujuan
iii) Objektif
iv) Tarikh dan masa
v) Anjuran
vi) Tempat lawatan
vii) Sasaran
viii) Jawatankuasa
ix) Tentatif program
x) Anggaran perbelanjaan
xi) Penutup
xii) Tandatangan

3. Rangkakan surat rasmi:
i) Permohonan kebenaran mengadakan lawatan mengikut format.
ii) Kebenaran ibu bapa

4. Hasilkan buku skrap yang mengandungi dokumentasi bahan atau
maklumat tempat lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan
merujuk pelbagai sumber.

237

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.
1. Nyatakan maksud lawatan

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………..…………………………………………………………………………….

2. Namakan empat tempat lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak TASKA .

Tempat Lawatan

………………………… ……………………
.. ……..

…………………… ………………………
…….. …..

3. Terangkan tiga kepentingan aktiviti lawatan terhadap perkembangan kanak-

kanak.

Kepentingan …………………………………
aktiviti lawatan …………………………………

terhadap
perkembangan …………………………………
…………………………………
kanak-kanak …

…………………………………

…………………………………


238

4. Lengkapkan tempat kosong dengan elemen-elemen yang perlu ada
dalam kertas cadangan lawatan.

Elemen Kertas Cadangan
Lawatan

1 Pengenalan 7 ……………………………………

2 ………………………………. 8 ………………………………….

3 ………………………………. 9 …………………………………

4 ………………………………. 1 ……………………………………
5 ……………………………….. 0
6 ………………………………..
1 …………………………………..
1

1 …………………………………..
2

239

5. Tandakan (√) pada elemen yang lengkap dan (X) pada yang tidak lengkap
dalam senarai semak kertas cadangan yang disediakan.

SENARAI SEMAK KERTAS CADANGAN LAWATAN

Bil Elemen Ada Tiada Catatan
(√) (X)

1 Pengenalan

2 Tujuan

3 Objektif

4 Tarikh dan masa

5 Anjuran

6 Tempat lawatan

7 Sasaran

8 Jawatankuasa

9 Tentatif program

10 Anggaran perbelanjaan

11 Penutup

12 Tandatangan:
i) Setiausaha program
ii) Pentadbir

240

1

242

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI
DAN LITERASI AWAL

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pengetahuan dan pendedahan kepada murid tentang aspek
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak serta mengenal
pasti aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak–kanak bagi menggalakkan
perkembangan yang sihat. Kandungan modul ini meiputi perkembangan bahasa,
komunikasi dan literasi awal melalui bercerita, membaca dan menulis.
KANDUNGAN MODUL
UNIT 7.1: Pengenalan kepada Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan

Literasi Awal
UNIT 7.2: Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui

Bercerita
UNIT 7.3: Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui

Membaca
UNIT 7.4: Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal melalui

Menulis

243

UNIT 7.1: PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN
BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:
7.1.1 Menyenaraikan aktiviti yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan

bahasa, komunikasi dan literasi awal mengikut peringkat umur kanak-
kanak di TASKA.
7.1.2 Menerangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa,
komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.
7.1.3 Berkomunikasi dengan jelas dalam bahasa yang mudah difahami oleh
kanak-kanak

PENGENALAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula seawal dia dilahirkan melalui suara
tangisan pertama yang dikeluarkan oleh bayi. Suara tangisan merupakan satu
bentuk komunikasi untuk memberi tahu kepada orang sekeliling tentang keadaan
atau keperluannya. Peringkat perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
pada semua kanak-kanak normal berlaku mengikut urutan yang sama tanpa
mengira bangsa dan jantina. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai
keupayaan untuk berbahasa secara semula jadi. Sehubungan itu, ibu bapa atau
penjaga kanak-kanak berperanan penting untuk memastikan kebolehan
berbahasa, berkomunikasi dan menguasai literasi awal dapat berlaku dan
berkembang dengan baik.

244

1. Aktiviti Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Mengikut Peringkat Umur Kanak-Kanak di TASKA

MODUL 7

PERKEMBANGAN KOMUNIKASI LITERASI AWAL
BAHASA
Satu bentuk Kemahiran,
Sistem bunyi, hubungan atau pengetahuan dan
perkataan dan penyataan untuk sikap kanak-kanak
bentuk untuk menyampaikan tentang membaca
berkomunikasi
maklumat dan menulis
*Diekspresi *Komunikasi lisan sebelum mereka
melalui verbal dan diajar kemahiran
*Komunikasi tersebut secara
nonverbal bukan lisan formal di sekolah.

i) Aktiviti Mengikut Peringkat Umur
Jadual 7.1: Aktiviti Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Mengikut Umur

Murid Aktiviti Kebolehan
0 – 3 bulan
3 – 6 bulan Menepuk tangan ke arah Menoleh ke arah bunyi.
6 – 8 bulan bayi
8 – 12 bulan Meniru bunyi vokal Meniru bunyi huruf vokal (a, aa)
9 – 12 bulan (a,e,i,o,u)
12 – 18 bulan Sebut Macam Saya. Menyebut dua suku kata ( ma ma,
18 – 24 bulan pa pa)
Tiru Macam Saya.
2 – 3 tahun Meniru gerak geri orang dewasa
Apa itu? (melambai tangan)
3 – 4 tahun
Kenali Anggota Badan. Mengenal nama sebenar benda di
persekitaran (bola, patung)
Mengaitkan dua
perkataan Mengenal bahagian anggota badan
(adik bawa bola merah)
Menyebut bunyi Boleh menggunakan dua
perkataan dengan nada perkataan ( bola kuning, kasut
rendah / tinggi hitam)
Mengawal dan menyebut
Bermain telefon mainan perkataan yang mempunyai nada
suara yang berlainan (comel, nada
rendah, biru…tinggi )
Menggunakan ayat pendek,
mengenali benda dan orang
dengan namanya Menggunakan
bahasa untuk menyelesaikan
masalah

245

ii) Aktiviti Literasi Awal

Aktiviti  Mengenal huruf pada
Mengenal nama.

Huruf  Melabel nama objek yang
terdapat dalam kelas.

 Mengecam huruf pada
tulisan yang terdapat
dalam persekitaran.

 Mengecanm huruf dalam
tajuk buku.

 Bermain dengan huruf
puzzle.

 Mendengar cerita ABC.
 Memadankan huruf yang

sama.
 Menyanyi lagu bunyi fonik.

Aktiviti  Menguli dan membuat rekaan
Pratulis menggunakan doh

 Mengoyak kertas
 Mengunting kertas mengikut

garisan
 Menguntai manik
 Mengantung barang

menggunakan penyepit baju
 Memindahkan duit syiling,

butang, manik dari satu bekas
ke satu bekas yang lain
menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk.
 Melakar bentuk menggunakan
jari telunjuk.

Rajah 7.1: Aktiviti Mengenal Huruf dan Pratulis
246

2. Faktor Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Kanak-
Kanak

Interaksi dalam Persekitaran Interaksi dengan
Keluarga Keluarga Kanak-kanak

Bunyi yang sering Suasana kehidupan Pendidik atau
didengari oleh bayi keluarga yang sihat pengasuh perlu
banyak dan kerap
akan menjadi dan positif amat berinteraksi secara
perkataan yang membantu untuk
bermakna dan mempercepatkan lisan untuk
difahami oleh mereka perkembangan membantu
pada usia sembilan bahasa kanak-kanak. perkembangan
atau sepuluh tahun. Kanak-kanak yang bahasa bagi
membesar dalam kanak-kanak.
Saiz sebuah keluarga
juga mempengaruhi. persekitaran
keluarga yang
Kanak kanak yang berkomunikasi
tunggal biasanya dengan betul dalam
mendapat layanan percakapan akan
yang cukup dan selalu memperolehi
berinteraksi dengan perbendaharaan
ibu bapa akan cepat kata betul dan
bercakap dan banyak
perbendaharaan kata banyak.
berbanding keluarga
yang menpunyai adik
beradik yang ramai

Rajah 7.2: Faktor Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi
Awal Kanak-kanak

247

3. Berkomunikasi Bersama-sama Kanak-kanak
(i) Cara komunikasi dengan Kanak-kanak

TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN

Bercakap pada aras mata Mengunakan perkataan yang Mengunakan ayat yang lebih
kanak-kanak. Mereka akan lebih konkrit, berbanding pendek apabila
rasa lebih dihargai. Dapat abstrak. berkomunikasi.
menggalakkan komunikasi

dua hala.

Mengurangkan pengulangan Menggunakan suara, ekspresi Memberi galakkan kepada
ayat yang kerap dalam satu wajah, bahasa badan dan lain- kanak kanak bercakap dengan
lain untuk menarik perhatian
masa. baik dengan membantu
kanak-kanak. kanak-kanak menyebut
perkataan yang mungkin
kurang jelas sebutannya.

Mengukuhkan usaha kanak- Cara bercakap dengan kanak- Mempelbagaikan kaedah
kanak mendengar dan kanak harus menggunakan berkomunikasi.
bercakap dengan cara nada suara yang jelas dan
memberi ganjaran. betul.

Rajah 7.3: Teknik Komunikasi Berkesan Bersama Kanak-kanak

248

Aktiviti:

1. Anda dikehendaki mengadakan lawatan secara berkumpulan ke TASKA/

prasekolah yang berhampiran. Jalankan aktiviti bahasa, komunikasi dan

literasi awal kanak-kanak. Gunakan senarai semak di bawah untuk menilai

perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.

Soalan Senarai Semak Tandakan Catatan
(√) atau (X)

1. Dapat menyebut nama penuh

2. Dapat memberitahu umur

3. Dapat memberitahu tarikh lahir dengan betul

4. Dapat memberitahu alamat rumah

5. Dapat mengenal dan membezakan anggota
badan

6. Mengingati seni kata lagu

7. Menggunakan perkataan untuk menghasilkan
idea dan perasaan

8. Bercakap dengan rakan lain semasa aktiviti
harian

9. Mengambil bahagian dalam perbincangan kelas

Menunjukkan keseronokan pada buku dan
cerita.

2. Anda dikehendaki menjalankan satu aktiviti berkaitan dengan awal bacaan
kanak- kanak.

3. Jemput penceramah untuk berkongsi ilmu dan pengalamaan tentang
pelaksanaan aktiviti bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.

4. Sediakan satu senarai semak untuk aktiviti pemerhatian di TASKA dan buat
pembentangan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
atau kaedah lain yang kreatif berkaitan senarai semak anda.

249

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

1. Senaraikan lima aktiviti yang sesuai untuk menggalakan perkembangan
bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.
i) ______________________________________________________
______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
______________________________________________________
v) ______________________________________________________
_____________________________________________________

2. Terangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa, komunikasi
dan literasi awal kanak-kanak.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

3. Nyatakan lima teknik komunikasi dengan kanak- kanak.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

250

UNIT 7.2: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI
DAN LITERASI AWAL MELALUI BERCERITA

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid dapat:

7.2.1 Menyatakan kepentingan aktiviti bercerita terhadap perkembangan
bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.

7.2.2 Menerangkan konsep cerita kanak-kanak dalam aspek jenis cerita,ciri-ciri
cerita kanak-kanak,teknik bercerita dan kaedah bercerita bersama kanak-
kanak

7.2.3 Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Bercerita yang mengikut
format.

7.2.4 Menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif atau inovatif serta ruang
yang sesuai.

7.2.5 Melaksanakan aktiviti bercerita berdasarkan perancangan.
7.2.6 Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti bercerita dalam aspek:

i) Persediaan sebelum, semasa dan selepas
ii) Kesesuaian penggunaan Bahan Bantu Mengajar.
iii) Kesesuaian penggunaan teknik dan kaedah bercerita
7.2.7 Memberi cadangan penambahbaikan aktiviti yang dijalankan.
7.2.8 Menulis refleksi pelaksanaan aktiviti bercerita.

251

PENGENALAN

Bercerita merupakan satu aktiviti yang berkesan untuk menggalakkan
perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Pendidik atau pengasuh
perlu melaksanakan aktiviti bercerita secara tidak formal dengan kaedah dan gaya
yang menarik supaya kanak-kanak berasa seronok dan teruja dengan kandungan
cerita yang disampaikan. Modul ini akan memberi pendedahan tentang
kepentingan aktiviti bercerita, konsep bercerita, merancang aktiviti bercerita,
menyediakan bahan dan melaksanakan aktiviti bercerita mengikut prosedur yang
betul.

1. Kepentingan Aktiviti Bercerita Terhadap Perkembangan Bahasa,
Komunikasi dan Literasi Awal Kanak-Kanak

Meningkatkan
perbendaharaan

kata

Miningkatkan Meningkatkan
imaginasi kemahiran
lisan

Membantu Kepentingan Dapat
dalam Bercerita meluahkan
perasaan
menulis dan
membaca

Memberi Memupuk
pengetahuan nilai nilai

murni

Meningikatkan
permahaman

Rajah 7.4: Kepentingan Bercerita
252

2. Konsep Cerita Kanak-kanak
i) Jenis cerita kanak-kanak

cerita
binatang

cerita asal cerita
usul mitos

cerita Jenis Cerita cerita
lagenda Kanak-Kanak pahlawan

cerita cerita
agama sejarah

cerita
fantasi

Rajah 7.5: Jenis Cerita Kanak-kanak

ii) Ciri Cerita Kanak-kanak
(a) Tema
 Tema cerita hendaklah menarik.
 Bersesuaian dengan peringkat umur.
 Mempunyai pengajaran dan nilai nilai murni.
 Cerita bersifat sejagat.

253

(b) Isi Cerita
 Isi cerita hendaklah menarik.
 Mendorong sifat ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak
 Mempunyai unsur teruja, fantasi, menyeronokkan, menakutkan,
dan tindak balas kanak-kanak terhadap cerita tersebut.
 Memberikan faedah dan manfaat kepada kanak-kanak.

(c) Plot
 Permulaan cerita yang menarik.
 Mempunyai jalinan dan kesinambungan.
 Pada akhir cerita memberikan kepuasan dan keseronokan
kepada kanak-kanak.
 Jalan ceritanya ringkas.
 Ceritanya mudah difahami oleh kanak-kanak.

(d) Bahasa
 Menggunakan laras bahasa kanak-kanak.
 Bahasa yang mudah.
 Menggunakan perkataan yang berulang-ulang.

(e) Perwatakan
 Watak dan peranan dalam cerita kanak-kanak tidak terlalu
banyak.
 Watak yang tidak asing bagi kanak-kanak.
 Menunjukkan watak yang baik dan positif.

iii) Teknik Bercerita Bersama Kanak-kanak
(a) Suara
 Suara jelas dan mudah didengari oleh kanak-kanak.
 Ubah intonasi suara mengikut suasana dan watak tertentu.
 Menggunakan variasi suara untuk menunjukkan sesuatu
peranan.
 Kecekapan dalam menyampaikan dialog dan persembahan
menarik minat pendengar.
 Sebutan sesuatu perkataan dan ungkapan hendaklah jelas.

254

(b) Gerak Badan Dan Mimik Muka
 Perlulah bersesuaian dengan cerita.

(c) omunikasi dua hala
 Mewujudkan interaksi semasa soal jawab.
 Pencerita hendaklah mempunyai perhubungan dengan pendengar
melalui kontek mata.

(d) Jeda
 Pencerita perlu berhenti seketika di tempat atau bahagian yang
tertentu untuk mewujudkan kesan cerita.

(e) Nyanyian dan Puisi
 Pencerita boleh menyelitkan nyanyian dan puisi bagi menarik lagi
minat dan perhatian pendengar.
 Nyanyian hendaklah ada kaitan dengan cerita yang disampaikan.

iv) Kaedah Bercerita Bersama-sama Kanak-kanak
(a) Bercerita tanpa penggunaan bahan bantu/secara lisan
 Cerita disampaikan secara lisan. Kanak-kanak mendengar,
memahami dan menghayati cerita yang telah disampaikan.

(b) Bercerita menggunakan boneka
 Menyediakan skrip cerita.
 Menentukan objektif cerita.
 Membuat persembahan.

(c) Menggunakan gambar bersiri
 Memilih gambar-gambar yang sesuai dengan kanak-kanak.
 Mempunyai urutan antara satu gambar dengan gambar yang lain.
 Cerita bersiri terdiri daripada 2 siri, 3 siri, 4 siri, 5 siri dan 6 siri.
 Guru bercerita berpandukan gambar.

(d) Bercerita menggunakan lakonan
 Bercerita sambil melakonkan watak secara spontan.

(e) Bercerita menggunakan teka teki
 Menyediakan teka teki berdasarkan cerita

(f) Bercerita menggunakan buku

255

 Memilih buku yang sesuai dengan murid.
 Pembaca menggunakan suara, gerak badan dan memek muka.
 Pembaca tidak melakonkan cerita.
 Pembaca perlu mengembangkan cerita tersebut.
 Timbulkan aktiviti soal jawab dengan pendengar.

(g) Bercerita menggunakan bahan maujud
 Menyediakan objek sebagai bahan untuk bercerita, contohnya
buku, pen dan lain-lain.
 Ceritakan dengan menggunakan bahan tersebut.
 Kemukakan soalan atau soal jawab.

v) Teknik bercerita bersama-sama kanak-kanak
(a) Suara
 Suara jelas dan mudah didengari oleh kanak-kanak.
 Ubah intonasi suara mengikut suasana dan watak tertentu.
 Menggunakan variasi suara untuk menunjukkan sesuatu peranan.
 Kecekapan dalam menyampaikan dialog dan persembahan
menarik minat pendengar.
 Sebutan sesuatu perkataan dan ungkapan hendaklah jelas.

(b) Gerak badan dan mimik muka
 Perlulah bersesuai dan cerita

(c) Komunikasi dua hala
 Mewujudkan interaksi semasa soal jawab
 Pencerita hendaklah mempunyai perhubungan dengan pendengar
melalui kontek mata.

(d) Jeda
 Pencerita perlu berhenti seketika di tempat atau bahagian yang
tertentu untuk mewujudkan kesan cerita.

(e) Nyanyian dan puisi
 Pencerita boleh menyelitkan nyanyian dan puisi bagi menarik minat
dan perhatian pendengar.
 Nyanyian hendaklah ada kaitan dengan cerita yang disampaikan.

256

3. Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
i) Format Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) bercerita
(a) Butiran Am
 Tarikh: 24 September 2019
 Hari: Selasa
 Masa: 20 minit
 Umur Kanak-kanak: 2 hingga 4 tahun
 Bilangan Kanak-Kanak: 5 orang
 Tajuk Aktiviti: Kura kura dan Arnab
(b) Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
 Meningkatkan kosa kata kanak-kanak.
 Menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak.
(c) Senarai bahan dan alat
 Boneka
 Kostum Arnab

(d) Ruang aktiviti: Ruang bercerita

(e) Langkah Pelaksanaan Aktiviti
 Menyediakan bahan, peralatan dan ruang untuk
menjalankan aktiviti.
 Berinteraksi dengan kanak-kanak dan bertanya khabar.
 Menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu bercerita
menggunakan boneka bersama kanak-kanak.
 Menunjukkan boneka untuk aktiviti bercerita.
 Guru bercerita bersama dengan kanak-kanak dengan
melakukan pergerakan haiwan.
 Memberikan pujian dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kanak-kanak.

257

(f) Pengawasan
 Keselamatan: Tiada peralatan dan perabot yang berbahaya di
ruang belajar.
 Kebersihan: Lantai bersih dan tidak licin
 Kesihatan: Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan
aktiviti.

(g) Penilaian dan Refleksi:
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………….............................................................
........................................................................................................
* Penilaian dan Refleksi dicatat selepas aktiviti dijalankan.

4. Bahan Bantu dan Ruang Pembelajaran

i) Senarai bahan bantu mengajar aktiviti perkembangan bahasa,
komunikasi dan literasi awal kanak-kanak

Kad domino

Buku besar Kad
padanan

Kad huruf Bahan Bantu Helaian
bergambar Aktiviti Bercerita kerja awal
tulisan dan

bacaan

Kad Boneka span
kinestatik Boneka
Jari
Boneka beg
kertas

Rajah 7.6: Bahan Bantu Aktiviti Bercerita

258

ii) Ruang pembelajaran aktiviti bercerita

Rajah 7.7: Ruang Pembelajaran
5. Pelaksanaan Aktiviti Bercerita Berdasarkan Perancangan

i) Mengikut kertas perancangan aktiviti

Jadual 7.3 Pelaksanaan Aktiviti Bercerita

Langkah Aktiviti
Langkah 1 Sediakan tempat aktiviti, bahan dan perancangan aktiviti
Langkah 2 Sediakan kanak-kanak seperti dalam kumpulan
Langkah 3 Terangkan aktiviti yang akan dijalankan
Langkah 4 Berikan peralatan kepada kanak-kanak
Langkah 5 Buat tunjuk cara aktiviti dijalankan
Langkah 6 Jalankan aktiviti bercerita
Langkah 7 Bantu kanak-kanak yang tidak berjaya dan beri pujian
kepada kanak- kanak yang berjaya
Langkah 8
Langkah 9 Ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak
Kemaskan bahan dan peralatan yang telah digunakan

259

ii) Contoh pelaksanaan aktiviti bercerita menggunakan boneka
dan buku cerita

Bercerita menggunakan boneka

- Guru sebagai Bercerita tanpa boneka Bercerita menggunakan
pencerita, pada masa buku cerita
yang sama akan - Menggunakan alat
menggerakkan boneka bantu mengajar - Menggunakan buku
untuk mewakili watak- yang mengandungi
watak dalam cerita. - Mengemukakan cerita cerita bergambar
dengan cara permulaan berwarna-warni dan
- Guru menggerakkan yang menarik besar.
boneka manakala cerita
disampaikan melalui
rakaman.

Rajah 7.8: Pelaksanaan Aktiviti Bercerita

260

iii) Langkah menjalankan aktviti bercerita bersama
kanak-kanak

Guru memilih cerita yang bersesuaian dan peringkat umur
kanak-kanak

Guru menguasai cerita yang akan disampaikan

Guru menyediakan alat bantu untuk aktiviti bercerita. Contohnya
boneka

Kanak-kanak bersedia untuk aktiviti bercerita

Guru memulakan aktiviti bercerita dengan suara dan intonasi
yang jelas

Guru mengemukakan soalan kepada kanak-kanak mengenai
cerita yang disampaikan

Bersoal jawab tentang tema dan nilai moral cerita bersama
dengan kanak-kanak

Rajah 7.9: Pelaksanaan Aktiviti Bercerita

261

6. Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
i) Persediaan sebelum melaksanakan aktivti
 Pilih cerita yang bersesuaian.
 Pencerita harus menguasai bahagian dalam cerita.
 Sediakan alat bantu mengajar.
 Menyusun tempat kanak-kanak
ii) Semasa melaksanakan aktiviti
 Menggunakan set induksi yang menarik.
 Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai.
 Pastikan kanak-kanak memberi perhatian.
 Menerapkan nilai murni dalam cerita.
iii) Selepas menjalankan aktiviti
 Mengadakan perbincangan.
 Uji kefahaman kanak-kanak tentang cerita yang disampaikan.
iv) Kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar
 Bahan yang sesuai dengan perkembangan usia kanak-kanak
 Bahan yang menarik minat kanak-kanak
v) Kesesuaian penggunaan teknik bercerita
 Memotivasikan kanak-kanak
 Kesan pembelajaran lebih kekal dan dingati lebih lama
 Meluaskan pengalaman kanak-kanak

262

7. Cadangan Penambahbaikan Aktiviti Bercerita
i) Penambahbaikan dari segi:
(a) Laras bahasa
(b) Suara
(c) Intonasi
(d) Mimik muka
(e) Gerakan badan
(f) Props
(g) Kostum
(h) Masa

8. Refleksi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
a) Penilaian aktiviti secara keseluruhan
b) Menyediakan aktiviti susulan bercerita seperti melukis, mewarna dan
melakonkan watak dalam cerita.
c) Contoh refleksi – Kanak-kanak berinteraksi dengan mesra dan
berkomunikasi dengan jelas semasa bercerita

263

Aktiviti:
Anda dikehendaki:
1. Merancang aktiviti bercerita menggunakan buku besar bersama kanak-kanak.
2. Merancang aktiviti bercerita menggunakan boneka bersama kanak-kanak.
3. Hasilkan satu boneka yang menarik untuk aktiviti bercerita.
4. Hasilkan sebuah buku besar buku cerita kanak-kanak.
5. Hasilkan satu kad huruf kinestatik kanak-kanak.
6. Melengkapkan borang perancangan aktiviti mengikut format Rancangan

Pembelajaran Aktiviti (RPA) aktiviti bercerita dengan betul.
7. Melaksanakan aktiviti bercerita yang dirancang dengan menggunakan bahan

bantu mengajar yang sesuai.

264

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.
1. Huraikan lima kepentingan aktiviti bercerita bersama kanak-kanak.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. Lakar dan warnakan satu kad huruf bergambar kanak-kanak untuk aktiviti
awal bacaan.

265

3. Terangkan lima teknik bercerita bersama-sama kanak-kanak.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

4. Terangkan lima jenis cerita kanak-kanak.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

5. Senaraikan lima ciri cerita kanak-kanak.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

6. Terangkan lima kaedah bercerita bersama kanak-kanak di TASKA.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

266

7. Nyatakan lima langkah kerja untuk menghasilkan boneka stoking.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________

267

268

UNIT 7.3: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN
LITERASI AWAL MELALUI MEMBACA

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran unit ini, murid boleh:
7.3.1 Menyatakan maksud prabacaan dan awal bacaan.
7.3.2 Mengenal tahap kesediaan membaca kanak-kanak.
7.3.3 Menerangkan faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-

kanak.
7.3.4 Meyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Membaca yang mengikut

format.
7.3.5 Menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif atau inovatif serta ruang

yang sesuai.
7.3.6 Melaksanakan aktiviti prabacaan dan awal bacaan berdasarkan

perancangan.
7.3.7 Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti membaca dalam aspek:

i) Persediaan sebelum, semasa dan selepas
ii) Kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar
7.3.8 Memberi cadangan penambahbaikkan aktiviti yang dijalankan.
7.3.9 Menulis refleksi pelaksanaan aktiviti membaca.

PENGENALAN
Membaca dalam kalangan kanak-kanak melibatkan aktiviti prabacaan dan awal
bacaan yang meliputi aktiviti mengenal tahap kesediaan membaca kanak-kanak.
Modul ini menerangkan faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-
kanak, menyediakan rancangan pelaksanaan aktiviti membaca, menyediakan
bahan bantu mengajar yang kreatif atau inovatif, melaksanakan aktiviti prabacaan
dan awal bacaan, melaksana dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti
membaca serta memberi cadangan penambahbaikan serta menulis refleksi
pelaksanaan aktiviti membaca.

269

1. Maksud Prabacaan dan Awal Bacaan

Prabacaan Awal
bacaan
- Prabacaan ialah proses awal
kesediaan kanak-kanak untuk - Awal bacaan ialah tahap
membaca. pencapaian dalam
membunyikan huruf, suku
- Peringkat prabacaan kata, frasa dan ayat ayat
meliputi kemahiran yang mudah.
pengamatan pendengaran, - Pada peringkat ini kanak-
kemahiran pengamatan kanak didedahkan dengan
penglihatan, aktiviti bahan bacaan mengikut
koordinasi psikomotor, tahap umur mereka.
latihan menajamkan daya
ingatan, dan latihan bahasa - Peringkat bacaan meliputi
pertuturan. kemahiran mengenal abjad
hingga membaca ayat.
- Pada tahap ini, kanak-
kanak didedahkan kepada
aktiviti yang boleh
mendorong mereka
mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan
pendengaran.

Rajah 7.10: Prabacaan dan Awal Bacaan

270

2. Tahap Kesediaan Membaca Kanak-kanak

Kesediaan membaca Kesediaan membaca
bermaksud kemampuan melibatkan sebarang aktiviti
sesorang untuk menerima sebelum sesuatu peringkat
pengajaran dari segi mental, bacaan dimulakan, sama ada
emosi dan fizikal. di peringkat mendirikan asas
, mengukuhkan asas mahu
pun peringkat-peringkat lain
yang lebih tinggi.

Rajah 7.11: Tahap Kesediaan Membaca

i) Kesediaan membaca kanak-kanak
(a) Menunjukan minat terhadap buku.
(b) Minta orang dewasa membacakan buku.
(c) Meniru bunyi yang didengar.
(d) Mengaitkan bunyi yang didengar dengan benda yang sebenar.

ii) Lima tahap membaca kanak-kanak

Tahap fantasi

Tahap Tahap pembentukan
membaca lancar konsep diri membaca

Tahap pengenalan Tahap
bacaan membaca gambar

Rajah 7.12: Tahap Membaca Kanak-kanak
271

3. Faktor Mempengaruhi Kesediaan Membaca Kanak-kanak

Keadaan fizikal yang sempurna

- merujuk kepada penglihatan, Emosi dan motivasi
pendengaran, pertuturan, umur dan
- kanak-kanak menghadapi masalah
jantina. emosi, bersikap negatif terhadapt
buku, menghadapi masalah sosial
Penguasaan bahasa kanak-kanak dan mempunyai minat tertentu.

- bahasa merupakan alat berfikir dan
melahirkan kehendak, rasa dan cita

rasa, ia berkait rapat dengan
kesediaan membaca

Faktor
mempengaruhi

kesediaan
membaca

Pengaruh pengalaman dan Kecergasan dan Perkembangan
persekitaran Kognitif

- pengalaman asas bacaan Daya kecergasan, kebolehan mental
peringkat awal dan faktor secara keseluruhan, membezakan
persekitaran yang memberikan
antara perkataan dan gambar.
motivasi

Rajah 7.13: Faktor Kesediaan Membaca

272

4. Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Membaca

Format Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

(a) Butiran Am:
 Tarikh: 25 September 2019
 Hari: Rabu
 Masa: 20 minit
 Umur Kanak-kanak: 2 hingga 4 tahun
 Bilangan Kanak-Kanak: 5 Orang
 Tajuk Aktiviti: Membaca cerita Pendek (suku kata)

(b) Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:
 Membaca beberapa perkataan mudah
 Membaca bahan bacaan yang ringkas dengan lancar

(c) Senarai bahan dan peralatan:

 Bahan bacaan yang ringkas awal bacaan
 Kad suku kata/kad imbasan

(d) Ruang aktiviti: Ruang bacaan kanak-kanak

(e) Langkah Pelaksanaan Aktiviti:
 Menyediakan bahan dan alatan seperti pensil warna, kad
imbasan
 Membuat persiapan tempat dan peralatan untuk menjalankan
aktiviti awal bacaan
 Memberi penerangan kepada kanak–kanak mengenai aktiviti
awal bacaan yang akan dijalankan
 Menunjukan bahan bantu awal bacaan kepada kanak – kanak
dan menunjukkan teknik / cara menjalankan aktiviti.
 Memberikan peralatan dan bahan kepada kanak-kanak
 Menjalankan aktiviti awal bacaan bersama kanak-kanak
 Membantu kanak-kanak menerangkan kehendak aktiviti awal
bacaan
 Memberi pujian kepada kanak-kanak dan bersoal jawab

273

(f) Pengawasan
 Keselamatan: Tiada peralatan dan perabut yang berbahaya
di ruang belajar.
 Kebersihan: Lantai bersih dan tidak licin
 Kesihatan: Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan
aktiviti.

(g) Penilaian dan Refleksi:
……………………………………………………………………...........

*Penilaian dan Refleksi dicatat selepas aktiviti dijalankan.

5. Penyediaan bahan bantu serta ruang pembelajaran
i) Contoh bahan bantu mengajar untuk aktiviti membaca
(a) Bahan dan alat bantu mengajar
(b) Alat permainan berkonsepkan huruf
(c) Kad imbasan/huruf bergambar/ kinestatik
(d) Kad padanan
(e) Buku besar / cerita
(f) Puzzle
(g) Perisian TMK.

Rajah 7.14: Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Membaca

274

ii) Contoh ruang untuk aktiviti membaca

Rajah 7.15: Ruang Membaca

6. Pelaksanaan Aktiviti Prabacaan dan Awal Bacaan Berdasarkan
Perancangan
i) Kaedah aktiviti prabacaan
(a) Abjad
Kaedah abjad mengkehendaki kanak-kanak menyebut nama huruf
abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V
dan KV, mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan
menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.
(b) Pandang Sebut
Kaedah pandang dan sebut memerlukan kanak-kanak membuat
latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku
kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu
belajar yang sesuai. Untuk melaksanakan kaedah ini, pelajar
dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar.
(c) Kaedah Fonetik
Kaedah yang menekankan penguasaan kanak-kanak terhadap
hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya
mensyaratkan kanak-kanak mengingat bentuk huruf dan bunyinya
tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan
memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti pengenalan huruf
konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang
bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat
membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa yang
dibaca.

275

ii) Cara melaksanakan aktiviti awal bacaan

Pendidik perlu
menyediakan
pengalaman bahasa iaitu
mengenal dan mengecam

huruf

Kanak-kanak perlu Kanak-kanak didedahkan
disediakan mindanya dengan aktivtii yang boleh
mendorong meningkatkan
untuk membaca
ketajaman penglihatan

Kanak-kanak Kemahiran membaca
diperoleh oleh kanak-
3 - 5 tahun diberi galakan
kanak secara tidak
mengembangkan bahasa langsung sepanjang
melalui aktiviti cerita dan tempoh perkembangan

nyanyian mereka

Rajah 7.16: Aktiviti Awal Bacaan

7. Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Membaca
i) Persediaan sebelum
 Penyediaan ruang aktiviti
 Penyediaan bahan bantu
ii) Semasa aktiviti dijalankan
 Penglibatan aktif kanak-kanak
 Kesesuaian masa
 Pelaksanaan aktiviti
iii) Selepas aktiviti dijalankan
 Aktiviti susulan
iv) Kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar
 Penggunaan bahan bantu berfungsi / membantu dalam aktiviti.

8. Memberi cadangan penambahbaikkan aktiviti yang dijalankan.
 Penambahbaikan dari segi kaedah penyampaian dan kreativiti.

9. Menulis refleksi pelaksanaan aktiviti membaca
 Refleksi keseluruhan aktiviti masalah / isu.
 Aktiviti susulan.

276

Aktiviti:
1. Hasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
2. Jalankan satu pemerhatian terhadap pertuturan dan rekodkan tahap
perkembangan dan kebolehan bertutur kanak-kanak.
3. Anda dikehendaki menyediakan rakaman pelbagai bunyi di persekitaran
untuk didengari dan ditiru bunyi berkenaan oleh kanak-kanak.
4. Buat pemerhatian ke atas tahap kesediaan membaca kanak-kanak.

277

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

1. Bagaimanakah faktor dorongan, kematangan dan persekitaran boleh
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
______________________________________________________

2. Adik Amin menghadapi masalah pertuturan. Dia tidak boleh menyebut
beberapa perkataan yang betul.
Terangkan langkah mengatasi masalah tersebut.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

3. Terangkan lima kesediaan membaca kanak-kanak.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

4. Rancangkan satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan bahasa
bayi atau kanak-kanak mengikut peringkat umur.

278

UNIT 7.4: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN
LITERASI AWAL MELALUI MENULIS

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran unit ini, murid boleh:

7.4.1 Menyatakan maksud pratulis dan awal tulisan.
7.4.2 Menyenaraikan aktiviti pratulis dan awal tulisan yang sesuai mengikut

peringkat umur kanak-kanak.
7.4.3 Mengenal kesediaan kemahiran kanak-kanak dalam pratulis dan awal

tulisan.
7.4.4 Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Menulis yang mengikut

format.
7.4.5 Menyediakan bahan bantu mengajar serta ruang yang sesuai.
7.4.6 Melaksanakan aktiviti pratulis dan awal berdasarkan perancangan.
7.4.7 Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti dalam aspek:

 Persediaan sebelum, semasa dan selepas
 Kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar
7.4.8 Memberi cadangan penambahbaikkan aktiviti yang dijalankan.
7.4.9 Menulis refleksi pelaksanaan aktiviti menulis.

PENGENALAN

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan juga
merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Tulisan juga merupakan
bahasa yang tersusun yang berupa rangkaian kata dan ayat. Menulis pula ialah
perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis,
melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf.
Menulis juga bermaksud menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui
media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh
orang lain.

279

1. Maksud Pratulis dan Awal Tulisan

PRATULIS • Peringkat di mana kanak-kanak menyediakan diri untuk
melahirkan lambang-lambang bunyi.

• Kanak-kanak membuat contengan di permukaan yang terdapat
di persekitaran mereka.

AWAL • Awal tulisan pula adalah peringkat permulaan kanak-kanak
TULISAN membentuk huruf -huruf.

• Pada peringkat awal kanak-kanak perlu didedahkan dengan
bentuk bentuk huruf supaya tidak berlaku kekeliruan

Rajah 7.17: Maksud Pratulis dan Awal Tulisan

2. Aktiviti Pratulis dan Awal Tulisan Mengikut Peringkat Umur Kanak-
kanak

Jadual 7.4: Aktiviti Penulisan Mengikut Peringkat Umur

Peringkat Senarai
umur Aktiviti Pratulis Dan Awal Tulisan

Peringkat 1  Kanak-kanak mula memegang pensel atau berminat untuk
(Contengan memegang alat tulis atau objek lain untuk menconteng pada
seawal usia dua tahun.
bebas)
 Pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘fun doing’ dalam
kemahiran menulis.

 Kanak-kanak memulakan contengan dan juga bentuk-bentuk
seperti garisan lurus dan bulatan.

Peringkat 2  Pendidik atau guru boleh membantu kanak-kanak belajar menulis
(Tracing) mengikut bentuk yang diberikan.

 Antara aktiviti yang boleh digunakan seperti menulis mengikut
garisan putus-putus atau garisan titik-titik yang mudah dan
menarik.

 Pada peringkat ini, mulakan dengan garisan yang lurus, diikuti
dengan garisan sedikit bengkang bengkok, zig-zag dan berputar-
putar.

Peringkat 3  Selepas kanak-kanak telah menguasi peringkat kemahiran
(Bentuk) menulis yang ke-2, kemahiran ini boleh berpindah kepada
membina bentuk.

 Mulakan membuat bentuk-bentuk mudah seperti bulatan dan
diikuti pula dengan bentuk petak, segi tiga dan sebagainya.

280

Rajah 7.18: Contengan Kanak-kanak

Menggunting kertas mengikut garisan daripada
pelbagai bentuk atau gambar pelbagai saiz.

Membuat pelbagai corak dan bentuk dengan
menggunakan getah gelang dan papan paku.

Mengoyak pelbagai bahan seperti surat
khabar, kertas manila, kertas pendua
(berwarna), kertas warna dan lain lain.

Menyambung titk pelbagai bentuk, garisan
dan gambar mengikutarah yang diberi.

Membuat jalinan menggunakan benang dan
objek yang berlubang contohnya menguntai
manik.

Menguli dengan menggunakan plastisin, ulian
tepung, tanah liat.

Membuat garisan seperti garis lurus, lengkung,
panjang, pendek, tegak melintng dan lain lain.

Rajah 7.19: Senarai Aktiviti Pratulis Kanak-kanak

281

Menekap huruf menggunakan Menekap huruf dengan
kertas suruh menggunakan acuan huruf

Menyudah atau melengkapkan Menyambung dan menyudahkan
huruf huruf yang diberi titik-titik huruf

Membuat bentuk bayangan di Menyalin huruf daripada kad yang
udara, di atas meja dan belakang disediakan
kawan dengan menggunakan jari

Meniru huruf dan menulisnya Melengkapkan huruf mengikut
mengikut arah yang betul garisan yang putus-putus

Rajah 7.20: Aktiviti Awal Tulisan Kanak-kanak

3. Kesediaan Kemahiran Kanak-kanak dalam Pratulis dan Awal
Tulisan

Kesediaan otot Koordinasi mata dan Cara memegang alat
tangan tulis

Pergerakan asas Mengenal huruf Biasa dengan
sumber bahan

bercetak

Rajah 7.21: Kesediaan Kemahiran Pratulis dan Awal Tulisan Kanak-kanak

282

4. Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Menulis
i) Format Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Menulis

(a) Butiran Am

 Tarikh: 24 September 2019

 Hari: Selasa

 Masa: 9.00 – 9.30 pagi

 Umur Kanak-kanak: 2 - 4 Tahun

 Bilangan Kanak-kanak: 6 Orang

 Tajuk aktiviti: Menekap huruf

(b) Objektif pembelajaran

Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:

 meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
 Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

(c) Senarai bahan dan peralatan

 Lembaran kerja pratulis
 Pensel
(d) Ruang aktiviti: Ruangan aktiviti perkembangan bahasa

(e) Langkah Pelaksanaan

 Menyediakan bahan dan alatan seperti pensel warna, buku
lembaran kerja pratulis.

 Membuat persiapan tempat dan peralatan untuk menjalankan
aktiviti awal tulisan.

 Memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti
pratulis yang akan dijalankan.

 Menunjukan bahan bantu awal tulisan kepada kanak-kanak
dan menunjukkan teknik / cara menjalankan aktiviti.

 Memberikan peralatan dan bahan kepada kanak-kanak.
 Menjalankan aktiviti awal tulisan / pratulis bersama kanak-

kanak.
 Membantu kanak-kanak menerangkan kehendak aktiviti awal

tulisan.
 Memberi pujian kepada kanak-kanak dan bersoal jawab.
 Mengemaskan tempat menjalankan aktiviti.
 Menghantar kanak-kanak kepada pengasuh dan

mengucapkan terima kasih.
(f) Pengawasan:

 Keselamatan
 Kebersihan
 Kesihatan
(g) Penilaian dan Refleksi:

* Penilaian dan Refleksi dicatat selepas aktiviti dijalankan.

283

5. Penyediaan Bahan Bantu serta Ruang yang Sesuai
i) Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Menulis
Jadual 7.5 Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Menulis

Menyediakan bahan seperti pasir dan
garam untuk latihan pratulis
menggunakan jari .

Menyediakan kertas lukisan, berus
besar, dan warna air untuk
menghasilkan corak daripada keratan
sayur sayuran dan buah-buahan.

Menyediakan lakaran dan kertas warna
untuk aktiviti kolaj.

Menyediakan gambar atau bentuk untuk
aktiviti mewarna.

284

Menyediakan benang dengan objek
berlubang untuk aktiviit menguntai
manik.

Menyediakan kertas A4 / kertas lukisan
untuk aktiviti membuat garis lurus,
tegak, melintang, condong lengkung
dan lain lain.

Menyediakan helaian atau lembaran
kerja pratulis.

Menyediakan bahan bahan untuk aktiviti
menyurih dan menekap huruf.

Menyediakan pensel untuk aktiviti
menulis.

285

ii) Ruang Pembelajaran Aktiviti Menulis

Rajah 7.21: Ruang Aktiviti Menulis
(a) Melaksanakan aktiviti pratulis dan awal bacaan berdasarkan

perancangan.
 Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan masa dan langkah kerja.
(b) Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti
 Persediaan sebelum aktviti dijalankan, semasa aktiviti berlangsung dan

selepas menjalankan aktiviti.
 Kesesuaian penggunaan bahan bantu mengajar mengikut umur dan

cara menarik minat kanak-kanak.
(c) Cadangan penambahbaikkan aktiviti yang dijalankan

 Penggunaan alat bantu yang lebih menarik
 Menyediakan aktiviti yang menarik
 Masa yang mencukupi dan sesuai
 Tempat yang menarik dan selesa
(d) Menulis refleksi pelaksanaan aktiviti menulis
Melaporkan Isu/ masalah sebelum, semasa dan selepas menjalankan
aktiviti menulis dan langkah mengatasinya.

286


Click to View FlipBook Version