The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajkabstrak2021, 2021-12-03 19:49:29

IBIEAC 2021 JILID2

IBIEAC 2021 JILID2

PENERBIT
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jalan Punai Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu Sabah

Tel: 088-537010
https://[email protected]

URUSAN PENERBITAN OLEH
Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada sebarang bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik,
mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terlebih dahulu.

Semua artikel ini telah dibentangkan dalam Prosiding International Borneo
Islamic Education and Arabic Language Convention (IBIEAC) anjuran Sektor
Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, secara dalam talian pada 12

hingga 14 November 2021.

e ISBN

Cetakan Pertama 2021

PENGURUS PENERBITAN
Aidah Binti Japinin

JAWATAN KUASA
PENERBITAN E-PROSIDING IBIEAC 2021

PENASIHAT

Dr.Mistrine binti Raden
Pengarah JPN Sabah

Profesor Dr.Hj. Mohd Dahlan Hj.A.Malek
Dekan Fakulti Pengajian Islam, UMS

Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah IAB Cawangan Sabah

PENYELARAS

Saidah binti Mohd Said
Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah

Masniah binti Masri
Sektor Perancangan & Pengurusan PPD, JPN Sabah

EDITOR

Profesor Madya Dr. Muhamad Suhaimi bin Taat
Fakulti Psikologi & Pendidikan, UMS

Dr.Issraq bin Ramli
Fakulti Pengajian Islam, UMS

Dr.Habibah @ Artini Ramlie
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, UMS

URUS SETIA

Aidah binti Japinin
SMK Mat Salleh, Ranau

Norliha binti Latif
SK Pekan Ranau

Salasiahrey @ Syakirah bt Matree
SK Ratau, Ranau

KATA ALU-ALUAN
Y.BHG. DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

1.0 A very good day, Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN Sabah the Great, So
No to Number Sixteen and Say Yes to Top Ten.
2.0 In this regard, the sharing of current research in fields such as curriculum, management, and
current issues of Islamic education has become a necessity for Islamic Education Teachers and Arabic
Language Teachers in Sabah, to further enhance the competence of teachers in facing current tasks
and challenges. Therefore, the Sabah State Education Department in collaboration with University
Malaysia Sabah and the Aminuddin Baki Institute in Sabah have come to a mutual understanding, and
in sharing common ground. have taken this opportunity to host the International Borneo Islamic
Education Convention.
3.0 Furthermore, one of the goals of organizing this program is to form a culture of research
among Teachers of Islamic Education and Arabic Language in performing their duties as mudarris,
mu'allim, murabbi, muaddib, and mursyid in an effort to educate the current generation, in addition to
being equipped with various skill needed for facing contemporary challenges.
4.0 By having the Borneo International Convention on Islamic Education and Arabic Language, I
wish you a very productive academic discourse with exciting and encouraging discussions and
exchanges of knowledge so that together we can anticipate a brighter future in education here in
Sabah.
5.0 Last but not least, my deepest gratitude goes out to the joint organizing committee, mainly the
Sabah State Education Department, University Malaysia Sabah and Aminuddin Baki Institute of
Sabah and anyone who has directly or indirectly supported the success of this convention. Special
thanks to the Honourable YB Datuk Haji Mohammad Arifin bin Arif, Minister of Special Duties of
the state of Sabah for his presence on behalf of our Chief Minister for his endless support and
commitment to assist us in uplifting the level of education achievement in Sabah in spite of his tight
and busy schedule.
6.0 We look forward to having a successful event, and we hope that all the attendees enjoy and
benefit from this convention. Thank you.

KATA ALU-ALUAN
PROFESOR DR HJ MOHD DAHLAN HJ A.MALEK

DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UMS

‫ِب ْس ِم َل َّل ِا ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحيم‬
Praise to Allah (the Most Glorious), for it is because of His Grace and Blessings that we are able to
jointly host the International Borneo Islamic Education and Arabic Convention (IBIEAC) 2021
together with Sabah State Education Department (JPNS) (The main organizer) , Institut Aminuddin
Baki and Persatuan Kegiatan Dakwah Islam Sekolah (PEKDIS) Sabah.
‫أهلا وسهلا ومرحبا بكم‬

Welcome to the IBIEAC 2021! The theme of the IBIEAC this year is “Enhancing the
solutions quality and best practices of Islamic Education and Arabic Language towards Industrial
Revolution 4.0 challenges”. This conference theme has been specially chosen to encourage us,
working in and across different academic fields, from diverse cultural and national backgrounds, to
come together to reflect on what education in modern society means to all of us, as well as how our
definitions of education would affect the way we lead our lives, and consequently, contribute to our
overall health and quality of life.

For those who have been leading their lives in a conservative and traditional way, this fourth
industrial revolution would probably bring more disadvantages than advantages to them. In today’s
modern life, industrialization, urbanization, commercialization, and technology that are beneficial to
most people have also produced devastating results in some parts to traditional values, cultures,
environment, and way of life for many communities. Therefore, the concept of ‘ukhuwah’ and sharing
research in the current issues in Islamic Studies and Arabic language are both timely and important to
enhance their competitiveness and upgrade their ability and capability in addressing current needs and
challenges in the modern society, especially during pandemic Covid 19 in new norms.

Lastly, I would like to thank to all committee member, our international and local speakers
and participants for their contributions to this conference. I would also like to thank every one of you
for coming to this event, and I trust that you will make new friends and establish future research
partners over the days of our conference. Whether you are a presenter or an audience member, I
encourage you all to make the most out of the opportunities for engagement and interaction you will
encounter in this international academic forum.
Thank you.

KATA ALU-ALUAN
PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN,

PENGARAH CAWANGAN,
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Asalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Limpahan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya International
Borneo Islamic Education and Arabic Convention (IBIEAC) 2021 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah dan Pertubuhan Islamiah Sekolah-sekolah Sabah berjaya diadakan secara dalam
talian. Pada kesempatan ini, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak
penganjur atas daya usaha menganjurkan Konvensyen IBIEAC 2021 yang bertemakan
“Memperkasakan Kualiti Penyelesaian dan Amalan Terbaik Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam
Menghadapi Cabaran Revolusi Industri 4.0” Bingkisan ucapan tahniah dan syabas atas komitmen
semua pembentang dan pengkaji yang telah menjalankan kajian dan penyelidikan.

Cabaran dan perubahan lanskap pendidikan amatlah dinamik dan perlu ditangani dengan
bijaksana. Mutakhir ini, timbul keprihatinan yang lebih tinggi akan peranan pendidikan dalam
pengukuhan ekonomi, pengembangan sosiobudaya dan pembangunan masa depan yang asasnya
bermula dari penguasaan ilmu. Kepesatan era perkembangan ilmu, penghasilan inovasi serta tahap
interaksi secara global yang tinggi memerlukan pemikiran bagaimana sistem pendidikan dapat
menyumbang kepada pembangunan sekaligus memantapkan tahap persaingan global Malaysia.
Fungsi institusi dalam menyebar luas ilmu adalah signifikan dan memerlukan paradigma yang
memberi kesan kepada cara berfikir, mengatur strategi dan operasi dengan menganalisis data. Justeru
itu konvensyen ini dapat menerapkan budaya penyelidikan melalui pembentangan dan penulisan yang
dikongsi bersama.

Ketelitian dalam sesuatu kajian memerlukan komitmen dan tahap disiplin yang tinggi agar
dapatan kajian menepati disiplin yang ditetapkan. Atas komitmen dan dedikasi terhadap keilmuan
melalui penyelidikan, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua para
pembentang dan peserta yang terlibat. Semoga Konvensyen IBIEAC 2021 ini dapat diteruskan dan
ianya harus dijadikan platform untuk berkongsi ilmu bagi membangunkan modal insan dan jati diri
para pendidik dan pemimpin sekolah sebagai wacana melebarkan agenda penyelidikan ke arah
memberikan impak bertaraf dunia.

Sekian. Terima Kasih.

KANDUNGAN

JAWATANKUASA PENERBITAN E PROSIDING
KATA ALU-ALUAN

1 HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN MOTIVASI 1-9
DALAM SITUASI PANDEMIK COVID-19 MURID SEKOLAH RENDAH
KAWASAN PEDALAMAN.Nurbaiti Abdul

2 KEFAHAMAN DAN PEMBUDAYAAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM 10-17
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.
Norhannan binti Ramli.

3 TWIT (TASMIK WITH TEAMMATE) MEMBANTU PELAJAR MURAJAAH, 18-27
HAFAZAN BARU DAN HAFAZAN SEDIA ADA DI DALAM
MATAPELAJARAN HIFZ AL-QURAN HALAQAH 10 TINGKATAN 4
Nik Abdul Hakeem Bin Nik Azhar.

4 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF ‫ ظ ط ض ص‬DENGAN 28-35
MENGGUNAKAN TEKNIK PENULISAN MEKANIS BERBANTUKAN
VIDEO (TUMEVI) DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.
Mohd Nazirul Mubin Bin Mohd.

5 TIK TOK : KEBERKESANANNYA DALAM PEMBELAJARAN DAN 36-43
PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA ARAB.
Hamzurinawati Bt Halim @ Abd Halim

6 KUALITI PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: HUBUNGANNYA DENGAN 44-54
EFIKASI KENDIRI DAN INTEGRITI GURU
Erna Suwardi.

7 STANDARD GURU MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN 55-62
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM.
Azarul Razamin bin Mat Said.

8 PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI DALAM NORMA BAHARU DI 63-74
NEGERI SABAH: TINJAUAN TERHADAP PEMANIS.
Awang Abdul Muizz Awang Marusin

9 AMALAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 75-85

DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH

PEDALAMAN SABAH.

Abd. Wahab bin Abd Hamid

10 MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN KAMIL MENURUT IBN ‘ARABI 86-91
: SOROTAN LITERATUR
Abd Rahman Tajudin.

11 RELEVANSI DAN KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 92-101
(PBD) MELALUI APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SECARA DIGITAL BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH
RENDAH DI DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Siti Fairuza Binti Asmungi.

12 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI DENGAN 102-108
PENGUASAAN BENTUK HURUF JAWI BERSAMBUNG SEMASA
PANDEMIK
Siti Azimah Binti Rupilen.

13 PENDEKATAN MODUL JUS 2.0 MENGUPAYAKAN PEMIMPIN SEKOLAH 109-117
MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN SKPMg2 SECARA TERANCANG
Saripah Binti Ghul Hassan.

14 PERUBAHAN PRESTASI MURID DALAM MATAPELAJARAN BAHASA 118-128
ARAB TAJUK NOMBOR DAN BILANGAN MELALUI PENGGUNAAN
MODUL SaWaPu
Nurfazhillah Binti Hj Sabit

15 HUBUNGAN METAKOGNISI DENGAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN 129-135
ISLAM PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PANTAI BARAT UTARA SABAH.
Norashah Binti Kamarudin

16 MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN KAMIL MENURUT IBN ‘ARABI 136-141
: SOROTAN LITERATUR
Abd Rahman Tajudin.

17 TAHAP KESEDIAAN DALAM PDPR GURU DAN HUBUNGANNYA 142-152
DENGAN MOTIVASI PELAJAR
Aishah Binti Mohd Zain

18 UNSUR KECINDAN DALAM PENGAJARAN VERSI PdPR 153-160
Mahani Binti M Ghani; Mariati Binti M Ghani

19 PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM 161-171
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ENAM TOPI
PEMIKIRAN
Rosliza Binti Mohamad

20 KAD FAMUN(MEMBANTU MENGINGAT DAN MENYEBUT BUNYI 172-174
HURUF BERBARIS MENGGUNAKAN GERAKAN MULUT)
Sarinah@ Sharie Binti Sabli

21 KEPIMPINAN TEKNOLOGI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PDP 175-189
DAN PENGURUSAN PANITIA 190-198
Norhidayah Bte Ramlie.

22 LU’BAH SIRA
Dayang Suraya Binti Awang Hidup

23 PERMAINAN JAWI TUTUP BOTOL (JAWI TOOL) MENINGKATKAN 199-205
KEMAHIRAN MEMBANTANG SUKU KATA TERBUKA BAGI MURID
TAHUN SATU.
Dg.Noriah Binti Ak Arsat.

24 KIT FLB:MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS 206-214
SUKU KATA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3, SK
BANGINGOD, LAHAD DATU SABAHA.
Hajarah Muharam

25 INOVASI E-JAWEE. 215-219
[email protected] 220-226

26 ‘FINGER NUN’: SATU KAEDAH INOVASI UNTUK MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID DALAM PEMAHAMAN HUKUM TAJWID NUN
MATI DAN TANWIN.
Nor Azlinada Binti Abdul Aziz.

27 PENEROKAAN KAEDAH PDPR PENDIDIKAN ISLAM DALAM 227-233
KALANGAN GPI DI SEKOLAH PEDALAMAN Sarawak.
Noorfarahain binti Bali.

28 KESAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP ADAB MURID 234-240
MENURUT PERSPEKTIF GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM DI
MELAKA.
Nur Aisyah Abdul Razak.

29. KIT B-KAWA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYUSUN AYAT 241-246
BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MALIKI.
Nurul Ashilah Binti Roslan.

30 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA 247-254
ARAB MENGGUNAKAN KAEDAH ‘PENUNJUK ABU’ BAGI MURID

TAHUN 6 BESTARI, SK MOOK KINARUT, PAPAR , Sabah.

Nurul Farhanah binti Malai Ali.

31 KAEDAH BEEP-TERIMA-SEMAK (BTS) DALAM MELAKSANAKAN PDPR 255-259
PENDIDIKAN ISLAM TAHAP SATU.
Nurul Jannah binti Masran

32 KAEDAH BIG FINGER DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN 260-268
AL-QURAN.
Sabarina Bt Yusof.

33 KAD KBAT HOLISTIK PERKAITAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN 269-273
MURID DALAM APLIKASI TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT KSSM 274-282
SPM PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH DENGAN TERATUR DALAM
KALANGAN MURID TINGKATAN 4 SYAFIE.
Shaharoom Binti Hashim.

34 AKTIVITI PERMAINAN ‘FLASHCARD’ MENINGKATKAN KEUPAYAAN
MENGINGAT HURUF MAD: HUKUM NUN MATI DAN TANWIN.
Siti Nasuha binti Singki.

35 PELAKSANAAN KEPIMPINAN TURNAROUND DALAM 283-287
MEMPERKASAKAN PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM
DALAM ERA PANDEMIK DI SEKOLAH RENDAH DAERAH PITAS.
Mohd Hazilye bin Sakimin

36 THE IMPLEMENTATION OF HIGHER-ORDER THINKING SKILLS (HOTS) 288-298

AMONG THE ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN SANDAKAN
DIVISION’S SECONDARY SCHOOLS IN THE TEACHING AND

FACILITATING.

Haziera Binti Mashor.

37 Kit MaRi-Ni MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS 299-305
BIDANG JAWI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 KREATIF DI SK
KIMANIS: SATU KAJIAN TINDAKAN.
Marinie binti Thussin

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN MOTIVASI DALAM SITUASI
PANDEMIK COVID-19 MURID SEKOLAH
RENDAH KAWASAN PEDALAMAN

Nurbaiti Abdul Jamal1
Ruslin Bin Amir2

1Fakulti Pendidikan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
2Universiti Kebangsaan Malaysia

1Email: [email protected]
2Email:[email protected]

Abstrak

Usaha bagi meningkatkan penglibatan murid sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
(PdPR) bagi menangani isu murid hilang motivasi belajar sepanjang pandemik COVID -19 perlu
diberi tumpuan. Perkaitan antara gaya pembelajaran dan motivasi merupakan aspek yang perlu
dikaji dengan lebih mendalam bagi memastikan mutu gaya pembelajaran murid ditingkatkan
dengan penerapan elemen-elemen motivasi. Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan
pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan juga tahap motivasi murid dalam proses
pembelajaran. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan kedua-dua
faktor tersebut sepanjang PdPR dijalankan.Penyusunan aktiviti dan penyediaan bahan
pembelajaran yang sesuai hendaklah berdasarkan gaya pembelajaran murid (visual, audio atau
kinestetik) agar dapat memberi impak yang lebih tinggi terhadap tahap penguasaan murid
menurut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.Kajian ini dijalankan untuk memeriksa
hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah
rendah. Sampel seramai 35 orang murid Tahun 6 daripada tiga buah sekolah rendah SKM
Pedalaman Zon Gadong Beaufort, Sabah. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal
selidik dan data dianalisis secara statistik inferensi kolerasi Pearson dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengetahuan gaya pembelajaran mempunyai hubungan langsung positif
yang signifikan ke atas tahap motivasi murid. Hasil kajian ini mencadangkan kajian akan datang
dan program intervensi yang bertujuan membantu meningkatkan penglibatan murid sepanjang
PdPR dijalankan mengambil kira kedua-dua faktor tersebut.

Kata kunci: gaya pembelajaran, motivasi.

Pendahuluan

Pandemik COVID-19 merupakan krisis kesihatan global dan mengakibatkan perubahan corak
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) yang dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian, bilamana murid tidak dapat
hadir ke sekolah dalam tempoh tertentu atas sebab penularan wabak penyakit dengan kelulusan
pendaftar negeri (Kementerian Pendidikan Malaysia 2020). Fenomena ini menimbulkan isu murid
hilang motivasi untuk belajar atau “learning burnout” terutamanya dalam kalangan murid sekolah
rendah. Implikasinya, murid akan keciciran dalam pelajaran. Dari sudut sosioemosi iaitu motivasi
juga perlu diberi keutamaan dengan memberikan sokongan, galakan dan dorongan supaya mereka
sentiasa bermotivasi walaupun belajar di rumah. Dalam konteks pendidikan, motivasi merupakan
komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ragbir Kaur Joginder
Singh (2010), dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,guru-guru mesti membantu murid-murid
memahami tahap-tahap sasaran atau matlamat yang diharapkan bagi pembelajaran setiap sesi
pengajaran. Dengan cara ini, murid-murid dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran penting

1

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
yang disampaikan oleh guru, disebabkan mereka telah mengetahui objektif-objektif pengajaran dan
pembelajarannya terlebih dahulu.Murid yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan
minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru.
Kajian membuktikan motivasi memberikan kesan kepada hasil pembelajaran dan merupakan faktor
utama yang mendorong kepada pencapaian akademik murid. Justeru, aktiviti yang dirancang perlu
bermakna dan memberikan rangsangan positif agar murid dapat menyelesaikan sesuatu tugasan
dengan baik (Aizu Khalili Zohedi et al. 2017).

Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin (2021) dalam Berita
Utusan,“anjakan paradigma kaedah pengajaran dan pembelajaran secara total perlu dibuat melalui
pelbagai kaedah kreatif bagi merangsang minat pelajar, sekali gus memastikan keberkesanan
pembelajaran”(Maisarah Sheikh Rahim 2021). Inisiatif bagi menangani isu murid hilang motivasi
belajar “learning burnout”, aspek perbezaan kecenderungan gaya pembelajaran murid perlu
menjadi fokus utama bagi memastikan keberkesanan pelaksaanaan PdPR. Sesetengah murid
mempunyai gaya pembelajaran yang dominan dan terdapat juga murid yang menggabungkan
beberapa gaya pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka (Genevieve Carlton, 2021).
Kepentingan mengetahui jenis gaya pembelajaran murid dapat membantu guru merancang strategi
pengajaran, menentukan kepelbagaian aktiviti dan penyediaan modul dan bahan pengajaran yang
bertepatan dengan gaya pembelajaran murid bagi Selain memastikan mutu pengajaran dan
pembelajaran, secara tidak langsung dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk belajar.
Kajian terdahulu mendapati gaya pembelajaran terdapat hubungan yang kuat dengan tahap motivasi
murid apabila guru mengetahui gaya pembelajaran yang tepat dengan mengintegrasikan
kepelbagaian deria dan menjadikan PdP lebih berkesan (Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq dan
Mohammad Mujaheed Hassan 2021). Apabila murid mengenal pasti gaya pembelajaran mereka,
implikasinya murid akan belajar dengan lebih banyak dan ini dapat membantu guru serta ibu bapa
dalam menyediakan sokongan sosial dan keperluan pendidikan kepada murid (O' Connor
1997).Berdasarkan tinjauan literatur mengenai gaya pembelajaran dengan motivasi murid secara
konsisten menunjukkan hubungan yang signifikan (Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq &
Mohammad Mujaheed Hassan,2021;Nur Syazana Abd Shukor & Mohd Nasir Masroom , 2020; M.
Kaviza , 2019).Walaubagaimanapun, belum banyak kajian yang menyepadukan kedua-dua elemen
tersebut sepanjang PdPR dilaksanakan. Justeru, terdapat keperluan untuk menggabungkan
pemboleh ubah gaya pembelajaran dan motivasi dalam usaha meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan PdPR. Secara khusus, kajian ini ingin meneroka sejauh mana hubungan pengetahuan
gaya pembelajaran dengan tahap motivasi murid sepanjang pelaksanaan PdPR.

Objektif Kajian

1. Menentukan kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran (kinestetik,auditori dan
visual) terhadap motivasi murid (intrinsik dan ekstrinsik) tahun enam.

Hipotesis Kajian
Ho1 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran dan motivasi dalam
kalangan murid tahun enam.
Ho2 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran kinestetik dan
motivasi intrinsik dalam kalangan murid tahun enam.
Ho3 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran kinestetik dan
motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid tahun enam.
Ho4 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori danmotivasi
intrinsik dalam kalangan murid tahun enam.
Ho5 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori danmotivasi
ekstrinsik dalam kalangan murid tahun enam.

Ho6 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dan motivasi
intrinsik dalam kalangan murid tahun enam.

2

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Ho7 Tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dan motivasi
ekstrinsik dalam kalangan murid tahun enam.

Perbincangan seterusnya membincangkan tinjauan literatur berkaitan gaya pembelajaran VAK
dan motivasi murid sepanjang PdPR dijalankan. Metodologi penyelidikan, dapatan,
perbincangan, implikasi dan cadangan kajian akan dibincangkan secara terperinci.

Sorotan Literatur
1. Gaya Pembelajaran

“Darjah pencapaian seseorang murid dalam proses pembelajaran banyak bergantung kepada
sikap, minat dan motivasi yang berterusan. Sesetengah murid mempunyai corak pembelajaran
yang dominan dalam diri mereka”. (Crow & Crow 1983). Gaya pembelajaran dikategorikan
kepada lima faktor atau rangsangan iaitu faktor emosi, faktor persekitaran, faktor psikologi,
faktor fizikal dan faktor sosial.(Dunn & Dunn 1992). Gaya pembelajaran VAK mengandungi
tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik. Penerangan gaya
pembelajaran VAK oleh Fleming dan Baume (2006) seperti berikut:

i. Gaya Pembelajaran Visual:Murid visual belajar dengan baik melalui bahasa bertulis,
gambar, carta, gambar rajah, video, dan demonstrasi lain. Murid belajar lebih baik
dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam, paparan
komputer dan telefon pintar. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” selalunya
menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. Mereka
mempunyai kemahiran imaginasi yang baik, mengingat apa yang ditulis, dan memberi
perhatian lebih kepada bahasa tubuh orang lain.

ii. Gaya Pembelajaran Auditori:Murid belajar dengan mendengar bahasa lisan dan arahan
lisan. Mereka dapat mengingat perihalan dengan membaca dengan kuat atau
menggerakkan bibir semasa membaca, terutama ketika belajar perkara baru Murid dapat
mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman audio, mengajar murid lain
dan berbincang dengan guru.

iii. Gaya Pembelajaran Kinestetik:Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka
dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.

2. Motivasi

Motivasi bermakna sesuatu usaha yang menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu ( Ee
Ah Meng 1997) atau dorongan keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan (Charles G.
Morris dan Albert A. Maisto 1999). Menurut Maslow (1954) menyatakan bahawa manusia perlu
memenuhi setiap hierarki keperluan untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Dua jenis
motivasi yang saling berkait iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik
merupakan tindak balas dalaman atau keinginan untuk melakukan sesuatu manakala motivasi
ekstrinsik pula adalah rangsangan luaran yang mengarah kepada sesuatu tingkah laku. (Ragbir
Kaur Joginder Singh 2010).

3. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi

Motivasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam faktor emosi yang mempengaruhi gaya
pembelajaran murid. Menurut pakar pendidikan Prof Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed berkata,
“walaupun guru menggunakan teknologi untuk berhubung dengan pelajar, untuk memotivasikan
serta memberi semangat kepada pelajar bukan satu perkara yang mudah. Namun, terdapat beberapa
cara untuk guru memotivasikan murid melalui medium e- pembelajaran yang dijalankan guru
dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif termasuk memasukkan elemen
kuiz, penilaian dan pelbagai aktiviti yang menarik. Malah, guru boleh menggalakkan murid untuk
menyumbang idea semasa kelas dalam talian atau meminta mereka memberi penjelasan kepada

3

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
rakan lain serta beri peluang pelajar memberi pandangan dan pendapat” (Sri Ayu Kartika Amri
2021). PdPR merupakan pendekatan yang fleksibel dan para guru perlu kreatif untuk merangsang
pembelajaran murid terutamanya murid di kawasan Pedalaman pembelajaran melalui PdPR luar
talian. Pelaksanaan PdPR luar talian menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran seperti
video, audio, slaid, nota, latihan yang dimuat turun ( whatsApp, telegram, facebook, youtube,
google drive) dan proses muat turun dilakukan semasa ada capaian Internet melalui medium
komunikasi. Justeru, saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Panduan Pelaksanaan Jadual
Waktu PdPR, “penyusunan aktiviti dan penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai hendaklah
dibuat berdasarkan gaya pembelajaran murid (visual, auditori atau kinestetik) agar dapat memberi
impak yang lebih tinggi terhadap tahap penguasaan murid”. (Kementerian Pendidikan Malaysia
2020).

Dapatan kajian oleh Wan Naliza Wan Jaafar dan Siti Mistima Maat (2020), tahap motivasi dalam
kalangan pelajar luar bandar tingkatan empat FELDA berada pada tahap sederhana. 58% daripada
responden menunjukkan tahap motivasi dalam mata pelajaran Matematik yang sederhana diikuti
dengan 37.7% pada tahap yang rendah. Hanya 4.3% orang responden sahaja mempunyai tahap
motivasi dalam mata pelajaran Matematik pada tahap tinggi. Pendekatan kuantitatif dan reka
bentuk kajian tinjauan ini melibatkan 138 orang responden daripada tiga buah sekolah menengah
luar bandar dalam daerah Kuantan. Pengkaji juga menyarankan supaya program intervensi perlu
dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai usaha mengatasi masalah motivasi murid yang tidak
memberangsangkan terhadap mata pelajaran Matematik kerana merupakan mata pelajaran yang
lebih kompleks.
Kajian terdahulu telah menyatakan terdapat kolerasi yang signifikan antara gaya pembelajaran dan
motivasi murid. Selaras dengan kajian oleh Nur Syazana binti Abd Shukor dan Mohd Nasir Masroom
(2020), hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat kolerasi signifikan antara gaya
pembelajaran dan tahap motivasi dalam kalangan 120 orang calon SPM di salah sebuah SMK Johor.
Ini disokong oleh Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq dan Mohammad Mujaheed Hassan (2021),
yang menyatakan bahawa gaya pembelajaran yang betul juga adalah penting untuk memastikan
seseorang itu terus cemerlang dan yakin dalam akademik. Dapatan kajian yang telah dijalankan juga
membuktikan gaya pembelajaran visual dan kinestetik mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tahap motivasi akademik 251 orang responden dalam kalangan mahasiswa tahun pertama, Universiti
Putra Malaysia. Manakala, kajian yang telah dijalankan oleh M.Kaviza (2019), untuk menentukan
hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik dalam mata pelajaran Sejarah telah
mendapati bahawa terdapat hubungan linear yang positif dan amat tinggi secara signifikan antara gaya
pembelajaran dan motivasi intrinsik.

Metodologi Kajian

4. Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif dengan menjalankan
kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini dijalankan adalah untuk melihat gaya pembelajaran yang
dominan dan hubungannya dengan motivasi murid. Gaya pembelajaran terdiri daripada tiga elemen
utama iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik manakala motivasi terbahagi kepada
dua, motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

5. Populasi dan Sampel Kajian

Pengumpulan data dijalankan menggunakan borang soal selidik untuk mengukur tahap gaya
pembelajaran dan pemboleh ubah motivasi.Dalam kajian ini, teknik pensampelan yang digunakan
ialah jenis pensampelan rawak strata kerana jenis sampel ini sesuai digunakan bagi kajian
berasaskan zon,negeri atau daerah dalam pemilihan sampel.Populasi kajian ini adalah dalam
kalangan 35 orang murid tahun enam, daripada tiga buah sekolah rendah SKM di kawasan
Pedalaman Zon Gadong Beaufort, Sabah.Sampel yang terlibat dalam kajian ini seramai 32 orang
murid. Jumlah saiz sampel tersebut ditentukan berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel
Krejcie dan Morgan (1970).

4

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

6. Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang terkandung di dalam borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A instrumen berkenaan maklumat demografi jantina. Bahagian B terdapat 9 item berkaitan
gaya pembelajaran. Aspek-aspek yang terdapat dalam instrumen gaya pembelajaran VAK iaitu
visual, auditori dan kinestetik.Instrumen Gaya Pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran
Perceptual Learning Style Preference Questionnaire diubahsuai daripada Joy Reid (1984) (dalam
Rasidah Rashid 2007).Manakala, Bahagian C instrumen motivasi diadaptasi daripada penyelidikan
Irma Mahad et al. (2021).Terdapat 14 item yang digunakan untuk mengukur tahap motivasi murid
dan terbahagi kepada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.Kedua-dua variabel diukur
menggunakan Skala Likert empat mata di dalam instrumen tersebut kerana mudah ditadbir dan
difahami oleh murid sekolah rendah. Pilihan jawapan bermula dari skala 1 (Sangat Tidak Setuju)
dan 4 (Sangat Setuju).

7. Analisis Data

Data-data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26
secara statistik inferensi korelasi Pearson, untuk menunjukkan hubungan pemboleh ubah tidak
bersandar (gaya pembelajaran) dengan pemboleh ubah bersandar (motivasi). Jadual 1 menunjukkan
aras kekuatan nilai pekali korelasi menurut pandangan Niel J. Salkind (2012).

Jadual 1: Aras Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

Saiz Pekali Pearson r Kekuatan Korelasi
.8 hingga 1.0. Sangat kuat
.6 hingga .8 Kuat
.4 hingga .6 Sederhana
.2 hingga .4 Lemah
.0 hingga .2 Lemah hingga Tiada korelasi

Sumber: Diadaptasi daripada Niel J. Salkind (2012)
Dapatan Kajian

8. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Motivasi

Berdasarkan Jadual 2, setelah menjalankan analisis korelasi, dapatan menunjukkan terdapatnya
hubungan linear positif yang kuat secara signifikan antara min gaya pembelajaran terhadap tahap
motivasi murid (r = .763; N=32; p<0.05, p=0.00). Maka, Ho1 telah berjaya ditolak. Keputusan
ini membawa implikasi bahawa sekiranya kecenderungan gaya pembelajaran adalah tinggi, maka
secara tidak langsung tahap motivasi murid juga adalah tinggi.

Jadual 2: Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Tahap Motivasi

Elemen r Motivasi Tahap
Gaya Pembelajaran .763** Sig. Kuat
0.000

9. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Kinestetik dan Motivasi

Berdasarkan Jadual 3, dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan linear positif yang lemah
antara min gaya pembelajaran kinestetik terhadap motivasi intrinsic (r=.349;
N=32;p>0.05,p=0.05). Maka, Ho2 tidak berjaya ditolak. Justeru, hubungan linear positif yang
lemah dan tidak signifikan.Keputusan ini membawa implikasi bahawa sekiranya kecenderungan
gaya pembelajaran kinestetik adalah tinggi, maka tiada hubungan yang signifikan terhadap
motivasi intrinsik murid. Manakala, kajian ini telah melaporkan bahawa nilai keofisien kolerasi

5

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pearson antara min gaya pembelajaran kinestetik (r=.845;N=32;p<0.05,p=0.00) motivasi
ekstrinsik adalah signifikan.Oleh itu, terdapat hubungan linear positif yang sangat kuat secara
signifikan antara min gaya pembelajaran kinestetik terhadap motivasi ekstrinsik. Maka, Ho3
telah berjaya ditolak.Justeru, terdapat hubungan yang signifikan antara min gaya pembelajaran
kinestetik terhadap motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid. Keputusan ini membawa implikasi
bahawa sekiranya kecenderungan gaya pembelajaran kinestetik adalah tinggi, maka motivasi
ekstrinsik murid juga adalah tinggi.

Jadual 3: Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Kinestatik Dengan Tahap Motivasi

Elemen Motivasi Intrinsik Motivasi Ekstrinsik
r Sig. Tahap r Sig. Tahap

Kinestatik .349 0.050 Lemah .845** 0.000 Sangat Kuat

10. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Auditori Dengan Motivasi

Berdasarkan Jadual 4, dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan linear positif yang sederhana
antara min gaya pembelajaran auditori terhadap motivasi intrinsik (r=.463;
N=32;p<0.05,p=0.00). Maka, Ho4 berjaya ditolak. Justeru, hubungan linear positif yang
sederhana secara signifikan.Keputusan ini membawa implikasi bahawa sekiranya kecenderungan
gaya pembelajaran auditori adalah tinggi dalam kalangan murid, maka motivasi instrinsik murid
adalah tinggi. Manakala, kajian ini telah melaporkan bahawa nilai keofisien kolerasi Pearson
antara min gaya pembelajaran auditori (r =.732; N=32;p<0.05,p=0.00) motivasi ekstrinsik
adalah signifikan. Oleh itu, terdapat hubungan linear positif yang kuat.

secara signifikan antara min gaya pembelajaran auditori terhadap motivasi ekstrinsik. Maka, Ho5
telah berjaya ditolak. Justeru, terdapat hubungan yang signifikan antara min gaya pembelajaran
auditori terhadap motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid. Keputusan ini membawa implikasi
bahawa sekiranya kecenderungan gaya pembelajaran auditori adalah tinggi, maka motivasi
ekstrinsik murid juga adalah tinggi.

Jadual 4: Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Auditori Dengan Motivasi

Elemen Motivasi Intrinsik Motivasi Ekstrinsik
r Sig. Tahap r Sig. Tahap

Auditori .463** 0.000 Sederhana .732** 0.000 Kuat

11. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Visual Dengan Motivasi

Berdasarkan Jadual 5, dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan linear positif yang kuat
antara min gaya pembelajaran visual terhadap tahap motivasi intrinsik (r = .669;
N=32;p<0.05,p=0.00). Maka, Ho6 berjaya ditolak. Justeru, hubungan linear positif yang kuat
secara signifikan.Keputusan ini membawa implikasi bahawa sekiranya kecenderungan gaya
pembelajaran visual adalah tinggi dalam kalangan murid, maka motivasi instrinsik murid adalah
tinggi. Manakala, kajian ini telah melaporkan bahawa nilai keofisien kolerasi Pearson antara min
gaya pembelajaran visual (r =.744; N=32;p<0.05,p=0.00) motivasi ekstrinsik adalah signifikan.
Oleh itu, terdapat hubungan linear positif yang kuat secara signifikan antara min gaya
pembelajaran visual terhadap motivasi ekstrinsik. Maka, Ho7 telah berjaya ditolak. Justeru,
terdapat hubungan yang signifikan antara min gaya pembelajaran visual terhadap motivasi
ekstrinsik dalam kalangan murid. Keputusan ini membawa implikasi bahawa sekiranya

6

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kecenderungan gaya pembelajaran visual adalah tinggi, maka motivasi ekstrinsik murid juga
adalah tinggi.

Jadual 5: Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Visual Dengan Motivasi

Perbincangan
12. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Intrinsik

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat secara signifikan
antara gaya pembelajaran dan motivasi dalam kalangan murid tahun enam sekolah rendah SKM
kawasan Pedalaman Zon Gadong, Beaufort, Sabah. Selaras dengan kajian oleh Nur Syazana
binti Abd Shukor dan Mohd Nasir Masroom (2020), hasil penemuan kajian menunjukkan
bahawa terdapat kolerasi signifikan antara gaya pembelajaran dan tahap motivasi dalam
kalangan 120 orang calon SPM di salah sebuah SMK Johor.Tambahan pula, dalam kajian
ini,gaya pembelajaran auditori dan visual menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang
signifikan terhadap motivasi intrinsik malah gaya pembelajaran visual terdapat hubungan yang
kuat, terhadap motivasi intrinsik. Bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh M. Kaviza
(2019), hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear yang positif dan
amat tinggi secara signifikan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik, bagi keenam-
enam jenis gaya pembelajaran (visual, auditori, taktikal, kinestetik, bersendirian dan
berkumpulan) menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang tinggi secara signifikan
dengan motivasi intrinsik dan memberi implikasi bahawa gaya pembelajaran dan motivasi
intrinsik merupakan elemen penting yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Namun, dalam kajian ini menunjukkan bahawa, gaya pembelajaran
auditori dan kinestetik terdapat hubungan yang sederhana dan lemah.

Implikasi hasil daripada kajian mendapati, elemen gaya pembelajaran visual mempunyai
hubungan signifikan yang kuat terhadap motivasi intrinsik murid disebabkan mereka mempunyai
keinginan yang tinggi untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih baik kerana bahan
pembelajaran dalam bentuk gambar, graf, carta,slide power point, nota dalam modul dan video
pembelajaran melalui aplikasi what'sapp,telegram,youtube,canva yang disediakan guru dapat
menarik minat murid.Mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani segala masalah
semasa pembelajaran berlaku sepanjang pelaksanaan PdPR.

13. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Ekstrinsik

Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran auditori dan visual menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan yang kuat dan gaya pembelajaran kinestetik pula hubungan signifikan
yang sangat kuat terhadap motivasi ekstrinsik. Murid belajar dengan begitu baik sepanjang
pembelajaran apabila mengambil bahagian dalam aktiviti dan mereka seronok melakukan
eksperimen, projek, permainan seperti Play-Dough, puzzle serta lego. Justeru, mereka lebih
bersemangat untuk belajar apabila guru mengadakan pertandingan, kuiz seperti teka silang
kata,kahoot,quizizz,dan wordwall. Selaras dengan kajian Marina Rahmad dan Zamri Mahamod
(2021), tahap motivasi ekstrinsik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan enam berada pada tahap yang tinggi kerana adanya suntikan motivasi luaran.

7

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Implikasi hasil daripada kajian mendapati, ketiga-tiga elemen gaya pembelajaran mempunyai
hubungan signifikan yang kuat terhadap motivasi ekstrinsik murid kerana adanya suntikan
motivasi ekstrinsik. Faktor galakan daripada guru dan ibu bapa dan semangat bersaing dalam
pembelajaran menyebabkan motivasi ekstrinsik murid berada pada tahap yang tinggi sepanjang
pelaksanaanPdPR.

Rumusan
Kesimpulannya, dengan mengenal pasti gaya pembelajaran, murid lebih menyedari cara-cara
bagaimana mereka boleh belajar dengan lebih efektif. Kaedah penyampaian pengajaran yang pelbagai
dan bertepatan dengan gaya pembelajaran murid merupakan komponen yang penting untuk
memotivasikan minat dan penglibatan murid.Sokongan dan dorongan secara menyeluruh daripada
semua pihak yang berkepentingan dapat dilihat dalam menjayakan pelaksanaan PdPR. Berdasarkan
keputusan kajian, terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan.Pertama,
kajian ini dijalankan di sekolah rendah SKM Pedalaman Zon Gadong dalam daerah Beaufort, Sabah,
dan diharapkan kajian lanjutan dibuat bagi daerah dan negeri lain di seluruh negara yang melibatkan
pelbagai faktor demografi kawasan bandar/luar bandar. Kedua, elemen gaya pembelajaran
mempengaruhi tahap motivasi murid. Program intervensi perlu diwujudkan bertujuan membantu
meningkatkan penglibatan murid sepanjang PdPR

Rujukan

Aizu Khalili Zohedi, Nor Hasbiah Ubaidullah, & Norasikin Fabil.(2017).Aplikasi prinsip
animasi exaggeration, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta model motivasi arcs
terhadap topik integer Matematik tingkatan satu. Journal of ICT in Education (JICTIE).
Vol 4.

Charles G, Morris, Albert A. Maisto.(1999).Understanding Psychology - 4th Edition. Upper
Saddle River, N.J., Prentice Hall.

Crow & Crow.(1983).Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dunn, R., & Dunn, K.(1992).Teaching secondary students through their individual
learning styles.Boston: Allyn & Bacon.

Ee Ah Meng .(1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq, & Mohammad Mujaheed Hassan.(2021).

Konsep kendiri dan gaya pembelajaran terhadap motivasi akademik dalam kalangan
mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH).Volume 6,
Issue 2, (page 75- 105).

Fleming, N., and Baume, D. (2006).Learning Styles Again: VARKing up the right tree!

Educational Developments, SEDA Ltd, Issue 7.4, Nov. 2006, p4-7.

Genevieve Carlton.(2021). Adapting Learning Styles During
COVID-19. https://www.genevievecarlton.com/

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran, & Intan Nur Syuhada Hamzah.(2020).Sikap dan motivasi
murid sekolah rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang
perintah kawalan pergerakan. Vol. 11, Bil. 1: 16-28. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
–JPBM.UKM.
8

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kaviza, M. (2019). Hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik dalam mata
pelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,Vol.4,Issue
5,61-68.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2020). Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Rumah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Krejcie, R.V, & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Education and Phychological Measurement, 30: 607-610.
Maisarah Sheikh Rahim. (2021).PdPR tidak begitu berkesan, kerajaan perlu ubah
pendekatan.Utusan,29 Mei. Maisarah Sheikh Rahim 29 Mei 2021, 8:30 am
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/05/pdpr-tidak-begitu-berkesan-kerajaan-
perlu-ubah- pendekatan/
Marina Rahmad, & Zamri Mahamod.(2021).Tahap kecerdasan pelbagai dan motivasi pelajar
tingkatan enam dalam pembelajaran Bahasa Melayu.Jurnal Dunia
Pendidikan.Vol.3,No.1,319-330.
Nur Syazana Abd Shukor, & Mohd Nasir Masroom.(2020). Gaya pembelajaran dan motivasi
dalam kalangan calon SPM di sebuah sekolah menengah agama di negeri Johor.Jurnal
Kemanusiaan 18: 2 (2020), 77–90.
O'Connor, K. J., & Braverman, L. M. (Eds.). (1997). Play therapy theory and practice: A
comparative presentation. John Wiley & Sons Inc.
Ragbir Kaur Joginder Singh.(2010).Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif
Untuk KPLI (Sekolah Rendah).Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Rasidah Rashid.( 2007). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan
pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah.Universiti Teknologi Malaysia.
Salkind, N. J. (2012). Exploring research. Boston: Pearson.
Sri Ayu Kartika Amri.(2021). Perlu bijak tarik pelajar fokus pembelajaran dalam talian. Berita
Harian Metro,3 Julai
https://www.hmetro.com.my/authors/[email protected]
Wan Naliza Wan Jaafar, & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian
Matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia. Vol 10 No.1

9

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KEFAHAMAN DAN PEMBUDAYAAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH

Norhannan binti Ramli 1
Nur Farah `Ain binti Che Hassan 2

Zur`ain binti Zaini 3
Zuraida binti Che Pa 4

1SK Bugaya, Semporna, Malaysia 2SK Kunak 1, Kunak, Malaysia
3SK Wallace Bay, Tawau, Malaysia 4SK Bugaya, Semporna,
Malaysia

1Email:[email protected] 2
Email:[email protected]
3 Email:[email protected]
4 Email:[email protected]

Abstrak: Kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam penting dalam kehidupan anak-anak kerana
mereka merupakan aset negara yang bakal mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa dan
negara pada masa hadapan. Justeru, kajian ini dibuat untuk meninjau tahap kefahaman dan
pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid di sebuah sekolah di daerah Kunak, Sabah.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Responden kajian terdiri daripada
115 orang murid Tahun 6 di salah sebuah sekolah luar bandar di daerah Kunak, Sabah. Kajian ini
menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data daripada soal selidik dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 melibatkan analisis deskriptif
dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam
dalam kalangan murid Tahun 6 berada pada tahap sangat tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap kefahaman dan
pembudayaan nilai-nilai Islam murid berdasarkan jantina dan kaum di sekolah tersebut. Kajian ini
diharap dapat menjadi panduan kepada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah
dalam memastikan murid terus memahami dan membudayakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
seharian mereka bagi membentuk peribadi yang mulia.

Kata Kunci: Nilai-nilai Islam, kefahaman, pembudayaan, murid sekolah rendah, sekolah luar
bandar

Pendahuluan

Islam adalah agama yang syumul dan ajarannya meliputi setiap aspek kehidupan. Antara ajaran yang
dibawa adalah pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan bagi membentuk
peribadi mulia serta kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Dalam memastikan nilai-nilai
Islam ini diamalkan dan dibudayakan dalam kehidupan seseorang Muslim, kefahaman yang tinggi
terhadap nilai-nilai tersebut harus dititik beratkan agar pengamalannya kelak tidak tersasar dari
landasan Islam yang sebenar. Kita maklum golongan pelajar merupakan aset penting negara kerana
merekalah yang akan mencorakkan tamadun bangsa dan negara pada masa hadapan. Oleh itu,
mereka haruslah mempunyai kefahaman dan pembudayaan yang tinggi terhadap nilai-nilai Islam
dalam kehidupan seharian mereka.Namun, dalam era teknologi dan globalisasi kini, golongan pelajar
dilihat mempunyai kefahaman dan pembudayaan yang rendah terhadap nilai-nilai Islam. Hal ini
dapat dibuktikan apabila wujudnya pelbagai masalah sosial yang melibatkan pelajar. Mengikut
statistik jenayah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), sebanyak 78.6 peratus
pelajar terlibat dalam penagihan dadah. Jumlah ini menunjukkan satu jumlah yang besar. Selain itu,
bekas ketua polis negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang akhbar menyatakan pelajar
sekolah pada hari ini tidak hanya terlibat dalam kegiatan ponteng sekolah, namun terlibat dalam

10

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
jenayah yang ekstrem. Hal ini berdasarkan statistik narkotik yang menunjukkan sebanyak 467
tangkapan melibatkan pelajar sekolah pada tahun 2017 dan 577 orang pelajar pada tahun 2018 (Sinar
Harian, 2019). Masalah sosial yang berlaku ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan
kefahaman dalam agama. Kurangnya pengetahuan dan kefahaman ini memberi kesan kepada
pembudayaan agama terutamanya pembudayaan terhadap nilai-nilai Islam sekaligus mengakibatkan
berlakunya masalah-masalah keruntuhan akhlak (Amini Amir Abdullah, 2014; Absha Atiah Abu
Bakar & Mohd Isa Hamzah, 2019).

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid
Tahun 6.

2. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berdasarkan jantina.

3. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berdasarkan kaum

Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kefahaman nilai-nilai Islam dalam kalangan
murid Tahun 6 berdasarkan jantina.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berdasarkan jantina.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kefahaman nilai-nilai Islam dalam kalangan
murid Tahun 6 berdasarkan kaum.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berdasarkan kaum.

Sorotan Literatur

14. Nilai-nilai Islam
Nilai Islam merupakan suatu perkembangan, kerohanian, intelek dan moral sosial yang
bersumberkan kepada al-Quran dan Hadis. Ajaran Islam secara jelas merupakan petunjuk kepada
manusia dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah. Nilai Islam juga memberi
pedoman serta pegangan hidup dan motivasi dalam kehidupan manusia (Annasaii Jamar et al,
2020). Nilai-nilai Islam merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat mulia yang perlu dimiliki oleh
setiap individu Muslim yang lebih dikenali dengan istilah sahsiah atau akhlak (Mohd Hasrul
Shuhari & Mohd Fauzi Hamat, 2015).

Kajian oleh Mohd Shukri Hanapi, Norullisza Khosim dan Azrin Ibrahim (2020) telah
menyenaraikan beberapa kepentingan nilai-nilai Islam seperti sebagai pembentuk peribadi dan
pengawal diri, penggabung dan pengukuh antara pelbagai elemen dan sistem yang berbeza,
menghasilkan keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan sosial serta membaiki tingkah laku
seseorang individu samada dalam kehidupan berkeluarga mahupun bermasyarakat. Islam telah
memperkenalkan banyak nilai Islam dalam kehidupan seperti nilai amanah, tekun, ikhlas,
bertanggungjawab, dedikasi, bekerjasama, berdisiplin, berbudi mulia dan bersyukur. Namun,
dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada lima nilai Islam yang biasa diamalkan oleh
murid di sekolah iaitu nilai bertanggungjawab, tekun, bersih, bersyukur dan berbudi mulia.

15. Kefahaman dan Pembudayaan Nilai-nilai Islam
Kefahaman dan pembudayaan nilai dalam Islam perlu diterapkan kerana ianya memainkan
peranan penting dalam membendung masalah sosial pelajar yang semakin membarah. Atas dasar
itu, pengkaji melihat kepada beberapa kajian terdahulu yang membincangkan serba sedikit

11

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
tentang kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam diri setiap individu. Kajian oleh
Bashah Abu Bakar dan Maziahtushima Ishak (2009) ke atas pelajar sekolah rendah mendapati
tahap penghayatan nilai Islam dalam kalangan murid sekolah rendah adalah pada tahap tinggi
namun pelajar masih lagi cuba mengorganisasikan nilai tersebut ke dalam diri mereka. Perkara
ini memberi gambaran awal kepada pengkaji bahawa tahap kefahaman dan pembudayaan nilai
Islam dalam kalangan murid sekolah rendah adalah dalam keadaan baik. Pengkaji cuba melihat
samada hasil dapatan ini sama atau bertentangan dengan hasil dapatan pengkaji yang
menjalankan kajian yang lebih kurang sama tetapi berfokus kepada sekolah rendah di Sabah.
Selain itu, kajian oleh Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin Kutty (2021) pula
melihat kepada penghayatan adab kesopanan dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Zon
Kajang. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya tahap penghayatan adab kesopanan ini
berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga mengkaji tentang perbezaan tahap penghayatan antara
murid lelaki dan murid perempuan. Hasil dapatan menunjukkan tiada perbezaan dalam tahap
penghayatan berdasarkan jantina. Seterusnya adalah kajian daripada Mohd Khairi Shafie dan
Mohamad Khairi Othman (2016) berkaitan dengan kefahaman dan pengamalan akhlak dalam
kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS). Kajian ini
melihat kepada tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar berdasarkan
jantina dan tempat tinggal. Dapatan untuk tahap kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan
jantina menunjukkan keputusan yang berbeza daripada kajian sebelum ini. Hasil dapatan
menunjukkan pelajar lelaki lebih faham dan mengamalkan akhlak berbanding pelajar perempuan.
Akhir sekali adalah kajian berkenaan dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kaum
Bajau. Kajian oleh Qurratu Ain Rapihi dan Zaizul Ab. Rahman (2018) ke atas penduduk Bajau
darat di sebuah kampung di Tuaran mendapati penghayatan nilai Islam masih berada pada tahap
rendah. Walaupun dikatakan kaum Bajau merupakan antara kaum di Sabah yang menerima Islam
paling awal, namun tahap penghayatan masih rendah. Namun begitu, pengkaji cuba melihat
tahap penghayatan nilai Islam ini dalam diri pelajar yang berbilang kaum dan etnik di Kunak,
Sabah.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini,
kaedah tinjauan digunakan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai
Islam dalam kalangan murid Tahun 6. Responden terdiri daripada 115 orang murid tahun 6 di
sebuah sekolah luar bandar di daerah Kunak, Sabah. Responden kajian telah dipilih secara rawak
mudah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan
maklumat dan data. Borang soal selidik bagi kajian ini berbentuk Google Form dengan
menggunakan skala Likert 5 mata seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Skala Likert

12345

Sangat tidak Tidak setuju (TS) Kurang setuju Setuju (S) Sangat setuju (SS)

setuju (STS) (KS)

Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A mengandungi 3 item soalan berkaitan maklumat demografi responden, Bahagian B
mengandungi 10 item soalan berkaitan kefahaman nilai-nilai Islam dan Bahagian C mengandungi
25 item soalan berkaitan pembudayaan nilai-nilai Islam di sekolah merangkumi nilai
tanggungjawab, tekun, bersih, bersyukur dan berbudi mulia.

Item-item soalan dalam borang soal selidik ini telah diadaptasi daripada kajian-kajian
lepas. Item-item soalan bagi mengukur tahap kefahaman murid terhadap nilai Islam telah
diadaptasi daripada kajian Annasaii Jamar, Fatin Nazmin Mansor dan Mohd Aderi Che Noh

12

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
(2020) manakala item-item soalan bagi mengukur tahap pembudayaan nilai-nilai Islam murid di
sekolah diadaptasi daripada kajian Mohd Khairi Shafie dan Mohamad Khairi Othman (2016).

Data soal selidik yang diterima daripada responden telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dan inferensi melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Analisis
peratus digunakan bagi mengintepretasi maklumat latar belakang responden manakala analisis skor
min digunakan bagi mengukur tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan
murid Tahun 6. Interpretasi tahap skor min bagi tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai
Islam berdasarkan skala oleh Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam (2018) seperti dalam
Jadual 2.

Skor min Jadual 2: Interpretasi tahap skor min
1.00 – 1.80 Interpretasi skor min
1.81 – 2.60 Sangat Rendah
Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam (2018)

Selain itu, analisis Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan bagi mengenal pasti sama
ada terdapat perbezaan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan
murid Tahun 6 berdasarkan jantina. Analisis Anova satu hala pula digunakan untuk mengenal
pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berdasarkan kaum.

Dapatan Kajian

16. Demografi Responden

Berdasarkan analisis deskriptif yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bilangan
responden lelaki ialah seramai 57 orang (49.6%), manakala responden perempuan ialah seramai
58 orang (50.4%). Dapatan menunjukkan majoriti kaum bagi responden adalah kaum Bajau
dengan bilangan seramai 46 orang (40%), kaum Bugis seramai 38 orang (33%) dan kaum
Melayu adalah seramai 12 orang (10%) serta 19 orang (17%) bagi kategori kaum lain-lain.
Secara umumnya, profil responden kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Kriteria Jadual 3: Profil responden kajian N Peratus (%)
Jantina Kumpulan 57 49.6
Lelaki 58 50.4
Kelas Perempuan 115 100
Kaum Tahun 6 46 40
Bajau 38 33
Bugis 12 10
Melayu 19 17
Lain-lain

17. Tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid

Dapatan skor min pada Jadual 4 menunjukkan tahap kefahaman nilai-nilai Islam bagi murid
lelaki dan murid perempuan adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.66). Skor min pada Jadual 4
juga menunjukkan tahap pembudayaan nilai-nilai Islam di sekolah bagi murid lelaki dan murid
perempuan adalah sangat tinggi (min=4.24). Oleh itu, kedua-dua tahap kefahaman dan
pembudayaan nilai-nilai Islam murid di sekolah berada pada tahap yang sangat tinggi.

13

2021 JILID 2

e ISBN 978 967 26508 0 5

Jadual 4: Min Kefahaman dan Pembudayaan Nilai-Nilai Islam Murid di sekolah

Tahap N Min Sisihan Piawai

Kefahaman Nilai-Nilai Islam 115 4.66 0.41
Murid

Pembudayaan Nilai-Nilai 115 4.24 0.47
Islam Murid di sekolah

18. Tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid berdasarkan jantina

Jadual 5 menunjukkan dapatan ujian t sampel tak bersandar bagi tahap kefahaman dan
pembudayaan nilai-nilai Islam berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan tidak terdapat
perbezaan min yang signifikan bagi tahap kefahaman nilai-nilai Islam antara murid lelaki
(min=4.64, sisihan piawai=0.44) dan murid perempuan (min=4.69, sisihan piawai=0.37); (t= -
0.62, p= 0.54). Selain itu, Jadual 5 juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang
signifikan bagi tahap pembudayaan nilai-nilai Islam di sekolah bagi murid lelaki (min=4.21,
sisihan piawai=0.53) dan murid perempuan (min=4.26, sisihan piawai=0.42); (t= -0.54, p= 0.59).
Darjah perbezaan bagi min tahap kefahaman adalah sangat kecil (eta squared<0.1 = 0.003).
Manakala, darjah perbezaan bagi min tahap pembudayaan juga sangat kecil (eta squared<0.1
= 0.002). Maka, H₀₁ dan H₀₂ gagal untuk ditolak. Justeru, dapat dirumuskan bahawa tahap
kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid berdasarkan jantina adalah
sama.

19. Tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid berdasarkan kaum

Jadual 6 dan 6a menunjukkan dapatan analisis ujian Anova sehala untuk mengetahui tahap
kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid mengikut kaum. Dapatan menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kefahaman nilai-nilai Islam murid mengikut
kaum [F (3, 111) = 0.37, p = 0.77]. Darjah perbezaan bagi min tahap kefahaman adalah sangat
kecil (eta squared<0.1 = 0.002). Perbandingan pasca-hoc menggunakan ujian Tukey
menunjukkan bahawa skor min untuk Bajau (min = 4.67, sisihan piawai = 0.39) tidak
mempunyai perbezaan secara signifikan dengan Bugis (min = 4.63, sisihan piawai = 0.46),
Melayu (min = 4.63, sisihan piawai = 0.32) dan lain-lain (min = 4.74, sisihan piawai = 0.41).
Maka, H₀₃ turut gagal ditolak.

Jadual 6: Perbezaan Min bagi Kaum

Tahap Kaum N Min Sisihan Piawai
Kefahaman Nilai-Nilai 4.67 0.39
Bajau 46 4.63 0.46
Islam Murid 4.63 0.32
Bugis 38 4.74 0.41
Pembudayaan Nilai-Nilai 4.66 0.41
Islam Murid di sekolah Melayu 12 4.29 0.50
4.20 0.51
Lain-lain 19 4.06 0.31

Keseluruhan 115

Bajau 46

Bugis 38

Melayu 12

14

2021 JILID 2

e ISBN 978 967 26508 0 5

Lain-lain 19 4.30 0.45

Keseluruhan 115 4.23 0.47

Jadual 6a: Ujian Anova Sehala bagi Tahap Kefahaman dan Pembudayaan Nilai-Nilai Islam

Tahap Kaum Murid mengikut Kaum Sig.
Sum of Squares df Mean Square F

Kefahaman Dalam kumpulan 0.19 3 0.06 0.37 0.77

Nilai-Nilai Antara kumpulan 18.87 111 0.17

Islam Murid Keseluruhan 19.06 114

Pembudayaan Dalam kumpulan 0.62 3 0.21 0.92 0.44
24.93 111 0.23
Nilai-Nilai Antara kumpulan

Islam Keseluruhan 25.55 114
Murid di
sekolah

Bagi tahap pembudayaan nilai-nilai Islam mengikut kaum juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan [F (3, 111) = 0.92, p = 0.44]. Manakala, darjah perbezaan bagi min
tahap pembudayaan juga sangat kecil (eta squared<0.1 = 0.015). Perbandingan pasca-hoc
menggunakan ujian Tukey menunjukkan bahawa skor min untuk Bajau (min = 4.67, sisihan
piawai = 0.39) tidak mempunyai perbezaan secara signifikan daripada Bugis (min = 4.63, sisihan
piawai = 0.46), Melayu (min = 4.63, sisihan piawai = 0.32) dan ain-lain (min = 4.74, sisihan
piawai = 0.41). Maka, H₀₄ juga gagal ditolak. Justeru, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat
perbezaan pada tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid di
sekolah mengikut kaum.

Perbincangan

Kajian ini mendapati tahap kefahaman nilai Islam dalam diri murid adalah sangat tinggi. Dapatan
ini menunjukkan bahawa murid memahami nilai-nilai Islam yang perlu mereka amalkan dalam
kehidupan seharian. Kajian ini juga mendapati tahap pembudayaan nilai Islam bagi murid lelaki
dan perempuan juga berada pada tahap yang sangat tinggi. Secara umumnya, keseluruhan
dapatan bagi tahap kefahaman dan pembudayaan nilai Islam oleh murid sekolah rendah ini
berada pada tahap yang sangat baik. Namun, pengkaji mendapati terdapat sedikit jurang antara
skor min tahap kefahaman dan tahap pembudayaan. Tahap kefahaman murid lebih tinggi
daripada tahap pembudayaan nilai Islam walaupun kedua-dua elemen ini berada pada tahap yang
sangat tinggi. Perkara ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pengkaji bahawa murid
lebih memahami tentang nilai-nilai Islam tetapi kurang membudayakannya dalam kehidupan.
Dapatan ini selari dengan kajian oleh Annasaii Jamar, Fatin Nazmin Mansor dan Mohd Aderi
Che Noh (2020) di mana tahap pengamalan nilai Islam dalam kalangan pelajar “Ground
Handling” di Kolej Swasta Malaysian Aviation Training Academy lebih rendah berbanding
tahap kefahaman mereka terhadap nilai-nilai Islam walaupun kedua-dua tahap tersebut berada
pada tahap yang tinggi.

Pada pendapat pengkaji, dapatan ini menunjukkan bahawa pembudayaan sesuatu nilai itu
bukanlah hanya bergantung kepada kefahaman nilai-nilai Islam tersebut semata-mata tetapi ia
juga berdasarkan faktor lain seperti persekitaran, ibu bapa dan rakan sebaya. Bagi memastikan
kefahaman dan pembudayaan ini bergerak seiring, sekolah haruslah mengambil inisiatif dalam
meningkatkan pembudayaan nilai-nilai Islam di sekolah seperti kempen amalan sopan santun,
amalan hormat- menghormati dan sebagainya. Pendidik juga berperanan memastikan segala teori
nilai-nilai Islam yang dipelajari di sekolah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Murid
terutamanya haruslah menggandakan usaha untuk menjadikan nilai-nilai Islam sebagai satu
budaya dalam kehidupan mereka.

Selain itu, berdasarkan hasil kajian, tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam
murid menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Ini bermaksud
tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid lelaki dan perempuan adalah sama.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin Kutty

15

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
(2021) yang mendapati tidak terdapat perbezaan antara ciri-ciri pengamalan adab kesopanan
berdasarkan jantina. Dapatan ini juga disokong oleh Mohamad Khairi Othman (2017) dalam
Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin Kutty (2021) yang berpendapat perbezaan jantina
bukanlah satu ukuran yang membezakan tahap pengamalan adab kesopanan pelajar.
Tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid mengikut kaum Bajau,
Bugis, Melayu dan lain-lain juga adalah sama. Ini menunjukkan perbezaan kaum tidaklah
memberi kesan terhadap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
seharian murid. Hal ini memberi gambaran bahawa memahami dan membudayakan suatu nilai
Islam itu sebenarnya bergantung kepada diri seseorang individu tersebut.
Rumusan

Kesimpulannya, nilai-nilai agama mempunyai kepentingan dalam membentuk peribadi murid
seterusnya membentuk modal insan kamil. Oleh itu, penerapan dan pembudayaan nilai-nilai
Islam haruslah dimulakan sejak dari kecil lagi. Murid-murid sekolah rendah khususnya
merupakan anak- anak yang mudah menyerap setiap perkara yang diajarkan. Justeru, semua
pihak haruslah bekerjasama mendidik dan menanam nilai-nilai Islam dalam diri mereka.
Kefahaman nilai-nilai Islam sejak dari kecil memudahkan mereka untuk membudayakan nilai-
nilai Islam ini dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan dan
rujukan kepada pelbagai pihak dalam mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kefahaman
dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar khususnya dan seluruh umat amnya.
Di samping itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan mengenai tahap kefahaman dan
pembudayaan nilai-nilai Islam murid di rumah dapat dilaksanakan. Kajian lanjutan ini penting
supaya pihak yang berkenaan dapat mengambil inisiatif yang terbaik untuk menambah baik
kaedah penerapan nilai-nilai Islam ini dalam kalangan murid kerana kita tidak mahu
pembudayaan ini hanya setakat di sekolah sahaja tetapi kita mahu ia menjadi satu amalan dalam
kehidupan seharian murid.

Rujukan

Absha Atiah Abu Bakar & Mohd Isa Hamzah. (2019). Faktor keterlibatan remaja dengan

masalah sosial. Jurnal Hadhari, 11(1), 1-17.

https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/32738

Amini Amir Abdullah. 2014. Islam yang dinamik. Selangor: Universiti Putra Malaysia

Annasaii Jamar, Fatin Nazmin Mansor & Mohd Aderi Che Noh. (2020). Kefahaman dan
pengamalan nilai Islam dalam kalangan pelajar “Ground Handling” di Kolej Swasta
Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Kuantan. Jurnal Hal Ehwal Islam
Selangor, 4(1), 1-18. http://jurnalselangor.com.my/assets/full-artikel-combine.pdf

Bhasah Abu Bakar dan Maziahtushima Ishak. (2009). Instrumen Penghayatan Nilai Islam di
Kalangan Pelajar-Pelajar Islam Sekolah Rendah – Satu Kajian Awal. Kertas Kerja

Seminar Pendidikan Serantau Kali ke-4. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skudai, 22-24 Jun. (DOC) Instrumen Penghayatan Nilai Islam di Kalangan Pelajar-
Pelajar Islam Sekolah Rendah – Satu Kajian Awalan. | Bhasah Abu Bakar -

Academia.edu

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Statistik Jenayah 2019.

Mohd Hasrul Shuhari & Mohd Fauzi Hamat. (2015). Nilai-Nilai Penting Individu Muslim
Menurut al- Ghazali.Jurnal Islam dan Masyarakat Komtemporari.9,41-60.
https://www.proquest.com/openview/efac44baca952748074cce06e8357fe9/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=4827496

16

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman. (2016). Kefahaman dan pengamalan akhlak
dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Proceeding of
The ICECRS, 1(1), 663-676. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.540

Mohd Shukri Hanapi, Norullisza Khosim & Azrin Ibrahim. (2020). Peranan Nilai –Nilai Islam
dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam The Role Of Islamic Values In Islamic-
Based Human Development. Jurnal Of Islamic, Social, Economics and Development
(JISED), 5(29), 109-119. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/8738

Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin Kutty. (2021). Penghayatan Adab Kesopanan dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Masa Kini di Daerah Zon Kajang. International
Journal of Education and Pedagogy,3(1),173-
187.https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/12830/6608

Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan guru melaksanakan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 6(3), 22-31. https://ajba.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/14033/8712

Qurratu Ain Rapihi & Zaizul Ab. Rahman. (2018). Nilai Agama Islam dalam Kesedaran
Beragama Kalangan Masyarakat Bajau Darat Kampung Penimbawan Tuaran, Sabah.
Jurnal Al-Hikmah, 10 (1), 3-14.
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/248/pdf

Sinar Harian. (2019). Pelajar mula berjinak jenayah

ekstrem. https://www.sinarharian.com.my/article/11869

17

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
TWIT (TASMIK WITH TEAMMATE) MEMBANTU PELAJAR MURAJAAH,
HAFAZAN BARU DAN HAFAZAN SEDIA ADA DI DALAM MATAPELAJARAN
HIFZ AL-QURAN HALAQAH 10 TINGKATAN 4

NIK ABDUL HAKEEM BIN NIK AZHAR

SMKA Kota Kinabalu, Jalan Sekolah Agama,
88300 Kota Kinabalu, SABAH
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu fokus dan mendapatkan perhatian pelajar yang berada di
dalam PDPR atas talian bagi matapelajaran Hifz Al-Quran. Kajian ini melibatkan pelajar Halaqah
10 Tingkatan 4 iaitu seramai 12 orang sahaja. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemantauan
rekod kehadiran dan pencapaian pelajar sepanjang pelajar berada di sekolah tersebut. Tinjauan lebih
terperinci dilaksanakan semasa PDPR ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang
berlangsung. Berdasarkan tinjauan dan temubual yang dilaksanakan, pengkaji telah mengenalpasti
beberapa isu pelajar antaranya pelajar sentiasa hilang tumpuan dan seringkali terpalit dengan isu
masalah kehadiran di dalam matapelajaran Hifz Al-Quran. Hal ini juga dilihat semakin parah apabila
pelajar yang kerap kali tidak menghadirkan diri semasa PDPR berlangsung turut mengalami
kemerosotan bagi penilaian peperiksaan Formatif 1. Pengkaji telah menggunakan kaedah TWIT
(TASMIK WITH TEAMMATE). Kaedah ini membantu pelajar mendapatkan visual serta gambaran
bagi memudahkan untuk mereka menghafal mukasurat yang baru, mengukangi hafazan lama dan
memperkukuhkan hafazan sedia ada. Tuntasnya, penggunaan TWIT ini sangat membantu fokus para
pelajar bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk menghafal Al-Quran khususnya pada musim
pandemik Covid-19 ini.

Kata kunci : TWIT, PDPR, Hifz Al-Quran, pelajar, kurang fokus

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semenjak PDPR bermula, saya dapati pelajar saya amat kurang focus di dalam PDPR lebih-lebih lagi
pada matapelajaran Hifz Al-Quran. Bukan itu sahaja, data dan dapatan yang direkodkan menunjukkan
penurunan bilangan mukasurat yang dihafaz. Perkara ini dapat dilihat apabila pelajar kerap kali tidak
Bersama-sama di dalam PDPR rasmi setiap hari.

Saya membuat perhitungan semula berkenaan kaedah yang telah saya gunakan semasa mengajar
mereka. Saya menyedari bahawa selama ini saya hanya menunggu pelajar untuk menghantar bacaan
mereka sedangkan yang lain hanya menunggu giliran tanpa pengawasan. Perkara ini menyebabkan
fokus mereka sering terlalai tanpa pantauan guru lebih-lebih lagi bila kelas rasmi secara atas talian
dilaksanakan.

Justeru itu, saya perlu mencari kaedah pengajaran yang menarik dan berfokus supaya pelajar dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap matapelajaran Hifz Al-Quran dengan lebih sistematik.
Hakikatnya, pedagogi dalam kelas memerlukan sumber pembelajaran yang pelbagai seperti yang
dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004) untuk memudahkan pelajar
memahami isi pelajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada tiga aspek utama, iaitu untuk meningkatkan kemahiran
mengulang hafazan lama, pengukuhan hafazan baru dan membantu fokus dengan kalimah yang
sentiasa diulang dengan bertujuan untuk membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan

18

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
matapelajaran Hifz Al-Quran Tingkatan 4. Kajian ini juga telah menghasilkan satu kaedah bantu
mengajar sempena PDPR Pasca Pandemik memandangkan tiada bahan dan alat bantu mengajar
khusus untuk mengajar matapelajaran ini. Perkara ini turut dijelaskan melalui satu kajian yang
dijalankan untuk mengkaji strategi pengajaran tafsir Al- Quran dalam membentuk penghayatan
murid. Setiap strategi yang dilaksanakan akan memberikan kesan penghayatan yang berbeza kepada
murid menerusi amalan pengajaran guru dalam tafsir Al-Quran. (Azmil Hashim, Nazirul Izzati Ani &
Mohd Marzuqi Abdul Rahim, 2018). Diharap dengan kajian ini akan membuka ruang dan peluang
kepada saya untuk melakukan penambahbaikan lebih jelas agar pelajar saya dapat menguasai
kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai dalam subjek yang dianggap sukar ini.

3.0OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Am

3.1.1 Menyediakan kaedah alternatif untuk tasmi’ dan murajaah hafazan di
dalam matapelajaran Hifz Al-Quran

3.2 Objektif Khusus

3.2 1 Pelajar dapat menerangkan komponen topik pengajian Hifz Al- Quran
(Murajaah, Tasmik Dan Fiqh Ayat) dengan menggunakan kaedah
TWIT.

3.2.2 Menarik minat dan fokus pelajar serta menjadikan kekerapan
kehadiran semakin bertambah.

3.2.3 Membentuk keyakinan pelajar dengan lebih mantap Ketika
menyampaikan bacaan.

3.2.4 Melatih kemahiran memperbaiki dan mengesan kesilapan di dalam
bacaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di SMKA Kota Kinabalu. Saya sebagai pengkaji terlibat secara
langsung bersama 12 orang pelajar Halaqah 10, Tingkatan 4. Kesemua pelajar yang dipilih
ini adalah berdasarkan prestasi Penilaian Formatif 1.

19

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan rekod penilaian
formatif 1, pemerhatian, rekod hafazan dan rekod kehadiran pelajar.

5.1.1 PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran atas talian sepanjang ia berlangsung samada sebelum
dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada
pembelajaran berkaitan kajian ini. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati pelajar kerap
kali mengambil peluang untuk tidak bersama-sama di dalam sesi pengajian.

5.1.2 ANALISIS ITEM PENILAIAN FORMATIF FEBRUARI 2021

Berdasarkan analisis item, saya dapati hanya 10% daripada murid dapat menjawab
dengan tepat soalan berkaitan Hifz Al-Quran berbanding 12 orang pelajar. Antara
faktor utama yang menyumbang kepada penurunan gred ialah pelajar ramai tidak
mencapai sukatan hafazan dan juga pelajar kurang mahir dengan struktur binaan
ayat-ayat Al-Quran mengikut juz. Bukan itu sahaja, pelajar turut mengalami
kekeliruan kalimah dan seterusnya berakhir dengan tidak menjawab soalan.

Jadual 1: Markah Penilaian Formatif 1 terhadap 12 orang pelajar

CEMERLANG JULAT MARKAH BILANGAN MURID
BAIK DIAGNOSTIK
91-100 1
SEDERHANA 81-90 1
LEMAH 71-80 2
61-70 4
SANGAT LEMAH 51-60 2
SANGAT LEMAH 40-51 2
12
JUMLAH

20

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
5.2 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.2.1 PELAKSANAAN

Jadual 2 - Gelung kajian tindakan

MASA AKTIVITI CATATAN

20.2.2021 • Mengenal pasti masalah
• Mengumpul data awal. Analisis item Ujian Februari

25.2.2021 • Menulis proposal tindakan

26.2.2021 • Merancang tindakan
27.2.2021 • Melaksanakan Aktiviti 1 (Penilaian Formatif 1)

• Aktiviti PDPR

28.2.2021 • Membincangkan masalah yang timbul dalam Aktiviti 1

10.3.2021 • Mengemaskini laporan kajian tindakan

10.4.2021 • Mula PDPR.

11.4.2021 • Pembaharuan analisis dan isu kajian ditambah.
1.7.2021 • Melaksanakan Aktiviti 2

• Memperkenalkan TWIT
4.7.2021 • Membincangkan masalah yang timbul dalam Aktiviti 2
6.7.2021 • Melaksanakan Aktiviti (Penilaian Sumatif 1)

• Menguji keberkesanan TWIT
7.7.2021 • Membincangkan masalah yang timbul dalam Aktiviti 3
11.7.2021 • Refleksi inovasi

21

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
5.2.2 PELAKSANAAN
AKTIVITI Langkah 1 :
Pelajar membuat urutan giliran bagi sesiapa yang akan memulakan penyampaian bacaan samada
talaqqi, murajaah atau hafazan baru.
Langkah 2 :
Saya akan meminta pelajar yang berikutnya untuk menjadi rakan semakan. Pelajar tersebut
akan bertindak seperti seorang guru akan tetapi di bawah kawalan dan seliaan guru halaqah.
Langkah 3 :
Pelajar yang menyampaikan bacaan dan pelajar yang menjadi guru semakan akan lebih fokus
dengan kedudukan mukasurat terkini.

Gambar 1- Penghasilan TWIT

22

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

5.2.3 CARA MENGGUNAKAN TWIT

1. Pelajar menghadiri PDPR setiap hari dibahagikan kepada beberapa kategori. Hafazan
Baru, Hafazan Sedia Ada, Ulangan Hafazan Lama dan Talaqqi.

2. Pelajar akan membuat urutan pergiliran.

3. Sebelum pelajar pertama memulakan bacaan, salah seorang daripada pelajar yang
sedang menunggu giliran akan dilantik menjadi penyemak @pembantu guru tasmik.

4. Penyemak @ pembantu guru tasmik berperanan menyemak bacaan kawannya.
Menegur ralat di dalam pembacaan dan memerhatikan segala kesilapan.

5. Setelah selesai pembacaan rakan, penyemak diminta untuk membuat konklusi
melalui komentar dan cadangan penambahbaikan bacaan kepada rakannya.

6. Guru memainkan peranan sebagai guru tasmik hakiki dan bertindak sebagai
fasilitator yang memantau kedua-dua aktiviti pelajar.

5.2 DAPATAN KAJIAN

5.2.2 HEADCOUNT PENCAPAIAN HIFZ AL-QURAN

Melalui hasil pencapaian yang direkod, dapat diperhatikan melalui peningkatan gred bagi
Penilaian Formatif 1 dan Penilalain Sumatif 1. Perkara ini membuktikan melalui kaedah ini
dapat membantu fokus pelajar di dalam penekunan ayat-ayat Al-Quran. Jadual 3.

Jadual 3 - Headcount Hifz Al-Quran

TOV P. FORMATIF 1 SUMATIF 1

Bil NAMA MURID KELAS OTI1 AR1 OTI2 AR2
(TING.

4)

M G MG M G M G M G

1 AMIRATUL BUKHA 71 A- 74 A- 70 A- 77 35 71 A-
RAUDHAH RI A- 96 23 95 A+
C 72 21 56 C+
BINTI AMIR A 93 21 90 A+
A 78 18 65 B+
ANIS SYAFIQAH BUKHA 95 A+ 95 A+ 70
2 BINTI RI

ANNUAR

NURUL MUSLIM 56 C+ 64 B 50
3 ADAWIYAH

BINTI RUDY

NURUL
4 'ATHIYYAH BINTI MUSLIM 90 A+ 91 A+ 85

MOHD NOR

NURUL FARZANA
5 BINTI SAPPARI MUSLIM 65 B+ 72 A- 80

23

2021 JILID 2

e ISBN 978 967 26508 0 5

AISHAH BINTI ABU
6 BAD SHAH DAUD 50 C 60 B 75 A- 70 A- 50 C

HUSSAIN

BIBI HUMAIRA ABU
7 BINTI DAUD 87 A 90 A+ 90 A+ 93 A+ 87 A

ZULKIFLI

DYG NUR IRDINA ABU 83 A 84 A 82
DAUD
8 KIASATINA BINTI A 84 A 83 A
M AZMI

NURBATRISYIA ABU
9 BAZLA BINTI DAUD 97 A+ 93 A+ 82 A 90 A 97 A+
ABU 83 A 84 A 82 A 84 A 83 A
NURSAH DAUD

NURUL AIN
10 MARDHIAH

BINTI MIDE

FITRIYATUL

11 NADHIRAH TARMIZ 75 A- 80 A 68 B+ 78 A- 75 A-

BINTI JOHARI I

NURHAWA

12 MAISARAH NASAIE 56 C+ 64 B 58 C+ 72 A- 56 C+

BINTI MAG

5.2.3 PENCAPAIAN REKOD HAFAZAN (JUMLAH / BILANGAN MUKASURAT)
Berdasarkan rekod hafazan yang telah dicatat sebelum kajian tindakan dilakukan,
perbandingan bilangan mukasurat yang ditasmik di dalam suatu tempoh yang
ditetapkan bertambah. Jumlah mukasurat yang ditasmik oleh pelajar telah direkod

sebagaimana yang ditunjukkan pada jadual 4.

Jadual 4 – Jumlah Mukasurat Yang Ditasmik Pelajar.

24

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
5.2.4 PENINGKATAN REKOD KEKERAPAN KEHADIRAN
Berdasarkan rekod kehadiran pelajar yang diambil sebelum kajian tindakan dilakukan,
perbandingan kekerapan kehadiran pelajar telah direkod sebaimana yang ditunjukkan pada
jadual 5.
Jadual 5 – Rekod Kekerapan Kehadiran Pelajar

5.2.5 RESPON DAN MAKLUMBALAS PELAJAR
Pada akhir kajian dilaksanakan, pengkaji meminta para pelajar membuat maklumbalas secara
ringkas berkenaan dengan keberkesanan dan keseronokan kaedah PDPR yang dijalankan.
Maklumbalas direkodkan di dalam jadual 6.

25

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Jadual 6 – Respon Dan Maklum Balas Pelajar

26

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut
1. Membandingkan keberkesanan penggunaan TWIT dengan
melibatkan kumpulan pelajar rawatan dan pelajar kawalan
2. Meluaskan penggunaan TWIT di tingkatan lain yang
mengambil matapelajaran Hifz-Al-Quran
3. Perkongsian dengan rakan-rakan guru Tahfiz di sekolah lain.

BIBLIOGRAFI
1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan . 2008. Manual Kajian

Tindakan Edisi Ketiga. Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Azmil Hashim, Nazirul Izzati Ani & Mohd Marzuqi Abdul Rahim. 2018. Strategi

Pengajaran Tafsir Al-Quran dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Jounal of
Islamic and Arabic Education, 10(2), 1-9.
3. Akbar, G. (2013). Metode pembelajaran alquran melalui media online. IJNS-
Indonesian Journal on Networking and Security, 2(1).

27

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF ‫ ص ض ط ظ‬DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK PENULISAN MEKANIS BERBANTUKAN
VIDEO (TUMEVI) DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Mohd Nazirul Mubin Bin Mohd Alias
Sekolah Kebangsaan Permai, Lahad Datu.Sabah.

1Email: [email protected]

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ص ض ط ظ‬
dengan betul dan kemas serta meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
penulisan huruf ‫ض ط ظ ص‬dalam kalangan murid. Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif
kajian ialah teknik penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) . Kajian ini melibatkan
seramai 17 orang responden iaitu 11 orang responden perempuan dan 6 orang responden lelaki.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Lahad Datu ,Sabah. Model kemmis
dan McTarggart (1988) digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan empat proses
yang terdapat dalam model iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini
menggunakan tiga instrumen iaitu ujian pra dan pasca, semakan hasil kerja murid dan soal
selidik.Dapatan kajian menunjukkan pencapaian responden meningkat melalui perbandingan skor
min ujian pra dan pasca dari aspek penulisan yang betul dan kemas. Responden juga menunjukkan
peningkatan dari aspek penulisan huruf ‫ص ض ط ظ‬yang betul dan kemas melalui perbandingan
analisis semakan hasil kerja murid pra dan pasca. Manakala minat responden juga meningkat
melalui analisis data soal selidik pra dan pasca. Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai objektif
dan membuktikan teknik penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) berkesan untuk
meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬dengan cara yang betul , meningkatkan tahap
kekemasan tulisan huruf ‫ ص ض ط ظ‬dan minat responden untuk mengikut pengajaran penulisan
huruf ‫ص ض ط ظ‬.

Kata Kunci/ keywords: Kemahiran menulis , Tulisan Mekanis ,Video , kekemasan tulisan, Teknik
Menulis

PENDAHULUAN/ INTRODUCTION
Pada Hari Ini , kemahiran menulis memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam menyampaikan isi pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar di dalam bilik
guru.menurut kamaruddin hj husin ( 1988) kemahiran menulis juga adalah alat bagi menyampaikan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang

Kemahiran menulis ini adalah salah satu kemahiran asas berbahasa khasnya dalam subjek bahasa
arab selepas menguasai kemahiran mendengar,kemahiran membaca dan bertutur. Menurut
kamaruddin hj husin ( 1999) menaktrifkan penulisan sebagai penulisan sebagai pelahiran perasaan,
fikiran dalam bentuk grafik. Bentuk –bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Ann Raimes (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya
Techniques In Teaching Writing, iaitu :Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea,
perbendaharaan kata dan perasaan. Selain daripada itu , kemahiran menulis juga memberi peluang
kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa. Di samping itu , ia juga memperluaskan
pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan
lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN/ OBJECTIVE
OBJEKTIF UMUM

Membantu murid sekolah rendah untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ظ ط ض ص‬
dengan menggunakan teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)

28

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
OBJEKTIF KHUSUS
1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬bagi murid Sekolah Rendah dengan
menggunakan teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)
2. Meningkatkan Kekemasan Tulisan Huruf ‫ ظ ط ض ص‬bagi murid Sekolah Rendah dengan
menggunakan
teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)
3. Meningkatkan Minat Murid Sekolah Rendah tehadap bahasa arab dengan
menggunakanteknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)

SOROTAN LITERATUR/ LITERATURE REVIEW
Kaedah yang saya cadangkan ialah kaedah tulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI).Kaedah
ini akan memfokuskan kaedah tulisan mekanis dapat membantu menulis huruf hijahiyah iaitu ‫ط ض ص‬
‫ ظ‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah dengan berbantukan penggunaan video.
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan
mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual
dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada
peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah
(Tahun 1 hingga tahun 3). Mereka didapati sukar menulis huruf –huruf dengan betul dan juga cara
menulis huruf yang salah. Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah
rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis).
Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget. Penerapan kaedah
penulisan mekanis terhadap kajian ini digunakan semasa ujian pra dan pos .selain daripada video
yang dihasilkan juga akan menggunakan pengaplikasian tulisan mekanis untuk membantu
meningkatkan kemahiran ,kekemasan dan juga minat murid. Yusup dan Alwiah (1999) telah
menyatakan bahawa penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.
Melalui video, murid-murid boleh membayangkan sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan.
Misalnya penulisan huruf hijahiyah iaitu ‫ ظ ط ض ص‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan
mudah .Yusup dan Sharifah Alwiah (1999) juga menyatakan penggunaan video dapat disaksikan
berkali-kali sehingga sampai ke peringkat penguasaan.
Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Antaranya ialah
video senang dirakam dan dimainkan semula. Oleh itu, murid-murid lemah dapat mengimbas
kembali pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja.Video juga akan melibatkan unsur audio ,
visual dan juga grafik yang dapat meningkatkan minat dan juga kekemasan penulisan bagi murid.
Video yang akan dihasilkan dan digunakan dalam kajian ini ialah berkonsepkan tulisan mekanis
dengan mengabungkan unsur audio dan visual.Video ini akan menunjukkan kaedah penulisan yang
betul dan kemas dengan mengutamakan huruf‫ ظ ط ض ص‬dalam bentuk huruf tunggal dan perkataan
mudah.
METODOLOGI KAJIAN/ METHODOLOGY
Metodologi kajian yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu ‘action
research cycle’ merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan.
Terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu mereflek (reflect),merancang (plan) ,bertindak
(action) dan memerhati (observe)

29

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Gelung kajian tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Langkah pertama iaitu mereflek.saya membuat kesimpulan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lepas serta ujian diagnosis terhadap semua murid dan mendapati mereka
menghadapi masalah terhadap kemahiran menulis huruf huruf hijahiyah yang terlibat iaitu ‫ط ض ص‬
‫ ظ‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah.

Langkah kedua saya merancang cara untuk membantu murid untuk meningkatkan kemahiran
menulis huruf hijahiyah iaitu ‫ ظ ط ض ص‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah
dengan betul dan kemas
.selain daripada itu,saya juga merancang kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan minat
bagi murid sekolah rendah.

Langkah ketiga adalah pelaksanaan tindakan .beberapa tindakan yang saya akan lakukan ialah
menjalankan ujian pra dan pos.Bagi ujian pra saya akan menggunakan satu set soalan yang berbeza
dengan soalan semasa ujian diagnosis dijalankan tanpa menggunakan kaedah yang saya
cadangkan.semasa sesi ujian pos pula , saya akan menggunakan soalan yang sama dengan ujian pra
tetapi dengan pengaplikasian kaedah yang saya cadangkan iaitu kaedah “TUMEVI”.

Pada peringkat ini akan berlaku pengumpulan data bagi mendapatkan bukti peningkatan
penguasaan , kekemasan dan minat bagi murid terhadap kemahiran menulis huruf hijahiyah iaitu ‫ص‬
‫ ظ ط ض‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah .Instrumen penilaian yang digunakan
ialah ujian bertulis,pemerhatian dan juga temubual.

Langkah yang keempat ialah memerhati.pada peringkat ini saya akan melihat hasil akhir murid
selepas pengaplikasian kaedah dijalankan .Selain daripada saya juga akan melihat tingkah laku
murid –murid semasa sesi ujian diadakan.saya juga akan membuat kesimpulan akhir dan juga
cadangan seterusnya terhadap kajian yang saya lakukan berdasarkan maklumat akhir yang
dikumpulkan dengan menggunakan insturmen penilaian yang dijalankan.

PROSEDUR PENGAMBILAN DATA
A. Ujian Bertulis (Diagnosis/Pra Dan Pos)
saya menjalankan beberapa ujian antaranya ujian diagnosis.Ujian ini dijalankan kepada
semua murid. Selepas saya telah mendapatkan bilangan akhir bagi sasaran kajian ,saya
akan menjalankan ujian pra yang melibatkan beberapa orang sahaja dengan set soalan
yang berbeza dari sesi ujian diagnosis yang dijalankan sebelum ini.Manakala , Ujian
pos akan dijalankan selepas saja ujian pra dijalankan dengan menggunakan set soalan
yang sama dengan berbantukan kaedah yang dicadangkan.Instrumen ini akan membantu
bagi mendapatkan maklumat tentang tahap kemahiran menulis huruf hijahiyah iaitu ‫ص‬
‫ ظ ط ض‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah dan juga kekemasan .
B. Temu Bual
Saya juga akan menjalankan sesi temubual bersama dengan beberapa orang murid dan
juga beberapa orang guru bahasa arab .temubual ini akan membantu bagi mendapatkan
maklum balas tentang kaedah yang digunakan bagi murid dari aspek huruf hijahiyah
iaitu ‫ ظ ط ض ص‬dalam bentuk huruf tunggal dan juga perkataan mudah berkaitan aspek
minat .
C. Bukti Dokumen
Selain daripada ujian dan temubual saya juga mengumpulkan bukti dokumen bagi
mendapatkan maklumat terhadap kajian yang dijalankan.Ini akan memudahkan saya
untuk membuat analisis data di akhir kajian nanti. Bukti Dokumen yang terlibat ialah
set soalan , set temubual yang dicatatkan dan juga hasil akhir murid .
D. Pemerhatian
Saya melakukan pemerhatian kepada tingkah laku dan juga penglibatan murid untuk
mendapatkan maklumat tentang aspek minat. Selain daripada itu , pemerhatian juga

30

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dilakukan untuk melihat hasil kerja yang dihasilkan oleh murid di dalam ujian pra dan
pos.

ANALISIS DATA
1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬bagi murid Sekolah Rendah dengan
menggunakan teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)

Rajah 2 : perbandingan markah ujian pra dan pos aspek
penulisan yang betul

Rajah 2 menunjukkan perbandingan markah responden bagi aspek penulisan yang betul bagi huruf ‫ط‬
‫ ظ ص ض‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab.keputusan menunjukkan
berlakukanya peningkatan markah bagi aspek ini dari ujian pra dan ujian pos. Rajah 2
memperlihatkan 16 orang responden memperolehi markah 100 peratus selepas menduduki intevensi
yang dijalankan oleh guru dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis berbantukan video
(TUMIVE) , manakala, hanya seorang saja yang memperolehi 92.3 peratus markah selepas
menduduki ujian pos.Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid sudah boleh menulis di awal , di
tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan betul.

2. Meningkatkan Kekemasan Tulisan Huruf ‫ ظ ط ض ص‬bagi murid Sekolah Rendahdengan

menggunakan teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)

Gambar 1 : Sebelum Intervensi Gambar 2 : Selepas Intervensi

Hasil kerja responden sebelum intervensi menunjukkan responden menulis huruf ‫ ط ظ ض ص‬di

31

2021 JILID 2

e ISBN 978 967 26508 0 5

hadapan , di tengah dan di akhir dengan cara tidak betul dan juga tulisan responden tidak

kemas.Manakala selepas intervensi dijalankan , responden menunjukkan hasil kerja yang lebih baik
dari aspek penulisan huruf ‫ ط ظ ض ص‬di hadapan , di tengah dan di akhir dengan cara yang betul

dan juga tulisan responden bertambah kemas

. Berdasarkan analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi telah menunjukkan peningkatan
penguasaan responden dalam kemahiran menulis huruf ‫ ط ظ ض ص‬di hadapan , di tengah dan di

akhir dengan cara yang betul .Selain daripada itu, responden juga menunjukkan peningkatan
kekemasan tulisan huruf ‫ ط ظ ض ص‬di hadapan , di tengah dan di akhir dengan baik .

3. Meningkatkan Minat Murid Sekolah Rendah tehadap bahasa arab dengan menggunakan
teknik penulisan mekanis berbantukan video.( TUMEVI)

YA (PRA) TIDAK (POS) YA (PRA) TIDAK (POS)
Skor Peratus Skor Peratus
ITEM Skor Peratus Skor Peratus (17/17) (%) (17/17) (%)
(17/17) (%) (17/17) (%)
17 100 --
01 -- 17 100
02 -- 17 100 --
03 -- 17 100 --
04 -- 17 100
05 -- 17 100 --
17 100
PURATA 17 100 --
17 100
17 100 20
20

Jadual 5 : Analisis data minat responden

Berdasarkan jadual 5 di atas, dapat dilihat dengan jelas min tertinggi ialah sebanyak 20 bagi soal
selidik pra dan juga soal selidik pasca.Bagi soal selidik pra menunjukkan bahawa kesemua responden
memberikan jawapan tidak untuk 5 items bagi soal selidik pra yang mencatatkan min tertinggi 20
.Manakala Bagi soal selidik pasca juga menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan
jawapan ya untuk 5 items bagi soal selidik pra yang mencatatkan min tertinggi 20 selepas mengikuti
intervensi bersama dengan guru di dalam bilik darjah.

DAPATAN KAJIAN

Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf ‫ ص ض ط ظ‬Di Awal , Di Tengah Dan Di Akhir
Perkataan Bahasa Arab

Berdasarkan ujian pra yang dijalankan, didapati bahawa responden tidak menunjukkan sebarang
peningkatan. Hampir kesemua responden mendapat markah yang kurang memuaskan.Manakala
selepas intervensi dijalankan dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis berbantukan video
(TUMEVI), kesemua responden menunjukkan peningkatan yang memberangsang .Peningkatan min
telah berlaku sebanyak 144.23 peratus ,iaitu dengan markah 42 markah. Bagi aspek meningkatkan
kemahiran menulis huruf ‫ ص ضط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab telah
berlaku peningkatan dalam skor min responden iaitu bagi ujian pra ialah 60.18 dan telah meningkat
sebanyak 99.55 peratus dalam ujian pasca.Hal ini menunjukkan skor min telah meningkat sebanyak
159.73 peratus ,iaitu dengan markah 39 markah.Hal ini menunjukkan kaedah penulisan mekanis
berbantukan video (TUMEVI) telah Berjaya untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ض ط ظ‬
‫ ص‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab.Daripada soal selidik pula, item soalan
yang berkaitan dengan kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir

32

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
perkataan bahasa arab adalah item 1.Analisis item 1 menunjukkan bahawa 17 orang responden
menyatakan “ya” dengan (100 %) pada items yang pertama dan tiada yang menyatakan “tidak
dengan ( 0 %) .Ini menjelaskan bahawa kesemua responden sudah boleh menulis huruf ‫ظ ط ض ص‬
di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab selepas menggunakan kaedah penulisan
mekanis berbantukan video ( TUMEVI) di dalam bilik darjah. Semakan hasil kerja responden juga
menunjukkan peningkatan kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab di dalam ujian pra dan juga ujian pasca.Rajah dibawah menunjukkan
peningkatan kualiti penulisan huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa
arab.

Meningkatkan Kekemasan Penulisan Huruf Huruf ‫ ص ض ط ظ‬Di Awal , Di Tengah Dan
Di Akhir Perkataan Bahasa Arab

Kebolehan responden untuk menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab dengan kemas menggunakan kaedah penulisan mekanis berbantukan
video(TUMEVI) dapat dilihat melalui analisis dua ujian yang dilakukan iaitu ujian pra dan ujian
pasca. Berdasarkan ujian pra yang dijalankan, didapati bahawa responden tidak menunjukkan
sebarang peningkatan .Hampir kesemua responden mendapat markah yang kurang
memuaskan.Manakala selepas intervensi dijalankan dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis
berbantukan video (TUMEVI), kesemua responden menunjukkan peningkatan yang memberangsang
.Peningkatan min telah berlaku sebanyak sebanyak 128.4 peratus ,iaitu dengan markah 50.13
markah.Bagi aspek meningkatkan kekemasan huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab telah berlaku peningkatan dalam skor min responden iaitu bagi ujian pra ialah
40.11 dan telah meningkat sebanyak 88.29 peratus dalam ujian pasca.

Hal ini menunjukkan skor min telah meningkat sebanyak 128.4 peratus ,iaitu dengan markah
50.13 markah..Hal ini menunjukkan kaedah penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) telah
Berjaya untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab dengan peluisan yang kemas.Daripada soal selidik pula, item soalan yang
berkaitan dengan kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan
bahasa arab adalah item 2.Analisis item 2 menunjukkan bahawa 17 orang responden menyatakan
“ya” dengan (100 %) pada items yang pertama dan tiada yang menyatakan “tidak dengan ( 0 %) .Ini
menjelaskan bahawa kesemua responden sudah boleh menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah
dan di akhir perkataan bahasa arab dengan kemas selepas menggunakan kaedah penulisan mekanis
berbantukan video (TUMEVI) di dalam bilik darjah.Semakan hasil kerja responden juga
menunjukkan peningkatan kemahiran penulisan huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab dengan kemas dalam ujian pra dan juga ujian pasca.

Rajah dibawah menunjukkan peningkatan kualiti penulisan huruf ‫ ط ظ ص ض‬di awal, di
tengah dan di akhir perkataan bahasa arab. Menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Kaedah ini dapat membantu murid untuk menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di tengah dan di akhir
perkataan bahasa arab dengan cara yang betul dan juga kemas .Guru telah mengabungkan teknik
pratulisan mekanis dalam membantu murid untuk menghasilkan bentuk huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal , di
tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan cara yang betul dan juga kemas serta
mengggunakan video interaktif sebagai cara untuk menyampaikan penerangan teknik penulisan
dengan mudah dan menarik.

Meningkatkan minat responden dalam mempelajari kemahiran penulisan huruf huruf ‫ص‬
‫ ظ ط ض‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan menggunakan
kaedah penulisan mekanis berbantukan video ( TUMEVI) .

Aspek minat responden minat responden dalam mempelajari kemahiran penulisan huruf ‫ض ص‬
‫ ظ ط‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan menggunakan kaedah penulisan
nmekanis berbantukan video ( TUMEVI) boleh dilihat melalui analisis data soal selidik bagi item 3 ,
item 4 dan item 5.Bagi item 3, menunjukkan bahawa 17 orang responden menyatakan “ya” dengan

33

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
(100 %) pada items ini dan tiada yang menyatakan “tidak dengan ( 0 %). Item 3 ini menjelaskan
adakah responden dapat memberikan tumpuan semasa guru menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis berbantukan video ( TUMEVI) di dalam
bilik darjah.Melalui analisis soal selidik yang dijalankan menunjukkan kesemua responden dapat
memberian tumpuan dengan baik .Hal ini kerana guru menggunakan vidoe interaktif iaitu video
panduan menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan
menggunakan kaedah penulisan mekanis.video ini menggabungkan unsur audio dan visual yang
dapat menarik minat murid untuk belajar .Bagi item 4 juga , menunjukkan bahawa 17 orang
responden menyatakan “ya” dengan (100 %) pada items ini dan tiada yang menyatakan “tidak dengan
( 0 %).Hal ini menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa mereka berminat untuk
mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran penulisan huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah dan di
akhir perkataan bahasa arab dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis berbantukan video
(TUMEVI) .Hal ini disebabkan kerana guru menggunakan pendekatan teknologi maklumat
komunikasi (TMK) dalam menyampaikan panduan penulisan huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah dan
di akhir perkataan bahasa arab berbantukan video.

Video mampu merangsang kognitif dan afektif murid-murid semasa mengikuti proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam bilik darjah.Seterusnya , ia juga dapat dibuktikan melalui item ke 5 iaitu
adakah kaedah penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) membantu responden untuk
meningkatkan kemahiran penulisan dan kekemasan penulisan huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah dan
di akhir perkataan bahasa arab serta meningkatkan minat responden terhadap pengajaran kemahiran
menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab .Analisis
menunjukkan bahawa 17 orang responden menyatakan “ya” dengan (100 %) pada items ini dan tiada
yang menyatakan “tidak dengan ( 0 %).Hal ini menjelaskan bahawa kesemua responden berminat
untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis huruf ‫ ظ ط ض ص‬di awal , di
tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan menggunakan kaedah penulisan mekanis
berbantukan video ( TUMEVI)

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaedah penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) yang telah
digunakan memberikan kepentingan kepada responden , guru dan juga proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah.Hal ini kerana responden telah mampu menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di
awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab dengan cara yang betul dan juga kemas .Selain
daripada itu , guru juga telah dapat membantu murid –murid dengan memberikan penerangan yang
jelas dan menarik dengan menggunakan video interaktif dan juga teknik penulisan mekanis.
Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan
10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis) .Di samping itu , kaedah
penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) ini dapat menarik minat murid untuk memberikan
tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran kemahiran menulis huruf ‫ ص ض ط ظ‬di awal ,
di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab.

Hal ini kerana guru menggunakan video interaktif sebagai satu kaedah dalam
menyampaikan panduan menulis huruf ‫ ظ‬di awal , di tengah dan di akhir perkataan bahasa arab
dengan mudah dan menarik. Menurut Nugent (2005) dalam Smaldino dkk. (2008: 310), video
merupakan media yang sesuai untuk pelbagai sesi pembelajaran seperti pembelajaran koperatif,
pembelajaran individu ataupun pembelajaran sekelas. Kemahiran menulis secara mekanis
merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat

RUJUKAN

Abu Bakar bin Ahmad ( 2010) Literasi Bahasa.Kuala Lumpur. Fari Horizon

Hamdan Abd Rahman. ( 2010) Panduan menulis dan mengeja jawi .Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

34

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan Pustaka. Ismail Zain. ( 2011) Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan
Publication
Khairuddin Bin Ahmad ( 2011) Bahasa Melayu Pemulihan. Selangor. Oxford Fajar.
Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan Literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan,Dimuat turun daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com pada 19 oktober 2019

35

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
TIK TOK : KEBERKESANANNYA DALAM
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
BAHASA ARAB

Hamzurinawati Bt Halim @ Abd Halim
Sekolah Kebangsaan Lormalong,Kunak

[email protected]

ABSTRAK
Kajian Tindakan adalah penyelidikan ringkas yang diperkenalkan di peringkat sekolah. Ia bertujuan
untuk memastikan penyelidikan yang dijalankan dapat membentuk profesionalisme dalam kalangan
guru- guru. Dengan membuat kajian tindakan, saya dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran secara profesional. Melalui kajian tindakan ini juga,saya berupaya untuk
menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan dalam menyampaikan pengajaran di samping membuat
perubahan dalam penambahbaikan Pdpc. Selain itu juga, kajian ini memberi ruang kepada saya untuk
berkongsi maklumat dan memperkembangkan idea. Untuk mata pelajaran Bahasa Arab, kebanyakkan
murid menganggapnya sebagai mata pelajaran yang sangat susah sebagaimana mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Kajian peringkat awal telah dilaksanakan melalui beberapa proses seperti semakan kerja
murid,soal selidik, pemerhatian,ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan penelitian, didapati murid kurang
mahir untuk membaca dan menulis perkataan. Terdapat juga murid yang lemah sukar untuk mengingati
perkataan yang sudah dipelajari ekoran tidak dapat mengenal huruf Hijaiyyah Arab. Kemahiran
membaca dan menulis sangat penting bagi setiap murid untuk menguasai Bahasa Arab. Untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid 3 Bestari di dalam mengenal perkataan Bahasa Arab,
saya cuba memikirkan cara terbaik yang dapat menarik minat murid-murid lemah. Dengan cara
menarik minat murid, ia juga dapat memberi keseronokan kepada semua murid di samping membantu
murid untuk menguasai dalam mengenal perkataan Bahasa Arab. Saya telah menggunakan kaedah Tik
Tok untuk menarik minat murid lemah. Terdapat seramai 16 orang murid serta seorang guru terlibat
didalam kajian ini. Seramai dua belas orang murid yang terlibat merupakan murid yang tidak
mengenal langsung huruf hijaiyyah arab. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh sebulan.
Aktiviti ini dijalankan selama 30 hingga 60 minit mengikut jadual waktu kelas iaitu pada setiap hari
Selasa dan Khamis. Aktiviti dijalankan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dalam silibus
kementerian. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid
lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa Arab apabila menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana ia
lebih menarik dan menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Tik Tok perlu
dikekalkan agar murid lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Arab terutama dalam mengenal huruf
dan perkataan. Melalui kaedah ini juga murid lebih ceria dan memberi kerjasama semasa pengajaran
dan pembelajaran di samping berlakunya peningkatan dalam mengenal dan menyebut perkataan dalam
Bahasa Arab.

Kata kunci:Tik Tok,Kajian Tindakan,Kualiti,Profesional,Penambahbaikan Pdpc

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam pemerhatian yang lalu, saya amat terbeban dengan permasalahan di kalangan murid
yang agak lemah ekoran kekurangan bimbingan mata pelajaran Bahasa Arab sama ada di rumah
mahu pun di luar sekolah. Ini kerana terdapat murid yang keciciran dalam mengenal Huruf Hijaiyyah
Arab dari peringkat awal. Saya lebih memfokuskan permasalahan ini kepada murid yang agak lemah
kerana kebanyakkan mereka memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih berbanding murid
pintar dan sederhana. Di samping itu juga, murid yang keciciran ini lebih banyak mendiamkan diri
dan merasa rendah diri kerana banyak ketinggalan dalam pembelajaran. Mereka juga mengalami
emosi yang kurang stabil disebabkan perasaan malu, rendah diri dan tiada keyakinan diri. Selain itu
juga,terdapat murid yang tidak mahu langsung bercakap, menyebut huruf dan perkataan ekoran malu
serta takut diketawakan rakan-rakan sekelas. Mereka takut jika sebutan mereka salah seterusnya
menjadi punca ejekan rakan.

36

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Permasalahan yang timbul ini bukan lah perkara baru dalam pendidikan. Ia sudah lama
berlaku dan berterusan sehingga kini. Terdapat banyak permasalahan lain lagi selain masalah
mengenal Huruf Hijaiyyah. Mereka lebih bergantung kepada guru di sekolah sepenuhnya. Latar
belakang keluarga yang miskin, kekurangan perhatian daripada ibu bapa serta tiada kemudahan
seperti Perpustakaan Awam juga memberi kekangan dalam pembelajaran mereka. Masalah keluarga
dan kewangan juga menjadi faktor mereka keciciran dalam pembelajaran di mana mereka kerap tidak
hadir dan tiada kelengkapan alat tulis yang sepatutnya. Kegagalan murid untuk mengingati maklumat
yang diberikan guru juga perlu dititikberatkan kerana setiap penyampaian guru hendaklah
bersesuaian dengan tahap murid. Sebagai contoh,untuk menghafal lima perkataan Bahasa Arab
dalam satu masa bukan lah menjadi satu masalah besar bagi murid pintar, tetapi ia menjadi satu
bebanan yang tidak mampu bagi murid yang lemah.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan menerima cabaran untuk melaksanakan
kajian tindakan dengan penuh disiplin bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya serta
mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya demi mencapai kemenjadian murid. Saya
melihat murid lemah bukanlah tidak mampu langsung untuk mencapai kejayaan. Sebenarnya mereka
mampu untuk bersaing jika penyampaian guru menepati keinginan mereka dengan baik.

Dalam meneliti kajian ini, saya cuba untuk memahami keinginan dan keseronokan murid
lemah. Hasilnya saya mendapati mereka lebih suka hiburan dan pembelajaran yang santai tanpa
memberi tekanan kepada diri mereka sendiri. Untuk itu, saya mencuba untuk menarik minat mereka
sambil belajar dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan.

Dengan ini, saya telah memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian,
menyemak buku tulis/aktiviti, soal selidik dan pemerhatian berterusan. Kemudian saya merancang
aktiviti serta kaedah yang akan saya jalankan iaitu pembelajaran menggunakan kaedah Tik Tok.
Langkah-langkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut.

Sepanjang tempoh kajian ini, saya menyedari bahawa dengan menjalankan kajian tindakan
dapat mencungkil kemampuan guru untuk lebih berdedikasi dalam membentuk pendidikan yang
lebih berkualiti berbanding sebelumnya. Dengan cara ini juga guru lebih memberi fokus untuk
menambahbaik kemahiran dan memperbaiki cara pengajaran untuk menarik minat murid yang lemah
agar lebih seronok di kelas. Penulisan ini juga bertujuan untuk berkongsi teknik dan langkah mudah
dalam memberi peranan kepada guru untuk mengamalkan kajian tindakan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kajian tindakan banyak membantu guru untuk lebih mesra dengan murid serta
mengembangkan idea dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran di samping menerapkan
sikap positif dan bertindak secara professional.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran membaca) ‫ (مهارة القراءة‬. Kajianini

adalah penting bagi murid tahap satu untuk mengenal perkataan mudah dan dapat menyebut
perkataan mudah secara berulang-ulang mengikut tajuk dengan menggunakan kaedah Tik Tok.
Untuk membaca perkataan Bahasa Arab amat sukar bagi murid lemah apalagi untuk mengingatinya.
Mereka tidak mampu untuk membaca perkataan mengikut baris dengan baik ekoran tidak yakin
dengan diri sendiri disebabkan tidak mengingati Huruf Hijaiyyah sepenuhnya. Dari segi sebutan,
mereka masih mampu mengikut sebutan guru tetapi gagal untuk mengingatinya semula.. Mereka
kurang berminat apabila tidak mampu untuk mengingati perkataan Bahasa Arab yang dipelajari.
Kesannya mereka akan menghadapi banyak masalah di dalam mata pelajaran Bahasa Arab apabila
berada di tahap dua dan tahun seterusnya.Hal ini menyebabkan mereka keciciran secara berterusan
jika tiada penambahbaikan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

37

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kajian tindakan ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membaca dan memahami
perkataan dalam mata pelajaran Bahasa Arab seterusnya mempertingkatkan keyakinan diri dalam
penguasaan Bahasa Arab bagi murid-murid tahap satu. Di samping itu juga, ia juga mampu
membantu menguasai mata pelajaran Pendidikan Agama Islam (bidang: tilawah)
3.2 Objektif Khusus
i. Membantu murid untuk menyebut dan membaca perkataan mudah di dalam Bahasa Arab.
ii. Membantu murid untuk mengenal perkataan dan makna berdasarkan gambar.
iii. Membantu meningkatkan pencapaian dan prestasi murid dalam mata pelajaran
Bahasa Arab.
iv. Memberi semangat dan menjadikan Bahasa Arab adalah satu bahasa yang
menyeronokkan dan mudah.
20. 4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian ini terdiri daripada 16 orang murid tahun 3 Bestari. Saya
mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid tahun 3 Bestari agar semua
murid kelas ini mendapat faedah dan manfaat kerana kaedah Tik Tok ini boleh menarik minat semua
murid. Peluang ini digunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi murid lemah dan
kurang keyakinan diri.

38

5.0 Analisis Tinjauan Masalah 2021 JILID 2
Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah. e ISBN 978 967 26508 0 5

Langkah Cara Kumpulan sasaran Masalah telah dikenalpasti
dan tarikh penilai
an

Langkah 1 Memeriksa 16 0rang murid 3B Terdapat ramai murid yang tidak dapat
29.4.2021 Buku Tulis menyiapkan kerja sepenuhnya.
Kebanyakkan mereka agak lambat menulis
Langkah 2 Ujian i. 16 0rang kerana kurang seronok untuk belajar
3.5.2021 murid 3B perkataan yang mereka rasa susah untuk
ii. Pemerhati: Guru diingati.
Pengkaji & Guru Muzik -Saya membuat Ujian Pra terhadap mereka, dengan
menggunakan pengajaran dan bimbingan di kelas
seperti biasa, saya dapati kesemua murid yang lemah
ini hanya mampu untuk mengingati 2 perkataan
sahaja daripada 5 perkataan yang dipelajari.

Langkah 3 Soal selidik i. Seramai 8 0rang murid -Setelah saya mengubah cara pengajaran kepada kaedah
4.5.2021 3B ii.Pemerhati GPK 1 Tik Tok, sekali lagi saya membuat Ujian Pos untuk
menguji keberkesanan kaedah ini, hasilnya sangat
Langkah 4 Pemerhatian Guru Pengkaji memuaskan kerana kesemua murid yang mengikuti
5.5.2021 Ujian Pos ini berjaya mengingati kesemua 5 perkataan
yang diberikan. Cuma terdapat 2 orang murid sahaja
yang keliru dan dibimbing supaya dia kembali
mengingati muzik Tik Tok dan ,akhirnya mereka berjaya
mengingati kesemua perkataan tersebut denagn betul.
i. Hanya 4 orang yang betul-betul berminat pada

mata pelajaran Bahasa Arab.
ii. Hanya 3 orang daripada mereka akan bertanya

jika tidak faham kerja yang diberikan oleh guru.
iii. 4 orang daripada mereka tidak faham arahan dan

tidak tahu untuk menjawab terutama di dalam
penulisan.
Pemerhatian dilakukan sendiri oleh saya untuk mengenal
pasti masalah dari segi :
i. Sikap-kebanyakkan mereka kurang berminat dan
tidak bersungguh- sungguh belajar di kelas
ii. Tindakan- Sebelum kajian ini dijalankan, murid
yang tidak faham hanya mendiamkan diri dan tidak
mahu menjawab soalan apabila diuji secara lisan.
iii. Penglibatan murid sebelum kajian- pasif dan tidak
berminat.

39

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

5.1 Tindakan Yang Dijalankan

Daripada tinjauan awal kajian, saya dapati murid sangat lemah dari segi bacaan dan
penulisan. Hal ini kerana mereka kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Arab, kurang
keyakinan diri, keadaan persekitaran yang tidak membantu dan bimbingan daripada ibubapa
yang kurang menyebabkan mereka tiada panduan . Mereka mengharap bimbingan dan
dorongan daripada guru semata-mata. Oleh itu saya rasa tersedar dan bertangungjawab di
dalam mendidik untuk menarik minat di kalangan murid. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah
Tik Tok digunakan untuk melaksanakan kajian ini:

a. Pertama saya lakukan adalah dengan membimbing murid menyebut perkataan satu
persatu sehingga mereka dapat menyebut dengan betul walau pun tidak dapat
mengingatinya.

b. Seterusnya saya menggunakan muzik dan rentak Tik Tok sambil mereka memakai
pakaian berdasarkan kad perkataan yang dipegang oleh rakan yang lain.(Tajuk: Pakaian
Saya Yang Cantik).

c. Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti Jadual 3 di bawah :

Jadual 3 :Langkah-langkah untuk membaca mengikut kaedah Tik Tok.

Langkah 1 2 orang murid terlibat di hadapan kelas di mana murid A memilih kad perkataan

di kotak dan murid B akan mencari pakaian di dalam kotak lain dinamakan
“Magic Box”.

Langkah 2 -Murid A diminta untuk bebas memilih kad perkataan dan mempamerkan di
hadapan kelas sehingga habis 5 perkataan.
Langkah 3 (terdapat 5 jenis kad perkataan)
Langkah 4
- Murid B akan mencari jenis pakaian berdasarkan kad perkataan yang
Langkah 5 dipamerkankan dalam Bahasa Arab diiringi muzik Tik Tok yang telah dipilih
Langkah 6 oleh mereka sendiri.
Langkah 7
Murid B akan memakai pakaian yang telah dipilih satu persatu berdasarkan
beberapa kad perkataan yang dipilih mengikut rentak TikTok. Masa dinilai
mengikut masa Tik Tok dipasang.

Setelah murid B selesai memakai pakaian, rakan-rakan lain akan menilai pakaian

mana yang betul dan salah. Murid lain akan bersorak dengan menyebut kata

semangat seperti " ‫ " أحسنت جيسي‬yang bermaksud Jessie terbaik.
Murid B diuji untuk menyebut dan membaca perkataan dengan betul.

Guru akan menilai murid melalui ujian bertulis selepas selesai aktiviti tersebut.
Membaca dan menulis perkataan yang dipelajari dengan betul.

40


Click to View FlipBook Version