2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
a. Pentadbiran instrumen seperti pemerhatian, soal selidik dan
ujian pos dijalankan oleh saya sendiri.
b. Bahan-Bahan yang digunakan ditunjukkan pada Jadual 4 di bawah.
Jadual 4 : Bahan-bahan yang digunakan
Langkah Bahan-bahan berkaitan Buku teks Buku aktiviti
Bahasa Arab Bahasa Arab
1 Perkataan di dalam Bahasa Arab
tahun 3 tahun 3
2 Kad perkataan (Muka surat) (Muka surat)
فستانقميص/ حذاء/ جورب/ بنطلون/
42-43 40
3 Bahan maujud:Pakaian
(Baju/ seluar/ Stokin / Kasut / Gaun) 42-43 42
40-41 44
5.2 REFLEKSI KAJIAN Jadual 7: Keputusan
5.2.1 Penilaian pencapaian murid
Jadual 6 : Keputusan Ujian Pra
Ujian Pos
Markah Bil. Murid Markah Bil. Murid
5 - 5 16
4 - 4 -
3 - 3 -
2 16 2 -
1 - 1 -
41
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
BAHASA ARAB TAHUN 3 BESTARI 2021
12.5%
40%
100%
UJIAN PRA 40% UJIAN POS 100% BIMBINGAN12.5%
Carta Pai : Menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bahasa Arab Kelas 3B
bagi tahun 2021.
Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan yang amat ketara di
mana pada Ujian Pos terdapat 16 orang murid 3B telah mendapat markah penuh berbanding markah
Ujian Pra hanya mendapat 2/5 sahaja. Ini adalah kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid
belum mendapat pendedahan kaedah Tik Tok. Keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas amat kurang. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Kesannya keseluruhan murid berjaya
mendapat markah penuh di mana cuma terdapat 2 orang sahaja perlu bimbingan serius. Namun begitu,
kesemua mereka mampu berjaya mengingati perkataan dengan mengikut rentak Tik Tok.
Secara keseluruhan, banyak peningkatan yang dapat dicapai oleh murid. Rumusan saya adalah
seperti berikut:
i. Dengan kaedah Tik Tok murid dapat menerima pembelajaran dengan baik dan
seronok. Apa yang penting mereka dapat memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan
tanpa merasa tertekan dan sukar.
ii. Murid mencapai peningkatan yang ketara dan sangat memuaskan di mana keseluruhan
mereka dapat mengingati perkataan Bahasa Arab berbanding sebelum ini di mana mereka tidak
mampu mengingati apa yang sudah dihafal.
iii. Penggunaan buku teks dan buku aktiviti secara maksima sangat
diperlukan untuk membantu meningkatkan kualiti penulisan murid.
iv. Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu
berterusan dan pelbagai supaya murid tidak cepat bosan .
v. Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid begitu seronok serta
memberi sepenuh perhatian pada proses pembelajaran serta hubungan
guru dengan murid bertambah mesra.
vi. Murid yang mendiamkan diri sebelum ini telah berani menyapa guru dan bertanya
soalan.
vii. Di penghujung aktiviti, objektif dapat dicapai dan murid berjaya
menerima maklumatyang diberikan dengan baik.
42
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
viii. Kekangan dalam menghadapi pandemik Covid-19, menyukarkan murid dan
guru kerana terpaksa menyambung pengajaran dan pembelajaran secara
online. Kesannya terdapat murid yang tercicir untuk menerima maklumat
ekoran masalah penggunaan gajet yang terhad.
5.2.2 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang proses kajian ini dilaksanakan,banyak pengalaman yang telah saya lalui
terutama semasa penggajaran dan pembelajaran Selepas kajian saya dapat melihat perubahan
yang besar pada anak-anak didik saya antaranya:
i. Semangat untuk belajar:
Murid yang lemah mula memberi kerja sama dan gembira menjawab soalan
bersama rakan-rakan. Murid seakan mendapat suasana baru kerana tiada lagi suara
ejekan rakan-rakan kerana mereka sudah memberi tumpuan sepenuhnya.
ii. Keyakinan diri
Kesedaran positif dalam diri murid dan guru di mana murid tidak lagi merasa
rendah diri. Mereka mulai sering membantu rakan kerana teruja untuk memmberikan
jawapan yang betul. Saya juga tersedar di mana dalam pembelajaran tidak boleh
memaksa muridsebaliknya cuba menyelami keinginan dan kemampuan mereka dalam
menerima pembelajaran.
iii. Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya menyedari penambahbaikan hendaklah berlaku secara berterusan dan
pelbagai untuk menarik minat murid. Kajian ini banyak membantu saya untuk
berubah untuk lebih baik.
6.0 CADANGAN KAJIAN
Saya sangat bersetuju dengan kajian tindakan ini di mana guru mencari punca masalah dan isu
dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya menyelesaikan permasalahan secara profesional dan
akademik. Kaedah ini juga akan dikekalkan pada masa akan datang mengikut perkembangan semasa
murid. Ini kerana aplikasi Tik Tok sangat senang menarik minat murid dan aplikasi ini sentiasa di
tambah baik dari masa ke semasa mengikut perkembangan semasa.Kaedah ini sangat memudahkan
murid untuk menyebut,membaca dan menulis kerana mereka lebih menumpukan bunyi rentak seiring
dengan sebutan perkataan Bahasa Arab. Cara ini dapat mengelakkan mereka daripada ketinggalan
dalam pembelajaran di sekolah.
BIBLIOGRAFI
Ive Emaliana. (2017) . Teacher centered or student centered learning Approach to Promote Learning?
Jurnal Sosial Humaniora [2017],Volume 10.Ed. 2
Baidah Sabran. (2019).Kuasai Abjad Lantas Arif Membaca, Penerbitan Batu Belang Resources,
Bnadar Baru Salak Tinggi, Selangor Darul Ehsan.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian wacana dan Stategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi.Terengganu:Penerbit UMT.
Kajian Tindakan: Definisi dan Jenis http://pomizi-research.blogspot.com/p/definition.html
43
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KUALITI PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: HUBUNGANNYA DENGAN
EFIKASI KENDIRI DAN INTEGRITI GURU
Erna Suwardi
Sk Mawar (Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan)
Email: [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi guru mengenai kualiti pengurusan disiplin, efikasi
kendiri dan integriti guru. Kajian ini juga ingin mengenalpasti perbezaan dan hubungan kualiti
pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri dan integriti guru dengan latar belakang responden yang
terdiri daripada jantina dan tempoh pengalaman dalam pengurusan disiplin. Seramai 100 orang
jawatankuasa pengurusan disiplin sekolah rendah dari 15 buah sekolah rendah sekitar daerah
Sandakan terlibat sebagai responden kajian. Kajian deskriptif ini menggunakan reka bentuk korelasi
dan mengaplikasikan metodologi tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu set soal selidik
berstruktur dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
26.0. Hasil kajian mendapati tahap persepsi adalah tinggi bagi semua variabel kajian. Terdapat
perbezaan yang signifikan persepsi guru dalam kualiti pengurusan disiplin, efikasi kendiri dan
integriti guru berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu terdapat hubungan yang
signifikan pada tahap yang sederhana antara persepsi guru berkaitan pengurusan disiplin sekolah
dengan efikasi kendiri. Justeru, guru dan pihak jawatankuasa pengurusan disiplin sekolah perlu
menambahbaik kualiti pengurusan disiplin seiring dengan peningkatan efikasi kendiri dan nilai
integriti guru bagi memastikan impak pengurusan disiplin murid berada pada tahap optimum.
Kata Kunci: Kualiti, Pengurusan, Disiplin, Efikasi, Integriti
Pendahuluan
Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia dibentangkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan penekanan terhadap lima aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran dwi bahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Bagi
merealisasikan etika dan kerohanian dalam aspirasi murid, penerapan nilai murni dan etika
memerlukan sistem pengurusan disiplin murid ditadbir secara cekap dan berkesan di peringkat
sekolah. Pengurusan disiplin murid di sekolah adalah di bawah tanggungjawab pengurusan hal ehwal
murid sepertimana yang terkandung dalam SKPMg2 standard 3.3 di bawah aspek 3.3.2 iaitu
pengurusan disiplin murid perlu diurus secara profesional dan terancang. Tindakan yang perlu
diambil untuk mencapai standard 3.3.2 ini adalah dengan menyebar luaskan dan menguatkuasakan
peraturan sekolah, menganalisis dan memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan
program pendidikan disiplin dengan mekanisma sesuai, mematuhi arahan yang berkuatkuasa secara
menyeluruh dan berkesan.
Pengurusan disiplin murid merupakan suatu isu yang sering menimbulkan konflik dan masalah
kepada guru-guru di sekolah kerana guru merupakan insan yang berhadapan dengan murid di
sekolah untuk suatu tempoh yang agak lama setiap hari (Erna, 2015). Bagi menyelesaikan
masalah disiplin, guru perlu mematuhi beberapa teknik, tatacara dan kaedah berkaitan dengan
penyelesaian masalah disiplin. Masalah disiplin adalah tanggungjawab semua pihak, terutamanya
pihak lembaga disiplin sekolah. Faktor dalaman sekolah serta sikap guru terhadap disiplin dan
amalan dalam pengurusan disiplin antara penyumbang terhadap peningkatan masalah disiplin.
Pengurusan disiplin yang tidak tersusun dari segi perancangan, komunikasi, serta tindakan
pelaksanaan bukan sahaja akan menyebabkan masalah disiplin meningkat, malah akan mewujudkan
iklim pembelajaran sekolah yang tidak berkesan dan suasana sekolah yang tidak selamat.
Pengurusan disiplin yang tidak berkualiti akan mewujudkan peraturan sekolah yang rigid, menafikan
hak murid, hilangnya keyakinan dan rasa hormat murid dan masyarakat terhadap guru dan sekolah,
mewujudkan konflik antara ibu bapa, guru dan murid serta menjejaskan iklim dan persekitaran
44
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
sekolah (Sajali, 2014). Disiplin merupakan satu bentuk pendidikan dan kawalan tingkah laku. Maka
ia perlu dipupuk dengan teliti, cekap dan berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati
masalah salah laku murid seperti ponteng, mencuri, peras ugut, penagihan dadah, berjudi, pecah
rumah, membunuh, membuli, mencabul kehormatan, khalwat, mengugut, menyamun, minum
minuman keras, memiliki senjata dan vandalisme menunjukkan peratusan kekerapan yang meningkat
secara drastik.
Kajian-kajian berkaitan pengurusan disiplin telah banyak dilakukan dan seringkali melihat
sikap, tahap pengetahuan dan kemahiran guru disiplin dalam pengurusan disiplin. Namun kajian
mengenai efikasi kendiri dan nilai-nilai integriti kurang diberi tumpuan dalam pengurusan disiplin
sehingga pengurusan disiplin sering dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan merendahkan kualiti
pengurusan disiplin di sekolah. Justeru terdapat keperluan untuk menjalankan kajian ini.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah memberikan fokus kepada tujuan berikut:
i. Mengenalpasti persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri
dan integriti guru.
ii. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan jantina.
iii. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan tempoh perkhidmatan.
iv. Mengenalpasti hubungan antara persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin
sekolah dengan efikasi kendiri dan integriti.
Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan sebelum ini, tiga hipotesis dikemukakan. Berikut
adalah hipotesis yang digunakan oleh pengkaji:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan jantina.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Ho3 Tidak terdapat hubungan antara persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah
dengan efikasi kendiri dan integriti guru.
Sorotan Literatur
Kualiti Pengurusan Disiplin
Pengurusan disiplin merupakan proses terancang yang melibatkan elemen penting bagi memastikan
murid beretika dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam hal ini,
pengurusan disiplin harus ditadbir secara cekap bagi memastikan kualiti kehidupan murid di sekolah
tidak terjejas sekaligus dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif (Sire Etum et
al., 2021). Kenyataan ini disokong oleh Omemu (2017) yang mendapati pihak pentadbiran sekolah
harus memastikan pengurusan disiplin dilaksanakan dengan cemerlang bagi menangani permasalahan
tingkah laku negatif murid yang semakin membimbangkan.
Kualiti kehidupan murid di sekolah dipengaruhi oleh sistem pengurusan disiplin yang teratur
(Anyon et al., 2016). Proses ini berlaku apabila pihak sekolah cekap dalam menangani permasalahan
45
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
disiplin dan mengambil tindakan yang betul sepertimana yang tercatat dalam peraturan sekolah.
Kualiti Pengurusan disiplin yang cemerlang sentiasa menggalakkan murid bertindak secara positif
pada setiap masa ketika berada di kawasan persekitaran sekolah Sire Etum et al., 2021).
Efikasi Kendiri
Konsep efikasi kendiri merujuk kepada kebolehan guru mengunakan daya usaha, aspirasi,
mempunyai sifat keterbukaan terhadap idea-idea baharu, inovasi, perancangan dan pengurusan,
ketekunan, bersemangat serta sanggup untuk menangani masalah serta komitmen untuk segala
bentuk aktiviti pengajaran demi memastikan pencapaian akademik pelajar yang cemerlang
(Norsimah & Mohd Mahadzir, 2020). Efikasi kendiri juga merujuk kepada sejauh mana individu
mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap keupayaan dirinya dalam mencapai sesuatu matlamat
Tisebio & Roslee (2020). Oleh itu, pengurusan disiplin memerlukan kecekapan kendiri yang tinggi
daripada guru disiplin di sekolah agar dapat memenuhi matlamat pendidikan negara.
Tahap efikasi kendiri guru dapat ditingkatkan melalui rangsangan intelektual dari luar (Tisebio
& Roslee, 2020), faktor peribadi dan persekitaran (Sina et al., 2021). Disamping itu juga, efikasi
kendiri guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan berkerja dan persekitaran
sekolah yang kondusif (Yusuf, 2020). Efikasi kendiri juga memberi pengaruh terhadap
kecenderungan pembelajaran generasi Z (Nor Asmawati et. al, 2019), dan efikasi kendiri
mempunyai hubungan dengan integriti guru (Erna, 2015). Ketiga-tiga kajian tersebut menggunakan
pendekatan kuantitatif. Sampel kajian yang digunakan bagi kajian lepas tertumpu kepada guru
akademik biasa. Justeru, dalam kajian ini efikasi kendiri dikaji bersama dengan spiritualiti dan
amalan gaya hidup sihat terhadap kualiti pengurusan pemimpin pertengahan di sekolah rendah
dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Integriti Guru
Integriti adalah elemen dalam kehidupan yang berkaitan dengan pemikiran, tindakan dan
tingkahlaku (Franky & Thomas, 2021). Dalam konteks pendidikan, seorang guru yang mempunyai
sikap integriti mampu memacu sebuah sekolah ke arah perkhidmatan professional yang berkualiti
tinggi serta dapat menyumbang pembangunan sesebuah negara secara bersistematik dan luhur
(Subaa & Norfariza, 2019).
Integriti berperanan terhadap hubungan antara intelek dengan prestasi kerja dalam kalangan
guru. Tanpa integriti seseorang guru itu dipengaruhi oleh kepuasan material dan sosialnya untuk
meningkatkan prestasi kerjanya, sedangkan jika guru tersebut mempunyai integriti hanya perlu
dipuaskan kehendak rohani, akal dan sosialnya manakala kepuasan material tidak menjadi
kepentingan (Halimatus et al., 2013; 2014). Hal ini memberi kesan terhadap pengajaran guru di
dalam bilik darjah (Franky & Thomas, 2021). Justeru, setiap guru perlu memiliki integriti yang
tinggi kerana integriti boleh menjadi motivasi dalaman yang ada dalam diri setiap guru supaya dapat
melaksanakan amanah yang diberikan dengan telus dan dedikasi (Subaa & Norfariza, 2019). Hal ini
kerana amanah merupakan sifat terpuji seperti menjalankan tugas dengan tekun dan
bertanggungjawab. (Halimatus & Zainuddin, 2017).
Kerangka Konseptual Kajian
Kajian ini melibatkan satu pembolehubah bersandar iaitu kualiti pengurusan disiplin sekolah dan dua
pembolehubah bebas iaitu efikasi kendiri dan integriti guru sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah
1. Aspek efikasi kendiri yang digarap dalam kajian ini terdiri daripada dua dimensi iaitu dimensi
komitmen dan kepuasan kerja. Manakala aspek integriti guru pula menekankan aspek amanah,
bijaksana dan bersih (kesucian hati). Aspek kualiti pengurusan disiplin sekolah pula terdiri daripada
tiga dimensi iaitu Perancangan dan Komunikasi, Pengawalan Disiplin Murid dan Pemantapan
Pengurusan Disiplin.
46
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian
Metodologi Kajian
Efikasi Kendiri Kualiti Pengurusan
• Komitmen Disiplin sekolah
• Kepuasan kerja
• Perancangan dan Komunikasi
Integriti Guru • Pengawalan Disiplin Murid
• Amanah • Pemantapan Pengurusan
• Bijaksana
• Bersih (kesucian hati) disiplin
Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan
menggunakan borang soal selidik berstruktur sebagai kaedah kutipan data. Pendekatan
kuantitatif sesuai digunakan kerana hasil dapatan kajian akan digeneralisasikan kepada populasi
(Majid, 2000). Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan, persampelan
berstrata dan persampelan rawak mudah (Chua, 2012). Persampelan bertujuan dipilih kerana
responden dalam kajian ini telah ditentukan oleh pengkaji iaitu hanya jawatankuasa disiplin
murid di sekolah rendah kebangsaan di daerah Sandakan sahaja seramai 885 orang. Selepas
persampelan bertujuan dilakukan, pemilihan responden dilakukan secara berstrata iaitu sampel
kajian distratakan mengikut lokasi bandar, luar bandar dan pedalaman. Akhir sekali daripada
sekolah yang telah distratakan pengkaji memilih sampel secara rawak mudah melibatkan 100
orang guru disiplin dari 15 buah sekolah rendah di daerah Sandakan. Statistik inferensi iaitu
ujian-t, ANOVA satu-hala dan korelasi pearson akan digunakan bagi menguji hipotesis-
hipotesis kajian (Chua, 2012). Analisis data yang diperolehi akan dilakukan dengan
menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 26.0 for Windows.
6 5 5 4
0 0 0 37
6
5
0 1
1
Kekerapan 4 6
0 Lelaki PerempuanKurang dari 6 – 9 10
– 14 Lebih dari
3
0 JRaenstpino5anTdaehnun Tahun TToahehmupn 15 Tahun
2 Demog
0 rafi
1
0 47
0
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 2 : Taburan Demografi Responden
Rajah 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan demografi. Secara keseluruhannya 100 orang
guru disiplin melibatkan 50 orang guru lelaki dan 50 orang guru perempuan terlibat dalam kajian ini.
Dapatan Kajian
Secara keseluruhan, pengkaji telah meneliti sebanyak 100 set soal yang telah diedarkan kepada
responden kajian bagi menjawab hipotesis kajian. Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan ujian–t
membandingkan min persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri dan
integriti guru berdasarkan jantina. Bagi sampel kajian ini (N =100), keputusan ujian–t
membandingkan min persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah berdasarkan jantina
adalah t =1.795, df =98, p= .046; min persepsi guru berkaitan efikasi kendiri berdasarkan jantina
adalah t =3.557, df =98, p= .001 dan min persepsi guru berkaitan integriti berdasarkan jantina adalah
t =3.301, df =98, p= .001.
48
Pengurusan 1.617 .206 1.795 98 .046 2021 JILID 2
Variances 1.795 96.036 .046 e ISBN 978 967 26508 0 5
.12900 .07186 -.0136 .2716
Disiplin Assumed .12900 .07186 -.0136 .2716
.25200 .07085 .1114 .3926
Equal
Variances .25200 .07085 .1114 .3927
Not .21273 .06445 .0848 .3406
Assumed
.21273 .06445 .0844 .3406
Efikasi Equal
Kendiri Variances
Assumed
3.538 .093 3.557 98 .001
Equal
Variances
Not
Assumed 3.557 94.478 .001
.001
Integriti Equal
Guru Variances
Assumed 10.450 .102 3.301
98
Equal 3.301 80.803 .001
Variances
Not
Assumed
**. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Semua hasil ujian-t ini menunjukkan keputusan yang signifikan, maka Ho1 ditolak pada aras
keyakinan p=0.05 dan Ha1 kajian diterima iaitu terdapat perbezaan persepsi guru berkaitan kualiti
pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan jantina.
Jadual 2 memaparkan keputusan ANOVA sehala untuk membandingkan persepsi guru berkaitan
kualiti pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan tempoh
perkhidmatan guru. Berdasarkan statistik-F, kualiti pengurusan disiplin sekolah berdasarkan tempoh
perkhidmatan guru didapati signifikan [F (2,95)= 1.766, p< .05], efikasi kendiri guru berdasarkan
tempoh perkhidmatan guru didapati signifikan [F (2,95)= 9.928, p<
.05] dan integriti guru berdasarkan tempoh perkhidmatan guru didapati signifikan [F (2,95)= 4.192,
p< .05].
Jadual 2 : ANOVA Sehala Perbezaan Persepsi Guru Berkaitan Kualiti Pengurusan Disiplin
Sekolah, Efikasi Kendiri dan Integriti Guru Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan Guru.
Kualiti Between Groups Sum of df Mean F Sig
Pengurusan Within Groups Squares Square 1.766 .039
Disiplin Total 3
Efikasi Between Groups .683 96 .228
Kendiri Within Groups 12.383 99 .129
Total 13.067
Integriti Between Groups 3.288 3 1.096 9.928 .000
Guru Within Groups 10.597 96 .110
Total 13.885 99
1.310 437 4.192 .008
9.997 3 .104
11.307 96
99
49
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Ini bermakna, Ho2 ditolak manakala Ha2 diterima iaitu terdapat perbezaan yang signifikan persepsi
guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah, efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan
tempoh perkhidmatan guru.
Jadual 3 : Analisis Korelasi Pearson Hubungan Kualiti Pengurusan Disiplin sekolah dengan
efikasi kendiri guru dan integriti guru
Efikasi Kendiri Guru Pearson Correlation Kualiti Pengurusan
.602 **
Sig. (2-tailed) .000
100
N .244*
.015
Integriti Guru Pearson Correlation 100
Sig. (2-tailed)
N
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
Jadual 3 menunjukkan analisis Korelasi Pearson terhadap hubungan kualiti pengurusan disiplin
sekolah dengan efikasi kendiri guru dan integriti guru. Hasil analisis korelasi pearson hubungan
kualiti pengurusan disiplin sekolah dengan efikasi kendiri guru, didapati bahawa nilai pekali
Korelasi Pearson, r = .602, manakala nilai signifikan, p = .000 ; lebih rendah pada aras .01.
Hasil analisis korelasi pearson antara terhadap hubungan kualiti pengurusan disiplin sekolah
dengan integriti guru, didapati bahawa nilai pekali Korelasi Pearson, r = .244, manakala nilai
signifikan, p = .015 ; lebih rendah pada aras .05. Oleh kerana kedua-dua nilai Pekali Pearson
yang diperolehi pada aras p<.01 (r=.602 dan r=.244), maka Ho3 telah ditolak, iaitu terdapat
hubungan antara persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah dengan efikasi
kendiri dan integriti guru.
Perbincangan
Persepsi Guru Berkaitan Kualiti Pengurusan Disiplin Sekolah, Efikasi Kendiri dan Integriti
Guru.
Hasil kajian mendapati tahap persepsi adalah tinggi bagi semua varabel kajian. Dapatan analisis
bagi tahap persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah mengikut dimensi
menunjukkan dimensi pemantapan pengurusan disiplin mencapai skor min tertinggi, diikuti oleh
dimensi pengawalan disiplin murid dan perancangan dan komunikasi. Dapatan ni menunjukkan
bahawa guru-guru yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan disiplin di sekolah rendah secara
kolektif bersetuju bahawa pelaksanaan disiplin yang berkesan mampu meningkatkan kualiti dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini selari dengan dapatan Erna (2015) dan Harris (2002), bagi
meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran serta mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru perlu mengurus disiplin murid secara berkesan (Erna, 2015). Justeru,
keupayaan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan dan mengimplementasikan penambahbaikan
pengurusan disiplin di sekolah adalah sangat penting (Harris, 2002).
Dapatan analisis bagi persepsi guru berkaitan efikasi kendiri mengikut dimensi menunjukkan
dimensi komitmen mencapai skor min tertinggi berbanding dimensi kepuasan kerja. Dapatan ini
menunjukkan bahawa guru-guru disiplin mempunyai komitmen yang tinggi dalam pengurusan
disiplin sekolah sehingga merasa takut jika tidak menunjukkan prestasi kerja dalam pengurusan
disiplin sekolah yang berkesan di sekolah. Dapatan ini menyokong penjelasan Truckenbrodt (2002)
dan Creswell (2011) yang mengatakan bahawa komitmen merupakan sikap kesetiaan kepada
organisasi yang ditunjukkan oleh pekerja berasaskan kepada kepercayaan objektif, matlamat dan
nilai sesebuah organisasi.
Dapatan analisis bagi persepsi guru berkaitan integriti, dapatan analisis yang dibuat mengikut
dimensi menunjukkan bahawa dimensi bersih (kesucian hati) mencapai skor min sangat tinggi,
diikuti oleh dimensi bijaksana dengan skor sangat tinggi dan dimensi amanah dengan nilai min
50
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa jawatankuasa pengurusan disiplin di sekolah rendah telah
menjalankan tugas dengan beretika dan berintegriti. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa
guru-guru yang terlibat dalam pengurusan disiplin sekolah sentiasa bersedia meningkatkan kemajuan
diri agar sentiasa menghasilkan kualiti kerja yang cekap dan berkesan Dapatan kajian ini adalah
selari dengan kajian yang dijalankan oleh Halimatus (2014), Halim & Kamarul (2012) dan Syed
Najmuddin et al., (2009). Justeru, kursus pengurusan disiplin di sekolah perlu dijalankan secara
berkala bagi meningkatkan dan memantapkan kualiti pengurusan disiplin di sekolah.
Perbezaan Persepsi Guru Berkaitan Kualiti Pengurusan Disiplin Sekolah, Efikasi Kendiri Dan
Integriti Guru Berdasarkan Jantina dan tempoh perkhidmatan.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya ciri-ciri demografi (jantina dan
tempoh perkhidmatan) yang dikaji mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap kualiti pengurusan
disiplin sekolah, efikasi kendiri dan integriti guru. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan dari aspek kualiti pengurusan
disiplin sekolah berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan. Dapatan kajian ini adalah selaras
dengan dapatan kajian oleh Yunus & Anney Zaharazilah (2012), Elna Rose (2009) dan Jamalullail
et.al (2009) yang mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan dalam pengurusan disiplin
pelajar dalam kalangan guru disiplin berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan.
Dapatan kajian ini menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru berkaitan efikasi
kendiri berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh
Suba & Norfariza (2019) dan Mohd Munaim (2013) yang menunjukkan faktor demografi turut
mempengaruhi integriti guru. Bandura (1997) dalam kajiannya menyatakan disebabkan oleh faktor
personal, jantina dan persekitaran lain saling berinteraksi dengan faktor tingkah laku dan sikap guru
dalam membentuk keperibadian guru tersebut.
Hubungan antara persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah dengan efikasi
kendiri dan integriti guru
Keputusan analisis korelasi bagi sampel kajian ini (N=100) menunjukkan wujudnya hubungan
positif yang signifikan (r= .602, p < .01) di antara persepsi guru berdasarkan kualiti pengurusan
diisplin sekolah dengan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini mempunyai keselarian dengan kajian
yang pernah dijalankan Noornajihan & Halim (2013); Nurahimah & Rafisah (2010); Roberts et al.,
(2007), dan Ebmeier et al., 2003. Justeru, dalam membicarakan korelasi antara kualiti pengurusan
disiplin sekolah dengan efikasi kendiri, ternyata guru-guru yang mempunyai efikasi kendiri yang
tinggi mempunyai hubungan dengan kualiti pengurusan disiplin di sekolah.
Keputusan analisis korelasi persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah dengan
integriti guru bagi sampel kajian ini (N=100) menunjukkan wujudnya hubungan positif yang
signifikan (r= .244, p < .05) . Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Halimah (2014)
yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara integriti dengan kepuasan kerja iaitu
(r=.645) yang bermaksud tahap integriti dan kepuasan kerja mempunyai kolerasi yang sangat kuat;
serta dapatan kajian Hairul Azman (2012) yang mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan
di antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan integriti guru besar iaitu (r= .612). Guru-guru
yang terlibat dalam pengurusan disiplin perlu diurus dan diterapkan nilai-nilai murni yang
terkandung di dalam dimensi integriti iaitu amanah, bijaksana dan bersih (kesucian hati) bagi
membentuk guru-guru disiplin yang lebih berintegriti serta mampu menjadikan diri mereka insan
yang dihormati dan mempunyai pencapaian kerja yang cemerlang (Erna, 2015).
Rumusan
Kajian ini merumuskan bahawa persepsi guru berkaitan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru adalah tinggi. Kajian ini turut mendapati efikasi kendiri dan integriti
guru mempunyai hubungan dengan kualiti pengurusan disiplin sekolah. Faktor efikasi kendiri dan
integriti guru akan memberi sumbangan besar terhadap kualiti pengurusan disiplin sekolah sekiranya
51
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
aspek-aspek yang mempengaruhi efikasi kendiri dan integriti diteliti secara mendalam dan
menyeluruh. Guru disiplin dan jawatankuasa disiplin perlu memainkan peranan dalam pembentukan
sahsiah murid yang terpuji melalui pengurusan disiplin yang cekap dan berkualiti. Sehubungan itu
setiap guru yang berada di dalam jawatankuasa pengurusan disiplin harus mempunyai kebijaksanaan
dengan mempercayai efikasi kendiri dan integriti guru. Oleh itu setiap guru yang terlibat dalam
pengurusan disiplin sama ada secara langsung atau tidak, perlu mempunyai komitmen yang tinggi
agar mendapat kepuasan yang maksima dalam pengurusan disiplin di sekolah. Justeru bagi
memastikan impak pengurusan disiplin murid berada pada tahap optimum.guru dan pihak
jawatankuasa pengurusan disiplin sekolah perlu menambahbaik kualiti pengurusan disiplin seiring
dengan peningkatan efikasi kendiri dan nilai integriti guru.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, and Kamarul Azmi Jasmi. 2012. A new approach in Islamic education:
mosque based teaching and learning. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education,4
(1). pp. 1-12. ISSN 1985-623
Anyon, Y., Wiley, K., Yang, J., Pauline, M., Grapentine, J., Pisciotta, L. (2016). Spotlight on
success: Changing the culture of discipline in Denver Public Schools. Denver, CO:
Office of Social and Emotional Learning, Division of Student Services, Denver Public
Schools.
Bandura, A. 1997. Self-Efficacy: The Exercise Of Control. New york: Freeman Chua,
Yan Piaw ( 2012). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw-Hill
Creswell, J.W. 2011. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative
research (4th ed.) . London: Sage.
Ebmeier, W. T., Crain, R. L., & Moles, O. (2003). Student suspension: A critical reappraisal.
The Urban Review, 14, 245-303
Elna Rose Binti Atin. 2009. Perbezaan Amalan Pendekatan Guru Disiplin Terhadap Masalah
Buli Di Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. Sekolah
Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, UMS.
Erna Binti Suwardi. (2015). Hubungan Efikasi Kendiri dan Integriti Guru Dengan Kualiti
Pengurusan Disiplin Sekolah. Tesis Sarjana. Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan
Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
Etum, S., Mydin, A.-A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Hubungan Pengurusan Disiplin Sekolah
dan Kualiti Kehidupan Murid di Semenanjung Utara Malaysia. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 173 - 182.
Franky, F., & Budiman, T. (2021). The Analysis of Integrity and Satisfaction Effect on Teacher
Loyalty in Kupang. Society, 9(1), 107-114.
Halimatus Saadiah Binti Mat Saad. (2014). Integriti Dan Kepuasan Kerja Menurut Perspektif
islam Serta Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru Pendidikan
Islam. Tesis PhD. Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial. Universiti Malaysia
Sabah.
Halimatus, S., & Zainudin, A. (2017). Analisis Tahap Integriti Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam. Integriti Menurut Perspektif Islam, 20–26.
Harris, A. 2002. Improving school through teacher leadership.London: Oxford University Press.
52
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Hairul Azman bin Mohd Taha. 2012. Hubungan Di Antara Pengetahuan dan Sikap Pengurusan
Kewangan Serta Penghayatan Agama Dengan Integriti Guru Besar Di Negeri Perak.
Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jamalullail Abdul Wahab, Azlin Norhaini Mansor, Mohd Mahzan Awang dan Norazlina
Mohamad Ayob. 2013. Managing Learners’ Behaviours in Classroom through Negative
Reinforcement Approaches. Asian Social Science; Vol. 9, No. 16; 2013 Published by
Canadian Center of Science and Education
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Kuala Lumpur.
Mohd Munaim Mahrnud. (2013). Pengaruh kepimpinan instruksional guru besar ke atas efikasi
guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 14,232-251.
Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd & Norsuhada Mat Hasan. (2019). Meningkatkan Efikasi
Kendiri Guru di Malaysia Terhadap Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z dan
Alpha. Journal of Management and Operation Research 2019. 1 - 13.
Noornajihan Jaafar, and Ab. Halim Tamuri. 2013. Hubungan antara efikasi kendiri dengan
kualiti guru pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. JIAE:
Journalof Islamic and Arabic Education, 5 (1). pp. 41- 60
Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. (2020). Hubungan Efikasi Kendiri
Guru Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM). Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4),173-187.
Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman. 2010. Hubungan Kualiti Penyeliaan Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah dengan Efikasi Guru. Asia Pacific Of Educators And
Education. Vol. 25, 53-71, 2010.
Omemu, F. (2017). Relationship between Principals Administrative Strategies and Student
Disciplinary Problems in Secondary School, Bayelsa State. Journal of Education and
Practice, 8, 100-104.
Roberts. J., Michael, R. S., Nardo, A. C., & Peterson, R. L. (2002). The color of discipline:
Sources of racial and gender disproportionality in administration of school punishment.
The Urban Review, 34, 317–342
Sajali Bin Kabah. (2014). Sikap Dalam Pengurusan Disiplin Sekolah : Hubungannya Dengan
Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Kalangan Guru Disiplin Di Sandakan. Tesis
Sarjana. Sekolah Pendidikan Dan PembangunanSosial.Universiti Malaysia Sabah.
Subaa Nadarajan, Norfariza Mohd Radzi. (2019). Integriti Kewangan Dalam Kalangan Guru
Sekolah Kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Vol.
6 No. 4, 22-37
Syed Najmuddin Syed Hassan, Mohd Sabri Mamat dan Ab.Halim Tamuri. 2009. Amalan
ibadat harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja.JIAE: Journal
Islamic and Arabic Education, 1 (1).pp.29 40. ISSN
Tiop, T., & Talip, R. (2020). Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengurusan
Kurikulum dan Efikasi Kendiri Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(4), 71 - 83.
Truckenbrodt, Y.B. 2002. The Relationship Between Leader-member Exchange and
Commitment and Organizational Citizenship Behaviour. Acquistion Review Quarterfly.
Summer: 233-244
53
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Zimmermann, Sina; Hein, Andreas; Schulz, Thomas; Gewald, Heiko; and Krcmar, Helmut.
(2021) "Digital Nudging Toward Pro-Environmental Behavior: A Literature Review"
(2021).PACIS 2021 Proceedings. 226.
Yunus, Anney Zaharazilah. 2012. Tahap pengetahuan amalan pengurusan disiplin
pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah
Segamat. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
54
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
STANDARD GURU MALAYSIA
DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
PENDIDIKAN ISLAM
Azarul Razamin bin Mat Said
[email protected]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Terengganu
Dr. Mustafa bin Che Omar
[email protected] Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal
Abidin, Terengganu
Dr. Najmiah binti Omar
[email protected]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
Dr. Mohd Allnurulhuda bin Ghazali
[email protected]
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Abstrak
Kompetensi merupakan satu set tingkah laku yang menjadikan seseorang pekerja kompeten pada
tugasannya. Kompetensi dalam pekerjaan menggambarkan seseorang pekerja yang dapat mencapai
tahap prestasi yang unggul dalam sesuatu tugasan atau keadaan. Bahkan seseorang pekerja itu dapat
meramalkan tingkah laku dalam pelbagai situasi dan pekerjaan. Pekerja yang kuat dan beramanah
adalah pilihan utama menurut agama Islam. Kertas kajian konsep ini bertujuan menghuraikan konsep
kompetensi guru, menganalisis pembangunan profesionalisme guru dalam meningkatkan kualiti
pengajaran serta menghuraikan kajian lepas berkaitan implikasi dasar Standard Guru Malaysia
terhadap pengajaran guru. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis
kandungan daripada sorotan kajian-kajian lepas dan dokumen rasmi terbitan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan Standard Guru Malaysia 1.0 telah memperkenalkan tiga
standard keguruan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman; dan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh guru. Setiap standard mengandungi
domain tertentu untuk menjadikan seseorang guru kompeten dalam menjalankan tugasnya. Manakala
Standard Guru Malaysia 2.0 memperkenalkan empat domain kompetensi guru iaitu domain orientasi
ilmu, domain instruksional, domain penglibatan komuniti; dan domain kualiti peribadi. Implikasi
pelaksanaan Standard Guru Malaysia menunjukkan guru telah berusaha meningkatkan tahap
kompetensi keguruan dalam program pembangunan profesionalisme guru. Perkembangan ini disokong
dengan kajian terkini yang menunjukkan usaha guru adalah selari dengan saranan Bahagian
Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia agar menguasai kompetensi orientasi ilmu
iaitu memahami falsafah, dasar dan kurikulum; dan meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa
tentang trend dan perkembangan pendidikan terkini.
Kata Kunci: Kompetensi; PdPc; Pendidikan Islam; Profesionalisme; SGM.
55
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PENGENALAN
Islam menekankan soal kejujuran dan kesetiaan dalam melaksanakan suatu tugasan yang
diamanahkan pada seseorang. Ini ditegaskan oleh Allah SWT sebagaimana yang dipetik daripada
ayat berikut.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi
orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil
bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
(al-Qasas 28:26)
“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata
seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati”.
(Ghaafir 40:19)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya,
dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
(al-Anfaal 8:27)
Justeru, seseorang pekerja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
tingkah laku atau akhlak yang baik. Ketiga elemen ini merupakan komponen kepada kompetensi
atau kecekapan diri.
Kompetensi merupakan satu set tingkah laku yang menjadikan seseorang pekerja kompeten pada
tugasannya. Kompetensi dalam pekerjaan menggambarkan seseorang pekerja yang dapat mencapai
tahap prestasi yang unggul dalam sesuatu tugasan atau keadaan (Spencer & Spencer, 1993).
OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidikan dalam kertas kerja ini menetapkan tiga objektif iaitu (i) Menghuraikan konsep
kompetensi guru dalam pembangunan profesionalisme (ii) Menganalisis dasar pembangunan
profesionalisme guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran; dan (iii) Menghuraikan kajian lepas
berkaitan implikasi dasar Standard Guru Malaysia terhadap pengajaran guru.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis kandungan daripada sorotan
kajian-kajian lepas dan dokumen rasmi terbitan KPM. Bahan rujukan yang berkaitan dianalisis
dengan menggunakan analisis kandungan.
DAPATAN KAJIAN
1. Kompetensi Guru Dalam Pembangunan Profesionalisme
Standard Guru Malaysia (SGM) 1.0 (Bahagian Pendidikan Guru, 2009) memperkenalkan tiga
(3) standard keguruan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman;
56
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh guru. Setiap standard
mengandungi domain tertentu untuk menjadikan seseorang guru kompeten dalam menjalankan
tugasnya.
Standard amalan nilai profesionalisme keguruan mengandungi domain diri, domain profesion dan
domain sosial. Domain diri terdiri daripada konstruk kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas,
berilmu, kasih sayang, kesabaran, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan dan tahan lasak,
cergas, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela; dan efisien. Domain profesion
pula terdiri daripada konstruk kecintaan terhadap profesion, keterampilan, integriti, teladan,
mengamalkan kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Manakala domain sosial terdiri
daripada konstruk keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme; dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard pengetahuan dan kefahaman terdiri daripada domain falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan, hasil pembelajaran, keperluan pengajaran dan pembelajaran, kandungan ilmu
pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi, strategi pembelajaran yang kondusif, kaedah
pentaksiran dan penilaian, dan potensi murid.
Standard kemahiran pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada domain kemahiran menyediakan
perancangan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran memantau, mentaksir dan menilai, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran; dan
kemahiran mengurus bilik darjah.
Manakala Standard Guru Malaysia 2.0 (Bahagian Profesionalisme Guru, 2019) memperkenalkan
empat (4) domain kompetensi guru iaitu domain orientasi ilmu, domain instruksional, domain
penglibatan komuniti; dan domain kualiti peribadi. Domain orientasi ilmu mengandungi konstruk
seperti berikut:
a. mendalami dan meluaskan pengetahuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),
b. memahami falsafah, dasar, kurikulum dan trend pendidikan terkini; dan
c. meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa tentang trend dan perkembangan
pendidikan terkini.
Manakala domain instruksional mengandungi konstruk seperti berikut:
a. memfokuskan perkembangan potensi murid,
b. merancang PdP,
c. melaksanakan PdP; dan
d. melaksanakan pentaksiran pembelajaran.
Manakala domain penglibatan komuniti mengandungi konstruk seperti berikut:
a. membina jalinan dan jaringan dengan ibu bapa atau penjaga serta komuniti luar untuk
menyokong pembelajaran murid,
b. melibatkan komuniti untuk membantu pembelajaran murid; dan
c. meraikan kepelbagaian komuniti.
Manakala domain kualiti peribadi mengandungi konstruk seperti berikut:
a. mengamalkan peningkatan dan refleksi kendiri,
b. menjiwai amalan keguruan,
c. mengamalkan gaya kepimpinan pendidik yang bersifat insaniah; dan
57
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
d. menerima kepelbagaian budaya.
SGM 2.0 mengandungi empat (4) teras etika keguruan iaitu tanggungjawab terhadap profesion,
tanggungjawab terhadap murid, tanggungjawab terhadap ibu bapa atau penjaga; dan tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara. Etika keguruan ini merupakan prinsip moral dan nilai akhlak
menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia. Ia memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya
profesional yang dipandang mulia oleh masyarakat.
Guru-guru yang mempunyai tahap kompetensi yang lebih tinggi dilihat lebih berkesan dalam
menyampaikan pengajaran. Pendekatan berasaskan kompetensi atau competency based approach
(CBA) dalam pembangunan profesional guru telah membantu guru dalam membimbing pelajar
mencapai hasil pembelajaran yang lebih baik meliputi perkembangan kognitif dan afektif
(Creemers et al., 2013; Venkatraman et al., 2018).
2. Pembangunan Profesionalisme Guru Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan strategi dan inisiatif yang mendukung usaha
transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelaksanaan PPPM 2013- 2025
menyebabkan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan negara. Hal ini menyebabkan terdapat
keperluan semakan semula terhadap Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) (Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti, 2017)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) dibina dengan format baharu yang
dibangunkan khusus sebagai panduan kepada pentadbir dan warga sekolah dalam meningkatkan
keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan.
Instrumen SKPMg2 merupakan instrumen yang berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti
dan berasaskan evidens. Instrumen ini memberi penekanan kepada peranan pentadbir sekolah
sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepemimpinan di
sekolah. Instrumen ini juga menekankan peranan guru sebagai pemudah cara dalam proses PdP
(Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2017).
Instrumen SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu: (1) Standard Kepemimpinan, (2) Standard
Pengurusan Organisasi, (3) Standard Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid,
(4) Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc); dan (5) Standard Kemenjadian Murid.
2.1 Standard Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc)
Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) merupakan instrumen standard ke-4 dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Menurut standard ini, guru berperanan sebagai
pemudah cara atau fasilitator dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk
memperkembangkan prestasi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan.
a) Guru Sebagai Perancang
Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan bersistematik. Sebagai perancang, guru
menyediakan rancangan pengajaran dan menentukan kaedah pentaksiran yang bersesuaian. Guru
juga menyediakan sumber pendidikan mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan mematuhi
arahan yang berkuat kuasa.
b) Guru Sebagai Pengawal
Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang. Sebagai pengawal, guru
mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa yang diberikan. Guru juga memberi peluang kepada
58
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pembelajaran dan mengikut kemampuan murid
untuk belajar.
Guru juga perlu mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang. Untuk
mencapai standard ini, guru sebagai pengawal mengawasi komunikasi dan tingkah laku murid
ketika pengajaran berlaku. Guru turut menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning).
c) Guru Sebagai Pembimbing
Guru membimbing murid dengan memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan
kemahiran berpandukan sukatan pelajaran. Sebagai pembimbing, guru memandu murid membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran.
Guru Sebagai Pendorong
Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan
terancang. Sebagai pendorong minda, guru merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif
dengan mengemukakan soalan menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Selain itu murid
didorong membuat keputusan atau menyelesaikan masalah ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.
Guru juga mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional
dan terancang. Sebagai pendorong emosi, guru memberi pujian, galakan, penghargaan dan
keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.
Guru Sebagai Penilai
Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang. Sebagai penilai, guru menggunakan
pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti intervensi, memberi tugasan, membuat refleksi
serta membuat semakan hasil kerja murid.
Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan. Untuk mecapai standard ini,
murid memberi respons kepada guru dengan berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara
kolaboratif. Selain itu, murid berfikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan
masalah dan membuat kaitan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.
3. Kajian Lepas Berkaitan Implikasi Dasar Standard Guru Malaysia KPM
Kajian Rafizah et al. (2020) yang bertajuk Islamic Education Teacher Competency Implementing
Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Teaching: Issues, Problems and Challenges menjelaskan
mengenai isu, masalah dan cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam melaksanakan Kemahiran
Berffikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati
tahap pengetahuan dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di Malaysia tidak menguasai konsep dan
kefahaman berkenaan KBAT yang menyebabkan gagal untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Dari
segi pedagogi guru, Guru Pendidikan Islam kurang kreatif dalam membangunkan kaedah
pengajaran dan hanya mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional seperti kuliah. Keadaan
ini dikaitkan dengan punca KBAT tidak dapat diaplikasikan dalam pembelajaran berpusatkan
pelajar. Guru Pendidikan Islam lebih cenderung mengamalkan pengajaran berpusatkan guru
menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar. Dari segi amalan pentaksiran guru, Guru
Pendidikan Islam tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi berkenaan teknik-
teknik menyoal dan konsep soalan berasaskan KBAT. Implikasi kajian menyarankan Guru
59
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pendidikan Islam melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dengan menghadiri bengkel atau
pembelajaran kendiri supaya matlamat melahirkan pelajar yang berjaya dan berdaya saing akan
tercapai. Pendidikan pada masa sekarang sedang menumpukan perhatian kepada penguasaan KBAT
dalam kalangan pelajar. Ini kerana KBAT adalah kemahiran yang signifikan pada pelajar kita
dalam menghadapi persaingan kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa. Pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada faktor sokongan kompetensi guru.
Kajian Fadzliyah et al. (2020) bertujuan mengenal pasti perspektif guru novis Pendidikan Islam
terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan impak pelaksanaannya. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru novis Pendidikan Islam telah berusaha menyediakan pengajaran yang
kreatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Implikasi pengajaran dalam talian mendorong
mereka berusaha untuk menguasai kemahiran teknologi dalam talian agar dapat melancarkan
pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Islam telah mencetuskan suatu semangat baharu
dalam kalangan mereka agar pembelajaran murid tidak ketinggalan akibat pandemik COVID-19.
Manakala kajian Norfarahin & Mohd Isa (2019) membincangkan kompetensi guru dalam
melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah di Malaysia. Kompetensi merupakan
faktor penting dalam mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Kecekapan guru diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar sedia ada untuk
penambahbaikan dan pelaksanaan dasar pendidikan yang baharu. Dasar pentaksiran dalam sistem
pendidikan oleh KPM adalah satu inisiatif baharu untuk mewujudkan sebuah pendidikan bertaraf
dunia. Kualiti pengajaran guru merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada kejayaan
murid di sekolah. Untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam pembelajaran, kompetensi guru
dalam mentaksir perlu dibangunkan sebagai keperluan khusus untuk menyokong proses pentaksiran
yang berkesan. Ia bertujuan membantu setiap murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai
pelajaran hasil pengalaman pembelajaran yang berjaya. Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek
kompetensi guru dalam mentaksir perkembangan pembelajaran murid dalam akademik melalui
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru-guru yang kompeten dalam melaksanakan PBD boleh
membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Ini kerana PBD boleh membantu guru mengenal
pasti tahap sebenar penguasaan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Justeru, guru-guru perlu
berusaha meningkatkan tahap kompetensi diri mereka agar dapat membantu kejayaan murid di
sekolah rendah.
Kajian Norhisham & Siti Hazlini (2020) bertujuan untuk mengkaji kefahaman Guru Pendidikan
Islam mengenai kompetensi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan menggunakan kaedah kaji selidik. Kajian ini melibatkan 140 Guru
Pendidikan Islam dari sekolah rendah daerah Kuala Kangsar dan data dianalisis menggunakan
analisis deskriptif untuk menerangkan tahap kefahaman Guru Pendidikan Islam mengenai PAK21.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Guru-guru Pendidikan Islam di Kuala Kangsar
mempunyai pemahaman yang jelas tentang pelaksanaan PAK21 sebagai pendekatan terkini dalam
sistem pendidikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Guru-guru Pendidikan Islam yang
merupakan arteri utama yang akan menjalankan pengajaran dan pemudah cara di dalam bilik darjah
perlu menjalani lebih banyak latihan atau kursus untuk meningkatkan pemahaman mereka
mengenai PAK21.
Kajian Norma & Mohd Isa (2020) bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi Guru Pendidikan Islam
(GPI) terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid (PBM) atau student centered learning di sekolah
rendah. PBM merupakan salah satu ciri PAK21 yang sedang diamalkan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah-sekolah KPM. Sejumlah 500 orang GPI dari seluruh Semenanjung
Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
kuantitatif ini menunjukkan kemahiran PBM dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi (min =
3.76 dan sp = 0.50). Kaedah Tasmik merupakan pendekatan PBM pilihan utama dalam kalangan
GPI (min = 4.32 dan sp = 0.76). Implikasi kajian ini telah menyarankan GPI agar didedahkan
dengan lebih lanjut mengenai konsep PBM termasuk membuat rujukan dan bacaan tambahan
berpandukan risalah dan modul berkaitan.
60
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kajian Rafizah et al. (2020) bertujuan membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh
Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam pengajaran mereka. KBAT merupakan salah satu ciri PAK21 yang sedang diamalkan dalam
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah KPM. Dapatan kajian menunjukkan
trend pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar. KBAT adalah salah satu kemahiran berfikir dalam pembelajaran yang memberi peluang
kepada pelajar untuk bersaing sesama mereka dalam negara dan juga dengan pelajar luar negara
di peringkat antarabangsa. Pelaksanaan KBAT dalam pengajaran adalah berkaitan dengan
keupayaan atau kompetensi guru untuk melaksanakannya semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru berpandukan konsep PAK21 memerlukan penglibatan menyeluruh
daripada guru-guru. Hasil kajian juga menunjukkan GPI berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
boleh menjadi masalah dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran. Antaranya faktor
kekangan masa dan kepelbagaian tahap intelek pelajar di dalam bilik darjah. Faktor ini boleh
memberikan cabaran kepada guru-guru untuk memastikan semua pelajar dapat memahami
pengajaran guru pada masa yang sama. Implikasinya, kajian ini menyarankan agar GPI
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran aplikasi KBAT sama ada menghadiri
bengkel atau melakukan pembelajaran kendiri.
Manakala kajian Syafiqah Solehah & Tengku Sarina Aini (2017) bertujuan menganalisis peranan
Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai murabbi (pendidik), mu’allim (guru), muaddib (pendorong),
mudarris (pengajar) dan mursyid (pembimbing) dan guru sebagai role model untuk menunjukkan
contoh keperibadian mulia terhadap pelajar. Konstruk kajian yang diukur adalah ciri-ciri personaliti
guru dan amalan akhlak pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah harian yang terpilih di daerah
Marang, Terengganu. Pengukuran konstruk personaliti GPI dan amalan akhlak pelajar merangkumi
dimensi penampilan, komunikasi, tingkah laku; dan emosi. Dapatan kajian menunjukkan skor min
konstruk personaliti GPI di sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi iaitu penampilan (4.63),
komunikasi (4.40), tingkah laku (4.35) dan emosi (4.41). Dapatan ini menggambarkan guru-guru
tersebut mempunyai personaliti yang baik dan selari dengan tuntutan Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan kajian juga menunjukkan skor min konstruk amalan
akhlak pelajar berada pada tahap tinggi iaitu penampilan (4.41), komunikasi (4.30), tingkah laku
(4.43) dan emosi (4.43). Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana di antara
personaliti GPI dan pembentukan akhlak pelajar pada masa kini. Ini menunjukkan GPI bukanlah
punca utama atau faktor yang dominan terhadap isu kemerosotan pelajar sekolah dalam akademik
ataupun akhlak.
Secara rumusannya, dapatan kajian Norfarahin & Mohd Isa (2019), Norhisham & Siti Hazlini
(2020), Norma & Mohd Isa (2020), Rafizah et al. (2020), Rafizah et al. (2020); dan Fadzliyah et al.
(2020) selari dengan saranan KPM agar guru menguasai kompetensi orientasi ilmu berpandukan
Standard Guru Malaysia 2.0 iaitu memahami falsafah, dasar, kurikulum dan trend pendidikan terkini;
dan meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa tentang trend dan perkembangan pendidikan
terkini. Manakala kajian Syafiqah Solehah & Tengku Sarina Aini (2017) selari dengan saranan
KPM agar guru menguasai kompetensi kualiti peribadi sebagaimana digariskan dalam Standard
Guru Malaysia 2.0 iaitu mengamalkan gaya kepimpinan pendidik yang bersifat insaniah (Bahagian
Profesionalisme Guru, 2019).
KESIMPULAN
Guru Pendidikan Islam perlu menguasai kompetensi guru sebagaimana yang digariskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mengharungi cabaran pada masa kini untuk
menjayakan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Standard Guru Malaysia 2.0 dan Standard
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
Dua (SKPMg2) adalah panduan utama membantu guru meningkatkan amalan pengajaran dan
melonjakkan pembelajaran murid.
61
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
RUJUKAN
al-Quran al-Karim
Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Standard Guru Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Profesionalisme Guru. (2019). Standard Guru Malaysia 2.0. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Creemers, B., Kyriakides, L., & Antoniou, P. (2013). Teacher Professional Development for
Improving Quality of Teaching. Springer Science.
Fadzliyah Hashim, Farah Farhana Rosli, & Fatahiyah Elias. (2020). Pengajaran dan pembelajaran
dalam talian dan impaknya terhadap guru novis Pendidikan Islam. BITARA International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(4), 158–169.
http://www.bitarajournal.com
Lyle M. Spencer, J., & Spencer, S. M. (1993). Competence at Work: Models for Superior
Performance. Japan Productivity Center. John Wiley & Sons, Inc., 456.
Norfarahin Mohd Zamri, & Mohd Isa Hamzah. (2019). Teachers’ Competency in Implementation
of Classroom Assessment in Learning. Creative Education, 10(12), 2939–2946.
https://doi.org/10.4236/ce.2019.1012218
Norhisham Muhamad, & Siti Hazlini Haris. (2020). Understanding Islam Education Teacher
Primary School Lesson of the 21st Century. Journal of Advanced Research in Dynamical and
Control Systems, 12(SP8), 869–873. https://doi.org/10.5373/jardcs/v12sp8/20202590
Norma Jusof, & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kemahiran Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah
terhadap pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid: satu analisa. International Journal of
Education and Pedagogy, 2(3), 1–26.
Rafizah Mohamed Salleh, Mohd Isa Hamzah, & Hafizah Zulkifli. (2020). Order Thinking Skills
(HOTS) in teaching: issues, problems and challenges. International Journal of Academic
Research in Progressive Education & Development, 9(2), 518–526.
https://doi.org/10.6007/IJARPED/v9-i2/7395
Syafiqah Solehah Ahmad, & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2017). Peranan Guru Pendidikan
Islam dalam pembinaan sahsiah pelajar: satu tinjauan awal terhadap Guru Pendidikan Islam di
daerah Marang, Terengganu. Journal of Islamic Educational Research (JIER), 2(December
2017), 36–53.
Venkatraman, G., Ravi, R., & Rajasekaran, R. (2018). International trends in teacher competency
research: a review. International Journal of Pure and Applied Mathematics, 119(7).
62
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI DALAM NORMA BAHARU DI NEGERI
SABAH: TINJAUAN TERHADAP PEMANIS
Awang Abdul Muizz Awang Marusin1
Muhammad Ibrahim Mohd. Nasir2, Suhaineh Sainan2
1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang,
Sabah E-mel: [email protected]
2 Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Abstrak: Penularan pandemik COVID-19 membuatkan pendidikan di Malaysia beralih kepada
norma baharu. Kajian ini dibuat bagi menerangkan penambahbaikan dan pembaharuan yang dibuat
oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam melaksanakan Program Adab dan Nilai
(ADNI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat negeri Sabah, menunjukkan
keberhasilan usaha JPN Sabah dalam melaksanakannya, dan menyenaraikan faktor-faktor yang
menyumbang kepada keberhasilan tersebut. Menerusi kaedah kualitatif, kajian kes dilaksanakan
terhadap lima buah dokumen yang memandu pelaksanaan Program Pengukuhan Kurikulum
Pendidikan Islam (PEMANIS) di peringkat negeri Sabah. Kajian mendapati pelaksanaan
PEMANIS di peringkat negeri Sabah benar- benar menepati keperluan pendidikan di Malaysia
untuk menerapkan norma baharu. Malah, pelaksanaan PEMANIS yang menjimatkan kos,
meluweskan masa, mengoptimumkan tenaga kerja, mengurangkan logistik, meminimumkan
pergerakan dan membuka dengan luas peluang kepada murid untuk mencungkil bakat telah
menyebabkan kesemua objektif pelaksanaan PEMANIS tercapai, iaitu penyertaan lebih ramai
murid, penampilan bakat baru dari akar umbi, pengetengahan bakat yang berkualiti dan
peningkatan penglibatan guru. Keberhasilan PEMANIS bukan sahaja menjadikannya program
kokurikulum pendidikan Islam yang pertama dan terbesar yang pernah diadakan oleh JPN Sabah
setakat ini, tetapi juga menyumbang kepada usaha membangunkan adab dan nilai murid-murid
Islam di negeri Sabah menerusi pembudayaan norma baharu.
Kata kunci: Pendidikan Islam di Sabah, pembangunan adab dan nilai, kemenjadian murid.
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia bermatlamat ke arah melahirkan insan yang seimbang dan stabil dalam
aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi Chang, Morshidi dan Dzulkifli (2018), bahagian
daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tidak sekadar suatu dasar yang membawa Malaysia
ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, tetapi juga untuk menjamin kekuatan
sosiobudaya dan kestabilan politik bagi bangsa dan negara.
Islam merupakan agama rasmi Malaysia sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaannya pada tahun 1957. Sebagai yang demikian, Islam merupakan bahagian yang
terpenting dalam pendidikan di Malaysia. Menurut Saharia (2015), kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara tidak sekadar membolehkan terwujudnya pendidikan Islam di Malaysia, tetapi
juga menjadikan Islam sebagai asas yang menguatkan pendidikan di Malaysia dengan al-Quran
dan as-Sunnah sebagai sumberutamanya.
Walaupun Islam menjadi agama rasmi negara sejak kemerdekaannya, pendidikan Islam di
Malaysia telah bermula sebelum kewujudan Malaysia. Menurut Mohd Roslan dan Wan Mohd
Tarmizi (2011) dan Haryanto (2015), pendidikan Islam di Malaysia bermula di Melaka seawal
kurun ke-14 dan berterusan baik secara formal mahupun secara tidak formal. Apabila Persekutuan
63
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tanah Melayu mencapai kemerdekannya pada tahun 1957, pendidikan Islam mula diberi perhatian
dan penekanan. Malah, pendidikan Islam mula mendapat tempatnya di Tanah Melayu pada tahun
1960 dengan terhasilnya Laporan Razak Talib.
Akta Pendidikan yang dikuatkuasakan setahun kemudian mewajibkan agama Islam diajarkan di
semua sekolah di seluruh negara yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid beragama
Islam, lapor Abdul Halim (1989) dan Tengku Sarina Aini dll. (2017). Peruntukan undang-undang
tersebut berkekalan sehingga ke hari ini di bawah Akta Pendidikan 1996.
Hari ini, pendidikan Islam bukanlah sekadar sebuah nama mata pelajaran yang diajar di sekolah,
tetapi sebahagian daripada sejarah dan perjuangan pendidikan di Malaysia (Sufean, 2018) dan
sebahagian daripada amanah Raja-raja Pemerintah terhadap bangsa dan negara Malaysia (Mohd
Zai, 2019). Sebagai menterjemahkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap pendidikan
Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) untuk menyelaras, melaksanakan dan memantau gerak kerja pendidikan
Islam di Malaysia.
Pendidikan Islam di bawah KPM
Kewujudan BPI KPM, menurut Fadzilah (t.t.), bermula dengan pelantikan seorang pegawai
perhubungan sekolah bagi sekolah-sekolah agama rakyat di Bahagian Sekolah-sekolah, KPM pada
tahun 1958. Pegawai tersebut ditugaskan untuk menjaga sekolah-sekolah agama, guru-gurunya
serta bantuan-bantuan yang diagihkan kepadanya. Bahagian tersebut kemudian mewujudkan Unit
Pelajaran Agama pada tahun 1961 sebelum dibesarkan menjadi Bahagian Pelajaran Agama pada
tahun 1973 dengan dipimpin oleh seorang Pengarah.
Pada tahun 1995, KPM menaiktaraf Bahagian Pelajaran Agama menjadi Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM) dengan dipimpin oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan di
bawah beliau mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, dan Bahagian Dakwah dan Kepimpinan. Pada
tahun 2008, fungsi kurikulum pendidikan Islam dan moral di dalam JAPIM kemudiannya
dipindahkan ke Bahagian Pembangunan Kurikulum, menjadikan JAPIM dijenamakan semula
sebagai BPI.
BPI yang sekarang merupakan hasil daripada penjajaran semula KPM yang berlaku pada tahun
2019 dengan fungsi kurikulum pendidikan Islam dikembalikan kepada BPI. Pada masa kini, BPI
yang diketuai oleh seorang Pengarah mempunyai sebuah kluster, iaitu Kluster Perancangan dan
Pembangunan Pendidikan Islam, serta empat buah sektor, iaitu Sektor Kurikulum Pendidikan
Islam, Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai (PPADNI), Sektor Pengembangan Sekolah
Agama dan Sektor Khidmat Pengurusan.
Pembangunan Program Adab dan Nilai
Pembangunan program adab dan nilai merupakan salah satu tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada BPI KPM. Menerusinya, banyak aktiviti bertemakan pembangunan adab dan
nilai telah diadakan seperti Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS), Majlis Ihtifal
Sekolah- sekolah (MISS), Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) dan Karnival Dakwah
Sekolah-sekolah (KDSS). Semua itu bertujuan untuk membentuk modal insan yang seimbang
(Khaled, 2018).
MTQSS diadakan pertama kali pada tahun 1974 dan disusuli dengan MISS pada tahun 1988 dan
KDSS pada tahun 2017. FNSS turut diadakan pertama kali pada tahun 2006 setelah acara Nasyid
dipisahkan daripada MTQSS. Semua itu diadakan secara berterusan setiap tahun walaupun telah
dijenamakan semula dan mengalami transformasi beberapa kali oleh BPI KPM. Kali terakhir
64
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
semua acara tersebut diadakan secara bersemuka sepenuhnya ialah pada tahun 2019.
Pada tahun 2020, BPI KPM menyusun semula Program Adab dan Nilai (ADNI) KPM dengan
menyusun semula semua pertandingan bertemakan adab dan nilai. Sejak itu, Program Adab dan
Nilai KPM dijajarkan menjadi lima buah pertandingan, iaitu Mahrajan al-Quran Sekolah-sekolah
(MQSS), Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah (FKISS), Mahrajan Lughawi wa Qurani
Sekolah-sekolah (MALQUSS), Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai (MK ADNI) dan Karnival
Fitrah Orang Asli (KAFOA). Rajah 1 menerangkan evolusi Program ADNI KPM sejak pertama kali
program sedemikian diadakan di Malaysia.
1974 1988 2006 2017 2020
MTQSS MISS FNSS KDSS Progra
diadakan buat diadakan buat diadakan buat diadakan buat m Adab dan
pertama kali. pertama kali. pertama kali
setelah acara pertama kali Nilai KPM
dengan mengalami
Nasyid penyusunan
dipisahkan pengkhususan semula dan
kepada menggunaka
daripada
MTQSS. masyarakat n kaedah
Orang Asli. dalam talian
buat
pertama
kali.
65
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 1. Evolusi Program ADNI KPM.
Buat pertama kalinya, kesan daripada penularan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di
Malaysia, Program ADNI KPM memperkenalkan kaedah dalam talian sebagai membudayakan
norma baharu. Kaedah ini digunakan setelah berakhirnya penguatkuasaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pertama sebagai alternatif kepada kaedah bersemuka yang sempat dipakai
sebelum bermulanya penguatkuasaan PKP pertama.
Kajian ini, walau bagaimanapun, tidak bermatlamat untuk mengupas Program ADNI KPM secara
keseluruhan. Kajian ini sebaliknya bermatlamat untuk menerangkan penambahbaikan dan
pembaharuan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam melaksanakan
Program ADNI KPM di peringkat negeri Sabah, menunjukkan keberhasilan usaha JPN Sabah
dalam melaksanakannya, dan menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keberhasilan
tersebut. Menerusi kaedah kualitatif, lima buah dokumen digunakan untuk melaksanakan kajian
kes, iaitu dokumen penjajaran semula, dua set garis panduan pelaksanaan pertandingan, dan dua
naskhah alasan penghakiman.
Program ADNI KPM di Negeri Sabah
Program-program adab dan nilai anjuran BPI KPM di Sabah berlangsung seiring dengan sejarah
dan perjuangan pendidikan Islam di Malaysia. Di peringkat negeri Sabah, Program ADNI KPM
dilaksanakan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Sebelum tahun 2020, Program ADNI KPM diadakan secara bersemuka dan berhimpun di pelbagai
peringkat, bermula dari peringkat sekolah, zon, daerah dan bahagian sebelum ke peringkat negeri.
Penganjuran sedemikian memerlukan kepada perbelanjaan yang tinggi, tenaga kerja bersaiz besar,
masa persiapan dan pelaksanaan yang tertentu dengan tumpuan penuh dan logistik yang banyak.
Tambahan pula, peluang penampilan bakat juga terhad kerana pemeringkatan pertandingan
mengikut keluasan geografi. Rajah 2 menerangkan keadaan Program ADNI KPM pra pandemik
COVID-19.
Rajah 2. Pelaksanaan Program ADNI KPM pra pandemik COVID-19.
66
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Walau bagaimanapun, keadaan Program ADNI KPM di Sabah berubah sepenuhnya pada tahun
2020 apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia. Pada tahun tersebut, Program ADNI KPM
di peringkat negeri Sabah diadakan secara hibrid, dengan lebih banyak kaedah dalam talian
digunakan, terutamanya di peringkat negeri. Ketika itu, JPN Sabah menjenamakan Program ADNI
KPM di negeri Sabah sebagai Mahrajan ADNI JPN Sabah.
Program tersebut dijalankan buat pertama kalinya menggunakan sistem automasi yang
dibangunkan sendiri oleh SPI JPN Sabah yang dipanggil Dashboard for Open Online Result
(DOOR) (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2020). Sistem DOOR menerima pengiktirafan
Kerajaan Negeri Sabah sebagai pemenang Anugerah Inovasi Keselamatan Fizikal dan Pengurusan
Rekod (Agensi Persekutuan) dalam Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah 2020.
Gambar 1. Sistem DOOR.
Pada tahun 2021, SPI JPN Sabah memutuskan untuk memberi jenama unik kepada Program ADNI
KPM di peringkat negeri Sabah. Program tersebut dijenamakan sebagai Program Pengukuhan
Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS) (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2021d). PEMANIS
merupakan program besar yang menaungi MQSS, FKISS, MALQUSS dan MK ADNI anjuran
KPM di negeri Sabah.
PEMANIS menggariskan empat objektif untuk dicapai. Pertama, untuk menarik sebanyak
mungkin penyertaan murid. Kedua, untuk mengetengahkan bakat baru dari akar umbi. Ketiga,
untuk menampilkan bakat berkualiti, dan keempat, untuk meningkatkan penglibatan guru. Semua
itu digambarkan dalam Rajah 3.
67
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 3. Objektif-objektif PEMANIS.
Pelaksanaan PEMANIS di Negeri Sabah
Bagi membolehkan kesemua objektif PEMANIS benar-benar dapat dicapai, lima langkah
penyelesaian berikut diambil, iaitu penjenamaan dan penggabungan, pelaksanaan di peringkat
negeri, peringkat pertandingan berdasarkan merit, penyesuaian kandungan dan peraturan
pertandingan, dan penggunaan penuh kaedah dalam talian (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
2021b; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2021c). Rajah 4 menunjukkan ringkasan kepada
langkah-langkah penyelesaian yang diambil terhadap PEMANIS.
68
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 4. Langkah-langkah penyelesaian yang diambil terhadap PEMANIS.
PEMANIS dilancarkan olepada 12 Februari 2021. Tetapi, gerak kerja PEMANIS telah bermula
lebih awal daripada pelancaran PEMANIS. Gerak kerja PEMANIS di peringkat negeri Sabah
dijayakan oleh sebuah Urus Setia Negeri dan sebuah Jemaah Hakim Negeri, dan dijayakan di
peringkat PPD oleh sebuah Urus Setia Daerah dan sebuah Panel Juri Daerah.
PEMANIS menawarkan 12 buah acara. Enam daripadanya merupakan acara FQKI, iaitu
Tilawah al- Quran, Hafazan al-Quran, Daie Cilik, Mimbar Daie, Khat dan Nyanyian Solo Lagu
Kerohanian, manakala masing-masing tiga acara dipertandingkan dalam MALQUSS dan MK
ADNI. MALQUSS mempertandingkan Kalimatus Sobah, Mimbar Daie Bahasa Mandarin dan
Qiraat as-Sabie bit Tarannum, manakala MK ADNI pula mempertandingkan Deklamasi Sajak
Adab dan Nilai, Deklamasi Syair Adab dan Nilai, dan Kalam Arabi. PEMANIS menawarkan lima
peringkat pertandingan secara keseluruhan, iaitu Novice, Amateur, Pro, Expert dan Master.
Keseluruhan proses PEMANIS dijalankan menerusi Sistem DOOR. Pada permulaan
program, JPN mendaftarkan Hakim Negeri dan PPD. PPD kemudiannya akan mendaftarkan Juri
Daerah dan sekolah yang kemudiannya akan mendaftarkan peserta yang ingin menyertai acara-
acara yang dipertandingkan. Setelah pendaftaran peserta dan pada setiap kali bermulanya
pertandingan di peringkat seterusnya, sekolah mengesahkan penyertaan peserta dengan
mendaftarkan pautan rakaman dan dokumen penyertaan.
Pautan yang didaftarkan oleh sekolah bagi pihak peserta digunakan untuk membolehkan
Juri Daerah dan Hakim Negeri membuat penjurian dan penghakiman mengikut peringkat
pertandingan. Setiap pusingan penjurian dan penghakiman hendaklah disemak dan disahkan oleh
Ketua Hakim Negeri supaya keputusan penuh dan senarai peserta yang maju ke peringkat
seterusnya dapat dikeluarkan oleh pentadbir sistem di JPN.
Peserta yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh JPN layak untuk mara ke
peringkat pertandingan yang lebih tinggi dan akan meneruskan penyertaannya pada peringkat yang
seterusnya. Semua peserta yang didaftarkan pada peringkat permulaan dan yang layak untuk mara
69
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
ke peringkat yang seterusnya akan menerima sijil penyertaan. Sekolah mencetak sijil tersebut
menerusi Sistem DOOR dan menyampaikannya kepada semua peserta bagi pihak JPN. Setiap
murid yang menyertai PEMANIS dikira menyertai aktiviti kokurikulum peringkat negeri. Rajah 6
menerangkan proses-proses perjalanan PEMANIS menggunakan Sistem DOOR.
Rajah 4. Proses-proses perjalanan PEMANIS menggunakan Sistem DOOR.
PEMANIS 2021 telah dijayakan oleh 29 orang pegawai Urus Setia Negeri dan disertai oleh 9,224
orang peserta dari seluruh negeri Sabah. Semua peserta diadili oleh 49 orang Hakim Negeri dan
639 orang Juri Daerah yang juga datang dari seluruh negeri Sabah. Jadual 1 menunjukkan jumlah
peserta PEMANIS bagi semua acara dan peringkat.
Acara
Novice Amateur Pro Expert Master
Peringkat
Tilawah al- 1,518 251 38 Tiada 13
Quran pertandingan
Hafazan al- 2,145 1,196 278 53 12
Quran
Daie Cilik 641 259 47 15 6
70
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Mimbar Daie 405 202 62 9 6
Khat 1,808 157 14 31 12
Nyanyian 1,520 298 63 Tiada 12
Solo Lagu pertandingan
Kerohanian
Kalimatus Tiada Tiada 117 26 9
Sobah
pertandingan pertandingan
Mimbar Daie Tiada Tiada 2 Tiada Tiada
Bahasa pertandingan pertandingan
Mandarin pertandingan pertandingan
Qiraat as- Tiada Tiada 149 Tiada 11
Sabie bit
Tarannum pertandingan pertandingan pertandingan
Deklamasi Tiada Tiada Tiada 676 20
Sajak Adab
dan Nilai pertandingan pertandingan pertandingan
Deklamasi Tiada Tiada Tiada 136 20
Syair Adab
dan Nilai pertandingan pertandingan pertandingan
Kalam Arabi Tiada Tiada Tiada 107 11
pertandingan pertandingan pertandingan
Jumlah 8,037 2,363 770 1,053 132
Jadual 1. Jumlah peserta PEMANIS 2021 mengikut acara dan peringkat kelayakan.
FQKI yang bermula pada 1 Februari 2021 menerima sebanyak 8,037 penyertaan dari seluruh
negeri Sabah dalam kesemua enam acara yang menawarkan lima peringkat kelayakan bermula dari
peringkat Novice. Manakala, MALQUSS yang bermula pada 1 Mei 2021 menyaksikan penyertaan
seramai 268 orang peserta dari seluruh negeri Sabah dalam kesemua tiga acara yang
dipertandingkan menerusi tiga peringkat kelayakan bermula dengan peringkat Pro. Kedua-dua
buah pertandingan telah tamat pada 30 Jun 2021.
Beberapa acara yang dipertandingkan di bawah FQKI dan MALQUSS menyaksikan tiada
pertandingan di peringkat Expert kerana keputusan Jemaah Hakim Negeri melayakkan sebilangan
peserta terus ke peringkat Master. Hanya acara Mimbar Daie Bahasa Mandarin sahaja yang tidak
mempunyai
71
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pertandingan di peringkat Master kerana kedua-dua peserta yang bertanding di peringkat Pro
menang tanpa bertanding bagi kategori masing-masing.
Sementara itu, MK ADNI yang bermula pada 9 Ogos 2021 menyaksikan penyertaan seramai 919
orang peserta dari seluruh negeri Sabah dalam kesemua tiga acara yang dipertandingan menerusi
dua peringkat kelayakan bermula dengan peringkat Expert. MK ADNI telah tamat pada 17
September 2021.
Sumbangan dan Implikasi PEMANIS kepada Pelbagai Pihak
Program ADNI KPM bukanlah perkara baru di negeri Sabah. Program tersebut telah dikenali oleh
rakyat dan penduduk negeri Sabah dengan MTQSS, MISS dan pelbagai nama lain sejak bertahun-
tahun lamanya. Akan tetapi, PEMANIS merupakan suatu bentuk inovasi dan transformasi kepada
Program ADNI KPM yang diadakan di negeri Sabah. Secara ringkasnya, PEMANIS merupakan
pertandingan kokurikulum pendidikan Islam yang terbesar pernah dianjurkan oleh SPI JPN Sabah
setakat ini.
Faktor-faktor penarik seperti kos penganjuran yang dapat dikurangkan, tenaga kerja yang dapat
dioptimumkan, masa yang dapat diluweskan, penggunaan logistik yang dapat dikurangkan,
pergerakan yang dapat diminimakan, dan peluang yang terbuka luas kepada murid untuk
menampilkan bakat menyumbang kepada keberhasilan PEMANIS di negeri Sabah. Jadual 2
selanjutnya membandingkan semua aspek keberhasilan yang dicatatkan oleh Program ADNI KPM
sebelum tahun 2020 (“Sebelum”) dengan semua aspek keberhasilan yang dicatatkan oleh
PEMANIS (“Selepas”).
Aspek Sebelum Selepas
Kaedah Bersemuka dan berhimpun Dalam talian dari tempat
Perbelanjaan masing-masing
Tenaga kerja
Besar, kebanyakannya Kecil, bertumpu kepada
penyelenggaraan sistem dan
melibatkan makanan dan hadiah sahaja
minuman, pengangkutan dan
penginapan
Besar, kebanyakannya Optimum, berfokus kepada
melibatkan pengurusan tempat penggunaan satu sistem
acara automasi sahaja
Masa persiapan dan Dua hingga tiga hari dengan Fleksibel
pelaksanaan tumpuan penuh
Logistik Banyak, melibatkan banyak Sedikit, hanya melibatkan
Peluang penampilan bakat ruang, peralatan dan kemudahan yang berkaitan
kemudahan
Terhad pada peringkat Luas, terbuka di peringkat akar
pelaksanaan mengikut keluasan
geografi umbi dengan peringkat
pelaksanaan mengikut
pencapaian peserta
72
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Jadual 2. Perbezaan Program ADNI KPM di Sabah, sebelum dan selepas adanya PEMANIS.
Keberhasilan PEMANIS dapat diukur menerusi objektif-objektif pelaksanannya yang tercapai.
Pertama, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum pendidikan Islam di peringkat negeri Sabah
melonjak naik. Kedua, lebih banyak bakat baru dapat diketengahkan terus dari akar umbi dan terus
ke peringkat negeri tanpa perlu melalui pelaksanaan peringkat-peringkat pertandingan berdasarkan
keluasan geografi. Ketiga, lebih banyak bakat berkualiti dapat ditonjolkan kerana sifat keterbukaan
yang telah diterapkan menerusi objektif pertama. Keempat dan susulan daripada keberhasilan
pertama, lebih ramai guru terlibat dalam menjayakan PEMANIS sekurang-kurangnya di sekolah
masing-masing.
Penyumbang terbesar kepada keberhasilan PEMANIS ialah murid-murid dari seluruh negeri Sabah
yang menyertai dengan dukungan dan sokongan para ibu bapa dan para guru di sekolah. Lonjakan
penyertaan murid dan penglibatan guru secara langsung dan tidak langsung menyumbang pula
kepada keadaan rakyat dan penduduk Sabah yang semakin yakin untuk mendekati dan
mengimarahkan budaya al-Quran, cara hidup Islam dan bahasa antarabangsa
Kesimpulan
Walaupun PEMANIS 2021 merupakan kesinambungan kepada MTQSS dan MISS Peringkat
Negeri Sabah 2019 dan Mahrajan ADNI JPN Sabah 2020, PEMANIS telah membuktikan bahawa
walaupun pendidikan di Malaysia terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, aktiviti ko-
akademik pendidikan Islam masih dapat diadakan di Malaysia menerusi penerapan norma baharu,
pembudayaan kreativiti, inovasi dan transformasi, serta penggunaan teknologi. PEMANIS
meraikan semua aspek penambahbaikan dan pembaharuan yang digariskan bagi membolehkan
pendidikan di Malaysia amnya dan kokurikulum berteraskan Islam di Malaysia khasnya dapat
bertahan dalam sebarang keadaan.
Perkara ini penting bagi memastikan kemenjadian murid terus ditekankan bagi membolehkan
hasrat para pendiri negara Malaysia yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat
terus direalisasikan. Sesuai dengan slogan “Sabah Hebat: Katakan Tidak kepada Nombor 16 dan
Katakan Ya kepada Sepuluh Terbaik”, JPN Sabah berkomitmen untuk menyumbang dengan lebih
baik ke arah kemajuan pendidikan di Malaysia.
Rujukan
Abdul Halim Mat Diah (1989). Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia.
Chang Da Wan, Morshidi Sirat & Dzulkifli Abdul Razak (2018). Education in Malaysia towards a
Developed Nation. Singapore: ISEAS Yusof Ishak Institute.
Fadzilah Mohd Din (t.t.). Sejarah Penubuhan Bahagian Pendidikan Islam. Dipetik pada 13 Julai
2021 dari http://blogpaifadzilah.blogspot.com/p/pendidikan-islam-tahun-4.html.
Haryanto, B. (2015). Perbandingan Pendidikan Islam di Indonesia dan Malaysia. Adabiyah: Jurnal
Pendidikan Islam, 1(1), 79-96.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2019). Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2020). DOOR: Dashboard for Open Online Result [Slaid
PowerPoint].
73
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2021a). Festival al-Quran dan Kesenian Islam 2021 & Mahrajan
Lughawi wa Qurani Sekolah-sekolah 2021, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah: Alasan
Penghakiman.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2021b). Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai Sekolah-sekolah
2021, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah: Alasan Penghakiman.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2021c). Garis Panduan Khas Pertandingan Program
Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PEMANIS):
Festival al-Quran dan Kesenian Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2021d). Garis Panduan Khas Pertandingan Program
Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PEMANIS):
Mahrajan Lughawi wa Qurani Sekolah-sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2021e). Penjajaran Semula Kaedah Pelaksanaan Program
Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
[Slaid PowerPoint].
Khaled Mat (2018). Pelaksanaan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan Hubungannya dengan Pembangunan Sahsiah Pelajar.
Tesis kedoktoran. Universiti Malaya. (Tidak diterbitkan)
Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman (2011). Sejarah dan Perkembangan
Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal at-Ta’dib, 6(1), 59-78.
Mohd Zai Mustafa (2019). Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia: Cabaran
dan Masa Depan. Dipetik pada 13 Julai 2021 dari
https://www.1media.my/2019/07/bahagian-pendidikan- islam-kementerian.html.
Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Sedek Ariffin & Zulkifli Mohd Yusoff (2017). Penguasaan
Tarannum al-Quran: Analisis terhadap Peserta Tilawah al-Quran Sekolah Menengah
Kementerian di Daerah Klang dan Sepang. QURANICA, 9(1), 67-92.
Saharia Ismail (2015). Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of
Human Capital Development, 8(2), 83-99.
Sufean Hussin (2018). Kejayaan dan Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Membentuk
Pendidikan di Malaysia. Dalam Seminar Pendidikan Berasaskan Nilai 2018, 15-16
November 2018, Gombak, Selangor, Malaysia. (Tidak diterbitkan)
Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Ahmad Yunus Mohd Noor & Siti Nur Azimah Sabaruddin
(2015). Efforts to Elevate al-Quran Study among the Visually Impaired Group in Malaysia:
Challenges and Proposals. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(6), 419-424.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim et al. (2017). Pendekatan Konstruktivisme di Malaysia dan
Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Awal terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam.
Journal of Islamic Educational Research, 2(1), 23-35.
74
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
AMALAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM
KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN
SABAH
Abd. Wahab bin Abd Hamid
Sekolah Agama Suria, Tuaran
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah satu daripada elemen penting bagi memenuhi aspirasi
murid sebagaimana dijelaskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan KBAT menerusi
proses pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan
amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah.
Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan dan menggunakan
instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas. Seramai 112 orang guru pendidikan
Islam sekolah rendah pedalaman di Zon Timur Sabah terlibat dalam kajian ini. Analisis data dibuat
secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada
tahap sederhana tinggi manakala tahap amalan penerapan KBAT juga di tahap sederhana tinggi. Selain
itu, ujian inferensi juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan
guru dengan amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah
pedalaman. Implikasi kajian menunjukkan kejayaan pelaksanaan KBAT bergantung kepada
keupayaan guru. Justeru, kesediaan guru perlu dikukuhkan bagi memastikan pelaksanaan KBAT dapat
diimplementasikan terutama di sekolah rendah pedalaman.
Kata Kunci: Amalan KBAT, Guru Pendidikan Islam
PENGENALAN
Kemahiran berfikir adalah satu daripada matlamat utama yang terkandung dalam sistem pendidikan
yang bukan hanya tertumpu dalam konteks pendidikan Malaysia malah di persada global (Shukla &
Dungsungneon, 2016). Menurut Mohd Nazri et al. (2017), pengajaran yang menerapkan KBAT perlu
menjadi antara fokus utama dalam kurikulum bagi memenuhi kehendak dan merealisasikan kemahiran
abad ke-21 selain dapat melahirkan murid yang kompeten dan berkualiti (Ruzlan, Shamsuddin & Siti
Noor, 2016). Guru merupakan penggerak utama kepada pembudayaan KBAT dalam pembelajaran.
Justeru, guru seharusnya memiliki tahap profesionalisme yang tinggi, mahir serta terlatih dan memiliki
penghayatan, kesepaduan amalan serta kemampuan mengaplikasikan setiap ilmu yang diketahui bagi
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
Walau bagaimanapun, kajian-kajian berkenaan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam aspek
pengajaran di dalam bilik darjah mendapati bahawa kurangnya pengetahuan dalam kalangan guru serta
kurang kemahiran dalam mengimplementasikan kemahiran berfikir (Yusoff & Seman, 2018). Dalam
kajian lain juga mendapati aspek pengetahuan, pemahaman dan amalan pelaksanaan KBAT masih
menunjukkan tahap yang sederhana (Nur Hawa Hanis & Ghazali, 2018; Siti Mariam & Kamisah,
2017). Dalam konteks pendidikan Islam, Mohd Zaidi, Ahmad Zabidi dan Rafiza (2020) pula
menyenaraikan beberapa cabaran pengajaran guru pendididkan Islam di sekolah pedalaman dalam
melaksanakan KBAT antaranya kekurangan kemudahan dan infrastruktur, kurang pendedahan awal
dalam kalangan murid serta masalah penggunaan bahan bantu mengajar. Kajian oleh Norasmahani et
al. (2015) pula merekodkan tahap pelaksanaan dan kefahaman pengajaran KBAT dalam kalangan guru
pendidikan Islam adalah sederhana.
Kajian berkenaan pelaksanaan KBAT dalam konteks guru di Malaysia merupakan bidang yang sangat
berkembang, namun kajian-kajian ini lebih tertumpu dan terbatas kepada guru yang bertugas di
sekolah rendah dan menengah dalam kawasan bandar serta luar bandar sahaja dan kurang menjurus
75
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kepada sekolah-sekolah pedalaman. Satu daripada lima aspirasi KPM di dalam PPPM (2013 – 2025)
merujuk kepada aspirasi ekuiti dalam sistem pendidikan. Dalam membincangkan ekuiti pendidikan
sekolah luar bandar, KPM tidak mengabaikan sekolah-sekolah pedalaman serta cabaran yang dialami
oleh guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan
berbentuk ilmiah yang memberi gambaran mengenai pengetahuan dan amalan penerapan KBAT
dalam proses pengajaran yang dijalankan ke atas guru-guru pedalaman adalah amat terhad (Marcus
Khoo & Zanaton, 2017). Justeru, kajian berkenaan pengetahuan guru pendidikan Islam sekolah rendah
pedalaman terhadap penerapan KBAT dalam proses pembelajaran adalah sangat wajar untuk
dilaksanakan kerana komuniti pendidik akan lebih mendapat manfaat sekiranya terdapat lebih banyak
kajian yang berkualiti tinggi dilaksanakan.
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pendidikan Islam di
sekolah rendah pedalaman terhadap pelaksanaan KBAT serta tahap amalan pelaksanaan KBAT dalam
pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap
pengetahuan dengan amalan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah
rendah pedalaman. Hasil kajian akan menyediakan ruang kepada pihak berwajib untuk meninjau
pelaksanaan KBAT di sekolah-sekolah yang mempunyai kesukaran dan terhad kepada akses
pendidikan. Pihak berwajib boleh mewujudkan rancangan-rancangan tertentu bagi mengukuhkan
KBAT seperti penyediaan modul khas serta mempersiapkan para guru di sekolah pedalaman dengan
kursus dan kemahiran KBAT yang lebih kukuh.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), KBAT ialah kebolehan dalam mengaplikasikan
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk proses refleksi serta membuat penaakulan bagi
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, inovasi dan mencipta sesuatu. Kementerian pendidikan
berhasrat untuk melahirkan generasi murid yang tidak hanya menghafal malah dapat menggunakan
akal fikiran secara maksimum melalui penguasaan kemahiran menilai, menganalisis, mengaplikasi dan
mencipta. Menurut Shukla dan Dungsungneon (2016), proses pembelajaran yang menjana
perkembangan pemikiran adalah dipengaruhi oleh kaedah pengajaran yang bersesuaian dan
persekitaran pembelajaran kerana pengintegrasian KBAT memerlukan latihan (Pratama & Retnawati,
2018). Realitinya, pengetahuan dan amalan pengajaran guru merupakan elemen penting bagi
menerapkan KBAT menerusi proses pembelajaran yang berkesan (Ruzlan et al., 2016).
Pengetahuan ialah keupayaan seseorang dalam menyebut dan menjelaskan semula sesuatu
perkara yang diketahui dan melibatkan aktiviti mental merangkumi dua atau lebih konsep (Kamarudin,
2010). Seorang guru yang berkesan harus memiliki pengetahuan yang tinggi serta mampu menguasai
ilmu pedagogi yang akan membantu dalam proses menaakul tentang keseluruhan pengajaran secara
lebih kreatif (Norhaya, 2015). Oleh itu, pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi menuntut guru
untuk memiliki pengetahuan berkenaan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, strategi pengajaran,
pengetahuan sedia ada murid serta kepentingan dan kelebihan KBAT (Kementerian Pendididkan
Malaysia, 2014).
Kajian berkenaan pengetahuan guru terhadap KBAT yang telah dijalankan oleh Wan Ismail et
al. (2016) menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru pendidikan Islam berada pada tahap tinggi.
Dalam pada itu, kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Aderi, Mohd Talhah dan Engku Zarihan (2017)
terhadap amalan guru pendidikan Islam dalam melaksanakan KBAT mencatatkan pengetahuan guru
berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, kejayaan pelaksanaan kurikulum yang melibatkan
KBAT adalah bergantung kepada pengetahuan individu yang melaksanakannya iaitu guru (Salleh,
2003). Oleh yang demikian, pembelajaran yang berkualiti dan berkesan serta menerapkan KBAT akan
dapat dilaksanakan sekiranya guru memiliki pengetahuan yang tingi terhadap KBAT dan perkara ini
merupakan elemen penting yang sangat diperlukan (Abdullah et al., 2017).
76
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Amalan pengajaran guru juga merupakan elemen penting dalam mengimplementasikan KBAT.
Secara dasarnya, amalan pengajaran guru merupakan prosedur serta kaedah yang dijalankan dalam
menyampaikan isi kandungan serta objektif pembelajaran kepada para murid agar kefahaman mereka
terhadap sesuatu perkara dapat diperkukuhkan (Ab. Halim, Khadijah & Shahrin et al., 2010). Pelaksanaan
KBAT dalam proses pengajaran melibatkan aktiviti guru dalam memberi arahan kepada murid untuk
membuat inferens berdasarkan bukti, membuat andaian dan generalisasi, bersifat kritikal terhadap
maklumat, memberi pendapat dan idea (Rajendran, 2001) serta aktiviti lain seperti penyelesaian masalah,
pemikiran kreatif dan kritis serta membuat keputusan. Oleh itu, amalan guru merupakan perbuatan guru
dalam menggunakan, menerapkan dan menyebatikan pengajaran KBAT di dalam proses pembelajaran.
Kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Aderi (2014) menjelaskan daripada aspek amalan,
penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan Islam adalah masih kurang dan hanya
memilih menggunakan buku teks. Dapatan kajian oleh Norasmahani et al. (2015) mendapati tahap
interpretasi aspek kefahaman KBAT dalam proses pembelajaran pendidikan Islam serta pelaksanaan
pengajaran adalah sederhana. Kajian amalan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru yang dijalankan oleh
Nabihah dan Mohamed Yusoff (2018) mendapati amalan pengurusan dan pelaksanaan guru berada pada
tahap sederhana. Dalam kajian Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2016) melaporkan tahap amalan
pengajaran guru pendidikan Islam berkaitan KBAT adalah tinggi. Kajian tahap pengetahuan dan amalan
guru matematik dalam mengimplementasikan KBAT yang dilaksanakan oleh Abdullah et al. (2017)
mencatatkan pengetahuan dan amalan guru dalam aspek kurikulum dan pentaksiran berada pada tahap yang
tinggi manakala tahap pengetahuan dan amalan dalam aspek pentaksiran berada pada tahap rendah.
Seterusnya, Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2017) melaporkan tahap amalan pengajaran guru
pendidikan Islam merangkumi peringkat awal pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup adalah
tinggi.
Dalam pada itu, dapatan kajian Abdullah et al. (2017) mendapati hubungan korelasi positif yang
tinggi antara tahap pengetahuan guru dengan amalan pelaksanaan KBAT menerusi aspek kurikulum,
pedagogi dan penilaian. Secara dasarnya, keberkesanan pengajaran akan terhasil sekiranya para guru
mengetahui dan memahami konsep KBAT secara mendalam Oleh itu, amalan pengajaran guru yang tidak
mengambil kira aspek kemahiran berfikir dan masih bersifat tradisional akan merencatkan usaha penerapan
KBAT menerusi proses pembelajaran. Kurangnya pengetahuan dalam diri guru menyebabkan kesukaran
untuk melaksanakan KBAT dalam proses pembelajaran (Caroline & Abdul Said 2014). Justeru itu,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan KBAT merupakan satu perkara yang kompleks
dan tidak mudah sebagaimana tanggapan masyarakat umum.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian
merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas (Noorleha, 2016; Nur Hawa Hanis, 2018;
Siti Mariam, 2018). Seramai 112 orang guru pendidikan Islam yang berkhidmat di Zon Timur Sabah
merangkumi daerah Beluran, Kinabatangan, Telupid dan Sandakan terlibat sebagai responden kajian dan
dipilih melalui pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Senarai sekolah rendah pedalaman dan guru
yang terlibat dalam kajian ini diambil daripada portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat
Pendidikan Daerah yang terlibat. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan
perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Dalam menerangkan demografi responden,
frekuensi dan peratusan digunakan, manakala min dan sisihan piawai digunakan untuk menjelaskan tahap
pengetahuan dan tahap amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pendidikan
Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah.
Dalam menginterpretasikan skor daripada data kajian yang diperoleh, jadual interpretasi min
tingkah laku afektif hasil rumusan Nunally (1978) digunakan oleh penyelidik. Pemilihan interpretasi ini
adalah sangat bersesuaian dengan skop kajian yang melibatkan aspek pengetahuan dan amalan. Jadual
interpretasi ditunjukkan sebagaimana Jadual 1.
77
Jadual 1 2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Interpretasi skor min (Nunally, 1978)
Skor min Interpretasi
Rendah
1.01 – 2.00 Sederhana Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Tinggi
3.01 – 4.00 Tinggi
4.01 – 5.00
Statistik inferensi pula digunakan bagi mengkaji hubungan antara pengetahuan guru dengan amalan
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 2 menunjukkan skala interpretasi yang digunakan
untuk menentukan tahap kekuatan hubungan antara pemboleh ubah terlibat. Nilai r > 0 menunjukkan
hubungan positif manakala nilai r < 0 menunjukkan hubungan negatif.
Jadual 2 Skor julat bagi kekuatan hubungan (Cohen, 1988)
Nilai Interpretasi
kolerasi
0.00 Tiada
hubungan
Kurang 0.19 Sangat Lemah
0.20-0.39 Lemah
0.40-0.69 Sederhana
0.70-0.89 Tinggi
Lebih 0.90 Sangat Tinggi
DAPATAN
Demografi Responden
Data yang diperoleh telah diuji tahap kenormalan menggunakan analisis kepencongan (skewness) dan
kecondongan (kurtosis). Hasil analisis menunjukkan bahawa data yang telah dikutip bertaburan secara
normal. Bagi mengenal pasti taburan demografi responden, analisis deskriptif telah digunakan seperti
ditunjukkan dalam Jadual 3. Responden terdiri daripada 63 orang guru lelaki dan 49 orang guru perempuan.
Daripada jumlah ini, 95.5 peratus (107) responden kajian memiliki sarjana muda, dan 4.5 peratus (5)
responden memiliki sarjana. Jadual 3 juga menunjukkan 41.1 peratus (46) majoriti responden merupakan
guru yang mempunyai pengalaman mengajar pendidikan Islam selama kurang 5 tahun, 34.8 peratus (39)
orang guru berpengalaman antara 5 hingga 10 tahun, 14.3 peratus (16) orang guru berpengalaman antara
11 hingga 15 tahun, 5.4 peratus (6) orang guru memiliki pengalaman 20 tahun ke atas dan 4.5 peratus (5)
orang guru mempunyai pengalaman mengajar antara 16 hingga 20 tahun.
Jadual 3 Taburan demografi responden
Profil Responden Item Frekuens Peratus
Jantina i (%)
Lelaki 63 56.3
Perempuan 43.8
49
95.5
Kelayakan Akademik Sarjana Muda 107 4.5
Sarjana 5
41.1
Pengalaman Mengajar Kurang 5 Tahun 46 34.8
5 hingga 10 tahun 39
14.3
11 hingga 15 tahun 16
4.5
16 hingga 20 tahun 5
5.4
20 tahun ke atas 6
78
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tahap pengetahuan guru pendidikan Islam terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras
tinggi di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah
Jadual 4 menunjukkan tahap pengetahuan guru pendidikan Islam terhadap pelaksanaan KBAT di sekolah
rendah pedalaman berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min = 3.95 dan sisihan piawai = 0.54.
Daripada keseluruhan item di bawah konstruk pengetahuan guru, terdapat 9 item mencatatkan tahap tinggi
manakala 11 item yang lain pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiga aspek
utama dalam pengetahuan guru berada pada tahap tinggi iaitu, item mengetahui pengaplikasian KBAT
merupakan kemahiran untuk memenuhi keperluan abad 21 (min = 4.27 dan sp = 0.52), item mengetahui
kandungan DSKP Pendidikan Islam mengandungi elemen KBAT (min = 4.27 dan sp = 0.52) dan item
mengetahui definisi KBAT (min = 4.13 dan sp = 0.41). Ini menunjukkan bahawa guru pendidikan Islam
tahu kepentingan KBAT dalam pendidikan serta pengaplikasiannya dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Walau bagaimanapun, guru pendidikan Islam didapati masih kurang pengetahuan untuk
membezakan kemahiran berfikir aras tinggi dengan kemahiran berfikir aras rendah serta konsep setiap
elemen KBAT. Dua aspek ini merupakan item yang mencatatkan min paling rendah. Item boleh
membezakan aras kognitif KBAR dan KBAT mencatatkan min sederhana tinggi iaitu 3.60 (sp = 0.62).
Hanya sebahagian guru (48.2%) menyatakan jawapan setuju dan sangat setuju (6.3%), manakala selebihnya
memberikan jawapan tidak pasti (44.6) dan tidak setuju (0.9). Item mengetahui konsep setiap elemen KBAT
pula mencatatkan min 3.64 (sp = 0.52). Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat guru yang tidak
menguasai KBAT khususnya dalam membezakan KBAR dan KBAT serta konsep yang terkandung dalam
elemen KBAT.
Jadual 4 Skor min tahap pengetahuan guru
Bil Pernyataan/Item Min S.P Interpretasi
1. Saya tahu definisi kemahiran berfikir aras tinggi 4.13 0.41 T
2. Saya tahu teori yang berkaitan dengan pemikiran aras tinggi 3.84 0.49 ST
3. Saya tahu konsep setiap elemen KBAT 3.64 0.52 ST
4. Saya tahu KBAT melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom 4.02 0.54 T
Semakan iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta
5. Saya tahu bahawa mengingat dan memahami merupakan aras terendah 3.80 0.67 ST
dalam Taksonomi Bloom Semakan
6. Saya tahu bahawa membuat hipotesis ialah kata kunci bagi aras 3.85 0.52 ST
menganalisis 3.60 0.62 ST
7. Saya boleh membezakan aras kognitif KBAR dan KBAT
8. Saya tahu penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran KBAT 4.04 0.55 T
9. Saya tahu bahawa penyoalan aras tinggi membantu meningkatkan KBAT 4.11 0.63 T
Murid
10. Saya tahu penguasaan dan aplikasi KBAT merupakan kemahiran untuk 4.27 0.52 T
memenuhi keperluan abad 21
11. Saya tahu KBAT dinyatakan dalam dokumen kurikulum Pendidikan Islam 4.08 0.59 T
secara eksplisit 4.27 0.52 T
12. Saya tahu kandungan DSKP pendidikan Islam mengandungi elemen KBAT
13. Saya tahu membuat rancangan pengajaran untuk mengaplikasikan elemen 3.97 0.51 ST
KBAT
14. Saya tahu kaedah menentukan isi kandungan pelajaran berdasarkan pada 4.05 0.46 T
kebolehan murid
15. Saya tahu kaedah mengajar pendidikan Islam dengan menerapkan elemen 3.99 0.47 ST
KBAT
16. Saya tahu cara menentukan isi kandungan pelajaran berdasarkan pada 4.04 0.49 T
kebolehan murid
17. Saya tahu kaedah melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran 3.93 0.58 ST
dan pembelajaran yang melibatkan KBAT
79
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
18. Saya tahu cara mengembangkan potensi individu murid untuk menguasai 3.86 0.59 ST
KBAT
19. Saya menguasai ciri-ciri soalan item KBAT yang digunakan dalam 3.69 0.54 ST
pentaksiran
20. Saya tahu cara menilai perkembangan murid dalam KBAT 3.84 0.48 ST
Min Keseluruhan 3.95 0.54 ST
Interpretasi: T – Tinggi, ST – Sederhana Tinggi, SR – Sederhana Rendah, R - Rendah
Tahap amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pendidikan
Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah
Jadual 5 menunjukkan keputusan analisis skor min tahap amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman. Hasil analisis menunjukkan tahap
amalan penerapan KBAT berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.77 (sp = 0.61). Antara
tiga item yang mendapat nilai min yang tinggi ialah item menggalakkan murid mengemukakan pendapat
dan membuat keputusan (min = 4.05 dan sp = 0.58), item merancang objektif pembelajaran (min = 4.00
dan sp = 0.55) dan item melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran (min = 3.97 sp = 0.61). Ini
menunjukkan bahawa guru merancang pembelajaran yang mengaplikasikan KBAT serta menjalankan
sesi pembelajaran berpusatkan murid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item yang mencatatkan
jawapan tidak pernah antaranya ialah, item mengemukakan soalan-soalan aras tinggi atau divergen
(berubah-ubah) ketika penyoalan (1.8%) dan item menyediakan ruang untuk pelajar membuat penilaian
kendiri (1.8%). Item yang paling banyak menerima jawapan kadang-kadang pula ialah item
menggalakkan pelajar membuat inferens berdasarkan bukti dan maklumat sedia ada (35.7%) dan item
menggalakkan pelajar membuat mencari maklumat dan bukti sebelum membuat generalisasi (34.8%). Item
yang mencatatkan min paling rendah pula ialah item menghasilkan bahan bantu mengajar yang
berasaskan KBAT dengan catatan min 3.47 (sp = 0.70). Perkara ini menunjukkan masih terdapat guru yang
kurang menerapkan elemen KBAT dalam proses pembelajaran.
Jadual 5 Skor min tahap amalan pelaksanaan KBAT
Bil Pernyataan/Item Min S.P Interpretasi
0.55 T
1. Saya merancang objektif pembelajaran yang sesuai dengan aras pemikiran 4.00
Pelajar 0.71 ST
2. Saya mengemukakan soalan-soalan aras tinggi atau divergen (berubah- 3.65 0.62 ST
ubah) ketika penyoalan
0.58 T
3. Saya mendorong pelajar berfikir mengenai kepentingan sesuatu peristiwa 3.84
dalam pendidikan Islam dan kepentingan sesuatu bukti atau maklumat 0.61 ST
4. Saya menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat dan membuat 4.05 0.60 ST
keputusan
0.61 ST
5. Saya melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP semasa melaksanakan 3.97 0.74 ST
KBAT 0.56 ST
0.58 ST
6. Saya menggunakan alat berfikir (peta pemikiran, penyusun grafik, soalan 3.72
dan penyoalan) ketika melaksanakan KBAT 0.66 ST
7. Saya menyediakan pelbagai aktiviti penyelesaian masalah yang melibatkan 3.71 0.66 ST
aplikasi KBAT
8. Saya menyediakan ruang untuk pelajar membuat penilaian kendiri 3.66
9. Saya mencari peluang untuk melaksanakan KBAT dalam pengajaran 3.84
10. Saya menggalakkan pelajar untuk menilai kebolehpercayaan sumber- 3.81
sumber sebelum menerima sesuatu hujah
11. Saya menggalakkan pelajar menilai kebenaran andaian berdasarkan bukti 3.76
yang sah
12. Saya menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat dan bukti sebelum 3.64
mereka membuat generalisasi
80
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
13. Saya menggalakkan pelajar untuk membuat inferens berdasarkan kepada 3.61 0.58 ST
bukti dan maklumat yang sedia ada
14. Saya mementingkan pelajar untuk mempertimbangkan penyelesaian yang 3.89 0.56 ST
terbaik untuk menyelesaikan masalah (penyelesaian masalah)
15. Saya menggalakkan pelajar untuk menerangkan bagaimana mereka 3.66 0.61 ST
menemui sesuatu keputusan atau kesimpulan (pemikiran kritis)
16. Saya menggalakkan pelajar untuk melontarkan idea baharu (pemikiran 3.89 0.53 ST
kreatif)
17. Saya menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan pilihan dan kesannya 3.81 0.59 ST
sebelum membuat keputusan (membuat keputusan)
18. Saya menggunakan sumber-sumber pengajaran untuk tujuan pengajaran dan 3.80 0.52 ST
pembelajaran KBAT
19. Saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang berasaskan KBAT 3.47 0.70 ST
20. Saya membuat refleksi dan penilaian terhadap keberkesanan penerapan 3.69 0.60 ST
KBAT yang dijalankan
Min Keseluruhan 3.77 0.61 ST
Interpretasi: T – Tinggi, ST – Sederhana Tinggi, SR – Sederhana Rendah, R - Rendah
Hubungan pengetahuan guru dengan amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
Ujian Korelasi Pearson yang telah dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap pengetahuan dengan amalan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah
rendah pedalaman Zon Timur Sabah iaitu pada tahap yang lemah (r=0.272, p<0.05) sebagaimana
ditunjukkan di dalam Jadual 6. Perkara ini menjelaskan semakin tinggi tahap pengetahuan guru berkenaan
KBAT, semakin tinggi tahap amalan pelaksanaan KBAT dijalankan dalam proses pembelajaran.
Jadual 6 Hubungan antara pengetahuan guru dengan amalan pelaksanaan KBAT
Tahap Amalan Pelaksanaan KBAT
Tahap pengetahuan guru Pearson Colleration .272**
Sig. (2-tailed) .004
N 112
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati tahap pengetahuan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur
Sabah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini
menunjukkan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman mempunyai pengetahuan yang baik
terhadap KBAT dan membukitkan bahawa mereka mengambil peduli tentang pelaksanaan dasar dalam
sistem pendidikan negara. Dapatan ini selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Wan Ismail et al.
(2016) yang mendapati tahap pengetahuan guru-guru pendidikan Islam terhadap KBAT berada pada
tahap tinggi. Begitu juga dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd Aderi, Mohd Talhah dan Engku
Zarihan (2017) yang menunjukkan pengetahuan guru pendidikan Islam dalam melaksanakan KBAT
berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, masih wujud ruang penambahbaikan bagi para guru
untuk mengukuhkan lagi pengetahuan berkenaan KBAT. Guru seharusnya lebih peka dan mempersiapkan
diri dengan pengetahuan berteraskan kemahiran berfikir kerana hal ini dapat menjamin suasana
pembelajaran yang lebih kreatif (Norhaya, 2015).
Daripada kesemua item yang terkandung di bawah konstruk pengetahuan guru, item mengetahui
penguasaan dan aplikasi KBAT merupakan kemahiran untuk memenuhi keperluan abad 21 dan item
mengetahui kandungan DSKP Pendidikan Islam mengandungi elemen KBAT mencatatkan skor min yang
paling tinggi manakala item boleh membezakan aras kognitif KBAR dan KBAT pula mencatatkan skor
min yang paling rendah. menjelaskan bahawa guru menyedari bahawa pelaksanaan KBAT adalah seiring
dengan tuntutan dan perkembangan pendidikan semasa. Dapatan ini menyokong pendapat Tan dan Siti
81
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Hajar (2015) yang menyatakan bahawa KBAT adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu
bagi mendepani tuntutan dunia tanpa henti pada masa kini. Selain itu, kajian juga menunjukkan para guru
mempunyai penguasaan ilmu berkenaan konsep KBAT dan bersedia untuk mengimplementasikannya
dalam proses pembelajaran. Seiring dengan pandangan Henry dan Beverly (2016) bahawa KBAT
merupakan perkara asas dan penting bagi semua pelajar dalam menyokong pendidikan abad 21.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa para guru belum dapat membezakan aras kognitif
KBAR dan KBAT. Hal yang demikian ini menjelaskan bahawa pengetahuan para guru berkenaan
KBAT masih perlu dipertingkatkan lagi khusunya dalam membezakan aras dan hierarki dalam
pemikiran. Perkara yang berlaku ini adalah seiring dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh
Zulhelmi, Mohini dan Abdul Halim (2017). Menerusi kajian tersebut, didapati para guru masih keliru
berkenaan konsep kemahiran berfikir seperti berfikir secara kritikal dan kreatif. Perkara yang sama turut
dinyatakan di dalam kajian Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (2015) yang mendapati aspek
pengetahuan responden menunjukkan peserta kajian kurang jelas tentang aplikasi Taksonomi Bloom
Semakan Semula. Menyedari hakikat ini, para guru seharusnya dibekalkan dengan input tambahan dan
meluas berkenaan KBAT (Elina Zaliha & Faridah Yunus, 2015) seperti kursus, modul khas serta bahan
lain yang dapat merangsang dan meningkatkan tahap pengetahuan guru. Selaras dengan saranan yang
dikemukakan oleh Sukma Nur Ardini (2016) bahawa keperluan untuk menjalankan bengkel dan kursus
bagi para guru adalah mustahak dan para guru memerlukan sokongan dan perkembangan profesional
yang berterusan agar pembudayaan KBAT dapat dilaksanakan.
Kajian yang dijalankan juga mendapati tahap amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru
pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah berada pada tahap sederhana tinggi.
Perkara ini menunjukkan bahawa para guru melaksanakan amalan pengajaran berunsurkan KBAT dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Dapatan ini selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh
Norasmahani et al. (2015) yang menunjukkan pelaksanaan pengajaran yang menerapkan KBAT dalam
kalangan guru pendidikan Islam berada pada tahap sederhana. Justeru itu, para guru seharusnya
meningkatkan amalan penerapan KBAT dalam pelaksanaan pembelajaran di dalam bilik darjah
menerusi pendekatan pembelajaran yang lebih berkesan.
Amalan merancang objektif pembelajaran yang sesuai dengan aras pemikiran pelajar,
menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat dan membuat keputusan serta melibatkan pelajar
secara aktif dalam pembelajaran merupakan tiga komponen yang mencatatkan skor min paling tinggi di
bawah konstruk amalan pengajaran guru. Ketiga-tiga pernyataan ini menunjukkan bahawa guru berjaya
merancang proses pembelajaran yang menerapkan unsur KBAT di samping berupaya melaksanakan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Perkara ini seiring dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd
Syaubari dan Ahmad Yunus (2017) yang melaporkan amalan pengajaran guru pendidikan Islam pada
peringkat awal pengajaran merangkumi perancangan pengajaran dan penetapan objektif pengajaran
berada pada tahap tinggi. Pembelajaran berpusatkan pelajar yang dijalankan oleh guru juga selaras
dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) yang menjelaskan bahawa pembelajaran
berpaksikan KBAT melibatkan proses membuat keputusan serta mampu melahirkan pelajar yang
kompeten.
Selain itu, amalan menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan KBAT merupakan
item yang mendapat skor min terendah. Dapatan ini menunjukkan guru pendidikan Islam di sekolah
pedalaman kurang menghasilkan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran. Perkara ini seiring dengan
dapatan kajian yang dikemukakan oleh Mohd Aderi (2014) bahawa amalan pengajaran guru pendidikan
Islam kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan hanya memilih menggunakan buku teks. Strategi
kemahiran berfikir perlu dipelbagaikan dan diberi penekanan dalam amalan pengajaran di dalam bilik
darjah bagi menjana impak pembelajaran yang berkualiti.
Kajian ini juga dilaksanakan bagi melihat hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran
guru dengan amalan pelaksanaan KBAT. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap pengetahuan guru dengan amalan pelaksanaan KBAT menerusi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah. Dapatan ini adalah
82
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
selaras dengan penemuan kajian terdahulu yang dijalankan oleh Abdullah et al. (2017) bahawa tahap
pengetahuan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan penerapan KBAT di dalam bilik
darjah merangkumi aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian. Selari dengan pandangan Caroline dan
Abdul Said (2014) yang menjelaskan bahawa amalan pelaksanaan KBAT dalam proses pembelajaran
akan menghadapi kesukaran sekiranya guru tidak memiliki pengetahuan yang tinggi. Secara umumnya,
dapatan ini menunjukkan semakin meningkat tahap pengetahuan guru, maka semakin meningkat amalan
pengajaran yang menerapkan KBAT di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, bagi kajian ini, tahap
kekuatan antara pengetahuan guru dengan amalan penerapan KBAT hanyalah pada tahap lemah iaitu
27.2%. Perkara ini menunjukkan terdapat faktor lain yang turut mempunyai hubungan dengan amalan
penerapan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman Sabah.
KESIMPULAN
Kajian ini telah dapat mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Timur Sabah. Walau
bagaimanapun, masih wujud ruang penambahbaikan bagi para guru untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan
KBAT dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak berwajib seperti pejabat
pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan kementerian pendidikan untuk menilai pelaksanaan dan
keberkesanan dasar kementerian yang telah diimplementasikan. Penemuan ini seterusnya membolehkan
pihak berwajib untuk memberikan lebih pendedahan serta inisiatif kepada para guru dalam
mengembangkan lagi pelaksanaan KBAT di dalam bilik darjah.
Kajian ini hanya melibatkan sebuah zon di negeri Sabah. Oleh yang demikian, hasil kajian tidak
dapat digeneralisasikan kepada semua guru di negeri Sabah. Responden kajian juga hanya melibatkan guru
pendidikan Islam di sekolah-sekolah pedalaman sahaja. Kajian ini juga berbentuk kuantitatif dan
melibatkan penggunaan soal selidik sebagai instrumen. Penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan
dilaksanakan melibatkan sampel yang lebih ramai meliputi kesemua zon di negeri Sabah atau sekolah-
sekolah pedalaman di negeri lain. Kajian lain juga boleh dijalankan melibatkan populasi guru yang
berkhidmat di kawasan bandar dan luar bandar bagi membolehkan perbandingan dibuat. Kajian ini boleh
dikembangkan lagi dengan menggunakan gabungan kaedah pengedaran soal selidik dan temu bual bagi
mengukuhkan dapatan kajian.
Secara keseluruhannya, KBAT merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri murid
bagi mendepani cabaran abad ke-21. Dunia pada masa kini memerlukan barisan individu yang mampu
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara optimum dalam kehidupan. Oleh itu, guru bertanggungjawab
memastikan KBAT diimplementasikan dalam sistem pendidikan khususnya menerusi proses pengajaran
dan pembelajaran. Justeru, guru perlu memiliki pengetahuan yang tinggi berkenaan KBAT serta berupaya
menghasilkan amalan pengajaran yang berkesan.
83
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
RUJUKAN
Abdullah, A.H., Mokhtar, M., Abd Halim, N.D., Ali, D.F., Mohd Tahir, L., & Abdul Kohar, U.H. (2017).
Mathematics Teachers’ level of knowledge and practice on the implementation on higher-order
thinking skills (HOTS). Journal of Mathematics Science and Technology Education, 13(1): 3-17.
Abd. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak & Shahrin Awaluddin. (2010). Kaedah pengajaran pendidikan
Islam: konvensional dan inovasi. Dlm. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pnyt.).
Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, hlm. 38-70. Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Caroline L. D. & Abdul Said Ambotang. (2014). Profesionalisme guru novis dalam pengurusan
pengetahuan, kesediaan mengajar dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan
pengajaran. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah.
Cohen, J. (1988). Set correlation and contingency tables. SAGE Journals 12(4): 425-434.
Elina Zaliha Bt Mahizan & Faridah Yunus. (2015). Aplikasi KBAT dalam pelaksanaan PdP pra-numerasi
di prasekolah KPM: satu kajian tinjauan di Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Seminar Penyelidikan
Pendidikan IPBL Kuching Sarawak 2017, hlm. 1853-1867.
Henry Schulz & Beverly FitzPatrick. (2016). Teachers’ understandings of critical and higher order thinking
and what this means for theis teaching and assessments. Alberta Journal of Educational Research
62(1): 61-86.
Shukla, D. & Dungsungneon, A.P. (2016). Student’s perceived level and teachers’ teaching strategies of
higher order thingking skills; A study on higher educational institutions in Thailand. Journal of
Education and Practice, 7(12): 211-219.
Pratama, G.S. & Retnawati, H. (2018). Urgency of higher order thinking skills (HOTS) content analysis in
Mathematics textbook. Journal of Physics: Conference Series 1097: 1-8.
Kamaruddin Ismail. (2010). Pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan sikap guru Kimia terhadap kaedah
pembelajaran koperatif. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Buku dasar elemen kemahiran berfikir aras tinggi (Pedagogi).
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Marcus Khoo Hiok Tian & Zanaton Iksan. (2017). Lesson study dan cabarannya di sekolah pedalaman.
Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam Pendidikan 2017 Kuching, Sarawak, hlm. 214-
224.
Mohd Aderi Che Noh. (2014). Pendekatan inkuiri dalam pengajaran kemahiran berfikir Pendidikan Islam:
satu analisis. Persidangan Perkembangan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Peringkat Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
84
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain & Engku Zarihan Engku Abdul Rahman. (2017).
Teachers’ practice of higher order thinking skills in the lesson of Islamic education. Tinta
Artikulasi Membina Ummah, 3(2): 1-13.
Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuff & Rosnidar Mansor. (2017).
Pembangunan modul kemahiran berfikir aras tinggi di dalam mata pelajaran Sains sekolah
rendah: analisis keperluan guru. Jurnal Sains Humanika, 9(1-5): 119-125.
Mohd Syaubari Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. (2016). Keberkesanan permulaan
pengajaran menerusi amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam mata
pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah negeri Perak. Online Journal of Islamic
Education (O-Jie), 4(2): 23-35.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Amalan penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) menerusi pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dalam
kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah negeri Perak. Journal of Islamic
Educational Research (JIER), (2): 1-14.
Mohd Zaidi bin Haji Mohd Zeki, Ahmad Zabidi bin Abdul Razak & Rafiza Abd Razak (2020).
Cabaran pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah pedalaman: bersediakah dalam
melaksanakan KBAT?. Jurnal Kurikulum & Pengjaran Asia Pasifik 8(1): 11-24.
Nabihah Binti Mohd Nawi & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor. (2018). Konsep, amalan
pengurusan dan pelaksanaan KBAT di kalangan pentadbir dari sudut persepsi guru di
sekolah jajahan Kota Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1): 1-11.
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik: Analisis keperluan guru. Prosiding Seminar
Education Graduate Regional Conference, hlm. 60-67.
Norasmahani Hj Nor, Nur Sofiah Suhaimi, Nur Syamira Abdul Wahab, Mohd Khusairi Che Ismail,
Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. (2015). Pelaksanaan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sekolah menengah: satu
tinjauan di Putrajaya. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, hlm.
361-375.
Norhaya Isa. (2015). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru pendidikan Islam sekolah
rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nunally, J. C. (1978). Psychometric Theory. New York: Mc Graw Hill Publication Company.
Rajendran, N. S. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Persediaan Guru 141
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Seminar/Pameran Projek KBKK:
‘Warisan-Pendidikan- Wawasan’. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ruzlan Md. Ali, Shamsuddin Muhammad & Siti Noor Ismail. (2016). Tahap amalan penerapan
kemahiran pemikiran kritis (KPK) di sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan
rendah. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, hlm. 967-976.
Salleh Abd. Rashid. (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan
Pengajaran.School of Social Education and Development: Universiti Malaysia Sabah.
Siti Mariam Zazam & Kamisah Osman. (2017). Pengetahuan dan kemahiran guru Sains sekolah
rendah terhadap pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran.
Social Science Postgraduate International Seminar (SSPIS), Universiti Sains Malaysia.
hlm. 619-625.
85
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN KAMIL MENURUT IBN ‘ARABI :
SOROTAN LITERATUR
ABD RAHMAN TAJUDIN1, DR. MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN2
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Pembangunan modal insan sangat dititik beratkan dalam pembinaan peradaban dunia pada masa
kini. Latar belakang kepada permasalahan ini adalah untuk mencari modul terbaik dalam
pembangunan insan. Maka objektif sorotan ini adalah untuk meneliti karya ulama’ Islam pada masa
silam secara bersepadu dan berintegrasi berkenaan pembangunan modal insan ini. Perbahasan
mengenai Insan Kamil ini didapati pada ilmuwan agung iaitu Ibn ᶜArabi. Tujuan sorotan literatur ini
dibuat adalah untuk membentuk satu kerangka teori iaitu mengenalpasti adakah aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal dalam istilah Insan
Kamil sebagai modul terbaik dalam pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, penyelidikan
ini merupakan sebuah kajian analisa kandungan secara deskriptif mengenai pemikiran Ibn ᶜArabi
dalam perbahasan Insan Kamil. Metodologi kajian adalah dengan cara mengumpulkan data dan
menganalisa data dalam beberapa karya tentangnya. Hasil daripada sorotan literatur ini mendapati
belum ada perbahasan khusus mengenainya dan ia mempunyai ruang kajian yang kosong untuk diisi.
Dapatan juga menyarankan agar perlu kepada kajian lanjutan untuk melahirkan satu hipotesis baru
bahawa beliau telah membincangkan Insan Kamil ini secara bersepadu. Implikasi kepada hasil
sorotan kajian ini meyarankan agar kajian dilakukan terhadap perbahasan tentang keempat-empat
kepintaran dengan lebih lanjut melalui kajian diskriptif melalui analisa kandungan terhadap kitab
beliau secara mendalam mengenai Insan Kamil ini agar boleh menjadi satu modul terbaik kepada
pihak berwajib untuk digunakan dalam pembangunan manusia masa kini.
Kata kunci : Ibn ᶜArabi, Insan Kamil, Modul, Pembangunan Insan, Modal Insan.
PENGENALAN
Pencarian aspek modul insan sangat diperlukan oleh tamadun masa kini. Pembangunan modul ini
didapati pada terminologi Insan Kamil. Insan Kamil merupakan istilah yang diberikan kepada insan
yang sempurna (Fauzi Hamat & Mohd Khairul, 2012). Insan Kamil ini merupakan insan yang
sempurna sebagai tempat lokus penampakan (madzhar) diri Tuhan paling sempurna yang meliputi
nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya (al-Alawi, 2007). Allah SWT memilih manusia sebagai
makhluk yang memiliki keunggulan (tafadhul) atau ciptaan makhluk yang sempurna (ahsani
taqwim) menurut istilah al-Qur’an (al-Alawi, 2007). Pembangunan modul Insan Kamil ini sangat
diperlukan untuk dikupas dengan lebih mendalam (Fauzi Hamat & Mohd Khairul, 2012). Istilah ini
didapati muncul pada kitab-kitab pensyarah kitab Ibn ᶜArabi antaranya Al-Jili dan Al-Qunawi
(Toha, 1998). Disebabkan pembahas kitab ini merupakan murid dan pensyarah kepada Ibn
ᶜArabi, maka perlu pengkajian secara diskriptif dalam kitab Ibn ᶜArabi tersebut. Maka dengan
kajian menyeluruh beberapa karya Ibn ᶜArabi di dalam mengupas tentang Insan Kamil ini sangat
diperlukan pada masa kini. Ibn ᶜArabi antara satu-satunya ilmuwan Islam yang membicarakan
tentang Insan Kamil. Oleh yang demikian, kajian ini cuba membuat satu analisa tentang pemikiran
Ibn ᶜArabi berkenaan modul pembangunan Modal Insan Kamil dalam dunia pendidikan yang
meliputi aspek kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran
fizikal. Beliau merupakan seorang ilmuwan Islam yang sangat prolifik dan unik kerana banyak
karyanya terhasil dalam tempoh masa yang tersangat singkat (Afifi, 1990 : 400). Kajian terbaru yang
dilakukan oleh Othman Yahya di dalam bibliografinya Historie et Classification de l’ceuvre d’Ibn
ᶜArabi mendapati lebih daripada 846 judul kitab yang dikarang oleh Ibn ᶜArabi, lantas
meletakkannya sebagai ilmuwan yang paling prolifik dalam dunia akademik (Fakhry, 2000).
86
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Hampir kebanyakan kajian berkenaan tokoh ilmuwan Islam terkini adalah berkisar tentang
pemikiran Ibn ᶜArabi di dunia timur dan barat, sehinggakan wujud institusi seperti Ibn ᶜArabi
Society semata-mata mahu mengkaji pemikiran beliau (Institute Ibn ‘Arabi Society).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Metod kajian kualitatif hendaklah mengandungi
masalah kajian, yang mana masalah ini memerlukan persoalan-persoalan yang hendak dijawab
seperti apa, kenapa dan bagaimana (Blaike, 2004 : 40). Masalah utama kajian ini ialah apakah
sebenarnya makna dan maksud Insan Kamil menurut Ibn ᶜArabi? Apakah istilah konsep Insan
Kamil yang dibicarakan oleh Ibn ᶜArabi ini mengandungi kesepaduan daripada aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal? Maka metod kajian ini
cuba mengenal pasti, cuba menjelaskan karakter dan cuba menerangkan sistem Insan Kamil Ibn
ᶜArabi. Maka kajian ini juga menggunakan metod secara deskriptif, iaitu mengkaji tentang
karakter Insan Kamil menurut Ibn ᶜArabi dalam pembangunan modal insan. Maka, kajian ini cuba
meneliti paten dan bentuk falsafah dan tasawufnya dalam pembangunan modal Insan yang akhirnya
dapat menjelaskan hubungannya dengan ketuhanan dalam pembinaan Tamadun. Akhirnya dapat
membentuk satu modul terbaik dalam pembangunan modal Insan Kamil kepada negara. Maka,
pendekatan yang sesuai adalah content analysis approach, iaitu meneliti-ulang tulisan Ibn ᶜArabi
dengan menyelaraskan perkaitan Insan Kamil tersebut dari aspek intelektual, emosional, spiritual
dan fizikal.
Oleh itu, metod kajian yang akan pengkaji gunakan adalah analisis kandungan secara deskriptif yang
mana melalui kaedah ini, pengkaji akan menganalisa data dan maklumat- maklumat daripada
sumber-sumber primer iaitu kitab-kitab karangan Ibn ᶜArabi terutama Futuhat al-Makkiyyah dan
Fusus al-Hikam serta kitab-kitab beliau yang lain yang menjelaskan mengenai pemikiran dan
pendapat-pendapat beliau mengenai Insan kamil ini. Selain itu, data-data sekunder seperti jurnal,
tesis, latihan ilmiah, buku, majalah dan lain-lain lagi daripada penulis-penulis lain yang berkaitan
turut pengkaji ambil untuk dijadikan rujukan.
Dalam hal analisa kandungan ini tentulah ia melibatkan proses data. Proses data ini adalah
melibatkan dua hal iaitu mengumpul data dan menganalisa data. Data akan dikumpul melalui textual
Ibn ᶜArabi yang berkaitan dengan Insan Kamil terutama dalam kitab Futuhat al-Makkiyyah dan
Fusus al-Hikam. Data akan dianalisa secara tekstual mahupun kontekstual dalam penerangan apa
sebenarnya Insan Kamil yang dimaksudkan agar dapat dibentuk modul dalam pembangunan modal
insan di negara ini.
Kaedah kualitatif yang berbentuk data mempunyai 3 bentuk iaitu data audio, data video dan data text
(Russell, 2003 : 260). Dalam kajian ini, data text akan digunakan terhadap kitab Ibn ᶜArabi. Menurut
beliau lagi, analisa data text pula samaada berbentuk text as proxy for experience atau text as object
of analysis (Russell, 2003 : 261). Text as proxy for experience pula ialah systematic elicitation dan
free-flowing text. Systematic elicitation berupa analisa free list, pile sorts, paired comparisons, triad
tests dan frame substitution. Manakala free-flowing text menganalisa tentang perkataan dan kod.
Perkataan termasuklah keyword in context, word count, semantik dan peta minda (Russell, 2003 :
272). Manakala bentuk analisa text yang kedua iaitu text as object of analysis adalah menganalisa
tentang tulisan, struktur tatabahasa, penampilan, dan penceritaan di dalam text. Dalam hal ini,
pengkaji akan menggunakan analisa text as object of analysis yang mana teks Ibn ᶜArabi akan
dianalisa untuk meneliti berkenaan ruang-ruang modul pembangunan modal Insan Kamil yang
disentuhnya.
Manakala dalam hal menganalisa data ini pula, terdapat dua bentuk coding dalam hal data
(Nachimas, 1982 : 269). Membina Skema Coding ini melibatkan dua cara iaitu induktif dan deduktif
(Nachimas, 1982 : 270). Coding yang berbentuk deduktif ini ialah dengan cara membina beberapa
87
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kategori yang bersesuaian daripada hukum dan prinsip yang sedia ada. Maka pengkaji akan
menggunakan kaedah deduktif ini. Ini bermakna pengkaji akan mengkategorikan dan
mengklasifikasi pemikiran Ibn ᶜArabi ini kepada modul Insan Kamil dalam pembangunan modal
insan terutama dalam aspek kependidikan. Maka dengan coding deduktif ini dapatlah dikatakan
adakah Ibn ᶜArabi membincangkan Insan Kamil secara sempurna dari aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal.
Ada empat strategik yang patut digunakan dalam metodologi kajian iaitu induktif, deduktif,
retroduktif dan abduktif (Blaike, 2004 : 44). Dalam kajian ini, strategi yang dipakai adalah melalui
kaedah induktif, di mana data-data yang ditulis oleh Ibn ᶜArabi dianalisa secara signifikan mengikut
kesesuaian topik-topik di dalam perbahasan Insan Kamil. Kemudian hal ini diklasifikasikan dan
dikarakteriakan mengikut kesesuaian keempat-empat kepintaran tersebut. Kaedah Induktif sangat
sesuai kerana ia bermatlamatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya karakter-karakter Modul Insan
Kamil Ibn ᶜArabi yang bersangkut paut dengan landasan al-Qur’an.
Kajian ini lebih bersifat induktif secara menyeluruh kerana ia bermula daripada perbincangan-
perbincangan topik khusus iaitu kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual
dan kepintaran fizikal. Kemudian menjawab persoalan bagaimana pembangunan modul Insan dalam
pembangunan manusia dalam konteks Islam.
Maka kaedah induktif dan deduktif akan digunakan sekaligus dalam kajian ini. Ini bermakna
pembahagian tajuk dalam buku ini mengikut kaedah deduktif. Kaedah deduktif ini meneliti
pemikiran Ibn ᶜArabi kepada empat aspek bab iaitu aspek intelektual, aspek emosional, aspek
spiritual dan aspek fizikal. Kemudian kaedah induksi digunakan di dalam menentukan modul Insan
Kamil dalam pembangunan pendidikan negara yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunah. Ini
bermakna setelah data-data yang dikumpulkan dari kitab Ibn
ᶜArabi yang membincangkan tentang Insan Kamil, maka ia akan membentuk satu modul
pembangunan pendidikan di Malaysia.
ULASAN KEPUSTAKAAN
Sepanjang pembacaan pengkaji, rata-rata buku menceritakan bahawa Ibn ᶜArabi berkenaan
dengan kewujudan, masih belum ada tentang pembangunan modal insan dalam aspek Insan Kamil
menurut Ibn Arabi. Belum ada penulisan yang membicarakan sudut Insan Kamil yang perlu menjadi
satu modul sempurna daripada menurut Ibn ᶜArabi yang meliputi kepintaran intelektual,
kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal secara bersepadu dan tersusun.
Malah tidak ditemui langsung buku-buku yang membicarakan tentang modul terbaik dalam
pembangunan modal Insan Kamil ini secara bersistematik.
Dari bacaan pengkaji dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, terdapat satu kajian tesis
PHD oleh Ibrahim Hamed Hasan Abu Sualik bertajuk “Insan Kamil Menurut al-Jili: Kajian Akidah
Dan Kritikan Menurut al-Qur’an & al-Sunah” yang dikeluarkan pada tahun 2009 yang menyatakan
konsep Insan Kamil daripada fikrah al-Jili. Namun belum terdapat memberikan konotasi sempurna
makna Insan al-Kamil dalam pemikiran al-Jili (Abu Sualik, 2009). Maka perlu kajian lanjutan
berkenaan Insan Kamil yang bersepadu yang meliputi aspek kepintaran intelektual, kepintaran
emosional, kepintaran spiritual dan juga kepintaran fizikal. Maka dengan ini, kajian lanjutan
tersangat perlu dalam memfokuskan kepada makna Insān al-Kāmil yang meliputi keempat-empat hal
tersebut dalam fikrah Ibn ᶜArabi.
Konsep kepintaran emosional dan spiritual wujud pada pemikiran Ibn ᶜArabi dalam perbahasan
Tasawuf (Chittick, 1989). Pemikiran Ibn ᶜArabi dalam aspek epistemologi ilmu yang menyatakan
bahawa pengetahuan boleh didapati melalui penyucian hati iaitu kepintaran emosional wujud dalam
pemikirannya (Chittick, 1989). Hati mampu mengetahui sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran,
88
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
rasional mahupun eksprimental yang selalunya dilakukan oleh ahli falsafah. Chittick
mengklasifikasikan kajiannya tentang pemikiran Ibn ᶜArabi dalam dunia metafizik yang di luar
batasan minda dan akal. Menurut Ibn ᶜArabi apabila seseorang itu sangat rapat dan dekat dengan
Tuhan, maka segalanya akan tersingkap, terbuka, dapat dirasa dan dapat dialami melalui imaginasi
dan pengalaman ekspresi (Chittick, 2005 : 80). Namun kajian ini hanya berkaitan epistemologi sahaja,
tidak ada kepintaran minda (intelektual/fizikal) dan hati (emosional/spiritual), ia juga perlu
penggabungan dalam metodologi pencarian ilmu dunia falsafah dan dunia tasawuf yang penting di
dalam dunia fizik dan metafizik.
Kajian ini perlu kerana ia adalah tafsiran semula makna yang implisit terkandung di sebalik kata-
kata beliau dalam makna Insan Kamil. Ironinya lagi dalam aspek dunia tasawuf pula yang
mengutamakan kepintaran emosional dan kepintaran spiritual, apa yang menariknya di dunia barat
kini, mereka mula meninggalkan dunia emprikal yang mengutamakan kepintaran intelektual dan
juga kepintaran fizikal beralih kepada dunia misticisme dalam pencarian ilmu. Mereka mengatakan
bahawa dunia fizik yang bersifat inderawi tidak dapat menemui kebenaran yang jitu. Dunia falsafah
yang bersifat objektif hanya mampu menerokai dunia kecil, separa dan tidak abstrak tidak seperti
pendekatan dunia agama melalui sufisme yang begitu subjektif, menyeluruh dan naturalisme
(Barbour, 1997). Maka disinilah perlunya kajian mendalam terhadap persoalan Insan Kamil Ibn
ᶜArabi untuk menjadi salah satu cara untuk mencapai ilmu metafizik yang merupakan masalah
kajian dalam penerokaan ini.
Kajian menyatakan bahawa Insan Kamil Ibn ᶜArabi hanya tertumpu kepada kerohanian
dan spiritual (Nautika, 2020). Ia merujuk kepada kepintaran spiritual sahaja. Kajian tesis ini hanya
mengklasifikasikan Insan Kamil hanya dari sudut perspektif Transpersonalisme. Ia tidak
membincangkan hal intelektual dan emosional. Maka diperlukan kajian lanjutan untuk meneliti
kepintaran intelektual dan kepintaran emosional yang terkandung di dalam makna Insan Kamil untuk
dijadikan modul terbaik dalam pembangunan manusia.
Kini, dunia barat yang maju dari aspek saintifik dan teknologinya pula mula mencari kaedah dan
pendekatan baru dalam penerokaan ilmiah dari aspek kepintaran emosional dan kepintaran spiritual
dalam dunia Tasawuf. Menurut Heisenberg, seorang pengkaji fizik tidak akan dapat menyatakan
halatuju dan kedudukan setiap zarah yang dicerap secara serentak kerana kelemahan inderawi
menggunakan kepintaran intelektual dan kepintaran fizikal yang bersifat eksprimental (Heisenberg,
1972). Hal ini kerana disebabkan gangguan mekanisme penyukatan cahaya yang sekaligus
menunjukan zarah elektron bergerak secara yang susah ditentukan kedudukannya. Oleh yang
demikian, fenomena ini menunjukkan kegagalan dunia saintifik yang bersifat falsafah dan ia
sebenarnya memerlukan kepintaran emosional dan kepintaran spiritual dalam dunia tasawuf untuk
melengkapkan pencarian hakikat sebenar Insan Kamil. Maka dengan ini, perlulah kajian lanjutan
untuk meneliti Insan Kamil dalam fikiran Ibn ᶜArabi. Malah kini, ahli fizik barat sendiri berusaha
mencari jalur-jalur misticisme timur yang mengutamakan kepintaran emosional dan kepintaran
spiritual bagi mencari jawapan tersebut, seperti yang diusahakan oleh Gary Zukav, Frijof Capra dan
Michel Talbot.
Maka kajian berkenaan tasawuf Ibn ᶜArabi sebagai seorang ahli tasawuf yang mementingkan
alam rasa-inderawi sangat diperlukan untuk menjadi platform dalam pencarian ilmu dan hakikat
sebenar. Jauh daripada itu, kajian kepustakaan ini juga mendapati bahawa apa yang kita cari
sebenarnya terkandung di dalam diri kita. Ini bermakna alam tasawuf yang bersifat rasa-pengalaman
juga menemui apa yang ditemui oleh alam falsafah yang bersifat saintifik-inderawi. Kesedaran
kitalah (yakni perilaku fikiran kita) merupakan sebahagian daripada elemen yang menentukan hasil
ujikaji dalam fizik kuantum. Ini bermakna terserah kepada kehendak kita, bagaimana mahu
menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah atau ia bersifat
gelombang (Berman, 1981).
Di antara dunia fizik dan dunia metafizik ada satu barzakh yang memisahkan (Shahidan Radiman,
89
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
2008). Dunia fizik telah berjaya dihurai oleh ahli falsafah kerana ia berkaitan dengan hukum inersia,
jisim, jirim, supertali, membran, teori graviti, mekanik kuantum, teorem CP dan sebagainya kerana
memiliki kepintaran intelektual. Namun masih gagal diterokai oleh ahli falsafah di dalam
menyelesaikan topos theoretik, rahsia mimpi, alam rasa, telepati, teologi dan sebagainya. Dunia
metafizik yang mendasari “intuitionistik/higher order logic” telah diterokai oleh ahli-ahli sufi dalam
bahasanya yang tersendiri di alam ghaib kerana memiliki kepintaran spiritual (Shahidan Radiman,
2008). Maka ia perlu kepada kepintaran spiritual yang memerlukan ilmu tasawuf setelah falsafah
gagal memahaminya. Ia menyarankan kajian mendalam dalam pemikiran Ibn ᶜArabi dari aspek Insan
Kamil ini.
Makhluk paling sempurna adalah manusia kerana merupakan makrokosmos yang mengandungi
spiritual yang mendalam (Nasr, 1995). Semua makhluk meliputi unsur mineral, tumbuh-tumbuhan,
dan haiwan sebagai makhluk fizikal. Namun manusialah yang terpaling sempurna sekali. Manusia
sempurna secara kosmik-universal dan sempurna pula pada tingkat lokal-individual adalah nabi
Muhammad SAW (Nasr, 1995). Disebabkan itu manusia sempurna disebut sebagai miniatur
makhluk makrokosmos (mukhtaşar al-‘ālam) atau mikrokosmos (al-insān al-kabir). Namun
pencarian kepada Insan Kamil ini secara teomorfis dan eksistensial masih belum ditemui dengan
jelas dari aspek kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran, spiritual dan kepintaran
fizikal.
Secara konklusinya, sepanjang kajian kepustakaan ini, pengkaji masih belum menemui satu karya
tentang Ibn ᶜArabi dalam makna Insan Kamil yang meliputi keempat aspek iaitu kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran jasmani.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penulisan dan kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan perlunya kajian tentang
pemikiran Ibn ᶜArabi berkenaan Insan Kamil. Setelah penelitian yang mendalam kepada
perbincangan ini akan menjurus kepada pembentukann modul terbaik dalam pembangunan Insan
Kamil ini. Oleh itu, untuk menampung segala kekurangan dan lompang- lompang tersebut, satu
kajian akan pengkaji lakukan. Ini bermakna kajian ini adalah lebih khusus dan terperinci
mengenai modul Insan Kamil Ibn ᶜArabi dari aspek kepintaran intelektual, kepintaran
emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran jasmani agar mendapat satu modul terbaik dalam
pembangunan modul insan dalam pendidikan masa kini. Kajian ini akan cuba untuk membawa
modul terbaik dalam dunia falsafah dan tasawuf Ibn ᶜArabi agar menjadi satu sintesis terbaik
kepada pembangunan modal insan untuk mentadbir alam ini.
RUJUKAN
Abu Sualik. 2009. Insan Kamil Menurut Al-Jili : Kajian Akidah dan Kritikan Menurut Al- Quran
& Sunah. UKM Publisher.
Afifi. A.E. 1990. A History of Muslim Philosophy. T.th.
Alawi. Abbas Al-Maliki Al Hasani. 2007. Muhammad Al-Insan Al-Kamil. Al-Maktabah Al-
‘asriyyah. Syukah Abna’ Syarif al-‘Ansari.
Barbour. I.G. 1997. Religion and Science : Historical and Contemporary Issues. Harperson San
Francisco. Berman, 1981, The Reenchantment of the World. Cornell University Press.
Blaikie. 2004. Designing Social Research, hlm. MPG Book Group, UK.
Chittick. W.C. 1989. The Sufi Path of Knowledge: Ibn al-'Arabi's Metaphysics of
Imagination.State University Of New York Press.
90